Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah |
Himpunan Aman selamatkan umat Islam Rohingya Posted: 27 Jul 2012 08:06 AM PDT KOTA KINABALU: Kira-kira 200 umat Islam berhimpun secara aman bagi menunjukkan bantahan terhadap kezaliman yang dilakukan oleh tentera Myanmar terhadap penduduk Islam di Rohingya. Perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah itu, mengajak rakyat khususnya di negeri ini berdiri teguh dengan mempertahankan hak yang sepatutnya dimiliki oleh penduduk Islam di negara tersebut. Ketua Pemudanya, Lahirul Latigu yang ditemui pada perhimpunan itu berkata, umat Islam khusunya di negeri ini perlu bersatu dan menunjukkan kebersamaan terhadap umat Islam di negara-negara lain. Sudah tiba masanya, untuk umat Islam kembali menyelami penderitaan dan kesengsaraan yang dialami umat Islam di negara-negara bergolak. "Kekejaman terhadap umat Islam Rohingya ini merupakan isu sejagat umat Islam yang lain. Kita mesti bersama dengan mereka... menyokong serta menghulurkan apa-apa yang boleh disumbangkan hatta dengan harta sekalipun. "Kita juga mendesak, kerajaan Malaysia mengambil tindakan sewajarnya. Sebagai sebuah negara Islam seperti mana yang digembar-gemburkan, adalah amat malang sekiranya kerajaan hanya mahu melihat tidak berdaya berbuat apa-apa," jelasnya.
Katanya, kerajaan Malaysia harus melihat isu ini secara tegas dan matang dengan menyatakan secara tegas terhadap kerajaan Myanmar. "Kita mahu, kerajaan Malaysia selaku rakan ASEAN dengan Myanmar melihat secara tegas. Katakan secara tegas kepada Myanmar untuk tidak berlaku kekejaman terhadap umat Islam di sana," ujar Lahirul. Perhimpunan aman yang berlangsung di Masjid Bandar dekat Kota Kinabalu berakhir dengan beramai-ramai mengaminkan bacaan doa dan doa qunut nazilah yang diketuai oleh Murtaza Othman yang juga Exco Tarbiyah, Pemuda PAS Sabah. |
You are subscribed to email updates from pemuda pas sabah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |