LORI mengangkut batu yang dipandu laju di Jalan Seremban-Jelebu menyebabkan isu muatan terpelanting dan terkena cermin kenderaan lain.Lori bawa batu granit abai keselamatan pengguna jalan raya
Berita Harian 12 Nov 2010
AMPANGAN: Lori membawa batu granit yang melalui Jalan Seremban-Jelebu di sini, menimbulkan keresahan kepada penduduk sekitar dan pengguna lain yang menggunakan jalan itu setiap hari.
Ia berikutan lori terbabit bukan saja dipandu laju, malah muatan yang tidak ditutup dengan sempurna menyebabkan pengguna jalan raya ditimpa malang apabila batu kecil yang terpelanting terkena cermin kereta hingga retak dan pecah. Selain itu, serpihan batu kecil menyebabkan kemalangan kecil berlaku apabila penunggang motosikal terjatuh ketika cuba mengelak batu kecil di atas jalan raya.
Tinjauan Berita Harian di jalan ini mendapati lori yang membawa batu granit melalui jalan itu setiap 10 minit untuk membawa batu granit ke kuari berhampiran. Kebanyakan pemandu lori juga tidak mempedulikan keselamatan pengguna lain dengan memandu laju.
Peniaga makanan yang hanya ingin dikenali Siti Safiah berkata, pemerhatiannya mendapati lori yang melalui jalan itu dipandu laju, terutama ketika bukan waktu puncak.
"Saya tidak berani menegur kerana takut dimarahi, malah mereka sering makan dan minum di gerai saya. Walaupun tidak tahan habuk dan debu yang berterbangan, saya terpaksa bersabar kerana perniagaan ini mata pencarian saya. "Bagaimanapun, saya perlu memastikan peralatan dan makanan ditutup rapi untuk mengelak dicemari habuk," katanya.
Katanya, banyak kenderaan berat melalui jalan itu kerana banyak kilang di sekitar kawasan itu, sekali gus menyebabkan jalan di situ cepat rosak.
"Pengguna bukan saja terpaksa berhati-hati mengelak terkena pantulan batu, tetapi perlu berwaspada supaya kenderaan tidak melanggar lubang yang boleh menyebabkannya cepat rosak," katanya.
Anis Adabiah Ismail, 26, pula berkata cermin keretanya baru-baru ini retak terkena pantulan batu ketika berselisih dengan lori menyebabkannya dihantui perasaan bimbang setiap kali melalui jalan itu.
"Dari Pantai ke Seremban, saya perlu melalui jalan ini kerana ia paling dekat ke pusat bandar. Saya tahu jalan ini adalah laluan utama lori membawa batu ke kuari berdekatan, tetapi tidak terfikir ia akan mendatangkan masalah kepada saya.
"Ketika melalui jalan ini, lori dari arah bertentangan dipandu laju menyebabkan muatan batu yang dibawa tercicir di atas jalan lalu terpelanting ke arah kereta saya menyebabkan cermin retak. Kejadian ini bukan turut membabitkan pengguna lain," katanya.
Beliau mencadangkan pihak berkuasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa masa bagi memastikan lori terbabit mematuhi peraturan jalan raya dan tidak lagi menyusahkan pengguna.
"Apabila lori dipandu laju, batu yang dibawa tetap akan tercicir di atas jalan, walaupun muatan ditutup dengan kanvas. Tindakan pemandu terbabit membahayakan pengguna jalan raya lain," katanya.
PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI Tarikh : 25 November 2010 (Khamis) Tempat : PASTI Az Zaki, Melang, Kuala Pilah Sunat biasa : RM 100.00, Sunatron : RM 120.00 Doa selamat dan kenduri disediakan.
Kepada ORANG YANG KATA KERAJAAN KEDAH TAK BAGI BANTUAN, tengoklah bungkusan yang bakal dibawa balik oleh PESERTA banjir yang akan meninggalkan PUSAT PENEMPATAN BANJIR SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' WAN MOHD SAMAN. Setiap keluarga mendapat dua beg beras berisi 10kg, ikan kering, biskut, gula kopi dll. cukup untuk bekalan seminggu.
Adun Pengkalan Kundur merangkap Exco Kanan, Datuk Phahrolrazi sedang menyampaikan bungkusan kepada salah seorang peserta banjir.
Semoga peserta banjir semua memahami keadaan dan bersabar menghadapi DUGAAN Allah subhanahu Wataala.
Tua dia, semua para peserta banjir dijamu dengan lauk ayam. Pusat penempatan lain ada dak macam ni ha.
Mai lagi beras, Kedah memang banyak BERAS, mai cek oi mai cek mai makan nasi kawah.
Sungguh aih, gulai kawah pun ada. Makan cek oi sampai kenyang. Yang masak ni sapa ha, bukan ORANG KEDAH KA?
Ijtima' Tarbawi Pemuda Peringkat Parlimen Temerloh dengan Tajuk "MURNIKAN PERJUANGAN MAKNAKAN KEMENANGAN" diadakan pada 29 - 30 Zulkaedah 1431 bersamaan 6 -7 November 2010 masehi di Darul Ansar, Kg Chempaka, Lachang dengan kehadiran peserta 80 orang. Menurut Pengarah program,Ustaz Shukri Shuaib pendaftaran bermula jam 6.00ptg Sabtu 6hb.November 2010 anjuran Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda Pas Temerloh.
Dirasmikan oleh YDP Pas Temerloh oleh Ustaz Abdul Rahim bin Abdul Latif dengan dimulai acara BBQ Santai Ukhrawi bersama bekas Pimpinan Pemuda Pas Temerloh.Antara mereka yg hadir ialah Ustaz Abirereh,Pak Hassan dan Sdr Mokhtar Adnan.Turut berucap di malam tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda Pas Temerloh sekarang iaitu Ustaz Jauhari Ishak.
Kome tengah bakar ayam, sat lagi boleh satapan....Sdr Atan dan Sdr Zul Omar menjadi tenaga penting "Pembakaran" pada malam ini.
Ahad 7. Nov 2010 Program mulai dengan Qiamullail/Solat Subuh *Kuliah Subuh oleh Ustaz Shahril Azman (Tim Ketua Pemuda Pas Phg) *Pidato 1-dengan Tajuk Pemuda & Tarbiah Islamiah Ustaz Nafiri Tauzan (Tim Ulamak) *Pidato 2-dengan Tajuk Pemuda & Tarbiah Jihadiah OlehUstaz Riduan Rahmat(Ketua DPP Kuala Langat)
Setelah makan tengahari dan Solat Zohor berjemaah di adakan Forum Tarbawi : "Membudayakan Tarbiyah Pemuda Pas" Ahli panel nya : Ust Abu Bakar Chik (AJK PAs Pusat) Ust Mokhtar Senik (Naib Ketua Dewan Ulamak Pahang) dan Ust Hazmi Debok (Ketua Tarbiah DPP Pahang)
Bacaan Mathurat & Tazkirah oleh Ust Johari Ishak (Ketua Pemuda DPP Temerloh) setelah minum petang. Selepas solat maghrib kami dapat menyimpulkan Resolusi Ijtimak tiga perkara:-
*mewajibkan perlaksanaan tarbiah dalam organisasi pemuda *mengukuhkan ukhuah islamiah sebagai pemangkin pemantapan gerak kerja pemuda *memantapkan kefamahaman terhadap konsep tarbiah islamiah dan tarbiah jihadiah sebagai pemandu dakwah yang berkesan
Penuntup Program setelah solat isyak berjemaah dengan Ceramah Umum Oleh Ust Johari Ishak(Ketua Pemuda DPP Temerloh; Ust Abdul Rahim Abdul Latif(YDP Pas Kaw Temerloh); Ust Suhaimi Md Saad (Ketua Pemuda DPP Phg) dan Ust Abu Bakar Chik (AJK Pas Pusat)
Dicatat oleh orcu 02.20pm dan diedit oleh Syam 22:48:00
Shah Alam parliamentarian Khalid Samad expressed fear that the discrepancies could stem from attempts to hide or cover up certain figures.
"This may be an attempt to hide certain figures. It is inconceivable that the figures can change just like that. It may be an attempt to manipulate or massage the figures. Maybe they want to hide that there were ten officers on a trip instead of two?" he opined.
Khalid also questioned the ministry's blanket answer that the rise in tourist arrivals is proof positive that Ng's frequent overseas 'missions' were successful.
"More importantly are the effectiveness of the missions. If they are promoting Malaysia to tourist or our products, then there must be records on how effective it has been. How many tourists from the specific country visited us and how many products they bought? This they have to answer," he stressed.
Access the full story on Malaysikini and the video on youtube. -Pejabat YB Khalid Samad-
You are subscribed to email updates from Khalid Samad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Salam Palestin, Jikalah musim haji itu hanya menjadi milik jutaan para bakal haji, milik para hujjaj yang kini sedang mara menuju kaabah, baituLlah al haram untuk menyempurnakan manasik al haj beberapa hari lagi itu, maka apa perlu kita menyambut hari raya haji? Apa erti hari raya haji atau eid al adhha kalau tidak kerana musim haji juga adalah milik kita, milik [...]
Simpang Renggam : Ana baru balik dari majlis mesra bersama DS Anwar Ibrahim di Restoran 88 Simpang Renggam. Alhamdulilah majlis berjalan lancar dan tenang, al-maklumlah sebelum ini mana-mana ceramah DSAI di negeri Johor pasti hadirin akan diarahkan bersurai atau kalau tak akan dihambat oleh FRU.
Turut hadir Dato Mahfodz PJ PAS Johor, Dr Bo Pengerusi DAP Johor, dato Sri Chua Jui Meng Pengerusi PKR Johor, YDP PAS Spg Renggam Ust Atan yang tertinggal kunci dalam kereta wiranya...YB Gobala, Ketua AMK Pusat Sdr Shamsul dan YB Adun DAP Mengkibol Kluang.
Restoran hawa dingin ini sangat selesa dan besar, sistem bunyi ok juga, tetapi yang meniaga di luar agak kurang, hairan selalu kalau ceramah besar, golongan peniaga ni meniaga sampai macam pasar lambak, mungkin dah serik dan bimbang ceramah ni akan di batalkan atas arahan polis, nanti semua disuruh bubar, alamat rugilah niaga hari tu..kali ni tak mahu tanggung risiko. baik mereka pergi ceramah Dato Ismail Kamus pada malam yang sama di Parit Raja.
DSAI menyebut pejuang mesti tahan uji, tak kan baru sedikit ujian diterima dah mahu letak jawatan, keluar PKR...bayangkan berapa ramai yang dipenjarakan, di siksa dan ditelanjangkan serta di aibkan seperti beliau tetapi masih tetap teguh pendirian untuk berjuang.
Satu lagi point ceramah DSAI ialah bab kasih sayanglah kepada sesama manusia, haiwan, pokok dan bumi nescaya yang di atas langit akan menyayangi kamu, jangan buat ZALIM.
PUTRAJAYA 11 NOV : Seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lepas.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata keputusan itu merupakan pencapaian terbaik bagi tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara.
"Syukur Alhamdulilah, peratusan calon yang berada di bawah tahap pencapaian minimum (semua D/E atau kombinasi kedua-duanya) telah berkurangan daripada 3.99 peratus kepada 3.39 peratus pada tahun ini," katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR di sini hari ini.
Bagaimanapun, kata Abdul Ghafar, peratusan calon yang mendapat minimum gredC menurun 1.37 peratus berbanding tahun lalu. Seramai 482,334 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini.
PUTRAJAYA, 4 Nov — Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan pada 11 Nov ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran hari ini.
Kenyataan itu menyebut calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari berkenaan.
Pada tahun ini, seramai 494,493 calon telah menduduki UPSR di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah seramai 486,321 orang manakala bakinya sebanyak 8,172 orang adalah calon sekolah swasta. — Bernama
Melihat seorang kanak-kanak lelaki (gambar) yang berumur sekitar tiga tahun sudah berani menaiki bas pasti mengundang takjub kepada orang ramai. Namun timbul persoalan siapa ibu bapa kepada kanak-kanak itu yang begitu cuai melepaskan anak mereka berbuat demikian.
Itulah yang berlaku terhadap seorang budak yang dijumpai oleh seorang wanita berumur 40 tahun ketika dia menaiki sebuah bas menuju ke ibu kota semalam.
Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, wanita tersebut curiga apabila ternampak kelibat seorang kanak-kanak memegang botol susu yang kemudian menaiki bas yang berhenti di Flat Seri Sabah, Cheras di sini.
Atas dasar prihatin, wanita itu memanggil budak terbabit duduk bersamanya sebelum dia menghubungi polis.
Apabila sampai di Plaza Kota Raya di sini, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata, wanita itu membawa kanak-kanak terbabit ke Balas Polis Tun H.S Lee di sini untuk membuat laporan.
MEMANG SAH LAH BLOGGER PENCACAI UMNO XDE 'BEBIRD'!!! Inilah kenyataan...
Buktinya sehingga ke saat ini tiada satu pun blog pencacai umno yang berani meletakkan chat box untuk para pengunjung berborak… kerana pencacai ini takut pengunjung komen mereka dalam chat box?
Lagi satu bukti yang mereka tiada 'BEBIRD' … bila time nak bagi komen mesti siap komen yang dihantar akan disemak oleh admin mereka… kenapa begitu???… sebab mereka tiada 'BIBIRD'…. Antara barisan blogger pencacai UMNO yang SAH xde 'bebird' …
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dimasukkan ke Pusat Perubatan Selangor (SMC) di sini pagi tadi kerana disyaki menghidap demam denggi.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang itu dimasukkan ke hospital tersebut kira-kira pukul 10 pagi selepas mengadu demam, sakit kepala dan badan menggeletar.
Isteri beliau, Datin Seri Zaharah Kechik ketika dihubungi berkata beliau yang bimbang dengan keadaan kesihatan suaminya itu terus membawanya ke SMC untuk pemeriksaan lanjut.
"Apabila tiba di hospital, doktor yang melakukan pelbagai pemeriksaan termasuk mengambil sampel darahnya mengesyaki Datuk Seri mungkin mengalami demam denggi.
"Dr Khir kemudian diminta untuk menjalani rawatan lanjut bagi memastikan keadaannya baik dan beliau kini berehat di wad," kata beliau.
Sementara itu, ketika membahaskan ucapan Belanjawan 2011 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan daripada DAP, Ng Suee Lim menanyakan di mana Khir yang tidak hadir untuk mendengar perbahasan.
Adun Sungai Pelek daripada Barisan Nasional (BN) Yap Ee Wah, bangun dan memberitahu dewan bahawa Khir tidak hadir pada hari ini kerana dimasukkan ke hospital disyaki menghidap demam denggi. — Bernama
Mendapat maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' JPM dengan memberikan dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan seorang pegawai kakan di Pejabat Perdana Menteri mengumpulkan kekayaan secara luar biasa. Dokumen dan fakta tersebut melibatkan Setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri iaitu. Dato' Zakiah Ibrahim. Dato Zakiah atau pemberi maklumat menggelarnya ZAKAYA merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini. Tidak menyukai publisiti, Zakiah dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM. Zakiah adalah individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui direct nego atau restricted tender di Kementerian Kewangan.
Kuasanya melebihi kuasa datuk Seri Husni Hanazlah, Menteri Kewangan Kedua. Menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik PM, Zakiah membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua UMNO bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri.
Beliau dalam masa yang singkat telah mengumpul kekayaan sebanyak RM200 juta dengan cara diam-diam melalui dua orang rakannya Dato Norida Hamzah, CEO Aero Tree Defence & Services Sdn Bhd dan seorang lagi Halim Othman, bekas petugas Sri Satria dan "Nominee Director" untuk Zakiah.
Modus Operandi Zakiah adalah dengan menukar proposal syarikat yang terpilih kepada syarikat Dato Norida dan Halim atau memanggil ketua bahagian UMNO atau Kerabat Diraja yang berjaya merebut tender untuk berkongsi kekayaan dengan beliau. Satu lagi keistimewaan Zakiah adalah beliau boleh terus menghubungi menteri untuk "rundingan terus" dengan beliau supaya projek itu boleh dikongsi antaranya dan pihak menteri atau pegawai kanan kementerian tersebut. Hari ini kami kemukakan dua bukti 2 syarikat milik Zakiah yang menggunakan kroni beliau dengan memaksa Bank Pembangunan dan Malaysia Debt Ventures Berhad memberikan pinjaman berjumlah hampir RM200 juta untuk projek bernilai RM20 juta. (maklumat diperolehi dari orang sumber dalaman JPM yang tidak mahu dikenali, JPM atau individu yang dinyatakan di atas harus menafikan atau menerangkan kedudukan sebenar...satu masej twitter sudah dihantar kepada PM Malaysia untuk melihat respon beliau)
Pertubuhan bukan kerajaan pilihan raya adil, Bersih 2.0 mengingatkan parti-parti politik agar tidak mendakwa Putrajaya adalah milik mereka ketika mempersiapkan jentera bagi menghadapi saingan pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun depan. Pemimpin-pemimpin BN terutamanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno bulan lalu, Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri dan Presiden Umno, mahu Putrajaya dipertahankan walau apa pun terjadi.
"Putrajaya bukan milik mana-mana pihak, tetapi kepunyaan rakyat Malaysia, kita (rakyat) akan menentukan siapa yang layak memiliki Putrajaya," kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan pada majlis pelancaran pergerakan itu di sini malam tadi.
"Kita, rakyat, akan memutuskan siapa yang akan mentadbir Putrajaya," kata beliau pada majlis dihadiri sekitar 600 orang.
Bersih 2.0 dilancarkan sebagai badan madani, sebagai sebuah badan bebas berbanding 2005 yang digerakkan oleh parti-parti politik.
Pada 2007, Bersih mengadakan demonstrasi besar-besaran di ibu negara meminta diadakan pilihan raya bebas. Bersih 2.0 diberi nafas baru di sebaliknya gesaan PAS dan Parti Keadilan Rakyat pertengahan tahun ini akan badan itu digerakkan semula bagi menuntut pilihan raya umum ke-13 yang adil.
Ia tidak dipimpin oleh ahli-ahli politik. Kelmarin ia mengadakan pertemuan sulung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan memorandum 11 perkara bagi memperbaiki sistem pilihan raya negara agar telus dan adil.
Menurut Ambiga, sistem demokrasi yang adil dan bersih akan mendorong rakyat memilih pemimpin impian mereka masing-masing.
Ambiga yang juga bekas Presiden Majlis Peguam berkata, kerajaan dan SPR sepatutnya menerima 11 tuntutan Bersih 2.0 iaitu pembersihan sepenuhnya daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal elak pengundian berganda dan penyelewengan undi, reformasi proses pengundian, kebebasan pada semua parti untuk mengakses media, memanjangkan tempoh berkempen minimum 21 hari, pendaftaran automatik serta umur turun mengundi diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun dan proses kewangan pilihan raya diurus dengan telus.
"Semua parti mesti memberi perhatian dan angkat cadangan-cadangan ini, kalau SPR masih tidak mendengar dan meletakkan cadangan ini di belakang, kita tahu ke mana kami harus pergi (dan) apa yang kami wajar buat," katanya.
Inilah ungkapan sombong dan bongkak YB Parlimen Kulim iaitu Zulkifli Nordin. "Bagi saya dah tiba masanya Anwar Ibrahim tengok cermin, nilai balik diri, muhasabah…..masa ada lagi….yang nabi sebut umur 63 ni umur dah masuk zon maut…..elok dia muhasabah….dan saya akan pergi jauh lagi supaya dia lebih bertaubat".
Demikian pandangan bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang belot dan yang juga bekas peguam pembelot Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Zulkifli Nordin kepada UMNO-Online
K'jaan P Pinang keluar senarai kontraktor Umno Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengakui mengeluarkan sepucuk surat kepada semua ketua jabatan kerajaan negeri yang menyenaraikan kontraktor yang ada hubung kait dengan Umno. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Islam Abdul Malik Abul Kassim memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri bahawa kerajaan negeri telah menerima pelbagai aduan daripada kontraktor-kontraktor terutamanya kelas F bahawa masih ada kontraktor yang mendapat layanan berbeza disebabkan kaitan mereka dengan Umno. "Senarai kontraktor yang terkandung dalam surat itu bukan bermakna untuk menyenarai hitam mereka yang ada hubungan dengan Umno tetapi adalah untuk pengetahun semua jabatan dan agensi kerajaan negeri," katanya. Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2011, Abdul Malik berkata kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk menambah baik dan membangunkan kontraktor kelas F, antaranya dengan menubuhkan Majlis Perundingan Kontraktor Kelas F untuk menyelesai masalah kontraktor berkenaan.
Terdahulu Shahbudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) meminta penjelasan kenapa kontraktor-kontraktor lain di Pulau Pinang tidak disenaraikan dan hanya kontraktor yang ada hubung kait dengan Umno Pulau Pinang disenarai.
"Saya berpendapat itu adalah sepucuk surat yang berniat prejudis dan jahat untuk mempergaruhi mana-mana pihak supaya tidak memberikan kontrak projek kepada kontraktor berkenaan," katanya. Abdul Malik menjawab: " Itu adalah aduan yang dibuat oleh kontraktor-kontraktor Kelas F dan pihak kerajaan hanya menyenaraikan kontraktor berkenaan dalam kepilan surat tersebut." Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) bingkas bangun dan menyoal sama ada betul apa yang dikatakan dalam surat tersebut bahawa masih terdapat ketua-ketua jabatan yang juga kroni Umno. Abdul Malik berkata bahawa walaupun kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka, tetapi jabatan dan agensi kerajaan negeri yang merupakan kroni-kroni Umno, masih mendapat projek lagi. Apabila Shahbudin bertanya kenapa kontraktor-kontraktor lain termasuk yang bukan Bumiputera dan kontraktor daripada parti politik selain Umno, tidak disenaraikan dalam surat itu, Abdul Malik tidak menjawab dan meneruskan dengan penggulungannya.
KUALA LUMPUR 10 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka kembali bertugas dalam tempoh terdekat setelah disahkan sembuh daripada penyakit ulser dan cacar, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.
Perdana Menteri menjalani ujian endoskopi di Hospital Selayang pagi ini yang menunjukkan ulser yang dialaminya telah sembuh, katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.
Mohd. Ismail berkata, doktor-doktor peribadi Perdana Menteri mendapati tahap kesihatan beliau menunjukkan kemajuan yang amat baik dan beliau boleh kembali bertugas seperti biasa.
Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 untuk Melaka telah mendedahkan tanah dan bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah terjual ke BC Lim Enterprise. Siapakah BC Lim ini? Tanah milik MAIM juga telah dijual kepada Universiti Terbuka Malaysia,manakala sebuah rumah jenis kekal telah dibina diatas Tanah Baitulmal tanpa kebenaran MAIM.Apa tunggu lagi... SPRM kenalah bertindak secepat kilat..
Sila baca laporan penuh di laman web Ketua Audit Negara di http://www.audit.gov.my/
Bapa 'Dr' Fazley adalah bekas S/U Kerja UMNO Tun M dan orang kuat jaga PWTC.Dan bapa beliau pernah dikambing hitam untuk menyelamatkan UMNO dari disaman (link) Isteri 'Dr' Fazley adalah anak kedua Datin Rosman. Hubungan yang bertenaga dan berkuasa. "Dr". Fazley, bekas penyanyi yang pernah popular dengan lagu Asmara Ini rupanya telah menggunakan ijazah kedoktoran palsu sehingga boleh membuka sebuah institut pengajian tinggi yang turut menawarkan kursus ijazah daripada University of Wales. Rancangan terbitan BBC bertemakan siasatan ini mendedahkan bahawa Fazley Yaakob, yang memiliki Fazley International College (FICO) bertempat di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur rata-rata mengetahui bahawa beliau memiliki ijazah sarjana & kedoktoran dalam bidang pengurusan perniagaan. Tetapi, kedua-dua ijazah tersebut adalah palsu dan tipu.
Dorongan daripada kes ini, University of Wales telah menggantung penglibatan mereka dengan FICO, dan tidak akan mengambil mana-mana pelajar daripada FICO untuk belajar dalam bidang MBA & pengurusan perniagaan sehingga siasatan selesai.
Fazley, pernah mendakwa dirinya menerima ijazah daripada European Business School (Cambridge), sebuah institut yang berasal daripada Irish International University, di mana pada tahun 2008, hasil siasatan BBC mendapati bahawa insitut tersebut adalah palsu semata-mata.
Untuk makluman, Fazley adalah anak Dato' Yaacob Mohamad, mantan Setiausaha Kerja UMNO di era pemerintahan Tun M...sementara Azrene (isteri Fazley) adalah anak kedua Rosmah bersama bekas suami beliau, Abdul Aziz Nong Chik, bekas pegawai Petronas
KUALA LUMPUR 11 NOV : Setiausaha sulit kanan Perdana Menteri, Datuk Zakiah Ibrahim didakwa memiliki harta dan mengumpul kekayaan bernilai RM200 juta. Perkara ini didedahkan di laman blog Badrul Hisham http://chegubard.blogspot.com/2010/11/misteri-bagaimana-pegawai-pm-ada-harta.html bersama dokumen pendedahan tersebut. Memetik tulisan di laman blog tersebut Badrul Hisham mendakwa mendapat maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' Jabatan Perdana Menteri(JPM) dengan memberikan dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan seorang pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri mengumpulkan kekayaan secara luar biasa. "Dokumen dan fakta tersebut melibatkan Setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri iaitu Datuk Zakiah Ibrahim," tulisnya. "Datuk Zakiah atau pemberi maklumat menggelarnya ZAKAYA merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini," katanya lagi. Tidak menyukai publisiti, Zakiah dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM. Zakiah adalah individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui runding terus di Kementerian Kewangan. "Menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik PM, Zakiah membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua Umno bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri," katanya. Badrul Hisham mendakwa Zakiah dalam masa yang singkat mengumpul kekayaan sebanyak RM200 juta dengan cara diam-diam melalui dua orang rakannya Datuk Norida Hamzah, CEO Aero Tree Defence & Services Sdn Bhd dan seorang lagi Halim Othman, bekas petugas Sri Satria dan "Nominee Director" untuk Zakiah. "Modus Operandi Zakiah adalah dengan menukar proposal syarikat yang terpilih kepada syarikat Datuk Norida dan Halim atau memanggil ketua bahagian Umno atau kerabat Diraja yang berjaya merebut tender untuk berkongsi kekayaan dengan beliau," katanya. "Hari ini kami kemukakan dua bukti dua syarikat milik Zakiah yang menggunakan kroni beliau dengan memaksa Bank Pembangunan dan Malaysia Debt Ventures Berhad memberikan pinjaman berjumlah hampir RM200 juta untuk projek bernilai RM20 juta," katanya lagi.
Khir Toyo masuk hospital disyaki demam denggi. Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dimasukkan ke Pusat Perubatan Selangor (SMC) di Shah Alam pagi tadi kerana disyaki menghidap demam denggi. ADUN Sungai Panjang itu dimasukkan ke hospital tersebut kira-kira jam 10 pagi selepas mengadu demam, sakit kepala dan badan menggeletar. Isteri beliau, Datin Seri Zaharah Kechik ketika dihubungi berkata, beliau yang bimbang dengan keadaan kesihatan suaminya itu terus membawanya ke SMC untuk pemeriksaan lanjut. "Apabila tiba di hospital, doktor yang melakukan pelbagai pemeriksaan termasuk mengambil sampel darahnya mengesyaki Datuk Seri mungkin mengalami demam denggi. "Dr Khir kemudian diminta untuk menjalani rawatan lanjut bagi memastikan keadaannya baik dan beliau kini berehat di wad," kata beliau.
07 November 2010 - Sebelah malamnya berada di Stadium Ipoh, menyaksikan perlawanan Piala Emas Raja-Raja 2010, antara Kedah vs Perak. Keputusan seri tanpa jaringan. Kedah layak ke suku akhir akan bertemu dengan MASUM di Stadium UiTM, Shah Alam pada hari Sabtu 13hb November 2010. Semoga berjaya !!!
04 - 07 November 2010 - Banjir Besar di Utara Kedah yang melibatkan beberapa daerah iaitu Daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang dan Kota Setar. Banjir ini lebih besar daripada banjir yang berlaku pada tahun 2005, macam biasalah .... BN menjadikan bencana banjir sebagai "BANJIR RAYA" menggantikan "PILIHAN RAYA", memperalatkan agensi pusat ... padahal mereka di Kedah adalah pembangkang. Walaubagaimanapun rakyat boleh menilai mainan politik kotor lagi mengotorkan mereka. Pihak Kerajaan Negeri Kedah terus membantu tanpa mengira fahaman politik. Ucapan terima kasih kepada semua yang membantu sepanjang bencana ini berlaku. Semoga bencana banjir ini mengingatkan kita akan Kebesaran ALLAH.
03 November 2010 - Jamuan Pra Deepavalli dianjurkan oleh Jawatankuasa Persatuan Gabungan Taekwando Kedah di Wisma Darul Aman
02 November 2010 - Menghadiri Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2010 100Plus/FAM di Kuala Lumpur. Kedah menerima anugerah Kelab Penyokong Terbaik dan pemain Kedah Badrul Bakhtiar dianugerahkan sebagai pemain midfield terbaik, syabas diucapkan.
01 November 2010 - Merasmikan dan mengikuti Seminar Bunga Emas Negeri Kedah anjuran Muzium Negeri Kedah di Dewan Utama Balai Seni Negeri, Alor Setar.
30 Oktober 2010 - Menghadiri Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 antara Kelantan dan Negeri Sembilan yang berkesudahan Kelantan telah menjadi juara setelah menunggu selama 89 tahun.
27 - 29 Oktober 2010 - Lawatan kerja Muzium dan Perpustakan Negeri Kedah ke Thailand.
26 Oktober 2010 - Menyampaikan sumbangan hamper Deepavalli kepada kaum India di Kampung Sungai Batu, Tupah Estate, Semeling, Thye Eng Estate, Bedong dan Sungai Layar.
25 Oktober 2010 - Selamat Hari Lahir kepada YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.
Sekali air bah, sekali pasir berubah. Satu peribahasa yang menerangkan tentang perangai manusia apabila menghadapi perubahan pemimpin atau perubahan kaedaan. Perubahan pemimpin dari sebesar-besar pemimpin kepada sekecil-kecil pemimpin atau dari satu keadaan persekitaran kesatu keadaan persekitaran yang lain.
Bah yang melanda Perlis dan Kedah..InsyaAllah ada hikmahnya..walaupun pencacai UMNO cuba memfitnah Kerajaaan PR Kedah yg diterajui oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd. Razak dengan pelbagai tuduhan dan fitnah......" lembab dalam menangani masalah bah di Kedah".
Alhamdulillah, awal-awal lagi YAB dan jentera pentadbiran telah bersiap sedia , Tahniah kepada YAB MB Kedah, Exco, Jabatan Kerajaan, NGO, petugas parti dan sebagainya. InsyaAllah PR akan terus memerintah Kedah.
Cerita yang teman dengar dari seorang kawan di Kedah.. rumah emaknya dilanda banjir dia dipindahkan ke pusat pemindahan..anak-anak beliau meminta beliau pindah kerumah anaknya yang tidak terlibat dengan banjir tapi dia tak mahu sebab "ayaq takdak" kat rumah anaknya, dia lebih selesa tinggal di pusat pemindahan banjir dengan makan minum terjaga, bekalan air pun mencukupi pulak tu diisi dengan kuliah sebagai santapan rohani dan penguat semangat.
Manakala bah yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pada mulanya amat deras arusnya dan makin menggila..tapi perkembangan terkini nampaknya dah mula lesu arusnya.. biarkan bah yang melanda menghanyutkan sampah-sampah yang tidak menyenangkan selama ini. Sesiapa yang nak hanyut bersama air bah..orang Sabah kata silakan bah... Mana-mana yang nak bertahan menjaga maruah dan terus istiqamah..InsyaAllah perjuangan rakyat makin terus gah.
Moga perjuangan kita terus kukuh dan istiqamah, jauhkan pecah belah moga pemilihan pimpinan dalam parti PKR kali ini akan memnambahkan kematangan kepada semua agar berhemah dan terus gagah melangkah.
Buku panduan solat Yahudi Sebagai umat Islam, kita diwajibkan menunaikan solat sebagaimana diajarkan Nabi SAW dengan memenuhi rukun, syarat sah dan beberapa aksesori sunat yang lain. Cara pelaksanaan begini boleh didapati melalui keterangan ayat2 suci al-Qur'an dan hadis2 yang sahih, hasan dan dhaif. Lisan ulamak mujtahid memudahkan kita untuk mencontohi sifat solat Nabi SAW. Semua ini mudah diperolehi dalam pelbagai mazhab muktabar. Disini kami bawakan satu alternatif Sifat solat Nabi SAW menurut mazhab al-Syafie yang dipersembahkan Tuan Guru Kami syeikh Dr Hassan Ali al-Saqqaf al-Qurasyi al-Syafie al-Asya'ri. Buku ini saya terjemahkan sebagai peneguhan hujjah mazhab al-Syafie, sebagai respon Sifat Solat al-Baani dan juga jawapan terhadap ciri2 solat syiah.
Awas! Jangan belajar solat dengan fahaman Wahhabiy kerana mereka mengajar cara solat persis Yahudi. Anda boleh telusuri SOLAT YANG PELIK LG TAK BENAR di bawah ini; Pelampau Wahhabi akan mencela sesiapa yang bersolat tidak meletakkan kedua tangannya di atas dada. Bagi mereka, sesiapa yang tidak melakukan sedemikian maka solatnya dianggap tak betul. Sebahagian wahhabiy mendakwa tidak sah. Ketentuan ini dilihat ada persamaan dengan cara 'solat' Yahudi. Yahudi meletakkan kedua belah tangan mereka di atas dada dan mendakwa sesiapa yang tidak berbuat demikian maka 'solat'nya dikira tidak sah!. Sila lihat buktinya dari awal hingga akhir persamaan di antara mereka (wahabi-yahudi).
Di bawah ini Yahudi cuba mengajar kita cara 'solat' sebenar mereka seperti yang mereka dakwa iaitu meletakkan dua belah tangan di atas dada. Perhatikanlah :
Ini pula Yahudi mengajar dalam 'solat' boleh jalan-jalan dan bergerak2 banyak kali. Ini pula sebahagian cara solat ulamak muda UMNO yang bersolat di PWTC baru2 ni. Mereka bukan sekadar mengamalkan..tetapi turut mengajar orang lain untuk bersolat dengan meletak dua tangan atas dada yang mempunyai persamaan dengan yahudi. Lebih dahsyat lagi, ada pula yang membenarkan boleh berjalan2 ketika bersolat. Perhatikan aksi dibawah dengan baik : Berikut merupakan cara 'solat' Yahudi yang paling 'best' . Iaitu boleh main baring-baring sambil menekap muka ke lantai : Serupa tapi tak sama @ sama@ serupa ? :
Polis Haiti berhasil membongkar jaringan perdagangan manusia berkedok kelompok misionaris yang memberikan bantuan pada kanak-kanak korban bencana gempa bumi di negara itu. Polis sudah menangkap tiga orang misionaris asal AS yang akan menyeludupkan 31 anak-anak Haiti melalui perbatasan negara Republik Dominika. Menteri Sosial Haiti, Yves Christallin mengatakan, selain ketiga misionaris itu, dua orang pastor di Haiti dan di Atlanta terlibat dalam rencana penyelundupan anak-anak Haiti tersebut. Kelompok itu berada di bawah organisasi "Haitian Orphan Rescue Mission". Menurut Christallin, puluhan anak-anak Haiti yang akan diseludupkkan berusia antara 2 bulan sampai 12 tahun, yang diambil dari berbagai wilayah di Haiti. "Ini merupakan kes penculikan bukan adopsi," kata Christallin menolak dalih kelompok misionaris itu, yang mengaku telah menyelamatkan anak-anak tersebut dari pusat-pusat asuhan yang rosak akibat gempa bumi dan ingin membawa mereka ke tempat penampungan sementara. sumber
Tan Sri Muhyidin Yasinmenggesa semua pimpinan parti komponen BN diminta supaya sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat agar mereka tahu bahawa Bn merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat. PAS berpandangan inilah jenis pemimpin 5 tahun sekali, dekat dengan rakyat apabila hampir dengan pilihanraya, apabila lepas pilihanraya muka tidak nampak. Sepatutnya mereka menjadi pemimpin bukan hanya hendak mendapat undi sahaja tetapi kena memikirkan bagaimana hendak membawa rakyat dan negara ini hidup selesa dan bahagia. Perlu diingat bahawa menjadi pemimpin bukan satu kemulian tetapi satu tanggungjawab.
PAS berpandangan pemimpin BN hanya memperkudakan rakyat untuk dapat undi sahaja. Selepas pilihanraya penderitaan rakyat tiada siapa yang peduli. Tekanan hidup rakyat semakin teruk , kerana kuasa membeli semakin berkurangan. Belanjawan 2011 sebagai bukti, menunjukkan bahawa pemimpin masih berbelanja seolah-olah macam berada di dalam lubuk emas. Pembinaan Menara Warisan 100 tingkat dengan kos RM5 bilion, ketika masih ramai rakyat yang tidak ada rumah, walaupun dibantah ia tidak dipedulikan. Mereka buat tuli sahaja, kerana mereka memiliki media untuk mempropagandakan kepada rakyat. Peruntukan Sekolah Agama Rakyat hanya RM 95 juta berbanding dengan Permata milik isteri tersayang RM111 juta. Begitu juga peruntukan untuk Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang boleh dimanfaatkan hampir 3 juta rakyat di tiga negeri hanya RM178 juta iaitu 3.6% daripada kos pembinaan Menara Warisan.
Maka tidak peliklah komen Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali, mengenai kuasa beli di kalangan rakyat semakin merosot di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat.Tambahnya lagi, kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidak seimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sebuah negara. Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai.
Persoalannya adakah pemimpin negara ini mengambil berat hal ini? Apakah mereka hanya hendakberlakon menjadi pemimpin yang cakna rakyat apabila dekat musim pilihanraya. PAS menyeru rakyat bangkit menolak pemimpin BN dan berilah mandat baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir urus dengan baik, kerana terbukti dan teruji.
Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan supaya penambahan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) seramai 300,000 di Selangor pada tahun 2011 tidak mempunyai agenda politik Umno BN untuk menawan Selangor melalui taktik undi pos. PAS mengharapkan sasaran pertambahan mendadak anggota RELA di negeri Selangor tidak menjadi tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos dalam pillihanraya akan datang. PAS memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihanraya kerana ia adalah simpanan tetap BN. Sudah lama PAS menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka.
Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu telus dan jangan menjadi tali barut BN ketika mengendalikan urusan pilihanraya. Baru-baru ini kita telah dikejutkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kumpulan pengundi 'hilang layak undi awam' yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010. Dan lebih mencurigakan, jumlah tiga negeri paling ramai pengundi "hilang layak undi awam" ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007). PAS menganggap ini adalah tindakan untuk mengepung supaya tembok Umno Bn tidak runtuh dan diserbu oleh Paktan Rakyat di negara ini.
PAS mengharapkan supaya semua jentera pilihanraya di semua peringkat sentiasa mengambil berat mengenai daftar pemilih dan memerhatikan senario ini. PAS mengharapkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor perlu serius menangani perkara ini. Modus operandi untuk tawan Terengganu 2004 dahulu dengan menambah pengundi sedang berjalan di Selangor. BN terlalu mengidam Selangor, berbanding negeri-negeri lain, kerana Selangor lubuk emas dan balang oksigen Umno.
Mereka mengecatnya untuk menafikan markaz milik PAS
Setelah ditawan semula dari UMNO
Akhirnya purnama kembali mengambang di malam hari
Keadaan Markaz setelah ditawan
Jam 6.30 petang 11/11/10, Markaz PAS Bukit Baru berjaya ditawan semula dari UMNO yang merampasnya pada minggu lepas namun ia tetap dipertahankan sehingga berjaya menawan semula pada hari ini.
Yayasan Selangor telah membuka permohonan kemasukan pelajar Tingkatan Satu Tahun 2011 di Asrama Yayasan Selangor kepada pelajar yang layak mengikut kriteria ditetapkan.
Borang Permohonan PKA/1 yang boleh dibuat salinan boleh dimuat turun dari laman web Yayasan Selangor [ klik di sini ] atau hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Pendidikan di talian 03-7955 1212 untuk maklumat lanjut.
Ketua de facto pakatan pembangkang Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata PKR akan meletakkan calon muda dan muka baharu dalam pilihan raya umum akan datang.
Kenyataan ini boleh dilihat sebagai satu kempen awal untuk menunjukkan imej yang lebih baik berbanding Umno dan BN yang dipenuhi calon-calon lama.
Apa yang dijanjikan ini memang menarik, kerana secara mudahnya, muda dan baharu sinonim dengan baik, cergas, dan sebagainya.
Tetapi, faktor muda tidak boleh dijadikan kriteria terpenting, sehingga secara default menjadi faktor yang menyebabkan orang muda diutamakan.
Faktor lain, seperti tempoh bergiat dalam parti, pengalaman, dan pelbagai kualiti lain perlu diberi perhatian serius, supaya muda tidak jadi selling point yang terlalu besar sehingga nanti dituntut oleh rakyat sehingga faktor-faktor lain terabai.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-12, rakyat Malaysia dapat melihat beberapa kes wakil-wakil rakyat muda tidak menunjukkan prestasi yang baik, malah, seperti bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin yang telah memalukan PKR dan mengecewakan rakyat Pulau Pinang.
PKR perlu mengelakkan daripada meletakkan calon-calon "botol kicap," yang diundi semata-mata kerana mereka daripada PKR dan dipilih oleh Anwar.
Ketua de facto pakatan pembangkang Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata PKR akan meletakkan calon muda dan muka baharu dalam pilihan raya umum akan datang.
Kenyataan ini boleh dilihat sebagai satu kempen awal untuk menunjukkan imej yang lebih baik berbanding Umno dan BN yang dipenuhi calon-calon lama.
Apa yang dijanjikan ini memang menarik, kerana secara mudahnya, muda dan baharu sinonim dengan baik, cergas, dan sebagainya.
Tetapi, faktor muda tidak boleh dijadikan kriteria terpenting, sehingga secara default menjadi faktor yang menyebabkan orang muda diutamakan.
Faktor lain, seperti tempoh bergiat dalam parti, pengalaman, dan pelbagai kualiti lain perlu diberi perhatian serius, supaya muda tidak jadi selling point yang terlalu besar sehingga nanti dituntut oleh rakyat sehingga faktor-faktor lain terabai.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-12, rakyat Malaysia dapat melihat beberapa kes wakil-wakil rakyat muda tidak menunjukkan prestasi yang baik, malah, seperti bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin yang telah memalukan PKR dan mengecewakan rakyat Pulau Pinang.
PKR perlu mengelakkan daripada meletakkan calon-calon "botol kicap," yang diundi semata-mata kerana mereka daripada PKR dan dipilih oleh Anwar.
Tan Sri Harussani kata Dato' Seri Zambry raja segala haram tidak syirik dan khurafat ketika menyertai majlis ancak tiang seri baru- baru ini. Alasannya dia kata dia dah mendengar penjelasan si Zambry. Si MB haram tu kata dia tak ada niat dan tidak mengetahui majlis berkenaan.
Alahai Harussani, kita dah bagi bukti yang cukup untuk membuktikan tuduhan si Zambry tu melakuan syirik dan khurafat. Yang percaya sangat si haram tu buat apa??. Nampaknya Harussani sanggup menggadai prinsip Islam demi mempertahankan si Zambry.
Wahai Harussanai. Ini bukti yang cukup sahih untuk membuktikan si Zambry.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, mengesahkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak melakukan syirik dan khurafat ketika menyertai majlis ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong Kuala Kangsar, bulan lalu.Katanya, ia susulan pertemuan beliau dengan Menteri Besar kelmarin bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai majlis berkenaan."Selepas mendapat gambaran daripada Dr Zambry, jelas menunjukkan beliau tidak mempunyai niat melakukan perkara itu malah tidak mengetahui majlis berkenaan diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik."Menteri Besar memberitahu beliau hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai. Tiada jampi mentera, sebaliknya hanya membaca doa selamat," katanya ketika dihubungi semalam.Jelasnya, Zambry juga melakukan perbuatan menaikkan tiang seri atas permintaan orang ramai, malah beliau tidak tahu ancak dan mengatakan tidak berniat."Jika begitu, itu bukan melakukan syirik dan khurafat," katanya. Pembangkang hanya saja buat kecoh tapi bila Nizar dan beberapa orang PAS pegang lilin depan gambar Teo Beng Hock boleh pula, apa jenis PAS ini.
Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang turut memberi ucapan dalam pertemuan tertutup Rapat Anak Muda berkata, beliau menasihatkan anggota parti berkenaan supaya bersabar dan "tidak mengikut rentak orang luar."
"Walaupun ada kelemahan saya tengok ini satu keberanian di pihak parti untuk kemukakan cara baru (melalui pemilihan langsung)
"(Memang) ada masalah tetapi itulah sebenarnya kekuatan dia supaya pemimpin itu naik dengan cara yang terbuka yang telus.
Walaupun saya tak nafikan ada pemimpin yang gunakan cara yang tak sihat tapi lama kelamaan orang ini akan terkeluar juga.
"Mungkin sekarang tidak, jadi saya katakan tadi kena bersabarlah, jangan sampai bakar kelambu kerana ada satu dua masalah.
Kena bersabar dan gunakan saluran yang ada, saya katakan tak ada benda yang tak ada kelemahan. Ini kali pertama, kena bersabarlah.
Tambahnya, PKR perlu menghadapi masalah yang timbul dalam pemilihan kali ini "dengan berani."
ALOR SETAR , 11 Nov. : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hilang sabar apabila Kerajaan Negeri terus didakwa bersikap lepas tangan dalam menangani isu banjir selain beliau sendiri dituduh tidak turun padang melawat mangsa. Selepas mesyuarat Exco berakhir semalam, Azizan menafikan kenyataan berhubung tuduhan itu dengan nada agak keras.
"Orang cakap lain, lain ditulis. Buat kerja ikutlah cara halal, tulis bohong sana sini, itu kerja haram," katanya, dituju kepada wartawan tertentu disifatkan berat sebelah dalam menulis.
Wakil media elektronik yang menjadi sasaran Azizan mempertahan kenyataan disiarkan.
Azizan dengan nada tinggi berkata, apa dilaporkan berhubung isu banjir itu adalah pembohongan.
"Hari pertama di Padang Terap, saya redah banjir. Setiap hari balik lewat malam menjengah mangsa, cuma wartawan tidak ikut," katanya.
Wartawan lain pula bertanya mengenai peruntukan Kerajaan Negeri kepada mangsa.
Dengan lantang Azizan menjelaskan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun memberi bantuan wang tunai kepada mangsa banjir di Kedah.
"Kena tanya Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah," katanya.
Azizan juga meminta wartawan merujuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah mengenai diskaun bil air.
Azizan enggan melayan sebarang pertanyaan mengenai banjir di Kedah dan minta soalan lain dikemukakan.
"Saya tak nak campur tangan hal orang lain dan saya tidak suka orang lain campur tangan di Kedah atau dalam urusan saya," katanya.
Apabila wartawan terus menerus bertanyakan isu banjir, Azizan dengan wajah serius dan marah enggan melayan sebarang pertanyaan.
Ketika berjalan menghampiri pintu keluar bilik sidang media, Azizan ditempelak soalan daripada wartawan media elektronik yang enggan mengalah.
Barangkali terasa dirinya diprovokasi, Azizan membalas: "Hangpa pembohong! Kata saya tidak turun padang, buat berita kata ayam busuk sebab tak ada bekalan air. Pertikai peruntukan dan bantuan Kerajaan Negeri, sedangkan kita salurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah."
"Lain kali buat kerja ikutlah cara Islam," katanya sambil berlalu pergi.
Ingat Melayu aje mudah lupa! Rupa-rupanya sepesis mamak sorang ini lagi teruk pelupanya. Tun Mahathir bin Mohamed Kutty kena tulis buku 'Mamak Dilemma' selepas tahun 1970 beliau menulis buku kontreversinya ' The Malay Dilemma'. Kerana di alaf millennium, penyakit pelupa ini singgah juga kepada mamak ni.
Bukan lupa projek! Lupa jawatan MB! Lupa jugak asal-usulnya. Tetapi Zambry selaku MB Perak tetapi lupa fatwa negeri beliau sendiri. Mufti Harrusani yang dikucup tanggannya. Adakah semua ini sandiwara? Adakah ini cerita Hindustan??
Pertamanya ketika rakyat heboh tentang fatwa Tan Sri Harrusani yang telah memfatwakan konsert Sure Heboh itu haram. Bahkan dirujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert Sure Heboh (sebelum ditukarnama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkanmaksiat di kalangan anak-anak muda. Dan sekian lama Konsert seperti itu tidak dibaw masuk ke Perak khusus dizaman pemerintahan PR yang DS Nizar sebagai MBnya tetapi setelah rampasan kuasa UMNO-BN di perak lalu Zmbry telah memberi kelulusan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh yang diadakan di pengkalan Tentera Laut Diraja. Lumut pada 25 dan 26 April 2009.
Selepas itu timbul pula isu apabila MB Zambry yang turut sama terlibat dalam meletakkan ancak ketika mendirikan rumah. Upacara masyarakat melayu lama yang khurafat dan boleh membawa kepada syirik itu cuba dihidupkan kembali dan nak dikomersialkan. Mungkin sebagai produk pelancongan kot. Tetapi sedia maklum perkara sedemikian dicegah syarak.
Tak cukup dengan isu itu yang masih lagi berpanjangan dan kini didedahkan dengan video pula setelah ianya dinafikan oleh MB Zambry. Mungkin kot dia berlakun je kot. Bersandiwara?
Apa kata mufti tentang amalan ini? mungkin ulama muda ada pandangan!
Fatwa negeri Perak yang dipetik dari Laman Web Jabatan Mufti Perak
Haram merayakan perayaan orang-orang kafir
Orang-orang Islam adalah dilarang sama sekali mencampuradukkan perayaan orang Islam dengan perayaan orang-orang kafir dalam apa jua bentuk sekalipun. Menyentuh tentang para peniaga yang menggunakan perkataan "Deeparaya" yang dipercayai dari perkataan Deepavali dan Hari Raya, adalah haram bagi umat Islam menggunakan perkataan itu meskipun bagi gimik melariskan jualan mereka.
Ustaz Zamri Hashim berkata demikian melalui Radio Malaysia 3 Ipoh dalam siaran Soal Jawab Agama, pagi ini. Menurut Ustaz Zamri lagi, umat Islam adalah diingatkan kepada surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"
Hukum merayakan perayaan orang-orang kafir sudah disepakati oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sebagai salah satu perbuatan yang diharamkan.Justeru itu umat Islam adalah dilarang merayakan perayaan orang-orang kafir biar dalam apa bentuk, secara bersama atau menghadiri perayaan itu. Biarkanlah orang-orang kafir merayakan mereka mengikut cara mereka tanpa melibatkan diri kita selagi kita mengakui keIslaman kita - JMNPk
Malangnya MB Zambry telah meganjurkan sendiri perayaan tersebut dirumah MB sendiri di Ipoh. Bahkan takde pemimpin UMNO sendiri pun sebelum ini yang menganjurkannya dirumah rasmi mereka. Biasanya mereka hadir upacara yang dilakukan di rumah pemimpin parti kompenen mereka. Kalau Depavalli akan dianjurkan oleh pemimpin MIC atau kuil. Dan apabila Tahun Baru Cina mereka hadir dirumah pemimpin MCA.
Habis Zambry ni bangsa apa? Beliau menganjurkan sambutan Tahun baru Cina. Nak katakana beliau itu cina. Tak munabah dengan warna kulit beliau. Kalau YB Idham Lim yang anjurkan atau YB Anuar Tan menganjurkan di Kelantan munasabah juga sebab dia cina. Ini mamak. Adakah semua ini sandiwara untuk menarik undi cina?
Setahu kita pula MB Zambry beragama Islam. Habis macamana pula beliau menganjurkan perayaan Deepavalli dikediaman rasminya. biasa? Biasanya ia dianjurkan oleh penganut Hindu? Tidakkah ia bertentangan dengan fatwa negeri Perak sendiri.
Ahad Februari 14, 2010 Rumah Terbuka MB Perak Dapat Sambutan
IPOH: Majlis rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina anjuran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada hari ini mendapat sambutan masyarakat pelbagai kaum. Majlis itu yang julung kali diadakan oleh seorang Menteri Besar bagi meraikan perayaan kaum lain, berlangsung dari pukul 1 tengah hari hingga 3 petang di kediaman rasmi Menteri Besar di sini.
Dalam pada itu, Zambry berkata, kerajaan negeri bercadang untuk menganjurkan salah satu perayaan utama dalam kalendar masyarakat Sikh iaitu perayaan Vaisakhi peringkat kebangsaan di tempat sama (kediaman rasmi MB) pada April ini jika mendapat sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.– BERNAMA
Dan yang terbaru pada 7 nov 2010. Ahad baru-baru ini Zambry mengadakan rumah terbuka perayaan depavalli. Di kediamannya di Ipoh.
Sepatutnya Mufti Perak memangil MB Zambry untuk diberi garis panduan yang melibatkan perkara yang menyentuh aqidah. Ia bukan sekadar untuk pemimpin UMNO-BN tetapi akan menjadi panduan juga kepada rakyat amnya. Manusia itu mengikut agama pemimpinnya.
Ketika Mufti Harrusani berceramah sebuah masjid di Terengganu, beliau cukup tegas menyuarakan tentangan beliau tentang Islam Liberal dan Pluralisme agama. Nampaknya apabila ianya dilakukan oleh pimpinan UMNO sendiri di negeri beliau sendiri, beliau diam membisu. Kenapa?
Adakah ianya haram jika PR yang lakukan. Heboh dan bising seperti nyalaan lilin sebagai protes kematian Teo Beng Hock dulu. Habis mufti, agamawan yang beri fatwa. Habis kalau kena dengan pimpinan UMNO-BN macam ni. Mana pergi ulardalam semak ni? takkan nak jadi setan bisu?? mana ulama muda UMNO yang nak nasihat UMNO tu?
http://kalamperantau.wordpress.com/ DATUK Zaid Ibrahim mengadakan sidang akhbar di rumahnya semalam bagi menjelaskan mengenai tindakannya menarik diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan jawatannya dalam parti. Berikut adalah sedutan sidang akhbar itu: ZAID: Soal pemilihan kita telah timbulkan, bukan baru. Jadi, tak betul Anwar kata saya timbulkan sebab kalah di Sabah. Saya [...]
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang. Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak [...]
Umnolah yang menjadi penyebab mengapa bangsa Melayu hari ini dihina di tanahair sendiri, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan Naib Presiden Umno, Dato’ Zahid Hamidi kepada media. PAS cuba memberi jawapan kepada Zahid yang tercari-cari punca mengapa hak orang Melayu sering dipertikaikan di buminya sendiri. Zahid cuba membentuk [...]
Kuala Terengganu : Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said dilaporkan sanggup membohongi rakyat Terengganu dan Malaysia amnya, dengan program berkhatam al-Quran beramai-ramai hingga memecah rekod Negara dan dunia.
Kononnya, ramailah anak-anak Terengganu ini berkhatam al-Quran hingga dalam satu masa mencecah hampir 17,000 orang diadakan serentak.
Skuad Buletin, bukan cuba menafikan tanpa sebab tetapi didedahkan maklumat ini oleh para guru dan murid-murid sendiri yang terlibat dengan majlis khatam Quran itu.
Ianya, dibuat semata-mata inginkan nama tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagaimana yang pernah dibuat oleh mantan Menteri Besarnya, Dato' Seri Idris Jusoh.
Hari ini, MB Mat Said juga meraikan kejayaannya apabila menjadi negeri pertama perkenalkan khatam al-Quran menggunakan buku elektronik atau e-Book yang diagihkan kepada para pelajar tahun enam sejak dua tahun lalu.
Sekaligus, katanya tercatatlah dalam Malaysia Book of Records program tersebut berlangsung serentak di seluruh daerah di negeri ini menyaksikan seramai 2,170 murid khatam menggunakan e-Book.
Bahkan, katanya seramai 16,929 orang murid tahun lima dan enam di seluruh negeri terlibat dengan program khatam al-Quran tersebut.
Tinjauan Skuad Buletin pada majlis khatam al-Quran yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu telah melihat sendiri ada sesuatu yang tidak kena serta bermotif politik.
Ibubapa dan orang ramai dapat melihat sendiri dengan jelas sebahagian besar para pelajar khatam al-Quran yang sepatutnya menggunakan e-Book tidak berbuat demikian.
Sebaliknya, murid-murid terbabit membaca dengan berpandukan kitab kecil yang dibekalkan kepada setiap peserta.
Buku elektronik (e-Book) yang diletakkan dihadapan pelajar itu sekadar hiasan sahaja dan apa sebab tidak diketui.
Selain itu, pemilihan murid yang terlibat dengan khatam al-Quran turut diragui kerana terdapat ramai di kalangan pelajar berkenaan sebenarnya belum lagi khatam sepenuhnya.
Menurut sumber dalaman pemilihan para pelajar terbabit adalah termasuk mereka yang boleh membaca al-Quran meski pun belum khatam sepenuhnya.
Malah, apa yang melucukan terdapat juga di kalangan para pelajar terbabit yang terpilih ke program khatam al-Quran kerana mengikut kawan sahaja.
Seorang guru pengiring yang enggan disebut namanya mendakwa pemilihan pelajar ke program khatam al-Quran dibuat secara angkat tangan.
"Kelakar juga kali ini, pemilihan pelajar untuk program khatam al-Quran ini dibuat secara angkat tangan.
"Guru akan tanya anak muridnya sesiapa yang telah khatam Quran angkat tangan dan beri nama untuk menyertai majlis berkhatam beramai-ramai di Stadium," ujarnya.
Menurutnya, jika diselidiki betul-betul jumlah pelajar yang benar-benar khatam al-Quran tidak seramai yang diumumkan Menteri Besar Terengganu.
Seorang pelajar, Mohd Firdaus (bukan nama sebenar) mengakui belum 'tamat' (khatam) Quran tetapi terpilih kerana mengangkat tangan ikut kawan.
"Saya belum tamat (khatam) lagi Quran 'besar' tetapi boleh membacanya. Bila ustaz tanya dalam kelas siapa tamat Quran angkat tangan. Saya pun angkatlah ikut kawan," jelasnya dari sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu.
Katanya, tindakan berbuat demikian dilakukan oleh ramai lagi kawan-kawan yang lain kerana pemilihan terbuka.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyifatkan kes pelajar yang belum tamat al-Quran tetapi 'dikhatamkan' usaha terdesak kerajaan Barisan Nasional mencari nama.
Katanya, demi mengejar nama untuk dibanggakan kerajaan Umno-BN Terengganu boleh buat apa sahaja walau pun dengan cara menipu.
"Ini bukan perkara baru, banyak kes yang berlaku di negeri ini dibuat hanya untuk cari nama dan dibanggakan walau pun secara tidak betul.
"Pencapaian UPSR setiap tahun diragui, kejayaan mengatasi kemiskinan diragui, khatam Quran diragui dan banyak lagi pencapaian di bawah kerajaan Umno-BN diragui," ujarnya.
Menurutnya, PAS bukan menentang usaha baik yang dilakukan kerajaan negeri jika benar-benar terjadi tanpa 'pembohongan'.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung berkata akan membangkitkan beberapa isu yang meragukan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) akan datang.
Abdul Aziz Yusoff yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November lalu, hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan yang baru.
Majlis angkat sumpah itu diadakan di hadapan Timbalan Speaker Mohd Zaki Ibrahim sebelum persidangan DUN bermula 9 pagi tadi.
Pada pilihan raya kecil awal bulan ini, Abdul Aziz, 49, menang dengan majoriti 1,190 undi setelah memperolehi 5,324 undi menewaskan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad yang mendapat 4,134 undi.
Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya dari PAS, Chek Hashim Sulaima pada 27 September lalu kerana barah usus.
BN kini mempunyai tujuh wakil di DUN Kelantan manakala PAS 38.
LENGGONG, 11 Nov. : Kira-kira 20 peneroka Felda Lawin Selatan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik berhubung rasa tidak puas hati mereka berkenaan penetapan harga kayu getah yang didakwa terlalu rendah.
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan PAS Perak, Razman Zakaria berkata, peneroka membuat keputusan itu setelah dinasihatkan pihaknya sewaktu majlis dialog di Felda Lawin Selatan, kelmarin.
Menurutnya, laporan itu turut menyentuh masalah ketiadaan surat perjanjian jual beli kayu getah antara peneroka dan kontraktor serta tiada tender terbuka.
"Perjanjian antara pihak terlibat juga didakwa tidak pernah ditunjukkan kepada peneroka menyebabkan proses tatacara pemberian tender tidak jelas.
"Bagaimanapun kerja-kerja penebangan tetap diteruskan oleh pihak kontraktor dan kini peneroka sudah mendapat bayaran tambahan sebanyak RM2,000," katanya ketika ditemui di IPD Gerik.
Hadir sama, Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Pas Pusat, Mazlan Aliman serta Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas Gerik.
Razman berkata, peneroka juga tidak berpuas hati dengan bayaran yang diberikan melalui bank setelah ditolak hutang sedangkan butiran lengkap tidak diketahui.
"Bayaran kayu getah yang diberikan adalah kira-kira RM23,000 bagi 4 hektar berbanding RM38,000 bagi Felda Papulut dan RM40,000 bagi Felda Lawin Utara," katanya.
Katanya, diharap pihak berkenaan akan membuat siasatan bagi membolehkan peneroka mendapat pembelaan sewajarnya. SH
PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI Tarikh : 25 November 2010 (Khamis) Tempat : PASTI Az Zaki, Melang, Kuala Pilah Sunat biasa : RM 100.00, Sunatron : RM 120.00 Doa selamat dan kenduri disediakan.
TELUK INTAN, 10 November - Para ahli PAS perlu sentiasa mengambil iktibar dari sirah para Nabi dan Rasul di dalam perjuangan dan dakwah. Pejuang agama perlu menjadikan perjuangan para Nabi dan Rasul sebagai kayu ukur perjuangan mereka. Demikian dinyatakan oleh Ustaz Zawawi Hassan, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak di dalam Program Liqa Fikri PAS Kawasan Teluk Intan. Beliau telah dijemput sebagai naqib jemputan bagi liqa bulan November.
"Setakat manakah cabaran dan cubaan yang kita terima di sepanjang perjuangan dakwah kita ini ? Para Nabi dan Rasul berjuang siang dan malam. Sentiasa berfikir dan bekerja demi dakwah sepanjang masa. Mereka sentiasa dicemuh, dibenci, difitnah dan pelbagai lagi. Kadangkala, hasil dakwah mereka tidak berbaloi dengan apa yang mereka lakukan," jelas beliau.
"Perjuangan suci ini, selagi tidak diuji tidak akan dapat kemanisan dalam perjuangan itu. Elakkan diri daripada sentiasa berada di dalam zon selesa dan zon selamat akibat keengganan kita berhadapan dengan cabaran ummat."
Pengisian liqa kali ini yang penuh dengan motivasi telah menarik perhatian para hadirin dalam kalangan para pimpinan PAS kawasan, cawangan dan ahli-ahli.
Akhirnya, beliau meminta para ahli PAS agar sentiasa berjiwa jemaah dalam apa jua tindakan. Mereka juga perlu mempunyai sikap tahan diuji agar perjuangan sampai ke tahap paling tinggi dalam usaha mendaulat dan menegakkan syariat Allah di muka bumi ini.
Turut hadir di dalam program bulanan ini ialah YDP PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, pimpinan PAS kawasan, Dewan Pemuda kawasan, Dewan Muslimat kawasan, cawangan-cawangan serta para ahli PAS.
Sebuah usul dikemukakan di Dewan Rakyat supaya gaji Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipotong sebanyak RM10 berhubung kenyataannya bahawa masyakat bukan Melayu kurang menganggotai angkatan tentera kerana kurang semangat patriotik.
"Ketidak-sensitif Zahid dan tuduhan tanpa asasnya di Parlimen telah menghiris perasaan bukan Melayu," kata M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), yang mengemukakan usul berkenaan.
Zahid menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat pada Selasa lau apabila membuat kenyataan bahawa golongan bukan Melayu kurang semangat patriotik dalam penjelasannya mengenai kurangnya rekrut bukan Melayu dalam angkatan tentera negara.
Beliau mendedahkan rekruit berbangsa Cina dan India masing-masing hanya berjumlah 1.2 peratus daripada jumlah yang diterima sepanjang tahun 2008 dan 2009.
Pembangkang yang tidak puas hati dengan kenyataan itu membidas Zahid yang didakwa mempersoalkan kesetiaan masyarakat bukan Melayu, manakala MCA pula mendakwa ada masalah dengan perkhidmatan ketenteraan yang menyebabkan golongan itu meminggirkan kerjaya di angkatan tentera.
Bermula dari sesi pengenalan peserta Mari Menari (MM) lagi, Dita yang baru saja tersingkir pada minggu ke-3 MM telah dihambat dengan pelbagai isu panas terutama sekali isu berkaitan tudung. Isu ini dianggap berat kerana Dita atau nama sebenarnya Rudita Mohd Yusop telah berstatus sebagai seorang ibu kepada 5 orang anak.
Menjawab segala pertanyaan berkaitan isu yang berbangkit ini, Dita yang ditemani suaminya Mohamad Faidzal, 42, seakan sudah bersedia bagi menjelaskan isu tersebut. "Sebenarnya, saya memang seorang wanita yang bertudung. Terus-terang, saya buka tudung pun atas kerelaan saya sendiri tanpa ada paksaan atau hasutan dari sesiapa. Masa saya pergi ke uji bakat, saya masih lagi bertudung. Pun begitu, selepas berbincang dengan suami dan kerana tidak mahu mengecewakan hasrat anak yang mahu kami beraksi dalam MM , saya pun telah bersetuju untuk buka tudung".
Dia tidak kisah apa orang nak nilai dan kata tentang dirinya. Malah, dia mendakwa orang bertudung tidak semestinya mempunyai perilaku yang baik hati budi. "Saya bukan nak riak atau nak cakap saya ni baik. Hakikatnya, orang yang tak tinggal solat 5 waktu pun belum sah dapat masuk syurga. Sesungguhnya bagi saya, siapalah kita sebagai manusia biasa untuk menghukum atau menilai seseorang berdasarkan luaran saja".
"Apapun, kami masuk MM bukannya nak menang semata. Cukuplah sekadar dapat menunaikan impian anak kami yang mahu melihat ibu bapa mereka masuk TV". Menyokong pendapat isterinya itu, Faidzal yang bertugas sebagai bodyguard VVIP mengambil jalan selamat dengan mendiamkan diri.
"Hal bertudung ini susah nak dibahaskan. Semua terletak atas individu itu sendiri. Saya sebenarnya tak tahu nak cakap apatah lagi mengulasnya dengan lebih terperinci. Namun, saya hanya boleh kategori apa yang dilakukan isteri saya ini adalah pengorbanan dari seorang ibu untuk anak-anak".
Dita menegaskan bahawa selepas ini dia akan kembali bertudung seperti biasa. "Saya akan berimej seperti dulu. Saya buka tudung pun kerana masuk pertandingan sahaja. Sejujurnya, mak mentua saya seorang yang alim. Dia tak ada pula marah dengan tindakan saya"
Ahli parlimen PAS Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad hari ini diarahkan keluar dari Dewan Rakyat kerana menimbulkan ketegangan berhubung identiti seorang pelajar lelaki yang dirotan kerana membawa nasi dengan daging khinzir goreng dan sosej yang tidak halal.
Dzulkefly (kiri) yang berang dengan hujah yang ditimbulkan oleh Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) bahawa bapa budak berkenaan beragama Islam.
Justeru, "tidak wajar" bagi seseorang Islam membawa makanan "haram" ke sekolah.
"Jika bapa budak itu beragama Islam, maka sewajarnya budak itu juga semestinya beragama Islam," kata Zulkifli.
Namun, menurut Dzulkefly, isu yang dibangkitkan bukan berhubung indentiti agama pelajar berkenaan tetapi tindakan pihak sekolah yang menghukum budak lelaki itu dengan merotannya.
Makan babi
Zulkifli kemudian berkata "inilah PAS menggalakkan anak Muslim makan babi".
Kenyataan itu telah mencetuskan ketegangan di Dewan Rakyat dengan Dzulkefly terus membidasnya dengan berkata: "Inilah amalan agama yang paling sempit".
Kenyataan itu kemudiannya membangkitkan kemarahan bukan sahaja Dzulkefly, malah sebahagian ahli parlimen Pakatan Rakyat lain.
Turut bangun membantah Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), dan Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja).
Tidak berpuas hati dengan kenyataan Zulkifli itu, Dzulkefly kemudiannya bangun membantah sehingga dewan menjadi kecoh dan tidak terkawal oleh Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Jaafar.
Meskipun diarahkan oleh timbalan speaker supaya berhenti bertengkar dan duduk, namun Dzulkefly terus membidas bekas ahli parlimen PKR yang berpaling tadah itu.
Wan Junaidi kemudian mengarahkan supaya Dzulkefly keluar dewan sehingga waktu makan tengahari berahir pada jam 2.30 petang ini.
"Apa yang memanaskan saya apabila saya disuruh duduk, dalam masa sama Kulim Bandar Baharu (Zulkifli) terus menerus menyerang PAS, serang Islam dan serang saya," katanya di luar pintu dewan.
Khianati agama
Pada sidang media selepas itu, Dzulkefly mendakwa ahli parlimen Kulim Bandar Baharu sengaja menggunakan ruang perbahasan untuk mencetuskan pertentangan.
"Dalam semangat toleransi beragama, Kulim Bandar Baharu membuat satu penyataan yang menunjukkan orang Islam ekstrem.
"Kalau benar mahu bahas isu ini, bukan di sini, tapi Kulim Bandar Baharu terus mengatakan bahawa inilah PAS, yang menghalalkan orang Islam makan babi.
"Inilah cara paling jahat yang sebenarnya mengkhianati agama atas kononnya untuk memperjuangkan agama," katanya kesal.
Sementara itu, Yusmadi Yussof (PKR-Balik Pulau) pada sidang media sama turut mengecam sikap Zulkifli.
Katanya, Zulkifli tidak bertanggungjawab dan tidak mengamalkan konsep Islam moderat yang mahu ditonjolkan kepimpinan negara.
"Saya terkilan kerana Kuala Selangor (Zulkefly) menjadi mangsa dalam usaha pertahankan Islam yang sebenar," ujarnya.(malaysiakini)
Berikut ini adalah petikan edisi [BH] online hari ini yang jelas membuktikan kepada kita sekali lagi siapakah sebenarnya Harussani Zakaria. Adakah dia Mufti Perak ataupun mufti UMNO ?
Sebagai pelengkap kepada apa yang dikatakan pertemuan Harussani dengan Zambry, maka saya paparkan sekali lagi apa yang dilakukan oleh Zambry dalam gambar-gambar dibawah. Sesudah ini siapapun boleh hadir dalam apa sahaja yang bercanggah dengan hukum Islam, asalkan tidak mempunyai niat melakukan perkara itu. Perlu diingat rakaman video dan gambar-gambar membuktikan apakah kenyataan hasil pertemuan mereka berdua benar atau tidak .
Sebenarnya Harussani belum menjawab apa yang dipersoalkan oleh pemuda PAS Perak, mengenai upucara itu bercanggah dengan Islam atau tidak. Jawapannya juga saya lihat untuk menyelamatkan Zambry. Namun bagaimana mereka yang hadir pada hari itu.
Selain itu saya lihat Harussani tidak menggunakan saluran yang sebenarnya bila sering memberikan pandangan peribadi tampa merujuk Jawatankuasa Fatwa Perak yang telah ditauliahkan oleh DYMM Sultan Perak.
Disebabkan perkara ini besar dan menyangkut akidah umat sepatutnya Jawatankuasa Fatwa yang mengeluarkan fatwanya.
Anehnya Zambry beria-ia sangat mempertahankan tindakannya dengan mengungkitkan perbuatan saya dan Dato" Seri Nizar yang memegang lilin selepas Sidang Akhbar berkaitan kematian Teoh beng Hock. Saya menafikan dengan kers bahawa kami melakukan upucara sembahyang. Seingat saya ianya sebagai tanda protes kepada kezaliman sehingga menyebabkan kematian seorang warganegara Malaysia yang sepatutnya tidak berlaku.
Namun dalam soal ini Harussani ternyata tidak adil dengan berpandukan kepada gambar semata-mata dan soalan yang dikemukan oleh wartawan dia terus mengatakan tindakan kami itu haram. Menurut Harussani tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama.
Harussani Zakaria berkata, perbuatan itu menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian.
Kalau begitulah kenapakah tindakan Zambry tidak dikatakann oleh Harusssani adalah ajaran dari agama Hindu dan juga hukumnya haram.
Sebenarnya memegang lilin dalam masyarakat cina tidak sekadar merujuk kepada pemujaan, atau berkabung. Sebaliknya, dalam masyarakat cina, memegang lilin tidak sekadar dilakukan dikala berlaku kematian, bahkan ia digunakan sebagai satu symbol dalam melakukan sesuatu protes.
Sebelum ini pun, banyak program-program berbentuk protes terhadap kezaliman ISA disertakan dengan acara membawa lilin kecil. Saya juga pernah bersama Gerakan mansuhkan ISA berarak ke Kem Tahanan Kamunting sebagai tanda protes. Ia merujuk kepada kezaliman telah bermaharajalela.
Berita Harian Online.10/11/2110...IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak melakukan syirik dan khurafat ketika menyertai majlis ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar, bulan lalu.
Mengesahkan perkara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata ia susulan pertemuan beliau dengan Menteri Besar kelmarin bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai majlis berkenaan.
Katanya, selepas mendapat maklumat daripada Zambry, jelas menunjukkan beliau tidak melakukan syirik dan khurafat kerana Menteri Besar tidak mempunyai niat melakukan perkara itu, malah tidak mengetahui majlis berkenaan yang diatur penduduk boleh membawa kepada unsur syirik.
"Menteri Besar memaklumkan beliau hanya memegang tiang dan menolaknya bersama-sama orang ramai. Tiada jampi mentera, sebaliknya hanya membaca doa selamat.
"Beliau cuma melakukan itu (menaikkan tiang seri) atas permintaan orang ramai, malah dia pun tak tahu ancak dan mengatakan tak ada niat pun. Jika begitu, itu bukan melakukan syirik dan khurafat," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
Dewan Pemuda PAS baru-baru ini menghantar memorandum kepada Harussani mendakwa Zambry melanggar ajaran Islam dengan menghadiri upacara meletakkan ancak pada tiang seri rumah.
Bagaimanapun Zambry menjelaskan, beliau hanya menyempurnakan majlis berkenaan yang diatur penduduk dan menempelak Pemuda PAS Perak kerana mengambil kesempatan menggunakan agama untuk kepentingan politik, walaupun program dihadirinya begitu murni iaitu membabitkan pembinaan rumah kepada pasangan orang kurang upaya (OKU).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Datuk Ramly Zahari pada sidang medianya kelmarin turut menjelaskan majlis berkenaan bermula dengan doa dan diikuti tepung tawar seperti adat Melayu sejak zaman berzaman. /Tamat.
Saya serahkan kepada seluruh pembaca menilai gambar-gambar dibawah.