Salam Perjuangan Posted: 26 May 2011 11:23 PM PDT |
PAS KAWASAN KUBANG PASU Posted: 26 May 2011 11:13 PM PDT Umno yang cemas dan lemas; rakyat ok-ok sahaja Posted: 25 May 2011 11:16 PM PDT Oleh Dr Khairuddin Abdul Malik
Tidak siap a di dunia ini percaya Umno adalah parti Islam. Buktinya sahabat sekelambu Umno: iaitu MCA awal-awal lagi memberikan amaran supaya Umno jangan pandai-pandai ajak PAS masuk BN kecuali jika PAS menggugurkan hasrat untuk melaksanakan prinsip Islam di Malaysia. SEJAK pilihan raya Sarawak berakhir,negara gegak gempita dengan ucapan-ucapan retorik pemimpin-pemimpin Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tajaannya Perkasa. • Orang Cina tak berterima kasih dan tak mengenang jasa Barisan Nasional (BN).
• Orang Cina nak ambil alih kuasa daripada Melayu.
• DAP ada agenda nak singkirkan kuasa Melayu.
• Kalau orang Cina tak sokong MCA,tidak ada lagi suara Cina di Putrajaya dan orang Cina akan merana.
• PAS susah-susah dukung Pakatan Rakyat,tapi DAP yang menang.
• Lebih baik PAS bersama Umno kuatkan kuasa Melayu.
• Buat apa PAS berpakat dengan DAP, kerana DAP tak pernah pun memperjuangkan Islam.
Malah media lidah bercabang Umno, Utusan Malaysia lebih jauh lagi mendedahkan betapa membarahnya roh Umno yang sedang sakit itu dengan kenyataan seperti berikut : "Umno-BN disarankan lupakan sahaja undi orang-orang Cina dan mengajak orang-orang Melayu bersatu dengan slogan baru '1Melayu , 1Bumi'.
Penulis bahkan dimaklumkan oleh rakan-rakan daripada Kementerian Pelajaran jagaan Muhyiddin Yassin (TPM Malaysia),kursus dan pelbagai seminar yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran mengugut kakitangan kerajaan tentang kemungkinan DAP akan menguasai Malaysia. Diceritakan betapa jahatnya DAP. Namun, PAS tidak diserang sekadar menyatakan PAS tanpa sedar sedang diperalatkan oleh DAP.
Sebagai doktor perubatan dan sekali gus pengawal sains politik, penulis akan gagal jika tidak membuat – diagnosis-diagnosis berikut terhadap pesakit saya yang bernama Umno.
i. Umno sedang menghidap penyakit 'Senile Dementia'-pelupa dan kurang kekuatan intelek. Kejap Satu Malaysia kejap Satu Melayu. Seolah-olah pesakit kena telan ubat cirit dan ubat sembelit sekali gus!
ii. Umno sedang menghidap sakit jiwa bertaraf psikosis dengan ciri-ciri halusinasi dan delusi-semua orang salah,dia sahaja yang betul, Nampak bayang katanya hantu.
iii. Umno sedang mengidap penyakit fizikal yang berupa kerosakan menyeluruh pelbagai organ (multi-organ failure)-selalu pening pitam,sesak nafas,perut membusung dan kaki membusuk gangrene. Hutang negara menggunung, rasuah tak terkawal, jenayah berleluasa, gejala sosial luar kawalan dan hubungan perpaduan rakyat yang tercalar. iv. Umno sedang menghidap andropause-lelaki tua yang bernafsu besar, kuat cemburu, asyik tuduh isteri main mata dengan jejaka muda dan suka menuduh lelaki yang lalu lalang di depan rumah cuba menggoda isteri yang gagal diberikan nafkah. Umno dah tak boleh jaga MCA, Gerakan dan MIC dan tak habis-habis mengugut MCA dan MIC. Pulak tu kuat cemburu dengan lelaki-lelaki tampan bernama PAS dan DAP.
v. Umno sedang menghidap sakit 'fiqulubihim marodun' (al-Baqarah: 10): qulub (hati) yang dipenuhi sifat-sifat mazmumah-dengki, buruk sangka, takbur, ujub dan ragu-ragu (syak). Dengan pengundi Melayu katakan PAS jadi alat DAP dan gadaikan Islam. Dengan pengundi Cina, Umno kata PAS parti ekstrem nak potong segala kepala orang Cina. Umno ajar MCA supaya sebut "Satu undi untuk DAP bermakna satu undi untuk negara Islam." Benci sangatkah Umno kepada Islam? Itulah tanda-tanda munafik yang dinukilkan dalam al-Quran.
Benarkah DAP perkauman dan anti-Melayu?
Penulis bukan peminat setia DAP dan tidak juga memusuhi DAP. Namun penulis sudah bergaul dan berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin DAP peringkat negeri sejak 1988. Memang benar kebanyakan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP orang Cina tetapi di Perak tidak kurang juga ahli-ahli DAP daripada bangsa Melayu, India dan Sikh. Bahkan di Perak bebarapa orang Melayu pernah memimpin DAP Perak dan memenangi kerusi-kerusi Dun atas tiket DAP. Antaranya, Salleh Nakhoda Hitam, Ibrahim Singgah, Fadzlan Yahya dan Asri Othman. Bahkan di peringkat nasional, tokoh-tokoh Melayu yang menjadi pemimpin DAP terus ada dari semasa ke semasa. Antaranya, Allayarham Ahmad Nor dan kini Tengku Aziz. Orang mungkin lupa Karpal Singh adalah pengerusi DAP dan orang seperti Karpal Singh langsung tidak berminat tentang agenda berasaskan kaum, baik atas nama Melayu, Cina ataupun Sikh. Orang secelupar Karpal Singh tidak mudah menerima agenda Cina di Malaysia.
Karpal Singh dan ramai pemimpin DAP adalah pemimpin-pemimpin yang berideologi sekular yang sangat taat memperjuangkan 'Rule of Law' berasaskan Perlembagaan Malaysia yang mereka anggap seperti 'kitab suci' mereka. Buktinya Karpal Singh pernah membela kakitangan perempuan Melayu beragama Islam yang dipecat jawatan kerajaan kerana memakai purdah. Bukan Karpal Singh sukakan Islam dengan amalan menutup aurat tetapi beliau sangat menghormati prinsip undang-undang yang mempertahankan hak-hak asasi manusia dan segi berpakaian dan mengamalkan agama masing-masing. Lim Guan Eng pula pernah dipenjarakan kerana memperjuangkan hak seorang gadis sunti Melayu yang dikatakan dirogol oleh seorang Ketua Menteri daripada Umno ketika itu. Lim Kit Siang pula pernah ditahan ISA kerana menentang kekecohan perkauman cetusan Umno-MCA. Gobind Singh Deo pula digantung oleh Parlimen tanpa elaun kerana mempertikaikan tindak-tanduk Dato' Seri Najib Razak dalam isu 'rasuah kapal selam dan pembunuhan Altantuya'.
Benarkah PAS parti boneka Cina-DAP?
Wajar diperingatkan PAS adalah satu-satunya parti politik di Malaysia yang secara tegas, tidak berselindung dan istiqamah mengaku sebagai sebuah parti Islam yang bercita-cita di negara Malaysia ini terlaksana hukum-hakam dan nilai-nilai hidup yang berteraskan al-Quran dan As-sunnah. Dengan kata lain akidah perjuangan PAS adalah Islam dan matlamat keberadaan ahli-ahli PAS dalam politik adalah demi mencari keredaan Allah. Wajar juga diperingatkan dasar Islam PAS tidak pernah berganjak dan tidak akan dikorbankan. Adapun cara, kaedah dan pendekatan mencapai matlamat PAS ataupun istilah yang selalu digunakan – Strategi - akan diubahsuai dari semasa ke semasa berdasarkan suasana, keperluan dan mengambil kira faktor untung-rugi. Namun strategi yang PAS gunakan tidak akan menyalahi prinsip-prinsip al-Quran dan As-sunnah. Bahkan banyak disandarkan dengan sirah (perjalanan perjuangan Rasulullah) dan iktibar gerakan-gerakan Islam lain yang lebih awal.
Testimoni kepda strategi berbeza yang PAS gunakan dapat dilihat dalam sejarah panjang perjuangan PAS dalam politik Malaysia. PAS juga satu-satunya parti yang pernah bergabung dan bekerjasama atau bertahaluf dengan pelbagai entiti politik di Malaysia. PAS pernah bersama Umno-BN, APU (Semangat- 46 dan Berjasa), dan bersama Barisan Alternatif dan sekarang Pakatan Rakyat.
PAS juga biasa bersendirian. Semasa PAS bertahaluf dengan BN tentulah PAS juga bekerjasama dengan MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Semasa bersama dengan APU juga ada hubungan tak langsung dengan PBS di Sabah. Ini bermakna PAS sangat terbuka dan tidak jumud dalam tindakan dan pendekatannya.
Apa makna kepada strategi PAS yang pelbagai tersebut? PAS tetap sama dan tidak pernah menggadai perjuangan. Buktinya mudah. Dikala PAS tidak diperlukan oleh Umno, ketika itu PAS akan dicerca sebagai memperalatkan Islam dan mengkafirkan orang Umno. Tetapi ketika Umno gila talak mahukan PAS menyertai BN, tiba-tiba Umno berubah! Seperti kata PM Najib: "PAS sebagai parti Islam tentu lebih sesuai dengan Umno. Cita-cita Islam PAS lebih mudah dicapai melalui BN." Yang pasti dan tetap adalah: PAS sama ada di kaca mata Umno, DAP, KeADILan mahupun MCA adalah parti Islam.
Tidak siapa di dunia ini percaya Umno adalah parti Islam. Buktinya sahabat sekelambu Umno: iaitu MCA awal-awal lagi memberikan amaran supaya Umno jangan pandai-pandai ajak PAS masuk BN kecuali jika PAS menggugurkan hasrat untuk melaksanakan prinsip Islam di Malaysia. Makna kedua bagi kenyataan MCA itu adalah selama ini MCA boleh menerima Umno sebagai rakan kongsi kerana Umno menolak Islam. Berbeza dengan DAP, mereka tahu PAS memperjuangkan Islam tetapi tidak pernah mendesak PAS untuk menggugurkan dasar murni PAS tersebut.
Atas hujah-hujah tersebut bagaimana mungkin orang yang berakal (tidak gila) dan cerdik boleh percaya PAS sudah jadi alat atau boneka DAP. Adakah pernah orang DAP meminta lesen judi dan lesen arak yang PAS luluskan sebagaimana Umno luluskan beratus-ratus lesen judi dan arak kepada tauke-tauke MCA.
Adakah pernah PAS cuba kambus jenayah dan rasuah DAP sebagaimana Umno cuba selamatkan tauke-tauke MCA seperti dalam skandal Perwaja Terengganu, Bakun Sarawak dan PKFZ dan semua skandal berbilion-bilion ringgit di Malaysia ini selalunya adalah gabungan makar Umno dan MCA. Terlalu banyak bukti bahawa MCA-lah yang tunggang Umno atau dengan kata lain Umno adalah boneka MCA.
Sekadar PAS mempertahankan wakil-wakil rakyat DAP yang memasuki surau atau masjid untuk berucap dan menyampaikan bantuan kepada fakir miskin itu bukan boneka DAP. Itu maknanya PAS boneka Islam kerana uslub dakwah Islam tidak pula menghalang orang-orang bukan Islam memasuki surau atau masjid kerana itulah yang pernah diamalkan oleh Rasulullah di Madinah.
Keputusan PAS yang hanya ada satu kerusi bersetuju untuk menjadi kompenan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin pleh DAP di Pulau Pinang adalah satu kewajaran. Yang tidak wajar adalah apabila Umno menang paling banyak kerusi di Pulau Pinang, tiba-tiba serah kerusi Ketua Menteri kepada Gerakan. Bukankah itu juga bermakna Umno adalah boneka kepada Gerakan. Sehinggakan pada tahun 2007 hanya 1.6 peratus sahaja tanah milik orang Islam yang wujud di Pulau Pinang akibat kebaculan Umno. Komplot Umno-Gerakan-MCA selama 50 tahun adalah punca longlainya Melayu/Islam Pulau Pinang. Kenapa tiba-tiba sekarang DAP dan PAS dipersalahkan?
Nyata bahawa ungkapan PAS boneka DAP adalah ciptaan Umno sebagai propaganda memburukkan PAS bagi mengalihkan segala kepincangan dan pengkhianatan Umno kepada orang Melayu-Islam. Baik PAS atau Umno perlukan sokongan orang Cina untuk menang dalam pilihan raya. Mana lebih baik antara persahabatan PAS-DAP yang tidak rasuah dan bebas judi dengan persekongkolan Umno-MCA yang rasuah dan mesra judi. Terserah kepada orang Melayu untuk berfikir. Sementelahan pula mutakhir ini terbukti bahawa era MCA dipimpin Chua Soi Lek adalah sangat kuat bencinya kepada Islam.
Umno buta Matematik
Najib kata PAS kerja kuat untuk menangkan DAP. Orang-orang Melayu ditakutkan kemungkinan DAP akan menguasai negara atau beberapa negeri. Sekali lagi Umno tak habis-habis cuba memperbodohkan Melayu.
Di semua kerusi yang DAP memang baik kerusi Parlimen ataupun Dun - kerusi BN yang terus adalah sama ada kerusi MCA, MIC, PPP atau Gerakan. DAP tak kalahkan calon Umno. Bagaimana pula tiba-tiba DAP nak memerintah dan jadi anti-Melayu.
Statistik membuktikan,di seluruh negara ada 222 kerusi Parlimen. DAP hanya boleh bertanding tidak lebih 45 kerusi. Kalau menang 100 peratus DAP tetap tak boleh memerintah. Di Perak ada 59 kerusi Dun tetapi DAP hanya boleh bertanding dan menang di 18 kerusi sahaja. Di Sarawak ada 71 kerusi Dun dan DAP hanya bertanding 15 kerusi sahaja. Takkanlah orang Melayu nak ikut ketololan Umno yang buta Matematik.
Yang benar tetap benar. Kepalsuan tidak mungkin boleh bertahan lama. Politik baru akan terus mewarnai kehidupan rakyat Malaysia. Politik baru bermakna kebenaran, fakta, hujah, ketelusan, keikhlasan dan setiakawan. Politik lama ala Umno akan melabuhkan tirai. Sentiman dan perjuangan berdasarkan perkauman, kepentingan kelompok, benci membenci dan curiga mencurigai yang ditaja Umno tetap akan tewas kerana ia batil dan bertentangan dengan fitrah akal manusia.
Umno yang lemas dan cemas tak perlu kecoh. Rakyat ok, ok sahaja
| |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU Posted: 26 May 2011 11:06 PM PDT Ingat ,Jangan Ada Politik Cantas Di Kalangan Kita! Posted: 25 May 2011 11:37 PM PDT Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi
Selagi PAS dilanda gelora dan kini isu berkait dengan politik cantas atau "cas keting" . Dalam erti kata lain ialah politik saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain dari kalangan anggota sepasukan atau s ejamaah . Ianya jelas kelihatan sangat negatif malah bertentangan dengan disiplin dan akhlak berjamaah justeru intima' [ penyertaan ] kita ke dalam jamaah Islam ini adalah untuk mencari keredhaan Allah swt. bukan nama , kedudukan , pangkat dan jawatan . 3. Jawatan hanyalah amanah yang mesti dipikul dengan penuh tanggngjawab . Tiada kebanggaan dari jawatan yang disandang melainkan beban yang akan dipersoal oleh Allah swt kelak . Memahami realiti ini , sewajarnya politik cantas mencantas sesama sendiri tidak berlaku sebaliknya apa yang selayaknya ialah Fastabiqul khairat [ berlumba - lumba membuat kebajikan ] .
4. Tindakan saling jatuh menjatuhkan sesama anggota jamaah Islam adalah satu pelanggaran disiplin dan akhlak jamaah yang serius . Ianya dibayangi oleh nafsu yang tidak baik dan dipengaruhi pula oleh unsur yang negatif [ mazmumah ] seperti hubbu Jaah [ gila kemasyhuran ] dan hubbu Riyasah [ gila jawatan ] .
5. Apa yang mahu dikejar dalam perjuangan ini sehingga sanggup cantas mencantas ? sedang tugas dan tanggungjawab terlalu banyak untuk dilaksanakan . Gerakan Islam bukan medan untuk mencari kemasyhuran dan bukan pula medan memburu kekayaan . Sayugianya kita bahu membahu bukan siku menyiku dan kita kuat menguat antara satu sama lain bukan cantas mencantas .
6. Jangan kita terpengaruh dengan cara musuh berpolitik dan jangan biarkan nafsu menguasai diri . Berjuanglah dengan tenang dan ikhlas . Hiasi diri dan jamaah ini dengan disiplin , akhlak dan adab berjamaah sebagaimana yang dikehendaki oleh sunnah perjuangan yang diasaskan oleh baginda Rasul saw .
7. Suka saya tegaskan sekali lagi bahawa jawatan adalah beban yang mesti dipikul bukan direbut dan tanggungjawab adalah amanah yang mesti ditunai bukan untuk dibanggakan . Jangan lihat sahabat seperjuangan seperti menjeling ke arah musuh . Jangan biarkan pra sangka mendahului husnu zaan ketika kita menilai sahabat seperjuangan . Kalau hanya berbeza pandangan dan pendapat , tidak seharusnya dibaca sebagai permusuhan sehinggakan mewajarkan kita mencantas atau menjatuhkannya .
8. Sewajarnya kita memperkayakan jamaah ini dengan semangat kasih sayang [ ukhuwwah filah ] , hormat menghormati , harga menghargai , faham memahami malah percaya mempercayai antara anggota sesama anggota demikian juga pimpinan sesama pimpinan . Katakan tidak kepada curiga mencurigai dan hasad dengki atas kejayaan , kemajuan dan kehebatan sahabat seperjuangan yang lain .
9. Andai terdapat sesuatu tindakan anggota yang dianggap membawa kerosakan dan kebinasaan kepada jamaah , kita mempunyai Jawatan kuasa Disiplin parti yang menilai dan menguruskannya . Kita juga ada muktamar di semua peringkat parti untuk mengukur prestasi dan reputasi anggota . Kita juga ada majlis mesyuarat dipelbagai peringkat untuk membuat keputusan . Asaskan segala tindakan melalui prinsip amal Islami yang meletakkan syura sebagai satu mekanisme membuat keputusan dan mengawal parti .
10. Jadilah anggota atau pimpinan jamaah yang baik dan soleh .
a] Suburkan Amal Tarbawi di dalam organisasi jamaah b] Cernakan kemurnian spiritual sebagai seorang pejuang . c] Tutup segala ruang buat syaithan menguasai minda d] Pelihara adab dan akhlak berjamaah . e] Patuhi peraturan dan tatacara jamaah . f] Dengar dan taat arahan pimpinan . g] Utamakan jamaah mengatasi kepentingan diri . h] Hormati pandangan sahabat seperjuangan i ] Urus konflik dengan bijak , adil , telus dan jujur . | |
LAMAN RASMI ADUN MAHARANI Posted: 26 May 2011 09:31 PM PDT SAMBUTAN HARI GURU PASTI KAWASAN MUAR 2011 Posted: 26 May 2011 10:16 AM PDT SAMBUTAN HARI GURU PASTI MUAR Pimpinan PASTI Kawasan Muar mengorak langkah ke hadapan dengan meraikan guru-guru PASTI sempena Hari Guru 2011 dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Muar di Muar Traders Hotel Muar pada hari Khamis 26 Mei 2011 mulai jam 9.00 malam. Majlis dirasmikan oleh Ustaz Kamalulnizam Suhut, Timbalan Pengarah PASTI Negeri Johor. Di antara tetamu kehormat termasuklah YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani dan isteri Puan Rubiah Raffee, Ustaz Abu Bakar Lajat, YDP PAS Muar, Tn Hj Malik Md Diah , Timbalan YDP PAS Muar, Sdr Faizul Md Salleh, Mantan Pengarah PASTI Negeri Johor dan Cikgu Haji Mohamed Taib, Tokoh Guru Muar 2011 bersama isteri. YB Dr Mohammad dan isteri, Puan Rubiah, mengucapkan terima kasih di atas jemputan di atas. Tetamu Kehormat, Perasmi Majlis dan Guru-Guru PASTI Muar bergambar untuk kenangan. Tetamu VIP bersama warga PASTI Muar. Sdr Faizul, mantan Pengarah PASTI Negeri, (tengah) bersama Ustaz Abu Bakar, YDP PAS Muar (kanan). Orang kuat PASTI Muar. Dari kanan Sdr Hamidun, Ustaz Nazri, Ustaz Iskandar dan Sdr Samad.
Guru-Guru PASTI Muar, pendidik generasi Al Quran. PGB Puan Sazlina Abd Rahman menyampaikan amanat. Perasmian oleh Ustaz Kamalulnizam.
Majlis berjalan dengan meriah dengan Pengacara Majlisnya Ustaz Iskandar. Hidangan makan malam yang enak disediakan oleh Muar Traders Hotel. Guru-guru PASTI tidak dilupakan dengan dihadiahkan cenderamata sebagai menghargai jasa mereka. Guru PASTI Al Amaliyah dinaobatkan sebagai Guru Cemerlang. Cikgu Haji Mohamad Taib pula dinobatkan sebagai Guru Cemerlang Muar 2011. Cenderamata dan Sijil disampaikan oleh YB Dr Mohammad Taslim. Cikgu Mohamad merupakan pelajar cemerlang akademik dan sukan. Beliau bersara sebagai Guru Pakar Matematik di Sekolah Menengah Sains Muar. Beliau juga pernah bertanding sebagai calon PAS dalam PRU 1999.
Malam itu meninggalkan kenangan manis kepada guru-guru dan tetamu.Tahniah PASTI Muar ! | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 26 May 2011 09:13 PM PDT Stesen Komuter Senawang, Projek Gajah Putih? Posted: 26 May 2011 12:44 AM PDT Adakah stesen komuter Senawang yang baru siap dibina dan baru beroperasi bakal menjadi satu lagi projek gajah putih di Negeri Sembilan. ADUN (DAP) Senawang , YB P Gunasegaran mendakwa bahawa stesen tersebut tersorok, sukar untuk diakses, kaunter tiket yang kosong. Apa sudah jadi? Ada ini satu lagi koleksi projek gajah putih di Negeri Sembilan seperti dilaporkan di http://gajahputihn9.blogspot.com/Hidden commutter station May 26, 2011 A DAP leader says Senawang residents are in the dark about the existence of a new commuter station in their area. SENAWANG: "Hidden station" would be the best description for the latest commuter station built in Negri Sembilan, according to Senawang state assemblyman P Gunasekaran. The DAP leader visited the commuter station here today after receiving numerous complaints from residents that they had to go through a congested junction before making a U-turn to enter the station. "KTMB (Keretapi Tanah Melayu Bhd) and local authorities should create a junction at the entrance of the commuter train station along the Senawang main road. "But now those wishing to use the commuter train service coming from the Senawang township have to drive an additional 1.5km before they can enter the station," he said. Gunasekaran said the entrance from the Seremban-Tampin road bypassing Taman Bukit Emas was not user-friendly at all. During the visit, the state assemblyman also noted that the ticket counter was deserted, and not a single commuter was in sight. While praising KTMB and the state government for their efforts to improve public transportation, Gunasekaran however regretted that the station was not being fully utilised. "Based on my survey, many people are not aware of the commuter train station. I suggest that KTMB install a much bigger signboard at the entrance of the station near the Senawang road. "This is because the station is located some 500m from the main road and is not clearly visible from the main road because it is being blocked by buildings," he said. "KTMB should promote the station by puting up buntings along streetlights," he added. http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/26/hidden-commutter-station | |
PAS Kawasan Miri Posted: 26 May 2011 07:57 PM PDT Parlimen Miri Bakal Tumbang kiranya Pakatan Sarawak Bersatu!!! Posted: 26 May 2011 12:27 AM PDT Lawatan Tuan Haji Mat Sabu Dapat Memberi Semangat Perpaduan Pakatan Di Miri Miri 26 Mei 2011- Program lawatan sambil kerja Tuan Haji Mat Sabu,AJK PAS Pusat ke Miri pada 24hb Mei 2011 baru-baru ini benar-benar memberi impak dalam meneruskan momentum Pakatan Rakyat Miri yang terdiri daripada PAS-DAP-PKR dalam bersiap sedia dalam menghadapi Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Program bermula dengan perjumpaan bersama pimpinan Pakatan Rakyat Miri terdiri YB DUN Piasau yang baru, En Ling Sie Kiong, Dr Michael Teo (wakil rakyat sebenar bagi DUN Senadin yang tewas dengan majoriti 58 undi pos ) dan YDP PAS Miri,Tuan Haji Jofri Jaraiee. Tuan Haji Mat Sabu juga memberi peringatan agar Pakatan Rakyat di Sarawak mesti terus bekerjasama dengan lebih erat dan kukuh lagi demi mencapai cita-cita Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya. Beliau yakin sekiranya Pakatan Rakyat Sarawak dapat menyumbangkan 10 atau lebih kerusi Parlimen, Insya-Allah beliau yakin kerajaan pusat pasti tumbang dan dengan sendirinya kerajaan BN Sarawak akan tunduk dibawah pemerintahaan baru di Pusat. Sebaik selesai perjumpaan tersebut,rombongan terus menemui mangsa kebakaran rumah setinggan di Pujut Corner yang berlaku beberapa hari yang lalu. Ini susulan dari pertemuan awal yang lalu. Lebih dari 17 buah keluarga mangsa kebakaran menerima bantuan dari Pakatan Rakyat. Gambar menunjukan Tuan Haji Mat Sabu menyampai sumbangan kepada salah seorang mangsa rumah yang terbakar. Pada sebelah malam rombongan mengadakan ceramah perdana di kediaman YDP PAS Miri. Pada ceramah tersebut dalam ucapan aluan YDP PAS Miri ada menyatakan hasrat PAS Miri agar diberi peluang untuk bertanding di Parlimen Miri dalam PR13 nanti memandangkan rakan pakatan yang lain di Miri sudah diberi peluang bertanding dalam pilihanraya umum Sarawak yang lalu, dimana DAP bertanding di 2 buah DUN Piasau dan Pujut dan PKR di DUN Senadin. Inilah masanya untuk Pakatan memberi peluang dan menujukkan setiakawan,sepakatan dan sefahaman dalam Pakatan Rakyat di Sarawak. Kata beliau semasa ucapan aluan tersebut "DAP perlu ada bulan, sebab roket (DAP) tanpa bulan (PAS) memang susah untuk mendarat (berkuasa). Jadi Roket (DAP) perlu berkerjasama dengan bulan (PAS) untuk menawan putrajaya. PAS hendak buktikan bahawa PAS bukan parti esktrimis dan perkauman seperti yang disebut oleh pemimpin BN sebab itulah PAS Miri hendak buktikan bahawa mereka boleh bersama dengan semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Dengan adanya sokongan rakan Pakatan dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hasrat PAS Miri dan Pakatan untuk menawan parlimen Miri sudah pasti akan tercapai dengan izin Allah. Insya-Allah. Dalam ceramah perdana tersebut juga Tuan Haji Mat Sabu juga menyeru agar orang melayu jangan hanya menyerah pada takdir semata-mata. Beliau berkongsi bersama hadirin semasa pilihanraya Sarawak ke10 yang lepas dimana Katanya "Walaupun ramai orang Melayu dan penduduk bumiputera masih hidup dalam kemiskinan tapi masih tetap dengan bendera dacing untuk menyelimut rumah usang mereka.Mereka tetap memberi sokongan kepada BN." Katanya lagi "Sifat orang kita ini ialah terserah kepada Takdir,Sikit-sikit takdir,CM kaya ,Takdir, orang cina kaya itu pun takdir, orang melayu semakin miskin pun takdir…" Katanya orang Melayu perlu berani menyuarakan masalah mereka dan perlu belajar cara budaya kaum cina/tionghua yang berani menyuarakan suara hati mereka. Antara lain kata beliau rakyat Sarawak jangan takut untuk berubah kalau takut selamanya rakyat Sarawak akan jadi hamba pada BN jadi bersedialah untuk berubah dan merdeka dari perhambaan BN selama ini. Pakatan Sarawak akan meneruskan Program bersama rakyat walaupun pilihanraya umum negeri Sarawak baru berlalu sebab pilihanraya umum yang ke 13 (PR13) akan menentukan nasib rakyat Malaysia semada untuk terus diperintah oleh Barisan Nasion (BN) atau bertukar kepada Pakatan Rakyat (PR). Harapan kita kali ini jangan ada perebutan kerusi di antara Pakatan di saat-saat akhir menjelang pilihanraya umum nanti kerana kita mesti belajar dari kesilapan dan kegagalan Pakatan Rakyat Sarawak untuk mengambil alih kuasa dari BN dalam pilihanraya umum Sarawak yang lalu. Semoga hasrat rakyat untuk melihat perubahan yang lebih besar akan menjadi kenyataan sekiranya Pakatan Rakyat terus bekerjsama dan siap sedia untuk mengambil alih putrajaya nanti. PAS Miri English version The Visit of Tuan Haji Mat Sabu can encourage Unity Pact in Miri
Miri 26th May 2011 - Working visit Program Tuan Haji Mat Sabu, PAS Central Committee in Miri on 24th May 2011 recently really make an impact in the People's Alliance (Pakatan Rakyat) Miri momentum of the DAP-PKR-PAS in preparing to face the Barisan Nasional (BN) in this coming Election general-13. The program began with a meeting with Pakatan leaders consists of YB Miri Piasau new assembly, Mr Ling Sie Kiong, Dr Michael Teo (the right representatives of the Senadin Assembly who lost majority by 58 postal votes) and PAS Miri Chief, Tuan Haji Jofri Jaraiee. Tuan Haji Mat Sabu also gives an advice for the Pakatan to cooperate more closely and further strengthened in order to achieve the ambitions for Pakatan win to Putrajaya. He believes that if Pakatan Rakyat Sarawak can contribute 10 or more seats in Parliament, God willing, he is confident the federal government would fall and the Sarawak BN government itself would be subject under the new Governance at the Centre. Upon completion of the meeting, the delegation went to fire victims in Pujut Corner squatters who happened several days ago. This is up from an initial last meeting. More than 17 families of fire victims receive aid from the Pakatan Rakyat. Picture shows Tuan Haji Mat Sabu giving a contribution to one of the burning house victims. In the evening the delegation held prime talks at the PAS Miri Chief residential. At the speech PAS Miri Chief stated that PAS Miri is very keen enough to be given an opportunity to contest Miri parliamentary in GE13 later as other coalition partners in Miri have been given the opportunity to contest Sarawak general elections recently, where the DAP to contest in 2 DUN Piasau and Pujut and PKR in the Senadin. It's time to give Pakatan a chance and show solidarity and understanding within Pakatan Rakyat Sarawak. He said in the speech that "DAP should have the moon, because of the rocket (DAP) without the moon (PAS) are difficult to land (power). So the Rockets (DAP) must cooperate with the moon (PAS) to capture Putrajaya. PAS have to prove that PAS is not extremis and racism as it is called by the BN leaders that are why PAS Miri want to prove that they can be shared with all groups of society irrespective of race and religion. With the support of alliance partners and the Board of PAS Supporters Association (DHPP) PAS Miri and Pakatan Rakyat wish to capture parliament seats would surely be achieved with the permission of Allah. Insha-Allah. In the inaugural lecture Tuan Haji Mat Sabu also call for the Malays do not just give in to fate alone. He shared with the audience during the last 10th Sarawak election where he said "Even though many Malays and native people still live in poverty but still coverlet with the flag of scales (dacing) for their dilapidated houses. They still support the BN." He added "The character of our people always up to the fate, if CM is rich because that is the fate, even the Chinese rich also that is the fate, Malay people even poorer also that is the fate ... "He said the Malays should be bold enough to voice out their problems and needs to learn how the Chinese culture / Chinese who dare to express their conscience. Among other things he said the people of Sarawak Do not be afraid to change if they scare, they will forever be a servant of the Sarawak BN so be prepared for change and independence from the slavery of BN. Pakatan Rakyat Sarawak will continue the program with the people despite of Sarawak state elections has pass recently and for the 13th general election (GE13) will determine the fate of the people of Malaysia whether to continue to be governed by Barisan National (BN) or switch to Pakatan Rakyat (PR). Hope this time around we don't want any seats allocation dispute between the Alliance at the last moment before this coming general election, we must learn from our mistakes and failures of Pakatan Rakyat Sarawak to take over power from the BN in last Sarawak general election. May the wishes of the people to see bigger changes will come true if Pakatan Rakyat continue to work together and ready to take over Putrajaya later. From Pas Miri | |
Rembau Hari Ini Posted: 26 May 2011 07:46 PM PDT Kereta dicuri dijumpai semula Posted: 25 May 2011 09:03 PM PDT Kereta dicuri dijumpai semula Sinar Harian 26 Mei 2011 REMBAU – Sepasang suami isteri melahirkan rasa syukur dan gembira apabila Perodua Kembara milik mereka yang dicuri di perkarangan rumah pagi Isnin lalu telah berjaya dijumpai pihak polis dalam tempoh masa kurang 24 jam dilaporkan. Walau bagaimanapun penemuan berkenaan tidak berjaya menutup perasaan takut dan bimbang pasangan terbabit, Mohd Nawi Mohd Yusoff, 68, dan Habsah Azizul Rahman, 63, apabila kediaman mereka adalah antara 10 kediaman di perkampungan di situ yang menjadi sasaran pencuri dalam tempoh masa tiga bulan. Mohd Nawi berkata, sememangnya pihak polis giat melaksanakan rondaan di kawasan berkenaan berikutan ia adalah kawasan panas berdasarkan beberapa insiden cubaan pecah rumah dan juga rompakan, namun penduduk tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pihak polis dalam mengatasi masalah berkenaan. "Malah, ada dalam kalangan kami terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan melaksanakan rondaan pada masa-masa tertentu mengikut giliran sedangkan ia sebenarnya boleh dilaksanakan secara lebih efektif lagi melalui kerjasama daripada pentadbiran di peringkat kampung. "Oleh itu, saya gesa pihak pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk berbincang dengan penduduk mengenai masalah ini dan dalam masa terdekat dapat mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi memastikan rondaan dapat dibuat dengan kaedah yang lebih tepat lagi," katanya ketika ditemui di kediamannya, kelmarin. Sementara itu, Habsah berkata, kecurian berlaku awal pagi semasa mereka sedang tidur dan hanya disedari kira-kira jam 5.30 pagi ketika suaminya ingin membuka pintu pagar rumah seperti kebiasaannya. Menurutnya, suaminya mendapati pintu pagar berkenaan telah terbuka dan kereta milik mereka juga sudah tiada di garaj. "Laporan polis telah dibuat pada hari sama dan pasukan polis telah berjaya menjumpai kereta kami yang ditinggalkan di Jirat Perkuburan Cina Johol, Kuala Pilah. "Oleh itu, kita harap agar pihak pentadbiran kampung dapat memikirkan kaedah yang lebih efektif dalam mengatasi masalah kecurian dan pecah rumah di sini melalui penubuhan SRS bagi kebaikan serta manfaat penduduk kampung sendiri," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9125846.asp | |
PAS LENGGONG Posted: 26 May 2011 07:38 PM PDT PAS - Pada persepsi PAS Posted: 25 May 2011 11:14 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 26 Mei — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tidak wujud dua kumpulan — ulama dan profesional, yang didakwa bersaing mahu menguasai barisan kepimpinan parti Islam berusia enam dekad itu. Sebaliknya kata beliau, istilah golongan ulama dan profesional itu yang seringkali timbul ketika pemilihan parti, sebenarnya "dihidupkan" oleh Umno-Barisan Nasional (BN). Nik Aziz (gambar) berkata demikian menjelang pemilihan kepimpinan PAS pusat awal bulan depan dengan tumpuan beralih kepada persaingan jawatan timbalan presiden dan naib presiden. Jawatan timbalan presiden bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru membabitkan penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja pusat Mohamad Sabu. Sementara itu, jawatan naib presiden juga bakal menyaksikan pertarungan sengit. Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya mengekalkan jawatan presiden tanpa cabaran. Mereka yang mahu bertanding jawatan tertinggi PAS harus mengesahkan pencalonan mereka sebelum pukul 5 petang ini. "Kononnya kedua-dua (ulama dan profesional) ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh Umno-BN. "Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada Umno-BN," kata Nik Aziz menerusi laman Facebook malam tadi. Oleh itu kata Menteri Besar Kelantan itu, barisan kepimpinan PAS terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran. Justeru, tegas Nik Aziz, walaupun berbeza latar belakang, namun dasar perjuangan dan matlamat yang hendak dicapai tetap sama. "Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran. "Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai. "Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS ada kepimpinannya dari pelbagai latar belakang. Profesional dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama dalam PAS itulah professional. "Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular. Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah," katanya merujuk kepada kempen yang kini digunakan Umno untuk merampas Kelantan. Tambah Nik Aziz, beliau berharap perwakilan akan membuat keputusan bijak dalam memilih barisan kepimpinan parti untuk meneruskan agenda perjuangan PAS. "Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam. "Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah, insya-Allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air," katanya. | |
~ Beramal Kerana Allah ~ Posted: 26 May 2011 07:18 PM PDT Posted: 26 May 2011 09:35 AM PDT | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 26 May 2011 03:21 PM PDT RUPE SITI BILA JADI ASKAR WATANIAH Posted: 26 May 2011 07:49 AM PDT
Datuk Siti Nurhaliza dan beberapa lagi selebriti terkenal akan menyertai Askar Wataniah. mereka akan menjalani latihan yang di adakan dalam tempoh 39 jam. Datuk Siti Nurhaliza dan beberapa lagi selebriti lain akan menjadi ikon untuk menarik lebih ramai menyertai Askar Wataniah. selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi motivasi kepada tentera kita yang berkhidmat di luar dan sempadan negara....tak tau le aku.... | SHABERY TURUN NZ WANGSA MAJU AJAK REMAJA BERKONSERT Posted: 26 May 2011 04:22 AM PDT Nampaknya Shebery mulut berbuih turun sendiri ke NZ Wangsa Maju untuk mengajak para belia semua untuk berkonsert beramai-ramai di putrajaya sempena hari sejuta belia.... macam nie le kita nak pemimpin kita bersama merosakkan generasi muda demi mendapat sokongan politik... Persembahan Artis Antarabangsa (K-Pop "Super Junior M") 8.30mlm -11.00mlm Persiaran Perdana, Presint 3.
....jom le kite tengok mana ramai.... konsert ke atau majlis tahlil solat hajat yang dianjurkan? korang rase? | Kami Tak BoDoH Posted: 26 May 2011 03:27 AM PDT Apaaaaaa.... dia ingat rakyat malassia mudah di perbodohkan.... piiiraaaahhhh...!!!! Ayat 1;(hanya orang bodoh jer... percaya kenyataan bangang nih...!!!!) "Ia tiada kena mengena dengan pilihan raya." "Subsidi ini sudah lama kita perkenalkan. Sudah lama. Kalau kita mahu ambil kira soal pilihan raya kita boleh naikkan (harga) ikut bulan-bulan yang kita suka. Tiada siapa tahu (bila) pilihan raya akan diadakan," katanya. Ayat 2;(masih nak meraih sokongan lagi tuuuu... kena tanya KJ nih... sandiwara...) "Kita tidak dengar pun daripada pembangkang. Pemuda Umno pun ada buat usul dan sebagainya. Ia bukan sebab pembangkang," katanya. Ayat 3; (muakakakaaaaaa... bohong ekkk.... hahaha...) "Saya dapat lihat dalam blog, dalam Facebook, dalam risalah yang dikeluarkan oleh pembangkang mengatakan bahawa kerajaan akan menaikkan harga. Ada yang kata 20 sen, 30 sen. Semua cerita itu adalah cerita bohong, cerita tidak benar," katanya. Ayat 4; (ayat yang bikin gua nak tercirit beb...) "Percayalah kepada kerajaan (kerana) kerajaan hari ini adalah kerajaan yang mendengar segala pandangan daripada rakyat. Sebelum membuat sesuatu keputusan kerajaan akan ambil kira semua sudut." "Apa yang kerajaan buat ini jelas menggambarkan kerajaan sentiasa prihatin kepada rakyat. Jadi, saya harap cukuplah jangan percaya kepada cerita bohong daripada pembangkang ini." Pertama sekali lu orang baca secara terbalik maksud ayat-ayat power dari menteri bangang nih... gua tak pasti antara 2 menteri nih siapa paling bangang tukil... kah...kah...kah.... orang kalau dah menipu sekali... dia akan menipu berkali-kali... muakakaaaaa... Gua tak mau buat sebarang ulasan dengan kenyataan menteri bangang nih..., gua nak gelak guling2 dulu, tapi gua nak tengok lu orang punya ulasan samada nak percaya dengan kenyataan menteri barisan nazional nih atau tidak... Lu orang percaya ke.. menteri2 bn haramjadah nih tak tau bila tarikh pilihanraya..???? busittttt... aaarrr...!!!! Malassia jer... satu-satunya negara yang merahsiakan tarikh pilihanraya... sebab barisan nazional pengecut nak mampus...!!!! p/s: Harga minyak dunia naik..., keraaaa...jaan bn pun rasionalisasikan harga..., harga minyak dunia jatuh merudum... keraaaa..jaan tak nak pulak turunkan harga... kaut untung berlipat kali ganda lagi... hahaha... pandikutty punya bn... muakakakaaaaa.... | SPR: bahan perkakas UMNO Posted: 26 May 2011 03:24 AM PDT BeritaHarian melaporkan: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mempertimbangkan tiga opsyen bagi mengelak sebarang keputusan tidak rasmi dihebahkan pada pilihan raya umum akan datang berikutan insiden yang berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu. Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tiga opsyen itu adalah sama ada menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit ke pusat penjumlahan undi, deklarasi bersumpah untuk tidak membuat apa-apa hebahan, atau semua undi dikira lewat walaupun pusat mengundi ditutup lebih awal. Katanya, perkara tersebut akan diputuskan bulan depan. "Pengalaman kita di Sarawak, ada satu parti yang tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja menghebahkannya tetapi juga membohongi rakyat dan pengundi Sarawak dengan menyatakan partinya memenangi pilihan raya tersebut. "Perhubungan ini dibuat adalah melalui telefon bimbit. Justeru, kita mungkin nak tahan telefon bimbit atau mungkin ada deklarasi bersumpah atau mengira semua undi pada jam 5 petang, tidak ada kira awal walaupun pusat mengundi ditutup awal," katanya dalam satu temubual khas di pejabatnya di sini, baru-baru ini. - Bharian Aku tak faham apa isu sebenarnya ni. Apa yang kecoh sangat sebenarnya sampai nak tahan handphone. Takdak ribut takdak hujan tiba-tiba Pengerusi SPR ni nak buat peraturan baru pulak. SPR nak main kot mana pulak sebenarnya ni. Apa masalahnya kalau keputusan tak rasmi keluar awal pun. Dah nama pun tak rasmi, boleh jadi betul boleh jadi jugak tak betul. Tapi kalau keputusan yang keluar tak sama dengan yang di Borang 14 nak heran apa kalau ada yang mengamuk. Lagi satunya, apa masalahnya kalau kira awal pun. Yang kira awal tu pun cuma ditempat-tempat mengundi di kawasan pendalaman yang pengundi pun tak ramai dan pusat mengundi pun tutup awal. Kalau tak boleh kira awal nak kira bila? Dah tentu la kena kira awal pasai pengiraan kena dibuat di tempat mengundi. Takkan kut tunggu lepas pukul 5 baru nak kira, lepas tu baru nak bawak ke tempat penjumlahan undi. Pukul berapa pulak nak sampai dan pukul berapa pulak boleh umumkan keputusan? Ataupun, tak payah kira dan bawak naik helikopter pi ke tempat penjumlahan undi, lepas pukul 5 baru boleh kira. Sapa nak pastikan yang kotak undi tu tak diceroboh? Kecuali la kalau SPR bagi PACA naik sekali dalam helikopter untuk kawal tong undi tu. Aku tak kisah sangat SPR nak buat macamana pun, yang pentingnya, peraturan dan prosedur tu dipersetujui oleh wakil parti-parti yang bertanding. Yang lebih penting lagi berkenaan Borang 14. Ketua Tempat Mengundi dan wakil-wakil parti yang bertanding kena sama-sama tandatangan. Yang jadi masalahnya ada ketua Tempat Mengundi yang terlebih berlagak, nak jadi "si anjing Umno" bagi macam-macam alasan takmau tandatangan Borang 14. Cumanya, masalah akan timbul kalau majoriti di bawah 2% pasai bila dibawah 2% boleh dibuat pengiraan semula di tempat penjumlahan undi. Kalau jadi macam ni memang masalah la. Pasainya, Kotak undi memang terdedah kepada "tangan-tangan keji" masa dalam perjalanan. Memang la ada "pateri keselamatan" tapi 'benda kita buat dia' tambah-tambah pulak dengan puak-puak pandy kutty, memang tak boleh percaya. | AMARAN KERAS KEPADA BLOGGER YANG SIAR 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara hina Islam' Posted: 25 May 2011 09:36 PM PDT Sebuah akaun laman sosial Facebook yang menggunakan profil 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara' didakwa menghina agama Islam antaranya dengan memaparkan gambar seekor babi di atas Kaabah sedang membaca al-Quran serta beberapa gambar yang terlalu keterlaluan.... so apa kita buat? Yang ok sikit setakat menjawab caci maki Makcik Hajjah tue je la... Paling hebat pun membuat laporan polis cam PERKASA yang gedegang-gedegung kononnya bela Islam dan desak menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan pemilik akaun itu.... itu je la.... AMARAN KERAS!! JANGAN SEBARKAN GAMBAR-GAMBAR YANG ADA DALAM BLOGNYA ITU KE TEMPAT LAIN~!!!!Setelah blog dia ni telah disekat dia mengamuk di Facebook lagi dengan gambar gambar dan ayat ayat menghina Islam dan dia mengamuk sebab disekat blog dia. DARI BLOGGER2 ISLAM YANG LAIN, YANG BERSUNGGUH MENCERITAKAN SIKAP BELIAU DAN MEMARAHI BELIAU DENGAN GAMBAR2 TERSEBUT...... TAPI KLU DAH MARAH, YG KORANG (BLOGGER) PI UPLOAD GAMBAR TERSEBUT DAN POST KAT BLOG WATPE! KLU NAK MEMELIHARA KESUCIAN ISLAM JUST PUT THE WORDS, NOT THE PICTURE...... AKU HARAP BLOGGER YANG BERKENAAN SILA HAPUSKAN SEMUA GAMBAR MENGHINA ISLAM OLEH MAKCIKHAJJAHSITTALWUZARA DENGAN KADAR SEGERA KERANA APA YANG DILIHAT, SEPERTI ANDA SENDIRI TELAH JOIN MENGHINA ISLAM WALAUPUN ANDA SENDIRI MEMARAHI BELIAU.... SILA AMBIL TINDAKAN DENGAN SEGERA!SEKALI LAGI .... AMARAN KERAS!! JANGAN SEBARKAN GAMBAR-GAMBAR YANG ADA DALAM BLOGNYA ITU KE TEMPAT LAIN~!!!! | BERITA PAPA GOMO YANG BODOH BERTINGKAT Posted: 25 May 2011 06:34 PM PDT Kesian jugak aku tengok blog pencacai angkat najis UMporNo ni bile post artikel hari ini.... kononnya cerita dan gambar rekaan (gambar tahun lepas masa minyak naik 15 sen) dia tue pasal RON 95 itu boleh menyebabkan masyarakat marah ke PR.... jangan le nak bodoh-bodohkan rakyat Malaysia...
cerita pasal RON95 tak naik dah kuar awal kire-kire jam 4.00 petang 25 May dalam internet termasuk kat berita buletin 3 suku pukul 8 malam .... takkan le bodoh sgt rakyat Malaysia pie kuar beratur jam 10 malam kat petrol pam untuk isi petrol sedangkan dah umum petrol tak naik?
Sapa yang bodoh... papa gomo aka papa pig atau papa pig aka papa gomo?
| KES TUKAR JANTINA : ADA JUGAK MAK YANG BODOH MACAM NIE Posted: 25 May 2011 05:59 PM PDT "Ashraf juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan."... ada jugak mak yang bodoh lagi jahil macam ni atas muka bumi KUALA LUMPUR, 26 Mei — Harapan menggunung seorang lelaki untuk menukar nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, kepada Aleesha Farhana tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam menetapkan 18 Julai ini untuk keputusan. Ashraf yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Ashraf kepada Aleesha Farhana, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajian dalam bidang sama. Malah katanya, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain. Ashraf juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan.Bagaimanapun, Addha dalam hujahan balasnya berkata, peguam pempetisyen gagal melampirkan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Ashraf seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung. "Kita tidak ada perundangan yang membenarkan permohonan pempetisyen ini dan jika mahkamah membenarkan permohonan ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi masyarakat.
"Kita tidak tahu mungkin ramai di luar sana yang beratur untuk menukar nama dan jika keputusan mahkamah membenarkan permohonan ini ia boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat," katanya dipetik laporan itu. | KERJASAMA UMNO-PAS : PERGI JAHANAM DGN MUBARAK Posted: 25 May 2011 05:40 PM PDT KUALA LUMPUR, 25 Mei — Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), yang dianggotai pemimpin pro-BN, percaya keputusan pemilihan PAS bulan depan akan mempengaruhi dan menentukan masa depan idea kerjasama antara Umno dan PAS. Walaupun tidak mengatakan siapa yang boleh membawa ke arah kerjasama itu, namun Presiden Mubarak Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata peluang kerjasama itu akan lebih cerah jika jawatan timbalan presiden dimenangi penyandangnya Nasharudin Mat Isa atau Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut mengesahkan turun gelanggang. Selain Nasharudin dan Tuan Ibrahim, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu juga akan bertanding jawatan nombor dua itu. "Nasharudin OK, Tuan Ibrahim OK... perspektif berbeza tapi ada kekuatan masing-masing. "Tetapi saya rasa jauh di lubuk hati kerjasama itu wujud," kata Abdul Aziz pada sidang media di sini. Beliau bagaimanapun tidak mahu meramalkan siapa yang menang bagi jawatan itu. "Saya tidak mahu masuk campur, itu terserah kepada PAS untuk menentukannya," katanya. Mubarak merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri bekas wakil rakyat dan mempunyai keahlian kira-kira 1,000 orang seluruh negara. .... bukan perubahan pimpinan PAS... tapi pimpinan UMporNO yang mesti malah wajib diubah... | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 26 May 2011 03:07 PM PDT NAMPAKNYA MUSA TAK AMAN BILA KES DI NEGERI SENDIRI Posted: 26 May 2011 12:59 AM PDT UMNO yang dikatakan menjadi dalang dan heboh dengan Skandal Video Seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang terkejut dengan dakwaan seorang wanita yang mengakui mengandung anak hasil hubungan sulitnya setelah diperdaya seorang Ahli Parlimen daripada UMNO. Wanita berkenaan menghubungi Sabahkini.net dan menunjukkan hasil DNA anaknya yang sama dengan profail DNA Lelaki 'S' iaitu seorang Ahli Parlimen UMNO daripada Sabah.
Sabahkini.net sedang mendapatkan pengesahan pihak yang mengeluarkan keputusan DNA tersebut dan Jabatan Pendaftaran Negara Sabah berhubung status anak wanita berkenaan yang dibinkan kepada seorang lelaki lain. Dimaklumkan keluarga wanita terbabit telah membuat laporan polis tetapi kes berkenaan ditutup begitu sahaja kerana pengaruh Ahli Parlimen berkenaan./Sabahkini Posted by PASPB | GARA2 NAK KEKAL, 2 BN HILANG AKAL Posted: 25 May 2011 06:29 PM PDT Pertama, barisan Nasional(BN) seperti hilang akal bila menyambung perkhidmatan Gabenur Bank Negara Malaysia.Memang diakui, BN ketandusan pelapis yang berwibawa dan terpaksa buat sambungan perkhidmatan. Kedua, Bank Negara (BN) Malaysia mengumumkan kenaikan Overnight Policy Rate (OPR). Kenaikan ini secara langsung akan menaikan kadar pinjaman asas. Ia kemudiannya meningkatkan beban hutang sebahagian besar rakyat Malaysia yang membeli rumah dengan cara pinjaman.
Rakyat yang tau skit perkembangan tertanya2 kenapa BN(Bank Negara) naikkan OPR dan BLR jika inflasi berlaku bukan disebabkan lebihan permintaan dan lebihan wang dalam pasaran? Rakyat marhein satu Malaysia yang bukan tau sangat hal ekonomi tertanya-tanya bagaimana kenaikan OPR dan BLR boleh membantu mengurangkan kos pembuatan terutamanya kos bahan api atau kos tenaga sekaligus mengurangkan inflasi?
Bayangkan kalau bila terbacaa baca akhbar The Star yang lepas banyak kritikan terhadap tindakan Bank Negara ini dan boleh dikatakan hampir keseluruhan pendapat bersetuju tindakan Bank Negara menaikkan OPR dan BLR adalah tindakan tidak masuk akal.
Cubalah kita fikir sejenak bagaimana Kerajaan BN kata inflasi berlaku akibat kenaikan harga minyak dunia. Dan kununnya Kerajaan BN brsungguh mahu kawal inflasi. Tapi dalam masa kawal inflasi kerajaan nak kurangkan subsidi petrol pula. Dimanakah logiknya kerana bila subsidi petrol dikurang sudah tentu akan tingkatkan harga petrol dan harga barangan. semua ini sudah pasti mengundang inflasi.
kerajaan jangan hanya melihat pengurangan tanggungan subsidi. Sebaliknya kerajaan perlulah lihat kepada kawalan pembaziran juga seperti Dari segi kos-kos projek; perbelanjaan agensi Dan kakitangan kerajaan. Khidmat pegawai kerajaan yang sudah bersara juga hendak tidak dilanjutkan secara kontrak terlalu lama. Kita lihat banyak berlaku pembaziran Dari segi kesesuaian perlaksanaan Mega untuk menjayakan Tranformasi Ekonomi. Projek-projek seperti ini amat diperlukan tetapi Dari segi majoritinya perlulah Dari pelaburan swasta. Apa rakyat bawahan peduli dengan Mega projek sedangkan kehidupan harian mereka begitu daif.
Mudah-mudahan masalah ini akan dapat membuka lagi hati rakyat kepada Parti Pakatan Rakyat agar PR boleh bertapak lebih kukuh sebab kita berani memberikan bukan setakat harapan tapi penjelasan dan perlaksanaan. Oleh itu Undilah Pakatan Rakyat pada PRU13 kelak. | DULU 2008 KINI MACAM DULU GAK ! DAH AGAK ! Posted: 25 May 2011 06:11 PM PDT Berita ini dipetik dari Pahangdaily pada tahun 2008 lagi. Tapi apa dah jadi kini? DULU PADA TAHUN 2008. Masalah gangguan bekalan air ke seluruh kawasan di sekitar daerah Kuantan dijangka dapat diatasi sepenuhnya apabila rumah pam dan muka sauk baru Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang, Sungai Kobat di sini siap sepenuhnya dan akan beroperasi Jun, 2009. Muka sauk dan rumah pam yang dilengkapi tiga pam berkuasa tinggi itu menelan kos RM43 juta dijangka mampu menampung bekalan air ke seluruh Kuantan sehingga 2025 dengan keupayaan membekalkan 290 juta liter air mentah setiap hari ke Loji Rawatan Air JBA Semambu dan Bukit Ubi. Pengarah Jabatan Bekalan Air Pahang, Datuk Ir.Ismail Mat Noor berkata, operasi rumah pam baru itu kelak dapat menjamin rizab simpanan bekalan air sehingga 100 peratus sekiranya berlaku sebarang masalah kepada rumah pam sedia ada termasuk terputus bekalan elektrik dan sebagainya. "Apabila beroperasi kelak, ia dijangka dapat menampung kapasiti bekalan air dari rumah pam sedia ada yang kini menggunakan keupayaan empat atau lima daripada enam pam yang disediakan untuk menyedut air setiap hari. "Keupayaan rumah pam sedia ada mungkin boleh dikurangkan kepada separuh daripada kapasiti sebenar dan bekalan selebihnya itu akan ditampung oleh rumah pam yang baru untuk disalirkan ke loji-loji rawatan air," katanya ketika ditemui selepas meninjau kerja-kerja membaik pulih dua paip air berukuran 1.2 meter yang mengalami kebocoran di Rumah Pam JBA Sungai Kobat, semalam. Menurutnya, sekira berlaku sebarang masalah yang boleh membawa kepada penutupan rumah pam, operasi mengepam air dapat dialihkan sepenuhnya kepada rumah pam satu lagi sekali gus bekalan air kepada pengguna dapat dibekalkan tanpa sebarang masalah," katanya. Katanya, bagi menjamin bekalan air domestik dan industri yang mencecah hampir 300 juta liter air sehari, JBA turut menerima punca tenaga elektrik dari sumber kuasa Tenaga Nasional berhad (TNB) Sungai Lembing berbanding kini bergantung sepenuhnya kepada punca bekalan TNB di Indera Mahkota. Mengulas lanjut mengenai bekalan air yang terputus selama hampir 18 jam di keseluruhan kawasan sekitar Bandar Kuantan, semalam, Ismail berkata, ia berpunca daripada dua paip utama berukuran 1.2 meter di Rumah Pam JBA Sungai Kobat yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air Semambu mengalami kebocoran serius. Katanya, kebocoran itu sebenarnya dikesan sejak Ogos lalu bagaimanapun kerja membaik pulih tidak dapat dilakukan segera kerana boleh menjejaskan bekalan air kepada para pengguna berikutan penutupan Loji Rawatan Air Bukit Ubi lebih sebulan yang lalu. "Kapasiti air yang dibekalkan ke Loji Semambu mencecah 64 juta gelen setiap hari. Jumlah itu mengatasi keupayaan sebenar paip berkenaan dan impak tekanan itu menyebabkan dua paip ini tidak dapat bertahan selain berlakunya pergerakan tanah dan berlaku kebocoran serius sehingga melimpah. "Sehingga kelmarin, JBA mengesan kehilangan bekalan air sehingga 45 juta liter air setiap hari akibat kebocoran paip berkenaan sekali gus bekalan air mentah yang dibekalkan kepada loji Semambu berada di bawah kapasiti yang sepatutnya," katanya. Menurutnya, kerja-kerja pembaikan oleh kontraktor yang dilantik dengan kos hampir RM100,000 itu berjalan mengikut jadual namun bekalan air masih belum dapat dipulihkan di sesetengah kawasan sehingga jam 9 malam semalam. (Sumber: Sinar Harian Pahang) KINI SELEPAS JANJI SIAP PADA 2009.25 Mei Rabu 2011 Isu Air: Penduduk Kuantan Di Arahkan Bersabar, Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang Berjanji Untuk Menyelesaikan Masalah Itu Selewatnya Malam Ini KUANTAN, 25 Mei - Penduduk di bandar ini yang sedang berdukacita akibat masalah gangguan air sejak semalam, diminta bersabar buat seketika. Ini kerana pihak kami mendapat maklumat panas, selepas isu ini di siarkan dalam Pahang Daily Online (PDO) Pejabat Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang telah dihubungi bertalu-talu oleh rakyat yang mahukan maklumat terkini. Antara jawapan yang diterima daripada pihak JBA Pahang setakt ini ialah masalah tersebut sedang diatasi dan dijangka akan selesai selewat-lewatnya malam ini. Namun, tidak dapat dipastikan pukul berapa ia akan berakhir. Difahamkan kini pihak JBA terpaksa memberikan berbagai alasan kepada mereka yang menghubungi jabatan terbabit. Operator JBA diarahkan menjawab perkara yang sama tanpa memberi waktu yang tepat. Mereka yang mahu mendapatkan info terkini bolehlah menghubungi talian 09-5121040. Anehnya bila ada yang mahu bercakap dengan pegawai yang berkenaan, tiada jawapan yang diterima. Malahan pihak JBA juga bagai menyembunyikan sesuatu apabila tidak dapat memaklumkan siapakah pegawai yang bertanggungjawab dalam hal ini. Semua pegawai Operator JBA Kuantan dan JBA Pahang diarahkan menjawab "Pegawai cuma beritahu air akan pulih malam ini", tetapi merahsiakan nama pegawai terbabit. Tinjauan kami ke bandar Kuantan tengahari tadi mendapati banyak restoran popular menutup perniagaan mereka hari ini. Jika ada yang buka sekali pun, mereka terpaksa menggunakan pinggan "polystrin" dan cawan "plastik". Orang ramai yang ditemui kecewa dengan senario yang berlaku, tambahan pula ramai diantara mereka tidak dapat bersiap sedia untuk menyimpan air kerana tiada notis awal yang dikeluarkan oleh JBA. | |
PEMUDA PAS LADANG Posted: 26 May 2011 03:02 PM PDT UMNO TAKUT RAKYAT BERMAKLUMAT DAN CERDIK Posted: 25 May 2011 09:22 PM PDT Umno takut rakyat bermaklumat kerana ia akan menjadi bom jangka untuk menumbangkan Umno. Perkara ini diluahkan oleh Datuk Dr Fuad Zarkashi Ahli Majlis Tertinggi Umno selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja Shah Alam.
Beliau berkata, pendekatan pembangkang boleh mempengaruhi pemikiran anak muda melalui media baru seperti blog, Facebook dan Twitter .
PAS mengharapkan semua jentera penerangan parti perlu melipat gandakan usaha penerangan dan penyerangan supaya rakyat di peringkat akar umbi memahami perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat serta mengetahui penyelewengan BN.
BN resah dengan teknologi maklumat tanpa sempadan. Mereka hanya boleh kongkong media bercetak dan berlesen sahaja, tetapi mereka gagal membendung media baru yang mempunyai kuasa tersendiri. Segala fitnah yang mereka siarkan dalam media perdana, terus dijawab dalam beberapa minit sahaja dengan fakta dan data.
PAS yakin keresahan Datuk Dr Fuad akan menjadi kenyataan jika jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mengoptimumkan penggunaan media baru untuk melakukan pencerahan minda rakyat yang rosak angkara media perdana yang tidak beretika.
Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat | Bersih tambah 2 tuntutan lagi Posted: 25 May 2011 09:19 PM PDT BUKIT MERTAJAM, 26 Mei: AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar) berkata, pihak Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) menambah dua lagi tuntutan iaitu masa berkempen dan perbelanjaan pilihan raya termasuk penyelewengan penggunaan harta kerajaan. Ini, katanya menjadikan kesemuanya enam tuntutan menjelang Perhimpunan Bersih 2 yang akan diadakan pada 9 Julai ini. Masa berkempen 10 hari sebagaimana hari ini, tambahnya, tidak sesuai kerana menghadkan kebebasan parti terutamanya Pakatan Rakyat untuk menerangkan keseluruhan mesej yang ingin dibawa demi kebaikan rakyat. Tegasnya, Bersih meminta sekurang-kurangnya tiga minggu kerana masa tersebut boleh digunakan sebaik mungkin menyalurkan maklumat kepada rakyat akar umbi. "Bersih menambah dua lagi tuntutan menjadikan enam kesemuanya. Kita akan pastikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) akur dengan kehendak tersebut, " jelasnya ketika ditanya selepas menyampaikan ceramah di sini semalam. Katanya, satu lagi tuntutan ialah mahu memastikan tidak lagi berlaku penyalahgunaan jentera kerajaan setiap kali pilihan raya diadakan. Malaysia terangnya, ketinggalan jauh di belakang negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand berkaitan pilihan raya kerana masih menggunakan kaedah lapuk untuk menyelamatkan kerusi BN daripada tumpas kepada pembangkang. "Di Singapura sendiri dah pun matang di mana siaran TV memberi ruang sebebas-bebasnya kepada semua pimpinan parti bertanding bersuara. Begitu juga di Thailand memberi masa dua bulan kepada semua parti berkempen menceritakan manifesto. "Kalau di Malaysia hanya muka Datuk Seri Najib Razak dan konco-konconya sahaja bercakap menerangkan konsep kerajaan. Pembangkang ditindas dari terus bersuara," jelas beliau. Empat tuntutan yang pernah dibawa oleh Bersih pada perhimpunan pertama ialah mendaftar pengundi automatik, penggunaan dakwat kekal, penghapusan undi pos dan kebebasan media. | |
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Posted: 26 May 2011 01:48 PM PDT Belum Bersih Posted: 26 May 2011 07:42 AM PDT
Perhimpunan BERSIH pada 2007. - Google. Imbas kembali Sabtu 10 November 2007 di kebanyakan lokasi utama di ibu negara menuju ke Istana Negara. "Gelombang Kuning" yang dicetuskan oleh BERSIH (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) berjaya mengumpulkan lebih 100,000 pencinta demokrasi dari pelbagai latarbelakang untuk bersama-sama berarak ke Istana Negara menyerahkan memorandum menuntut perjalanan pilihan raya yang adil. Empat tuntutan utama NGO tersebut pada ketika itu ialah: 1. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan; 2. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda; 3. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara; 4. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia. Bagai menjirus air ke daun keladi, mesej yang cuba disampaikan oleh gabungan NGO ini tidak dipedulikan. Sebagai kesinambungannya, BERSIH 2.0 akan mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia pada 9 Julai 2011 nanti. "Saya jamin menteri dan parti politik bahawa ini adalah insiatif masyarakat madani dan bukannya inisiatif mana-mana parti politik," kata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, lapor Malaysiakini. BERSIH 2.0 menambah dua lagi tuntutan iaitu masa berkempen dan perbelanjaan pilihan raya termasuk penyelewengan penggunaan harta kerajaan. Ini menjadikan kesemuanya enam tuntutan menjelang Perhimpunan Bersih 2 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.
Rakyat Malaysia sememangnya prihatin akan perihal keBERSIHan. Pilihan raya juga perlu BERSIH agar perjalanan demokrasi dan pemerintahan negara berjalan dengan adil dan lancar dan tidak menzalimi mana-mana pihak.
Jom BERSIH 2.0! | Яндекс.Fresh-Up/Позиции сайта dppnkedah.blogspot.com Posted: 26 May 2011 06:07 AM PDT Добрый день. Меня зовут Олег Тумбов, я решил обратиться, т.к. отметил что Ваша компания использует сайт dppnkedah.blogspot.com для привлечения потенциальных заказчиков. Моя работа - анализировать результаты выдачи поисковых систем и находить компании, которым может быть недостаточно входящих звонков от клиентов из Интернета. Мы с коллегами проявили инициативу и подготовили для dppnkedah.blogspot.com конкретное предложение по целевому привлечению клиентов Fresh-Up. Данный метод, на практике, позволяет существенно увеличить эффективность сайта как инструмента продаж. Я буду крайне признателен, если Вы прокомментируете наши выкладки (во вложении) или передадите человеку, ответственному за продажи. С уважением, Олег Тумбов Специалист отдела продуктивных решений Компания Fruitful Solutions Тел./Факс: +7 (495) 661-6100 Моб.: +7 (926) 694-64-78 Web: www.fresh-adv.ru | |
Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong Posted: 26 May 2011 01:41 PM PDT Blog Pemuda Puchong diserang Cybertroopers Budak Suruhan UMNO Posted: 26 May 2011 01:02 AM PDT Blog ini mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja tak kira agama,bangsa dan negara. Itu lah konsep diperjuangkan oleh "PAS for ALL" selama ini. Dan hari ni , dengan konsep itu jugalah , "tetamu istimewa" blog ini telah melawat dan melakar/mencoret blog ini dengan tulisan-tulisan yang penuh sopan dan adab. Buat "tetamu istimewa" ini , kami Dewan Pemuda PAS Puchong mengalu-alukan kehadiran kalian , dan kami akan sentiasa teguh dan istiqamah melawan mungkar dan budaya fitnah adu domba yang tidak ade nilai keadaban yang diperjuangkan kalian , sehingga Islam tertegak jua satu hari nanti. Kehadiran kalian bukan sahaja tidak mampu mempengaruhi pengunjung blog ini , malah akan menguatkan lagi semangat dan azam kami anak mudah untuk melawat "Thagut" perjuangan kalian. Inilah unggkapan Ketua Pemuda kami , kerana Rintangan , Mehnah , Tohmahan , Adu Domba, Cacian pihak kalian , merupakan sunnatullah (ketatapan) yang Allah Taala telah sediakan untuk pihak kami. Terima kasih kerana membantu menguatkan kesungguhan kami , keazaman kami serta keyakikan kami , bahawa janji Allah Taala itu benar dan makin hampir ! Dilampirkan di bawah ini , segala komen-komen kalian , yang berselindung disebalik nama-nama samaran , seolah seorang pondan dan bachul , membaling batu menyorok tangan. Namun , teruskan lah usaha kalian , kerana dengan usaha ini lah kalian mendapat rezeki untuk makan minum diri , anak dan isteri . Semoga usaha "murni" kalian ini , mendapat rezeki yang berkat , dan kehidupan kalian , anak isteri akan diberkati dan dirahmati Allah Taala. Komen-komen cybertroopers , boleh dilihat dalam ruangan komen bagi setiap posting-posting terakhir di blog ini. Peringatan kepada semua : Hadis Abu Hurairah r.a: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya." Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 89 | |
Batu Gajah Mari Posted: 26 May 2011 11:39 AM PDT Bob Lokman kini Ulama' Posted: 25 May 2011 02:26 PM PDT Bob Lokman jadi ulamak. Dia pakai jubah santai macam Sultan Kelantan pakai. Dengan kopiah dan janggut berandam rapi, penampilan beliau sebagai ulamak tidak dinafikan lagi. Tambah pula biji tasbih di genggaman jari dan tongkat sebagai pelengkap aksesori. Ini bukan lakonan mengada-ngada tetapi betul-betul punya! Demikian perwatakan Bob Lokman semalam (Isnin 23 Mei 2011) di Mersing Kanan, Mersing. Selepas tamat acara orang ramai berpusu-pusu menunggu untuk dapatkan autograf sebagai imbalan membeli buku berjodol, Aku, Isabela dan Tok Kenali. Ceramah beliau ringkas sahaja. Dalam sekitar sejam beliau menyiku kiri kanan. Dalam syok mendengar mantan pengurus kumpulan Wings dan M Nasir ini membantai UMNO, ahli PAS ikut tertibai. Lawaknya memang lucu dan diungkapkan secara santai. Ramai muslimat terpaksa menutup mulut menahan geli hati. Madahnya berhelah ketika mengulas tugas Polis mengawal ceramah. Katanya, ramai juga Polis menyokong PAS. Orang PAS jangan takut dan marah pada Polis, biar mereka datang dan dengar. Hari ini penyokong PAS makin bertambah. Ada guru yang beliau kenal memakai baju Pemuda PAS tetapi dengan tag nama berbeza. Perlahan-lahan guru tersebut menyatakan bahawa jika masuk surat khabar, khuatir orang kenal. Cara Bob bercerita kisah Polis dan guru itu memang lucu. Memang patut dia jadi juri Raja Lawak dan pengacara Telebriti. Bekas penjual buah di Cheras ini secara ringkas mengulas perjalanan hidup beliau sebelum nekad mengibar bendera perjuangan PAS. Dunia glamor ditinggalkan demi sebuah kehidupan yang ikhlas. Di sana sini dalam wacananya, Bob tidak lupa memetik ayat al Quran dan hadis pilihan. Kepada orang yang ingin tahu pegangan PAS dipersilakan membaca surah an Nisa' ayat 61 - 65. Sebelum menutup bicara, Bob sempat menyatakan bahawa beliau sanggup kembali berlakon dengan syarat situasi dan kondisi yang melatari dunia artis ini berubah. Jika syariat dipatuhi, semuanya tidak jadi masalah. Beliau juga mengambil kesempatan mengajak orang ramai mengambil sikap berterus terang menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Sungguh Bob Lokman sedang menelusuri jalan leluhur keluarga beliau yang bergelumang dengan dakwah, tarbiyah dan perjuangan Islam. Penulis begitu teruja dengan kemahiran beliau memilih kata-kata yang sederhana ringkas namun memberi bekas. Pulang dari ceramah, penulis mengambil masa kira-kira dua jam untuk melahap buku dibeli hingga khatam. Buku travelog hidayah itu ditulis dengan begitu jujur. Memang wajar dibaca terus-menerus hingga habis. Bob Lokman, kali ini anda tidak berlakon sebagai ulamak. Anda memang benar-benar menuruti jalan ulamak. Semoga berjaya. Orang Mersing menanti kunjungan anda sekali lagi. | |
DUN Lembah Jaya Posted: 26 May 2011 11:16 AM PDT KERAJAAN SELANGOR SEDANG KENAL PASTI TAPAK BARU MADRASAH AL-TAQWA Posted: 25 May 2011 09:30 PM PDT KENYATAAN AKHBAR 25 MEI 2011 KERAJAAN SELANGOR SEDANG KENAL PASTI TAPAK BARU MADRASAH AL-TAQWA Kerajaan Selangor sedang mengenal pasti sebidang tanah yang sesuai untuk dibina premis baru bagi menempatkan kanak-kanak dari Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, selepas bangunan lama disahkan tidak selamat diduduki. Menteri Besar, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Pegawai Daerah Hulu Langat supaya mencari tapak baru yang lebih selamat di sekitar kawasan berkenaan untuk didirikan premis atau bangunan untuk kemudahan anak-anak yatim dan kanak-kanak lain yang mahu mendalami ilmu agama. Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan menawarkan tapak baru yang akan dikenal pasti itu kepada Persatuan Anak-Anak Yatim Malaysia untuk dibina premis baru. "Kita akan wartakan tapak ini sebagai tapak untuk rumah kebajikan anak-anak yatim dan Madrasah Al-Taqwa bolehlah memohon tapak berkenaan untuk membina bangunan baru dengan bayaran premium paling rendah," kata Menteri Besar. Menteri Besar mengulangi komitmen kerajaan negeri dalam membantu badan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan tapak untuk membina bangunan bagi melaksanakan program-program kebajikan dengan hanya mengenakan bayaran premium tanah sebanyak RM1. "Bagaimanapun, NGO ini perlu mematuhi semua peraturan dan menjalin kerja sama dengan pihak berkuasa dalam melaksanakan program-program kebajikan bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini," kata Menteri Besar. Mengenai anak-anak yatim di Madrasah al-Taqwa, Menteri Besar berkata, usaha sedang dijalankan untuk menempatkan mereka di sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sebelum ini, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) telah menyumbangkan RM1,000 untuk mangsa dan keluarga manakala kerajaan negeri menyumbang RM5,000. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pula menyalurkan sumbangan RM217,000 untuk diagihkan kepada semua mangsa dan keluarga. Kerajaan Negeri menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) juga membiayai penempatan sementara ahli keluarga mangsa di Azwen Resort, sepanjang kerja-kerja mencari dan menyelamat dilakukan. Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor dan Yayasan Amal juga dihantar bagi membantu pihak berkuasa menjalankan kerja mencari dan menyelamat selain bantuan keperluan harian kepada semua pihak yang terlibat. Dikeluarkan oleh SEKRETARIAT AKHBAR PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR -- Sekretariat Akhbar Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor Tel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686 | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 26 May 2011 11:07 AM PDT Program ziarah orang sakit Posted: 26 May 2011 02:02 AM PDT 26/5/2011 Cukai - Program bermula dengan kuliah dhuha oleh Ust ali mohamad di markaz PAS Kuala kemaman.Selepas itu penyampaian sumbangan beras dan barangan dapur untuk 36 orang fakir miskin di rumah murah. Dan Pengarah Dun Cukai & beberapa orang AJK Muslimat DUN ziarah ke beberapa buah rumah orang sakit sekitar rumah murah, termasuk seorang mantan ajk cawangan bakau tinggi (ayah wan ghani) hari ini.
| |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 26 May 2011 09:49 AM PDT |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 26 May 2011 09:44 AM PDT Kereta dicuri dijumpai semula Posted: 25 May 2011 09:04 PM PDT Kereta dicuri dijumpai semula Sinar Harian 26 Mei 2011 REMBAU – Sepasang suami isteri melahirkan rasa syukur dan gembira apabila Perodua Kembara milik mereka yang dicuri di perkarangan rumah pagi Isnin lalu telah berjaya dijumpai pihak polis dalam tempoh masa kurang 24 jam dilaporkan. Walau bagaimanapun penemuan berkenaan tidak berjaya menutup perasaan takut dan bimbang pasangan terbabit, Mohd Nawi Mohd Yusoff, 68, dan Habsah Azizul Rahman, 63, apabila kediaman mereka adalah antara 10 kediaman di perkampungan di situ yang menjadi sasaran pencuri dalam tempoh masa tiga bulan. Mohd Nawi berkata, sememangnya pihak polis giat melaksanakan rondaan di kawasan berkenaan berikutan ia adalah kawasan panas berdasarkan beberapa insiden cubaan pecah rumah dan juga rompakan, namun penduduk tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pihak polis dalam mengatasi masalah berkenaan. "Malah, ada dalam kalangan kami terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan melaksanakan rondaan pada masa-masa tertentu mengikut giliran sedangkan ia sebenarnya boleh dilaksanakan secara lebih efektif lagi melalui kerjasama daripada pentadbiran di peringkat kampung. "Oleh itu, saya gesa pihak pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk berbincang dengan penduduk mengenai masalah ini dan dalam masa terdekat dapat mewujudkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi memastikan rondaan dapat dibuat dengan kaedah yang lebih tepat lagi," katanya ketika ditemui di kediamannya, kelmarin. Sementara itu, Habsah berkata, kecurian berlaku awal pagi semasa mereka sedang tidur dan hanya disedari kira-kira jam 5.30 pagi ketika suaminya ingin membuka pintu pagar rumah seperti kebiasaannya. Menurutnya, suaminya mendapati pintu pagar berkenaan telah terbuka dan kereta milik mereka juga sudah tiada di garaj. "Laporan polis telah dibuat pada hari sama dan pasukan polis telah berjaya menjumpai kereta kami yang ditinggalkan di Jirat Perkuburan Cina Johol, Kuala Pilah. "Oleh itu, kita harap agar pihak pentadbiran kampung dapat memikirkan kaedah yang lebih efektif dalam mengatasi masalah kecurian dan pecah rumah di sini melalui penubuhan SRS bagi kebaikan serta manfaat penduduk kampung sendiri," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9125846.asp | Masalah peneroka Labu Sendayan belum selesai Posted: 25 May 2011 06:13 PM PDT Masalah peneroka Labu Sendayan belum selesai May 25, 2011 Tanah dua ekar seorang di Bandar Baru Sendayan yang diberikan juga tidak sempurna, ada yang termasuk dalam kawasan sungai atau atas jalan raya. PETALING JAYA: Ramai peneroka dan bekas peneroka Felda Sendayan mengadu rumah banglo yang diberikan kepada mereka berkualiti rendah tidak sepadan dengan harga RM240,000. "Tanah dua ekar seorang di Bandar Baru Sendayan yang diberikan juga tidak sempurna, ada bahagiannya yang termasuk ke dalam sungai atau di atas jalan raya. "Sebab itu ramai juga yang tolak dengan pemberian kerajaan Negeri Sembilan itu," kata Setiausaha PKR Rembau, Norazizi Aziz. Beliau hadir di majlis anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di Felda tersebut malam tadi yang dihadapi antara 300 hingga 400 orang. Di majlis tersebut, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman meminta peneroka dan bekas peneroka menyenaraikan masalah yang sedang dihadapi mereka. Felda Sendayan dengan kawasan 2, 000 ekar mula dibangunkan pada 1963 membabitkan 40 peneroka. Pada tahun 1996 sesuai dengan perkembangan ekonomi semasa, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) telah mengadakan perjanjian usahasama dengan MHS Land Sdn Bhd untuk memajukan Kampung Sendayan. Krisis ekonomi Peneroka ditawarkan pembelian tanah dengan harga kira-kira RM1.2 juta seorang. Suatu perjanjian jual beli kemudiannya ditandatangani pada 13 November 1996 tetapi krisis ekonomi pada 1997 menyebabkan PKKNS gagal membuat bayaran. Bagaimanapun pada 2006, 95 peratus daripada 513 peneroka itu menerima bayaran mereka. Setiap peneroka menerima wang tunai dan juga harta lain yang keseluruhannya bernilai lebih kurang RM1.2 juta. Pampasan ini adalah dalam bentuk wang tunai sebanyak antara RM450,000 ke RM685,780 seorang. Di samping itu setiap seorang akan diberi tanah pertanian pegangan bebas seluas 0.8 hektar (2 ekar) dianggarkan bernilai RM348,480 dan juga sebuah banglo setingkat empat bilik dengan keluasan tanah 10,000 kaki persegi dianggarkan bernilai RM240,000. Felda Sendayan dibangunkan menjadi bandar baru bernama Bandar Sri Sendayan. Menurut Norazizi, peneroka juga mengadu padang sekolah di kawasan tersebut telah bertukar menjadi kawasan pertanian. "Mereka mahu Anak menyebarkan isu ini untuk pengetahuan semua kerana selama ia hanya diketahui oleh peneroka Felda Sendayan. "Mereka mahu masyarakat bukan peneroka tahu bahawa nasib peneroka Felda Sendayan tidak sebaik sebagaimana disangka. Isu antara satu Felda dengan Felda lain berbeza," katanya. Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/25/masalah-peneroka-labu-sendayan-belum-selesai/ | Pelatih PLKN koma masih terlantar di hospital Posted: 25 May 2011 06:12 PM PDT Pelatih PLKN koma masih terlantar di hospital Utusan Malaysia 26 Mei 2011 KRISHNAMARY sedih melihat keadaan Tamilarasi yang terlantar sakit sejak Februari lalu di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, semalam. SEREMBAN 25 Mei - Mungkin ramai sudah melupakan seorang pelatih perempuan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), A. Tamilarasi, 18, yang dilaporkan koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini Februari lalu. Pelatih yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Taman Desa Cempaka, Nilai dekat sini itu dimasukkan ke HTJ selepas dikatakan demam panas sewaktu menjalani latihan PLKN di Kem PDS Resort, Pasir Panjang, Port Dickson. Namun selepas hampir empat bulan, Tamilarasi masih terlantar di atas katil hospital HTJ itu dalam wad pengasingan dengan ahli keluarga menemaninya 24 jam sehari secara bergilir-gilir. Keadaan semakin menyedihkan apabila pelajar yang aktif dan bercita-cita menjadi jururawat itu kini dipasang tiub ke perut melalui rongga hidung untuk menyalurkan susu, manakala lehernya pula terpaksa ditebuk untuk memudahkan pernafasan. Ibunya, A. Krishnamary, 40, berkata, Tamilarasi tidak mampu bercakap, malah tidak mengenali mereka di sekelilingnya selain mendongakkan kepala dan merenung tajam ke siling hospital itu. Katanya, Tamilarasi memasuki kem di Port Dickson pada 2 Januari lalu dan beberapa hari kemudian menghidap demam panas, bagaimanapun pihak pengurusan kem tidak merujuknya ke hospital, sebaliknya memberi Panadol selepas mendapati keadaannya tidak begitu serius. Kata Krishnamary, suaminya, K. Anandan, 41, telah pergi ke kem berkenaan pada 2 Februari bagi membawa pulang anaknya itu kerana cuti Tahun Baru Cina, tetapi terkejut melihat keadaan Tamilarasi. ''Kami kemudian membawanya ke klinik untuk rawatan lanjut dan pada 8 Februari, dia dimasukkan ke HTJ dan berada dalam keadaan koma. ''Doktor hanya memberitahu anak saya dijangkiti virus pada organ utama termasuk otak, leher dan jantung. Apa jenis virus itu, masih tidak dapat dipastikan," ujarnya. Kini, memandangkan keadaan Tamilarasi yang semakin kritikal, Krishnamary hanya balik ke rumahnya di Nilai sekali dalam seminggu. ''Kami tidak tahu apa yang perlu dibuat lagi. Hati saya tersentuh setiap kali melihat Tamilarasi menghembuskan nafas," katanya sambil menjelaskan pihak pengurusan kem ada datang melawat anaknya itu. Tamilarasi merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik dan merupakan anak perempuan tunggal bagi pasangan itu. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_03.htm | |
KHIDMAT MERU Posted: 26 May 2011 09:36 AM PDT |
i n t a n h i j a u Posted: 26 May 2011 07:11 AM PDT KARNIVAL PAS GANTI UMNO ZON SELATAN DI CHENDERONG BALAI Posted: 26 May 2011 04:16 AM PDT Jemput hadir beramai-ramai...! | JOM SAMA-SAMA KENA SEMBUR AIR DAN ASAP...! Posted: 26 May 2011 03:38 AM PDT
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini mempelawa semua parti komponen BN menyertai perhimpunan besar-besaran 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.
"Saya jamin menteri dan parti politik bahawa ini adalah insiatif masyarkat madani dan bukannya inisiatif mana-mana parti politik," kata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.
Beliau merujuk amaran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin, sebelum ini yang mahu BERSIH 2.0 sebagai penhanjur membatalkan perhimpunan jalanan itu.
"Saya ingin menjemput semua parti politik termasuk BN dan NGO lain supaya bersama kami pada perhimpunan ini untuk bersama dengan rakyat."(malaysiakini) | APA KITA KATA DENGAN ORANG INI..? Posted: 25 May 2011 08:10 AM PDT | |
Pemuda PAS Merbok Posted: 26 May 2011 07:06 AM PDT |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 26 May 2011 03:05 AM PDT PEMINDAHAN PENGUNDI BERLELUASA DI SELANGOR? Posted: 25 May 2011 11:41 PM PDT Semalam (25hb Mei) saya dan beberapa orang petugas JPRK Sabak Bernam dan JPRDun Sabak bersama dengan mantan calon DUN Sabak, Ustaz Sallehen bin Mukhyi telah ke SPR Putra Jaya untuk membuat bantahan perpindahan pengundi berjumlah 1,210 orang dari DUN Sabak ke DUN Sg Panjang. Dengan perpindahan seramai itu, calon PAS dalam PRU13 nanti akan mudahlah dikalahkan. Ustaz Solehin kekurangan hanya 117 undi daripada calon BN pada PRU12. Perpindahan pemilih ini berlaku daripada selepas PRU13. Ianya tidak disedari oleh petugas PAS DUN Sabak kerana nama-nama yang dipindahkan tidak disenaraikan didalam senarai nama yang dikeluarkan semasa pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) yang sudah beberapa kali berlaku semenjak Mac 2008. Rasa curiga hanya timbul apabila mereka dapati jumlah pengundi untuk DUN Sabak tidak berubah semenjak 2008 (DPI berakhir 4/2007) walaupun mereka tahu yang jumlah pengundi baru sudah bertambah satu ribu lebih. Jumlah Pengundi atau pemilih pada PRU12 yang lalu ialah 18,655. Dalam DPI 4/2010, jumlah pemilih masih ditakuk lama (dalam lingkungan 18,000+ juga). Lalu mereka membuat analisa dan mendapati yang 1,210 pemilih DUN Sabak sudah dikeluarkan dan dipindahkan ke DUN Sg Panjang (YB Khir Toyo menang di sini dengan majority 5,828). Sebahagian pemilih adalah ahli atau penyokong PAS dan dikenali oleh petugas. Siasatan awal ke atas 15 pemilih mengesahkan bahawa mereka tidak pernah memohon untuk bertukar daerah mengundi (DM)@pusat mengundi(UPU) di SPR dan tidak pula pernah memohon untuk menukar alamat pada kad pengenalan mereka di JPN. Kami mengesyaki yang ada tangan-tangan ghaib yang telah melakukannya. Hipotesis kami adalah 1) nama pemilih dipindahkan oleh SPR walaupun tiada permohonan dan tiada perubahan alamat ke DUN Sg Panjang. Namun SPR mempertahankan yang mereka tidak akan dapat menukar DM sekiranya alamat di kad pengenalan bukan di dalam DM berkenaan.Sistem komputer SPR menghubungi terus sistem di JPN melalui satu pengisian yang dipanggil ALIS (tidak pasti samada ejaannya betul dan tidak tahu apa nama penuh untuk singkatan ini). Penolakan pendaftaran DM baru akan ditolak oleh sistem sekiranya tidak sekufu. Jika ini benar, kami bertanya adakah kemungkinan 2) alamat pemilih ditukar di JPN tanpa pengetahuan pemilik kad pengenalan. Soalan ini perlu diajukan kepada JPN. Apa pun kami bersedia berhadapan deng an segala kemungkinan dan bersedia untuk bersemuka dengan JPN pula. SPR hanya sempat menyemak 4 nama pemilih daripada 15 nama pemilih yang kami kemukakan. Kami bawa bukti ia itu salinan kad pengenalan serta cetakan semakan daftar pemilih secara online yang menunjukkan DM pemilih yang baru. Mengikut Setiausaha SPR Dato' Kamaruddin Mohd Baria dan juga Pengarah SPR Selangor (yang secara kebetulan berada di ibu pejabat SPR semasa kami tiba), pihak SPR menyimpan semua rekod transaksi setiap pemilih. Setelah menunggu agak lama dan habis tajuk perbualan yang berkitar dalam isu kenapa rakyat ragu dengan kewibawaan SPR dan pilihanraya, pegawai SPR datang membawa sehelai kertas yang mengandungi nama 4 pemilih yang di jadualkan (mungkin menggunakan microsft excel) dan bukan cetakan data yang dihasilkan oleh pengisian komputer. Saya mengharapkan "computer generated data" setiap pemilih dan tidak kesimpulannya yang dihidangkan. Penjelasanya ialah SPR telah melakukan pembetulan sempadan DM/UPU dan semua pemilih yang beralamat di dalam kawasan DM tersebut di pindah ke pusat mengundi DM tersebut. Untuk 4 orang pemilih tersebut, alamat mereka di Sg Besar@Sungai Besar maka dengan pembetulan sempadan mereka kena mengundi di DM Sg Panjang. Ada pengundi yang alamatnya di Taman Raya. Kebetulan ada 2 Taman Raya di Parlimen Sabak bernam dengan poskod yang berlainan. Namun mereka juga dipindahkan walaupun salah satu Taman Raya jauh dari Sg Besar. Saya tidak dapat bayangkan situasi geografi DUN Sabak dan DUN Sg Panjang. Mengikut Hj Wahidi dan Ustaz Sallehen, sesetengah pemilih tinggal jauh dari DM yang baru ini. Setelah berbalas hujjah dengan kami, maka setiausaha SPR meminta tempoh seminggu untuk menjawab surat bantahan kami. Mereka akan mengkaji dan menyiasat kenapa pemilih ini dipindahkan. Kami menyerahkan senarai pemilih yang mengandungi nama 1,210 pemilih yang dahulunya mengundi di pusat mengundi Sek Keb Cina Sin Min dan Sek Menengah Parit 9, DUN Sabak. Mengikut kedua-dua pegawai tertinggi SPR ini peraturan membenarkan pembetulan sempadan DM dan mereka tidak melanggar undang-undang. Tujuan asal yang murni ialah untuk memudahkan pengundi keluar mengundi ke pusat mengundi yang terdekat katanya.Namun hakikatnya apa yang terjadi lebih menyusahkan pengundi. Salah satu kes yang dibentangkan petugas PAS ialah sepasang suami isteri yang mempunyai alamat yang sama mengundi di dua pusat mengundi yang berbeza. Banyak lagi yang ditimbulkan dan kami merasakan setiausaha SPR mengakui yang hujjah kami berasas. Pengarah SPR Selangor (yang sekarang sedang pening kepala dengan bantahan 1,600 nama pemilih yang dibuat oleh PAS semasa semakan Rang DPT 01/11 baru-baru ini) pula mahu kita memberitahu pemilih-pemilih yang dipindahkan ini datang ke SPR untuk membuat semakan. Dalam hati saya memang menyumpah – satu saranan yang tidak logik. Bagaimana kita hendak mencari mereka ini sedangkan kita tidak mempunyai alamat-alamat penuh mereka ini. Gila punya kerja. Banyak lagi kerja yang sepatutnya kita lakukan. Bila kita minta alamat penuh untuk mengesan pemilih, kita diberitahu yang SPR tidak boleh mendedahkan alamat pengundi. Ianya rahsia dan undang2 tidak membenarkannya. Undang-undang lagi… Jangan harap selagi BN memerintah semua kelemahan dalam undang-undang dan peraturan tidak akan dipinda kerana ia menguntungkan muslihat BN dengan memperalatkan institusi kerajaan seperti SPR, PDRM, SPRM, Peguam Negara dan banyak lagi.. Bila kita sudah dapat memenangi hati rakyat, maka peraturan dan undang-undang pula yang digunakan untuk mempertahankan kuasa. Jadi saya minta kepada semua JPRK PAS untuk membuat analisa seperti yang dilakukan oleh JPRK Sabak Bernam dan JPRD Sabak. Hipotesis saya perkara ini berlaku di semua DUN Pakatan Rakyat menang atau kalah tipis. Kita perlu menunjukkan kepada rakyat kerakusan UMNO/BN yang takut hilang kuasa. Ayuh jika anda tidak lakukan analisa sekarang, semasa PRU13 nanti jangan menangis dan pimpinan JPRK perlu mengambil tanggung jawab kerana tidak melunaskan amanah. Kita juga minta SPR membuat kenyataan akhbar mengenai kawasan-kawasan yang mengalami pembetulan sempadan dan nama-nama pemilih yang dipindahkan. Pemilih juga perlu diberitahu melalui surat tentang pemindahan tersebut, samaada melibatkan DUN yang sama atau DUN yang baru dan mereka boleh mengemukakan rayuan untuk tidak mahu berpindah pusat mengundi. SPR juga perlu telus dan memberitahu setakat ini berapa jumlah nama pemilih yang di pindahkan DM mereka. Kita dapat bayangkan apa akan berlaku nanti akan menyamai apa yang berlaku pada PRU ke 11 pada tahun 2004 di Selangor terutamanya di DUN Gombak. Nampaknya walaupun persempadanan semula tidak dilakukan dan tiada peluang "Gerry meandering" seperti yang berlaku dalam persempadanan semula pasca tahun 1999, SPR melakukan dengan sah pemindahan pengundi dengan alasan pembetulan sempadan pula. Saya menghormati kedua-dua pegawai tertinggi SPR yang secara lapang dada menerima rombongan kami dan mahu mendengar bantahan kami.. Mereka memahami benar bantahan yang dikemukakan kepada mereka dan implikasi politik apa yang telah berlaku, namun kita juga tahu mereka tertakluk kepada wahyu Perdana Menteri untuk merampas balik Selangor dengan apa cara sekali pun. | Penyelesaian cara Pakatan Rakyat mula menunjukkan hasil Posted: 25 May 2011 05:26 AM PDT | SHAH ALAM, 25 Mei: Januari 2011 lalu kecoh tentang isu penjualan arak di Selangor dan ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.
Kini, penyelesaian yang dikatakan secara baik itu mula memberikan hasil apabila kedai-kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan Melayu tidak lagi menjual minuman keras di kedai mereka.
Tinjauan Harakhdaily di Seksyen 8 Shah Alah, minuman keras tidak lagi dijual di kedai 7-Eleven kawasan itu. Begitu juga di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kedai 7-Eleven kawasan ini juga tidak lagi menjual minuman keras.
Ketiadaan minuman keras di kedai ini mula dirasai sejak awal tahun ini iaitu tidak beberapa lama selepas kerajaan negeri memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan rangkaian kedai serbanika tentang hal ini.
Namun di Jalan Pahang Barat, kedai 7-Eleven yang bersebelahan dengan pejabat Harakah sendiri, minuman keras masih dijual di situ. Ini kerana kawasan ini bukan dikira kawasan penduduk Islam.
Pada tahun 2000, berlaku satu demonstrasi di Bandar Baru Bangi. Demonstrasi itu membantah penjualan arak secara yang berleluasa di kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan penduduk Islam itu.
Pada tahun 2006, Penduduk Taman Melati, Gombak juga membuat bantahan yang sama apabila mereka membantah jualan arak di kedai rangkaian 7-Eleven itu.
Bagi mereka, kedai serbanika yang beroperasi 24 jam itu telah menjadi punca ketagihan arak di kalangan remaja apabila mereka membeli arak di situ selepas tengah malam, ketika tidak ada ramai orang.
"Kita tidak mahu gunakan kekerasan atau undang-undang dalam hal ini," kata Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas mengadakan pertemuan dengan para pengusaha kedai serbanika ekoran isu peraturan jualan arak di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) berbangkit Januari lalu.
Usaha ugar jualan arak dikawal telah dibangkitkan oleh PAS sejak tahun 1990 apabila parti Islam itu mula memenangi Kelantan.
Ketika umat Islam tidak mahu didedahkan dengan minuman keras, hak penduduk bukan Islam dijaga untuk terus mempunyai hak itu.
PAS Pusat sendiri pada 2009 menggesa Kerajaan Selangor menguatkuasakan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu kerana melibatkan sensitiviti orang Islam.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mengikut garis panduan penjualan minuman keras di Kelantan dan Terengganu, ia tidak boleh dibuat secara terbuka di kawasan berpenduduk majoriti Islam.
"Setakat ini, kedua-dua negeri itu melaksanakan enakmen melarang penjualan minuman keras secara terbuka di kawasan yang majoriti penduduk Islam dan kaedah ini berjaya," katanya pada satu sidang media.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berpandangan, situasi tiada penjualan arak di kawasan majoriti Islam ini hasil rundingan dan persefahaman kerajaan negeri dengan pengeluar dan penjual minuman keras.
"Setakat yang kita tengok memang di 7-Eleven kawasan majoriti Islam tak jual arak.
"Pemuda melihat ada persefahaman di antara kerajaan negeri dan pihak yang terlibat dengan pengeluaran arak ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurutnya, Umno BN di bawah Dr. Khir Toyo dahulu tidak prihatin terhadap sensitiviti umat Islam apabila membiarkan arak dijual secara terbuka di kawasan majoriti Islam.
"Pemuda melihat kerajaan BN dahulu tidak mengambil perhatian soal sensitiviti masyarakat setempat tapi Pakatan sekarang mengambil berat soal itu dan melarang penjualan arak secara terbuka.
"Kerajaan negeri hanya membuat pengawalan kepda orang Islam sahaja, orang bukan Islam tak ada masalah," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut bersetuju dengan langkah kerajaan negeri yang menitik beratkan soal pencegahan dan kesedaran mengenai bahaya arak.
"Pemuda menyokong segala program kesedaran mengenai keburukan arak dan semua pun tahu dalam keadaaan masyarakat kita, banyak keburukan berpunca daripada minum arak," katanya.
Dalam pada itu kerajaan negeri pada Januari lalu juga mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan arak mencari pekerjaan alternatif.
"Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.
"Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain," kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.
Langkah ini sebagai satu cara membantu orang Islam mengelakkan diri daripada terus bekerja di premis pembuatan arak secara berperingkat-peringkat. |
| |
BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN Posted: 26 May 2011 01:41 AM PDT PEMUDA ANJUR FUTSAL DI DUN PERAMU JAYA Posted: 25 May 2011 07:17 AM PDT 22 Mei 2011, Dun Peramu Jaya dalam Parlimen PEKAN telah menganjurkan program mendekati rakyat dan pengundi di 3 Peti Undi iaitu UPU Kg Marhum, UPU Kuala Pahang dan UPU Serandu.
Pelbagai program dianjurkan di 3 lokasi berasing dan kemuncaknya Ceramah Perdana & Konsert Nasyid oleh artis terkenal tanahair iaitu 'Pak Long - Selagi ada Rindu' Antara Program yang dianjurkan yang bermula seawal 8.30 pagi adalah seperti berikut ;
UPU Kg Marhom - Kem Rawatan Perubatan Percuma
- Ziarah Tokoh Pimpinan & Masyarakat
- Pertandingan Hafazan & Tiliwah Al Quran (kanak-kanak)
- Sukaneka kanak-kanak
- Pertandingan Gubahan & Memasak
- Pengedaran Buliten PAS Pekan & Risalah Buku Jingga
UPU Serandu - FUTSAL Pemuda
- Kem Rawatan Perubatan Percuma
- Ziarah Tokoh Pimpinan & Masyarakat
- Pengedaran Buliten PAS Pekan & Risalah Buku Jingga
UPU Kuala Pahang - Pertandingan Bola Tampar Muslimat
- Pertandingan Bola Jaring Muslimat
- Ziarah Tokoh Pimpinan & Masyarakat
- Ceramah Berkelompok
- Pengedaran Buliten PAS Pekan & Risalah Buku Jingga
Pengarah Program, Ustaz Abu Kasim bin Manaf yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan melahirkan rasa puas hati diatas sambutan masyarakat kepada program yang dianjurkan oleh MTD Peramu Jaya bersama PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Pekan.
| |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 26 May 2011 01:39 AM PDT Pakar : Piawaian Keselamatan China Bukan Pilihan Posted: 26 May 2011 01:30 AM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 26 MEI: Piawaian keselamatan negara China bukan pilihan bagi panel Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk mengukur tahap keselamatan dalam menentukan masa depan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.
Ini berikutan piawai keselamatan negara itu sering dipertikaikan antarabangsa sejak 2002 dan diakui sendiri oleh Lynas atas alasan tidak mengikut standard.
Jurutera nuklear Ahmad Bungsu Hamid Tuah berkata, faktor geografi di daerah Gabeng merupakan aspek utama yang perlu diberi perhatian oleh panel tersebut.
Ini kerana menurutnya, jarak 30 kilometer radius untuk menempatkan kilang itu tidak akan menjamin tahap keselamatan penduduk.
Beliau yang dihubungi Tv Selangor mendakwa Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sehingga kini masih belum mengemukakan sebarang maklumat tentang penanda aras yang akan dijadikan rujukan untuk menilai tahap keselamatan sekiranya projek itu diteruskan.
"AELB kata buat masa ini mereka tidak ada lagi standard tapi mahu ikut China. Tapi Lynas cakap syarikat China tidak mengikut standard dan sudah dikenakan tindakan pada 2002.
"Kita tanya AELB pakai piawai mana? Amerika Syarikat memang tidak lulus untuk buat di sini (Malaysia) sebab kalau ikut piawai mereka perlu di kawasan gurun sepeti Nevada yang beribu batu tiada orang," katanya.
Lynas Corporation Ltd of Australia merancang untuk menyiapkan pembinaan loji utamanya menjelang September ini dengan bercadang untuk memproses bahan mentah (bijih lanthanide) dari Australia Barat untuk dijadikan lanthanides tulen.
Kini ramai pihak yang mempertikai tindakan kerajaan mengarahkan IAEA melantik panel pakar untuk membuat penilaian kesihatan dan keselamatan kerana mendakwa agensi itu lebih bersikap'pro-nuklear'.
Justeru Ahmad Bungsu menyifatkan cadangan pembinaan loji itu tidak mempedulikan pandangan rakyat seraya memberi kesan buruk kepada negara dalam jangka masa panjang.
"Tiada, sebab itu saya pelik ada faedahnya kita hanya tempat buang sampah sahaja yang mana kesannya akan memakan masa lebih dari 100 tahun. Jadi saya rasa tidak ada satu pun kita untung kecuali bencana sahaja dalam masa panjang," tambahnya lagi.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dalam kenyataan medianya semalam menasihati agar IAEA mematuhi kod keselamatan dalam penilaian untuk menentukan kesan kilang tersebut terhadap kehidupan masyarakat di daerah Gebeng.
Ini kerana menurutnya, maklumat mendapati Jabatan Alam Sekitar Pahang pada 15 Februari 2008 telah meluluskan projek berisiko tinggi itu hanya dalam masa tiga minggu.
"Ini mengukuhkan pandangan saya bahawa kerajaan Malaysia tidak berupaya untuk memantau atau menguatkuasakan undang-undang keselamatan untuk industri seperti LAMP," kata Fuziah.
Fuziah turut menggesa panel penyelidikan Lynas yang dijadual meneliti isu sekitar pembinaan pusat nadir bumi di Kuantan itu mengdakan sekurang-kurangnya sekali sesi terbuka melibatkan semua pemegang saham.
Menurut beliau, panel berkenaan hanya akan mengadakan beberapa sisi perbincangan tertutup dengan pemegang saham secara berasingan dalam lawatan enam hari bermula 29 Mei hingga 3 Jun depan.
Tv Selangor/- | 3 sebab BN tak potong subsidi petrol Posted: 26 May 2011 01:15 AM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 26 Mei: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi tiga sebab mengapa Barisan Nasional (BN) tidak meneruskan cadangan pemotongan subsidi untuk petrol, diesel dan LPS, dan yakin dengan kenaikan harga barangan keperluan tertentu kecuali IPP sebaik memenangi pilihan raya umum akan datang.
Katanya, Pakatan Rakyat (PR) telah menyebabkan timbulnya rasa takut kepada kepimpinan kerajaan BN yang telah mendorong mereka membatalkan cadangan pemotongan subsidi malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) untuk ketika ini.
Namun subsidi diesel untuk kapal penangkap ikan laut dalam dan 9 kelas kenderaan komersial masih akan dihapuskan bermula 1 Jun, mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung Kerajaaan Persekutuan sehingga mencecah RM886.1 juta setiap tahun.
"Ada 3 alasan mengapa BN menukar dan memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan kenaikan harga barangan," katanya.
Pertama, katanya PR berkemampuan untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP yang dilindungi daripada pemotongan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga yang tinggi.
Kedua, ujarnya BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah itu bertentangan dengan para pengundi.
"Ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa PR sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.
Walau bagaimanapun, katanya sebelum rakyat berpesta dengan pengekalan harga beberapa barangan kawalan, kerajaan BN masih belum menyerah kalah untuk menaikkan harga dengan pengurangan subsidi.
Ini, tambahnya adalah berikutan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyatakan bahawa kajian semula dasar subsidi adalah perlu kerana kerajaan berdepan dengan bebanan subsidi dua kali ganda iaitu dari RM10.32 bilion kepada RM20.58 bilion untuk tahun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak untuk menyatakan berapa lama kerajaan akan mengekalkan harga semasa.
"Dalam erti kata lain sebaik BN memenangi pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang BN untuk menghapuskan subsidi dan menaikkan harga barang," jelasnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Selain itu, katanya penjana tenaga bebas (IPP) sekali lagi akan terlepas daripada sebarang pemotongan subsidi gas seperti yang dinyatakan melalui sokongan padu kepada IPP daripada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.
Peter Chin menegaskan bahawa RM19 bilion setahun yang dinikmati oleh penjana tenaga bebas (IPP) dan TNB itu bukanlah dalam bentuk subsidi tetapi keuntungan yang dilepaskan oleh Petronas berikutan penjualan gas sebanyak 25 peratus daripada harga pasaran.
Sementara itu, Chua menyatakan bahawa subsidi gas kepada IPP tidak boleh dihapuskan kerana terikat dengan perjanjian.
Peter Chin ternyata sedang bermain dengan kata- kata kerana akhirnya IPP (60 %) dan TNB (40%) akan menikmati faedah daripada RM19 bilion subsidi tahunan.
Tambah Guan Eng, Chua pula harus menjelaskan mengapa kerajaan BN termasuk dirinya, menyokong dan menjeratkan diri mereka dalam perjanjian yang ternyata bertentangan dengan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia.
Katanya lagi, tiada cara lain untuk mencapai 5.4 peratus deficit fiscal tanpa lanjutan pemotongan subsidi melainkan kerajaan BN mengamalkan dasar anti rasuah.
Menurutnya, menteri-menteri BN sendiri mengaku bahawa kos rasuah negara melibatkan sekurang- kurangnya RM28 bilion setahun dan ada yang menganggarkan sebanyak USD100 bilion kehilangan secara kumulatif akibat rasuah sejak tahun 1980- an.
Beliau berkata, dasar anti rasuah tidak mungkin dilaksanakan kerana kerajaan BN menolak untuk mengamalkan sistem tender terbuka, ketelusan prosedur dan akauntabiliti awam dalam proses pembelian dan kontrak kerajaan.
"Atas alasan tersebut, hanya sokongan anti rasuah yang dilaksanakan PR akan dapat menyelamatkan rakyat, bak kata pepatah 'bunuh dua ekor burung dengan seketul batu' dengan tidak hanya membanteras amalan rasuah tetapi juga akan menghentikan kenaikan harga barang," katanya. | Gerai digantung kepala babi Posted: 26 May 2011 01:00 AM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
SUNGAI BAKAP – Orang ramai di pekan Sungai Bakap kecoh apabila dikejutkan dengan simbahan cat merah manakala kepala babi digantung pada bahagian depan sebuah gerai minuman berhampiran Masjid Sungai Bakap, pagi, semalam.
Kejadian yang berlaku awal pagi itu menyebabkan keadaan pekan itu menjadi sesak kerana dipenuhi orang ramai yang ingin menyaksikan kejadian berkenaan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata, pihaknya percaya kejadian yang berlaku sebelum waktu subuh itu berpunca dari perselisihan faham.
"Hasil siasatan mendapati, sekitar jam 7.45 pagi, pemilik dihubungi oleh salah seorang ahli masjid dengan menyatakan gerai miliknya disimbah cat merah dan digantung kepala babi.
"Menurut pemilik gerai, tiga bulan sebelum kejadian, dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki dengan menyatakan dia tidak berpuas hati dan kurang senang terhadap perniagaan yang dijalankan dan percaya kejadian itu berpunca daripada ugutan panggilan telefon yang diterima," katanya ketika ditemui selepas mengunjungi tempat kejadian.
Hasil kejadian itu, pemilik bersama anaknya membuat laporan di Balai Polis Sungai Bakap bagi mengelak perkara yang tidak diingini terus berlaku.
Turut hadir pada tinjauan terhadap kes terbabit ialah Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat.
Ayub berkata, pihaknya juga berharap perbuatan berkenaan tidak terus dilakukan oleh mana-mana pihak dan pasukan polis akan membanteras masalah itu dengan segera.
"Perkara ini bukanlah merupakan satu isu perkauman yang melibatkan agama seperti mana dihebahkan oleh semua pihak.
"Kita sedia maklum, kejadian ini berlaku berhampiran masjid dan isu babi adalah perkara sensitif bagi Islam. Justeru, diminta pihak tidak bertanggungjawab itu tidak akan mengulangi perkara sama kerana ia akan menimbulkan suasana tegang antara satu sama lain.
Menurutnya, jualan pemilik gerai berkenaan begitu laris di pekan ini dan pihak polis tidak menolak kemungkinan bahawa perbuatan itu juga adalah daripada perasaan iri hati.
"Nombor telefon yang digunakan untuk menghubungi pemilik pada tiga bulan lalu merupakan nombor telefon awam dan pihak polis juga memberi amaran keras kepada mana-mana kegiatan kongsi gelap supaya tidak mengambil alih tugas polis yang ingin menjaga keselamatan peniaga.
"Diharap, mana-mana peniaga atau orang ramai yang mengalami serta melihat kes ugutan, dapat melaporkan segera kepada pihak polis," katanya.
Pemilik juga dimaklumkan bahawa dia tidak mempunyai masalah kewangan dan tidak terlibat dengan mana-mana pinjaman.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang melibatkan unsur ugutan dan ancaman.
Sinar Harian/- | Kes Royalti : Keputusan Kelantan Bantah Pusat Jadi Pencelah Petang Ini Posted: 26 May 2011 12:45 AM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
PUTRAJAYA 26 MEI : Keputusan rayuan kerajaan negeri Kelantan bersabit bantahan kerajaan pusat menjadi pencelah dalam kes saman terhadap Petronas akan diketahui petang ini.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof memberitahu beliau akan mengumumkan keputusan pada jam 2.45 petang ini.
Kerajaan Kelantan diwakili peguam Tommy Thomas sementara Rishwant Singh mewakili Petronas.
Kerajaan sebelum ini mohon mencelah dalam kes saman kerajaan Kelantan terhadap Petronas dengan memohon untuk menjadi defendan kedua.
Permohonan kerajaan pusat sebelum ini menimbulkan banyak tanda tanya.
Kerajaan negeri Kelantan telah menyaman Petronas kerana tidak memenuhi perjanjian yang dibuatnya untuk memberikan royalti minyak 5 peratus kepada kerajaan negeri.
Ia difailkan di Mahkamah Perdagangan atas dasar Petronas telah gagal memenuhi perjanjian yang ditandatangani itu.
Tv Selangor/- | Umno pastikan Anwar kembali ke tembok batu Posted: 26 May 2011 12:45 AM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
APA yang pasti Anwar Ibrahim tidak lagi dibenarkan bebas seperti sekarang. Kes liwat kedua hanya sebagai penyebab semata-mata," ujar satu sumber Umno di Kuala Lumpur.
Sebelum ini ramai berhujah Anwar tidak mungkin bebas kalau Tun Dr Mahathir Mohamad masih berada di kerusi lamanya. Buktinya tidak lama selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir, Anwar dibebaskan. Anwar dibebaskan pada September 2004.
Pak Lah menggantikan Dr Mahathir pada Oktober 2003. Sekarang Pak Lah sudah disingkirkan dan kuasa politik Dr Mahathir mulai mencengkam kembali.
Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998. Tidak lama kemudian dihumbang ke penjara atas alasan mengugut penjawat awam.
"Alasan yang dimasyhur ketika itu bukannya kesalahan liwat versi pertama seperti diuar-uarkan, sebaliknya mengugut penjawat awam," kata puteri sulung Anwar, Nurul Izzah.
Nurul Izzah muncul ikon baru politik di Tanah Malaya. Baru-baru ini ceramahnya di Machang dan Kuala Krai menarik ribuan pendengar.
Sebaliknya versi liwat kedua memperlihatkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal-awal lagi menyimpulkan Anwar ada prima facie.
Mengejutkan apabila Hakim Dato' Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat rumusan Mohd Saiful Bukhari seorang yang berwibawa dan keterangannya boleh dipercayai.
Saiful ada hubungan
Sedangkan ramai tidak lupa seorang peguam daripada pasukan pendakwa yang mengendali kes liwat II digugurkan kerana dakwaan mempunyai hubungan dengan Saiful.
Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dikatakan ada hubungan dengan saksi utama pihak pendakwa. Hubungan romantik mereka dibongkarkan blogger, Raja Petra Kamarudin.
Ramai juga masih belum lupa adik ipar kepada Saiful menafikan dia melarikan adik saksi utama pendakwa itu ke selatan Thailand.
Sebaliknya Faez Khairi, 28 mendakwa adik Saiful, Saidati Adha secara rela mengikutinya ke negara itu untuk berkahwin.
Sebelum itu Saiful ada membuat pengakuan di mahkamah, Faez dan Saidati melarikan diri. Pendedahan mengenai keluarga saksi utama terbabit terbongkar ketika beliau menjawab soalan peguam Karpal Singh.
Pada keterangan tersebut Saiful memberitahu ibu bapanya sudah bercerai ketika beliau berumur tujuh tahun. Oleh itu rumusan awal dibuat hakim seperti menyimpang daripada senario yang berlaku.
"Biar apa pun saya sering mendengar pemimpin Umno bercakap mengenai Anwar. Setiap kali ada mesyuarat Majlis Tertinggi isu Anwar menjadi fokus," ujar sumber Umno tadi.
Maka berdasar kepada fenomena yang berlaku sekarang ledakan reformasi 1998 sekali lagi bakal menarik simpati pengundi Melayu.
Fakta Anwar dan kemelesetan ekonomi yang berlaku ketika itu menyebabkan orang Melayu beralih daripada Umno kepada Barisan Alternatif (BA).
Inilah yang dikatakan ramai sarjana budaya baru politik di Malaysia. Prof Dr Loh Kok Wah dari USM mentafsirkan perubahan tersebut sebagai gambaran politik baru mulai dicetus di negara ini.
Keberanian orang Melayu turun ke jalan-jalan raya menuntut keadilan untuk Anwar mencetus ledakan perubahan pada pola pengundian pilihanraya umum 1999.
Kesannya BA berjaya menawan negeri-negeri majoriti Melayu iaitu Terengganu dan mengekalkan Kelantan di tangan PAS.
Selain itu berjaya menembusi kerusi-kerusi majoriti Melayu di Selangor, Perak, Pahang, Perlis dan Pulau Pinang.
Perkembangan reformasi memberi saham berganda buat PAS sehingga berjaya menduduki kerusi di Dun Selangor, Perak dan Pahang. PAS juga mengukuhkan kedudukan di Kedah.
PAS ketua pembangkang
Tuahnya buat PAS apabila berjaya menghantar seramai 27 wakil rakyat ke Parlimen ketika itu. Walhasilnya bekas Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor buat pertama kali dalam sejarah parti Islam dilantik sebagai ketua pembangkang.
Berdasar kepada percikan reformasi fasa pertama, orang Melayu beramai-ramai meninggalkan Umno. Ternyata strategik Dr Mahahir silap apabila 'membunuh' karektor utama dengan cara yang sukar diterima resam Melayu.
Dan hari ini situasi itu seperti berulang kembali. Orang Melayu yang berpegang teguh dengan agama tidak boleh menerima fitnah dicetus secara mudah.
Liwat versi kedua dan adegan video seks yang cuba dipalitkan terhadap Anwar menyebabkan pengundi Melayu menjadi mual.
Mereka tidak mampu menerima cerita lama mengulangi apa yang pernah terjadi kepada Nabi Yusof. Baginda dianiayai adik beradik sendiri sehingga dibuang ke dalam perigi.
Kemudian dicetus fitnah Zulaikha mahu mengoda baginda. Namun kemaraan Nabi Yusof tidak mampu disekat. Baginda akhirnya bangkit memimpin umat Islam ketika itu.
Sudah lama cerita itu difahami orang Melayu beragama Islam.
Orang Melayu Islam yang sering bertandang ke masjid setiap bulan Rejab juga pastinya pernah mendengar kisah di sebalik peristiwa Israk Mikraj.
Ustaz dan ulama sering memberitahu baginda Rasulullah SAW menghadapi cabaran paling hebat dalam sejarah dakwah baginda. Semasa baginda menyampaikan dakwah di Taif, baginda SAW dilemparkan dengan batu dan diejek-ejek pemuda nakal.
Baginda dilempar batu sehingga berdarah kaki. Selepas itu baginda meninggalkan Taif sambil berehat membalut lukanya di sebuah kebun kepunyaan adik beradik iaitu Utbah dan Syaibah bin Rabiah.
Di saat itulah baginda SAW merintih kepada Allah SWT dengan doanya;
"Wahai Tuhanku, kepada Engkaulah aku mengadu segala kelemahanku, sempitnya daya usahaku dan hinanya aku di kalangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Engkaulah pelindung orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhanku.
"Kepada mereka yang jauh dan menghadapi aku dengan muka masam, atau kepada musuh, atau kepada musuh yang menguasaiku? Kalau Engkau tidak murkaiku, tidaklah aku pedulikan.
"Tetapi kemaafahan Engkaulah yang sangat aku harapkan dan memberi kelapangan kepadaku. Aku mohon berlindung di bawah cahayaMu yang menerangi semua kegelapan dan di atasNyalah semua urusan dunia dan akhirat menjadi baik.
"Agar janganlah kiranya Engkau turunkan murkaMu dan kebencianMu kepadaku. Kepada Engkaulah aku merayu sehingga Engkau meredhainya. Tidak ada daya usahaku dengan kekuatanMu." (Lihat Abu Fathan dalam Peranan Islam Dalam Masyarakat Melayu, 1996).
Kisah sentimental itu tidak mampu dijarakkan daripada jiwa orang Melayu yang masih kuat berpaut kepada Islam.
Setiap kali bulan Rejab kisah tersebut diulang-ulang semula sebagai pengajaran buat orang beriman. Namun malangnya, masih ramai orang Melayu hanya Islam pada nama dan tidak amalnya.
Bagi golongan tersebut tiada pengajaran mampu diambil daripada kisah Israk Mikraj. Maka tidak hairanlah diuar-uarkan kisah lucah dan hantu bagi menghalang kebenaran Islam bertapak subur dalam jiwa orang Melayu.
Maka ramai berhujah situasi politik hari ini mengundang fenomena 1999 berulang kembali. Ia sudah dibuktikan di Singapura baru-baru ini apabila pengundi Melayu beralih kepada Parti Buruh. | Mayat berulat Posted: 26 May 2011 12:30 AM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
JELAPANG – Gempar apabila satu mayat lelaki berpakaian lengkap ditemui dalam keadaan berulat di kawasan tangki air Puncak Jelapang Maju, petang semalam.
Mangsa, dikenali sebagai Susinthiran A/L Muthusamy @ Arumugam, 36, dari Jelapang ditemui sekumpulan empat lelaki yang kebetulan ke kawasan itu untuk memotong rumput dan membersihkan kawasan sekitarnya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ibrahim Abu Bakar berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terlentang memakai baju T berwarna kuning dan berseluar jeans biru serta berkasut.
Menurutnya, pihaknya menerima maklumat pertama daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.50 petang.
"Anggota kami termasuk Unit Forensik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat.
"Setakat ini pihak kami belum menerima sebarang maklumat lengkap berhubung kes terbabit namun siasatan lanjut masih diteruskan.
"Bagaimanapun, siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat dan pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kematian.
"Keterangan lanjut mengenai kes ini hanya akan dimaklumkan sejurus selepas selesai bedah siasat," katanya.
Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau rakan serta yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-254 2222..
Sinar Harian/- | Muktamar platform persediaan PAS untuk menggantikan Umno Posted: 26 May 2011 12:15 AM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
APABILA saf kepimpinan tertinggi PAS melancarkan program 'PAS Ganti Umno', ia seharusnya disambut dengan serius, khususnya dari kalangan ahli serta penyokong PAS di seluruh negara.
Ungkapan 'PAS Ganti Umno' yang diterapkan dalam minda ahli, seharusnya bukan retorik, bukan impian, bukan angan-angan, tetapi ianya adalah pernyataan kesungguhan dan keazaman yang tinggi bagi memastikan ianya menjadi realiti.
Realiti 'PAS Ganti Umno' tidak akan dapat direalisasikan, jika sekiranya ia tidak dimulakan dari dalam PAS itu sendiri.
Dalam erti kata lain, jika pemimpin dan ahli PAS masih di takuk lama, mentaliti masih tidak berubah, pendekatan masih tidak mencapai sasaran, usaha 'PAS Ganti Umno' barangkali terbantut.
Maka menjelang Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-57 ini, seluruh kepimpinan dan anggota PAS harus mengerah minda dan mencapai ketetapan, apakah mekanisme atau kaifiat yang harus dilaksanakan PAS bagi memastikan cita-cita ini tercapai.
'PAS Ganti Umno' sebenarnya adalah suatu agenda PAS yang sangat besar. Ia tidak harus dipandang ringan.
'PAS Ganti Umno' bukan sekadar mengganti atau mengambil alih tempatnya sebagai parti Melayu-Islam yang terbesar dalam negara sahaja.
Matlamat dan cita-cita PAS adalah untuk menggantikan tempat Umno sebagai peneraju utama dan pemain utama dalam kerajaan Pakatan Rakyat sewaktu Umno-Barisan Nasional tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Justeru, agenda 'PAS Ganti Umno' harus menjadi agenda penting dalam Muktamar. Apa juga ucapan, perbahasan, usul malah kepada sehingga kepada pemilihan pucuk pimpinan pun, harus dijuruskan ke arah usaha untuk menggantikan Umno.
Pemimpin dan ahli PAS harus disegarkan minda mereka, bahawa selain Umno, tiada parti lain yang boleh diterima orang Melayu-Islam, melainkan PAS sahaja.
Untuk apa Umno harus diganti? Tidak lain dan tidak bukan, hanya kerana Umno sudah menyimpang jauh dari landasan perjuangannya.
Umno harus diganti kerana kepimpinannya sudah rosak. Umno mempunyai pemimpin yang korup serta rakus memperjuangkan kepentingan peribadi.
Menjadi pemimpin Umno, bukan lagi untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat, tetapi dijadikan peluang untuk mereka memperkayakan diri, anak-beranak dan kroni.
Perjuangan Umno jauh tersasar kerana di sebalik banyak negeri-negeri yang diterajui mereka berada dalam keadaan yang kritikal dari sudut pentadbiran ekonominya.
Hasil negeri tidak mencukupi. Negeri masih berada dalam tahap kemiskinan, rakyat sukar mencari rezeki, tetapi pemimpinnya kaya raya.
Menjadi anak-beranak Menteri dan Perdana Menteri lebih menguntungkan. Kejayaan Umno yang paling hebat ialah apabila anak-beranak, adik-beradik, anggota keluarga dan kroni PM serta bekas PM boleh menjadi bilionaire, boleh menjadi jutawan.
Nama-nama mereka tersenarai di antara orang Melayu yang paling kaya di Malaysia. Inilah hasil perjuangan Umno.
Kita tanyakan pula kepada Umno. Anda berjaya mengangkat martabat anak-beranak, adik-beradik pemimpin anda menjadi manusia terkaya, tetapi bagaimana dengan rakyat kebanyakan?
Bukankah ramai orang-orang Melayu yang hidupnya dihimpit kesusahan? Hendak membeli susu anak pun tidak mampu. Hendak menyara anak ke sekolah pun terkial-kial. Apatah pula hendak membayar yuran IPT yang begitu tinggi harganya.
Itu belum lagi kalangan Melayu yang tercicir di bidang pendidikan akibat kejahatan dasar PPSMI. Itu belum lagi ramai kalangan Melayu yang tiada tempat dalam sektor ekonomi dan peniagaan akibat amalan segelintir nepotisme dan ali baba.
Itu belum lagi dimasukkan berapa ramai Melayu yang hidup mereka sering dihimpit tekanan akibat kenaikan harga minyak, harga barangan keperluan dapur dan sebagainya.
Perjuangan Umno jauh tersasar kerana mereka tidak lagi dilihat mewakili golongan marhaen. Umno tidak mewakili rakyat kebanyakan. Mereka adalah parti borjois yang dipenuhi korporat serta 'lintah darat.'
Umno tidak boleh lagi diharapkan. Mereka gagal memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam. Perjuangan nasionalisme Umno hanya menjadi alat untuk kepimpinannya memperdayakan orang Melayu untuk terus menyokong mereka.
Justeru usaha 'PAS Ganti Umno' harus diambil serius. Apabila agama, bangsa dan negara sudah rosak akibat gara-gara pemimpin Umno, maka PAS harus tampil untuk menyelamatkan keadaan.
Pada saat ini rakyat, khususnya orang-orang Melayu sedang memerhatikan PAS. Mereka tertanya-tanya, apakah kepimpinannya boleh diharap untuk menggantikan Umno.
Rakyat sedang menilai apakah pucuk kepimpinan PAS menepati ciri-ciri yang mereka harapkan untuk menggalas harapan ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.
Di atas pundak perwakilan lah segala persoalan ini harus ditemukan jawapannya.
Maka pada Muktamar kali ini, diharapkan perwakilan harus lebih serius dan lebih fokus kerana rakyat menantikan jawapan daripada PAS, apakah PAS layak menggantikan Umno. | Gaji guru: K'jaan tak mampu sebab krisis kewangan Posted: 25 May 2011 11:30 PM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Isu kenaikan pangkat guru yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pengamal profesyen itu menunjukkan bahawa negara kini berdepan dengan krisis kewangan, kata seorang ahli parlimen PAS.
Datuk Mahfuz Omar juga mendakwa, langkah kerajaan yang hanya memberikan kenaikan pangkat kepada golongan guru berpendapatan tinggi itu menunjukkan bahawa kerajaan berusaha untuk menipu golongan cerdik pandai itu.
Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu yang sekadar meminta supaya kumpulan guru yang tidak menikmati kenaikan gaji itu supaya bersabar.
Muhyiddin juga sebelum ini menjelaskan bahawa kerajaan bertindak demikian sebagai langkah penjimatan perbelanjaan dan juga untuk mengurangkan defisit kerana kenaikan pangkat itu melibatkan jumlah guru yang ramai.
Mahfuz yang juga naib presiden PAS turut menegaskan bahawa langkah penjimatan melalui pengurangan subsidi itu juga akhirnya akan menyebabkan rakyat menanggung kos yang lebih tinggi.
Perbelanjaan meningkat
"Kerajaan sebenarnya telah memindahkan defisit kerajaan kepada guru berpendapatan sederhana," katanya dan menambah, hanya sebanyak 30 peratus sahaja daripada kira-kira setengah juta guru dalam negara ini yang akan menikmati kenaikan pangkat itu.
"(Tindakan) mengurangkan subsidi menyebabkan kos meningkat. Perbelanjaan rakyat juga turut meningkat (sedangkan) pendapatan tidak mencukupi.
"Guru merupakan individu yang melahirkan seorang pemimpin, tindakan pihak kerajaan dengan menaikkan pangkat sebilangan guru saja umpama tindakan menipu orang cerdik," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.
Tambahnya, langkah kerajaan itu juga menunjukkan bahawa kerajaan begitu terdesak untuk menjaga kebajikan pekerja semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada Disember tahun lalu.
Manifesto berkenaan antara lainnya menggariskan usaha Pakatan untuk memastikan agihan kekayaan yang saksama bagi golongan pekerja.
"Tindakan yang seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan ialah menaikkan gaji semua guru seperti apa yang dicadangkan oleh pihak PKR baru-baru ini," tegasnya yang turut menyeru kumpulan guru itu supaya lebih vokal dalam menyatakan tuntutan melalui kesatuan mereka.
Tapi dapat bonus
Sementara itu, ahli parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan pula tetap mempertahankan langkah "rasional" itu kerana tidak ada guru yang akan didiskriminasi dalam kenaikan pangkat berkenaan.
Ketika ditanya, beliau menafikan bahawa tindakan kenaikan pangkat itu dijalankan bagi menghadapi pilihan raya yang bakal menjelang.
"Kalau pembangkang memang akan berkata sedemikian (untuk pilihan raya).tapi bagi saya ia sesuatu yang tidak masuk akal," kata Abdul Rahman ketika dihubungi. Jelasnya, kenaikan ke atas kumpulan guru itu tidak melibatkan guru yang berpendapatan sehingga mencecah RM20,000.
"Tidak ada yang dianaktirikan," katanya lagi yang menambah, kumpulan guru yang berpendapatan lebih rendah itu juga akan menikmati kenaikan pangkat. "Jika kita mampu bagi setengah, kita bagi setengah dulu. Waktu ini untuk segmen (pangkat tinggi) dahulu.
"Kerajaan bagi kenaikan berkenaan berdasarkan kemampuan pihak kerajaan. Namun perdana menteri sendiri masih sedang berbincang dengan timbalan perdana menteri berkenaan kenaikan pangkat atau gaji bagi guru-guru yang lain," katanya lagi. Abdul Rahman juga berkata golongan guru yang berpendapatan rendah juga sebelum ini telah menikmati bayaran bonus.
"Kerajaan telah bagi (bonus) kepada golongan berpendapatan dua ribu ke bawah. Yang penting kerajaan ikhlas," katanya.
Malaysiakini/- | Piala Sudirman: Malaysia Kalah 2-3 Kepada Indonesia Posted: 25 May 2011 09:30 PM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 26 MEI : Malaysia menempah laluan berduri pada suku akhir badminton Piala Sudirman apabila gagal muncul juara Kumpulan B selepas kalah tipis 2-3 kepada Indonesia dalam perlawanan sengit di Qingdao, China.
Walaupun dua kali mendahului 1-0 dan 2-1, namun Indonesia berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dan 2-2, sebelum mengesahkan kemenangan menerusi beregu campuran, Fran Kurniawan-Pia Zebadiah Bernadet yang menundukkan pasangan muda negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 21-18, 21-15.
Menamatkan cabaran selaku naib juara kumpulan bermakna Malaysia berpotensi menentang pilihan utama dan juara tujuh kali, China, bergantung kepada undian yang bakal dijalankan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menghadiahkan mata sulung negara menerusi selepas menang mudah 21-15, 21-17 ke atas Alvent Yulianto-Mohamad Ahsan, namun Adri yanti Firdasari menyamakan kedudukan 1-1 dengan menumpaskan Lydia Cheah 21-8, 21-12 dalam perseorangan wanita.
Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei meletakkan pasukan negara 2-1 di depan apabila menundukkan Dionysius Hayom Rumbaka 21-8, 21-8 tetapi Indonesia kembali menyamakan kedudukan 2-2 selepas Greysa Polii-Meliana Jauhari mengalahkan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui 21-23, 14-21, sebelum Peng Soon-Liu Ying tunduk dalam penentuan beregu campuran.
Tv Selangor/- | Kapal Terbang Terhempas Di India, 10 Terbunuh Posted: 25 May 2011 09:00 PM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
NEW DELHI: Sepuluh orang terbunuh selepas sebuah kapal terbang sewa India terhempas di atas rumah kedai di luar Delhi Rabu malam.
Tujuh terdiri daripada penumpang kapal terbang itu manakala tiga lagi adalah penghuni rumah kedai berkenaan.
Kapal terbang dengan kapasiti sembilan tempat duduk itu membawa seorang pesakit kritikal, anggota keluarganya, dan petugas perubatan semasa kejadian, menurut saluran televisyen yang berpengkalan di Delhi.
Kapal terbang itu dilaporkan terhempas di kawasan perumahan di Faridabad, yang bersempadan dengan Delhi. The Press Trust of India (PTI) dalam laporannya berkata kapal terbang itu hilang kawalan dan menjuman dari ketinggian 8,000 kaki kira-kira 15 minit sebelum mendarat di Delhi.
Kapal terbang itu dipercayai terperangkap dalam angin kencang dan ribut pasir, menurut laporan awal, namun punca sebenar kemalangan belum diketahui.
Pesakit itu diterbangkan dari Patna di Maharshtra ke hospital Delhi untuk rawatan.-
BERNAMA | Ricoh rancang kurangkan 10,000 pekerja seluruh dunia Posted: 25 May 2011 08:30 PM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
TOKYO: Syarikat pengeluar peralatan pejabat dan kamera, Ricoh hari ini mengumumkan rancangannya untuk mengurangkan kira-kira 10,000 pekerja di seluruh dunia dalam tempoh tiga tahun sebagai langkah memperkemaskan operasinya, lapor media.
Pengurangan itu membabitkan sebahagian daripada 100,000 pekerja seluruh dunia yang dijangka dilaksanakan pada tahun fiskal 2013, lapor akhbar kewangan mingguan Nikkei dan Dow Jones Newswires. - AFP | Auku: 17 pelajar UM dibebaskan Posted: 25 May 2011 08:00 PM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 26 Mei: "Pertamanya, saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi, kuasa Allah terbukti adalah yang Maha Hebat dan Maha Adil," kata Izzuddin Hilmi Mohd Zaini.
Mahasiswa tahun akhir Universiti Malaya (UM) itu menyatakan demikian setelah dibebaskan daripada disabitkan dengan hukuman Akta Universiti dan Akta Universiti (Auku).
"Setelah keputusan diumumkan, ternyata saya dan rakan-rakan saya lain terbukti tidak melakukan kesalahan yang boleh disabitkan dengan hukuman Akta Universiti dan Akta Universiti (Auku) yang diwujudkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad," ujarnya.
Semalam, beliau antara enam siswa lain telah dibicarakan oleh barisan Jawatankuasa Tindakan Tatatertib UM di Bilik Mesyuarat HEP di Kompleks Perdanasiswa UM.
Itu pun setelah perbicaraan ditangguhkan dua kali di mana sebelum ini pada 20 Mei dan 23 Mei lalu.
"Dan kami dibacakan segala pertuduhan termasuk seorang rakan baik saya, Mohd Sabri (Jamaluddin) yang dikenakan tujuh pertuduhan.
"Alhamdulillah, setelah semuanya dibaca dan disoal jawab (prosiding bermula 2 petang hingga malam), saya dan rakan-rakan dengan lindungan Allah telah dibuktikan 'tidak layak' untuk disabitkan kesalahan di bawah Auku," jelasnya yang juga Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Keputusannya ialah seorang pelajar digugurkan kes kerana telah bergraduasi tahun lalu, Qayyum Suhaimi, lima pelajar dibebaskan tanpa sebarang amaran kerana tiada bukti, dua pelajar didenda RM200 serta amaran keras (Izzuddin Hilmi dan Sabri Jamaluddin) dan sembilan pelajar dikenakan amaran awal.
Antara saksi yang sering kali dipanggil masuk untuk disoal jawab oleh panel adalah Ketua Pengarah Keselamatan UM, Mejar (B) Mohd Nor Othman dan Wahyu dan beberapa lagi yang lain.
"Yang saya nak tekankan kat sini, mengapa kami dikenakan pertuduhan setelah hampir 3 bulan kes itu berlaku, kes di pilihan raya kampus Februari lalu.
"Dan andai kata nak dikatakan 3 bulan diambil untuk mengumpul bukti kukuh, saya ada beberapa persoalan yang perlu dijawab semua pihak," katanya.
Beliau mempersoalkan mengapa lima siswa dibebaskan kerana tiada bukti kukuh dan atas sebab apa kelima-limanya dituduh.
Soalnya, adakah sekadar ingin 'memperkenalkan' mereka kepada umum dan kami juga dibebaskan dengan hukuman masing-masing (denda dan amaran).
Atas sebab apakah seorang graduan, Abdul Qayyum Suhaimi (Graduasi 2010) turut diberi surat amaran dan diminta hadir prosiding kemudian digugurkan kes.
Ini, katanya sedikit sebanyak memberi seribu satu persoalan kepada mereka kerana kesalahan pada tahun 2011 tetapi turut diberi surat amaran.
Soalnya lagi, mengapa setiap kali prosiding, munculnya dua orang kanan TNC iaitu Rozaini dan Imran Nul Hakim Derasip.
"Apakah autoriti pegawai-pegawai HEP terbabit dalam kes ini?
"Adakah pihak TNC HEP, Datuk Rohana akan membuka kembali kes ini untuk membuat rayuan terhadap keputusan barisan panel?" tanya beliau.
Katanya, pihak universiti seharusnya menggunakan proses budibicara untuk menyiasat pertuduhan ke atas mereka sebelum mendakwa ke kamar prosiding.
"Mengapa kami terus diheret tanpa sebarang budi bicara?" soalnya lagi.
Menurut Izzudin lagi, antara pertuduhan yang dikenakan ke atasnya saya dan seorang rakannya adalah ketika pertemuan dengan Rohana bagi membincangkan pelbagai perkara di biliknya ketika pilihan raya lalu.
"Mengapa pertemuan itu pun ingin didakwa ke atas kami?
"Di peringkat kami, kami meminta penjelasan terperinci terhadap segala pertuduhan yang dikenakan ke atas kami," katanya.
Harakahdaily
| Mahasiswa kuasa penentu PRU 13 Posted: 25 May 2011 07:40 PM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Gerakan mahasiswa adalah suatu kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil perhitungan. Dalam lipatan sejarah universiti, masyarakat dan negara, sama ada dilihat secara universal atau secara perbandingan, misalnya, antara Asia dengan benua-benua lain, atau antara dunia ketiga dengan dunia-dunia lain, atau jika di negara ini, sama ada di peringkat sesebuah universiti atau di peringkat nasional, gerakan mahasiswa punya sejarahnya yang tersendiri.
Kadang-kadang ia diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, manakala kadang-kadang pula ia hanya tercatat sebagai sejarah di kalangan aktivis dan pendokongnya sahaja. Jika ia diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang baik, manakala kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang kurang baik.
Walaupun apapun pengakuan, pengiktirafan dan penafsiran yang diberikan terhadap gerakan mahasiswa, hakikatnya ialah ia adalah satu proses yang amat dinamik dan progresif, sama ada kepada proses pembangunan universiti, masyarakat dan negara, atau sekurang-kurangnya kepada para aktivis dan pendokongnya. Kerana itu, ia perlu dilihat dan dirakam dengan bijaksana. Sebagai sejarah dan penunjuk arah. Bagi gerakan dan pembangunan mahasiswa, universiti, masyarakat dan negara.
Mahasiswa Bangkit
Jika terdapat pendapat yang berbeza tentang tahun permulaan zaman kemuncak gerakan mahasiswa, tetapi, dalam menentukan tahun akhirnya, terdapat pendapat yang sama, iaitu tahun 1974. Walaupun ramai penulis yang menggunakan tahun 1974 dalam tulisan mereka, dan ada juga penulis menggunakan tahun 1971, tetapi tahun 1971 yang digunakan kedua-duanya adalah kerana faktor teknikal.
Pendapat ini turut dikongsi oleh ramai pemerhati gerakan mahasiswa yang lain. Yang menjadikan tahun 1974 adalah tahun akhir zaman kemuncak gerakan mahasiswa ialah kerana setelah peristiwa demonstrasi Baling pada Disember 1974, pindaan telah dibuat terhadap AUKU 1971 pada awal tahun 1975 (dikenali sebagai Pindaan 1975), dan setelah itu, jelas kelihatan berlaku perubahan yang besar dari segi bermulanya zaman kelembapan gerakan mahasiswa.
Bagi pendapat yang mengatakan bahawa tempoh masa dari tahun 1965 hingga tahun 1974 adalah zaman kemuncak gerakan mahasiswa negara, ia diukur dari segi tindakan-tindakan mahasiswa yang bercorak politik. Hal ini termasuklah:
(1) Seminar dan diskusi yang membincangkan soal-soal politik, ekonomi dan sosial di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh-tokoh politik dan pensyarah.
(2) Resolusi-resolusi bercorak politik dibentang dan dikeluarkan untuk tatapan umum dan kerajaan.
(3) Penerbitan akhbar, majalah dan risalah atau kenyataan akhbar di mana mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka.
(4) Demonstrasi di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan ideal perjuangan mereka.
(5) Sesetengah mahasiswa mengambil bahagian dengan memegang jawatan dalam parti-parti politik, seperti Parti Rakyat.
Sama ada ukuran politik yang sedemikian rupa adalah ukuran paling tepat untuk zaman tersebut, dan sama ada pemilihan zaman tersebut itu sendiri adalah pemilihan yang tepat, ia terserah kepada pandangan masing-masing individu. Ini adalah kerana tidak wujud satu kayu ukur, indikator atau kriteria yang saintifik tentang keaktifan, kelembapan atau kemuncak gerakan mahasiswa. Bagi mereka yang mengukurnya dengan ukuran politik, antara hujah utamanya ialah gerakan mahasiswa harus berbeza daripada sekadar penganjuran aktiviti kokurikulum oleh pelajar sekolah menengah tinggi.
Mahasiswa dalam PRU
PRU 13 bakal tiba tidak lama lagi. Bacaan ahli-ahli politik kemungkinan paling awal pada bulan julai ini. Persoalan yang timbul dimana tempat mahasiswa menjelang pilihan raya nanti. Semua sedia maklum bahawa mahasiswa yang dipanggil 'Kuasa Ketiga' iaitu pengundi atas pagar yang sangat penting diperhatikan justru golongan ini dilihat memiliki critical thinking yang sangat prihatin terhadap apa yang berlaku di negara sekarang. Golongan atas pagar ini mungkin tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi mereka hanya akan mengundi parti dan calon yang memenuhi cita rasa mereka. Mereka ini melihat isu dan cara mana sesuatu parti yang bertanding itu menangani isu itu. Mereka juga meneliti rekod parti pemerintah dan pembangkang.
Bercakap soal keberanian mahasiswa menyertai pilihan raya umum akan datang. Bagi saya bukan soal bertanding ataupun tidak, berani atau penakut. Tapi yang penting bagaimana kita boleh hadirkan atau berikan calon yang terbaik kepada masyarakat. Jika ada calon yang boleh kita sepakati kebolehannya dalam memimpin, apa salahnya kita serahkan kepada rakyat. Dan perlu diingat pemimpin bagi masyarakat bukan lagi ruang mahasiswa sahaja. Soal kuliah, soal parlimen, soal kebajikan rakyat, soal mahasiswa dan sebagainya. Mahasiswa perlu lebih matang fikirkan soal ini dan bukan bertindak dengan keberanian dan semangat semata-mata tanpa membuat persediaan yang rapi.
Golongan muda dan 'Kuasa Ketiga' ini kemungkinan menjadi kuasa penentu akan kemenangan calon-calon dalam PRU Ke-13 nanti. Mahasiswa sedang memerhatikan sungguh- sungguh perjalanan Pakatan Rakyat dan Umno/BN, terutama para calon yang akan dikemukakan oleh kedua-dua pihak. Mahasiswa dan anak muda hanya akan memberikan undi kepada calon yang mereka lihat berwibawa, calon yang berilmu, mesra rakyat dan berfikiran terbuka serta calon yang tidak pelahap dengan pelbagai habuan atau boleh dibeli dengan wang dan ganjaran lain. Boleh disimpulkan bahawa golongan generasi muda dan golongan mahasiswa ini adalah golongan yang sangat kritikal. Jangan ada siapa yang berfikir bahawa mahasiswa adalah 'pengundi mainoriti', tidak penting dan bukan penentu keputusan pilihan raya nanti.
Mohd Yusof Hadhari adalah Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) | Lapor polis jika terima VCD lucah fitnah Posted: 25 May 2011 07:30 PM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
RAWANG, 25 Mei: Pakatan Rakyat di Rawang menyelar tindakan yang dilakukan oleh pihak tertentu yang telah menghantar 3 keping salinan VCD seks bersiri dengan risalah lucah dalam bahasa Melayu.
"Kami telah membuat laporan polis di IPD Rawang pagi tadi dengan tujuan meminta pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang melakukan kerja penyebaran risalah berunsurkan lucah dan fitnah ini," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei.
Turut bersama beliau beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekitar Dun Rawang.
Menurutnya, VCD seks tersebut telah diterima lima pengerusi JKKK Kampung Baru Cina dalam daerah Gombak, manakala bahan sama diterima di dua kampung kawasan Melayu.
Katanya, risalah itu adalah bertujuan untuk memburukkan Datuk Sri Anwar Ibrahim dan mereka ingin rakyat tahu kononnya watak dalam VCD itu adalah Ketua Pembangkang.
"Kita yakin rakyat tidak semudah itu mempercayai rakaman tersebut yang sudah pasti pelakunya bukan Anwar," ujarnya.
Beliau sudah membuat semakan kiriman VCD tersebut di mana pengirimnya dari Shah Alam dan telah diberikan kepada JKKK Kampung Baru Daerah Gombak yang melibatkan 5 kawasan.
"Kiriman tersebut telah kami terima pada hari Isnin, 23 Mei 2011. Manakala bagi Kampung Melayu, Rawang pula kiriman tersebut daripada Melaka yang telah diterima 24 Mei," katanya.
Beliau yakin kiriman yang diterima itu daripada orang yang sama yang merupakan konspirasi yang amat teruk dengan tujuan untuk mempengaruhi rakyat.
Katanya, perbuatan yang tidak mendatangkan manfaat itu sudah pasti boleh merosakkan minda rakyat dan menjadi kebimbangan jika pelajar-pelajar sekolah melihat VCD lucah itu.
"Kita harap pihak polis memandang serius isu ini. Tindakan undang-undang tegas perlu diambil terhadap mereka yang melakukan kerja-kerja penyebaran dan membuat VCD lucah ini.
"Saya harap rakyat yang telah menerima VCD lucah ini perlu membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Harakahdaily/- Oleh : Khaulah Azwar | Hina Islam: Abim gesa ambil tindakan tegas Posted: 25 May 2011 07:20 PM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 26 Mei: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang serius kewujudan laman web dan blog yang menghina imej serta kesucian agama Islam.
Dalam kes ini, Abim merujuk kepada penyebaran beberapa bahan penulisan dalam blog http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/ , dan laman Facebook menggunakan nama 'Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara'.
Setiausaha agungnya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, berdasarkan daripada keterangan yang diterima serta penyelidikannya, bahan-bahan yang dimuatkan dalam blog terbabit jelas menggambarkan niat jahat dan provokasi penulis blog tersebut.
"Tindakan ini amat dikesali dan jelas-jelas telah menimbulkan kemarahan umat Islam," ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, Abim beserta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah mengajukan laporan polis di Balai Dang Wangi.
Menilai daripada itu, katanya Abim menuntut agar pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib segera menyiasat secara terperinci insiden yang sangat mendukacitakan ini.
Katanya, Abim menuntut agar dakwaan dan tindakan tegas dikenakan terhadap beliau dan mana-mana pihak yang bersubahat.
"Abim juga dengan ini mendesak agar pemohonan maaf dikeluarkan secara rasmi dan terbuka oleh beliau terhadap seluruh umat Islam," ujarnya.
Abim, tambahnya mengambil kesempatan ini untuk menyeru mana-mana pihak agar tidak menyalahgunakan kebebasan ruang maya untuk menghina agama Islam.
"Sebagai agama Persekutuan, kesucian dan kehormatan Islam haruslah dipertahankan dari sebarang unsur-unsur atau usaha untuk mencemarkannya," ujarnya. | BN tabur harapan kosong, rakyat semakin terhimpit Posted: 25 May 2011 07:10 PM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA Pejabat Ketua Penerangan Pas Perak.
Rakyat Malaysia sepatutnya telah menikmati laba yang menguntungkan apabila negara telah menikmati kemerdekaan selama lebih 50 tahun.
Namun situasi ekonomi Malaysia pada hakikatnya semakin membimbangkan, walaupun media BN sentiasa memaparkan bahawa Malaysia cemerlang, sebaliknya negara semakin berada dalam kewangan yang meresahkan rakyatnya yang tertekan dengan kenaikan harga barang secara berterusan dan semcam tidak terkawal oleh kementerian dan agensi yang telah diamanahkan.
Kerajaan BN perlu mengambil sirius persoalan ini, bukannya cuma menabur harapan kosong terhadap rakyat di media-media pro Umno BN.
Permasalah sebenar telah didedahkan baru-baru ini Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik sebagai berkata lebih kurang 20,000 daripada penjawat awam iaitu kakitangan sokongan di jabatan kerajaan menghadapi masalah kemiskinan bandar kerana mempunyai pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.
Fakta tersebut sudah cukup menggambarkan bahawa kerajaan BN tidak ambil cakna tentang kebajikan penjawat awam sehingga mereka menghadapi tekanan hidup secara tererusan .
Saya kadang-kadang melihat warga asing yang sedang berada di negara kita mencari rezeki lebih selesa hidup tanpa menghadapi tekanan hidup seperti rakyat malaysia walaupun punya kerja disektor awam atau swata namun kehidupan tidak terjamin.
Setiap bula gaji mereka difikirkan untuk membayar pelbagai pinjaman bank, perumahan dan banyak yang berhutang dengan kada kredit. Sedangkan warga sing walaupun gaji tidak seberapa boleh mengirim wang balik ke negara mereka masing tanpa perlu memikirkan hutang dan pelbagai bayaran lain.
Tambahan pula kenaikan harga bahan api yang tidak munasabah secara tidak langsung telah menyebabkan kenaikan berantai harga baranghan lain.
Tidak sepatutnya rakyat malaysia sentiasa dihadapkan dengan kenaikan harga minyak sedangkan negara kita termasuk dalam salah satu negara pengeluar minyak.
Pakatan Rakyat komited menawarkan pentadbiran yang yang bakal menjadikan Malaysia bersituasi selamat melalui pelan yang diutarakan seperti dalam Buku Jingga.
Saya menggesa supaya rakyat Malaysia sahut laungan perubahan, Malaysia mesti diselamatkan.
Kenyataan Media, Drs. Khalil Idham Lim Parit Buntar, 26 Mei 2011. | Biasiswa: Umno-MCA berkelahi teruk Posted: 25 May 2011 07:00 PM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 26 Mei: Pergaduhan Umno dan MCA berterusan dengan akhbar milik Umno mempersendakan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Ketua Pemudanya, Datuk Dr Wee Ka Siong yang menuduh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyalahgunakan kuasa dalam pemberian biasiswa dan peruntukan tempat ke universiti.
Perbalahan Umno-MCA timbul sejak Wee mendakwa 363 pelajar yang memperolehi kesemua A+ tercicir dalam senarai biasiswa JPA selepas jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar kesemua pelajar yang mendapat 8A+ dan ke atas akan mendapat biasiswa JPA.
"Dalam soal pemilihan ini, JPA hanya bertindak sebagai penyelia dan sesi temu duga dijalankan oleh mereka dari latar belakang akademik yang tinggi serta pelbagai kaum.
"Malah, pemberian biasiswa ini juga terlebih dahulu akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk penilaian dan kelulusan sebelum dilaksanakan," kata Menteri di dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang dipetik Utusan sebagai respons kepada dakwaan MCA.
Sebelum itu, Nazri turut menyelar Wee, sebagai seorang ahli parlimen Barisan Nasional dan Timbalan Menteri memperbesarkan isu ini dengan pergi ke media dan menjerit di umum semata-mata untuk publisiti murahan tanpa datang berjumpanya terlebih dahulu untuk memahami isu sebenar.
"Saya ada ahli-ahli Parlimen pembangkang yang cuba membantu pelajar, datang berjumpa dengan saya... mereka tidak pergi kepada media.
"Tetapi Wee, sebagai MP BN dan seorang timbalan menteri, pergi kepada media dan menjerit di umum untuk publisiti murahan tanpa datang berjumpa saya untuk melihat isu yang sebenar," kata Nazri.
Mengenai jaminan Najib, Nazri berkata Putrajaya tidak pernah berjanji memberikan biasiswa kepada kesemua pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang sebaliknya kerajaan hanya komited untuk memastikan setiap pelajar cemerlang diberi jaminan tempat di institusi tempatan dan luar negara dengan biasiswa.
Kami tidak pernah kata kesemua pelajar 9A+ akan dihantar ke luar negara. Tetapi kami ada menjanjikan bahawa mereka akan mendapat tempat sama ada di universiti tempatan atau luar negara," kata Nazri yang jelas tidak senada dengan Najib.
Serangan bertubi-tubi Nazri menyebabkan keadaan MCA semakin tertekan sehingga akhirnya Chua menyerang Nazri kembali bahawa ia agak malang bagi seorang pemimpin Umno untuk tidak memahami 'peranan MCA' selama ini.
"Saya tidak mengajar Nazri bagaimana untuk membuat kerja, jika Nazri menjadi seorang menteri kanan tetapi tidak tahu peranan MCA, maka itu adalah agak malang," kata Chua.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyelar percakaran Umno dan MCA yang disifatkannya hanyalah satu usaha untuk menunjukkan siapa menjadi wira dalam isu biasiswa JPA tanpa menyelesaikan masalah.
"UMNO dan MCA bercakaran bagi membuktikan siapa yang benar dalam isu pemberian biasiswa JPA yang dilihat seolah-olah tidak mempunyai jalan penyelasaian kerana masih terdapat pelajar cemerlang yang masih tidak menerima biasiswa.
"Masyarakat kini tidak tertarik untuk mengetahui siapa jadi wira tetapi yang nyata wira sebenar ialah mereka yang dapat memastikan kesemua pelajar cemerlang ini boleh menerima biasiswa JPA," selar Lim dalam satu kenyataannya hari ini.
Tambahnya, masyarakat bertambah keliru apabila kedua- dua Umno dan MCA memberikan jawapan yang berlainan walaupun bernaung di bawah Menteri dalam Kabinet yang sama.
Kekeliruan ini akan menjadi lucu jika difikirkan, kata beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, namun fakta sebenar ialah pelajar-pelajar cemerlang yang tidak bersalah akan menjadi mangsa atas pertelingkahan di antara Umno dan MCA.
"Sekiranya MCA benar, mengapa tiada tindakan diambil ke atas pegawai kerajaan yang gagal memberikan biasiswa kepada pelajar cemerlang dan memperbaiki kesilapan dan memberikan biasiswa kepada pelajar yang layak dengan segera?
"Namun jika UMNO benar, MCA kemudiannya harus meminta maaf kepada pelajar dan mendesak Umno untuk mengubah polisi bagi memastikan biasiswa JPA diberikan kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira agama atau pun bangsa," ujar beliau.
Harakahdaily | Proton Saga FL enjin 1,600cc dijual mulai hari ini Posted: 25 May 2011 06:30 PM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
SAGA FL yang mempunyai kapasiti enjin 1,600cc dijangka menarik perhatian pelanggan muda.
KUALA LUMPUR - Orang ramai kini berpeluang memiliki model terlaris Proton, Saga FL dengan kapasiti enjin 1.6 liter yang menjanjikan lebih kuasa dan kepuasan memandu.
Didatangkan dalam warna putih, ia dijual pada harga RM46,549, hanya RM3,700 lebih tinggi daripada model Saga FL Executive 1.3.
Varian itu mempunyai perbezaan daripada segi rim aloi yang baharu, pelekat pada badan kereta dan sedikit pengubahsuaian pada ruang dalaman.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pihaknya yakin ia mampu menarik pelanggan terutama sekali dalam kalangan golongan muda. | Adik sayu lihat abang rentung Posted: 25 May 2011 06:05 PM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
ANGGOTA bomba melakukan siasatan di sebuah rumah papan yang hangus hingga mengakibatkan Nazri yang lumpuh mati rentung di Sungai Lembing, Kuantan
KUANTAN – Sukar dibayangkan bagaimana sengsaranya seorang lelaki menghadapi saat kematiannya apabila hanya mampu berserah diri dengan terbaring di atas katil sebelum dia rentung setelah rumahnya terbakar di Batu 4, Sungai Lembing di sini semalam.
Nazri Ismail, 40, yang merupakan bekas pekerja sektor pembalakan maut dalam kejadian pukul 10 pagi itu.
Difahamkan, Nazri tidak mampu berjalan namun boleh berkata-kata serta mengangkat sebelah tangannya ekoran menghidap pelbagai penyakit kronik. Dia tinggal bersendirian di rumah papan tersebut.
Menurut adik mangsa, Azhar, 37, dia yang sedang bekerja di sebuah kilang papan di Kampung Bayas kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian bergegas ke rumah abangnya setengah jam kemudian.
Katanya, selain melihat rumah yang sedang dijilat api, dia turut terdengar bunyi kuat tong gas yang meletup. | Nik Aziz Belum Sedia Idea Pakatan Tidak Bubar DUN Jika PRU 2011 Posted: 25 May 2011 06:00 PM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
KOTA BHARU 26 MEI : Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau belum bersedia menerima cadangan DAP supaya semua negeri pimpinan Pakatan Rakyat tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sekiranya pilihan raya umum ke 13 akan diadakan pada tahun ini.
Menteri Besar Kelantan itu berkata belum ada keputusan diambil oleh pucuk pimpinan dalam pakatan pembangkang berhubung perkara itu.
Nik Aziz menganggap kenyataan DAP agar tidak membubarkan DUN itu sebagai satu kenyataan bersifat peribadi pemimpin itu, yang tidak mewakili pandangan parti.
"Sesiapa sahaja boleh mengeluarkan pendapat mengikut keperluan semasa dan kepentingan masing-masing.
"Itu adalah pendapat peribadi, saya tidak tahu sama ada ia diputuskan di peringkat pucuk pimpinan parti atau tidak, sebab itu saya sifatkan ia pendapat peribadi," katanya kepada Bernama di sini semalam.
Selasa lalu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu bersetuju supaya empat negeri yang dikuasai pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-PAS iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan tidak membubarkan DUN masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.
Tv Selangor/- | Obama : "Kini Masa Bagi AS, Barat Terus Ketuai Dunia" Posted: 25 May 2011 05:30 PM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
LONDON 26 MEI : Dalam ucapan sulung seorang presiden AS di Westminster Hall di sini, Barack Obama memberitahu ahli-ahli politik Britain meskipun muncul kuasa-kuasa baru seperti China dan India, Washington dan Eropah masih merupakan kuasa utama dunia dan ia perlu diperlihatkan sekarang.
Britain merupakan sekutu rapat AS dalam banyak isu termasuk perang ke atas pengganas sejak sedekad lalu.
Obama berada di Britain lebih tiga minggu selepas ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden mati ditembak.
Obama berkata pengaruh AS, United Kingdom (UK) dan sekutu-sekutunya kekal "sangat mustahak."
Presiden itu berkata demikian dalam ucapannya di Parlimen pada hari kedua lawatan beliau ke negara itu semalam.
Bagaimanapun kata beliau, kepimpinan itu perlu berubah mengikut masa untuk menggambarkan cabaran-cabaran ekonomi dan keselamatan.
Laporan BBC berkata ini kali pertama seorang presiden AS berucap di hadapan ahli-ahli Parlimen dan mereka yang sebaya dengannya di Westminster Hall.
Antara hadir pada majlis itu ialah bekas perdana menteri Britain Sir John Major, Tony Blair dan Gordon Brown.
Dalam ucapan 35 minit ini, Obama memberitahu hanya sejumlah kecil negara yang berpendirian tegas, berjuang dengan lantang dan melawan untuk mempertahankan prinsip demokratik di seluruh dunia berbanding AS dan UK.
Oleh itu, katanya, kedua-dua negara itu "sekali lagi berada di detik penting" ekoran kemelesetan global dan konflik bertahun-tahun.
Obama menolak tanggapan bahawa kemunculan kuasa baru seperti China dan India bukan bermakna sudah mula berakhirnya pengaruh Amerika dan Eropah di dunia.
"Hujah itu salah. Ini masa bagi kepimpinan kita," katanya lagi.
"AS, UK dan sekutu-sekutu demokratik yang mencorakkan dunia di mana negara-negara baru boleh muncul dan individu boleh berkembang subur," katanya lagi.
Tv Selangor/- | Mahfuz tanding satu sahaja, naib presiden Posted: 25 May 2011 08:28 AM PDT 23 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Harakahdaily/- KUALA LUMPUR, 25 Mei: Datuk Mahfuz Omar hari ini mengumumkan beliau hanya akan bertanding satu kerusi sahaja iaitu naib presiden PAS dan tidak bertanding lain-lain jawatan termasuk AJK PAS Pusat.
"Saya dah faks surat jawapan dan hanya akan bertanding naib sahaja. AJK PAS Pusat bagi ruang kepada orang lain lah, saya tak mahu tamak jawatan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Sehingga kini, tujuh dikatakan telah mengesahkan bertanding merebut tiga tempat yang diperuntukkan untuk jawatan tersebut.
Selain Mahfuz, enam lagi adalah Salahudin Ayub, Idris Ahmad, Datuk Husam Musa, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dikatakan mahu bertanding tetapi tidak dapat disahkan daripada beliau sendiri.
Seorang lagi yang turut layak bertanding jawatan itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak.
Beliau dalam kenyataan hari ini bagaimanapun menolak untuk bertanding jawatan itu dan hanya mahu bertanding AJK PAS Pusat.
Mengulas jumlah calon yang ramai merebut jawatan nombor tiga parti itu, Mahfuz berkata ianya menggambarkan "segarnya demokrasi dalam PAS."
"Ini akan memeriahkan lagi muktamar kali ini.
"Saya jangka ia bakal menarik ramai pemerhati termasuk musuh juga akan mengikuti perkembangan ini," katanya lagi.
Ditanya peluangnya untuk menang beliau berkata ianya agak sukar diramalkan kerana semua calon ada wibawa dan kelebihan masing-masing.
"Menang atau kalah terserah kepada perwakilan.
"Saya positif yang penting perjuangan mesti diteruskan,"tegasnya. | Seni pemusnah masyarakat ? Posted: 25 May 2011 03:31 AM PDT 22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Oleh : Mohd Akmal bin Kamarudin Seni yang memusnah sedang bermaharajalela di serata pelusuk dunia termasuk negara kita, seni ini sangat menyumbang kepada keruntuhan moral muda mudi termasuk kerosakan aqidah yang menggerunkan . Pentas teater, filem,muzik,nyanyian sentiasa diperkasakan sebagai senjata pemusnah paling ampoh untuk membunuh nilai-nilai murni dalam masyarakat. Seni sudah menjadi racun yang mujarab untuk melontarkan provokasi, ideology, dan fahaman yang songsang. Jesteru perkembangan dan sambutan yang sangat hebat, masyarakat tidak lagi menapis apakah mesej yang ingin disampaikan dalam kegiatan seni tersebut. Apa yang penting ialah hiburan. "Matlamat Menghalalkan Cara" inilah yang telah membawa malapetaka besar dalam peradaban semua bangsa yang mengakibatkan keruntuhan moral yang tidak dapat dibendung. Pentas seni telah mengalami anjakan. Adakah institusi Islam yang sering menjaga peradaban dapat menepis diri mereka dari fenomena ini. Tepuk dada tanyalah iman.
Sebagai langkah awal untuk menyelamatkan intitusi masyarakat yang hampir musnah ini, perkembangan ini wajib diislamisasikan supaya ia menjadi salah satu wasilah dakwah yang paling berkesan untuk menarik muda mudi kembali kepangkal jalan. Sebagai contoh, penurunan Al Quran sebagai panduan umat Islam diturunkan dalam bahasa yang sangat teratur. Hanya dengan jalan ini sahajalah syair jahiliyyah sangat berpengaruh dapat dipatahkan dan dilenyapkan. Tindakan Wali Songo di Indonesia yang telah mengislamkan seluruh Jawa dengan strategi pemanfaatan jalur seni dan budaya. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Jawa amat menggemari seni pertunjukan wayang kulit, seni suara dan seni ukir. Menariknya, mereka tidak menekankan aspek hukum taklifi terlebih dahulu sebaliknyamenerapkan unsur-unsur tauhid dan nilai-nilai keislaman dalam bataskemampuan masyarakat setempat. Maulana Malik Ibrahim dikatakan tidakmencemuh segala kepercayaan dan pegangan lama penduduk tempatan. Sunan Kalijaga pula memasukkan cerita-cerita Islam melalui wayang kulit bagimenggantikan hikayat Hindu yang diwarisi daripada nenek moyang.
Terdapat lagu-lagu yang dicipta oleh Kalijaga, Bunang, Kudus, Muria dan Drajat. Melalui seni suara yang diucapkan, mereka secara halus mengajak orang Hindu-Buddha kepada Islam. Perlu difahami bahawa seni boleh menjadi medan dakwah paling relevan hingga ke hari ini. Dakwah menjadi lebih lancar dan segar-bugar dengan adanya unsur-unsur seni yang menyegarkan.
Kita tidak boleh menolak kadang- kadang khalayak terutama remaja mudah bosan dengan khutbah dan ceramah,
Menyedari hakikat ini industri perfileman dan lagu sangat berkuasa dipersada seni harus menerima pembaharuan dan dibaik pulih. PAS harus meneraju perubahan ini. Jika kita sering mengkritik filem dan lagu di Malaysia mengapa pula kita tidak boleh menjadi penyumbang dan mengahsilkan sebuah karya yang mampu menembusi arena seni kebangsaan. Kita bukan golongan yang tandus tenaga pakar yang ahli dalam bidang ini. PAS harus meneroka jauh kehadapan demi kepentingan ummah dan Islam.
Situasi ini menuntut kesungguhan pengorbanan yang tinggi dari semua lapisan anggota parti terutama golongan agama, mereka ini bukan sekadar bercakap soal halal haram di masjid surau sahaja tetapi sanggup untuk turun padang bagi memandu masyarakat tentang cara pelaksanaannya. Kita harus memperakui kehebatan mubaligh- mubaligh Kristian yang begitu rancak mengembang fahaman mereka melalui apa jua cara termasuk perfileman. The Story of Jesus for Children, adalah filem yang diterbitkan khas untuk kanak- kanak mengenali Jesus telah dilancarkan dan diterjemah hampir ke lapan puluh bahasa. Filem tersebut telah dimuatkan di dalam sebuah laman web yang dibina khusus untuk filem tersebut. (www.jesusforchildren.org). Persoalannya adakah kita akan berpeluk tubuh sebagai pemerhati setia sahaja? Kita ummah Muhammad yang adalah ummah yang terbaik wajib berkerja untuk mengimbangi kegiatan seni yang semakin meruncing.
PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang sedang menuju era kegemilangan, wajib lah memandang serius untuk meneroka bidang seni sebagai salah satu wasilah dakwah.Kalau diteliti tentang penorakaan seni wasilah dakwah oleh gerakan islam seluruh dunia nescaya kita akan lihat Parti Keadilan Sejahtera PKS lebih terkehadapan dalam menerokai bidang ini. Mereka mempunyai kumpulan penyanyi tersendiri yang mampu menarik puluhan ribu peminat seni muzik untuk terut serta dalam konsert yg dianjurkan mereka. PKS juga telah menerokai bidang perfileman, filem yang bertajuk Sang Murabbi terbitan mereka telah membuka mata masyarakat, sebelum ia dilancarkan secara rasmi, pihak penerbit filem telah menerima tempahan yang amat memeranjatkan industri perfileman indonesia iaitu sebanyak 10 ribu keping DVD. Jika PKS mampu menerokai pelbagai bidang mengepa PAS tidak boleh melakukan perkara yang sama atau lebih maju dari itu.
(Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak)
| Nasib Keluarga Termiskin Yang Memerlukan Bantuan Posted: 25 May 2011 02:20 AM PDT 22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Miri merupakan sebuah bandar pertama bukan ibu negeri yang mendapat taraf bandaraya. Miri mendapat taraf ini pada 20 Mei 2005 yang membawa gelaran "Bandaraya Peranginan". Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah penduduk kira-kira 350,000 orang. Kemajuan bandar ini adalah kerana kayanya daerah ini dengan sumber asli, terutamanya petroleum.
Dalam pada itu apabila kita pergi jauh sedikit dalam daerah Miri terdapat juga keluarga yang hidup dalam kemiskinan seperti yang hendak kita paparkan dalam tulisan ini. Dalam Kampong Tukau Jaya dalam daerah Miri terdapat sebuah keluarga miskin yang mempunyai 2 orang anak yang masih kecil yang memohon simpati orang ramai agar dapat membantu meringankan sedikit bebanan mereka untuk membeli bahan pembinaan rumah yang sedang dalam pembinaan.
4. Gambar rumah baru dalam proses pembinaan yang memerlukan bantuan untuk membeli bahan bahan binaan dari orang ramai.
Menurut penghuni pondok tersebut yang tidak mahu namanya di siarkan mengatakan mereka pernah memohon Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi malangnya permohonan mereka di tolak alasannya tapak rumah yang akan dibina bukan tanah mereka tetapi masih dalam ketegori tanah NCR.
Oleh kerana pemohonan untuk mendapat rumah (PPRT) tidak diluluskan beliau tetap tabah menghadapi kehidupan seharian dengan mencari rezeki seperti berkebun, memotong rumput di kebun pekebun disekitar kawasan Tukau untuk membeli bahan binaan supaya beliau dapat mendirikan rumah yang lebih selesa.
Selama ini ,pondok usang inilah tempat mereka berteduh dari hujan dan panas seperti yang terdapat dalam gambar.
Alhamdullillah berkat sokongan hamba-hamba Allah yang bermurah hati, hasrat penghuni pondok tersebut untuk membina rumah sendiri akhirnya tercapai walaupun belum siap sepenuhnya. Walaupun kecil tetapi lebih selesa kalau dibandingkan dengan pondok usang yang mereka diami sekarang.
Kalau harap pihak kerajaan hendak bantu memang sukar sebab terlalu banyak birokrasi (bureaucracy) yang perlu dilalui. Dimana perginya slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"?
Badan-badan kebajikan seperti Baitulmal dan juga wakil rakyat yang diamanahkan mesti bertanggungjawab untuk turun padang melihat sendiri akan nasib rakyat yang kurang berkemampuan ini. Bantu dan salurkan apa-apa keperluan untuk meringankan bebanan rakyat bukan hanya duduk dalam bilik berhawa dingin tanpa mengambil berat masalah rakyat marhean dibawah yang masih memerlukan bantuan.
Pihak PAS telah turun padang, meninjau dan melawat tempat keluarga tersebut beberapa bulan yang lalu dan mendengar sendiri keluhan suara penghuni pondok tersebut. PAS Miri sangat simpati dan akan menghulurkan bantuan sekadar kemampuan yang ada untuk meringankan beban dan nasib penghuni pondok tersebut.
Kepada sesiapa yang sudi dan bermurah hati untuk menghulur bantuan kewangan boleh lah menyalurkan terus kedalam akuan berikut :
Nama: Hasmah bt.Napie (Isteri Penghuni) Bank Islam Akaun No: 11022022193973 Hubungi No.Talian:0198902320 / 0138381720
Dengan bantuan saudara-saudari sekian sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang dipikul oleh keluarga yang serba kekurangan ini.
Semoga bantuan dan sumbangan saudara saudari sekelian diterima dan mendapat ganjaran dari Allah.
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja.
Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung". (Hadis Bukhari).
PAS Miri Jofri Jaraiee | Perjanjian Damai Bersama Taliban – Tidak Mungkin Posted: 25 May 2011 02:00 AM PDT 22 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Washington (CNN) – Baru-baru ini, The Washington Post dan satu majalah Jerman, Der Spiegel telah melaporkan mesyuarat yang telah diadakan antara pegawai-pegawai Amerika Syarikat dan wakil-wakil dari Taliban yang diadakan di Jerman bagi membincangkan rundingan damai.
Membuat perjanjian damai bersama Taliban merupakan sesuatu yang tidak mustahil. Namun, terdapat beberapa masalah yang perlu diselesaikan dalam membuat rundingan damai ini.
Pertama, siapakah (wakil Taliban) yang perlu dirujuk bagi proses rundingan ini?
Taliban sebenarnya sudah banyak kehilangan kuasa sejak seabad yang lalu dan ada antara mereka yang telah kembali berdamai dengan kerajaan Afganistan. Mereka adalah antara wakil-wakil yang sering dilepas pandang setiap kali rundingan damai hendak dilakukan: Mullah Zareef, bekas duta ke Pakistan; Wakil Ahmed Muttawakil, Menteri Luar Negara; dan Abdul Hakim Mujahid, wakil puak Taliban di AS sebelum kejadian 9/11. Mereka ini adalah antara mereka yang tidak bersetuju dengan Osama bin Laden sejak sebelum kejadian 9/11 lagi.
Bin Laden memberitahu mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan beliau bahawa antara musuh-musuh besar beliau adalah Amerika Syarikat dan Kementerian Luar Taliban yang telah merendah-rendahkan usaha perjuangan anti-Amerika yang dibawa beliau di Afganistan. Dan kini, puak Taliban yang telah 'berdamai' tidak lagi mewakili Taliban dalam medan pertempuran, kerana mereka sudah tidak lagi aktif dalam gerakan tersebut.
Wakil terbesar Taliban masih lagi ketua mereka, Mullah Omar, atau dikenali dengan gelaran "The Commander of the Faithful". Gelaran tersebut bukan sahaja membawa maksud Mullah Omar sebagai ketua Taliban, malahan ketua bagi semua umat Islam. Ini menunjukkan bahawa Mullah Omar bukan sahja seorang fanatik agama, tetapi juga dengan kuasa.
Rundingan yang dilakukan dengan orang seperti ini selalunya akan diakhiri dengan kegagalan.
Hampir setiap negara di dunia – termasuk negara yang mempunyai pengaruh yang separa, Pakistan – merayu kepada Mullah pada musim bunga 2001 supaya tidak memusnahkan patung-patung Buddha di Bamiyan yang merupakan salah satu daripada warisan budaya Afganistan yang terbesar. Namun, operasi itu tetap dijalankan. Selepas kejadian 9/11, Mullah Omar telah bersedia untuk kehilangan regim atas pendirian beliau yang tidak mahu menyerahkan bin Laden kepada pihak Amerika.
(Pegawai Senior Tentera AS memberikan pendapat kepada saya bahawa Mullah Omar kadangkala menghabiskan masa di selatan Karachi. Presiden AS, Obama berkata bahawa beliau mungkin akan melakukan perkara yang sama yang berlaku terhadap bin Laden kepada Mullah Omar jika beliau dijumpai.)
Sejak kehilangan regim, Mullah Omar tidak menunjukkan sebarang tanda untuk menjalankan rundingan damai. Beberapa wakil Taliban seperti Maulavi Abdul Kabir, ketua Taliban di timur Afganistan juga berpegang kepada pendirian yang sama. Maulavi pada Januari berkata," Setakat ini, tiada rundingan damai yang dilakukan dan puak Taliban tidak cenderung ke arah tersebut."
Kedua, Taliban mempunyai 10 tahun untuk mengenepikan segala usaha Osama. Namun, tiada apa yang dilakukan.
Untuk sebab ini, Arab Saudi, yang telah mengacarakan sebuah perbincangan "talks about talks" di Mekah antara Kerajaan Afganiskan dengan wakil puak Taliban, telah memburukkan lagi keadaan.
Ketiga, Taliban mempunyai ramai pengikut. Jadi, jika rundingan damai hanya dilakukan kepada satu pihak pemberontak, tidak bermakna rundingan itu berjaya sepenuhnya.
Terdapat banyak lagi ketua-ketua pemberontak di daerah-daerah kecil.
Keempat, sejarah menunjukkan rundingan damai yang dimaterai dengan puak Taliban selalunya akan dilanggar.
Perjanjian yang dibuat oleh Kerajaan Afganistan dengan Pakistan di Waziristan pada 2005 dan 2006 dan di Swat pada 2009 hanyalah permulaan kepada pengumpulan ahli yang lebih besar untuk menjajah lebih banyak kawasan.
Kelima, penangkapan Mullah Baradar (Ketua Taliban No. 2) di Pakistan, yang telah berunding dengan Presiden Afganistan, Hamid Karzai, menunjukkan bahawa kerajaan dan tentera Pakistan mempunyai kuasa veto dalam melakukan sebarang rundingan damai.
Keenam, antara wakil-wakil penting dalam rundingan damai ini adalah bekas pemimpin pakatan utara seperti Tajik dan Uzbek.
Ketujuh, rundingan yang dilakukan dalam masa tiga tahun antara wakil-wakil Afganistan dengan wakil Taliban di Mekah dan di Maldives yang berkenaan dengan pendamaian tidak membawa kepada sebarang perubahan. Kelapan, bencana yang melibatkan Mullah Akhtar Muhammad Mansour yang berlaku tahun lalu menunjukkan bertapa rapuhnya proses rundingan damai.
Mullah Mansour dilihat sebagai antara individu yang memainkan peranan yang penting dalam Taliban, telah mengadakan rundinagn bersama-sama kerajaan Karzai pada musim luruh 2010. Apa yang dilihat sebagai bencana adalah apabila Mullah Mansour yang berunding ketika itu bukanlah Mullah Mansour yang sebenar. Tetapi seorang penjaga kedai yang mengaku sebagai seorang yang berkuasa dalam Taliban.
Akhir sekali, dan yang paling penting selaki: Apakah yang Taliban mahukan sebenarnya?
Antara perkara yang diketahui adalah: Mereka tidak mahukan sebarang kuasa luar di Afganistan. Namun, selain daripada penggunaan Undang-undang Syariah, Taliban masih lagi tidak menyatakan sebarang perkara yang mereka mahukan di Afganistan.
Walaupun rundingan damai ini kelihatan seperti sesuatu yang agak mustahil, ia tidak bermakna bahawa ia tidak akan membawa kepada sebarang perubahan. Walaupun rundingan-rundingan ini tidak mungkin akan berhasil, ianya masih boleh memberikan kesan-kesan lain seperti perpecahan puak Taliban itu sendiri.
Kesimpulannya, rundingan bersama Taliban tidak mungkin akan berakhir. Seorang pegawai berkata, Mullah Omar memerlukan pendapat daripada seorang ulama sebelum beliau menandatangani sebarang rundingan damai dan ianya tidak mungkin akan berlaku 'buat masa sekarang'.
* Segala pendapat adalah daripada Peter Bergen sendiri. Peter Bergen merupakan penganalisa keselamatan negara CNN. | |