Ahad, 23 Disember 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 23 Dec 2012 03:35 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:35 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Zizan Maharajalawak turut sama bantah AES depan Sri Pentas TV3?

Posted: 23 Dec 2012 04:13 AM PST


RAMAI penunggang motor berkuasa tinggi berhimpun di depan Bangunan Sri Pentas Media Prima Berhad untuk menghantar memorandum menggesa TV3 dan Mazidul Akmal Sidek memohon maaf rujuk sini[Mkini].

Para penunggang motorsikal berkuasa besar ini turut bergambar dan menunjukkan kertas bertulis boikot TV3, kami bukan pelesit dan Tolak AES. Tanpa disangka-sangka, Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Maharajalawak muncul dari celah-celah mereka.

Zizan Rajalawak turut dilihat membawa dan menunjukkan sekeping kertas membantah AES bersama-sama penunggang motorsikal berkuasa tinggi. Lihat gambar yang sempat diambil di bawah.

Siapa pun rakyat Malaysia yang normal tentu sekali akan membantah perlaksanaan Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES) ini termasuklah Zizan Razak. Hanya penyokong Umno yang diupah untuk berdemo sahaja menunjukkan sokongan kepada AES.

"Tahniah kepada Zizan kerana berani, jangan jadi lembu cucuk hidung! "

Peringatan penting!

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
Tarikh: 12 Januari 2013
Tempat: Bandar Kuala Lumpur.

Jom turun! Bersama sejuta rakyat di Himpunan terbesar dalam sejarah negara!
Bapak segala perhimpunan! Bapak segala bantahan!

milosuam

LAWAK AHAD: JANDA BERBOGEL

Posted: 22 Dec 2012 05:00 PM PST

Salmah seorang janda yang mempunyai anak perempuan tunggal bersusia 6 tahun, sejak kematian suaminya,kehidupannya tidak terurus, makan minum dan pakai tidak menentu sehingga ada ketika anak perempuannya tidak berbaju.

Sedang seronok anaknya bermain pasir ,(mcm biasa x pakai pape). Kebetulan, lalu Usop seorang duda kaya di kampung itu, kerana terkejut melihat anak salmah..

Usop: oi budak mana baju??ei.. malu…mak mana? Nah2.. RM 20. Soh mak beli baju tau!!

Anak Salmah pulang dan mencerita segalanya sambil menghulur wang RM 20, Salmah sungguh terkejut dan seronok..(xpasal2 dapat RM 20)..

Salmah: hurmm kalo aku xpakai pape, mesti dapat RM200..hehe(suke)..
Waktu yg ditunggu, Salmah menuggu Usop lalu,dirinya sudah pun tidak berseurat benang pun dgn harapan Usop akan memberinya wang yang banyak..5 minit pastu Usop pun lalu..

Usop: fuyo!! Mana baju kamu? Nampak #%$% kamu tu..ow x sanggup aku,..dirimu begitu x terurus..dgn nada sedih + geram melihat Salmah yg xpkai pape tu.. lalu Usop,, nah! RM 0.20..

Salmah: eh 20 sen je??

Usop: cukuplah ,beli pisau cukur!!

DIALOG RAKYAT

Posted: 23 Dec 2012 03:21 PM PST

Ummi Hafilda pilih pakar terapi sebagai bakal suami

Posted: 23 Dec 2012 02:37 AM PST

MALAYSIA KINI

Ummi Hafilda Ali, saksi utama dalam perbicaraan Liwat 1, akan berkahwin dengan pakar terapi kecantikan, Dr Zaman Khan tidak lama lagi.

Menurut Mingguan Malaysia, Zaman Khan, 33, berasal dari Pakistan dan perkahwinan tersebut bakal dihadiri pembesar-pembesar negara.

"Terdapat dua perkara yang membuatkan saya tertarik kepada Zaman, iaitu beliau seorang yang amat amanah dalam menjaga keluarganya dengan penuh kasih sayang. Menjadi anak sulung kepada tujuh adik-beradik, beliau tidak pernah melupakan tanggungjawabnya terhadap ibu dan adik-beradiknya.

"Kedua, beliau sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Beliau amat menjaga solatnya. Sunnah Rasulullah SAW juga meminta umat baginda mencari suami yang mempunyai rupa, pegangan agama kukuh, berilmu dan berharta," kata Hafilda kepada Mingguan Malaysia.
Ummi berkata kehadiran Zaman dalam hidupnya sedikit sebanyak membawa sinar kebahagiaan kepada ibunya, Che Tom Yahaya, yang sudah sekian lama kehilangan kasih sayang daripada seorang anak lelaki.

Walaupun Ummi tidak menyatakan secara khusus, tetapi berkemungkinan dia merujuk kepada abangnya Azmin abangnya, yang merupakan timbalan presiden PKR.

Ummi sebelum ini mendakwa Azmin tidak menziarahi ibu mereka selama beberapa tahun. Biasanya, laporan seperti itu muncul semasa sambutan Aidifiltri.

Ummi diingati kerana menuliskan surat, yang telah ditandatangani oleh empat adik-adiknya, pada 1997 kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh timbalannya, Datu Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai perbuatan salahlaku.

Selepas Anwar dipecat, Ummi Hafilda menjadi saksi pendakwaan semasa perbicaraan Liwat I.  Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Ummi Hafilda juga aktif di ceramah BN.

Aktivis pelajar duduki semula Dataran Merdeka

Posted: 23 Dec 2012 02:23 AM PST

 

Aktivis pelajar yang membantah hukuman penjara ke atas seorang rakan pelajar mereka yang menyertai perkemahan protes anti-PTPTN April lepas, kembali menduduki semula Dataran Merdeka pagi ini.

Kira-kira 10 daripada mereka tiba di tempat tarikan pelancong di ibunegara itu, dan duduk di satu sudut dataran awam tersebut, berhadapan dengan bangunan bekas mahkamah Kuala Lumpur.

Mereka tiba awal pagi ini selepas berkemah di Penjara Kajang, di mana rakan mereka, Umar Mohd Azmi sedang menjalani hukuman sebulan penjara kerana menghalang pegawai DBKL semasa bantahan awal mereka.

Menurut jurucakap mereka, lebih ramai dijangka tiba tidak lama lagi, dan kumpulan itu merancang berada di situ sehingga pagi esok apabila rayuan Umar terhadap sabitan dan hukuman penjara terhadapnya, didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mereka tiba dan berhimpun secara aman di situ. Hanya kelihatan seorang anggota penguatkuasa DBKL yang beruniform di situ pada sekitar jam 11.08 pagi, yang bertanya tujuan perhimpunan mereka di dataran tersebut.

"Saya seorang rakyat Malaysia, saya di sini untuk melawat Dataran Merdeka.

"Jangan beritahu saya ia tidak dibenarkan. Lagipun terdapat ramai pelancong di sini juga?" jawab jurucakap kumpulan itu, Saffuan Anang.

Pegawai DBKL itu bertanyakan tentang sebab sebenar mereka berada di sana.

Saffuan memaklumkannya tentang rancangan mereka.

Pegawai itu kemudiannya bertanya siapakah ketua atau jurucakap kumpulan itu dan memberitahu dia akan memaklumkan kepada pejabatnya dan akan kembali dengan jawapan mereka.

Sejurus kemudian, pegawai itu kembali semula dan memaklumkan kepada para pelajar tersebut bahawa mereka boleh berada di dataran awam itu, asalkan mereka mereka mendirikan kemah di situ.

Tujuh minit selepas tengah hari, seorang pegawai dari bahagian penguatkuasaan DBKL, yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Nasaruddin, mendekati pelajar dengan diapit oleh tiga anggota penguatkuasa beruniform.

Beliau berunding kira-kira sepuluh minit dengan pelajar terbabit, yang mengakui mereka tidak memohon kebenaran, tetapi meminta pertimbangan Nasaruddin.

Pegawai itu bersetuju membenarkan mereka berada di Dataran sehingga pagi esok tetapi meminta mereka jangan menggantung sebarang sepanduk atau mendirikan kemah.

Beliau juga menasihatkan pelajar tersebut supaya tidak mencetuskan sebarang situasi yang "tidak diingini".

Bercakap bagi pihak kumpulan pelajar itu, Safwan bersetuju mereka akan mematuhi peraturan tersebut.

Penunggang desak Mazidul, Majalah 3 mohon maaf

Posted: 23 Dec 2012 02:21 AM PST

 

Seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi hari ini berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka.

biker protest sri pentas tv3 231212Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut mendesak  program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci.

biker protest sri pentas tv3 231212Kumpulan motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah hari. Kelihatan kira-kira 30 anggota polis di kawasan sekitar Sri Pentas.

Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan  "Kami sayang TV3".

Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya.

Kumpulan itu turut memberi masa dua minggu kepada Mazidul serta pihak program Majalah 3 untuk memohon maaf.

Menurut Shahid yang ditemui pemberita selepas memorandum diserahkan, jika dalam masa dua minggu, tiada permohonan maaf secara terperinci dibuat, pihaknya akan membuat perhimpunan yang lebih besar.

"Pelbagai kelab yang mewakili bikers dari seluruh Malaysia hari ini datang untuk hantar memorandum bantahan kepada Majalah 3 yang menggelar bikers ini 'pelesit jalanan'.

"Kami mahu permohonan maaf secara khusus dari Majalah 3 dan Mazidul. Memang dah mohon maaf tapi kami nak permohonan maaf dengan ayat yang khusus secara terbuka terutama daripada Mazidul," katanya.

Selain itu, bagi Mohd Asri Hamid yang turut mewakili kumpulan itu berkata gelaran pelesit jalanan merupakan satu gelaran yang tak sewajarnya diberikan.

Menurut Asri, pelesit merupakan makhluk yang bersekongkol dengan syaitan dan gelaran itu seolah-olah mengatakan mereka "syaitan jalanan".

"Gelaran yang diberi Mazidul sebagai pelesit jalanan. Pelesit ini bersekongkol dengan syaitan, iblis. Kami rasa memanggil kami iblis, syaitan jalanan. Mohon tarik balik gelaran itu," katanya lagi.

Karpal minta Tunku Aziz tarik balik kenyataan

Posted: 23 Dec 2012 02:05 AM PST

SINAR HARIAN 

 

 

GEORGETOWN - Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini menggesa bekas naib pengerusi parti itu, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya menarik balik secara terbuka kenyataannya dalam artikel berita bertajuk 'DAP's triumph of chauvinistic will'.

Beliau mendakwa dalam artikel itu yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, Tunku Aziz menyebut bahawa beliau (Karpal Singh) mengeluarkan apa yang boleh dianggap sebagai perintah yang menghalang anggota DAP daripada menerima darjah kebesaran negeri daripada Raja-raja Melayu.

"Kenyataan Tunku Aziz itu sememangnya separuh benar dan dilakukan semata-mata dengan tujuan dan matlamat untuk memburukkan saya pada pandangan orang Melayu di negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Karpal Singh berkata beliau tidak pernah mengungkapkan perkataan Raja-raja Melayu, sebaliknya hanya menyatakan bahawa anggota DAP, iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, tidak wajar menerima anugerah yang membawa gelaran 'Datuk' dalam tempoh memegang jawatan bagi memastikan ketelusan.

Dalam perkara berasingan, Karpal Singh berkata kematian bekas presiden Gerakan dan bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Tun Dr Lim Keng Yaik adalah kehilangan besar kepada landskap politik tanah air.

Menyifatkan mendiang Dr Lim sebagai seorang yang sentiasa riang, Karpal Singh berkata Dr Lim adalah pemimpin yang hebat dan tidak pernah bermasalah dengan beliau sungguhpun mereka berlainan parti.- Bernama

Pas pertahan Nik Aziz, dakwa Muhyddin 'macam anak kecil'

Posted: 23 Dec 2012 02:03 AM PST

JAMILAH HAMZAH


SHAH ALAM - Pemimpin kanan Pas mempertahankan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, yang melabel Mursyidul Am Pas bermulut celupar, sebagai "anak kecil yang menangis apabila dipukul."

Sehubungan itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, sebagai seorang pemimpin tertinggi negara, Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno tidak perlu bertindak seperti anak kecil apabila dipukul terus menangis.

Menurutnya, Muhyiddin seharusnya menggunakan kebijaksanaan apabila mengeluarkan kenyataan balas membidas Nik Aziz.

"Seharusnya Muhyiddin menjawab apa yang dikatakan oleh Nik Aziz secara "gentlemen."

"Bukan menjadi seperti anak kecil, apabila dipukul sedikit terus menangis.

"Umno kena balas balik dengan hujah-hujah (yang bernas) untuk nafikan apa yang dikatakan Nik Aziz jika tak betul, bukan menangis," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, Muhyiddin menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin Pas itu setiap kali menjelang pilihan raya umum.

"Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ini kafir, orang Umno ini Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno perlu bertindak dengan betul apabila ditegur oleh  Nik Aziz.

Tuan Ibrahim berkata, Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan bukan celupar, sebaliknya itu reaksi spontan beliau apabila melihat keadaan Umno yang semakin menyimpang daripada landasan sebenar.

"Yang penting bukan pada siapa yang mengeluarkan kenyataan, tapi kenapa Nik Aziz cakap begitu.

"Umno kena lihat itu sebagai teguran dan memperbaiki keadaan.

"Memang kita nafikan tindakan Nik Aziz itu bukan celupar, tetapi memberi reaksi spontan terhadap keadaan Umno yang semakin terkeluar daripada ajaran Islam," katanya yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.

DAPSY tuntut bebaskan Umar

Posted: 23 Dec 2012 01:51 AM PST

Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Pemuda DAP (DAPSY) menuntut supaya mahasiswa peserta Occupy Dataran, Umar Mohd Azmi yang dihukum penjara 30 hari dan denda RM1000 atas tuduhan menghalang pegawai DBKL menjalankan tugas, dibebaskan serta merta.

Ketua DAPSY, Teo Kok Seong dalam kenyataan medianya kecewa dengan keputusan mahkamah ke atas anak muda itu yang ikut serta dalam 'Occupy Dataran' sebelum perhimpunan Bersih 3.0 April lalu bagi menuntut pendidikan percuma dan membantah pinjaman PTPTN.

Umar didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang pegawai DBKL, Mohd Masran Mamat daripada "menangkap dan mengiringi" seorang lagi aktivis 'Occupy Dataran'. Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.

"Saya difahamkan tiada seorang pun yang mengambil bahagian dalam 'Occupy Dataran' melakukan kesalahan yang membawa kecederaan atau keburukan kepada mana-mana pihak di negara kita," ujar Kok Seong, yang juga ADUN Bahau.

"Tindakan itu menunjukkan kerajaan BN langsung tidak berminat mendengar suara mahasiswa dan menggunakan undang-undang yang sedia ada untuk menakut-nakutkan mahasiswa serta menghalang mereka daripada bersuara demi kepentingan mahasiswa," tambah beliau.

Kok Seoang menyifatkan hukuman yang dikenakan ke atas Umar Mohd Azmi sebagai keterlaluan yang sekaligus menyebabkan BN menjadi bahan ketawa.

Umar dibawa ke Penjara Kajang semalam, lantaran kegagalan mendengar permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman apabila Timbalan Pendakwaraya yang bertanggungjawab ke atas kes itu tidak dapat dikesan. – Roketkini.com

Siasat Segera Akaun Berkanun (SD) 2 P Balasubramaniam

Posted: 23 Dec 2012 01:44 AM PST

KELAB GREENBOC

 

 SD Balasubramaniam: KEADILAN gesa lima pihak disiasat

Keadilan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis segera menyiasat kenyataan lima individu yang terlibat dalam memalsukan perakuan bersumpah (SD) penyiasat persendirian P Balasubramanam.

Mereka ialah Deepak Jaikishan, Datuk Nazim Razak, peguam Cecil Abraham, peguam Arulampalam selain P Balasubramaniam sendiri.

Berdasarkan pengakuan P Balasubramaniam dan Deepak, campur tangan sehingga SD tersebut diubah bersalahan di bawah Akta Akuan Berkanun 1960.

"Pendedahan dibuat secara terbuka oleh Deepak dan Balasubramaniam sebelum ini. SPRM dan Polis perlu siasat sebagai badan yang berintegriti," kata Naib Presiden KEADILAN Tian Chua pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

"Apa yang dikatakan Deepak atau Balasubramaniam, sama betul atau tidak, perlu disiasat. Kelima-lima orang perlu tampil.

"Dulu Bala sahaja (akui menukar SD). Mungkin apa yang dikatakannya tak betul. (Terbaru) Deepak kata menyusun (pemberian wang kepada Bala). Dua orang sudah mengaku, tiga orang lagi perlu disiasat," tegas Tian.

Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Hademan Abdul Jalail, beriya-iya menafikan penglibatan peguam senior, Cecil Abraham yang menghentikan siasatan terhadap Balasubramaniam, seperti dalam kenyataannya semalam.

"SPRM sangat bersungguh untuk nafi, tapi tak siasat. Balasubramaniam (sebelum ini) telah buat temujanji supaya dia disiasat, tapi tak terjadi," katanya kepada pemberita.

Turut hadir sidang media, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Polis perlu siasat SD2 Bala, kata bekas ketua CID

Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia PRM) telah menutup kesnya terhadap akuan berkanun (SD) kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam, tetapi pihak polis harus memulakan siasatan sendiri terhadap perkara itu, kata bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Kes ini, katanya, tidak harus dilihat sebagai kes rasuah biasa atau pelanggaran etika di bawah Akta Profesion Undang-undang, katanya.

Katanya, SD palsu Bala bukan sahaja melibatkan pembunuhan seorang warganegara asing secara yang paling kejam dan mengerikan dalam sejarah negara tetapi juga mengandungi maklumat yang sah mengaitkan pemimpin nombor satu negara dan keluarganya serta penjualan risikan pertahanan.

Oleh itu, Mat Zain berkata, polis tidak harus menyerahkan perkara itu kepada SPRM atau Majlis Peguam untuk menyiasatnya.

Katanya, pasukan polis akan dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan pengecut jika ia tidak berani menggunakan kuasa dan kemahiran untuk menyiasat kes ini hingga ke akar umbinya dan membawa semua mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan dalam apa jua cara yang diperlukan.

Balasubramaniam telah mendakwa beliau menandatangani SD kedua - yang menyangkal SD pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu - dalam keadaan terpaksa dan juga telah ditawarkan wang untuk berbuat demikian.

Bala telah mengaku bahawa SD kedua itu adalah palsu dan mencabar Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya mendakwanya.

Mat Zain berkata manakala SPRM melihatnya sebagai kes rasuah di bawah bidangkuasa sendiri, tetapi SD palsu adalah satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan di bawah bidangkuasa polis.

Beliau berkata walaupun terdapat siasatan awal polis, tetapi Abdul Gani memutuskan untuk menggugurkan kes terhadap Balasubramaniam kerana membuat dua SD yang bercanggah, dengan menjustifikasikan tindakan itu dengan mengatakan bahawa ia tidak pernah digunakan di mahkamah.

Sedang hakikatnya, tegas Mat Zain ialah Seksyen 193 Kanun Keseksaan dengan jelas menyatakan bahawa ia adalah satu kesalahan jenayah membuat kenyataan palsu, sama ada untuk kegunaan dalam prosiding mahkamah atau apa-apa maksud lain.

Satu-satunya perbezaannya adalah hukumannya, tambah beliau.


Cukai tanah tak bayar, skandal UMNO Puchong didedah, MCA, Gerakan terbabit

Posted: 23 Dec 2012 01:41 AM PST

Roketkini.com

PUCHONG: Satu persatu skandal "Sapu Tanah 1Malaysia" di Selangor terbongkar dan yang terkini, Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh mendedahkan bahawa UMNO Puchong gagal membayar cukai tanah berjumlah hampir  RM140,000 kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Hannah berkata, tunggakan cukai selama dua tahun itu membabitkan dua lot tanah iaitu lot 0073899 dan lot 0073900.

"Masing-masing dengan tunggakan cukai RM26,935.50 dan RM110,869.20 dengan jumlah cukai taksiran berjumlah sekitar RM150,000.

"Saya akan menulis kepada kerajaan negeri untuk pertimbangkan pilihan yang ada termasuk menguatkuasakan Akta Kanun Tanah Negara (KTN) yang membolehkan tanah itu dirampas." ujar beliau pada sidang media, semalam.

Menurut Hannah, tanah milik UMNO Puchong itu adalah antara 24 bidang tanah yang diperoleh Barisan Nasional (BN) dengan harga murah sewaktu mentadbir Selangor.

Pada 6 Disember lalu, satu laporan berkaitan pembongkaran itu dibuat Pemuda DAPSY kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Hannah berharap SPRM segera bertindak menyiasat isu itu.

Walaupun UMNO-BN mendakwa tanah yang mereka milik itu untuk membangunkan pusat kegiatan masyarakat, sebaliknya kedua-dua bidang tanah itu masih kosong dan tidak sama seperti yang pernah didakwa sebelum ini.

MCA, Gerakan juga ada tanah di Puchong

Pada sidang media itu, Hannah juga mendedahkan maklumat tanah milik MCA dan Gerakan di Puchong.
Menurutnya, Gerakan memiliki tanah dengan nombor lot PT29095 terletak di Pekan Kinrara manakala tanah yang didaftarkan atas nama MCA Cawangan Batu pula bernombor lot PT235 terletak di Pekan Puchong Jaya.

"Maklumat itu diperoleh melalui carian rasmi di pejabat tanah dan daerah." jelas beliau.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang turut sama pada sidang media itu mencabar MCA dan Gerakan membuktikan tanah yang mereka perolehi itu dimanfaatkan untuk rakyat.

"Saya cabar mereka buktikan tanah yang dimiliki mereka itu diguna untuk masyarakat." kata Gobind yang juga Penasihat Biro Guaman DAP.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Swee Lin turut mempertikaikan kerana sudah lebih sebulan UMNO-BN tidak memberi apa-apa jawapan mengenai perkara itu.

"Kami juga menuntut Perdana Menteri, Najib Razak yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor menjawab dan menjelas kedudukan sebenar sehingga membolehkan UMNO-BN membeli tanah berkenaan dengan harga begitu murah iaitu RM1 sekaki persegi." ujar Swee Lin.

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha DAP Selangor berkata, sekiranya BN gagal menjelaskan kepada umum, mereka hilang autoriti moral untuk bercakap soal ketelusan.- Roketkini.com

Imej Malaysia dicemari isu wang haram

Posted: 23 Dec 2012 01:38 AM PST

Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Malaysia terus dicemari imej buruk, kali ini dengan laporan Global Financial Intergrity (DFI) bahawa pengaliran keluar wang haram dari negara ini berjumlah RM871 bilion sejak 10 tahun lalu iaitu antara 2001 dan 2010.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata ini adalah laporan keburukan ketiga negara pada bulan terakhir tahun ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM196.8 bilion adalah pengaliran keluar wang haram dari negara ini pada 2010.

"Laporan GFI mecatat tiga laporan buruk antarabangsa mengenai Malaysia bulan terakhir tahun ini untuk mengingatkan rakyat bahawa sudah sampai masanya untuk mereka menukar kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Hanya tinggal 10 hari lagi sebelum berakhirnya Disember 2012. Apakah akan ada satu lagi laporan buruk antarabangsa mengenai Malaysia untuk menjadikan empat laporan buruk bulan ini," katanya dalam kenyataan media.

Sebelum ini, kata Kit Siang, Malaysia dibuurkkan dengan laporan  Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2012  yang tidak dapat dinafikan korupsi teruk di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (2009-2012) berbanding lima Perdana Menteri sebelum ini.

Kajian Aliran Dalam Sains dan Matematik Antarabangsa (TIMMS) 2011 pula menunjukkan Malaysia merudum pencapaian di perigkat antarabangsa dalam subjek sains, matematik dan bahasa Inggeris.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, 2012 juga adalah tahun buruk dan mengecewakan Najib kerana bertimpa-tipa isu dibangkitkan membuat dia dan pemimpin lain dalam UMNO-BN cemas untuk menghadapi PRU-13 nanti .

"Bukan setakat tiga laporan buruk antarabangsa itu, tetapi negara terus dihantui denghan kerajaan korup, tidak demokratik dan zalim sejak berdekad lamanya.

"Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir membuat satu kenyataan yang tidak mungkin dapat dilupakan iaitu lebih baik memilih syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali, tanpa mengambilkira 'hantu' yang semakin mengambil tempat di dalam politik Malaysia – hantu warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh; Teoh Beng Hock, mangsa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ramai lagi yang "dibunuh" ketika di dalam tahanan polis seperti A. Kugan yang menuntut keadilan," katanya.

Menurutnya, pendedahan menggemparkan seorang pengedar permaidani, Deepak Jaikishan berkenaan kes pembunuhan Altantuya; tindakan berbalas-balas serangan di antara bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Ramli Yusof berkenaan salahguna kuasa yang dilakukan masing-masing; tuduhan salah guna kuasa dan rasuah yang dilakukan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail, adalah sebahagian daripada rahsia buruk yang menanti untuk melompat keluar tetapi tiada siapa menjangkakan yang pemerintahan UMNO/BN akan mencari hingga ke dasar kebenarannya.

kit Siang berkata, hanya perubahan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya pada PRU-13 100 dapat menyelesai dan mententeramkan semua "hantu" daripada pemerintahan UMNO/BN, terutamanya sepanjang tiga dekad lalu,  termasuk yang bertanggungjawab membunuh juruaudit Jalil Ibrahim di Hong Kong dalam skandal besar pertama era Mahathir, Bumiputera Malaysia Finance (BMF) RM2.5 bilion pada tahun 80an.- Roketkini.com

KES NAMA HILANG: Adakah Dr M bekas pemimpin kedua terkaya dengan harta $ 44 BILLION?

Posted: 23 Dec 2012 01:22 AM PST



Perkara yang paling aneh berlaku sehari yang lalu apabila nama bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir Mohamad telah dengan misterinya dipadam dari senarai Wikipedia yang memberi maklumat tentang harta yang dimiliki oleh pemimpin semasa dan bersara di negara-negara serata dunia.

Dengan menyebut 53 rujukan, Wikipedia telah menyenaraikan Mahathir sebagai bekas pemimpin negara yang kedua terkaya di dunia selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang memiliki sejumlah sekitar US $40 ke US$ 70 billion.

Walau bagaimanapun, laman Wikipedia yang masih boleh dilayari di Malaysia, nama Mahathir dengan misterinya telah dipadam pada hari Isnin 17 Disember 2012 beberapa minit selepas Malaysia Chronicle menyiarkan berita Mahathir now the world's second richest ex-leader with US$ 44 BILLION? (Mahathir sekarang bekas pemimpin kedua terkaya dengan harta sejumlah US$ 44 Billion?)

(Sila rujuk pada versi bergambar laman web dimana nama Mahathir disenaraikan dengan jelas selepas Mubarak dan bandingkan ia dengan versi seperti di pautan
(http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_heads_of_state_and_government_by_net_worth.)

Harus diingatkan bahawa berita itu ditulis bukan berniat jahat tetapi berdasarkan dakwaan Wikipedia bahawa Mahathir memiliki sejumlah US$ 44 billion. Jika benarlah dakwaan ini, ia pasti ada implikasi buruk bagi Malaysia dan Mahathir kerana bagaimana seorang perdana menteri yang dipilih rakyat memperolehi begitu banyak kekayaan tanpa melibatkan diri dalam aktiviti yang korup.

Sama ada Mahathir benar-benar memiliki harta sejumlah US$ 44 billion atau tidak, tiada siapa yang tahu. Dan seperti namanya yang tiba-tiba hilang dari senarai Wikipedia, konvulsi kompleks yang perlu dirungkai untuk mengetahui sejauh mana kayanya Mahathir dan keluarganya akan memerlukan lebih dari gabungan penyiasat Hercule Poirot dan Miss Marple. Sekumpulan pasukan terdiri daripada akauntan, para audit, pakar kewangan dan perbankan akan diperlukan, tidak kurang daripada itu.

Mengugut Taib dan Jeffrey?


Walaupun begitu, menurut salah satu daripada sumber rujukan Wikipedia, modus operandi Mahathir boleh dijelaskan melalui penjelasan dan pemahaman logik dari apa yang dilakukan oleh Mubarak contohnya dengan melibatkan diri dalam setiap urusan perniagaan di dalam negara dengan adanya monopoli, birokrasi, rasuah, nepotisma dan banyak lagi. http://www.financetwitter.com/2011/02/marcos-mubarak-mahathir-whos-the-richest-man.html

Mahathir mula memegang kuasa pada 1981dan hanya bersara pada 2003. Pada era 1980-an, keadaan politik dan ekonomi Malaysia tidak stabil dan Mahathir bergelut untuk mengekalkan kuasanya dalam parti, keatas lawannya dan juga kerajaan. Wang sentiasa membantu dalam apa jua masalah. Ini merupakan sesuatu yang Mahathir, sekarang berusia 87 tahun telah sedari pada masa itu.

Ada pemerhati politik percaya bahawa dia telah mengukuhkan kedudukannya dengan mengumpul wang untuk membiayai kerjaya politiknya yang lama dengan pada mulanya menjadikan orang kuat Sabah, Jeffrey Kitingan sebagai mangsa dan seterusnya Taib Mahmud di Sarawak. Dan hingga kehari ini, Taib dituduh masih 'membiayai' Mahathir untuk membolehkannya terus berkuasa sebagai ketua proksi Putrajaya di Borneo.

Tidak mungkin Taib boleh kekal sebagai Ketua Menteri begitu lama di Sarawak dan langsung tidak dijentik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tanpa dia memberi balasan kepada mereka yang berkuasa di Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Pada masa yang sama, mereka yang berada di Putrajaya menggunakan Taib untuk merompak hasil kekayaan di Sarawak.

Tidak hairanlah jika semua tahu bahawa Mahathir tidak pernah suka pada Taib dan pernah cuba untuk memperkecilkannya sejurus selepas menjadi perdana menteri pada tahun 1981 dengan hanya menyerahkannya jawatan sebagai menteri wilayah persekutuan untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya pada Taib. Mungkin ada sebab disebalik kegilaan ini. Kebencian Mahathir pada Taib mungkin akan menyebabkannya kehilangan sesuatu yang amat berharga. Jadi, dia mesti menundukkan Sarawak dan menjadikannya patuh pada Putrajaya sebagai tabungan.

Jeffrey tidak mahu kehilangan satu sen pun dari Mahathir sebelum ISA


Taib 'tidak mahu'atau menolak perlantikannya sebagai menteri wilayah persekutuan dan kembali ke Sarawak dengan satu misi. Sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri, dia mahu mengambil alih tugas bapa saudaranya, Abdul Rahman Ya'kub sebagai Ketua Menteri. Pada masa itu, Sarawak United People's Party (Supp) dibawah Stephen Yong mengugut untuk meninggalkan BN selagi Rahman yang anti bukan Islam menjadi Ketua Menteri.

Jeffrey, sepertimana keadaan politik di Sabah dimana tidak menjadi rahsia, tidak mahu kehilangan walau satu sen pun wang kepada Mahathir dan Mahathir secara kebetulannya, menjatuhkan Jeffrey dengan menahannya dibawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 2 tahun.

Jeffrey telah dituduh Mahathir merancang mengeluarkan Sabah dari Malaysia secara paksaan dan menjadikan ia sebagai Republik Kristian dengan dirinya sebagai Presiden. Di Sabah, Mahathir telah dipercayai menjadi dalang yang mengaut semua wang yang ada didalam akaun luar negara milik Jeffrey untuk dirinya sendiri dan menjatuhkan Jeffrey hanya sejurus sebelum pilihanraya negeri itu bermula pada tahun 1994.

Kenyataannya, Jeffrey, yang pada suatu masa, begitu kaya sehingga tidak boleh dibayangkan telah tiba-tiba jatuh miskin setelah ditahan di bawah ISA.

Pembela Mahathir mendakwa bahawa ramai pemegang amanah Jeffrey dan penamanya lari bersama jutaan ringgit yang disimpannya di luar negara, urusniaga di Sabah dan di tempat-tempat lain. Ada yang menyebut, jumlah hartanya di Australia adalah sebanyak US$ 700 juta.

Pemegang amanah dan penama ini tidak lagi bersama Jeffrey namun ada diantara mereka telah mengadakan urusan perniagaan bersama parti pemerintah terutamanya permerdagangan balak yang dipercayai untuk membiayai kerjaya politik Jeffrey sekarang mungkin kerana mereka merasa bersalah di atas apa yang telah berlaku dahulu.

Penahanan Jeffrey kerana 'Republik Kristian' kebiasaan Dr M mengalih perhatian perebutan wang?


Tidak diketahui jika dan berapa banyak Mahathir dan/atau negeri itu mungkin telah ambil atau denda Jeffrey secara rasmi atau tidak. Tetapi ini tidak memberhentikan cakap-cakap di kedai kopi di Sabah.

Satu petunjuk datang dari US$ 4 bilion yang disebut Mahathir dari laporan Prince Waterhouse ke atas audit yang dijalankan ke atas Yayasan Sabah semasa Parti Bersatu Sabah memimpin kerajaan negeri pada1994 sedang mengalami kejatuhan. Laporan membuat penemuan ada perbezaan ketara antara harga sebenar atau harga pasaran balak dengan harga kontrak jangka panjang yang jauh rendah.

Mahathir mungkin juga telah cuba mengalih perhatian dari dirinya yang sedang mencuri wang Jeffrey dengan cuba membuktikan bahawa wang itu ada tetapi hilang semasa pemerintahannya pada masa dia menerajui Yayasan Sabah.

Jawapan yang telah diberikan Jeffrey apabila isu itu diketengahkan adalah Mahathir berbohong. Menurut Jeffrey, balak tidak boleh dijual mengikut harga tetap. Lebih banyak jumlah yang dibeli, lebih murah harganya dan begitu juga sebaliknya. Lagipun, harganya pada masa hadapan tidak akan sama.

Taib lebih bernasib baik


Walaubagaimanapun, kebenaran mungkin terletak diantara cerita Mahathir dan penerangan Jeffrey. Dalam apa jua keadaan, pemimpin pembangkang Sabah itu tidak pernah didakwa atas tuduhan rasuah.

Tetapi tidak seorang pun akan menafikan bahawa Jeffrey terlalu kaya pada suatu masa dahulu dan sekarang hanya bergantung kepada pencen yang diberi oleh Yayasan Sabah, parlimen dan dewan negeri. Jika kesuntukan wang, dan bekas pembantunya atau pemegang amanah tidak mampu untuk menyediakan wang secepat mungkin, dia akan menjual tanah ataupun hartanya atau meminta bantuan abangnya, Joseph Pairin Kitingan, Huguansiou ketua kaum kadazan tertinggi di Sabah.


Jika khabar angin itu benar, Mahathir tentunya sudah mendapat begitu banyak kalau bukan dari Taib, tentunya dari Jeffrey untuk mengisi geroboknya namun bekas Perdana Menteri itu masih memastikan pemimpin Sarawak itu menikmati kemewahan agar orang Islam mendominasi negeri majoriti Dayak beragama Kristian itu.

Dalam kes Jeffrey, Mahathir mungkin mahu memufliskannya sama sekali supaya orang Kristian, penduduk asal di Sabah tidak mempunyai modal untuk menentang dari segi politik sekaligus mencabar tindakan Putrajaya untuk meminggirkan dan menyekat mereka melalui pengasingan kaum secara sistematik, prejudis dan opportunisma seperti yang jelas dalam polisi penjajahan dalaman.

US$ 100 billion hilang semasa pemerintahan Dr M


Jeffrey dan Taib mungkin sasaran awal bagi Mahathir, dengan hidangan utama telah dimamahnya sepanjang 22 tahun pemerintahannya sebagai PM.

Dalam buku tulisan Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, menunjukkan sekurang-kurangnya US$ 100 billion telah lenyap pada era pemerintahan Mahathir dari tahun 1981 hingga 2003.

Kebanyakkan dari wang yang hilang ini mungkin wang yang diperolehi dari perbezaan kos sebenar prokumen, kontrak, kuota, tender, permit, konsesi, lesen dan banyak lagi jumlah yang merugikan pembayar cukai sebanyak dua kali ganda malah tiga dan sehingga sepuluh ganda wang sebenar.

Baru-baru ini, Automatic Enforcement System atau Sistem Penguatkuasa Otomatik (AES) telah menelan belanja lebih sepuluh kali ganda bagi Perbendaharaan Negara.

Kemudian, berlaku kes kehilangan wang oleh Bank Negara sebanyak RM30 billion di bursa pertukaran asing pada masa pemerintahan Mahathir. Kita juga mengalami kerugian daripada skim pemerolehan pasaran Tin Antarabangsa di London, jumlah yang tidak diketahui untuk menggantikan peranan orang Cina di Malaysia dengan Jepun dibawah polisi perkauman jahat Pandang Ke Timur yang melakukan pembaziran ke atas Perbendaharaan Negara dengan polisi yang sama jahatnya serta berbaur perkauman Belilah Barangan British. Kesemua bukti rompakan wang ini diselindungi oleh semangat patriotik dibawah label Malaysia Boleh.

Mahathir & Co, seperti yang diberitahu oleh bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah di Australia, tidak lama dahulu, mereka membahagi kontrak sesama sendiri. Razaleigh dituduh pentadbiran Mahathir 'mengkhianati' Negara dengan memburuk-burukkannya diluar Negara. Nampaknya, Mahathir adalah Malaysia dan Malaysia itu Mahathir.

Mahathir mungkin telah melakukan apa yang dituduh oleh Razaleigh dengan mengambil wang Negara untuk dirinya sendiri melalui jaringan penama, kroni, si tamak sepertinya juga. Jika benar, dia saling tak tumpah seperti Mubarak dan ramai lagi diktator korup di dunia ketiga yang rakus merompak kekayaan Negara sementara menjadikan hutangnya terlalu tinggi pada masa pemerintahannya.

Menarik perhatian CIA?


Mungkin juga, disebalik buku Wain dan senarai Wikipedia, Mahathir telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003 kerana takut dirinya akan dipertanggungjawabkan atas penyalahgunaan kuasa dan konflik kepentingan semasa pemerintahannya.

Dia telah dituduh mencari jalan untuk meninggalkan jawatannya tetapi masih mengekalkan kuasa dibalik tabir untuk memastikan pihak berkuasa tidak mendakwanya. Persepsi rakyat adalah Majlis Tertinggi Umno berada dibawah telunjuk Mahathir sementara Najib Razak menjadi Perdana Menteri boneka dari belakang isterinya.

Semua masih ingat lagi pada ucapan selamat tinggal Mahathir yang ibarat sandiwara setelah menitiskan air mata di kaca televisyen sambil mengatakan bahawa dirinya telah 'gagal mengubah pemikiran rakyat'. Benarkah dia peduli dan itu bukanlah misinya!

Ia mungkin satu kebetulan bahawa Wikipedia telah berjaya menyenaraikan apa yang telah diperolehi oleh Mahathir melalui cara haram sehinggalah kepada PRU ke-13. Ini nampaknya seperti kerja Central Intelligence Agency (CIA) sebagai tanda Washington mahu Mahathir dan Barisan Nasional yang memerintah untuk tidak lagi berkuasa. Ini adalah modus operandi biasa kerajaan AS iaitu keluarkan maklumat peribadi kewangan yang merosakkan sesorang kredibiliti individu yang disasarkan mereka untuk musnah.

Mahathir selama ini telah berhati-hati untuk melindungi kekayaannya di Negara yang tidak boleh diperiksa oleh sistem perbankan antarabangsa SWIFT dan IBAN yang dipunyai dan biayai oleh AS untuk menjejaki perolehan haram, pengubahan wang dan pembiayaan pengganas. Jepun dikatakan antara Negara dimana bekas Perdana Menteri itu menyimpan kebanyakkan asetnya.

Mahathir punyai banyak wang untuk melakukan kerosakan


Kesimpulannya, Mahathir dengan hartanya yang melimpah ruah, boleh meneruskan pengaruh dan penguasaannya ke atas politik Melayu di Malaysia ini iaitu bagi komuniti yang berbahasa Melayu dari bangsa Bugis, Jawa, Minang, Acheh dan India Muslim di Semenanjung Malaysia. Dia dilaporkan membiayai Perkasa, persatuan ektrimis yang diketuai bonekanya Ibrahim Ali dan percubaannya untuk campur tangan dalam hal-hal politik Parti PKR dan PAS pimpinan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Mahathir sememangnya sudah pun mengawal sebahagian besar wang Petronas dari Sabah dan Sarawak. Dia telah dituduh tidak boleh membezakan antara wangnya dan wang Petronas jika dilihat dari berapa yang dimasukkannya dalam Yayasan Kepimpinan Perdana dan bagaimana dia dengan bebasnya menggunakan pesawat koprat dan kapal layar yang dimiliki oleh Syarikat Minyak itu. Gambarnya bercuti di atas kapal layar di Mediterranean. YDP Agong, ketua Malaysia sendiri tidak pernah memiliki keistimewaan itu.

Mahathir juga mempunyai wang untuk campur tangan dalam Negara seperti Palestin dan Bosnia-Herzegovina dan banyak lagi melalui Yayasan Kepimpinan Perdananya-khasnya untuk menyebarkan teori merapunya tentang kepimpinan dan pembinaan misi dan telah disyaki oleh Washington pada masa lalu membiayai senjata di negara-negara ini. Bagi AS, ini perbuatan melampau.Malaysia Chronicle

Pukulan yang tepat!

Posted: 22 Dec 2012 08:49 PM PST

Sebuah akhbar harian Bahasa Inggeris bertarikh Ahad, 16hb Disember 2012 telah melaporkan Perdana Menteri Najib Tun Razak sebagai berkata, "The Opposition only thinks about chaos. A vote for them is a vote for riots, disturbances and demonstrations".

Diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia ia bermaksud "pihak pembangkang hanya berpikir perihal huru-hara. Satu undi untuk mereka ialah satu undi untuk rusuhan, kacau-bilau dan tunjuk perasaan."

 
Kenyataan PM Najib diatas jelas menunjukkan bahawa beliau sedang bertungkus-lumus cuba mempengaruhi minda rakyat bahawa pihak pembangkang ialah puak yang jahat. Adakah beliau telah kehabisan idea yang bernas untuk berhujah dengan fakta dalam usaha beliau untuk mendapat sokongan rakyat?

Dimanakah perlaksanaan konsep 'kesederhanaan' yang selalu diuar-uarkan oleh beliau?

Adakah kenyataan diatas ini dibuat oleh beliau sebab beliau kurang yakin BN akan memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam pilihanraya yang akan datang nanti?

Selain dari itu, pemimpin-pemimpin BN juga telah berkata bahawa pemilihan parti DAP gagal mencerminkan konsep 'Malaysian Malaysia' yang selalu diuar-uarkan oleh para pemimpin DAP dan juga tidak terdapat ramai orang Melayu dalam parti DAP.

Seorang penyokong PAS menjawab pemimpin BN dalam Facebook 'Road To Putrajaya' dengan mengatakan demikian: "Bagaimana pula dengan Umno? Adakah Umno mempunyai pemimpin Cina yang terkemuka di peringkat atasan? Bagaimana pula dengan MCA? Adakah MCA mempunyai pemimpin Melayu?"

Penyokong PAS tersebut juga berkata dalam DAP tidak terdapat ramai orang Melayu sebab ramai orang Melayu telah menyertai PAS ataupun KeADILan.

Memang penyokong PAS bijak meneliti situasi politik tanahair dan beliau telah memberi satu pukulan yang tepat kepada BN!

Pemalas Boleh Mengukuhkan Umno

Posted: 22 Dec 2012 08:47 PM PST


Pemalas ialah sifat mazmumah (keji), yang tidak patut ada di dalam diri orang Islam, lebih lagi kepada ahli Pas yang memikul risalah perjuangan yang besar. Nabi SAW telah mengajar kita berdoa kepada Allah supaya penyakit ini tidak melekat di batang tubuh kita. 

Sebagaimana doanya "Ya Allah jauhkan aku daripada ditimpa penyakit lemah dan malas, dan jauhkan aku dari kalangan orag yang dibeban hutang".

Islam tidak akan berkembang jika mereka yang terdahulu merupakan orang yang malas. Semua Nabi-Nabi yang diutuskan Allah seorang yang rajin dan tekun di dalam kerja mereka. Pas juga tidak berkembang pesat sehingga hai ini jika orang yang terdahulu dari kalangan mereka yamg malas.

Tidak ada istilah menganggur dalam menjalankan tugas perjuangan. Malahan mereka bekerja siang malam untuk menyebarkan risalah Allah di atas muka bumi ini.

Sebagaimana dinyatakan oleh Nabi Noh AS yang dicatat di dalam al-Quran "Aku berdakwah kaum aku siang malam, tetapi tidak bertambah malahan mereka lari daripada aku". (Nuh 71:5)

Qudwah kita ialah para Rasul, kerana mereka merupakan ikon yang palng unggul dan paling rajin di kalangan manusia.

Kita jangan jadi penganggur dan pemalas di dalam parti. Sebenarnya banyak kerja yang boleh kita lakukan.

Jangan apabila sebut kerja di dalam parti hanya ceramah sahaja atau perlu berada di saf hadapan sahaja. Buatlah kerja asalkan ia mendatangkan kebaikan kepada parti dan jamaah. Apa yang penting ikatan kita dengan jamaah. Duduklah di dalam apa posisi sekali pun. Jangan menjadi manusia yang rajin mencari kesalahn parti, tetapi malas bekerja.

Pemikiran yang silap, jika ada di kalangan kita yang dimaksudkan terlibat dengan parti ialah mereka berceramah dan hanya memegang jawatan penting di dalam parti sahaja. Ada setengah di kalangan kita yang berkemampuan hanya menggerakkan Pas di peringkat cawangan sahaja. Sebenarnya kekuatan Pas ialah berada di peringkat cawangan. Cawangan sahaja yang ada ahli. Mereka yang berada di cawangan boleh membuat culaan yan paling tepat kerana mereka kenal siapa yan berada di dalam daftar pemilih.

Setengah dari kalanga mereka yang hanya mampu memberi wang kerana tidak berani menunjulkan diri atas sebab-sebab yang tertentu.Ada yang terlibat untuk urus PASTI di peringkat cawangan sahaja.Ertinya apa sahaja tugas yang boleh menguntungkan parti maka bererti kita tergolong dari kalangan orang yang rajin, bukan seorang yang malas. Jangan kita menjadi manusia yang tidak memberi sumbangan kepada parti, lebih malang membuat masalah kepada parti.

Mereka ini rajin juga, tetapi rajin menghentam pimpinan yang bekerja. Tidak ada langsung simpati dan kasihan kepada mereka yang bekerja. Seolah-olah di dunia ini, mereka seorang sahaja yang betul.

Pemerhatian saya di dalam parti, seorang yang rajin walaupun pada peringakat awal dia kurang cerdik, akhirnya ia menjadi seorang yang cerdik dalam jamaah. Tetapi seorang yang malas, walaupun seorang yang cerdik, lama kelamaan beliau menjadi seorang bodoh di dalam parti. Kunci kepada kejayaan seorang ialah rajin. Sifat malas membunuh benih kecerdikan, seperti pepatah Melayu menyebut "Belakang parang, jika diasah lama kelamaan ia menjadi tajam".

Walaupun perjuangan Pas ini benar kerana berpegang kepada dasar yang tidak pernah diubah samaada sewaktu menang atau kalah, samaada keseorangan atau berkawan. Seperti di dalam Perlembagaan Pas Fasa 3 "Dasar Pas ialah Islam". namun jika ahli dan pimpinannya malas ia tidak akan mendatangkan kejayaan.

Sebaliknya Umno yang dasar perjuangannya hanya untuk kepentingan duniawi sahaja, jikalau ahlinya rajin, maka Allah akan beri kejayaan kepada parti mereka. Sebagaimana Firman Allah SWT "Allah tidak menukarkan sunnah peraturannya". (Fatir 35:43). Oleh itu kita tidak boleh mengharapkan kemenangan tanpa berusaha dan bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Sepatutnya kita kena insaf, jika kita malas secara tidak langsung kita telah membantu menguatkan Umno.

Mereka suka jika kita malas bekerja. Mereka resah apabila melihat ahli Pas agresif dan tekun ketika bekerja. Pemimpin Umno tidak lena idur jika di setiap cawangan mempunayai seorang dua ahli Pas yang bekerja dengan agresif. Jangan kita berdegar-degar marah kepada Umno. Kadang-kadang marah kepada Umno sehingga tidak boleh bertindih bayang. Malangnya dari segi gerak kekrja parti " zero"

Sebab Seorang Itu Pemalas 

@Seorang mejadi pemalas berpunca dariapa sikap sendiri. Tabiat pemalas yang sudah bersarang di dalam sanubari sehingga menjadi darah daging dan tidak berusaha untuk berubah.

@Sikap mengharapkan orang lain yang buat. Dia menganggap orang lain sudah buat, maka tidak perlu dia menyibukkan diri untuk buat kerja jamaah. Beliau boleh berpeluk tubuh sahaja.

@Berkawan dengan orang yang malas.Banyak sifat manusia dibentuk oleh kawan. Sifat ini menyebabkan manusia menjadi pemalas kerana dipengaruhi oleh kawan. Sebab itu nabi SAW menginngatkan kepada kita supaya pilih kawan yang baik kerana ia banyak membentuk watak kita. Sabda Rasulullah SAW "Manusia bersama dengan rakannya, perhatikan siapa rakannya".

@Tidak rasa bersalah sedangkan beliau beristirehat di rumah dan berborak kosong di kedai kopi. Kita minta berlindung daripada Allah menjadikan hati kita mati dan tidak sensitif sehingga merasa tidak bersalah apabila malas buat kerja. Sebenarnya orang yang malas kerana hatinya sudah mati dan tidak ada perasaan untuk membantu parti.

@Tidak mahu menurunkan status kedudukan kerana anggapannya beliau hanya layak berada di tahap yang tinggi sahaja. Kerja kecil-kecilan ini bukan taraf beliau. Apabila tidak dapat berada di tahap ini maka ia menjadi penganggur di dalam parti.

@Kurang mengingati mati dan mengabaikan akhirat. Apabila unsur ini tidak ada menyebabkan hatinya mati dan tidak bermaya. Memang kerja buat di dalam jamaah ialah sebagai bekalan kita selepas mati. Nasib malang akan menimpa kepada kita jika unsur ini sudah hilang dariapda sanubari dan kalbu kita.

@Bergaul denga orang yang berjiwa kecil. Orang malas ialah mereka yang berjiwa kecil. Anggapan mereka Pas tidak mampu melawan kekuatan musuh yang mempunyai kelengkapan. Apabila kita rapat dengan mereka secara tidak langsung akan mengurangkan semangat untuk berjuang.memberi semangat berjuang.

Banyak aktivis parti yang kecundang setelah berkawan dengan orang yang berjiwa kecil. Sedangkan Nabi SAW bersabda "bukanlah kaya itu kaya harta, tetapi kaya jiwa"

Ambil guru BI dari India perlu kajian mendalam - NUTP

Posted: 22 Dec 2012 08:37 PM PST

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu kajian mendalam dilakukan berhubung cadangan mengambil guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar di negara ini.

Presidennya Hashim Adnan berkata perbincangan perlu dilakukan dengan pakar  dalam bahasa itu bersama NUTP dan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sebarang keputusan dibuat akan menguntungkan kerajaan.
  
"Kajian lebih mendalam perlu diatur supaya ia tidak menjadi kerugian di mana-mana pihak. Kedua, adalah lebih baik perbincangan dibuat dengan para profesor bahasa Inggeris di negara ini bersama kesatuan dan kementerian dan apa keputusan dibuat selepas itu sudah pasti akan menguntungkan kerajaan," katanya kepada Bernama hari ini.
  
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia bercadang mengambil sejumlah guru bahasa Inggeris dari India untuk mengajar pelajar Malaysia dalam usaha meningkatkan kemahiran bahasa itu.
  
Najib yang berada di India bagi menghadiri Sidang Kemuncak  Peringatan ASEAN-India selama dua hari bermula semalam, berkata cadangan itu sebagai tambahan kepada program yang dilaksanakan dengan Amerika Syarikat (AS), Yayasan Fullbright dan Suruhanjaya Amerika Syarikat Mengenai Pertukaran Pendidikan (MACEE) sebelum ini.

Di bawah program dengan AS itu, Pembantu Guru Bahasa Inggeris  (ETA) dari negara itu ditempatkan di beberapa sekolah terpilih seluruh negara khususnya di luar bandar.
  
Hashim turut mencadangkan supaya guru-guru bahasa Inggeris  yang telah bersara diambil bagi mengajar bahasa itu berikutan mereka dari budaya dan latar belakang sama serta mengetahui kaedah untuk mengajar pelajar Malaysia.
  
"Diharap (cadangan itu) tidak akan dilaksanakan kerana ia sangat  merumitkan. Budak-budak akan menjadi bahan uji kaji dan ini tidak sihat kepada pelajar yang ingin mendapatkan pelajaran bahasa Inggeris daripada orang yang berlainan punca dan latar belakang," katanya.
  
Beliau juga berkata adalah memadai dengan guru-guru bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat untuk mengajar bahasa itu di negara ini kerana jika dicampuradukkan, bukan sahaja menjadi beban kepada pelajar tetapi juga sistem pendidikan negara.
  
Bagaimanapun, katanya bayaran untuk memanggil guru-guru yang telah bersara untuk mengajar bahasa Inggeris juga perlu setimpal dengan pengalaman dan kepakaran mereka dalam bahasa tersebut.
  
]Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim pula mencadangkan supaya kerajaan mengambil guru bahasa Inggeris dari England jika kerajaan mempunyai peruntukan untuk mengambil guru dalam bahasa itu dari luar.
  
"Guru bahasa Inggeris Fullbright itu ok sebab Amerika Syarikat dan aksen mereka boleh terima, tetapi aksen orang dari India pekat. Kita rasa kalau betul nak membantu pelajar, jika bajet itu ada, kenapa kita tak ambil guru bahasa Inggeris dari England.
  
"Sebab kita dulu belajar bahasa Inggeris daripada orang Britain  sebab itu kita berterusan macam ini," katanya.

Beliau juga berkata jika kerajaan mahu mendapatkan kepakaran daripada negara berkenaan, adalah lebih baik guru dalam bidang sains dan matematik diambil berikutan itu adalah kepakaran mereka.
  
Sementara itu, Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad Tan Sri Alimuddin Mohd Dom menyambut baik cadangan tersebut berikutan sejarah awal pendidikan bahasa Inggeris di negara ini pada akhir abad ke-19 didominasi guru-guru dari India yang dibawa penjajah untuk mengajar di sekolah mubaligh dan sekolah bahasa Inggeris di negara ini.
  
"Daripada sejarah yang dilihat, mereka banyak memberi perkhidmatan dalam bidang pendidikan terutama ramai lepasan sekolah mubaligh menjadi pemimpin dan tokoh ternama negara. Sejarah telah lama berakar umbi di negara kita.
  
"Jika guru-guru dari India dibawa kembali, saya rasa tidak mendatangkan masalah kerana boleh membawa kebaikan berdasarkan sejarah yang dilihat dulu," katanya.
  
Beliau berkata guru yang akan dibawa masuk juga adalah guru cemerlang dan bilangan guru di India adalah 10 kali ganda daripada bilangan guru di negara ini iaitu seramai 400,000 orang dan sudah tentu kementerian mempunyai banyak pilihan untuk memilih guru terbaik untuk mengajar di negara ini.
  
"Di India juga, sistem pendidikan mereka lebih menggunakan  bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan sudah tentu dari segi kepakaran tidak timbul masalah.
  
"Jadi, atas sebab-sebab itu, saya rasa cadangan itu begitu baik  untuk dilaksanakan pada masa depan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pemuda Gerakan Dr Dominic Lau Hoe Chai dalam kenyataannya berpendapat cadangan itu adalah langkah yang baik tetapi menegaskan terdapat beberapa masalah yang perlu ditangani sebelum pengambilan itu boleh dilakukan.
  
Beliau berkata antara masalah itu seperti perbezaan budaya dan  sebutan bahasa Inggeris yang dituturkan oleh pendidik dari luar negara ini mungkin sukar difahami oleh pelajar Malaysia.
  
"Berdasarkan pengalaman saya, membawa pendidik asing  mengajar bahasa Inggeris ia adalah usaha yang baik, tetapi mereka mesti diberi taklimat tentang budaya tempatan dan tingkah laku pelajar.
  
"Sebagai contoh, sebahagian pensyarah Barat yang pernah  mengajar di sini memberi komen pelajar Malaysia sangat pasif di dalam kelas kerana tidak bercakap.
  
"Tetapi mereka gagal menyedari bahawa pelajar Asia lazimnya kurang lantang berbanding pelajar Barat disebabkan hakikat bahawa pandangan pengajar harus dihormati dan tidak dicabar," katanya.
  
Justeru katanya, malu atau takut diejek oleh rakan-rakan mereka  adalah antara sebab mengapa mereka berbuat demikian.
  
"Bagaimanapun, langkah pengambilan tenaga pengajar asing tidak berpanjangan di masa depan kerana kosnya yang tinggi. Ia hanya sebagai langkah sementara. Lebih ramai guru bahasa Inggeris harus dilatih untuk mengelak kita daripada terlalu bergantung kepada orang luar," katanya.- Bernama

Exco Perak buat laporan polis terhadap ADUN Sg Remis

Posted: 22 Dec 2012 08:36 PM PST

Pengerusi Jawatankuasa  Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman membuat laporan polis hari ini terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadapnya.
  
Dalam laporan itu, Adun Sungai Rapat itu mendakwa  pada kira-kira pukul 3.30  petang, Khamis lepas, ketika berada di dewan makan, Dewan Undangan Negeri Perak, beliau didatangi oleh pemimpin DAP itu yang berkata kepadanya "You revealed, watch out, I will go after you".
  
Hamidah mendakwa kejadian itu disaksikan oleh Adun Hulu Kinta Datuk Rusnah Kassim.
  
Beliau berkata laporan polis itu dibuat demi keselamatan diri dan
keluarganya daripada kejadian yang tidak diingini.
  
Laporan itu dibuat di Balai Polis Kampung Rapat, dekat sini pada kira-kira 9.30 pagi. Bernama

'Amanat Haji Hadi tak pernah kafirkan Umno'

Posted: 22 Dec 2012 08:34 PM PST

Petikan ucapan Datuk Seri Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli-ahli Umno, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi 'amanat' itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata.

"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid.

Beliau kemudian membacakan sedutan penuh amanat tersebut yang dibuat Hadi pada satu ceramah umum di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

"Jadi, di mana yang dikatakan Ustaz Hadi menyatakan Umno kafir.

"Inilah yang dikatakan putar belit media Umno," katanya dalam sidang media di pusat khidmat beliau di Shah Alam semalam.

Tegasnya lagi, ucapan Hadi itu pada hakikatnya menggariskan prinsip-prinsip perjuangan PAS yang menentang Umno kerana mereka mempunyai wawasan berbeza yang tidak sama dengan kehendak hati ahli-ahli PAS.

"Dengan itu, tidak boleh dikatakan kita kata Umno kafir," katanya.

Tambahnya lagi, budaya kafir- mengkafir yang didakwa Umno diamalkan PAS sebenarnya adalah dakyah yang direka-reka oleh Umno sendiri.

"Budaya kafir-mengkafir bukan daripada PAS, tetapi Umno yang kata PAS kata Umno kafir," tegasnya.

Dalam sidang media yang sama, Khalid turut merakamkan ucapan 'tahniah' kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberikan 'tauliah' kepada golongan selebriti untuk berceramah di masjid dan surau di seluruh Selangor.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Disember 2012 yang bertajuk 'Tidak halang selebriti berceramah di
masjid'.

Khalid sendiri sebelum ini ditarik tauliahnya untuk mengajar agama di Selangor.

Polis perlu siasat SD2 Bala, kata bekas ketua CID

Posted: 22 Dec 2012 08:33 PM PST

Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia PRM) telah menutup kesnya terhadap akuan berkanun (SD) kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam, tetapi pihak polis harus memulakan siasatan sendiri terhadap perkara itu, kata bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Kes ini, katanya,  tidak harus dilihat sebagai kes rasuah biasa atau pelanggaran etika di bawah Akta Profesion Undang-undang, katanya.

Katanya, SD palsu Bala bukan sahaja melibatkan pembunuhan seorang warganegara asing secara yang paling kejam dan mengerikan dalam sejarah negara tetapi juga mengandungi maklumat yang sah mengaitkan pemimpin nombor satu negara dan keluarganya serta penjualan risikan pertahanan.

NONEOleh itu, Mat Zain berkata, polis tidak harus menyerahkan perkara itu kepada SPRM atau Majlis Peguam untuk menyiasatnya.

Katanya, pasukan polis akan dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan pengecut jika ia tidak berani menggunakan kuasa dan kemahiran untuk menyiasat kes ini hingga ke akar umbinya dan membawa semua mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan dalam apa jua cara yang diperlukan.

Balasubramaniam telah mendakwa beliau menandatangani SD kedua - yang  menyangkal SD pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu - dalam keadaan terpaksa dan juga telah ditawarkan wang untuk berbuat demikian.

Bala telah mengaku bahawa SD kedua itu adalah palsu dan mencabar Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya mendakwanya.

Mat Zain berkata manakala SPRM melihatnya sebagai  kes rasuah di bawah bidangkuasa sendiri, tetapi SD palsu adalah satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan di bawah bidangkuasa polis.

Beliau berkata walaupun terdapat siasatan awal polis, tetapi Abdul Gani memutuskan untuk menggugurkan kes terhadap Balasubramaniam kerana membuat dua SD yang bercanggah, dengan menjustifikasikan tindakan itu dengan mengatakan bahawa ia tidak pernah digunakan di mahkamah.

Sedang hakikatnya, tegas Mat Zain ialah Seksyen 193 Kanun Keseksaan dengan jelas menyatakan bahawa ia adalah satu kesalahan jenayah membuat kenyataan palsu, sama ada untuk kegunaan dalam prosiding mahkamah atau apa-apa maksud lain.

Satu-satunya perbezaannya adalah hukumannya, tambah beliau.

Menjelang PRU13: Video Baru Bakal Disebarkan

Posted: 22 Dec 2012 08:29 PM PST

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Umno BN sedang mereka-reka video fitnah baru terhadapnya atau pimpinan Pakatan Rakyat, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

"Saya diberitahu ada video baru. Dulu muka macam Anwar (tetapi) perut buncit. Sekarang tidak, muka macam Anwar, perut pun dah (di)kempis(kan).

"Politik sampai macam itu," katanya kepada lebih 5,000 anak muda dalam program Jelajah Merdeka Rakyat Anak Muda di Petaling Jaya malam tadi.

Namun, Ketua Umum KEADILAN itu yakin rakyat lebih cerdik dan tidak mudah termakan dengan setiap fitnah yang dijaja juak-juak Umno BN.

"Saya yakin, Insya-Allah. Kita akan (dapat) lalui (dengan baik). Orang tanya kenapa saya yakin kita boleh menang? Saya kata: Apa kamu ingat rakyat bodoh?

"Rakyat di bawah, (yang) kerja kilang, buka gerai (dan) pendidikan (sekadar) tingkatan tiga dan lima tak semestinya bodoh. Sebab hati mereka bersih. Mereka mencari kebenaran," katanya.

Pada 21 Mac 2011, trio 'Datuk T' – bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik; ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim menayangkan video fitnah seks kepada wartawan arus perdana di Hotel Carcosa Seri Negara.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhi mereka hukuman denda RM5,500 kerana menayangkan video lucah di tempat terbuka.

Video itu terbukti rekaan semata-mata berikutan pelakon watak Anwar, perutnya buncit, selain beberapa kelemahan lain termasuk rambut yang lebih panjang sedangkan sehari sebelumnya rambut Anwar, pendek.

Malah, KEADILAN juga membukti video yang menyerupai mana-mana watak sebenar boleh dihasilkan di Thailand apabila Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul 'diubah suai' menjadi P Ramlee. -KD

Muhyiddin kata Nik Aziz 'bermulut celupar'

Posted: 22 Dec 2012 08:27 PM PST

MALAYSIA KINI

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.
  
Muhyiddin berkata kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin PAS itu setiap kali menjelang pilihan raya.
  
"Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang Umno ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini.
  
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi ada orang Melayu yang menyokong parti Umno yang beliau anggap mungkar.
  
Muhyiddin berkata kenyataan sedemikian yang dikeluarkan pemimpin PAS itu bertujuan mempengaruhi pengundi supaya tidak menyokong calon Umno dan BN pada pilihan raya umum nanti.
  
"Saya bimbang pasal (perkara ini) bukan baru, Nik Aziz selalu dia celupar, lepas cakap yang tidak ada bersandarkan hukum, dia buat fatwa sendiri, banyak tokoh-tokoh ulamak mempertikaikannya," katanya.
  
Muhyiddin berkata apa yang dilakukan Nik Aziz hanya bertujuan
memecahbelahkan umat Islam; "Inilah antara sebab masalah perpecahan di kalangan umat Islam kerana oleh fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin PAS," katanya.
  
Mengenai hukum hudud, Muhyiddin berkata kerajaan BN tidak pernah menolak hukum Islam.
  
"Sebagai orang Islam, kita tidak menolak hukum Islam, namun ada beberapa fasa yang boleh dipertimbangkan, pendirian Umno, mereka nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam, kalau buat tak betul susah kerana ia membabitkan isu melibatkan orang bukan Islam, banyak benda kena ambil kira," katanya.- Bernama

Tun Dr Lim Keng Yaik meninggal dunia

Posted: 22 Dec 2012 08:19 PM PST

Bekas presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik meninggal dunia hari ini pada usia 73 umur. Beliau meninggal dunia pada jam 4.45 petang ini di kediamannya di Petaling Jaya.

gerakan ndc 311009 keng yaikDr Lim menerajui Gerakan selama hampir tiga dekad sejak tahun 1980 sebelum berundur pada tahun 2007.

Beliau pernah berkhidmat sebagai menteri tenaga, air dan komunikasi sebelum bersara pada tahun yang sama.

Dr Lim dilahirkan di Perak dan berkelulusan dari Queens University Belfast, United Kingdom dengan sarjana muda perubatan dan pembedahan pada tahun 1964.

Beliau menyertai politik pada tahun 1968 dan menjadi pengerusi MCA Perak pengerusi pada tahun 1971, tetapi kemudian menyertai Gerakan pada tahun 1974.

Beliau memenangi kerusi parlimen Beruas selama 18 tahun sejak tahun 1986 tetapi tidak bertanding dalam pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Dr Lim meninggalkan seorang isteri Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga anak.
   
Selepas berita kematian Keng Yaik tersebar, warga media memenuhi kawasan luar kediaman mendiang sejak jam 6.30 petang bagi mendapatkan maklumat lanjut daripada anggota keluarganya.
   
Anaknya, yang juga Ketua Pemuda Gerakan, Datuk Lim Si Pin ketika ditemui pemberita bagaimanapun enggan ditemu ramah.
   
Si Pin, yang ditemani setiausahanya, Dominic Lau, turut meminta pemberita upaya beredar.
   
"Kami akan maklumkan tentang berita ini kepada anda esok," kata Dominic.
   
Keng Yaik dipilih presiden Gerakan pada 1980 dan menerajui parti itu hingga 2007 sebelum meletakkan jawatan, dan diganti oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Dr Lim.
   
Najib berkata mendiang Dr Lim merupakan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.
   
"Jasa dan sumbangan beliau kepada kerajaan dan parti akan sentiasa dikenang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada media hari ini.
   
Dalam mesej tweeter, Najib berkata Dr Lim menjalankan tugas yang cemerlang sebagai menteri dan pemimpin Gerakan.
   
"Negara meratapi pemergian Tun Dr Lim Keng Yaik. Beliau berkhidmat dengan cemerlang sebagai menteri dan pemimpin Gerakan. Saya akan merasai kehilangan beliau," katanya.
   
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kematian Dr Lim sebagai satu kehilangan besar kepada negara.
   
"Saya berasa amat dukacita apabila mendapat berita tentang kematian Tun Dr Lim Keng Yaik. Saya ucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Ini satu kehilangan besar kepada negara," katanya menerusi mesej tweeter malam ini.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula berkata pemergian Dr Lim merupakan satu kehilangan besar kepada parti dan negara.
   
Katanya, mendiang, yang berkhidmat hampir 28 tahun sebagai presiden Gerakan, banyak menabur bakti memperkukuhkan parti itu serta memperjuang hak semua kaum di negara ini.
   
"Kami memang berasa amat sedih dengan pemergian seorang tokoh negara, mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik, yang merupakan antara pemimpin kanan negara.
   
"Mendiang juga pernah memegang beberapa portfolio penting dan telah dikenali sebagai seorang pejuang untuk komoditi seperti minyak, kelapa sawit, kayu dan sebagainya di pasaran dunia," katanya kepada pemberita pada Majlis Sekalung Budi Semarak Perpaduan 2012 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur malam ini.   -mk

Makin Ramai Sedar Kebaikan Pengurusan Cekap, Akauntabiliti Kerajaan PR

Posted: 22 Dec 2012 08:16 PM PST


MB ketua kampung JKKK 01

KUALA SELANGOR: Hasil amalan pengurusan yang cekap dan akauntabiliti yang dijalankan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah melipat-gandakan projek bermanfaat untuk rakyat Selangor.

Amalan tersebut juga telah mengekang ketirisan yang kerap berlaku dalam projek-projek yang dilaksanakan ketika Selangor ditadbir oleh Umno-BN sebelum ini.

Kesedaran ini bukan sahaja di peringkat menteri besar dan exco PR Selangor tetapi telah diterapkan ke ketua-ketua kampung.

Ketua Kampung Ampangan, Hamidon Salim berkata konsep "value for money" (memperoleh nilai untuk setiap sen) telah memastikan bahawa projek dari dana awam betul-betul memberi faedah kepada rakyat.
MB ketua kampung JKKK 02

"Sebelum ini terlalu banyak dengar tentang ketirisan, sebut harga terlalu tinggi, perlaksanakan projek tidak sempurna.

"Tetapi Alhamdullilah dengan pendekatan yang Menteri Besar buat, begitu jimat," katanya bila ditemui selepas perasmian Bengkel Perancangan Projek Pembangunan 2013 Daerah Kuala Selangor di sini malam tadi.

Bengkel tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Kampung Sungai Burong, Md Yatim Mohd Said pula berkata, bengkel dua hari itu memberi pengetahuan berguna kepada pemimpin masyarakat akar umbi tentang selok-belok sesuatu projek pembangunan luar bandar.

"Pada saya program ini sangat bagus untuk menambah pengetahuan Ketua Kampung yang selama ini tidak berapa memahami prosedur sekiranya kita memohon sesuatu projek di kampung dengan manfaat secara maksima kepada masyarakat kampung," kata Md Yatim.

Dalam ucapannya, Abdul Khalid berkata konsep "value for money" memastikan setiap sen memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

"Contohnya, kalau dahulu, RM2 juta cuma boleh buat satu dewan, tetapi kalau satu dewan kita dapat buat dengan kos RM1 juta sahaja, kenapa kita tidak buat dua dewan dengan peruntukan RM2 juta itu," ujar Abdul Khalid.

Menurut Abdul Khalid, semua pihak boleh mendapat projek Kerajaan Negeri asalkan menepati piawaian, syarat serta prosedur yang ditetapkan dan bukan semata-mata kerana mempunyai hubungan politik, saudara atau kawan dengan pihak tertentu.

MB ketua kampung JKKK 03
Bengkel dua hari itu bertujuan memberi kefahaman kepada Ketua Kampung, Penghulu, Ahli Majlis dan pemimpin masyarakat tentang cara perlaksanaan dan keutamaan sesuatu projek di luar bandar.

Program yang dianjurkan Pejabat Daerah Kuala Selangor ini disertai kira-kira hampir seratus peserta dari Kuala Selangor.

Peneroka Bukit Botak : "Dulu Janji Tak Pernah Jadi, Sekarang Baru Jadi"

Posted: 22 Dec 2012 08:13 PM PST


bukit botak 961 dis22 rajiah 01

SELAYANG : Ketika Rajiah Omar melepaskan rumah lamanya di Kampung Bukit Botak kerana dijanjikan rumah baru oleh Kerajaan Selangor Umno-BN, beliau hanya berumur 46 tahun.

Setelah bertahun-tahun menunggu, beliau dan beratusan peneroka bandar Kampung Bukit Botak yang lain hilang harapan bahawa Kerajaan Umno-BN yang dahulu akan mengotakan janji dan membina rumah baru yang dinantikan.

"Dulu masa Umno mana pernah dapat. Dah lama tak dapat. Kata (nak buat) rumah RM 45,000 tak dapat, RM 25,000 tak dapat.

"Kata (nak dapat) tanah pun tak dapat," kata Rajiah, yang sekarang berumur 73 tahun.

bukit botak 961 dis22 sisters 01

"Dah ada Menteri Besar ini baru dapat," kata nenek yang mempunyai 21 orang cucu itu yang tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Rapiah di antara 961 orang peneroka bandar Bukit Botak yang diberikan surat tawaran rumah di dalam satu majlis yang dirasmikan Abdul Khalid pagi tadi.

Sebanyak 1,422 unit di dalam skim perumahan itu yang dibina Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan berharga RM 99,000, dijangka siap bersama sijil sah pendudukan (CF) pada Mac tahun depan.

Seorang lagi penerima, Bukhari Ismail 52, berkata kejayaan merealisasikan impian peneroka Bukit Botak adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri.

"Dulu dengan karenah jadi tak jadi, jadi tak jadi. Sekejap jadi, sekejap tak jadi.

"Akhir sekali sekarang ni jadi. Kerajaan (Negeri) ini betul-betul prihatin. Terima kasih kepada kerajaan negeri, terutama sekali Menteri Besar Selangor."

Dilaporkan sebelum ini bahawa pada 1985, tanah Kampung Bukit Botak diambil oleh Kerajaan Umno-BN dan diberi kepada pemaju swasta untuk membina skim perumahan swasta.

Sebagai ganti rugi, peneroka tersebut dijanjikan rumah.

bukit botak 961 dis22 zainol 01

Walaubagaimana pun, sehingga tahun 2008, pemaju itu gagal melaksanakan janjinya sehingga kerajaan PR terpaksa mengambil alih projek tersebut.

Rumah berkembar yang ditawarkan pada harga RM 99,000 bagi unit standard ini dibangunkan dengan rekabentuk moden dengan keluasan lantai 850 kaki per segi dan dilengkapi 3 bilik tidur serta 2 bilik air.

PKNS sebagai pemaju projek turut menyediakan sebuah tapak masjid, sebuah tapak tadika dan kawasan lapang untuk rekreasi.

Dianggarkan bahawa PKNS telah membelanjakan subsidi sebanyak RM 79.6 juta untuk membangunkan Bukit Botak.

Keluarga Aktivis Dipenjara Disaran Saman Pendakwaraya

Posted: 22 Dec 2012 08:08 PM PST


Umar Kajang prison 03

SHAH ALAM: Keluarga aktivis mahasiswa 'Occupy Dataran Merdeka', Umar Mohd Azmi yang dipenjara sebulan dan denda RM1,000 disarankan untuk menyaman pihak pendakwaraya yang menyebabkan proses rayuan tidak dapat dijalankan.

Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak media kes itu tidak sempat dibuat rayuan kerana ketiadaan pendakwaraya.

"Ini perkara yang memalukan kerana seseorang itu boleh dibebaskan atau ditangguhkan sementara hukuman itu sementara menunggu rayuan.

"Jadi jika pihak pendakwaraya tidak ada, itu menunjukkan mereka tidak serius untuk memastikan keadilan itu ditegakkan," kata Shamsul ketika dihubungi TVSelangor.

Umar dibawa ke Penjara Kajang petang semalam bagi menjalani hukuman tersebut, selepas gagal mendapat pendengaran penangguhan pelaksanaan hukuman terhadapnya.

Ujar Shamsul lagi, adalah tidak adil apabila seseorang itu dihukum penjara atau ditahan dalam keadaan di mana beliau mempunyai peluang untuk hukumannya ditanguhkan sementara menunggu rayuan.

"Sewajarnya Umar ini tidak perlu ditahan dan dipenjara sementara menunggu rayuan.

"Tindakan menghukum pelajar itu adalah zalim dan memberikan kesan buruk kepada proses demokrasi negara," katanya.

Sementara itu, laporan laman web menunjukkan sekumpulan aktivis mahasiswa telah berkhemah di hadapan Penjara Kajang sehingga Isnin ini sebagai tanda protes terhadap keputusan mahkamah.

Jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syaza Muaz Sharudin, 22, berkata, kumpulan mereka telah mula berada di hadapan penjara itu sejak malam tadi dan tidak akan berganjak sehinngga keputusan rayuan didengar, Isnin ini.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman terhadap Umar kerana didakwa menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.

Umar didakwa pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada "menangkap dan mengiringi" aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.

Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.

Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.

Kembara Oren dihalang lagi, kali ini di Pahang

Posted: 22 Dec 2012 04:09 PM PST


 

KUALA LUMPUR: Kembara Oren Selamatkan Felda terus dihalang pihak tertentu, hari ini di beberapa Felda di Jengka, Pahang pula.

Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, walaupun konvoi mereka bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, Bera, namun keadaan itu tidak berkekalan apabila mereka bergerak ke Felda Kampung Awah.

"Kami bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, dapat berjumpa orang ramai, edar risalah di pekan sari dan tiada sebarang sekatan.

"Tetapi bila kami mula disekat di Felda Kampung Awah. Pihak Rela yang saya yakin diperalatkan pihak tertentu, menutup pintu pagar dan membuat sekatan di pondok pengawal," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau juga memberitahu, peserta Kembara Oren turut dihalang masuk ke Jengka 23 dan Jengka 12.

Lebih teruk lagi katanya, mereka tidak dibenarkan solat Asar di Masjid Jengka 12 menyebabkan mereka terpaksa menapak kira-kira 1 kilometer ke masjid lain yang berdekatan.

"Pihak Rela buat kubu sekat kami masuk. Pihak polis daerah pun ada.

"Alasan tak bagi kami masuk, penduduk tak terima kehadiran kami sedangkan saya yakin kira-kira 150 orang yang membuat benteng manusia itu, bukan semua penduduk Felda itu. Orang luar disuruh pihak tertentu," katanya lagi.

Bagaimanapun, halangan-halangan tersebut tidak akan mematahkan semangat Kembara Oren untuk ke Jengka 11 malam ini bagi acara kemuncak.

"Ya, kami dah terima macam-macam amaran supaya tak teruskan Kembara Oren. Tapi ceramah di Felda Jengka 11 malam ini tetap akan diteruskan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin tertinggi nenegri," katanya.

Kembara Oren hari ini turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jangka di Negeri Sembilan lebih panas

Sementara itu, Mazlan menyatakan kebimbangannya terhadap Kembara Oren yang akan diteruskan di Negeri Sembilan esok.

Beliau dimaklumkan bahawa berpuluh-puluh laoran polis telah dibuat terhadap Anak dan mesyuarat tergempar turut diadakan di peringkat felda bagi menghalang kehadiran Kembara Oren.

"Memang kita akan teruskan Kembara Oren tapi saya bimbang dengan provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya minta semua pihak rasional dan tidak terpengaruh dengan provokasi.

"Saya tidak akan berganjak kerana yang penting bagi saya mesej yang ingin disampaikan melalui Kembara Oren ini," tegasnya.

BN tidak kompromi dalang mahasiswa tindak luar batasan

Posted: 22 Dec 2012 04:07 PM PST

SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Pemuda Barisan Nasional tidak akan berkompromi dengan perbuatan mana-mana pihak yang menjadi dalang sehingga menyebabkan golongan muda, terutama mahasiswa, bertindak di luar batas undang-undang dalam memperjuangkan sesuatu.
  
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata ini kerana menghormati undang-undang merupakan perkara nombor satu yang harus ada pada diri setiap mahasiswa jika mereka mahu bergiat aktif dalam politik serta berjuang di samping Pemuda BN bagi membela nasib rakyat dan negara.
  
Beliau mengulas isu Umar Mohamad Azmi, 23, pelajar tahun akhir kolej swasta yang dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret semalam selepas didapati bersalah menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
  
Umar sebelum itu terlibat dengan gerakan 'Occupy Dataran' yang berhimpun di Dataran Merdeka pada 23 April lepas untuk memperjuang penghapusan Tabung Pinjaman Pendidikan Nasional dan pendidikan percuma.
  
Khairy berkata seorang mahasiswa dididik untuk menjadi pemimpin pada masa depan namun jika tersalah memilih jalan dan melanggar undang-undang, akan hanya menyebabkan diri serta keluarga merana.

"Sama ada Umar diperalat oleh pihak tertentu demi kepentingan politik pihak tersebut, itu kena tanya Umar sendiri... tetapi apa yang terjadi kepada Umar amat berat hati saya nak lihat dan baca," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malaysian Youth Buskers Fest 2012 di Suria Esplanade KLCC.
  
Festival sehari itu, yang menampilkan 200 pemuzik muda dari seluruh negara, mendapat sambutan menggalakkan, terutama di kalangan pengunjung KLCC termasuk pelancong asing.
  
Sehubungan itu, Khairy menasihati mahasiswa di negara ini supaya menggunakan saluran yang betul dan menghormati batasan undang-undang jika ingin memperjuangkan sesuatu isu.
  
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri sanggup turun padang mendengar apa yang mahu dikatakan mahasiswa, beliau juga mendengar melalui pelbagai saluran seperti media sosial dan sebagainya.
  
"Sebagai negara demokrasi, kita telah sediakan cukup saluran untuk mahasiswa menyalurkan apa yang berada di minda mereka, jadi mengapa perlu berdemonstrasi di sana sini dan langgar undang-undang, untuk apa?" katanya - Bernama

Pelakon terkenal muncul di program PKR, terhangat

Posted: 22 Dec 2012 04:04 PM PST

KUALA LUMPUR: Berita blog http://darisungaiderhaka.blogspot.com yang berbicara mengenai kemunculan pelakon terkenal tanahair Mustapha Kamal di satu program PKR Pandan menjadi artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-50.
Di tangga kedua berita bergambar blog http://kachipemas.blogspot.com menceritakan bahawa pelakon Eizlan Yusof bersama Piere Andre mula mendampingi ulama berdasarkan kehadiran mereka mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus.

Tulisan blog http://batuvskayu.blogspot.com mengenai kisah dua mufti  membuka balik cerita lapuk di mana dua orang mufti iaitu Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh menggesa Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk menarik balik amanat Haji Hadi yang dikatakan mendakwa Umno kafir lebih tiga dekad lalu sebagai alamat besar bahawa PRU13 sudah dekat pula menduduki tangga ketiga.
.
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 16 Disember hingga 22 Disember, 2012.

Pengikut