Umno Main Kotor.. Banner, Risalah Fitnah Mula Tersebar Posted: 24 Apr 2013 10:04 PM PDT Banner dan risalah provokasi telah mula di kesan di sekitar bandar Melaka. Melalui maklumat yang di e-mel oleh sahabat Addin banner ini di letakkan di sekitar Taman Sin Hoe, berhadapan Tokong dan Perpustakaan Negeri di sekitar DUN Bukit Baru. Banner dan risalah provokasi ini bertujuan untuk mengelirukan pengundi terutamanya pengundi Melayu dan Cina yang merupakan penduduk majoriti di DUN Bukit Baru. Untuk rekod, DUN Bukit Baru akan di tandingi oleh calon PAS, Dr. Khalid Kassim merupakan mantan Timbalan Pengarah Hospital Negeri Melaka. DUN Bukit Baru adalah salah satu DUN yang berada dalam Parlimen Bukit Katil.
Untuk rekod, Parlimen Bukit Katil akan di tandingi oleh Ali Rustam dan Shamsul Iskandar, Ketua AMK Pusat. Dan DUN Bukit Baru adalah DUN berpotensi untuk di menangi oleh Pakatan Rakyat berdasarkan analisa keputusan PRU 2008, komposisi kaum dan mood rakyat yang mahukan perubahan.
|
Punca Sebenar Dato' Kamalia Ibrahim Tanding Calon Bebas Terbongkar Posted: 24 Apr 2013 10:02 PM PDT Bekas naib ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim hari ini mendedahkan kenapa dia sanggup menjadi calon Bebas untuk bertanding walaupun tahu dia bakal dipecat dari parti. Kepimpinan tertinggi Wanita Umno tiada tempat dalam pilihanraya umum 5 Mei ini merupakan punca utama mengapa Kamilia tidak teragak-agak menyerahkan kertas pencalonannya bertanding di parlimen Kuala Kangsar menentang calon Umno sendiri, Wan Muhamad Khairil dan calon PAS mewakili Pakatan Rakyat, Khalil Idham Lim. Ternyata kekecewaan Kamilia yang sudah menggerakkan kerja berkempen sejak setahun lebih rupanya dipandang seperti sampah tak berguna apabila hanya diberi tempat sebagai calon DUN Bukit Chandan walaupun berjawatan pemimpin nombor dua wanita dalam Umno. Malah BEKAS ketuanya, Shahrizat Jalil yang pantas mempertahankan keputusan presiden Umno, Najib Razak dan pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Zambry Abdul Kadir tidak mahu mengulas lanjut mengenai kejutan yang dilakukan Kamilia bertujuan untuk tidak menambah garam pada luka yang sudah pun parah. Alasan Zambry bahawa suara akar umbi lebih mahukan Khairil juga dilihat dangkal kerana pengundi tegar Umno yang selama ini diwakili BEKAS ahli parlimen Kuala Kangsar, Rafidah Aziz, sudah maklum bahawa Kamilia lah calon yang sesuai diletakkan berbanding dengan Khairil yang lebih rapat dengan pemimpin Umno atasan. Tindakan Zambry menempelak Kamilia bukti satu lagi perpecahan tak terduga, bukan setakat dialami Umno Perak malah di seluruh negara. Malah Najib sendiri kelmarin sudah mula mengeluarkan arahan supaya Kamilia 'diberi perhatian sewajarnya' kerana tanda-tanda untuk belot dari parti ternganga luas. Wanita Umno yang selama ini dianggap tulang belakang kepada kemenangan parti itu kini sudah ibarat kupang tembaga tak laku seduit pun. Bayangkan bagaimana wanita Umno bersusah payah merayu undi dari rumah ke rumah, berpanas dan berhujan serta sanggup bersengkang mata menyiapkan bahan kempen untuk dipasang oleh Pemuda Umno, kini itu semua sudah tidak bermakna lagi. Mungkin sesetengah dari kita bersetuju dengan kenyataan Zambry bahawa Kamilia hanya mementingkan diri dari parti, tetapi lihatlah siapa pula barisan calon wanita Umno yang diketengahkan kali ini. Bukannya hendak memandang rendah kemampuan Azalina Othman Said di parlimen Pengerang, Noriah Kasnon di parlimen Sungai Besar serta ketua puteri Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin di parlimen Papar, tetapi kesemua mereka cuma setakat menjadi timbalan menteri sahaja melainkan Azalina yang dilantik menteri semasa pentadbiran Abdullah Badawi, itu pun atas kouta puteri Umno sebelum digugurkan apabila mencecah usia 40 tahun. Saya melihat Shahrizat dari sisi lain kesan daripada pemecatan automatik Kamilia kerana umum sudah mengetahui persengketaan lama antara dua pemimpin tertinggi Umno dan BN itu semasa isu skandal lembu RM250 juta yang membabitkan keluarga Shahrizat. Ketika itu, Kamilia dilihat terlalu vokal menghentam Shahrizat hinggakan kedua-dua mereka terpaksa ditenangkan seketika takut-takut persiapan pilihanraya umum terjejas hingga boleh menyebabkan kekalahan BN. Dan kali ini giliran Kamilia pula ditempelak Shahrizat dengan mengatakan keputusannya hanya bernafsu peribadi bagi mengejar impiannya mencabar Shahrizat sebagai ketua wanita Umno dalam pemilihan agung parti itu yang sudah tertangguh lebih tiga tahun. Kata orang, pulang paku buah keras. Dipercayai ada campur tangan supaya Kamilia hanya diletakkan sebagai calon DUN seperti mana yang dilakukan ke atas ketua penerangan wanita Umno, Hamidah Osman yang bertanding di DUN Sungai Rapat. Kamilia mungkin sudah mengetahui had dan sekatan yang ada sekiranya hanya menang di kerusi DUN kerana setakat cuma dilantik sebagai Exco kerajaan negeri pun belum tentu dia terpilih kerana perlu pula bersaing dengan Hamidah untuk melengkapkan kouta wanita Umno dalam kerajaan negeri. Hamidah diletak sebagai Exco dalam pentadbiran kerajaan HARAM Zambry tetapi dikhabar mempunyai masalah dengan Umno bahagian Gopeng hingga surat rayuan turut dihantar kepada Zambry jam 12 tengah malam beberapa hari sebelum BN mengumumkan calonnya. Itulah sebabnya dia terus mara mempertahankan haknya bertanding di kerusi parlimen kerana merasakan peluangnya untuk mencabar Shahrizat sebagai bosnya seterusnya menjawat jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat terbuka luas. Rata-rata pengundi di Kuala Kangsar akan mengundi Kamilia berbanding dengan pencabarnya, Khalil Idham sekiranya pertandingan dua penjuru diadakan kerana Khalil sendiri pun mempunyai masalah dengan pengundinya di DUN Titi Serong. Tetapi itu tidak berlaku dan Umno sendiri memilih jalan berliku menghadapi tentangan Kamilia dan Khalil untuk mempertahankan kerusi yang menjadi kubu kuat Umno selama ini tetapi hampir roboh ekoran Rafidah cuma menang lebih 1,400 undi dalam pilihanraya umum lalu. Kamilia melihat kepupusan calon wanita Umno semakin serius selepas pengumuman Shahrizat tidak bertanding dan sebab itulah dia diberi 'restu' untuk berkempen di Kuala Kangsar bagi meneruskan warisan Rafidah di bandar diraja Perak itu seberapa lama yang boleh. Sudah menjadi rahsia umum bagaimana Rafidah dimalukan Shahrizat semasa pemilihan wanita Umno dan dendam lama Shahrizat terhadap Rafidah kini terpaksa dipikul pula oleh Kamilia yang pada jam 10.45 pagi semalam sudah pun mengumumkan keluar dari Umno berkuat kuasa serta-merta. Pembunuhan karekter Kamilia oleh pemimpin Umno sendiri lebih dahsyat berbanding dengan penarikan diri calon Umno bagi parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang seakan didiamkan walaupun kesannya lebih dahsyat dari tindakan Kamilia. Muhyiddin tidak perlu bersusah payah mengarahkan pejabat agung Umno mengeluarkan surat pemecatan Kamilia kerana jika dihantar sekalipun ia pasti akan dilayan sebagai sampah berdaftar sebagaimana yang dilakukan ke atas batang tubuh dan prinsip perjuangannya selama ini. Jika Anwar Ibrahim yang pernah menjawat pemimpin kedua dalam Umno boleh dimalukan semahu-mahunya, apalah sangat dengan orang nombor dua dalam pergerakan wanita! Inilah budaya 'pembunuhan' sebenarnya dalam Umno kerana tidak ada siapa yang akan dipancung jika terus mencium tangan presidennya. |
Punca Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Melaka Di Ubah Saat-Saat Akhir Tersebar Posted: 24 Apr 2013 10:01 PM PDT Pejabat Jabatan Agama Islam Melaka melalui Ketua Penolong Pengarah, (Dakwah) pada 18hb April 2013 telah mengutus surat kepada Pengerusi Jawatan Kuasa SurauJalan KPS,Taman Krubong Perdana, Melaka mengarahkan ceramah agama oleh Ustaz Azhar Idrus yang dijadulakan berlangsung malam ini 21hb April 2013 ditangguhkan atas alasan tidak mendapat kebenaran dari Jabatan Agama Islam Melaka. Nampak sangat Kerajaan UMNO Melaka gentar dengan individu bernama Ustaz Azhar Idrus hanya disebabkan berlainan anutan politik. UMNO sedar akan fenomena Ustaz Azhar Idrus dikalangan umat Islam dinegara ini..Kuliah atau ceramahnya akan menarikh puluhan ribu umat Islam datang mendengar. Ini yang menyebabkan Ali Rustam amat takut sekali.
Namun bagi pencinta Islam, ceramah Ustaz Azhar Idrus di ubah ke hadapan Dewan Tun Ali, Bukit Katil Melaka bermula jam 8.00 malam ini (21 April 2013). Kepada yang berkesempatan di jemput hadir.
Kebathilan yang kuat pasti tumbang akhirnya.. Kebenaran walaupun lemah pasti tetap akan muncul. |
"Watikah Saya Di Rompak" Posted: 24 Apr 2013 10:00 PM PDT KUALA LIPIS – Calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya ke-13 bagi kerusi Parlimen Lipis yang digugurkan pada saat akhir walaupun setelah menerima watikah pencalonan menyatakan kesedihan dan marah dengan apa yang berlaku namun tetap reda. Bekas pensyarah, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman, berkata, beliau berasa marah dan dukacita kerana watikah yang sudah ada dalam tangannya bertukar tangan dengan menggunakan teknik sabotaj. "Saya marah sebab watikah sudah ada pada saya tetapi dirompak oleh Ketua Bahagian Umno Lipis dan kumpulannya."Bukan saya sahaja yang disabotaj tetapi turut sabotaj parti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Namun begitu, beliau tetap menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Pahang kerana melayakkannya menjadi 'calon boleh menang' bagi BN. Beliau turut menyatakan hasrat akan turun berkempen membantu calon BN bagi Dun Ceka dan Benta selain melahirkan harapan agar BN menang pada PRU13. ~sinar harian |
Memalukan!! Muhyiddin Lapor Kemenangan Palsu BN Posted: 24 Apr 2013 09:59 PM PDT Tindakan timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN), Muhyidin Yassin mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di DUN Senggarang semalam dikesali. Ini kerana dakwaan orang nombor dua BN itu terbukti bohong sedangkan hakikanya kesemua kerusi parlimen dan DUN ada pertandingan di seluruh negara.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon PAS, Dr Ramli Mohamad Kari akan bertanding di situ melawan calon BN. Kira-kira jam 1.20 petang semalam, TV3 mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di Senggarang, Johor.Sehingga berita ini ditulis, laporan berita itu masih disiarkan dalam laman web TV3. "Barisan Nasional mencatat permulaan yang baik bagi menghadapi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 apabila menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Senggarang, Johor. "Calon BN bagi kerusi berkenaan Abd Aziz Ismail disahkan menang tanpa bertanding selepas borang pencalonan seorang lagi calon ditolak pegawai pengurus pilihan raya kawasan berkenaan," lapor TV3.Berita itu memetik kata-kata Muhyidin yang memperlekeh calon PAS kononnya tidak pandai mengisi borang pencalonan. Terbukti berita itu palsu apabila SPR mengesahkan penyertaan calon PAS Dr Ramli Kari di situ."PAS bertanding di DUN Senggarang. Segala berita mengatakan BN menang tanpa bertanding di Senggarang adalah palsu," tulis laman Facebook PAS Kawasan Batu Pahat." |
Sambutan Hambar Ceramah Anwar Di Melaka.. Saksikanlah!! Posted: 24 Apr 2013 09:56 PM PDT Jikalau Utusan serta media pro Umno BN pasti melaporkan berita seperti ni.. 'Hanya 200 Orang Yang Hadir Ceramah Anwar Di Melaka'. Namun inilah hakikatnya, negeri kononnya dikatakan penyokong tegar Umno BN kini bergelut dengan saingan sengit daripada Pakatan Rakyat. Addin baru-baru ini pernah bersembang dengan seorang kontraktor mesra BN. Melalui maklumat yang kontraktor ni dapat daripada SB. Melaka dan Johor mendapat tentangan sengit daripada Pakatan Rakyat. Rakyat semakin muak dengan Umno BN, penolakan rakyat terhadap Umno BN sudah berada di merata-rata. Petanda Umno BN menghampiri ajalnya.. |
Sesiapa Yang Sokong Najib Pasti Kena Kecam Posted: 24 Apr 2013 09:56 PM PDT Tak sampai 24 jam proses penamaan calon selesai semalam, beberapa artis terkenal bertaraf antarabangsa terus dikecam hebat kerana menyatakan sokongan secara terbuka kepada bekas perdana menteri, Najib Razak.
Mendahului senarai tentunya 'Gadis Bond Malaysia' Michelle Yeoh yang turut hadir di majlis makan malam mega di Pelabuhan Klang anjuran seorang taikun yang rapat dengan Najib. Michelle dalam ucapannya meminta hadirin yang majoritinya kaum Cina supaya terus menyokong Najib kerana dia layak 'untuk terus mentadbir negara'. Ucapan dan sokongan secara terbuka menyebabkan Yeoh teruk dikecam terutamanya di laman sosial Facebook milik Najib, 'Ah Jib Gor' malam tadi. Kenyataan secara terbuka Yeoh turut menyebabkan hadirin yang sudah tiba agak lewat terus meninggalkan majlis malah ada sesetengahnya belum lagi menikmati jamuan yang disediakan. Yeoh yang perasan akan hal tersebut terus menyampaikan ucapannya dengan mengharapkan sokongan kaum itu terus kekal kepada Barisan Nasional (BN) kononnya hanya parti itu sahaja yang boleh menyelamatkan negara. Yeoh turut dikecam pengguna internet kerana di sebalik memainkan watak penting sebagai pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, dia langsung tidak nampak pemerintahan Najib sebenarnya mirip junta tentera negara itu yang menekan rakyatnya supaya terus menyokong rejim zalim di Asia Tenggara itu. Hal yang sama turut dialami superstar dari Hong Kong, Alan Tam yang turut mengadakan persembahan di Pulau Pinang anjuran MCA malam tadi. Alan yang tidak mengetahui makna konsep 1Malaysia Charity Dinner, majlis sama yang dihadiri Yeoh turut menjadi sasaran pengguna Facebook miliknya hingga terpaksa menjelaskan mengapa dia membuat persembahan malam tadi. Dia yang tidak mengetahui sokongan kaum Cina terhadap BN semakin lemah memohon maaf atas kesilapannya dan berjanji akan lebih berhati-hti dengan sebarang tawaran persembahan di Malaysia selepas ini. Pengguna Facebook bagaimanapun memuji pendirian seorang lagi artis antarabangsa Hong Kong, Gigi Leung yang tidak 'bersekongkol' membuat persembahan bersama Alan atas faktor yang tidak dapat dielakkan. Leung yang dipuji lebih 6,000 peminatnya melalui komen di laman sosial yang sama turut meminta supaya peminatnya memahami 'keputusannya' dipercayai sudah dinasihatkan beberapa rakannya supaya membatalkan persembahan di hadapan lebih 12,000 orang yang membanjiri perkarangan Padang Kota Lama itu. Artis band popular Taiwan, Mayday juga membatalkan persembahan mereka dan turut dipuji pengguna laman Facebook kerana berani membatalkan persembahan di sebalik sokongan kaum itu terhadap BN kekal di bawah 20 peratus di sleuruh negara. Peminatnya di negara ini meminta supaya kumpulan terkenal itu membuat persembahan hanya setelah rejim BN ditumbangkan selepas 5 Mei nanti. Mayday yang akur dengan permintaan peminatnya terus membatalkan kehadirannya dan dipuji lebih 14 ribu pengikut kumpulan itu di laman peminat mereka di Facebook. Tidak hairanlah mengapa kempen Najib akhir-akhir ini sering tidak mendapat sambutan dan jika ada pun ia lebih kepada memancing undi dari menyelesaikan isu rasuah dan salah guna kuasa yang membelenggu pentadbiran negara. ~gb
|
Pemimpin Umno Kedah Mahu Cantas Muhkriz? Posted: 24 Apr 2013 09:55 PM PDT Pengirim emel yang enggan namanya disiarkan memberitahu gerakan untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN) DUN Ayer Hitam, Mukhriz Mahathir sedang giat dirancang rapi beberapa pemimpin Umno Kedah sendiri. Enggan memberitahu siapakah mereka yang menjadi dalang di sebalik gerakan tersebut, dia juga memberitahu satu mesyuarat rahsia peringkat negeri dihadiri beberapa pemimpin Umno yang tidak suka kepada Mukhriz akan dibuat dalam masa terdekat. Apabila team Jalan Pulang membalas emel berkenaan bertanyakan butiran lanjut serta di mana pertemuan itu diadakan, balasan dari si pengirim ini setakat ini belum dapat diterima. Antara tulisan pengirim emel tersebut yang boleh disiarkan adalah seperti berikut: "Salam tuan punya blog Jalan Pulang. Saya ingin memberitahu sesuatu maklumat penting berkenaan calon Dun Ayer Hitam yang juga anak Mahathir. Dalam pengetahuan saya, beberapa pemimpin UMNO negeri Kedah termasuk ketua bahagian yang tidak sebulu dengan Muhkriz dipercayai akan membuat satu mesyuarat tergempar bagaimana mahu menewaskannya di duntersebut. Sebagaimana yang kita tahu, dun Ayer Hitam ini merupakan kubu kuat Pas tetapi nama Mukhriz yang sepatutnya berada di dun Kuah telah dipindahkan di saat akhir semasa bapanya, bekas perdana menteri yang kita kasihi,Mahathir sedang berada di London menziarahi mendiang bekas pm Tatcher. Saya merayu supaya tuan dapat melakukan sesuatu keranamaklumat yang sampai ke tangan saya akan memastikan Mukhriz dimalukan bagi memberi pengajaran kepada Mahathir supayanjangan mencampuri urusan Umno. Kalau tuan hendak tahu, UMNO Kedah kini bermasalah kerana ada dua kem iaitu Mukhriz dan Mat Bashah yang memang menjadi pengikut setia PM kita Najib Tun Razak. Saya panjangkan maklumat ini kepada tuan agar dapat melakukan sesuatu sebelum terlambat. Saya akui semua maklumat yang saya berikan adalah benar setakat pengetahuan saya sebagai ahli UMNO yang sayangkan Mahathir kerana dia adalah idola saya. Saya harap nama saya tidak disiarkan sebagai keselamatan kerana maklumat ini rahsia dan hanya diketahui beberapa orang saja. Sekian, wassalam. Yang benar, ahlI UMNO Anak Bukit." - Received : cheannst@gmail.com 23 April 2013 19:47 Dari emel di atas, ada beberapa maklumat yang mengesahkan spekulasi sebelum ini: 1) Mukhriz memang akan diletakkan sama ada di DUN Kota Siputeh atau DUN Kuah dan bukannya DUN Ayer Hitam. Ini bermaksud pemimpin Umno sendiri yang mengkehendaki Mukhriz dimatikan kariernya secara senyap. 2) Senarai nama yang diumumkan Najib memang bukan dari cadangan Mahathir. Nama mereka diumum ketika Mahathir ke London selama tiga hari mewakili Malaysia ke upacara pengkebumian bekas perdana menteri Britain, Margaret Tahtcher. 3) Mat Bashah atau nama sebenarnya Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan bos Umno negeri tetapi Muhkriz merupakan timbalannya di Kedah. Calon DUN Bakar Bata ini diketahui tidak mahu Muhkriz menang di DUN Ayer Hitam dan sebab itulah namanya diletakkan di kubu kuat PAS bagi memudahkan Mukhriz dipancung, bukan setakat pengundi tidak mengundinya tetapi Umno sendiri akan memastikan dia kalah. 4) Sekiranya kalah, ini bermakna peluang Ahmad Bashah untuk menjadi menteri besar cerah kerana Muhkriz sudah tiada tempat dalam barisan kepimpinan Umno negeri, itu pun jika Umno dapat merampas semula negeri ini. Bekas pengerusi MARA, Tamrin Ghaffar juga seakan mengetahui situasi sulit yang dialami Muhkriz dan Mahathir sendiri. Disebabkan itu, Tamrin menjangkakan banyak kerusi parlimen yang dimenangi BN sebelum ini akan kecundang ke tangan Pakatan Rakyat. Beliau turut meramalkan tindakan BN yang memindahkan Mukhriz Mahathir daripada Parlimen Jerlun ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam sebenarnya ingin membunuh karier politik anak BEKAS Perdana Menteri itu. "Sepatutnya kerusi yang selamat untuk Mukhriz adalah DUN Kuah di Langkawi kerana ada sentimen Mahathir yang telah membangunkan Langkawi. "Kawasan Jitra (Kayu Hitam) itu kawasan kuat PAS. Dua PRU yang lalu PAS menang. "Memang ada unsur cubaan nak pekena dia sebab ada kumpulan lain yang nak jadi Menteri Besar juga," katanya. Dalam sidang media bersama bekas menteri besar Selangor, Muhammad Muhd Taib di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Tamrin juga menyeru supaya ahli Umno keluar dan menyertai Pakatan Rakyat kerana Umno sudah tidak boleh diharapkan untuk membela nasib orang Melayu dan agama Islam. Secara peribadi, saya masih lagi menanti balasan pengirim emel yang hanya menyatakan namanya sebagai "ahli UMNO Anak Bukit" itu. Jika ada perkembangan lanjut, in sha Allah saya akan kongsikan kepada semua pembaca. ~jalan pulang |
Selepas Zul Kulim Di Cium India, 104 Ahli MIC Shah Alam Keluar Parti Posted: 24 Apr 2013 09:53 PM PDT KUALA LUMPUR:Selepas media BN menyiarkan gambar seorang lelaki India mencium calon BN Shah Alam, Zulkifli Nordin, Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya keluar meninggalkan MIC. (Seorang India berpakaian BN mencium Zulkifli Nordin. Kesannya, Naib Pengerusi MIC Shah Alam bersama 104 pengikutnya keluar MIC) Ia dibuat sebagai tanda bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam. Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini, lapor The Malaysian Insider. "Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi laman itu. Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam. "Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu. "Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi. Faktor kedua yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut adalah kerana tindakan Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin memijak kepala lembu pada tahun 2009 disamping tindakan calon BN Che Johan Che Pa di Pasir Mas yang memberikan laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut. Zulkifli Nordin adalah Naib Presiden Perkasa. Sebelum ini tersebar video beliau menghina tuhan orang India yang beragama Hindu. Di Pasir Mas pula, Datuk Ibrahim Ali bertanding sebagai calon bebas selepas namanya tidak terpilih sebagai calon BN. Ketika Umno memecat 61 pemimpinnya kerana bertanding calon bebas, calon BN di Pasir Mas tiba-tiba tidak memfailkan namanya di hari penamaan calon. Ibrahim telah merayu kepada Umno supaya tidak bertindak ke atas Che Johan Che, Naib Ketua Umno Bahagian Pasir Mas kerana tidak memfailkan namanya sebagai calon BN di situ.
|
Calon BN Dapat Konsesi Bina UiTM RM1.3 Bilion Posted: 24 Apr 2013 09:52 PM PDT PETALING JAYA 23 APRIL: Calon BN Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman didapati menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, Perak, walaupun syarikat milik beliau, Detik Utuh Sdn Bhd bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan mempunyai rekod prestasi yang baik. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan demikian pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini. Di bawah pendedahan penuh Rafizi mengenai projek kontroversi itu: Datuk Seri Najib Razak berjanji bahawa calon-calon Barisan Nasional dalam PRU13 ini benar-benar ditapis agar mereka mempunyai rekod cemerlang yang bebas dari rasuah, atau anugerah projek yang diragukan. Pemilihan calon BN terus menjadi kontroversi sehingga menyebabkan ramai pimpinan Umno Barisan Nasional sendiri tidak puas hati dan mengambil tindakan keluar parti. Terbaru, Datuk Kamillia Ibrahim menyertai seramai 61 orang anggota Umno yang telah dipecat kerana bertanding bebas. Di kerusi Parlimen Pandan pun, lawan saya (Gary Lim) masih bergelumang untuk membersihkan namanya yang dituduh melanggar etika dan peraturan guaman sehingga bekas majikannya sendiri membuat satu laporan polis terhadap beliau. Seperti yang dijanjikan, KEADILAN terus meneliti calon-calon BN untuk meneliti sendiri kredibiliti mereka seperti yang diwar-warkan oleh Datuk Seri Najib Razak. Salah seorang yang diteliti adalah Datuk Tajuddin Rahman, calon BN bagi Parlimen Pasir Salak yang didapati menerima anugerah konsesi RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah, walaupun syarikat miliknya (Detik Utuh Sdn Bhd) bukanlah syarikat pembinaan yang aktif dan mempunyai rekod prestasi yang baik. Sebahagian bukti dokumen syarikat milik Tajuddin
Merujuk kepada pengumuman yang dibuat kepada Bursa Malaysia (rujuk Lampiran A), rakan kongsi yang juga merupakan syarikat pembinaan sebenar dalam projek ini iaitu Crest Builder Holdings Berhad mengumumkan bahawa projek itu dimiliki secara bersama oleh Crest Builder Holdings Berhad (51%) dan Detik Utuh Sdn Bhd (49%) melalui syarikat pegangan khas bernama UniTapah Sdn Bhd. Kos pembinaan UiTM Tapah hanyalah RM285 juta tetapi Unitapah diberikan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyenggara kemudahan universiti itu pada jumlah RM1.3 bilion sepanjang tempoh itu.
Kadar bayaran kepada Unitapah oleh Kerajaan Malaysia adalah seperti berikut:
· Bayaran tetap penyediaan bangunan – RM4.50 setiap kaki persegi setiap bulan
· Bayaran penyenggaraan bulanan – RM1.146 setiap kaki persegi setiap bulan
Jumlah keluasan kaki persegi keseluruhan UiTM Tapah yang diberikan melalui konsesi ini adalah seluas 837,872 kaki persegi.
Ini bermakna, setiap bulan Kerajaan Persekutuan terpaksa membayar sewa dan yuran penyenggaraan sebanyak RM56.77 juta. Jumlah keseluruhan sepanjang tempoh konsesi adalah RM1.3 bilion, iaitu 5 kali ganda berbanding dengan kos pembinaan yang hanyalah RM285 juta.
Detik Utuh Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Ali Baba yang hanya mendapat keuntungan atas angin dengan menggunakan Crest Builder Holdings Berhad untuk mengusahakan sepenuhnya pembinaan dan penyenggaraan UiTM Tapah. Pada masa yang sama, kosnya melambung sehingga 5 kali ganda akibat pemberian konsesi yang menguntungkan Dato' Tajuddin Rahman.
Maklumat ini adalah maklumat yang diperolehi dari Perjanjian Konsesi yang ditunjukkan kepada saya.
Sebagai calon boleh menang yang sepatutnya bersih dari tuduhan kronisme, rasuah dan mengaut untung atas angin hasil dari kontrak kerajaan, Dato' Tajuddin Rahman perlulah membersihkan namanya dan menjelaskan perkara-perkara berikut:
1. Apa kelayakan dan rekod pembinaan Detik Utuh Sdn Bhd miliknya?
2. Kenapa projek ini tidak diberika terus kepada sebuah syarikat pembinaan yang layak tanpa perlu ada usahasama dengan syarikat ahli politik Umno yang tidak membawa apa-apa kepakaran?
3. Berapa dari jumlah RM1.3 bilion itu yang akan disumbangkan kepada penduduk Pasir Salak?
Perjanjian konsesi ini adalah salah satu dari perjanjian konsesi yang akan disemak semula sekiranya Pakatan Rakyat menang PRU13. ~keadilandaily |
Projek 'Cabut Lari' Najib Selepas PRU13 Terbongkar.. Posted: 24 Apr 2013 09:50 PM PDT PKR mempersoalkan wang berjumlah RM7 bilion yang didakwa dipindahkan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada satu akaun didakwa "sulit" di Cayman Islands. Perkara itu didedahkan dalam laporan tahunan 1MDB dan turut dibangkitkan dalam satu laporan The Edge, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan hari ini.
"Akaun pesisir rahsia hanya digunakan untuk urusniaga yang perlu disembunyikan dari pandangan, kerana negara tertentu mempunyai undang-undang yang melindungi perniagaan walau terdapat elemen jenayah atau rasuah.
"(Perdana menteri sementara) Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan segera mengenai pemindahan wang RM7 bilion ini, memandangkan beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB," kata Rafizi. ~mkini
|
Akhbar Singapura Dedah Robert Kuok Beli Tanah Di Iskandar Malaysia Di Bawah Harga Pasaran Posted: 24 Apr 2013 09:49 PM PDT Mengejutkan! Pendedahan terbaru sebuah laporan akhbar di Singapura, The Straits Times mengesahkan bahawa bilionair terkenal, Robert Kuok sudah pun membeli tanah di Iskandar Malaysia di Nusajaya pada harga RM182 juta (SGD74 juta). Pembelian itu dibuat kurang dari dua minggu sebelum pilihanraya umum 5 Mei ini menerusi usahasamanya dengan cabang pelaburan kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional (Khazanah). Dua lot tanah presint di Nusajaya telah dibeli dengan pegangan ekuiti 70 peratus dimiliki oleh Robert sementara selebihnya oleh Khazanah. Dalam pelaburan yang dijangka memperolehi pulangan sehingga RM12 bilion (SGD3.7 bilion) dalam masa 15 tahun, Robert yang merupakan manusia terkaya di Asia Tenggara sudah memulakan projek berskala besar di pusat pentadbiran kerajaan Johor itu sebaik sahaja pembelian selesai. Kekayaan terkini Robert di seluruh dunia dianggarkan bernilai USD12.7 bilion (RM40.64 bilion). Menerusi syarikat induknya, Kuok Brothers, Khazanah dan syarikat Kuok tersebut akan bergabung menjadi entiti dinamakan Southern Marina Development untuk membangunkan tanah seluas lima hektar di Puteri Harbour di Nusajaya dari pemilik tanah asal, UEM Berhad (UEM). Menurut laporan The Straits Times yang disiarkan di ruangan Asia Report itu, Southern Marina akan membangunkan lot kediaman termasuk kondominium bernilai tinggi, lot perniagaan dan pusat membeli belah terbaru di Johor Bharu dengan nilai anggaran kasar pembinaan mencecah RM1.2 bilion (SGD479 juta) dalam tempoh tersebut.
Kuok yang menetap di Hong Kong terkenal dengan monopoli gula sebelum diambil alih oleh seorang lagi taikun Melayu yang rapat dengan Umno, Syed Mokhtar al-Bukhary pada 2010.
Dijangka lebih banyak tanah Melayu akan tergadai sekiranya Johor kekal dikuasai Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum 5 Mei ini.
Nusajaya terletak dalam parlimen Gelang Patah yang menyaksikan pertembungan dua gergasi antara Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dengan BEKAS menteri besar Johor yang disingkirkan, Abdul Ghani Othman.
Tanpa menunggu keputusan pilihanraya umum, Kuok dengan berani melabur sejumlah besar hartanya kerana disokong oleh kepimpinan Ghani sejurus sebelum parlimen dibubarkan 3 April lalu.
Persoalan yang timbul adalah bagaimana tanah bernilai tinggi kepunyaan kroni Umno itu boleh terlepas dengan mudah ke tangan Kuok dan Khazanah pada harga begitu murah sedangkan nilai tanah di Nusajaya sudah mencecah RM13.4 bilion pada harga RM720 sekaki persegi?
Apakah ini satu lagi kaedah digunakan Ghani untuk memperoleh wang berkempen menerusi penjualan tanah pada harga yang sangat murah?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya menyiasat urusniaga penjualan tanah ini kerana disyaki mengandungi unsur rasuah dan salah guna kuasa semasa Ghani menjadi menteri besar dulu. ~jalan pulang |
Akhirnya.. Indentiti Pemimpin Umno Kena Siasat SPRM Di Dedahkan Posted: 24 Apr 2013 09:48 PM PDT Malang bertimpa-timpa buat pemimpin wanita Umno Perak ini. Sudahlah mencekik dan menyerang calon Pakatan Rakyat parlimen Gopeng kelmarin hingga laporan polis dibuat, semalam PAS Perak pula mendedahkan seorang calon Umno-BN yang pernah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss akhirnya mendedahkan, individu yang dimaksudkan adalah bekas Exco Perak, Hamidah Osman yang dicalonkan sekali lagi di DUN Sungai Rapat. Menurutnya, Hamidah disiasat atas berhubung isu billboard elektronik beberapa bulan lalu. "Sebelum ini PAS Perak sudah mendedahkan beberapa kali tentang ada dari kalangan exco kerajaan negeri yang disiasat oleh SPRM dan hari ini kami mendedahkan individu tersebut ialah Hamidah Osman," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak. Hadir sama ialah ahli jawatankuasanya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin, Safarizal Saleh serta peguam, Mohd Fitri Asmuni. Jelas beliau, beberapa orang kanannya termasuklah adiknya, Hamizura Osman turut dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan.
Pejabatnya di Bangunan Kerajaan Negeri Perak juga katanya turut dihadiri oleh SPRM dan beberapa barangan termasuklah komputer riba dirampas untuk membantu siasatan.
"Kami mempersoalkan apakah status tentang kes ini yang sehingga hari masih belum ada kenyataan rasmi daripada SPRM," jelasnya lagi.
Raja Iskandar berkata, PAS hairan adakah Pengerusi BN, Najib Razak benar-benar menapis sebaik mungkin calon-calon sebelum dipilih untuk menjadi calon.
Katanya, adakah Najib melihat Hamidah adalah calon 'winnable candidate' walaupun terpalit dengan isu rasuah sehingga menyebabkan beliau disiasat oleh SPRM.
"Masyarakat umum khususnya di DUN Sungai Rapat mengetahui tentang masalah dan tingkah laku Hamidah yang bersikap provokatif termasuklah mengganggu ceramah PAS dan sebagainya tetapi dia masih terpilih untuk menjadi calon.
"Tidak mustahil masih ada calon BN yang akan bertanding pada pilihanraya umum ini tidak bersih dan mempunyai pelbagai skandal dan masalah," jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia.
|
Rupanya Najib Berbohong Tentang Dato' Kamilia Ibrahim Posted: 24 Apr 2013 09:46 PM PDT Bekas naib ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim menangkis kenyataan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau telah ditawarkan untuk bertanding di kerusi DUN Bukit Chandan, sebelum bertindak keluar parti dan bertanding sebagai calon Bebas.
Kamilia dalam satu kenyataan di laman Facebook juga berkata beliau menerima keputusan Umno yang menggugurkan beliau daripada parti tersebut kerana bertanding menentang BN.
"Datuk Kamilia Ibrahim tidak ditawarkan mana-mana kerusi untuk bertanding dalam PRU13.
"Beliau menerima keputusan Umno beliau tidak diperlukan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Umno kerana memberi peluang untuk berkhidmat kepada parti selama 30 tahun.
"Beliau membuat keputusan untuk berhenti sebagai ahli Umno dan bertanding sebagai calon bebas untuk terus mempelopori suara wanita dan rakyat Kuala Kangsar," katanya dalam kenyataan itu. ~mkini |
Petanda Ghani Othman Bakal Di Talkinkan Di Gelang Patah Posted: 24 Apr 2013 09:45 PM PDT Setelah Lim Kit Siang berjaya menawan perasaan Cina Johor malam tadi dalam satu perhimpunan di sini, jelas kelihatan beliau bermaksud untuk membantu menembusi populasi Melayu di negeri kelahiran Umno itu untuk Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya 2013. Tidak seperti di negeri disebelah utara, parti pembangkang telah berkali-kali gagal untuk menang besar di negeri paling selatan Malaysia itu. "Parti Melayu dalam pembangkang terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan sokongan daripada komuniti Melayu di Johor, jadi kehadiran Kit Siang di selatan Johor terutamanya, telah mengubah situasi," kata Ibrahim Suffian, pengarah eksekutif Merdeka Center. Penentangan Johor terhadap PAS dan PKR menurut Ibrahim, berkait dengan sejarah. Negeri yang independen itu sudah biasa menguruskan urusan sendiri lama dahulu dan ia merupakan negeri terakhir dimasukkan dalam pemerintahan penjajah Inggeris. Ia telah mendirikan tembok agama yang kuat sehingga tidak memberikan ruang kepada rakan parti Islam dalam PR PAS untuk bertumbuh di Johor oleh kerana sekolah agama didanai dan diuruskan oleh kerajaan negeri. Sebagai tambahan menurut Ibrahim, PAS dilihat sebagai pengaruh dari utara. Tetapi lima tahun selepas Pilihan Raya 2008, perubahan jelas sudah dirasakan di Johor. Isu dibangkitkan oleh PR sepanjang beberapa tahun lalu sudah boleh diterima oleh golongan muda dengan melihat kepada reaksi ribuan yang berhimpun di tempat letak kereta terbuka Sutera Mall untuk mendengar Kit Siang, pengerusi DAP negeri Dr Boo Chang Hau dan naib presiden PAS yang merupakan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya, Salahuddin Ayub untuk bercakap. Anak kepada penasihat DAP itu dan penyandang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diberikan sambutan hangat termasuk dengan letupan mercun sebaik sahaja beliau tiba selepas 11 malam dari Kluang. Dua ribu kerusi plastik berwarna merah yang disediakan berhampiran dengan pentas terbuka penuh dan ribuan lagi berdiri sepanjang empat jam program tersebut. Lawan Kit Siang, calon BN Datuk Abdul Ghani Othman memulakan kempennya dengan kecil-kecilan dimana lebih kurang 400 orang dilaporkan hadir di programnya di Kangkar Pulai malam tadi. Apa yang menarik dalam hadirin Cina yang bersemangat malam tadi adalah sejumlah keluarga hadir dengan tiga generasi. Ramai memakai topi berbentuk maskot DAP burung kenyalang bernama "Ubah". Semua ini dijual di khemah yang terletak dipinggiran selain t-shirt partisan semua warna dengan pelbagai mesej seperti: Ubah Bersama Kit Siang 2.0 dan Ini Kalilah. Seorang relawan wanita muda di salah satu meja di bawah khemah putih di sana, Jenni Sin berkata, ramai Cina Johor bekerja di Singapura dan berulang-alik setiap hari di Tambak Johor bukan kerana terpikat kepada republik itu, tetapi kerana boleh mendapat gaji yang lebih baik. Mereka tidak gembira dengan politik Singapura dan merindui untuk bekerja di Malaysia dan menanggung keluarga, kata wanita berumur 27 tahun itu — mempunyai empat adik beradik, salah seorang yang berulang alik setiap hari ke Kota Singa dan menambah kesemua adik beradiknya enggan menjadi warganegara Singapura. Cina Johor sedar mengenai kemungkinan perubahan yang mungkin menyebabkan impian mereka untuk masa depan lebih baik tercapai, bukan sahaja buat generasi mereka, tetapi anak-anak mereka, kata peniaga wanita yang bekerja di sini tidak seperti adik beradiknya. "Bagi Du Du, ibunya akan lawan," kata Sin sambil menunjukkan gambar anaknya memegang kad bertulis dalam bahasa Cina, "Pulanglah untuk mengundi", yang dicetak di T-shirtnya Ibrahim dari Merdeka Center mengatakan langkah DAP di Johor telah membangkitkan masyarakat Cina. "Kit Siang bertanding di Gelang Patah dan mengetuai kempen DAP di Johor telah menyeronokkan komuniti Cina dan menunjukkan mereka serius untuk berkembang dan mendekati mereka," kata Ibrahim. "Kehadiran Kit Siang dalam meningkatkan sokongan Cina untuk Pakatan telah membantu merapatkan jurang untuk parti-parti pembangkang bagi mencapai matlamat mereka," tambah beliau. Ibrahim menambah Melayu di Johor tiada masalah tinggal bersama masyarakat Cina akan tetapi sentimen perkauman telah dieksploitasi oleh mereka yang berkuasa untuk menimbulkan ketakutan. Tetapi ia adalah krisis dilihat dicetuskan oleh Pendaftar Pertubuhan yang enggan untuk mengiktiraf pemegang jawatan parti dipilih pada 48 jam sebelum hari penamaan calon semalam, secara tidak sengaja meningkatkan kempen PR di Johor untuk pilihan raya 5 Mei. Tindakan pemimpin DAP mengumumkan secara terbuka mereka rela bertanding di bawah logo bulan PAS, walaupun terdapat perbezaan ideologi, membantu meyakinkan Melayu Johor bahawa DAP bukan "chauvinis", kata Ibrahim. Zulkifli Mat Isa, 48 adalah diantara orang Melayu yang dilihat disebalik ribuan masyarakat Cina dalam ceramah malam tadi, membuktikan pemerhatian penganalisis yang berpengkalan di Kuala Lumpur itu. Lelaki kelahiran Pulau Pinang yang kini merupakan pengundi Pasir Gudang memberitahu The Malaysian Insider, Melayu Johor sekarang sudah berubah pandangan. "Kerana Lim Kit Siang. Dia bapak ketua menteri Pulau Pinang," kata Zulkifli. "Dulu, orang ingat DAP cauvinis. Sekarang, dah tau. Kat Pulau Pinang, takde huru-hara pun," katanya mengenai huru-hara yang sering ditakutkan oleh pemimpin BN jika PR menang pilihan raya umum ke 13. Pereka dalaman itu berkata sokongan Melayu Johor meningkat, walaupun mereka tidak secara terbuka seperti Cina; mereka menutup mulut tetapi membuka mata dan mendengar maklumat yang diperolehi atas talian. "Sekarang, dah ubah. Kerana orang dah sedar. Anything but Umno," katanya. Selain Zulkifli yang mengakui sebagai ahli PKR terdapat dua orang kawannya di Sutera Mall, mereka sebahagian daripada Melayu di sini malam tadi, termasuk empat anak muda di bawah bayang-bayang lori berhampiran dengan pentas utama. Satu atau dua yang masih lagi kelihatan seperti remaja dilihat memakai pakaian DAP. "Melayu pun sudah tahu. Dulu, orang tak berani pakai ini pun," katanya, tentang topi besbol DAP berwarna merah. |
Walaupun Di Sekat Oleh Jabatan Agama Islam Melaka,Ceramah Ustaz Azhar Idrus Tetap Di Hadiri Ribuan Peminatnya.. Saksikanlah!! Posted: 24 Apr 2013 09:44 PM PDT
Walaupun disekat dengan memperalatkan Jabatan Agama Islam Melaka untuk menghalang ceramah agama pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus disebuah surau di Taman Krubong, Melaka malam ini. Namun ceramahnya yang dipindahkan ke-lokasi di padang depan Dewan Tun Ali, Jalan Kudu Bukit Katil, Melaka tetap mendapat sambutan yang begitu hebat sekali.Ribuan yang hadir.. Ini menunjukkan rakyat Melaka sudah tidak gentar dan takut dengan ugutan. |
Rupanya Sebab Ni Dr. Juanda Tolak Pelawaan PKR Perlis Posted: 24 Apr 2013 09:42 PM PDT
Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang sebelum ini dikaitkan dengan PKR malam tadi secara terbuka mengaku telah mengundi Barisan Nasional (BN) dan akan terus mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Katanya, BN secara konsisten memperjuangkan Islam termasuk perundangan syariah di negara ini.Tegas beliau lagi, PAS walaupun mengaku memperjuangkan Islam tetapi tidak mempunyai rekod kejayaan untuk dibuktikan.
Sebaliknya, ujar beliau, kerajaan BN yang selalu dimomokkan sebagai tidak tahu agama oleh pemimpin PAS, telah mengangkat martabat Islam.
"Pada saya undi adalah rahsia. Tapi saya dari dahulu mengundi BN kerana parti inilah yang sebenarnya memperjuangkan Islam.
"Puak sana yang kata nak buat hudud tapi sampai sekarang belum. Rotan apa yang akan digunakan untuk laksana hudud pun belum diputuskan," katanya sinis dalam satu majlis di Flat Sri Melaka di Bandar Tun Razak di sini malam tadi.
Terdahulu, Juanda membidas tindakan PKR Perlis kerana mengumumkan beliau sebagai calon parti itu untuk kerusi Parlimen Kangar.
"Apa yang disebut oleh PKR Perlis langsung tidak dirujuk kepada saya, saya agak terkilan sebab jual nama saya tanpa izin...saya tak pernah jumpa pimpinan PKR Perlis," kata beliau kepada Antarpos.
Juanda menegaskan beliau memutuskan tidak bertanding di PRU kali ini kerana merasakan penerimaan rakyat terhadap golongan berpendidikan agama masih kurang.
Juanda memegang jawatan muft sejak awal 2009 menggantikan Mohd Asri. |
Pengundi Melaka Bakal Hukum Umno BN Posted: 24 Apr 2013 09:39 PM PDT MELAKA Peningkatan sokongan kepada Pakatan Rakyat menunjukkan pengundi Melaka kian matang dalam politik dan tidak lagi terbelenggu dengan taktik lapuk Umno BN, kata Ginie Lim. Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap itu berkata, pengundi kini mengetahui hak mereka sebagai rakyat dan tidak lagi tunduk kepada ugutan mana-mana parti. "Kata seorang pengundi: Kalau menang, jangan lupa kami, mesti jumpa kami. Ertinya, jika Pakatan tak buat kerja dan sama macam Umno BN, Pakatan juga akan ditolak. "Satu tepukan kepada pengundi kita yang pandai dan saya yakin semua pengundi juga pandai," katanya ketika berucap di Felda Hutan Percha, Machap 23 April lalu. Ginnie berkata, kemenangan Pakatan pada PRU 13 akan menamatkan politik perkauman dan wang, yang selama ini menjadi modal Umno BN mengekal kuasa. "Jika Pakatan menang, maknanya rakyat tolak politik perkauman. Permainan Umno BN sudah tidak laku.Ia juga menunjukkan rakyat tolak politik wang," katanya. ~keadilandaily
|
SPR Mengamuk Sakan Posted: 24 Apr 2013 09:38 PM PDT PUTRAJAYA - Perbuatan memuat naik gambar kertas undi merupakan satu kesalahan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria.
Beliau menggulas perbuatan beberapa pengguna laman sosial yang memuat naik gambar kertas undi yang akan digunakan oleh pengundi pos bagi Pilihan Raya Umum ke-13. Berikutan itu, SPR sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putarajaya hari ini, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
"Selain untuk menjaga nama baik dan intergriti SPR, laporan dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan, selaras Akta 574 Kanun Keseksaan (Pindaan) 1997," katanya.
Kamaruddin bagaimanapun menafikan gambar kertas undi yang dipaparkan dalam beberapa laman sosial itu adalah daripada sumber SPR.
"Selepas pihak polis menjalankan siasatan, barulah SPR menentukan tindakan yang akan diambil terhadap individu yang didapati memuat naik gambar berkenaan, biar polis buat siasatan dulu," katanya.
SPR sudah mengeluarkan kertas-kertas undi pos dalam negara kepada pengundi yang layak mengundi melalui pos mulai 22 April lepas, sementara pengundi pos luar negara dihantar hari ini.
Kategori mereka yang layak mengundi melalui pos dalam negara terdiri daripada anggota tentera dan polis yang bertugas di perbatasan atau pun yang terlibat dalam operasi, petugas media dan petugas SPR.
Kategori pengundi pos luar negara pula membabitkan rakyat Malaysia di luar negara dan Pengundi Tidak Hadir (PTH), yang terdiri penjawat awam yang berkhidmat di pejabat perwakilan dan pelajar sepenuh masa.
Selain itu, SPR turut menafikan maklumat yang disebarkan dalam laman sosial yang menyebut proses pengundian awal bagi kategori pengundi yang layak, telah dilaksanakan semalam (23 April), sebaliknya, menegaskan pengundian awal hanya dijalankan pada 30 April.
"Perbuatan itu sekadar untuk mengelirukan orang ramai dan berharap orang ramai jangan mempercayai berita tersebut, jika ada sebarang pertanyaan dan kekeliruan, hubungi SPR untuk penjelasan," katanya.
Mengenai nama calon yang tertera pada kertas undi, Kamaruddin berkata nama yang dicetak tidak semestinya mengikut nama pada kad pengenalan seseorang calon itu.
"Sebelum kertas undi dicetak calon diberikan peluang untuk menulis nama apa yang perlu dicetak pada kertas undi.
"Sebagai contoh, jika seseorang calon itu lebih dikenali oleh para pengundi di kawasan dia bertanding dengan nama Ustaz Kamarudin maka boleh tulis nama itu dalam kertas undi," katanya. ~bernama
|
Punca Wanita Tiada Tempat Dalam Umno Terbongkar.. Posted: 24 Apr 2013 09:36 PM PDT Rakyat tertanya-tanya adakah Perdana Menteri (kerajaan sementara) Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus memegang jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Kesejahteraan Masyarakat, sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13)?
Adakah ini kerana Umno sedang menghadapi masalah ketandusan pemimpin wanita Umno yang berwibawa dan boleh diketengahkan untuk menerajui sesebuah kementerian?
Sejak Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan Menteri Wanita itu ekoran skandal projek lembu National Feedlot Corporation yang mendapat pinjaman mudah sebanyak RM250 juta itu, Najib terus memegang jawatan Menteri Wanita sehingga hari ini.
Walaupun skandal projek lembu itu agak reda sedikit dan kesnya kini berada di mahkamah tetapi Najib terus memegang jawatan itu dan ini menunjukkan seolah-olah dalam Umno tidak ada wanita yang layak.
Krisis keyakinan para pemimpin Umno terhadap kemampuan ahli wanitanya menjadi semakin jelas apabila Najib tidak memilih Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim untuk bertanding di kawasan Parlimen Kuala Kangsar.
Sebaliknya Najib menawarkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan di Perak untuk beliau bertanding pada PRU13, 5 Mei ini.
Umum mengetahui bahawa untuk menjadi menteri kabinet, seseorang itu mesti bertanding dan memenangi kerusi Parlimen, kecualilah kalau seseorang itu memasukki dari 'pintu belakang' seperti dilantik menjadi senator.
Oleh kerana wanita Umno tidak diberi tempat yang sewajarnya dalam kepimpinan kerajaan Umno-BN maka Kamalia bertindak untuk bertanding sebagai calon Bebas Parlimen Kuala Kangsar.
Pada PRU13 ini, Kamalia akan menghadapi cabaran daripada calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Umno sendiri, Wan Muhamad Khairil Anuar Wan Ahmad.
Gerak kerja
Lagi pun keputusan ini diambil memandangkan beliau sudah menjalankan gerak kerja berkempen sejak setahun lebih tetapi segala usahanya dipandang seperti sampah yang tidak berguna.
Selain dari Datuk Azalina Othman Said, bekas menteri Belia dan Sukan yang bertanding di Parlimen Pengerang, hanya ada beberapa kerat pemimpin tertinggi wanita Umno yang tinggal yang akan bertanding dalam PRU13 kali ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Datuk Noriah Kasnon akan bertanding di Parlimen Sungai Besar. Malahan Ketua Puteri Umno dan juga Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin, turut diberi kerusi parlimen (Papar) untuk bertanding.
Ramai percaya wujudnya tangan-tangan ghaib yang menyusun perkara ini dan bukan Najib seorang.
Umum mengetahui mengenai pertelingkahan atau pergaduhan di antara Kamalia dengan Shahrizat berhubung skandal lembu itu.
Suatu ketika, Kamilia terlalu vokal menghentam Shahrizat sehinggakan kedua-dua mereka terpaksa ditenangkan seketika takut-takut persiapan PRU terjejas hingga boleh menyebabkan kekalahan Barisan Nasional.
Begitu pun, karier politik Kamalia dalam pergerakan wanita Umno boleh dianggap telah tamat kerana beliau merupakan salah seorang daripada 61 ahli Umno yang telah dipecat kerana bertanding atas tiket Bebas dan melanggar Perlembagaan parti.
Semua kisah ini akan dibungkus dalam lipatan sejarah sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan Pusat tetapi jika BN berjaya mengekalkan Putrajaya adakah Najib akan terus memegang jawatan Menteri Wanita, selain jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan?
Maka apa pula peranan Rosmah Mansor, isteri kesayangan Perdana Menteri pada ketika itu? ~free malaysia today |
Dengan Muka Selamba.. Nizar Berkempen Di Bilik Gerakan BN Posted: 24 Apr 2013 09:35 PM PDT Satu pendekatan yang bersahaja dari menteri besar Perak yang sah, Nizar Jamaluddin semasa berkempen pada pilihanraya umum ke-13. Dengan selamba, beliau menberanikan diri berkempen di di kubu kuat Barisan Nasional (BN) DUN Changkat Jering dengan memasuki bilik gerakan BN sambil berkempen serta beramah mesra dengan penyokong kuat lawan. Bilik gerakan tersebut terletak di kawasan pasar malam di Taman Kota Jaya dekat Taiping, dalam kawasan parlimen Bukit Gantang. Yang menariknya beliau disantun serta dilayan dengan ramah oleh penyokong BN di situ. Senario ini boleh menyebabkan calon BN di situ boleh sesak nafas jika melihat gaya Nizar berkempen. Inilah kelebihan serta karisma yang ada pada diri Nizar Jamaluddin. Turut bersama dengan Nizar ialah calon PAS bagi parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad. Gaya berkempen Nizar memang menarik dan santai. Sebelum ini beliau penah mengemparkan penyokong BN dengan bersahaja serta memberanikan diri duduk di ceramah Umno sebagai tetamu yang tak diundang di Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak. Ternyata Nizar memiliki aura tersendiri hinggakan semua petugas BN tidak berani untuk memaki hamun walaupun Nizar merupakan calon Pakatan Rakyat. Berkemungkinan, rakyat masih terasa sedih termasuk penyokong BN sendiri dengan rampasan kuasa pada 2009 dan Nizar cuma menjadi menteri besar setakat 11 bulan sahaja. Sentimen rendah diri yang ditunjukkan Nizar berjaya menambat hati semua kaum hinggakan petugas BN berebut-rebut untuk bergambar dengannya tanpa sebarang masalah. Tahniah Nizar... Bakal menteri besar Perak yang matang dalam berpolitik tanpa perlu mengeluarkan video lucah yang dijaja Umno dan BN. |
Samseng Umno Bakar Kereta Petugas PR? Posted: 24 Apr 2013 09:32 PM PDT SEMENYIH 24 APRIL: Kereta Wan Zahari Majid, Ketua Biro Publisiti KEADILAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, hangus terbakar dipercayai akibat sabotaj pihak tertentu semasa hari penamaan calon 20 April lalu.
Kereta Volvo 740 GLE miliknya itu diletakkan di belakang Bilik Gerakan Utama Pakatan Rakyat pekan Semenyih kira-kira jam 8.30 pagi tersebut sebelum beliau mengiringi calon Pakatan Rakyat di SJK (C) Yu Hwa, Kajang.
"Lebih kurang jam 10.30 pagi, (saya) terima panggilan dari pemilik bangunan, Encik Gan menyatakan kereta terbakar.
Selepas daripada itu (saya) bergegas balik dan didapati kereta sudah hangus," katanya kepada Keadilan Daily.Sepasukan bomba dari Balai Bomba Bangi datang untuk memadamkan api.
Namun, bahagian hadapan kereta yang terbakar rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi.Justeru, satu laporan polis dibuat di IPD Semenyih sejurus selepas kejadian, kira-kira jam 11.47 pagi.
"Di masa kejadian, bilik gerakan itu tidak berpenghuni kerana kesemuanya mengikuti proses penamaan calon," kata Wan Zahari dalam kenyataan.
"Ada saksi yang menyatakan ini angkara perbuatan samseng-samseng Umno," kata Wan Zahari berdasarkan laporan diterimanya mengenai sabotaj terhadap kain-kain rentang Pakatan Rakyat di kawasan mereka sebelum ini. ~keadilandaily |
Tengku Adnan Sepak Terajang Penyokongnya? Posted: 24 Apr 2013 09:31 PM PDT Ingatkan Khabar angin jer pasal Ku Nan pukul penyokong dia.. Rupanya betul la.... iskh3...Kaki Pukul rupanya sekutu Tokei Judi ni... Wartawan TV3 n Utusan semua amik cuti..jadi mereka terlepas pandang berita ni.. LAPORAN POLIS
Nama: KAMARUZZAMAN BIN KAMARUDDIN
KP : 620901016147
PENGADU MENYATAKAN: PADA 05 APRIL 2013 JAM LEBIH KURAN 11:30 PAGI, SAYA TELAH PERGI KEPEJABAT AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA YANG TELETAK DI PRECINT 15, PUTRAJAYA, UNTUK BERJUMPA DENGAN AHLI PARLIMEN DATO SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR, BAGI MELUAHKAN MASAALAH YANG SAYA HADAPI. BILA SAYA DIPANGGIL MASUK OLEH YB DATO SERI TENGKU, BILA SAYA MASUK, SAYA TERUS DITAMPAR MUKA SAYA, SEBANYAK 5 KALI, DAN MENYEPAK BELAKANG BADAN SAYA.
SAYA TIDAK TAHU MENGAPA YB DATO SERI TENGKU MENGAMBIL TINDAKAN DEMIKIAN TERHADAP SAYA, SAYA TELAH MENGALAMI KESAKITAN DIMUKA DAN DIBAHAGIAN BELAKANG BADAN SAYA, TETAPI TIADA SEBARANG KECEDERAAN ATAUPUN LUKA YANG SAYA ALAMI.
TUJUAN SAYA MEMBUAT LAPORAN POLIS INI ADALAH UNTUK MELINDUNGI DIRI SAYA, TAKUT JIKA ADA APA APA KEJADIAN BERLAKU PADA DIRI SAYA DIKEMUDIAN HARI. LAPORAN POLIS INI DIBUAT DENGAN KERELAAN SAYA SENDIRI TANPA DIPAKSA OLEH MANA MANA INDIVIDU.
|
Rosmah Tak Bayar Saman AES Posted: 24 Apr 2013 09:29 PM PDT Saman Tertunggak AES Datin Seri Rosmah Mansor: Dato' Seri Najib Perlu Nyatakan Pendirian Mengenai AES AES adalah salah satu isu utama yang akan menjadi faktor penentu dalam PRU13. Pakatan Rakyat telah membuat ketetapan bahawa AES akan dihentikan dan semua samannya dibatalkan sekirangan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya. Manifesto Barisan Nasional tidak menyentuh langsung mengenai AES. Walaupun pelaksanaan masih menjadi tanda tanya buat masa sekarang, saya beranggapan bahawa kegagalan Manifesto Barisan Nasional membuat ketetapan mengenai AES membayangkan hasrat Dato' Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan pelaksanaan AES sekiranya Barisan Nasional terus berkuasa. Untuk menentukan sama ada orang-orang terdekat dengan Perdana Menteri menerima atau tidak AES, saya telah menjalankan beberapa semakan: 1. Mengenalpasti nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri 2. Mengenalpasti kereta yang didaftarkan di bawah nama Datin Seri Rosmah Mansor 3. Menyemak sama ada Datin Seri Rosmah Mansor membayar saman AES, bagi memastikan keluarga Perdana Menteri betul-betul patuh kepada pelaksanaan AES yang dibawa oleh Barisan Nasional Hasil semakan itu membuahkan perkara-perkara berikut: 1. Nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor adalah 511210-05-5558. Identiti beliau itu disemak dengan daftar pengundi yang mengesahkan bahawa beliau mengundi di Pekan, seperti paparan skrin SPR yang berikut: 2. Semakan dengan sistem JPJ di MyEG menunjukkan sebuah kereta bernombor XIASEAN360 didaftarkan di atas nama dan kad pengenalan beliau; 3. Semakan yang sama juga menunjukkan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor tidak membayar 2 saman AES iaitu pada 30 Januari 2013 dan 13 Mac 2013, seperti paparan skrin yang berikut: Di negara-negara lain, perkara ini dilihat sebagai satu pertentangan prinsip (double standard) apabila keluarga Perdana Menteri sendiri tidak mengendahkan saman AES, sedangkan beliau (Perdana Menteri) beriya-iya mempertahankan satu sistem yang ditentang oleh rakyat. Saya mengambil contoh saman AES tertunggak Datin Seri Rosmah Mansor untuk memberi gambaran bagaimana Barisan Nasional mengamalkan double standard dengan menyatakan pelbagai propaganda kepada rakyat biasa untuk mempertahankan dasarnya yang tidak popular, tetapi di belakang-belakang membiarkan keluarga terdekat mereka bebas dari dasar tidak popular yang menekan rakyat itu. Saya menyeru supaya Dato' Seri Najib Tun Razak menyatakan secara terbuka sama ada Barisan Nasional akan meneruskan pelaksanaan AES sekiranya masih menang dalam PRU13. RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi
24 APRIL 2013 |
Blog Papagomo Antara Top 5 Website Lucah Yang Berjaya Tembusi Malaysia Posted: 24 Apr 2013 09:26 PM PDT
Sungguh menggemparkan negara lagi, 5 web site lucah di kesan tembus di website malaysia. Tetapi lebih mengejutkan web site lucah nombor 1 Barisan Nasional, yang banyak memaparkan video video fitnah berbentuk lucah telah menduduki tangga ke dua carta top 5 web site lucah 1malaysia. Tahniah di ucapkan kepada Barisan 1MALAYSIA. Ini begitu amat membanggakan kerana kerajaan LANUN Barisan Nasional telah menjadikan malaysia sebuah negara LUCAH hasil tarbiah selama 55 tahun mereka memerintah. |