Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Taman Di Padang Selising
- Umno kempen umpama pelampau agama
- 'Fatwa' Utusan: DAP buat laporan polis
- Maafkan Dr Mahathir, dia mudah lupa
- Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Kepada Guru PASTI Machang
- Amerika kecam Hezbollah yang bantu Syria
- Sembang Ramadhan Sambil Makan Colek DPPKM
- Tamrin keluar Umno, serah borang sertai PAS
- Mat Sabu seru kuningkan ambang Merdeka
- Janji Bersih bukan politikkan Merdeka - Pak Samad
- Apa hukum MCA, Umno tolak hudud?
- Kes NFC: Rafizi, Zuraida anggap permulaan baik
- Fatwa kafir harbi umpama ajak perang
- Ribuan sertai qiam bersama Sultan Kelantan
Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Taman Di Padang Selising Posted: 11 Aug 2012 07:26 PM PDT |
Umno kempen umpama pelampau agama Posted: 11 Aug 2012 06:39 PM PDT (Kempen Umno sudah jadi pelampau agama) PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan, laporan muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa haram mengundi DAP umpama kempen pelampau agama untuk mengekalkan kedudukannya. "Kita berpandangan bahawa melalui laporan Utusan Malaysia tersebut, UMNO kini telah memulakan kempen pelampau agama demi mengekalkan kedudukan mereka. "Sesungguhnya, sekiranya pendekatan ini diteruskan negara yang dicintai ini akan berada di ambang krisis yang besar," kata Ketua Penerangan PKR, Dr Mohamad Nor Manuty. Bagi beliau, adalah amat mengaibkan, selepas diamanahkan mengurus negara selama 54 tahun, demi mengekalkan kuasa, Umno terpaksa menggunakan pendekatan lapok ini, dengan menjadikan orang Melayu berada dalam keliru dan bingung. "Sikap ini juga akan menjadikan masyarakat bukan Islam menjadi tersepit dan cemas," katanya. Akibat dari pendekatan ini kata Mohamad Nor (gambar), perhubungan diantara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini akan menjadi tegang. "Apakah agenda tersembunyi Umno dengan sengaja menimbulkan polemik ini?" soal beliau. PKR berpandangan bahawa dengan sikap yang diperagakan ini, nyatalah Umno telah begitu terdesak dan bengkrap dalam menarik sokongan rakyat Malaysia seluruhnya, sehingga terpaksa memperalatkan pandangan seperti ini sebagai alat propaganda politik murahan. "Jelas dan nyata, UMNO tidak layak lagi diamanahkan mengurus negara selepas PRU ke 13 nanti, kerana telah kehilangan arah, hilang kawalan diri dan tandus formula mengemudi rakyat kearah kegemilangan masa depan," katanya. Katanya, di bulan Ramadan yang penuh dengan kerahmatan Ilahi ini, semua pihak dikejutkan dengan pandangan seorang Tok Guru yang mendakwa bahawa umat Islam di Malaysia haram menyokong DAP kerana DAP menentang hudud and tidak mahu mendaulatkan Islam. Tuan Guru Haji Abdullah Sa'mah, seorang guru pondok dari Geting, Tumpat, Kelantan, berhujah bahawa umat Islam di negara ini tidak boleh menyokong PAS dan PKR justeru kedua-dua parti tersebut bersekongkol dengan DAP. PKR, kata Mohamad Nor, berpendirian bahawa konsep kafir harbi (boleh diperangi dan dibunuh) serta kafir zimmi (patuh kepada pemerintahan Islam) perlu diperjelaskan kepada umum secara lebih tepat. Ini bagi memastikan supaya konsep ini difahami mengikut perkembangan semasa bersesuaian dengan perkembangan dunia pemikiran Islam yang bersifat global. Sebenarnya, kata beliau, begitu ramai figur ulama dan cendekiawam Islam yang telah memberikan pandangan mereka yang lebih bersifat kontemporari berasaskan pemahaman yang nyata mengenai perbezaan di antara syari'ah dan fiqh serta menganalisis fiqh berasaskan realiti semasa (fiqh al-waqi'), Sheikh Rashid Ghanoushi (Ketua Parti al-Nahdah, Tunisia), yang kini menjadi penasihat kepada Kerajaan baru Tunisia, dalam beberapa tulisan ilmiahnya menyatakan bahawa idea kafir harbi dan kafir zimmi serta kewujudan Negara yang boleh diperangi (dar al-harb) memang relevan pada zaman keagungan empayar Islam di masa yang silam. Namun, pada hari ini, ketika umat Islam tergabung dalam sebuah entiti dunia yang terbahagi di antara warga Muslim dan bukan Muslim yang berimbangan serta semakin bersifat global, maka kedudukan kafir harbi dan kafir zimmi sudah tidak praktikal lagi. Justeru, katanya, beliau menganjurkan konsep al-muwatinun (kewarganegaraan) diguna pakai sebagai alternatif yang praktis. Fahmi Huwaidi, seorang pemikir Islam dari Mesir, secara khusus, menyetujui pandangan Sheikh al-Ghanoushi. Beliau telahpun menghasilkan sebuah karya yang berjudul "Muwatinun La Zimmiyyun" (Kewarganegaraan Bukan Zimmi). Karya beliau yang bersifat ijtihadi dalam konteks pemikiran politik Islam semasa ini, amat bermanfaat untuk di telaah secara kritis guna meleraikan polemik yang sedang digembar-gemburkan ini, kata beliau lagi. Shaikh Taha Jabir al-'Ilwani (Iraq), Munir Shafiq (Jordan), Shaikh Faisal Mawlawi (Lubnan), Shaikh Jaafar Idris (Sudan) turut membahaskan tajuk ini dengan memberikan pandangan yang serupa. "Umumnya, mereka bersetuju bahawa konsep-konsep berkaitan - kafir zimmi, kafir harbi dan kafir musta'min – memang dicipta oleh para 'ulama fiqh silam dalam membahaskan isu-isu fiqh siasah syariah. Walaubagaimanapun, bagi mereka ia wajar dikaji semula kesesuaiannya dalam konteks sistem politik dunia pada masa ini yang sentiasa dinamik dan berkembang," katanya. Lebih menarik lagi, jelas Mohamad Nor, disarankan agar semua pihak mengkaji perkembangan terkini yang sedang berlaku di bawah kerajaan baru Mesir yang dipimpin oleh Dr Muhammad Mursi (seorang tokoh Ikhwan al-Muslimun). Beliau dan rakan-rakannya sedang berusaha untuk merealisasikan konsep kewarganegaraan Mesir yang sama rata (al-muwatinun al-misriyyun al-musawuun), katanya. Di bawah kerangka ini, konsep kafir harbi dan kafir zimmi dalam mengklasifikasikan rakyat telah tidak menjadi relevan lagi. Hasilnya, semua warganegara Mesir (Muslim, Kristian Koptik dan penganut agama minoriti lain), berhak mendapat perlindungan yang sama rata di bawah Perlembagaan Mesir, jelas beliau. Adalah jelas, cara Umno menggarap persoalan ini dengan menggunakan pandangan Tuan Guru Haji Abdullah Sa'mah di atas adalah ketinggalan zaman dan tidak menepati perkembangan politik dunia Islam semasa. |
'Fatwa' Utusan: DAP buat laporan polis Posted: 11 Aug 2012 06:38 PM PDT |
Maafkan Dr Mahathir, dia mudah lupa Posted: 11 Aug 2012 06:36 PM PDT KUALA LUMPUR: Pemikiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ternyata sudah tidak ketentuan apabila menyuruh orang-orang Melayu melumurkan najis ke muka mereka, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. "Sebelum ini Dr Mahathir yang tulis bahawa Umno sudah menjadi parti perasuah dan sudah busuk hingga ke usus (rotten to the core), sudah jadi najis. Hari ini, tiba-tiba beliau mendakwa Umno yang mampu satukan orang-orang Melayu. "Ia seperti menyuruh orang-orang Melayu mengambil najis dan melumurkan ke muka mereka," kata beliau. Menurut Mahfuz, sebelum ini Dr Mahathir yang begitu jijik dengan Umno sehingga beliau sendiri yang isytihar diri keluar Umno. "Dr Mahathir keluar dari Umno kononnya kerana benci sangat kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu dan juga kerana terlalu benci kepada menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin yang orang anggap sebagai Perdana Menteri de facto atau Perdana Menteri sebenar ketika itu. "Tetapi hari ini, apabila sudah menjadi anggapan dan kesepakatan umum hatta di dalam Umno sekalipun bahawa Perdana Menteri sebenar bukan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tetapi isterinya, (Datin Seri) Rosmah (Mansor), ramai yang hairan mengapa Dr Mahathir begitu tegar membutakan mata dan memekakkan dirinya untuk berada di dalam Umno semula sedangkan kesepakatan umum menyatakan era Najib jauh lebih buruk dari era Pak Lah," katanya. Mahfuz (gambar) walau bagaimanapun berharap rakyat dapat memaafkan Dr Mahathir kerana jelas pemikiran bekas Presiden Umno itu sudah "tidak ketentuan dan tidak stabil lagi". "Dr Mahathir dilanda penyakit yang selalu dia sebut sebelum ini iaitu mudah lupa. "Apa pun yang dia kata, tidak perlulah diambilkira dan maafkanlah dia. "Dia mudah lupa, tidak ketentuan dan tidak stabil lagi," katanya. Bagi Mahfuz, apa sahaja kenyataan dan dakwaan Dr Mahathir mengenai Umno, tarafnya sama dengan perisytiharan Dr Mahathir bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. "Itu dakwaan paling menggelikan hati dan tahap kebudak-budakan. "Begitulah juga taraf apa sahaja kenyataan dan dakwaan Dr Mahathir yang lain mengenai Umno. "Boleh dengar tetapi jangan percaya," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. |
Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Kepada Guru PASTI Machang Posted: 11 Aug 2012 06:34 PM PDT |
Amerika kecam Hezbollah yang bantu Syria Posted: 11 Aug 2012 05:16 PM PDT SYRIA: Amerika Syarikat mengecam Hezbollah, parti politik Lebanon, kerana memberi sokongan kepada Presiden Syria Bashar al-Assad,dan menyenaraikan parti politik itu dalam senarai organisasi yang dikenakan sekatan kerana hubungan mereka dengan kerajaan Syria. Amerika Syarikat sebelum ini sudah megklasifikasikan Hezbollah sebagai "organisasi pengganas" dan di bawah sekatan US, tetapi langkah yang diambil Amerika Syarikat Jumaat lalu betul-betul mengaitkan parti ini dengan keganasan yang berlaku di Syria, di mana Assad sedang cuba mematahkan serangan kumpulan penentang. Hezbollah adalah sebuah parti politik tentera bersenjata yang kuat dan mendapat sokongan padu dari kalangan puak Syiah Lebanon. "Tindakan ini mendedahkan aktiviti Hezbollah di Syria dan peranan pentingnya dalam meneruskan keganasan yang dilakukan rejim Assad terhadap rakyat Syria," kenyataan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat Jumaat lalu. Hezbollah telah dimasukkan dalam senarai hitam kerajaan Amerika Syarikat di bawah arahan eksekutif yang ditandatangani Presiden Barack Obama Ogos tahun lepas, menjadikan kerajaan negara jiran Syria dan penyokongnya itu sebagai sasaran. Sekatan itu dilaksanakan untuk memberi tekanan kepada Syria setelah Amerika Syarikat buat pertama kalinya meminta Assad untuk menghentikan serangan pihak tenteranya kepada kumpulan penentang. Amerika Syarikat turut mengenakan sekatan terhadap Sytrol, syarikat minyak negara Syria kerana membekalkan minyak kepada Iran, lapor Jabatan Negara Amerika Syarikat. "Walaupun sekatan ini adalah kesan langsung pembekalan gasolin Syria kepada Iran, Amerika Syarikat tetap melihat sokongan Iran terhadap rejim Assad sebagai sesuatu yang tidak munasabah," Patrick Ventrell, jurucakap Jabatan Negara, dalam satu kenyataan bertulis. Bekas Menteri ditahan Dalam perkembangan lain, pihak keselamatan Lebanon menahan Michel Samaha, bekan Menteri Penerangan, yang dianggap rapat dengan kerajaan Syria, berkenaan sebuah kes yang dikaitkan dengan rancangan letupan, lapor media tempatan. Penahanan beliau pada hari Khamis lalu dikaitkan dengan rampasan bahan letupan yang akan digunakan di kebanyakan tempat di Utara Lebanon, kawasan yang dikaitkan dengan konflik di Syria, beritahu seorang pegawai kanan kerajaan yang enggan namanya didedahkan kepada agensi media AFP. "Tuduhan terhadap Samaha adalah berkaitan dengan bahan-bahan letupan, yang telah dirancang untuk diletakkan di sebahagian tempat dalam negara ini, terutamanya di bahagian Utara," ujar pegawai itu. Pegawai tersebut enggan menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan dakwaan itu, tetapi menyatakan bahawa bahan letupan itu tidak dirampas dari rumah Samaha di mana tangkapan terhadap Samaha dibuat. Tiada kenyataan rasmi berkenaan penahanan Samaha ataupun pengakuannya seperti yang dilaporkan oleh salah sebuah stesen TV di Lebanon. Samaha ditahan di bawah perintah Peguam Negara Lebanon di kediamannya di Khenshara, 30km arah utara dari Beirut, pegawai kanan itu memberitahu AFP. Iran sokong Syria Sementara itu, seorang pegawai kanan kerajaan Iran melawat Damaskus Selasa lalu di mana pegawai itu bertemu Assad. Saeed Jalili, pembantu kanan kepada Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, memberitahu Assad bahawa Iran akan terus menyokong kerajaan Syria. Dalam perbincangan dengan Assad, Jalil berkata apa yang berlaku di Syria bukanlah "isu dalaman". "Dari satu segi, ia adalah konflik antara pemberontak dan kerajaan, tapi dari sudut yang lain ia adalah konflik antara kerajaan dan musuh globalnya," ujar Jalili. Isnin lalu, dalam lawatannya ke Beirut, ibu kota Lebanon, Jalili mengeluarkan amaran kepada negara yang menyokong kumpulan pemberontak itu. "Mereka yang percaya bahawa, dengan menimbulkan kekacauan dalam negara lain dengan menghantar senjata dan mengeskport pengganas, akan memberi keselamatan kepada negara sendiri adalah salah," Jalili dilaporkan berkata demikian oleh agensi berita IRNA kepada Adnan Mansor, Menteri Luar Lebanon. (Dari video warga Iran yang ditahan) Dalam perkembangan lain, Iran mendakwa tentera yang sudah bersara adalah antara rakyat Iran yang ditawan pemberontak. Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi berkata Rabu lalu, bahawa ahli Tentera Revolusi Iran (Iran's Revolutionary Guards) yang "telah bersara" adalah antara 48 rakyat Iran yang ditahan di Syria oleh pihak pembangkang. Salehi berkata tentera yang "sudah bersara" itu dalam perjalanan mengerjakan ibadah di Damaskus apabila mereka ditawan Sabtu lalu. "Beberapa tawanan Iran adalah tentera yang "sudah bersara". Sebahagian lain pula adalah dari kementerian.," Salehi dilaporkan berkata demikian kepada pemberita dalam perjalananan pulang dari Turki, di mana beliau meminta pertolongan untuk membebaskan rakyat Iran yang ditawan. |
Sembang Ramadhan Sambil Makan Colek DPPKM Posted: 11 Aug 2012 05:14 PM PDT |
Tamrin keluar Umno, serah borang sertai PAS Posted: 11 Aug 2012 04:47 PM PDT KUALA LUMPUR: Selepas kerap tampil di pentas PAS dan Pakatan Rakyat, bekas ahli Umno, Datuk Tamrin Ghafar (gambar) akhirnya meninggalkan parti itu dan secara rasmi menyertai PAS malam ini. Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba itu menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUISZM), Taman Melawar malam ini. Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) suatu ketika dahulu. Tamrin dalam ucapannya berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno. Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat. "Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi. "Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," katanya. Tamrin turut berjanji akan membantu PAS dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Saya berjanji akan berkempen berhabis-habisan bersama tuan-tuan kerana saya lihat perjuangan PAS sangat ikhlas. Saya yakin kemenangan berpihak kepada PAS," katanya. Beliau turut mengakui pemimpin-pemimpin PAS tidak boleh dijual beli. "Saya kenal Mat Sabu dan (Tuan Guru) Datuk (Seri) Abdul Hadi (Awang) dah lama. "Mat Sabu tak pernah pun ajak saya masuk PAS tapi saya yang selalu suruh dia tinggalkan PAS," katanya. |
Mat Sabu seru kuningkan ambang Merdeka Posted: 11 Aug 2012 04:46 PM PDT KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menyeru semua pihak memakai baju kuning dan keluar bersantai beramai-ramai di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos ini. "Bukan tunjuk perasaan. NGO akan adakan sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka dengan keluar bersantai sambil pakai baju kuning. "Kita semua meriahkan sambutan Merdeka dan keluar bersantai pakai baju kuning di Dataran Merdeka. "Bukan tunjuk perasaan... (tetapi) bersantai pakai baju kuning," katanya dalam ceramahnya di sini malam tadi. Khamis lalu, sebanyak 20 badan bukan kerajaan (NGO) menyatakan akan mengadakan sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka untuk mengingatkan kerajaan berhubung janji-janji bagi memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil. Pengerusi Bersama Bersih Datuk A Samad Said berkata, program yang dinamakan "Janji Bersih" itu akan menyaksikan pesertanya memakai pakaian kuning sebagai lambang perjuangan menuntut reformasi sistem pilihan raya. Ketika diminta mengulas lanjut mengenai program tersebut selepas ceramahnya itu, Mohamad berharap rakyat akan menjadikan sambutan Hari Merdeka tahun ini sebagai yang paling meriah dan bersejarah. "Kita tidak menunjuk perasaan. Kita sambut Hari Merdeka bersama-sama rakyat yang berkumpul di Dataran Merdeka pada malam itu. "Kalau ada pun perbezaan, slogan NGO yang meminta kita sambut Merdeka pakai baju kuning itu hanya berbeza satu perkataan sahaja dengan slogan yang digunakan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). "Kerajaan Umno BN guna slogan 'Janji Ditepati', NGO tersebut guna slogan 'Janji Bersih'," katanya sambil menekankan bahawa tidak ada undang-undang yang mengharamkan rakyat keluar bersantai memakai baju kuning. Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menggesa NGO berkenaan agar tidak "mempolitikkan" sambutan ambang merdeka dengan turut sama di Dataran Merdeka dengan berbaju kuning. Menjawab gesaan polis itu, A Samad berkata, program "Janji Bersih" pada 31 Ogos di Dataran Merdeka berhasrat menuntut janji reformasi pilihan raya dan bukannya berniat mempolitikkan sambutan kemerdekaan. Beliau menegaskan, adalah tidak wajar bagi polis melarang rakyat memakai baju berwarna kuning. "Sepatutnya tiada halangan apa-apa baju pun orang nak pakai apatah lagi kuning bukan warna haram," tegas beliau. |
Janji Bersih bukan politikkan Merdeka - Pak Samad Posted: 11 Aug 2012 04:45 PM PDT KUALA LUMPUR: Datuk A.Samad Said menyangkal dakwaan pihak polis kononnya program 'Janji Bersih' di Dataran Merdeka 30 Ogos ini sebagai cuba mempolitikkan sambutan Merdeka. Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu berkata, perkara itu tidak timbul kerana program itu dibuat bersama 26 kelompok NGO yang mahu janji Bersih lalu ditunaikan. "Memang tidak wujud (mempolitikkan sambutan merdeka), oleh kerana Bersih sendiri itu pun bukan badan politik, apa lagi dengan gabungan badan-badan yang lain. "Untuk IGP berfikir bahawa ini satu perlawanan oleh Bersih, itu tidak betul," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan di Gombak petang tadi. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar agar gabungan NGO itu tidak mempolitikkan sambutan ambang merdeka dengan berbaju kuning di Dataran Merdeka 30 Ogos ini. Semalam 26 NGO termasuk Bersih menyatakan hasrat untuk 'menguningkan' Dataran Merdeka dalam program dinamakan "Janji Bersih" bagi menuntut janji kerajaan untuk memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil pada malam ambang merdeka itu nanti. "Kuning bukan warna yang haram. Kehadiran dengan baju kuning itu hanya simbolik. "Perjuangan itu untuk menuntut janji bersih (yang belum ditunaikan)," katanya. |
Apa hukum MCA, Umno tolak hudud? Posted: 11 Aug 2012 04:45 PM PDT KUALA LUMPUR: "Jika DAP yang menolak hudud boleh dikatakan kafir harbi, bagaimana dengan Umno dan MCA yang juga menolak hudud." (MCA membuat demonstrasi di depan pejabat PAS membantah Hudud) Persoalan ini dibangkitkan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran laporan muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa haram undi DAP. Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu meminta Majlis Fatwa buat keputusan apakah benar fatwa Pengasas Pondok Genting yang sekian lama menjadi alat Umno itu. Menurutnya, penolakan MCA terhadap hukum hudud dapat dilihat secara terang-terangan, selain turut disokong Umno sendiri yang mengaku beragama Islam. (Penolakan Najib terhadap hudud...Berita ini hanya disiarkan dalam akhbar MCA) Tuan Ibrahim berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah mengeluarkan kenyataan menolak hukum hudud. "Kita kena sedar, bukan DAP sahaja tolak hudud, tapi MCA juga berbuat demikian secara terang-terangan. Malah, Najib sendiri pernah mengatakan bahawa beliau tidak akan melaksanakan hudu selagi menjadi perdana menteri," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Justeru, kata beliau semua pihak perlu melihat keseluruhan aspek, tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang berat-sebelah dan hanya untuk memuaskan hati pihak berkepentingan. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah, dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mengatakan haram bagi umat Islam mengundi DAP, baru-baru ini. Tambah beliau, mana-mana hukum yang dikeluarkan perlu bersandarkan syarak dengan dalil-dalil dan nas yang betul, bukan boleh dikeluarkan sewenangnya dengan bersandarkan perasaan. Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang (Gambar kanan) itu menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan tersebut, lebih-lebih lagi kenyataan yang melabelkan DAP sebagai 'kafir harbi'. Ini kerana, katanya kenyataan itu merupakan satu perkara yang begitu besar kerana dihalalkan darah mereka, harta mereka yang disifatkannya boleh menimbulkan suasana tidak aman di dalam negara berbilang kaum dan agama ini. "Justeru, saya minta Majlis Fatwa segera melihat perkara ini secara serius dan menyegerakan fatwa bagi mengelakkan berlkunya sebarang kerosakan di negara ini," tegas beliau. Tahaluf Siasi Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menyokong kenyataan bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (gambar kiri) yang mengatakan sekiranya orang bukan Islam tidak boleh disokong, bagaimana mereka boleh dilantik menjadi menteri seperti amalan yang dilakukan Umno. Sambil menegaskan kerjasama PAS dengan DAP bukan berbentuk wala' iaitu patuh atau ikut arahan, sebaliknya tahaluf siyasi (kerjasama politik), beliau berkata perkara tersebut tidak difahami kebanyakan pihak. "PAS bertanding dengan lambang PAS, calon PAS, duit PAS. PKR dengan lambang PKR, calon PKR. Begitu juga DAP. Tidak seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen lain dalam BN, mereka terpaksa ikut arahan bertanding atas satu lambang iaitu BN," tegas beliau lagi. |
Kes NFC: Rafizi, Zuraida anggap permulaan baik Posted: 11 Aug 2012 04:44 PM PDT KUALA LUMPUR: Shahrizat telah mengemukakan saman RM100 juta terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung penyelewengan projek kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC). Hakim, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan pada 18 September ini bagi sambungan perbicaraan setelah mendengar keterangan Sharizat ketika menjawab pertanyaan dari peguam plantif, Ranjit Singh. Namun sebelum itu, Mahkamah yang bermula pada jam 10.30 pagi itu telah telah dipertontonkan rakaman video sidang media yang dibuat Rafizi dan Zuraida pada persidangan parlimen yang lepas. Rakaman video tersebut dipertontonkan bagi menunjukkan kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin PKR yang dikatakan telah memfitnah Shahrizat. Sementara itu, Shahrizat ketika menjawab pertanyaan Ranjit Singh berhubung penglibatan keluarganya dalam projek tersebut berkata, beliau tidak mengetahuinya sehinggalah diberitahu oleh suaminya pada tahun 2007 yang meminta kedua-dua anaknya yang berada di luar negara balik ke Malaysia bagi membantu menguruskan projek tersebut. Rafizi dan Zuraida ketika ditanya selepas perbicaraan tersebut memberitahu apa yang berlaku hari ini adalah satu permulaan yang baik. "Ia satu permulaan yang baik, kita dapat melihat peguam menjalankan tugas dengan baik," kata Zuraida Rafizi yang turut menjelaskan beliau tidak mahu komen lebih banyak dengan apa yang berlaku hari ini kerana khuatir ia akan mempengaruhi perbicaraan yang sedang berlangsung. "Tapi apa yang berlaku amat menyeronokkan dan berterima kasih dengan apa yang dilakukan peguam hari ini dan anda semua boleh menilai sendiri apa yang berlaku," jelasnya. Rafizi diwakili Peguam, Ranjit Singh, Zuraida pula diwakili oleh Razlan Hadri manakala Sharizat pula diwakili peguam Shafie Abdullah. |
Fatwa kafir harbi umpama ajak perang Posted: 11 Aug 2012 04:44 PM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) berkata tindakan membuat 'fatwa' bahawa DAP adalah 'kafir harbi', boleh membawa kesan mendalam seolah-olah meminta orang Islam berperang. "Kemungkinan dia tidak tahu kesan kenyataan, kesan perkataan dikeluarkan, tidak tahu bahawa ia boleh membawa kepada permusuhan, tidak baik bagi negara majmuk dan pelbagai agama seperti Malaysia," katanya dipetik Sinar Harian Online. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah, dipetik Utusan Malaysia kelmarin bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi. Katanya, mana-mana pihak perlu membuat penelitian dalam konteks politik sebenar negara ini sebelum mengeluarkan 'fatwa' sedemikian. "Kalau kita kata haram (mengundi DAP) kerana dia tidak menyokong negara Islam, ada juga parti dalam BN seperti MCA dan MIC tidak menyokong... jadi kita mengambil pendirian sebahagian sahaja (dalam mengatakan haram dan dosa)," kata beliau lagi. Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, mana-mana hukum yang dikeluarkan perlu bersandarkan syarak dengan dalil-dalil dan nas yang betul, bukan boleh dikeluarkan sewenangnya dengan bersandarkan perasaan. Sehubungan itu, beliau menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan tersebut, lebih-lebih lagi kenyataan yang melabelkan DAP sebagai 'kafir harbi'. Ini kerana, katanya kenyataan itu merupakan satu perkara yang begitu besar kerana dihalalkan darah mereka, harta mereka yang disifatkannya boleh menimbulkan suasana tidak aman di dalam negara berbilang kaum dan agama ini. Pandangan Islam terhadap 'kafir harbi'telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Qur'an surah Al Mumtahanan ayat 9, yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". Dari ayat ini, para mufassirin dan fuqaha menegaskan, kafir harbi adalah orang kafir yang diam dan hidup dalam wilayah pentadbiran ummat Islam atau diluarnya, mereka berkhianat kepada Negara Islam, memusuhi, tidak mahu berdamai, menjalankan usaha merosakkan ummat Muslimin dan agama Islam. Mereka ini mesti diwaspadai dan diperangi sekiranya mereka menyerang ummat Islam atau membantu pihak lain menyerang ummat Islam. Dan Allah SWT juga memerintahkan kita ummat Muslimin supaya tidak menjadikan mereka sahabat, kawan rakan, pembela dan wali (pemimpin). |
Ribuan sertai qiam bersama Sultan Kelantan Posted: 11 Aug 2012 04:43 PM PDT KOTA BHARU: Ribuan rakyat negeri Kelantan tidak melepaskan peluang untuk menghidupkan Ramadhan bersama Sultan Kelantan dalam program Qiam With Me di Istana Negeri di sini malam tadi. Program julung-julung kali diadakan itu menerima sambutan luar biasa rakyat yang mahu bersama sultan kesayangan mereka Sultan Muhammad V. Suasana malam tadi menyaksikan Dewan Jubli Perak, di Istana Negeri, Kubang Kerian itu penuh malah kesemua khemah diluar dewan juga sesak. Program Qiam With Me bermula dengan Solat Isyak kemudian diteruskan dengan solat Terawih bersama Sultan Muhammad V. Turut hadir pada program itu, saf kepimpinan negeri termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan kuliah agama yang disampaikan penceramah popular dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus sebelum masing-masing diberikan masa untuk berehat. Program seterusnya dimulakan pada jam 4 pagi untuk qiamullail sehingga sahur dan kemudiannya solat Subuh secara berjemaah. Berikut adalah antara-gambar sekitar program itu malam tadi. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |