PENGKALAN CHEPA: Selain dipaksa mendengar ceramah pemimpin Umno, ada juga penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diarah hadir ke beberapa tempat bagi menerima surat tawaran BR1M.
Di bahagian Pengkalan Chepa baru-baru ini penerima BR1M diarah datang ke Sekolah Kebangsaan Pulau Gajah bagi Dun Chempaka dan sekolah di Chicha Mengambang (Dun Panchor) untuk mendapatkan surat tawaran.
Sebaliknya pada program itu penerima dipaksa mendengar ceramah politik Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Menurut penduduk yang hadir hanya kira-kira 10 penerima sahaja yang diberi surat tawaran di sekolah tersebut dan selebihnya diminta datang ke rumah ketua bahagian pada sebelah malam.
Ketua Penerangan PAS Pengkalan Chepa, Mohd Azmi Nor berkata, cuba bayangkan orang ramai yang datang memenuhi dewan sekolah hanya diberi 10 orang sahaja surat tawaran kemudian diarah datang pula ke rumah ketua Umno.
"Kerana hendak dapatkan surat tawaran orang ramai datang pula pada sebelah malam ke rumah Ketua Bahagian, Dato' Dali Hussin di Taman Chempaka Putih.
"Penerima yang datang memberitahu hanya ada meja yang disediakan tanpa ada lampu untuk memudahkan urusan. Sekali lagi penerima BR1M diarah mengikuti ceramah politik Umno," katanya.
Menurutnya selepas lama menunggu penerima BR1M diarah pula pergi berjumpa dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan untuk menuntut surat tawaran.
Sedangkan kata beliau sebelum ini pemimpin Umno berkali-kali menafikan BR1M digunakan bagi tujuan politik, namun apa yang berlaku di bawah secara jelas rakyat dijadikan mangsa politik.
Sementara itu Azmi yang juga Timbalan Pengaran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri menafikan laporan sebuah akhbar semalam yang menyebut Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penerima BR1M sebagai binatang.
"Apa yang disebut Menteri Besar di Dataran Stadium kelmarin hanya peumpamaan apabila Umno menggunakan apa sahaja bagi menarik sokongan rakyat.
"Ia seumpama menabur hampas kelapa bagi menarik minat ayam datang. Mereka menabur umpan di mana-mana sahaja dengan harapan dapat menarik orang ramai," katanya.
LANGKAWI: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menjangka Parlimen akan dibubarkan selepas berakhirnya Pameran Udara dan Maritim Langkawi (LIMA) 2013.
LIMA 2013 akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Mac hingga 30 Mac ini.
Astro Awani.com memetik Aziz berkata demikian ketika ditemui media selepas taklimat bersama Pengarah-Pengarah Pilihan Raya zon utara di Langkawi hari ini.
Jangkaan itu bagaimanapun, tegas Aziz, adalah pandangan peribadi beliau.
Beliau percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat selepas selesai LIMA 2013 kerana pameran itu telah dirancang sejak dua tahun lalu.
"Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA," kata Aziz lagi.
Pengerusi SPR itu juga ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan ramai pelabur dari luar negara akan menarik diri jika Parlimen dibubarkan sebelum LIMA 2013.
Menurut Abdul Aziz, Najib sangat arif mengenai kepentingan pelaburan asing yang akan dijana sempena penganjuran pameran berkenaan.
Justeru, Aziz secara peribadi yakin PRU-13 akan berlangsung selepas penganjuran LIMA 2013.
Deepak Jaikishan hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana komen dan dakwaannya bahawa ahli perniagaan itu "tidak boleh dipercayai".
Saman itu difailkan di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur petang ini melalui firma guaman M/s Daim & Gamany.
Deepak mendakwa perdana menteri telah mengucapkan perkataan fitnah itu dalam satu sidang akhbar bulan lepas, selepas mempengerusikan satu mesyuarat BN.
Peniaga memetik satu laporan di Malaysiakini bertajuk PM dismisses Deepak's allegations as 'not true', di mana Deepak mendakwa Najib telah mencemar reputasinya semasa sidang akhbar itu.
Deepak mendakwa, kenyataan yang dibuat oleh Najib itu membawa maksud beliau (Deepak) seorang yang tidak mempunyai reputasi yang baik, seorang penipu dan tidak boleh dipercyai, seorang yang rendah moral, dan tidak layak untuk mengadakan perhubungan profesional.
Deepak menuntut gantirugi am, gantirugi teruk dan gantirugi teladan.
Akhirnya Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSU) Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menyahut cabaran saya agar membuat penjelasan berhubung sekeping gambar beliau bersama bekas MB Perlis Shahidan Kassim dan Presiden MCA Chua Soi Lek serta beberapa orang lain yang sedang mengangkat telunjuk seperti simbol 1 Malaysia.
Gambar itu menjadi tanda tanya bukan apa kerana beliau bersama pemimpin Umno dan MCA dan berkebetulan membuat pula simbol yang selalu dilakukan Najib Razak seakan mahu menyocoh sesuatu.
Seperti saya kata foto itu remeh saja dan tidak perlu pun diberi perhatian. Tetapi kerana waktu ini saat pilihan raya tiba ia menjadi penting dan perlu dijelaskan mengenainya.
Penjelasan itu bagi mengelak pihak tertentu terus menggunakan gambar itu sebagai isu politik.
Gambar itu banyak tersebar didalam internet dalam blog-blog pro pembangkang dan juga pro kerajaan. Saya mengambil inisitaif dan kebernaian untuk menyiarkan dalam blog saya, dengan tujuan untuk mendapat penjelasan sekaligus menjawab persoalan.
Kalau gambar itu tidak dikirimkan ke dalam e-mail saya dan ditanya bertalu-talu saya tidak menyiarkan untuk mendapat penjelasan itu. Saya bukan seorang penggemar menyiarkan gambar-gambar byang tidak tentu hala dan tidak ada nilai komersial.
Tetapi bagi pemerhati dan pendokong politik dan personaliti (Zawawi) yang mentah dan juga pengkritik yang otak kemetot akan menjadi celaru dan tertanya-tanya mengenai suasana gambar berkenaan. Justeru ia perlu penjelasan dengan penuh tanggungjawab.
Sebenarnya saya boleh jelas dan bela mengenai dakwaan buruk ke atas gambar itu tetapi saya mengira lebih molek dan lendik kalau tuan hak menjawabnya. Lagi pun rasanya Zawawi tidak perlu mengambil masa panjang kalau setakat untuk menjawab berkenaan gambar itu yang tidak payah untuknya membelek kitab-kitab muktabar karangan ulama-ulama agung dunia.
Jadi walaupun desakan itu dari blog saya, penjelasan Zawwi dalam Harkahdialy hari ini dianggap sebagai satu penjelasan sebenar dari beliau. Selepas ini jangan hendaknya ada sesiapa mempertikaikan lagi mengenai gambar berkenaan apa lagi ada hubungan kait kononnya ada rundingan dan pertemuan di antara beberapa MSU dengan pemimpin Umno atau BN dalam usaha untuk mewujudkan semula agenda Unity Gorvenment (UG) yang tergendala itu.
Seperti mana dijelaskan Zawawi didalam portal rasmi PAS itu gambar itu dirakam semasa beliau menghadiri Persidangan Centrist Asia Pacific Democrats International (CAPDI) kali ke-6 di Phnom Penh, Cambodia pada Disember 2010.
Menurut penjelasan Zawawi turut mewakili PAS menyertai persidangan tersebut ialah Naib Ketua Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Bagaimana pun kedua orang itu tidak ada dalam gambar mungkin tukang pukul gambar.
Mengenai simbol 1Malaysia itu kata Zawawi ianya bukan isyarat 1Malaysia seperti yang difitnah pihak tertentu, sebaliknya adalah simbol "One Nation Political Parties" yang merupakan trade mark kepada persidangan tersebut. (Jadi ianya kebetulan pula, nah disinilah diperlukan kepada penjelasan. Bila dijelas baru tahu telunjung ke langit itu bukan 1 Malaysia tetapi One Nation).
Dengan penjelasan itu, isu foto itu sudah selesai. Mana-mana pihak yang cuba mengaitakan gambar itu sebagai saksi ada perundingan anggota MSU dengan pemimpin Umno hendaklah diabadikan. Pun begitu saya tidak bertanggungjawab dengan sekeping lagi gambar diterakan dalam portal berita itu yang menunjukkan Mustapa Ali berdiri bersama Chua Soi Lek. Ini di mana pula?
Dan kepada seorang pengomen blog saya yang minta saya agar memohon maaf kepada Nik Zawawi kerana gambar itu sudah dijelaskan ia tidak berbangkit sama sekali. Tidak perlu saya memohon maaf kepada sesiapa kerana menyiar dan meminta penjelasan mengenai foto itu atau apa-apa isu adalah tanggungjawab saya sebagai penulis.
Dan kalau tidak ada kerja gila saya ini anda semua tidak dapat mengetahui apa yang sebenarnya dan terus berputar dengan dakwaan palsu sepanjang masa. Apabila Zawawi menjelaskan maka kita tahulah duduk perkara sebenarnya. Menyiar dan mendapat penjelasan foto itu yang menjadi isu adalah tugas saya yang tidak diarah oleh sesiapa pun melainkan ia adalah tanggungjawanb jihad saya. [wm.kl.4:57 pm 21/02/13]
Saya sertakan contoh sikap pengomen dalam blog saya. Nilai dan kajilah sendiri. Buah cempedak di luar pagar, apa nak dikatakan, hehe.
Hari ini telah dispekulasikan sebagai hari pembubaran Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ramai telah menghubungi saya samada berita itu benar atau tidak. Jawapan saya standard, "saya tidak tahu, tanya Najib atau Rosmah" Siapa kita untuk mengetahui perkara penting itu. Terpenting bagi kita ialah dengan memberikan perimbangan serta berfikir sejenak sebelum memangkah semasa dalam bilik mengundi itu nanti.
Bagi saya samada pembubaran itu dilakukan pada hari ini tidak penting. Yang penting kita sudah bersedia untuk melakukan yang terbaik untuk negara kita. Kita jangan tertipu dengan dakyah karut yang kita ikuti selama ini. Di negara ini kita boleh mengundi sesiapa sahaja dan tidak seperti apa yang di dakyahkan yang negara kita ini hanya selamat jika UMNO memerintah. Sememangnya pimpinan UMNO sedang mendagu dan merayu supaya diberikan peluang sepenggal lagi seperti yang di minta oleh Najib di Kuching semalam.
Najib merayu untuk BN di berikan sepenggal lagi seolah BN telah memerintah hanya sepenggal yang lalu. Beliau terus merayu agar diberikan sepenggal lagi walaupun telah di beri peluang sejak merdeka dahulu memerintah negara ini. Sepatutnya yang merayu untuk meminta sepenggal itu adalah pihak pembangkang bukannya pihak kerajaan. Tetapi tidak mengapalah, kerana rakyat ramai yang membuat keputusan samada untuk memberikan BN sepenggal lagi walaupun telah berpenggal-penggal mentadbir kita.
Sebenarnya Najib masih belum berkeyakinan untuk membubarkan Parlimen, tetapi oleh kerana penggal Parlimen sudah sampai ke penghujung nya maka beliau akan terpaksa membubarkannya juga atau di biarkan sahaja penggal ini terbubar dengan sendirinya pada 28hb April nanti. Itu tidak ada apa-apa salahnya jika Najib memilih untuk berbuat demikian.
Tidak ada sebab untuk Najib tergesa-gesa untuk membubarkan Parlimen itu sedangkan jika beliau membubarkan Parlimen pada hari ini Najib tetap mencatat rekod seorang Perdana Menteri yang tidak di pilih oleh rakyat. Persepsi itu tidak dapat di hilangkan jika Najib membubarkan Parlimen hari ini atau besok. Sudah alang-alang tunggu sahaja sampai penghujung bulan April nanti.
Tindakan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tidak juga menjadi kesalahan kerana sebagai sebuah negara Persekutuan, Dewan Legislatif Negeri itu adalah hak negeri untuk menentukan tarikh pilihanraya bagi kawasan-kawasan Undangan Negeri nya. Jangan kita persoalkan tindakan itu kerana ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negeri Selangor dan Persekutuan kita. UMNO tidak payah sibuk dengan urusan kerajaan Negeri Selangor kerana UMNO sudah di tolak oleh rakyat Selangor.
Kerja dan tugas UMNO yang penting sekali sekarang ialah untuk menentukan yang mereka melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang negara. UMNO sendiri mempunyai masalah besar. Biarkan PAS, DAP serta PKR dengan urusan mereka kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk mempastikan perancangan untuk melakukan perbezaan dengan BN jika mereka di beri peluang untuk mentadbir Putrajaya selepas PRU ini.
Tidak salah untuk UMNO bertahan, tetapi untuk bertahan UMNO sendiri tidak berkeyakinan. Ramai di antara pemimpin mereka menzahirkan perasaan mereka kepada saya sehari dua ini. UMNO mempunyai banyak 'factions' dan mempunyai 'warlords' mereka termasuk Dr Mahathir sendiri. UMNO sedang menghadapi tekanan dari rakyat dan dalam pada menguruskan tekanan rakyat itu, parti itu sendiri wujud tekan menekan sesama sendiri.
Puak Dr Mahathir memberikan sokongan kepada Muhyiddin dan jika boleh mereka mahukan Najib berhenti untuk memberikan Muhyiddin peluang menerajui PRU ke13 ini. Serba salah puak Mahathir ini nampaknya. Begitu juga puak Muhyiddin. Kalau hendak berkeras untuk menekan Najib, pilihanraya sudah hampir dan akan menjejaskan keputusannya nanti. Tidak berkeras pun tidak boleh kerana UMNO sedang dalam keadaan telur di hujung tanduk.
Satu isu yang terbesar akan mereka (UMNO) hadapi ialah masalah calon pilihanraya untuk UMNO dan BN. Jika Najib biarkan Muhyiddin menentukan calon UMNO ia serupa lah memberikan parang tajam kepada Muhyiddin untuk Timbalannya itu gunakan untuk memenggal politik Najib seperti yang di kehendaki oleh Mahathir. Setakat yang saya tahu sudah berbelas Ketua Bahagian yang dulunya adalah pengikut totok Najib dengan senyap-senyap telah berpihak kepada Muhyiddin.
Tidak tahu lah kita samada Najib maklum tentang perkara ini tetapi yang pastinya mereka sudah hilang keyakinan terhadap Najib. Mereka ingin bergantung kepada dahan yang baru tetapi tidak tahulah kita samada mereka terasa bahawa dahan yang baru ini pun akan tumbang bersama pokok besarnya (UMNO) dalam pilihanraya nanti. Bagi UMNO, parti ini sudah sampai ke persimpangan.
UMNO tidak mempunyai jalan selain dari mengakui kesulitan mereka dalam pilihanraya kali ini. Itu pun tidak mengapa kerana dalam demokrasi sememangnya UMNO boleh di jatuhkan seperti yang di alami oleh mana-mana parti di dalam mana-mana negara demokrasi. Tetapi UMNO tidak rela menghadapi kekalahan kerana masing-masing 'warlords' dalam UMNO itu mempuyai rekod buruk masing-masing yang mereka takutkan jika parti itu tidak berkuasa lagi.
Mahathir tersangat takut jika Pakatan Rakyat menang dan Anwar menjadi Perdana Menteri. Mahathir bukan sedikit masalah yang beliau lakukan terhadap diri beliau sendiri semasa memegang kuasa dahulu. Itulah yang menyebabkan beliau bermatian menegakkan benang basah UMNO hari ini. Najib pun begitu. Beliau takut jika Pakatan menang dan terpaksa menghadapi Anwar jika Pakatan menang.
Jika UMNO menang dengan tipis sekali pun, Najib terpaksa menghadapi hari akhir kepimpinan beliau dan ini juga menakutkan beliau sendiri. Apa kah Muhyiddin mampu untuk tidak mengambil tindakan terhadap Najib jika beliau mengambil alih kuasa? Najib tahu dalam UMNO tiada siapa yang mempunyai 'allegiance' terhadap pemimpin yang mereka sokong sebelumnya. Najib akan menangis kesaorangan. Itu sudah banyak berlaku dalam UMNO kerana setiap pemimpin dalam UMNO itu adalah pimpinan yang lemah dan mereka hanya di ikuti oleh mereka yang berkepentingan peribadi. Semua mereka itu akan mengikut dan bersama-sama mengutuk pimpinan yang telah pergi yang pernah mereka dukung dahulu.
UMNO sudah tidak ada lagi pemimpin yang 'magnanimous' seperti dahulu. Dendam mendendam sudah menjadi amalan mereka. Kata perpatah Melayu, 'mati ayam mati tungau' Berhenti sahaja Najib maka Najib akan terpaksa menghadapi zaman gelap beliau sampai akhir hayat.
Najib sekarang memang tidak boleh bertahan lagi. Hanya jika beliau ada sedikit kemampuan untuk berfikir sahaja boleh menyelamatkan beliau dari menghadapi zaman gelap beliau nanti. Hakikatnya Najib akan lebih selamat jika pembangkang mendapat mandat dari orang lain dalam UMNO itu mengambil alih kepimpinan beliau.
Najib tahu Mahathir tidak akan membela beliau dan Muhyiddin jauh sekali untuk melakukannya. Apa tah lagi jika UMNO yang sekarang mempunyai kecenderungan untuk tewas dalam pilihanraya kali ini bersama parti komponennya MCA dan MIC yang sudah pasti akan tewas kali ini.
Perarakan tahunan Chingay di Johor - yang telah diisytiharkan sebagai warisan budaya negara tahun lalu - telah mencetuskan perdebatan hangat kerana pesertanya dilarang memakai baju-T BERSIH dan anti-Lynas dalam perarakan tahun ini.
Chingay, yang lebih dikenali sebagai Perarakan Dewa, adalah anjuran Kuil Kuno Johor setiap tahun, dan tahun ini pada 27 Februari.
Pengerusi jawatankuasa kuil tersebut, Lim Kang Yong, dalam satu sidang akhbar semalam, mengisytiharkan larangan tersebut, dan mengundang kritikan meluas warga siber serta mencetuskan perdebatan panas terutamanya di kalangan masyarakat Cina Johor.
Ketika dihubungi hari ini, Lim mempertahankan larangan tersebut dengan berkata jawatankuasa itu tidak mahu sesiapa pun mensabotajnya atau mengiklankan tuntutan mereka semasa perarakan perayaan itu.
"Jika sesiapa didapati memakai baju selain baju pasukan Chingay, kami akan meminta mereka beredar. Jika mereka enggan, kita akan mendapatkan bantuan polis," katanya.
Beliau berkata walaupun garis panduan berpakaian itu hanya untuk pasukan perarakan, tetapi pihak penganjur berharap orang ramai yang ingin menghadiri acara itu, juga boleh mengikuti nasihat tersebut.
"Tahun lepas, kami juga menerima maklumat bahawa sekumpulan peserta mahu memakai baju seperti itu, tetapi kami berjaya memujuk mereka supaya tidak berbuat demikian melalui satu saluran khas.
"Ini adalah hanya satu perarakan dewa-dewa, kita harus mengelak sebarang unsur politik," katanya.
Sambil melabelkan pengkritik di internet itu sebagai 'cybertroopers Pakatan', Lim berkata beliau tidak kisah dengan komen-komen negatif.
"Kita tidak mahu sesiapa pun mensabotaj perarakan kami atau datang ke sini untuk buat iklan," katanya.
GEORGETOWN - Pihak polis menyelamatkan 21 lagi bayi dan kanak-kanak yang dijual melalui sindiket dalam Operasi Pintas Sayang 2 yang dilancarkan malam tadi.
Seramai 43 individu turut ditahan.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata operasi yang merupakan susulan Op Pintas Sayang 1 itu turut dijalankan di Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.
"Serbuan ini dilancarkan serentak pada pukul 11 malam tadi dan pihak polis Pulau Pinang telah berjaya menyelamatkan 10 bayi lelaki dan 11 bayi perempuan berusia antara satu bulan dan sembilan tahun.
"Kita juga telah menahan 20 lelaki dan 23 wanita termasuk dua wanita warga asing yang berumur dalam lingkungan 27 hingga 57 tahun," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata beberapa bayi dipercayai telah dibawa keluar ke negara jiran dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Abdul Rahim berkata 43 individu itu adalah pembeli yang membeli kanak-kanak tersebut melalui sindiket dan mereka terdiri daripada usahawan, jurutera dan pensyarah.
"Ini adalah keluarga-keluarga yang tidak ada anak. Bila tidak ada anak mereka berusaha untuk mendapatkan anak," katanya.
Beliau berkata kesemua tangkapan akan direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 dan usaha mengesan mangsa yang lain masih lagi diteruskan.
Katanya polis juga akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menempatkan kesemua bayi dan kanak-kanak terbabit di rumah perlindungan yang telah dikhaskan.
Bulan lepas, polis membongkar sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang bergerak aktif di negeri ini, Kedah dan Perak apabila menahan 33 individu dan menyelamatkan lapan bayi serta seorang kanak-kanak.
Sindiket yang aktif sejak tahun 2009 itu didapati menawarkan wang tunai antara RM2,500 dan RM4,500 kepada wanita asing yang melahirkan anak luar nikah serta mereka yang kesempitan wang dan mahu menjual anak mereka. - Bernama
KUALA LUMPUR - DAP bercadang mahu bertanding lebih 150 kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang dengan kempen perbelanjaan dianggarkan RM15 juta.
Timbalan Pengerusinya Tan Kok Wai berkata senarai calon parti itu sedang dimuktamadkan dan akan diumumkan selepas pembubaran Parlimen.
Beliau berkata parti itu akan mengumumkan manifesto pilihan raya, Isnin ini, di venue yang belum ditentukan.
Tan, yang juga Pengerusi Biro Pilihanraya Kebangsaan DAP, berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran kempen mengutip dana parti itu di sini, hari ini.
Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun akan dipertandingkan pada PRU-13.
Pada PRU 2008, DAP bertanding 49 kerusi Parlimen dan 102 kerusi Dun dan memenangi 28 kerusi Parlimen dan 63 kerusi Dun.- Bernama
Sekarang tektik UMNO untuk mendapatkan 'mileage' politik sangat rendah tarafnya dan memalukan. Akhir-akhir ini satu 'trend' lama yang diperbaharui sedang berlaku, iaitu menunjukkan dalam berita dan buletin utama TV3 tentang pengisytiharan ahli-ahli PAS menyertai UMNO. Hampir setiap malam ia dilakukan oleh media perdana negara. Apabila saya melihat isu ini dilakonkan melalui TV3 dan saluran TV media perdana yang lain saya teringat semasa UMNO melakukan perang psikologi terhadap Parti Melayu Semangat 46 dahulu.
Semasa itu setiap malam kita menyaksikan kemasukkan ahli-ahli Semangat 46 dalam UMNO. Parti S46 hanya mempunyai 350,000 ahli tetapi kalau dikira jumlah ahli S46 keluar parti yang disiarkan oleh TV3 itu melebihi 1 juta orang. Tektik ini tektik lama tetapi masih digunapakai oleh UMNO yang begitu terdesak dengan gerakan rakyat seluruh negara untuk menyaksikan perubahan dalam kepimpinan negara.
Saya masih teringat cerita penyampai berita TV yang saya kenali semasa itu. Pada zaman itu pembaca berita selalunya merupakan seorang wartawan berita dalam masa yang sama. Oleh itu mereka tahu hal keadaan sebenarnya. Pembaca berita ini telah menelefon memberi tahu saya yang beliau akan membaca berita mengenai kemasukan 150 orang ahli Parti S46 ke dalam UMNO sedangkan sebenarnya hanya 10 orang sahaja yang berbuat demikian. "Semuanya bohong bro!" katanya.
Saya pun menjawab sambil berseloroh, "Tak apalah. Tapi kalau boleh semasa kau baca berita bohong itu, kau kenyit-kenyitlah mata kau tu. Orang yang menontonnya akan fahamlah yang kau baca itu berita bohong." Dia tidak menjawab hanya ketawa berdekah-dekah sahaja.
Sesungguhnya inilah cara 'desperado' UMNO selama ini. Tetapi mereka tidak menyedari satu perkara yang saya selalu menulis tentangnya. Dalam pilihanraya kali ini berjuta ahli-ahli UMNO akan keluar parti semasa berada di dalam peti undi nanti. Ia telah berlaku dalam pilihanraya yang lalu dalam mana lebih dari sejuta ahli-ahli UMNO telah memangkah simbol Pakatan Rakyat, dan ia akan berlaku dengan lebih hebat sekali. UMNO tahu ini akan berlaku lagi kali ini.
Itulah sebabnya Dr Mahathir meminta setiap pemimpin-pemimpin bahagian seluruh negara berikrar di hadapan beliau yang mereka tidak akan melakukan sabotaj terhadap UMNO itu. Dr Mahathir tahu perkara ini akan berlaku dan beliau faham dengan sedalam-dalamnya isu ini kerana beliau merupakan pensabotaj UMNO yang paling terkenal. Mahathir merupakan pensabotaj UMNO yang paling hebat kerana perkara itu dilakukannya dalam pilihanraya yang lalu.
Kalau Mahathir, seorang yang telah diangkat begitu tinggi oleh partinya sanggup mensabotaj UMNO itu, apa yang boleh menahan ahli-ahli biasa yang tidak mendapat apa-apa kepentingan untuk melakukan sabotaj terhadap UMNO itu? Kalau bapa sudah kencing berdiri, apa yang boleh menahan anak-anak tidak kencing dan berak sambil berlari?
Isu ini sebenarnya isu besar. Contohnya di Negri Sembilan sahajalah. Pengerusi Perhubungannya tidak mendapat sokongan dari kebanyakan atau hampir keseluruhan Ketua-Ketua Bahagian dalam Negeri itu. Mohammad Hasan sememangnya tidak boleh menjaga UMNO NS itu, tetapi entah kenapa beliau masih berada di sana. Saya tidak tahu apakah jampi serapah yang beliau lakukan kerana beliau masih mengetuai UMNO di negeri adat itu.
Tetapi jika diketepikan Mohammad Hasan siapa pula yang hendak mengambil alih tempat beliau? Itu pun merupakan satu persoalan besar juga. Di NS semua pemimpin yang berkebolehan tidak mendapat tempat kerana permainan Ketua Perhubungan yang takut pada bayang-bayang. Isa Samad, semasa menjadi Menteri Besar, hanya mengumpulkan rakan-rakan guru sekolah beliau sahaja untuk menjadi EXCO kerana mereka pandai menggeli pundi-pundi beliau (Isa).
Puluhan orang yang berkebolehan diketepikannya kerana takut kepada bayang-bayang. Semua yang berkebolehan mati begitu sahaja. Isa pun seperti Dr Mahathir juga, takut kepada orang yang beliau anggap akan menjatuhkan beliau. Itu sebab di semua peringkat dalam UMNO itu tidak ada lagi kepimpinan.
Akhirnya Dr Mahathir sendiri mengakui yang UMNO sudah busuk sampai ke ususnya, tetapi sejak kebelakangan ini beliau masih menyokong parti yang beliau anggap sudah busuk sampai ke situ. Itu sebabnya Dr Mahathir tidak boleh dijadikan ikutan kerana beliau seperti Ibrahim Ali, akan menyelekoh dengan tiba-tiba dalam hal politik ini. Mungkin itulah sebabnya Dr Mahathir dengan Ibrahim Ali, itu mempunyai 'chemistry' yang baik dan secocok serta saling menyandar di antara satu dengan yang lain.
Setelah Isa digantikan oleh Mohammad Hasan, orang ramai ingat akan berlaku peningkatan mentaliti dalam UMNO itu kerana semasa Mohammad mula-mula menjadi MB ramai orang Negeri Sembilan beranggapan yang beliau itu adalah pemimpin yang turun dari langit ketujuh. Tetapi akhirnya keadaan di negeri itu lebih teruk dari apa yang UMNO alami semasa Isa menjadi Menteri Besar dahulu. Lagi rendah kredibiliti wakil rakyat di negeri itu, mereka itu jugalah yang sedang dipertahankan oleh Mohammad. Kerana apa? Kerana rasa rendah diri beliau dan takut kepada bayang-bayang sendiri.
Sekarang ini tinggallah pemimpin-peimpin yang pucat-pucat, seperti orang yang bercacing 'kerawit', untuk memimpin negeri itu. Itu sebabnya orang Melayu di Negeri Sembilan lebih mengenali Taufek, ADUN tunggal PAS, di sana dan ramai orang-orang Melayu UMNO akan berpindah randah di dalam peti undi nanti.
Lama juga saya berada dalam parti itu dahulu dan saya tahu apa yang sedang berlaku. Mungkin saya tidak tahu apa yang berlaku di kalangan pemimpin-pemimpinnya tetapi saya dapat merasakan yang ahli-ahli biasa dalam UMNO itu sudah lumpuh semangat nya dan tidak berdaya untuk mempertahankan arus perubahan di kalangan rakyat yang ramai. Siapa yang hendak menidakkan pandangan saya ini, mereka boleh berbuat sekendak hati mereka. Tetapi hakikatnya UMNO sudah lumpuh kerana pimpinan UMNO telah membunuh benih-benih kepimpinan sebegitu lama bukan sahaja di NS tetapi di seluruh negara.
Sekarang UMNO hanya tinggal dari kalangan yang 'buta mata hati' tentang politik dan siasah. Tetapi oleh kerana semuanya dalam kategori yang sama mereka menganggap mereka yang menentang seperti saya ini sebagai pengkhianat kepada negara.
Sesungguhnya pengkhianat itu akan menganggap semua yang lain itu pengkhianat seperti mereka juga. Apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Sampailah masanya UMNO itu duduk di petak pembangkang untuk mendapatkan masa bagi melakukan perubahan dalamannya.
Kalau orang besar-besar macam Dr Mahathir boleh beralih-alih perjuangannya kenapa pula orang biasa seperti kita ini takut untuk melakukan seperti apa yang beliau telah lakukan itu?
Dalam pilihanraya dulu beliau minta rakyat memilih calon, tetapi sekarang beliau meminta orang memilih parti pula. Dia ingat orang ramai ini siapa? Beliau mesti ingat pengundi-pengundi sekarang terdiri dari manusia yang berfikir, bukannnya haiwan belaan yang boleh dicucuk hidungnya.
KUALA LUMPUR — Keputusan P Balasubramaniam untuk kembali ke Malaysia hujung minggu ini untuk menetap secara terus adalah untuk membantu kempen Pakatan Rakyat (PR) bagi menawan Putrajaya pada Pilihan Raya 2013, kata peguamnya Americk Singh Sidhu hari ini.
Peguam itu berkata Balasubramaniam atau "PI Bala" (gambar), yang terkenal berikutan pendedahannya tentang pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006, dan membuat keputusan untuk keluar dari persembunyian dan menyertai kempen pilihan raya PR.
"Beliau mahu membantu kempen untuk pembangkang," kata Americk kepada The Malaysian Insider mengenai kepulangan semula Balasubramaniam.
"Beliau mahu bersama-sama rakyat Malaysia untuk memastikan perubahan dalam kerajaan, yang lama ditunggu-tunggu," katanya lagi.
Dalam temubual email eksklusif disiarkan Malaysiakini hari ini, Balasubramaniam mengesahkan beliau akan pulang Ahad ini dan berharap PR akan berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.
Tetapi Americk bimbang tentang keselamatan Balasubramaniam, dan berkata pihak imigresen tidak menyekat beliau untuk masuk ke negara ini.
"Mereka mungkin akan menghantar beliau ke Australia, mungkin?" kata peguam tersebut dengan nada bergurau, merujuk kepada pengusiran senator Australia Nick Xenophon yang diusir pulang kerana dianggap sebagai "ancaman keselamatan" kepada Malaysia.
"Tetapi saya fikir ia seharusnya tidak ada masalah. Beliau (Balasubramaniam) adalah warganegara Malaysia, mempunyai pasport Malaysia dan hanya mahu pulang ke negaranya.
"Beliau bukan penjenayah atau bankrap, beliau cuma rakyat biasa yang mempunyai hak untuk berada di negara ini," katanya lagi.
Apabila ditanya sama ada timbul kebimbangan keselamatan Balasubramaniam di tempat awam, Americk berkata tidak ada sebab untuk beliau bergerak secara bebas.
"Saya tak fikir sesiapa akan menyerangnya. Dia tak menyakiti sesiapa," katanya lagi.
Beliau mengesahkan Balasubramaniam akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 6 petang Ahad ini.
Bekas penyiasat peribadi itu mula mendapat perhatian pada 2008 selepas dakwaan beliau terhadap beberapa personaliti tertinggi kerajaan persekutuan dalam akuan bersumpah (SD) terhadap pembunuhan Altantuya.
Tetapi apabila beliau menarik semula SD keesokan harinya dan menandatanganinya dimana nama-nama yang disebut dibuang, dan beliau di dalam konflik menyebabkan beliau terpaksa keluar dari negara ini.
Setahun kemudian, beliau muncul dan mendakwa SD kedua ditandatangani dalam keadaan dipaksa dan tanpa pengetahuan beliau tentang isi kandungnya.
Nama Balasubramaniam sekali lagi disebut apabila Deepak Jaikishan, peniaga permaidani kontroversi mengakui tentang perubahan SD kedua.
Deepak muncul di khalayak ramai mendedahkan peranan beliau, dan mengakui terlibat dalam mencari dua orang peguam untuk menulis SD kedua.
Beliau menamakan peguam yang didakwa sebagai Tan Sri Cecil Abraham, semasa temubual bersama akhbar parti PAS, Harakah, menyebabkan Majlis Peguam menjalankan penyiasatan sama ada peguam tersebut terlibat dalam menulis SD kedua itu.
Awal bulan ini, presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee mengesahkan Deepak enggan membantu siasatan, walaupun untuk mendedahkan nama peguam tersebut.
"Adalah malang sekali walaupun kita meminta pertolongan, Deepak Jaikishan tidak mahu membantu dalam semua pertanyaan kita sehingga 16 Mac 2013 dan sehingga kini tiada seorang pun yang mahu membantu kami menyiasat dan memberi fakta relevan mengenai isu tersebut.
"Apabila dihubungi di telefon, Lim berkata Deepak hanya berkata "hanya mahu berurusan dengan presiden Majlis Peguam baru" yang akan memegang jawatan tersebut pada 16 Mac.
Bentuk sesuatu yang akan datang? Fail gambar Wikipedia kereta api China kelajuan tinggi.
KUALA LUMPUR — Kerajaan negeri Johor dan jutawan logistik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary akan bersaing bagi merebut projek keretapi laju yang menghubungkan antara bandar Kuala Lumpur dan Singapura yang dianggar bernilai bilion ringgit, lapor akhbar The Edge Financial Daily hari ini.
Menurut The Edge, YTL Corp Bhd dan Hartasuma Sdn Bhd juga antara senarai nama yang akan membida untuk mendapatkan projek tersebut yang dikatakan berjumlah RM20 bilion ke RM30 bilion.
Hartasuma yang diasaskan oleh bekas ahli lembaga pengarah Lebuhraya Plus, Tan Sri Ravindran Menon dijangka akan bekerjasama dengan syarikat yang tersenarai di Bursa iaitu UEM Land Holdings Bhd jika berjaya dalam bidaan untuk mendapatkan projek itu, kata akhbar peniagaan itu lagi.
Firma kejuruteraan tersebut menyatakan dalam laman rasminya ia mempunyai tumpuan khusus terhadap infrastruktur pengangkutan dan utiliti, selain beberapa bidang lain.
Pengarah urusan YTL Corp Tan Sri Francis Yeoh pada 2006 telah mencadangkan rangkaian keretapi laju Malaysia-Singapura (HSR) kepada kerajaan, tetapi cadangan tersebut telah diketepikan ekoran projek tersebut melibatkan kos yang tinggi.
Syarikat itu sebelum ini membina rangkaian keretapi laju sepanjang 57km yang menghubungkan KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan kini memiliki separuh daripada syarikat yang memegang konsesi 60 tahun keatasnya.
Kerajaan negeri Johor juga bakal menubuhkan kerjasama jika berjaya membida projek HSR yang akan melalui selatan negeri, lapor The Edge yang memetik kata daripada eksekutif industri.
Syed Mokhtar telahpun memiliki beberapa pelabuhan menerusi MMC Corp Bhd, termasuklah Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor serta dilaporkan sedang mengintai untuk mengambilalih syarikat keretapi negara KTM. MMC Corp ketika ini sedang dalam kerjasama dengan Gamuda Bhd dalam projek Mass Rapid Transit (MRT), projek keretapi terbesar di Lembah Klang yang dijangka siap pada 2017.
Kedua-dua syarikat tersebut juga bekerjasama dalam pembinaan projek keretapi eleketrik berkembar sejauh 329km yang menghubungkan antara Perak dan Perlis yang dijangka siap pada tahun ini.
Namun, ia masih samar-samar sama ada syarikat Syed Mokhtar akan membida projek ini, kata The Edge.
Selasa lalu, rangkaian HSR telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong selepas mengadakan pertemuan empat mata dan perbincangan dua hala sempena sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura di Singapura dan dijangkan siap menjelang tahun 2020.
Menurut Najib, projek tersebut akan dilaksanakan menerusi kerjasama swasta-awam "dengan penyertaan kerajaan yang kuat", akan menjimatkan tempoh perjalanan antara kedua-dua bandar kepada 90 minit.
Sehari kemudiaan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata akan melonjakkan pembangunan di sepanjang laluan dan stesen.
Berdasarkan kajian awal, beliau berkata, lima stesen kereta api baru akan dibina iaitu di Seremban (Negeri Sembilan); Ayer Keroh (Melaka); dan Muar, Batu Pahat serta Iskandar Johor (Johor) menuju ke arah ke Singapura.
Berdasarkan semakan laporan berita Astro Awani sebentar tadi, Kerajaan Malaysia Kerajaan sedia menambah jumlah peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan syarat…
Syaratnya ialah rakyat bersetuju supaya mengurangkan subsidi gula yang ditanggung kerajaan ketika ini. Berdasarkan rekod kenyataan yang dikemukakan Muhyiddin ketika ini kerajaan sedang menanggung RM456 juta setahun melibatkan subsidi gula sebanyak 34 sen bagi setiap kilogram.
"Kalau boleh kurang subsidi gula atau mana yang tak penting boleh bagi BR1M lagi banyak," kata Tan sri Muhyiddin
Setakat ini, sudah lima kali harga gula naik sejak tahun 2010 :
4 Disember 2010 : RM2.05 (Harga gula meningkat 20 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM283.5 juta)
10 Mei 2011 : RM2.30 (Harga gula meningkat 25 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta) (KLIK SINI)
29 September 2012 : RM2.30 (Subsidi kerajaan dikurang 20 sen) (KLIK SINI)
Adakah bakal naik lagi buat kali keenam selepas Pilihanraya Umum ke 13?
Setakat ini sudah kedengaran semula kempen-kempem kesihatan supaya penggunaan gula dikalangan rakyat Malaysia dikurangkan bagi mengelakkan penyakit. Jika anda diberikan pilihan antara BR1M dengan subsidi gula dikekalkan?
PUTRAJAYA— Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai ini bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Tarikh rayuan tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, N. Kanageswari semasa pengurusan kes tersebut di hadapan beliau hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin hadir bagi pihak pendakwaan manakala Anwar diwakili oleh peguam Zaleha Al-Hayat.
Noorin memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 26 April ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan kedua-dua pihak memuktamadkan nota prosiding.
Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Anwar, 65, yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. — Bernama
KUALA LUMPUR — Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau yang menyuarakan secara terbuka krisis dengan Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, berhubung perebutan kerusi Parlimen Gelang Patah tidak akan dikenakan tindakan disiplin, kata Timbalan Pengerusi Biro Pilihan Raya DAP Tan Kok Wai.
Tan (gambar) ketika menjelaskan perkara itu kepada pemberita hari ini berkata, tindakan yang diambil Dr Boo hanyalah menyuarakan perasaannya, tiada kena mengena dengan disiplin.
"Tidak perlu ... Ia hanya luahan perasaan bukannya melibatkan disiplin," kata Tan kepada pemberita.
Ahli Parlimen Cheras itu turut berkata, beliau yakin akan ada "kesudahan yang menggembirakan" antara dua tokoh politik Johor berkenaan memandangkan mereka berdua menyatakan kesediaan untuk berdamai.
"Kedua-dua pihak telah menyatakan kesediaan untuk kembali berdamai," kata Tan.
Dr Boo dan pengerusi PKR Johor sebelum ini bertelagah berikutan perebutan kerusi Parlimen Gelang Patah, dan pertelagahan itu turut tersebar secara terbuka apabila ketua DAP Johor itu mengeluarkan kenyataan kepada media.
Pengerusi DAP Johor itu sebelum ini telah bersetuju untuk menyelesaikan kemelut perebutan kerusi di negeri berkenaan mengikut saluran dalaman, sambil mengganggap kontroversi yang melanda kedua-dua parti komponen utama PR itu telah tamat.
Beliau turut memberi keyakinan kepimpinan PR mampu mencari kata sepakat dalam menyelesaikan kemelut melibatkan isu perebutan kerusi di Gelang Patah yang dibangkitkannya sebelum ini.
"Saya setuju dengan nasihat dan arahan setiausaha agung (Lim Guan Eng) segala perbezaan mempunyai jalan penyelesaian secara dalaman," kata Dr Boo hari ini.
"Saya mahu berterima kasih kepada Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Tan Kok Wai atas nasihat mereka, sokongan dan memahami kenyataan yang saya luahkan tentang hubungan PR di Johor."
Pada 18 Februari lalu, Dr Boo secara terbuka menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan bagi menyelesaikan kemelut perebutan kerusi di negeri Johor serta menyatakan tidak yakin dengan kepimpinan PKR negeri yang dipimpin Dr Chua.
Dr Boo dilihat tidak berpuas hati dengan ketua PKR Johor tersebut selepas secara terbuka menyatakan langkah DAP berhasrat mahu meletak ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong bertanding di Gelang Patah sebagai tidak matang.
Tambah Dr Boo tujuan kritikan tersebut bukan untuk memburukkan gabungan parti dalam PR tetapi sebaliknya mengingati sesama sendiri dalam PR supaya tidak terlalu yakin untuk memenangi kerusi di Johor sehingga mengabaikan permuafakatan antara DAP, PAS dan PKR.
Beliau turut berkata PR di Johor tidak berhadapan sebarang masalah dalam menyelesaikan masalah kerusi sehinggalah Dr Chua menyertai mereka pada 2009.
Dr Boo turut mengkritik langkah bekas menteri kesihatan tersebut yang mengumumkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah walaupun pembahagian kerusi masih dalam perundingan serta menasihatkan Dr Chua supaya tidak membawa budaya politik MCA ke dalam PR.
Ekoran kritikan secara terbuka itu, Karpal kemudiannya berkata DAP akan melancarkan satu siasatan bagi mengesahkan tuduhan tersebut dan mencari mereka yang bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.
Walaubagaimanapun, Lim kemudiaannya telah mengarahkan Dr Boo dan Dr Chua supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan kepada umum selepas berbincang dengan Anwar menerusi telefon dan menegaskan sebarang masalah berkaitan perebutan kerusi perlu berunding dengan pemimpin tertinggi kedua-dua parti sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Lim juga berkata perkara tersebut akan menguntungkan Barisan Nasional (BN) yang menjadikan isu tersebut sebagai kempen pilihan raya nanti.
KUALA LUMPUR — S Vell Paari memberitahu presiden MIC agar mengambil tindakan ke atas Datuk Dr Ridhuan Tee kerana menghina agama Hindu, atau pengarah strategi parti tersebut akan meminta golongan India mengundi menentang Barisan Nasional (BN).
Dalam surat terbuka kepada presiden parti Datuk Seri G Palanivel, Vell Paari (gambar) berkata isu ini mesti dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk bertindak ke atas pendakwah Islam itu, dan juga presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.
"Jika tiada tindakan ke atas Ridhuan dan Ibrahim, saya akan membuat cadangan untuk menasihati masyarakat India siapa yang patut mereka undi. Saya akan gunakan platform MIC untuk mengeluarkan cadangan saya.
"Satu cara bagi anda (Palanivel) untuk menghentikan saya ialah memecat saya, bola di dalam gelanggang anda," kata surat Vell Paari, yang dipetik dari portal berita freemalaysiatoday.com
Vell Paari adalah anak kepada bekas presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, yang bersara selepas pilihan raya 2008 dan menyerahkan jawatan tersebut pada Palanivel.
Pemuda MIC itu membuat laporan polis Rabu lalu mengenai kenyataan Tee dalam akhbar harian Sinar Harian, yang bertajuk 'Kesabaran Umat Islam Ada Had' yang diterbitkan pada Isnin.
Ketua penerangan Pemuda MIC S. Subramaniam berkata artikel tersebut bersifat "menghasut" dan "tidak sensitif" kepada penganut Hindu apabila apabila bercakap tentang filem kontroversi, Vishwaroopam, tetapi penulis menimbulkan salah faham kepada penganut Hindu.
Vell Paari berkata Tee, yang merupakan professor dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, juga memegang beberapa jawatan di peringkat kerajaan.
"Beliau kini menjawat tiga jawatan termasuk di Jabatan Perdana Menteri dan menyerang MIC, ahli di dalam kerajaan yang menggaji beliau. Ini jelas bercanggah dan bertentangan dengan konsep 1Malaysia Perdana Menteri Najib Tun Razak.
"Sebagai ahli MIC, dimana kita mewakili masyarakat India, saya tidak boleh berdiam diri dengan isu ini, yang makin kerap menjadi bahan bualan. Masyarakat juga perlu tahu apa pandangan kita," katanya lagi.
Vell Paari juga mengkritik kerana tidak ada tindakan ke atas Ibrahim, yang mahu kitab Injil yang mengandungi perkataan "Allah" dibakar.
"Dengan kontroversi berkenaan isu kalimah Allah, kenapa sehingga satu tahap perlu nak membakar kitab tersebut? Kenapa perlu jadi satu hala sahaja apabila timbul isu sensitiviti?" katanya lagi.
Vell Paari memberitahu Palanivel bahawa parti tidak boleh berdiam diri tentang isu ini, termasuk presiden MIC sebagai Menteri Kabinet yang mempunyai akses secara langsung dengan Perdana Menteri dan boleh meminta tindakan diambil secepat mungkin.
"Kalau kita terus mendiamkan diri kerana kita takut dengan sesetengah kuasa, begitu baik kita tutup kedai, dan jadikan ibu pejabat MIC sebagai restoran daun pisang," katanya lagi.
KUALA LUMPUR, — Krisis dalaman MCA ekoran perebutan calon di kerusi parlimen Pandan berlarutan apabila MCA bahagian menegaskan tiada sebarang keputusan dibuat untuk menyingkir penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat (gambar), serta pada masa sama mendedahkan mereka masih belum memutuskan tentang nama calon yang akan bertanding dikawasan tersebut pada Pilihan Raya 2013.
Pemimpin exco MCA bahagian tersebut juga menyangkal dakwaan mengatakan telah menghantar pencalonan calon muka baru Gary Lim bagi menggantikan Ong yang memenangi kawasan tersebut pada Pilihan Raya 2008 lalu.
"Sidang media ini bertujuan menjelaskan MCA bahagian Pandan tak pernah menghantar nama calon kepada kepimpinan tertinggi.
"Juga tiada sebarang mesyuarat yang memutuskan tentang calon yang akan bertanding nanti," kata Pemuda MCA Chong Sin Woo dalam satu sidang media hari ini.'
Pada hari ini juga, seramai 14 ahli jawatankuasa MCA bahagian Pandan tidak termasuk pengerusinya Datuk Eric Ong Chen Huing dan dua naib pengerusi Wong Choy dan Foo Ah Soon telah mengadakan satu mesyuarat tergempar bagi membincangkan tentang isu yang didedahkan oleh media baru-baru ini mengenai kawasan tersebut.
Mesyuarat tergempar hari ini telah dihadiri exco bahagian antaranya Timbalan Pengerusi MCA bahagian Tan Chuang Yong, Naib Pengerusi Tong Giaw, Ketua Wanita Leong Siew Kam, Setiausaha Chan Chee Peng, Naib Setiausaha Datuk Terrence Chua Cheng Huat, Bendahari Datuk Leow Kum Wah, Naib Bendahari Chang Kam Ming, Setiausaha Penganjur Chung Mun Hing, Naib Setiausaha Penganjur Lee Fook Seng serta ahli jawatankuasa lain yang terdiri daripada Chong Chee Yeon, Lee Kim Loong, Lee Cheing Fong dan Wong Chee Kheong.
KUALA LUMPUR: Atas permintaan ramai, portal berita dan maklumat Bahasa Malaysia Parti Tindakan Demokratik (DAP), Roketkini.com sekali lagi akan menganjurkan wacana ilmiah bertajuk 'Benarkah Melayu akan hilang kuasa tanpa UMNO?' yang akan diadakan di Batu Pahat, Johor.
Wacana yang akan diadakan di Hotel Crystal Inn, Batu Pahat, pada Jumaat, 22 Februari ini mulai jam 8 malam itu dijangkakan hangat dengan pelbagai isu dan kemusykilan yang bakal terjawab.
Ketua Pengarang Roketkini.com, Wan Hamidi Hamid berkata, wacana kali kedua diadakan di negeri itu membuktikan Johor bukan lagi negeri 'taboo' bagi Pakatan Rakyat (PR).
"Kita bangga kerana masyarakat Johor semakin terbuka untuk mendengar penjelasan dan pendapat selain daripada media arus perdana.
"Bagi saya ia satu perkembangan yang positif dan secara langsung menunjukkan rakyat Johor mahukan perubahan," katanya dalam satu kenyataan.
Wacana kali kedua ini membariskan beberapa panelis iaitu Ketua Pemuda DAP Johor, Tan Hong Pin, Ketua Biro Pakatan Rakyat Pemuda DAP Kebangsaan, Mazir Ibrahim dan bekas pimpinan UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohd Arif Sabri Aziz (Sakmongkol AK47).
Selain wacana ilmiah, hadirin boleh mengambil kesempatan untuk mendapatkan pelbagai jenis buku dan bacaan politik yang akan dijual.
Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program ilmiah itu dan masuk adalah percuma. – Roketkini.com
GEORGE TOWN, : UMNO memang terkenal dengan pakar pemfitnah, kali ini menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan projek pembinaan Universiti Nanyang dari China di Kampung Genting, Balik Pulau.
Mengikut laporan akhbar Berita Harian semalam bertajuk "Melayu akan lenyap jika terus leka", Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa kononnya orang Melayu di Pulau Pinang akan diusir dan terpinggir.
Dalam laporan itu, Mohamad Hasan juga berkata, "…sekarang tanah diambil untuk membina universiti bukan dari negara ini. Lama-kelamaan orang Melayu di Pulau Pinang akan mencari kawasan penempatan lain di luar Pulau Pinang dan akhirnya tiada lagi Melayu di Pulau Pinang."
Menurut Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, satu laporan polis sudah dibuat terhadap kenyataan fitnah Mohamad Hasan itu.
"Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah meluluskan apa-apa projek pembangunan yang berkaitan dengan Universiti Nanyang. Dakwaan Datuk Seri Mohamad Hasan yang disiarkan dalam Berita Harian itu adalah fitnah jahat yang tidak berasas sama sekali.
"Adalah jelas kenyataan itu semata-mata bertujuan menghasut sentimen perkauman serta menimbulkan rasa takut dan kemarahan di kalangan masyarakat Melayu terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat (PR)," ujar beliau.
Menjelaskan realiti yang berlaku, Zairil berkata, amanah orang Melayu di Pulau Pinang telah diselewengkan oleh pemimpin UMNO sendiri.
"Ia dapat dilihat dalam kes tanah di Kampung Terang, Balik Pulau. Dua pemimpin kanan UMNO negeri iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar telah membeli 10 ekar tanah yang dimiliki 31 pemilik Melayu.
"Tidak sampai empat bulan kemudian, tanah yang dibeli dengan jumlah harga RM8.6 juta itu telah dijual kepada sebuah pemaju swasta pada harga RM13.5 juta. Dengan kata lain, kedua-dua pimpinan kanan UMNO itu berjaya mengaut keuntungan "atas angin" berjumlah hampir RM5 juta ke atas pemilik Melayu terbabit. Jadi, siapakah sebenarnya yang menggadai tanah Melayu demi keuntungan peribadi?" katanya dalam satu kenyataan.
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu juga berkata, kerajaan Pulau Pinang sebaliknya sentiasa peka terhadap keperluan rakyat, khususnya dalam menangani masalah harga rumah yang tinggi.
"Sebab itu, kerajaan negeri bertekad untuk membangunkan 19,000 unit rumah mampu milik dalam masa terdekat dan baru-baru ini kerajaan negeri telah membuka pendaftaran bagi 1,320 unit rumah mampu milik di Jalan SP Chelliah, George Town dan 520 unit di Bandar Cassia, Batu Kawan," ujarnya.
Justeru itu, Zairil menegaskan sebarang dakwaan yang menuduh kerajaan PR Pulau Pinang sebagai meminggirkan mana-mana masyarakat adalah tidak benar sama sekali. – Roketkini.com
SHAH ALAM – Kerajaan negeri memutuskan semua kebenaran pembangunan berkaitan jalan raya dan prasarana persekutuan yang telah diberikan digantung buat sementara waktu, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata, langkah itu diambil susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dipasang di dua Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di Dengkil.
Katanya, pihaknya telah mengarahkan Penasihat Undang-Undang Selangor dan Jabatan Undang-Undang Majlis Perbandaran Selayang (MP Sepang) membuat semakan nota kehakiman dan memfailkan rayuan berhubung perkara itu.
"Pembangunan itu akan digantung sehingga proses rayuan selesai. Kerajaan negeri kesal dengan keputusan mahkamah hari ini (semalam) bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa terhadap struktur yang dibina di atas jalan persekutuan.
"Ini kerana kerajaan negeri merasakan, jika kita tiada hak untuk mengawal struktur (jalan raya) di semua tanah di negeri ini, kita tidak akan mampu menguruskannya dengan baik," katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi; Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Mahad dan Pengurus Besar Kumpulan PKPS, Ali Ahmad.
Semalam, Hakim Datuk Zaleha Yusuf memutuskan MP Sepang tidak mempunyai kuasa ke atas Plus dan SKVE kerana kedua-duanya berada di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan.
Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, "Kerajaan negeri juga mengarahkan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) untuk menyediakan senarai cadangan pembangunan melibatkan lebuh raya atau prasarana Transit Aliran Ringan (LRT) untuk disemak semula oleh Majlis Kerajaan Negeri bagi memastikan kepentingan rakyat Selangor terjamin.
"Kita juga akan memanggil semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyemak semua aktiviti (projek) berkaitan dengan penswastaan jalan antara kerajaan negeri dan persekutuan," katanya.
Pada 19 Disember 2012, mahkamah tinggi membenarkan pengendali kamera AES, Beta Tegap Sdn Bhd mencabar keputusan MPSepang yang difailkan 12 Disember.
Sebelum itu, MPSepang menghantar surat bertarikh 19 November tahun lalu meminta supaya syarikat itu perlu memohon kebenaran merancang untuk memasang tiang dan kamera AES di Kilometer 301.7 Lebuh Raya Plus dan KM6.6 Lebuh Raya SKVE.
TAPAH – Seorang pemandu dan penumpang sebuah bas ekspres maut dalam kemalangan membabitkan bas dan lori di Kilometer 314.3 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara) dekat sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, bas berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang lori.
Insiden berkenaan menyebabkan bahagian hadapan bas remuk teruk.
Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah termasuk di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
SUBANG JAYA - Pakatan Rakyat (PR) menyangkal dakwaan laporan Reuters yang mendakwa pencerobohan 150 orang di Lahad Datu adalah atas jemputan pihak pembangkang Malaysia.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan itu datang daripada Umno dan bukannya Reuters.
"Itu kenyataan Umno bukan Reuters, siapa yang beritahu? Itu Umno punya," katanya selepas majlis perasmian Institut Rakyat di sini, semalam.
Ketika diminta mengulas lanjut berhubung perkara itu, beliau enggan memberikan apa-apa komen lagi.
Memetik laporan Reuters bertarikh 14 Februari lalu, laporan itu mendakwa kumpulan diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram datang ke Sabah atas jemputan pihak pembangkang bagi bincangkan isu tanah.
Terdahulu, ketika berucap di majlis pelancaran Institut Rakyat dekat sini semalam, Anwar berkata, Institut Rakyat ialah badan pemikir yang mampu memberikan pandangan dalam dasar-dasar ke arah Malaysia baru.
Katanya, Institut Rakyat dibarisi oleh pakar ekonomi dan ahli akademik yang mampu memberi pandangan yang lebih jelas dan bebas.
"Institut ini mampu melahirkan sebuah perubahan di dalam politik Malaysia daripada ketakutan, ugutan dan personaliti ke arah persaingan dasar dan perdebatan.
"Institut Rakyat mempunyai visi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dengan pembangunan ekonomi mampan," katanya.
Institut Rakyat dipengerusikan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Dr Syed Husin Ali.
Empat lagi lembaga pengarahnya ialah Dr Mehrun Siraj, Dr Tan Book Kean dan Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah.
Misi Institut Rakyat adalah menjana wacana bersama dengan orang awam, masyarakat sivil, dan pembuat dasar, ahli korporat, dan sektor awam melalui bengkel perbincangan, forum, persidangan dan penerbitan kertas kerja.
Institut Rakyat ditubuhkan atas dorongan keperluan dasar-dasar yang berpandukan kefahaman mendalam mengenai pembangunan manusia, keadilan sosial, kebebasan dan peluang yang sama untuk semua rakyat Malaysia.
Antara bidang tumpuan adalah berkaitan; ekonomi dan kewangan; undang-undang, pengurusan pentadbiran dan keadilan sosial; pembangunan manusia dan kemapanan; dasar antarabangsa dan keselamatan; dan media seni dan kebudayaan.
KUCHING - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin rakyat akan menerima sesiapa sahaja yang menjadi calon Barisan nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti kerana rakyat percaya kepada dasar transformasi kerajaan yang baik.
"Saya melihat sambutan rakyat sangat menggalakkan kerana mereka sudah yakin bahawa dasar transformasi yang dibawa oleh BN boleh menguntungkan rakyat dan menjamin masa depan yang jauh lebih baik," kata perdana menteri yang juga pengerusi BN, pada sidang media selepas perjumpaan dengan pemimpin BN negeri dan Majlis Tertinggi komponen BN Sarawak di sini hari ini.
Najib, yang mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Sarawak, berkata BN harus mengambil kira penerimaan calon dalam kalangan rakyat atas faktor itu.
"Saya sudah sedikit sebanyak memutuskan tentang senarai calon. Tunggu dan lihat bila tiba waktunya nanti," katanya.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan terburu-buru dalam menentukan sama ada 'calon terus' BN akan dinamakan untuk bertanding di mana-mana 31 kawasan parlimen Sarawak.
Dengan sokongan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga pengerusi BN Sarawak, Najib percaya BN boleh membawa perubahan yang lebih besar kepada Sarawak dan memastikan rakyat mendapat dan menikmati perubahan itu.
Mengenai persiapan BN negeri menghadapi PRU-13, perdana menteri berkata pada keseluruhannya BN Sarawak telah melakukan usaha yang membawa kepada tahap persiapan yang baik bagi jenteranya.
Beliau berkata pemimpin BN juga bersemangat tinggi untuk melakukan yang terbaik dengan membawa kemenangan yang besar kepada BN pada kali ini.
"Penerimaan calon pun kita kena ambil kira supaya rakyat senang hati dengan calon yang diletak oleh BN," katanya.
Daripada 31 kerusi parlimen di Sarawak, Parti Pesaka Bersatu Bumiputera (PBB) bercadang bertanding 14 kerusi, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) lima kerusi manakala Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing enam dan empat kerusi.
Sementara itu, setiausaha BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi berkata pada perjumpaan tertutup itu, perdana menteri menasihatkan semua, tentang persiapan menghadapi PRU-13, tetapi tidak membincangkan senarai akhir calon BN Sarawak.
Dalam amanatnya, pengerusi BN meminta semua ketua parti komponen BN negeri yang hadir supaya bersedia, dan paling penting harus bersatu menghadapi pilihan raya dengan semangat satu BN, katanya kepada pemberita.
Dr Rundi berkata semua parti komponen BN Sarawak juga diminta mengumpul maklumat setepat mungkin dan menunaikan apa-apa janji yang telah diberikan pada masa lampau kerana ia sangat penting kepada rakyat.
Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom berkata parti itu bersedia bertolak ansur mengenai pengagihan kerusi atas semangat BN.
"Perdana menteri telah berkata BN Sarawak menunjukkan semangat kerjasama yang kukuh dan semua pihak cuba mengenepikan apa jua perselisihan faham atau pertelingkahan yang berlaku," katanya.
Presiden PRS Tan Sri Dr James Masing berkata isu bekas Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menyertai semula BN tidak timbul kerana telah dibatalkan pendaftarannya.- Bernama
KUALA LUMPUR- PAS hari ini melancarkan trak 'Negara Berkebajikan' yang bakal menjelajah seluruh negara bagi menyampaikan mesej PAS untuk semua.
Ia dilancarkan oleh Presieden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis ringkas di perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
Sebaik dilancarkan, trak ini bergerak untuk menjelajah utara semenanjung dengan sasaran malam ini akan berhenti di Pendang, Kedah.
Di sana, Haji Mohamad Sabu akan mula menggunakannya dalam satu majlis ceramah.
Trak berharga lebih RM100,000 ini mempunyai pentas pasang siap bersama sistem audio untuk keperluan sebarang program ceramah PAS.
Pada badannya tertulis "Negara Berkebajikan' dengan gambar tiga pemimpin utama Pakatan, Ustaz Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam suasana penuh ceria.
Pada pentasnya pula tertulis Undilah PAS, PAS for All, Negara Berkebajikan.
Pelancaran ringkas hari ini hanya dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul hadi yang memohon kepada Allah agar proses perjalanan jelajah ini selamat.
Ia diikuti dengan pembukaan pentas pada badan treler ini yang menunjukkan rekabentuk latar belakang pentas bergerak ini.
Ustaz Hadi ketika sidang media menjelaskan, trak ini akan bergerak ke seluruh negara untuk menyampaikan mesej PAS kepada rakyat umum.
"Ini satu pendekatan baru agar kempen kita lebih lancar bergerak," kata Presiden PAS itu.
Mohamad Sabu pula dalam sidang media yang sama selepas pelancaran itu berkata, kos trak ini lebih RM100,000.
Namun kesemuanya disumbangkan oleh ahli PAS dan dermawan.
"Kawan-kawan kita beli dan dermakan kepada kita," katanya kerana duit PAS berada dalam poket ahli-ahlinya.
Program pertama yang akan menggunakan trak ini adalah dalam ceramah Pakatan Rakyat di Pendang 23 Mac ini.
Di samping itu, trak ini akan berhenti dari bandar ke bandar untuk menyampaikan mesej PAS. Ketika ditanya di mana ia akan berhenti, Mohamad Sabu berkata, "Kita akan berhentia apabila sampai ke Putrajaya."-Harakahdaily
KUANTAN- Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang pernah berjanji akan potong telinga dan terjun Sungai Pahang sekiranya parlimen Bentong jatuh ke tangan DAP melaungkan kempen sifar pembangkang di negeri kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Adnan dilihat mengikut jejak bekas Menteri Besar Selangor Mohd Khir Koyo sebelum pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 yang lalu menggunakan kempen yang sama 'sifar pembangkang'.
Dipetik Bernama, Adnan berkata beliau yakin Barisan Nasional (BN) dapat menguasai semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Pahang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Tatkala rakyatnya di Bera, Temerloh dan Jengka masih merintih ketiadaan bekalan air yang konsisten dan jalan yang sempit menghubungkan antara negeri, Adnan mendakwa rakyat Pahang mahukan kemenangan mutlak BN di 14 kerusi Parlimen dan 42 kawasan Dun di Pahang.
Pada masa ini BN mempunyai 12 kerusi Parlimen dan 38 Dun.
Apakah sifar pembangkang ini akan dapat dijayakan Adnan di Pahang, termasuk Bentong, insurannya supaya telinga beliau tidak perlu digadaikan?
Rakyat Pahang bakal menentukan. Ini kerana, rakyat Selangor telah menentukan nasib Khir Toyo selepas MB Selangor itu membuat kempen sifar pembangkang di Selangor menjelang pilihan raya umum 2008 lalu.
Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru rakyat Pahang yang berada di perantauan, terutamanya anak peneroka untuk pulang mengundi dan menjadi agen penyelamat kepada Felda dan harta Melayu.
"Anak peneroka harus menjadi agen perubahan dan penyelamat Felda dan harta orang Melayu. Mereka kena balik mengundi dan pastikan maklumat mengenai penyelewengan di Felda yang ditutup di media massa sampai ke tangan ahli-ahli keluarga mereka," kata beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat. -Harakahdaily
SABAH : Dua lagi personaliti BN Sabah – bekas Menteri muda, Yapin Gimpoton dan bekas Timbalan Menteri Pusat, Datuk Ahmad Shah Tambakau menyertai KEADILAN.
Kedua-duanya – bekas ahli Berjaya, secara rasmi menyertai KEADILAN sewaktu lawatan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina 10 Februari.
Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Setiausaha KEADILAN Negeri, Roland Chia berkata, perkembangan terbaru itu merupakan rangsangan untuk Pakatan Rakyat Sabah.
"Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang menerima agenda perubahan yang lebih baik untuk Sabah dan Malaysia melalui platform Pakatan," katanya dipetik Malaysiakini.
Menurut Chia, Gimpoton pernah menyokong calon KEADILAN yang bertanding di Kadamaian – kerusi yang pernah diwakilinya pada tahun 2008.
Bagi Ahmadshah pula, Chia berkata, beliau kembali aktif dalam politik dengan memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen Keningau.
Aku teringat cerita Sanusi Junid, Menteri Pertanian ketika Mahathir jadi PM. Maka banyaklah idea gila-gila dia sampai syorkan rakyat tanam padi atas bumbung bangunan!
Satu jagi idea gilanya ialah, dia syorkan supaya lembu-lembu dipakaikan cermin mata hijau supaya lembu-lembu itu berasa lebih nikmatnya apabila memamah jerami kering yang di beri! ha! ha!
Inilah otak Umno ~ asyik nak menipu saja kerjanya. Lembu yg bodoh pun nak ditipunya juga, bukan nak diajar jadi cerdik. Maka begitulah juga dengan orang-orang Melayu yang selama ini diperlembukan oleh Umno/BN.Tidakaklah dinamakan Umno kalau tak menipu kerjanya!
Terkini, pencacai Umno/BN menjaja satu malaya, kononnya Tuan Guru Nik Aziz hina rakyat kerana mengumpamakan mereka bagai ayam dan lembu.Menyamakan mereka dengan haiwan adalah keterlaluan, kata Utusan Meloya.
Isi yang sedap-sedap korang rembat senyap-senyap ,
rakyat hanya dapat limpahan kuah di suruh bersyukur?
Perumpamaan banyak digunakan dalam kehidupan masyarakat Melayu untuk memberi teguran, nasihat dan merupakan satu kaedah sindiran secara halus.
Memang wajar sekali bila Tuan Guru Nik Aziz menggunakan kata perumpamaan haiwan ternak , tetapi oleh kerana otak Umno, maka hanya menipu sajalah tahunya.
Walhal, Allah sendiri menggunakan perumpamaan binatang sepertimonyet, anjing, babi, kayu, batu, labah-labah dan keldai terhadap manusia untuk memberi teguran, nasihat dan merupakan satu kaedah sindiran. Salah satu ayantNya :
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat kebesaran (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telingan (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seumpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (al-A'raf, 7: 179 )
Tuan Guru kata, "Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
Lalu hebohlah pencacai Umno/BN kata kononnya Tuan Guru telah menghina rakyat miskin yang menerima BR1M kerana mengumpamakan mereka macam binatang!
Perumpamaan Tuan Guru wajar sekali untuk mengingatkan rakyat supaya jgn gembira keterlaluan sangat jadi macam ayam dalam reban Umno/BN kerana hanya ditabur hampas kelapa atau padi.
Biarlah kalau boleh, rakyat mendapat yang lebih baik lagi bukan sekadar sisa-sisa hampas kelapa setelah santannya orang lain dah pulun habis.
Bukan sekadar padi sahaja, sedangkan orang lain mendapat beras yang boleh dimasak menjadi hidangan yang lebih enak!
Tuan Guru juga mengingatkan rakyat supaya jgn suka sangat macam lembu yang berada dalam kandang Umno/BN yang hanya diberikan jerami ~ rumput kering!
Bahawa nun disana, diluar kandang itu ada padang ragut dengan rumput yang menghijau subur , tentunya itu lebih enak untuk dimamah.
Dan yang paling penting sekali Tuan Guru cuba mengingatkan rakyat supaya beringat dan waspada bahawa muslihat orang yang memberi itu hanyalah bertujuan mahu menyembelih mereka kerana 'Raya' dah dekat sangat!
Walau apa pun nasihat Tuan Guru dulu tu masih lagi relevan dan masih lagi boleh diguna pakai iaitu, "Beri gula kita kacau, beri kain kita pakai, beri duit kita ambil, undi tetap PAS!"
MCA President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek poses with other Malaysian representatives. Gentleman with songkok is former Perlis Menteri Besar Dato' Seri Shahidan Kassim (UMNO). To Soi Lek's right is Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Political Secretary to PAS President at a meeting held in Phnom Penh.
Hahah..Merancau tak tentu hala Blogger pemakan dedak PR Bergaji RM3000 sebulan bila Pemimpin yang diangkat ditantang bagai minyak yang penuh belot tunjuk jari TERPACAK macam ni. Kita Berhantu jugala Jari Terpacak 1 Malaysia tew yer.. Nak baca ayat orang merayan kat sini.
Perkara seperti ini bukan suatu perkara baru bagi Puak Pakatan Pembangkang ini. Umum Tahu sebelum ini Menteri Besar Kedah yang juga orang PAS pernah ditempelak seperti dibawah.
Nasib yang Si Nasha tak payah aku nak ulas, umum dah tau. Dipecat dengan sebab yang mergukan adalah antara nasib Pemimpin Pakatan terutamanya PAS bila berbaik dengan UMNO. Itulah sudah cukup mencerminkan tahap pemikiran tarbiah hasih politik perpecahan kaum yang berjaya dimainkan DAP.
Sekarang Jom kita tengok apa yang diugut blogger cacai pemakan dedak ini:
Nafikan kabar angin Ustaz Nik Zawawi sebenarnya mole ameno dalam PAS.
Nafikan sokongan pada konsep 1Malaysia APCO, sebelum gambar Ustaz Nik Zawawi mengangkat simbol 1Malaysia itu jadi bahan kempen BN.
Katakan ustaz masih istiqamah bersama PAS, sebelum kami di grassroots yang penat dan sakit hati dimaki hamun pencacai ameno, berpaling dari ustaz.
PM bakal Umumkan tarikh Bubar Parlimen hari ini di Kelantan?
Jadi mana-mana yang ada program-program penting telah pun sepanjang tempoh di atas, boleh susunkan semula daripada sekarang ini. Manakala kalangan penganalisis politik pula menjangkakan tarikh terdekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bubar Parlimen adalah sekitar 17 hingga 28 Februari 2013 ini. Jadi sememangnya tarikh bubar parlimen 2013 tidak akan lari daripada tempoh tersebut.
Walauapapun, kami tidak kisah "apa warna" idelogi politik anda, samada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Yang penting bagi kami, tidak kira anda pengundi lama ataupun pengundi yang baru, ramai-ramai jalankan tanggungjawab anda kepada masa depan negara.
Semoga Najib Razak dan Barisan Nasional Terus Mendapat Sokongan Rakyat..
Sumber memberitahu persoalan tersebut timbul dalam satu mesyuarat tertutup antara PAS dan PKR pada Ahad selepas kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang Sabtu lalu parti Islam itu tidak teragak-agak meninggalkan PR sekiranya pakatan tersebut merugikan orang-orang Melayu dan Islam.
Pemimpin tertinggi PAS itu mengatakan 'haram' bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri," kata satu sumber PR yang tidak mahu dinamakan itu..
Kemudian seorang pemimpin tertinggi PKR menjawab, Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkatnya dan ini sudah dipersetujui oleh PAS dan DAP semenjak pilihan raya umum 1999," tambah sumber tersebut.
Menurut satu sumber lain dari PR, satu pertemuan telah dilakukan diantara pemimpin tertinggi PAS dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bagi menjemput bekas menteri kewangan itu untuk menjadi perdana menteri sekiranya PR berjaya mendapatkan majoriti kerusi parlimen selepas pilihan raya akan datang.
Pakatan perlu ingat, mereka perlu konsisten dalam isu siapa bakal perdana menteri ini. Jangan nanti rakyat nampak kita Flip-Flop," tambah sumber tersebut...
Masih belum jelas jika langkah pemimpin PAS itu disokong secara meluas dalam parti Islamis itu. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ahli parlimen parti tersebut telah menyokong Anwar selama ini.
Namun, nampaknya terdapat beberapa langkah untuk memberitahu akar umbi PAS ia adalah penting dalam PR, dan satu cara untuk menunjukkannya adalah dengan mendapatkan jawatan perdana menteri.
Walau bagaimanapun, kepercayaan seperti ini oleh PAS tidak mungkin mendapat sokongan dari DAP dan PKR yang tegas dalam menyokong Anwar sebagai perdana menteri.
Isu siapa bakal perdana menteri PR sekiranya dapat merampas Putrajaya timbul dua minggu lalu apabila dilaporkan Majlis Syura Ulama PAS dalam sebuah perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut menolak Anwar sebagai calon perdana menteri PR dan berkemungkinan melantik calon dari luar bagi menggalas jawatan tersebut.
Walau bagaimanapun Pengerusinya Nik Aziz menafikan laporan Utusan Malaysia itu dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah yang cuba dilemparkan terhadap PAS bagi melaga-lagakan parti tersebut dengan rakan sekutunya dalam PR, menurut agensi berita Bernama.
"Sesiapa yang melakukan kesalahan akan dihantar ke Penjara Sungai Buloh ... lagipun bilik saya masih kosong," katanya merujuk kepada penjara beliau dipenjarakan atas kesalahan liwat lewat pada 90an.
Salah seorang daripada hadirin petang itu turut membangkitkan soalan berkenaan bagaimana rancangan PR bagi "menguruskan jangkauan", merujuk kepada pelbagai "janji-janji" yang ditabur pembangkang bagi menarik undi menjelang PRU.
"Ia soalan yang kritikal. Betul, setiap bahagian, penganggur akan rasa mereka akan dapat kerja minggu depan, dan komuniti perniagaan akan merasakan mereka mempunyai peluang," kata Anwar.
"Ada banyak simpanan, namun ianya sukar ... saya merasakan saya sangat bertuah, dalam perbincangan dengan (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Presiden PAS) Datuk Seri Hadi Awang, (Presiden PKR) Datuk Seri Wan Azizah (Wan Ismail), ada banyak persamaan dari detik pertama, bahawa tiadanya rasuah dan pembolotan kekayaan.
"Tidak kira sama ada PKR, DAP, atau PAS ... apabila melibatkan duit ....," kata Anwar sambil menggelengkan kepalanya.
Inilah yang aku kata, setiap negara maju pastinya akan ada PENINGKATAN RASUAH. Rasuah merupakan penyakit umat. Jaminan aku, konfrem Pakatan taklan bersih sangat. Pastinya ada busuknya. Rasuh konfrem ada. Takyah nak Amarannya. Bila cakap macamni konfrem ada sebabnya. Amaran keluar kerana RASUAH telah mula menjangkitan PARTI SUCI PAKATAN PEMBANGKANG ini.
Semalam Pas lancarkan trak 'kebajikan'nya. Memang gah laa. Dulu PKR, lepas tu Dap, sekarang ni Pas pula. Perghh.. memang dahsyat. Siap ada trak untuk ceramah. Masuk kampung tak payah pakai pentas dah, ceramah atas trak saja. Hebat puak Pakatan haram ni.
Mc tak hairan kalau PKR beli trak, sebab Anwar banyak duit. Duit masa dia jadi TPM dulu, dia simpan guna nama Nurul Izzah berlambak-lambak lagi. Duit sponsor dari yahudi lagi, duit sokong Israel lagi. Banyaklah pendapatan Anwar ni.
Dap pula, duit hasil berniaga, persatuan cina berapa banyak salur kepada Dap. Itu yang cerah, persatuan gelap lagi, rumah urut, pelacuran dan pelbagai bisnes sampingan. Sebab tu Dap boleh hidup mewah. PKR dan Dap kita tak heran, lantak la duit depa memang banyak.
Tapi bila Pas beli trak, ini yang Mc fikir lama sikit. Mana datang duit Pas beli trak ni? Takkan duit Hadi Awang menabung dari kecik kot? Mat Sabu support? tak mungkin, dia sendiri makan pun tak cukup, mana mampu nak beli trak.
Mungkinkah Pas guna duit Memali yang telah lama hilang untuk beli trak ni? Atau Pas guna duit kutip Tol Kelantan yang tak buat-buat, sampai la sekarang. Mungkin juga, trak ni Pas beli dengan duit tabung ceramah seluruh Malaysia? Mungkin? atau mungkin tidak!
Siap bagi isyarat good tu.. memang dahsyat la Pak Hadi dan Mat Sabu. Ahli bawahan, siap bergolok bergadai berkempen bagi Pas menang. Ahli bawahan, beli kain, jahit bendera, pacak bendera, semua guna duit poket sendiri ,tapi dua ekor ni dok kerja perabih duit.
Lagi satu Mc sangsi, berapa harga sebenar trak 'kebajikan' Pas ni?
Mana satu betul ni? Kedua-dua yang lapor tu, portal pro tegar pembangkang. Tapi harga trak tak sama. Bukan sikit perbezaannya, RM300K dengan RM100K, jauh beza tu. Tapi setahu Mc la, trak tu bukan murah harganya. Mungkin harakah nak tipu pembacanya dengan melaporkan trak tersebut hanya RM100k. Sedangkan pada hakikat sebenar, trak tersebut berharga RM300K.
Bab tipu menipu ni biasalah Pas, sampaikan harga trak tu pun dorang nak perbodohkan ahli Pas. Mungkin kalau letak harga RM300K tu nampak tinggi sangat kot.
Apa pun Mc nak minta penjelasan, berapa harga trak tu sebenarnya? RM100K atau RM300K? Lagi satu, mana datang duit Pas beli trak ni? Takkanlah Hadi menabung dari kecik kot? he he.. sila jawab dan tolong jujur dalam menyatakan harga trak tu.
Lagi satu, perasan atau tidak. trak PKR hanya gambar PKR. Trak Dap pun sama, hanya ada gambar Dap. Tapi trak Pas, ada ketiga-ketiga muka ketua Pakatan. Apa maksud semua tu?
sumber : http://kedahkekl.blogspot.com
GHOSTWRITERZ:
"Takkanla harga RM100K jer... lori ayam 3 tan kosong jer pun 100 ribu lebey.. sekali body.. agakla nak kencing... 300K pun BOHONG!
Perkiraan aku tak kurang RM500K bagi treler siap badan macam ni, siap kelengkapan, siap iklan di badan treler semua... "
Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai 'memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu'.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.
"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
GHOSTWRITERZ : Dah jadi Haiwan 2.0 la kalu duk asyik dengar kata TokGuru Selipar ni. Hampeh!! Jalan Penyelesaian MUDAH jer. Pangkah yang bawah tew jer... hehe..
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya memberi undi kepada parti yang diyakini mampu menunaikan janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Menurut Perdana Menteri, aspek kepercayaan dalam kehidupan amat besar maknanya dan sebarang urusan antara manusia juga bermula dengan kepercayaan termasuklah sewaktu memilih kerajaan.
Sehubungan itu katanya, setiap undi tidak boleh dipersia-siakan dan perlu diletakkan nilainya berasaskan kemampuan pihak yang membuat janji.
"Kita yakin kemakmuran yang dihasratkan oleh kita, kesejahteraan yang diidamkan oleh kita akan hanya tercapai sekiranya kita memilih sebuah parti yang mampu membentuk kerajaan.
"Kerajaan itu pula adalah kerajaan yang terbukti membawa perubahan besar kepada negara yang kita sebut sebagai transformasi dan kerajaan yang apabila berjanji, janjinya ditepati," katanya dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang KPS Lama, di sini hari ini.
Yang hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.
Dalam majlis itu, Najib turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 15 penerima.
Mengulas lanjut, Najib berkata, label 'Janji Ditepati' kini sudah melekat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali gus membuatkan pembangkang berasa gelisah dengan slogan tersebut.
Katanya, kegelisahan pembangkang itu disebabkan prinsip tersebut tidak hanya menjadi slogan malah sudah dihayati, diamalkan dan dilaksanakan kerajaan BN.
Sebaliknya jelas beliau, pembangkang masih gagal menunaikan janji-janji yang dibuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 di empat buah negeri yang dikuasai mereka.
Secara spesifik, beliau menyebut mengenai saman yang dibuat rakyat Selangor terhadap kerajaan negeri itu kerana tidak mengotakan janji pembayaran elaun ibu tunggal, pemberian air percuma dan elaun RM50 untuk pendidikan prasekolah.
"Kalau itu di Selangor, tidak mustahil di Sarawak juga mereka tidak akan tunaikan janji mereka.
"Di Kedah pun begitu, di Kelantan sudah ada gelombang merah, di Pulau Pinang mereka sudah mula kecewa, maka di Sarawak Bumi Kenyalang yang selama ini bumi BN, pastikanlah kekal dalam tangan BN," katanya. - Utusan Malaysiaku sayang
p/S: Mohon kepada rakan2 bloggers ayuh kita alunkan Gelombang Biru serta pamerkan logo di atas di blog masing2 dan jangan lupa kibar bendera BN di perkarangan rumah sebagai tanda sokongan padu!...yezzekkkkk >:]
Sumber : http://jeffrydamien09.blogspot.com
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Keadaan rumahtangga Pas bertambah gawat di Kedah apabila perbalahan beberapa anggota exco negeri itu dengan Menteri Besar tidak lagi mampu dibendung.
Usaha untuk menjatuhkan Azizan Abdul Razak yang dahulunya nampak sudah reda sedikit setelah campurtangan Pas Pusat kembali mengeruhkan landskap politik di Negeri Jelapang Padi itu.
Laporan media menyatakan 11 daripada 15 pas kawasan di Kedah telah memberi kata dua kepada Menteri Besar supaya meletak jawatan dan melepaskan kedudukannya sebagai pesuruhjaya negeri bagi parti itu.
Azizan yang terkenal dengan sifat bongkak dan angkuh serta sering memperlekehkan petugas media arus perdana, seperti biasa menunjukkan sikap keras kepalanya dengan enggan tunduk kepada desakan tersebut.
Azizan dikatakan gagal menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar untuk memajukan negeri Kedah.
Sebaliknya sepanjang pentadbirannya, boleh dikatakan tidak ada langsung pembangunan yang ketara dilaksanakan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan ekonomi negeri.
Yang sering dipaparkan di dada-dada akhbar ialah bagaimana rakusnya kerajaan negeri Pas menggondolkan bukit bukau sehingga menjejaskan kawasan tadahan hujan di Tasik Pedu.
Seperti biasa apabila tidak pandai mentadbir dan menjana fikiran bernas untuk memajukan negeri, UMNO dan Barisan Nasional lah yang menjadi sasaran.
Apabila tidak berjaya memacu ekonomi Kedah menyebabkan kantong negeri hampir kosong, Azizan mengugut supaya kerajaan pusat memberinya RM100 juta jika ingin selamatkan hutan rimba negeri itu.
Itulah yang diperolehi oleh rakyat Kedah dalam keghairahan mereka untuk menukar kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu.
Kini mereka sudah sedar perubahan yang mereka impikan selama ini di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat bagaikan mengharap panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.
Harapkan kerajaan negeri baru pada 2008 akan menunaikan semua janji-janji manis yang ditabur semasa kempen pilihan raya tetapi akhirnya jadi kaki kencing rakyat rupanya!
Disebabkan terlalu asyik berpolitik dan berceramah siang dan malam, inilah kualiti kerajaan negeri yang dinikmati oleh rakyat kedah di bawah Pas.
Yang dipentingkan oleh pemimpin-pemimpin pas ialah mengejar kuasa serta kedudukan bagi kepentingan diri sendiri dan keluarga masing-masing.
Inilah yang berlaku di Kedah apabila dua exco kanan, Phahrolrazi Nawawi dan Dr Ismail Salleh mengetuai kelompok untuk menjatuhkan Menteri Besar.
Selain faktor politik yang tidak 'ngam', antara alasan utama ialah faktor ekonomi.
Ini kerana Azizan hanya mengutamakan kroni-kroni terdekatnya sahaja dalam pengagihan projek-projek dengan menyisihkan kumpulan kedua-dua ahli exco itu.
Sudah tentu ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong-penyokong mereka lantas secara senyap mejalankan kempen halus untuk menurunkan Azizan daripada kedudukannya.
Sindrom penafian yang diamalkan oleh Pas Pusat juga bakal mengundang bencana bagi parti itu di Kedah.
Kalau dahulunya api pergaduhan antara Azizan dan dua exconya dapat ditangani tetapi tindakan itu hanyalah bersifat sementera waktu kerana hakikatnya perbalahan mereka tidak dapat diselesaikan dengan apa cara pun.
Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali ingin menipu ahli Pas dan rakyat Kedah dengan mengatakan tidak ada pergolakan politik yang berlaku di negeri itu.
Ini sepertilah berkata bahawa tidak ada tsunami yang berlaku walhal separuh negeri sudah ranap.
Cuba menutup kenyataan yang sudah terang lagi nyata tidak akan menyelesaikan masalah dalaman pas di Kedah yang sudah ke peringkat amat serius.
Sudah ada desas desus Azizan mendesak kepimpinan pusat parti terutamanya Presiden Pas Abdul Hadi Awang supaya menggugurkan nama Phahrolrazi, Dr Ismail serta beberapa orang kuat mereka daripada senarai calon parti itu pada PRU13 nanti.
Jika ini berlaku bukan sahaja Pas Kedah akan berpecah, kerajaan negeri pun akan terlepas ke tangan BN.
Kini pun gelombang sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN sudah meningkat sehingga menggerunkan Pas Kedah.
Kemungkinan besar Kedah akan ke pangkuan BN bukan sahaja kemelut yang membelenggu Pas Kedah tetapi kerana rakyat sudah cukup meluat dan marah kepada pentadbiran yang sama sekali tidak pro aktif dan membela kebajikan rakyat.
Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai ini bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Tarikh rayuan tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, N. Kanageswari semasa pengurusan kes tersebut di hadapan beliau hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin hadir bagi pihak pendakwaan manakala Anwar diwakili oleh peguam Zaleha Al-Hayat.
Noorin memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 26 April ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan kedua-dua pihak memuktamadkan nota prosiding.
Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Anwar, 65, yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Ramai yang tidak tahu bahawa di kala Phahrolrazi sedang mengasak Azizan dari kiri, kanan, atas dan bawah, Mahfudz Omar rupanya sedang berkempen secara halus untuk meletakkan dirinya di kerusi Menteri Besar Kedah. Mahfudz difahamkan 'berkongsi' dengan Phahrolrazi untuk menggerakkan 11 DUN di Kedah mendesak Azizan supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri sekali gus.
Phahrolrazi bagaimanapun menafikan penglibatannya dan meminta agar mereka yang tidak berpuas hati menggunakan saluran yang betul. Mungkin beliau terlupa bahawa beliau juga yang memberikan contoh tauladan untuk menggunakan cara biadap dan tidak betul sebelum ini apabila mendesak Azizan berundur. Oleh itu, penafian Phahrolrazi tidak membawa apa-apa makna kerana permusuhan, dendam dan kebenciannya pada Azizan begitu terserlah. Pendek kata, siapa yang tidak tahu yang Phahrolrazi gila kuasa ingin merampas jawatan Azizan sehingga tak tertahan-tahan.
Kegilaan Phahrolrazi ini dilihat sebagai 'peluang' bagi Mahfudz untuk menampilkan diri sebagai calon terbaik. Rakyat pasti tidak suka melihat orang yang gila kuasa seperti Phahrolrazi dan rakyat juga sudah 'serik' dengan Azizan yang tidak tahu apa-apa.
Apa yang menariknya dalam krisis PAS Kedah ini ialah, desakan agar Azizan berundur oleh 11 DUN itu bukan kerana beliau gagal menangani pembalakan haram, bukan kerana beliau gagal membawa masuk pelaburan, bukan kerana beliau gagal mengawal pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan, bukan kerana gagal menangani masalah KUIN, bukan kerana projek-projek yang tidak masuk akal dan kerugian, bukan kerana anak-anak syarikat kerajaan lingkup dikerjakan kroni-kroni pegawai yang dilantiknya, bukan juga kerana beliau menyebabkan hutang Kedah meningkat sehingga 50% sejak mengambil-alih negeri.
Malah, PAS membela Azizan dalam semua isu-isu di atas sehinggakan sanggup melakukan perhimpunan besar-besaran di Pedu bagi menafikan kritikan serta menunjukkan sokongan terhadap pembalakan haram.
Semua masalah negeri dan rakyat ini bukanlah isu besar bagi PAS. Yang menjadi masalah bagi PAS dan menyebabkan mereka mendesaknya berundur ialah sikap Azizan yang 'mesra' UMNO/BN.
Azizan telah lama dipandang serong oleh puak-puak PAS di Kedah kerana menurut mereka, beliau lebih UMNO dari UMNO. Beliau dikritik kerana tidak memakai kopiah putih, tetapi songkok. Beliau juga tidak memakai jubah, tetapi berkot. Selain itu, semua orang Kedah tahu bahawa ahli keluarga beliau dan isteri beliau majoritinya adalah orang-orang UMNO, malah mempunyai pertalian darah dengan bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Osman Aroff. Sebahagian besar pegawai-pegawai kerajaan Kedah sejak zaman UMNO lagi merupakan sanak saudara Azizan atau isterinya.
Pendekatan Azizan yang terbuka dengan UMNO, sehinggakan sanggup memakai baju IM4U yang membawa lambang 1Malaysia yang menjadi slogan kerajaan BN benar-benar menyakitkan hati PAS Kedah.
Akibatnya, beliau dikritik hebat oleh PAS dan disindir agar menyertai UMNO saja. Dari situlah penentangan terhadap Azizan semakin memuncak dan digunakan sepenuhnya oleh pihak yang menginginkan jawatannya untuk mengasak Azizan agar berundur.
Hakikatnya, kesebelas DUN PAS yang mendesak Azizan berundur itu langsung tidak pernah fikirkan mengenai keadaan negeri Kedah yang telah hancur. Yang mereka tahu ialah mereka inginkan Menteri Besar yang berimej PAS tulin, itu saja.
Dengan masalah negeri yang begitu kronik iaitu ketiadaan sumber pendapatan serta perbelanjaan dan kerugian yang terus meningkat dari hari ke sehari, sesiapa sahaja yang ingin merampas jawatan Azizan seharusnya mampu membentangkan jalan penyelesaian bagi semua permasalahan ini.
Setakat ini Phahrolrazi hanya tahu mengugut Pulau Pinang untuk membayar caj bekalan air mentah yang mana langsung tidak dilayan oleh negeri itu. Lebih dari itu, beliau sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukannya untuk menyelamatkan negeri Kedah.
Mahfudz pula, mengeja perkataan 'ekonomi' pun belum tentu lagi mampu. Justeru, apa yang nak diharapkan darinya untuk merancang ekonomi negeri. Setakat mengutuk BN ke hulu ke hilir bolehlah dia, sekadar untuk membuat orang tuanya bangga melihat anak mereka berjaya walaupun tidak lulus periksa.
Membayangkan Mahfudz yang mengganti Azizan, samalah saja seperti menyerahkan jawatan itu kepada kambing atau lembu. Di tangan Azizan, Kedah sudah pun hancur lebur. Jika diserahkan kepada Mahfudz, maka Kedah yang telah hancur itu akan dikunyah sehingga lunyai, dihadamkan dan akhirnya menjadi bahan buangan.
Justeru, kita tidak nampak masa depan negeri Kedah di bawah PAS, tak kira siapapun Menteri Besarnya. Antara Azizan, Phahrolrazi, Mahfudz dan Lembu, semuanya sama saja.
Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yang di muliakan Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil untuk memberi penjelasan kerana maruah keluarga saya terjejas dan untuk mengelakkan salah faham dan penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri dan keluarga adalah jihad dan jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri dan keluarga, insya Allah di kira mati syahid.
Pertamanya saya memohon ampun dan maaf kepada semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorang rakyat biasa dan bukan bercakap sebagai orang politik. Saya langsung tidak bermaksud untuk memalukan mana-mana pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.
Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah dan blogger. Suasana sekitar yang agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya untuk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan-soalan yang di ajukan. Bila dah menjawab terlalu bnyak soalan, maka soalan daripada blogger (penemuramah terakhir) saya jawab dalam kedaan yang tergesa gesa dan mungkin tak berfikir dengan mendalam.
Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum dan membandingkan situasi di Malaysia dan situasi dan penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia dan tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.
Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa dan guru dan saya untuk sentiasa berbuat baik kepada orang lain, membantu orang lain setakat kemampuan dan mendoaakan kebaikan orang lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana-mana di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh orang bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yang kurang positif kapada anak-anak yang masih belum mampu berfikir dengan rasional seperti orang dewasa. Saya yakin masih banyak cara yang lebih tertib dan berhikmah yang boleh di gunakan.
Saya lihat diri saya sebagai guru dan pendakwah kerdil (walaupun saya bukan ustaz dan jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu dan membantu sesiapa saja yang perlukan bantuan nasihat dan kaunseling. Inilah jihad kecil yang saya akan lakukan hingga akhir hayat saya.
Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yang saya kendalikan atau program motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kepada pihak-pihak yang tertentu sahaja. Saya tak takut kepada sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kepada Allah SWT.
Di Mekah dan Madinah tempohari saya telah berpesan kepada sahabat-sahabat dari Malaysia untuk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua orang Islam di Malaysia bersatu dan kita mati dalam husnul khatimah.
Saya amat sedih bila gambar-gambar anak saya yang sudah lebih 9 tahun yang lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya dan isterinya juga di sebar seolah-olah gambar masa berdating, walhal itu gambar-gambar selepas meraka berkahwin. Insya Allah anak-anak saya telah berubah dan saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu orang dan jangan menyusahkan org lain.
Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yang menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia dan di akhirat. Saya seru diri saya dan sahabat yang di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak orang buat silap, nasihatkan dia jika mampu dan doakan agar Allah beri mereka hidayat, segera bertaubat dan dapat berubah. Bila kita mengutuk orang lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna dan kita lebih baik daripada orang yang di kutuk itu.
Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jangan sangka kamu lebih baik daripada orang itu. Org yang jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, dan kita yang kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.
Kita tidak maksum dan semua kita buat silap. Orang yang bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga sahabat yang mulia dapat ampunkan semua dosa kami sekeluarga.
Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut dan semua sahabat dapat delete gambar-gambar yang boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dapat menjadi insan yang Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia.
Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin. Wassalam.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan desas-desus bahawa Parlimen akan dibubarkan pada Jumaat sebagai satu khabar angin dan spekulasi semata-mata.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yakin pembubaran tidak akan berlaku pada hari ini.
"Setakat yang saya tahu, SPR tidak menerima maklumat seperti itu dan saya yakin bahawa ia hanya spekulasi saja," ujar Aziz.
Sejak awal bulan ini, khabar angin bertiup kencang mengenai tarikh pembubaran Parlimen yang dikatakan akan dibuat pada hari ini.
Portal berita, The Malaysian Insider pada Khamis yang memetik sumber Barisan Nasional melaporkan PRU-13 dijangka akan berlaku pada minggu kedua April.
Ia akan berlangsung sebulan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menamatkan jelajah Janji Ditepati dan BN menyiapkan senarai calon serta manifesto.
Rata-rata pemerhati politik sebaliknya meramalkan proses demokrasi yang disifatkan sebagai ibu kepada segala pilihan raya negara itu akan berlangsung dalam bulan Mac.
Spekulasi Parlimen akan bubar pada minggu ini diyakini oleh banyak orang kerana mengambil kira tempoh lebih kurang sebulan yang berbaki sebelum cuti sekolah bermula 23 Mac ini, iaitu waktu yang dilihat sesuai untuk mengadakan pilihan raya.
Sementara itu, antara berita mengenai pilihan raya yang ada pada hari ini ialah SPR akan mengazetkan daftar pemilih terbaru.
Perdana Menteri pada hari ini menyambung lawatannya ke Sarawak. Beliau berada di Kuching untuk satu mesyuarat tertutup dengan pemimpin BN Sarawak.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menerima taklimat mengenai persiapan BN Sabah di Kota Kinabalu.
KUALA LUMPUR: Pergeseran pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Johor membuktikan tidak wujud permuafakatan di kalangan parti-parti pembangkang walaupun dalam persoalan asas, menurut penganalisis politik.
Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM)berkata pengundi perlu memberi perhatian kepada latar belakang dan kredibiliti pemimpin pembangkang kerana rata-rata mereka hanya cenderung kepada kuasa dan jawatan daripada soal perjuangan parti yang sebenar.
"Contohnya di dalam PKR sendiri kebanyakan mereka keluar dari BN kerana tidak ditawarkan jawatan seperti Datuk Chua (Jui Meng) yang ditolak oleh MCA sendiri," katanya.
Konflik dalaman DAP dan PKR di negeri itu dikatakan berlaku disebabkan perebutan kerusi antara kedua-dua parti dan ia memuncak apabila pengerusi DAP negeri Dr Boo Cheng Hau dilapor mahu Chua Jui Meng dilucutkan daripada jawatannya sebagai pengerusi PKR negeri.
Ini berikutan dakwaan Boo bahawa Chua sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor.
Sehubungan itu, Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh dalam satu kenyataan pada Rabu, menggesa pemimpin utama PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertindak sebagai perantara agar peluang pembangkang di negeri itu tidak menerima kesan negatif daripada sebarang perbuatan sabotaj.
Satu daripada kerusi yang dikatakan menjadi 'rebutan' antara PKR dan DAP Johor ialah kerusi Parlimen Gelang Patah yang kini disandang Tan Ah Heng daripada Barisan Nasional (BN).
Pada pilihan raya umum 2008 dan 2004, kerusi itu ditandingi calon PKR, namun kali ini terdapat petanda bahawa DAP mahukan kerusi itu kerana alasan calonnya mempunyai peluang lebih tinggi berbanding PKR untuk merampas kerusi itu daripada BN.
"Dalam isu ini langsung tidak bangkit tentang rakyat, apa yang mereka lebih pentingkan ialah tentang berapa banyak kuasa yang mereka ada," kata anggota Parlimen Muar yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata perebutan kerusi itu lahir daripada sifat gila kuasa pemimpin-pemimpin pembangkang yang akhirnya sudah tentu merugikan rakyat.
"Saya faham ada penyokong tegar antara mereka yang tidak peduli apa yang berlaku, namun bagi yang dapat fikirkan masa depan, mereka harus fikir bahawa mereka tidak akan dapat kerajaan berkualiti dengan pemimpin sebegini," katanya.
Anggota Parlimen Batu Pahat Dr Puad Zarkashi pula menyifatkan perpecahan di kalangan parti pembangkang tidak dapat diselindung lagi.
Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata PKR, DAP dan PAS adalah sebuah pakatan yang tidak mempunyai asas kukuh untuk memperjuangkan kepentingan rakyat, menyebabkan masing-masing cuba menunjukkan bahawa mereka adalah juara.
Pengerusi Rancangan Sains Politik Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia, Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid pula berkata sejak awal gabungan pakatan pembangkang tidak sekukuh BN.
Pelik bin ajaib sungguh bila sesorang yang berjawatan Mentri Besar mengeluarkan kenyataan bahawa Menifesto bukanlah janji? Pergh... Adakah Khalid masih dibuai mimpi indah dibawah celah kangkang Eli Wong?
MalaysiaInstinct- Akibat terlalu bodoh dalam ilmu politik, terlalu nak tunjuk pandai dan terlalu bongkak kononnya cara beliau tadbir dengan gaya CEO bakal jadikan Selangor terhebat dari negeri-negeri lain akhirnya memakan diri.
Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim terpaksa digugurkan dari senarai jawatan kuasa yang membuat dasar JANJI PRU13, jawatankuasa dasar Manifesto PRU13. Kesian Khalid, belum pun sempat panas kerusi Menteri Besar, isyarat dah sampai, isyarat untuk beliau bersara atau lepaskan jawatan dalam parti.
Menurut sumber rapat, kegagalan dan kedegilan Khalid dalam menangani sesuatu isu yang melibatkan kepentingan parti serta kerajaan pimpinan partinya amat jelas dan ketara. Malah menurut sumber, Khalid GAGAL sepenuhnya dalam menerajui negeri yang dilihat mampu membantu 'penuhkan' kantung dana parti mereka. Cara Khalid mentadbir Selangor dilihat bersifat sementara, penggal depan di PRU13 mereka bakal dipenggal.
Kenyataan paling bodoh dalam sejarah politik dunia dan Malaysia adalah bila beliau menegaskan bahawa " Manifesto bukan satu Perjanjian "
Rentetan dari kenyataan paling bodoh dalam sejarah politik dunia ini maka bermulalah episod duka bagi pakatan haramjadah. Bermula dengan rakyat bangkit menuntut janji bil air yang tertunggak, Ibu Tunggal Selangor yang dijanjikan duit bulanan dan yang bakal dituntut janjinya adalah pelajar Pra-Sekolah seperti yang tertera di atas jumlahnya.
Kerana kedangkalan inilah maka Khalid Ibrahim tidak lagi menganggotai Jawatankuasa pembuat dasar Manifesto Pakatan Haram PRU13.
Berdasarkan sumber dari Tropicana, inilah barisan baru yang dilihat oleh Anwar sebagai manusia yang mampu membelit janji dan bakal merekacipta janji baru :
1) Husam Musa Jamnapari- Pengerusi 2) Rafizi Lembu 3) Teo Nie Ching 4) Zulkifli Ahmad 5) Hatta Ramli 6) Salahudin Ayub 7) Liew Chin Tong 8) Dr Ong Kian Ming 9 ) Charles Santiago 10) Nurul Izzah 11) Wong Cheng 12) Sivarasa 13) Baru Bian 14) Ahmad Tamrin Jani
Dasar kali ini mewajibkan mereka merujuk secara total kandungan Buku Jingga, itulah kitab rujukan yang bakal mereka gunakan untuk merekacipta janji baru ini dan juga wajib merujuk kepada Dasar Bersama Pakatan Haram, seperti Kalimah Allah dan Hudud, ini wajib selari dalam janji mereka nanti.
Tambah sumber, bajet rekaan mereka 2012 dan 2013 juga dijadikan panduan merekacipta Manifesto nanti.
Apa yang menjadi Teras Utama, menurut sumber adalah :
1) Rakyat Bersaudara 2) Ekonomi Rakyat 3) Kesejahteraan Rakyat 4) Kerajaan Rakyat
Malah tema rekaan khas untuk PRU 13 sudah pun dipersetujui, "Pakatan Harapan Rakyat" dan bakal di umumkan pada 25/2/13 di SACC, Shah Alam.
Bertambah kesian Khalid bila pelancaran Manifesto ini akan dibuat di negeri pimpinannya namun beliau hanya datang sebagai pendengar dan jadi tukang tepuk tangan. Anwar seolah-olah tidak percaya langsung padanya.
MI lihat, apa yang tertera dia atas semuanya berkisar dari yang sama sejak pakatan haram mula mentadbir beberapa negeri, tiada satu pun yang baru malah ayat yang tertera di atas sekadar penyedap cuping telinga kerana ianya 'recycle' dari nyanyian mulut anwar sejak keluar penjara.
Terlalu jelas, anggota jawatankuasa yang dilantik walaupun nampak mewakili parti masing-masing, namun semua sudah tahu, mereka adalah ejen Anwar atau ANWARINAS. Malah mereka ini dikhabarkan hidup mewah hasil elaun bulanan yang mereka terima secara sulit dari Anwar untuk menjadi mata dan telinga Anwar dalam parti yang mereka wakili.
Gaya Anwar, perangai Anwar dan Gelagat Anwar sejak dari sebelum beliau bersama UMNO tetap tidak berubah, hanya satu cita-cita beliau, ingin jadi KETUA dalam apa juga sekali pun.
Sudah ramai sahabat rapat Anwar lari tinggalkan beliau, anda bila lagi ?
Sebuah badan pemikir antarabangsa meramalkan Barisan Nasional, BN akan menang pada Pilihan Raya Umum ke 13 ( PRU-13).
Keyakinan itu bedasarkan kepada rekod kejayaan agenda pembaharuan dan kepimpinan ekonomi yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bedasarkan faktor tersebut, The Economist Intelligence Unit, (EIU) melihat prestasi pembangkang yang diterajui Pakatan Rakyat jauh ketinggalan.
EIU merupakan sebahagian dari majalah berpengaruh "The Economist" yang berpengkalan di London yang mengeluarkan laporan negara industri dan analisis risiko.
Dalam satu laporan EIU mendedahkan bahawa pakatan pembangkang telah membuat pelbagai janji manis melibatkan perbelanjaan besar dan ini semua merupakan batu penghalang.
Disamping itu, EIU turut menyifatkan janji kempen pembangkang itu tidak munasabah.
Laporan itu juga menambah janji pembangkang untuk memberikan pendidikan secara percuma akan membabitkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM43.3 bilion.
Sementara itu, usaha untuk memansuhkan duti kenderaan akan mengakibatkan kerajaan kehilangan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun.
Pertumbuhan luar jangkaan sebanyak 5.2 peratus di bawah kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, ditambah dengan peningkatan pelaburan dalam dan luar negara menyumbang kepada keyakinan yang kian memuncak di kalangan rakyat.
Ada ramalan, mungkin Dewan Rakyat dibubarkan sebelum hujung bulan Februari berdasarkan berita dan rentak Menteri Besar Selangor yang mahukan beriya-iya ingin membubarkan Dewan Undangan Negeri dua minggu selepas Gong Xi Fat Chai.
Kalaulah kehendak Tan Sri Khalid itu menjadi kenyataan, sebagaimana dilaporkan akhbar hari ini bahawa beliau sudah mendapat perkenan Tuanku Sultan Selangor, maka hujung minggu ini atau awal minggu depan diketahuilah menang benar beliau akan kotakan janjinya.
Jika beliau tidak lakukan juga menjelang akhir bulan ini, bermakna kredibiliti beliau sebagai Menteri Besar Selangor jatuh merudum seperti gegernya seluruh dunia apabila tahi bintang yang gugur di bahagian tengah wilayah Rusia awal minggu lalu sehingga menyebabkan lebih 1,200 orang cedera.
Kecederaan fizikal yang dialami oleh penduduk Rusia sebenarnya tidaklah seteruk kecederaan akidah yang disebabkan oleh sikap sesetengan pemimpin politik yang terlalu memikirkan kedudukan kuasa berbanding kesejahteraan orang ramai.
Akhir-akhir ini, persoalan kecederaan mental dan akidah akibat perebutan untuk menang PRU-13 semakin menggelisahkan, terutamanya apabila ada pihak yang sanggup mempermain-mainkan kemurnian makna Allah, dalam konteks pemesongan dan kekeliruan maksud.
Akibat berlakunya keputusan yang terlalu bersifat politik, rakyat mula curiga apakah sebenarnya yang dimahukan oleh pemimpin berkenaan. Setelah terjerumus dalam kancah hipokrasi, maka ahli politik berkenaan mula menyalahkan musuh politik kerana tidak melakukan sekatan ketat penerbitan sebuah kitab yang menggantikan istilah God, Elohim ataupun Yehweh dengan Allah.
Ramai juga terkejut, apabila ada ulama yang mempertahankan kemurnian dan kesucian istilah tersebut diancam dengan kata-kata kesat. Lebih menyedihkan orang yang melemparkan tuduhan kesat itu ialah orang Islam sendiri, iaitu orang Islam yang mungkin kedudukan akidahnya sudah lama terhakis.
Hakisan akidah berlaku kerana meletakkan matlamat politik di atas sekali. Hakisan juga berlaku kerana orang yang berkata demikian sebenarnya sudah mengalami kecederaan mental kerana terpengaruh dengan pelbagai aliran falsafah yang diperoleh menerusi penyelewengan kebebasan akademik dan tegar dengan teori ilmiah yang hanya berdasarkan pandangan semesta dalam rasionalisme empirikal.
Semalam sekurang-kurangnya masyarakat resah dengan adanya satu kenyataan dari orang bergelar ulama yang baharu sahaja kembali dari Mekah. Sebaik sahaja kepulangannya disambut oleh 1,000 orang yang menanti kehadirannya di Stadium Sultan Muhamad Ke-1V, ulama berkenaan membuat kenyataan:
"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabor padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM 10, RM 50 (orang akan datang ambil). Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia." (Penerima Bantuan umpama "haiwan", Utusan Malaysia, 21 Februari 2013).
Ramai yang sakit hati dengar ulama itu bercakap, kerana ulama itu sebenarnya ke Mekah mencari ilham bagaimana nak nafikan kebaikan yang telah diberikan oleh kerajaan untuk membantu rakyat. Ilham baharu itu bukan sahaja nak menutupi kelemahan kepimpinan ulama yang tidak pernah terfikir untuk lakukan perkara yang terbaik untuk rakyat yang pernah memberikan kepercayaan kepadanya untuk memerintah.
Ulama sedemikian boleh dianggap sebagai "ulama tumbuh nyior" atau dalam bahasa yang lain ialah "ulama buih". Meskipun berpelajaran agama begitu tinggi, tetapi tidak mampu membezakan taraf manusia dengan haiwan. Ayam walaupun tidak ditaburkan "hampas kelapa" akan tetap datang juga setelah disedarinya ada makanannya. Lembu, kalau tidak disediakan jeraminya, akan tetap dicarinya juga rumput kerana makanannya.
Dalam soal ini, rakyat diberikan pelbagai bantuan dan bukannya seperti maksud "tabur hampas kelapa." Bahkan, ulama berkenaan bukan sahaja gagal meneydiakan "hampas kelapa", ia juga gagal menanam pokok kelapa yang kelak mendatangkan banyak faedahnya kepada seluruh kehidupan.
Pokok kelapa, kepada unggar seperti burung "gembala kerbau" boleh dijadikan tempat bersarang. Penduduk tepi pantai boleh memahami arah angin yang bertiup dan menjadi panduan sama ada telah turunnya angin barat atau tenggara, kerana ia memberikan makna yang besar potensi rezekinya pada hari itu.
Pokok kelapa yang berbuah, akan mendatangkan rezeki kepada penanamnya. Harga kelapa muda lebih mahal dari kelapa tua. Tetapi, kalau tiada kelapa tua, rakyat juga akan resah gelisah kerana kelapa sangat diperlukan untuk dibuat gulai, termasuk santannya diarung bersama beras nasi dagang ketika dikukus.
Setelah diperah santannya, hampas itu diberikan kepada ayam. Maknanya, hampas itu adalah makanan ayam selain lebihan makanan yang lain. Tetapi, ulama berkenaan tidak menghargai kegunaan hasil yang saling bergantung, dan saling berkait itu. Ulama berkenaan sebenarnya lebih dahsyat sekali falsafah ilmunya, yang mungkin diwarisi daripada pandangan yang lahir dari otak yang sudah terlalu kotor.
Bantuan Rakyat 1Malaysia misalnya, sejak dimulakan pada tahun 2012, sudah memasuki fasa kedua pada tahun ini. Pada tahun lalu, ulama tersebut mengeluarkan kenyataan menghina BR1M, kerana wangnya adalah dari sumber yang tidak diketahui halal. Bagaimanapun, setelah ianya diagihkan, ramai juga penyokong ulama itu yang berbaris mengambilnya. Melihat kepada situasi itu, ulama terbabit malu dan terasa aib, kerana beliau sebenarnya tidak pernah terfikir untuk melakukan kebaikan terhadap orang yang dipimpinnya, walaupun berhadapan dengan kesusahan.
Bila BR1M 2.0 sedang diagihkan, ulama terpukul sekali lagi. Bahkan, bantuan itu akan diteruskan jika pengurusan kewangan negara baik dan hasil negara bertambah pada masa hadapan, bukan sekadar RM 500, akan ditingkatkan sekali ganda. Yang lebih terpukul ialah orang muda yang berpendapatan bulanan di bawah RM 3,000 sebulan turut diberikan.
Oleh kerana PRU-13 pada tahun ini bakal menyaksikan 2.5 juta pengundi baharu, yakni mereka yang buat pertama kalinya mengundi, maka pemberian tersebut awalnya dilihat sebagai "gula-gula pilihan raya', kali ini mengaibkan seperti "ayam dan lembu."
Inilah maknanya seorang ulama yang takbur dan hina perilakuknya. Katakanlah, jika ada orang miskin yang datang ke rumahnya, maka diberikan sepinggan "nasi dingin", apakah "nasi dingin" itu sama dengan "hampas kelapa atau jerami." Kita tahu, "nasih dingin" juga menjadi makanan ayam. Kita tahu, "nasi dingin" itu adalah sisa-sisa makanan yang boleh memberikan makanan kepada ayam dan kambing.
Maknanya ulama berkenaan adalah orang yang paling tidak ikhlas dalam perjuangan agamanya. Kalaulah bukan kerana "ingin berkuasa" tentunya beliau tidak akan berkata demikian. Dan, ini berlainan dengan apa yang pernah diucapkan, "beri wang ambil; kain pelikat, pakai; undi belum tentu."
Rakyat sebenarnya sudah terlalu bosan, akibat terlalu banyak memperlekehkan orang lain, beliau sudah tidak lagi dianggap seorang ulama yang menggunakan ilmu untuk memimpin. Beliau menggunakan ilmu untuk mengkhayalkan orang yang dipimpinnya, kerana setiap hari mengerakkan adrenalin agar berfikir secara kotor dan membayakan. Itulah racun pemikiran yang menjadi darah politik harian ulama yang hanya bersenjatakan ilmu agamanya.
Pernah ulama berkenaan mengkritik "guru sekolah rendah" yang hanya "layak mengajar ABC", tetapi hati guru itu adalah lebih mulia dan jujur daripada hatinya sendiri. Walaupun mempunyai "ilmu yang sedikit", guru berkenaan tetap menyampaikan ilmunya dengan baik untuk faedah orang ramai, sekurang-kurangnya boleh menyusun huruf-huruf itu untuk kenali apa itu "DOSA" atau "jiwa pembelit."
Hari ini, pendedahan "guru sekolah rendah" itu menyedarkan ramai orang, bahawa ulama yang sudah bertukar menjadi "ular-mak" (tiada kena mengenai dengan pandangan masyarakat Tionghua mengenai Tahun Ular, yang dijadikan simbol tradisi sambutan Tahun Baharu pada tahun ini) sebenarnya sudah lama bersalin kulit.
Orang ramai kenali siapakah ulama itu sebenarnya. Orang ramai semakin jelas ulama yang bertukar atau bersalin kulit itu bukan lagi seseorang yang boleh diharapkan untuk memimpin, kerana semakin lama dibiarkan, semakin caca-merbalah kehidupan. Buat masa ini, hampir tidak cukup tanah lagi nak gadai, nak tebang balak pun balak belum lagi membesar, cuma yang sedang melanda ialah bala.
Orang sudah faham, ulama seperti itu hanya sesuai untuk dipakai ketika nak ke jamban. Beliau juga pernah perkenalkan "ulama terompah kayu", maka, kini istilah itu benar-benar menepati kekhususan dirinya, walaupun berilmu tetapi ilmunya tidak digunakan untuk kemaslahatan ummat. Ia menggunakan ilmu dan kedudukannya untuk mengeksploitasi emosi rakyat, tetapi rakyat sekarang bukan seperti rakyat yang mudah ditipu.
Mereka tidak percaya lagi, kalau mati ketika tidur dan bantal disarungkan dengan bendera parti, mati itu bukanlah "masuk syurga." Matinya, tetapi akan diadili apakah sudah terkumpulan saham akhirat ketika masih hidup? Persoalannya, walaupun "hampas kelapa dan jerami" ia adalah lebih bermakna daripada hanya tahu meludah, menjual air liur. Rakyat sekarang lebih mudah percaya, ada benda dan bukannya sekadar berjanji, maki hamun dan menyalahkan orang lain atas kegagalan dirinya sendiri.
Rakyat sudah lama sedar, selagi ulama seperti itu bermain emosi, selagi itulah ulama tidak rasional dan pemikirannya lebih teruk daripada haiwan itu sendiri. Haiwan –ayam dan lembu—tahu makanannya yang tidak memudaratkan, tetapi, ulama tidak sedar, kata-katanya itulah yang menjadi racun dan bom yang bakal meletup.
Jika racun dan bom itu digabungkan, yang menerima akibatnya ialah ulama itu sendiri, kerana Allah SWT akan menyiksa dengan balasan paling dahsyat setelah pemimpin yang diberikan peluang memimpin, tidak memimpin dengan baik, hanya tahu menyalahkan orang lain bila rakyat bertanya: Mana? Apa Hasilnya? Dah 23 tahun jadi pemimpin, gigi pun tidak ada lagi, tapi nak gosok gigi pun susah. Air Kotor?
Kalau ditanya orang, apakah lawak paling mengelikan hati... Sudah pasti ini jawapan aku... "Mahfuz Omar nak jadi PM" wahahahaha.... Teringat semasa kejadian di kolej petang tadi sewaktu aku duk lepak dengan rakan-rakan aku... Dengan secara tak sengaja tersembur air kopi yang aku minum bila membaca berita media massa online yang menyatakan Mahfuz Omar bercita-cita nak jadi PM...
Bukan aku nak merendahkan kebolehan Mahfuz, yelah pendekkan cerita Mahfuz lah orang pertama si penjual cendol di Malaysia ini menang bertanding sebagai Ahli Parlimen PAS....
Dalam nada melawak Mahfuz berkata beliau bersedia menjadi PM.... Dalam hati sememangnya itu lah angan-angan yang Mahfuz idamkan.... Bohonglah kalau dikatakan kenyataan Mahfuz itu hanya sekadar lawak bangang!
Kata orang... ukurlah baju dibadan sebelum pasang niat nak jadi Perdana Menteri Malaysia... Agak-agak nak ke rakyat memilih PM yang kantoi dalam peperiksaan SRP?
Bukan Mahfuz tak tahu sememangnya jawatan PM sudah lama diidamkan oleh Anwar Bin Ibrahim? Persoalannya sekarang ini adakah Mahfuz sudah bersedia untuk tumbangkan Anwar Ibrahim dalam merebut jawatan PM... Atau Mahfuz berniat untuk menyindir Anwar Ibrhami yang tak mungkin menjadi Perdana Menteri Malaysia?
Apa yang jelas kita lihat, Mahfuz ni jahat orangnya.... Kerana kuasa dia sanggup tikam semua orang termasuklah rakan seperjuangannya Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah.
Taknak panjangkan cerita hanya satu pesanan yang hendak aku sampaikan kepada Mahfuz... Jangan bermimpi disiang hari untuk jadi PM...
KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan pendirian tidak berhasrat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri DUN.
Kenyataannya itu sebagai menjawab desas-desus kononnya beliau disenaraikan sebagai antara calon untuk jawatan Menteri Besar sekiranya PAS berjaya mempertahankan tampuk pemerintahan di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13.
"Itu tidak mungkin. Saya tidak berhasrat bertanding DUN kerana saya akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena pada PRU-13 nanti," jelas Mahfuz ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau turut ditanya apakah bersedia sekiranya diarah oleh PAS pusat untuk dicalonkan sebagai MB Kedah.
"Bukan jawatan MB tetapi saya sedia jadi Perdana Menteri," katanya sambil berjenaka.
Pada masa sama, Mahfuz menafikan wujudnya percaturan sedemikian oleh PAS pusat untuk negeri Kedah.
Persada politik di negeri Jelapang Padi itu dilanda khabar angin kemungkinan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak akan mempertahankan jawatan Menteri Besar yang disandangnya.
Senario itu sekaligus mencetuskan persoalan siapa bakal MB Kedah sekiranya PAS berjaya mempertahankan kedudukannya pada PRU-13.
Nak kata giloo, nampak waras lagi.. Kesian sungguh bila terbaca tweet Abby yang mengadakan sembahyang untuk Altantuya. Apa ke jadahnya dia sembahyang untuk si kafir? Kepada si kafir di doa keamanan, kepada yang Islam didoa kehancuran
Semenjak sertai PAS seumur hidup penyakit gila Abby Abadi dilihat semakin menjadi-jadi... Ni la padahnya bila pelakon masuk politik, macam-macam drama dibawanya... Tak mustahil lepas ni Abby tweet di sudah gila pula...
Cambiasa signal Abby ini sebenarnya ialah untuk melobi jadi calon Pakatan Haram... kalau itu yang Abby mahukan bagi saja lah dia merasa jadi calon Pakatan, bagi Abby bertanding atas tiket PAS ganti Ketua Wanita PAS yang tak pernah buat apa-apa tu...
Sememangnya Abby lebih layak jadi Ketua Wanita PAS sebab dia mampu tafsir mimpi basahnya...
Bak kata sahabat AAKJ " berilah dia test sepenggal.. kalu nasib dia baik dia menang PRU 13.. kalu tak maka dia kena penggal dengan pengundi.."
Abby mimpi jumpa Altantuya.. terus dia khabarkan pada dunia bahawa Altantuya seolah-olah hantar signal padanya.. minta Abby beri perhatian.. roh Altantuya tak aman kot... Huh! Malang sungguh nasib si Abby ni percaya dengan bisikan syaitan yang sentiasa menghasut manusia supaya membenci saudara islamnya....
Budus la... Apa yang kau merepek ni Abby.. dengar ni "..roh orang kapir memey tak tenang.. roh orang Islam yang suka menipu dan berbohong pun sama.. tak tenang seawal dia masuk alam kubur lagi huhu.."
Kalau tanya generasi muda sekarang pasti ramai yang kata tak kenal langsung apa itu BERJASA. Ini kerana sudah lebih 17 tahun parti politik serpihan PAS itu menyepi.
Tiba-tiba muncul berita baru-baru ini mengenai pengumuman parti BERJASA untuk bertanding semula dalam PRU ke 13.
Pengumuman itu sudah tentu menimbulkan tanda-tanya dan menarik perhatian berbagai pihak terutamanya pemerhati politik semasa.
Semua orang tahu PAS kini berkecamuk dengan berbagai masalah ekoran hubungannya dengan DAP dan PKR.
Apakah ia hendak mencelah masuk melihat situasi itu?
Jika PAS menggunakan lambang bulan, BERJASA menggunakan lambang bintang. Warnanya sama hijau dan putih.
Kali terakhir BERJASA bertanding PRU ialah pada tahun 1995 bersama Angkatan Perpaduan Ummah (APU).
Lebih menarik dengan pengumuman NGO yang menjadi wadah aktivis Islam, Ikatan Muslimin Malaysia atau ISMA untuk bertanding di atas tiket BERJASA.
Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkira-kira untuk bertanding di 20 kerusi DUN dan Parlimen seluruh negara.
Dengan fokus yang jelas "Bukan kerusi yang ditandingi UMNO atau PAS," katanya.
"Calon-calon ISMA masuk bertanding untuk menang, dan berharap dapat memainkan peranan Kuasa Ketiga sebagai pendesak, penentu dan pengimbang kuasa," ujarnya.
Tambah beliau, kawasan-kawasan yang dipilih pula adalah demi memastikan kuasa politik orang Melayu kekal utuh sebagai faktor penentu kedudukan Islam di negara ini.
"Jentera pilihanraya di kawasan-kawasan ini telah pun bersiap siaga dan bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa," kata beliau.
Komitmen ISMA untuk bersama dengan BERJASA sudah pasti menjadi satu nafas baru kepada parti yang beralamat di No 17, Jalan Besar Pasir Mas Kelantan itu.
Ini kerana ISMA mempunyai jaringan ahli dan penyokong yang berteraburan di seluruh Malaysia sebagai NGO, apabila pertubuhan itu menyertai parti politik, ia secara tidak langsung akan menggerakkan ahli-ahlinya menjadi kader parti di kawasan-kawasan tersebut.
Formula itulah yang digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menukar sebuah parti kecil Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (Ikatan) yang beralamat di Terengganu kepada Parti Keadilan Nasional pada tahun 1999.
Anwar kemudiannya menggunakan NGO ABIM dan JIM sebagai ahli asas kepada parti dan menggerakkan penubuhan cawangan serta bahagian di seluruh negara.
Jentera asal PKR adalah aktivis ABIM dan JIM sebelum dikembangkang lagi dengan penggabungan antara PKN dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) menjadi PKR seperti yang wujud hari ini.
Manakala berdasarkan sejarahnya BERJASA atau nama penuhnya Barisan Jamaah Islamiah SeMalaysia bukan parti baru dalam politik tanahair di negeri-negeri majoriti Melayu sebelah Pantai Timur terutamanya Kelantan.
Parti ini ditubuhkan oleh bekas Menteri Besar PAS Kelantan Datuk Muhamed bin Nasir selepas dipecat PAS pada tahun 1977 berikutan pertelingkahan dengan Presiden PAS masa itu Datuk Asri Muda.
Pernah menyertai BN dan mentadbir Kelantan, dua penggal. Pada tahun 1978 di mana parti tersebut menang 11 DUN dan membentuk kerajaan bersama BN Kelantan dan PRU 1982, di mana parti itu menang enam kerusi DUN.
Bagaimanapun pada PRU 1986, parti itu tidak meletakkan sebarang calon selepas keluar dari BN dan menjadi pembangkang sebelum kembali berkerjasama dalam APU pada 1990 dan 1995.
Bagi orang-orang lama di Kelantan ia merupakan parti alternatif kepada PAS.
Dalam PRU 13 ini ada 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN akan dipertandingkan.
Antara kerusi yang bakal ditandingi BERJASA mengikut maklumat yang diterima Agendadaily adalah Parlimen Subang, Puchong, Seremban, Tapah, Wangsa Maju, Segamat dan DUN Gurun serta Derga.
Parlimen Subang hampir 50 peratus adalah pengundi Melayu, Cina 35 peratus, India 13 peratus selebihnya kaum-kaum lain.
Penyandangnya dari PKR R Sivarasa yang mengalahkan calon MIC S Murugesan dengan majoriti lebih 7 ribu undi di kawasan yang mempunyai lebih 60 ribu pengundi.
Lihat pula Parlimen Seremban, di mana peratusan kaumnya Melayu 45 peratus, Cina 45 peratus, India 12 peratus selebihnya lain-lain kaum.
Berdasarkan keputusan PRU 2008, Calon DAP John Fernandes menang dengan majoriti 3 ribu undi mengalahkan Datuk Yu Chok Tow dari BN. Juga ada lebih kurang 60 ribu pengundi.
Atau Parlimen Padang Serai di mana peratusanya kaum Melayu adalah 54 peratus, Cina 22 peratus, India 22 peratus dan selebihnya lain-lain kaum.
Kerusi itu dimenangi oleh PKR pada 2008 dengan majoriti lebih 11 ribu undi selepas calon PKR N. Gobalakrishnan mendapat 28,774 berbanding calon BN Datuk Boey Chin Gan 17,036.
N Gobalakrisnan bagaimanapun keluar dari PKR dan menjadi wakil bebas di Parlimen pada 2010.
Dalam kata mudah, BERJASA menjadi alternatif kepada orang Melayu/Islam di kawasan-kawasan yang mana UMNO dan PAS tidak bertanding dan jangan terkejut jika calonnya adalah seorang tokoh Islam yang berwibawa, mungkin juga bakal mendapat undi dari kaum-kaum lain.
Beberapa aktivis Islam memberitahu Agendadaily, akan ada kejutan dari segi calon-calon yang ditampilkan oleh BERJASA nanti.
Presiden BERJASA, Mohd. Yusoff Haron sendiri awal Febuari lalu menawarkan tempat untuk bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa untuk bertanding di atas tiket parti tersebut.
"BERJASA boleh bekerjasama dengan semua pihak yang boleh menyumbang kepada kebaikan negara dan rakyat," katanya.
Pengarah Eksekutif Markas Pilihan Raya BERJASA, Brig Jen (B) Datuk Hashim bin Abdul Karim pula dilaporkan berkata, parti itu mengambil keputusan untuk kembali bertanding pada PRU 13 demi memperkasakan hak orang Melayu dan agama Islam.
Beliau juga berkata, langkah meletakkan calon kali ini bukan bertujuan memecahkan undi orang Melayu, sebaliknya mahu meramaikan wakil kaum itu di Parlimen.
Berdasarkan faktor-faktor itulah kemunculan semula BERJASA menarik perhatian berbagai pihak, apatah lagi ketika PRU 13 akan datang dilihat sebagai 'ibu segala pilihanraya'.
Perang di atas gelanggang sudah pasti bukan lagi antara BN dan pakatan pembangkang, tetapi juga kemunculan parti baru yang dijenamakan semula, selain calon-calon bebas di 222 kawasan Parlimen dan 505 DUN seluruh negara.
Semua sudah bersiap sedia hanya menunggu tarikh Parlimen dibubarkan sahaja, dari SMS terkini yang disebarkan 'kononnya' tarikh yang dicadangkan adalah pada 4 Mac nanti. Wallahualam...
Kenapa Nusantara (Asia Tenggara) ini menjadi rebutan dunia? Kerana Peradaban dunia itu bermula dari sebelah sini. Tulisan yang menempatkan Asia Tenggara sebagai kawasan 'pinggiran'. migrasi manusia atau riak-riak difusi budaya dari pusat-pusat peradaban lain, baik yang berpusat di Mesir, Cina, maupun India tidak benar.
Stephen Oppenheimer , Pakar Genetik berpendapat Asia Tenggara sebagai tempat cikal bakal peradaban kuno berasal. Munculnya peradaban di Mesopotamia, Lembah Sungai Indus, dan Cina justru dipicu oleh kedatangan para migran dari Asia Tenggara. Oppenheimer. Didukung oleh data yang diramu dari hasil kajian arkeologi, etnografi, linguistik, geologi, maupun genetika.
Rekonstruksi Oppenheimer diawali dari saat berakhirnya puncak Jaman Es (Last Glacial Maximum) sekitar 20.000 tahun yang lalu. Ketika itu, muka air laut masih sekitar 150 m di bawah muka air laut sekarang. Kepulauan Indonesia bagian barat masih Bergabung dengan benua Asia menjadi dataran luas yang dikenal sebagai Paparan Sunda. Namun ketika bumi memanas, timbunan es yang ada di kutub meleleh dan mengakibatkan banjir besar yang melanda dataran rendah di berbagai penjuru dunia.
Data geologi dan oseanografi mencatat setidaknya ada tiga banjir besar yang terjadi pada sekitar 14.000, 11.000, dan 8,000 tahun lalu. Banjir besar yang terakhir bahkan menaikkan muka air laut hingga 5-10 meter lebih tinggi dari yang sekarang. Yang paling parah dilanda banjir adalah Paparan Sunda dan pantai Cina Selatan. Paparan Sunda malah menjadi pulau-pulau yang terpisah, antara lain Kalimantan, Jawa, Bali, dan Sumatera. Padahal, waktu itu kawasan ini sudah cukup padat dihuni manusia prasejarah yang berpenghidupan sebagai petani dan nelayan. Bagi Oppenheimer, kisah 'Banjir Nuh' atau 'Benua Atlantis yang hilang' tidak lain adalah rekaman budaya yang mengabadikan fenomena alam dahsyat ini. Di kawasan Asia Tenggara, kisah atau legenda seperti ini juga masih tersebar luas di antara masyarakat tradisional.
Ketika banjir melanda, terjadi diaspora para penghuni kawasan ini. Mereka menyebar ke Barat hingga India dan Mesopotamia, ke Timur lalu menghuni Kepulauan Pasifik, dan ke Utara sampai ke Cina dan Jepang bahkan terus menyeberang ke Amerika lewat Selat Bering. Menurut Oppenheimer, diaspora ini cocok dengan rekonstruksi linguistik terbaru versi Johanna Nichols yang menyatakan bahwa Asia Tenggara sebagai pusat persebaran bahasa-bahasa dunia setelah akhir zaman Es. Ini tentu saja amat bertentangan dengan teori yang umum dianut, yang meletakkan tempat asal bahasa-bahasa Asia Timur (Tibeto-Burma, Tai-Kadai, Austroasiatik dan Austronesia) di timur Himalaya, tempat sungai-sungai besar di daratan Asia berhulu. Namun, Oppenheimer juga merujuk sintesis dari empat pakar arkeologi yang meyakini bahwa kawasan ex- Paparan Sunda adalah pusat diaspora manusia pada akhir zaman Ais.
Petunjuk genetika pun membuktikan bahwa penduduk Asia Tenggara sudah menghuni kawasan ini paling tidak sejak akhir Kala Pleistosen, dan tidak banyak mendapat aliran gen baru dari daratan Asia. Oppenheimer yakin, 'Orang Asli' yang kini bermukim di Semenanjung Malaya adalah sisa penduduk asli Paparan Sunda yang 'tetap tinggal di rumah' ketika keluarga lainnya migrasi. Artinya, migrasi terjadi dari kawasan Kepulauan Asia Tenggara ke Daratan Asia, dan bukan sebaliknya. Jadi, migrasi penutur bahasa Austronesia pun bukan dari Cina Selatan-Taiwan ke Kepulauan Filipina-Indonesia lalu ke Pasifik dan Madagaskar seperti yang disintesiskan oleh ahli bahasa Robert Blust maupun ahli arkeologi Peter Bellwood. Justru dari Kepulauan Indonesia-lah, para penutur Austronesia berasal.
Bagi Oppenheimer, orang Sumeria yang menjadi peletak dasar peradaban di Mesopotamia adalah orang Asia Tenggara. Kesamaan benda-benda Neolitik yang muncul di Asia Tenggara dan Mesopotamia sekitar 7.500 tahun lalu menjadi salah satu bukti. Ciri fisik orang Sumeria yang bermuka lebar (brachycepalis) dan wajah tipikal 'orientalis' patung-patung wanita Sumeria bisa jadi bukti lainnya. Malahan, tokoh legenda Uthnapishtim, yang dalam wiracarita Gilgamesh dan daftar raja-raja Sumeria disebut sebagai satu-satunya orang yang selamat dari banjir besar, sehingga dianggap prototipe 'Nabi Nuh', tidak lain adalah personifikasi migran dari Asia Tenggara. Dalam legenda Babilonia, kedatangan migran Asia Tenggara direkam dalam kisah tujuh orang bijak yang datang dari laut (Timur) membawa berbagai keterampilan dan pengetahuan baru. Kisah seperti ini juga terdapat di Hindukush (pusat peradaban Indus kuno) dan dimuat dalam Buku Kematian Mesir kuno. Sementara itu, dalam berbagai varian, legenda ini masih tersebar luas di Kepulauan Nusantara hingga Pasifik.
Oppenheimer tidak berhenti sampai di situ. Ia mengungkapkan bahwa kisah bertema penciptaan Adam-Hawa hingga sengketa Kaen-Habel ternyata tersebar luas di Asia dan Pasifik. Di New Zealand, orang Maori menyebut wanita pertama sebagai 'Eevee'. Dalam berbagai mitos di kawasan ini, manusia pertama dikisahkan dibuat dari lempung merah. Kisah sengketa dua saudara kandung juga populer di Papua Nugini dengan tokoh bernama Kullabop dan Manup. Karena itu, Oppenheimer yakin kisah Kejadian Dunia (Genesis) aslinya berasal dari Asia Tenggara, sehingga ia menganggap Asia Tenggara sebagai 'Taman Firdaus' (Eden in the East).
Teori hiper-difusionisme pun disusun dari paralelisme data arkeologi, organisasi sosial, religi, dan ciri etnografi lain yang terdapat di berbagai penjuru dunia (Trigger, 1989). Kalau dalam cara meyakinkan pembacanya, karya Oppenheimer ini mirip dengan karya-karya Eric von Daniken, yang menganggap peradaban manusia di bumi ini sebagai hasil transfer iptek dari mahluk angkasa luar !
Seperti von Daniken, Oppenheimer juga menggunakan penggalan-penggalan data arkeologi yang diramu dengan beragam hasil kajian ilmiah bidang lainnya. Gaya penyajiannya yang ilmiah populer membuat buku ini enak dibaca. Karya seperti ini dikenal sebagai pseudo-archaeology.
Membaca buku Oppenheimer memang mengasyikkan, khususnya bagi mereka yang berwawasan 'posmo'. Nuansa dekonstruksi yang kuat dalam buku ini bisa membuat mereka sulit berhenti membaca. Hampir di tiap bagian ada kontroversi, yang kemudian dipecahkan dengan cerdik.. Apalagi, data yang dipakai amat mutakhir, termasuk data paling baru yang dikumpulkan si penulis sendiri saat ia praktek sebagai dokter di desa-desa terpencil Asia Tenggara dan Papua New Guinea.
Eden in the East, the Drowned Continent of Southeast Asia
Stephen Oppenheimer
Hardback : Weidenfeld & Nicholson Ltd, London, 1998 Paperback : Phoenix Books, 1999 (xvi, 560 hal. Illustrasi.) "ASIA TENGGARA, TANAH ASAL PERDABAN KUNO DUNIA?" Stephen Oppenheimer
Sumber:Daud Tanudirja Master of Arts, Doktor of Phylosophy, Staf Pengajar Jurusan Arkeologi, Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Gadjah Mada Yogyakarta.
Bagi mereka yang tahu real estate, Lembah Keramat dan Setiawanga ialah kawasan Malay Enclave bersama Kampung Baru. Maka projek Datum Jelatek jika diteruskan akan membawa impak negatif ke atas populasi Melayu di ibukota.
Mengenai kisah Datum Jelatek, rasanya bukan kisah sekadar mengenai pembangunan kondominium mewah untuk warga asing. Sebaliknya kisah Datum Jelatek itu sebenarnya adalah kisah mengenai rampasan tanah orang Melayu secara halus dan penyisihan mereka dari kawasan bandar secara "terhormat". Masakan orang Melayu boleh berdiam diri dan membiarkan projek itu diteruskan sedangkan Datum Jelatek merupakan lambang kejayaan Pakatan Pembangkang menghalau orang Melayu dari kawasan pendudukan Melayu di Keramat?
Malah pampasan yang diberikan PKNS kepada penduduk asal Datum Jelatek cumalah sekitar RM300,000, sedangkan sebuah unit rumah 1 bilik tidur bersaiz 725 kaki persegi dalam projek itu pula dijual dengan harga RM956,000. Pada harga mencecah hampir RM1 juta, sebilangan besar orang Melayu ternyata tidak mampu membeli unit rumah itu daripada PKNS.
Projek itu sengaja dibina bukan dalam lingkungan kemampuan ekonomi orang Melayu. Sebaliknya unit-unit rumah di Datum Jelatek sebenarnya telah dijual kepada pembeli Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Malah promosi hartanah yang diadakan di Singapura turut memberikan jolokan kepada Datum Jelatek dengan gelaran "New Chinese Manhattan" untuk menarik lebih ramai pembeli Cina membeli kawasan perumahan itu.
Hakikatnya projek Datum Jelatek bertujuan mencairkan kepadatan penduduk Melayu di kawasan Keramat untuk membolehkan berlakunya "penetration" pendudukan bukan Melayu berlaku di kawasan itu.
Walaupun projek itu telah dirancang semenjak 2010, namun tanpa keizinan Allah SWT sehingga ke hari ini, projek Datum Jelatek masih belum mampu dibangunkan dengan berlakunya pelbagai masalah dalaman. Disamping itu desakan penduduk kawasan Keramat yang tidak mahukan projek berkenaan diteruskan turut membantutkan perancangan projek tersebut.
Orang Melayu harus segera sedar dan tidak sekadar mempedulikan kisah-kisah dalam kain pemimpin Melayu semata-mata. Sebaliknya mereka perlu menumpukan kepada kepentingan untuk memastikan kelangsungan hidup keluarga dan bangsa mereka dalam keadaan serba mencabar.
Dan projek Datum Jelatek untuk warga asing harus dilihat sebagai cubaan mencabuli hak orang Melayu dan warga Malaysia. Projek itu harus dihentikan segera demi kepentingan semua. Orang Melayu harus bersatu dan berganding bahu untuk menghalang walau seinci projek itu daripada diteruskan demi survival bangsa dan keluhuran negara.
Like the movie Fast and Furious, leaders of parties in opposition pact are now crossing the country, profusely trying to 'put off fires that begin to burn their bases' which threaten to pull their influence down.
In Selangor, the three parties are practically 'f…ing' each other up as suspicious and backstabbing take centre-stage as each party scramble to stay afloat under the heavy onslaught of BN.
On the ground, voters who had trusted them are now turning their backs and filing suits in courts for unfulfilled promises and pledges while party workers leaving, like abandoning a sinking ship.
Racism between them is prevalent as their each party attempts to sustain their influence along race and religion because voters do not trust their pledges and promises anymore.
So each party goes on racial and religious lines that can pull back some lost influence.
In Kedah, PAS state government is facing credibility crisis with majority of the party divisions calling for MB Azizan AbdulRazak to step down and party secretary-general Mustapa Ali as usual play dump.
In Kelantan, Mentri Besar who is also the party Ulamak chief Nik Aziz Nik Mat is facing decline in respect as no more than 500 waited for him at the airport last week compared to no less than few thousands every time he returns from anywhere at the airport.
In Johor, PKR and DAP are crossing hairs and in animosity mood as both the parties' chiefs blame each other for sabotage and DAP supremo Karpal Singh and PKR Wan Azizah Ismail are backing each other's man.
In short, parties in the opposition pact are now fighting each other and from within while PKR Rafizi, termed as the financial wizard…ha ha ha…is behaving like a schoolboy trying to outdo whatever or do better than the other boys' claims.
Things are actually looking bad for the opposition pact as the old saying goes 'love fades when marriage begins' in this case the marriage is one of convenience, not based on true love feelings.
Falling apart and downhill fast, leaders of the pact have no choice but to put off the 'fires' as diversion tactics have failed to hide the truth given the voters are getting wiser while parties in the pact are showing their weaknesses and their lies are being exposed by the day.
The latest act by Prime Minister Najib Tun Razak in signing the Transparency International Election Integrity Pledge has put the opposition in a 'check mate' position.
Clearly the opposition pact is cornered and they are in a hot spot, hotter than the frying pot they used to fry Najib and Bn leaders all this while.
It is shocking to hear Nik Aziz's speech as soon as he arrived at Kota Bharu after he performed his umrah in Mecca. Ni Aziz' speech did not promote unity, instead, it sounded like insults, that he came to a point of comparing those who received BR1M with animals. Nik Aziz said, in front of his supporters at Sultan Muhammad IV Stadium compound," Those who offer money to people, is as same as we calling out chicken to come cloesr to us, all we do is just throw the food. If we want to call the cows, we throw in straws." That is how insulting he is towards those who received BR1M even when most of his own supporters received it. Not just that, they even said that it is their rights, as rakyat and the money belongs to rakyat. God knows how did they find such excuse. Would any other governments in the world provide BR1M? No, because it is not their responsibility. It is part of nature, people need to work to earn money. No one deserve to get anything without doing anything unless they really do not have any power to work due to health reasons for example. Government's responsibility is to administrate, generate income, bring in investments, public facilities, education, preserve national sovereignty and to ensure peace. Providing 'free money' to rakyat is not part of the government's responsibility. As for rakyat, they need to work to pay for themselves, their family and taxes to the government, so that the government could keep on providing the service they need. Coming from concern, BN government do think of those who are in need and decided to help them, through BR1M. Government can simply use the RM3 billion, budgeted for BR1m for other things, but that might not benefit those who really need it. Obviously BR1M cannot be implemented if the government cannot afford it. If the government only depend on taxes from those who can afford to pay, obviously they will not be able to provide BR1M to those in need. Thus, being able to implement it proves how efficient Barisan Nasional is in generating income as well as managing the country's finance. Sadly, Tok Guru sees BR1M as bait or bribe to gain votes from rakyat, other than insulting those who accepted it. It is even sadder when those who actually took BR1M, are his own supporters. That is why, we would like to ask Tok Guru, if those who took BR1M are as same as cows and chicken, what about his supporters who often insult BN by in the end still took BR1M anyway, what are they? Think about it.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sesungguhnya ianya merupakan satu projek hebat - projek kediaman kondominium super mewah di tapak runtuhan bangunan rumah pangsa orang Melayu di Kampung Datuk Keramat.
Ianya merupakan 1 projek kondominium super mewah 45 tingkat Datum Jelatik ini menawarkan harga dari RM956,000 hingga RM11.6 juta.
Bukannya mahal sangat pun ….. ini juga merupakan bukti bahawa kerajaan Selangor memang membuat RUMAH MAMPU MILIK dan Skim Perumahan Anak Muda …..
Jadi, Khalid Ibrahim memang seorang pemimpin yang berjiwa besar ….. hinggakan KERA DI HUTAN DI SUSUKAN DAN DIDODOIKAN, ANAK DI BUAIAN MATI KELAPARAN…….
Maka, projek MAHA HEBAT hinggakan KERA di hutan pun disusukan ini pun mendapat tentangan rakyat …..
Mengapa DIBANTAH? Jom layan …………
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu membangunkan projek kediaman kondominium super mewah di tapak runtuhan bangunan rumah pangsa orang Melayu di Kampung Datuk Keramat.
Presidennya, Hamidzun Khairuddin berkata, kondominium super mewah 45 tingkat Datum Jelatik ini menawarkan harga dari RM956,000 hingga RM11.6 juta sebuah adalah harga yang langsung tidak munasabah untuk dibeli oleh orang Melayu, Cina atau India yang berpendapatan kecil dan sederhana.
"Hanya jutawan dan mereka yang berpendapatan minimum RM20,000 sebulan sahaja yang mampu untuk membeli kondominium tersebut. Ini juga bermakna usaha yang dipelopori PKNS, kini terpesong jauh dari tanggungjawab mereka yang sepatutnya membina perumahan untuk golongan rendah dan sederhana.
"Kita juga ingin mempertikai polisi perumahan kerajaan negeri khususnya PKNS yang dalam masa lima tahun ini hanya menumpukan pembinaan rumah untuk orang kaya dan jutawan sahaja sedangkan 90 peratus penduduk Selangor adalah terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kondominium Datum Jelatik ini adalah contoh terbaik pelaksanaan polisinya," ujarnya kepada pemberita, di sini hari ini.
GAPS turut mempertikai penjualan secara enblock dua blok kondominium mewah ini kepada warga luar.
"Adakah warganegara luar yang lebih memerlukan rumah di Kampung Datuk Keramat ini berbanding rakyat tempatan?
"Nampaknya kini MB melaksanakan visi 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan' dan yang paling menyedihkan, MB selaku pengerusi PKNS pernah berjanji semasa majlis makan durian dengan penduduk Keramat ketika perobohan rumah pangsa tersebut beberapa tahun lalu, bahawa akan dibangunkan rumah mampu milik di atas kawasan tersebut.
"Namun amat memeranjatkan kondominium super mewah pula yang akan didirikan. Jelas benar, penduduk Keramat khasnya penduduk Selangor amnya di tipu bulat-bulat oleh MB," tambahnya.
Sehubungan itu, GAPS menuntut agar projek kondominium ini dibatalkan dan MB wajib menunaikan janji pembinaan perumahan rakyat mampu milik di atas tapak rumah pangsa Keramat ini.
"Kalau projek Kondominium Padang PKNS Kelana Jaya boleh dibatalkan, projek kondominium Dolomite Batu Caves boleh dibatalkan, maka MB juga wajib membatalkan projek kondominium super mewah Datum Jelatik, Kampung Datuk Keramat ini," tambahnya.
TUNTUTAN RM100 juta oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada Kerajaan Pusat sebagai pampasan untuk menghentikan pembalakan ?cuci mangkuk? di kawasan tadahan hujan berdekatan Tasik Pedu, menunjukkan Pas Kedah cukup terdesak untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi Menteri Besar Johor selama sembilan tahun, menyifatkan kenyataan Azizan - yang menjadi menteri besar sejak 2008 - sebagai amat tidak logik dan tidak masuk akal, lebih-lebih lagi dari segi hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan.
Namun Pas Kedah tidak mempedulikan sama ada tindakannya disifatkan mengugut, tidak wajar atau pelik kerana perbuatan di luar kewarasan seperti merosakkan alam sekitar dan menggondolkan hutan yang terletak hanya 100 meter dari tasik sudah pun dilaksanakan walaupun tanpa laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
Meskipun tuntutan itu membuktikan kewangan negeri tenat atau berisiko muflis namun sungguh melucukan apabila papan-papan tanda menyatakan pendapatan negeri mencecah hingga berbilion ringgit dipacak di merata tempat sebagai propaganda.
?Malah satu papan tanda besar dipacak di depan rumah ayah saya di Jalan Anak Bukit berdekatan lapangan terbang yang mengatakan pendapatan negeri mencapai berbilion ringgit, tetapi sebenarnya angka-angka yang dinyatakan adalah pencapaian kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama dalam menarik pelaburan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP)," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.
Hakikatnya, hutang kerajaan negeri meningkat sebanyak 50 peratus apabila hutang awam dilaporkan berjumlah RM2.6 bilion setakat Disember 2011 dan hutang pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil pula sebanyak RM330 juta.
Kata Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang, hutang Kuin pula perlu mula dilangsaikan hujung tahun ini sebanyak RM49.2 juta setahun dan jumlah itu merupakan penambahan kepada bajet defisit RM1.1 bilion bagi 2013 berbanding anggaran hasil RM640 juta.
Kewangan negeri menjadi lebih tenat apabila sasaran hasil RM640 juta itu iaitu peningkatan RM105.6 juta daripada hasil premium tanah dan bayaran jualan air mentah kepada Pulau Pinang tidak menjadi kenyataan apabila negeri berkenaan telah menolak jualan sumber air itu.
Lebih menyedihkan ekonomi Kedah di bawah Pas seolah-olah tidak bergerak malahan kadar kemasukan pelaburan asing dalam tempoh empat tahun di bawah pentadbiran Pas hanya RM10 bilion. (Angka itu bermakna setahun antara RM2 hingga RM3 bilion sahaja).
Sedangkan, pentadbiran BN pada 2007 berjaya membawa RM14 bilion FDI hanya dalam satu tahun! - bayangkan perbezaan cukup ketara yang memberi manfaat kepada rakyat.
Pada Januari hingga Oktober 2012, kemasukan FDI dan pelaburan langsung domestik negeri (DDI) negeri terus merosot kepada hanya RM373.3 juta, menjadikan Kedah terjatuh dari tangga kelima pada 2007 ke tangga ke-11 ketika ini berbanding negeri lain.
Kerajaan negeri tiada idea baharu yang kreatif untuk melonjakkan hasil pendapatan negeri melainkan menebang balak dan menjual air hingga tidak menarik minat pelabur menanam modal dalam bidang industri, perkilangan dan pembuatan.
?Walaupun memiliki sedikit kelayakan dari segi akademik tetapi rata-rata pemimpin kerajaan negeri tiada pengalaman mentadbir untuk meningkatkan hasil," kata bekas Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS), Datuk Wira Dr. Mohd. Shariff Abu Samah yang juga pengkaji dan pakar dalam pentadbiran awam negeri.
Justeru, katanya, rakyat perlu membuat pilihan tepat memilih kerajaan negeri pada pilihan raya umum kelak bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri diteruskan untuk kesejahteraan rakyat sebagaimana dirancang oleh BN.
Ia termasuk mendapat nikmat daripada rancangan mewujudkan hab perindustrian baharu yang menyerupai Taman Perindustrian Tinggi Kulim (KHTP), Bandar Getah di Utara Kedah dengan kerjasama kerajaan Thailand yang menyediakan banyak peluang pekerjaan. Industri berkaitan bidang aeroangkasa dan pembinaan pusat pembangunan dan penyelidikan (R&D) syarikat-syarikat antarabangsa, sektor pembuatan dan perkilangan kluster, pertanian berteknologi tinggi juga akan dibangunkan di Changlon jika BN mentadbir.
Apa yang penting, isu pokok iaitu pokok balak dan alam sekitar tidak lagi berlarutan jika sumber kekayaan negeri berjaya dijana dan dipelbagaikan untuk meningkatkan hasil bumi jelapang padi ini.
PUTRAJAYA : Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya sebagai satu lagi komitmen beliau terhadap pelaksanaan agenda negara dalam membanteras rasuah terutamanya semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Perdana Menteri menandatangani ikrar tersebut sambil disaksikan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Shukri Abdul dan Presiden Transperancy International (Malaysia) (TI-M), Datuk Paul Low.
Yang turut hadir pada majlis serba ringkas itu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para pemimpin parti komponen BN.
''Apabila nama calon BN yang akan bertanding pada PRU-13 diumumkan, saya akan pastikan mereka menandatangani ikrar tersebut.
''Calon-calon dari parti komponen BN sudah melalui proses saringan SPRM dan adalah sesuai untuk mereka mengambil komitmen menandatangani ikrar integriti untuk pilihan raya yang bersih dan adil," katanya di sini.
Menurut Perdana Menteri, tanggungjawab memenuhi ikrar tersebut terletak di atas bahu mereka yang telah menurunkan tandatangan.
''Dan adalah menjadi hak rakyat untuk memastikan wakil rakyat terbabit berpegang kepada akujanji yang telah dibuat, justeru itu, marilah kita bekerjasama ke arah mengukuhkan proses pilihan raya," katanya.
Maklumat terperinci berhubung akujanji itu boleh diperoleh menerusi laman sesawang TI-M. Orang ramai akan bertanggungjawab menjadi mata dan telinga untuk memantau kepatuhan wakil rakyat masing-masing memenuhi piawaian itu.
Maklum balas boleh disalurkan menerusi akaun Facebook calon atau Twitter wakil rakyat terbabit.
Ikrar Integriti yang digerakkan TI-M adalah kontrak sosial yang ditandatangani secara sukarela oleh mana-mana calon yang akan bertanding pada PRU kelak.
Antara lain calon akan berikrar mengangkat integriti, tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti di peringkat negeri dan persekutuan serta menegakkan kedaulatan undang-undang.
Sementara itu, Paul ketika bercakap kepada pemberita berkata, pelaksanaan ikrar tersebut membolehkan rakyat memantau pemimpin yang benar-benar mematuhi prinsip dan berintegriti.
''Langkah ini akan menggalakkan rakyat untuk mengambil tahu tingkah laku serta perbuatan individu yang telah menandatangani ikrar malah rakyat juga boleh berkomunikasi dengan mereka,'' katanya.
Katanya, Malaysia adalah negara pertama dalam kalangan komuniti TI yang menandatangani ikrar tersebut sekali gus menjadi contoh kepada usaha memerangi rasuah yang dimulakan di peringkat atasan.
''Kami gembira kerana Datuk Seri Najib secara personal komited menandatangani komitmen beliau sendiri terhadap ikrar ini,'' katanya.
Menurut Paul, pihaknya akan menggalakkan semua calon tanpa mengira parti untuk menandatangani ikrar tersebut bagi melihat sejauh mana komitmen mereka dalam mengangkat integriti dan ketelusan.
Setakat ini 20 individu telah menandatangani ikrar yang dibuat secara sukarela tanpa ada kaitan dengan kerajaan atau mana-mana parti politik.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Mengucap panjang kita mendengar ucapan Nik Aziz setibanya di Kota Bharu setelah menunaikan umrah di Mekah. Ucapan Nik Aziz bukannya mengajak kepada perpaduan atau ke arah perdamaian tetapi berunsur celaan, sehingga tergamak menyamakan penerima BR1M dengan haiwan.
Kata Nik Aziz, di hadapan penyokong yang menyambutnya pulang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, "Orang yang menawarkan wang kepada orang, sama seperti kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu mana datang, jadi kalau kit aberi barang kepda orang, beri RM10, RM50 orang akan ambil."
Hina sekali pandangan Tok Guru terhadap rakyat yang menerima BR1M sedangkan ramai dari penyokong-penyokong Tok Guru sendiri turut menerimanya dengan bangga. Tidak cukup dengan itu, mereka mendabik dada pula kononnya itu hak mereka, sebagai rakyat dan duit yang diterima itu adalah duit rakyat.
Entah dari mana datangnya alasan bahawa duit itu adalah hak mereka. Apakah semua kerajaan di dunia ini memberi BR1M? Tentulah tidak, kerana bukan tanggungjawab mana-mana kerajaan untuk berbuat demikian.
Sudah menjadi hukum alam, dan sudah termaktub dalam ajaran Islam, bahawa manusia perlu bekerja untuk mendapatkan wang. Tiada siapa yang layak menerima apa-apa tanpa berusaha melainkan mereka sememangnya tidak punya kemampuan untuk berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu seperti kesihatan, kecacatan dan sebagainya.
Tugas kerajaan adalah untuk mentadbir, menjana pendapatan, membawa pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan, menyediakan kemudahan awam, memastikan rakyat mendapat pendidikan, memelihara kedaulatan negara serta memastikan keamanan.
Menyediakan wang tunai 'percuma' kepada rakyat bukanlah tugas kerajaan.
Tugas setiap seorang dari rakyat pula adalah untuk bekerja bagi menyara diri dan keluarga serta membayar cukai kepada kerajaan supaya kerajaan dapat terus menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat.
Sudah menjadi lumrah dunia, ada rakyat yang berpelajaran tinggi dan ada yang tidak. Ada yang miskin dan ada yang kaya. Ada yang dulu susah, tetapi sekarang senang setelah kerajaan membawa masuk pelaburan dan mereka dapat bekerja di kilang-kilang. Ada yang dulu hidup atas peruntukan rakyat termiskin, kini tinggal di rumah dua teres dua tingkat setelah anak-anak mereka menjadi orang berjaya berkat pembelajaran percuma di peringkat rendah dan menengah dan kemudiannya mendapat biasiswa pula untuk ke universiti. Adajuga yang dulu senang tetapi sekarang susah dan menganggur akibat membazirkan masa dan wang ibu bapa ketika di universiti kerana sibuk berdemonstrasi.
Oleh itu, ada rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan dan ramai lagi yang tidak.
Kerana itu, kerajaan BN yang prihatin, telah mengambil kira keadaan hidup rakyat yang berbagai ini dan memutuskan untuk membantu mereka yang memerlukan, melalui BR1M. Kerajaan boleh saja menggunakan peruntukan BR1M sejumlah RM3 billion itu untuk tujuan lain, tetapi dikhuatiri ia tidak akan dapat dirasai secara langsung oleh golongan yang benar-benar memerlukan. Hanya dengan pemberian tunai sahaja yang dapat memastikan ia mencapai objektif secara tepat kerana dengan wang tunai, rakyat boleh memutuskan sendiri cara untuk membelanjakannya.
Sudah tentu sekali BR1M tidak akan dapat diberikan jika kerajaan tidak mampu. Jika kerajaan sekadar bergantung kepada cukai yang dikutip dari segolongan rakyat yang layak membayar cukai sahaja, tentulah kerajaan tidak akan mampu memberi BR1M kepada golongan yang tidak layak membayar cukai itu.
Justeru, kemampuan kerajaan memberi BR1M kepada rakyat dengan sendirinya membuktikan kecekapan pentadbiran Barisan Nasional dalam menjana pendapatan serta mengurus kewangan negara.
Malangnya, Tok Guru melihat BR1M sebagai umpan atau rasuah untuk memancing undi serta menghina pula rakyat yang menerimanya. Lebih malang lagi kerana antara yang menerima BR1M itu adalah penyokong-penyokong Tok Guru sendiri.
Kerana itu, kita ingin bertanya Tok Guru, jika penerima BR1M adalah umpama lembu dan ayam, maka penyokong Tok Guru yang saban hari mengutuk BN tetapi tetap menadah tangan melahap BR1M, umpama apa pula?
Fikirkanlah sendiri, binatang apa yang lebih hina dari lembu dan ayam. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
TUNTUTAN RM100 juta oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada Kerajaan Pusat sebagai pampasan untuk menghentikan pembalakan ?cuci mangkuk? di kawasan tadahan hujan berdekatan Tasik Pedu, menunjukkan Pas Kedah cukup terdesak untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi Menteri Besar Johor selama sembilan tahun, menyifatkan kenyataan Azizan - yang menjadi menteri besar sejak 2008 - sebagai amat tidak logik dan tidak masuk akal, lebih-lebih lagi dari segi hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan.
Namun Pas Kedah tidak mempedulikan sama ada tindakannya disifatkan mengugut, tidak wajar atau pelik kerana perbuatan di luar kewarasan seperti merosakkan alam sekitar dan menggondolkan hutan yang terletak hanya 100 meter dari tasik sudah pun dilaksanakan walaupun tanpa laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
Meskipun tuntutan itu membuktikan kewangan negeri tenat atau berisiko muflis namun sungguh melucukan apabila papan-papan tanda menyatakan pendapatan negeri mencecah hingga berbilion ringgit dipacak di merata tempat sebagai propaganda.
?Malah satu papan tanda besar dipacak di depan rumah ayah saya di Jalan Anak Bukit berdekatan lapangan terbang yang mengatakan pendapatan negeri mencapai berbilion ringgit, tetapi sebenarnya angka-angka yang dinyatakan adalah pencapaian kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama dalam menarik pelaburan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP)," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.
Hakikatnya, hutang kerajaan negeri meningkat sebanyak 50 peratus apabila hutang awam dilaporkan berjumlah RM2.6 bilion setakat Disember 2011 dan hutang pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil pula sebanyak RM330 juta.
Kata Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang, hutang Kuin pula perlu mula dilangsaikan hujung tahun ini sebanyak RM49.2 juta setahun dan jumlah itu merupakan penambahan kepada bajet defisit RM1.1 bilion bagi 2013 berbanding anggaran hasil RM640 juta.
Kewangan negeri menjadi lebih tenat apabila sasaran hasil RM640 juta itu iaitu peningkatan RM105.6 juta daripada hasil premium tanah dan bayaran jualan air mentah kepada Pulau Pinang tidak menjadi kenyataan apabila negeri berkenaan telah menolak jualan sumber air itu.
Lebih menyedihkan ekonomi Kedah di bawah Pas seolah-olah tidak bergerak malahan kadar kemasukan pelaburan asing dalam tempoh empat tahun di bawah pentadbiran Pas hanya RM10 bilion. (Angka itu bermakna setahun antara RM2 hingga RM3 bilion sahaja).
Sedangkan, pentadbiran BN pada 2007 berjaya membawa RM14 bilion FDI hanya dalam satu tahun! - bayangkan perbezaan cukup ketara yang memberi manfaat kepada rakyat.
Pada Januari hingga Oktober 2012, kemasukan FDI dan pelaburan langsung domestik negeri (DDI) negeri terus merosot kepada hanya RM373.3 juta, menjadikan Kedah terjatuh dari tangga kelima pada 2007 ke tangga ke-11 ketika ini berbanding negeri lain.
Kerajaan negeri tiada idea baharu yang kreatif untuk melonjakkan hasil pendapatan negeri melainkan menebang balak dan menjual air hingga tidak menarik minat pelabur menanam modal dalam bidang industri, perkilangan dan pembuatan.
?Walaupun memiliki sedikit kelayakan dari segi akademik tetapi rata-rata pemimpin kerajaan negeri tiada pengalaman mentadbir untuk meningkatkan hasil," kata bekas Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS), Datuk Wira Dr. Mohd. Shariff Abu Samah yang juga pengkaji dan pakar dalam pentadbiran awam negeri.
Justeru, katanya, rakyat perlu membuat pilihan tepat memilih kerajaan negeri pada pilihan raya umum kelak bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri diteruskan untuk kesejahteraan rakyat sebagaimana dirancang oleh BN.
Ia termasuk mendapat nikmat daripada rancangan mewujudkan hab perindustrian baharu yang menyerupai Taman Perindustrian Tinggi Kulim (KHTP), Bandar Getah di Utara Kedah dengan kerjasama kerajaan Thailand yang menyediakan banyak peluang pekerjaan. Industri berkaitan bidang aeroangkasa dan pembinaan pusat pembangunan dan penyelidikan (R&D) syarikat-syarikat antarabangsa, sektor pembuatan dan perkilangan kluster, pertanian berteknologi tinggi juga akan dibangunkan di Changlon jika BN mentadbir.
Apa yang penting, isu pokok iaitu pokok balak dan alam sekitar tidak lagi berlarutan jika sumber kekayaan negeri berjaya dijana dan dipelbagaikan untuk meningkatkan hasil bumi jelapang padi ini.
YOP DAN YONG, ESOK. TERUS JER KE KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU, ULU KINTA, DAFTAR DAN TEMUI KAMI DISANA, JANGAN LAMBAT SEMUA BERMULA JAM1.00 PETANG DAN TENTUNYA GEMPAK DAN KASI BAKOR KASI AMARAN PADA PAKATAN RAKYAT JANGAN MENABUR FITNAH LAGI...
Ini video yang teman suka bila si Nizar ngangeh nie KANTOI, bukan main lagi dikencingnya cai-cai Depan-depan, yang syoknya dalam cermahnya bukan main dia kutuk giller Dr Zambry Kadir macam ler yang dia katakan kononnya Dr Zambr Kadir macam tertelan anak biawak....
Bukan main lagi ayor lior dia kena berterabor kat penonton depan dia ternganga luas tertelan ayor liornya yang bau bangkai merata -rata, yang paling kecohnya yang dengor macam lembu suruhan, boleh semua bunyinya Booo Moooo ikut jer apa yang Si lambei ni temberang, angguk ajer!!!
Macam mana pulak yang macam ni bulat-bulat boleh percaya dengan si Lambei nie yang kencing merata-rata. Tag mana yang boleh angguk nie tak boleh nak cakap, tertelan kencing si Meroyan nie memang ler susah nak diubat, kena temas kat dahi baru boleh dia pulih tu pun tak sepenuhnya... Kena di kemian sekeliling rumah pun belum tentu kuat sibadi Meroyan nie...
maleh teman nak akap, cer komer tengok macamana dia nie tak habis-habis buat fitnah dan bohong merata, ibarat kencing merata-rata jer dema nie, yang peliknya dah satu badan kuyup baju dema pun dema masih terganga dan melopong dengan si kaki kencing yang sekarang nie sambil kencing belari
Apa pun yang dia nak katakan dah tentu ler sapa nak percaya kecuali yg dah kuat angguknya kerana tertelan kencing si Lambei nie, elok sesangat ler komer angguk makin kiat, mungkin jugak kencing orang meroyan nie memang lebih POWER kot, tengok sendiri Video nie macamana dia keling tong dan bohong kepada rakyat, apa nak buat yop dah itu yang dema suka... Suka diKENCINGkan, bior basah kuyup dema makin kuat angguk... Hancing tu yop!!! Apa lag i mulutnyer si la,bei ni bau bangkai, longkang pun tak sebusuk nie... Meroyan kuat si Lambei nie...
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Satu video penjelasan mengenai isu air Selangor telah diterbitkan bagi menjawab fitnah Kerajaan PKR Selangor.
Untuk pembaca yang tidak dapat mengakses video di atas, MyMassa perjelaskan hujah-hujah mengenai Isu Air Selangor yang perlu kita semua tahu.
PENJELASAN PENSTRUKTURAN SEMULA BEKALAN AIR SELANGOR
A. LATAR BELAKANG PENSWASTAAN PERKHIDMATAN AIR SELANGOR
Selangor telah menswastakan perkhidmatan airnya kepada empat operator iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) dan Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash) untuk rawatan air manakala Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk pengagihan air. Kerajaan Negeri Selangor memegang ekuiti di dalam Abass (55%), Splash (30%) dan Syabas (30%). Sesetengah aset yang dikendalikan oleh operator-operator tersebut adalah berbentuk bina-kendali-pindah milik (BOT) dan terdapat juga yang dipajak daripada Kerajaan Negeri.
B. APAKAH POLISI KERAJAAN PERSEKUTUAN DALAM PENSTRUKTURAN SEMULA PERKHIDMATAN AIR?
Polisi yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam penstrukturan semula perkhidmatan air adalah berdasarkan model asset light di mana operasi operator-operator akan menumpukan kepada peningkatan kecekapan dan keberkesanan kos manakala perbelanjaan modal (Capex) akan dibiayai oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan. PAAB akan mengambil alih aset dan tanggungan berkaitan aset daripada operator-operator sedia ada. PAAB berupaya untuk mendapatkan kos dana yang lebih rendah dan tempoh pinjaman yang lebih panjang menerusi penarafan kreditnya yang lebih baik. PAAB akan dilesenkan dan dikawal selia oleh SPAN dan semua perolehan perbelanjaan modal adalah telus.
C. ADAKAH KERAJAAN PERSEKUTUAN BOLEH MEMBENARKAN KERAJAAN NEGERI MENGEKALKAN PERKHIDMATAN AIR DALAM STRUKTUR YANG SEDIA ADA?
Struktur perkhidmatan air sedia ada adalah tidak mapan dan pengguna akan dibebankan dengan tarif yang tinggi. Di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), syarikat konsesi diberi tempoh selama 1 tahun untuk menyatakan hasratnya untuk berhijrah ke rejim pelesenan. Bagi mereka yang tidak berhasrat untuk berhijrah ke rejim pelesenan akan diberi kuasa untuk beroperasi sehingga tamat konsesi tertakluk kepada syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh SPAN.
SPAN juga akan mengawal selia syarikat-syarikat yang diberi kuasa untuk beroperasi khasnya dari aspek kualiti air seperti termaktub dalam Seksyen 193 Akta IPA 2006. Walau bagaimanapun memandangkan Kerajaan Negeri Selangor mempunyai perjanjian-perjanjian penswastaan dengan keempat-empat syarikat konsesi yang masih sah, maka obligasi-obligasi yang terkandung dalam perjanjian-perjanjian ini masih perlu dipatuhi. Ini akan membebankan pihak Kerajaan Negeri dan juga pengguna.
D. KENAPA PENSTRUKTURAN INI PERLU DIPERCEPATKAN?
Cadangan penstrukturan semula ini perlu disegerakan bagi melindungi kepentingan pengguna memandangkan kenaikan tarif yang akan berlaku. Pada masa yang sama, usaha ini tidak harus menghakis keyakinan pasaran modal. Kelewatan penstrukturan semula dan penangguhan semakan semula tarif mempunyai impak langsung ke atas operasi bekalan air di Lembah Klang. Ketika ini, hasil daripada tarif hanya sekadar cukup untuk membayar pembelian air terawat daripada PNSB, Abass dan Splash. Masih terdapat keperluan untuk memperoleh pembiayaan bagi operasi harian untuk pengagihan air termasuk penyenggaraan sistem bekalan, kos pekerja, kos tenaga dan perbelanjaan lain. Di samping itu, sebarang pengurangan bayaran kepada operator rawatan air akan menjejaskan keupayaan pembayaran mereka kepada pemberi pinjaman.
Penyusunan semula ini bertujuan mengelakkan kenaikan tarif air sebanyak 37% yang dijadualkan pada 1 Januari 2009 dalam Perjanjian Konsesi Syabas bertarikh 15 Disember 2004 dan seterusnya kenaikan-kenaikan yang amat tinggi setiap tiga tahun seperti yang termaktub dalam perjanjian konsesi.
E. ADAKAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR PERNAH MEMBERI KOMITMEN UNTUK MENSTRUKTURKAN SEMULA PERKHIDMATAN AIRNYA?
Pada 28 Mei 2008, Kerajaan Negeri Selangor menyatakan hasrat dan komitmennya untuk meneruskan penstrukturan semula yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). YB Menteri melalui sepucuk surat bertarikh 19 Jun 2008, menegaskan bahawa PAAB perlu terlibat di peringkat awal bersama KDEB dalam proses penstrukturan ini. Perkara ini telah ditegaskan sekali lagi oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) pada 3 Julai 2008. KDEB telah membentangkan cadangan penstrukturan semula dan mekanisme pembiayaan kepada SPAN pada 18 Ogos 2008. Walau bagaimanapun pada 19 Ogos 2008, Y.A.B. Menteri Besar Selangor telah meminta KTAK untuk menerajui proses penstrukturan semula tersebut. Keputusan KTAK pada waktu itu adalah untuk membenarkan KDEB menyempurnakan proses penstrukturan semula ini, memandangkan KDEB telah menyatakan pihaknya telah menyelesaikan penilaian dan bersedia untuk membuat penawaran pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air di negeri Selangor.
F. ADAKAH KDEB MEMENUHI JANJINYA DENGAN MEMBUAT TAWARAN KEPADA PIHAK KONSESI?
Pada 4 September 2008, KDEB mencadangkan supaya aset-aset konsesi diambil alih oleh PAAB dan dipersetujui bahawa PAAB akan memulakan verifikasi aset pemegang konsesi dan aset Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri dan KDEB juga menyatakan kesediaan mereka untuk membuat tawaran kepada pemegang-pemegang konsesi dan meminta KTAK mengadakan mesyuarat dan menjadi pengantara (moderator) di dalam rundingan tersebut.
Sehubungan ini, satu mesyuarat telah diadakan pada 19 September 2008, tetapi malangnya KDEB tidak membuat tawaran seperti yang dijanjikannya. Sebaliknya KDEB berjanji untuk membuat tawaran kepada setiap pemegang konsesi secara berasingan dalam tempoh seminggu. Bagaimanapun, ini tidak menjadi kenyataan dan tawaran tidak pernah dikemukakan kepada keempat-empat syarikat konsesi air di negeri Selangor.
G. ADAKAH KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KTAK MEMBERI CUKUP MASA KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR UNTUK MELAKSANAKAN PENSTRUKTURAN SEMULA INI?
Kerajaan Negeri Selangor telah diberi cukup masa dan peluang untuk memuktamadkan penyusunan semula ini. Dalam tempoh dari bulan September 2008 sehingga hari ini, jarakmasa (timeline) untuk memuktamadkan tawaran pengambilalihan telah dipinda beberapa kali namun Kerajaan Negeri Selangor masih gagal memuktamadkannya malah sering menukar tempoh sasaran. Empat peluang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Selangor iaitu 19 September 2008, 31 Disember 2008, 15 Januari 2009 dan 14 Februari 2009.
i) 19 September 2008
Tarikh ini adalah atas permintaan KDEB untuk membuat penawaran bagi mengelakkan kenaikan tarif seperti termaktub di dalam Perjanjian Konsesi Syabas namun KDEB gagal membuat sebarang penawaran.
ii) 31 Disember 2008
Tarikh ini ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memuktamadkan rundingan pengambilalihan bagi mengelakkan kenaikan tarif tetapi sebaliknya telah memohon pula untuk menangguhkan sehingga 30 Mac 2009.
iii) 15 Januari 2009
Tarikh ini yang dipersetujui dalam mesyuarat pada 15 Disember 2008 di antara KTAK dan Kerajaan Negeri Selangor supaya Kerajaan Negeri Selangor memberi maklum balas hasil penawaran sealed price kepada pemegang-pemegang konsesi. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor belum dapat memuktamadkan sealed price berkenaan.
iv) 14 Februari 2009
Maka dengan itu, tarikh akhir baru yang dipersetujui dalam mesyuarat pada 30 Januari 2009 di antara Kementerian dan Kerajaan Negeri Selangor supaya Kerajaan Negeri Selangor memberi maklum balas berhubung hasil penawaran harga kepada sealed price yang berkenaan. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri hanya mengemukakan tawaran pada 13 Februari 2009, sehari sebelum tarikh akhir yang dipersetujui dan meminta pemegang-pemegang konsesi memberikan maklum balas pada 20 Februari 2009. Tindakan ini adalah bercanggah dengan persetujuan yang dibuat pada mesyuarat tersebut.
H. APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAKAN UNTUK PENILAIAN ASET MEMANDANGKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR PERNAH MENEKANKAN BAHAWA TAWARAN PAAB MESTILAH LEBIH RENDAH DARI TAWARAN KERAJAAN NEGERI?
Berhubung dengan isu pengambilalihan aset oleh PAAB, penilaian aset adalah berdasarkan prinsip-prinsip perakaunan dan amalan kewangan yang diterima pakai. Oleh yang demikian, isu yang dibangkitkan oleh Kerajaan Negeri iaitu harga yang ditawarkan oleh PAAB hendaklah lebih rendah atau sama dengan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri, tidak timbul. Ini adalah kerana tawaran PAAB adalah berdasarkan prinsip-prinsip kesaksamaan, ketelusan dan kemampuan untuk melindungi kepentingan pengguna.
Verifikasi telah dilaksanakan oleh juruaudit bebas yang dilantik oleh PAAB. Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri Selangor juga boleh melantik juruauditnya sendiri untuk meverifikasikan aset demi kesaksamaan dan ketelusan dengan syarat prinsip-prinsip verifikasi adalah sama. Adalah penting, bagi Kerajaan mempertimbangkan implikasi-implikasi ke atas pasaran modal dalam proses penstrukturan semula industri air secara menyeluruh memandangkan ini melibatkan pemegang-pemegang bon dan pemberi pinjaman lain.
I. APAKAH JAMINAN KERAJAAN UNTUK MEMASTIKAN PERKHIDMATAN BEKALAN AIR LEBIH MAPAN DAN EFISYEN DI BAWAH REJIM PELESENAN?
Di bawah rejim pelesenan Akta 655, Kerajaan Persekutuan akan menetapkan syarat-syarat pelesenan dan memastikan ia adil dan berpatutan kepada semua stakeholder. Pulangan kepada pemegang lesen akan dikawal selia dan tertakluk kepada semakan semula dari semasa ke semasa. Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan oleh SPAN akan dikenakan kepada pemegang lesen. Pemegang lesen dikehendaki memperbaharui lesen ini setiap tiga tahun. Lesen tidak akan diperbaharui sekiranya pemegang lesen tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta 655 atau terma dan syarat lesen.
J. ADAKAH KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGAMBIL SIKAP MENGENEPIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR DALAM PENSTRUKTURAN PERKHIDMATAN AIR INI?
Kerajaan Persekutuan sentiasa bersedia dan perlu bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam rundingan semula memandangkan mereka adalah merupakan pihak yang terlibat dalam perjanjian konsesi yang akan dirundingkan semula. Seperti juga untuk negeri-negeri lain, Kerajaan Persekutuan akan membantu dari segi kerja-kerja sumber termasuk pembiayaan pembinaan empangan sekiranya semua pihak bersetuju berhijrah ke rejim pelesenan dan memindah milik aset kepada PAAB yang akan memanfaatkan semua pihak terutamanya pengguna. Langkah ini juga akan dapat mengelakkan kenaikan tarif sebanyak 31% mulai 1 April 2009 iaitu kadar kenaikan yang disyorkan oleh Jabatan Audit Negara dalam laporannya, walaupun mengikut perjanjian konsesi kadar kenaikan adalah sebanyak 37%. Namun demikian, kadar kenaikan tarif hanya akan dimuktamadkan oleh Jemaah Menteri setelah memperhalusi segala maklumat terkini berhubung kadar air tidak terhasil (NRW) dan perbelanjaan modal (capex).
K. ADAKAH KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGAMAL SIKAP DISKRIMINASI DALAM PROSES PENSTRUKTURAN PERKHIDMATAN AIR SELANGOR?
Model penstrukturan semula yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan ini telah diterima oleh Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Melaka dengan termeterainya perjanjian pemindahan aset dan liabiliti kepada PAAB. Ini diikuti dengan Kerajaan Negeri Johor di mana perjanjian telah ditandatangani baru-baru ini. Perlu ditekankan bahawa model penstrukturan perkhidmatan air Selangor adalah model yang sama yang telah digunakan untuk menstrukturkan perkhidmatan bekalan air Johor yang telah dilaksanakan dengan jayanya baru-baru ini. Perlu juga ditekankan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan mengamalkan pendekatan yang berunsur diskriminasi terhadap Kerajaan Negeri Selangor walaupun ianya di bawah pentadbiran Kerajaan Pembangkang.
L. APAKAH PRINSIP-PRINSIP YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI MEMBANTU KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENSTRUKTURKAN SEMULA INDUSTRI PERKHIDMATAN BEKALAN AIR NEGERI?
Kerajaan Persekutuan akan membantu Kerajaan Negeri Selangor menstrukturkan semula industri bekalan airnya sekiranya ia mematuhi syarat-syarat dan prinsip-prinsip berikut:
(a) SYABAS yang turut dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui 30% pegangan ekuiti akan dilesenkan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), sementara tiga syarikat konsesi rawatan air iaitu PNSB, SPLASH dan ABASS dibenarkan meneruskan operasi secara authorization di bawah Akta 655 sehingga tamat tempoh konsesi masing-masing, di mana:
·bagi SYABAS, lesen yang akan dicadangkan ialah lesen perkhidmatan untuk membenarkan mereka melaksanakan operasi perkhidmatan air dan penyenggaraan aset. Lesen ini perlu diperbaharui setiap tiga tahun tertakluk kepada pematuhan semua obligasi dan syarat-syarat lesen serta kehendak-kehendak Akta 655;
·bagi PNSB, SPLASH dan ABASS, pihak SPAN akan mengenakan terma-terma tambahan bersekali dengan surat authorization yang dikeluarkan kepada setiap syarikat konsesi tersebut;
·margin keuntungan yang berpatutan ditetapkan berasaskan kecekapan operasi dan kewangan kesemua empat syarikat tersebut dan akan dikaji semula dari semasa ke semasa tertakluk kepada indeks prestasi utama (KPI) yang akan dikawal selia sepenuhnya oleh SPAN.
(b) Kadar Pembelian Air Secara Pukal (Bulk Supply Rate [BSR]) akan disemak dan dirundingkan semula ke tahap yang lebih berpatutan dan munasabah;
(c) Tiada kenaikan tarif air pada tahun 2009;
(d) Aset air dan liabiliti berkaitannya, milik keempat-empat pemegang konsesi (SYABAS, PNSB, SPLASH dan ABASS) dan kerajaan negeri akan diambil alih oleh PAAB pada kadar 1 kali nilai buku (1 x book value) yang akan diteliti dan disahkan oleh juruaudit bebas yang dilantik oleh PAAB, sementara liabiliti berkaitan pembiayaan pegangan saham/ekuiti tidak akan diambil alih oleh PAAB; dan
(e) bagi kes di mana liabiliti melebihi nilai aset, kaedah pengambilalihan perlu diperhalusi dan dirundingkan bersama dengan kerajaan negeri.
Rafizi cuba memainkan sentimen rakyat dengan menghasut bahawa projek Keretapi KL-Singapura akan menyebabkan hutang berbillion ringgit.
Kalau benar projek Keretaapi Laju KL-Singapura akan menyebabkan hutang berbillion ringgit, BERAPA BILLION PULAK HUTANG NEGARA/NEGERI UNTUK LAKSANAKAN PROJEK KERETAPI LAJU KL-KOTA BHARU???
Untuk lebih adil, MyMassa bandingkan perbandingan jarak dari KL-Singapura (350 km) dan KL-Kota Bharu (453 km) berdasarkan Google Map. Dari segi jarak kita boleh lihat projek yang dicadangkan oleh pembangkang untuk membina keretapi laju KL-Kota Bharu pasti lebih tinggi daripada projek keretapi laju KL-Singapura.
Kalau Rafizi benar-benar seorang yang bijak, dia takkan ulas projek Keretapi laju KL-Singapura dari segi hutang negara kerana setiap projek pembangunan pasti akan melibat hutang sama ada di peringkat negeri ataupun negara. *Pembangkang ni dari dulu lagi anti-establishment. Masa Tun Mahahir buat jambatan Pulau Pinang, DAP kata bazirkan duit rakyat. Sama juga masa Tun Mahathir bina Putrajaya, PAS dan PKR nak lelong Putrajaya sekiranya mereka berkuasa. Sekarang ni siapa yang terhegeh-hegeh nak menuju Putrajaya?
Nampaknya apa yang dibocorkan oleh sumber dalaman PKR memang benar. Kini Askar Sulu mencari pemimpin pembangkang menjanjikan sesuatu kepada mereka. Perkara ini telah dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa, Reuters.
Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.
Kalau sebelum ini Tian Chua yang keluarkan kenyataan mengaitkan Kerajaan Malaysia 'mencipta' insiden di Lahad Datu, kini Anwar Ibrahim pula terpaksa bersuara. Kenapa Anwar gelabah menyalahkan UMNO sedangkan Reuters tidak menyebut pun pembangkang dari parti mana. Adakah dari PKR, DAP, PAS atau parti pembangkang negeri Sabah seperti SAPP?
Pembangkang Nafi Ada Kaitan Isu Lahad Datu Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB SUBANG JAYA: Pakatan Rakyat pada Khamis menafikan laporan Reuters yang mendakwa pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu atas jemputan pihak pembangkang. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan itu datang daripada Umno bukan Reuters. "Itu Umno punya kenyataan bukan Reuters, siapa yang beritahu? Itu Umno punya," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Institut Rakyat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini. Ketika diminta mengulas lanjut berhubung perkara itu, beliau hanya berkata: "Saya tak mahu komen." Reuters pada 14 Februari lalu melaporkan seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata bahawa kumpulan lelaki itu merupakan pengikut Sultan Sulu yang telah dijemput ke Sabah oleh seorang ahli politik daripada pihak pembangkang bagi menbincangkan mengenai isu tanah. Kumpulan yang dianggotai 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, mendesak bertemu 'personaliti' tertentu apabila rundingan tersebut berlarutan. Kumpulan berkenaan sebelum ini menuntut pengiktirafan sebagai tentera Sulu daripada kerabat Sultan Sulu, meminta agar komuniti Suluk, yang telah lama berada di Sabah tidak dihantar pulang.
Pembangkang sudah berani mengadakan perjanjian sulit dengan pihak luar untuk mewujudkan keadaan tidak selamat dalam negara. Berita perjanjian 'sulit' antara pemimpin pembangkang dengan 'tentera' Sulu bukanlah dilaporkan oleh Utusan, Berita Harian, RTM mahupun TV3. Tetapi agensi berita antarabangsa Reuters yang menjadi pemecah berita dalam hal ini.
Kalau sebelum ini Anwar boleh menipu pengikutnya dengan menuduh semua media arus perdana sebagai media UMNO, takkan Reuters pun akan menerima nasib yang sama seperti Utusan, Berita Harian dan TV3?
*Kalau tiada angin, masakan pohon boleh bergoyang?
Pagi tadi di Lembaga Pertubuhan Peladang Jalan Sultan Salahuddin KL sesi Bicara Eksekutif bersama mantan PM Malaysia Tun Mahathir Mohamad telah berlangsung.
Bangunan yang baru ini akan dirasmikan khabarbya pada 26 hb ini oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Kehadiran 1500 penjawat awam di Wilayah Persekutuan mengikut info dari penganjur.
Turut hadir Datuk Bandar KL dan mantan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Datuk Alimuddin Mohd Dom.
Banyak nasihat Tun Mahathir agar perkhidmatan awam ditingkatkan.
Pengalaman beliau yang kini sudah berusia 88 (1925-2013) tahun turut dikongsi dengan audien.
Soalan tentang isu pembangkang mahu kurangkan penjawat awam juga ditanya.
Tun jawab pertambahan penjawat awam dibuat mengikut keperluan. Jika tidak bersetuju dengan cadangan pembangkang maka jangan pilih mereka jadi kerajaan.
Banyak kali audien tepuk tangan membuktikan sokongan mereka terhadap ucapan beliau.
Juga isu dakwaan pilihanraya Malaysia tidak adil beliau menjawab di negara lain pembangkang tidak akan menang dalam pilihanraya.
Sebelum itu soalan tentang Anwar juga diajukan dan dijawab ia satu kesilapan beliau yang melihat pada luaran namun tidak mengetahui perangai sebenar beliau.
Turut ditanya ialah petua Tun kelihatan segak di usia 88 tahun.
Jawab beliau jangan makan terlalu banyak. Di Malaysia banyak penyakit obesiti akibat terlalu banyak makan. Petua bonda beliau iaitu berhenti ketika sedap makan. Ia diceritakan dalam buku biografi beliau.
Kerana itu berat beliau 60 kilo selama 30 tahun.
Hampir sepuluh soalan diajukan dengan beliau oleh peserta. Dijawab semuanya dengan begitu bernas oleh beliau.
Salah seorang peserta juga menyampaikan salam datuk beliau nama Masuki di Sandakan yang merupakan peminat setia Tun yang berusia 90 tahun.
Memang Tun Mahathir ialah aset paling bernilai untuk Malaysia dengan kekayaan pemikiran dan pengalaman beliau.
Semoga Allah panjangkan usia Tun Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR 3 Feb. - Wartawan Malaysia, Claudia Theophilus, 42, penerbit di syarikat penyiaran Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, mati dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Baakleen yang terletak di sebuah kawasan pergunungan di Lebanon, semalam.
Duta Besar Malaysia di Lubnan, Ilango Karuppannan berkata, menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia pada kira-kira 2.30 pagi waktu Lebanon.
"Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja yang mana dia (Claudia) terkena tembakan dari satu senjata api," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, mayat Claudia akan dibawa pulang selepas segala urusan forensik dan bedah siasat selesai dijalankan.
Menurutnya, Claudia berkunjung ke Baakleen bersama dua rakannya yang merupakan rakyat Lebanon.
Laporan media menyebut mangsa tiba di Lebanon pada 28 Januari lalu untuk melawat kawannya di negara itu.
Menurut laporan itu, Claudia terkena tembakan ketika beliau dan dua rakannya sedang "bermain" dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.
Mendiang pernah bekerja dengan akhbar The Sun dan portal berita Malaysiakini. - BERNAMA
Saham FGV: RM4.31 Dan RM4.58, Mana Lebih Tinggi Nilainya?
Posted by dukeofmontecristo
Tak habis-habis lagi modal "auta" Presiden ANAK, Mazlan Aliman yang memperlekeh-lekehkan saham Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia di khalayak masyarakat Malaysia, khususnya pakcik dan makcik kita di tanah-tanah rancangan Felda.
Pada 1 Februari lalu, Mazlan Aliman melalui satu temuramah telah menyatakan bahawa saham FGV kononnya sedang jatuh merudum dan tidak stabil sehingga menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit telah dialami oleh para pemegang saham kedua terbesar dunia itu.
Nampaknya apa yang dibocorkan oleh sumber dalaman PKR memang benar. Kini Askar Sulu mencari pemimpin pembangkang menjanjikan sesuatu kepada mereka. Perkara ini telah dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa, Reuters.
Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.
Kalau sebelum ini Tian Chua yang keluarkan kenyataan mengaitkan Kerajaan Malaysia 'mencipta' insiden di Lahad Datu, kini Anwar Ibrahim pula terpaksa bersuara. Kenapa Anwar gelabah menyalahkan UMNO sedangkan Reuters tidak menyebut pun pembangkang dari parti mana. Adakah dari PKR, DAP, PAS atau parti pembangkang negeri Sabah seperti SAPP?
Pembangkang Nafi Ada Kaitan Isu Lahad Datu
Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
SUBANG JAYA: Pakatan Rakyat pada Khamis menafikan laporan Reuters yang mendakwa pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu atas jemputan pihak pembangkang.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan itu datang daripada Umno bukan Reuters.
"Itu Umno punya kenyataan bukan Reuters, siapa yang beritahu? Itu Umno punya," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Institut Rakyat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.
Ketika diminta mengulas lanjut berhubung perkara itu, beliau hanya berkata: "Saya tak mahu komen."
Reuters pada 14 Februari lalu melaporkan seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata bahawa kumpulan lelaki itu merupakan pengikut Sultan Sulu yang telah dijemput ke Sabah oleh seorang ahli politik daripada pihak pembangkang bagi menbincangkan mengenai isu tanah.
Kumpulan yang dianggotai 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, mendesak bertemu 'personaliti' tertentu apabila rundingan tersebut berlarutan.
Kumpulan berkenaan sebelum ini menuntut pengiktirafan sebagai tentera Sulu daripada kerabat Sultan Sulu, meminta agar komuniti Suluk, yang telah lama berada di Sabah tidak dihantar pulang.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim wajar diberi ucapan tahniah kerana berjaya merendah serta memperlekeh kredibiliti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebanyak dua kali dalam isu kalimah Allah.
Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, kali pertama Presiden Pas dan Mursyidul Amnya diaibkan ialah pada 8 Januari lalu sebelum diikuti dengan pendedahan video ucapan Ketua Pembangkang bertarikh 10 Februari.
Menurut Muhammad Zahid, beiau melihat tindakan Anwar itu sebagai suatu penghinaan kepada Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz kerana selepas 'terperangkap' dengan permainan politik pada 8 Januari lalu, ilmu agama pemimpin Pas itu pula diperlekeh Ketua Pembangkang.
Sehubungan itu, beliau mencabar Dewan Pemuda Pas Pusat menunjuk dan membuktikan ketaatan mereka kepada pucuk pimpinan parti dengan mengadakan demonstrasi membantah tindakan Anwar sebagaimana dilakukan ke atas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
"Saya kena ucapkan tahniah kepada Anwar. Dua kali beliau berjaya mempermainkan Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz. Pada 8 Januari lalu mereka sudah terperangkap sehingga memaksa Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz membuat pusingan kemudiannya tentang kalimah Allah.
"Kini terbongkar pula video ucapan Anwar yang memperlekeh ilmu agama Abdul Hadi serta Nik Abdul Aziz dalam isu kalimah Allah dan kenyataan itu dibuat di hadapan orang bukan Islam di Sabah. Di mana pemimpin Pas mahu letak muka, bagi saya ini penghinaan.
"Tindakan Anwar memperlekeh ini seolah-olah hanya beliau sahaja yang berusaha mengembangkan syiar Islam seperti menyokong pluralisme, liberalisme dan mendakwa undang-undang homoseksual sebagai lapuk," katanya sinis dalam kenyataan di sini hari ini.
Kelmarin akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan pendedahan video ucapan Anwar yang berkata: "Nik Aziz no longer understands Islam. Hadi Awang too. He just follows (Nik Aziz tidak lagi faham Islam. Hadi Awang juga. Dia hanya mengikut),"
Dalam pada itu, Muhammad Zahid berkata, jika Dewan Pemuda Pas Pusat gagal menyahut cabaran beliau untuk mengadakan demonstrasi ke atas Anwar, ini merupakan bukti jelas bahawa parti berkenaan kini telah dijadikan alat serta perkakas oleh Ketua Pembangkang tersebut.
"Pendedahan video ucapan Anwar di Sabah ini merupakan sesuatu yang serius dan Dewan Pemuda Pas Pusat jangan menjadi bacul dalam isu ini jika benar mereka menjunjung kepimpinan ulama, kerana yang dihina sekarang ialah pemimpin ulama dalam Pas," katanya.
Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat @ Pok Nik sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai 'memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu'.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.
"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
"Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
"Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.
Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) tahun ini memperuntukkan kira-kira RM3 bilion untuk mengagihkan sebanyak RM500 kepada kira-kira 4.3 juta isi rumah manakala kira-kira 2.7 juta individu bujang berumur 21 tahun ke atas menerima sebanyak RM250.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, pilihan raya umum kali ini penting kepada Pas kerana bukan sekadar mahu membentuk kerajaan tetapi menukar kerajaan sekular kepada kerajaan Islam.
Ketuk dulang paku serpih, mengata orang tapi dia yang lebih..!!! Ingatkan balik dari umrah perangai Pok Nik berubah, tetapi hamPAS?
Tragedi 13 Mei 1969 membuktikan kegagalan kerajaan mencegah fenomena perkauman yang disemarakkan menerusi konsep Malaysian Malaysia hingga mengakibatkan umat Islam, Melayu dan Bumiputera diinjak- injak maruah dan harga dirinya.
Tragedi ini meletus dalam suasana Pilihan Raya Umum (PRU) 1969. Ketika itu, elemen- elemen antinasional bertindak sesuka hati tanpa menginsafi Islam adalah agama rasmi negara, sementara Melayu dan bumiputera adalah bangsa teras di Malaysia.
Akibatnya, parti politik Chinese-based termasuk DAP, mendapat kemenangan besar dalam PRU 1969. Beberapa kerajaan negeri juga turut dikuasai oleh parti-parti tersebut. Dalam beberapa perarakan kemenangannya di Kuala Lumpur, pada 12 Mei 1969, mereka menjerit dan melolong sambil melemparkan kata-kata kesat dan lucah kepada umat Islam, Melayu dan Bumiputera.
Mereka mendesak bangsa teras ini gulung tikar, balik kampung, dan tanam kacang! Lantas, pembunuhan antara kaum terjadi di sekitar bandar raya, dan ramai rakyat terkorban. Sistem pemerintahan demokrasi turut mati, Parlimen Malaysia digantung buat sekian tahun lamanya, dan Malaysia ditadbir menerusi sistem Majlis Gerakan Negara atau Mageran.
Demikianlah senarionya apabila masalah etnik gagal ditangani secara tegas dan berkesan, dan apabila ada segolongan rakyat Malaysia mempertikaikan status bangsa teras yang dimiliki oleh umat Islam, Melayu dan Bumiputera. Inilah hakikatnya apabila Perlembagaan Persekutuan dipersenda-sendakan, dan nilai-nilai teras yang menjadi paksi keselamatan negara, termasuk permuafakatan kaum, keharmonian beragama, kesejahteraan rakyat, keselamatan ekonomi, dan ketenteraman awam, tidak dipelihara dalam negara berbilang bangsa.
Sejarah hitam ini jangan direlakan untuk berulang di Malaysia pada abad ke-21. Ia mesti dihindarkan. Seluruh warganegara Malaysia wajar berusaha mencegahnya. Oleh itu, karenah, kenyataan dan tindak- tanduk antinasional, anti-Perlembagaan, anti- Islam, anti-Melayu, dan anti-Bumiputera yang kini muncul semula di Malaysia mesti ditumpaskan habis-habisan.
Bukti-bukti kemunculan ini terkandung dalam jawapan Menteri Dalam Negeri di Parlimen, 22 Mac 2010 bahawa sejak April 2008 hingga 31 Januari 2010, terdapat 129 laporan polis mengenai isu-isu melibatkan Islam, Bahasa Melayu, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan keistimewaan Melayu dan Bumiputera dibuat oleh orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO).
Inilah bukti padat dan jelas bahawa seluruh peruntukan strategik dalam Perlembagaan Persekutuan kini memang tercabar dan tergugat. Fenomena ini adalah ibarat api dalam sekam. Seterusnya, kenang kembali peristiwa menjelang PRU 1999, bila Sequi menghimpunkan 2,095 NGO untuk mengemukakan 85 tuntutan di bawah 17 perkara yang disertakan dengan ugutan memboikot pilihan raya umum tersebut jika apa yang dituntut tidak dipenuhi oleh kerajaan.
Anehnya, tidak ada kaum Cina di Malaysia mengatakan tindakan seperti ini rasis walaupun tuntutan Sequi melampau dan ada yang melanggar beberapa peruntukan strategik dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tuntutan dua pertubuhan pendidikan Cina iaitu Gabungan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zhong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina (Jiao Zhong) pun sama coraknya. Kedua-duanya bergabung menjadi Dong Jiao Zhong dan mengemukakan pelbagai tuntutan yang mengguris hati orang Melayu kerana bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan mencanggahi Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
NGO ini juga tidak dituduh rasis. Sebaliknya, ia mendapat sokongan masyarakat dan akhbar-akhbar Cina. Tetapi, apabila Perkasa wujud dan mula bersuara, organisasi ini pula dituduh dan dikecam sebagai rasis dan Melayu ultra. Apabila 76 NGO Melayu berhimpun di Dewan Kelab Sultan Sulaiman pada 27 Februari 2010, dan berjaya mewujudkan Majlis Perunding Melayu (MPM), pun sesetengah pihak mengecam dan menyatakan MPM rasis dan ketinggalan zaman.
Pelbagai laman web, termasuk milik pemimpin DAP pula menyifatkan Perkasa sebagai syaitan. Kecaman juga dilemparkan oleh halaman 'blogger Melayu dan Melayu liberal' yang lupakan nasib bangsanya.
Amat menyedihkan lagi, kini terdapat parti Islam menjual Islam demi kepentingan diri sendiri, dan segelintir pemimpin Melayu yang menjadi dalang perpecahan Melayu. Pemimpin Melayu terbabit, nampaknya disokong oleh segelintir pemimpin Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara Islam liberal. Beliau tergamak memperdagangkan nama baik ulama besar Yusuf Al-Qardhawi untuk kepentingan dirinya.
Perkembangan seperti ini menjadikan perpecahan Melayu sampai ke kemuncaknya. Sebab itulah Melayu dan Islam tergugat, kalimah Allah tergadai, ayat suci al-Quran diizinkan dibaca oleh bukan Islam dalam ceramah politik, peruntukan membina masjid diungkit oleh pihak tertentu dan tidak dipertahankan, dan kepala khinzir dihumbankan ke dalam masjid. Pada waktu yang sama, ada juga parti politik Melayu yang kini teragak-agak untuk bersuara dan mempertahankan Melayu dan Bumiputra secara jelas dan tegas, semata-mata demi menjaga kepentingan politik.
Inilah senario mutakhir kini. Ia menuntut kita insaf untuk menggerakkan semula kesedaran mengembalikan perpaduan dan maruah umat Islam, Melayu dan Bumiputera. Bersatu Teguh Bercerai Roboh!
Oleh itu, institusi Yang di-Pertuan Agong dan Kesultanan Melayu jangan dipersenda- sendakan. Hakikat Islam adalah agama rasmi jangan dipertikaikan. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan jangan diungkit-ungkit. Hak-hak istimewa ekonomi serta pendidikan umat Islam, Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan Persekutuan jangan diancam status-quonya. Dasar-dasar yang disifatkan sebagai memihak kepada Melayu dan Bumiputera dalam konteks jurang perbezaan ekonomi yang masih lebar, juga jangan sekali-kali cuba disanggah dan dirobah hakikatnya.
Berasaskan perkembangan semasa juga, Perkasa dan MPM mengadakan sidang meja bulat membincangkan cadangan Model Ekonomi Baru (MEB). Sidang ini menghasilkan memorandum yang telah disampaikan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, dan Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara.
Antara kandungannya, MEB mesti mengandungi tindakan afirmatif yang memastikan Bumiputera memiliki 30 peratus ekuiti kekayaan ekonomi negara dalam semua sektor selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru sebelum Malaysia menjadi negara maju pada 2020. Tuntutan itu selaras dengan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai sosial-ekonomi, di mana pembahagian kekayaan negara harus berdasarkan kepada peratusan kaum.
Bumiputera kini merupakan 67 peratus penduduk Malaysia. Jika Piagam PBB ini dijadikan aras tanda yang rigid, semestinya 67 peratus kekayaan negara ini dibahagikan kepada Bumiputera. Namun begitu, Bumiputera hanya menuntut 30 peratus. Tetapi, kerajaan mesti menjamin bahawa asas MEB perlu mengambil kira Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Jika ini dilakukan, Perkasa, MPM, umat Melayu dan Bumiputera akan memberikan sokongan jitu kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Bagaimanapun, UMNO juga mesti tegas dalam hal berkaitan kepentingan dan tuntutan umat Islam, Melayu dan Bumiputera jika mahu kekal relevan dan terus mendapat sokongan padu.
Oleh itu, sebarang keputusan dasar mengenai Islam, Melayu dan Bumiputera mesti dibuat secara berhati-hati. Jiwa dan hati nurani umat Islam, Melayu dan Bumiputera jangan sekali-kali diguris, dihiris dan dilukakan. Insaflah, tanpa kuasa politik yang majoritinya diperoleh daripada undi umat Islam, Melayu dan Bumiputera, keselamatan rejim dan keselamatan politik yang menjadi paksi kekuasaan di negara ini pasti akan terancam dan mungkin pupus.
Hakikat ini pahit. Tetapi, inilah realitinya kerana sejak merdeka sampai sekarang, umat Islam, Melayu dan Bumiputera adalah penyumbang terbesar dan menjadi benteng paling kukuh kepada struktur kekuasaan, keselamatan rejim, keselamatan politik, dan keselamatan negara di Malaysia.
Tidak dinafikan bahawa undi bukan Melayu dan bukan Bumiputera memang menyumbang kepada dinamika dan struktur kekuasaan negara. Tetapi, undi mereka di Malaysia adalah faktor yang berubah-ubah mengikut pertimbangan politik sewaktu pilihan raya umum diadakan.
Berdasarkan semua kenyataan di atas, terbuktilah bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah sumber utama kepada keamanan dan keselamatan negara. Oleh itu, rakyat yang cintakan negara mendesak kerajaan mensekuritisasikan atau securitized Perlembagaan Persekutuan sebagai objek rujukan kepada ancaman negara.
Maksudnya, kerajaan mesti menjadikan pemeliharaan Perlembagaan Persekutuan oleh seluruh warganegara Malaysia sebagai satu daripada nilai-nilai teras yang mesti dipertahankan menerusi konsep keselamatan negara. Maknanya, kerajaan mesti menjadikan tindak-tanduk mempersenda-senda atau mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan sebagai tindakan yang mengancam keselamatan negara.
Hakikatnya begitu kerana perjuangan memelihara dan mempertahankan keselamatan negara dalam senario Malaysia moden mutakhir ini terpaksalah dilaksanakan secara keras dan tegas. Jika tidak, umat Islam, Melayu dan Bumiputera yang akan terjejas, dan status-quo kekuasaan dan pemerintahan negara masa kini juga yang mungkin pupus.
Kerajaan juga mesti insaf bahawa Perkara 149 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah sumber yang mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA, sebagai undang-undang cegah rintang kepada pelbagai tindakan antinasional yang menjejaskan keselamatan rejim, keselamatan politik, keselamatan masyarakat, keselamatan ekonomi, dan keselamatan negara.
Oleh itu, segerakanlah proses pensekuritisasian Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana Perkara 149, Perkara 150, dan ISA tidak akan memberikan sebarang makna jika Perlembagaan Persekutuan dipertikai, dipersenda-senda dan cuba untuk dimansuhkan menerusi beberapa mekanisme neo-imperialis antarabangsa. Lantaran itu juga, kerajaan mesti bertindak radikal dan berani demi keselamatan negara. Kerajaan mesti tegas dan keras untuk melakukan pensekuritisasian ini demi keselamatan politik dan keselamatan rejimnya.
Kerajaan mesti proaktif untuk memperjuangkan status umat Islam, Melayu dan Bumiputera yang menjadi warganegara teras di Malaysia. Ini penting kerana perjuangan memelihara keselamatan negara adalah hak negara dan pemerintah untuk menentukannya. Proses mensekuritisasikan sesuatu objek rujukan kepada keselamatan negara, dalam konteks ini mensekuritisasikan Perlembagaan Persekutuan, juga adalah proses yang dalam bidang kuasa kerajaan untuk melakukannya.
Ini kerana dalam konteks keselamatan negara, kerajaan adalah pihak yang menjadi autoriti untuk melaksanakan proses pensekuritisasian atau proses securitization tersebut.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mufti Perak: Bersatu selagi ada iman...Alhamdulilah
IPOH - Umat Islam di negara ini tidak harus berpecah disebabkan parti politik kerana mereka mengucap dua kalimah syahadah yang sama.Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pihak yang tidak mahu bersatu dan mahu memecahbelahkan umat Islam seolah-olah membawa ajaran sesat.Sambil melihat Umno dan Pas mempunyai ruang untuk bersatu, beliau menasihatkan orang Islam supaya tidak bergaduh sesama mereka disebabkan berpolitik."Saya nampak masih ada harapan untuk mereka (Umno dan Pas) bersatu selagi mereka ada iman," katanya.Menurutnya, tindakan itu juga membawa kepada usaha memutuskan hubungan silaturahim sesama Islam dan hukumnya haram. "Kita tidak boleh putuskan silaturahim sesama Islam semata-mata untuk bekerjasama dengan kafir harbi yang terang-terang menolak Islam."Tahalluf siyasi (kerjasama politik) tidak boleh dibuat jika benarkan perkara yang dilarang oleh syarak," katanya kepada Sinar Harian, semalam.Harussani berkata, dalam al-Quran jelas menyatakan golongan kafir itu adalah golongan orang-orang yang zalim.Beliau berkata, jika sekiranya timbul rasa marah atau tidak puas hati terhadap kepimpinan Islam yang sedia ada, wajib untuk menegur untuk membetulkan mereka. "Kalau marah sekalipun, wajib betulkan dan menasihati mereka, bukan menjatuhkan atau membawa perpecahan dalam kalangan umat Islam."Akibatnya, agama dan bangsa akan hancur. Sebab itulah setiap orang Islam wajib bersatu padu," katanya Kelmarin, Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah terdapat andaian jika dua kabilah politik Melayu yang saling berpengaruh kembali bercantum, akan tercapailah perpaduan ummah di negara ini.
Tak sedar air mate Tok meleleh ke pipi bile terbace posting di atas ni. Memang 100% benar tentang ape yang di katekan oleh Tuan Mufti Perak tu. Perpecahan kuase politik melayu/Islam yang sedang berlaku hari ni pasti akan melemahkan kedudukan bangse melayu dan agame Islam tu sendiri.
Tok yakin kamu semue tidak bute dan tuli, cube perhatikan sikap kaum kafir yang sudah semakin menjadi kurang hajo. Semase kite kuat dulu mane ade berani kaum kafir ni buke mulut bersuare menentang dan menyakat orang melayu/Islam. Mereke tu semue nye tunduk dan patuh ikut pemerintahan kite.
Tok sekali lagi ingatkan anak2 cucu cicit Tok sekelian, marilah kite semue umat Islam kembali bersatu, supaye bangse dan agame Islam kite terjamin dari di kuasei oleh kaum kafir. Tolak PAS yang sanggup bersengkokol dengan DAP dan PKR yang anti Islam tu.
You are subscribed to email updates from tok gajah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Projek di negara ini, tetapi dilancarkan di negara jiran. Apa tujuannya? Jemput bakal pembeli dari negara jiran?
Khalid Ibrahim dan Rafizi Ramli hanya retorik sahaja bila bercakap mahu menurunkan harga rumah dan menjanjikan mahu membina rumah rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat di Selangor. Bila mereka dapat kuasa, banyak aset PKNS yang dijual. Keseluruhannya melibatkan sejumlah RM321 juta melibatkan lima aset strategik dan bernilai.
Bukan sahaja aset PKNS malah tanah dan rumah orang Melayu yang terletak di kawasan strategik juga turut dijual untuk kaut keuntungan berkali ganda. Buktinya adalah di Keramat. Inilah mentaliti PKR-DAP-PAS. Kalau belum perintah, bukan main lagi berjanji, tetapi sesusah perintah lihatlah apa yang telah berlaku.
Khalid janji beri pampasan antara RM250,000 - RM500,000 tetapi akhirnya hanya mahu membayar RM130,000 sahaja. Sedangkan satu unit kondo paling murah dijual pada harga RM956,000. Untung besar Khalid.
Pada 4 Oktober 2012, Datum Jelatek telah dilancarkan di Marina Bay Sands, Singapura dan dibuka untuk pembelian. Rujukan dari laman web menunjukkan unit termurah yang ditawarkan untuk Bumiputera berharga SGD 301,924 iaitu lebih kurang RM 754,810.
Apakah orang Melayu mampu membeli? Kalau mampu berapa gaji yang sepatutnya mereka miliki?
Manakala harga paling tinggi ialah SGD 3,739,611 iaitu lebih kurang RM9,349,027. Berapa ramai rakyat marhaen mampu memiliki sebuah kondominium berharga diantara RM956,000 hingga RM1,036,000, dengan keluasan diantara 725 hingga 785 kaki persegi dan hanya mempunyai satu bilik.
Datum tiada dalam manifesto PKR-DAP-PAS di Selangor. Yang ada dalam manifesto mereka adalah berjanji membina rumah murah kepada rakyat. Projek bernilai jutaan ringgit boleh dibina, tetapi rakyat dilupakan. Kondo diberi perhatian, rakyat diusir keluar dengan sedikit pampasan.
Bukti Anwar Ibrahim kumpulkan kekayaan hampir RM3 bilion. Beranikah Anwar Ibrahim nafikan pengakuan bersumpah ini?
Ini fakta bahawa Anwar Ibrahim telah melakukan "sesuatu" sewaktu berada dalam kerajaan. Ini antara punca Anwar Ibrahim menjadi bekas banduan kesalahan rasuah selama 6 tahun.
Bukti Hadi Awang menyesatkan umat Islam. Dengar baik baik, siapa yang mengucapkan fatwa ini hingga menyebabkan perpecahan sesama umat Islam. Hadi Awang perlu tarik balik kenyataan ini.
Pak cik ini digelar ayam dan lembu juga oleh Nik Aziz?
Orang PAS yang terima BR1M ini juga turut dihina oleh Nik Aziz sebagai haiwan. Sanggup Nik Aziz hina orang PAS sendiri dengan panggilan sebegitu. Namun kalau Nik Aziz beri duit untuk orang lain pangkah PAS, apa pula gelaran yang sesuai diberikan oleh Nik Aziz?
Rakyat Malaysia tidak boleh ditadbir dan diperintah berlandaskan emosi dan bias kepada golongan tertentu. Kepentingan mengikut kaum dan agama harus diuruskan secara adil dan saksama. Tiada mana-mana pihak yang harus dinafikan hak dan keistimewaan masing-masing.
Di atas asas kompleksiti inilah maka negara ini memerlukan suatu keunikan perjanjian atau kontrak khusus yang mungkin tidak diperlukan di negara lain.
Negara yang mempunyai iklim 4 musim, tidak sama keperluan hidupnya dengan negara 1 musim. Sesiapa pun orang yang datang dari negara arab, asia ataupun eropah akan menerima hakikat dan mengenakan pakaian tebal jika mereka berhijrah dan menjalani kehidupan di Iceland.
Keunikan peraturan dan perjanjian untuk hidup di Malaysia terpaksa diwujudkan disebabkan negara ini terlalu kompleks kehidupannya. Orang melayu, cina dan India yang kaya dan berpegang teguh dengan adat resam harus dihormati hak masing-masing. Hak mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing juga wajib dihormati. Hak dan kepentingan etnik dan warisan bangsa masing-masing juga wajib dihormati.
Kesemua hak-hak ini adalah unik untuk kaum masing-masing. keunikan ini amat sensitif bagi kaum masing-masing. Itu sebabnya satu perjanjian atau persefahaman antara kaum wajib digariskan dan siberi jaminan dan seterusnya diikat melalui perlembagaan.
Jika tidak diselesaikan perkara-perkara asas ini oleh pemimpin terdahulu sebelum negara ini merdeka, mungkin sudah lama negara ini hancur lebur ditelan oleh sifat ego yang mementingkan kedaulatan dan warisan kaum masing-masing.
Semua tindakan dan keputusan pemimpin terdahulu ini hanya dapat mereka lakukan di atas wisdom dan pandangan jauh mereka yang melangkaui sempadan kepentingan kaum masing-masing. Jika Tunku, Tan Cheng Lock atau Sambanthan dulu bermain nafsu-nafsi dan tidak ikhlas dalam merundingkan "kepentingan bersama" untuk hidup aman di dalam sebuah negara, maka negara ini mungkin sudah punah lebih awal.
Hak sebagai seorang rakyat kepada sesebuah negara adalah sama di mana-mana negara pun. Itu adalah "kewajiban umum" yang wajib dipenuhi oleh mana-mana kerajaan, seperti hak menikmati pendidikan, peluang pekerjaan, kemudahan asas dll pembangunan.
Keunikan yang dicipta oleh pemimpin terdahulu inilah yang telah memungkinkan rakyat berbilang kaum dan kepercayaan di negara ini dapat hidup tanpa gangguan dan syak wasangka di antara mereka.
Inilah sebabnya mengapa rakyat Malaysia harus diurus dan ditadbir oleh pemimpin yang sifat rasionalnya harus melampaui sempadan kaum dan kepercayaan, tahu menggunakan akal fikiran secara waras dan tahu bagaimana menggaris dan melaksanakan setiap polisi dan perlaksanaan untuk "kepentingan" semua pihak tanpa ada mana-mana kaum dan agama yang tersisih.
Negara ini tidak boleh sama sekali dipimpin oleh pemimpin yang tidak memiliki kriteria seperti warisan kriteria bapa-bapa negara kita. Negara tidak bersedia untuk menerima pemimpin yang tidak rasional, tidak realistik dan tiada wisdom di dalam menjalankan urustadbir polisi kerajaan yang memerintah.
Perkara ini penting untuk dinilai kerana rakyat Malaysia terdedah kepada kemungkinan akan ditadbir oleh puak yang tiada wisdom dan emosional dalam setiap tindakan.
Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Itu pepatah orang tua-tua.
Cuba telek wajah dan perawakan semua Perdana Menteri Malaysia. Semuanya hampir sama dari segi keperibadian. Berucap pun penuh hemah tidak pandai pun nak tumbuk-tumbuk rostrum atau berpusing di segenap sudut pentas. Penuh ketenangan, tidak kasar, sopan santun dan yang paling penting tidak mudah melatah bila diprovok atau dihina.
Cakap pun bukan pandai sangat dan jauh sekali untuk jadi pemidato seperti Sukarno. Tiada yang berucap sampai keluar api dari mulut.
Itulah KPI dan ciri-ciri keperibadian seorang Perdana Menteri bagi negara Malaysia atau Tanah Melayu bumi keramat sejak dari dulu.
Kalau kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia diukur dari segi kepandaian berpidato dan sejauh mana kemampuan mereka berucap berapi-api, maka tiada seorang pun di kalangan bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia yang akan berjaya menjejak hairaki tertinggi kepimpinan negara.
Jika itu ukurannya maka Perdana Menteri paling terok di Malaysia adalah Tunku Abdul Rahman, diikuti oleh Tun Hussein, Tun Abdullah Badawi dan juga Tun Razak.
Jika berdasarkan kehebatan dan kemahiran berpidato, Tun Sardon Zubir lebih layak dari Tunku Abd Rahman. Syed Jaafar Albar atau Dato Harun lebih layak dari Tun Razak ataupun Tun Hussein.
Dan, Anwar Ibrahim jauh lebih layak dari Tun M, apatah lagi Abdullah Badawi. Bagai langit dengan bumi. Malah jika kehebatan pidato dan kepintaran memusing hujah ini menjadi prasyarat terpenting untuk Allah pilih seseorang itu menjadi pemimpin, Anwar sudah layak menjadi Perdana Menteri sejak tahun 1974 lagi.
Tiada siapa yang layak menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri kerana hingga saat ini kerana tiada siapa yang mampu mengatasi kehebatan beliau berpidato yang mampu memukau siapa saja yang mendengar pidatonya.
Dengan kehebatan pidatonya, dia berupaya yakinkan orang ramai pasangan lelaki chinadoll itu bukan dia. Cukup dengan menyatakan "kelihatan macam saya tapi perut saya tak buncit macam tu".
Dengan kehebatan pidatonya dia berupaya memusing pemikiran manusia daripada tertumpu kepada fakta kesalahan buruk dari segi agama dan moral yang dilakukannya kepada situasi "dirinya teraniaya dan keluarganya telah diaibkan".
Tapi lihatlah hakikat dan realiti sebenar yang telah ditetapkan oleh Allah swt untuk negara kita Malaysia.
Akhirnya, yang 6 orang itulah yang telah dinobatkan oleh Allah swt menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mereka-mereka itulah yang telah memimpin negara sehingga mencapai kedudukan yang ada hari ini.
Kalau Allah kata ya, maka ya lah. Kalau Allah kata tidak tu tidaklah.
Di atas "kehendak dan kekuasaan Penguasa Kepada Segala Penguasa", DIA telah mencabut kekuasaan dari Anwar yang hanya menunggu 1 mata tangga saja lagi untuk dinobatkan menjadi Perdana Menteri, walaupun 100% rakyat Malaysia sudah tahu dan yakin sedikit masa saja lagi Anwar akan menggantikan Tun Mahathir.
Kesimpulannya mudah saja. Belum ada lagi Perdana Menteri Malaysia yang tangannya berpusing dan bersilang-seli ligat ke atas ke bawah, ke kiri dan ke kanan macam mamak mabuk todi sewaktu berucap. Semua cool...
Perdana Menteri Malaysia perlu ada kelas tersendiri. Pemidato-pemidato hebat seperti Anwar, Ibrahim Ali, Anuar Musa, Mat Sabu, Azmin hanya bertaraf hulubalang. Mana mungkin hulubalang boleh dijadikan raja, melainkan hulubalang derhaka.
Fuh! Gadis putih gebu ini muncul sebagai cover majalah Comopolitan Malaysia untuk edisi bulan Mac tahun ini. Dengan hanya memakai korset berwarna hitam dan skirt putih berbunga ungu, Siti Saleha memang menguji 'keimanan' lelaki diluar sana.
Sebelum ini, Siti Saleha pernah dikatakan bercium di dalam filem terbarunya, Kerat 14 namun beliau tidak cepat melatah. Bergandingan bersama pelakon baru, Ali Arami, Saleha menerusi filem berkenaan menggalas watak sebagai Nurzara.
"Memang sekilas pandang, babak itu kelihatan seperti bercium, namun kami bukan cium betul-betul.
"Pada mulanya, saya pun teragak-agak untuk menjayakannya dan pengarah terpaksa mengambil beberapa 'shot' untuk mendapatkan 'scene' itu.
Sertai survey ini dan pelbagai hadiah menarik dari SAYS menanti anda!
Pasangan kekasih warga asing turut dicekup Imigresen dalam operasi berkenaan.
KUALA LUMPUR - Seramai 14 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Vietnam ditahan oleh Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam Ops Sapu di empat kawasan rumah kedai tiga tingkat di ibu kota, malam kelmarin.
Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, dalam serbuan yang bermula jam 9.30 malam itu, sejumlah 30 warga asing diperiksa di premis tersebut yang dijadikan rumah sewa.
"Sebanyak 14 orang ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu memasuki negara ini tanpa permit yang sah. Seorang wanita warga Vietnam dipercayai memiliki dokumen perjalanan palsu," katanya.
Menurutnya, ada antara warga asing itu, bertindak menyembunyikan diri di belakang pintu bilik dan di dalam tandas ketika serbuan.
"Semasa pemeriksaan juga, kami menjumpai dua pasangan kekasih, dua wanita Vietnam dan Indonesia bersama pasangan warga Bangladesh di dalam bilik masing-masing dalam keadaan yang mencurigakan," katanya.
James berkata, pihaknya mendapati kediaman berkenaan telah lama disewakan kepada warga asing.
"Kami akan mendapatkan maklumat pemilik rumah yang disewakan untuk tindakan lanjut," katanya.
Menurutnya, pemilik premis atau rumah diingatkan tidak melindungi Pati kerana jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(d) dan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63(Pindaan 2002) iaitu membenarkan Pati memasuki atau tinggal di dalam premis boleh ditangkap dan dikenakan hukuman denda tidak kurang RM5,000 tetapi tidak lebih RM30,000.
Kesemua mereka termasuk tiga wanita yang berusia antara 20 hingga 45 tahun yang ditahan itu dihantar ke Depoh Tahanan Bahagian Penguatkuasa, Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks KDN Jalan Duta untuk tindakan lanjut.
Nampak gayanya, suasana politik dalam Malaysia ini masih belum berubah. Walaupun diperingkat atasan (ditampuk kepimpinan) mempunyai sedikit perubahan cara berpolitik yang agak matang, tetapi sayang, penyokong-penyokong ditahap pecacai masih belum dapat menilainya dengan baik.
Golongan-golongan jenis ini, kalau boleh, mereka tidak mahu langsung pemimpin mereka ada sedikit pertalian, waima silaturrahim sekalipun dengan pemimpin BN. Punya la singkat pemikiran dan dangkal pengetahuan berpolitik.
Sebelum ini, tersebar beberapa keping gambar yang menyaksikan beberapa orang pemimpin PAS yang dilihat berbual-bual bersama dengan pemimpin-pemimpin BN di satu majlis rasmi.
Nafsu amarah penyokong-penyokong pembangkang ini tiba-tiba melonjak naik, memaki hamun perbuatan pemimpin kesayangan mereka. Ianya sudah cukup mencerminkan budaya politik yang amat jijik dari kalangan mereka.
Silaturrahim mahu diputuskan..nak jadi apa la depa ni..
KOTA BHARU 20 Feb. - Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.
Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
KUALA LUMPUR 20 Feb. - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng dikatakan sangat kecewa dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana secara terbuka menyokong Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau.
Jui Meng dilaporkan kecewa dengan tindakan Karpal menyokong Cheng Hau berhubung isu membabitkan pengagihan kerusi pakatan pembangkang di Johor untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 antara DAP dengan PKR.
Menurut portal propembangkang Malaysiakini yang memetik akhbar China Press, kekecewaan itu bertambah kerana Karpal menggesa kepimpinan PKR Pusat memulakan siasatan terhadapnya.
Jui Meng yang keluar daripada MCA untuk menyertai PKR pada Julai 2009 turut sedih kerana Karpal mempersoalkan keahliannya dalam MCA.
"Saya telah berkata ketika saya bersama MCA bahawa sekiranya UMNO tidak berubah, MCA akan keluar Barisan Nasional (BN). Akhirnya, saya keluar MCA untuk menjaga kepercayaan politik saya dan juga untuk membantu lebih ramai orang, walaupun dilucutkan anugerah Datuk kepada saya.
KUALA TERENGGANU – Pas berkeyakinan penuh rakan sekutunya, DAP tidak akan menerajui tampuk pemerintahan negara sekalipun parti itu menang kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyifatkan dakwaan bahawa DAP akan menguasai pentadbiran kerajaan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada pilihan raya kali ini, hanyalah propaganda untuk menakutkan rakyat khususnya kaum Melayu.
Secara umumnya beliau dilihat seolah-olah menggambarkan bilangan kerusi yang diperuntukkan kepada DAP juga jelas menunjukkan parti itu belum berkelayakan untuk mendominasi kerajaan PR kelak.
"(Rakyat) ditakut-takutkan sekiranya Barisan Nasioal (BN) kalah, Malaysia diambil alih oleh DAP. DAP bertanding 50 daripada 222 kerusi (Parlimen). Kalau menang habis pun tidak boleh perintah Malaysia.
"Di Terengganu, tiada satu pun kerusi DAP. Di Terengganu (majoriti) Melayu Islam. Kalau Umno kalah, Pas menang. Kalau Pas kalah, Umno menang," katanya ketika berucap di Pulau Bahagia, di sini, malam kelmarin.
Sementara itu, beliau turut menegaskan kerjasama Pas-DAP berbeza sama sekali dengan gabungan parti kerajaan, iaitu Umno, MCA, MIC dan Gerakan.
Beliau menjelaskan, kerjasama Pas-DAP masih ada batasan kerana Pas tegas atas prinsip perjuangan parti dan mengehadkan batasan tertentu, tidak seperti parti pemerintah.
"Kita berjaya bincang dengan bukan Islam daripada DAP dan PKR yang sanggup bersama kita. Kita tidak jual dasar, perangai dan akhlak kita.
"Ini tidak serupa kerjasama Umno dengan MCA, MIC dan Gerakan. Mereka hilang jati diri dan kuasa politik," katanya.
Dalam ucapannya, Abdul Hadi juga berkata, Umno gagal mentadbir negara, sambil membandingkannya dengan negara China.
Menurut Abdul Hadi, walaupun ditadbir oleh kerajaan komunis, China berjaya meletakkan republik itu setanding dengan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.
ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi menyifatkan kenyataannya dalam sebuah akhbar arus perdana semalam, dimanipulasi sehingga memberi gambaran beliau mahukan jawatan Menteri Besar jika Pas terus menerajui Kedah.
Katanya, kenyataan itu dibuat berdasarkan kepada kefahaman penulis terbabit tanpa mendapatkan penjelasannya.
"Saya tidak beri kenyataan itu pada akhbar berkenaan, sebaliknya kata-kata saya itu dipetik dari wawancara bersama Astro Awani. Mereka hanya siarkan beberapa petikan. Ingin saya perjelaskan, maksud sebenar saya dalam konteks sekarang, Menteri Besar perlu jalankan urusan negeri seperti kenderaan dalam lebuh raya, iaitu pantas," katanya pada sidang media, di rumahnya, semalam.
Phahrolrazi berkata, dia tidak berniat menyindir sesiapa apatah lagi Menteri Besar, apa yang dimaksudkan ialah pergerakan parti harus pantas untuk bersaing dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Kena buat keputusan cepat, macam kelajuan kereta enjin enam silinder dan kereta itu tak boleh lagi bergantung enjin tiga silinder. Itu maksud saya dalam mencirikan tugas Menteri Besar, bukan tuju sesiapa," katanya.
Mengulas kenyataan beliau yang melahirkan kesediaan secara terbuka menggalas jawatan Menteri Besar jika parti itu mengekalkan tampuk pemerintahan, Phahrolrazi berkata, maksud beliau itu disalah erti.
"Bersedia ni.. macam kita kata bersedia jadi calon jika terpilih. Atau jadi Exco bila diminta parti. Sama dengan bersedia jadi Menteri Besar jika dipilih. Bukan saya minta jawatan itu," katanya.
Menurutnya, kenyataan itu juga bagi menggambarkan bahawa ada kalangan ahli Pas Kedah bersedia pikul amanah dan tugas Menteri Besar, dan rakyat tidak perlu bimbang berhubung ketandusan pelapis.
"Bersedia berbeza dengan minta. Ini juga bagi menunjukkan keyakinan pada rakyat untuk kembali memerintah. Jika kata saya bersedia nak jadi Perdana Menteri? Pasti tidak sebab di luar keupayaan saya," katanya.
Ditanya dakwaan pihak tertentu mengaitkan dirinya dalang protes sekumpulan ahli Pas semalam, Phahrolrazi yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah berkata, ianya hanya persepsi dan tidak perlu dilayan.
"Dalam politik macam-macam andaian atau persepsi berlaku, ianya tidak dapat dielak. Analisa dibuat berbeza satu sama lain maka timbul banyak andaian sebab kefahaman berbeza. Ini yang mewarnai dunia politik kita," katanya.
Phahrolrazi yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, beliau tidak melatah dengan dakwaan itu malah percaya Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak terpedaya laporan akhbar terbabit.
"Tadi saya jumpa Azizan dalam mesyuarat Exco, kami berlawak seperti biasa dan beliau tidak pula bertanyakan hal itu. Mungkin beliau tahu maksud saya yang sebenar. Kami ahli politik beza pendapat biasalah, tetapi banyak juga sependapat. Yang dibangkitkan tentu isu kami yang tak sependapat," katanya.
Phahrolrazi yang sebelum ini pernah 'berperang' dengan Azizan kerana enggan dilantik semula jawatan Exco awal tahun lalu ekoran kecewa dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Azizan menyelesaikan isu pentadbiran, mengesahkan beliau akan hadir pada majlis angkat sumpah Exco hari ini.
"Ya saya akan hadir kali ini (angkat sumpah jawatan)," katanya.
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berpuas hati dan kesal dengan mutu pengadilan bola sepak tanah air sejak bermulanya kancah Liga Malaysia musim ini.
Selepas sekian lama bersabar melihat kualiti sistem pengadilan di atas padang, tidak kira pada perlawanan melibatkan dua pasukan dari Harimau Selatan mahupun negeri-negeri lain, beliau tampil bersuara seterusnya mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya bertindak segera.
Beliau yang juga Tunku Mahkota Johor berkata, musim baru Liga Malaysia kini lebih kompetitif kerana semua pasukan saling bersaing untuk meraih kemenangan, namun mengakui standard sistem pengadilan di atas padang amat mengecewakan.
Katanya, PBNJ bersedia untuk mengemukakan bukti dalam bentuk rakaman dan surat rasmi kepada FAM bagi membincangkan seterusnya mencari keputusan dan penyelesaian melibatkan isu berkenaan.
"Saya ingin menyuarakan perihal kualiti sistem pengadilan bola sepak di negara ini tidak hanya pada malam ini (kelmarin), tetapi sejak mula musim ini.
"Bukan sahaja perlawanan melibatkan pasukan dari Johor, tetapi perlawanan-perlawanan lain seperti ATM menentang Selangor serta Kelantan dan Johor Darul Takzim," kata Tunku Ismail.
Alvin Tan dan Vivian Lee seperti yang dikenali adalah Sex Blogger yang terkenal setelah memuatnaik video aksi seks mereka ke Thumblr (Alvivi.Tumblr.com). Website tersebut kini telah pun disekat dan tidak lagi boleh diakses. Akses SINI untuk pledge CNY
Setelah itu, mereka muncul pula di Youtube dan melalui laman tersebut, mereka banyak berbicara mengenai kegiatan tidak bermoral mereka itu.
Kali ini, Vivian mahu membuat kejutan baru. Dalam akaun Facebook, beliau telah memuatnaik gambar yang memaparkan satu 'nazar', jika beliau mendapat 1 juta like untuk fan pagesnya itu, beliau mahu memecahkan rekod Annabel Chong. Tulisnya:
My dream (if I get 1 million "Likes") 我的理想(若我得到一百万个"赞") Cita-cita saya (jikalau saya mendapat 1 juta "Suka")
Untuk rekod, Annabel Chong adalah seorang pelakon filem lucah Amerika kelahiran Singapura.
Pada 19 Januari, 1995, di usia 22 tahun, Annabel menjadi terkenal apabila berjaya melakukan aksi seks sebanyak 251 kali bersama 69 orang lelaki dalam masa 10 jam.
Aksi tersebut telah dinobatkan sebagai The World's Biggest Gang Bang. -Wikipedia
JIKA sebelum ini pelakon merangkap vokalis kumpulan Handy Black, Zul Suphian pernah tampil berani berbogel menerusi produk lakonannya seperti filem Mantra dan Keramat, kali ini giliran pelakon yang sedang meningkat naik, Zalif Sidek untuk mencuba formula yang sama.
Cuma, perihal yang dilakukan Zalif atau nama sebenarnya Mohd Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek, 27, kali ini tidak seberani Zul kerana katanya, babak dalam filem Pada Suatu Cinta Dahulu yang akan memasuki pawagam pada 21 Februari itu hanyalah separuh bogel saja.
Zalif yang memegang watak sebagai Rudy merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang melalui fasa-fasa meningkat remaja dan terlibat dalam aktiviti pergaduhan di sekolah. Salah satu babak pergaduhan menuntut Zalif dibogelkan oleh sekumpulan samseng sekolahnya kemudiannya diikat di tiang bendera selepas dibogelkan dan hanya bertutup sehelai kain bercorak 'smiley' bahagian bawah perutnya.
Sebelum ini Zalif juga pernah beraksi berani membuka baju menerusi filem Hantu Dalam Botol Kicap yang digandingkan bersama pelakon muda, Mikail Andre tahun lalu.
Mengulas mengenai perkara itu, Kosmo! yang turut menghadiri malam gala tayangan perdana filem Pada Suatu Cinta Dahulu di Cathay Cineleisure E@Curve, Mutiara Damansara pada malam Isnin lalu mendapatkan penjelasan lanjut daripada pelakon yang mula terkenal melalui filem Papa I Love You itu.
Kosmo!: Naskhah kali ini menampilkan Zalif dalam versi sedikit berbeza daripada sebelum ini dan menuntut keberanian untuk tampil separuh bogel. Komen anda?
ZALIF: Lebih kurang 70 peratus babak saya dalam filem Pada Suatu Cinta Dahulu memerlukan saya tidak berpakaian sebenarnya. Saya sudah bersedia untuk dikritik atas tindakan ini namun pengalaman ini merupakan yang pertama dan terakhir saya. Selepas ini saya tidak akan mengulangi babak tidak berpakaian lagi.
Apa yang mendorong Zalif untuk menerima watak dan cabaran ini?
Tiada pelakon yang berani terima cabaran seperti ini dan kebetulan saya mahu mencuba sesuatu yang berbeza daripada yang pernah saya lakukan sebelum ini. Lagipun, filem ini berkisar kehidupan pelajar sekolah yang terlibat dengan kejadian buli sehingga dibogelkan di hadapan kawan-kawan.
Zalif tidak kisah dikritik dan dikecam selepas ini?
Saya tidak kisah dikritik kerana saya menjalankan tugas saya sebagai seorang pelakon. Saya bukannya berbogel sepenuhnya sehingga menampakkan bahagian anggota badan yang tidak sepatutnya. Untuk babak itu saya melipat seluar pendek saya hingga atas paras paha dan ditutup dengan kain di hadapannya sehingga menampakkan seolah-olah saya berbogel. Tapi sebenarnya saya separuh bogel.
Adakah Zalif cuba membuktikan sesuatu kepada bekas teman rapat anda, Fida menerusi aksi begini? Tidak sama sekali. Filem ini menjalani penggambaran sekitar pertengahan tahun lalu sebelum kami mulai rapat. Babak itu tiada kena mengena dengan dia (Fida).
Berbicara mengenai Fida, bagaimana perkembangan hubungan Zalif dan dia sekarang?
Saya dan dia sudah tiada apa-apa hubungan lagi. Kontroversi yang timbul membuatkan saya mengambil keputusan untuk berundur diri terutama kes orang ketiga yang sampai ke hari ini saya buntu dan gagal bertemu jawapan. Dia juga semakin menjauhkan diri daripada saya.
Masih berhubung dengan Fida selepas keluar kenyataan Fida diserang teman wanita Zalif?
Kami masih berhubung dan jika bertemu saya akan menegur dia. Cuma kami sudah jarang berhubung menerusi telefon sekerap dahulu. Baru-baru ini saya ada menyampaikan ucapan takziah atas kehilangan ayah pengurus peribadinya. Saya juga ingin jelaskan di sini bahawa kami hanya berkawan rapat sebelum ini dan belum sampai tahap bercinta.
Adakah Zalif sudah bertemu seseorang yang mungkin boleh disifatkan sebagai seorang kekasih?
Belum. Saya masih belum berjumpa dengan orang lain buat masa sekarang. Keutamaan saya adalah kerjaya dan ini perkara utama yang ingin saya kejar buat masa sekarang. Pihak Metrowealth juga tidak menghalang saya untuk bercinta atau berkahwin. Asalkan saya tidak mengabaikan tugas saya sebagai seorang anak seni.
Hari ini melalui Harian Metro, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), menyatakan yang Fizz Fairuz tidak bersalah berkisar pertunangan secara senyapnya dengan seorang wanita dari Kuantan bernama Azlyn Massiela.
Fizz mengetahui tentang perkahwinan tersebut dari kawan kepada adik Azlyn Massiela empat hari selepas pertunangan, lantas memutuskan pertunangannya Ahad lalu.
Lelaki berkenaan berkata:
Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang 'sakit' selepas lapan bulan hilang ingatan.
Ramli yang berusia 40-an mendakwa, Azlyn bertindak demikian kerana kesunyian akibat kurang perhatian dari dirinya yang sering sibuk dengan perniagaan dan jarang meluangkan masa dengan Azlyn kerana tidak mahu perkahwinan mereka diketahui isteri pertamanya. Dia hanya berjumpa Azlyn beberapa kali dalam sebulan.
Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua).
Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya.
Ramli menambah, perkahwinan mereka tidak didaftarkan di mana-mana pejabat agama dalam negara, tetapi Azlyn masih isterinya yang sah. Ramli turut menyatakan yang dia menyediakan nafkah, tempat tinggal dan kenderaan untuk Azlyn, malah wanita itu turut menggunakan telefon bimbit miliknya untuk membuat temu janji dengan Fizz.
Ramli tidak menyalahkan Fizz langsung tentang apa yang terjadi, dan dia meminta masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz.
Begitu pula ceritanya dari pihak usahawan yang mendakwa suami Azlyn. Nah, sekarang terserah pada anda untuk membuat penilaian.
Kalau semalam kita dikejutkan dengan cerita Fizz Fairuz tentang pertunangannya dengan seorang wanita dari Kuantan bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar yang terjadi seminggu selepas pertunangan mereka pada 10 Februari, hari ini melalui Berita Harian, wanita itu menafikan yang dia ialah isteri seorang usahawan seperti yang diberitahu oleh Fizz Fairuz kepada Harian Metro.
Azlyn, 26 dikatakan bingung dengan status dirinya, sama ada masih lagi tunangan Fizz, kerana Fizz tidak pernah memberitahunya untuk putus tunang, tidak berbincang dengan keluarganya terlebih dahulu dan tidak pernah memulangkan cincin pertunangan.
Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Saya berani menyatakanp, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya. Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam. Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).
Menurut Azlyn , Fizz bukan hanya berjumpa dengan keluarganya pada hari pertunangan, tetapi dia telah diperkenalkan oleh Azlyn kepada ayahnya lebih awal memandangkan Azlyn anak bongsu yang rapat dengan ayahnya. Malah, menurut Azlyn, Fizz turut diperkenalkan dengan ibu saudaranya yang tinggal di Australia.
Jika anda ingin mendapatkan berita lanjut, sila dapatkan naskhah Berita Harian anda hari ini.
Dalam pada itu, melalui sumber yang boleh dipercayai, kami dimaklumkan yang keluarga Azlyn sedang menyiasat tuduhan lelaki yang didakwa usahawan yang mengaku sebagai suami Azlyn. Mereka khabarnya bertindak membawa seorang peguam ke Selatan Thailand untuk meneliti rekod perkahwinan di sana.
Semakin berbelit nampaknya kisah Fizz Fairuz-Almy Nadia- Azlyn Massiela ini. Berat juga pertuduhan yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak, namun tidak dapat dipastikan siapa yang bercakap benar.
Yang nyata, Almy Nadia menyatakan awal-awal lagi yang dia tidak mahu masuk campur dalam kemelut ini. Satu tindakan yang bijak.
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyelar kenyataan Naib Presiden PKR Fuziah Salleh yang mahu terjemahan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi Bahasa Melayu sambil menyifatkan parti itu 'sama taraf' dengan DAP tentang pengetahuan agama dan akidah.
Dengan nada tegas, Harun sekali lagi meminta PKR dan DAP agar menghormati ketetapan dibuat Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu yang memutuskan kalimah Allah tidak dibenarkan kepada penganut agama lain termasuk dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Badan tertinggi PAS itu juga menetapkan menterjemah kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna serta tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan nyata, sekali gus perlu dicegah.
Bagaimanapun Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata Pakatan Rakyat sudah bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam tetapi hanya PAS yang tidak bersetuju menerusi Majlis Syura Ulama yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Kita sudah kata tak boleh (guna kalimah Allah), macam apa diputuskan Majlis Syura Ulama...tak perlu untuk kita ulang banyak kali kepada PKR dan DAP, Majlis Syura Ulama dah tetapkan macam itu ikut sahaja.
"PKR dan DAP serupa dan lebih kurang sama, (tidak arif) fahaman tentang akidah. Saya tak mahu komen banyak, saya tak mahu nasihat apa-apa...saya nak ingatkan (PKR dan DAP) jangan ganggu keputusan dibuat Majlis Syura Ulama," kata Harun kepada Antarapos.
Beliau diminta mengulas Fuziah yang menolak pendirian entiti tertinggi PAS itu selain turut menyokong desakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng agar penganut Kristian di Semenanjung dibenarkan menggunakan Bible versi Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.
Menurut Fuziah, adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah.
"Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya," kata beliau.
"Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam,' katanya.
"Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar," katanya.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Islam asalkan tidak menghina Islam.
Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Setakat ini Abdul Hadi belum mengemukakan pendirian Majlis Syura Ulama itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
Karpal mahu Majlis Syura Ulama mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan.
KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mahu "calon boleh menang" bertanding di kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Soi Lek berkata, walaupun belum ada keputusan rasmi berhubung calon tersebut, beliau telah menerima senarai nama calon yang diyakini boleh menang di kerusi Pandan.
Menurutnya, memandangkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) juga semakin kuat, hanya calon boleh menang mampu memenangi kawasan Pandan selain memerlukan sokongan parti komponen, rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"MCA juga menetapkan calon tersebut haruslah terdiri daripada orang muda, berpengalaman dan pertengahan umur agar segala kekuatan yang ada pada calon itu dapat digembeleng sama ada tenaga dan idea untuk kemenangan parti.
"Malah, BN mempunyai struktur sejak 50 tahun pemerintahan dan MCA berpendirian kriteria tersebut mampu membawa kemenangan kepada parti,"k atanya semasa sidang media selepas menghadiri Rumah Terbuka MCA Bahagian Pandan di Pandan Jaya di sini, hari ini.
Soi Lek mendedahkan Ketua Biro Guaman MCA Bahagian Pandan, Gary Lim Chin Yee sebagai "calon boleh menang" di kerusi Parlimen Pandan setelah menerima nama calon tersebut daripada MCA bahagian itu.
Ahli Parlimen Pandan sekarang ialah Datuk Seri Ong Tee Keat, yang juga bekas Presiden MCA dan bekas Menteri Pengangkutan.
Pakatan Rakyat akan menurunkan Pengarah Eksekutif PKR, Rafizi Ramli.
Soi Lek berkata, Gary harus diberi pertimbangan oleh parti sewajarnya setelah beliau difahamkan telah bekerja kuat untuk parti sejak satahun yang lalu.
Tetapi bila ditanya kedudukan Tee Keat, Soi Lek berkata, beliau tidak disokong oleh MCA Bahagian dan parti mahukan calon yang diterima dari akar umbi.
"Bagaimanapun, nama calon belum dimuktamadkan dan saya bergantung kepada senarai nama yang akan diberi oleh MCA bahagian.
"Tetapi jika Tee Keat mahu bertanding secara bebas, itu terpulang kepadanya dan tidak memberi ancaman kepada MCA.
"Bagaimanapun, saya tiada kuasa untuk mengumumkan nama calon sekarang kecuali Perdana Menteri," katanya.
ALOR SETAR - Sebelas Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya Pas negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.
Ketua Unit Peti Undi (UPU) Pas Megat Dewa Asri Ahmad mendakwa kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota Pas tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa.
"Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya Pas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek Pas Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini.
Asri mendakwa antara 11 Dun yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baharu, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas.
Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama Pas Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya.
"Kami bagi sokongan kepada Ulama dan mahu selesaikan perkara ini di peringkat pusat, minta Azizan turun... kami mahu Pas Kedah kembali kepada dasar yang ditetapkan, ulama adalah dasar perjuangan Pas," kata Asri.
Sementara itu Azizan ketika diminta mengulas mengenai desakan itu berkata ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan huru-hara dan ia merupakan strategi yang dipercayai dirancang musuh Pas.
Beliau berkata bagaimanapun sebagai sebuah negara bebas, sesiapa sahaja berhak untuk mengeluarkan kenyataan dan pihaknya hanya boleh lihat apa sahaja yang dilakukan mereka.
"Pimpinan-pimpinan bahagian semua bersatu dan tak ada masalah pun, tiba-tiba ada pulak pihak lain cuba timbulkan huru-hara. Apa lagi yang saya buat tak kena, saya dah cuba bangunkan negeri, buat yang terbaik untuk rakyat," katanya.
Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika ditemui pemberita pula berkata setakat ini isu desakan supaya Azizan berundur belum pernah dibangkitkan dalam mesyuarat perhubungan yang dihadiri semua bahagian pada setiap bulan.
"Kalau ada perkara tak puas hati, patut guna saluran perhubungan... setakat ni tak sebut dalam mesyuarat perhubungan secara rasmi lagi," katanya. - Bernama
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
LAPORAN reuters disini pada 14 Februari lalu menyatakkan bahawa satu sumber yang boleh dipercayai, bahawa kedatangan lebih 100 orang apa yang dipanggil tentera sulu ke Kg Tanduo Lahad Datu Sabah adalah atas jemputan seorang pemimpin pembangkang untuk membicangkan isu tanah.
Sekumpulan yang berjumlah lebih 100 dan lima wanita yang diketuai oleh adik kepada Sultan Jamalul Kiram telah mengadakan ekspedsi ke Sabah pada 9 Februari lalu melalui Tawi-Tawi Filipina dan berjaya mendarat di Kg Tanduo kira-kira 150km daripada bandar Lahad Datu.
Kedatangan kumpulan itu yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, telah berkampung di kg Tanduo sejak malam 12 februari lalu.
Sebelum ini, pihak pasukan keselamatan negera telah berunding dengan kumpulan itu, dan melalui perundingan itu, kumpulan itu telah mengemukan tuntutan- Pertama agar ketenteran mereka diakui sebagai tentera sulu dan kedua agar supaya semua keturunan sulu yang telah lama tinggal di Sabah supaya jangan dihantar ke negara asal.
Pada Khamis lalu, satu kenyataan daripada pihak polis, bahawa rundingan sudah ditamatkan, dan bersiap memproses penghantaran kumpulan itu, namun sebelum kumpulan itu beredar mereka mahu bertemu seseorang personaliti berprofile tinggi untuk memuktamadkan satu perjanjian.
Walaupun perundingan sudah ditamatkan, dan keberadaan kumpulan itu sudah masuk minggu ke dua di tanah Sabah, namun belum ada tanda-tanda bilakan kumpulan itu akan pulang ke negara asal mereka Filipina.
Di Sabah, terutama dikalangan suku suluk yang berada di Sabah, ada yang memberi versi berlainan, dan ada yang mengatakan bahawa kedatangan kumpulan itu ada hubungan dengan penghentian bayaran sewa tahunan yang berjumlah RM5,300. Menurut salah seorang yang ada hubungan dengan kesultan sulu yang enggan disebut namanya, mendakwa bayaran sewa tahunan itu telah dihentikan sejak bukan November 2012, ekoran perjanjian dengan MILF dengan kerajaan Filipina.
AYT yakin, selagi masalah pencerobohan ini belum berakhir, maka berbagai spekulasi akan timbul, malah ada yang mendakwa bahawa kedatangan kumpulan ini dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, yang dikatakan telah berjumpa dengan kumpulan ini seminggu sebelum mereka menceroboh Lahad Datu.
Sejauh mana kesahihan semua dakwaan ini, hanya pihak polis yang mengetahuinya.
Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, 'The Economist', meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan PerdanaMenteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.
Bagi pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya akan datang sudah jelas, bahawa BN akan menang, kata EIU.
Ia berkata pembangkang Pakatan Rakyat telah membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghalang yang besar.
Berdasarkan semua ini, Pakatan Rakyat berada jauh ketinggalan, menyebabkan EIU meramalkan BN akan menjadi 'pemenang'.
EIU, pemikir yang menyediakan analisis risiko, industri dan negara berkala berkata, 'adalah jelas tidak sesuai' bagi Pakatan untuk melaksanakan semua janji kempennya.
"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun," katanya.
Menurut EIU, Pakatan Rakyat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.
Bagi semua perkara ini, populisme Pakatan kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal.
Di Selangor, misalnya, BN mendakwa bahawa Pakatan Rakyat melaksanakan hanya 15 peratus daripada 31 janji pilihan raya, bernilai RM2.4 bilion yang dibuat dalam manifesto pada 2008.
"Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim mengulas bahawa manifesto bukan janji tetapi mengakui bahawa pengundi mungkin berfikir sebaliknya," kata EIU.
Bandingkannya dengan rekod kejayaan BN dalam memenuhi janji-janjinya, dan anda mempunyai perbezaan yang jelas dalam pendekatan.
Sebagai contoh, Najib telah menjanjikan Pulau Pinang dengan 20,000 rumah mampu milik dan monorel untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan jika BN berkuasa di negeri itu, pengundi boleh yakin rancangan ini akan dilaksanakan.
"Pertaruhan adalah tinggi bagi kedua-duanya (BN dan Pakatan)... perang tawaran berkemungkinan berterusan kerana kedua-dua pihak membuat persediaan untuk apa yang dianggap sebagai salah satu plihan raya paling sukar dalam sejarah Malaysia," kata laporan itu.
"Kedua-dua perlu menarik bagi pengundi muda, pengundi kali pertama, memandangkan hampir tiga juta orang dalam blok mengundi penting ini telah ditambah kepada daftar pemilih sejak pilihan raya lepas," katanya.
EIU mendakwa 'sebahagian besar daripada kumpulan ini' belum membuat keputusan mengenai parti mana yang hendak dipilih dan boleh mempengaruhi keputusan PRU13.
Najib perlu menang besar dalam usaha untuk menjamin masa depan agenda reformasi beliau, manakala di pihak lain, pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu menjadi yang pertama untuk memecahkan kuasa BN.
Sementara itu, Umno yakin dengan hanya beberapa minggu yang tinggal untuk PRU13, setelah Najib berkata jentera parti berada pada peringkat akhir persiapannya.
"Kami telah menerima laporan audit mengenai jentera kami dan dari situ saya boleh mengatakan persediaan kami memuaskan. Pada masa yang sama, saya berharap usaha untuk mengukuhkan persediaan kami akan terus dijalankan oleh pemimpin di peringkat negeri," kata beliau kepada pemberita pada Jumaat lalu.
Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, telah membuat pilihan calon yang menang tumpuan strategi beliau, menjelaskan bahawa BN harus membariskan calon dengan peluang terbaik untuk menang, tanpa mengira parti komponen BN mana yang memegang kerusi sebelumnya.
Satu lagi sebab utama kelebihan bagi parti pemerintah ialah pertumbuhan 5.2 peratus yang negara ini nikmati di bawah kepimpinan Najib, bersama-sama dengan peningkatan dalam pelaburan domestik dan asing.
Dan selain itu, pendapatan per kapita mencecah AS$9,700 daripada AS$7,500 pada tahun 2010.
EIU bersetuju dengan trajektori menaik: "Berikutan pengembangan anggaran daripada 5.2 peratus pada tahun 2012, kami menjangka KDNK berkembang pada kadar yang sama semasa tempoh ramalan 2013-17."
Angka pertumbuhan yang diumumkan semalam oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa ekonomi berkembang kepada 6.4 peratus pertumbuhan pada suku terakhir 2012 dan menyokong pertumbuhan tahun penuh untuk berkembang sebanyak 5.6 peratus daripada 5.1 peratus tahun sebelumnya.
Berlatarbelakangkan keadaan sedemikian, EIU berkata: "Jelas bahawa adalah sukar untuk Pakatan yang kini cuba membariskan satu pembangkang yang bersatu antara pemimpinnya yang sering bertengkar sejurus sebelum PRU13". - Bernama
PELIK juga seorang "conman" yang selalu berlegar-legar di kawasan kampung Air Kota Kinabalu, tiba-tiba mengubah penampilan. Dia tidak lagi berpakaian biasa, akan tetapi berpakaian berjenama dan sudah menggunakan jam rolex.
Jika sebelumnya, hanya minum kopi di kedai berdepan dengan mahkamah Kota Kinabalu, kini sudah lepak di Hyatt dan sudah mempunyai kereta mewah siap dengan pemandunya sekali.
Suatu masa lalu, conman inilah yang berlegar-legar menawarkan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan pemimpin kerajaan terutama Perdana Menteri yang juga menteri kewangan, agar melepaskan kiriman RM3 bilion kepada Anwar yang kononnya daripada Pewaris Sultan Sulu- Sultan Jamalul Kiram. Sultan Jamalul Kiram dikatakan mempunyai simpanan US137 bilion di sebuah bank di New York Amerika.
Menurut sumber, Anwar dikatakan berjumpa secara rahsia dengan wakil kumpulan itu seminggu sebelum kejadian pencerobohan di Kg Tanduo Lahad Datu melalui perantaran conman ini. Sejauh mana kebenaran desas desus ini? tiada yang boleh mengsahkannya, namun jika dilihat daripada penamilan conman itu, sudah tentu dia menerima habuan wang yang banyak, jika tidak mana mungkin penampilan dan keadaannya tiba-tiba berubah, bagaikan seorang jutawan.
Kononnya untuk menyelesaikan pencerobohan ini, salah satunya agar wang RM3 bilion untuk Anwar itu dibenarkan untuk dicairkan.
Anwar merelukan kewangan itu untuk tujuan berhadapan dengan PRU-13.
Hubungan Anwar dengan pemberontak islam di Selatan Filipina bermula sejak beliau bersama ABIM lagi, dan kemudian diteruskan selama beliau dalam kerajaan termasuk semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Sebelum ini pihak polis ada memberi kenyataan bahawa salah satu syarat bagi peneroboh itu meninggalkan kawasan yang diduduki dan ingin berjumpa perseonaliti berprofile tinggi di negara ini. Juga berkaitan dengan isu sama, Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi ada membuat kenyataan, bahawa pencerobohan di Lahad Datu itu didalangi oleh pihak tertentu dalam negara.
Apa kah pihak kerajaan mempunyai maklumat bahawa dalang itu adalah Anwar? Jika ia, sungguh malang, kerana demi tujuan mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri, maka sanggup menggadai keselamatan negara.
Demi gimik kepada pencerobohan itu, maka penceroboh itu meminta agar kumpulan mereka diiktiraf sebagai Tentera Sulu yang sah dan setiap warga sulu yang di negeri Sabah supaya jangan dihantar semula ke negara asal (ada kaitan dengan RCI pendatang Sabah yang sedang berjalan).
Pada 9 Februari lalu, satu ekpedisi yang bertujuan Pulang kampung yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram yang berlepas daripada Tawi-Tawi bersama lebih 100 orang dan lima wanita berjaya mendarat di Kg Tanduo pada malam 12 februari.
Hingga kini, walaupun telah masuk minggu ke dua kehadiran penceroboh itu di Tanah Sabah, namun belum ada tanda-tanda ianya berakhir, walaupun menurut pihak polis, rundingan sudah ditamatkan pada Khamis lalu.
Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman selaku ketua keselamatan negeri Sabah, meminta orang ramai jangan membuat spekulasi yang boleh memburukkan lagi keadaan.
Pasukan Keselamatan Negara sudah siap siaga, menunggu arahan, walaupun ada pihak berkehendakan rundingan diteruskan untuk mengelak pertumpahan darah. Artikel yang ada kaitan dan di Sini
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan khabar angin mengenai pencerobohan lelaki bersenjata Kesultanan Sulu di Lahad Datu kerana pihak berkuasa cuba melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan proses rundingan.
Beliau berkata, khabar angin itu hanya akan membawa kepada perasaan kurang senang dan menimbulkan kekacauan.
Lebihi 100 lelaki bersenjata dan lima wanita diketuai oleh Raja Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamallul Kiram III, menceroboh masuk ke perkampungan yang terletak kira-kira 160km dari Lahad Datu sejak 12 Februari lalu.
Kumpulan tersebut menuntut supaya mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan komuniti Suluk di Sabah tidak dihantar pulang ke Selatan Filipina.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk V K Liew berkata tuntutan kumpulan itu tiada asas.
"Berdasarkan fakta sejarah, Kesultanan Sulu tidak lagi wujud sejak 1930 apabila Filipina menjadi republik.
"Dalam hal ini, soal tuntutan tidak timbul sama sekali kerana dinasti tersebut sudah jelas dibubarkan," kata Liew yang juga seorang peguam dan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP).
Di Manila, media Filipina melaporkan beberapa pegawai Presiden Benigno Aquino telah dihantar untuk memujuk Jamallul Kiram supaya memanggil pulang pengikutnya dari Sabah.
Umat Islam di negara ini tidak harus berpecah disebabkan parti politik kerana mereka mengucap dua kalimah syahadah yang sama. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pihak yang tidak mahu bersatu dan mahu memecahbelahkan umat Islam seolah-olah membawa ajaran sesat. Sambil melihat Umno dan Pas mempunyai ruang untuk bersatu, beliau menasihatkan orang Islam supaya tidak bergaduh sesama mereka disebabkan berpolitik.
"Saya nampak masih ada harapan untuk mereka (Umno dan Pas) bersatu selagi mereka ada iman," katanya. Menurutnya, tindakan itu juga membawa kepada usaha memutuskan hubungan silaturahim sesama Islam dan hukumnya haram. "Kita tidak boleh putuskan silaturahim sesama Islam semata-mata untuk bekerjasama dengan kafir harbi yang terang-terang menolak Islam. "Tahalluf siyasi (kerjasama politik) tidak boleh dibuat jika benarkan perkara yang dilarang oleh syarak," katanya kepada media semalam.
Harussani berkata, dalam al-Quran jelas menyatakan golongan kafir itu adalah golongan orang-orang yang zalim. Beliau berkata, jika sekiranya timbul rasa marah atau tidak puas hati terhadap kepimpinan Islam yang sedia ada, wajib untuk menegur untuk membetulkan mereka. "Kalau marah sekalipun, wajib betulkan dan menasihati mereka, bukan menjatuhkan atau membawa perpecahan dalam kalangan umat Islam.
"Akibatnya, agama dan bangsa akan hancur. Sebab itulah setiap orang Islam wajib bersatu padu," katanya Kelmarin, Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah terdapat andaian jika dua kabilah politik Melayu yang saling berpengaruh kembali bercantum, akan tercapailah perpaduan ummah di negara ini.
Kita tidak perlukan mat salleh yang masih bermentaliti penjajah untuk menentukan apa yang baik dan buruk untuk negara kita. Siapa sahaja boleh disenarai hitam di UK, Australia, New Zealand, USA dan mana-mana negara di dunia. Xenophon memang wajar dihantar balik sebab sebagai orang luar, tidak sewajarnya menyalah gunakan kemasukannya ke negara ini untuk campur tangan seolah-olah dia kuasa kolonial yang hendak berhak menentukan yang buruk dan baik untuk negara ini.
Komitmen UMB sejak sebelum Perhimpunan Agung yang lepas, tiada lagi serang menyerang di dalam parti dan pro-BN dan taat kepada ulil amri, iaitu Perdana menteri dan Presiden Parti. Pilihan raya tidak lama lagi, kita fokus kerja PRU13. Jika masih ada di kalangan UMB yang tidak patuh kepada ulil amri, selain mereka berdosa kerana tidak taat kepada ulil amri, tindakan boleh diambil serta merta.
RAJA ARIF SILAP BELA HANTU RAYA TAK KENYANG KENYANG
Sangkakala kesian pulak tengok ketua pengarah Biro Tata Negara, Raja Arif yang kini menjadi bahan kutukan sebuah laman blog pro BN.
Bukan apa, setahu Sangkakala, dulu blogger sorang ni diberi kemudahan untuk pusing satu Malaya untuk membuat konvension media sosial.
Tapi sejak akhir akhir ni Sangkakala tengok beliau dihentam teruk sekali oleh blogger tersebut.
Itu lah, lain kali tengok tengok sikit YM Raja Arif, setelah dibela diberi segala bagai, bila satu benda dia tak dapat sudah pasti dia akan menjadikan YM Raja sebagai sasaran.
Mungkin sikap ketua pengarah BTN ini perlu diubah, daripada bagi makan hantu raya tak kenyang kenyang ni kepada bagi bau sahaja.
Sangkakala juga ada sikit rasa terkilan, sebab blogger ni kata BTN kini membela beberapa orang blogger untuk menepis segala tohmahan terhadap BTN dan Raja Arif .
Ada kemungkinan Raja Arif tak nak bela blogger ni sebab demand lebih sangat kot, sampai Raja Arif tak mampu nak bagi makan.
Walau apa pun Sangkakala ucapkan tahniah kepada blogger ni sebab dah tunjukkan siapa diri beliau yang sebenar.
pssttt..sangkakala tak dibayar oleh BTN tau..nak sumpah muhaballah pun boleh..hehehe
CTS masih ingat pada tahun 2008, untuk mendapatkan penonton-penonton hadir ke ceramah Barisan Nasional ketika itu amatlah susah. Kalau boleh dapatkan angka mencecah 1,000 orang sudah dikatakan amat bertuah. Namun, angin perubahan berlaku dengan kuat di Selangor, khususnya di Shah Alam. Bertempat di Padang Jawa, Shah Alam di bawah DUN Batu Tiga, dua hari lepas, tidak kurang daripada 2,500 orang hadir mendengar ceramah yang diberi nama "Debat Rakyat Zul Nordin vs Noh Omar".
Tanpa publisiti meluas, tanpa membawa masuk penonton-penonton dari luar, Rakyat Shah Alam berpusu-pusu keluar memberikan sokongan. Dengan gelombang kali ini, tidak mustahil Parlimen Shah Alam akan dirampas lagi. Sudah menjadi "open secret" bahawa YB Zulkifli Nordin adalah tokoh yang paling layak untuk menjadi Wakil Rakyat di Shah Alam bagi mengantikan YB Khalid Samad. Pergeseran dan perebutan jawatan dan siapa menjadi calon di dalam Pakatan Haram di Selangor banyak membantu memudahkan proses pertukaran Kerajaan di Selangor di dalam PRU13. Ini kalilah!
Wa kasi lu tau ini rahsia...lu jangan kasi tau olang lain tauuu..! Wa cakap "butut" punyaa...
Aku dapat tahu satu rahsia Pakatan Haram hari ni. Sangat-sangat mengejutkan aku! Tak sangka DAP sangat baik hati rupanya...heh! Kalau ikut rahsia yang aku dengar dari kawan aku ni..aku rasa korang pun akan undi DAP, terutamanya penyokong PAS..heh!
Nak tahu apa rahsianya? Perghhhhh..!!! Kalau aku cerita pun korang takkan percaya punya. Tapi kalau DAP perintah negara ni maka baru la korang tau betapa "mulia"nya DAP ni..heh!
Rahsiannya begini....
Menurut member aku, kalau DAP memerintah Malaysia, depa akan bina surau dan masjid pada setiap jarak 3 kilometer. Maknanya, kalau korang jalan sejauh 3 kilometer, korang akan jumpa masjid atau surau..!
Patut pun puak-puak PAS sokong DAP..kan?
Member aku kata lagi, kalau DAP perintah negara ni, depa akan pastikan hukum hudud dilaksanakan segera. Member aku kata, DAP dah kaji dan buat ijtihad pasal hukum hudud ni. Depa dah ada draf dah. Tunggu nak laksana jer...
Tu diaaa... padan pun PAS sokong DAP setengah nyawa..!
Member aku cerita, DAP akan pastikan Raja-Raja Melayu dihormati dan tidak disanggah mana-mana pihak. Sebarang titah berkenaan Islam akan diutamakan. Bukan itu saja, DAP akan buat gerakan dakwah mengajak golongan bukan Islam supaya peluk agama Islam..!!!
Waaaa...dasar macam ni...aku pun sokong DAP..! Heh!
Lagi pun member aku dengar, DAP akan tutup semua kilang arak, pusat hiburan, rumah urut, kelab malam, pub, disko atau mana-mana premis yang melibatkan minuman keras dan maksiat!
Perghhhh..!!! Aku sokong..! Aku sokong..!!
Paling menarik, member aku kata perkara pertama yang akan dibuat oleh DAP kalau perintah Malaysia ialah mengiytihar negara ni sebagai Negara Islam. Depa nak isytihar pada hari pertama depa angkat sumpah dalam Parlimen...heh!
Alamaaakkk.. Camana ni? Terpaksa la aku sokong DAP kalau macam ni...heh!
Patut pun member aku ni bermati-matian ajak aku sokong DAP. Rupanya DAP ni sayangkan Islam dan Melayu rupanya! Malah DAP lah yang banyak berjasa kat orang Melayu dan Islam kat Malaysia ni...
Kalau korang nak tahu, masjid-masjid kat Malaysi ni DAP la yang bina. Tu...Perkim, Yadim, Jabatan Agam Islam yang dok berdakwah bawak beratus ribu orang bukan Islam peluk agama Islam tu semua DAP yang tubuhkan...
Forum-forum agama, hal ehwal Islam dan seumpamannya, DAP la yang anjurkan. Begitu jugak la dengan semua perkara yang mengimarahkan Islam di muka bumi ni..semuanya DAP yang buat!
Jadi, tak heran la kalau puak-puak PAS, khususnya di Kedah ni sokong DAP gila-gila punya! DAP ni lebih Islamik dari PAS! Patut pun Pok Nik Ajis angkat ibu jari tanda bagus kat Lee Kuan Yew! Heh! Bagus rupanya DAP nihhhh...heh!
Saya amat terkejut apabila sumber memberitahu tentang satu malapetaka besar berhubung masalah air bakal menimpa hampir 1.6 juta rakyat di Selangor dan sekitar Lembah Klang pada bila-bila masa dari sekarang.
Sumber itu memberitahu bahawa keadaan bumbung di sebuah kolam takungan air di Loji Rawatan Air Sungai Langat sedang berada di dalam keadaan kritikal sedang menunggu masa untuk roboh dan rebah ke bumi.
Sekiranya ini berlaku, dijangka insiden gangguan bekalan air akan berulang di Selangor sekali lagi dan kali ini ia dikatakan akan berlarutan selama berbulan-bulan lamanya. Bayangkan sebuah loji takungan air yang runtuh menyembah bumi, apa yang jadi?
Kenyataan sumber itu juga telah disahkan melalui tinjauan media ke kolam takungan air berkenaan dan secara mata kasar, keadaan fizikalnya dilihat sangat menyedihkan dan mampu membuat rakyat resah gelisah.
Pun begitu, masih ada lagi pihak yang prihatin yang datang memohon pada Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid "Gagap", untuk membaikpulih bumbung yang sudah uzur ditelan dek zaman itu…
Bukan sekali syarikat itu memohon, malah sebanyak tiga kali permohonan dibuat. Malah lebih menarik, syarikat itu menawarkan khidmat baikpulih bumbung itu secara PERCUMA tanpa satu sen pun sumbangan dari pihak Kerajaan Pakatan Haram Selangor…
Namun mungkin kerana "bodoh sombong", degil, berlagak bijak, nak tunjuk kuasa dan bebal semacam, Menteri Besar Selangor itu dengan bongkak menolak permohonan itu, seolah-olah dia mampu jadi "superman" yang bisa menahan bumbung itu dari roboh!
Begitulah sikap Khalid kepada rakyat Selangor dan Lembah Klang. Dia sanggup membiarkan bumbung kolam takungan air itu runtuh menghempap rakyat sendiri, asalkan kepentingan politik dan hatinya puas…
Apakah Menteri Besar itu lupa bahawa rakyat itulah yang memberikan undi pada Pakatan Haram sehingga dia berpeluang untuk duduk di kerusi empuk di Pejabat Menteri Besar Selangor itu?
Demi hatinya yang berajakan politik, Khalid sanggup menggadai kualiti kehidupan dan sanggup menafikan hak rakyat yang terancam gangguan bekalan air selama berbulan-bulan.
Ketika rakyat diancam malapetaka gangguan bekalan air itu, SYABAS datang menghulur bantuan. Niatnya baik untuk menolong dan dengan rendah diri memohon untuk membantu. Bukan SYABAS minta duit Khalid, malah syarikat itu ikhlas menolong secara percuma…
Itupun Khalid nak sekat? Itupun Khalid enggan? Itupun Khalid tak benarkan? Menteri Besar jenis apakah yang menolak pihak yang datang secara sukarela untuk membantu kehidupan rakyatnya?
Sudahlah sebelum ini Khalid menyekat permohonan modal (Capex) syarikat itu untuk menyelenggara dan menggantikan peralatan operasi saliran air di Selangor, khidmat percuma syarikat itu pun Khalid nak sekat juga?
Malah tanpa rasa malu, Khalid dan para pemimpin PKR baru-baru ini berburuk sangka terhadap SYABAS dan Kerajaan Pusat apabila sumber memberitahu perincian mesyuarat parti itu baru-baru ini menuduh kerajaan BN dan syarikat konsesi air itu akan mensabotaj mereka pada PRU ke-13 nanti.
Padahal jika dirujuk dari rekod krisis air yang melanda Selangor, Kerajaan Pusat dan SYABAS sering memberi komitmen dan bertungkus lumus memastikan rakyat Selangor mendapat bekalan air bersih setiap hari.
Kerajaan Pusat baru-baru ini memperuntukkan sebanyak RM120 juta kepada rakyat negeri itu bagi memastikan mereka terus mendapat bekalan air setelah menyedari Khalid dan kerajaan pimpinannya gagal membantu rakyat yang sedang menderita akibat masalah air.
SYABAS pula berusaha meminjam lori tangki dari negeri-negeri jiran bagi membantunya menyalurkan bekalan air ketika pam air rosak di rumah pam Wangsa Maju tempohari.
Sedangkan ketika itu Khalid dan konco-konconya sedang sebok berceramah mahu menstruktur semula industri air Selangor dan memburuk-burukkan SYABAS. Khalid tak habis-habis mencadangkan itu dan ini, kaji itu dan ini, tanpa sebarang tindakan untuk mengatasi masalah rakyat…
Dan kini, 1.6 juta rakyat Selangor dan Lembah Klang sekali lagi berdepan dengan ancaman gangguan bekalan air "berskala besar".
Saya yakin, jika runtuh bumbung kolam takungan air di Sungai Langat itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan turut runtuh di Selangor dan Khalid "Gagap" sudah tentu rakyat akan menuding jari padanya sebagai punca kejatuhan rejim Anwar di Lembah Klang…
Beriya-iya betul DAP Johor menuduh "Boss" PKR Johor, Chua Jui Meng, yang dikatakan menjadi dalang serangan terhadap parti "chauvinis ultra kiasu" itu, khususnya berhubung perebutan kerusi Parlimen Gelang Patah.
Kononnya, Jui Meng mengintai mahukan kerusi itu diberikan padanya untuk ditandingi pada PRU ke-13 ini. Manakala DAP Johor pula mahu kerusi itu diberikan kepada calon mereka ekoran kekalahan PKR di kerusi tersebu pada PRU yang lalu.
DAP Johor mahu Anwar campur tangan dan Karpal pula mengarahkan agar dakwaan serangan Jui Meng itu disiasat segera.
Begitulah drama yang berlaku di selatan tanahair, kononnya ada pergeseran besar berlaku hanya disebabkan perebutan kerusi Parlimen yang belum tentu akan dimenangi oleh pakatan pembangkang itu.
Pada saya, semua ini hanyalah mainan untuk mengalih tumpuan ramai dari isu yang menjadi perbalahan sebenar antara parti-parti yang membentuk Pakatan Haram iaitu isu penggunaan kalimah "Allah".
Sebagaimana maklum, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan seluruh Dewan Ulama PAS berkeras mahu penggunaan kalimah "Allah" hanya menjadi hak eksklusif umat Islam di Semenanjung dan tidak boleh digunakan di dalam Bible seperti yang dikehendaki DAP dan PKR.
DAP dan PKR yakin bahawa mereka boleh "kowtim" dengan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Mat Sabu.
Tapi mereka tidak yakin dapat menewaskan ketegasan Haron Din, Harun Taib dan golongan ulama PAS berkenaan isu itu meskipun sehingga Parlimen dibubarkan atau selepas PRU ke-13. DAP dan PKR tahu mereka tak boleh "makan" golongan ulama PAS ini…
Itulah masalah terbesar yang melanda PAS, DAP dan PKR. Perebutan kerusi Parlimen di Johor itu hanyalah masalah kecil yang seolah-olah layak dijadikan "sketsa" mengalih isu penggunaan kalimah "Allah" yang mencetus kemarahan akar umbi PAS.
Saya menyarankan agar Pakatan Haram tak perlu bersusah payah mengalih isu memandangkan isu penggunaan kalimah "Allah" ini sebenarnya bukanlah masalah politik. Tetapi ia lebih kepada masalah moral dan agama.
Ia berkait rapat dengan moral DAP dan PKR yang gemar melakukan provokasi melampau khususnya berkaitan kepentingan Islam. PAS tersepit ditengah-tengah.
Kalau diturutkan DAP dan PKR, PAS akan kehilangan penyokong. Tapi kalau PAS tidak taat pada kehendak dua "syaitan" itu, mungkin PAS akan terlepas jawatan Menteri Kabinet atau Exco Kerajaan Negeri nanti.
Harapan saya semoga Islam terus diperlihara UMNO yang selama ini berjaya mengimarahkan agama Allah itu walaupun sering mendapat bantahan dari DAP dan PKR. Walaupun tanpa sokongan PAS yang "terlebih Islam", Islam tetap subur di Malaysia.
Para penyokong PAS di seluruh Malaysia sebenarnya sedang memerhati perkembangan dan perubahan besar pada parti mereka sejak lima tahun "berpeluk" dan "tidur sekatil" dengan dua parti berkenaan.
Rasa menyampah, meluat dan getik benar-benar melekat dihati mereka melihat PAS begitu teruk dibuli serta jadi tunggangan bagai keldai cacat". Namun apakan daya, mereka hanyalah akar umbi PAS yang hanya mampu menahan sabar melihat permainan politik keji pemimpin sendiri.
Ingin mereka bersuara, namun takut pula dituduh derhaka dan telah "dibeli" UMNO. Ada yang berani berdemo mengutuk Karpal, tapi mereka dituduh pula mendapat "habuan" dari pihak kerajaan BN. Padahal, UMNO atau BN tidak ada kena mengena pun!
Begitulah PAS yang kini tersepit di celah PAS dan DAP. Walaupun cuba mengalihkan tumpuan ke Johor, namun isu kalimah "Allah" tetap menghantui Pakatan Haram. Percayalah, segalanya akan terus huru-hara selagi PAS tidak keluar dari pakatan yang tidak diredhai Allah itu, kan?