Pakatan Rakyat |
Posted: 22 Feb 2013 03:23 PM PST | Pemimpin Umno dera penerima BR1M Posted: 22 Feb 2013 05:06 AM PST PENGKALAN CHEPA: Selain dipaksa mendengar ceramah pemimpin Umno, ada juga penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diarah hadir ke beberapa tempat bagi menerima surat tawaran BR1M. Di bahagian Pengkalan Chepa baru-baru ini penerima BR1M diarah datang ke Sekolah Kebangsaan Pulau Gajah bagi Dun Chempaka dan sekolah di Chicha Mengambang (Dun Panchor) untuk mendapatkan surat tawaran. Sebaliknya pada program itu penerima dipaksa mendengar ceramah politik Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Menurut penduduk yang hadir hanya kira-kira 10 penerima sahaja yang diberi surat tawaran di sekolah tersebut dan selebihnya diminta datang ke rumah ketua bahagian pada sebelah malam. Ketua Penerangan PAS Pengkalan Chepa, Mohd Azmi Nor berkata, cuba bayangkan orang ramai yang datang memenuhi dewan sekolah hanya diberi 10 orang sahaja surat tawaran kemudian diarah datang pula ke rumah ketua Umno. "Kerana hendak dapatkan surat tawaran orang ramai datang pula pada sebelah malam ke rumah Ketua Bahagian, Dato' Dali Hussin di Taman Chempaka Putih. "Penerima yang datang memberitahu hanya ada meja yang disediakan tanpa ada lampu untuk memudahkan urusan. Sekali lagi penerima BR1M diarah mengikuti ceramah politik Umno," katanya. Menurutnya selepas lama menunggu penerima BR1M diarah pula pergi berjumpa dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan untuk menuntut surat tawaran. Sedangkan kata beliau sebelum ini pemimpin Umno berkali-kali menafikan BR1M digunakan bagi tujuan politik, namun apa yang berlaku di bawah secara jelas rakyat dijadikan mangsa politik. Sementara itu Azmi yang juga Timbalan Pengaran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri menafikan laporan sebuah akhbar semalam yang menyebut Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penerima BR1M sebagai binatang. "Apa yang disebut Menteri Besar di Dataran Stadium kelmarin hanya peumpamaan apabila Umno menggunakan apa sahaja bagi menarik sokongan rakyat. "Ia seumpama menabur hampas kelapa bagi menarik minat ayam datang. Mereka menabur umpan di mana-mana sahaja dengan harapan dapat menarik orang ramai," katanya. | Aziz jangka Parlimen dibubar selepas LIMA Posted: 22 Feb 2013 04:41 AM PST MALAYSIA KINI LANGKAWI: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menjangka Parlimen akan dibubarkan selepas berakhirnya Pameran Udara dan Maritim Langkawi (LIMA) 2013. LIMA 2013 akan berlangsung selama lima hari mulai 26 Mac hingga 30 Mac ini. Astro Awani.com memetik Aziz berkata demikian ketika ditemui media selepas taklimat bersama Pengarah-Pengarah Pilihan Raya zon utara di Langkawi hari ini. Jangkaan itu bagaimanapun, tegas Aziz, adalah pandangan peribadi beliau. Beliau percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat selepas selesai LIMA 2013 kerana pameran itu telah dirancang sejak dua tahun lalu. "Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA," kata Aziz lagi. Pengerusi SPR itu juga ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan ramai pelabur dari luar negara akan menarik diri jika Parlimen dibubarkan sebelum LIMA 2013. Menurut Abdul Aziz, Najib sangat arif mengenai kepentingan pelaburan asing yang akan dijana sempena penganjuran pameran berkenaan. Justeru, Aziz secara peribadi yakin PRU-13 akan berlangsung selepas penganjuran LIMA 2013. | Deepak saman Najib atas dakwaan fitnah Posted: 22 Feb 2013 04:39 AM PST Deepak Jaikishan hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana komen dan dakwaannya bahawa ahli perniagaan itu "tidak boleh dipercayai". Saman itu difailkan di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur petang ini melalui firma guaman M/s Daim & Gamany. Deepak mendakwa perdana menteri telah mengucapkan perkataan fitnah itu dalam satu sidang akhbar bulan lepas, selepas mempengerusikan satu mesyuarat BN. Peniaga memetik satu laporan di Malaysiakini bertajuk PM dismisses Deepak's allegations as 'not true', di mana Deepak mendakwa Najib telah mencemar reputasinya semasa sidang akhbar itu. Deepak mendakwa, kenyataan yang dibuat oleh Najib itu membawa maksud beliau (Deepak) seorang yang tidak mempunyai reputasi yang baik, seorang penipu dan tidak boleh dipercyai, seorang yang rendah moral, dan tidak layak untuk mengadakan perhubungan profesional. Deepak menuntut gantirugi am, gantirugi teruk dan gantirugi teladan. | Zawawi Sudah Jelas Menegnai Foto 1Malaysia Posted: 22 Feb 2013 04:38 AM PST MSO Akhirnya Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSU) Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menyahut cabaran saya agar membuat penjelasan berhubung sekeping gambar beliau bersama bekas MB Perlis Shahidan Kassim dan Presiden MCA Chua Soi Lek serta beberapa orang lain yang sedang mengangkat telunjuk seperti simbol 1 Malaysia. Gambar itu menjadi tanda tanya bukan apa kerana beliau bersama pemimpin Umno dan MCA dan berkebetulan membuat pula simbol yang selalu dilakukan Najib Razak seakan mahu menyocoh sesuatu.Seperti saya kata foto itu remeh saja dan tidak perlu pun diberi perhatian. Tetapi kerana waktu ini saat pilihan raya tiba ia menjadi penting dan perlu dijelaskan mengenainya.
Gambar itu banyak tersebar didalam internet dalam blog-blog pro pembangkang dan juga pro kerajaan. Saya mengambil inisitaif dan kebernaian untuk menyiarkan dalam blog saya, dengan tujuan untuk mendapat penjelasan sekaligus menjawab persoalan. Kalau gambar itu tidak dikirimkan ke dalam e-mail saya dan ditanya bertalu-talu saya tidak menyiarkan untuk mendapat penjelasan itu. Saya bukan seorang penggemar menyiarkan gambar-gambar byang tidak tentu hala dan tidak ada nilai komersial. Tetapi bagi pemerhati dan pendokong politik dan personaliti (Zawawi) yang mentah dan juga pengkritik yang otak kemetot akan menjadi celaru dan tertanya-tanya mengenai suasana gambar berkenaan. Justeru ia perlu penjelasan dengan penuh tanggungjawab. Sebenarnya saya boleh jelas dan bela mengenai dakwaan buruk ke atas gambar itu tetapi saya mengira lebih molek dan lendik kalau tuan hak menjawabnya. Lagi pun rasanya Zawawi tidak perlu mengambil masa panjang kalau setakat untuk menjawab berkenaan gambar itu yang tidak payah untuknya membelek kitab-kitab muktabar karangan ulama-ulama agung dunia. Jadi walaupun desakan itu dari blog saya, penjelasan Zawwi dalam Harkahdialy hari ini dianggap sebagai satu penjelasan sebenar dari beliau. Selepas ini jangan hendaknya ada sesiapa mempertikaikan lagi mengenai gambar berkenaan apa lagi ada hubungan kait kononnya ada rundingan dan pertemuan di antara beberapa MSU dengan pemimpin Umno atau BN dalam usaha untuk mewujudkan semula agenda Unity Gorvenment (UG) yang tergendala itu. Seperti mana dijelaskan Zawawi didalam portal rasmi PAS itu gambar itu dirakam semasa beliau menghadiri Persidangan Centrist Asia Pacific Democrats International (CAPDI) kali ke-6 di Phnom Penh, Cambodia pada Disember 2010. Menurut penjelasan Zawawi turut mewakili PAS menyertai persidangan tersebut ialah Naib Ketua Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Bagaimana pun kedua orang itu tidak ada dalam gambar mungkin tukang pukul gambar. Mengenai simbol 1Malaysia itu kata Zawawi ianya bukan isyarat 1Malaysia seperti yang difitnah pihak tertentu, sebaliknya adalah simbol "One Nation Political Parties" yang merupakan trade mark kepada persidangan tersebut. (Jadi ianya kebetulan pula, nah disinilah diperlukan kepada penjelasan. Bila dijelas baru tahu telunjung ke langit itu bukan 1 Malaysia tetapi One Nation). Dengan penjelasan itu, isu foto itu sudah selesai. Mana-mana pihak yang cuba mengaitakan gambar itu sebagai saksi ada perundingan anggota MSU dengan pemimpin Umno hendaklah diabadikan. Pun begitu saya tidak bertanggungjawab dengan sekeping lagi gambar diterakan dalam portal berita itu yang menunjukkan Mustapa Ali berdiri bersama Chua Soi Lek. Ini di mana pula? Dan kepada seorang pengomen blog saya yang minta saya agar memohon maaf kepada Nik Zawawi kerana gambar itu sudah dijelaskan ia tidak berbangkit sama sekali. Tidak perlu saya memohon maaf kepada sesiapa kerana menyiar dan meminta penjelasan mengenai foto itu atau apa-apa isu adalah tanggungjawab saya sebagai penulis. Dan kalau tidak ada kerja gila saya ini anda semua tidak dapat mengetahui apa yang sebenarnya dan terus berputar dengan dakwaan palsu sepanjang masa. Apabila Zawawi menjelaskan maka kita tahulah duduk perkara sebenarnya. Menyiar dan mendapat penjelasan foto itu yang menjadi isu adalah tugas saya yang tidak diarah oleh sesiapa pun melainkan ia adalah tanggungjawanb jihad saya. [wm.kl.4:57 pm 21/02/13] Saya sertakan contoh sikap pengomen dalam blog saya. Nilai dan kajilah sendiri. Buah cempedak di luar pagar, apa nak dikatakan, hehe. | Pembubaran Parlimen: Hari ini atau bila pun apa bezanya? Posted: 22 Feb 2013 04:28 AM PST ASPAN ALIAS Hari ini telah dispekulasikan sebagai hari pembubaran Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ramai telah menghubungi saya samada berita itu benar atau tidak. Jawapan saya standard, "saya tidak tahu, tanya Najib atau Rosmah" Siapa kita untuk mengetahui perkara penting itu. Terpenting bagi kita ialah dengan memberikan perimbangan serta berfikir sejenak sebelum memangkah semasa dalam bilik mengundi itu nanti. Bagi saya samada pembubaran itu dilakukan pada hari ini tidak penting. Yang penting kita sudah bersedia untuk melakukan yang terbaik untuk negara kita. Kita jangan tertipu dengan dakyah karut yang kita ikuti selama ini. Di negara ini kita boleh mengundi sesiapa sahaja dan tidak seperti apa yang di dakyahkan yang negara kita ini hanya selamat jika UMNO memerintah. Sememangnya pimpinan UMNO sedang mendagu dan merayu supaya diberikan peluang sepenggal lagi seperti yang di minta oleh Najib di Kuching semalam. Najib merayu untuk BN di berikan sepenggal lagi seolah BN telah memerintah hanya sepenggal yang lalu. Beliau terus merayu agar diberikan sepenggal lagi walaupun telah di beri peluang sejak merdeka dahulu memerintah negara ini. Sepatutnya yang merayu untuk meminta sepenggal itu adalah pihak pembangkang bukannya pihak kerajaan. Tetapi tidak mengapalah, kerana rakyat ramai yang membuat keputusan samada untuk memberikan BN sepenggal lagi walaupun telah berpenggal-penggal mentadbir kita. Sebenarnya Najib masih belum berkeyakinan untuk membubarkan Parlimen, tetapi oleh kerana penggal Parlimen sudah sampai ke penghujung nya maka beliau akan terpaksa membubarkannya juga atau di biarkan sahaja penggal ini terbubar dengan sendirinya pada 28hb April nanti. Itu tidak ada apa-apa salahnya jika Najib memilih untuk berbuat demikian. Tidak ada sebab untuk Najib tergesa-gesa untuk membubarkan Parlimen itu sedangkan jika beliau membubarkan Parlimen pada hari ini Najib tetap mencatat rekod seorang Perdana Menteri yang tidak di pilih oleh rakyat. Persepsi itu tidak dapat di hilangkan jika Najib membubarkan Parlimen hari ini atau besok. Sudah alang-alang tunggu sahaja sampai penghujung bulan April nanti. Tindakan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tidak juga menjadi kesalahan kerana sebagai sebuah negara Persekutuan, Dewan Legislatif Negeri itu adalah hak negeri untuk menentukan tarikh pilihanraya bagi kawasan-kawasan Undangan Negeri nya. Jangan kita persoalkan tindakan itu kerana ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negeri Selangor dan Persekutuan kita. UMNO tidak payah sibuk dengan urusan kerajaan Negeri Selangor kerana UMNO sudah di tolak oleh rakyat Selangor. Kerja dan tugas UMNO yang penting sekali sekarang ialah untuk menentukan yang mereka melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang negara. UMNO sendiri mempunyai masalah besar. Biarkan PAS, DAP serta PKR dengan urusan mereka kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk mempastikan perancangan untuk melakukan perbezaan dengan BN jika mereka di beri peluang untuk mentadbir Putrajaya selepas PRU ini. Tidak salah untuk UMNO bertahan, tetapi untuk bertahan UMNO sendiri tidak berkeyakinan. Ramai di antara pemimpin mereka menzahirkan perasaan mereka kepada saya sehari dua ini. UMNO mempunyai banyak 'factions' dan mempunyai 'warlords' mereka termasuk Dr Mahathir sendiri. UMNO sedang menghadapi tekanan dari rakyat dan dalam pada menguruskan tekanan rakyat itu, parti itu sendiri wujud tekan menekan sesama sendiri. Puak Dr Mahathir memberikan sokongan kepada Muhyiddin dan jika boleh mereka mahukan Najib berhenti untuk memberikan Muhyiddin peluang menerajui PRU ke13 ini. Serba salah puak Mahathir ini nampaknya. Begitu juga puak Muhyiddin. Kalau hendak berkeras untuk menekan Najib, pilihanraya sudah hampir dan akan menjejaskan keputusannya nanti. Tidak berkeras pun tidak boleh kerana UMNO sedang dalam keadaan telur di hujung tanduk. Satu isu yang terbesar akan mereka (UMNO) hadapi ialah masalah calon pilihanraya untuk UMNO dan BN. Jika Najib biarkan Muhyiddin menentukan calon UMNO ia serupa lah memberikan parang tajam kepada Muhyiddin untuk Timbalannya itu gunakan untuk memenggal politik Najib seperti yang di kehendaki oleh Mahathir. Setakat yang saya tahu sudah berbelas Ketua Bahagian yang dulunya adalah pengikut totok Najib dengan senyap-senyap telah berpihak kepada Muhyiddin. Tidak tahu lah kita samada Najib maklum tentang perkara ini tetapi yang pastinya mereka sudah hilang keyakinan terhadap Najib. Mereka ingin bergantung kepada dahan yang baru tetapi tidak tahulah kita samada mereka terasa bahawa dahan yang baru ini pun akan tumbang bersama pokok besarnya (UMNO) dalam pilihanraya nanti. Bagi UMNO, parti ini sudah sampai ke persimpangan. UMNO tidak mempunyai jalan selain dari mengakui kesulitan mereka dalam pilihanraya kali ini. Itu pun tidak mengapa kerana dalam demokrasi sememangnya UMNO boleh di jatuhkan seperti yang di alami oleh mana-mana parti di dalam mana-mana negara demokrasi. Tetapi UMNO tidak rela menghadapi kekalahan kerana masing-masing 'warlords' dalam UMNO itu mempuyai rekod buruk masing-masing yang mereka takutkan jika parti itu tidak berkuasa lagi. Mahathir tersangat takut jika Pakatan Rakyat menang dan Anwar menjadi Perdana Menteri. Mahathir bukan sedikit masalah yang beliau lakukan terhadap diri beliau sendiri semasa memegang kuasa dahulu. Itulah yang menyebabkan beliau bermatian menegakkan benang basah UMNO hari ini. Najib pun begitu. Beliau takut jika Pakatan menang dan terpaksa menghadapi Anwar jika Pakatan menang. Jika UMNO menang dengan tipis sekali pun, Najib terpaksa menghadapi hari akhir kepimpinan beliau dan ini juga menakutkan beliau sendiri. Apa kah Muhyiddin mampu untuk tidak mengambil tindakan terhadap Najib jika beliau mengambil alih kuasa? Najib tahu dalam UMNO tiada siapa yang mempunyai 'allegiance' terhadap pemimpin yang mereka sokong sebelumnya. Najib akan menangis kesaorangan. Itu sudah banyak berlaku dalam UMNO kerana setiap pemimpin dalam UMNO itu adalah pimpinan yang lemah dan mereka hanya di ikuti oleh mereka yang berkepentingan peribadi. Semua mereka itu akan mengikut dan bersama-sama mengutuk pimpinan yang telah pergi yang pernah mereka dukung dahulu. UMNO sudah tidak ada lagi pemimpin yang 'magnanimous' seperti dahulu. Dendam mendendam sudah menjadi amalan mereka. Kata perpatah Melayu, 'mati ayam mati tungau' Berhenti sahaja Najib maka Najib akan terpaksa menghadapi zaman gelap beliau sampai akhir hayat. Najib sekarang memang tidak boleh bertahan lagi. Hanya jika beliau ada sedikit kemampuan untuk berfikir sahaja boleh menyelamatkan beliau dari menghadapi zaman gelap beliau nanti. Hakikatnya Najib akan lebih selamat jika pembangkang mendapat mandat dari orang lain dalam UMNO itu mengambil alih kepimpinan beliau. Najib tahu Mahathir tidak akan membela beliau dan Muhyiddin jauh sekali untuk melakukannya. Apa tah lagi jika UMNO yang sekarang mempunyai kecenderungan untuk tewas dalam pilihanraya kali ini bersama parti komponennya MCA dan MIC yang sudah pasti akan tewas kali ini. | Peserta Chingay di Johor dilarang pakai baju-T BERSIH, anti-Lynas Posted: 22 Feb 2013 04:26 AM PST Perarakan tahunan Chingay di Johor - yang telah diisytiharkan sebagai warisan budaya negara tahun lalu - telah mencetuskan perdebatan hangat kerana pesertanya dilarang memakai baju-T BERSIH dan anti-Lynas dalam perarakan tahun ini. Chingay, yang lebih dikenali sebagai Perarakan Dewa, adalah anjuran Pengerusi jawatankuasa kuil tersebut, Lim Kang Yong, dalam satu sidang akhbar semalam, mengisytiharkan larangan tersebut, dan mengundang kritikan meluas warga siber serta mencetuskan perdebatan panas terutamanya di kalangan masyarakat Cina Johor. Ketika dihubungi hari ini, Lim mempertahankan larangan tersebut dengan berkata jawatankuasa itu tidak mahu sesiapa pun mensabotajnya atau mengiklankan tuntutan mereka semasa perarakan perayaan itu. "Jika sesiapa didapati memakai baju selain baju pasukan Chingay, kami akan meminta mereka beredar. Jika mereka enggan, kita akan mendapatkan bantuan polis," katanya. Beliau berkata walaupun garis panduan berpakaian itu hanya untuk pasukan perarakan, tetapi pihak penganjur berharap orang ramai yang ingin menghadiri acara itu, juga boleh mengikuti nasihat tersebut. "Tahun lepas, kami juga menerima maklumat bahawa sekumpulan peserta mahu memakai baju seperti itu, tetapi kami berjaya memujuk mereka supaya tidak berbuat demikian melalui satu saluran khas. "Ini adalah hanya satu perarakan dewa-dewa, kita harus mengelak sebarang unsur politik," katanya. Sambil melabelkan pengkritik di internet itu sebagai 'cybertroopers Pakatan', Lim berkata beliau tidak kisah dengan komen-komen negatif. "Kita tidak mahu sesiapa pun mensabotaj perarakan kami atau datang ke sini untuk buat iklan," katanya. | 21 lagi bayi diselamat, pensyarah dan jurutera ditahan Posted: 22 Feb 2013 04:23 AM PST Seramai 43 individu turut ditahan. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata operasi yang merupakan susulan Op Pintas Sayang 1 itu turut dijalankan di Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. "Serbuan ini dilancarkan serentak pada pukul 11 malam tadi dan pihak polis Pulau Pinang telah berjaya menyelamatkan 10 bayi lelaki dan 11 bayi perempuan berusia antara satu bulan dan sembilan tahun. "Kita juga telah menahan 20 lelaki dan 23 wanita termasuk dua wanita warga asing yang berumur dalam lingkungan 27 hingga 57 tahun," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata beberapa bayi dipercayai telah dibawa keluar ke negara jiran dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Abdul Rahim berkata 43 individu itu adalah pembeli yang membeli kanak-kanak tersebut melalui sindiket dan mereka terdiri daripada usahawan, jurutera dan pensyarah. "Ini adalah keluarga-keluarga yang tidak ada anak. Bila tidak ada anak mereka berusaha untuk mendapatkan anak," katanya. Beliau berkata kesemua tangkapan akan direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 dan usaha mengesan mangsa yang lain masih lagi diteruskan. Katanya polis juga akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menempatkan kesemua bayi dan kanak-kanak terbabit di rumah perlindungan yang telah dikhaskan. Bulan lepas, polis membongkar sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang bergerak aktif di negeri ini, Kedah dan Perak apabila menahan 33 individu dan menyelamatkan lapan bayi serta seorang kanak-kanak. Sindiket yang aktif sejak tahun 2009 itu didapati menawarkan wang tunai antara RM2,500 dan RM4,500 kepada wanita asing yang melahirkan anak luar nikah serta mereka yang kesempitan wang dan mahu menjual anak mereka. - Bernama | PRU13: DAP sasar tanding lebih 150 kerusi Posted: 22 Feb 2013 04:20 AM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - DAP bercadang mahu bertanding lebih 150 kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang dengan kempen perbelanjaan dianggarkan RM15 juta. Timbalan Pengerusinya Tan Kok Wai berkata senarai calon parti itu sedang dimuktamadkan dan akan diumumkan selepas pembubaran Parlimen. Beliau berkata parti itu akan mengumumkan manifesto pilihan raya, Isnin ini, di venue yang belum ditentukan. Tan, yang juga Pengerusi Biro Pilihanraya Kebangsaan DAP, berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran kempen mengutip dana parti itu di sini, hari ini. Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun akan dipertandingkan pada PRU-13. Pada PRU 2008, DAP bertanding 49 kerusi Parlimen dan 102 kerusi Dun dan memenangi 28 kerusi Parlimen dan 63 kerusi Dun.- Bernama | Berjuta ahli UMNO menyertai pembangkang dalam peti undi Posted: 22 Feb 2013 04:08 AM PST ASPAN ALIAS Sekarang tektik UMNO untuk mendapatkan 'mileage' politik sangat rendah tarafnya dan memalukan. Akhir-akhir ini satu 'trend' lama yang diperbaharui sedang berlaku, iaitu menunjukkan dalam berita dan buletin utama TV3 tentang pengisytiharan ahli-ahli PAS menyertai UMNO. Hampir setiap malam ia dilakukan oleh media perdana negara. Apabila saya melihat isu ini dilakonkan melalui TV3 dan saluran TV media perdana yang lain saya teringat semasa UMNO melakukan perang psikologi terhadap Parti Melayu Semangat 46 dahulu. Semasa itu setiap malam kita menyaksikan kemasukkan ahli-ahli Semangat 46 dalam UMNO. Parti S46 hanya mempunyai 350,000 ahli tetapi kalau dikira jumlah ahli S46 keluar parti yang disiarkan oleh TV3 itu melebihi 1 juta orang. Tektik ini tektik lama tetapi masih digunapakai oleh UMNO yang begitu terdesak dengan gerakan rakyat seluruh negara untuk menyaksikan perubahan dalam kepimpinan negara. Saya masih teringat cerita penyampai berita TV yang saya kenali semasa itu. Pada zaman itu pembaca berita selalunya merupakan seorang wartawan berita dalam masa yang sama. Oleh itu mereka tahu hal keadaan sebenarnya. Pembaca berita ini telah menelefon memberi tahu saya yang beliau akan membaca berita mengenai kemasukan 150 orang ahli Parti S46 ke dalam UMNO sedangkan sebenarnya hanya 10 orang sahaja yang berbuat demikian. "Semuanya bohong bro!" katanya. Saya pun menjawab sambil berseloroh, "Tak apalah. Tapi kalau boleh semasa kau baca berita bohong itu, kau kenyit-kenyitlah mata kau tu. Orang yang menontonnya akan fahamlah yang kau baca itu berita bohong." Dia tidak menjawab hanya ketawa berdekah-dekah sahaja. Sesungguhnya inilah cara 'desperado' UMNO selama ini. Tetapi mereka tidak menyedari satu perkara yang saya selalu menulis tentangnya. Dalam pilihanraya kali ini berjuta ahli-ahli UMNO akan keluar parti semasa berada di dalam peti undi nanti. Ia telah berlaku dalam pilihanraya yang lalu dalam mana lebih dari sejuta ahli-ahli UMNO telah memangkah simbol Pakatan Rakyat, dan ia akan berlaku dengan lebih hebat sekali. UMNO tahu ini akan berlaku lagi kali ini. Itulah sebabnya Dr Mahathir meminta setiap pemimpin-pemimpin bahagian seluruh negara berikrar di hadapan beliau yang mereka tidak akan melakukan sabotaj terhadap UMNO itu. Dr Mahathir tahu perkara ini akan berlaku dan beliau faham dengan sedalam-dalamnya isu ini kerana beliau merupakan pensabotaj UMNO yang paling terkenal. Mahathir merupakan pensabotaj UMNO yang paling hebat kerana perkara itu dilakukannya dalam pilihanraya yang lalu. Kalau Mahathir, seorang yang telah diangkat begitu tinggi oleh partinya sanggup mensabotaj UMNO itu, apa yang boleh menahan ahli-ahli biasa yang tidak mendapat apa-apa kepentingan untuk melakukan sabotaj terhadap UMNO itu? Kalau bapa sudah kencing berdiri, apa yang boleh menahan anak-anak tidak kencing dan berak sambil berlari? Isu ini sebenarnya isu besar. Contohnya di Negri Sembilan sahajalah. Pengerusi Perhubungannya tidak mendapat sokongan dari kebanyakan atau hampir keseluruhan Ketua-Ketua Bahagian dalam Negeri itu. Mohammad Hasan sememangnya tidak boleh menjaga UMNO NS itu, tetapi entah kenapa beliau masih berada di sana. Saya tidak tahu apakah jampi serapah yang beliau lakukan kerana beliau masih mengetuai UMNO di negeri adat itu. Tetapi jika diketepikan Mohammad Hasan siapa pula yang hendak mengambil alih tempat beliau? Itu pun merupakan satu persoalan besar juga. Di NS semua pemimpin yang berkebolehan tidak mendapat tempat kerana permainan Ketua Perhubungan yang takut pada bayang-bayang. Isa Samad, semasa menjadi Menteri Besar, hanya mengumpulkan rakan-rakan guru sekolah beliau sahaja untuk menjadi EXCO kerana mereka pandai menggeli pundi-pundi beliau (Isa). Puluhan orang yang berkebolehan diketepikannya kerana takut kepada bayang-bayang. Semua yang berkebolehan mati begitu sahaja. Isa pun seperti Dr Mahathir juga, takut kepada orang yang beliau anggap akan menjatuhkan beliau. Itu sebab di semua peringkat dalam UMNO itu tidak ada lagi kepimpinan. Akhirnya Dr Mahathir sendiri mengakui yang UMNO sudah busuk sampai ke ususnya, tetapi sejak kebelakangan ini beliau masih menyokong parti yang beliau anggap sudah busuk sampai ke situ. Itu sebabnya Dr Mahathir tidak boleh dijadikan ikutan kerana beliau seperti Ibrahim Ali, akan menyelekoh dengan tiba-tiba dalam hal politik ini. Mungkin itulah sebabnya Dr Mahathir dengan Ibrahim Ali, itu mempunyai 'chemistry' yang baik dan secocok serta saling menyandar di antara satu dengan yang lain. Setelah Isa digantikan oleh Mohammad Hasan, orang ramai ingat akan berlaku peningkatan mentaliti dalam UMNO itu kerana semasa Mohammad mula-mula menjadi MB ramai orang Negeri Sembilan beranggapan yang beliau itu adalah pemimpin yang turun dari langit ketujuh. Tetapi akhirnya keadaan di negeri itu lebih teruk dari apa yang UMNO alami semasa Isa menjadi Menteri Besar dahulu. Lagi rendah kredibiliti wakil rakyat di negeri itu, mereka itu jugalah yang sedang dipertahankan oleh Mohammad. Kerana apa? Kerana rasa rendah diri beliau dan takut kepada bayang-bayang sendiri. Sekarang ini tinggallah pemimpin-peimpin yang pucat-pucat, seperti orang yang bercacing 'kerawit', untuk memimpin negeri itu. Itu sebabnya orang Melayu di Negeri Sembilan lebih mengenali Taufek, ADUN tunggal PAS, di sana dan ramai orang-orang Melayu UMNO akan berpindah randah di dalam peti undi nanti. Lama juga saya berada dalam parti itu dahulu dan saya tahu apa yang sedang berlaku. Mungkin saya tidak tahu apa yang berlaku di kalangan pemimpin-pemimpinnya tetapi saya dapat merasakan yang ahli-ahli biasa dalam UMNO itu sudah lumpuh semangat nya dan tidak berdaya untuk mempertahankan arus perubahan di kalangan rakyat yang ramai. Siapa yang hendak menidakkan pandangan saya ini, mereka boleh berbuat sekendak hati mereka. Tetapi hakikatnya UMNO sudah lumpuh kerana pimpinan UMNO telah membunuh benih-benih kepimpinan sebegitu lama bukan sahaja di NS tetapi di seluruh negara. Sekarang UMNO hanya tinggal dari kalangan yang 'buta mata hati' tentang politik dan siasah. Tetapi oleh kerana semuanya dalam kategori yang sama mereka menganggap mereka yang menentang seperti saya ini sebagai pengkhianat kepada negara. Sesungguhnya pengkhianat itu akan menganggap semua yang lain itu pengkhianat seperti mereka juga. Apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Sampailah masanya UMNO itu duduk di petak pembangkang untuk mendapatkan masa bagi melakukan perubahan dalamannya. Kalau orang besar-besar macam Dr Mahathir boleh beralih-alih perjuangannya kenapa pula orang biasa seperti kita ini takut untuk melakukan seperti apa yang beliau telah lakukan itu? Dalam pilihanraya dulu beliau minta rakyat memilih calon, tetapi sekarang beliau meminta orang memilih parti pula. Dia ingat orang ramai ini siapa? Beliau mesti ingat pengundi-pengundi sekarang terdiri dari manusia yang berfikir, bukannnya haiwan belaan yang boleh dicucuk hidungnya. | PI Bala kembali untuk bantu Pakatan dalam PRU 13, kata peguam Posted: 22 Feb 2013 04:06 AM PST Oleh Clara Chooi KUALA LUMPUR — Keputusan P Balasubramaniam untuk kembali ke Malaysia hujung minggu ini untuk menetap secara terus adalah untuk membantu kempen Pakatan Rakyat (PR) bagi menawan Putrajaya pada Pilihan Raya 2013, kata peguamnya Americk Singh Sidhu hari ini. Peguam itu berkata Balasubramaniam atau "PI Bala" (gambar), yang terkenal berikutan pendedahannya tentang pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006, dan membuat keputusan untuk keluar dari persembunyian dan menyertai kempen pilihan raya PR. "Beliau mahu membantu kempen untuk pembangkang," kata Americk kepada The Malaysian Insider mengenai kepulangan semula Balasubramaniam. "Beliau mahu bersama-sama rakyat Malaysia untuk memastikan perubahan dalam kerajaan, yang lama ditunggu-tunggu," katanya lagi. Dalam temubual email eksklusif disiarkan Malaysiakini hari ini, Balasubramaniam mengesahkan beliau akan pulang Ahad ini dan berharap PR akan berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang. Tetapi Americk bimbang tentang keselamatan Balasubramaniam, dan berkata pihak imigresen tidak menyekat beliau untuk masuk ke negara ini. "Mereka mungkin akan menghantar beliau ke Australia, mungkin?" kata peguam tersebut dengan nada bergurau, merujuk kepada pengusiran senator Australia Nick Xenophon yang diusir pulang kerana dianggap sebagai "ancaman keselamatan" kepada Malaysia. "Tetapi saya fikir ia seharusnya tidak ada masalah. Beliau (Balasubramaniam) adalah warganegara Malaysia, mempunyai pasport Malaysia dan hanya mahu pulang ke negaranya. "Beliau bukan penjenayah atau bankrap, beliau cuma rakyat biasa yang mempunyai hak untuk berada di negara ini," katanya lagi. Apabila ditanya sama ada timbul kebimbangan keselamatan Balasubramaniam di tempat awam, Americk berkata tidak ada sebab untuk beliau bergerak secara bebas. "Saya tak fikir sesiapa akan menyerangnya. Dia tak menyakiti sesiapa," katanya lagi. Beliau mengesahkan Balasubramaniam akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 6 petang Ahad ini. Bekas penyiasat peribadi itu mula mendapat perhatian pada 2008 selepas dakwaan beliau terhadap beberapa personaliti tertinggi kerajaan persekutuan dalam akuan bersumpah (SD) terhadap pembunuhan Altantuya. Tetapi apabila beliau menarik semula SD keesokan harinya dan menandatanganinya dimana nama-nama yang disebut dibuang, dan beliau di dalam konflik menyebabkan beliau terpaksa keluar dari negara ini. Setahun kemudian, beliau muncul dan mendakwa SD kedua ditandatangani dalam keadaan dipaksa dan tanpa pengetahuan beliau tentang isi kandungnya. Nama Balasubramaniam sekali lagi disebut apabila Deepak Jaikishan, peniaga permaidani kontroversi mengakui tentang perubahan SD kedua. Deepak muncul di khalayak ramai mendedahkan peranan beliau, dan mengakui terlibat dalam mencari dua orang peguam untuk menulis SD kedua. Beliau menamakan peguam yang didakwa sebagai Tan Sri Cecil Abraham, semasa temubual bersama akhbar parti PAS, Harakah, menyebabkan Majlis Peguam menjalankan penyiasatan sama ada peguam tersebut terlibat dalam menulis SD kedua itu. Awal bulan ini, presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee mengesahkan Deepak enggan membantu siasatan, walaupun untuk mendedahkan nama peguam tersebut. "Adalah malang sekali walaupun kita meminta pertolongan, Deepak Jaikishan tidak mahu membantu dalam semua pertanyaan kita sehingga 16 Mac 2013 dan sehingga kini tiada seorang pun yang mahu membantu kami menyiasat dan memberi fakta relevan mengenai isu tersebut. "Apabila dihubungi di telefon, Lim berkata Deepak hanya berkata "hanya mahu berurusan dengan presiden Majlis Peguam baru" yang akan memegang jawatan tersebut pada 16 Mac. | Johor, Syed Mokhtar intai projek keretapi laju KL-Singapura Posted: 22 Feb 2013 04:02 AM PST By Ida Lim Menurut The Edge, YTL Corp Bhd dan Hartasuma Sdn Bhd juga antara senarai nama yang akan membida untuk mendapatkan projek tersebut yang dikatakan berjumlah RM20 bilion ke RM30 bilion. Hartasuma yang diasaskan oleh bekas ahli lembaga pengarah Lebuhraya Plus, Tan Sri Ravindran Menon dijangka akan bekerjasama dengan syarikat yang tersenarai di Bursa iaitu UEM Land Holdings Bhd jika berjaya dalam bidaan untuk mendapatkan projek itu, kata akhbar peniagaan itu lagi. Firma kejuruteraan tersebut menyatakan dalam laman rasminya ia mempunyai tumpuan khusus terhadap infrastruktur pengangkutan dan utiliti, selain beberapa bidang lain. Pengarah urusan YTL Corp Tan Sri Francis Yeoh pada 2006 telah mencadangkan rangkaian keretapi laju Malaysia-Singapura (HSR) kepada kerajaan, tetapi cadangan tersebut telah diketepikan ekoran projek tersebut melibatkan kos yang tinggi. Syarikat itu sebelum ini membina rangkaian keretapi laju sepanjang 57km yang menghubungkan KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan kini memiliki separuh daripada syarikat yang memegang konsesi 60 tahun keatasnya. Kerajaan negeri Johor juga bakal menubuhkan kerjasama jika berjaya membida projek HSR yang akan melalui selatan negeri, lapor The Edge yang memetik kata daripada eksekutif industri. Syed Mokhtar telahpun memiliki beberapa pelabuhan menerusi MMC Corp Bhd, termasuklah Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor serta dilaporkan sedang mengintai untuk mengambilalih syarikat keretapi negara KTM. MMC Corp ketika ini sedang dalam kerjasama dengan Gamuda Bhd dalam projek Mass Rapid Transit (MRT), projek keretapi terbesar di Lembah Klang yang dijangka siap pada 2017. Kedua-dua syarikat tersebut juga bekerjasama dalam pembinaan projek keretapi eleketrik berkembar sejauh 329km yang menghubungkan antara Perak dan Perlis yang dijangka siap pada tahun ini. Namun, ia masih samar-samar sama ada syarikat Syed Mokhtar akan membida projek ini, kata The Edge. Selasa lalu, rangkaian HSR telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong selepas mengadakan pertemuan empat mata dan perbincangan dua hala sempena sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura di Singapura dan dijangkan siap menjelang tahun 2020. Menurut Najib, projek tersebut akan dilaksanakan menerusi kerjasama swasta-awam "dengan penyertaan kerajaan yang kuat", akan menjimatkan tempoh perjalanan antara kedua-dua bandar kepada 90 minit. Sehari kemudiaan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata akan melonjakkan pembangunan di sepanjang laluan dan stesen. Berdasarkan kajian awal, beliau berkata, lima stesen kereta api baru akan dibina iaitu di Seremban (Negeri Sembilan); Ayer Keroh (Melaka); dan Muar, Batu Pahat serta Iskandar Johor (Johor) menuju ke arah ke Singapura. | BR1M Akan Naik RM1000 Dengan Syarat Subsidi Gula RM456 juta Dikurangkan. Setuju? Posted: 22 Feb 2013 03:28 AM PST
Berdasarkan semakan laporan berita Astro Awani sebentar tadi, Kerajaan Malaysia Kerajaan sedia menambah jumlah peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan syarat… Syaratnya ialah rakyat bersetuju supaya mengurangkan subsidi gula yang ditanggung kerajaan ketika ini. Berdasarkan rekod kenyataan yang dikemukakan Muhyiddin ketika ini kerajaan sedang menanggung RM456 juta setahun melibatkan subsidi gula sebanyak 34 sen bagi setiap kilogram. Setakat ini, sudah lima kali harga gula naik sejak tahun 2010 :
Setakat ini sudah kedengaran semula kempen-kempem kesihatan supaya penggunaan gula dikalangan rakyat Malaysia dikurangkan bagi mengelakkan penyakit. Jika anda diberikan pilihan antara BR1M dengan subsidi gula dikekalkan? Mana satu yang menjadi pilihan anda? Mengapa? | Kes liwat: Mahkamah dengar rayuan pada 22 Julai ini Posted: 22 Feb 2013 03:20 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER PUTRAJAYA— Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai ini bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Tarikh rayuan tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, N. Kanageswari semasa pengurusan kes tersebut di hadapan beliau hari ini. Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin hadir bagi pihak pendakwaan manakala Anwar diwakili oleh peguam Zaleha Al-Hayat. Noorin memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 26 April ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan kedua-dua pihak memuktamadkan nota prosiding. Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. Anwar, 65, yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. — Bernama | Boo Cheng Hau tidak akan dikenakan tindakan disiplin, kata Tan Kok Wai Posted: 22 Feb 2013 03:13 AM PST TERKINI Oleh Mohd Farhan Darwis KUALA LUMPUR — Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau yang menyuarakan secara terbuka krisis dengan Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, berhubung perebutan kerusi Parlimen Gelang Patah tidak akan dikenakan tindakan disiplin, kata Timbalan Pengerusi Biro Pilihan Raya DAP Tan Kok Wai. Tan (gambar) ketika menjelaskan perkara itu kepada pemberita hari ini berkata, tindakan yang diambil Dr Boo hanyalah menyuarakan perasaannya, tiada kena mengena dengan disiplin. "Tidak perlu ... Ia hanya luahan perasaan bukannya melibatkan disiplin," kata Tan kepada pemberita. Ahli Parlimen Cheras itu turut berkata, beliau yakin akan ada "kesudahan yang menggembirakan" antara dua tokoh politik Johor berkenaan memandangkan mereka berdua menyatakan kesediaan untuk berdamai. "Kedua-dua pihak telah menyatakan kesediaan untuk kembali berdamai," kata Tan. Dr Boo dan pengerusi PKR Johor sebelum ini bertelagah berikutan perebutan kerusi Parlimen Gelang Patah, dan pertelagahan itu turut tersebar secara terbuka apabila ketua DAP Johor itu mengeluarkan kenyataan kepada media. Pengerusi DAP Johor itu sebelum ini telah bersetuju untuk menyelesaikan kemelut perebutan kerusi di negeri berkenaan mengikut saluran dalaman, sambil mengganggap kontroversi yang melanda kedua-dua parti komponen utama PR itu telah tamat. Beliau turut memberi keyakinan kepimpinan PR mampu mencari kata sepakat dalam menyelesaikan kemelut melibatkan isu perebutan kerusi di Gelang Patah yang dibangkitkannya sebelum ini. "Saya setuju dengan nasihat dan arahan setiausaha agung (Lim Guan Eng) segala perbezaan mempunyai jalan penyelesaian secara dalaman," kata Dr Boo hari ini. "Saya mahu berterima kasih kepada Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Tan Kok Wai atas nasihat mereka, sokongan dan memahami kenyataan yang saya luahkan tentang hubungan PR di Johor." Pada 18 Februari lalu, Dr Boo secara terbuka menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan bagi menyelesaikan kemelut perebutan kerusi di negeri Johor serta menyatakan tidak yakin dengan kepimpinan PKR negeri yang dipimpin Dr Chua. Dr Boo dilihat tidak berpuas hati dengan ketua PKR Johor tersebut selepas secara terbuka menyatakan langkah DAP berhasrat mahu meletak ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong bertanding di Gelang Patah sebagai tidak matang. Tambah Dr Boo tujuan kritikan tersebut bukan untuk memburukkan gabungan parti dalam PR tetapi sebaliknya mengingati sesama sendiri dalam PR supaya tidak terlalu yakin untuk memenangi kerusi di Johor sehingga mengabaikan permuafakatan antara DAP, PAS dan PKR. Beliau turut berkata PR di Johor tidak berhadapan sebarang masalah dalam menyelesaikan masalah kerusi sehinggalah Dr Chua menyertai mereka pada 2009. Dr Boo turut mengkritik langkah bekas menteri kesihatan tersebut yang mengumumkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah walaupun pembahagian kerusi masih dalam perundingan serta menasihatkan Dr Chua supaya tidak membawa budaya politik MCA ke dalam PR. Ekoran kritikan secara terbuka itu, Karpal kemudiannya berkata DAP akan melancarkan satu siasatan bagi mengesahkan tuduhan tersebut dan mencari mereka yang bertanggungjawab ke atas serangan tersebut. Walaubagaimanapun, Lim kemudiaannya telah mengarahkan Dr Boo dan Dr Chua supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan kepada umum selepas berbincang dengan Anwar menerusi telefon dan menegaskan sebarang masalah berkaitan perebutan kerusi perlu berunding dengan pemimpin tertinggi kedua-dua parti sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Lim juga berkata perkara tersebut akan menguntungkan Barisan Nasional (BN) yang menjadikan isu tersebut sebagai kempen pilihan raya nanti. | Vell Paari: MIC mesti bertindak ke atas Ridhuan, Ibrahim atau hilang undi India Posted: 22 Feb 2013 03:11 AM PST Oleh Jahabar Sadiq KUALA LUMPUR — S Vell Paari memberitahu presiden MIC agar mengambil tindakan ke atas Datuk Dr Ridhuan Tee kerana menghina agama Hindu, atau pengarah strategi parti tersebut akan meminta golongan India mengundi menentang Barisan Nasional (BN). Dalam surat terbuka kepada presiden parti Datuk Seri G Palanivel, Vell Paari (gambar) berkata isu ini mesti dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk bertindak ke atas pendakwah Islam itu, dan juga presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali. "Jika tiada tindakan ke atas Ridhuan dan Ibrahim, saya akan membuat cadangan untuk menasihati masyarakat India siapa yang patut mereka undi. Saya akan gunakan platform MIC untuk mengeluarkan cadangan saya. "Satu cara bagi anda (Palanivel) untuk menghentikan saya ialah memecat saya, bola di dalam gelanggang anda," kata surat Vell Paari, yang dipetik dari portal berita freemalaysiatoday.com Vell Paari adalah anak kepada bekas presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, yang bersara selepas pilihan raya 2008 dan menyerahkan jawatan tersebut pada Palanivel. Pemuda MIC itu membuat laporan polis Rabu lalu mengenai kenyataan Tee dalam akhbar harian Sinar Harian, yang bertajuk 'Kesabaran Umat Islam Ada Had' yang diterbitkan pada Isnin. Ketua penerangan Pemuda MIC S. Subramaniam berkata artikel tersebut bersifat "menghasut" dan "tidak sensitif" kepada penganut Hindu apabila apabila bercakap tentang filem kontroversi, Vishwaroopam, tetapi penulis menimbulkan salah faham kepada penganut Hindu. Vell Paari berkata Tee, yang merupakan professor dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, juga memegang beberapa jawatan di peringkat kerajaan. "Beliau kini menjawat tiga jawatan termasuk di Jabatan Perdana Menteri dan menyerang MIC, ahli di dalam kerajaan yang menggaji beliau. Ini jelas bercanggah dan bertentangan dengan konsep 1Malaysia Perdana Menteri Najib Tun Razak. "Sebagai ahli MIC, dimana kita mewakili masyarakat India, saya tidak boleh berdiam diri dengan isu ini, yang makin kerap menjadi bahan bualan. Masyarakat juga perlu tahu apa pandangan kita," katanya lagi. Vell Paari juga mengkritik kerana tidak ada tindakan ke atas Ibrahim, yang mahu kitab Injil yang mengandungi perkataan "Allah" dibakar. "Dengan kontroversi berkenaan isu kalimah Allah, kenapa sehingga satu tahap perlu nak membakar kitab tersebut? Kenapa perlu jadi satu hala sahaja apabila timbul isu sensitiviti?" katanya lagi. Vell Paari memberitahu Palanivel bahawa parti tidak boleh berdiam diri tentang isu ini, termasuk presiden MIC sebagai Menteri Kabinet yang mempunyai akses secara langsung dengan Perdana Menteri dan boleh meminta tindakan diambil secepat mungkin. "Kalau kita terus mendiamkan diri kerana kita takut dengan sesetengah kuasa, begitu baik kita tutup kedai, dan jadikan ibu pejabat MIC sebagai restoran daun pisang," katanya lagi. | MCA Pandan: Tee Keat belum tersingkir, calon belum diputuskan Posted: 22 Feb 2013 03:09 AM PST Oleh Md Izwan KUALA LUMPUR, — Krisis dalaman MCA ekoran perebutan calon di kerusi parlimen Pandan berlarutan apabila MCA bahagian menegaskan tiada sebarang keputusan dibuat untuk menyingkir penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat (gambar), serta pada masa sama mendedahkan mereka masih belum memutuskan tentang nama calon yang akan bertanding dikawasan tersebut pada Pilihan Raya 2013.Pemimpin exco MCA bahagian tersebut juga menyangkal dakwaan mengatakan telah menghantar pencalonan calon muka baru Gary Lim bagi menggantikan Ong yang memenangi kawasan tersebut pada Pilihan Raya 2008 lalu. "Sidang media ini bertujuan menjelaskan MCA bahagian Pandan tak pernah menghantar nama calon kepada kepimpinan tertinggi. "Juga tiada sebarang mesyuarat yang memutuskan tentang calon yang akan bertanding nanti," kata Pemuda MCA Chong Sin Woo dalam satu sidang media hari ini.' Pada hari ini juga, seramai 14 ahli jawatankuasa MCA bahagian Pandan tidak termasuk pengerusinya Datuk Eric Ong Chen Huing dan dua naib pengerusi Wong Choy dan Foo Ah Soon telah mengadakan satu mesyuarat tergempar bagi membincangkan tentang isu yang didedahkan oleh media baru-baru ini mengenai kawasan tersebut. Mesyuarat tergempar hari ini telah dihadiri exco bahagian antaranya Timbalan Pengerusi MCA bahagian Tan Chuang Yong, Naib Pengerusi Tong Giaw, Ketua Wanita Leong Siew Kam, Setiausaha Chan Chee Peng, Naib Setiausaha Datuk Terrence Chua Cheng Huat, Bendahari Datuk Leow Kum Wah, Naib Bendahari Chang Kam Ming, Setiausaha Penganjur Chung Mun Hing, Naib Setiausaha Penganjur Lee Fook Seng serta ahli jawatankuasa lain yang terdiri daripada Chong Chee Yeon, Lee Kim Loong, Lee Cheing Fong dan Wong Chee Kheong. | Jemputan ke wacana II: 'Benarkah Melayu akan hilang kuasa tanpa UMNO?' di Johor Posted: 22 Feb 2013 03:04 AM PST Roketkini.com KUALA LUMPUR: Atas permintaan ramai, portal berita dan maklumat Bahasa Malaysia Parti Tindakan Demokratik (DAP), Roketkini.com sekali lagi akan menganjurkan wacana ilmiah bertajuk 'Benarkah Melayu akan hilang kuasa tanpa UMNO?' yang akan diadakan di Batu Pahat, Johor. Wacana yang akan diadakan di Hotel Crystal Inn, Batu Pahat, pada Jumaat, 22 Februari ini mulai jam 8 malam itu dijangkakan hangat dengan pelbagai isu dan kemusykilan yang bakal terjawab. Ketua Pengarang Roketkini.com, Wan Hamidi Hamid berkata, wacana kali kedua diadakan di negeri itu membuktikan Johor bukan lagi negeri 'taboo' bagi Pakatan Rakyat (PR). "Kita bangga kerana masyarakat Johor semakin terbuka untuk mendengar penjelasan dan pendapat selain daripada media arus perdana. "Bagi saya ia satu perkembangan yang positif dan secara langsung menunjukkan rakyat Johor mahukan perubahan," katanya dalam satu kenyataan. Wacana kali kedua ini membariskan beberapa panelis iaitu Ketua Pemuda DAP Johor, Tan Hong Pin, Ketua Biro Pakatan Rakyat Pemuda DAP Kebangsaan, Mazir Ibrahim dan bekas pimpinan UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohd Arif Sabri Aziz (Sakmongkol AK47). Selain wacana ilmiah, hadirin boleh mengambil kesempatan untuk mendapatkan pelbagai jenis buku dan bacaan politik yang akan dijual. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program ilmiah itu dan masuk adalah percuma. – Roketkini.com | "Projek Universiti Nanyang", lagi fitnah UMNO burukkan Pulau Pinang Posted: 22 Feb 2013 03:00 AM PST Roketkini.com GEORGE TOWN, : UMNO memang terkenal dengan pakar pemfitnah, kali ini menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan projek pembinaan Universiti Nanyang dari China di Kampung Genting, Balik Pulau.Mengikut laporan akhbar Berita Harian semalam bertajuk "Melayu akan lenyap jika terus leka", Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mendakwa kononnya orang Melayu di Pulau Pinang akan diusir dan terpinggir. Dalam laporan itu, Mohamad Hasan juga berkata, "…sekarang tanah diambil untuk membina universiti bukan dari negara ini. Lama-kelamaan orang Melayu di Pulau Pinang akan mencari kawasan penempatan lain di luar Pulau Pinang dan akhirnya tiada lagi Melayu di Pulau Pinang." Menurut Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, satu laporan polis sudah dibuat terhadap kenyataan fitnah Mohamad Hasan itu. "Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah meluluskan apa-apa projek pembangunan yang berkaitan dengan Universiti Nanyang. Dakwaan Datuk Seri Mohamad Hasan yang disiarkan dalam Berita Harian itu adalah fitnah jahat yang tidak berasas sama sekali. "Adalah jelas kenyataan itu semata-mata bertujuan menghasut sentimen perkauman serta menimbulkan rasa takut dan kemarahan di kalangan masyarakat Melayu terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat (PR)," ujar beliau. Menjelaskan realiti yang berlaku, Zairil berkata, amanah orang Melayu di Pulau Pinang telah diselewengkan oleh pemimpin UMNO sendiri. "Ia dapat dilihat dalam kes tanah di Kampung Terang, Balik Pulau. Dua pemimpin kanan UMNO negeri iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar telah membeli 10 ekar tanah yang dimiliki 31 pemilik Melayu. "Tidak sampai empat bulan kemudian, tanah yang dibeli dengan jumlah harga RM8.6 juta itu telah dijual kepada sebuah pemaju swasta pada harga RM13.5 juta. Dengan kata lain, kedua-dua pimpinan kanan UMNO itu berjaya mengaut keuntungan "atas angin" berjumlah hampir RM5 juta ke atas pemilik Melayu terbabit. Jadi, siapakah sebenarnya yang menggadai tanah Melayu demi keuntungan peribadi?" katanya dalam satu kenyataan. Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu juga berkata, kerajaan Pulau Pinang sebaliknya sentiasa peka terhadap keperluan rakyat, khususnya dalam menangani masalah harga rumah yang tinggi. "Sebab itu, kerajaan negeri bertekad untuk membangunkan 19,000 unit rumah mampu milik dalam masa terdekat dan baru-baru ini kerajaan negeri telah membuka pendaftaran bagi 1,320 unit rumah mampu milik di Jalan SP Chelliah, George Town dan 520 unit di Bandar Cassia, Batu Kawan," ujarnya. Justeru itu, Zairil menegaskan sebarang dakwaan yang menuduh kerajaan PR Pulau Pinang sebagai meminggirkan mana-mana masyarakat adalah tidak benar sama sekali. – Roketkini.com | AES: Selangor akan buat rayuan keputusan mahkamah, kata MB Posted: 21 Feb 2013 09:10 PM PST Beliau berkata, langkah itu diambil susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dipasang di dua Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di Dengkil. Katanya, pihaknya telah mengarahkan Penasihat Undang-Undang Selangor dan Jabatan Undang-Undang Majlis Perbandaran Selayang (MP Sepang) membuat semakan nota kehakiman dan memfailkan rayuan berhubung perkara itu. "Pembangunan itu akan digantung sehingga proses rayuan selesai. Kerajaan negeri kesal dengan keputusan mahkamah hari ini (semalam) bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa terhadap struktur yang dibina di atas jalan persekutuan. "Ini kerana kerajaan negeri merasakan, jika kita tiada hak untuk mengawal struktur (jalan raya) di semua tanah di negeri ini, kita tidak akan mampu menguruskannya dengan baik," katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi; Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Mahad dan Pengurus Besar Kumpulan PKPS, Ali Ahmad. Semalam, Hakim Datuk Zaleha Yusuf memutuskan MP Sepang tidak mempunyai kuasa ke atas Plus dan SKVE kerana kedua-duanya berada di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan. Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, "Kerajaan negeri juga mengarahkan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) untuk menyediakan senarai cadangan pembangunan melibatkan lebuh raya atau prasarana Transit Aliran Ringan (LRT) untuk disemak semula oleh Majlis Kerajaan Negeri bagi memastikan kepentingan rakyat Selangor terjamin. "Kita juga akan memanggil semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyemak semua aktiviti (projek) berkaitan dengan penswastaan jalan antara kerajaan negeri dan persekutuan," katanya. Pada 19 Disember 2012, mahkamah tinggi membenarkan pengendali kamera AES, Beta Tegap Sdn Bhd mencabar keputusan MPSepang yang difailkan 12 Disember. Sebelum itu, MPSepang menghantar surat bertarikh 19 November tahun lalu meminta supaya syarikat itu perlu memohon kebenaran merancang untuk memasang tiang dan kamera AES di Kilometer 301.7 Lebuh Raya Plus dan KM6.6 Lebuh Raya SKVE. | Pemandu, penumpang bas ekspres maut kemalangan Posted: 21 Feb 2013 09:07 PM PST Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, bas berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang lori. Insiden berkenaan menyebabkan bahagian hadapan bas remuk teruk. Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah termasuk di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. | Isu Lahad Datu: Bukan kami dalangnya, tegas PR Posted: 21 Feb 2013 09:06 PM PST SUBANG JAYA - Pakatan Rakyat (PR) menyangkal dakwaan laporan Reuters yang mendakwa pencerobohan 150 orang di Lahad Datu adalah atas jemputan pihak pembangkang Malaysia. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan itu datang daripada Umno dan bukannya Reuters. "Itu kenyataan Umno bukan Reuters, siapa yang beritahu? Itu Umno punya," katanya selepas majlis perasmian Institut Rakyat di sini, semalam. Ketika diminta mengulas lanjut berhubung perkara itu, beliau enggan memberikan apa-apa komen lagi. Memetik laporan Reuters bertarikh 14 Februari lalu, laporan itu mendakwa kumpulan diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram datang ke Sabah atas jemputan pihak pembangkang bagi bincangkan isu tanah. Terdahulu, ketika berucap di majlis pelancaran Institut Rakyat dekat sini semalam, Anwar berkata, Institut Rakyat ialah badan pemikir yang mampu memberikan pandangan dalam dasar-dasar ke arah Malaysia baru. Katanya, Institut Rakyat dibarisi oleh pakar ekonomi dan ahli akademik yang mampu memberi pandangan yang lebih jelas dan bebas. "Institut ini mampu melahirkan sebuah perubahan di dalam politik Malaysia daripada ketakutan, ugutan dan personaliti ke arah persaingan dasar dan perdebatan. "Institut Rakyat mempunyai visi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dengan pembangunan ekonomi mampan," katanya. Institut Rakyat dipengerusikan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Dr Syed Husin Ali. Empat lagi lembaga pengarahnya ialah Dr Mehrun Siraj, Dr Tan Book Kean dan Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah. Misi Institut Rakyat adalah menjana wacana bersama dengan orang awam, masyarakat sivil, dan pembuat dasar, ahli korporat, dan sektor awam melalui bengkel perbincangan, forum, persidangan dan penerbitan kertas kerja. Institut Rakyat ditubuhkan atas dorongan keperluan dasar-dasar yang berpandukan kefahaman mendalam mengenai pembangunan manusia, keadilan sosial, kebebasan dan peluang yang sama untuk semua rakyat Malaysia. Antara bidang tumpuan adalah berkaitan; ekonomi dan kewangan; undang-undang, pengurusan pentadbiran dan keadilan sosial; pembangunan manusia dan kemapanan; dasar antarabangsa dan keselamatan; dan media seni dan kebudayaan. | Najib yakin calon BN diterima rakyat Posted: 21 Feb 2013 09:03 PM PST SINAR HARIAN KUCHING - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin rakyat akan menerima sesiapa sahaja yang menjadi calon Barisan nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti kerana rakyat percaya kepada dasar transformasi kerajaan yang baik. "Saya melihat sambutan rakyat sangat menggalakkan kerana mereka sudah yakin bahawa dasar transformasi yang dibawa oleh BN boleh menguntungkan rakyat dan menjamin masa depan yang jauh lebih baik," kata perdana menteri yang juga pengerusi BN, pada sidang media selepas perjumpaan dengan pemimpin BN negeri dan Majlis Tertinggi komponen BN Sarawak di sini hari ini. Najib, yang mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Sarawak, berkata BN harus mengambil kira penerimaan calon dalam kalangan rakyat atas faktor itu. "Saya sudah sedikit sebanyak memutuskan tentang senarai calon. Tunggu dan lihat bila tiba waktunya nanti," katanya. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan terburu-buru dalam menentukan sama ada 'calon terus' BN akan dinamakan untuk bertanding di mana-mana 31 kawasan parlimen Sarawak. Dengan sokongan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga pengerusi BN Sarawak, Najib percaya BN boleh membawa perubahan yang lebih besar kepada Sarawak dan memastikan rakyat mendapat dan menikmati perubahan itu. Mengenai persiapan BN negeri menghadapi PRU-13, perdana menteri berkata pada keseluruhannya BN Sarawak telah melakukan usaha yang membawa kepada tahap persiapan yang baik bagi jenteranya. Beliau berkata pemimpin BN juga bersemangat tinggi untuk melakukan yang terbaik dengan membawa kemenangan yang besar kepada BN pada kali ini. "Penerimaan calon pun kita kena ambil kira supaya rakyat senang hati dengan calon yang diletak oleh BN," katanya. Daripada 31 kerusi parlimen di Sarawak, Parti Pesaka Bersatu Bumiputera (PBB) bercadang bertanding 14 kerusi, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) lima kerusi manakala Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing enam dan empat kerusi. Sementara itu, setiausaha BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi berkata pada perjumpaan tertutup itu, perdana menteri menasihatkan semua, tentang persiapan menghadapi PRU-13, tetapi tidak membincangkan senarai akhir calon BN Sarawak. Dalam amanatnya, pengerusi BN meminta semua ketua parti komponen BN negeri yang hadir supaya bersedia, dan paling penting harus bersatu menghadapi pilihan raya dengan semangat satu BN, katanya kepada pemberita. Dr Rundi berkata semua parti komponen BN Sarawak juga diminta mengumpul maklumat setepat mungkin dan menunaikan apa-apa janji yang telah diberikan pada masa lampau kerana ia sangat penting kepada rakyat. Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom berkata parti itu bersedia bertolak ansur mengenai pengagihan kerusi atas semangat BN. "Perdana menteri telah berkata BN Sarawak menunjukkan semangat kerjasama yang kukuh dan semua pihak cuba mengenepikan apa jua perselisihan faham atau pertelingkahan yang berlaku," katanya. Presiden PRS Tan Sri Dr James Masing berkata isu bekas Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menyertai semula BN tidak timbul kerana telah dibatalkan pendaftarannya.- Bernama | Presiden PAS lancar trak 'Negara Berkebajikan' Posted: 21 Feb 2013 08:59 PM PST MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- PAS hari ini melancarkan trak 'Negara Berkebajikan' yang bakal menjelajah seluruh negara bagi menyampaikan mesej PAS untuk semua. Ia dilancarkan oleh Presieden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis ringkas di perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini. Sebaik dilancarkan, trak ini bergerak untuk menjelajah utara semenanjung dengan sasaran malam ini akan berhenti di Pendang, Kedah. Di sana, Haji Mohamad Sabu akan mula menggunakannya dalam satu majlis ceramah. Trak berharga lebih RM100,000 ini mempunyai pentas pasang siap bersama sistem audio untuk keperluan sebarang program ceramah PAS. Pada badannya tertulis "Negara Berkebajikan' dengan gambar tiga pemimpin utama Pakatan, Ustaz Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam suasana penuh ceria. Pada pentasnya pula tertulis Undilah PAS, PAS for All, Negara Berkebajikan. Pelancaran ringkas hari ini hanya dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul hadi yang memohon kepada Allah agar proses perjalanan jelajah ini selamat. Ia diikuti dengan pembukaan pentas pada badan treler ini yang menunjukkan rekabentuk latar belakang pentas bergerak ini. Ustaz Hadi ketika sidang media menjelaskan, trak ini akan bergerak ke seluruh negara untuk menyampaikan mesej PAS kepada rakyat umum. "Ini satu pendekatan baru agar kempen kita lebih lancar bergerak," kata Presiden PAS itu. Mohamad Sabu pula dalam sidang media yang sama selepas pelancaran itu berkata, kos trak ini lebih RM100,000. Namun kesemuanya disumbangkan oleh ahli PAS dan dermawan. "Kawan-kawan kita beli dan dermakan kepada kita," katanya kerana duit PAS berada dalam poket ahli-ahlinya. Program pertama yang akan menggunakan trak ini adalah dalam ceramah Pakatan Rakyat di Pendang 23 Mac ini. Di samping itu, trak ini akan berhenti dari bandar ke bandar untuk menyampaikan mesej PAS. | Kempen sifar pembangkang: Adnan ikut jejak Khir Toyo Posted: 21 Feb 2013 08:57 PM PST MALAYSIA CHRONICLE KUANTAN- Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang pernah berjanji akan potong telinga dan terjun Sungai Pahang sekiranya parlimen Bentong jatuh ke tangan DAP melaungkan kempen sifar pembangkang di negeri kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini. Adnan dilihat mengikut jejak bekas Menteri Besar Selangor Mohd Khir Koyo sebelum pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 yang lalu menggunakan kempen yang sama 'sifar pembangkang'. Dipetik Bernama, Adnan berkata beliau yakin Barisan Nasional (BN) dapat menguasai semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Pahang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Tatkala rakyatnya di Bera, Temerloh dan Jengka masih merintih ketiadaan bekalan air yang konsisten dan jalan yang sempit menghubungkan antara negeri, Adnan mendakwa rakyat Pahang mahukan kemenangan mutlak BN di 14 kerusi Parlimen dan 42 kawasan Dun di Pahang. Pada masa ini BN mempunyai 12 kerusi Parlimen dan 38 Dun. Apakah sifar pembangkang ini akan dapat dijayakan Adnan di Pahang, termasuk Bentong, insurannya supaya telinga beliau tidak perlu digadaikan? Rakyat Pahang bakal menentukan. Ini kerana, rakyat Selangor telah menentukan nasib Khir Toyo selepas MB Selangor itu membuat kempen sifar pembangkang di Selangor menjelang pilihan raya umum 2008 lalu. Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru rakyat Pahang yang berada di perantauan, terutamanya anak peneroka untuk pulang mengundi dan menjadi agen penyelamat kepada Felda dan harta Melayu. "Anak peneroka harus menjadi agen perubahan dan penyelamat Felda dan harta orang Melayu. Mereka kena balik mengundi dan pastikan maklumat mengenai penyelewengan di Felda yang ditutup di media massa sampai ke tangan ahli-ahli keluarga mereka," kata beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat. | Bekas Menteri & Timbalan Menteri dari Sabah sertai KEADILAN Posted: 21 Feb 2013 05:21 PM PST SABAH : Dua lagi personaliti BN Sabah – bekas Menteri muda, Yapin Gimpoton dan bekas Timbalan Menteri Pusat, Datuk Ahmad Shah Tambakau menyertai KEADILAN. Kedua-duanya – bekas ahli Berjaya, secara rasmi menyertai KEADILAN sewaktu lawatan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina 10 Februari. Dalam satu kenyataan akhbar semalam, Setiausaha KEADILAN Negeri, Roland Chia berkata, perkembangan terbaru itu merupakan rangsangan untuk Pakatan Rakyat Sabah. "Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang menerima agenda perubahan yang lebih baik untuk Sabah dan Malaysia melalui platform Pakatan," katanya dipetik Malaysiakini. Menurut Chia, Gimpoton pernah menyokong calon KEADILAN yang bertanding di Kadamaian – kerusi yang pernah diwakilinya pada tahun 2008. Bagi Ahmadshah pula, Chia berkata, beliau kembali aktif dalam politik dengan memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen Keningau. |
Posted: 22 Feb 2013 03:15 PM PST Aku teringat cerita Sanusi Junid, Menteri Pertanian ketika Mahathir jadi PM. Maka banyaklah idea gila-gila dia sampai syorkan rakyat tanam padi atas bumbung bangunan! Satu jagi idea gilanya ialah, dia syorkan supaya lembu-lembu dipakaikan cermin mata hijau supaya lembu-lembu itu berasa lebih nikmatnya apabila memamah jerami kering yang di beri! ha! ha! Inilah otak Umno ~ asyik nak menipu saja kerjanya. Lembu yg bodoh pun nak ditipunya juga, bukan nak diajar jadi cerdik. Maka begitulah juga dengan orang-orang Melayu yang selama ini diperlembukan oleh Umno/BN.Tidakaklah dinamakan Umno kalau tak menipu kerjanya! Terkini, pencacai Umno/BN menjaja satu malaya, kononnya Tuan Guru Nik Aziz hina rakyat kerana mengumpamakan mereka bagai ayam dan lembu.Menyamakan mereka dengan haiwan adalah keterlaluan, kata Utusan Meloya. Perumpamaan banyak digunakan dalam kehidupan masyarakat Melayu untuk memberi teguran, nasihat dan merupakan satu kaedah sindiran secara halus. Memang wajar sekali bila Tuan Guru Nik Aziz menggunakan kata perumpamaan haiwan ternak , tetapi oleh kerana otak Umno, maka hanya menipu sajalah tahunya.
Tuan Guru kata, "Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Lalu hebohlah pencacai Umno/BN kata kononnya Tuan Guru telah menghina rakyat miskin yang menerima BR1M kerana mengumpamakan mereka macam binatang!
Biarlah kalau boleh, rakyat mendapat yang lebih baik lagi bukan sekadar sisa-sisa hampas kelapa setelah santannya orang lain dah pulun habis. Bukan sekadar padi sahaja, sedangkan orang lain mendapat beras yang boleh dimasak menjadi hidangan yang lebih enak! Tuan Guru juga mengingatkan rakyat supaya jgn suka sangat macam lembu yang berada dalam kandang Umno/BN yang hanya diberikan jerami ~ rumput kering! Bahawa nun disana, diluar kandang itu ada padang ragut dengan rumput yang menghijau subur , tentunya itu lebih enak untuk dimamah. Dan yang paling penting sekali Tuan Guru cuba mengingatkan rakyat supaya beringat dan waspada bahawa muslihat orang yang memberi itu hanyalah bertujuan mahu menyembelih mereka kerana 'Raya' dah dekat sangat! Walau apa pun nasihat Tuan Guru dulu tu masih lagi relevan dan masih lagi boleh diguna pakai iaitu, "Beri gula kita kacau, beri kain kita pakai, beri duit kita ambil, undi tetap PAS!" |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan