Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- JK Royalti: Tok Guru sudah menghadap Sultan
- Timbermine: Tok Guru mohon rakyat solat syukur
- Kenapa dolak-dalih dalam royalti - Ku Li
- Royalti: Tak perlu JK Khas, ikut formula Terengganu
JK Royalti: Tok Guru sudah menghadap Sultan Posted: 08 Aug 2012 04:28 PM PDT KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau telah menghadap Sultan Kelantan untuk membincangkan wakil negeri itu yang akan dicadang menganggotai jawatankuasa khas bayaran tunai royalti. Bagaimanapun beliau memaklumkan, belum mengemukakan cadangan siapakah individu yang bakal menduduki jawatankuasa itu nanti kerana ianya belum dibincangkan diperingkat kerajaan negeri. "Kita tak bincang lagi, mesyuarat exco hari ni pun tak bincang," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Projek Pembangunan Tanah Anak Muda Kelantan, di Dewan Teratai petang tadi. Penubuhan jawatankuasa khas itu sebelum ini diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mengkaji isu bayaran tunai petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur. Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan. Mengulas cadangan beberapa pihak agar Tengku Razaliegh Hamzah dipilih menyertai jawatankuasa itu, Tuan Guru berkata ia boleh dicadang, tetapi tidak semestinya dipilih. Sementara itu, ketika diminta mengulas cadangan agar Kelantan memboikot jawatankuasa itu pula, Tuan guru berkata pihaknya tidak bercadang untuk berbuat demikian namun berharap agar banyarannya dipercepatkan dan bukan menunggu tempoh enam bulan. "Tak ada sebab nak dilambatkan, sebab ia hak Kelantan," katanya. Berhubung masaalah air yang terputus di Pasir Mas, menteri besar berkata ianya berpunca daripada musim kemarau dan bukannya masaalah pengurusan syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB). Katanya, hujan yang jarang berlaku sekarang membuatkan air sungai menjadi kering. "Peralatan canggih macamana sekalipun tidak mampu mengatasi masalah kekurngan air akibat kemarau. "Masalah air bukan saja berlaku di Kelantan. Tetapi negeri lain juga sebagaimana yang dilaporkn dalam akhbar baru-baru ini," katanya. |
Timbermine: Tok Guru mohon rakyat solat syukur Posted: 08 Aug 2012 04:28 PM PDT KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memohon pemimpin dan rakyat negeri ini menunaikan solat sunat syukur berikutan keputusan mahkamah dalam kes saman Timbermine terhadap Kelantan kelmarin. Perkara itu disampaikan Tuan Guru melalui Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan kepada Harakahdaily hari ini. "Saya mewakili kerajaan negeri dan PAS Kelantan mengucapkan terma kasih kepada jawatankuasa bertindak kes ini dan juga team peguam yang bertungkus-lumus mempertahankan kerajaan negeri,"ujarnya. Isnin lalu Mahkamah Rayuan Malaysia telah mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang mengarahkan Kelantan membayar RM560 juta (RM1.2 bilion termasuk faedah) kepada Syarikat Timbermine Sdn Bhd. Pada awal tahun lepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu memerintahkan kerajaan negeri membayar membayar RM800 juta kepada Timbermine sebagai ganti rugi termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar. Selain itu ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000. Syarikat mengemukakan saman ekoran perjanjian yang dibuat pada 1964 dibatalkan pada Mac 1975 oleh Menteri Besar ketika itu, Datuk Mohamed Nasir. Ekoran itu kerajaan Kelantan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. |
Kenapa dolak-dalih dalam royalti - Ku Li Posted: 08 Aug 2012 04:27 PM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Petronas yang menandatangani perjanjian dengan Menteri Besar Kelantan mengenai royalti Petroleum, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) menempelak sikap pihak yang suka berdolak dalih dalam itu royalti minyak untuk Kelantan. Dalam posting terbaru melalui Facebook beliau, anggota Parlimen Gua Musang itu mempersoalkan "Mengapa kita masih suka berdolak-dalik dalam perkara yang begitu jelas seperti yang termaktub dalam akta dan perjanjian yang telah ditandatangani dan dipersetujui?" Beliau menghubungkan komen beliau itu dengan muka depan Akta 144 - Akta Kemajuan Petroleum 1974 (gambar kanan) yang menyatakan dengan jelas kedudukan royalti minyak untuk Kelantan dan lain-lain negeri. Tengku Razaleigh dipercayai mempertikaikan penubuhan Jawatankuasa untuk mengkaji pemberian bayaran tunai/royalti Petroleum yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. Najib telah menghantar surat kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan meminta beliau menghantar nama wakil kerajaan negeri untuk menyertai jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tun Hamid Mohamad itu. Sebelum ini, Tengku Razaleigh dalam kenyataannya meminta kerajaan Pusat agar menyelesaikan isu pembayaran royalti ini menjelang pilihan raya umum akan datang. Ini kerana, kata beliau, isu ini akan menyusahkan BN jika ia tidak diselesaikan sebelum itu. |
Royalti: Tak perlu JK Khas, ikut formula Terengganu Posted: 08 Aug 2012 04:27 PM PDT KOTA BHARU: Pengerusinya Nazri Deraman (gambar kiri) berkata, penubuhan jawatankuasa itu sebenarnya lebih kepada gimik politik BN semata-mata memandangkan bayaran royalti itu boleh dibuat mengikut formula yang digunapakai terhadap Terengganu. "Ianya (penyelesaian tanpa adanya jawatankuasa bayaran tunai) telah terbukti berjaya (di Terangganu), malah Terengganu dan Kelantan adalah kedua-duanya di Semenanjung Malaysia. "Pihak kami percaya sekiranya formula yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan digunapakai di Kelantan, pada masa akan datang tidak akan timbul lagi masalah berbangkit memandangkan kedua-duanya merupakan negeri penyumbang kepada Pengeluaran Minyak dan Gas di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Cadangan itu katanya juga antara yang terkandung dalam memorandum yang akan diserahkan kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini. Selain menuntut kerajaan negeri menolak penubuhan jawatankuasa itu, mereka juga mahu kerajaan negeri mendesak kerajaan pusat membuat bayaran segera iaitu sebelum 1 Syawal, tanpa perlu kepada penubuhan jawatankuasa itu. Ianya selaras dengan perjanjian yang dibuat antara Kerajaan Negeri Kelantan dan juga PETRONAS pada 9hb. Mei, 1975 di mana antara lain menyebut: PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada KERAJAAN secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroliam yang didapati dan diperolehi di Kelantan dan dijual oleh PETRONAS atau ejen-ejen atau kontrektor-kontrektornya dalam tempoh yang diperuntukkan dalam fasal 2. "Bayaran Tunai yang bolehlah dipanggil "Bayaran Pendahuluan" perlulah dimasukkan ke akaun Kerajaan Negeri Kelantan dan bukannya melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jabatan Permbangunan Persekutuan (JPP) atau mana-mana agensi Kerajaan Persekutuan dan mana-mana agensi yang tidak diiktiraf oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Kelantan – Petronas 1975," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |