Khamis, 9 Ogos 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 08 Aug 2012 11:18 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Artis ini difitnah teguk arak dibeli di 7 Eleven !

Posted: 08 Aug 2012 10:34 AM PDT



Artis  Roslan Shah kembali menghangatkan industri dengan kontroversi terbaru yang mengatakan dia telah meneguk bir atau arak di khalayak ramai seperti yang dilaporkan sebuah blog.

 Menjawab mengenai isu tersebut kepada murai.com.my, Roslan Shah berkata dia sendiri terkejut apabila mendapat tahu mengenai khabar itu menerusi seorang peminat yang memberitahunya melalui Facebook kira-kira 2 minggu lalu. Malah, Roslan Shah juga menegaskan tuduhan itu langsung tidak berasas dan menganggap ianya sebagai fitnah semata-mata.

 "Terus-terang saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu wujudnya artikel itu di dalam blog yang tidak dikenali siapa pemiliknya itu pada 2 minggu lalu. Malangnya, saya baru menyedarinya, padahal artikel itu sudah dikeluarkan pada tahun lalu iaitu 11 Mac 2011.

 "Apa-apa pun saya berasa amat terkilan dan kecewa dengan tuduhan itu kerana terang-terangan dia menuduh saya yang membeli minuman tersebut dan meminumnya di restoran mamak. Malah, tindakannya yang menerbitkan artikel tersebut adalah tidak beretika sama sekali.

 "Mana tidaknya, saya sentuh minuman itu pun tak pernah, lagikan hendak meneguknya di khalayak ramai. Lagipun siapa dia (penulis blog berkenaan) ? Jika orang yang mengenali saya pun mereka akan tahu bagaimana tingkah laku saya.

 "Ibu dan keluarga saya juga tahu saya tidak akan berkelakuan sebegitu. Tapi jika mereka tahu tentang perkara ini pasti mereka akan malu dan sedih kerana mereka tahu saya tidak akan lakukan semua itu," jelasnya ketika ditemui selepas majlis Buka Puasa anjuran Kementerian Perdangangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), bertempat di hotel Seri Pacific, kelmarin. 

Dalam blog tersebut, menuduh Roslan Shah dilihat keluar dari kedai serbaneka, 7-Eleven dan menuju ke kedai mamak yang terletak di Setapak dengan membawa sebuah beg plastik dipercayai berisi beberapa botol bir. Tidak lama kemudian beberapa remaja lelaki dalam belasan tahun dan awal 20-an yang didakwa sebagai mat rempit menyertainya.

 Menurut Roslan, dia sudah memaafkan penulis blog itu, cuma berharap pemilik blog tersebut segera memadamkan entri tersebut daripada terus dipaparkan atau disiarkannya di dalam laman blog berkenaan.

 Jika tidak, Roslan memberitahu, dia tidak teragak-agak untuk menyaman blog berkenaan di atas tindakan yang tidak bertanggungjawab itu. "

 Bersempena bulan ramadan yang mulia ini, saya belum bercadang mengambil sebarang tindakan terhadap penulis blog ini kerana menghormati bulan yang baik ini. Cuma saya memberi amaran agar penulis blog ini bertanggungjawab atas tindakannya dengan memadamkan artikel dan entri blog tersebut .

 " Seandainya saya dapati artikel yang sama masih disiarkan selepas ramadan nanti, maka saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik blog berkenaan ," tegasnya lagi. Sementara itu, Roslan juga menyangkal dakwaan kononnya tindakan beliau itu hanyalah untuk meraih publisiti murahan.

Menurut Roslan, maruah serta harga diri beliau sebagai seorang selebriti menjadi taruhan. " Saya kesal kerana hal ini melibatkan reputasi saya selaku seorang anak seni dan sekaligus mencemarkan nama baik saya. Tambahan pula, ibu saya berada dalam keadaan kurang sihat, jadi saya tak mahu perkara sebegini mempengaruhi keadaan kesihatan beliau ," tambah Roslan lagi.

sumber : Murai.com

Tema Merdeka : Khairy belasah Pakatan sebagai raksasa 3 kepala !

Posted: 08 Aug 2012 05:42 AM PDT




Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menyifatkan keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengguna pakai tiga tema Hari Kebangsaan ibarat raksasa yang mempunyai tiga kepala. Beliau berkata, dahulu dalam tamadun Greece, terdapat cerita mengenaisatu raksasa gergasi yang mempunyai satu badan dengan tiga kepala.

 "Pembangkang macam gergasi inilah, ada tiga kepala. 

Dia tidak tahu kepala mana yang nak 'control' (kawal)". "Perkara yang mudah tentang tema kemerdekaan pun mereka (PakatanRakyat) menggembar-gemburkannya seolah-olahtidak terima tema daripada kerajaan dan hendak pakai mereka punya sendiri".

 "Jadi mereka buat satu keputusan dengan satu tema tetapi akhirnya ada tiga tema. Itu pun tak dapat kata sepakat," katanya pada sidang media selepas melancarkan "Pasukan Siber Pemuda BN" (BNYCT) di sini, Rabu. Beliau mengulas mengenai negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang akan menggunakan tiga tema Hari Kebangsaan yang berbeza.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, isu tema itu memberi gambaran tentang bagaimana Pakatan Rakyat akan mentadbir negara sekiranya mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang.

 "Sekiranya mereka menang, beginilah cara mereka tadbir negara. Dasarlain, undang-undang pun lain. Mungkin di Kelantan ada hudud dan di negeri-negeri lain tiada hudud. Di Kedah ada hudud, di Pulau Pinang tidak ada hudud," katanya lagi. Beliau menambah, ia sebenarnya merupakan satu hikmah yang menunjukkan bagaimana satu perkara mudah pun Pakatan Rakyat tidak mempunyai persepakatan untuk menyelesaikannya.

 "Bagi saya, nampak sangat bahawa semangat mereka bukan untuk semangat kenegaraan tetapi untuk semangat politik parti dan politik kenegerian. 

Saya sarankan supaya (Pakatan Rakyat) tidak perlu keluarkan logo bersama kerana tema sudah berbeza," katanya. Tema sambutan Hari Kebangsaan bagi Kelantan ialah 'Menerajui Perubahan', Kedah memilih 'Terus Berbakti' manakala Pulau Pinang dan Selangor berkongsi tema yang sama iaitu 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'. 

Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk menggunakan tema yang berbeza kerana tidak setuju dengan tema Hari Kebangsaan yang dipilih oleh kerajaan pusat iaitu 'JanjiDitepati'.

 Dilaporkan, logo Hari Kebangsaan bagi Pakatan akan diumumkan pada Khamis manakala Kedah dan Kelantan bebas untuk membuat keputusan mengenai logo mereka sendiri dengan tema yang dipilih.

Tema Merdeka negeri Pakatan ciplak buku Jabatan Penerangan !!

Posted: 08 Aug 2012 01:35 AM PDT



Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihak pembangkang kini sudah kekeringan ilham sehingga terpaksa 'mencedok' hasil kerja kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk dijadikan sebagai ilham sendiri.

 Mengulas tindakan pembangkang yang tampil dengan tema Hari Kemerdekaan mereka sendiri, beliau berkata tema itu sebenarnya pernah dipakai oleh Jabatan Penerangan dalam buku-buku perpaduan yang diterbitkan pada tahun 2009. Beliau juga menganggap langkah itu sebagai permainan politik pembangkang yang sengaja mahu memperlekeh kejayaan BN di mata rakyat, lebih-lebih lagi tahun ini diramal sebagai tahun yang akan diadakan pilihan raya umum ke-13.

 "Mereka terdesak dan kekeringan ilham. Mereka juga iri hati terhadap kejayaan dan janji yang ditepati kerajaan selama ini. 

 "Oleh itu mereka cedok sahaja apa yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan sebelum ini dan anggap ia sebagai ilham sendiri," katanya kepada Bernama di sini, semalam. 

 Semalam, Pakatan Rakyat mengumumkan negeri-negeri pembangkang akan menggunakan tiga tema berlainan untuk sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, kerana tidak bersetuju dengan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" yang ditetapkan kerajaan pusat.

 Kerajaan Kedah memilih menggunakan tema "Terus Berbakti", Kelantan menggunakan "Menerajui Perubahan" sementara kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".

 Mengulas lanjut, Rais berkata tindakan kerajaan negeri-negeri pembangkang untuk menpunyai tiga tema berbeza bagi sambutan penting itu juga jelas membuktikan kedudukan sebenar mereka yang tidak menpunyai kesepakatan. "Ini bukti dalam kalangan mereka pun tidak ada kata sepakat. Saya rasa dari segi ini rakyat juga dapat melihat dan menghakimi sendiri," katanya. Rais berada di sini untuk menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat (Telmin) APEC ke-9.

Kes cerai belum settle, Tauke Raja Lawak dah kahwin baru di Siam !

Posted: 08 Aug 2012 12:07 AM PDT



Pelawak terkenal, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 35, mengakui dirinya sudah tiga kali bernikah dan pernikahannya bersama isteri barunya telah dilakukan di Thailand sebelum dia menyertai program Super Spontan di Astro Warna saluran 132 lagi. "Yang sebenarnya, saya dah 3 kali berkahwin. Dengan isteri pertama, saya dah lama cerai. Manakala dengan isteri kedua masih dalam proses penceraian dan menunggu kata putus dari mahkamah.

 "Semuanya berlaku secara kebetulan yang mana saya bernikah dengan isteri baru saya iaitu Meera sebelum saya jatuhkan talak secara sah kepada isteri saya sebelum ini. Saya juga mengaku bahawa saya berkahwin dengan Meera di Thailand dengan ditemani beberapa saksi," katanya. Dalam pada itu, Tauke menafikan dirinya sudah bercerai dengan isteri barunya itu. Sebaliknya, dia mengakui sedang mengalami krisis rumah tangga dengan perkahwinan baru berkenaan.

 "Saya dan Meera masih sah suami isteri. Suami mana yang tidak sayangkan isterinya. Namun, secara jujur sudah hampir sebulan lebih saya tidak berjumpa dan tinggal sebumbung dengan Meera. "Saya juga tidak menafikan bahawa kami sedang mengalami masalah rumahtangga. Saya boleh katakan disini, ianya berpunca dari hasutan dari orang ketiga. 

 "Secara jujur, saya dan Meera bercadang hendak membuat satu majlis lepas raya ini. Namun, saya masih tidak tahu sama ada ianya boleh dilakukan atau tidak kerana ketika ini saya juga sedang menanti sama ada ikatan sah saya dengan Meera boleh diselamatkan atau pun tidak," jelasnya. – Murai.com.m

Gadis remaja dirogol oleh pegawai agama palsu di Kelantan ?

Posted: 07 Aug 2012 09:06 PM PDT




 Akibat terpedaya dengan helah dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai jabatan agama, seorang remaja berusia 16 tahun menjadi mangsa lima lelaki yang merogolnya bergilir-gilir di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas, Ahad lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner, Lai Yong Heng berkata, sebelum dirogol, mangsa bertemu teman lelakinya di bawah Jambatan Tanjung Mas, di sini pada jam 2 pagi dan ketika berbual, dua lelaki datang memperkenalkan diri sebagai pegawai jabatan agama.

 Katanya, suspek mengugut mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan pejabat agama kerana melakukan maksiat.

 "Bagaimanapun, teman lelaki mangsa memberitahu mereka hanya berbual dan tidak melakukan maksiat.

 "Suspek menyuruh teman lelaki mangsa pulang manakala mangsa akan dibawa ke balai polis oleh mereka," katanya. Menurutnya, mangsa dan teman lelakinya mempercayai kedua-dua suspek kerana melihat mereka mengeluarkan kad namun tidak pasti sama ada kad jabatan agama atau sebaliknya kerana keadaan di bawah jambatan gelap.

 "Teman lelaki mangsa pulang ke rumah seorang diri manakala mangsa dibawa dengan motosikal oleh seorang suspek ke sebuah rumah kosong sebelum dirogol bergilir-gilir oleh dua suspek berkenaan dan tiga lagi lelaki tidak dikenali," katanya.

 Suspek menggunakan modus operandi menunjukkan kad kuasa palsu jabatan kerajaan untuk merogol.

"Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai supaya memastikan terlebih dahulu kad kuasa yang ditunjukkan adalah benar atau sebaliknya dan jika terdapat sebarang keraguan, laporkan terus dengan balai polis berdekatan," katanya.

Haram & berdosa umat Islam yang undi DAP

Posted: 07 Aug 2012 06:21 PM PDT

- Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.

 Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

 "Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.

"Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli Pas mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

 Menurut Ibrahim, persoalan itu perlu dijawab Pas kerana adalah jelas Pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

 Mengulas lanjut, Abdullah berkata, DAP berbeza dengan MCA dan MIC yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam BN kerana parti tersebut tidak bermusuhan dengan Islam malah sedia menerima pemerintahan Islam. 

 "Sebaliknya, DAP tidak mahu, mereka mahu hak sama rata, tidak mahu tinggi rendah, tidak mahu Islam tinggi, sifat harbi mereka sangat jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam. "

Saya menyeru orang Melayu dan umat Islam supaya pada pilihan raya umum akan datang jangan sokong Pas yang masih tidak mahu keluar daripada pakatan pembangkang, sokong UMNO dan BN supaya orang Melayu dan syiar Islam terus dimartabatkan," katanya.


BUKTI DAP SOKONG SEORANG MUALAF MURTAD 



Nazri Aziz belasah Pakatan pasal tema Hari Merdeka !

Posted: 07 Aug 2012 03:00 PM PDT



Jika pembangkang fikir tema Hari Kebangsaan, "Janji Ditepati" tidak ngam dengan mereka, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencadangkan pembangkang guna tema "Janji Tidak Ditepati,".

 Baginya, tema itu lebih sesuai dengan sikap pembangkang yang gagal menunaikan janji-janji pilihan raya lalu. Menurut Nazri, pembangkang tidak suka tema itu kerana 'siapa makan cili, mereka terasa pedas' dan Janji Ditepati akan mengingatkan rakyat kepada janji-janji pilihan raya yang masih belum dipenuhi pembangkang.

 "Tahun 2008 mereka janji hendak bagi janda dan ibu tunggal RM600 tapi janji itu tak ditepati. "Jadi sekarang mereka terasalah. Mereka ini sensitif sebab mereka tak tepati janji mereka," kata Nazri sinis mengulas tindakan pembangkang menolak tema yang ditetapkan kerajaan Pusat. Katanya, tema itu menggambarkan janji ditepati sama ada yang sudah dan akan datang.

 "Apa masalah dengan tema itu?

..Sebab mereka (pembangkang) tidak tepati janji sebab itulah tidak suka," katanya kepada media di pejabatnya di Parlimen, Selasa. Nazri juga memberi contoh isu Hudud yang tidak selesai-selesai walaupun berlarutan beberapa tahun.

 "Ini semua kaki penipu besar. Tak selesai kes hudud kata dah selesai," katanya sambil menambah Ahli Parlimen Jelutong, Karpal Singh sendiri masih lagi menolak cadangan PAS itu. Tambahnya, " di bulan puasa pun nak menipu'.

 Menjawab soalan mengenai cadangan negeri dikuasa pembangkang mahu menggunakan tema berbeza, Nazri menegaskan sambutan Kemerdekaan adalah di peringkat negara bukan negeri.

 Menurut beliau, negara yang mencapai kemerdekaan dan BN selaku parti yang lebih berperanan dalam memperjuang kemerdekaan berhak menentukan tema untuk sambutan Hari Kebangsaan. 

Katanya, UMNO-MCA-MIC pada masa itu memainkan peranan yang lebih besar berbanding parti pembangkang seperti PAS dan DAP dalam memperjuang kemerdekaan. "PAS tahun 1951 dia ditubuhkan tetapi pada masa itu dia tentang kemerdekaan.

 "DAP pula cuma ditubuhkan pada tahun 1969. Bila pembangkang perjuang kemerdekaan?," katanya. Pakatan Rakyat sebelum ini mengumumkan tema alternatif "Sebangsa Senegara Sejiwa" kerana tidak bersetuju dengan tema Janji Ditepati yang didakwa propaganda BN menjelang PRU 13.

 Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali pula berkata empat negeri ditadbir Pakatan Rakyat akan menggunakan tema berbeza untuk sambutan Hari Kebangsaan. Mustafa berkata, Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema Sebangsa, Senegara, Sejiwa.

 Negeri Kelantan pula akan menggunakan tema Menerajui Perubahan manakala tema untuk sambutan di Kedah ialah Terus Berbakti.

 Jelasnya, exco negeri Kedah dan Kelantan memutuskan tema masing-masing sebelum Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk menggunakan tema Sebangsa, Sebangsa, Sejiwa. Bagaimanapun, Mustafa berkata semua empat negeri akan menggunakan logo sama yang akan diumumkan pada Khamis. -7/8/2012- OLEH ROSLAN BIAN

DIMENSI

Posted: 08 Aug 2012 11:10 AM PDT

DIMENSI


Omegay: Sekarang..tanpa DAP..PAS tak wujud! kehkehkeh >XD

Posted: 08 Aug 2012 08:20 AM PDT


Tidak Salah Berkongsi Kuasa Dengan Kafir Harbi – Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan

Sokong DAP Haram, itu kata putus para Ulama. Sebabnya, DAP menentang Islam dengan tegas dan lantang.  DAP juga sudah terserlah sebagai parti yang tegar memperjuangkan agama Kristian serta mempunyai agenda jelas tidak menerima Raja-raja Melayu (yang melindungi kedudukan agama Islam di Malaysia) serta tidak senang dengan Islam sebagai agama rasmi.  

Kemungkinan besar, tidak salah jika dikatakan bahawa DAP berada di belakang isu murtad di Selangor kerana jelas mereka memberi sokongan kalau pun tidak membela atau menjadi dalang dalam isu ini.   

Namun, PAS tetap teguh bersama DAP, cuba menutup dan memperkecilkan isu murtad malah sanggup menyepak keluar Dato' Dr. Hasan Ali yang lantang membangkitkan isu tersebut.  

Maka seluruh umat Islam di Malaysia menjadi hairan bagaimana PAS yang begitu takbur mendabik dada sebagai parti Islam ekstrem, yang pernah bermimpi untuk memisahkan wanita dan lelaki di pasaraya, bas, kolam renang dan menghukum sesiapa saja yang tidak berpakaian mengikut 'standard' pemakaian mereka serta menganggap selagi terdapat botol arak di Malaysia, maka kerajaan Malaysia wajib ditentang kerana sekular atau kafir, kini memandang sebelah mata sahaja akan isu murtad.   

Sedangkan 'murtad' adalah sehabis besar isu bagi umat Islam kerana ia melibatkan umat meninggalkan agamanya.  Tiada apa lagi yang jauh lebih besar atau lebih tragik daripada seorang Muslim menjadi murtad.  

Oleh itu, kita hanya mampu menggelengkan kepala melihat bagaimana PAS telah memperkecilkan isu yang sebegitu besar, hanya kerana ingin terus bersama DAP.  

Namun, apa yang nak dihairankan dengan sikap PAS sedangkan prinsip untuk menegakkan Negara Islam juga sudah lama digadai mereka gara-gara begitu teruja atau 'gila' untuk bersama bergandingan tangan dengan DAP menuju ke Putrajaya.  Hanya akhir-akhir ini, soal hudud dipolitikkan semula memandangkan Pilihanraya sudah semakin hampir.

Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud mengenai hukum haram bekerjasama dengan DAP membuktikan 'kegilaan' PAS demi mengejar kuasa politik. Menurut beliau, "adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO".

Ertinya, beliau mengaku adalah haram untuk bekerjasa dengan DAP yang menentang Islam tetapi ia dibolehkan bagi menentang UMNO/BN yang didakwanya menentang Islam juga.  

Nampaknya, PAS meletakkan UMNO/BN yang telah membina beribu-ribu masjid, melahirkan begitu banyak 'Ulama' dalam berbagai bidang, menjaga kebajikan rakyat, memelihara keamanan dan menyeru kepada perpaduan sepertimana yang dituntut Islam, sebagai jauh lebih 'kafir' dari kafir harbi DAP.  

Dalam ertikata lain, PAS sanggup menjatuhkan saudara seagama demi untuk berkongsi kuasa dengan kafir harbi.  

Ini adalah pendirian PAS seperti yang telah ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama mereka sendiri.  Ia diungkapkan dalam ayat yang mudah untuk difahami, jelas serta tidak diputar-belit oleh sesiapa.      

Kini, para Ulama telah pun menyatakan hukum bekerjasama dengan DAP mengikut Islam iaitu haram, dan Dewan Ulama PAS juga telah menyatakan hukumnya mengikut ideologi PAS iaitu harus.  

Jelas, PAS telah memilih untuk mengutamakan politik dari agama maka dengan itu tiada guna lagi bagi kita mempersoalkan pendirian mahupun hala tuju parti tersebut selepas ini.

Justeru, mulai hari ini, kita semua wajar berhenti dari merasa hairan dengan segala tindak tanduk PAS yang bertentangan dengan Islam.  

Kita wajar menerima hakikat bahawa PAS sudah begitu selesa, gembira dan tenang bergandingan dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO, menuju ke puncak kuasa bersama-sama.  Untuk itu, Islam dan hukum-hakamnya sentiasa perlu diubah untuk disesuaikan dengan kehendak Kristian-DAP agar kerjasama mereka kekal utuh.  

Apa yang tinggal kini ialah terpulanglah kepada para Muslimin Muslimat di dalam PAS untuk memilih Islam ataupun PAS. - Beruang Biru

Omegay: Siswa UNISEL terkandas - Kerajaan PKR Selangor FAIL!

Posted: 08 Aug 2012 06:30 AM PDT


UNISEL Mangsa Kegagalan Urus Tadbir Kerajaan PKR Selangor

Sebagaimana kita sedia maklum, tika ini UNISEL sedang dibebani masalah hutang berjumlah RM 15 juta membabitkan tunggakan bayaran bagi kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama penginapan pelajar universiti.

Jumlah tersebut meliputi 17 bulan tunggakan hutang untuk kos penyelenggaraan dan 8 bulan tunggakan bayaran bagi kos operasi asrama penginapan yang dikendalikan oleh Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Berikutan masalah tersebut juga, syarikat swasta yang menguruskan operasi asrama penginapan tersebut juga terpaksa berdepan dengan protes dari kalangan pekerjanya apabila gagal melunaskan bayaran gaji.

Berbulan-bulan pekerja menghadapi masalah gaji, tambah pula hari raya Aidilfitri dah hampir nak tiba, mahunya tak pening kepala seumpama menunggu buah yang tak gugur. 

Akibat protes tersebut, kesannya menyusahkan pula para pelajar apabila masing-masing tidak dapat masuk ke asrama disebabkan pejabat pengurusan terpaksa ditutup selepas kekurangan pekerja.

Sayu betul hati melihat nasib pelajar yang terpaksa berhadapan dengan masalah penempatan gara-gara kegagalan urus tadbir UNISEL menyelesaikan masalah hutang yang kian bertimbun itu.

Untuk dipersalahkan pihak JNSB tentu sahaja tidak adil, sudah lama mereka menanggung bebanan disebabkan kegagalan UNISEL menunaikan tanggungjawab membayar kos perkhidmatan.

Dulu waktu zaman pemerintahan BN tiadapun masalah sebegini dialami, bayaran kos selenggara kampus induk tidak pernah tertunggak dan bayaran kos operasi asrama penginapan juga berjalan lancar.

Bila saja Khalid Ibrahim dan konco-konconya dari PKR, PAS dan DAP mengambil alih kerajaan negeri, satu demi satu sistem yang tidak cacat cela cuba diubah suai mengikut seleranya tanpa mengira kesan baik buruk dalam jangka masa panjang.

Akhirnya satu demi satu masalah datang bertimpa-timpa disebabkan sikap dan watak bodoh sombong Khalid yang terlampau mahu menunjuk pandai tidak bertempat.

UNISEL yang suatu ketika dulu gah disanjung sekarang saling tak ubah seperti akan senasib dengan KUIN di Kedah. 

Satu persamaan nyata kedua-dua istitusi terbabit ialah, kebanyakan jawatan tinggi baru beberapa tahun kebelakangan ini diisi oleh para kroni yang rapat dengan pemimpin PKR dan PAS.

Kebetulan pula kedua-duanya kini sedang berkongsi masalah yang hampir sama walaupun tak serupa, tapi titik temunya tetap melibatkan masalah duit dan urus tadbir yang tidak cekap.

Tidak syak lagi, UNISEL mahupun KUIN merupakan tanda aras betapa rendahnya tahap kecekapan pengurusan tadbir dari kalangan pemimpin berjenama PKR, PAS ataupun DAP.

Tiada manfaat yang mampu mereka persembahkan untuk kebaikan rakyat, melainkan sekadar membawa mudarat kepada umat seumpama tikus memandai tunjuk bijak mahu membaiki sebiji labu. - Beruang Biru

Tiada ulasan:

Pengikut