Rabu, 9 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 09 Feb 2011 09:43 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Gerakan Islam menang jika demokrasi dibuka

Posted: 09 Feb 2011 08:19 PM PST

GOMBAK, 10 Feb: Dua pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bersetuju, Gerakan Islam di kebanyakan negara umat Islam akan mencapai kemenangan melebihi 90 peratus sebaik sahaja demokrasi dibuka sepenuhnya di negara terbabit.

Exco DPPP, Ustaz Riduan Mohamad Nor dan Pengarah Jabatan Kajian Dasar (IPS) DPPP, Dr Zuhdi Marzuki berkeyakinan, pengaruh itu akan merebak dan kemenangan juga akan dapat dicapai di negara tercinta ini.

Kerana itu, menurut mereka, usaha mengajak semua golongan rakyat termasuk anak-anak muda memahami keperluan menyedari kepentingan mengambil berat urusan jatuh bangun umat Islam merupakan kewajipan bersama.

Mereka berdua berbicara demikian ketika menjadi panelis di dalam Majlis Meperingati Kesyahidan Al-Imam Hassan A-Banna yang diadakan di Pejabat PAS Kawasan Gombak, dekat sini semalam.

Menurut Ustaz Riduan, kejayaan membangkitkan semangat rakyat Mesir untuk berhimpun di Dataran Merdeka, Kaherah adalah hasil kesedaran rakyat terhadap peri pentingnya ruang demokrasi mesti dibuka setelah mereka tertekan lebih 30 tahun.

Katanya, perjuangan Hassan Al-Banna (1906-1949) menubuhkan Ikhwan Muslimin di negara itu sejak Mac 1928 setelah melakukan gerakan ilmiah dan tarbiyah ilmi dapat dilihat dengan kebangkitan rakyat Mesir sejak akhir Januari lalu.

"30 peratus daripada mereka adalah golongan muda yang boleh melayari internet dan dapat memahami situasi semasa dengan menggunakan teknologi canggih," tegasnya yang meminta aktivis di sini memanfaatkan media facebook sebagai contoh, untuk meluaskan medan dakwah.

Katanya, Ketua Ulamak Antarabangsa, Prof Dr Yusuf Al-Qardhawy menggunakan media terjahan langi terbuka ini sehinggakan informasi, ilmu, maklumat, fatwa dan arahannya dapat diikuti dan dilaksanakan di seluruh dunia mutakhir.

Sementara itu, Dr Zuhdi pula menyatakan, jika pun kebangkitan rakyat di Mesir tidak mencapai maksud tertinggi yang mereka inginkan namun paling maksima, peristiwa ini menyumbang ke arah demokrasi.

"Kebangkitan ini bukan sahaja membawa kesan besar kepada proses demokrasi lebih baik di negara Mesir, ia juga membawa makna lebih bermakna kepada pengaruh kebangkitan rakyat di negara-negara Islam lain.

"Lihatlah reformasi yang pernah berlaku di Indonesia sebagai contoh pada 1998, ia membawa kesan langsung dan tidak langsung kepada kejayaan, walaupun masih sedikit di Malaysia pada 2008.

"Begitulah harapnya kebangkitan di Tunisia dan Mesir ini yang dijangkakan akan membawa kepada kesan sama kepada negara-negara Arab berjiran dalam usaha menghapuskan kekangan negara PIGS," tegasnya.

Dr Zuhdi berkata selama ini negara-negara PIGS itulah seperti Portugal, Italy, Greece dan Sepanyol menjadi penghalang kepada pembukaan kejayaan gerakan umat Islam bergerak lebih jauh dan kini empat negara itu sedang merudum dalam semua aspek.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa pendokong gerakan Islam di negara ini dapat memikirkan bagaimana cara untuk menghantar mesej perjuangan kepada seluruh rakyat melalui media penyiaran sepertimana di Mesir.

Beliau lebih cenderung mengaitkan perkembangan kebangkitan yang berlaku di negara tersebut adalah hasil daripada kerjabuat yang dilaksanakan oleh media penyiaran seperti Al-Hiwar, Al-Jazeerah dan Al-Arabiah.

Jangkaan beliau, gerakan di Malaysia akan berjaya dalam masa lima hingga sepuluh tahun akan datang dengan syarat semua aktivis dapat melaksanakan tekad demi mencapai matlamat termasuklah mengadakan media penyiaran sendiri meskipun tidak berlesen.

Menurutnya, Al-Hiwar sebagai contoh dipancarkan daripada London di bawah pimpinan Dr Azzam Tamimi dengan memberikan maklumat, semangat dan motivasi kepada rakyat Mesir yang inginkan pembaharuan politik.

Batu9kgtengah's Blog

Posted: 09 Feb 2011 09:30 PM PST

Batu9kgtengah's Blog


Posted: 08 Feb 2011 10:13 PM PST



PAS Negeri Sembilan

Posted: 09 Feb 2011 09:29 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Urusan terbatas kerana tiada pengangkutan awam

Posted: 09 Feb 2011 06:32 PM PST

Sinar Harian 10 Feb 2011

KUALA KLAWANG - Ketiadaan perkhidmatan pengangkutan awam sejak setahun lalu, menyebabkan pergerakan masyarakat sekitar Jelebu yang ingin berurusan di pekan Kuala Klawang terbatas.

Keluhan masyarakat tempatan dilihat dipandang sepi oleh pihak bertanggungjawab yang mahukan perkhidmatan pengangkutan beroperasi di Kuala Klawang ke Simpang Pertang.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, perhentian bas lenggang dengan kehadiran bas dan teksi.

Keadaan ini menyukarkan pergerakan orang ramai untuk melakukan tugasan seharian, terutamanya warga emas yang sering ke hospital.

Salah seorang pengguna yang dikenali sebagai Nur berkata, hampir setahun perkhidmatan bas ke Simpang Pertang tidak beroperasi di sini.

"Saya bekerja berhampiran di kawasan ini, sering kali mendengar rungutan daripada warga emas yang terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam.

"Pernah terjadi, seorang warga emas tertidur di perhentian bas berkenaan sehingga ada yang terpaksa menghantarnya ke rumah di Peradong,'' katanya.

Nur berkata, pada waktu kemuncak ramai murid sekolah dari Simpang Pertang tidak dapat hadir ke sekolah berikutan ketiadaan pengangkutan awam.

"Sekurang-kurangnya pastikan ada perkhidmatan pengangkutan bas dan teksi pada waktu pagi dan petang untuk memudahkan mereka berulang-alik.

"Selain itu, peniaga di sini turut terjejas kerana tiada pelanggan yang datang ke perhentian bas ini sehingga menyebabkan ada peniaga yang gulung tikar,'' katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8741940.asp

Selangor naikkan elaun guru Kafa RM300

Posted: 09 Feb 2011 05:52 PM PST

Harakahdaily

SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seluruh negeri.

Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan guru-guru Kafa di SRA dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.

Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru Kafa yang mengajar di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco berkata, kenaikan elaun bulanan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan negeri lebih RM14 juta setahun.

Pada masa ini, guru Kafa di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari kerajaan negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.

"Kerajaan negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru Kafa di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian," kata Khalid.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30778:selangor-naikkan-elaun-guru-kafa-rm300&catid=1:utama&Itemid=50

Pelancaran Kempen Bantah Saman Ekor 16 Feb 2011

Posted: 09 Feb 2011 12:45 AM PST


MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BANTAH SWASTA SAMAN EKOR
Tarikh : 16 Februari 2011 , RABU
Masa : 9 mlm
Tempat : Dewan Muhibbah, Taman Bolton, Batu Caves, Selangor

Penceramah :
1. YB Dato' Seri Anwar Ibarhim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
2. YB Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS/ Ahli Parlimen Pokok Sena / Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (KASE)
3. YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR/ Ahli Parlimen Gombak
4. YB Dato' Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor/ Exco Kerajaan Selangor
5. Ustaz Salahuddin Nasir, YDP PAS Kawasan Gombak

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Anjuran Bersama JK KEMPEN ANTI SAMAN EKOR (KASE), Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) PAS Pusat dan PAS Kawasan Gombak (Dewan Pemuda)

Dapatkan Banner dan Poster Program di Blog Timbalan Penegrusi JK Kempen Anti Saman Ekor (KASE) merangkap ADUN Paroi N.Sembilan , YB Hj Mohamad Taufek di http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/02/pelancaran-bantah-saman-ekor-16-feb.html

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 09 Feb 2011 08:12 PM PST

DUN PENGKALAN KUNDOR


Himpunan Pemuda PAS

Posted: 09 Feb 2011 02:56 AM PST

Rembau Hari Ini

Posted: 09 Feb 2011 07:40 PM PST

Rembau Hari Ini


Longkang perlu segera dibaiki

Posted: 09 Feb 2011 06:32 PM PST

Sinar Harian 10 Feb 2011

CHEMBONG - Penduduk Taman KSNS Chembong, di sini, mendesak pihak berkuasa menaik taraf sistem perparitan di kawasan berkenaan yang tersumbat sehingga menimbulkan bau busuk sejak beberapa tahun lalu.

Mereka mendakwa, air kotor yang bertakung di dalam parit sekitar taman perumahan itu tidak dapat mengalir akibat sistem perparitan tidak terurus.

Keadaan itu menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk apabila mereka terpaksa menghidu bau kurang menyenangkan setiap hari terutama pada musim hujan.

Penduduk, Abdul Razak Samsudin, 65, berkata, longkang di rumahnya mengalami kerosakan dan pecah menyebabkan pengaliran air menjadi lebih sempit, sekali gus mengakibatkan air longkang melimpah keluar setiap kali hujan lebat.

"Jika hujan lebat, longkang di kawasan rumah saya tidak mampu menampung jumlah air yang banyak dan melimpah keluar, selain baunya sangat busuk," katanya.

Seorang lagi penduduk, S Ravichandran, 42, berkata, sisa buangan makanan disalirkan terus dari rumah penduduk memburukkan lagi keadaan.

"Timbunan sampah-sarap juga menjadi antara punca parit berkenaan tersumbat.

"Masalah ini menyebabkan air longkang bertukar menjadi hitam sehingga mengeluarkan bau meloyakan," katanya.

Menurutnya, penduduk sudah memaklumkan masalah itu kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

"Bagaimanapun, sehingga kini tiada tindakan diambil dan penduduk masih dihantui masalah longkang tersumbat yang mengganggu kehidupan seharian.

"Pada masa sama, saya harap semua penduduk bekerjasama berusaha menangani masalah ini bagi memastikan longkang tersumbat dapat diatasi kerana bukan sahaja menjadi punca bau busuk, malah turut menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8740414.asp

Dr Azman Ibrahim

Posted: 09 Feb 2011 07:39 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Majlis Makan Malam Pelancaran Dana Pendidikan PAS

Posted: 09 Feb 2011 05:52 PM PST

Menghuni Negara Bergolak, Baghdad. Suatu Catatan Pengalaman... Bhg 3

Posted: 09 Feb 2011 04:04 PM PST

Ketika cuti musim panas, satu program tahunan Universiti yang paling mencuri tumpuan adalah program khidmat masyarakat di desa dan perkampungan. Selama 10 hari berturut-turut kami akan berkampung di desa pendalaman dengan gabungan kuliah-kuliah pengajian Universiti Baghdad daripada Kuliah Perubatan, Kuliah Pergigian, Kuliah Veteriner, Kuliah Farmasi dan beberapa kepakaran lagi. Masing-masing akan memberikan khidmat berdasarkan pengkhususan masing-masing.
Unta, permandangan biasa di perkampungan Arab. Tapi saya tak berpeluang menunggangnya
Sebenarnya masyarakat kampung memiliki kehidupan sosio-ekonomi yang jauh lebih baik berbanding kehidupan masyarakat bandar yang lebih tertekan ekoran sekatan ekonomi dan kejatuhan mendadak nilai Dinar Iraq. Di desa kebanyakkan penduduk adalah pemilik ladang dengan keluasan yang mengkagumkan terutamanya ladang gandum, buah-buahan dan sayur-sayuran. Mereka juga adalah penternak biri-biri, kambing dan lembu. Kehidupan mereka juga masih berpegang kepada nilai-nilai kemurnian masyarakat Arab tradisi yang begitu menarik. Mungkin ini antara sebab kenapa suatu ketika dahulu anak-anak kecil akan dihantar untuk menyusu ke perdesaan.

Masih saya ingat, ada seorang Ketua Kampung yang saya panggil Syeikh begitu teruja menerima kehadiran saya ke kampungnya. "Selamat datang saudara kami dari Jepun". Sapanya dengan ramah. Bila dijelaskan saya bukan orang Jepun tapi Malaysia dia tersenyum malu. Katanya dia sangat mengkagumi Jepun termasuk kereta Toyota Crown yang digunakannya juga buatan Jepun. Malaysia cuma buat tayar, Tayar Silverstone, katanya. Saya menjelaskan di Malaysia juga ada kilang kereta tapi tak lah sebaik Toyota Crown. O.K lah Syeikh pakai kereta Jepun tapi guna tayar Malaysia.

Kami dihidangkan dengan makan tengah hari nasi beriani berlauk daging kambing panggang. Kerana saya tetamu istimewa, dipelawanya saya duduk disebelahnya. Sepaha kambing panggang diletakkan di pinggang saya dan diminta supaya menghabiskannya, kalau tidak Syeikh tidak akan membenarkan saya pergi. Jawab saya daging kambing sebanyak ini kalau kami di Malaysia boleh dimakan empat atau lima orang, tapi tak apalah, demi Syeikh dan demi maruah orang Malaysia, saya akan makan sampai habis!

Berbagai aktiviti kami lakukan sepanjang 10 hari. Daripada rawatan perubatan, pengumpulan data untuk kajian sehinggalah aktiviti kemasyarakatan sehingga saya merasakan sebagai seorang Muslim saudara kita ada di mana-mana. Ketika pulang saya diberikan seguni buah pear hijau untuk Tuan Syeikh yang saya jadikan buah tangan dari kampung kepada jiran-jiran bersebelahan.


Bersambung...

PAS Kawasan Miri

Posted: 09 Feb 2011 07:39 PM PST

PAS Kawasan Miri


Mana Janji Kamu Dengan Rakyat???

Posted: 09 Feb 2011 03:37 AM PST

Ini Melayu Lidah Bercabang!

Miri, 9 Februari 2011 - Selang beberapa hari selepas disiarkan artikel Rakyat Tagih Janji Shaziman Abu Mansor projek meliputi pembesaran Jalan Pujut 7 ke Kuala Baram iaitu dari satu lorong ke dua lorong sepanjang 15 kilometer, penukaran bulatan Pujut 7 ke lampu isyarat serta melebarkan Jambatan Pujut 7 di Miri, Sarawak terus ' DIUTAMAKAN '.

Kenyataan terbaharu Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor bahawa lima negeri Semenanjung Malaysia yang baru-baru ini telah dilanda banjir teruk telah mendapat perhatian kerajaan untuk disegerakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan.

RM197m repair bill for bridges, roads in 5 states
Read more: RM197m repair bill for bridges, roads in 5 states http://www.nst.com.my/nst/articles/11piny/Article/#ixzz1DRgHeXnf

TAMPIN: About RM196.8 million is needed to repair roads, bridges and hillslopes damaged by floods in five states recently. Works Minister Datuk Shaziman Abu Mansor said RM7.5 million had so far been channelled to 25 districts in the five states for emergency repair works, including cleaning up after landslides, erecting warning signage and building temporary bridges.He said the remaining RM189.3 million had been requested from the government to ensure complete repair works could be carried out. Shaziman said initial estimates showed that Johor needed RM88.7 million, Pahang RM60.7 million, Negri Sembilan RM25.8 million, Malacca RM12.4 million and Terengganu RM1.7 million.

Wahai Shaziman Abu Mansor, apakah Melayu Mudah Lupa?
Mengapa pemimpin BN mudah lupa dengan janji mereka, adakah terlalu banyak makan benda haram jadi hati pun kotor & karat macam besi buruk...cukuplah berjanji dengan rakyat sebab rakyat sudah muak dengan janji pemimpin BN. Cakap juta2 dan billion2 mana perginya wang peruntukan tersebut?

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 09 Feb 2011 07:24 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Ceramah Penerangan JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT, Hadirlah Beramai-Ramai!

Posted: 09 Feb 2011 02:06 AM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 09 Feb 2011 03:40 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


KENALI DULU MD NOOR DERIS... ULAMA' SESUMPAH

Posted: 09 Feb 2011 12:41 AM PST

(benarkah Noor Deris ulama' sesumpah? Double klik pada hidungnya)

Al-Ustaz Mohd Nor bin Deris yang merupakan bekas pensyarah fakulti syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya,Nilam Puri, Kelantan. Beliau juga bekas anggota dewan ulama' Pas '81 – '88, masuk UMNO 1999 hingga kini. Asalnya dia adalah ahli Pas dan merupakan ahli Pas yang sangat teruk hingga disabitkan dengan salah satu penyebab mengapa Pas tidak diterima dahulu. Kata salah seorang pemuda yang pernah menjadi anak muridnya di Universiti Malaya, beliau memberitahu bahawa Ust Mohd Nor Deris ni ketika pembelajarannya tidak lain selain menghina tok guru dan juga Umno. Beliau juga pernah diboikot oleh pelajarnya sendiri kerana sistem pembelajaran yang radikal dan tidak berasas.
Guru-guru/pelajar di Universiti Malaya Nilam Puri yang membuat Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) mengatakan pernah memboikot Mohd Nor Deris suatu ketika dahulu dengan membuat memorandum kepada pentadbir UM mengenai kelakuan buruk Mohd Nor Deris ini. Tandatangan diambil dan dikatakan melebihi 100 tanda tangan pelajar yang tidak berpuas hati dengan beliau. Dan pernah di akhir kuliahnya suatu ketika dahulu, Mohd Nor Deris mengugut pelajarnya dengan berkata" Saya akan mencari siapa yang membuat memorandum ini dan menanda tangan ini.."

Dahulu juga Mohd Nor Deris membenci UMNO dan dan pernah mengeluarkan fatwa yang bersalaman dengan orang umno adalah haram. Paling dasyat beliau juga pernah memberitahu apabila bertemu dengan orang umno maka hendaklah memalingkan muka dan jangan memandang pun wajah mereka. Menurut sumber lagi, beliau pernah mengunakan bendera Umno sebagai kain alas untuk mandi kerana bencinya yang mendalam pada UMNO.

Tapi hari ini, beliau telah pun menjadi ahli umno dan tidak diketahui pula samaada dia bersalam atau tidak dengan orang Umno. Beliau bukan sahaja menjadi ahli Umno bahkan diantara orang yang kuat menghina tok guru kini. Terbaru beliau telah menyamakan tangan Tok Guru seperti tangan syaitan.Tugas beliau bukanlah berjuang untuk islam di dalam Umno tapi hanyalah menjadi alat kepada Umno untuk menyerang tok guru.

... inilah dikatakan ulama' sesumpah.....

Kesan Domino Revolusi Tunisia

Posted: 08 Feb 2011 11:33 PM PST


Aksi tukang sayur, Muhammad Bouazizi, yang mencetuskan revolusi Tunisia teryata segera menjadi inspirasi rakyat di beberapa negeri Arab lainnya. Bahkan, hingga saat ini, demonstrasi menuntut turunnya diktaktor Mesir, Husni Mubarak masih terus terjadi di jalan-jalan kota Mesir.

Para penunjuk perasaan di Mesir bahkan membakar bangunan pemerintah di kota pelabuhan Suez. Seorang saksi mata mengatakan protes terhadap pemerintahan diktaktor Husni Mubarak terus berlanjut di Mesir.

Ribuan penduduk Mesir turun ke jalan di seluruh negeri untuk melanjutkan aksi tunjuk perasaan yang belum pernah terjadi sebelumnya, menentang larangan pemerintah yang sebelumnya diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri. Efek domino revolusi Tunisia kini merambat dan terjadi di Mesir dengan satu tujuan yang sama, menurunkan para diktaktor!

Di Yaman, rakyat pun menuntut turun diktaktor bengis Ali Abdullah Saleh. Ribuan penduduk berdemonstrasi di ibukota, Sanaa, menyerukan sang diktaktor selama 30 tahun, Ali Abdullah Saleh, mundur. Keberanian rakyat Yaman untuk menggulingkan presidennya muncul setelah protes masyarakat di Mesir dan revolusi di Tunisia yang berhasil menggulingkan rejim berkuasa.

Rakyat Yaman mengeluhkan meningkatnya kemiskinan di kalangan penduduk muda dan frustasi dengan kurangnya kebebasan politik. Juga mengeluhkan korupnya para pegawai.

"Kita berkumpul hari ini untuk menuntut turunnya Presiden Saleh dan pemerintahan korupnya," ujar para demonstran.... selanjutnya di sini

CFR Di Belakang El Baradei:Ikhwan Masih Belum Selamat

Posted: 08 Feb 2011 10:29 PM PST

Adalah sesuatu yang pasti bahawa semua revolusi rakyat yang bergerak di atas platform 'kesedaran rakyat' adalah kesan dari permainan catur politik antarabangsa daripada ahli-ahli CFR (Council on Foreign Relation).

Permainan yang digerakkan oleh CFR ini sangat jelas kerana beberapa ahli CFR telah pun mengisyaratkan kebangkitan tersebut dengan satu tajuk yang sangat metafora tetapi takrifan menjelaskan apa yang telah berlaku sekarang dibeberapa buah negara arab.

Untuk memahami apa yang berlaku sekarang di negara Arab adalah lebih baik kita merujuk semula ucapan dasar salah seorang konspirator antarabangsa, Zbigniew Brzezinski pada Mei 2010. Beliau merupakan ahli lembaga pengarah bagi CFR.


Di dalam video di atas, Brzezinski menjelaskan akan kebimbangannya tentang kebangkitan kesedaran rakyat antarabangsa. Beliau juga cuba menafikan bahawa PBB bukan 'World Government' tetapi sebagai organisasi yang memberi hak sama rata dalam bersuara (sebenarnya beliau menipu).

Memahami strategi CFR dalam Revolusi Rakyat Arab?

Umumnya, kebangkitan rakyat menentang kezaliman pemerintah sedia ada adalah perlu kerana rakyat sangat tertekan. Kenaikan harga barang, pengangguran, pendapatan per kapita yang rendah sudah pasti mendorong rakyat mendesak kerajaan sedia ada untuk memperbaikinya.

Malangnya, sekian lama mendesak kerajaan hanya membuta tuli, ditambah pula dengan sikap bermewah-mewah pemimpin kerajaan dengan duit rakyat. Inilah yang berlaku di Mesir, Yaman dan Tunisia.

Kezalimanan pemimpin kerajaan yang memerintah secara diktator selama berpuluh-puluh tahun mendorong rakyat membentuk parti baru bagi menjatuhkan kerajaan dari parti sedia ada. Dalam tempoh tersebut juga, wujud golongan ulama yang cuba berjuang melalui politik walaupun tindakan tersebut adalah di luar kehendak mereka. Memandangkan syariat Islam dicemari oleh pemimpin Islam sendiri, maka para ulama menyuntik semangat golongan pemuda untuk berjuang secara berparti tetapi di atas landasan syariat yang betul.

Apabila parti berlandaskan Islam dalam sesebuah negara mula menampakkan peningkatan sokongan setiap kali pilihanraya, maka ia sesuatu yang membahayakan kepimpinan Illuminati. Konspirator dari Illuminati perlu mengekalkan pemimpin-pemimpin Islam yang diktator seperti Zain El Abidine Ben Ali (Tunisia), Hosni Mubarak (Mesir) kerana mereka ini berperanan sebagai modal akhir Illuminati untuk menghalang kebangkitan ulama Islam serta daulah Islamiyah.

Dari kiri; Zbigniew Brzezinski, Mohamed El Baradei dan Hosni Mubarak

Situasi Revolusi Mesir

Di dalam situasi di Mesir, pilihan raya umum sebenar dijangka berlaku pada September 2011 ini. Sekiranya CFR tidak mewujudkan revolusi dan membiarkan ahli-ahli Ikhwan Muslimin memenangi kerusi parlimen maka dasar luar Mesir akan tidak menyebelahi Amerika dan Eropah. Kemungkinan daulah Islamiyah akan terus berkembang dan mempengaruhi negara-negara Islam seluruh dunia.

Untuk mengatasi pengaruh Ikhawan, CFR bermula mencetuskan demonstrasi melalui NGO-NGO awam yang sebahagiannya menerima sumbangan kewangan rahsia dari CFR.

Demonstrasi yang diadakan sempena Hari Polis Mesir, 25 Januari 2011 itu berlaku di luar jangkan. Ia dihadiri ramai golongan belia dan masyarakat sehingga tidak dapat dipastikan siapa yang menggerakkan rakyat ke acara demonstrasi itu.

Di dalam kesibukan rakyat menentang kediktatoran Rejim Mubarak, tiba-tiba muncul wira palsu iaiatu Muhammed el Baradei yang sanggup turun padang membantu memperjuangkan suara rakyat menentang kerajaan Mubarak.

Kami percaya El Baradei adalah ayam tambatan CFR untuk memikat hati golongan rakyat yang marahkan kezaliman Mubarak. Sekiranya El Baradei berjaya membawa mandat rakyat sehingga menjatuhkan parti Mubarak dalam parlimen maka sudah pasti El Baradei akan dikenang sebagai wira rakyat.

Jika dalam tempoh sebelum Mac 2011 El Baradei berjaya memegang Presiden Mesir sementara, maka beliau hanya mempunyai 5 atau 6 bulan untuk menunjukkan kehebatan kepimpinannya kepada rakyat Mesir sebelum pilihan raya umum negara itu pada September 2011.

Kami yakin dalam tempoh 5 – 6 bulan itu, kerajaan Amerika dan Eropah akan bertungkus-lumus membantu El Baradei menaikkan taraf hidup rakyat Mesir yang masih jauh ketinggalan ke belakang berbanding negara-negara Islam lain.

Kita juga perlu ingat bahawa El Baradei adalah rakan baik George Soros yang mana kedua-duanya adalah ahli lembaga pengarah bagi International Crisis Group. ICG merupakan cawangan proksi bagi organisasi Yahudi elit seperti CFR, Bilderberg Group dan Trilateral Commission.

Adakah 5 hingga 6 bulan cukup untuk mengubah pemikiran rakyat Mesir daripada menyokong calon Ikhwan Muslimin?

Ya, ia cukup. Sekiranya dalam tempoh tersebut gaji pekerja awam berjaya dinaikkan dan aktiviti jemaah Ikhwan diberi ruang seluas-luasnya maka El Baradei akan digelarkan sebagai hero Mesir. Kebebasan yang diberikan El Baradei untuk Ikhwan melaksanakan aktiviti jemaah akan dipandang mulia dan penuh Islamik.

Kesan daripada perubuhan-perubahan besar tersebut, kemungkinan pada pilihan raya calon-calon bebas dari Ikhwan Muslimin akan bermurah hati untuk sama-sama menyokong El Baradei memegang tampuk pemerintahan Mesir.

Maka dari segi ini, CFR telah berjaya dalam misinya memastikan agen-agennya tetap menguasai kerajaan Mesir bukannya ahli-ahli Ikhwan walaupun dengan cara menjatuhkan maruah agen lamanya iaitu Hosni Mubarak.

Desakan Agar Ikhwanul Muslimin Memerintah Mesir

Lanjutan dari ketegangan dan kekenduran sokongan terhadap Mubarak, banyak pertubuhan Islam sedunia majoritinya mengesyorkan agar Ikhwan kembali semula ke pentas politik setelah mereka membuat untuk tidak menyertai politik pada November 2010 lalu. Keengganan menyertai pilihanraya dibuat kerana tidak puas hati dengan sistem berat sebelah kerajaan Mesir dalam pilihanraya umum.

Namun begitu, apakah tindakan yang harus diambil kepimpinan Ikhwan, bertanding atau membiarkan El Baradei menguasai kebangkitan rakyat? Ia sesuatu yang sukar kerana kedua-duanya jalan perangkap. Dalam hal ini kita berserah kepada kebijaksanaan pimpinan Ikhwan untuk menilainya.

Kesimpulan

Jika dilihat pada logiknya, apakah faedahnya Ikhwan menyertai revolusi ini sedangkan ia sudah mampu mencapai 21% kerusi parlimen pada penglibatan pertamanya dalam pilihanraya 2005 lalu? Situasi sekarang membuktikan bahawa CFR tahu Ikhwan mampu mengalahkan parti Mubarak pada September 2011 ini.

Oleh itu, langkah mewujudkan kebangkitan rakyat lebih awal adalah taktik ampuh bagi menyekat penguasaan Ikhwan secara adil. Atau setidak-tidaknya memastikan pentadbiran baru kerajaan Mesir dipenuhi agen-agen asing yang menyamar dalam pentadbiran Ikhwan.

Kami percaya, kepimpinan Ikhwan sebahagiannya mengetahui taktik CFR ini yang cuba mencipta revolusi 'sintetik' sebelum ahli-ahli Ikhwan merampas parlimen Mesir. Namun, sebagai organisasi yang berpengalaman lama, maka menunggu masa untuk menyingkirkan agen-agen asing dalam Ikhwan adalah lebih utama agar pertubuhan itu tidak menghadapi masalah dalam pilihanraya akan datang.

Wallhu'alam…

NAK KENAL YANG GELAK 'JKK' KULIAH AZHAR IDRUS?

Posted: 08 Feb 2011 10:24 PM PST

kepada yang meminati Kuliah Ustaz Azahr Idrus khususnya yang duduk di luar terengganu pastinya nak kenal akan suara misteri yang kedengaran setiap kali Ustaz Azhar Idrus menyebut 'JKK' ...


...Ada sapa-sapa tau nama sahabat nie??

UMMI, RAHIMI & SATIM... JOM DENGAR KLENTONG DEPA MALAM NI

Posted: 08 Feb 2011 05:39 PM PST

Ummi hafilda, Rahimi Osman dan Satim Diman dijangkakan akan menggegar Jalan Kebun.

Tempat : Perkarangan Rumah Hj Kamal Arifin, Lot 3746 Lorong Haji Soeb, Jalan Kebun.

Tarikh : 9 februari 2011 (mlm ni la)

Masa : 8.30 malam.

DATANG JANGAN TAK DATANG.... KITA TENGOK SAPA YANG KENE BOGEL!!!



"IMEJ MISTERI DI TAHRIR" ... MEMANG UMNO HATI MATI (JAHILIYAH)

Posted: 08 Feb 2011 05:29 PM PST

(..ana copy kata-kata seorang puak UMNO yang memang jenis tak baca Quran... buta sirah Nabi... jahil agama... memang padan kalu dipanggil puak-puak ni Jahiliyah Alaf Baru)

Kaherah - Stesen televisyen MSNBC merakamkan imej misteri dipercayai seorang lelaki yang menunggang kuda dalam rusuhan bagi menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan di sini pada Khamis lalu.


~Gambar: SATU lembaga penunggang kuda (dalam bulatan) berada di sebatang jalan raya dekat Dataran Tahrir di Kaherah pada Khamis lalu.~

Imej misteri itu disiarkan dalam lintasan berita mengenai situasi yang berlaku dekat Dataran Tahrir di sini pada awal pagi.

Dalam imej tersebut, bayang penunggang kuda yang berwarna hijau dan bercahaya itu seolah-olah melihat gelagat para penunjuk perasaan membaling batu dan kebakaran kereta di tepi sebatang jalan raya dalam rusuhan itu.

Kuda yang dinaiki lelaki itu kemudian bergerak perlahan-lahan sebelum ia berlari ke langit dan lenyap ditelan kegelapan.

Imej tersebut kini menjadi perdebatan hangat dalam beberapa laman web di Internet mengenai kejadian misteri itu.

Beberapa pengguna Internet yang menyaksikan rakaman video itu menyatakan ia disebabkan oleh cahaya kilat kamera atau pantulan cahaya.

Imej misteri itu juga boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi.

"Maka tidaklah kalian yang membunuh mereka (orang kafir) tapi Allah yang membunuh mereka, dan tidaklah engkau yang melempar ketika engkau melempar namun Allah yang melempar" (Al-Anfal: 17)

PKR MERLIMAU : PAS MUNGKIN LETAK CALON MUSLIMAT

Posted: 08 Feb 2011 04:39 PM PST

PAS Melaka mahu menurunkan calon popular untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau daripada penguasaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil awal bulan depan.


Selain itu, PAS Melaka juga akan mempertimbangkan sama ada akan meletakkan calon wanita dalam pilihan raya kecil kawasan itu

Kelmarin, Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengekalkan PAS bertanding di Merlimau — pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008..

Menurut Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka Adly Zahari, kepimpinan parti peringkat negeri Melaka telah menerima senarai pendek nama calon yang bakal menggalas tugas PAS dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau 6 Mac.

Beliau berkata senarai nama itu akan dibawa ke peringkat tertinggi PAS pada 13 Februari ini untuk membuat keputusan.

"Setakat ini kita sudah terima beberapa nama yang mana setiap cawangan dalam Parlimen Jasin telah mengemukakan calon-calon yang mereka mahu.

"Kita memang sudah ada nama-nama itu tapi kita masih belum muktamadkan nama itu untuk dibawa ke peringkat pusat, kita masih mengumpul nama dari cawangan.

"Calon yang akan kita letak di Merlimau akan mengikut kriteria yang ditetapkan selain sesuai dengan keperluan masyarakat di Merlimau," katanya.

"Proses belum muktamad, jadi saya tidak boleh nak kata apa-apa. Saya sendiri juga tidak tahu sama ada nama-nama itu ada dalam senarai tersebut.

"Mungkin ada kalau cawangan mengemukakan nama mereka dan mungkin tiada, kita akan bincang mengenainya dulu. Soal muslimin atau muslimat kita tunggu keputusan pemimpin tertinggi nanti," katanya.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 09 Feb 2011 03:30 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


GARA-GARA POLIS TAK IKUT UNDANG-UNDANG ! MENTERI DALAM NEGERI GIGIT JARI

Posted: 09 Feb 2011 02:28 PM PST

Dr. Mohd Hatta Ramli, Timbalan YDP PAS Rompin Mazlan Mohamed Yasin dan Ketua Pemuda Rompin Nazri Ahmad menang dalam saman terhadap bekas Ketua Polis Daerah Rompin di Mahkamah Tinggi Kuantan berkaitan kes penangkapan semasa berceramah di premis sendiri pada 2004 lalu, lapor harakahdaily.

(Gambar fail: Dr Hatta bersama peguamnya, Mohamed Hanipa menunjukkan dokumen mahkamah yang memutuskan polis perlu membayar ganti rugi kepada Dr. Hatta)

Mahkamah Tinggi Kuantan akan menentukan jumlah tuntutan saman yang dimenangi Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta dan dua rakannya terhadap polis, sebelum 15 Mac ini.

Menurut Dr Hatta yang dihubungi Harakahdaily, hari ini berlangsung perbincangan dengan peguam kedua-dua pihak namun jumlah sebenar tuntutan belum boleh diputuskan.

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya pada 26 Ogos lalu memutuskan Hanapi Daud (pihak polis) telah secara salah menangkap Dr. Mohd Hatta Ramli, Mazlan Mohamed Yasin dan Nazri Ahmad.

Hakim dalam keputusannya berkata, pihak polis telah gagal menyatakan sebab penangkapan di samping ternyata bersalah menceroboh kediaman persendirian semasa penangkapan itu.

Berikutan itu, hakim memutuskan Hanapi selaku defendan dikehendaki membayar ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi tauladan dan ganti rugi melampau kepada tiga aktivis PAS terbabit.

Menurut fakta kes, pada jam 9.15 malam 10 Jun 2004 satu majlis ceramah penerangan telah diadakan di Markas Pas Kawasan Rompin, di nombor 42 Desa Teratai, Muadzam Shah. Ketua Polis Daerah yang mengetuai sekumpulan anggota polis dari Ibupejabat Polis Rompin telah mengeluarkan arahan supaya majlis tersebut dihentikan diatas alasan tiada permit perhimpunan dikeluarkan.

Ketua Polis Daerah juga telah mengarahkan anggota-anggota polis melakukan serbuan keatas premis ceramah tersebut dan telah menangkap plaintif kedua, ketiga dan keempat tanpa menunjukkan sebarang waran tangkapan.

Anggota-anggota polis yang melakukan serbuan dan tangkapan keatas premis tersebut telah merampas segala peralatan sistem bunyi (P.A. System) dan secara kasar yang telah mengakibatkan kecederaan pada plaintif keempat.

Berikutan itu, mereka bertiga telah ditahan, digari dan dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Rompin untuk disoal-siasat sehingga keesokan harinya.

Kes tersebut difailkan oleh ketiga-tiga ahli PAS itu pada 1 Disember 2004 di Mahkamah Tinggi Malaya Kuantan melalui firma guaman Mohamad Hanipa & Associate.

Plaintif memohon deklarasi bahawa penangkapan dan penahanan mereka pada masa ceramah tersebut tidak sah, terbatal, tidak berpelembagaan dan tidak mempunyai apa-apa kesan.

Plaintif juga memohon deklarasi bahawa majlis ceramah yang diadakan di markas PAS Kawasan Rompin (pada 10 Jun 2004) tidak memerlukan permit polis di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Selain itu, plaintif memohon deklarasi bahawa defendan telah bertindak melampaui batas kuasainya di bawah Akta Polis 1967 dan tindakan defendan tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa (abuse of power).

Plaintif turut memohon deklarasi bahawa defendan telah melakukan pencerobohan ke atas markas PAS Kawasan Rompin dan menuntut ganti rugi serta lain-lain relif difikirkan sesuai oleh mahkamah. -harakahdaily

PENGUNDI SARAWAK DAH CELIK, BANTUAN PERSEKUTUAN DAH TAK PELIK

Posted: 09 Feb 2011 01:13 AM PST

SEBAGAI ANAK SARAWAK SAYA TAK KESAH KALAU MINYAK, HARGA BARANG NAIK MENGIKUT ARUS HARGA PASARAN DUNIA...TETAPI SAYA PALING PANTANG DAN BENCI KALAU PEMIMPIN ITU MENJADI DALANG DALAM MEROBOHKAN RUMAH PANJANG ORANG IBAN DI BINTULU, MENJADI DALANG DALAM MENIPU ORANG-ORANG DAYAK YANG KONONNYA PROJEK KELAPA SAWIT MENGUNTUNGKAN PEMILIK TANAH NCR TETAPI SESEN DIVIDEN PUN TAK MAMPU BAYAR.

SAYA PALING BENCI PEMIMPIN YANG BUTA DEK DUIT DAN KUASA, KALAU BETUL MEREKA PEMIMPIN YANG BAIK...AYUH !!! TOLONG ORANG-ORANG DAYAKS DALAM MEMPERJUANGKAN HAK-HAK ORANG DAYAKS, MASIH BANYAK LAGI KES-KES KELAPA SAWIT DAN KES-KES PENCEROBOHAN TANAH NCR DI MAKAMAH. KALAU BETUL PEMIMPIN ITU MEMBERI KEUTAMAAN KEPADA RAKYAT, AYUH !!! JANGAN TERLALU DUDUK SELESA DI DALAM PEJABAT SAMBIL-SAMBIL MENGIRA DUIT DI DALAM BANK.

ORANG-ORANG SARAWAK MASA KINI TAK BUTA DAN ORANG MUDA SARAWAK MASA KINI LEBIH BIJAK DALAM MENILAI MANA PEMIMPIN YANG BAIK DAN BOLEH MEMPERJUANGKAN HAK-HAK ORANG PRIBUMI SARAWAK.

TAK KESAH SIAPA PEMIMPIN ITU, BAIK DIA DARI PR,BEBAS ATAU SEBALIKNYA. YANG PENTING HAK-HAK ORANG PRIBUMI SARAWAK DIUTAMAKAN...BUKAN HANYA CRONIES SI PEMIMPIN YANG SEMAKIN KAYA SABAN TAHUN DENGAN MENDAPAT PROJEK BAIK SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG.

INGAT WAHAI BN, KINI ANDA TIDAK BERSEORANGAN, KINI ANDA TIDAK BOLEH LEKA DALAM MEMBUAT KERJA, ANDA TIDAK BOLEH ACUH TAK ACUH DALAM MEMBUAT KERJA...KERANA SEDIKIT KELEKAAN ANDA AKAN MENYEBABKAN ANDA KEMUNGKINAN KEHILANGAN UNDI KEPERCAYAAN DARI ORANG PRIBUMI SARAWAK. DENGAN KEADAAN MASA KINI YANG SERBA MODEN, NESCAYA ORANG-ORANG PRIBUMI DI SARAWAK MENDAPAT MAKLUMAT DENGAN CEPAT.

BUKIT SENTOSA 2 KE ARAH MENDAPATKAN CF

Posted: 09 Feb 2011 12:40 AM PST


Foto ini adalah jalan yang sedang disiapkan dari jalan seroja 1 Kawasan Kedai sehingga belakang kawasan Taman Seroja Perumahan.

Kerajaan negeri akan selesai masalah sijil layak menduduki di Bukit Beruntung, Bukit
Sentosa
Sejak April 2010 Kerajaan Negeri Selangor bersetuju akan satu kaedah untuk menyelesaikan masalah ketiadaan Sijil Layak Menduduki (CF) yang membimbangkan pemilik-pemilik rumah di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, Hulu Selangor sejak tahun 2002.

Sebelum ini pembangunan-pembangunan yang terlibat telah hanya dikeluarkan Sijil
Layak Menduduki Sementara (TCF) kerana terdapat jalan-jalan yang tidak lagi
dibina dengan sepenuhnya oleh pemaju.
Contohnya terdapat jalan 4 lorong yang baru dibina 2 lorong.
Sedemikian, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melengkapkan pembinaan
jalan-jalan itu dan kosnya akan dicaj kepada pemaju atau kumpulan syarikat
pemaju tersebut.
Oleh itu, sijil layak menduduki boleh dikeluarkan secepat mungkin untuk 1,521
unit kediaman yang terlibat.
Pembangunan-pembangunan yang terlibat adalah:

a) 125 unit rumah teres kos sederhana rendah 1 tingkat di atas sebahagian
Lot 3244, Bukit Beruntung, Mukim Hulu Yam.

b) 172 unit rumah teres sederhana rendah 1 tingkat di atas sebahagian Lot
3244, Bukit Beruntung, Mukim Hulu Yam.

c) 590 unit rumah teres 2 tingkat di atas sebahagian Lot 3244, Bukit
Beruntung, Mukim Hulu Yam.

d) 296 unit rumah teres 2 tingkat dengan 2 unit pencawang elektrik di Fasa
21C1 (201 unit) dan 21C2 (95 unit) di atas Lot 353 dan 1729, Bukit Sentosa,
Mukim Serendah.

e) 338 unit rumah teres 2 tingkat dan 4 unit pencawang elektrik di Fasa 16C
di atas sebahagian Lot 353 dan 1729, Bukit Sentosa, Mukim Serendah.

SENARAI PANJANG ADUN SG. PANJANG

Posted: 08 Feb 2011 11:46 PM PST



1. Mengarahkan pembelian kereta Mercedes S350 bernilai RM1 juta dengan menggunakan dana anak syarikat Selangor (Kumpulan Darul Ehsan)
2. Membelanjakan RM40 juta hanya untuk membuat 10 buah 'banglo' bagi penempatan ahli Exco Kerajaan Negeri.
3. Dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir Toyo sendiri mencabar BPR menyiasat namun semuanya senyap dan ditutup.
4. Dokumen berkaitan dakwaan kerajaan negeri yang menyatakan Kerajaan BN sebelum ini telah menghilangkan 'keuntungan' RM30 billion. Contoh punca kehilangan ialah Canal City joint-venture project yang dianugerahkan oleh Khir Toyo melibatkan 810ha secara 'percuma' kepada sebuah syarikat swasta.
A special investigative team which was set up for the purpose would probe how certain senior officers of the corporation were holding 30% shares in a subsidiary. This included a investigation of RM100,000 gift to former Mentri Besar as a bonus. In 2007, the state government only collected RM17mil revenue from sand mining instead of the RM170mil which it was supposed to get
Setelah tiga hari kejatuhan kuasa kerajaan negeri Selangor ke atas Pakatan Rakyat, Zaharah Kechik yang merupakan mantan pengerusi Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) memanggil mesyuarat tergempar Balkis untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian. Wang kira-kira RM9.9 juta milik Balkis dilapor dipindahkan ke satu akaun lain, sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti).
Percubaan membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 13 Mac bagaimanapun berjaya dihalang Menteri Besar baru Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tindakan Zaharah Kechik itu dikatakan tidak sah di sisi undang-undang karena mengikut perlembagaan Balkis, badan itu dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar kerajaan semasa, di mana pada hari mesyuarat tergempar tersebut, beliau bukan lagi isteri Menteri Besar negeri Selangor. Isu itu akan dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri pada mesyuarat yang akan datang.
Pembohongan tentang Konsultansi Juruaudit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juruauditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28 April 2008, Juruaudit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juruaudit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya.
Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.
Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.
Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.
Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.
Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.
Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.
Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.
Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.
Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?
Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.
Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.
Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.
Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.
Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.
Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.
Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."
Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.
Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.
Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

PERSEDIAAN HEBAT KABINET BN SEKIRANYA PUTRAJAYA DIKUASAI PAKATAN RAKYAT

Posted: 08 Feb 2011 08:25 PM PST

Perdana Menteri Malaysia samada cuba membuat rekod dunia kedua atau membuat persediaan bila BN akan kalah dalam PRU13?
Sebelum ini beliau sudah membuat rekod dunia di mana belum pernah mana-mana Perdana Menteri duduk di atas jalanraya menyaksikan perlawanan bola antara Malaysia dan Indonesia. kali ini PM pertama bermesuarat kabinet di Kuantan.
Dan mesyuarat unik ini mungkin persediaan kontigency bila Barisan Nasional gagal menguasai Putrajaya. Sedemikian Najib mengajak kabinetnya berjinak-jinak dan membiasakan diri untuk bermesyuarat di luar Putrajaya (Kira BN cuba tiru cara Pakatan Rakyat bermesyuarat di bawah pokok).

Najib Pengerusi Mesyuarat Kabinet Di Kuantan.
KUANTAN: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mempengerusikan mesyuarat kabinet di sini, yang pertama diadakan di luar Putrajaya sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009.
Perdana Menteri bersama jemaah menteri tiba menaiki tiga buah bas di bangunan Yayasan Pahang pada 8.15 pagi Rabu.
Mereka kemudiannya mengadakan sesi bergambar sebelum menikmati sarapan dan mendengar taklimat pembangunan ekonomi negeri Pahang yang disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
Tepat 9.30 pagi, Najib bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan 28 menteri memulakan mesyuarat.
Selepas itu, Najib dan jemaah menteri dijadual melawat Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Bukit Kenau di Pekan yang mengandungi pusat kraftangan, rumah peserta, projek ternakan ikan keli dan ternakan kambing, projek pertanian fertigasi dan inap desa Bukit Kenau.- BERNAMA

WALAU DIBERI KENAIKAN 15% GAJI & PENCEN , RAKYAT MAHU PM LETAK JAWATAN ?

Posted: 08 Feb 2011 08:07 PM PST



PM (Presiden Mesir) Hosni Mubarak tiba-tiba cuba sedaya upaya mengelak meletak jawatan dengan meluluskan kenaikan gaji dan pencen sebanyak 15% melalu kabinet barunya yg lama cuma dia bagi meredakan kebangkitan rakyat mahu beliau berundur.
Setakat ini rakyat pandang dingin tawaran dan kelulusan kenaikan yang dianggap gula-gula dan topeng Hosni Mubarak mengambil hati rakyat yang sudah terluka dan teraniaya sejak lama.

PANEH PANAS ! BLOGGER UMNO PUN KATA CHUA SOI LEK WAKIL CINA MELAMPAU

Posted: 08 Feb 2011 07:02 PM PST

1. Bangsa minoriti atau pendatang, WAJIB menjadi kaum yang baik dan menghormati pribumi Persekutuan Tanah Melayu.

2. Kaum pendatang atau minoriti WAJIB bersyukur atas segala nikmat yang telah mereka perolehi di Persekutuan Tanah Melayu selama ini jika hendak dibandingkan dengan nasib sebangsa mereka di Indonesia dan Thailand.

3. Cina di Indonesia dan Thailand diharamkan menggunakan nama Cina, serta tidak diberi peluang langsung untuk membina sekolah Cina, apatah lagi untuk belajar menggunakan bahasa ibunda mereka.

4. Berbeza dengan Malaysia, apa saja yang diminta mahupun didesak oleh kaum Cina, maka pasti kerajaan (Najib) akan tunaikan. Apa yang sekolah kebangsaan dapat daripada kerajaan, maka semua sekolah Cina pun akan dapat benda yang sama.

5. Namun yang gagal difahami oleh kebanyakan Menteri Kabinet berbangsa Melayu (Najib) di negara ini ialah penekanan istilah atau aspek teknikal perkataan dan ayat dalam Perlembagaan Persekutuan adalah amat penting sebelum Menteri (Najib) merangka dasar atau memberi wang dengan sewenang-wenangnya kepada sekolah vernakular. Perkataan-perkataan dalam Perkara 152 (a) dan 152 (b) seperti "menggunakan", "mengajar", "belajar", "penggunaan" serta "pengajian" adalah perkataan-perkataan untuk membezakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan bahasa-bahasa lain yang terdapat di Malaysia (sila rujuk Perlembagaan Persekutuan).

6. Berdasarkan Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan, sekolah vernakular (SJKC & SJKT) sepatutnya dikategorikan sebagai sekolah swasta sebagaimana Sekolah Jepun atau sekolah antarabangsa yang lain terdapat di Malaysia. Kerajaan tidak bertanggungjawab untuk memberi kemudahan serta bantuan kewangan daripada dana negara atau negeri kepada SJKC dan SJKT, apatah lagi melambakkan berjuta ringgit kepada sekolah vernakular ini di setiap PRK. Kerajaan hanya dibolehkan memberi bantuan kewangan hanya dengan tujuan untuk memelihara "penggunaan dan pengajian" bahasa kaum lain tetapi bukannya untuk "belajar dan mengajar" bahasa-bahasa kaum lain iaitu mandarin dan tamil.


7. Mengutamakan bahasa mandarin dan tamil adalah bertentangan dengan hak kesemarataan dan hak pendidikan di Malaysia.

8. Kerajaan kini melalui Kementerian Pelajaran sebenarnya telah melanggari undang-undang Persekutuan apabila memberikan bantuan dan kemudahan kepada SJKC dan SJKT kerana secara tidak langsung kementerian telah cuba menyamaratakan sekolah kebangsaan dengan dua aliran sekolah tersebut.

9. Ini jelas merupakan satu bentuk diskriminasi kepada sekolah Kebangsaan yang memperolehi dana hanya daripada kerajaan sedangkan SJKC dan SJKT memperolehi dua saluran dana iaitu daripada kerajaan serta bantuan orang perseorangan serta entiti perniagaan kaum masing-masing.

10. Tuntutan demi tuntutan dibuat oleh kaum pendatang (Chua Porno Lek) hingga ke tahap wujud cadangan mengurangkan hak istimewa Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi Menteri Kabinet (Najib) hanya berdiam diri dan menjadi DAYUS demi memenuhi kehendak kaum minoriti.

11. Kerajaan WAJIB menolak apa saja kehendak serta tuntutan tidak munasabah kaum pendatang di negara ini. Tuntutan demi tuntutan yang dibuat kaum pendatang pasti tidak akan ada kesudahannya. Sekiranya semua kehendak pendatang ini dilayan, pasti akhirnya mereka akan menuntut pula hak sama rata dengan bangsa Melayu sebagai pribumi di Tanah Melayu ini. Perasaan ingin memiliki dan menguasai serta tidak memperdulikan perasaan bangsa Melayu oleh kaum pendatang di Malaysia sudah semacam menjadi trend masa kini.

12. Tentangan orang bukan Melayu (cina terutamanya) terhadap politik perkauman sebenarnya tidaklah mencerminkan sentimen anti-perkauman mereka sendiri. Jelas orang bukan Melayu tidaklah seikhlas mana dalam memperjuangkan kewujudan bangsa Malaysia kerana di sisi lainnya, persatuan Cina bermati-matian mempertahankan sekolah vernakular.

MENDADAK NAIK ! MINGGU INI KITA WAJIB SEMAK !

Posted: 08 Feb 2011 05:46 PM PST

Dilaporkan bahawa daftar pengundi baru telah naik mendadak, dipercayai semangat pengundi muda dan pengundi baru menjelang Pilihan raya Umum ke 13.
Sedemikian Pakatan rakyat terutamanya perlu menyemak dengan segera daftar pemilih suku ke 4 bagi memastikan deraf daftar itu diluluskan tanpa penipuan. Jika tidak, pengundi hantu akan disahkan sebagai pengundi betul jika tiada bantahan.

Pendaftaran pemilih baru pada suku terakhir 2010, melibatkan bulan Oktober hingga Disember, meningkat secara ketara sehingga mencecah 300,000 orang – dilihat dipengaruhi semangat pilihan raya umum dan gerakan pendaftaran secara agresif oleh parti-parti politik.
Jumlah permohonan baru bagi suku terakhir tahun lalu meningkat hampir sekali ganda berbanding suku pertama 2010.
Pada suku pertama Januari hingga Mac 2010, SPR menerima 134,298 permohonan baru dan ia meningkat kepada 191,970 sepanjang April dan Jun.
Manakala suku tahun keempat, Oktober hingga Disember, SPR telah menerima sebanyak 292,44 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan sebanyak 38,820 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi," kata pegawai perhubungan awamnya Sabri Said dalam satu kenyataan.

Sehingga 27 Disember 2010 lalu rekod SPR menunjukkan negara mempunyai 11,532,876 pengundi iaitu 5.956 juta pengundi kalangan orang Melayu, Cina (3.571 juta), India (839,700), Bumiputera Sabah (540,086), Bumiputera Sarawak (472,628), Orang Asli (57,453) dan lain-lain (94,555).

Dalam kenyataanya hari ini Sabri berkata, selaras dengan kehendak Peraturan 13(5A) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun keempat 2010 akan dipamerkan mulai esok hingga 15 Februari ini di 1,006 tempat pameran di seluruh negara.
Sehubungan itu kata beliau, mana-mana warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi seorang pemilih atau mana-mana pemilih yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi harus menyemak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010.
"Dalam hal ini mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 itu bolehlah membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B," katanya.
Sesiapa sahaja pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 bagi satu-satu bahagian pilihan raya itu bolehlah membuat bantahan tersebut dengan mengisi Borang C.


Sila pemilih terbabit didaftarkan di lokaliti yang betul dan bagi mengelak tohmahan atau dakwaan bahawa SPR memindahkan pemilih atau pun menukar lokaliti seseorang tanpa dipohon.
"Sekiranya terdapat kesilapan penempatan lokaliti dan maklumat pendaftaran mereka, pemilih berdaftar perlu membuat aduan kepada SPR," katanya.
Selain itu katanya, bagi pemilih-pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan untuk membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di sesuatu pusat mengundi berdekatan dengan tempat kediaman masing-masing.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi SPR melalui nombor telefon 03-88856500 atau melalui faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 09 Feb 2011 03:19 PM PST

PEMUDA PAS LADANG


Himpunan 30k Pemuda PAS Malaysia

Posted: 09 Feb 2011 07:36 AM PST

Oleh DPPN Kedah

1.0 PENDAHULUAN
Himpunan 15 K pemuda yang dirancang dan dijayakan pada tahun 2006 telah meletakkan tanda aras serta ukuran melalui sistem Komuniti UKJ yang dibangunkan setahun sebelum itu. Seramai 5 orang pemuda di setiap cawangan yang telah didaftarkan melalui Sistem Komuniti UKJ telah menyertai Himpunan tersebut. Mengikut rekod, Himpunan tersebut dihadiri seramai 12,600 peserta dari seluruh negara kecuali dari Johor dan Melaka (kerana musibah besar berlaku di negeri tersebut).

Kini setelah 4 tahun berlalu Himpunan yang sama dirancang dengan jangkaan peserta yang lebih besar sekali ganda dari jumlah pada tahun 2006 (30,000 pemuda). Ukurannya adalah seramai 10 orang pemuda yang didaftarkan melalui sistem Komuniti UKJ. Jika dikumpulkan sebanyak 3000 cawangan yang berdaftar, seramai 30,000 pemuda mampu dihimpunkan.
Himpunan ini memerlukan pengorbanan yang besar serta komitmen yang tinggi dari semua Ahli jawatankuasa serta pimpinan bagi merealisasikannya. Sudah pasti, tujuan kehadiran peserta adalah untuk melihat kemampuan dan kekuatan pemuda di seluruh negara di samping menggempur Parlimen dan DUN yang disasarkan sebagai persediaan menghadapi PRU ke 13 dan menambah motivasi petugas-petugas PAS di seluruh negara.

2.0 OBJEKTIF
2.1. Mengumpulkan kekuatan pemuda seramai mungkin sebagai persiapan menghadapi PRU ke 13.
2.2. Mempertahankan kerajaan negeri Kedah pada pilihanraya umum ke 13.
2.3. Menonjolkan pemuda PAS sebagai pendokong utama kerajaan negeri Kedah Darul Aman.

3.0 TARIKH/ MASA/ TEMPAT

Tarikh : 19 Februari 2011 / bersamaan 16 Rabiulawal 1432 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 malam
Tempat: Kompleks PAS Kedah, KM 13, Jalan Alor Setar – Sungai Petani, 06650 Simpang
Empat, Alor Setar, Kedah.


5.0 PESERTA
5.1. Ahli sistem Komuniti UKJ yang telah didaftarkan dan disenarai pendek dan bukan Exco DPPK (Minimum 10 orang 1 cawangan x 3000 cawangan)
5.2. Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (Pemuda) = 100 setiap negeri
5.3. Exco DPPK (20 orang x 150 kawasan)
5.4. Exco DPPN (15 orang x 14 negeri)
5.5. Exco DPPP ( 35 orang)
Yuran Penyertaan : RM 10 seorang


12.0 PENUTUP
Semoga program ini mendapat sokongan yang padu dari semua pihak. Sesungguhnya kejayaan yang kita dambakan menuntut komitmen dan pengorbanan serta rasa kebersamaan yang tinggi seluruh ahli pemuda. Mudah-mudahan dengan segala usaha ini menjadi satu persiapan untuk kita menghadapi mehnah PRU 13 yang bakal tiba tidak lama lagi. Hanya padaNya kita berserah dan hanya padaNya kita mohon pertolongan. Wallahu'alam.




ATURCARA PROGRAM


(19 Februari 2011 – SABTU)
PAGI
6.30 pagi – 9.30 pagi : Pendaftaran dan sarapan pagi
9.45 pagi : Ketibaan tetamu-tetamu kehormat
9.50 pagi : Ketibaan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah
10.00 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu PAS dan AMAL.
: Ucapan Aluan Ketua DPPN Kedah
: Ucapan Aluan Pengarah Himpunan
: Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
: Ucapan Perasmian
Oleh : YAB Dato' Seri Ustaz Hj Azizan Abdul Razak
– Menteri Besar Kedah.
11.00 pagi : Pidato Khas : Motivasi Pilihanraya Pemuda
Ybhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man – Naib Presiden PAS
YB Salahuddin Ayub – Naib Presiden PAS
Ybhg Ustaz Idris Hj Ahmad - Ketua Penerangan PAS Pusat
YBhg Dato' Abu Bakar Chik – AJK PAS Pusat
YBHg Hj Mohamad Sabu – AJK PAS Pusat


PETANG
1.30ptg : Makan tengahari / Solat Zuhur
2.30 ptg : Program Anak Muda - KONSERT
4.00 ptg : Ucapan Penutup
oleh : Ustaz Nasharuddin Mat Isa – Timbalan Presiden PAS
5.00 ptg : Perlawanan Bolasepak Persahabatan
Pasukan Pemuda PAS vs Pasukan Bekas Pemain Bolasepak . Kebangsaan
6.45 ptg : Rehat


MALAM
7.30 malam : Solat Maghrib dan Munajat Perdana bersama
YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
9.00 malam : Ceramah Umum
YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Ybhg Ustaz Nasharuddin Mat Isa
YBhg Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
YAB Dato' Seri Ustaz Hj Azizan Abdul Razak


12.00 malam : Bersurai

HENTIKAN PENIPUAN

Posted: 09 Feb 2011 07:34 AM PST

Oleh Mohamad Sabu

Setiap kali pilihanraya kecil atau pilihanraya besar yg berlaku di malaysia, rakyathanya ingin mengetahui siapa yg menang siapa yg kalah. parti-parti politik yg bertanding menunggu dgn penuh debaran akan keputusan pilihan raya yg dibuat oleh rakyat dlm pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. Rakyat dan parti-parti politik jarang memerhatikan perjalanan pilihanraya, sama ada ia berjalan dgn adil dan saksama.

Sejauh mana pihak pemerintah menggunakan media dan pengawalan berita semasa pilihanraya kurang diperhatikan oleh rakyat. sebelum berkempen sehingga hari pilihanraya, parti pemerintah BN menyalahgunakan media sepenuhnya seperti RTM,TV3, dan akhbar2 utama seperti Utusan,Berita Harian dan STAR, parti pembangkang tidak berpeluang menjawab atau memberi penjelasan terhadap sesuatu tuduhan yang dilemparkan oleh media yg disalahgunakan oleh BN

Perjuangan untuk mendapatkan kebebasan, keadilan, terutama dlm pilihanraya amat perlu dititikberatkan oleh rakyat dan parti-parti politik. rakyat yg berfikiran waras akan menerima keputusan pilihanraya jika ianya dikendalikan secara adil, bukan keputusan pilihanraya yg menentukan keadilan, sebaliknya perjalanan pilihanraya menentukan keadilan.

Undi pos masih dipertikai oleh parti-parti politik dan NGO di Malaysia. lebih 80% undi pos selalunye memihak kepada pemerintah BN. kita amat ragu dengan keputusan undi pos keran ia tidak selaras dgn perkembangan corak pengundian rakyat malaysia. Sebab itulah himpunan rakyat BERSIH memintak supaya undi pos dihapuskan, diganti dgn cara yg lain.

Polis menjadi jentera barisan Nasional untuk menghalang ceramah-ceramah parti0parti pembangkang terutama di Johor, khasnya di kawasan FELDA. Polis sewajibnya bertugas menjaga keselamatan rakyat sudah bertukar untuk menjaga 'keselamatan' BN.

Penyalahgunaan jentera kerajaan, rasuah, peruntukan segera kepada kawasan pilihanraya kecil yg ada pertandingan menjadi lumrah bagi pemerintah BN. menteri-menteri bergilir ganti dtg ke kawasan pilihanraya untuk memberi habuan kpd rakyat dan bukan lagi menceritakan dasar kerajaan BN.

Dengan undi pos,rasuah,pemberian habuan segera dari kerajaan BN, sekatan polis untuk parti-pari yg tidak memerintah untuk memberi penerangan, media yg dikongkong oleh kerajaan BN, apakah yg diharapkan tentang perjalanan demokrasi yg bersih di Malaysia?

kira-kira 2 bulan yg lau, parti pemerintah Mesir pimpinan Hosni Mubarak menANG LEBIH 97% kerusi parlimen. apakah kemenangan yg diukur atau perjalanan pilihanraya? sekarang jutaan rakyat Mesir ke;uar ke jalan raya dan memberitahu dunia bahawa pilihan raya di Mesir penuh dgn penipuan kerajaan Mesir penuh dgn amalan rasuah,nepotisme,zalim dan diktator. mereka tidak percaya lagi dgn sistem pilihanraya yg tidak adil.

Apakah perkara yg berlaku di Tunisia dan Mesir satu hari nanti akan berlaku di Malaysia? keadaan ini dapat di elakkan sekiranya kerajaan BN sedia membuat perubahan sebelum rakyat meruap dan meluat. keadilan dan demokrasi mesti ditegakkan demi untuk keamanan.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

Posted: 09 Feb 2011 03:13 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


Montaj PRK DUN TENANG CIKGU MALA 月亮代表我的心.mp4

Posted: 09 Feb 2011 09:47 AM PST

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 09 Feb 2011 01:37 PM PST

Pas Cawangan Kota Kemuning


Mahathir persalahkan polis

Posted: 08 Feb 2011 07:54 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 09 Feb 2011 01:33 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Ceramah Penerangan JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT, Hadirlah Beramai-Ramai!

Posted: 09 Feb 2011 02:06 AM PST



Peta Lokasi Kg. Tengah berhampiran Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas




Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 09 Feb 2011 01:02 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


PAS Melaka tidak lagi wajar fikir lahirkan anak sulung

Posted: 09 Feb 2011 05:18 AM PST

PILIHAN raya umum ke-13 semakin hampir, jadi sewajarlah parti-parti yang bertanding bersiap sedia. Namun masih ada saki baki masa untuk melakukan muhasabah diri dan pecutan terakhir. PAS Melaka yang belum memenangi sebuah kerusi pun sama ada di peringkat negeri dan Parlimen perlu tangkas bangkit, meyakinkan rakyat mereka berupaya menguasai kerajaan negeri sekali gus menghantar seorang Ketua Menteri baru daripada parti itu.

Ini kerana melalui pilihan raya umum lalu, PAS sudah berjaya menzahirkan kerusi di negeri-negeri Selatan yang tradisinya kubu kuat Umno iaitu Negeri Sembilan dan Johor tetapi di Melaka tetap sifar (0). Apabila hal ini berlaku, ada pemimpin dan penyokong masih dalam angan-agan untuk melahirkan anak sulung sama seperti pada pilihan raya sebelum ini, lantas usaha mereka setakat itu saja sedangkan jendela perlu dibuka seluas-luasnya.

PAS Melaka perlu perlu berusaha dan bekerja terangat keras bagi membuktikan kepada rakyat mereka mampu dan berhak merajui negeri ini, lantas menyakinkan rakyat terutama orang Melayu supaya memilih mereka. Jika ini tidak dilakukan dengan mereka masih dibuai angan-angan untuk melahirkan anak sulung, orang Melayu tidak akan ada keyakinan kepada mereka lantas PAS akan kecundang buat kesekian kalinya.

Kesempatan penulis berbual-bual dengan orang Melayu peringkat akar umbi termasuk daripada PAS sendiri menunjukkan bahawa mereka tidak bersedia dan tidak akan sesekali dapat menerima seorang tokoh daripada DAP (kemungkinan besar berbangsa Cina) menjadi Ketua Menteri negeri ini. Namun hal ini (kemungkinan seorang bukan Melayu menjadi Ketua Menteri) tidak dapat dielakkan jika gerak kerja PAS masih dalam angan-angan untuk melahirkan anak sulung.

Jumlah kerusi Dun Melaka adalah 28 buah. Ketika ini BN menguasai 23 daripadanya manakala DAP lima, manakala PAS dan PKR sifar (0). Daripada 28 kerusi, melalui pilihan raya 2008, DAP bertaruh 8 dan menang 5. PAS bertanding 13 kerusi tetapi kalah semua manakala PKR bertanding 7, juga kalah semua.

Seorang pemimpin PAS yang ditemui berkata, pada pilihan raya umum berikutnya, PAS dijangkakan bertanding di 13 kerusi, DAP 8 dan PKR 7 (sama seperti pilihan raya 2008). Berdasarkan ini, jika berlaku sedikit perubahan dengan sokongan kepada Pakatan Rakyat meningkat dengan diandaikan DAP menang di kesemua Dun (8), PAS mendapat 4 kerusi manakala PKR 3 kerusi, tentunya kerajaan negeri bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat, tetapi apa yang dibimbangi oleh rakyat peringkat akar umbi Melaka, DAP akan menerajui kerajaan negeri dan kemungkinan seorang bukan Melayu menjadi ketua menterinya.

Berdasarkan kegusaran rakyat peringkat akal umbi ini, ditambah dengan keghairahan sesetengah pemimpin PAS untuk hanya bercita-cita melahirkan anak sulung, tentunya ini tidak dapat meyakinkan rakyat terutama orang Melayu untuk mengundi PAS pada pilihan raya akan datang.

Apatahlah lagi kini berlaku gertakan sesetengah pemimpin Umno bahawa jika memberi sokongan kepada Umno-BN, terimalah padahnya nanti, kamu akan berketua-menterikan seorang bukan Melayu. Berdasarkan senario ini adalah amat penting bagi semua warga PAS, tidak kira pemimpin atau peringkat akar umbi bekerja tersangat keras di samping berdoa kepada Illahi agar dimenangkan PAS pada pilihan raya itu. Kerja keras itu bukan setakat untuk mendapat anak sulung, malah menang sekurang-kurangnya sembilan kerusi bagi membolehkan seorang ketua menteri Islam daripada PAS dilantik. Persoalannya, adakah gerak kerja sekarang adalah untuk menang sekurang-kurang sembilan kerusi atau tetap dengan nostalgia hendak melahirkan anak sulung?

Berdasarkan kehendak rakyat peringkat akar umbi, cita-cita melahirkan anak sulung sewajarnya sudah lama dikuburkan, kini PAS Negeri perlu memperhebatkan gerak saraf dan usaha bagi meyakinkan semua rakyat terutama orang Melayu bahawa ia benar-benar sudah bersedia untuk menggantikan Umno.

Ini sejajar dengan seminar 'PAS sedia ganti Umno' baru-baru ini yang pada majlis perasmiannya, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang antara lain menegaskan: "Kita kena memenangi undi orang Melayu yang bukan daripada kalangan kita, bukan ahli PAS. Pengundi Melayu tetap menjadi keutamaan untuk 'dimenangi' bagi memastikan Pakatan Rakyat memperolehi mandat bagi membentuk kerajaan baru."

Persoalannya, sudah bersediakah orang Melayu Melaka memberi undi mereka kepada PAS? Pada pilihan raya umum Mac 2008, hanya ada satu dua kawasan saja PAS kalah kepada calon Umno (BN) dengan majoriti kecil (kurang 2,000) iaitu di N4 Lendu (majoritinya 1,633) apabila Iderris Kassim (BN) meraih 3,798 undi berbanding calon PAS, Mohd Amir Yaakub yang mendapat 2,165 undi dan di N9 Durian Tunggal (majoritinya 1,476) apabila Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman mendapat 2,841 undi manakala calon Umno-BN, Ab Wahab Ab Latip mendapat 4,713 undi.

Jika dilihat kepada komposisi kaum di kalangan pengundi di Dun ini (Lendu dan Durian Tunggal), kira-kira 72 dan 67 peratus masing-masing adalah Melayu; mungkinkah ini bermakna PAS mencatat peningkatan undi di kawasan yang sekalipun majoritinya Melayu tetapi mempunyai pengundi Cina dan India yang besar.

Di kawasan peratusan pengundi Melayunya sangat tinggi seperti di Tanjung Bidara (kira-kira 93 peratus), Ayer Limau (89 peratus), Serkam (87 peratus) dan Ayer Molek (84 peratus), undi yang diraih PAS tidak memberangsangkan. Di Tanjung Bidara PAS kalah dengan majoriti 3,304, di Ayer Limau 3,383 dan di Ayer Molek 2,279 undi. Apakah ini bermakna orang Melayu Melaka masih keberatan mengundi PAS?

Berlainan kegagalan PAS di kawasan majoriti pengundi Melayu yang sangat tinggi, di kawasan bercampur-campur misalnya di Parlimen Bukit Katil (P137), di mana pengundi Melayunya hanya kira-kira 51 peratus, calon PKR, Khalid Jaafar kalah dengan dengan majoriti kecil 1,758 undi. Malahan di Dun Bukit Baru dalam Parlimen yang sama di mana peratusan pengundi Melayunya hanya kira-kira 55 peratus, Ketua Menteri, Mohd Ali Rustam menang dengan majoriti 2,708 undi. Beliau memperolehi 7,644 undi berbanding calon PAS, Bakrin Sidek yang mendapat 4,936 undi.

Pada pilihan raya 2008 itu, DAP menang lima kerusi iaitu di Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir, Bachang dan Ayer Keroh. DAP tewas di tiga Dun - Duyong (N21) kepada calon MCA-BN dengan majoriti hanya 806 undi, di Klebang (N14) dengan majoriti 1,303 dan di Bemban (N24) dengan 2,141 undi.

Semua kekalahan DAP ini, majoritinya kecil saja, pada pilihan raya umum ke-13, kemungkinan besar DAP menang kelapan-lapan kerusi ini. Jika DAP menang lapan, PAS perlu menang sembilan untuk menerajui kerajaan Pakatan Rakyat di negeri bersejarah Melaka. Berdasarkan peningkatan undi PAS di kawasan yang pengundinya lebih bersifat bercampur-campur (peratus pengundi Melayunya 50-60 peratus), PAS diramalkan boleh mendapat sebuah dua kerusi di kawasan seperti ini tetapi apakah hal di kawasan peratusan Melayunya tersangat tinggi seperti di Tanjung Bidara, Ayer Limau dan Ayer Molek? Inilah yang PAS perlu fikirkan, bagaimana mahu menukar pengundi pekat Umno ini untuk menyokong dan mengundi PAS atau setidak-tidaknya terus menyokong Umno tetapi mengundi PAS.

Kalau pengundi pekat Umno ini terus ditakut-takutkan jika mengundi PAS, Ketua Menteri akan bertukar tangan kepada DAP dan kemungkinannya seorang Cina; PAS akan terus tenggelam, gagal mendapatkan undi orang Melayu.

Berdasarkan senario inilah PAS perlu bekerja dengan tersangat kuat bagi meyakinkan pengundi tidak kira Melayu, Cina atau India mengundinya untuk membentuk sebuah kerajaan negeri Pakatan Rakyat diterajuinya sendiri. Oleh itu keazaman dan usaha melahirkan anak sulung perlu ditukar kepada kerja tersangat keras bagi melahirkan anak sulung kembar sembilan.

Insya-Allah PAS boleh melakukannya dengan usaha yang tersangat kuat di samping berdoa kepada Allah SWT. Doa adalah senjata terkuat orang mukmim, insya-Allah PAS akan membuat perubahan paling hebat di Melaka, yang mantan Ketua Penerangannya, Dr Mujahid Yusuf Rawa pernah mengingatkan kira-kira sedekad lalu, Melayu Melaka insya-Allah akan berubah dalam tempoh 15 tahun. Kini masanya hampir tiba, 10 tahun sudah berlalu, Melaka akan berubah dalam tempoh lima tahun ini, lebih cepat lebih baik bagi kesejahteraan rakyat dunia dan akhirat.

Sumber

DUN Lembah Jaya

Posted: 09 Feb 2011 11:35 AM PST

DUN Lembah Jaya


Rumah Pangsa Mesra Ria: Perbincangan Wakil Penduduk, Pihak Pengurusan Lancar

Posted: 09 Feb 2011 06:35 AM PST


Berminggu lamanya menghadapi masalah lampu lobi dan kerosakan lif, penduduk Rumah Pangsa Mesra Ria melalui wakilnya bersetuju berbincang dengan pihak pengurusan dan pemaju bagi mengatasi setiap permasalahan yang timbul.

Perbincangan yang diadakan pada 8 Februari di Dewan Mesra Prima itu dihadiri oleh wakil dari pejabat ADN Lembah Jaya Saudara Khairolbazli Husin yang mempengerusikan perbincangan, Ketua Kampung Ampang Campuran Tuan Hj Mohd Saleh Daud, Ketua Kampung Seri Taman Baru Encik Abdul Aziz Abdul Ghani dan Ahli Majlis MPAJ Encik Supiramani. Wakil penduduk terdiri daripada Saudara Sulaiman Noh dan Encik Ravindrannathan.

Segala kekeliruan, salah faham serta kurangnya keberkesanan dalam tindakan hingga menyebabkan berlakunya masalah yang dihadapi oleh para penduduk sudah diperjelaskan oleh wakil pihak pemaju dan pengurusan. Kerjasama penuh akan sentiasa diberikan oleh penduduk bagi menjamin keselesaan mereka, kata wakilnya Saudara Sulaiman.

Khairolbazli selaku wakil pejabat ADN dalam ucapan ketika menangguhkan perbincangan menyatakan walau apapun perancangan yang dirangka, yang terpenting ialah hubungan baik dan erat antara penduduk dan pihak pengurusan yang menjadi kunci utama penyelesaian sebarang masalah. Perbincangan berakhir jam 11.00 pagi sebelum mereka melawat kawasan-kawasan di rumah pangsa berkenaan yang dilaporkan bermasalah.


Encik Supiramani (paling kanan) mengutarakan pendapatnya


Khairolbazli (kiri) dan Ravindrannathan

Kabel elektrik yang dilaporkan dicuri yang menyebab lobi lif hingga tingkat 16 bergelap

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 09 Feb 2011 11:29 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


PAKAR LAUT MENCARI BUDAK LEMAS

Posted: 09 Feb 2011 04:22 AM PST

E-mail Print PDF
http://buletinonline.net/images/stories/berita39/roslirimau.jpg- Operasi mencari adik Zainal Ikmal diteruskan (Kemaskini 2am 9 Feb)
Chukai, KEMAMAN
- Operasi mencari dan menyelamat adik Zainal Ikmal Abdullah, 12, yang dikhuatiri lemas di pantai Geliga disini sejak Jumaat 4 Februari lalu, masih diteruskan.

Majlis Tindakan DUN Chukai dengan kerjasama dan sokongan para petugas dari Cawangan-cawangan PAS bertungkus lumus membantu pihak keselamatan dalam usaha tersebut.

Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata selain dari usaha secara fizikal, usaha 'rohaniah' dengan mendirikan solat hajat dan bacaan Yassin turut dilaksanakan.

"Hari ini adalah hari ke 4 sejak adik Zainal Ikmal hilang Jumaat lalu, pihak bomba dan penyelamat meneruskan operasi 'search and rescue'.

(Gambar kiri - Dzulkifli Mohd Nor (Rosli Rimau) menggunakan teropong mengawasi pasukan penyelamat sambil memerhati sekiranya Zainal Ikmal masih terapung di laut)

"dan pihak MTD Chukai telah memberi bantuan sejak hari pertama, sebaik mendengar kejadian,"ujar Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat, ketika dihubungi Buletinonline.

Menurutnya pada hari pertama kejadian pihak MTD Chukai telah membekalkan kanopi, lampu limpah dan sebuah bot 'fiber', bagi memudahkan pihak keselamatan menjalankan tugas.

Katanya selain dari usaha secara fizikal, usaha 'rohaniah' secara bermunajat kepada dengan mendirikan solat hajat dan bacaan Yassin turut diadakan.
http://buletinonline.net/images/stories/berita39/lemaschukai.jpg
"Pihak MTD Chukai telah mengadakan dua kali solat hajat memohon pertolongan dari Allah SWT, kali pertama di tempat kejadian ditepi pantai dan kali kedua di Kampung Jaya, AlhamduliLlah, muslimat juga mengadakan bacaan Yassin di rumah ibu mangsa, Azizah Yahya, 46,"katanya.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu bersyukur kerana ada dikalangan ahli PAS yang mahir selok belok dan fitrah laut dan boleh dianggap sebagai 'pakar laut'.

Katanya, saudara Dzulkifli Mohd Nor atau dikenali dengan panggilan 'Rosli Rimau' banyak membantu pasukan Bomba dan Penyelamat dalam memberikan nasihat tentang arus dan pasang surut air laut.

"Saudara Rosli (Dzulkifli) terus berada di lokasi kejadian, beliau mahir pasal laut, banyak memberi pandangan dan nasihat kepada pasukan Bomba dan Penyelamat,"terang Haji Hanafiah.

Namun begitu, sehingga berita ini ditulis, pagi Rabu 9 Fenruari, adik Zainal Ikmal masih ditemui.

Pihak Bomba dan Penyelamat, kata Haji Hanafiah telah menyambung tugasan dan memberi masa dua hari lagi dalam usaha mencari Zainal Ikmal, samada hidup atau sebaliknya.

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/lemaschukai1.jpgJusteru itu, satu pasukan yang dianggotai oleh pemuda cawangan Geliga telah membuat gerakan mencari dengan berjalan kaki mengikut pantai sehingga ke Kampung Sungai Ular, di negeri Pahang.

"Kita masih berdoa dan berharap adik Zainal dijumpai, kita tunggu khabar daripada pasukan berjalan kaki pemuda PAS Geliga, InsyaAllah,"kata Haji Hanafiah

Jumaat lalu kira-kira jam 4.40 petang, Zainal Ikmal 12 tahun ditarik ombak deras ketika sedang leka bermain pasir bersama dua sepupunya, Mohd Adzim Shakirin Azhar, 12, dan Mohd Azrafiq Shazrin Azhar, 10,di pantai Kampung Geliga Baru lebih kurang 300 meter dari rumah mereka.
Ombak setinggi 2 meter telah menghanyutkan Zainal 100 meter ke tengah laut, ketika abangnya Mohd Shahidil Farhan Hassan, 24, terjun ke laut untuk menyelamatkannya, sebaik diberitahu tentang kejadian tersebut.

Malangnya, Mohd Shahidil hanya mampu melihat adiknya tenggelam timbul, dalam air bergelora, apabila beliau sendiri hampir lemas setelah berenang sejauh 50 meter.

Batu Gajah Mari

Posted: 09 Feb 2011 11:24 AM PST

Batu Gajah Mari


Tahniah!! Selangor naikkan elaun guru Kafa RM300

Posted: 09 Feb 2011 10:02 AM PST

SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seluruh negeri.

Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan guru-guru Kafa di SRA dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.

Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru Kafa yang mengajar di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco berkata, kenaikan elaun bulanan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan negeri lebih RM14 juta setahun.

Pada masa ini, guru Kafa di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari kerajaan negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.

"Kerajaan negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru Kafa di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian," kata Khalid.

Rosmah calon BN di Merlimau? hahahahaha

Posted: 08 Feb 2011 04:20 PM PST


Benarkah apa yang kita akan dengar ini sesuatu yang akan berlaku di DUN Merlimau yang mana Rosmah Mansor iaitu isteri Najib akan bertanding di kerusi DUN Merlimau bagi mewakili calon BN dan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) memberi peluang kepada Rosmah untuk bertanding di PRK Merlimau yang akan datang.
Peranan beliau dalam misi (mengambil kesempatan publisiti atas misi murni menyelamat rakyat Malaysia di Mesir baru-baru ini) nampaknya sudah melebihi tugasan seorang Menteri. Saya melihat keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Rosmah sebenarnya mahukan pengiktirafan dalam kerja kuatnya di Oman, Bahrain dan kini di Mesir
Cabaran itu juga sesuai buat BN sebagai pujukan kepada hasrat Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang telah gagal meletakkan calon wanita pada PRK Tenang lalu.
Pemilihan Rosmah amat penting bagi menyelamatkan berjuta-juta wang rakyat Malaysia daripada terus dibazirkan dalam siri jelajah dunia dan pelbagai persidangan mengarut di bawah rancangan 'Wanita Pertama' Malaysia ini.
Andai benar PM Najib mahu buktikan perubahan, kita sebagai rakyat Malaysia mencabar beliau untuk menerima cabaran ini.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 09 Feb 2011 09:50 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pelancaran Kempen Bantah Saman Ekor 16 Feb 2011

Posted: 09 Feb 2011 12:33 AM PST

Majlis Pelancaran Kempen Bantah Swasta Saman Ekor
Tarikh : 16 Februari 2011 , RABU
Masa : 9 mlm
Tempat : Dewan Muhibbah, Taman Bolton, Batu Caves, Selangor

Penceramah :
1. YB Dato' Seri Anwar Ibarhim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
2. YB Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS/ Ahli Parlimen Pokok Sena / Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (KASE)
3. YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR/ Ahli Parlimen Gombak
4. YB Dato' Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor/ Exco Kerajaan Selangor
5. Ustaz Salahuddin Nasir, YDP PAS Kawasan Gombak

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Anjuran Bersama JK KEMPEN ANTI SAMAN EKOR (KASE), Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) PAS Pusat dan PAS Kawasan Gombak (Dewan Pemuda)




Timb Ketua Menteri Penang di Seremban 11 Feb 2011

Posted: 08 Feb 2011 03:52 PM PST

CERAMAH UMUM PR
Bersama :
Y.B Dato Dr Mansor Othman, TKM 1 Pulau Pinang
Y.B Yusmadi Yusof, MP Balik Pulau
Sdr Sanny Hamzan, Exco Pemuda PAS Pusat
Pada 11 Februari 2011, JUMAAT
Jam 9 malam
Di Taman Bukti Setia, Ampangan, Seremban (Bersebelahan Gelangang Silat Cekak)

Hadir beramai2....

Sumber http://wartawansukarela.blogspot.com/2011/02/ceramah-penjelasan-isu-melayu-pulau.html

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 09 Feb 2011 09:14 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


DISKUSI ILMIAH KRISIS MESIR

Posted: 09 Feb 2011 04:48 AM PST

Contoh gelombang kebangkitan rakyat yang jemu dan bosan dengan penindasan rejim pemerintah yang mengaut keuntungan daripada penindasan jangka panjang rakyat.

JENAYAH POLITIK BN YANG DIDEDAHKAN IBARAT "TIP OF ICEBERG"

Posted: 08 Feb 2011 09:48 AM PST

Kenapa para pemimpin BN bermati-matian mengguna-
kan segala bentuk jentera kerajaan dan bukan kerajaan tanpa segan silu dan maruah bagi mempertahankan kedudukan mereka atau merampas kembali negeri-negeri yang diurustadbir oleh Pakatan Rakyat??????
Selain $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$ untuk diri, keluarga serta kroni mereka, pemimpin BN cukup takut, kecut perut dan gerun jika salah laku, penyelewengan dan kesalahan mereka didedahkan. Kita lihat bagaimana kawan kita Khir Toyo yang dulu kebal tetapi kini................................................................................
Sebenarnya hanya segelintir pemimpin BN di bawa ke muka pengadilan, yang lain kekal bermaharajalela, ibarat fenomena "TIP OF ICEBERG"
Rasuah: Shariff Jajang diperintah bela diri

Mahkamah Sesyen di Klang hari ini memerintahkan bekas anggota exco kerajaan Selangor Datuk Mohd Shariff Jajang membela diri terhadap tuduhan rasuah berhubung satu permohonan tanah di Sepang 14 tahun lalu.

Hakim Yong Zarida Sazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan terdapat kes prima facie terhadap Mohd Shariff, 67, yang juga bekas ADUN kawasan Dengkil.

Mahkamah menetapkan 4, 6, 7 dan 8 April ini bagi Mohd Shariff membela diri.

Seramai 32 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada tahun 2004.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zulkarnain Hassan dan Mohd Baharuddin Ahmad manakala Mohd Shariff (kiri) diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Badrul Munir Bukhari dan Amy Chong Boon Chin.

Terdahulu, Badrul Munir yang menyebut bagi pihak Muhammad Shafee, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan memaklumkan kepada mahkamah secara bertulis sama ada Mohd Shariff akan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi, memberi keterangan dari kandang tertuduh atau berdiam diri.

Mohd Shariff didakwa sebagai ADUN kawasan Dengkil (semasa kejadian) yang dilantik menjadi Anggota Jawatankuasa Tanah Daerah Sepang telah melakukan perbuatan rasuah iaitu mengambil bahagian dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Sepang yang memperakukan permohonan Lesen Menduduki Sementara tanah seluas 1.2 hektar di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, kepada Institut Kemahiran Memandu Sepang Sdn Bhd (IKMAS), anak syarikat Konsortium Sepang Berhad (KSB) di mana beliau mempunyai kepentingan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di bilik mesyuarat Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Sepang, Sepang, pada 16 Jun 1997.

Pada masa kejadian, Mohd Shariff serta isterinya Datin Patimah Isa dan dua anaknya, Shahrum dan Shahrin, memiliki sejumlah 1.36 peratus saham dalam KSB.

Mohd Shariff dilantik sebagai anggota exco kerajaan Selangor pada 1997 dan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Penerangan dan Tanah Rizab Melayu.

- Bernama/Malaysiakini

Pas Kawasan Paya Besar

Posted: 09 Feb 2011 09:12 AM PST

Pas Kawasan Paya Besar


Pajudin dakwa ‘nasib’ PKR Sabah PRU 2008 berulang

Posted: 08 Feb 2011 03:34 PM PST

Oleh Clara Chooi
February 09, 2011

KUALA LUMPUR, 9 Feb — Krisis kepimpinan PKR Sabah yang berlarutan dilihat akan menghalang rancangan parti itu menembusi kubu kuat Barisan Nasional (BN) di negeri itu dan komponen Pakatan Rakyat (PR) ini kemungkinan sekali lagi tidak akan memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya umum.

Pelantikan lima pemimpin sejak 2006 termasuk yang terakhir Pajudin Nordin, yang bertindak keluar PKR untuk menyertai Umno Sabtu lalu, dilihat petanda masalah di peringkat negeri berterusan.

Pajudin memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau "yakin" PKR akan mengulangi prestasi pilihan raya 2008 di mana ia tidak memperoleh sebarang kerusi di kedua-dua peringkat negeri dan Parlimen pada pilihan raya umum ke-12.

"DAP ada peluang. Tetapi PKR tidak. Ia tidak akan memperoleh sebarang kerusi.

"Saya yakin PKR tidak boleh menang sebarang kerusi di Sabah," kata beliau semasa dihubungi.
Pajudin menyalahkan keengganan kepimpinan pusat untuk mendengar pemimpin-pemimpin Sabah dan sikap terus "mencampuri" hal ehwal negeri itu.

Malah katanya, majlis presiden yang diwujudkan oleh presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berada dalam keadaan kucar-kacir.

"Untuk maklumat anda, mereka sudah pun menyenaraikan anggota majlis tetapi tidak diumumkan kepada media memandangkan ramai ketua cabang tidak gembira dengan barisan keanggotaan," katanya.

"Jadi ambil kata-kata saya hari ini, mereka mahukan majlis itu mengetuai Sabah, esok mereka akan memutuskan untuk melantik seorang ketua Sabah yang baru dan kemudian krisis akan berterusan," katanya lagi.

Dr Wan Azizah mengumumkan pembentukan majlis presiden 11 anggota Ahad lalu dalam usaha menangani krisis di Sabah. Ia diumumkan pada pertemuan yang diadakan dengan ketua-ketua cabang sehari selepas Pajudin keluar.

Pajudin keluar PKR sehari sebelum Dr Wan Azizah dijadual untul menemui ketua-ketua cabang Sabah.

Pajudin berkata walaupun ada bantahan daripada ketua-ketua cabang berhubung pelantikannya pucuk kepimpinan seharusnya kekal dengan keputusan melantik beliau, bukannya memutuskan untuk menggugurkan dan mengambil alih kepimpinan negeri.

Langkah itu kata beliau, berat sebelah dan bias memandangkan ketua-ketua negeri lain yang dilantik oleh pucuk kepimpinan juga tidak memperoleh sokongan majoriti daripada ketua-ketua cabang masing-masing.

Sebagai contoh masalah seumpama itu wujud di Perak dan Johor, kata Pajudin.

Di Johor, kata beliau, pengerusinya Chua Jui Meng hanya memperoleh sokongan daripada dua ketua cabang sedangkan negeri itu mempunyai 26 cabang manakala di Perak, Dr Muhd Nur Manuty hanya menerima 10 daripada 24 cabang.

"Tetapi masih, presiden melantik mereka sebagai ketua negeri dan tidak campur tangan dalam urusan mereka," katanya.

"Sekarang mereka mahu campur tangan di Sabah... mereka menggunakan Sabah sebagai lokasi untuk menguji agar mereka boleh membentuk majlis di setiap negeri pada masa depan," katanya lagi.

Pajudin menambah, kepimpinan tidak konsisten dalam membuat keputusan sepanjang beberapa tahun lalu, sebaliknya tindakan itu memburukkan lagi keadaan sekali gus menjejaskan rancangan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Melihat pada keadaan sekarang, pilihan raya umum semakin dekat. Kemungkinan Jun atau Julai. Tetapi dalam keadaan semasa, mereka tidak boleh menghadapi pilihan raya.

"Mereka tidak bersedia di Sabah memandangkan mereka sibuk bergaduh," katanya lagi.
Pajudin mendedahkan PKR negeri tiada jentera untuk menghadapi pilihan raya atau sebarang idea siapa harus menjadi calon.

"Saya sudah berada di parti ini selama 12 tahun, jadi saya tahu apa yang berlaku di sini," katanya lagi.

Sabtu lalu, Pajudin, 42, yang belumpun sebulan memegang jawatan tersebut, membuat pengumuman keluar PKR atas alasan kecewa dengan kepimpinan pusat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah.

"Saya kesal kerana Datuk Seri Anwar selama ini mengatakan bahawa beliau menghormati hak-hak negeri Sabah, tetapi tingkah lakunya jelas menunjukkan bahawa beliau mengamalkan 'cakap tidak serupa bikin'.

"Maka saya menganggap PKR di Sabah ini sudah tidak relevan untuk kita jadikan sebagai satu parti masa hadapan atau parti yang dikatakan akan menuju ke Putrajaya ... Maka saya mengisytiharkan diri keluar dari PKR dan melepaskan semua jawatan saya di dalam parti.

Sebelum ini perlantikan Pajudin sebagai ketua PKR Sabah pada 10 Jan lalu, merupakan satu kejutan kerana ini pertama kalinya pemimpin bagi negeri Sabah dilantik dari bukan kalangan ketua-ketua cabang dalam parti itu. Pajudin merupakan naib ketua cabang PKR Tuaran.

Bulan lalu, 18 daripada 24 ketua cabang PKR Sabah telah membuat bantahan terhadap perlantikan Pajudin yang lebih mesra dikenali sebagai 'ustaz'.


Sumber
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pajudin-dakwa-nasib-pkr-sabah-pru-2008-berulang/

‘Debat dengan Nik Aziz hanya buang

Posted: 08 Feb 2011 03:24 PM PST

Utusan Malaysia Online Rabu 9 Februari 2011

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Semua pihak tidak perlu membuang masa melayan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana ia tidak akan menghenti Mursyidul Am Pas itu daripada terus mengeluarkan fatwa politik yang mengelirukan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, disebabkan itu, debat yang mahu dijayakan oleh Nik Abdul Aziz tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan sebaliknya, ia akan bertukar menjadi pentas politik yang merugi umat Islam itu sendiri.

"Dia (Nik Abdul Aziz) telah berpegang kepada sesuatu sehingga tidak mahu menerima kenyataan (mengenai perjuangan UMNO). Jadi, kalau berdebat pun ia tidak membawa sebarang keuntungan.

"Saya tidak fikir kerenah Nik Abdul Aziz ini perlu dilayan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun penubuhan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), di sini hari ini.

Dr. Mahathir mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas itu bahawa beliau tiada masalah sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecah-belahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Isu itu timbul apabila Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini dengan mengatakan bahawa mereka yang tidak mengundi Pas ialah orang jahiliah.

Dalam pada itu, tambah Dr. Mahathir, daripada membuang masa melayan Menteri Besar Kelantan itu, semua pihak terutamanya Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya mempergiatkan usaha bagi menyedarkan rakyat mengenai fahaman Islam yang sebenar.

Katanya, semua pihak perlu bergandingan bagi menjelaskan kepada rakyat bahawa Pas dan Nik Abdul Aziz hanya memperalatkan Islam sehingga menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.

"Kita tidak payah kata dia tidak betul tapi kita perlu menggunakan peluang yang ada untuk menerangkan kepada masyarakat mengenai Islam yang sebenar dan siapa sebenarnya yang memperalatkan Islam," katanya.
Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

PRK DUN Merlimau: PKR mahu kenakan Pas

Posted: 08 Feb 2011 03:22 PM PST

Utusan Malaysia Online Rabu 9 Februari 2011

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi laluan kepada Pas untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau merupakan strategi terbaru parti berkenaan 'mengenakan' rakan sekutunya itu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Idris Haron berkata, fakta menunjukkan Merlimau merupakan kubu kuat BN dan PKR sudah tentu telah menjangkakan peluang mereka untuk menang begitu tipis.

Atas asas itu, beliau percaya PKR mahu melepaskan diri dengan menyerahkan kerusi tersebut kepada Pas agar mereka tidak dipersalahkan sekiranya pakatan pembangkang menerima satu lagi kekalahan dalam siri pilihan raya kecil.

"Dalam keadaan PKR yang semakin lemah, mereka sebenarnya mahu cuci tangan. Mereka tidak mahu dipersalahkan sekiranya pembangkang sekali lagi kalah dalam pilihan raya kecil ini.

"Sebab itu, mereka beri laluan kepada Pas. Sekiranya berlaku apa-apa, Pas yang akan dipersalahkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Melaka mengulas keputusan pakatan pembangkang untuk meletakkan calon Pas pada pilihan raya kecil (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang yang diadakan di Pejabat DAP, di sini semalam.

Dalam perkembangan sama, Idris berkata, meskipun pakatan pembangkang dilihat sukar untuk menembusi kerusi DUN Merlimau, itu tidak bermakna BN akan mengambil mudah saingan mereka.

Beliau berkata, sebagai penyandang, BN tetap akan berusaha keras supaya penduduk di kawasan berkenaan terus memberi sokongan sekali gus memastikan kemenangannya pada pilihan raya kecil tersebut.

"Lemah atau tidaknya pakatan pembangkang itu soal lain. Paling penting BN perlu buktikan kepada rakyat bahawa parti kita ini amat dekat dengan rakyat dan sentiasa berada dengan rakyat sama ada susah atau senang,'' katanya.

Ketika ditanya sama ada perlukah Pas menarik diri bertanding di DUN Merlimau, Idris menegaskan, UMNO bukannya seperti Pas yang sering meminta BN tidak bertanding di kubu kuat mereka.

"BN mengiktiraf sistem demokrasi yang menjadi amalan di negara kita. Oleh itu, tidak perlu kita minta Pas menarik diri kerana mereka juga berhak untuk bertanding.

"Dalam pilihan raya, kita serahkan kepada rakyat untuk tentukan siapakah calon pilihan mereka,'' katanya.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm

KHIDMAT MERU

Posted: 09 Feb 2011 09:06 AM PST

KHIDMAT MERU


PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Posted: 08 Feb 2011 07:25 PM PST



Untuk melaksanakan dan memantapkan dasar Kerajaan Negeri Selangor, PKM DUN Meru bersama JKKK Kg Meru dan Surau Nurus Saadah akan menjayakan Program MES PADA 26 FEBUARI 2011 jam 8.00 pg-12.00 thri di Surau Narus Saadah Taman Meru 4, Meru. Matlamat program ini adalah mempromosikan produk-produk kerajaan untuk dimanafaatkan oleh seluuruh rakyat Negeri Selangor. Antara program yang akan dilaksanakan ialah mendaftarkan SMUE, TAWAS, SPR, MAMMOGRAM, JKM, LZS dan lain-lain lagi. Semua penduduk di kariah Nurus Saadah, Surau Abror, Jalan Kopi dan sekitarnya dijemput hadir. Selain itu program pemeriksaan kesihatan, sukaneka, dan penyampaian SMUE Fasa 2 akan diadakan.

i n t a n h i j a u

Posted: 09 Feb 2011 07:48 AM PST

i n t a n h i j a u


OPS LALANG : MAHATHIR MUDAH LUPA / اوڤس لالڠ : محضير موده لوڤا

Posted: 09 Feb 2011 03:30 AM PST


KUALA LUMPUR, 9 Feb: Penjelasan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersalahkan polis atas Operasi Lalang yang menyebabkan 106 ditangkap di bawah ISA pada tahun 1987 lalu, jelas merupakan kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab dan memalukan.
Selain itu, kenyataan itu juga boleh dilihat sama ada Mahathir telah lupa dengan apa yang telah dilakukan atau mahu menutup imejnya yang buruk semasa menjadi Perdana Menteri dahulu yang amat banyak melakukan tangkapan di bawah ISA.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, selaku eksekutif atau Perdana Menteri di negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri dulu, mustahil Mahathir tidak tahu dengan tangkapan ISA dan membiarkan pihak polis yang bertindak sendirian dalam hal itu.
Menurut beliau, pada hal, penggunaan ISA ke atas seseorang itu bukan berada di bawah kuasa polis, tetapi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), manakala Menteri Dalam Negeri pula ketika itu adalah Mahathir sendiri.
"Untuk menahan seseorang itu di bawah ISA, ia mestilah ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri yang juga Perdana Menteri ketika itu iaitu Mahathir sendiri. Jadi macam mana Mahathir boleh kata dia tak tahu menahu perkara itu dan polis telah bertindak di luar perancangannya atau lain dari yang ingin dilakukannya?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Jadi, menurut beliau, kenyataan Mahathir itu tentunya tidak boleh diterima oleh sesiapa sahaja yang berakal waras kerana semua tindakan yang dilakukan itu adalah di bawah tanggugjawab beliau sendiri selaku Perdana Menteri, apatah lagi dalam masa yang sama turut menjadi Menteri Dalam Negeri.           
"Malah jika benar apa yang dikatakan oleh Mahathir itu, ia jelas merupakan sesuatu yang ganjil, memalukan dan kegagalan Mahathir sendiri dalam melaksanakan tanggungjawabnya selaku Perdana Menteri ketika itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang mempersalahkan polis atas Ops Lalang yang menyaksikan 106 orang termasuk seteru politiknya ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987.
Dalam buku terbaru mengenai Mahathir yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis itu.
"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu.
"Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan menyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang," kata Mahatahir.
Tom Plate yang mewawancara Mahathir dan mengarang buku itu kemudiannya bertanya kepada Mahathir dengan lebih lanjut sama ada beliau marah atau tidak dengan tindakan polis itu.
"Yeah, tapi apa yang boleh saya lakukan? Saya perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah orang-orang yang membuat keputusan. Saya memberikan kuasa umum kepada mereka untuk bertindak," jawab Mahathir.
Semasa penangkapan besar-besaran pada 27 Oktober 1987, lebih seratus orang ditangkap. Sebahagian besar daripada mereka yang ditangkap itu terdiri daripada pemimpin pembangkang dan segelintir ahli politik dari Umno dan MCA. Selain itu, permit penerbitan untuk akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan telah ditarik balik.
Kerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei itu adalah 'perlu' bagi membendung 'ketegangan perkauman' yang semakin memuncak, akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina.
Umno pula kemudiannya membalas dengan mengadakan protes besar-besaran juga yang diketuai oleh ketua pemudanya ketika itu, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru, beberapa hari sebelum tangkapan beramai-ramai dibuat.
Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Dr Mujahid menegaskan, kenyataan Mahathir itu bukan sekadar membuktikan kegagalannya dalam melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri, tetapi juga amat mengejutkan.
"Mahathir tidak sepatutnya menyalahkan pihak polis atau pihak lain dalam hal itu kerana dialah sebenarnya yang bertanggungjawab dengan semua itu.
"Semasa menjadi Perdana Menteri dulu, Mahathir sememangnya banyak melakukan tindakan yang bercanggah dengan demokrasi termasuk penggunaan ISA, menarik balik permit akhbar, menyekat kebebasan rakyat memberikan pandangan, menyekat kebebasan bersuara dan menyekat kebebasan akhbar," katanya.
Kini setelah sekian lama bersara, menurut beliau, barulah Mahathir sedar kesalahannya itu dan mahu menutup kesalahannya dengan membuat kenyataan seperti itu, walaupun ia lebih memalukan dirinya sendiri.(HARAKAHDAILY)

MENGAPA DIA TAK SAMAN MIGRANT CARE ?

Posted: 09 Feb 2011 03:18 AM PST

 
Pengendali blog sharpshooter.blogspot, Amizudin Ahmat yang sedang menghadapi saman oleh Menteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mempersoalkan tindakan menteri itu yang tidak melakukan tindakkan yang sama terhadap NGO Migrant Care, lapor Harakahdaily.

Menurutnya, walaupun WikiLeaks merupakan sumber permulaan yang mendedahkan isu yang dikatakan kejadian rogol terhadap seorang amah warga Indonesia, keengganan Rais menyaman pihak terbabit telah menimbulkan tanda tanya.

Selain WikiLeaks, tindakkan Rais yang tidak menyaman Migrant Care yang mempertahankan kenyataan mereka di media sebelum ini bahawa pernah menemubual amah tersebut di kampung halamannya turut menimbulkan persoalan.

"Kenapa saya yang disaman bukan WikiLeaks atau Migrant Care, padahal WikiLeaks yang mula-mula mendedahkan isu ini dan Migrant Care pula telah mempertahankan kenyataan mereka bahawa pernah menemuramah amah itu.

"Adakah ada sesuatu yang dibimbangkan oleh Rais seperti kemungkinan lebih banyak lagi pendedahahan dibuat oleh Migrant Care di mahkamah?," katanya.

NONE"Begitu juga dengan blog Rocky Bru (kiri) yang mula-mula sekali menaikkan story ini dalam blognya. Adakah kerana blogger ini pro-Umno?," kata Amizudin.

Beliau juga berkata beliau hanya mengetahui tindakan saman terhadap beliau melalui media dan sehingga kini masih belum menerima apa-apa surat perintah dari mahkamah atau peguam yang mewakili Rais.

"Saya cuma tahu perkara ini melalui berita. Sampai sekarang saya masih belum terima apa-apa surat dari mahkamah atau peguam pihak satu lagi itu.

"Jika dipanggil ke mahkamah, saya akan hadir. Kalau takut dipukul badai, usah berumah di tepi pantai, kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan. Sekali melangkah pantang undur," kata Amizudin ketika dihubungi.

Beliau yang enggan mengulas panjang berhubung isu ini ketika dihubungi bagaimanapun telah sempat mengucapkan terima kasih kepada Rais yang telah menyebabkan jumlah pengunjung blog beliau mengalami peningkatan yang ketara.

"Maaflah, setakat ini, itu sahaja yang dapat saya katakan, tak boleh nak ulas panjang tentang isu ini, cuma terima kasih kepada Rais kerana tindakan (saman) dia, pengunjung blog sharp shooter meningkat dengan ketara," katanya dengan nada berseluroh.

pkr congress 281110 shamsul iskandarSementara itu, menurut satu sumber rapat beliau, beberapa peguam termasuk ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin telah menyatakan kesediaan untuk mewakili Amizudin sekiranya beliau diheret ke mahkamah.

"Setakat ini beberapa peguam telah menawarkan diri secara percuma untuk mewakili Amizudin termasuklah Ketua AMK, Shamsul Iskandar," kata sumber itu.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan semula kes dan afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak sebelum kes itu didengar pada 22 Februari.

Mahkamah yang sama juga turut membenarkan injunksi kepada Rais bagi menghalang Amizudin daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu telah merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia.

Hakim Zabariah Mohd Yusof juga membenarkan permohonan ex-parte untuk menghalang Amizudin daripada menerbitkan perkataan-perkataan berunsur fitnah terhadap menteri berkenaan menerusi blognya.

Terdahulu, nama Amizudin Ahmat dan blog yang dikendalikannya itu menjadi terkenal apabila mendedahkan apa yang dianggap sebagai penyelewengan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin berhubung isu kuari sehingga membawa perletakkan jawatan Mohd Fairus.(malaysiakini)

mtdchenderoh

Posted: 09 Feb 2011 07:48 AM PST

mtdchenderoh


CERAMAH UMUM

Posted: 09 Feb 2011 07:20 AM PST


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 09 Feb 2011 03:23 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Ucapan Tok Guru pada orang India dalam Masjid.....

Posted: 08 Feb 2011 05:24 PM PST

Tn Guru Nik Aziz bawa 31 India naik masjid Pulau Melaka
Attif Idris   
KOTA BHARU, 31 Jan: Seramai 31 orang Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS  (DHPP) Hulu Selangor yang terdiri dari kalangan India bukan Islam telah mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan dibawa beliau naik ke masjid Pulau Melaka.

Sebelum itu rombongan yang diketuai Adnan Mat Nor selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Hulu Selangor turut diraikan di dalam majlis makan tengahari di kediaman rasmi Manteri Besar, JKR-10.

Rombongan juga telah diberi taklimat oleh Pegawai Penerangan Zon daripada Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan (UPKN) mengenai Dasar-Dasar Kerajaan Negeri dan kehidupan masyarakat India dan kaum bukan Islam di Kelantan yang tidak pernah terpinggir dan sentiasa dilibatkan di didalam setiap program.

Pada sebelah petang ahli rombongan telah menemui Tuan Guru di perkarangan Masjid Pulau Melaka seterusnya memasuki masjid untuk mendengar tazkirah yang disampaikan Nik Aziz.

Antara kandungannya Nik Aziz berkata, di Kelantan PAS mengamalkan sistem pemerintahan Islam kerana ia adil untuk semua kaum.

"Kita semua adalah keturunan dan cucu cicit Nabi Adam a.s yang merupakan adik beradik, Umno tidak pernah memberitahu sedemikian kerana mereka tidak mengamalkan sistem politik Islam, sebaliknya mereka mengamalkan sekularisme, dan ini boleh memecahbelahkan keharmonian kaum. Namun di Kelantan menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk memberitahu perkara ini.

"Soal orang bukan Islam memasuki masjid sengaja diperbesar-besarkan demi politik murahan mereka, di Kelantan kita menggalakkan orang bukan Islam untuk memasuki masjid, dan banyak program telah diadakan di masjid yang turut melibatkan orang bukan Islam," jelasnya.

Beliau juga menyifatkan orang bukan Islam yang memasuki masjid akan dapat belajar apa yang diajarkan oleh Islam tetapi mestilah dengan beradab dan sopan.

Nik Aziz juga menyeru supaya perkara-perkara yang baik seperti diuar-uarkan kepada masyarakat bukan Islam khususnya di negeri-negeri selain Kelantan kerana orang-orang bukan Islam di Kelantan kini telah dapat menerima corak pemerintahan Islam yang diamalkan oleh Kerajaan Kelantan kerana Islam adalah adil untuk semua.

Selepas itu ahli rombongan telah dipelawa oleh Nik Aziz ke kediamannya yang terletak bersebelahan dengan masjid.

Pengikut