Rabu, 24 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS TELUK INTAN

Posted: 24 Nov 2010 11:02 PM PST

PAS TELUK INTAN


ijtimak tarbawi peringkat kawasan

Posted: 24 Nov 2010 07:05 PM PST

1. Setelah Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Akademi Tarbiyah Pemudanya berjaya melangsungkan Ijtimak Tarbawi Pemuda\i Peringkat Kebangsaan edisi pertama di Rusila pada bulan Oktober yang lalu ,  maka sebelum panji Ijtimak Tarbawi edisi kedua berkibar di Pulau Melaka pada tahun hadapan , kini kelangsungannya akan terus digerakkan ke peringkat kawasan - kawasan di seluruh negara .

2. Dewan Pemuda PAS kawasan - kawasan diminta supaya melaksanakan Ijtimak Tarbawi Pemuda\i edisi pertama ini di kawasan masing - masing dengan membawa objektif dan matlamat yang sama iaitu memperkasa penghayatan dan perlaksanaan amal tarbawi dalam Dewan Pemuda.

3. Ijtimak Tarbawi di peringkat kawasan ini boleh dilaksanakan pada cuti hujung minggu atau mana - mana tarikh yang sesuai diperingkat kawasan masing - masing untuk sekurang - kurang tempoh perlaksanaan ijtimak selama 2 hari satu malam . [ dalam maksud yang lain ialah peserta diwajibkan bermalam dengan beberapa aktiviti amal tarbawinya ]

4. Dewan Pemuda PAS kawasan - kawasan juga diharapkan dapat melaksanakan Ijtimak Tarbawi ini sekurang - kurangnya 2 kali setahun agar ia terus membugar ruh amal tarbawi dikalangan pimpinan dan anggota dewan pemuda PAS kawasan .

5. Tentatif Ijtimak Tarbawi Pemuda\i Peringkat Kawasan :



[ Sabtu ]

08.00 am - 09.00 am : Pendaftaran
09.10 am - 10.00am  : Perasmian Ijtimak Tarbawi Pemuda\i Peringkat Kawasan
[ oleh : Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia \ Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri ]

10.30 am - 11.00 am : Minum pagi
11.00 am - 12.00 pm : Kertas Kerja 1 : Aafaat A'la Toriiq \ Wabak Sepanjang Jalan
[ Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri ]

12.00 pm - 02.00 pm : Rehat , Solat berjamaah dan makan tengahari .

02.00 pm - 03.00 pm : Talaqqi 1 : Feqh Tahaaluf Siasi susunan Majlis Syura Ulama'
 [ Ust Nik Zawawi Salleh : Setiausaha Majlis Syura Ulama' ]

03.30 pm - 04.30 pm : Kertas Kerja 2 : Adab Ikhtilaf \ Adab Berbeza Pendapat
[ Ust Nik Mohd Abduh bin Nik Abdul Aziz Nik Mat ]

04.30 pm - 05.30 pm : Solat Asar berjamaah dan bacaan al mathurat

06.00 pm - 07.00 pm : Taujihat ar Ruuhiyah
[ Ust Syed Abdul Qader al Joofre : Pegawai Penyelidik Majlis Syura Ulama' ]

07.15 pm - 07.45 pm : Solat maghrib berjamaah

07.45 pm - 08.20 pm : Kuliah Maghrib : 
Tarbiyah , Dakwah dan Siasah : Pakej perjuangan kita

08.25 pm - 08.50 pm : Solat Isyak berjamaah dan munajat

09.00 pm - 11.00 pm : Talaqqi 2 : Feqh Tahaaluf Siasi susunan Majlis Syura Ulama'
[ sambungan ]  [Ust Nik Zawawi Salleh : Setiausaha Majlis Syura Ulama']

11.30 pm - 04.40 am : Tidur dan hirasah

[ Ahad ]

04.40 am - 06.00 am : Qiamulail , solat subuh berjamaah dan bacaan  al Mathurat

06.15 am - 07.15 am : Kuliah Subuh : Akhlak Pejuang
[ Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri ]

07.30 am - 09.00 am : Sarapan dan rehat

09.00 am - 11.00 am : Forum Tarbawi :  
                                   Tarbiyyah mendasari Perjuangan Kita menuju kemenangan.
                                   Panel : Ketua Pemuda PAS Kawasan [ pengerusi ]
                                   Exco DPP Malaysia
                                   EXCO DPP Negeri
                                   EXCO DMP Malaysia

11.30 am - 12.30 pm : Ucapan Penutup
Ijtimak Tarbawi Pemuda\i Peringkat Kawasan
[ Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia ]

12.30 pm - 01.00 pm : Ikrar dan baiah pejuang [ doa wehdah ]

01.10 pm - 01.30 pm : Solat Zohor berjamaah

Bersurai .

6. Tentatif ini [ hari , masa , penceramah atau pembentang dan perasmi atau penutup adalah tertakluk kepada pindaan semasa yang bersesuaian tanpa meminda tajuk - tajuk perbahasan yang telah ditetapkan .

7. Semoga tugasan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh DPP kawasan - kawasan . Ijtimak Tarbawi ini tidak dilaksanakan di peringkat pemuda negeri sebaliknya pemuda negeri berperanan sebagai pemantau melalui Lajnah tarbiyah DPP negerinya. EXCO DPP negeri - negeri boleh menyertai Ijtimak Tarbawi melalui kawasan masing - masing ,

8. Pengarahan rasmi telah dihantar melalui setiausaha DPP negeri dan Kawasan masing - masing . Semoga Allah memberkati kita dan mengurniakan kekuatan kepada kita semua agar amanah ini dapat ditunai dengan sebaik mungkin.

Sekian
Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
Pengerusi Akademi Tarbiyah Pemuda
Dewan pemuda PAS Malaysia

Idris Ahmad

Posted: 24 Nov 2010 11:01 PM PST

Idris Ahmad


GUGAT KUASA RAJA-RAJA MELAYU PEMIMPIN UMNO DIMINTA SULUH CERMIN

Posted: 24 Nov 2010 08:07 AM PST

Parti Islam Semalaysia Pas kesal isu gangguan perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sering dibangkitkan di dalam negara ini. Tindakan Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah perlembagaan negara supaya tidak bersikap seperti ‘tikus membaiki labu’. Pas berpandangan bahawa isu ini dibangkitkan ialah untuk menimbulkan ketakutan di kalangan orang melayu supaya jangan berjinak dengan Pas dan Pakatan Rakyat. Sejak mutaakhir isu Meayu dan kedaulatan Raja-Raja dibagkitkan sebagai usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Umno, kononnya Melayu dan Raja Berperlembagaan hanya selamat di bawah umno, setelah isu pembangunan sudah lapok, kerana dunia semakin maju. 

Satu ketika dahulu kononnya ada Perlembagaaan baru dibangkitkan oleh Mufti Perak Tan Seri Harussani sampai sekarang tidak dapat dibuktikan lagi. Pas mencabar mana-mana pihak yang ada bukti siapa yang hendak menggugat perkara yang telah dipersetujui bersama seperti kedudukan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa Raja-Raja Melayu silalah bawa ke pengadilan. Isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu dibangkitkan dengan hebat ketika pilihanraya Kecil Bukit Gantang, kononnya Dato Seri Haji Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak. Mereka eksploit perkatan yang diucapkan oleh Dato Seri Haji Nizar "Patik Mohon Sembah Derhaka", pada hal ini adalah istilah yang diajar oleh protokol istana ketika berbahasa dengan Raja apabila kita tidak sependapat dalam satu padangan. Hakikatnya yang berlaku seperti yang tercatat dalam sejarah politik negara kita, yang biadab dengan Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno malahan cuba hendak ambil alih kuasa istihar darurat daripada Yang Dipertuan Agong. Rakyat Malaysia tidak boleh lupa ketika mereka membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan. Begitu juga penyokong Umno pula mengatakan Sultan Terengganu binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan Terengganu kerana tidak melantik Dato Seri Idris Jusuh sebagai Menteri Besar Terengganu. Banyak lagi kita boleh bongkarkan siapa yang sebenarnya menghina Raja Raja Melayu.


Filed under: Politik, Undang-Undang

PAS Negeri Sembilan

Posted: 24 Nov 2010 09:47 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Bumbung jejantas Ampangan bocor

Posted: 24 Nov 2010 05:41 PM PST


RAZALI Husin menunjukkan bumbung jejantas yang rosak dan tidak diselenggara pihak berkuasa tempatan di Ampangan, Seremban, semalam.
--------------------------

Utusan Malaysia 25 Nov 2010

SEREMBAN 24 Nov. – Kebanyakan penduduk di Taman Ampangan kecewa kerana jejantas berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Ampangan di sini tidak diselenggara dengan baik.

Mereka kesal kerana masalah bumbung jejantas bocor, anak tangga jejantas reput dan membahayakan pengguna serta longkang berhampiran tersumbat tidak ditangani segera.

Ini kerana masalah itu menjejaskan keselesaan dan keselamatan penduduk yang sering menggunakan kemudahan berkenaan.

Selain itu, jejantas tersebut juga didakwa menjadi lokasi tumpuan remaja untuk melampiaskan nafsu mereka.

Malah penduduk turut mendakwa, kemudahan yang disediakan oleh kerajaan sejak 16 tahun lalu itu turut disalahgunakan apabila dijadikan sebagai lokasi melepak.

Seorang penduduk, Razali Husin, 68, berkata, dia terlalu kecewa dengan perkembangan tersebut, lebih-lebih lagi apabila membabitkan golongan remaja bawah umur.

"Mereka telah menyalahgunakan kemudahan yang disediakan ini. Kerajaan dirikan jejantas ini untuk orang melintas, bukannya tempat untuk melakukan maksiat.

"Biasanya, mereka akan naik secara berpasangan lebih kurang lepas pukul 11 malam dan pada waktu ini, keadaan jalan di sini sudah sunyi dan agak gelap, maka mereka bebas untuk melakukan apa sahaja di atas jejantas ini," katanya ketika di temui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, apa yang lebih menyedihkan, perkara ini telah berlanjutan sejak sekian lama walaupun pihak penguat kuasa telah mengambil tindakan menyerbu lokasi terbabit.

"Mereka ini macam tidak makan saman dan tidak takut. Ini kerana saya sendiri pernah naik ke atas jejantas ini untuk menasihati mereka, namun tidak dihiraukan," kata pesara kerajaan itu.

Seorang lagi penduduk, Azian Pinot, 33, berkata, pada waktu malam pula kumpulan remaja bermasalah sering berkumpul di bawah tiang jejantas berkenaan.

"Kehadiran mereka menyebabkan orang ramai takut untuk menggunakan jejantas ini terutamanya pada waktu malam atau awal pagi," ujarnya.

Dalam pada itu, Azian turut memberitahu, selain masalah tersebut, beberapa penjaja haram turut menjadikan kawasan di bawah jejantas untuk berniaga.

"Mereka menjual makanan ringan kepada murid semasa musim persekolahan dan membuang sampah sesuka hati ke dalam longkang berhampiran.

"Secara tidak langsung ia membuatkan longkang ini tersumbat dan air membuak keluar apabila hujan. Saya harap pihak berkuasa dapat menangani perkara ini," tegasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

Jualan Amal Roti Canai Unit Amal N.Sembilan

Posted: 24 Nov 2010 12:23 AM PST

JUALAN AMAL ROTI CANAI DAN TEH TARIK
Tarikh : 12 Dis 2010 (Ahad)
Masa : 8 pagi - 11 pagi
Tempat : Taman Matahari Height, Senawang
Kupon : RM5 sahaja

Objektif :
- Untuk menampung pelbagai aktiviti pembangunan remaja dan kemasyarakatan Unit Amal Negeri Sembilan
- Memberi pendedahan kepada golongan remaja dan belia dalam aktiviti kemasyarakatan terutama di musim cuti sekolah

Hubungi :
Nazri 013-3098775 , Timbalan Pengarah 2 Unit Amal N.Sembilan
Izamri 013-2124086 , Pengarah Unit Amal N.Sembilan

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun CIMB 05020693061526

Layari Blog Unit Amal N.Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 24 Nov 2010 09:37 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Mengapa DSAI diserang habis2 habisan....

Posted: 24 Nov 2010 08:11 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 24 Nov 2010 09:23 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN - LAJNAH EKONOMI PAS KAWASAN MUAR

Posted: 24 Nov 2010 06:25 AM PST

Lajnah Ekonomi dan Pembangunan PAS Kawasan Muar  telah memulakan Skim Takaful Khairat Kematian Berkelompok sejak bulan September 2007 yang lalu. Ia merupakan  cetusan idea Pengerusi Lajnah ini ,Tuan Hj Abdul Rahman Lajim, sebagai sumbangan PAS Kawasan Muar untuk kebajikan masyarakat.Di samping itu Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Muar juga memberi sumbangan apabila berlaku kematian kepada penduduk setempat.Ini merupakan sumbangan rutin dan berterusan yang sentiasa dilakukan oleh PAS Kawasan Muar di samping sumbangan untuk mereka yang ditimpa musibah.


Menurut Pengerusi Lajnah Ekonomi, Tuan Haj Abdul Rahman  skim ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira had umur Ia juga  tanpa perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.Dengan menyumbang hanya RM24.00 setahun keluarga peserta akan menerima sumbangan sebanyak RM1000.00 jika berlaku kematian. ke atas peserta. Baru-baru ini Lajnah ini membuat keputusan untuk menyumbang sebanyak RM100.00 jika berlaku kematian ke atas anak peserta yang berumur di bawah 18 tahun.Sehingga sekarang sebanyak 5  keluarga telah menerima manafaat daripada skim ini. Alhamdulillah kini seramai 80 orang sedang menyertai skim ini. Mereka yang berminat untuk menyertai skim ini bolehlah hubungi Pengerusinya,nombor telefon 0129443294.
Baru-baru ini,pada pagi hari Selasa 23 Nov. 2010 seorang peserta skim ini, Allahyarham Tuan Hj Ahmad bin Abd Majid berumur 67 tahun telah meninggal dunia.Beliau meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak.Beliau berniaga di warong di persimpangan Jalan masuk ke Parit Samsu Darat dan Jalan Temenggong Ahmad  Muar.


Pada petang tersebut, sekembalinya dari menghadiri Persidangan Dewan Negeri Johor di Kota Iskandar YB Dr Hj. Mohammad Taslim dengan diiringi oleh Pengerusi Lajnah Ekonomi Tn. Hj. Abd. Rahman  Lajim  dan PAnya Sdr Hamidun Omar telah menziarahi keluarga Allahyarham untuk mengucapkan takziah dan menyampaikan sumbangan khairat kematian sebanyak RM1000.00 kepada balu Allahyarham Tn Hj. Ahmad di Parit Samsu Darat , Jln Temenggong Ahmad Muar.Menurut balunya,Puan Hjh Rahmah bt Tumin, Allahyarham   tiba-tiba mengadu sesak nafas dan disahkan meninggal dunia pada jam 5.00 pagi 23 Nov. 2010 .Jenazahnya selamat disemadikan di kampong tersebut pada pagi itu juga.


Pn. Hjh. Rahmah sangat terharu dengan kehadiran YB Dr Mohammad , Pengerusi Lajnah Ekonomi dan rombongannya. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan dan keperhatian yang diberikan. Alfatihah untuk Allahyarham.Moga Allahyarham dihimpunkan bersama orang-orang soleh.Amin.


Ucapan Takziah daripada YB Dr Mohammad.
Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.


 YB Dr Mohammad menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada Puan Rahmah dengan diperhatikan oleh Tuan Hj Abd Rahman (kanan sekali).




PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 24 Nov 2010 09:19 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Lawatan kerja Pusat Khidmat di SAR Nurul Yaqin,Tmn Kuning Sari

Posted: 24 Nov 2010 08:47 PM PST




Khalid Samad

Posted: 24 Nov 2010 08:13 PM PST

Khalid Samad


Kemaruk Politik UMNO

Posted: 23 Nov 2010 07:41 PM PST

Kebelakangan ini kita melihat bangaimana UMNO melepaskan serangan demi serangan dalam usahanya untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat. Walaubagaimanapun, sebahagian besar dari isu-isu yang mereka timbulkan hanya menunjukkan betapa terdesaknya mereka untuk menyerang PR sehingga menjadi bahan gurau di kalangan mereka yang bermaklumat. Sebagai contoh, isu duit judi di Pulau Pinang.

Manakala, isu-isu yang ditonjolkan sekarang pula adalah seperti berikut:

1. Isu pemilihan PKR dan Dato' Zaid

Gambaran yang ingin diberi ialah PKR berada dalam keadaan huru-hara dan tunggang-terbalik. Oleh yang demikian, sekiranya benar dakwaan ini, maka tiada apa-apa yang perlu di takutkan oleh pihak BN. Tetapi dengan liputan meluas dan tumpuan yang diberi, maka jelas bahawa PKR tetap dilihat sebagai satu ancaman yang perlu ditangani. Yang akan menjadi jawapan muktamad bagi PKR terhadap dakwaan BN itu ialah kesatuan yang akan terhasil selepas selesainya proses pemilihan ini. 'After the dust settles' bak kata orang putih, sekiranya selesai dengan baik dan semua bersatu kembali, maka segala dakwaan BN akan terjawab dengan sendirinya.

Berhubung dengan Dato' Zaid, saya secara peribadi berasa agak terkilan. Beliau merupakan harapan masyarakat Malaysia dan hakikat bahawa beliau mendapat pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden walaupun hanya setahun menjadi ahli PKR adalah bukti betapa beliau disanjung dikalangan ahli. Kesanggupan beliau mengorbankan jawatan Menteri demi prinsipnya diketahui dan diiktiraf semua. Malangnya beliau tidak sabar menangani cabaran.

Bagi saya, inilah bezanya di antara mereka yang datang untuk membawa perubahan dan mencorakkan sebuah gerakan dan mereka yang datang dengan tujuan mengepalai gerakan yang telah sedia dicorak. Kategori pertama menjangkakan akan adanya kekurangan dan perlunya melalui proses perubahan. Kekurangan dan kelemahan dilihat sebagai satu cabaran tetapi sanggup diharungi kerana pada dasarnya, wawasan tertentu telahpun diterima semua.

Manakala kategori kedua tidak mempunyai perasaan yang sama terhadap gerakan yang sedang dibangunkan. Dia sebagai 'orang luar' yang menuntut wujudnya suasana tertentu dengan kaedah yang tertentu. Sekiranya ianya belum lagi wujud, maka dia kesal dan berasa kecewa.

Pada awalnya saya mengharapkan Dato' Zaid memilikki ciri-ciri kategori pertama dan bukan kategori kedua. Namun, kelihatan seolah-olah sebaliknya sejak kebelakangan ini.

2. Isu Banjir di Kedah

Isu banjir di Kedah pun ingin BN politikkan. Kononnya kerajaan Kedah tidak membantu dan lambat bertindak. Dakwaan ini tidak perlu saya respon. Hakikatnya, bukan sekadar kerajaan Kedah bertindak cepat dan berkesan, PAS Shah Alam pun, sepertimana PAS kawasan dan negeri yang lain, telah turun membantu. Selesai sahaja bergalas di Galas, sekumpulan petugas telah terus turun ke Kedah membawa bantuan.

Dalam pada itu misi bantuan disertai pula beberapa badan NGO, pihak kerajaan dan swasta seperti Muslim Care, MBSA, Bidara Flour, Angkatan Edaran dan banyak lagi. Mengikut laporan yang diterima, sejumlah 8 tan bantuan telah dihantar bernilai lebih kurang RM 20,000. Itu baru dari Shah Alam, apatah lagi dari kerajaan Negeri Kedah. Sudah pasti jauh lebih banyak.

Misi Bantuan Banjir di Markas Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu

Kenderaan Pacuan 4 Roda Skuad Bantuan PAS Selangor

Misi Bantuan Banjir
Lagi gambar dari album Facebook Ahmad Safwan

3. Isu 'penyelewengan' di Selangor – PKNS dan Yayasan Selangor

Akhir akhir ini timbul pula isu 'penyelewengan' di Selangor. Perbelanjaan yang dikeluarkan oleh PKNS dan Yayasan Selangor untuk beberapa program yang tidak munasabah dan terlalu mewah dan boros ditonjolkan. Ya, mungkin benar. Jumlah perbelanjaan yang didedahkan dibawa oleh ADUN dari kedua-dua belah pihak mungkin dianggap tidak wajar dan tidak boleh diterima. Namun, perlu disiasat dan dibuat perbandingan dengan apa yang pernah dibelanjakan dahulu. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada yang mendedahkan perkara ini.

Pada masa yang sama saya ucapkan tahniah juga kepada kerajaan Negeri Selangor atas tindakan segera mereka mengarahkan pegawai yang disyaki terlibat bercuti supaya siasatan dapat dilakukan dengan tepat, berkesan dan segera. Yang terlibat perlu dikenakan tindakan, sekiranya didapati bersalah dan tidak dilindungi. Mengarahkan mereka bercuti juga merupakan satu tindakan yang wajar sambil peranan mereka dalam kes berkenaan disiasat.

Jangan buat macam kerajaan BN. Walaupun dikemukakan bermacam-macam aduan dan laporan penyelewengan, ianya 'business as usual' atau semuanya berjalan seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa masalah. Kalau siasat pun, pegawai berkenaan masih di situ, mengepalai siasatan tersebut! Hendak siasat Ketua Polis Negara, KPN masih bertugas sebagai KPN!

Peristiwa sebegini perlu dimanfaatkan oleh PR untuk menunjukkan perbezaan di antara PR dan BN dan betapa PR telus dan tidak membela mana-mana pihak. Yang terbukti bersalah akan tetap dihukum.

4. Kembalinya Politik Samseng UMNO

Baru-baru ini kita turut digemparkan dengan berita seorang ADUN, YB Ng Sekinchan, dipukul samseng UMNO. YB berkenaan terpaksa dibawa ke Hospital untuk mendapat rawatan. Aneh dan ajaib, ada pula YB UMNO, Menteri pula itu, membela golongan samseng ini!

Inilah bukti sahih betapa kemaruknya UMNO dewasa ini. Sehingga hilang punca dalam usaha menangani cabaran kebangkitan PR. Samseng pun dibela dan dilindungi. Mungkin BN melihat budaya samseng sahajalah yang merupakan penyelamat mereka dewasa ini. Sepertimana dalam isu 'kepala lembu' di Shah Alam. Saya difahamkan UMNO Selangor yang bayarkan denda/saman golongan kepala lembu tersebut.

Semasa korban minggu lepas, ada yang siap pesan, "Hati-hati, jaga kepala lembu, supaya tidak jatuh ke tangan puak-puak kemaruk ini!"


WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 24 Nov 2010 07:53 PM PST

PAS Cawangan Serkam Darat


Pokok Mati akibat Radiasi Wifi

Posted: 24 Nov 2010 07:14 PM PST

PROGRAM BERKHATAN PAS SERKAM DARAT

Posted: 24 Nov 2010 07:08 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut

Posted: 24 Nov 2010 07:52 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut


Isu Ancak Zambry: Pemuda Pas sekali lagi nyatakan sedia debat

Posted: 24 Nov 2010 07:04 PM PST

IPOH, 25 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mencabar semua pengendali laman web atau blogger pro Umno BN agar berdepan bersama di atas satu pentas untuk mengemukakan hujah-hujah mereka jika benar-benar berani bersemuka berhubung ancak tiang seri.

Ketuanya, Zawawi Hassan berkata, ini kerana pihaknya melihat trend penyokong Umno BN yang mengendalikan laman web atau blog pro parti itu sedang menunjukkan mereka di pihak benar dengan memberikan hujah-hujah terutama berkaitan tindakan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober yang lalu.

DPPN Pk, katanya mengalu-alukan terutama pengendali laman web peraktoday.com dan juga bloggertaipingmali.blogspot.com agar menerima saranan berdebat tersebut.

Beliau menambah, DPPN Pk merasakan trend hujah satu hala itu tidak profesional dan menganggapkan berdebat atas satu pentas adalah lebih matang lagi bersifat profesional.

"Mengapa takut jika mereka benar-benar mampu mengemukakan sebarang hujah berkaitan kenyataan DPPN Pk?" soalnya dalam satu kenyataan di sini.

Di atas pentas tersebut, tambahnya masing-masing boleh mengemukakan hujah dan lebih matang serta bersifat berani dengan hujah tersebut.

Tegasnya, DPPN Pk akan menunggu persetujuan bersama untuk berdebat atas satu pentas nanti.

"DPPN Pk berharap mereka tidak takut malah berani untuk menyahut cabaran ini. Bagi DPPN Pk, sama-samalah kita menanti apakah hujah mereka selepas ini," katanya lagi.

-Harakahdaily-

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 24 Nov 2010 07:45 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


MEMALI: Wajib Terus Menentang ISA

Posted: 24 Nov 2010 12:52 AM PST


GAMBAR HIASAN - Lawatan Cawangan Tanah Lot ke pusara Syuhada pada 15 Ogos 2008 lalu.



oleh : Harakah Kedah

BALING: Seluruh ahli PAS wajib meneruskan penentangan kepada kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), demikian ditegaskan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu semasa berucap pada penutup Majlis Memperingati 25 Tahun Memali di sini 21 November lalu.

Menurut beliau, Ustaz Ibrahim Libya tidak pernah tunduk kepada undang-undang zalim dan bertegas bahawa haram melakukan penahanan di bawah ISA.

As-Syahid Ustaz Ibrahim jelas Mohamad, lebih rela mati dari hidup tetapi menghadapi kezaliman ISA dan beliau telah pun membuktikannya.

"Oleh itu kita harap penentangan ke atas ISA wajib diteruskan," seru beliau disambut laungan takbir lebih 5,000 hadirin.

Pun begitu beliau mengingatkan, apabila PAS menerajui Putrajaya kelak, jangan ada di kalangan pendokong PAS terfikir untuk menggunakan akta itu kepada musuh politik.

Tegasnya, PAS tidak reda untuk akta itu digunakan kepada sesiapa sahaja sebaliknya perlu pinda undang-undang lain.

Beliau turut menegaskan, ahli PAS wajib menyokong sistem pengajian Islam sebagaimana yang diasaskan As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud untuk terus lahirkan mujahid dan mujahidah yang akan mendokong perjuangan Islam.

Mengulas keputusan mahkamah membebaskan mangsa tuduhan Himpunan Bersih dan rumusan hakim bahawa pihak polis telah melanggar perlembagaan negara yang menjamin kebebasan beragama dan berhimpun, beliau menggesa pihak polis tidak lagi mengganggu semua himpunan aman selepas ini.

Beliau turut menyeru kebebasan media terus diperjuangkan berikutan kedudukan Malaysia tercorot.

Secara menyindir beliau berkata, kerana itu Persidangan Wanita Pertama anjuran Datin Rosmah Mansur hanya diwakili wanita dari negara-negara tersebut.

PAS Kawasan Miri

Posted: 24 Nov 2010 07:33 PM PST

PAS Kawasan Miri


Perceraian Meningkat Kerana Tinggalkan Solat

Posted: 23 Nov 2010 10:28 PM PST

Pandangan banyak pihak tentang peningkatan kes perceraian di Sarawak dalam media tempatan amat membimbangkan. Mari kita kaji berlakunya kes sebegini dari sudut Ibadah Solat.Dalam sebuah hadis, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah SAW telah bersabda;"Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak" Riwayat Abu Daud dan HakimManakala firman Allah SWT, di surah An Nisa' ayat 19 bermaksud;"Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya"
Perceraian merupakan perkara yang halal tetapi paling dibenci oleh Allah swt. Firman Allah di surah Al Baqarah ayat 229 yang bermaksud,
"Rujuklah mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang ma'ruf atau ceraikanlah mereka dengan cara yang baik"
Begitu juga Islam melarang seorang isteri yang minta diceraikan tanpa ada sebab-sebab yang syar'ie, sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud,
"Dari Sauban r.a bahawa Rasulullah saw bersabda : "Mana-mana perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa ada apa-apa keuzuran syar'ie, maka haram ke atasnya bau syurga" Riwayat : Abu Daud

Perkara di atas ini berlaku juga terhadap suami yang menceraikan isterinya, tanpa ada sebab-sebab atau alasan yang kuat sehingga isteri terasa dizalimi atau menceraikannya dengan cara penganiayaan. Begitu juga haram bagi suami menceraikan isterinya sewaktu sedang haid atau sewaktu isteri dalam keadaan suci tetapi telah dicampurinya.

Punca Perceraian

Untuk membicara perkara ini ianya agak subjektif, kerana setiap pasangan mempunyai alasan dan persoalan yang tersendiri yang menyebabkan rumahtangga mereka bergelora. Namun melalui pengalaman saya sebagai Naib Khadi atau istilah sekarang Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk orang Islam, bolehlah dijadikan sedikit ukuran dan pertimbangan untuk mengenal pasti punca perceraian yang berlaku dari segi akar umbinya.Saya suka meneliti dari setiap sudut persoalan dan cuba memahaminya agar persoalan itu lebih mudah untuk dirungkaikan. Dalam al-Quran, firman Allah SWT yang berkaitan hukum serta persoalan talaq atau perceraian ada dihuraikan pada surah al-Baqarah. Bermula dari ayat 222, yang menceritakan tentang kedudukan wanita di sisi suaminya sehinggalah kepada ayat 242 yang menghuraikan tentang hak-hak wanita yang telah ditalaqkan.

Namun yang menariknya, terselit diantara persoalan tersebut dua ayat, iaitu pada ayat 238 dan 239 yang menghuraikan perintah dan arahan Allah SWT untuk memelihara solat tidak kira dalam bagaimana keadaan sekalipun, ketika aman atau dalam permusafiran.Sebagaimana yang difahami, ayat-ayat al-Quran walaupun ianya diturunkan secara berperingkat-peringkat dan kadang-kala setiap ayat itu berpisah antara satu sama lain ketika penurunannya, namun setelah mana ia dibukukan mengikut wahyu Allah SWT kepada Nabi SAW, ianya mempunyai nilai maksud yang tersendiri melalui tafsiran secara tahliliyyah yakni tafsiran secara terperinci. Maksud dari setiap ayat berkait-kait dari satu ayat dengan ayat yang lain, begitu juga dari satu surah kepada surah yang lain. Walaupun sebab penurunan ayat berbeza ketika waktu penurunannya dan jalan ceritanya juga berbeza pada zahir ayatnya tetapi ianya mempunyai hubungan dari satu ayat dengan ayat yang lain. Itulah kehebatan al-Quran, tersimpan rahsia bagi yang mahu mengkajinya.

Justeru, ketika kita cuba memahami tafsiran ayat-ayat tersebut, pengertian yang ingin disampaikan oleh Allah SWT secara tersirat ialah melalui bagaimana persoalan perceraian ini boleh dan dapat dibendung. Allah SWT menegaskan terhadap penjagaan hak Allah sebagaimana yang ditetapkan iaitulah menjaga solat. Firman Allah SWT dalam ayat 238;

"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. (238) Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya". (239)

Jagalah hak Allah SWT dalam apa keadaan sekalipun dan ingatilah Allah SWT nescaya Ia akan mengajar kamu dan memelihara kamu.Dalam kehidupan ini, apa yang perlu kita ketahui ialah perjalanan hidup kita senantiasa dalam ketentuan Allah. Walaupun kita mampu berusaha dan sememangnya disuruh untuk berusaha tetapi kita kena senantiasa bersandarkan kepada ketentuan Allah SWT, kerana Dialah yang menentapkan segala sesuatu.

Daripada Ibnu Abbas RA, sabda Nabi SAW:

"Wahai anak, aku ingin ajarkan kepada engkau beberapa kalimah: Peliharalah hak-hak Allah nescaya Allah memelihara kamu. Peliharalah hak-hak Allah nescaya engkau akan mendapatiNya di mana saja kamu berada. Apabila kamu ingin meminta bermohonlah kepada Allah. Apabila kamu inginkan pertolongan mohonlah pertolongan daripada Allah. Dan ketahuilah, sekiranya seluruh umat berhimpun untuk memberikan suatu manfaat kepada engkau, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun melainkan dengan suatu yang telah Allah tetapkan kepada kamu; sekiranya mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikit pun melainkan dengan suatu yang telah Allah SWT tetapkan ke atas kamu. Telah pun diangkat segala pena dan telah keringlah segala buku (segalanya telah ditetapkan oleh takdir dan ditulis di Luh mahfuz).Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad.
Jelaslah bila kita jaga hak-hak Allah pastinya Allah akan memelihara kita, apatah lagi untuk memelihara hubungan kita sesama manusia khususnya suami isteri.
Solat menjadi asasnya. Hubungan yang sentiasa dengan Allah akan membuahkan ketenangan dan kedamaian serta jalan keluar dari segala permasalahan. Namun apa yang berlaku disebalik corak kehidupan manusia yang dikatakan beriman kepada Allah dewasa ini, jauh menyimpang dari sifatnya sebagai seorang yang beriman. Solat hanya sekadar adat kebiasaan bukan suatu yang didambakan untuk memuji-muji tuhan, memohon keampunan dan kerahmatan, tetapi hanya sekadar hiasan dan kebiasaan. Kesannya, solat yang tidak mampu meraih kasih Allah dan menghindarkan dirinya dari kemungkaran.
Dan ingatlah sebahagian besar perselisihan dalam rumahtangga adalah terkesan dari kemungkaran yang dilakukan, sama ada secara sedar atau tidak kemungkaran terhasil dari pengabaian hak-hak Allah yang pelbagai. Bermula dari solat, penutupan aurat, pergaulan bebas, makan minum dari sumber yang haram, mengambil hak orang lain secara haram, pelanggaran hukum-hukum Allah dan sebagainya.

Bila saya bersoal selidik dengan para pasangan yang bermasalah khususnya berhasrat untuk bercerai, 90 % dikalangan mereka mengabaikan solat, sama ada suami atau isteri. Justeru kesimpulan ringkas yang boleh saya nyatakan, apabila tidak menjaga solat dengan sempurna maka ia adalah sebahagian dari punca penceraian dan akan membawa kepada pengabaian yang lain juga.Oleh itu jagalah, sempurnakanlah serta berusahalah untuk mendapat khusyuk padanya, kerana sesungguhnya berjayalah orang mukmin yang khusyuk dalam solatnya. Bila solat berjaya maka segala lapangan kehidupan kita juga akan berjaya serta jagalah hak-hak Allah yang lainnya. Itulah keberhasilannya. Moga kehidupan kita diberkati Allah, ameen

Pandangan Ustaz M Zaki Ameen

Rembau Hari Ini

Posted: 24 Nov 2010 07:19 PM PST

Rembau Hari Ini


Jualan Amal Roti Canai Unit Amal N.Sembilan

Posted: 24 Nov 2010 12:22 AM PST

JUALAN AMAL ROTI CANAI DAN TEH TARIK
Tarikh : 12 Dis 2010 (Ahad)
Masa : 8 pagi - 11 pagi
Tempat : Taman Matahari Height, Senawang
Kupon : RM5 sahaja

Objektif :
- Untuk menampung pelbagai aktiviti pembangunan remaja dan kemasyarakatan Unit Amal Negeri Sembilan
- Memberi pendedahan kepada golongan remaja dan belia dalam aktiviti kemasyarakatan terutama di musim cuti sekolah

Hubungi :
Nazri 013-3098775 , Timbalan Pengarah 2 Unit Amal N.Sembilan
Izamri 013-2124086 , Pengarah Unit Amal N.Sembilan

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun CIMB 05020693061526

Layari Blog Unit Amal N.Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com

Solat Hajat elak Surau di Melaka kena Roboh

Posted: 23 Nov 2010 08:07 PM PST

Majlis Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yaasin
Menghalang Perobohan Surau di Bukit Katil, Melaka
Tarikh : 25 Nov 2010 (Khamis)Masa : 6.50 ptg
Tempat : Perkarangan Pasti Jaya Insan, Bukit Katil, Melaka

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Maklumat lanjut di http://mutaligat.blogspot.com/2010/11/solat-hajat-perdana-mohon-allah.html

Sesiapa yang tidak dapat hadir, dicadangkan melakukan Solat Hajat di seluruh dunia pada waktu tersebut untuk mengelekkan perobohan surau di Melaka ini, samada secara individu atau berjemaah.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 24 Nov 2010 07:19 PM PST

Dr Azman Ibrahim


i-BANTAH, Kita Tidak Dapat Semua, Tapi Tidak Kehilangan Semua

Posted: 23 Nov 2010 07:51 PM PST

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 24 Nov 2010 03:33 PM PST

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Usrah remaja terus

Posted: 24 Nov 2010 07:46 AM PST


Taman Sri Lambak : Usrah remaja malam ni diteruskan walaupun yang hadir 2 orang, yang lain balik kampung, maklumlah cuti sekolah...nakib mesti memahami.

Topik bab aqidah rukun iman, seerah tajuk zaman jahiliyah, isu semasa bahaya zina dan pembahagian qurban. Jamuan roti canai dari Restoran Omar dan air teh.

Tok Guru selamat pulang

Posted: 24 Nov 2010 07:42 AM PST

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 24 Nov 2010 03:18 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


PATUTLAH RAMAI BEKAS TENTERA DI PERANCIS

Posted: 24 Nov 2010 12:15 AM PST


Najib bimbang, siasatan Scorpène semakin meluas

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya mula bimbang sekarang ekoran siasatan yang lebih meluaskan terhadap skandal rasuah dalam pembelian kapal selam buatan Perancis, Scorpène.

Selain Najib, turut mula bimbang adalah pemimpin dari India, China dan Brazil serta pemimpin Perancis termasuklah bekas Presiden, Jacques Chirac, bekas Menteri, Dominique de Villipin dan Edouard Balladur di samping Presiden Perancis sekarang, Nicholas Sarkozy.

Demikian menurut laporan Asian Sentinel semalam dalam laporan yang ditulis oleh Gavin M. Greenwood, seorang konsultan keselamatan yang berpejabat di Hong Kong John Berthelsen, editor Asia Sentinel.

Mungkin persiapan ke arah itulah, pejabat kedutaan Malaysia di Perancis penuh dengan bekas pegawai tentera termasuk dutanya, Tan Sri Dr Abdul Aziz Zainal, 58, yang merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera. Dr Abdul Aziz menerima watikah perlantikan itu awal Mei 2010 lalu.

Menurut seorang rakyat Malaysia yang berkunjung ke pejabat kedutaan Malaysia di Perancis baru-baru ini dalam urusan kerjanya, apa yang mengejutkan beliau adalah ramainya bekas tentera yang menjadi kakitangan di pejabat kedutaan itu termasuk dutanya.

Beliau tertanya-tanya, kenapa ramai sangat bekas tentera di situ, lalu dia teringat kes kapal selam yang tidak boleh menyelam kat Malaysia dan wanita Monggolia yang mati kerana dibom dengan C4.

Menurut Asian Sentinel, para peguam kepada keluarga 11 jurutera Perancis yang mati dalam serangan bom di Karazchi tahun 2002 lalu, akan memfailkan dakwaan pembunuhan terhadap Chirac dengan mendakwa kejadian itu berpunca dari pembatalan rasuah kepada tentera Pakistan dalam pembelian tiga kapal selam Agosta 90-class untuk tentera laut negara itu.

Sarkozy adalah Menteri Bajet Perancis ketika kerajaan negara itu menjual kapal selam yang dibina oleh gergasi pertahanan Perancis, DCN ( yang kemudiannya dikenali sebagai DCNS) kepada Pakistan dengan nilai USD950 juta.

Pendakwaraya mendakwa, ahli poltik, pegawai tentera dan orang tengah Pakistan menerima jumlah komisyen sehingga Euro2 juta yang kembali semula ke Paris untuk membantu kempen Balladur yang tidak berjaya mengalahkan Chirac itu.

Menteri Bajet, Sarkozy didakwa meluluskan elemen kewangan dalam penjualan kapal selam itu. Ketika itu, beliau adalah jurucakap pasukan kempen presiden Balladur dan menurut media Perancis, mereka telah membuka dua syarikat di Luxembrg untuk menguruskan wang rasuah itu, lapor Sentinel.

Adalah didakwa, apabila Chirac dipilih semula, beliau telah membatalkan pembayaran rasuah itu kepada Pakistan, menyebabkan tindakan serangan membalas dendam ke atas kenderaan yang dinaiki oleh para jurutera Perancis dan tiga rakyat Pakistan itu. Beberapa tahun lamanya, Pakistan menyalahkan serangan itu kepada militan Islam termasuk Al Qaeda.

Salah seorang peguam itu berkata, pihaknya akan menyiasat bagaimana keputusan memghentikan komisyen itu dicapai. Beliau juga mahu memanggil Sarkozy untuk memberikan keterangan namun Presiden Perancis itu dengan marahnya menafikan dakwaan itu.

Sebagai Presiden beliau mempunyai umuniti dan berhak untuk menolak dari dipanggil memberikan keterangan.

DCNS telah menjual Scorpènes kepada Pakistan pada tahun 1994. Malaysia melalui usaha Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak membayar USD1 bilion kepada DCNS untuk memesan kapal selam itu dan pada tahun yang sama, iaitu 2002, ketika para jurutera Perancis itu dibunuh, lapor Sentinel.

Sebagai timbal balas, syarikat yang dimiliki rakan Najib, Abdul Razak Baginda telah dibayar Euro114 juta sebagai 'komisyen'. Ia disahkan dalam satu jawapan di Parlimen Malaysia.

Isu ini menjadi semakin panas apabila Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang mendakwa teman wanita Abdul Razak dibunuh dan diletupkan badannya sehingga berkecai dengan C4, peledak yang selalu digunakan oleh tentera.

Altantunya datang ke Malaysia untuk menuntut hak yang dijanjikan kepadanya iaitu USD500,000 dari komisyen yang mereka perolehi ekoran peranannya dalam urusan jual beli kapal selam ini.

Abdul Razak bersama dua pengawal peribadi Najib telah didakwa ekoran kejadian itu namun Abdul Razak telah dibebaskan manakala dua lagi pegawai polis yang menjadi pengawal peribadi itu dijatuhkan hukuman bunuh.

REKOD PENGURUSAN BN/UMNO PALING LEMAH 13 TAHUN BERTURUT MENJELANG PRU13

Posted: 23 Nov 2010 08:30 PM PST


Negeri ini menerima sumbangan terbanyak dari kerajaan pusat dan mahsyur dengan khazanah alamnya, namun Pahang merupakan negeri paling tinggi jumlah hutangnya, dakwa Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Tanpa menafikan ia perkara yang memalukan, Azan berkata, beliau sebagai seorang ahli parlimen dari negeri itu begitu hairan bagaimana Pahang yang sepatutnya mewah pendapatannya, tetapi mencatat rekod 13 tahun berturut-turut mengalami belanjawan defisit.

"Saya memang sudah jangka, maknanya 13 tahun berturut-turut tidak ada satu pun bajet yang seimbang, teruk.

"Masalah besar yang menjadikan begini sebab Pahang banyak kehilangan hasil. Hasil yang patut dipungut hilang sebab ketidakcekapan," katanya lagi.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob meminta rakyat negeri berkenaan supaya tidak bimbang dengan Bajet Pahang 2010 yang menyaksikan defisit sebanyak RM92.48 juta.

Menurut Adnan, defisit untuk kali ke-13 berturut-turut itu berpunca daripada usaha pertumbuhan ekonomi di negeri berkenaan.

Namun menurut Azan, jawapan Adnan yang langsung tidak melambangkan kredibiliti seorang pemimpin yang mempunyai keinginan politik untuk menyelasaikan masalah defisit yang dialami menjadikan negeri itu sebagai negeri paling banyak berhutang.

"Keadaan itu mengakibatkan Pahang mengumpul hutang yang lebih lagi untuk tahun yang ke-13.

"Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) tahun ini sahaja menerima RM90 juta. Keseluruhan yang diterima RM320 juta seperti yang ada dalam belanjawan," kata Azan.

Selain Pahang katanya, dua negeri lain yang menerima bantuan dari kerajaan pusat ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak iaitu sebanyak RM3.2 juta dan Perlis RM1.8 juta.

"Untuk apa beri bantuan kepada PKNP sedangkan negeri mengalami defisit. Sentiasa rugi. Perbelanjaan lebih daripada pendapatan," soal Azan.

Pahang mengalami defisit bagi tahun ke-12 berturut-turut iaitu sebanyak RM98.61 juta pada tahun lalu.

Menurut Adnan, beliau optimis walaupun beberapa tahun kebelakangan ini bajet Pahang mengalami defisit, tetapi apabila pada akhir tahun apabila kira-kira kewangan dibuat, ia akan menghasilkan lebihan.

Namun menurut Azan, selagi kerajaan negeri tidak bertukar tangan, hasrat Adnan itu nampaknya sukar untuk direalisasikan.

"Tidak munasabah dalam masa 13 tahun, tidak pernah sekali pun dengan hasil, dengan cukai yang dikumpul, boleh melebihi perbelanjaan?

"Masalah utama ialah apabila terlalu lama diurus oleh pasukan yang sama iaitu kerajaan negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional dan Umno, maka perkara
yang sama di bawa dari tahun ke tahun, sama sahaja berturut-turut.

"Kalau bagi lagi 10 tahun, maka 10 tahun lagi lah defisit sebab dia tidak ada kehendak untuk memperbaiki keadaan ini, kerana Umno selalunya berada dalam keadaan selesa," tambah Azan lagi.

Katanya, terlalu menghairankan untuk sebuah negeri yang mempunyai hasil bumi seperti balak, emas, terlibat dalam sektor perindustrian, namun tidak mempunyai pendapatan untuk mentadbir urus negeri.

"Saya musykil dan tidak percaya sama sekali dengan keadaan negeri Pahang yang mempunyai khazanah kayu balak yang bermutu tinggi, dengan emas dan
sebagainya, kawasan perindustrian kimianya, tetapi sampai ke tahap tidak ada sumber untuk mentadbir negeri sehingga menjadi defisit. Ini tidak munasabah sama sekali," tambah Azan lagi.

Justeru katanya, sekiranya dicabar untuk menguruskan belanjawan negeri Pahang dalam tempoh satu tahun supaya ia tidak lagi mengalami defisit, beliau sanggup melakukannya.

"Ambil contoh kerajaan Pulau Pinang (di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat) buat pertama kali tahun lepas, tidak ada defisit. Selangor buat pertama kali tidak ada defisit," tambah Azan lagi.

CHE DET, PAK LAH, PROJEK HSA , SUNSHINE FLEET SERTA DOT! DOT! DOT!

Posted: 23 Nov 2010 08:15 PM PST

Akhirnya Sub-kontraktor mengadu kepada Sultan Selangor setelah kerugian RM43 juta, apabila syarikat kontraktornya - yang dikuasai kerabat Sultan Selangor - dalam Projek Hospital Shah Alam (HSA) menggunakan kedudukan dan kemudahannya untuk menuntut wang daripada sub-kontraktor tersebut.

Raja Petra Kamaruddin pernah mendedahkan surat yang berkaitan dengan skandal yang melibatkan anggota kerabat Sultan Selangor dalam laman Malaysia Today yang dikendalinya sebelum ini. Surat tersebut ditulis oleh sub-kontraktor Projek Hospital Shah Alam, iaitu GM Healthcare Sdn.Bhd kepada Sultan Selangor, mendedahkan bahawa Sunshine Fleet Sdn.Bhd yang dikuasai adinda Sultan, iaitu Tengku Arafiah terlibat dalam skandal rent-seeking.

Ketua Pegawai Eksekutif GM Healthcare Sdn.Bhd, Elvin Toh Chen Vin telah mengesahkan kepada MerdekaReview bahawa surat tersebut adalah benar. Menurut Elvin Toh, surat tersebut ditulis oleh GM Healthcare untuk mengisahkan kronologi peristiwa itu kepada Sultan.

Sebagaimana yang diketahui MerdekaReview, Sunshine Fleet yang dikuasai Tengku Arafiah bukan sahaja meminta agar GM Healthcare untuk melangsaikan hutang yang dilonggakkan sub-kontraktor sebelumnya, bahkan menuntut wang tunai dari GM Healthcare melalui pelbagai saluran. Berikutan daripada itu, GM Healthcare kerugian RM43.15 juta, kerana gagal menuntut balik wang yang dibelanjakan, malah kehilangan projek Hospital Shah Alam ini.

Kementerian Jabatan Kerja Raya kini telah membatalkan kedudukan Sunshine Fleet (yang dikuasai Tengku Arafiah) sebagai kontraktor utama projek Hospital Shah Alam, malah dibuka tender semula. Menurut laporan Star pada 3 Oktober, kerajaan telah membayar RM122.50 juta kepada Sunshine Fleet, namun projek ini hanya disiapkan setakat 25.3%.

Perjanjian antara bekas Sultan Selangor dengan Mahathir

Menurut sumber maklumat, penglibatan kerabat Sultan Selangor dalam projek Hospital Shah Alam ini disebabkan perjanjian antara bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dengan bekas Sultan Selangor. Sebagaimana yang dimaklumkan, Mahathir Mohamad mencadangkan projek ini antara tahun 2000 hingga 2001.

Perjanjian direstui oleh Mahathir dengan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada ketika itu adalah tanah diperuntukkan oleh Sultan Selangor, dengan syarat projek tersebut perlu diserahkan kepada anggota kerabat Sultan. Namun, projek ini ditangguhkan, malah tidak dilaksanakan sehingga Mahathir berundur dari jawatan PM. Ia hanya bermula pada zaman PM kelima, Abdullah Ahmad Badawi apabila JKR menyerah projek ini kepada Sunshine Fleet yang dikuasai kerabat Sultan Selangor pada 9 November 2007.

Menurut maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tiga orang pemegang saham utama Sunshine Fleet adalah adinda Sultan Selangor, Tengku Arafiah (70% saham), Azamuddin Shah Abdul Aziz (10% saham) dan Tengku Abdul Samad Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Tengku Arafiah bukan sahaja pemegang saham terbesar Sunshine Fleet, malah menyandang jawatan Pengerusi Eksekutif yang membuat keputusan untuk syarikat.

Rent-seeking

Mengapa GM Healthcare terlibat dalam skandal rent-seeking ini? Menurut Elvin Toh, syarikat ini pada asalnya mengusahakan perniagaan pemborongan perubatan yang diasaskan Chua Zhi Bin. Elvin Toh mengambil alih GM Health pada tahun 2007 dan memegang 50% saham masing-masing bersama Chua Zhi Bin.

Setelah Sunshine Fleet memperolehi projek bernilai RM482.60 juta dari JKR pada November 2009, maka GM Health diundang untuk menyertai pembidaan projek tersebut. Tetapi, akhirnya Tengku Arafiah (gambar kiri) menyerah keseluruhan projek ini kepada Isyoda Sdn.Bhd, dan bukannya GM Helathcare pada 16 November 2007. Menurut perjanjian antara Sunshine Fleet dengan Isyoda ketika itu, Sunshine Fleet "sub" projek ini kepada Isyoda dengan nilai RM451.321 juta, dan mengaut keuntungan RM31.369 juta daripadanya.

Pada hari yang sama, Isyoda mengeluarkan "Letter of Undertaking of Payment" kepada Tengku Arafiah, bersetuju untuk membayar RM46.231 juta kepada Tengku Arafiah. Kontrak yang diambil-alih Isyoda sebenarnya bernilai RM405 juta setelah ditolak angka tersebut.

Maka Tengku Arafiah dan Sunshine Fleet memperolehi keuntungan bersih RM77 juta daripadanya, iaitu RM31.369 juta daripada perbezaan nilai kontrak, dan RM46.231 juta yang diterima Tengku Arafiah.

PENANGAN SURAT MAT ZAIN, LAIN DARI LAIN

Posted: 23 Nov 2010 07:29 PM PST

Dua Menteri Diarah Kabinet, Soal Peguam Negara
Dua menteri Kabinet diarahkan untuk menyoal Peguam Negara Tan Sri Gani, sebaik sahaja beliau pulang dari Mekah bersabit kes mata lebam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut laporan itu, Kabinet memutuskan berbuat demikian selepas seorang bekas anggota polis Datuk Mat Zain Ibrahim, dalam surat terbuka nya mendakwa penglibatan Gani dalam insiden tersebut.

"Sekarang saya telah diarahkan (oleh Kabinet), Datuk Rais dan saya sendiri agar bercakap dengan Peguam Negara. Kami menunggu beliau pulang dari Mekah," Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz dilaporkan sebagai berkata kepada The Malaysian Insider.

Kabinet kata Nazri mahu mendengar sendiri dari mulut Gani berhubung dakwaan penglibatannya dalam insiden yang menggemaparkan kira-kira 12 tahun lalu.

"Kami mahu mendengar daripada Peguam Negara sendiri (mengenai surat terbuka).

"Ini perkara yang serius. Jika beliau (Mat Zain) bercakap benar, kita kena mendapatkan maklumat lanjut... tetapi sehingga itu, tiada apa-apa keputusan," kata Nazri.

Pada Julai 2008, Anwar membuat laporan polis mendakwa Gani, Mat Zain, Musa yang ketika itu pegawai penyiasat dan Dr Abdul Rahman telah memalsukan satu laporan perubatan mengenai kejadian mata lebam itu.

Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Nor pula telah mengaku kepada suruhanjaya diraja siasatan bahawa beliau memukul Anwar ketika ditahan di Bukit Aman selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan Umno.

Mat Zain melalui surat terbuka yang dihantar kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar kelmarin merujuk kepada usul pemotongan RM10 dari gaji Peguam Negara seperti yang diusul oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Zain mengakui pada 14 April lalu telah menghantar e-mel kepada Kit Siang.

"Sebagai membalas komen beliau terhadap PDRM berkaitan siasatan kes mata lebam, yang sedikit tersasar. Saya turut megesahkan bahawa kenyataan-kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15 April 2009 kepada Lembaga Penasihat SPRM dan surat terbuka kepada YBhg Datin Kalsom Taib bertarikh 8 Oktober 2010 (surat terbuka pertama), yang salinannya saya e-mel kepada Tan Sri, adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan-salinan asal surat-surat berkenaan.

"Saya akan merujuk kepada kandungan surat-surat tersebut apabila, atau jika berkenaan," kata Mat Zain.

Berikutan isu berkenaan dibangkitkan oleh Kit Siang pada 9 November lalu di parlimen, Nazri memaklumkan akan membawa hal tersebut ke pengetahuan Kabinet pada 12 November lalu.

Beliau turut mengumumkan penjelasan akan diminta daripada Gani berhubung hal itu.

"Saya menyokong sepenuhnya Tan Sri Gani diberikan hak sedemikian oleh kerana hak kesamarataan dari sudut undang-undang dan hak pendengaran yang adil adalah merupakan hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan wajar dihormati oleh semua pihak.

"Bagaimanapun apa yang menjadi kemusykilan saya kini ialah apabila penjelasan diberi oleh Tan Sri Gani, seorang Peguam Negara, dalam bentuk apa sekalipun, sama ada secara lisan atau kenyataan akhbar atau representasi dan lain-lainnya, pihak berkuasa manakah yang layak dan berhak serta mempunyai kuasa untuk memberikan pendengaran adil kepada semua pihak terlibat dalam persoalan ini.

"Dan, tidak hanya adil kepada Tan Sri Gani seorang sahaja. Sesuai untuk saya nyatakan di sini bahawa pihak-pihak yang terlibat, bukan setakat empat individu yang dinamakan dalam laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Tan Sri Gani, Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara), Dr Abdul Rahman Yusof dan saya sendiri," lapor portal itu lagi.

NAUZUBILLAH & INNALILLAH ! PEMBUNUH INI SEORANG MELAYU ATAU SEORANG ISLAM

Posted: 23 Nov 2010 07:18 PM PST

JOHOR BAHRU: Hasrat seorang bapa untuk menimang cucu sulung musnah apabila anaknya yang hamil sebulan ditemui mati dengan kesan dikelar pada lehernya di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kastari, Ulu Tiram, di sini, petang kelmarin.
Lebih menyayat hati, pembunuhan kejam Rohana Hamzah, 26, yang didakwa keluarga mangsa sebagai angkara suaminya berlaku pada tahun kelima perkahwinan pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga.
Bapa mangsa, Hamzah Mohamad, 51, berkata, dia rebah kerana hatinya hancur sejurus melihat jenazah Rohana tertiarap berlumuran darah di bilik tidur di rumah sewa pasangan berkenaan.

Menurutnya, dia bergegas ke rumah itu selepas menerima panggilan daripada bapa saudara menantunya yang memaklumkan timbul masalah membabitkan pasangan berkenaan, kira-kira jam 2.30 petang.
Bagaimanapun, katanya, dia mula cemas selepas melihat polis dan orang ramai mengerumuni rumah anak perempuannya itu sebelum rebah sejurus melihat jenazah anak ketiganya itu dengan tangan terkilas ke belakang.

"Saya mula rasa ada yang tak kena apabila melihat menantu berusia 24 tahun dalam keadaan bergari dan dibawa polis," katanya yang ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), semalam.

Hamzah berkata, kali terakhir dia berjumpa Rohana ketika anaknya itu pulang bercuti seminggu iaitu sebelum Aidiladha lalu di rumahnya di Taman Sri Pulai di Skudai pada 14 November lalu.

"Kali terakhir Rohana menghubungi adiknya pula kira-kira jam 11.15 pagi pada hari kejadian. Dia bertanyakan salinan MyKad miliknya yang tertinggal di rumah kami.

"Bagaimanapun, perbualan singkat itu terhenti dan pada masa sama, adiknya mendengar bunyi bising sebelum talian terputus," katanya.

Menurutnya, risau dengan keadaan itu, mereka sekali lagi cuba menghubungi Rohana, tetapi panggilan tidak berjawab.

"Kami tahu sangat sikap cemburu dan panas baran suaminya kerana pernah melihat dia memukul Rohana di depan kami.

"Malah, kami juga berat melepaskan Rohana pulang pada malam sebelum kejadian memandangkan dia baru saja dicederakan suami sebelum pulang ke rumah kami," katanya.

Hamzah berkata, kecederaan itu menyebabkan Rohana dirawat di wad selama tiga hari selain menerima lapan jahitan dan ketika ditanya, arwah anaknya itu mengatakan ia akibat terkena kaca.

Bagaimanapun, keluarga Rohana sangsi dan percaya ia akibat kelaran menggunakan pisau, malah doktor yang merawatnya juga meragui kecederaan itu berpunca daripada kaca.

"Tapi, semuanya sudah ditakdirkan dan sekelip mata bukan saja kehilangan anak tersayang, malah cucu dalam kandungan," katanya.

Jenazah mangsa dihantar ke HSI untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga petang semalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Skudai.

NOH TERUS TAK SENONOH !

Posted: 23 Nov 2010 04:23 PM PST


KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar(gambar) pada Selasa 'dibelasah' beberapa ahli Parlimen pembangkang berikutan kenyataannya yang mendakwa bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim memang 'layak' dipukul.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) sebelum itu pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat meminta penjelasan mengenai kenyataan Noh yang disifatkannya seolah-olah menggalakkan tindakan kasar.

Bagaimanapun apabila Noh menyatakan akan memberi jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan Fong, tindakannya itu mengundang reaksi ahli Parlimen pembangkang yang lain dengan menjerit 'samseng'.

Namun Noh tetap meneruskan jawapannya dengan memaklumkan bahawa Ng telah melanggari undang-undang dengan mengadakan demonstrasi tanpa permit.

Noh sekali lagi 'dihujani' dengan jeritan ahli Parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya itu.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee kemudiannya mencelah dan mengingatkan menteri dan ahli Parlimen bahawa isu berkenaan tiada kaitan dengan perbahasan yang sedang berlangsung.

Namun beliau tetap gagal mengawal perbalahan tersebut yang berterusan hampir 15 minit.

Fong akhirnya sekali lagi bangun dan berkata: "YB Menteri telah memalukankabinet dengan sikap samsengnya. "Dengar baik-baik Yang Berhormat Menteri, mujurlah tidak ada rombakan kabinet. Mengapa menteri kata ADUN Sekinchan 'layak' diperlakukan begitu? Mengapa menteri menggalakkan satu tindakan kasar seperti itu?"

Noh akhirnya menjelaskan bahawa beliau akan menyelesaikan isu berkenaan secara peribadi dengan Ng.

Ng yang merupakan wakil rakyat DAP mendakwa ditumbuk oleh sekumpulan 30 orang yang tidak dikenalinya di Tanjong Karang ketika beliau hendak bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.

Bagaimanapun Noh sebelum ini menafikan dakwaan Ng kononnya aksi samseng di kampung Sawah Sempadan itu dilakukan oleh ahli Umno.Mstar

Pas Cawangan Kampung Aman

Posted: 24 Nov 2010 03:17 PM PST

Pas Cawangan Kampung Aman


Ijtimak Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

Posted: 23 Nov 2010 10:21 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 24 Nov 2010 03:03 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


GERAKAN ANTI LIWAT AKTIF DI SARAWAK???. PIGI DAAA

Posted: 24 Nov 2010 12:59 AM PST

Dengar khabar sebanyak 8000 t-shirt telah diedar secara percuma di Sarawak, oleh ahli -ahli gerakan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Gerakan Anti-liwat" (GELI).


Kumpulan anak muda yang bergerak secara senyap, dan memiliki rangkaian di bandar-bandar utama seperti Kuching, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri sedang melancarkan gerakan menggedar T-shirt tersebut dengan aktif.
Yang pasti, difahamkan gerakan tersebut telah aktif secara senyap di Kuching sejak Ogos lalu..... piiiigi daaaa....

... GELI tak nak bagi ke selai kat Abu Nu'man??? Takkan lupa kot kawan lama.... boleh gua buat pakai gie surau...!!!

KELANTAN TAK BANJIR SEBAB RAJA KATAK SAKIT

Posted: 24 Nov 2010 12:49 AM PST

Masih ingat lagu katak oh katak!!
Kelantan oh Kelantan kenapa engkau tak banjir? Macammana aku nak banjir ... hujan x turun lebat...
Hujan oh hujan kenapa engkau tak lebat?... Macammana aku nak lebat... Raja Katak tak panggil aku... Raja Katak tak panggil aku...

Rupenya Ahli Parlimen ku nie masih sakit-sakit lagi sebab katenye dah lama tak ceramah... dalam erti kata lain lama dah tak menabur berita karut dia...

masa balik hari raya haji tempoh hati ... tak pulak nampak kain rentang ucapan daripada Brahim di kawasan Parlimen Pasir Mas especially kawasan kubunya di DUN Tendong... ke puak-puak penyokong dia dah sama-sama sakit sebab rindu nak dengan manusia nie 'memanggil hujan'...

saya petik dari FB dia:- "Salam kpd semua kepimpinan Dewan Tertingi PERKASA .. Alhamdulilah, sejak buat by pass operation pada I8hb Oct (35hari), saya bertambah puleh dan baik.mungkin 2 mingu lagi boleh mula aktif sikit2. Skg dah mula dapat main sms.. kena buat fisio sbb dada sebelah kanan maseh sakit sikit dan makan belum'lalu' (tak ada selera - mungkin lama tak ceramah).Terima kaseh atas solat hajat, doa, bunga, ziarah yg mana budi baik dan ingatan amat saya hargai dan jutaan terima kaseh..Tok Him insya allah ada jangka hayat minima 2O tahun lagi. Dalam mesyuarat Perkasa merokok akan di haramkan. Dato Tim. Presiden dah setuju. HIDUP PERKASA HIDUP MELAYU !!"

FESTIVAL AIR KEMBOJA : LEBIH 350 MATI DALAM REMPUHAN

Posted: 24 Nov 2010 12:32 AM PST

Lebih 350 orang mati di atas atas sebuah jambatan sewaktu jutaan rakyat Kemboja meraikan berakhirnya Festival Air semalam
kesemuanya yang mati disebabkan sesak nafas dan terpijak sesama sendiri kerana keadaan yang terlalu sesak di jambatan berkenaan
apa lagi nak dikatakan….



TAIB DAPAT 'INSPIRASI' DARI MEKAH TARIKH PR SARAWAK

Posted: 24 Nov 2010 12:17 AM PST

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pulang dari Mekah hari ini dengan mendapat "inspirasi" mengenai tarikh pilihan raya negeri Sarawak.



"Saya sudah ada inspirasi tetapi saya tidak akan memberitahu anda," katanya kepada pemberita di hangar Hornbill Skyways di sini.


Pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai tahun depan dan ramai pemerhati politik meramalkan ia akan diadakan sama ada pada Mac atau April.


Taib (gambar) berkata bahawa apa yang perlu dilakukan sekarang ialah bagi jentera pilihan raya membuat persiapan.


Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri, 62 daripadanya dikuasai oleh Barisan Nasional.


Mengenai kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pelagus, Larry Sng yang kini tidak mewakili mana-mana parti setelah dipecat daripada Parti Rakyat Sarawak, satu daripada komponen Barisan Nasional, Taib berkata BN Sarawak menyerahkan kepada wakil rakyat itu untuk menentukan kedudukannya.


Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata, jika Sng ingin terus bersama BN beliau harus memohon menjadi ahli terus BN.


"BN Sarawak tidak akan menghalang sesiapa saja yang mahu menyokong BN," katanya. — Bernama

PAKCIK KAYO... ZAMBRY MENANG SAMAN PAPER PKR

Posted: 23 Nov 2010 08:21 PM PST

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semalam memperoleh penghakiman terhadap akhbar Suara Keadilan dalam kes saman RM100 juta difailkannya berhubung penyiaran artikel fitnah oleh lidah Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi, Noordura Mohamad Din membenarkan permohonan Zambry mendapatkan penghakiman pada bahagian-bahagian tertentu dalam pernyataan pembelaan defendan selepas mendengar penghujahan kedua-dua belah pihak di dalam kamarnya.

Peguam Zambry, Firoz Hussein Jamaluddin memberitahu pemberita, mahkamah akan menilai ganti rugi berkenaan kemudian.

Beliau berkata, mahkamah menetapkan 29 November ini bagi pengurusan kes kedua-dua pihak untuk berhujah di hadapan hakim tentang maksud di sebalik perkataan-perkataan fitnah yang dinyatakan dalam pernyataan tuntutan Zambry.

Menteri Besar Perak memohon bagi memasukkan penghakiman mengikut Aturan 27 (Peraturan 3) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 berikutan pengakuan defendan-defendan dalam pernyataan pembelaan mereka.

Firoz Hussein berkata, defendan dalam pembelaan mereka mengakui bahawa perkataan-perkataan 'Zambry gagal memasuki Amerika Syarikat kerana disyaki pengganas' pada edisi 29 Disember 2009 - 5 Januari 2010, adalah palsu dan tidak berasas.

Pada 25 Februari lalu, Dr Zambry memfailkan saman fitnah dengan menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor :Suara Keadilan; penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Zambry berkata, artikel itu mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.

Zambry menegaskan bahawa beliau tidak dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat, malah dibenarkan masuk ke negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Defendan, dalam pernyataan pembelaan mereka, menyatakan bahawa permohonan maaf bertajuk 'Mohon Maaf Dr Zambry' dan penarikan balik artikel telah disiarkan dalam akhbar parti keluaran 30 Mac - 6 April lalu. - Bernama

MILIK SIAPAKAH RUMAH INI???

Posted: 23 Nov 2010 04:45 PM PST

Saya Petik :


Bukti ZAKAYA, Setiausaha Sulit Najib ada rumah bernilai RM5juta

1. Dato'Zakiah Ibrahim AKA ZAKAYA telah mengarahkan PRnya untuk menjawab dakwaan yang didedahkan oleh blog-blog dan laman berita internet.
2. Penjelasan ZAKAYA hanya berligar soal beliau bukan setiausaha sulit PM Najib Tun Razak tetapi setiausaha sulit Menteri Kewangan yang namanya juga Najib Tun Razak, dan kisah sedih kononnya beliau memang tidak lagi ingin bekerja sebagai salah seorang setiausaha sulit Najib tetapi dipaksa berkerja juga.

3. Persoalan penting mengenai wang rakyat Malaysia yang digunakan untuk mendanai syarikat Aero Tree Defence & Servives Sdn Bhd ditidak dinafikan beliau.

4. ZAKAYA tidak menyentuh hubungan beliau dengan CEO dan salah seorang lembaga pengarah syarikat Aero Tree Defence & Servives Sdn Bhd.

5. Beliau tidak menafikan atau mengiyakan mengenai pinjaman berjumlah RM200 juta yang diberikan oleh dua buah institusi kewangan kepada syarikat tersebut untuk perniagaan bernilai RM20juta

6. Kini apakah beliau berani menafikan, bahwa beliau memiliki rumah agam bernilai RM5 juta dengan kos untuk hiasan dalaman sahaja melibatkan perbelanjaan RM2 juta dengan mengupah perunding terbaik dari Da Vinci Group Holdings. Sila lihat jenis perabotnya dihttp://www.davinciasia.com/home.html

7. ZAKAYA baru tinggal di rumah tersebut pada Disember 2009 dan sesuai dengan sifatnya yang low profile, rumah mewah itu bukan di Bukit Damansara atau Taman Duta tetapi di Setiawangsa.

8. Soalnya dari mana wang yang beliau perolehi untuk memiliki kediaman mewah itu. Apakah hanya semata-mata dari gaji yang dibayar kerajaan kepada beliau selaku setiausaha sulit Menteri Kewangan?

9. Apakah beliau menafikan pada bulan May dan Jun lalu pada beliau telah menemui seorang ketua bahagian UMNO (Datuk O) dari negeri sebelah Utara untuk satu projek solar dengan janji komisen sebanyak RM5juta? Dan jadi dengan projek tersebut?

10. Siapa ahli perniagaan wanita berbangsa Cina yang akhirnya memperolehi projek tersebut dan benarkan ZAKAYA dan ahli perniagaan wanita itu berkongsi keuntungan RM35 juta, lebih 30 juta dari yang dijanjikan oleh ketua bahagian UMNO itu? Kedua-duanya salah, dan rakyat perlu tahu perkara sebenar. Sila jelaskan!

11. Kami juga mencabar SPRM menyiasat satu projek direct nego di Sabah membabitkan salah seorang kroni ZAKAYA. Apa yang menjadi misterinya adalah bagaimana Bahagian Perolehan Kementerian Kewangan memberi kelulusan untuk 'rundingan terus' tersebut.

12. Benarkah ZAKAYA memberitahu Ketua Setiausaha Perbendaharaan bahawa yang memberi kebenaran untuk 'rundingan terus' itu adalah PM Najib yang juga Menteri Kewangan.

13. Siasat juga apa jadi dengan projek lombong emas di Pahang, di mana ZAKAYA berganding bahu dengan sanak-saudara MB Pahang untuk merealisasikan penggalian emas itu?

14. ZAKAYA dalam emailnya seperti yang disiarkan oleh blog chegubard tidak menafikan bahawa pejabat beliau sebelah dengan bilik Menteri Kewangan yang juga PM.

15. Kami ingin mendedahkan bahawa ZAKAYA mempunyai kuasa mutlak terhadap Jabatan Perolehan Kementerian Kewangan dan perkara ini boleh disahkan oleh Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan (SBPK) Dato Fauziah Bt Yaakob.

16. Selama ini Dato Fauziah selalu tidak berani melawan arahan-arahan ZAKAYA walaupun bertentangan dengan SOP jabatan kerana beranggapan bahawa permintaan ZAKAYA merupakan arahan PM.

17. ZAKAYA dalam penjelasannya mengatakan beliau "pernah minta ditukar" hakikat sebenarnya adalah beliau nyaris ditukar tetapi kerana rayuan dengan "air mata" di depan pegawai utusan dan keluarga PM maka beliau selamat.

18. ZAKAYA mengatakan suaminya tidak pernah ke rumah PM, hakikatnya suami ZAKAYA menggunakan proksi ahli perniagaan Cina Sarawak untuk 'pindah' wang dan cek. SPRM boleh periksa jika ragu-ragu sebelum semua 'kekayaan' itu dialihkan ke luar negara terutamanya di Paris di mana ZAKAYA mempunyai sebuah lagi rumah.

19. Kita nantikan jawapan ZAKAYA kerana ada lagi pendedahan yang lebih mengejutkan akan menyusul.

NONG CHIK TAKUT JUMPA PEWARIS KG BARU...

Posted: 23 Nov 2010 04:41 PM PST

Pakatan Rakyat mencabar Putrajaya membentangkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru kepada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru terlebih dahulu sebelum ia dibawa ke Parlimen bulan depan.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, rang undang-undang tersebut tidak boleh dibentangkan di Parlimen tanpa mendapat persetujuan pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru terlebih dahulu.
Justeru, beliau mencabar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memaklumkan butiran kepada penduduk sebelum dibahaskan di Parlimen, di mana perbadanan itu dijangka mula beroperasi tahun depan.


"Saya nak tanya kepada beliau (Raja Nong Chik) kenapa takut sangat nak bentangkan rang undang-undang (Perbadanan Pembangunan Kampung Baru) ini kepada penduduk di Kampung Baru?

"Apa yang hendak disembunyikan sehingga tidak mahu bentangkan kepada penduduk dulu?" kata beliau.
Sepatutnya tegas beliau, sebarang keputusan yang hendak dibuat perlu mendapat persetujuan daripada pemilik-pemilik tanah.

"Selepas dapat persetujuan pemilik tanah baru ia boleh dibentangkan di Parlimen. Ini kerana pemilik tanah tahu apa yang mereka mahu, saya tidak boleh buat keputusan kerana ia adalah hak pemilik tanah di sini (Kampung Baru)," kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini ketika berucap pada ceramah umum "Penubuhan Perbadanan Kampung Baru — Rampasan atau Pembelaan" di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Beliau berkata tindakan Raja Nong Chik tidak membentangkan rang undang-undang itu kepada pemilik tanah Kampung Baru seolah-olah menafikan hak pemilik tanah untuk mengetahui rancangan pembangunan di kawasan itu.

"Persoalannya sekarang, Raja Nong Chik kata ia akan dibentang di Parlimen tetapi adakah ia mendapat persetujuan daripada pemilik tanah?
"Sepatutnya beliau perlu jumpa dan berbincang dengan pemilik tanah sebelum nak buat apa-apa keputusan, ini adalah demi masa depan Kampung Baru.
"Kita tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini. Kita akan pastikan rang undang-undang ini mendapat persetujuan pemilik tanah dengan syarat-syarat yang dikehendaki," katanya di hadapan kira-kira 100 orang terdiri daripada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru.
Mahfuz (kiri) juga menyifatkan masa depan pemilik tanah Kampung Baru tidak akan terjamin sekiranya mereka bersetuju dengan rang undang-undang yang

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 24 Nov 2010 01:43 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Teks Usrah bulan November

Posted: 23 Nov 2010 08:45 PM PST


TARBIYAH RUHIYAH

Sebelum membaca artikel ini, saudara perlu tahu;

1 )  Kedudukan tarbiyah ruhiyah di dalam Islam.

2 )  Matlamat dan tujuan utama penyucian hati.

3 )  Kaedah dan syarat penyucian hati.

4 )  Kewajiban ahli PAS melaksanakan program penyucian hati.


Muqaddimah

Tarbiyah ruhiyah adalah satu proses pemeliharaan kesucian diri atau proses pengembalian kesucian diri atau menambah sinaran cahaya kesucian dalam usaha mencapai kejayaan menuju Allah subhanahu wa taala.

Firman Allah taala yang bermaksud;

" 7. Demi diri (nafs) manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya).
8. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada ketaqwaan.
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. Dan sesungguhnya musnahlah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran syirik dan maksiat)."

Surah al Syams: 7-10

Tarbiyah ruhiyah adalah asas kepada seluruh program tarbiyah Islamiyah. Ini kerana Islam mengajar dan mendefinisikan segala kebahagian manusia di dunia dan akhirat mestilah bermula daripada hati yang sejahtera daripada sebarang penyakit dan kecacatan.

Justeru kejayaan individu muslim dan gerakan Islam di dalam semua bidang adalah bergantung dan terikat dengan kesungguhan dan keutamaan yang diberikan kepada program 'kembali kepada hati' seperti yang diajar oleh al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam.     


Visi Tarbiyah Ruhiyah

Mencapai kejayaan dalam hidup menuju Allah subhanahu wa taala ( al-Muflihuun ).


Misi Tarbiyah Ruhiyah

Menjadi hamba yang mampu melaksanakan perintah Allah subhanahu wa taala dan meninggalkan segala laranganNya ( al-Muttaqiin ) atau dengan kata lain menjadi hamba yang berupaya membina Islam di dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara.


Matlamat

Menggolongkan diri sebagai hamba yang hampir dengan Allah subhanahu wa taala (al-Muqarrabiin) bagi memperolehi apa yang diingini dan mendapat perlindungan hakiki daripadaNya.


Objektif

A )  Memindahkan nafsu yang kotor ( bergelumang dengan syahwat atau keinginan selain Allah ) agar menjadi jernih ( suci ikhlas hanya kepada Allah ).

B )  Mengubah cara berfikir tidak syar 'ie menjadi syar'ie

C )  Menukar hati yang kufur, munafik, fasik dan keras menjadi sejahtera dan tenang


Kaedah Tarbiyah Ruhiyah

Oleh kerana permasalahan ruh adalah rahsia Allah, maka pembinaannya mestilah sepenuhnya bergantung kepada petunjuk daripadaNya melalui pengajaran RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Justeru penyucian jiwa dengan kaedah yang tidak digali daripada al Quran dan al sunnah adalah tertolak dan akan membawa kepada kesesatan yang nyata.

Usaha pemindahan, perubahan dan penukaran tersebut tidak akan berlaku melainkan mestilah melalui kaedah mujahadah, sebagaimana penegasan Allah subhanahu wa taala dalam firmanNya yang bermaksud;

"69. Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan Sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya."

Surah al Ankabut;69

Mujahadah adalah wasilah untuk mendapat penyuluh hati menuju Allah dan hidayah yang  merupakan permulaan ( muqaddimah ) bagi memperolehi sifat taqwa.

Kedua - duanya iaitu mujahadah dan hidayah tidak akan sempurna melainkan dengan persetujuan  ( taufiq ) dan pertolongan (inayah) Allah subhanahu wa taala.


Peringkat Mujahadah

A )  Penyucian daripada kufur dan syirik

Penyucian daripada kufur dan syirik dengan iman dan tauhid serta pengakuan bahawa nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam itu pesuruh Allah. Bagi meningkatkan iman hendaklah sentiasa menambah ilmu dan   mempertingkatkan zikir ( dua rukun perjalanan menuju Allah ).

o    untuk meningkatkan makrifat kepada Allah
o    untuk meningkatkan rasa takut dan gerun kepada Allah (taqwa)
o    untuk meningkatkan kesungguhan amal (mujahadah kedua) sehingga sanggup mengorbankan apa saja demi Allah swt.

B )  Penyucian daripada dosa - dosa

Penyucian daripada dosa - dosa dengan melaksanakan furudh al wakti ( kefardhuan semasa ) dan adab - adabnya serta meninggalkan muharramat wa makruhaat dan adab-adab waktu yang wajib ditunaikan.

C )  Melaksanakan ibadat – ibadat  nawafil

Melaksanakan ibadat - ibadat nawafil bagi menambahkan lagi sinar cahaya kesucian menuju Allah subhanahu wa taala.


Rukun Mujahadah

A )  al-Uzlah ( menyendiri )

Hukum asal uzlah adalah harus bagi mereka yang telah tertunai kewajipan semasa baginya. Tetapi sekiranya uzlah ini mampu memberi maslahah kepada diri seperti meningkat keimanan, menjauhkan daripada sesuatu yang haram dan mampu menguatkan diri bagi melaksanakan sesuatu kewajipan, maka hukumnya meningkat lebih daripada harus.

Uzlah boleh berlaku dalam dua keadaan samada dengan mengasingkan diri secara langsung beberapa ketika daripada orang ramai atau secara tidak langsung dengan mengasingkan jiwa sahaja beberapa ketika sedangkan diri tetap bersama masyarakat.

Bagi menyempurnakan mujahadah membina roh yang suci, asingkanlah diri beberapa ketika       ( minit ) bertafakkur untuk bersama Allah swt.


B )  al-Shamt  ( diam )

Sabda Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam yang bermaksud:

"Sekiranyalah kamu tidak mengotori hati - hati kamu dan kamu tidak berlebih - lebihan dalam percakapan kamu, nascaya kamu akan dapat mendengar apa yang aku dengar."

Diriwayatkan oleh al Imam Ahmad.

Kerana itu, berdiam diri merupakan rukun mujahadah untuk menyuci roh dan membuang segala hijab - hijab di perjalanan menuju Allah taala.

Berdiam diri yang dimaksudkan di sini adalah daripada sesuatu yang tidak perlu. Adapun berkata – kata dalam hal  yang fardhu atau wajib, maka tidak boleh berdiam diri darinya.

C )  al-Juu`  ( berlapar )

Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam bersabda dengan maksudnya:

"Hendaklah kamu sentiasa murung ( sedih ). Sesungguhnya ia merupakan kunci pembuka hati. Lalu para sahabat bertanya, wahai Rasulullah, bagaimanakah keadaan murung tersebut? Baginda bersabda: Hinakan  ( letihkan ) diri  kamu dengan berlapar dan mendahagakannya"

Riwayat al-Tabrani.

Bermujahadah dengan cara berlapar merupakan salah satu rukun yang ampuh untuk merawat hati dan menyegarkannya. Oleh kerana itu, berlaparlah untuk beberapa masa dalam sehari dan berpuasalah beberapa hari dalam sebulan ( 3 hari ).

D )  al-Sahar ( berjaga malam )

Tanpa penentuan masa tidurnya dengan terurus, seseorang muslim boleh mengabaikan banyak urusan penting dalam hidupnya, seperti solat Subuh berjemaah, beristighfar waktu sahur, berqiamullail dan tahajjud, solat isya` berjemaah, berwirid selepas Subuh, membaca al-Quran sebelum fajar dan banyak lagi akan terjejas akibat tidak terurusnya tidur seseorang manusia.

Agar urusan - urusan penting tersebut tidak terabai, seseorang muslim perlu menyusun tidurnya dan menetapkan sebahagian waktu malamnya untuk menunaikan urusan - urusan tersebut, supaya tidak tergolong daripada kalangan mereka yang rugi.


Kekuatan Yang Diperlukan Untuk Mujahadah

A )  Ilmu dan Zikir

Ilmu ketuhanan ( makrifat ) dengan membaca ayat - ayat keagongan dan kekuasaan Allah  dalam al-Quran dan juga dengan bertafakkur terhadap ayat - ayat kauniyah yang terbentang di alam semesta dan meningkatkan zikruLlah untuk meresapkan keagongan kekuasaan Allah subhanahu wa taala ke dalam diri sehingga menjiwai dan merasai ma`iyatullah.

B )  Ilmu dan Ta`ammul

Ilmu syariah bersumberkan wahyu yang akan mengawal system nilai seseorang hamba dengan batasan ketuhanan tanpa sebarang campur aduk unsur2 luar yang bertentangan dengan ruh syariah tersebut (maqasid syariah) & Sentiasa meneliti (mentaammul) rahsia2 syariah bagi menepati setiap hukum untuk diperundangan atau dilaksanakan dengan penuh hikmah kebijaksanan.

C )  Ilmu dan Amal

Ilmu hal ehwal kesihatan hati ( sihat atau sakitnya ) dan mengetahui perkara - perkara yang menyihatkan hati dapat membantu peningkatan amal dalam diri bagi menyuburkan akhlak terpuji. Adapun mengetahui jenis - jenis penyakit hati boleh membantu mendapatkan rawatan dan meninggalkan sesuatu amal buruk menjadi perosak kepada keperibadian manusia.


DPPP dan Tarbiyah Ruhiyah

Sebagai kesimpulan dalam perbincangan Tarbiah Ruhiyyah ini, ingin ditegaskan bahawa ilmu dan amal ( termasuk zikir dan ta`ammul ) adalah unsur terpenting bagi mengubah seseorang muslim dalam perjalanan munuju Allah subhanahu wa taala.

Dengan ini, DPPP hendaklah melakukan pembaharuan di dalam melaksanakan program tarbiyah kepada anggota - anggotanya. Ia adalah dengan memastikan setiap anggota pemuda di semua peringkat melalui tahap - tahap ilmu dan amal yang ditetapkan. Ketetapan ilmu dan amal setiap marhalah ini seharusnya dibuat sesuai dengan realiti cabaran semasa kepada pemuda hari ini.

Begitu juga DPPP seharusnya menjadi pembantu di dalam usaha pembaharuan mencorakkan kepimpinan PAS masa depan yang sentiasa 'dekat dan langsung' dengan tarbiyah bagi memastikan ketulenan kepimpinan Islam yang mewarisi sifat - sifat Anbia` dan Khulafa` al-Rasyidin.

Sayugialah ditingkatkan usaha pemahaman bahawa Bersama Kepimpinan Ulama` bermaksud Bersama Kepimpinan Rabbani sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin agong Islam Salahuddin al-Ayubi dan Sheikh Muhammad al-Fateh. Pembaharuan ini bukan sahaja melibatkan pimpinan PAS tertinggi peringkat pusat, disyaratkan juga kepada YDP dan Ketua2 Dewan semua peringkat.

Penutup

Tarbiyah ruhiyah adalah maksud utama tarbiyah Islamiyah. Kejayaan atau kegagalan di peringkat ini akan menentukan kejayaan gerakan Islam atau sebaliknya. Adalah menjadi keperluan yang mendesak agar setiap jentera parti PAS terutamanya Dewan Pemuda PAS di semua peringkat memberikan perhatian yang sebaiknya ke arah perlaksanaan  program tarbiyah yang tersusun dan berterusan.   

Selepas membaca artikel ini, saudara telah memahami;

1 )  Tarbiyah ruhiyah adalah aspek paling penting di dalam menentukan kejayaan setiap individu muslim dan gerakan Islam.

2 )  Tarbiyah ruhiyah yang ditunjuki oleh al Quran adalah satu – satunya ilmu yang mampu menyucikan jiwa manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah.

3 )  Mujahadah dengan rukun – rukunnya adalah satu – satunya cara menyempurnakan program penyucian jiwa.

4 )  Kewajiban meningkatkan ilmu dan amal di dalam usaha memantapkan iman.

5 )  Dewan Pemuda PAS hendaklah memainkankan peranan ke arah memperkasakan parti dengan tarbiyah ruhiyah kepada seluruh anggotanya.


Panel:

1 )  Ustaz Hj Nasrudin bin Hassan Tantawi
2 )  Ustaz Hj Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
4 )  Ustaz Hj Riduan bin Mohd Nor
5 )  Ustaz Hj Nik Mahadi bin Nik Mahmood
6 )  Ustaz Hj Mohd Asri bin Mat Daud
7 )  Ustaz Hj Zulqarnain bin Hassan
8 )  Ustaz Hj Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin al Joofre

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR

Posted: 24 Nov 2010 11:46 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR


Parlimen bocor, jurugambar tak dibenar buat rakaman

Posted: 23 Nov 2010 11:38 PM PST

Kakitangan penyelengaraan Jabatan Kerja Raya hari ini memeriksa bumbung bangunan parlimen bagi mengesan sumber kebocoran ketika hujan lebat semalam.

NONESekumpulan jurugambar media kemudian bergegas mengikuti petugas berkenaan tetapi kehadiran mereka tidak disenangi oleh pekerja tersebut.

Jurugambar dan wartawan diberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan berada di bahagian bumbung parlimen dan tempat mereka dikhususkan di lobi parlimen dan tempat wartawan di Dewan Rakyat.

Mereka yang telah merakamkan gambar diminta memadamkannya di kamera DSLr serta meninggalkan kawasan larangan itu serta-merta.

Bagaimanapun, jurugambar berjaya memulihkan gambar-gambar berkenaan.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 24 Nov 2010 11:21 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Moonsun Camp PPDC

Posted: 23 Nov 2010 08:26 PM PST

         

Moonsun Camp - Teenagers Islamic Adventure Camp di Lagoona Villa Beach Resort, Cherating. Pada 26 & 27 Disember 2010 | Anjuran PPDC

Pendaftaran di Lagoona Villa Beach Resort, Cherating jam 3.00 petang 26 Nov 2010

*pernyetaan terhad untuk 50 orang yang pertama sahaja... 

Hubungi Penyelaras Program... 019-9115058 (Ustaz Osamarizal)

Batu Gajah Mari

Posted: 24 Nov 2010 11:13 AM PST

Batu Gajah Mari


"BE-END berdepan kekalahan"

Posted: 23 Nov 2010 11:08 PM PST

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/07/fatah2.jpg

KOTA BHARU - 'Angin kencang' mengenai desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bakal diadakan antara Mac atau April tahun depan, namun Pas Kelantan menyifatkan jika benar tarikh itu dikotakan, Barisan Nasional (BN) seperti mencari nahas.

Bagaimanapun, Pas negeri berpendapat awal tahun depan mungkin dilihat BN waktu sesuai PRU diadakan berikutan keadaan Pakatan Rakyat yang tidak konsisten akibat sedikit pergolakan dalaman parti.

Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas negeri, Abdul Fatah Haron berkata, pihaknya tidak percaya BN berani membubarkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dalam masa terdekat semata-mata ingin mengadakan PRU.

"Ini berdasarkan tiga alasan termasuk faktor ekonomi, faktor dalaman parti dan APCO� ekonomi negara masih tidak pulih sepenuhnya, masalah dalaman parti juga masih tidak berkesudahan.

"Kerajaan sudah tentu perlu mendapat nasihat daripada syarikat perundingan antarabangsa Apco Worldwide (Apco) yang dilantik sebelum memanggil PRU pada suku pertama tahun depan," kata Ahli Dewan Undangan Bukit Tuku itu, semalam

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai kedatangan PRU 13 yang dijangka berlaku awal tahun depan serta persediaan Pas dalam menghadapinya kelak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN dikhabarkan kemungkinan akan mengadakan PRU pada suku pertama tahun depan selepas dikatakan bakal merombak barisan kabinet sedia ada dalam usaha memperkuatkan jentera parti.

Menurutnya, walaupun awal tahun depan disifatkan seperti BN menggali kubur sendiri jika tetap mengadakan PRU itu namun mungkin berdasarkan kajian dibuat BN mendapati inilah peluang terbaik merealisasikan PRU 13.

Ini kerana, katanya, Pakatan Rakyat kini tidak konsisten terutama dalam Parti Keadilan Rakyat yang berlaku sedikit pergolakan.

"Oleh itu BN merasakan ini kesempatan terbaik yang boleh menggugat keyakinan rakyat terhadap PR.

"Namun bagi Pas, kita tiada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana Pas sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan PRU 13 bila-bila masa," katanya.

Fatah berkata, apa yang pasti menjelang pilihan raya jentera parti akan bekerja lebih keras daripada biasa.

Menurutnya, jika kerajaan umumkan PRU diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak pula ia berita baik kepada Pas kerana semua menteri tidak akan berkumpul di satu-satu tempat sahaja.

Katanya, fokus kawasan yang luas sepanjang berlangsungnya pilihan raya akan memberikan kelebihan kepada pihaknya untuk berkempen dalam kawasan sendiri.

Dupahang's Weblog

Posted: 24 Nov 2010 11:11 AM PST

Dupahang's Weblog


Pilihanraya Berasingan: Baru SPR tahu dan sedar

Posted: 24 Nov 2010 09:04 AM PST

Oleh Chegu Zul Jurucakap SPR yang mabuk dan semakin sasau merayu agar kerajaan bawah Pakatan Rakyat agar tidak menjayakan hasrat mereka untuk mengadakan pilihanraya ‘berasingan’ daripada kerajaan Pusat. Alasannya takut dan bimbang wang rakyat di bazirkan. Alangkah baik dan tulusnya mereka. Tanpa disedari Timb Pengerusi SPR Dato Wan Omar memuji kerajaan Kelantan, Katanya, walaupun sudah [...]

Negeri Pakatan tidak akan bersama dalam PRU 13?

Posted: 23 Nov 2010 04:37 PM PST

Harakahdaily Ketika berita angin bertiup kencang pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) akan diadakan awal tahun depan, pelbagai pihak dalam Pakatan Rakyat pula membuat andaian negeri-negeri mereka tidak semestinya bersama dalam pilihan raya itu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan jelas berkata, Pakatan akan berbincang terlebih dahulu sesama mereka iaitu PKR, DAP [...]

Dunia hantu mewarni hidup masyarakat ?

Posted: 19 Nov 2010 11:47 PM PST

Oleh Chegu Zul Ulamak Muda UMNO tolonglah Nasihat kat Menteri jaga Penerangan, anak Yatim tu….cukuplah sudah tayang cerita hntu kat TV, bebudak Malaysia banyak jadi syirik kerna telah takut pada hntu, bukan takut tuan punya hantu. itu baru  lah ULUMAK MUDA UMNO buat keja. bukan keja ampu aja anak Mansur tu aja…….. Saban hari remaja [...]

Aidil Adha 2010 keliru dan pelik

Posted: 19 Nov 2010 11:42 PM PST

“Umum rakyat Malaysia telah menyambut Aidil Adha tanggal 16.11.2010 hari Rabu. Setelah diumumkan oleh pehak yang berwajib. Ada sedikit kekeliruan malah anih dan pelik kerajaan BN dibawah tampuk DS M. Najib Razak hari Aidil Adha disambut dengan berbezaan dua hari dengan tarikh dan masa Wukuf di Arab Suadi.Kerajaan BN perlu menjelaskan kekeliruan tarikh menyambut Aidil [...]

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 24 Nov 2010 09:35 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Video : Umno tidak perlu undi Cina dan India

Posted: 24 Nov 2010 08:37 AM PST

Ucapan Datuk Johari bin Abdul Ghani
(Ketua Bahagian Titiwangsa UMNO)

MEMALI: Wajib Terus Menentang ISA

Posted: 24 Nov 2010 04:30 AM PST

GAMBAR HIASAN - Lawatan Pemuda Cawangan Tanah Lot ke pusara Syuhada pada 15 Ogos 2008 lalu.


oleh : Harakah Kedah

BALING: Seluruh ahli PAS wajib meneruskan penentangan kepada kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), demikian ditegaskan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu semasa berucap pada penutup Majlis Memperingati 25 Tahun Memali di sini 21 November lalu.

Menurut beliau, Ustaz Ibrahim Libya tidak pernah tunduk kepada undang-undang zalim dan bertegas bahawa haram melakukan penahanan di bawah ISA.

As-Syahid Ustaz Ibrahim jelas Mohamad, lebih rela mati dari hidup tetapi menghadapi kezaliman ISA dan beliau telah pun membuktikannya.

"Oleh itu kita harap penentangan ke atas ISA wajib diteruskan," seru beliau disambut laungan takbir lebih 5,000 hadirin.

Pun begitu beliau mengingatkan, apabila PAS menerajui Putrajaya kelak, jangan ada di kalangan pendokong PAS terfikir untuk menggunakan akta itu kepada musuh politik.

Tegasnya, PAS tidak reda untuk akta itu digunakan kepada sesiapa sahaja sebaliknya perlu pinda undang-undang lain.

Beliau turut menegaskan, ahli PAS wajib menyokong sistem pengajian Islam sebagaimana yang diasaskan As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud untuk terus lahirkan mujahid dan mujahidah yang akan mendokong perjuangan Islam.

Mengulas keputusan mahkamah membebaskan mangsa tuduhan Himpunan Bersih dan rumusan hakim bahawa pihak polis telah melanggar perlembagaan negara yang menjamin kebebasan beragama dan berhimpun, beliau menggesa pihak polis tidak lagi mengganggu semua himpunan aman selepas ini.

Beliau turut menyeru kebebasan media terus diperjuangkan berikutan kedudukan Malaysia tercorot.

Secara menyindir beliau berkata, kerana itu Persidangan Wanita Pertama anjuran Datin Rosmah Mansur hanya diwakili wanita dari negara-negara tersebut.

Kejohanan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Terengganu

Posted: 24 Nov 2010 12:14 AM PST



Keterangan lanjut hubungi :

Sdra Yusoff Yaakob 012-4518982
Sdra Saiful Akma 019-9450380

PERINGATAN BUAT KITA SEMUA...termasuk kaki Facebook

Posted: 23 Nov 2010 10:59 AM PST



Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pula akan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar.

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku catatan amalan?.

Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajah kepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agar kita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedang dipromosi dan disebarkan.


FILEM, DRAMA DAN DOSA

Perlu kita semua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat lari dari dosa. Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudah diperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan, hatta berita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya.

Telah dibincang panjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filem adalah neutral, jika digunakan untuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya.

Sudah menjadi norma hari ini, hampir semua keluarga mempunyai TV walau setinggi manapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV, internet juga turut memasuki kebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem dapat ditontoni melaluinya.

Di ketika saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agar kita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikan di televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalam merosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya 'box office' karya Hollywood juga adalah karya hedonimse Barat dan Yahudi Zionis. Itu juga sepatutnya diboikot.

Namun, desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihat kisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini. Walau kita tahu ia bercampur baur adegan dosa ( berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti.


DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA

Benar, secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.

Bilakah itu?

Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai filem (movies) yang diminati, drama TV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.

Bagi saya, tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkan aurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya.

Mungkin terkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran seperti Kung Fu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel, Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademi al-Quran dan sebagainya.

Memaparkan minat kita rancangan TV atau Movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti 'Desparate Housewives', 'Friends', 'Pretty Women', 'Notting Hill', 'Kuch Kuch Hota Hai', 'HEROES' dan jutaan lagi filem sepertinya.

Walaupun seseorang itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkan banyak dosa-dosa kecil. Tontontan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehingga terjebak dalam dosa sebegitu.

Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat. Bukan sekadar movies sahaja malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figure atau artis (khususnya di facebook).

Saya bimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forum akan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang.

Kecuali jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem yang ingin dikongsi tersebut atau ditanda sebagai 'like' itu MELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK. Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuh pengajaran tetapi masih dilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika diyakini unsur positifnya melebihi dan negatif, tatkala itu mungkin wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar dan ditonjolkan dalam senarai drama diminati. Dengan niat agar orang lain turut mendapat pengajarannya.

Selain berkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanya melalui gambar. Gambar seperti :

* ketika sedang minum arak,
* hadiri parti penuh maksiat,
* hadiri majlis dosa,
* sedang berpelukan lelaki wanita
* atau bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram (walaupun bagi seorang doktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan)
* dan sebagainya,

Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi di facebook dan blog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-

كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه

Ertinya : Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, ata melakukan maksiat secara fizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil atau besar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabit dengan Allah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayah untuk bertaubat sebelum maut menjelma.

Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telah bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama, malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya' dan sum'ah.

Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telah atau pernah dilakukan adalah senyap dan sembunyikan. Ia bukan hipokrit ! tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelaku dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orang ramai dan berpura-pura baik. Rasulullah bersabda :

اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْ أَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْ يُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.

Ertinya : "Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah 'Azza wa Jalla." [Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.]

Pengecualiannya hanyalah apabila kes melibatkan aib dan dosa ini diajukan di mahkamah untuk menangani sesuatu kes, atau ketika merujuk kepada kaunselor diyakini untuk membantu dan ilmuan Islam untuk mengetahui hukum dan kaedah pemulihan.

Allah itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan. Di dalam sebuah lagi hadis sohih disebutkan :-

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : يدني الله عبده المؤمن ، فيضع عليه كنفه ويستره ، فيقول : أتعرف ذنب كذا ؟ أتعرف ذنب كذا ؟ فيقول : نعم ، أي ربِّ ، حتى إذا قرره بذنوبه ، ورأى في نفسه أنه قد هلك ، قال : سترتها عليك في الدنيا ، وأنا أغفرها لك اليوم

Ertinya : Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini? Adakah kamu sedar akan dosa ini? Lalu jawab lelaki itu Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya ( Riwayat Al-Bukhari)

Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebegainya sejak di dunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allah serta pengampunannya.


KESIMPULAN

Segeralah memadam paparan minat dan keterlibatan terhadap apa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah, Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah. Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauh manapun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusia lain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.

Semaklah facebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa.

Sekian


Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 24 Nov 2010 09:21 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Jualan Amal Roti Canai Unit Amal N.Sembilan

Posted: 24 Nov 2010 12:23 AM PST

JUALAN AMAL ROTI CANAI DAN TEH TARIK
Tarikh : 12 Dis 2010 (Ahad)
Masa : 8 pagi - 11 pagi
Tempat : Taman Matahari Height, Senawang
Kupon : RM5 sahaja

Objektif :
- Untuk menampung pelbagai aktiviti pembangunan remaja dan kemasyarakatan Unit Amal Negeri Sembilan
- Memberi pendedahan kepada golongan remaja dan belia dalam aktiviti kemasyarakatan terutama di musim cuti sekolah

Hubungi :
Nazri 013-3098775 , Timbalan Pengarah 2 Unit Amal N.Sembilan
Izamri 013-2124086 , Pengarah Unit Amal N.Sembilan

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun CIMB 05020693061526

Layari Blog Unit Amal N.Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com

Solat Hajat elak Surau di Melaka kena Roboh

Posted: 23 Nov 2010 08:03 PM PST

Majlis Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yaasin
Menghalang Perobohan Surau di Bukit Katil, Melaka
Tarikh : 25 Nov 2010 (Khamis)Masa : 6.50 ptg
Tempat : Perkarangan Pasti Jaya Insan, Bukit Katil, Melaka

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Maklumat lanjut di http://mutaligat.blogspot.com/2010/11/solat-hajat-perdana-mohon-allah.html

Sesiapa yang tidak dapat hadir, dicadangkan melakukan Solat Hajat di seluruh dunia pada waktu tersebut untuk mengelekkan perobohan surau di Melaka ini, samada secara individu atau berjemaah.

Ceramah YB Dr Mujahid 27 Nov 2010 Seremban

Posted: 23 Nov 2010 07:21 PM PST


CERAMAH UMUM
Tarikh : 27 Nov 2010 (Sabtu)
Masa : 9 malam
Tempat : PASTI Wildan, Taman Setia Jaya, Ampangan, Seremban (sebelah Masjid Jamek Ampangan, Jln Seremban-Jelebu)
Penceramah :
YB Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar
HJ MK Ibrahim, YDP PAS Seremban
Cik Kumutha a/p Raman, Ketua Wanita DHPP

Semua dijemput hadir

Sumber : http://czackpy.blogspot.com/2010/11/ceramah-umum-pas-kawasan-seremban.html

Tawaran Pembangunan 1Stop Centre Library di Seremban

Posted: 23 Nov 2010 07:20 PM PST

Orang ramai dijemput untuk menjayakan pembinaan Perpustakaan atau Pusat Sumber Sehenti (1 Stop Centre Library) di Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah dan Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah di Seremban.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi :
Pn Malilah binti Hassan 012-2259181
Pn Rosminah binti Ismail 016-2342827
En Hasri bin Wazir 012-3364065

Atau disalurkan melalui
Nama : TABUNG PEMBINAAN PUSAT PERPUSTAKAAN AS-SA'IDIYYAH
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Cawangan : Seremban
No Akaun : 05012 0100 74425

Sumber : http://srias-saidiyyah.blogspot.com/2010/11/dana-1-library-pusat-sumber-sekolah.html

Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah www.saidiyyah.com
Tel/Faks : 06-6771232 mtasns@yahoo.com , mtas@saidiyyah.com

Sekolah Rendah Islam As-Sa'idiyyah www.srias-saidiyyah.edu.my
Tel : 06-677 1197 Faks : 06-679 8661 , sriasns@yahoo.com.my

Alamat : Taman Rashidah Utama, Jalan Paroi-Senawang, 70450 Seremban, N.Sembilan

Pemuda Guchil

Posted: 24 Nov 2010 09:20 AM PST

Pengikut