Rabu, 24 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 23 Nov 2010 11:26 PM PST

Peghelih La...


Unit AMAL Pulau Pinang bantu mangsa banjir di Perlis

Posted: 23 Nov 2010 09:35 PM PST

Pada 14 November lalu, Unit AMAL Pulau Pinang turun ke Perlis dalam misi bantuan banjir. Seramai 38 orang petugas hadir membantu membersihkan kawasan yang terlibat dengan banjir besar di Perlis baru-baru ini.

Di Markas Panggau


Bergotong-royong membersihkan Markas Panggau
Membersihkan sebuah kedai di DUN Kayang
Sumbangan dari AMAL Penang oleh Ustaz Hafiz kepada SU Pemuda Perlis
Makan tengahari di Restoran Anjung Keli Sumbangan dari KARIB

Ayah Setiausaha PAS Arau meninggal dunia

Posted: 23 Nov 2010 08:08 PM PST

SIMPANG EMPAT -Setiausaha PAS Arau, Solahuddin Azmi kehilangan ayahanda tersayang yang meninggal dunia pada petang 20 November lalu.

Ayahnya, Azmi Shafie, 55, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Jawi Seratus dekat sini.

Allahyarham merupakan seorang aktivis PAS di DUN Sanglang dan cawangan.

Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Dato' Jaafar Hassan, Sungai Padang dengan diimamkan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin pada 21 November lalu.

Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas beliau. Al-Fatihah.

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 23 Nov 2010 10:01 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Salam Takziah-Pas Bukit Gantang

Posted: 23 Nov 2010 08:16 PM PST

Kelmarin Ustaz Nordin Jaafar,YDP Pas Bukit Gantang ,Sdr Fadhil Idris Pegawai Khas DS Nizar dan kita menziarah keluarga murid kita yang kehilangan datuk mereka di Taman Kota Jaya Simpang. Datuk mereka berusia 62 tahun mendapat serangan jantung.
Ustaz Nordin memberi penghormatan kepada mendiang datuk anak murid penulis.

Nizar berceramah sama YB Ng Suee Lim yang pernah kena pukul!

Posted: 23 Nov 2010 07:16 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING

Posted: 23 Nov 2010 09:33 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING


Gaji Perdana Menteri Malaysia RM22,826.65 Sebulan

Posted: 23 Nov 2010 06:17 AM PST


KUALA LUMPUR 23 Nov. — Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005. — Bernama

PAS Kawasan Miri

Posted: 23 Nov 2010 09:32 PM PST

PAS Kawasan Miri


Gempar!RM880 Juta Duit Rakyat dalam KWSP Dirompak Taib Mahmud

Posted: 23 Nov 2010 04:53 PM PST

Tidak sampai seminggu rakyat dikejutkan dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan membenarkan pelaburan luar negara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ditingkatkan daripada 7 peratus kepada 20 peratus membabitkan dana awam hampir RM75 bilion, kini RHB Bank yang dimiliki KWSP dilaporkan telah memberi pinjaman USD285 juta atau RM880 juta kepada adik Ketua Menteri Sarawak, Raziah Mahmud dan suami ketiga beliau, Robert Geneid.

Menurut laman web sarawakreport.com yang terkenal dengan pendedahan kekayaan dan aset serata dunia yang dimiliki Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta keluarganya, daripada maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pinjaman besar tersebut diperolehi pada Jun sebuah syarikat persendirian yang dipunyai oleh pasangan tersebut, Kumpulan Construction Sdn Bhd.Maklumat SMM menunjukkan Kumpulan Construction didaftar dengan modal berbayar saham RM1 juta di mana 5 peratus sahamnya dipegang oleh Zaleha Mahmud, kakak kepada Raziah dan selebihnya dimiliki oleh Mastim Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki oleh Raziah dan Robert, yang merupakan warganegara Australia.

Tanpa laman sesawang rasmi, tidak banyak informasi mengenai syarikat yang diketahui umum namun menurut sarawakreport lagi sumber terhad yang diperoleh daripada akaun syarikat tersebut melalui SSM menunjukkan Kumpulan Consruction memcatat perolehan sebanyak RM43 juta pada 2009, dengan untung bersih kira-kira RM4 juta setelah ditolak cukai.Di samping modal saham berjumlah RM1 juta, modal simpanannya hanya lebih kurang RM4 juta sementara liabiliti serta aset keseluruhan syarikat bernilai RM42 juta.

Persoalan yang timbul bagaimana KWSP yang diamanahkan untuk mengawal serta menjaga kepentingan "Simpanan Hari Tua" kaum pekerja di negara ini dengan senang sekali meluluskan pinjaman RM880 juta kepada sebuah syarikat yang dikategorikan sebagai sederhana.Lebih mengejutkan walaupun nama Kumpulan Construction membawa maksud syarikat itu terbabit dalam aktiviti pembinaan namun ia dikatakan tidak pernah langsung melaksanakan sebarang projek kecuali hanya mengsubkontrakkan projek yang diperolehi kepada pihak ketiga.

Memetik sumber dalaman RHB, sarawakreport berkata, "syarikat itu tidak pernah melaksanakan sebarang kontrak yang diperolehi dan kesemuanya disubkontrakkan kepada pihak lain terutamnanya Hock Seng Lee Bhd(HSL)".Sebelum ini sarawakreport juga mendedahkan Kumpulan Construction adalah antara tiga pada 2008 bagi projek pembentungan bandaraya Kuching 2008.Selang sebulan konsortium tiga syarikat itu - Kumpulan Construction, Nishimatsu Construction dan Hock Seng HSL - memperolehi kontrak tersebut, projek itu disubkontrakkan kepada HSL dengan nilai sebanyak RM452 juta.

Ini bermakna dengan mudah Kumpulan Construction dan Nishimatsu mendapat keuntungan atas angin sebanyak RM78 juta dalam tempoh sebulan.Laporan tahunan RHB Capital Bhd bagi 2009 menunjukkan KWSP memegang 56.14 peratus kepentingan dalam RHB Capital yang memiliki 70 peratus saham dalam RHB Bank Bhd.RHB Bank pada masa ini adalah kumpulan perbankan keempat terbesar di Malaysia dengan saiz aset sebanyak RM103 bilion dan mempunyai 200 cawangan di seluruh negara dan beberapa cawangan di luar negara yang majoritinya di Singapura.


Source: Bank Milik KWSP Beri Pinjaman RM880 Juta Kepada Adik KM Sarawak - MiLo SuaM http://milosuam.blogspot.com/2010/10/bank-milik-kwsp-beri-pinjaman-rm880.html#ixzz169moNHN3

$5.2million to light up 44 houses?

Posted: 22 Nov 2010 10:47 PM PST

The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has reportedly detected government projects in Sarawak where up to 60 per cent of the funding was diverted.
"Based on the investigations the Sarawak MACC carried out on specific and real cases (projects), only about 40 per cent of the allocations were spent while the remaining 60 per cent is 'bocor' (leaked out)," MACC deputy chief commissioner (prevention) Zakaria Jaffar was quoted as saying.

The 300 residents of Kampung Semada Tengah, Kampung Semada Mawang and Kampung Semada Belatok near here will enjoy 24-hour electricity supply by 2013.The project which cost about RM5.2 million, granted under National Key Result Areas (NKRAs) for Rural Electricity Scheme, will begin early next year and is expected to be completed in two years.The supply will power up about 44 houses in the area.
This was announced by Balai Ringin assemblyman Snowdan Lawan at a ceremony to hand over upfront payments to villagers who joined the Semada Block Native Customary Land (NCR) land development at Kampung Semada Tengah on Friday.

Is this for real?

It seems that the "light" is given the kampung because they agreed to develop their land on JV concept.I wonder who own the company Harn Len Bengunan Sdn Bhd? Is it own by a YB, a proxy or a bona fide investor.Why did Snowdan used Government project money for lighting to entice or undue influence the people to join the JV. At $5.2 million cost for providing "light", it means the cost of bringing electricity to ONE family is $118,181.00 ( one hundred and eighteen thousand per family approximately). Is this real or does this mean that 60% of the allocation may be "misdirected"?

Upfront payment for what?

What is the meaning of "up front" payment to NCR land owner mentioned by Snowdan? Is it a terminology to deny acknowledging Dayak NCR land compensation, incentive to participated in the JV because $59,000 divided by 33 landowners is small money ( approximately $1,787 per family). Does that reflect a fair compensation?

No clean drinking water still

What is more important is the statement that "Clean Drinking Water" is still not available to the kampung. Where is Snowdan priorities? I view this practices as unhealthy because there is element of doubt on the sincerity of services given to the kampung people in exchange for allowing their land be used for JV plantation development.This is what we want to change in BN, the elected representative do not seem to serve without hidden personal wealth agenda. Change WE Must.

PemudaSikDaily

Posted: 23 Nov 2010 09:29 PM PST

PemudaSikDaily


Malaysia Perlu Berani Tegur Kuasa Besar

Posted: 22 Nov 2010 06:24 AM PST

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu kerajaan Malaysia lebih berani menegur dan menyatakan keadilan terhadap sikap double standard kuasa-kuasa besar dunia.

Bercakap sewaktu Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Luar (Hubungan Dua Hala), Ahli Parlimen Marang itu berkata, Malaysia masih tidak memainkan peranan sewajarnya khususnya melalui Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).

Beliau merujuk kepada isu penindasan Israel terhadap rakyat Palestin, isu nuklear Iran dan isu cadangan penggunaan Dinar oleh Lapan Negara Membangun (D8) pada satu masa dahulu.

"Kerakusan Yahudi Israel sangat melampau sehingga halau rakyat Islam di sekitar Baitul Maqdis, merobohkan rumah-rumah mereka, membakar kampung halaman dan kebun-kebun mereka tanpa perhatian masyarakat antarabangsa.

"Perlu Malaysia sebagai sebuah negara ahli dalam OIC dan negara berkecuali, mengambil sikap lebih proaktif agar masalah ini tidak terus meruncing," katanya yang juga Presiden PAS.

Tambahnya, jika tindakan kejam itu dibiar terus berlaku, dikhuatiri ancaman keselamatan antarabangsa lebih besar akan berlaku.

Dalam isu nuklear Iran pula beliau mahu Malaysia bersikap adil dalam menyatakan pendirian.

"Kementerian Luar tidak tegas, kadang menyokong dan kadang-kadang menentang," katanya lagi.

Iran, katanya telah menjelaskan pengkayaan uranium mereka hanya sebagai sumber tenaga untuk kegunaan rakyat negara itu.

Sangat double standard, katanya jika Malaysia tidak pula menentang penggunaan nuklear oleh kuasa besar lain termasuk Israel dan Amerika Syarikat yang jelas diguna untuk persenjataan.

"Kita perlu sedar, kuasa barat begitu tidak adil dalam hal ini. Mereka membenarkan Israel guna nuklear untuk persenjataan sejak tahun 60an.

"Terbukti mereka guna bahan radio aktif dalam peperangan di Lubnan dan Gaza," katanya.

Dalam isu penggunaan Dinar yang dicadang negara D8 pula, Malaysia katanya gagal berperanan mempertahan cadangan itu sehingga ianya gagal dilaksanakan.

Cadangan tersebut juga, katanya sebelum ini turut disokong mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu melihat ekonomi Islam diperkukuhkan.

"Saya tidak tahu mungkin ada tekanan dari kuasa barat dan kita tidak berani hadapi tekanan ini padahal anggota yang ramai dalam OIC.

"Kenapa kita tidak manfaatkan kedudukan kita dalam OIC untuk bergabung menjadi satu kekuatan?" katanya.

misbahul munir

Posted: 23 Nov 2010 09:25 PM PST

misbahul munir


Penghulu seluruh Perak dihasut benci Pakatan

Posted: 23 Nov 2010 07:16 AM PST

PAS Negeri Sembilan

Posted: 23 Nov 2010 09:08 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Solat Hajat elak Surau di Melaka kena Roboh

Posted: 23 Nov 2010 08:04 PM PST

Majlis Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yaasin
Menghalang Perobohan Surau di Bukit Katil, Melaka
Tarikh : 25 Nov 2010 (Khamis)Masa : 6.50 ptg
Tempat : Perkarangan Pasti Jaya Insan, Bukit Katil, Melaka

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Maklumat lanjut di http://mutaligat.blogspot.com/2010/11/solat-hajat-perdana-mohon-allah.html

Sesiapa yang tidak dapat hadir, dicadangkan melakukan Solat Hajat di seluruh dunia pada waktu tersebut untuk mengelekkan perobohan surau di Melaka ini, samada secara individu atau berjemaah.

Rumah dimasuki babi, biawak

Posted: 23 Nov 2010 07:19 PM PST

Berita Harian 23 Nov 2010

MPS diminta bersih belukar berhampiran Taman Punca Emas

RASAH: Selepas hampir 23 tahun berjiran dengan belukar dan binatang liar, penduduk di Taman Punca Emas di sini sudah tidak dapat membendung kesabaran mereka lagi. Satu saja yang mereka tuntut daripada Majlis Perbandaran Seremban (MPS) iaitu segera menyelesaikan masalah berkenaan, selepas pelbagai aduan diberi tetapi tiada satu pun menunjukkan kesannya.

Pesara guru, M Perumal, 63, berkata kewujudan belukar itu bukan saja mengancam keselamatan, malah menyebabkan banyak kerugian harta benda dialami penduduk di situ. Belukar di kawasan seluas kira-kira 0.5 hektar itu dipenuhi pokok termasuk yang melebihi paras bumbung rumah setingkat dan menjadi habitat binatang liar seperti babi hutan dan ular. Perumal mendakwa beliau sudah beberapa kali ke Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Seremban (MPS) untuk membuat aduan mengenai masalah itu, tetapi hingga kini tiada tindakan diambil.

Katanya, masalah itu juga dirujuk kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seremban untuk mengetahui status hak milik tanah belukar dan didapati ia milik syarikat pemaju perumahan.

"Persoalan sekarang ialah mengapa kawasan itu terbiar, sedangkan di sekeliling kawasan ini adalah taman perumahan. Saya pernah mengupah orang membersihkan kawasan itu, tetapi tidak mampu melakukannya setiap bulan kerana membabitkan kos yang mahal.

"Kali terakhir saya membuat aduan kepada MPS pada 27 Oktober lalu dan dijanjikan dalam tempoh 10 hari tindakan diambil tetapi kini sudah hampir tiga minggu, tiada seorang pun wakil MPS datang ke sini melihat masalah yang kami hadapi," katanya.
Perumal berkata, baru-baru ini, sebatang pokok tumbang menghempap bumbung rumah menyebabkan dia kerugian kira-kira RM30,000.

Walaupun dibayar syarikat insurans, Perumal bimbang kerana kejadian sama boleh berulang dan mendatangkan kecederaan dan lebih buruk, kematian membabitkan penghuni rumah.

Perumal yang kecewa kerana aduan sebelum ini tidak dipedulikan berkata, masalah itu jika disiarkan media mungkin mampu menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu.

"Saya berharap, semua pihak akan membuka mata dan mengambil tindakan segera mengatasi masalah yang dihadapi sejak berpuluh tahun lalu," katanya.

Peniaga, R Suganthi, 40, pula berkata sejak kejadian pokok tumbang berlaku, keluarganya hidup dalam kebimbangan kerana khuatir kejadian itu berulang.

"Kami sekeluarga tidak lagi tidur dalam bilik yang terletak bersebelahan belukar kerana bimbang pokok tumbang pada bila-bila masa.

"Rumah kami juga selalu dimasuki ular, biawak dan anjing liar yang datang dari belukar itu. Pagar yang runtuh ditimpa pokok juga memudahkan haiwan liar memasuki kawasan rumah penduduk," katanya.

Malah, katanya, yang paling mengejutkan ialah belukar turut dihuni babi hutan yang dipercayai dari hutan berdekatan dan selalu merayau-rayau ke kawasan perumahan.

Penduduk, M Rajen, 50, juga bimbang dan mahu berpindah ke tempat lain, tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana hanya itu rumah yang dimilikinya.

"Lebih baik MPS melakukan sesuatu kerana walaupun tanah itu milik persendirian, mereka mempunyai kuasa untuk bertindak.

"Belukar ini bukan hanya mendatangkan masalah kepada kami sekeluarga, malah membabitkan kira-kira 10 rumah berhampiran belukar itu," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Rumahdimasukibabi_biawak/Article

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 23 Nov 2010 08:14 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


PM terima gaji RM22,826.65 mulai 2004

Posted: 23 Nov 2010 03:56 AM PST



Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lalu ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

- Bernama

Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh

Posted: 23 Nov 2010 07:48 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh


Dari Blog Ketua Pemuda Pusat

Posted: 23 Nov 2010 05:56 AM PST

Warisan Tradisi dan Penemuan Baru

1. Saya tertarik dengan kenyataan mantan Profesor Madya Program Sains Politik UKM Ghazali Mayudin yang menulis dalam Harakah mengenai PAS Baru dalam Era Politik Baru . Suatu pandangan yang kritis dan wajar ditekuni oleh pemimpin PAS di semua peringkat termasuk diri saya sendiri . Tahniah di atas pandangan yang dikemukakan dan saya pada dasarnya bersetuju dengan pandangan tersebut meskipun ada pengecualian pada satu atau dua perkara yang saya berbeza pandangan dengan beliau.

2. Iklim politik sememangnya telah memasuki era baru yang menjadikan pentasnya lebih lebar , situasinya kian mencabar , saingannya makin getir dan isu - isunya bergerak pantas. Mendepani fenomena seperti ini pastinya seluruh jentera parti yang terdiri dari pemimpin dan anggotanya tidak lagi boleh rehat panjang dan sambil lewa dalam melaksanakan tugas atau amanah perjuangan suci yang disandangnya.

3. Mesti keluar dari zon lama atau wajib membebaskan diri dari cara fikir , cara tindak dan cara dekat yang lama kepada satu pemikiran , tindakan dan pendekatan yang baru dan berkesan tanpa perlu menafikan warisan tradisi lama yang soleh. Sebaliknya apa yang perlu dilakukan ialah menggandingkan warisan tradisi lama yang soleh dengan penemuan - penemuan [ kaedah atau pendekatan ] baru yang bermanafaat dan berkesan untuk mencapai matlamat perjuangan .

4. Kita tidak boleh bersikap prejudis dengan usaha tajdid [ pembaharuan ] kerana pendekatan dan pembawaan parti [ jamaah ] mesti bergerak semasa dan seiring dengan masyarakat yang menjadi sasaran atau madu'unya serta memahami keperluan dan tuntutan semasa yang mesti dilengkapkan oleh pemimpin dan jamaah agar kepimpinan dan wadah perjuangan Islam ini senantiasa berada di arus perdana dan dilihat sebagai bahtera penyelamat yang mampu ditumpangi oleh ummah sedang mereka meronta mohon diselamatkan dari kemungkaran dan keruntuhan tamadun material hari ini .

5. Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah agama yang sesuai dan relevan di sepanjang zaman. Biarpun al Quran diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu namun prinsip , kaedah , iktibar , nasihat , hukum dan isu yang dibawa oleh al Quran masih segar dan hidup. Selama mana perjuangan ini melandasi kaedah dan hikmah al Quran maka selama itulah perjuangan ini terus segar , baru dan sesuai di sepanjang masa perjuangannya.

6. Justeru itu , dalam usaha membugarkan wadah perjuangan Islam PAS ini ditengah - tengah kemelut dan krisis masakini , kita tidak perlu apologatik untuk terus bercakap mengenai dasar dan prinsip perjuangan Islam yang kita dokong seperti perlaksanaan syariah Islamiyah dan seumpamanya. Tinggal lagi kita perlu perluaskan perbahasan secara hikmah [ bijak ] dan himmah [ wibawa ] bukan kasar , keras , bersifat menghukum dan tidak inklusif dalam perbincangan atau perbahasan .

7. Saya tidak bersetuju membawa PAS baru dengan menenggelamkan atau menyembunyikan hasrat atau cita - cita untuk mendaulatkan Islam walaupun ia dilakukan atas nama strategi kerana kelak kita akan dilihat berpura - pura [ hipokrit ] . Kita memperjuangkan Islam dengan pakej asal yang tulen dari Rasul saw. Tiada pakej kedua atau ketiga sekalipun untuk berdepan dengan usaha meraih sokongan dan undi non muslim. Pakej perjuangan kita telah siap dan kekal iaitu al Quranul karim dan ia dibaca oleh seluruh ummat manusia sejak lebih 1400 tahun lalu tanpa sembunyi dan perlu disepikan lagi .

8. Pembaharuan yang perlu kita lakukan ialah sebagaimana yang disebut oleh Ghazali Mayudin iaitu bagaimana kita menafsirkannya kepada ummah agar kita tidak hanya terhenti setakat meriwayat , mengungkap slogan , berkisar dalam aspek tekstual tanpa pergi lebih jauh kepada menyediakan solusi dan tindakan yang berkesan . Sebagai contoh, pemimpin dan anggota PAS mesti sedia berubah secara total untuk keluar dari minda pembangkang kepada minda negarawan atau pemerintah . [ Biarpun ia agak sukar kerana terlalu lama menjadi pembangkang ] tetapi kini keadaan memaksa kita berubah.

9. Kempen baru kita dalam musim atau diluar musim pilihanraya mestilah tidak lagi menggunakan kaedah lama yang hanya membuatkan ahli sendiri berasa syok sementara orang - orang atas pagar dan mereka yang berada di seberang pagar akan lari malah tersinggung rasa dengan cara kita . Sedang kempen adalah untuk mendekatkan orang kepada kita. Kaedah lama seperti perkataan kasar penuh emosi yang dilontarkan mungkin berbalas takbir yang bergema dari kalangan sendiri tetapi ia menambah liar hati orang ramai kepada perjuangan kita. Sebenarnya ini bukanlah kaedah baru pun sebab ianya telah disebut oleh Allah dalam al Quran yang bermaksud : "wahai Muhammad , jika sekiranya kamu berkasar dan keras hati nescaya mereka akan lari daripada kamu"

10. Masaalah utama yang saya lihat dihadapi oleh kita ialah bukan tidak ada perkara "baru" yang mahu dilakukan bahkan kita mempunyai terlalu banyak idea - idea baru yang dicambah sesama kita [ melalui retreat , meeting dan brainstorming ] serta dicampak atau dilontar oleh pihak lain kepada kita tetapi masaalah utama yang dihadapi ialah keupayaan mengurus sumber tenaga , sikap dan minda .

Menjadi PAS baru juga bukan bermaksud kita mesti terkesan dan terpengaruh dengan persekitaran dan keadaan baru yang kita hadapi lalu kita jadi seperti mereka , sebaliknya kita menguasai persekitaran dan memimpin keadaan agar mereka dibimbing ke arah mencapai matlamat perjuangan suci yang kita dokong .

Dr Azman Ibrahim

Posted: 23 Nov 2010 07:32 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Lemahnya Rasa Prihatin Masyarakat Kita

Posted: 22 Nov 2010 09:51 PM PST

Khalid Samad

Posted: 23 Nov 2010 07:22 PM PST

Khalid Samad


Pengumuman: Rakyat Tolak Kenaikan Bil Air 37%

Posted: 23 Nov 2010 12:18 AM PST

Bagi pihak penganjur program
-Pejabat YB Khalid Samad-

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 23 Nov 2010 07:12 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Lim Guan Eng telan tanah Melayu Pulau Pinang?

Posted: 22 Nov 2010 08:02 PM PST

Oleh Ustaz Saiful Bahri

Orang melayu di Pulau Pinang khususnya di Daerah Timur Laut hanya memiliki 1.16% pemilikan tanah berbanding dengan bangsa lain. Maklumat ini timbul setelah BN-UMNO tidak lagi memerintah Pulau Pinang.

Setelah PR-DAP memerintah Pulau Pinang hanya baru 2 tahun… zam-zam allakazam… fuhhh hilang semua tanah milik orang melayu

Siapa yang bersalah? Menurut Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO bahawa penumpuan kaum Cina di kawasan bandar yang kini meliputi hampir seluruh daerah itu bermula sejak kedatangan Francis Light pada 1786 yang mana beliau bertanggungjawab membawa masuk banyak imigran dari China. Kesannya adalah apa yang dilihat sekarang iaitu daerah Timur Laut kini mempunyai penduduk majoriti Cina.

Francis Light yang salah pada tahun 1786. Dan kini DAP pulak yang salah! Pemimpin UMNO buat apa? Siapakah yang menandatangani dasar Jus Soli yang diperkenalkan oleh Malayan_Union meskipun ditolak oleh orang melayu dan Raja melayu? Siapakah yang memerintah Tanah Melayu? Siapa yang memimpin Malaysia? Siapakah yang menyerahkan 100% tanah Singapura ke Lee Kuan Yew? Siapakah yang memerintah Pulau Pinang sehingga tahun 2008?

Hakikatnya UMNO telah gagal dalam menjaga hak dan kepentingan bangsa melayu sendiri. Demi kepentingan kebendaan dan beralasan pembangunan, akhirnya bangsa melayu menjadi mangsa. Sudah lama pemimpin Pas berkempen tentang hal ini. Tetapi masyarakat buat pekak badak aje. Yang tinggal hanyalah boria Pualu Pinang dan orang tua bangsa melayu yang tidur diatas beca. Sebenarnya menurut statistik Penduduk negeri Pulau Pinang Bagi Tahun 2009 adalah 44.89 peratus penduduk bumiputera, manakala penduduk Cina sebanyak 44.27 peratus. Bukannya orang melayu makin sedikit tetapi kemampuan dan keupayaan bangsa melayu gagal dimartabatkan oleh pemimpin UMNO meskipun mempunyai kuasa dan memerintah hampir separuh abad.

Jangankan orang kampong, kakitangan yang bekerja kerajaan pun gagal untuk memiliki tanah di kawasan Timur Pulau Pinang itu. Bukankah sekarang ini kempen UMNO Malaysia sebagai Negara berpendapatan tinggi?

Sebenarnya Umno telah lama mengkhianati tanah orang melayu termasuklah peimpinan BN hatta di sabah dan Sarawak. Tanah Rizab Melayu diwartakan 3 juta hektar pada tahun 1957. Tapi setelah Akta Pengambilan Tanah dipinda oleh mereka (tahun 1991), apa jadi pada TRM. Tahun 1995 tinggal 1.7 juta hektar, merosot 44%. Antara contoh yang jelas; Kerpan (1993, 167 lot seluas 1000 ekar untuk ternakan udang yang tak menjadi), Mambau N9 1994 (930 hektar tanah milik 666 orang untuk pembangunan), Pantai Gelang 1990 (80 penduduk Langkawi diambil tanah untuk Pelangi Beach Resort) dll. TRM di KL, Ipoh, Melaka, Kuantan dan JB tidak sampai 10%. Siapakah sebenarnya yang kayaraya dalam proses pembangunan Tanah Rizab Melayu?. Mereka lebih gembira bila tanah yang ada dijadikan padang golf dan taman rekreasi umum daripada kepentingan rakyat jelata (739 ekar di Batu Gajah, Clearwater Sanctuary Resort dan Pulau Pangkor). Isu tanah bendang Tandop, Alor Star seluas 638.32 hektar diambil untuk perumahan dan perindustrian yang akhirnya dijual kepada bukan Melayu. Apajadi apabila di Langkawi melayu mamak Mahathir sudah mula "melelong"nya atas nama pembangunan? Masih punya tanahkah umat Melayu masa depan di pulau ini?

Bagaimana tanah orang melayu di Lembah Kelang? Isu Kampung Melayu yang tidak berkesudahan?

Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia 1965 atas pertimbngan politik UMNO. Umno memberikan Singapura secara percuma kepada bangsa Cina. Sejak itu Melayu mula lenyap dari bumi yang dibuka Sang Nila Utama itu hingga akhirnya tanah sekangkang kera milik keturunan Sultan Hussein pun disapu bersih. Selepas itu akibat daripada kebodohan pemimpin UMNO Pulau Batu Putih terlepas lagi kepada Singapura. Pak Lah Badawi juga melepaskan Blok L & M yang kaya dengan minyak bernilai 320 billion diserahkan kepada Negara jiran Brunei.

Sebab itu UMNO ni kalau kalah barulah mereka sedar? Kalah di Pulau Pinang baru mereka kenal melayu dan barulah nak bela orang melayu. Sekarang ini mereka sedang menggadai tanah Iskandar di Johor Baru. Bila mereka sedar? Jika mereka kalah di Johor. Di Terengganu, apabila Pas memerintah pada tahun 1999 dibuka kembali permohonan tanah dan Pas berjaya mengeluarkan kelulusan kepada 70,000 rakyat Terengganu yang majoritinya bangsa melayu tetapi kenapa dibekukan kembali apabila UMNO berkuasa semula? Kenapa dibatalkan dan sebahagiannya dirampas tanah-tanah mereka? Kenapa tidak diberi geran kepada peneroka yang sudah sekian lama tinggal ditanah rancangan Felda sedangkan mereka sudah lama menyelesaikan hutang dan pinjaman Felda? Sedangkan syarikat-syarikat besar mudah diluluskan atas nama pembangunan beratus dan bahkan beribu hektar!

Inilah jenis dan baka pengkhianat bangsa melayu sebenar. Cara terbaik untuk mengajar UMNO hanyalah menjatuhkannya dalam Pru akan datang. Ketika itu rakyat jadi timun dan UmNO bukan lagi durian tetapi dah jadi tempoyak.

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 23 Nov 2010 07:08 PM PST

DUN PENGKALAN KUNDOR


Bersediakah negara hadapi krisis makanan?

Posted: 23 Nov 2010 02:54 AM PST


Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub meminta kerajaan menyatakan persediaan yang telah dilakukan bagi menghadapi kemungkinan berlakunya krisis makanan di negara ini.

Berbahas di peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, isu keselamatan bahan makanan harus dipandang serius lebih-lebih lagi ianya telah dibincangkan di persidangan World Food Organization di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Adakah kita sebenarnya serius dalam menghadapi isu keselamatan makanan ini?

"Apakah persiapan kita, berapa tempat yang telah kita pastikan dan berapa jumlah yang perlu untuk simpan bekalan makanan untuk jangka waktu yang panjang.

"Walaupun Malaysia tidak termasuk dalam lingkaran api tapi nampaknya kejadian tsunami, letupan gunung berapi di negara jiran, kita juga harus bersiap sedia," kata beliau.

Semalam, Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata Malaysia perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku krisis bekalan makanan global pada 2030.

Beliau dilaporkan sebuah akhbar sebagai berkata, langkah berjaga-jaga penting kerana statistik terbaru Bank Dunia menunjukkan peningkatan ketara harga barang makanan global sejak 1905.

Ianya antara 80 hingga 90 peratus dan dijangka terus meningkat sehingga 2030.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 23 Nov 2010 03:35 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


Parlimen bocor lagi

Posted: 23 Nov 2010 04:03 AM PST

Air sekali lagi menitis di tempat rehat ahli parlimen di Dewan Rakyat selepas hujan lebat hari ini.

Kebocoran itu disedari oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk James Dawos Mamit, selepas parlimen bersidang semula pada jam 2.30 petang selepas berehat untuk makan tenaghari.

NONEBeliau dilihat memaklumkan kepada MP Jelutong, Jeff Ooi supaya tidak duduk di sebuah sofa berhampiran kebocoran itu.

Kakitangan Dewan Rakyat kemudiannya dimaklumkan dan mereka meletakkan baldi supaya lantai lobi itu tidak basah.

Selain lantai yang basah, kebocoran tidak menjejaskan perjalanan Dewan Rakyat.

Menurut Ooi sekali lagi pihak penyelengaraan gagal menjaga bangunan itu dengan baik dan menghalang kebocoran daripada berulang.

"Ia berulang lagi dan lagi. Saya tidak pasti sama ada masalah dengan struktur bangunan Parlimen kerana kebocoran berlaku di tempat yang lain.

"Saya gesa menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal parlimen memberikan jawapan.

Pada 2008, kebocoran yang sama berlaku di lobi parlimen dan bilik media.

Bangunan berusia 49 tahun itu telah menjalani kerja-kerja pengubah-suaian bernilai RM100 juta pada tahun 2005.

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 23 Nov 2010 03:26 PM PST

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Usrah bisnes

Posted: 23 Nov 2010 11:44 AM PST


Simpang Renggam : Buat julung kalinya ana dapat berkumpul sama mengadakan usrah dari kalangan yang terlibat dengan bisnes dari usahawan kecil sederhana. Semenjak terlibat dalam pemasaran barangan Halal dari pengilang yang bersyahadah di sini dengan bantuan Sdr Malik pakar bekam sunnah maka dapat diadakan juga usrah seramai 5 orang buat permulaan.

Pelbagai latarbelakang, ada penebar roti canai, pembuat rumah, pengamal perubatan bekam, pekebun sawit dan pesara. Malam ini lebih tumpu kepada sesi taaruf dan bincang bagaimana nak besarkan perniagaan. Jamuan oder sahaja dengan kedai sebelah surau. Majlis mula pukul 9.00 dan tamat 11.00 malam.

Daging aqiqah kalimah Allah

Posted: 23 Nov 2010 10:58 AM PST


Jalan Yakin Bandar T6 Kluang : Subhanallah!!!, daging aqiqah milik Sdr Kornain Othman bagi majlis aqiqah anakndanya yang bernama Abd Hakim Bin Kornain yang disembelih semasa majlis Qurban PAS Kawasan Sembrong pada Jumaat lalu tertera kalimah Allah SWT.

Menurut sdr Kornain, semasa beliau memotong kecil daging tersebut untuk dimasak dan terperasan ada macam urat yang bebentuk kalimah Allah, lalu beliau mengasingkan dan mengambil gambar. Beliau yang bertugas sebagai jurureka di kilang jubin Guocera Kluang menyatakan rasa syukur kerana mendapat cahayamata dalam masa yang sama dapat menemui tanda kebesaran Allah didepan matanya sendiri.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Al-Fadzil Ust Abdullah Bin Husin Mudir Madrasah Al-Masriyah Simpang Renggam merangkap Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Johor yang hadir di rumah Sdr Kornain mengadakan Kuliah Aqidah bulanannnya disamping melaksanakan ibadah sunat tahnik kepada bayi tersebut.

Maha suci Allah...hadirin sebak menitiskan air mata, ramai yang bertasbih dan bertakbir menyatakan takjub atas kebesaran Allah. SWT.

tahnik

Dalam istilah orang kampung, biasanya dipanggil amalan "belah mulut". Apa pun namanya, ia merupakan satu perkara yang sangat dituntut. Tahnik dari segi bahasa ialah lelangit di dalam mulut.(al-Marbawi, Kamus Idirs al-Marbawi : 153).

Ia merupakan sunnah nabi yang perlu dilakukan oleh seseorang terhadap bayinya. Para ulama bersepakat mengatakan tahnik sunat dilakukan. Barangsiapa yang melakukannya, maka baginya pahala, sebaliknya barangsiapa yang tidak melakukannya, ia tidak berdosa. Ia seperti juga hukum akikah, ia adalah sunah bukan wajib.

Apakah ini petanda kemenagan Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Dun Kahang? bersesuaian dengan nama Jalan Yakin maka kita sebagai pejuang Islam mesti yakin Allah akan menolong kita dan mengukuhkan kedudukan kita apabila kita menolong agama Allah. Takbir!

STPM : selangkah menuju menara gading

Posted: 23 Nov 2010 10:49 AM PST


Selamat menghadapi peperiksaan STPM kepada semua calon. Dari Pra U kepada U sebenar, dari budak sekolah berunifom kepada mahasiswa. Semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan menjadi mahasiswa di menara gading.

Didoakan semoga berjaya

Posted: 23 Nov 2010 10:32 AM PST

Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua calon SPM 2010, SPM bermula 23/11/2010 selasa ini. Jangan takut dan gentar itu semua cobaan, macam dalam filem pendekar bujang lapok da.

Jangan malas mengulangkaji, usaha keras dan kemudian bertawakkal dengan bangun malam mohon kepada Allah SWT supaya dapat menjawab peperiksaan dengan tenang, mudah dan menjapat A dalam semua subjek...Amin.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 23 Nov 2010 03:09 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


AHLI-AHLI PARLIMEN BN MENJERIT KEPANASAN

Posted: 22 Nov 2010 11:45 PM PST

Kegagalan Kerajaan BN/UMNO menjatuhkan DSAI serta cuba memburukkan imej DSAi melalui semua media massa , mahkamah dan internet di mata rakyat Malaysia dan di dunia mengakibatkan ahli-ahli Parlimen kepanasan menjelang PRU13. Agen-agen Israel dipercayai menjadi SB terbaik dalam mengadu domba Parti Komponen pakatan Rakyat.
Dalam parlimen mereka menyalak sehinggakan pelbagai cadangan yang tidak logik dan zalim sanggup dilakukan semata-mata mahu menghancurkan perjuangan DSAI dan Pakatan Rakyat untuk Rakyat.


Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mendesak kerajaan supaya menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara bagi mengelak beliau daripada terus menghina Malaysia ketika berada di sana.
Menurut mereka, kerajaan tidak harus membiarkan Anwar terus berbuat demikian kerana ia akan menjejaskan usaha menarik kemasukan lebih ramai pelabur asing bagi menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) berkata, halangan perlu dikenakan kerana individu seperti Anwar perlu dikawal perbuatannya.

"Saya percaya kerajaan perlu mengkaji balik kebenaran kepada golongan yang kecewa ini untuk ke luar negara bagi mengelak mereka terus memburukkan Malaysia," katanya semasa membahaskan Bajet 2011 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar ketika mengunjungi Australia baru-baru ini mendakwa, pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu penghinaan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia dalam usahanya mencari sokongan Perdana Menteri negara itu, Julia Gillard selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya gagal.

Dalam pada itu, Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) yang bangun mencelah menyifatkan perbuatan Anwar sebagai tidak mengenang jasa.

"Beliau sepatutnya pusing ke belakang dan memikirkan kembali siapakah yang telah membantunya untuk mendapatkan pendidikan sehingga menjadi cerdik.

"Saya kecewa kerana ada orang yang tidak rasional seperti ini di negara kita. Beliau juga tidak sepatutnya bertindak menghancurkan negara sendiri semata-mata demi kepentingan peribadi.

"Ingatlah bahawa dalam ajaran Islam sendiri ada menyatakan bahawa mencintai negara adalah sebahagian daripada iman," ujarnya.

Mengulas isu sama, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang turut membahaskan Bajet 2011 berkata, perbuatan Anwar berceramah di luar negara dengan mendakwa negara ini tidak mengamalkan demokrasi adalah sesuatu yang amat dikesali.

"Beliau cuba menyamakan dirinya dengan pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dan ini adalah tidak tepat kerana di negara itu pemimpin yang melawan kerajaan akan dibunuh dan dipenjara.

"Sedangkan di negara kita ini hari-hari boleh berceramah untuk mengkritik kerajaan, asalkan mendapat permit daripada pihak polis," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu mewujudkan akta baru atau memperkenalkan pendekatan lain yang sesuai bagi menghalang pemimpin seperti Anwar berceramah di luar negara semata-mata bagi meremehkan kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang bangun mencelah berkata, beliau tidak boleh menerima perbuatan Anwar menghina rakyat Malaysia keseluruhannya.

"Kalau beliau berucap di luar negara bagi mengkritik kerajaan, saya rasa boleh terima lagi kerana dia adalah pembangkang.

"Tetapi yang saya tidak boleh terima apabila beliau mengkritik negara dan bangsa kita serta menghina rakyat keseluruhannya dengan menyatakan penduduk di Malaysia terutamanya umat Islam masih lagi berada dalam kemiskinan dan mundur.

"Orang ini sebenarnya lupa kepada pepatah Melayu iaitu meludah ke langit, menimpa muka kita sendiri," katanya.

AKHIRNYA PENDEKATAN PAKATAN RAKYAT JADI PILIHAN TEPAT

Posted: 22 Nov 2010 09:21 PM PST

Daulu-daulu banjir tak terfikir pun BN/UMNO nak bagi potongan bil air begini. Kalaulah rakyat Malaysia setiap negeri diperintah BN sedar, tak banjirpun Negeri Selangor dapat subsidi bil air.

65,000 dapat potongan bil air

KANGAR - Penduduk Perlis akan menikmati potongan RM20 dalam bil air mereka bagi November ini sebagai ihsan daripada kerajaan negeri yang bertujuan meringankan beban mereka membersihkan premis masing-masing selepas dilanda banjir awal bulan ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu berkata, bagi mereka yang tidak terjejas banjir turut menikmati potongan itu kerana mereka juga terbabit dalam kerja membantu mangsa banjir.

"Potongan bil kepada 65,000 pengguna itu dijangka menyebabkan kerajaan negeri menangung kos sebanyak RM1.3 juta,'' katanya di sini hari ini.

Ketika banjir memuncak awal bulan ini, lebih 15,000 penduduk Perlis dipindahkan ke 57 pusat pemindahan.

Beliau juga kata, ekoran banjir yang melanda Perlis, kerajaan negeri mengalami kerugian besar akibat kerosakan yang berpunca daripada banjir.

Katanya, antara yang rosak ialah bangunan dan jalan selain kerugian yang dialami oleh sektor pertanian. - Bernama

NAMPAK GAYA ADA HAKIM LUCUT JAWATAN ?

Posted: 22 Nov 2010 08:57 PM PST


Di dunia boleh lepas , tetapi di akhirat hakim beragama Islam tidak akan lepas dari azap yang pedih.
Hakim adalah jabatan yang mulia sekaligus penuh risiko. Mulia, karena ia bertujuan menciptakan ketentraman dan keadilan di dalam masyarakat. Penuh risiko, sebab di dunia ia akan berhadapan dengan mereka yang tidak puas dengan keputusannya, sedangkan di akhirat diancam dengan neraka jika tidak menetapkan keputusan sesuai dengan yang seharusnya. Sedemikian hakim janganlah sengaja menurut arahan sesiapa atau terpaksa menolong seseorang dengan menganiaya orang yang satu lagi kecuali beliau benar-benar tidak tahu.


Permohonan melucutkan kelayakkan Hakim akan dikemukakan.
Ketegangan tercetus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bertikam lidah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa individu di galeri awam.

Semuanya gara-gara peguam utama pembela, Karpal Singh yang gagal dalam usahanya cuba mengasak saksi hari ini, Dr Siew Sheue Feng supaya merujuk kepada nota perubatan asal.

"Saksi-saksi ini sudah diprogram sebagai robot," bidas Karpal.

Anwar juga dilihat hilang sabarnya hari ini kerana telah berulang-kali dinafikan hak mendapatkan nota perubataan asal yang dibuat oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur.


"Ini sudah melampau kerana awak semua (pendakwa) cuba menyaring semua bukti," kata Anwar.

Yusof menjawab: "Kau tidak tahu mengenai undang-undang."

Ia kemudian mencetuskan pertikaman lidah pula antara Yusof dengan beberapa individu di galeri awam.

Anggota polis yang berjumlah empat hingga lima orang, termasuk seorang yang berpangkat ASP kemudiannya dikerah bagi mengawal keadaan.

Anwar keluar dari mahkamah masuk beberapa kemudian sambil memberi petunjuk kepada polis bahawa beliau akan bertenang.

Karpal kemudian berkata pihak pembelaan akan mengemukakan permohonan bagi melucutkan kelayakan hakim membicarakan kes itu kerana Zabidin didakwa gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Kita akan failkan permohonan pagi esok."

Tak ingat

Sebelum itu, Karpal bertanya kepada Dr Siew berhubung apa yang diisi dalam borang perubatan.

Nama pesakit - saksi menjawab, "Mohd Saiful Bin Bukhari."

No IC - Dr Siew berkata dia tidak ingat.

Tarikh lahir - sekali lagi doktor itu berkata dia tidak ingat.

Pekerjaan - "pembantu peribadi"

Status - "bujang"

Dr Siew juga berkata dia tidak ingat nombor laporan polis berkenaan.

Karpal kemudian meminta Dr Siew merujuk kepada laporan perubatan. " Bukankah awak ingin menyegarkan semula ingatan awak berdasarkan nota itu?"

Saksi berkata dia hanya merujuk kepada maklumat dalam laporan perubatan terakhir dan bukan nota perubatan yang asal.

"Saya ada laporan yang lengkap," katanya.

Pagi tadi, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sekali lagi menolak permohonan pihak peguambela bagi mendapatkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mahkamah tidak boleh memaksa dokumen itu dikemukakan.

Keputusan mahkamah agung

Sebelum itu berlaku pertikaman lidah antara peguam utama pihak pembelaan Karpal Singh yang berhujah bahawa hakim gagal memahami Seksyen 45, Akta Keterangan 1950 yang mensyaratkan seseorang pakar perlu mengemukakan semua dokumen bagi menyokong semua hujah yang dikemukakan di mahkamah.

"Ini keputusan Mahkamah Agung."

Hakim Mohamad Zabidin berkata: "Bagaiaman jika dia (saksi) tidak mahu melihatnya (dokumen)?"

Karpal berkata ini tidak adil dan ini menyukarkan tugas pihak pembelaan dalam melaksanakan tugas mereka.

"Apa yang mungkin Yang Arif catatkan adalah tidak berguna kecuali ia disokong oleh data dan ia tidak berguna dengan tulisan di atas kertas itu."

"Kenapa mesti Yang Arif duduk dan terdedah kepada tidak tentu arah?" soal Karpal.

Katanya, tindakan itu bagi membantu mahkamah mendapatkan gambaran dari sudut sains.

Justeru, menurut Karpal, adalah tidak adil kepada pihak peguambela jika data yang disertakan tidak menyokong kenyataan lisan dan bercanggah dengan sistem perundangan.

"Fungsi pakar (saksi) adalah mengemukakan kepada mahkamah setiap maklumat bagi menyokong keterangan dalam terma sains agar mahkamah tidak tersilap arah," kata Karpal.

Bagaimanapun Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin mencelah mengatakan saksi layak menjawab secara lisan selain tiada desakan untuk saksi mengemukakan data.

Katanya tugas pakar patologi HKL, Dr Siew hanya untuk mengambil sampel dan mengenalpasti kecederaan dan bukan mengenalpasti data.

Malaysiakini

PENGARAH FELDA TERGANGA PENANGAN PENEROKA

Posted: 22 Nov 2010 08:47 PM PST




Pagi ini selepas sembahyang sunat Aidil Adha, di ketika mahu melewati pintu Masjid, saya terpandang sekeping kertas berlipat yang di letakkan di tepi pintu masuk Masjid, saya terfikir, kad apa ini ? setelah diteliti rupanya sekeping kertas yang di lipat menyerupai kad undangan kahwin, isinya adalah merupakan surat rayuan daripada Pengarah Besar Felda Dato' Dzulkifli Abd.Wahab kepada seluruh peneroka felda di Malaysia .
Antaranya meminta selepas ini jika berlaku perselisihan di antara peneroka dengan felda, di minta peneroka menggunakan kaedah timbang tara sebagai jalan penyelesaian, jangan menggunakan Mahkamah.

Selepas membaca warkah tersebut saya tergelak besar, apa tidaknya, selepas felda kalah kes di Felda Kemahang 3, baru keluar warkah rayuan tersebut, jika tidak, tak pernah di dengar pun.

Memang betul, semasa mula-mula mahu masuk ke rancangan felda dahulu, ada termasuk didalam pernyataan yang di persetujui bersama antara peneroka dengan felda menyatakan jika ada apa-apa pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak maka kaedah timbang tara adalah tempat rujukan utama.
Namun perlu kita fahami bahawa, apa yang berlaku di Felda Kemahang 3 tidak begitu, ketika jawatan kuasa bertindak peneroka Felda Kemahang 3 mahu memulakan rundingan, mereka bukan di rundingi malah sebaliknya di ugut mahu disingkirkan dari rancangan ( klik di sini ) akhirnya ajk tersebut terpaksa bertindak memulakan prosiding melalui peguamnya ke Mahkamah .

Setelah pergi ke Mahkamah pun di peringkat permulaan, ajk ini masih dihina, masih di ugut dan pelbagai dugaan lagi, sehingga keluar keputusan Mahkamah memberikan kemenangan kepada peneroka, baru mereka ternganga.........

Itu pun ada yang masih berdalih, kononya kemenangan peneroka felda Kemahang 3 itu bukan kemenangan sebenar sebaliknya satu konspirasi diantara peguam yang mewakili Felda dengan peguam yang mewakili peneroka dengan cara berpakat supaya peguam yang mewakili felda jangan hadir dihari perbicaraan.

Inilah masaalahnya, apabila dah jadi seperti sekarang baru di minta, kalau ada yang tidak berpuas hati jangan guna Mahkamah tetapi guna timbang tara, saya sendiri sebenarnya tidak kisah, sebab di Felda Kota Gelanggi 01 ini sehingga kini belumlah lagi di temui masaalah yang begitu kusut di antara Felda dengan peneroka sehingga perlu dibawa ke Mahkamah.

Walau macamana pun andai kata, jika di temui di masa akan datang kekusutan yang tidak boleh di rungkai, saya menyokong penuh sepertimana saranan dari Pengarah Besar Felda itu, tetapi pihak Felda usahlah mengulangi LAGAK persis yang di lakukan oleh bekas Pengurus Felda Kemahang 3 ( sudah aruah) itu.

Memang tiada kekusutan yang tidak boleh di rungkai, tiada masaalah yang tidak boleh diselesaikan kecuali jika kita mangamalkan sifat sombong membuta tuli, namun Alhamdulillah dengan kemenangan peneroka di Felda Kemahang 3 itu rupanya telah memberikan kesedaran ( itu pun jika ikhlas ) bagi Felda kembali kemeja Timbang Tara bagi menyelesaikan sesuatu masaalah di antaranya dengan peneroka.

Semoga selepas ini Felda dan masyarakat peneroka akan semakin maju didalam menghadapi cabaran dialaf akan datang.....................Sekian.

HUYOO , CEKAP & TANGKAS - MACAM BELANGKAS?

Posted: 22 Nov 2010 06:24 PM PST

Komen : Kalau pengadu dari Pakatan Rakyat mesti disoal dulu berjam-jam bukan yang dituduh disiasat.Tapi kalau BN/UMNO buat tuduhan di media dah tergesa-gesa SPRM menyiasat ,kalau adil siasatlah Noh Omar dulu ... betulke tuduhannya.
Pasal tu orang ramai kata BN/UMNO dengan SPRM macam belangkas. Tapi kalau dengan Pakatan Rakyat dilayan macam bukan rakyat. Kalau SPRM tidak mahu namanya busuk serta dituduh lebih kuah dari sudu maka buatlah tugas yang standard. Contohnya : 1. SPRM hanya buat siasatan jika sudah aduan bertulis bukan aduan kata-kata dari sumber media massa.
2. Jika prosidur SPRM kena siasat pengadu dulu maka semua siasatan melibatkan pengadu dari semua parti tak kira dari UMNO/BN perlu dilayan sama.
3. Pastikan mangsa siasatan tidak dibiarkan berlegar dalam pejabat SPRM selepas disoalsiasat macam kes Teoh beng Hock.
4. Pastikan SPRM bertanggungjawab kepada mangsa siasatan semasa dalam bangunannya bukan mencari alasan tapi beri pampasan.

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan seorang pegawai atasan Yayasan Selangor berhubung dakwaan kos penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu yang melebihi RM300,000, baru-baru ini.

Pegawai berkenaan yang sebelum ini diarahkan bercuti ditahan pada sebelah pagi sebelum dibawa ke pejabatnya di Tingkat 16, Pejabat Yayasan Selangor di Petaling Jaya, dekat sini.

Sepasukan pegawai SPRM yang berpejabat di sini mengambil sedikit masa bagi menyemak fail sebelum membawa keluar beberapa dokumen dari pejabatnya.
Difahamkan, pegawai atasan yayasan itu akan direman di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki, ketika dihubungi berharap SPRM dapat menyiapkan siasatannya secepat mungkin bagi membolehkan pegawainya itu kembali bertugas seperti biasa.

Saya kesal dengan keadaan sekarang tetapi saya akui tiada orang mengatasi undang-undang. Jika seseorang itu didapati bersalah, dia perlu menerima kesannya dan begitulah sebaliknya. Kebenaran perlu ditegakkan," katanya ketika dihubungi di sini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebelum ini mengarahkan pegawai atasan itu bercuti bergaji selama sebulan sehingga siasatan mengenainya selesai kerana siasatan awal menunjukkan terdapat pembabitan pejabat beliau dalam urusan mengeluarkan kos perbelanjaan tidak munasabah itu.

Baru-baru ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya yang melebihi RM300,000.

Ketika menyampaikan keputusan baginda, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud, berkata Sultan Selangor menyifatkan kos yang amat tinggi itu sebagai satu pembaziran dan tidak berfaedah.
-BH

BUKTI INI MENUNJUKKAN BN NAFIKAN 1MALAYSIA

Posted: 22 Nov 2010 05:15 PM PST

22 Nov - Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sabah Ronnie Klassen mengecam tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang memperuntukkan sejumlah RM62.7 juta kepada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional serta seorang ADUN Bebas sambil menyifatkannya sebagai diskriminasi ke atas rakyat negeri itu.

Ini kerana tiga kawasan merangkumi Likas,Luyang dan Seri Tanjong yang dimenangi oleh pembangkang pada pilihan raya umum 2008 dinafikan untuk menikmati peruntukan sebanyak RM1 juta setiap DUN tersebut.

"Atas kuasa apa Musa Aman membuat keputusan menggunakan wang rakyat untuk menaikkan peruntukan kepada wakil rakyat kepada RM62.7 juta? Kenapa pula peruntukan ini hanya kepada 56 ADUN Umno-BN dan seorang ADUN Bebas tetapi pada masa yang sama meminggirkan Likas, Luyang dan Seri Tanjong? Adakah tiga kawasan DUN ini diduduki oleh rakyat asing dan bukan warga Sabah?

"Pengundi berdaftar Sabah yang membayar cukai mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan daripad kerajaan negeri Umno-BN mengapa keputusan ini diambil dan untuk tujuan apa. Adakah janji-janji manis semasa PRU-12 dan juga di Batu Sapi baru-baru ini hanya satu helah untuk mengatakan hanya Umno-BN mampu membawa pembangunan di Sabah?," tanya Ronnie dalam kenyataannya.

Ronnie berkata dana awam adalah milik rakyat dan perlu diagihkan secara adil kepada golongan yang memerlukan.

Tindakan menafikan tiga DUN tersebut untuk mendapat sebarang peruntukan adalah satu bentuk diskriminasi dan peminggiran terhadap rakyat di kawasan terbabit.

Malah kata beliau tindakan Ketua Menteri itu lebih bersifat politik kerana gendang PRU-13 semakin kuat kedengaran dan bukannya untuk membantu rakyat Sabah.

Peruntukan khas itu diluluskan Ketua Menteri di bawah Bajet Negeri 2011 Jumaat lalu atas alasan peruntukan itu membolehkan wakil rakyat BN menyediakan bantuan kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Beliau juga berkata penafian kerajaan negeri sabah terhada laporan terbaru Bank Dunia yang mengatakan negeri itu sebagai termiskin hanya menunjukkan sindrom penafian yang dialami oleh Umno-BN.

"Adakah Musa ingin menuduh Bank Dunia menipu? Status termiskin ini hanya disebabkan tidak lain tidak bukan penyelewengan dan rasuh yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN selama ini.

"Apa terjadi kepada ratusan juta ringgit yang dikutip daripada cukai 15 peratus ke atas aktiviti ramalan nombr 4D yang boleh digunakan untuk mengatasi kemiskinan?" ujar beliau lagi.

MP Pendang

Posted: 23 Nov 2010 01:21 PM PST

MP Pendang


Qorban 1431 Hijrah.

Posted: 22 Nov 2010 06:07 PM PST


Alhamdulillah, eidul adha sudah berlalu, dan ibadah quran pun sudah berakhir, namun apa yang menjadi perbincangan adalah cara penetapan tarikh eidul adha dinegara kita. Kita tidak berapa arif dan tahu sangat bab berhubung dengan penetapan tarikh hari raya qurban ini, kerana sekarang ini penetapan khabarnya adalah berdasarkan kepada tarikh 10 Dzulhijjah, bukan lagi kepada sehari selepas wukuf di Arafah bagi jemaah haji. Kalau dulu memang ya, sehari selepas wukuf, maka kita disini pun akan merayakan eidul adha, tetapi sekarang tidak lagi dah. Penetapan dibuat dengan hisap khabarnya, yakni melihat permulaan Dzulhijjah , kemudian raya eidul adha ditetapkan pada 10 Dzulhijjah, sebab tu lah pada tahun ini katanya kita selang 2 hari lewat dengan hari wukuf di Arafah.

Apa yang dimushkilkan oleh antara yang mushkil adalah tarik kita melakukan puasa hari wukuf dan juga hari tashrik untuk ibadat qurban. Apakah kita masih berada pada hari tashrik kalau sudah hari kelima selepas wukuf, atau masih lagi berada dihari ke 3 tashrik pada hari Sabtu, yang ni kena tanya orang yang lebih arif lah. Ibadat qurban kalau bukan pada hari tashrik, maka ia akan menjadi sedekah biasa sahaja, bukan qurban lagi dah.

Sebagai rakyat yang patuh kepada arahan pemerintah, maka apaketetapan pihak berkuasa agama dalam hal ini kita sentiasa patuh dan ikut tarikh yang ditetapkan, yang lain terserah kepada Allah untuk menerima tau tidak hal-hal qurban atau sedekah tadi, wallahu aklam.

semoga ibadah kita diterima Allah.



Bagi kawasan Pendang, tahun ini penyembelihan dibuat secara kelompok di Padang Durian dan di Gajah Mati.
Sebanyak 2000 bungkus daging telah diedarkan kepada penerima melalui wakil yang dilantik.

Terima kasih kepada yang datang membantu dan kepada yang dapat merasa serba sedikit daging yang diagihkan.


Memang ada yang tidak mendapat agihan daging ini, kerana daripada 154 cawangan, kita hanya memperuntukan dalam 10 hingga 15 rumah sahaja untuk satu cawangan dan juga kepada mereka yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini.

Kesian orang Melayu P Pinang no!.

Posted: 22 Nov 2010 05:18 PM PST

Sedih juga bila mula baca surat khabar , terpamapng kata tanah orang Melayu di Timur P Pinang hanya tinggal 1.16 peratus setelah 2 tahun Pakatan perintah P Pinang. Hebat juga nampaknya LGE ni, dalam 2 tahun perintah boleh teng BN yang perintah P Pinang sejak 50 tahun dulu. Mungkin sebelum 2008 tanah orang Melayu di PP ada 50 peratus kut, tapi bila saja terlepas kepada pakatan, kedebum melorot menjadi 1.16 peratus sahaja, kesian orang Melayu PP, kena naya dengan Pakatan.
Apakah selama ini mereka sentiasa mendapat pembelaan daripada BN selama 50 tahun sehingga mereka ada banyak tanah sehingga ditelan habis oleh pakatan.
Kalau nak tahu lebih pasal apa kehilangan banyak tanah orang Melayu didalam pemerintahan 50 tahun BN di Malaysia, baca disini.

Ni dah lebih ni!

Posted: 22 Nov 2010 03:06 PM PST

Nampak sudah melampau nih.
Dalam suasana ghairah untuk mendapat pelanggan, maka berbagai kaedah digunakan untuk melariskan perniagaan, maka berbagai cara yang digunakan buat menrik perhatian, termasuklah salah satu daripada yang dibuat disini.
Apakah pihak berkenaan tidak mempunyai tatacara untuk mengawal suasana yang agak terlampau ini?.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 23 Nov 2010 01:15 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Akta Siber, Supaya Rakyat Pekak Dan Buta Maklumat

Posted: 22 Nov 2010 10:48 PM PST


Tindakan Kementerian Dalam Negeri yang akan memperkenalkan garis panduan bagi menerangkan definisi kesalahan hasutan secara terperinci satu lagi usaha untuk membuta dan memekakkan rakyat untuk mendapat maklumat sebenar di negara ini. PAS berpandangan tindakan ini lebih kepada usaha untuk membendung maklumat penyelewengan kerajaan BN dapat diketahui oleh rakyat di negara ini. Seperti yang kita sedia maklum Umno BN hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini. Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini, walaupun mereka mengupah individu untuk melemparkan fitnah kepada PAS dan Pakataan Rakyat. Pertarungan dan perbahasan di media baru berakhir dengan individu yang makan upah Umno BN lari lintang pukang kerana tidak tahan dengan asakan yang dibuat oleh penyokong Pakatan Rakyat.


Seluruh jentera Umno sudah tidak bermaya, ia hanya bergantung kepada media radio dan televisyen sahaja. Malahan setengah tempat Umno terpaksa swastakan program penerangan melalui NGO yang pro Umno supaya menganjurkan program, jika tidak orang tidak mahu datang jika atas lambang Umno. Sebab itu tidak hairan kepada kita BN sudah membuka peluang kepada NGO untuk bersama BN seperti yang diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi BN.

PAS berpendapat tidak cukup lagi kah Umno mengongkong rakyat dengan Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan. Kerajaan boleh bertindak, mengikut akta yang sedia ada dengan membawa pesalah ke muka pengadilan. Adakah salah rakyat pada hari ini mendapat maklumat yang benar supaya mereka boleh membuat pilihan yang tepat untuk melantik pemegang amanah khazanah di negara ini. Jika maklumat yang didedahkan ini seperti maklumat ketenteraan negara, penghinaan kepada agama dan bangsa maka kerajaan boleh bertindak. Tetapi jika maklumat yang didedahkan ialah penyelewengan yang merugikan negara dan rakyat, kenapa perlu kerajaan takut untuk menghadapi penghakiman yang akan dibuat oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 23 Nov 2010 01:09 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Lebih 350 maut akibat rempuhan di Kemboja

Posted: 23 Nov 2010 09:39 AM PST

In this Nov. 23, 2010 photo released by China's Xinhua News Agency, Cambodian police officials examine the bridge where a stampede took place in Phnom Penh, Cambodia. Thousands of people stampeded during a festival in the Cambodian capital Monday night, leaving more than 330 dead and hundreds injured in what the prime minister called the country's biggest tragedy since the 1970s reign of terror by the Khmer Rouge.
In this Nov. 23, 2010 photo released by China's Xinhua News Agency, Cambodian police officials examine the bridge where a stampede took place in Phnom Penh, Cambodia. Thousands of people stampeded during a festival in the Cambodian capital Monday night, leaving more than 330 dead and hundreds injured in what the prime minister called the country's biggest tragedy since the 1970s reign of terror by the Khmer Rouge.
In this photo released by China's Xinhua News Agency, people stand near the bodies of stampede victims in Phnom Penh, Cambodia, Tuesday, Nov. 23, 2010. Thousands of people stampeded during a festival in the Cambodian capital Monday night, leaving more than 330 dead and hundreds injured in what the prime minister called the country's biggest tragedy since the 1970s reign of terror by the Khmer Rouge.
In this photo released by China's Xinhua News Agency, people stand near the bodies of stampede victims in Phnom Penh, Cambodia, Tuesday, Nov. 23, 2010. Thousands of people stampeded during a festival in the Cambodian capital Monday night, leaving more than 330 dead and hundreds injured in what the prime minister called the country's biggest tragedy since the 1970s reign of terror by the Khmer Rouge.
Cambodian police carry away the body of a Cambodian man who died in a stampede on a bridge in Phnom Penh, Cambodia, Tuesday, Nov. 23, 2010. Thousands of people celebrating a water festival on a small island in a Cambodian river stampeded Monday evening, killing over three hundred people, a hospital official said. Hundreds more were hurt as the crowd panicked and pushed over the bridge to the mainland.Australian firefighters and Cambodian police check for survivors among the bodies of Cambodians, who died in a stampede on a bridge in Phnom Penh, Cambodia, Tuesday, Nov. 23, 2010. Thousands of people celebrating a water festival on a small island in a Cambodian river stampeded Monday evening, killing over three-hundred people, a hospital official said. Hundreds more were hurt as the crowd panicked and pushed over the bridge to the mainland.
An Australian firefighter checks for the pulse of a Cambodian man, who died in a stampede on a bridge in Phnom Penh, Cambodia, Tuesday, Nov. 23, 2010. Thousands of people celebrating a water festival on a small island in a Cambodian river stampeded Monday evening, killing over three hundred people, a hospital official said. Hundreds more were hurt as the crowd panicked and pushed over the bridge to the mainland.An injured Cambodian is carried by visitors after a  stampede onto a bridge at an accident site during the last day of celebrations of the water festival in Phnom Penh, Cambodia, Monday, Nov. 22, 2010. Thousands of people celebrating a water festival on a small island in a Cambodian river stampeded Monday evening, killing many people, a hospital official said. Hundreds more were hurt as the crowd panicked and pushed over the bridge to the mainland.
An Australian firefighter checks for the pulse of a Cambodian man, who died in a stampede on a bridge in Phnom Penh, Cambodia, Tuesday, Nov. 23, 2010. Thousands of people celebrating a water festival on a small island in a Cambodian river stampeded Monday evening, killing over three hundred people, a hospital official said. Hundreds more were hurt as the crowd panicked and pushed over the bridge to the mainland.
GRAPHIC CONTENT Cambodian victims lay on the ground with help from their relative next to the suspended bridge in Phnom Penh on November 23, 2010 where at least 330 people died in a stampede while millions were out on the streets of the capital to enjoy the final day of the three-day Water Festival, which marks the reversal of the flow between the Tonle Sap and Mekong rivers.
Cambodian victims lay on the ground with help from their relative next to the suspended bridge in Phnom Penh on November 23, 2010 where at least 330 people died in a stampede while millions were out on the streets of the capital to enjoy the final day of the three-day Water Festival, which marks the reversal of the flow between the Tonle Sap and Mekong rivers.
People reach for help among some unconscious ones near a bridge in Phnom Penh on November 23, 2010 after at least 180 people died in a stampede while millions were celebrating the end of the annual Water Festival.
People reach for help among some unconscious ones near a bridge in Phnom Penh on November 23, 2010 after at least 105 people died in a stampede while millions were celebrating the end of the annual Water Festival.
People reach for help among some unconscious ones near a bridge in Phnom Penh on November 23, 2010 after at least 180 people died in a stampede while millions were celebrating the end of the annual Water Festival.
GRAPHIC CONTENT A Cambodian (at R) tries to help an unconscious man near a bridge in Phnom Penh on November 23, 2010 after at least 105 people died in a stampede while millions were celebrating the end of the annual Water Festival.GRAPHIC CONTENT A Cambodian military policeman examines a body near a bridge in Phnom Penh on November 23, 2010 after at least 180 people died in a stampede while millions were celebrating the end of the annual Water Festival.
GRAPHIC CONTENT Bodies are displayed in front of the suspended bridge where they found death in Phnom Penh on November 23, 2010 after at least 330 people died in a stampede while millions were out on the streets of the capital to enjoy the final day of the three-day Water Festival, which marks the reversal of the flow between the Tonle Sap and Mekong rivers.GRAPHIC CONTENT Cambodian military police look at bodies near a bridge in Phnom Penh on November 23, 2010 after at least 180 people died in a stampede while millions were celebrating the end of the annual Water Festival.
ANTARA 340 mangsa yang maut diatur untuk pengecaman selepas terbabit dalam rempuhan di sebuah jambatan yang sesak dengan orang ramai ketika menyertai Festival Air di ibu negara Phnom Penh, lewat semalam. Perdana Menteri Hun Sen mengisytiharkan Kemboja cuti berkabung hari ini berikutan tragedi itu.
GRAPHIC CONTENT Bodies are displayed in front of the suspended bridge where they found death in Phnom Penh on November 23, 2010 after at least 330 people died in a stampede while millions were out on the streets of the capital to enjoy the final day of the three-day Water Festival, which marks the reversal of the flow between the Tonle Sap and Mekong rivers.
…………………………………………
A policeman talks on a mobile phone as he looks at a bridge in the early morning in Phnon Penh November 23, 2010. A stampede on the bridge in Cambodia's capital killed at least 345 people and injured nearly as many after thousands panicked on the last day of the Bon Om Touk water festival, authorities and state media said on Tuesday.
..gambar terbaru yang dirakam pada pukul 9.30 pagi ini…
A policeman talks on a mobile phone as he looks at a bridge in the early morning in Phnon Penh November 23, 2010. A stampede on the bridge in Cambodia's capital killed at least 345 people and injured nearly as many after thousands panicked on the last day of the Bon Om Touk water festival, authorities and state media said on Tuesday.
Police cordon off a bridge in the early morning in Phnom Penh November 23, 2010. A stampede on the bridge in Cambodia's capital killed at least 345 people and injured nearly as many after thousands panicked on the last day of the Bon Om Touk water festival, authorities and state media said on Tuesday.
Police cordon off a bridge in the early morning in Phnom Penh November 23, 2010. A stampede on the bridge in Cambodia's capital killed at least 345 people and injured nearly as many after thousands panicked on the last day of the Bon Om Touk water festival, authorities and state media said on Tuesday.
Relatives hold young survivors of a stampede, who were found on a small boat under a bridge, in Phnom Penh November 23, 2010. A stampede on the bridge in Cambodia's capital killed at least 345 people and injured  nearly as many after thousands panicked on the last day of a  water festival, authorities and state media said on Tuesday. The girl lost both parents in the stampede, while the parents of the boy are in hospital.
A Cambodian policeman (R) examines bodies from the overnight stampede tragedy lined up on the ground at a hospital in Phnom Penh on November 23, 2010. Cambodia began the grim task on November 23 of identifying almost 350 people crushed to death in a bridge stampede when revellers panicked at a huge water festival in Phnom Penh.
A Cambodian policeman (R) examines bodies from the overnight stampede tragedy lined up on the ground at a hospital in Phnom Penh on November 23, 2010. Cambodia began the grim task on November 23 of identifying almost 350 people crushed to death in a bridge stampede when revellers panicked at a huge water festival in Phnom Penh.
A Cambodian Buddhist monk (2nd R-top) looks at bodies from the overnight stampede lined up on the ground at a hospital in Phnom Penh on November 23, 2010. Cambodia began the grim task on November 23, of identifying almost 350 people crushed to death in a bridge stampede when revellers panicked at a huge water festival in Phnom Penh.
A Cambodian Buddhist monk (2nd R-top) looks at bodies from the overnight stampede lined up on the ground at a hospital in Phnom Penh on November 23, 2010. Cambodia began the grim task on November 23, of identifying almost 350 people crushed to death in a bridge stampede when revellers panicked at a huge water festival in Phnom Penh.

Kerajaan tidak serius tangani kes buang bayi

Posted: 23 Nov 2010 08:59 AM PST

Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik (gambar) mendakwa kerajaan tidak serius dalam menangani kes kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi di negara ini.
Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, tidak ada iklan yang memberikan kesedaran kepada rakyat mengenai kes ini.
"Walaupun ada langkah-langkah diambil tapi dari praktikalnya saya nampak kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam kes ini.
"Kalau kes pencegahan rokok itu misalnya tiap-tiap hari ada iklan mengenainya tapi kes pembuangan bayi ini saya tidak nampak ada billboard, papan tanda, iklan-iklan dalam televisyen yang boleh mencegah kes-kes yang saya sebutkan tadi," kata beliau.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kei dalam jawapannya bagaimanapun  berkata,tanggungjawab menangani gejala ini bukan hanya terletak di bawah kementerian itu.
"Kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Islam dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Badan bukan kerajaan seperti persatuan perancang keluarga Malaysia dan sektor korporat juga penting dalam usaha membendung masalah pembuangan bayi," katanya.
Che Uda dalam soalan asalnya meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan sebab mutakhir ini banyak berlaku kes hubungan seks rambang, kandungan luar nikah dan kes pembuangan bayi.
Beliau juga ingin tahu faktor yang menyebabkan banyak berlaku kes-kes ini dan apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi perkara ini dan adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji pendekatan cara Islam untuk mengatasi perkara ini.

Tuntutan wang berterusan: Sub-Kontraktor akhirnya adu kepada Sultan

Posted: 23 Nov 2010 08:57 AM PST

Sub-kontraktor akhirnya mengadu kepada Sultan Selangor setelah kerugian RM43 juta, apabila syarikat kontraktornya - yang dikuasai kerabat Sultan Selangor - dalam Projek Hospital Shah Alam menggunakan kedudukan dan kemudahannya untuk menuntut wang daripada sub-kontraktor tersebut.
Raja Petra Kamaruddin pernah mendedahkan surat yang berkaitan dengan skandal yang melibatkan anggota kerabat Sultan Selangor dalam laman Malaysia Today yang dikendalinya sebelum ini.  Surat tersebut ditulis oleh sub-kontraktor Projek Hospital Shah Alam, iaitu GM Healthcare Sdn.Bhd kepada Sultan Selangor, mendedahkan bahawa Sunshine Fleet Sdn.Bhd yang dikuasai adinda Sultan, iaitu Tengku Arafiah terlibat dalam skandal rent-seeking.
Ketua Pegawai Eksekutif GM Healthcare Sdn.Bhd, Elvin Toh Chen Vin telah mengesahkan kepada MerdekaReview bahawa surat tersebut adalah benar.  Menurut Elvin Toh, surat tersebut ditulis oleh GM Healthcare untuk mengisahkan kronologi peristiwa itu kepada Sultan.
Sebagaimana yang diketahui MerdekaReview, Sunshine Fleet yang dikuasai Tengku Arafiah bukan sahaja meminta agar GM Healthcare untuk melangsaikan hutang yang dilonggakkan sub-kontraktor sebelumnya, bahkan menuntut wang tunai dari GM Healthcare melalui pelbagai saluran.  Berikutan daripada itu, GM Healthcare kerugian RM43.15 juta, kerana gagal menuntut balik wang yang dibelanjakan, malah kehilangan projek Hospital Shah Alam ini.
Kementerian Jabatan Kerja Raya kini telah membatalkan kedudukan Sunshine Fleet (yang dikuasai Tengku Arafiah) sebagai kontraktor utama projek Hospital Shah Alam, malah dibuka tender semula.  Menurut laporan Star pada 3 Oktober, kerajaan telah membayar RM122.50 juta kepada Sunshine Fleet, namun projek ini hanya disiapkan setakat 25.3%.
Perjanjian antara bekas Sultan Selangor dengan Mahathir
Menurut sumber maklumat, penglibatan kerabat Sultan Selangor dalam projek Hospital Shah Alam ini disebabkan perjanjian antara bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dengan bekas Sultan Selangor.  Sebagaimana yang dimaklumkan, Mahathir Mohamad mencadangkan projek ini antara tahun 2000 hingga 2001.
Perjanjian direstui oleh Mahathir (gambar kanan) dengan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada ketika itu adalah tanah diperuntukkan oleh Sultan Selangor, dengan syarat projek tersebut perlu diserahkan kepada anggota kerabat Sultan.  Namun, projek ini ditangguhkan, malah tidak dilaksanakan sehingga Mahathir berundur dari jawatan PM.  Ia hanya bermula pada zaman PM kelima, Abdullah Ahmad Badawi apabila JKR menyerah projek ini kepada Sunshine Fleet yang dikuasai kerabat Sultan Selangor pada 9 November 2007.
Menurut maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tiga orang pemegang saham utama Sunshine Fleet adalah adinda Sultan Selangor, Tengku Arafiah (70% saham), Azamuddin Shah Abdul Aziz (10% saham) dan Tengku Abdul Samad Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz.
Tengku Arafiah bukan sahaja pemegang saham terbesar Sunshine Fleet, malah menyandang jawatan Pengerusi Eksekutif yang membuat keputusan untuk syarikat.
Rent-seeking
Mengapa GM Healthcare terlibat dalam skandal rent-seeking ini?  Menurut Elvin Toh, syarikat ini pada asalnya mengusahakan perniagaan pemborongan perubatan yang diasaskan Chua Zhi Bin.  Elvin Toh mengambil alih GM Health pada tahun 2007 dan memegang 50% saham masing-masing bersama Chua Zhi Bin.
Setelah Sunshine Fleet memperolehi projek bernilai RM482.60 juta dari JKR pada November 2009, maka GM Health diundang untuk menyertai pembidaan projek tersebut.  Tetapi, akhirnya Tengku Arafiah (gambar kiri) menyerah keseluruhan projek ini kepada Isyoda Sdn.Bhd, dan bukannya GM Helathcare pada 16 November 2007.  Menurut perjanjian antara Sunshine Fleet dengan Isyoda ketika itu, Sunshine Fleet "sub" projek ini kepada Isyoda dengan nilai RM451.321 juta, dan mengaut keuntungan RM31.369 juta daripadanya.
Pada hari yang sama, Isyoda mengeluarkan "Letter of Undertaking of Payment" kepada Tengku Arafiah, bersetuju untuk membayar RM46.231 juta kepada Tengku Arafiah.  Kontrak yang diambil-alih Isyoda sebenarnya bernilai RM405 juta setelah ditolak angka tersebut.
Maka Tengku Arafiah dan Sunshine Fleet memperolehi keuntungan bersih RM77 juta daripadanya, iaitu RM31.369 juta daripada perbezaan nilai kontrak, dan RM46.231 juta yang diterima Tengku Arafiah.
Permintaan untuk "Selamatkan Projek Hospital"
Bagaimanapun, Isyoda terjerat ke dalam masalah kewangan kemudiannya.  Tengku Arafiah meminta GM Healthcare untuk menyelamatkan projek hospital ini dengan mengambil-alihnya dari tangan Isyoda - supaya projek ini tidak ditarik balik JKR.
Kedua-dua pihak mencapai persetujuan dalam satu perjanjian sub-kontrak pada 10 Februari 2009, iaitu Sunshine Fleet melantik GM Healthcare sebagai sub-kontraktor kedua, dan mengambil-alih projek Hospital Shah Alam dari tangan Isyoda dengan RM400.9 juta.
Untuk mengambil alih projek ini, GM Healthcare dengan sengaja menstruktur semula organisasi dalam syarikatnya.  GM Healthcare mengajak syarikat FRONTIER STRUCTURE Sdn.Bhd dari Pulau Pinang untuk bergabung dan mengendalikan projek ini bersama.
FRONTIER STRUCTURE Sdn Bhd adalah syarikat pembinaan yang mempunyai Gred 7dan jaminan kualiti, dan merupakan kontraktor bumiputera kelas A.  Dalam rombakan ini, FRONTIER STRUCTURE Sdn Bhd dan GM Healthcare masing-masing memegang 50% saham.  Dengan kata lain, saham yang dipegang oleh Elvin Toh Chen Vin dan Chua Zhi Bin sebelum ini telah menurun kepada 25% masing-masing.
Tuntutan wang berterusan
Elvin Toh berkata, menurut perjanjian antara Sunshine Fleet dengan GM Healthcare, nilai projek ketika diambil-alih GM Healthcare hanya tinggal kira-kira RM400.9 juta.  Muafakat yang dicapai dalam perjanjian adalah GM Healthcare bersetuju untuk membayar Sunshine Fleet dengan harga 5% dari nilai projek, iaitu kira-kira RM20 juta, sebagai pulangan memperolehi projek tersebut.  Wang ini pada asalnya dibayar kepada Sunshine Fleet secara berperingkat, mengikut perkembangan projek dan pembayaran wang dari JKR.
Namun, Sunshine Fleet telah habis menuntut RM20 juta itu dalam masa enam bulan, malah menuntut lebih wang dari GM Healthcare.  Ia berakhir dengan pembayaran GM Healthcare kepada Sunshine Fleet melonjak dari RM20 juta (pada asalnya), kepada kira-kira RM35 juta.
Elvin Toh akhirnya enggan memberi apa-apa bayaran kepada Sunshine Fleet, dan tindakan ini telah mencetus perselisihan komersial antara GM Healthcare dengan Sunshine Fleet.  Antaranya, GM Healthcare meminta JKR membatalkan kontrak Sunshine Fleet sebagai kontraktor utama, malah membawa kes ini ke mahkamah untuk mendapatkan perintah agar Sunshine Fleet di-"wind-up".
Sunshine Fleet akhirnya menamatkan kontrak GM Healthcare sebagai sub-kontraktor pada 11 Ogos 2010, dan JKR pula membatalkan kontrak Sunshine Fleet sebagai kontraktor utama pada 3 September 2010.

Dilema Najib hadapi pilihan raya umum

Posted: 23 Nov 2010 08:56 AM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak telah menafikan tanggapan tentang pilihan raya umum lebih awal sebagai khabar angin.

Walaupun Barisan Nasional kini dilihat lebih kuat dan Pakatan Rakyat terutama PKR dalam keadaan lemah, pemimpin pakatan pemerintah itu menafikan pilihan raya akan diadakan lebih awal.

Tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 kini merupakan dilema bagi pemerintah.

Ini kerana satu faktor yang penting, iaitu PR dalam keadaan lemah, jauh lemah berbanding pilihan raya umum Mac 2008 dan beberapa bulan selepas itu.

BN, terutama Umno pula bertambah kuat, ditambah pula dengan keahlian terbuka yang membuka gabungan itu kepada sokongan luas banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan.

Umno, sebagai parti terbesar kini berada pada tahap moral yang tinggi. Sokongan kepada Umno kini kelihatan meningkat, walaupun undi Melayu kepada parti Melayu itu sudahpun memperlihatkan perubahan sedikit, sekurang-kurangnya sejak pilihan raya Parlimen Bukit Gantang.

Pemerintah kini berdepan dilema memilih antara kekuatan faktor-faktor seperti ekonomi dan sebagainya dengan faktor kelemahan pembangkang. Pada masa ini, faktor yang besar ialah kelemahan relatif pembangkang. Sesetengah penyokong pemerintah melihat faktor ini perlu dimanfaatkan, memandangkan pelbagai perubahan boleh berlaku sekiranya pilihan raya dilambatkan.

BN baru sahaja memenangi dua pilihan raya kecil, dan pada masa sama PKR dan pemimpin utamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan masalah. Bagi sesetengah penyokong Umno dan BN, inilah faktor yang paling menentukan prestasi cemerlang pemerintah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, dan tidak boleh dibiarkan berlalu.

SPRM tahan reman pegawai kanan Yayasan S'gor

Posted: 23 Nov 2010 08:55 AM PST

Seorang pegawai kanan Yayasan Selangor ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini, bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu perbelanjaan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 yayasan itu yang dikatakan melebihi RM300,000.

Menurut Bernama, perintah tahanan reman sehingga 29 Nov itu dikeluarkan oleh penolong kanan pendaftar Mahkamah Tinggi Khairul Nizam Abu Bakar.

sultan of selangor sharafuddin idris shahPegawai berusia 40-an itu ditahan pagi semalam oleh SPRM berikutan pembabitannya sebagai pengerusi pengelola untuk majlis tersebut.

Sambutan ulang tahun yayasan berkenaan mendapat perhatian apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat baginda berangkat ke majlis itu kerana dukacita dengan kosnya yang dikatakan amat tinggi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar sebelum ini mendakwa kos majlis berkenaan menjangkau lebih RM800,000 dan sebahagian daripada jumlah itu sudah dibayar kepada syarikat yang diberi kontrak menganjurkannya.
Cabaran belum disahut
Bagaimanapun Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mencabar Noh membuktikan kos yang didakwanya itu. Namun sehingga hari ini, timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor itu gagal menyahut cabaran itu ataupun membuktikan dakwaan yang dibuatnya.

azlanKhalid juga sebelum itu mengarahkan agar majlis itu dibatalkan dan mengalu-alukan siasatan oleh SPRM.

Yayasan Selangor semasa pemerintahan kerajaan BN tidak pernah diaudit selama lima tahun bermula dari tahun 2005.
Sementara itu, menurut sumber, enam lagi pegawai kanan lain yayasan itu yang dipanggil bagi memberi keterangan kepada SPRM minggu lalu berhubung isu yang sama telah dipindah ke luar daerah.

Tiga daripada mereka adalah pegawai kanan daripada bahagian aset, harta dan komunikasi koporat di ibu pejabat yayasan berkenaan, kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Menurut beliau, dua daripada mereka dipindahkan ke dua asrama yang dimiliki yayasan itu, yang masing-masing terletak di Kelang dan Sabak Bernam.

Manakala seorang lagi dipindahkan ke Institut Kemahiran Yayasan Selangor di Bagan Terap dekat Kuala Selangor.
Setengah jam untuk berpindah

Sumber itu juga berkata ketiga-tiga pegawai terbabit juga diberi tempoh selama setengah jam untuk mengemas barang-barang mereka di pejabat sebelum diarahkan berpindah.

Baki tiga pegawai lagi - seorang telah diarah berpindah ke Kem Bina Semangat di Ampang Pecah dan dua lagi ke Asrama Yayasan Selangor di Kuala Lumpur, tambah sumber.

"Semua mereka telah diberi surat yang ditandatangani oleh pengurus besar yang bertarikh 18 November lalu," katanya sambil menambah mereka berbuat demikian selepas memberi keterangan kepada SPRM pada 16 November lalu.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata pertukaran keenam-enam pegawai kanan berkenaan tanpa melibatkan penurunan pangkat dan menyifatkannya sebagai "perpindahan biasa".

Katanya lagi, kekosongan tempat enam pegawai kanan itu telah disi dengan enam pegawai lain pada tarikh perpindahan mereka.

Selain itu, ada dua pegawai lain yang turut terlibat dengan rombakan, tetapi beliau "tidak pasti" mengapa mereka turut disenaraikan.

(Terkini) Korea Utara Tembak Artileri ke Korea Selatan, Seorang Maut

Posted: 23 Nov 2010 08:53 AM PST

kuSeoul – Korea Utara menembak  peluru artileri ke sebuah pulau di Korea Selatan. Sejumlah bangunan terbakar dan seorang tentera maut.
Saksi di Pulau Yeonpyeong, Korea Selatan, mengatakan penduduk dipindahkan ketika  pulau itu dihujani artileri Korea Utara. Tentera kedua negara saling bertukar tembakan artileri selama satu jam dan tiba-tiba berhenti.

Pihak militer Korea Selatan seperti dilapur Reuters, Selasa (23/11/2010) mengatakan, seorang tentera laut terbunuh dan tiga lainnya cedera parah. Pulau Yeonpyeong hanya berjarak 3 km di selatan perbatasan Korea Utara.
Televisyen YTN menayangkan keterangan saksi yang melihat 60-70 rumah dimakan api setelah serangan artileri. Foto-foto yang beredar menunjukkan kepulan asap hitam membumbung di atas pulau itu. Jet tempur Korea Selatan langsung diterbangkan setelah serangan artileri itu.
"Rumah-rumah dan gunung terbakar dan penduduk dipindahkan. Tidak terlihat jelas sebab banyaknya asap. Orang-orang ketakutan setengah mati," kata seorang saksi kepada YTN.
Serangan artileri ini terjadi setelah utusan AS datang, menyusul terungkapnya rancangan Korea Utara untuk memperkaya uranium. Korea Utara mengatakan ingin melanjutkan perundingan  enam pihak yang terbengkalai selama 2 tahun. Namun, Seoul dan Washington meminta Korea Utara untuk memberitahukan program nuklearnya.
"Berita hari ini membuktikan kalau Korea Utara, dalam keadaan  tidak diprovokasi, menembak pulau di Korea Selatan. Ini provokasi sembrono. Mereka ingin memaksa rundingan sesuai keinginan mereka. Ini taktik  lama," kata profesor bidang hubungan antarabangsa  di Universiti  Beijing, Zhu Feng.
-(fay/nrl)

PM Terima Gaji RM22,826.65 Mulai 2004 – Nazri

Posted: 23 Nov 2010 08:52 AM PST

nazriPerdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004," katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.
Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

Bangunan Parlimen kekal di KL, tapi diubahsuai RM485 juta

Posted: 23 Nov 2010 08:51 AM PST

Menara Parlimen berusia 47 tahun akan kekal di ibu negara tetapi akan melalui pengubahsuaian yang menelan RM485 juta – melibatkan pembinaan sayap baru dan bangunan tambahan enam tingkat bagi tujuan pentadbiran ahli-ahli Parlimen.
Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu The Malaysian Insider bahawa kerja-kerja itu akan dimulakan pertengahan tahun depan.
Rancangan itu kini menunggu kelulusan Kabinet.
"Saya telah bercakap dengan pegawai-pegawai dari Jabatan Kerja Raya dan mereka telah diminta disediakan satu kertas kerja untuk dikemukakan kepada Kabinet waktu terdekat," kata beliau ketika ditemui di Parlimen.
Nazri berkata beliau ada menerima maklum balas daripada ahli-ahli Parlimen  daripada kesemua parti mengenai langkah menambah sayap dewan dan bangunan tetapi sebulat suara tidak bersetuju Parlimen dipindahkan ke tempat lain.
"Kesemua ahli Parlimen mengatakan bahawa Parlimen harus kekal di sini dan itu adalah asas kertas kerja JKR yang akan dibawa ke Kabinet," katanya.
Menurut Nazri kerja-kerja pengubahsuaian akan mengambil masa tiga tahun.
Ia akan bermula dengan pembinaan sayap baru dewan di gelanggang badminton pada kos RM55 juta.
Sayap dewan itu akan menempatkan Dewan Rakyat dan Senat buat sementara waktu sehingga kerja-kerja pengubahsuaian selesai.
Bangunan enam tingkat pula akan menelan kos RM300 juta.

PAS: Jais berhak larang Nizar beri ceramah tapi tak adil

Posted: 23 Nov 2010 08:49 AM PST

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhak untuk tidak membenarkan Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berceramah di Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh kerana tidak mendapat tauliah daripada jabatan itu.
Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Hussain berkata Jais berhak untuk tidak membenarkan sama ada ahli politik atau guru yang tidak mendapat tauliah daripada jabatan berkenaan untuk memberi ceramah.
"Bagaimanapun daripada sudut demokrasi ia jelas menunjukkan ketidakadilan kepada rakyat kerana mereka memerlukan ilmu dari semasa ke semasa. Rakyat pada masa kini sudah bijak untuk menilai apa yang baik dan buruk. Justeru, mereka (rakyat) boleh menerima atau menolak  segala pengisian yang disampaikan penceramah mengikut fahaman masing-masing," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PAS Perak di sini hari ini.
Semalam Jais meminta pentadbir masjid berkenaan membatalkan program ceramah agama yang melibatkan Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak kerana tidak mendapat tauliah daripada jabatan itu.
Pengarahnya Datuk Mohammed Khusrin Munawi meminta pihak berkenaan mengubah lokasi ke tempat lain yang tidak terikat dengan syarat-syarat tauliah yang tetapkan JAIS jika mahu meneruskan program itu.
Mengenai kemelut kepimpinan yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau berkata PAS bersedia memberi pandangan dan nasihat kepada PKR supaya masalah itu dapat diselesaikan.
Beliau turut menyifatkan pergolakan PKR itu adalah sementara dan tidak akan berterusan sehingga mengganggu persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
PKR merupakan parti yang masih muda dan baru dalam arena politik tanah air dan sedang mengemaskini hal ehwalnya, katanya.
"Pergolakan dalam PKR itu sebenarnya hal rumah tangga mereka. PAS berharap mereka dapat selesaikan dan PAS sedia membantu PKR  untuk selesaikan kemelut itu kerana kita memang ada mesyuarat untuk memberi pandangan...mereka (PKR) masih baru dan sedang  memperkemaskan hal pentadbiran dan perkara teknikal," katanya.
Ditanya sekiranya bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Datuk Zaid Ibrahim mahu menyertai PAS, Abu Bakar berkata PAS merupakan parti yang terbuka, namun sebarang keputusan kemasukan itu hanya diputuskan oleh pimpinan PAS Pusat

Henti program Tabung Budi atau hilang lesen air

Posted: 23 Nov 2010 08:46 AM PST

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) diberi tempoh 14 hari untuk menghentikan kutipan bagi Program Tabung Budi ataupun menghadapi kemungkinan kehilangan lesennya bagi membekalkan air.

water bill 110608Notis bertarikh hari ini dikeluarkan oleh pengarah kawal selia air Selangor, Nor Azmi Diron di bawah Subseksyen 12(2) Akta Pembekalan Air 1997 kerana Syabas dikatakan telah melanggar syarat perjanjian konsesi air .

"Selain menghentikan program tersebut dalam masa 14 hari, Syabas juga dikehedaki memaklumkan kepada Kerajaan Selangor berkenaan pembatalan Tabung Budi. Pembatalan tersebut juga perlu diiklankan di dalam akhbar-akhbar utama di Malaysia," kata kenyataan dari Sekretariat Akhbar, pejabat Menteri Besar Selangor.

Mengikut notis itu, lesen pembekalan air yang diberikan kepada Syabas mengikut Sub-seksyen 12 (3) Akta Pembekalan Air 1997 akan dibatalkan jika Syabas gagal mematuhi arahan pembatalan program itu.

"Notis tersebut juga telah mengingatkan Syabas bahawa selaku pemegang lesen, syarikat itu hanya boleh mengutip dan menyimpan caj yang masih berhutang (caj tertunggak) oleh pengguna dalam kawasan pembekalan air.

"Syabas tidak boleh mengutip sumbangan daripada orang ramai bagi tujuan membayar caj bekalan air tertunggak seperti yang dilakukannya melalui Tabung Budi," petik kenyataan itu.

NONESebelum ini, menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah berkali-kali menasihatkan Syabas supaya menghentikan segera Tabung Budi kerana program itu bukan sahaja melanggar syarat konsesi tetapi juga menyalahgunakan dana kerajaan negeri.

"Syabas mendakwa program ini untuk kebajikan tetapi hakikat sebenarnya Syabas menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi," katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat membayar Syabas setiap bulan menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk pemberian air percuma 20 meter padu kepada rakyat. Namun pada masa yang sama Syabas mengutip sumbangan daripada orang ramai.

"Jika Syabas benar-benar ikhlas menjalankan tanggungjawab sosial korporat, mereka sepatutnya melupuskan caj air dan tunggakan yang ditanggung mereka yang tidak mampu," katanya.

PAC tidak boleh siasat Sime Darby, kata Azmi Khalid

Posted: 23 Nov 2010 08:45 AM PST

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak layak untuk menyiasat Sime Darby Bhd (Sime Darby) kerana konglomerat itu bukan sebuah jabatan kerajaan.

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalidPengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata Sime Darby adalah anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan pemegang saham terbesarnya ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau menjelaskan bahawa PNB dan KWSP bukan ditakrif sebagai jabatan kerajaan kerana sumber kewangannya datang daripada individu-individu yang membuat pelaburan.

"Kalau KWSP, dana-dana yang dikeluarkan adalah yang disimpan oleh penyimpan KWSP dan dana yang digunakan PNB datang dari pelabur-pelabur persendirian," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Berpandukan perkara 77 peraturan mesyuarat Parlimen, PAC boleh memeriksa sebarang kira-kira badan pentadbiran raya dan pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam Parlimen, katanya.

"Berdasarkan kepada peraturan mesyuarat Parlimen ini, Sime Darby bukanlah satu badan yang layak untuk disiasat oleh PAC," kata Azmi.

azlanPada Mei lalu, Sime Darby mengumumkan kerugian kira-kira RM1.63 bilion berikutan berlakunya lebihan kos dalam beberapa projek di bawah Bahagian Tenaga dan Utilitinya.

Akibat kerugian itu, pelbagai pihak menggesa supaya PAC membuat siasatan berhubung kerugian yang dialami oleh syarikat konglomerat itu.

Sementara itu, berikutan Laporan Audit 2009, PAC akan memanggil Kementerian Pengajian Tinggi untuk memberi penjelasan berhubung Politeknik Muadzam Shah di Pahang yang masih belum siap walaupun pembinaannya telah dimulakana kira-kira 10 tahun lalu, katanya.

PAC juga akan memanggil Kementerian Pertahanan berhubung pembinaan Kompleks 7 Briged Kem Skudai, Johor dan Kementerian Kesihatan mengenai aktiviti rawatan penyakit buah pinggang.

"Minggu depan, PAC akan panggil Pengurusan Pembangunan Pelaburan Antarabangsa Tuna Malaysia yang berada di bawah badan berkanun persekutuan," katanya.

azlanSelain itu, pihaknya telah memanggil beberapa badan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Badan (PTPTN) ini sudah dipanggil sebanyak dua kali termasuk pagi tadi manakala Kementerian Pelajaran pula dipanggil dua bulan lalu mengenai pengurusan rancangan makanan tambahan (RMT) di sekolah-sekolah," katanya.

Azmi berkata PAC akan mengeluarkan laporan siasatan tidak lama lagi dan enggan memberi penjelasan lanjut mengenai agensi yang sudah disiasat.

Pihak penganjur kecewa dengan tingkah laku Pemuda UMNO dan Polis

Posted: 23 Nov 2010 08:43 AM PST

Jawatankuasa Siri Program 50 tahun di bawah Kekejaman ISA iaitu Gerakan Mansuhkan ISA dan organisasi bekerjasama berasa kecewa terhadap pemuda UMNO Pulau Pinang yang mengganggu program dan pandangan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Ayub Yaakob terhadap insiden ini.  Tanggungjawab polis sepatutnya mempertahankan kepentingan awam dan keselamatan rakyat daripada pengganas.  Ketua polis negeri Pulau Pinang tidak patut menyalahkan pihak penganjur kerana tidak memohon permit, kami sebenarnya adalah mangsa dalam perkara ini.
Polis sepatutnya menangkap orang yang membuat kacau apabila mendapat aduan tetapi polis pula sekadar menyaksikan dan membenarkan orang terus membuat kacau.  Ayub Yaakob berkata polis telah mengawal keadaan dengan baik.  Pada hakikatnya, pihak polis tidak menghalang apabila penganjur dipukul dan ditolak orang pemuda UMNO.
Kalau polis berasa rakyat ditolak dan dipukul masih dikira dalam kawalan yang baik, pihak polis patut menilai semula KPI PRDM.  Kami harap ini tidak akan lagi berterusan dan mengembangkan budaya samseng.  Kami berharap pihak polis akan mengambil tindakan yang sewajar dan membawa pengganas ke mahkamah.  Matlamat utama kami menganjurkan program ini adalah untuk rakyat membincangkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), kami menghormati pandangan yang berbeza dan mempertahankan kebebasan bersuara setiap orang.  Oleh itu, kami membenarkan Kumpulan pro-ISA berkongsi pandangan mereka.
Demi menyanggah kenyataan "ISA dapat mempertahankan Negara, bangsa dan agama", kami juga membalas semua pandangan kumpulan pro-ISA dalam forum kami.
Melalui forum bertajuk "ISA alat politik untuk penindasan" dan "bagaimana agama melihat ISA?", kami tahu bahawa ISA adalah sambungan semangat Darurat yang diistihar oleh penjajah British untuk menyerang rakyat yang memperjuangkan hak mereka.  ISA terus digunakan untuk menjaga kepentingan golongan pemerintah dan menindas rakyat yang ingin berjuang.
Kami membantah ISA sepenuh-penuhnya.  Dan kami juga tidak setuju kalau ISA digunakan untuk menangkap orang yang menimbulkan kekacauan.  Ini adalah kerana undang-undang yang sedia ada cukup untuk kesalahan mereka, dan hak dibicara tidak patut dirampas.  Ahli panel agama seperti Islam, Kristian, Hindu, dan Buddha juga memandang ISA ini bercanggah dengan agama yang menegak keadilan. 

Parlimen bocor lagi

Posted: 23 Nov 2010 08:42 AM PST

Air sekali lagi menitis di tempat rehat ahli parlimen di Dewan Rakyat selepas hujan lebat hari ini.

Kebocoran itu disedari oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk James Dawos Mamit, selepas parlimen bersidang semula pada jam 2.30 petang selepas berehat untuk makan tenaghari.

NONEBeliau dilihat memaklumkan kepada MP Jelutong, Jeff Ooi supaya tidak duduk di sebuah sofa berhampiran kebocoran itu.

Kakitangan Dewan Rakyat kemudiannya dimaklumkan dan mereka meletakkan baldi supaya lantai lobi itu tidak basah.

Selain lantai yang basah, kebocoran tidak menjejaskan perjalanan Dewan Rakyat.

Menurut Ooi sekali lagi pihak penyelengaraan gagal menjaga bangunan itu dengan baik dan menghalang kebocoran daripada berulang.

"Ia berulang lagi dan lagi. Saya tidak pasti sama ada masalah dengan struktur bangunan Parlimen kerana kebocoran berlaku di tempat yang lain.

"Saya gesa menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal parlimen memberikan jawapan.
Bagi ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bangunan parlimen baru sahaja diselenggara sehingga menelan kos berjuta-juta ringgit dan beliau mahu ia disiasat.

"Kita persoal apa jadi kepada penyelenggaraan yang dibuat sebelum ini dengan kos berpuluh juta ringgit.

NONE"Adakah ianya dipatuhi dan diteliti?

"Kita minta siasatan dibuat segera," katanya yang juga naib presiden PAS.

Pada 2008, kebocoran yang sama berlaku di lobi parlimen dan bilik media.

Bangunan berusia 49 tahun itu telah menjalani kerja-kerja pengubah-suaian bernilai RM100 juta pada tahun 2005.
Kerja-kerja ubah suai masih dilakukan terutama di dalam Dewan Negara dan beberapa bahagian lain di tingkat bawah bangunan Parlimen.

Pada 28 April 2005, masalah kebocoran bumbung di Parlimen ketika sidang Dewan Rakyat berlaku disebabkan kesilapan teknikal yang kecil iaitu penutup kabel elektrik (cable trunking) pada bahagian bumbung Dewan Rakyat menghalang pengaliran air hujan.

Penghulu seluruh Perak dihasut benci Pakatan

Posted: 23 Nov 2010 08:41 AM PST

PAS Perak melihat Umno BN kini sedang berada dalam ketakutan sehingga menghimpunkan para penghulu supaya membenci Pakatan Rakyat.
Buktinya, kata Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Hussain, Umno BN cuba meracuni pemikiran rakyat dengan doktrin hanya Umno BN sahaja yang mampu dan boleh memerintah Perak dan negara sebaliknya negara akan hancur sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.
Bagi PAS Perak, tegasnya Umno BN sememangnya sudah terdesak dengan situasi politik Perak dan seluruh negara, mereka tidak yakin mampu mempertahankan kerajaan Perak yang dirampas mereka.
"Buktinya ialah para penghulu dihimpunkan oleh Umno BN untuk ditanam bibit-bibit kebencian kepada Pakatan Rakyat," ujarnya pada sidang media, hari ini.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
Menurut sumber yang diperolehi oleh PAS Perak, baru-baru ini seluruh penghulu-penghulu negeri Perak telah dikumpulkan di Cameron Highlands dalam satu program anjuran Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Program tersebut diisi oleh Majlis Keselamatan Negara.
Program yang asalnya berupa taklimat isu-isu keselamatan negara menjadi medan politik kepada para penceramah untuk memastikan Umno BN terus kekal memerintah negeri Perak.
Menurut sumber para penceramah telah menyentuh isu-isu yang boleh dianggap menghasut para penghulu dengan membangkitkan perasaan perkauman.
Kerajaan Pakatan Rakyat yang telah memerintah Perak hampir setahun telah diburukkan imejnya oleh mereka di hadapan penghulu-penghulu, antara dakwaan yang berbentuk perkauman dan fitnah mereka ialah mereka menimbulkan kebencian peserta kepada Pakatan Rakyat Perak dengan mendakwa kononnya DAP lah yang menguasai Perak, PAS dan Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Perak hanya boneka semata-mata.
Selain itu PAS Perak juga mendapat maklumat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menjadi sasaran mereka. Para penceramah tidak segan silu memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat  terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PAS Perak melihat Umno BN Perak kini sedang berada dalam ketakutan. Buktinya Umno BN cuba meracuni pemikiran rakyat dengan doktrin hanya Umno BN sahaja yang mampu dan boleh memerintah Perak dan negara sebaliknya negara akan hancur sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.
Bagi PAS Perak, Umno BN sememangnya sudah terdesak dengan situasi politik Perak dan seluruh negara, mereka tidak yakin mampu mempertahankan kerajaan Perak yang dirampas mereka. Buktinya ialah, para penghulu dihimpunkan oleh Umno BN untuk ditanam bibit-bibit kebencian kepada Pakatan Rakyat.
Program yang dilakukan itu menggambarkan Umno BN meletakan harapan agar para penghulu  boleh mamainkan peranan bagi memastikan Umno BN kekal mengekalkan kuasa mereka, inilah bukti salahguna kuasa yang dilakukan oleh Umno BN dam menguruskan kakitangan awam di negara ini.
PAS Perak melihat bahawa Adun-Adun  Umno BN Perak sudah tidak dapat menarik sokongan rakyat untuk menyokong mereka. Adun-Adun Umno BN kini sudah tidak yakin dengan kapasiti Umno BN samada mereka masih boleh terima oleh rakyat Perak atau tidak, kerana itulah para penghulu diperdaya kononnya menghadiri taklimat isu-isu keselamatan negara, pada hal mereka dihasut oleh para penceramah untuk membenci Pakatan Rakyat.
Bagi PAS Perak, perkara yang berlaku ini amat dikesalkan sama sekali, duit rakyat yang besar bagi membiayai program tersebut digunakan untuk program politik Umno BN atas nama Majlis Keselamatan Negara.
Menurut sumber yang didapati oleh PAS Perak juga, selepas ini ketua-ketua kampung seluruh Perak juga akan dikumpulkan bagi tujuan program yang sama, begitu juga para pengetua dan guru-guru besar sekolah-sekolah seluruh Perak juga akan dikumpulkan bagi menabur fitnah kepda Pakatan Rakyat khususnya di Perak bagi memastikan Umno BN terus kekal memerintah Perak.

Perlembagaan: Ingatan Najib macam tikus baiki labu..ha.ha..ha

Posted: 23 Nov 2010 08:41 AM PST

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah perlembagaan negara supaya tidak bersikap seperti 'tikus membaiki labu'.
Sehubungan itu, PAS kesal  isu gangguan Perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sering dibangkitkan di negara ini.
"PAS berpandangan bahawa isu ini dibangkitkan ialah untuk menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu supaya jangan berjinak dengan PAS dan Pakatan Rakyat," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.
Katanya, sejak mutakhir isu Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu dibangkitkan sebagai usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Umno,  kononnya Melayu dan Raja Berperlembagaan hanya selamat di bawah Umno, setelah isu pembangunan sudah lapuk, kerana dunia semakin maju.
Menurutnya, satu ketika dahulu kononnya ada Perlembagaaan baru dibangkitkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani sampai sekarang tidak dapat dibuktikan lagi.
"PAS mencabar mana-mana pihak yang ada bukti jika ada mana pihak yang hendak menggugat perkara yang telah dipersetujui bersama seperti kedudukan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa Raja-Raja Melayu silalah dibawa ke pengadilan," ujarnya.
Tambahnya, isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu dibangkitkan dengan hebat ketika pilihan raya Kecil Bukit Gantang, kononnya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak.
Katanya, mereka eksploit perkataan yang diucapkan oleh Datuk Seri Nizar "Patik Mohon Sembah Derhaka", pada hal ini adalah istilah yang diajar oleh protokol istana ketika berbahasa dengan Raja apabila kita tidak sependapat dalam satu padangan.
"Hakikatnya yang berlaku seperti yang tercatat dalam sejarah politik negara kita, yang biadab dengan Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno malahan cuba hendak ambil alih kuasa isytihar darurat daripada Yang di-Pertuan Agong," ujarnya lagi.
Katanya lagi, rakyat Malaysia tidak boleh lupa ketika mereka membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak  cadangan supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong mengenai pengisytiharan darurat dikurangkan.
Begitu juga, ujarnya penyokong Umno pula mengatakan Sultan Terengganu binatang.
"Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina Sultan Terengganu kerana tidak melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu. Banyak lagi kita boleh bongkarkan siapa yang sebenarnya menghina Raja-Raja Melayu," katanya.

Kereta Abdulah Sani Dipecah Angkara Ahli Cabang .

Posted: 23 Nov 2010 08:40 AM PST

Beberapa ahli Cabang Kuala Langat yang tidak berpuashati dipercayai mendalangi insiden kereta Abdullah Sani Abdul Hamid dibaling batu hingga cermin belakangnya pecah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat ketika ditemui di Parlimen petang tadi berkata, beliau percaya tindakan itu disebabkan oleh beberapa ahli cabang PKR Kuala Langat yang tidak berpuashati kerana tidak dapat mengundi.
"Ada yang mengatakan pembatalan itu, berpunca daripada ahli parlimen, dan bila pergaduhan itu berlaku, senarionya kegemparan daripada isu ini ialah ketidakpuasan anggota kerana tidak dapat mengundi kali yang kedua," jelas beliau kepada TV Selangor.
Tambahnya ini sudah dijangkakan dan beliau juga mendapat amaran awal berkenaan kemungkinan perkara sebegini berlaku melalui sms bahawa ada ahli parti yang berdendam dengan beliau.
"Paginya hari Isnin itu benar kereta saya dibaling dengan batu yang besar dan pecah cermin belakang," kata beliau lagi.
Beliau menegaskan tindakan sebegini tidak akan menghentikan perjuangan beliau.
"Saya anggap ini cabaran yang perlu kita banteras, yang perlu kita berdepan dan saya yakin bahawa parti ini bukan parti samseng," tegas Abdullah.
Beliau seterusnya berkata perkara ini perlulah diselesaikan di dalam parti dan beliau telahpun membuat laporan polis berkenaan kejadian ini.
"Kita akan pastikan mereka yang bertanggungjawab akan disingkir dan kita akan mengambil pendakwaan keatas mereka," katanya lagi.
Berkenaan proses pemilihan, Abdullah menjelaskan perlembagaan parti meminta supaya anggota parti diberikan ruang untuk menjalankan kewajipan pemilihan dengan satu undi kepada setiap anggota.
"Hak itu perlu diberikan dan siapa nak datang undi (Cabang Kuala langat) datanglah, pada hari Khamis ini 3 petang sampai pukul 9 malam, dan hak itu terpulang kepada anggota untuk mengimplementasi," jelas beliau lagi.
Beliau seterusnya berkata beliau mengalu-alukan ahli cabang untuk keluar mengundi tetapi menyatakan tahap keselamatan semasa pemilihan perlu diperketatkan lagi.

Kempen 'Beli lah proton atas nama patriotik'.

Posted: 23 Nov 2010 08:39 AM PST

Aku sememangnya kagum habis-habisan dengan mereka yang mencintai proton neh. Pada aku mereka yang mencintai proton ini adalah wira dan wirawati negara. Dan aku betul-betul tak faham sesetengah mentaliti melayu-melayu tipikal yang kaki codemn. Kerja mereka asyik2 condemn itu condemn ini,  konon nya mereka kata mereka bersuara sebagai pengguna proton yang terbeban. Hek eley kalau terbeban ko tak payah la beli kereta buatan proton, beli la kereta2 jenama lain. Apa? Kereta jenama lain pun mahal? Padan la muka korang, yang gatal2 dok malaysia sapa suruh? Kalau tak puas ahti blah je dari ini negara. Sengal!! 

Malaysia neh adalah sebuah negara yang berkebajikan untuk menteri2 dan rakyat2 yang berfikiran moden dan banyak membaca. Bukan untuk korang2 yg kaki codemn. Memangla korang pembeli dan pengguna proton (read mele'is) yang terbanyak sekali, so what? Suara2 korang adalah sampah!! Aku ulang sampah!!! Korang komplain pun korang dapat apa? Yang tukang kena komplain tue kaya raya, duduk rumah besar, nek helipkopter, tapi korang? Apa pun takde, so tak yah la dengki meraban setiap masa, buang masa! Sengal!!  

Lagi satu korang kena betul-betul faham. Ada beza antara terpaksa guna proton kerana tak cukup kaya ataupun mencintai proton tetapi guna kereta lain. Heh. Mencintai bukan bererti memiliki.. ala takan itupun aku nak ajar korang?

Kat bawah ini adalah bukti menteri-menteri yang mencintai proton, tengok dan perhatikan dengan jelas ;

                                             kereta ini dimiliki oleh Ali Rustam, menteri yang bertanggungjawab membela nasib shah rukh khan.


Ini kereta anak penasihat proton mohzani mahathir. Anak mahathir pun berjihad juga dengan mengorbankan hasrat memakai kereta tempatan.


                                      Menteri KDN pun tak pakai kereta tempatan.  Sayangkan rakyat melebihi dari sayangkan diri sendiri. bagus.

                                          Ini la kenderaan KJ. Bakal menteri tak lama lagi. Bagus. masing2 sayangkan rakyat dan kereta nasional.



So what? Memang betul, kita patriotik, kita gunalah kereta tempatan. Mereka menteri2 lagi patriotik, mereka terus guna kereta2 international. Sebab nak bagi kita peluang untuk merasai kebagusan, kehebatan dan kebestan kereta2 tempatan. Tengoklah review google neh kat bawah neh ;

Bukti harga proton memang cheap! takan tak faham english cheap tue apa? CHEAP = MURAH! Betapa CHEAPnya proton kat luar negara. Itupun nak bising lagi ke? Dasar mele'is yang kuat kondem. Kalau dah pembangkang tue pembangkang aje la, asyik2 nak membantah! Buktinya banyak mele'is-mele'is kat malaysia neh mampu memiliki proton berbanding toyota vios. Kat malaysia neh kita ada kilang toyota,  kereta pasang siap kat sini termasuk vios kecuali enjin je di import tapi dasar kereta takde kualiti kalau murah pun sapa nak beli vios tue.. tengok harga vios kat malaysia neh berapa ;

Neh plak harga vios yang dibeli kat thailand, dipetik dari sini yang mana aku dah convert ke RM ;


684,000 = 70,595.42

Boleh nampak tak perbezaan harga kat situ? So, bersyukurlah kamu semua. Vios kat thailand mahal nak mampus. Cekik darah wang rakyat. Cukai gila2 punya mahal. Bodoh betul rakyat thailand kena tipu hidup2 ngan pemimpin dorang. Simpati habis aku kat rakyat thailand neh. Sedangkan rakyat malaysia neh mampu memiliki kereta proton yang tersenarai sebagai 10 ten kereta mesti dimiliki di seluruh dunia. Kadang2 mereka suka je taw nak bergurau2 kata, bukan mampu tapi terpaksa beli proton.. tak kesah la tue, mampu ke terpaksa beli ke asalkan korang pakai proton kan? So korang memang terbukti patriotik.. jom puji diri sendiri..

Neh pula harga proton kat luar negara. Dasar pemerintah yang sengal. Negara2 tersebut telah menggunakan kuasa cukai yang amat2 tinggi sehingga rakyat luar negara begitu sukar nak pakai proton neh. Mahal beb proton kat luar negara. Yang aku tahu proton kat luar negara sudah di enhanced dari segi kualiti. Sebab tue la dia mahal. Tengok sini ;


Mahal nak mampos. Cuba korang convert tengok. Aku convert satu contoh bagi korang banding ;

10,995 = rm 54, 640.62

Saje aku convert yang paling mahal untuk korang banding sendiri. Ini pula link harga semasa bagi kereta malaysia. Sila korang bandingkan sendiri. Dari segi kualiti, tak payah cakap banyaklah. Memanglah kereta2 kita kat luar negara tue tak berapa nak berkualiti sangat berbanding dalam negara. Kerajaan kita pentingkan rakyat malaysia. Fikir positive sket.

Ini lagi satu bukti dasar negara yang cekik darah. Yang terpakai pun dia main tibai harga kaw2 punya. Kalau convert harga kereta tersebut kepada harga malaysia korang akan dapat harga-harga ini ;


1. 3, 295 = RM 16,370.38
2. 3, 480 = RM17, 291.50
3. 3,500 = RM17, 388.34

Dan ini pula bukti printscreen harga kereta terpakai yang cukup murah sekali untuk rakyat malaysia. Nasib baik kerajaan kita prihatin dan bersungguh-sungguh jaga kepentingan rakyat.

Kedua-dua info di atas di petik dari sini dan sini.

Nampak tak perbezaan harga yang cukup besar neh? Negara luar telah menjual kereta kita dengan mahal dan meletakkan cukai yang tinggi adalah disebabkan mereka mencekik dan mendera rakyat mereka, nasib baik pemimpin kita semua jenis yang bagus-bagus dan prihatin dengan masalah dan kehendak rakyat. Bersyukurlah, tanpa umno dan kerajaan korang bukan sapa2 pun kat dunia neh. Saya mesti sokong.

Tengok lagi printscreen kat bawah neh ;


Kedua-dua printscreen tersebut di petik dari laman ini. Satu persamaan antara kedua2 printscreen di atas ialah harga bagi ketiga2 jenis kereta yang di review di letakkan di posisi yang BAD. Iaitu mahal sangat. So, apa lagi yang rakyat malaysia tak puas ahti pada pemimpin negara neh? Tengok aje la harga kereta kita di luar negara tue, kan ke mahal nak mampos. Kerja 10 tahun pun tak habis bayar hutang. Kerajaan dorang memang kurang ajar gila. Spesis dera rakyat sendiri. Nasib baik kerajaan malaysia kerajaan yang prihatin. Mengutamakan  POKET rakyat dan mendahulukan  MASALAH rakyat. Heh.

Harga kereta malaysia diluar negara setelah diconvertkan ialah ;

US 6,200 = RM 19, 325.40 
US 9,200 = RM 28,676.40 

Ini juga salah satu faktor kenapa kereta2 import kat malaysia neh tak laku. Kereta2 import kat malaysia neh murah dan cikai gila. Tak ramai mele'is2 yang nak beli. Kalau korang perhatikan hanya bangsa2 lain je yang selalu guna kereta2 import neh. Pemimpin2 kita pun banyak yang guna kereta2 import. Saja bagi peluang kat syarikat luar untuk cari makan. Hati mereka baik. Kita pula bagi makan kat syarikat proton sebab kita patriotik. Kalau korang nak tahu kat bawah neh ialah kenderaan yang dimiliki oleh tokey AP malaysia ;





Heh. Tak mainla pakai kereta. Mereka terus gunakan helikopter dan kapal terbang proton. Kalau nak tahu mekanisme penentuan harga kenderaan import kat malaysia boleh rujuk link ini ;


Di sebabkan cukai yang dikenakan begitu murah dan berbaloi-baloilah tokey2 AP MALAYSIA terpaksa pakai kapal terbang. Tak macam kita, senang2 je pakai kereta. Minyak murah. Kos murah. Kenderaan kita pun berbaloi-baloi harganya . Guna kapal terbang bahaya gak, silap2 kena panah petir. Kan bahaya. Kesian tokey2 AP Malaysia. 

Ini link yang mesti tonton ;

Kereta savvy menjadi pujaan dunia 

Nasihat aku kepada pengkritik2 proton, lainkali nak kritik tue kasilah hujah2 yang relevant sket. Harga proton neh ditentukan melalui nilai dan kualiti satu2 kenderaan tue. Kita memang kena bersyukur sebab kita di pilih untuk melindungi proton dan perodua kat malaysia neh. Bukan calang2 orang mampu melindungi kenderaan nasional mereka, tetapi kita terpilih so kita kenalah hargainya dengan sepenuh ahti. 

Ameno : Beli burger tapi dapat kuaci. Sapa yang puas ahti macam tue?

Tuduh Khalid Amal Kroni: Khir 'Umpama Berdialog Dengan Cermin'

Posted: 23 Nov 2010 08:36 AM PST

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyifatkan tindakan mantan Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa pentadbiran pakatan rakyat Selangor mengamalkan budaya kronisme dalam pengagihan bantuan kebajikan kepada rakyatnya di ibaratkan 'Umpama berdialog dengan cermin'.

Faekah berkata, tiada gunanya kerajaan negeri mengunapakai dasar "Merakyatkan Ekonomi Selangor" atau MES dan menetapkan tema belanjawan 2011 dengan "Hasil Negeri Untuk Rakyat" jika mengamalkan budaya kronisme.

"Kalau kita mengamalkan budaya kronisme dalam agihan bantuan kepada rakyat miskin dan mengutamakan ahli PKR dan PAS, kita tidak akan menamakan ia sebagai 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' dan 'Hasil Negeri Untuk Rakyat'."

Menurut Faekah, dakwaan itu juga sebenarnya mencerminkan dirinya sendiri ketika beliau memerintah Negeri Selangor.

"Kita memberi bantuan dengan melihat kepada keperluan dan keutamaan kepada rakyat dan saya tidak mahu mencabar Khir Toyo untuk membuktikannya, kerana rakyat semua sudah tahu," katanya.

Sebelum ini, Khir mendakwa kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat bersikap memilih bulu dalam melaksanakan pengagihan bantuan dengan memberi keutamaan kepada ahli PKR dan sekutu mereka iaitu PAS dan DAP.

Faekah berkata, dengan mandat yang diberikan rakyat, kerajaan negeri akan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan sistem pentadbiran kerajaan terdahulu dengan menamatkan episod pemberian bantuan 'memilih bulu'.

"Sepanjang perjuangan kita, kita berazam mahu menamatkan politik sempit dan bantuan mengikut bulu, kaum dan kronisme," jelasnya.

Tambah Faekah, sebaliknya kerajaan negeri tidak pernah membeza-bezakan fahaman politik ketika mengagihkan bantuan kepada setiap penerima yang layak mendapatkan pertolongan dan ini sekaligus menafikan dakwaan Khir bahawa kepimpinan Khalid pilih bulu.

Malah ada antara orang umno yang saya jumpa di kampung malu menerima bantuan dan saya katakan makcik layak menerima bantuan ini, ujarnya.

Noh mahu semuka ADUN Sekinchan selesai isu gaduh

Posted: 23 Nov 2010 08:35 AM PST

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar berkata beliau akan bersemuka dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim untuk menyelesaikan isu pukul di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang pada 4 Nov lepas.
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor berkata beliau telahpun menulis surat rasmi kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membolehkannya menemui semua ADUN Selangor termasuk Ng bagi menyelesaikan isu berkenaan.
"Yang Berhormat tidak ada di sana, saya juga tidak ada di sana. Jadi biar dia (Ng) berdepan dengan saya. Yang Berhormat tidak payah campur tangan... saya sedang menunggu bila Menteri Besar Selangor ini hendak jawab surat saya," kata Noh (gambar) di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau memberi penjelasan mengenai isu itu kepada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011.
Dalam kejadian itu, Ng dan pemandunya dipukul kira-kira 30 individu di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang setelah didakwa cuba membuat demonstrasi haram di kawasan berkenaan.
Penjelasan Noh menimbulkan kekecohan di dewan apabila beberapa anggota Parlimen pembangkang termasuk Fong, Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) bangkit mempertikaikan tindakan Noh yang disifatkan tidak wajar kerana mempertahankan tindakan penduduk kawasan berkenaan.
Serangan bertalu-talu daripada anggota Parlimen pembangkang terhadap Noh itu menyebabkan berlaku pertikaman lidah yang berterusan hampir lima minit manakala cubaan Noh untuk memberi penjelasan lanjut berhubung isu itu tidak diendahkan oleh pembangkang.
Melihat keadaan semakin tidak terkawal, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandie segera masuk campur dan meminta anggota Parlimen berkenaan menghentikan kekecohan itu.
"Yang Berhormat... Yang Berhormat... cukuplah... isu ini tidak termasuk dalam kementerian," katanya sekaligus menamatkan kekecohan berkenaan.
Terdahulu, semas menjawab isu kelewatan pemberian pinjaman Tekun Nasional yang dibangkitkan beberapa Anggota Parlimen, Noh berkata beliau telahpun mengarahkan supaya Tekun mengurangkan kerenah birokrasi dan menepati sasaran untuk memberi kelulusan pinjaman dalam tempoh dua bulan.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ada berlakunya kelewatan dalam pemberian pinjaman atas pelbagai faktor termasuk kecuaian dalam pengurusan borang pinjaman oleh pegawai.
Sama ada pinjaman Tekun dibuka kepada kaum lain, Noh berkata selain kaum Bumiputera, pinjaman Tekun juga dibuka untuk usahawan kecil dari kaum India manakala setakat ini sekurang-kurangnya 50 usahawan kecil daripada kaum Cina menerima pinjaman daripada tabung berkenaan.
Persidangan dewan bersambung esok.

Sudah Sampai Masanya PKR Dibubar - Tun Dr Mahathir

Posted: 23 Nov 2010 08:34 AM PST


Dr Mahathir Mohamad menyampaikan syarahan bertajuk - Cabaran Umat Islam Masa Kini. Foto: Arjasneh Ahmad
KEMAMAN 23 Nov Sudah sampai masanya penyokong dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Umno kerana terbukti PKR hanya diwujudkan untuk kepentingan individu tertentu dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu perlu dibubarkan dengan segera kerana kewujudannya hanya memecah belahkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab memecah belahkan umat Islam perlu ditolak sama sekali daripada membiarkannya menjadi pemimpin sehingga membawa kepada pergolakan sesama umat Islam itu sendiri.

"Umat Islam harus bersatu dalam parti yang besar (Umno) yang selama ini banyak memainkan peranan dengan membangunkan negara dan membela kebajikan rakyat.

"Takkan kita hendak pemimpin yang tidak tahu berbakti tetapi hanya tahu hendak menjadi Perdana Menteri. Sehubungan itu saya menyeru kepada penyokongnya (PKR) agar bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan seperta kata pepatah Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahan bertajuk `Cabaran Umat Islam Masa Kini' pada program Syarahan Perdana di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sini Selasa yang dihadiri kira-kira 5,000 orang pejawat awam dan masyarakat setempat.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, isterinya, Toh Puan Norliza Mahmud dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Dengan pembubaran PKR, Dr Mahathir berkata orang Melayu serta umat Islam diyakini akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti yang selama ini banyak memperjuangkan nasib dan kebajikan mereka.

Katanya, selagi orang Islam tidak bersatu dan belum ada kesedaran untuk bangkit memperbaiki kelemahan selagi itulah penganut agama lain akan terus memandang rendah dan memandang hina kepada mereka.

Ia terbukti dengan nasib yang menimpa umat Islam di Afghanistan dan Iraq yang kini tertindas oleh negara barat gara-gara percakaran dan perpecahan sesama umat Islam di negara tersebut.

Mengenai cadangan pembubaran PKR pada sidang akhbar selepas itu, bekas Perdana Menteri itu berkata, mana-mana parti kecil perlu kembali menyertai parti besar bagi mengukuhkan perjuangan orang Melayu yang kini telah terpecah kepada tiga kumpulan.

"Tidak pernah ada parti besar nak masuk parti kecil, parti kecillah yang masuk parti besar yang ada sokongan ahli dewan," tambahnya.

16,704 warga asing dapat pemastautin tetap...rakyat sendiri lari tak peduli..!!!

Posted: 23 Nov 2010 08:32 AM PST

Seramai 16,704 warga asing mendapat taraf penduduk atau pemastautin tetap (PR) negara ini pada 2008 dan 2009, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, selain itu, seramai 1,242 lagi masih menunggu keputusan status permohonan PR mereka.

NONE"Sebelum seseorang warga negara asing memperoleh status pemastautin tetap atau PR, mereka perlu mendapatkan Permit Masuk terlebih dahulu selaras dengan peruntukan Seksyen 10 Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Teresa ingin tahu jumlah permohonan taraf penduduk tetap yang diluluskan kerajaan bagi tahun 2008 dan 2009 serta pihak terbabit yang bertanggungjawab mengeluarkan kelulusan itu.

Hishammuddin berkata, seseorang warga asing yang telah dikeluarkan Permit Masuk adalah layak memohon taraf pemastautin tetap bagi membolehkan MyPR atau kad pengenalan merah dikeluarkan kepada mereka oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau berkata, berdasarkan perkara 10 Akta Imigresen 1959/63, permohonan Permit Masuk boleh dibuat di mana-mana pejabat imigresen berhampiran dengan syarat pemohon hendaklah memiliki dokumen perjalanan atau pasport yang sah.

Mungkin lebih seorang tembak Aminulrasyid, kata saksi

Posted: 23 Nov 2010 08:31 AM PST

Pegawai Penyiasat Inspektor Mazli Yusof tidak menolak kemungkinan penembak sebenar remaja Aminulrasyid mungkin lebih seorang sekiranya proses siasatan forensik dilakukan pada hari kejadian iaitu 26 April lalu.
Pasukan forensik Mazli memulakan siasatan dua hari lewat iaitu pada 28 April, yang memungkinkan pasukannya tidak dapat mengenal pasti senario sebenar proses tembakan polis ke arah kereta yang dipandu Aminulrasyid dan saksi utama Azimuddin Omar.
"Kemungkinan daripada penemuan yang lain (kelongsong) yang dijumpai, kemungkinan dilepaskan (das tembakan) dalam sejajaran yang berbeza oleh individu berbeza.
"Disebabkan kelewatan mengutip barang kes mungkin tidak berada pada kedudukan asal... tak boleh mewajahkan kedudukan yang sebenar," ujar Mazli.
Bagaimanapun, Mazli mempertahankan tindakan pasukannya atas alasan tidak mendapat arahan pegawai penyiasat ASP Abdul Halim.
Ujar Mazli lagi, pasukannya bukanlah ditugaskan untuk mengenal pasti penembak sebenar, tetapi hanya untuk membantu pegawai penyiasat mendapatkan gambaran signifikan berhubung insiden tersebut.
Selain Mazli, penjaga stor senjata balai polis Seksyen 6, Lans Koperal Madi Samsuddin turut memberi keterangan di kandang saksi berhubung pembekalan senjata kepada beberapa pegawai terbabit pada 25 April lalu.
Koperal Azhar dibekalkan senjata semi auto jenis Walter P99 beserta 30 butir peluru 9mm dan dua kelopak seperti yang direkod dalam buku daftar keluar masuk senjata.
Konstabel Idzham dibekalkan senjata SMGHKMP5 jenis A2 beserta 100 butir peluru 9mm, empat kelopak dan "pouch" kelopak.
Perbicaraan yang bermula sekitar 9.10 pagi tadi ditangguhkan pada sekitar 11.15 pagi kerana mahkamah bersetuju untuk membuat tinjauan di sepanjang lokasi insiden kematian Aminulrasyid sehingga 1.30 tengah hari tadi.
Hakim Latifah Mohd Tahar menerima permohonan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Dusuki Mokhtar atas alasan untuk melengkapkan proses  soal jawab berkisar laporan forensik yang disediakan oleh pasukan Mazli.
Mazli dan Azamuddin memberikan penjelasan kepada Hakim Latifah Mohd Tahar serta pasukan peguam berwajib mengenai proses polis mengejar kereta Proton Iswara Eroback yang dipandu oleh Aminulrasyid sehingga terbabas di selekoh Jalan Mak Yong 11/2G, Syeksyen 11.

Ekonomi Suram Beri Kesan Kepada Defisit Negara Dan ETP

Posted: 23 Nov 2010 08:31 AM PST

Pertumbuhan ekonomi yang merudum pada suku ketiga tahun ini kepada 5.3 peratus dikhuatiri akan memburukan defisit negara dan memberi tekanan kepada Perdana Menteri melaksanakan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) RM30 bilion.
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkly Ahmad berkata ETP hanya boleh berjaya jika ada penyertaan besar-besaran sektor swasta, namun hakikat ialah rancangan itu akan banyak bergantung kepada duit rakyat.
"Beliau (Najib) menyebut sembilan projek besar di bawah ETP yang berjumlah RM30 bilion akan terus dilaksanakan. Saya terus-terang katakan RM30 bilion itu tidak ada...saya hitung-hitung, tolak projek 1MDB dan projek KLFID yang tinggal cuma RM2.36 bilion sahaja.
"Pertumbuhan akan dapat dipacu kalau ada pelaburan besar sama ada daripada pihak swasta atau kerajaan.
"Tetapi apa yang berlaku (sebenarnya) ia merupakan satu ekonomi yang dijana oleh perbelanjaan kerajaan," ujar beliau.
Dr Dzulkifly meramalkan suasana ekonomi negara akan menjadi lebih parah pada tahun hadapan dengan keadaan ekonomi pertengahan dan penghujung tahun depan dalam keadaan tidak menentu.
Beliau berkata penurunan pertumbuhan eksport negara dan permintaan global daripada Eropah dan Amerika Syarikat yang terus jatuh sejak empat bulan lalu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang suram.
Faktor lain ialah kenaikkan nilai matawang ringgit berbanding dollar Amerika Syarikat (AS) sehingga menyebabkan harga barang menjadi mahal dari sudut eksport sehingga menjejaskan sektor tersebut.
Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak berada di dalam keadaan tertekan apabila Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan laporan tersebut.
"Dalam tempoh empat bulan yang lalu, bermula sejak bulan Ogos sampai November, kita mendapati pertumbuhan eksport terus menurun.
""Ini bermakna bahawa permintaan global sudah mula mencengkam kerana sebagai negara perdagangan, kita mengharapkan permintaan daripada Eropah yang kini berdepan dengan 'zero zone' dan Amerika Syarikat yang sedang menghadapi kemelesetan.
"Sementara negara China pula tidak mahu berbelanja berbesar kerana ketidaktentuan yang berlaku di Eropah dan juga AS.
"Kesemua negara-negara maju ini cermat dan berhati-hati dalam perbelanjaan, lalu kesemua faktor ini menyebabkan permintaan global jatuh.
"Sebagai negara berdagang, kita bergantung kepada eksport. Sedikit waktu lagi, apa yang kita takuti import kita menjadi lebih besar daripada eksport yang akan mengakibatkan defisit dalam akaun semasa yang menyebabkan keadaan itu lebih parah," ujar beliau.

Batu Gajah Mari

Posted: 23 Nov 2010 11:44 AM PST

Batu Gajah Mari


UMNO makin terdesak. Hasut semua penghulu benci Pakatan Rakyat

Posted: 23 Nov 2010 01:19 AM PST




Menurut sumber yang diperolehi oleh PAS Perak, baru-baru ini seluruh penghulu-penghulu negeri Perak telah dikumpulkan di Cameron Higland dalam satu program anjuran Kerajaan Barisan Nasional ( BN ).

Program tersebut diisi oleh Majlis Keselamatan Negara. Program yang asalnya berupa taklimat isu-isu keselamatan negara menjadi medan politik kepada para penceramah untuk memastikan UMNO BN terus kekal memerintah negeri Perak.


Menurut sumber para penceramah telah menyentuh isu-isu yang boleh dianggap menghasut para penghulu dengan membangkitkan perasaan perkauman. Kerajaan Pakatan Rakyat yang telah memerintah Perak hampir setahun telah diburukkan imejnya oleh mereka di hadapan penghulu-penghulu, antara dakwaan yang berbentuk perkauman dan fitnah mereka ialah mereka
menimbulkan kebencian peserta kepada Pakatan Rakyat Perak dengan mendakwa kononnya DAP lah yang menguasai Perak, PAS dan Dato' Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Perak hanya boneka semata-mata, Selain itu PAS Perak juga
mendapat maklumat bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim juga menjadi sasaran mereka.Para penceramah tidak segan silu memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Dato' Seri Anwar Ibrahim.

PAS Perak melihat UMNO BN Perak kini sedang berada dalam ketakutan, Buktinya UMNO BN cuba meracuni pemikiran rakyat dengan doktrin hanya UMNO BN sahaja yang mampu dan boleh memerintah Perak dan negara sebaliknya negara akan hancur sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.

Bagi PAS Perak, UMNO BN sememangnya sudah terdesak dengan situasi politik Perak dan seluruh negara, mereka tidak yakin mampu mempertahankan kerajaan Perak yang dirampas mereka. Buktinya ialah, para penghulu dihimpunkan oleh UMNO BN untuk
ditanam bibit-bibit kebencian kepada Pakatan Rakyat.

Program yang dilakukan itu menggambarkan UMNO BN meletakan harapan agar para penghulu boleh mamainkan peranan bagi memastikan UMNO BN kekal mengekalkan kuasa mereka, inilah bukti salahguna kuasa yang dilakukan oleh UMNO BN dam menguruskan kakitangan awam di negara ini.

PAS Perak melihat bahawa Adun-adun UMNO BN Perak
sudah tidak dapat menarik sokongan rakyat untuk menyokong mereka, Adun-adun UMNO BN kini sudah tidak yakin dengan kapasiti UMNO BN samada mereka masih boleh terima oleh rakyat Perak atau tidak, kerana itulah para penghulu diperdaya kononnya menghadiri taklimat isu-isu keselamatan negara, pada hal mereka dihasut oleh para penceramah untuk membenci Pakatan Rakyat.



Bagi PAS Perak, perkara yang berlaku ini amat dikesalkan sama sekali, duit rakyat yang besar bagi membiayai program tersebut digunakan untuk program
politik UMNO BN atas nama Majlis Keselamatan Negara.

Menurut sumber yang didapati oleh PAS Perak juga, selepas ini Ketua-ketua Kampung seluruh Perak juga akan dikumpulkan bagi tujuan program yang sama, begitu juga para pengetua dan guru-guru besar sekolah-sekolah seluruh Perak juga akan dikumpulkan bagi menabur fitnah kepda Pakatan Rakyat khususnya di Perak bagi memastikan UMNO BN terus kekal memerintah Perak.

Sidang Dun: Menanti haru biru...?

Posted: 22 Nov 2010 11:50 AM PST



oleh: Khalil Samad


Sidang DUN negeri ` kejor yop kejor ` datang lagi….perasaan dan emosi ` getek ` semakin terbuku. Mungkin ramai dah lupa dengan 3 orang pengkhianat rakyat yang nama mereka tak layak di sebut disini hingga menyebabkan tersungkur kerajaan rakyat masih terus membenci. Teman terus membenci hinggakan terbawak dalam doa harian teman.

Tanggal 30 November 2010 bakal tiba dan seluruh rakyat Negeri Perak menanti detik ini dengan penuh minat dan kadang – kadang ` libang - libu ` atau bimbang….mudah – mudahan kembalinya Menteri Besar ini dari tanah suci akan mengubah persepsi negatif pada sidang DUN yang lalu…..teman sebut mudah – mudahan walaupun tidak mengharapkan sangat.

Kesemua ADUN berjumlah 59 orang sepatutnya diberikan kemuliaan dalam setiap kali persidangan dewan itu diadakan sesuai dengan mulia Dewan Undangan Negeri itu. ADUN Pakatan Rakyat mendakwa pihak Barisan Nasional menganiaya mereka, walaupun mereka tidak menimbulkan keributan.

Keributan berpunca apabila pihak keselamatan yang membuat pemeriksaan yang ketat, malah menimbulkan suasana ketakutan kepada mereka.Malah ada pihak yang tidak dikenali indentitinya turut berlagak sebagai pegawai keselamatan. Persoalannya kenapa ADUN Barisan Nasional dipermudahkan urusan mereka ?.

Untuk apa ramainya polis – polis ini. Kata DS Nizar Ini bukanlah ` majlis persidangan polis ` kerana ramainya mereka didalam dewan mengatasi jumlah pengubal undang – undang negeri.Itu belum lagi yang berada diluar dewan dalam kawasan bangunan SUK, diluar bangunan SUK,Kedai – kedai makan berhampiran dan sebagainya.

Teman hairan jugak dulu….bukankah sebelum Bn kalah dalam pilihan raya umum ke-12 di Perak dia mampu kendalikan sidang tanpa gangguan polis. Kenapa selepas kalah polis begitu ramai?

Rakyat percaya jika usaha – usaha sungguh – sungguh pihak polis yang ramai ini bertugas dalam memastikan keselamatan sidang terkawal ini dihalakan kepada kepada kes – kes yang besar dalam negara sudah tentu penjenayah dapat diberkas dengan tenang dan pantas.

Dewan Undangan Negeri ini adalah rumah atau medan tempat wakil – wakil rakyat yang menang dalam pilihanraya 5 tahun sekali dan bukannya permohonan menjadi anggota polis yang diadakan sekali seumur hidup.Berikanlah kuasa dan hak mereka yang rakyat berikan untuk membangunkan negeri yang tercinta ini walaupun berbeza fahaman politik atau parti.

Rakyat nak tanya kenapa kawasan peranginan Teluk Rubiah yang yang berstatus zon pelancungan ditukarkan kepada zon perindustrian. Teluk Rubiah Beach & Golf Resort ataupun Teluk Rubiah sepertimana yang dikenali, telahpun menutup pintunya. Teluk ini telahpun dijual kepada syarikat besi Brazil. Mulai bulan Oktober, teluk ini akan ditutup kepada orang ramai selama-lamanya dan padang golfnya pula akan bertukar menjadi kilang besi. Teman tidak le pulak….sukakan padang golf tu…..tapi bagaimana dengan laut, flora dan fauna yang indah anugerah tuhan itu.

Yang teman hairan di China sebuah negara yang besar sempena Sukan Asia mempenalkan kempen hijau dan indahkan bandar, desa, pejabat dan sebagainya….tapi di Perak ini pulak kawasan laut yang terkenal dengan keindahannya dibinasakan kerana habuan kroni – kroni tertentu.

Teman difahamkan kemungkinan besar sidang itu diadakan dalam satu hari sahaja seperti sidang – sidang DUN yang lalu. WallahuAlam.Hanya rakyat Perak yang peka sahaja yang mampu menilaikannya.

Kalau perkara ini berlaku suatu yang amat malang bagi rakyat Negeri Perak. Pengalaman yang lalu dalam Sidang DUN yang membentangkan bajet Negeri Perak hanya dalam beberapa minit sahaja meluluskan wang yang berjuta - juta ringgit. Sekali lagi rakyat yang peka sahaja mampu menilaikannya.

Teman bukan apa kalau DS Zambry atau sesiapa sahaja nak bersama dengan isteri masing – masing pun mesti bertemakan ` ringan – ringan didahulukan, sentuhan mesra diutamakan…..maksud teman dibelai – belaikan rambutnya dan usik mana yang patut barulah sudah ` climax` …jeng jeng jeng….nak bersetubuh pun makan masa inikan pulak bincang masalah negeri yang rakyat dan wangnya jugak berjuta – juta.

Rakyat kena sedar bahawa Sidang DUN ini bukan cerita kisah R. Ganesan penjual kacang putih dari Behrang yang meniaga di Stesen Bas Slim River atau Mak Chik Midah dari Sungei Rapat yang jual ais kepal di gigi Jalan Kampung Sengat, tetapi sidang ini membincang hal urusan negeri. Kalaulah Allayarham A.R Tompel masih hidup,tentu ayat yang pertama keluar dari mulutnya ` Imposible `....rakyat kata posible.

Nampaknya memang dunia ini sudah sampai akhir zamannya, kerana petunjuk yang diajar oleh tok – tok guru bahawa tanda – tanda akhir zaman ialah yang jauh menjadi dekat, sungei yang lebor dan besor menjadi sempit dan sebagainya. Malah makanan yang susah dibuat menjadi mudah kini seperti roti canai segera, mee segera, pau segera dan akhirnya otak manusia pun berfikir segera tanpa merujuk kebenaran wahyu Ilahi.

Teman teringat zaman bebudak dulu,nak main gasing dengan kekawan teman buat sendiri bukan beli.Untuk tu teman ceroye – ceroye atau cari - cari mana – mana batang pokok limau atau jambu yang boleh dibentuk menjadi gasing .Nak siap sesuatu gasing pun memakan masa 2-3 hari baru siap. Kalau Sidang DUN itu diadakan satu hari juge pada 31 Mac 2010 tu, maka teman nak cadangkan supaya yang merintah Perak ni jadi bebudak balik le. Nak merintah negeri dengan strategik tetapi bukan mainan magik.

Dulu Pakatan Rakyat Negeri Perak yang diketuai oleh Dato` Seri Nizar memohon perbincangan khas sebelum Sidang DUN diadakan supaya perjalanan mesyuarat tersebut berjalan dengan baik dan harmoni tapi tidak dilayan.

Teman yakin ini keikhlasan Pakatan Rakyat untuk sama – sama membangunkan Negeri Perak.Tiba – tiba Dr. Zambry kata Pakatan Rakyat takde hak untuk mengarahkannya dan beliau diibaratkan Pakatan Rakyat sebagai sindrom bulan mengambang.

Pandai pulak dia kata Pakatan Rakyat takde hak mengarahkannya.Mungkin MB Mahkamah ni dah lupa yang pimpinannya itu pun hasil rampasan hak rakyat.

Sidang DUN dulu Speaker R.Ganesan dengan mentah - mentah menolak soalan - soalan dewan oleh ADUN Pakatan Rakyat dengan alasan tidak mengikut prosedur kerana tidak diemaikan kepada pejabat speaker sedangkan ADUN tersebut telah menghantarnya secara ` by hand `. Kali ini sekali lagi beliau menjadi hero dengan memberikan amaran bahawa ADUN Pakatan Rakyat jangan buat provokasi.

Kita tunggu.

Pemuda Guchil

Posted: 23 Nov 2010 09:23 AM PST

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 23 Nov 2010 09:07 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Kini Saya Berusia 40 Tahun

Posted: 23 Nov 2010 08:32 AM PST

Tepat jam 12.30 am [ 24 Nov 2010 ] , genaplah usia saya 40 tahun. Satu usia yang semakin menghampiri garis akhir. Semoga Allah merestui detik - detik usia yang berlalu dan akan datang pula dengan keberkatan yang tidak kunjung padam. Sempena sambutan ulangtahun ke 40 ini saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf kpd seluruh rakan - rakan warga Dewan Pemuda PAS & anggota fan club ini atas segala salah & silap saya selama ini khasnya sewaktu kita berurusan dan berkomunikasi.

Jua atas kelalaian , kealpaan dan kelemahan dalam memimpin Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagai sayap utama kepada parti ini . Sungguh saya bukanlah yang terbaik dari kalangan kalian, namun saya diberi amanah dan beban tanggungjawab besar ini untuk ditunaikan. Saya sekali - kali tidak berkeupayaan untuk melunaskan amanah dan tanggungjawab tersebut tanpa kalian semua .

Justeru itu , bantulah saya dan berilah pandangan serta tunjuk ajar yang berguna , malah kritiklah jika perlu. Terutama berkait dengan kepimpinan saya selaku ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Doakanlah kesejahteraan , keistiqamahan dan kekuatan buat saya untuk memimpin bahtera perjuangan ini meredah gelombang besar di samudera luas ini.

Nasrudin bin Hassan

Ulama Umno Terjun Chor

Posted: 23 Nov 2010 07:11 AM PST



oleh : Ustaz Saiful Bahri

Lama tak dengar berita ulama Umno ini. Seorang bekas imam masjid negara tetapi diterompah oleh Umno-BN menjadi calon untuk bertanding menentang Wan Azizah di Permatang Pauh. Dah le kalah tetapi rosak imejnya apabila beliau menyepak tong undi di pusat pengiraan undi.

Seorang ustaz, bekas imam dan hafiz al-Quran tetapi mengambil tindakan sedemikian. Kalau orang Pas yang buat macam tu… nescaya hancur vcd diulang-ulangkan dalam media. Selepas Anwar Ibrahim bertanding dan beliau tidak dicalonkan… ghuyub terus namanya tak kedengaran. Alih-alih tup berita..


Pegawai Khas Hishammuddin Jatuh Ketika Mengiringi Menteri Buat Tinjauan

KUCHING: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien terkejut apabila melihat pegawai khasnya, Datuk Firdaus Ismail terjatuh ke dalam paya apabila titi yang menghubungkan sebuah rumah usang milik seorang warga emas di Kampung Gersik, di sini runtuh, Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Hishammuddin yang menyempurnakan majlis penutup Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Tebingan Boyan-Gersik-Sourabay (BGS) telah membuat tinjauan ke kampung Melayu itu. Ketika rombangan itu melalui titi ke sebuah rumah usang warga emas di kampung itu, titi tersebut runtuh. Ismail yang berdiri di belakang Hishammuddin terjatuh dan telah ditarik naik oleh anggota Rela.

Berikutan itu, bantuan sebanyak RM40,000 diperuntukkan bagi membaikpulih empat buah rumah usang, termasuk titi yang runtuh itu.-BERNAMA



Rupanya jadi Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri. Ramai pulak Pegawai khas menteri ni ye. Antara pegawai khas Datuk Hisyamuddin ialah Ketua Biro Khidmat Awam dan Aduan MCA, Datuk Michael Chong, Tun Faisal Ismail Aziz, Datuk Lau Yeng Peng sebagai Pegawai Khas Parlimen, Harrison bin Hassan, Bastien Bin Onn. Dengar-dengar khabar Datuk Din Adam juga pegawai khas beliau. Entah ye ke tidak, tak tau le pulak.

Kesian tengok Datuk Firdaus. Nasib baik ada anggota RELA membantu. Nak harapkan Menteri, Datuk Hisyamuddin dok tengok aje dan tersenggih. Ish 3X. Jauh pergi jatuh tu, kat Sarawak. Ye lah dah qada' & qadar. Jatuh ke jatuhlah. Glamour jugak. Kalau tak. Tak tahulah pulak Firdaus ni menghilang ke mana. Walaupun jatuh dalam 'air chor' . (Orang Terengganu menyebut istilah tersebut untuk air kumbahan dapur atau air jamban tahik.) nasib baik tak pakai kopiah dan serban. kalau tak basah kuyup le jawabnya. Tapi dah lama tinggal jawatan Imam Masjid Negara, dah lama jadi Exco Pemuda Umno dan dah lama tertanggal kopiah dan serban. Mungkin sudah diserahkan kepada Ulama muda Umno.

Apa ke alamat? Sebelum ini heboh calon PKR di Ansari Abdullah yang dua kali jatuh ke dalam air apabila terjatuh titi ketika berkempen dalam Prk Batu Sapi baru-baru ini. Tup PKR jatuh dalam PRK Batu Sapi. Harap-harap jadilah Datuk Firdaus bertanding... kot-kot jatuh lagi. Macam Datuk Masyitah jugak. Hanya sibuk dok bergelumang dengan taik UMNO aje.

Peristiwa macam ni baru pemimpin nampak. Rupa-rupanya banyak lagi rakyat kita yang miskin. Sedangkan pemimpin kaya raya. Apatah lagi Sabah dan Sarawak. Negeri yang kaya dengan hasil balak, minyak dan pelbagai mineral tetapi rakyat masih lagi ketinggalan dari arus pembangunan. Bab agama jangan cakaplah sebab itu bukan matlamat perjuangan Umno.

Jatuh barulah lulus peruntukan. Sebab itulah sekarang rakyat suka dengan adanya pilihanraya kecil. Adanya kematian wakil rakyat barulah rakyat dapat merasa durian runtuh? Barulah calon dan bakal wakil rakyat kenal rumah pengundi.

Seperti Terengganu, selepas Umno tumbang pada tahun 1999 barulah rakyat kenal pemimpin Umno. Barulah mereka sanggup kayuh beca, naik atas rumah memasang atap rumah orang miskin, gotong-royong, dok kacau bubur asyura, dok sembelih lembu korban, gotel keropok kat Losong dan sebagainya. Tetapi kini apabila Nampak kerajaan Umno-BN dah memerintah kembali… nampaknya tak Nampak muka semula. Rakyat sepatutnya tahu apa yang nak dibuat!

IKLAN AIR ASIA MENJOLOK MATA DAN MELAMPAU

Posted: 23 Nov 2010 07:02 AM PST



Air Asia keterlaluan dalam promosi mengiklankan siri-siri penerbangan tambang murahnya. Lihat sahaja iklan di atas,apa perlunya gambar yang sebegitu rupa semata-mata untuk promosi penerbangan ke Paris ?

Sekalipun Paris diminati untuk tujuan melancung sambil berbulan madu, tetapi gambar yang begitu menghairahkan sebegitu tidak wajar terpampang dalam iklan di website Air Asia. Rakyat yang ingin ke Paris dengan tambang murah tidak perlu diperlihatkan gambar seumpama itu.

Iklan seumpama ini tidak menggambarkan budaya murni rakyat Malaysia. Sebagai rakyat yang cintakan agama dan budaya murni, iklan seumpama ini wajar ditentang dan Air Asia wajar membuang gambar ini, sepatutnya ambillah gambar-gambar suasana alam yang menarik di Paris sebagai satu daya tarikan.

PM terima gaji RM22,826.65 mulai 2004

Posted: 23 Nov 2010 03:51 AM PST



Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lalu ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

- Bernama

Cari Perkara Tersembunyi Melalui Foto Rosmah-Permaisuri Agung

Posted: 22 Nov 2010 08:15 PM PST



Mari kita mencari perbezaan-perbezaan atau perkara-perkara tersembunyi di antara dua insan tersohor di Malaysia melalui foto ini. Yang tersurat, yang tersirat...fikiran anda yang tentukan.

Pertama...seorang yang begitu mementingkan 'glamer' dan seorang lagi sebaliknya . Seterusnya... anda sebut sendirilah...shhhh!! jangan bising-bising.



sumber

i n t a n h i j a u

Posted: 23 Nov 2010 07:25 AM PST

i n t a n h i j a u


BN FIKIR TUKAR LOGO, RAKYAT FIKIR TUKAR KERAJAAN / بي.ان فيکير توکر لوݢو، رعيت فيکير توکر کراجأن

Posted: 22 Nov 2010 05:22 PM PST


PARIT BUNTAR, 22 Nov :-Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BN akan melakukan sedikit perubahan pada logo dan warna Barisan Nasional (BN) yang dijangka diumumkan pada Konvensyen BN tidak lama lagi.

Tindakan ini menggambarkan sesebuah perjuangan yang panjang serta berpengalaman lebih 50 tahun sememangnya tidak lagi relavan, sebuah parti yang lama usianya, sepatutnya memiliki kelebihan dalam soal selok belok hal-hal urusan memerintah Negara, namun tindakan Najib mahu menukar logo BN adalah gambaran BN sudah berada dipenghujung usia dan memerlukan penjenamaan semua untuk menyelamatkannya, demikian menurut Drs. Khalil Idham Lim, Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat ketika ditemui disini.

Logo merupakan lakaran inti perjuangan sesebuah pertubuhan baik politik mahupun bukan politik, jika soal induk boleh ditukar-tukar, ini sesuatu yang sangat jangggal, maka rakyat perlu bertekad untuk menolak BN yang sudah ketinggalan zaman itu.

"Kalau BN sedang fikir untuk tukar logo, sebetulnya rakyat sedang fikir untuk tukar kerajaan" jelas nya.

Demkian menurut Drs. Khalil Idham Lim yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, mengulas tindakan BN bercadang mengubah ciri logo mereka.

BN seakan dapat menghidu bahawa rakyat sudah mula loya dengan lambang dacing BN, ia juga boleh disifatkan sebagai dacing yang sudah berkarat, tetapi bukan soal dacing itu yang menjadi faktor kebencian rakyat, penipuan serta ketidaktelusan BN mentadbir Negara menjadi faktor rakyat menolak mereka.Katanya.

"Saya yakin, walaupun BN mengubah ciri logo mereka kepada kononnya lebih mesra rakyat, BN tetap BN, mereka tetap meneruskan gerak kerja pembohongan terhadap rakyat Malaysia.

Setelah gagal menyuntik semangat kepada ahli serta penyokong mereka (BN), sekali lagi atas faktor desakan itu, BN terdesak dengan berharap supaya logo yang diperbaharui nanti diharap dapat mengembalikan sokongan rakyat dengan diberikan nafas baru terhadap logo tersebut.

Ketika ditanya raspon YB adakah Pakatan Rakyat akan tergugat dengan strategi tersebut,"kita tetap bertekad meneruskan agenda menyampaikan maklumat isu Negara kepada rakyat, gerak kerja ini tidak akan terhenti selagi Pakatan Rakyat belum mentadbir perak dan Putrajaya, tegasnya.

Menurutnya lagi tindakan menukar logo tidak lebih dari usaha menyelamatkan BN yang hampir karam itu. Rakyat sudah muak kepada komponen parti masing-masing iaitu UMNO, MIC dan MCA serta komponen BN yang lain. Sikap rasis pemimpin BN sentiasa terserlah dan tindakan dan ucapannya, jadi rakyat sudah menolak parti masing-masing. Maka penjenamaan logo BN adalah untuk menyelamatkan mereka meninggalkan BN.

"Apapun saya yakin usaha Najib akan gagal dan menumui jalan buntu kerana rakyat sudah tahu siap dia pemimpin BN walaupun logonya secantik mana pun" Katanya.

"Situasi sekarang Nampak seperti BN takut untuk menghadapi penghakiman yang bakal dilakukan oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," ujarnya lagi semasa akhir sesi temubual.
http://idhamlim.blogspot.com

KERAJAAN BN KERAJAAN SONGSANG / کراجأن بي ان، کراجأن سوڠسڠ

Posted: 22 Nov 2010 03:00 PM PST

 
1. Alasannya adalah untuk menangani kes pembuangan bayi dikalangan gadis - gadis yang hamil luar nikah mutaakhir ini yang begitu meningkat angkanya malah menakutkan. Tetapi malang , cara penyelesaian yang diambil oleh pihak kerajaan agak ganjil dan songsang apabila menganjurkan pendidikan seks kepada pelajar - pelajar seawal usia memasuki alam persekolahan.

2. Gejala buang bayi bukan berpunca dari kejahilan mereka mengenai seks . Sebaliknya kerana kemaruk seks lah akhirnya mereka tidak sabar - sabar lagi mahu melakukannya[ zina ]  sebelum mereka diijab qabul. Kesannya ialah sesal , takut , malu dan sebagainya lalu mereka mengambil jalan mudah ialah membuang bayi yang mereka lahirkan .

3. Sepatutnya didikan yang mesti diberi kepada pelajar atau remaja ialah bagaimana mahu membina syakhsiah diri yang soleh\ah , bermoral , tahu batas pergaulan , kenal halal dan haram , takut azab Allah , memahami adab berkomunikasi , adab keluar rumah , mengenali kawan dan sahabat , mentaati ibubapa , menghormati guru , tahu batasan aurat dan sebagainya . Bukan diajar mengenai seks ! sebab isunya ialah kes buang bayi bukan implikasi kepada kejahilan mengenai seks tetapi implikasi dari pergaulan bebas , tidak mengenal dosa dan pahala , tidak takut azab Allah , tidak menutup aurat dan tidak pandai memilih kawan atau sahabat .

4. Memang ganjil dan songsang tindakan sedemikian . Saya tidak nafi di dalam Islam pun ada bab dan fasal mengenai pendidikan seks namun ia bukan lah menjadi subjek yang wajar didedah dan diajar kepada pelajar sekolah seawal usia mereka di alam persekolahan . Sebaliknya mereka dididik agar memahami agama dengan baik dan membina peribadi yang soleh\ah. Justeru itulah benteng mereka agar tidak terjerumus ke lembah maksiat dan mungkar yang akhirnya membuntingkan mereka dan meleret pula kepada jenayah buang bayi .

5. Pemikiran songsang ini wajar ditolak . Sebelum ini mereka mahu menubuhkan bank bayi kononnya jua untuk mengatasi kes pembuangan bayi . Mereka juga menubuhkan sekolah mengandung atau wanita hamil atas alasan yang sama . Seketika dulu mereka mempromosikan penggunaan kondom untuk mengatasi isu buang bayi . Semua ini mengarut . Kerana ia tidak menyelesaikan masaalah pokok atau punca sebenar kepada jenayah yang berlaku .

6. Kelihatan seperti mereka mahu melindungi sesuatu , lalu meracau mengemukakan cadangan yang songsang sebegini agar masyarakat tidak fokus pada isu sebenar iaitu zina , maksiat dan mungkar yang lain . Zina seolah - olah tidak menjadi masaalah kepada kerajaan BN . Berkempen menentang zina ialah PAS , Ngo - ngo Islam dan orang perorangan . Pihak kerajaan seperti mahu menggalakkannya .

7. Sebab itu tidak hairan kalau kerajaan songsang ini mencadangkan usaha melonjak ekonomi negara melalui ETP ialah dengan menjadikan malaysia sebagai Hub Hiburan . Kelab - kelab malam yang menjadi pusat berkumpul dan membiaknya kupu - kupu malam , pelacuran , pil extasy , pil kuda dan arak ini mahu terus disuburkan . Selayaknya kerajaan BN serius membasmi pusat maksiat , kempen anti zina , mengenakan undang - undang selayaknya bagi mereka berzina seperti sebat kepada mereka yang belum berkahwin dan rejam sehingga mati bagi mereka yang telah merasai persetubuhan yang halal .

8. Pendidikan dan penguatkuasaan undang - undang mesti berjalan serentak. Sebelum ini banyak pihak antaranya Karpal Singh turut mempersoalkan kelemahan pelaksanaan undang - undang dalam negara kita membuatkan jenayah buang bayi terus berleluasa. lantas mereka mencadangkan agar hukuman mandatori mesti dikenakan ke atas pesalah atau penjenayah buang bayi tersebut . Inipun sebahagian dari pemikiran songsang apabila mencadangkan hukuman berat ke atas penjenayah buang bayi tetapi tidak bersetuju hukuman sebat kepada penzina yang mengakibatkan hamil , lahir dan buang bayi .

9. Songsang juga cara fikir dan cara tindak apabila hukuman mendahului proses pendidikan dan pencegahan  ! Rakyat atau remaja - remaja ini tidak dididik supaya takutkan azab Allah , menutup aurat , menjauhi pergaulan bebas malah mereka juga tidak dicegah dari berpelesaran di pub - pub , kelab - kelab malam sebaliknya digalakkan pula mereka ke arah itu dengan promosi kondom , arak dan konsert hiburan yang meleka dan melalaikan .

10. Saya harap ulama' mesti bangkit menegur kerajaan BN ini . Terutama Ulama' kerajaan seperti mufti - mufti , qadhi - qadhi , imam - imam dan demikian juga Ulama' muda . Sampai bila nak menegur kerajaan secara rahsia dan senyap sedang mungkar dan maksiat ini membingit ke seluruh negara , merosakkan aqal , budi , akhlak dan aqidah mereka ? atau semuanya sudah songsang ? wali'yazubillah . Berilah petunjukMu Ya Allah kepada pemimpin dan ummah yang masih leka dan lalai .

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa agar kerajaan BN mengkaji semula pendekatan yang diambil dalam membawa pendidikan seks ini kepada pelajar sekolah atau batalkan sahaja hasrat tersebut, jika tidak  ianya akan dilihat oleh rakyat tidak lebih sebagai projek mencari keuntungan melalui satu lagi teks pengajian akan dicetak dan diedarkan .
http://episodeperjuangan.blogspot.com

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 23 Nov 2010 03:25 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


LGE jadikan Melayu PP merempat?

Posted: 23 Nov 2010 02:22 AM PST

Orang melayu di Pulau Pinang khususnya di Daerah Timur Laut hanya memiliki 1.16% pemilikan tanah berbanding dengan bangsa lain.

Maklumat ini timbul setelah BN-UMNO tidak lagi memerintah Pulau Pinang.

Setelah PR-DAP memerintah Pulau Pinang hanya baru 2 tahun… zam-zam allakazam… fuhhh hilang semua tanah milik orang melayu.

Siapa yang bersalah?

Menurut Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO bahawa penumpuan kaum Cina di kawasan bandar yang kini meliputi hampir seluruh daerah itu bermula sejak kedatangan Francis Light pada 1786 yang mana beliau bertanggungjawab membawa masuk banyak imigran dari China.

Kesannya adalah apa yang dilihat sekarang iaitu daerah Timur Laut kini mempunyai penduduk majoriti Cina.

Francis Light yang salah pada tahun 1786. Dan kini DAP pulak yang salah! Pemimpin UMNO buat apa?

Siapakah yang menandatangani dasar Jus Soli yang diperkenalkan oleh Malayan Union meskipun ditolak oleh orang melayu dan Raja melayu?

Siapakah yang memerintah Tanah Melayu?

Siapa yang memimpin Malaysia?

Siapakah yang menyerahkan 100% tanah Singapura ke Lee Kuan Yew?

Siapakah yang memerintah Pulau Pinang sehingga tahun 2008?

Hakikatnya UMNO telah gagal dalam menjaga hak dan kepentingan bangsa melayu sendiri. Demi kepentingan kebendaan dan beralasan pembangunan, akhirnya bangsa melayu menjadi mangsa.

Sudah lama pemimpin Pas berkempen tentang hal ini. Tetapi masyarakat buat pekak badak aje.

Yang tinggal hanyalah boria Pualu Pinang dan orang tua bangsa melayu yang tidur diatas beca. Sebenarnya menurut statistik Penduduk negeri Pulau Pinang Bagi Tahun 2009 adalah 44.89 peratus penduduk bumiputera, manakala penduduk Cina sebanyak 44.27 peratus.

Bukannya orang melayu makin sedikit tetapi kemampuan dan keupayaan bangsa melayu gagal dimartabatkan oleh pemimpin UMNO meskipun mempunyai kuasa dan memerintah hampir separuh abad.

Jangankan orang kampong, kakitangan yang bekerja kerajaan pun gagal untuk memiliki tanah di kawasan Timur Pulau Pinang itu. Bukankah sekarang ini kempen UMNO Malaysia sebagai Negara berpendapatan tinggi?

Sebenarnya Umno telah lama mengkhianati tanah orang melayu termasuklah peimpinan BN hatta di sabah dan Sarawak. Tanah Rizab Melayu diwartakan 3 juta hektar pada tahun 1957. Tapi setelah Akta Pengambilan Tanah dipinda oleh mereka (tahun 1991), apa jadi pada TRM.

Tahun 1995 tinggal 1.7 juta hektar, merosot 44%. Antara contoh yang jelas; Kerpan (1993, 167 lot seluas 1000 ekar untuk ternakan udang yang tak menjadi), Mambau N9 1994 (930 hektar tanah milik 666 orang untuk pembangunan), Pantai Gelang 1990 (80 penduduk Langkawi diambil tanah untuk Pelangi Beach Resort) dll. TRM di KL, Ipoh, Melaka, Kuantan dan JB tidak sampai 10%.

Siapakah sebenarnya yang kayaraya dalam proses pembangunan Tanah Rizab Melayu?.

Mereka lebih gembira bila tanah yang ada dijadikan padang golf dan taman rekreasi umum daripada kepentingan rakyat jelata (739 ekar di Batu Gajah, Clearwater Sanctuary Resort dan Pulau Pangkor).

Isu tanah bendang Tandop, Alor Star seluas 638.32 hektar diambil untuk perumahan dan perindustrian yang akhirnya dijual kepada bukan Melayu.

Apajadi apabila di Langkawi melayu mamak Mahathir sudah mula "melelong"nya atas nama pembangunan? Masih punya tanahkah umat Melayu masa depan di pulau ini?

Bagaimana tanah orang melayu di Lembah Kelang? Isu Kampung Melayu yang tidak berkesudahan?

Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia 1965 atas pertimbngan politik UMNO. Umno memberikan Singapura secara percuma kepada bangsa Cina.

Sejak itu Melayu mula lenyap dari bumi yang dibuka Sang Nila Utama itu hingga akhirnya tanah sekangkang kera milik keturunan Sultan Hussein pun disapu bersih.

Selepas itu akibat daripada kebodohan pemimpin UMNO Pulau Batu Putih terlepas lagi kepada Singapura. Pak Lah Badawi juga melepaskan Blok L & M yang kaya dengan minyak bernilai 320 billion diserahkan kepada Negara jiran Brunei.

Sebab itu UMNO ni kalau kalah barulah mereka sedar? Kalah di Pulau Pinang baru mereka kenal melayu dan barulah nak bela orang melayu. Sekarang ini mereka sedang menggadai tanah Iskandar di Johor Baru. Bila mereka sedar? Jika mereka kalah di Johor.

Di Terengganu, apabila Pas memerintah pada tahun 1999 dibuka kembali permohonan tanah dan Pas berjaya mengeluarkan kelulusan kepada 70,000 rakyat Terengganu yang majoritinya bangsa melayu tetapi kenapa dibekukan kembali apabila UMNO berkuasa semula?

Kenapa dibatalkan dan sebahagiannya dirampas tanah-tanah mereka?

Kenapa tidak diberi geran kepada peneroka yang sudah sekian lama tinggal ditanah rancangan Felda sedangkan mereka sudah lama menyelesaikan hutang dan pinjaman Felda?

Sedangkan syarikat-syarikat besar mudah diluluskan atas nama pembangunan beratus dan bahkan beribu hektar!

Inilah jenis dan baka pengkhianat bangsa melayu sebenar. Cara terbaik untuk mengajar UMNO hanyalah menjatuhkannya dalam Pru akan datang.

Ketika itu rakyat jadi timun dan UmNO bukan lagi durian tetapi dah jadi tempoyak. sumber : http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 23 Nov 2010 03:25 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


SEJARAH:UMNO SEKARANG "UMNO MAHATHIR"

Posted: 22 Nov 2010 07:50 PM PST

SEJARAH:UMNO SEKARANG "UMNO MAHATHIR"

Salam perjuangan,

Sekian lama tidak update blog sebab nak kata sibuk sangat ada juga masa terluang dan masa rehat tetapi tidak ada perasaan atau feel nak menulis atau update ,sebab tak tahu macam mana nak ulas isu terkini yang bertambah kompleks.

Tetapi sejak kebelakangan ini upcoumno sering pulak flashback sejarah dan perjuangan orang melayu menuntut kemerdekaan dan jasa jasa umno kononnya banyak sangat untuk diingati oleh rakyat sehingga rakyat diminta untuk bersyukur kepada apcoumno kerana juaranya umno membela orang melayu.Tetapi seingat saya banyak sungguh tanah tanah orang melayu tergadai sebab juaranya upcoumno menjual tanah tanah tersebut.Nak ingatkan jugak pulau batu putih yang terlepas kerana pandainya pemimpin umno jaga harta negara.

Dan soalan saya kepada orang umno dan sebagai maklumat juga kepada pemuda pemudi yang baru nak berjinak jinak dengan parti umno atas dasar dan perjuangan kemerdekaan kononnya.Anda kena siasat dahulu dan teliti bahawa umno sekarang apakah jasa jasa yang telah ditaburkan kepada rakyat bangsa dan negara?Agama jangan ceritalah hancur akidah muda mudi dengan cara umno memerintah.

Umno sekarang ini sepatutnya disebut "umno baru" atau "umno Mahathir" setelah diharamkan pada 4 FEB 1988 dan umno baru ditubuhkan pada 13 FEB 1988 oleh Mahathir dan usia umno kalau diikutkan baru 22 Tahun.

Apakah layak umno baru @ umno Mahathir ini mengaku sebagai pejuang kemerdekaan dan juara rakyat seperti yang selalu diwarwarkan.?

Jadi semua adalah tipu belaka sekiranya umno sekarang mengatakan demikian, ini kena difahami oleh rakyat yang masih nak bersama umno.

Maka jika dilihat dari konsistennya perjuangan sejak MERDEKA maka PAS yang lahir dari tulang rusuk umno itulah sebenarnya parti yang telah dahulu dan kini memperjuangkan kemerdekaan dan maruah bangsa dan negara dengan konsisten dan jayanya sehingga hari ini.

Track rekod PAS lebih baik berbanding umno yang tercalar dan semakin tidak diterima terutamanya bagi golongan muda .

Ringkasnya umno sekarang sinonim dengan "umno era mahathir" atau umno baru kerana fakta sejarah .Dan umno baru ini bukanlah umno yang memperjuangkan kemerdekaan itu memang jelas dan pasti.

Kalau ada sejarah yang perlu sangat diingati dan diraikan oleh rakyat adalah tarikh pengharaman parti pemerintah ini dan raikan jugak kejayaan bapa permodenan Malaysia yang berjaya memodenkan umno dengan pengharaman tersebut.

Ismits ulamraja

Tiada ulasan:

Pengikut