Sabtu, 21 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 21 May 2011 09:17 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR-PELAJAR PARIT AMAL JALAN JONED MUAR

Posted: 21 May 2011 11:22 AM PDT

MALAM PENGHORMATAN  PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG PARIT AMAL MUAR

Untuk julung kalinya Pakatan Surau Al Ehsan Parit Amal Jalan Joned, Muar telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar-Pelajar UPSR, PMR, SPM dan yang akan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi. Majlis ini dianjurkan oleh Pakatan Surau Al Ehsan pada hari Sabtu 21 Mei 2011 mulai jam 9.00 malam. Anugerah wang tunai disumbangkan oleh PAS Cawangan Parit Amal Jalan Joned Muar.Surau Al Ehsan ini telah dirasmikan oleh YB Dr Mohammad tidak lama dahulu.

Menurut Pengerusi Pakatan, Tuan Haji Abdul Aziz Talib, seramai 13 orang pelajar cemerlang menerima sumbangan tersebut. Salah seorang daripada mereka  akan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Jordan denga biasiswa JPA Malaysia. Tahniah anak-anak Parit Amal !


Majlis dipengerusikan oleh adik Mohd Fahmi Abdul Aziz, salah seorang penerima anugerah.Sempena dengan majlis tersebut dua orang pelajar cemerlang telah diberi peluang memberi ucapan motivasi. Memang berbakat anak-anak ini.


YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, telah diberi penghormatan merasmikan majlis tersebut bdan seterusnya menyampaikan hadiah.Majlis juga diserikan dengan kehadiran Ahmad Ibrahim Zakaria, Pelajar Cemerlang SPM 2010 Negeri Johor, untuk memberi ucapan motivasi.Beliau adalah anak tempatan dari Parit Raja Darat, Muar dan bekas pelajar SMKA Maahad Muar.


 YB Dr Mohammad menyampaikan cenderamata kepada Ahmad Ibrahim.
Di kiri ialah Tuan Hj Abdul Aziz, Pengerusi Pakatan Surau Al Ehsan.

  
Tuan Haji Abdul Aziz menyampaikan cenderamata kepada YB Dr Mohammad.
Di sebelah kanan ialah Sdr Abdul Razak juga diantara pelajar cemerlang Pt Amal. 

Sdr Abu Bakar Ismail menerima hadiah mewakili dua orang anaknya yang berjaya.
 

 Kegembiraan seorang bapa......

 Pelajar Cemerlang Pt Amal.Almarhum datuknya seorang pejuang Islam yang gigih.

 Tahniah anakanda. Anda hebat !

 Bakal-bakal pelajar cemerlang dari Parit Amal.
Sdr Ahmad Ibrahim, Pelajar Cemerlang SPM 2010 Negeri Johor.
Dalam ucapan motivasinya beliau menurunkan ilmu kejayaannya dengan
memetik pesanan Almarhum ayahnya, Ustaz Zakaria Noor:
Pertama jangan tinggal SOLAT,
Kedua banyak berDOA,
Ketiga panggil anak, kawan, dengan NAMA-NAMA YANG BAIK,
Keempat didik anak mengikut CONTOH RASULULLAH.

Tambahan daripada seorang lagi pelajar cemerlang:
Bersihkan hati,
Cinta Allah,
Belajar kerana Allah,
Makan makanan halal.


Jamuan lazat.......Nasi Ayam Spesial.......licin dulang.......

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

Posted: 21 May 2011 09:17 PM PDT

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG


LAGI JENAZAH MANGSA RUNTUHAN DTEMUI...SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH MEREKA...

Posted: 21 May 2011 08:16 AM PDT


Kemaskini setakat Jam 10:00malam 21Mei 2011


Enam mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu.

Polis memaklumkan sehingga pukul 8 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasukseorang lelaki dewasa berusia 22 tahun.

Sebanyak sembilan mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.Dalam insiden malang itu, sebanyak 25 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.

KEDIAMAN ANAK-ANAK YATIM DILANDA TANAH RUNTUH...3 JENAZAH TELAH DIKELUARKAN..

Posted: 21 May 2011 04:56 AM PDT

GAMBAR TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM DI HULU LANGAT



Gambar Penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa yang  cedera
Antara 20 hingga 49 penghuni sebuah asrama anak yatim di Sungai Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, dipercayai tertimbus akibat tanah runtuh, jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan ada penghuni yang terkorban dalam kejadian itu.

Petikan dari mstar.com.my

Kira-kira 20 kanak-kanak tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang.

Kini enam mayat kanak-kanak telah dikeluarkan manakala tujuh mangsa cedera.

Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, ahli-ahli bomba dan penduduk kampung mengeluarkan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

Laporan awal menyebut rumah anak yatim tersebut didiami kira-kira 30 penghuni.


Ahli bomba dan penduduk kampung bekerjasama mengeluarkan mangsa kanak-kanak yang cedera parah ekoran tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang ini, sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang.


Update-5:40 PM


Seramai 12 orang lagi penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh petang ini.

Sehingga petang ini, seramai tujuh mangsa telah dikeluarkan manakala dua kanak-kanak disahkan terkorban.

Rumah itu menempatkan 49 orang termasuk lima penjaga di mana seramai 28 orang terselamat dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang tadi.


Update -7:00PM
Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.
Empat penjaga kanak-kanak tersebut masih belum ditemui
Setakat ini, seramai 9 orang telah berjaya dikeluarkan dengan tiga kanak-kanak terkorban dan enam cedera.

Walaupun dalam hujan lebat, kerja menyelamat oleh pihak berkuasa masih diteruskan bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus termasuk empat kakitangan pengurusan rumah berkenaan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.Ini dinyatakan Khalid dalam laman Twitternya, sebentar tadi
Berita semasa:
Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini.
Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki. - BERNAMA

PALESTIN - PM Hamas Cedera

Posted: 21 May 2011 02:13 AM PDT

Saturday, May 21, 2011



Meskipun disibukkan dengan berbagai-bagai kegiatan, perdana menteri Hamas Ismail Haniyah tetap menyempatkan diri untuk bermain bola dalam menjaga tubuh agar selalu cergas. Namun dalam sesi latihan bola Khamis kelmarin (19/5), Haniyah mengalami kecederaan.

Ismail Haniyah mengalami cedera selama latihan bola sepak di Kota Gaza, media Palestin melaporkan Khamis lalu.

Menurut laporan, perdana menteri Hamas cedera di kakinya dan dipindahkan ke hospital setempat, di mana ia menerima perawatan medik.

Pemimpin Hamas tersebut diperintahkan untuk beristirehat selama paling kurang 10 hari, dan tidak akan dapat mengikuti latihan bola sepak kembali sampai anggota badannya yang cedera sepenuhnya pulih.

Sumber yang dekat dengan Haniyah mengatakan perdana menteri telah menghadiri sesi pelatihan bola sepaka setiap minggu, kerana hal itu merupakansukan rutin bagi Haniyah.

Ismail Haniyah merupakan mantan pemain bolasepak yang dulu sering mengambil bahagian dalam acara-acara olahraga, termasuk pertandingan bola sepak di stesen bola sepak Gaza sebelum hancur oleh serangan Israel selama Operasi Lead Cast pada tahun 2009.

Di masa lalu, Haniyah dikenal sebagai salah satu pemain bola sepak terbaik di kelab bola sepak yang ada di kem pelarian Al-Shati dan kelabbola sepak asosiasi Islam, di mana ia juga menjadi anggota dewan direksi selama beberapa tahun di kelab tersebut.(fq/ynet)


SUMBER

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 21 May 2011 07:09 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Ceramah Perasmian PAS Cawangan Masriyah

Posted: 20 May 2011 10:11 PM PDT



PASTI Permatang Pauh PASTI Terbaik Pulau Pinang

Posted: 20 May 2011 09:41 PM PDT



PERMATANG PAUH, 16 Mei: 'Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu' itulah ibarat yang boleh diberikan kepada tenaga pengajar dari Pasti Bandar Tasek Mutiara, Seberang Perai Selatan, Jamilah Sharif apabila diisytiharkan Tokoh Guru Pasti Peringkat Negeri Pulau Pinang 2011 yang diadakan di Kompleks An Nadhoh, Penanti semalam.

Berbagai acara menarik diisi untuk meraikan 200 orang guru Pasti Pulau Pinang antaranya persembahan nasyid dari kumpulan 'Qatrunada' dari Kolej Islam Antarabangsa (KITAB) serta deklamasi sajak oleh Ahli Jawatankuasa Pasti Negeri, Shukri Tauzin dengan tajuk 'Terima Kasih Wahai Guru' dengan penuh penghayatan.

Program yang dirasmikan oleh Setiausaha Jabatan Pendidikan Pasti Malaysia, Rosli Suhaime turun menyampaikan anugerah guru paling lama berkhidmat dengan Pasti iaitu 20 tahun kepada Puan Misrojah Bakar yang mula bertugas di Pasti Lahar Minyak, Kepala Batas pada tahun 1989 serta beberapa orang guru cemerlang di peringkat kawasan antaranya ialah Aishah Othman, Azizah Haji Mat Nayan, Maheran Abu Bakar, Zafurah Hasan, Naemah Fadhil, Noranisah Zawawi, Siti Fatimah Kasim dan Siti Aishah Ishak.Bagi ketogari pentadbiran terbaik Pasti pula kali ini jatuh kepada Pasti Kawasan Permatang Pauh ekoran cemerlang dalam usaha menjagai kebajikan guru, kursus perguruan, pendekatan pendidikan dan paling penting adalah perhubungan yang akrab antara guru dan pengurusan semata-mata memastikan pendidikan pelajar diutamakan.


Sambutan bertemakan 'Guru Wahana Kemenangan Ummah' walaupun sederhana tetapi meriah penuh dengan ikatan talisiratul rahim sesuai dengan pendekatan yang terjalin selama ini.

Walaupun Guru Pasti bukan tinggi pendapatanya tetapi mempunyai semangat pengorbanan yang besar untuk melihat anak didik berjaya pada masa depan.

Guru umpama lilin yang membiarkan dirinya terbakar demi menerangkan orang lain bukan lagi kata-kata hikmah sebaliknya satu tafsiran yang jelas kepada mereka yang memahami hati seorang guru.

Turut hadir meraikan guru Pasti Pulau Pinang ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah dan bekas Pengarah Pasti Negeri, Abdul Jalil Salleh.

Saya nak solat di stadium, kapten bola jadi imam

Posted: 20 May 2011 09:19 PM PDT



KOTA BHARU, 20 Mei: "Insya Allah, apabila stadium itu siap nanti, kalau umur saya panjang, saya mahu menunaikan solat di stadium itu dengan 'kapten' bola menjadi imam sembahyang," kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini pagi tadi.

Beliau mengulangi persetujuan kerajaan negeri untuk membina kompleks sukan yang menempatkan stadium utama dengan muatan 40,000 penonton.


Pembinaan itu, menurutnya akan dilaksanakan di atas tanah milik kerajaan negeri kira-kira 40.5 hektar bernilai RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Puteh dan tender pembinaan kompleks sukan itu dibuka kepada mana-mana pemaju yang berminat."Kelantan akan buat stadium baru. Ini kerana stadium yang ada sempit dan mengalami kesesakan penonton, tetapi stadium itu stadium yang bercampur dengan masjid.

"Orang lain buat juga stadium, tetapi kita mahu ada 'benda lain' pada stadium yang kita buat itu iaitu stadium bercampur masjid," katanya.

Menurutnya lagi, masjid itu tidak dibenarkan dibina berasingan dari ruang stadium sama ada di tingkat atas atau di luar bangunan stadium, bahkan hendaklah dibina berhampiran dengan tempat duduk penonton bagi memudahkan orang ramai bersolat dengan kadar segera.

Katanya, pembinaan ruang solat (masjid) itu sekadar boleh memuatkan antara 10 hingga 30 orang pada satu-satu ruang solat.

"Jadi semua ruang bangunan dalam stadium itu terdapat antara 10 hingga 30 tempat ruang untuk solat. Bangun (penonton) daripada kerusinya, boleh bersolat segera.

Mengenai royalti minyak, beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyifatkan golongan yang enggan menyerahkannya kepada rakyat Kelantan sebagai golongan zalim dan jahat.

Beliau yakin bahawa golongan itu akan menerima balasan dari Allahdi atas kezaliman yang dilakukannya.

"Kita di Kelantan yang pastinya ialah kita ada telaga minyak. Allah menjadikannya sejak berjuta tahun dahulu, telaga itu terpilih berada di bumi Kelantan, namun royalti minyak itu tidak diberikan kepada Kelantan sehinga kini. Jadi orang ini orang zalim dan jahat.

"Didoakan supaya doa kita mustajab agar diberikan royalti minyak kerana royalti itu harta kita.

"Harta orang walau pun satu sen, kita tidak mahu. Yang kita mahu ialah harta kita. Walau pun satu kerana ianya harta kita, kita nak. Begitu kaedah kita sebagai orang Islam," katanya.

PAS Bandar Seri Putra

Posted: 21 May 2011 03:42 PM PDT

PAS Bandar Seri Putra


Jalan-Jalan Di Bandar Seri Putera Semuanya Di Turap Baru

Posted: 21 May 2011 03:06 AM PDT

Bandar Seri Putera, 29 Jamadil Akhir = 03 Mei (Selasa):

Pada masa Adun hadir kerana menziarah seorang pesakit pada petang 12 April (Selasa) lalu di Bandar Seri Putera, Adun dapati jalan-jalan utama (bukan dalam kawasan perumahan yang sedia elok) sedang giat diturap, begitu juga bila Adun datang pada 17 April dan hari ini selepas tiga minggu kehadiran pertama, kerana menziarah kematian seorang penduduk di sini sekali lagi Adun saksikan kerja-kerja menurap jalan masih berterusan dan sebahagian besar jalan-jalan utama elok, cantik dan selesa digunakan. Bukan setakat itu sahaja, traffic light contoh jalan masuk ke KUIS sudah berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan tanda-tanda arah disempurrnakan oleh Syarikat Pemaju Perumahan Bandar Seri Putera, iaitu UM Land. Syukur kepada Allah dengan kemudahan dan kesempurnaan yang disediakan oleh Syarikat.

Walau bagaimana kerja-kerja yang dilakukan oleh Syarikat ini bukan semata-mata memperbaiki, tetapi bertujuan untuk menyerahkan pentadbiran infra-struktur di sini kepada pihak berkuasa tempatan, iaitu MPKj. Sebelum penyerahan pihak syarikat dikehendaki menyempurnakan segala syarat dan keperluan penyerahan, sebab itulah jalan dan semuakemudahan dibaiki dan disempurnakan oleh pihak syarikat. Walau apa pun ia adalah kemudahan yang dapat dinikmati penduduk yang seharusnya bersyukur.

Sementara itu jika pihak penduduk mendapati ada keperluan yang sepatutnya disempurnakan, tetapi tidak disempurnakan, pihak penduduk dapatlah menyampaikan aduan dan cadangan kepada pihak MPKj melalui Ahli MPKj setempat iaitu melalui Tuan Haji Mazwan Johar dan boleh juga aduan dimaklumkan kepada ADUN Bangi, khususnya berhubung dengan perkara yang berkait dengan negeri.

Sekian.

RM Satu Juta Permohonan Adun Bangi Untuk Membaiki Jalan Di Dun Bangi Lulus

Posted: 21 May 2011 02:58 AM PDT

Hasil dari retreat Adun-Adun biasa Pakatan Rakyat yang diadakan pada tahun lepas di Golden Palm Resort, Kuala Langat atas perbelanjaan sendiri – antara lain dari resolusi ialah memohon dari pihak kerajaan negeri Selangor memperuntukkan kepada setiap Adun bagi kawasan masing-masing peruntukan tahunan sebanyak RMi juta ringgit. Permohonan tersebut telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor mulai tahun 2011. Kewangan digunakan dari peruntukan wang Maris. Setiap Adun diberi hak menentukan jalan yang mau diperbaiki di Dun masing-masing. Kebenaran juga diberi kepada Adun menentukan jalan-jalan kawasan kampong untuk dibaiki. Tiap Adun diminta membuat senarai jalan dan jangkaan perbelanjaan (peruntukan) sehingga berjumlah satu juta ringgit. Taklimat cara memohon juga diberi oleh bahagian Bendahari Negeri. Adun dikehendaki mengemukakan permohonan melalui PBT kawasan masing-masing jangan lewat dari akhir Mac 2011.
Pihak Adun Bangi telah mengemukakan permohonan dan menghantarkannya pada akhir Mac 2011 kepada MPKj dibawa oleh Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj di bawah Dun Bangi, tetapi pihak MPKj menolak proposal yang dihantar, kerana konon peruntukan hanya untuk taman, tidak termasuk kampong. Pihak pegawai di MPKj memaklumkan pihaknya telah membuat proposal sendiri dan mencadangkan hanya dua daripada cadangan Adun yang melibatkan taman dimasukkan ke dalam proposal yang disiapkan. Apabila Adun dimaklumkan mengenai cadangan pihak MPKj yang bercanggah dengan taklimat dari pihak kewangan negeri, Adun Bangi mengarah Tuan Haji Mazwan supaya mengambil balik permohonan Adun Bangi kerana kemungkinan akan berlaku penyelewengan dan bersifat kroni.
Adun mengarah kerani di Pejabat Adun menghantar sendiri dan menyerah secara tangan ke Pejabat Bendahari di Bangunan SSAAS pada 11 April 2011, walaupun sedikit lewat dari tempoh sebenar. Untuk mendapat kepastian tentang permohonan, maka Adun bertanya kepada Pejabat Bendahari Negeri pada 10 Mei 2011. Pihak Pejabat Bendahari memaklumkan bahawa kelulusan dan kewangan telah dihantar ke Pejabat MPKj pada hari Lawatan YAB Dato` Menteri Besar Selangor ke Hulu Langat pada 6 Mei, 2011. Al-Hamdulillah. Menurut Pegawai Kewangan Kanan di Pejabat Bendahari kelulusan menurut apa yang dipohon oleh Adun Bangi dan tidak diubah. Surat dan rumusan dari permohonan adalah sebagaimana di bawah.
SENARAI PERMOHONAN PROJEK JALANRAYA DAN INFRASTRUKTUR DI BAWAH DUN BANGI (Rumusan)

1. Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Yang Rosak Di Jalan Menteri Dan Jalan Sentosa Di Sg Ramal Baru Sepanjang 4500 Meter
Razzel Enterprise No 21 Jalan Permai Satu Taman Permai 43000 Kajang
RM 126,000

2 Kerja-Kerja Menurap Jalan Di Jalan Kajang 6 Dan Kajang 2 Berhadapan Surau Al-Hikmah Taman Kajang Raya Sepanjang 4193 Meter Persegi Dan Jalan Berhadapan Surau Taman Jasmin 600 Meter Persegi Dan Taman Kenari 600 Meter Persegi
Monadz EnterpriseNo 11 Lorong Permai 1/1, Taman Permai, 43000 Kajang
RM 151,004

3 Cadangan Kerja-Kerja Menurap Semula Jalan Yang Rosak Di Jalan Rahmat 1 Kampung Teras Jernang Bangi Sepanjang 5000 Meter Persegi
Syarikat Norfeeda Lot 39, Jalan Cheras Batu 12, 43000 Kajang
RM 140,000

4 Cadangan Untuk Kerja-Kerja Menurap Jalan Dan Membina Longkang Di Kampung Bahagia Dan Kampung Bangi, Bangi Selangor
Lima Fitri Enterprise
Unit 2-20, Blok Mutiara D, Taman Desa Baiduri, 56000 Cheras
RM 198,270

5 Cadangan Untuk Kerja-Kerja Menurap Jalan Di Kampung Sg Tangkas, Bangi Selangor
Terasinar Enterprise
No 6, Jalan Intan 2, Taman Sri Nanding, 43100 Hulu Langat
RM 106,930

6 Cadangan Untuk Kerja-Kerja Menurap Jalan Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang
Shukur Bina Enterprise Zd2-17, Blok Zamrud D, Taman Desa Baiduri Batu 6, Cheras 56000 Selangor
RM 198,200

7 Kerja-Kerja Memecah Dan Menukar Longkang Yang Rosak Serta Membina Tembok Setinggi 2 Kaki Sepanjang 500 Meter Dan Kerja-Kerja Yang Berkaitan Dengannya Di Sepanjang Jalan Utama Kampung Teras Jernang, Bangi. Kerja-Kerja Mengganti Longkang Sepanjang 320 Meter Di Kg Aman, Bangi
Anje Enterprise No 46, Jalan 4/3, 43650 Bandar Baru Bangi
RM 103,000

Jumlah Keseluruhan
RM 1,023,404

Walau bagaimana adjustment dari segi jumlah peruntukan akan dilakukan, kerana anggaran yang dibuat mungkin tidak tepat. Adun mengarah pihak Ahli MPKj – Tuan Haji Mazwan Johar membuat pemantauan dan Adun juga akan memastikan apa yang dipohon akan diselenggarakan dengan sebaik mungkin, terutama pembaikan jalan di jalan-jalan kampong yang selama ini kurang diberi perhatian.
Sekian.

Utusan: PAS tidak akan sahut seruan Perkasa

Posted: 21 May 2011 02:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mei: PAS tidak akan menyahut seruan Perkasa untuk mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang kononnya akhbar orang Melayu.
"Layakkah akhbar Utusan Malaysia mewakili orang Melayu sedangkan etika laporan yang dilaporkan oleh akhbar tersebut tidak menepati ciri-ciri Melayu jauh sekali dengan ajaran Islam.
"Tepatnya akhbar ini ialah Utusan Umno, bukan mewakili suara orang Melayu," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, pemberitaan yang dilaporkan lebih kepada provokatif dan fitnah.
Tambahnya, terbaru dengan berita yang sensasi kononnya Malaysia akan menjadi negara Kristian seperti yang disiarkan oleh akhbar tersebut pada 7 Mei lalu.
"Menyiarkan berita untuk membangkitkan emosi orang Islam, sekiranya tidak kena gaya negara boleh terbakar tetapi alhamdulillah PAS berjaya menenangkan keadaan umat Islam," katanya.
Menurutnya, Utusan beruntung kerana mereka kebal dari tindakan undang-undang.
Katanya, rakyat Malaysia tentu masih ingat, Suara Keadilan yang menyiarkan berita Felda bankrap, terus diberi amaran dan permit digantung.
Tegasnya, Utusan Malaysia tidak layak mewakili suara orang Melayu, kerana budaya Melayu tidak menerima unsur lucah dan fitnah.
"Melayu yang dikaitkan mesti beragama Islam, sudah tentu tidak boleh menerima tatacara budaya seperti ini," katanya.

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 21 May 2011 03:39 PM PDT

PEMUDA PAS LADANG


Himpunan BERSIH kedua, 9 Julai 2011

Posted: 21 May 2011 09:46 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Himpunan 'Bersih 2.0' seperti yang dirancang sebelum ini telah diputuskan untuk diadakan pada 9 Julai akan datang di Kuala Lumpur.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Pengerak Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohammad Sabu dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS petang ini.

"Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Kami dari PAS bersetuju dan akan menghantar 100 ribu ahli untuk himpunan itu," katanya.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) baru-baru ini.

Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' itu katanya akan bermula jam 2 petang.

Bagaimanapun ujarnya, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat.

"Kita dari PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis,"katanya.

Turut serta pada sidang media itu, AJK Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad.

Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100 ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.

Mereka mendesak empat perkara termasuk penggunaan dakwat kekal, media yang bebas, pemansuhan undi pos dan pembersihan daftar pemilih.

Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya.

Bagaimanapun kali ini kata Mohamad, dua lagi tuntutan ditambah iaitu penyalahgunaan institusi kerajaan secara berleluasa, dan menuntut tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan.

PAS katanya lagi memandang serius ketempangan demokrasi pilihan raya dan tidak mahu kejadian di Timur Tengah berulang iaitu menggunakan jalan raya untuk menukar kerajaan.

"Kita yakin dengan pilihan raya, tetapi bairlah adil dan saksama.

"Kita lihat penyalahgunaan jentera kerajaan berleluasa sehingga rakyat tidak tahu mana satu parti politik, mana satu kerajaan," katanya lagi.

Sementara itu, Dr Hatta pula berkata, himpunan kali ini dibuat memandangkan empat tuntutan Bersih sebelum ini langsung tidak dilayan oleh kerajaan.

Ianya termasuk isu undi pos yang dakwanya bukan diselesaikan, tetapi lebih dikusutkan.

Sekurang-kurangnya 62 Badan Bukan Kerajaan NGO akan turut serta dalam himpunan itu nanti.

"Kita bagi pihak PAS akan memanfaatkan himpunan di Muktamar nanti untuk menggerakkan mobilisasi rakyat," katanya.(hrkhdaily)

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 21 May 2011 03:14 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


(LENSA DPPWM) : TANAH RUNTUH BT 14 H.LANGAT

Posted: 21 May 2011 11:00 AM PDT


Mangsa yang ke 9 yang dikeluarkan pihak berkuasa (turut ditemui bersama adalah mangsa yang ke 7 dan ke 8)

Dr. Halimah bersama dengan salah seorang waris mangsa tanah runtuh
Mangsa yang ke 10 dan ke 11 ditemui di tempat yang sama

Mangsa yang ke 10 berjaya ditemui
 
Mangsa yang ke 11 yang berjaya ditemui

Setakat jam 12.00 mlm... masih terdapat 4 lagi yang masih gagal ditemui
Sahabat2 Unit Amal Puncak Alam

YES!!! RON NAIK RM2.20 ESOK ATAU PALING LAMBAT 1 JUN INI

Posted: 20 May 2011 04:35 PM PDT

PUTRAJAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang meneliti semula harga pasaran minyak mentah dunia sebelum penyelarasan harga diputuskan bagi mengelak tanggungan subsidi yang lebih tinggi.

Kerajaan akan menetapkan harga baru RON95 dengan mengurangkan kadar subsidi sekitar 20-30 sen selewat-lewatnya awal bulan depan selepas kajian terperinci harga minyak dunia dilakukan.

"Sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia masih kekal melebihi AS$100 setong (RM301), pemberian subsidi minyak akan meningkat kepada RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun lalu," katanya.
Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan program suaian perniagaan antara koperasi bersama dengan hypermarket/pasaraya, syarikat minyak dan persatuan hotel di sini, Jumaat.

Menurut beliau, kerajaan menanggung sebanyak RM1 seliter untuk subsidi minyak kepada rakyat pada ketika ini.

Justeru itu, kerajaan akan mengkaji semula harga pasaran minyak dunia setiap enam bulan agar tanggungan subsidi minyak dapat dikurangkan.

... apapun harga petrol di Malaysia masih jauh lebih murah berbanding China yang menjual petrol RON 93 pada harga RM3.80 seliter manakala Indonesia, RM3.20 bagi petrol RON92.....wakakakaka

MAUT KEJAR PERAGUT... JENAYAH DI MANA-MANA

Posted: 20 May 2011 04:24 PM PDT

PADANG BESAR: "Saya tak sangka niat arwah keluar membeli nasi ayam kegemarannya malam semalam (kelmarin) berakhir tragedi memilukan, malah lebih menyedihkan apabila saya tak sempat bercakap seharian dengannya."

Begitu kata Ruslan Ali, 49, apabila anaknya, Nur Syaza Yasmin, 17, terbunuh akibat digilis sebuah kereta selepas terjatuh dari motosikal diboncengnya ketika cuba mengejar seorang lelaki yang cuba meragut beg duitnya di Jalan Kangar-Padang Besar dekat Balai Baru di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah termasuk pecah kepala manakala adiknya, Nur Syaza Norah, 15, yang menunggang motosikal berkenaan hanya cedera ringan.

Ruslan dari Kampung Bukit Keteri berkata, anak kedua daripada empat beradik itu membonceng motosikal yang ditunggangi adiknya dan keluar dari rumah mereka kira-kira jam 7.30 malam.


Menurutnya, dia dimaklumkan mereka sempat mengisi petrol di stesen minyak berhampiran sebelum membungkus nasi ayam kegemaran arwah yang dibeli di Pekan Balai Baru.

MISI KE GAZA MOGOK LAPAR TERHADAP MESIR. APE CER?

Posted: 20 May 2011 03:51 PM PDT

EL-ARISH (Mesir), 20 Mei — Matthias Chang, 61, ketua misi bantuan kemanusiaan Malaysia ke Gaza melancarkan mogok lapar sejak petang semalam di atas kapal kargo MV Finch bagi membantah tindakan pihak berkuasa menghalang kemasukan kapal berkenaan ke Pelabuhan El-Arish.

Tindakan itu dilakukannya sebaik sahaja tentera Mesir menghalau keluar kapal kargo itu dari kawasan pelabuhan, menurut wartawan Bernama Mohd Faizal Hassan, seorang daripada 12 penumpang dan anak kapal MV Finch (gambar), kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Laporan Bernama Online menyebut pihak berkuasa pelabuhan itu sebelum ini telah memberi kebenaran kepada kapal MV Finch untuk berlabuh dan memberikan bekalan makanan.

Bagaimanapun menukar fikiran di saat akhir tanpa sebarang alasan kukuh.

Bagaimanapun katanya, mereka mendapat bekalan makanan daripada ejen yang dilantik oleh Yayasan Keamanan Global Perdana lewat tengah malam semalam waktu tempatan.

Sehingga pagi waktu tempatan, Matthias masih lagi enggan makan walaupun dipujuk dan keadaan dijangka berlarutan sehingga permintaan untuk berlabuh ditunaikan.

Pihak berkuasa pelabuhan telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan diminta menyediakan bantuan perubatan untuk sebarang kemungkinan, katanya.

Mohd Faizal berkata beliau difahamkan kebenaran akan diberikan esok namun tiada sebarang pengesahan diperoleh daripada mana-mana pihak berwajib.

Kapal MV Finch itu dikemudi rakyat Malaysia, Kapten Abdul Jalil Mansor yang dibantu empat krew iaitu Zainuddin Mohamad dan Mohd Jaffery Ariffin masing-masing warga Malaysia, serta dua warga India Sharma Chandan Shimla dan Pal Satya Prakash.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 21 May 2011 01:26 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


GAMBAR SEKITAR LAWATAN HARIAN PAS PUSAT KE KEDAH (LAWATAN KE LADANG TANAMAN NENAS KEDAH AGRO)

Posted: 20 May 2011 10:06 PM PDT



























Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 21 May 2011 01:03 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Bashkaran a/l Sanasi Bukan Ketua Cawangan KIMMA Tapi UMNO

Posted: 21 May 2011 06:56 AM PDT


Sebuah Cawangan Umno di Melaka diketuai oleh seorang India. Parti yang mengaku berjuang Melayu tetapi mengangkat India menjadi Ketua Cawangan Umno Bukit Beruang Dalam. Bashkaran a/l Sanasi dilantik menjadi Ketua Umno Cawangan Bukit Beruang Dalam dan dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian Bukit Katil.

Bashkaran terkenal dengan sikapnya yang kebudak-budakan menganggu ceramah PAS dan PR dengan menjeri-jerit dan memaki hamun penceramah PAS bagaikan orang tidak siuman. Terbukti beliau merupakan seorang yang tidak professional dan tidak bertamadun.

Beliau juga bertindak bagaikan samseng kampung dusun cuba memukul Setiusaha PAS Kawasan Bukit Katil 2 minggu lalu.

Adalah dijangkakan malam esok Bashkaran akan sekali lagi mengganggu ceramah PAS yang akan diadakan di Bukit Pulau.

Nama lain Baskharan ialah Ramli Mohd Ali.

Oleh: kijang59 dari sumber PASPB

GST, Kerajaan BN Tidak Mampu Urus Rakyat

Posted: 20 May 2011 06:38 PM PDT

1) Parti Islam Se-Malaysia tetap membantah GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan. Tindakan ini melambangkan kerajaan BN, gagal memberi keselesaan kepada rakyat dan lari daripada tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan. Apakah tugas kerajaan hanya menaikkan cukai sahaja, sedangkan kualiti hidup rakyat semakin teruk seperti perkhidmatan awam yang tidak pernah selesai, subsidi gula, minyak dipotong menyebabkan hidup rakyat semakin tertekan.


2) PAS bersetuju dengan pandangan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.


3) Apakah Datuk Seri Najib tidak terfikir hanya 2 juta rakyat negara ini yang layak membayar cukai. Bagaimana manfaat yang didapati oleh majoriti rakyat, terutama rakyat miskin yang tidak membayar cukai. Maknanya manfaat pengurangan cukai hanya kepada pembayar cukai, sedangkan GST semua terbeban kerana tidak ada pengecualian ketika membeli barang keperluan.


4) Tidak cukup lagikah wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai perkhidmatan yang dinaikkan daripada 5% kepada 6%. Setiap pemegang kad kredit wajib dikenakan membayar RM50 untuk setiap kad.


5) PAS menegaskan jika kerajaan BN tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, sila serahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang terbukti dan teruji. Jika Datuk Seri Najib dan rakan-rakan BN hanya hendak menyusahkan rakyat lebih baik berundur secara terhormat.


Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 21 May 2011 11:47 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Ikrar Kami Pemuda PAS Kelantan

Posted: 21 May 2011 03:32 AM PDT


Fahami, hayati dan usahakan dengan sedaya upaya melunasi Ikrar dan Baiah ini...yang dibaca pada Himpunan 10k Pemuda PAS Kelantan

Bahawasanya kami
pemuda-pemuda PAS Negeri Kelantan
sedar dan yakin
Tiada Tuhan melainkan Allah
Nabi Muhammad pesuruh-Nya

Kami
Pemuda PAS Negeri Kelantan
yang berhimpun pada hari ini
dengan ini berikrar
Allah matlamat hidup kami
Nabi Muhammad Ikutan kami
Al Quran perlembagaan kami
Jihad jalan kami
Mati syahid cita-cita kami

Kami berjanji
tidak berundur walau setapak
bekerja dengan penuh istiqamah
sama ada senang atau susah
kaya atau miskin
aman atau darurat
demi mencapai kemenangan

Kami berikrar
tidak akan mengkhianati perjuangan 
patuh kepada segala keputusan parti
Hanya PAS wadah perjuangan kami
Hanya PAS tumpuan wala' kami

Kami berbaiah dengan Islam
Kami berbaiah dengan pimpinan Islam
Untuk memperjuangkan Islam
Darah dan jasad kami jadi taruhan
Demi menegakkan kedaulatan Islam...

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar...

Gegar ajak rakyat desak Petronas bayar royalti

Posted: 21 May 2011 03:31 AM PDT

KOTA BHARU, 21 Mei: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) menyeru orang ramai tanpa mengira fahaman politik, agama, latar belakang kaum dan jantina supaya sama-sama bangkit menuntut royalti petroleum dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan.

Seruan sama ditujukan kepada semua pihak termasuk anak Kelantan di perantauan yang berada di seluruh Malaysia.

"Sama-sama kita menuntut royalti petroleum itu supaya dibayar kepada Kerajaan Kelantan demi kesejahteraan rakyat, selaras dengan perjanjian yang telah disepakati bersama," satu kenyataan media Gegar yang dikeluarkan di sini pagi tadi.

Serentak dengan itu pengerusi bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusoff dan Mohamad Fauzi Abu Samah dalam satu kenyataan medianya bertarikh 20 Mei 2011 (semalam) mempertikaikan pembayaran royalti petroleum yang dibuat kepada kerajaan Terengganu sebanyak RM938 juta (secara berperingkat sehingga Jun 2011).

Mereka mendakwa, pembayaran itu 'cukup mengelirukan'. 

Ini kerana royalti kepada kerajaan Kelantan tidak dapat dibayar sedangkan hujahnya sama dengan Terengganu iaitu 'di luar perairan' (lebih tiga batu nautika)  digunakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika menafikan hak rakyat Kelantan dan Terengganu bagi mendapatkan royalti petroleum dalam jawapannya di Dewan Rakyat baru-baru ini.

"Jika hujah itu digunakan, maka selama ini Perdana Menteri telah menipu dan cuba memperbodohkan rakyat sendiri dalam kes Terengganu dibayar royalti petroleum itu, tetapi Kelantan tidak dibayar," dakwanya.

Akta Kemajuan Petroleum 1974 Seksyen 4 telah menetapkan supaya perbadanan (Petronas) hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai kepada kerajaan negeri sebagai balasan bagi 'pemunyaan' dan hak bagi negeri tersebut.

Dan berasaskan kepada perjanjian yang sama yang telah dibuat antara Petronas dengan Kerajaan Persekutuan, Petronas dengan Terengganu, Petronas dengan Kelantan, Petronas dengan Sabah dan Petronas dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Sementara itu dalam perkembangan terbaru, Gegar  menggesa pihak polis supaya mengambil tindakan segera ke atas orang yang memukul aktivis Gegar  berhampiran Masjid Kampung Sireh dekat sini baru-baru ini ketika aktivis itu sedang memasang banner royalti petroleum.

"Kami difahamkan, pemukul terbabit ialah Penyelia Mukim dan bekas Ketua Cawangan Umno Kampung Sireh.

"Bagi kami, tindakan memukul aktivis Gegar itu merupakan tindakan tidak bertamadun dan ketinggalan zaman," tegasnya.

5 tercicir, JK Pemilihan mohon maaf

Posted: 21 May 2011 03:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat hari ini memohon maaf ekoran lima nama yang layak bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada muktamar tahun ini tercicir dari senarai awal yang diedar kepada media 17 Mei lalu.

Lima calon tersebut adalah termasuk Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob, Yang Dipertua PAS Keningau Hishamuddin Sulaiman, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Kamal Ashaari dan Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husin.

"Keciciran ini adalah kesilapan yang tidak disengajakan sewaktu memindahkan nama-nama calon ke dalam senarai untuk diedarkan kepada media sahaja.

"Saya mewakili pihak JK Pemilih memohon maaf di atas kesilapan teknikal yang tidak disengajakan ini," kata Pengerusi JK Pemilihan PAS 20011, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Bagaimanapun katanya, kelima-lima calon tersebut telah pun dimaklumkan akan kelayakan mereka untuk bertanding dan surat juga telah pun dihantar.

Sebelum ini, hanya nama Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat dikesan tertinggal dari 82 nama yang disenarai kepada media dan pembetulan telah dimaklumkan 18 Mei lalu.

Bagaimanapun, selepas membuat semakan secara keseluruhan, empat lagi nama trurut tercicir.

Dengan pembetulan tersebut, bermakna jumlah keseluruhan calon yang layak bertanding jawatan AJK PAS Pusat untuk sesi 2011-2013 adalah seramai 87 orang.

Selepas menerima senarai pencalonan dari kawasan katanya, JK Pemilihan katanya terpaksa meneliti termasuklah nama calon yang tidak lengkap, nama sama yang bertindan, salah ejaan nama dan salah catatan.

"Tuan tuan tahu yang hantar pencalonan ini 148 kawasan iaitu seramai 2628 calon senarai semua. Masa sangat suntuk. 15 haribulan (Mei) kita tutup pencalonan, 16 haribulan kita terima dan 17 haribulan media minta kita umum.

"Petugas kita buat kerja sampai larut malam, nak keluar biji mata...kesalahan manusia ini biasa la, nak buat macamana." katanya lagi.

Kesemua mereka yang layak bertanding perlu menyatakan persetujuan sama ada mahu bertanding atau tidak sebelum jam 5.00 petang 26 Mei ini .

Pembetulan AJK Dewan Pemuda dan Ulama

Sementara itu, pembetulan juga turut dibuat terhadap senarai calon yang layak bertanding bagi jawatan AJK Dewan Pemuda dan Dewan Ulama.

Untuk pemuda, daripada 68 nama yang layak bertanding sebelum ini diperbetulkan menjadi 63 orang ekoran lima dari mereka melebihi umur yang yang dihadkan iaitu 40 tahun ke bawah. 

Mereka yang dikeluarkan adalah Nik Abduh Nik Aziz, Ustaz Kamal Ashaari, Taufiq Ghani, Dr. Zuhdi Marzuki dan Zuraidin Abdullah.

Untuk AJK Dewan Ulama pula, daripada 26 senarai asal sebelum ini dikurangkan menjadi 24 orang ekoran terdapat dua nama yang disenarai dua kali dengan ejaan berbeza.

Mereka adalah Ustaz Abu Bakar Abdullah yang juga disenarai dengan nama satu lagi iaitu Ustaz Abdullah Abu Bakar dan Ustaz Shuib Din yang juga disenarai dengan satu lagi nama Ustaz Shuib Mat Amin.

Kerusi Timb Ketua Pemuda PAS 'panas'

Posted: 21 May 2011 03:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Selepas perebutan untuk jawatan nombor satu Dewan Pemuda PAS Pusat terjawab, tumpuan kini beralih kepada kerusi timbalannya pula.

Setakat ini, sekurang-kurangnya tiga calon untuk jawatan nombor dua itu telah mengesahkan diri bertanding, termasuk penyandangnya Azman Shapawi Abd Rani.

Dua lagi yang menyatakan hasrat sama adalah Pengarah Pilihan Raya dewan itu Mohd Firdaus Jaafar dan Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini juga dicalon untuk bertanding jawatan ketua pemuda, namun telah menyatakan pendirian menolaknya sekaligus membuka ruang kepada penyandang jawatan itu, Nasruddin Hassan untuk menang tanpa bertanding.

Keseluruhan nama yang layak untuk bertanding timbalan ketua pemuda adalah seramai sembilan orang termasuk Nasruddin.

Nasruddin bagaimanapun telah menyatakan hasrat mempertahan jawatan ketua pemuda yang disandangnya dan menjadikan calon timbalan kini lapan orang.

Selain Azman, Firdaus dan Suhaizan, lima lagi pencabar untuk jawatan itu adalah Ahmad Sabki Yusof, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Riduan Mohd Nor, Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob dan Mohd Nor Hamzah.

Sabki yang juga salah seorang penyandang naib ketua pemuda bagaimanapun ketika dihubungi Harakahdaily menyatakan hasrat menolak semua pertandingan jawatan dalam pemuda sebaliknya hanya akan bertanding di peringkat AJK PAS Pusat.

"Saya sudah bagi surat jawapan kepada Jawatankuasa pemilihan.

"Saya hanya menerima untuk bertanding AJK PAS Pusat," katanya.

Sementara itu, Ridhuan Mohamad Nor pula memberitahu Harakahdaily bahawa belum membuat sebarang keputusan terhadap perkara itu dan mahu tunggu dan lihat

Untuk jawatan naib ketua, Dr Raja Ahmad Al His telah mengesahkan beliau akan bertanding jawatan yang kini disandang oleh Ahmad Sabki Yusof itu.

Sabki yang baru dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan itu atau mana-mana jawatan dalan Pemuda PAS.

Himpunan 10 Ribu Pemuda PAS Kelantan

Posted: 20 May 2011 03:58 PM PDT




























Saya nak solat di stadium, kapten jadi imam

Posted: 20 May 2011 03:09 PM PDT

KOTA BHARU, 20 Mei: "Insya Allah, apabila stadium itu siap nanti, kalau umur saya panjang,  saya mahu menunaikan solat di stadium itu dengan 'kapten' bola menjadi imam sembahyang," kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini pagi tadi.
Beliau mengulangi persetujuan kerajaan negeri untuk membina kompleks sukan yang menempatkan stadium utama dengan muatan 40,000 penonton.
Pembinaan itu, menurutnya akan dilaksanakan di atas tanah milik kerajaan negeri kira-kira 40.5 hektar bernilai RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Puteh dan tender pembinaan kompleks sukan itu dibuka kepada mana-mana pemaju yang berminat.
"Kelantan akan buat stadium baru. Ini kerana stadium yang ada sempit dan mengalami kesesakan penonton, tetapi stadium itu stadium yang bercampur dengan masjid.
"Orang lain buat juga stadium, tetapi kita mahu ada 'benda lain' pada stadium yang kita buat itu iaitu stadium bercampur masjid," katanya.
Menurutnya lagi, masjid itu tidak dibenarkan dibina berasingan dari ruang stadium sama ada di tingkat atas atau di luar bangunan stadium, bahkan hendaklah dibina berhampiran dengan tempat duduk penonton bagi memudahkan orang ramai bersolat dengan kadar segera.
Katanya, pembinaan ruang solat (masjid) itu sekadar boleh memuatkan antara 10 hingga 30 orang pada satu-satu ruang solat.
"Jadi semua ruang bangunan dalam stadium itu terdapat antara 10 hingga 30 tempat ruang untuk solat. Bangun (penonton) daripada kerusinya, boleh bersolat segera.
Mengenai royalti minyak, beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyifatkan golongan yang enggan menyerahkannya kepada rakyat Kelantan sebagai golongan zalim dan jahat.
Beliau yakin bahawa golongan itu akan menerima balasan dari Allahdi atas kezaliman yang dilakukannya.
"Kita di Kelantan yang pastinya ialah kita ada telaga minyak. Allah menjadikannya sejak berjuta tahun dahulu, telaga itu terpilih berada di bumi Kelantan, namun royalti minyak itu tidak diberikan kepada Kelantan sehinga kini. Jadi orang ini orang zalim dan jahat.
"Didoakan supaya doa kita mustajab agar diberikan royalti minyak kerana royalti itu harta kita. 
"Harta orang walau pun satu sen, kita tidak mahu. Yang kita mahu ialah harta kita. Walau pun satu kerana ianya harta kita, kita nak. Begitu kaedah kita sebagai orang Islam," katanya.

Gelombang hijau tenggelamkan gelombang merah

Posted: 20 May 2011 03:09 PM PDT

KOTA BHARU, 20 Mei: Gelombang hijau petang ini mewarai padang perdana tempat berlangsung Himpunan 10,000 anak muda. Ia ternyata menenggelamkan gelombang merah dilancarkan Umno tahun lepas.
Anak muda lelaki dan perempuan tanpa mengira usia berbondong-bondong melangkah menuju ke tempat perhimpunan tersebut yang bermula jam 4 petang.
Tanpa ada upah dan kerahan membabitkan penjawat awam seperti gelombang merah, anak-anak muda berbaju hijau dan berketayap putih bersemangat. Laungan takbir bergema berulang kali di atas padang.
Tanpa menghiraukan pancaran terik matahari di ambang sore pemuda memenuhi khemah tempat pendaftaran sebelum bersila di atas tikar.
Ada juga anak-anak muda berjubah putih memenuhi sebahagian padang. Mereka hadir memberi sokongan bagi mempertahankan ketuanan Islam.
Tema perhimpunan tersebut 'Tolak Umno Islam Selamat' ternyata memberi suntikan baru selepas gelombang merah Umno kelihatan berada penghujungnya.
Program bermula dengan solat Asar berjemaah, diikuti celoteh Bob Lokman, anak tempatan yang kini menjadi ikon remaja apabila berubah daripada seorang seniman kepada pejuang Islam.
Persembahan dikir barat oleh Kumpulan Sri Halaqat menghiburkan anak-anak muda dengan dendangan lagu-lagu dikir berunsur nasihat.
Kira-kira jam 6 petang hampir seluruh padang dipenuhi anak-anak muda. Ikut sama pada program tersebut Nisa' di kalangan muslimat muda.
Tempat parkir di sekitar Stadium Sultan Mohamad Ke-IV penuh sesak, begitu juga di Bazar Tok Guru. Laluan Jalan Mahmood jem dengan kenderaan bertali arus.
Sepanjang Jalan Hospital di kiri kanan jalan pula berderetan bas disewa pemuda kawasan dari seluruh Kelantan.
Himpunan tersebut merupakan kali kedua selepas himpunan serupa pernah diadakan menjelang pilihan raya umum lalu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman mengajak anak-anak muda bangkit selepas Umno kini semakin terdesak.
Katanya, Umno sekarang sudah kehilangan moral apabila terpaksa menggunakan taktik kasar bagi menghalang rakyat Kelantan menuntut royalti minyak.
"Ada rakan kita dipukul ketika sedang memasang sepanduk bagi menuntut royalti minyak pada Jumaat lalu. Ini mengggambarkan keadaan Umno benar-benar terdesak.
"Pemuda PAS tidak pernah takut dengan segala ugutan tersebut. Kita berjuang memastikan Umno terus hanyut dalam arus politik di negara ini," katanya memulakan ucapan pada perhimpunan tersebut.
Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Ustaz Firdaus Jaafar berkata, Kelantan menjadi benteng terakhir bagi mempertahankan perjuangan Islam.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizat Kayan pula memberitahu kubu terakhir Umno di negara ini ialah Johor.
"Kuatnya Umno di Johor sama dengan kebalnya PAS di Kelantan yang menjadi kubu akhir bagi mempertahankan Islam," ujarnya.
Bagaimanapun katanya mempertahankan kemenangan perlu dengan kerja keras kerana Umno masih mempunyai segala kuasa bagi mempertahankan saki baki kuasa mereka.
Hadir sama pada petang tadi, Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhamad Fadzli Hassan.
Manakala malam ini diadakan solat sunat hajat dan bacaan al Quran 100 kali khatam.
Selepas itu diadakan ikrar Jentera Pemuda PAS Kelantan dan berakhir dengan amanat Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nasruddin dijangka menang tanpa bertanding

Posted: 20 May 2011 03:08 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mei: Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan (gambar) dijangka mengekalkan jawatannya selepas tiga lagi calon lain membayangkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.

Terbaru, calon terakhir yang ditunggu membuat keputusan, iaitu ketua penerangan dewan itu, Suhaizan Kaiat, juga mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.

"Setelah mempertimbang pelbagai jawatan yang ditawarkan oleh ahli-ahli PAS seluruh negara maka saya membuat keputusan untuk menawarkan diri bertanding secara harmoni dan penuh ukhuwah jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan AJK PAS Pusat," katanya yang membuat pengumuman melalui blognya awal pagi ini.

Semalam, dua lagi calon iaitu timbalan ketua pemuda PAS sekarang ini, Azman Shapawi Abd Rani dan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar, telah menyatakan hasrat tidak akan bertanding jawatan tersebut.

Azman seperti laporan Harakahdaily semalam berkata, beliau tidak akan bertanding jawatan ketua pemuda sekiranya Nasruddin berhasrat mempertahankan jawatan yang disandangnya kini itu.

Firdaus pula semalam memaklumkan hanya akan bertanding merebut kerusi nombor dua dewan itu sekaligus menolak untuk bertanding ketua pemuda.

Dengan pengumuman Suhaizan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor itu, bermakna sah Nasruddin mempunyai laluan selesa untuk mengekalkan jawatan yang sedang disandangnya.

Bagaimanapun keputusan rasmi calon yang akan bertanding hanya akan diketahui selepas 26 Mei ini.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu berkaitan pemilihan yang akan diadakan awal bulan depan.

Mengulas pertemuan malam tadi itu, Nasruddin ketika dihubungi berkata, pertemuan itu tidak menjurus kepada perbincangan untuk berkompromi terhadap mana-mana jawatan yang dipertandingkan.

"Malam tadi kita membuat keputusan terbuka.

"Kita serah kepada semua perwakilan untuk menentukan siapa yang mereka mahu pilih.

"Dalam masa yang sama, semua calon juga bebas sama ada mahu bertanding atau menarik diri,"katanya.

Keputusan itu ujarnya lebih baik sebagai menghormati kepercayaan ahli akar umbi yang telah membuat pencalonan.

Dalam pada itu, mesyuarat khas malam tadi turut memaklumkan bahawa perasmian muktamar dewan itu akan diadakan pada 1 Jun di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Manakala muktamar penuh akan diadakan pada keesokannya.

Batu Gajah Mari

Posted: 21 May 2011 11:42 AM PDT

Batu Gajah Mari


Tanah runtuh: 24 orang tertimbus, 5 mati

Posted: 21 May 2011 09:38 AM PDT

Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat hari ini.

Menurut laporan Bernama, setakat 8 malam ini, lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun, kata polis.

24 buried alive in landslide at orphanagePenghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni termasuk lima penjaga. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki.

24 buried alive in landslide at orphanageKetika kejadian pada pukul 2.30 petang semua penghuni rumah anak yatim itu berada dalam sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit itu.

Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata polis akan menyiasat punca kejadian.

24 buried alive in landslide at orphanageBeliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga 8.20 malam ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.

Sementara itu, TV Selangor melaporkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi laman twitternya berkata pihaknya mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera.

24 buried alive in landslide at orphanage

Khalid juga berkata kerajaan negeri akan menyediakan tabung bantuan mangsa dengan kadar segera.

Ahli exco kerajaan negeri Selangor Rodziah Ismail yang berada di tempat kejadian memberitahu bahawa kerajaan negeri akan memberi segala bantuan yang diperlukan.

Pelancaran Buku Jingga Ipoh Timur

Posted: 20 May 2011 08:59 PM PDT


18 Jamadilakhir 1432H. [MOD] - Pelancaran Buku Jingga Peringkat PAS Kawasan Ipoh Timur akan diadakan esok, 22 Mei pada jam 10 pagi di Markaz UPU Pengkalan Darat. Jawatankuasa pelaksana program setakat telah mengesahkan kehadiran 2 tetamu khas iaitu Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Sdri. Aiman Athirah Al Jundi.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 21 May 2011 11:32 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


UMNO YG CEMAS DAN LEMAS

Posted: 20 May 2011 08:54 PM PDT

Oleh Dr Khairuddin Abdul Malik
Tidak siapa di dunia ini percaya Umno adalah parti Islam. Buktinya sahabat sekelambu Umno: iaitu MCA awal-awal lagi memberikan amaran supaya Umno jangan pandai-pandai ajak PAS masuk BN kecuali jika PAS menggugurkan hasrat untuk melaksanakan prinsip Islam di Malaysia.


SEJAK pilihan raya Sarawak berakhir,negara gegak gempita dengan ucapan-ucapan retorik pemimpin-pemimpin Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tajaannya Perkasa.
• Orang Cina tak berterima kasih dan tak mengenang jasa Barisan Nasional (BN).
• Orang Cina nak ambil alih kuasa daripada Melayu.
• DAP ada agenda nak singkirkan kuasa Melayu.
• Kalau orang Cina tak sokong MCA,tidak ada lagi suara Cina di Putrajaya dan orang Cina akan merana.
• PAS susah-susah dukung Pakatan Rakyat,tapi DAP yang menang.
• Lebih baik PAS bersama Umno kuatkan kuasa Melayu.
• Buat apa PAS berpakat dengan DAP, kerana DAP tak pernah pun memperjuangkan Islam.
Malah media lidah bercabang Umno, Utusan Malaysia lebih jauh lagi mendedahkan betapa membarahnya roh Umno yang sedang sakit itu dengan kenyataan seperti berikut :
"Umno-BN disarankan lupakan sahaja undi orang-orang Cina dan mengajak orang-orang Melayu bersatu dengan slogan baru '1Melayu , 1Bumi'.
Penulis bahkan dimaklumkan oleh rakan-rakan daripada Kementerian Pelajaran jagaan Muhyiddin Yassin (TPM Malaysia),kursus dan pelbagai seminar yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran mengugut kakitangan kerajaan tentang kemungkinan DAP akan menguasai Malaysia. Diceritakan betapa jahatnya DAP. Namun, PAS tidak diserang sekadar menyatakan PAS tanpa sedar sedang diperalatkan oleh DAP.
Sebagai doktor perubatan dan sekali gus pengawal sains politik, penulis akan gagal jika tidak membuat – diagnosis-diagnosis berikut terhadap pesakit saya yang bernama Umno.
i. Umno sedang menghidap penyakit 'Senile Dementia'-pelupa dan kurang kekuatan intelek. Kejap Satu Malaysia kejap Satu Melayu. Seolah-olah pesakit kena telan ubat cirit dan ubat sembelit sekali gus!
ii. Umno sedang menghidap sakit jiwa bertaraf psikosis dengan ciri-ciri halusinasi dan delusi-semua orang salah,dia sahaja yang betul, Nampak bayang katanya hantu.
iii. Umno sedang mengidap penyakit fizikal yang berupa kerosakan menyeluruh pelbagai organ (multi-organ failure)-selalu pening pitam,sesak nafas,perut membusung dan kaki membusuk gangrene. Hutang negara menggunung, rasuah tak terkawal, jenayah berleluasa, gejala sosial luar kawalan dan hubungan perpaduan rakyat yang tercalar.
iv. Umno sedang menghidap andropause-lelaki tua yang bernafsu besar, kuat cemburu, asyik tuduh isteri main mata dengan jejaka muda dan suka menuduh lelaki yang lalu lalang di depan rumah cuba menggoda isteri yang gagal diberikan nafkah. Umno dah tak boleh jaga MCA, Gerakan dan MIC dan tak habis-habis mengugut MCA dan MIC. Pulak tu kuat cemburu dengan lelaki-lelaki tampan bernama PAS dan DAP.
v. Umno sedang menghidap sakit 'fiqulubihim marodun' (al-Baqarah: 10): qulub (hati) yang dipenuhi sifat-sifat mazmumah-dengki, buruk sangka, takbur, ujub dan ragu-ragu (syak). Dengan pengundi Melayu katakan PAS jadi alat DAP dan gadaikan Islam. Dengan pengundi Cina, Umno kata PAS parti ekstrem nak potong segala kepala orang Cina. Umno ajar MCA supaya sebut "Satu undi untuk DAP bermakna satu undi untuk negara Islam." Benci sangatkah Umno kepada Islam? Itulah tanda-tanda munafik yang dinukilkan dalam al-Quran.
Benarkah DAP perkauman dan anti-Melayu?
Penulis bukan peminat setia DAP dan tidak juga memusuhi DAP. Namun penulis sudah bergaul dan berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin DAP peringkat negeri sejak 1988. Memang benar kebanyakan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP orang Cina tetapi di Perak tidak kurang juga ahli-ahli DAP daripada bangsa Melayu, India dan Sikh. Bahkan di Perak bebarapa orang Melayu pernah memimpin DAP Perak dan memenangi kerusi-kerusi Dun atas tiket DAP. Antaranya, Salleh Nakhoda Hitam, Ibrahim Singgah, Fadzlan Yahya dan Asri Othman. Bahkan di peringkat nasional, tokoh-tokoh Melayu yang menjadi pemimpin DAP terus ada dari semasa ke semasa. Antaranya, Allayarham Ahmad Nor dan kini Tengku Aziz. Orang mungkin lupa Karpal Singh adalah pengerusi DAP dan orang seperti Karpal Singh langsung tidak berminat tentang agenda berasaskan kaum, baik atas nama Melayu, Cina ataupun Sikh. Orang secelupar Karpal Singh tidak mudah menerima agenda Cina di Malaysia.
Karpal Singh dan ramai pemimpin DAP adalah pemimpin-pemimpin yang berideologi sekular yang sangat taat memperjuangkan 'Rule of Law' berasaskan Perlembagaan Malaysia yang mereka anggap seperti 'kitab suci' mereka. Buktinya Karpal Singh pernah membela kakitangan perempuan Melayu beragama Islam yang dipecat jawatan kerajaan kerana memakai purdah. Bukan Karpal Singh sukakan Islam dengan amalan menutup aurat tetapi beliau sangat menghormati prinsip undang-undang yang mempertahankan hak-hak asasi manusia dan segi berpakaian dan mengamalkan agama masing-masing.
Lim Guan Eng pula pernah dipenjarakan kerana memperjuangkan hak seorang gadis sunti Melayu yang dikatakan dirogol oleh seorang Ketua Menteri daripada Umno ketika itu. Lim Kit Siang pula pernah ditahan ISA kerana menentang kekecohan perkauman cetusan Umno-MCA. Gobind Singh Deo pula digantung oleh Parlimen tanpa elaun kerana mempertikaikan tindak-tanduk Dato' Seri Najib Razak dalam isu 'rasuah kapal selam dan pembunuhan Altantuya'.
Benarkah PAS parti boneka Cina-DAP?
Wajar diperingatkan PAS adalah satu-satunya parti politik di Malaysia yang secara tegas, tidak berselindung dan istiqamah mengaku sebagai sebuah parti Islam yang bercita-cita di negara Malaysia ini terlaksana hukum-hakam dan nilai-nilai hidup yang berteraskan al-Quran dan As-sunnah. Dengan kata lain akidah perjuangan PAS adalah Islam dan matlamat keberadaan ahli-ahli PAS dalam politik adalah demi mencari keredaan Allah. Wajar juga diperingatkan dasar Islam PAS tidak pernah berganjak dan tidak akan dikorbankan. Adapun cara, kaedah dan pendekatan mencapai matlamat PAS ataupun istilah yang selalu digunakan – Strategi - akan diubahsuai dari semasa ke semasa berdasarkan suasana, keperluan dan mengambil kira faktor untung-rugi. Namun strategi yang PAS gunakan tidak akan menyalahi prinsip-prinsip al-Quran dan As-sunnah. Bahkan banyak disandarkan dengan sirah (perjalanan perjuangan Rasulullah) dan iktibar gerakan-gerakan Islam lain yang lebih awal.
Testimoni kepda strategi berbeza yang PAS gunakan dapat dilihat dalam sejarah panjang perjuangan PAS dalam politik Malaysia. PAS juga satu-satunya parti yang pernah bergabung dan bekerjasama atau bertahaluf dengan pelbagai entiti politik di Malaysia. PAS pernah bersama Umno-BN, APU (Semangat- 46 dan Berjasa), dan bersama Barisan Alternatif dan sekarang Pakatan Rakyat.
PAS juga biasa bersendirian. Semasa PAS bertahaluf dengan BN tentulah PAS juga bekerjasama dengan MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Semasa bersama dengan APU juga ada hubungan tak langsung dengan PBS di Sabah. Ini bermakna PAS sangat terbuka dan tidak jumud dalam tindakan dan pendekatannya.
Apa makna kepada strategi PAS yang pelbagai tersebut? PAS tetap sama dan tidak pernah menggadai perjuangan. Buktinya mudah. Dikala PAS tidak diperlukan oleh Umno, ketika itu PAS akan dicerca sebagai memperalatkan Islam dan mengkafirkan orang Umno. Tetapi ketika Umno gila talak mahukan PAS menyertai BN, tiba-tiba Umno berubah! Seperti kata PM Najib: "PAS sebagai parti Islam tentu lebih sesuai dengan Umno. Cita-cita Islam PAS lebih mudah dicapai melalui BN." Yang pasti dan tetap adalah: PAS sama ada di kaca mata Umno, DAP, KeADILan mahupun MCA adalah parti Islam.
Tidak siapa di dunia ini percaya Umno adalah parti Islam. Buktinya sahabat sekelambu Umno: iaitu MCA awal-awal lagi memberikan amaran supaya Umno jangan pandai-pandai ajak PAS masuk BN kecuali jika PAS menggugurkan hasrat untuk melaksanakan prinsip Islam di Malaysia. Makna kedua bagi kenyataan MCA itu adalah selama ini MCA boleh menerima Umno sebagai rakan kongsi kerana Umno menolak Islam. Berbeza dengan DAP, mereka tahu PAS memperjuangkan Islam tetapi tidak pernah mendesak PAS untuk menggugurkan dasar murni PAS tersebut.
Atas hujah-hujah tersebut bagaimana mungkin orang yang berakal (tidak gila) dan cerdik boleh percaya PAS sudah jadi alat atau boneka DAP. Adakah pernah orang DAP meminta lesen judi dan lesen arak yang PAS luluskan sebagaimana Umno luluskan beratus-ratus lesen judi dan arak kepada tauke-tauke MCA.
Adakah pernah PAS cuba kambus jenayah dan rasuah DAP sebagaimana Umno cuba selamatkan tauke-tauke MCA seperti dalam skandal Perwaja Terengganu, Bakun Sarawak dan PKFZ dan semua skandal berbilion-bilion ringgit di Malaysia ini selalunya adalah gabungan makar Umno dan MCA. Terlalu banyak bukti bahawa MCA-lah yang tunggang Umno atau dengan kata lain Umno adalah boneka MCA.
Sekadar PAS mempertahankan wakil-wakil rakyat DAP yang memasuki surau atau masjid untuk berucap dan menyampaikan bantuan kepada fakir miskin itu bukan boneka DAP. Itu maknanya PAS boneka Islam kerana uslub dakwah Islam tidak pula menghalang orang-orang bukan Islam memasuki surau atau masjid kerana itulah yang pernah diamalkan oleh Rasulullah di Madinah.
Keputusan PAS yang hanya ada satu kerusi bersetuju untuk menjadi kompenan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin pleh DAP di Pulau Pinang adalah satu kewajaran. Yang tidak wajar adalah apabila Umno menang paling banyak kerusi di Pulau Pinang, tiba-tiba serah kerusi Ketua Menteri kepada Gerakan. Bukankah itu juga bermakna Umno adalah boneka kepada Gerakan. Sehinggakan pada tahun 2007 hanya 1.6 peratus sahaja tanah milik orang Islam yang wujud di Pulau Pinang akibat kebaculan Umno. Komplot Umno-Gerakan-MCA selama 50 tahun adalah punca longlainya Melayu/Islam Pulau Pinang. Kenapa tiba-tiba sekarang DAP dan PAS dipersalahkan?
Nyata bahawa ungkapan PAS boneka DAP adalah ciptaan Umno sebagai propaganda memburukkan PAS bagi mengalihkan segala kepincangan dan pengkhianatan Umno kepada orang Melayu-Islam. Baik PAS atau Umno perlukan sokongan orang Cina untuk menang dalam pilihan raya. Mana lebih baik antara persahabatan PAS-DAP yang tidak rasuah dan bebas judi dengan persekongkolan Umno-MCA yang rasuah dan mesra judi. Terserah kepada orang Melayu untuk berfikir. Sementelahan pula mutakhir ini terbukti bahawa era MCA dipimpin Chua Soi Lek adalah sangat kuat bencinya kepada Islam.
Umno buta Matematik
Najib kata PAS kerja kuat untuk menangkan DAP. Orang-orang Melayu ditakutkan kemungkinan DAP akan menguasai negara atau beberapa negeri. Sekali lagi Umno tak habis-habis cuba memperbodohkan Melayu.
Di semua kerusi yang DAP memang baik kerusi Parlimen ataupun Dun - kerusi BN yang terus adalah sama ada kerusi MCA, MIC, PPP atau Gerakan. DAP tak kalahkan calon Umno. Bagaimana pula tiba-tiba DAP nak memerintah dan jadi anti-Melayu.
Statistik membuktikan,di seluruh negara ada 222 kerusi Parlimen. DAP hanya boleh bertanding tidak lebih 45 kerusi. Kalau menang 100 peratus DAP tetap tak boleh memerintah. Di Perak ada 59 kerusi Dun tetapi DAP hanya boleh bertanding dan menang di 18 kerusi sahaja. Di Sarawak ada 71 kerusi Dun dan DAP hanya bertanding 15 kerusi sahaja. Takkanlah orang Melayu nak ikut ketololan Umno yang buta Matematik.
Yang benar tetap benar. Kepalsuan tidak mungkin boleh bertahan lama. Politik baru akan terus mewarnai kehidupan rakyat Malaysia. Politik baru bermakna kebenaran, fakta, hujah, ketelusan, keikhlasan dan setiakawan. Politik lama ala Umno akan melabuhkan tirai. Sentiman dan perjuangan berdasarkan perkauman, kepentingan kelompok, benci membenci dan curiga mencurigai yang ditaja Umno tetap akan tewas kerana ia batil dan bertentangan dengan fitrah akal manusia.
Umno yang lemas dan cemas tak perlu kecoh. Rakyat ok, ok sahaja

PENGERUSI KELAB VETERAN PAS MENINGGAL DUNIA

Posted: 20 May 2011 05:10 PM PDT

hursday, 19 May 2011 18:06 Editor
E-mail Print PDF
http://buletinonline.net/images/stories/berita48/programakhirustazkassim.jpgKUALA TERENGGANU - Pengerusi Kelab Veteran PAS Terengganu, Ustaz Kasim Ahmad, 74, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tuan Mandak, Batu Enam, Kuala Terengganu.

Bekas wakil rakyat PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Serada (1969) itu disahkan meninggal dunia jam 10.30 pagi dihadapan isteri keduanya Puan Zainab Awang, 41, dan anak-anak setelah diserang penyakit angin ahmar (stroke) hampir sebulan lalu.

Ustaz Kasim yang juga Bendahari Dewan Ulama' PAS Terengganu meninggalkan dua balu iaitu Puan Noraidah Sulaiman dan Puan Zainab Awang bersama 13 orang anak hasil perkongsian hidup dengan kedua-dua isterinya.

[Gambar - Allahyarham - berbaju hitam tiga dari kanan - hadir pada Makan Malam Dana Pendidikan anjuran Dewan Ulamak PAS Terengganu pada 29 April lalu]

Jenazah allahyarham dimandikan di rumahnya jam 3.00 dan akan disembahyangkan di Masjid at-Taqwa, Batu Enam selepas solat asar, petang ini Khamis 19 Mei.

http://buletinonline.net/images/stories/berita48/ustazkassim.JPGAntara jawatan penting parti yang pernah diamanahkan kepada beliau iaitu Pesuruhjaya PAS Terengganu, Setiausaha PAS Terengganu, Bendahari PAS Terengganu, Ketua Penerangan PAS negeri, Yang Dipertua PAS Dungun, Hulu Terengganu dan Marang dan lain-lain.

Selain itu, beliau juga merupakan Bendahari Pembangunan Ma'ahad Darul Quran (MDQ) Rusila dan Pengerusi Koperasi Insaf Negeri Terengganu (KoINSAF).

Turut menziarahi jenazah allahyarham di rumahnya ialah Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Ketua Muslimat PAS Terengganu dan Setiausahanya, Safinah Jusoh dan Raja Endun Raja Abdul Rahman, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr B.Chandran dan Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus, Ustaz Ismail Dagang.

PEMUDA PAS LIPIS

Posted: 21 May 2011 11:24 AM PDT

PEMUDA PAS LIPIS


Lynas & Kesedaran Alam Sekitar

Posted: 20 May 2011 08:05 PM PDT


Kilang Lynas di Gebeng yang dibina untuk memproses bahan nadir bumi terus mendapat bantahan punduduk. Bermula dengan gerakan penerangan menerusi blog, kini memasuki fasa baru dengan demo di Kuantan dan KL. Pihak kerajaan BN Pahang yang membenarkan projek tersebut meminta rakyat menunggu keputusan panel bebas yang membuat penilaian. Saya melihat bantahan ini dari sudut kesedaran terhadap aspek keselamatan, kesihatan dan alam sekitar. Di bawah ini, saya paparkan sedikit penerangan tentang alam sekitar dan pencemaran sebagai panduan masyarakat umum.

1.0 Pendahuluan

Alam sekitar adalah amanah dan anugerah Allah kepada manusia. Ia harus dipelihara sebagai warisan generasi yang berpanjangan. Warisan ini begitu tinggi nilainya dalam kehidupan manusia. Walaupun tanggungjawab menjaga alam sekitar sangat penting, namun ianya seringkali diabaikan. Natijahnya, berlakulah pelbagai bentuk pencemaran alam sekeliling. Sekiranya tiada langkah-langkah kawalan dilakukan, kehidupan manusia di planet bumi akan terancam dengan bahan-bahan cemar yang berbahaya.

Pencemaran alam sekitar telah disedari oleh manusia semenjak sekian lama. Menurut Daniel Vallero yang menulis buku `Fundamentals of Air Pollution', sejak tahun 61SM lagi, seorang ahli falsafah bernama Seneca telah membangkitkan masalah pencemaran asap dari cerobong dapur di bandar Rom. Di samping aktiviti manusia, pencemaran alam sekitar juga boleh berlaku sewaktu malapetaka. Misalnya, tragedi gempa bumi dan tsunami di Jepun pada 11 Mac 2011 telah menyebabkan loji nuklear di Fukushima terbakar dan seterusnya berlaku pencemaran bahan radioaktif yang serius.


2. 0 Makna Alam Sekitar

Sebelum membincangkan tentang konsep pencemaran alam sekitar, wajar difahami terlebih dahulu makna ungkapan `alam sekitar'. Secara umumnya, alam adalah segala makhluk ciptaan Ilahi yang ada di langit dan di bumi. Menurut Kamus Dewan, perkataan alam sekitar adalah merujuk kepada persekitaran fizikal, persekitaran kehidupan dan keadaan luaran yang mempengaruhi kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan. Dari sudut saintifik, alam sekitar merujuk kepada `alam tabii' (nature) yang dikaitkan dengan dua unsur iaitu abiotik (benda bukan hidup) seperti angin, batu atau suhu; dan unsur biotik (benda hidup) seperti manusia, binatang serta tumbuhan.

Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling, yang digubal di Malaysia pada tahun 1974, alam sekitar diertikan sebagai faktor-faktor fizikal di sekeliling manusia termasuklah tanah, air, udara, iklim, bau; faktor-faktor biologi bagi binatang dan tumbuhan; dan faktor-faktor sosial estetika iaitu bagaimana masyarakat berinteraksi dengan persekitaran gubahan manusia seperti kawasan perindustrian, kawasan petempatan, jaringan perhubungan dan sebagainya. Menurut Hamidi Ismail dalam bukunya `Pengurusan Alam Sekitar', terdapat empat komponen utama alam sekitar iaitu atmosfera (unsur udara seperti oksigen, nitrogen, hidrogen); litosfera (unsur batuan, tanah tanih); biofera (hidupan seperti manusia, serangga, organisma); dan hidrosfera (komponen air seperti sungai, kolam, tasik).

Pakar alam sekitar tempatan, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang menyatakan bahawa alam sekitar mempunyai sifat-sifat yang seimbang, indah dan segar. Sifat seimbang ialah sentiasa harmoni dan saling berhubungan. Contohnya ialah keseimbangan penghasilan oksigen yang dikeluarkan oleh tumbuhan dengan penghasilan karbon dioksida yang dikeluarkan oleh manusia dan haiwan. Indah pula merupakan persekitaran semulajadi ciptaan Tuhan seperti gunung-ganang, sinar suria, air terjun dan sebagainya. Seterusnya, sifat alam sekitar yang segar digambarkan melalui warna-warna asli yang menyejukkan mata seperti keindahan panorama flora dan fauna.


3.0 Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai kehadiran satu atau lebih bahan cemar atau gabungannya dalam kuantiti tertentu, pada sesuatu jangka waktu, yang boleh atau berkecenderungan menyebabkan mudarat kepada kehidupan manusia, haiwan, tumbuhan atau harta benda, atau mengganggu suasana kehidupan yang tenteram atau kelangsungan sesuatu kegiatan. Di samping itu, terdapat takrifan lain yang menyatakan bahawa pencemaran alam sekitar adalah pembuangan bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke dalam persekitaran, yang menyebabkan terganggu keselesaan kehidupan.

Takrifan rasmi pencemaran di sisi undang-undang Malaysia, seperti yang termaktub di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ialah sebarang pengubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung terhadap sifat-sifat kimia, fizik atau biologi persekitaran menerusi pelepasan atau pembuangan bahan-bahan berbahaya, bahan cemar atau sisa buangan, yang memberikan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan, keselamatan dan kebajikan orang ramai, binatang atau tumbuhan; atau perlanggaran terhadap mana-mana terma atau tahap bahan cemar yang ditetapkan oleh undang-undang.

Berdasarkan takrifan di atas, konsep pencemaran adalah bergantung atau berpandukan kepada suatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, kenderaan menjana tenaga daripada pembakaran minyak petrol atau diesel di dalam enjin. Kesan daripada pembakaran tersebut akan menghasilkan pelepasan asap yang mengandungi gas-gas yang berbahaya seperti karbon monoksida. Namun, pencemaran udara yang disebabkan oleh pelepasan asap kenderaan hanya terjadi sekiranya gas-gas yang dilepaskan daripada ekszos adalah melebihi limit yang ditetapkan atau secara mudahnya, pelepasan asap yang berwarna hitam. Begitu juga dengan pelepasan air buangan industri. Antara parameter dan had yang ditetapkan ialah kandungan pepejal terampai 50 mg/liter dan nilai pH dalam julat 6.0 – 9.0.

Allah SWT telah menciptakan alam ini dengan sebaik-baik kejadian. Secara fitrahnya, memang terdapat pelepasan bahan cemar seperti habuk ke udara. Di samping itu, terdapat sisa buangan daripada lebihan makanan atau sampah yang berpunca dari daun-daun tua yang gugur. Namun, pencemaran tersebut boleh dineutralkan menerusi keseimbangan sistem alam sekitar. Misalnya, dengan berlakunya hujan, habuk-habuk yang berterbangan di udara akan gugur ke bumi dan menjadikan udara kembali bersih. Begitu juga dengan sisa buangan yang boleh diurai oleh organisma kecil dan menjadi baja kepada pelbagai jenis pokok. Namun, kerakusan manusia mengejar keuntungan dan kemewahan hidup, telah melepaskan bahan-bahan pencemar secara berlebihan dan melebihi daya tampung alam sekitar. Maka berlakulah pencemaran alam yang serius, terutama mutakhir ini.

Pencemaran alam sekitar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran tanah-tanih, pencemaran hingar (bunyi bising), bau dan sebagainya. Pencemaran tersebut akan membawa kepada banyak kesan buruk seperti berlakunya jerebu, hujan asid, wabak penyakit, peningkatan suhu bumi, kualiti air terjejas dan kehidupan samada ada daratan atau akuatik akan terancam. Dalam kes jerebu misalnya, ia berpunca daripada pembakaran terbuka di semasa pembukaan tanah ladang atau sewaktu penanaman semula. Pelepasan asap dan habuk ke udara secara melampau menyebabkan berlakunya jerebu dan ia diukur berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

PAS KAWASAN KENINGAU

Posted: 21 May 2011 11:07 AM PDT

PAS KAWASAN KENINGAU


TRAGEDI TANAH RUNTUH

Posted: 21 May 2011 08:22 AM PDT

PAS Kawasan Keningau mengucapkan  takziah kepada ahli keluarga tragedi menyayat hati yang mengorbbankan 5kanak-kanak (terkini jam 8 mlm) yang berusia antara 11-14 tahun.Kejadian yang mengejutkan negara ini berlaku di Hulu Langat , Selangor ke atas sebilangan kanak-kanak yang berada di rumah Anak Yatim pada jam 2.30 petang. Kejadian tanah runtuh tersebut berlaku begitu pantas sehingga  menyebabkan kira-kira 25 orang tertimbus. Seramai 5 orang kanak-kanak telahpun dijemput "menemui Allah" dalam kejadian tersebut. PAS Kawasan Keningau sekali lagi merakamkan ucapan takziah dan banyakkan bersabar di atas ujian Allah kepada keluarga mangsa. Semoga Allah mencucuri Rahmatnya kepada semua mangsa yang terkorban.Sesungguhnya anak-anak yatim adalah golongan yang dimuliakan oleh Allah dan Rasulullah S.A.W.Sehingga Nabi pernah bersabda yang di antaranya:

خَيْرُ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُحْسَنُ اِلَيْهِ وَشَرُّ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُسَاءُ اِلَيْهِ
Ertinya :
Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik.
Innalillah Wa Inna Ilaihi Roji'un....al-Fatihah

PAS Kawasan Gerik

Posted: 21 May 2011 09:50 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


Video : 100 Ribu Ahli PAS Turun Himpunan Bersih 2

Posted: 21 May 2011 07:13 AM PDT

Jasindaily Online

Posted: 21 May 2011 09:46 AM PDT

Jasindaily Online


PAS HANTAR 100 RIBU UNTUK BERSIH

Posted: 21 May 2011 09:01 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 21 May 2011 09:38 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Himpunan BERSIH kedua, 9 Julai 2011

Posted: 21 May 2011 05:47 AM PDT



KUALA LUMPUR, 21 Mei: Himpunan 'Bersih 2.0' seperti yang dirancang sebelum ini telah diputuskan untuk diadakan pada 9 Julai akan datang di Kuala Lumpur.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Pengerak Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohammad Sabu dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS petang ini.

"Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Kami dari PAS bersetuju dan akan menghantar 100 ribu ahli untuk himpunan itu," katanya.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) baru-baru ini.

Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' itu katanya akan bermula jam 2 petang.

Bagaimanapun ujarnya, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat.

"Kita dari PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis,"katanya.

Turut serta pada sidang media itu, AJK Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad.

Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100 ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.

Mereka mendesak empat perkara termasuk penggunaan dakwat kekal, media yang bebas, pemansuhan undi pos dan pembersihan daftar pemilih.

Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya.

Bagaimanapun kali ini kata Mohamad, dua lagi tuntutan ditambah iaitu penyalahgunaan institusi kerajaan secara berleluasa, dan menuntut tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan.

PAS katanya lagi memandang serius ketempangan demokrasi pilihan raya dan tidak mahu kejadian di Timur Tengah berulang iaitu menggunakan jalan raya untuk menukar kerajaan.

"Kita yakin dengan pilihan raya, tetapi bairlah adil dan saksama.

"Kita lihat penyalahgunaan jentera kerajaan berleluasa sehingga rakyat tidak tahu mana satu parti politik, mana satu kerajaan," katanya lagi.

Sementara itu, Dr Hatta pula berkata, himpunan kali ini dibuat memandangkan empat tuntutan Bersih sebelum ini langsung tidak dilayan oleh kerajaan.

Ianya termasuk isu undi pos yang dakwanya bukan diselesaikan, tetapi lebih dikusutkan.

Sekurang-kurangnya 62 Badan Bukan Kerajaan NGO akan turut serta dalam himpunan itu nanti.

"Kita bagi pihak PAS akan memanfaatkan himpunan di Muktamar nanti untuk menggerakkan mobilisasi rakyat," katanya.(hrkhdaily)


lagi berita :
PAS kumpul 100,000 ahli sertai BERSIH 9 Julai ini

KHIDMAT MERU

Posted: 21 May 2011 09:38 AM PDT

KHIDMAT MERU


GOTONG ROYONG BERSAMA PELAJAR PTRS

Posted: 21 May 2011 06:16 AM PDT











Satu program Khas "PTRS RAKAN MASJID" dengan bergotong royong membersihkan persekitaran Masjid As Syariff Meru telah berjaya diadakan hari ini 21 Mei 2011. Program anjuran bersama PTRS Dun Meru , Biro Pendidikan JKKK Meru dan Masjid As Syarif. Seramai 100 pelajar PTRS terlibat dengan bekerjasama sejak 9.00 pg hingga 11.00 pg dengan membersihkan persekitaran masjid dan mengecat dinding bangunan. Program julung kali diadakan merupakan program penambahbaikan PTRS dengan meningkat daya saing antara mereka dan meningkat sahsiah dengan program amal untuk masyarakat. KPMI Dun Meru , Encik Baharom Basiron yang menyelaras program ini akan mencadangkan pada Julai sempena kedatangan Ramadhan nanti untuk membersih dan membaiki 4 biji rumah miskin dengan setiap kelas terlibat. Diakhir sesi, pihak JKKK melalui Ketua Kampong dan Ketua Biro Encik Nordin telah menyampaikan tajaan buku tambahan rujukan SPM kepada semua pelajar.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 21 May 2011 09:18 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Stesen KTM Senawang tidak mesra pengguna

Posted: 20 May 2011 08:00 PM PDT




Pandangan Encik Maarof mengenai stesen keretapi yang baru dibina di Senawang wajar diberi perhatian dan tindakan oleh pihak yang berkaitan. Ikuti pandangan beliau di http://www.maarofkassim.com/2011/05/stesen-ktm-senawang-tidak-mesra.html

Pemuda Guchil

Posted: 21 May 2011 09:10 AM PDT

Pemuda Guchil


Wow !! Gelombang Hijau umNO pasti kecut - ( Fhoto Menarik )

Posted: 21 May 2011 05:27 AM PDT

"Dentuman Kuat, Tanah Kejar Saya" - Warden Rumah Anak Yatim

Posted: 21 May 2011 05:17 AM PDT

Tanah Runtuh : Semoga Allah Menyelamatkan mereka

Posted: 21 May 2011 05:15 AM PDT

Imej Video Diperbesarkan -UMNO Production Kecundang Teruk!!

Posted: 20 May 2011 07:59 PM PDT

Soalan Kepada Ulamak Perbankan

Posted: 20 May 2011 07:51 PM PDT

Saya nak solat di stadium, kapten jadi imam - Kata Tok Guru

Posted: 20 May 2011 07:16 PM PDT

Najib Bakal Hilang Sokongan Jika Tidak Bertindak Tegas Ke Atas Datuk T - Bekas Polis

Posted: 20 May 2011 07:15 PM PDT

Rakyat Derita Harga Barang Makin Naik

Posted: 20 May 2011 07:14 PM PDT

Saman royalti minyak: Mahkamah dengar rayuan kerajaan Kelantan 26 Mei

Posted: 20 May 2011 07:13 PM PDT

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 21 May 2011 09:09 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


KEMPEN KEBERSIHAN HOLISTIK

Posted: 20 May 2011 04:11 PM PDT

PAS TAMAN PAYA JARAS PERMAI

Posted: 21 May 2011 07:23 AM PDT

PAS TAMAN PAYA JARAS PERMAI


kerajaan Bini Rosmah..alahai

Posted: 21 May 2011 05:48 AM PDT


Selepas Najib dibelasah cukup-cukup dengan pelbagai isu, kini Rosmah pula yang dijadikan sasaran.

Bukan sekadar tuduhan rasuah dan kaitannya dengan kes Altantuya tetapi Datin Seri Rosmah Mansor ini 'ditelanjangkan' sepuas-puasnya peribadinya untuk memperkecil dan menjejaskan imej Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dengan kata lain, isu Rosmah kini semakin geger dan menjadi isu nasional kalaupun tidak antarabangsa.

Saya turut terbaca dalam satu tulisan oleh Bekas Budak Tingkat 37 PWTC pada blog http://ohsedapnya.blogspot.com bertajuk "PAK LAH TERPAKSA & DIPAKSA" ada menyebut;

"Ketika bermesyuarat dengan Dr Mahathir sekitar 1999 yang turut disertai Tun Daim Zainuddin, apabila nama Najib diajukan, Dr Mahathir berkata "kalau beri pada Najib, Rosmah yang memerintah!"

Apa pun ikuti dua rencana berikut bagaimana Rosmah digambarkan sebagai wanita 'hodoh' yang akan menjadi Wanita No.1 Negara.

1. Menjejaki Diari Rosmah,
Yang Bakal Ditabalkan Wanita Nombor Satu Negara !
( pahangdaily (17 Oktober 2008)

Rakyat Malaysia kini semakin ternanti-nanti seorang manusia yang bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Jika dulu ayahandanya Tun Razak menjadi Perdana Menteri Ke-2 selepas Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj dan bergelar "Bapa Pembangunan", maka tidak lama lagi anakandanya iaitu Najib Tun Razak bakal menjadi orang nombor satu negara.

Biarpun pedih di hati, namun hakikatnya perlu ditanggung juga. Najib bakal mengambil alih kepimpinan negara menerusi agenda "peralihan kuasa" Pak Lah yang dijangka bermula Mac 2009 ini. Maka itu, hebohlah rakyat Pahang memperkatakan hal ini. Ada yang seronok dan berbangga dengan kenyataan ini, malahan ada pula yang mencemuh dan tidak tergamak menerima Najib sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang baru. Namun begitu, dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang menantikan detik bersejarah ini namun terdapat seorang manusia yang khabarnya sudah tidak dapat tidur lena.

Siapa lagi kalau bukan Rosmah Mansor, wanita yang senantiasa mendampingi Najib walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jarang benar kita melihat Rosmah, meninggalkan Najib hatta dalam majlis-majlis rasmi sekalipun. Malahan kita juga selalu melihat kelibat beliau ketika majlis sidang media ataupun ketika Najib menyampaikan hadiah dan cenderahati di atas pentas. Rosmah seolah-olah menbayangi Najib.

Beliau seakan takut Najib tersilap langkah, maka buruk padahnya. Umum mengetahui bahawa Rosmah terlalu "boros berbelanja", bahkan ada yang menyamakan beliau dengan bekas Presiden Filipina Imelda Marcos. Sikap beliau yang senantiasa disisi Najib membuatkan ramai yang mengganggap bahawa beliau "queen control". Apapun hanya Najib sahaja yang tahu sikap sebenar isteri kesayangannya itu.

Ramai yang tidak tahu kisah sebenarnya bagaimana Rosmah berjaya mendapatkan Najib dari bekas isterinya Tengku Puteri Zawiah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur. Ketika itu Najib adalah MB Pahang pada usia mudanya. Menurut maklumat Rosmah sentiasa berkunjung ke pejabat MB untuk bertemu Najib. Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah.

Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah mengadap Najib, dan setiap kali itulah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB, lain-lain orang tidak dibenarkan. Kejadian itu berlaku agak lama, hinggakan MB Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu mengalihkan kenderaan MB untuk membuktikan beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah datang. Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.

Hubungan pelik Rosmah yang datang ke Pejabat ini berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati. Maka itu akhirnya, Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah ketika itu (seorang selebriti terkenal). Entah berapa harga yang dibayar kita pun tidak pasti, mungkin ratus ribu atau juta agaknya. Akhirnya berjayalah Rosmah memiliki Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan. Berbanggalah Rosmah kerana memiliki lelaki seperti Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat dulu.

Hasratnya menjadi nombor satu tercapai seketika tatkala isteri Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya. Namun, perjalanan Rosmah sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah. Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan. Beliau terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang Najib pasti akan diketepikan. Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.

Akhirnya kini, Rosmah sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya. Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan dimedia ketika beliau berada bersama Najib dalam mana-mana acara rasmi. Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat "tunjuk sebab", gara-gara mengambil gambar Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV. Rosmah tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran "tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti".

Katanya itu masih terpahat dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu. Jika ada pasti "dipastikan" mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya Najib.

Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka itulah beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu. Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai "wanita nombor satu".

Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh Najib dalam pakatan pembangkang. Semua ini bakal terjawab dalam masa terdekat ini. Apapun, tidurnya sedikit "tidak lena" bila melihat mahkamah membicarakan Kes Hasutan Raja Petra yang kini ditahan ISA. Apakah ini maknanya Rosmah dan Najib akan dipanggil sebagai saksi selepas ini?.

Terdapat juga khabar angin, Mahathir ada memberi "kata dua" kepada Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus "lepaskan Rosmah". Ini kerana Mahathir tahu siapa Rosmah dan apakah kaitannya dengan skandal-sakandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai "wanita nombor satu" selepas ini.
Terkadang kita naik hairan dan pening melihat kelibat Rosmah yang senantiasa disisi Najib. Beliau seolah-olah takut najib akan meninggalkannya atau melakukan sesuatu yang akan menggagalkan hasratnya itu.

Sama-samalah kita berdoa agar Rosmah akan diberikan kesedaran untuk kembali ke pangkal jalan dan mengenali dirinya sebelum beliau menjaga perasaan rakyat. Bagaimana harus Najib dan Rosmah menjadi "nombor satu" sedangkan dalam masa yang sama rakyat diseluruh pelusuk negara baik di kampung, di bandar dan di desa mula sangsi akan penglibatannya dalam kes-kes berkenaan. Beliau tidak mahu ke mahkamah, hanya ahli parlimen BN sahaja yang mempertahankan bahawa Najib sudah mengaku tidak bersalah maka kenapa lagi mahu dituduh !. Punyalah bangangnya ahli parlimen BN ini. Jika begitu Anwar pun kata dia tak bersalah, kenapa pula mahkamah mendakwanya? Bezanya rakyat tak percaya kes Anwar tetapi yakin dan percaya kes Najib

ROS yg berduri

Posted: 21 May 2011 04:02 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SALAHKAH Setiausaha Agung PKR mengadakan sidang media untuk memaklumkan bahawa parti tersebut telah menerima surat mohon tunjuk sebab mengapa parti tersebut tidak boleh diharamkan? Adakah notis sepenting itu yang melibatkan hidup mati parti itu perlu dirahsiakan dari ahli-ahli parti?

Kelmarin Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah mengadakan sidang akhbar memaklumkan bahawa parti PKR telah menerima notis dari ROS kununnya parti tersebut telah melanggar Perlembagaan dan berkemungkinan boleh diharamkan. Lebih melucukan lagi, notis tersebut tiada kena mengena dengan Perlembagaan Parti dan aduan yang disebut juga tidak melibatkan anggota parti. Jelas, pegawai tinggi dari ROS yang telah menandatangani notis tersebut cuai kerana tidak menyemak fakta terlebih dahulu.

Apabila sidang media dibuat oleh PKR, kecuaian dan ketidakcekapan Ketua Pengarah ROS diketahui umum dan berkemungkinan beliau merasa malu dengan kakitangan bawahannya. Oleh yang demikian, beliau menyalahkan PKR kerana mengadakan sidang media dan namanya tercemar akibat kebodohannya sendiri. Kununnya, mengadakan sidang media itu `kurang manis'. Adakah perbuatan beliau itu teramat manis dengan memajukan notis yang tidak betul tanpa fakta?

Ini bukan masalah `manis' atau tidak. Ini masalah maruah parti yang cuba dicemar dengan kaedah sedemikian rupa. Semua ahli parti berhak tahu apa yang menimpa parti mereka. Rakyat juga perlu tahu kerana PKR adalah sebuah parti yang besar apatah lagi Ketua Pembangkang adalah Ketua Umum parti ini. Mana mungkin perkara yang serius ini boleh dirahsiakan?

Saya ingin mengingatkan ROS, bekerjalah dengan tahap profesionalisma yang tinggi dan penuh integriti. Jangan cuba bertindak terburu-buru walaupun jika arahan itu datangnya dari pihak yang terlalu berkuasa. Apa yang berlaku baru-baru ini jadikan iktibar kerana ianya memalukan keseluruhan kakitangan di dalam Jabatan itu sendiri. Jika saya sendiri sebagai kakitangan ROS, saya tidak tahu di mana mahu letakkan muka dengan sikap bos yang begitu?/wfauzdin.blogspot.com

i n t a n h i j a u

Posted: 21 May 2011 07:06 AM PDT

i n t a n h i j a u


PAS SASAR 100 RIBU AHLI SERTAI BERSIH

Posted: 21 May 2011 06:30 AM PDT

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan sekali lagi menggerakkan rakyat bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 9 Julai ini bermula jam 2 petang.

Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.

mohamad sabu pc announcing new bersih rallyBeliau berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh BERSIH bersama-sama lebih 60 NGO dan parti politik yang bergabung di dalamnya dalam mesyuarat bersama pada 19 Mei lalu.

"Kami bagi PAS yang duduk dalam jawatankuasa BERSIH bersetuju dengan tarikh tersebut.

"Kami akan mengerahkan ahli dan penyokong untuk menyertai himpunan aman itu, seperti Bersih 1.

"Kita berharap tidak ada gangguan tertentu daripada pihak polis (sewaktu himpunan BERSIH 2)," kata Mohamad dalam sidang medianya hari ini.

bersih rally 271207 03Katanya, tujuan himpunan tersebut diadakan adalah kesinambungan empat tuntutan BERSIH dalam himpunan pertama mereka pada November 2007.

Menurutnya selain empat tuntutan mereka yang tidak dilayan oleh kerajaan dalam himpunan sebelum ini, BERSIH telah menambah lagi dua tuntutan.

Baca selanjutnya ...

PAPAN TANDA MASJID : LUPA ATAU SENGAJA LUPA...?

Posted: 20 May 2011 05:58 PM PDT


Sejak beberapa hari ini, beberapa papan tanda baru telah ditegakkan di beberapa simpang masuk ke bandar Teluk Intan. Kewujudan papan-papan tanda tersebut mungkin sempena lawatan Sultan Perak yang akan merasmikan Bangunan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) pada minggu hadapan ini.

Ada beberapa papan tanda tersebut yang menunjukkan arah beberapa lokasi penting di bandar ini seperti Menara Condong, Pasar Besar, Arena Square, Terminal Intan dan sebagainya. Namun, bagaimana pihak MPTI boleh terlupa akan papan tanda arah Masjid Daerah Teluk Intan ? Adakah Masjid Daerah dikategorikan sebagai tempat yang kurang penting dan kurang menarik ?

Diharap pihak MPTI segera berbuat sesuatu agar papan tanda arah Masjid Daerah dapat diadakan seperti lokasi-lokasi yang lain kerana masjid adalah syiar Islam. Ia juga dapat memudahkan bagi orang Islam untuk menunaikan solat terutamanya bagi mereka yang baru tiba ke bandar Teluk Intan. Masih belum terlambat lagi. MPTI mampu mengubahnya...

Serlahkanlah keprihatinan kita kepada Islam.

intanhijau.blogspot.com

mtdchenderoh

Posted: 21 May 2011 07:03 AM PDT

mtdchenderoh


Roh Arafah di Ijtimak Pas Ganti UMNO di Chuar

Posted: 20 May 2011 06:43 PM PDT

Ijtimak yang telah berjaya menghimpunkan petugas- petugas Pas dari kawasan Zon Utara Perak. Kehadiran pimpinan- pimpinan Pas terutamanya dari peringkat pusat, telah memberikan suntikan semangat kepada petugas- petugas parti bagi merealisasikan agenda "PAS GANTI UMNO".

Idea mengadakan Ijtimak di kawasan terbuka di bawah khemah mengingatkan kembali zaman perjuangan awal Pas bertapak di bumi Malaya. Dataran Pas Chuar di naungi dengan khemah- khemah putih menggamit pengunjung untuk singgah di sini. Ia juga seolah- olah mengembalikan igatan tetamu Allah di bumi Arafah.
Nyanyian lagu rasmi PAS

Sebahagian daripada peserta Muslimat
Sebahagian daripada peserta Muslimin
 Ucapan Pengarah Program
Ucapan Pesuruhjaya Pas Perak


Ucapan Perasmian oleh YB Salahuddin Ayub
Pidato pertama yang disampaikan oleh YB Senator Zailah
 Pidato oleh Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan Pas Pusat)
Pidato disampaikan oleh YB Mahfuz yang dipengerusikan oleh YB Idham Lim
YDP Pas kawasan Padang Rengas (Ustaz Jamaluddin) bersama Ustaz Idris Ahmad
Pentas Pidato dihangatkan lagi dengan kehadiran pimpinan DHPP Perak
Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Padang Rengas bersama pimpinan DHPP Perak
Peserta Ijtimak
Peserta ijtimak
Peserta ijtimak
Peserta Ijtimak Muslimat
Peserta Ijtimak Muslimat

Lagi gambar- gambar suasana ijtimak akan menyusul.... tunggu !!!

SELEBRITI DI IJTIMAK PAS GANTI UMNO

Posted: 20 May 2011 08:19 AM PDT

Ijtimak Pas Negeri Perak  peringkat Zon Utara baru- baru ini menampilkan kelainan apabila diserikan dengan persembahan artis tanahair. Kemunculan artis secara terbuka di pentas- pentas Pas, bukan lagi suatu keganjilan kerana semakin ramai artis tanahair menyatakan sokongan secara terbuka untuk berjuang bersama Pas.

Izam vokalis kumpulan EYE menghiburkan penonton sambil menyampaikan nasihat.
Kehadiran Bob Lokman mendapat sambutan hangat dari para penonton
Saudara Ikmal yang diamanahkan mempengerusikan majlis
Bob Lokman menggegarkan pentas ceramah hingga sanggup meninggalkan dunia glamour untuk berjuang bersama Pas
Peminat kecil tak melepaskan peluang..

PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 21 May 2011 03:33 AM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG


HEBAHAN CERAMAH

Posted: 20 May 2011 06:45 PM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 21 May 2011 03:19 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Tanding atau tidak, kami akan bincang dulu

Posted: 21 May 2011 12:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Para calon Ketua Dewan Muslimat PAS bercadang untuk berbincang di kalangan mereka dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk bertanding atau tidak.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud, (gambar) belum membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak bagi jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) pada Muktamar Agung PAS, Jun ini.

Beliau juga belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak bagi jawatan Naib Ketua DMPP, walaupun beliau merupakan salah seorang yang layak bertanding bagi kedua-dua jawatan itu.

"Tunggulah Isnin ini atau hujung minggu ini. Saya akan beritahu pada Isnin ini sama ada saya akan bertanding jawatan Ketua atau Naib Ketua," kata beliau yang juga anggota Parlimen Kota Raja ketika dihubungi, hari ini. 

Lebih jauh dari itu, beliau juga memberitahu, beliau sendiri belum pasti sama ada mahu bertanding salah satu jawatan itu atau tidak bertanding langsung bagi jawatan-jawatan tersebut.

Sebelum memutuskan perkara itu, beliau berhasrat untuk mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan Ketua DMPP sekarang, Nuridah Mohd Salleh dan rakan-rakan kepimpinan DMPP.

"Sehingga sekarang, kami masih belum mengadakan pertemuan untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Nuridah kerana Nuridah sendiri baru balik dari luar negara semalam," katanya.

Setelah perbincangan diadakan, beliau berhasrat untuk mengadakan sidang akhbar bersama dengan Nuridah dan kepimpinan DMPP lain bagi mengumumkan keputusannya.

"Jadi buat masa ini, biarlah ia terus menjadi teka-teki kepada orang ramai kerana saya sendiri masih belum membuat keputusan mengenainya," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Beliau juga berkata, sehingga kini, beliau masih belum menerima surat dari Jawatankuasa Pemilihan tentang pencalonannya itu walaupun beliau telah diumumkan salah seorang yang layak bertanding bagi jawatan tertinggi DMPP.

"Sebenarnya saya dah bertukar alamat, tetapi alamat baru saya itu tidak saya maklumkan kepada Jawatankuasa Pemilihan. Sebab itulah surat itu tak sampai kepada saya sehingga hari ini.

"Saya sendiri sebenarnya tidak mengambil kisah sangat mengenai perkara itu kerana di kalangan muslimat PAS sendiri terdapat ramai calon yang berkelayakan memegang jawatan-jawatan itu," tegas beliau.

Selain Dr Mariah, calon-calon lain yang telah diumumkan layak bertanding bagi jawatan Ketua DMPP terdiri daripada Nuridah Mohd Salleh, penyandang sekarang, Dr Asiah Ali dan Siti Zailah Mohd Yusof yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang. 
 
sumber : harakahdaily

Manipulasi Daftar Pemilih

Posted: 20 May 2011 08:28 PM PDT

SPR bantu jangka hayat Kerajaan BN

Posted: 20 May 2011 05:20 AM PDT

PAS menyifatkan langkah SPR untuk melaksanakan pengundian awal (advance voting) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti sebagai langkah bagi memenuhi hasrat Kerajaan BN untuk terus memerintah.
 
Perlaksanaan langkah tersebut ternyata bukan langkah pembaikan bagi sistem pilihanraya di tanah air, tetapi merupakan langkah berundur ke belakang, lebih tidak telus dan penuh dengan kekeliruan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan, realiti itu terserlah apabila ia akan dilaksanakan oleh SPR tanpa menjemput wakil-wakil parti pembangkang utama, khususnya Pakatan Rakyat, bagi membincangkannya terlebih dahulu. 

Menurut beliau, tindakan SPR itu menjadikan langkah tersebut penuh dengan tanda tanya dan kekeliruan kerana tidak dapat dipastikan siapakah golongan yang terbabit dengan undi awal.

Sebaliknya, katanya, sekiranya wakil-wakil Pakatan Rakyat dijemput untuk membincangkan perkara itu, pelbagai pandangan boleh diberikan bagi menjadikan langkah pembaikan pengundian yang hendak dilaksanakan oleh SPR benar-benar praktikal dan telus.

"Tetapi ini tidak berlaku, SPR tak pun menjemput kami. Ia akan dilaksanakan tanpa diberikan penjelasannya kepada kita tentang perkara itu," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar seperti yang dilaporkan akhbar The Star hari ini, mengenai langkah SPR untuk melaksanakan undi awal (advance voting) pada PRU Ke-13 sebagai langkah yang dikatakan pembaikan bagi sistem pengundian di tanah air.

Menerusi langkah itu seperti yang dilaporkan, pengundi-pengundi terbabit akan mengundi satu atau dua hari lebih awal dari hari pengundian, manakala kertas-kertas undi mereka itu akan dimasukkan ke dalam beg, disimpan dan dibilang bersama pada hari pengundian sebenar.

Menurut Mustafa, langkah tebaru SPR itu ternyata amat terbuka kepada penyelewengan, lebih-lebih lagi sehingga kini sudah dapat dikesan terdapat para pegawai SPR sendiri yang menyeleweng dalam melaksanakan tugasnya dengan memberikan kerjasama kepada Umno BN bagi memenangkan parti itu dalam pilihanraya. 

"Sedangkan untuk mengelakkan penyelewengan, kertas-kertas undi itu sepatutnya akan dibilang terus di tempat mengundi dengan disaksikan poling agen dan caunting agen, disimpan dan disekalikan pada hari itu dengan menggunakan Borang 14.

"Dengan cara itu, langkah tersebut akan lebih bermakna, berbanding yang akan dilakukan oleh SPR itu yang sememangnya terdedah dengan pelbagai penyelewengan," katanya.
  
Sekiranya wakil-wakil Pakatan Rakyat dijemput oleh SPR untuk membincangkan perkara itu sebelum dilaksanakan, katanya, itulah antara imput yang akan diberikan kerana itulah kaedah yang sepatutnya dilakukan. 

Menurutnya, penyelewengan yang akan berlaku menerusi langkah itu sudah tidak boleh dinafikan lagi, memandangkan pada masa lalu sudah terdapat bukti-bukti pegawai-pegawai SPR sendiri yang berkerjasama dengan Umno, BN dan KDN berhubung dengannya, termasuk berkaitan pendaftaran pemilih.

"Malah saya sendiri mempunyai bukti dan maklumat jelas mengenai mereka yang terbabit, tetapi saya tidak mahu dedahkan lagi pada hari ini," katanya.

Dengan perlaksanaan undi awal itu, beliau menjelaskan, di negara kita kini terdapat tiga jenis pengundian iaitu pengundian biasa di pusat-pusat pengundian berdasarkan senarai nama pemilih berdaftar dan undi pos yang melibatkan tentera, polis dan kakitangan awam yang bertugas di hutan atau di kawasan pendalaman.  
 
Undi pos sendiri, tegas beliau, sememangnya penuh dengan kekeliruan dan penyelewengan yang masih gagal diatasi oleh SPR sehingga kini.

Katanya, walaupun telah diberikan pelbagai pandangan oleh Pakatan Rakyat untuk diperbaiki, tetapi ia tetap gagal diatasi oleh SPR akibat salah guna kuasa para pemimpin Umno BN dengan kerjasama pegawai-pegawai SPR.

"Begitu juga dengan senarai nama-nama pengundi khususnya pengundi-pengundi baru. Ia juga penuh dengan penyelewengan akibat salah guna kuasa para pemimpin Umno BN dengan kerjasama pegawai-pegawai SPR, KDN dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

"Jadi sekarang dengan adanya pula undi awal atau 'advance voting' ini, penyelewengan pasti akan tambah menjadi-jadi dalam pengundian di negara kita yang semuanya itu dilakukan bagi memenuhi hasrat Kerajaan BN yang memerintah," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar SPR memanggil wakil-wakil parti utama untuk membincangkan mengenainya terlebih dahulu sebelum melaksanakannya pada PRU Ke-13 nanti. 

Pengikut