Sabtu, 21 Mei 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 21 May 2011 03:02 PM PDT

Tragedi Tanah Runtuh : Angka Korban Enam Orang

Posted: 21 May 2011 08:00 AM PDT

Hulu Langat , 21 Mei – Seorang lagi mangsa tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat meninggal dunia di Hospital Ampang malam ini.

Penghuni lelaki itu adalah antara sembilan mangsa yang cedera yang dikeluarkan daripada runtuhan itu petang ini.

Ini menjadikan jumlah yang maut dalam kejadian itu sehingga pukul 10 malam ini ialah enam orang.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang ini, seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah yang meranapkan khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yangdijadual pada pukul 5 petang .

Sehingga kini, seramai 10 lagi mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu. Operasi mencari dan menyelamat oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis,Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) diteruskan sehingga semua mangsa ditemui.

Kerajaan Selangor Beri Bantuan Segera Kepada Mangsa dan Keluarga Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat

Posted: 21 May 2011 07:15 AM PDT

Dato' Menteri Besar, Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga kepada kanak-kanak yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Madrasah Al Taqwa Felda Semungkis, Hulu Langat.

Kerajaan Negeri telah menghantar Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor serta Yayasan Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera kepada mangsa yang terselamat dan ahli keluarga mereka.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan membiayai kos keperluan kepada mereka yang terselamat dalam bencana alam ini serta petugas-petugas yang bertungkus lumus menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Dato' Menteri Besar akan menyumbangkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang anak mereka terkorban dalam kejadian ini sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak dijangka ini.

Dato' Menteri Besar telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memastikan kebajikan mereka yang terselamat dijaga.

Buat sementara waktu, Kerajaan Negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni madrasah dan ahli keluarga mereka yang terlibat di Azwin Resort sehingga misi penyelamat dan mencari mangsa selesai dijalankan.

Dato' Menteri Besar menasihatkan keluarga mangsa-mangsa terlibat supaya bersabar dan redha dengan kejadian ini. Semoga roh mangsa yang terkorban di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Tanah runtuh ragut enam penghuni asrama anak yatim, ramai timbus

Posted: 21 May 2011 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Enam orang disahkan terbunuh dalam kejadian akibat tanah runtuh di kawasan asrama anak yatim Sungai Semungkis dekat Kajang petang tadi.

Laporan terdahulu menyebut antara 20 hingga 30 penghuni asrama itu tertimbus dalam kejadian, yang dilaporkan berlaku kira-kira 2.20 petang.

Laporan The Star Online menyebut mayat enam kanak-kanak telah dikeluarkan.

Laporan Berita Harian Online pula memetik jurucakap ibu pejabat polis daerah Kajang berkata, tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.

Media juga melaporkan enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan dan keadaan mereka dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus.

Mereka yang cedera dibawa ke Hospital Kajang.

Seramai empat penyelia asrama belum dikesan lagi, laporan The Star Online.

Laporan media: Saksi dakwa 'tiba-tiba dikejar tanah'

Posted: 21 May 2011 05:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mei – "Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata ketua warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis dekat Kajang, Mohamad Hambali Ismail, 34.

Ditemui Berita Harian Online, katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.

"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.

Dia berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.

Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.

Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.

Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.

Laman web itu turut memetik seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

"Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya.

Muktamar: Perwakilan tentukan halatuju

Posted: 21 May 2011 05:00 AM PDT

Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com

Siapapun yang akan menang dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS dalam Muktamar PAS Ke-57 nanti sudah pasti ia menjadi anggota pasukan pimpinan yang akan berdepan dengan cabaran menjelang PRU Ke-13 ini.

Ini sudah banyak kali diperkatakan oleh pelbagai pihak dalam pelbagai media. Oleh itu, para perwakilan yang akan membuat pemilihan mempunyai tugas paling mencabar dan berat kerana pena mereka yang memangkah kertas undi – siapa yang mereka pilih –mempunyai kesan besar dan penting.

Para perwakilan yang memilih inilah nanti yang menentukan bentuk kepimpinan PAS, sekurang-kurangnya dua tahun lagi, di samping menghadapi pilihan raya ke-13 nanti.

Apakah para perwakilan mampu memilih pemimpin yang benar-benar mampu menghadapi semua cabaran ini nanti? Ini persoalan penting yang berligar menjelang Muktamar PAS bulan depan ini.

Pakatan Rakyat, di mana PAS menjadi anggotanya, sedang menghadapi cabaran yang sangat besar di tengah politik negara yang bergelora dan luar biasa, merongkai semua hukum agama, moral, malah undang-undang negara sendiri.

Disebabkan mereka yang berkuasa hendak mengekalkan kuasa mereka dengan apa cara sekalipun, maka mereka melakukan 'membujur lalu melintang patah'. Kelihatannya tidak ada satupun yang tidak boleh dilakukan asalahkan dapat mengekalkan kuasa, walaupun menggadai maruah agama dan bangsa. Keadaannya sangat dahsyat sekali.

Para pemimpin PAS yang akan dipilih ini akan berdepan dengan suasana sedemikian menjelang PRU Ke-13 nanti dan inilah cabaran yang sangat besar. Bagaimanakah mereka mendepani suasana yang segawat ini ketika hukum agama, etika moral dan semua peraturan kelihatannya telah dipinggirkan.

Rakyat sedang berkeluh kesah, lemas, malu, kecewa dan pelbagai perasaan lagi berdepan dengan suasana paling buruk dalam sejarah negara ini. Mereka seperti sedang berada dalam sebuah terowong gelap gelita yang tidak kelihatan sebarang cahaya di depan mereka.

Oleh itu PAS sebagai parti politik dan gerakan Islam kontemporer mestilah benar-benar mengenal pasti masalah ini. Di dalam jamaah PAS ada golongan ulama yang berwibawa, golongan profesional yang telah menunjukkan prestasi cemerlamg mereka selama ini, golongan veteran dan aktivis yang sangat istiqamah.

Oleh itu, rakyat mempunyai harapan tinggi untuk melihat mereka ini berusaha mengembalikan semula maruah negara yang sangat terjejas ini.

Para perwakilan mestilah membuat pilihan setepat-tepatnya tokoh mana yang mampu mendepani cabaran ini. Antara tokoh yang dipilih itu mestilah mereka yang mempunyai ciri-ciri:

+ Berilmu dan sentiasa berusaha menambah ilmu.

+ Mampu membaca dan menguasai politik kontemporari dengan tepat baik politik dalam negeri mahupun luar negara.

+ Sentiasa berfikiran terkini.

+ Mampu berinteraksi dengan pelbagai golongan masyarakat – Islam dan bukan Islam.

+ Bekerja secara berstrategi

+ Berfikiran terbuka.

+ Mengenal pasti masalah yang urgent.

+ Mampu mengendalikan isu-isu yang berbangkit serta merta.

+ Mampu membuat perubahan dan sanggup menerima perubahan.

+ Berfikiran jauh ke depan, malah mampu menjadi prime mover, penggerak utama masyarakat.

Ini antara ciri-ciri yang perlu ada kepada tokoh yang hendak dipilih oleh perwakilan dalam Muktamar PAS Ke-57 nanti. Oleh itu, para perwakilanlah yang akan menentukan perubahan dalam PAS.

Memang benar, tidak semua para tokoh yang mampu memiliki ciri- ciri seperti yang disebutkan, namun sudah pasti ia diukur berasaskan berapa banyak ciri-ciri tersebut yang mereka miliki. Semakin banyak mereka memiliki ciri-ciri itu, semakin terserlahlah kecemerlangan mereka.

Pengalaman, betapapun banyaknya, ia hanyalah sebuah routine yang dialami berulang-ulang dalam kehidupan seseorang. Namun ia bukanlah segala-galanya. Ia hanya salah satu elemen yang memberi nilai dalam kehidupan peribadi seseorang.

Namun jika seseorang tokoh itu mempunyai pengalaman yang banyak, ditambah pula memiliki ciri-ciri kepimpinan yang disebutkan tadi, tentulah ia mempunyai kelebihan dan sangat diperlukan oleh PAS. Tokoh seperti inilah yang wajar dipilih oleh para perwakilan nanti.

Muktamar PAS sebenarya bukanlah hanya sebuah pesta atau majlis untuk bertemu dengan kenalan atau tokoh lama, bukan untuk melepas geram dalam perbahasan, bukan juga untuk mempertahankan golongan, tetapi muktamar ialah tempat bermuhasabah, menilai kembali prestasi parti dan kepimpinan yang diamanahkan selama ini sama ada mereka telah menjalankan tugas mereka atau sebaliknya.

Sementara ittu, para wartawan yang puluhan jumlahnya – dari dalam dan luar negara – serta para pemerhati akan mengikuti Muktanar ini sepenuhnya. Gerak geri, ucapan, perbahasan dan sebagainya oleh pemimpin dan perwakilan akan menjadi bahan sorotan mereka. Justru berhati-hatilah dalam menyampaikan ucapan dan perbahasan oleh pemimpin dan perwakilan.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, sesetengah media yang dimiliki oleh parti yang memusuhi PAS dan Pakatan Rakyat sentiasa mencari kesalahan dan kelemahan PAS dalam muktamar tersebut untuk didedahkan. Oleh itu berusahalah menutup segara ruang kelemahan dan kekurangan.

Muktamar PAS Ke-57 ini mestilah menghantar mesej cemerlang, sebuah muktamar yang teratur, berdisiplin, dikawal oleh akhlak Islam dan melahirkan perbahasan bermutu.

Oleh itu tidak syak lagi, pemimpin yang di atas pentas dan para perwakilan sedang menjadi perhatian pelbagai pihak – dalam dan luar negara – untuk melihat watak dan wajah PAS di muktamar kali yang ke-57 itu.

Selamat bermuktamar.

Beranikah Najib sebut subsidi adalah candu kepada tauke IPP? Anwar

Posted: 21 May 2011 04:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Subsidi adalah candu pada rakyat, 'tauke-tauke' besar bagaimana?"Kepada orang kampung dan rakyat miskin, kamu katakan subsidi itu candu. Tetapi, adakah Najib akan berani mengatakan perkara yang sama kepada 'tauke-tauke' besar IPP?

"Ada Datuk Najib berani untuk panggil YTL, Genting Sanyen, Malakoff dan Ananda Krishnan – kamu ini ketagih 'candu? Tidak. Itulah sebabnya mereka marah sangat dan terus serang kita.

Demikian antara ucapan Ketua Umum KEADILAN itudi hadapan ratusan hadirin yang melimpah sehingga ke luar dewan pada siri program Jelajah Selangor (Jelas) di Dewan Orang Ramai Kampung Cheras Baru, malam tadi.
Anwar merujuk kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang melabel subsidi adalah satu bentuk candu, baru-baru ini.

Suasana perkarangan dewan seperti pesta dengan deretan puluhan gerai dan warung pasang siap, sekali pun program yang dimulakan dalam suasana hujan renyai.

Antara pimpinan KEADILAN yang hadir termasuk, Ahli Biro Politik, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Shuhaimi Shafiee.

Rakyat terus memberi perhatian terhadap penerangan Anwar yang berkait rapat dengan kehidupan mereka

Meneruskan ucapannya, Anwar menyelar sikap kerajaan Umno-BN yang sentiasa berpihak kepada kroni perniagaan yang kaya, dalam masa yang sama meminggirkan jutaan rakyat terbanyak melalui pembikinan dasar yang tidak pro-rakyat.

"Kalau rakyat itu miskin, pendapatan rendah, merempat, duduk di kampung-kampung, adalah menjadi tanggungjawab dan amanah kerajaan untuk menjaga dan membantu kebajikan mereka.

"Dalam sejarah, tidak pernah 'tauke-tauke' ini kalah. Yang kalah ialah rakyat. Sebab itu saya tak setuju dengan cara ini," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Dalam pada itu, Anwar bertegas bahawa persoalan kemiskinan dan kemunduran orang Melayu tidak akan selesai sama ada dirinya dipenjara, berikutan pelbagai percubaan oleh lawan politik termasuk dakwaan kes yang kini dihadapinya di mahkamah.

"Adakah dengan memasukkan Anwar dalam penjara, akan selesai masalah kemiskinan orang Melayu? Dah masuk pun 6 tahun, tak selesai juga. Bahkan, rasuah makin banyak," kata Anwar.

Beliau mencabar pimpinan Umno-BN untuk bertanya kepada rakyat Malaysia sama ada gejala rasuah dan penyelewengan tidak wujud di Malaysia.

Dalam pada itu beliau menambah, beban sebenar rakyat cuba dialihkan oleh media kawalan Umno-BN melalui pelbagai fitnah rekaan untuk menyerang peribadi, malahan fizikal ahli keluarganya.

"Oleh sebab tak boleh 'patahkan' Anwar, maka mereka mahu 'patahkan' Azizah, Nurul Izzah malahan cucu saya juga diancam. Seolah-olah nyawa kami ini tidak berharga kepada mereka.

"Saya ini menjadi 'public enemy' nombor satu kepada mereka. Jika lenyap, lebih senang," dedahnya memperingatkan hadirin mengenai percubaan ancaman dan ugutan terhadap keluarganya kebelakangan ini.

"Tapi kalau kamu ingat kami akan lemah, maka kamu silap kerana Insya Allah, ujian ini akan memperkuatkan kita," kata Anwar dengan bersemangat disambut sorakan ribuan hadirin.

Justeru, Anwar bertegas bahawa sisa hidupnya yang masih tinggal akan didedikasikan untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan.

"Yang pertama, kita kena sabar. Jangan fikirkan untuk membalas dendam kepada orang lain. Anak muda terutamanya perlu memastikan matlamat perjuangan, benci kepada kezaliman, pengkhianatan dan mahu membela nasib rakyat.

"Siapa yang tidak terguris perasaan apabila melihatkan isteri, anak dan cucu menjadi mainan mereka? Tetapi kita yakin, bahawa kemenangan yang diperolehi dalam pilihan raya akan datang pasti menyelamatkan negara kita," jelas Anwar.

Beliau berpesan kepada jentera KEADILAN untuk mempergiat penerangan, terutamanya penyebaran maklumat dan tawaran Pakatan Rakyat seperti yang terkandung di dalam Buku Jingga.

"Rakyat kena bangkit. Walau bagaimana susah sekali pun, kita jangan mengaku kalah," jelasnya.

Himpunan Bersih 2: 9 Julai

Posted: 21 May 2011 04:00 AM PDT

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Himpunan Bersih 2.0 seperti yang dirancang sebelum ini telah diputuskan untuk diadakan pada 9 Julai akan datang di Kuala Lumpur.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Pengerak Demokrasi PAS, Mohammad Sabu dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS petang ini.

"Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Kami dari PAS bersetuju dan akan menghantar 100 ribu ahli untuk himpunan itu," katanya.

Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' itu katanya akan bermula jam 2 petang.

Bagaimanapun ujarnya, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih 2.0 sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat.

"Kita dari PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis,"katanya.

Turut serta pada sidang media itu, Ajk Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad.

Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100 ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.

Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya.

Ibrahim Ali insists not racist, says helped Chinese

Posted: 21 May 2011 03:30 AM PDT

By Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR, May 21 — Perkasa chief Datuk Ibrahim Ali stressed today that he was not a racist, and held up his contributions to his Chinese constituents as evidence of this.

The Pasir Mas MP pointed out that he had given fertiliser to Chinese farmers, contributed RM5,000 to celebrations at a Chinese temple, fixed a pothole-ridden road to a temple and also given cash to high-scoring Chinese and Malay students.

"(This is) proof that Datuk Ibrahim Ali, Perkasa president, is not racist (and) is attentive to all races — 1Msia," said Ibrahim in capital letters in a text message today.

"What is being defended is the federal constitution and this is the same with the command and reminder from the Conference of Rulers," added Ibrahim.

The Independent lawmaker said there were no Indian students or voters in his constituency in Kelantan.

In his text message, Ibrahim asked online news portals like The Malaysian Insider, Malaysiakini, Free Malaysia Today, as well as English-language daily The Star and the Chinese media to pay attention to a picture of him with 200 Chinese farmers, which was printed in Umno-owned Utusan Malaysia today.

Ibrahim also told The Malaysian Insider that he had donated hundreds of thousands of ringgit and helped raise funds for three Chinese temples in his constituency.

Perkasa has come under fire from the opposition and even the MCA for its strident race rhetoric, which the Chinese party has blamed for Barisan Nasional (BN)'s inability to regain the community's support.

Perkasa has also declared its willingness to lead the "1 Melayu, 1 Bumi" movement mooted by Utusan Malaysia recently, despite objection from its patron Tun Dr Mahathir Mohamad to the proposal.

Ibrahim himself recently threatened Christians nationwide with a jihad or holy war should they proceed with a supposed agenda to usurp Islam.

The pint-sized fiery politician's warning came after Utusan published an unsustantiated report on May 7, claiming a secret pact between the DAP and Christian leaders to install a Christian as prime minister and oust Islam as the religion of the federation.

Today, Ibrahim took pains to highlight how he has donated oranges, hampers and angpows to the poor during Chinese festivals.

"You can go to Pasir Mas and ask the Chinese there," he told The Malaysian Insider.

Perkasa started out as a one-man movement in the aftermath of Election 2008 but has since grown into a vocal pressure group on matters related to the Malay community and what the group describes as "Malay special rights". It is a non-governmental organisation but counts many Umno members in its ranks.

Mat Sabu sahkan tanding kerusi No 2 PAS

Posted: 21 May 2011 03:00 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu hari ini mengesahkan akan bertanding jawatan timbalan presiden parti itu pada pemilihan bulan depan.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai "Mat Sabu" berkata, surat rasmi penerimaan pencalonan akan diserahkan kepada jawatankuasa pemilihan dalam tempoh terdekat.

Tarikh akhir menyerahkan borang makluman rasmi bertanding adalah 26 Mei ini.

"Saya seperti sebelum ini berkata bersedia menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden PAS.

"Ya, saya sah akan bertanding dan borang maklumat rasmi bertanding akan saya serahkan esok atau lusa," katanya pada sidang media di sini.

Ketika ditanya mengenai jumlah pencalonan yang diperoleh, Mohamad bagaimanapun enggan memberikan jawapan, sebaliknya berkata, "ia memberangsangkan."

"Kalau jawatankuasa pemilihan juga rahsiakan, saya juga akan rahsiakan, apa yang boleh saya katakan ia memberangsangkan.

"Saya bersedia bertanding jawatan timbalan presiden sekiranya ada pertandingan sebab saya tidak tahu siapa yang akan bertanding," katanya.

Difahamkan Mohamad menerima pencalonan yang paling tinggi bagi jawatan itu.

Seramai enam orang layak bertanding jawatan itu termasuk penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memutuskan untuk tidak bertanding jawatan itu, sebaliknya akan mempertimbangkan untuk mempertahankan jawatan yang disandang sekarang.

Mohamad pernah mencuba nasib merebut jawatan nombor dua itu pada pemilihan 2009 tetapi tewas.

Sementara itu, Bendahari PAS Dr Mohd Hata Ramli yang turut hadir pada sidang media hari ini berkata, beliau masih belum memutuskan sama ada mahu bertanding jawatan naib presiden atau tidak.

"Saya belum menerima surat rasmi lagi, saya akan lihat jumlah pencalonan dulu.

"Kalau kehadiran saya bagi jawatan itu akan menaikkan PAS, saya akan bertanding," katanya.

Setakat ini hanya Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad sudah mengesahkan akan bertanding jawatan itu.

Seramai 14 orang layak bertanding jawatan itu.

Ketua Penerangan Ulama PAS Nik Zawawi Nik Salleh memutuskan untuk tidak turun gelanggang dengan alasan mahu memberi peluang kepada orang lain.

Mahathir terus beri respons baik

Posted: 21 May 2011 02:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mei — Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan terus memberi respons baik terhadap rawatan dan fisioterapi yang dijalaninya di Institut Jantung Negara (IJN).

Pegawai khasnya Sufi Yusoff berkata, bekas perdana menteri juga mempunyai selera makan yang bertambah baik dan doktor gembira dengan kadar respons terhadap rawatan berkenaan.

Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN, Rabu lalu disebabkan jangkitan pada dada setelah mengalami batuk dan demam.

"Dr. Mahathir akan terus menerima rawatan antibiotik intravena dan fisioterapi dada dan beliau juga menjalani senaman rutin seperti berjalan di sekitar wad sejak semalam," katanya dipetik Bernama.

Laporan itu berkata Dr. Mahathir akan terus menerima rawatan di IJN bagi membolehkan doktor meneliti perkembangannya dan pelawat hanya terhad kepada anggota keluarga terdekat.

Sufi juga dipetik berkata Dr. Mahathir dan isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali turut mengucapkan rasa terhutang budi dan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan supaya beliau cepat sembuh.

Antara 20 Hingga 30 Anak Yatim Dipercayai Tertimbus Di Ulu Langat

Posted: 21 May 2011 02:00 AM PDT

KAJANG 21 Mei : Kira-kira 20 hingga 30 penghuni sebuah rumah anak yatim di Sungai Gahal, Ulu Langat dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Dua mayat kanak-kanak penghuni rumah anak yatim sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis sebentar tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan bilangan penghuni yang terkorban dalam kejadian itu.

Sebelum ini, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah terbabit dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2 petang tadi.

PRU-13: PAS belum bincang kerusi, yakin kekal status quo

Posted: 21 May 2011 01:44 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 21 Mei — Pakatan Rakyat (PR) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung pengagihan kerusi yang akan ditandingi komponen masing-masing pada pilihan raya umum ke-13, kata seorang pemimpin PAS hari ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menjelaskan parti Islam itu mahu memberi tumpuan ke atas pemilihan pusat dan muktamar yang akan diadakan awal bulan depan terlebih dahulu.

Bagaimanapun Abdul Halim berkata, kebiasaannya parti-parti komponen PR akan mengekalkan status quo berdasarkan formula pilihan raya umum 2008.

Pada 8 Mac 2008, PAS bertanding di 66 kerusi Parlimen manakala DAP dan PKR masing-masing 47 dan 97.

Di peringkat Dewan Undangan Negeri pula, PAS meletakkan calonnya di 232 kerusi, DAP (102) dan PKR (176).

Tiga tahun lalu, PR yang dianggotai PAS, PKR dan DAP berjaya menafikan kemenangan dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen.

Malah, perikatan itu berjaya merampas kerajaan negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain mengekalkan Kelantan dimenangi PAS pada 1990.

Namun, Perak dirampas semula BN setahun selepas itu ekoran tindakan tiga wakil rakyat PR melompat parti.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan sebelum Ramadan ini atau awal Oktober, dan jika tidak awal tahun depan.

"Kita belum berunding lagi, cuma arahan-arahan (pimpinan Pakatan), suruh kita selesaikan dulu di peringkat negeri, yang mana tidak selesai akan dibawa kepada perhatian kepimpinan pusat.

"Pada dasar kita ikut status quo, kita ikut kuota... kerusi ini tidak berubah dan ia akan kekal begitu," katanya.

Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu, jika ada sebarang perubahan ia akan dirunding di peringkat pusat PR.

Ditanya mengenai tindakan Umno yang mahu meneruskan rundingan dengan PAS, Abdul Halim menjawab dengan ringkas, "Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) dan semua sudah tolak."

Idea itu telah dibangkitkan beberapa kali oleh Umno.

Terbaru Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya bersedia meneruskan rundingan dengan PAS mengenai isu perpaduan Melayu.

Beliau juga berkata kedua-dua parti itu perlu menghentikan perbalahan dan duduk berbincang bagi mengelak masyarakat Melayu berpecah.

Umno 'hidupkan semula' Juara Rakyat hadapi PRU-13

Posted: 20 May 2011 11:32 PM PDT

ALOR SETAR, 21 Mei — Umno akan menerapkan dua elemen baru dalam fasa kedua program Juara Rakyat bermula Jun ini untuk mengukuhkan kesepaduan komponen Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dianggap Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih getir.

Umno memperkenalkan program Juara Rakyat awal tahun lalu dan telah diadakan secara di seluruh negara.

Dipetik Bernama, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, elemen itu ialah ceramah yang menyentuh isu-isu semasa dan pembabitan semua parti komponen BN.

PRU-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Ahmad berkata, ingatan Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden BN semalam bahawa PRU-13 dijangka getir bagi BN dan tidak seperti PRU terdahulu berikutan parti-parti lawan bertambah agresif, tepat pada masanya.

"Perubahan yang dibuat dalam program Juara Rakyat kali ini mengandungi unsur-unsur untuk menghadapi situasi getir terbabit supaya penyokong BN tidak goyah," katanya di sini malam tadi.

Kata Ahmad, surat arahan daripada beliau bagi penganjuran program itu akan diedarkan kepada semua ketua bahagian dalam tempoh seminggu dari sekarang.

"Selepas menerima surat, saya mahu setiap bahagian menganjurkannya dengan pelbagai tema supaya Umno dilihat bergerak di seluruh negara," katanya dan menambah ibu pejabat parti akan membantu menjayakan program daripada segi kewangan.

Mengenai ingatan Muhyiddin supaya tiada lagi pertelagahan di bahagian, Ahmad berkata, ingatan itu sangat wajar supaya semua pihak segera menyelesaikan pertelingkahan sekiranya masih belum selesai.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyamakan perkara itu dengan "cah keting" yang menjadi punca BN tewas di lima negeri pada PRU-12.

"Maaflah... perkara ini berlaku di Kedah dan tidak terkecuali Kelantan. Di Manik Urai (pilihan raya kecil 2009), kita kalah 65 undi sahaja kerana 300 ahli Umno yang tidak setuju dengan pemilihan calon tidak keluar mengundi.

"Perbuatan jatuh menjatuhkan seperti ini tidak boleh berlaku lagi dalam Umno. Jadikan kekalahan (PRU) 2008 pengalaman pahit yang sangat berharga," katanya.

Abu Sayyaf tuntut RM558,000 bebas ahli niaga Malaysia

Posted: 20 May 2011 10:30 PM PDT

ZAMBOANGA , 21 Mei — Anggota militan selatan Filipina yang menculik seorang ahli perniagaan Malaysia, Mohammad Nazaruddin Saidin, dilapor menuntut wang tebusan lapan juta peso (RM558,000).

Nazarudin, 38, bapa kepada enam anak diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina, 8 Mei lalu bagi menguruskan perniagaan berkaitan cicak tokek di negara tersebut.

Tambah beliau, nasib rakyat Malaysia yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor itu juga masih belum diketahui.

Laporan media sebelum ini menyebut kumpulan penculik meminta wang tebusan pendahuluan lima juta Peso (RM348,317).

Ketua polis wilayah, Felicisimo Khu dipetik AFP berkata, kumpulan Abu Sayyaf meminta wang tebusan daripada seorang pegawai konsul Malaysia di Filipina.

Ahli perniagaan cicak tokek itu diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata berhampiran bandar Indanan di Pulau Jolo.

Khu berkata, perkara itu dimaklumkan pegawai konsul Malaysia tersebut kepada polis Indanan semalam.

Tebusan itu kini ditempatkan di sebuah kampung berhampiran yang tidak dinyatakan lokasinya, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Randolph Cabangbang sebelum ini berkata, Mohammad Nazaruddin diculik selepas berada di pulau itu selama sebulan.

Ditubuhkan pada 1990-an dengan wang pembiayaan dari jaringan al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden, Abu Sayyaf mengaku bertanggungjawab di atas serangan-serangan keganasan Filipina termasuk pengeboman feri 2004 yang mengorbankan lebih 100 nyawa.

Kumpulan militan itu juga dipertanggungjawabkan ke atas beberapa kes penculikan melibatkan rakyat asing, ahli perniagaan tempatan dan mubaligh bagi mendapatkan wang tebusan.

Foto-foto Pilihan Himpunan 10K Pemuda Pas Kelantan

Posted: 20 May 2011 08:04 PM PDT

Jangan Ingat Golongan Guru Bodoh

Posted: 20 May 2011 07:11 PM PDT

Akhirnya muhyidin sembab mengaku. Dia ingat golongan guru bodoh macam umno.

Golongan guru akan bangkit ajar umno laknat.

PENYAPU SIAL

Posted: 21 May 2011 01:41 PM PDT

Kenapa Pengundi Hulu Selangor Meningkat Drastik?

Peningkatan secara drastik jumlah pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor dipercayai berkait rapat dengan sindiket memberikan kewarganegaraan kepada warga asing, seperti yang didedahkan Parti Keadilan Rakyat 10 Mei lalu.

Hasil percaturan licik itu, semalam UMNO Hulu Selangor mengumumkan jumlah pengundi dikawasan parlimen itu meningkat secara drastik iaitu, lebih 15 ribu orang, menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar.

Sehubungan itu, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) didesak agar segera menyiasat dakwaan itu dan melumpuhkan segala aktiviti 'menjual' kedaulatan negara itu.

"Memetik Sinar Harian semalam, dia (UMNO Hulu Selangor) kata jumlah pengundi di Hulu Selangor meningkat lebih 15 ribu hasil usaha UMNO Selangor daftarkan mereka," kata Khalid kepada media ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

11 Mei lalu Khalid bertindak membuat laporan polis berikutan bimbang dengan tindakan terdesak UMNO BN yang berikrar mahu merampas kembali Selangor dengan apa jua cara tanpa menyedari tindakan itu akan menggadaikan kedaulatan negara.

Modus operadi memberikan hak kerakyatan itu dilihat mirip kepada projek kad pengenalan di Sabah sewaktu dipimpin oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1990.

"Projek kad pengenalan tidak begitu diketahui di Semenanjung tetapi merupakan isu panas di Sabah.

Sehingga kini kerajaan BN tidak mahu menangani isu itu dengan serius.

Kita tahu mengapa, kerana Projek kad pengenalan adalah projek UMNO Sabah merubah demografi negeri tersebut bagi memastikan UMNO terus berkuasa," tegas Khalid.

Sementara itu, bekas calon DUN Likas, Dr. Chong Eng Leong mengesahkan kegiatan memberi hak kerakyatan kepada warga asing berlaku secara berleluasa di Sabah.

Eng Leong yag juga penulis buku 'Lest We Forget', adalah individu yang bertanggungjawab membawa petisyen daftar pemilih yang dicemari warga asing ke mahkamah sehingga memaksa pilihan raya kecil DUN Likas diadakan semula pada tahun 1999.

Baru- baru ini, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mendedahkan Ketua UMNO Hulu Selangor, Datuk Idris Jaafar menghantar surat rasmi kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien memohon agar diberi status warganegara kepada kira- kira 2000 warga asing bagi mengundi BN pada pilihan raya umum ke- 13 akan datang.

Pendedahan itu dinafikan Idris dan mengugut untuk mengenakan tindakan mahkamah kepada PKR.

"Dia nak saman saya terpulang, Saya lapor polis supaya perkara ini disiasat," kata Khalid.

UMNO Hulu Selangor turut mendakwa surat tersebut adalah palsu malah Hishamuddin serta Timbalannya Datuk Lee Chee Leong berkata, kementeriannya tidak akan memberi kelulusan ke atas permohonan kerakyatan penuh kepada warga asing jikapun ia dipohon Umno.

Justeru Khalid berkata, Pakatan Rakyat dan pelbagai pihak mendesak agar ditubuhkan Siasatan Diraja bagi menyelesaikan masalah tersebut namun cadangan itu tidak mendapat sebarang reaksi dari kerajaan pemerintah.

"Projek IC adalah cabaran besar PR.

Justeru ia salah satu unsur dalam Buku Jingga.

Kita menjanjikan rakyat Sabah untuk selesaikan isu tersebut dan kita juga perlu bersiap siaga kemungkinan sindiket tersebut melebarkan sayapnya ke Semenanjung," kata Khalid lagi.

tvs

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut