Sabtu, 8 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Batu9kgtengah's Blog

Posted: 08 Jan 2011 09:35 PM PST

Batu9kgtengah's Blog


Ahli PAS Cawangan Turut Serta Menghantar Memorandom Perlantikan SUK Negeri Selangor

Posted: 05 Jan 2011 02:41 AM PST

Putrajaya, 4 Jan    : Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor hari ini telah menghantar memorandom kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Sidek Hassan, bagi membantah tindakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang melantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang baru, Dato' Mohd Khusrin Munawi dengan membelakangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim, selaku ketua Kerajaan di Negeri Selangor.

Memorandom telah diketuai oleh ketiga-tiga Ketua Pemuda PR iaitu Ustaz Hasbullah Ridhwan Ketua  Dewan Pemuda PAS (DPPN) Selangor, Khairul Anwar Zainuddin, Ketua Angkatan muda PKR Selangor dan Jenice Lee (Ketua DAPSY yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, dengan diiringi oleh pimpinan Pemuda ketiga-tiga sayap.

Bantahan itu bermula dari hadapan masjid Putrajaya seawal jam 10.30 pagi dengan kawalan ketat daripada pihak Polis sejak awal pagi.

Pemuda PR turut memberikan "hadiah istimewa" untuk diserahkan kepada KSN  yang berupada Perlembangaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Ketua DPPN Selangor, Ustaz Hasbullah, mahu KSN menarik balik pelantikan itu yang disifatkan mampu menyelesaikan kemelut ini. Beliau juga menyeru mana-mana pihak supaya tidak mengheret dan berselindung di sebalik istana dalam isu itu.

"Kita berpandangan jika KSN tarik balik, tidak mencemarkan imej beliau. Kita minta beliau memberi pertimbangan sewajarnya," katanya lagi yang juga Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

Sementara itu antara pimpinan DPPN Selangor yang turut hadir ialah Timbalan Ketua DPPN, Ahmad Zaidy Talib, Naib Ketua, Sany Hamzan, Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) DPPN, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Setiausaha PAS Cawangan Batu 9 Kampung Tengah, Zahriezan Jamaluddin, Abang Ahmad Kerdy Abang Masagus, Ustaz Mohd Faudzan Mazlan dan beberapa ketua DPP Kawasan serta ahli-ahli Pemuda PAS dari seluruh Selangor.

Manakala pimpinan PAS Kawasan dan Cawangan yang turut hadir ialah Bendahari PAS Kawasan, Haji Abu Hasan Amat, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Terap, Haji Miskon Misan dan Ahli PAS Cawangan Batu 9 Kampung Tengah, Haji Ithnain Salleh


PAS Cawangan sertai Kempen Anti Zina Sempena Tahun Baru 2011

Posted: 01 Jan 2011 02:31 AM PST

Kuala Selangor, 31 Dis    : Beberapa ahli PAS Cawangan telah menyertai Kempen Anti Zina Sempena sambutan Tahun baru 2011. Program tersebut adalah anjuran Kerajaan Negeri Selangor dibawah Jawatankuasa Generasi Idaman Selangor (Gems) dan melibatkan  beberapa agensi Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor bersama-sama dengan parti politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO's).

Antara agensi kerajaan negeri yang terlibat ialah Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Selangor, Pusat Khidmat Masyakarat (PKM) dalam Parlimen Kuala Selangor dan Tanjong Karang dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Manakala NGO yang terlibat dalam program tersebut ialah Yayasan Amal Malaysia (YAM), Pertubuhan Badan Kebajikan Wanita Islam Selangor (BAKEWANIS) dan lain-lain. Turut terlibat dalam program tersebut ialah Nazir-nazir dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid seluruh Daerah Kuala Selangor.

Operasi yang dimulakan pada jam 9.30 malam dimulakan dengan taklimat dan ucapan oleh Pegawai Tadbir Agama (PTA) PAID Kuala Selangor, Ustaz Hashim Muhamad sebelum peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk membuat operasi di tiga tempat yang berasingan seperti yang ditetapkan oleh pihak Urusetia.

Antara tempat yang diserbu dalam operasi tersebut ialah Pantai Remis Jeram, Universiti Industri Selangor (UNISEL), Pekan Tanjong Karang dan beberapa tempat lagi.

Dalam operasi tersebut beberapa pasang "kekasih" telah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika sedang berdua-duaan berhampiran dengan tasik di UNISEL, selain itu sepasang "kekasih" yang sedang berdua-duaan di dalam bilik di UNISEL turut ditangkap dalam operasi tersebut.

Sementara itu, dua orang pelajar lelaki telah ditangkap oleh pihak berkuasa disebuah rumah di Berjuntai Tin, kerana didapati positif dadah.

Antara yang turut serta dalam program tersebut ialah Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Ustaz Mohd Judi Sarjo, Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Haji Misran Serman, Nor Az Azlan Ahmad, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Setiausaha PAS Cawangan Batu 9 Kampung tengah, Ustaz Ahmad Alang, Zainal Abidin Abdul Samat, Mohd Faizal Baharuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Tengi Kiri, Haji Roslan Basri.


LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 08 Jan 2011 09:14 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


JCorp - TIADA MASALAH BAYAR BALIK HUTANG ?

Posted: 08 Jan 2011 08:04 AM PST

YB DR MOHAMMAD TASLIM, ADUN MAHARANI, MENIMBULKAN SOALAN TENTANG HUTANG JCorp DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA    8 SEPTEMBER 2009

 SOALAN (3):

JCORP MENERBITKAN BON BAGI MENYELESAIKAN HUTANG RM4.032 BILION DAN KERAJAAN JOHOR MENJADI PENJAMINNYA.BON AKAN DITEBUS BAYAR 2012 ADALAH RM4.376 BILION.BERDASARKAN KEUNTUNGAN TAHUNAN SEBELUM CUKAI KUMPULAN JCORP BOLEH BAYAR RM4.376 BILION? APA PENYELESAIANNYA?

JAWAPAN:

Johor Corporation telah menerbitkan bon di dalam Pelan Induk Penstruktursn Korporat (PIPK) Johor Corporation bagi menyelesaikan hutang sejumlah RM4.032 bilion di mana Kerajaan Negeri Johor menjadi penjaminnya.

Di bawah PIPK ini,terdapat 4 jenis bon yang telah diterbitkan iaitu Bon Bai' Bithaman Ajil (Guaranteed Redeemable Bond), 

Bon Bai' Bithaman Ajil (Redeemable Revolving Credit Facility) 
dan juga Perjanjian Bayaran Berjadual (Schedule Payment Agreement).

Penebusa bon-bon ini telah ditetapkan di dalam tiga siri matang di mana Johor Corporation telah berjaya menebus Bon Siri 1 yang matang pada 31 Julai 2007 berjumlah RM393.76 juta dan Siri 11 yang mayang pada 31 Julai 2009 berjumlah RM694.98 juta.Sementar itu,jumlah Bon Siri 111 yang akan matang pada 31 Julai 2012 adalah berjumlah RM3.58 bilion.

Sehingga 31 Disember 2008.jumlah keseluruhan aset nyata dan aset tidak nyata yang dimiliki Johor Corporation adalah sebanyak RM4.934 bilion sepertimana dicatatkan di dalam Laporan Tahunan Johor Corporation Berakhir 2008.Sebahagian daripada aset-aset ini telah dikenalpasti untuk dijual dan hasil penjualan dan keuntungan yang diperoleh akan disalurkan untuk membiayai bon pada tarikh matang yang akan datang.Walau bagaimanapun Johor Corportaion bercadang untuk menjual hanya sebahagian darpada aset-aset yang telah dikenal pasti ini iaitu dengan anggaran hasil jualan sebanyak RM1.0 bilion sahaja.

Penjualan sebahagian daripada aset-aset yang dimilikinya adalah perlu memandangkan pendapatan daripada operasi dan juga dividen adalah terhad kepada kegunaan untuk kos kewangan dan juga operasi.Penjualan sebahagian aset tersebut juga ialah kerana Johor Corporation berhasrat untuk membiayai semula pinjaman (Refinance) sebanyak RM2.60 bilion dengan pihak-pihak bank yang berminat untuk memberikan tawaran pinjaman yang lebih baik dari segi kadar faedah dan skim bayaran balik yang lebih fleksibel serta tempoh bayaran balik yang lebih panjang bergantung kepada kemampuan tunai Johor Corporation di masa-masa akan datang.

_______________________________________________________

DI BAWAH INI LAPORAN AKHBAR HARI INI , 8 JANUARI 2011:

Tiada masalah – JCorp




Kamaruzzaman Abu Kasim


KUALA LUMPUR 7 Jan. – Johor Corporation (JCorp) tidak mempunyai masalah untuk membayar balik hutang berjumlah RM3.6 bilion yang perlu dilunaskan pada tahun depan.
Ini kerana, syarikat konglomerat yang dimiliki oleh kerajaan negeri itu mempunyai aset boleh jual bernilai RM2 bilion tanpa menganggu gugat operasi semasanya.

Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Kamaruzzaman Abu Kasim, setakat ini, pihaknya mampu untuk menyelesaikan 70 peratus daripada hutang berkenaan.
Beliau berkata, JCorp memiliki pelbagai aset di dalam dan luar negara termasuk bank-bank tanah dan tanah kawasan industri dan hartanah bernilai lebih RM3 bilion di bawah tiga teras perniagaannya.
Kamaruzzaman berkata, melalui aset-aset berkenaan dan cara penyelesaian yang fleksibel, masalah hutang boleh ditangani tanpa perlu menjual sebarang kepentingannya dalam QSR Brands dan KFC Holdings Bhd., yang sememangnya tidak pernah dirancang untuk dijual.

Beliau berkata, JCorp juga perlu mengambil kira peranan pentingnya membangunkan Negeri Johor dan juga sumbangan kepada negara dalam apa juga tindakannya.
Kamaruzzaman memberikan jaminan akan pegangan terhadap aset penting itu selagi menguntungkan kumpulan. ''Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku dalam perniagaan pada masa akan datang.''
Kamaruzzaman berharap dapat mengurangkan bayaran hutang antara RM1.5 bilion dan RM1 bilion supaya lembaran imbangan kumpulan kekal kukuh.
''Kalau ada baki sebanyak RM1.5 bilion, paras itu dilihat masih belum cukup baik untuk JCorp. Kami sebenarnya berharap baki hutang dapat dikurangkan sehingga RM1 bilion, baru selesa sedikit,'' ujar beliau.

Sementara itu, beliau tidak menafikan spekulasi penjualan ladang kelapa sawit milik anak syarikatnya, Kulim (M) Bhd. (Kulim), anak syarikat JCorp, di Papua New Guinea.
Difahamkan nilai perniagaan Kulim di Papua New Guinea bernilai RM6 bilion dan sekiranya dijual Kulim masih berupaya memperoleh separuh daripada nilai tersebut.
Kamaruzzaman mengakui asetnya di negara tersebut telah menarik minat banyak pihak, sama ada pelabur tempatan dan asing, untuk memilikinya.
''Bagaimanapun, saya tidak boleh mengulas lanjut mengenainya kerana cadangan ini belum dimuktamadkan.
''Tetapi JCorp menaruh harapan penstrukturan hutang ini dapat diputuskan pada suku pertama tahun ini,'' katanya dalam pertemuan pertama dengan media selepas dilantik menerajui JCorp awal bulan lalu.

Sebelum dilantik memimpin JCorp, beliau merupakan Naib Presiden Kanan Kewangan dan Khidmat Korporat.
Kamaruzzaman menjelaskan, meskipun JCorp memiliki banyak anak syarikat tetapi dividen yang diperoleh tidak mencukupi untuk membayar hutang berkenaan.

Katanya, setiap tahun, JCorp secara purata menerima dividen berjumlah RM90 juta sahaja sedangkan tahap terbaik yang patut diterima adalah RM160 juta.
Kamaruzzaman berkata, penstrukturan hutang itu perlu diselesaikan segera meskipun syarikat milik Kerajaan Negeri Johor itu mempunyai tempoh sehingga tahun depan untuk menyelesaikannya.
Beliau menambah penyelesaian itu perlu untuk memudahkan JCorp menumpukan kepada usaha transformasi dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat induk kepada kumpulan anak-anak syarikatnya. JCorp kini memiliki lebih 250 anak syarikat.

Dalam pada itu, Kamaruzzaman tidak menolak akan memberi penumpuan terhadap penyenaraian anak-anak syarikatnya yang berdaya saing termasuk EA Technique Malaysia Sdn. Bhd., pemilik kapal dan bot untuk industri minyak dan gas,
Pada masa sama juga menggalakkan sebarang perancangan peluasan syarikat-syarikat tersenarai awam miliknya, kata beliau.

SUMBER : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm

Utusan Malaysia Sabtu 8 Januari 2011



JOHOR KURANG GURU

Posted: 08 Jan 2011 07:07 AM PST

Johor perlu 559 guru ganti


JOHOR BAHRU – Masalah kekurangan guru diakui Jabatan Pelajaran Negeri dan usaha mengatasi perkara itu giat dijalankan.


Pengarah Pelajaran Neger, Markom Giran berkata, jabatan sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dan berkemungkinan ia akan diatasi keseluruhannya pada Februari depan.


Menurutnya, negeri Johor memerlukan seramai 559 guru bagi sekolah rendah dan sekolah menengah di sini dan Jabatan Pelajaran telah mengisi kekurangan tersebut dengan mengambil seramai 252 guru sandaran tidak terlatih (GSTT).


"Bagi kesemua guru sandaran ini, waktu mengajar mereka akan ditambah untuk mengelakkan pelajar tercicir dari silibus yang ditetapkan oleh pihak kementerian.


"Pada kebiasaannya, guru-guru ini akan mengajar sebanyak 25 hingga 26 jam seminggu, namun bagi mengatasi masalah ini mereka akan mengajar sebanyak 32 jam seminggu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.


Markom berkata, mengikut Anggaran Belanjawan Mengurus Penjawatan (ABMP) 2011, jumlah hak guru sekolah menengah harian seramai 19,110 dan sekolah rendah seramai 26,849.


"Pihak kita akan mengisi guru sandaran khasnya buat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) terutama guru subjek Bahasa Melayu.


"Kita juga telah mengadakan rombakan semula dan guru Bahasa Melayu yang lebih di sekolah kebangsaan akan dihantar ke sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk menampung kekurangan guru," katanya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8584873.asp
_______________________________________________________________________________

YB DR MOHAMMAD TASLIM TELAH MENGAJUKAN SOALAN LISAN  TENTANG KUMPULAN GURU SIMPANAN KERAJAAN ( KGSK) DAN  GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR  (11 NOVEMBER - 1 DISEMBER 2010)  YANG LALU. 

INILAH SOALAN DAN JAWAPANNYA:


SOALAN 8 (A172):


Berapakah bilangan guru sandaran tidak terlatih dan kumpulan guru simpanan kerajaan yang berkhidmat di Negeri Johor? Mengapakah sering berlaku kelewatan dalam menempatkan kumpulan guru simpanan kerajaan  ini dan apakah cadangan JPN untuk mengatasi masalah ini?


JAWAPAN Y.B.  DATUK HAJI MAULIZAN BIN BUJANG


Bilangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Negeri Johor pada Oktober 2010 adalah seperti jadual berikut : 


Bil.
Jenis Sekolah
Bilangan GSTT
1
SK
0
2
S. Agama
85
3
SJK(C)
688
4
SJI(T)
190

JUMLAH
943


Bilangan guru pencen yang berdaftar dalam Kumpulan Guru Simpanan Kerajaan (KGSK) du Negeri Johor adalah lebih kurang 1000 orang dan ditempatkan di seluruh Negeri Johor.Bilangan guru KGSK yang berdaftar akan berbeza dari masa ke semasa.


Guru KGSK hanya akan dilantik ke sekolah sekiranya terdapat guru-guru tetap yang tidak dapat hadir bertugas  di sekolah. Contohnya terdapat guru yang bersalin, guru cuti sakit, guru menghadiri kursus dan sebagainya. Ini bererti keperluan guru KGSK adalah mengikut keperluan semasa.


Jika pada sesuatu bulan terdapat ramai guru wanita bersalin, maka keperluan  guru KGSK pada bulan tersebut akan bertambah. Amat sukar bagi pihak JPN Johor  atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk menganggar bilangan guru KGSK yang diperlukan pada sesuatu masa.


Masalah kelewatan pelantikan guru KGSK ke sekolah kerap berlaku disebabkan pihak sekolah lewat melaporkan  keperluan guru kepada pihak PPD. Pihak PPD juga menghadapi masalah untuk mendapatkan guru KGSK yang sesuai dengan opsyen  untuk keperluan sekolah dalam masa yang begitu singkat. Keperluan guru KGSK boleh berlaku di mana -mana sekolah pada bila-bila masa sahaja, tetapi guru KGSK yang tersenarai mungkin tidak mencukupi.


Untuk menyelesaikan masalah kelewatan pelantikan guru KGSK ke sekolah, pihak JPNJ telah menyediakan peruntukan yang cukup untuk pelantikan guru KGSK. Pihak PPD juga menggalakkan guru yang cukup syarat untuk berdaftar sebagai guru KGSK dan di setiap PPD telah dilantik seorang Pegawai KGSK, untuk menguruskan keperluan sekolah dengan kadar segera.
 



PAS Kawasan Miri

Posted: 08 Jan 2011 07:18 PM PST

PAS Kawasan Miri


BN Gagal Menangani Isu Setinggan Di Miri

Posted: 08 Jan 2011 08:25 AM PST

4 ribu setinggan di Miri perlu penempatan semula
Petikan dari Sarawak Update

Kotor, salah sebuah perkampungan setinggan di Tebingan Miri.

MIRI– Miri memerlukan lebih banyak tanah dan peruntukan bagi menempatkan lebih 4,000 penduduk setinggan yang kebanyakkan menetap di sepanjang Sungai Miri.
Statistik Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Miri terkini mendedahkan, terdapat lebih 4,000 penduduk setingggan tinggal di Kampung Baru Pujut 7, Kampung Pujut Sungai Adong, Kampung Merapak Pujut 8 dan Kampung Damai Jaya, Piasau Utara. Tinjauan Sarawak Update mendapati, majoriti daripada penduduk itu sudah menetap di kawasan setinggan berkenaan sejak 20 hingga 35 tahun yang lalu, namun sehingga hari ini hanya sebilangan kecil yang mengambil inisiatif membeli rumah sendiri.
Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Pujut 7, Ding Lah berkata, majoriti penduduk yang tinggal di kawasan Kampung Baru Pujut ialah kaum Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah manakala selebihnya Melanau, Bidayuh, Iban dan Cina. "Kami merayu kepada kerajaan untuk menyediakan lot tanah kerana kebanyakkan daripada mereka daif dan sudah menetap di kawasan setinggan itu lebih 35 tahun yang lalu," katanya sambil menambah sebanyak enam keluarga kini ditempatkan di Tudan Desaras Fasa 6 berikutan pembinaan jambatan Pujut 7 yang baharu.
Walaupun kawasan setinggan, namun kerajaan bermurah hati menyediakan kemudahan seperti bekalan air, jalan dan tadika perpaduan.

Mengulas perkara ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Andy Chia berkata, kerajaan memerlukan tempoh tertentu sebelum dapat menempatkan semua penduduk setinggan di bahagian Miri berikutan kekurangan dana dan tanah.
"Tidak semua setinggan dapat ditempatkan semula dalam masa terdekat, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk memindahkan mereka dari masa ke semasa," katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk setinggan dari Kampung Baru Pujut 7 di pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Pujut. Beliau memberitahu, sebelum ini kerajaan telah menempatkan beberapa ribu penduduk setinggan di Bukit Kanada ke Tudan Desaras Fasa 6 manakala ribuan lagi masih tinggal di kawasan setinggan. Katanya, kerajaan melalui JTS kini terus memantau bagi memastikan tiada lagi penempatan setinggan yang baru diwujudkan. "Isu penempatan setinggan ini merupakan cabaran besar kepada kerajaan dan kita berharap penduduk setinggan sama-sama mencari jalan untuk membaiki taraf hidup mereka," katanya. Andy memberitahu, terdapat juga ahli-ahli SUPP sebelum ini tinggal di kawasan setinggan namun mereka berdikari sehingga mampu membeli rumah yang lebih selesa. Mengenai permintaan Kampung Baru Pujut 7 untuk ditempatkan semula, Andy memberi jaminan akan mengemukakan perkara itu kepada JTS untuk tindakan sewajarnya dan beliau berharap akan mendapat maklumbalas bulan depan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenyataan Media Pas Miri

BN gagal menangani Isu setinggan di Miri

Pas Miri sangat kesal dengan kenyataan YB Andy Chia dalam Sarawak Update tentang 4 ribu setinggan di Miri perlu penempatan semula. Mengulas lanjut mengenai setinggan di kawasan Miri dimana beliau berkata,"kerajaan memerlukan tempoh tertentu sebelum dapat menempatkan semua penduduk setinggan di bahagian Miri berikutan kekurangan dana dan tanah. " Apa maksudnya "kekurangan dana dan tanah."? Sarawak adalah sebuah negara yang luas tanahnya hampir seluas tanah semananjung Malaysia.

Adalah mustahil kerajaan Sarawak tidak dapat menempatkan para setinggan tersebut di suatu kawasan dimana mereka boleh membina hidup sendiri dengan hasil usaha sendiri seperti ladang perternakan,pertanian dan sebagainya seperti skim-skim penempatan semula yang terdapat di Semenanjung Malaysia ada Felda dan sebagainya. Kalaulah Sarawak ini kecil macam Singapore tiada lagi tanah untuk perumaham memang patut beliau bercakap macam itu tapi Sarawak tanahnya luas dan alasan kekurangan tanah sukar untuk diterima.

Kalau tiada peruntukan kemana perginya peruntukan untuk orang-orang miskin? Adakah dana-dana tersebut sudah digunakan untuk kegunaan lain oleh pihak-pihak tertentu maka peruntukan tersebut sudah habis.

Begitu juga tentang masalah tanah, adakah tanah-tanah di Sarawak sudah disimpan "reserve" untuk pihak-pihak tertentu sehingga rakyat sudah tidak dapat memiliki tanah sendiri? Ini persoalan besar yang perlu dijawab oleh pemimpin BN.

Kita berharap apabila Pas dan Pakatan Rakyat memerintah Sarawak nanti perkara ini akan diberi keutamaan. Rakyat yang tidak memiliki tanah akan diberi secara skim atau projek sara hidup sendiri dimana mereka bukan saja boleh memiliki tanah tempat tinggal sendiri bahkan mereka juga mempunyai tanah untuk bercucuk tanam atau ladang ternakan sendiri dimana hasilnya akan dimiliki oleh penduduk dan juga kerajaan yang memerintah dari hasil cukai pendapatan mereka. Inilah yang dikatakan "win-win situation" dimana rakyat dapat menikmati hasil dan kerajaan pun dapat hasil daripada pendapatan rakyat.

Pas dan Pakatan Rakyat sentiasa perihatin tentang masalah rakyat yang tidak mempunyai tempat tinggal dan tanah sendiri. Insyallah bagilah peluang untuk membuktikan bahawa Pas dan Pakatan Rakyat boleh memerintah Sarawak dengan lebih baik lagi. PAS untuk semua.


Pas Miri Media Statement : BN fail to resolve squatter issue in Miri

Miri Pas really regret with the statement of YB Andy Chia regarding on the issue of reallocate of 4 thousands squatters in Miri by Sarawak Update. He told the Sarawak Update "the government need some time before able to reallocate all the squatter in Miri Division because of lack of funds and lands". What did he means by "lack of funds and lands"? Sarawak is the biggest state in Malaysia where the lands is sufficient which is almost as bigger as Peninsular Malaysia.

It is unreasonable for Sarawak government cannot relocate the squatter at one place where they can survive and built they own living such as farming, planting and so on just like scheme 'Felda' in peninsular Malaysia. If Sarawak is as little as Singapore that make sense but Sarawak is wide enough and no reason to say not enough lands. If no fund allocated to the unfortunate where did the funds gone? Is it the funds have been used for other things or the funds have been insufficient or finish.

And also regarding on lands issue is it the lands in Sarawak has been reserved by someone where the people cannot apply or deserve it. This is the big question to BN leaders to answer to the people.

We hope that when Pas and Pakatan Rakyat able to govern Sarawak later they should prioritize the people first. The citizens should have their own land and place to stay and also for farming where their have their own income for living and also the government will also can have taxes from the citizen income. This is called the "win-win situation" where both parties have the benefit from their income.

Pas and Pakatan Rakyat always concern of the people problems and issues where they're no place to stay and no land title. Insyallah give a chance to Pas and Pakatan Rakyat to rule Sarawak for a healthier place to stay. Pas for All.

Both statements in Malay and English

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 08 Jan 2011 07:16 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


MB Selangor Cabar UMNO Sokong Pindaan, Buktikan Ikhlas Pertahan Raja

Posted: 08 Jan 2011 06:06 AM PST

SUBANG JAYA, 8 Jan - Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mencabar Umno menyokong pindaan perlembagaan jika ia benar-benar ikhlas dalam menjunjung institusi diraja, yang dialung-laungkannya selama ini.











Menteri Besar (gambar) merancang untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas hujung bulan ini bagi menyelesaikan kemelut ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

Sidang itu akan membincangkan pindaan perlembagaan negeri.

"Umno (mengatakan bahawa) ia memandang tinggi (kedudukan) Sultan. Mereka (mengatakan) mereka yang mempertahankan raja," kata beliau sambil menggesa Umno menunjukkan keikhlasan jika benar parti teras Barisan Nasional itu mempertahankan institusi diraja.

Pakatan Rakyat mempunyai 35 anggota di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 56 kerusi.

Pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga untuk diluluskan.

Khalid juga berkata, beliau tidak pernah memberi kuasa kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud agar bertindak bagi pihak beliau untuk melantik penggantinya Datuk Mohd Khusrin Munawi.

"Pertama, biar saya mengatakan bahawa menteri besar dan Exco tidak pernah memberi arahan kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri untuk bertindak bagi pihak saya ataupun Exco untuk berurusan dalam soal pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri," kata Khalid.

"Jika beliau bertindak (dalam soal itu), beliau bertindak sendiri," katanya.

Hari ini, Khalid juga menolak tanggapan bahawa krisis yang berlarutan akan menghakis sokongan orang Melayu.

"Pengundi mesti tahu bahawa apa sahaja keputusan kami buat, mereka perlu menilai, sama ada ia akan memanfaatkan mereka," kata Khalid, menteri besar penggal pertama.

Khalid juga berkata, Sultan Selangor telah memberi jaminan akan mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan negeri meskipun pihaknya tidak bersetuju dengan pilihan penyandang semasa jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Khusrin merupakan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

"Saya gembira Tuanku memberi saya jaminan bahawa kami akan terus mengadakan perbincangan dengan istana," kata beliau.

Dalam kenyataan terbaru pagi tadi, Khalid menafikan bahawa Ramli dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan memaklumkan kepadanya mengenai pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata sebaliknya KSN telah menyerahkan senarai nama calon Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Sultan Selangor melalui Ramli tanpa memaklumkannya kepada Khalid.

"Menteri Besar menegaskan bahawa beliau telah dibelakangkan dalam semua urusan penyerahan nama ke Istana sebelum 17 Disember 2010 dan cara ini ternyata

tidak menepati prosedur serta membelakangkan Menteri Besar selain mengetepikan amalan telus dan profesional.

"Begitu juga maklumat dari KSN diserahkan kepada Ramli dan beliau tidak memanjangkan kepada Menteri Besar," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam, Ramli berkata beliau telah menyenaraikan lapan nama yang layak dipertimbangkan untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan senarai nama itu telah dipersembahkan kepada Sultan Selangor serta salinannya turut diberikan kepada Menteri Besar dan Jabatan Perkhidmatan Awam, kira-kira tiga bulan sebelum beliau bersara.

Faekah berkata perkara itu terbongkar apabila pada 21 Disember lepas, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani telah menghantar surat

kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang beliau hantar kepada Ramli berkenaan perkenan Sultan Selangor melantik Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

sumber : themalaysianinsider.com

Dewan Muslimat PAS Kota Raja

Posted: 08 Jan 2011 07:04 PM PST

Dewan Muslimat PAS Kota Raja


Solat Hajat dan Pidato Perdana

Posted: 07 Jan 2011 09:38 PM PST

Kuliah Hiraki

Posted: 07 Jan 2011 09:27 PM PST

Bismillah. Kuliah Hiraki bulan pertama tahun 2011..

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 08 Jan 2011 07:01 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Minyak Masak Ghaib Dari Pasaran

Posted: 08 Jan 2011 12:39 AM PST

Minyak masak adalah antara barangan yang dijangka akan mengalami kenaikkan harga dalam masa yang terdekat. Namun kini bukan masalah minyak masak naik harga.... Tetapi yang lebih parah minyak kelapa sawit ghaib dari pasaran. Tinjauan di kedai-kedai sekitar Hulu Langat yang tinggal adalah minyak bunga matahari dan minyak jagung.... Rasa-rasa dah kaya bolehlah beli. Kalau tak pakat rebus semua makanan kita... Karipap ke, cucuk badak ke, cucuk kodok ke... dan lain-lain yang seumpamanya.

Bila kita kata kerajaan perlu mengambil tindakkan... macam-macam alasan dan helah diberi untuk mengatakan bahawa minyak masak mencukupi. Kalau cukup mana perginya minyak masak? Disorok oleh pengilang.... pemborong.... atau peruncit?

Sebelum ini barang naik.... kini barang ghaib.... memang kita patut tukar kerajaan pimpinan Najib ini.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 08 Jan 2011 03:22 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


PM AKUR TURUNKAN HARGA BAHAN API BILA TAK TAHAN TEKANAN

Posted: 08 Jan 2011 08:32 AM PST

Sabtu 8 Januari 2011
Harga minyak diturun semula!
Berikutan dari tekanan politik kerajaan menarik balik keputusan kenaikan harga bahan bakar di negara ini, semalam.
"Sebagai menghormati pemimpin-pemimpin negara ini, Dewan Parlimen dan seluruh rakyat, saya akan mengekalkan harga bahan api yang lama.

"Terdapat persetujuan antara pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin Parlimen bahawa harga bahan api akan dikekalkan mengikut harga sebelum kenaikan berlaku," katanya.

Itu adalah kata-kata Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani bukannya kata-kata Perdana Menteri Malaysia, Najib.. kah..kah..kah..


Harga minyak diturun semula

ISLAMABAD 7 Jan. – Perdana Menteri Pakistan yang bermasalah, Yousuf Raza Gilani tunduk kepada tekanan politik dan menarik balik keputusan kenaikan harga bahan bakar di negara ini, semalam.

Tindakan itu diambil bagi menghalang kerajaan pimpinannya yang goyah daripada tumbang.

"Sebagai menghormati pemimpin-pemimpin negara ini, Dewan Parlimen dan seluruh rakyat, saya akan mengekalkan harga bahan api yang lama.

"Terdapat persetujuan antara pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin Parlimen bahawa harga bahan api akan dikekalkan mengikut harga pada 31 Disember lalu, iaitu sebelum kenaikan berlaku," katanya.


Sejak enam hari lalu, harga diesel dan petrol di negara ini meningkat antara sembilan hingga 5.6 peratus dan menjadi satu daripada 11 pakej pembaharuan yang dituntut oleh ketua pembangkang utama, Nawaz Sharif dengan memberi tempoh 72 jam kepada kerajaan untuk menjawab pada Selasa lalu.

Nawaz kemudiannya memanjangkan tempoh yang mengancam untuk menyingkirkan parti pemerintah dari kerajaan di wilayah Punjab itu bermula selepas tempoh tiga hari berkabung atas kematian ahli politik liberal Pakistan, Salman Taseer yang ditembak mati pada hari sama.

Parti kecil dalam gabungan kerajaan, Pergerakan Muttahida Qaumi (MQM) turut menyatakan kenaikan harga bahan api itu sebagai alasannya untuk keluar daripada kerajaan Ahad lalu, sekali gus akan merosakkan majoriti parti pemerintah dan meningkatkan kebimbangan berlaku pilihan raya awal.

Negara sekutu Pakistan di Barat bimbang dengan sebarang prospek yang akan menambahkan lagi ketidakstabilan di negara ini ketika kegawatan ekonomi, sementara AS meningkatkan tekanan supaya Islamabad perlu melakukan lebih banyak usaha memerangi al-Qaeda dan Taliban.

Namun Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berkata, ia adalah satu 'kesilapan' kepada Pakistan untuk menarik balik kenaikan harga bahan api itu yang disifatkan 'bertindak kebelakang' dalam usaha meningkatkan ekonomi negara itu yang semakin tenat.

"Kami percaya kerajaan Pakistan perlu memperbaharui undang-undang dan peraturan ekonominya, termasuk yang melibatkan bahan bakar dan kos pentadbirannya," kata Hillary kepada wartawan.

Sehingga semalam, masih tidak nampak tanda-tanda Gilani akan tunduk dengan tuntutan Nawaz atau MQM yang lain-lain. – AFP

PENCADANG HUKUM BUNUH KEPADA PENGKRITIK RAJA-RAJA MELAYU ADALAH BESAR DOSA & HINA

Posted: 07 Jan 2011 08:01 PM PST

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.

Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.

"Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.

"Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.

Justeru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.

Dosa besar

"Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain," katanya.

Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.

"Jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.

"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut," katanya.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 08 Jan 2011 01:27 PM PST

Pas Cawangan Kota Kemuning


BN (Barang Naik) Harga Bawang Naik Melambung ,Minyak Masak Kering Di Pasaran.

Posted: 08 Jan 2011 01:04 AM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 08 Jan 2011 01:17 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Fuhh..Kenapa Wanita "Gila Babi" Ini Lebih Mulia Drp. Gabenor Bank Negara-YB Nizar

Posted: 08 Jan 2011 09:48 AM PST

YB Nizar sedang menyampaikan ceramah baru-baru ini
Gelaran Tokoh Maal Hijrah edisi Umno yang diberikan kepada Dr. Zeti Akhtar Aziz (Gambar di bawah) selaku Gabenor Bank Negara atara yang menjadi topik hangat dalam ceramah YB Hj Nizar baru-baru ini.Beliau menegaskan bagaimana pada zaman rasulullah seorang wanita islam yang beriman kepada Allah mempunyai satu penyakit yang di namakan "Sawan" atau mudahnya panggilan orang kampung "Penyakit Gila Babi".

Oleh kerana penyakit ini terlalu kerap datang menyerang wanita tersebut sehingga mengganggu ibadatnya,maka wanita itu pergi berjumpa dengan Rasulullah untuk mengadukan hal tersebut dan meminta agar Rasullullah berdoa kepada Allah supaya penyakitnya di sembuhkan.

Lalu Rasulullah,menasihatkan kepada wanita tersebut bahawa Allah menyediakan syurga baginya di akhirat kelak sekiranya dia bersabar dengan penyakitnya itu.Apabila mendengar kata-kata Rasulullah tersebut redholah wanita itu akan penyakitnya.

Tetapi semasa dalam perjalanan pulang,tiba-tiba wanita itu teringat sesuatu,lalu dia berpatah balik berjumpa rasulullah untuk mengadukan satu hal yang memalukannya.Dia menceritakan kepada Rasulullah bahawa semasa dia di serang "Penyakit gila babi" tersebut pakaiannya terbuka dan menampakkan auratnya,dia berasa malu dan takut azab Allah diakhirat nanti.Dia meminta rasullullah agar berdoa kepada Allah agar semasa dia diserang "Penyakit gila babi" tersebut pakaiannya tidak terbuka.

Maka Rasulullah pun berdoa kepada Allah agar pakaian wanita tidak terbuka semasa dia diserang penyakit "Gila babi" itu.Dengan kuasa Allah,semasa wanita itu diserang "Penyakit gila babi"tersebut pakaiannya tidak lagi terbuka.

"Inilah contoh wanita yang beriman,walaupun wanita ini berpenyakit "Gila babi" namun dia takut akan azab Allah,sedangkan wanita yang dianggap hebat oleh Umno dan menjadi tokoh Ma'al Hijrah 2010 Dr. Zeti Akhtar tidak takut dan gentar terhadap azab Allah dan dengan bangga tidak menutup aurat.Maka wanita "Gila babi" ini lebih mulia daripada Dr. Zeti Akhtar."kata YB NIzar

Inilah salah satu strategi jahat umno agar masyarakat mengiktiraf mereka yang melanggar perintah Allah dianggap hebat,lantas memaksa masyarakat menerima mereka yang tidak menutup aurat ini dan sebagai idola dimasa akan datang.

Pena Pertahankan Novel Intrelok

Posted: 08 Jan 2011 09:45 AM PST

PERSATUAN Penulis Nasional (Pena) menjadi NGO pertama yang mengambil inisiatif mengadakan majlis untuk mempertahankan novel Intrelok yang menjadi teks bacaan wajib pelajar sastera tingkat lima yang menjadi persoalan segelintir masyarakat India di negara ini pada masa ini.

Tindakan Pena itu kena pada tempatnya memandang NGO berkenaaan bergerak atas landasan bertunjangkan maksud untuk meneguh, mengawal dan mengamalkan persurataan (sastera dan budaya) Melayu di negara ini.

Sebenarnya selain dari Pena wujud beberapa badan lain seumpamnya di seluruh negara. Malangnya badan lain sehingga kini seolah tidak ada idea untuk menganjurkan majlis bagi menyatakan sikap mereka terhadap novel yang ditulis oleh Sasterawan Negara, .

Gapena - Gabung Penulis Nasionak sendiri yang menjadi induk kepada persatuan penulis dan persuratan Melayu di negara ini, masih terpinga-pinga dan mencari rentak untuk memulakan aksi mereka. Gapena difahamkan belum mengadakan apa-apa majlis atau tindakan rasmi mempertahankan novel berkenaan. Kalau ada pun reaksi dari pemimpin gabungan itu secara peribadi sekadar menjawab pertanyann media saja.

Adalah perlu dirasakan kalau Gapena dan selurh anggota gabungannya bangkit mempertahankan keutuhan ataupun menjawab bantahan segelintir masyarkat India terhadap novel berkenaan. Lebih baik lagi kalau Gapena mengunggulinya dan mengajak sama NGO lain kkhasnya yang mengaku dan mendakwa mereka sebagai memperjuangkan Melayu untuk mempertahankan karya sastera berkenaan.

Seperti mana yang dipersetujui ataupun disimpulkan dalam Dilog Interlok yang dianjurkan Pena pagi ini menetapkan bahawa tidak ada catcat celanya novel berkenaan termasuk menghina mana-mana kaum di negara ini.

Ia adalah novel sejarah berdasarkan fakta yang menggunakan latar realiti tiga kaum terbesar di negara ini dan menceritakan sejarah kewujudan ataupun mengenai kedatangan mereka ke negara ini. "Novel itu tidak menghina mana-mana pihak sebaliknya ia sebuah fakta sejarah yang jelas yang sudah diterima umum," demikian tegas Pena.

Dilog anjuran Pena hari ini dipanalis oleh tiga anggota yang pakar dalam bidang sastera dan persurata Melayu, mereka ialah Prof Dr Ilias Zaidi, Prof Dr Fatimah Busu dan sdr Syed Zakir Syed Othman, Setiausaha Pena dan ianya dipengerusikan Mohamad Salleh Rahmad, Ketua Pena.

Kehadiran pada majlis itu memberangsangkan di mana hampir 100 orang terdiri dari ahli bahasa, penulis dan pencinta budaya. Kehadiran itu menjelaskan mereka serius memberi semangat kepada Pena mempertahan novel berkenaan.
Majlis yang sepatutnya turut dihadiri masyarakat India atau bukan Melayu bagi menjelaskan penghuraian mengenai novel berkenaan bagaimana pun gagal menarik kaum India. Tidak ada seorang kaum India yang hadir, manakala hanya seorang pelajar Cina.
Di hujung dialog yang menerima berbagai pandangan dan saranan termasuk desakan agar Pena terus memperjuangkan supaya novel itu kekal pada verisinya turut diistyharkan 14 ketetapan.

Ketetapan itu dibaca oleh Ketua Pena, Mohamad Salleh Rahmad, antaranya;
1. Sebarang campur tangan politik yang dibuat berdasarkan kepentingan peribadi dan perkauman dalam bidang persuratan dan pendidikan secara keterlaluan akan menimbulkan kekeliruan dan pergeseran yang tidak berkesudahan;

2. Interlok tidak menghina mana-mana kaum di negara ini sebaliknya menggambarkan sejarah dan realiti sosial yang berlaku, disamping menonjolkan gagasan perpaduan untuk melestarikan kemerdekaan bagi sebuah negara yang baru dibentuk dan berdaulat;

3. Pena meragui hasrat dan niat pihak yang mempersoalkan perkara tersebut pada masa sekarang setelah empat dekat diterbitkan. Kita bimbang tanggapan negatif kelompok tertentu akan mencetuskan gejala yang tidak sihat kepada perpaduan yang telah wujud di negara ini.

Dalam pada itu dalam sidang akhbar Pena menjelaskan pihaknya akan terus memperjuang untuk mempertahankan novel berkenaan dijadikan teks dalam keadaan asalnya. "Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengubah keaslian novel ini," demikian tegas timbalan ketau Pena, Amiruddin Md Ali Hanafiah.

Katanya, pihaknya akan mengemukakan ketetapan dan keputusan yang diambil menerusi dialog berkenaan kepada pihak berewajib termasuk Menteri Pendidikan dan juga badan-badan tertentu.

Ada kemungkinan juga pendekatan politik diambil bagai mengatasi perkara berkenaan sekiranya jalan yang dilalui kini tidak mencapai sebarang hasil.

Ditanya apakah Pena mendapat apa-apa gangguan terhadap majlis yang berlangsung hari ini, jelas Saleh tiada apa-apa gangguan diterimanya. Sebelum ini ada maklumat mengatakan segelintir orang India akan menghadiri dialog berkenaan dan akan menunjuk protes membakar novel Intrelok di perkarangan rumah Pena.

Pemuda anjur forum perjelas Janji 100 Hari Pakatan

Posted: 08 Jan 2011 09:38 AM PST

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengadakan forum "Janji 100 Hari Pakatan Rakyat' bagi mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak mengenai program 100 hari yang terkandung dalam buku jingga Pakatan Rakyat.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, selepas buku jingga itu dikemukakan sewaktu konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember lalu, ianya belum dinilai secara terbuka oleh mana-mana pihak melainkan mendapatkan kritikan daripada Umno BN.

"Dalam forum ini kita akan bahas pro dan kontra program 100 hari ini dan kita akan bagi peluang kepada rakyat untyuk menyatakan pandangan," kata Nasrudin dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ibu Pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Menurutnya, forum itu akan diadakan pada 15 Januari ini bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) jam 9.30  hingga 12 malam dan terbuka kepada semua.

Ianya akan menampilkan panel daripada pimpinan PAS, PKR, DAP,Umno dan Gerakan manakala moderatornya ialah penganalisis politik, Prof mohd Agus Yusof.

Bagaimamapun, pihak DPP masih dalam proses mendapatkan nama daripada wakil-wakil parti berkenaan untuk manjadi panel.

"Kita mahu panel-panel ini memberikan penilaian mengenai program 100 hari ini, di mana asasnya, apa relevannya.

"Kita juga ingin beri peluang kepada NGO-NGO untuk menyatakan pandangan mereka menegani program ini melalui forum tersebut," katanya.

Selain itu, DPPP juga akan mengadakan Malam Anugerah Budayawan Islam bagi memberikan pengiktirafan kepada seniman dan budayawan yang membangunkan seni tanah air yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Ianya juga sebagai langkah membuka minda ahli PAS agar menggunakan seni dan budaya untuk menyanpaikan dakwah kepada masyarakat.

Sebelum malam anugerah yang dijangka berlangsung pada Mac itu, pemuda akan mengarahkan satu teater Islam yang akan dipersembahkan pda malam tersebut.

"Kita akan jemput seniman yang aktif menggerakkan seni Islam seperti Dinsman dari Paksi dan pemuda sendiri akan menghasilkan teater dan persembahan lain," katanya.

Tambahnya,bekas vokalis Wings yang merupakan kumpulan rock Malaysia, akan turut menghadiri malam anugerah itu bagi menarik golongan muda.

"Kita berhasrat untuk pergi jauh dalam bidang Islam yang tidak mengenepikan nilai-nilai Islam sebab itu kita berusaha melancarkan produk-produk seni kita sendiri," katanya.

Dalam pada itu , beliau turut melancarkan logo Himpunan 30 ribu pemuda PAS yang akan berlangsung pada 19 Februari depan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Himpunan itu sebagai persiapan pemuda menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang melibatkan pemuda dari seluruh negara.

Sementara itu, menurut Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiyat, DPPP akan mengadakan  pertemuan dengan  peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional  (PTPTN) pada 12 atau 13 Februari depan di sekitar Lembah Klang.

Pertemuan itu sebagai langkah mencari formula penyelesaian  ekoran rungutan daripada peminjam yang terbeban akibat tidak dapat membayar balik pinjaman sehingga tidak membolehkan mereka ke luar negara.

Calon Tenang: Pemuda mahu PAS letak orang muda

Posted: 08 Jan 2011 09:38 AM PST

Dewan Pemuda PAS pusat mahu calon yang bakal dipilih parti itu, mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding di Tenang hujung bulan ini, seorang yang muda dan berpotensi untuk menang.
Ketuanya, Nasrudin Hasan at-Tantawi berkata, walaupun keputusan calon akan diputuskan oleh pimpinan tertinggi, namun beliau mahu orang muda dipilih bagi mewakili parti Islam itu.
PAS dijangka akan memutuskan bakal calonnya pada mesyuarat pusat di sini, esok.
"Dari segi itu kita sebenarnya meletakkan sasaran calon paling berpotensi untuk menang iaitu calon orang muda dan anak tempatan.
"Kita nak calon orang muda yang mampu memikul amanah dengan baik, kita mahu calon itu berupaya untuk menjiwai masyarakat tempatan di sana (Tenang)," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS pusat.
Sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan bahawa Ahli Jawatankuasa PAS pusat Mazlan Aliman akan terpilih menjadi calon PAS mewakili Pakatan Rakyat yang akan menentang calon Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil itu.
Pakatan Rakyat akan mengumumkan calon yang akan memikul tanggungjawab itu pada 16 Januari ini.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha daripada Umno-BN 17 Disember lepas.
Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang ialah pada 22 Januari manakala manakala hari pengundian diadakan pada 30 Januari.
Tambah Nasrudin, walaupun DUN Tenang adalah kubu kuat BN, namun Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP mampu untuk merampas kerusi tersebut.
"Kita yakin boleh beri saingan sengit kepada Umno-BN walaupun Tenang adalah kubu kuat mereka.
"Namun kita mempunyai peluang sekiranya maklumat dapat disampaikan dengan tepat kepada pengundi-pengundi.
"Selama ini pengundi berikan sokongan kepada Umno-BN kerana dapat maklumat sehala sahaja, mereka tidak tahu perubahan yang dilakukan Pakatan Rakyat dan ini yang akan kita sampaikan," katanya sambil menambah akan meletakkan seramai 500 jentera Pemuda PAS di DUN Tenang bermula 20 Januari depan.
Selain itu, menurut Nasrudin, pihaknya akan meningkatkan usaha untuk membawa pulang pengundi muda di DUN Tenang yang bekerja di luar.
"Kita tahu ramai orang muda berada di luar, jadi kita akan berusaha untuk memastikan mereka pulang mengundi.
"Kita akan usahakan perkara ini, kita akan dekati pengundi muda ini. Straregi bagaimana kita akan lakukan biarlah ia menjadi rahsia.
"Atas perkembangan mutakhir ini, kita lihat banyak isu yang boleh kita mainkan supaya mereka (pengundi muda) tidak lagi terlalu bergantung kepada Umno-BN," katanya.
DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.
Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus) dan lain-lain 11 orang (0.07 peratus).

‘Bersihkan nama anak saya’

Posted: 08 Jan 2011 09:37 AM PST

Nor Hafizah Mad Razali, ibu kepada remaja 15 tahun yang ditembak mati mahu membersihkan nama anaknya yang dilabel polis sebagai penjenayah.
Beliau berkata, Muhammad Syamil Hafiz Shapiei  bukan seorang penjenayah tetapi anak yang baik dan mahu menuntut keadilan terhadap anak sulungnya itu.
"Saya mahu nama anak saya dibersihkan. Beri keadilan kepada Syamil" katanya yang mengadakan sidang media di pintu Bukit Aman pada 9 Januari lalu.
Sebaik menyebut nama Syamil, sidang media itu terpaksa dihentikan kerana beliau tidak dapat menahan sebak.
Suaminya, Shapiei Zainal Abidin dan peguam Lawyer for Liberty (LFL), Fadiah Nadwa Fikri, terpaksa mententeramkannya.
Pada sidang media sama, Fadiah berkata, LFL dan keluarga mangsa kesal kerana polis gagal memaklumkan status kes yang hampir dua bulan berlaku.
"Kami kesal dengan sikap sambil lewa polis yang tidak tahu status siasatan hingga kita terpaksa datang ke Bukit Aman untuk penjelasan tapi gagal," katanya.
Terdahulu, peguam LFL yang juga Naib Presiden KEADILAN, N Surendran bertelagah dengan anggota polis berikutan mereka dihalang memasuki Bukit Aman untuk menyerahkan memorandum berkaitan kes itu.
Turut serta ialah dua Ahli Parlimen KEADILAN, Sivarasa Rasiah dan Nurul Izzah Anwar serta kira-kira 20 ahli keluarga tiga mangsa yang ditembak mati itu.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, usul berkaitan Syamil yang dibawanya ke Parlimen sebelum akan diteruskan Nurul Izzah Anwar walaupun ditolak beliau digantung dewan.
Berikut ialah enam tuntutan LFL kepada polis.
1. Segera menyiasat kes tembak mati melibatkan Muhammad Syamil Hafiz Shafie, 15, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20 dan Mohd Hanafi Omar yang ditembak mati oleh polis di Glenmarie, Shah Alam pada 13 November lalu.
2. Mendakwa dan mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai polis yang terlibat menembak mati ketiga-tiga remaja tersebut serta jenayah lain yang dilakukan pihak kuasa itu.
3. Menghentikan tindakan polis yang melepaskan tembakan sesuka hati.
4. Mendedahkan kepada umum berhubung IGSO atau arahan tetap kepada pegawai polis berkaitan prosedur melepaskan tembakan.
5. Menyokong dan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Bebas Menyiasat Salah Laku Polis (IPCMC)
6. Menyokong dan mengadakan program latihan berhubung Hak Asasi Manusia kepada polis

Tahniah : Harga Minuman Teh Dan Kopi Naik Di Sibu Mulai 15 Jan Ini..lagi mahal..lagi baik..!!

Posted: 08 Jan 2011 09:35 AM PST

 Harga secawan teh atau kopi di bandaraya Sibu,Kanowit, Selangau dan Machan akan dinaikkan antara 10 hingga 30 sen mulai 15 Januari ini, menurut Persatuan Pemilik Kedai Kopi dan Restoran Sibu hari ini.
Persatuan tersebut, yang mempunyai 360 ahli dari empat kawasan itu, telah memutuskan untuk mengurangkan kenaikan harga dari 10 hingga 50 sen pada awal tahun ini kepada 10 hingga 30 sen.
Pengerusinya Tong Ink Kon berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sibu.
"Gula bukan semestinya ramuan utama tetapi kenaikan harga susu dan produk susu juga dipertimbangkan. Harga barangan itu telah naik dengan ketara sejak beberapa tahun lepas," katanya kepada pemberita di sini.
Tong berkata persatuan itu tidak mengemaskini harga minuman itu sejak lima tahun lepas walaupun semua bahan ramuan untuk membuat kopi dan teh sentiasa naik.
"Juga faktor lain seperti sewa kedai, gaji, gas dan tarif elektrik telah naik dan ini meningkatkan kos operasi kami," jelasnya. Katanya mulai 15 Januari ini, harga secawan kopi dan teh naik 10 sen, 20 senuntuk gelas sederhana dan 30 sen untuk gelas besar.

Pilihanraya : 'Itu Antara Saya Dengan PM', Kata Khairi

Posted: 08 Jan 2011 09:34 AM PST

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata sebarang perkara berhubung kedudukannya pada pilihan raya akan datang hanyalah antara dirinya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ia hanya antara saya dan Perdana Menteri," katanya ringkas kepada pemberita selepas menemui Najib pada sesi pertemuan anggota Parlimen Barisan Nasional dengan PM di tingkat 4, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Baru-baru ini Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno mengesahkan spekulasi bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga dipetik sebagai mengatakan "ya" dan mengesahkan spekulasi mengenai keputusannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Terdahulu, Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional mencetuskan kekecohan di Twitter apabila mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada bidang politik.
"Hope to help win more youth support for BN (Barisan Nasional) in 2011 & work hard preparing for elections. Then I'm taking a break from politics. Can'twait" (Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik.Tidak sabar), katanya menerusi Twitter pada Sabtu lepas.
Kenyataan itu mendapat respons hebat daripada pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada beliau tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak.

Tenaganita : Kerajaan Perlu Mengambil Serius Dakwaan Menteri Rogol Amah

Posted: 08 Jan 2011 09:32 AM PST

Kerajaan perlu mengambil serius dakwaan seorang menteri kerajaan telah merogol pembantu rumahnya  warga Indonesia tanpa mempersoalkan tempoh masa kes tersebut.
Ketika dihubungi TV Selangor , Pengarah Tenaganita, Irene Fernandez membidas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan mengapa perlu diungitkan kes yang berlaku tiga tahun lepas. 
"Kerajaan mesti ambil serius tentang isu itu, kalau seorang menteri itu ada libatkan diri dalam perkosaan itu atau tidak, isu itu. Bila berlaku, masa itu, berapa tahun pun tak kira, kalau ada dakwaan itu berlaku dan kerajaan yang bertanggungjawab mesti siasat dan mengambil tindakan selanjutnya memastikan keadilan dibawa kepada mangsa," tegas beliau.
Jelas beliau, kes ini telahpun dikeluarkan oleh pihak berkuasa Indonesia pada masa itu tetapi kerajaan Malaysia telah mengambil sikap acuh tak acuh terhadap isu tersebut, sehinggalah kini apabila kes tersebut didedahkan kembali oleh laman portal Wikileaks.
"Isu itu memang sudah keluar di Indonesia bila perkosaan itu berlaku kepada pembantu rumah, tetapi isu itu tidak diambil kira oleh kerajaan masa itu dan bila isu itu dikeluarkan dari Wikileaks, selepas itu beberapa blogger pun sama keluarkan dan isu itu dibincang," kata beliau lagi.
Beliau seterusnya menjelaskan apabila sesuatu kes seperti ini dilaporkan, maka kerajaan perlulah mengambil etika yang betul dengan membela hak-hak si mangsa, pada masa yang sama menghormati keputusan mangsa.
"Keputusan untuk meneruskan membuat aduan tentang perkosaan itu terpulang kepada si mangsa. Kalau si mangsa pada masa itu tidak mahu mengambil tindakan, kita mesti hormat keputusan itu," jelas beliau.
Irene berkata, beliau merasakan Migrant Care juga mempunyai pendapat yang sama maka memutuskan untuk menutup kes berkenaan demi menjaga kebajikan si mangsa.
"Saya fikir Migrant Care juga ada pendapat yang sama iaitu hormati keputusan si mangsa kerana dia takut ataupun tidak dapat bela diri, kita tidak tahu apakah masalah si mangsa pada masa itu," kata beliau.

AMK Selangor : Ketua Pembangkang Baru Tidak Mampu Gugat Pakatan Rakyat

Posted: 08 Jan 2011 09:31 AM PST

Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor, Khairul Anuar Zainuddin yakin pelantikan Ketua Pembangkang yang baru, Datuk Mohamad Satim Diman hanya memenuhi jawatan dan tidak akan menggugat pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Beliau melihat usaha kerajaan Umno-BN untuk menawan kembali negeri Selangor tidak akan berjaya, apabila rakyat kini dilihat sudah semakin bijak menilai kebobrokan kerajaan Umno-BN dengan bersandarkan fakta dan asas yang kukuh. 
Khairul Anuar ketika dihubungi TvSelangor berkata, rakyat di negeri ini sudah menentukan pilihan pada pilihanraya umum 2008, bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang mampu mentadbir negeri ini dengan telus dan bertanggungjawab.
"Saya rasa bila rakyat Selangor membuat keputusan pada 2008 memangkah selain daripada BN, kerana rakyat tidak sanggup lagi atau tidak tahan lagi dengan penipuan atau penyelewengan Umno-BN," katanya.
Khairul turut menyentuh keupayaan pentadbiran kerajaan negeri kini sudah terbukti dengan pelbagai pembaharuan dan pulangan yang menguntungkan rakyat biarpun Pakatan Rakyat baru memimpin Selangor selama hampir 3 tahun.
"Kenyataan ketua pembangkang yang baru ini saya rasa dia masih lagi tidak keluar daripada karekter pemimpin Umno yang selesa duduk dalam kuasa yang tak tahu bahawa mereka banyak melakukan kesilapan pada rakyat. Ketua pembangkang kononnya mahu kembalikan kepercayaan rakyat walhal mereka yang mencatatkan rekod buruk dan dinilai oleh rakyat sebab itu rakyat buat hukuman pada mereka pada pilihanraya lalu," katanya lagi.
Sebelum ini, Mohamad Satim berkata pihaknya mengisytiharkan 'perang' terhadap kerajaan negeri kerana dakwanya rakyat menjadi mangsa janji-janji manis yang tidak ditunaikan.
Terdahulu jawatan Ketua Pembangkang Selangor disandang Datuk Seri Khir  Toyo tetapi beliau meletak jawatan awal Disember lalu.
Pelantikan Satim juga bagi yang menggantikan bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang kini berhadapan dengan kes rasuah di mahkamah.

Wahab: PBB tiada masalah kekal kemenangan

Posted: 08 Jan 2011 09:29 AM PST

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yakin mampu mempertahankan rekod cemerlang memenangi semua kerusi yang diwakili calon mereka dalam pilihan raya akan datang, meskipun terdapat muka baru bakal diketengahkan.
Naib presiden PBB, Haji Abdul Wahab Aziz berkata dakwaan pembangkang konon mampu merampas 40 kerusi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya ini diibarat hanya fantasi semata-mata.
Beliau berkata, pembangunan yang dinikmati rakyat hari ini berkat usaha gigih kerajaan tidak mungkin dapat dinafikan oleh mana-mana pihak pembangkang.
"PBB mempunyai keyakinan teguh mampu mempertahankan semua kerusi kita dalam pilihan raya akan datang kerana PBB adalah penyumbang utama kepada kekuatan BN.
"Keyakinan rakyat terhadap BN juga sukar untuk diganggu-gugat walaupun pembangkang berusaha menghasut pengundi agar membenci kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka itu menambah, kekerapan wakil rakyat turun padang menyelesaikan masalah rakyat kawasan juga menyebabkan keakraban antara BN dengan rakyat sukar dipisahkan.
Tanggungjawab dan amanah
"Kita melaksanakan tanggungjawab dan amanah untuk rakyat secara berterusan manakala pembangkang hanya muncul berlagak sebagai hero apabila tiba musim pilihan raya," katanya.
Beliau menambah, BN merupakan kerajaan yang adil dan tidak pernah memaksa rakyat menyokong kita, namun rakyat juga mesti berlaku adil menyokong BN yang sudah banyak membantu.
Terdahulu, Wahab menegaskan isu benteng penghalang ombak yang mendap di Pantai Alit, Kabong yang disiarkan dalam akhbar bahasa Inggeris tempatan baru-baru ini, dilihat sengaja diperbesarkan oleh pihak pembangkang sebagai modal kempen pilihan raya.
Beliau menyifatkan kenyataan pihak pembangkang itu agak melampau apabila menjangkakan kawasan berdekatan termasuk dua buah rumah panjang akan terjejas lebih teruk dari Tsunami jika berlaku ombak besar.
Sedangkan kata Wahab, pembinaan projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) itu bertujuan untuk melindungi Sekolah Kebangsaan (SK) Alit dari hakisan ombak dan tiada kaitan dengan dua buah rumah panjang tersebut.
Dakwaan pembangkang konon tiada pembelaan untuk penghuni Rumah Panjang Ek dan Rumah Beti, Wahab menafikan keras tuduhan tidak bertanggungjawab tersebut.
"Kerajaan telah menawarkan pinjaman kepada penghuni Rumah Ek apabila rumah mereka rosak teruk dipukul ombak pada 2008 dan mereka kini bakal mendiami rumah baru yang lebih selesa dan lengkap dengan kemudahan asas pada pertengahan tahun ini," jelasnya.
Rumah Beti pula yang hanya mengalami kerosakan kecil dalam kejadian sama telah segera dibaik pulih apabila penghuninya enggan memohon pinjaman dari kementerian, tambahnya. Hadir sama, Pengarah DID Sarawak Ir. Wong Siu Hieng.

Pemuda PAS siap sedia hadapi Tenang

Posted: 08 Jan 2011 09:29 AM PST

Pemuda PAS menyelar pihak tertentu menggunakan fitnah dalam usaha untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya kecil Tenang, 30 Januari ini.
Ketua Pemuda PAS, Nasharuddin Hassan berkata, menabur fitnah bagi menjatuhkan reputasi lawan secara tidak bermoral dan tidak gentleman.
"Kempen dari parti-parti yang bertanding sewajarnya adalah untuk memberi maklumat dan membuat tawaran-tawaran yang positif kepada rakyat demi kepentingan mereka.
"Sangat tidak wajar apabila pilihanraya dijadikan medan untuk menyogok dan mengugut. Lebih malang medan demokrasi itu dicemari dengan fitnah dan tohmahan yang tidak berasas," katanya.
Menurutnya,  Pemuda PAS  negeri dan kawasan yang bertugas diletakkan dalam keadaan siap siaga mendepani fitnah jahat yang dilancarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ini, katanya  adalah tindakan desprado yang hanya berusaha meraih simpati, sokongan dan pengaruh murahan.
Pilihanraya, tambahnya  adalah medan demokrasi untuk rakyat diberi kebebasan dan hak dalam memilih pemimpin mereka.
Justeru itu, katanya, suasana yang hormonis dan kondusif sangat diperlukan oleh pengundi agar mereka mampu membuat pilihan yang tepat tanpa sebarang tekanan dan gangguan yang boleh mengalih tumpuan mereka.
"Saya menyeru kepada semua pihak agar beraksi di gelanggang pilihanraya ini dengan mengamalkan pendekatan politik yang matang dan berhemah .
"Santuni pengundi, menangi hati mereka dan raih sokongan mereka secara positif dan informatif .
"Elakkan sebarang tindakan provokatif yang mencetus suasana tidak aman dan tenang justeru pilihanraya untuk memilih pemimpin bukan untuk beradu kekuatan fizikal," katanya lagi.
Pilihanraya Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha dari BN bulan lalu.
PAS akan mengadakan mesyuarat bagi memilih calonnya untuk bertanding kerusi Tenang malam ini.

Penting! Solat Hajat Perdana "Selamatkan Selangor dan Malaysia"

Posted: 08 Jan 2011 09:27 AM PST

Datang beramai-ramai. Kalau anda baca Utusan 1Malaysia, tengok RTM dan jegakan mata depan TV3, nampaknya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor macam akan jatuh sehari dua lagi. Umno lagakan MB Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Sultan Selangor terang-terang dalam siang. Rakyat jelas melihat ini. Rakyat nampak mainan jahat Umno-BN.
Apa lagi cara Najib nak berkuasa semula di Selangor? Lubang pasir sudah dikorek sehingga bu mi ke tujuh. Adun Sekincan telah ditumbuk lesut muka oleh geng Noh Omar. Khir Toyo yang tidak disangka-sangka akan dipanggang jadi "kambing golek" yang tak hitam lagi, untuk perlihat kepada rakyat Umno telus, mulus dan kudus dalam memerangi rasuah


Apa lagi cara Najib nak berkuasa semula di Selangor? Najib jadi Pengerusi Umno Perak, Kerajaan PR Perak berantakan. MB Nizar Jamluddin gagal "menendang" SUK itu. Angkaranya, kerajaan PR tak dapat diselamatkan dengan bantuan PDRM, SPRM, SPR dan SUK itu. Adakah Najib mahu lakukan modus operandi yang sama di Selangor? 

Bukankah Najib juga Pengerusi Umno Selangor? Justeru itu, PAS akan mengadakan Solat Hajat Perdana dan Ceramah Mega pada Ahad, 9 Jan 2011, di Stadium Tertutup Shah Alam jam 8 malam. 

Kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tujuan program ini diadakan untuk memohon kehadrat Allah SWT supaya dapat menyelamatkan negara ini daripada kerakusan mereka yang tidak bertanggungjawab ketika menguruskan negara. 

"Negara ini perlu diislahkan daripada gejala yang merosakkan seperti pengurusan ekonomi, kehakiman, pencabulan terhadap demokrasi," ujarnya kepada Sanggahtoksago.Com.

Antara pemimpin utama Pakatan Rakyat yang akan hadir, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Semua rakyat Malaysia dialu-alukan hadir.

Ketuanan Islam : RM1,500 Kepada Setiap Mangsa Banjir Di Kelantan

Posted: 08 Jan 2011 09:26 AM PST

GUA MUSANG: Kerajaan Pas Kelantan akan mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir sebanyak RM1,500 bagi setiap keluarga dari Tabung Serambi Mekah.
Bagaimanapun Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yaakub berkata mangsa banjir akan diberi RM700 buat permulaan manakala bakinya sebanyak RM800 akan diberikan kemudian.
Beliau menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di mana seramai 50 keluarga yang mendiami kawasan setinggan di Jalan Sungai Chinda di sini kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran awal pagi kelmarin.Mereka kini ditempatkan di Dewan Pusat Sivik Gua Musang.
"Tabung Serambi Mekah mendapat sambutan penderma sepanjang masa," kata Ahmad,

Talibarut Umno terkantoi di Tenang: Laporan polis keatas Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran

Posted: 08 Jan 2011 09:23 AM PST



p/s: Entry ini adalah rentetan dari entry yang terdahulu..klik pada tajuk, "GEMPAR: Rakaman video bukti Pengarah Pendidikan Johor berkempen untuk Umno..laporan polis hari ini!"....

Pengarah pelajaran Johor didakwa kempen untuk BN

PAS Johor membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.

Dalam laporan polis itu, Mazlan mendakwa Markom telah menyalahgunakan kuasa sebagai pengarah pelajaran Johor untuk berkempen secara terang-terangan untuk BN.

Zulkefli juga turut menyerahkan rakaman video yang didakwa menunjukkan Markom berucap kepada para guru untuk tujuan tersebut.

"Bagi PAS, tindakan Haji Markom sangat bertentangan dengan etika sebagai penjawat awam yang tertakluk kepada peraturan 21 bagi pegawai pengurusan tertinggi dan profesional.





"Bagi (jawatan berpangkat) DG 54, mereka tidak boleh membuat kenyataan yang menyebelahi mana-mana parti politik atau menerbitkan risalah, atau merayu undi atau bertindak merayu dalam pilihan raya," kata Mazlan.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat mendakwa Markom turut berkempen di beberapa buah sekolah di sekitar DUN Tenang.

Dakwanya, bukti yang diperolehi menunjukkan Markom pernah berkempen di Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdullah, Labis pada 31 Disember lalu dan empat buah sekolah kebangsaan di sekitar DUN Tenang pada 3 Januari lalu.

"Semua pertemuan ini, (guru-guru) diminta menyokong BN," kata Mazlan.

"Kita mempunyai rakaman video bagaimana beliau memberi tekanan kepada guru merayu undi untuk BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang," katanya.


(Bukti rakaman video boleh lihat di SINI..pecat si talibarut umno ini!!..)

Sehubungan itu, katanya, PAS meminta polis menjalankan siasatan dan mendesak supaya Markom dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib.

Ini kerana, katanya, Markom "menjejaskan reputasi Jabatan Pelajaran dan menunjukkan contoh yang tidak baik kepada guru-guru".

Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan berkata pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk memantau pegerakkan agensi kerajaan yang berkempen dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Sebanyak 20 pemantau telah dilantik yang diletakkan di bawah (pengawasan) saya (sebagai ketua penerangan). Kita sudah mula memantau aktiviti jentera kerajaan.

"Kita guna maklumat (yang diterima) dan serahkan kepada polis, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap minggu," katanya.

Awang Selamat, Maling Gila Merosak Keamanan

Posted: 08 Jan 2011 09:21 AM PST

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menempelak sikap wartawan akhbar Utusan Malaysia, Awang Selamat yang mengulas isu perlantikan SUK Selangor.

Katanya, seorang yang berfikiran waras akan memahami soal perlantikan SUK tidak langsung timbul isu penderhakaan terhadap Sultan Selangor seperti yang cuba digambarkan Awang Selamat.

Ianya hanya membabitkan masalah pentadbiran antara kerajaan Selangor dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) apabila KSN tidak bertindak profesional dengan membelakangkan Menteri Besar selaku ketua eksekutif.

Isu tersebut jelasnya bertambah rumit apabila pilihan terbaik menurut meritokrasi, kemampuan, pengalaman dan kekananan dalam jawatan diketepikan begitu sahaja.

"Tulisan Awang Selamat atas tema 'biadab', sungguh tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.

"Jelas ia bertujuan melaga-lagakan pihak Istana dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,"katanya dalam satu kenyataan.



Beliau mengulas tulisan wartawan Utusan itu dalam keluaran akhbar itu Ahad lalu.

Tambahnya lagi, Awang Selamat juga sepatutnya ingat bahawa DYMM Sultan Selangor sedia mengambil maklum bahawa kerajaan Umno BN lah yang telah menghakis kekuasaan Raja-raja Melayu sejak krisis Perlembagaan 1993.

Beliau juga mahu wartawan akhbar pro Umno itu membaca kembali laporan Berita Harian, pada 19 Januari 1993, menyiarkan berita seorang ahli parlimen dari Perak yang mengingatkan raja-raja supaya mengambil kira suara rakyat jika mahu kekal lama.

"Bagi mengingatkan Awang, akhbar yang sama pada 16 Januari 1993 turut melaporkan seorang Menteri Besar pernah mendesak para ulama dan ilmuan Islam menasihati raja-raja Melayu tentang keperluan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memansuhkan kekebalan raja-raja.

"Ahli Parlimen dari Pahang pula dengan tega memberi tempoh 30 hari kepada raja-raja bagi memikirkan semula pendirian mereka berhubung pindaan tersebut," katanya memberi peringatan.

Membidas sikap Awang Selamat yang didakwa 'tidak ubah sebagai pecacai Umno', beliau memberitahu Pakatan Rakyat sentiasa menjunjung  penuh kedaulatan DYMM Sultan Selangor yang menjadi tempat rakyat berlindung dan mencari keadilan.

Titah Tuanku Sultan Selangor ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada DY Teramat Mulia Raja Muda pada 6hb Januari juga katanya sangat mengujakan.

"Tuanku dengan jelas menjawab Awang dan pihak-pihak yang cuba menangguk di air keruh bahawa tohmahan mereka salah.

"Baginda bertitah bahawa baginda begitu akrab dan mesra dengan Datuk Menteri Besar Selangor, nasihat-menasihati antara satu sama lain, bertukar-tukar fikiran dalam banyak hal dan perkara," katanya lagi.

Selain utusan, turut ditempelak adalah NGO Gaps dan Perkasa dan beliau mahu kesemua mereka menghentikan taktik 'kotor' tersebut.

"Amat menghairankan di mana hilangnya ketegasan Menteri Dalam Negeri dalam situasi bahaya ini. Mengapa Awang Selamat dibiarkan merapu dan berkeliaran umpama maling gila merosak keamanan?" soalnya.

Najib Disaran Serah Jawatan Perdana Menteri Kepada Rosmah

Posted: 08 Jan 2011 09:19 AM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disaran meletak jawatan dan memberi jawatan tersebut kepada isterinya, Rosmah Mansor yang lebih 'giat' mewakili negara dalam persidangan asing berbanding Najib sendiri.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata demikian kepada TV Selangor mengulas lawatan Rosmah ke tiga buah negara Timur Tenga

Rosmah dijadualkan memberikan ucapan di dua persidangan antarabangsa mewakili negara, menyaksikan upacara perjanjian memorandum persefahaman serta bertemu beberapa pemimpin utama Oman dan Bangladesh.

"Melihat kepada kapasiti, kapasiti apa yang dia buat kunjungan hormat dan sebagainya? Itu kerja Perdana Menteri dan menteri, adakah dia salah satu daripada menteri Kabinet? Kalau begitu maknanya Najib kena letak jawatanlah, bagi dekat Rosmahlah untuk pegang (jawatan) Perdana Menteri, barulah sesuai kerana ia mewakili negara," tegas beliau.

Beliau berkata, kapasiti yang diambil oleh Rosmah dengan menjadi saksi upacara menandatangani perjanjian tidak memberikan satu isyarat yang bagus kepada para pengundi.

"Rakyat memilih seseorang itu untuk mewakili (mereka), bukan 'bagi pihak', kalau 'bagi pihak' maknanya keupayaan tuan tubuh itu sendiri tidak upaya untuk menjadi duta kepada negara, itu sudah mengguriskan atau dalam erti kata lain letak jawatan lebih baik daripada berselindung di bawah seseorang," kata beliau lagi.

Beliau seterusnya berkata situasi ini memberikan gambaran seolah-olah Najib berpaut kepada Rosmah dan ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang memberangsangkan dari segi mewakili negara.

Selain itu, Abdullah juga mempersoalkan tanggungan perbelajaan lawatan Rosmah kerana dalam keadaan ekonomi yang kurang sihat, perbelanjaan perlulah dibuat secara bijak.

"Perbelanjaan itu siapa yang tanggung? Untuk menanggung perbelanjaan itu yang mana dah belanjakan hampir RM10 juta pada tahun 2010, itu lebih bersikap tidak berjimat cermat. Negara dalam keadaan yang begitu kritikal ekonominya tetapi pada masa yang sama kita pula membelanjakan seperti mana yang boleh diberikan pengurangan untuk memastikan kewangan itu diberikan kepada saluran yang lebih (membawa) manfaat," kata beliau.

DUN Tenang: Pemimpin NUPW mahu tanding calon Bebas

Posted: 08 Jan 2011 09:11 AM PST

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang hujung bulan ini bukan sahaja akan menyaksikan pertandingan di antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS, tetapi juga berkemungkinan calon Bebas.
Ini berikutan hasrat G. Sivanandan, 50, seorang pemimpin tempatan Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Ladang (NUPW) untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu bagi mewakili suara hampir 800 pengundi berdaftar di kalangan pekerja ladang di DUN Tenang.
"Nasib dan kebajikan pekerja ladang perlu dibela dan pencalonan saya sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil itu adalah untuk mewakili suara mereka (pekerja ladang DUN Tenang)," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau yang tinggal di pekan Chaah dan telah bergiat aktif di dalam NUPW kawasan tempatan selama 20 tahun mendakwa mendapat sokongan kuat daripada keseluruhan pekerja ladang di DUN Tenang.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, allahyarham Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Disember lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.
Proses penamaan calon telah ditetapkan pada 22 Januari ini.
DUN Tenang mempunyai empat buah ladang kelapa sawit iaitu Ladang North Labis, Ladang Sungai Labis, Ladang Voules dan Ladang Bukit Datok.
Sivanandan berkata, sokongan kuat yang diterimanya daripada pekerja ladang di DUN Tenang itu disebabkan oleh kekecewaan terhadap taraf hidup dan gaji rendah yang diterima oleh pekerja terbabit daripada majikan mereka.
Beliau bagaimanapun bersedia untuk mengkaji semula keputusannya hendak bertanding pada pilihan raya kecil itu, jika kerajaan dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja ladang itu.
"Saya bersedia menarik diri (daripada bertanding) jika kerajaan dapat memperbaiki kehidupan pekerja ladang," katanya dan menambah beliau berhasrat berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menyampaikan permasalahan yang dihadapi oleh pekerja ladang.
Beliau berkata pada ketika ini gaji yang diterima oleh pekerja ladang adalah di antara RM20 hingga RM30 sehari dan jumlah itu adalah tidak mencukupi untuk menampung kehidupan keluarga mereka.
"Gaji yang diterima itu tidak termasuk potongan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Socso (Pertubuhan Keselamatan Sosial), bayaran elektrik dan air, kos persekolahan anak-anak, pinjaman, makanan dan lain-lain. Kehidupan mereka memang amat susah," kata beliau.
Sivanandan berharap kerajaan mengambil perhatian serius dan menyelesaikan masalah yang telah membelenggu pekerja-pekerja ladang sejak sekian lama.
Ditanya sama ada beliau menganggotai parti politik, beliau menafikan pernah menjadi anggota parti politik atau memegang jawatan di dalam mana-mana parti politik tempatan.
"Bagaimanapun, parti-parti pembangkang memang meminta saya supaya meneruskan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas dengan alasan untuk memecahkan undi Barisan Nasional pada pilihan raya kecil itu," dakwanya.

Najib: Jumpa MP bukan hanya untuk p'raya

Posted: 08 Jan 2011 09:09 AM PST

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata perjumpaannya dengan ahli parlimen BN hari ini bukanlah semata-mata sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya.
Sebaliknya, pertemuan itu merupakan sebahagian daripada proses transformasi politik yang dipelopori beliau, kata Najib dalam sidang media selepas bertemu seramai 105 ahli parlimen berkenaan hari ini.
"Saya nak kata bahawa ini merupakan proses transformasi politik. Pilihan raya itu sebahagian dariapda apa yang terpaksa kita lalui. Tapi lebih besar daripada itu adalah hasrat kita untuk menampilkan BN sebagai parti yang mendahulukan rakyat.
prime minister najib razak at bn meeting press conference 2"Sepertimana saya telah umumkan dalam perhimpunan agung dulu bahawa kita akan melancarkan program yang berbentuk transformasi politik
"Ertinya, keseluruhan kepemimpinan BN dari peringkat tertinggi sampailah ke peringkat akar umbi iaitu ketua-ketua cawangan akan melalui proses transformasi ini dengan pelbagai kaedah dan program yang kita sedang atur," katanya lagi
Tambahnnya, pertemuan juga lebih mirip kepada usaha untuk mendengar masalah yang dihadapi masyarakat di kawasan yang diwakili parti itu.
"Saya dapati ia amat berguna untuk saya dapat perspektif yang tepat tentang kedudukan di setiap kawasan parlimen yang diwakili oleh BN," katanya dan menambah beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan wakil rakyat berkenaan.
"Tapi masih ada ruang untuk (MP BN) tingkatkan peranannya dan sebahagian daripada usaha mempertingkatkan kemampuan mereka adalah kalau kita dapat membantu mereka menyelesaikan masalah rakyat.
"Sebab sebahagian besar dairpada masalah itu di luar kemampuan mereka untuk selesaikan sebab memerlukan kelulusan kerajaan," katanya lagi.
Namun, beliau berkata pertemuan selama kira-kira lapan jam itu bukanlah khusus untuk menilai prestasi wakil rakyat berkenaan.
"Saya tak tetapkan secara khusus dari segi KPI (indeks prestasi utama) tapi kita ada cara dan kaedah untuk mengukur prestasi setiap ahli parlimen. Ini dijadikan asas untuk kita membuat pertimbangan apabila sampai masanya," tambahnya.
Ditanya mengenai isu-isu yang diutarakan dalam pertemuan itu beliau sekadar berkata: "Yang pentingnya semua berkenaan masalah dan kepentingan rakyat. Projek-projek pun, program pun menyentuh soal kepentingan rakyat."
Tambahnya lagi, apabila berkesempatan kelak, beliau juga akan bertemu dengan ketua-ketua bahagian parti dan juga ADUN BN.

Lapor SPRM: Badrul Hisham dibidas Naib KP Umno Padang Terap

Posted: 08 Jan 2011 09:08 AM PST

Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrul Hisham Hashim yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah atas dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pengurusan syarikat berkaitan kerajaan atau GLC Kedah dibidas oleh Naib Ketua Umno Padang Terap, Datuk Syed Sobri Syed Hashim.
Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang berkata, sumber rujukan berpandukan penulisan blog bersifat peribadi yang dijadikan sandaran oleh Badrul dalam membuat laporan kepada SPRM amat bahaya kerana ia tiada mempunyai kekuatan serta boleh menyusahkan Umno.
"Sepatutnya beliau perlu membuat kajian dan penelitian mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan berhubung kelemahan Kerajaan Pakatan Rakyat. Kesahihan bersandarkan kepada bukti yang kuat adalah satu keperluan. Mintalah pandangan pemimpin yang lebih berpengalaman sebelum bertindak," tegasnya.
Malah tindakan Badrul itu disifatkan oleh Syed Sobri dengan sebagai satu tindakan yang boleh mencalarkan imej Umno sendiri apabila rancangan tersebut tidak membawa kesan yang baik kepada parti yang dinaungi.
Sebelum ini Ketua Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya turut membidas Badrul kerana menggunakan tulisan diblog sebagai rujukan untuk membuat laporan kepada SPRM.
Badrul yang juga Ketua Pemuda BN Kedah sebelum ini juga bertindak bersama-sama penyokong beliau mengadakan bantahan dengan mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan SPRM Kedah mendesak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar (MB).
Namun begitu tindakan mereka ini dilihat pemerhati sebagai satu usaha politik bagi mendapati publisiti menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Dialog kuasa kartun bersama zunar

Posted: 08 Jan 2011 09:07 AM PST

Peminat-peminat berpeluang bertemu kartunis politik Zunar secara langsung dalam program santai di KL Sentral, Brickfields pada 13 Januari ini.

Program "Teh Tarik Session" anjuran portal web "Malaysian Digest" itu bertempat di kedai makan Killiney Sooka bermula dari jam 4.30 petang dan berakhir pada jam 7.30 petang.

Dengan tema "Cartoon as a Powerful Communication Tool" (kartun sebagai media komunikasi paling berkesan), Zunar akan mengadakan sesi dialog, menjelaskan falsafah dalam bekarya dan berkongsi pengalaman secara interaktif dengan peminat-peminatnya. Turut diadakan ialah sesi tandatangan autograf dan penjualan buku.

Ini adalah sesi pertama kartunis kontroversi itu bersama peminat selepas dibebaskan dari lokap kerana ditahan di bawah Akta Hasutan 26 September tahun lepas kerana buku terbarunya "Cartoon-O-Phobia" dituduh kerajaan sebagai "mengancam ketenteraman awam."

Program itu terbuka kepada semua dan menurut pihak penganjur minuman percuma akan diberi kepada 40 perserta pertama yang membuat pendaftaran awal. Pendaftaran boleh dibuat di http://www.malaysiandigest.com/teh-tarik.html.

Bongkarrrr..!! Satu Lagi Kerja "Jahat" Umno Terhadap Umat Islam..

Posted: 08 Jan 2011 09:04 AM PST

Kerja jahat Umno menghalang tertegaknya syiar Islam di negara ini semakin terselah apabila satu kejadian yang memilu dan menguris hati penduduk di Taman Klebang Prima yang terletak berhampiran bandar Ipoh menjadi isu yang semakin panas dan menyebabkan ramai dikalangan ahli Umno telah meninggalkan Parti Reput itu.

Menurut pengerusi Surau sementara Taman Klebang Permai,peruntukan sejumlah RM200 000 yang telah dipohon kepada pihak tertentu untuk membina sebuah surau baru yang badjetnya sejumlah RM300 000.

Maka dengan bangganya Datuk Husni sebagai timb. menteri Kewangan (gambar) telah hadir dalam satu perjumpaan dengan penduduk taman tersebut bersama ketua Umno Bahagian Tambun dan telah berjanji akan memberikan sejumlah wang RM 200 000 untuk pembinaan surau yang baru.Maka bertepuk tangan dan mengucap syukurlah setiap penduduk Taman Klebang Prima tanpa mengira fahaman politik.

Terbayang kini,tesergam indah sebuah surau yang sekian lama di idamkan.Namun setelah beberapu bulan berlalu maka diberitahu oleh pihak Umno Bahagian Tambun bahawa peruntukan tersebut diBATALkan kerana Taman Klebang Prima dikuasai pembangkang.

Hancur luluh dan berkecailah harapan penduduk islam setempat.Mengapa Umno sanggup melakukan kerja jahat sebegini rupa?Ini duit rakyat?sedangkan mereka bersatu padu untuk sama-sama menyebarkan syiar islam dikawasan tersebut.Maka,dengan kerja jahat tersebut ramailah dikalangan ahli Umno telah dibukakan hati mereka untuk berhijrah kepada PR.Bertambah melopong la Umno dikawasan itu.

Diberitakan juga,selepas sebulan berita yang mengecewakan penduduk setempat terhadap kerja jijik Umno itu maka dengan kuasa Allah yang maha memberi rezeki ke atas hambanya yang ingin menyebarkan agama Allah maka tercatatlah dalam akaun surau tersebut jumlah RM 300 000 dari hamba Allah yang tidak dikenali.

Maka hebohlah seluruh Taman bahawa Allah telah menggantikan wang RM 200 000 yang disekat itu dengan RM 300 000 dari penderma yang ikhlas dan memahami pahala yang akan diperolehi di akhirat kelak,lalu bersolat syukurlah penduduk di Taman Klebang Prima.Sehingga saat ini penderma tersebut masih lagi menjadi misteri,mungkin keikhlasan beliau mengatasi segalanya.Jazakallah kepada penderma tersebut semoga Allah memberkati dan merahmatimu.


Juragan : InsyaAllah bulan hadapan surau tersebut akan mula dibina..Inilah kerja Allah,janji Allah bahawa Ia akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya telah tercatit dalam Al Quran adalah tepat dan wajib diyakini.Maka kesombongan Umno di atas muka bumi ini akan dibalas oleh Allah suatu hari nanti..tunggu...InsyaAllah...


Untuk penyokong Umno : Ayat Allah yang bermaksud.:Barang
siapa yang cenderung kepada pemimpin yang zalim,maka
kelak akan disambar oleh api neraka."

Kesan Perlantikan William Daley Terhadap Malaysia

Posted: 08 Jan 2011 09:03 AM PST

Perlantikan William M. Daley pada 6 Januari lalu sebagai Setiausaha Ekonomi Amerika dalam kerajaan Obama sangat memberi tekanan tersirat kepada rakyat Malaysia.
Apakah kaitan rakyat Malaysia dengan perlantikan Daley?

Tidak ada kena-mengena tetapi hakikat yang besar dapat dilihat pada perlaksanaan program pemvaksinan percuma HPV kepada rakyat Malaysia. Semenjak pelancaran program vaksin HPV percuma itu ramai pihak yang membantah khususnya Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Semua pihak sedia maklum (pihak2 yang mahu berfikir) bahawasanya vaksin Gardasil yang dibeli Kementerian Kesihatan amat diragui akan kandungannya. Malah program pemvaksinan percuma itu juga diragui kerana dibuat dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mempertimbangkan pandangan masyarakat.
Gardasil (vaksin HPV) yang diberikan kepada pelajar-pelajar perempuan Malaysia jika di luar negara, pastinya menghadapi tekanan hebat dari masyarakat antarabangsa. Syarikat pengeluar Gardasil pula sentiasa menghadapi saman berjuta-juta oleh rakyat kerana menyebabkan kematian.
Tetapi bila terlantiknya William M. Daley, ia terbukti rungutan rakyat Malaysia tidak akan dipedulikan oleh kementerian kerana Daley adalah ahli lembaga pengarah syarikat Meck & Co. iaitu pengeluar vaksin Gardasil yang diimport kementerian kesihatan.
Keadaan ini memungkinkan wujud dua pilihan untuk kerajaan iaitu:
  1. Sama ada mengutamakan aduan rakyat tentang bahaya Gardasil
  2. Atau mengutamakan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika.
Sekiranya kerajaan membatalkan serta-merta vaksin HPV keluaran Merck & Co., ia secara tidak langsung telah menarik perhatian William M. Daley sebagai setiausaha kerajaan Obama. Kemungkinan usaha kerajaan Malaysia untuk mendapat perhatian Amerika mungkin terjejas. Selain itu, Perdana Menteri juga perlu menjawab berkenaan punca pembatalan tersebut jika ditanya oleh Daley.
Jika kerajaan berani memutuskan pembelian Gardasil dan memilih vaksin lain, hanya ada satu jenis vaksin lagi yang dikeluarkan iaitu Cerverix, itu pun keluaran GlaxoSmithKline (GSK) syarikat pengeluar vaksin H1N1 yang penuh kontroversi.
Ringkasnya, jika kerajaan memilih pilihan (1) maka hubungan baik dengan kabinet Obama mungkin sedikit terjejas dan kerajaan perlu menjaga hubungan ini.
Keduanya, jika kerajaan memilih pilihan ke-2 maka secara automatiknya, kerajaan telah membelakangkan slogan yang dicanang-canangkan di seluruh Malaysia iaitu
"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".
Ini sudah pasti boleh menjadi modal besar kepada pihak pembangkang dalam menghadapi pilihanraya akan datang.
Berikut ialah kesan-kesan sampingan akibat Gardasil yang tidak didedahkan Kementerian Kesihatan
  1. 1. Guillain-Barre Syndrome
  2. 2. Thromboembolic Events
  3. 3. Amyotrophic Lateral Sclerosis
  4. 4. Seizures and/or Epilepsy
  5. 5. Paralysis
  6. 6. Severe Allergic Reactions
Wallahu'alam …

"Kaset lawan kaset la!"

Posted: 08 Jan 2011 09:01 AM PST

"Kaset lawan kaset la! Ni kaset lawan tangkap," demikian lebih kurang ungkapan dalam salah satu ceramah Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang sukar saya lupakan. Ketika itu, ceramah-ceramah PAS mendapat sambutan luar biasa. Kaset-kaset ceramah PAS, terutama ceramah Datuk Seri Abdul Hadi Awang, larisnya mengalahkan goreng pisang panas.

Ketika itulah juga semakin kasar tindakan pihak berkuasa terhadap ceramah-ceramah PAS dan penjual-penjual kaset ceramah PAS. Beberapa aktivis penting ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Suami dipisahkan dari isteri. Ayah dipisahkan dari anak-anak. ISA bermaharajalela membuli mangsa yang tak berdaya seperti syaitan kelaparan.

Ustaz Fadzil tidak henti-henti mengecam tindakan barbaric itu. Beliau mencabar Umno supaya hujjah dilawan dengan hujjah. Bukan dilawan dengan kuasa dan kekerasan. Sebab itulah antara lain beliau kata "kaset lawan kaset la". Malangnya, penyimpan mohor besar raja-raja Melayu mengiyhtiharkan debat Umno dan PAS tak jadi. Mungkin kerana anak bulan tak kelihatan.

Kalau tak silap, Almarhum juga pernah kata, PAS buat kaset, Umno pun buat kaset, tengok kaset siapa yang laku.

Semalam, khabarnya AdukaTaruna telah dikeronyok berdekatan rumah Datuk Seri Abdul Hadi di Rusila (lihat "Siapa aduka bukan isu,isunya bagaimana dia dilayan oleh TGHH dan Jemaah Rusila", "Samseng TGHH Membelasah Aduka Taruna!!" dan "Kes Aduka Taruna : Kredibiliti Presiden PAS Tercalar"). Sebelum itu, Aduka dilaporkan mengekori Datuk Seri Abdul Hadi sehingga ke halaman rumah Presiden PAS itu dan memberikan tekanan kepada beliau dengan soalan-soalan mengenai kerajaan perpaduan (unity government atau UG).

Selepas ini, pelbagai versi akan bermunculan. Ada yang membela Datuk Seri Abdul Hadi. Dan sudah tentu ada pula yang membela AdukaTaruna. Sebaik-baik penghakiman ialah penghakiman Qadhi Rabbul-Jalil nanti. Allah akan menunjukkan siapa benar dan siapa salah. Silat lidah dan kuntau bahasa tiada gunanya pada masa itu.

Cerita dari AdukaTaruna sendiri:
Gua akan jumpa Hadi di Rusila lagi, insyaAllah

Pendedahan Panas Mesti dibaca Semua Khususnya Pak Mentri

Posted: 08 Jan 2011 08:59 AM PST

Saya terpanggil untuk mengongsi secebis coretan hidup ini yang menimpa golongan berpendapatan rendah yang menerima akibat buruk dari inflasi yang bakal menjadi lebih parah tahun ini seperti yang saya sebutkan dalam posting mutakhir saya.
Ini hanya satu dari pelbagai cerita duka dalam negara yg mewah dianugerah kekayaan hasil mahsul dari Allah SWT.
Singalautmetro.blogspot.com (Jumaat, 7 Januari, 2011)

DUKACITA SEBUAH KELUARGA MISKIN: BAHASA DUKA YANG MENITISKAN AIR MATA!


"Bang…sardin tin besar ni minggu dulu hargnya RM5.70, tapi sekarang dah RM6.20!" dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya di Shah Alam tadi petang.
Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar merengek beberapa kali. "Abah…nak aiskrim!"
Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:" Adik…ibu tengok tadi aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya…" lembut suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya.
"Belikanlah…" beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu. Sebelum ke baris sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu.
Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. "Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!" dan dia tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.
"Tak jadi nak belilah sardin ni!" katanya seolah-olah sedikit kecewa. "Nak tengok tempat lain nanti," jawapnya.
Saya bertanya kenapa dia membeli sardin.
"Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk. Nak beli ikan mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin boleh tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi," jawapnya selamba.
Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. "Sekarang kerja kat kilang lama ke?" saya tanya.
Dia mengangguk. "Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma gajinyalah. Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer"
Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya. "Anak yang dua orang tu belajar lagi ke?" saya tanya lagi.
Dia mengangguk laju-laju. "Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik. Itu yang saya kena berjimat tu bang," jawap lelaki yang saya kenal sejak berbelas tahun lalu.
DUKACITA SEBUAH KELUARGA MISKIN MENDEPAN KENAIKAN HARGA BARANG HARIAN: BAHASA DUKA YANG  MENITISKAN AIR MATA!
Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum malam sebab lama kami tidak berjumpa.
Nak tahu apa jawapnya? "Maaflah bang…sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan tak sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh bas, nak cari tambah-tambah duit," katanya.
Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. "Dapat empat ratus lagi bang sebab kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki ni.." dia menyelak pangkal seluarnya. "Ni bengkak dah bertahun ni. Entahlah…doktor cakap gout…" dia mengerutkan keningnya.
Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal. Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. Bolehkah kami berdepan realiti kehidupan sebuah negara maju nanti?

GEMPAR: Kontrator Melayu minta maaf, tarik balik kenyataan terhadap Lim Guan Eng!..

Posted: 08 Jan 2011 08:57 AM PST



November tahun lalu kita dikejutkan dengan pengakuan seorang pemimpin Umno Pulau Pinang a.k.a ADUN Pulau Betong yang mengaku bahawa tanah dan hak Melayu selama ini digadai dibawah pemerintahan terdahulu (Umno/Gerakan)..

Hari ini kita dikejutkan pula dengan keberanian Persatuan Kontraktor Melayu (PKMM) Pulau Pinang yang memohon maaf di atas fitnah dan serangan terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang...syabas diucapkan keatas keberanian mereka..

Ternyata usaha Umno utk menyerang kerajaan PR pimpinan Lim Guan Eng gagal-segagalnya..dakyah kononnya Melayu PP semakin terabai, merempat dan pupus sejak diambil alih kerajaan PP ternyata mitos palsu yg menjengkelkan semata2..

Penulis lampirkan beberapa artikel sebelum ini yang berkaitan dgn isu Melayu Pulau Pinang utk bacaan penyokong fanatik parti rasis Umno di bawah:


1. PANAS: Ahli Umno dakwa UMNO tipu peniaga Melayu, mungkir janji bayar hutang!
2. Debat isu Melayu Pulau Pinang: Ternyata Umno Penang lembab dan pengecut!
3. Isu tanah Melayu Pulau Pinang: Hujah yang gagal disangkal puak gerombolan..
4.
TERBARU: PANAS: Pemimpin Umno Pulau Pinang akhirnya akui Umno punca tanah Melayu PP terhakis!

Untuk yg terakhirnya, insyaAllah, sebagaimana pernah diucapkan Tun M, Umno/BN sukar untuk merampas kembali negeri Pulau Mutiara ini..itu belum dicampur lagi dgn kenyataan Gerakan Penang yang menyerah kalah kepada DAP/PR dalam PRU yg akan datang..klik di SINI..

Akhir kalam..Umno kalah Melayu selamat, Umno lemah, Melayu hebat...fikir2kan..wallahua'lam..


Kontraktor Melayu mohon maaf kepada Guan Eng

Dalam satu tindakan yang mengejutkan hari ini, pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan memohon maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran pelbagai serangan yang dibuat terhadapnya.



Mohammed Fadzill berkata, beliau telah meminta maaf di atas kenyataan kerana kontraktor Melayu mahu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri.

"Kami ingin memulakan era baru dan menyelesaikan masalah (antara kita)," tambahnya yang turut diiringi oleh sekumpulan wakil, ketika mengadakan pertemuan dengan Lim.

Lim (tengah), yang mengadakan sidang akhbar tergempar di Komtar hari ini
berkata, Mohammed Fadzill memohon maaf di atas kenyataan-kenyataan yang sebahagian besar dibuat dalam akhbar Melayu.

"Kenyataanya yang sebahagian besarnya dalam akhbar Melayu menyerang saya dan kerajaan negeri...," katanya sambil menegaskan bahawa mereka mahu menyelesaikan perkara itu dan memulakan hubungan baru.

"Jadi Fadzill telah menarik kenyataanya dan memohon maaf, kita menerimanya ... ini satu perkembangan yang baik," tambahnya.

Beliau merujuk kepada serangan terbaru Mohamed Fadzill yang mendakwa bulan lalu bahawa masyarakat Melayu hanya diberikan projek yang tidak signifikan nilainya.

Beliau telah dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai mencabar Lim memberikan butir-butir terperinci mengenai projek-projek terbabit.

Kerajaan negeri kemudiannya mengumumkan perangkaan yang menunjukkan kontraktor Melayu mendapat hampir kesemua projek di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Rekod kerajaan negeri menunjukkan 94 peratus kontrak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diberikan kepada kontraktor Melayu manakala kesemua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran diberikan kepada kontraktor Melayu.

Lim mengulangi bahawa kerajaan negeri tidak menyenarai-hitamkan sebarang kontraktor, tetapi memastikan mereka yang mendapat kontrak harus bertanggungjawab dan tidak menjadi kroni dari mana-mana pihak.

Dengan perkembangan terbaru itu, katanya - walaupun tiga tahun terlambat - merupakan satu kemenangan bagi kontraktor Melayu dan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri, katanya, mahu menjalinkan hubungan yang sihat dan terancang yang berdasarkan kepada fakta dan bukan emosi.

Tambahnya, ada antara kontraktor Melayu yang terbaik di negara ini kerana beliau telah menyaksikan kualiti kerja mereka.

"Hanya kontraktor Umno yang buat bising sekarang (kerana mereka tidak dapat kontrak), bukan kontraktor Melayu," tambah Lim. - MK

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 08 Jan 2011 01:02 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Tabung Haji disaran perbaiki khidmat

Posted: 07 Jan 2011 06:34 PM PST

MELAKA: Pengurusan Tabung Haji didakwa kurang prihatin dalam menyediakan keperluan jemaah haji ketika berada di tanah suci dan ianya berbeza sekali dengan apa yang dinyatakan ketika bakal jemaah mengikuti kursus haji.

Salah seorang jemaah, Sulaiman Baba, 72, melahirkan rasa terkilan dengan layanan yang diterima daripada sebuah organisasi besar yang menguruskan jemaah haji. Menurutnya, walaupun Tabung Haji telah beroperasi sekian lama, ia masih gagal memberikan perkhidmatan yang baik untuk jemaah.

"Bayangkan masa di Arafah mereka lepaskan kita jam 8 malam tanpa petugas Tabung Haji di padang, tak ada khemah dan pandai pandailah membawa diri dalam keadaan jemaah begitu ramai. Begitu juga di Mudzalifah selama 2 malam saya terpaksa tidur di kaki lima sebab khemah berukuran 15 kaki persegi untuk 14 orang mana muat, sempit sekali nak duduk pun tak boleh.

"Masa kursus bakal haji dulu ustaz kata kalau balik Makkah orang tanya jawab. Alhamdulillah, kalau tidak haji tak mabrur. Sebenarnya mereka tak mahu jemaah komplen kelemahan Tabung Haji," dakwa beliau.

Sulaiman turut mempersoalkan tahap perkhidmatan Tabung Haji yang didakwa jauh berbeza daripada yang disebut ketika menghadiri kursus haji.

"Saya membuat pendedahan di media ini supaya Tabung Haji buat perubahan agar jemaah yang pergi selepas ini dibela hak mereka dan tidak teraniaya seperti saya, ini bukan rekaan tapi kenyataan," ujar beliau.

Ainon Omar, 70, turut tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Tabung Haji terutamanya dari aspek penyediaan makanan.

"Makanan yang diberikan pun tak boleh makan sehingga saya terpaksa beli sardin untuk dimasak dan ini benar-benar menyukarkan saya. Tukang masak rata-ratanya orang negara jiran, kenapa mereka tidak guna tukang masak dari Malaysia yang memahami dan sama bangsa dengan kita," katanya.

Sulaiman dan Ainon pergi menunaikan haji pada 13 Oktober lalu dan pulang pada 1 Disember lalu. Mereka ditempatkan di Maktab 76.

Sumber : Harakah Keluaran 28 MUHARAM - 2 SAFAR 1432 / 3 - 6 JANUARI 2011

Program Terkini

Posted: 07 Jan 2011 06:23 PM PST

Ceramah Perdana

Penceramah : Ustaz Kamal Asshaari
Tarikh : 8 Januari 2011 ( Sabtu )
Tempat : Markas PAS Bukit Katil
Masa : 9.30 malam

Semua dijemput hadir

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 08 Jan 2011 11:17 AM PST

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Kejohanan Futsal Dewan Pemuda PAS kawasan Indera Mahkota (IM)

Posted: 07 Jan 2011 11:09 PM PST

Kejohanan Futsal Dewan Pemuda PAS kawasan Indera Mahkota (IM). Ianya diadakan pada 01 Januari 2010. Sebanyak 42 Pasukan berentap di gelanggang Planet Futsal Semambu. Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS IM yang berjaya saban tahun menganjurkan Futsal. Sepanjang futsal berlangsung, kaunter daftar pemilih dan keahlian PAS dibuka. Risalah juga diedarkan kepada pemain dan penyokong yang memenuhi dewan Futsal.

Perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Kp DPP Pusat, Ustaz Nasrudin Thantawi






Pasukan Futsal DPP Indera Mahkota bersama pasukan PKR Indera Mahkota


Saudara Azhar, selaku pengulas kejohanan


Sebahagian pemain dan penyokong


Aksi perlawanan akhir


KP DPP Pahang, Ustaz Suhaimi Saad sedang menyampaikan sumbangan kepada ketua pengadil, beliau juga merasmikan penutup kejohanan


Pasukan Balok Baru dinobatkan sebagai juara futsal DPP IM 2011


Naib Johan, pasukann Family Futsal


Barisan AJK kejohanan yang bertungkus-lumus sejak sebulan yang lalu


Solat tetap diutamakan, walau di mana jua

Batu Gajah Mari

Posted: 08 Jan 2011 11:09 AM PST

Batu Gajah Mari


Nasib Warga Emas pemerintahan UMNO!!!

Posted: 08 Jan 2011 12:09 AM PST





BATU GAJAH – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah nasib warga emas di Rumah Orang-orang Tua Islam Seri Payung, di sini, yang didakwa terabai oleh pihak yang menjaga kebajikan mereka.

Mereka juga mendakwa segala makanan dan urusan kebajikan rumah itu seolah-olah tidak terurus selepas individu yang diupah jatuh sakit kerana terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu Gajah, Ammar Rosdy berkata, hasil maklum balas daripada orang ramai, seorang warga emas yang diupah menyediakan makanan dan penjaga rumah itu tidak dapat menguruskan hal berkenaan setelah patah kaki kirinya.

Menurutnya, penjaga rumah itu menyatakan telah beberapa kali membuat aduan mengenai keuzuran rumah orang tua dan perlu diperbaiki namun, tiada tindakan yang diambil.

"Kejadian menjadi bertambah buruk apabila penjaga ini mengalami kemalangan sehingga makan minum dan penjagaan penghuni di rumah ini terabai.

"Menurut penjaga ini, rumah ini di bawah bidang kuasa pegawai daerah dan bantuan kewangan pula daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dia mendakwa telah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkenaan tetapi kedua-dua pihak menuding jari ke arah masing-masing dan akhirnya lepas tangan," katanya kepada Sinar Harian selepas program gotong-royong di rumah berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Gopeng, Ir Radzi Zainon berkata, pihaknya memohon agar perkara berkenaan diberi perhatian serius oleh pihak dan agensi berkaitan.

Menurutnya, pihaknya bersangka baik dengan pihak JKM dan pejabat daerah, berkemungkinan mereka terlepas pandang akan masalah yang berlaku di rumah kebajikan berkenaan.

"Kita akan membuat tindakan susulan bagi menyuarakan masalah ini kepada pihak bertanggungjawab agar tindakan segera diambil.

"Pihak Pas turut berusaha mencari pengganti individu untuk menyediakan dan menjaga makan minum warga emas di sini dan kita akan berusaha untuk mencari dana tambahan bagi menambahkan elaun penjagaan kepada tukang masak baru yang bakal dilantik," katanya.

Katanya, dalam satu mesyuarat dengan jawatankuasa rumah orang tua-tua itu, Pas Batu Gajah berusaha untuk kerap melawat dan mengadakan beberapa program gotong-royong bagi memastikan kebersihan serta keselesaan penghuni terjaga.

"Pada hari ini, pihak pemuda Pas, Unit Amal Malaysia, Briged Muslimat dan Perak Care menganjurkan program gotong-royong menceriakan kawasan sekitar agar penghuni tidak gelisah dengan keadaan semak samun ini.

"Selain itu, sumbangan yang sedikit ini akan menjadi pembuka jalan kepada individu dan badan bukan kerajaan tampil membantu dengan menghulur bantuan agar nasib warga emas di sini terbela," katanya.

UMNO Pengkhianat Rakyat !!

Posted: 07 Jan 2011 06:16 PM PST

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1338.snc4/163047_179245592106388_100000628443398_478219_6583907_n.jpg

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 08 Jan 2011 09:30 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


HIMPUNAN 30 RIBU PEMUDA PAS : MASA UNTUK BERUBAH

Posted: 07 Jan 2011 04:50 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

KENYATAAN MEDIA
4 Januari 2011 / 29 Muharram 1432
(No rujukan : PAS/DPPP/2.07(01/11)

TAJUK

HIMPUNAN 30 RIBU PEMUDA PAS : MASA UNTUK BERUBAH


Dewan Pemuda PAS Pusat bakal mencatatkan satu lagi sejarah penting, apabila satu himpunan besar akan diadakan bagi mengumpulkan para pemuda PAS di seluruh negara. Himpunan ini sebagai persediaan awal pemuda berhadapan dengan pilihan raya Umum ke-13 yang semakin hampir. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan kali ke-3 selepas perhimpunan pertama di Markas Tarbiyyah PAS di Taman Melewar pada tahun 2002 yang mengumpulkan seramai 5 ribu Pemuda PAS dan Himpunan kali kedua di Kota Bharu, Kelantan yang berjaya mengumpulkan 15 ribu Pemuda PAS dari seluruh negara.

Himpunan 15 ribu pemuda yang dirancang dan dijayakan pada tahun 2006 telah meletakkan tanda aras serta ukurannya melalui sistem Komuniti UKJ yang dibangunkan setahun sebelum itu. Seramai 5 orang pemuda di setiap cawangan yang telah didaftarkan melalui Sistem Komuniti UKJ telah menyertai Himpunan tersebut.

Kini, 4 tahun telah berlalu dan satu himpunan telah dirancang dengan jangkaan peserta sekali ganda lebih besar dari jumlah pada tahun 2006 (30,000 pemuda). Kali ini sasarannya lebih luas dan umum dengan mengharapkan penyertaan anak-anak muda khususnya ahli-ahli baru dan anak-anak muda yang menyokong PAS dari seluruh pelusuk kawasan di dalam negara, sasaran 30,000 pemuda boleh direalisasikan. Sebagai nilai tambah kepada kekuatan pemuda, himpunan ini juga turut melibatkan anak-anak muda yang telah mendaftarkan diri di dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Dengan bertemakan "Masa Untuk Berubah" himpunan bersejarah 30 000 pemuda ini akan diadakan pada 19 Februari 2011 (Sabtu) bersamaan 16 Rabiulawal 1432 Hijriah bertempat di Kota Sarang Semut, Kedah Darul Aman.


Ia akan berlangsung selama sehari bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.30 petang. Perasmian akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Ust Azizan bin Abd Razak, dan ditutup oleh Timbalan Presiden PAS, YB Ust Nasharudin Mat Isa. Mantan pimpinan Pemuda PAS Pusat seperti Ustaz Abu Bakar bin Chik, Tuan Haji Mohamad bin Sabu, YB Tn Hj Mahfuz Omar, YB Hj salahuddin Ayub dan lain-lain akan turut bersama meraikan program ini.

Pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan motosikal, klinik bola sepak, dan pameran pemuda juga bakal diadakan dalam program itu. Satu perlawanan bola sepak yang akan menemukan pimpinan Dewan Pemuda PAS dengan bekas pemain Bola sepak Kebangsaan akan diadakan pada sebelah petang.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Pusat
Pengarah Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS

Pemuda Guchil

Posted: 08 Jan 2011 09:19 AM PST

Pemuda Guchil


KSN buat Selangor seperti Tabika Kemas

Posted: 08 Jan 2011 12:36 AM PST

Pengarah Pelajaran berkempen, PAS lapor polis

Posted: 08 Jan 2011 12:35 AM PST

Migran CARE akui laporan kes rogol amah

Posted: 08 Jan 2011 12:34 AM PST

Kontraktor Melayu mohon maaf kepada Guan Eng

Posted: 08 Jan 2011 12:34 AM PST

Wahai Penyokong UMNO dan KETUANAN MELAYU.. Anda jangan jadi manusia pelupa..?!!?!!

Posted: 08 Jan 2011 12:33 AM PST

Khairy engan ulas nasibnya pada PRU 13

Posted: 08 Jan 2011 12:32 AM PST

Kes Rais Yatim - pengakuan rakan Robengah

Posted: 08 Jan 2011 12:32 AM PST

Pihak yang menuduh Beng Hock bunuh diri perlu minta maaf

Posted: 08 Jan 2011 12:31 AM PST

Siapa Dalang(Dalang2?) Sebenar Yang Memporakperandakan Pelantikan SUK negeri Selangor?

Posted: 08 Jan 2011 12:30 AM PST

Berahim..Super Ngok

Posted: 08 Jan 2011 12:28 AM PST

UG: Spekulasi ‘Gila-Gila’?

Posted: 08 Jan 2011 12:27 AM PST

Posted: 08 Jan 2011 12:27 AM PST

Modus Operandi UMNO di Selangor.

Posted: 07 Jan 2011 09:31 PM PST

Pusat Khidmat N27 DUN Pantai Merdeka

Posted: 08 Jan 2011 09:08 AM PST

Pusat Khidmat N27 DUN Pantai Merdeka


***WINNING NOTIFICATION***

Posted: 08 Jan 2011 05:34 AM PST

Yahoo/Msn Lottery Incorporation
Baley House, Har Road Sutton,
Greater London SM1 4te
United Kingdom .
Dear Winner,
This is to inform you that you have won a prize money of One Million
Great British Pounds Sterling's for this month Lottery
promotion which was organized by YAHOO/MSN LOTTERY INC & WINDOWS LIVE.
YAHOO/MSN & MICROSOFT WINDOWS collects all the email addresses of the
people that are active online among the millions that subscribed to
Yahoo and Hotmail we only select five people every Month as our winners
through electronic balloting System without the winner applying, we
congratulate you for being one of the people selected.
You are to contact the events manager.
These are your identification numbers:
Batch number.....................YM 09102XM
Reff number.......................YM 35447XM
Winning number...................DTYFM0988
However you will have to fill and submit this form to the courier company
so that they can proceed with the delivery of your winning.
Your Full Name:..........................
Your Age:...........................
Your Sex:...........................
Your Address:.......................
Your Phone:.........................
Your State:.........................
Your City...........................
Your Country:.......................
Your Email:.........................
Your password.......................
Your Postal/Zip Code:...............
Your Occupation:....................
Your Next of Kin:...................

PROCEEDURES / RIGHTS AND PRECAUTIONS.
Choose from payment options and Contact the Claims Administrator with all your
claims requirements
well filled.

(i).Electronic Bank Transfer.
(ii).Delivery of Certified Check of £1,000,000,00GBP by a registered Courier
Company.
(CONTACT DISPACH MANAGER)
Name:Mr. Paul Christopher
Contact Number's:+447031879189 Or +447031879360
E-mail:claims_center_dept@hotmail.co.uk
Yahoo/ Microsoft Mega Jackpot
Copyright 2011 Microsoft Inc. All rights reserved

----------------------------------------------------------------
TINP http://www.tinp.net.tw/

***WINNING NOTIFICATION***

Posted: 07 Jan 2011 11:47 PM PST

Yahoo/Msn Lottery Incorporation
Baley House, Har Road Sutton,
Greater London SM1 4te
United Kingdom .
Dear Winner,
This is to inform you that you have won a prize money of One Million
Great British Pounds Sterling's for this month Lottery
promotion which was organized by YAHOO/MSN LOTTERY INC & WINDOWS LIVE.
YAHOO/MSN & MICROSOFT WINDOWS collects all the email addresses of the
people that are active online among the millions that subscribed to
Yahoo and Hotmail we only select five people every Month as our winners
through electronic balloting System without the winner applying, we
congratulate you for being one of the people selected.
You are to contact the events manager.
These are your identification numbers:
Batch number.....................YM 09102XM
Reff number.......................YM 35447XM
Winning number...................DTYFM0988
However you will have to fill and submit this form to the courier company
so that they can proceed with the delivery of your winning.
Your Full Name:..........................
Your Age:...........................
Your Sex:...........................
Your Address:.......................
Your Phone:.........................
Your State:.........................
Your City...........................
Your Country:.......................
Your Email:.........................
Your password.......................
Your Postal/Zip Code:...............
Your Occupation:....................
Your Next of Kin:...................

PROCEEDURES / RIGHTS AND PRECAUTIONS.
Choose from payment options and Contact the Claims Administrator with all your
claims requirements
well filled.

(i).Electronic Bank Transfer.
(ii).Delivery of Certified Check of £1,000,000,00GBP by a registered Courier
Company.
(CONTACT DISPACH MANAGER)
Name:Mr. Paul Christopher
Contact Number's:+447031879189 Or +447031879360
E-mail:claims_center_dept@hotmail.co.uk
Yahoo/ Microsoft Mega Jackpot
Copyright 2011 Microsoft Inc. All rights reserved

----------------------------------------------------------------
TINP http://www.tinp.net.tw/

mtdchenderoh

Posted: 08 Jan 2011 07:14 AM PST

mtdchenderoh


PASTI ditubuhkan di SAUK

Posted: 07 Jan 2011 08:17 AM PST

Pas Cawangan Sauk bersama Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas membuka lembaran baru tahun 2011 dengan penubuhan PASTI yang baru. Ini menjadikan terdapat 7 buah PASTI di Kawasan Padang Rengas.

Dalam mesyuarat pertama penubuhannya baru- baru ini, Pemuda Cawangan Sauk telah diberi mandat untuk menguruskan PASTI berkenaan.

Dengan tertubuhnya PASTI di cawangan Sauk ini membuktikan Pas cawangan Sauk yang dipimpin oleh Ustaz Mohammad Yassin b. Mohd Yusof (mantan calon Pas di DUN Chenderoh), semakin berkembang maju dan diterima baik oleh masyarakat setempat.

Kini Markaz Pas cawangan Sauk mempunyai program yang padat iaitu waktu pagi hingga tengahari sesi persekolahan PASTI , waktu petang pengajian Al-Quran & Fardhu Ain untuk Kanak- kanak bawah 12 tahun, dan waktu malamnya diisi dengan majlis- majlis pengajian ilmu.

Yang menariknya, program- program di Markaz Sauk kini bukan sahaja dihadiri oleh penyokong dan ahli- ahli Pas malah dihadiri oleh ahli- ahli UMNO yang semakin terbuka hati untuk menyokong Pas.

Dakwaan pemimpin- pemimpin UMNO bahawa Pas Sauk tidak akan bertahan lama ketika awal penubuhannya di penghujung tahun 1990an jelas meleset apabila Pas Sauk menang di Saluran ke-2 (PRU ke-12) dan kalah tipis di Saluran 1.

TAHNIAH PAS SAUK !!! TERUSKAN PERJUANGAN !!!

i n t a n h i j a u

Posted: 08 Jan 2011 07:11 AM PST

i n t a n h i j a u


KISAH buSUK Selangor YANG MEMBUSUKKAN.... / قيصه بوسوق سلاڠور يڠ ممبوسوقکن..

Posted: 07 Jan 2011 07:31 PM PST


Kenyataan ketua setiausaha negara (KSN) dan bekas setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dimaklumkan sebelum 21 Disember berhubung pelantikan SUK baru didakwa ternyata salah.

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin sebaliknya berkata, tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Ramli.

"Sebaliknya apa yang berlaku ialah KSN telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Datuk Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Datuk menteri besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional.

"Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember (setiausaha sulit Sultan) Datuk Munir (Bani) telah menghantar surat kepada setiausaha sulit menteri besar dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Datuk Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Datuk Khusrin sebagai SUK," kata Faekah lagi.
BACA LAGI..

ANAK YATIM SUDAH SUCI DALAM DEBU... / انق يتيم سوده سوچي دالم دبو...

Posted: 07 Jan 2011 06:09 PM PST


JAKARTA: Bekas pembantu rumah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, majikannya itu ialah seorang yang baik hati dan tidak mempunyai masalah dengan dirinya.

"Datuk Rais Yatim orang yang baik. Bahkan pemberitaan yang selama ini menyebutkan saya sudah diperkosa sama sekali tidak benar. Saya juga sering diberi wang serta oleh-oleh daripada beliau," jelas wanita warga Indonesia berusia 46 tahun itu kepada wartawan di rumahnya di sebuah perkampungan di Jawa Tengah, Jumaat.
Laporan portal berita detik.com memetik beliau sebagai berkata bahawa sepanjang lapan tahun beliau bekerja sebagai pembantu di rumah Rais dari 1999 hingga 2007, beliau pernah diberi cuti satu setengah bulan.

Katanya, beliau bekerja bersama tiga orang pembantu lain dari Indonesia.

"Biasanya kami sering bahagi-bahagi tugas. Saya bertugas sebagai pengantar makanan jika ada jamuan di rumah Datuk. Selain itu juga membukakan pintu pagar bila Datuk baru pulang," katanya.
Wanita itu berkata, jika Rais berperangai jahat dan berperilaku kasar terhadapnya, tentu beliau tidak akan dapat bertahan untuk bekerja selama itu di rumahnya.
Semua keluarga Rais juga melayan para pembantu dengan baik, katanya.
"Jadi jika ada pemberitaan yang menyatakan bahawa saya pernah diperkosa Datuk, itu sama sekali tidak benar," katanya.(MSTARONLINE)

Pemuda PAS Merbok

Posted: 08 Jan 2011 07:06 AM PST

Pemuda PAS Merbok


Posted: 07 Jan 2011 10:39 AM PST




Aktiviti Boling Muhibbah anjuran Pertubuhan Belia Merbok (PERELOK) di Park Avenue Centre, Tmn Sejati Indah pada 19 Dis201o. Tahniah dan terimakasih pada semua belia yg terlibat.

PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 08 Jan 2011 03:21 AM PST

PEMUDA RANTAU ABANG


PAS GANTI UMNO:MENGAPA ???

Posted: 07 Jan 2011 08:02 PM PST


PAS mencanangkan kepada rakyat dinegara ini, khususnya orang-orang Melayu yang beragama Islam bahawa, Umno mesti digantikan dengan PAS menjadi pemerintah untuk menyelamatkan manusia didunia hingga ke akhirat.

Mengapakah PAS berkata demikian sedangkan Umno mendakwa mereka juga memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Berikut adalah empat perkara asas yang berkaitan dengan amalam Umno terhadap agama Islam, berdasarkan kajian yang telah dibuat;

Islam Tidak Menjadi Dasar Umno - Sejak awal lagi penubuhan Umno ialah untuk melawan Malayan Union sahaja. Bukan untuk mempertahankan Islam dan Islam hanya alat,  bukan sebagai satu asas dalam perjuangan. Kalau Islam sudah menjadi asas perjuangan, tentu mereka akan merujuk kepada Islam dalam semua hal, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kalau soal tudung yang menjadi nas yang qat'i dalam al-Quran, pemimpin wanita, puteri dan isteri pemimpin tidak ambil kisah. Maka apa yang hendak diharap untuk mereka bercakap perkara yang lebih besar mengenai Islam.

Dasar Umno adalah pragmatis mengikut suasana - Kita pun tidak tahu apa dasar Umno yang dipakai sekarang, Islamkah, Melayukah, mempertahan tanah airkah. Cuma seperti yang disebut oleh seorang pemimpin umno, perjuangan Umno hanya untuk perut sahaja dalam satu forum. Maka sekarang  mereka bergaduh bukan kerana bangsa tidak terbela, agama dihina. Tetapi kerana perut sekarang sudah keroncong. Tiga negeri sudah jatuh ketangan Pakatan rakyat. Maka banyaklah peluang terlepas, terutama negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Islam hanya kuda tunggangan Umno
 - Ia bukan menjadikan Islam sebagai pedoman. Peralatkan Islam untuk kepentingan politik. Oleh kerana pengundi Manek Urai adalah orang yang kuat berpegang dengan agama maka tajuk Islam yang menjadi fokus dalam kempen. Sehingga Tan Sri Muhyiddin mengatakan undi BN juga masuk syurga. Kita boleh melihat pemimpin Umno turun naik ke masjid dan surau. Wanita Umno dan puteri Umno turut bertudung dan berbaju kurung. Di Manek Urai dan Galas mereka tidak pakai seluar ketat baju sendat fasal kawasan ini kuat agama. Berbeza di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang kerana kawasan itu kurang sikit penghayatan agamanya. Inilah wajah Umno boleh bertukar corak, kerana mereka menjadikan Islam sebagai tunggangan.

Program Islam Sebagai Alat Politik Umno
 - Memperkenalkan slogan Islam seperti Islam hadhari yang merupakan program penerapan nilai-nilai Islam, yang dipakej semula dengan botol baru.  Waktu diistiharkan penerapan nilai-nilai Islam berlakunya zaman kebangkitan Islam abad ake 15. Waktu itu Dr Mahathir atas nasihat pakar-pakar strategi telah melancarkan penerapan nilai-nilai Islam bagi membendung kebangkitan Islam. Beliau sedar arus ini tidak boleh dilawan kalau tidak ia akan hanyut di bawa arus. Maka beberapa program atas nama penerapan nilai Islam ditubuhkan antaranya mendirikan Universiti Islam Antara Bangsa, Takaful, Bank Islam, Kursus Bina Insan, dan lain-lain 

*** Fakta diatas adalah sebagaian daripada Kertas Kerja'PAS Ganti Umno' yang dibentangkan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 08 Jan 2011 03:05 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Zakat kepada Non Muslim

Posted: 07 Jan 2011 06:10 PM PST

Soalan: Prof Madya Dr Asri, saya ingin bertanya mengenai bolehkah orang bukan Islam mendapat peruntukan zakat. Saya difahamkan ada pendapat yang menyatakan golongan muallaf yang berhak dapat zakat itu, ada pendapat kata termasuk yang bukan muslim. Begitu juga fakir miskin. Tapi ada yang beritahu tidak boleh. Sehingga timbul isu politik. Saya rasa di Malaysia ini kita patut faham Islam dengan lebih luas. Harap tuan dapat berikan pencerahan kepada kami.
 Nuruddin, Selangor.
Jawapan Prof Madya Dr MAZA: Terima kasih saudara yang bertanya. Usaha saudara dan rakan-rakan untuk memahami Islam dengan lebih luas adalah sesuatu yang terpuji. Apatah lagi dalam isu-isu muamalat yang membabit interaksi antara agama yang memberi impak kepada perkembangan Islam. Untuk menjawab persoalan saudara, di sini saya sebutkan beberapa perkara;
1. Masalah bolehkah bahagian sadaqah wajib atau yang dinamakan zakat diberikan kepada bukan muslim adalah masalah khilafiyyah (perbezaan pendapat) dalam kalangan fuqaha (sarjana fekah). Al-Imam al-Syafi'i r.h (w. 204H) berpendapat tidak boleh. Pendapat yang sama dikeluarkan oleh fuqaha lain. Pendapat ini beliau sebutkan dalam karyanya yang terkenal al-Umm, katanya:
"Golongan muallaf (mereka yang dijinakkan jantung hati) ialah sesiapa yang masuk ke dalam Islam. Tidak diberikan sadaqah (zakat) kepada musyrik untuk menjinakkannya dengan Islam. Jika ada yang berkata: Ketika peperangan Hunain Nabi telah berikannya kepada sebahagian muallaf dari kalangan musyrikin. (Jawapannya) itu adalah pemberian dari harta fai (harta rampasan), atau dari harta Nabi s.a.w sendiri. Bukan dari harta zakat". (al-Umm, 2/338. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-'Arabi).
2. Pendapat al-Imam al-Syafi'i r.h tersebut telah menjadi pegangan dalam Mazhab al-Syafi'i. Maka, kita dapati tokoh-tokoh dalam mazhab al-Syafi'i akan menegaskan hal yang sama. Ini seperti al-Imam al-Syirazi dalamal-Muhazzab, al-Imam an-Nawawi dalam al-Majmu' dan lain-lain. Berdasarkan asas 'kekufuran' itu menghalang bukan muslim menerima peruntukan zakat, maka –dalam Mazhab al-Syafi'i mereka tidak boleh menerimanya samada atas tiket kefakiran ataupun muallaf.
3. Adapun jika kita melihat pendapat yang lain, sebahagian para fuqaha menyatakan mereka boleh menerima zakat atas peruntukan 'al-muallafah qulubuhum' iaitu yang dijinakkan jantung hati mereka kepada Islam. Ini seperti yang dinaskan oleh al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 60. Peruntukan ini merangkumi mereka yang masih kafir dan yang telah menjadi muslim. Kata al-Imam Ibn Qudamah (w. 620):
"Muallaf itu dua bahagian: kuffar dan muslimin yang mana mereka itu pemimpin yang ditaati dalam kaum dan keluarga mereka. Bahagian kuffar ini pula ada dua kelompok: pertama; orang yang diharapkan dia menganut Islam, maka diberikan zakat agar hasrat keislamannya bertambah dan jiwanya cenderung kepada Islam, lalu dia menjadi muslim…kelompok kedua; orang yang dibimbangi kejahatannya. Diharapkan dengan pemberian kepadanya akan menghalang kejahatannya dan mereka yang bersamanya.." (Ibn Qudamah, al-Mughni 9/317. Kaheran: Hijr).
zakat1.jpg
4. Inilah pendapat yang ditarjihkan (dinilai lebih kuat penghujahannya) oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Zakah, Dr 'Abd al-Karim Zaidan dalam al-Mufassal, juga Dr 'Umar Sulaiman al-Asyqar dalam kertas Ta'lif al-Qulub 'ala al-Islam bi Amwal al-Sadaqah dan lain-lain. Maka, berdasarkan pendapat ini boleh diberikan zakat bahagian muallaf kepada bukan muslim yang berpengaruh dalam kaum atau masyarakat mereka yang diharapkan pemberian itu menggalakkan dia atau pengikutnya menerima Islam, atau mengurangkan sikap permusuhan dengan Islam. Pendapat ini disokong oleh pelbagai riwayat yang mana Nabi s.a.w memberikan kepada pemimpin-pemimpin Arab yang masih kafir seperti Sofwan bin Umayyah. Sehingga Sofwan pernah berkata:
"Demi Allah! Rasulullah s.a.w memberikan kepadaku begitu banyak. Dahulunya, dia adalah orang yang paling aku benci. Dia terus memberi kepadaku sehingga dia menjadi orang yang paling aku sayangi" (Riwayat Muslim).
5. Walaupun Mazhab al-Syafi'i dan selainnya menyatakan bahawa nas Surah al-Taubah itu bermaksud mereka yang sudah menganut Islam dan kisah Nabi s.a.w memberikan harta kepada pembesar-pembesar Arab yang masih kafir itu diambil dari peruntukan selain zakat, namun di sana ada ayat al-Quran lain yang menunjukkan bahawa Nabi memberikan sadaqah (zakat) kepada bukan muslim. Firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 58-59: (maksudnya)
"dan antara mereka ada yang mencelamu (wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (mengikut kehendak mereka) mereka suka, dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah. Dan (alanglah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka dan berkata: "cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; Sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah".
Kata Dr 'Umar Sulaiman al-Asyqar:
"Nas ini amat jelas bahawa golongan ini yang mendapat sadaqat (zakat), pemberian tersebut adalah untuk menjinakkan jantung hati mereka kepada Islam. Pastinya belum menganut Islam jantung hati yang orang mencela Rasulullah s.a.w mengenai zakat". (ibid).
Ertinya, mereka itu belum menganut Islam, jika tidak, mana mungkin mereka mencela Rasulullah s.a.w kerana itu perbuatan yang kufur. Justeru, ayat ini memberi maksud Rasulullah s.a.w memberikan zakat kepada bukan muslim untuk dijinakkan jantung hati mereka pada zaman baginda.
6. Bagi saya, pendapat yang membolehkan zakat bahagian muallaf diberikan kepada bukan muslim dengan tujuan dakwah adalah lebih kukuh dan sangat relevan untuk masa kini. Hari ini Islam disalahfahami dan dituduh sebagai agama yang negatif. Pemberian zakat kepada muallaf yang sudah muslim dan belum muslim dapat membantu memelihara keindahan Islam. Jika kita bimbang aktiviti dakwah agama lain yang menggunakan sumbangan kewangan dan bantuan, mengapa tidak kita mengamalkan pendapat para ulama yang membolehkan pemberian zakat muallaf kepada mereka yang bukan muslim untuk menarik minat mereka kepada Islam?!
7. Selain dari peruntukan zakat kepada bukan muslim atas nama muallaf, para ulama juga berbeza pendapat tentang peruntukan zakat fakir miskin kepada bukan muslim. Jumhur (majoriti) berpendapat tidak boleh. Namun, Dr Yusuf al-Qaradawi mentarjihkan bahawa ia dibolehkan (lihat: Fiqh al-Zakat, 2/707) . Antara dalil dalam hal ini, Saidina 'Umar ketika membaca firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 60 itu: (maksudnya)
"Sesungguhnya sadaqat (zakat) itu untuk golongan fakir…", beliau berkata: "Di zamanku ini mereka itu adalah Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian)" (Riwayat Ibn Abi Syaibah).
8. Para sarjana fekah bersepakat bahawa peruntukan zakat tidak boleh diberikan kepada kuffar yang memerangi Islam atau golongan kafir harbi. Ini berasaskan firman Allah: (maksudnya):
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memeberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahanah 8-9).
Namun bagi yang tidak memerangi Islam; samada mereka warga negara umat Islam, atau yang ada perjanjian keamanan dengan kerajaan umat Islam, atau anak-anak dan kaum wanita kafir harbi yang bapa mereka memerangi tetapi mereka tidak terlibat, boleh diberikan peruntukan zakat muallaf atau fakir miskin ini.
9. Institusi zakat sebenarnya, jika berperanan dengan betul akan membangun umat Islam, dakwah Islam dan membina imej yang baik untuk masyarakat Islam. Jika zakat diuruskan dengan baik, banyak yang dapat dilakukan. Hanya kepada Allah tempat kita mengadu!

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 08 Jan 2011 01:30 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Kontraktor Melayu mohon maaf kepada Guan Eng

Posted: 07 Jan 2011 07:18 AM PST

Dalam satu tindakan yang mengejutkan hari ini, pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan memohon maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran pelbagai serangan yang dibuat terhadapnya. Mohammed Fadzill berkata, beliau telah meminta maaf di atas kenyataan kerana kontraktor Melayu mahu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri. “Kami ingin memulakan [...]

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 08 Jan 2011 01:14 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Kenapa pasangan suami isteri tidak serasi?

Posted: 07 Jan 2011 07:06 PM PST

03 Muharram 1432H.
Ahmad Baei Jaafar

Apabila perkahwinan sudah menjangkau enam bulan, salah dan silap sesuatu pasangan akan mula diungkit, padahal sebelumnya dibiarkan sahaja, konon masih baru. Lalu suami yang tidak senang hati dengan sikap isteri, cuba menasihati isterinya begitu dan begini. Percayalah ketika itu, nasihat suami sudah tidak bernilai lagi, sebaliknya isterinya menjawab, "dulu tak salah, kenapa baru sekarang salah?"

Ternyata pasangan itu memang sudah tidak serasi. Tetapi demi cinta, mereka tetap mengharungi rumah tangga walaupun dalam keadaan tidak selesa. Walaupun dalam tidak selesa itu, mereka tetap menikmati saat-saat kebahagiaan rumah tangga. Anihnya dalam keadaan benci, isteri tetap mengandung dan mereka terus dikurniakan anak.

Sebab itulah kadang-kadang, kita rasa hairan dan terkejut apabila dalam diam-diam pasangan itu dikatakan bercerai. Lalu orang ramai pun berkata, "kenapa la bercerai, kesian anak terpaksa berpisah dengan ibu atau bapa." Kita hairan kenapa setelah lama berkahwin, masih tidak temui serasinya.

Itu kata kita, tetapi sebenarnya mereka berdua sudah lama menderita. Namun hati kecil mereka masih ada harapan. Maka walaupun menderita, hidup masih diteruskan di samping mencari penawarnya. Tetapi apabila sampai kemuncak masalah dan penyelesaian masih tidak ditemui, perceraian terpaksalah dipilih.

Sebenarnya mereka sudah menyedari ketidakserasian itu sejak awal pernikahan mereka, namun mereka gagal untuk merawatnya dengan baik. Tetapi percayalah isu ini masih belum terlewat untuk dirawat.

Sebenarnya isu tidak serasi ini hanya ibarat retak mencari belah. Sebab itu jika pasangan yang terlibat tidak dapat mengesan ketidakserasaian itu lebih awal, perceraian boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Jadi, beruntunglah mereka yang berusaha mencari punca penyebabnya.

Sebenarnya punca tidak serasi itu bermula daripada tidak serasinya iman pasangan tersebut. Mungkin suami kuat imannya, tetapi isteri lemah imannya. Apatah lagi kalau kedua-dua mereka tidak ada iman. Hakikatnya mereka tidak meletakkan Allah di dada mereka.

Percayalah mereka yang ada iman, pasti akan takut kepada Allah, iaitu takut untuk melakukan dosa, takut untuk melakukan zalim kepada orang lain apatah lagi isteri dan anak-anaknya. Begitu juga kalau isteri beriman, sudah pasti dia akan takut untuk menderhakai suaminya, dan akan takut untuk meminta cerai daripada suaminya.

Selain itu pasangan yang beriman itu akan melakukan solat lima waktu dan sunat-sunatnya. Malah mereka yang taat solat, akan berasa tenang sewaktu berhadapan dengan pasangan. Malah jika sesekali mereka berkesempatan melakukan solat berjemaah, pasti hati pasangan itu mudah disatukan Allah.

Percayalah apabila pasangan itu boleh berasa takut kepada Allah, dan dapat pula mendirikan solat dengan sempurna, bibit perceraian tidak akan terjadi. Keserasian pasti akan diperoleh oleh pasangan tersebut semasa berkahwin bahkan sampai bila-bila.
Sungguh pun begitu, jumlah golongan ini tidak ramai. Di sana sini kita temui mereka yang lemah iman, buktinya ramai yang tidak melakukan asolat dengan sempurna, dan ramai juga suami yang takut kepada isteri. Mereka ini kalau pun kelihatan seperti serasi, tetapi hakikatnya mereka mahu hidup secara bebas, berseronok suka dalam kancah dosa dan maksiat.

Peranan Suami Didik Isteri

Mana-mana pasangan yang boleh mengekalkan iman dan taqwa dan boleh melaksanakan solat dengan sempurna, pasti suami dan isteri mampu berperanan dalam rumah tangga seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Inilah pasangan yang serasi malah boleh berkekalan sehingga ke dalam syurga.

Suami dalam keadaan ini perlu berperanan sebagai pendidik selain memimpin isteri ke jalan yang selamat. Maknanya pada malam pertama perkahwinan mereka, suami perlu menjelaskan pantang larang yang perlu isteri taati. Dalam pada itu kalau isteri tersalah dan tersilap, segeralah menegurnya dengan penuh hikmah.

Isteri juga perlu diingatkan agar sentiasa mematuhi kehendak suami dan meminta izin sebelum melakukan sesuatu pekerjaan yang luar jangkaan. Peringatan ini penting dalam membina kehamonian rumah tangga. Semua ini akan memudahkan suami memimpin isteri ke arah jalan yang bahagia.

Manakala rumah tangga yang telah didapati tidak serasi perlulah menamatkan sengketa itu dengan saling memaafkan kesalahan masing-masing. Percayalah setelah kedudukan telah menjadi kosong-kosong, suami bolehlah membuat penjenamaan baru dengan menyenaraikan garis panduan, pantang larang seperti yang dinyatakan di atas.

Ingatlah selagi mereka mampu mengikut garis panduan dan pantang larang yang ditetapkan Allah dan Rasulullah, mereka akan terdorong ke arah hidup yang bahagia selama-lamanya.

Setpol MB : Pelantikan SUK Selangor tidak telus dan tidak profesional

Posted: 07 Jan 2011 06:53 PM PST

03 Safar 1432H.

Kenyataan ketua setiausaha negara (KSN) dan bekas setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dimaklumkan sebelum 21 Disember berhubung pelantikan SUK baru didakwa ternyata salah.

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin sebaliknya berkata, tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Ramli.

"Sebaliknya apa yang berlaku ialah KSN telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Datuk Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Datuk menteri besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional.

"Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember (setiausaha sulit Sultan) Datuk Munir (Bani) telah menghantar surat kepada setiausaha sulit menteri besar dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Datuk Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Datuk Khusrin sebagai SUK," kata Faekah lagi.

Berikut kenyataan penuhnya sekitar kontroversi pelantikan Datuk Khusrin Munawi:

YAB Dato' MB terharu dengan titah DYMM Tuanku Sultan pada 6 Jan lalu. Tuanku ternyata melihat keikhlasan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri ini dengan telus cekap dan efisien. Tuanku juga menegur sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan di dalam isu yang hangat ini dengan memberi persepsi silap kepada rakyat. Pakatan Rakyat bersyukur dengan titah ikhlas yang dikeluarkan Duli Tuanku.

Mengambil maklum dan menjunjung titah Tuanku tersebut, Dato' MB ingin memperbetulkan beberapa dakwaan oleh bekas Setiausaha Negeri Dato' Ramli Mahmud dan KSN kononnya Dato' MB telah dimaklumkan berkenaan lantikan Dato' Khusrin Munawi sebelum 21 Disember. Dato' MB menegaskan beliau telah dibelakangkan dalam semua urusan penyerahan nama ke Istana sebelum 17 Disember 2010. Begitu juga maklumat dari KSN diserahkan kepada Dato' Ramli dan beliau tidak memanjangkan kepada Dato' MB.

Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mentadbir negeri secara profesional dan mantap tanpa ada niat untuk bermain politik dalam soal pentadbiran mahupun mempolitikkan isu-isu tertentu. Namun apabila sesuatu fakta itu diputar belit serta bercanggah dengan bukti yang sedia ada, adalah menjadi tanggungjawab Dato' MB memberi penjelasan. Bukti amat jelas bahawa tindakan Kerajaan Persekutuan yang melantik Setiausaha Negeri tanpa rundingan dengan Menteri Besar adalah satu tindakan sabotaj yang memang bersifat politik. Tindakan arbitrasi inilah yang telah memulakan segala kekeliruan dan akhirnya menjadi masalah.

Dato' Ramli akan bersara wajib pada 24 Mac 2011. Justeru, pada 26 Oktober Pejabat Menteri Besar telah diberi nota amalan (practice notes) dari Pejabat Setiausaha Negeri melalui Pusat Sumber Manusia (PSM) Negeri. Nota amalan ialah berkenaan amalan yang biasa (convention) yang dilakukan untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ). Nota amalan tersebut jelas menyatakan tatacara yang perlu diambil iaitu;

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.

Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.

Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Dato' MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

Sebaliknya apa yang berlaku ialah Ketua Setiausaha Negara ( KSN ) telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Dato' Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Dato' Menteri Besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional.

Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember Dato' Munir telah menghantar surat kepada Setiausaha Sulit Dato' MB dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Dato' Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Dato' Khusrin sebagai SUK.

Antara 10 hingga 21 Disember, Dato' Ramli telah hadir pada dua Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Mesyuarat Exco), dua mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES). Majlis persaraan beliau juga diadakan. Dalam lima pertemuan ini, Dato' Ramli tidak pernah menyebut bahawa Tuanku telah memberi perkenan kepada Dato' Khusrin.

Justeru, kenyataan KSN dan Dato' Ramli bahawa Dato' MB telah dimaklumkan sebelum 21 Disember ternyata salah. Tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Dato' Ramli.

Kerajaan Negeri Selangor bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ikhlas memperjuangkan kebajikan rakyat. Sekiranya kerajaan Persekutuan menghormati semangat Federalisme dan memahami kehendak rakyat yang telah memilih kerajaan Negeri Selangor hari ini, pastinya mereka tidak akan melantik seorang Setiausaha Negeri tanpa sebarang konsultasi dengan Dato' MB yang telah dipilih rakyat.

Dato' MB berharap KSN dan amnya SPA akan sanggup bekerjasama untuk mencari penyelesaian terbaik dalam masa terdekat. Tidaklah perlu memanjangkan perkara ini dengan menimbulkan isu lain kononnya Dato' MB terlewat menghantar nama dan sebagainya. Dato MB percaya hanya dengan bertindak secara profesional serta jujur pada amalan, isu ini boleh diselesaikan.

Pejabat MB Selangor : Ramli tidak maklum kepada MB.

Posted: 07 Jan 2011 03:41 PM PST

03 Safar 1432H.

Pejabat Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengeluarkan Kenyataan Rasmi bahawa sehingga majlis persaraan Datuk Ramli Mahmud pada 16 Disember lalu, bekas setiausaha kerajaan (SUK) negeri itu tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan penggantinya.

Pejabat MB Selangor juga mendakwa, dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sebelah pagi hari yang sama, Ramli turut 'membisu' mengenai perkara itu.

Kenyataan Rasmi dari Pejabat MB Selangor itu dikeluarkan lewat petang kelmarin, dipercayai sebagai respons terhadap kenyataan Ramli, yang mempertahankan dirinya dengan alasan tindakannya betul dan beliau menyerahkan cadangan penggantinya kepada Sultan Selangor dengan memaklumkan kepada Khalid.

Dalam kenyatannya rasminya beberapa hari lepas Ramli dipetik sebagai berkata "Senarai ini telah disembahkan kepada DYMM Sultan Selangor, diserahkan kepada YAB menteri besar dan saya meminta beliau berbincang dengan DYMM Sultan."

Dengan kenyataan dari Pejabat MB Selangor ini, pelbagai pihak boleh menilai sipakah dalang yang sebenar dalam krisis pelantikan SUK baru di Selangor yang masih hangat diperkatakan.

Berikut kronologi pelantikan SUK yang dikeluarkan oleh pejabat menteri besar yang merakamkan perkara itu:

26 Oktober 2010
PSM memberi Nota Amalan kepada Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa:

i) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.
ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang
sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.
iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

26 Oktober 2010
Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama yang dicalonkan untuk pelantikan.

8 November 2010
Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan.

22 November 2010.
Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon .

1 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau.

2 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

3 Disember 2010
Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato' Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian

8 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

9 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

15 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau.

16 Disember 2010
2pm: Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau.
9pm: Majlis Persaraan untuk Dato' Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Dato' Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau

17 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Dato' Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini.

20 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Dato' Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Menteri Besar.

21 Disember 2010
Istana menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Haji Mustapha. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud sebagai balasan surat yang dihantar Dato' Ramli bertarikh 3 Disember. Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor tiga calon yang layak. Manakala surat 10 Disember memaklumkan kepada Dato' Ramli bahawa DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Surat itu juga menyatakan Dato' Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010.

24 Disember 2010
Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

27 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

3 Januari 2011
Dato' Menteri Besar menghadap DYMM Sultan Selangor. Dato' Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai.

4 Januari 2011
Pejabat Dato' Menteri Besar menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini.

6 Januari 2011
Dato' Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Dato' Mohamad Khusrin.

Suasana perkhidmatan awam tidak baik bila federalisma tidak dihormati.

Posted: 07 Jan 2011 03:21 PM PST

03 Safar 1432H.
Subky Latif

Pandangan dari atas mengira tindakan kerajaan Selangor mempertikai perlantikan SUK Selangor yang baru boleh mewujudkan suasana tidak baik dalam perkhidmatan awam.

Memang benar kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim mempertikai SUK baru yang dibuat oleh KSN dan SPA tanpa berunding dengannya.

Jika kejadian itu menimbulkan suasana tidak baik dalam perkhidmatan awam, maka ia bermula dari tindakan perkhidmatan awam persekutuan, bukan bermula di peringkat negeri.

Apa yang berlaku di peringkat negeri adalah reaksi dari tindakan kerajaan dan perkhidmatan awam pusat.

Menjaga moral, wibawa dan integriti perkhidmatan awam dan pegawainya adalah baik tetapi kerajaan Malaysia yang tidak pernah menghormati sistem federalisma menjadi punca kepada keruntuhan sistem perkhidmatan awam itu.

Apa yang berlaku di Selangor itu bukan perkara baru. Ia telah wujud sejak negara ini berdepan dengan adanya kerajaan negeri yang diperintah oleh parti yang tidak sama dengan yang memerintah kerajaan persekutuan.

Pilihan Raya Umum yang pertama selepas merdeka iaitu tahun 1959 Terengganu dan Kelantan jatuh ke tangan PAS. Antara pegawai kanan di kedua buah negara itu adalah rakan seangkatan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra dan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak semasa pengajian dan semasa dalam perkhidmatan awam sejak zaman penjajah.

Apabila kedua pemimpin itu mengetuai kerajaan sendiri di Tanah Melayu selepas pilihan raya 27 Julai 1955 pegawai-pegawai di semua negeri merasa mereka bekerja di bawah kawan dan kenalan sendiri. Apabila Kelantan dan Terengganu tidak ditadbir oleh Perikatan tahun 1959 antara mereka terasa mereka ditadbir oleh orang lain.

Maka mereka seperti ada pengalaman baru, ada dua ketua iaitu ketua dalam kerajaan pusat dan ketua dalam kerajaan negeri. Antara pegawai-pegawai itu memberi kesetiaan yang lebih kepada kerajaan pusat kerana mereka adalah rakan-rakan Tunku dan Tun Razak sebelumnya.

Semua masalah rahsia kerajaan negeri diketahui oleh pemimpin kerajaan pusat. Politiking ketara antara Perikatan terhadap kerajaan PAS menyebabkan bantuan kerajaan persekutuan kepada kerajaan PAS Terengganu dan Kelantan tidak lancar. Peranan pegawai antara yang menyebabkan kerajaan PAS Terengganu ditumbangkan dalam masa dua tahun.

Banyak rekod perkhidmatan awam kerajaan pusat yang tidak seimbang terhadap pentadbiran Kelantan tidak patut berlaku dalam negara yang memakai sistem federalisma sepanjang Kelantan ditadbir oleh PAS.

Apabila Kelantan ditadbir semula oleh PAS tahun 1990, kerajaan pusat mewujudkan pegawai khas mengepalai jabatan-jabatan persekutruan di negeri itu. Ia seolah-olah mewujudkan satu kerajaan dalam kerajaan negeri. Pegawai awam persekutuan tidak takluk dan tidak menghormati kerajaan negeri.

Inilah suasana yang berlaku di semua negeri yang tidak ditadbir oleh Barisan Nasional hingga hari ini.

Pegawai perkhidmatan awam persekutuan melambat-lambatkan pemberikan geran per kapita kerajaan Kelantan hingga mengganggu kelancaran pentadbiran kewangan negeri. Bantuan yang sepatut diberi awal tahun diberi akhir tahun. Ia beri, bukan tidak beri. Tetapi keadaannya seperti bapa memberi wang sekolah kepada anak selepas anak pulang dari sekolah. Keperluan wang pada anak itu ialah semasa dia di sekolah.

Sebelum Tun Razak jadi Perdana Menteri, merata-merata pegawai awam menghantar bahan dan alat pembangunan menjelang pilihan raya. Apabila calon Perikatan di kawasan itu kalah dalam pilihan raya, habis bahan dan peraliatan itu diambil balik. Pembangunan yang dicadangkan dibatalkan.

Setahun lalu pegawai pentadbiran awam yang bertugas dengan kerajaan Pulau Pinang telah menjadi punca masalah menyebabkan kerajaan Pulau Pinang dan KSN berbalas kenyataan. Puncanya ialah pegawai yang dikirim tidak merasa kesetiaan perlu diberi kepada kerajaan negeri.

Sekarang KSN mempercepatkan penamatan perkhidmatan SUK Selangor yang sepatutnya berakhir beberapa bulan lagi dan melantik seorang yang diketahuinya tidak ngam dengan kerajaan negeri menjadi SUK.

Pemberitahuan diberi kepada Sultan dan Menteri Besar mengetahui melalui media.

Yang menjalankan pentadiran negeri bukan Istana tetapi kerajaan. Apakah KSN tidak tahu? Di mana profesional KSN dalam menjaga moral, wibawa dan integriti perkhidmatan awam. Pegawai-pegawai yang menjadi penasihat Istana pun tidak memberi nasihat yang tepat kepada Istana sebelum memperkenankan nama pegawai yang dicadangkan oleh SPA dan KSN.

Pegawai tadbir yang bertugas di Jabatan Agama Perak bermasalah dengan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Percubaan menukarnya disekat oleh Istana Perak. Beberapa bulan kemudian pegawai itu diperintah tukar pula dari Perak atas kehendak istana. Ia adalah bukti pekhidmatan awam sentiasa dipersoal.

Apa yang dapat kita kata tentang wibawa perkhidmatan awam dalam keadaan diskriminasi seperti itu? Jawapannya ialah ia memang bercelaru. Moral, wibawa dan integriti tidak baik sudah lama berlaku sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat.

Menjaga moral dan wibawa perkhidmatan awam adalah baik, tetapi ia bukan suatu tanggungjawab kerajaan negeri seperti Selangor saja. Ia mesti licin di pusat dulu.

Yang berlaku di Selangor itu tidak lebih dari satu reaksi.

Apakah pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam perlu menjalani sessi kounseling dari semasa ke semasa?

* Subky Latif adalah pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, pada tahun 1978.

Ilmu bukan sekadar teori

Posted: 07 Jan 2011 03:09 PM PST

03 Safar 1432H.

Sufyan ats-Tsauri rahimahullah berkata, "Tidaklah sampai kepadaku suatu hadits dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam melainkan aku pasti beramal dengannya." Amr bin Qais al-Mala'i rahimahullah berkata, "Apabila sampai kepadamu hadits dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam maka beramallah dengannya meskipun hanya sekali agar kamu termasuk penganutnya."

Syaikh Abdurrazzaq berkata, "Maksud ucapan beliau; beramallah dengannya meskipun hanya sekali, adalah dalam perkara sunnah dan amalan yang dianjurkan sedangkan dalam perkara wajib maka tidak cukup mengamalkannya sekali kemudian boleh disebut sebagai penganutnya." (lihat Tsamrat al-'Ilmi al-'Amal karya Syaikh Dr. Abdurrazzaq al-Badr, hal. 27)

Jangan tertipu dengan amalmu!

Allah ta'ala berfirman (yang artinya), "Dan ingatlah tatkala Ibrahim membangun tapak Ka'bah dan juga Isma'il, mereka berdua berdoa; 'Wahai Rabb kami terimalah amal kami'." (QS. al-Baqarah: 127). Wuhaib bin al-Ward rahimahullah ketika membaca ayat ini maka ia pun menangis dan berkata, "Wahai kekasih ar-Rahman! Engkau bersusah payah mendirikan tapak rumah ar-Rahman, meskipun demikian engkau merasa khawatir amalmu tidak diterima!" (lihat Tsamrat al-'Ilmi al-'Amal, hal. 17)

Jadilah contoh yang baik!

Malik bin Dinar rahimahullah berkata, "Sesungguhnya seorang alim/ahli ilmu apabila tidak mengamalkan ilmunya maka nasehatnya akan luntur dari hati sebagaimana aliran air hujan yang melintasi bongkahan batu."

Al-Ma'mun pernah berkata, "Kami lebih memerlukan nasihat dengan perbuatan daripada nasihat dengan ucapan."

Syaikh Abdurrazzaq menceritakan: Suatu saat aku mengunjungi salah seorang bapa yang rajin beribadah di suatu masjid yang dia biasa sholat di sana. Beliau adalah orang yang sangat rajin beribadah. Ketika itu dia sedang duduk di masjid menunggu tibanya waktu sholat setelah sholat sebelumnya- maka akupun mengucapkan salam kepadanya dan berbincang-bincang dengannya.

Aku pun berkata kepadanya, "Masya Allah, di daerah kalian ini banyak terdapat para penuntut ilmu." Dia berkata, "Daerah kami ini!". Kukatakan, "ya benar, di daerah kalian ini masya Allah banyak penuntut ilmu." Dia berkata, "Daerah kami ini!". Dia mengulangi perkataannya kepadaku dengan nada mengingkari. "Daerah kami ini?!". Kukatakan, "ya, benar." Maka dia berkata, "Wahai puteraku! Orang yang tidak menjaga sholat berjama'ah tidak layak disebut sebagai seorang penuntut ilmu." (lihat Tsamrat al-'Ilmi al-'Amal, hal. 36-37).

Alangkah benar perkataan bapa tua tersebut, Ibnu Umar mengatakan, "Dahulu kami -para sahabat- apabila tidak menjumpai seseorang pada jama'ah sholat subuh dan isyak maka kami pun menaruh prasangka buruk kepadanya -jangan-jangan dia munafik, pent-." (HR. Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir dll, lihat Tsamrat al-'Ilmi al-'Amal, hal. 37).

Bukankah tolabul ilmi amalan yang utama?

Abdullah bin al-Mu'taz rahimahullah berkata, "Ilmu seorang munafik itu terletak pada ucapannya, sedangkan ilmunya seorang mukmin terletak pada amalnya."

Sufyan rahimahullah pernah ditanya, "Menuntut ilmu yang lebih kau sukai ataukah beramal?". Maka beliau menjawab, "Sesungguhnya ilmu itu dimaksudkan untuk beramal, maka jangan kau tinggalkan menuntut ilmu dengan alasan beramal, dan jangan kau tinggalkan amal dengan alasan menuntut ilmu." (lihat Tsamrat al-'Ilmi al-'Amal, hal. 44-45).

Ya Allah, jadikanlah ilmu kami hujjah untuk membela kami, bukan hujjah yang menjatuhkan kami….

Penulis: Abu Mushlih Ari Wahyudi
Artikel www.muslim.or.id

Pemurnian Undang-Undang Tubuh Negeri Perlu Perhatian Serius

Posted: 07 Jan 2011 02:39 PM PST

03 Safar 1432H.
Drs. Khalil Idham Lim.

Isu Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang menyatakan bahawa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tetap mempunyai kuasa eksekutif bagi memperkenankan sebarang pelantikan pegawai kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri baru-baru ini sedikit sebanyak mengelirukan ramai pihak.

Tambahan pula peranan tersebut sebetulnya telah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan membelakangi MB yang telah dipilih dengan sah oleh rakyat negeri Selangor dan diperkenankan pelantikannnya oleh DYMM Sultan.

Oleh itu beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Datuk Mohamad Munir Bani bagi menjelaskan sebarang kesamaran.

Beliau dipetik sebagai berkata, bahawa baginda sebagai Ketua Esksekutif Negeri tetap mempunyai kuasa eksekutif dan sebarang pelantikan perlu mendapat perkenan Tuanku.

Beliau juga ada menjelaskan bahawa Menteri Besar pula berperanan menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang telah diturunkan oleh baginda kepada beliau.

Persoalannya mengapa dalam hal tertentu Sultan ada peranan, dan dalam hal yang lain tidak pula disebut sebagai peranan Baginda.

Setelah isu ini membabitkan hal istana, maka muncullah sekumpulan manusia yang membawa sepaduk serta baju yang tertera tulisan "DAULAT TUANKU" seperti yang kita boleh lihat mereka di Shah Alam dan kumpulan tersebut ada juga ketika krisis di Perak.

Kronologi demi kronologi muncul dalam isu ini dan perkara tersebut telah memberi petunjuk yang dengan sendirinya menjelaskan situasi sebenar terhadap seluruh rakyat.

Dalam pada itu, tindakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan yang melantik Khusrin yang bertaraf Gred Jusa C ke jawatan Gred Jusa A amatlah meragukan tambahan pula beliau tiada kemahiran berbahasa Inggeris.

Ramai juga yang menyimpulkan bahawa ini adalah satu tindakan yang menafikan hak-hak golongan penjawat awam yang berkelayakan untuk Gred tersebut dinaikkan pangkat mereka dari Gred Jusa B kepada Gred Jusa A.

Dalam masa yang sama beliau (Mohamad Munir Bani) ada menyatakan bahawa SUK perlu rapat dengan Menteri Besar dan anggota Exco, satu perkara yang perlu dipersoalkan ialah latar belakang Khusrin itu sendiri adalah bekas Setiausaha Sulit mantan Menteri Besar Selangor Mohd Taib, beliau juga orang penting PERKASA dan NGO yang cenderung kepada UMNO.

Agak mustahil berlaku persamaan entiti bagi mewujudkan semangat setia kawan, kerana tiada persamaan dari segi dasar perjuangan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dan mustahil ia ada persamaan.

Bagaimana hubungan antara SUK ini akan rapat dengan Menteri Besar Kerajaan Selangor dan barisan Exconya kerana kesemua pasukan pimpinan kerajaan negeri adalah dari Pakatan Rakyat.

Isu ini seakan satu konspirasi politik oleh BN sepertimana yang telah berlaku di Perak, tujuannya sama iaitu untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, kerajaan BN komited mematikan amalan demokrasi di negara ini.

Barisan Nasional sejak selepas pilihan raya umum 2008, sememangnya cuba untuk mendapatkan semula negeri Selangor dengan apa cara sekalipun.

Justeru, krisis perlembagan pada 1993 yang mana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor telah dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan perlu dikaji semula , perkara ini perlu kepada perhatian serius.

Pemurnian semula kepada pelbagai tafsiran adalah penting kerana terlalu banyak kekeliruan pentadbiran yang telah dan akan timbul sekiranya perkara itu dibiarkan.

Harga Minyak Naik, Rakyat Tanggung Beban

Posted: 07 Jan 2011 02:35 PM PST

03 Safar 1432H.
Mond Hafez Sabri

IPOH , 7 Jan :-Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan bahawa kehadiran tahunbaru rakyat sekali lagi ditipu oelh kerajaan BN apabila sekali lagi Kerajaan Persekutuan menghadiahkan kenaikan harga bahan petrol RON 97 sebanyak 10 sen secara tiba-tiba baru-baru ini.

Menurut beliau hal ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan dibawah tadbiran BN tidak mempedulikan kesakitan dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat apabila menambah beban rakyat walaupun kemarahan rakyat masih belum reda ekoran kenaikan sekaligus harga minyak, gas dan gula pada awal disember 2010 lepas.

Pesuruhjaya PAS Perak itu menjelaskan bahawa tindakan ini seolah-olah cuba memeras rakyat supaya dapat mengisi tabung Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya kecil di DUN Tenang tenang pada akhir bulan ini. Umum mengetahui bahawa Barisan Nasional akan terpaksa memperuntukkan sejumlah besar wang bagi membiayai pilihan raya kecil mereka dan sumber yang menjadi mangsa mereka sudah tentulah poket kerajaan persekutuan sendiri.

Tindakan terdesak ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya sudah kekurangan wang dan transformasi ekonomi yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak sudah menampakkan bibit-bibit kegagalan dan janji kerajaan untuk memberi kesenangan dan keselesaan untuk rakyat hanya tinggal janji, tegas beliau.

Pada awal November tahun 2010 kerajaan menjanjikan harga RON 95 dan diesel akan kekal masing-masing pada kadar harga RM 1.85 seliter dan RM 1.75 seliter sehingga hujung tahun selepas menaikkan harga RON 97 sebanyak 5 sen pada masa itu. Walaubagaimanapun kerajaan memungkiri janji mereka apabila menaikkan harga RON 97, RON 95, Gula dan Gas pada awal Disember tahun lepas.

PAS Perak, turut khuatir rakyat akan terus terbeban dan menjangkakan kenaikan RON 95 pula selepas ini, dan tidak mustahil harga bahan mentah lain boleh juga boleh naik sekiranya kenaikan RON 97 semalam gagal menampung keperluan pilihan raya Barisan Nasional di DUN Tenang. PAS Perak juga merasakan tidak mustahil selepas ini, harga minyak akan naik pula menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan berlaku tidak lama lagi, jelas beliau.

Pesuruhjaya PAS Perak itu beranggapan bahawa kenaikan harga minyak dan bahan mentah di pasaran bukan ditentukan oleh harga pasaran minyak dunia, kedudukan ekonomi negara, kemampuan serta keperluan rakyat, tetapi sebenarnya banyak ditentukan oleh pilihan raya dan keperluan kantong Barisan Nasional.

Beliau mempersoalkan bukankah kerajaan BN menggambarkan keadaan ekonomi negara yang dilaung-laungkan stabil oleh kerajaan Barisan Nasional tetapi mengapa mereka terus menindas rakyat dengan kenaikan harga barang dan bahan mentah dalam negara. Kerajaan BN mampu memberi peruntukan 5 bilion untuk pembinaan Menara Warisan yang belum tentu memberikan pulangan yang bermanfaat kepada rakyat, 111 Juta kepada PERMATA yang hanya dinikmati segolongan kecil kanak-kanak, menurunkan cukai barang-barang import keperluan pelancong luar negara tetapi sangat kedekut di dalam soal pemberian subsidi kepada rakyat.

Dikala mereka mempersenda janji Pakatan Rakyat yang cuba membantu dan mengutamakan rakyat, kerajaan BN terus mencekik dan menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Memetik ucapan beliau " kini sudah tiba masanya rakyat sedar dengan janji-janji kosong Barisan Nasional kononnya hendak membantu keselesaan rakyat, dan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat merealisasikan harapan mereka"

Wanita parah ditetak madu

Posted: 07 Jan 2011 06:06 AM PST

03 Safar 1432H.

JITRA: Seorang suri rumah cedera parah di bahagian kepala, muka dan tangan akibat ditetak dengan parang oleh madunya di Kampung Baru, Sungai Korok dekat sini, hari ini.

Kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu dipercayai berpunca dari perasaan cemburu antara kedua-dua wanita tersebut yang tinggal sebumbung sejak dua minggu lalu. Wanita berumur 54 tahun itu kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan keadaannya dilaporkan stabil manakala madunya yang berumur 27 tahun dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian itu. Anak perempuan mangsa yang berumur 17 tahun turut cedera di kaki akibat terpijak parang yang digunakan dalam serangan itu dan kini dirawat di Hospital Jitra.

Mangsa mempunyai enam orang anak manakala madunya mempunyai seorang anak lelaki berumur lapan bulan.

Suami kedua-dua wanita itu yang berumur 54 tahun dan bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat swasta di Jitra dan ketika ditemui pemberita di HSB enggan ditemu bual.

Difahamkan, sebelum ini, madu wanita itu tinggal di rumah sewa di Kuala Nerang dan pindah ke rumah mangsa kira-kira dua minggu lalu kerana dikatakan suami mereka tidak mampu membayar sewa.
Sementara itu, seorang daripada jiran mangsa yang dikenali sebagai Nang Yah ketika ditemui pemberita berkata, ketika kejadian dia berada di luar rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi bising dan teriakan meminta tolong dari rumah jirannya itu yang terletak kira-kira lima meter dari rumahnya.

"Mak Cik dengar suara orang bising-bising dan minta tolong...Mak Cik jadi takut lalu meminta bantuan jiran lain untuk melihat apa yang berlaku di rumah mangsa.

"Kemudian mak cik nampak mangsa mengengsot keluar dari rumah sambil merayu minta tolong dalam keadaan lemah dan tidak bermaya. Kepalanya penuh dengan darah," katanya.

Seorang lagi jiran mangsa berkata, beliau dan beberapa jiran lain telah membantu membawa mangsa ke Hospital Jitra.

"Bila sampai di rumah mangsa, mendapati mangsa dalam keadaan tidak bermaya dan lemah...saya dan rakan segera bawa mangsa ke hospital bagi mengelak mangsa kehilangan banyak darah," kata lelaki berumur 32 tahun itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian ini pada 4.20 petang.

Polis sedang menyiasat kejadian itu, katanya. - Bernama/-

Singa Laut yang Pandai "Menulis Tulisan Cina"

Posted: 07 Jan 2011 05:56 AM PST

03 Safar 1432H.



JEPUN : Seekor singa laut yang berusia lapan tahun di Taman Hiburan Sea Paradise, Yokohama, Jepun kelihatan sedang menggunakan mulutnya menulis tulisan Cina "卯" untuk menyambut Tahun Arnab menurut kalendar tradisional China.

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 07 Jan 2011 11:24 PM PST

MTD-RANTAU ABANG


PAS GANTI UMNO:MENGAPA ???

Posted: 07 Jan 2011 08:02 PM PST






PAS mencanangkan kepada rakyat dinegara ini, khususnya orang-orang Melayu yang beragama Islam bahawa, Umno mesti digantikan dengan PAS menjadi pemerintah untuk menyelamatkan manusia didunia hingga ke akhirat.

Mengapakah PAS berkata demikian sedangkan Umno mendakwa mereka juga memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Berikut adalah empat perkara asas yang berkaitan dengan amalam Umno terhadap agama Islam, berdasarkan kajian yang telah dibuat;

Islam Tidak Menjadi Dasar Umno - Sejak awal lagi penubuhan Umno ialah untuk melawan Malayan Union sahaja. Bukan untuk mempertahankan Islam dan Islam hanya alat,  bukan sebagai satu asas dalam perjuangan. Kalau Islam sudah menjadi asas perjuangan, tentu mereka akan merujuk kepada Islam dalam semua hal, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kalau soal tudung yang menjadi nas yang qat'i dalam al-Quran, pemimpin wanita, puteri dan isteri pemimpin tidak ambil kisah. Maka apa yang hendak diharap untuk mereka bercakap perkara yang lebih besar mengenai Islam.

Dasar Umno adalah pragmatis mengikut suasana - Kita pun tidak tahu apa dasar Umno yang dipakai sekarang, Islamkah, Melayukah, mempertahan tanah airkah. Cuma seperti yang disebut oleh seorang pemimpin umno, perjuangan Umno hanya untuk perut sahaja dalam satu forum. Maka sekarang  mereka bergaduh bukan kerana bangsa tidak terbela, agama dihina. Tetapi kerana perut sekarang sudah keroncong. Tiga negeri sudah jatuh ketangan Pakatan rakyat. Maka banyaklah peluang terlepas, terutama negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Islam hanya kuda tunggangan Umno - Ia bukan menjadikan Islam sebagai pedoman. Peralatkan Islam untuk kepentingan politik. Oleh kerana pengundi Manek Urai adalah orang yang kuat berpegang dengan agama maka tajuk Islam yang menjadi fokus dalam kempen. Sehingga Tan Sri Muhyiddin mengatakan undi BN juga masuk syurga. Kita boleh melihat pemimpin Umno turun naik ke masjid dan surau. Wanita Umno dan puteri Umno turut bertudung dan berbaju kurung. Di Manek Urai dan Galas mereka tidak pakai seluar ketat baju sendat fasal kawasan ini kuat agama. Berbeza di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang kerana kawasan itu kurang sikit penghayatan agamanya. Inilah wajah Umno boleh bertukar corak, kerana mereka menjadikan Islam sebagai tunggangan.

Program Islam Sebagai Alat Politik Umno - Memperkenalkan slogan Islam seperti Islam hadhari yang merupakan program penerapan nilai-nilai Islam, yang dipakej semula dengan botol baru.  Waktu diistiharkan penerapan nilai-nilai Islam berlakunya zaman kebangkitan Islam abad ake 15. Waktu itu Dr Mahathir atas nasihat pakar-pakar strategi telah melancarkan penerapan nilai-nilai Islam bagi membendung kebangkitan Islam. Beliau sedar arus ini tidak boleh dilawan kalau tidak ia akan hanyut di bawa arus. Maka beberapa program atas nama penerapan nilai Islam ditubuhkan antaranya mendirikan Universiti Islam Antara Bangsa, Takaful, Bank Islam, Kursus Bina Insan, dan lain-lain

*** Fakta diatas adalah sebagaian daripada Kertas Kerja'PAS Ganti Umno' yang dibentangkan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad












Pengikut