Rabu, 24 Julai 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 24 Jul 2013 03:28 PM PDT

Sah RM500 untuk Semua Penjawat Awam Persekutuan Sempena dengan Aildilfitri

Posted: 24 Jul 2013 05:20 AM PDT

[SH] KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

P/s: Untuk rekod, Kerajaan Selangor mengumumkan bonus 1 bulan gaji untuk penjawat awam di negeri itu petang tadi.

Mungkinkah Indonesia Berpresidenkan Raja Dangdut?

Posted: 24 Jul 2013 05:00 AM PDT

[HM] Jakarta: Raja dangdut, Rhoma Irama semalam berkata, sokongan terhadap hasratnya untuk bertanding jawatan presiden pada pilihan raya tahun depan sudah mencapai tahap yang amat tinggi dan padu, menyebabkan dia tidak mungkin berpatah balik.

Rhoma yang berkempen untuk Parti Persatuan Pembangunan (PPP) pada pilihan raya 2009, adalah antara tokoh yang ditimbang oleh sebuah lagi parti berlandaskan Islam, Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) untuk menjadi calonnya dalam pilihan raya presiden 2014.

Rhoma berkata semalam, dengan sokongan pelbagai pihak, khususnya ulama, beliau menerima cabaran itu dan akan membuat persiapan untuk menyandang tugas berkenaan.

"Apabila saya membuat persiapan untuk menjadi calon presiden, saya percaya terhadap kemampuan saya. Saya kinio berada dalam kedudukan yang tidak memungkinkan saya berundur kerana sokongan yang terlalu padu. Ini bukan lagi menjadi cadangan," kata Rhoma.

PPP sebelum ini berkata, beberapa orang sudah menyuarakan hasrat untuk menjadi calon parti itu pada pilihan raya presiden kelak, termasuk Rhoma. Bagaimanapun, dalam kes Rhoma, anggota parti itu berpendapat, beliau masih belum layak menjadi calon.

Setiausaha PPP, Hasrul Azwar berkata semalam, satu-satunya orang yang layak menjadi calon parti itu ketika ini ialah pengerusinya sendiri, Suryadharma Ali. - AFP

[PANAS] Konfirm BONUS Kakitangan Awam 1 Bulan Gaji

Posted: 24 Jul 2013 12:14 AM PDT

..Maaf, Kerajaan Selangor, bukan Kerajaan Persekutuan

[MK] Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya. 

Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini. 

"Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya. 

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," tegas Menteri Besar.

Insiden Pelajar Bukan Islam SK Pristana Makan di Bilik Mandi, Apa Respons Pemimpin Islam?

Posted: 23 Jul 2013 11:30 PM PDT

[TMI] Tokoh-tokoh Islam terkejut dengan langkah sebuah sekolah di Sungai Buloh yang mengarahkan murid bukan Islam untuk makan di bilik mandi bagi menjaga kesucian bulan Ramadan.

Mereka mengatakan ia bukan cara sesuai untuk mendidik murid bukan Islam dalam menghormati Ramadan.

"Sekalipun sekolah mahu mendidik murid menghormati umat Islam yang berpuasa, ia harus dilakukan dengan cara memberi nasihat, bukan tindakan sebegini.

"Kalau insiden ini benar-benar berlaku, ia bukanlah sesuatu yang wajar," kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed juga bersetuju ia bukan cara untuk mendidik murid bukan Islam.

Katanya, sekolah seharusnya menyediakan tempat lebih baik bagi murid bukan Islam jika kantin sedang diubah suai.

"Sekolah seharusnya memilih tempat yang lebih baik seperti bilik darjah jika mahu mengasingkan pelajar Islam yang berpuasa dan bukan Islam.

"Walaupun orang Islam berpuasa di bulan Ramadan ini, tidak wajarlah kalau diasingkan bukan Islam di tempat seperti bilik air. Mereka pun hilang selera untuk makan," katanya.

Sekolah SK Seri Pristana heboh di media selepas laporan keluar murid bukan Muslim diarah makan di bilik mandi semasa waktu rehat pada bulan Ramadan.

Gambar menunjukkan murid sedang makan di bilik mandi tersebar luas di Facebook.

Setakat ini, pentadbiran sekolah belum mengeluarkan kenyataan tetapi Kementerian Pendidikan semalam mengarahkan sekolah itu menghenti perbuatan murid bukan Islam makan di bilik mandi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengarahkan Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu dan memberi amaran tindakan akan diambil jika benar.

Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan mengatakan walaupun Ramadan merupakan bulan suci kepada umat Islam, tidak seharusnya menghalang bukan Muslim untuk makan di tempat awam.

Setakat ini, satu laporan polis dibuat terhadap sekolah itu, semalam.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pula mengatakan: "Salah bagi sekolah untuk melakukan perkara ini di atas nama agama."

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata mereka yang bertanggungjawab harus meminta maaf kepada murid dan ibu bapa mereka.

Bagaimanapun, beliau mengatakan guru besar mungkin tidak sedar perkara itu dan mungkin berlaku disebabkan oleh orang bawahannya.

"Sesiapa sahaja yang membuat keputusan itu, salah. Tidak boleh diterima untuk memaksa murid makan di bilik mandi."

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru Nasional, Datuk Mohd Ali Hassan menyifatkan tindakan sekolah itu 'tidak berperikemanusiaan'.

Beliau menggesa Jabatan Pendidikan untuk menjalankan siasatan dan mengambil langkah sepatutnya agar insiden itu tidak merebak ke sekolah lain. – 24 Julai, 2013.

Lelaki Dibunuh & Diaibkan

Posted: 23 Jul 2013 10:00 PM PDT

[HM] Arau: Seorang lelaki berusia 20-an ditemui mati dipercayai dibunuh dengan anggota badannya diikat dalam kedudukan berdiri di atas tangga sambil kemaluannya sengaja ditunjukkan di kawasan dusun 20 meter dari jalan utama di Kampung Padang Siding, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, seorang pelajar yang tinggal berhampiran lokasi kejadian Muhammad Anas Khamis, 21, mendakwa diberitahu orang ramai mengenai penemuan mayat dalam keadaan mengaibkan.

Difahamkan, mayat yang dibunuh dengan cara dilemaskan di dalam air itu sengaja diaibkan dalam keadaan sedemikian dipercayai bermotifkan dendam akibat perempuan.

Muhammad Anas berkata, ketika itu dia berada di rumah sebelum orang yang lalu lalang di jalan utama memberitahu keluarganya mengenai penemuan mayat itu di lokasi kejadian yang juga dusun milik datuknya Abdullah Jusoh, 70.

"Menurut mereka, pada mulanya sangkaan mereka ialah ia hanya patung diletakkan bagi menghalau binatang memakan buah-buahan di situ, namun sebaliknya ia adalah mayat lelaki yang diikat di tangga dengan mulut, tangan, kaki serta matanya juga diikat kain hitam.

SK Pristana Diarah Pindah Tempat Makan, Timbalan Menteri Kecewa

Posted: 23 Jul 2013 08:02 PM PDT

Sekolah Di Sungai Buloh Diarahkan Tukar Tempat Makan Segera

[Bernama] KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) supaya memindahkan tempat makan sementara Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, dekat sini ke tempat lebih bersih dan munasabah.

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata, menjadikan bilik persalinan sebagai tempat makan sementara untuk para pelajar bukan beragama Islam pada bulan Ramadan adalah tidak sesuai sama sekali.

"Perkara ini tidak harus berlaku. Saya kecewa. Kementerian memandang serius perkara ini dan meminta BPSH membuat siasatan serta-merta dan katakan pada kita mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap pegawai yang membuat keputusan ini (makan di bilik persalinan)," katanya kepada Bernama di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

"Ia hanya bilik persalinan dan bukanlah tandas. Walaupun ia bilik persalinan, itu bukanlah tempat untuk kita makan, no foods allowed," tegasnya sambil berkata beliau difahamkan kantin sekolah itu baru memulakan proses penambahbaikan Selasa.

Beliau mengulas dakwaan kononnya murid bukan Islam di sebuah sekolah rendah dipaksa makan di tandas semasa Ramadan. Gambar yang tersebar di laman sosial memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja.

Kamalanathan berkata: "Sekiranya pengusaha kantin tidak mahu beroperasi pada bulan Ramadan, pihak sekolah boleh melantik pengurusan kantin sementara.

"Sekiranya kantin dalam proses baik pulih, mereka harus mencari lokasi yang sesuai di mana ada keperluan untuk sesebuah kantin seperti tempat yang bersih, ada tempat untuk mencuci tangan dan ada tempat duduk untuk makan dan minum."

Sambil memohon maaf sekiranya apa yang berlaku mewujudkan perasaan tidak selesa dalam kalangan ibu bapa, timbalan menteri itu berharap kejadian seumpama itu tidak berulang.

[Kemas Kini] Ibu Bapa Dakwa Bilik Persalinan dan Mandi SK Sri Pristana Ada 2 TANDAS

Posted: 23 Jul 2013 06:00 PM PDT

Ibu Bapa Kesal dengan Tindakan Sekolah 

[Bernama] KUALA LUMPUR - Ibu bapa terkilan dengan tindakan pengurusan Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh kerana didakwa menempatkan pelajar bukan Islam makan di bilik persalinan sekolah itu pada bulan Ramadan. 

Celestina A/L Sokya, 40, dari Sarawak berkata beliau kesal dengan keputusan pihak sekolah itu dan tidak mahu lagi menghantar anaknya, Destiny Yeeling, 8, pelajar tahun dua untuk bersekolah di situ. 

"Sebelum ini anak saya kata dia makan di tandas, saya ingat dia bergurau. Tidak sangka wajah anak saya ada dalam gambar yang disiarkan dalam Facebook hari ini mengenai pelajar bukan Islam makan di tandas," katanya kepada pemberita ketika mengambil anak gadisnya pulang dari sekolah itu. 

Beberapa gambar tersebar di laman sosial hari ini yang memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja. 

Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menyiasat dakwaan pelajar di sebuah sekolah rendah mengenai keadaan itu. 

Seorang suri rumah Rebecca Joseph, 32, berkata anak perempuannya Jessica James, 10, ada mengadu mengenai perkara itu dua hari lepas. 

"Memang itu bilik persalinan, tetapi dalamnya ada dua bilik mandi, ada dua tandas. Macam mana sekolah boleh bagi mereka makan dalam tandas kan," katanya. 

Ayahnya, James Subramanian, 45, seorang pengawal keselamatan Indah Water, berkata beliau susah hati apabila dengar berita mengenai anaknya makan dalam tandas. 

Seorang ibu, Jagteep Kaur, 34, berasa sangat sedih sebab dua anak lelakinya terpaksa makan di bilik persalinan itu iaitu Eekongkar Dilmarditl Singh, 9, dan Kuljeet Sing, 10, sejak seminggu lalu. 

Eekongkar Dilmarditl berkata beliau diminta untuk makan di bilik persalinan kerana kantin sekolah sedang dibaiki. 

"Saya sudah dua hari muntah-muntah dan diarahkan duduk situ kerana hujan. Kalau duduk di kantin nanti kotor," katanya. 

Sementara itu tinjauan Bernama untuk mendapatkan penjelasan daripada Guru Besar sekolah itu menemui jalan buntu apabila wartawan tidak dibenarkan masuk ke perkarangan sekolah. 

Menurut sumber Kementerian Pendidikan, sekolah itu mempunyai dua sesi persekolahan, 74 guru, dengan 1,373 pelajar, iaitu 696 lelaki dan 677 perempuan. 

Dua bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang bulan Ramadan ini. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa satu laporan polis dibuat seorang kerani hari ini terhadap guru besar sekolah itu. 

Kemas Kini:

Dakwaan ibu bapa pelajar ini mungkin silap. Sila lihat gambar HM di bawah ini.


[Gambar] Orang Kuat PIBG dan Guru Besar Berbuka Puasa di dalam Bilik Mandi dan Persalinan SK Sri Pristana

Posted: 23 Jul 2013 04:44 PM PDT

Usaha "cover up" kes ini sedang giat dijalankan. Setakat ini, tiada permohonan maaf daripada pihak sekolah. 

Pada TM, kalau benarpun sebelum Ramadan kantin sekolah tidak dapat menampung jumlah pelajar, mengapa semasa Ramadan, pelajar masih perlu menggunakan bilik mandi dan persalinan? Jika dilihat pada gambar kantin di atas, jelas kantin itu boleh digunakan oleh beberapa orang pelajar bukan Islam. Tidak kelihatan pun kerja-kerja pengubahsuaian yang membahayakan pelajar.

Lagi mengelirukan apabila pelbagai alasan berlainan diberikan untuk menjawab isu ini.


Walaupun bilik mandi dan persalinan itu dibersihkan, diwangikan, namun tindakan itu tidak boleh mengubah persepsi ibu bapa bahawa bilik itu tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat makan. Sebagai bapa, TM berpegang pada prinsip bahawa bilik itu tidak sesuai dijadikan tempat makan dan tidak rela anak sendiri makan di bilik itu. Ini bukan soal politik, bukan soal rasis, tetapi soal tempat makan yang selesa dan yang sepatutnya. -DCM
P/s: GB sekolah ini semakin popular, sila klik sini.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 24 Jul 2013 03:23 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:23 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


(Info) Tentang Kes Pelajar Makan Dalam Bilik Persalinan

Posted: 23 Jul 2013 08:35 PM PDT

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCkdBpe8IWvweT6-fLPmHW7JE8pS3khyFzpVW1yfxSEuMlJ2B8MYoQAVE5RIARDhYlduh4GFSVUMxi3410_MtjIJGVIshWoSaPCxy-9VbbJ0X-ea3vGFub3ZROyVPRdAAZzsM0SnmXMGgd/s1600/Info+Tentang+Kes+Pelajar+Makan+Dalam+Bilik+Persalinan.jpg

Semalam kami ada kongsikan artikel tentang Pelajar Bukan Islam BUKAN Makan Di Tandas tetapi di bilik persalinan. Terbaru beberapa info dikongsi oleh seorang lelaki india tentang kenapa bilik persalinan menjadi tempat makan di SK Sri Pristina, Sungai Buloh, Selangor.

Info Tentang Kes Pelajar Makan Dalam Bilik Persalinan

Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut:

"Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul.

Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.

Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat:

  • Kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.
  • Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.
  • Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.
  • Bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.
  • Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai "kantin"
  • Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut.
  • Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.
  • Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda "tandas" (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda "tandas" tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.
  • Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.
  • Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.
  • Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .
  • Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.
  • Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup "kantin sementara" dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.

Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak.

Gambar diatas sudah cukup untuk menepis tuduhan bahawa sekolah ini memberi "layanan buruk" kepada pelajar bukan islam. Guru-guru sendiri pun menggunakan bilik tersebut sebagai tempat untuk menjamu selera.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Fresh-Up и позиции сайта dppnkedah.blogspot.com

Posted: 24 Jul 2013 12:33 AM PDT

Добрый день.

Меня зовут Владимир Чермошенцев, я решил обратиться, т.к. отметил что Ваша компания использует сайт dppnkedah.blogspot.com для привлечения потенциальных заказчиков.
Моя работа - анализировать результаты выдачи поисковых систем и находить компании, которым может быть недостаточно входящих звонков от клиентов из Интернета.

Мы с коллегами проявили инициативу и подготовили для dppnkedah.blogspot.com конкретное предложение по целевому привлечению клиентов Fresh-Up. Данный метод, на практике, позволяет существенно увеличить эффективность сайта как инструмента продаж.

Я буду крайне признателен, если Вы прокомментируете наши выкладки (во вложении) или передадите человеку, ответственному за продажи.

С уважением, Владимир Чермошенцев
Специалист отдела продуктивных решений
Компания Fruitful Solutions
Тел./Факс: +7 (495) 661-6100

Web: www.fresh-ad.ru

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


3 rumah musnah angkara mercun

Posted: 23 Jul 2013 10:03 PM PDT




24 Julai 2013

Kuala Lumpur: Akibat mercun, tiga rumah musnah dalam kebakaran di Projek Perumahan Pantai Ria, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, api dipercayai bermula dari sebuah rumah di tingkat 14 sebelum merebak ke rumah di tingkat 13 dan 15.

Seorang mangsa, Ina Jamil, 28, berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur di ruang tamu dan terkejut apabila melihat api marak di bilik tidur dua anaknya.

"Saya dan jiran berusaha memadamkan api sebelum bomba tiba," katanya yang mengesyaki kebakaran itu akibat mercun selepas beberapa kali mendengar letupan sebelum kejadian.


Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 23 Jul 2013 11:32 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Hot ! PAS guna minyak subsidi kerajaan raih undi saat akhir #PRKKualaBesut

Posted: 23 Jul 2013 05:10 AM PDT



Sapa la pemimpin Pemuda Pas yang beri cadangan kasi petrol percuma Ron 95 kepada penunggang motorsikal ...haha..

Sebijik motor kita anggarkan RM 5 la isi penuh...itu pun ada syarat juga iaitu berusia 21 tahun ke atas .

Sebabnya berusia 21 tahun ke atas dah boleh mengundi . Nampak sangat Pas tak ikhlas nak bagi minyak petrol free.

 modal RM5 je untuk  sebijik motor pun berkira ...haha..

Abe abe yang pi isi minyak Pas hari ini  ..tak salah pergi  isi tapi pangkah tetap ore muda Tengku Zaihan dari BN !




SUARAM ANJUR BUKA PUASA SAMBIL TABUR FITNAH TERHADAP PM !!

Posted: 22 Jul 2013 09:52 PM PDT



- Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengecam keras tindakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang didakwa menggunakan alasan majlis berbuka puasa dan mengutip derma makan malam bagi menabur fitnah terhadap Perdana Menteri serta negara.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, tindakan itu amat tidak bertanggungjawab dan menunjukkan Suaram tidak menghormati Ramadan yang merupakan bulan paling suci dalam Islam, apatah lagi majoriti pimpinan Suaram bukan terdiri daripada pemimpin agama tersebut.

Menurutnya, majlis itu juga tidak melambangkan acara berbuka puasa sebaliknya hanya momokan kononnya terdapat perbicaraan mengenai skandal pembelian kapal selam negara di Perancis, sedangkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pernah direkodkan mengakui perkara itu tidak benar seperti terkandung dalam penyata rasmi Parlimen.

Lebih menjengkelkan, katanya, tindakan para penceramah dalam majlis itu yang kononnya memetik maklumat daripada penyiasat persendirian, mendiang P. Balasubramaniam tentang penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu adalah amat tidak bertanggungjawab.

"Saya amat berharap agar pimpinan Suaram menghormati sedikit serta tidak menyalahgunakan alasan berbuka puasa untuk menabur fitnah terhadap pimpinan negara dalam majlis tersebut.

"Tindakan penceramah dalam majlis berkenaan seperti pemimpin PKR, R. Sivarasa dan Americk Sidhu (bekas peguam Balasubramaniam), mempergunakan atau `menjual' nama mendiang Balasubramaniam langsung tidak menghormati keluarga si mati dan saya boleh sifatkan ini sebagai fitnah oleh orang mati," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas bagi mengecam Suaram kerana menganjurkan majlis dinamakan `Ops Scorpene Buka Puasa dan Makan Malam Amal' di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Jumaat lalu di Ibu Pejabat JMM di sini hari ini.

Azwanddin turut mendakwa beliau telah dihalang menyertai majlis tersebut walaupun telah mengemukakan tiketnya yang dibeli pada harga RM150 sebelum masuk ke dalam dewan berkenaan oleh para petugas Suaram.

Namun katanya, sebanyak tujuh pimpinan serta ahli JMM yang berjaya meloloskan diri masuk menyertai majlis tersebut kecewa melihat acara itu hanya sarat dengan fitnah terhadap Najib, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Negara

"Menurut rakan-rakan saya yang masuk, keadaan itu menimbulkan ketidakselesaan di kalangan kira-kira lima peratus Melayu beragama Islam yang hadir sehingga mereka bangkit meninggalkan majlis, daripada 750 hadirin kesemuanya di majlis berkenaan," katanya.

Oleh yang demikian, katanya, JMM mendesak Pendaftar Pertubuhan (ROS) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya melakukan siasatan serius terhadap tindakan Suaram mengutip derma tersebut memandangkan kumpulan itu merupakan pertubuhan tidak berdaftar.

TONY PUA BODEK GUAN ENG BELA PASANGAN PORNO ALVIN & VIVIAN !

Posted: 22 Jul 2013 02:30 PM PDT




Kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berhubung isu blogger porno Alvin dan Vivian mengundang makan diri apabila Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menganggap tindakan Tony Pua itu sebagai membodek bosnya, Lim Guan Eng.

Ini susulan kenyataan marah Lim Guan Eng terhadp kerajaan apabila mengenakan hukuman terlebih dahulu sebelum pasangan itu didakwa. Lim Guan Eng membela Alvin dan Vivian yang merupakan penyokong kuat Pakatan Pembangkang.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PAS termasuk Muslimat PAS 'membela' pasangan porno ini dan menidakkan kemarahan rakyat Malaysia yang secara terang perbuatan mereka itu mengundang kemarahan masyarakat Islam Malaysia.

Abdul Rahman menegaskan Tony Pua jahil dalam memahami isu ini tetapi menegaskan adalah menjadi perbuatan wajib pemimpin DAP untuk membela bos lagenda mereka, Lim Guan Eng.

Tony Pua begitu marah dengan Abdul Rahman apabila dia diDakwa begitu 'ekstrim' apabila mempertahankan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam isu membakar kitab Injil berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.

Untuk ketahui lebih lanjut ikuti tweet mereka di twitter masing-masing. Menjadi amalan pemimpin DAP untuk menyerang pemimpin Islam setelah mengetahui DAP kini dipertahankan PAS biarpun menyerang pemimpin Islam itu . KLIK DI SINI

IPOHMALAY

Posted: 23 Jul 2013 09:25 AM PDT

IPOHMALAY


Reaksi Kes SK Seri Pristana Dinilai Keterlaluan

Posted: 23 Jul 2013 04:01 AM PDT



Memalukan melihat perempuan mamak mengaku Melayu yang mengendalikan blog AMENOWORLD melakukan provokasi menjatuhkan maruah pentadbir Sekolah Kebangsaan Seri Pristana berhubung kes murid ditempatkan di ruang makan yang kelihatan seakan-akan tandas.

Memalukan bila Menteri Pendidikan melompat melalui Tweetnya seperti tiada kordinasi dengan pihak sekolah melainkan mengeluarkan reaksi melulu.

Memalukan juga bila umat Islam kelihatan apologetik tak bertempat sehinggalah perkara sebenar didedahkan oleh Mazidul Akmal bahawa itu bukan tandas, tetapi bilik persalinan.

Heran, blogger dan pengamal media sosial segera melaungkan bahasa pembangkang dan pemuka kafir. MENGAPA PERLU MEREKA DIASINGKAN? DISKRIMINASI? BLA BLA BLA?

Teman sokong sepenuhnya pihak pentadbir sekolah menyediakan ruang khas bila kantin tidak dapat digunakan, untuk murid bukan Islam makan. Murid bukan Islam di sekolah tersebut adalah minoriti di sekolah tersebut.

Kebijakan pentadbir sekolah dalam kes ini dapat mengelakkan murid bukan Islam ini menjadi mangsa ejekan, hinaan, dan kata-kata kesat berbaur keagamaan dan perkauman andai mereka dilihat makan sembarangan oleh PARA MURID ISLAM yang masih KANAK-KANAK.

Mereka ini tidak tahu yang mana baik yang mana buruk.

Dari 1985 hingga 1995 , teman bersekolah di SK La Salle, Ipoh - majoriti CINA dan St Michael Institution, Ipoh - majoriti CINA, turut pernah mendapat ejekan oleh pelajar CINA kerana menjalani ibadat puasa. Kerana mereka adalah majoriti, dan mereka merasakan mereka adalah ramai dan betul!

Adakah mustahil keadaan sebaliknya BOLEH MENIMPA murid bukan Islam di sekolah yang dihentam teruk secara melulu ini?

Amat malang, hari ini, umat Islam bersifat apologetik tak tentu hala manakala NON-MUSLIM hanya mencari kambing hitam dalam menzahirkan rasa kurang senang mereka terhadap ibadat orang Islam.


Lebih sial, isu ini dijaja oleh kambing betina hitam milik pembangkang.


DALAM KES SERI PRISTINA, TENTULAH TINDAKAN PENTADBIR SEKOLAH 'MENYELAMATKAN' MEREKA INI DARI DIJADIKAN BAHAN BULI ATAU EJEKAN KANAK-KANAK NAKAL YANG LAIN DAN LEBIH RAMAI, WAJARLAH DIPUJI.

Mengapa melatah tak tentu pasal?

Lagi Fitnah Pembangkang Yang Perlu Ditepis - Itu Bukan Tandas!!

Posted: 23 Jul 2013 12:47 AM PDT


PEMBETULAN FAKTA BERHUBUNG DAKWAAN KONONNYA PELAJAR BUKAN ISLAM MAKAN DI DALAM BILIK AIR SEKOLAH


Blog Amenoworld di entri terkini memaparkan dakwaan KONONNYA pelajar bukan Islam, berketurunan India dan Cina makan di dalam BILIK AIR.  

Berita itu kini tersebar secara meluas  di media sosial.

Saya ingin  MEMPERBETULKAN  dakwaan itu agar tidak berterusan menjadi FITNAH.

Sumber daripada pihak bertanggungjawab memaklumkan  kepada  saya kira-kira 30 minit tadi.

"Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu  kini tersebar di internet  BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN  telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua  meja serta beberapa  sinki untuk  memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka," ujar sumber.


"Mengapakah mereka tidak makan di kantin?," soal saya.

"Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu  kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera," jawabnya.

Selain pelajar Melayu,  Sekoalah Rendah  Kebangsaan, SRK Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina. Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor.

"Boleh tolong hantarkan kepada saya gambar BILIK AIR sekolah itu," pinta saya.

Sebaik gambar dihantarkan kepada saya, In Sha Allah, bakal saya kongsikan bersama semua pembaca.

Malaysia Diancam Pengganas?

Posted: 22 Jul 2013 11:57 PM PDT

Malaysia berhadapan ancaman pengganas yang tidak boleh dipandang ringan berikutan terlepasnya penjenayah yang pernah ditangkap dan diusir oleh Malaysia yakni Fadli Sadama (gambar) yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan senjata bagi tujuan kelengkapan gerakan militan. Fadli Sadama ditangkap di Yong Peng pada bulan Oktober 2010 sebelum diusir ke Indonesia lalu dipenjarakan.

Polis buru empat banduan militan Indonesia

KUALA LUMPUR 22 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah berjaga-jaga dan membuat pemantauan rapi bagi mengesan kemungkinan empat banduan militan Indonesia yang berjaya meloloskan diri semasa rusuhan di Penjara Tanjung Gusta, Medan, Sumatera Utara, Indonesia baru-baru ini, tidak menyusup masuk ke negara ini.

Pengarah Jabatan Pasukan Khas (Operasi dan Anti Pengganas) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, empat banduan terbabit iaitu Abdul Gani Siregar @ Pautan @ Robi, 28; Nibras @ Arab @ Wawan, 22; Fadli Sadama Mahmudin @ Can @ Zaid @ Fernando @ Buyung @ Ade, 29, dan Agus Sunyoto @ Syafaruddin, 25, telah disabitkan terlibat dalam aktiviti keganasan.

Beliau berkata, keempat-empat lelaki warga Indonesia berkenaan adalah antara 22 banduan yang melarikan diri dari Penjara Tanjung Gusta pada 11 Julai lalu.

"Kesemua mereka mempunyai elemen-elemen militan yang paling dikehendaki setelah terlibat dalam beberapa siri insiden keganasan dan jenayah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohamad Fuzi, Abdul Gani dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun oleh Mahkamah Daerah Medan bagi kesalahan mendatangkan bencana iaitu membakar Balai Polis Hamparan di Deli Serdang, Sumatera Utara pada 22 September 2010 dan terlibat dalam rompakan di CIMB Niaga Medan pada 18 Ogos tahun sama.

Beliau berkata, Nibras dikenakan hukuman penjara selama enam tahun kerana turut terlibat dalam rompakan CIMB Niaga Medan yang sama.

Katanya, Fadli Sadama dikenakan hukuman penjara 11 tahun bagi kesalahan terlibat menyalurkan senjata api bagi rompakan CIMB Niaga Medan, serangan di Balai Polis Hamparan dan menyeludup dadah jenis amphetamine dari Malaysia bagi membiayai kegiatan pengganas.

"Agus pula dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun juga kerana kesalahan terlibat dalam insiden rompakan CIMB Niaga Medan," katanya.

Mohamad Fuzi berkata, pihaknya sedang memantau dan mengawasi keadaan bagi mengesan kemungkinan empat banduan terbabit menyusup masuk ke negara ini.

Beliau berkata, antara empat banduan tersebut, Fadli Sadama ditangkap di Yong Peng, Johor pada 13 Oktober 2010 kerana terlibat dalam aktiviti penyeludupan senjata api untuk kegunaan kumpulan-kumpulan militan di Indonesia.

Katanya, lelaki terbabit kemudian telah diusir ke Indonesia pada 4 Disember 2010 dan dihadapkan ke Mahkamah Daerah Medan sebelum dijatuhi hukuman 11 tahun penjara bagi tiga kesalahan berkaitan dengan keganasan.

"Fadli pula mempunyai rangkaian kerja dengan anggota militan Jemaah Islamiah (JI) di Malaysia dan Indonesia serta mahir dalam menggunakan laluan haram antara kedua-dua negara," ujarnya.

Sehubungan itu, Mohamad Fuzi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai empat banduan terbabit supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu polis mengesan mereka.

Katanya, kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan keempat-empat militan itu amat diperlukan kerana mereka mampu menggugat keselamatan negara jika berjaya menyusup masuk ke negara ini.


BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri UMNO Caw Taman Mawar

Posted: 23 Jul 2013 09:33 AM PDT

Puteri UMNO Caw Taman Mawar


HALIFAX FINANCE LOAN

Posted: 23 Jul 2013 07:17 AM PDT

--
Attn:Kindly Open The Attached Email From Halifax Finance Loans.
Thanks.

Pengikut