Isnin, 17 September 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 17 Sep 2012 03:28 PM PDT

Penganut Kristian hadapi p'raya dengan 'Doa Penyatuan'

Posted: 17 Sep 2012 04:17 AM PDT

Seramai kira-kira 2,000 penganut agama Kristian berhimpun di Stadium Melawati Shah Alam untuk satu upacara doa bagi menuntut menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Perhimpunan semalam merupakan salah satu daripada 29 perhimpunan di seluruh negara yang dinamakan upacara ''Doa Penyatuan'' bagi menyambut jubli emas Hari Malaysia yang ke 50.

Malaysia bakal menyambut ulangtahun ke-50 penggabungannya dengan Sabah dan Sarawak pada tahun hadapan.

Presiden Biskop Majlis Gereja Malaysia Thomas Tsen turut membimbing hadirin dengan berdoa untuk pilihan raya umum akan datang yang dijangka akan diadakan dalam tempoh kurang daripada setahun.

''Kita berdoa supaya kita boleh mempersiapkan diri untuk membuang undi kita dalam keadaan sedar dan tidak terpengaruh dengan janji manis.

''Tunjukkan kepada kita siapa yang patut menjadi kerajaan seterusnya,'' katanya.

Mereka turut mendoakan calon-calon yang akan bertanding agar berintegriti dan tenang dengan segala keputusan pilihan raya.

"Kita berdoa bahawa sesiapa yang menang, mereka akan mengikuti kedaulatan undang-undang dan menegakkan perlembagaan," kata Thomas.

Mahathir sahkan BN 'hizbul syaitan'

Posted: 17 Sep 2012 04:09 AM PDT


HARAKAH DAILY
Apabila negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad mengungkapkan "lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal" serta mengesahkan "syaitan" yang dimaksudkan dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada BN dan "malaikat" itu merujuk kepada pembangkang, pemimpin BN yang lain hanya mendiamkan diri.

 Apakah kenyataannya itu bercanggah dengan akidah? Wartawan Harakah, NYZA AYOB mendapatkan kupasan lanjut mengenai perkara ini bersama bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang 5 September lalu.

WARTAWAN: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui syaitan yang dimaksudkan dalam tulisannya adalah BN dan malaikat pula ditujukan kepada pembangkang. Apa reaksi Ustaz? 

USTAZ AHMAD AWANG: Mahathir meminta rakyat supaya menyokong kerajaan BN, walaupun diibaratkan beliau BN itu sebagai syaitan yang telah dikenali. Bagi beliau, 'syaitan' inilah yang telah membela rakyat. Tetapi kita perlu ingat, apa yang syaitan buat, walaupun zahirnya nampak baik, sebenarnya dia menipu.

Dalam Quran juga ada menyebut, syaitan memperdayakan manusia. Pada bulan Syawal ini, kita perlu ingat peristiwa penting dalam Islam pada tahun kelima Hijrah iaitu Perang Ahzab iaitu disertai gabungan parti-parti anti-Islam.

Jika hari ini kita boleh samakan dengan Barisan Nasional. Apa yang ingin saya kaitkan ialah dalam Perang Ahzab ini, ada golongan orang munafik.

Mereka ini di luarnya Islam tetapi di dalamnya hendak menghancurkan Islam. Ia sama seperti Umno. Mereka Melayu dan di luarnya adalah Islam.

Mereka berpakat dengan orang lain yang bersetuju untuk menghentam Islam ini.

Jadi, amat jelas 55 tahun memerintah itu, sikap seperti itu ada dalam Umno?

Sepanjang 55 tahun memerintah, apa yang Umno-BN buat memang kita dapat lihat mereka ada mendirikan masjid.

Tetapi mereka tidak membenarkan orang berceramah di masjid bagi menyebarkan Islam. Di Selangor dahulu, sewaktu pemerintahan Khir Toyo, sesiapa yang bercakap bab agama akan dikenakan tindakan. Bahkan masjid akan ditutup. Bukan sekadar itu, surau juga dirobohkan.

Ini sebahagian amalan 'hizbul syaitan'. Zahirnya mereka ini Islam tetapi mereka sebenarnya munafik.

 Sebab itu, dalam Quran menyebut pula puakpuak munafik ini, mereka bukan sanggup berhadapan dengan segala kesusahan, derita dan peperangan. Dalam Perang Ahzab, mereka tampil sekejap apabila melihat ramai musuh mengepung Madinah.

Tetapi akhirnya pulang ke rumah. Itu orang munafik.

Dan orang munafik ini apabila tersepit, Allah telah berfirman, puak-puak daripada 'hizbul syaitan' ini berkata "mari kita bersatu". Ia dapat dilihat dalam surah Al-Ahzab ayat 18. Mereka ini puak yang tidak sanggup berhadapan dengan perjuangan dan peperangan.

Mungkin Ustaz boleh berikan contoh 'munafik' yang ditunjukkan Umno...

Selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969, Umno mengajak semua pihak bersatu. Kita memang ingat mereka betul-betul mengajak kita bersatu. Tetapi apabila nampak kita buat kerja Islam, mereka menendang kita.

Apa yang ingin kita nyatakan daripada sikap mereka ini, Tun Dr Mahathir mengesahkan sudah kukuh bahawa BN adalah parti syaitan, Umno ketuanya.

Quran ada menyebut juga, dalam dunia ini sama ada pada zaman Rasulullah atau selepasnya hanya terdapat dua parti sahaja iaitu satu 'parti syaitan' dan satu parti yang mendukung ajaran Allah. Ciriciri parti Allah itu ada pada PAS.

Jadi, benarlah apa yang berlaku pada Umno hari ini, apabila mereka tersepit, mereka mengajak PAS bersatu dengan alasan atas nama perpaduan Islam. Walhal Umno yang mendakwa setengah juta ahli itu pun, sesama mereka dalam pertubuhan itu juga tidak boleh bersatu.

Hari ini juga heboh diperkatakan hubungan Muhyiddin dan Najib semakin teruk. Najib mencanang sana sini, jika Umno-BN ingin menang, kena bersatu. Ini menggambarkan memang mereka tidak bersatu. Sebab itu beliau mencanang dan melaungkan di setiap pelusuk agar di kalangan mereka bersatu.

Tiba-tiba 'hizbul syaitan' ini ingin bersatu dengan 'hizbullah', lagilah tidak boleh.

Kenyataan Dr Mahathir itu amat jelas memperlekeh malaikat...

Ya, ini memang lagi berat. Semua orang mengetahui Rukun Iman ada enam perkara. Rukun Iman yang kedua ialah beriman kepada malaikat iaitu selepas beriman dan mentauhidkan Allah. Ini bermakna beriman kepada malaikat ialah, ada sejenis makhluk yang dicipta Allah yang namanya malaikat, yang dijadikan Allah daripada cahaya dan ia adalah makhluk Allah yang diberikan tugas yang mereka ini tidak pernah menyanggah tugas yang diberikan kepada mereka.

Memanglah jumlah malaikat ini tidak terhingga dan malaikat ini adalah semuanya baik.

Allah berfirman dalam Quran bahawa sifat malaikat itu mereka tidak pernah melawan dan membantah apa yang ditugaskan Allah kepada mereka. Mereka melakukan apa sahaja yang Allah suruh.

Berulang-ulang Allah menyebab tentang mereka dalam al-Quran. Apabila kita mengimani malaikat, itulah yang mesti kita percayai. Jika Dr Mahathir mengatakan malaikat ini bukan semuanya bagus dan ada yang buat salah, bukan semuanya suci, ia sebenarnya menafikan fakta yang mesti diimani dalam al-Quran.

Jadi kenyataannya jelas menjejaskan akidah seorang Islam?

Ya, ia amat jelas menjejaskan akidah orang Islam. Dan segeralah beliau bertaubat. Jika dia tidak tahu, dia kena belajar.

Dan jika dia sememangnya tahu dan sengaja hendak memperlekeh malaikat, (nauzubillah) saya rasa pihak berkuasa agama terutamanya mufti mesti menegur beliau.

Tetapi jika beliau menolak juga, penguatkuasa agama kena ambil tindakan undangundang. Ia mesti dilaksanakan.

Kita tidak boleh membiarkan Dr Mahathir sesuka hati melakukan perkara ini. Jika kita boleh berdemonstrasi membantah orang yang menghina nabi di dalam negara, tiba-tiba Dr Mahathir boleh terlepas apabila menghina malaikat.

Justeru, saya menyeru golongan mufti membincangkan perkara ini kerana ianya lahir daripada mulut bekas Perdana Menteri yang ternama di negara kita.

Jika beliau tetap mempertahankan kenyataannya itu, ia harus diambil tindakan undang-undang dan tidak boleh pihak agama berdiam diri.

Umno Kalah, Biar Pas Jaga Melayu

Posted: 17 Sep 2012 04:03 AM PDT

Pas  jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU 13 inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib. Beliau  selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh jaga Melayu. Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat.

Bukti Pas boleh ganti Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada  hutang BN tinggal sebanyak RM718 juta. Negeri Kelantan berjaya diturunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada nombor 6.

Sebelum Umno hendak mendabik dada mereka yang jaga Melayu, Umno tolong jawab terlebih dahulu tuduhan ini. Bukankah Umno yang menghilangkan 1,3 juta hektar tanah rezab Melayu selepas merdeka. Umno yang sekat 118 projek ke Kelantan sejak 1991 (RMK 6). Kenapa Umno yang berkuasa tidak menambah kerusi di Kelantan dan Terengganu pada PRU 2004?. Umno mesti bertanggungjawab terhadap kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion.

Najib janganlah duduk ulang pita rakaman lama bila berhadapan pengundi Melayu, kononnya Dap yang akan dominan dalam PR. Manakala Sow Lek Presiden Mca bila bercakap dengan orang Cina,  kata Pas  yang akan menguasai PR. Mana satu yang benar?  Atau kedua-dua pembohong besar.

Umno hanya memainkan isu Melayu apabila sokongan politik semakin terhakis dengan meniupkan sentimen kononnya umno pembela Melayu. Dap diajadikan kambing hitam kononnya menindas Melayu dan Islam. Walaupun hakikatnya telah dibuktikan dengan fakta di Pulau Pinang, banyak projek diperolehi oleh kontraktor Melayu, yang menangis ialah kontraktor Umno  yang menjadi broker dan makan komisyen.  Faktanya kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah kendalian kerajaan negeri. Ertinya Melayu mampu, yang tidak mampu hanya Melayu Umno.

Peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang semasa zaman Umno hanya  RM12.5 juta telah meningkat zaman YAB Lim Guan Eng sebanyak RM64 juta (2012). Hampir lima tahun Dap yang memerintah Pulau Pinang, tidak ada sebuah masjid dan surau. diroboh. Sebaliknya ketika Umno memerintah Selangor, surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi , Surau al-Rahmah Seksyen 8, Surau Puchong Perdana ditutup. Masjid Bujal Kemaman dan Surau Kampung Berembang Ampang di runtuh.

Desak k'jaan jawab kematian peserta kursus PTD ketika latihan ketenteraan

Posted: 17 Sep 2012 03:55 AM PDT

Saya mewakili Angkatan Muda KEADILAN (AMK) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Aldy Hasmi Abu Hassan, pegawai Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik (PTD) yang telah meninggal dunia tatkala menjalani latihan ketenteraan di Kem Wataniah Force 136 di Pekan, Pahang petang semalam.

Difahamkan bahawa latihan ketenteraan wataniah kini merupakan sebahagian daripada modul kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) yang wajib dijalani oleh setiap pegawai PTD bagi tujuan latihan dan sebahagian daripada proses pengesahan dalam perkhidmatan awam.

Saya juga kesal dengan insiden ini memandangkan insiden sama pernah berlaku dua tahun lalu dan turut membabitkan kematian pegawai PTD yang sedang mengikuti kursus DPA iaitu Allahyarhamah Norhashimah Wahid yang maut ketika menjalani latihan ala-komando di Banting, Selangor.

Namun demikian, AMK mengalu-alukan dan menyambut baik langkah serta-merta Ketua Setiausaha Negara YBhg. Dato' Sri Dr. Ali Hamsa yang telah mengarahkan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menghentikan semua aktiviti lasak melibatkan kursus DPA.

Sehubungan dengan itu, saya juga menggesa supaya pihak kerajaan menjalankan siasatan menyeluruh dan mendedahkan hasil laporan siasatan berkaitan insiden ini serta menyatakan apakah kewajaran bagi seorang pegawai PTD dikehendaki menjalani latihan ketenteraan dan apakah keberkaitan latihan tersebut dengan bidang tugas sebagai seorang pegawai PTD?

Pegawai PTD dan seluruh anggota perkhidmatan awam merupakan aset penting dalam pentadbiran negara maka kerajaan seharusnya perlu bersikap tegas dalam menjamin keselamatan mereka tanpa mengira samada di premis kerja atau pun ketika sedang menjalani kursus dan program latihan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Aldy Hasmi dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Shamsul Iskandar Mohd Akin, 
Ketua Angkatan Muda KEADILAN

Pemimpin keluar Umno petanda BN Sabah 'gulung tikar' – Anwar

Posted: 17 Sep 2012 03:52 AM PDT

Aliff Fikri

TUARAN: Tindakan beberapa pemimpin terkenal keluar dari Umno BN Sabah petanda rakyat Sabah mahukan perubahan dan menamatkan kesengsaraan di bawah regim parti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim

Berucap sempena sambutan Hari Malaysia ke-49 malam semalam, beliau yakin rakyat Sabah sudah bersedia untuk menolak Umno BN pada pilihan raya akan datang.

"Saya ingat lepas ini, Umno boleh gulung tikar," kata Ketua Pembangkang itu sambil disambut tepukan hadirin pada sambutan Hari Malaysia  di Restoran Singgah Singgarung di sini.

Namun, kata Anwar, rakyat Sabah harus berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan dakyah Umno BN yang menggunakan agama untuk memecah belah perpaduan bagi menyekat arus perubahan.

"Tapi kita kena ingat, niat kita mesti ikhlas untuk melakukan membuat sesuatu yang baik dan sentiasa menjaga hubungan baik antara agama.

"Umno BN sengaja mempermainkan agama untuk menanam prasangka antara orang Islam, kristian dan agama lain supaya membenci antara satu lain untuk meneruskan kekuasaan mereka.

"Oleh itu, tingkat kefahaman dan saling menghormati antara kita agar tidak tewas dengan agenda pecah belah Umno BN," katanya.

Hadir sama, Presiden PAS, Haji Hadi Awang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan pimpinan Pakatan Rakyat lain.

Terdahulu, Anwar Ibrahim mengisytihar bekas menteri dan Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong keluar Umno di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.

Kurang 24 jam sebelum itu, bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin dalam satu program di Labuan, mengisytihar keluar Umno dan menyertai KEADILAN.

Ia menjadikan sekurang-kurangnya empat pemimpin terkenal Sabah meninggalkan BN dalam tempoh sebulan termasuk Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

* Gambar ihsan Media Rakyat.

Jalan Besar Seri Kembangan JKR Diminta Ambil Tindakan Segera

Posted: 17 Sep 2012 03:42 AM PDT


SHAH ALAM – Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah telah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya mengambil tindakan segera berhubung kelewatan penyiapan projek Jalan Besar Seri Kembangan.

Beliau ketika dihubungi TV Selangor mengakui, berlaku sedikit kelewatan terhadap projek berkenaan ekoran masalah berkaitan kontraktor yang dipertanggungjawabkan menyiapkan jalan tersebut.

Tegasnya, kontraktor berkenaan dilantik sendiri oleh JKR dan Kerajaan Selangor hanya memberikan peruntukkan.

"Saya telah mengadu kepada pihak JKR dan mereka sudah memberikan surat amaran kepadanya. Mereka sedang mempertimbangkan untuk membatalkannya kontraktor bermasalah ini.

"JKR agensi kerajaan pusat. Ini jalan faderal," katanya yang juga Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram.

Beliau menambah, kos projek berkenaan yang menelan kos RM36 juta akan kekal meskipun berlaku kelewatan dalam menyiapkan projek berkenaan.

Semalam, bekas Adun Seri Kembangan, Datuk Liew Yuen Keong, membangkitkan isu projek naik taraf Jalan Besar Seri Kembangan dan penyusunan sistem lalu lintas sehala.

Menurutnya, projek juga diumum bermula Januari dan sepatutnya siap September selepas majlis pecah tanah dilakukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim awal tahun ini.

Pemimpin BN songlap RM200,000 geran bantuan setengah juta

Posted: 17 Sep 2012 01:17 AM PDT

Oleh Nazar Hashim

KUALA LUMPUR : Satu laporan dibuat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan geran bantuan kebajikan Perdana Menteri (PM) sebanyak RM500,000 yang diberikan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).

Laporan oleh Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard itu dibuat di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

Ia berikutan pendedahan satu set dokumen membuktikan bagaimana geran bantuan tersebut diseleweng sebanyak RM200,000 untuk dibayar kepada orang tengah sebagai komisen.

Dokumen yang ditemui Chegu Bard di rumahnya di Nibong Tebal Tebal 12 September lalu itu menyebut pada 28 Mac 2012 bahawa Kementerian Kewangan telah memaklumkan kepada PBPM mengenai peruntukan sebanyak RM500,000.

Manakala surat maklum balas dari PBPM kepada kementerian mengenai penerimaan tersebut juga telah dinyatakan pada 6 April 2012.

Antara dokumen PBPM yang disertakan sebagai bukti

Minit Mesyuarat Exco ke 192 (02/2012) dan mesyuarat ke 193 (03/2012) persatuan itu turut menyatakan PBPM perlu membayar sebanyak RM200,000 kepada sebuah syarikat yang kononnya menjadi orang tengah bagi mendapatkan geran bantuan tersebut.

"Ini membuktikan korupsi dalam negara sudah semakin teruk, apabila bantuan geran kebajikan pun mesti melalui orang tengah untuk dibayar komisen," katanya pada sidang media selepas itu.

"Pendedahan ini juga meyakinkan bahawa pemimpin BN yang terlibat membantu PBPM mendapatkan geran tersebut, menjelaskan amalan rasuah dan korup senantias menjadi rutin dalam kehidupan mereka.

"Pendedahan ini perlu segera diambil tindakan bagi mengheret mereka yang terlibat menjadi orang tengah serta menyalahgunakan kuasa bagi mendapat komisen dan rasuah dari mereka yang memerlukan," tegas Chegu Bard.

Umno BN peralat murid untuk rembat projek pendidikan

Posted: 17 Sep 2012 01:10 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Kerajaan Umno BN memperalat murid sekolah melalui program pendidikan sebagai topeng untuk merembat wang rakyat, kata bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmud.

Ia berikutan pengumuman program 1BestariNet oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

1BestariNet adalah projek pemasangan rangkaian sistem internet 4G di 10,000 sekolah seluruh negara.

"Murid-murid diperalat atas nama program pendidikan. Untuk nampak halal, pihak tertentu menggunakan saluran ini bagi mengaut kekayaan. Kalau satu sekolah membabitkan RM1,000, bayangkan kalau 10,000 sekolah berapa banyak belanja diguna untuk program ini?

"Perkara ini dirancang. Mereka (kerajaan) sendiri buka tender, kemudian pilih pembekal dan kontraktor di kalangan kawan-kawan mereka sendiri. Semua ini wayang," katanya.

"Kita ada pengalaman dalam PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris). Hanya setahun lepas guna, (komputer riba) rosak," katanya ketika dihubungi.

Beliau merujuk perkara ketujuh dari sembilan anjakan yang dirangka melalui Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Perkara itu mengandungi komitmen kerajaan bahawa semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang kononnya menyediakan landasan untuk pelaksanaan pembelajaran secara interaktif.

Muhyiddin sebelum ini turut berkata, Kementerian Pelajaran akan mengadakan hari terbuka untuk membolehkan masyarakat meneliti, mendapatkan penjelasan dan memberi maklum balas kandungan laporan tersebut.

Justeru, Nordin menyeru bekas guru-guru sekolah, pensyarah maktab perguruan dan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) meneliti laporan tersebut.

"Kita takut hal (kerugian) ini berulang. Apa yang dirancang Kementerian Pelajaran hari ini, signifikan dengan apa yang pernah berlaku pada dasar PPSMI," tegasnya.

Rakyat Terima Kurang RM150 Juta Semasa Zaman Khir Toyo

Posted: 17 Sep 2012 12:55 AM PDT


KUALA SELANGOR  : Rakyat di Selangor kini berpeluang menikmati hasil kekayaan dan pembangunan negeri secara lebih menyeluruh di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat (PR), berbanding Kerajaan Umno-BN terdahulu, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, semasa zaman pemerintahan bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo, hanya RM150 juta daripada hasil negeri diagihkan kepada rakyat Selangor.

Sebaliknya, di bawah pimpinan PR, lebih RM600 juta diperuntukkan sejak 2008 untuk manfaat rakyat di negeri ini menerusi pelbagai program dan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

"Semasa zaman Khir Toyo tak sampai RM150 juta diagihkan kepada rakyat. Mengapa rakyat tidak merasa pembangunan sebab ada orang tengah yang ambil kesempatan. Ini tidak seharusnya berlaku.

"Saya buat kerja betul-betul dan tidak akan mengambil duit rakyat. Saya jaga kesemua hasil negeri supaya ia sampai ke tangan rakyat Selangor. Tiada agen yang uruskan perkara ini," katanya semasa menghadiri Majlis Makan Malam di Hotel De'Palma, di sini malam tadi.

Majlis turut disertai pimpinan daerah Kuala Selangor, Ketua-ketua Jabatan, Ketua Kampung dan AJK Parti PR.

Tambahnya, Kerajaan PR juga berjaya meningkatkan hasil pendapatan negeri ke tahap yang lebih tinggi selain dapat mengutip kembali hutang melebihi RM390 juta.


 Malah katanya, sokongan padu terhadap PR membuktikan bahawa rakyat semakin selesa menerima perubahan dan mula menolak politik kotor Umno-BN.

"Rakyat sejak 2008 mahukan pembaharuan. Angan-angan tidak akan menjadi hasil kalau tidak tekun usahanya. Saya sangat bangga melihat usaha Kerajaan PR sehingga pelaburan juga meningkat," katanya lagi.

Pilihan Raya Kampus Serentak Bukti Wujud Campurtangan 'Orang Politik'

Posted: 17 Sep 2012 12:44 AM PDT

Afix Redzuan

SHAH ALAM :  Penetapan tarikh Pilihan Raya Kampus (PRK) secara serentak pada 20 dan 25 September ini membuktikan dakwaan mahasiswa wujudnya campurtangan 'orang politik' sebelum ini benar.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Safwan Anang berkata ini membuktikan dakwaan Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail 20 Jun bahawa terdapat satu konspirasi PRK yang dipanggil 'OPS 2020′.

Dokumen ini didakwa mengandungi penlibatan beberapa agensi kerajaan seperti polis dan Biro Tata Negara (BTN) yang akan menetapkan bila tarikh PRK ini akan berlangsung.

Bagaimanapun hasrat Saifuddin untuk membahaskan perkara ini di parlimen tidak dihiraukan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaleed Nordin.

Langkah ini jelas Safwan menghakis kuasa autonomi kampus dan sepatutnya tidak perlu campurtangan orang luar.

"Sepatutnya tidak pernah berlakunya tarikh pilihan raya kampus secara serentak di kebanyakkan kampus. Sekarang yang mengejutkan kita.

"Sekarang KPT umumkan pilihan raya berjalan serentak cuma beberapa kampus berlangsung pada tarikh lain," katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Jelasnya, PRK sepatutnya berlangsung pada Mac atau April namun ditangguh sehingga pengumuman tarikh dibuat oleh KPT.

"Kami rasakan mengapa setiap kali PRK mesti timbul isu universiti tidak mengumumkan tarikh berkenaan lebih awal.

"Bayangkan setengah universiti diberi masa dua minggu untuk membuat persediaan. Jadi sebab itulah kita turun untuk menuntut enam tuntutan," katanya.

Beliau menambah, tarikh pilihan raya ini sepatutnya dimasukkan terus dalam jadual tahunan dan bukannya membuatkan mahasiswa tertanya-tanya mengenainya.

Semalam, hampir 800 mahasiswa berarak dan berkumpul dari Masjid Jamek ke perkarangan pusat membeli belah Sogo bagi menyatakan tuntutan kepada KPT untuk melaksanakan enam tuntutan 'Deklarasi Mahasiswa'.

Enam tuntutan tersebut ialah penetapan tarikh pilihan raya kampus, mahasiswa terlibat menguruskan pilihan raya kampus, pemantauan pilihan raya kampus, kebebasan berkempen, sistem pengundian telus dan peruntukan dana kepada calon.

SKMM akui usaha sekat Innocence of Muslims tak menyeluruh

Posted: 17 Sep 2012 12:39 AM PDT

JAMILAH HAMZAH

 

SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengakui usaha menyekat akses kepada filem kontroversi Innocence of Muslims di YouTube di Malaysia tetapi sedang meningkatkan kerjasama dengan pihak luar.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi berkata, pihaknya telah membuat sekatan terhadap filem itu dan sedang berusaha keras bersama Google serta pihak luar negara supaya filem tersebut tidak boleh diakses lagi di Malaysia.

Menurutnya, masyarakat di Malaysia juga perlu bersama membendung masalah semasa ini dengan tidak mengakses kepada treler filem itu lagi.

"Kita memang sudah buat tindakan, kita telah sekat tapi disebabkan teknologi makin canggih, dalam beberapa saat sahaja perkara ini akan kembali semula.

"Namun, kita telah menggandakan usaha untuk menyekat terus filem ini di Malaysia dan masyarakat juga perlu bersama SKMM untuk menghalang filem ini," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, penelitian Sinar Harian Online mendapati penayangan treler filem itu telah mula disekat pada lewat petang semalam, namun tidak menyeluruh.

Dalam pada itu, treler filem kontroversi  berdurasi 13 minit yang dikaitkan dengan Sam Bacile dikatakan telah dimuat naik ke dalam Youtube sejak Julai lalu masih berlanjutan sepanjang hari.

Hari ini sebuah akhbar tempatan melaporkan, Ketua komunikasi dan Hal Ehwal Awam Google Malaysia, Zeffri Yusoff berkata, pihaknya telah melancarkan halaman YouTube tempatan dan  akan menyekat akses filem itu setelah dikaji secara menyeluruh.

Justeru, Mohamed Shahril berkata, secara teknikal SKMM telah mengambil langkah sekatan terhadap video itu, namun kewujudan pihak yang tidak bertanggungjawab tidak dapat dibendung secara menyeluruh.

"Dari segi teknikal, kita buat macam mana pun, jika ada orang gunakan teknologi seperti salinan dan sebagainya, kita tak mampu nak bendung secara menyeluruh.

"Oleh itu, saya berharap orang ramai bersama membantu dan tidak terus mengagungkan filem tersebut lagi," katanya lagi.

Tambah beliau, SKMM berharap semua pihak di Malaysia bersama menangani masalah ini dan jangan memberi peluang kepada pihak tidak bertanggungjwab mengapi-apikan kemarahan umat Islam.

Pakatan Rakyat Keluar Pengistyharan Kucing 7 Perkara

Posted: 17 Sep 2012 12:36 AM PDT

MSO

[kemaskini] Pakatan Rakyat lewat petang ini mengeluarkan peristyharan politik mengandungi Tujuh Perkara yang dinamakan "Pengistyharan Kucing" dalam satu majlis sambutan Hari Malaysia yang diadakan di sebuah taman perumahan di bandaraya Kuching.Pengistyharan itu berhubung dengan hak-hak dan kepentingan rakyat negeri Sarawak ia merupakan satu janji dan ikrar Pakatan Rakyat untuk melaksanakannya sekiranya gabungan itu berjaya memerintah Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang.Deklarasi itu dibaca di dalam hujan renyai-renyai yang turun di sepanjang majlis itu diadakan. Ia ditanda tangai oleh ketiga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, PKR diwakili oleh Penasihat Umum Anwar Ibrahim, Pas oleh Presiden Abdul Hadi Awang dan DAP oleh penasihatnya Lim Kit Siang serta Wong Ho Leng Pengerusi DAP Sarawak dan Adam Ahid Pesuruhjaya Pas Sarawak.

Kira-kira 3,000 hadir untuk memeriahkan hari Malaysia dan mengikuti pengistharan berkenaan. Antara pemimpin lain yang kelihatan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, Naib Presiden Pas Husam Musa, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali, Bendahari Agung Pas Dr Mohd Hatta Ramli, Naib Presiden PKR Tian Chua, Ketua Dewan Muslimat Pas Siti Zailah Yusuf, Ketua Angkatan Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin dan lain-lain.

Agak menghairankan sedikit tidak kelihatan ketiga-tiga ketua pemuda Pas, DAP dan PKR.

Sebagai simbolik kelima-lima pemimpin itu menanda tangani deklarasi berkenaan di atas sebidang kain bersaiz besar yang digantung di majlis berkenaan.

Pengistyharan Deklarasi Kuching menunjukkan Pakatan Rakyat serius untuk membawa perubahan politik di Sarawak yang mana negeri itu dianggap masih belum mengalami kemerdekaan sebenarnya kerana ia dijajah oleh bangsa sendiri parti UBN.

Berikut adalah deklarasi berkenaan:

PERISYTIHARAN KUCHING

 

JANGAN SAMPAI KITA LUPA, DAN JANGAN SAMPAI MASYARAKAT MALAYSIA YANG TERBILANG INI BETAH TERLUPA BAHAWASANYA KAMI, YANG BERTANDATANGAN DI BAWAH, SEKALI LAGI DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM SEPENUH JIWA DAN RAGA BERIKRAR DAN BERJANJI BERSAKSIKAN SELURUH WARGANEGARA MALAYSIA, PADA HARI INI YAKNI PADA TARIKH BERSEJARAH 16 HB SEPTEMBER 2012, DI BANDARAYA KUCHING, BAGI PIHAK PARTI-PARTI YANG BERKENAAN DAN PAKATAN RAKYAT SELURUHNYA BILA MANA KAMI MENGIKTIRAFKAN KERAJAAN BARU BUAT MALAYSIA, PAKATAN RAKYAT AKAN MELUNASI SETIAP IKRAR DAN JANJI KAMI PADA SETIAP LAPISAN MASYARAKAT DAN RAKYAT MALAYSIA.

BAHAWASANYA KAMI AKAN MEMELIHARA DAN MENJUNJUNG SETIA DASAR DASAR YANG DITERAPKAN DI DALAM BUKU JINGGA SUPAYA MALAYSIA BAKAL BANGKIT SEMULA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG MAKMUR, AGAR TERWUJUD RAKYATNYA YANG CEMERLANG, BERSATU PADU DAN BERKEMBANG MAJU, DENGAN MASA DEPAN YANG SELAMAT DAN AMAN DAMAI, AGAR NAMANYA HARUM DI SERATA PELUSUK DUNIA.

BAHAWA SESUNGGUHNYA KAMI BERPEGANG TEGUH DENGAN SEMANGAT PERJANJIAN MALAYSIA 1963 YANG TELAH DICETUSKAN DAN DIKENDALIKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN KAMI YANG TERDAHULU, DAN SEBAGAI BUKTI DAN TANDA UTUHNYA KESETIAAN KAMI TERHADAP RAKYAT SARAWAK DAN SABAH, BERTERASKAN PRINSIP-PRINSIP DEMOKRASI DAN KEADILAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA SELURUHNYA, DENGAN PENGKHUSUSAN ISTIMEWA TERHADAP PERKARA-PERKARA BERIKUT:

PERKARA 1: KERJASAMA BERSEKUTU
Kami akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

PERKARA 2: PERWAKILAN YANG ADIL
Kami akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.

PERKARA 3: KEWARGANEGARAAN
Kami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.

PERKARA 4: PENGIKTIRAFAN HAK KE ATAS TANAH ADAT
Kami akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.

PERKARA 5: KECEKAPAN DAN KEMANDIRIAN SARAWAK DAN SABAH
Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.

PERKARA 6: KEADILAN DALAM ISU MINYAK
Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.

PERKARA 7: PEMBANGUNAN SEKATA
Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.

DENGAN INI, KAMI YANG BERTANDATANGAN SEPERTI YANG TERTERA DI BAWAH, MENGIKTIRAF PERISYTIHARAN INI SEBAGAI SATU PERJANJIAN YANG TIDAK BOLEH DISANGKAL DAN DIPERSOALKAN LAGI, TERMAKTUB DI ANTARA PAKATAN RAKYAT DAN SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT MALAYSIA, PADA HARI INI, TANGGAL 16 SEPTEMBER 2012, BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA, AGAR TERSOHORLAH GEGAK GEMPITANYA DARI PUNCAK TERTINGGI DI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA, DAN AKAN TERSEBAR SELUAS SAMUDERA YANG TERBENTANG SUPAYA KEBEBASAN DAPAT KITA CAPAI DAN KITA SEMUA BOLEH HIDUP BERSATU PADU DALAM SUASANA AMAN DAN DAMAI.

Sebagai saksi padanya, penandatangan yang diberi kuasa dalam hal ini, telah menandatangani Perisytiharan ini, dan semua rakyat Malaysia adalah saksi kepadanya.

 

Dimeterai di Kuching, pada 16 haribulan September tahun 2012, dalam enam salinan di mana setiap satu darinya akan disimpan oleh setiap penandatangan.

 

Untuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Y.B. DATO 'SERI ANWAR IBRAHIM, Ketua Umum

 

Untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Y.B. LIM KIT SIANG, Ketua Parlimen

 

Untuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Y.B. DATO' SERI HAJI ABDUL HADI AWANG, Presiden

 

Untuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Y.B. BARU BIAN, Pengerusi PKR Sarawak

 

Untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Y.B. WONG HO LENG, Pengerusi DAP Sarawak

 

Untuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
TUAN HAJI ADAM BIN AHID, Pesuruhjaya Negeri PAS Sarawak

Gambar Berbicara: Apa Sebab Stadium Runtuh Di Terengganu?

Posted: 16 Sep 2012 09:41 PM PDT

Serangan ke atas SUARAM serlahkan ketakutan regim berdepan pembongkaran kes Scorpene

Posted: 16 Sep 2012 09:34 PM PDT



Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan sejak 1989. Perjuangan yang bermula dengan isu ISA (Operasi Lalang) sehinggalah menjalar ke segenap sudut isu hak asasi. Kini SUARAM menjadi antara organisasi bukan kerajaan paling kedepan dalam banyak isu. Namun setelah SUARAM mula beberapa tahun lepas membawa isu pendedahan skandal persenjataan negara iaitu isu berkaitan pembelian Scorpene sehingga ke Mahkamah Peranchis kelihatan media dan perbagai aparat regim mula fokus menyerang SUARAM.

Pendedahan SUARAM yang bersungguh sehingga membongkarkan isu scorpene bukan sahaja isu rasuah komisyen yang menjahanamkan wang rakyat tetapi turut melibatkan isu pengkhianatan penjualan maklumat ketenteraan negara telah benar mengancam pemimpin utama negara yang jelas punya peranan. Pendedahan bukan sekadar maklumat dengar dan cakap tetapi turut melibatkan dokumen.

Respon daripada itu aparat Regim mula memberikan tekanan kepada SUARAM. Bermula dengan isu pendaftaran SUARAM, akaun hinggalah sumbangan dari luar.

Pendaftaran SUARAM di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) bukan satu benda baru, kenapa kini baru menjadi isu besar. Banyak lagi organisasi bukan kerajaan memilih bergerak di bawah SMM bukan pendaftar pertubuhan. Regim perlu sedar perkara ini berlaku kerana terlalu banyak sangat birokrasi dan campur tangan tekanan politik boleh berlaku jika bergerak dibawah pendaftaran pendaftar pertubuhan. Pendaftaran antara sebab utama ialah rekod bukan alat kawalan tetapi apabila pendaftaran di bawah pendaftar pertubuhan dijadikan sebagai alat kawalan regim maka jangan salahkan jika banyak organisasi memilih untuk bergerak dengan cara pendaftaran alternatif.

Rasanya regim juga sedar perkembangan ini kerana kita punya banyak bukti dan rekod, dalam banyak perkara dan acara regim bekerjasama dengan organisasi yang berdaftar hanya menggunakan SMM. Jika itu salah mana mungkin kerjasama langsung ataupun tidak langsung ini berlaku.

Komponen Bn dan Regim sendiri menerima dana asing.

Tiba - tiba untuk menutup isu pendedahan korupsi Kapal Selam yang didedahkan termasuk penjualan maklumat ketenteraan kepada pihak asing, SUARAM diserang di media utama negara sebagai alat asing semata - mata menerima dana dari luar.

Nampak sangat regim panik dan ketandusan isu berdepan SUARAM. Amat bukan asing organisasi bukan kerajaan di seluruh dunia mendapat bantuan dana dari luar khususnya dari negara kaya dan maju. Bantuan dan dana juga datang dari badan korperat, yayasan besar dunia dan perbagai bentuk lagi secara langsung mahupun tidak langsung. Maka sudah tentu SUARAM yang pasti tidak mendapat dana dari regim tidak terasing untuk menerima dana asing. Dalam era 'globalisasi' ini dunia makin hilang nilai sempadan sebaliknya aspek kebersamaan nilai menjadi elemen penting dalam mengikat kerjasama dunia.

Mendapat dana dari luar merupakan bukti alat atau agen asing ialah satu tuduhan yang amat dangkal. Regim sendiri sudah tentu sedar bahawa banyak organisasi termasuk yang pro regim turut menerima dana dari pada pihak luar. Banyak program yang turut melibatkan kementerian juga menerima dana asing secara langsung mahupun tidak langsung. Tahu atau tidak mengikut rekod beberapa organisasi Yayasan Besar luar negara turut merekodkan bahawa parti komponen Bn turut terlibat mendapat dana dari organisasi asing, ini bukanlah satu kesalahan atau pelik cuma cara hipokrasi regim seolah menjadikan perkara ini asing dan amat salah. Jika berani pihak Bn sila nafikan perkara ini dan SAMM sedia tampil membuktikanya. che'GuBard sendiri pernah terlibat beberapa kali latihan mahupun program wacana dalam dan luar negara yang dianjur menggunakan dana dari luar negara yang turut melibatkan pemimpin Bn sendiri.

Yang salah ialah usaha menjual syarikat berkepentingan negara kepada pihak asing. Rakyat seharusnya tidak melupakan penjualan kepentingan BERNAS, Telekom dan banyak syarikat negara kepada pihak asing, ini pemimpin regim diam, mungkinkah kerana mereka ada keuntungan dari itu ?

Yang lebih dasyat ialah mereka yang rapat dengan Perdana Menteri yang terlibat menjual rahsia ketenteraan negara dalam proses pembelian scorpene, ini juga didiamkan. Adakah kerana ia rapat dengan Perdana Menteri atau pimpinan regim sendiri berkongsi keuntungan tersebut ?

Tahu atau tidak kita di Malaysia ini ada organisasi bukan kerajaan yang beroperasi untuk menjalinkan hubungan negera ini dengan Israel dan menerima dana asing. Organisasi ini bergerak dan punya laman internetnya sendiri dan tidak berselindung. Mustahil regim tidak mengetahuinya dan ia didiamkan kerana ia bersesuaian dengan kepentingan regim.

Kaitan Soros menjadi punca ketakutan ? Soros seorang ahli perniagaan dunia berbangsa Yahudi yang menjadi porpular kerana krisis kewangan negara era 1997. Semenjak itu masyarakat disumbat dengan presepsi seolah negara perlu bermusuh dengan Soros. Tahu atau tidak beberapa tahun lepas Soros ini diterima baik di dalam negara dan ramai pemimpin parti penguasa dan pembangkang menemui beliau sebagai sahabat termasuk Tun Dr. Mahathir sendiri.

Hakikat sebenarnya ialah SUARAM diserang bukan kerana pendaftaran atau dana asing tetapi SUARAM diserang kerana isu pendedahan penyelewengan scorpene. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan solidariti bersama SUARAM.

Isu scorpene ini cukup merimaskan regim penguasa. SAMM melihat isu ini amat penting. SAMM sedang dalam peringkat akhir untuk menjalinkan hubungan bersama SUARAM dan pasukan peguam kes tersebut bagi merangka satu program jelajah negara bagi menjelaskan isu ini. Yakinlah kes ini akan memberikan kesan besar pada regim dan SAMM mengajak anak muda dan semua bersama dalam satu program kempen seluruh negara yang akan diumumkan dalam masa terdekat ini dan kita akan bersama membuktikan regim telah membuat kesilapan besar dengan menyerang SUARAM dengan cuba menyumbat persepsi salah kepada rakyat. Najib perlu ingat Menteri Propaganda kamu Rais Yatim sudah terlalu tua dan tidak kreatif lagi, mungkin dia berjaya perbodoh rakyat semasa isu Memali tetapi kali ini maklumat sudah dihujung jari.

(*) che'GuBard-Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Posted: 16 Sep 2012 09:30 PM PDT

Penjajah membawa fahaman sekular dan kebangsaan, sedangkan fahaman ini ditolak oleh Islam.

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rakyat hendaklah merdeka dari penjajahan kerana penjajah membawa fahaman yang berlawanan dengan ajaran Islam.

"Penjajah membawa fahaman sekular dan kebangsaan, sedangkan fahaman ini ditolak oleh Islam," kata beliau yang juga Menteri Besar Kelantan dalam blog rasminya bersempena Hari Malaysia semalam.

Beliau membuat analogi sebagaimana sifat iblis yang suka menghasut manusia supaya berbuat sesuatu yang berlawanan dengan perintah Allah.

"Sifat iblis ini adalah suatu penjajahan atas manusia yang beriman, maka iblis adalah penjajah pertama terhadap manusia.

"Oleh itu, kemerdekaan dari hasutan iblis adalah wajib, dan sebagaimana kita juga wajib merdeka dari fahaman kebangsaan dan sekular yang dibawa oleh penjajah.

Nik Aziz lalu memetik firman Allah SWT dalam Surah Al-A'raaf ayat 11-12 bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah".

Maksud dari Surah Al-A'raaf di atas bahawa datuk manusia yakni Adam dan Hawa pernah dihasut oleh iblis ketika dalam syurga. Iblis menjalankan 'penjajahan' agar Adam dan Hawa mengikut hasutannya memakan buah dari pokok yang dilarang oleh Allah.

Katanya, iblis melaksanakan pendekatan 'ghurur' dengan memujuk secara tipu daya, kononnya apabila memakan buah larangan itu Adam dan Hawa akan kekal selama-lamanya di dalam syurga.

Tegas Nik Aziz, "sewajarnya kita kena merdeka diri dan negara ini daripada sifat iblis yang dilaknat Allah.

Oleh kerana itu, semangat kesatuan di bawah sebuah negara merdeka, Hari Malaysia yang berlaku pada 16 September 1963 sejak dulunya, (masuk 51 tahun) harus dikenang dan dijadikan landasan bagi mengisi negara dengan nilai kemerdekaan menurut semangat Islam.

"Kita hendaklah mengisinya dengan prinsip dan sistem bernegara yang diajar oleh Islam," ujar beliau.

DAP turut kecam filem hina Nabi Muhammad

Posted: 16 Sep 2012 09:24 PM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis

Lim berkata demokrasi bukanlah lesen untuk mencetuskan persengkatan keagamaan. — Gambar file 

 

KUALAL LUMPUR — DAP hari ini turut mengecam penerbitan filem anti Islam dan menghina Nabi Muhammad "The Innocence of Muslims", dan mengingatkan bahawa demokrasi bukanlah "lesen untuk mencetuskan persengkatan keagamaan".
 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini menegaskan pihaknya turut mengutuk keganasan yang telah berlaku ke atas empat rakyat Amerika termasuk dutanya di Libya, Christopher Stevens, yang terbunuh dalam insiden rusuhan dipercayai mempunyai kaitan dengan filem tersebut.

"DAP mengecam sekeras-kerasnya filem anti-Islam terbaru yang dikatakan menghina agama Islam dan juga Nabi Muhammad. Filem ini yang bukan sahaja kurang sensitif tetapi jelas bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen keagamaan.

"Ia juga harus ditarik balik daripada mana-mana laman web termasuk Youtube dengan serta merta," tegas Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi.

Beliau turut menambah, DAP menjunjung prinsip kebebasan bersuara dan berkreativiti, namun setiap karya yang dihasilkan perlulah mempunyai tanggungjawab moral ke atas budaya dan kepercayaan mana-mana agama mahupun bangsa.

"Kebebasan berkarya tidak wajar disalahgunakan seperti yang telah berlaku dalam filem ini.

"Isu seperti ini harus menjadi teladan kepada kita bahawa demokrasi dan kebebasan bukanlah lesen untuk kita menggunakan atau memperalatkan bangsa, agama, budaya atau kepercayaan untuk mencetuskan sengketa atau permusuhan," tambah Ahli Parlimen Bagan ini lagi.

Video kontroversi 14 minit yang didakwa menghina Nabi Muhammad sebagai kaki perempuan, dipercayai dibuat oleh Coptic Christian Mesir dan telah menimbulkan protes seluruh dunia dipercayai telah dimuat naik ke Youtube pada Julai lalu.

Ekoran itu, masyarakat Islam seluruh dunia telah mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan bagi membantah penerbitan video berkenaan yang menghina Nabi Muhammad kerana memaparkan watak baginda sebagai kaki perempuan.

Klip video berkenaan telah pun dikeluarkan dari laman Youtube di beberapa negara termasuk Indonesia dan India kerana dua negara itu mempunyai undang-undang berkenaan perkara tersebut.

Malah, enjin carian video terbesar itu turut menghalang pengguna di Libya dan Mesir daripada mengakses video berkenaan atas alasan "situasi yang sangat sensitif".

Kerajaan juga telah menggesa Google Malaysia untuk mengeluarkan video tersebut dari laman enjin carian mereka berikutan kemarahan komuniti Muslim di negara ini yang mewakili 60 peratus daripada 28 juta populasi rakyat Malaysia.

Google Malaysia mengesahkan telah menerima permintaan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), dipetik akhbar The Sunday Star hari ini yang melaporkan "Google patuh kepada undang-undang di setiap Negara".

"Jadi, (kami) akan bertindak berdasarkan rungutan rasmi daripada pihak berkuasa," kata Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia Zeffri Yusof dan menambah, rungutan tersebut perlu dibuat dengan "menyatakan undang-undang yang dilanggar".

Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim dipetik Bernama sebelum ini berkata adalah menjadi tanggungjawab Youtube untuk membuang video filem itu.

Beliau turut berkata, "membuang video klip berkenaan bukanlah di bawah bidang teknikal kami," namun menambah SKMM "terikat dengan langkah pencegahan untuk mengambil tindakan menghalang akses kepada video tersebut".

Lim turut mengingatkan masyarakat Islam di Malaysia agar bantahan yang dibuat dikemukakan dengan cara yang paling baik demi mengelak kejadian-kejadian yang lebih buruk daripada berlaku.

"Kita yakin bahawa masyarakat Islam di Malaysia sudah cukup matang dan bijak dalam berhadapan dengan tragedi seperti ini," katanya lagi.

Hina nabi: Pope temu pemimpin Islam di Lubnan

Posted: 16 Sep 2012 09:16 PM PDT

Asharq-e terjemahan Mohamad Yahya,
BEIRUT: Pope Benedict XVI akan bertemu dengan pemimpin masyarakat Islam di Lubnan Sabtu ini, dalam lawatan yang bertujuan merapatkan jurang antara Kristian dan Muslim di Timur Tengah.

Pertemuan dijangka berlaku dalam suasana yang memilukan selepas insiden keganasan yang membawa maut apabila umat Islam membantah filem Amerika Syarikat yang menghina Islam.

Pope yang tiba di Lubnan Jumaat lalu untuk lawatan tiga hari, akan melawat istana presiden di Beirut dan bertemu Presiden Michel Sleiman, seorang Kristian Maronite.

Sebelum pertemuan beliau dengan pemimpin Islam, beliau akan bertemu Perdana Menteri Nagib Mikati, seorang Ahlus Sunnah wal Jamaah, dan speaker parlimen Nabih Berri, seorang Syiah.

Lubnan mempunyai tradisi yang tidak bertulis tetapi diikuti dengan ketat bahawa tiga jawatan tertinggi sentiasa dikhaskan untuk ahli komuniti kepercayaan masing-masing.

Pope juga akan menyampaikan ucapan kepada para pembesar Lubnan tentang ciri persamaan antara Kristian dan Islam iaitu agama keamanan.

Jangan hanya pentingkan keselamatan orang asing

Posted: 16 Sep 2012 09:14 PM PDT

KUALA LUMPUR: Jangan hanya pentingkan keselamatan orang asing sahaja tetapi utamakan keadaan keselamatan dalam negara ini.

Demikian pesanan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin sebelum itu menyatakan, kementeriannya akan memantau keselamatan Kedutaan Amerika Syarikat di negara ini dan juga pihak lain bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku berikutan penayangan filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Islam.

"Jangan jaga keselamatan orang luar sahaja, kalau pun tak mahu jaga keselamatan pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat (PR) utamakan keadaan keselamatan dalam negara yang (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri) Mustapa Mohamed sendiri akui membimbangkan para pelabur," kata Mahfuz sambil merujuk kepada kenyataan Hishammuddin yang dilihat menolak untuk memberi jaminan keselamatan untuk pemimpin PR.

Ketika ditanya terhadap jaminan keselamatan terhadap PKR di Johor memandangkan sudah tiga kali bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dan disimbah cat, Hishammuddin berkata, "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri".

Mahfuz menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri itu bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan.

"Keselamatan semua rakyat di jamin di dalam undang-undang dan perlembagaan dan kerajaan yang memerintah mesti memastikan keselamatan semua rakyat tanpa sebarang diskriminasi.

"Kalau sebelum ini, Umno Barisan Nasional (BN) mendiskriminasikan rakyat dari segi pembanguna kerana dendam politik, nampaknya hari ini dalam soal keselamatan pun rakyat terpaksa hadapi diskriminasi Umno BN," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau juga menjangkakan piolitik Malaysia akan makin ganas berikutan kenyataan Hishammuddin itu.

Kaji semula modul latihan fizikal PTD

Posted: 16 Sep 2012 09:13 PM PDT


KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Digesa mengakaji semula modul latihan fizikal terhadap Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) ekoran kejadian seorang pegawai itu meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal di Pekan, Pahang semalam.

Dalam kejadian semalam, pegawai tersebut, Aldy Hasmi Abu Hassan, dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani latihan Wataniah.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira dua tahun selepas kematian seorang pelatih PTD Norhashimah Wahid, ketika menjalani latihan ala-komando.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dengan berulangnya kematian seorang lagi anggota PTD semalam membangkitkan persoalan adakah pihak JPA benar-benar belajar daripada tragedi yang lepas dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Saya tidak mempertikaikan perlunya pegawai PTD kita cergas dari segi fizikal dan mental.

"Namun ramai peserta kursus-kursus ini mempersoalkan mengapakah perlu latihan fizikal yang terlalu mencabar berbanding dengan tugas mereka sebagai PTD," katanya.

Difahamkan, latihan modul komando telah pun diberhentikan dan prosedur operasi diubah berikutan tragedi yang berlaku terhadap pelatih wanita itu dua tahun lalu.

Berikutan tragedi yang menimpa Allahyarham Aldy Hasmi semalam pula, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa meminta aktiviti lasak bagi PTD dihentikan serta-merta.

Menurut Nik Nazmi yang juga Adun Sri Setia, JPA harus mendedahkan kepada umum sama ada kedua-dua kes Norhashimah dan Aldy merupakan kemalangan ataupun wujud elemen kecuaian.

"JPA juga harus memikirkan semula secara serius dan menyeluruh latihan buat PTD agar lebih relevan dengan keadaan semasa dan memastikan keselamatan PTD terpelihara.

"Sekali lagi ucapan takziah kepada keluarga arwah Aldy Hasmi dan Norhashimah," katanya.

Pakatan jamin bela hak rakyat Sabah, Sarawak

Posted: 16 Sep 2012 09:09 PM PDT


 

KOTA KINABALU: PAS mempersoalkan walaupun sudah 49 tahun Malaysia ditubuhkan dan 59 tahun merdeka namun kenapa Malaysia Timur masih lagi ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri di semenanjung.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada ambang sambutan Hari Malaysia di Tuaran semalam berkata, pasti terdapat kesilapan mahu pun kepincangan di dalam pemerintahan sekarang yang mana Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang amat kaya dengan hasil bumi tetapi rakyat dan negeri ini tetap berada dalam kemiskinan.

"Saya melihat secara jelas ada kesilapan berlaku dalam pemerintahan sekarang, di mana negeri ini cukup kaya dengan hasil bumi namun keadaan negeri dan rakyat terus berada dalam keadaan kemiskinan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

"Ini yang perlu kita semua fikirkan dan kita tidak mahu kekayaan negeri ini dibawa keluar untuk kegunaan lain sedangkan pembangunan serta rakyat terus dipinggirkan," ucapnya di hadapan ribuan rakyat yang hadir.

Presiden PAS itu turut memberitahu, mengikut ajaran Islam kita tidak boleh memindahkan hasil sesuatu wilayah kepada kerajaan pusat selagi hasil itu tidak boleh menyelesaikan kemiskinan di negeri tersebut.

"Sabah dan Sarawak belum lagi selesai masalah kemiskinannya terutama berkenaan hidup rakyat, tetapi hasil kedua-dua negeri ini terus diangkut keluar.

"Janji Buku Jingga akan kita laksana sepenuhnya sehinggalah taraf hidup kedua-dua negeri Malaysia timur serta pembanguan setanding dengan apa yang dialami di semenanjung," sambung beliau.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang itu turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia Timur diatas sikap pemimpin-pemimpin negara yang terus meminggirkan pembangunan negeri dan rakyat dari menikmati kekayaan hasil negeri sendiri.

"Kemerdekaan yang sebenarnya adalah kita mesti bebas dari pemimpin-pemimpin yang menyalahguna kuasa serta yang tidak menunaikan amanah," jelas beliau.

Ustaz Hadi dalam ucapannya turut menjelaskan kenapa PAS mengadakan persefahaman dengan parti-parti dari kaum bukan Islam.

"Suka saya menegaskan Islam yang kami anuti adalah agama yg mengajar bukan sahaja terhadap ibadat tetapi termasuk juga mengajar politik dan cara hidup.

"Dalam politik dan cara hidup, kita disuruh berlaku adil kepada manusia dan kita disuruh bekerjasama menentang yang zalim siapa sahaja yang zalim.

"Dan kita disuruh bersama menegakkan sebuah kerajaan yang adil untuk semua, Islam mengajar kita berbagai kaum dan etnik, berbagai agama dan budaya sepatutnya tidak boleh memecah belah di antara satu sama lain," katanya.

Sambungnya, walaupun terdapat titik-titik perbezaan dan percanggahan serta bertentangan namun terdapat titik-titik persamaaan dalam isu menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Sehubungan itu beliau menyeru agar rakyat Sabah dan Sarawak membuat perubahan pada pilihanraya nanti demi mengembalikan hak yang telah dijanjikan pada pembentukan Malaysia serta memastikan pembangunan negeri ini terus selari dengan pembangunan di semenanjung.

"Demokrasi adalah hak rakyat menjadi hakim, sepatutnya rakyat menggunakan demokrasi untuk menghukum parti yang memerintah kalau parti itu tidak betul dan khianat," sambung beliau lagi.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Manakala dari PKR pula adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden, Mohamad Azmin Ali, Menteri Besar Selangor tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan beberapa barisan Majlis Pimpinan Pusat.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga turut hadir dan memberi ucapan.

Majlis Sambutan Hari Malaysia itu dipengerusikan oleh Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin juga dihadiri  beberapa pemimpin dari Sabah, termasuk bekas bendahari Umno Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin yang baru memgumumkan menyertai PKR.

Rais: You Tube tidak sensitif terhadap kemarahan umat Islam

Posted: 16 Sep 2012 09:06 PM PDT

SINAR HARIAN

 

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, menyifatkan YouTube sebagai tidak sensitif terhadap kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana ia masih belum membuang klip filem "Innocence of Islam" daripada senarainya.
  
"Itulah bagaimana mereka tidak sensitif," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.
  
Rais berkata kebebasan bersuara tidak termasuk menyebabkan atau menimbulkan kebencian di kalangan umat Islam terhadap orang yang menghina agama mereka.
  
Memandangkan bantahan meluas dalam dunia Islam, beliau berkata YouTube mempunyai setiap sebab untuk mengeluarkan filem anti-Islam daripada senarainya.
  
"YouTube nampaknya tidak sedar kepada kekacauan yang disebabkannya. Pemilik YouTube tidak layak untuk dilepaskan daripada kemarahan umat Islam atau tindakan undang-undang," katanya.
   
Rais berkata pendakwa raya mempunyai setiap hak mengikut Kanun Keseksaaan untuk mengheret pihak-pihak yang menyebabkan keadaan tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama antara kumpulan orang-orang yang melanggar Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
  
Beliau berkata pihak berkuasa boleh menggunakan kuasanya mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia.
  
Filem itu dikutuk oleh umat Islam dan Gereja Kristian Ortodoks Koptik sebagai "sebuah filem yang bersifat menghasut" manakala Majlis Gereja-gereja Sedunia berkata filem itu 'satu penghinaan kepada agama Islam". - Bernama

Protokol Eksport Akan Bankrapkan Industri Sarang Burung Walit

Posted: 16 Sep 2012 08:55 PM PDT


TANJONG KARANG : Pengusaha sarang burung walit mendesak kerajaan pusat agar menunda tandatangan protokol eksport produk tersebut ke China yang dijadualkan pada 20 September ini.

Jika protokol itu ditandangani ia akan menyebabkan 90 peratus daripada jumlah pengeluaran sarang burung walit di Malaysia setiap bulan tidak dapat dieksport.

Perkara demikian diutarakan dalam memorandum daripada Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Sarang Burung Walet SeMalaysia, Lim Lai Soon kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di sini.

"Kesannya seluruh penternak akan mengalami masalah kewangan dan mengalami kesulitan untuk membayar pinjaman daripada institusi bank di Malaysia," kata Lim Lai semasa membacakan memorandum yang diserahkan kepada Noh di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mewakili sembilan persatuan yang berkaitan dengan industri burung walit negara.

Ia melibatkan Gabungan Persatuan-persatuan Perniagaan Sarang Burung Walit se Malaysia, Persatuan Penternak Malaysia, Persatuan Pengeksport Malaysia, Komiti Penyelamat Industri Burung Walit, Komiti Gerakan Burung Walit.

Turut sama, Persatuan Peniaga Burung Walit, Persatuan Industri Sarang Burung Walit Perak, Persatuan Penternak Kuala Krai dan Gabungan Persatuan-Persatuan Industri Burung Walit Pahang.

Ujar beliau lagi, syarat untuk memasang Sistem Kesan dan Jejak Dalam Talian Sarang Burung Walit yang menggunakan teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) adalah cadangan pihak-pihak tertentu untuk membolehkan mereka mengaut keuntungan.

Sebelum ini, sistem itu dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Veterinar, di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) isi kandungan dan infrastruktur komunikasi (CCI) itu dilancarkan pada 12 Ogos tahun lalu.

Memorandum tersebut dihantar ke Noh selepas kira-kira 300 pengusaha dan aktivis Pakatan Rakyat
 mengadakan himpunan di perkarangan pejabat Umno Tanjong Karang.

 

Turut serta di dalam himpunan itu Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Permatang, Yahya Shahri.

Sementara itu, Badrul Hisham berkata, industri burung walit akan mengalami kemerosotan ekoran isu-isu yang tidak ditangani dengan baik oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Ujarnya, kerajaan masih tidak menyelesaikan isu-isu tersebut walaupun pengusaha sarang burung walit sudah kerap kali bertemu kementerian.

"Ada beberapa isu yang tidak didengari, dan pengusaha pergi berjumpa dengan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan bertemu dengan pihak Pakatan Rakyat.

"Kami bertindak sebagai 'posmen' bagi menyampaikan masalah ini," kata Badrul Hisham bila ditemui.

ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, tidak wujud persoalan pihak Pakatan mempolitikkan isu pengusaha sarang burung walit kerana masalah ini sudah berlanjutan sejak lebih setahun.

Ujar Ng, selepas aduan dikemukakan kepada pihaknya barulah isu ini di bawa kepada kementerian untuk diambil perhatian serius.

"Saya minta pihak kerajaan agar memulihkan semula perniagaan sarang Burung Walet ini secara perniagaan bebas jangan kongkong dan ada pihak yang memonopoli," kata Suee Lim.

Sementara itu, Noh mengakui kelemahan di pihaknya dalam menangani isu sarang burung walit.

"Sebab itu markah KPI saya gagal untuk masalah rumah sarang Burung Walit. Saya ambil itu sebagai tanggungjawab. Ini adalah masalah sejak tahun lepas," katanya semasa majlis serahan memorandum itu.

320 kumpulan pertama jemaah haji berlepas awal pagi ini

Posted: 16 Sep 2012 08:47 PM PDT

SINAR HARIAN

SEPANG - Seramai 320 jemaah haji pertama berlepas ke tanah suci pada pukul 1.30 pagi ini dengan penerbangan Saudi Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
  
Pengerusi KL Airport Services Sdn Bhd (KLAS) Datuk Abdul Mutalib Muhamed Razak berkata untuk tahun ini, 61 penerbangan pergi jemaah haji dikendalikan KLAS menerusi Saudi Airlines.
  
"Kira-kira 14,000 jemaah haji menggunakan penerbangan Saudi Airlines tahun ini, separuh daripada jumlah keseluruhan jemaah iaitu seramai 28,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Terdahulu pada satu majlis ringkas, beliau menyampaikan sumbangan berupa makanan dan minuman kepada jemaah penerbangan pertama itu.
  
Seramai 600 pegawai dan petugas Tabung Haji kini berada di Madinah dan Mekah bagi menguruskan jemaah haji negara ini.
  
Penerbangan terakhir ke tanah suci yang dikendalikan KLAS ialah pada 18 Oktober manakala penerbangan pertama pulang ke tanah air pula dijadual 1 November. - Bernama

Tok Mun mahu tanding PRU lagi

Posted: 16 Sep 2012 08:45 PM PDT

W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN

 

KUALA TERENGGANU – Maimun Yusuf, 93, atau terkenal dengan nama Tok Mun yang pernah menggemparkan rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) yang lalu kini mencari pihak yang sudi menjadi penyokong dan pencadang untuk membolehkan beliau bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Tidak serik dengan kekalahan pada pilihan raya umum lalu, Tok Mun yang sebelum ini turut memberitahu sebuah akhbar untuk bertanding lagi pada PRU13 berkata, kesukaran mencari kedua-dua individu tersebut disebabkan penyokong 'dacing' terlalu ramai.

"Tiada orang mahu menjadi penyokong dan pencadang sebab ramai yang sokong dacing (Barisan Nasional) sekarang ini," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Gemia, di sini, semalam.

Walaupun usia hampir melewati seabad, Tok Mun masih sihat dan berupaya meneruskan kerja menjaja kain dengan basikalnya bagi menambah pendapatan selain mendapat elaun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Biarpun berhasrat bertanding namun Tok Mun tidak mempunyai wang simpanan bagi tujuan itu.

Bagaimanapun dengan pendapatan yang ada, Tok Mun memberitahu masih tidak menyimpan wang untuk pilihan raya, namun tidak menolak untuk berhutang dengan mana-mana pihak.

"Tok kalau masuk tanding mungkin akan hutang dengan sesiapa sahaja.  Hutang dengan orang ini sikit, orang itu sikit," katanya.

Dalam laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, Tok Mun dikatakan akan bertanding di kerusi Dun pada pilihan raya umum akan datang dan telah ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mendapatkan maklumat bagi persediaan menghadapi pilihan raya.

Ditanya sebab Tok Mun beria-ia bertanding sedangkan beliau sendiri adalah penerima bantuan JKM, beliau menjawab kerana amanah untuk mempertahankan tanah air dan Islam.

Pada pilihan raya umum 2008, Maimun bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu menentang calon Barisan Nasional (BN), Allahyarham Datuk Razali Ismail dan calon Pas, Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, calon Bebas yang menggunakan simbol kunci itu tewas kepada calon BN apabila sekadar memperoleh 685 undi.

Gadis badang cipta rekod baru

Posted: 16 Sep 2012 08:43 PM PDT

IZWAN ROZLIN

 

 

SUNGAI BULOH – Ketika berusia sembilan tahun, D Shanmuga Priya pernah melakar sejarah tersendiri dengan menarik van seberat 1.3 tan menggunakan rambut sejauh 57.7 meter.

Namun semalam, gadis yang kini berusia 20 tahun itu mengulangi kejayaan sekali lagi apabila berjaya menarik van berat yang sama tanpa henti sejauh 96.4 meter sekali gus memecahkan rekod dibuatnya sendiri 11 tahun lalu dan tercatat di dalam Malaysia Book Of Record.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, dia sama sekali tidak menyangka berjaya menarik van sejauh itu sedangkan sasaran awalnya hanya 70 meter.

"Apa yang saya buat ini adalah berdasarkan latihan menarik lori 1.2 tan setiap minggu selama sebulan selain mengamalkan makan hanya buah dan sayuran," katanya.

Menurutnya, teknik pernafasan juga memainkan peranan penting bagi memastikan dia tidak cepat penat selain mengamalkan petua lain termasuk bersenam setiap hari.

Penuntut Kolej Segi itu berkata, kejayaannya turut didorong oleh keluarga terutama bapanya, G Devendiran, 56.

"Ini adalah hadiah untuk rakyat Malaysia sempena Hari Malaysia yang jatuh pada hari ini (semalam) dan selepas ini saya berhasrat untuk menarik sebuah kapal terbang pula," katanya.

Persembahan sempena Hari Malaysia anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Damansara di Kampung Baru Sungai Buloh itu turut memperlihatkan aksi bapanya  bergantung pada kren setinggi 15 meter menggunakan rambut selama lima minit.

Devendiran sebelum ini pernah menarik kapal seberat 110 tan menggunakan rambut dan van seberat 1.3 tan mengguna cuping telinga 10 tahun lalu.

Biaqpila

Posted: 17 Sep 2012 03:18 PM PDT


Seorang lelaki disyaki menghasilkan filem Innocense of Muslims dibawa keluar dari rumahnya oleh pihak berkuasa AS, semalam.

12 individu di sebalik filem hina Nabi dan Islam

BEBERAPA individu sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dengan filem kontroversi anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims menerima protes daripada umat Islam seluruh dunia sehingga membawa kematian seorang duta Amerika Syarikat (AS).

Treler filem amatur yang berdurasi 13 minit itu dikenal pasti sebagai salah satu sebab di sebalik demonstrasi anti-AS di Timur Tengah yang membawa kepada kematian Duta AS ke Libya, Christopher Stevens dan tiga yang lain di Benghazi, Libya, awal minggu lalu.

Berikut adalah beberapa perkara yang kita perlu tahu mengenai pelakon watak filem berkenaan setakat ini:

Sam Bacile

Julai lalu, individu ini dilaporkan memuat naik treler filem ini di YouTube dengan menggunakan nama samaran ini.

Selasa lalu, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Sam Bacile mengakui sebagai pembikin filem itu selepas bercakap kepada Associated Press (AP) dan Wall Street Journal (WSJ).

Bacile memperkenalkan dirinya sebagai pemaju hartanah yang berpangkalan di California, sama ada berusia 52 atau 56 tahun, mendakwa beliau merupakan penulis dan pengarah filem itu.

Sebelum ini, dia memberitahu pemberita AP dan WSJ di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan, agama Islam seperti satu barah dan menyatakan filemnya itu ialah sebagai satu sentimen provokatif politik dengan tujuan mengutuk ajaran agama Islam.

Bacile turut mengakui sebagai rakyat Amerika Israel telah menghasilkan filem dua jam ini tahun lalu di California dan pembiayaan untuk filem bernilau AS$5 juta (RM15.2 juta) ini datangnya daripada 100 penderma Yahudi.

Berdasarkan laporan awam oleh TIME dan beberapa carian lain, tidak ada sebarang maklumat mengenai individu yang bernama Sam Bacile Sam di California, yang kemudiannya membawa kepada kesimpulan bahawa nama itu adalah nama samaran.

Sementara itu, Kerajaan Israel turut menafikan mempunyai rekod Bacile sebagai seorang warganegara.

"Lelaki ini benar-benar tanpa nama. Pada ketika ini, tiada siapa yang boleh mengesahkan dia memegang kerakyatan Israel, dan walaupun dia, kita tidak terlibat, " jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor kepada CNN.

Filem ini menunjukkan pencabulan kesucian agama Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila menggambarkan perlakuan seks Baginda.

Umat ​​Islam percaya, adalah tidak boleh untuk menggambarkan Nabi Muhammad SAW dengan mana-mana keadaan, terutama perkara-perkara yang menghinakan.

(Pada tahun 2005, sebuah akhbar Denmark menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW yang mencetuskan rusuhan di banyak negara-negara Timur Tengah.)

Treler filem mula mendapat tentangan di Timur Tengah minggu lalu selepas Bacile memuat naik ke akaun YouTube dalam terjemahan bahasa Arab.

Nakoula Basseley Nakoula

Khamis lalu, pegawai penguat kuasa undang-undang telah mengesahkan Nakoula sebagai orang di sebalik pembikinan filem kontroversi anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims.

Dia mula dijejaki AP Rabu lalu berada di rumahnya di Los Angeles di mana laporan sebelum ini mengatakan dia memperkenalkan dirinya sebagai Nakoula.

Apabila AP meminta untuk melihat lesen memandunya untuk pengesahan, Nakoula kemudiannya menunjukkan ibu jarinya pada nama tengah beliau, Basseley – signifikan dengan nama samaran Bacile.

Dalam temu bual itu, Nakoula menafikan mempunyai apa-apa hubungan dengan atau mengenali Bacile dan dia hanya mengakui menyediakan logistik untuk filem itu.

Sebelum ini, seorang wartawan AP mendapati nombor telefon bimbit yang digunakan oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Bacile mendaftar di alamat berkenaan.

Menurut kertas laporan mahkamah persekutuan, nama lain yang digunakannya termasuklah Nicola Bacily dan Erwin Salameh. Ada pada satu ketika, dia menggunakan nama Abanob sebagai nama pertama.

Salah seorang pelakon yang bekerja dalam filem itu memberitahu sebuah organisasi portal berita, BuzzFeed, ceknya telah ditandatangani dengan nama itu.

Ia agak mungkin nama anaknya, ataupun dia menggunakan nama Nakoula untuk menutup identiti sebenarnya.

Terdahulu, Nakoula juga dilaporkan mempunyai sejarah dengan undang-undang.

Menurut peguam persekutuan, dia telah terlibat dalam skim penipuan dengan menubuhkan akaun bank palsu yang menggunakan nombor Keselamatan Sosial yang dicuri.

Beliau kemudian akan mengeluarkan wang dari akaun dan memindahkan ia ke akaun palsu lain.

Pada 2010, dia telah didakwa atas tuduhan menipu bank dan diperintahkan membayar AS$790,000 (RM2.4 juta).

Dia dijatuhi hukuman 21 bulan di penjara persekutuan dan diharamkan daripada menggunakan komputer atau Internet selama lima tahun.

Laporan The Daily Beast kelmarin menyebut Nakoula sebelum ini pernah ditangkap pada tahun 1997 dan didakwa dengan niat untuk mengeluarkan wang haram. Selepas mengaku bersalah, beliau dipenjarakan setahun di Los Angelas.

Steve Klein

Klein mendakwa bahawa dia adalah perunding skrip filem Innocence of Muslims dan dia tidak tahu nama sebenar Bacile, tetapi dia telah diminta oleh pembikin filem misteri itu untuk membantunya dalam membuat filem.

Namun, sebab utama Klein digugurkan dari filem itu juga masih tidak jelas dan kemungkinan disebabkan oleh hubungannya dengan kumpulan pelampau Kristian di selatan California.

Menyifatkan dirinya sebagai veteran Vietnam, Klein merupakan pengasaskan Kesatuan Kesetiaan Kristian, anti-Mormon, anti-Islam dan organisasi saksi anti-Jehovah pada tahun 1977.

Cindy Lee Garcia

Seorang pelakon dari Bakersfield, California, yang mempunyai peranan kecil dalam filem itu, Garcia memberitahu Gawker bahawa skrip yang diberikan kepadanya dan pelakon lain adalah untuk filem yang dipanggil 'Desert Warrior'.

Katanya, sebelum penggambaran bermula, tidak ada sebarang petunjuk bahawa ia akan menjadi sebuah filem seperti ini - skrip tidak pernah menyebut Nabi Muhammad SAW atau lain-lain perkara mengenai agama Islam semasa pasca penerbitan.

Nama watak utama dalam skrip asal ialah Master George dan bukannya Nabi Muhammad SAW manakala Garcia memainkan watak seorang wanita muda yang diserahkan oleh ibunya kepada Nabi Muhammad SAW untuk berkahwin.

"Saya tidak mempunyai apa-apa kaitan mengenai muslihat filem ini.

"Sekarang, seseorang telah mati kerana filem ini yang saya juga adalah salah seorang daripada pelakonnya. Ia membuatkan saya sakit," katanya kepada Gawker.

Menurut Garcia, berdasarkan makluman awal yang diterimanya, Desert Warrior, digambarkan sebagai sebuah drama sejarah padang pasir yang terletak di Timur Tengah dan bakal diarahkan oleh Alan Roberts.

Filem yang membabitkan 59 pelakon dan kira-kira 45 orang petugas di belakang kamera itu juga dijadualkan ditayangkan pada minggu ketiga bulan Ogos 2011, di Los Angeles.

Pelakon yang menerima tawaran itu juga masih tidak menerima bayaran.

Garcia turut memberitahu Gawker bahawa dia telah bertemu Nakoula di set penggambaran; Nakoula mengakui dirinya berasal dari Mesir, bukannya Israel.

Katanya, lelaki berambut putih itu fasih berbahasa Arab dengan beberapa orang yang berkaitkan dengan filem itu.

"Beliau kelihatan tenang. Dia hanya duduk di sana dan hanya memberitahu krew perkara tertentu yang perlu dibuat," katanya.

Tim Dax

Seorang lagi pelakon 'Innocence of Muslims', Dax mudah dikenali kerana keseluruhan kepalanya yang botak itu dipenuhi.

Melalui blog Joe My God, dia mengakui seronok berlakon dalam filem itu tetapi mengakui dia juga telah ditipu - dia berkata, terpilih untuk membintangi filem bertajuk 'Desert Storm' dan wataknya adalah berbeza sama sekali dari apa yang telah muncul dalam treler YouTube.

"Watak saya dipanggil Sampson di atas kertas dan saya akan mendapat skrip setiap hari apabila tiba di set.

"Kami tidak pernah menerima skrip penuh atau dialog pengucapan sebelum penggambaran.

"Banyak persoalan yang timbul mengenai skrip dan dialog. Penerbitnya, Sam yang saya pasti bukan orang Mesir itu sentiasa meminta kami hanya fokus terhadap lakonan jika ditanya mengenai skrip," katanya yang digambarkan sebagai pelakon gay dalam filem itu melalui e-emel yang ditulis kepada blog terbabit.

Dia menambah, suara yang dialih suara juga sudah diubah dan suara itu bukan miliknya.

Alan Roberts

Disenaraikan sebagai pengarah, Alan Roberts mungkin atau tidak hanya sebagai nama samaran. Tetapi tumpuan telah beralih kepada Roberts selepas Nakoula - dianggap orang yang sama sebagai Sam Bacile yang enggan mengakui sebagai pengarah filem penuh kontroversi itu.

Ketika diwawancara Gawker, Eric Moers mengaku telah diupah petugas grip dan juruelektrik untuk filem Desert Warrior.

"Alan bekerja di bawah Sam," katanya.

"Tetapi Alan mengarah filem, terdapat ada soalan tentang hal itu," katanya.

Kedua-dua Moers dan Dax menyifatkan pengarah filem itu sebagai lelaki berbangsa Inggeris putih dan berusia 50-an.

Menurut laman web ini, Roberts telah mengarahkan sembilan filem, termasuk filem pada 1994, Save Me.

Terry Jones

Terdahulu, dunia Islam digemparkan dengan tindakan membakar al-Quran, Jones telah mengetuai Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida.

Dia dikenali kerana anti-Islam dan penyokong filem Innocence of Muslims walaupun tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan dia adalah penyalur kewangan pembikinan filem itu.

Jones, bagaimanapun, turut menonton treler filem itu, Selasa lalu sempena ulang tahun ke-11 serangan 11 September.

Dalam satu kenyataan kepada TIME, Jones berkata, "Kami telah dihubungi oleh pengeluar filem untuk membantu mengedarkan ia."

Morris Sadek

Seorang aktivis Kristian Koptik, Sadek memuat naik trailer filem itu di laman blog beliau.

Aktivis yang berasal dari Mesir yang berpangkalan di Washington memberitahu AP, dia memaparkan filem itu kerana ia 'menerangkan' masalah Kristian Koptik yang dihadapi dari umat Islam.

Sadek, sekutu Pastor Jones, telah merancang untuk menyebarkan mesej filem itu dan dipertanggungjawabkan membantu menyiarkan filem itu di stesen televisyen Mesir.

Sadek adalah seorang aktivis anti-Islam dan ahli utama Perhimpunan Kebangsaan Amerika Koptik.

Bercakap kepada Reuters, beliau menjelaskan matlamat dia dalam mempromosikan filem itu adalah untuk mengambil perhatian nasib orang-orang Kristian yang mencakupi 10 peratus daripada penduduk Mesir.

Selepas dia mula mempromosikan klip itu di laman web beliau, Mesir mula merancang demonstrasi besar-besaran di kedutaan AS di Kaherah tetapi, protes menjadi lebih prolifik dan terkenal.

Jimmy Israel

Israel juga disebut dalam dokumen prapenerbitan.

Katanya, dia memang bekerja dalam filem itu untuk mencuba peranan kecil dalam filem ini tetapi akhirnya menetap untuk menjadi penerbit.

Beliau menjelaskan, dia adalah seorang bekas penulis lakon layar dan dia tidak menghabiskan masa lama untuk menghasilkan skrip filem Desert Warrior.

"Saya menyiapkan skrip ini hanya dua hari sahaja," katanya kepada BuzzFeed.

Katanya, kualiti filem itu tidak sepadan dengan jumlah wang yang dibelanjakan.

Tambah Israel, Bacile yang hanya pada nama sebagai pengarah tetapi telah membelanjakan wang sebanyak AS$5 juta (RM15.2 juta).

Vine Theater

Sebuah produksi filem kecil di Boulevard Hollywood, Vine dikatakan yang sepatutnya menayangkan filem anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW ; Innocence of Muslims pada akhir bulan Jun.

Seorang pekerja, yang tidak mahu dikenali memberitahu AP, ketika filem itu ditayangkan tidak ramai yang datang menonton.

Katanya, seorang lelaki yang dikenali sebagai Sam telah meminta mereka untuk menayangkan ia.

Polis kemudiannya telah dihantar untuk memantau panggung itu.

John Walsh

Seorang blogger yang berpusat di Los Angeles, Walsh orang yang mencetuskan kebencian agama dalam filem itu.

Pada bulan Jun lalu, beberapa hari sebelum filem ditayangkan di Teater Vine, Walsh menyatakan dalam blognya tentang kebimbangan mengenai filem itu.

Sheik Khaled Abdalla

Seorang pengacara TV Mesir, Abdalla dilaporkan telah mencetuskan kemarahan ramai apabila dia menyiarkan klip treler filem itu.

Selepas beliau menunjukkan video itu pada 8 September lalu, Wire Atlantik melaporkan jumlah rating di YouTube semakin meningkat.

Menurut Guardian, Abdalla dilaporkan telah mencetus kemarahan di kalangan penonton terutamanya yang beragama Islam.

* Dipetik dari portal newsfeed.time.com

SH

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Himpunan Sejuta Umat...

Posted: 16 Sep 2012 10:34 PM PDT


Bantah hina Nabi Muhammad Bhg.1,2,3

Posted: 16 Sep 2012 10:32 PM PDT




Ceramah Perdana

Posted: 16 Sep 2012 10:30 PM PDT


Pakatan jamin bela hak rakyat Sabah, Sarawak

Posted: 16 Sep 2012 10:27 PM PDT



KOTA KINABALU:
PAS mempersoalkan walaupun sudah 49 tahun Malaysia ditubuhkan dan 59 tahun merdeka namun kenapa Malaysia Timur masih lagi ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri di semenanjung.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada ambang sambutan Hari Malaysia di Tuaran semalam berkata, pasti terdapat kesilapan mahu pun kepincangan di dalam pemerintahan sekarang yang mana Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang amat kaya dengan hasil bumi tetapi rakyat dan negeri ini tetap berada dalam kemiskinan.

"Saya melihat secara jelas ada kesilapan berlaku dalam pemerintahan sekarang, di mana negeri ini cukup kaya dengan hasil bumi namun keadaan negeri dan rakyat terus berada dalam keadaan kemiskinan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

"Ini yang perlu kita semua fikirkan dan kita tidak mahu kekayaan negeri ini dibawa keluar untuk kegunaan lain sedangkan pembangunan serta rakyat terus dipinggirkan," ucapnya di hadapan ribuan rakyat yang hadir.

Presiden PAS itu turut memberitahu, mengikut ajaran Islam kita tidak boleh memindahkan hasil sesuatu wilayah kepada kerajaan pusat selagi hasil itu tidak boleh menyelesaikan kemiskinan di negeri tersebut.

"Sabah dan Sarawak belum lagi selesai masalah kemiskinannya terutama berkenaan hidup rakyat, tetapi hasil kedua-dua negeri ini terus diangkut keluar.

"Janji Buku Jingga akan kita laksana sepenuhnya sehinggalah taraf hidup kedua-dua negeri Malaysia timur serta pembanguan setanding dengan apa yang dialami di semenanjung," sambung beliau.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang itu turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia Timur diatas sikap pemimpin-pemimpin negara yang terus meminggirkan pembangunan negeri dan rakyat dari menikmati kekayaan hasil negeri sendiri.

"Kemerdekaan yang sebenarnya adalah kita mesti bebas dari pemimpin-pemimpin yang menyalahguna kuasa serta yang tidak menunaikan amanah," jelas beliau.

Ustaz Hadi dalam ucapannya turut menjelaskan kenapa PAS mengadakan persefahaman dengan parti-parti dari kaum bukan Islam.

"Suka saya menegaskan Islam yang kami anuti adalah agama yg mengajar bukan sahaja terhadap ibadat tetapi termasuk juga mengajar politik dan cara hidup.

"Dalam politik dan cara hidup, kita disuruh berlaku adil kepada manusia dan kita disuruh bekerjasama menentang yang zalim siapa sahaja yang zalim.

"Dan kita disuruh bersama menegakkan sebuah kerajaan yang adil untuk semua, Islam mengajar kita berbagai kaum dan etnik, berbagai agama dan budaya sepatutnya tidak boleh memecah belah di antara satu sama lain," katanya.

Sambungnya, walaupun terdapat titik-titik perbezaan dan percanggahan serta bertentangan namun terdapat titik-titik persamaaan dalam isu menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Sehubungan itu beliau menyeru agar rakyat Sabah dan Sarawak membuat perubahan pada pilihanraya nanti demi mengembalikan hak yang telah dijanjikan pada pembentukan Malaysia serta memastikan pembangunan negeri ini terus selari dengan pembangunan di semenanjung.

"Demokrasi adalah hak rakyat menjadi hakim, sepatutnya rakyat menggunakan demokrasi untuk menghukum parti yang memerintah kalau parti itu tidak betul dan khianat," sambung beliau lagi.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.

Manakala dari PKR pula adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden, Mohamad Azmin Ali, Menteri Besar Selangor tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan beberapa barisan Majlis Pimpinan Pusat.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga turut hadir dan memberi ucapan.

Majlis Sambutan Hari Malaysia itu dipengerusikan oleh Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin juga dihadiri  beberapa pemimpin dari Sabah, termasuk bekas bendahari Umno Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin yang baru memgumumkan menyertai PKR.

Alam Ria PASTI Malaysia 2012

Posted: 16 Sep 2012 10:27 PM PDT












































Bedah buku: Tantawi, motivasi dan akhlak perjuangan

Posted: 16 Sep 2012 10:18 PM PDT

Hidup di landasan perjuangan Islam ini tidak mudah. Hakikatnya, tiada siapa kata perjuangan Islam ini mudah. Dengan berbekalkan ketaqwaan dan keimanan pada Allah, ramai yang cuba menempuh perjuangan ini.

Namun, tanpa ketaqwaan dan keimanan kepada Allah yang kuat beserta kemahiran memotivasikan diri sendiri, ramai yang tersungkur.

Ramai yang menarik diri di pertengahan jalan.

Ramai yang terpengaruh dengan kesenangan duniawi, dan mengatakan kepada diri sendiri, ada orang lain yang bakal meneruskan perjuangan ini.

Ada pula yang menggunakan jalan terpesong untuk memperjuangkan agama Allah, yang akhirnya bukan dia saja yang tersungkur malah Islam terpalit dengan nama buruk akibat "perjuangan" beliau.

Ada ramai yang menyatakan mereka sedang memperjuangkan Islam. Namun, apabila ditanya apakah perjuangan Islam? Jawapan yang didengari cukup berbeza.

Bagi Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, inilah tujuan perjuangan Islam:

"Perjuangan kita adalah untuk mencari keredhaan Allah. Justeru itu pastikan aksi dan ucapan kita tidak mencetus kemurkaan Allah.

Perjuangan kita untuk memenangi hati manusia. Justeru itu usahakan dakwah dan kempen kita tidak meliarkan mereka.

Perjuangan kita adalah untuk memelihara kesucian Islam. Justeru itu pastikan kita tidak melakukan maksiat dan mungkar.

Perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat Islam. Justeru itu, pastikan kita menepati pra syarat kemenangan dariNya."

Bagi beliau, perjuangan Islam adalah perjuangan untuk Allah.

Ustaz Tantawi sentiasa mengingatkan diri bahawa:

"Kemenangan adalah anugerah Allah. Namun untuk menang syaratnya mestilah berjuang.

Pun begitu berjuang tidak semestinya menang. Jadi, berjuanglah kerana Allah s.w.t."

Berbekalkan ini, jarang kita melihat motivasi Ustaz Tantawi luntur meskipun berdepan dengan pelbagai mehnah perjuangan.

Setiap pemahaman, kesedaran dan ilmu yang diperoleh beliau dicatatkan dengan gigih dalam laman Facebook beliau.

Beliau memahami dalam perjuangan Islam, musuh utamanya bukan musuh yang ingin menggagalkan hasrat Islam, tetapi diri sendiri yang mudah tewas di medan juang sebelum sempat bergelanggang dengan musuh.




Ketika berjuang, Ustaz Tantawi juga menekankan kepentingan menjaga akhlak dan siasah supaya nama Islam tidak dicemari dengan tindakan-tindakan yang tidak melambangkan Islam sebenarnya.

Bagi beliau, Islam mesti dimenangi dengan cara menawan dengan kebaikan dan bukannya kemungkaran, maksiat dan segala yang Allah murkai.

Mutiara kata-kata beliau di Facebook cukup berharga bagi para pejuang agama Allah sebagai sumber motivasi dan panduan dalam menghadapi mehnah, rintangan dan jalan berliku untuk mencapai kemenangan sebenar di dunia dan di akhirat.

Nasihat, motivasi dan teguran beliau bukan sahaja merangkumi cara menghadapi musuh – tapi juga cara menjaga tingkahlaku sendiri, menguruskan pemikiran terhadap sahabat dan keluarga dan perangkap duniawi yang boleh melemahkan semangat perjuangan.

Kini, semuanya dibukukan dalam Buku Catatan Seorang Pejuang yang selamat dilancarkan pada 14 September 2012 di KUIZM, Taman Melewar di Majlis Hari Raya Dewan Pemuda PAS Pusat bersama pengamal media dan selebriti.

Selain motivasi perjuangan, buku ini turut memaparkan nota dakwah yang mudah difahami mengenai Hukum Hudud yang disalah-faham oleh segenap lapisan masyarakat.

Bakat penulisan Ustaz Tantawi dalam berpuisi dan bersajak dalam beberapa catatannya ketika mengharungi cabaran perjuangan turut dibukukan.

Buku kedua terbitan VI Venture, selepas buku Senyumlah tulisan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man kini dijual pada harga pasaran RM22.

Badminton Ikatan Ukhwah Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang

Posted: 16 Sep 2012 10:18 PM PDT










Biar PAS jaga Melayu jika Umno kalah

Posted: 16 Sep 2012 09:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: "PAS jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13, inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, Najib selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh menjaga Melayu.

"Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, bukti PAS boleh menggantikan Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada  hutang peninggalan BN sebanyak RM718 juta.

Idris menambah, Negeri Kelantan berjaya diturunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada 6.

"Sebelum Umno hendak mendabik dada mereka yang jaga Melayu, Umno tolong jawab terlebih dahulu tuduhan ini.

"Bukankah Umno yang menghilangkan 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu selepas merdeka?" katanya.

Katanya lagi, Umno yang menyekat 118 projek ke Kelantan sejak 1991 (RMK6).

"Kenapa Umno yang berkuasa tidak menambah kerusi di Kelantan dan Terengganu pada PRU 2004?" tanya beliau lagi.

Beliau berkata, Umno mesti bertanggungjawab terhadap kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion.

"Najib janganlah duduk ulang pita rakaman lama bila berhadapan pengundi Melayu, kononnya DAP yang akan dominan dalam PR manakala Soi Lek, Presiden MCA bila bercakap dengan orang Cina,  kata Pas  yang akan menguasai PR. Mana satu yang benar, atau kedua-dua pembohong besar" ujarnya.

Katanya, Umno hanya memainkan isu Melayu apabila sokongan politik semakin terhakis dengan meniupkan sentimen kononnya umno pembela Melayu.

Baginya, DAP dijadikan kambing hitam kononnya menindas Melayu dan Islam walaupun hakikatnya telah dibuktikan dengan fakta di Pulau Pinang, banyak projek diperolehi oleh kontraktor Melayu sedangkan yang menangis ialah kontraktor Umno  yang menjadi broker dan makan komisyen.

Faktanya, kata Idris kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah kendalian kerajaan negeri.

Jeklas Idris lagi, ertinya Melayu mampu, yang tidak mampu hanya Melayu Umno.

"Peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang semasa zaman Umno hanya  RM12.5 juta telah meningkat zaman YAB Lim Guan Eng sebanyak RM64 juta (2012)," katanya.

Beliau menambah, hampir lima tahun DAP yang memerintah Pulau Pinang, tidak ada sebuah masjid dan surau diroboh sebaliknya ketika Umno memerintah Selangor, Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahmah Seksyen 8, Surau Puchong Perdana ditutup manakala Masjid Bujal, Kemaman dan Surau Kampung Berembang Ampang diruntuh.

Perlawanan Persahabatan Futsal Pemuda PAS Temangan Dengan Pemuda UPU Kerilla

Posted: 16 Sep 2012 09:44 PM PDT












Ganas: Hishammuddin tidak boleh berkata begitu

Posted: 16 Sep 2012 08:32 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kalau penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) terus bertindak ganas ke atas majlis dan jelajah Pakatan Rakyat (PR), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Husseinlah yang bertanggungjawab.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan menteri itu mengenai keselamatan para pemimpin PR di Johor sebagai membakar semangat para penyokong Umno dan BN untuk bertindak lebih ganas.

Ketika ditanya terhadap jaminan keselamatan terhadap PKR di Johor memandangkan sudah tiga kali bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dan disimbah cat, Hishammuddin berkata, "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri".

Bagi Mohamad, sebagai menteri, Hishammuddin tidak boleh berkata begitu kerana ia akan difahami sebagai galakan dan perangsang oleh pihak yang mengganas untuk melakukan lebih banyak keganasan.

"Bila pihak yang mengganas merasa mereka ada lesen untuk mengganas dengan lebih liar lagi, pihak yang diganasi juga merasa mereka diberi lesen untuk bertindak mempertahankan diri dengan kekerasan juga.

"Akhirnya negara akan jadi huru-hara dan Menteri Dalam Negerilah yang mencetuskan perkara itu kerana kenyataan beliau," katanya.

Mohamad menyifatkan kenyataan tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah dengan jelas memperlihatkan kebodohan menteri itu.

"Itu kenyataan paling tidak bertanggungjawab. Bukan itu sahaja, paling bodoh untuk diucapkan oleh seorang menteri," katanya.

Pemuda PAS bukan anti hiburan

Posted: 16 Sep 2012 08:32 PM PDT


SHAH ALAM: Media hanya menggambarkan perjuangan pemuda PAS sebagai "anti konsert" sedangkan perjuangan mereka lebih daripada itu.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkifly Ahmad berkata, pemuda PAS terdiri daripada ramai profesional yang bersiap sedia dengan polisi sebagai model kepada seluruh generasi muda di negara ini.

"Bila pemuda buat demontrasi menghalang kehadiran artis-artis barat ke Malaysia, itulah yang dipaparkan dalam The Star, The sun, seolah-olah kerja pemuda ini anti konsert sahaja. Itu yang mereka momokkan kepda imej pemuda.

"Dalam pemuda ada ramai profesional dalam bidang perubatan, banking, finance, pengurusan, semua menjalankan kerja di samping menubuhkan NGO mereka yang berkhidmat kepada rakyat, juga ada polisi studi yang memberi input yang begitu baik," kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk Negara Berkebajikan: Analisa, Realiti dan Praktikaliti di  Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.

Ianya sebagai menjawab soalan audien yang ingin tahu sama ada pemuda PAS boleh menjadi model kepada pemuda-pemuda di Malaysia atau tidak.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu juga berkata, banyak program pemuda PAS yang tidak ditonjolkan media walaupun sebahagian besarnya membantu penghijrahan golongan tertentu.

"Pemuda PAS punya aktivisme yang cukup baik. Kebanyakan penghijrahan selebriti-selebriti atas usaha pemuda PAS sebenarnya.

"Awal-awal lagi mereka punya jabatan kesenian, sukan dan rekrasi dan mereka punya aktivisme yang cukup baik walaupun tak ditonjolkan media,"katanya.

Turut menjadi panel forum sempena Konvensyen Fiqh Politik itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkely Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli manakala ahli akademik, Dr. Maszlee Malik sebagai moderator.

Sekitar Himpunan Hijau Ke Putrajaya Di Padang Majlis Daerah Machang

Posted: 16 Sep 2012 08:31 PM PDT























Negara Berkebajikan: PAS hapus curiga bukan Islam

Posted: 16 Sep 2012 08:20 PM PDT

SHAH ALAM: Pendekatan strategik yang menepati dasar dan prinsip Islam seharusnya disokong oleh semua pihak khususnya orang Islam.

Merujuk kepada Negara Berkebajikan PAS, ahli akademik, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar berkata, istilah yang digunakan tidak penting asalkan kandungannya memartabatkan Islam dan masyarakat.

"Seandainya namanya Negara Berkebajikan ataupun Negara Kebajikan atau apa sahaja, kalaulah kandungannya, isinya berteraskan dan berprinsipkan Islam selari dengan tuntutan Ilahi maka ia seharusnya disokong oleh kita semua khasnya orang Islam," kata beliau dalam forum bertajuk Negara Berkebajikan: Analisa, Realiti dan Praktikaliti di  Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.

Mohamad berkata, Rasulullah SAW sendiri pada zaman pemerintahannya tidak memperincikan istilah negara Islam tetapi kandungannya menjurus ke arah perubahan ke arah negara Islam.

"Dalam perjuangan Rasulullah SAW sendiri tak ada istilah yang lengkap memperincikan negara Islam tetapi kandungannya menjurus kepada satu perubahan negara yang diredai Allah yang mendapat pengampunan Ilahi," katanya.

Tambah beliau, dengan slogan Negara Berkebajikan, PAS sudah berjaya menghapuskan rasa curiga orang bukan Islam terhadap Islam yang disifatkannya sebagai halangan psikologi.

Namun katanya, PAS menghadapi cabaran besar untuk menterjemahkan idealisme yang terkadung dalam dokumen Negara Berkebajikan.

"Ini cabaran yang besar sama ada di Kelantan, Selangor, Kedah dan sebagainya dan yang penting kita buang  istilah yang menakutkan sehinggalah halangan psikologi tadi dapat diatasi dan bagaimana (PAS) dapat menterjemahkan (Negara Berkebajikan) menjadi peradaban sehingga orang tersentuh dengan Islam," katanya lagi.

Transformasi biar ikhlas

Sementara itu beliau juga berkata, kerajaan yang berkuasa seharusnya mengambil berat soal keikhlasan dalam menjaga kebajikan rakyat.

Merujuk kepada transformasi yang disebut seorang lagi ahli panel, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr. Puad Zarkashi, Mohamad berkata, Umno BN harus ikhlas dalam memenuhi permintaan rakyat, bukan sekadar untuk memancing undi dalam pilihan raya umum.

"Benar kata Dr. Fuad tadi dalam program transformasi banyak beri deviden itu ini tapi apakah itu ikhlas atau adakah kerana Umno makin lemah, rakyat makin diperkasa maka Umno jadi takut kepada rakyat maka ikut sahaja apa yang diminta rakyat.

"Apakah kerana takut kepada rakyat maka perdana menteri harus tunduk dan memberi apa sahaja yang diminta sampai ke Sabah dan Sarawak?

"Kita harap ada keikhlasan pada pemimpin Umno dalam mengkebajikan program-programnya," katanya.

Turut menjadi panel forum sempena Konvensyen Fiqh Politik itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkely Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli manakala ahli akademik, Dr. Maszlee Malik sebagai moderator.

Hari Malaysia: Mengisi dengan semangat Islam

Posted: 16 Sep 2012 08:19 PM PDT


Firman Allah, maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.  Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah" (Surah Al-A'raaf 7:11-12).

Sukacita saya mengulangi apa yang pernah saya ucapkan sebelum ini, bahawa kita hendaklah merdeka daripada penjajahan. Ini kerana penjajah membawa fahaman yang berlawanan dengan ajaran Islam. Penjajah yang membawa fahaman sekular dan kebangsaan, sedangkan fahaman ini ditolak oleh Islam.

Sebagaimana sifat iblis yang suka menghasut manusia supaya berbuat sesuatu yang berlawanan dengan perintah Allah. Sifat iblis ini adalah suatu penjajahan atas manusia yang beriman, maka iblis adalah penjajah pertama terhadap manusia. Oleh itu, kemerdekaan dari hasutan iblis adalah wajib, dan sebagaimana kita juga wajib merdeka dari fahaman kebangsaan dan sekular yang dibawa oleh penjajah.

Di dalam Al-Quran, seperti mana maksud ayat Surah Al-A'raaf di atas bahawa datuk manusia yakni Adam dan Hawa pernah dihasut oleh iblis ketika dalam syurga. Iblis menjalankan 'penjajahan' agar Adam dan Hawa mengikut hasutannya memakan buah dari pokok yang dilarang oleh Allah. Iblis melaksanakan pendekatan 'ghurur' dengan memujuk secara tipu daya, kononnya apabila memakan buah larangan itu Adam dan Hawa akan kekal selama-lamanya di dalam syurga.

Hakikatnya, pujukan iblis itu merupakan suatu penipuan ke atas manusia yang memang ada kelemahan (lupa). Akibat pujukan dan tipu daya iblis, lalu manusia yang lemah itu terpengaruh. Justeru itu Adam terpengaruh. Akibatnya Adam dimurkai Allah, lalu Adam dan Hawa dihalau keluar dari syurga dan dihumban ke dunia.

Walau pun begitu, Adam dan Iblis tetap berbeza. Adam telah mengaku salah dan memohon keampunan dari Allah. Sementara iblis tetap engkar untuk tunduk kepada perintah Allah, malah bersikap angkuh terhadap tuhan yang menciptanya. Iblis juga mempersoalkan perintah Allah agar sujud kepada Adam dengan katanya: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."  Iblis bangga dengan sifat api yang menyala dan meruap ke atas, sedangkan Adam dipandang hina kerana sifat tanah berada di bawah. Iblis tidak sujud sedangkan malaikat yang dicipta dari cahaya sanggup sujud kerana patuh perintah Allah SWT.

Inilah perbezaan besar sifat iblis dengan manusia. Atas perbezan inilah, sewajarnya kita kena merdeka diri dan negara ini daripada sifat iblis yang dilaknat Allah. Oleh kerana itu, semangat kesatuan di bawah sebuah negara merdeka, Hari Malaysia yang berlaku pada 16 September 1963 sejak dulunya, (masuk 51 tahun) harus dikenang dan dijadikan landasan bagi mengisi negara dengan nilai kemerdekaan menurut semangat Islam. Kita hendaklah mengisinya dengan prinsip dan sistem bernegara yang diajar oleh Islam.

Maksudnya di sini, kita tidak boleh mengisi negara ini dengan pemikiran penjajah Inggeris yang mirip menghasut umat Islam menerima fahaman mereka – menolak prinsip dan sistem bernegara yang diajar oleh Islam. Sedangkan umat Islam diajar oleh Nabi Muhammad SAW agar mengisi dan melaksana urusan negara ini berpandukan prinsip dan ajaran Islam. Inilah amanah Allah kepada semua umat manusia tidak kira Melayu, Cina, Inggeris mahu pun Arab.

Sesungguhnya, manusia sedia memikul amanah Allah, sebagaimana firman-Nya (bermaksud): "Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan" (Surah Al-Ahzaab 33:72).

Di atas kesanggupan memikul amanah tersebut, sebagai umat yang beriman tidak kira Melayu, Cina, India, mahu pun Inggeris atau Arab; kesemuanya haruslah menjadikan dunia ini sebagai medan melaksana amanah Allah. Medan (dunia) menuju ke akhirat. Justeru segala isi alam ini (langit dan bumi) adalah kepunyaan Allah. Oleh itu, mana-mana pihak yang mengambil prinsip selain apa yang diamanahkan-Nya, maka ia hendaklah ditolak.  Cara menolaknya mengikut lunas sekarang ialah jangan mengundi mereka.

Ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku sekarang, apabila dunia kini sudah berubah. Lihatlah peristiwa 'Arab Spring' yang menyaksikan di beberapa negara sudah menolak pemimpin dan kerajaan yang bersengkongkol dengan Barat atau menjadi talibarut Israel. Ia berlaku di Mesir, Tunusia, Libya, Algeria dan sekarang di Syria. Inilah hakikat kebangkitan golongan yang ingin mengisi negara yang merdeka dengan amanah Allah. Mereka bersedia meletak agama bagi mengisi dunia menuju akhirat. Realiti ini sudah berlaku di Kelantan sejak 22 tahun dulu yang kini sedang bermula pula di dunia Arab.

Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk untuk kita terus berusaha melaksanakan amanah Allah di dunia ini.

Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan merangkap Al-Mursyidul Am PAS.
Pulau Melaka.
29 Syawal 1433 bersamaan 16 September 2012.

18 tahun BN perintah Sabah, apa rakyat dapat

Posted: 16 Sep 2012 08:17 PM PDT


KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu mesti ada sebab kenapa beliau meninggalkan Umno serta sanggup kehilangan gaji.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan lebih 200 orang penduduk Kampung Bawan, Membakut bersempena Program Ambang Hari Malaysia di Sabah petang semalam.

"Saya hilang gaji sebagai timbalan menteri, tetapi saya tetap meninggalkan Umno Barisan Nasional.

"Kerana saya lihat dalam Umno sudah banyak kepincangan berlaku terutamanya dalam soa kroni serta melibatkan kewangan," jelasnya.

Jelasnya lagi, beliau meletakkan kebajikan rakyat Sabah lebih utama, walaupun Barisan Nasional merupakan lubuk emas untuk beliau mengumpul harta kekayaan.

Ahli Parlimen Beaufort itu turut menyatakan kalau beliau sanggup keluar dari Umno kenapa tidak rakyat Sabah membuat perubahan pada pilihanraya nanti.

"Umno Barisan Nasional telah memerintah Sabah selama 18 tahun namun apa yang Sabah dapat dari hasil pemerintahan mereka.

"Walaupun Sabah kaya namun negeri ini terus ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung," katanya

Tambahnya lagi, sepanjang beliau bersama Umno apa yang ingin beliau lihat adalah perubahan kepada rakyat namun sebaliknya berlaku yang mana rakyat terus miskin tetapi pemimpin Umno BN terus membolot kekayaan.

"Rakyat Sabah hanya diumpan dengan jalan raya hanya selebar 8 kaki tapi keuntungan semuanya dibolot oleh mereka yang berkuasa.

"Saya yakin jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, hak kebajikan dan pembangunan Sabah akan diutamakan," sambung beliau lagi.

Lajim memberitahu, Pakatan Rakyat akan menjadikan kebajikan rakyat lebih utama bukannya sepertimana dilakukan oleh Umno BN yang lebih mementingkan kroni.

"Bukan mudah untuk saya menyertai pembangkang, banyak risiko terutama dari pihak berkuasa.

"Yang tidak pernah ada fail di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun boleh diwujudkan," kata beliau sambil disambut tepukan orang ramai.

Sambil berseloroh, Lajim mengatakan ada satu janji Umno BN yang belum dilaksanakan dan kebanyakan penduduk mengatakan 'jambatan ajaib'.

"Yang mana di Kampung Berunai, jambatan telah disiapkan namun jalan tidak ada dan rakyat terpaksa menggunakan jambatan yang lama.

"Itulah jambatan ajaib, jambatan siap tetapi tiada jalan, malah rakyat masih menggunakan jambatan yang lama," ujarnya lagi.

Xpresi Anak Muda Kelantan Ke Putrajaya

Posted: 16 Sep 2012 08:16 PM PDT
















































10,000 beli meja untuk Jamuan Pakatan

Posted: 16 Sep 2012 06:07 PM PDT



(Sebahagian dari kira-kira 10,000 yang menyertai jamuan Pakatan Rakyat di Sutera Mall, Skudai, Johor Bahru)

JOHOR BAHRU: Lebih 10,000 orang rakyat Johor membeli kerusi untuk menyertai jamuan 1,000 meja yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Skudai, Johor malam tadi.

Ia dianggap antara jamuan berbayar terbesar yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Johor dan mendapat sokongan hebat rakyatnya.

Majlis itu diadakan di Sutera Mall, Skudai, Johor Bahru dengan disertai oleh para pemimpin kanan Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP.

Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub, Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfodz Mohamed dan juga Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution

Anwar yang berucap di majlis itu mengajak rakyat Johor jangan lagi toleh kebelakang dan terus mara ke hadapan walaupun pelbagai ancaman yang dibuat kepada Pakatan Rakyat.

"Masa rakyat Johor bersama Pakatan telah tiba dan kita akan terus mara ke hadapan," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Mohamad Sabu juga mengajak rakyat Johor bersama politik baru dan menolak politik samseng dan perkauman.

Beliau juga turut menegaskan komitmen PAS bersama Pakatan Rakyat dan mempastikan semua rakyat negara ini melaksanakan politik baru.

"Politik perkauman dan ganas sudah ketinggalan," kata beliau merujuk kepada beberapa kejadian ganas terhadap pemimpin Pakatan termasuk kepada bas Merdeka Rakyat.

Salahudin Ayub pula dalam ucapannya melahirkan keyakinan beliau rakyat Johor akan bersama Pakatan untuk ke Putrajaya.

"Pakatan mempunyai potensi yang cerah di negara ini dan zaman Johor deposit tetap BN sudah berakhir," kata beliau di depan lebih 10,000 tetamu yang membeli meja untuk menyertai majlis itu.

Muhyiddin tak perlu tipu rakyat Kelantan

Posted: 16 Sep 2012 06:06 PM PDT



(Nik Abduh [tengah] dalam majlis di Taman Melewar malam tadi)

KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Kelantan sudah maju jika di bawah BN, dilihat cuba menipu rakyat negeri itu.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Muhyiddin tidak perlu mengungkap penipuan seperti itu kepada rakyat Kelantan semata-mata mahu mendapat sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Menurutnya, rakyat Kelantan tidak mudah ditipu dengan cakap-cakap politik seperti itu kerana sudah tahu realiti sebenar yang berlaku.

"Sebelum dia sebut nak majukan Kelantan dia kena buktikan dulu BN sudah majukan negeri lain.

"Rakyat Kelantan nak tanya dia, apa sudah jadi di Sabah dan Sarawak. Negeri paling banyak hasil tapi rakyat paling miskin," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui pada Majlis Jamuan Santai Tertutup sempena Aidilfitri anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia di Dewan Datuk Fadzil Noor di KUIZM malam tadi.

Muhyiddin ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Bharu semalam mendakwa, Kelantan sepatutnya sudah menjadi sebuah negeri maju jika ia bersama Barisan Nasional (BN) sejak lebih 22 tahun lalu.

Beliau juga menyatakan bahawa BN mahu memberi ruang yang cukup untuk Kelantan berjaya, jika diperintah BN kelak.

Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh yang juga anak kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, jika BN ikhlas mahu memajukan Kelantan, mereka tidak perlu tunggu memerintah negeri itu kerana kerajaan pusat mempunyai ruang yang besar untuk membantu pembangunan Kelantan jika mahu.

Malangnya, dalam banyak isu, Kelantan sering dinafikan hak mendapat bantuan pusat hanya kerana kerajaan negeri dari parti politik yang berbeza.

Beliau memberi contoh pemberian bayaran royalti terhadap Kelantan yang sehingga kini dinafikan pusat.

Contoh lain termasuk juga isu pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai yang ditarik balik walaupun sudah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 sehingga kerajaan negeri terpaksa mengusahakan untuk membinanya sendiri.

"Kalau dia kata BN mahu kayakan pemimpin Umno dan kroni, itu kita percaya.

"Tapi kalau nak jadikan rakyat Kelantan harmoni dengan kekayaan yang nak dibawa, itu tak perlu sebut di Kelantan," katanya.

Sekitar Jamuan Hijau Di Padang Majlis Daerah Machang

Posted: 16 Sep 2012 06:06 PM PDT




































Pengikut