Pengerusi Biro Masyarakat Felda bergambar dengan tenaga kerja di Felda Hutan Percha, Melaka selepas Majlis Dialog - 8hb Disember 2011
Sdr Yusof, Pengarah Pilihanraya PKR Negeri Melaka, mempengerusikan Majlis Dialog di Felda Hutan Percha, DUN Machap, Melaka
Safar Bin Sawi, bekas angkatan tentera Malaysia. Beliau menceritakan bahawa semasa didalam angkatan bersenjata, beliau 3 kali terlibat mengundi secara pos. Pada pengundian yang pertama, beliau berada di kem dan beliau dapat mengundi sendiri dengan diawasi oleh pegawai tinggi yang sentiasa memerhatikan, beliau dan rakan-rakannya terpaksa mengundi Dacing. Kali kedua terlibat dengan pengundian secara undi pos adalah semasa beliau berada di sempadan. Apabila kembali ke kem, beliau bertanyakan tentang undi pos, tetapi mendapat jawapan bahawa semua undi bagi mereka yang berkhidmat di sempadan sudah pun dibereskan (ertinya beliau tidak mengundi sendiri) dan kali ketiga beliau juga berada di sempadan dan undinya telah disempurnakan oleh pihak kem. "Selagi ada undi pos, selagi itulah BN akan menang kerana pengundi-pengundi tidak berpeluang mengundi sendiri dan kalau pun mengundi sendiri, mereka diawasi oleh pegawai-pegawai tinggi" ujarnya.
Kisah sedih Peneroka Keratong 9 ditindas oleh Felda Technoplant. Beliau menanam semula ladangnya melalui Felda Technoplant selepas menyerahkan ladangnya kepada Felda pada bulan Ogos 2006. Di bawah penyelenggaraan Felda Technoplant, beliau diberikan elaun sara hidup yang dikira "hutang" sebanyak RM1500.00 sebulan (net); pada bulan September 2011, beliau mengambil alih ladangnya sendiri dan dibulan itu beliau berjaya memperolehi RM800.00 dipusingan pertama dan RM1300.00 dipusingan kedua menjadikan pendapatanya berjumlah RM2.100.00 bagi bulan September 2011. Pada bulan Oktober beliau telah menurunkan 200 tandan buah sawit dipusingan pertama dengan pendapatan yang boleh didapati sebanyak RM1500.00 seberat 2 setengah tan, tetapi buah itu dirampas oleh pegawai Felda Technoplant yang datang ke ladannya dengan polis tambahan Felsco, begitu juga di pusingan kedua, beliau sekali lagi berjaya mengeluarkan 2 setengah tan dengan kira-kira pendapatan sebanyak RM1500.00, dan buah pusingan kedua juga dirampas oleh Pegawai Felda Technoplant.
Beliau tetap bercita-cita mahu mengambil ladang untuk diurus sendiri kerana beliau yakin dengan diurus sendiri dengan penjagaan ladang yang baik seperti membaja dan meracun dengan sempurna dan menjalankan kerja-kerja pruning, beliau boleh berpendapatan lebih dari RM5000.00 setiap bulan dan akan terus bertamah.
Beliau telah membuat laporan polis, tetapi pihak polis tidak mengambil apa-apa tindakan. Beliau telah pun memperolehi Geran Tanah bagi ladangnya, dan beliau berhak mengurus sendiri ladangnya bagi mengelakkan beliau menanggung hutang yang besar kepada Felda.
Hutangnya dengan Felda setakat September 2011 sudah menjangkau RM71,530.00, beliau menyatakan bahawa Felda Technoplant tidak menguruskan ladangnya dengan baik, penuh dengan semak samun, tidak diracun, tidak dipruning dan tidak dibaja.
Kini telah pun melantik seorang peguam bagi mewakili dirinya untuk mengambil tindakan terhadap Felda agar beliau dapat menguruskan ladangnya sendiri.
Saya tetap menyokong Pembangkang, katanya. Beliau menghadiri taklimat di Felda Nitar 2, Mersing, dan akan bersama-sama dengan penduduk Nitar 1 dan 2 memfailkan saman terhadap Felda dan Felda Technoplant kerana gagal menyempurnakan tanam semula setelah peneroka-peneroka menyerahkan ladang masing-masing kepada Felda/Felda Technoplant.
Lihat gula ini. Satu botol kecil yang dikeluarkan oleh 1Malaysia berharga RM1.50 dan satu lagi keluaran Jalen (botol lebih besar) berharga RM1.50. Siapa kata keluaran 1Malaysia lebih murah? Jgn tertipu!
Anggota-anggota DAP turut menghadiri dialog dan taklimat mengenai KPG di Felda Nitar 2
Hadir mendengar taklimat dan dialog di Felda Nitar 2
Bergambar bersama-sama dengan Timbalan Ketua PKR Cabang Sekijang, Pn Natrah Ismail, selepas Majlis Taklimat kepada PACABA
Dialog dengan Tenaga Kerja Felda Palong 8 untuk persediaan lawatan YB Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR ke Gugusan Palong pada 15 dan 16hb Disember 2011. Majlis lawatan dimula di Felda Palong 8 dengan Majlis Ceramah pada 15hb Disember dan akan diteruskan dengan lawatan sosial kepada penduduk Palong dari pagi hingga ke malam pada 16hb Disember 2011 termasuk Majlis Dialog dan Ceramah di Felda Palong 4.
Bersama Jawatankuasa PKR Ranting Palong 9 begi persediaan lawatan YB Zuraida dijadualkan pada 15 dan 16hb Disember 2011
Bergambar bersama Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Palong 10 yang meminta pandangan undang-undang mengenai tindakan mereka untuk mengambil alih dari Felda dan Koperasi Peneroka Felda Palong 10 yang gagal menyempurnakan kerja-kerja menebang pokok getah mereka. Jawatankuasa Bertindak ini telah memberikan masa yang secukupnya kepada Felda dan Koperasi untuk menyempurnakan kerja-kerja menebang kayu getah mereka, tetapi tetap gagal; bahkan pihak Koperasi menghulurkan RM2000.00 kepada peneroka-peneroka jika mereka tidak mengambil alih tindakan membatalkan kontrak antara Felda dan Koperasi mengenai penebangan kayu getah mereka.
Sdr Idris, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak mewakili peneroka-peneroka yang berhajat menjalankan kerja menebang dan menjual kayu getah mereka yang tidak disempurnakan oleh Felda dan Koperasi mengikut kontrak.
=====
Selaku Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, saya sekali lagi memberikan masa untuk melawat sambil kerja ke beberapa Rancangan Felda di Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.
Saya sampai ke Felda Palong 10, Jempol pada 6hb Disember 2011 jam lebih kurang 10.00 pagi dan terus dibawa ke rumah seorang penduduk untuk bersama-sama dengan Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Felda yang berhajat tidak meneruskan kontrak antara Felda dan Koperasi Peneroka-Peneroka Felda Palong 10 Berhad untuk penebangan kayu getah mereka.
Saya melahirkan rasa kehairanan saya kerana Felda menandatangani perjanjian dengan Koperasi untuk mengikat peneroka-peneroka Palong 10 bagi menebang dan menjual kayu getah milik peneroka-peneroka.
Harga yang ditawarkan kepada peneroka-peneroka jauh lebih rendah daripada yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang biasanya menawarakan sekitar RM80,000.00 kepada peneroka-peneroka manakala Felda dan Koperasi hanya menawarkan RM42,000.00 sah
Mereka yang berhajat untuk menguruskan sendiri penebangan dan penjualan kayu getah mereka telah mendapat pelbagai ugutan termasuk ugutan yang tidak munasabah seperti "akan disingkirkan dari rancangan Felda", "kayu getah mereka akan dibakar dan tidak boleh dijual".
Peneroka-peneroka ini kesemuanya telah mendapat geran tanah mereka, dan sebagai tuan tanah tidak ada sesiapa yang boleh mengganggu gugat kedudukan mereka dan untuk menguruskan tanah mereka mengikut yang mereka fikirkan perlu dan wajar.
Sub-kontraktor kepada Koperasi telah hadir didalam Majlis Dialog dan Taklimat yang saya sampaikan tetapi mereka tidak mampu membuat apa-apa keputusan kerana mereka telah membayar sejumlah wang koperasi dan mereka mahu bincangkan kedudukan mereka dengan koperasi.
Sementara itu banyak kontraktor-kontraktor telah menawarkan diri untuk menebang dan menjualkan kayu getah peneroka, tetapi peneroka berhati-hati untuk membuat pilihan.
Malam itu saya menginap di rumah Sdr Latif di Felda Palong 10.
Keesukan harinya saya bersama Rebin Birham telah pergi ke Pejabat KEADILAN Cabang Sekijang pada jam 11.00 pagi; disana saya telah memberikan taklimat kepada Jawatankuasa PKR Cabang Sekijang.
Setelah makan tengah hari (sudah hampir jam 3.00 petang), saya meninggalkan Segamat melalui Muadzam Shah, Endau dan Mersing untuk ke Felda Nitar 2. Wak Rabidin menunggu saya di Bandar Muadzam Shah, jam 5.00 petang kami meneruskan perjalanan ke Nitar 2, dan sampai dissana jam lebih kurang 7.00 malam.
Majlis Dialog dan Ceramah telah diadakan di rumah Sdr Zabidi, dan peneroka disana bersetuju dibawah kelolaan Jawatankuasa Bertindak dibawah pimpinan Sdsr Rahman Kaimi, Ketua PKR Ranting Nitar 2 untuk memfailkan saman terhadap Felda.
Saya menginap di Nitar 2 di rumah Sdr Zabidi.
Pada 8hb Disember 2011, saya tinggalkan Felda Nitar 2 menuju Melaka jam 9.30 pagi melalui Kahang, Kluang, Ayer Itam melalui Highway dan memasuki Tol Jasin/Merlimau terus ke Bandar Melaka ke Pejabat Parti Keadilan Rakyat Negeri Melaka.
Bersama-sama dengan beberapa orang Jawatankuasa PKR Negeri Melaka, kami pergi ke Restoran Arab Al-Jazeera untuk makan tengah hari, disana kami disertai oleh Sdri Ginie Lim, AJK AMK PKR Pusat dan Sdr Rahmat.
Saya meminta Sdr Rahmat memberikan taklimat mengenai KPG serta lain-lain perkara yang boleh dituntut melalui saman terhadap Felda.
Rahmat adalah seorang engineer yang betul-betul mahir mengenai kilang Felda kerana pengalamannya yang begitu luas. Beliau memberikan masa yang panjang menjadi Pengurus Kilang Felda dan selepas itu menjadi kilang sawit milik Risda sehinggalah beliau meletakkan jawatan.
Hampir 3 jam beliau menenrangkan mengenai perahan KPG dan 9 lagi lain-lain item yang boleh dituntut oleh Peneroka sebagai saman. Dan saya akan aturkan perjumpaan diantara Rahmat dengan JK Biro Felda dan Orang Asal serta peguam-peguam PKR.
Kata Rahmat,"kalau sama Felda hanya KPG, Felda mampu senyum ria, kerana Felda makan jauh lebih-lebih besar dari itu, ada 10 peraka yang perlu diberikan tumpuan agar keadilan untuk peneroka-peneroka dapat dibela."
Rahmat telah memperincikan 10 item tersebut dengan katanya, "Kalau 10 item ini dituntut, Felda akan memberikan perhatian lebih, jauh lebih serius kerana itu akan menggugat Felda hingga usus," ujarnya.
Pada malam itu saya dan Sdr Rebin Birham mengadakan Majlis Dialog untuk peneroka-peneroka Felda Hutan Percha, Sdr Ginie Lim telah sedia menunggu kami. Sdr Yusof Abdullah, dan Sdr Yusof Saad pergi ke sana bersama-sama saya.
Didalam Majlis Taklimat itu, beberapa orang peneroka Felda Bukit Bulat, Machap dan Kemendor meminta saya menetapkan tarikh untuk mengadakan Majlis dialog seperti yang diadakan di Hutan Percha kerana seperti peneroka-peneroka Hutan Percha, peneroka-peneroka di Bukit Bulat, Macap dan Kemendor juga berhajat untuk memfailkan saman terhadap Felda.
Saya menginap di sebuah Hotel diatas ikhsan Sdr Yusof Abdullah. Jam 7.00 pagi tadi saya meninggalkan Melaka untuk kembali ke Temerloh, dan sesampai di Temerloh saya terus pegi ke Rumah Haji Ismail di Lanchang untuk melihat sendiri kambing yang akan disembelih selepas Solat Jumaat nanti untuk Aqiqah cucu saya, seekor lagi diambil dari Kg Awah.
Kambing-kambing yang sudah disembelih itu akan dihantar ke rumah saya petang ini; saya dan Kak Hendon akan ke Raub ke rumah Abang Ali pada petang ini untuk menghantarkan kek yang ditempat oleh Kak Ainon untuk kenduri kahwin anaknya pada hari esuk 11.11.2011.
Kepada yang terbaca blog ini, saya jemputlah kerumah saya jam 1.00 tengah hari esuk untuk jamuan Aqiqah cucu saya.