KOTA BHARU, 12 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata cadangan pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat perlu dikaji terlebih dahulu sebelum ianya dilaksanakan.
Menurutnya, sama ada ianya wajar dilaksanakan atau sebaliknya, tindakan itu perlu dikaji terlebih dahulu khususnya terhadap kesan yang bakal dihadapi oleh kerajaan berkenaan sekiranya ia dilaksanakan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kerajaan negeri dikuasai Pakatan Rakyat mempunyai pilihan untuk mengadakan pilihan raya Dun berasingan jika kerajaan BN mengadakan pilihan raya umum tahun hadapan.
Katanya, kuasa membubarkan Dun adalah hak milik kerajaan negeri dan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat berhak mengadakan pilihan raya negeri.
Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS seterusnya berkata, bagaimanapun sekiranya cara berkenaan dilaksanakan, ia akan memudahkan pelbagai gentera Umno dan Barisan Nasional (BN) menyerang negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
"Jadi saya rasa cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum ianya dilaksanakan," ujarnya.
Parti Islam Semalaysia Pas nampak Datuk Seri Najib Tun Razak gelabah dan resah menghadapi gelombang kebangkitan rakyat. Serangan demi serangan kepada Pakatan Rakyat melalui media perdana dan meminta rakyat terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional dalam PRU 13. Beliau cuba hendak mengajak rakyat supaya membutakan mata supaya jangan melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat yang memerintah selama dua tahun lapan bulan cukup teruji dan terbukti kamampuanya berbanding dengan BN yang memerintah selama 53 tahun. Ditambah pula kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN di bawah kepimpinan Najib memerlukan masa untuk mendapat sokongan majoriti kerana masih ada lagi rakyat yang belum berpuas hati terhadap BN.
Rakyat mula membuat perbandingan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai hasil yang banyak tetapi mampu membuat kebajikan kepada rakyat seperti air percuma di Selangor, skim kifalah dan sebagainya. Rakyat sudah membayangkan jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat dengan hasil yang begitu melimpah ruah maka banyak lagi kesenangan rakyat akan diperolehi. Rakyat mula memikirkan apa yang mereka dapat di negeri BN yang memerintah. Sebaliknya rakyat hanya dapat kenaikan harga barang, petrol, gas dan akan datang pula kenaikan tarif letrik.
Tektik serangan terhadap Pakatan Rakyat untuk melindungi masalah dalaman BN yang begitu parah. Konvensyen BN pada 5 Disember 2010 gagal mencapai hajat penyatuan di kalangan mereka sebaliknya berakhir dengan perang mulut antara umno dan mca mengenai isu ketuanan Melayu. Slogan 1 Malaysia nampaknya tidak berapa menjadi untuk menjadi umpan kepada pengundi bukan Melayu untuk bersama dengan BN, maka jalan keluarnya ialah dengan menyerang Pakatan Rakyat.
Hari ini Datuk Seri Najib mendakwa siapa yang mengatakan Felda bankrap pengkhianat bangsa. Apabila peneroka sudah mempunyai kekuatan dan celik maklumat hasil daripada perjuangan Pas yang menubuhkan ANAK untuk generasi kedua, maka banyak tembelang umno Bn sudah terbongkar. Barisan Nasional tidak boleh menipu generasi kedua peneroka kerana mereka adalah generasi yang bermaklumat dan terpelajar. Sekarang mereka bangkit menuntut hak mereka, selama ini bapa mereka diperah seperti kilang sawit memerah buah sawit, yang peneroka dapat hanya hampas ini yang menjadi kemarahan Datuk Seri Najib.
Para pimpinan dari ketiga-tiga parti menyeru parti dalam komponen Pakatan Rakyat memantapkan dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Para pimpinan perlulah bersatu suara dan menyelesaikan masalah dengan sebaiknya.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar menyeru parti komponen lain iaitu DAP dan PKR memilih calon yang terbaik untuk PRU yang akan datang. Pas mengharapkan kejadian lompat parti tidak terjadi lagi dalam Pakata Rakyat. Insyaallah, calon PAS tidak akan berpaling tadah kerana berpegang pada amanah. Naib Presiden PRK yang baru, YB Nurul Izzah telah bersama-sama pimpinan lain hadir ke Seminar PR Perak di Hotel Hillcity, Perak. Turut hadir ialah AJK Pas Pusat YB Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Parlimen Jelutong YB Jeff Ooi. Ketiga- tiga pemimpin tersebut telah menyampaikan hujah hujah dan menerangkan isu-isu terkini..
Pelbagai isu telah diperjelaskan oleh wakil daripada parti masing-masing. Antaranya isu di sidang Dun Perak yang baru bersidang baru-baru ini, isu Zambry khurafat dan banyak lagi. Dato Seri Nizar Jamaluddin telah merasmikan seminar tersebut. Foto-foto diawal majlis, foto ehsan bloh Batu Gajah Mari.
Lagi foto berkaitan di Majlis Seminar Pakatan Rakyat yang diadakan di Hillcity Hotel, Ipoh kelmarin.
ISU BANGUNAN UMNO BAHAGIAN BAKRI MENJADI PERTELAGAHAN HANGAT DI ANTARA ADUN BENTAYAN DAN ADUN BUKIT NANING DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR BULAN NOVEMBER-DISEMBAR 2010 YANG LALU.
IKUTI VERBATIM/ UCAPAN MEREKA DALAM DEWAN NEGERI JOHOR.
Bangunan UMNO Bahagian Bakri - kebangaan UMNO ?
Perhatikan lambang keris di atas bangunan ini.Menurut pakar feng sui,
kedudukan keris ini boleh menikam diri sendiri.Wallahu a'lam.
Bangunan bersebelahan ini juga kepunyaan UMNO (kata ADUN Bukit Naning)
untuk disewa sahaja, bukan untuk dijual.Khabarnya ADUN Bentayan bercadang untuk menyewa lot tepi sekali bangunan diatas untuk Bilik Gerakan Pilihanraya DAP Bakri !
Teks Ucapan YB Gwee Tong Hiang dalam Perbahasa Bajet Negeri Johor 2011 dalam Dewan Negeri Johor:
YB Dato' Speaker
Tapak Bangunan UMNO Bahagian Bakri
Tapak Bangunan UMNO Bahagian Bakri yang telah didirikan dengan sederet 11 buah kedai 3 tingkat dan bangunan UMNO Bahagian Bakri, Muar yang telah diluluskan pada 14 Mei 2010.
Siapakah pembeli/pemilik berdaftar untuk 11 buah kedai-kedai 3 tingkat yang baru dibina dan nyatakan berapakah jumlah nilai harga sesebuah kedai tersebut?
Mengapakah MPM meluluskan bangunan dan deretan kedai tersebut walaupun di bahagian belakang deretan dan bangunan kedai tersebut, rezab jalannya adalah amat sempit malahan bersebelahan dengan Sungai Bentayan?
Untuk pengetahuan Dewan yang Mulia ini, diseberang Sungai Bentayan sana pula terdapat Pusat Penjaja Bentayan dimana rangka bangunan tersebut juga dibina sehingga ke tebing Sungai Bentayan!
Apakah yang akan terjadi sekiranya pihak JPS ingin membersihkan sungai tersebut?
Dengan lorong belakang yang amat sempit, Bentayan berpendapat jentera-jentera JPS tidak dapat menjalankan keja-kerja pembersihan mereka dengan sempurna!
Maka sekiranya lorong tersebut tidak dapat dilalui oleh jentera JPS adakah bangunan sedia ada perlu dirobohkan untuk kerja-kerja pembersihan Sungai Bentayan?
Disini Bentayan ingin bertanya kepada Pihak Kerajaan apa mekanisma yang akan digunakan untuk membersihkan Sungai Bentayan, adakah pihak JPS akan mencipta jentera JPS berbentuk HELIKOPTER kerana tiada laluan masuk untuk jentera-jentera berat ke kawasan tersebut!
YB Dr Mohammad dan YB Gwee di simpang Jalan Bentayan-Bulatan Bakri di mana Bangunan UMNO Bakri dibina.Jalan ini akan dijadikan jalan dua hala.
YB Dato' Speaker
Hala Menuju Ke Jalan Bentayan, Muar
Bentayan menerima aduan daripada para peniaga dan penduduk di Jalan Bentayan, Muar mengenai penukaran sistem lalu lintas oleh pihak MPM ke atas jalan tersebut!
Para perniaga yang menjalankan perniagaan di sana telah merunggut bahawa perniagaan mereka telah merosot sehingga 50% kerana ramai pelanggan dari luar susah hendak mencari jalan masuk ke Jalan Bentayan.
Pada masa kini pihak MPM telah memasang 2 papan tanda untuk menunjukkan hala yang betul ke Jalan Bentayan iaitu satu di Jalan Abdullah dan satu lagi di Jalan Lama tetapi nampaknya ramai yang masih sesat untuk mencari jalan tersebut!
Bentayan berharap Pihak MPM dapat menyelesaikan perkara tersebut dengan kadar segera agar para peniaga di kawasan tersebut dapat menjalankan aktiviti perniagaan mereka seperti sedia kala!
Ucapan balas YB Dato' Abdullah Ali,ADUN Bukit Naning:
pada 23 November 2010 dalam Persidangan yang sama:
NISA' MUAR telah berjaya menganjurkan program " NISA' Muar Hi-Tea 2010 " pada hari Ahad 12 Disember 2010, jam 2.00 hingga 5.00 petang bertempat di Muar Traders Hotel.Lebih 200 orang muslimat dan jemputan hadir pada petang tersebut.
Nisa' Hi-Tea 2010 merupakan program yang julung-julung kali diadakan serta dianjurkan oleh Jawatankuasa Nisa' Kawasan Muar.Program ini juga merupakan salah satu cara untuk merapatkan jalinan silaturrahim ahli-ahli Nisa' dan juga masyarakat sekitar.Selain itu, program ini diharapkan dapat memperkenalkan Nisa' kepada umum.
Di antara tetamu yang hadir ialah Ustaz Ustaz Abu Bakar Lajat (Yang Dipertua PAS Muar), Tuan Hj Malik Md Diah (Penyelaras Pusat Aduan Rakyat DUN Sg Balang), Sdr Yatin Sarpan (Ketua Cabang PKR Muar), Puan Fatimah Ismail (Ketua Dewan Muslimat PAS Muar), Ketua Wanita PKR Muar, Wakil Wanita DAP dan wakil-wakil NGO.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani.Beliau sangat menghargai sambil mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan Nisa' Muar menganjurkan program ini.Ia bukan sahaja memberi peluang kepada ahli-ahli Nisa' menampilkan diri dalam dunia peragaan muslimah tetapi juga turut mempromosikan Butik Busana Muslimah yang mula berkembang maju dalam daerah Muar khususnya.Ini dapat dilihat dengan kerjasama dan sumbangan mereka menjayakan program ini.Beliau mencadangkan agar Nisa' juga mengeluarkan produk (brand) barangan keperluan muslimah sendiri.
Majlis diserikan dengan Nasyid Multimedia,Peragaan Busana Muslimah,Tayangan Multimedia dan cabutan bertuah.Busana Muslimah yang diperagakan oleh ahli-ahli dan anak-anak Nisa' mendapat sambutan hebat daripada peserta Hi-Tea. Busana tersebut adalah sumbangan beberapa buah butik Busana Muslimah di sekitar bandar Muar.
YB Dr Mohammad bersama tetamu,AJK Nisa, Peraga Busana Muslimah.
YB Dr Mohammad bersama tetamu - Sdr Abdul Razak,Sdr Yatin dan AJK Dun Maharani
di meja VIP
Pengarah Nisa' Muar bersama tetamu muslimat.
Para peserta memenuhi meja yang disediakan.
Wakil Wanita DAP tidak ketinggalan.
YB Dr Mohammad menyampaikan ucapan perasmian.
Hadiah untuk pemenang cabutan bertuah.
Model-model Muslimah anggun berbaris di pentas.
Senyuman puas, tugas terlaksana.
Lihat.....busana perenang muslimah pun ada !
Bakal juara pertandingan renag.......
Menurut Pengarah Nisa' Muar, Puan Hjh Asmq' bt Abu Bakar, Nisa' adalah kelab remaja dan wanita berumur 15 - 40 tahun.Mereka berhasrat untuk melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia melalui program yang dirancang, menjurus kepada pembinaan dan pembangunan modal insan.Slogan mereka ialah "Penghubung Generasi Muda @ Connecting Youth" Slogan ini menggambarkan kesungguhan NISA' untuk menyatukan generasi muda melalui pendekatan bersepadu dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.
Pengarah Program Hi-Tea, Puan Norhayati Sulaiman ketika ditemui selepas program tersebut melahirkan rasa bersyukur kerana Program ini telah mencapai matlamatnya.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk pengusaha Butik Muslimah yang mengambil bahagian dan pihak Muar Traders Hotel yang menyediakan kemudahan tempat dan juga jamuan.
Selepas tamat Program peserta berpusu-pusu menziarahi gerai pameran yang menjual busana Muslimah di ruang legar di luar dewan.
Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.
Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1 . Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.
Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.
AMPANG, 12 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan 30 ribu pemuda bagi mengumpulkan jentera pemuda berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Himpunan tersebut dijadual diadakan pada 19 Februari tahun hadapan bertempat di negeri Kedah.
"Kita akan menyaksikan seluruh kekuatan pemuda dari seluruh negara berkumpul.
"Mereka akan mendengar amanat pimpinan utama PAS dan akan menerima watikah perlantikan untuk memenangkan PAS pada pilihan raya umum nanti," kata ketuanya, Nasrudin Hassan selepas mesyuarat bulanan dewan itu di pejabat PAS Gombak semalam.
Katanya, sementara sampai ke tarikh himpunan itu, satu road show ke seluruh negeri akan digerakkan bagi melihat gerak kerja pilihan raya di peringkat negeri dan kawasan.
"Tema road show ini adalah '2011 Masa Untuk Berubah' dengan membawa subtopik 'PAS Sedia Ganti Umno'," tambahnya lagi.
Ianya sebagai kesinambungan seminar 'PAS Ganti Umno' anjuran Lajnah Penerangan PAS yang di adakan di Shah Alam baru-baru ini.
Road Show itu juga jelasnya akan melibatkan penyertaan pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan pemuda DAP (DAPSY).
Ketuanan Islam vs Ketuanan Melayu
Sementara itu, beliau turut memaklumkan satu forum bertajuk 'Ketuanan Islam atau Ketuanan Melayu?' akan dianjurkan dewan itu.
Ianya sebagai penjelasan kepada rakyat berhubung isu 'Ketuanan Melayu' yang sedang dimainkan pihak tertentu yang mahu membangkitkan sentimen perkauman.
Forum itu dijadualkan pada 26 Disember ini dengan menampilkan panel dari PAS, Umno dan tokoh agama.
"Kami DPPP mengambil langkah untuk memberi penjelasan kepada masyarakat .
"53 tahun BN memerintah, Melayu tak jadi tuan pun, malah tanah rizab Melayu pun habis," katanya.
Mewakili PAS, DPPP katanya akan menjemput Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, manakala Dr. Mohd Puad Zarkashi dicadang mewakili Umno.
"Kita telah menghubungi bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mewakili tokoh agama, dan beliau telah pun menyatakan persetujuan untuk bersama kita," katanya.
Helping himself – Taib Lifts Prime Plots from Pelita [Exclusive!] Tuesday, December 7th, 2010 GMT In charge of the land handouts The Sarawak Chief Minister, Abdul Taib Mahmud, who is also the Chairman of the Land Custody and Development Authority (LCDA), which manages state land under the title of Pelita, has been using his control over the government agency to steer prime bits of land the way of himself and his family! Sarawak Report has found documentary proof that a huge area of 700 acres of valuable state land at 13th Mile Kuching, which had formed part of the Rajah Brooke Memorial Hospital site next to the Semengok National Park, has now been absorbed into the Taib family property empire. The Chief Minister himself holds substantial shares in the property. In his guise as Chief Minister and Chairman of the LCDA, he himself would have approved and overseen the deal from which he has so directly profited. A deal marked "CONFIDENTIAL"! We have established that the land was originally 'alienated' from the Hospital and placed under the 'custody' of the State in in 1984. Three years later in 1987 the LCDA then saw fit to transfer the custody of this land, which forms an extension of Semengok National Park, to a company called Lanco Plantations. Semengok is the last remaining sanctuary for Orang Utan in the entire region and as its name indicates, Lanco Plantations tears down natural habitats and plants palms. The biggest single shareholder in Lanco Plantations is the company Mesti Bersatu sdn bhd, which is owned by Taib Mahmud himself and members of his brother Arip's family. The the details of this shameful transaction are stamped 'CONFIDENTIAL' in the Land Registry, doubtless in an attempt to conceal the dishonesty of the deal. Sarawak Report would like to inform readers that a great number of the transactions registered in the Land Registry are likewise marked "Confidential" and we will leave you to draw your own conclusions.
Taken for free It is local knowledge that the land, which in the past had been given to local people to plant padi and to lepers being treated at the hospital to farm, had been taken from the Hospital and then passed into the hands of Taib's brother Arip Mahmud. Villagers in the area bitterly refer to it as 'Arip's Land'. However they reacted angrily today when they learnt about the full details of the transaction. We were able to inform them that the records show that the entire area of 256 hectares (around 700 acres) was transferred to the ownership of Lanco Plantations and their Taib family shareholders for a "NIL" premium. They were handed it absolutely free. It is surely for the corruption commissioners at the MACC to enquire on what grounds Taib, as both the Chairman of the LCDA and Chief Minister, gifted such a property to his family?
But nothing for Sarawak Meanwhile, many of the locals, mainly Bidayu, have suffered considerable hardships, because of the loss of their lands to developments such as the Borneo Highlands Resort and road-building for little if any compensation. It has now become clear that, since the Mahmuds were getting hold of their lands for free there, will have been no money available for such compensation! Given that there is no evidence that the LCDA paid the hospital for the land either (which would have at least provided funds to help the sick), it is obvious that the people of Sarawak have got absolutely nothing in return from the from this grabbing by the Chief Minister of land that was originally bestowed on the public by the Rajah Brooke family for the well-being of sick patients. Taib's profit The profits that have accrued to the Taibs as a result of this secret transfer of land are only too evident. Research has shown that land in this area is now valued at up to RM 50,000 per acre, meaning that the 700 acres now in their possession are currently worth at least RM 35 million. The area is presumably now earmarked for palm plantations, despite the destruction that would cause to the National Park. However, given its proximity to Kuching the general view is that Taib will opt to make bigger profits by building and selling housing. Contemplating having to move? Orang Utans of Semengok Saleh bin Ahmad, one local resident of the Kampong Mambong area today observed that since the Mulu National Park has now been almost completely denuded and logged by the Taib family, despite its World Heritage Status, the same will probably now happen in their area driving away the last of the Orang Utan. Do BN acknowledge this is corruption? Earlier this week YB Karim Hamza, a close political ally and friend of the Chief Minister, went on record to say that there is no reason for a politician to refuse cheap land if someone offers it to them. Referring to his boss, he said that if such land then happened to rise in value by thousands of times over the years then why should the politician not profit from doing business of this kind while in office ? Therefore, Sarawak Report would like to ask YB Karim Hamza and all Taib's other BN supporters, whether Taib's offering of state land to himself by himself for free falls into this category of "business opportunity" to which he was referring? We would like to know if this what he means by politicians accepting cheap land ? On the other hand Hamza did acknowledge that if a politician were to abuse his political power to enrich himself that would be corruption. So was Taib's use of his position as Chairman of the LCDA to grant himself a huge area of land for free therefore corrupt in Mr Hamza's eyes, or does he think he can come up with some further excuses for his boss? We would also like the BN advocates of the concept of mixing politics with business to consider whether other decisions by the Chief Minister might also have enhanced his profit from the land? For example, his decision to remove the land from the hospital in the first place and then to make it available for development ? Was it not this decision, rather than the years which have passed, that has so exponentially increased the value of the land that he has given to himself and his family!
Pelita Goldmine Wisma Pelita in Kuching - The Chairman (Taib) occupies a fancy office in the top but looks out on few remaining trees The avowed intention of Pelita, according to the philosophy laid down by its founder the Chief Minister in 1981, is to develop Sarawak's land for the 'benefit of the State Sarawak'. That development has certainly gone ahead. There is scarcely an inch remaining of the country's once breathtaking jungles. But onlookers have observed that given the huge swathes of land that have been handed out, generating hundreds of billions of ringgit in timber and oil palm, the premiums that Pelilta has managed to obtain on behalf of the people of Sarawak have been astonishingly minute. Just a few hundred million in all that time. We can now see why, since the Chief Minister has clearly been handing out great chunks of land either for free or for a fraction of its worth to his family and himself. Is it not time for a reforming White Paper to make all those transactions marked "CONFIDENTIAL" in the Land Registry public? Instead YB Karim Hamza and his BN cronies have been demanding a very different sort of White Paper to allow them to try to shut up the critics such as Sarawak Report.
A deal marked "CON" for confidential
PS: Sampai bila rakyat Sarawak nak sedar. Hampir semua bisness dikuasai oleh pemimpin dan kroni2nya saja, sedangkan rakyat miskin masih ramai lagik perlukan pekerjaan, peluang untuk rakyat marhaen nak berniaga atau mendapat kontrak kerajaan sekarang terlalu sukar sekiranya mereka tidak menyokong BN. Bah mari kita berubah dari BN ke PAS dan PAKATAN RAKYAT.
KUALA LUMPUR, 12 Dis: PKR menyifatkan, pendedahan Wikileaks tentang maklumat diplomatik dari Singapura tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pandangan peribadi tanpa sokongan bukti yang sah, oleh itu tidak perlu diambil berat.
Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dalam kenyataannya bagaimanapun berkata, pihaknya memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat yang didedahkan mengenai komen-komen bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara tersebut berkenaan fitnah sodomi yang dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saifudin dipercayai mengulas laporan media Autralia yang mendedahkan kononnya perangkap di pasang untuk Datuk Seri Anwar oleh musuhnya dan Anwar 'memasuki petangkap itu'. Ia dikatakan bersumberkan laporan para diplomat Singapura dan Menteri Mentornya, Lee Kuan Yew.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, laporan itu adalah hasil kerjasama para SB (polis cawangan khas) Malaysia.
Manakala itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdiam diri dengan pendedahan Wikileaks ini. Nama beliau turut didedahkan yang antara lain "Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa." yang jelas mengaitkan beliau dengan kes Altantuya Shariibuu.
"Pertamanya, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi Wikileaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterimapakai. Wikileaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai," kata Saifudin.
Orang ramai, katanya, bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomat. Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara itu.
Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau di dalam ASEAN, Jepun, China dan India. Ia adalah pendapat peribadi mereka, bukannya fakta, kata Saifudin/\.
Untuk memahami dengan lebih dekat bahawa catatan tersebut adalah pendapat peribadi mereka yang disensasikan, kata Saifudin, rakyat perlu juga meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang turut didedahkan olehWikileaks yang terkandung di dalam kabel yang sama merakamkan pandangan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura: Bilahari Kausikan
Menurut satu kabel yang merakamkan satu mesyuarat pada September 2008, En Kausikan memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney bahawa "ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia" yang akan menyebabkan orang Cina "meninggalkan" Malaysia dan "menyusahkan" Singapura.
Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata beliau: "Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa", secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Sharibu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa "Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu".
Dia juga memanggil bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra seorang yang mengamalkan "rasuah", "sama seperti yang lain termasuklah pembangkang di Thailand". Ujarnya dalam kabel itu lagi, Thaksin "membuat kesilapan berbuat baik dengan Putera Mahkota Thailand apabila Thaksin membayar hutang judi putera itu". Katanya , putera itu "tidak keruan dan sangat mudah dipengaruhi".
Komen-komen yang lain termasuklah kenyataan beliau "lebih selesa dengan Korea Utara sebagai kuasa nuklear berbanding jika Iran mempunyai senjata nuklear". Beliau juga mengkritik Russia, yang menurutnya "berekonomi dunia ketiga dan sistem kesihatan Russia pula kucar-kacir".
Peter Ho
Dalam Mac 2008, En Ho mengutuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana "membaling batu" kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar.
Menurutnya, "Khairy Jamaludin akan ditikam di dalam Umno kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga".
Seperti juga rakan sekerjanya, En Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Sharibu. Katanya, "Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)".
En Tommy Koh
Seorang lagi diplomat kanan Singapura yang dipetik oleh kabel yang didedahkan oleh Wikileaks itu mengkritik negara-negara lain yang ada pengaruh di rantau ini, dalam catatan mesyuarat dalam bulan September 2009.
Dia menggelarkan Jepun sebagai "orang gemuk yang kalah dan merajuk" apabila membandingkan hubungan China dan ASEAN yang makin rancak. Dia juga menyalahkan keadaan itu kepada "kepimpinan Jepun yang bodoh, lemah dan tidak ada wawasan".
Pandangannya terhadap India juga buruk, melalui gambarannya bahawa "kawan India yang bodoh dan teragak-agak untuk berkecimpung dengan ASEAN".
Justeru, kata Saifudin, kabel sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim perlu dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya, iaitu komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia tanpa mengira parti dan latar belakang.
PKR, katanya, mengulangi pendirian parti bahawa pandangan-pandangan tersebut, walaupun terkandung di dalam kabel sulit diplomatik yang dibocorkan oleh Wikileaks, adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta. Untuk berlaku adil kepada semua pihak, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka.
"Jika tidak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang perlu berhempas pulas menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung di dalam kabel sulit yang sama; yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Sharibu," katanya.
Akhirnya, kata beliau, semua pihak kena kembali kepada perkara pokok yang meruntun negara dan rakyat iaitu integriti sistem kehakiman yang dinodai sehingga menidakkan keadilan. Ini dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya Anwar Ibrahim diberikan ruang sepenuhnya membela diri tanpa manipulasi atau campur tangan politik; agar beliau mendapat perbicaraan yang adil dan telus.
"Fitnah terhadap beliau dan keluarga telah mengheret seluruh negara ini diselubungi igauan sejak tahun 1998 lagi. Igauan tersebut boleh dihentikan sekiranya integriti dan kredibiliti institusi kehakiman dipulihkan.
"Makanya, PKR akan mengalu-alukan mana-mana maklumat (sulit atau tidak) dari mana-mana pihak yang boleh menegakkan kebenaran, asalkan maklumat itu adalah tepat dan berasaskan fakta. Malangnya, komen-komen yang terkandung di dalam kabel sulit yang dibocorkan itu tidak lebih dari maki hamun terhadap semua perkara yang bukan Singapura, bertepatan dengan rekod hubungan diplomatik yang dingin di antara Malaysia dan Singapura," tegas beliau.-Harakahdaily
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar IGP, Ketua Polis Negara, Polis Di-Raja Malaysia, Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur.
10hb.Disember 2010
YDH Tan Sri,
JAWAPAN KDN MENGENAI INSIDEN MATA-LEBAM.
Assalamualaikum wbt.,Semoga YDH Tan Sri dalam sihat walfiat.
2. Izinkan saya dengan segala hurmatnya merujuk kepada jawapan YB Menteri Dalam Negeri bertarikh 2.12.2010 kepada persoalan yang ditimbulkan di-Parlimen oleh YB Lim Kit Siang berkaitan isu diatas.
3. Saya menarik perhatian Tan Sri kepada petikan jawapan tersebut; "Pihak PDRM telah membuat semakan keatas penyiasatan yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam kes serangan mata-lebam pada 1998.Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan tersebut".Saya memohon maaf kerana terpaksa menyatakan pendapat saya, bahawa pendirian yang PDRM ambil dalam menyediakan jawapan tersebut adalah jauh berbeza,malahan bertentangan dengan pendirian PDRM, ketika menangani siasatan insiden ini pada 1998.Saya wajar menegaskan bahawa pendirian PDRM ketika itu, adalah untuk menjalankan siasatan "without fear or favour;leaving no stone unturned;and to get it over with as soon as possible" dan tidak ada sebarang "cover-up" untuk sesiapa pun.Namun begitu pendirian kali ini nampaknya cenderong kepada melindungi orang-orang tertentu.
4. Saya berharap pendirian sedemikian yang Tan Sri ambil dalam penyediaan jawapan diatas adalah terbatas yang disebabkan oleh kekurangan bahan rujukan yang sepatutnya berada dalam kertas siasatan kes mata-lebam tersebut. Pada ketika penyiasatan kes ini lagi, beberapa dokumen penting dalam kertas siasatan itu, pernah dihilangkan ketika ditangan Peguam Negara dan kami terpaksa menggantikannya dengan salinan pendua.Malah keseluruhan kertas siasatan berkenaan pernah "dihilangkan" sementara, selama lebih kurang 3 minggu diatara 30.10.1998 hingga 20.11.1998 sepertimana yang saya jelaskan dalam perenggan 16 Surat Terbuka saya kepada Tan Sri pada 22.11.2010. Tidak hairan jika berlaku kekurangan kandungan kertas siasatan itu, kerana ianya tersorok lama di-Jabatan Peguam Negara.
5. Sebelum saya pergi kepada isu pokok surat ini,izinkan saya menegaskan bahawa diari penyiasatan saya dalam kes ini adalah dibuat "as and when the events unfolded", sama-ada yang saya rakamkan secara detail atau sekadar mencatitkan perkara mustahak setakat membolehkan saya menyegarkan ingatan saya kepada peristiwa berkenaan.Seperti apa yang kita pernah diajar di-Maktab KKB dahulu, "you see..you recognize;you read..you will know;if you write…you will remember for ever.".Saya juga ada merakamkan perkara-perkara penting dalam perharian rasmi (official diary) khususnya bagi memelihara kerahsiaan identity individu dan maklumat penting yang saya terima berkaitan siasatan kes ini. Selain daripada diari penyiasatan tersebut saya telah menyediakan summary of evidence dalam minit-minit bertarikh 15.10.1998, 29.10.1998 dan 27.1.1999 yang saya jadikan sebahagian daripada diari penyiasatan, kesemuanya diedarkan mengikut prosidur edaran kertas siasatan,kepada Peguam Negara.Jika terdapat rakaman diari atau minit saya yang palsu atau tidak benar,sudah lama saya telah dikenakan tindakan Mahkamah.
6. Apabila PDRM baru-baru ini menyatakan, "Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan ini",persoalan yang muncul secara spontan ialah;bagaimana dan dimanakah hendak disorokkan sebanyak tiga(3) laporan perubatan yang telah dipalsukan dalam siasatan tersebut?.Malah dua(2) daripada tiga laporan berkenaan telah dikemukakan dan dipertimbangkan dalam prosiding Suruhanjaya Di Raja menyiasat insiden mata-lebam ini pada tahun 1999,dan laporan Suruhanjaya diistiharkan dokumen public.Laporan-laporan ini pula bukannya sekadar satu atau dua muka surat yang boleh terlepas pandang. Ketiga-tiga laporan ini berjumlah enam puloh lima(65) muka surat kesemuanya.Selain itu ketiga-tiga laporan berkenaan telah saya edarkan kepada;
YAB Perdana Menteri sendiri pada 19.2.2009. YA Bhg.Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM pada 15.4.2009 dan 7.5.2009 Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Pengarah Hospital Kuala Lumpur dan Presiden Malaysian Medical Association pada 7.5.2009. Peguam Cara Negara menerusi salinan laporan 15.4.2009 dan 7.5.2009.
6.1. Saya percaya Tan Sri masih ingat,bilamana satu helai surat sahaja,bertarikh 21.9.1953 yang ditanda tangani oleh seorang Pemangku Setia Usaha Kerajaan Negeri, menjadi antara sebab utama,maruah dan kedaulatan Negara tercemar apabila kita terpaksa menyerahkan Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura.Bayangkanlah apa yang boleh enam puloh lima (65) muka surat dokumen yang dipalsukan atas arahan Peguam Negara-Peguam Negara, boleh lakukan terhadap Sistem Keadilan Jenayah kita.
7. Saya turut yakin Tan Sri mahir dengan case laws berkaitan pemalsuan.Setiap pemalsuan itu adalah dilakukan secara "deliberate".Tidak ada pemalsuan yang sebegini banyak dilakukan secara tidak sengaja.Saya ingin menegaskan bahawa ketiga-tiga laporan perubatan yang dipalsukan itu dilakukan dengan perancangan, persediaan dan perlaksanaannya dilakukan secara deliberate bagi memenuhi motif-motif yang jelas.Diary penyiasatan saya dan minit-minit berkaitan boleh membantu mengenalpasti sequent of events pemalsuan-pemalsuan ini.
8. Jika saya yang menjelaskan motif-motif pemalsuan itu dilakukan,mungkin ada pihak yang akan mempertikaikannya atau mungkin ada yang akan mengatakan saya melampau atau bias.Untuk menjauhi tanggapan khilaf sedemikian,apa kata saya jemput Tan Sri menilai sendiri dengan merujuk kepada penemuan Ahli Suruhanjaya Di-Raja Tersebut yang bijaksana, dirakamkan dalam Laporan Volume 1,PART TWO,Item 2 "OVERVIEW" perenggan 2.1.Komen Suruhanjaya ini dibuat berkaitan Press Statement Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 yang ditanda tangan sendiri oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham TSMA) khususnya muka surat 5 Press Statement tersebut:-
:Quote:( 6 baris terakhir muka surat 5 "Overview")
"Quite simply,this passage meant that Dato Seri Anwar Ibrahim(DSA)had made untrue allegations about several injuries sustained by him but more to the point that it had been proved,to the satisfaction of the Honourable the Attorney General,that more than one Police Officer was involved in causing other injuries on certain parts of DSA's body" ( penekanan saya kepada perkataan dalam "bold & italic").Unquote.
8.1. Perkara dalam 2nd limb,quotation diatas yang menyebabkan pertembungan "head-on" antara Tan Sri Abdul Gani Patail(TSGP) dengan saya.Jika saya sebutkan nama-nama pegawai tinggi Polis dan berapa jumlahnya yang TSGP katakan beliau ada kuasa untuk menuduh dan atas kesalahan apa berkaitan insiden mata-lebam ini,mungkin saya akan dianggap sebagai seorang penghasut atau batu api. Tiada faedah untuk saya memainkan script usang ini.Bagaimanapun untuk makluman Tan Sri ,pada ketika saya dipanggil memberi keterangan oleh pihak SPRM bulan July 2008 itu,saya disoal juga mengenai "sikap tidak sopan" saya ini.Mungkin ianya tidak penting tetapi sekadar untuk Tan Sri membuat verifikasi jika relevan.
9. Dalam prosiding Suruhanjaya DiRaja tersebut yang diadakan diantara 22.2.1999 dan 4.3.1999,dua laporan pakar dalam persoalan ini,yang disediakan oleh Dr.Rahman Yusof masing-masing yang diarahkan oleh TSGP pada 26.10.1998 dan satu lagi yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA,yang dipercayai disediakan diantara 14.12.1998 dan 21.12.1998 (Ekshibit A9) telah dikemukakan dan diteliti oleh Suruhanjaya. Perkara ini dirakamkan dalam Volume 1,PART FOUR,Item 4(B) The Medical Evidence,perenggan 4.11 dan 4.12.
9.1. Saya mendapat faham pendedahan dalam prosiding ini telah membuat Allahyarham TSMA merasa cemas.Diberitakan beliau tidak tahu TSGP telah lebih awal melantik Dr.Rahman menyediakan laporan pada 26.10.1998. Allahyarham juga dikatakan tidak diberitahu mengenai latar belakang Dr.Rahman sepertimana yang saya telah jelaskan kepada TSGP.Saya turut percaya sekiranya Allahyarham TSMA diberitahu mengenai kedua perkara ini,tidak mungkin beliau akan melantik Dr.Rahman buat kali kedua oleh kerana sebarang pemalsuan yang dilakukan akan mudah dikesan kerana semua aktibiti siasatan ini dirakamkan secara ketat oleh Pasukan Penyiasat.
9.2. Saya kemudiannya diberitahu ,TSGP telah memainkan peranannya dibelakang tabir untuk cuba "membetulkan" keadaan.Apa yang boleh saya sahkan ialah Dr.Rahman sendiri memohon, malah merayu kepada pembantu-pembantu saya untuk mendapat kerjasama saya memasukkan laporan ketiga pula untuk "neutralize" laporan pertama bertarikh 26.10.1998 dan laporan kedua sepertimana Ekshibit 9,yang saya tolak.
10. Perkara yang sangat penting yang saya harapkan Tan Sri mengambil perhatian ialah;
10.1. Dalam prosiding Suruhanjaya DiRaja tersebut,dua laporan Dr.Rahman yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA dan TSGP telah dikemukakan; sepertimana disebut dalam perenggan 9 diatas.
10.2. Apabila laporan Suruhanjaya tersebut lengkap dicetak dan dipersembahkan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong,dan kemudiannya diistiharkan sebagai dokumen public,didapati laporan Dr.Rahman yang diarahkan oleh TSGP tidak ada dalam laporan tersebut.Bagaimanapun laporan yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA ada sepertimana Ekshibit A9.
10.3. Untuk berlaku adil kepada TSGP,saya tiada maklumat mengatakan yang beliau ada peranan sehingga menyebabkan laporan yang beliau arahkan itu digugurkan daripada laporan Suruhanjaya tersebut.Bagaimanapun saya tidak akan terkejut jika beliau terlibat,oleh kerana orang lain tiada mempunyai kepentingan berkaitan laporan ini.Pun begitu saya tidak bimbang dengan ketiadaan dokumen tersebut dalam laporan Suruhanjaya, oleh kerana salinan-salinanya adalah dalam kawalan dan rakaman mengenai pembikinan laporan ini, dalam diari penyiasatan saya adalah lengkap dan jelas.
10.4. Apa yang patut dibimbangkan ialah;jika laporan penting sepertimana rekod prosiding Suruhanjaya Di-Raja ini,yang akan dipersembahkan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong, pun boleh dimanipulasikan,maka bayangkan apa yang boleh dilakukan terhadap rekod siasatan melibatkan rakyat biasa.
11. Saya berharap Tan Sri akan menimbangkan semula pendirian yang PDRM ambil dalam isu ini.Perkara mantan IGP,TSRN mengaku bersalah dan mengambil tanggung-jawab dan melalui hukuman yang dikenakan keatasnya, TIDAK sepatutnya diungkit lagi.Perkara yang patut dititikberatkan ialah mengenai pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan dalam penyiasatan mata-lebam ini,dan pemalsuan-pemalsuan serta penipuan-penipuan yang dilakukan susulan dari itu dan/atau yang berkaitan dengannya dan mengenalpasti siapa pemain-pemain utamanya.Keterangan mengenainya baik keterangan direct mahupun circumstancial adalah jelas.Saya percaya Tan Sri turut sedar bahawa tidak ada pihak yang mempunyai kuasa untuk indemnify mana-mana individu daripada criminal liability.
11.1. Tidak salah untuk saya membawa ingatan Tan Sri kepada Januari 1999, dimana kesan daripada pemalsuan dan penipuan yang terkandung dalam Press Statement Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 telah membawa PDRM to the brink of collapse. Betapa masyarakat memandang rendah dan hinanya kita ketika itu,sehinggakan timbul cakap-cakap yang orang luar dari kalangan PTD pula akan mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara,seolah-olah dalam PDRM tidak ada orang yang layak atau mampu memimpin pasukan.Saya percaya Tan Sri juga ingat situasi ini dan tentunya tahu orang-orang yang terlibat dan bersubahat membawa kita kepada situasi itu.Saya berharap sejarah ini tidak berulang.
12. Apa pun,saya serahkan kepada kebijaksanaan Tan Sri untuk membuat keputusan yang terbaik untuk PDRM dan adil untuk semua pihak.Bagaimanpun saya memelihara hak saya, untuk menyambung atau menghentikan setakat ini sahaja, persuratan berkaitan perkara dalam persoalan ini atau perkara yang berkaitan dengannya.
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar IGP, Ketua Polis Negara, Polis Di-Raja Malaysia, Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur.
10hb.Disember 2010
YDH Tan Sri,
JAWAPAN KDN MENGENAI INSIDEN MATA-LEBAM.
Assalamualaikum wbt.,Semoga YDH Tan Sri dalam sihat walfiat.
2. Izinkan saya dengan segala hurmatnya merujuk kepada jawapan YB Menteri Dalam Negeri bertarikh 2.12.2010 kepada persoalan yang ditimbulkan di-Parlimen oleh YB Lim Kit Siang berkaitan isu diatas.
3. Saya menarik perhatian Tan Sri kepada petikan jawapan tersebut; "Pihak PDRM telah membuat semakan keatas penyiasatan yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam kes serangan mata-lebam pada 1998.Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan tersebut".
Saya memohon maaf kerana terpaksa menyatakan pendapat saya, bahawa pendirian yang PDRM ambil dalam menyediakan jawapan tersebut adalah jauh berbeza,malahan bertentangan dengan pendirian PDRM, ketika menangani siasatan insiden ini pada 1998.Saya wajar menegaskan bahawa pendirian PDRM ketika itu, adalah untuk menjalankan siasatan "without fear or favour;leaving no stone unturned;and to get it over with as soon as possible" dan tidak ada sebarang "cover-up" untuk sesiapa pun.Namun begitu pendirian kali ini nampaknya cenderong kepada melindungi orang-orang tertentu.
4. Saya berharap pendirian sedemikian yang Tan Sri ambil dalam penyediaan jawapan diatas adalah terbatas yang disebabkan oleh kekurangan bahan rujukan yang sepatutnya berada dalam kertas siasatan kes mata-lebam tersebut. Pada ketika penyiasatan kes ini lagi, beberapa dokumen penting dalam kertas siasatan itu, pernah dihilangkan ketika ditangan Peguam Negara dan kami terpaksa menggantikannya dengan salinan pendua.Malah keseluruhan kertas siasatan berkenaan pernah "dihilangkan" sementara, selama lebih kurang 3 minggu diatara 30.10.1998 hingga 20.11.1998 sepertimana yang saya jelaskan dalam perenggan 16 Surat Terbuka saya kepada Tan Sri pada 22.11.2010. Tidak hairan jika berlaku kekurangan kandungan kertas siasatan itu, kerana ianya tersorok lama di-Jabatan Peguam Negara.
5. Sebelum saya pergi kepada isu pokok surat ini,izinkan saya menegaskan bahawa diari penyiasatan saya dalam kes ini adalah dibuat "as and when the events unfolded", sama-ada yang saya rakamkan secara detail atau sekadar mencatitkan perkara mustahak setakat membolehkan saya menyegarkan ingatan saya kepada peristiwa berkenaan.Seperti apa yang kita pernah diajar di-Maktab KKB dahulu, "you see..you recognize;you read..you will know;if you write…you will remember for ever.".
Saya juga ada merakamkan perkara-perkara penting dalam perharian rasmi (official diary) khususnya bagi memelihara kerahsiaan identity individu dan maklumat penting yang saya terima berkaitan siasatan kes ini. Selain daripada diari penyiasatan tersebut saya telah menyediakan summary of evidence dalam minit-minit bertarikh 15.10.1998, 29.10.1998 dan 27.1.1999 yang saya jadikan sebahagian daripada diari penyiasatan, kesemuanya diedarkan mengikut prosidur edaran kertas siasatan,kepada Peguam Negara.Jika terdapat rakaman diari atau minit saya yang palsu atau tidak benar,sudah lama saya telah dikenakan tindakan Mahkamah.
6. Apabila PDRM baru-baru ini menyatakan, "Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan ini",persoalan yang muncul secara spontan ialah;bagaimana dan dimanakah hendak disorokkan sebanyak tiga(3) laporan perubatan yang telah dipalsukan dalam siasatan tersebut?.Malah dua(2) daripada tiga laporan berkenaan telah dikemukakan dan dipertimbangkan dalam prosiding Suruhanjaya Di Raja menyiasat insiden mata-lebam ini pada tahun 1999,dan laporan Suruhanjaya diistiharkan dokumen public.Laporan-laporan ini pula bukannya sekadar satu atau dua muka surat yang boleh terlepas pandang. Ketiga-tiga laporan ini berjumlah enam puloh lima(65) muka surat kesemuanya.Selain itu ketiga-tiga laporan berkenaan telah saya edarkan kepada;
YAB Perdana Menteri sendiri pada 19.2.2009. YA Bhg.Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM pada 15.4.2009 dan 7.5.2009 Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Pengarah Hospital Kuala Lumpur dan Presiden Malaysian Medical Association pada 7.5.2009. Peguam Cara Negara menerusi salinan laporan 15.4.2009 dan 7.5.2009.
6.1. Saya percaya Tan Sri masih ingat,bilamana satu helai surat sahaja,bertarikh 21.9.1953 yang ditanda tangani oleh seorang Pemangku Setia Usaha Kerajaan Negeri, menjadi antara sebab utama,maruah dan kedaulatan Negara tercemar apabila kita terpaksa menyerahkan Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura.Bayangkanlah apa yang boleh enam puloh lima (65) muka surat dokumen yang dipalsukan atas arahan Peguam Negara-Peguam Negara, boleh lakukan terhadap Sistem Keadilan Jenayah kita.
7. Saya turut yakin Tan Sri mahir dengan case laws berkaitan pemalsuan.Setiap pemalsuan itu adalah dilakukan secara "deliberate".Tidak ada pemalsuan yang sebegini banyak dilakukan secara tidak sengaja.Saya ingin menegaskan bahawa ketiga-tiga laporan perubatan yang dipalsukan itu dilakukan dengan perancangan, persediaan dan perlaksanaannya dilakukan secara deliberate bagi memenuhi motif-motif yang jelas.Diary penyiasatan saya dan minit-minit berkaitan boleh membantu mengenalpasti sequent of events pemalsuan-pemalsuan ini.
8. Jika saya yang menjelaskan motif-motif pemalsuan itu dilakukan,mungkin ada pihak yang akan mempertikaikannya atau mungkin ada yang akan mengatakan saya melampau atau bias.Untuk menjauhi tanggapan khilaf sedemikian,apa kata saya jemput Tan Sri menilai sendiri dengan merujuk kepada penemuan Ahli Suruhanjaya Di-Raja Tersebut yang bijaksana, dirakamkan dalam Laporan Volume 1,PART TWO,Item 2 "OVERVIEW" perenggan 2.1.Komen Suruhanjaya ini dibuat berkaitan Press Statement Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 yang ditanda tangan sendiri oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham TSMA) khususnya muka surat 5 Press Statement tersebut:-
:Quote:( 6 baris terakhir muka surat 5 "Overview")
"Quite simply,this passage meant that Dato Seri Anwar Ibrahim(DSA)had made untrue allegations about several injuries sustained by him but more to the point that it had been proved,to the satisfaction of the Honourable the Attorney General,that more than one Police Officer was involved in causing other injuries on certain parts of DSA's body" ( penekanan saya kepada perkataan dalam "bold & italic").Unquote.
8.1. Perkara dalam 2nd limb,quotation diatas yang menyebabkan pertembungan "head-on" antara Tan Sri Abdul Gani Patail(TSGP) dengan saya.Jika saya sebutkan nama-nama pegawai tinggi Polis dan berapa jumlahnya yang TSGP katakan beliau ada kuasa untuk menuduh dan atas kesalahan apa berkaitan insiden mata-lebam ini,mungkin saya akan dianggap sebagai seorang penghasut atau batu api. Tiada faedah untuk saya memainkan script usang ini.Bagaimanapun untuk makluman Tan Sri ,pada ketika saya dipanggil memberi keterangan oleh pihak SPRM bulan July 2008 itu,saya disoal juga mengenai "sikap tidak sopan" saya ini.Mungkin ianya tidak penting tetapi sekadar untuk Tan Sri membuat verifikasi jika relevan.
Satu lagi pengiktirafan terhadap Mursyidul am PAS dan juga Menteri Besar Kelantan. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PERMATANG PAUH, 12 Dis: Buku bertajuk ' Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz Mengikut Pandangan Sarjana Kepimpinan Besar Sepanjang Zaman' hasil tulisan Prof. Dr Shahrir Mohd Zain telah dilancarkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Dato' Abdul Halim Hussain di Masjid Batu, Kampung Pertama, semalam. Abdul Halim dalam ucapan pelancarannya menyatakan bentuk kesederhanaan dalam kepimpinan yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Kelantan itu adalah suatu yang sukar diamalkan oleh mana-mana pemimpin dalam negara ini. Katanya, sifat peribadi yang tinggi dipunyai oleh Nik Aziz itu bukan saja disenangi oleh majoriti rakyat Kelantan yang beragama Islam, malah ia turut disenangi oleh masyarakat bukan Islam. "Wasatiyyah yang menggabungkan sifat keadilan dan kesederhanaan Tok Guru itu diungkapkan dalam buku ini bagi menjadi teladan kepada masyarakat. Ia adalah sebagai panduan dalam mengamati sifat peribadi yang harus ada pada kepimpinan sama ada peringkat bawahan maupun peringkat tertinggi. "Beliau juga adalah tokoh sederhana dalam kepimpinan negara yang tidak juga dapat ditandingi sifatnya oleh mana-mana kepimpinan yang ada dalam negara ini walaupun telah berjaya memimpin Kelantan lebih dari 20 tahun hingga kini,"ujar beliau. Pelancaran kali ini adalah sebagai permulaan kepada pelancaran yang akan turut dilakukan di beberapa buah negeri lagi sebagai satu wadah perjuangan untuk memberi peluang kepada masyarakat memiliki buku yang menceritakan keperibadian dan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz. Sasterawan Negara, Azizi Abdullah, Dinsman dan Ketua Satu Persatuan Penulis Pulau Pinang, Anuar Ahmad adalah antara tetamu yang turut hadir pada majlis pelancaran buku tersebut.
Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kenyataan amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010. Beliau cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga. Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur. Nampaknya kerajaan resah pada hari ini akibat tidak bijak urus khazanah negara yang melimpah ruah sehingga rakyat derita dengan kenaikan harga barang yang melambung. Alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia ini orang yang bijak dan telus.
Sepatutnya pemimpin BN perlu belajar daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak urus dan cuba untuk mengagihkan harta negeri kepada rakyat. Kebijaksanaan pimpinan PAS di Kelantan yang mampu bertahan sampai 20 tahun walau pun dengan kekangan dan tekanan dariapda pusat. Kelantan tidaklah banyak hasil, tetapi mampu mengurus dengan baik dan teratur. Ketika negeri yang di bawah pentadbiran BN menghadapi masalah kewangan, Alhamdulillah Kelantan selamat daripada malapetaka buruk ini. Pihak kerajaan perlu mengambil ingatan daripada pemimpin Pakatan Rakyat, apabila minyak naik maka semua perkara akan naik. Selepas ini tarif elektrik akan naik pula. Senang sungguh menjadi pemimpin BN yang mentadbir negara. Jikalau wang tidak ada jalan keluarnya dengan membebankan rakyat dengan menaikkan tol, letrik, minyak, saman ekor dan apa sahaja yang boleh menjadi wang untuk kambus gaung yang begitu dalam kerana boros dan tidak bijak mengurus. - Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat
PS: Usahlah percaya lagik dengan janji2 kosong pemimpin BN, mereka boleh kata apa saja untuk menyakinkan rakyat tapi hakikat sebenarnya mereka sudah banyak kali menipu rakyat dengan berbagai2 alasan. Lihat saja kenyataan jaminan Menteri BN katanya harga minyak tidak akan naik dalam tahun ini tapi selang berapa minggu saja semua janji2 mereka tinggal janji. Beginilah nasib rakyat Malaysia yang bertuankan BN, sampai bila lagik rakyat Malaysia nak bagi peluang kepada BN nak perintah Malaysia ini. Bah mari kita sama2 berubah agar hidup kita tidak terus mendapat musibah. Pakat2lah kita sokong PAS dan PAKATAN RAKYAT untuk kesejahteraan Umah.
Kesempitan hidup menyebabkan seorang ibu terpaksa bertangguh dalam urusan mengkhatankan dua anak lelakinya yang sudah cukup umur.
Kehidupan Azliza Sahid, 38, terhimpit selepas berpisah dengan suaminya sejak tiga tahun lalu dan terpaksa menanggung enam orang anak berusia antara 4 sehingga 17 tahun.
Menurutnya, memikirkan kos berkhatan yang mencecah ratusan ringgit memaksanya untuk mendahulukan pendapatan bulanan yang diterima untuk urusan yang lebih penting berbanding membawa anaknya berkhatan.
"Hampir setiap tahun saya berhasrat mahu membawa dua anak lelaki saya yang kini berusia 11 tahun dan 13 tahun untuk berkhatan, namun akibat kekurangan duit hasrat itu terpaksa dibatalkan.
"Cuma, sejak akhir-akhir ini saya mula memikirkan yang anak saya sudah semakin dewasa dan jika ditangguhkan lagi pasti semakin susah. Jadi, saya cuba juga usahakan untuk mereka dikhatankan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permai 2.
Lebih menyedihkan apabila Sinar Harian turut difahamkan bahawa rumah tempat Azliza dan anaknya berteduh sekarang adalah rumah kosong yang tidak diketahui pemiliknya.
Azliza menambah, sudah hampir setahun dia membuat keputusan untuk tinggal di rumah kosong terbabit biarpun tidak dilengkapi dengan kemudahan air dan elektrik.
"Sejak berpisah dengan suami, saya tinggal bersebelahan dengan rumah keluarga saya, namun disebabkan kesemua adik beradik yang lain turut tinggal sekali menyebabkan rumah berkenaan terlalu sesak dan tidak mampu untuk menampung kami anak beranak.
"Saya tidak tahu rumah ini milik siapa tapi sekurang-kurangnya dapatlah kami menumpang buat sementara waktu. Saya bukan tidak mahu menumpang di rumah yang lebih selesa namun, gaji saya tidak mencukupi untuk membayar sewa rumah," katanya.
Menurutnya lagi, anaknya masih bersekolah dan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM600 sememangnya tidak mencukupi.
"Saya berhasrat untuk berniaga bagi mengubah nasib diri dan keluarga namun hasrat terpaksa dibatalkan akibat tidak mempunyai modal yang mencukupi.
"Saya tidak tahu saluran mana yang harus saya ikuti bagi memohon bantuan memulakan perniagaan dan amat berharap ada pihak yang sudi membantu," katanya yang turut mendapat bantuan bulan RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Ketua Polis London minta maaf dan tawar diri untuk letak jawatan ekoran kejadian penunjuk perasaan bertindak ganas menyerang kereta yang membawa pasangan di raja Charles dan Camilla.
Baca seterusnya...
LONDON: Polis berpangkat tinggi Britain menawarkan diri meletakkan jawatannya susulan sekumpulan pelajar yang berdemonstrasi membantah kenaikan yuran universiti di negara itu menyerang sebuah kereta yang membawa Putera Charles dan isteri, Camilla, beberapa hari lalu.
Serangan Khamis lalu disebabkan rancangan Perdana Menteri, David Cameron, menaikkan yuran universiti tiga kali ganda.
Pasangan diraja itu selamat dalam tunjuk perasaan yang turut menyaksikan kejadian keganasan; bagaimanapun, sesuatu yang memalukan berlaku bagi pihak polis, khususnya menjelang hari perkahwinan anak lelaki mereka, Putera William tahun depan.
Menurut laporan akhbar Sunday Times, Ketua Polis Metropolitan London, Paul Stephenson, menghubungi Charles pagi hari berikutnya dan memohon maaf secara peribadi dan menawarkan untuk meletakkan jawatan. - AFP
Letak jawatan, ekk??
Itu bagi mereka yang ada maruah. Oleh sebab, ada sikap accountability.... maka dia sanggup melepaskan jawatannya.
Ketua Polis di Malaysia Boleh, amacam?? Sanggup buat macam tu??
Setahu aku KPN kita dah dua kali dihantar surat terbuka daripada rakan sekerja dia Datuk Mat Zin pasal salah laku si Gani Petai Peguam Negara berkaitan kes 'Mata Lebam Anwar'. Apa tindakan yang sudah diambil??
Kalau tak berani nak bertindak... aha, letak jer jawatan. Baru orang akan respek dan tabik spring. Fuuhh... itu jer cara nak tunjuk yang PDRM ada integriti dan tak boleh dijual beli.
Meskipun tarikh pilihan raya umum belum diketahui, namun PKR mula memasang angan-angan untuk menumbangkan kerajaan negeri BN di Perlis.
Untuk itu, PKR cabang Arau mula mengatur dialog dan majlis makan malam bersama rakan-rakan pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO lain bagi mencari input serta formula untuk menawan negeri itu.
Ketua cabang berkenaan, Hashim Bakar berkata seramai kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli, penyokong Pakatan dan NGO akan menghadiri dialog berkenaan yang membincangkan tajuk "Pakatan Rakyat nak tawan Perlis".
"Kita akan berbincang, mengambil input serta pandangan mengenai isu-isu dan strategi daripada NGO dan penyokong Pakatan dalam usaha kita menawan Perlis," katanya.
Menurutnya, beberapa pemimpin Pakatan di peringkat pusat dan negeri serta pengamal undang-undang juga akan dijemput mengupas tajuk berkenaan.
Antara tokoh itu termasuk Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin, Thomas Su (Pengerusi DAP Kedah/Perlis), Rus'sele Eizan (ketua penerangan PAS Perlis), Sharif Shaari (Angkatan Sasterwan Perlis) dan Zulmi Sabri (peguam) dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perlis Khoo Yong Chong.
Hashim berkata cabang berkenaan akan menganjurkan dialog tersebut di Dewan Chi Yong Kor di Kangar pada 18 Disember ini, mulai jam 9 malam.
Manakala timbalan ketua cabang Arau Tengku Nazri Tengku Aldin ditugaskan untuk menjadi moderator pada majlis dialog tersebut, kata Hashim.
Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat hanya berjaya menguasai dua daripada 15 kerusi DUN Perlis.
Kedua-dua kerusi itu - Sanglang dan Simpang Empat - berjaya dirampas oleh PAS.
Di peringkat parlimen, semua tiga kerusi - Padang Besar, Kangar dan Arau - kekal dimenangi oleh BN.
Perwakilan DAP Selangor mendaftar untuk konvensyen mereka 28 November, 2010. — gambar fail
Seramai 88 calon akan bertanding untuk menduduki barisan 15 jawatankuasa parti negeri pada konvensyen DAP Pulau Pinang di Dom Komtar di sini hari ini. Jumlah calon itu merupakan rekod yang sebahagian besar calon merupakan ahli-ahli baru yang menyertai parti selepas DAP mengusai Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2008, kata Setiausaha Agung DAP Pulau Pinang, Koay Teng Hai. Bagaimanapun ramai melihat pemilihan negeri itu tidak sehangat situasi di Perak dan Selangor baru-baru ini. "Sesetengah calon ini salah faham bahawa dengan mereka memegang jawatan dalam parti, akan membolehkan mereka secara automatik menjadi calon untuk pilihan raya umum akan datang, tetapi hakikatnya bukan begitu. "Jangkaan seperti ini menunjukkan mengapa begitu ramai yang bertanding untuk menjadi antara 15 ahli jawatankuasa yang dipilih," katanya dipetik Bernama. Beliau menjelaskan bahawa calon DAP pada pilihan raya umum adalah ditentukan dalam perbincangan antara jawatankuasa parti negeri dan pemimpin DAP peringkat kebangsaan. Anggota jawatankuasa DAP Pulau Pinang kini dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tikus yang juga Ahli Parlimen Tanjong, Chow Kon Yeow. Menurut Koay yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tikus, pendaftaran calon akan bermula pada 8.30 pagi sementara proses pengundian akan bermula pada 12 tengah hari hingga 2 petang yang disusuli dengan proses pengiraan undi. Keputusan dijangka diketahui kira-kira 5 petang. "Kami menjangkakan kira-kira 80 peratus daripada 694 perwakilan beserta 200 pemerhati akan menghadiri konvensyen. "Bagi mengelakkan kekeliruan ekoran jumlah calon yang banyak, kami akan melekatkan nama dan nombor calon yang dicetak pada baju mereka," katanya. Koay berkata selepas keputusan diketahui, mesyuarat agung luar biasa akan diadakan bagi membentuk barisan kempimpinan negeri yang baru di kalangan 15 calon yang terpilih itu.
Para pimpinan dari ketiga-tiga parti menyeru parti dalam komponen Pakatan Rakyat memantapkan dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Para pimpinan perlulah bersatu suara dan menyelesaikan masalah dengan sebaiknya.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar menyeru parti komponen lain iaitu DAP dan PKR memilih calon yang terbaik untuk PRU yang akan datang. Pas mengharapkan kejadian lompat parti tidak terjadi lagi dalam Pakata Rakyat. Insyaallah, calon PAS tidak akan berpaling tadah kerana berpegang pada amanah.
Haji Mustafa Kamil memberikan cenderamata kepada seorang ahli panel YB Nurul Izzah Anwar.
YB Mujahid Yusuf Rawa turut hadir.
YB Ngeh mewakili DAP
Ustaz Abu Bakar dan pengarah program, Dr. Khairuddin.
Haji Mustafa Kamil memberikan semangat kepada yang hadir.
DS Nizar turut hadir.
Ustaz Abu Bakar mewakili PAS memberikan ucapan penutup. oleh YB Anuar Sudin
Berbagai pihak memberikan pandangan mengenai ketuanan Melayu. Saya fikir semua faham, tetapi sengaja buat-buat tidak faham. Istilah ketuanan Melayu langsung tidak ada kaitan antara hubungan tuan dan hamba. Melayu bukan tuan, bukan Melayu bukanlah hamba. Ketuanan Melayu sekadar istilah atau identiti menunjukkan bahawa bumi ini adalah kepunyaan orang Melayu asalnya, itu sahaja. Bacalah artikel dan pendapat siapapun, itulah rata-rata jawapannya, kecuali pandangan MCA dan sekutunya. Hanya mereka yang ultra kiasu sahaja yang memberikan jawapan sebaliknya. Apa yang saya tahu inilah adalah percubaan halus untuk menghapuskan apa juga identiti negara ini yang berkaitan dengan Melayu. Dalam buku teks sejarah sekolah menengah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), ketuanan Melayu didefinisikan sebagai semangat cinta akan apa sahaja yang berkaitan dengan bangsa Melayu seperti hak politik, bahasa, kebudayaan, warisan, adat istiadat dan tanah air. Semenanjung Tanah Melayu dianggap sebagai tanah pusaka orang Melayu. Jadi, dimanakah salahnya istilah ini? Berdasarkan kepada definisi ini jelas menunjukkan bahawa semua bangsa mempunyai ketuanan masing-masing. Bezanya cuma, ia tidak disebut sahaja ketuanan Cina atau ketuanan India, namun perjuangan dan apa yang mereka perolehi menampakkan segala. Saya amat pelik bagaimana ada pemimpin Melayu boleh begitu anti dengan istilah tersebut walhal dulu semasa berada dalam Umno, tidak pun istilah ini diungkit atau ditentang. Malah, saya yakin jika mereka masih berada dalam Umno, istilah ini akan dipertahankan bermati-matian. Cepat sungguh mereka berubah bagi mendapatkan laba politik. Jika perkataan tuan itulah yang menjadi masalah, maka saban hari kita adalah hamba, sebab dalam urusan rasmi dan surat-menyurat panggilan tuan atau puan sudah merangkumi semua golongan dan pangkat, sama ada yang bergelar atau tidak bergelar. Panggilan tuan sudah sebati dengan masyarakat negara ini. Selaku pensyarah di institusi akademik pertahanan, panggilan tuan adalah lumrah. Jika sedemikian elerginya panggilan tuan bermakna, saya adalah tuan setiap hari, manakala pegawai kadet adalah hamba sepanjang masa. Bila berbahasa dengan raja, kita gunakan tuanku-patik. Dahulu sesama kita menggunakan perkataan tuan-hamba. Panggilan tuan sekadar panggilan hormat, tidak ada maksud lain. Sebab itu, saya sentiasa menyeru segelintir bukan Melayu, terutama MCA, Gerakan dan DAP, cuba memahami adat budaya Melayu daripada orang lain, kerana ia lebih membawa makna untuk masa depan negara daripada terlalu bongkak. Orang Melayu yang saya kenali begitu menghormati bukan Melayu. Kebanyakan bila mereka bercakap dengan bukan Melayu, tiba-tiba pelat atau bunyi (accent) mereka berubah seperti pelat bukan Melayu berbahasa Melayu, sehingga bahasa Melayunya menjadi caca merba. Benar, surah al-Hujurat ayat 13, Allah menjelaskan semulia-mulia manusia berbilang bangsa di kalangan kamu adalah iman dan takwa. Tetapi manusia tetap ada bangsa yang diciptakan untuknya. Maka, ia perlu dipelihara dan dijaga. Justeru, di mana salahnya istilah ketuanan Melayu? Negara lain tidak perlu mengungkapkan istilah ketuanan kerana nama negara mereka sudah cukup mencerminkan bahawa mereka adalah tuan asal negaranya, seperti Cina, India, Vietnam, Siam, Nyanmar dan sebagainya. Tetapi tidak Malaysia. Tanah Melayu telah bertukar nama. Singapura telah bertukar kepada Singapore. Identiti Melayu telah hilang. Maka sebagai tanda identiti, istilah ini digunakan. Apakah dengan istilah ini menimbulkan masalah kepada bangsa lain? Dengan makna, diskriminasi menjadi-jadi, orang bukan Melayu terus merempat? Apa yang kita lihat, semakin lantang Umno mahu kekalkan ketuanan Melayu, dasar Umno semakin terbuka. Umno ditekan kiri kanan, depan dan belakang, sehingga tidak dapat bernafas. Tuntutan demi tuntutan bukan Melayu terus dipenuhi dan peluang terbentang luas, sehingga orang Melayu sudah tidak mampu untuk mengejarnya. Kenapa isu ini hendak dipolitikkan dengan mengaitkan dengan ketuanan Allah, ketuanan rakyat dan sebagainya. Sebenarnya tidak ada kaitan. Inilah akibat apabila kita melihat sesuatu bukan daripada bidang kepakaran atau sejarah. Semua mahu bercakap. Maknanya, istilah ini terdedah kepada pandangan semua orang. Sudah tentu mereka akan memilih sesuatu yang menyebelahi mereka. Kita tidak menggunakan ketuanan Allah kerana perkataan tuan itu tidak sesuai untuk Allah, maka kita gunakan Maha Esa atau Maha segalanya untuk Allah. Justeru, raja dirujukkan sebaga Duli Yang Maha Mulia. Ia hanya satu ungkapan kemuliaan raja. Jangan pula ada yang menuduh saya syirik nanti. Sebenarnya, istilah maha ini hanya untuk Allah, tetapi disebabkan oleh budaya feudal Melayu taat dan memuliakan kepada raja, maka istilah maha itu sebenarnya merujuk kepada tuan. Justeru, ketuanan raja tidak perlu dibahaskan kerana telah diterima seperti termaktub dalam Perlembagaan. Oleh kerana semua raja adalah kerabat keturunan Melayu sebagai identiti, maka adalah tidak salah istilah ini dipanjangkan kepada ketuanan Melayu. Orang Melayu boleh atau layak menjadi raja jika keturunan raja sudah tidak ada atau putus. Seperti di China dan di India, apabila jatuhnya institusi perajaan, maka sistem pemerintahan berubah. Raja tetap wujud cuma nama sahaja yang berbeza. Lagipun semua manusia bermula dengan manusia biasa. Istilah raja digunakan merujuk mereka yang menjadi pemimpin pada satu-satu ketika dan seterusnya diwarisi oleh keturunannya. Raja dan kerajaan sudah sinonim. Raja adalah pemerintah kerajaan. Bagi negara yang tidak mempunyai raja, maka pemimpin nombor satu dirujuk sebagai Presiden atau Perdana Menteri. Kepada mereka yang faham sejarah, istilah ketuanan Melayu ini merujuk kepada kerajaan negara ini pernah diperintah Sultan dan Raja-Raja Melayu, yang merupakan tuan kepada Tanah Melayu. Begitu juga dengan istilah negeri-negeri bersekutu dan tidak bersekutu ada sejarahnya tersendiri yang perlu dikaji dan difahami secara tersurat dan tersirat, serta kaitannya dengan ketuanan Melayu. Pendek kata, sultan dan Raja-Raja Melayu adalah simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini. Sejarah membuktikan juga bahawa ketika kebangkitan nasionalisme pada tahun-tahun 1800-an dan 1900-an, hanya orang Melayu sahaja yang bangkit menentang penjajah, walaupun ketika itu Tanah Melayu sudah bermasyarakat majmuk. Melayu berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah bukan demi kepentingan Melayu semata-mata, tetapi demi agama tercinta. Sama juga di Mesir pada tahun 1882, muncul gerakan pemulihan Islam di Mesir untuk membangkitkan kesedaran di kalangan umat Islam bagi membela kedaulatan bangsa dan agama. Gerakan ini dipelopori oleh Sheikh Muhammad Abduh. Pelajar-pelajar Tanah Melayu di Mesir ketika itu seperti Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin Al-Azhari dan Syed Sheikh Al-Hadi menerima pengaruh ini dan menyebarkannya di Tanah Melayu bagi membela nasib bangsa dan agama. Keadaan tidak banyak bezanya berlaku di Indonesia. Pendek kata, tidak salah mempertahankan ketuanan bangsa selagi mana tujuan untuk menjamin kesejahteraan agama. —
* Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia
ANGGOTA polis berpangkat koperal dipercayai dirawat di Wad 9 Hospital Slim River, Perak sejak bulan lepas.
Misteri kehilangan seorang anggota polis berpangkat koperal sejak sebulan lalu kini terjawab dan dipercayai angkara isterinya sendiri. Semuanya terbongkar sejak beberapa hari lalu apabila polis mendapati seorang pesakit tidak dikenali di wad kecemasan Hospital Slim River, Perak rupa-rupanya koperal yang dilaporkan hilang itu. Mangsa dipercayai ditinggalkan di luar wad kecemasan itu oleh satu pasangan yang menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback kira-kira pukul 5 pagi pada 11 November lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner, Abdul Rahim Abdullah (gambar) berkata, ketika ditemui, mangsa yang sebelum ini bertugas di salah sebuah balai polis di Gombak di sini berada dalam keadaan hilang ingatan dipercayai akibat dipukul teruk di kepala. Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an turut mengalami kecederaan di kaki disyaki dipukul seorang suspek berusia 27 tahun yang dikatakan kekasih kepada isterinya. Polis percaya pasangan yang meninggalkan mangsa di hospital berkenaan adalah isteri mangsa dan kekasih wanita itu selepas mereka panik melihat mangsa cedera parah. "Selepas itu, isteri mangsa membuat laporan polis mendakwa suaminya hilang pada 12 November lalu selepas lelaki itu keluar dari rumah di Rawang. "Bagaimanapun, polis mengesyaki sepanjang tempoh mangsa hilang, berlaku pergaduhan antara mangsa dengan suspek lelaki sehingga menyebabkan mangsa cedera parah," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.
Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000. Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.
Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum 'tercemar' dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.
'Trend' yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.
Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.
"Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.
"Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.
"Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham," katanya.
Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.
"Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.
"Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik," katanya.
Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum 'tercemar' kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.
"Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar 'berdating' kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.
"Tak perlu 'dating' kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami," katanya.
Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk 'menghangatkan' suasana.
Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.
Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.
"Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.
"Ada yang 'sangkut' sehingga bergelar suami isteri," katanya.
Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.
"Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.
"Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri," katanya.
Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.
"Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.
"Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.
"Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.
"Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal," katanya.
Tindakan Anggota Parlimen Australia Nicholas Xenophon menyamakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen negara ini dengan 'kangaroo court' pada Rabu lepas, adalah biadab dan tidak menghormati kedaulatan serta undang-undang negara ini.
Beberapa ahli akademik dan wakil rakyat yang dihubungi Bernama juga menyifatkan kenyataan Xenophon itu sebagai dangkal kerana tidak mendalami terlebih dahulu isu sebenar sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.
"Beliau tak ada usul periksa buat dakwaan begitu. Saya rasa dia pun tak duduk (tinggal) lama di Malaysia, tak boleh lah sembarangan sebut Malaysia punya sistem tak baik, melainkan dia dah buat kajian," kata Prof Dr Ahmad Atory Hussein semalam.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia itu juga berkata kenyataan Xenophon mengguris perasaan rakyat negara ini serta tidak mencerminkan persahabatan Malaysia dan Australia.
Xenophon yang menjadi tetamu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada persidangan Dewan Rakyat Rabu lepas mengeluarkan kenyataan itu sebagai mempertikai keputusan jawatankuasa berkenaan dalam mengadili isu Anwar menyamakan konsep 1Malaysia dengan One Israel.
Presiden Pertubuhan Suluh Cendekiawan Malaysia, Tan Sri Ibrahim Abu Shah pula menyifatkan tuduhan Xenophon itu sebagai prejudis dan langsung tidak berasas.
"Dalam kes ini, Anwar dah diberi peluang untuk mempertahankan tuduhan tapi beliau gagal. Jadi kalau dah gagal, jawatankuasa boleh teruskan bawa kes ini, dan saya rasa hak beliau sebagai Anggota Parlimen (Permatang Pauh) telah diberi," katanya.
Ibrahim berkata, Parlimen Malaysia juga telus dalam isu tersebut dan kerajaan memberi tempoh seminggu untuk Anwar memberi penjelasan namun peluang itu tidak digunakan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat tersebut.
"Kalau betul-betul kes kuat, saya rasa tak payah bagi seminggu sehari pun dia akan jelaskan balik dengan terperinci, tapi dia tak berani sebab dia tahu tuduhan dia tidak betul dan merupakan hasutan kepada negara.
"Sebab itu (dia) gagal (jelaskan). Kalau dah gagal hak kerajaan untuk teruskan tindakan sewajarnya," kata bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara itu.
Pada 22 April lepas, Dewan Rakyat bersetuju merujuk Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen selepas beliau gagal memberi penjelasan dalam tempoh seminggu mengenai dakwaannya berhubung konsep 1Malaysia.
Anwar mendakwa gagasan 1Malaysia sama dengan konsep One Israel yang membabitkan firma perunding perhubungan antarabangsa Apco Worldwide, yang khidmatnya turut digunakan kerajaan Malaysia.
LONDON - Sekali lagi, pencuri 'paling prolifik' di Britain akan menyambut perayaan Krismas di dalam penjara selepas didapati bersalah bagi kesalahan jenayahnya yang dilakukan buat kali ke-327.
Penjenayah, David Archer, 55, dilaporkan mula mencuri semasa berumur 10 tahun dan tabiat itu berterusan menjadi satu ketagihan sehingga dewasa.
Tempoh penjara yang telah dijalani Archer sepanjang 'kerjayanya' itu bersamaan dengan dua hukuman penjara seumur hidup di Britain.
Dia tidak dapat menyambut 15 daripada 16 perayaan Krismas sepanjang 16 tahun lalu bersama anak perempuannya kerana terpaksa meringkuk di dalam penjara.
Archer mengaku mencuri sebilah pisau cukur dan sebotol arak bernilai 20 pound (RM100) daripada sebuah pasar raya, kelmarin - hanya dua hari selepas dibebaskan dari penjara atas kesalahan melanggar perintah kelakuan antisosial.
Archer yang telah menghabiskan 30 tahun hidupnya dalam penjara pernah disabitkan bersalah atas 252 kesalahan termasuk mencuri kotak derma semasa perayaan Krismas.
PENDEDAHAN laman bebas Wikileaks mengenai isu politik Malaysia khasnya pembabitan baka Perdana Menteri ke 7, Anwar Ibrahim dalam isu liwat jangan mudah ghairah untuk mempercayainya. Pendedahan laman itu yang memetik beberapa pegawai Singapura mempercayai apa yang didedahkan itu boleh jadi satu perangkap kepada politik negara ini sendiri.
Tidak mustahil juga pendedahan itu satu konpirasi melibatkan pembayaran wang beratus juta ringgit. Ingat, manusia sanggup melakukan apa saja bila sudah terdesak dan demi mempertahankan kekuasaan.
Mungkin pihak UBN merasa senang dengan pendedahan laman berkenaan. Blog blog tajaan UBN akan memperdagangkan hal itu segila-gilanya. Mereka boleh menguatkan lagi hujah untuk memburukkan Anwar yang kini dijalan dengan pelbagai cara. Media UBN telah memungguh semua sampah sarap dan pemuda sepak kertas untuk menimbus dan membusukkan Anwar.
Kalaulah semut ataupun burung dapat bercakap memburukkan Anwar, pasti media masa akan menyedut dan menggunakan pakai cakap mereka. Semua manusia telah digunakan media pro UBN untuk memburukkan Anwar. Namun hasilnya nampak masih belum sampai kemuncak.
Mungkin ada rancangan media Malaysia untuk menterjemahkan kicauan burung ataupun kokok ayam, atau katak bagi mengukuhkan tuduhan ke atas Anwar. Tidak mustahil akan keluar dalam akhbar atau tv, ayam atau burung atau katak akan dipetik kenyataannya yang memburukkan Anwar.
Kenapa saya melarang agar jangan ghairah dengan pendedahan Wikileaks itu? Apakah Wikileaks selamanya akan memburukkan peribadi Anwar? Belum tentu! Iya sebuah laman bebas yang menyaring 250,000 kebel diplomatik Amerika Syarikat. Gambaran diberikan bahawa laman berkenaan profesional dan mengetahui segalanya. Dan kenapa pula kita mudah akur dan tunduk kepada badan-badan bebas yang penuh propaganda seperti Wikileaks itu?
Ingat juga pada mulanya ia dijalankan secara percuma. Tetapi bila ia sudah menjadi perhatian dunia, laman itu akan berharga berbillion ringgit. Sesiapa yang ingin mendedahkan sesuatu untuk kepentingan politik akan sedia membayar laman berkenaan. Dalam politik hari ini hanya mereka mempunyai wang saja mampu berada di atas dan memegang kuasa.
Pada saya kemunculan Wikileaks adalah strategi musuh Islam. Ia bukan saja musuh negara ini tetapi Islam seluruhnya. Kalau dari sisi lain dengan pendedahan laman bebas itu ia memberi gambaran Amerika itu sendiri mengetahui luar dan dalam sesebuah negara dan juga individu di mana-mana saja. Dalam erti kata lain Wikileaks dan Amerika terus menjalani propaganda dan perang saraf mereka bagi melemahkan negara dan kuasa lain. Mereka nampak bergaduh tetapi hakikatnya mereka bersekongkol untuk mengugut dunia.
Bagi mereka yang ghairah menerima pendedahan laman berkenaan harus berhati-hati dan waspada. Jangan ghairah sangat. Saya bimbang ia akan terbalik kod (istidraj) nanti. Apa kata kalau selepas ini Wikileaks atau laman-laman blog dunia yang lain mendedahakan pula apa yang berlaku ke atas jisu-isu lain termasuk pembunuhan wanita Mongolia yang dibunuh kejam di hutan simpan di negara ini dua tahun lepas itu? Apakah kita boleh menolaknya begitu saja?
Dengan mempercayai Amerika mengetahui setiap apa yang berlaku dalam seluar kita, termasuk juga dalam seluar dalam isteri kita, kita percaya kes pembunuh Altantuya juga berada dalam kabel diplomatiknya. Bila-bila masa ia akan terbongkar. Apakah selepas Wikileaks mendedahkan jenayah itu nanti kita akan memperacayanya? Amerika hanya menanti masa saja untuk mendedah apa-apa rahsia kita kalau kita tidak sedia mengikut telunjuknya.
Kalau misalnya dalam pendedahan itu (pembubunah Altantuya) ia membabitkan pemimpin negara yang berkuasa sekarang ini, apakah kita akan mempercayainya. Atau kita akan menganggap pendedahan itu satu fitnah pula? Hendaknya jangan ada sikap double standard dalam menerima pendedahan Wikileaks ataupun maklumat yang dimiliki oleh Amerika ini. Kalau hari ini kita percaya maka esok juga kita kena percaya apa yang akan didedahkan. Jangan... kalau ia dedah mengenai keburukan oposisi kita mudah menerimanya dan kalau ia mendedah kelakuan pemimpin pemerintah kita buat-buat buta untuk melihatnya.
Dalam tilikan saya pendedahan penglibatan Anwar dalam isu liwat semacam ada urusan jual beli dan strategi lebih lanjut. Ia melibatkan kewangan yang besar. Tunggulah..
Jadi semua pihak hendaklah tidak mudah mempercayai pendedahan Wikileaks itu dan anggaplah ia hanya permainan kuasa dunia yang ingin mencaturkan politik dunia saja. Kita boleh akui dunia luar itu lebih maju dan moden daripada kita, tetapi kita tidak dapat merasakan apakah nawaitu mereka ke atas kita benar atau tidak. Saya yakin selamanya Amerika akan memperkudakan kita. Maka semua pihak perlu berhati-hati jangan sampai menggit jari tertelan air liur. Kita jangan kehilangan banyak orang yang berpotensi untuk jadi pemimpin. [wm.kl. 8:00 pm 12/12/10]
This message was intended for dppnkedah.posting@blogger.com and was sent as a notification, invitation or reminder (digital goods subject to change in reminders) of an event initiated by Azman Ahmad using a third-party or platform application and may contain promotional materials and/or services for sale including digital goods received.
To control messages sent to or from you, your contacts and/or FanBox, click here.
Our offices are located at: FanBox - 255 G Street, Ste 723, San Diego, CA 92101
You are subscribed to email updates from DPPN KEDAH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinsupaya Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara di dalam taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam hari ini.
Parti Islam Se-Malaysia berpandangan gesaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat. Mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui pemimpin Umno. Mereka hendak mempertahankan Putrajaya bukan untuk rakyat, tetapi untuk suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan. Pemimpin Umno bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan genarasi muda. Mungkin pemimpin Umno boleh menipu emak bapa mereka, tetapi kerja pencerahan maklumat akan dibuat oleh anak-anak mereka yang terpelajar .
Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya rasa malu, kalau alasan untuk mempertahankan Putrajaya kerana kepentingan rakyat. Seantario dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianat kepada rakyat selama 53 tahun. Sekarang kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegalan umno mentadbir negara. Sepatutnya Timbalan Presiden Umno kena beri motivasi kepada pemimpin Umno, kita kena pertahankan Putrajaya kerana perut kita semakin kempes, kerana lubuk emas dijaga oleh manusia bukan oleh puaka.
Tuduhan Muhyidin Yasinmengatakan "kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin". PAS hendak sedarkan Tan Sri Muhyiddin beliau sedar atau tidak ucapan itu terkena kepada batang hidung Umno yang dipimpin oleh beliau bersama dengan Datuk Seri Najib. Bukankah pemimpin Umno yang berkata pada 1 Nov 2010, minyak RON 95 tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, tiba-tiba 5 hb Disember 2010 RON 95 telah dinaikkan. Siapa yang lidah bercabang?
PAS mengingatkan kepada rakyat Selangor terutamanya jangan berikan mandat kepada BN dalam pilihanraya akan datang. Jika BN menang segala bentuk kebajikan akan bertukar kepada penindasan. Air percuma 20 meter padu setiap bulan, skim warga emas yang meninggal dunia, warisnya akan mendapat RM2500 akan hilang. Buktinya rakyat Terengganu sudah mengalami hari ini apabila BN memerintah Terengganu, cukai pintu di zaman PAS memerintah dikecualikan telah dikenakan kembali pada tahun 2004 apabila mereka kembali berkuasa.
Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kenyataan amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010.
Beliau cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga. Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur.
Nampaknya kerajaan resah pada hari ini akibat tidak bijak urus khazanah negara yang melimpah ruah sehingga rakyat derita dengan kenaikan harga barang yang melambung. Alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia ini orang yang bijak dan telus. Sepatutnya pemimpin BN perlu belajar daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak urus dan cuba untuk mengagihkan harta negeri kepada rakyat. Kebijaksanaan pimpinan PAS di Kelantan yang mampu bertahan sampai 20 tahun walau pun dengan kekangan dan tekanan dariapda pusat. Kelantan tidaklah banyak hasil, tetapi mampu mengurus dengan baik dan teratur. Ketika negeri yang di bawah pentadbiran BN menghadapi masalah kewangan, Alhamdulillah Kelantan selamat daripada malapetaka buruk ini.
Pihak kerajaan perlu mengambil ingatan daripada pemimpin Pakatan Rakyat, apabila minyak naik maka semua perkara akan naik. Selepas ini tarif elektrik akan naik pula. Senang sungguh menjadi pemimpin BN yang mentadbir negara. Jikalau wang tidak ada jalan keluarnya dengan membebankan rakyat dengan menaikkan tol, letrik, minyak, saman ekor dan apa sahaja yang boleh menjadi wang untuk kambus gaung yang begitu dalam kerana boros dan tidak bijak mengurus.
- Sesi taklimat bersama Pengarang akhbar alternatif no. 1 di Malaysia, Harakah. Taklimat diadakan di Pejabat PAS Bukit Katil, dihadiri oleh beberapa orang wakil Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil pada hari Sabtu 11 Disember 2010 jam 3 - 6 petang.
- Program Riadah bersama belia di Pusat Sukan Batu Berendam pada hari Ahad 12 Disember 2010 pukul 9 - 10 malam. Sukan Futsal anjuran Pemuda Kawasan Bukit Katil mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan ahli dan belia sekitar daerah Melaka Tengah. Jumlah penyertaan lebih kurang 20 orang pemuda Pas dan belia.
Sudah terang lagi bersuluh. Inilah bukti yang menunjukkan UMNO Melaka menggunakan masjid untuk berpolitik. Gambar di atas membuktikan segalanya apabila Wanita Umno Bukit Baru menjadikan Masjid Bukit Baru sebagai pentas politik.
PAS dihalang sama sekali menggunakan masjid untuk mendekati rakyat di negeri Melaka. Ramai ustaz – ustaz yang hendak menyampaikan risalah Islam yang sebenar tidak dibenarkan untuk berceramah. Tetapi kenapa untuk UMNO, dibuka seluas-luasnya pintu masjid?
You are subscribed to email updates from Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
http://www.perisik-rakyat.com/ 1. Mengarahkan pembelian kereta Mercedes S350 bernilai RM1 juta dengan menggunakan dana Anak Syarikat Selangor iaitu Kumpulan Darul Ehsan. 2. Membelanjakan RM40 juta hanya untuk membuat 10 buah ‘banglow’ bagi penempatan ahli EXCO Kerajaan Negeri. 3. Dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir Toyo sendiri [...]
Chegu Zul Akibat terlalu takut yang teramat sangat, kenapa dan mengapa Najib berpesan kepada rakyat minta mereka jangan ‘gadai masa depan negera kepada pembangkang sebabnya Bn masih mampu menjaga rakyat negara ini. benarkah ? Alasan Najib kerana pandai menabur janji, kedua takut mereka menyesal masa depan. Makna nya umno memang tidak pandai berjanji, tetapi Umno [...]
Pemuda PAS Batu Gajah bergambar selepas selesai menggantung banner tersebut
Banner PASTI yang baru digantung oleh Pemuda PAS Batu Gajah telah hilang. Banner penubuhan PASTI yang akan ditubuhkan di Kampung Pisang tu telah di gantung di Simpang Empat Kampung Pisang. Dipercayai telah diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mungkin mereka tahu penubuhan PASTI di kawasan tersebut menggugatkan masa depan mereka..
Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon telah sudi menghadiri majlis perkahwinan anak kepada AJK PAS Kawasan Batu Gajah, Sdr Sarjee. Turut hadir ialah Timbbalan YDP Pas Kawasan Gopeng, Ustaz Radzi Zainon.
Satu insiden yang melucukan terjadi Seminar Pakatan Rakyat Negeri Perak di Hotel Hillcity semalam. Siruasi itu berlaku semasa penyampai cenderahati kepada penceramah jemputan seminar.Haji Mustafa Kamil Ayub menyampaikan cenderahati tersebut. Bakul yang berisi buah-buahan untuk YB Jeff Oii tiba- tiba terjatuh dan buah-buahan berteberan. Situasi ketika itu sangat riuh apabila semua yang hadir gelak kerana tidak tahan kelucuan insiden itu. YB Jeff Oii dengan spontan berkata "Ya, kita makan bersama-sama...".
Lensa Kamera Batu Gajah Mari sempat mengambil gambat insiden lucu tersebut..
oleh : Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat
Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap kenyataan amaran Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati sebagai usaha untuk mengalih isu kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana menaikkan petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember 2010.
Beliau cuba hendak menyalahkan peniaga kerana menaikkan harga barang, dan hendak menjadi hero rakyat dan pembela rakyat, kononnya barang naik bukan salah kerajaan, tetapi peniaga. Perlu diingatkan bahawa semua barang niaga dibawa dengan kenderaan memakai minyak bukan dengan air liur.
Nampaknya kerajaan resah pada hari ini akibat tidak bijak urus khazanah negara yang melimpah ruah sehingga rakyat derita dengan kenaikan harga barang yang melambung. Alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia ini orang yang bijak dan telus.
Sepatutnya pemimpin BN perlu belajar daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang bijak urus dan cuba untuk mengagihkan harta negeri kepada rakyat.
Kebijaksanaan pimpinan PAS di Kelantan yang mampu bertahan sampai 20 tahun walau pun dengan kekangan dan tekanan dariapda pusat. Kelantan tidaklah banyak hasil, tetapi mampu mengurus dengan baik dan teratur. Ketika negeri yang di bawah pentadbiran BN menghadapi masalah kewangan, Alhamdulillah Kelantan selamat daripada malapetaka buruk ini.
Pihak kerajaan perlu mengambil ingatan daripada pemimpin Pakatan Rakyat, apabila minyak naik maka semua perkara akan naik. Selepas ini tarif elektrik akan naik pula. Senang sungguh menjadi pemimpin BN yang mentadbir negara.
Jikalau wang tidak ada jalan keluarnya dengan membebankan rakyat dengan menaikkan tol, letrik, minyak, saman ekor dan apa sahaja yang boleh menjadi wang untuk kambus gaung yang begitu dalam kerana boros dan tidak bijak mengurus.
AMPANG, 12 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan 30 ribu pemuda bagi mengumpulkan jentera pemuda berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Himpunan tersebut dijadual diadakan pada 19 Februari tahun hadapan bertempat di negeri Kedah.
"Kita akan menyaksikan seluruh kekuatan pemuda dari seluruh negara berkumpul.
"Mereka akan mendengar amanat pimpinan utama PAS dan akan menerima watikah perlantikan untuk memenangkan PAS pada pilihan raya umum nanti," kata ketuanya, Nasrudin Hassan selepas mesyuarat bulanan dewan itu di pejabat PAS Gombak semalam.
Katanya, sementara sampai ke tarikh himpunan itu, satu road show ke seluruh negeri akan digerakkan bagi melihat gerak kerja pilihan raya di peringkat negeri dan kawasan.
"Tema road show ini adalah '2011 Masa Untuk Berubah' dengan membawa subtopik 'PAS Sedia Ganti Umno'," tambahnya lagi.
Ianya sebagai kesinambungan seminar 'PAS Ganti Umno' anjuran Lajnah Penerangan PAS yang di adakan di Shah Alam baru-baru ini.
Road Show itu juga jelasnya akan melibatkan penyertaan pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan pemuda DAP (DAPSY).
Ketuanan Islam vs Ketuanan Melayu
Sementara itu, beliau turut memaklumkan satu forum bertajuk 'Ketuanan Islam atau Ketuanan Melayu?' akan dianjurkan dewan itu.
Ianya sebagai penjelasan kepada rakyat berhubung isu 'Ketuanan Melayu' yang sedang dimainkan pihak tertentu yang mahu membangkitkan sentimen perkauman.
Forum itu dijadualkan pada 26 Disember ini dengan menampilkan panel dari PAS, Umno dan tokoh agama.
"Kami DPPP mengambil langkah untuk memberi penjelasan kepada masyarakat .
"53 tahun BN memerintah, Melayu tak jadi tuan pun, malah tanah rizab Melayu pun habis," katanya.
Mewakili PAS, DPPP katanya akan menjemput Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, manakala Dr. Mohd Puad Zarkashi dicadang mewakili Umno.
"Kita telah menghubungi bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mewakili tokoh agama, dan beliau telah pun menyatakan persetujuan untuk bersama kita," katanya.
DUNGUN 12 Disember, Ahad - Majlis Tindakan DUN Sura telah berjaya melancarkan jentera pilihan rayanya pada 8 Disember, baru-baru ini bertempat di Surau Kubur, Kampung Molek.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Y.B. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
Majlis pelancaran yang diadakan di Surau Kubur, Kampung Molek itu, bermula sebaik selesai solat isya' berjamaah, dimulai dengan ucapan aluan oleh YDP PAS Kawasan Dungun merangkap Pengarah MTD Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, diikuti ucapan oleh Pengarah JPN Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman dan ucapan pelancaran oleh DS Tuan Guru Presiden.
Seramai 150 orang peserta Kem Hafazan Bestari 2, menggempur semua bahagian Masjid As Syariff dengan bergotongroyong membersihkan kawasan luar dan dalam masjid, Semua AJK Masjid mengambil bahagian dengan menempah sukarelawan cilik tersebut untuk membersihkan kawasan yang dirancangkan. Akhirnya dalam masa 2 jam, semua kawasan dapat dibersihkan dengan jayanya. Usaha gotong royong ini dirancang oleh jawatankuasa bersama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Meru, Masjid As Syariff, JKKK Kg Meru dan Ahli Majlis MPK N42c.
Setiap insan pasti merasai mati untuk menemui penciptaNya, menguruskan simati adalah tuntutan fardu kifayah. Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru bersama Masjid As Syariff, JKKK Kg Meru dan Ahli Majlis MPK N42C yang menganjurkan Kem Hafazan Bestari 2 telah mengisikan slot kursus pengurusan jenazah kepada semua peserta. Seramai 14o orang mengambil bahagian yang diseliakan oleh Tuan Hj Mohd Noh Sarjo . Semua peserta diberikan tunjukajar mengenai pengkafanan dan solat jenazah, teori dan praktikal.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN Khusus Untuk Anak-Anak Yatim Tarikh : 16 Dis 2010 , 10 Muharam 1432H (Khamis) Masa : 3 petang Tempat : Pasti Al-Ain, Taman Pedas Perdana, Rembau, N.Sembilan
Anjuran : Nisa Rembau
Tawaran terbuka kepada orang ramai untuk menyumbang bersama dalam program ini.
Sila masukkan ke akaun Bank Islam_BIMB 03036020131121. Sila SMS jumlah derma atau hubungi Saudari Nur (Ketua Nisa Rembau) di 013-9798108
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari 'Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun." (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Apa yang dimaksudkan dengan 'melapangkan' atau 'menyenangkan' di dalam hadis di atas adalah berbelanja pada makanan dan minuman lebih daripada hari biasa serta menggembirakan anak-anak contohnya dengan menghulur belanja lebih dan yang seumpamanya. Selain daripada ahli keluarga, maksud menyenangkan di dalam hadis di atas termasuk juga kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin dengan syarat apa yang dilakukannya itu tidak membebankan dirinya.
This message was intended for pkwrn27.posting@blogger.com and was sent as a notification, invitation or reminder (digital goods subject to change in reminders) of an event initiated by Azman Ahmad using a third-party or platform application and may contain promotional materials and/or services for sale including digital goods received.
To control messages sent to or from you, your contacts and/or FanBox, click here.
Our offices are located at: FanBox - 255 G Street, Ste 723, San Diego, CA 92101
Parti Islam Se-Malaysia PAS melihat Datuk Seri Najib Tun Razak gelabah dan resah menghadapi gelombang kebangkitan rakyat. Serangan demi serangan kepada Pakatan Rakyat melalui media perdana dan meminta rakyat terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional dalam PRU 13. Beliau cuba hendak mengajak rakyat supaya membutakan mata supaya jangan melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat yang memerintah selamadua tahun lapan bulan cukup teruji dan terbukti kamampuannya berbanding dengan BN yang memerintah selama 53 tahun. Ditambah pula kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN di bawah kepimpinan Najib memerlukan masa untukmendapat sokongan majoriti kerana masih ada lagi rakyat yang belum berpuas hati terhadap BN.
Rakyat mula membuat perbandingan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai hasil yang banyak tetapi mampu membuat kebajikan kepada rakyat seperti air percuma di Selangor, skim kifalah dan sebagainya. Rakyat sudah membayangkan jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat dengan hasil yang begitu melimpah ruah maka banyak lagi kesenangan rakyat akan diperolehi. Rakyat mula memikirkan apa yang mereka dapat di negeri BN yang memerintah. Sebaliknya rakyat hanya dapat kenaikan harga barang, petrol, gas dan akan datang pula kenaikan tarif letrik.
Taktik serangan terhadap Pakatan Rakyat untuk melindungi masalah dalaman BN yang begitu parah. Konvensyen BN pada 5 Disember 2010 gagal mencapai hajat penyatuan di kalangan mereka sebaliknya berakhir dengan perang mulut antara Umno dan MCA mengenai isu ketuanan Melayu. Slogan 1 Malaysia nampaknya tidak berapa menjadi untuk menjadi umpan kepada pengundi bukan Melayu untuk bersama dengan BN, maka jalan keluarnya ialah dengan menyerang Pakatan Rakyat.
Hari ini Datuk Seri Najib mendakwa siapa yang mengatakan Felda bankrap pengkhianat bangsa. Apabila peneroka sudah mempunyai kekuatan dancelik maklumat hasil daripada perjuangan PAS yang menubuhkan ANAK untuk generasi kedua, maka banyak tembelang Umno Bn sudah terbongkar. Barisan Nasional tidak boleh menipu generasi kedua peneroka kerana mereka adalah generasi yang bermaklumat dan terpelajar. Sekarang mereka bangkit menuntut hak mereka, selama ini bapa mereka diperah seperti kilang sawit memerah buah sawit, yang peneroka dapat hanya hampas. Ini yang menjadi kemarahan Datuk Seri Najib.
YB Anuar bergambar bersama keluarga tuan rumah. Kenduri Sdr. Ishak Hj Mohd Ayub (Babu).
Pada cuti sekolah ini, ADUN Changkat Jong begitu sibuk memenuhi jemputan perkahwinan terutamanya majlis yang terletak di dalam kawasan Changkat Jong. Dalam keadaan ruang masa yang terhad beliau dan isteri cuba memenuhi kesemua jemputan tersebut untuk tidak mengecewakan tuan rumah.
Para pimpinan dari ketiga-tiga parti menyeru parti dalam komponen Pakatan Rakyat memantapkan dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Para pimpinan perlulah bersatu suara dan menyelesaikan masalah dengan sebaiknya.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar menyeru parti komponen lain iaitu DAP dan PKR memilih calon yang terbaik untuk PRU yang akan datang. Pas mengharapkan kejadian lompat parti tidak terjadi lagi dalam Pakata Rakyat. Insyaallah, calon PAS tidak akan berpaling tadah kerana berpegang pada amanah.
Haji Mustafa Kamil memberikan cenderamata kepada seorang ahli panel YB Nurul Izzah Anwar.
YB Mujahid Yusuf Rawa turut hadir.
YB Ngeh mewakili DAP
Ustaz Abu Bakar dan pengarah program, Dr. Khairuddin.
Haji Mustafa Kamil memberikan semangat kepada yang hadir.
DS Nizar turut hadir.
Ustaz Abu Bakar mewakili PAS memberikan ucapan penutup. http://demokrasi93.blogspot.com
11 Nov. 2010. Bayan Lepas. Pas cawangan Jalan Mahkamah, Bayan Lepas. Majlis berkhatan yang dianjurkan berjalan lancar dengan penuh kemeriahan. Kanak-kanak yang ramai berkunjung sama ada berkhatan, atau meneman adik maupun abang, menambah meriahkan majlis dengan riuh ketawa mereka. Tak kurang juga suara para waris terdiri dari ibu dan bapa yang tak jemu memujuk anak mereka supaya jangan takut, maklumlah! budak atau anak yang menunggu lama boleh berubah fikiran, dan cabut lari.
Ibu bapa yang sibuk memujuk dan menyiapkan pakaian anak mereka bagi menanti giliran Mudim menjalankan kerjanya. Sambil memujuk, mereka juga sedang menikmati juadah serta meninjau kanak-kanak yang lebih awal disunatkan. Kadang kala mereka ketawa dengan gelagat anak-anak tadi.
Orang ramai juga tak ketinggalan memenuhi ruang laman Dewan JKKK Bayan Lepas ini. Mereka turut membantu menyedikan makanan dan kerusi meja yang diperlukan oleh tetamu dimajlis ini.
Saya bagi pihak PAS cawangan ini berasa bangga dengan komitmen ahli dan aktivis, yang tak jemu dan letih menyediakan semua kehendak kegiatan, sepanjang saya menjadi Ketua disini.
11 Nov 2010. Bayan Lepas. PAS Cawangan Bayan Lepas, mengambil kesempatan semperna Maal Hijrah sebagai tanda kasih Parti kepada mereka yang terdahulu berkorban . Kemeriahan juga bersamaan sambutan Majlis Berkhatan disini. Keramaian ini digunakan untuk menyampaikan sumbangan sebagai tanda merai mereka-mereka yang pernah berkorban menggerakkan PAS pada masa lalu.
Kehadiran yang memenuhi ruang halaman Dewan JKKK ini juga, membantu mengingati mereka dan menyanjung tinggi pengorbanan mereka yang terdahulu ini. Sebagai sebuah Geraka Islam, PAS yang mempunyai ciri-ciri Hisbullah seperti mana di sebut dalam Al-Maidah ayat 56, dimana 'Mereka kasih sesama merek dan Bertegas dengan Musuh Mereka', membuktikan kesungguhan dan kebenaran Jamaah ini.
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR, 11 Dis: Berbaki lapan hari lagi, persiapan Konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember ini telah masuk fasa akhir dengan hampir 80 peratus persiapan telah disempurnakan. Dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pengisian dan Jawatankuasa Penganjuran dan Pengelolaan sedang giat melaksanakan tugas-tugas akhir menjelang raptai penuh sehari sebelum program bermula. Menurut Pengerusi JK [...]
PETALING JAYA: Konvensyen pakatan PKR-DAP-PAS 2010 yang akan diadakan di Pulau Pinang 19 Disember ini, antara lain akan membincangkan persiapan pilihan raya umum ke 13, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Pembangkang itu berkata ketiga-tiga parti itu akan turut membincangkan strategi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Malah pengarah pilihan raya ketiga-tiga parti itu [...]
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan dengan gelora besar selepas satu kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor, muncul hari ini, mendakwa bahawa pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya beliau memang terlibat dengan perilaku dalam tuduhan yang sedang dihadapinya.
Kabel itu adalah salah satu daripada 250,000 kabel diplomatik di antara Jabatan Negara Amerika dengan kedutaannya di seluruh dunia yang telah didedahkan Wikileaks di Internet.
Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel tersebut mendedahkan bahawa pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'. " Dokumen tersebut menyatakan bahawa mereka memberitahu ONA bahawa mereka membuat penilaian ini berdasarkan ''technical intelligence", yang menurut The Sun-Herald berkemungkinan berkaitan dengan komunikasi yang dipintas.
ONA juga mencatatkan sebagai berkata bahawa musuh-musuh politik Anwar merekayasa keadaan dari mana dakwaan liwat muncul.
"'ONA menilai, dan rakan sejawatan mereka di Singapura setuju, bahawa 'itu adalah rekayasa dan beliau mungkin menyedarinya, tetapi masuk juga ke dalamnya'," lapor The Sun-Herald yang memetik kabel tersebut.
Anwar, 63, sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.
Anwar telah menafikan tuduhan itu dan menyifatkannya sebagai usaha kedua kerajaan BN untuk menjejaskan karier politiknya. Beliau telah dipenjarakan pada 1999 atas tuduhan yang sama.(MalaysiaKini)
GOMBAK 12 Dis — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini meminta semua pihak supaya tidak lagi membangkitkan isu negara Islam yang selama ini menjadi pegangan parti Islam itu sekiranya menguasai pentadbiran kerajaan pusat.
"Benda ini negara Islam sudah tidak ada isu tak usah nak bangkitkan lagi isu ini "Tak usah nak bangkitkan lagi " kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat bulanan PAS di Markas PAS Taman Melewar di sini. Minggu lepas Mustafa mengarahkan kesemua pemimpin PAS tidak menyentuh isu-isu semasa dipercayai berkaitan dengan dasar negara Islam dan jawatan timbalan perdana menteri dipegang bukan Melayu sehingga parti itu mengambil satu pendirian hari ini.
Mesyuarat jawatankuasa itu diadakan sehari selepas pertemuan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat semalam dan minggu depan mereka akan bertemu di Pulau Pinang sempena konvensyen kedua Ketika ditanya mengenai hasil mesyuarat bulanan PAS kali ini Mustafa berkata ia adalah untuk membincangkan mengenai Konvensyen Pakatan Rakyat yang akan diadakan minggu depan di Pulau Pinang.
Beliau juga berkata ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat tidak akan membentangkan kertas kerja masing-masing sebaliknya hanya akan membentangkan kertas kerja Pakatan Rakyat.
"Kita hanya ada satu kertas kerja bersama iaitu kertas Pakatan Rakyat yang diluluskan bersama "Kita tidak ada kertas sendiri ini adalah kertas Pakatan Rakyat Bukan kertas PKR PAS dan DAP "Hanya kertas ini sahaja yang akan dibentangkan dan dibahaskan ketika konvensyen minggu depan " katanya. Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan mengelak isu-isu sensitif antaranya dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS sebaliknya hanya akan memfokus isu-isu kepentingan bersama Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengetepikan cakap-cakap mengenai pendirian terbaru PAS yang mahu meneruskan usaha menubuhkan negara Islam jika mengambil alih Putrajaya dengan berkata konvensyen itu bukan tempat untuk membawa isu berkenaan.
Pakatan Rakyat yang dibentuk April 2008 merupakan perikatan dianggotai PAS PKR dan DAP Mereka memenangi lima negeri pada pilihan raya umum Mac 2008 dan 82 kerusi Parlimen tetapi beberapa wakil rakyatnya telah keluar parti sejak itu Pakatan Rakyat mengadakan konvensyen sulung di Shah Alam Disember lalu dan menerima Dasar Bersama. (Malaysian Insider)
Merujuk kenyataan dua ketua bahagian Umno, iaitu Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh (Sinar Harian-edisi online, 11 Disember 2010) dan Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman (Sinar Harian-edisi Kelantan, 11 Disember 2010), maka saya menganggap kedua-dua mereka itu tidak layak bercakap mengenai kepimpinan Islam. Ini kerana parti Umno itu sendiri tidak pernah berniat untuk memartabatkan Islam sebagai teras kepimpinan negara.
Kunci kepada kenyataan dua ketua bahagian itu adalah respons kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai perlantikan timbalan perdana menteri Malaysia seharusnya dari kalangan seorang muslim yang soleh. Bagi saya, kenyataan Tuan Guru ini adalah suatu prinsip jelas dalam kepimpinan Islam, maka apabila ia dipadukan kepada individu yang bernama Lim Kit Siang yang kebetulan Penasihat parti DAP, maka ia sudah kelihatan suatu polemik yang menimbulkan penolakan total pihak Umno. Jelas terserlah kebebalan Umno di dalam menghayati maksud tersirat Tuan Guru sebagai tokoh uyang tegas memperjuangkan asas dakwah di dalam bentuk olahan politik Islam.
Apabila meneliti respons Fatmi itu, ia jelas tidak bersetuju lalu menyifatkan kenyataan Tuan Guru sebagai kenyataan politik. Demikian pula Zawawi yang baru setahun jagung memegang ketua bahagian telah meletakkan taraf kenyataan Tuan Guru sebagai kebudak-budakan.
Justeru Fatmi mahupun Zawawi boleh dianggap mewakili pemikiran pemimpin Umno yang begitu alahan (alergic) tatkala membincangkan soal kepimpinan politik, bila mana isu kepimpinan dipadukan dengan nilai-nilai kempimpinan Islam. Ia semacam cuba mengelakkan daripada menerima hakikat teras kekuatan Malaysia hari ini adalah Islam biukannya kaum. Oleh itu, ramai pemimpin Umno dan penyokong mereka menganggap kenyataan Tuan Guru sebagai aancaman kepada poerjuangan Umno dan Barisan Nasional itu sendiri.
Sehubungan itu, kenyataan dilapor media tersebut boleh fahami sebagai respons yang jelas membayangkan sikap hipokrit pemimpin Umno terhadap Islam. Maka kenyataan Fatmi dan Zawawi sebenarnya boleh dijadikan disifatkan sebagai kebudak-budakan bukannya kenyataan Tuan Guru yang kebudak-budakan.
Ini kerana kenyataan itu, awal-awal lagi didapaati bercanggahan dengan prinsip kebebasan dan hak-hak beragama individu warganegara Malaysia. Di samping itu, kenyataan tersebut dilihat sebagai tidak menggambarkan sifat orang Melayu yang beragama Islam yang cuba mempermainkan usaha dakwah dalam konteks seruan Islam.
Sementelah pula, ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam sendiri yang telah menetapkan ukuran akil baligh di dalam menentukan dosa dan pahala, sedangkan Lim Kit Siang sebagai orang yang akil baligh, peguam dan politicians berpengalaman, amat pasti ia amat matang dengan pendiriannya tentang agama. Justeru kenyataan itu yang turut memperlekehkan kewibawaan Lim Kit Siang sekaligus menggambarkan sikap pemimpin Umno yang tidak menghormati kepimpinan pihak lawan yang jelas bercanggah dengan sunnah Raslullah SAW. Malah ia suatu kedangkalan dalam memahami nilai diplomasi politik dalam negara ini.
Sebagaimana Nabi Muhammad SAW sendiri sebagai Perdana Menteri pertama di dunia ini yang memartabatkan Islam di dalam pemerintahan tidak pernah pun menyebut fasal 'bangsa-bangsa' jauh sama sekali menerima pakai prinsip kebangsaan di dalam menguruskan politik dan pentadbiran Negara. Sedangkan kewujudan bangsa itu sedia ada lebih awal lagi. Hakikat ini, Umno sudah jauh tersasar. Justeru itu, agak pelik dan ajaib sekiranya pemimpin Umno itu bercakap soal 'masuk Islam' dan menilai keikhlasan seseorang itu untuk masuk Islam, sedang amalan parti dia sendiri bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
Masakan tidak, disebabkan pemimpin Umno-lah seorang ulama seperti Ustaz Ibrahim Mahmood dan pengikutnya dibunuh di dalam Peristiwa Memali tahun 1985. Malah pernah berlaku, alim-ulama termasuk dari Kelantan turut ditahan di bawah oleh akta zalim ISA. Tidak padan dengan itu, pernah arwah Tuan Guru Haji Mustapha dari Pasir Tumboh telah diseret ke mahkamah dan dijatuhkan hikuman atas dakwaan kononnya mengkafir sesama Islam. Sedang semua tuan guru atau ustaz tersebut berhujah bersandarkan kitab suci al-Quran dan hadis Nabi SAW.
Lebih teruk lagi, dalam era kekuasaan Umno jugalah berlakunya sekatan bantuan kepada sekolah agama Islam di seluruh negara akibat terpengaruh dengan Amerika yang mentohmahkan sekolah-sekolah agama sebagai pusat aktiviti pengganas. Melarang guru dan ustaz di sekolah-sekoilah memakai kopiah, kerana kopiah identiti Islam. Paling malang lagi, Umno era Abdullah Ahmad Badawi turut memperkenalkan Islam Hadhari sebagai pendekatan yang salah kerana ia didapati seiringan dengan pemikiran orientalis yang bertujuan mengelirukan ajaran Islam sebenar.
Jawapannya, terlalu banyak percanggahan amalan pemimpin Umno sepanjang mereka berkuasa di negara ini yang dilakukan adalah tidak menyokong usaha memartabatkan Islam itu sendiri.
Oleh sebab itu, sejak negara merdeka sehingga ke hari ini, Umno sebagai parti yang memperjuangkan Melayu, didapati tidak berani menawarkan kepada pemimpin MCA atau pun MIC untuk duduk ke jawatan Timbalan Perdana Menteri. Atau sekurang-kurang bersifat demokratik untuk membuka jawatan timbalan menteri besar atau ketua menteri kepada MCA atau MIC. Sebaliknya, amalan kebangsaan Umno itu diragui kerana pernah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew, Pulau Pinang kepada Gerakan meskipun pada satu ketika kerusi Umno majoriti di dewan negeri Pulau Pinang. Begitu juga dalam konteks Sabah, era Dr. Mahathir pernah mencaturkan jawatan Ketua Menteri kepada sistem giliran membolehkan pemimpin bukan Melayu mendudukinya.
Justeru itu, dalam negara yang mencatatkan hak-hak atas prinsip demokrasi apa salahnya membincangkan jawatan TPM itu kepada bukan Melayu. Paling tidak salah, sekiranya bakal penjawat TPM itu seorang beragama Islam. Ini kerana Islam adalah agama Persekutuan dan penganut Islam adalah mewakili majoriti rakyat yang kebetulan merentasi kaum––tidak hanya orang Melayu malah ada Cina, India, Sabahan, Sarawakian dan kaum-kaum lain adalah beragama Islam. Maka, nilai Islam itu sudah merentasi nilai-nilai perkauman yang dipuja oleh Umno, MCA dan MIC. Logik inilah menjadi hujah bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz melontarkan idea jawatan TPM itu hendaklah berteraskan prinsip perlembagaan dan hendaknya juga selari dengan Islam, iaitu seorang yang soleh. Di sini diperturunkan kenyataan sebenar Tuan Guru seperti di dalam blognya:
Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh. Ini prinsip Islam yang perlu dipatuhi dalam membentuk kepimpinan negara dan ummah. Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!
Rumusannya, kita umat Islam mahu pun rakan-rakan dari agama selain Islam, janganlah mudah percaya dengan 'ajakan Islam' yang terhambur dari mulut pemimpin Umno. Kerana mulut mereka hakikat memiliki bau yang busuk terhadap Islam itu sendiri. Lantaran itu, komen Ketua Umno Pasir Puteh dan Bahagian Kota Bharu tersebut adalah olahan politik yang menyerlahkan kelemasan bernafas dek kebimbangan hilangnya kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.(Harakahdaily)
PETALING JAYA, 12 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat di Pulau Pinang minggu depan tetap meletakkan Perlembagaan sebagai landasan perbincangan.
Bercakap kepada media selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam, Tuan Guru Abdul Hadi menjelaskan, konvensyen kali ini juga adalah penerusan kepada resolusi yang dicapai pada konvensyen pertama PR di Shah Alam tahun lalu.
"Kita telah meletakkan satu asas kukuh melalui kenyataan bersama dalam konvensyen pertama di Shah Alam yang berteraskan pada prinsip penting dalam perlembagaan yang berjaya melahirkan negara bermasyarakat majmuk," katanya. Katanya, ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat sepakat untuk menentang tindakan-tindakan Umno yang membelakangkan perlembagaan dan mengangkat agenda bersama gagasan pembangkang itu.
"Apa yang perlu kita atasi ialah kegagalan BN dalam merealisasikan aspek yang diasaskan perlembagaan," katanya lagi.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sama turut memberitahu konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadualkan Ahad depan hanya akan membincangkan isu-isu yang dipersetujui ketiga-tiga parti komponen.
"Kita telah bincangkan pada mesyuarat tadi. Hadi ada bersama, Mustafa Ali juga ada dan mereka jelaskan bahawa isu yang akan difokus adalah isu bersama," kata Anwar.
"Kenapa perlu dibawa isu yang kita tidak ada kesefahaman bersama? Keputusan kita bergantung kepada konsensus.
Konvensyen Pakatan Rakyat 19 Disember ini dilihat medan memperkukuh solidariti ketiga-tiga parti komponen PAS-PKR-DAP untuk berdepan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Ianya antara lain turut melihat fitnah yang dilemparkan Umno terhadap Pakatan Rakyat termasuk isu isu ketuanan Melayu yang diputar belit media parti pemerintah itu.
"Kita ulangi keputusan dan muafakat kita bersama untuk mempertahankan agenda bersama pakatan rakyat dan mempastikan semua serangan dan fitnah Umno yang membangkitkan isu kaum dan cuba menghakis keyakinan masyarakat Melayu tidak memberi kesan kerana kita beri penegasan bahawa agenda kita berasas prinsip perlembagaan negara yang telah kita sepakati," kata ketua pembangkang itu lagi.
Menurut Anwar lagi, Umno semakin liar dalam menutup suara pembangkang dan ruang-ruang demokrasi yang sedia ada dalam usaha terdesak untuk memenangi pilihanraya umum akan datang.
Lim pula berkata asakan Umno berpaksikan fitnah terhadap Pakatan Rakyat diperhebatkan sebelum pilihanraya umum.
"Baru-baru ini kita lihat kempen yang amat agresif BN yang menabur fitnah dusta (terhadap) parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang menunjukkan mereka (BN) takut dan khuatir mengenai pengaruh Pakatan Rakyat," katanya.(Harakahdaily)
Para pimpinan dari ketiga-tiga parti menyeru parti dalam komponen Pakatan Rakyat memantapkan dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Para pimpinan perlulah bersatu suara dan menyelesaikan masalah dengan sebaiknya.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar menyeru parti komponen lain iaitu DAP dan PKR memilih calon yang terbaik untuk PRU yang akan datang. Pas mengharapkan kejadian lompat parti tidak terjadi lagi dalam Pakata Rakyat. Insyaallah, calon PAS tidak akan berpaling tadah kerana berpegang pada amanah. Naib Presiden PRK yang baru, YB Nurul Izzah telah bersama-sama pimpinan lain hadir ke Seminar PR Perak di Hotel Hillcity, Perak. Turut hadir ialah AJK Pas Pusat YB Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Parlimen Jelutong YB Jeff Ooi. Ketiga- tiga pemimpin tersebut telah menyampaikan hujah hujah dan menerangkan isu-isu terkini..
Pelbagai isu telah diperjelaskan oleh wakil daripada parti masing-masing. Antaranya isu di sidang Dun Perak yang baru bersidang baru-baru ini, isu Zambry khurafat dan banyak lagi. Dato Seri Nizar Jamaluddin telah merasmikan seminar tersebut. Foto-foto diawal majlis, foto ehsan bloh Batu Gajah Mari.
Lagi foto berkaitan di Majlis Seminar Pakatan Rakyat yang diadakan di Hillcity Hotel, Ipoh kelmarin.