Rabu, 9 Julai 2014

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Ini yang dikatakan membela Melayu? Pemilikan tanah MCL terjejas akibat dimiliki syarikat bukan Melayu

Posted: 08 Jul 2014 03:58 PM PDT

Intisari Laporan Audit Negara bagi negeri Melaka menyatakan bahawa dalam pelaksanaan kawalan pemilikan tanah bagi orang-orang Melayu, Negeri Melaka tidak menggunakan Enakmen Rizab Melayu. Oleh itu tiada tanah simpanan Melayu seperti yang terdapat di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Di Negeri Melaka, tanah ini dikenali sebagai Tanah Adat Melaka atau Malacca Customary Lands (MCL) yang wujud di bawah Malacca Lands Customary Rights Ordinance of the Straits Settlements SS Cap.125.

Ordinan ini telah dimansuhkan dengan berkuatkuasanya Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963 atau Akta 518 pada 1 Januari 1966. Mengikut Seksyen 108 Akta 518, MCL hanya boleh dipindah milik, digadai, dipajak, atau diturun milik kepada orang Melayu sahaja. Sewaan atau lien atau kaveat amanah, surat tadbir kuasa atau surat kuasa wakil atau geran Probet tidak boleh diwujudkan atas kepentingan orang bukan Melayu.

Bagaimana boleh syarikat milik Melayu MCL ada ahli lembaga pengarah & pemilik syer bukan Melayu?

Semakan Audit terhadap 218 maklumat syarikat MCL yang diperolehi melalui Perkhidmatan e-Info Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati ahli lembaga pengarah dan pemegang syer bagi 11 daripada syarikat tersebut turut dianggotai dan dimiliki oleh orang bukan Melayu. Kesannya pemilikan tanah MCL yang sepatutnya hanya untuk orang Melayu akan terjejas kerana terdapat tanah MCL yang dimiliki oleh syarikat bukan Melayu.


Mengikut Seksyen 94(1) Akta 518, Syarikat MCL adalah syarikat yang didaftar di bawah Akta Syarikat 1965 di mana semua anggotanya adalah Melayu, undang-undang tubuhnya melarang pindah milik sahamnya kepada orang selain dari orang Melayu dan salah satu matlamat syarikat adalah berurusan dengan MCL.

Pendedahan yang dibuat menerusi proses audit menunjukkan kelemahan pentadbiran yang mengakibatkan pemilikan hartanah yang sepatutnya dibawah orang Melayu terjejas. Siasatan terperinci perlu dilakukan oleh pihak berwajib bagi menjawab laporan audit dan tindakan yang tegas perlu diambil segera jika terbukti berlaku penyelewengan di dalam agensi kerajaan yang berkaitan.

Sumber maklumat : Laporan Audit Negara

Musab Umair

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


AWAS! Lagi beberapa cubaan culik kanak-kanak yang semakin berleluasa

Posted: 08 Jul 2014 05:30 PM PDT




Budak nyaris dilarikan di bazar
9 Julai 2014

Kapar: Seorang budak lelaki berusia lima tahun nyaris 'diculik' seorang lelaki ketika datang ke sebuah bazar Ramadan di Pekan Meru, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, kanak-kanak terbabit berjalan bersama bapanya untuk membeli juadah berbuka bersama seorang lagi anaknya berusia 10 tahun.

Bapa kanak-kanak yang enggan dikenali itu berkata, ketika dia memegang kedua-dua anak lelakinya itu, dia berasakan anaknya yang dipegang pada tangan kanannya seperti ditarik seseorang.

Menurutnya, sebaik menoleh, beliau melihat seorang lelaki berusia 30-an dan berkulit gelap memegang anaknya dan tindakannya memaling muka ke arah lelaki berkenaan menyebabkan lelaki itu terkejut.

"Sebaik melihat saya memandangnya, lelaki terbabit kelihatan tergamam dan melarikan diri. di celahan orang ramai yang berada di bazar berkenaan.

"Saya tidak dapat mengejar lelaki terbabit kerana masih memegang dua anak, namun saya memerhatikan gerak-gerinya dari jauh dan melihat dia sekali lagi cuba menarik seorang kanak-kanak perempuan tidak jauh dari tempat saya berdiri," katanya.

"Kanak-kanak itu bernasib baik kerana bapanya menyedari tindakan lelaki terbabit menyebabkan lelaki itu terus berlalu dicelahan orang ramai," katanya kepada Harian Metro, semalam.


'Ayah awak dalam van'
9 Julai 2014

Johor Bahru: "Kumpulan lelaki berkenaan memujuk anak saya menaiki van dengan menyatakan kononnya saya berada dalam kenderaan itu," kata bapa seorang murid sekolah agama di Permas Jaya yang mendakwa anaknya hampir dilarikan sekumpulan lelaki baru-baru ini.
Lelaki yang mahu dikenali sebagai Abdul Halim, 30, itu berkata anak lelakinya yang berusia tujuh tahun, bernasib baik apabila sempat menjenguk ke dalam van, tetapi mendapati dia tiada di dalam sebaliknya ada empat lelaki berambut cacak menyebabkan dia berlari masuk ke kawasan sekolah.

Abdul Halim berkata, kejadian berlaku jam 3.30 petang, 16 Jun ketika anak sulung daripada tiga beradik itu yang tamat sesi persekolahan sekolah agama dan mahu pulang.

Menurutnya, anaknya memberitahu, van putih menghampirinya dan seorang lelaki turun dari kenderaan itu lalu menghampirinya.

Katanya, lelaki berusia 20-an yang kelihatan seperti penduduk tempatan berkenaan memujuknya masuk ke dalam van kononnya mahu membawanya bersiar-siar.

"Saya dan isteri selalu menasihatinya jangan ikut orang tidak dikenali dan dia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

Barisan Nasional

Barisan Nasional


The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 09 Jul 2014 03:29 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Ambiga bantah pengadilan tidak adil

Posted: 08 Jul 2014 04:34 PM PDT


Nampaknya Dato Ambiga pasti akan berdemonstrasi untuk menyuarakan tuduhan atau ftnah bahawa pengadilan Separuh Akhir Piala Dunia tidak dilihat sebagai adil dan membantu Brazil.

Dia pasti kata senarai pemain Jerman tidak bersih.

Sepatutnya masa warm-up dan latihan untuk pasukan Brazil mesti sekurang-kurangnya 21 hari.

Pengadil mesti guna spray hitam untuk free kick dan bukan putih yang memihak pada orang putih dan mendiskriminasi kaum berkulit gelap seperti India.


Walaupun kalah teruk 1-7, media tidak boleh memuji Jerman dan menafiikan akses media untuk memuji kehebatan bola sepak Brazil.

Tuntut direformasikan supaya sokongan jauh untuk Jerman tidak boleh diberi dari luar stadium seperti undi pos.

Ambiga turut menuntutkan supaya FIFA bukan lagi persatuan bola tetapi jadi institusi awam. Amalan rasuah jual game dan permainan kotor dihentikan dengan segera.

Hehehe ... sudah kalah, kalahlah.


Masa 6-0 pun sudah malu nak pakai jersey Brazil
 

Jersey Brazil tu guna saja buat balut buah nangka.

Pernmainan ala samba hanya berkesan di zaman sila. Terimalah kekalahan dengan hati terbuka...


Itu bola tapi apa berikut ini ...


Kalau tak Ambiga, Ramasamy buat hal. Archbishop Murphy Pakiam pun jenis makan kari tiap-tiap hari.

Esuk pasti dua India Latheefa Koya dan Surendran datang menyibuk.

Wow! Bila samba dan jadi kuah dalca





bumiyang

Posted: 09 Jul 2014 03:27 AM PDT

bumiyang


PKR - Ke Arah Transpirasi, Liberalisasi, Equliti, Ketirisan Nol dll. Hanya Indah Khabar Dari Rupa???

Posted: 08 Jul 2014 08:50 PM PDT

tunku

Posted: 09 Jul 2014 03:01 AM PDT

tunku


Tengku Adnan proposes town hall meeting with homeless, vagrants

Posted: 08 Jul 2014 11:30 AM PDT

Following criticisms over the closing down of soup kitchens in Bukit Bintang, the Federal Territories Ministry now wants to meet the homeless in a town hall meeting.

Minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor said in his Facebook on Tuesday that the dialogue, yet to be scheduled, would allow the homeless to voice their complaints so that the government can help improve their standard of living.

The Ministry held talks with 12 relevant non-governmental organisations (NGOs) to discuss issues related to the homeless and beggars in Kuala Lumpur on Tuesday in an attempt to smoothen the government's controversial crackdown against the homeless.

"The meeting today reached a consensus between ministries, government agencies and NGOs involved to jointly develop short-term and long-term strategies to help resolve the issue of homeless people and beggars in Kuala Lumpur that has lasted so long," said Tengku Adnan.

He explained that NGOs could still continue to distribute food to the homeless beyond the 2km radius of Lot 10 in Bukit Bintang.

"It is agreed that a special committee involving the government agencies and NGOs will be set up to fine-tune the process of food distribution to the homeless and to discuss the best way to help them," said Tengku Adnan

Earlier, Ministry secretary-general Datuk Seri Adnan Md Ikshan, who chaired the meeting with the NGOs, told reporters that the ban on soup kitchens operating within a 2km radius of Lot 10 will only be enforced after Hari Raya.

Last Thursday, Tengku Adnan came under fire after he announced that soup kitchens would no longer be allowed to operate within a 2km radius of Lot 10 because they allegedly encouraged people to remain homeless and unemployed.

A day later, Tengku Adnan clarified his statement and said the ministry and DBKL have measures in place to ensure the homeless are taken care of.

On Saturday, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said that the Government would hold discussions with soup kitchens to reach an amicable outcome for all affected parties.

Taipingmali (tm)

Posted: 09 Jul 2014 01:27 AM PDT

Taipingmali (tm)


Perak Akan Wujudkan Entiti Pantau Masalah Kecurian Pasir:- Datuk Dr Mah ...

Posted: 08 Jul 2014 05:24 AM PDT

Aspirasi Bangsa

Posted: 09 Jul 2014 01:24 AM PDT

Aspirasi Bangsa


Kfc kembali semula ke tangan JCorp dan Kerajaan negeri Johor

Posted: 08 Jul 2014 05:37 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 08 Jul 2014 11:39 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PROFESOR RAHMAN SINDIR PROFESOR REDZUAN KERANA TIDAK LAKSANA JASA BAKTI

Posted: 08 Jul 2014 09:30 PM PDT

PROFESOR DATUK RAHMAN SHAARI
Tiba – tiba penamatan tugas seorang dekan Universiti Malaya, yang juga pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) dihebohkan di pelbagai akhbar. Jadilah ribut di dalam cawan.
Ahli akademik itu, iaitu Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman menjadi popular, bagaikan ahli politik yang outspoken. Datuk Seri Anwar Ibrahim membela Redzuan dengan menyelitkan kata-kata, "Prof Redzuan mangsa penguasa angkuh." (Suara Keadilan, 1 Julai 2014.)
Dijangka populariti Redzuan akan berlangsung selama dua minggu. Selepas itu diam, dan beliau mungkin akan popular semula jika menyertai pilihan raya.
Populariti Redzuan dibantu juga oleh tindakan Datuk Saifuddin Abdullah, pembicara 'politik baharu' Umno, yang menyatakan sokongan kepadanya. Sebagai tanda sokongan, Saifuddin meletak jawatan Felo Penyelidik Kanan.
Sebenarnya sokongan itu tidak diperlukan, kerana Redzuan tidak melaksanakan jasa bakti melebihi pensyarah lain. Redzuan memang baik atau sekurang-kurangnya berada di tahap pertengahan.
Kini jawatan dekan dipegang oleh Prof Dr Md Sidin Ahmad Ishak yang berkeupayaan. Jawatan Redzuan di Umcedel pula digantikan oleh Dr Amir Saifude Ghazali dengan alasan yang mantap, seperti dinyatakan oleh Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin.
Peristiwa Redzuan kehilangan dua jawatan ini membangkitkan aneka reaksi dan respons. Seperti biasa, bicara tentang hal begini tidak disandarkan pada fakta yang jelas.
Penamatan tugas atau jawatan ialah perkara biasa. Kegiatan Umcedel bukanlah istimewa, kerana matlamatnya ialah penyuaraan pandangan untuk memikat khalayak.
Perhatikan, ketika ahli politik mula berkempen untuk Pilihan Raya Kecil Kajang, Umcedel di bawah Redzuan tiba-tiba membuat kajian, dan mengumumkannya. Isi pengumuman itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim disokong oleh pengundi Kajang untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Mengapakah dilaksanakan kajian yang demikian, di tempat demikian, dan pada masa demikian? Isi, tempat dan masa membayangkan maksud!
Perbincangan tentang perkara kecil begini adalah diperlukan untuk kesedaran umum, kerana di Malaysia banyak sekali peristiwa kecil yang diheret-heret hingga menjadi punca kacau-bilau.
Sebagai contoh, bacalah tulisan kritis Karim Raslan dalam kolumnya (Sinar Harian, 1 Julai 2014). Secara tidak langsung Karim menegur pihak tertentu yang menghebohkan perkara yang wajar didiamkan, hingga menjadi haru-biru.
Kajian politik tidak dapat lari daripada mainan politik. Maksud saya, kajian politik akan condong ke arah pegangan politik pengkaji.
Dalam melaksanakan persampelan berstruktur, sampel itu sendiri boleh dipilih-pilih. Jika pun tiada manipulasi, selalu ada kecenderungan ke kanan atau ke kiri. Secara subliminal pengkaji akan terbawa-bawa ideological baggagenya.
Subjektiviti kajian politik melebihi subjektiviti sains sosial yang lain. Selain pegangan ideologi, faktor persahabatan dan ketaksuban juga boleh mengganggu keikhlasan kajian.
Subjektiviti bertaburan di lantai analisis, hingga sukarlah pengkaji bersikap saksama. Jika pengkaji tersebut anak si tokoh, akan terkesan nada filial piety, dan jika pengkaji itu kawan, maka terbayanglah kroni.
Dengan menyebutkan hal ini, saya bermaksud berbicara tentang bidang. Kita tahu, bidang yang didukung oleh Umcedel adalah mudah, cuma menuntut kerajinan.
Ketua Umcedel tidak perlu bertahap profesor, kerana kajian populariti seseorang atau sesebuah parti politik dapat dilaksanakan dengan peralatan yang biasa-biasa. Bekalan ilmu statistik pun boleh dikesampingkan.
Kajian yang dibuat oleh Umcedel di bawah Prof Redzuan boleh dipermaju, bersyaratkan niatnya hendaklah akademik sepenuhnya. Namun, kelemahan yang ada itu bukanlah punca jawatannya digantikan.
Penamatan jawatan ialah satu perkara. Sokongan kepada pembangkang ialah perkara lain. Kebanyakan bicara di akhbar atau di media sosial, mengheret dua hal yang dikhayalkan berkaitan.
Kajian populariti pemimpin parti politik, baik pemimpin kerajaan mahupun pembangkang memanglah menarik.
Kajian itu menyamai kajian populariti artis, iaitu adakah populariti Datuk M Nasir mengatasi populariti Datuk Jamal Abdillah. Walaupun tarafnya sama, jika artis yang dikaji, tamatnya jawatan pengarah tidak mungkin diheboh-hebohkan.
* Datuk Rahman Shaari ialah Penerima Sea Write Awards daripada Kerajaan Thailand (2007), dan Penerima Anugerah Penyair Gapena (2013). Beliau merupakan mantan Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.

Santai : Cuba Cari Apa Yang Pelik Dalam Gambar Ni.

Posted: 08 Jul 2014 07:26 PM PDT



*Dunia dah terbalik kot.

SUDAH TIADA HARAPAN, MB KHALID BERDEPAN UNDI TIDAK PERCAYA

Posted: 08 Jul 2014 05:00 PM PDT

ADAKAH MEREKA BEREBUT DEMI KUASA,HARTA KEKAYAAN?
Paling lantang menuntut Khalid disingkirkan daripada kerusi itu adalah Ahli Parlimen Kuala Langat; Abdullah sani, Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, ADUN Batu Caves; Amiruddin Shaari dan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor; S. Manikavasagam.
Parti kompenan Pakatan Rakyat, PAS dan DAP juga kini dikatakan menolak kepimpinan Khalid berikutan dikatakan gagal menangani isu-isu sensitif di Selangor.
Biarpun didesak bertubi-tubi untuk mengundurkan diri, Khalid berkata beliau tidak akan melayan tuntutan itu selagi mendapat mandat dari rakyat dan perkenan Sultan Selangor.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menjelaskan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar hanya akan diputuskan setelah mendapat persetujuan ketiga-tiga pemimpin parti daripada Pakatan Rakyat.
Beliau menambah, keputusan untuk mengekalkan atau membuat perubahan perlu dibuat secara bersama sebelum membawa perkara itu untuk mendapat perkenan Sultan Selangor  
Masa depan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat semakin goyah apabila beliau terus diberi tekanan supaya mengosongkan kerusinya di Pejabat Menteri Besar Selangor.
Usaha untuk menyingkirkan Abdul Khalid kini sampai ke tahap yang lebih serius apabila Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) mengadakan mesyuarat khas pada Selasa berhubung kedudukan Menteri Besar itu.
Difahamkan mesyuarat yang sedang berlangsung di bangunan Annex pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor sejak awal pagi Selasa itu bertujuan membincangkan mengenai masa depan Abdul Khalid.
Mesyuarat berkenaan juga dikatakan untuk mencari kata sepakat menggesa satu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas bagi menyatakan undi tidak percaya kepada bekas Ketua Cabang PKR Kuala Selangor itu.

HAIYA...BULAN POSA GUAN ENG JADI ARTIS OPERA PLAK

Posted: 08 Jul 2014 01:00 AM PDT



Penduduk Malaysia hari ni dihidangkan dengan sebuah babak lakonan dari ketua kiasu chauvinis bertaraf khalifah; Lim Guan Eng.

Lakonan murahan yang skripnya hasil olahan Biro Publisiti DAP dan arahan akhbar rasis The Oriental mungkin berjaya meruntun jiwa-jiwa gersang pembaca terhadap 'tokong' bergerak ini. 

Begitu hebat sekali wayang opera Cina yang dimainkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang paling celaka dalam sejarah ini. 

Berbekalkan wartawan-wartawan yang dibayar mengikutnya melawat individu-individu gelandangan, apa yang perlu dilakukan oleh beliau hanyalah menitis air mata agar portal Oriental Daily dapat memberikannya sebuah publisiti murahan. 

Apa benarkah begitu prihatin sekali Lim Guan Eng ini dengan isu gelandangan dan orang-orang miskin? 


Portal Oriental Daily
Berita di atas adalah lawatan Lim Guan Eng, ke sebuah penempatan 'soup kitchen' yang dikenali sebagai 'The Lighthouse' berhampiran Penang Road. 

Beliau telah beraksi menghidangkan makanan sambil menangis teresak-esak dan tersedu sedan apabila fotonya diambil. (hehehe...belajar dari sapa agaknya tu?)

Beliau telah mengumumkan akan menyalurkan RM20,000 duit rakyat Pulau Pinang kepada 'The Lighthouse', yang dijalankan oleh sebuah organisasi Kristian.

Anehnya sebelum dan semasa isu Ku Nan menegur masalah gelandangan, tak nampak pun muka si Guan Eng ni 'beramal soleh' membantu rakyat?

Mungkin tetiba jer dia nak tunjuk 'zuhud' hasil tarbiyah. 

Mungkin lepas ni bila Guan Eng makan kurma pun dianggap lebih Islamik dari UMNO?

Akan bersorak sorailah takbir bergema nanti memuji si Ketua Menteri ini.

Rakyat tak bodoh, penduduk Pulau Pinang pun tak bodoh diperbodohkan dengan lakonan dan publisiti murahan DAP ni. 

Nampak sangat seolah-olah nak berlumba-lumba dengan Kerajaan Pusat pulak yang selama ini prihatin dengan nasib golongan gelandangan. 

Mungkin kita terlupa berita tahun lepas apabila, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah mengumumkan TIADA LAGI MISKIN TEGAR DI PULAU PINANG dalam Buletin Mutiara, portal rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di sini.


Wayang Cina apakah yang cuba dimainkan oleh Lim Guan Eng?

Kenapa apabila ada anak-anak Pulau Pinang yang diroboh rumahnya dan dihalau dari tanah pusaka mereka Guan Eng tak nangis?

Kenapa bila ada anak-anak Pulau Pinang sakit kronik terlantar akibat penyakit J.E bawaan babi Guan Eng tak nangis?

Ada Guan Eng kisah bila ramai penduduk Pulau Pinang tak de rumah, rumah yang ada pula kadar sewa dan harganya pula mahal?

Inilah sikap kepura-puraan seorang yang opportunis yang sentiasa menunjukkan kebaikannya demi meraih publisiti dan sokongan. Kesian, ada juga 'lebai-lebai malang' yang terus tertipu dengan lakonannya... 

Pesan rakyat; Jangan ingat bila lu nangis itu isu J.E babi boleh settle aaa... 



KRITIK DAP: AHLI INDIA DIPECAT, AHLI CINA DIBIARKAN

Posted: 07 Jul 2014 11:00 PM PDT

KASIHAN HABIS MADU SEPAH DIBUANG

Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez meletak jawatan daripada parti itu hari ini berkuatkuasa serta-merta, lapor The Star. Norman meletak jawatan sebelum sempat DAP memecatnya. Oleh kerana Norman sudah tahu nasibnya yang akan dipecat, beliau terpaksa memecat dirinya sendiri. Inilah DAP, kalau Cina dibiarkan, kalau India dipecat.

Keputusan itu dibuat beberapa hari selepas jawatankuasa DAP negeri membawa isu beliau kepada jawatankuasa disiplin DAP kebangsaan berhubung komen-komen negatif terhadap parti di facebook miliknya, norman.fernandez.142.
Dalam satu surat ringkas kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng, Fernandez berkata beliau 'tidak lagi berkongsi idealisme dan hala tuju pemimpin parti itu.'
Surat tersebut yang diedarkan kepada media pada Isnin, Fernandez berkata, untuk terus mengekalkan keahliannya dalam parti itu akan menghalang kebebasan beliau untuk menyuarakan pandangan dan kritikan, khususnya apabila DAP terus bersama PAS.
Fernandez mencetuskan kontroversi apabila menggesa pengundi untuk menolak PAS menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lalu dengan menegaskan negara tidak boleh memperjudikan risiko masa depan negara bersama parti Islam itu.
Setiausaha DAP negeri, Gan Peck Cheng berkata, satu mesyuarat telah diadakan pada 5 Julai lalu menyaksikan 18 daripada 20 ahli jawatankuasa DAP negeri mengundi usul untuk merujuk Fernandez kepada panel disiplin manakala dua lagi tidak mengundi.
Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Gan berkata komen Fernandez di Facebook menjejaskan imej parti di mata masyarakat.
Difahamkan dalam komen di facebooknya, Fernandez telah mengkritik beberapa pemimpin DAP dengan memanggil mereka sebagai "munafik" apabila menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru ahli UMNO supaya mempunyai semangat berjuang seperti Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) tetapi kekal tenang apabila menantu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan sokongan terbuka terhadap kumpulan ISIL.
Bagaimanapun, komen itu telah ditarik balik dari facebook Fernandez sebelum ketetapan DAP negeri pada Sabtu.

Yang Ini Salah Siapa Pulak?

Posted: 07 Jul 2014 09:00 PM PDT

Kes solat 2 imam di Kelantan.

Sumber : Akhbar Sinar

*Kembali ke fitrah.

PERSATUAN PTD KESAL LAPORAN SALAH BERITA HARIAN

Posted: 07 Jul 2014 07:42 PM PDT






Santai : Ada Orang PAS Berani Nak Tegur DAP?

Posted: 07 Jul 2014 06:45 PM PDT

Lihatlah bagaimana beraninya pemimpin PAS tegur JAKIM suruh tutup kilang cadbury.

Jakim perlu tarik semua sijil halal pengeluar Cadbury – PAS

KUALA LUMPUR,  Mei 26 :  Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik balik ke semua sijil halal yang diberikan kepada syarikat pengeluar jenama Cadbury, Mondelez Malaysia Sdn Bhd.Beliau terkejut dengan keputusan Jakim yang hanya menggantung sijil halal bagi dua produk Cadbury yang disahkan mengandungi DNA babi (porcine).
"Sepatutnya Jakim mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pengeluar Cadbury dengan menggantung kesemua sijil halal dan bukannya hanya dua produk sahaja," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Sumber : http://www.themalaysiantimes.com.my/jakim-perlu-tarik-semua-sijil-halal-pengeluar-cadbury-pas/

Tapi dalam kes wabak J.E......




Sumber

*Renung-renungkan.

The Unspinners

Posted: 08 Jul 2014 11:24 PM PDT

The Unspinners


PKNS guna 'court order" elak Utusan dedah salahlaku >>>> ARTIKEL SINI

Posted: 08 Jul 2014 07:30 PM PDT



Utusan Malaysia terpaksa melngeluarkan kenyataan maaf berikut tempuh hari di   atas satu artikel yang disiarkan pada Oktober 31 2012 berjodol "Jual aset PKNS: Sultan Selangor murka". Baca Selangor Ku yang tentu spin Utusan tak bertanggungjawab padahal belum ada keputusan lagi:


Disamping tu, mereka juga dikenakan court injuction supaya tidak menulis sebarang artikel tentang PKNS. Harap mereka jangan kasi sekali ruang untuk pasukan boasepak PKNS.

Taktik ini adalah cara untuk menahan Utusan dari mendedahkan salahlaku kerajaan da SLC Selangor yang dah banyak sangat dalam PKNS.

Blackout demikian sering berlaku kepada media bila saja ada kes saman terhadap media tersebut jadi selamatlah mereka dari dibogelkan.

Namun kita jangan pula berdiam tapi menyokong Utusan untuk siarkan semula artikel tersebut. Bawah Dato Othman Omar PKNS yang melakukan dibawah arahan Khalid, hancus ....


Oleh Zaini Hassan:-

AL-KISAH baginda Sultan Selangor yang memerintah negeri makmur dan kaya Selangor Darul Ehsan dikatakan teramatlah mengambil berat mengenai nasib PKNS. PKNS ialah sebuah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan membina rumah-rumah mampu milik khususnya untuk orang miskin bandar, terutamanya orang Melayu.

Itulah asas penubuhannya sejak puluhan tahun lalu. Orang Melayu yang berhijrah ke bandar dan tinggal di pinggir KL ditawarkan menghuni rumah-rumah murah PKNS.

Ada yang tinggal di flat-flat, ada di rumah-rumah teres. Ruang niaga juga dibina bagi memberi peluang orang-orang Melayu berniaga kecil-kecilan.

Dengan membangunnya Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor, rumah-rumah PKNS didirikan di merata seksyen. Ia memberi kemudahan kepada orang Melayu tinggal.

Orang-orang Melayu yang tidak mampu tinggal di banglo-banglo mahal di Petaling Jaya atau Bukit Damansara atau Subang Jaya — maka dibinalah rumah-rumah PKNS di kawasan Datuk Keramat, di Kelana Jaya, di Ampang, Shah Alam serta di seluruh negeri Selangor Darul Ehsan.

Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayahanda baginda Sultan sekarang amat gembira dengan perkembangan itu. Masjid biru yang diberi nama almarhum dibina dengan dikelilingi tasik indah. Bangunan SUK yang juga diberi atas nama almarhum didirikan di atas bukit. Shah Alam bagaikan bandar raya atas kayangan.

Almarhum baginda kemudian mangkat dengan amannya (Al-Fatihah).

Kini anakanda almarhum mengambil alih takhta bersemayam.

Istana Bukit Kayangan dan Istana Mestika menjadi saksi betapa majunya bandar raya Shah Alam — satu-satunya bandar raya paling tersusun dan terancang orang Melayu – yang dibangunkan PKNS.
Tiada mana-mana bandar raya seumpamanya di Malaysia yang begitu berjaya seperti Shah Alam, selain Putrajaya.

Selama 50 tahun tiada masalah yang timbul dalam pentadbiran kerajaan Selangor dan juga PKNS.
Tiada juga terdengar kekecohan pada Yayasan Selangor (YS). Tanah dan aset-aset PKNS dan YS sangat banyak di merata Lembah Kelang dan cukup strategik. Sebahagian besar tanah itu dibeli oleh entiti-entiti tersebut mahupun dikurniakan oleh Sultan Selangor.

Nilai hartanah kedua-dua entiti itu cukup mahal. Ia termasuklah mercu bangunan Yayasan Selangor di tengah-tengah kawasan Bukit Bintang. Kononnya bangunan itu dulu cuba disunting DAP untuk dijadikan ibu pejabat parti. Namun cubaan itu dikatakan gagal.

Semangat Menteri-Menteri Besar Selangor terdahulu yang diterajui oleh pemimpin UMNO tetap utuh untuk mempertahankan entiti-entiti itu.

Nasib Melayu bandar jangan sama sekali diperjudikan. Para pemimpin terdahulu amat menitikberatkan soal geopolitik orang Melayu atau ketompokan kawasan pilihan raya orang-orang Melayu. Ia bagi memastikan survival politik Melayu terus kekal di kawasan-kawasan pinggir Kuala Lumpur.

Shah Alam kini yang menjadi kubu geopolitik paling kukuh oleh Melayu telah berubah. Sejak Selangor diperintah secara de facto oleh DAP, banyak perubahan telah berlaku. MBnya sekarang ialah Melayu, tetapi kuasanya dipegang oleh tangan-tangan DAP. Pas dan para pemimpinnya pula hanya menang berceramah dan bersorak.

Para pemimpin DAP telah berada dalam lembaga pengarah entiti-entiti Selangor itu. Mereka ada dalam lembaga pengarah PKNS, dalam SACC (Pusat Konvensyen Shah Alam, yang dibina di zaman Dr. Khir Toyo) dan dalam beberapa entiti lain.

Mereka sudah tahu kekuatan dan kelemahan entiti-entiti itu.

***

BARU-BARU ini al-kisah dimaklumkan bahawa KBDYMM baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah memanggil Pengurus Besar PKNS, Othman Omar, yang popular dipanggil sebagai OO, untuk menghadapnya.

Baginda yang amat mengambil berat soal PKNS sebagaimana almarhum ayahanda baginda telah bertanya mengenai perkembangan perbadanan itu dan kepentingan orang Melayu.



Al-kisah baginda menasihatkan supaya PKNS dipelihara dan dikekalkan falsafah penubuhannya. Kuota Bumiputera harus dipertahankan. Itu ingatan Tuanku al-Sultan.

OO pun dengan penuh yakin berkata semuanya baik-baik belaka Tuanku. Semuanya OK Tuanku!
Nak dijadikan cerita, tiba-tiba meletup berita dalam akhbar, yang menurut puak-puak Pas bahawa akhbar-akhbar itu hanya menyebar fitnah, bahawa lima aset PKNS akan dijual.

Ia termasuklah Kompleks PKNS di Shah Alam yang menjadi ikon bandar raya itu. Kompleks PKNS adalah umpama Kompleks Pekan Rabu Alor Star. Para pelawat ke bandar raya itu pasti akan wajib singgah di situ. Kononnya kompleks itu akan dijual dengan harga RM85 juta.

Aset-aset lain yang kononnya akan dijual ialah Menara PKNS Petaling Jaya dengan harga RM90 juta; Shah Alam Mall (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).

Pacal yang hina pastinya akan beranggapan Tuanku Sultan sudah tentu akan murka mendengar kisah ini.

Apa sudah jadi, OO kata semuanya OK, kini KO pula?

Jika dijual apa akan jadi kepada PKNS? Apa akan jadi kepada peniaga Melayu di kompleks-kompleks itu? Sudah tentu pembeli baru aset-aset itu akan menaikkan sewanya? Siapa yang akan membelinya?

Jika dijual, walaupun kepada anak syarikat PKNS sendiri, adakah falsafah asal PKNS akan dicairkan dan kepentingan orang Melayu sudah tidak dikisahkan lagi?

Adakah kelemahan sudah diketahui dan ini caranya untuk melunturkannya?

Benarkan sebuah syarikat ditubuhkan untuk membeli aset-aset itu. Benarkan ia akan dijual kepada Private Real Estate Company (PREC).

***

AL-KISAHNYA pihak-pihak yang mahu membeli aset-aset itu telah meminta diserahkan geran-geran supaya transaksi boleh diteruskan dan ditukar nama.

Tapi di dalam PKNS bukan semuanya seperti ?puak-puak itu?.

Ada pihak dalam PKNS yang masih bersemangat waja. Mereka melambat-lambatkan transaksi itu. Pemberian geran-geran itu untuk urusan transfer dilengah-lengahkan. Mereka amat bimbang dengan penjualan ini. Mereka amat bimbang apa akan jadi akhirnya kepada PKNS?

Hati mereka ialah sewaja para pemimpin terdahulu. Sewaja semangat dan roh Tuanku Sultan dan Almarhum Tuanku Sultan. Sewaja MB-MB terdahulu, termasuk semangat waja pengasas PKNS yang juga bekas MB Selangor, Allahyarham Tan Sri Harun Idris.

***

SATU sumber dalaman PKNS, yang bersemangat dan berhati waja membuat pendedahan lebih dahsyat kepada Utusan Malaysia hujung minggu lalu.

Kerajaan Selangor naungan DAP dikatakan bukan mahu jual lima sahaja aset PKNS, tapi kesemuanya.

Menurut sumber itu, sejak September lalu, PKNS telah menyerahkan pengurusan Kompleks PKNS Shah Alam kepada PREC dan di dalam perancangan mereka, kesemua aset komersialnya akan diberikan kepada anak syarikatnya itu.

Menurut sumber itu, alasan yang sering diberikan mengapa PKNS merancang untuk menyerahkan kesemua aset komersialnya kepada PREC adalah kerana kononnya pekerjanya selama ini tidak kompetitif hingga gagal memberi keuntungan berganda kepada syarikat.

Hairan, jika dikatakan tidak untung, tahun lalu PKNS membayar lima bulan bonus kepada kakitangannya.

Saya berharap PKNS jangan terlalu ghairah mengejar keuntungan sehingga mengorbankan falsafah asalnya.

Persoalannya: Adakah wang penjualan itu yang dicairkan, kemudiannya akan disalurkan ke tabung-tabung politik?

Pilihan raya sudah dekat. Wang kena pakai banyak.

Itu hanyalah pendapat umum yang dikutip oleh pacal yang hina ini.

Akhir kata, Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun. Sembah Patik Harap Diampun.

Pacal yang hina ini mohon berundur diri.

- UTUSAN MALAYSIA

Anwar dan Sam Kentot tiada 'locus standi' suruh Khalid turun

Posted: 08 Jul 2014 04:39 PM PDT


Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan Anwar Ibrahim supaya tidak mengkritik dan mempersoalkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor sewenang-wenangnya.

Khalid juga mahu Anwar sedar bahawa kerajaan negeri tidak boleh membuat perubahan sesuka hati tanpa berbincang terlebih dahulu dengan semua pihak.

Khalid juga mendedahkan bahawa kewibawaan Anwar selaku Ketua Umum juga dipersoalkan oleh ahli serta pemimpin PKR selama ini. Sebelum ini, Anwar mengkritik pentadbiran Khalid yang dikatakan agak lemah didalam isu pembinaan lebuhraya Lidex serta isu konsesi air.

Utara News


Kalau Anwar boleh Khalid bidas, Sam Ketot apa nak sibuk pulak buat kenyataan?

KENYATAAN MEDIA

As salam tuan pada 6 Julai 2014 jam 1600 bertempat di pjbt pkr negeri. Tmn bukit piatu mutiara. Semabok satu kenyataan media telah dibuat oleh shamsul iskandar bin md akin - ap bkt katil berhubung kepimpinan tan sri khalid ibrahim - mb selangor. Kenyataan tersebut turut di fax ibu pejabat pkr pusat petaling jaya selangor. Antara kenyataan yg telah dibuat seperti berikut :-

RAKYAT SELANGOR MENGUNDI PAKATAN RAKYAT SEMASA PRU13, BUKAN KHALID IBRAHIM SEMATA-MATA

Saya mengecam kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa "kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya" sebagai merujuk kepada kedudukan Dato' Menteri Besar Selangor yang kini disandang beliau.

Apatah lagi kenyataan beliau tersebut telah dijadikan modal politik oleh media-media milik UMNO-BN seperti Utusan Malaysia dan TV3 untuk menghentam Pakatan Rakyat. Media-media tersebut juga mutakhir ini kelihatan begitu bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan Tan Sri Khalid serta memberikan ruang kepada penyokong-penyokongnya untuk memburukkan parti.

Kenyataan ini jelas menzahirkan kedangkalan beliau dalam memahami bahawa jawatan Dato' Menteri Besar itu sendiri diperolehi melalui pencalonan oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) khususnya dan konsensus Pakatan Rakyat amnya, yang telah dipilih majoriti rakyat Selangor semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu. Amat malang apabila proses ini tidak dianggap penting dan dibelakangi. Ini jelas menunjukkan beliau meletakkan dirinya melebihi kepentingan parti, seolah-olah beliau merupakan faktor utama kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor.

Jika Tan Sri Khalid merasakan Kerajaan Negeri Selangor yang berjaya dibentuk oleh Pakatan Rakyat selepas PRU13 adalah berpunca daripada pencapaian dirinya seorang, maka ternyata beliau silap. Mungkin beliau lupa "terpaksa lari" dari mempertahankan kerusi DUN Ijok kerana dilaporkan mungkin tewas sekiranya kekal di sana. Malah beliau gagal mempertahankan jumlah majoriti yang diperolehi di DUN Pelabuhan Klang dan kini terpaksa melantik penyelaras DUN yang memegang pelbagai jawatan lain termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dengan gaji mewah untuk menjalankan tugas beliau sebagai wakil rakyat kawasan.

Saya ingin tegaskan bahawa Tan Sri Khalid tidak mungkin menang di DUN Ijok atau Pelabuhan Klang pada tahun 2008 dan 2013 sekiranya bertanding sebagai calon Bebas ataupun Barisan Nasional (BN). Rakyat Selangor telah memilih KEADILAN dan Pakatan Rakyat kerana yakin  dengan agenda dan manifesto yang ditawarkan secara kolektif dan bukan kerana Tan Sri Khalid.

Saya menuntut Tan Sri Khalid berhenti daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan dangkal dan menghina kebijaksanaan rakyat serta akur dengan desakan agar beliau berundur segera. KEADILAN telah sepakat mendesak pengunduran Tan Sri Khalid dan ini telah pun diputuskan lebih awal iaitu dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Parti pada 15 Januari 2014. KEADILAN juga menghormati pandangan DAP dan PAS sebagai parti rakan di samping mahu mengingatkan konsensus Pakatan Rakyat tidak tertakluk kepada majoriti kerusi semata-mata sebagaimana kes di Perak dan pelantikan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, apatah lagi hanya individu.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua
Angkatan Muda Keadilan
merangkap Ahli Parlimen Bukit Katil

----------------


Sibuklah kau pasal nak suruh Khalid turun. Jagalah Bukit Katil kau tu ....

Alahai nak psywar ....


Jawatan MB adalah atas perkenan Sultan dan Khalid hanya boleh diturunkan oleh undi tidak percaya di DUN.

Kata sekarang Khalid mahu turun secara sukerala pada bulan September.

Ada faham Rafizi prosesnya sekarang? Ada berani ka mahu buat undi tak percaya dengan PAS tak menyokong????


Kajang Move Rafizi sudah fail. Baca SINI.


Apa punya Pengarah STrategik?


 Air tak selesai dengan Pojek Langat 2 ... lagi susah PKR di selangor la bodoh macam lembu!!!!!

Spin babi JE oleh LGE, Tiga sudah mati mana itu anti Lynas?

Posted: 08 Jul 2014 08:00 AM PDT


Lynas belum ada satu pun mangsa kematian tapi anti Lynas telah lama melalak dan menyondol macam DOg and Pig.


Bila meliatkan ladang babi dan binatang kebemaran mereka, mereka cuba berdiam dan menafikan JE disebabkan ladang babi.


Lim Guan Eng cuba main Tai Chi untuk menyalahkan Kementeriaan Kesihatan dan dia turut cuba mengangggap 3 kes JE di Pulau Pinang tidak menakutkan.

Padahal JE boleh merebak dan membawa kematian pada pensakit dalam masih pendik dan ianya  tidak menakutkan.


Dia menggunakan seorang doktor untuk mengatakan Denggi lebih penting. Begitu banyak kes tapi hanya 3 saja kes kematian Denggi. Berbanding JE telah membunuh 3 dalam masa terdekat.

Alah budak Melayu itu nak cari makan, akur sajalah dia. Mungkin doktor DAp dan PKR.

Apahal pun ...


Memang babi JE betul DAP

Sokongan Desmond Yongkor kepada UBF/STAR tolak kredibiliti penafian David Orok

Posted: 08 Jul 2014 05:00 AM PDT


Setelah menyedari penganut Kristian di tempatnya Tuaran pun marah padanya bersama dengan orang Islam dan NGO yang telah membuat laporan, David Orok cuba menafikan FB itu kepunyaannya.


Pelbagai alasan dibuat tetapi penafiannya tidak menyakinkan dan ini telah Unspinners sebut sebelum ini di SINI.

David Orok hanya mahukan publisiti untuk menjadikan dirinya terkenal melalui publisiti negatif ini dan ini caranya untuk mempopularkan parti STAR dan UBF pimpinan Dato Jeffrey Kitingan yang agenda kenegerian, perkaunan dan kristian extremis begitu menebal.

Hal ini tidak susah menunjukkan tujuan David Orok sudah sedikit sebanyak tercapai dengan kenyataan FB seorang bernama Desmond Yongkor.


DIa terus menjadi penyokong David Orok yang hanya pemimpin kecil yang tidak kenali. Desmond yongkor seolah-olah seorang rasis dan prejudis Islam yang sudah ketemui jodoh persahabatan dan kesetiakwanan dengan David Orok, Jeffrey Kitingan dan STAR/UBF.





 Adakah Jeffrey Kitingan ada buat kenyataan menlak atau menafikan kenyataan rasis David Orok dan Desmond Yongkor di akhbar????

KANTOI!!! Prof Redzuan UMCEDEL BERGAMBAR SAMA ANWAR!!!!!!

Posted: 08 Jul 2014 12:30 AM PDT


Lepas diberi penjelasan kononnya kumpulan pro Pembangkang dalam UM menggunakan Prof tan Sri Dr Ghauth Jasmon yang menjahanamkan Universiti Malay sebagai sokongan bila Prof redzuan tidak lagi disambung.


Keluar pula di TMI SINI. sapa nak percaya?

Orang kata a picture paint a 1,000 words, gambar atas itu jelas. Gambar retreat ABIM sepenuhnya di bawah ...


Sahlah gitu bahawa ....




Untuk Pudin bising, ini menunjukkan Pudin tidor masa dia Timbalan Menteri ....


Atau memang jiwa dna raga dah di sana ....



Panglima Perang Cyber

Posted: 08 Jul 2014 11:11 PM PDT

Panglima Perang Cyber


UMNO Lakukan Penilaian KPI Hujung Tahun Ini - @TengkuAdnanReal

Posted: 08 Jul 2014 09:38 PM PDT


KOTA BAHARU, 5 Julai – UMNO akan melakukan penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di semua peringkat bagi mengetahui pencapaian sebenar parti
itu di seluruh negara akhir tahun ini. 

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata penilaian itu juga bagi mendapatkan gambaran sebenar hala tuju Umno selain menaik taraf parti berkenaan terutama dalam menghadapi era masa kini.
"Sekarang belum buat penilaian lagi kerana ia dilakukan oleh orang ketiga dan barangkali akan dilakukan akhir tahun ini.
"Penilaian melibatkan perhubungan negeri, bahagian dan cawangan dan terhadap perjalanan serta aktiviti parti dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat KPI UMNO di Bangunan UMNO Negeri di sini, hari ini. 
Turut hadir Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Tindakan ini patut kita lakukan kerana kita lihat bahawa dunia sekarang berubah dan pemikiran rakyat serta ahli parti pun berubah, jadi kita terpaksa lakukan sedikit perubahan demi kebaikan parti.
"Penilaian bukan diadakan untuk menghukum orang tertentu tetapi ia sebenarnya satu kaedah untuk kita beri pandangan dan membawa kebaikan kepada parti," kata Tengku Adnan.
Awal tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO meluluskan KPI bagi memastikan semua kerja dapat dilaksana dengan lebih aktif serta sistematik, dan setiap anggota Majlis Tertinggi (MT) akan diberi tanggungjawab memantau KPI bahagian, manakala ketua bahagian ditugaskanmemantau KPI cawangan.
Selain itu, Tengku Adnan berkata setiap bahagian dan cawangan UMNO diperingkat negeri disarankan mewujudkan biro-biro yang sama seperti di peringkat
MT.-MediaUMNO


Panglima : usaha menilai apa yang dilakukan sangat baik. Sistem penilaian membolehkan seseorang pemimpin dapat diberi sokongan atau ditukar dengan pemimpin yang lain. Jika tidak kita akan menjadi pengikut pemimpin yang tidak berupaya memimpin. 
Satu lagi sistem yang perlu dibuat ialah sistem audit duit yang disalurkan. Ia penting kerana perpecahan sering berlaku kerana duit samada diseleweng atau disangka diselewengkan. Justeru ia perlu juga ditangani dengan segera demi keutuhan parti.


BRAZIL VS JERMAN - 1:7 - Goals & Highlight - World Cup 2014

Posted: 08 Jul 2014 09:29 PM PDT






BELO HORIZONTE, Brazil 9 Julai - Jerman melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali kelapan selepas membelasah Brazil 7-1 pada separuh akhir yang amat mengejutkan seluruh peminat bola sepak dunia, sebentar tadi.

Selepas mendahului 5-0 pada babak pertama, juara 1954, 1974 dan 1990 itu menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua untuk mendahului 7-0, sebelum Oscar mengubat sedikit keaiban tuan rumah dengan gol saguhati pada minit terakhir.

Toni Kroos dan Andre Schuerrle masing-masing meledak dua gol, manakala tiga lagi jaringan Jerman diperoleh menerusi Thomas Mueller, Miroslav Klose dan Sami Khedira.

Jerman, yang mencari kejuaraan Piala Dunia pertama sejak 1990 kini akan menentang pemenang di antara Argentina atau Belanda, yang bakal berentap pada satu lagi separuh akhir, esok.

Brazil, yang turun dengan reputasi besar selaku juara lima kali terpaksa menanggung aib kalah besar di depan penyokong sendiri dan hanya menunggu lawan untuk ditentang bagi penentuan tempat ketiga. - AGENSI



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140709/sl_07/Jerman-masuk-final-belasah-Brazil-7-1#ixzz36wT1dNkj
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kisah Hijrah @Neelofa di @ikimfm - Yang Cecah 196 Ribu ' View ' dalam masa Dua Hari di @Youtube

Posted: 08 Jul 2014 09:04 PM PDT


Tindakan tegas perlu diambil terhadap Ramasamy - @zulkiflinordin

Posted: 08 Jul 2014 07:25 PM PDT




KUALA LUMPUR 8 Julai - Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy kerana mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.

Beliau menyelar keras kenyataan Ramasamy itu sambil mengingatkan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang berlaku antara Melayu dan Cina adalah akibat politik perkauman dan cauvinisme yang diamalkan DAP serta golongan pelampau kaum pada masa itu.

"Ini kerana golongan cauvinis Cina dan pelampau perkauman pada masa itu telah mempersoal serta mencabar hak istimewa orang Melayu di bawah Artikel 153 dan kedudukan Raja-raja Melayu dengan menggunakan slogan Malai-Si (Mati-Melayu) dan ucapan berbentuk hasutan seperti 'Melayu masuk hutan', 'ini negeri Cina sudah control' serta banyak lagi sehingga mengapi-apikan orang Melayu.

"Saya mendesak pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Peguam Negara supaya lebih agresif dan tegas dalam mengekang dan menguatkuasakan undang-undang bagi mengheret golongan ekstremis serta pelampau agama dan perkauman ke muka pengadilan untuk dikenakan hukuman keras jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ramasamy yang seolah-olah mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membawa kembali peristiwa 13 Mei 1969 ekoran peringatan Muhyiddin bahawa peristiwa rusuhan kaum itu boleh berulang jika perpecahan dalam kalangan rakyat tidak dapat dibendung manakala Perlembagaan negara terus dipersoalkan.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Ramasamy yang mengatakan beliau tidak takut peristiwa 13 Mei 1969 berulang hanya kenyataan pemimpin politik yang mahu meraih populariti.

"Beliau hanya cakap mahu tunjuk hebat dan berani. Jika beliau benar-benar tidak takut kenapa perlu 'bising' tentang 13 Mei sedangkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mengingatkan rakyat negara ini mengenai peristiwa itu.

"Reaksi Ramasamy itu sekadar mencari mahu 'makan' dalam bidang politik. Jangan terlalu angkuh, beliau harus ingat di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Memang orang Melayu baik, tetapi pantang Melayu dicabar," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Ibrahim berkata, perbalahan kaum kini sudah menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain dan perbuatan itu adalah bertentangan dengan adat, budaya dan tatasusila rakyat negara ini.

Jelas beliau, orang Melayu tidak akan memulakan perbalahan tetapi jika orang lain memulakan orang Melayu pasti menyambut.

"Pantang orang Melayu dicabar, kita tidak akan mula dahulu sebab orang Melayu patuh dan hormat undang-undang, tetapi bila orang menjual pasti kita membeli," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140709/po_02/Tindakan-tegas-perlu-diambil-terhadap-Ramasamy#ixzz36vz9S8AY
© Utusan Melayu (M) Bhd

Belantan

Posted: 08 Jul 2014 11:07 PM PDT

Belantan


Adakah MB Khalid selamat kerana Pas?

Posted: 08 Jul 2014 11:14 AM PDT


Dikatakan semangat setia kawan Pas bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat semakin teruji dengan kontroversi kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dibangkitkan kembali akhir-akhir ini.

Sejak Langkah Kajang diwujudkan, isu menggulingkan dan menjatuhkan Abdul Khalid yang dirancang memperlihatkan kerjasama ketiga-tiga parti itu semakin jelas untuk dinilai.

Umum tahu, rentak Abdul Khalid kini semakin tempang apabila kehilangan kepercayaan dari kalangan ahli partinya sendiri setelah kepimpinannya mula diperlekehkan.

Jika dulu Abdul Khalid dijulang sebagai menteri besar yang efisien mentadbir negeri Selangor, namun tidak kali ini apabila nada PKR dan DAP mulai berubah berbeza Pas yang masih menyokong karier Abdul Khalid.

Sekalipun didesak pelbagai sudut, Abdul Khalid terus tenang...mungkin tahu Pas ada di belakang dan akan mempertahankannya.

Kebelakangan ini juga, Abdul Khalid mula mempamerkan belangnya kerana yakin kedudukannya tidak akan digugat sekalipun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula mempertikaikan kepimpinannya.

Sumber dalaman PKR ketika ditemui kelmarin berkata, Abdul Khalid kini sukar digugat kerana hubungan baiknya dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jelasnya, meskipun Langkah Kajang diadakan untuk menukar kedudukan menteri besar namun usaha tersebut mungkin gagal kerana Abdul Hadi sehingga kini masih tidak menyokong usaha untuk menggulingkan Abdul Khalid.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan dan pertemuan dibuat bersama Presiden Pas itu, Abdul Hadi tetap memberi sokongan kepada Abdul Khalid dan nampaknya ahli Pas yang lain patuh serta akur.

Kelmarin, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad menegaskan Pas tetap teguh menyokong kepimpinan Abdul Khalid walaupun terdapat segelintir pemimpin PR yang mendesak menteri besar itu memberi laluan dan berundur.

Baginya, tindakan golongan yang mahu menukar menteri besar sudah kehabisan idea dan melihat Abdul Khalid sering menjadi mangsa di atas semua masalah yang berlaku di Selangor.

"Dari sekecil-kecil masalah, sampailah sebesar-besar masalah, semuanya mahu menyalahkan Abdul Khalid," katanya.

Namun kenyataan Iskandar bukanlah suara majoriti Pas apabila mula ada suara-suara minoriti dari kalangan parti Islam itu mula meragui kepimpinan Abdul Khalid.

Ahli Parlimen PR misalnya seperti Khalid Samad dan Gobind Singh Deo termasuk Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman yang dilihat mengkritik dan menyalahkan Abdul Khalid dengan mensabitkan pelbagai isu yang berlaku di Selangor berpunca daripada kelemahan pimpinan yang membelakangkan parti dalam Pakatan.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjelaskan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor hanya akan diputuskan setelah mendapat persetujuan ketiga-tiga pemimpin parti daripada PR.

Ketua pembangkang itu berkata, keputusan untuk mengekalkan atau membuat perubahan perlu dibuat secara bersama sebelum membawa perkara itu untuk mendapat perkenan Sultan Selangor.

Nada sama turut disuarakan Jaafar yang menyifatkan pelbagai isu yang berlaku di Selangor berpunca daripada kelemahan Abdul Khalid yang membelakangkan Pakatan.

Ini antara sebab mengapa Khalid Samad terang-terangan menyebut Abdul Khalid perlu ditukar dengan pemimpin lain yang diterima oleh semua parti.

"Saya tidak nampak bagaimana seorang menteri besar boleh kekal jika partinya sendiri menolak beliau," kata Khalid.

Gobind Singh Deo pula pernah mengkritik pentadbiran Abdul Khalid dengan mengaitkan isu pembinaan Lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex).

Namun, desakan dan tekanan itu tidak dihiraukan Abdul Khalid dan menganggapnya sebagai satu perkara biasa dalam dunia politik selain menegaskan tidak akan meletak jawatan kerana telah diberi kepercayaan memerintah dan terus menggalas tanggungjawab sehingga pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, nasib Abdul Khalid tetap bergantung kepada rakan-rakan ahli Pas yang akan menentukan nasibnya kali ini apabila Pas Pusat mula campur tangan dengan mengadakan perbincangan bersama Pas Selangor, semalam.

Jelas dalam kemelut politik Selangor ini, Abdul Khalid memerlukan talian hayat Pas yang telah menggagalkan sebarang usaha untuk menjatuhkan beliau.

Namun tidak mustahil Pas juga ada percaturannya sendiri yang mungkin turut memasang impian untuk mencalonkan wakil mereka memegang jawatan nombor satu di Selangor.

Adakah Pas masih bermurah hati setelah memberi laluan kepada PKR selama dua penggal menerusi kepimpinan Abdul Khalid atau akhirnya memutuskan mengambil alih tampuk nombor satu di Selangor berdasarkan majoriti kerusi Dun?

Apa nasib Abdul Khalid...diundurkan lebih awal atau tunggu sahaja Pilihan Raya Umum akan datang? Siri perbincangan lanjut antara Pas Pusat dan Pas Selangor mengenai isu ini pasti akan terdedah juga satu hari nanti.

Suara Politik
Belantan

Pulihkan semangat golongan gelandangan, bantu mereka berdikari?

Posted: 07 Jul 2014 11:34 PM PDT

Golongan gelandangan perlu diberi motivasi untuk mengubah nasib diri sendiri.

Langit sebagai atap rumahku dan bumi sebagai lantainya, Hidupku menyusuri jalan, sisa orang yang aku makan. Itulah petikan lirik lagu Gelandangan oleh Rhoma Irama.

Menghayati bait-bait lirik ini menjadikan kita tertanya-tanya di manakah keluarga mereka? Mengapa memilih jalan begini sanggup meneruskan hidup sebatang kara? Tidur di kaki lima, makan sisa makanan, mengemis dengan wajah yang penuh dengan keperitan dan ketagihan dadah dan sebagainya tetapi kita tidak tahu apa puncanya.

Golongan yang dikenali sebagai gelandangan ini bergantung harap pada lantai simen di kaki jalan buat peneman tidur di kala malam. Pemandangan yang tidak sihat ini akan mencerminkan imej negara kita dan menjadi persepsi masyarakat luar terutama pelancong-pelancong. Ini akan menjejaskan imej ibu kota dan ekonomi apabila melibatkan industri pelancongan negara. Berdasarkan sistem maklumat golongan gelandangan yang mula digunakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 2007 hingga 2011, terdapat seramai 7,833 orang gelandangan yang telah diselamatkan.

Golongan gelandangan ini adalah individu yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat. Mereka juga tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap di wilayah tertentu dan hidup mengembara di tempat umum. Persoalan di sini, Malaysia adalah negara yang pemurah dan sering membantu dan menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Usaha murni seperti membantu rakyat di luar negara seperti Palestin di Gaza, membantu rakyat Rohingya dan sebagainya memang sangat baik. Namun, rakyat kita sendiri sepatutnya didahulukan untuk dibantu dalam semua aspek khususnya golongan gelandangan ini. Selepas gelandangan dibantu dan jalan diberi makan, mereka perlu belajar berdikari bukan sentiasa duduk dan tunggu tanpa usaha.

JKM, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius isu golongan gelandangan. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga prihatin dengan isu gelandangan. Syabas diucapkan kerana menganjurkan program Salam Ramadan bagi membantu gelandangan di bulan puasa. Program Midnight Run yang disertai 120 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Kelab Sahabat Motor telah mengagihkan 200 bungkusan makanan untuk bersahur kepada golongan gelandangan.

Dalam pada itu KPWKM telah menubuhkan Pusat Sehenti Intervensi yang pertama bagi membantu golongan ini yang mula beroperasi pada 9 April 2011. Sejak memulakan operasi hingga 29 Februari 2012, seramai 458 orang gelandangan mendapat perkhidmatan di Anjung Singgah. Semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menawarkan bantuan dan perkhidmatan kepada golongan gelandangan harus bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) melalui Program Bantuan Bersepadu.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan dua buah Anjung Singgah masih tidak mencukupi dan mengharapkan NGO dapat membantu lebih daripada itu termasuk pencarian kerja. Bukan setakat itu, mereka juga mengikuti latihan vokasional, pertanian, kraf tangan, bimbingan agama, dan juga rekreasi.

Toh Puan Seri Wan Hibatul Hidayah Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Projek Khas Anjung Singgah berusaha membantu golongan ini berniaga dengan cuba mendapatkan lesen daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Usaha murni kerajaan ini turut melatih penghuninya untuk berdikari. Sehingga 20 Disember 2012 sejak ditubuhkan April lalu, 150 orang gelandangan sudah mendapat pekerjaan.

Saya merasakan golongan pendidik dan profesional serta NGO perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam menyelesaikan secara proaktif isu orang gelandangan atau mereka yang tidak berumah. Bagaimanapun, kita patut bersyukur kerana keadaan golongan tersebut di negara ini tidak seteruk negara lain. Ia berikutan langkah progresif kerajaan yang berjaya mengurangkan jumlah golongan itu menerusi program-program yang mampu meringankan beban mereka.

Sebenarnya banyak program dan pelbagai pihak telah membantu golongan gelandangan ini. Usaha Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) umpamanya perlu dipuji dengan mengadakan kerjasama dengan NGO, Reach Out Malaysia untuk memberi bantuan makanan kepada golongan gelandangan di sekitar ibu kota.

Selama 12 bulan tahun lepas, Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat menyatakan 500 bungkusan makanan diagihkan setiap bulan untuk golongan tersebut dan ini sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR). Apa kata, jika bank-bank di Malaysia dapat bergabung, bersatu dan membantu golongan gelandangan. Bukan setakat memberikan makanan tetapi membantu lebih daripada itu seperti menyediakan kursus-kursus kepakaran untuk mereka belajar berdikari daripada hanya menunggu untuk diberi.

Program Roti 1Malaysia dilancarkan baru-baru ini juga satu usaha yang perlu kita puji dan selepas tempoh percubaan pada Ogos 2011 amat membanggakan. Kita mengharapkan banyak syarikat korporat dan individu boleh menyumbangkan roti serta pastri berkualiti kepada golongan kurang bernasib baik ini.

Di sebalik program Roti 1Malaysia, terdapat beberapa hotel, bakeri, sukarelawan, penaja, pertubuhan belia dan beberapa syarikat yang turut bergabung tenaga menjayakan aktiviti kebajikan itu dan Rosmah mengharapkan program ini diperluas untuk meliputi semua pusat pendidikan awal kanak-kanak Permata.

Semoga kerajaan dapat perluaskan lagi kepada golongan gelandangan di setiap negeri turut menikmati Roti1Malaysia.

Salah seorang profesor dari sebuah universiti tempatan sudah lama beramal dengan menghantar makanan kepada gelandangan pada setiap hari Jumaat. Namun saya menanyakan soalan kepada beliau kenapa tidak membantu mereka dengan memberikan pancing ikan bukannya ikan.

Beliau menyatakan bukan mudah gelandangan didekati kerana sesetengahnya sensitif dan cadangan beliau memerlukan sesi kaunseling untuk memulihkan semangat mereka yang hilang ataupun mencari semula kekuatan diri. Beliau berharap pihak yang lebih berkemampuan sewajarnya juga tampil contohnya memberikan pekerjaan sehingga mereka boleh menampung kehidupan dengan lebih baik.

Rata-rata gelandangan yang beliau temui adalah orang baik daripada segi kemanusiaannya namun nasib tidak menyebelahi mereka. Biasalah, roda-roda kehidupan.

Maklumat yang saya terima, segelintir gelandangan mengambil kesempatan dan tidak mahu berusaha dengan menunggu semuanya diberi nanti. Mengambil kesempatan dengan berlakon sementara dan berpura-pura demi menikmati segala kemudahan disediakan. Itu perkara sensitif untuk dijawab. Golongan gelandangan, tepuk dada tanyalah hati sendiri. Salam 1Hati.-UMO

Suara Politik
Belantan

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 08 Jul 2014 09:33 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 08 Jul 2014 09:10 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Kuasa Allah SWT : Rumah Terbakar 100%, Tetapi Surah Yasin Masih Dalam Keadaan Baik

Posted: 08 Jul 2014 09:00 PM PDT






Kebakaran di Kampung Melayu Panchor, Muar, Johor pada 11.56 pagi. Rumah hangus 100%, tetapi naskah surah Yasin langsung tidak terjejas. Kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa. Pengajaran dan panduan untuk umat Islam di bulan Ramadhan,

Gelandangan : Guan Eng Terkantoi Lagi

Posted: 08 Jul 2014 08:08 PM PDT


7 Sindiran Tajam Tun Mahathir

Posted: 08 Jul 2014 03:22 AM PDT


1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Melayu tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.

2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Melayu.

3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Melayu yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Melayu untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.

4. Kerajaan yang dianggotai oleh Melayu yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan "control" oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Melayu yang tidak berkualiti ini.

5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Melayu yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Melayu, tetapi kerana mengutamakan merit.

6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.

7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar orang cina dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun orang cina tidak berjuang langsung untuk membebaskan Malaysia dari penjajah.

-Tun Mahathir-

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 08 Jul 2014 03:14 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Foto) 'Flash mob' paling seksi di khalayak umum

Posted: 08 Jul 2014 01:30 PM PDT

Seorang wanita berjaya menarik perhatian beratus-ratus orang dalam masa beberapa minit apabila beliau secara sengaja mula menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai sehingga hanya bikini menutupi tubuhnya di jalan Mongkok yang sibuk.

Wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an itu muncul di kawasan pejalan kaki di Jalan Sai Yeung Choi di Mongkok bersama dua rakan lelakinya petang Jumaat lepas.
Wanita berkenaam menanggalkan pakaiannya dan beraksi dengan pelbagai gaya, betinggung, dan duduk di atas lantai dan pada masa yang sama dua rakan lelakinya mula mengambil gambar.

Ada satu ketika, beliau telah membaling topeng Godzilla yang dipakainya dan ini telah menarik perhatian beratus-beratus orang ramai yang menggunakan jalan tersebut.

Tanpa mempedulikan orang ramai, wanita berkenaan kemudiaannya menyarung kembali pakaiannya dan meninggalkan tempat tersebut.

Seorang pekerja sosial, Lam Keung mendakwa penduduk-penduduk di bandar itu kini minda mereka sudah terbuka. Kebanyakan orang muda di situ merasakan ianya perkara normal jika menayangkan tubuh masing-masing di tempat umum.

Fesyen Ramadan Tiz Zaqyah undang kritikan

Posted: 08 Jul 2014 08:01 AM PDT

Baru-baru ini, pelakon cantik manis Tiz Zaqyah telah memuatnaik sekeping foto dalam keadaan bertudung labuh di laman Instagram peribadinya untuk tatapan peminat.

Bagaimanapun, foto tersebut mendapat komen negatif dari segelintir mereka kerana ada yang menganggap cara pemakaian tudungnya menyerupai Sister di gereja.

Benarkah?
Kalau penulis yang tengok, cara Tiz mengenakan tudungnya memang amat lawa dan cantik melampau malah langsung tidak sama macam Sister gereja. Mungkin peminat tersebut lebih tahu tentang cara para Sister di gereja menutup kepala mereka, tak gitu?

(Foto) Masjid usang selepas sekampung penduduk dimurtadkan

Posted: 08 Jul 2014 04:16 AM PDT

Laporan Jemaah Doktor Rosmadi Nawi 07-07-14
SEJAK 1996 MASJID INI TIDAK DIAZANKAN LAGI
100% Penduduk Kampung itu telah di murtadkan

KITA ASYIK GADUH PASAL PENGEMIS.. SAUDARA KITA LUPAKAN

Kita asyik berpolitik mencari salah musuh politik kita. Tapi nasib umat Islam di pedalaman Sabah kita lupakan. Jika mahu bersedekah, di sinilah tempatnya. Kita gagal pertahankan agama saudara kita kerana kita tidak pedulikan iman, makan minum mereka. Mari kita ikuti kisah Dr Rosmadi yg kini di bulan Ramadhan sedang berdakwah di negeri Sabah.

Doktor Rosmadi Nawi salah seorang Doktor Mata yang banyak menghabiskan masa berkorban di jalan Allah dan jemaah Doktor Rosmadi sekarang sedang bergerak selama 40 hari di Sandakan.

Ceritanya, "Menjejaki masjid yg sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan. Kampung tersebut terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dengan dipandu arah (guide) oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dalam hutan tersebut ada tinggalan masjid. Setelah meredah semak samun sejauh kira-kira 70m dari jalan ternampak samar-samar bangunan usang di sebalik semak.

"Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dalam dengan terpaksa meredah serpihan bumbung yang runtuh dan kotoran yang bertimbun di dalam masjid tersebut. Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dalam masjid itu. Jemaah kami, Badrul Munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solat sunnat 2 rakaat di rumah Allah yang telah hampir 20 tahun kesepian. Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yang termampu, kami beredar dengan perasaan sedih."

Setelah beredar dari masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yang ada 2 keluarga yang masih beragama Islam. Kami buat keputusan utk menziarahi mereka. Pakcik Awang yang berketurunan Bajau dan memang asal dilahirkan Muslim. isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yg memeluk agama Islam. Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad. Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai- ramai di kampung Langkabong ini.

Di sekitar tahun 1979- 82 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di kampung Langkabong. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 Tahun. Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yang bernama Abdul. Balik dari kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong. Selepas itu berlaku usaha gigih missionary (pendakyah) Kristian yang bermati-matian melakukan proses kristianisasi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yg sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul. Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang.

Dakyah missionary ini paling kuat. Target mereka ingin mengkristiankan seluruh Sabah.

Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yg kami temui di Masjid Entilibon, kawasan 3T ini adalah sasaran yg terkuat missionary Kristian di seluruh Sabah. 3T tersebut ialah Telupid, Tongod, Takungan.

Gejala kemurtadan ini berlaku bukan saja di kampung Langkabong malahan di seluruh Sabahnya bahkan di seluruh dunia.

Ianya berlaku apabila umat Islam sebagai pendokong agama yang haq tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya sebagai Dae'i Allah sebaliknya seruan bathil telah bergerak dan memainkan peranan mereka utk merosakkan akidah umat islam.

Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, "Gejala kemurtadan tidak akan berlaku dalam kalangan ummat Islam jika setiap ummat Islam menjadikan diri mereka dae'i ".

Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Nabi saw iaitu Sayyiduna Abdullah B. Huzafah r.hu yang mempertahankan keimananya dari seruan kemurtadan walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh.Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa.Katanya 'Kalaulah nyawaku sebanyak bulu-bulu di badanku, nescaya akan aku korbankan satu persatu untuk agama Allah'. Boleh rujuk kisah beliau dalam Hayatush Sahabah, jilid 2.

Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat sebagai Dae'i.. InsyaAllah.

Coretan dari Dr. Rosmadi Nawi dan hasil suntingan oleh saya (Anak Pendang Sekeluarga)
Sumber: Apahell?

Isteri komposer muat naik foto sedang mandi di bulan Ramadan

Posted: 08 Jul 2014 01:02 AM PDT

Mulan Jameela kembali menghangat suasana dunia hiburan di Indonesia. Isteri kepada komposer dan penyanyi terkenal, Ahmad Dhani telah memuat naik foto wajahnya yang sedang mandi dengan sebahagian mukanya ditutupi dengan tangan.

"Jam segini jamnya enak buat mandi biar segerrr.. Jangan ditelen airnya ya hihi.. Met puasaaaaa..," tulis Mulan.

Sebenarnya, tak ada yang seksi pun berkenaan gambar tersebut. Tetapi 'haters' tetap mempersoalkan foto berkenaan.

Hampir tiada isu, mereka mempertikaikan Mulan yang tidak menanggalkan kanta lekap pada matanya. Antara yang memberi komen-komen tersebut termasuklah mereka mendakwa Mulan tidak tahu bagaimana mahu menanggalkan kanta lekap malah ada yang menyindir kanta lekap tersebut sudah lekat kekal di matanya.

Mulan sering menjadi sasaran haters di dunia maya. Perkara ini sudah sedia maklum oleh Ahmad Dhani. Ahmad Dhani tidak berdiam diri malah mempertahankan setiap tindakan isterinya.

"Mulan kan sudah mendapatkan seorang laki-laki terbaik di Indonesia," sahut Dhani. "Saya pikir, apalah arti kritikan atau gunjingan itu kalau sudah mendapatkan laki-laki terbaik di Indonesia."

Infospesial

Tak sedar nikah saudara sesusuan

Posted: 08 Jul 2014 12:31 AM PDT

Gambar hiasan
Riyadh: Seorang wanita terkejut apabila mendapat tahu dia berkahwin dengan saudara susuannya sejak 50 tahun lalu malah mempunyai lapan anak hasil perkahwinan itu sebelum suaminya meninggal dunia.

Wanita itu hanya dimaklumkan pernah berkongsi ibu susuan sama dengan suaminya itu selepas kematian lelaki berkenaan.

Akhbar Okaz melaporkan, wanita berkenaan pada mulanya tidak mempercayai perkara itu dan kembali ke kampung kelahiran suaminya untuk menyiasat. Saudara-mara suaminya kemudian mengesahkan dia dan suaminya sebenarnya mahram.

Wanita itu dilaporkan berkata: "Saya terkejut dan sedih dengan berita ini, namun semuanya berlaku dengan izin Tuhan," katanya. - Agensi

Kes Ikan makan bangkai babi hanya 'propa'?

Posted: 08 Jul 2014 12:01 AM PDT

IPOH – Pengguna laman sosial Facebook gempar apabila tersebarnya lima keping gambar menunjukkan sebuah kolam menternak ikan air tawar yang didakwa menggunakan bangkai babi sebagai makanan ikan.

Gambar dan info terbabit turut tersebar di aplikasi WhatsApp pada petang semalam membincangkan kesahihan dakwaan rangka babi yang tidak dapat diketahui.

Pengguna laman sosial yang menggunakan nama Khirul Adnan Hamid mendakwa, kolam ternakan terbabit menjadi tumpuan warga Ipoh apabila ia pecah namun beliau terkejut apabila terdapat tulang dan kepala binatang dipercayai babi dalam kolam yang telah kering.

"Ya ikan itu makan babi dan kita makan ikan itu... tak dinafikan 99 peratus penternak bukan Islam bagi (ikan) makan babi, biasa saya dengar bagi makan usus babi, kali ini seekor babi dicampak di dalam kolam.

"Ia tulang babi sebab ada seorang seorang bukan Islam yang datang pun cakap babi, kalau kita fikir secara logik takkan orang nak letak lembu seekor dalam kolam sebab lembu mahal dan tak pernah lagi orang buat, pengalaman saya biasanya orang akan letak bangkai babi atau kuda," tulisnya ketika menjawab persoalan pengguna lain di laman Facebook mengenai kesahihan dakwaannya, semalam.

Rata-rata pengguna memberi reaksi negatif kepada penemuan dibongkarkan Khirul Adnan dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tersebut.

Dikatakan ramai pengguna meletakkan kenderaan sepanjang laluan Lebuhraya Ipoh – Lumut semalam apabila kolam ternakan terbabit pecah.

Sinar Harian turut ke lokasi yang dikatakan oleh Khirul Adnan namun usaha mencari kolam terbabit menemui jalan buntu.

Pencarian ke kawasan Papan dan Pusing juga gagal menemui lokasi terbabit termasuk sepanjang laluan Ipoh – Lumut.
Sementara itu, Penasihat Pertubuhan Pencinta Alam dan Sukan Memancing Perak, Harrie Maulana berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan ataupun maklumat mengenai kejadian itu.

Bagaimanapun, pihaknya merasakan kewujudan rangka haiwan di dalam kolam berkenaan berkemungkinan penternak atau pemilik kolam memberi makan bangkai kepada ikan.

"Perkara itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan sebab spesies ikan jenis patin dan keli merupakan pemakan bangkai. Malah saya pernah lihat ada pengusaha kolam yang membuang bangkai dalam kolam mereka.

"Ada juga pengusaha yang memberikan organ dalaman haiwan seperti perut ayam. Tetapi kebanyakan pengusaha memberikan dedak untuk ikan mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Ifa Raziah Selamat Jalani Pembedahan Payudara

Posted: 07 Jul 2014 11:01 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2014: Pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah telah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketulan di payudaranya akibat virus di Beverly Willshire Medical Centre, Jalan Tun Razak pada jam 12 tengahari semalam.

Suaminya, Mohd Yani Abdul Rahman berkata Ifa kini berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan selama tujuh jam semalam.

"Dia (Ifa) kini sudah berada dalam keadaan stabil cuma masih lagi tidak bermaya.Dia kini sedang menjalani beberapa rawatan susulan sebelum dibenarkan pulang tiga hingga empat hari lagi," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Ifa Raziah dilaporkan terkena jangkitan virus di bahagian payudara sehingga membuatkan payudaranya membengkak dan keras seperti ada ketulan sejak tahun 2011.

Menurut Yani, Ifa kelihatan amat gementar dan takut sebelum pembedahan dilakukan namun ianya terpaksa juga diteruskan selepas dia beberapa kali mengadu sakit.

"Dia memang amat takut untuk menjalani pembedahan ini, saya pun pelik kerana dia sebelum ini adalah seorang yang berani.

"Tapi syukur semuanya berjalan dengan lancar," jelasnya lagi.

Ifa kini perlu berehat selama sebulan bagi dan terpaksa menolak segala tawaran show di bulan Ramadan bagi mendapatkan rehat yang secukupnya selepas pembedahan itu dilakukan.

murai.com.my

Behijab kerana hantar anak ke sekolah agama di bulan Ramadan

Posted: 07 Jul 2014 10:31 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2014: Sejak tersiarnya gambar Ziana Zain berhijab seperti yang dimuatnaik di dalam laman instagram peribadinya, ramai yang tertanya-tanya adakah diva pop itu sudah pun berhijrah atau sebaliknya?

Namun, menerusi kirim SMS yang dihantar kepada wakil hlive!, Ziana Zain memberitahu bahawa sudah menjadi kelaziman untuknya berhijab apabila menghantar anak-anak ke sekolah agama demi menghormati bulan Ramadan.

"Inilah pesanan yang sering diterapkan oleh ibu saya Puan Robiah atau Mak Jah. Pakailah hijab demi menghormati bulan Ramadan," kata Ziana Zain mengenai pesanan ibunya itu.

Portal Murai berharap dengan penjelasan daripada kakak Anuar Zain ini, semua pembaca serta peminat tegar Ziana Zain akan lebih jelas dengan gambar hijab Ziana Zain yang sudah pun tersebar luas di laman sosial.

Dalam pada itu, Ziana Zain akui reda apabila konsert I AM Ziana Zain telah pun dibatalkan kerana pihak penganjurnya berdepan dengan masalah dalaman.

Murai.com.my

Aksi berahi isteri dengan lelaki lain kantoi pada malam pertama

Posted: 07 Jul 2014 10:01 PM PDT

Gambar hiasan
RIYADH: Seorang pengantin lelaki menceraikan isterinya pada malam perkahwinan mereka selepas menerima gambar intim wanita berkenaan daripada bekas kekasihnya.

Pasangan itu meraikan majlis perkahwinan mereka di sebuah hotel apabila pengantin lelaki itu diberi bunga dan sampul mengandungi kad memori di samping nota yang menggesanya melihat gambar isterinya dalam kad itu.

Kerana terkejut selepas melihat gambar itu, dia mengambil keputusan menceraikan isterinya ketika itu juga, lapor akhbar Sabq, memetik cerita seorang pendakwah, Shaikh Ghazi Bin Abdul Aziz Al Shammari.

Menurut laporan itu, pengantin perempuan dihubungi bekas kekasihnya empat hari sebelum majlis perkahwinannya.

Bekas kekasih wanita itu memaksa mereka bertemu malah mengancam mendedahkan hubungan mereka kepada bakal suaminya jika dia enggan berbuat demikian.

Wanita itu memberitahu bekas kekasihnya agar melupakan hubungan mereka kerana dia mahu menempuh hidup baru bersama suami dan mempunyai keluarga.

Rayuan wanita itu tidak diendahkan malah bekas kekasihnya yang tidak berpuas hati bertindak menghantar bunga bersama gambar pengantin perempuan yang mengakibatkan dia dicerai.

- Agensi

Umie Aida antara yang terlibat dengan 'Orang Terkaya Di Dunia'?

Posted: 07 Jul 2014 08:32 PM PDT

INGATKAH anda dengan papan iklan bertajuk 'Iklan 'Bakal Orang Terkaya Di Dunia' Di Pulau Pinang Akan Diturunkan' yang disiarkan dua hari lalu.

Rupa-rupanya, syarikat jualan langsung yang dinamakan YSLM itu pernah menawarkan pelakon dan penyanyi, Datin Umie Aida untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka bagi tujuan aktiviti amal dan kebajikan, memetik Murai.com.

Syarikat tersebut turut memberikannya hadiah wang tunai sebanyak RM80,000, namun dia mengambil keputusan untuk memulangkannya pada keesokan harinya.

"Pada awalnya, saya bersetuju tetapi atas sebab-sebab tertentu saya terpaksa membatalkan niat untuk menjadi artis naungan syarikat tersebut.

"Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik kepada pihak-pihak yang mengambil gambar-gambar saya pada hari berkenaan agar tidak menggunakan gambar tersebut untuk kepentingan syarikat.

"Sekiranya gambar-gambar saya digunakan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Saya ingin tegaskan sekali lagi di sini bahawa saya bukan artis atau duta YSLM. Saya hanya duta kepada Phytoscience Stemcell dan tetapi serta masih setia bersama mereka," jelasnya.

Kami setuju dengan keputusan Umie itu kerana bukan sedikit cerita yang sudah kami dengar mengenai syarikat tersebut.

Bak kata orang, beringat sebelum terkena…tak gitu?

- mynewshub

Ayat 'hilang' dalam muka surat Al-Quran dekat MRSM

Posted: 07 Jul 2014 08:01 PM PDT

Mohamad menunjukkan muka surat al-Quran yang didapati kehilangan beberapa ayat suci ketika ditemui di rumahnya di Kampung Neting.
TUMPAT - Warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, di sini, menerima kejutan apabila mendapati beberapa ayat suci hilang daripada al-Quran milik surau di institusi pengajian peringkat menengah itu.

Imam solat terawih di surau MRSM Tumpat, Mohamad Deraman berkata, dua muka surat al-Quran terbabit yang didapati hilang adalah surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah.

Menurutnya, ketika meneliti al-Quran bersaiz 4x8 inci itu, dia mendapati ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah hilang manakala pada surah Al-Baqarah pula, ayat 1 hingga 4 didapati hilang.

"Pada surah Al-Fatihah, yang tinggal hanya kalimah ALLAH dan bunga-bunga akhir ayat. Pada surah Al-Baqarah pula, tinggal hanya perkataan ALLAH dan Robbihin, iaitu nama-nama ALLAH.

"Saya harap perkara ini tidak disalah tafsir, sebaliknya diambil sebagai peringatan oleh seluruh umat Islam agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran," katanya.

Kejadian itu turut disedari oleh salah seorang pelajar MRSM Tumpat ketika ingin membaca al-Quran itu pada hari ketiga Ramadan.

Al-Quran berusia lebih 10 tahun itu diserahkan kepada Mohamad yang merupakan bekas imam Masjid As-Somadi, Geting, dekat sini dan disimpan di rumahnya di Kampung Neting.

Kata Mohamad, ini kali kedua dia melihat kejadian ayat al-Quran hilang kerana kejadian sama pernah dilalui ketika belajar di Pondok Pasir Tumboh pada 1998.

Dituduh tak hormat waktu berbuka, Chef Nik Michael bengang!

Posted: 07 Jul 2014 07:31 PM PDT

Chef selebriti Nik Michael Imran, 24, naik angin dan cukup kesal apabila timbul dakwaan beliau kononnya tidak menghormati waktu berbuka puasa. Beliau yang juga merupakan pemilik restoran PickNik yang terletak di Publika, Solaris Dutamas ini, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah.

"Tuduhan yang mengatakan saya tidak sensitif terhadap waktu berbuka adalah sangat mengarut. Itu fitnah! Orang yang buat cerita itu sangatlah busuk hati dan sengaja cari pasal dengan menimbulkan isu ini.

"Pada hari tersebut ada ramai orang yang yang boleh jadi saksi bahawa tuduhan itu sama sekali tidak benar", itu respon Nik Michael apabila diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut, ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa anuran Air Asia dan Air Asia X, bertempat di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, malam tadi.

Semalam, sebuah akhbar tempatan ada menyebut yang Nik Michael tidak sensitif akan waktu berbuka puasa. Kejadian berlaku pada 2 Ramadan lalu.

Pada hari tersebut, ada jemputan sebuah syarikat gergasi ke restoran milik Chef itu untuk memperkenalkan perkakasan masakan. Bila majlis bermula, Nik Michael dikatakan galak memperkenalkan perkakasan elektrik yang digunakan sehinggalah Azan Maghrib sudah berkumandang dia masih juga belum berhenti membuat demonstrasi.

Tetamu yang hadir hanya dihidangkan makanan pada pukul 8.15, iaitu ketika sudah hampir hendak masuk waktu Isyak. Lantas tindakan Nik Michael itu sifatkan sebagai tidak menghormati waktu berbuka dan juga para tetamu yang beragama Islam yang berada di majlis itu.

Ada Tatu?

Mengulas lanjut mengenai isu itu, tambah Nik Michael lagi, dia berasa terkilan. Malah jejaka berdarah kacukan Melayu-Australia ini tekad mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang sengaja menyebarkan fitnah tersebut.

"Perkara ini sikit sebanyak telah menjejaskan nama saya dan juga restoran saya. Saya mahu mengambil tidakan terhadap individu yang telah menyebarkan fitnah ini.

"Bahkan tabah mengecewakan, ekoran laporan akhbar tersebut, ada pula komen mengatakan saya mempunyai tatu. Tuduhan tentang itu mengarut!", katanya dengan nada tegas.

Bagaimanapun dia mengaku yang makanan hidangan utama dihidangkan lewat 20 minit. Tetapi sementara menanti, para tamu telah dijamu dahulu dengan juadah 'alas perut' iaitu kurma, kuih buah melaka, kuih seri muka dan kentang goreng.

"Saya akui hidangan utama siap lewat 20 minit kerana saya sendiri yang mahu masakkan di hadapan mereka. Tetapi sementara menunggu, kami sediakan kurma, kuih buah melaka, kuih seri muka dan kentang goreng untuk mereka jamah dulu.

"Saya terkilan bila dituduh tak bagi orang makan. Sedangkan sudah menjadi tugas saya untuk memberi makan kepada orang. Sudah dua tahun saya uruskan restoran saya, jadi semestinya saya sudah tahu bagaimana hendak melayan para pelanggan yang datang di restoran saya terutama ketika bulan Ramadan", tuturnya.

Ditanya sekiranya individu berkenaan tampil dan memohon maaf kepadanya, apakah dia tetap mahu mengambil tindakan?

"Saya sudah pun mendapat kerjasama daripada pihak agensi yang menganjurkan acara berkenaan, tempoh hari. Saya akan tetap ambil tindakan terhadap individu itu kerana pada saya, kalau pun dia datang minta maaf, dia tidak ikhlas.

"Saya buat semua ini untuk mempertahankan nama baik saya. Pada saya, orang seperti ini hanya berani cakap di belakang saja tetapi tidak berani untuk cakap depan-depan", katanya.

- Malaysian Digest

Esakan denda khalwat

Posted: 07 Jul 2014 07:01 PM PDT

Gambar hiasan
Kuala Terengganu: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi menangis teresak-esak apabila dijatuhi hukuman denda RM4,900 atau sembilan bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, atas dua pertuduhan berkhalwat, tahun lalu.

Siti Noor Syaidatul Husna Mohd Yusof, 21, yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama teman lelaki di sebuah hotel pada April tahun lalu sekali lagi mengulangi kesalahan sama bersama seorang lelaki di sebuah rumah tiga bulan kemudian.

Bagaimanapun, kesalahan kedua pada Julai lalu, tertuduh ditahan bersama dua lagi rakan wanitanya juga berusia 21 tahun.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berada di dalam bilik sebuah hotel di Jalan Sultan Sulaiman, di sini, bersama Syed Mustaffa Syed Zainal A'biden, 24, yang tiada hubungan suami isteri atau mahram, jam 1.10 pagi pada 5 April 2013.

Bagi kesalahan itu, Siti Noor Syaidatul Husna yang didakwa mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat dikenakan hukuman denda RM2,200 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan oleh Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail.

Bagaimanapun, kes pasangannya, Syed Mustaffa masih dalam proses perbicaraan.

Mengikut fakta kes, serbuan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah daerah Kuala Terengganu ke bilik berkenaan dan sebaik pintu diketuk, ia dibuka seorang lelaki.

Pemeriksaan lanjut ke dalam bilik itu mendapati terdapat seorang perempuan yang tiada hubungan suami isteri atau mahram turut berada di dalamnya.

Bagi pertuduhan kedua, Siti Noor Syaidatul Husna sekali lagi ditangkap berkhalwat bersama dua rakan wanitanya dan seorang lelaki yang tiada hubungan suami isteri atau mahram di sebuah rumah di Kampung Tok Jembal, di sini, jam 4.45 pagi pada 27 Julai 2013.

Mengikut fakta kes, serbuan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah daerah Kuala Terengganu selepas menerima maklumat awam.

Sebaik tiba di rumah itu, pintu rumah dibuka Siti Nadhirah Kamrul Anuar, 21, selepas diketuk selama tiga minit sebelum pemeriksaan menemui ada dua lagi wanita iaitu Siti Noor Syaidatul Husna dan Nur Aini Fazni Mohd Lazim, 21, masing-masing di bilik berasingan.

Pemeriksaan turut menemui seorang lelaki, Muhammad Arif Mohd Nor, 22, yang juga teman lelaki Siti Noor Syaidatul Husna di dalam sebuah bilik lain.

Bagi kesalahan itu, Kamalruazmi mengenakan hukuman denda RM2,700 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda terhadap Siti Noor Syaidatul Husna manakala teman lelakinya dikenakan denda RM2,600 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda.

Rakannya, Nur Aini Fazni pula dikenakan denda RM2,400 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda manakala Siti Nadhirah pula dikeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah.

'Saya sedang menyayangi sikap buruk Nedim' - Nora Danish

Posted: 07 Jul 2014 06:31 PM PDT

Rasanya kita semua boleh lihat menerusi gambar-gambar yang di kongsi di laman Instagram, bahwa hubungan antara pelakon Nora Danish, 32, dan kekasihnya Nedim Nazri, semakin hari semakin bahagia.

Menurut heroin filem 'Pengantin Malam' ini, mereka masih lagi mengukuhkan keserasian dan sekarang dalam fasa menyayangi perangai-perangai buruk masing-masing.

"Saya dan Nedim sekarang, kami sama-sama sedang menerima dan menyayangi perangai buruk masing-masing. Sebab tak cukup dengan hanya sifat yang baik-baik saja, kami juga perlu tahu dan terima apa yang buruk.

"Dia kena terima perangai buruk saya dan saya pun sedang menerima perangai buruk dia. Dari situlah ikatan kami boleh semakin kukuh. InsyaAllah, mudah-mudahan dipermudahkan jodoh kami ", kata Nora sambil tersenyum ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa anjjuran Air Asia dan Air Asia X, bertempat di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, dia berharap agar para peminat terus mendoakan yang baik-baik buat mereka berdua.

Persiapan Kahwin

Sementara itu, pernah sebelum ini Nora mengatakan jikalau nanti dia bakal kembali bergelar isteri, majlis pernikahan juga perkahwinannya akan disempurnakan dalam suasana yang ringkas dan sederhana. Maka kerana itu soal hantaraan dan juga persiapan majlis yang dinantikan ramai itu tidaklah terlalu diutamakan.

Sebaliknya Nora mahu melaksanakan yang wajib sahaja iaitu cukup dengan acara akad nikad memandang pasangan ini masing-masing sudah pernah melalui alam perkahwinan.

Namun semalam, sekali lagi timbul khabar angin mengatakan Nora sudah pun membuatkan persiapan perkahwinannya.

Bertanyakan tentang hal itu, ini jawapan Nora,

"Tidak... tak ada buat apa-apa persiapan pun. Jangan percaya dengan tulisan di blog-blog berkenaan. Kalau sampai jodoh saya nanti, sebolehnya saya nak buat majlis yang ringkas. Kami masing-masing dah pernah berkahwin, jadi rasanya tak perlu terlalu membuat persiapan yang beria-ria.

"Kalau ada pun persiapan, hanyalah setakat tempah baju. Tapi buat masa ini tak ada apa-apa tempahan", katanya yang turut memberitahu dia kini sibuk menumpukan perhatian pada kerjaya.

Begitupun Nora tidak menidakkan yang dia dan Nedim ada berincang mengenai masa depan tetapi ianya sekadar perbincangan biasa.

Nora juga berkata, dia bersyukur kerana keluarga masing-masing senang dengan hubungan mereka dan tidak mendesak mereka untuk menamatkan hubungan mereka dengan ikatan perkahwinan.

"Alhamdulillah, keluarga saya dan keluarga Nedim sangat sporting. Mereka pun tak ada desak-desak kami untuk cepat-cepat kahwin", katanya.

Dalam pada itu mengenai perkembangan seni, Nora berkata, sepajang bulan Ramadan ini dia mengambil peluang mengurangkan aktiviti penggambaran. Justeru masa yang ada dimanfaatkan untuku berehat, beribadah sekaligus mencari keberkatan dalam bulan penuh rahmat ini.

- mD

Tudung bawal vs Tudung Fareeda, satu fakta mudah untuk anda

Posted: 07 Jul 2014 06:01 PM PDT

Seorang penggiat laman Instagram yang hanya dikenali dengan nama Habib telah mendedahkan satu fakta tentang kelebihan tudung Bawal berbanding tudung Fareeda. Pendedahan ini pasti akan mengejutkan ramai wanita muslim di luar sana.

Apakah bentuk fakta yang telah dibongkar itu? Kenapa jenama tudung Fareeda sekali lagi dijadikan sasaran?

Kalau fikir secara positif, tudung Fareeda mungkin dihasilkan untuk para wanita yang suka berfesyen tetapi masih menutup aurat seperti yang dituntut agam Islam.



Abdul Khalid selamat kerana Pas?

Posted: 07 Jul 2014 05:45 PM PDT

Abdul Khalid dikatakan sukar digugat kerana hubungan baiknya dengan pemimpin Pas.
SEMANGAT setia kawan Pas bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat semakin teruji dengan kontroversi kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dibangkitkan kembali akhir-akhir ini.

Sejak Langkah Kajang diwujudkan, isu menggulingkan dan menjatuhkan Abdul Khalid yang dirancang memperlihatkan kerjasama ketiga-tiga parti itu semakin jelas untuk dinilai.

Umum tahu, rentak Abdul Khalid kini semakin tempang apabila kehilangan kepercayaan dari kalangan ahli partinya sendiri setelah kepimpinannya mula diperlekehkan.

Jika dulu Abdul Khalid dijulang sebagai menteri besar yang efisien mentadbir negeri Selangor, namun tidak kali ini apabila nada PKR dan DAP mulai berubah berbeza Pas yang masih menyokong karier Abdul Khalid.

Sekalipun didesak pelbagai sudut, Abdul Khalid terus tenang...mungkin tahu Pas ada di belakang dan akan mempertahankannya.

Kebelakangan ini juga, Abdul Khalid mula mempamerkan belangnya kerana yakin kedudukannya tidak akan digugat sekalipun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula mempertikaikan kepimpinannya.

Sumber dalaman PKR ketika ditemui kelmarin berkata, Abdul Khalid kini sukar digugat kerana hubungan baiknya dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jelasnya, meskipun Langkah Kajang diadakan untuk menukar kedudukan menteri besar namun usaha tersebut mungkin gagal kerana Abdul Hadi sehingga kini masih tidak menyokong usaha untuk menggulingkan Abdul Khalid.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan dan pertemuan dibuat bersama Presiden Pas itu, Abdul Hadi tetap memberi sokongan kepada Abdul Khalid dan nampaknya ahli Pas yang lain patuh serta akur.

Kelmarin, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad menegaskan Pas tetap teguh menyokong kepimpinan Abdul Khalid walaupun terdapat segelintir pemimpin PR yang mendesak menteri besar itu memberi laluan dan berundur.

Baginya, tindakan golongan yang mahu menukar menteri besar sudah kehabisan idea dan melihat Abdul Khalid sering menjadi mangsa di atas semua masalah yang berlaku di Selangor.

"Dari sekecil-kecil masalah, sampailah sebesar-besar masalah, semuanya mahu menyalahkan Abdul Khalid," katanya.

Namun kenyataan Iskandar bukanlah suara majoriti Pas apabila mula ada suara-suara minoriti dari kalangan parti Islam itu mula meragui kepimpinan Abdul Khalid.

Ahli Parlimen PR misalnya seperti Khalid Samad dan Gobind Singh Deo termasuk Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman yang dilihat mengkritik dan menyalahkan Abdul Khalid dengan mensabitkan pelbagai isu yang berlaku di Selangor berpunca daripada kelemahan pimpinan yang membelakangkan parti dalam Pakatan.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjelaskan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor hanya akan diputuskan setelah mendapat persetujuan ketiga-tiga pemimpin parti daripada PR.

Ketua pembangkang itu berkata, keputusan untuk mengekalkan atau membuat perubahan perlu dibuat secara bersama sebelum membawa perkara itu untuk mendapat perkenan Sultan Selangor.

Nada sama turut disuarakan Jaafar yang menyifatkan pelbagai isu yang berlaku di Selangor berpunca daripada kelemahan Abdul Khalid yang membelakangkan Pakatan.

Ini antara sebab mengapa Khalid Samad terang-terangan menyebut Abdul Khalid perlu ditukar dengan pemimpin lain yang diterima oleh semua parti.

"Saya tidak nampak bagaimana seorang menteri besar boleh kekal jika partinya sendiri menolak beliau," kata Khalid.

Gobind Singh Deo pula pernah mengkritik pentadbiran Abdul Khalid dengan mengaitkan isu pembinaan Lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex).

Namun, desakan dan tekanan itu tidak dihiraukan Abdul Khalid dan menganggapnya sebagai satu perkara biasa dalam dunia politik selain menegaskan tidak akan meletak jawatan kerana telah diberi kepercayaan memerintah dan terus menggalas tanggungjawab sehingga pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, nasib Abdul Khalid tetap bergantung kepada rakan-rakan ahli Pas yang akan menentukan nasibnya kali ini apabila Pas Pusat mula campur tangan dengan mengadakan perbincangan bersama Pas Selangor, semalam.

Jelas dalam kemelut politik Selangor ini, Abdul Khalid memerlukan talian hayat Pas yang telah menggagalkan sebarang usaha untuk menjatuhkan beliau.

Namun tidak mustahil Pas juga ada percaturannya sendiri yang mungkin turut memasang impian untuk mencalonkan wakil mereka memegang jawatan nombor satu di Selangor.

Adakah Pas masih bermurah hati setelah memberi laluan kepada PKR selama dua penggal menerusi kepimpinan Abdul Khalid atau akhirnya memutuskan mengambil alih tampuk nombor satu di Selangor berdasarkan majoriti kerusi Dun?

Apa nasib Abdul Khalid...diundurkan lebih awal atau tunggu sahaja Pilihan Raya Umum akan datang? Siri perbincangan lanjut antara Pas Pusat dan Pas Selangor mengenai isu ini pasti akan terdedah juga satu hari nanti.

13 Mei: Bimbang berulang, sokonglah RUU harmoni - PAS

Posted: 07 Jul 2014 05:01 PM PDT

Amaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tragedi berdarah 13 Mei tidak menjadi kesalahan bawah rang undang-undang harmoni jika diluluskan, kata Datuk Mujahid Yusuf Rawa.

Anggota Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) itu berkata sesuatu ucapan itu dianggap sebagai jenayah apabila terdapat niat menghasut kebencian.

Bagaimanapun, anggota Parlimen PAS Parit Buntar itu berkata kenyataan Muhyiddin itu sebagai sebuah lagi "klise" Umno bagi menyatakan kebimbangannya.

Katanya, jika Muhyiddin (kanan) benar-benar bimbangkan perkara itu, beliau patut menjadi orang yang pertama tampil menyokong rang undang-undang harmoni.

Muhyiddin semalam dilaporkan memberi amaran bahawa peristiwa rusuhan kaum mungkin akan timbul semula sekiranya perpecahan antara kaum berlarutan dan tidak dibendung.

Laporan Utusan Malaysia semalam menyebut, peristiwa 13 Mei itu juga mungkin timbul sekali lagi jika berlaku sekali lagi jika perlembagaan terus dipersoal.

Muhyiddin memberi amaran tersebut memandangkan "perbalahan kaum ketika ini sudah menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain".

13 Mei: Apa motif LKS putar belit kenyataan TPM? - KJ

Posted: 07 Jul 2014 04:31 PM PDT

Peringatan Timbalan Perdana Menteri semasa berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang tempoh hari harus diambil dalam semangat ia dimaksudkan iaitu peringatan oleh orang nombor dua kepimpinan negara yang cintakan negaranya dan mahu melihat rakyat Malaysia hidup dalam keadaan harmoni.

Merupakan perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab sama sekali untuk memutarbelitkan lontaran beliau yang bersifat peringatan positif dengan sebaliknya menggambarkannya sebagai suatu ancaman sepertimana yang dibuat oleh Lim Kit Siang.

Perbuatan tersebut mendedahkan niat kurang baik dan sifat tidak prihatin/bebal kepada fakta sejarah pihak-pihak yang terlibat.

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia merasa terpanggil mengeluarkan kenyataan ini melihat arah aliran perbahasan mengenai kenyataan beliau yang telah disalahandaikan oleh pihak pembangkang sebagai bersifat ancaman.

Adakah salah bagi pemimpin negara memberi peringatan kepada rakyat bahawa perpaduan negara mesti dipelihara dengan baik? Apakah motif Lim Kit Siang yang memutarbelit maksud timbalan perdana menteri dan menganggap ia sebagai satu ancaman?

Bagi saya ini adalah perkara biasa bagi Lim Kit Siang yang sentiasa bersangka buruk dan mensensasikan isu dengan niat yang tidak bertanggungjawab.

Mungkin Lim Kit Siang harus bermuhasabah dan fikir apa yang beliau dan parti beliau telah menyumbang kepada Perpaduan Nasional yang semakin rapuh hari ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa semenjak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat aliran peningkatan penggunaan isu-isu bersifat pemecahbelah berasaskan etnik, agama, bahasa, ekonomi dan sejarah dalam polemik nasional.

Penggunaan isu-isu ini telah menyebabkan peningkatan suhu politik negara ke tahap yang membimbangkan.

Kita harus mengambil maklum akan kronologi perjalanan sejarah Malaysia dan negara-negara lain didunia bagaimana penggunaan isu-isu pemecahbelah ini jika dibiarkan tanpa ditangani mampu dan telah menimbulkan ketidakstabilan.

Perpaduan Nasional bukannya perkara yang boleh diambil mudah, ia rapuh sifatnya dan memerlukan usaha pengukuhan yang berterusan. Setiap era melahirkan cabaran baru kepada perpaduan rakyat Malaysia dan cabaran itu perlu kita tangani bersama secara bijaksana dan bertanggungjawab.

Hakikatnya tragedi hitam 13 Mei 1969 merupakan suatu fakta sejarah, titik-titik yang membawa kepada peristiwa ini telahpun dan akan terus dibahas oleh para sejarawan, selama lebih empat dekad juga kerajaan telah menggubal dan melaksanakan pelbagai dasar bagi memastikan tragedi ini tidak mungkin lagi berlaku dengan mengurangkan kesan pencetusnya sama ada bersifat politik, ekonomi mahupun sosial.

Namun rakyat Malaysia seharusnya insaf Perpaduan Nasional yang bersifat mapan tidak mampu dibina dalam waktu yang singkat dan hanya dengan niat yang baik dengan mengambil kira secara objektif realiti yang wujud dan sejarah lampau.

Hakikatnya semenjak merdeka dan kemudiannya pembentukan Malaysia kita telah dihadapkan dengan cabaran untuk membina sebuah negara bersatu di atas kepelbagaian yang amat kompleks tanpa mengorbankan prinsip-prinsip demokratik dan kebebasan individu yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Ia satu usaha mencabar yang telah dipikul dengan jayanya oleh bapa-bapa pengasas negara melalui Parti Perikatan dan diteruskan hari ini oleh BN yang mempelopori konsep perkongsian kuasa antara kaum di negara ini.

Sebagai sebuah negara majmuk yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama, bahasa, status ekonomi dan budaya, pemupukan perpaduan nasional sewajibnya dijadikan keutamaan dan iltizam semua pihak.

Pengukuhan perpaduan nasional bukannya semata-mata tugas kerajaan sahaja ia juga tugas semua pihak termasuk pembangkang oleh itu marilah kita sama-sama tunaikannya.

KHAIRY JAMALUDDIN adalah menteri belia dan sukan serta ketua Pemuda Umno.

JAIS sedia minta maaf jika salah tahan khalwat

Posted: 07 Jul 2014 04:01 PM PDT

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berjanji akan bertindak terhadap pegawainya jika terbukti tidak mengikut peraturan dalam kes tangkapan 'khalwat' terhadap tiga lelaki dan seorang wanita yang sedang berpindah rumah.

Pengarahnya Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata pihaknya juga bersedia meminta maaf sekiranya terdapat kesalahan di pihak mereka dalam tangkapan yang dipertikaikan itu.

"Berkenaan isu kes terhadap suspek (kiri) tersebut, harus diingatkan bahawa buat masa ini kes hanya wujud atas syak.

"Kesudahan kes ini bergantung kepada hasil siasatan yang sedang dilakukan serta keputusan pihak pendakwaraya setelah meneliti keterangan-keterangan yang diambil," katanya.

Suspek kes itu pada 4 Jualai lalu mengadakan sidang media bersama kumpulan peguam Lawyers for Liberty menuntut supaya tindakan diambil terhadap JAIS kerana didakwa tersalah tangkap, sekali gus memalukan mereka.

Menurut Peguam Latheefa Koya (kanan), keempat-empat mereka yang berusia antara 20 dan 29 tahun, ditahan oleh dua orang pegawai JAIS sekitar tengah malam 22 Jun.

Pada masa itu, lelaki berkenaan dikatakan sedang membantu wanita berkenaan memindahkan perabot ke rumah sewa baru mereka di Salak Tinggi, Selangor.

Lelaki itu didakwa berada di luar manakala kesemua wanita berkenaan berada di dalam rumah.

Dalam kenyataannya hari ini, Zaharin mengumumkan akan membentuk jawatankuasa bebas menyiasat sama ada pegawainya mematuhi tatacara siasatan ketika menahan suspek bawah Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

JAIS juga berharap semua pihak tidak membuat ulasan terhadap kes itu tanpa merujuk fakta dan pihaknya kerana ia hanya akan mengundang polemik dan tanggapan negatif kepada kedua-dua pihak.

Cucu Tok Selampit

Posted: 08 Jul 2014 01:31 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Isu Gelandangan - Tiba-Tiba @cmlimguaneng Jadi Pelakon Opera Cina ... Menangis Teresak-Esak!

Posted: 07 Jul 2014 08:58 PM PDT




Begitu hebat sekali lakonan opera Cina yang dimainkan oleh Ketua menteri Pulau Pinang, lim Guan Eng. Berbekalkan wartawan-wartawan yang mengikutnya melawat individu-individu gelandagan, apa yang perlu dilakukan oleh beliau hanyalah mainan air mata agar portal Oriental Daily dapat memberikan publisiti murahan. Benarkan begitu prihatin sekali Ketua Menteri Pulau Pinang ini dengan isu gelandangan? 

Berita di atas adalah lawatan Lim Guan Eng, ke sebuah penempatan 'soup kitchen' yang dikenali sebagai 'The Lighthouse' berhampiran Penang Road. Beliau beraksi menghidangkan makanan sambil menangis teresak-esak. Beliau juga mengumumkan akan menyalurkan RM20,000 duit Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada 'The Lighthouse', yang dijalankan oleh organisasi Christian.

Kenapakah sebelum isu Ku Nan menjadi besar, kenapakah tiada berita, gambar dan sebagainya yang menunjukkan Ketua Menteri melawat individu-individu gelandangan, pengusaha 'soup kichen' dan menangis teresak-esak ketika itu? Mengapakah sekarang baru berlumba-lumba menunjukkan prihatin setelah Ku Nan membawa isu ini. Berlumba-lumba nampaknya pemimpin DAP hendak mendapat publisiti murahan.

Disebalik lakonan ini, ramai yang sudah terlupa, tahun lepas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah mengumumkan TIADA LAGI MISKIN TEGAR DI PULAU PINANG. Sila baca Buletin Mutiara, portal rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di sini. Gambar di atas termasuk beritanya apa pula. Wayang Cina apakah yang cuba dimainkan oleh Lim Guan Eng?

waadat

Posted: 08 Jul 2014 01:27 PM PDT

waadat


Kau senang le cakap

Posted: 08 Jul 2014 05:36 AM PDT

Kau senang la cakap:
"Kalau gagal, jangan salahkan orang lain
Kena salahkan diri sendiri"

Kau senang la cakap
Masa Inggeris perintah dulu kau duduk dekat lombong
Dekat lombong ramai pekerja lombong
Pekerja lombong banyak duit
Kau buka kedai, kau jual apapun laku

Aku pula duduk di kampung
Di kampung hanya ada sayur mayur
Takde negara yang nak import kangkung

Kau senang la cakap

Aku Melayu malas
Berniaga pun tak reti
Kau buka kedai runcit kat kampung
Aku pun buka kedai runcit kat kampung

Kau senang la cakap
Kau dapat harga borong dengan kawan kau kat bandar
Aku pun cuba beli cara borong dengan kawan kau kat bandar

Kau senang la cakap
Dia kawan kau

Di kampung memang ramai pengguna
Pengguna tapi bukan pembeli
Pembeli tapi takde duit
Maka mereka dipanggil penghutang

Hasil pun takde
Harap tanam padi pun harga murah
Jual hasil kampung banyak mana?

Kau senang la cakap
Pelanggan kau orang ada duit

Kau buka kedai di kampung
Jual barang runcit kat orang kampung
Beli hasil kampung dari orang kampung
Orang kampung ambil sahaja barang runcit dari kedai kau, tukar dengan hasil tanaman kampung

Bukan takat hutang runcit
Buat kenduri anak pun berhutang
Anak sakit pun berhutang
Nak buat haji pun berhutang

Kalau hutang dah menimbun, orang kampung gadai tanah pada kau

Kau senang la cakap
Kau ada kawan di bandar
Kau boleh pinjam duit dia
Dia bagi pinjam duit kat kau
Kau bagi pinjam duit kat orang kampung
Orang kampung pun tak boleh jual hasil kampung kat aku dan tak boleh lah beli barang runcit dari kedai aku

Akhirnya kedai aku bangkrap

Kau senang la cakap:
"Kalau gagal, jangan salahkan orang lain
Kena salahkan diri sendiri"

PEJUANG BANGSA

Posted: 08 Jul 2014 11:21 AM PDT

PEJUANG BANGSA


KERANA KU NAN & PCM , GUAN ENG TIBA-TIBA MENANGIS UNTUK GELANDANGAN !! @dzainalabidin @Huan2u

Posted: 07 Jul 2014 10:55 PM PDT



Beginilahkeadaan emosi seorang  pemimpin berjiwa rakyat seperti  Guan Eng bila jumpa golongan gelandangan di negerinya .........  

Tiada kata   yang mampu diungkap oleh beliau yang melihat sendiri keadaan rakyatnya yang terbiar walaupun pernah suatu ketika dengan  bangga mengisytiharkan negeri ditadbirnya sudah Sifar Kadar Kemiskinan ...

Jika tidak kerana tuduhan   Naib Presiden PCM Huan Cheng Guan di dada akhbar  yang membangkitkan golongan gelandangan di PP  dan juga   isu gelandangan yang disuarakan Ku Nan di Kuala Lumpur , sudah tentu Ketua Menteri berjiwa rakyat yang sudah mentadbir lebih 6 tahun   ini tidak mengetahui akan kesusahan golongan ini di negerinya . 




Hari ini beliau telah membuktikan kepada rakyat P.Pinang  dengan turun padang sendiri bertemu golongan ini walaupun  berdepan kritikan  kerana baru sahaja turun bantu mereka  .







***  Tahniah kepada PCM yang bikin Tokong DAP terpaksa berlakon teriak /menangis  ..setakat pendedahan isu gelandangan oleh akhbar ternyata tidak menjadi kudis pun untuk dirinya melainkan mau kasi hantam kaw-kaw !!! 




KRISIS JAWATAN MB SELANGOR BUKTI NYATA PR BELUM LAYAK TADBIR NEGARA !

Posted: 07 Jul 2014 08:41 PM PDT




Pergeseran dalaman Pakatan Rakyat yang tidak berkesudahan dalam kerajaan negeri Selangor memberi mesej jelas bahawa gabungan parti itu belum bersedia memerintah sebuah negara, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata krisis kepimpinan yang masih tidak dapat diselesaikan sehingga kini melambangkan kurangnya kemampuan parti itu untuk mentadbir dengan berwibawa malah percakaran antara pemimpin menunjukkan pentadbiran mereka adalah lemah.

"Ini memberi gambaran jelas bahawa PR masih belum mampu mentadbir kerana krisis jawatan Menteri Besar Selangor pun masih berlarutan sehingga terpaksa mengambil masa sampai setahun.

"Menteri Besar yang ada sekarang pula tidak dapat sokongan daripada pemimpin parti menyebabkan timbul pula krisis air dan sebagainya, jadi apakah mesej yang cuba mereka (PR) sampaikan kepada rakyat?" katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada Anak Yatim anjuran Pemuda Umno Selangor di sini malam Isnin.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas krisis jawatan Menteri Besar Selangor yang diterajui Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikutan tekanan hebat daripada kepemimpinan Pakatan Rakyat sendiri sehingga ada yang mendesaknya meletakkan jawatan.

Jelas Khairy, krisis jawatan itu ibarat memberi tamparan hebat kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat kerana dilihat masih tidak dapat meyakinkan masyarakat bahawa mereka mampu memilih seorang menteri besar yang diterima ramai.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang didakwa cuba memutar belit peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perpaduan kaum semalam, Khairy menyifatkan ia sebagai berniat jahat.

Katanya, tindakan Kit Siang itu ibarat mahu menutup kelemahannya sendiri malah mendakwa kerapuhan perpaduan nasional masa kini turut disumbang oleh DAP.

"Selama ini sudah banyak kenyataan yang dibuat DAP mengguris perasaan bumiputera di negara ini dan beliau sendiri tidak dapat bendung kemarahan rakyat kerana dia gagal kawal kenyataan yang dikeluarkan daripada anggota parti dia sendiri," katanya.

Tambah Khairy, peringatan Muhyiddin itu seharusnya dilihat secara positif kerana tidak mustahil peristiwa 13 Mei 1969 boleh berulang jika perpaduan nasional tidak terus diharmonikan oleh semua lapisan masyarakat. - Bernama

Pengikut