Isnin, 12 November 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


PENYAPU SIAL

Posted: 12 Nov 2012 03:12 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:12 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


mana tak negara menjadi bangkrap...projek bernilai rm 1 juta boleh cecah rm 14 juta angkara penyamun kroni malaysia timur

Posted: 12 Nov 2012 03:23 AM PST

(Jalan satu lorong dari pejabat Ketua Menteri ke DUN Sabah sejauh 0.9 km bernilai RM14.9 juta?)

Pernahkah anda terbayang, sebatang jalan raya satu lorong yang hanya sepanjang 0.9 kilometer harganya RM14.9 juta?

Inilah yang berlaku di Sabah yang diperintah Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Mungkin inilah jalan yang paling mahal sekali di Malaysia dan mungkin di dunia berasaskan kualiti dan kuantiti yang melibatkan jalan ini.

(Inilah pintu masuk DUN Sabah yang dihubungkan oleh jalan ini)

Jalan raya yang menghubungkan bangunan Yayasan Sabah yang dinamakan juga Menara Tun Mustapha ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah jaraknya hanya 0.9 km.

Jalan ini dibina bagi menghubung pejabat Ketua Menteri Sabah yang terletak di menara itu ke bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah.

Jalan ini dirasmikan oleh Musa Aman beberapa bulan lalu setelah ia disiapkan.

Perkara ini pernah dibangkitkan melalui soalan tambahan oleh seorang anggota Parlimen di Dewan Rakyat, namun tidak ada sebarang penjelasan diberikan terhadap perkara ini.

Menurut kajian, kos sebatang jalan adalah kira-kira RM1 juta sahaja paling tinggi.
Itupun kalau melibatkan laluan yang lebih banyak dan mempunyai jambatan dan sebagainya.

Jabatan Kerja Raya negeri mengumumkan bahawa kosnya adalah RM14.9 juta..

Perbelanjaan seperti itulah yang menjejaskan pembangunan di Malaysia Timur.

taktik haram penyamun untuk kroni di gagalkan ....kerajaan PR Selangor beri tempoh 14 hari tanggalkan kamera AES

Posted: 12 Nov 2012 02:57 AM PST

Kerajaan negeri Selangor akan memberi tempoh selama 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula hari ini, untuk menurunkan dua kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang dipasang di negeri itu.

Anggota exco Ronnie Liu dalam laporan Nanyang Siang Pau berkata, pihak berkuasa setempat akan "membantu" menanggalkan kamera tersebut sekiranya kementerian gagal berbuat demikian.

Liu semalam dilaporkan berkata, pemasangan dua kamera tersebut di Kajang tidak mendapat kelulusan majlis perbandaran termpatan, seperti ditetapkan undang-undang.

Beliau seterusnya menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Pengangkutan Datuk Ser Kong Cho Ha supaya merujuk Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Kerajaan Selangor (juga mengharamkan pelaksanaan) AES di negeri itu.. kerana sistem berkenaan mengandungi banyak kelemahan," katanya.

Selangor menjadi negeri pertama yang menentang AES dengan alasan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan gagal menjelaskan kelebihan sistem tersebut.

penyapu sial

tu dia baru padan muka...dia ingat suka suka nak merampok di tempat orang...di negeri BN boleh dia buat sesuka hati...ajar penyamun kroni nie cukup2 jangan bagi can....dah la di  pasang secara haram...merampok pon secara haram jugak...memang haramjadah serupa pemimpin 1 malaysia dia jugak...!!!!

DIALOG RAKYAT

Posted: 12 Nov 2012 03:10 PM PST

MAZLINDA MOHD NOR, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
Foto: MIZAN MAT TAMIN


 

Mukadimah

SEBAGAI  isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memikul tanggungjawab yang amat besar dan berat.

Sejak zaman reformasi 14 tahun lalu, beliau telah menjadi simbol ketabahan golongan wanita Malaysia. Ikuti wawancara dengan Presiden PKR ini bersama MAZLINDA MOHD NOR, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN dan jurugambar MIZAN MAT TAMIN di pejabatnya baru-baru ini.

Sertai politik keputusan paling mencabar

WAN AZIZAH: Apakah fokus Datin Seri pada PRU13 akan datang?

Semua orang mengetahui, PRU13 amat dekat. Kita juga tahu dalam tempoh enam bulan ini, kita perlu mempergiatkan kempen-kempen seiring dengan pihak lawan dan fokus utama saya adalah mahu mendekati golongan wanita.

Saya ingin mendekati golongan wanita kerana ramai daripada golongan ini tidak berkesempatan turun mendengar ceramah-ceramah Pakatan Rakyat (PR) kerana program kita sering diadakan selepas Isyak.

Apakah pengisian dalam program Datin Seri ini nanti?

Perkara utama yang saya mahukan adalah bersemuka dan tiada jurang antara semua golongan wanita. Saya mahu semua wanita bermesra selain mahu menjelaskan perkara sebenar berkenaan isu-isu yang melanda negara kita pada hari ini.

Melalui kajian kami,  wanita adalah kelompok terbanyak yang tidak menerima maklumat daripada sebelah PR kerana kebanyakannya hanya mendapat maklumat daripada  media arus perdana yang lebih cenderung menyokong kerajaan yang memerintah.

Mampukan PR mencapai kejayaan besar pada PRU13 nanti?

WAN AZIZAH:  Untuk ramalan saya tidak berani berkata kerana kami bertanding dalam padang yang tidak sekata. Tetapi selepas gerak kerja yang dilakukan selama ini, Insya-ALLAH saya mahukan kemenangan berpihak kepada PR kerana perubahan itu sudah jelas kelihatan.

Selain itu, segala yang dilakukan kami adalah untuk masa depan negara. Selepas 55 tahun negara ini diperintah Barisan Nasional (BN), sekarang adalah masa terbaik untuk berubah bagi membawa negara ini dan rakyat ke peringkat yang lebih tinggi.

Saya juga mahu rakyat menyedari perjuangan PR mahu pentadbiran negara lebih telus, kesamarataan kepada seluruh rakyat. Saya juga mahu kekayaan negara diagihkan kepada seluruh rakyat supaya semuanya mendapat manfaat daripada limpahan kekayaan negara, bukannya disekat oleh sekelompok manusia sahaja.

Jika perkara ini boleh dilakukan, nescaya rakyat kita akan berbangga dan sentiasa merasakan kitalah rakyat Malaysia.

Bagaimana pula cadangan untuk rakyat Sabah dan Sarawak?

WAN AZIZAH:  Alhamdulillah kita dikurniakan dengan petroleum. Ada banyak negara tiada sumber alam yang amat berharga ini. Sebagai contoh di Sabah, negeri ini sebenarnya adalah sebuah negeri yang amat kaya dengan sumber alam, tetapi peliknya Sabah adalah negeri yang termiskin di negara kita. Kenapa perkara ini boleh berlaku?

Jadi sejak kemasukan dua negeri ini ke dalam Persekutuan Malaysia, adakah kesilapan pentadbiran atau kesilapan manusia?

Untuk kempen PRU13 ini, PR dilihat mencipta pelbagai poster dan ia mirip kepada parti yang bertanding di Turki, apa komen Datuk Seri?

WAN AZIZAH: Jika berkata meniru, tidak. Tetapi kami ada ceduk idea dari seluruh dunia. Jika kami merasakan ada idea yang bernas dan baik, apa salahnya kami mencuba pendekatan itu.Sebagai contoh PKR menggunakan bas dalam jelajah parti seluruh negara, itu sebenarnya adalah idea baru. Jika perkara yang dilakukan kita berjaya menarik minat lebih ramai rakyat, jadi tiada salahnya ia digunakan sebagai bahan kempen selagi ia dibenarkan oleh undang-undang.

Selain itu, kami mengambil pendekatan kempen yang berbeza daripada BN seperti kempen maki hamun dan menyerang peribadi lawan. Kami bawa kempen apakah polisi yang akan dibawa PR sekiranya ditakdirkan menang dan menawan Putrajaya nanti, itu yang kita ketengahkan.

Saya pernah terfikir, contohnya seperti kereta, kenapa cermin depan besar dan cermin sisinya kecik, kerana kita mahukan masa depan, untuk belakang, kita cuma perhatikan untuk pengajaran supaya kita tidak lakukan kesalahan yang sama berulang.

Sejak akhir-akhir, terlalu banyak politik ganas dilaporkan, apakah komen Datuk Seri dalam perkara ini?

WAN AZIZAH: Sepatutnya sebagai sebuah negara demokrasi, kita semua mahukan politik yang sihat, dan bersaing dalam keadaan elok untuk sama-sama memberi sumbangan kepada negara. Sepatutnya parti-parti politik ini sudah menerima konsep berbincang, berdiskusi bagi mencari idea terbaik untuk rakyat memilih.

Jika mahu politik ganas yang baling batu, baling cat, serang peribadi dan pelbagai lagi, maka politik ini hanya memundurkan pemikiran negara. Negara kita juga meletakkan Islam sebagai agama rasmi, jadi politik ganas ini bukanlah cara kita dan budaya Melayu.

Saya juga melihat politik ganas ini sebagai ujian kepada kami dan ada hikmahnya. Di bas jelajah kami, selepas pertama kali terkena cat, kami bersihkan, tetapi selepas kali kedua berlaku, kami tidak bersihkan. Kami cuma bersihkan di bahagian pemandu sahaja kerana tidak mahu halang pemanduan. Kami jadikan kesan cat ini sebagai perhiasan.

Apakah inisiatif  PKR dalam menghadapi politik ganas seperti ini menjelang PRU13?

Kami akan terus menegur dan sentiasa berwaspada dengan mengambil langkah melindungi pemimpin kami. Bagi kawasan-kawasan yang agak berbahaya sedikit, kami akan meminta jasa baik anggota polis dan Rela bagi membantu kami. Selain itu, kami juga sering berpesan kepada penyokong, jika ada provokasi, jangan lawan balik, biarkan sahaja kerana apa pun berlaku, kami sering didakwa yang memulakan provokasi.

Persediaan Datuk Seri menjelang PRU13?

WAN AZIZAH:  Kami cuba yang terbaik, tetapi kami tetap ada pelbagai halangan. Sebagai contoh, diri saya sendiri, saya melompat dalam dunia politik tanpa persediaan langsung sebenarnya. Tetapi setelah beberapa lama dalam politik, insya-ALLAH saya sudah bersedia.

Walaupun tidak sepenuhnya, namun kami percaya boleh beri tentangan sengit kepada pihak lawan.

Ada yang berkata PKR ditubuhkan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebenarnya Anwar hanyalah satu simbol. Anwar itu adalah simbol ketidakadilan.

Apa yang diperjuangkan adalah demi rakyat dan mahukan masa depan dengan yang lebih baik. Bermula dengan  badan bukan kerajaan (NGO), PKR yang bernama Keadilan pada ketika itu diubah menjadi parti politik.

Pada waktu itu, terdapat banyak parti lain yang lebih kukuh, seperti Umno dan Pas yang menaungi keseluruhan orang Melayu. Pas dengan asas-asas Islam dan Umno ada juga Islamnya tetapi lebih kepada asas keMelayuan dan ketuanannya. Selain itu ada MCA, MIC dan DAP serta parti-parti lain.

Jadi apa yang PKR buat adalah cuba gabungkan semua. Alhamdulillah PKR berjaya dan membawa perubahan landskap politik yang besar kepada negara.

Bagaimana pula dengan pemimpin asal PKR yang mula-mula sekali berjuang, tetapi pada hari ini ramai antara mereka sudah keluar dari PKR, kenapa perkara ini berlaku?

Bagi saya ia adalah soal perjuangan, dalam Pas, dalam Umno juga berlaku perkara ini. Dalam Umno contohnya Datuk Onn Jaafar, walaupun kalau kita pergi ke PWTC, kita akan lihat gambar beliau terpampang kerana pengasas Umno, namun beliau keluar dari Umno dan mewujudkan Parti Negara. Begitu juga dalam Pas, bekas Presidennya, Tan Sri Mohd Asri Muda juga keluar dari parti itu.

Oleh itu, mereka keluar ini kerana ada perbezaan-perbezaan yang berlaku dan ia adalah proses yang sering berlaku di mana-mana sahaja. Perkara yang lepas, kita kata sudah lepas.

Datuk Seri sudah tentukan akan bertanding di kerusi mana?

WAN AZIZAH:  Saya hanya layak bertanding di peringkat Dun, kerana saya digantung bertanding di Parlimen untuk lima tahun kerana saya meletakkan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Untuk berkata bertanding atau tidak itu, ia akan diputuskan oleh parti. Buat masa ini, saya mahu fokuskan kepada gerak kerja dan kempen parti.

Bagaimana pula dengan khabar angin yang mengatakan seorang lagi anak Datuk Seri iaitu Nurul Nuha Anwar yang akan bertanding?

WAN AZIZAH:  Nuha sebenarnya telah dicalonkan oleh salah satu cabang, sebab itu timbul khabar angin ini. Namun Nuha sudah berumah tangga dan baru mempunyai anak yang kecil, jadi saya rasa Nuha akan tumpukan perhatian kepada anaknya buat masa ini.

Jika benar Nuha akan bertanding pada PRU13, membuktikan amalan nepotisme dalam PKR. Apa komen Datuk Seri?

WAN AZIZAH: Perkara ini adalah 'kalau' dan hanya satu andaian. Ia tidak benar sama sekali. Pada pilihan raya umum lalu, Nurul Izzah Anwar bertanding di Parlimen Lembah Pantai adalah satu tugas yang amat sukar, kawasan itu diwakili oleh Menteri dan diketahui adalah kubu kuat Umno pada asalnya. Alhamdulillah Izzah menang. Izzah menang kerana kredibilitinya sendiri, jadi beliau memang layak.

Begitu juga dengan saya, pada pilihan raya umum tahun 2004 lalu, hanya saya seorang sahaja wakil PKR dalam Dewan Rakyat. Alhamdulillah tahun 2008 PR dapat satu loncatan besar.

Ada juga pihak yang menuduh Datuk Seri sebagai boneka Anwar. Benarkah tuduhan itu?

WAN AZIZAH: Mulut manusia akan berkata bermacam-macam. Saya juga boleh persoalkan adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah boneka Tun Dr Mahathir Mohamad? Saya sebagai presiden parti walaupun ada mendengar nasihat daripada Anwar, maka itu bukannya satu kesalahan. Anwar jelas mempunyai banyak pengalaman dalam dunia politik.

Apakah keputusan yang paling mencabar sejak Datuk Seri menyertai dunia politik?

WAN AZIZAH:  Keputusan yang paling mencabar bagi saya adalah sama ada mahu bertanding ataupun tidak di Parlimen Permatang Pauh pada tahun 1999. PKR baru wujud dan bertapak pada ketika itu. Saya bukannya orang politik, saya sekadar seorang doktor di hospital. Jadi keputusan ini amat mencabar sekali bagi saya, lagipun pada ketika itu anak-anak saya masih kecil lagi. Izzah baru 17 tahun.

Saya gigihkan juga kerana suami berada dalam penjara dan penyokong benar-benar mahukan saya memimpin parti baru ini. Ramai yang berkata jika bukan saya maka susah untuk PKR ketika itu mara ke depan, mungkin mereka melihat saya membawa nama isteri kepada Anwar Ibrahim. Selain itu rakan-rakan dalam Pas dan PRM juga memberi sokongan kepada saya. Selain Permatang Pauh, ada juga yang minta saya bertanding di Kubang Pasu tempat Dr Mahathir. Tetapi akhirnya saya memilih untuk bertanding di Permatang Pauh.

Sekarang keluarga Datuk Seri diserang lagi, bagaimana Datuk Seri menangani perkara ini?

WAN AZIZAH:  Serangan ke atas keluarga saya tidak berhenti, sejak dari dulu lagi sehinggalah sekarang. Pelbagai tuduhan dibuat ke atas kami terutamanya ke atas Anwar. Kami sudah lali dengan tuduhan dan serangan-serangan begini. Kami cuma boleh minta bantuan ALLAH dan minta kami boleh atasinya.

Pernahkah terdetik kekesalan dalam hati Datuk Seri kerana terlibat dalam politik?

WAN AZIZAH:  Tidak, kerana inilah jalan yang saya dan keluarga pilih. Segalanya ada hikmah, jadi saya tidak pernah menyesal jalan yang saya pilih ini. Setiap kali saya sembahyang, saya minta supaya jangan ada sifat kesal dalam diri ini.

Kita mesti bersyukur kerana segalanya adalah ujian daripada-Nya untuk tingkatkan lagi keimanan kita. Selain itu kesabaran juga amat penting.

  Jika tidak menyertai politik, apakah yang dilakukan dan kehidupan yang dimahukan Datuk Seri sekarang?


WAN AZIZAH: Jika tidak dalam politik, saya mahu lakukan amal ibadat kerana saya rasakan bekalan saya ke akhirat sedikit berbanding orang-orang lain. Ya ALLAH, saya rasa amal ibadat saya belum  cukup. Jika saya terus diberikan kemampuan, kesihatan dan hayat lagi, itulah yang saya mahu lakukan insya-ALLAH.

Ramai yang mengatakan PRU13 ini adalah hidup mati antara BN dan PR. Jika PR tewas, adakah pakatan tiga parti ini berterusan untuk masa akan datang?

WAN AZIZAH:  Bagi saya, hidup mati PRU13 ini adalah bagi pihak BN, bukan kepada PR.  kerana bagi saya politik negara kita sudah matang. Sebelum adanya PR, sudah ada pakatan sebelum ini seperti Barisan Alternatif. Kita sudah laluinya dan saya yakin PR akan terus bekerjasama.

Dengan adanya kerjasama ini, maka kita lebih kukuh dan boleh mentadbir untuk membawa perubahan kepada rakyat dan negara. Kami bukannya satu pakatan yang longgar seperti dakwaan pihak lawan.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


PAS, PR tidak diserang jika tidak ancam Umno BN

Posted: 11 Nov 2012 05:02 PM PST

TEMERLOH: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS tidak pernah berganjak daripada landasan asal perjuangan.

"Bahkan, apa yang sering ditimbul bukanlah dasar tetapi soal strategi parti. Strategi parti boleh berubah mengikut kesesuaian keadaan dan suasana, manakala dasar parti tetap tidak berganjak," tegas Ketua Penerangan PAS Pusat itu.

Dalam kenyataan kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim menegaskan bahawa dasar PAS untuk memperjuangkan Islam tidak pernah berubah kerana perubahan yang melibatkan dasar parti mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak atau usul yang diterima dalam muktamar parti.

Sehingga kini, kata Tuan Ibrahim, tiada sebarang perubahan yang melibatkan dasar parti yang berjuang berpaksi kepada al-Quran dan Hadis.

"Apakah dasar Islam yang parti telah diubah sehingga mereka membuat pelbagai tuduhan?

"Sebenarnya tiada. Jika gabungan PAS bersama DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat tidak kuat dan tidak menjadi satu ancaman kepada kesinambungan pemerintahan Umno BN, serangan sedemikian tidak akan wujud," kata beliau yang juga ahli Majlis Syura.

Beliau dipercayai sedang memberi respons kepada tindakan segelintir ahli PAS yang kecewa di dalam satu forum di Selangor, yang secara terbuka menuduh parti telah menyimpang daripada perjuangan Islam dan menyeru parti mengkaji semula hubungan politik bersama DAP.

Beliau berkata serangan datang bila mana PAS mula mendapat sokongan daripada kalangan bukan Islam dengan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS serta wujud kerjasama kukuh bersama Pakatan Rakyat.

"Pelbagai alasan ciptaan musuh mula dimainkan dan digempurkan semula oleh golongan yang kecewa di dalam PAS. Golongan ini telah menjadi alat kepada Umno sama ada secara sudi, sedar atau sebaliknya. Jika mereka boleh memikir secara mendalam, sepatutnya serangan dan saranan agar kembali kepada Islam ditujukan kepada Umno, parti yang sedang memerintah," kata Tuan Ibrahim.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu menyeru agar seluruh jentera parti tidak terganggu dengan kemuncup dalam perjuangan ini.

Beliau turut menyatakan kenyakinannya terhadap kefahaman dan pengetahuan ahli PAS dapat membezakan usaha licik musuh bagi melemahkan kemaraan PAS dan Pakatan Rakyat 'yang sudah hampir pasti menggantikan Umno BN yang kini berulat dengan korupsi melampau jika PRU13 diadakan sekarang'.

"Ahli parti mesti sedar ucapan mereka ini hanya bertujuan untuk melemahkan kebangkitan rakyat bagi menolak kerajaan BN dan Umno. Seperti kata Saidina Ali 'kalimah yang benar, tetapi tujuannya ialah bathil'," tambahnya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa penganjuran program sedemikian adalah satu 'fenomena biasa' menjelang pilihan raya umum.

"Saya tidak terkejut dengan penganjuran program seumpama itu memandangkan kita sekarang berada hampir dengan pilihan raya," kata beliau yang dipetik Sinar Harian Online.

Sultan mahu Pengkalan Chepa jadi hab penerbangan serantau

Posted: 11 Nov 2012 05:02 PM PST



KOTA BHARU: Sultan Muhammad V melahir rasa sukacita di atas kejayaan kerajaan negeri mengimbangi pembangunan fizikal dan rohani secara berterusan dalam membangunkan negeri ini.

Baginda bertitah, kerajaan negeri mewujudkan urus tadbir berteraskan konsep 'Ubudiyyah, Masu'uliyyah dan Itqan.

"Pelbagai program dilaksanakan kerajaan termasuk program 'Qiam With Me' pada Ramadan lalu.

"Pada hemat beta program itu mendapat sambutan seluruh rakyat jelata dan merupakan program julung kali diadakan di negeri ini," titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia di Istana Balai Besar di sini hari ini.

Program tersebut diadakan sempena perayaan ulangtahun Hari Keputeraan baginda ke-43.

Sultan Kelantan juga bertitah, usaha dalam bidang pertanian bukan semata-mata mengaut keuntungan, tetapi sebahagian ibadat bagi mendapat keredhaan Allah swt.

Oleh itu baginda berharap sumber asli seperti tanah, sungai dan laut serta kawasan tadahan hujan terus terpelihara bagi mempastikan bumi Kelantan terus subur.

Mengenai pembangunan Tok Bali titah baginda, kawasan seluas 2,600 ekar dilulus untuk pembangunan kawasan industri dan bandar baru yang membabitkan pelaburan hampir RM600 juta.

"Beta berharap pihak terbabit menaik taraf infrastruktur asas terutama jalan raya sedia ada Kota Bharu-Pasir Puteh-Tok Bali untuk menjadikan Tok Bali pelabuhan komersial.

"Beta merasa sukacita dengan perkembangan projek "Central Spine Road" sedang giat dilaksanakan di sempadan Pahang–Kelantan dan akan dibina persimpangan bertingkat di Bandar Baru Gua Musang," titah baginda.

Baginda berharap agar projek itu dipanjangkan sehingga ke Kota Bharu bagi melengkapkan rangkaian jalan raya bertaraf lebuh raya sebagaimana terdapat di negeri-negeri lain.

"Ini bagi merangsangkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri ini. Kelantan tidak harus dibiarkan ketinggalan kerana ia sebahagian daripada Malaysia," titah baginda.

Mengenai Tahun Melawat Kelantan 2012 baginda bertitah, sehingga Ogos lalu difahamkan seramai 3.4 juta pelancong berkunjung ke Kelantan.

Menurut baginda, perkhidmatan penerbangan empat kali seminggu Kota Bharu– Singapura bermula Ogos lalu dapat memacu perkembangan sektor pelancongan di Kelantan.

Sultan Kelantan mengulangi lagi supaya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dinaik taraf dan dijadikan hab penerbangan serantau ke Malaysia Timur dan negara Asean serta negara Arab.

2 Exco terima anugerah Dato’ Paduka

Posted: 11 Nov 2012 05:00 PM PST


KOTA BHARU: Dua anggota Exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi dan Dr Muhammad Fadzli Hassan hari ini menerima anugerah yang membawa geralan Dato' Paduka sempena ulangtahun hari keputeraan Sultan Muhammad V.

Mereka menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia.

(Gambar: Che Abdullah dan isteri.)

Turut menerima darjah sama Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad yang juga bekas anggota Exco.

Ketua Setiausaha Negara, Dato' Seri Dr Ali Hamsa mengetuai senarai 239 penerima Anugerah Gelaran Kebesaran, Darjah-Darjah Kebesaran dan Pelantikan Jaksa Pendamai pada istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan di Istana Balai Besar hari ini.

Sebelum itu berlangsung Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan di  Padang Merdeka bermula jam 8.15 pagi.

Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V kali ke-43 tahun ini dengan cogan kata "Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat" manakala temanya "Islam Dimartabat, Raja Didaulat, Negeri Berkat".

Semalam Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr Zainuddin Ibrahim berkata istiadat pengurniaan darjah kebesaran tahun ini membabitkan penerima seramai 636 orang.

Seramai 397 penerima lagi iaitu bagi Bintang-Bintang, Pingat-Pingat dan Surat-Surat Kepujian pula akan berlangsung pada satu tarikh ditetapkan kemudian.

Sementara itu Dr Muhammad Fadzli merakamkan ucapan syukur dan terharu di atas penganugerahan daripada Sultan Kelantan dan berharap semoga ia memberi kebaikan di dunia dan akhirat.

PAS Selangor turut umum deklarasi harta calon PRU

Posted: 11 Nov 2012 05:00 PM PST


SHAH ALAM: Nampaknya cadangan Pemuda PAS untuk membuat deklarasi harta semakin mendapat sambutan di semua peringkat PAS.

Terkini, PAS Selangor turut mengumumkan bahawa akan memberikan sokongan penuh kepada usul yang dibawa oleh Pemuda PAS yang bercadang untuk membuat deklarasi harta di kalangan exconya, walaupun tidak semuanya menjadi calon pilihanraya.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman (gambar)ketika dihubungi Harakahdaily berkata cadangan Pemuda PAS itu amat baik dan perlu disokong.

"Calon PRU-13 PAS Selangor juga akan turut serta membuat deklarasi harta untuk dinilai rakyat dan melawan Umno," kata beliau.

Jumaat lepas, Dewan Pemuda PAS Malaysia mengumumkan bahawa kesemua exconya bakal melakukan pengisytiharan harta pada muktamar dewan itu di Kelantan 15 November ini  walaupun tidak semua di kalangan mereka tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat terakhir menjelang muktamar dewan tersebut.

"Kemungkinan besar akan ada majlis pengisytiharan harta itu pada muktamar kali ini. Dengan harapan ia akan merintis kepada semua pimpinan PAS," katanya pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, semalam.

Langkah tersebut, katanya bertujuan menunjukkan ketelusan barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat, biarpun mungkin tidak semua dicalonkan pada pilihan raya umum kelak.

Cadangan tersebut disambut baik oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mustafa berkata cadangan Pemuda PAS ini menunjukkan keprihatinan mereka untuk telus, terbuka dan bertanggungjawab sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang disarankan Islam.

Manakala, Tuan Ibrahim yang juga selaku Pesuruhjaya PAS Pahang mengumumkan bahawa calon PRU13 PAS Pahang akan turut serta membuat deklarasi harta.

"Pemimpin dan calon-calon PAS harus diketengahkan secara telus dan berwibawa untuk melawan pihak lawan yang suka berlindung. Deklarasi harta ini membuka peluang kepada rakyat untuk memilih dengan penuh jelas dan tanpa was-was calon-calon yang bakal mewakili mereka di Dun dan di parlimen," kata Tuan Ibrahim.

Bagi Mustafa, beliau percaya cadangan Pemuda PAS akan diteliti oleh para pimpinan PAS untuk melihat mekanisme terbaik yang perlu diambil ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 11 Nov 2012 11:07 PM PST

Suara Sri Andalas


Perutusan Sambutan Deepavali 2012 Oleh YB Dr Xavier Jayakumar

Posted: 11 Nov 2012 08:52 PM PST

Bersempena sambutan perayaan Deepavali ini, saya dan rakan-rakan dari Pimpinan Pakatan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor, serta kakitangan Pusat Khidmat DUN Seri Andalas dan juga bagi pihak keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada masyarakat yang beragama Hindu yang akan meraikan sambutan perayaan ini.  

Deepavali merupakan perayaan yang meraikan kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan dan bersama-samanya membawa sinar harapan kepada masa depan yang lebih baik. Oleh itu marilah kita meraikan perayaan ini dengan penuh kesyukuran serta harapan untuk terus melakukan kebaikan dan menuju kecemerlangan.

Pada hari perayaan ini, raikanlah bersama keluarga yang tersayang serta sahabat handai. Teruskan amalan kunjung-mengunjungi demi kesepaduan yang lebih baik dan membina komuniti yang saling memahami serta menghormati antara satu sama lain. Kepada mereka yang akan pulang ke kampung halaman, pandulah secara berhemah. Semoga selamat sampai dan selamat pulang kembali.

Dengan ini saya juga ingin menjemput semua untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan di Dengkil pada 24 November 2012 (Sabtu) bermula jam 8 malam. Majlis Rumah Terbuka Deepavali DUN Seri Andalas pula akan diadakan pada 25 November 2012 (Ahad) bermula jam 7 malam di Padang Taman Klang Jaya. Datanglah beramai-ramai untuk meraikannya bersama-sama.

Sekali lagi saya dan rakan-rakan dari Pimpinan Pakatan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor, serta kakitangan Pusat Khidmat DUN Seri Andalas dan juga bagi pihak keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali. Sekian.

YB Dr Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
ADUN Seri Andalas  

Anwar: PR Janji Tidak Abai Masyarakat India Jika Memerintah Putrajaya

Posted: 11 Nov 2012 02:30 AM PST

KLANG 11 NOV: Masyarakat India di negara ini tidak akan diabaikan jika Pakatan Rakyat (PR) diberikan peluang memerintah di Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaum India yang sebelum ini seringkali diabaikan Kerajaan Umno-BN akan diberi perhatian sama-rata termasuk kaum-kaum lain yang menjadi penduduk di negara ini.

Katanya, contoh terbaik yang ditunjukkan adalah Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PR di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memberikan peruntukan berjumlah RM4 juta setiap tahun kepada semua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri ini.

"Jika 50 tahun dahulu SJKT tidak pernah menerima bantuan khusus bagi pembangunan sekolah, Kerajaan Negeri sekarang beri tiap-tiap tahun RM4 juta untuk semua SJKT di Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan sempena lawatannya ke tapak Pesta Deepavali yang berlangsung di Jalan Kelana, Klang petang tadi.

Turut hadir ialah Exco-exco Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu serta Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Sementara itu, Anwar berkata, semua rakyat di negara ini digesa menanamkan keyakinan kepada PR bagi melaksanakan dasarnya yang terbukti demi kepentingan rakyat.

"Macam-macam kita sudah dengar, daripada mansuhkan PTPTN, turunkan harga kereta dan pelbagai lagi dasar yang akan dilaksanakan PR jika memerintah Putrajaya.

"Saya sudah tidak mahu lagu gaduh-gaduh soal kaum, kita akan jaga semua kaum dan rakyat di negara ini," katanya yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Sumber: Selangorku

MB - Guna Rizab Negeri Bina Jambatan Ketiga Di Klang

Posted: 11 Nov 2012 02:00 AM PST

KLANG, 11 NOV : Kerajaan Negeri akan meneruskan projek pembinaan jambatan ketiga bagi mengatasi masalah kesesakan bandar Klang sekiranya Kerajaan Pusat masih gagal berbuat demikian pada tahun depan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid, Kerajaan Negeri akan menggunakan rizab yang dimiliki Negeri Selangor untuk melaksanakan projek yang pernah dijanjikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Beliau berkata, sewaktu pemerintahan Umno-BN terdahulu, mereka berjanji kepada rakyat Klang untuk membina jambatan tersebut, malah telah melancarkan batu asas bagi membina jambatan tersebut.

Bagaimanapun tegasnya, ia kini dilihat sebagai satu omongan kosong sahaja.

"Rakyat Selangor memberi sumbangan terbesar kepada Malaysia. Oleh itu, tahun depan kita akan adakan pelbagai program untuk rakyat di negeri ini. Rakyat Selangor adalah penyumbang terbesar kepada ekonomi negara, kini sudah tiba untuk pulangkan hasilnya kepada rakyat.

"Tahun depan kalau tidak dibina jambatan ketiga di Klang, kita akan bina dengan menggunakan rizab negeri. Dengan cara itu kita dapat melaksanakan pembangunan secara saksama di Negeri Selangor," katanya semasa menghadiri Majlis Sambutan Deepavali di Jalan Tengku Kelana, petang tadi.

Terdahulu, Kerajaan Pusat menjanjikan pembinaan jambatan ketiga di Klang bernilai RM230 juta untuk manfaat masyarakat di kawasan itu.

Pembinaan jambatan yang dimulakan sejak tahun 2007 itu bagaimanapun masih gagal disempurnakan sehingga kini ekoran kerja sambil lewa oleh syarikat kontraktor yang dilantik.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Negeri Cadang Tambah Lebih Banyak Tadika Rakyat

Posted: 10 Nov 2012 02:00 AM PST

PETALING JAYA, 10 NOV : Kerajaan Negeri bercadang untuk membina tiga lagi Tadika Rakyat di Serendah, Kapar dan Dengkil bagi membolehkan kanak-kanak keluarga berpendapatan rendah menerima pendidikan di peringkat awal.

Pembinaan tadika tersebut merupakan kesinambungan daripada dua tadika sedia ada iaitu di Taman Sentosa, Klang dan Kampung Lindungan di Petaling Jaya.

Oleh itu Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar menyeru ibubapa yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka kepada tadika-tadika ini.

"Tadikan ini terbuka kepada semua kaum. Justeru, penduduk di kawasan ini jangan lepaskan peluang untuk mendaftar anak-anak anda.

"Selain bayaran yuran yang rendah, anak-anak juga akan terdedah dengan pendidikan asas di peringkat awal," katanya lagi.

Katanya, pendidikan pra-sekolah adalah langkah awal untuk mempersiapkan kanak-kanak sebelum menempuh alam persekolahan kelak.

"Berdasarkan kajian, masih terdapat 30 peratus kanak-kanak yang tidak mendaftar di mana-mana tadika kerana tidak mampu untuk membayar yuran bulanan.

Ekoran daripada itu, kebanyakan kanak-kanak ini ketinggalan dari aspek pendidikan seperti tidak tahu menulis, mengira ataupun membaca.

Hal ini menyebabkan mereka akan tercicir apabila masuk ke sekolah rendah nanti dan menimbulkan masalah serius untuk jangka masa panjang.

"Kurangnya pendedahan pendidikan di peringkat awal antara punca yang menyumbang kepada gejala sosial," katanya semasa Majlis Perasmian Tadika Rakyat Kampung Lindungan di sini, pagi tadi.

Tadika Rakyat di Kampung Lindungan merupakan cawangan kedua yang dibina Kerajaan Negeri bersama badan bukan kerajaan (NGO), Child Information, Learning and Development Centre (Child).

Tadika tersebut dikhaskan untuk keluarga berpendapatan bawah RM 1,500.

Di samping menyediakan pembelajaran selesa, murid-murid juga hanya dikenakan bayaran serendah RM 20 sebulan.

Tadika yang bernilai kira-kira RM 460,000 itu dilengkapi lapan buah kelas dan mampu menempatkan kira-kira 20 orang murid setiap kelas.

Kerajaan Negeri telah memberi RM 50,000 untuk setiap tadika itu.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, Adun Taman Medan, Haniza Talha, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne Loh dan Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Puasa Md Taib.

Sumber: Selangorku

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 11 Nov 2012 11:04 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Akulah orang yang paling hebat!!!

Posted: 11 Nov 2012 03:43 PM PST


(Saya bukanlah seorang penyair, tetapi bukan juga seorang yang tidak mencintai syair.  Saya suka membaca syair, bahkan saya mungkin mendahului rakan-rakan membeli dan membaca sajak-sajak seorang sahabat saya Usman Awang, atau Tongkat Waran; bahkan syair-syair yang tulis pernah keluar didalam majalah keluaran Dewan Bahasa; tetapi sajak-sajak yang keluar itu dibantu pembetulannya oleh Sdr Usman Awang.  Saya pernah berguru dengan Dr Mohamad Salleh, seorang penyair prolifik yang menulis didalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dan sajak-sajaknya telah diterjemahkan kedalam bahasa Russia, Perancis dan lain-lain bahasa; tetapi setelah berbulan "mengadapnya" beliau berkata kepada saya, "Mi, aku ingat kau concentrate dengan penulisan prosa sajalah, lupakanlah sajak, kau ada idea tetapi bahasa kau tu kaku, tak ada seni." Sejak hari itu (hampir 30 tahun dahulu), saya tidak lagi cuba menulis sajak.

Semasa aku berpindah semula ke Temerloh dari Kuala Lumpur, saya telah banyak menulis didalam akhbar-akhbar tetapi tidak dalam bentuk sajak, saya menulis mengenai kemasyarakatan, politik, ekonomi, kehidupan. Sekali sekala artikel aku keluar juga didalam Majalah Dewan Masyarakat, tetapi yang paling banyak didalam akhbar WATAN dan BUMI, hampir setiap minggu.

Dan semasa akhbar WASILAH masih diterbitkan, aku diberikan kolom mingguan.

Tetapi disuatu hari Sdr Man Kadir yang kebetulan pada waktu itu (ini cerita 30 tahun yang lampau) ingin mementaskan sebuah drama.  Kami adalah kerabat DPMP (Dewan Penulis Melayu Pahang) cawangan Temerloh, sebuah badan penulisan yang sangat aktif.  Sentiasa kami mengadakan kursus penulisan dan diantara tokoh sastrawan yang kami undang memberikan kursus termasuklah Allahyarham Usman Awang,

Saya tergerak untuk menuliskan sebuah puisi dan memahukan agar puisi itu dijadikan tema kepada Drama yang bakal dipentaskan oleh Sdr Man Kadir atau nama penuhnya Ab Kadir bin Abd Manap yang kini terkenal dengan nama Pak Jabit.

Saya tuliskan sebuah sajak berjodol - LORONG ITU MATI, dan sajak itu juga diterbitkan didalam Majalah Dewan Masyarakat.

Apabila aku diberitahu oleh Man Kadir dan Yassin Salleh bahawa pada 13.11.12 jam 8.45 malam akan diadakan Majlis Membaca Puisi, tergerak sekali lagi aku mahu menulis sebuah puisi, satu puisi sindiran.  Kalau Sdr Kassim Ahmad menyiapkan sebuah puisi didalam tempoh beberapa hari (beliau sangat cermat didalam penulisannya), saya hanya menulis didalam tempoh 5 minit sahaja (kerana aku bukan seorang penyair).

Inilah (dibawah ini) aku turunkan semula sajak yang aku tulis dengan jodol AKULAH ORANG YANG PALING HEBAT.

Akulah orang yang paling hebat
apa kerja pun aku tak perlu buat
kalau bercakap akulah orangnya
yang amat pandai dan berdarjat

Aku tahu seribu satu ilmu
nak cakap tentang dunia
akulah yang paling tahu
nak cakap tentang akhirat
akulah ulamaknya
bahkan nak cakap fasal perempuan
aku jugalah ular dalam semaknya

Siapa boleh lawan aku
bukankah aku seorang intelek
aku ada setempeket
kerja aku bukan menoreh getah
kerja aku bukan menyadat sawit
kerja aku bukan di kebun pisang
kerja aku bukan di ladang gersang
kerja aku bukan menangkap ikan di sungai
aku orang yang hebat amat-amat
aku menulis di akhbar-akhbar
aku berucap di pentas politik.

Siapa tak kenal aku
Akulah yang bersama Dato Seri Anwar Ibrahim
Dato Seri Anwar  sentiasa menghubungi aku
ditengah malam dia mahu check aku dah tidur ke belum
akulah orang yang paling digemari oleh Anwar
akulah pilihan Anwar, no less!

Tanpa aku perjuangan di kawasan ini tidak bermakna
tak usah ganggu gugatlah aku ni
aaku ada sumpah keramat
aku tak perlu kepada kawan yang ramai
tak perlu aku kepada jentera
apa guna banyak bendera
bukan bendera atau poster yang mengundi aku
rakyat seluruhnya di belakang aku
aku manusia pilihan kerana aku hebat
tanpa aku siapa lagi?

Ini bukan gurindam anak kampong
ini bukan gurindam anak tani
ini bukan gurindam anak nelayan
ini bukan gurindam anak pekerja
ini bukan gurindam anak kakitangan kerajaan
ini bukan gurindam anak polis
ini bukan gurindam anak tentera
ini bukan gurindam anak bomba
ini bukan gurindam anak rela.

Ini gurindam pejuang negara
manusia terpilih yang tidak ada galang gantinya
Akulah orangnya!
Akulah manusianya!
Amboihai, hebatnya AKU!


haji suhaimi said
10.11.12
baitul fath, kg batu 4,
jalan maran, temerloh,
pahang.

Anwar Ibrahim

Posted: 11 Nov 2012 08:00 PM PST

Anwar Ibrahim


Poll: 85 Percent Of Muslim Voters Picked President Obama

Posted: 11 Nov 2012 08:39 AM PST

From Council On American – Islamic Relations

(WASHINGTON, D.C., 11/9/2012) — The Council on American-Islamic Relations (CAIR), the nation’s largest Muslim civil rights and advocacy organization, today released the results of an informal exit poll indicating that more than 85 percent of American Muslim voters picked President Obama in Tuesday’s election.

[NOTE: A similar CAIR exit poll in 2008 showed that 89 percent of American Muslim voters picked then-candidate Barack Obama. Two percent of respondents said they voted for Sen. John McCain.]

CAIR’s email survey of more than 650 American Muslim voters indicates that just four percent of respondents cast their ballots for Mitt Romney.

Poll findings:

  • 95.5 of the Muslim voters said they went to the polls on November 6.
  • 85.7 percent cast their ballots to re-elect President Obama.
  • 4.4 percent of respondents said they voted for Mitt Romney.
  • Just over two percent (2.2) of respondents said they voted for Libertarian candidate Gary Johnson. The same percentage (2.2) of respondents said they voted for Green Party candidate Jill Stein. [NOTE: More than four percent of respondents declined to say who they voted for.]
  • States with the highest number of survey respondents (in descending order) were California, New York, Texas, Virginia, Illinois, Florida, Michigan, Maryland, Pennsylvania, New Jersey, and Ohio.
  • Of those who voted, 8.3 percent said they did so for the first time.
  • 41.5 percent said they consider themselves Democrats. A similar number, 40.6 percent, consider themselves politically independent. Only 7.4 percent said they are Republican.

“The fact that more than 95 percent of Muslim respondents went to the polls is a clear indication that they are fully participating in our nation’s political process and are part of the fabric of America,” said CAIR National Executive Director Nihad Awad. “Muslim voters in swing states such as Florida, Virginia and Ohio seemed to have played a critical role in tipping the balance in the president’s re-election victory.”

These results support the findings of a pre-election CAIR survey of 500 Muslim voters that rated jobs and the economy, education, health care policy, Medicare and Social Security, and civil rights as the top issues. That survey indicated that 1 in 4 Muslim voters remained undecided about their presidential pick.

“It appears that undecided Muslim voters broke decisively in President Obama’s favor at the polls,” said CAIR National Legislative Director Corey Saylor.

Saylor also expressed appreciation that a number of anti-Muslim candidates were rejected by voters nationwide.

CAIR: American Muslims Celebrate Defeat of Congressional Critics
CAIR: How the Congressional Anti-Muslim Caucus Fared

CAIR is America’s largest Muslim civil liberties and advocacy organization. Its mission is to enhance the understanding of Islam, encourage dialogue, protect civil liberties, empower American Muslims, and build coalitions that promote justice and mutual understanding.

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Batu & Setiawangsa

Posted: 11 Nov 2012 03:30 AM PST

13 November 2012 (Selasa)
1) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – (P- Batu)

Lokasi: Dewan Masyarakat, Lorong 8, Kg Padang Balang, Sentul
2) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Merdeka Rakyat – (P- Setiawangsa)

Lokasi: Rampai Business Park, Sri Rampai, Setapak
3) Baisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Tian Chua

iii. YB Dr Hatta Ramli

iv. Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin

v. Puan Dayang Ku Intan

vi. Cik Gu Ishak Surin

vii. Sdr Ibrahim Yaacob

Pengikut