Pakatan Rakyat |
Posted: 03 Dec 2012 04:08 PM PST | Penjawat awam berhak ikuti ceramah parti – Suhakam Posted: 03 Dec 2012 03:59 PM PST KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini menerima memorandum berhubung pemecatan seorang kakitangan sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Labuan. Ini ekoran Qatrun Nada Latfi yang bertugas sebagai guru sementara menerima notis pemecatan pada 24 Oktober yang berkuatkuasa 1 Disember lalu tanpa menyatakan secara terperinci sebab pemecatan tersebut. Memorandum tersebut diserahkan oleh Koordinator Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan), Mohd Faris Abdullah kepada Pesuruhjaya Suhakam, Detta Samen di pejabat Suhakam pagi tadi. Turut hadir, Qatrun Nada. Detta Samen selepas menerima memorandum tersebut berkata, pihaknya akan mengambil masa seminggu bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan tersebut. Malah menurut Detta Samen lagi, jika pihak pengadu sudah berurusan dengan peguam dan akan membawa kes tersebut di mahkamah, Suhakam akan turut bersama-sama peguam bagi membantu di mahkamah. "Dan apa yang kami melihat ia adalah satu tindakan yang tidak wajar, selain dari itu jika pihak pengadu sudah melantik peguam, Suhakam boleh turut sama dengan peguam tersebut di mahkamah," jelasnya. Detta Samen berkata, sebagai seorang guru, pengadu boleh mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu sekolah dan ia adalah hak seorang individu apatah lagi tidak mengganggu urusan sekolah. "Semua boleh mengikuti ceramah parti dan tidak kira siapa yang menganjur. Sebagai individu mahupun kakitangan awam itu adalah hak mereka dan mereka berhak untuk menilai sendiri seseorang pemimpin atau parti," katanya dipetik Harakah Daily. "Proses ini adalah bagi memastikan pilihan beliau pada pilihan raya nanti adalah bertepatan, lagipun undi itu rahsia," sambungnya. Sementara itu, Mohd Faris memberitahu memorandum yang sama telah diserahkan kepada Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali pada 29 November lalu, namun sehingga sekarang tidak menerima sebarang jawapan. | Sayang sekali Najib tak jawab serangan Deepak Posted: 03 Dec 2012 03:56 PM PST
Hampir semua ucapan dalam Perhimpunan Agong Umno (PAU) diarah kepada Pakatan Rakyat (PR). Ucapan bergegar-gegar dengan pelbagai ugutan, amaran dan ego sehingga Menteri Besar Pahang menggunakan frasa seperti "potong telinga" dan "terjun sungai Pahang" seandainya PR berjaya menawan Bentong. Malah, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil pula tidak segan-silu mengugut rakyat bahawa peristiwa Mei 13 bakal berulang seandainya UMNO ditolak dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang. Biasanya PAU adalah medan penting kerajaan bagi merangka dasar membela nasib bangsa Melayu dan perancangan masa depan negara, samada ekonomi, sosial dan agama. Namun, persidangan kali ini diadakan seolah-olah sebagai pra-kempen PRU13 dengan menghentam PR dan medan Umno berkempen sesama ahli Umno. Namun semua ini jelas menandakan Umno kini berada dalam situasi ketakutan tidak menentu. Gambaran ketakutan ini mencerminkan gelora dalaman Umno bahawa mereka kini berhadapan dengan realiti rakyat yang akan menolak mereka dalam PRU13.
Sesungguhnya, rakyat menanti respon PM dalam ucapan penggulungannya, namun sayang ianya langsung tidak disentuh oleh beliau di PAU. Jika peluang diambil untuk membuat penjelasan, sudah tentu ia didengari oleh kebanyakan rakyat kerana ucapannya diberi liputan begitu meluas. Membiarkan tuduhan sebesar ini tanpa penjelasan menambahkan keyakinan dan persepsi umum terhadap kebenaran dalam segala yang dinyatakan oleh Deepak. Demikian juga serangan terbuka oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan terhadap Naib Presiden Umno dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mendakwa beliau mencampuri urusan pihak polis. Dakwaan yang disambut dengan desakan agar Hishamuddin meletakkan jawatan juga dibiarkan begitu tanpa sebarang ulasan diberikan di PAU. Perwakilan Umno juga tidak bimbang maruah negara tercemar, bilamana negara luar ( Perancis) membicarakan soal rasuah pemimpin negara dalam isu Scorpene dengan sikap berdiam diri mereka mengenai isu tersebut ketika PAU. Ketakutan tehadap peguam Prancis sehingga beliau tidak dibenar masuk ke Malaysia, dan terpaksa mengadakan pendedahan di Singapura adalah sesuatu yang sangat mengaibkan. PM juga tidak mengambil peluang untuk menjelaskan kegagalan beliau menunaikan janji untuk menurunkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dalam pilihanraya negeri dua tahun lepas. Isu royalti minyak, penghapusan kabotaj, isu tanah di Sabah dan Sarawak, isu keselamatan negara antara isu utama yang rakyat menanti kenyataan dari pimpinan Umno khasnya PM, juga tidak kedengaran di PAU. Lebih penting lagi, PM juga tidak menggunakan peluang untuk mengisytihar perang terhadap budaya rasuah yang melanda kerajaan pimpinannya. Namun bagi Umno, semua ini bukan isu besar ibarat kata sebilangan perwakilan Umno bahawa skandal RM40 juta yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman melibatkan jumlah yang sedikit dan remeh untuk diperjelaskan. Namun, tiada yang perlu dihairankan kerana sikap ini jelas terpapar di PAU Wanita Umno. Meskipun kini berhadapan dengan ejekan, Wanita Umno masih menyanjung ketuanya, Shahrizat yang terpalit dengan isu NFC kerana ketiadaan tokoh lain dalam sayap tersebut. Yang ada di PAU hanyalah kebimbangan PM terhadap sabotaj dalaman parti bilamana akan ada yang tidak bersetuju apabila mereka tidak dicalonkan. Kebimbangan PM menampakan bahawa isu cah keting sesama Umno bukan lagi cerita di sebalik tabir, tetapi ugutan secara terang-terangan. Di sebalik keyakinan PM bahawa BN boleh menguasai majoriti besar dalam pilihanraya umum, kenapa masih ada ugutan kepada rakyat dan serangan khusus kepada PR di PAU. Ternyata mereka sedar keadaan semasa adalah sebaliknya dan tindakan itu adalah sekadar reaksi panik kebimbangan terhadap perubahan yang bakal berlaku. PAS menggesa seluruh jentera parti meningkatkan gerakerja berfokus kepada sasaran dan mengemaskini seluruh jentera parti di semua peringkat. Medium terbaik ialah bertemu pengundi secara terus dan berhemah bagi menjelaskan segala kekeliruan yang sengaja ditimbulkan oleh media perdana. Kita perlu menembusi setiap rumah pengundi dengan maklumat yang jelas dan membina keyakinan mereka. Paluan gendang perang telah dibunyi. Jangan ada yang menghabiskan masa menimbulkan polemik dalaman. Jaga perangkap musuh dan elakkan diri daripada menjadi jurucakap bagi pihak musuh. | Najib perlu jawab 10 soalan ini! Posted: 03 Dec 2012 03:53 PM PST DETIK DAILY Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mendesak Perdana Menteri Najib Razak untuk menjawab segera 10 soalan penting sebelum PRU13 diadakan. Sebenarnya Najib Razak telah menjadi Perdana Menteri yang sarat dengan paling banyak skandal dalam sejarah Malaysia serta ada keperluan untuk beliau tampil ke depan dan bersihkan nama. AMK berpendapat kegagalan Perhimpunan Agung UMNO dalam mengemukakan sebarang pandangan dan halatuju negara dalam mencapai perubahan yang baik kepada rakyat. PM Najib Razak langsung tidak menyentuh tentang isu rasuah dan penyelewengan dalam UMNO, tetapi memilih untuk serang dan mengaibkan Pakatan Rakyat. Perbuatan Najib Razak bukan sekadar menunjukkan bahawa UMNO telah hilang keyakinan untuk menang dalam PRU13. Sekiranya beliau ada keikhlasan untuk mengakui kesalahan yang dibuat oleh UMNO/BN sejak dulu, maka 10 soalan yang dikemukakan oleh AMK perlu dijawab dengan serius agar rakyat dalam menilai dengan informasi yang mencukupi dan gambar yang sebenar. SOALAN 1: Sekiranya Najib Razak menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang paling demokratik di dunia, kenapa sampai hari ini masih enggan untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim? Bukankah berdebat adalah sebahagian penting dalam sistem demokrasi? SOALAN 2: Sebagai seorang pemimpin negara yang bertanggungjawab serta hormat pada kuasa rakyat, bagaimanakah Najib Razak menangani kekalahan yang bakal dihadapi oleh UMNO/BN dalam PRU13? Bagaimanakah beliau memastikan peralihan kuasa secara aman kepada Pakatan Rakyat? SOALAN 3: Jikalau Najib Razak ingin mengambil martabat wanita, kenapa memecah rekod Malaysia dengan menjadi lelaki pertama yang merangkap Menteri Wanita? Adakah UMNO/BN ketandusan pimpinan wanita yang berkebolehan dan kredible. SOALAN 4: Dalam konteks mencari kebenaran serta urus tadbir yang baik, kenapa kerajaan UMNO/BN menghalang peguam Perancis untuk masuk ke Malaysia untuk memberi taklimat tentang perkembangan terkini perbicaraan skandal pembelian kapal selam Scorpene? Kenapa memperalatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke atas Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang membawa kes skandal Scorpene tersebut ke Mahkamah di Perancis? SOALAN 5: Apakah pandangan Najib Razak terhadap skandal RM40 juta Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang merupakan komisen pembalakan serta sumbangan politik? Adakah kerajaan UMNO/BN akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk membuat siasatan ke atas kes rasuah dan konflik kepentingan? SOALAN 6: Kenapa Najib Razak masih mengambil sikap bisu ke atas pelbagai dakwaan serius yang dibuat oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan khasnya dalam projek Kementerian Pertahanan yang berjumlah RM100 juta pada tahun 2005 berkait rapat dengan keluarga Najib? Adakah kerajaan UMNO/BN cuba untuk melindungi kebenaran daripada diketahui oleh rakyat? SOALAN 7: Bekas Ketua Polis Musa Hassan telah menuduh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein Onn yang campur tangan dalam pentadbiran PDRM, bagaimanakah Najib Razak menangani isu profesionalisme dan kewibawaan polis yang dimanipulasi oleh parti UMNO/BN? SOALAN 8: Kenapa kerajaan UMNO/BN berdegil untuk membenarkan loji nadir bumi Lynas untuk beroperasi di Malaysia walaupun ditentang kuat oleh rakyat? Adakah menarik pelaburan asing lebih penting daripada kesihatan rakyat? Rakyat didahului yang diwar-warkan dalam slogan 1 Malaysia hanya slogan kosong yang tidak bermakna langsung? SOALAN 9: Kenapa penstrukturan semula subsidi sering kali dikenakan ke atas barang keperluan rakyat tetapi langsung tidak mengkaji semula perjanjian Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang jelas berat sebelah? Adakah Najib Razak lebih suka membuat public relation exercise tetapi enggan mengakui menangani masalah pokok kenaikan harga barang? SOALAN 10: Walaupun pembubaran Dewan Rakyat terletak pada tangan Perdana Menteri, adakah Najib Razak akan mencontohi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid yang telah mengumumkan bahawa Dewan Negeri Selangor akan dibubar pada bulan Mac 2013? Kenapa Najib Razak masih bersenang hati dengan rakyat sentiasa meneka tarikh PRU13? Kenapa tidak menetapkan tarikh dengan lebih awal? Oleh itu, AMK mendesak Najib Razak untuk menjawab kesemua 10 soalan tersebut dengan ikhlas. Jangan lari daripada permintaan rakyat serta menjalankan reformasi tulen termasuk perang rasuah serta melaksanakan urus tadbir yang telus dan baik sebelum PRU13 | JPJ, SPAD benar teksi dipandu warga asing? Posted: 03 Dec 2012 03:52 PM PST Oleh Sidiqin Omar KUALA LUMPUR: Perkhidmatan teksi di negara ini semakin bercelaru apabila turut diceburi oleh warga asing. Pelbagai masalah dibangkitkan dari segi disiplin pemandu, jenayah sehinggalah merampas peluang kerja warga tempatan. Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor, Azmizam Zaman Huri mempersoal Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis trafik yang seolah-olah menghalalkan bukan warganegara memandu teksi. "Syarat utama menjadi pemandu teksi di Malaysia adalah warganegara. Sebab itu kita persoalkan, mengapa kerajaan keluarkan permit kepada pengusaha tanpa had menyebabkan berlaku lambakan. "Kita bimbang teksi yang dikeluarkan atas nama syarikat ini disewa kepada warga asing yang kita tak tahu latar belakangnya," kata Azmizam yang baru dilantik sebagai Penaung Persatuan Tuan Punya & Pemandu Teksi Kereta Sewa Klang dan Pantai Selangor. Dalam pada itu, Azmizam memaklumkan, ada individu tertentu terutamanya bekas pegawai kerajaan mendapat permit teksi melalui syarikat proksi. "Pemberian sebegini tidak sihat untuk industri teksi. Menganggu periuk nasi pemandu teksi (sebenar) yang puluhan tahun mencari rezeki. Kemudian terpaksa bersaing dengan warga asing," tegasnya kepada Keadilan Daily. Terdahulu, Azmizam mengadakan pertemuan bersama pengerusi persatuan itu, Jahaya Aziz dan lain-lain anggota di Klang, Khamis lalu. | Perhimpunan Umno medan Najib serang PR, menakut-nakutkan rakyat Posted: 03 Dec 2012 03:49 PM PST Oleh Aedi Asri PETALING JAYA: Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir Sabtu lalu gagal menyentuh isu asas melibatkan kepentingan rakyat, sebaliknya menjadi medan serangan terhadap Pakatan Rakyat dan menakut-nakutkan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, serangan berbentuk penipuan dan penghinaan itu diketuai Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak. "Kami mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab beliau bahawa Malaysia akan hilang kedaulatannya dalam tiga tahun pertama Pakatan Rakyat memerintah," tegas Anwar pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini. Beliau berkata, ucapan pembukaan Najib dipenuhi serangan terhadap pemimpin Pakatan, terutama ke atasnya, dalam gaya bahasa yang tidak wajar dilafaz oleh seorang negarawan. "Apakah dasar baru yang dibentangkan (PAU) demi kemajuan negara? Mana idea untuk ekonomi dan keadilan sosial, kesihatan, perumahan dan pendidikan?" soalnya. Anwar berkata, isu 13 Mei yang dibangkitkan semula dalam PAU bertujuan menimbulkan permusuhan dan ketakutan di kalangan rakyat dan bersifat hasutan serta boleh dianggap sebagai jenayah. Teks ucapan dasar Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mendakwa insiden 13 Mei 1969 mungkin berulang jika Umno BN tidak lagi memerintah negara. "Kami mengerti bahawa Ketua Wanita Umno cuba hidupkan semula karier politik beliau ekoran skandal ratusan juta NFC (National Feedlot Corporation). Tetapi dengan gunakan hujah picisan sebegitu adalah tidak munasabah," tegas Anwar. Beliau menambah, perhimpunan itu menunjukkan betapa Umno dalam sindrom penafian sekaligus terputus dengan penderitaan rakyat di bawah. "Mereka tinggal di hotel lima bintang, hisap curut mahal dan (duduk) di 'lounge' yang cukup hebat. Apa yang dibicarakan bukan (kenaikan) harga barang, bukan kemiskinan (dan) bukan rasuah yang meningkat, tetapi bagaimana nak kekal berkuasa dan fitnah musuh. "Tengok barisan pimpinan yang hadir, (mereka) itu golongan mahakaya dalam negara, yang yakin mereka akan menang kerana (dirasakan) kelompok miskin kekal jadi kuli mereka," sambung Anwar. Hadir sama, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Penerangan, Dr Muhammad Nur Manuty. | Najib takut bantah campur tangan Mahathir – Anwar Posted: 03 Dec 2012 03:48 PM PST Oleh Aedi Asri PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak gagal menunjukkan keberanian sebagai pemimpin apabila hanya membiarkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan. "Orang di sekeliling Perdana Menteri mahupun beliau sendiri tidak suka dengan cara Mahathir campur tangan dalam (urusan) kerajaan, tetapi saya tidak fikir Najib berani bertegas. "Sebab itu Mahathir masih panggil pimpinan Umno dan beri arahan kepada mereka," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Najib tidak boleh bertindak tegas terhadap bekas Menteri Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil (ketika terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation), jadi saya tak boleh bayangkan beliau boleh bertegas dengan Mahathir," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini. Anwar berkata, beliau tahu tentang pertemuan Mahathir dengan pimpinan Umno peringkat negeri dan meminta mereka menangguhkan rancangan menjatuhkan Najib sehingga selesai Pilihan Raya Umum ke-13. "Ia disampaikan kepada hampir semua pimpinan Umno negeri. Sebab itu saya fikir Najib rasa kedudukan peribadinya dalam Umno tidak selamat," kata Anwar. Najib dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno memuji dasar Wawasan 2020 serta berterima kasih kepada Mahathir kerana 'sukarela' berkempen untuk Umno. Ketika melancarkan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Rakyat (PPP) semalam, Najib dilaporkan turut mengakui Mahathir masih memiliki pengaruh kuat dalam pentadbiran Umno BN. | Bukti Mahathir yang pimpin Umno, bukannya Najib Posted: 03 Dec 2012 03:45 PM PST
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak menyebut nama Tun Dr Mahathir Mohamad semasa perhimpunan agung Umno kerana beliau "tidak mempunyai pengaruh" untuk menguatkuasakan pandangannya sendiri, dakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata, bekas perdana menteri Dr Mahathir "masih memanggil pemimpin parti dan memberi mereka arahan". "Saya tidak fikir dia mempunyai keberanian untuk menangani keadaan, jadi dia akan perlu ambil hati (Dr Mahathir)," katanya. "Dia tidak mempunyai pengaruh untuk menguatkuasakan dasar atau pandangannya sendiri," katanya Anwar dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR hari ini. Najib, dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno Sabtu lepas, mengisytiharkan bahawa Dr Mahathir bersedia menyokong calon pilihan raya pilihannya walaupun jika dia (Mahathir) tidak sukakan mereka. Najib juga memberitahu perwakilan bahawa Dr Mahathir secara sukarela bertemu dengan pemimpin akar umbi Umno untuk meraih sokongan untuk parti itu menjelang pilihan raya umum akan datang, walaupun tanpa diminta untuk berbuat demikian. Anwar menambah: "Kita tahu hakikatnya bahawa Dr Mahathir "(Beliau telah) merayu sokongan mereka dan malah memberi mereka cadangan - jika mereka tidak puas hati ... menang pilihan raya dahulu dan jatuhkan pemimpin selepas pilihan raya." Beliau mendakwa hampir semua pemimpin Umno negeri telah dimaklumkan mengenainya dan ketua pembangkang itu mengkritik Najib kerana didakwanya tidak mampu bertindak tegas. "Najib telah memaparkan keberanian yang sangat sedikit sebagai seorang pemimpin. Dia tidak mampu menangani (dengan tegas) terhadap (ketua Wanita Umno Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil, yang keluarganya terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation), jadi saya tidak boleh bayangkan bagaimana dia mampu berurusan dengan Dr Mahathir," katanya | Ada agen Umno berucap dalam Muktamar PAS? Posted: 03 Dec 2012 03:40 PM PST Sepertimana yang diketahui umum, muktamar PAS ke-58 telah selamat berjalan dengan lancarnya dari 16 hingga 18 November di PUTIK Kelantan. Tulisan ini bercadang untuk mengemukakan pandangan saya mengenai apa yang telah berlaku di Muktamar tersebut. Saya akan menulis mengenainya dalam dua bahagian. Bahagian pertama pada pagi Jumaat ini akan membincangkan persoalan 'apa yang ingin dicapai oleh pimpinan melalui muktamar ini' dan 'apa yang sebenarnya telah tercapai' mengikut padangan saya. Dalam Bahagian kedua pula saya akan mengupas beberapa isu yang timbul yang sedikit sebanyak menunjukkan adanya kekeliruan di kalangan ahli berhubung isu tersebut. Muktamar PAS tahun ini amat dinanti-nantikan kerana ianya merupakan Muktamar terakhir sebelum berlakunya PRU ke 13. Ramai yang berharap ianya akan menzahirkan kepada semua ahli PAS satu hala tuju dan cogan-kata khusus bagi memenangkan calon PAS di kawasan-kawasan yang ditandingi mereka. Dan sememangnya inilah yang telah diusahakan oleh pimpinan parti. Ucapan Dasar yang disampaikan Dato Seri Presiden telah mengemukakan sebuah tema yang amat sesuai dengan keperluan PRU ke 13. Temanya 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan'. Ia merupakan tema yang mampu menonjolkan PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang mementingkan keperluan rakyat keseluruhannya, Muslim dan non-Muslim yang mana kepimpinan yang bersifat berkebajikan mampu menyatu padukan rakyat. Usaha penyatuan rakyat oleh UMNO/BN selepas 55 tahun memerintah sejak Merdeka telah menemui kebuntuan. Rakyat terabai dan pemimpin bertambah kaya-raya. Isu kaum digunakan untuk memaksakan perpaduan atas dasar takut terhadap satu sama lain. Oleh itu tema yang dibawa Dato Seri Presiden PAS amat sangat releven dan dinanti-nantikan rakyat. Di ambang pilihan raya, PAS perlu dilihat sebagai sebuah parti yang membawa mesej yang menyeluruh yang releven untuk semua di Negara ini. Ianya konsisten dengan usaha PAS untuk membina imej serta reputasinya sebagai parti yang bakal menggantikan UMNO dalam memegang kepimpinan masyarakat Melayu khususnya di atas prinsip keadilan dan berkebajikan untuk segenap lapisan masyarakat seperti yang diajurkan oleh Islam. Pada masa yang sama kommitmen PAS untuk terus bersama dengan PR dalam membentuk kerajaan baru perlu ditegaskan. Ini akan memberi kestabilan kepada usaha membawa perubahan. Apa-apa tanda bahawa PR tidak stabil dan boleh berpecah akan memadamkan keberanian rakyat, khususnya di atas pagar, untuk mengusahakan perubahan. Dari sudut Ucapan Dasar yang telah dibentangkan, ianya amat sangat memenuhi keperluan semasa seperti yang disebutkan di atas. Kedua-dua aspek yang disebutkan di atas diberikan penekanan oleh DS Presiden dengan baiknya. Malangnya, perbahasan ucapan dasar tidak memberi tumpuan yang sewajarnya kepada isi kandungan ucapan dasar tersebut, kecuali oleh beberapa perwakilan. SIFAT MUKTAMAR Sebelum dinyatakan apa yang telah tercapai, mengikut pandangan saya, adalah amat perlu bagi semua yang membaca tulisan ini untuk memahami sifat Muktamar PAS. Muktamar PAS merupakan muktamar yang terbuka dalam erti-kata ianya tidak di'stage-manage' dan setiap perwakilan yang berucap tidak dimaklumkan terlebih dahulu apa yang boleh dan tidak boleh disebut. Malahan pilihan wakil untuk berucap juga secara umumnya diserahkan kepada perwakilan setiap negeri tanpa diganggu oleh pimpinan Pusat. Oleh itu, muktamar biasanya menjadi tempat di mana ahli menegur dan menyuarakan perkara yang mereka tidak puas hati, kerisauan mereka terhadap arah tuju pimpinan serta memberi nasihat dan teguran kepada pimpinan-pimpinan tertentu. Ruang perbahasan ucapan dasar sering dimanfaatkan untuk membuat teguran-teguran seperti ini dan oleh itu, kadang-kala mesej ucapan dasar itu sendiri tenggelam di bawah isu-isu sampingan yang dibawa. Ini sering menjadi masalah di muktamar tetapi ianya dibenarkan atas kesedaran ianya peluang yang disediakan untuk ahli-ahli meluahkan perasaan dan memberi pendapat secara berdepan dengan pimpinan. Ini dirumitkan lagi apabila kadang-kadang yang diberikan tanggung-jawab untuk membahas merupakan seorang yang petah berucap tetapi baru dalam perjuangan dan tidak terdedah kecuali kepada suasana di kawasan dan Negerinya sendiri. Oleh yang demikian maka timbullah bermacam-macam perkara yang tidak sama-sekali disentuh dalam ucapan dasar. Termasuklah persoalan 'Lidah panjang', 'tangan panjang', 'pacak pasar malam', 'meminta menjadi calon', 'wala' pada pimpinan PAS' dan lain-lain. Selain itu, isu yang disebut oleh beberapa pembahas dan ditonjolkan pula oleh akhbar arus perdana selepas itu, adalah isu perlaksanaan hudud dan jawatan Perdana Menteri yang perlu diserahkan kepada Dato Seri Presiden. Kedua-dua isu ini tidak sama sekali disentuh oleh DS Presiden dalam ucapannya. Dalam pada itu, sedikit sebanyak, teras ucapan dasar telah berjaya ditenggelamkan secara tidak sengaja oleh pembahas ucapan dasar dengan isu-isu dibawa mereka yang dianggap penting. YANG TERCAPAI SECARA TIDAK LANGSUNG Dengan apa yang berlaku, secara tidak langsung media arus perdana mengambil kesempatan untuk menonjolkan isu seperti perlaksanaan hudud, DS Presiden sebagai calon Perdana Menteri dan doa KO BN yang dibacakan di Stadium Kota Bharu semasa program salot hajat anjuran NGO Royalti. Mesej PAS sebagai parti yang bercita-cita dan mempunyai kemampuan untuk menyatu-padukan rakyat berbilang bangsa dan agama melalui sifat berkebajikan Islam langsung ditenggelamkan media. Begitu juga penegasan DS Presiden berhubung kommitmen PAS untuk bersama PR dalam menghadapi PRU yang akan datang. Kerjasama dengan PR digambarkan sebagai sesuatu yang tidak disokong ahli oleh kerana hudud dan DS TGHH sebagai PM ditolak oleh PR! MENGAPA INI BERLAKU? Sudah pasti orang bertanya, mengapa ini berlaku? Bagi yang tidak faham sifat muktamar PAS sepertimana yang telah saya jelaskan tadi, maka bermacam-macam andaian boleh dibuat:
3. Jarak Pemikiran Pemimpin dan Perwakilan Tidak kurang juga yang menyatakan pemimpin semuanya OK tetapi tahap pemikiran perwakilan masih di tahap yang lama. Ini adalah kerana sambil pemimpin berusaha menengahkan agenda yang boleh menambat hati rakyat menjelang PRU dan mengukuhkan PR, perwakilan terus dengan agenda PAS semata-mata tanpa mengambil-kira agenda PR sama sekali! ANALISIS SAYA Bagi saya, semua andaian (1) - (3) seperti di atas adalah tidak tepat. Pembahas semua merupakan ahli yang diyakini kesetiaan mereka terhadap PAS. InsyaAllah, mereka bukan SB atau ahli UMNO yang menyeludup ke dalam PAS. Begitu juga, tidak mungkin masih ada ahli PAS yang percaya kepada media arus perdana serta tidak thiqah (yakin) pada pimpinan. Tidak mungkin masih ada yang begitu lembab sehingga menganggap Hassan Ali dan Nasha sebagai pemimpin yang 'ikhlas'. Semua ahli PAS sudah pasti menyedari kommitmen PAS kepada persoalan perundangan Islam termasuk perlaksanaan hudud dan keyakinan ahli terhadap kepimpinan TGHH. Dalam soal tahap kefahaman perwakilan, isu-isu yang ditonjolkan bukan bertujuan menolak PR. Ianya hanya sekadar untuk menjawab tohmahan BN! Bagi saya, ianya adalah usaha ahli-ahli untuk menegaskan dan membuktikan bahawa PAS tetap atas landasannya dan tidak mudah terbawa-bawa mengikut kehendak pihak lain. Ianya merupakan tindakan ahli yang ditujukan kepada pimpinan tertinggi PAS tetapi untuk ditontoni rakyat jelata. Semua pimpinan PAS faham bahawa Muktamar adalah terbuka untuk semua melihatnya, maka kesempatan ini digunakan untuk menzahirkan bahawa PAS tetap atas perjuangan dan dasarnya dan tidak menyimpang seperti yang dituduh pihak lawan. Penegasan mengenai hudud dan TGHH sebagai pilihan ahli PAS untuk jawatan PM membuktikan secara praktikal bahawa PAS tidak menggadai dasarnya dan tidak mengutamakan pihak lain dalam perjuangannya. Ia adalah pendirian ahli dan pimpinan PAS dan TIDAK merupakan penolakan terhadap keputusan yang akan dibuat bersama dalam PR. Sudah pasti penerimaan kepimpinan TGHH bererti menerima juga keputusan beliau untuk bersama PR dan segala keputusan yang terhasil dari itu. RESPON DARI DS PRESIDEN PAS Setelah mendengar penghujjahan pembahas, DS Presiden telah memberi respons seperti berikut: Dalam soal jawatan PM, DS Presiden telah bergurau dengan berkata "teringin juga" tetapi terus diikuti dengan menyatakan ianya tidak penting baginya. Kalau tercapai kemenangan Islam, kata beliau lagi, "Allah matikan saya pun tidak mengapa". Ini bermakna jawatan itu tidak penting dan bukan itu yang beliau perjuangkan. Ini diikuti pula dengan DS Presiden menyebut kisah Nabi Yusuf (AS) di mana Nabi Yusuf telah menjadi menteri di dalam kerajaan yang diketuai orang lain. Kedudukan sebegitu tidak menjadi masalah. Saya mentafsirkan maksud DS Presiden sebagai menyatakan yang penting ialah matlamat kita tercapai walaupun tidak menjawat jawatan PM. Ini penting untuk difahami semua ahli. PAS ingin Islam dilihat sebagai agama yang mewajibkan penentangan terhadap kezaliman dan penyelewengan. Jawatan tidak penting. Yang penting PAS diterima rakyat sebagai rakan yang boleh dipercayai dan tidak akan khianat semata-mata oleh kerana jawatan. Tidak mustahil PAS akan ditawarkan jawatan PM oleh UMNO/BN sekiranya mereka kalah dalam PRU ke 13. Kalau PAS terima tawaran sebegini dan dengan itu membentuk sebuah kerajaan bersama UMNO/BN pada ketika itu, maka PAS akan dilihat sebagai pengkhianat dan mencemarkan imej perjuangan Islam. Pada masa yang sama, UMNO akan berusaha keras untuk menentukan PAS akan terus tersingkir dalam masa beberapa tahun dan pada ketika itu, apabila ianya tercapai oleh UMNO, maka PAS akan keseorangan. Inilah sebabnya perlukan fatanah (kebijaksanaan) dalam berpolitik, bukan sekadar mengetahui hukum. Sesuatu itu mungkin harus pada dasarnya, tetapi menjadi haram apabila mendatangkan mudarat yang besar. Dalam soal perlaksanaan hudud pula, DS Presiden menjawab dengan menyebut "Islam tidak diturunkan kesemuanya secara sekali gus". Pada masa yang sama disebut juga kisah Umar Abdul Aziz dan perbincangannya dengan anaknya. Anaknya menuntut supaya dikuat-kuasakan perundangan Islam secara segera tetapi Umar Abdul Aziz menasihati anaknya supaya jangan gopoh dan menjelaskan bagaimana pengharaman arak dalam Al-Quran pun berlaku melalui 3 kali wahyu. Maka ianya perlu dilakukan secara berperingkat mengambil kira suasana dan keadaan di dalam masyarakat. Kedua-dua jawapan dari DS Presiden cukup jelas dan memuaskan hati semua pihak. PR dan sokongan rakyat tidak terjejas. PAS akan terus menghadapi PRU ke 13 bersama PR dengan penuh yakin di atas landasan yang benar insyaAllah. Saya akan menjawab isu-isu yang dibangkitkan, seperti persoalan 'lidah dan tangan panjang', secara khusus dalam Bahagian Kedua artikel ini insyaAllah. | Bapa rayu MPM segerakan semakan keputusan UPSR Posted: 03 Dec 2012 03:33 PM PST Seorang bapa dari Taman Cahaya, Jitra merayu kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) agar menyegerakan semakan keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anaknya sebelum 10 Disember ini agar berpeluang melanjutkan ke sekolah berasrama penuh tahun hadapan. Ulon Azmi Harun, 62, berkata jika keputusan semakan UPSR itu lambat dikeluarkan menyebabkan peluang anaknya Annamirah, 12, dari Sekolah Kebangsaan Ahmad Tajuddin, Jitra tidak berpeluang memasuki sekolah asrama penuh. Katanya keputusan percubaan UPSR anak tunggalnya itu cemerlang iaitu 5A dan apabila keputusan sebenar hanya mendapat 4A 1B. Dia kemudiannya dinasihatkan oleh guru-guru supaya menghantar permohonan kepada MPM untuk melakukan semakan segera jika terdapat kesilapan mengenai keputusan tersebut. "Kalau MPM lambat hantar keputusan susahlah. Tak ada guna buat rayuan jika keputusan tersebut lambat diketahui sebab permohonan untuk masuk ke sekolah asrama penuh akan tamat 10 Disember ini," katanya kepada Bernama hari ini. | Wacana Sinar Harian Khamis ini kupas topik 'politik samseng' Posted: 03 Dec 2012 03:26 PM PST SHAH ALAM – Sinar Harian menganjurkan siri wacana segar untuk kali ke-16 dengan mengetengahkan topik "Politik Samseng Di Mana Maruah Kita" di sini, Khamis ini. Para panelis akan mengupas suasana politik tanah air yang semakin membahang ketika banyak pihak menjangkakan jika tidak dikawal dengan baik Pilihan Raya Umum ke-13 boleh mencetuskan huru-hara. Untuk mengulas isu ini dengan lebih terperinci, Sinar Harian menampilkan Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan dan Penasihat Undang-undang Pas, Hanipa Maidin. Wacana kali ini menampilkan moderator yang tidak asing lagi, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya. Seperti lazimnya, wacana ini akan berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 di sini mulai jam 2.30 petang. Orang ramai yang berminat untuk sama-sama menyertai wacana ini boleh menghubungi Laila menerusi 019-3310211, Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066) untuk keterangan lanjut. Ikuti makluman semasa di www.sinarharian.com.my. | Pas syor PR umum nama bakal PM selepas penamaan calon Posted: 03 Dec 2012 03:22 PM PST SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mencadangkan agar Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan nama bakal Perdana Menteri daripada kalangan mereka selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Waktu paling sesuai diumumkan secara rasmi siapa bakal Perdana Menteri ialah selepas penamaan calon, supaya rakyat ada clear choice selepas itu," kata beliau dipetik Harakahdaily. Cadangannya itu bagaimanapun kata beliau, terletak pada budi bicara pimpinan tertinggi PR. Jelasnya, cadangan itu akan memberi semangat kepada penyokong PR untuk bekerja memenangkan calon masing-masing dalam pilihan raya umum nanti. "Kerana untuk jadi Perdana Menteri mesti bertanding dalam PRU13 dan mesti menang. Jadi selepas penamaan calon kita sudah ada nama bakal perdana menteri," katanya. Namun katanya, soal siapa jadi Perdana Menteri bagi PR nanti akan ditentukan oleh pimpinan tertinggi apabila sampai masanya. "Walaupun pada waktu ini secara rasmi belum diputuskan siapa, saya lihat ia tidak ada masalah sebab tidak ada perebutan di dalam Pakatan Rakyat," katanya. Perkara itu muncul kontroversi ekoran pandangan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajar menjadi Perdana Menteri jika PR membentuk kerajaan pusat pada PRU13. Cadangan itu dikemukakan pada Muktamar Tahunan Pas di Kelantan bulan lalu. | Anwar: Pakatan bukan dibelakang Deepak dan Musa Posted: 03 Dec 2012 02:58 AM PST Oleh Clara Chooi Ketua pembangkang itu mengatkan hanya secara kebetulan kedua-dua pendedahan tersebut berlaku semasa Pehimpunan Agung Umno ke 66 minggu lalu dan ianya tidak ada kena mengena dengan dirinya, PKR atau PR. "Pertuduhan tersebut adalah mengarut. Lihat fakta isu tersebut. Tan Sri Musa... adakah saya pernah berjumpa dia? Tidak. "Ya saya ada bertemu beliau di mahkamah, sudah tentu, apabila beliau menarik saman terhadap saya. Saya bertemu beliau ketika itu. Itu saja," kata Anwar dalam sidang akhbar disini. Beliau menambah setakat ini Musa masih belum menyatakan minat untuk menyertai PKR, ataupun politik. Semasa kemuncak perhimpunan agung Umno minggu lalu, Musa mengadakan sidang akhbar dimana beliau menuduh pemimpin kerajaan campurtangan dengan siasatan polis, beliau turut menamakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam pertuduhannya. Dalam kes Deepak, penguasaha karpet itu menggemparkan negara semasa perhimpunan Umnp sedang berlangsung apabila beliau menuduh seorang pemimpin Wanita Umno Senator Datuk Raja Roopiah Abdullah menipu beliau dalam urusan pembelian tanah. Saman ahli perniagaan itu terhadap Raja Roopiah bermula pada Khamis, hari pertama perhimpunan Umno. Anwar menegaskan, beliau tidak berpengaruh untuk menentukan tarikh mahkmah, sambil menambah ini membuktikan beliau tidak campurtangan dalam isu Deepak. "Apa kena mengena dengan kami? Maksud saya, dia mahu mempertahankan dirinya, membawa bukti untuk menyokong kesnya, apa kena mengena dengan saya?" tanya beliau. Tetapi, Anwar berkata kedua-dua tuduhan cukup serius dan memerlukan jawapan daripada pemimpin yang berkenaan dalam kerajaan. Beliau menegaskan bahawa dalam kes Deepak, terdapat dokumen-dokumen dan bukti cukup yang memerlukan penjelasan. "Mereka tidak boleh hanya menolak ini. Jangan peduli tentang masa ... anda mungkin memilih untuk tidak bertindak balas semasa perhimpunan agung. Ini semua isu-isu kepentingan awam," katanya. Apabila diminta untuk bertindak balas kepada dakwaan Musa semasa perhimpunan, Hishammuddin enggan menjawab dan hanya mengatakan kesemua ini adalah percubaan untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari perhimpunan Umno. | Anwar tak takut hadapi Umno, dakwa parti tersebut terpisah dengan pengundi Posted: 03 Dec 2012 02:55 AM PST Oleh Clara Chooi "Ini yang mereka bincang dengan rakan-rakan mereka," kata beliau dalam satu sidang akhbar hari ini bagi menjawab isu yang dibangkitkan pada Perhimpunan Agung Umno Ke-66 yang baru berakhir. "Hal ini jelas terpisah antara kaya, pemimpin jutawan Umno dan rakyat di bawah." Ketua pembangkang tersebut juga berkata beliau tidak sedikit pun bimbang dengan ramalan pilihan raya parti pemerintah tersebut selepas memerhati secara dekat perhimpunan empat hari tersebut dan sebaliknya menyamakannya sebagai perlakuan "keangkuhan menyimpang" oleh kepimpinan parti utama Barisan Nasional itu. Beliau mendakwa perwakilan Umno lebih banyak menyerang Pakatan Rakyat (PR) daripada membangkitkan isu utama yang dihadapi oleh rakyat seperti kesusahan ekonomi, penggangguran, rasuah dan kemiskinan. Tema pada perhimpunan itu adalah "kuasa", kata Anwar yang juga mendapati pemimpin parti tersebut kemaruk bertukar pandangan cara untuk kekal "berkuasa" dengan apa cara sekalipun. "Jadi, saya sedikit pun tidak risau. "Mereka lihat PR dan saya sebagai ancaman utama. "Mereka dalam ketakutan melihat naga gergasi yang sedang terbaring menanti untuk musnahkan mereka," kata bekas pemimpin tertinggi Umno itu lagi. | SPR: Pengundi luar negara tetap dibenarkan walaupun Dewan Rakyat sudah tamat bersidang Posted: 03 Dec 2012 02:50 AM PST Oleh Nomy Nozwir KUALA LUMPUR — Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara akan dibenarkan mengundi melalui pos, dan akan dikuatkuasakan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang, walaupun Dewan Rakyat sudah tamat bersidang pada 29 November 2012 lalu, kata setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Mohammed Baria."Walaupun Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat telah tamat bersidang pada 29 November 2012 dan peraturan itu tidak sempat dibentangkan, ini tidak bermakna peraturan itu tidak boleh dikuatkuasakan bagi dilaksanakan dalam PRU Ke-13 nanti. "SPR akan memastikan tarikh kuat kuasa Peraturan itu ditetapkan pada tarikh yang akan membolehkan Peraturan itu diguna pakai pada PRU Ke-13. "Dengan berkuatkuasanya Peraturan itu nanti, warganegara Malaysia ini akan layak untuk mengundi melalui pos jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR," kata Kamaruddin dalam kenyataan media hari ini. Kamaruddin berkata, Pembentangan Peraturan itu di dalam Dewan Rakyat menurut seksyen 17 Akta Pilihan Raya 1958 adalah kehendak undang-undang setelah urusan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong, penetapan tarikh kuat kuasa dan pewartaan Peraturan itu dapat diselesaikan. "Setelah perkara itu disiapkan, barulah SPR boleh memuktamadkan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003. "Setelah peraturan itu dimuktamadkan, SPR akan menetapkan tarikh kuat kuasanya dan Peraturan itu akan dikemukakan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong dan peraturan itu akan diwartakan dan barulah dibentangkan di dalam Dewan Rakyat," kata Kamaruddin Kamaruddin berkata, SPR sedang memuktamadkan penetapan dasar, perancangan logistik, tenaga kerja dan urusan peruntukan kewangan bagi membolehkan kemudahan ini dilaksanakan dengan berkesan. Sebelum ini peraturan pilihan raya mengatakan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 pula menetapkan bahawa mana-mana warganegara yang telah mendaftar sebagai pemilih berhak untuk mengundi secara pos jika mereka tergolong di dalam salah satu daripada kategori pengundi tidak hadir seperti anggota ATM sama ada suami atau isteri, pegawai kerajaan yang berkhidmat di luar negara, pelajar-pelajar luar negara, pasukan polis dan anggota SPR yang dilantik mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Pilihan raya ke-13 akan dilangsungkan selewat-lewatnya April tahun hadapan selepas mandat kerajaan sekarang tamat. | Laporan Polis Dibuat Terhadap Shahrizat Posted: 03 Dec 2012 02:43 AM PST KELAB GREENBOC Sebuah NGO kaum India yang merasa terancam dengan kenyataan Ketua Wanita Wanita Umno Shahrizat Abdul Jail berhubung dengan tragedi 13 Mei telah membuat satu laporan polis terhadap bekas menteri berkenaan. "Kenyataan Shahrizat itu jelas bermaksud untuk menakutkan kaum bukan Melayu. Apa yang beliu ingin nyatakan jika kaum bukan Melayu mengundi pembangkang akan menyebabkan UMNO hilang kuasa, dan rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969 akan akan berlaku," tegas Ketua Tamilar Action Force (TAF) A Vethaamoorthy, lapor Freemalaysiatoday. Mengetuai kumpulan orang ahli, beliau membuat satu laporan polis di Balai Polis Sentul kelmarin, beliau berkata Shahrizat sepatutnya didakwa kerana menakutkan orang awam dan cuba mencetuskan perbalahan antara kaum. Shahrizat membangkitkan insiden 13 Mei di dalam ucapannya di perhimpunan Wanita Umno pada Rabu minggu lalu. Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam ucapan dasarnya, memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang. "Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang. "Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang. "Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. "Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu," kata ketua wanita Umno itu dalam ucapan dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Shahrizat meminta delegasi Wanita Umno mencari jalan untuk mengatasi sebelum apa yang beliau katakan itu berlaku. "Dengan membuat kenyataan sedemikian rupa, ia menunjukkan betapa terdesaknya UMNI kini," kata Vethaamoorthy. Beliau menekankan tragedi 13 Mei sudah menjadi sejarah,dan pemimpin negara ini sepatutnya menyedari bahawa rakyat berhak memilih sesiapa yang mereka mahu di dalam pilihanraya. "Ia lansung tidak membantu dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian ," tambahnya. Beberapa orang ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk M Kulasegaran dan Khalid Samad juga telah mengkritik Shahrizat, mememanggilnya sebagat "amat memalukan" dan menegaskan bahawa rakyat Malaysia kini lebih bersatu dari tahun 1969. | Selangor Sasar 2,500 Keluarga Dapat Bantuan Tadika Tahun Depan Posted: 03 Dec 2012 02:39 AM PST PETALING JAYA : Kerajaan Negeri mensasarkan penyertaan 2,500 keluarga dalam Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) pada tahun depan di seluruh negeri dengan peruntukan dana RM 3 juta. Setakat ini, skim tersebut mendapat sambutan yang menggalakan dengan penyertaan 1,500 keluarga dalam lima bulan sejak ia dilancarkan Julai lalu kata Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali. "Tunas adalah langkah bagi membantu ibu bapa (berpendapatan rendah) dengan setiap keluarga mendapat bantuan RM 50 sebulan menerusi pusat asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor," Dr Halimah berkata. Skim tersebut telah membantu ibubapa seperti Rashidi Hashim, 34, seorang operator pengeluaran dari Taman Medan "Saya gembira dengan langkah ini yang membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri dan rakyat mendapat kebaikan dari program dijalankan serta pembelaan dari segi kewangan," katanya. Beliau ditemui di Mini Karnival Jelajah Jejak Tunas Selangor 2012/2013 di Dataran Anak Muda PJS1/25, Taman Medan di sini hari ini yang dirasmikan Dr Halimah. Skim di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) ini terbuka kepada setiap keluarga yang berpendapatan isi rumah di bawah RM 1,500 sebulan. "Dalam keadaan sekarang memang diakui Kementerian Pelajaran bahawa ramai kalangan ibu bapa di negara ini yang tidak menghantar anak mereka ke pusat asuhan kanak-kanak," Dr Halimah berkata. "Kajian dari seluruh dunia mendapati pendidikan bagi anak-anak di bawah enam tahun adalah kritikal," Dr Halimah di dalam ucapannya. Turut hadir, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim dan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) merangkap Adun Taman Medan, Haniza Talha. | SPR: Petugas media boleh mengundi melalui pos Posted: 03 Dec 2012 02:37 AM PST Semua petugas media yang diperakukan oleh majikan sebagai petugas yang dikehendaki bertugas di luar kawasan pendaftarannya pada hari mengundi untuk membuat liputan pilihan raya dan perkara-perkara berkaitan dengannya, layak untuk mendapat kemudahan mengundi secara pos dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) akan datang. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata kemudahan mengundi secara pos adalah berdasarkan permohonan yang diterima daripada mereka kepada pegawai pengurusan bahagian pilihan raya di mana mereka didaftarkan. Wartawan dan jurufoto ialah antara 112 kategori petugas yang disenaraikan layak mendapat kemudahan itu. Kategori lain antaranya pereka grafik, jurutera siaran luar, pengurus teknikal, juruteknik, juruelektrik, penerbit, pembantu skrip, pemandu dan pekerja am. Kamaruddin berkata demikian pada sesi penerangan kepada media berhubung kemudahan itu di ibupejabat SPR di Putrajaya hari ini. Beliau bagaimanapun berkata tidak semua petugas media diberikan kemudahan tersebut, misalnya wartawan yang membuat liputan lain selain berkaitan pilihan raya di luar kawasan pendaftarannya tidak layak mendapat kemudahan itu. "Hanya media yang memenuhi syarat-syarat tertentu layak diberikan kemudahan mengundi secara pos," katanya yang menambah, mereka juga mestilah berkhidmat dengan agensi-agensi yang berdaftar dalam Direktori Media Awam 2012 yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia. Katanya tarikh akhir untuk menghantar Borang 1A tersebut ialah pada hari ketiga selepas hari penamaan Calon. Kata beliau Borang 1A yang telah lengkap diisi boleh dihantar kepada Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya yang berkenaan melalui faks, pos atau menyerahkannya sendiri. Beliau berkata para petugas media yang mengundi secara pos akan menerima sampul keutamaan yang di dalamnya antara lain mengandungi kertas undi untuk calon kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri masing-masing. Sampul-sampul keutamaan itu akan dihantar kepada pengundi melalui surat berdaftar dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad dan juga boleh dikembalikan melalui pos tanpa setem. Kemudahan itu diberikan selepas SPR bersetuju dengan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang diluluskan tanpa dibahaskan di Dewan Rakyat April lepas.- Bernama | Hadi: AGM bukti Umno kehabisan modal Posted: 03 Dec 2012 02:32 AM PST KOTA BHARU - Pas menyifatkan Umno sudah kehabisan modal apabila hampir keseluruhan ucapan dasar dan penangguhan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan agung parti itu minggu lalu menghentam pemimpin Pakatan Rakyat (PR). Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jika diperhatikan hampir keseluruhan ucapan pada Perhimpunan Agung Umno kali ini memperlekehkan orang lain. "Inilah yang kita saksikan setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno. Sudah tidak ada modal lagi," katanya selepas menyampaikan ceramah pada Kongres Dunia Islam di Balai Islam di sini, malam tadi. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub dan anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri. Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir Sabtu lalu menyaksikan presiden dan pimpinan parti itu menghentam pemimpin pembangkang. Najib dalam ucapan penangguhan yang dianggap sebagai ikrar Umno mendakwa, satu undi kepada PKR akan membawa kepada kerosakan akidah dan umat, undi Pas untuk perpecahan, manakala undi DAP membawa kepada penindasan. Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut memuji pendekatan Umno membaca doa pada perhimpunan parti itu baru-baru ini. "Umno pun nampaknya sudah pandai membaca doa pada perhimpunan parti mereka, kalau sebelum ini mereka memperlekehkan doa dibaca pemimpin Pas, namun sekarang mereka sendiri turut berdoa," katanya. Sementara itu, Abdul Hadi ketika berucap mengingatkan agar Islam perlu kembali untuk memimpin dunia selepas pelbagai ideologi lain gagal menangani kehidupan manusia. "Hanya Islam sahaja yang menerangkan segala aspek dalam kehidupan umat manusia. "Sekarang anak-anak yang pernah mendapat didikan daripada barat pun bangkit mempertahankan Islam. Islam tetap bangkit biarpun cuba dihalang. Kita runtuhkan jahiliah untuk tukar kepada kerajaan yang adil. "Umno nampak seperti mahu kekal sehingga kiamat," katanya. Kongres Dunia Islam 2012 yang sedang berlangsung dari 1 hingga 5 Disember di Hotel Grand Riverview itu melibatkan pembentangan 70 kertas kerja dari dalam dan luar negara. | AGM Umno: Anwar persoal kaliber Najib Posted: 03 Dec 2012 02:31 AM PST [DIKEMAS KINI] PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno, tidak mempunyai kaliber sebagai seorang pemimpin kerana menggunakan bahasa "tidak wajar" ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno, yang berakhir kelmarin, untuk menghentam pembangkang. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam ucapan pembukaan Perhimpunan Agung Umno minggu lalu Najib telah menggunakan bahasa yang tidak wajar dalam usaha membuat serangan terhadap pemimpin-peminpin PR. Sehubungan itu, dalam komen pertama Anwar yang juga Ketua Umum PKR menegeaskan Najib tidak mempunyai kaliber kerana gagal menggunakan bahasa yang sesuai semasa berucap di khalayak - depan perwakilan di Dewan Merdeka, di mana ucapannya juga disiarkan secara langsung. Anwar juga menimbulkan persoalan sama ada parti pimpinan Najib harus dipertahankan oleh rakyat pada PRU13. "Adakah wajar bagi rakyat untuk terus mempertahankan pemimpin yang tidak mempunyai kaliber seperti itu? "Ucapan pembukaan Najib dipenuhi dengan serangan terhadap pemimpin PR terutamanya saya di dalam bahasa yang tidak wajar digunakan," katanya kepada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini di sini. Dalam ucapannya, Najib mengibaratkan Anwar sebagai Si Kitul moden dan menghina intelek rakyat Malaysia kerana tanpa rasa malu mengadu kepada negara luar untuk menjadi pemerhati pilihan raya di negara ini. "Waima, sudah 12 kali pilihan raya umum dijalankan di negara ini. "Dah lebih separuh abad pun kita merdeka... tahulah kita selok belok negara sendiri. Persoalannya, selepas mereka menang di lima negeri pada pilihan raya lalu tiada pula rumah siap pahat berbunyi," sindir Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasiona (BN). Dalam pada itu, Anwar yang juga Ketua Umum Pembangkang berkata, jika Najib mempunyai alasan yang kukuh untuk menyaingi PR, beliau perlu menyahut cabarannya untuk bersemuka dan berbahas. Katanya, melalui kaedah itu rakyat boleh menilai pihak yang benar atau pun tidak. "Janganlah berselindung disebalik propaganda murahan kamu (Najib) dan jadilah anak jantan sebenar sebagai Perdana Menteri dan turun untuk berdebat dengan saya di dalam gelanggang," katanya. | Saham Felda jatuh bukan salah PR Posted: 03 Dec 2012 02:26 AM PST JENGKA - Kerajaan dikatakan cuba menutup kesilapan melakukan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) dengan mengatakan fitnah pembangkang sebagaipunca kejatuhan saham itu. Ketua Pemuda Pas Pahang, Shahril Azman Abdul Halim berkata, Pakatan Rakyat (PR) daripada awal lagi membantah penyenaraian FGVH dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), malah turut menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Sekuriti tentang risiko penyenaraian terbabit namun tidak diendahkan kerajaan. "Kita sudah mengingatkan kerajaan tentang perkara ini, malah pakar ekonomi juga memaklumkan keadaan ekonomi sekarang tidak sesuai untuk melakukan penyenaraian atau bermain saham," katanya. Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan dikeluarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkaitan perkara itu. Tambahnya, bukan setakat saham FGVH mengalami kejatuhan, malah saham lain seperti Facebook juga menerima nasib sama. "Adakah kejatuhan saham Facebook juga disebabkan oleh pembangkang?," katanya. Katanya, kejatuhan saham FGVH membuka peluang kepada PR menguasai undi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti. "Penyenaraian memberi ruang kepada satu-satunya pegangan milik Melayu ini jatuh ke tangan bukan bumiputera atau bangsa asing," katanya. Dalam perkembangan sama, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang, Suhaimi Said berkata, tuduhan yang dibuat sekali gus menunjukkan kelemahan kerajaan. "Apabila pembangkang dikatakan sebagai penyebab kejatuhan saham FGVH, ini menggambarkan pengaruh kami kuat sehingga boleh menentukan turun naik saham," katanya. Tambahnya, apa yang digambarkan sebagai fi tnah sebenarnya bukanlah satu fi tnah, sebaliknya apa yang diperjuangkan PR adalah seperti yang termaktub dalam Buku Jingga. "Kami tidak bersetuju dengan penyenaraian ini kerana FGVH menggadaikan tanah Felda Plantation yang sepatutnya menjadi milik peneroka. "Ini adalah apa yang kami tekankan dan ia bukanlah fitnah sebaliknya tuntutan di mana sekiranya kami memerintah kerajaan negeri ini nanti, kami akan memansuhkan penyenaraian terbabit dan menyerahkan tanah Felda Plantation kepada generasi kedua," katanya | MB : Datuk Bandar MBPJ Baru Diumumkan Hujung Tahun Posted: 03 Dec 2012 02:24 AM PST SHAH ALAM : Kerajaan Negeri akan mengumumkan Datuk Bandar Petaling Jaya baru bagi menggantikan kedudukan Datuk Mohamad Roslan Sakiman selewat-lewatnya hujung tahun ini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau telah menerima beberapa cadangan calon yang masih dalam penelitian Kerajaan Negeri. "Kerajaan Negeri akan mula menentukan siapakah calon yang layak untuk menjadi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum hujung tahun ini. "Menteri Besar telah diberi beberapa cadangan yang masih dalam pemerhatian," katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi 2012 di Dewan Jubli Perak, SUK pagi tadi. Mohamad Roslan sebelum ini diarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk bertukar ke jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di Pusat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa 1 Okt lalu. Bagaimanapun, arahan itu ditarik semula dan Mohamad Roslan dikekalkan sebagai Datuk Bandar MBPJ kerana jawatan berkenaan tertakluk di bawah Akta Kerajaan Tempatan. Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut menegaskan Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk melantik Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) baru. Menurut beliau, ini kerana Ehsan Mukri selaku Pemangku telah menjalankan tanggungjawab sebagai Yang Dipertua walaupun pelantikannya masih belum diputuskan JPA. "Kita masih mengekalkan pelantikan Ehsan kerana pelantikan beliau itu mengambil kira statusnya sebagai Yang Dipertua Majlis. "Walaupun dari segi penjawat awam, status dia tidak sampai ke tahap itu, tetapi Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan pembiayaan tambahan dari segi gaji dan kemudahan seperti Yang Dipertua. "Namun, apabila JPA telah menaikkan pangkatnya, dia bukan lagi Pemangku, tetapi bertukar sebagai Yang Dipertua," katanya lagi. | Lima Pejabat Daerah dan Tanah Terima Insentif RM 200,000 Posted: 03 Dec 2012 02:23 AM PST SHAH ALAM : Lima Pejabat Daerah dan Tanah Selangor berjaya mencatat peratusan dan jumlah kutipan hasil cukai tanah tertinggi sepanjang tahun lalu. Pejabat Daerah dan Tanah Petaling mencapai jumlah kutipan hasil cukai tanah keseluruhan paling banyak iaitu lebih RM 156 juta, sementara peratusan kutipan cukai tanah tertinggi didominasi Pejabat Daerah dan Tanah Klang, diikuti Gombak, Sepang dan Kuala Selangor. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menyerahkan insentif berupa wang tunai sejumlah RM 200,000 kepada kelima-lima Pejabat Daerah dan Tanah yang berjaya mencapai sasaran ditetapkan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, insentif diberikan berdasarkan tiga aspek, iaitu peratusan kutipan sasaran cukai tanah semasa melebihi 95 peratus, sasaran tunggakan cukai tanah melebihi 75 peratus serta jumlah kutipan hasil cukai tanah paling banyak. "Dahulunya kita hanya berikan RM 100,000 kepada mana-mana pejabat daerah yang mencapai sasaran 95 peratus. "Namun kali ini kita tambah insentif ekoran banyak pejabat daerah mencatat kutipan cukai dengan begitu cemerlang," katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi 2012 di Dewan Jubli Perak, SUK hari ini. Sambutan itu diadakan untuk meningkatkan budaya inovasi dalam perkhidmatan awam, mengiktiraf kecemerlangan warga kerja dan jabatan selain mewujudkan sistem ganjaran yang bersesuaian dengan kecemerlangan yang telah dicapai. Tujuh anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah : 1) Anugerah Peminjam Buku Aktif Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 2011, yang dimenangi Pegawai Pejabat Tanah dan Galian Selangor Maimunah Abdul Sukor | Pemuda PAS desak suruhanjaya bebas siasat Hishammuddin Posted: 03 Dec 2012 02:20 AM PST Pada masa yang sama ia juga mendesak pemimpin Umno itu bercuti hingga siasatan yang di buat selesai. PETALING JAYA: Pemuda PAS mendesak Suruhanjaya Penyiasatan Bebas diwujudkan segera untuk membuat siasatan dan dakwaan terhadap campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein terhadap pasukan polis yang dibongkarkan baru-baru ini. Pada masa yang sama ia juga mendesak pemimpin Umno itu bercuti hingga siasatan yang di buat selesai. "Hishammuddin perlu bersikap "gentleman" dan mengikut jejak langkah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan mengambil cuti ekoran skandal Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC) yang lalu," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya minggu lalu ketika menjawab pertanyaan wartawan mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Hishammuddin. Tindakan Hishamuddin itu menurut Musa bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau sebagai Ketua Polis Negara saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan. Pemuda PAS menurut Nasrudin memandang serius terhadap pendedahan Musa itu. "Pendedahan tersebut tidak boleh dianggap satu pengkhianatan tetapi maklumat yang wajar didedahkan dan disiasat dengan segera kerana ianya melibatkan persoalan integriti Pasukan Polis Malaysia," tambah Nasrudin. Sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan untuk membongkar segala kemungkinan penyelewangan dan salah laku yang berlaku. Pemuda PAS juga berharap agar Polis Diraja Malaysia bertindak menjaga rakyat mengikut arus perundangan bukan menjaga parti politik serta mengikut arahan mereka semata-mata. | Posted: 03 Dec 2012 02:19 AM PST Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyoal kebisuan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan pendedahan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan. PETALING JAYA: Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mendakwa, perhimpunan agung Umno ke-66 menunjukkan parti itu panik dengan kebangkitan rakyat. "Biasanya perhimpunan agung Umno adalah medan penting kerajaan bagi merangka dasar membela nasib bangsa Melayu dan perancangan masa depan negara, sama ada ekonomi, sosial dan agama. "Namun, persidangan kali ini diadakan seolah-olah sebagai pra-kempen pilihan raya umum ke 13 (PRU13) dengan menghentam Pakatan Rakyat dan medan Umno berkempen sesama ahli Umno. "Semua ini jelas menandakan Umno kini berada dalam situasi ketakutan tidak menentu. Gambaran ketakutan ini mencerminkan gelora dalaman Umno bahawa mereka kini berhadapan dengan realiti rakyat yang akan menolak mereka dalam PRU13," kata Tuan Ibrahim yang adalah Pesuruhjaya PAS Pahang. Perhimpunan agung Umno yang berlangsung sejak hari Selasa sehingga Sabtu menyaksikan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil "tidak segan-silu mengugut rakyat bahawa peristiwa Mei 13 bakal berulang seandainya Umno ditolak dalam pilihan raya umum akan datang". Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno mendakwa beliau sanggup "potong telinga" dan "terjun sungai Pahang" seandainya Pakatan Rakyat berjaya menawan Bentong. Tuan Ibrahim menambah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Presiden Umno gagal menjelaskan pendedahan yang dibuat oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishen berkenaan bantuan yang diberikannya kepada Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. "Sesungguhnya, rakyat menanti respon PM dalam ucapan penggulungannya, namun sayang ianya langsung tidak disentuh oleh beliau di perhimpunan agung Umno. Jika peluang diambil untuk membuat penjelasan, sudah tentu ia didengari oleh kebanyakan rakyat kerana ucapannya diberi liputan begitu meluas. "Membiarkan tuduhan sebesar ini tanpa penjelasan menambahkan keyakinan dan persepsi umum terhadap kebenaran dalam segala yang dinyatakan oleh Deepak," kata beliau. Tuan Ibrahim turut menyoal kebisuan Najib berkenaan dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkenaan campur tangan politik dalam penyiasatan polis dan isu-isu lain. "Lebih penting lagi, PM juga tidak menggunakan peluang untuk mengisytihar perang terhadap budaya rasuah yang melanda kerajaan pimpinannya. "Namun bagi Umno, semua ini bukan isu besar ibarat kata sebilangan perwakilan Umno bahawa skandal RM40 juta yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman melibatkan jumlah yang sedikit dan remeh untuk diperjelaskan," kata beliau lagi. Tuan Ibrahim menambah bahawa perhimpinan agung Umno membuktikan budaya sabotaj sangat serius di dalam Umno. "Yang ada di perhimpunan agung Umno hanyalah kebimbangan PM terhadap sabotaj dalaman parti bilamana akan ada yang tidak bersetuju apabila mereka tidak dicalonkan. Kebimbangan PM menampakan bahawa isu cah keting sesama Umno bukan lagi cerita di sebalik tabir, tetapi ugutan secara terang-terangan." | Bimbang PM Melayu Pakatan tidak peduli Melayu Posted: 03 Dec 2012 02:15 AM PST Ahli parlimen BN Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan turut mendakwa Pakatan Rakyat telah mencemuh institusi-institusi yang mewakili orang Melayu. PETALING JAYA: Pemimpin popular Umno Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini melahirkan kebimbangan bahawa Perdana Menteri Melayu dari Pakatan Rakyat tidak akan mempedulikan kepentingan bangsa sendiri. "Kita bimbang Perdana Menteri Melayu tidak akan mempedulikan orang Melayu. Itulah yang kita bimbangkan," kata Abdul Rahman yang juga ahli parlimen Kota Belud serta setiausaha Umno Sabah. Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika berucap dalam konvensyen tahunan DAP negeri Pulau Pinang 2012. "Kita mahu menyakinkan orang-orang Melayu bahawa orang Melayu tidak akan hilang kuasa di tanah sendiri. Cuma UMNO yang akan hilang kuasa dalam arena politik Malaysia. "Orang Melayu masih boleh pegang kuasa dalam aturan politik baru yang dipepolori oleh PR," kata Chow juga ialah ahli parlimen Tanjong dan Adun Padang Kota pada hari Sabtu lalu. Mengulas lebih lanjut Abdul Rahman berkata dalam tempoh lima tahun berkuasa di peringkat negeri, tiada satu institusi kerajaan yang mewakili orang Melayu dan Bumiputera yang tidak dicemuh para pemimpin Pakatan Rakyat. "Dasar Ekonomi Baru, Mara, Felda dan institusi diraja… semuanya dicemuh oleh Pakatan," kata Rahman. Beliau turut mengkritik dasar kepimpinan DAP di Pulau Pinang yang memaksa orang Melayu keluar dari kawasan pulau. 'Orang Melayu terpaksa keluar' "Orang Melayu terpaksa keluar dari pulau kerana kos perumahan yang tinggi. DAP juga tidak sensitif memaksa orang Melayu berpindah ke kawasan rumah kos rendah berhampiran dengan kilang di tanah besar," kata Rahman. Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mujahid Yusof Rawa bagaimanapun mempertahankan kenyataan Chow. "Orang Melayu ialah faktor perubahan dan penentu politik Malaysia. Kenyataan bahawa orang Melayu akan hilang kuasa ialah satu pembohongan yang tidak berpijak di bumi nyata," kata beliau yang juga merupakan ahli parlimen Parit Buntar. Beliau menegaskan bahawa kedudukan orang Melayu tidak akan tergugat kerana ia sudah terjamin menerusi peruntukan di dalam perlembagaan. Mujahid turut menambah PAS akan mewakili kepentingan Melayu. "Orang Melayu akan ada alternatif di dalam PAS. Yang tiada ialah Umno. Ini tidak bermakna Melayu terhapus," kata beliau. | ||||
Posted: 03 Dec 2012 03:38 PM PST Dalam tempoh PRU13 yang kian hampir, Umno telah menunjukkan tanda-tanda ketidakyakinan dalam mempertahankan kuasa mereka. Jelas mereka tidak mampu untuk menangkis setiap idea dan dasar kami, lantas menyerang dengan membenih politik kebencian dan ketakutan. Dengan media arus perdana yang semakin ketandusan isu, Umno sedang memaksimakan setiap helah yang ada untuk memasung agenda perkauman dan ketakutan dalam kalangan rakyat demi mengelak balasan yang bakal menimpa mereka jika Pakatan Rakyat berkuasa kelak. Perhimpunan Agung Umno yang baru selesai itu adalah pelantar untuk meningkatkan lagi serangan yang berbentuk penipuan dan penghinaan diketuai oleh Perdana Menteri iaitu Presiden Umno sendiri, Dato' Seri Najib Razak. Kami mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab beliau bahawa Malaysia akan hilang kedaulatannya dalam tiga tahun pertama Pakatan Rakyat memerintah. Ideanya mudah; memperbodoh-bodohkan rakyat dengan menyuburkan idea bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat adalah pengkhianat yang akan menggadaikan maruah negara demi kepentingan politik. Malah lebih malang lagi apabila idea itu tidak disokong dengan fakta dan hujah yang empirikal, kenyataan Najib adalah kenyataan yang tidak masuk akal dan hanya dibuat oleh orang yang tidak punya maruah dan moral sama sekali. Senario simptom ketakutan hilang kuasa ini dimulakan momokkan insiden 13 Mei sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan. Kami mengerti bahawa Ketua Wanita Umno cuba untuk menghidupkan semula kareer politik beliau yang telah pupus akibat didesak untuk meletakkan jawatan dalam skandal ratusan juta NFC. Tetapi dengan menggunakan hujah picisan sebegitu adalah tidak munasabah. Tindakan menyeru kembali 'hantu' 13 Mei itu adalah untuk menimbulkan kebencian antara masyarakat Melayu dengan bukan Melayu, seterusnya menyemai budaya ketakutan dalam kalangan rakyat bahawa pertumpahan darah akan berlaku sekiranya Umno kehilangan kuasa. Hujah tersebut bukan sahaja biadap, malah boleh dianggap sebagai hasutan dan dikategorikan sebagai satu jenayah. Jelas sekali bahawa Pakatan Rakyat telah muncul sebagai ancaman utama kepada hegemoni Umno-Barisan Nasional, dan ini menyebabkan mereka melancarkan tuduhan liar tentang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya saya sebagai proksi kepada kedua-dua kuasa asing Amerika Syarikat dan China dalam satu masa! Kenyataan tidak masuk akal itu mungkin lucu, tetapi dengan pengawalan sepenuhnya media cetak dan elektronik, Umno sedang menyebarkan agenda penipuan yang mampu membanggakan Goebbels. Menggunapakai taktik pengulangan 'penipuan besar' ini, media mereka bertujuan untuk menggambarkan kewangan atau perberhandaraan negara mungkin dikawal oleh kuasa luar sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Media Umno juga keterlaluan dengan membakar api perkauman dan agama dengan menyiarkan kenyataan-kenyataan berbaur ekstremis dan rasis daripada perwakilan. Menurut Umno, hanya mereka sahaja yang mampu menjuarai Islam; bukan KEADILAN mahupun PAS. Justeru itu mereka berhujah bahawa gejala murtad akan dilestarikan dan Malaysia akan ditransformasikan menjadi negara Kristian jika Umno pupus pada pilihanraya akan datang. Ucapan pembukaan Najib dalam Perhimpunan Agung Umno dipenuhi dengan serangan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya ke atas saya dan di dalam gaya bahasa yang tidak sewajarnya dilafazkan oleh seorang yang negarawan. Adakah wajar bagi rakyat untuk terus mempertahankan pemimpin yang tidak mempunyai kaliber seperti itu? Apakah dasar baru yang dibentangkan demi kemajuan negara? Mana idea untuk ekonomi dan keadilan sosial, kesihatan, perumahan dan pendidikan? Jikalau beliau punyai alasan yang kukuh untuk menyaingi Pakatan Rakyat, beliau sepatutnya menyahut cabaran saya untuk bersemuka dan berbahas, supaya rakyat dapat menilai dengan sebaiknya siapa yang bercakap benar dan siapa yang gemar menipu. Janganlah berselindung di sebalik jentera propaganda murahan kamu dan jadilah anak jantan sebenar sebagai Perdana Menteri dan turun berdebat dengan saya di dalam gelanggang! Anwar Ibrahim 3 Disember 2012 |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |