Politik Harian Posted: 11 Nov 2012 03:51 AM PST Nasharudin Bidas Pemimpin Tertinggi PAS!... Nurul Izzah Perlu Tarik Balik Kenyataan Posted: 10 Nov 2012 10:53 PM PST Nurul Izzah perlu tarik balik kenyataannya.'' Itulah perkataan pertama yang terpancul dari mulut bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhubung orang Melayu perlu diberi kebebasan memilih agama. Nasharudin menegaskan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bahawa terdapat "tiada paksaan dalam agama" adalah sama seperti untuk memberi kebebasan beragama kepada Melayu Islam sebagai ayat yang dia memetik hanya boleh digunakan untuk bukan Islam. "Apabila Allah telah memutuskan perkara iman, Syariah dan moral, kita (Islam) tidak mempunyai hak untuk memilih. "Hak kami hanya untuk mendengar dan taat kerana ia dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran," katanya kepada hari Ahad edisi Utusan Malaysia dalam satu temu bual disiarkan hari ini. Oleh itu, Nasharudin berkata Nurul Izzah mesti menjustifikasikan hujah jika dia kini dinafikan bahawa ia adalah sama seperti memberi kebebasan beragama kepada Melayu Islam. Jika tidak, katanya, Nurul Izzah mesti menarik balik kenyataan beliau. Menjawab kepada rakan-rakan pemimpin PAS yang telah dipertahankan Nurul Izzah, Nasharudin berkata mereka tidak mempunyai latar belakang pengajian Islam. Sebaliknya, Nasharudin menggesa kepimpinan tertinggi parti itu untuk membuat kenyataan terhadap isu Nurul Izzah ini kerana ahli parti tidak selesa dengan kata-kata beliau .. "Mereka telah menunggu kepimpinan untuk membuat kenyataan tetapi sehingga kini tiada sebarang kenyataan dibuat," katanya. Pemimpin PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas mengenai perkara itu. | Nurul Izzah Liabiliti Kepada PKR Posted: 10 Nov 2012 06:00 AM PST Nurul Izzah, anak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, tidak dapat tidur lena beberapa hari kebelakangan ini sejak mengeluarkan kenyataannya yang menyokong LBGT dan mempromosi kebebasan agama meliputi umat Islam di negara ini. Samada Nurul adalah seorang yang dijangkiti penyakit jahil kategori paling gaban iaitu jahil murakkab atau ia adalah satu kenyataan yang telah dirancang dengan teliti dan dikeluarkan pada saat yang sesuai. Jika Nurul jahil murakkab amat malanglah bagi seorang anak muda yang berkelulusan universiti dan dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen untuk berkata sedemikian terhadap agama Islam yang dianutinya sendiri. Jika ini benar, maka Nurul bukanlah seorang yang bijak sebenarnya walaupun mengaku mewakili suara orang muda kerana perbuatannya bukan membantu membimbing golongan belia dan remaja ke arah pemahaman Islam yang lebih seimbang tetapi membawa mereka ke arah pemikiran yang rosak dan menuju ke Neraka, nauzubillah! Ini kerana dengan mensalah tafsir frasa 'kebebasan beragama' berhubung status agama-agama lain selain Islam di dalam Malaysia, Nurul telah gagal untuk memahami isi kandungan Perlembagaan Persekutuan sebagai penggubal undang-undang di peringkat federal. Lagak Nurul seolah-olah beliau memahami Perlembagaan Negara malah berpura-pura mengenali Islam secara syumul telah memakan dirinya sendiri. Sebenarnya Nurul telah mendedahkan kebodohannya sendiri mengenai Islam pada forum bertajuk "Negara Islam? Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab" di Subang Jaya pada 3 November lalu. Tidakkah Nurul tahu bahawa adanya artikel 153 di dalam Perlembagaan yang mengatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dalam keadaan 'aman dan damai'? Ini bermakna Islam telah diiktiraf sebagai agama tertinggi pada peringkat federal dan tidak agama lain yang disamakan dengannya. Pemahaman Nurul mengenai Islam samalah dengan peribahasa Melayu, 'bapa borek anak rintik' atau 'di mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi'. Nurul adalah anak bapak dan produk daripada satu jalur pemikiran mengenai Islam yang sama dengan Anwar. Jika Anwar percaya kepada fahaman pluralisme agama maka anaknya, Nurul juga membawa pemikiran yang sama. Jika Anwar menyokong hak dan kebebasan golongan Lesbian, Biseksual, Peliwat dan Pondan (LBGT) maka tidaj hairannya darah dagingnya sendiri juga terpengaruh dengan pendirian yang sama. Jika Anwar mengatakan undang-undang berhubung liwat dan seks luar tabii di negara ini sudah ketinggalan zaman atau 'archaic, Nurul juga pernah menyokong kenyataan ayahnya itu. Jadi Nurul bukan sahaja membawa genetik atau baka Anwar di dalam dirinya tetapi juga menjadi cermin kepada setiap pendirian dan keyakinan ayahnya di dalam politik, ekonomi, pendidikan malah agama. Sebab itu Anwar dengan spontan menyebelahi Nurul dengan mengatakan kenyataan anaknya itu telah dipolitikkan malah cuba mengalih perhatian dengan menimbulkan isu-isu lain yang tidak berkaitan. Begitulah taktik Anwar apabila tersepit; semua orang dituduhnya terbabit dengan kesalahan yang sama. Hakikatnya kenyataan Nurul telah membangkitkan gelombang kemarahan umat Islam di seluruh negara. Bukan sahaja badan-badan bukan kerajaan mengutuk kenyataan Nurul itu, tetapi juga pemimpin-pemimpin politik, para mufti dan ulama membantah malah Sultan Selangor murka dan kesal terhadap pandangan yang sesat itu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya kerana daripada satu ikon yang popular dengan jolokan 'Puteri Reformasi' dikalangan penyokong reformasi jalanan dan PKR satu ketika dulu, Nurul kini merundum menjadi liabiliti besar kepada parti yang diwakilinya sebagai naib presiden. Apa pula kata ibunya, Wan Azizah Ismail yang menjadi presiden parti terhadap kenyataan jahil anaknya itu? Apakah seperti Anwar, 'Kak Wan' akan turut menyokong dan berdiri teguh di belakang Nurul atas rasa kasih sayang seorang ibu terhadap seorang anak walaupun si anak telah jauh tersasar dalam pandangannya mengenai kesucian dan kedudukan agama Islam? Walaupun PAS mahu mendengar penjelasan dari Nurul tetapi pimpinan tertinggi PKR sehingga kini masih membisu dan tidak berani mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendirian Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. Masakan PKR berani kerana mereka tahu kenyataan Nurul itu tidak boleh dipertahan mahupun dijustifikasikan. Jika PKR menyokong Nurul maka seluruh struktur PKR akan dilabel sebagai sebuah parti yang menyokong pluralisme dan LBGT, sesuatu yang mereka tidak akan lakukan menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. DAP pula memilih untuk berdiam diri kerana mahu menjaga hati umat Islam walaupun secara diam-diam parti cauvinis itulah paling lantang menentang Islam dan menyokong sepenuhnya penularan budaya LBGT di negara ini. | PAU: 476 Usul Daripada 191 Bahagian Akan Dibahas Posted: 10 Nov 2012 04:46 AM PST ebanyak 476 usul daripada 191 bahagian UMNO dipersetujui untuk dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 27 Nov hingga 1 Dis ini. Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul perhimpunan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya menerima 521 usul dan 45 daripadanya diterima tanpa bahas manakala tiada usul ditolak. "Usul-usul yang akan dibentangkan kali ini dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu usul ekonomi yang akan diselaras Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Dr Awang Adek Hussin, usul agama oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan usul pendidikan serta sosial dikendali oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. -Bernama | |
bumiyang Posted: 11 Nov 2012 03:34 AM PST |
Taipingmali (tm) Posted: 11 Nov 2012 01:59 AM PST 20121110 Norman Toha @ Wacana Pulih PAS.avi Posted: 11 Nov 2012 01:26 AM PST | Bekas Ketua Pemuda PAS Kedah Tidak Boleh Terima Alasan Di Pecat 10/11/2012 Posted: 11 Nov 2012 01:13 AM PST Bekas Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah,Mohd Najib Fahmi Yahya Berkata Beliau Tidak Boleh Menerima Alasan Mengapa Beliau Di Pecat.Beliau Berkata Demikian Di Majlis wacana 'Mengembalikan PAS ke Landasan Asal'.Wacana Ini Adalah Inisiatif individu ahli PAS yang mahu suara rungutan mereka diberikan perhatian.
Ini lah sikap Pas yang suka memecat ahli sesuka hati. Di Batu Kurau Perak Ustaz Tajudin pun dipecat oleh Pas kerana beliau mempertikai kan urusan kewangan Kohilal dan cara Kohilal mendapat keuntungan dengan cara yang tidak berlandaskan hukum syariah.
Setelah memecat beliau, Pas Batu Kurau melabelkan Ustaz Tajuddin sebagai penganut fahaman Syiah. | Apakah Benar Mat Sabu Antara 10 Pemimpin PAS Yang Terima Dana Bulanan Dari DAP? Posted: 11 Nov 2012 12:42 AM PST Dalam posting lalu, IB bertanya soalan Siapa Pemimpin PAS Yang Setiap Bulan Mendapat Bayaran Tunai Dari … ? Dua hari selepas posting tersebut (pagi ini) IB menerima SMS menyenaraikan 10 nama tersebut. Tersenarai di atas sekali ialah nama Mat Sabu. Maka IB ingin tahu jika ada sesiapa yang betul-betul maklum. Menurut suatu khabaran bahawa Mat Sabu menerima setiap bulan sumbangan sebanyak RM15,000 tunai di Pulau Pinang. Biasanya Mat Sabu akan ke Pulau Pinang di awal bulan untuk kutip wang tersebut. Seorang petugas dikatakan akan menyerah 150 keping wang tunai bernilai RM100 dalam sampul yang mana Mat Sabu terimanya tanpa mengira samada ianya cukup atau tidak. Dikatakan juga bahawa petugas ini telah diamanahkan oleh majikannya untuk "jaga" keperluan Mat Sabu. Petugas ini turut maklum bahawa ada lagi beberapa rakannya yang ditugaskan untuk menyalurkan dana kepada pemimpin PAS yang lain namun beliau tidak tahu siapa yang "jaga" siapa. Strategi mereka ialah seorang "jaga" seorang pemimpin PAS – supaya maklumat tidak bocor. Sekian, IB | Mat Sabu tercemar dan Nik Aziz didewakan Posted: 11 Nov 2012 12:09 AM PST | Pas Perak hanya jadi umpan pun-pun Dap Posted: 10 Nov 2012 09:26 AM PST | Calon yang diharapkan oleh Pas untuk kerusi N 16. |
Pada PRU 12 Pas hanya menang 6 kerusi di Perak dan PRU 13 kemungkinan besar satu kerusi pun tak ada muka Pas dalam Dewan Dun di Perak. Ini kerana Pas cakap tak serupa bikin, cakap lain, buat lain. Janji nak laksanakan hudud hanya tinggal janji. Nizar Lambai kata dalam dewan undangan negeri bahawa bahawa tidak ada dalam perlembagaan dan anekmen Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan Dr Azizan menteri besar Kedah juga berkata hudud tidak akan dilaksana kan di Kedah. Sebelum Pru 12, Pas kata orang Islam wajib undi calon Islam dan tolak calon bukan Islam. Oleh sebab itu Pas menang 6 kerusi tetapi selepas selesai Pru 12 Pas sanggup pula bekerjasama dengan bukan Islam dalam membentuk kerajaan pembangkang. Pas menjadi merak buih bila Nizar Lambai dilantik menjadi Menteri Besar Perak oleh Sultan Perak dan sebelum itu Ngeh Koo Ham dan Karpal Sink mencabar undang-undang tubuh negeri Perak dan Dap juga turut mengecam Sultan Perak. Akhirnya Dap akur dan menerima perlantikan Nizar Lambai tetapi Nizar dan Pas terpaksa menjadi kuda kayu Dap. Nizar hanya perlu berceramah dan bertazkirah sahaja dan segala urusan pentadbiran dilakukan oleh Ngeh dan Nga. Dalam tempoh 11 bulan Pas dan Dap memerintah Perak tanah-tanah kerajaan negeri yang dikategorikan sebagai prime lands habis dikebas oleh konco-konco Dap. Di Taiping banyak bangunan baru sedang rancak dibangunkan oleh pemaju hasil daripada 11 bulan pentadbiran kerajaan Dap yang disokong membuta tuli oleh Pas. Sekarang Dap dah ada senarai calon Melayu untuk mewakili Dap dalam Pru 13 dan setakat Dap telah mengenal pasti 3 kerusi Dap iaitu Jelapang, Malim Nawar dan Kepayang akan diwakili oleh calon Melayu. Walaupun kawasan tersebut majoritinya pengundinya Cina, Dap akan memastikan dan memaksa pengundinya memberikan undi kepada calon Melayu. Di Taiping, kerusi N16 Kamunting, desas desus menyatakan kemungkinan besar akan diambil alih oleh Dap dengan meletakkan calon Melayu. Pas dalam masa yang sama telah mula bertelagah dengan Pkr dalam perebutan kerusi Dun Changkat Jering yang pernah diwakili oleh Pkr. Alasannya mudah kerana Adun Osman Jailu yang mewakili Pkr telah menyebabkan Nizar Lambai hilang kerusi menteri besar. Oleh itu, mimpi Nizar dan Pas Perak untuk meletakkan Nizar sebagai menteri besar tak akan kesampaian. kerana Dap sendiri sudah mempunyai calon Melayu yang untuk dilantik sebagai menteri besar. Ramai ahli dan penyokong Pas sudah sedar bahawa mereka telah ditipu oleh pemimpin mereka dan berjanji akan mengundi untuk BN walaupun mereka tak berani bertukar bendera, protes akan dibuat secara senyap untuk menentang kemunafikan kepimpinan Pas. Tindakan Pas bekerja sama dengan Dap hanya menguntungkan pihak Dap sahaja dan Dap akan menjadikan Pas sebagai umpan pun-pun sahaja untuk meraih undi Melayu dalam Pru 13 akan datang.Niat Pas untuk mempergunakan Dap sama sekali tidak akan menjadi kenyataan. | Kerajaan Pakatan Haram Zalim Posted: 10 Nov 2012 03:10 AM PST | Apa tindakan PAS sebagai kerajaan negeri yang sedia ada? |
Seorang warga emas hanya mampu mengalirkan air mata melihat sebahagian rumah pusaka keluarganya di Lengkok Sungai Gelugur di sini dirobohkan oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pagi semalam. Bahagian hadapan rumah Mariam Tahir, 72, yang berusia hampir 100 tahun itu diruntuhkan oleh jentolak penguat kuasa MPPP semasa dia keluar ke pasar kira-kira pukul 9.30 pagi atas alasan dibina tidak mengikut peraturan ditetapkan. Menurut Mariam, sebaik pulang dari pasar, dia terperanjat apabila melihat pekarangan rumahnya dipenuhi anggota MPPP serta beberapa anggota polis untuk menjalankan tugas meroboh. Jelas Mariam, dia amat kecewa dengan sikap pegawai MPPP dan pemimpin kerajaan negeri yang tidak prihatin dengan nasibnya. "Saya dah tua, anak pula OKU. Kehidupan kami bergantung dengan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya. —sumber : facebook | |
Sahabat-Gunung Posted: 11 Nov 2012 01:10 AM PST Khalid Brahim Kecut Perut .... Golongan IT Dah Mula Kejar Posted: 10 Nov 2012 05:03 PM PST Zalim !!! Pembohong !!! Penindas …… Ini sahaja yang layak untuk digambarkan terhadap kerajaan PKR Khalid Ibrahim di Selangor …
Mereka akan buat apa sahaja, menabur janji-janji manis namun bila dah dapat … janji itu bukan untuk ditunaikan … ibarat habis madu sepah dibuang…
Semalam, aku berpeluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana golongan ibu-ibu tunggal di daerah Selayang, kumpulan ini yang dipersatuankan atas nama Cempaka Biru menuntut agar pihak kerajaan negeri yang diterajui PKR dan Khalid Ibrahim di Selangor ….. untuk menunaikan janji-janji mereka sewaktu PRU12 yang lalu untuk memberi elaun tetap kepada golongan ibu tunggal ini ….
Mereka memberikan notis selama 14 hari kepada kerajaan Khalid untuk menunaikan janji mereka walaupun setakat RM100 sebulan kepada semua ibu tunggal di negeri Selangor ……
Turut bersama dalam demostrasi aman tersebut ialah Dato' Sohaimi Shahadan, Penaung Persatuan Cempaka Biru ini merangkap Pengerusi Gerakan prihatin Rakyat Selangor (GPRS). | |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 10 Nov 2012 11:44 PM PST Panas! Nasharudin pula balun "ANAK PAPA HEBAT" Posted: 10 Nov 2012 09:39 PM PST Ust. Nasharudin Mat Isa hari ni memberikan ulasan panjang mengenai isu pluralisme agama yang ditimbulkan Nurul Izzah anak PAPA HEBAT di dalam Mingguan Malaysia. Mymassa lihat Nasharudin lebih jujur dalam memberi ulasan tanpa melibatkan unsur politik. Tidak seperti BOS besarnya yang MyMassa kira sudah nyanyuk dan masih lagi ingin mempertahankan Izzah demi kelangsungan politik PAS. NURUL IZZAH PERLU TAUBAT Isu ini pada saya sangat fundamental dan menyentuh hati umat Islam di Malaysia terutamanya malah Islam secara amnya. Ditinjau dari segi tasawwur dan epistemologi Islam, isu ini sangat serius kerana melibatkan perkara asas Islam itu sendiri. Oleh itu ia mesti dijelaskan secara ilmiah tetapi mudah difahami oleh semua umat Islam dan juga rakyat Malaysia keseluruhannya.
Pertamanya, kita sedia maklum latar belakang setting isu ini timbul, yakni dalam suatu forum, di sebuah gereja dan dianjurkan oleh pihak gereja.
Keduanya, berlaku cubaan untuk menjawab balik oleh Ahli Parlimen itu dengan menyalahkan pihak-pihak tertentu, menyalahkan Utusan Malaysia contonya kononnya disalahtafsir atau disalah petik.
Ketiganya, ramai dikalangan kita termasuk saya sendiri, mula mendapat tahu itu tersebut dalam portal media internet.
Keempat, kini seluruh rakyat Malaysia boleh lihat kenyataan asal Nurul Izzah dalam bentuk verbatim - amat terang dan jelas maksud setiap perkataan yang diucapkan.
Di dalam Fiqh Islami, terdapat satu kaedah penting yang diterimapakai oleh pakar-pakar dan sarjana Islam, bermaksud (nahkum bizawahir wallah yatawwala bi alsaraair) yakni, kita meletakkan hukum dengan perkara yang zahir; perkara tidak zahir (yakni tidak nampak) kita serah kepada Allah SWT.
Dalam konteks Nurul Izzah secara zahirnya dan berdasarkan pengamatan yang kita semua dapat lihat dan dengar, beliau menyebut dengan jelas kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia untuk membuat pilihan.
Ayat "tiada paksaan dalam agama" hanya terpakai kepada bukan Islam,. Tafsiran ini disepakati oleh seluruh Mufassirin (Ahli Tafsir) Islam tanpa khilaf. Tafsiran ini bermaksud selagi mana seseorang itu bukan Islam, kita sebagai Muslim, tidak ada hak sedikit pun untuk memaksa dia memeluk Islam.
Namun, apabila orang bukan Islam itu sudah menjadi seorang Muslim maka ayat ke-36 daripada surah al-Ahzah yang bermaksud "Tiada boleh bagi orang yang beriman lelaki dan perempuan apabila telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya tentang satu urusan mereka tidak berhak untuk memilih..."
Saya menyarankan supaya Nurul Izzah menarik balik kenyataan itu. Dalam Islam, apabila kita melakukan kesalahan dan pabila sedar kita tersilap, kita boleh membetulkannya, bertaubat diatas kesalahan kita dan Allah SWT pasti menerima pengampunan kita.
Nurul Izzah telah mentafsirkan ayat tidak kena pada tempatnya dan tafsiran yang dibuat itu adalah tafsiran yang salah.
Istidlal (pendalilan) yang digunakan oleh Nurul Izzah kepada ayat "Tiada paksaan dalam agama" itu untuk digunapakai kepada orang Melayu mempunyai beberapa implikasi serius. Pertama, ia bercanggah dengan prinsip asas "akidah dan syariah Islam". Kedua, ia bercanggah dengan pemahaman dan tafsiran peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan itu bagi saya bukan sahaja mengiyakan gerakan fahaman pluralisme agama juga termasuk dalam katogeri mengiyakan fahaman liberalisme iaitu "meliberalkan' fahaman agama Islam dan 'mempluralkan' fahaman agama Islam.
Bagi saya ini isu besar kerana ia melibatkan akidah dan salah tafsir terhadap Islam. Menjadi hebat lagi isu ini kerana semua orang boleh akses di dalam YouTube, tiap-tiap malam orang tengok berita di dalam media dan kini menjadi perdebatan, ini bukan satu isu yang remeh.
Ia berlaku kerana dibangkitkan oleh orang yang bukan ahli dalam bidang Islam tetapi membuat tafsiran yang silap terhadap Islam.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah memberi amaran yang bermaksud "Apabila diletakkan amanah itu kepada orang yang bukan ahlinya, kamu tunggulah saat kehancurannya". Mentafsir Islam daripada seorang yang bukan ahlinya dan tafsiran itu pula salah melibatkan akidah, ini cukup bahaya.
Sebagai komponen Pakatan Rakyat, PAS khasnya, kepimpinan PAS yang terdiri daripada ulama harus memandang serius kenyataan ini NASHARUDIN MAT ISA Bekas Timbalan Presiden Pas
| KeldaianDaily: Akhbar No 1 Pencacai Tegar Pakatan |
Dalam ulasan Ust. Nasha sendiri jelas dia memahami apa yang diperkatakan oleh Izzah memang salah. Tafsiran yang Nurul Izzah nyatakan tidak benar. Jadi disini MyMassa berpendapat sekiranya seorang Ahli PAS/Bekas Timbalan Presiden PAS sendiri mudah untuk memahami isu Pluralisme Agama Nurul Izzah, maka tidak perlulah pencacai-pencacai tegar pakatan cuba menegakkan benang yang basah. Mymassa fikir isu ini selesai sekiranya Izzah mengaku salah. Tidak perlu lah mencari sokongan semata-mata untuk mempertahankan kenyataan yang salah. Izzah seolah-olah mengheret orang lain untuk sama-sama masuk ke kuburnya. Wahai Izzah anak PAPA HEBAT, kamu memang harus bertaubat! | Kerana pakatan rakyat, Dong Zhong semakin berani hendak hapuskan Bahasa Melayu!!! Posted: 10 Nov 2012 05:00 PM PST Sedutan terjemahan iklan Dong Zhong di atas: "...Oleh itu, masa belajar Bahasa Melayu di sekolah telah ditambah secara ketara sehingga 570 minit setiap minggu. Ini akan menyebabkan struktur sukatan pelajaran di sekolah rendah Cina dan Tamil menjadi tidak seimbang dan ini akan menjejaskan matlamat untuk menggunakan bahasa ibunda dalam pengajaran." Dong Zhong cuba hendak jadi hero kaum minoriti dengan mendakwa Kerajaan sebagai tidak adil dan melebihkan bahasa Melayu berbanding bahasa-bahasa lain. Tetapi iklan mereka sendiri pun hanya boleh dibaca oleh orang Cina. Jadi memang sahlah mereka hanya memperjuangkan nasib satu kaum sahaja. Bolehkah kita percaya kelompok manusia seperti ini untuk membela nasib bangsa kita?!! | Kedai Urut Masih Beroperasi. Patutlah Klang Selalu Dilanda Malapetaka Banjir. Posted: 10 Nov 2012 05:00 AM PST Mana perginya suara PEMUDA PAS? *Maksiat boleh menjemput kemurkaan Allah SWT. Itu yang ayat yang selalu digunakan dalam ceramah PAS. Sekarang ni macam dah kena kat batang hidung sendiri je. | Haji Hadi Dah Jadi Gila? Posted: 10 Nov 2012 01:00 AM PST Kesian Haji Hadi. Oleh sebab orang asyik sebut pasal Anwar dan keluarganya (terutamanya Nurul Izzah) kehadiran beliau dalam dunia politik tempatan semakin dilupakan. Sebab itu dah takde isu, tiba-tiba dia cipta isu untuk bertanding di Pekan. Bila nampak isu calon pembangkang di Pekan menjadi tarikan, Zaid Ibrahim pun muncul kembali mencuri tumpuan. Hadi Awang & Zaid Ibrahim Gila Publisiti Murahan
Kembang dada sekejap penyokong pakatan pembangkang khususnya para balaci PAS apabila Presiden PAS, Hadi Awang tiba-tiba sahaja mengumumkan akan bertanding menentang Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan, Pahang. Hiruk piruklah para penyokong dan pemimpin pembangkang menyokong rancangan Hadi itu, tanpa diketahui itu hanyalah kisah gempak yang menjadi bahan lawak politik tanahair sahaja.
Satu perkara yang perlu difahami oleh segenap lapisan masyarakat negara ini ialah, rata-rata politikus pro pembangkang sememangnya gemar buat gempak dan gila publisiti murahan. Ini realiti, sementelah lagi sebahagian besar pemimpin pembangkang kerja mereka hanyalah bercakap dan berceramah siang dan malam, namun bab kerja buat kebajikan untuk rakyat, satu haram pun tak diambil peduli. Jika betul Hadi serius mahu mencuba nasib di Pekan, tak perlulah menunggu arahan rasmi dari PAS Pusat. Selaku Presiden parti, Hadi berhak untuk menentukan mana tempat yang sudah muktamad untuk ditandinginya.
Nampak sangat temberangnya bermotifkan mencari publisiti murahan tapi akhirnya menjadi bahan lawak politik apabila berselindung pula konon menunggu arahan rasmi parti. Hakikatnya, Hadi takkan sama sekali menghulur tengkuknya untuk disembelih oleh pengundi di Parlimen Pekan. Kawasan sendiri di Rhu Rendang serta Parlimen Marang pun tak terjaga, apatah lagi nak berkhidmat bagi penduduk Pekan.
Sementara itu, Zaid Ibrahim yang baru melepaskan jawatan sebagai Presiden KITA pun nampaknya mahu tumpang semangkuk memeriahkan pesta lawak politik tanahair apabila kisah Hadi mahu bertanding di Parlimen Pekan diperkatakan ramai. Zaid pun teringin namanya disebut sebagai pak lawak politik. Bekas calon PKR di Hulu Selangor ini sejak dulu lagi agak gemar mencipta kontroversi sambil mencari publisiti murahan. Beberapa tahun dulu, dialah yang atas kapasiti peribadinya menyaman hudud PAS. Tapi ditarik balik selepas Zaid menyertai PKR dan dosanya dengan PAS terus 'diampunkan', namun hingga kini beliau masih berpendapat hudud PAS bertentangan dengan perlembagaan. Peliknya hingga kini juga, pemimpin PAS masih menyalahkan UMNO dalam isu saman itu. Ajaib betul perangai pemimpin pakatan pembangkang, mereka boleh bersetuju untuk tidak bersetuju, kemudian akhir kalamnya UMNO juga yang dijadikan kambing hitam. Fobia betul mereka dengan UMNO. Apapun, sama ada Hadi mahupun Zaid, kedua-duanya dialu-alukan untuk mengotakan hasrat mereka bertanding di Parlimen Pekan. Mereka ada hak, malah Dato' Seri Najib sendiri tidak menghalang sekiranya benar mereka berminat untuk mencuba nasib. Tapi, soalnya sekarang berapa ramai yang percaya Hadi dan Zaid akan mengambil risiko untuk dimalukan oleh rakyat Pahang khususnya pengundi di Pekan? *Haji Hadi bukan jadi gila betul-betul tapi jadi gila publisiti murahan. | |
Belantan Posted: 10 Nov 2012 11:36 PM PST Peguam mohon perintah halang MB, PKNS pindah aset? Posted: 10 Nov 2012 07:06 AM PST Kamarudin Ahmad menunjukkan writ saman terhadap PKNS semasa memfailkan saman terhadap PKNS di Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, semalam. Peguam, Kamarudin Ahmad hari ini memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah deklarasi ke atas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya membatalkan cadangan pemindahan lima aset perbadanan itu kepada Private Real Estate Company (PREC). Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman milik peguam berkenaan, Tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam. Menurut Kamarudin, tindakan Abdul Khalid yang dinamakan sebagai defendan pertama dan PKNS defendan kedua untuk memindahkan aset-aset perbadanan itu, jelas melanggar Perkara 13(1)(a) Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964. Lima aset tersebut adalah Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Pusat Konvensyen SACC Shah Alam, Menara PKNS Petaling Jaya dan Wisma Yakin, Jalan Masjid India di ibu negara. ``Menurut Perkara 13(1)(a) enakmen tersebut, defendan perlu mendapat persetujuan bertulis daripada Menteri Kewangan bagi mewujudkan syarikat dikenali sebagai PREC untuk tujuan menerima pindah milik lima aset yang dimiliki defendan kedua. ``Defendan pertama juga telah melanggar Perkara 81 Perlembagaan Persekutuan dengan cara melupuskan aset-aset defendan kedua sehingga menjejaskan masa depan peniaga-peniaga Melayu dan bumiputera di seluruh Selangor,'katanya kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut. Yang turut hadir ialah Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin; dan Ketua Pemuda MCA Bahagian Klang, Datuk Ching Eu Boon. Mengikut writ saman tersebut, tindakan defendan pertama memindah milik aset-aset tersebut kepada PREC didakwa jelas melanggar Pindaan Enakmen PKNS 1972 yang memperuntukkan peranan defendan kedua sebagai agensi pelaksana dasar-dasar kerajaan Persekutuan. ``Tindakan pemindahmilikan aset PKNS tersebut akan merencatkan dasar-dasar kerajaan Persekutuan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Negara dan dasar mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). ``Dasar-dasar kerajaan Persekutuan tersebut akan sukar dilaksanakan jika aset-aset PKNS dipindah milik kepada PREC kerana entiti tersebut tidak terikat dengan dasar-dasar pembangunan sosio-ekonomi seperti terkandung dalam Enakmen PKNS,'' ujarnya. Justeru katanya, PREC yang tidak terikat dengan enakmen tersebut, bebas untuk menjalankan apa saja bentuk perniagaan atau pelaburan yang mampu menjejaskan aset-aset PKNS tersebut. Laporan Mingguan Malaysia 28 Oktober lalu mendedahkan satu sumber dalaman PKNS yang mendakwa kesemua aset komersial PKNS akan diserahkan kepada syarikat lain pada masa akan datang semata-mata bagi meraih keuntungan maksimum. Pengambilalihan tersebut didakwa sebagai 'langkah awal' untuk menjual kesemua aset komersial syarikat milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu yang matlamat asal penubuhannya adalah bagi membantu perkembangan ekonomi orang Melayu. Suara Politik Belantan | Isu Selangor : PKNS jual semua aset komersial? Posted: 10 Nov 2012 01:11 AM PST Bukan hanya lima, tetapi kesemua aset komersial Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan diserahkan kepada syarikat lain pada masa akan datang semata-mata bagi meraih keuntungan maksimum. Pengambilalihan tersebut adalah 'langkah awal' untuk menjual kesemua aset komersial syarikat milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu yang matlamat asal penubuhannya adalah bagi membantu perkembangan ekonomi orang Melayu. Perkara itu didedahkan oleh satu sumber dalaman PKNS kepada Utusan Malaysia yang memaklumkan PKNS telah membuka sebuah anak syarikat bagi mengambil alih lima aset komersialnya di peringkat permulaan. Sumber itu berkata, berdasarkan perancangan PKNS, anak syarikatnya yang dikenali sebagai Private Real Estate Company (PREC) akan mengambil alih kesemua aset komersialnya dengan alasan untuk memastikan mendapat keuntungan lebih tinggi. "Sejak September lalu, PKNS telah menyerahkan pengurusan Kompleks PKNS Shah Alam kepada PREC dan di dalam perancangan mereka, kesemua aset komersialnya akan diberikan kepada anak syarikatnya itu. "Selepas kesemua aset itu beralih tangan, dibimbangi PKNS akan menjual pemilikannya di dalam syarikat tersebut pula dan sekiranya ini berlaku, perbadanan tidak akan lagi mempunyai kuasa terhadap asetnya, sekali gus menggagalkan matlamat asal penubuhannya," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar Abdul Khalid tampil memberi penjelasan penuh berhubung dakwaan Lembaga Pengarah Perbadanan PKNS meluluskan penjualan lima aset milik anak syarikat kerajaan negeri itu berjumlah RM321 juta. Lima aset tersebut ialah Menara PKNS Petaling Jaya dengan harga RM90 juta; Shah Alam Mall (RM97 juta); Kompleks PKNS Shah Alam (RM85 juta); Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta). Menurut Noh, difahamkan proses penjualan belum dimuktamadkan kerana surat perjanjian masih tidak ditandatangani tetapi berada pada peringkat akhir kerana secara asasnya Lembaga Pengarah PKNS telah bersetuju untuk menjualnya. Mengulas lanjut, sumber itu berkata, alasan yang sering diberikan mengapa PKNS merancang untuk menyerahkan kesemua aset komersialnya kepada PREC adalah kerana kononnya pekerjanya selama ini tidak kompetitif hingga gagal memberi keuntungan berganda kepada syarikat. "Tetapi apa yang menghairankan, selepas PREC mengambil alih aset berkenaan, anak syarikat itu telah menyerap kesemua pekerja perbadanan yang menguruskan aset berkenaan selama ini ke dalam syarikat tersebut, sekali gus menafikan dakwaan kononnya pekerja tidak kompeten. "Selain itu, mereka juga mahu meningkatkan hasil kepada tujuh peratus setahun berbanding hanya lima hingga enam peratus setahun sahaja selama ini. Sehubungan itu, sudah pasti sewa akan dinaikkan pada kadar berlipat kali ganda lebih mahal," ujarnya. Kata sumber itu lagi, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi PKNS pada Mei lalu telah mengarahkan supaya sewa di Kompleks PKNS Shah Alam dinaikkan tetapi keputusan tersebut dihalang oleh Ahli Lembaga Pengarahnya, Azmin Ali. Bagaimanapun, katanya, tindakan Azmin yang mengarahkan supaya arahan Abdul Khalid itu dibekukan seketika bukanlah kerana beliau prihatin dengan masalah peniaga, tetapi lebih mengutamakan impak terhadap partinya iaitu PKR, memandangkan tarikh pilihan raya umum semakin hampir. "Meskipun sebenarnya Abdul Khalid sebagai Pengerusi lebih berkuasa di dalam PKNS, tetapi Azmin menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi PKR negeri untuk membekukan tindakan menaikkan harga sewa kepada peniaga di Kompleks PKNS Shah Alam itu," katanya. Sumber itu mendakwa, PKNS kini juga seperti telah meminggirkan agenda untuk memajukan ekonomi Melayu tetapi di setiap mesyuaratnya lebih menekankan tentang keuntungan semata-mata. Malah, ada antara pengurusan tertinggi agensi itu yang sering memperlekehkan agenda tersebut termasuk turut menganggap orang Melayu yang tidak pandai berbahasa Inggeris sebagai 'tidak berpengetahuan'. "Mereka yang baru dilantik menerajui PKNS kebanyakan adalah golongan korporat yang dibayar dengan gaji cukup besar berbanding kebiasaannya. Di samping itu, mereka inilah juga yang tidak faham serta sering mengabaikan agenda untuk menolong orang Melayu," katanya. Suara Politik Taminsari | |
Panglima Perang Cyber Posted: 10 Nov 2012 11:23 PM PST Lagi Gambar Penutup 1Malaysia Bike Week Oleh YAB Perdana Menteri DS @NajibRazak Posted: 10 Nov 2012 10:00 PM PST | panglimaperangcyber shared an Instagram photo with you Posted: 10 Nov 2012 09:15 PM PST Hi there, panglimaperangcyber just shared an Instagram photo with you: view full image "Rakyat turut hadir memeriahkan acara penutup 1Malaysia Bike Week bersama YAB Perdana Menteri @NajibRazak" (taken at Boulevard, Precint 3....) Thanks, The Instagram Team | panglimaperangcyber shared an Instagram photo with you Posted: 10 Nov 2012 09:12 PM PST Hi there, panglimaperangcyber just shared an Instagram photo with you: view full image "Ribuan motorsikal besar dan kecil yang datang untuk bersama YAB @NajibRazak demi semangat 1Malaysia" (taken at Boulevard, Precint 3....) Thanks, The Instagram Team | Peneroka Felda Akan Dapat Banglo Dengan Bulanan Hanya RM 360 Sahaja - PM @NajibRazak Posted: 10 Nov 2012 05:41 PM PST
Utusan Malaysia Ahad 11.11.2012 | Pertahan Akidah Umat Islam - Ucap @NajibRazak Rasmi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia Posted: 10 Nov 2012 09:07 AM PST | GERAKAN TIMUR Dedah Lagi Penipuan SUARAM Isu Kapal Selam !!! Posted: 10 Nov 2012 08:15 AM PST
Akhbar hari ini melaporkan Presiden Perancis, Francois Hollande menyatakan minat untuk memperluaskan hubungan dagang dengan Malaysia terutama melalui penjualan barangan ketenteraan. Antara yang ditawarkan ialah jet pejuang, helikopter dan juga peluru berpandu. Presiden Hollande juga menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang penting bagi kerjasama ekonomi.
Kenyataan ini tentulah pelik jika diambil-kira tuduhan SUARAM bahawa kepimpinan Malaysia sedang disiasat atas tuduhan rasuah dalam pembelian kapal selam scorpene dari Perancis. Tidak mungkin kerajaan Perancis akan berminat untuk berdagang lagi dengan Malaysia jika tuduhan SUARAM tersebut benar.
Maka, buat kesekian kalinya semakin terang benderang lagi bersuluh bahawa SUARAM telah menipu dan bahawa ia adalah pertubuhan yang diterajui oleh para penipu.
Mengimbas penipuan SUARAM, pertubuhan itu telah mencemarkan imej dan nama bukan sahaja kerajaan Malaysia tetapi juga kerajaan, polis, hakim dan undang-undang Perancis. SUARAM telah dengan sewenang-wenang menggunakan nama hakim Perancis apabila membuat kenyataan bahawa perbicaraan tentang isu rasuah pembelian scorpene sedang berjalan. Malah, kononnya beberapa nama yang bakal disapina juga sudah diperolehi.
Walaupun telah terkantoi lagi buat kesekian kalinya apabila pendakwa Perancis membuat kenyataan rasmi bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di negara tersebut, SUARAM masih lagi berdegil untuk meneruskan penipuan.
Sejurus itu, SUARAM menggunakan nama Tan Sri Musa Hassan bekas Ketua Polis Negara bagi menggambarkan kononnya siasatan masih berjalan dan tuduhan mereka benar. Bagaimanapun, Tan Sri Musa pantas menafikan yang beliau akan mengadakan sidang media di Bangkok untuk mendedahkan penemuan baru mengenai isu ini sepertimana yang didakwa SUARAM.
Hakikatnya, aduan SUARAM telah ditolak oleh mahkamah Perancis sejak bulan Mac lagi atas alasan ianya tidak berasas. Dan SUARAM kini sedang berusaha untuk mengemukakan rayuan.
Baca lagi penemuan beliau ini di laman blog peribadinya.
http://gerakantimur.blogspot.com/2012/11/bukti-terbaru-isu-scorpene-rekaan.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1
Sent from Samsung Galaxy Note | Mesti Baca : Lagi Bukti Keraguan Pemilihan Majlis Peguam Posted: 10 Nov 2012 07:47 AM PST
> Berikut gambar kotak yang boleh mengundang berbagai persoalan.. Adakah wujud jaminan ketelusan melalui sistem seperti ini walhal ketika PRU pihak SPR diminta menyediakan kotak lutsinar. Nampak pihak yang mengkritik SPR juga tidak melaksanakannya. > > Berikut email pembaca blog panglima isu pemilihan Majlis Peguam yang mungkin kita tidak sedar kerana tidak terlibat di dalam proses pemilihannya. > Mohon kawan kawan sebarkannya. > > --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- > > Ini pulak gambar ballot box bertempat di pejabat Bar Council. > > Bukan kotak lutsinar spt tuntutan bersih > > tiada pengawal bebas dan berkecuali yg jaga kotak tu > > so besar kemungkinan sesiapa saja boleh masukkan kertas undi pengundi hantu dlm tu > > > > | Mesti Baca : Ini Bukti Pengundian Pemilihan Majlis Peguam Tidak Telus ? Posted: 10 Nov 2012 06:02 AM PST
Berikut kiriman email yang minta perkara ini didedahkan dan dijawab oleh Majlis Peguam. Ketika majlis menaungi peguam sepatutnya memegang prinsip ketelusan, nampaknya ada juga ruang keraguan di dalam sistem pemilihan dan pengundiannya. Menurut sumber ketika ini undi pos sedang berlangsung dengan 14 ribu surat dipos kepada ahlinya seluruh negara. Ia akan berakhir hujung bulan khabarnya. Apa yang kita khuatir berlaku penipuan dan pemimpin tidak layak meneraju Majlis Peguam lalu mengambil kesempatan mengkritik Kerajaan senada dengan suara pembangkang. Berikut kirimn email yang diterima : Ini gambar Ballot Paper undi pos BC 2013 dan gambar envelop. katanya di poskan kepada semua 14000 ahli. Tapi takde bukti pengeposan. Ballot paper ada nombor siri. Tapi gambar ni bhgn no siri di gelapkan so sesiapa saja di pejabat lawyer tu boleh pangkah maksimum 12 org in case lawyer yg terima tu buat derk je dgn ballot paper tu. So kalau ada sorang budak chambering tu pangkah 2 je, so ada kemungkinan bila sampai kat BC, dia akan tolong pangkah lagi 10 no body knows tiada badan pemantau antarabangsa. tiada sistem dakwat kekal pos guna envelop yg di lampirkan tapi sesiapa yg tak guna envelope tu pun undi akan counts kalau pos guna envelope tu akan terus masuk dlm peti undi tapi kalau guna envelope lain? tentu urusetia akan bukak dulu dan kalau tengok lawyer berkenaan tak undi cukup 12, kan diorg boleh tolong pangkahkan sblm masuk dlm ballot box? | TPM : BN Akan Pertahan Sekolah Cina Posted: 10 Nov 2012 05:38 AM PST
Utusan Malaysia 10.11.2012 | Hanging out with Malaysians online | Blog 1MALAYSIA @NajibRazak Posted: 10 Nov 2012 12:20 AM PST
A month has passed since we held the #TanyaNajib: Budget 2013 on Google Hangout. I would like to take this opportunity to thank everyone who participated in it. It was a constructive session made possible by the contribution of fellow Malaysians seeking to understand and give feedback on next year's budget plans. After delivering the Budget 2013 announcement and reading endless analyst reports, it was wonderful to be able to get a fresh perspective directly from the people.
I found taking questions from people on Google Hangout and other social media a truly refreshing and innovative experience. They say leaders are meant to lead, but I also believe that leaders have a duty to follow and adapt to current trends. In a country with the sixth highest Twitter usage in the world and more than sixty per cent of households connected with broadband, I am pleased to say that the rakyat has set the bar very high.
During the session I received many interesting questions, many of which directly affect Malaysia's youth such as the book voucher for Form Six and university students and PTPTN loans. I was pleased to see how these initiatives would affect individuals in real and tangible ways.
I have always believed in embracing new media as a means to bring the Government closer to the people, and I continue to encourage key members of my government to do the same. The rise of social media brings with it many advantages, allowing me to interact with and engage the people of Malaysia at the click of a button. I'll keep looking out for new ways to do this so please continue connecting with me through Facebook, Twitter and Google+. I am looking forward to hearing from all of you!
For additional insight on the Google Hangout session, one of the participants I had the pleasure of chatting with haswritten an article here. And if you missed the session, you can catch up with it on my YouTube channel.
Sent from my iPad
| |
The Unspinners Posted: 10 Nov 2012 11:22 PM PST |
MERBOK TIMES Posted: 10 Nov 2012 11:06 PM PST SYED MOKHTAR AL BUKHARY, A BIOGRAPHY Posted: 10 Nov 2012 09:08 PM PST | "I remember him showing me his plans for the Port Of Tanjung Pelepas. I admit I found it grand, and thought he would not succeed" Tun Dr Mahathir |
'Syed Mokhtar Al Bukhary, A Biography' adalah buku terbaru yang masih panas di kedai buku diterbitkan pada 8 November 2012 tulisan Premilla Mohanlall. Buku yang setebal 169 muka surat tidak termasuk muka surat index ini berharga RM19.90 murah sedikit dari buku My Story, Lim Goh Tong yang berharga RM28.00 dan sama harga dengan buku Daim, Man Behind The Enigma tulisan Adibah Amin.
Gaya penulisan Premilla Mohanlall yang mudah atau 'easy reading', buku ini sarat dengan pengkisahan liku-liku dugaan seorang usahawan Bumiputera dan tiada jalan mudah untuk berjaya sebagai seorang Bumiputera.
Syed Mokhtar dilahirkan pada 12/12/1951 dari perut kandungan Sharipah Rokiah di Kampung Keriang, Jalan Day, Alor Setar Kedah. Bersekolah setakat tingkatan lima kerana kemiskinan tidak meneruskan pelajaran dan sejak awal telah belajar berniaga lembu dari bapanya Syed Nor.
Syed Mokhtar merupakan segelintir jutawan Melayu yang masih survive selepas Asia dilanda badai krisis ekonomi. Ramai jutawan Melayu atau Bumiputera telah hanyut dilambung badai ketika itu dan ada yang masih hidup, nyawa-nyawa ikan dan ada yang telah hilang hanyut dilambung gelombang.
Hidangan di dalam talam kawalan Syed Mokhtar ketika ini di antaranya ialah Malaysian Mining Corporation (MMC), Tradewind Bhd dan DRB-HICOM. Realitinya rezeki hidangan ini bukannya datang terhidang di dalam dulang emas tetapi setiap syarikat-syarikat ini ada ceritanya yang tersendiri.
Sepak terajang perniagaan sudah menjadi kematu kepada Syed Mokhtar dan semuanya diceritakan di dalam buku ini dengan penuh sentuhan.
Adalah kelaziman setiap peniaga Bumiputera akan menempuh cabaran dengan bangsanya sendiri. Begitu juga Syed Mokhtar.
Syed Mokhtar juga tidak terlepas dari lempias impak perubahan pucuk pimpinan daripada Dr Mahathir kepada Pak Lah. Dasar-dasar pembangunan ekonomi Pak Lah ternyata menggigit perniagaan Syed Mokhtar.
Selepas melepaskan jawatan dalam Kerajaan, Dr Mahathir seperti keseorangan dan ramai yang dulu mencium tangannya kini lari beralih giliran mengampu Pak Lah. Syed Mokhtar tidak begitu, kata Mahathir " For a while, I thought Syed Mokhtar too had disappeared. But it was not so. He continued to seek me out even though I was no longer in a position of power".
Syed Mokhtar telah dilabel sebagai 'orang Mahathir' akibat pengaruh 'budak-budak tingkat 4' Syed Mokhtar telah terpisah jauh dari pucuk pimpinan. Banyak projek-projek yang telah ditawar kepada Syed Mokhtar semasa tempoh akhir Dr Mahahir menjadi Perdana Menteri telah dibekukan dan ada yang ditarik balik.
Projek 'Alluminium Smelting' di Sarawak telah ditarik balik dan projek landasan keretapi berkembar dihentikan. Hikmahnya, apabila kesukaran menyertai projek dalam negara kerana dasar-dasar Pak Lah, Syed Mokhtar telah mengalih membawa MMC keluar negara khasnya Timur Tengah.
Seorang tokoh jutawan Timur Tengah terkemuka Mohamed Ali Alabbar, Emaar Properties yang membangunkan bangunan tertinggi di dunia Burj Khalifa Dubai berkata semasa wawancara di TV menyatakan "in South East Asia, we will only do business with Syed Mokhtar".
Membaca buku ini membuka persepsi sebenarnya bahawa kadangkala cabaran usahawan Melayu dan peniaga Melayu yang sebenarnya bukan persaingan dengan kaum lain tetapi yang lebih sukar ialah kerenah sikap bangsa Melayu sendiri.
Buku ini bukan setakat sesuai dibaca oleh pelajar, bakal usahawan, usahawan tetapi juga mereka yang bakal menjadi pemimpin, bakal-bakal calun ADUN atau Ahli Parlimen kerana mereka adalah bakal menjawat jawatan Menteri cabinet yang kelak diamanahkan untuk mengubal dasar-dasar ekonomi untuk Melayu dan Islam.
Apapun menurut Syed Mokhtar "Wealth has to circulate. When you make money you have to give it away". | |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 10 Nov 2012 09:40 PM PST |
PISAU.NET Posted: 10 Nov 2012 09:35 PM PST |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 10 Nov 2012 09:33 PM PST |
KEPAL NASI KEPAL BERAS Posted: 10 Nov 2012 03:59 PM PST ANWAR: MINDA RAKYAT MASIH 3rd CLASS..ADA MANIPULASI Posted: 09 Nov 2012 05:47 PM PST Sekali lagi minda rakyat diperkotak-katikkan oleh Anwar anak beranak. Malahan yang paling jelas diperbodohkan ialah mereka yang mendengar secara "live" jawaban Nurul yang membawa kepada tercetusnya polemik ini. Yang paling kesian tak lain tak bukan, peserta yang menanyakan sendiri soalan tersebut.
Dalam gereja tempat lokasi seminar, itulah jawabannya tapi bila diluar sudah diubah bersesuaian dengan selera segmen pendengar melayu Islam yang lebih umum.
Lebih "cilaka sial" ialah bila sudah terjerat dengan kenyataan sendiri, Utusan pulak yang disalahkan dan diberi notis saman, walhal Utusan hanya mengulang cetak kenyataan yang telah dikeluarkan oleh sekutu media mereka, Malaysiakini.
"cilaka sungguh" nasib yang diterima oleh minda rakyat Malaysia kerana telah dimanipulasi sewenang-wenangnya mengikut versi ciptaan Anwar anak beranak.
Dari segi hukum sunnah alam dan hukum hakam agama, sudah pasti akan ada sempadan atau penamat kepada semua penipuan dan manipulasi keterlaluan ini kerana terlalu ramai umat yang terkeliru dan terlalu ramai yang terfitnah dengan permainan jelik dan kotor Anwar anak beranak ini. Bukan sedikit kesannya kepada keutuhan dan kesucian agama dan kesejahteraan serta kesatuan ummah hasil kerja dan permainan kotor mereka.
Anwar anak beranak langsung tidak sedikit pun rasa bersalah, malah beranggapan minda rakyat Malaysia hanya setakat minda kelas 3 yang mudah dipengaruhi dan dikuasai.
Wahai rakyat Malaysia minda kelas 3 yang telah bertahun-tahun menjadi mangsa "manipulasi minda" Anwar anak beranak, berhentilah dari jadi bodoh dan masih mahu terus membiarkan diri diperbodohkan oleh anak beranak ini. | |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 10 Nov 2012 03:05 PM PST Tantawi tembak siapa? Posted: 10 Nov 2012 03:03 PM PST Nasruddin berkata ayat-ayat dalam al-Quran yang berkaitan dengan Islam dan kebebasan beragama perlu difahami dengan jelas
Ketua Pemuda Pas Nasruddin Hassan Tantawi berkata Islam tidak menyokong kebebasan agama bagi penganutnya pun begitu melarang sebarang bentuk paksaan untuk orang bukan Islam. Bercakap kepada the Mole, Nasruddin berkata: "Islam tidak pernah menganjurkan kebebasan agama sebagai orang beriman harus menerima hakikat bahawa Islam adalah benar." "Oleh itu, seseorang yang dilahirkan sebagai seorang Islam, dia perlu mematuhinya, mengamalkannya dan mempertahankannya."
Nasruddin dalam blog post beliau memetik ayat dari Al-Quran (Al Anaam: 153) menyatakan bahawa tidak ada kebebasan beragama dan kebebasan untuk memilih agma untuk seorang yang dilahirkan Muslim, melainkan menyerahkan dirinya kepada Allah. Beliau menjelaskan bahawa ayat di dalam Al-Baqarah: 256 khusus dalam memperincikan bahawa Islam tidak harus dipaksa ke atas bukan Islam dan Islam menyokong kebebasan bagi umat Islam dan bukan Islam untuk mengamalkan agamanya sendiri. "Itulah apa yang dimaksudkan. Kita harus dapat memahami ayat-ayat ini dengan jelas, "tambah Nasruddin. Komen beliau adalah Berbeza dengan kenyataan yang dibuat oleh naib presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar dalam satu forum awam baru-baru ini. Nurul Izzah sewaktu menjawab soalan mengenai sama ada kebebasan beragama harus diberikan kepada orang Melayu juga telah berkata: "Dan apabila anda bertanya kepada saya, (bahawa) tidak ada paksaan dalam agama, malahan Dr (Ahmad) Farouk (Musa) telah memetik ayat tersebut dari dalam al-Quran. "Dan apabila anda tanya saya atau sesiapa sahaja, bagaimana boleh sesiapa pun berkata, 'Maaf, ini hanya terpakai kepada orang bukan Melayu.' Ia harus digunapakai secara sama rata. " Nasruddin bagaimanapun enggan mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah, dengan alasan beliau masih belum mendengar dan membaca keseluruhan transkripnya. ~the mole | (Gambar) Payudara Lady Gaga terlihat ketika melambai kepada peminat Posted: 10 Nov 2012 03:00 PM PST Lady Gaga kembali kecoh dengan mempamerkan keseksiannya, kali ini beliau mengejutkan peminat-peminatnya dengan penampilan topless dikhalayak umum! Lady Gaga muncul dari balkoni biliknya di Rio De Janeiro pada Rabu lalu dengan tidak memakai baju. Penyanyi berusia 26 tahun itu hanya mengenakan seluar dalam hitan dan sehelai tuala serta sebiji kelapa muda yang digunakan untuk menutup buah dadanya agar tidak terlihat. Kedatangan Lady Gaga ke Rio De Janeiro adalah untuk tour yang dijadualkan di negara-negara Amerika Selatan termasuklah Brazil. | 'Siti Nurmaisyarah' kendali aktiviti persundalan di FB Posted: 10 Nov 2012 06:09 AM PST KUANTAN: Seorang pengguna facebook (fb) dikesan memanipulasi laman sosial itu dengan menjadi perantara medium lucah dan aktiviti persundalan bagi membolehkannya mengaut pendapatan haram dengan cara mudah. Dengan mengenakan caj RM30 melalui akaun FB dikendalikannya, individu itu yang menggunakan nama Siti Normaisyarah menyediakan perkhidmatan membekal senarai nombor telefon rumah urut dan agensi teman sosial, selain gambar video klip dan pautan ke laman web lucah. Nama Siti Normaisyarah itu dikesan pada nombor akaun bank yang diberikan kepada wartawan Harian Metro yang membuat penyamaran dan membuat pembayaran melalui pindahan wang. Sebelum itu, kewujudan akaun FB individu terbabit dikesan dengan mematuhi prosedur cukup mudah iaitu hanya perlu 'like' sebelum diminta mengirim e-mel ke alamat diberikan. Pemerhatian dilakukan mendapati sehingga kini akaun fb itu sudah mendapat 39,542 'like' sejak beroperasi pada 2006. | Wanita warga Indonesia dakwa diperkosa 3 anggota polis Posted: 10 Nov 2012 05:10 AM PST | Gambar hiasan |
BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja kedai makan warga Indonesia mendakwa dia dirogol tiga anggota polis di sebuah balai polis dekat sini semalam. Mangsa berusia 25 tahun mendakwa ditahan oleh tiga orang anggota polis berusia lingkungan 20-an sehingga 30-an pada jam 6.20 pagi di Perai dan kemudian dibawa ke balai polis. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi yang dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas perundangan jika benar dakwaan itu. Menurut mangsa, ketika ditahan dia berada dalam kereta sewa bersama seorang pemandu teksi tempatan selepas menghantar seorang rakan perempuannya yang tinggal di kawasan itu . "Tidak lama selepas itu, sebuah kereta peronda polis jenis proton Wira menahan kereta yang kami naiki dan dua anggota polis yang memakai uniform polis meminta kami menunjukkan kad pengenalan. "Ketika itu, saya hanya membawa salinan pasport. Jadi, anggota polis itu tidak mahu menerima salinan pasport dan mengatakan akan membawa kami ke balai polis. "Bagaimanapun, saya merayu kepada dua anggota polis ini dan meminta mereka melepaskan pemandu teksi yang ketika itu digari," katanya yang ditemui di Pejabat MCA Bukit Mertajam, pagi tadi. Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan dan Pengerusi Wanita MCA Bukit Mertajam, Goh Swee Gim. | Nurul Izzah Caught On Video Just Like Her Father Anwar Ibrahim Posted: 10 Nov 2012 04:01 AM PST She was caught on video – just like her father, who was caught on video have sex except in this case, she was caught saying Malays should have the freedom to choose their religion and that there should be no compulsion for Malays to be Muslims. Her urban, middle class Christian listeners at the Tabernacle Church in Subang naturally cheered and applauded. She was fishing for the Christian votes and she gladly played to the gallery. Here was Nurul – the Saviour which the church has been waiting. In fact, churches had sent messages to their congregation to fast and prayed for changes in the coming elections. Many church leaders have used their FB to campaign openly for PR. It is done openly. We know where the church stands. We know there is no neutrality when all the speakers at the Tabernacle church were from Pakatan Rakyat. But God is great. Nurul forgot that her comments would not go down well with the majority of conservative and religious Muslims who would be the decider in the polls. Liberals and non-Muslims would support Nurul but ultimately, it will be the heartland Malays that will decide the outcome. So Nurul went on a damage control mode. She denied. She threatened Utusan Malaysia with a suit but the video has already gone viral. We produced here what Malaysiakini – the pro-Pakatan Rakyat website – has reported. Utusan can summon Steven Gan and Premesh Chandran to testify in court if Nurul proceed to sue! We are still trying to figure out why some churches still pray for purported righteous and moral leaders who are caught lying, serial adulterer caught having sex with Chinese call girl or having oral sex in a toilet. It's mind boggling. – Stop The Lies | 'Samanlah Malaysiakini kalau benar difitnah' Posted: 10 Nov 2012 03:31 AM PST KUALA TERENGGANU - Perkasa mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah untuk turut menyaman portal berita Malaysiakini, susulan kontroversi yang timbul dalam satu forum baru-baru ini. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Utusan Malaysia hanya menyiarkan semula artikel laporan portal berita itu. "Anwar dalam ucapannya di Terengganu semalam kata Nurul Izzah difitnah. Ini satu pembohongan, kerana CD yang dipertontonkan jelas menyebut kebebasan agama sama rata tetapi Anwar kata lain pula, dalam lingkungan Perlembagaan Persekutuan. "Perkataan Perlembagaan Persekutuan ini hanya muncul apabila kontroversi ini timbul bagi memperbetulkan kenyataan yang dibuat. Inilah yang mengecewakan seorang ahli Majlis Peguam yang bertanya dalam forum berkenaan. "Maknanya (sekarang) siapa yang berbohong? Macam mana dia boleh kata bohong sedangkan ia sudah tersiar dan (Nurul Izzah) tidak mengaku. Saya cabar mereka untuk menyaman portal berita itu. Jika tidak, dialah sebenarnya bapa pembohong," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negeri Terengganu Kali Ke-2, 2012 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini,hari ini. Sementara itu ketika ditanya tentang kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempertahankan Nurul Izzah, Ibrahim berkata, Mursyidul Am Pas itu hanya pandai berkata-kata. "Masalah Nik Aziz ini (dia) tidak teliti dan main cakap sahaja. Saya tidak kisah apa yang dia cakap sebab cakap dia orang dah tak pakai, sebab kenyataan dia bercanggah-canggah. "Saya hormat dia sebagai orang tua, sebagai tok guru tetapi tok guru pun, kena betullah. Sebab itu saya katakan, sebagai anak Kelantan, bukan saya tak hormat tok guru, tetapi saya sayang Kelantan dan saya sayang agama. Jangan gunakan gelaran ulama untuk memutarbelitkan kenyataan," katanya. | Lawak 'kurang ajar' Rosyam Nor di Anugerah Skrin 2012 dapat respon Ustaz Azhar Posted: 10 Nov 2012 03:03 AM PST Kami pun dengar-dengar cerita aja. Yang melaporkannya blog Oh Artis. Apa tujuan Rosyam Nor berkata sedemikian? Lawak pun janganlah sampai main isu2 berkaitan moral dan tuntutan agama. Jangan buat malu rakan artis lain. Rasanya bukan semua artis mahu dirinya di cuit-cuit, diromen-romen... Rosyam nak kena sembur dengan Ostazah Abby ni... | (Gambar) Sekitar majlis resepsi Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo Posted: 10 Nov 2012 12:31 AM PST Selain Anugerah Skrin 2012 malam tadi, turut mencuri perhatian rakyat Malaysia malam tadi adalah resepsi perkahwinan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei. Resepsi perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan pasangannya Datin Wong Mew Choo malam tadi berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 1,500 tetamu. Majlis yang berlangsung di KLCC ini turut di'hadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak & Timbalan Perdana Menteri turut hadir memeriahkan majlis untuk meraikan pengantin baru ini — selain barisan menteri lain. Gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo untuk tatapan anda selepas ini. | 'Bukan Izzah yang bercakap tuh..tapi suratkhabar' - Nik Aziz pertahan Izzah Posted: 10 Nov 2012 12:01 AM PST KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berikutan pelbagai kecaman sesetengah pihak ekoran kenyataannya dikatakan meremehkan soal akidah atau menerima orang Islam yang memilih untuk murtad. Abdul Aziz berkata, kenyataan Nurul Izzah menjadi perkara serius dan dibincangkan oleh pelbagai pihak memandangkan beliau merupakan anggota parti pembangkang yang sememangnya sentiasa tidak sehaluan dengan pihak lawan. Oleh itu, menurutnya setiap perkara mahupun kenyataan yang dibuat oleh pembangkang diputar belit untuk menjadikannya buruk. "Bagi saya dalam isu ini, Izzah tidak bernasib baik kerana dia pembangkang, apabila buat benda sikit walaupun perkataannya boleh menjadi celaru juga tetapi ia menjadi 'gege gegok' (diperbesarkan)," katanya ketika menyampaikan Kuliah Mingguan di sini, semalam. Dalam pada itu, ketika ditemui pemberita selepas Kuliah Mingguan, Nik Aziz yang juga Menteri Besar menyalahkan laporan media dan katanya, tidak semestinya apa dikeluarkan media serupa dengan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. "Izzah lain surat khabar lain...yang Izzah bercakap mestikah serupa yang akhbar siarkan? Sebab itu kali pertama saya tengok benda ini disiarkan akhbar saya rasa bukan dia," katanya kepada media semalam. Nik Aziz berkata, berdasarkan keterangan daripada Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu, ia tidak sama dengan kenyataan Nurul Izzah. "Saya pembangkang dan saya juga dituduh sebagai bapa kafir, sedangkan saya ini pejuang Islam," katanya. | (Gambar) Aksi 'basah' Lisa Surihani... Posted: 09 Nov 2012 11:31 PM PST Aksi panas dan melampau sudah biasa dalam kehidupan sesetengah artis. Penyebaran gambar bogel artis atau gambar peribadi artis sudah biasa kita dengar sekarang nie. Gambar di bawah menunjukkan aksi Lisa Surihani sedang bercumbu a.k.a mencium Miasara! Gambar nie sebenarnya adalah sebahagian dari babak filem I'm Not Single. Jangan salah sangka, Lisa Surihani merupakan antara artis mempunyai rekod bersih dari sebarang gosip panas. | (Gambar) Anugerah Skrin 2012 : Foto Super Bosan Neelofa Posted: 09 Nov 2012 09:28 PM PST Hmmm..kami dengar banyak perkara kurang menarik yang terjadi pada Anugerah Skrin 2012. Apa juga penonton-penonton yang meluahkan perasaan mengatakan Anugerah Skrin 2012 kali ini amat membosankan, ada juga yang menambah sebagai sampah! Wow! Teruk sangat ke? Maaflah, kami tak sempat menonton untuk beri ulasan. Tapi setelah kami lihat beberapa foto artis-artis yang hadir pada malam itu...hmmm, nampak macam ada sedikit bosan. Neelofa juga membosankan..heh...mungkin sebab sebelum ini penampilannya agak seksi kot.. | Ada kejutan untuk pemimpin yang persenda kesucian Islam Posted: 09 Nov 2012 07:01 PM PST KUALA LUMPUR 9 Nov. - "Saya hendak beritahu kepada Nurul Izzah dan bapanya, Anwar Ibrahim, mereka akan terkejut bila mereka melihat siapa peguam-peguam kanan yang akan mewakili Utusan Malaysia."
Kenyataan tersebut diberikan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin sebagai respons terhadap tindakan Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menyaman Utusan Malaysia.
Semalam, Nurul Izzah, menerusi notis yang dikeluarkan peguam bela dan peguam cara Mohamed Hanipa & Associates, menuntut Utusan Malaysia memohon maaf dalam masa 48 jam berhubung penyiaran artikel berkenaan isu kebebasan beragama dalam kalangan orang Melayu yang disifatkan beliau sebagai fitnah. | Sukarnya Nik Aziz nak akui kejahilan agama anak rakan yang dikasihinya.... Posted: 09 Nov 2012 06:30 PM PST KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jika benar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengeluarkan kenyataan mengenai kebebasan beragama yang menimbulkan kontroversi, ia adalah suatu perkara yang tidak betul.
"Itu tak betul, kalau itu ucapan dia (Nurul Izzah)," katanya kepada Bernama selepas menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Masjid Ketereh di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Nik Aziz menyatakan, beliau bimbang kemungkinan wartawan terbabit tidak melaporkan sepenuhnya kenyataan Nurul Izzah mengenai perkara itu, menyebabkan berlakunya kontroversi.
Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah, yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, yang dilaporkan sebuah portal berita pro-pembangkang sebagai berkata kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk Melayu.
Portal itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu".
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya pada 3 November.
Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya beliau berani untuk menyatakan kebenaran apabila terdapat pemimpin pakatan pembangkang membuat kenyataan yang bercanggah dengan Islam dan prinsip perjuangan Pas, Nik Aziz berkata, perkara itu tidak berbangkit.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri dilaporkan berkata Nik Aziz tidak sepatutnya mengenepikan soal kebenaran terutama yang melibatkan agama Islam, semata-mata untuk kepentingan politik. - Bernama | Hindu marah dengan bila radio siarkan pengakuan muallaf Posted: 09 Nov 2012 06:01 PM PST Satu kumpulan Hindu telah membuat laporan polis ke atas minnal FM yang menyiarkan pengakuan seorang bekas kasta Brahmin yang masuk Islam kerana mendapat mimpi kalimah tauhid.
"We have nothing against the promotion of Islam but the speaker has no right to make statements that belittle other faiths.
Mereka kecewa kerana radio itu tidak sensitif menyiarkan pengakuan begitu di saat Deepavali bakal tiba yang kelihatan memperlekehkan ajaran agama mereka.
S Vell Paari dari MIC menyelar tindakan radio tersebut.
Bila disiasat program tersebut dibawah kendalian Jakim, jabatan di bawah jabatan perdana menteri.
"There has been a huge outcry against [PKR vice-president] Nurul Izzah Anwar over her remarks which purportedly promote apostasy. But aren't these programmes doing the same?"
Selepas laporan polis dibuat, Paari membayangkan adakah polis akan menghantar sekumpulan 15 orang untuk menyerbu Jakim seperti mana mereka menyerbu pejabat Malaysiakini kerana surat pembaca yang memuji Nurul Izzah Anwar kerana kenyataan 'tiada paksaan menganut agama, termasuk orang Melayu' 3 Nov lalu.
Paari menambah lagi, kalau ada slot begitu untuk program Islam mungkin masa akan datang patut ada slot yang sama untuk agama-agama lain.
Junah: Bersatulah orang Islam, apa dah jadi dengan kita ni, dulu masa kita bersatu tak dengar pula bunyi sampai macam ini punya kuat, tapi sekarang kerana gila kuasa, apa dah jadi dengan kita? | Izzah perlu hadapi sebagai cabaran politik - DSAI Posted: 09 Nov 2012 05:31 PM PST KEMAMAN - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kontroversi panas yang mendakwa anaknya, Nurul Izzah Anwar, yang juga Naib Presiden PKR, berhubung isu kebebasan memilih agama, sebagai titik permulaan kepada anaknya itu untuk belajar mengharungi dunia politik sebenar.
Beliau berkata, dunia politik sebenar bukan mudah dan pelbagai cabaran perlu ditempuhi serta memerlukan kekuatan.
"Nurul Izzah difitnah dan diserang demi kepentingan politik. Pelbagai kecaman yang dia terima termasuk ada yang mahu dia ditangkap tanpa perkara itu disiasat terlebih dahulu," katanya ketika menyampaikan ceramah pada program sembang rakyat sempena Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat yang singgah di Pekan Kerteh, dekat sini, petang ini.
Menurutnya, Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadikan kontroversi itu untuk menyerang Nurul Izzah sedangkan kenyataan sebenar yang dikeluarkan telah dimanipulasi kerana tiada isu besar untuk dibangkitkan.
Malah, kata Anwar, beliau sendiri juga sudah lali dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini termasuk kononnya beliau menyokong fahaman pluralisme.
Terdahulu, Anwar bersama rombongan turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Mizan sebelum menghadiri jamuan tengah hari bersama kira-kira 2,000 penduduk setempat yang membanjiri tapak ceramah dan sejurus kemudian meneruskan siri jelajah ke Kuala Terengganu.
Hadir sama, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Penolong Setiausaha Badan Perhubungan Pas Terengganu merangkap Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat.
| Henti putar belit, minta maaf dan bertaubat lagi bagus Posted: 09 Nov 2012 05:05 PM PST KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan meminta supaya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak lagi berdolak-dalik berhubung kenyataan kontroversi dalam satu forum baru-baru ini.
Beliau berkata semua bahan bukti seperti rakaman video dan transkripsi ucapan dalam forum itu sudah ada disiarkan dalam internet termasuk di YouTube.
Katanya, anggota parlimen Lembah Pantai itu juga tidak perlu memesongkan perhatian orang ramai dengan menyaman akhbar lain dan mendakwa apa yang dilaporkan akhbar itu tidak benar.
"Segalanya jelas, kenapa perlu dia (Nurul Izzah) menafikannya. Kalau dah tersalah cakap, minta maaf, jangan hendak menyalahkan segalanya salah Umno, salah Utusan, salah akhbar.
"Kalau dah salah tu, nyatakan salah dan tarik balik. Betulkan kembali, bertaubat dan mohon maaf secara terbuka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama penceramah-penceramah Umno di sini hari ini.
Di SHAH ALAM, Nurul Izzah ditemani peguam Fadlina Sidik hari ini hadir ke Jabatan Agama Islam Islam Selangor (Jais) bagi memberi penjelasan berhubung kenyataan tersebut.
"Saya hadir ke sini ditemani peguam. Selain memberi penjelasan, saya juga membuat aduan kepada Jais mengenai laporan berita oleh beberapa akhbar tempatan yang mendakwa saya menyokong masyarakat Melayu bebas memilih agama," katanya kepada pemberita selepas bertemu pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin di pejabat Jais di sini.
Baru-baru ini sebuah portal berita melaporkan memetik Nurul Izzah sebagai berkata bahawa setiap rakyat di negara ini termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.
Portal berita pro-pembangkang itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata, "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."
Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Dalam pada itu, Ahmad berkata Penerangan Umno akan mengadakan sesi penerangan di peringkat akar umbi mengenai perkara ini yang dianggap satu kenyataan yang amat berat dan dahsyat dikeluarkan oleh seorang berjawatan tinggi dalam PKR.
Katanya, di Malaysia, berdasarkan Perlembagaan, fahaman kebebasan beragama dalam konteks umat Islam tidak terpakai, tetapi menghormati kebebasan beragama untuk bangsa lain.
"Apakah mereka ingin mengubah perlembagaan apabila memerintah selepas pilihan raya umum nanti. Kita tidak akan biarkan mereka memerintah kalau itulah akibatnya nanti," katanya.-Bernama | |
Other Perspektif Posted: 10 Nov 2012 02:45 PM PST |
Cucu Tok Selampit Posted: 10 Nov 2012 02:31 PM PST Apakah DiGi Penaja Lawatan Deepavali Anwar Ibrahim Ke Klang Petang Tadi? Posted: 10 Nov 2012 04:30 AM PST
Lebih 1,000 orang masyarakat India hadir menyambut Anwar Ibrahim ke Jalan Tengku Kelana, "The Little India" Klang, hari ini semperna sambutan perayaan Deepavali. Sebelum itu Anwar Ibrahim juga sempat memberikan tazkirah di Masjid Kg Teluk Menegun, Kg Jawa Klang. Selepas ini kalau Masjid Kg Teluk Menegun dan Jalan Tengku Kelana dilanda banjir, maka kita tahu apa sebabnya.
Kelihatan menyambut Anwar Ibrahim adalah Dr Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu. Seperti kebiasaan di dalam ceramah-ceramah Anwar Ibrahim, beliau menekankan bahawa Barisan Nasional menindas Masyarakat India. CTS tertanya-tanya mungkin sebab penindasan itu, masyarakat India semakin berjaya di Malaysia dalam bidang korporat dan sektor pekerjaan yang lain seperti doktor, jurutera dan sebagainya. Malah ramai juga tokoh-tokoh jutawan yang berjaya dilahirkan seperti Ananda Krishnan dan sebagainya.
Di pentas utama tempat Anwar Ibrahim berucap, seperti yang kelihatan di dalam gambar di atas, kelihatan jelas penaja utama iaitu DiGi. Persoalannya, adakah DiGi menaja lawatan Anwar ke Klang? Mungkin yang bertanya apa salah DiGi ingin menaja Anwar Ibrahim? Memang tak salah. Cuma mungkin jutaan ahli komponen Barisan Nasional boleh menimbang kembali untuk memberikan sokongan dan menggunakan produk DiGi. Kuasa pengguna penting! Maaf, CTS tidak pernah menggunakan produk DiGi.
Published with Blogger-droid v2.0.9 | Caj Parkir Dikenakan Di Taman Tasik Darulaman - Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua Posted: 09 Nov 2012 08:25 PM PST Tahniah CTS ucapkan kepada Kerajaan PAS Negeri Kedah yang sedang giat melaksanakan slogan pemerintahan Kerajaan Negeri - Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua. Terbaru, kerja-kerja pembinaan penghalang automatik sedang giat dijalankan untuk mengutip caj parkir bagi pengunjung-pengunjung ke Taman Tasik Darulaman. Buat yang bukan Rakyat Kedah, Taman Tasik Darulaman merupakan sebuah taman yang penuh dengan aktiviti dan riadah yang tidak jemu mengamit kehadiran pengunjung.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Haram memang suka menanam tebu di tepi bibir. Sebelum menang pilihanraya, semuanya dijanjikan bulan dan bintang. Ini percuma, itu percuma. Selepas menang, semua janji-janji hanyalah sebuah manifesto yang tidak perlu dilaksaknakan. Semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum 2008, sememangnya terdapat satu parkir berbayar. Tetapi, Kerajaan BN pada masa itu, prihatin dengan Rakyat Kedah yang berpendapatan rendah dengan mewujudkan parkir percuma. Nampak gayanya selepas pemerintahan Ahlul PAS, semuanya dikenakan bayaran. Sesak kaw-kaw kata orang Kedah hendak peghah duit Rakyat!
Samalah keadaanya di Pulau Pinang, Seingat CTS di Pulau Pinang dulu masa pemerintahan BN, perintah kutip duit parkir hanyalah sehingga jam 6 petang. DAP pada masa itu berkata Kerajaan BN zalim, dan Rakyat yang termakan fitnah DAPpun sokong. Apabila Kerajaan Rejim DAP memerintah, parkir dikutip sampai jam 12.00 tengah malam. Mana lagi zalim? BN atau Rejim DAP. Rakyat Pulau Pinang telah di perbodohkan dan akan terus diperbodohkan sekiranya terus menyokong rejim DAP. | Nurul Izzah Wajib Menyaman Siti Zabedah Kassim, Ahli Majlis Peguam Berhubung Kenyataannya Ini Posted: 09 Nov 2012 07:36 PM PST Kita tidak hairan sekiranya Nurul Izzah ingin menyaman Berita Harian dan Utusan Malaysia berhubung kenyataannya berhubung isu murtad di sebuah gereja tempoh hari. Apa yang menjadi persoalan, Nurul Izzah bersikap berat sebelah dan "double standard" apabila beliau tidak turut menyaman Malaysiakini versi English berbayar kerana "portal online" berkenaan adalah portal yang mula-mula mengeluarkan berita mengenai kenyataannya itu.
CTS ingin bertanya YB Nurul Izzah, bagaimana pula pendirian beliau mengenai kenyataan seorang ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kassim yang kecewa apabila Naib Presiden PGayR itu yang tidak mempertahankan kenyataannya bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata termasuk orang Melayu.
Menurut Siti Zabedah yang dipetik dari laman portal Free Malaysia Today, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sepatutnya mempertahankan kenyataannya berhubung kebebasan beragama itu dan bukan 'memusing' 180 darjah. Katanya, "Tiada apa yang salah mengenainya, beliau mengatakan kebenaran. Saya menjangka 'hoo-ha' selepas itu. Tetapi sebagai seorang ahli politik, anda hanya perlu berpegang kepada kebenaran. Saya percaya Nurul Izzah cuba menarik perhatian orang ramai, dia tidak memikirkan tentang kesannya." Adakah Nurul Izzah juga akan menutup mata mengenai kenyataan di atas dan tidak akan menyaman ahli majlis peguam, sebuah badan NGO yang selama ini menjadi tulang belakang yang mempertahankan Pakatan Haram? | |
Duke of UMNO Posted: 10 Nov 2012 01:07 PM PST PANASSS..!!! DUIT SYILING BERUKIR GAMBAR PORNO..!!! Posted: 10 Nov 2012 07:34 AM PST Kalau Anwar Berahim jadi PM, tak mustahil perkara ni berlaku. Kalau "china doll" pun dia minat, apatah lagi duit syiling berukir ukiran porno..!!! Kan? Heh!
Gambar porno ternyata sudah ada sejak zaman dahulu kala. Bahkan pada zaman romawi kuno, gambar porno menghiasi beberapa wang logam pada masa itu.
Gambar yang terpampang pada wang tersebut, adalah posisi-posisi lucah.
Gambar tersebut tercetak timbul sehingga adegan porno yang ada terlihat denga sangat jelas.
Jom kita tengok-tengok koin tersebut? Berikut gambar-gambar logam porno dari zaman Romawi kuno. - MPP Online
| BODOH PUNYA PEMBANGKANG! PERATURAN MUDAH PUN TAK BOLEH IKUT KE? Posted: 10 Nov 2012 06:32 AM PST
Memang payah bila memberikan arahan kepada mereka yang tidak tahu bahasa dan tidak tahu menghormati undang-undang yang ditetapkan, apatah lagi berdepan dengan orang yang tak lulus SRP dan "apek" tak sedar diri.
Baru-baru ini Yang DiPertuan Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Mulia memberi amaran kepada Ahli-Ahli Parlimen bahawa sudut sidang media di Parlimen adalah untuk kegunaan mereka saja dan bukan pihak lain yang tidak berkenaan.
Beliau menegaskan bahawa mereka yang bukan Ahli Parlimen, termasuk mana-mana NGO-NGO, supaya tidak bermaharajalela menggunakan sudut berkenaan untuk mereka mengadakan sidang akhbar.
Memang itu peraturan Parlimen sebelum ini dan Ahli-Ahli Parlimen terutamanya pihak pembangkang patut sedar dan tahu hal itu.
Namun mungkin disebabkan kebebalan dan sikap tidak bertamadun para pengikut Pakatan Haram dan NGO yang menyokong pembangkang, sudut berkenaan sering menjadi tempat mereka mengadakan sidang akhbar.
Antara yang kerap berbuat begitu ialah Rafizi Ramli dan ramai pemimpin Pakatan Haram yang bukan berstatus Ahli Parlimen.
Tindakan mereka itu telah menyebabkan ramai Ahli Parlimen yang bersungut dan mengadu mereka tidak dapat mengadakan sidang akhbar kerana sudut itu dimonopoli oleh "muka-muka tembok" yang tidak tahu menghormati Parlimen itu.
Malangnya, ada juga Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Haram yang tidak faham dan menganggap tindakan Yang DiPertua Dewan Rakyat itu tidak wajar serta perlu diberikan kelonggaran.
Persoalannya, apakah pihak Pakatan Haram akan membenarkan mana-mana pihak dari Barisan Nasional untuk menggunakan sudut itu untuk menganjurkan sidang akhbar sekiranya mereka berkuasa nanti?
Rasanya tidak sama sekali!
Contohnya di Kedah, selepas sidang DUN berlangsung, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak akan mengadakan sidang akhbar di sudut dewan yang telah ditetapkan oleh undang-undang Dewan Undangan Negeri.
Sebagai menghormati peraturan dan ketetapan Dewan, pada ADUN dari Barisan Nasional hany menggunakan lobi dewan dan kaki lima di situ sebagai tempat mereka mengadakan sidang akhbar.
Jadi, kenapa pula puak-puak Pakatan Haram tidak dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan itu?
Lagipun, Azizan Razak tidak pernah pun menjemput ADUN-ADUN BN untuk mengadakan sidang akhbar di sudut yang disediakan itu meskipun mereka layak kerana mereka juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Mahfuz dan Tian Chua yang lebih-lebih tu kenapa? Siapa Rafizi untuk duduk di sudut sidang akhbar Parlimen untuk mengadakan sidang akhbar? Apa pula kena mengena NGO pro-pembangkang untuk menggunakan sudut berkenaan?
Apakah mereka tidak punya pejabat untuk mengadakan sidang akhbar?
Kalau tidak punya pejabat sekalipun, tidak bolehkah mereka menghormati Parlimen dan hak Ahli-Ahli Parlimen serta mengadakan sidang akhbar di kedai mamak atau di kaki lima Parlimen? Payah-payah sangat buatlah sidang akhbar di rumah sendiri!
Saya tidak tahu di mana Ahli Parlimen Pakatan Haram dan puak-puak pembangkang ini letakkan akal mereka. Namun apa yang pasti, sikap yang mereka tunjukkan itu jelas menunjukkan mereka masih memiliki mentaliti dunia kelas ketiga.
Itu pun mereka ada hati untuk menawan Putrajaya? Rasanya hancurlah Putrajaya jika Pakatan Haram berjaya menjajah negara ini suatu hari nanti…kan?
Sumber: Mykmu.net | PANASSS..!!! NI LA WANITA NAMPAK "LURAH" YANG SOKONG NURUL IZZAH..!!! Posted: 10 Nov 2012 04:33 AM PST | Ni la Bedah tu...nampak lurah..!!! Astaghfirullahil'azimmm... |
Saya yakin bahawa ramai pak-pak lebai PAS yang terangkat kopiah putih mereka melihat seorang wanita, Siti Zabedah Kasim, yang merupakan salah seorang ahli Majlis Peguam begitu kecewa dengan putar belit "anak papa" yang menarik balik sokongan terhadap "kebebasan agama".
Siti Zabedah yang berambut "blonde" dan begitu "terbuka" berpakaian seksi itu pastinya akan menjadi "ikon" di kalangan golongan yang berfahaman liberal serta menyokong umat Islam di negara ini untuk keluar dari Islam.
Dan tindakan Nurul Izzah yang memutar kata 180 darjah dan menarik balik kenyataannya di sebuah forum yang diadakan di Petaling Jaya itu jelas menyebabkan dia marah sehingga meluahkan kekecewaannya itu kepada media.
Betul juga kata Bedah. Mengapa perlu Nurul Izzah menarik balik dan memutar belitkan lidah tentang kenyataannya itu setelah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berterus-terang di majlis forum tersebut?
Apa salahnya dengan kenyataan Nurul Izzah itu? Bukankah ia adalah salah satu bukti yang menunjukkan bahawa negara ini mengamalkan kebebasan bersuara?
Menariknya, Bedah "seksi" menempelak Naib Presiden PKR itu dengan menyatakan bahawa sebagai pemimpin dia perlu berpegang kepada kebenaran dalam menyatakan prinsipnya sebagai ahli politik.
Peliknya, Nurul Izzah tidak berani mempertahankan kenyataannya yang mencetus kontroversi itu dan menyebabkan Bedah meradang serta menyatakan bahawa dia memerlukan seorang ahli politik yang bersifat boleh terus-terang tanpa berdolak-dalih.
Lebih ironik, Bedah juga menjelaskan bahawa dia pernah bertanyakan "papa" Nurul Izzah iaitu Anwar Ibrahim tentang soalan yang sama.
Malang bagi Bedah apabila "papa" Nurul Izzah itu awal-awal lagi mengelak dan memberikan jawapan yang "berpusing-pusing" serta tidak berani berterus terang secara terbuka.
Persoalannya, apakah Bedah tahu bahawa dia sebelum ini telah bertanyakan soalan kepada "sesumpah" dan "anak sesumpah"? Mereka boleh "bertukar warna" dalam sekelip mata dan mampu berputar berpusing melawan arah jam pada bila-bila masa mengikut keadaan.
Bedah perlu tahu bahawa "sesumpah" itu pernah berbohong di Amerika Syarikat sehingga menyebabkan para pemimpin di negara "Uncle Sam" itu menggelarnya sebagai "charmeleon" kerana begitu licik sehingga berjaya melepaskan diri begitu saja.
Dalam mengutarakan sebarang kenyataan, selalunya Anwar dan Nurul Izzah pada mula akan mengutarakan pandangan mereka yang sebenar. Namun jika kenyataan itu dilihat mampu menjejaskan kepentingan mereka, mereka boleh putar belit ikut suka mak bapak mereka!
Contohnya, Anwar pernah menyatakan sokongannya terhadap Israel dan mengiktiraf negara itu serta menegaskan bahawa Malaysia tidak mustahil untuk menjalin hubungan diplomatik dengan negara Zionis itu jika dia berjaya menjajah Putrajaya.
Pendirian Anwar itu dipuji banyak media di Israel dan ramai yang percaya "papa" Nurul Izzah itu berjaya membawa pulang dana berbilion USD dari proksi-proksi Israel.
Bagaimanapun, setelah kenyataan Anwar itu dikecam oleh umat Islam di seluruh dunia (kecuali orang PAS!), Anwar telah bertindak memutar belitkan kenyataannya itu, malah menuduh UMNO dan media sengaja memutar belitkan kata-katanya!
Persoalannya, apakah rakyat Malaysia tidak malu berketuakan seorang penyokong Zionis Israel, pembohong nombor wahid dan pemutar alam bertaraf antarabangsa seperti "papa" Nurul Izzah itu?
Dan kini jelaslah bahawa sikap jijik dan menjelekkan itu diwarisi oleh anak sulungnya, Nurul Izzah, yang kelam-kebut menjawab kontroversi yang dicetus tentang sokongannya terhadap memberi kebebasan kepada umat Islam berumur 18 tahun untuk murtad.
Apakah kini Bedah sudah celik? Rasanya tidak. Mungkin dia akan celik dan menyedari "warna sebenar" Anwar dan Nurul Izzah. Namun saya fikir bahawa mungkin Bedah belum celik tentang hukum hakam agama, sama seperti dua beranak tersebut.
Pada saya, saya hanya mampu mendoakan agar Bedah, Anwar dan Nurul Izzah diberi hidayah oleh Allah SWT dan semoga mereka kembali ke pangkal jalan…
Sumber: Mykmu.net | PENERBIT FILEM HINA ISLAM AKHIRNYA DIPENJARA..!!! Posted: 10 Nov 2012 01:16 AM PST Nakoula Basseley Nakoula atau Sam Bacile. Masih ingat lagi nama lelaki ini? Lelaki ni la yang menerbitkan filem Innocence of Muslims tu. Dia dipenjara juga akhirnya...
Malangnya, dia bukan dipenjara sebab filem haram jadahnya tu. Tapi disebabkan oleh melanggar syarat parol atas kesalahan menipu sebuah bank pada 2010.
Pada aku, kalau aku jumpa lelaki ni berdepan, dah tentu aku akan pijak dia hidup-hidup! No mercy lagi dah! Kalau korang macamana pulak? Pijak jugak ke? Lelaki terbit filem anti-Islam dipenjaraLOS ANGELES 8 Nov. - Dalang filem anti-Islam yang mencetuskan rusuhan di dunia Arab, Mark Basseley Youssef dikenakan penjara selama setahun kerana melanggar syarat parol atas kesalahan menyeleweng sebelum ini.
Youssef, 55, yang juga dikenali sebagai Nakoula Basseley Nakoula atau Sam Bacile akan menjalani hukuman itu di penjara Persekutuan Amerika Syarikat (AS) selepas mengaku bersalah terhadap empat dakwaan kerana menggunakan identiti palsu iaitu tindakan melanggar syarat parol atas kesalahan menipu sebuah bank pada 2010.
Dia menghadapi hukuman penjara sehingga dua tahun namun empat daripada lapan dakwaan yang dikenakan digugurkan selepas membuat perjanjian dengan pendakwa raya.
Lelaki itu ditangkap pada September lalu kerana melanggar syarat parol tersebut.
Pada perbicaraan bulan lepas, dia enggan mengaku bersalah atas dakwaan berkenaan, tetapi Youssef semalam menukar pengakuan ke atas empat tuduhan.
Hakim Christina A. Snyder berkata, Youssef yang ditahan sejak lima minggu lalu, perlu menjalani penjara selama 12 bulan dan diikuti pengawasan selama empat tahun selepas dibebaskan.
Youssef dikenal pasti sebagai dalang video Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad hingga mencetuskan keganasan yang menyaksikan berpuluh-puluh orang maut pada September lalu. - AFP
| PEDASSSS DARI TUN M..!!! MALAYSIAKINI JADI SASAU..!!! Posted: 09 Nov 2012 10:17 PM PST
Marah betul laman portal pro-pembangkang Malaysiakini apabila disindir sinis mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kontrak Petronas yang dikatakan "sengaja" diberikan kepada anaknya, Datuk Mokhzani Mahathir.
Kemarahan Malaysiakini itu sehingga membuat laman itu menyiarkan insiden memalukan portal tersebut, namun sudah tentu ia ditulis di dalam bentuk yang akan memburuk-burukkan negarawan ulung yang banyak menabur jasa kepada dunia internet di negara ini.
Malaysiakini kononnya mahu "mengenakan" Tun Dr. Mahathir dengan bertanyakan tentang kontrak Petronas yang diberikan kepada syarikat SapuraKencana Petroleum Bhd dengan nilai kontrak kononnya sebanyak RM700 juta.
Berpengalaman mengendalikan wartawan yang cuba memburuk-burukkan beliau, Tun Dr. Mahathir selamba menyatakan bahawa "beliau memang sengaja mengarahkan projek berkenaan diberikan kepada Mokhzani".
Malah tambahnya, "semua mesyuarat Petronas dipengerusikan olehnya dan sememangnya beliau mengarahkan kontrak berkenaan diberikan kepada anaknya, tidak kepada pihak lain".
Lebih melucukan, arkitek pembangunan negara itu menyuruh wartawan Malaysiakini berbangsa Cina itu menulis apa yang disindirnya itu di dalam laman portal yang sering memanipulasi berita dan memburuk-burukkan kerajaan UMNO/BN itu.
Saya yakin, sekiranya saya ditempat wartawan tersebut, sudah tentu itu adalah kali terakhir untuk saya bertemu dengan negarawan itu dan saya tidak mahu malu lagi selepas disindir begitu tajam sekali.
Rasanya, hanya mereka yang tebal muka dan tak tahu malu saja yang akan tahan sindiran tajam sebegitu. Saya tidak pasti sama ada wartawan Malaysiakini punya rasa malu atau tidak…
Pun begitu, saya tertanya-tanya tentang kontrak Petronas tersebut. Jika benar kontrak itu diberikan kepada syarikat SapuraKencana Petroleum, apa salahnya?
Apakah syarikat berkenaan milik Mokhzani seorang dan apakah tiada lagi Ahli Lembaga Pengarah lain selain Mokhzani di dalam syarikat berkenaan?
Bagaimana dengan Datuk Hamzah Bakar, Datuk Seri Shahril Shamsuddin, Chong Hin Loon dan Yeow Kheng Chew? Apakah mereka juga anak-anak Tun Dr. Mahathir? Dan mengapa pula mereka ini tidak disentuh?
Lagipun, melihat pada nama syarikat yang tertera perkataan "Petroleum", apakah berdosa dan salah sekiranya kontrak berkenaan diberikan kepada syarikat tersebut? Lainlah jika terdapat perkataan "tembakau", "kayu kayan" atau "nasi beriani gam" pada nama syarikat tersebut.
Jadi, memandangkan syarikat berkenaan adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berasaskan petroleum, apa salahnya diberikan kontrak Petronas itu kepada pihak mereka? Atau Pakatan Haram mahu kontrak itu diberikan kepada Kohilal?
Itu cuma satu kontrak sahaja. Bagaimana pula dengan ribuan kontrak Petronas yang lain dan apakah kontrak-kontrak berkenaan juga diberikan kepada anak-anak Tun Dr. Mahathir? Saya yakin jawapannya adalah tidak sama sekali.
Menghairankan, mengapa Malaysiakini tidak pernah tergerak hati untuk "mengorek" maklumat mengenai skandal pasir di Selangor?
Laman portal yang dipercayai mendapat pembiayaan Yahudi itu patut bertanya kepada Khalid Gagap tentang siapakah Pengerusi Kumpulan Alam Semesta yang menguasi industri pasir di negeri itu dan apa pertalian darahnya dengan Menteri Besar Selangor itu.
Abdul Rahman Ibrahim itu "abang" atau siapa pada Khalid Ibrahim dan mengapakah segala urusan pasir di negeri itu diberikan kepadanya sehingga ramai kontraktor di Selangor yang menggelarnya sebagai "Raja Pasir Semesta Selangor"?
Malaysiakini patut "korek" skandal berkenaan sehingga ke akar umbi. Bukan apa, rakyat Selangor pun nak tahu juga apa yang berlaku mengenai hasil mahsul negeri itu yang dikatakan telah dibolot oleh "The Sons Of Ibrahim & Co"…kan?
| PEDAAASSSS LAGIII..!!! PAS LUPAKAN KONSEP ISLAH DALAM ISLAM..!!! Posted: 09 Nov 2012 07:16 PM PST
Agak menarik untuk mengulas pertikaian tentang istilah kafir harbi dan kafir zimmi yang sedang hangat diperkatakan, apatah lagi istilah tersebut dikaitkan dengan DAP, sebuah parti politik pembangkang yang konsisten membantah kepentingan Islam di negara ini.
Puak-puak PAS merujuk kepada penjelasan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din yang menyatakan bahawa kedua-dua istilah tersebut tidak timbul selagi negara ini belum menepati ciri-ciri sebuah negara Islam mengikut spesifikasi yang beliau mahukan.
Jadi pada mereka, DAP tidak wajar disifatkan sebagai kafir harbi sebagaimana yang dikatakan oleh seorang tok guru pondok di Tumpat, Abdullah Sa'amah.
Bagaimanapun, apakah pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS itu tepat dan tidak boleh dipertikaikan?
Saya bukanlah seorang ulama yang memiliki ilmu agama yang tinggi. Namun rasanya saya mempunyai beberapa soalan untuk Timbalan Mursyidul Am PAS yang cuba menyembunyikan status sahabat "syaitan"nya itu…
Pertamanya, apakah hukumnya sekumpulan golongan bukan muslim yang terang-terangan menolak hukum Allah di muka bumi ini?
Setahu saya, setiap kali PAS merencanakan dan bercadang untuk melaksanakan hukum hudud, DAP merupakan pihak yang paling lantang menentang kehendak parti itu. Ada kalanya penentangan itu sehingga membabitkan nyawa!
Misalnya, PAS mengutarakan perlaksanaan hudud PAS. Tapi DAP menyanggah sehingga Presidennya, Karpal Singh menegaskan bahawa PAS perlu melangkah mayatnya terlebih dahulu sebelum melaksanakan hukum tersebut.
Dalam ertikata lain, DAP sanggup bersabung nyawa asalkan hukum hudud tidak dilaksanakan di negara ini. Dan apakah itu bermakna DAP tidak menentang hukum Allah?
Mujurlah PAS hanya mengutarakan hukum hudud versi PAS yang begitu banyak khilafnya dan tidak mempamerkan keadilan sebagaimana hudud Allah yang sebenar. Jika tidak, sudah pasti ada "mayat" yang sudah "dilangkah"!
Menyebut mengenai negara Islam yang menepati ciri-ciri sebuah negara Islam yang diiktiraf Datuk Dr. Harun Din, apakah lagi ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam?
Saya hairan. Negara-negara Islam di seluruh dunia begitu menghormati dan mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di peringkat antarabangsa. Tapi, ulama PAS tetap tidak mengiktiraf "Daulah Islamiyyah" yang ditubuhkan UMNO ini.
Sekiranya Malaysia bukan sebuah negara Islam, apakah Datuk Dr. Harun Din fikir negara ini akan diterima masuk sebagai ahli OIC dan pernah menjadi negara yang mempengerusikan pertubuhan negara-negara Islam terbesar itu?
Sekiranya Malaysia masih belum sempurna dasar Islamnya, mengapa PAS dan Datuk Dr. Harun Din sendiri tidak tampil membantu UMNO untuk mengimarahkan agama Allah itu di bumi bertuah ini?
Siapa yang melarang PAS dan Datuk Dr. Harun Din untuk berbuat demikian? Atau PAS dan Harun Din bertujuan untuk mengejar kuasa dan jawatan politik melebihi kepentingan agama Allah di Malaysia?
Apakah Datuk Dr. Harun Din tidak pernah mendengar perkataan "ISLAH" di dalam muamalah sesama saudara seagama? Bukankah Allah SWT berfirman supaya umat Islam menggunakan kaedah islah sesama mereka sekiranya ada kekhilafan yang berlaku?
Sebaliknya, PAS dan Datuk Dr. Harun Din memilih untuk bersahabat dengan "syaitan" untuk meruntuhkan sebuah kerajaan Islam di Malaysia! Ini sudah bertentangan dengan kehendak Al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah, bukan?
Saya hairan dengan corak pendekatan para ulama PAS dalam hal ini. DAP dipertahankan dengan sepenuh jiwa dan raga, sedangkan UMNO yang merupakan saudara seagama diserang PAS setiap detik mereka bernafas!
Tak malukah PAS menyerang saudara seagama sendiri dan berpihak kepada golongan kuffar yang jelas menentang perlaksanaan Islam di negara ini?
PAS kononnya mahu Islam diutamakan lebih dari politik. Namun dengan cara politik PAS yang terkini, jelas menunjukkan bahawa mereka lebih mengutamakan politik berbanding Islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW!
Justeru itu, PAS perlu bermuhasabah dalam hal ini dan memikirkan hubungan mereka dengan sahabat "syaitan" mereka selagi "nasi belum menjadi bubur". Gesaan ini bukan untuk menyelamatkan UMNO, tapi demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu!
| LAWAK PAGI INI... AWAT SOROS BERKENAN SANGAT KAT PAPA NURUL IZZAH..? Posted: 09 Nov 2012 05:15 PM PST Siapa budak belaan Soros di Malaysia?
Alaaa...takkan korang tak kenal? Heh!
Cuba tengok kat atas...
Agak-agak kat atas tu sapa yang jadi "puppet"?
Awat yang Soros berkenan sangat kat "PAPA NURUL IZZAH" ni..? | |
waadat Posted: 10 Nov 2012 01:07 PM PST Masjid solat Jumaat 2 minggu sekali Posted: 09 Nov 2012 06:26 PM PST Masjid Kampung Hulu Melaka 1728 Hajat semalam nak solat Jumaat di Masjid Kampung Hulu iaitu masjid pertama yang dibina selepas kesultanan Melaka tumbang di tangan Portugis. Namun dari jauh lagi Demang lihat arus orang ramai tidak menghala ke situ. Masjid yang dibina pada 1728 masihi di zaman Belanda itu kosong tidak berorang meskipun waktu zohor sudah masuk. Sudah lama Demang ingin solat di masjid binaan seorang cina muslim itu. Menurut catatan sejarah itulah masjid tertua di Malaysia dan masih berada pada tapak asalnya. Portugis yang menakluki Melaka 1511 telah meruntuhkan semua masjid dan tidak membenarkan pembinaan masjid baru semasa mereka berkuasa. Begitulah nasib jika kuasa berada pada orang lain. Berbalik pada urusan solat tadi, rupa-rupanya pada minggu ini Masjid Kampung Hulu tidak mengadakan solat Jumaat. Kenapa? Bukankah solat Jumaat wajib diadakan setiap minggu dan bukannya dua minggu sekali? Mujur Demang faham situasi. Maka Demang terus menyertai pergerakan orang ramai yang berjalan kaki menuju ke sebuah lagi masjid kira-kira 300 meter dari situ. Itulah Masjid Kampung Kling, sebuah lagi masjid tua yang dibina pada tahun masihi 1748. Oleh kerana jarak kedua-dua buah masjid terlalu begitu dekat maka solat Jumaat di kawasan itu dilakukan bergilir-gilir di masjid-masjid tersebut. Namun masjid ini sudah banyak berubah. Binaan asalnya diperbuat daripada kayu namun pada 1872 ia dibina semula menggunakan bahan batu. Seni binanya menampakkan pengaruh Sumatera, China, dan Melaka. Kebetulan ketika hari itu ada pihak yang melakukan rakaman video termasuk bacaan khutbah. Demang pun tak pula menyiasat atau bertanya tujuan mereka. Masjid Kampung Kling Melaka 1748 | Masjid solat jumaat 2 minggu sekali Posted: 09 Nov 2012 06:23 PM PST Masjid Kampung Hulu Melaka Masjid Kampung Kling Melaka Hajat semalam nak solat Jumaat di Masjid Kampung Hulu iaitu masjid pertama yang dibina selepas kesultanan Melaka tumbang di tangan Portugis. Namun dari jauh lagi Demang lihat arus orang ramai tidak menghala ke situ. Masjid yang dibina pada 1728 masihi di zaman Belanda itu kosong tidak berorang meskipun waktu zohor sudah masuk. Sudah lama Demang ingin solat di masjid binaan seorang cina muslim itu. Menurut catatan sejarah itulah masjid tertua di Malaysia dan masih berada pada tapak asalnya. Portugis yang menakluki Melaka 1511 telah meruntuhkan semua masjid dan tidak membenarkan pembinaan masjid baru semasa mereka berkuasa. Begitulah nasib jika kuasa berada pada orang lain. Berbalik pada urusan solat tadi, rupa-rupanya pada minggu ini Masjid Kampung Hulu tidak mengadakan solat Jumaat. Kenapa? Bukankah solat Jumaat wajib diadakan setiap minggu dan bukannya dua minggu sekali? Mujur Demang faham situasi. Maka Demang terus menyertai pergerakan orang ramai yang berjalan kaki menuju ke sebuah lagi masjid kira-kira 300 meter dari situ. Itulah Masjid Kampung Kling, sebuah lagi masjid tua yang dibina pada tahun masihi 1748. Oleh kerana jarak kedua-dua buah masjid terlalu begitu dekat maka solat Jumaat di kawasan itu dilakukan bergilir-gilir di masjid-masjid tersebut. Namun masjid ini sudah banyak berubah. Binaan asalnya diperbuat daripada kayu namun pada 1872 ia dibina semula menggunakan bahan batu. Seni binanya menampakkan pengaruh Sumatera, China, dan Melaka. Kebetulan ketika hari itu ada pihak yang melakukan rakaman video termasuk bacaan khutbah. Demang pun tak pula menyiasat atau bertanya tujuan mereka. | |
THE FLYING KICK Posted: 10 Nov 2012 01:03 PM PST |
IPOHMALAY Posted: 10 Nov 2012 09:44 AM PST Dakyah Kristian Mudah Disanggah Posted: 09 Nov 2012 06:32 PM PST Kristianisasi ke atas orang Melayu tidak akan mendapat sokongan sekiranya ibu bapa tahu peranan mereka ke atas anak-anak mereka. Teman sendiri bersekolah di sekolah-sekolah berpengaruh mubaligh La Salle selama 9 tahun dan sejak berusia 10 tahun lagi, teman telah terbaca ayat-ayat seperti 'Yesus Kristus, Ruhul Kudus, Allah Tuhan Bapa' pada lagu-lagu Kristian berbahasa Melayu yang dicetak berbelas-belas tahun sebelum itu. Terbaca.
Tetapi, bagaimanakah misi Kristianisasi umat Melayu pada ketika itu tidak mendapat sambutan seperti hari ini? Di Sekolah Rendah La Salle Canning Garden Ipoh misalnya, pengamatan teman dari tahun 1985 hingga tahun 1990 , pada perhimpunan pagi Isnin, Cikgu Anthony akan membaca doa mengikut upacara Kristian dan murid-murid akan ikut sama mengulangi lafaz-lafaz Cikgu Anthony yang menggenggam dua tangan ke dada dengan bacaan " Oh God, I thank You, for my life, you give me today, bla bla bla bla.. Amen". Kami tidak menggenggam dua tangan ke dada kerana mengetahui itu adalah perbuatan orang Kristian. Tiada paksaan untuk itu.
Minggu berikutnya, satu-satunya guru agama Islam, Puan Hawa Asiah, akan mengetuai bacaan doa dengan menadah tangan dan doanya lebih kurang begini " Ya Allah, berilah keberkatan Mu kepada kami, bagi memudahkan kami, bla bla bla bla bla.. Amin". Saat kami menadah tangan bersama Puan Hawa, ramai juga murid bukan Islam yang tidak menadah tangan, mengetahui itu adalah upacara Islam.
Ya, oleh kerana semuanya adalah kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah, doa-doa ini dilafaz dan diikut oleh murid-murid tanpa sedikitpun ada rasa percanggahan. Jika itu berlaku hari ini, pasti akan menjadi isu besar.
Tetapi, di rumah, teman dikisahkan oleh ustaz dan ustazah sekolah agama rakyat, juga emak teman tentang nabi-nabi. Teman juga suka membaca kisah-kisah nabi di perpustakaan. Dengan mengenal nabi-nabi terdahulu sahajalah, kita akan dapat memahami pegangan kita sendiri. Kata tok guru teman, kita akan lebih sayangkan Islam selepas kita kenal apa itu Kristian dan Yahudi!
Hasilnya, hari ini, jika ada yang mengajak teman masuk Kristian dengan alasan itu sahaja jalan yang terbaik untuk diselamatkan di akhir zaman, pasti teman menyebut, Nabi Isa akan datang untuk memberitahu bahawa dia tidak mencipta apa-apa agama! Kerana dia hanyalah salah satu nabi untuk umat Yahudi pada masa lalu.
Jika hendak diselamatkan, pastilah Nabi Isa akan menyelamatkan pemikiran mereka para penganut agama yang tak pernah wujud yang kekhilafan tentang status Nabi Isa itu sendiri, dan memperbetulkannya!
Pastilah teman akan mengatakan bahawa, ketahuilah, hanya di dalam al-Quran sahaja Allah menyebut tentang agama yang telah siap iaitu Islam. Kristian sebagai agama tidak disebut di dalam Injil dan Yahudi sebagai agama tidak disebut dalam Zabur dan Taurat. Malah dunia mengetahui, Yahudi itu bukanlah agama. Mereka sekadar disebut ahli Kitab.
Terlalu mudah untuk melawan para pendakyah Kristian ini sekiranya pengetahuan agama dilombong secukupnya kerana kebenaran anutan Islam ini terlalu jelas.
Malangnya, sesetengah ibu bapa, saat ditanya oleh anak-anak mereka mengenai agama lain, maka akan diherdik pula anak itu dengan "jangan dok tanya pasal agama kafir lah". Mungkin sang ibu bapa sendiri yang tak berapa berilmu.
Sesetengah orang Islam pula akan menghina orang Islam lain yang menjengah kitab-kitab Injil palsu hari ini dan apabila Psalm (Zabur) dan Torah (Taurat) dibelek, disindir-sindir pula.
Memang kita perlu membaca dan memahami Al-Quran kerana ia adalah kitab penutup yang melengkapi semua kitab-kitab yang wajib kita ketahui yang telah diturunkan dalam tempoh 2,000 tahun antara zaman Nabi Musa hingga ke Nabi Muhammad.
Tetapi, umat Islam yang kuat ialah umat Islam yang mendaulatkan al-Quran dengan menyebarkan kepada para penganut Islam lain tentang sudut-sudut pemalsuan yang telah dibuat oleh pengikut-pengikut Nabi Isa ketika mereka berusaha menubuhkan fahaman Kristian.
Pernahkah ceramah agama di masjid-masjid, surau-surau di sepelusuk tanah air tercinta ini mengetengahkan hal-hal sebegini sebagai ramuan penambah kekukuhan iman umat Islam? | |