Ahad, 11 November 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Penyampaian barang2 IKS untuk usahawan muda dun pulai chondong

Posted: 10 Nov 2012 03:25 PM PST





PRU13: Calon PAS Pahang akan buat deklarasi harta

Posted: 10 Nov 2012 03:16 PM PST


TEMERLOH: Semakin ramai memberikan sokongan kepada cadangan Pemuda PAS untuk membuat deklarasi harta di muktamar akan datang.

Setelah mendapat pujian dan sokongan daripada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Pemuda PAS kini mendapat sokongan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Bercakap kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim berkata PAS Pahang menyambut baik cadangan Pemuda PAS untuk membuat deklarasi harta.

Beliau turut mengumumkan bahawa semua calon PAS di Pahang untuk PRU13 akan membuat deklarasi harta untuk dinilai rakyat.

"Pemimpin dan calon-calon PAS harus diketengahkan secara telus dan berwibawa untuk melawan pihak lawan yang suka berlindung. Deklarasi harta ini membuka peluang kepada rakyat untuk memilih dengan penuh jelas dan tanpa was-was calon-calon yang bakal mewakili mereka di Dun dan di parlimen," kata beliau.

Kata Tuan Ibrahim, perwakilan PAS Pahang akan memberikan sokongan penuh kepada usul Pemuda PAS ini di muktamar nanti.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat mengumumkan bahawa kesemua exconya bakal melakukan pengisytiharan harta pada muktamar dewan itu di Kelantan 15 November ini  walaupun tidak semua di kalangan mereka tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat terakhir menjelang muktamar dewan tersebut.

"Kemungkinan besar akan ada majlis pengisytiharan harta itu pada muktamar kali ini. Dengan harapan ia akan merintis kepada semua pimpinan PAS," katanya pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, semalam.

Langkah tersebut, katanya bertujuan menunjukkan ketelusan barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat, biarpun mungkin tidak semua dicalonkan pada pilihan raya umum kelak.

Mustafa sebelum ini berkata cadangan Pemuda PAS ini menunjukkan keprihatinan mereka untuk telus, terbuka dan bertanggungjawab sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang disarankan Islam.

"PAS sudah mengamalkan hal ini secara dalaman yang melibatkan penjawat awam seperti menteri besar dan exco. Bagus untuk perkara ini jika dibuat secara terbuka," katanya sambil memuji keberanian Pemuda PAS mengambil langkah sedemikian untuk meningkatkan kewibawaan parti.

Bagi cadangan untuk calon mengisytiharkan harta, Mustafa percaya cadangan Pemuda PAS akan diteliti oleh para pimpinan PAS untuk melihat mekanisme terbaik yang perlu diambil ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

PAS jangka PRU13 diadakan tahun ini

Posted: 10 Nov 2012 03:15 PM PST

MARANG: PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kemungkinan akan diadakan pada tahun ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi beliau.

Bahkan, katanya jangka masa akan dibubarkan parlimen serta diadakan pilihan raya itu terlalu dekat dalam masa beberapa minggu lagi.

"Ada maklumat kata pilihan raya tahun ini juga. Maka, kita (PAS) kena bersedia untuk tahun ini juga. Bahkan, ada yang kata Barisan Nasional nak bubar dalam masa dua minggu lagi…walau pun ada yang kata (spekulasi) tahun hadapan (2013).

"Tapi persediaan SPR sekarang untuk pilihan raya pada bila-bila masa. Maka, kita (PAS) juga kena bersedia pada bila-bila masa untuk pilihan raya (PRU13)," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu bertemakan "Tarbiyah Tunjang Kekuatan Pemuda" di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang 8 November lalu.

Antara pimpinan pemuda yang hadir Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Namun begitu, kata Datuk Seri Abdul Hadi, Barisan Nasional kini teragak-agak hendak mengadakan pilihan raya kerana bimbang dengan perubahan orang muda.

"BN kini teragak-agak hendak adakan pilihan raya (PRU13) kerana takut pada undi orang muda. Mereka sangat takut dengan perubahan orang muda ini.Saya dapat maklumat terkini, jika dibiarkan lama (lambat pilihan raya) bahaya lagi.

"Mereka (BN) beri BR1M, tapi ambil balik melalui saman dan orang (rakyat) faham, orang 'reti'. Mereka (kerajaan) boleh ambil balik melalui macam-macam saman dan kenaikan. Tipu atas darat dan jika dibiarkan akan terus (kerajaan BN) dalam bahaya," jelasnya.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan golongan muda merupakan sayap penting dalam perjuangan sama ada lelaki mahu pun wanita.

Menurutnya, tenaga orang muda sangat penting apa lagi dalam konteks pilihan raya demokrasi berparlimen.

Katanya, hasil lawatan kerja parti ke seluruh negara dilaporkan lebih 30 peratus dari jumlah pengundi pada PRU13 ini adalah golongan muda.

"Orang muda adalah sayap penting dalam perjuangan, orang muda lelaki dan wanita, muslimin dan muslimat sama sahaja. Tenaga (muda) yang penting, apa lagi dalam konteks pilihan raya demokrasi berparlimen.

"Satu undi lelaki, satu undi perempuan dan mereka (Pemuda PAS) perlu menarik orang muda terutamanya.

"Dalam lawatan saya di negeri Terengganu dan negeri-negeri lain di seluruh negara. Saya dapati lebih 30 peratus pengundi-pengundi muda yang boleh jadi undi penentu pada PRU13 akan datang," ujarnya di hadapan lebih 1000 hadirin.

Selain itu, Presiden PAS turut mengingatkan para pemimpin serta ahli parti disemua peringkat agar tidak terlalu 'over confident' dengan perkembangan politik semasa.

Beliau menasihatkan agar tidak berlaku sifat keji yang ditegah oleh Allah SWT iaitu sifat 'ujub' atau rasa kagum pada diri sendiri.

Menuurtnya, jumlah sokongan yang ramai kadang-kala melahirkan sifat ujub, bangga diri serta hilang kebergantungan kepada Allah SWT.

"Kagum (bangga) dengan diri sendiri, 'over confident', terlalu yakin kita ramai dan boleh menang dengan mudah. Ramai doh (sokongan), boleh pergi ke Putrajaya bila-bila masa.

"Jangan galak sangat sebab ada di kalangan kita ini galak sangat…memang kita (PAS) hendak ke Putrajaya tetapi jangan 'ujub' (bangga diri).

"Saya minta kepada pemimpin kita (PAS) disemua peringkat, surat khabar kita..Harakah samalah juga jangan ujub sangat. Tuhan ajar Nabi saw jangan ujub.

"Kita (Pakatan Rakyat) ceramah ramai dah, himpunan ramai dah boleh menang..ini jangan ujub. Berarak sahaja tetapi tidak buat kerja, tidak jadi apa," tegasnya.

Tambah beliau, proses tarbiyah sangat penting dalam pengisian perjuangan Islam sama ada sebelum menang atau selepas kemenangannya.

Hadir sama meraikan majlis tersebut Pengerusi dan Timbalan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran GK dan Encik Jefri Chua

PAS sambut baik Pemuda PAS mahu isytihar harta

Posted: 10 Nov 2012 03:15 PM PST

KUALA LUMPUR: Cadangan Dewan Pemuda PAS untuk membuat pengisytiharan harta pimpinan masing-masing disambut baik oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar).

Bercakap kepada Harakahdaily, Mustafa berkata beliau mengalu-alukan keprihatinan Pemuda PAS untuk telus, terbuka dan bertanggungjawab dalam mengambil inisiatif untuk membuat pengisytiharan harta sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang disarankan Islam.

"PAS sudah mengamalkan hal ini secara dalaman yang melibatkan penjawat awam seperti menteri besar dan exco. Bagus untuk perkara ini jika dibuat secara terbuka," katanya sambil memuji keberanian Pemuda PAS mengambil langkah sedemikian untuk meningkatkan kewibawaan parti.

Bagi cadangan untuk calon mengisytiharkan harta, Mustafa percaya cadangan Pemuda PAS akan diteliti oleh para pimpinan PAS untuk melihat mekanisme terbaik yang perlu diambil ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat mengumumkan bahawa kesemua exconya bakal melakukan pengisytiharan harta pada muktamar dewan itu di Kelantan 15 November ini  walaupun tidak semua di kalangan mereka tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat terakhir menjelang muktamar dewan tersebut.

"Kemungkinan besar akan ada majlis pengisytiharan harta itu pada muktamar kali ini. Dengan harapan ia akan merintis kepada semua pimpinan PAS," katanya pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, semalam.

Langkah tersebut, katanya bertujuan menunjukkan ketelusan barisan kepimpinan Pemuda PAS Pusat, biarpun mungkin tidak semua dicalonkan pada pilihan raya umum kelak.

Penganalisa politik Harakahdaily Li Fook Gao berkata sekiranya PAS dapat mewajibkan pengisytiharan harta pada semua calon PAS yang bertanding, Umno akan sangat tertekan dan gelombang PAS menggantikan Umno akan menjadi realiti.

"Maklumlah Umno suka hidup dalam keadaan tidak telus. PAS boleh melawannya dengan berkesan dengan ketelusan yang disarankan Islam, dan rakyat boleh menilai siapa yang lebih berwibawa, beramanah dan telus untuk dipilih sebagai wakil rakyat mereka," kata Li kepada Harakahdaily.

"Ini satu langkah besar untuk PAS," kata Li, sambil menegaskan langkah itu amat wajar dan selaras dengan keperluan rakyat Malaysia dan negara, yang kini amat memerlukan para pemimpin yang telus untuk memimpin.

Ia berbeza dengan pemimpin Umno yang berdolak-dalih dalam isu derma RM40 juta, mendapat projek kerajaan seperti NFC dan menerima komisyen secara diam-diam.

Muktamar paling penting sebelum PRU13

Posted: 10 Nov 2012 03:14 PM PST

KUALA LUMPUR: Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-53 merupakan muktamar terpenting bagi badan itu memandangkan ia yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13.

Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, berkata muktamar yang bertemakan 'Mencorak Masa Depan' itu diharap menjadi pembangkit semangat dalam mempersiapkan jentera Pemuda bagi  menghadapi pilihan raya umum.

Khairul Faizi berkata lantaran hasrat tersebut, buku laporan dan teks ucaptama Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan akan dihantar dua minggu lebih awal dari tarikh muktamar dewan itu dijadualkan.

"Lantaran bagi memastikan ia memfokuskan kepada pilihan raya, maka buku laporan dan ucaptama Ketua Pemuda, kita hantar awal kepada perwakilan supaya memastikan mereka benar-benar bersedia dan memahami, sekaligus dapat berbahas dengan lebih dinamik," kata beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Muktamar yang akan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu itu akan bermula 14 hingga 15 Nov, di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan.

Tambah Khairul Faizi, pada muktamar itu Pemuda akan melancarkan beberapa aktiviti seperti Alternative Photography Club, Facebook dan Twitter DPPM, Filem Maya Oley2 dan pelancaran DVD Animasi kartun PASTI.

Selain pelancaran itu, majlis penganugerahan kepada tokoh-tokoh Pemuda dan pejuang rakyat, serta anugerah PASTI akan turut disempurnakan.

Nurul Izzah sudah jelaskan, pemimpin Umno bagaimana

Posted: 10 Nov 2012 03:14 PM PST


KUALA LUMPUR: Tindakan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bertepatan dengan pepatah 'kembali kepada kebenaran lebih baik daripada kekal di dalam kebatilan', kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Begitupun, katanya seronok apabila lihat pemimpin Umno cuba menjadi juara pembela agama atas isu ucapan Nurul Izzah di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu.

Beliau berkata, Nurul Izzah sudah menjelaskan apa maksud kenyataan beliau selepas timbulnya polemik itu.

"Beliau menjelaskan 'sekiranya seseorang itu telah memeluk Islam maka dia tertakluk dengan syariat Islam', kenapa Umno terus bising," ujarnya dalam satu kenyataan.


Baginya, Nurul bukan manusia yang degil seperti pemimpin Umno, walaupun salah dan ditegur mereka tidak menarik balik kenyataan mereka.


"Persoalannya ucapan pimpinan Umno yang jelas merbahaya kepada akidah tidak pernah ditarik balik seperti kenyataan yang memperlekehkan hukum hudud," ujarnya kepada Harakahdaily.

Terbaru Tun Dr Mahathir mengatakan Malaikat juga buat salah. Begitu juga  kenyataan Najib yang mengatakan sindrom qiamullail sewaktu beliau sebagai Menteri Pelajaran.


Katanya, apabila Umno cuba hendak menunjuk juara pembela agama, semua makhluk yang waras akan ketawa dan senyum sinis.
Justeru, tanya beliau layakkah Umno hendak bercakap dan berlakon sebagai pembela agama.


Semua rakyat di negara ini maklum Umno hanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik, justeru program agama hanya sekadar lepas batuk di tangga.

Oleh itu, katanya ceramah di televisyen hanya boleh bicara bab yang tidak menyentuh Islam yang syumul di mana penceramah yang lantang akan digam.

Begitu juga, ujarnya Umno mendirikan masjid, tetapi bukan untuk memakmurkan masjid menyebabkan masjid 'mati' sebelum ahli kariah mati kerana ahli jawatankuasa masjid dilantik bukan ahli masjid.


Baginya, Umno terpaksa menunjuk juara pembela agama untuk meraih sokongan orang Islam.

Tiada ulasan:

Pengikut