Rabu, 25 Januari 2012

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Bosan! Jalanraya di Sabah terus menakutkan

Posted: 25 Jan 2012 04:53 AM PST

KOTA KINABALU, 25 Jan: Rakyat di negeri ini sudah bosan dan kecewa dengan kegagalan pihak kerajaan negeri yang hingga kini masih gagal mencari formula terbaik menangani masalah jalan rosak yang terpaksa dilalui setiap hari.

Biarpun pendedahan demi pendedahan dan laporan demi laporan termasuklah kajian strategik yang dibuat mengenai isu itu, namun ia bagaikan 'bising hanya dibibir' kerana tiada perubahan yang ketara terhadap kualiti jalan raya terutama di negeri ini seperti mana yang diharapkan pengguna.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julpikar Abd Mijan berkata, rakyat sudah muak dengan janji-janji kosong yang ditaburkan pihak tertentu hanya semata mahu meraih undi semasa pilihan raya.

"Rakyat sudah bosan dan kecewa dengan keadaan begini.

"Keadaan jalan berlubang, mendap, beralun serta tampalan yang tidak sempurna dan berpasir terpaksa dihadapi pengguna jalan raya menyebabkan pemilik resah memikirkan kos bagi penyelenggaraan kenderaan," ujarnya dalam nada yang kecewa.

Menurutnya, jalan utama yang menghubungkan beberapa daerah di negeri ini seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Telupit, Beluran, Sandakan, Kinabatangan dan Lahad Datu boleh diklasifikasikan jalan yang paling teruk bermasalah.

Beberapa siri kejadian di mana kenderaan mengalami masalah tayar meletup, rim bengkok akibat hentakan jalan berlubang dan sebagainya sentiasa berlaku di jalan-jalan ini.

"Ini adalah antara laluan yang berbahaya terutama di waktu malam. Pengguna kerap kali melalui jalan yang teruk yang terpaksa memikirkan kos sampingan selain kos penyelengaraan kenderaan," katanya.

Selain itu, kegagalan kerajaan negeri melihat permasalahan ini diselar berikutan begitu banyak pembaziran yang dibuat berbanding menyediakan kemudahan asas yang lebih baik untuk rakyat.

"Kita (PAS) tidak nafikan bahawa, keindahan itu penting. Tapi alangkah baik sekiranya kerajaan juga menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik untuk rakyat.

"Ini jelas menepati slogan rakyat didahulukan... bukan kroni dan bukan juga perut menteri," ujar Julpikar.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


CERAMAH UMUM BERSAMA KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Posted: 24 Jan 2012 07:44 PM PST

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 25 Jan 2012 03:26 PM PST


Isu Pokok: Pinjaman Mudah kepada NFCorp

[KD] KUALA LUMPUR 25 Jan: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, soal pokok dalam isu penyelewengan Pusat Fidlot Nasional (NFC) ialah pinjaman mudah berjumlah RM250 juta kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).

NFCorp adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1.

Manakala modal berbayar  berjumlah  RM1.11 juta disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya suami dan anak-anak Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Keluarga Shahrizat, katanya turut memiliki kepentingan 100 peratus dalam syarikat National Livestock and Meat Corp Sdn Bhd (NLMC), dan Asian Bioscience Corp Sdn Bhd (ABC).

"Melalui NLMC ini pula, puluhan juta dana NFC disalur ke Restoran Mewah milik keluarga Shahrizat iaitu Real Food company Sdn Bhd," kata beliau kepada keadilandaily.com.

Melalui NLMC ini juga katanya, dana NFC disalur untuk membeli kondominium mewah di Bangsar dan perbelanjaan lain seperti didedahkan KEADILAN sebelum ini. 

"Penyaluran dana ini merupakan pecah amanah kerana ia tiada kaitan dengan tujuan dana NFC iaitu berkaitan projek penternakan Lembu," katanya.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mengakui Pusat Fidlot Nasional mempunyai banyak kelemahan memandangkan kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan projek berkenaan pada Mei 2009.

Ambrin juga berkata, audit yang dijalankan itu juga memfokuskan ke atas projek NFC dan bukannya NFCorp.

Sebelum ini KEADILAN tampil mendedahkan pelbagai penyelewengan yang dilakukan NFCorp.

Antaranya membeli kondominium elit di Kuala Lumpur dan Singapura berharga RM23 juta, membeli tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah Mercedez Benz, membayar keahlian kelab golf dan pelbagai transaksi meragukan. 

Terbaru, KEADILAN mendedahkan hampir RM600,000 digunakan dari dana NFC untuk membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat pada 2009. 

Selain Muhyiddin, turut terlibat dalam skandal ini, Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi 
Projek Impak Tinggi yang melulus projek seumpama itu.
Full content generated by Get Full RSS.

ALHUSSEYN

Posted: 25 Jan 2012 03:24 PM PST


Demikian kenyataan polis dalam usaha menafikan penglibatan Umno yang merusuh dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU yang terpaksa ditunda.

Tuan punya polong, hantu raya atau pelesit yang mengamuk , biasalah tidak akan mengaku.Tapi apasal polis beriya benar mahu menafikannya? Walhal penyiasatan belum pun selesai.Terlalu awal bagi polis mengeluarkan kenyataan sedemikian dan amat tidak wajar.

Saya membaca berkenaan satu laporan polis yang kononnya dibuat oleh wakil penduduk Jalan Kebun menggesa Hindraf agar tidak memasuki kampung tersebut.


Melihat kepada nama Shaari Basri sebagai jurucakap penduduk terbabit.... mengingatkan saya kepada nama yang sama , mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Waris Malaya. Sekali gus memaparkan kepada kita penglibatan pertubuhan tersebut dalam isu ini. Sila imbas semula berita kat sini

Sekarang korang tengoklah sendiri dalam gambar diatas, gambar gerombolan yang buat laporan polis tersebut - Nampak tak Presiden Waris Malaya, Sheikh Wessal Sheikh Ahmad? Yang lain tu aku tak kenal! Yang mana satu Shaari Basri? Tapi aku sangat yakin yang baju cerah , pakai cermin mata rabun itu adalah orangnya. Entahlah.Harap tekaan aku tepat!

Walau apa pun, memangnya gerombolan ini dari 'Waris Malaya' walaupun tidak memakai baju 'Waris Malaya' sebab ketuanya ada di situ dan Shaari Basri tu pernah keluar namanya sebagai tukang cakap 'Waris Malaya'.

Gerombolan ini sebenarnya tidak dapat dipisahkan dari Umno/BN. Walaupun ada kenyataan dari pihak polis yang cuba menafikannya dengan berkata:

"Tiada sesiapa memakai pakaian beruniform atau baju Umno. Semua dalam pakaian biasa dan dakwaan bahawa mereka memakai baju Umno hanya cerita sahaja," baca kat sini

Tetapi kita semua dah tahu, bahawa umno/BN adalah tuan punya hantu raya, pelesit dan polong yang mengamuk pada malam tersebut.

Gambar sebelah menunjukan Presiden Waris Malaya (tengah) dan Naib Ketua Umno Bhg Kota Raja, Abdul Raouf Mokhtar (kanan) sewaktu mengadakan protes henti perkhidmatan bas sedikit masa lalu. Yang pakai cap dan t-shirt merah tu adalah Shaari Basri, betulkan? Mereka ini gerombolan Waris Malaya @ Umno/BN !

Full content generated by Get Full RSS.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


"Sinergi Mahasiswa Machang 2012"

Posted: 24 Jan 2012 04:05 PM PST

Rampas tanah rakyat petanda kejatuhan Umno T'ganu

Posted: 24 Jan 2012 04:02 PM PST



DUNGUN, 24 Jan: Pemimpin Umno cawangan yang memimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dikecam hebat oleh masyarakat setempat kerana "merampas" tanah yang sebelum ini dimiliki oleh Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) di Kampung Kolam Mak Tagar, Jalan Santong, Paka, Dungun.

Harakahdaily dimaklumkan, tanah berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) kepunyaan pihak sekolah agama rakyat itu seluas dua ekar dirampas serta diagihkan kepada pihak Umno dan JKKK kawasan itu.

SRIDB yang ditubuhkan pada tahun 2001 merupakan sebahagian dari Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan (MTIDB) yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sebagai Sekolah Rendah Agama Rakyat.

Manakala, tapak kompleks bangunan sekolah yang seluas dua ekar tersebut telah diluluskan oleh kerajaan negeri pada 22 Oktober 2003.

Antara yang telah dibangunkan iaitu bangunan tetap satu tingkat bagi menampung 10 kelas, bilik guru, pejabat, surau dan kantin.

Bahkan, dalam tempoh 11 tahun dari tarikh kelulusan tersebut kini kompleks SRIDB telah pun mempunyai beberapa buah bangunan bagi keperluan 350 pelajar serta 38 orang guru dan kakitangannya.

Mengikut pelan pembangunan SRIDB, cadangan pembangunan seterusnya untuk tapak parkir, pembinaan bangunan tambahan, pembesaran kantin, perumahan guru serta asrama anak yatim Darul Bayan.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik menyifatkan tindakan pihak JKKK Kampung Limbong yang bertindak 'merampas' tanah Sekolah  Rendah Islam Darul Bayan sebagai zalim.

Kata beliau, tindakan merampas tanah tersebut satu kezaliman yang tidak boleh dimaafkan dan mesti ditentang oleh rakyat seluruhnya.

"Ini bukan pertama kali kerajaan Umno dan Barisan Nasional buat perkara yang memalukan dan kerana hendak memuaskan nafsu JKKK, mereka sanggup menafikan hak rakyat dan hak Darul Bayan.

"Tanah ini kita (sekolah) telah bayar Lesen Menduduki Sementara (TOL) sejak tahun 2003, 2004 dan 2005 lagi," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Ceramah Isu Semasa "JKKK Rampas Tanah SRIDB" di perkarangan SRIDB, Kampung Kolam Mak Tagar, Paka, Dungun.

Menurut Ustaz Abu Bakar, sejak tahun 2006 pihak kerajaan negeri di bawah Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh telah membekukan pembayaran lesen TOL tersebut.

Beliau yang juga bekas Exco Kerajaan Terengganu menjelaskan pendidikan bukan isu biasa tetapi menjadi isu yang lebih penting dari isu-isu lain.

Ini kerana, katanya melalui pendidikanlah agama dapat disemai dalam diri setiap manusia dan rakyat menjadi baik.

"Kita (PAS) harap pihak berkenaan pulangkan semula hak (tanah) ini kepada pihak sekolah (SRIDB) sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini, kerana Allah SWT itu Maha Adil dan Bijaksana," tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata tindakan pihak Umno dan JKKK merampas tanah SRIDB petanda kejatuhan kerajaan BN Terengganu.

Menurutnya, tindakan serupa pernah dilakukan sebelum ini terhadap sekolah Institut Berakan (IB) di Kuala Terengganu tahun 1991.

"Ini (tindakan) petanda Umno-BN akan jatuh di negeri Terengganu kerana perbuatan zalim rampas tanah sekolah agama rakyat (SRIDB).

"Mereka (Umno) pernah rampas dan roboh Institut Berakan tahun 1991 dan akhirkan mereka jatuh kerajaan tahun 1999.
"Ini bukan sekolah untuk berniaga, buat duit tetapi untuk mendidik anak-anak kita termasuk anak yatim dengan ilmu agama (Islam)," ujarnya.

Katanya, rakyat perlu membuat perubahan dalam pilihan raya dengan menolak Umno dan kerajaan BN serta memilih PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang.

Nana teruja dijemput buat persembahan di Kelantan

Posted: 24 Jan 2012 04:02 PM PST



KOTA BHARU, 24 Jan
: Penyanyi berimej baru Siti Nordiana atau lebih dikenali dengan Nana, 28, mengakui mungkin kerana imejnya yang sudah bertudung, beliau diundang oleh kerajaan Kelantan untuk membuat persembahan di negeri itu semalam.

Artis yang terkenal lagu duetnya 'Paling Comel' bersama allahyarham Achik itu juga tidak menduga beliau akan dijemput menjayakan program anjuran kerajaan negeri melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.

Menurutnya, beliau memang sedar kerajaan Kelantan mempunyai dasarnya sendiri berhubung hiburan dan bukan mudah untuk membuat persembahan di negeri itu.

"Tetapi apabila saya tiba-tiba diundang, memang terkejutlah saya dan saya rasa begitu gembira dan dihargai,"ujarnya yang buat pertama kali membuat persembahan secara  tertutup sepanjang kariernya sebagai seorang penyanyi.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui selepas membuat persembahan Ladies Nite 2012  di Kota Bharu Trade Centre (KTC), malam tadi sempena program Kite.

Walaupun beliau belum pernah membuat persembahan tertutup khusus untuk penonton wanita sahaja, namun pengalaman manis itu membuatkan beliau mudah bergerak untuk membuat persembahan.

"Tak adalah saya nak 'control' sangat macam sebelum ni, sebab semuanya wanita, sound sistempun wanita, begitu juga keselamatan terdiri dari kaum wanita,"ujarnya.

Beliau juga turut teruja dengan penonton wanita Kelantan yang begitu 'sporting' apabila turut menyanyi bersamanya.

Sempena persembahannya, beliau mendendangkan enam buah lagu termasuk lagu hitnya 'paling comel'.

Sehubungan itu beliau mengucapkan terima kasih pada kerajaan Kelantan kerana sudi mengundangnya dan berhasrat untuk datang lagi sekiranya diundang.


Bukan kerana trend

Menyentuh tentang penghijrahannya yang kini imej bertudung beliau berkata ianya bermula akhir Ramadan tahun lalu.

Nana bagaimanapun menolak imejnya itu ada kaitan dengan trend artis kini yang semakin ramai bertudung.

Sambungnya, apa yang berlaku kerana keinsafan diri bersesuaian dengan usia semakin hari semakin bertambah.

"Jadi saya perlu memberi contoh yang baik untuk anak tunggal saya yang kini berusia empat tahun,"ujarnya.

Nana yang mula bergiat dalam bidang nyanyian sejak tahun 1999 kini telah berjaya menghasilkan enam album, termasuk dua album duetnya.

Kejohanan Karom Peringkat UPU Di Dun Pulai Chondong

Posted: 24 Jan 2012 04:01 PM PST














Polis diminta siasat pengacau program ABU

Posted: 24 Jan 2012 03:58 PM PST


KUALA LUMPUR, 24 Jan: Sebuah NGO, Activist901 telah membuat laporan polis berkenaan insiden kekacaun yang berlaku sewaktu program 'Asal Bukan Umno' (ABU) dan Hindraf di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun tempoh hari.

Penyelaras Activist901, Azura Aziz menjelaskan sebagai sebuah badan NGO yang baru ditubuhkan menentang keras perbuatan individu yang membuat kekecohan tersebut sambil melontarkan perkataan yang berbaur perkauman dan hasutan kepada kaum India yang berada di sana.

"Kami menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh dan mengenal pasti identiti sekumpulan individu yang telah membuat kekecohan tersebut kerana melalui bukti video dan jugak gambar yang ada.

"Individu tersebut telah mengeluarkan perkataan-perkataan yang mengancam keselamatan kaum India yang berada di situ," jelasnya.

Tambahnya lagi, cacian yang dilemparkan oleh kumpulan tersebut jelas tidak mengambarkan semangat 1Malaysia jika ia dilakukan oleh pihak Umno.

"Kita tidak pasti apa motif sebenarnya mereka bertindak sedemikian sehinggakan berlaku kecederaan kepada orang awam.

"Sama ada ia bermotif politik ataupun bersifat iri hati, pihak polis harus bertindak segera kerana kita tidak mahu kejadian tersebut berulang lagi," sambungnya lagi.

Sebelum ini, dalam insiden tersebut, seorang belia kaum India telah tercedera kerana dan dimasukkan ke Hospital pakar Seri Sentosa, Klang.

Turut hadir semasa laporan polis itu adalah Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan juga Hindraf.

Laporan dibuat di IPD Dang Wangi tengah hari tadi.

Nik Aziz sedia isytihar harta, Najib bagaimana

Posted: 24 Jan 2012 03:56 PM PST


KUALA LUMPUR, 23 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana kesediaan beliau untuk mengisytiharkan harta sekiranya undang-undang menetapkan demikian.

Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar) menganggap kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menunjukkan sikap keterbukaan dan ketelusan pemimpin PAS sebagaimana juga yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan anggota Exconya yang telah mengisytiharkan harta mereka.

Katanya, kesediaan mengisytiharkan harta menunjukkan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat sanggup meletakkan keutamaan rakyat melebihi kepentingan diri mereka sendiri.

"Malah pemimpin PAS sanggup 'membahayakan' dirinya sendiri dengan menafikan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang mengelak untuk mengisytiharkan harta mereka kerana takutkan 'bahaya' yang menimpa mereka," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, DPPM berpendapat, rakyat berhak mengetahui aset pemimpin mereka supaya mereka mengerti bahawa pemimpin yang diangkat benar-benar ikhlas memperjuangkan rakyat, bukan diri mereka sendiri.
Menurutnya, mengisytiharkan harta boleh mengelakkan berlakunya penyelewengan kuasa dan rasuah dari kalangan pemimpin negara.

"Tidak timbul isu pemimpin 'bershopping' secara bermewah dan melampau dalam berbelanja. Juga tidak akan berlaku pemimpin korup yang mengambil kesempatan di atas kedudukan dan kuasa yang mereka miliki," ujarnya.

Malahan, ujarnya DPPM serta seluruh rakyat khususnya penduduk negeri Kelantan boleh berbangga dengan cara hidup berserdehana Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, meskipun telah memerintah negeri Kelantan lebih dari 20 tahun, namun gaya hidup pemimpin itu tidak menggambarkan beliau seorang yang rakus dalam membaham harta rakyat.

"Beliau masih duduk di rumah sendiri, makan di kedai-kedai seperti insan yang lain, solat berjemaah di masjid-masjid tanpa kawalan ketat pengawal peribadinya, rumahnya yang mudah dikunjungi tanpa protokol, mengelak mengambil pelbagai elaun yang diberikan, berkunjung ke pasar-pasar tanpa kekok," katanya lagi.
Tambahan lagi, ujarnya Tuan Guru dan keluarganya tidak pernah dilaporkan berbelanja mewah di luar negara, tidur di hotel-hotel ternama yang mahal, serta menaiki jet peribadi atau kenderaan import yang berharga jutaan ringgit.

Jelasnya, lebih membanggakan apabila pemimpin kerajaan beliau selama ini tidak pernah dipalitkan dengan apa juga kesalahan rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

"DPPM dengan ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan seluruh pemimpin kabinet untuk bersedia mengisytiharkan harta mereka kepada awam sekiranya benar mereka adalah pemimpin rakyat dan bersih dari sebarang penyelewengan.

"Tidak apa yang perlu dirisaukan sekiranya mereka tidak bersalah bahkan tindakan ini adalah suatu kebanggaan kepada seluruh rakyat di negara ini," katanya.

P'raya di Mesir bukti masyarakat minat parti Islam

Posted: 24 Jan 2012 03:55 PM PST


KUALA LUMPUR, 23 Jan: Kemenangan besar yang dicapai oleh parti-parti beraliran Islam di Mesir pada pilihanraya Parlimen di negara itu merupakan satu tamparan hebat bagi rakyat negara ini jika tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Kemenangan parti-parti Islam di Mesir itu jelas memberikan isyarat bahawa majoriti penduduk dunia kini mulai memberikan kepercayaan kepada parti Islam untuk memerintah mereka berbanding parti-parti lain.    

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan At-Tantawi berkata, sebelum keputusan pilihanraya Parlimen Mesir diumumkan kelmarin, penduduk di beberapa buah negara lain di seluruh dunia sebelum ini telah pun menunjukkan minat masing-masing kepada parti-parti Islam.

Menurutnya, perkembangan tersebut jelas menunjukkan abad ini merupakan abad kebangkitan Islam dan ia menepati kata-kata ulama-ulama kontemporari termasuk Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Katanya, oleh itu, rakyat negara ini juga perlu bangkit bersama penduduk di negara-negara lain di seluruh dunia dengan memberikan kepercayaan kepada parti Islam untuk memerintah mereka bagi menyokong kebangkitan Islam.

"Jika tidak, rakyat negara ini pasti akan ketinggalan, walaupun arus kebangkitan Islam sudah mula tercetus di tanah air kita sejak akhir tahun 1980-an lalu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily di sini hari ini.

Sebelum ini, menurutnya, rakyat negara ini telah sekian lama dimomokkan oleh Umno BN kononnya golongan ulama tidak boleh menjadi pemimpin bagi sesebuah kerajaan.

Katanya, momokan itu menjadikan golongan ulama di tanah air terasa rendah diri walaupun hakikat sebenarnya golongan ulamalah yang lebih layak menjadi pemimpin.

"Tetapi kemenangan parti-parti Islam di Mesir dan di negara-negara lain sekarang jelas menafikan pandangan negatif Umno BN itu, sebaliknya orang ramai di seluruh dunia ternyata lebih meyakini kemampuan golongan ulama menjadi pemimpin berbanding bukan golongan ulama," tegasnya.

Dari segi hakikatnya, tambah beliau, golongan ulamalah yang lebih berkelayakan menjadi pemimpin kerana ia sejajar dengan ilmu dan kewarakan yang ada kepada mereka.

"Orang ramai bagaimanapun menjadi terkeliru dengan realiti itu disebabkan momokan Umno BN, tetapi dengan perkembangan terbaru yang berlaku di Mesir dan di beberapa buah negara lain mutakhir ini diharap akan menyedarkan kembali rakyat negara ini dengan perkara itu," ujarnya.

Beliau berharap agar golongan agama dan ulama di tanah air turut sedar dengan hakikat itu, dengan turut turun ke tengah masyarakat bagi menyedarkan orang ramai agar melakukan perubahan terhadap landskap politik tanah air pada PRU Ke-13 nanti.

Negara kita, tegasnya, telah sekian lama berada di bawah pemerintahan BN, manakala BN pula ternyata gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik sehingga menyebabkan pelbagai kepincangan berlaku di negara ini.

"Jadi sekarang tibalah masanya bagi golongan agama dan ulama turun ke tengah masyarakat bagi membetuli kepincangan itu termasuk dalam aspek politik, ekonomi, pendidikan dan sosial demi kepentingan negara dan rakyat," katanya.

Beliau menyarankan golongan agama dan ulama di negara ini agar tidak lagi terasa rendah diri, segan dan malu-malu untuk berbuat demikian bersama aktivis lain kerana itu semua adalah tanggungjawab mereka sendiri yang mesti dilaksanakan dengan baik.

Jika tanggungjawab itu dilaksanakan dengan baik dengan niat kerana Allah, beliau yakin rakyat negara ini akan sedar tentang kepentingan mereka menyokong PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 akan datang, bagi membolehkan mereka bersama-sama melakukan perubahan di negara ini ke arah yang lebih baik.

Semangat 'naga air' tolak perkauman sempit Umno

Posted: 24 Jan 2012 03:55 PM PST


Gong Xi Fa Cai buat kaum Tiong Hua.

Tahun ini cukup istimewa kerana ialah tahun naga air. 'Naga air' yakninya bersifat 'cool' di luar tapi sudah semestinya mempunyai hembusan apinya lebih hebat sehingga air pun tidak mampu melenyapkannya.

Atas semangat kiasan itulah, diharap kaum TiongHua meneruskan agenda untuk berubah "換" (huan) ke arah pendamaian jiwa. Sebagaimana yang kita sedar, di Malaysia, pendamaian jiwa sukar dicapai dengan kerajaan kini, yang suka berflip-flop dan menegakkan benang basah dari segala sudut urusan negara.

Pentadbiran PAS dan Pakatan Rakyat telah terbukti menjunjung prinsip keadilan, iaitu asas terulung dan terpenting untuk mencapai pendamaian jiwa.

Ayuh, mari bersama PAS dan Pakatan Rakyat menjadikan tahun naga air ini menjadi titik noktah terakhir kepada kecelaruan jiwa yang ditimbulkan oleh dasar perkauman sempit Umno-Barisan Nasional.

Selamat Tahun Baru Cina. "新年進步"Xin Nian Jing Bu!

Mohamad Sabu,

Timbalan Presiden PAS

Rosmah, Najib dicabar saman akhbar Australia

Posted: 24 Jan 2012 03:54 PM PST

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Rakyat sedang menunggu apakah penjelasan Datin Seri Rosmah Mansor dan juga suaminya Datuk Seri Najib Razak terhadap laporan akhbar Australia semalam. Semalam, akhbar Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.
Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, jika sekali lagi akhbar Australia membuat laporan tidak benar mengenai tabiat berbelanja mewah Datin Seri Rosmah Mansor, maka satu tindakan undang-undang perlu diambil terhadap akhbar dan sumber berita akhbar tersebut.
"Jika Rosmah dan Najib enggan berbuat demikian, ia memberikan gambaran kepada rakyat bahawa apa yang dilaporkan itu betul seperti yang berlaku apabila Najib enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap begitu banyak akhbar di serata dunia yang pernah mendakwa tentang kaitan beliau dengan kes Altantuya Shaariibuu.
"Kalau banyak kali sangat dilihat takut mengambil apa-apa tindakan undang-undang, rakyat akan percaya apa yang dilaporkan mengenai Najib dan keluarganya itu benar," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Sebelum ini, akhbar Australia yang lain membuat laporan yang didakwa tidak benar mengenai tabiat berbelanja Rosmah tetapi Najib dan keluarganya tidak pula mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap akhbar itu.
"Rakyat yang berfikiran waras sudah tidak tahan lagi melihat wujudnya watak seperti itu di negara ini yang mengingatkan mereka kepada Laila Trabelsi, wanita yang mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai isteri Presiden Tunisia," kata Mahfuz lagi merujuk kepada isteri Zine El Abidine Ben Ali yang dihambat dari kekuasaannya oleh kebangkitan rakyat tahun lalu.
Perlu disiasat
Bagaimanapun, kata Mahfuz, jika laporan akhbar Australia itu memang benar berlaku dan bukan rekaan semata-mata, satu siasatan terperinci tentang kehidupan mewah isteri Perdana Menteri itu mesti dijalankan segera.
"Mesti disiasat dari mana sumber kewangannya sehingga Rosmah dilaporkan begitu bermewah-mewah dalam kehidupannya sehingga dilihat melebihi dari kemampuan isteri seorang Perdana Menteri," kata beliau sambil membangkitkan Bernama sebelum ini pernah melaporkan Rosmah menderma RM1.5 juta kepada Tabung Gaza.
Apa yang berlaku itu, kata Mahfuz, memperlihatkan Rosmah mempunyai kekayaan yang sangat luar biasa yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Beliau juga menggesa supaya Najib dan Rosmah serta anggota kerajaan dan keluarga masing-masing segera mengisytiharkan harta mereka.
"Jangan lagi membuat pelbagai alasan yang menipu rakyat untuk mengelakkan harta mereka diisytiharkan," katanya.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Program ABU 28 Jan 2012 di Seremban Selamat

Posted: 25 Jan 2012 05:22 AM PST


CERAMAH ASALKAN BUKAN UMNO – ABU

Tarikh : 28 Jan 2012, Sabtu

Masa : 8.30 mlm

Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut, N.Sembilan

Penceramah :

YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen (PAS) Kuala Selangor

En. Haris Ibrahim, ABU

En. Sambulingam, HINDRAF

Chegubard, SAMM


Untuk maklumat lanjut hubungi 019-2171942 , 017-3851930

Semua dijemput hadir

Pengikut