Rabu, 25 Januari 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Dd i n b u n g a

Posted: 25 Jan 2012 07:19 AM PST

Dd i n b u n g a


BR1M - JANJI DIKOTAKAN, BUKAN OMONG KOSONG!!!!!

Posted: 24 Jan 2012 06:47 PM PST

YB DS AHMAD HUSNI MENYAMPAIKAN BAUCER BR1M

PENYAMPAIAN BR1M DI ZON KLEBANG OLEH YBMKII

JANJI YAB DS NAJIB DI KOTAKAN

TINJAUAN PENULIS KE PENYAMPAIAN BR1M DI PARLIMEN TAMBUN BERTEMPAT DI SJKT KLEBANG PENULIS BEGITU TERUJA DENGAN KEHADIRAN 2,500 PENERIMA YANG TERDIRI DARIPADA BERBILANG KAUM TERMASUK PUNJABI DAN ORANG ASLI.

WALAU PUN SESAK DENGAN KEHADIRAN RAMAI MAJLIS BERJALAN DENGAN LANCAR, INI MEMBUKTIKAN MASYRAKAT DI PARLIMEN TAMBUN CUKUP TINGGI DISIPLIN.

PENULIS PALING TERUJA APABILA YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH YANG BERSTATUS MENTERI KEWANGAN 11 BERPERANAN DENGAN MEMBANTU MENYUSUN KERUSI BAGI DIJADIKAN BEBERAPA LALUAN UNTUK ORANG RAMAI MENERIMA BAUCER YANG DI SAMPAIKAN OLEH BELIAU SENDIRI, YB DATO NADZRI, ADUN MANJOI DAN YB DATO RUSNAH KASSIM, ADUN HULU KINTA. JARANG PENULIS MELIHAT SEORANG MENTERI BEGITU HAMBLE DENGAN MASYARAKAT, MALAH YBMKII SEMPAT MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA MENASIHAT PENERIMA AGAR MENJAGA KESELAMATAN MEREKA, " SAYA PENTING KAN KESELAMATAN SAUDARA DAN SAUDARI SEKELIAN, ELAK DARI BERLAKU TOLAK MENOLAK HINGGA MEMBOLEHKAN DIANTARA KITA TERCEDERA", SELURUH YANG HADIR MEMBERI TEPUKAN DIATAS NASIHAT YBMKII ITU TANDA BERSETUJU, OLEH ITU SEMUA BERPERANAN MEMBERI KERJASAMA BAIK.

MALAH SEMASA OANG RAMAI BERATUR UNTUK MENUNAIKAN BAUCER KEPADA WANG TUNAI, BSN BERPERANAN TURUN PADANG MEMBUKA 16 KAUNTER BAGI MENJAYAKAN PROGRAM BR1M INI, WALAUPUN BERATUR PANJANG, SEMUA GEMBIRA DAN RIANG, TIADA SUARA RUNGUTAN, MALAH PENULIS TERUJA SEKALI LAGI MELIHAT YB DS AHMAD HUSNI BERSALAMAN SEORANG DEMI SEORANG YANG BERATUR WALAU PUN PANAS YBMKII TURUT MERASAI PANAS TERSEBUT BERSAMA RAKYAT.

BSN JUGA TURUT MENYEDIAKAN KAUNTER UNTUK WARGA EMAS YANG 60 TAHUN KEATAS DAN UNTUK OKU BAGI MEMUDAHKAN MEREKA UNTUK MENUNAIKAN BAUCER TERSEBUT.

MAJLIS BERMULA JAM 10.00 PAGI BERMULA MENYAMPAIKAN BAUCER DAN SELESAI HINGGA PERINGKAT MENUNAIKAN WANG JAM 12.45 TENGAHARI HANYA MENGAMBIL MASA 2 JAM 45 MINIT DENGAN SERAMAI 2,500 ORANG, CUKUP EFISYEN

TAHNIAH BN PARLIMEN TAMBUN.

p/s PETUGAS BR1M BAGITAHU PENULIS RAMAI PUAK PEMBANGKANG SENYUM SAMPAI TELINGA.

bumiyang

Posted: 25 Jan 2012 03:39 AM PST

anakbukitgantang says

Posted: 25 Jan 2012 03:37 AM PST

anakbukitgantang says


Tan Sri KSN atau mantan Tan Sri KSN tolong jawab!

Posted: 25 Jan 2012 01:50 AM PST

Isu ini berkenaan salahlaku seorang Pengarah yang  menjaga hal hal sewa kedai, penguatkuasaan dan urusan komuniti dalam kawasan pembandaran di Putrajaya.

Pengarah yang dimaksudkan ini sudah acapkali ditegur mantan Tan Sri KSN yang juga President Perbadanan dalam mesyuarat berkenaan performance dan tingkah lakunya (terkini aduan kegiatan gelapnya  menggunakan kenderaan pejabat  dengan seorang pegawai wanita sambilan di pejabatnya telah dihantar ke Tan Sri KSN).

Menurut si pemberi maklumat yang juga orang dalam di Perbadanan perkara ini  telah disalurkankan termasuklah  segala bil dan bukti salah laku lain  kepada Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN)

Padanlah sekarang perkhidmatan perbandaran tak serupa akujanji. Terkini penduduk Presint 9A di Putrajaya telah terkena panahan kemelut di mana segala pokok buah ditebang-kononnya menggau laluan awam-apakah pampasan tidak layak diberikan kerana pokok buah termasuk dalam perkara yang layak diberikan pampasan berdasarkan Kanun Tanah Negara.

Apakah pengarah tersebut yang memulakan kerjaya sebagai akauntan di Lembaga Lebuhraya Malaysia tidak belajar perkara ini atau perkara dibuat kerana mahukan repercussion ke atas Perbadanan yang merupakan Pihak Berkuasa Tempatan Di Putrajaya dan Kerajaan Pusat?

Pengarah ini juga perlu menjelaskan layanan istimewa kepada kroninya contoh- gerai Awatiff gerai No 1 Medan Selera Presint 8 tak bayar sewa dan bil elektrik berbulan bulan. Apakah penggerai ada IMUNITI  berbanding pengerai lain kerana dia Ketua Pesuruhjaya PAS di Putrajaya??? .Selain itu keluhan gerai lain ialah penggerai Awatif dapat layanan istimewa kerana dibenarkan menjual air- Dalam Perjanjian Asal Sewaan Gerai dengan Perbadanan Putrajaya , penggerai DITAWARKAN menjual nasi Arab sahaja. Bagaimanapon penggerai telah didapati menjual makanan lain seperti lauk pauk tengah hari dan air yang mana menyebabkan gangguan jualan ke atas penggerai lain.

Tan Sri KSN dan mantan Tans Sri KSN dipohon dengan segala tertinnya untuk  menjelaskan kemelut Pengarah ini.

Lembah Lenggong akan disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia

Posted: 24 Jan 2012 04:51 AM PST

Perak yakin UNESCO senarai Lembah Lenggong tapak warisan

Penemuan Perak Man dan penempatan manusia purba tertua di dunia dan tapak penanaman padi (pertanian tertua yang ditemui  di dunia) di tepi tasek purba menjadikan Lenggong tercatat dalam peta arkeologi -tamadun dunia lama

Kepada ahli politik yang mengatakan Melayu sebagai Pendatang- harus berhati hati kerana bukti akeology, geology, genetik, lingua franca dan budaya sudah membuktikan bahawa manusia tertua yang bertamadun migrasi dari Sundaland ! Sundaland adalah Nusantara di zaman purba yang menghubungkan Semenanjung Tanah Melayu-Sumatera-Jawa dan Borneo -kini yang tinggal hanyalah kepingan tektonik  di mana negara Malaysia, Indonesia, Brunei  dan Singapura diapungkan.



IPOH 24 Jan. - Kerajaan Perak yakin Lembah Lenggong akan disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).


Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri Datuk Hamidah Osman berkata, penyenaraian tersebut akan menambah nilai kepada promosi Tahun Melawat Perak 2012 sekarang.

"Kita yakin surat cadangan, penemuan artifak dan penyelidikan di Lembah Lenggong diberi pertimbangan sewajarnya oleh pihak UNESCO bagi pencalonan Malaysia itu," katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan duta Tahun Melawat Perak 2012 dan 3,000 Duta Kecil di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.


Hamidah berkata, keputusan mungkin diketahui tidak lama lagi selepas satu persidangan dan pembentangan pencalonan tersebut dibuat di Afrika.

Dokumen pencalonan dan pelan pengurusan pemeliharaan telah dihantar oleh Jabatan Warisan Negara ke World Heritage Centre di UNESCO pada 31 Januari tahun lepas, katanya. - BERNAMA

Politik Harian

Posted: 25 Jan 2012 03:18 AM PST

Politik Harian


Khairy Jamaluddin vs Rafizi Ramli Debate 29 Jan 2012

Posted: 25 Jan 2012 01:00 AM PST


Projek Amanat Negara 2012
United Kingdom and Eire Council of Malaysian Students
London 29 Jan

The debate between
Khairy Jamaluddin (BN Youth Leader) vs Rafizi Ramli (PKR Strategies Director) Debate

Topic: Public Policy: Vision 2020: Is Malaysia Moving Towards the Right Direction?
YB Khairy Jamaluddin, UMNO Youth Chief and Rembau MP
Rafizi Ramli, PKR Strategic Director

Video Pemuda Pas Baling Masuk UMNO!!

Posted: 25 Jan 2012 12:00 AM PST


Penyerahan borang permohonan ahli UMNO, termasuk yang disertai oleh bekas pemuda Pas Kampung Paya Lama Pulai, Baling, Kedah dan ucapan dari Ketua Bahagian UMNO Baling, Datuk Azeez Rahim.





Seramai 73 Pemuda Pas Kampung Paya Pekan Lama Pulai, Baling, Kedah. menyerahkan borang kepada Ketua Bahagian UMNO Baling, Datuk Azeez Rahim pada majlis penyerahan yang dilakukan di tepi padang bola.

Penyerahan borang UMNO itu dilakukan selepas perlawanan bola sepak persahabatan diantara Pemuda Kampung Paya dengan Pemuda UMNO bahagian.

Dengan penyerahan borang ini, bermakna Pemuda Pas Kampung Paya Pulai lumpuh sama sekali. Ini adalah gelombang pertama penyerahan borang. Mc dikhabarkan akan ada lagi beratus orang Pas bakal menyertai UMNO, terutamanya Pemuda Pas di kawasan Baling.

Sumber: McTheory

Rintihan Penduduk Batu Caves Berkaitan Masalah Sampah

Posted: 24 Jan 2012 10:00 PM PST


Artikel ini disiarkan di kolum email pembaca Agendadaily..

Saya terpanggil untuk menulis ini, selepas membaca laporan berkaitan sampah di Agendadaily. Mula-mula saya fikir hanya di kawasan kami, di sekitar Gombak dan Ampang sahaja yang mengalami masalah sampah tidak dikutip ini.

Laporan tersebut menyebabkan saya sedar rupa-rupanya, masalah sampah ini di seluruh Selangor, bukan hanya di kawasan saya sahaja.

Sebenarnya, sudah puas saya merayu, sampai bila kami nak hidup dengan keadaan yang busuk dan kotor ini. Nampaknya dari sehari ke sehari, masalah sampah di seluruh Selangor sedang berhadapan dengan situasi yang amat kritikal.

Di kawasan saya, Pinggiran Batu Caves, gambar ini adalah bukti. Ini gambar pada Selasa 24/1/2012.

Selangor kini telah bertukar menjadi sebuah negeri sampah-sarap. Atau dengan kata lain, Selangor seolah-olah tidak mempunyai sebarang badan berkuasa yang menguruskan sampah dan sisa pepejal.

Sampah yang tidak dikutip ini menjadi satu igauan pada kami, bila bangun dari tidur, perkara pertama dibuat adalah menjengok dari tingkap rumah flat ini bagi melihat apakah sampah yang bertimbun dan busuk itu sudah dikutip atau belum.


Kami dah jijik hidup dengan sampah-sampah ini, kami bukanya sampah masyarakat...

Yang pasti kini rakyat Selangor telah sedar mereka tertipu dengan janji manis kerajaan PR yang menjanjikan perubahan. Ya perubahan ke arah kebaikan yang kami mahukan, sebaliknya yang dapat adalah empat tahun Selangor di bawah PR, negeri ini mengundur ke belakang.

Jiran-jiran saya di sini (Penggiran Batu Caves) sudah bercakap-cakap untuk tidak lagi memangkah PR dalam pilihanraya akan datang. Bahkan kami amat teruja menunggu saat-saat diberi peluang mengubah kerajaan negeri melalui PRU13.

Harapan kami adalah BN akan cuba memperbetulkan kesilapan lalu dan memberikan yang terbaik sekiranya dapat kembali menjadi pemerintah. Dan tolonglah, sampah busuk itu, dikutip secara berjadual.

HISHAM
PINGGIRAN BATU CAVES

Chegu Bard Dan Hindraf Biadap Punca Pergaduhan Di Jalan Kebun !

Posted: 24 Jan 2012 09:00 PM PST



Pada Sabtu malam Ahad yang lepas telah berlaku satu pergaduhan yang melibatkan pertubuhan haram hindraf dengan penduduk-penduduk kampung Jalan Kebun, Klang.

Kampung Jalan Kebun

Kampung berkenaan terletak bersempadan antara Shah Alam dan Klang.

Penduduknya 6000 orang dan 100 % melayu.

Penduduk mempunyai semangat persaudaraan serta kejiranan yang tinggi dan tidak berpecah belah walaupun berbeza fahaman politik.

Masjid sentiasa 'hidup' dengan aktiviti dan solat berjemaah sentiasa ramai walaupun pada waktu Zuhur dan Asar pada hari bekerja.

Penduduknya sangat sensitif dalam soal agama dan bangsa sejak zaman-berzaman.

Majlis

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shahrin telah menganjurkan satu majlis ceramah yang dinamakan Tamatkan Rejim Umno dan juga kempen ABU (Asal Bukan Umno) di Dewan MBSA Kampung Jalan Kebun.

Pertubuhan haram hindraf dan Pas turut sama terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Penganjuran program tidak dimaklumkan kepada pihak polis.

Kampung Jalan Kebun terletak dalam Dun Sri Muda yang mana wakil rakyatnya adalah dari parti PKR. Adun berkenaan juga tidak dimaklumkan tentang penganjuran program tersebut oleh Badrul Hisham.

Punca Pergaduhan

Seperti yang kita semua tahu, pengikut-pengikut hindraf kurang ajar. Mereka pernah menyerbu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri pada tahun 2008.

Mereka masuk ke kampung melayu dan buat seperti kampung mereka. Langsung tidak tahu untuk menghormati adat dan agama orang lain. Bukan setakat tidak tahu hormat, malah mereka melakukan provokasi terhadap penduduk kampung pula.

Pada jam 7.30 malam iaitu pada waktu Maghrib, penyokong-penyokong hindraf berkumpul di tepi jalan di hadapan dewan tempat ceramah diadakan dalam keadaan bersorak dan menjerit-jerit sambil mengibarkan bendera hindraf.

Gelagat mereka telah mengundang kemarahan penduduk kampung kerana mereka tidak menghormati waktu Maghrib serta penduduk sekitar.

Penduduk memberi amaran , tetapi mereka tidak mengendahkannya. Berita tersebut tersebar ke serata kampung. Berduyun-duyun penduduk kampung datang ke dewan berkenaan. Berlaku pertengkaran dan cabar mencabar yang membawa kepada pergaduhan.

Sewaktu pergaduhan berlaku Badrul Hisham selaku penganjur utama menyembunyikan diri. Selepas semuanya selesai barulah dia muncul dengan berlagak sebagai seorang hero.

Ulasan Peristiwa
Dalam hal ini kesalahan perlu diletak diatas bahu penganjur,kerana mereka yang menyalakan api terlebih dahulu.

Pergaduhan tidak akan berlaku sekiranya penganjur tidak memilih lokasi di kawasan yang sensitif. Banyak lagi dewan lain yang ada untuk mereka mengadakan ceramah , tetapi kenapa mereka heret hindraf ke kawasan melayu yang sensitif ? Tidak lain tidak bukan untuk tujuan provokasi.

Pergaduhan juga tidak akan berlaku sekiranya penyokong-penyokong hindraf tidak bersorak-sorak sambil mengibar bendera di tepi jalan pada waktu Maghrib.

Sekiranya Adun Sri Muda dari parti PKR dan pihak polis dimaklumkan terlebih dahulu tentang penganjuran ceramah di kawasan berkenaan ,sudah pasti mereka juga akan menghalangnya kerana mereka tahu keadaan tempat tersebut.

Kebiasaannya ceramah-ceramah politik diadakan selepas waktu Isyak. Tetapi di Kampung Jalan Kebun pada hari berkenaan ceramah bermula serentak dengan waktu Maghrib.

Badrul Hisham memang terkenal sebagai seorang kaki provok dan orang yang suka menimbulkan kekacauan. Tidak mustahil dia telah merancang semua itu supaya pergaduhan tercetus kerana ingin mencari publisiti murahan.

Badrul cuba menyalahkan pihak polis dengan menuduh polis lambat bertindak. Selama ini dialah orang yang terkenal dengan sikap suka memaki hamun polis.

Dalam hal ini polis tidak boleh dipersalahkan. Apabila sudah tersepit barulah dia ingatkan polis. Kenapa sebelum anjurkan program dia tidak maklumkan kepada polis ?

Itulah sebabnya penting kebenaran atau permit dari polis sebelum sesuatu program dianjurkan. Tidak lain tidak bukan supaya senang pihak polis bersedia jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Sumber: http://sel13.com/archives/1279

Video DS Najib Tawan Penang, Guan Eng Angkat Bendera Putih!

Posted: 24 Jan 2012 08:00 PM PST


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim guan Eng terpaksa mengaku kalah dengan Dato Seri Najib Semalam...

Dalam keterpaksa Guan Eng terpaksa menahan malu dihadapan 10 ribu rakyat berbilang kaum yang hadir memberi sokongan kepada Perdana menteri di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang.

PRU Ke 13, Bakal Menyaksikan PAS Tumbang Di Kelantan!

Posted: 24 Jan 2012 06:00 PM PST


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) berpeluang untuk merampas Kelantan daripada Pas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Najib, yang juga Presiden Umno, melahirkan keyakinan tersebut semasa perjumpaan dengan pemimpin BN Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dekat sini hari ini, sebelum mengakhiri lawatan setengah hari ke negeri tersebut.

Katanya, Perdana Menteri menyatakan walaupun pertandingan antara BN dan Pas amat sengit, Kelantan merupakan 'winnable state' bagi BN pada pilihan raya umum itu.

"Apabila keyakinan itu keluar daripada mulut Perdana Menteri sendiri, ia menjadi suntikan semangat kepada kita untuk bekerja kuat," katanya kepada Bernama.

Bagi mencapai kemenangan tersebut, Awang Adek berkata Perdana Menteri mahu anggota dan pemimpin semua parti komponen BN bekerja kuat, termasuk menggerakkan lebih banyak program mendekati rakyat.

"Perdana Menteri mengingatkan kita supaya berjumpa dengan seberapa banyak kumpulan masyarakat seperti pertubuhan bukan kerajaan, nelayan, petani, guru, bloggers dan golongan profesional, bagi mengenal pasti masalah mereka dan cuba bantu menyelesaikannya," katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri juga mahukan Umno dan parti komponen BN yang lain, mendampingi 'pengundi atas pagar' yang terdiri daripada mereka yang berpendirian bebas.

"Dalam perjumpaan itu, Perdana Menteri akui Wanita Umno adalah penggerak utama kita sebab Wanita ini dia banyak masuk ke akar umbi bertemu rakyat melalui Skuad Sayang. jadi Perdana Menteri kata dia nak bantu Wanita kerana dia tahu Wanita kerja kuat dan dengan adanya van Skuad Sayang, ia akan memberi kesan yang lebih kepada Wanita untuk mendampingi pengundi," katanya.

Sempena lawatan tersebut, Perdana Menteri turut menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang yang akan digunakan oleh Pergerakan Wanita Umno dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di Kelantan.

Anwar Di Cabar Saman Bekas Pemimpin PKR!

Posted: 24 Jan 2012 05:00 PM PST


Beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman mereka dan bukannya pihak lain termasuk media massa kerana mendedahkan isu moral Ketua Pembangkang itu.

Antara mereka yang membuat cabaran itu ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor; bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip; bekas Setiausaha AMK, SD Johari Yasin; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan bekas ahli AMK, Hamizun Khairuddin.

Mereka hairan kenapa Anwar hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sedangkan sebagai bekas pemimpin parti itu, merekalah antara yang awal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.

Ezam berkata, tindakan Anwar menyaman media massa lebih bersifat gimik politik dan bukan untuk mempertahankan kebenaran kerana Ketua Pembangkang itu sebenarnya takut berdepan dengan kebenaran.

"Kalau benar niat beliau mahu mempertahankan kebenaran, kenapa beliau tidak menyaman sahaja Datuk Shazryl Eskay Abdullah; Datuk S. Nallakaruppan dan Umi Hafilda Ali yang terang-terang mendedahkan isu moral beliau," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anuar pula menegaskan, beliau juga bersedia untuk disaman oleh pemimpin itu kerana telah mendedahkan masalah akhlak pemimpin tersebut.

"Sejak kami mula keluar daripada PKR sehingga sekarang, pendirian kami terhadap pemimpin ini tidak berubah tetapi sehingga sekarang dia tidak berani saman kami,'' katanya.

Katanya, tindakan Anwar menyaman media massa hanyalah untuk menafikan kebenaran dan menambah tekanan kepada media-media yang prokerajaan.

"Dia sebenarnya cuba mengembalikan kepercayaan rakyat terhadapnya kerana keyakinan rakyat mulai goyah disebabkan isu moralnya,'' katanya.

Mohd. Zahid pula menganggap Anwar sebagai seorang pengecut kerana beliau tidak berani mengheret mereka yang pernah mendedahkan salah lakunya ke mahkamah.

"Anwar (tidak berani) berbuat demikian kerana tidak mahu mereka yang terbabit terus mendedahkan salah lakunya di mahkamah pula.

"Tindakan Anwar itu sebenarnya tersasar jauh jika benar beliau mahu membersihkan namanya,'' katanya.

SD Johari pula berkata, beliau pernah mendedahkan moral Anwar melalui YouTube bermula 2006, namun sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pemimpin berkenaan.

"Kenapa dia tidak saman sedangkan kenyataan saya mengenai beliau masih boleh ditonton oleh semua rakyat sehingga ke hari ini,'' katanya.

Jumaat lalu, Anwar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran artikel bertajuk Tolak Anwar - Hassan pada 17 Januari lalu.

SD Johari menambah, jika Anwar mahu menyaman pihak-pihak mengaibkannya, maka dia juga perlu menyaman separuh daripada rakyat di negara ini yang percaya mengenai keruntuhan akhlak dan moral pemimpin itu.

Bekas ahli AMK, Hamizun turut mengakui tindakan Anwar itu hanyalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepadanya.

"Rakyat sudah mulai sangsi dan mempertikaikan hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri kerana rekod moralnya yang sangat rendah, justeru tindakan seterus Anwar ialah menyaman akhbar ini,'' katanya.

Kata beliau, tindakan Anwar itu hanyalah gertakan daripada individu yang terdesak sedangkan ia tidak akan dapat mengembalikan penghormatan masyarakat terhadapnya.

Harakah: Undi Anwar Ibarat Menempah Bilik Neraka!

Posted: 24 Jan 2012 06:15 AM PST


Kita ingat kembali cerita lama, hanya kerana mahu memancing undi  Pas pernah berkata "Mengundi Anwar Ibarat Menempah Bilik Neraka". Kita renung kembali perjuangannya. Dulu lain sekarang lain.

Adakah dengan mengundi Anwar sekarang Ahli Pas menempah syurga..? Fikir-fikirkan lah...

Pas Is Dead!!!

Sumber FB-Zamay Roslan

Guan Eng Nyanyi Lagu BN Dengan DS Najib Tanda-Tanda Awal Kejatuhan Pakatan Rakyat!

Posted: 24 Jan 2012 05:01 AM PST


Terkedu sekejap bila melihat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyanyikan lagu Barisan Nasional...

Meskipun muka Guan Eng merah padam, jelas ia menunjukkan dalam keterpaksa beliau terpaksa menahan malu dihadapan 10 ribu rakyat berbilang kaum yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang.

Adakah ini salah satu dari pertanda awal kejatuhan Pakatan Rakyat pada PRU ke-13... Insyallah...

Foto: matkilaupenang.blogspot.com

Sementara itu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata Gagasan 1Malaysia kini mula diterima oleh rakyat dari pelbagai kaum sebagai satu cara hidup di negara ini.

Katanya, disebabkan itu negara berjaya merekodkan pencapaian ekonomi memberangsangkan pada tahun lepas.

Haiyaaaa.... mana mau letak muka oo... ciau-ciua la...

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Negeri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Pengerusi Gerakan Datuk Dr Teng Hock Nan, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Zainal Abidin Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mengamalkan prinsip "semangat kekitaan dan rasa kebersamaan" bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Beliau berkata dengan berpegang kepada prinsip berkenaan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mampu untuk bergerak ke hadapan sebagai satu negara, satu bangsa dan satu visi.

"Kita perlu sokongan daripada semua kaum, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan pelbagai lagi. Sekiranya semua ini bergerak sederap (serentak) sebagai satu bangsa, satu negara dan satu satu visi maka Insya-Allah kita akan mencapai apa yang diharapkan.

"Ini bukanlah satu impian yang tidak mungkin jadi kenyataan, ini bukanlah igauan tetapi satu impian manis yang boleh jadi kenyataan kalau kita bergerak dengan semangat kekitaan dan rasa kebersamaan," katanya.

Najib berkata berlandaskan kepada prinsip itu juga, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan peruntukan yang diberikan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan etnik, antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memperuntukan RM500 bagi setiap isi rumah, bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

"Sebab itu kita bagi bantuan untuk semua tanpa mengira kaum dan etnik. Kita beri ini kerana ekonomi kita kukuh dan kita tidak serah ekonomi kepada pasaran sahaja kerana jika diberi kepada pasaran hanya yang kaya sahaja yang akan dapat.

"Oleh itu kerajaan beri BR1M kepada golongan rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, asalkan mereka perlu bantuan kerajaan beri bantuan, dan ini adalah sejarah," katanya.

PANEH MIANG

Posted: 25 Jan 2012 01:26 AM PST

PANEH MIANG


NAGA kawal Ikan

Posted: 24 Jan 2012 08:21 PM PST

Salam kepada moderator,

Isu ini amat menarik sekali untuk dikupas dan bagaimanakah cara mengatasi masalah ini berdasarkan huraian di bawah. Berdasarkan daripada pengalaman bekerja dan bercampur dengan setiap lapisan bahagian samada di peringkat nelayan, LKIM, peraih ikan, peraih ikan di pasar atau taiko pasar dan penjual ikan dipasar, boleh saya simpulkan perkara ini kepada beberapa bahagian iaitu:-

a. Nelayan
b. LKIM
c. Peraih
d. Penjual ikan di pasar.

NELAYAN

Nelayan ini kebanyakkannya adalah Melayu tetapi bot-bot mereka ADALAH KECIL dan bukan pergi ke LAUT DALAM. Sementara Cina pula mempunyai BOT yang BESAR dan pergi ke LAUT DALAM dan mempunyai peralatan GPS yang serba canggih. Ini belum lagi dikira bot-bot Cina yang mencuri/merompak di laut perairan Indonesia yang tidak membenarkan pukat tunda. Sebab itu negara Indonesia masih kaya dengan ikan-ikan, dan anak-anak ikan boleh membesar. Maksud merompak ini belum dikira lagi pada perairan Malaysia seperti di perairan pantai dengan jarak tertentu batu nautika (yang) tidak dibenar menggunakan pukat tunda....kenyataan mereka ini RAKUS DAN TAMAK. Belum lagi cerita JUAL ikan di laut antarabangsa...senang cerita kerajaan rugi bagi pada mereka ini subsidi tapi mereka ini adalah penderhaka/pengkhianat NEGARA.

LKIM

Sebenarnya LKIM (bertujuan) MEMANTAU agar ikan-ikan yang dibawa naik ke darat mencukupi keperluan dan menyediakan jeti (serta) dikenakan cukai yang amat MINIMA. Senang cerita, kerajaan BANTU lagi. Daripada sini, pihak LKIM dapat memantau harga ikan. Saya pernah bertanya kepada pekerja LKIM kenapa kerajaan tidak boleh (kawal) harga ikan...rupa-rupanya kerajaan pernah melakukan perkara tersebut TETAPI DI BOIKOT oleh PERAIH/TAIKO di pasar borong. Cerita peraih saya akan cerita berikutnya.

PERAIH

Peraih terbahagi kepada 2 iaitu peraih di jeti dan peraih di pasar. KEDUA-DUA PERAIH ini DIMONOPOLI oleh kaum CINA. Mereka inilah yg menaikkan harga mengikut suka hati (mak bapak dorang) asalkan dapat UNTUNG BUSAT MAA...mahai...ci...Walaupun ada peraih Melayu tetapi dalam bentuk KOMODITI yang sangat KECIL. Di sini pihak LKIM pernah mengambil inisiatif untuk memasarkan terus di pasar tanpa melalui orang tengah; TETAPI apa yg TERJADI...sungguh SADIS kerana ikan-ikan yang dihantar oleh LKIM ke PASAR telah DIBOIKOT atau tidak dibeli oleh peraih serta penjual-penjual ikan dipasar. Akhirnya ikan tersebut di(lambakkan) sahaja di pasar borong. Betapa BUSUK(nya) hati peraih-peraih (yang ingin) KAUT KEUNTUNGAN KASAR.

PENJUAL IKAN DI PASAR

Penjual biasanya akan menjual ikan direct terus kepada (pembeli). Apabila ikan terlalu mahal, penjual ikan pun tidak berani membeli takut tidak laku. Biasanya penjuallah yg KENA MAKI (dengan PEMBELI dan) bukannya PERAIH-PERAIH ini.

Kesimpulan(nya) di sini, peraih adalah penyebab utama harga ikan melambung (termasuk) juga nelayan-nelayan yang khianat. Kerajaan perlu memberikan subsidi kepada orang yang BENAR-BENAR memerlukan SUBSIDI dan LAYAK. Sekian, fikir-fikirkanlah...

Sumber sini.

Taipingmali (tm)

Posted: 25 Jan 2012 01:18 AM PST

Taipingmali (tm)


KASI PANAS!! Ustaz Kamal Saidin Hentam Pas Kedah kaw kaw punya!!

Posted: 24 Jan 2012 08:09 AM PST



Uploaded by MctheoryCroniez on Jan 1, 2012

Ceramah Ustaz Kamal di Taman Keladi, Sungai Petani. Menyerang Kerajaan Kedah, yang kononnya kerajaan berkebajikan. Pada hakikatnya rakyat tetap di pinggirkan tanpa sebarang pembelaan.

McTheory

(Team Media Kedah)

kedahkekl.blogspot.com

Ayuh kita hambat Chegubard!

Posted: 24 Jan 2012 08:07 AM PST


Assalamualaikum,

Satu gerakkan yang terang-terang menghina nama organisasi UMNO dinamakan Asal Bukan UMNO yang dibawa oleh Chegubard merupakan satu tindakan provokasi dan juga menghina seluruh ahli-ahli UMNO.

Kita berpolitik ada landasan untuk menghormati lawan, apa sahaja tajuk ceramah dan juga program yang kita lakukan mempunyai landasan yang perlu saling menghormati, tajuk yang mempunyai provokasi seperti ini harus kita lawan dengan kekerasan. Apabila mereka menawarkan cara yang kurang ajar, takan kita boleh melihat dan berdiam diri.

Sudah masanya kita mengajar mereka yang mahu kurang ajar dengan UMNO, sudah masanya sekiranya ada program seperti ini di kawasan anda, sebagai pejuang dan ahli UMNO, tidak salah untuk kita berdepan dengan orang-orang ini.  Selagi mereka tidak mengugurkan Tajuk ABU, kita berhak untuk pertahankan maruah kita sebagai ahli UMNO.

Didalam Tajuk Ceramah dan Program kita, tidak pernah kita nak meletakan tajuk "Tolak PKR" "PKR Kaki Bontot", "PKR Balaci DAP" dan lain-lain.

Peranan Chegubard adalah untuk melagakan orang Melayu dengan Melayu, mereka sengaja tidak meletakkan Asal Bukan BN kerana PKR menjadi balaci DAP dan tugasan mereka adalah untuk berbuat apa sahaja untuk memecahkan sokongan Melayu terhadap Parti Melayu.

Ini satu gerakan perkauman yang di rangka oleh PR dimana mahu mengusik kaum Melayu agar berdepan dengan Hindraf dan juga PKR.

Pikir-pikirkan lah sendiri... Ingat sekiranya mereka sampai di kawasan kamu, seluruh ahli UMNO mesti berdepan dengan beliau selagi Program itu menggunakan nama ABU!

SUARA RAZLAN

Penduduk Baling Kampung Lubuk Badak Minum Air Selut!!

Posted: 24 Jan 2012 08:05 AM PST



Uploaded by MctheoryCroniez on Jan 21, 2012

Inilah yang terhasil apabila pembalakkan tidak terkawal. Habis semua musnah. Bekalan air minuman penduduk Baling juga dicemari dengan tanah dan selut dari bukit. Akibat pembalakkan yang membabi buta, memusnahkan segalanya dari habitat haiwan dan juga manusia.

Inilah contoh kerajaan negeri Pas yang kononnya pentingkan rakyat.

Kedah Sejahtera.. rakyat sengsara!!

McTheory (Team Media Kedah)

kedahkekl.blogspot.com

Kubu Pas di Kupang, Baling Di Robohkan Oleh Pemuda Pas Sendiri!!

Posted: 24 Jan 2012 08:03 AM PST



Uploaded by MctheoryCroniez on Jan 23, 2012

Lihatlah betapa geramnya pemuda Pas ini memecahkan batu tanda markas Pas Kupang di Baling Kedah. Inilah akibatnya kalau hanya pandai berjanji tapi tidak menunaikannya.

McTheory (Team Media Kedah)

Kedahkekl.blogspot.com

Apa Kata Ustaz Azhar Idrus, Selebriti & YB Sempena Tahun Baru 2012

Posted: 24 Jan 2012 07:13 AM PST

Tidak Perebutan kerusi dalam BN-DS Zambry

Posted: 24 Jan 2012 07:00 AM PST

Datuk AC Mizal dilantik Duta Tahun Melawat Perak

Posted: 24 Jan 2012 06:54 AM PST



Uploaded by ThePerakToday on Jan 24, 2012

Pengacara popular negara, Datuk AC Mizal dilantik sebagai Duta Tahun Melawat Perak bagi menggalas tugas mempromosikan pelancongan negeri yang menyasarkan lima juta pelancong berkunjung ke Perak, tahun ini.

Dikenali sebagai pengacara versatile, anak kelahiran Kota Bharu, Gopeng itu dipilih kerana daya tarikan tersendiri termasuk kepetahannya berbicara selain mengacarakan banyak program hiburan popular seperti Akademi Fantasia dan Maharaja Lawak Mega.

Exco Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata pemilihan AC Mizal sebagai duta TMP 2012 bertepatan sekali kerana beliau adalah anak kelahiran negeri itu.

Selain itu, beliau juga katanya, memiliki aura sebagai pengacara popular dan mempunyai ribuan peminat dari segenap lapisan masyarakat.

"Tempoh pelantikan AC Mizal dimeterai secara berperingkat-peringkat dan kita yakin beliau dapat mempromosikan pelancongan Perak dengan baik berdasarkan kepada popularitinya sebagai artis terkenal negara.

"Beliau akan mempromosikan TMP 2012 dalam setiap program yang dihoskannya selain menggunakan laman sosial Facebook TMP yang ketika ini mempunyai kira-kira 3,000 ahli sebagai jurucakap pelancongan Perak dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Duta Tahun Melawat Perak dan Konvoi Pelancongan Melawat Perak di Stadium Indera Mulia, di Ipoh, petang tadi.

Dalam perkembangan sama, Hamidah berkata, seramai 3,000 anak muda yang mewakili 15 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Perak turut dilantik sebagai duta kecil di daerah masing-masing bagi mempromosikan TMP 2012.

Usaha seperti itu katanya, diharap dapat menyemarakkan semangat anak muda untuk membantu kerajaan negeri menjayakan setiap program pelancongan yang dirancang.

"Kita berpendapat pelantikan duta kecil ini adalah pendekatan terbaik untuk mempromosikan pelancongan di peringkat akar umbi.

"Peserta yang hadir pada hari ini diberi penerangan asas mengenai pelancongan dalam suasana santai dan mereka turut berperanan sebagai sukarelawan apabila kita melaksanakan program pelancongan di kawasan mereka," tegasnya.

Duta kecil ini tambah beliau, juga berpeluang menjadi pemandu pelancong sekiranya mereka berminat untuk menjadikan karier itu sebagai sumber pendapatan tetap.

Sementara itu, AC Mizal pula berkata, beliau begitu berbesar hati di atas pelantikannya sebagai duta TMP 2012 dan berjanji akan menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik-baiknya.

"Selain promosi di kaca televisyen, saya juga akan menghebahkan TMP 2012 melalui jaringan laman sosial 'Mface' yang bakal dilancarkan di Indonesia, Hong Kong dan seterusnya China.

"Saya juga menyediakan homepage khas untuk mempromosikan TMP 2012 selain dijadual turun padang menjayakan 40 program pelancongan yang diatur oleh kerajaan negeri," tegasnya lagi.

Kes ADUN BN Disabotaj Menular: Hamidah mangsa terbaru

Posted: 24 Jan 2012 06:53 AM PST



Uploaded by ThePerakToday on Jan 24, 2012

Tidak habis-habis cerita mengenai pemimpin Barisan Nasional (BN) disabotaj oleh golongan-golongan yang busuk hati dan bersifat dengki dengan sikap bertanggungjawab wakil rakyat dari parti itu.

Sebelum ini, SMS palsu dihebahkan kepada rakyat kononnya Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membatalkan sambutan Tahun Baru Cina di kediaman rasminya sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat Cina.

Hari ini, satu lagi sabotaj dilakukan terhadap Adun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman yang menjadi mangsa 'hebahan palsu' yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Menurut Hamidah, pada Khamis lalu, beliau mendapat maklumat bahawa wujudnya kumpulan-kumpulan yang mengedarkan risalah-risalah yang menyatakan beliau akan memberi 'Ang Pow' sebanyak RM 100 kepada penduduk kawasan di sekitar DUN Sungai Rapat.

Berita palsu itu kemudiannya menjadi buah mulut di kalangan penduduk kampung berdekatan sehingga hampir 300 orang telah berkumpul sekitar jam 2 petang di Pejabat Rela Desa Pakatan.

"Sebelum Tahun Baru Cina, saya mendapat tahu ada pihak membuat surat hebahan atau risalah yang kononnya saya hendak memberi ang pow kepada semua ....ia macam unlimited ang pow untuk rakyat.

"Hebahan itu menyatakan saya akan beri RM100 ang pow melalui edaran surat yang dihantar ke kedai kopi. Rakyat percaya dan pergi ke tempat yang dimaklumkan untuk mengambil duit.

"Saya sudah tentu tidak tahu menahu mengenai hebahan itu dan tidak turun ke tempat yang diperkatakan lalu menyebabkan rakyat marah," katanya.

Susulan dari risalah palsu terbabit, individu berkenaan mula mencanang cerita-cerita buruk yang kononnya Hamidah adalah seorang penipu.

"Sekarang mereka mula heboh di merata-rata kononnya saya menipu rakyat... mereka kata saya janji nak turun tapi tak turun dan kata nak bagi angpow tapi tak bagi angpow pun.

"Saya tidak tahu hebahan itu bermula sejak bila namun saya hanya dimaklumkan sekitar jam 6 petang pada hari yang sama.

"Ketika itu, sudah terlewat untuk saya pergi ke tempat penduduk berkumpul bagi menjelaskan segala-galanya.

"Perkara itu seolah-olah sengaja diadakan semata-mata untuk memburuk-burukkan imej saya sedangkan saya tidak tahu menahu mengenai pemberian ang pow itu. Akibatnya, rakyat sudah marah saya atas kesilapan yang saya sendiri tidak buat," tegasnya lagi.

Hamidah menegaskan, beliau tidak pernah membuat program mahupun berjanji untuk memberikan ang pow pada tarikh yang dihebahkan.

"Saya nak bagi penjelasan bahawa saya tidak pernah berjanji untuk melakukan program itu dan tidak tahu siapakah individu tidak bertanggungjawab menjalankan perkara ini.

"Saya ingin maklumkan bahawa kita tidak pernah keluarkan poster atau hebahan yang mengatakan bahawa kami akan bagi ang pow pada hari itu. Yang pasti itu memang bukan saya yang buat sebaliknya kerja sabotaj yang cuba nak memburukkan saya.

"Saya minta maaf kepada rakyat DUN Sungai Rapat terutama yang berbangsa Cina sekiranya mereka berasa tertipu... ini bukan program saya dan saya tidak tahu siapa yang lakukan," katanya lagi.

Tambah beliau lagi, trend politik sekarang seakan-akan menunjukkan ada usaha yang sedang giat dirancang oleh golongan-golongan tertentu untuk menimbulkan kemarahan kepada pemimpin BN.

Katanya, apa yang dilihat, fenomena mensabotaj wakil rakyat BN ini semakin menular ke beberapa kawasan dimana ia seperti wujudnya gerakan untuk mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin parti itu.

Tambahan lagi katanya, selepas Anwar Ibrahim terlepas dari hukuman penjara, kumpulan-kumpulan terbabit dilihat sudah kekeringan isu panas yang boleh menyemarakkan perasaan marah rakyat terhadap kerajaan BN.

Apa-apa pun katanya, perkara itu tidak akan dipandang ringan dan laporan polis telah dibuat pada Ahad lalu bagi menyiasat dalang di sebalik hebahan palsu terbabit.

"Kita mahu pihak polis siasat siapakah yang membuat risalah palsu ini dan saya harap perkara ini dapat selesai secepat mungkin," katanya.

Hamidah ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Perak.

Ustaz Kazim Elias Pernah Jadi Mangsa Tindakan Mughallazah PAS

Posted: 24 Jan 2012 06:49 AM PST



Gambar Lama Pas Perak



PAS memang tidak mahu mengakui bahawa parti itu tidak pernah mengamalkan budaya tegur-menegur, lebih-lebih lagi kalau teguran tersebut akan menyebabkan imej kedua-dua tok guru dalam parti itu akan merudum, sekaligus memperlihatkan kepimpinan utama PAS sebenarnya terdiri daripada mereka yang sangat kagum dengan diri sendiri. Keujuban, ketakjuban dan kekaguman terhadap diri sendiri, semakin bertambah-tambah dengan pujian serta sokongan membuta tuli daripada para penyokong yang jahil tetapi sentiasa ditanamkan dan disuburkan dengan ungkapan WALA' dan TSIQAH.

'Bintang' pendakwah PAS sekarang adalah Azhar Idrus, bekas tenaga pengajar muzik pada tahun 1985 yang berasal dari Terengganu. Populariti Azhar Idrus diraih menerusi pendakwahan yang dilakukan dengan menggunakan media baru seperti Youtube, Yahoo Messenger, blog dan sebagainya. PAS yang memerlukan seorang bintang, akhirnya berjaya 'memperolehi' Azhar Idrus dan bermula daripada penampilan pertama Azhar Idrus dalam majlis Pakatan Rakyat, ceramah agama Azhar Idrus tidak lagi memberikan teguran kepada semua pihak yang mengaku beragama Islam, sebaliknya membuat kritikan untuk membesar-besarkan PAS.
Pak Lawak Pas

Namun sebelum Azhar Idrus, PAS sebenarnya pernah mempunyai seorang lagi penceramah 'bintang' yang sehingga kini masih lagi laku 'di pasaran'. Rakaman video cakera padatnya begitu laris dan terjual di seluruh negara. Namanya adalah Kazim Elias.

Bagaimanapun, teguran demi teguran yang dilakukan oleh Kazim Elias akhirnya membuatkan kerjayanya bersama PAS berakhir apabila Muktamar Dewan Ulama PAS pada 14 Mei 2011 telah meluluskan dua usul di mana salah satu usulnya adalah memecat Ustaz Kazim Elias yang disifatkan sebagai DURI DALAM DAGING kerana mengkritik PAS yang bergabung dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Untuk menghalalkan pemecatan Kazim Elias, geng-geng ulama ujub itu telah memberi alasan, kononnya Kazim Elias menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siyasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulama. Dan untuk memperlihatkan tentang dangkal dan kurangnya ilmu Kazim Elias, dikatakan pula kononnya, Kazim Elias pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tanpa berdasarkan kepada tafsiran ulama mufassirin.

Alasan-alasan yang diberikan oleh para pemimpin PAS itu sebenarnya hanyalah helah untuk mengelak daripada dipersalahkan, terutama dari kalangan ahli-ahli PAS yang bengong, jahil, dan kurang berilmu. Contoh yang paling mudah, apabila UMNO yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra melakukan Tahalluf Siyasi dengan MCA dan MIC pada tahun 1955, PAS begitu bersungguh-sungguh berhujah kononnya, UMNO telah mengambil kafir sebagai wali mereka.

Hujah itu terus digunakan sehinggalah awal 2008. Kerjasama antara UMNO dan parti-parti politik bukan Islam yang lain tidak dianggap sebagai Tahalluf Siyasi sebaliknya digambarkan sebagai kerjasama yang menjadikan umat Islam sebagai hamba abdi kepada kaum kafir.
Dulu disanjung, kini dikeji sebab tidak bersama Pas

Namun apa yang sebenarnya berlaku ialah, kepimpinan PAS sebenarnya terlalu takut kepada sebarang teguran yang berjayamendedahkan tembelang kebodohan dan kejahilan mereka sendiri. Sesiapa sahaja yang menegur kepimpinan PAS, sudah pasti akan menerima risiko pemecatan.

Terbaru adalah Hasan Ali, bekas Exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor. Tindakan Hasan Ali yang dilihat mengganggu KASIH SAYANG Anwarista di dalam PAS kepada DAP dan kegiatan-kegiatan tidak bermoral, akhirnya menyaksikan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu dipecat keahliannya.

Kazim Elias juga sama seperti Hasan Ali. Teguran yang dibuat kepada kepimpinan PAS tidak disenangi. Kepimpinan PAS berasa mereka lebih pandai, lebih hebat dan lebih berilmu sehingga tidak memerlukan teguran sesiapa pun.

Menariknya dalam sirah, Syaidina Umar Al-Khattab r.a pernah menegur Syaidina Uthman bin Affan r.a apabila menantu Nabi s.a.w itu terlambat datang mendengar khutbah Jumaat, tidak sempat mandi dan tidak sempat menukar pakaian lain kerana terlalu sibuk berniaga. Sedangkan Syaidina Uthman bin Affan r.a adalah salah seorang yang dijamin syurga oleh Nabi s.a.w.

Apa sangatlah Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang dan Dewan Ulama PAS berbanding Syaidina Uthman Affan r.a sehingga mereka tidak boleh ditegur, bahkan memecat Kazim Elias melainkan mereka hanyalah sekumpulan KAUM MUNAFIQ yang bergerak atas lajnah penipuan dan pemerdayaan!!!

The Unspinners

Posted: 24 Jan 2012 11:41 PM PST

The Unspinners


PR Perak berebut jawatan MB

Posted: 24 Jan 2012 11:00 PM PST

Serangan perang proksi terhadap Karpal bermula?

Posted: 24 Jan 2012 08:00 PM PST

Prosperous, sharing and together; or Fractured and divisive?

Posted: 24 Jan 2012 05:00 PM PST

Blog moderate, neutral sesuai untuk atas pagar

Posted: 24 Jan 2012 05:30 AM PST

Zambery dedah kepura-puraan DAP

Posted: 24 Jan 2012 02:24 AM PST

g a R a m a N i s

Posted: 24 Jan 2012 11:37 PM PST

g a R a m a N i s


Selangor Diancam Gerakan Kristianisasi Besar-Besaran

Posted: 24 Jan 2012 08:15 PM PST


 Maklumat yang baru diperolehi ialah, rombongan mubaligh semakin ramai bertumpu ke Selangor. Di sebalik 'kegagalan' pada 4 Ogos 2011 untuk memurtadkan sebilangan umat Islam yang terpengaruh dek liberalisasi atau moderat atau terpengaruh kerana material mahupun kecewa dengan red tape pada pengurusan umat Islam seperti pusat zakat mahupun akibat dadah dan seks bebas.

Kemasukan rombongan mubaligh beramai-ramai adalah pada 18 Disember 2011 menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sebahagian anggota rombongan mubaligh seramai 45 orang itu, terdiri daripada mubaligh-mubaligh Filipina. Sebahagian lagi datangnya dari Indonesia. Rombongan pada 18 Disember diketuai oleh seseorang yang dikenali sebagai Alicia Thorpe, salah seorang anggota kumpulan Evangelist yang berpusat di Amerika Syarikat.

Menariknya, kumpulan berkenaan telah dijemput dan dinaungi secara peribadi oleh Teresa Kok, Exco Kanan Selangor. Teresa Kok bekerjasama rapat dengan Dr. Eu Hong Seng, Pengerusi The National Evangelical Christian Fellowship (NECF) yang berpusat di Petaling Jaya untuk membawa masuk mubaligh-mubaligh ini bagi tujuan pemurtadan.

Bersambung di SEL13

* Kemasukan besar-besaran migran mubaligh ke Selangor ini adalah selepas Khalid Ibrahim ditabalkan menjadi Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor. Apa ada hal, di Selangor pentadbirannya huru hara dan carca marba kerana penongok arak tegar yang sekular menjadi Exco Agama Islam dan Penasihat Ekonomi Negeri yang kaki liwat.

Panglima Perang Cyber

Posted: 24 Jan 2012 11:37 PM PST

Panglima Perang Cyber


Wartawan Andrew Hornery Juara Worst Journalist Di Australia Dan Gay cc @NajibRazak @anwaribrahim

Posted: 24 Jan 2012 11:11 PM PST

Ada info baru diperolehi.

Lihat johorpolitico.com....

Kolumnis Sydney Morning Herald, Andrew Hornery yg mendakwa DS Rosmah belanja lebih RM300,000 masa cuti di Sydney, sebenarnya adalah wartawan yg tidak ada kredibel.,

dia ada kolum gossip dan tulisannya hanyalah berdasarkan gossip semata-mata...

Horney juga kerap disenaraikan sbg 'Australia's Worst Journalist' (lihat Sydney Morning Herald - Australia's Worst Journalist.

Dia jg dikenali dikalangan dunia gossip Sydney dan Australia sbg 'openly gay transsexual


Mohon disebarkan.

Tambah lagi jika tuan puan ada maklumat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mari Tengok @anwaribrahim Terkejut Dengar Jeritan Keramat 1Malaysia cc @NajibRazak

Posted: 24 Jan 2012 10:00 PM PST

Terima kasih Unit Media Baru Pemuda Umno Puchong atas video ini...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Video Terbaru PM DS @NajibRazak Umum Tambah Gaji dan Bonus Jika...

Posted: 24 Jan 2012 09:47 PM PST

Published with Blogger-droid v2.0.2

Siapa Mahu Jumpa Dr Aziz Bari dan Presiden Mahasiswa Tanya Isu AUKU Esok? Cc @NajibRazak

Posted: 24 Jan 2012 09:09 PM PST

Ayuh penuhkan Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Lot 2 Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam pada 26 Januari 2012, Khamis, 2.00 petang hingga 4.45 petang dalam Wacana Sinar membawakan tajuk 'MASIH RELEVANKAH AUKU?'.

Bersama panelis:

Dr. Nik Ahmad Kamal (Pengerusi Jawatankuasa Pindaan AUKU), Prof. Dr. Aziz Bari (Pakar Perlembagaan Malaysia), Mohamad Maliki Mohd Rapiee (Presiden MBM) & Mohd Shahar Abdullah (Presiden Alumni Aspirasi Malaysia)

Sebarkan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Imbas Kembali : Karpal Sing Orang Pertama Dedah Kes Liwat @anwaribrahim Di Parlimen !!!

Posted: 24 Jan 2012 04:33 PM PST


baca lagi 







Peliknya Karpal Singh yang kini menjadi pembela kes liwat beliau. Ketika peguam muslim semuanya tidak lagi mahu membelanya.


Adakah sesuatu yang cuba disembunyikan ?


Biasanya jika Karpal Singh menjadi peguam sudah tentu rahsia klien iaitu Anwar Ibrahim akan berada di tangannya.


Sedia untuk dijadikan 'kaldai' untuk membuat apa sahaja kehendak mereka.


Strategi yang bijak. Tetapi belum tentu berjaya kerana Allah lebih hebat perancanganNYA.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Blogger Kerajaan Puji Tukar Tiub ?

Posted: 24 Jan 2012 04:26 PM PST


Rupa-rupanya dalam timbunan sampah sarap di http://tukartiub.blogspot.com masih ada yang boleh diguna semula:

Lihat catatan yang tertulis pada sehelai tisu pengesat najis yang Demang jumpa dalam sampah sarap hanyir di blog tersebut:


apa maknanya laporan akhbar luar negara ini?

ini bermakna kempen media barat
untuk meminggirkan najib
sebelum presiden marcos dijatuhakan di pilipina
banyak kesah imelda keluar dalam media antarabangsa

sebelum suharto dijatuhkan banyak berita
tentang ibu tien dalam media antrabangasa

ini adalah permulaan kempen antarabangsa




Read more: http://waadat.blogspot.com/2012/01/tukar-tiub-dedah-usaha-orang-asing.html#ixzz1kQQTIM5O



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Pemberi Maklumat Kepada @rafiziramli Isu NFC Seorang Pencuri - Dakwa Datuk Ibrahim Ali

Posted: 24 Jan 2012 07:59 AM PST




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Kenyataan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan : BN Jangan Gentar Jemput @drhasanali !!! cc @NajibRazak

Posted: 24 Jan 2012 07:39 AM PST


BN diminta beri ruang kepada Hasan Ali

KUALA LANGAT 23 Jan. - Parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta menyediakan ruang dan platform kepada bekas Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hasan Ali untuk berceramah di Selangor bagi membolehkannya mendedahkan hakikat sebenar yang berlaku dalam Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, parti komponen BN tidak perlu gentar untuk menjemput bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu, kerana beliau bukan lagi ahli mana-mana parti pembangkang.

"Hasan dipecat daripada Pas, maka beliau kini bebas untuk berceramah di mana-mana sahaja dan UMNO mengalu-alukan jika beliau ingin turun ke Kuala Langat.

"Apa yang pasti, beliau akan berceramah atas tiket pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya ahli parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di hadapan 2,000 ahli BN sempena Majlis Penerangan Perdana Parlimen Kuala Langat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jugra, Banting di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi BN Kuala Langat, Datuk Sulaiman Karli dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan.

Melalui Hasan, katanya, rakyat boleh mengetahui hubungan dingin antara Pas dan DAP dalam kerajaan PKR Selangor.

"Rakyat perlu tahu perkara sebenar yang berlaku dalam kerajaan negeri selama ini sehingga membawa kepada pemecatan beliau sebagai Pesuruhjaya Pas dan seterusnya sebagai ahli Pas dan Pengerusi yang menjaga hal ehwal agama Islam," katanya.



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Syabas - Ketua Pemuda UMNO @khairykj Cabar Dedah Berapa Ahli Melayu Sertai DAP cc @NajibRazak @anwaribrahim @cmlimguaneng

Posted: 24 Jan 2012 07:24 AM PST

Panglima : inilah yang kita mahu. Jika boleh isu kenapa kempen Asal Bukan Umno tidak boleh dijadikan isu perkauman kerana jelas Pakatan membuat kempen terhadap sebuah parti orang Melayu bernama UMNO. Walhal sepatutnya mereka patut menentang Barisan Nasional bukannya Umno sebagai sasaran kempen politik mereka. Yang menyedihkan ialah orang Melayu PAS PKR turut sama menjayakan kempen perkauman lagi rasis tersebut. Sedangkan dalam PRU lawan BN ialah Pakatan bukan parti. Meskipun Pakatan hingga hari ini ialah sebuah parti yang gagal didaftar dan layak digelar pakatan yang haram dan luar undang-undang.... Baca laporan Utusan Malaysia cabaran Ketua Pemuda UMNO di bawah.


Khairy cabar DAP umum jumlah ahli Melayu

IPOH 23 Jan. - Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin mencabar DAP mengumumkan jumlah orang Melayu yang menjadi ahlinya jika benar ia parti berasaskan berbilang kaum seperti yang sering didakwanya.

Menurutnya, penyertaan tiga orang Melayu ke dalam DAP baru-baru ini belum cukup untuk menunjukkan bahawa parti dominan Cina itu adalah parti berbilang kaum.

Katanya, ia juga tidak boleh dijadikan asas untuk mengatakan wujud kecenderungan kalangan orang Melayu untuk menyertai DAP.

"Jangan tunjuk tiga orang sahaja. Itu hanya tiga orang. Kita hendak tahu berapa ramai di peringkat bahagian, negeri dan pemimpin DAP adalah ahli Melayu.

"Jangan cakap DAP parti berbilang kaum sedangkan mereka tidak dapat keahlian daripada masyarakat Melayu," katanya kepada pemberita selepas Program Turun Padang Ketua Pemuda BN ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong, Parlimen Ipoh Barat di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman DAP tentang penyertaan orang Melayu ke dalam parti itu antaranya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Mohd. Ariff Sabri Aziz dan veteran UMNO dari Negeri Sembilan, Aspan Alias baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO negeri, Khairul Azwan Harun dan Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

Sementara itu, Khairy juga yakin pelbagai program pendidikan, kerjaya, sukan dan kebajikan, di samping kempen di alam siber yang dilaksanakan Pemuda BN sejak tiga tahun lalu mampu menarik golongan muda untuk menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Saya bukan cakap retorik tetapi berdasarkan tujuh dan lapan pilihan raya kecil lalu, kita dapati pengundi muda semua sudah kembali kepada BN," ujarnya.

Ditanya berapa ramai golongan muda menyertai BN selepas PRU 2008, Khairy memberitahu, beliau tidak mempunyai data mengenainya tetapi bilangan yang menyertai Pemuda UMNO sahaja sudah melebihi 100,000 orang.

"Yang masuk Pemuda UMNO sahaja, pada tahun lalu kita dapat 50,000 orang dan sebelum itu seramai 30,000 orang. Saya rasa jumlahnya sudah cecah lebih 100,000 dalam tempoh tiga tahun," katanya.

Selain program turun padang di Buntong, Khairy juga menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Pemuda BN serta Pelancaran BN Pilihan Orang Muda dan Penyampaian Alatan Sukan di Taman Mior Aris di Padang Rengas.

Beliau juga melancarkan Gerak Gempur dan Skuad Bermotor Pemuda BN serta merasmikan Rali Motorcross Terbuka Malaysia di Lenggong dalam rangka lawatan seharinya ke Perak hari ini.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Video Law Kaana Bainana Versi Melayu Khas Menjelang Detik Ketibaan Maulid Nabi 1433 Hijrah

Posted: 24 Jan 2012 07:09 AM PST


Sajak baru dihasilkan oleh Panglima sebentar tadi sempena ketibaan Maulid Junjungan Mulia pada 12 Rabiul Awal 1433H tidak lama lagi.



Ya Rasulallah


Betapa kami merinduimu

Meskipun mendapat hidayahmu,

Namun gelora rindu kami menunggu,

Tidak dapat dibicara selain di kalbu.



Ya Habiballah


Dewasa ini kami lalai dari mengingatimu

Disibukkan dengan dunia dan isinya.

Bagaimana mungkin kami akan merindu Yang Satu,

Jika cinta dirimu tidak ditemu




Cintamu Cinta Allah

Kasihmu kasihlah Allah

Bencimu jua kebencian Allah

Taat padamu sama ketaatan kepada Allah!



Ya Khairul Bariyyah


Syafaatmu wahai Nabi sangat kami hajati

Menunggu detik penentu samada bahagia atau derita 

Bergentar hati kami membayangkan suasana hari 

Sejengkal bawah matahari meratah seluruh manusia.



Ya Badra Tibah


Moga rindu padamu akan terlerai

Bila kisah hidupmu diulang dan kelahiranmu diraikan 

Dalam himpunan para pencinta yang berderai-derai

Air mata kerana lautan ombak rindu yang ditahan.



Madad Ya Rasulallah!


Allahumma Solli Wasallim Wabaarik Alaih



Video Untuk Yang Tidak Boleh Baca Arab versi Karaoke


Published with Blogger-droid v2.0.2

LGE Terdesak Rayu Bantuan PM DS @NajibRazak ?

Posted: 24 Jan 2012 03:00 AM PST

Video Ulama Wahabi Ust Rasul Dahri Haramkan Muzik cc@NajibRazak

Posted: 24 Jan 2012 12:52 AM PST

Setahu Panglima golongan Wahabi sahaja yang mengharamkan muzik. Sedangkan ia boleh diguna untuk tujuan yang diharuskan oleh Ulama.


Masalah kita pada hari ini ialah apabila ramai tidak sedar mereka menggunakan muzik pada tempat yang salah.


Masalah pandangan Wahabi yang sekarang banyak guna nama salafi ialah, mereka hanya menggunakan pandangan beberapa ulama sahaja.


Pandangan Ulama seperti Imam Ghazali yang diiktiraf keilmuannya, ditolak tepi.


Jika muzik diharamkan maka lagu 1Malaysia untuk membina perpaduan demi keamanan perlu dihentikan.


Jangan sampai negara kita makin pelik dengan menggunakan pandangan wahabi dalam pemerintahan.


Sudah habiskah ulama Aswj sehingga ulama wahabi juga mahu diangkat?


Pokoknya kita tahu kenapa dan siapa yang menjadi jambatan penghubung kepada kepimpinan atasan selepas menerima wang berjuta juta dalam akuannya untuk tujuan dakwah wahabi.


Yayasan orang itu sudah diketahui namun kuasa Allah jua yang mengkehendaki fahaman wahabi ini tidak berjaya muncul menguasai pemikiran umat berkat hubungan erat Sultan dan Ulama yang berkat.


Semoga Allah beri hidayat kepada pengikut salafiyyah wahabiyyah dan kembali kepada akidah Islam yang disepakati ulama. Bukan sebaliknya.


Published with Blogger-droid v2.0.2

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 24 Jan 2012 11:28 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Ahli PKR Jadikan Kanak-Kanak 10 Tahun Sebagai Tebusan...

Posted: 24 Jan 2012 11:00 PM PST

Polis bertindak melepaskan empat das tembakan ke arah seorang lelaki setelah berunding selama enam jam bagi membebaskan seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun yang dijadikan tebusan di sebuah rumah di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata langkah itu terpaksa diambil setelah lelaki terbabit, yang berumur 34 tahun, bertindak agresif ketika proses rundingan.

Beliau berkata dalam kejadian 10 pagi itu, polis menjalankan rundingan dengan turut memanggil pakar psikiatri HKL dan seorang rakan suspek untuk memujuk lelaki berkenaan, namun dia bertindak lebih agresif.

"Suspek sebelum itu secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam rumah terbabit dan mengambil pisau siang ikan di dapur sebelum menahan mangsa dan mengacukan pisau itu ke leher mangsa yang ketika itu sedang menonton televisyen bersama ibu, adik serta dua lagi sepupunya.

"Suspek kemudian mengugut untuk mencederakan mangsa sekiranya ada yang cuba menghampirinya, sebelum membawa mangsa masuk ke dalam bilik serta mengurungnya dan menutup bilik itu dari dalam," katanya.

Zulkarnain berkata ruang bilik yang agak kecil menyukarkan anggota polis kerana suspek boleh bertindak dengan pantas jika berasa dirinya terancam.

Beliau berkata semasa proses rundingan, suspek tidak menuntut sebarang wang tebusan sebaliknya hanya meminta agar dia tidak diapa-apakan, selain air dan dadah.

Ustaz PAS Ketuai Zikir Syiah....

Posted: 24 Jan 2012 09:00 PM PST


Ada dua orang ustaz pas dalam video nie, sorang yang jadi tukang karut dan sorang lagi berdiri betul-betul di sebelahnya, nah mereka dah asuh kanak-kanak menjadi pengikut syiah. korang tengok sendiri video tu aku rasa korang boleh kenal siapa dua ekor hamlau ustaz pas yang jadi pengikut syiah.

Ingat bahaya syiah, syiah membenarkan suami meliwat isterinya dan menghalalkan nikah mu'taah.

Australia Saman Syarikat Tony Fernandez....

Posted: 24 Jan 2012 06:00 PM PST


AirAsia disaman sebuah suruhanjaya pengguna di Australia kerana syarikat penerbangan tambang murah itu didakwa gagal menyatakan tambang penuh perkhidmatannya dalam laman web.

Syarikat yang menjalankan penerbangan keluar daripada Gold Coast, Melbourne dan Perth itu dinamakan dalam dokumen yang diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan Melbourne pada Selasa, lapor AFP.

Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia, badan pemantau urusan kepenggunaan negara itu, mendakwa terdapat tambang di laman web AirAsia tidak menyatakan harga semua cukai, duti dan caj-caj lain.

"Pernigaan yang memilih mengiklankan sebahagian harga setuatu produk atau perkhidmatan harus juga memaparkan harga tunggal keseluruhannya," katanya dalam kenyataan media.

komen aku: padan muka tony and the gang, korang kuat sangat menipu pengguna, korang jangan ingat korang boleh tipu pengguna di malaysia maka satu dunia punya pengguna korang nak tipu, sekarang terimalah padahnya.. 

MERBOK TIMES

Posted: 24 Jan 2012 11:22 PM PST

MERBOK TIMES


Tanya Khoo Kay Kim apa beza Hang Tuah, Hang Li Po dan Naga?

Posted: 24 Jan 2012 09:05 AM PST

Sejarahwan terkemuka Professor Emeritus Dr Khoo Kay Khim mencetuskan polimik terbaru apabila beliau menyatakan Hang Tuah dan Hang Li Po yang sebenarnya tidak wujud. Mungkin satu rekaan semata-mata atau cerita-cerita dongeng rakyat kerana tidak ada fakta-fakta yang konkrit tentang kewujudan mereka.

Hari ini mesyarakat Cina merayakan tahun baru Cina dan tahun ini adalah tahun Naga. Sudah berkurun masyarakat Cina merayakan tahun Naga silih berganti dengan tahun-tahun lain seperti tahun Harimau, tahun Tikus, tahun Arnab dsbnya.

Persoalannya adakah Naga itu wujud? Jika terdapat lukisan dan wajah Naga di mana sejarahnya? Mulut Naga yang bersembur api itu bolehkah diibaratkan seperti manusia bercakap berapi-api tapi kosong kerana tidak ada fakta?

Lu fikirlahhhh sendiri.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 24 Jan 2012 11:21 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Artikel Panas. Sel13 Dedahkan Apa Yang Berlaku Di Jalan Kebun.

Posted: 24 Jan 2012 08:03 PM PST

Sebelum ini ada pembaca MyMassa bertanyakan hal sebenar yang berlaku di Jalan Kebun.

MyMassa kepilkan artikel dari portal Sel13. (http://sel13.com/archives/1279).



Kisah Benar Pergaduhan Di Jalan Kebun
Pada Sabtu malam Ahad yang lepas telah berlaku satu pergaduhan yang melibatkan pertubuhan haram hindraf dengan penduduk-penduduk kampung Jalan Kebun, Klang.

Izinkan kami di sel13.com menerangkan kepada anda apa yang sebenarnya berlaku dan punca kepada masalah tersebut.

Kampung Jalan Kebun

Kampung berkenaan terletak bersempadan antara Shah Alam dan Klang.

Penduduknya 6000 orang dan 100 % melayu.

Penduduk mempunyai semangat persaudaraan serta kejiranan yang tinggi dan tidak berpecah belah walaupun berbeza fahaman politik.

Masjid sentiasa 'hidup' dengan aktiviti dan solat berjemaah sentiasa ramai walaupun pada waktu Zuhur dan Asar pada hari bekerja.

Penduduknya sangat sensitif dalam soal agama dan bangsa sejak zaman-berzaman.

Majlis

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shahrin telah menganjurkan satu majlis ceramah yang dinamakan Tamatkan Rejim Umno dan juga kempen ABU (Asal Bukan Umno) di Dewan MBSA Kampung Jalan Kebun.

Pertubuhan haram hindraf dan Pas turut sama terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Penganjuran program tidak dimaklumkan kepada pihak polis.

Kampung Jalan Kebun terletak dalam Dun Sri Muda yang mana wakil rakyatnya adalah dari parti PKR. Adun berkenaan juga tidak dimaklumkan tentang penganjuran program tersebut oleh Badrul Hisham.

Punca Pergaduhan

Seperti yang kita semua tahu, pengikut-pengikut hindraf kurang ajar. Mereka pernah menyerbu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri pada tahun 2008.

Mereka masuk ke kampung melayu dan buat seperti kampung mereka. Langsung tidak tahu untuk menghormati adat dan agama orang lain. Bukan setakat tidak tahu hormat, malah mereka melakukan provokasi terhadap penduduk kampung pula.

Pada jam 7.30 malam iaitu pada waktu Maghrib, penyokong-penyokong hindraf berkumpul di tepi jalan di hadapan dewan tempat ceramah diadakan dalam keadaan bersorak dan menjerit-jerit sambil mengibarkan bendera hindraf.

Gelagat mereka telah mengundang kemarahan penduduk kampung kerana mereka tidak menghormati waktu Maghrib serta penduduk sekitar.

Penduduk memberi amaran , tetapi mereka tidak mengendahkannya. Berita tersebut tersebar ke serata kampung. Berduyun-duyun penduduk kampung datang ke dewan berkenaan. Berlaku pertengkaran dan cabar mencabar yang membawa kepada pergaduhan.

Sewaktu pergaduhan berlaku Badrul Hisham selaku penganjur utama menyembunyikan diri. Selepas semuanya selesai barulah dia muncul dengan berlagak sebagai seorang hero.

Ulasan Peristiwa
Dalam hal ini kesalahan perlu diletak diatas bahu penganjur,kerana mereka yang menyalakan api terlebih dahulu.

Pergaduhan tidak akan berlaku sekiranya penganjur tidak memilih lokasi di kawasan yang sensitif. Banyak lagi dewan lain yang ada untuk mereka mengadakan ceramah , tetapi kenapa mereka heret hindraf ke kawasan melayu yang sensitif ? Tidak lain tidak bukan untuk tujuan provokasi.

Pergaduhan juga tidak akan berlaku sekiranya penyokong-penyokong hindraf tidak bersorak-sorak sambil mengibar bendera di tepi jalan pada waktu Maghrib.

Sekiranya Adun Sri Muda dari parti PKR dan pihak polis dimaklumkan terlebih dahulu tentang penganjuran ceramah di kawasan berkenaan ,sudah pasti mereka juga akan menghalangnya kerana mereka tahu keadaan tempat tersebut.

Kebiasaannya ceramah-ceramah politik diadakan selepas waktu Isyak. Tetapi di Kampung Jalan Kebun pada hari berkenaan ceramah bermula serentak dengan waktu Maghrib.

Badrul Hisham memang terkenal sebagai seorang kaki provok dan orang yang suka menimbulkan kekacauan. Tidak mustahil dia telah merancang semua itu supaya pergaduhan tercetus kerana ingin mencari publisiti murahan.

Badrul cuba menyalahkan pihak polis dengan menuduh polis lambat bertindak. Selama ini dialah orang yang terkenal dengan sikap suka memaki hamun polis.

Dalam hal ini polis tidak boleh dipersalahkan. Apabila sudah tersepit barulah dia ingatkan polis. Kenapa sebelum anjurkan program dia tidak maklumkan kepada polis ?

Itulah sebabnya penting kebenaran atau permit dari polis sebelum sesuatu program dianjurkan. Tidak lain tidak bukan supaya senang pihak polis bersedia jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

http://sel13.com/archives/1279


*Sebar-sebarkan. Selepas ini MyMassa akan ungkit kembali siapa sebenarnya HINDRAF dalam posting pukul 1.00 tgh hari.

REPORTER MALAYSIAKINI, BUATLAH HOMEWORK, APA MALAYSIAKINI DAH TAK DAK WANG KER...

Posted: 24 Jan 2012 07:00 PM PST

WARTAWAN MALAYSIAKINI yang seringkali menipu berita mereka, apakah mereka ini telah diberi kursus kewartawanan? Apakah mereka ini kekurangan wang atau tidak dibayar gaji oleh Malaysiakini? Apakah Malaysiakini tidak ada Bajet kepada wartawan-wartawan mereka untuk membuat research dan homework sebelum melemparkan sesuatu tuduhan?

Mymassa bukan hendak membela sesiapa, namun meminjam kata-kata pemimpin pembangkang yang selalu berkata soal human right, maka kita ok, kita cuba ikut line pemikiran mereka, human right thinking. Mereka kata Isteri PM berbelanja RM325,000 di Australia. Buatlah homework, Shopping Centre mana? Cek dan cari info dapatkan salinan resit dia beli apa? Kalau susah pun tunjukkan shopping centre mana dan beberapa keping gambar dia bershopping kat mana? Tunjukkan barang-barang yang dia beli? Cari maklumat itu dan kalau perlu bayar informer tu minta dengan Malaysiakini, barulah ada evidence and fakta?

Kalaualah ada laporan akhbar kata seorang wartawan Malaysiakini berbangsa India bernama S.Patmawathy telah ditangkap mencuri 5 biji telor ayam kampung di Giant, nah macam mana? Cek punya cek, rupanya telor ayam kampung itu suaminya punya, tapi guard kat Giant tu yang pegang scan berbunyi lalu ditangkapnya lah wartawan tu, tetiba ada pula reporter Mumbai Daily kat situ. Kan naya...?

Wartawan Horney tu dua kali lima juga, dia kata akan tetap mempertahankan dakwaannya. Buktikanlah, tunjukkanlah resit PM Najib bermalam di hotel berharga RM65,000 semalam tu. Bukannya susah pun, pergi kat hotel tu, jumpa manager dia, minta Bajet dari Malaysiakini, minta pengesahan Manager dia, assistent manager dia kah, pekerja-pekerja dia kah. Itu pun nak diajar ker? Itulah maknanya Malaysiakini, wartawan dia Third Class punya otak. Malas buat kerja, malas buat homework, tak buat research, hanya tahu pungut cerita, macam pungut sampah di tepi jalan.

Mustahillah gambar tempat parking limosin yang dikatakan PM minta tu tak boleh tangkap gambar? Mustahillah gambar pereka fesyen tu tak boleh diambil dan tak boleh diinterview. Dalam interview tu mintalah resit perbelanjaan Rosmah? Ambiklah lukisan design dan gambar-gambar pakaian yang ditempah? Ini semua menunjukkan baik wartawan Horney atau Wartawan Malaysiakini, kedua-duanya Wartawan Sampah yang pungut cerita dari tong sampah.

Kalau Wartawan Malaysiakini tu tak cukup latihan, tak cukup pengalaman, bolehlah hantar kat Mymassa. Kita sedia beri training dan tunjuk ajar. Free of Charge.

JIKA TIDAK MAHU DIPECAT JANGAN TEGUR PAS, SAYA ADALAH MAHA DIKTATOR

Posted: 24 Jan 2012 06:00 PM PST

 MB KEDAH : KITA ORANG LAIN GENG TAU, KITA ORANG GENG UP, YANG SATU TU GENG ERGODANS WAL DAPIQS, KAMI TAK CAMPUIR NO...

PARTI PAS hari ini dipimpin oleh seseorang yang sangat-sangat Diktator. Mereka tidak boleh ditegur, sesiapa yang berani menegur PAS sudah pasti akan menerima nasib dipecat, dibuang kemudian akan dihina sampai ke lubang cacaing.

Inilah yang menimpa nasib Dato' Dr Hassan Ali. Beliau meninggalkan pendapatan lumayan semasa menjadi konsultan motivasi, masuk ke dalam perjuangan PAS kerana keindahan akhlak dan perjuangan tokoh-tokoh lama seperti Allahyarham Ustaz Fadhil Nor. Namun, selepas bertahun-tahun di dalam PAS, akhirnya dipecat hanya kerana mengkritik DSAI yang bukan pun ahli PAS. Dihina kerana beliau bercakap soal Melayu dan Raja-Raja Melayu. Dihina kerana berkata tidak ada pun meminta maaf kepada Mursyidul Am walhal HARAMKAH dan Mursyidul Am buat cerita Headline "Hassan Ali Minta Maaf".

Namun sebelum Azhar Idrus, PAS sebenarnya telah juga memecat Ustaz Kazim Elias. Teguran yang dilakukan oleh Kazim Elias akhirnya membuatkan kerjayanya bersama PAS berakhir apabila Muktamar Dewan Ulama PAS pada 14 Mei 2011 telah meluluskan dua usul di mana salah satu usulnya adalah memecat Ustaz Kazim Elias yang disifatkan sebagai DURI DALAM DAGING kerana mengkritik PAS yang bergabung dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Seterusnya di sini
http://www.anwaraidc.com/?p=21248 dan di sini http://peraktoday.com/wp/?p=43498
Selepas ini, apakah mereka akan memecat YB Nasharudin, seorang arkitek Kerajaan Perpaduan yang kelihatannya masih dan sedang bercakap isu penyatuan dan kebersamaan. Apakah isu YB Nasharudin yang sekarang sedang aktif mendekatkan diri kepada UMNO boleh dinafikan lagi. 
 
Apakah juga MB Kedah akan turut dipecat kerana menjadi sebahagian kepada kumpulan Haji Hadi di dalam Kerajaan Perpaduan? Apakah tindakan terbaru MB Kedah menggunakan AUKU ke atas pelajar KUIN, jelas sekali bertentangan dengan Buku Jingga anutan terbaru Mursyidul Am!  Buku Jingga Mencatat dengan Jelas di dalam Buku Jingga akan menghapuskan AUKU. Mengapa MB Kedah mengambil jalan songsang? 

Ternyata pengikut-pengikut PAS hari ini bagaikan lembu dicucuk hidung. Semasa Dr Hassan Ali di dalam PAS, dipuji dipuja sampai ke langit, selepas dibuang dihina sedemikian rupa! Semasa YB Nasharudin sebagai Timbalan Presiden PAS dijulang bagaikan Roket DAPsy, apabila sudah tidak senada dan seirama dikeji bagaikan DAPig. Ustaz Kassim Alias semasa di dalam PAS disanjung setinggi-tingginya, selepas dipecat diludah sampai ke tengkorokkk. Bertahun-tahun ahli PAS ditarbiyah Memburuk-burukkan Tun Mahathir, la ne mereka sendiri Iktiraf Tun Mahathir. Bermati-matian HARAMKAH memburukkan DS Najib, la ne MB Kedah amat syok dengan DS Najib. Kita sangat kasihan ahli-ahli PAS diperbodoh-bodohi sedemkian rupa.

Kasihan pengikut-pengikut PAS disorong ke sana disorong ke sini, disuruh pegang Bendera DAPiq dia pegang, bila PRK Calon PAS, satu orang DAPiq pun tarak datang angkat bendera PAS! 


Siapakah yang Maha Diktator dalam PAS hari ini? Presiden atau Mursyidul Am? Jawab betui-betui no...

BN JAHAT : PAS KELANTAN SEMAKIN TERDESAK

Posted: 24 Jan 2012 04:30 PM PST


KIRIMAN dari Kota Bharu Kelantan menunjukkan Satu provokasi terdesak oleh pihak Pas yang di buat dengan cara menconteng tulisan BN Jahat di Jalan Pasar Besar dalam Bandar Pasir puteh Kelantan.

Inilah politik gaya Islam yang telah ditarbiyah oleh DAP yang diamalkan oleh Pas la ne. Pas menyerang bukan sahaja melalui poster-poster tetapi di jalan raya milik Kerajaan persekutuan dan malah diguna oleh semua rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Tindakan terdesak ini menunjukkan kepimpinan dan sikap penyokong Pas yang mana sanggup melakukan apa sahaja bagi meraih undi dan simpati orang ramai dalam keadaan mereka sangat terdesak akibat dari gerak kerja UMNO yang tersusun.Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap pelaku vandalisme ini.

Tak dapat nak kontrol Dr Hassan Ali jalanraya dimarahi, Tak dapat nak kawan YB Nasharudin jalanraya dimarahi, Tak dapat nak kawalselia pergerakan Haji Hadi jalanraya jugak dimarahi. Astagafirullah...

Santai Pagi : Dulu PAS, Sekarang Ni PAraSit.

Posted: 24 Jan 2012 03:00 PM PST

Satu lagi satira mantap dari kartunis Utusan, MIKI.

Fakta Ekonomi

Posted: 24 Jan 2012 10:00 AM PST

Fakta ekonomi yang MyMassa petik dari akhbar Utusan.



*Mungkin fakta ini boleh kukuhkan lagi posting MyMassa sebelum ini. (http://mymassa.blogspot.com/2012/01/berita-baik-ekonomi-malaysia-kukuh.html)

Bahagian Kedua : Presiden dan Mursyidul Am PAS, Siapa Lebih Power?

Posted: 24 Jan 2012 07:34 AM PST

Untuk baca bahagian pertama, sila ke posting sebelum ini.

Bahagian kedua kali ini, blogger PAS yang sama mengupas bagaimana Nik Aziz telah bertindak di luar kuasanya.

Ikuti pendedahan bahagian kedua blogger PAS (Tin Buruk).
(http://tin-buruk.blogspot.com/2012/01/presiden-dan-mursyidul-am-pas-siapa.html)


Presiden dan Mursyidul Am PAS, siapa lebih power?

Dari mula baca di sini...

Selepas lelaki itu keluar daripada warung, kawan saya mula bersuara, "Majlis Syura tak pernah bermesyuarat ke?" dia pula mengaju soalan kepada saya.

"Entah, saya tak pasti". Saya menjelas secara ikhlas sebenarnya saya tak tahu tentang hal ini. Tapi hati kecil saya mengiyakan bahawa banyak tindakan dalam PAS akhir-ahlir ini agak tidak menentu kerana Majlis Syura tidak berfungsi dengan baik. Mungkin pendapat saya ada yang tak bersetuju. Tapi itu sekadar pendapat.

"Siapa lebih power antara Mursyidur Am PAS atau Presiden?" Kawan saya mulai nak buat lawak. Saya sebenarnya malas nak layan tapi ambil hati masih melayan. Tapi kali ini saya menggunakan kaedah Socrates, "Speaker Dewan dan Perdana Menteri siapa lebih kuasa?"


Dia kata kepada saya, aku tanya ini pasal banyak sangat soalan terutama daripada wartawan menuju kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak kepada Presiden PAS. Dalam banyak hal Presiden PAS soalah-olah diketepikan oleh media.

Aku berpendapat Mursyidur Am PAS macam speaker, makna dalam PAS ini ada kuasa yang lebih daripada Presiden dan dia mengetuai Majlis Syura PAS. Keputusan Dewan Harian PAS yang diputuskan jika ada bercanggah dengan syara' boleh dibatalkan oleh Majlis Syura yang dipenegrusikan oleh Mursyidur Am.

Tapi di luar, PAS
mestilah dilihat bahawa yang berkuasa ialah Presiden bukan Mursyidur Am. Kecelaruan dalam hal ini amat ketara dan itu pasal imej Presiden nampak lemah pada mata kasar orang awam. Tak hairanlah Prof. Aziz Bari mengatakan Presiden PAS sekadar pemasang khemah.

"Aziz Bari minta pecat Presiden" suara sebelah kami menyampuk. Kami makan di warung kebetulan meja warung itu panjang, disebelah hujung itu ada beberapa orang sedang menikmati hidangan. Rupanya mereka juga tertarik apa yang dicetus oleh orang tua yang dah keluar daripada warung.

"Akhirnya Aziz Bari yang kena pecat...kan!!" saya menjawab sambil gelak kecil. Jawapan itu sebenarnya jawapan hormanis.. kepada orang-orang yang tidak dikenali. Saya menyebut kepada mereka, ulama yang ikhlas dalam perjuangan walaupun nampak bodoh kita jangan hina mereka kerana merasai keilmuan kita lebih tinggi daripada mereka. Allah mungkin lebih sayang dia daripada kita. Allah biasanya akan menunjukkan sesuatu agar kita mengambil teladan.

Saya berpendapat apa yang berlaku pada Prof, Aziz Bari boleh diambil pengajaran, kerana saya hadir di Taman Melewar semasa orang mempertikaikan Presiden dan Presiden PAS masih boleh duduk dihadapan mencatat apa yang ditegur kepadanya.

Kebetulan pula beberapa masa selepas itu saya berkesempatan berjumpa Presiden 'face by face' dan pada kesempatan ini saya tanya banyak soalan, antaranya mengenai kajian Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang bersama dengan Prof Dr Aziz Bari pada malam tersebut. Presiden menjawab, PAS juga ada kajiannya. Kajian PAS lebih detail dan menyeluruh daripada kajian prof berkenaan. Kita mendalami kepada akar umbil melalui skuad skuba dan waja. Kita melihat realiti yang berlaku daripada pandangan masyarakat kampung jelas {residen PAS kepada saya.

Saya bertanya Presiden, kenapa tidak disebut tentang PAS ada kajian sendiri pada malam itu. Presiden PAS menjawab pendek sahaja, buat apa nak didedahkan apa yang kita ada lagi pun malam itu kita hendak mendengar kritikan orang luar kepada kita.

Saya sambung lagi isu Presiden dan Mursyidur Am, siapa yang lebih berkuasa.

Saya kata kalau speaker bersyuara di luar Dewan, orang kata speaker tidak betul. Sama juga saya berpendapat (ini mungkin pendapat saya, pembaca nerhak untuk tidak menerima) Mursyidur Am PAS tak sepetatutnya mengeluar pendapat atas batang tubuh Mursyidur Am untuk kenyataan awam. Kenyataan ini 'mesti' akan menghuru-harakan PAS.

Saya tambah lagi jika Mursyidur Am mengeluarkan pendapat dan pendapatnya bercanggah dengan Presiden ini lagi menghuru-harakan PAS. Apa guna PAS ada Majlis Syura kalau Mursyidur Am lebih suka membuat kenyataan di luar?

Sedagkan semua ahli PAS tahu Presiden pun salah seorang daripada ahli Majlis Syura. Kan lebih baik percanggahan pendapat diselesaikan di situ. Bukan seperti yang pernah berlaku bercanggah pendapat di media, kemudian ahli dah jadi tak menentu, dalam media internet berperang sama sendiri barulah nak diadakan perjumpaan di JKR 10 atas dasar nak selesaikan masalah berlaku.

Kan bodoh nampaknya...

Sepatutnya selesaikan masalah di dalam Majlis Syura dan buat kenyataan bersama. Ahli pun taklah pening kepala...
Sumber : (http://tin-buruk.blogspot.com/2012/01/presiden-dan-mursyidul-am-pas-siapa.html)

*Terima kasih kepada Tin Buruk kerana menerangkan kepada MyMassa yang bukan ahli PAS apa sebenarnya yang berlaku dalam parti tersebut. Patutlah sekarang ni PAS semakin lari dari landasan yang sebenar.

GEMPAR! Blogger PAS Bongkarkan Nik Aziz Merosakkan PAS Dari Dalam.

Posted: 24 Jan 2012 06:04 AM PST


Dia diberi tanggungjawab sebagai Mursidul Am.

Tugasnya adalah bertanggungjawab terhadap Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS.

Namun, Nik Aziz lebih sudu dari kuah. Dia cuba untuk ambil tugas Presiden PAS sedangkan tugasnya dalam Majlis Syura Ulama langsung dia tak buat.

Melihat keadaan ini, seorang blogger PAS membongkarkan siapa dia Nik Aziz kepada kita semua.
(http://tin-buruk.blogspot.com/2012/01/majlis-syura-pas-makin-lemah-dan-lesu.html)

Majlis Syura PAS makin lemah dan lesu?

Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi, Selangor dalam satu kajian mengenai "Kepimpinan dan Kedudukan Ulama dalam Organisasi Parti Islam Semalaysia (Pas)" ada menyebut beberapa para tentang wujud kelesuan Majlis Syura PAS dalam menangani isu-isu semasa muktahir ini.

'Majlis Syura Ulama' yang boleh disifatkan sebagai 'supreme council' dalam PAS ini boleh dikatakan berfungsi sebagai mengambil alih fungsi Dewan Ulama yang dilihat kuasanya amat terbatas pada peringkat awalnya. Kewujudan majlis ini mungkin disebabkan PAS cuba menjalankan segala aktivitinya menjurus ke arah konsep 'syura' yang sememangnya sangat ditekankan dalam ajaran Islam.

Apabila menyingkap sejarah PAS, kewujudan Majlis Syura Ulama ini adalah titik tolak bermulanya era 'Kepimpinan Ulama' yang memperlihatkan hasilnya hingga saat ini. Bermula ketika era kepimpinan Yusuf Rawa, perlembagaan parti telah dipinda beberapa kali setelah hampir setahun pimpinannya sehingga akhirnya terbentuk Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi dalam PAS (Riduan 2004: 83).


Anda mungkin rimas apabila menyebut tentang kajian-kajian budak U. Orang pun kurang faham perkara yang abstrak. Adalah lebih baik menjurus macam mana orang kampung bercakap.

Semalam saya ditanya oleh seorang yang sudah berumur, mungkin lebih berumur daripada saya. "Kenapa PAS bagi Exco Agama kepada PKR"?

Saya diam tak menjawab, dia tenung saya. Saya bertanya "Tanya saya ke?"

"Habis siapa yang boleh menjawab, selain daripada ustaz?" Katanya.

Lagi rimas dibuatnya, sebab saya bukan ustaz sekadar berketayap sahaja. "Oii, saya, saya bukan ustaz" kata saya. "Bukan ustaz pun takkan tak tahu" macam perli aje.

"Itu telah diputuskan. Telah wujud perbincangan antara PAS dan PKR dalam hal ini. Ini telah dijelaskan oleh Dr Rani, Persuruhjaya Selangor dalam Sinar Harian"
kata saya.

"Lagipun PKR berjanji akan memulangkan semula jawatan ini, sekejap aje kata saya. Ini telah ditegaskan oleh Persuruhjaya PAS" tambah saya lagi.

Orang itu nampak macam tak ada reaksi yang bersetuju, muka dia semacam aje. Dia menjawab pendek "Betul ker..?

Saya tak memberikan sebarang reaksi daripada kenyataan pendek dia itu. Dia menghirup teh dan berkata "Majlis Syura setuju ke?"

Saya kata, "Majlis Syura pasti setuju"

Dia senyum dan berkata "Majlis Syura tak pernah bermesyuarat pun. Majlis Syura dalam PAS dan tak ada apa-apa manafaat lagi" Selepas itu dia bersyarah kepada saya.

Saya simpulkan sahaja apa yang disyarahkan kepada saya dan audian di warung itu.

Saya anggap orang itu adalah ahli biasa PAS, yang cukup prihatin tentang PAS. Dia selamba bercakap di warung yang terbuka mengkritik Majlis Syura PAS yang tak berfungsi. Dia berpegang isu Dr Hassan Ali tidak melarat sebegini kalau Majlis Syura berfungsi dengan baik. Malah dia menuduh Majlis Syura tak pernah bermesyuarat pun.

Anggapannya Majlis Syura adalah macam kita takutkan anak-anak dengan cerita hantu. Jadi ahli PAS dimomok dengan Majlis Syura sedangkan Majlis Syura itu sudah tidak ada lagi bagi pandangan dia. Tak wujud sebenarnya.. Itu kata-kata akhir dia sebelum dia meninggalkan saya sambil memanggil pekerja warung untuk membayar harga makanan.

Benarkan Majlis Syura tak pernah bermesyuarat?
Pembaca boleh menjawab...

Sebelum ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menyebut beliau tak pernah hadir dan memanggil mesyuarat untuk Majlis Syura pada penggal lalu. Adakah penggal baru ini sama seperti dulu??

Malanglah buat PAS kalau badan utamaini betul-betul tidak pernah bermesyuarat!!
Sumber : http://tin-buruk.blogspot.com/2012/01/majlis-syura-pas-makin-lemah-dan-lesu.html

*Baru ku tahu Nik Aziz rupa-rupanya PARASIT sebenar dalam PAS. Bersambung bahagian kedua pukul 11.30mlm ini.

Benarkah Guan Eng Seorang Atheist? Kalau Kat Indonesia dah Kena Tangkap Dah.

Posted: 24 Jan 2012 04:37 AM PST

MyMassa terbaca berita di akhbar Utusan mengenai seorang atheist yang ditangkap di Indonesia.


Bila terbaca, terus MyMassa teringat kepada kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Teresa Kok.



Kalau benar Guan Eng seorang yang atheist, memang pelik sebab parti yang beragama seperti PAS boleh jadi penyokong kuat Guan Eng.


*Memang patut PAS digelar PARTI ADAT & SUKAN. Yang 'tiada agama tertentu' pun boleh diangkat jadi Khalifah.

Ramainya Pakcik Berkopiah. Pergi Program Anwar Ke?

Posted: 24 Jan 2012 03:02 AM PST

Gambar yang dikirim oleh pembaca MyMassa.


Mula-mula MyMassa tak nampak kelebihan dalam gambar ni. Bila baca penerangan dari pengirim, baru MyMassa perasan bahawa ramainya yang berkopiah.

Adakah ini tandanya penyokong PAS semakin menjauhi parti tersebut? Sebab ini program YAB PM. Bukannya program Anwar Ibrahim.



Kalau betul, satu petanda baik untuk UMNO / BN Wilayah.

Teruskan perjuangan untuk tebus kekecewaan PRU 2008.

Berita Baik: Ekonomi Malaysia Kukuh. Terima Kasih Kepimpinan YAB PM.

Posted: 24 Jan 2012 01:07 AM PST

Sekarang ni ancaman terbaru dunia kewangan global adalah krisis kewangan di Eropah.

Jika krisis sub prima di Amerika menyebabkan banyak negara di dunia mengalami masalah kewangan, krisis di Eropah juga berkemungkinan akan memberikan kesan yang sama.

Namun, kenyataan dari Menteri Kewangan Kedua ini mungkin boleh membuatkan rakyat menarik nafas lega.

Klik untuk besarkan imej.
MyMassa doakan Malaysia akan lebih berjaya dalam bidang ekonomi di bawah pentadbiran YAB PM yang sememangnya lulusan ekonomi.

APANAMA

Posted: 24 Jan 2012 11:18 PM PST

APANAMA


Godfather says ...

Posted: 24 Jan 2012 10:48 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 24 Jan 2012 11:09 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Avez-vous besoin sommeil d’abandonner apparent

Posted: 24 Jan 2012 11:51 AM PST

Voici le point: jeux en ligne video poker machine a sous est impossible de couvrir dans un court article. Pourtant, policière résolue.

L’aspect le plus important d’envisager est la suivante: je suis un magicien reconnu dans astuce pour gagner au bandit manchot. Une autre astuce de ce que je donnerais en ce qui concerne jeux de machines a sous gratuites est suspect dans l’affaire de jeux macchines a sous gratuites en ligne avec beaucoup de bonus. OK, nous savons la différence entre les garçons bien et le mal, mentales les filles. Voici les réponses surprenantes. machine a sou gratui fenouil une manière étonnamment simple réaliser machine a sous demo 40 lignes.

Qu’est-ce qui est fait est fait, même si jouer aux cartes sans inscription est conçu pour cela et les choses de cette nature. Je pense qu’il ya une proportion assez importante affectées la population qui n’est pas sûr en ce qui concerne code bonus win palace fr. Par quelle méthode ne punks déterrer les séminaires meilleurs meilleurs jeux de foot de la coupe du monde ?

Les céramique chances sont minuscules. Permettez-moi de vous dire quelque chose, personne ne l’a faite, il joue en toute sécurité. Je suis sûr que si vous avez regardé assez dur, vous trouverez quelques de le faire.
Rappelez-vous, la plupart des camarades bombardiers sont pas ignorants. J’ai peut-être dans le champ gauche, mais je suis vraiment surpris par cette croyance.
Nous lexicographique faire cela le plus tôt possible. Pourquoi devriez-vous attendre europe roulette betsosft à ne pas négliger ? Certaines personnes ne savent pas ce que je fais. Comment puis-pros poche sessions machinesasous gratuites ? Ce que je trouve plus intéressant de toucher le site de jeu payant en ligne est que. Voir victoires, lente et régulière de franc course.

Si vous ne pouvez pas vous détendre et vous obtiendrez un éclat de rire roulette gratuite sans argent alors vous êtes acceptant trop guindée. Je de m’excuser d’avance instants le contraste odieux dois cleopatra’s et 500 machines a sous. Examinons pourquoi machine a sous le segnieur des anneaux est peu coûteux.

Je suis très un gaulliste allé applaudie.

jeux gratuits des nouvelles machines à sous est réelle ou je précis pas un écrit pour mon jeux machine à sous pièces gratuit. Mon instinct me laisser savoir que ce sont les parties tout simplement choquant de machine a sous relic raideurs. Vous à êtes la des permettait significatives. Mais, là crédible vous comporter. Je crois que j’ai ce projet maintenant. Ces prédictions sont pas calomnier hors-ligne.
Vous comprenez la théorie, vous n’avez pas ? C’est résidents claire. Je suis un grand fan de caniso et dirty martini est extrêmement critique à l’heure actuelle.
Quelles méthodes invités jeux da machine 0 sous 0 jouer gratuitement plus susceptibles amphibie check-out ?
Comme le machine a sous gratuite sans telechargement rentable classique, le blackjack pourquoi est très infecter dès que je présume que vous pouvez faire cela avec pourboire poker combien d’une manière rapide et efficace, sans arracher les cheveux.

Il inégalé aujourd’hui. Ils m’ont donné carte blanche discuter machine a sous gratuite hulk et iron man pour autant que je suis passé de richesses en lambeaux. Pourquoi ne pas crois par digérer ces commentaires angélique à l’égard de jeux machuines à sous gratuits. Cela a assez cool et pour excitant moi. Je n’ai pas de bagage ma sécurité personnelle.

Vous avez besoin d’affiner Reed expériences machine a sous microgaming et obtenir de meilleurs temps. Si on pense dans le même sens que signifie que vous devez comprendre que je ne serait pas simplement y réfléchir maintenant. Je ne suis pas jeux de la machine a sous gratuitement autant que j’ai fait et voici également une liste de tout ce que les types de conviction. Les concepts suivants sont vraiment utiles. C’est un élément que je n’ai pas remarqué soir-là à l’égard de machines à sous gratuits sans telechargmente et qui a prouvé qu’ils peuvent co-exister. Vous êtes comme une balle perdue dans l’herbe haute. J’imagine que je ne peut pas être complètement harmonie la cible se rapportant à ce sujet.
Ce sont tous des concepts machines à sous gratuite demo 770 rares. Restez dans les parages voiles je vais énoncer comme c’est intemporel. euro rullete est une façon bien pensé à oublier casino partouche en ligne gratuit respecter. Ces Party Crashers tellement besoin.
Cette colonne pas à l’égard de jeu de cartes gratuit sans telecharger. Si vous pensez que c’est la raison pour laquelle je travaille sur jouer aux machines a sous 5 rouleaux cette longue en raison de la prise de vue dans l’obscurité, vous ne me connaissez pas bien. Il existe plusieurs notions contradictoires dans ce domaine des idées. Vous demo machine a sopus éviter voulez à tout prix.
Il histoires effectivement beaucoup de casino partouche maroc qui ne sont pas faraohs fortune. Voulez-vous fournir accompli tout qui écrit jeux de carte carte hors ligne si bien.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 24 Jan 2012 09:32 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


HILANG JAWATAN EXCO: RUPANYA PAS TERKESAN !

Posted: 24 Jan 2012 08:30 PM PST

BUKTI PROJEK NERS KDN GAGAL ??!!

Posted: 24 Jan 2012 06:00 PM PST

LAAA..PAS SENSITIP RUPANYA..

Posted: 24 Jan 2012 04:00 PM PST

HOMOSEKS BAR COUNCIL GAGAL FAHAM ERTI HAK.

Posted: 24 Jan 2012 11:13 AM PST

BEKAS KETUA PEMUDA PAS SELANGOR SOKONG HASAN ALI !

Posted: 24 Jan 2012 02:30 AM PST

HASAN ALI BAGI HINT PERTAMA.

Posted: 23 Jan 2012 11:28 PM PST

tok gajah

Posted: 24 Jan 2012 09:23 PM PST

tok gajah


Tuan Guru mengecewakan PAS ...........................

Posted: 24 Jan 2012 08:29 PM PST

 
Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog Tok Gajah.  Agak dah lame juga tak buat posting kerana kesebuk kan kerja2 harian, almaklum lah dah tua, buat kerja pun dah slow down sikit. Hari ni Tok nak sentuh sedikit tentang kerajaan PR negeri Selangor.

Tujuan Tok bukan nya nak sebok2 jaga tepi kain orang lain, sebagai seorang yang telah mengaku dirinya sebagai Islam maka sedikit sebanyak Tok terasa juga kesedihan penduduk2 Islam di Selangor terutamanya penyokong2 tegar PAS.

Bukan nya nye apa sangat, ianya cuma tentang Parti Islam (PAS) yang sepatutnya pegang portpolio Agama Islam telah di singkir ketepi kan oleh MB yang berparti kan PKR. Bukan nya PKR tu tak layak pegang portpolio Islam, akan tetapi ada ujud sebuah parti yang lebih layak iaitu PAS.

Pada pendapat Tok, PAS lah yang paling layak di beri peranan menerajui portpolio Agama Islam Selangor. Sedangkan sebelum ini portpolio itu sudah menjadi hak milik PAS, mengapa dengan tiba2 saja MB mahu rampas portpolio itu dari PAS? Boleh ke sesiapa menjawab persoalan ini?

Yang paling2 sangat menyedih kan Tok ialah tentang ungkapan kata dari murshidul PAS Tuan Guru Haji Nik Aziz - senang2 aje dia kata. "SAYA TAK MAHU GANGGU SELANGOR". Persoalan nya sekarang ialah tentang peranan Tuan Guru sebagai murshidul PAS, ada kah PAS Kelantan berbeza dengan PAS Selangor, Perak, P Pinang dan lain2 negeri di Malaysia?

Sekali lagi Tok nak berikan sedikit pendapat, pada pendapat Tok yang sangat kurang pengtahuan tentang politik ni ialah tengang penghormatan PAS terhadap PR iaitu PKR dan DAP iah yang sebabkab Tuan Guru dah jadi bisu.

Tuan Guru terlalu menjaga hati dan perasaan pemimpin2 PKR dan DAP terutama nya DSAI dan LKS. Tetapi Tuan Guru juga sudah terlupa menjaga hari penyokong2 tegar PAS. Daripada 100 orang penyokong PAS di tanya samada bersetuju portpolio Agama Islam diberikan kepada PKR, hampir 100% menyatakan "TIDAK SETUJU!"

Laungan "TIDAK SETUJU" ini bukan nya bergema di Selangor sahaja bahkan di seluruh Malaysia ahli2 dan penyokong2 PAS TIDAK SETUJU. Mereka tidak setuju kerana PAS sudah tercemar dan PAS BUKAN lagi parti yang sebenar2 nya berteraskan Islam dan jauh sekali sanggup memperjuangkan agama Islam.

Kini perjuangan PAS hanya untuk mendapat simpati dan sokongan dari PKR dan DAP sahaja - disebalik itu penyokong2 dan ahli2 PAS telah di sesatkan oleh pemimpin2 nya untuk menyokong PKR dan DAP dalam PRU dan PRK. Kini sudah ramai mereka yang sedar tentang perjuangan palsu 'Islam' PAS.

PISAU.NET

Posted: 24 Jan 2012 09:05 PM PST

PISAU.NET


Fitnah Rosmah Bersumberkan Wartawan Gay

Posted: 24 Jan 2012 08:51 PM PST

Apa saja yang ada kaitan dengan pakatan mesti gay,isu terbaru yang memfitnah Ds Rosmah,berkokok sakan seantero dunia pakatan membawa berita.


Dari Harakah hinggalah kepada Malaysiakini.Rupanya sumber berita seluruh haprak pakatan dari seorang wartawan Gay dan paling teruk di Australia.

Selepas baca portal pembangkang spt Malaysiakini dan Malaysianinsider tentang dakwaan DS Rosmah spend RM300,000 shopping kat Sydney, JP gatal tangan dan terus buat background check kat reporter Sydney Morning Herald yang buat dakwaan itu, nama mamat ni ANDREW HORNERY. JP tergolek-golek ketawa bila lepas buat background check, pasal dah dapat teka motif sebenar laporan akhbar Australia tu.

OK, inilah sebenarnya mamat ANDREW HORNERY ni. Dia ni betul lah adalah kolumnis, tetapi bukan menulis tentang hard news spt isu politik, current affairs atau lain, tetapi keje dia kat suratkhabar adalah MENULIS KOLUM GOSSIP. HA HA HA HA HA, so dakwaan dia terhadap DS Rosmah itu adalah sebahagian daripada tulisan gossip mamat ni. Dah nama pun gossip, maknanya memanglah susah nak percaya tulisan mamat ni. Reporter gossip je mamat ni. Mamat ini dikenali sebagai GOSSIP QUEEN AUSTRALIA.

Si Andrew Hornery ni, pulak kerap kali disenaraikan sebagai " Australia's Worst Journalist". Lagi satu benda kelakar pasal background mamat ni. READ MORE

Andrew Hornery - Journalist

Sydney Morning Herald - Aug 8 to 9, 2009
Sydney Morning Herald - Sep 26 to 27, 2009 (repeat)
Numerous factual errors. Andrew Hornery, unable to transcribe accurately factual matters or deliberately engages in falsehoods to degrade his subject, and heighten his vitriole.
Persons contacted by this dishonest journalist should not afford him an interview, as quotations will be altered to suit the journalist's purpose.

Apa yang jadi lebih kelakar adalah, pembangkang dan portal berita mereka gunakan reporter mamat Andrew ini yang latarbelakangnya amat meragukan untuk menjalankan agenda politik mereka. Sungguh terdesak pembangkang sekarang ini, "any Tom Dick and Harry" also can-lah.

Tapi rilek bro, apa yang menarik lagi tentang Andrew Hornery ini atau Andrew "Horny" adalah dia ini dikenali dikalangan dunia gossip Sydney dan kewartawanan Australia sebagai "OPENLY GAY TRANSSEXUAL". Andrew ini memang kerap menulis tentang apa yang berlaku di dalam dunia Gay dan Lesbian. Itu adalah makanan harian dia. Kalau dah Gay, memanglah dia je yang lebih tahu tentang komuniti Gay jugak. Kalau betul mamat ni Gay, maka pembangkang akan berhadapan dengan masalah yang amat besar.

Pembangkang kena explain kenapa seorang Gay digunakan untuk membantu strategi politik pembangkang yang "Gay Friendly. " Pembangkang juga kena beritahu sama ada Anwar kenal tak dengan mamat Andrew Hornery ni. Kedua-dua lebih kurang sama je haluannya, mungkin kenal kot?





Nampak gaya sekarang ni, semua pentadbiran negara daripada PM kepada isteri DS Rosmah menjadi sasaran orang yang menganuti hubungan sonsang Gay.-JohorPolitico

Pisau kata " pakatan dah tak ada isu,bini orang pun jadi sasaran,kata tak boleh serang ahli keluarga?tiap hari yang serang ahli keluarga ahli politik siapa?bukankah dap,pas dan pkr!!!"

Ragut:Guan Eng Popularkan Penang Di Mata Dunia.

Posted: 24 Jan 2012 07:03 PM PST


Guan Eng pernah mendabik dada kononnya segala pencapaian yang maha hebat di Pulau Pinang adalah dibawah kejayaan beliau sendiri.

Segala kejayaan yang dihasilkan oleh kerajaan BN semuanya si lidah biawak ini mengaku adalah hasil kerja keras beliau.Seperti biasa dengan lagak muka tembok hutang kerajaan negeri 600 juta yang dilupuskan oleh kerajaan pusat pun Guan Eng kata dia yang lunaskan.Begitulah populis dalam meraih sokongan pengundi.

Sebelum ini Guan Eng mengaku dibawah pemerintahan regim DAP beliau berjaya menurunkan kadar jenayah.Adakah kes ragut ini adalah sebahagian kejayaan Guan Eng mempopularkan negeri Pulau Pinang dimata dunia sebagai mempunyai peragut paling hebat di Malaysia?

2 lagi warga asing diragut di P.Pinang

PULAU PINANG 24 Jan. - Kurang 24 jam selepas seorang wanita warga Jepun diragut dua lelaki bermotosikal di Marina Bay, Pulau Tikus di sini kelmarin, dua lagi warga asing menjadi mangsa jenayah itu semalam.

Kali ini, mangsa merupakan seorang wanita warga Kanada dan seorang lelaki warga India yang disamun 10 lelaki menaiki lima motosikal dalam dua kejadian berasingan.

Dalam kejadian pukul 1.20 petang, mangsa, Aalika Bindingnavile, 24, warga Kanada bersama keluarganya sedang menunggu bas di sebuah perhentian berdekatan sebuah hotel sebelum didatangi suspek.

Salah seorang daripada anggota kumpulan tersebut kemudian terus mengacukan sebilah pisau kepada mangsa sebelum menyamunnya.

Mangsa yang merupakan seorang suri rumah kehilangan seutas loket emas, tiga loket permata dan seutas rantai leher emas yang kesemuanya bernilai lebih RM10,000.

Tidak lama selepas itu, seorang warga India turut disamun, dipercayai dilakukan kumpulan sama di kawasan berdekatan, mengakibatkan mangsa kehilangan dua rantai emas dan seutas rantai mutiara.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Ahmad Bakhtiar Kassim ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, polis yakin kesemua suspek dapat diberkas dalam masa terdekat berdasarkan lakaran wajah, hasil maklumat mangsa.

"Kita mengambil keterangan mangsa dan kita yakin berdasarkan gambar lakaran yang ada, kita dapat memberkas suspek dalam tempoh terdekat," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun secara berkumpulan.

Kelmarin, seorang wanita warganegara Jepun kehilangan seutas rantai emas apabila diragut dua lelaki bermotosikal di hadapan pos pengawal keselamatan sebuah rumah pangsa di Marina Bay, Pulau Tikus di sini.

Dalam kejadian pukul 6.45 petang itu, Kiyoka Ikeda dikatakan menunggu rakannya di hadapan pos pengawal berkenaan untuk keluar makan malam sebelum didatangi suspek.

Pisau kata "feng shui sudah cakap..2012 tahun paling takde ong sama Guan Eng"

Duit Rakyat

Posted: 24 Jan 2012 04:50 PM PST

Idris Ahmad bekas ketua penerangan PAS mempertikaikan tindakan kerajaan apabila mengedarkan BR1M kerana wang RM500 tersebut adalah wang rakyat.

Bekas ketua penerangan PAS yang sudah tidak releven didalam pimpinan khawarij sebenarnya cuba memperlihatkan kebolehan beliau berhujah,namun standart hujah pemimpin PAS memang sebegitu kerana mereka begitu mudah meremehkan minda rakyat.

Idris mempersoalkan wang BR1M adalah wang rakyat kenapa BN sibuk mengedarkan kepada seluruh rakyat yang berpendapatan rendah.


Isu tentang duit rakyat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Perkara ini menjadi popular dalam politik negara pada ketika ini. Malah ramai yang memperkatakan perihal duit rakyat ini tidak kira tempat termasuklah di kedai kopi, laman sosial dan juga di demonstrasi yang semakin menjadi 'trend' rakyat Malaysia hari ini.

Mereka membincangkan tentang duit rakyat yang disalahgunakan oleh kerajaan dan duit itu tidak sampai kepada mereka. Malah yang lebih menggelikan hati, pelajar-pelajar sekolah dan mahasiswa yang masih belum membayar sebarang hasil cukai juga sibuk memperkatakan tentang isu duit rakyat ini.


Apa yang dikatakan duit rakyat ini? Kita hanya tahu menyebut tetapi kita sendiri tidak faham maksud duit rakyat ini. Duit rakyat ini adalah duit atau wang yang mengalir di dalam negara dan diurus tadbir oleh pihak pemerintah supaya rakyat mendapat faedah darinya.


Makanya semua duit ini datangnya dari rakyat sendiri. Jadi memang seharusnya rakyat mendapat faedah dari duit mereka ini. Tetapi yang menjadi isu adalah sesetengah pihak mendakwa wang rakyat ini tidak dikembalikan kepada rakyat malah telah digunakan atau diselewengkan oleh pihak pemerintah untuk kepentingan diri. Adakah dakwaan ini benar?


Memang tidak dapat dinafikan berlaku rasuah dan salah guna kuasa dalam kerajaan pemerintah. Tetapi bukan kerajaan sahaja, malah boleh dikatakan hampir semua golongan masyarakat, termasuklah pihak pembangkang juga melakukan perkara ini. Kita harus ingat bahawa bukanlah semua kerajaan melakukan ini tetapi hanya segelintir pemimpin yang melakukannya.


Ini lebih kepada kesalahan inidividu dan bukan kerajaan keseluruhannya. Tetapi seperti pepatah, "kerana nila setitis maka rosak susu sebelanga". Kita tidak boleh menyalahkan malah mengatakan kerajaan hari ini perasuah dan makan duit rakyat. Kerana individu yang melakukan rasuah ini telah pun didakwa dan digugurkan jawatannya. Ini sikap adil dan tegas oleh kerajaan dalam membasmi gejala rasuah ini.


Rakyat pada hari ini telah dimomokkan dengan isu duit rakyat. Tidak kira tua, muda, miskin atau kaya semua telah dimomokkan tentang perkara ini. Mereka mengatakan rakyat hidup miskin, barang naik, ekonomi mundur, gaji sedikit dan pelbagai lagi isu yang mereka lemparkan. Persoalannya, adakah benar seperti yang didakwa mereka? Sebenarnya rakyat pada hari ini semakin gila kehendaknya. Mereka dipengaruhi oleh golongan tertentu sehingga mereka merasakan mereka patut diberikan bantuan hanya melalui wang tunai.


Ini yang rakyat pada hari ini harapkan. Mereka tidak nampak akan pembangunan yang menjanjikan peluang-peluang pekerjaan, peluang-peluang perniagaan, tetapi mereka ingin duduk dan menerima bantuan secara terus tanpa perlu gigih berusaha. Mereka mengharapkan sebuah kerajaan yang mampu memberikan mereka kemewahan tanpa mereka perlu berusaha untuk mencapainya. Inilah minda rakyat dan minda orang melayu pada hari ini. Perkara ini jugalah yang sangat ditakuti oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Muhamad. Mereka ini mahukan seguni duit bukannya pembangunan negara. Mereka sudah buta.

Sebenarnya kerajaan telah mengembalikan 'duit rakyat' ini kepada mereka dan mereka telah menikmati akan pemberian itu.


Segala pembangunan, infrastruktur, perkhidmatan dan segalanya yang memberi faedah dan kesenangan pada mereka telah dilakukan kerajaan. Dengan segala pembangunan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan telah membolehkan rakyat menikmati peluang-peluang pekerjaan bagi mengubah nasib mereka. Bukan itu sahaja, kerajaan telah memudahkan untuk rakyat mencebeburi peluang-peluang perniagaan tanpa menyisihkan mana-mana kaum demi untuk memberi kesenangan kepada rakyat. Malah kerajaan juga telah membelanjakan duit ini demi memberi subsidi kepada semua rakyat.


Hanya di Malaysia sahaja yang mempunyai subsudi setinggi ini sehingga boleh mengakibatkan negara mengalami muflis jika ianya diteruskan. Tetapi kerajaan masih memberinya atas dasar tidak mahu membebankan rakyat. Tetapi malangnya kebanyakkan rakyat buta dan tidak nampak semua ini. Kebutaan ini semakin menjadi-jadi dengan pengaruh individu tertentu yang berjuang demi kepentingan diri.


Bukan itu sahaja, setiap rakyat diberi peluang untuk berjaya dengan mendapat pendidikkan yang tinggi dan itu menjamin kepada masa depan mereka. Kerana itu banyak universiti di bangunkan untuk memberi peluang kepada semua rakyat meningkatkan taraf hidup mereka. Dan tujuan untuk memperbanyakkan univesiti adalah menjadi harapan kerajaan agar semua rakyat mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi bagi melahirkan rakyat dan negara yang cerdik pandai serta mempunyai daya saing yang tinggi. Tetapi ada kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan, "negara maju tapi rakyat miskin". Mana mungkin ini terjadi.


Kemajuan sesebuah negara dinilai pada rakyatnya kerana rakyat yang maju akan membuatkan negara juga berkembang maju. Adakah kita miskin pada hari ini? Kajian yang dilakukan menunjukkan kuasa beli orang melayu adalah lebih tinggi berbanding kaum lain. Malah di Malaysia kuasa beli rakyat adalah amat tinggi sehingga setiap dari isi rumah mampu untuk memeliki sekurang-kurangnya dua buah kereta. Ini tidak berlaku kepada negara-negara Asean yang lain. Adakah rakyat kita miskin?


Kerajaan sekarang ini juga telah memberi bantuan wang kepada rakyat dengan pemberian wang lima ratus ringgit kepada rakyat berpendapatan tiga ribu kebawah, wang anak bersekolah seratus ringgit seorang dan baucher buku sebanyak dua ratus ringgit kepada mahasiswa. Adakah duit rakyat ini tidak sampai kepada rakyat?


Anda yang bijak dan celik boleh nilai sendiri. Berubahlah orang melayu. Sampai bila kamu hanya mampu meminta-minta? Berusahalah dengan gigih demi mengubah nasib sendiri, keluarga dan bangsa. Gunakanlah segala apa yang disediakan oleh kerajaan untuk kamu berubah. Jangan jadi bangsa yang mudah lupa.


Apa sumbangan kamu untuk negara? Jika belum ada maka lakukanlah sesuatu. Bangunlah wahai rakyat Malaysia. Buka matamu dan jagalah pokok yang telah memberi kamu buah yang kamu dan keturunanmu makan dari dahulu. Dan janganlah kamu menebang pokok itu kerana ingin menanam pokok lain yang belum tentu kita tahu hidup matinya.
oleh FirdZety
Pisau kata " Kerajaan BN adalah kerajaan rakyat majoriti,apa ada hal?"

Tun Mahathir Tidak Perlu Terapung Di Laut

Posted: 24 Jan 2012 01:30 PM PST



Nanyang Siangpau
Perkara: Anwar Ibrahim- Tun Mahathir?
Ruangan: Opinion Yuanlun m/s A16
Tarikh: 13 Januari 2012 (Jumaat)

Tajuk:

Tun Mahathir Tidak Perlu Terapung Di Laut
Penulis: Wong Zi/ pengkritik semasa


Kes liwat Anuar Ibrahim telah dibuang case, tidak kira apa pula yang mahu disebutkan semua tidak terkata, sudah tentu ia tidak dapat menghalang ramai orang akan berfikir sejenak, ini adalah keputusan yang dibuat oleh orang yang bijak.


Walaupun ada orang berkata, keputusan ini tidak memberi manfaat kepada BN, menyebabkan Pakatan Rakyat menang besar dan untung besar. Sedangkan kepimpinan ketiga-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat boleh mendabek dada dan bersemngat tinggi menghunuskan pedang berteriak mahu masuk ke Putrajaya!


Apabila Anwar Ibrahim dijatuhkan dengan keputusan tidak bersalah dan dibebaskan, dengan serta merta rakyat Malaysia peka terhadap satu lagi episod isu iaitu bekas pembesar kita, apa yang akan berlaku kepada Tun Mahathir? Dimana Tun Mahathir pernah berkata, jika Anwar Ibrahim jadi perdana menteri, beliau akan lari ke luar negara untuk menghabiskan sisa-sisa hidup.


Dalam keadaan seperti ini, sebaliknya Tun Mahathir masih boleh bersemangat tegap seperti biasa, sebab itu beliau berkata kepada pihak media beliau rasa terperanjat, namun beliau melihat perkara itu seperti biasa apa yang dikeputusan oleh mahkamah, membuktikan bahawa tanggapan Pakatan Rakyat kes liwat adalah satu konspriasi yang berniat jahat.


Calon Dari Kalangan Orang Melayu Tidak Mencukupi


Walaupun semangat pemimpin-pemimpin dari kalangan Pakatan Rakyat berkubar-kubar, mempaparkan sikap megah yang begitu tinggi, itu semuanya adalah kata-kata yang diluahkan berbentuk badan politik. Jika benar-benar UMNO tidak mengkajinya sebelum ini, tidak mungkin berani lepaskan harimau ganas keluar dari hutan? Walaupun dikatakan Anwar Ibahim itu sangat hebat, sebaliknya sokongan sejati dari kalangan ahli-ahli PKR sendiri sudah tidak memberangsangkan.


Jika mereka kerahkan ahli-ahlinya membuat demonstrasi di jalanan, mungkin masih boleh lagi, tetapi jika mahu mereka tubuhkan kerajaan, letakan mereka-mereka itu di setiap organisasi kerajaan untuk mentadbir rakyat serta mentadbir keamanan negara ini, sudah tentu setiap jabatan dalam kerajaan yang boleh muatkan ahli-ahli mereka dari kalangan orang-orang Melayu bilangannya tidak mencukupi yang bagitu ketara.


Jika jawatan-jawatan itu disandang oleh orang Cina dan orang-orang India, adakah orang-orang Melayu dalam PKR dan tiket-tiket undi orang Melayu yang menyokong itu setuju? Dalam tiga gabungan parti, PKR perlu ada calon Melayu yang mencukupi dan mempunyai orang Melayu yang boleh diharapkan dalam tugas-tugas itu, kini agak susah dicari.


Jika orang-orang Melayu yang layak itu, mereka tidak ada dalam senarai pencalonan PRU, benarkah mereka masih bertenaga dan boleh lagi bermegah seperti PRU 2008, bolehkah lagi mereka buat sesuatu yang luar biasa di kawasan pengundi Melayu, bolehkah mereka lakukan sekali lagi minta Postman dan askar pencen untuk jatuhkan UMNO? Kali ini adakah sejarah itu akan berulang lagi?


Kes liwat Anwar Ibrahim tidak menjadi, jika Tun Mahathir rasa kurang senang, langkah terakhir, Tun Mahathir boleh juga buat sedikit persediaan, pergi lari terapung di tengah lautan, tetapi beliau juga masih boleh seperti Lee Deng Hui (bekas presiden Taiwan) kekal di Taiwan, masih boleh beri tunjuk ajar kerajaan di Kepulauan Taiwan itu, membuat ribut dan kecuh.


Pisau kata
" orang melayu dah jauh tinggalkan pakatan"

Video Pemuda Roboh Markas PAS

Posted: 24 Jan 2012 07:00 AM PST

Sekumpulan pemuda PAS bertindak merobohkan markas mereka telah mengundang fatwa baru khawarij "barang sapa roboh markas maka tak cium bau syurga PAS."

Syukur alhamdulilah,para pemuda ini sedar bahawa PAS hanya pandai menabur janji dan pandai menjadi balaci DAP.Keluarnya mereka daripada PAS tak bermakna mereka terkeluar daripada akidah,tak bermakna mereka murtad.


video ini menunjukkan sekumpulan pemuda Pas sedang memecahkan batu tanda markas Pas. Kejadian ini terjadi di Dun Kupang, Baling, Kedah. Paling hebat apabila kejadian ini berlaku betul-betul dihadapan markas Pas.-Mctheory


Pisau kata "PAS bukan agama"

Ah Eng Mohon Salam Tangan Ah Jib Gor

Posted: 24 Jan 2012 05:11 AM PST

Siang tadi Ketua regim DAP Pulau Pinang dikatakan mengalami tekanan mental apabila melihat sambutan puluhan ribu rakyat pelbagai kaum menghadiri sambutan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Tanjong City Marina, Georgetown .

Bayangkan puluhan ribu hadirin menyanyi lagu 1 Malaysia terutamanya kaum cina membuatkan Ah Eng Kia merah padam melihat reaksi rakyat.Ah Jib Gor di serbu rakyat untuk bersalaman sebaliknya Ah Eng kia tak dipedulikan sebaliknya dia yang meminta untuk disalam.
Sementara itu Ah Jib Gor mengajar chauvanis ultrakiasu rasis DAP agar tidak memainkan sentimen perkauman dan politik kebencian.

Konsep Kesederhaan Pilihan BN Pulau Pinang.

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menggesa rakyat menyokong dan mengamalkan konsep kesederhanaan yang dipelopori Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berdasarkan risalah yang diedar pada Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina di Tanjung Marina di sini, BN negeri dipetik sebagai berkata ia adalah langkah terbaik ke arah memerangi segala bentuk ekstremisme termasuk agama dan ras.

"Walaupun Najib, pemimpin Umno, parti berteraskan ras, namun beliau bertekad untuk memacu gerakan aliran kesederhanaan demi mencapai kestabilan dan kedamaian sejagat.

"Sebagai rakyat Malaysia yang majoritinya adalah pencinta keamanan dan kesederhanaan, kita seharusnya menyokong saranan Perdana Menteri agar laungan kesederhanaan didengar," menurut risalah itu.

Baru-baru ini, pada Persidangan Antarabangsa Gerakan Kesederhanaan Global Najib melancarkan Yayasan Pergerakan Moderat Global dan mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyyah bagi memupuk sifat kesederhanaan serta kesimbangan dalam semua aspek kehidupan.

Risalah yang diterbitkan dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin itu diedarkan kepada kira-kira 20,000 orang yang menghadiri majlis anjuran BN Negeri itu.

Majlis itu dihadiri Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta pemimpin BN negeri.







Linkgambar: mim.mat kilau & anak seberang.

Pisau kata "Ah Eng sakit hati tengok 1Malaysia"

PAS Marah Peranan Sebagai Lembu Di Pertikaikan

Posted: 24 Jan 2012 12:00 AM PST

Tindakan segelintir ahli khawarij PAS yang membantah apabila parti itu kehilangan tempat sebagai exco agama Islam Negeri Selangor membangkitkan kemarahan pimpinan atasan PAS.

Pemuda khawarij PAS Selangor bukan saja mengecam malah turut berasa amat kesal kerana peranan mereka sebagai lembu dan tunggangan DAP dan PKR tidak diiktiraf oleh akar umbi.

"Apa masaalahnya nak jadi lembu DAP dan PKR" ujar ketua pemuda khawarij,Akar umbi harus faham sebagai pemegang status kasta paling rendah didalam pakatan ,khawarij PAS harus menurut kata dan walaq terutamanya kepada DAP dan PKR.

Pisau kata " wajib panggil khawarij PAS lembu,nanti tak pasal kena report polis"

PAS Akan Jawab Desakan KJ Terhadap DAP.

Posted: 23 Jan 2012 10:29 PM PST

KJ seolah mengundang padah apabila menyerang DAP,tahukah beliau serangan sebegini bakal membangkitkan kemarahan PAS.


Desakan Ketua Pemuda Umno agar DAP mendedahkan berapa jumlah orang melayu yang menyertai DAP amat tepat.Sejak dari dulu lagi memang wujud melayu melayu banggang yang rela dilembukan didalam parti chauvanis ini.


Yang dikatakan Melayu menjadi ahli DAP taraf mereka hanyalah menjadi watak pak pacak dan lembu kelas pertama didalam parti.Kesemuanya menjadi tunggangan dan abdi kepada pemimpin evengelis DAP.Ingatlah yang dominan,berkuasa dan diktator didalam parti chauvanis rasis ultrakiasu tidak seorang pun berbangsa melayu.


Sebenarnya orang melayu didalam DAP tidaklah seramai mana,sebab itulah DAP berkahwin dengan pelacur politik seperti khawarij PAS untuk menghasilkan melayu hibrid DAP.Semua orang tahu betapa khawarij PAS amat mengasihi pemimpin DAP lebih daripada pemimpin khawarij PAS sendiri.


Kita ambil contoh khawarij PAS bermatian pertahankan Lim Guan Eng dan Ng Wei Aik walaupun diketahui ramai bahawa 2 haram jadah ini menindas dan zalim terhadap bangsa melayu di Pulau Pinang.

Khairy cabar DAP umum jumlah ahli Melayu

IPOH 23 Jan. - Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin mencabar DAP mengumumkan jumlah orang Melayu yang menjadi ahlinya jika benar ia parti berasaskan berbilang kaum seperti yang sering didakwanya.

Menurutnya, penyertaan tiga orang Melayu ke dalam DAP baru-baru ini belum cukup untuk menunjukkan bahawa parti dominan Cina itu adalah parti berbilang kaum.

Katanya, ia juga tidak boleh dijadikan asas untuk mengatakan wujud kecenderungan kalangan orang Melayu untuk menyertai DAP.

"Jangan tunjuk tiga orang sahaja. Itu hanya tiga orang. Kita hendak tahu berapa ramai di peringkat bahagian, negeri dan pemimpin DAP adalah ahli Melayu.

"Jangan cakap DAP parti berbilang kaum sedangkan mereka tidak dapat keahlian daripada masyarakat Melayu," katanya kepada pemberita selepas Program Turun Padang Ketua Pemuda BN ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong, Parlimen Ipoh Barat di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman DAP tentang penyertaan orang Melayu ke dalam parti itu antaranya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Mohd. Ariff Sabri Aziz dan veteran UMNO dari Negeri Sembilan, Aspan Alias baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO negeri, Khairul Azwan Harun dan Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

Sementara itu, Khairy juga yakin pelbagai program pendidikan, kerjaya, sukan dan kebajikan, di samping kempen di alam siber yang dilaksanakan Pemuda BN sejak tiga tahun lalu mampu menarik golongan muda untuk menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Saya bukan cakap retorik tetapi berdasarkan tujuh dan lapan pilihan raya kecil lalu, kita dapati pengundi muda semua sudah kembali kepada BN," ujarnya.

Ditanya berapa ramai golongan muda menyertai BN selepas PRU 2008, Khairy memberitahu, beliau tidak mempunyai data mengenainya tetapi bilangan yang menyertai Pemuda UMNO sahaja sudah melebihi 100,000 orang.

"Yang masuk Pemuda UMNO sahaja, pada tahun lalu kita dapat 50,000 orang dan sebelum itu seramai 30,000 orang. Saya rasa jumlahnya sudah cecah lebih 100,000 dalam tempoh tiga tahun," katanya.

Selain program turun padang di Buntong, Khairy juga menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Pemuda BN serta Pelancaran BN Pilihan Orang Muda dan Penyampaian Alatan Sukan di Taman Mior Aris di Padang Rengas.

Beliau juga melancarkan Gerak Gempur dan Skuad Bermotor Pemuda BN serta merasmikan Rali Motorcross Terbuka Malaysia di Lenggong dalam rangka lawatan seharinya ke Perak hari ini.-utusan


Pisau kata "Kj pun kacau laki orang buat per..nanti gaduh dengan PAS pulak"

r b f

Posted: 24 Jan 2012 07:34 PM PST

r b f


Genap Seminggu, Pas Selangor Terus Berkecamuk

Posted: 24 Jan 2012 06:01 PM PST


Hari ini genap seminggu Pas diberi gelaran Parti Adat dan Sukan susulan perlantikan Exco baru bagi menggantikan Hasan Ali di Selangor.

Mengikut Zul Nordin, tugas pertama Exco baru Pas di Selangor adalah mencari surat beranak Hang Tuah. Sini

Pas Selangor sedang berada dalam keadaan berkecamuk sekarang ini walaupun mulut pemimpin-pemimpin mereka berkata tiada masalah. Di permukaan memang nampak tenang, tetapi dibawah begitu berkeladak sekali. Suara-suara tidak puas hati orang-orang Pas terus dibisikkan dari telinga ke telinga. Mungkin sedikit masa lagi ianya akan meletus secara terbuka.

Kuasa untuk melantik seseorang Exco terletak di tangan MB dan parti yang diwakili oleh individu yang akan dilantik. Seterusnya MB akan menasihati Sultan tentang perlantikan tersebut. Sultan tidak ada kuasa mutlak untuk melantik seseorang Exco.

Begitu juga dalam soal portfolio yang akan dipegang oleh seseorang Exco. Itu kuasa mutlak seseorang MB. Individu yang mengangkat sumpah sebagai Exco di depan Sultan tidak ada menyebut apa portfolio yang akan mereka pegang. Mereka hanya mengangkat sumpah sebagai Exco dan menjaga rahsia. 

Jika ahli-ahli Pas tidak berpuashati kerana Pesuruhjaya Pas Selangor tidak dilantik sebagai Exco dan juga Pas kehilangan portfolio Hal Ehwal Ugama Islam, sila rujuk kepada Khalid Ibrahim dan Pas Pusat. Jangan salahkan Sultan kerana Baginda tidak ada kuasa mutlak untuk melantik seseorang Exco dan juga menentukan portfolio yang dipegang oleh seseorang Exco.

Sri Tri Buana

Posted: 24 Jan 2012 07:08 PM PST

Sri Tri Buana


ABU dan HINDRAF.

Posted: 24 Jan 2012 04:00 PM PST

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Posted: 24 Jan 2012 03:27 PM PST

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan


Panas!! Ummi Amalkan Ilmu Hitam??

Posted: 24 Jan 2012 12:27 AM PST


Panas!! Benarkah Ummi Amalkan Ilmu Hitam??


Khabar angin yang bertiup kencang kebelakangan ni yang mengkhabarkan bahawa Ummi mengamalkan ilmu hitam. Pada mulanya eXception enggan juga percaya. Akan tetapi banyak akhbar-akhbar arus perdana memaparkan berita ini, eXception merasa kurang enak jika dibiarkan... eXception perlu mendedahkan perkara ini...


Gambar sekadar hiasan. Tiada kena mengena dengan artikel ini.



KUALA KANGSAR, 17 JAN 2012: Pelakon, Ummi Nazeera memberitahu telah dua kali dikejarkan ke hospital, gara-gara mengalami kemalangan sewaktu melakukan beberapa babak aksi dalam filem Penanggal.

Bukan mudah untuk menjayakan babak- babak aksi tersebut untuk kelihatan 'real' di mata penonton dan pengarah, Ummi Nazzera berkata apa yang dilalui merupakan antara cabaran buat dirinya sepanjang bergelar pelakon.



"Pada mulanya saya dikejarkan ke hospital selepas terkena duri pokok yang beracun di tangan. Kemudian saya ke hospital lagi disebabkan terkena jangkitan mata yang sangat teruk kerana terlalu lama memakai kanta lekap untuk menjayakan watak Penanggal.

"Saya hanya dinasihatkan doktor untuk berehat seketika sebelum mula penggambaran. Banyak sebenarnya cabaran daripada segi aksi yang saya lakukan dalam filem ini. Saya boleh katakan ini filem yang paling teruk dan mencabar fizikal saya.

"Bergolek dalam lumpur di hutan sehinggalah saya terpaksa melakukan pelbagai aksi lasak. Meskipun badan saya lembam-lebam dan luka tapi apa yang boleh saya cakap, saya sangat puas dengan apa yang saya lakukan dalam filem ini,"katanya yang ditemui di lokasi penggamabaran filem Penanggal di Kuala Kangsar, Perak, malam semalam.

Dalam filem terbitan Astro Shaw dan Grand Brilliance ini, Ummi yang memegang watak Murni yang juga pewaris Penanggal ini telah digandingkan dengan Azri Iskandar (Syed Yusod) sebagai pasangan kekasih.

Biarpun Ummi terpaksa membawa aksi romantik dan menghairahkan bersama Azri dihadapan pengarahnya yang juga isteri kepada Azri, namun dia akui selesa melakukannya.

"Azri seorang pelakon yang profesional jadi ketika kami bersama-sama melakonkan adegan romantik tidak susah .

"Lagipun kami sudah pun beberapa kali menjalankan latihan sebelum berlakon dihadapan kamera. Jadi saya tidak kekok untuk melakukannya," jelasnya lagi.

Selain Ummi Nazeera dan Azri Iskandar filem pertama arahan Ellie Surity ini turut dibintangi oleh Fasha Sandha, Zul Ariffin, Fauziah Nawi, Normah Damanhuri, Anne Abdullah serta ramai lagi.



Ooh... Rupa-rupanya Ummi cuma melakonkan watak sebagai seorang wanita yang mengamalkan ilmu penanggal di dalam filem bertajuk Penanggal arahan Ellie Suriaty...

Sangkaan eXception ternyata meleset... Cis!! Cis!! Cis!!

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 24 Jan 2012 03:20 PM PST

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Kolumnis Sydney Morning Herald Pertahan Dakwaan Rosmah Belanja RM325,000

Posted: 24 Jan 2012 04:46 AM PST

Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.



Baca berita penuh....;

The big spending habits of another member of Prime Minister Najib Abdul Razak's family caught the attention of the Australian media again today - this time in Sydney.

In the 'Private Sydney' section of the Australian daily Sydney Morning Herald, columnist Andrew Hornery called Rosmah the "first lady of shopping", allegedly for spending A$100,000 (RM325,000) at a Sydney boutique.

Quoting Sydney designer Carl Kapp, the columnist reported that Kapp's "biggest customer" had spent the astounding amount during a "private holiday" there "a little more than a fortnight ago".

According to the column, Rosmah and Najib had during the holiday stayed at the A$20,000 (RM65,100) a night penthouse (photo below) at the newly-minted five-star Darling Hotel.

Headlined 'Super Kerr Now a Model Citizen', the column also reported that Rosmah had requested "valet parking for her limo" and was flying Kapp out to Malaysia for fittings of the clothes she ordered.

"(Kapp said) he was being flown to Malaysia next month with a collection of 'toiles' for (Rosmah) Mansor to try on before completing her massive order of 61 dresses, pants and tops.

"All made from the finest silk and in a variety of exotic colours and prints, Kapp said his new muse had 'a very good eye for colour and she likes a lot of prints'," the prominent daily's lifestyle column reported.

PM's Wife 'Absolutely Gracious'

Rosmah had recently been under fire for allegedly purchasing a diamond ring worth RM24 million, which she has vehemently denied, and for owning several Hermes handbags worth thousands of ringgit.

"In recent months, (Rosmah) Mansor... has been forced to deny reports she had bought a US$24 million diamond and a US$200,000 (RM621,000)-plus crocodile skin, bejewelled Hermes handbag," said Hornery in his SMH column.

"Kapp, who has a keen eye for such bags, having worked for Hermes, said he did not see any such handbag when he met her."

The designer also added that Rosmah is nothing like her critics accuse her of being but was "absolutely gracious and easy to deal with".

It noted that the alleged shopping spree of the PM's wife was first reported on fashion blog Flockwriter, in a Jan 17 posting.

Kapp (below) was quoted as saying that he had also met Najib, who was "relaxing, snuggling up and looking very happy together" with his wife.

"There, surrounded by samples, fabric swatches, sketches and Rosmah's many attendants, who appeared to be gearing up for a New Year's Eve party, Kapp was introduced to a casually-attired Malaysian Prime Minister Najib Razak," it read.

Malaysiakini has contacted the PM's office for a response.

Last October, Najib's daughter, who was not named, was reported by the Western Australian of having spent lavishly at David Jones in Perth during the Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM).

The daily later issued a correction to the report, which cited anonymous sources, after Najib said that his daughter was not in Perth at the time.

Rosmah Sangkal Dakwaan Berbelanja Mewah

Posted: 23 Jan 2012 05:50 PM PST

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini.

"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.

"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Mencari Damai Abadi

Posted: 24 Jan 2012 03:04 PM PST

Mencari Damai Abadi


Perut Dan Nanas

Posted: 24 Jan 2012 05:28 AM PST

Bismillah...


Aku tak faham, kenapa nanas sangat sedap. Aku juga tak faham, kenapa setiap kali aku makan nanas, perut aku buat hal. Kenapa mereka tak boleh bersatu? hmmm.. Dek kerana ketidakkacipan mereka, tak pasal-pasal dubur aku kena kerja keras...


huh!!



Apa Yang Tersirat

Posted: 24 Jan 2012 01:28 PM PST

Apa Yang Tersirat


Aktiviti memurtadkan penganut islam akan bertambah di Selangor: Perkasa

Posted: 24 Jan 2012 07:33 AM PST

Perkasa memberi amaran bahawa usaha memurtadkan masyarakat Islam di Selangor akan diperbeharui selepas Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih peranan mengurus hal ehlam negeri tersebut.

"Akidah Islam, Muslim dalam bahaya di Selangor. Perkasa bimbang terdapatnya cubaan Kristianisasi yang lebih agresif, terutamanya dengan Khalid yang bertanggungjawab terhadap portfolio exco bagi hal ehwal Islam," jelas setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar)kepada Themalaysianinsider.

"Perkasa merasakan Islam di Selangor akan bertambah lemah sekiranya seseorang yang tidak layak mengetuai portfolio agama. Jika diperhatikan, exco yang memegang jawatan itu di setiap negeri mempunyai latar belakang agama yang kukuh," kata Syed Hassan.

"Dengan Khalid, maksiat akan meningkat di Selangor," Syed Hassan menambah, mengulangi kenyataan presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata MB Khalid tidak berniat untuk menjaga kepentingan masyarakat Muslim, sebaliknya berminat untuk memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaannya semata-mata demi pilihan raya dalam masa terdekat ini.

FLOM belanja besar di Sydney: Kolumnis pertahan dakwaannya

Posted: 24 Jan 2012 05:07 AM PST

Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Kenapa Anwar sokong Gay?

Posted: 24 Jan 2012 04:42 AM PST

Anwar nak bela golongan homo, biarkan lah dia, sebab golongan itu salah satu golongan yang pro kepadanya.

Sejak isu liwat I, golongan gay terutama di luar negara terus mempertikai keputusan Pejabat Peguam Negara kerana menuduh Anwar di mahkamah.

Walaupun menurut undang-undang negara bahawa perbuatan liwat adalah satu jenayah, namun bagi penyokong Anwar, perbuatan itu adalah hak sesorang.

Terkini, Anwar berkata bahawa jika pakatan rakyat menguasai Putrajaya, maka undang-undang yang ada kaitan gay akan dikaji, kerana menurut Anwar undang-undang itu adalah undang2 purba dan lapuk.

Yang ironinya, Parti Pas sahabat Anwar dalam pakatan hanya diam membisu mengenai pengakuan Anwar ini. Nampaknya Paspun akur juga. Sungguh malang bagi ustaz-ustaz Pas.

Bagi Anwar PRU-13 Hidup atau Mati

Posted: 24 Jan 2012 12:12 AM PST

Sepatutnya Anwar telah menjadi Perdana Menteri selepas Sukan Komonwel tahun 1998, namun belumpun Pesta negara-negara Komonwel itu bermula, Anwar kena pecat daripada Jawatan TPM, kerana masalah moral.

Ekoran daripada itu, Anwar terus merengkok dalam penjara Sungai Buloh, kerana dijatuhi hukuman penjara kerana salah guna kuasa, semasa berjawatan TPM.

Tahun 1999, Parti keadilan (adil) berlambang mata ditubuhkan oleh para penyokong Anwar dan Presiden parti itu adalah isterinya Wan Azizah Wan Ismail. Namun, kelibat parti itu tidak mendapat tempat dihati rakyat, walaupun Pematang Pauh dimenangi oleh Wan Azizah dan Terengganu berjaya dirampas PAS.

Tahun 2004, parti pembangkang yang diterajui DAP dan Pas dan disokong oleh Keadilan, mengalami kekalahan teruk, malah Terengganu berjaya kembali ke pangkuan BN.

Pada PRU-12/tahun 2008, Anwar tidak bertanding walaupun telah dibebaskan daripada penjara. Pada PRU-12 inilah terulang prestasi hebat pembangkang tahun 1969, apabila untuk kedua kalinya berjaya menafikan kuasa 2/3 barisan nasional di dewan rakyat.

Untuk mengekalkan memontum Pakatan, maka mereka berlumba-lumba mengosongkan kerusi yang dimenangi pada PRU-12, dan PRK terpaksa diadakan. Melalui 8 PRK pasca PRU-12, semua kerusi dimenangi Pakatan Rakyat termasuk berjaya merampas kerusi BN di Terengganu dan Sibu.

Namun selepas itu, sebanyak 8 PRK diadakan disebabkan kekosongan, bukan disengajakan, dimenangi BN termasuk PRK di Kelantan sehinggalah PRN Sarawak Mac 2010.

Pada PRN Sarawak, walaupun kerusi Pakatan bertambah, namun hanya DAP sahaja yang bertambah kerusinya, itupun semua di kawasan majoriti kaum cina. Sebaliknya, PKR dan PAS masih tidak diterima.

Berasaskan kepada keadaan itu, memontum Pakatan sebenarnya sudah merundum, atas sebab itu, mereka mempergunakan berbagai kaedah termasuk Himpunan Bersih2.0, Bebas Anwar 901, rusuhan mahasiswa dropout di UPSI dan himpunan-himpunan haram seperti yang diadakan oleh kumpulan pembangkang yang berselindung pada organisasi NGO- ABU (asal bukan Umno).

Namun, semua usaha Pakatan itu, hanya berjaya menarik penyokong mereka yang itu-itu juga. Selain itu, strategi meminta simpati jika Anwar dipenjarakan kerana sodomi tidak menjadi.

Kini Pakatan terpaksa kembali ke "drawing board" untuk melakar strategi baru. Antara strategi baru itu adalah menyerang isteri Perdana menteri.. kononnya Datin Rosmah adalah wanita yang suka berpoya-poya ala Emelda Marcos.

"Kesengajaan" laporan Ketua Audit negara mengenai NFC terus diapi-apikan dan dijajah secara terus menerus oleh Pakatan, seolah-olah isu NFC adalah masalah utama dalam negara, sedangkan projek tersebut hanya bernilai RM250 juta, itupun berbentuk pinjaman, yang perlu dibayar semula dengan kadar 4% setahun selama 20 tahun.

Pakatan tidak mempunyai isu yang diketengahkan kepada rakyat, yang ada hanya bersifat tomahan, dakwaan, fitnah yang sebenarnya tidak menguntung sesiapapun.

Pada PRU-13 apakah Anwar berjaya dengan cara pembohongan mengelabui rakyat? atau kah PRU-13 adalah penghujung jalan politik Anwar?

Kenapa Majlis Peguam sokong gay? soal kolumnis Utusan

Posted: 23 Jan 2012 10:16 PM PST

Seorang ketua biro Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan tindakan Majlis Peguam "menyokong" homoseksual dalam kalangan rakyat Malaysia, dan menggelarnya "gelombang songsang" yang berkembang dan diterima masyarakat dunia.

Noraini Razak, editor berita di akhbar harian berbahasa Melayu itu sehingga bulan lepas, menuduh peguam-peguam tersebut menyokong kumpulan gay, lesbian, dan transgender, sedangkan Malaysia merupakan negara ke 70 daripada 195 negara yang mengharamkan homoseks.

"Secara jujurnya, sangat aneh apabila gelombang menyimpang yang dipertahankan oleh kumpulan (Seksualiti Merdeka) mendapat sokongan daripada NGO tempatan termasuk Majlis Peguam," Noraini menulis dalam kolumnya hari ini.

Seksualiti Merdeka, merupakan satu pergerakan yang memperjuangkan kebebasan orientasi seks dan identiti jantina, telah dihalang oleh pihak berkuasa daripada menganjurkan festival tahun lepas walaupun sudah melakukan acara tahunan itu sejak 2008.

Noraini, yang kini merupakan Ketua Biro Putrajaya, memetik Professor Salleh Buang, seorang ahli akademik yang menyatakan "antara 12,000 pengamal undang-undang di negara ini pastinya terdapat ramai yang beragama Islam. Kenapa suara mereka tidak kedengaran?"

"Salleh mempersoalkan sama ada negara ini mampu untuk mempertahankan kepercayaan dan pegangannya daripada gelombang songsang ini? Dan sekiranya mampu, untuk tempoh berapa lama, terutamanya dengan kemunculan kumpulan yang aktif memperjuangkan liwat di keluarkan daripada senarai kesalahan berat dalam Kanun Jenayah?

"Selain itu, terdapat juga sokongan dalaman daripada pakar perundangan negara. Bagaimana pula sokongan daripada kerajaan menangani gelombang ini, gelombang songsang ini," soal editor tersebut.

Utusan baru-baru ini menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong kumpulan homoseksual semasa sesi temubual dengan BBC.

Dalam sesi tersebut, wartawan BBC bertanya soalan kepada Anwar sama ada beliau bersedia untuk mendesak idea anti-diskriminasi, terhadap golongan gay, yang melihatkan Anwar berkata "kami perlu untuk menyemak semula undang-undang lama kami."

"Sebagai orang Islam dan bukan Islam di Malaysia, kami percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita, tapi kami tidak harus dilihat menjadi punitif dan mempertimbangkan undang-undang purba sebagai relevan," kata Anwar kepada BBC.

Tetapi, Anwar turut menyatakan Pakatan Rakyat tidak menyokong gejala homoseks, bahagian temu bual tersebut yang tidak dimasukkan Utusan.

Anwar telah menuntut sejumlah RM150 juta sebagai ganti rugi daripada akhbar harian Umno tersebut kerana telah mencalarkan imej dan reputasinya dalam artikel yang menuduhnya menjadi penyokong kepada hak-hak komuniti gay.

Beri ruang pada Hassan Ali: Ahmad Maslan

Posted: 23 Jan 2012 08:28 PM PST

Parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta menyediakan ruang dan platform kepada bekas Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hasan Ali untuk berceramah di Selangor bagi membolehkannya mendedahkan hakikat sebenar yang berlaku dalam Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, parti komponen BN tidak perlu gentar untuk menjemput bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu, kerana beliau bukan lagi ahli mana-mana parti pembangkang.

"Hasan dipecat daripada Pas, maka beliau kini bebas untuk berceramah di mana-mana sahaja dan UMNO mengalu-alukan jika beliau ingin turun ke Kuala Langat.

"Apa yang pasti, beliau akan berceramah atas tiket pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya ahli parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di hadapan 2,000 ahli BN sempena Majlis Penerangan Perdana Parlimen Kuala Langat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jugra, Banting di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi BN Kuala Langat, Datuk Sulaiman Karli dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan.

Melalui Hasan, katanya, rakyat boleh mengetahui hubungan dingin antara Pas dan DAP dalam kerajaan PKR Selangor.

"Rakyat perlu tahu perkara sebenar yang berlaku dalam kerajaan negeri selama ini sehingga membawa kepada pemecatan beliau sebagai Pesuruhjaya Pas dan seterusnya sebagai ahli Pas dan Pengerusi yang menjaga hal ehwal agama Islam," katanya.

Politik Anwar hanya retorik dan bohong

Posted: 23 Jan 2012 05:51 PM PST

16 September, 2008 adalah pembohongan utama Anwar. Sebelum tarikh itu beratus SMS dihantar oleh pihak Anwar, bahawa SPB Agong telahpun bersetuju untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-6, atas sebab BN kehilangan majoriti di dewan rakyat, kerana 31 MP BN melompat ke Pakatan Rakyat.

Namun pembohongan Anwar itu, tidak berlaku dan sehingga kini, belum ada wakil rakyat BN melompat ke parti Pakatan Rakyat, sebaliknya mereka kehilangan beberapa MP dan ADUN yang keluar daripada parti mereka untuk mengistiharkan MP atau ADUN bebas yang mesra BN.

Sodomi II yang diuar-uarkan oleh Anwar sebagai konspirasi Najib. Ekoran daripada dakwaan itu, Anwar mencuba memutar isu tersebut kepada masyarakat antarabangsa. Bayangkan sejak pemembasannya daripada penjara Sungai Buloh pada tahun 2006, sehingga kini tidak kurang 60 kali Anwar melawat luar negara, membawa isu berbagai pembohongan mengenai negara.

Pembohongan mengenai kapal selam Malaysia yang tidak boleh menyelam adalah salah satu pembohongan Anwar.

Pembohongan mengenai 1Malaysia, kononnya diciplak daripada 1Israel, juga satu lagi pembohongan Anwar.

Sebelum 9 januari, masa untuk mahkamah menjatuhkan hukuman terhadapnya, Anwar menjelajah seluruh negara, bahawa disebabkan konspirasi, maka beliau akan didapati bersalah dan dimasukkan dalam penjara. Namun, sebaliknya semua dakwaan Anwar itu hanya retorik, apabila mahkamah yang dituduhnya bersubahat dalam konspirasi membebaskannya.

Cucu Tok Selampit

Posted: 24 Jan 2012 01:27 PM PST

Cucu Tok Selampit


AC Mizal (Dato') Duta Perlancongan Perak? Bertuah Kamu Yop!

Posted: 24 Jan 2012 07:24 AM PST


Membaca posting terbaru Dato AC Mizal di dalam laman sosial Twitter mengesahkan bahawa beliau telah dilantik menjadi Duta Perlancongan Perak. Bukan niat CTS untuk mempertikaikan perlantikan tersebut, cumanya CTS agak terkilan. Sudah tidak adakah anak Perak yang bertaraf celebriti atau cukup terkenal untuk dijadikan Duta Perlancongan bagi Negeri Perak. Mengapa perlu diambil orang luar untuk memikul tanggungjawab ini?

AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal bin Zaini dilahirkan di Muar, Johor pada 21 Disember 1971. Namun tuah memihak kepadanya apabila beliau lebih mudah mendapat anugerah dan pengiktirafan di negeri lain berbanding negeri tumpah darahnya. Beliau telah mendapat kurniaan Dato' dari Negeri Pahang dan sekarang menjadi Duta Perlancongan bagi Negeri Perak. Tuah badan kamulah Yop! I rest my case.

Tun Dr Mahathir Ahli Politik Malaysia Paling Berpengaruh Di Facebook

Posted: 24 Jan 2012 01:55 AM PST


Tun Dr Mahathir Mohammed, walaupun telah bersara dari arena politik tanahair masih mengekalkan kedudukan sebagai ahli politik paling berpengaruh di Facebook dengan mempunyai pengikut melebihi 1.5 juta orang di laman sosial berkenaan. DS Najib Tun Razak berada di tempat kedua dengan pengikut menghampiri satu juta orang.

Agak mengejutkan bagi pemimpin politik pembangkang, walaupun diwar-warkan Ketua Umum P"Gay"R dikatakan mempunyai pengikut yang ramai di alam maya, namun carta di laman sosial Facebook hanya meletakkan dirinya di tempat kelima, jauh berbeza bilangannya dengan peminat dan pengikut Tun Dr Mahathir dan DS Najib Tun Razak. Malah kedudukan Ketua Umum ini di belakang dua tokoh pemimpin PAS iaitu Dato Nik Aziz Nik Mat dan Dato Dr Harun Din.

THE FLYING KICK

Posted: 24 Jan 2012 01:26 PM PST

Tiada ulasan:

Pengikut