Rabu, 23 Januari 2013

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Selamat Menyambut Maulidur Rasul: Mari Kita Ikut Nabi

Posted: 23 Jan 2013 08:56 PM PST

PERUTUSAN MAULIDUR-RASUL 1434H

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) - Surah al-Ahzab, ayat 21

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi berpeluang untuk berada di dalam bulan Rabiul Awwal tahun 1434 Hijrah ini.
Sekali lagi kita sama-sama berada dalam suasana menyambut Maulidur-Rasul yang merupakan satu rutin tahunan kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik untuk manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sengaja Allah SWT, melantik rasulNya dari kalangan manusia agar boleh dicontohi dan dijadikan tauladan.

Allah SWT tidak melantik rasulNya dari kalangan malaikat kerana malaikat ialah makhluk yang tidak mempunyai nafsu. Bagaimana manusia yang mempunyai nafsu mahu menjadikan malaikat yang berlainan fitrah sebagai tauladan?

Sesungguhnya, apabila Rasulullah SAW menjadi tauladan, ia bukan sahaja contoh di dalam ibadat tetapi dalam semua apsek kehidupan.
Aspek rumahtangga sebagai contoh, Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang suami yang suka bergurau dengan isterinya.

Gurauan ini tidak pernah melunturkan nilai nubuwwah yang ada pada diri Baginda bahkan ia merupakan penyeri kepada kehidupan berumahtangga yang diperlukan oleh setiap manusia.

Kadang-kadang sudut ini yang dicuaikan oleh sebahagian daripada kita yang menjadikan kehidupan kita kaku dan beku tanpa gurau senda.

Demikian juga dalam aspek muamalat dengan rakyat. Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang yang gemar menuturkan kata-kata manis sehingga menyenangkan pendengar.
Bahkan terdapat juga situasi Rasulullah SAW bergurau dengan gurauan yang benar sehingga menjadikan dirinya lebih dikagumi dan disayangi.

Apa yang lebih penting ialah kejayaan Rasulullah SAW merubah paradigma pemikiran masyarakat jahiliyyah yang tebal dengan tradisi karut dalam tempoh perjuangan baginda selama 23 tahun.

Sekalipun baginda merupakan seorang nabi yang juga kekasih Allah SWT, tetapi tempoh yang diambil oleh baginda untuk menjayakan misi dakwah di Mekah dan Madinah tidak mengambil masa sekelip mata.

Sirah inilah yang mengajar kita bahawa setiap perjuangan memerlukan tempoh masa yang tersendiri. Inilah lumrah dalam perjuangan yang wajib diterima oleh semua pendokong perjuangan Islam hari ini.

Hakikatnya, maulidur-rasul bukan hanya setakat meraikan kelahiran baginda Rasulullah SAW tetapi juga menjunjung tinggi syariat yang dibawa olehnya.

Syariat ini perlu diletakkan di tempat yang tertinggi dalam pelbagai aspek kehidupan. Jika semangat ini dipupuk, insya-allah kita akan melihat suasana sambutan Maulidur-rasul yang benar-benar bermakna akan wujud di negara ini, Insya-Allah.

Sekian.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 12 Rabiul Awwal 1434H

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 23 Jan 2013 03:45 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:45 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Karpal Singh Terharu melihat gambar Kavita Kaur

Posted: 22 Jan 2013 09:34 PM PST


Orang Umno bukan main lagi marah dengan Karpal Singh. Malah ada orang-orang PAS Pulau Pinang yang geng Perpaduang pun berpendirian sama macam orang-orang Umno tersebut.

Diaorang kata Karpal Singh adalah anti Islam. Diaorang berkempen suruh orang Melayu jangan undi Karpal Singh.

Habislah Karpal kali ini sebab orang Melayu yang kononnya memperjuangkan Islam dan raja-raja Melayu itu tidak akan mengundi Karpal dalam PRU-13 nanti. 


Apakah Melayu yang 15.16% itu akan lebih baik memberi undi mereka kepada Cina dari MCA?.Jangan lupa, Parlimen Bukit Gelugor adalah tempat DAP berlawan dengan MCA! Apakah kali ini Umno akan ambil tempat MCA yang pengundi Cina di situ merupakan 74.25%? Ada beranikah? Inilah perkiraan bodoh PAS perpaduang - suruh orang Melayu jangan undi Karpal Singh di lubuk kuatnya itu! Kerja bodoh sunggoh dan sia-sia!

Agak-agaklah kalau marah tu....raja-raja Melayu pun tidaklah marah sangat kat Karpal sampai macam tu. Kalau tak caya diaorang boleh tengok sendiri seorang ketua agama mereka begitu sopan melayani kaum kerabat Karpal Singh.

Karpal Singh tentu berasa terharu dan teruja 
melihatkan gambar Kavita Kaur ini! Sumber

DUNIACACAMARBA

Posted: 23 Jan 2013 03:34 PM PST

[Video] Sumpah ROSMAH

Posted: 23 Jan 2013 04:00 AM PST

Penduduk Gantung Motosikal untuk Ajar Penyamun

Posted: 23 Jan 2013 02:00 AM PST



[HM] KUALA TERENGGANU: Geram gagal menahan dua lelaki yang disyaki mencuri pisang di kebun penduduk Kampung Kesom Che Nordin, Manir, di sini, beberapa penduduk bertindak menggantung motosikal suspek bersama pisang yang dicuri di sebatang tiang telefon di kampung berkenaan, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, dua penduduk terserempak dengan suspek sedang mencuri pisang di kebun berkenaan, tetapi dua lelaki itu melepaskan diri meninggalkan pisang serta motosikal mereka.

Penduduk kampung yang berang menggantung motosikal dipercayai milik seorang suspek bersama pisang dicuri pada tiang telefon yang terletak 500 meter dari kebun berkenaan.

Seorang penduduk Mohd Saudi Deraman, 39, berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kebun jirannya diceroboh, dia bersama seorang rakan ke kawasan itu dan nampak dua lelaki berusia 30-an sedang memotong pisang.

 

"Dua lelaki itu terkejut dengan kehadiran kami melarikan diri. Bimbangkan keselamatan kerana mereka ada pisau, kami tidak mengejar mereka.

"Bagaimanapun, mereka tidak sempat membawa bersama motosikal dipercayai milik salah seorang daripada mereka dan 10 tandan pisang yang cuba dicuri," katanya.

Katanya, lima lagi penduduk kampung tiba untuk membantu, tetapi mereka terlewat.

"Kami membuat keputusan membawa motosikal ke tepi jalan utama kampung dan menggantungnya pada tiang telefon sebagai pengajaran kepada suspek atau mereka yang mempunyai niat jahat di kampung ini.

"Kami biarkan motosikal itu pada tiang bersama pisang yang dicuri sehingga polis datang," katanya yang memberitahu membuat laporan di Balai Polis Manir, di sini, pada jam 1.30 tangah hari semalam.

Sementara itu, pemilik kebun yang dicereboh, Mamat Dollah, 64, berkata, dia berada di warung berhampuran rumah apabila seorang rakan datang memberitahu kebunnya dimasuki pencuri.

"Saya tidak mampu ke kebun yang terletak 500 meter dari rumah kerana sakit kaki dan meminta Mohd Saudi pergi ke kebun untuk melihat apa yang berlaku.

"30 minit kemudian saya lihat penduduk membawa pulang membawa sebuah motosikal Honda EX5 bersama dua guni pisang sebelum menggantung kenderaan berkenaan pada tiang telefon," katanya.

[PANAS] Presiden Palestine KECAM Kunjungan Najib ke Gaza

Posted: 22 Jan 2013 11:53 PM PST

Kononnya mahu jadi hero, mahu menjadi orang tengah antara Hamas dengan Fatah, kononnya....kononnya...namun akhirnya menegangkan hubungan Fatah dengan Hamas. Lagi menarik, Malaysia diminta memberikan penjelasan tentang tindakan Najib ke Gaza.

Siapa yang mencadangkan Najib ke Gaza tanpa memikirkan impak politik terhadap Hamas dan Fatah dan hubungan Malaysia dengan Palestine? Zul Kulim? Nasharuddin Mat Isa?


Aduhai, berbuihlah mulut PM kita untuk menjawab kewajaran dan tujuan dia melawat Gaza. Walaupun berita media pencacai hangat memperkatakan kunjungan Najib ke Gaza semalam, hari ini, adakah media yang sama akan menyiarkan rasa tidak puas hati Presiden Palestine pada kaca TV atau media cetak masing-masing?
 Berita terdahulu di sini.

Kemas Kini:

Respons Najib:

Jangan salah tafsir lawatan ke Gaza: Najib

 

[BH] KAHERAH: Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan kunjungannya ke Gaza semalam adalah lawatan kemanusiaan dan tidak harus disalah tafsir sebagai campur tangan politik dalaman Palestin.

Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan Malaysia di sini, sebentar tadi

 

Gadis Mentah Rela Diratah 'Atuk' Teksi

Posted: 22 Jan 2013 10:23 PM PST

[HM] Rembau: Seorang lelaki terkejut apabila dimaklumkan rakan bahawa anak perempuannya yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, sudah terlanjur beberapa kali dengan seorang lelaki berusia 64 tahun.


Sumber berkata, rakan lelaki itu mengetahui perkara itu apabila terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar mangsa kepada anak perempuannya pada 17 Januari lalu, mendakwa dia kerap melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki sejak 2011 sehingga penghujung tahun lalu.

Menurutnya, dalam SMS itu, mangsa turut mendakwa tidak bimbang mengandung apabila tubuhnya diratah lelaki berusia lebih separuh abad itu yang juga pemandu teksi selain tidak pernah menggunakan perlindungan.

"Bapa mangsa yang mendapat maklumat itu kemudian menyoal anaknya yang menafikan melakukan perbuatan berkenaan, tetapi mengakui lelaki itu hanya memegang bahagian bawah dan atas badan saja.

"Bapa mangsa yang tidak berpuas hati dengan penjelasan anaknya membuat laporan polis selepas mengetahui kejadian itu. - myMetro 22 Jan 2013

PAS Tidak Tahu Nasharuddin Mat Isa Ikut Najib ke Gaza

Posted: 22 Jan 2013 09:52 PM PST



[Mstar] PETALING JAYA: Tindakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Nasharudin Mat Isa yang mengikuti lawatan kemanusiaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin adalah di luar pengetahuan PAS.

Menurut beberapa pimpinan tertinggi PAS, tindakan kedua Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok itu mengikuti rombongan Najib ke luar negara turut tidak dimaklumkan kepada parti itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau langsung tidak mengetahui tentang pemergian bekas timbalan presiden PAS itu sebagai salah seorang delegasi Malaysia.

"Saya tak tau pun, saya tak dapat apa-apa maklumat dia ke Palestin. Memang saya tak tau apa-apa," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut memberikan reaksi yang sama ketika ditanya tentang tindakan Nasharudin.

"Saya pun tak pasti, tak ada apa-apa maklumat dia ikut PM (Perdana Menteri) ke sana," katanya ringkas.

Media pada Rabu menyiarkan gambar yang memaparkan Nasharudin berdiri di sebelah Najib ketika deligasi Malaysia bersama Perdana Menteri Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh mengaminkan doa sambil melihat sebuah kereta yang dibom tentera Israel di Bandar Gaza.

Pada Selasa, Najib mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin bagi menawarkan bantuan Malaysia untuk menjayakan pelan perdamaian antara Hamas dan Fatah.

Pada Ogos tahun lalu Nasharudin turut dipertikaikan oleh beberapa pimpinan PAS apabila akhbar memaparkan gambar beliau menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

 P/s: Kawan Nasha di Gaza, penentang tegar Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat

Sehati sejiwa!

Mungkin selepas ini sehati, sejiwa, separti!

Kali ini apa pula alasan untuk "back up" bekas Timbalan Presiden Pas ini? 

[Video] Debat BN-PR: Dalih Zambry Enggan Debat dengan Nizar

Posted: 22 Jan 2013 04:41 PM PST

P/s: Kalau tidak bersedia atau mungkin takut, jangan berdalih sehingga orang yang mendengar dalih itu tersengih atau ketawa berdekah-dekah!

Debat yang dianjurkan oleh PR ini bukan sahaja mahu memperkatakan isu tanah Kelantan, tetapi pelbagai isu kontroversi yang berlaku di Perak selepas BN pentadbiran negeri itu dirampas oleh BN. Bayangkan jika Zambry bersetuju mahu berdebat. Berapa banyak kelemahan dan salah laku pentadbiran BN terbongkar dan diketahui rakyat?

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 22 Jan 2013 11:08 PM PST

Suara Sri Andalas


20 Wanita Sertai Kelas Jahit Manik Keempat DUN Seri Andalas

Posted: 22 Jan 2013 05:15 AM PST

Untuk membantu meningkatkan pendapatan wanita dan juga keluarga, Pejabat ADUN Seri Andalas telah mengadakan kelas menjahit manik yang keempat.

Kelas yang diadakan pada 20 Januari 2013 yang lepas disertai oleh 20 orang wanita.








32 Wanita Sertai Mammogram Percuma Pertama 2013 DUN Seri Andalas

Posted: 22 Jan 2013 05:00 AM PST

Pada 20 Januari 2013 yang lepas seramai 32 wanita dari DUN Seri Andalas telah menjalani pemeriksaan mammogram dan juga papsmear di Forest Medical Centre. Ini adalah program mammogram pertama bagi tahun 2013 diadakan di DUN Seri Andalas.

Program pada hari tersebut telah dikoordinasi oleh Puan Vikneswary dan Cik Kalaiarasi. Para wanita yang mengambil bahagian dibantu para sukarelawan yang hadir. Sebelum pergi menjalani pemeriksaan, YB Dr Xavier Jayakumar telah memberi taklimat ringkas.

Mamogram adalah pemeriksaan payudara menggunakan sinar-X yang memaparkan kelenjar susu, lemak dan saluran darah serta kelenjar di dalam ketiak. Pemeriksaan ini di lakukan oleh juruadiografi. Doktor pakar radiologi akan meneliti filem bagi mengesan penyakit payudara, samada menghidapi kanser atau tidak.

Skim pemerkisaan mammogram percuma adalah antara manifesto Kerajaan Selangor melalui 'Skim Kesihatan Percuma' kepada rakyat Selangor, khususnya golongan wanita berumur 35 tahun keatas  bagi memastikan paling tidak, satu juta wanita Selangor sihat. Di DUN Seri Andalas, skim ini telah dijalankan secara kerap sejak Disember 2010.






Anwar Ibrahim

Posted: 22 Jan 2013 07:45 PM PST

Anwar Ibrahim


[VIDEO] “Listen Listen Listen” Bukan Satu Insiden Luar Biasa

Posted: 22 Jan 2013 08:10 AM PST

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Johor

Posted: 22 Jan 2013 08:08 AM PST

25 Januari 2013 (Jumaat)

1) 4.00-6.30 ptg – Hi-Tea & Dialog Bersama Anwar Ibrahim

Lokasi: Dewan Orkid, Garden Hotel, Batu Pahat

2) 7.30 – 11.00 mlm – Jamuan Makan Malam & Ceramah

Lokasi: Dewan Poh Ann Kong, Jln Siakap, Sungai Renggit, Pengerang

3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat

Lokasi: Bilik Gerakan P-Tebrau, Jalan Sagu 28, Taman Daya, Johor Bahru

4) Barisan Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Salehuddin Ayub
iii. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng
iv. YB Tian Chua
v. YBhg Mazlan Aliman
vi. YBhg Hanafiah Maidin
vii. YBhg CikGu Normala Sudirman

[VIDEO] Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat, Damansara Damai PJ 20/01/2013

Posted: 22 Jan 2013 08:02 AM PST

[VIDEO] Yang Serahkan Tanah Rezab Melayu, Siapa Dia?

Posted: 21 Jan 2013 09:32 PM PST

BULETIN RAKYAT

Posted: 22 Jan 2013 11:21 AM PST

BULETIN RAKYAT


BAHAYA MENGUNDANG PEROKOK ELEKTRONIK !!

Posted: 21 Jan 2013 12:41 PM PST

Pengguna rokok e-elektronik kini dalam bahaya serta terdedah dengan penyakit dan penjualannya adalah salah di sisi undang-undang dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali.
BENTONG – Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadahdan Kosmetik 1984.
"Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali," katanya. – Kosmo!

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 22 Jan 2013 11:03 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jentera Keadilan Tampin lumpuh

Posted: 22 Jan 2013 01:41 AM PST



Mari kita ambil iktibar apa yang berlaku semasa peperangan Hunain.

Jentera Keadilan Tampin lumpuh
24 Nov. 1999

Jentera pilihan raya Parti Keadilan Nasional (Keadilan) kawasan Tampin lumpuh apabila semua pemimpin tertinggi bahagian itu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO, sekali gus membubarkan parti Keadilan di bahagian tersebut.

Dato Seri Anwar di N.Sembilan pada 27 Jan 2013

Posted: 21 Jan 2013 04:44 PM PST



CERAMAH MAULIDUR RASUL
Menghayati Perjuangan Rasulullah SAW
Tarikh : 24 Jan 2013, Khamis
Masa : Maghrib
Tempat : Markas Besar PAS Kawasan Kuala Pilah (depan Sekolah TMS)
Bersama : YB Dato Dr Nik Mazian Nik Mohamad , ADUN Gual - Kelantan
Semua dijemput hadir
Untuk maklumat lanjut hubungi Zahar 012-6167819

MAJLIS HI-TEA DAN SANTAI BERSAMA PEMIMPIN
Bersama : YB Dr. Dzulkefly Ahmad (MP Kuala Selangor), Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Asmuni Awi
Tempat : Taman Bukit Margosa
Tarikh :  27 Jan 2013, Ahad
Masa : 4 ptg
Kupon : RM10
Hubungi Firdaus 017-6913547 , 019-6278148 Rahman 019-9430224
Anjuran : Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan

MAKAN MALAM BERSAMA DATO SERI ANWAR IBRAHIM
Tarikh : 27 Jan 2013, Ahad
Masa : 8 mlm
Tempat : Rumah Tok Omar, Kg Temeris, Senaling, N.Sembilan
Kupon : RM10
Hubungi Zahari 012-9367710 , Zuraini 013-6013990
Anjuran : Pakatan Rakyat DUN Senaling

Barisan Nasional

Barisan Nasional


THE FLYING KICK

Posted: 22 Jan 2013 01:04 PM PST

THE FLYING KICK


7 JANJI NAJIB: HUSAM KATA SIA-SIA, NIK AZIZ PULA KATA RASUAH!!!

Posted: 22 Jan 2013 06:30 AM PST

HUSAM BIKIN LAWAK BILA TEMBELANGNYA DIPECAHKAN NAJIB ABDUL RAZAK!!!

Posted: 22 Jan 2013 05:00 AM PST

NIZAR PERLU SAMAN ZAMBRY SEBAB KATA DIA PENIPU!!! Tak

Posted: 22 Jan 2013 02:00 AM PST

PUAD ZARKASHI BAKAL MASUK PAS KALAU KEPIMPINAN PAS MAMPU MENJAWAB PERSOALANNYA?

Posted: 22 Jan 2013 12:30 AM PST

PENYOKONG PAS PULAU PINANG PULA BUAT DEMONSTRASI DI DEPAN PEJABAT GUAMAN KARPAL SINGH!!!

Posted: 21 Jan 2013 11:24 PM PST

BERIA-IA SUNGGUH GUAN ENG NAK SAMBUT MAULIDUR RASUL WALAUPUN HINA KALIMAH ALLAH!!!

Posted: 21 Jan 2013 09:45 PM PST

KALAU ABBY ABADI JANDA TAK SENONOH TU BOLEH PAS AMBIL JADI PENCERAMAH, TAKKANLAH TUN DR. SITI HASMAH TAK LAYAK?

Posted: 21 Jan 2013 07:30 PM PST

NAJIB TUN ABDUL RAZAK BUKTIKAN KEJANTANANNYA MASUK KE GAZA!!!

Posted: 21 Jan 2013 06:17 PM PST

DAP MAKIN TERUK, HUKUMAN DIKURANG KERANA SOGOKAN WANG KEPADA PARTI!!!

Posted: 21 Jan 2013 04:41 PM PST

waadat

Posted: 22 Jan 2013 01:02 PM PST

waadat


PRU13313?

Posted: 22 Jan 2013 03:28 AM PST


Hari ini Tan Sri Mahyudin Yasin berada di Melaka bagi melakukan lawatan kerja.

Tak kesah lah apa tajuk program tersebut namun yang jelas di situ beliau telah menemui rakyat dari pelbagai golongan dan lapisan masyarakat.

Bagi sesetengah orang barangkali beranggap lawatan dan pertemuan tersebut tidak bermakna apa-apa. Apatah lagi perjumpaan di MITC jam 3.00 petang tadi dihadiri guru-guru yang hadir kerana terpaksa!

Ya. Selain menjawat TPM, Mahyudin adalah Menteri Pelajaran. Protokolnya, apabila menteri sesuatu kementerian datang berkunjung maka seluruh anggota daripada pengarah hinggalah kakitangan bawahan perlu hadir.

Selain bagi meraikan, kehadiran juga bagi menerima amanat-amanat tertentu yang hendak disampaikan.

Sebenarnya banyak yang boleh dikupas pada perenggan akhir Demang tadi namun Demang hanya ingin memberitahu tentang kesan pertemuan antara Mahyudin dengan warga pendidik di Melaka.

Apabila seorang rakyat bertemu orang besar atau istilah lainnya 'pembesar', maka akan berlaku satu fenomena yang sukar diterjemah dengan kata-kata.

Sebab itulah dipanggil 'orang besar'!

Begitu juga keadaannya apabila pegawai yang lebih rendah bertemu pegawai atasan, apatah lagi bergelar menteri.

Cuba lah sendiri dan anda akan rasa sedikit sebanyak benarnya catatan Demang ini.

Kesan yang bagaikan hembusan aura tersebut akan melekat bersama 'kebaikan' lain yang disampaikan secara terus (bantuan persekolahan dan lain-lain) seterusnya menaut satu pengalaman yang tak ternilai sehingga secara tidak sedar akan menyingkirkan jika ada saki baki rasa tidak puas hati.

Semua ini akan membekas dan seterusnya mempengaruhi keputusan undi yang semakin hampir.

Demang tak katakan semua yang hadir merasai begitu namun ia akan berlaku pada kebanyakan manusia yang masih mempunyai hati dan perasaan di samping akal fikiran yang sihat.

Justeru Demang katakan sekarang bahawa perjuangan PAS untuk menguasai parlimen bukan sahaja semakin sukar bahkan sudah hampir musnah sebelum sempat ke pertandingan akhir.

Namun penyokong pembangkang tidak perlu gusar kerana harapan parti-parti yang berpakat dengan DAP untuk merampas kerajaan masih cerah ekoran kecenderongan pengundi muda cina untuk mengundi mereka.

Cuma, apabila PAS gagal menarik lebih 60% undi Melayu maka PAS sekadar melukut di tepi gantang dalam kerajaan yang diterajui DAP dan PKR nanti.

Jika 60% daripada pengundi adalah Melayu; PAS dapat 50% dan UMNO juga 50% daripadanya, maka anda congaklah sendiri siapa pula yang akan menguasai?

PEJUANG BANGSA

Posted: 22 Jan 2013 11:34 AM PST

PEJUANG BANGSA


Bersyukurlah kita dilahirkan dalam Melayu Islam di negara !

Posted: 22 Jan 2013 11:00 AM PST




Bersyukurlah ke atas nikmat Allah kurniakan kerana dilahirkan dalam bangsa Melayu di Malaysia ini.

 Ini kerana lahir je dalam bangsa Melayu terus menjadi Islam , tak seperti di Indonesia yang mana muka je macam kita tapi belum tentu Islam lagi .

 Itu pun pemimpin PKR seperti Azmin & Anwar nak lagi gadai kalimah Allah kepada agama Kristian


Hot ! Umi Hafilda kesal fitnah Mak Tom jatuh sakit kerana bala !!

Posted: 22 Jan 2013 09:00 AM PST




Ahli perniagaan, Ummi Hafilda menegaskan ibunya, Mak Tom sememangnya mempunyai sakit yang teruk dan bukanlah menerima bala seperti yang dikatakan oleh abangnya , Azwan Ali. KLIK DI SINI

Ummi menerangkan umur ibunya sudah pun mencecah 80 tahun dan sememangnya kerap mengalami gangguan kesihatan.

Mengulas mengenai tuduhan yang mengatakan Mak Tom jatuh dalam bilik air kerana mendapat bala pada hari perkahwinannya, Ummi menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tahap kesihatan ibunya tiada kaitan dengan majlis perkahwinannya.Malah, Ummi memberitahu Mak Tom terlalu letih kerana berjaga terlalu lama dan tidak cukup rehat kerana melayan tetamu yang ramai datang ke rumah.

"Mak memang sakit. Mak Tom keluar masuk hospital terlalu kerap. Hampir setiap bulan dia akan dimasukkan ke hospital kerana enam penyakit yang dihidapinya, kencing manis, sakit jantung dan macam-macam."Ia tak ada kena-mengena dengan majlis perkahwinan saya.



Fikirlah secara logik, Mak Tom, orang tua yang berusia 80 tahun, 'anything can happen'. Bila ada 'function', masa untuk Mak Tom berjaga sampai pukul 2 hingga 3 pagi, mestilah letih dan tak cukup rehat. Jangan jadikan isu mak saya jatuh sakit sebagai menerima bala," kata Ummi ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Kata Ummi lagi, sekiranya ada pihak-pihak yang tidak percaya dengan tahap kesihatan Mak Tom, pihak tersebut bolehlah melakukan pemeriksaan rekod kesihatan Mak Tom di dua buah hospital yang sering dikunjungi untuk merawat sakitnya.

"Cuba periksa rekod kesihatan Mak Tom yang selalu keluar masuk hospital Ampang Puteri dengan Institut Jantung Negara (IJN), kalau tak percaya," katanya.

Mengulas tentang kenyataan abangnya, Azwan yang menyifatkan insiden Mak Tom jatuh pengsan semasa malam persandingannya dan dibawa ke hospital dengan menaiki ambulan sebagai bala yang diturunkan oleh Allah S.W.T, Ummi menyifatkan tanggapan itu sebagai kenyataan yang melampau.Ini kerana, Ummi menegaskan, Azwan sendiri tidak pernah pulang menjenguk ibunya untuk mengetahui keadaan diri dan kesihatan Mak Tom.

Malah, Ummi turut menyelar tanggapan Azwan yang mudah mengatakan isiden itu sebagai satu bala



."Tak perlu cakap bala, 'this is too much!' Saya sendiri beritahu abang-abang saya mengenai kesihatan Mak Tom, melalui Twitter juga, tapi tidak ada respon. 

Mereka juga tidak pernah pulang menjenguk mak sendiri, dan ini dikatakan bala? 

Mereka sendiri sebenarnya yang menempah bala di dunia ini kerana syurga di bawah tapak kaki ibu mereka.

"Yang tetap menjaga Mak Tom, tetap saya dan kakak-kakak saya. Jadi di mana mereka ketika Mak Tom sakit dan kemudian bercakap seperti ini? Jadi, orang-orang yang keluar masuk hospital itu boleh disifatkan menerima balalah?" luah Ummi.Tambah Ummi lagi, dia enggan cerita itu diperbesarkan.

Dia mahukan orang ramai membuka mata dan berfikir secara rasional dan tidak terlalu menyempitkan otak dengan cakap-cakap negatif dari orang-orang yang suka melempar fitnah.Ini kerana, hanya dia dan keluarganya sahaja yang tahu keadaan sebenar apa yang berlaku dan tahap kesihatan Mak Tom.-mynewshub

Hot ! Gambar yang tak akan disiarkan Harakah walaupun ada pemimpin PAS !

Posted: 22 Jan 2013 08:01 AM PST




Sedang KP meninjau newsfeed dari laman facebook,KP tertarik satu gambar yang dipost oleh rakan FB  yang mana delegasi Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Dato' Seri Najib dan beberapa menteri kabinet sedang berdiri dan berdoa dihadapan bangkai kereta Almarhum Ahmed Al Jabbari yang terkorban dibom oleh tentera Israel.

Dalam ramai-ramai delegasi daripada Malaysia,KP ternampak bekas Timbalan Presiden PAS,YB Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok turut bersama dengan delegasi Malaysia.





Untuk pengetahuan semua,YB Nasharudin Mat Isa juga merupakan Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia ,satu yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin dan antara aktivitinya ialah memberi pendidikan terhadap masyarakat mengenai isu di negara bergolak itu selain mencari jalan untuk membantu rakyat Palestin

Kita membantu ummah tanpa melihat warna parti,inilah yang cuba ditonjolkan oleh YB Nasharudin Mat Isa supaya walaupun kita berbeza wadah perjuangan tetapi tetap bersatu dalam isu berkenaan Islam.Dulu pun, YB Nasharuddin antara pemimpin PAS yang menyokong dan cuba merencana kepada muzakarah perpaduan dengan UMNO ,tetapi dek kewujudan puak-puak tertentu dalam PAS yang menolak kepada perpaduan,hasrat ini gagal direalisasikan sehingga kini walaupun Dato' Seri Najib sendiri melapangkan dada mempelawa PAS untuk duduk bermuzakarah bersama UMNO. - KERIS PUSAKA-

Hot ! Gambar Najib di bumi Gaza ,berjuang untuk umat Islam Palestin !

Posted: 22 Jan 2013 04:30 AM PST




Hari ini    DS Najib Tun Razak dan Datin Rosmah Mansor yang selama ini di maki hamun dan di FITNAH bermacam-macam oleh puak-puak   pembangkang  telah berada di bumi  Palestin mengadakan lawatan kemanusiaan .

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40petang waktu Malaysia).Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu.Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin.

 Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55 KM  dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.Selepas memeriksa kawalan kehormat, Perdana Menteri dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah.

 Di Gaza, beliau  akan melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk Ismail.

 Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.


Bakal PM Pakatan ini yang menyokong  keselamatan Israel tak 
boleh diterima rakyat Malaysia ..


Hot! Bendera DAP dipijak ahli Pas P.Pinang! !

Posted: 22 Jan 2013 03:28 AM PST




GEORGETOWN - Sekumpulan anggota akar umbi PAS di Pulau Pinang berhimpun di hadapan pejabat Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh di sini, bagi membantah kenyataannya mempertikai keputusan Majlis Syura PAS berhubung isu kalimah Allah.
Perhimpunan lebih sejam di Jalan Green Hall yang disertai anggota PAS dari kawasan Tanjong dan Bagan Ajam itu diketuai Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong Zaidi Abu Bakar.


Mereka turut membawa sepanduk dan kain rentang yang memaparkan antaranya "Kalau Hang (Karpal) Nak Lawan Ulama Kami Langkah Mayat Kami Dulu", "Orang Melayu Jangan Undi Karpal", "PAS Wajib Keluar PR", "Kami Pertahankan Majlis Syura Ulama" dan "Karpal + Azmin Tidak Hormat Dasar PAS".
Mereka turut memijak bendera DAP.


Sementara itu, Zaidi dalam ucapannya berkata Karpal tidak berhak mencampuri urusan agama Islam dan mesti menghormati keputusan Majlis Syura yang dikaji ulama PAS selaras tuntutan syariat.

"Pada mulanya ada pemimpin PAS buat kenyataan tersasar tetapi setelah ada keputusan dari Majlis Syura Ulama, semuanya telah capai kata sepakat jadi Karpal jangan masuk campur dan keruhkan keadaan," katanya.

Beliau juga mendakwa kebanyakan anggota PAS di Pulau Pinang kecewa dengan kepimpinan PAS negeri yang hanya berdiam diri dengan kenyataan Karpal itu.
ementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS negeri Mohamed Hafiz Mohamed Nordin menyifatkan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Salleh Man dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim bersekongkol dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Mereka ini terlalu berhati-hati keluar pendapat demi menjaga hati pakatan rakyat berbanding jaga kalimah Allah. Dah tiba masanya PAS tinggalkan pakatan jangan jadi pengecut," katanya.

Beliau berkata kedua-dua orang pemimpin itu langsung tidak boleh diharap untuk membela kepentingan umat Islam di Pulau Pinang.

Karpal pada sidang medianya baru-baru ini berkata beliau akan memujuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh diguna orang bukan Islam termasuk Bible bahasa Melayu.

Katanya pendirian Majlis Syura itu bercanggah dengan keputusan yang dicapai pemimpin pakatan pembangkang termasuk Abdul Hadi dan Mursidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 8 Jan lalu lalu yang bersetuju dan menyokong cadangan Lim yang mendesak kerajaan pusat membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu. - Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.10

Azrul jambu rupanya tak amanah , dedah rahsia maklumat bank ??

Posted: 22 Jan 2013 12:57 AM PST


Bank Islam membuat laporan polis ke atas ketua ekonomisnya Azrul Azwar Ahmad Tajudin atas dakwaan memiliki dan mengedar dokumen sulit syarikat tanpa kebenaran.

Laporan oleh ketua jabatan sumber manusia Bank Islam, Jamilah Abdul Sallam itu mendakwa dokumen itu melibatkan satu cadangan korporat melibatkan bank tersebut.

"Encik Azrul yang tidak mempunyai akses dan autoriti terhadap dokumen tersebut telah menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan tanpa mendapatkan kelulusan atau kebenaran," dakwa Jamilah.

Dalam laporan bertarikh 18 Januari itu, beliau juga mendakwa Azrul menyalin dokumen "sulit dan sensitif" terbabit dan menghantarnya melalui emel kepada pihak terbabit.

Laporan polis berkenaan dikesan diterbitkan semula di beberapa blog hari ini.

Ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dari Bank Islam tersebut.

Satu kenyataan yang diperolehi Bank Islam pada petang ini turut mengesahkan bahawa satu laporan polis dibuat pada 18 Januari dan bank tersebut turut membuat satu lagi laporan polis hari ini.- MELOYAKINi-




** Kalau Rafizi pun boleh dapat info/data maklumat pelanggan  bank daripada informer mereka dalam isu NFC  ..

inikan pulak Azrul jambu yang dikatakan seorang Pakar ekonomi yang tidak amanah ini . Memang patut dipecat pun oleh majikan ...

 Kesimpulannya , kepada semua bank , kalau staff itu cenderung kepada PKR ..pakat tengok2 la sama ....mana tau ada lagi dokumen sulit syarikat terlepas..hahaha...


Hot ! Laporan polis untuk samseng SAMM ceroboh pejabat SW1M

Posted: 21 Jan 2013 06:00 PM PST





Report ditaip oleh pengadu :

Pada 18/01/2013 lebih kurang ja 1430 hrs saya dimaklumkan oleh pegawai yang berada di pejabat Pertubuhan Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) Beralamat di --------- Sri Gombak 68100 Batu Caves. 3 orang lelaki melayu bersama 1 orang wanita yang tidak dikenali telah memasuki ke pejabat SW1M. Setelah memasuki pejabat, mereka mendakwa mereka darpada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memasuki pejabat kami untuk menyerahkan surat kepada presiden SW1M, walaupun pegawai kami telah maklumkan bahawa presiden SW1M tidak ada dan tidak boleh memasuki pejabat. Namun 3 orang lelaki melayu dan wanita melayu tersebut tetap berlegar didalam pejabat dan mengambil gambar dengan mengunakan ipad. Perbuatan dan kelakuan 3 lelaki melayu dan wanita melayu tersebut membuatkan pegawai saya kurang selesa dan rasa terganggu. Pegawai saya telah menghalang 3 lelaki melayu dan wanita melayu mengambil gambar, tetapi mereka mendapati 3 lelaki melayu dan wanita tersebut tetap mengambil gambar secara senyap. 3 lelaki melayu dan wanita melayu tersebut turut meminta pegawai saya diambil gambar untuk di emailkan kepada Malaysiakini, dan menyebabkan mereka berasa takut gambar mereka dimanipulasikan di internet. Ekoran daripada perkara ini pada jam lebih kurang 1852. Saya telah dihubungi oleh pihak Malaysiakini (0322843367) meminta pengesahan tentang email yang mereka terima dari saya dan minta pengesahan sama ada saya yang menghantar email tersebut. Saya telah memaklumkan kepada mereka yang saya tidak pernah menghantar email kepada malaysiakini dan saya syaki perkara ini dilakukan oleh mereka yang tersebut diatas, iaitu mengatakan mereka dari Solidariti Anak Muda Malaysia. Tujuan saya membuat laporan polis adalah kerana mahu pihak terbabit bertanggung jawab keatas apa-apa tohmahan terhadap Presiden SW1M dan pegawai SW1M. Saya juga mahu merujuk perkara ini kepada pihak SKMM untuk tindakan selanjutnya. Sekian laporan saya. 

Walaupun tidak dibenarkan masuk, namun pihak SAMM tetap ceroboh masuk dan buat sesukahati. Ini satu tindakan biadap dan kurang ajar. Malah yang masuk pejabat tu semuanya geng mahasewel. Salah seorangnya kalau tak salah Keris ialah Khalid Ismath si penganut syiah tegar dan pejuang demo diantara pelajar di Malaysia. KLIK DISINI






Hot ! Bukti PAS meroyan 7 janji Kerajaan BN untuk rakyat Kelantan !!

Posted: 21 Jan 2013 04:55 PM PST



Seperti dijangka , puak PAS akan meroyan mengenai 7 janji yang akan dibuat kerajaan BN jika menawan semula Kelantan di PRU 13.

Bila masa pulak janji tertunggak dibuat PM ?? Bina stadium , Bas Rapid ,bina lebuhraya , bina rumah itu janji tertunggak ke ??  Tentang royalti minyak , apa Din Puduraya ingat macam buat pulut & serawa  ?

Ingat negeri Kelantan je ada minyak di Malaysia ..bagaimana dengan negeri2 lain kat Malaysia  ?

Puak PAS ni kerja nampak duit saja .. masa Tun M menjadi PM dan beri ratusan juta kepada Kelantan supaya baiki sistem pembekalan air , masalah air masih lagi  belum selesai .





DIMENSI

Posted: 22 Jan 2013 11:30 AM PST

DIMENSI


Omegay: Royalti @ Resign

Posted: 21 Jan 2013 11:45 PM PST




Omegay: Majlis Syura PAS bahan jotos DAP >XD

Posted: 21 Jan 2013 10:00 PM PST


Kalimah Allah: Hinanya Majlis Syura PAS Di Mata PR

Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh tanpa berselindung meneruskan asakannya kali ini dengan nada 'merayu' menuntut PAS supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama parti itu untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk, tapi ramai yang faham itu hanya isyarat bernada 'lembut' yang jelas kehendaknya. Suka atau tidak, PAS terhimpit antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan kepentingan politiknya dalam PR.

Sebelumnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah tampil dengan kenyataan tegas bahawa pakatan pembangkang, PR tetap kekal dengan keputusan Majlis Pimpinan Tetinggi PR pada 8 Januari 2013 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," kata Azmin dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas. 

Demikian hinanya kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata PKR, sedangkan sebagai rakan sepakatan sepatutnya PKR dan DAP perlu belajar menghormati rakan sendiri sekalipun mereka sudah masak sangat dengan sikap lalang PAS yang kerap berubah pendirian mengikut kehendak politik kepartian.

Jika dilihat dari segi struktur organisasi PAS, kedudukan Majlis Syura adalah yang tertinggi dalam parti berlabel Islam itu. Seandainya PAS mendominasi pengaruh dan kedudukannya dalam PR, tentunya desakan mendayu dari DAP dan kenyataan tegas yang memperlekehkan taraf Majlis Syura oleh PKR tidak akan timbul.

Tapi disebabkan kedudukan PAS dalam PR sekarang hanyalah setaraf balaci yang terdesak mahu mencapai angan-angan untuk sama-sama ke Putrajaya bersama PR, maka senanglah DAP dan PKR memanfaatkannya untuk kepentingan mereka.

Lagipun Karpal Singh dan Azmin Ali yang diketahui ramai adalah suara rasmi PR dalam isu-isu sensitif, kedua-duanya amat faham benar selagi PAS kekal bersama PR, mahu tidak mahu PAS perlu menurut keputusan muktamad yang telah lama dipersetujui.

Kalau PAS benar-benar jantan dan bermaruah, sudah lama mereka tinggalkan PR dan tidaklah termalu sendiri dengan pendirian flip flop Mursyidul Am dan Presiden PAS sekejap patuh kehendak PR dan kemudiannya bila teruk dikecam khalayak barulah menyerahkan keputusan selanjutnya kepada Majlis Syura pula.

Antara kemahuan politiknya utk kekal dengan PR dan kesucian kalimah Allah s.w.t yang wajib dipertahankan, telah meletakkan PAS dalam keadaan tersepiot dan terhimpit. Inilah bahananya apabila satu kerjasama politik yang longgar hanya ditemukan dengan titik persamaan berkongsi musuh yang sama sahaja.

Tatkala kerjasama dalam BN wujud demi membangunkan negara & rakyat, PR pula yang menggabungkan DAP, PKR dan PAS atas asas rapuh seringkali diselubungi isu-isu yang tidak berkesudahan dan masing-masing pula langsung tiada sikap hormat menghormati sesama sendiri.

Bila sudah demikian, tak sukar untuk rakyat jangkakan yang negara ini akan berantakan sepanjang masa sekiranya PR diberi peluang walau sepenggal pun untuk memerintah tanahair tercinta ini. - Beruang Biru

IPOHMALAY

Posted: 22 Jan 2013 09:44 AM PST

IPOHMALAY


PAS Keluar Pakatan Rakyat Jika Menang PRU13 ?

Posted: 22 Jan 2013 07:42 AM PST

Dikhabarkan oleh kawan teman yang totok PAS dari Manjung, bahawa parti tersebut sebenarnya merancang untuk keluar Pakatan Rakyat sekiranya mereka menang PRU13. 

Kononnya ini strategi rahsia yang tidak diketahui oleh geng-geng DAP dan PKR. 

Nada mereka ini hampir sama dengan strategi yang teman serukan sejak akhir tahun 2010 supaya PAS  keluar Pakatan Rakyat segera dan bertanding di semua 222 Parlimen dan 555 DUN bermodalkan deposit RM11 juta.

PAS dikatakan hanya akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya menang PRU13 kerana mereka masih lagi memerlukan undi-undi bukan Islam di bandar-bandar. Kemudian, mereka akan kononnya menjadi kuasa ketiga yang menentukan pihak mana yang akan bersama mereka menubuhkan kerajaan campuran.

Kaedah ini bagi teman adalah satu bentuk penipuan politik. Ia tidak ubah seperti mana mereka menipu pada pilihanraya umum 2008 kerana pada masa itu Pakatan Rakyat tidak pernah kedengaran di telinga rakyat Malaysia.

Hanya sebulan selepas pilihanraya, mereka menubuhkan Pakatan Rakyat yang jelas sekali mengecewakan pengundi mereka yang mengundi bukan atas dasar untuk dipijak oleh PKR dan DAP.

Jika sentimen kebencian terhadap pemerintah BN pada tahun 2008 menghasilkan undi-undi belot, undi-undi sabotaj yang dibanggakan oleh Pakatan Rakyat hari ini, tidak mustahil mereka akan kalah dengan kekalahan lebih besar pada PRU ke 13.

Seperti teman yang telah kembali bersedia meminjamkan undian teman kepada UMNO-BN setelah meminjamkan undi teman kepada pembangkang pada PRU yang lalu, tidak dapat tidak, gelombang ini turut menerpa lebih ramai pengundi-pengundi lain yang mengundi dengan bijak atas penilaian yang wajar dan bukan berasaskan sokongan yang melulu.

PAS dalam agenda menipu pengundi sekiranya mereka menang PRU 13. Tetapi jika hari ini mereka menyebut soal moral, soal ketelusan, soal ketulusan, soal kejujuran dan sebagainya, tindakan keluar Pakatan Rakyat selepas PRU 13 mungkin sahaja sia-sia kerana segalanya telah terlambat untuk dilakukan 'damage control'.

Teman kata, itu menipu namanya. Dia kata, itu strategi namanya. Maka jelas sekali, strategi mereka ialah MENIPU. 

Kalau isu kalimah Allah sahaja PAS tertelan lidah berhadapan seekor binatang kalangan mereka yang menghina Islam dan al-Quran, beranikah mereka menangkis hinaan beribu ekor lagi andai mereka keluar Pakatan Rakyat?

Kaki mereka dibelenggu dengan rantai bernajis puak kafir anti-Islam yang di depan mereka berlakon Khalifah segala. Mampukah mereka melepaskan diri?

Azwan Ali Hina Ummi Hafilda Lagi. Dan Ibunya Juga?

Posted: 22 Jan 2013 02:58 AM PST

Ingatkan dah selesai kes keluarga paling popular senusantara ni, rupanya tidak. Kelmarin, Azwan Ali, menembak dengan kata-kata kesat ke atas Ummi Hafilda atas peristiwa jatuhnya si ibu di bilik air di malam selepas persandingan Ummi. Dengan nada menghina, si ibu turut kena getahnya. Sikap jijik seorang anak yang kononnya diminati berbillion manusia yang dahagakan responnya di Twitter. Bahasa mereka, sangkak. Spesis sangkak lah ni.



Mak Tom Jatuh Bilik Air Di Malam Persandingan Anaknya




KL, 21 JAN 2012: Murai Batu rasa tak perlulah Murai Batu jelaskan siapa itu Mak Tom. Sebab, nama Mak Tom tu dah cukup sinonim dengan industri hiburan tanah air. Apatah lagi bila dia adalah ibu kandung kepada pengacara laser lagi kontroversi iaitu Azwan Ali yang pernah mengecohkan program Masterchef Selebriti Malaysia serta menambahkan lagi sensasi dalam program Propaganza menerusi segmen Katanya.

Malah, waktu diserang oleh 4 pengacara wanita di dalam program Primadona tidak lama dulu, Azwan sempat mempromosikan rendang Mak Tom yang memang terkenal di kalangan rakan-rakan selebriti dan pihak media.

Malah ada 2 orang lagi anaknya yang sering menggegarkan dunia politik tanah air. Tak payah Murai Batu sebut nama diaorang ya. Yang penting, seorang dah pun berumahtangga serta memiliki beberapa cahayamata dan yang seorang lagi baru saja bersanding pada malam Jumaat lalu.
Berita terbaru yang mengejutkan Murai Batu terima, Mak Tom dikhabarkan telah jatuh di dalam bilik air di rumahnya yang terletak Kg Klang Gate, Hulu Klang, sekitar jam 12.30 pada malam yang sama anaknya dikatakan bersanding.
Khabarnya teruk juga keadaan Mak Tom itu sehingga orang tua itu terpaksa dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Kini, Mak Tom dilaporkan sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

Kisah ini, Murai Batu perolehi daripada penduduk di Kg Klang Gate sendiri yang terkejut bila melihat sebuah ambulan berada di rumah Mak Tom. Sebab sejak ketiadaan arwah bapa Azwan Ali, boleh dikatakan bertahun-tahun jugalah ambulan dilihat tidak berada di perkarangan rumah yang berbentuk ala Minangkabau itu.

Murai Batu cuba jugak mendapatkan kenyataan daripada Azwan Ali sendiri berhubung hal ini. Tapi, telefon bimbitnya memanjang saja asyik off. Terdetik jugak di hati Murai Batu, apakah yang menyebabkan Azwan Ali tetiba menutup telefon bimbitnya itu.

Adakah, ia mempunyai kena-mengena dengan kejadian Mak Tom jatuh pengsan di dalam bilik air di malam persandingan salah seorang anaknya itu. Murai Batu terdetik...

KEMBARA DI PERJALANAN INI

Posted: 22 Jan 2013 07:37 AM PST

KEMBARA DI PERJALANAN INI


PENGALAMAN SAYA SEORANG PESAKIT STROKE (3)

Posted: 22 Jan 2013 12:01 AM PST

Berjumpa lagi...

Tujuan saya menulis di dalam blog ini kerana saya ingin berkongsi pengalaman sendiri...pertama untuk pesakit stroke itu sendiri, dan kedua untuk rakan dan taulan pesakit agar mereka dapat membantu pesakit.Pengalaman saya bukanlah terbaik tetapi mungkin ada manafaatnya untuk orang lain.

Sebenarnya saya berhajat untuk menulis buku tentang pengalaman ini, jadi catatan di blog ini saya jadikan tempat untuk saya mengumpul info sebelum diterjemahkan ke dalam bentuk buku.

Baiklah, kita sambung cerita.

Minggu yang pertama saya habiskan di atas katil, kaki kanan saya sangat berat dan saya tidak boleh menggerakkan badan. Bagaimana saya lalui saat itu?...

Pertama, KITA MESTI REDHA.
Kedua, SABAR
Ketiga, Banyakkan berdoa, jangan tinggalkan solat, banyakkan zikir.
Keempat, Mesti positif dan jangan berputus asa.




Kita sendiri yang harus kuat semangat untuk melalui saat getir itu..cuba bayangkan dari kondisi normaal kemudian langsung tidak berkeupayaan utk mengurus diri sendiri...NAMUN JANGAN JADIKAN ITU SEBAGAI SEBAB UNTUK MENYALAHKAN TAKDIR...APATAH LAGI MENYALAHKAN ALLAH ATAS APA YG TERJADI...

Ingatlah bahawa setiap musibah atau ujian sakit itu, tanda Allah masih sayang kepada kita..ia sebagai penghapusan dosa atau peningkatan darjat kita disisiNya..


Maka kerana itulah Allah berfirman:

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)




Alhamdulillah, saya rasa tenang dan bahagia walaupun dalam keadaan fizikal yg lemah..Apabila kawan datang, saya ceria dan masih bergelak ketawa..itu semua terapi yg baik...saya tidak menangis, kerana saya perlu kuatkan hati dan tidak boleh stress...



Seminggu itu saya di diagnosis semula, dan tekanan darah tinggi saya kembali normal dan kolesterol juga turun ketahap normal..memang sampai sekarang saya masih jaga makan dan mengambil suplemen yang sesuai untuk tekanan darah dan kolesterol.

ok nanti saya akan ceritakan perihal penjagaan makanan saya sebagai seorang pesakit stroke dalam siri seterusnya...TUNGGU!!!!...

BERSYUKURLAH WALAUPUN IANYA MASALAH

Posted: 21 Jan 2013 06:37 PM PST

Hadiah Dari Ayah




Sehari sebelum saya berangkat ke kota, ayah memanggil saya ke pejabatnya. Saya agak hairan ketika itu, apatah lagi apabila ayah menyuruh saya masuk ke pejabatnya. Kami jarang sekali dibenarkan masuk ke pejabatnya, terutama sekali ketika ayah sedang sibuk menyiapkan bahan penulisan yang bakal dicetakkan di dalam kolumnya di sebuah akhbar tempatan.

"Ambil bungkusan ini dan buka hanya apabila kamu rasa benar-benar rasa buntu untuk menyelesaikan masalah kamu", kata ayah sambil menyerahkan sebuah bungkusan yang sederhana besar. Dan esoknya ayah menghantar saya hingga ke stesen bas dengan senyuman penuh makna.

Suatu hari, setelah hampir 3 bulan saya berada di kota, saya ditimpa satu masalah yang benar-benar membuat saya buntu dan hampir putus asa untuk menghadapinya. Saya teringatkan bungkusan yang ayah berikan dulu. Saya kira, inilah masanya untuk saya membuka rahsia yang tersirat di sebalik bungkusan tersebut.

Ternyata di dalam bungkusan itu terkandung sehelai sejadah lama, sehelai kain pelikat baru dan sebuah kompas penunjuk arah kiblat serta sekeping nota yang berbunyi :-


"Tiada namanya lautan jika ia tidak bergelora, tiada namanya bumi jika tidak ditimpa hujan dan tidak namanya kehidupan jika tiada masalah. Sebagaimana warna menyempurnakan lukisan, masalah pula adalah penyempurnaan kehidupan. Bersyukurlah, sekurang-kurangnya kamu masih hidup dan Tuhan masih mengambil berat dengan kamu, kerana itu dianugerahkan olehNya masalah. Buat kamu menajamkan lagi akalmu.Tenang dan rapatkan kedua tangan menadah doa mohon petunjuk kepada Allah swt. Kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"


Saya terpana, ternyata ia adalah hadiah daripada datuk saya kepada ayah saya dan sekarang diwariskan kepada saya.Dan sejak dari hari itu, saya selalu mengucapkan syukur setiap kali saya dilanda masalah kerana saya tahu bahawa Tuhan masih mengambil berat akan saya.

Moral: Kita seringkali mengeluh setiap kali kita dilanda masalah. Malah seringkali kita menyalah Tuhan kerana ditimpa musibah tanpa kita sedar bahawa ternyata musibah itu bukan saja untuk menyedarkan kita dari lena tetapi hikmah di sebaliknya adalah untuk menajamkan lagi akal kita.

Kita sebenarnya wajib bersyukur kerana setelah sekian lama dilimpahi nikmat, kita hanya diuji dengan sedikit musibah saja. Dan yang paling penting, kita masih lagi hidup, masih dapat memanjatkan doa dan memohon petunjuk dariNya,serta memohon ampun kepadaNya jika ada salah dan silap yang kita lakukan.

Kadang kala, musibah itu adalah peringatan untuk kita memuhasabahkan kembali diri kita tentang apa yang telah kita lakukan dan apa yang masih belum kita tunaikan.

Pengikut