THE FLYING KICK Posted: 22 Jan 2013 01:04 PM PST |
waadat Posted: 22 Jan 2013 01:02 PM PST PRU13313? Posted: 22 Jan 2013 03:28 AM PST Hari ini Tan Sri Mahyudin Yasin berada di Melaka bagi melakukan lawatan kerja. Tak kesah lah apa tajuk program tersebut namun yang jelas di situ beliau telah menemui rakyat dari pelbagai golongan dan lapisan masyarakat. Bagi sesetengah orang barangkali beranggap lawatan dan pertemuan tersebut tidak bermakna apa-apa. Apatah lagi perjumpaan di MITC jam 3.00 petang tadi dihadiri guru-guru yang hadir kerana terpaksa! Ya. Selain menjawat TPM, Mahyudin adalah Menteri Pelajaran. Protokolnya, apabila menteri sesuatu kementerian datang berkunjung maka seluruh anggota daripada pengarah hinggalah kakitangan bawahan perlu hadir. Selain bagi meraikan, kehadiran juga bagi menerima amanat-amanat tertentu yang hendak disampaikan. Sebenarnya banyak yang boleh dikupas pada perenggan akhir Demang tadi namun Demang hanya ingin memberitahu tentang kesan pertemuan antara Mahyudin dengan warga pendidik di Melaka. Apabila seorang rakyat bertemu orang besar atau istilah lainnya 'pembesar', maka akan berlaku satu fenomena yang sukar diterjemah dengan kata-kata. Sebab itulah dipanggil 'orang besar'! Begitu juga keadaannya apabila pegawai yang lebih rendah bertemu pegawai atasan, apatah lagi bergelar menteri. Cuba lah sendiri dan anda akan rasa sedikit sebanyak benarnya catatan Demang ini. Kesan yang bagaikan hembusan aura tersebut akan melekat bersama 'kebaikan' lain yang disampaikan secara terus (bantuan persekolahan dan lain-lain) seterusnya menaut satu pengalaman yang tak ternilai sehingga secara tidak sedar akan menyingkirkan jika ada saki baki rasa tidak puas hati. Semua ini akan membekas dan seterusnya mempengaruhi keputusan undi yang semakin hampir. Demang tak katakan semua yang hadir merasai begitu namun ia akan berlaku pada kebanyakan manusia yang masih mempunyai hati dan perasaan di samping akal fikiran yang sihat. Justeru Demang katakan sekarang bahawa perjuangan PAS untuk menguasai parlimen bukan sahaja semakin sukar bahkan sudah hampir musnah sebelum sempat ke pertandingan akhir. Namun penyokong pembangkang tidak perlu gusar kerana harapan parti-parti yang berpakat dengan DAP untuk merampas kerajaan masih cerah ekoran kecenderongan pengundi muda cina untuk mengundi mereka. Cuma, apabila PAS gagal menarik lebih 60% undi Melayu maka PAS sekadar melukut di tepi gantang dalam kerajaan yang diterajui DAP dan PKR nanti. Jika 60% daripada pengundi adalah Melayu; PAS dapat 50% dan UMNO juga 50% daripadanya, maka anda congaklah sendiri siapa pula yang akan menguasai? | |
PEJUANG BANGSA Posted: 22 Jan 2013 11:34 AM PST Bersyukurlah kita dilahirkan dalam Melayu Islam di negara ! Posted: 22 Jan 2013 11:00 AM PST Bersyukurlah ke atas nikmat Allah kurniakan kerana dilahirkan dalam bangsa Melayu di Malaysia ini. Ini kerana lahir je dalam bangsa Melayu terus menjadi Islam , tak seperti di Indonesia yang mana muka je macam kita tapi belum tentu Islam lagi . Itu pun pemimpin PKR seperti Azmin & Anwar nak lagi gadai kalimah Allah kepada agama Kristian | Hot ! Umi Hafilda kesal fitnah Mak Tom jatuh sakit kerana bala !! Posted: 22 Jan 2013 09:00 AM PST Ahli perniagaan, Ummi Hafilda menegaskan ibunya, Mak Tom sememangnya mempunyai sakit yang teruk dan bukanlah menerima bala seperti yang dikatakan oleh abangnya , Azwan Ali. KLIK DI SINIUmmi menerangkan umur ibunya sudah pun mencecah 80 tahun dan sememangnya kerap mengalami gangguan kesihatan. Mengulas mengenai tuduhan yang mengatakan Mak Tom jatuh dalam bilik air kerana mendapat bala pada hari perkahwinannya, Ummi menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tahap kesihatan ibunya tiada kaitan dengan majlis perkahwinannya.Malah, Ummi memberitahu Mak Tom terlalu letih kerana berjaga terlalu lama dan tidak cukup rehat kerana melayan tetamu yang ramai datang ke rumah. "Mak memang sakit. Mak Tom keluar masuk hospital terlalu kerap. Hampir setiap bulan dia akan dimasukkan ke hospital kerana enam penyakit yang dihidapinya, kencing manis, sakit jantung dan macam-macam."Ia tak ada kena-mengena dengan majlis perkahwinan saya. Fikirlah secara logik, Mak Tom, orang tua yang berusia 80 tahun, 'anything can happen'. Bila ada 'function', masa untuk Mak Tom berjaga sampai pukul 2 hingga 3 pagi, mestilah letih dan tak cukup rehat. Jangan jadikan isu mak saya jatuh sakit sebagai menerima bala," kata Ummi ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini. Kata Ummi lagi, sekiranya ada pihak-pihak yang tidak percaya dengan tahap kesihatan Mak Tom, pihak tersebut bolehlah melakukan pemeriksaan rekod kesihatan Mak Tom di dua buah hospital yang sering dikunjungi untuk merawat sakitnya. "Cuba periksa rekod kesihatan Mak Tom yang selalu keluar masuk hospital Ampang Puteri dengan Institut Jantung Negara (IJN), kalau tak percaya," katanya.Mengulas tentang kenyataan abangnya, Azwan yang menyifatkan insiden Mak Tom jatuh pengsan semasa malam persandingannya dan dibawa ke hospital dengan menaiki ambulan sebagai bala yang diturunkan oleh Allah S.W.T, Ummi menyifatkan tanggapan itu sebagai kenyataan yang melampau.Ini kerana, Ummi menegaskan, Azwan sendiri tidak pernah pulang menjenguk ibunya untuk mengetahui keadaan diri dan kesihatan Mak Tom. Malah, Ummi turut menyelar tanggapan Azwan yang mudah mengatakan isiden itu sebagai satu bala ."Tak perlu cakap bala, 'this is too much!' Saya sendiri beritahu abang-abang saya mengenai kesihatan Mak Tom, melalui Twitter juga, tapi tidak ada respon. Mereka juga tidak pernah pulang menjenguk mak sendiri, dan ini dikatakan bala? Mereka sendiri sebenarnya yang menempah bala di dunia ini kerana syurga di bawah tapak kaki ibu mereka."Yang tetap menjaga Mak Tom, tetap saya dan kakak-kakak saya. Jadi di mana mereka ketika Mak Tom sakit dan kemudian bercakap seperti ini? Jadi, orang-orang yang keluar masuk hospital itu boleh disifatkan menerima balalah?" luah Ummi.Tambah Ummi lagi, dia enggan cerita itu diperbesarkan.Dia mahukan orang ramai membuka mata dan berfikir secara rasional dan tidak terlalu menyempitkan otak dengan cakap-cakap negatif dari orang-orang yang suka melempar fitnah.Ini kerana, hanya dia dan keluarganya sahaja yang tahu keadaan sebenar apa yang berlaku dan tahap kesihatan Mak Tom.-mynewshub | Hot ! Gambar yang tak akan disiarkan Harakah walaupun ada pemimpin PAS ! Posted: 22 Jan 2013 08:01 AM PST Sedang KP meninjau newsfeed dari laman facebook,KP tertarik satu gambar yang dipost oleh rakan FB yang mana delegasi Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Dato' Seri Najib dan beberapa menteri kabinet sedang berdiri dan berdoa dihadapan bangkai kereta Almarhum Ahmed Al Jabbari yang terkorban dibom oleh tentera Israel.
Dalam ramai-ramai delegasi daripada Malaysia,KP ternampak bekas Timbalan Presiden PAS,YB Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok turut bersama dengan delegasi Malaysia.
Untuk pengetahuan semua,YB Nasharudin Mat Isa juga merupakan Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia ,satu yayasan kebajikan untuk rakyat Palestin dan antara aktivitinya ialah memberi pendidikan terhadap masyarakat mengenai isu di negara bergolak itu selain mencari jalan untuk membantu rakyat Palestin
Kita membantu ummah tanpa melihat warna parti,inilah yang cuba ditonjolkan oleh YB Nasharudin Mat Isa supaya walaupun kita berbeza wadah perjuangan tetapi tetap bersatu dalam isu berkenaan Islam.Dulu pun, YB Nasharuddin antara pemimpin PAS yang menyokong dan cuba merencana kepada muzakarah perpaduan dengan UMNO ,tetapi dek kewujudan puak-puak tertentu dalam PAS yang menolak kepada perpaduan,hasrat ini gagal direalisasikan sehingga kini walaupun Dato' Seri Najib sendiri melapangkan dada mempelawa PAS untuk duduk bermuzakarah bersama UMNO. - KERIS PUSAKA- | Hot ! Gambar Najib di bumi Gaza ,berjuang untuk umat Islam Palestin ! Posted: 22 Jan 2013 04:30 AM PST Hari ini DS Najib Tun Razak dan Datin Rosmah Mansor yang selama ini di maki hamun dan di FITNAH bermacam-macam oleh puak-puak pembangkang telah berada di bumi Palestin mengadakan lawatan kemanusiaan . Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40petang waktu Malaysia).Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, di kawasan sempadan.Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, dan Palestin berkumandang selepas itu.Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin. Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55 KM dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.Selepas memeriksa kawalan kehormat, Perdana Menteri dan Ismail mengadakan perbincangan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah. Di Gaza, beliau akan melawat sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah, sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baharu untuk Ismail. Kemudian, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan Ismail di Hotel Movenpick sebelum melawat Universiti Al-Aqsa, di mana Najib akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.
Bakal PM Pakatan ini yang menyokong keselamatan Israel tak boleh diterima rakyat Malaysia .. | Hot! Bendera DAP dipijak ahli Pas P.Pinang! ! Posted: 22 Jan 2013 03:28 AM PST GEORGETOWN - Sekumpulan anggota akar umbi PAS di Pulau Pinang berhimpun di hadapan pejabat Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh di sini, bagi membantah kenyataannya mempertikai keputusan Majlis Syura PAS berhubung isu kalimah Allah. Perhimpunan lebih sejam di Jalan Green Hall yang disertai anggota PAS dari kawasan Tanjong dan Bagan Ajam itu diketuai Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong Zaidi Abu Bakar. Mereka turut membawa sepanduk dan kain rentang yang memaparkan antaranya "Kalau Hang (Karpal) Nak Lawan Ulama Kami Langkah Mayat Kami Dulu", "Orang Melayu Jangan Undi Karpal", "PAS Wajib Keluar PR", "Kami Pertahankan Majlis Syura Ulama" dan "Karpal + Azmin Tidak Hormat Dasar PAS". Mereka turut memijak bendera DAP. Sementara itu, Zaidi dalam ucapannya berkata Karpal tidak berhak mencampuri urusan agama Islam dan mesti menghormati keputusan Majlis Syura yang dikaji ulama PAS selaras tuntutan syariat. "Pada mulanya ada pemimpin PAS buat kenyataan tersasar tetapi setelah ada keputusan dari Majlis Syura Ulama, semuanya telah capai kata sepakat jadi Karpal jangan masuk campur dan keruhkan keadaan," katanya. Beliau juga mendakwa kebanyakan anggota PAS di Pulau Pinang kecewa dengan kepimpinan PAS negeri yang hanya berdiam diri dengan kenyataan Karpal itu. ementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS negeri Mohamed Hafiz Mohamed Nordin menyifatkan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Salleh Man dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim bersekongkol dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng. "Mereka ini terlalu berhati-hati keluar pendapat demi menjaga hati pakatan rakyat berbanding jaga kalimah Allah. Dah tiba masanya PAS tinggalkan pakatan jangan jadi pengecut," katanya. Beliau berkata kedua-dua orang pemimpin itu langsung tidak boleh diharap untuk membela kepentingan umat Islam di Pulau Pinang. Karpal pada sidang medianya baru-baru ini berkata beliau akan memujuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh diguna orang bukan Islam termasuk Bible bahasa Melayu. Katanya pendirian Majlis Syura itu bercanggah dengan keputusan yang dicapai pemimpin pakatan pembangkang termasuk Abdul Hadi dan Mursidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 8 Jan lalu lalu yang bersetuju dan menyokong cadangan Lim yang mendesak kerajaan pusat membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu. - Bernama Published with Blogger-droid v2.0.10 | Azrul jambu rupanya tak amanah , dedah rahsia maklumat bank ?? Posted: 22 Jan 2013 12:57 AM PST Bank Islam membuat laporan polis ke atas ketua ekonomisnya Azrul Azwar Ahmad Tajudin atas dakwaan memiliki dan mengedar dokumen sulit syarikat tanpa kebenaran.
Laporan oleh ketua jabatan sumber manusia Bank Islam, Jamilah Abdul Sallam itu mendakwa dokumen itu melibatkan satu cadangan korporat melibatkan bank tersebut.
"Encik Azrul yang tidak mempunyai akses dan autoriti terhadap dokumen tersebut telah menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan tanpa mendapatkan kelulusan atau kebenaran," dakwa Jamilah.
Dalam laporan bertarikh 18 Januari itu, beliau juga mendakwa Azrul menyalin dokumen "sulit dan sensitif" terbabit dan menghantarnya melalui emel kepada pihak terbabit.
Laporan polis berkenaan dikesan diterbitkan semula di beberapa blog hari ini.
Ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dari Bank Islam tersebut.
Satu kenyataan yang diperolehi Bank Islam pada petang ini turut mengesahkan bahawa satu laporan polis dibuat pada 18 Januari dan bank tersebut turut membuat satu lagi laporan polis hari ini.- MELOYAKINi-** Kalau Rafizi pun boleh dapat info/data maklumat pelanggan bank daripada informer mereka dalam isu NFC .. inikan pulak Azrul jambu yang dikatakan seorang Pakar ekonomi yang tidak amanah ini . Memang patut dipecat pun oleh majikan ... Kesimpulannya , kepada semua bank , kalau staff itu cenderung kepada PKR ..pakat tengok2 la sama ....mana tau ada lagi dokumen sulit syarikat terlepas..hahaha... | Hot ! Laporan polis untuk samseng SAMM ceroboh pejabat SW1M Posted: 21 Jan 2013 06:00 PM PST
Report ditaip oleh pengadu :
Pada 18/01/2013 lebih kurang ja 1430 hrs saya dimaklumkan oleh pegawai yang berada di pejabat Pertubuhan Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) Beralamat di --------- Sri Gombak 68100 Batu Caves. 3 orang lelaki melayu bersama 1 orang wanita yang tidak dikenali telah memasuki ke pejabat SW1M. Setelah memasuki pejabat, mereka mendakwa mereka darpada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memasuki pejabat kami untuk menyerahkan surat kepada presiden SW1M, walaupun pegawai kami telah maklumkan bahawa presiden SW1M tidak ada dan tidak boleh memasuki pejabat. Namun 3 orang lelaki melayu dan wanita melayu tersebut tetap berlegar didalam pejabat dan mengambil gambar dengan mengunakan ipad. Perbuatan dan kelakuan 3 lelaki melayu dan wanita melayu tersebut membuatkan pegawai saya kurang selesa dan rasa terganggu. Pegawai saya telah menghalang 3 lelaki melayu dan wanita melayu mengambil gambar, tetapi mereka mendapati 3 lelaki melayu dan wanita tersebut tetap mengambil gambar secara senyap. 3 lelaki melayu dan wanita melayu tersebut turut meminta pegawai saya diambil gambar untuk di emailkan kepada Malaysiakini, dan menyebabkan mereka berasa takut gambar mereka dimanipulasikan di internet. Ekoran daripada perkara ini pada jam lebih kurang 1852. Saya telah dihubungi oleh pihak Malaysiakini (0322843367) meminta pengesahan tentang email yang mereka terima dari saya dan minta pengesahan sama ada saya yang menghantar email tersebut. Saya telah memaklumkan kepada mereka yang saya tidak pernah menghantar email kepada malaysiakini dan saya syaki perkara ini dilakukan oleh mereka yang tersebut diatas, iaitu mengatakan mereka dari Solidariti Anak Muda Malaysia. Tujuan saya membuat laporan polis adalah kerana mahu pihak terbabit bertanggung jawab keatas apa-apa tohmahan terhadap Presiden SW1M dan pegawai SW1M. Saya juga mahu merujuk perkara ini kepada pihak SKMM untuk tindakan selanjutnya. Sekian laporan saya.
Walaupun tidak dibenarkan masuk, namun pihak SAMM tetap ceroboh masuk dan buat sesukahati. Ini satu tindakan biadap dan kurang ajar. Malah yang masuk pejabat tu semuanya geng mahasewel. Salah seorangnya kalau tak salah Keris ialah Khalid Ismath si penganut syiah tegar dan pejuang demo diantara pelajar di Malaysia. KLIK DISINI
| Hot ! Bukti PAS meroyan 7 janji Kerajaan BN untuk rakyat Kelantan !! Posted: 21 Jan 2013 04:55 PM PST Seperti dijangka , puak PAS akan meroyan mengenai 7 janji yang akan dibuat kerajaan BN jika menawan semula Kelantan di PRU 13. Bila masa pulak janji tertunggak dibuat PM ?? Bina stadium , Bas Rapid ,bina lebuhraya , bina rumah itu janji tertunggak ke ?? Tentang royalti minyak , apa Din Puduraya ingat macam buat pulut & serawa ? Ingat negeri Kelantan je ada minyak di Malaysia ..bagaimana dengan negeri2 lain kat Malaysia ? Puak PAS ni kerja nampak duit saja .. masa Tun M menjadi PM dan beri ratusan juta kepada Kelantan supaya baiki sistem pembekalan air , masalah air masih lagi belum selesai . | |
DIMENSI Posted: 22 Jan 2013 11:30 AM PST Omegay: Royalti @ Resign Posted: 21 Jan 2013 11:45 PM PST | Omegay: Majlis Syura PAS bahan jotos DAP >XD Posted: 21 Jan 2013 10:00 PM PST Kalimah Allah: Hinanya Majlis Syura PAS Di Mata PR
Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh tanpa berselindung meneruskan asakannya kali ini dengan nada 'merayu' menuntut PAS supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama parti itu untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk, tapi ramai yang faham itu hanya isyarat bernada 'lembut' yang jelas kehendaknya. Suka atau tidak, PAS terhimpit antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan kepentingan politiknya dalam PR.
Sebelumnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah tampil dengan kenyataan tegas bahawa pakatan pembangkang, PR tetap kekal dengan keputusan Majlis Pimpinan Tetinggi PR pada 8 Januari 2013 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.
"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," kata Azmin dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.
Demikian hinanya kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata PKR, sedangkan sebagai rakan sepakatan sepatutnya PKR dan DAP perlu belajar menghormati rakan sendiri sekalipun mereka sudah masak sangat dengan sikap lalang PAS yang kerap berubah pendirian mengikut kehendak politik kepartian.
Jika dilihat dari segi struktur organisasi PAS, kedudukan Majlis Syura adalah yang tertinggi dalam parti berlabel Islam itu. Seandainya PAS mendominasi pengaruh dan kedudukannya dalam PR, tentunya desakan mendayu dari DAP dan kenyataan tegas yang memperlekehkan taraf Majlis Syura oleh PKR tidak akan timbul.
Tapi disebabkan kedudukan PAS dalam PR sekarang hanyalah setaraf balaci yang terdesak mahu mencapai angan-angan untuk sama-sama ke Putrajaya bersama PR, maka senanglah DAP dan PKR memanfaatkannya untuk kepentingan mereka.
Lagipun Karpal Singh dan Azmin Ali yang diketahui ramai adalah suara rasmi PR dalam isu-isu sensitif, kedua-duanya amat faham benar selagi PAS kekal bersama PR, mahu tidak mahu PAS perlu menurut keputusan muktamad yang telah lama dipersetujui.
Kalau PAS benar-benar jantan dan bermaruah, sudah lama mereka tinggalkan PR dan tidaklah termalu sendiri dengan pendirian flip flop Mursyidul Am dan Presiden PAS sekejap patuh kehendak PR dan kemudiannya bila teruk dikecam khalayak barulah menyerahkan keputusan selanjutnya kepada Majlis Syura pula.
Antara kemahuan politiknya utk kekal dengan PR dan kesucian kalimah Allah s.w.t yang wajib dipertahankan, telah meletakkan PAS dalam keadaan tersepiot dan terhimpit. Inilah bahananya apabila satu kerjasama politik yang longgar hanya ditemukan dengan titik persamaan berkongsi musuh yang sama sahaja.
Tatkala kerjasama dalam BN wujud demi membangunkan negara & rakyat, PR pula yang menggabungkan DAP, PKR dan PAS atas asas rapuh seringkali diselubungi isu-isu yang tidak berkesudahan dan masing-masing pula langsung tiada sikap hormat menghormati sesama sendiri.
Bila sudah demikian, tak sukar untuk rakyat jangkakan yang negara ini akan berantakan sepanjang masa sekiranya PR diberi peluang walau sepenggal pun untuk memerintah tanahair tercinta ini. - Beruang Biru | |
IPOHMALAY Posted: 22 Jan 2013 09:44 AM PST PAS Keluar Pakatan Rakyat Jika Menang PRU13 ? Posted: 22 Jan 2013 07:42 AM PST Dikhabarkan oleh kawan teman yang totok PAS dari Manjung, bahawa parti tersebut sebenarnya merancang untuk keluar Pakatan Rakyat sekiranya mereka menang PRU13.
Kononnya ini strategi rahsia yang tidak diketahui oleh geng-geng DAP dan PKR.
Nada mereka ini hampir sama dengan strategi yang teman serukan sejak akhir tahun 2010 supaya PAS keluar Pakatan Rakyat segera dan bertanding di semua 222 Parlimen dan 555 DUN bermodalkan deposit RM11 juta.
PAS dikatakan hanya akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya menang PRU13 kerana mereka masih lagi memerlukan undi-undi bukan Islam di bandar-bandar. Kemudian, mereka akan kononnya menjadi kuasa ketiga yang menentukan pihak mana yang akan bersama mereka menubuhkan kerajaan campuran.
Kaedah ini bagi teman adalah satu bentuk penipuan politik. Ia tidak ubah seperti mana mereka menipu pada pilihanraya umum 2008 kerana pada masa itu Pakatan Rakyat tidak pernah kedengaran di telinga rakyat Malaysia.
Hanya sebulan selepas pilihanraya, mereka menubuhkan Pakatan Rakyat yang jelas sekali mengecewakan pengundi mereka yang mengundi bukan atas dasar untuk dipijak oleh PKR dan DAP.
Jika sentimen kebencian terhadap pemerintah BN pada tahun 2008 menghasilkan undi-undi belot, undi-undi sabotaj yang dibanggakan oleh Pakatan Rakyat hari ini, tidak mustahil mereka akan kalah dengan kekalahan lebih besar pada PRU ke 13.
Seperti teman yang telah kembali bersedia meminjamkan undian teman kepada UMNO-BN setelah meminjamkan undi teman kepada pembangkang pada PRU yang lalu, tidak dapat tidak, gelombang ini turut menerpa lebih ramai pengundi-pengundi lain yang mengundi dengan bijak atas penilaian yang wajar dan bukan berasaskan sokongan yang melulu.
PAS dalam agenda menipu pengundi sekiranya mereka menang PRU 13. Tetapi jika hari ini mereka menyebut soal moral, soal ketelusan, soal ketulusan, soal kejujuran dan sebagainya, tindakan keluar Pakatan Rakyat selepas PRU 13 mungkin sahaja sia-sia kerana segalanya telah terlambat untuk dilakukan 'damage control'.
Teman kata, itu menipu namanya. Dia kata, itu strategi namanya. Maka jelas sekali, strategi mereka ialah MENIPU.
Kalau isu kalimah Allah sahaja PAS tertelan lidah berhadapan seekor binatang kalangan mereka yang menghina Islam dan al-Quran, beranikah mereka menangkis hinaan beribu ekor lagi andai mereka keluar Pakatan Rakyat?
Kaki mereka dibelenggu dengan rantai bernajis puak kafir anti-Islam yang di depan mereka berlakon Khalifah segala. Mampukah mereka melepaskan diri? | Azwan Ali Hina Ummi Hafilda Lagi. Dan Ibunya Juga? Posted: 22 Jan 2013 02:58 AM PST Ingatkan dah selesai kes keluarga paling popular senusantara ni, rupanya tidak. Kelmarin, Azwan Ali, menembak dengan kata-kata kesat ke atas Ummi Hafilda atas peristiwa jatuhnya si ibu di bilik air di malam selepas persandingan Ummi. Dengan nada menghina, si ibu turut kena getahnya. Sikap jijik seorang anak yang kononnya diminati berbillion manusia yang dahagakan responnya di Twitter. Bahasa mereka, sangkak. Spesis sangkak lah ni.
Mak Tom Jatuh Bilik Air Di Malam Persandingan Anaknya
KL, 21 JAN 2012: Murai Batu rasa tak perlulah Murai Batu jelaskan siapa itu Mak Tom. Sebab, nama Mak Tom tu dah cukup sinonim dengan industri hiburan tanah air. Apatah lagi bila dia adalah ibu kandung kepada pengacara laser lagi kontroversi iaitu Azwan Ali yang pernah mengecohkan program Masterchef Selebriti Malaysia serta menambahkan lagi sensasi dalam program Propaganza menerusi segmen Katanya.
Malah, waktu diserang oleh 4 pengacara wanita di dalam program Primadona tidak lama dulu, Azwan sempat mempromosikan rendang Mak Tom yang memang terkenal di kalangan rakan-rakan selebriti dan pihak media.
Malah ada 2 orang lagi anaknya yang sering menggegarkan dunia politik tanah air. Tak payah Murai Batu sebut nama diaorang ya. Yang penting, seorang dah pun berumahtangga serta memiliki beberapa cahayamata dan yang seorang lagi baru saja bersanding pada malam Jumaat lalu. Berita terbaru yang mengejutkan Murai Batu terima, Mak Tom dikhabarkan telah jatuh di dalam bilik air di rumahnya yang terletak Kg Klang Gate, Hulu Klang, sekitar jam 12.30 pada malam yang sama anaknya dikatakan bersanding. Khabarnya teruk juga keadaan Mak Tom itu sehingga orang tua itu terpaksa dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Kini, Mak Tom dilaporkan sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.
Kisah ini, Murai Batu perolehi daripada penduduk di Kg Klang Gate sendiri yang terkejut bila melihat sebuah ambulan berada di rumah Mak Tom. Sebab sejak ketiadaan arwah bapa Azwan Ali, boleh dikatakan bertahun-tahun jugalah ambulan dilihat tidak berada di perkarangan rumah yang berbentuk ala Minangkabau itu.
Murai Batu cuba jugak mendapatkan kenyataan daripada Azwan Ali sendiri berhubung hal ini. Tapi, telefon bimbitnya memanjang saja asyik off. Terdetik jugak di hati Murai Batu, apakah yang menyebabkan Azwan Ali tetiba menutup telefon bimbitnya itu.
Adakah, ia mempunyai kena-mengena dengan kejadian Mak Tom jatuh pengsan di dalam bilik air di malam persandingan salah seorang anaknya itu. Murai Batu terdetik... | |
KEMBARA DI PERJALANAN INI Posted: 22 Jan 2013 07:37 AM PST PENGALAMAN SAYA SEORANG PESAKIT STROKE (3) Posted: 22 Jan 2013 12:01 AM PST Berjumpa lagi... Tujuan saya menulis di dalam blog ini kerana saya ingin berkongsi pengalaman sendiri...pertama untuk pesakit stroke itu sendiri, dan kedua untuk rakan dan taulan pesakit agar mereka dapat membantu pesakit.Pengalaman saya bukanlah terbaik tetapi mungkin ada manafaatnya untuk orang lain. Sebenarnya saya berhajat untuk menulis buku tentang pengalaman ini, jadi catatan di blog ini saya jadikan tempat untuk saya mengumpul info sebelum diterjemahkan ke dalam bentuk buku. Baiklah, kita sambung cerita. Minggu yang pertama saya habiskan di atas katil, kaki kanan saya sangat berat dan saya tidak boleh menggerakkan badan. Bagaimana saya lalui saat itu?... Pertama, KITA MESTI REDHA. Kedua, SABAR Ketiga, Banyakkan berdoa, jangan tinggalkan solat, banyakkan zikir. Keempat, Mesti positif dan jangan berputus asa. Kita sendiri yang harus kuat semangat untuk melalui saat getir itu..cuba bayangkan dari kondisi normaal kemudian langsung tidak berkeupayaan utk mengurus diri sendiri...NAMUN JANGAN JADIKAN ITU SEBAGAI SEBAB UNTUK MENYALAHKAN TAKDIR...APATAH LAGI MENYALAHKAN ALLAH ATAS APA YG TERJADI... Ingatlah bahawa setiap musibah atau ujian sakit itu, tanda Allah masih sayang kepada kita..ia sebagai penghapusan dosa atau peningkatan darjat kita disisiNya.. Maka kerana itulah Allah berfirman: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut: 2-3) Alhamdulillah, saya rasa tenang dan bahagia walaupun dalam keadaan fizikal yg lemah..Apabila kawan datang, saya ceria dan masih bergelak ketawa..itu semua terapi yg baik...saya tidak menangis, kerana saya perlu kuatkan hati dan tidak boleh stress... Seminggu itu saya di diagnosis semula, dan tekanan darah tinggi saya kembali normal dan kolesterol juga turun ketahap normal..memang sampai sekarang saya masih jaga makan dan mengambil suplemen yang sesuai untuk tekanan darah dan kolesterol. ok nanti saya akan ceritakan perihal penjagaan makanan saya sebagai seorang pesakit stroke dalam siri seterusnya...TUNGGU!!!!... | BERSYUKURLAH WALAUPUN IANYA MASALAH Posted: 21 Jan 2013 06:37 PM PST Hadiah Dari Ayah
Sehari sebelum saya berangkat ke kota, ayah memanggil saya ke pejabatnya. Saya agak hairan ketika itu, apatah lagi apabila ayah menyuruh saya masuk ke pejabatnya. Kami jarang sekali dibenarkan masuk ke pejabatnya, terutama sekali ketika ayah sedang sibuk menyiapkan bahan penulisan yang bakal dicetakkan di dalam kolumnya di sebuah akhbar tempatan. "Ambil bungkusan ini dan buka hanya apabila kamu rasa benar-benar rasa buntu untuk menyelesaikan masalah kamu", kata ayah sambil menyerahkan sebuah bungkusan yang sederhana besar. Dan esoknya ayah menghantar saya hingga ke stesen bas dengan senyuman penuh makna. Suatu hari, setelah hampir 3 bulan saya berada di kota, saya ditimpa satu masalah yang benar-benar membuat saya buntu dan hampir putus asa untuk menghadapinya. Saya teringatkan bungkusan yang ayah berikan dulu. Saya kira, inilah masanya untuk saya membuka rahsia yang tersirat di sebalik bungkusan tersebut. Ternyata di dalam bungkusan itu terkandung sehelai sejadah lama, sehelai kain pelikat baru dan sebuah kompas penunjuk arah kiblat serta sekeping nota yang berbunyi :- "Tiada namanya lautan jika ia tidak bergelora, tiada namanya bumi jika tidak ditimpa hujan dan tidak namanya kehidupan jika tiada masalah. Sebagaimana warna menyempurnakan lukisan, masalah pula adalah penyempurnaan kehidupan. Bersyukurlah, sekurang-kurangnya kamu masih hidup dan Tuhan masih mengambil berat dengan kamu, kerana itu dianugerahkan olehNya masalah. Buat kamu menajamkan lagi akalmu.Tenang dan rapatkan kedua tangan menadah doa mohon petunjuk kepada Allah swt. Kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"Saya terpana, ternyata ia adalah hadiah daripada datuk saya kepada ayah saya dan sekarang diwariskan kepada saya.Dan sejak dari hari itu, saya selalu mengucapkan syukur setiap kali saya dilanda masalah kerana saya tahu bahawa Tuhan masih mengambil berat akan saya. Moral: Kita seringkali mengeluh setiap kali kita dilanda masalah. Malah seringkali kita menyalah Tuhan kerana ditimpa musibah tanpa kita sedar bahawa ternyata musibah itu bukan saja untuk menyedarkan kita dari lena tetapi hikmah di sebaliknya adalah untuk menajamkan lagi akal kita.
Kita sebenarnya wajib bersyukur kerana setelah sekian lama dilimpahi nikmat, kita hanya diuji dengan sedikit musibah saja. Dan yang paling penting, kita masih lagi hidup, masih dapat memanjatkan doa dan memohon petunjuk dariNya,serta memohon ampun kepadaNya jika ada salah dan silap yang kita lakukan.
Kadang kala, musibah itu adalah peringatan untuk kita memuhasabahkan kembali diri kita tentang apa yang telah kita lakukan dan apa yang masih belum kita tunaikan. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan