Khamis, 10 November 2011

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


PAS Sabah selar UMNO/ BN cuba mempolitikkan kenyataan DAP

Posted: 09 Nov 2011 10:25 PM PST

KOTA KINABALU, 10 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah(DPPNS) hari ini menyelar sikap pemimpin Barisan Nasional yang disifatkannyasebagai "nampak kuman diseberang laut,gajah didepan mata tidak dipandang".

KetuaPenerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan (gambar) mendakwa, ramai pemimpin UMNO danBarisan Nasional seolah-olah sudah buta mata dan telinga dan mati akalnyasetelah mempolitikkan kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua dalamsebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini yang mengatakan hasrat DAP untukmengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya pembangkang memerintah kerajaanpusat.

Beliauturut menjelaskan bahawa, setiap keputusan mahupun hasrat yang dikeluarkan olehindividu dalam parti yang mewakili Pakatan Rakyat adalah bukan keputusan tepat.Sebaliknya, keputusan hanya diputuskan oleh ketiga-tiga parti dalam komponenpakatan tersebut.

"Inihanya hasrat, perbincangan dan keputusan hanya berdasarkan kesepakatanketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Menurutnya,tiga parti utama yang bergabung dalam Pakatan Rakyat merupakan intipati utamayang harus menjadi prioriti berdasarkan setiap keputusan yang bakaldiambil.  

"Janganlahbila ada orang dalam parti ini menyuarakan hasrat, terus nak kaitkan dengankeputusan pakatan… itu tidak betul," jelasnya.

Sambilmenyoroti kembali pendedahan penindasan terhadap hampir 1,000 anggotaapprentices Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), beliau mendakwa bahawakerajaan UMNO/ BN sebenarnya sudah lama mempelopori penindasan dan penghinaanpenjawat awam.

"DAPbelum perintah Malaysia pun lagi. UMNO/ BN ni dah perintah lama lebih 50 tahun,tapi isu ni pun dia nak sebarkan. Apa kes dengan isu pemberhentian 1,000anggota perintis TLDM itu? ujarnya.

Pada26 Oktober lalu, Pemuda PAS Sabah telah melontarkan cabaran kepada Datuk SeriNajib Tun Razak dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahananbagi menjawab persoalan dan perkaitan berbangkit berhubung penindasan anggotaapprentices yang didakwanya diberhentikan tanpa suara hak dan pembelaan.

Walaubagaimanapun,lontaran cabaran tersebut sehingga ke hari ini tidak diendahkan oleh pihakberkenaan dan mendakwa penindasan tersebut merupakan peristiwa benar berlaku.

Kenapasampai sekarang tidak ada suara-suara pemimpin TLDM dan kementerian menjawabisu ini? Apakah takut sekiranya isu ini benar?, ujarnya lagi.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


MBMB Goyang Kaki Je Ke?

Posted: 09 Nov 2011 07:30 PM PST



Aduan telah banyak kali dibuat, keluhan pengguna pun sudah muak disiarkan, tetapi situasinya tetap sama.

Soalnya, mengapa tindakan tidak diambil oleh pihak berwajib walaupun kesalahan yang dilakukan, ibarat sudah terang lagi bersuluh.

Pemandangan kerusi dan meja yang dipasang 24 jam di kaki-kaki lima seperti sudah menjadi perkara biasa sejak bertahun-tahun lalu di sekitar Melaka Raya, terutamanya Jalan Melaka Raya 4.

Yang peliknya, pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sudah mengakui, tindakan itu memang menjadi satu kesalahan.

"Kita memang tidak mengeluarkan lesen untuk membolehkan peniaga meletakkan apa-apa halangan seperti kerusi dan meja makan di kawasan kaki lima premis. Ia memang menjadi satu kesalahan.

Itu penjelasan ringkas yang diberikan Setiausaha MBMB, Azmi Hussein apabila masalah yang bukan baru itu diadukan wartawan Utusan Malaysia kepadanya baru-baru ini.

Azmi lantas terus menghubungi anggota penguatkuasanya bagi memeriksa aduan tersebut.

Sebelum ini pun, berpuluh-puluh cerita mengenai halangan yang dilakukan pemilik-pemilik restoran ini dengan meletakkan meja dan bangku di laluan pejalan kaki disiarkan media.

Tidak cukup dengan siaran di akhbar, kisah sama ini diadukan pula secara terus kepada pegawai yang berkenaan.

Namun, apa yang dikesalkan, sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil terhadap peniaga terbabit.

Agak lucu pula, apabila tiga atau empat buah motosikal yang diletakkan di kaki lima yang langsung tidak menghalang lalu lintas pula yang dikompaun.

Sedangkan pada masa sama, pengusaha restoran yang melakukan kesalahan itu terus bermaharajalela.

Pejalan kaki pula, yang sepatutnya mempunyai hak menggunakan kaki lima premis itu terpaksa berkongsi laluan dengan pengguna jalan raya sekali gus terdedah kepada kemalangan sekiranya dilanggar kereta ataupun motosikal.

Selain terdedah kepada cuaca panas atau hujan, lebih malang, pejalan kaki juga berisiko menjadi mangsa ragut.

Daripada aspek kebersihan pula, golongan peniaga juga didapati mengotorkan kawasan luar premis kedai dengan air basuhan pinggan mangkuk atau barangan perniagaan mereka.

Keadaan ini juga mencacatkan pemandangan indah bandar Melaka kerana ia secara tidak langsung mewujudkan ketidakseragaman premis perniagaan apabila bunting, bumbung dan payung dipasang sesuka hati.

Mungkin pihak berkuasa telah mengambil tindakan, tetapi sampai bilakah jawapan 'terdapat peniaga yang masih berdegil walaupun telah beberapa kali dikompaun' perlu diberikan?

Atau 'akan mengambil tindakan lebih tegas dengan merampas barangan peniaga yang masih berdegil', tetapi hakikatnya, peniaga terus beroperasi siang dan malam tanpa rasa takut.

Justeru, adalah diharap agar Datuk Bandar MBMB sendiri turun padang melihat situasi sebenar dan melihat sendiri kerakusan para peniaga merampas laluan pejalan kaki demi keuntungan mereka.

Tragis Pembunuhan Seorang Wanita

Posted: 09 Nov 2011 05:49 PM PST



ALOR GAJAH – Seorang lelaki dicari polis berikutan tindakannya merompak dua buah kedai dalam tempoh 30 minit hingga menyebabkan salah seorang pemilik premis itu mati selepas ditikam sebanyak tujuh kali di sini semalam.

Kejadian pertama berlaku pukul 1.45 petang hingga mengakibatkan pemilik kedai runcit, Teh Ah Key, 64, di Kampung Parit Melana di sini mati selepas ditikam di rusuk kanan, paha, perut dan dada oleh suspek berusia lingkungan 20-an itu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Sharuddin berkata, sebelum kejadian, suspek datang ke kedai wanita itu dengan menunggang sebuah motosikal.

"Kita percaya berlaku pergelutan di antara suspek dengan mangsa sebaik lelaki itu masuk ke dalam kedai. Ia berikutan suspek cuba merompak wang hasil perniagaan mangsa.

"Suspek kemudian terus melarikan diri bersama wang tersebut dan kejadian itu hanya disedari oleh seorang penduduk yang terkejut melihat mangsa terbaring berlumuran darah ketika dia masuk untuk membeli sesuatu," katanya.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


1Malaysia, Guru Amerika Diutamakan, Guru Tempatan Dipinggirkan

Posted: 09 Nov 2011 04:58 PM PST



Inilah nasib 1Malaysia pada ketika ini. Dikala ramai graduan , bakal guru lepasan KPLI, TESL, UPSI sedang menganggur, kerajaan mengambil 300 orang guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat, secara tidak langsung menunjukkan guru Bahasa Inggeris rakyat 1Malaysia tiada kelas, termasuk universiti dan institut perguruan yang mengajar semua bakal guru ini.

MELAKA 6 Mei 2011 : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata KERAJAAN AKAN MEMBAWA MASUK KIRA-KIRA 300 PENUTUR JATI BAHASA INGGERIS DARI AMERIKA SYARIKAT BAGI MEMBIMBING PARA PELAJAR TEMPATAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA ITU MULAI TAHUN DEPAN. "Program itu akan mula dilaksanakan pada 2012 dengan kos hampir RM18 juta," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan Melaka 2011, di sini, hari ini.

GURU KECEWA MENANTI 'POSTING'
Aduan Rakyat , Oktober 2011
Saya mewakili mereka-mereka yang seangkatan dengan saya, merupakan graduan lepasan sebuah universiti tempatan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Aduan dan ketidakpuasan hati saya ialah tentang penempatan kami di sekolah. Walaupun telah hampir 4 bulan kami menamatkan pengajian kami, tetapi sehingga hari ini, kami masih belum di beri apa-apa maklumat berkaitan penempatan kami di sekolah. Kami ternyata amat kecewa dengan apa yang berlaku kepada kami ini – PENGANGGURAN BERAMAI-RAMAI.

Berita sebelum ini :

Ribuan bakal guru lepasan KPLI, TESL, UPSI yang masih lagi menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/hanya-mat-sabu-boleh-selamat-ramai.html

Berita sedih ribuan bakal guru dalam Bajet 2012 di http://amkns.blogspot.com/2011/10/berita-sedih-ribuan-bakal-guru-dalam.html

Kisah ramai para guru graduan TESL menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/guru-amerika-diagungkan-guru-malaysia.html

Kisah ramai para guru graduan KPLI menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/kerajaan-tak-de-duit-ke-bakal-guru.html

Kisah beratus bakal guru Bahasa Inggeris TESL masih menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/ramainya-bakal-guru-menganggur.html

Kisah begitu ramai bakal guru KPLI 2010 menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/kerajaan-tak-de-duit-ke-bakal-guru.html

Kisah Muhyiddin nak ambil 370 guru negara asing ajar Bahasa Inggeris di http://amkns.blogspot.com/2010/10/370-guru-pengajar-asing-muhyiddin.html

Guru Amerika diagungkan, guru Malaysia bangsat ke wahai TPM? Di http://amkns.blogspot.com/2011/10/guru-amerika-diagungkan-guru-malaysia.html

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Royalti: Harap PM terbuka hati lepas tunai haji

Posted: 10 Nov 2011 02:20 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Nov: Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menyerahkan 'Amanat Tun Abdul Razak' kepada Perdana Menteri berhubung hak negeri itu mendapat bayaran 5 peratus royalti petroleum.

Penyerahan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa kepada wakil perdana menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen hari ini.

Turut serta dalam rombongan menyerahkan amanat itu, lebih 30 orang terdiri daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), ahli-ahli parlimen Kelantan, serta wakil Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) dan Jawatankuasa Anak-anak Kelantan Perantauan Tuntut Royalti (ROYALTI).

Mereka masing-masing membawa poster amanat tersebut termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

'Amanat' itu merupakan jawapan Tun Abdul Razak selaku perdana menteri terhadap pertanyaan Lim Kit Siang di dewan rakyat pada tanggal 12 November 1975 yang berbunyi;

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya,".

Menurut Husam yang juga exco negeri Kelantan, penyerahan itu dibuat sempena merayakan ulang tahun ke-36 ucapan bekas perdana menteri ke-2 itu.

Ianya juga sebagai penerusan tuntutan kerajaan negeri kepada pusat, agar membayar wang 5 peratus yang sekian lama dinafikan itu.

"Kami berharap dengan pulangnya haji Datuk Seri (Najib Razak) Perdana Menteri, hati beliau terbuka untuk bayar balik royalti, kerana ini adalah pesanan Tun Razak, ayahanda beliau," kata Husam pada sidang media bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi parlimen selepas itu.

Selain amanat Tun Razak itu, satu surat mengandungi bukti jawapan menteri di Dewan Negara juga turut diserahkan kepada perdana menteri.

Ianya termasuk jawapan menteri tidak berpotfolio, Tan Sri Chon Hon Nyan terhadap soalan Senator Raja Nong Chik Raja Ishak pada 7 Januari 1977.

Jawapan tersebut antara lain berbunyi;

"Dalam Gerakan mencarigali minyak ini di dalam kawasan Continental Shelf, hak itu sudahpun diberikan kepada PETRONAS dan PETRONAS sudahpun mengadakan perjanjian dengan negeri-negeri yang berdekatan dengan dasar laut itu, sebagaimana saya katakan tadi supaya royalti 10% itu dibahagi kepada dua pihak".

Satu lagi bukti adalah jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Kasitah Gaddam pada 4 April 1989 terhadap soalan Senator Tuan Hassan Harun yang berbunyi;

"Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak".

Telaga Bumi dan Suria

Selain itu, Kelantan juga menuntut pengeluaran gas di Telaga Bumi dan Telaga Suria di kawasan bertindih dengan Terengganu yang beroperasi April lalu juga didaratkan di negeri itu.

Setakat kini katanya, Petronas pada 24 September lalu telah membuat pengumuman akan mendaratkan gas tersebut di Kerteh iaitu sepanjang 2000 kilometer pipeline di lautan.

"Kami sangat berharap gas ini dapat didaratkan di Kelantan.

"Kelantan telah menyediakan satu zon petroleum industri di Bachok seluas 2000 ekar dan saya telah menulis surat kepada presiden Petronas supaya isu pendaratan gas daripada Bumi dan Suria ini dilakukan di Kelantan," kata Husam.

Keluarga Shahrizat beli kondo mewah RM9.8 juta?

Posted: 10 Nov 2011 02:20 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Nov: PKR hari ini mendakwa National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil membeli sebuah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar bernilai hampir RM9.8 juta.
Selepas beberapa hari membuat pendedahan mengenai penyelewengan dana rakyat di NFC, PKR hari ini terus tampil dengan bukti 4 pindahan wang yang dibuat NFC dari akaun semasanya di Bank CIMB cawangan Taman TUn Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009.
Pindahan wang itu sebagai bayaran penuh pembelian kondominium tersebut.
Pindahan wang yang pertama berjumlah RM699,870, keli kedua berjumlah RM694,150, seterusnya RM4, 199,220 dan yang terakhir berjumlah RM4,164,900 menjadikan jumlah keseluruhan pindahan sebanyak RM9,758,140.
Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendedahan ini sekaligus membuktikan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan dalam akaun amanah khas adalah tidak benar.
"Dakwaan menteri dan Ketua Pemuda Umno bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat juga tidak benar.
"Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu sahaja untuk membeli kondominium mewah yang tiada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu.
"Siapa yang nak duduk, takkanlah lembu nak duduk di kondo?" kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Machang itu juga memberitahu, RM9.8 juta itu direkodkan sebagai hutang National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) kepada NFC.
Jumlah ini adalah sebahagian daripada RM83 juta yang dihutangi NMLC kepada NFC pada 31 Disember 2009.
"Ini jelas satu bentuk pecah amanah dan penyelewengan wang rakyat RM250 juta yang diberikan sebagai pinjaman kepada NFC," katanya.
Lapor SPRM
Sehubungan itu, PKR pagi tadi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa siasatan segera dibuat terhadap dakwaan itu.
Selain Sharizat, Noh Omar dan Khairy, mereka mahu Perdana Mneteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin disiasat kerana didakwa terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam isu ini.
Selain itu, PKR turut menyeru Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bersidang segera untuk menyiasat perkara ini.

Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Kali ke-42 Tahun 2011 pada besok hari 11 November 2011

Posted: 10 Nov 2011 02:11 AM PST

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (GEGAR) Menyerahkan Memo dan Poster Amanat Tun Razak pd Wakil PM Najib...

Posted: 10 Nov 2011 02:03 AM PST









Kompleks Ilmu Al-Azhari (KIAZ)

Posted: 09 Nov 2011 07:27 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang Anjur Kursus Cakna Solat

Posted: 09 Nov 2011 07:25 PM PST













Konvensyen Pilihanraya DPP Malaysia Tahun 2011

Posted: 09 Nov 2011 02:40 PM PST






Firman Allah swt :  

وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya. 

Surah Al Anfal : ayat  60

Medan Pilihanraya yang dipilih oleh PAS sebagai mekanisma untuk menegakkan Islam dalam masyarakat, memerlukan kefahaman dan tindakan bersepadu ahlinya terutama pemuda dalam memastikan kemenangan Parti Islam ini.

Justeru itu, adalah wajar dan perlu bagi Dewan Pemuda PAS di semua peringkat menyediakan jentera yang mantap dan mempunyai asas kefahaman tentang gerak kerja pilihanraya berserta semangat juang yang tinggi untuk menempuh karenah perjuanhan ini.

Konvensyen Pilihanraya adalah salah satu medium bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia mengumpul semua pengarah-pengarah pilihanraya kawasan untuk diberikan suntikan semangat, taujihat, halatuju dan strategi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal  dihadapi.

Tema Konvensyen Pilihanraya DPPM :

Gerak Sistematik Menang Pilihanraya

Peserta Konvensyen Pilihanraya DPPM.

• Pengarah dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Negeri & Wilayah
• Ketua Pemuda dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan
• Pengarah Pilihanraya dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan

Tarikh Konvensyen Pilihanraya DPPM.

19 November 2011  - sabtu

Tempat :

Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor,
Seksyen 7, Shah Alam Selangor.

Lampiran Tentatif :

TENTATIF KONVENSYEN PILIHANRAYA DPPM 2011

8.00 pagi ​: Pendaftaran [RM10 per individu]

9.00 pagi​: Ucapan Pengerusi Majlis

 Bacaan Al Quran

​ Nyanyian Lagu PAS dan Pemuda

​Ucapan Aluan Sdr Mohd Sany Hamzan 
[Pengarah Jabatan Pilihanraya DPPM]

​Ucapan Ustaz Nasruddin Hassan At Tantawi 
[Ketua DPPM]

 ​Ucapan Perasmian oleh :
 Ybhg. Tuan Haji Mohamad Bin Sabu
 [Timbalan Presiden PAS]

 Pelancaran baju kerja Jab Pilihanraya & penyerahan panji-panji

 Tayangan montaj

10.00 pagi ​: Rehat

10.30 pagi ​: Pembentangan Kertas Kerja

Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi
Peranan Pemuda hadapi PRU 13.

11.30 pagi​: Taklimat Khas

'Road Map' PAS Pusat dan dialog
​ YB Dato' Paduka Hj Husam Bin Musa
(Naib Presiden PAS)

1.00 ptg​: Makan tengahari & Solat Zohor berjamaah.

 2.00 ptg : Taujihat Khas oleh :

Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Syarat Kemenangan.
(Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia)

2.30 ptg​: Undang-undang Pilihanraya dan Hak Asasi Manusia

oleh : Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi
Jabatan Undang - Undang dan Hak Asasi Manusia [JUHAM]
Dewan Pemuda PAS Malaysia

3.30 ptg​:  Bicara Panas Jabatan Pilihanraya PAS Pusat

1) YB Dr Hatta Ramli [Pengarah Pilihanraya PAS Pusat]
​2) Ybhg. Sdr Suhaizan Kaiat Pengerusi Lajnah Mobilisasi DPPM
3) Ybhg Sdr Mohd Sany Hamzan [Pengarah Pilihanraya DPPM] - moderator 

4.45 ptg : Solat Asar berjamaah, al ma'thurat, doa wehdah dan bersurai



Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia


Menteri mesti jawab segera penyelewengan NFC

Posted: 09 Nov 2011 02:18 PM PST

KUALA LUMPUR, 9 Nov: PKR menasihatkan menteri dan wakil rakyat BN segera menjawab dakwaan mengenai penyelewengan dana rakyat melalui National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).
Setiausahanya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, selagi mereka mengelak daripada menjawab dakwaan ini, rakyat akan terus mempersoalkan penyelewengan yang terbukti melalui pemindahan dana berjumlah RM83 juta ke syarikat-syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Selain itu, penyelewengan juga terbukti memalui perbelanjaan luar negara dan keraian melampau sehingga mencecah RM828,000 setahun dan pemberian subsidi sebanyak RM3 juta menggunakan wang rakyat kepada restoran Meatworks milik keluarga Shahrizat.
"Ketiga-tiga perkara ini masih belum dijawab menteri dan wakil BN. Semakin lama mereka mengelak, semakin rakyat yakin bahawa BN cuba melindungi penyelewengan dalam NFC," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut mengenai NFC, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, tindakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin mempertahankan hanya RM181 juta daripada RM250 juta pinjaman disalurkan kepada NFC adalah satu pembohongan.
"Dalam kes pinjaman RM250 juta yang diambil NFC, PKR telah membuktikan bahawa wang-wang pinjaman sebanyak RM130 juta iaitu bayaran pertama dan RM120 juta iatu bayaran kedua telah masuk ke akaun milik NFC.
"Bukti jelas menunjukkan keseluruhan RM250 juta disalurkan kepada NFC berdasarkan rekod penyata bank, bukannya diletakkan dalam escrow account seperti yang dinyatakan BN," jelasnya.
Tambahnya, akaun-akaun NFC di Maybank dan Public bank bukan atas nama pihak ketiga seperti konsep berbentuk amanah (escrow account) tapi atas nama NFC.
Penjelasan Noh bahawa wang selebihnya masih berada dalam escrow account yang dikawal kementeriannya juga tidak boleh diterima kerana daripada rekod kewangan NFC, pelbagai perbelanjaan melampau dan pindahan wang dibuat sepanjang tahun 2008 dan 2009.
Selain itu, Saifuddin turut mempersoal cara perbelanjaan melampau yang dilakukan NFC sehingga aset bersihnya berjumlah RM239 juta pada 31 Disember 2009 jika Noh mendakwa hanya RM181 juta yang disalurkan.
"Ini adalah kepincangan-kepincangan alasan yang diberikan oleh BN setakat ini yang cuba mengaburi mata rakyat," katanya

Sekadar ditulis 'dibungkus Kedai Rakyat 1Malaysia'

Posted: 09 Nov 2011 02:17 PM PST

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Pakatan Rakyat menggesa pemimpin BN berhenti membuat promosi kononnya harga produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih murah dan menjimatkan kerana perbandingan harga yang dibuat menunjukkan sebaliknya.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, tinjauan harga yang dibuat di KR1M dan pasaraya Carrefour menunjukkan perbezaan harga yang kecil malah ada sesetengah produk di Carrefour lebih murah berbanding di KR1M.
"Dalam pada sesetengah produk lebih murah di KR1M, ada produk yang jauh lebih murah di Carrefour iaitu 30 hingga 50 peratus," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau turut membawa pencuci lantai serbaguna dan cecair peluntur KR1M yang harganya lebih mahal berbanding di Carrefour serta mengedarkan salinan senarai harga produk KR1M yang lebih mahal berbanding pasaraya lain.
"Untuk 1 liter cecair peluntur KR1M, harganya RM1.90 iaitu 30 peratus penjimatan tetapi bila pergi ke Carrefour atau Tesco, harganya cuma RM1.29 iaitu 40 peratus lebih jimat daripada KR1M," katanya sambil menunjukkan produk tersebut kepada pemberita.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada sidang media sama mempersoal peruntukan RM40 juta untuk KR1M yang didakwa tersasar daripada tujuan sebenar kewujudannya.
Beliau berkata, sangat malang apabila kerajaan memperuntukkan dana yang besar dengan alasan untuk meringankan beban rakyat namun pada masa yang sama melakukan penipuan harga.
"Bagaimana kerajaan membelanjakan RM40 juta ke arah mewujudkan 85 unit KR1M apabila di lapangan harga yang ditawarkan adalah jauh menyasar daripada pengumuman?
"Iklan yang dibuat oleh GTP serta pengumuman kementerian tidak terlalu kasar jikalau hakikat sebegini dikatakan adalah satu bentuk penipuan kepada rakyat," katanya.
Selain itu turut dipersoal mengenai tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mewujudkan Kedai Rakyat MAIWP Oktober lalu yang dikatakan menawarkan harga rendah sehingga 40 peratus daripada pasaran biasa bagi membantu rakyat di sekitar ibu kota terutama golongan asnaf dan rakyat termiskin.
Sedangkan katanya sudah terbukti dakwaan produk jenama 1Malaysia mempunyai kualiti setanding dengan pasaran biasa adalah satu penipuan.
"Bagaimana pihak MAIWP menjustifikasi penggunaan duit rakyat dalam mewujudkan kedai-kedai ini?
"Berapakah jumlah dana yang akan diguna, berapa jumlah kedai yang akan diwujudkan, dan dari sumber apakah dana ini diambil?" soalnya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata tiada gunanya kerajaan mempunyai hasrat yang murni untuk membantu rakyat tetapi pelaksanaannya tidak menunjukkan demikian.
"Kerajaan tidak ada pertanggungjawaban dalam memastikan pelaksaannya benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
"Apa gunanya kalau produk yang sama, harga lebih tinggi tetapi cuma ditulis 'dibungkus oleh Kedai Rakyat 1Malaysia', katanya.

Pengikut