Isnin, 20 Mei 2013

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Adam Adli Dizalimi!

Posted: 20 May 2013 09:19 PM PDT

1. Sewaktu Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan perkauman jijik dan penuh hasutan " apa lagi orang cina mahu ? " kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas untuk menahan editornya , membatalkan permit penerbitannya serta mereka yang bertanggungjawab mengungkapkan kenyataan tersebut ?
. Semasa Datuk Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan melampau berbau hasutan apabila beliau mendesak pihak yang menentang penyelewengan dan penipuan dalam pilihanraya, keluar dari negara ini ... dimana pihak berkuasa ? Kenapa tidak tahan dan soal siasat pemimpin yang dangkal ini ?

3. Tatkala Menteri Besar negeri Terengganu mengeluarkan kenyataan penuh emosi, berdendam dengan rakyat dan jelas menghasut serta mencetus kebencian dikalangan rakyat apabila menteri besar cap ayam ini mengatakan mana - mana kawasan yang sokong pembangkang atau tidak sokong BN tidak akan diberi bantuan. Kenapa pihak berkuasa tidak bertindak ? Mengapa mereka tidak menangkap menteri besar yang tidak ada kelas ini ?
Sebelum ini Ibrahim Ali Perkasa dan Zulkifli Nordin terlalu kerap mengeluarkan kenyataan berkauman dan hasutan, kenapa mereka tidak pernah disentuh oleh pihak berkuasa ?
4. Kenapa Adam Adli menjadi mangsa ? Kenapa Adam Adli ditangkap ? Kelihatan UMNO dan BN sangat takut kepada Adam Adli ? Mengapa Adam Adli disoal siasat ? Jelas tindakan pihak berkuasa hanya membela pembesar sebaliknya menindas rakyat serta seorang anak muda yang bersuara agar suara keinginannya didengari oleh pemerintah.
5. Inilah wajah sebenar pemerintah negara kita. Menjadi pemangsa ke atas rakyat sendiri. Bukan sahaja suara rakyat tidak didengari malah rakyat pula dibelasah hanya kerana mereka berkuasa dan terus mahu kekal berkuasa.
Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini. Serentak itu kami mengecam sekeras - kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli.
Saya juga menyeru agar anak muda bangkit menolak kerajaan yang rakus dan zalim ini.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 20 May 2013 03:04 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:04 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Pelajar Dirogol Bergilir-gilir Teman Lelaki & Geng

Posted: 19 May 2013 10:36 PM PDT

[SH] KOTA BHARU - Akibat terlalu percaya kepada teman lelakinya, seorang pelajar perempuan tingkatan lima di sebuah sekolah di daerah ini dirogol secara bergilir-gilir oleh enam lelaki dikenali termasuk kekasihnya sendiri, dalam kejadian di Kampung Tok Akil di sini Jumaat lalu.

Sebelum kejadian, mangsa dipercayai keluar dari rumah pada jam 1 pagi mengikut teman lelakinya ke rumah datuk salah seorang rakan kekasihnya itu di Kampung Tok Akil di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan selepas menemani teman lelakinya itu dan kemudiannya dirogol bergilir-gilir.

"Hasil laporan awal yang diperoleh dari pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor, terdapat kesan koyakkan baru pada kemaluan mangsa.

"Selepas menerima aduan daripada mangsa, pihak polis terus melakukan serbuan di kampung terbabit dan berjaya menahan enam lelaki berumur antara 17 hingga 18 tahun," katanya kepada Sinar Harian.

Azham berkata, kesemua suspek yang ditahan merupakan bekas pelajar tingkatan lima yang juga merupakan sekolah mangsa berkenaan.

"Kes terbabit disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) untuk tindakan lanjut," katanya.

™ kaasii peecaahhh laaa...®

Posted: 20 May 2013 01:24 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 1:24 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


KEJADIAN KAD PENGENALAN DIGUNAKAN OLEH PENGUNDI HANTU DI SELURUH MALAYSIA

Posted: 20 May 2013 02:05 AM PDT


Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 dicemari dengan penipuan dan penyelewengan terancang yang berleluasa di seluruh negara. Setiap minggu, #siasatpru13 akan mengadakan 2-3 sidang media untuk membawa bukti ini kepada rakyat. Selain dari bukti-bukti yang ditunjukkan, #siasatpru13 juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk menampil memberikan keterangan.

Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca dari daftar pengundi yang tidak bersih. Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab, iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Kehadiran pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integrity keputusan PRU13. Apabila pengundi hantu wujud, segala keputusan – dari undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola pengundian mengikut saluran dan lain-lain – diragui oleh rakyat.

Setakat 17 Mei 2013, 8 orang pengundi telah tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang dari membuang undi apabila orang lain telah pun mengundi menggunakan nama mereka. Ini bermakna wujud kad-kad pengenalan palsu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang telah diberikan kepada individu tertentu bagi tujuan menjadi pengundi hantu.

8 orang pengundi yang telah tampil adalah seperti berikut:

Nama

Parlimen

Kamarulzaman Md Adnan

P105 Sungai Petani

Mohd Khir Shaari

P131 Rembau

Mohd Razmi Khalid

P096 Kuala Selangor

Nor A'risah Ab Yamin

P102 Serdang

Zaripah Abdul Halim

P040 Kemaman

Lee Hou Cyang

P102 Serdang

Sairah Jusoh

P019 Tumpat

Mohamad Khairul Azhar Yang Ali

P108 Shah Alam

Laporan polis yang telah dibuat berhubung perkara ini disertakan bersama

#siasatpru13 sedang dalam proses untuk mendapatkan persetujuan pengundi-pengundi ini untuk membuat Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) mengenai kejadian ini untuk mengukuhkan lagi bukti yang ada.

Wujudnya kad pengenalan berlainan untuk membolehkan orang lain mengundi dengan menggunakan identiti seorang rakyat Malaysia yang sah adalah amat membimbangkan. Ia bukan sahaja mengesahkan kehadiran pengundi hantu di dalam PRU13, tetapi membayangkan kegagalan Jabatan Pendaftaran Negara menjamin bahawa kad pengenalan adalah tulen, selamat dan unik kepada setiap rakyat Malaysia.

Fakta bahawa pengundi hantu wujud kerana identiti rakyat Malaysia digunakan oleh orang yang tidak dikenali untuk mengundi tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Pun begitu, saya mencabar SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengemukakan alasan mereka untuk dihakimi oleh mahkamah rakyat.

Saya juga mencabar YB Khairy Jamaluddin yang baru dilantik ke Kabinet menjawab mengenai kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau yang mungkin menyumbang kepada kemenangan beliau.

RAFIZI RAMLI

Pengarah Strategi KEADILAN

20 MEI 2013 


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'



™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/

!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 19 May 2013 11:01 AM PDT

PEJUANG BANGSA


HOT ! KISAH BENAR AIR ASIA BUAT WANITA MELAYU & ANAKNYA SENGSARA DI VIETNAM !!

Posted: 19 May 2013 09:36 AM PDT


Ketika bos Air Asia X Azran Osman Rani yang dibelasah depan belakang dalam soal 'kemelayuannya', rakyat Malaysia pada Ahad dikejutkan dengan satu kejadian malang penumpang syarikat penerbangan murah tersebut.
Ini bukan konspirasi, tapi kisah benar menimpa seorang wanita rakyat Malaysia bersama bayinya yang terdampar dibumi asing berikutan sikap kurang mesra pelangan syarikat penerbangan Air Asia di Vietnam malam Sabtu lalu.
Untuk rekod, selepas ding dong dan segala macam masalah, wanita malang itu bersama anaknya dibawa pulang oleh penerbangan MAS petang Ahad.
Siapa tahu mungkin kisah begini sudah selalu berlaku cuma semalam di Ho Chin Min, kebetulan ada wartawan TV3 Mazidul Akmar Sidik yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri apa yang berlaku dan melaporkannya dalam blog beliau.
Kisah tersebut kemudian tersebar di facebook dan twitter. Sepantas kilat, berbagai reaksi kemarahan rakyat Malaysia dihemburkan kepada pengurusan Air Asia.
Bosnya Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan di twitter kata beliau kini berada di Jepun dan sedang meneliti laporan kejadian. Manakala beliau mengarahkan pekerjanya untuk mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian di Vietnam itu.
Ceritanya mudah, ibu muda berusia 36 tahun, Izan  Suhaila Mohd Ali bersama bayinya Maryam Sofea Mohd Reza, 14 bulan bersama rombongan telah pergi bercuti di Vietnam menggunakan perkhidmatan Air Asia.
Bayi kecil itu demam campak sebelum itu, tapi doktor di Malaysia kata tidak ada masalah dan boleh pergi bercuti sejak Rabu 15 Mei lalu.
Cuma ketika hendak pulang, mereka ditahan oleh kakitangan Air Asia dan diberitahu tidak boleh naik kapal terbang tersebut selain kena tunggu di situ selama lima hari lagi.


Ada doktor yang kebetulan dok tunggu penerbangan yang sama periksa bayi malang itu dan dapati ia tidak demam lagi, cuma kesan hitam akibat campak saja yang kelihatan.
Beliau dan bayinya dipisahkan dari kumpulan, tanpa beg baju dan barang keperluan lain yang telah masuk dalam pesawat.
Kasihan melihat kesusahan yang dihadapi oleh si ibu dan anak, orang ramai pakat-pakat hulur duit untuk pasangan tersebut.
Berdasarkan cerita yang dipetik dari blog Mazidul, kakaitangan Air Asia yang mengiringi pasangan itu ke stesen teksi sambil meminta maaf.
Dan wanita itu serta anaknya terpaksa pergi beli baju sendiri selain balik ke hotel yang pernah mereka huni.
Cuma hari ini, cerita yang kecil sudah jadi besar, sampaikan melibatkan pihak kedutaan dan wakil tourist Malaysia juga syarikat penerbangan MAS.
Menurut Mazidul, kakitangan MAS telah ke hotel tersebut dan membawa keluarga malang itu ke hospital untuk pemeriksaan.
Dan pada petang Ahad, ibu dan anak itu sudah selamat mendarat di KLIA menggunakan pesawat MAS.





IBU DAN BAYI SENGSARA DI VIETNAM : AIR ASIA USAH LEPAS TANGAN
Kira-kira  jam 8.45 malam tadi (Sabtu),  mengikut  waktu tempatan di  Vietnam, saya terlihat penumpang pesawat  AK 1455,    warga  Malaysia  dihampiri oleh  kakitangan  lelaki Air Asia. Penerbangan  pulang ke Kuala Lumpur  dijadualkan  berlepas pada jam  9 malam ( 10 malam waktu  Malaysia ).
Setelah  beberapa minit  berlalu, perlahan  saya  kemudian  mendekati kumpulan penumpang itu  dan mengajukan soalan.
"Ada masalah apa puan?"
"Kakitangan  Air Asia ini berkata,  anak saya  dilarang  menaiki pesawat  kerana dia  demam campak.   Kami  sekeluarga,  dua belas orang,  datang  ke Ho Chi  Minh  pada hari Rabu lalu.  Kami memang  ada  membawa bekalan ubat demam,  jadi bagi kepada dia kalau dia  demam.  Dia  sudah  tidak demam lagi,"  ujar  ibu bayi,   Izan  Suhaila Mohd Ali,  36 tahun.
"The  mother and the baby had to stay here  for  five days. They cannot  board the aircraft," arah  kakitangan Vietnam Air Asia berdiri di sebelah saya.
Mereka  bimbang sekiranya deman terbabit  menjangkiti penumpang lain.
Menurut ahli  keluarga  Izan, semua  beg pakaian  mereka telah dimasukkan ke dalam pesawat.  Setelah  bercuti  selama empat hari,  kandungan beg  bercampur aduk dan barangan  keperluan  asas Izan dan anaknya,  Maryam  sukar dipisahkan. 
Bayi,  Maryam  Sofea Mohd Reza, berusia 14 bulan.
Lalu saya terangkan keadaan sebenar kepada kakitangan  syarikat  penerbangan  tambang murah itu.
"So, all twelve had to stay  then ,"  balasnya.
"I understand the situation, law is a law but  don't  forget, these are human beings not dogs or cats. If she  were going to stay here for another five days, she and the baby need  cloth to wear.  Please refer this matter  to your superior again before making  further decision," balas saya.
Tidak lama kemudian,  muncul seorang penumpang MELAYU memperkenalkan dirinya  sebagai  pegawai perubatan ( medical doctor )  datang menghampiri dan menyentuh  tubuh Maryam.
"Dia  kena chicken pox tetapi sudah tidak demam lagi. Hanya  tinggal kesan tompokan hitam sahaja di tubuh,"  ujar doktor terbabit.
Namun kenyataan beliau tidak dihiraukan oleh petugas di situ.
Beberapa minit  kemudian  tampil  pula jururawat wanita tempatan dan pantas menyelitkan jangka suhu di bawah  ketiak bayi itu sebanyak dua kali.
"Apabila  kita  bertanya,  berapakah suhu  badan  Maryam,  dia membisu,"  ujar kakak  Izan,  Norhamiza.
Saya  perhatikan,  airmata  jernih mula bergenang  di bawah  dua kelopak mata Izan sambil dia terus  mendakap  erat  anaknya mengalami sindrom down.
Barangkali   dia  bak  tidak mampu  mempercayai  cabaran didepaninya tatkala itu amat getir. Tambahan pula suami tersayang  tidak bersamanya untuk mengharung detik hitam tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayatnya itu.
Keputusan muktamat  telah  dibuat  oleh kakitangan Air Asia berpenampilan bongkak  biarpun tidak  dipersetujui ramai penumpang lain.
"The captain  doesn't  allow this baby on board," ujar pegawai sama kepada kami.
Warga Malaysia berkunjung ke bandaraya  Ho Chi Minh untuk membeli-belah. Lazimnya, ramai tidak  membawa  baki wang  tunai tatkala  pulang ke Malaysia.
Di saat perpisahan hampir menjenguk,  Izan dipeluk erat  oleh ahli keluarganya. Mereka juga  tidak berupaya  menahan  deraian  airmata tumpah di pipi.
"Ibu ini diarahkan untuk  tinggal  bersama anaknya selama lima hari lagi di sini. Barangkali dia tidak  mempunyaii wang tunai mencukupi.   Kalau  hati terbuka untuk menghulurkan bantuan, dipersilakan,"  kata saya spontan kepada semua penumpang sedang  beratur untuk menaiki pesawat.
Tidak semena-mena,  warga Malaysia pelbagai bangsa,  Melayu, Cina dan India, tergesa-gesa, tanpa berfikir panang, mengeluarkan  matawang  pelbagai jenis dari poket serta  beg duit  mereka dan pantas  menghulurkan  kepada Izan.
Hebat  sungguh warga Malaysia. Memori  sebegitu  bakal terus  terpahat  di minda saya, selagi hayat  dikandung  badan.
Saya berasa amat kagum.
Biarpun mereka tidak mengenali Izan dan keluarga,  fakta  itu diketepikan.  Saya melihat lelaki Cina bertubuh tinggi menyeluk saku lalu menghulurkan  sejumlah wang kepada Izan, berdiri di elevator. 
Kakitangan Air Asia bertugas bak  tidak sabar untuk membawa Izan,  Maryam dan dua anak buahnya  keluar daripada kawasan itu.
Sebelum beredar, Izan  sempat dipeluk oleh  beberapa wanita Melayu tidak pernah dikenalinya. Sebilangan wanita lain, berlari mendapatkan ibu bertugas sebagai kakitangan Hong Leong Bank itu dan mendermakan  wang tunai.
Saya  berasa amat  terharu menyaksikan  detik memilukan itu tetapi gagal untuk  tidak mengizinkan kejadian itu berlaku.
Untuk rekod, beberapa petugas, lelaki dan perempuan  kelihatan  berdiri di kaunter Air Asia.  Gambar mereka saya rakamkan.  Siapapun sekali mereka, kumpulan itu dilihat  mewakili  syarikat  penerbangan terbabit.
Andai  kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan  Air Asia,  Tan Sri  Tony  Fernandes  tiba-tiba berkebetulan   muncul  di lokasi itu,  pasti saya  tidak segan  untuk merayu ...
"Tan Sri,  tolong  hulurkanlah  sedikit  bantuan.  Mungkin kakitangan  Air Asia boleh  mencarikan hotel untuk mereka menginap kerana Vietnam, negara asing bagi mereka. Lagipun kini hampir jam 10 malam.  Pengguna  perkhidmatan  syarikat Tan Sri itu  juga BUKAN  orang kaya  dan ternama  seperti Tan Sri.  Apapun,  hakikatnya, Izan dan anaknya adalah pelanggan Air Asia dan mereka telah membayar tambang  untuk pulang. Jika  penumpang tidak mengenali mereka,  sudi membantu,  inikan pula Tan Sri,  individu  tersohor di mata rakyat  Malaysia"
Malangnya  saya tidak berpeluang  bersemuka dan meluahkan rayuan itu kepada  Tony  tatkala beliau  diperlukan.
Saya  bukan Richard Branson and I don't wear skirt.
Lupakan Tony  tetapi saya  berharap  selepas  membaca entri ini,  beliau  dan kakitangan Air Asia  akan  mengambil tindakan segera menangani  kesengaraaan  bakal ditempuh  penumpang  malang  pesawat Air Asia terbabit. 
Tony,  just like what   I have told your staff  in Vietnam, Izan and Maryam are humans.
Sekitar  jam 9.30 malam,  kami  semua  hanya mampu menjadi penonton  ketika ibu dan anak itu  diarahkan  keluar dari pintu 18,  lapangan terbang.
Pesawat  AK 1455  terbang  pada kira-kira jam 10 malam   waktu Vietnam,  terlewat kira-kira sejam  berbanding masa sebenar. Lebih MENAKJUBKAN,  tiada sebarang permohonan maaf diumumkan kepada penumpang berikutan kelewatan berlaku.
Sebaik menaiki  pesawat,  saya menceritakan  butiran  kejadian kepada ketua pramugari, Kasturi, sedang berdiri  berhampiran  pintu  utama pesawat.  Melihat reaksi  wajahnya gadis berpakaian  serba merah itu,  saya dapat  menjangkakan  kes itu  terlalu  asing  bagi dirinya.
"Tolong maklumkan kepada kapten dan ground  staff Air Asia di LCCT supaya Izan dapat dibantu,"  pinta saya.
Setelah menjamah  nasi lemak tidak berapa enak dipesan, saya sekali lagi kembali menghampiri Kasturi.
"Saya dimaklumkan,  ibu dan anak itu telah dibawa ke hospital oleh ground staff kita," kata gadis  tinggi lampai itu.
"Adakah  kapten mengetahui kejadian itu?  Kerana  ground staff   tadi  memaklumkan saya dan  keluarga  Izan,  kapten  tidak membenarkan Mariam  menaiki pesawat," soal saya.
"Kapten hanya tahu sebentar tadi setelah saya maklumkan,"  akui Kasturi.
Kapten  bertugas,  Ariffin Bakar.
Sebenarnya, tiada individu bijak gemar bertindak melanggar undang-undang. Jika kehadiran Maryam di dalam pesawat  ternyata  membahayakan nyawa semua penumpang, molek jika bayi itu dirawat dengan kadar segera  di hospital di Ho Chi Minh  terlebih dahulu.
Sewaktu  tiba di LCCT,   saya mendapatkan  berita terkini melalui Norhamiza dan ahli keluarga lain termasuk ibunya, Zaiton Baharom, 71 tahun.
"Memang kami terkejut," komen Zaiton terkilan.
"Tadi sewaktu saya hubungi melalui telefon,  Izan berkata,  kakitangan  Air Asia itu menghantar mereka sampai ke stesyen  teksi dan berkata, I am sorry.  Izan kemudian  terpaksa pergi membelikan baju Mariam dan dua pasang baju dia sendiri kemudian pergi balik ke May  Flower  Hotel,  tempat kami menginap  sebelum ini. Bayarannya,  USD60 semalam. Hujung minggu, banyak hotel penuh dan terpaksa tinggal di situ. Ini trip   pertama Izan ke Vietnam," tambah  Norhamiza.
"Jadi  tidak benarlah kenyataan  mereka  kononnya Maryam telah dihantar ke hospital oleh kakitangan Air Asia bertugas di lapangan terbang?,"  tanya saya kepada ahli perniagaan itu.
"Tidak," balasnya ringkas.
"Apakah  pesanan puan kepada Air Asia?," soal saya.
"Periksa secara teliti  terlebih dahulu sebelum  membuat keputusan.  Jika Maryam  membawa penyakit,  sudah pasti kami antara individu paling awal  dijangkiti kerana kami bercampur-gaul dengan dia.  Saya sendiri  tidur sebilik  dengan Maryam,"  luah Norhamiza, kecewa.
Apakah bakal berlaku kepada Izan dan Maryam? Adakah mereka mempunyai wang mencukupi  untuk Maryam melakukan pemeriksaan  darah di hospital di Vietnam?  Wajarkah Air Asia lepas tangan dalam kes ini?.
POSTING SAMBUNGAN
MAS MEMBANTU MEMBAWA PULANG KE MALAYSIA PENUMPANG AIR ASIA DIDAKWA BERMASALAH
Jam 1.30  tengahari  tadi saya menghubungi  adik  Izan Suhaila Mohd Ali,  Saiful Riza, 31 tahun, berada  di Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.
"Saya  berasa musykil. Maryam kena chicken pox kira-kira seminggu sebelum berangkat ke Ho Chi Minh,  Vietnam,  pada hari Rabu, 15 Mei 2013.  Doktor di Malaysia telah mengesahkan tahap  kesihatan  Maryam baik sebelum kami terbang, malah  malam sebelum ke sana,  Maryam  sekali lagi dibawa  menjalani pemeriksaaan doktor. Berikutan  pengesahan itu berstatus sama,  kami membawa  Maryam  bersama," ujar Saiful.
Memang Air Asia berhak melarang penumpang untuk tidak  menaiki pesawat jika didapati membahayakan  nyawa penumpang lain. Maklumat itu  tercatat di salinan  terma dan syarat  perincian penerbangan.
"Masalahnya,  sehingga malam tadi,  kami sekeluarga masih  lagi kabur,  mengapakah Maryam tidak  dibenarkan pulang? Dia tidak demam dan apabila ditanyakan kepada kakitangan Air Asia di lapangan terbang Ho Chi Minh,  mereka tidak langsung memberikan penjelasan. Jururawat memeriksa suhu badan Maryam hanya membisu. Mungkin kerana dia tidak mampu berbahasa Inggeris," kata kakitangan agensi pelancongan itu.
"Jauh  bezanya berbanding kemahiran bahasa Inggeris Tony Fernandes," celah saya.
Di  ruangan  komen entri terdahulu, muncul kenyataan, petugas melarang Maryam menaiki penerbangan,  BUKAN  kakitangan Air Asia tetapi pekerja  lapangan terbang.
Jika kenyataan itu sahih,  di manakah wakil  Air Asia di Ho Chi Minh?  Wakil bertugas untuk membantu  sekiranya penumpang mendepani masalah?  Adalah kebajikan mereka diserahkan  sepenuhnya  kepada ground staff,  didakwa pekerja lapangan terbang? 
Adakah  kejadian   berlaku,  bukti  nyata  nasib  penumpang  sah  pesawat Air Asia   boleh  diperkotak-katikkan  sesuka hati?  Jika wanita  di dalam gambar  di atas TIDAK  terbabit   dengan syarikat  penerbangan  tambang murah itu,  mengapakah mereka  bertugas di pintu 18  terpampang logo  Air Asia?
Maaf,  kerana saya  amat jarang menaiki pesawat  Air Asia,  justeru  memerlukan  sedikit pencerahan.
"Seperkara lagi,  sewaktu  kami menaiki  pesawat Air  Asia di LCCT pada jam 7 pagi Rabu lalu  untuk ke Ho Chi Minh,  tidak pula timbul sebarang masalah.  Tidak pula Maryam ditahan dan dilarang menaiki pesawat sewaktu check in.  Sedangkan pada ketika itu Maryam  mengalami   chicken pox dalam  tempoh  kira-kira seminggu.  Apapun,  dia tidak demam lagi," jelas Saiful.
"Adakah  wakil Air Asia Malaysia  menghubungi setakat ini?," soal saya.
"Tidak,"  responnya  pantas.
Ayah  Maryam,  Mohd Reza Mat Jan dijangka bakal  terbang ke Ho Chi Minh  petang esok.
"Pada mulanya dia ingin ke sana hari ini.  Dia bimbang mengenangkan nasib isteri dan anaknya  tetapi paspot  Reza  disimpan di peti keselamatan bank. Oleh itu penerbangan terpaksa ditunda esok," kata Saiful.
Jam 3.15 petang,  saya menghubungi Norhamiza.
"Saya  menelefon  adik, Ahmad Johanis, kini  bertugas dengan Tourism  Malaysia di New York, Amerika  Syarikat. Dia kemudian  menghubungi Tourism Malaysia di Vietnam. Wakil Tourism  telah bercakap dengan kakitangan  Kedutaan Malaysia di Vietnam. Staf MAS baik budi, menjemput Izan, Maryam dan dua saudara kami dan membawa mereka ke hospital. Mereka ke hospital kerajaan,  caj  hanya  USD20 untuk pemeriksaan Maryam. Hospital swasta mengenakan caj lebih mahal, USD200.  Wakil Hong Leong Bank di sanapun menghubungi Izan, menawarkan tempat tinggal, jika tiada. In Shaa Allah, andai tiada aral melintang MAS  akan menguruskan penerbangan balik mereka  hari ini juga," jelas kakak Izan itu, tenang.
Justeru itu,  ayah  Maryam membatalkan hasratnya untuk terbang  ke Ho Chi Minh.-19/5/2013
Untuk membaca keseluruh kisah dan gambar-gambar sila layari Bersama Mazidul

Hot ! Air ASIA diboikot Veteran UMNO kerana kebiadapan Azran hina bangsa sendiri !!

Posted: 19 May 2013 08:43 AM PDT




- Veteran UMNO mengarahkan kira-kira 750,000 ahlinya di seluruh negara memboikot AirAsia dan AirAsia X berikutan kenyataan biadab Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani yang mencerca Utusan Malaysia.

 Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, langkah drastik itu sebagai tindak balas terhadap kebiadapan Azran serta kegagalan AirAsia X memecat beliau walaupun pelbagai pihak mendesak tindakan tegas dikenakan.

 Tegasnya, veteran UMNO tidak akan sesekali berkompromi dalam isu yang menyentuh mengenai kaum Melayu dan perbuatan Azran mencerca Utusan Malaysia bermakna beliau menghina kaumnya sendiri ketika kaum Melayu turut ditekan dari pelbagai sudut.

 Menurut Mustapha, selaras dengan langkah memboikot itu, ahli veteran UMNO boleh memilih menggunakan perkhidmatan Firefly dan Malaysia Airlines (MAS) untuk penerbangan domestik atau ke luar negara.

 "Kenyataan Azran benar-benar menghina Melayu. Oleh kerana AirAsia X tidak mahu menghukumnya, maka veteran UMNO akan menghukum AirAsia X dan AirAsia dengan memboikot kedua-dua syarikat ini. 

 "Bagi kami Azran adalah lambang Melayu yang lupa identiti bangsanya.

 Inilah Melayu yang dikatakan kacang lupakan kulit. Individu seperti inilah yang menjadikan Melayu hilang identiti malah sanggup menggadai maruah bangsa sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

 Azran menerusi akaun Facebook dan Twitternya baru-baru ini bertindak mencerca Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar rasis hanya kerana menyiarkan artikel berbentuk pertanyaan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu' pada 7 Mei lalu.

 Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman.

Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)," Di Twitter pula, Azran memberitahu menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia selain turut berkata: "Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia.

Karpal bengang rahsia jahat DAP dibocorkan Tunku Aziz kepada Polis !!

Posted: 19 May 2013 12:00 AM PDT



Banyak juga sebenarnya  rahsia jahat DAP diketahui Tunku Aziz ..  hari ini satu persatu didedahkan beliau  kepada Rakyat . Terbaru semalam pendedahan Malaysia Spring telah lama dirancang DAP jika kalah PRu13 .KLIK DI SINI

Malah paling  ditakuti parti chauvinis ialah TINDAKAN TEGAS oleh Polis & KDN  yang sekarang tengah mengamuk sakan membendung siapa saja yang cuba gugat ketenteraman awam & menjatuhkan kerajaan . 



 Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring seperti yang didakwa bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM telah menilai dan memandang serius dakwaan itu kerana perkara tersebut boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan awam.

Katanya, beliau sendiri telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk membuat laporan polis berhubung rancangan mengadakan Malaysia Spring supaya satu kertas siasatan dibuka bagi mengkaji kebenaran di sebalik dakwaan Tunku Abdul Aziz.

"Pendedahan yang dikatakan Tunku Abdul Aziz dianggap sesuatu yang amat serius kerana melibatkan ancaman terhadap keharmonian rakyat negara ini.

"Polis tidak boleh bertoleransi dengan mana-mana pihak yang cuba merancang sesuatu yang berkaitan rusuhan dan keganasan.

"Oleh demikian saya sendiri meminta pegawai saya untuk membuat laporan polis supaya siasatan sepenuhnya tentang konspirasi Malaysia Spring dijalankan, seterusnya tindakan tegas diambil terhadap pihak-pihak yang didakwa mahu menjayakan perkara seumpama itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Tunku Abdul Aziz mendakwa pembangkang sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Dakwa beliau, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Tunku Abdul Aziz mendakwa, Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0 selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu.

Mengulas lanjut, Khalid memberitahu, beliau juga akan mengarahkan pegawainya bertemu dengan Tunku Abdul Aziz untuk mengumpul maklumat tentang konspirasi menggulingkan kerajaan.

"Kita akan berjumpa terus dengan beliau untuk mengambil setiap informasi yang beliau ada tentang konspirasi ini. Jika benar apa yang didedahkan Tunku Abdul Aziz semalam, tentu sekali maklumat itu akan membantu polis menjalankan siasatan berhubung perkara itu nanti," katanya.

Dalam pada masa sama, Khalid turut meminta pihak-pihak lain yang mempunyai maklumat tentang perkara itu ke depan dan berhubung dengan pihak polis dalam membantu siasatan.

"Kita menyeru mana-mana individu yang mengetahui tentang konspirasi menggulingkan kerajaan supaya datang menyalurkan maklumat kepada polis.

"Bongkar perkara sedemikian kerana itu mampu menyelamatkan negara daripada sebarang anasir yang mahu menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan yang telah lama wujud di Malaysia.

"Polis juga tidak akan bertoleransi dengan perkara sebegitu, kita akan siasat sedalam-dalamnya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang mahu menghuru-harakan negara," katanya.



GPB harap Tunku Aziz tidak gentar dengan ugutan SAMAN  DAP ini ...ini lah taktik DAP untuk menutup mulut pihak yang mendedahkan tembelang mereka seperti berlaku kepada Dr Shaik Hussein Mydin yang mendedahkan isu skandal  Bayan Mutiara & Taman Manggis 


KARPAL BAGI AMARAN TUNKU AZIZ JANGAN SERANG DAP 


Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi parti itu, Tunku Aziz Tunku Ibrahim supaya menghentikan serangan terhadap DAP atau beliau akan diheret ke mahkamah.


"Beliau benar-benar sudah hilang kawalan. Saya telah memerhatikannya dengan teliti.

"Kepimpinan DAP rasa cukup bersalah kerana membuat penilaian yang salah dan memberikan keahlian kepada Tunku Aziz malah melantiknya sebagai Naib Pengerusi.

"Dia bukan sahaja tidak bersyukur tetapi oportunis," katanya pada sidang media di Jalan Gangsa di Green Lane pada Ahad.

Tunku Aziz mengumumkan keluar daripada DAP pada Mei tahun lepas.

Menurut Karpal walaupun Tunku Aziz tidak membuat serangan peribadi terhadapnya, namun tindakan Tunku Aziz menyerang parti itu secara bertubi-tubi dianggap melampaui had.

Ditanya bagaimana Tunku Aziz akan didakwa di mahkamah, Karpal berkata ia bergantung kepada kenyataan-kenyataan bekas pemimpin berkenaan.

"Bawa beliau ke mahkamah adalah perkara terakhir yang kami akan lakukan," katanya.-Bernama

SYABAS POLIS ! BUDAK SEWEL ANJING YAHUDI DITAHAN LAGI 5 HARI REMAN !!

Posted: 18 May 2013 11:07 PM PDT


TAHAN JE LAMA LAGI BUDAK SEWEL ANJING YAHUDI INI DALAM LOKAP ....KURANG AJAQ SANGAT NAK HASUT RAKYAT TURUN JALANRAYA TUMBANGKAN INI KERAJAAN..

SAPA YANG AJAR ?? INI SEMUA AJARAN YAHUDI LA ..LIHAT LAH APA DAH BERLAKU DI MESIR ...JANGAN  MIMPI  MALAYSIA SPRING AKAN BERLAKU DI SINI .....
Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim ditahan reman selama lima hari di bawah Kanun Keseksaan 124 B dan Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan bermula hari ini.

 Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami), Khalid Mohd Ismath berkata, sehubungan dengan penahanan Adam Adli, kumpulan aktivis akan terus 'berkampung' di hadapan lokap tersebut bagi membantah penahan rakan mereka itu.

 "Kita juga akan bermalam di sini dan menyalakan lilin sepanjang lima hari penahanan Adam Adli. "Malahan, Adam Adli juga sempat berpesan kepada rakan aktivis di luar supaya terus berjuang melalui bapanya, Abdul Halim yang hadir di lokap Balai Polis Jinjang pada jam 11.30 pagi tadi," katanya.

 Menurutnya lagi, Adam Adli diwakili peguam Latheefa Koya dan Eric Paulsen untuk kes ini. Semalam, Adam Adli yang digantung tiga semester pengajian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei lalu.

 Dalam forum itu, Adam Adli bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) anti kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.-SH


Hot ! Ngeh biaDAP hina keputusan Sultan Johor lantik Exco dari MCA

Posted: 18 May 2013 09:00 PM PDT




Lepas Nizar hina pasal No Plat dibeli Sultan Johor , kini giliran Ngeh pulak hina kuasa Sultan Johor disebabkan isu pelantikan Exco kerajaan negeri  dari MCA . Seperti yang telah dijelaskan  awal  oleh MB Johor dan juga  titah Sultan Johor di semua  media  , baginda mahu wakil daripada masyarakat kaum Cina dilantik Exco  dan ia bukannya patuh kepada UMNO .

Tak habis-habis DAP bangsat ini  suka cari pasal dengan institusi Raja Melayu  ..  mereka ini memang tidak suka kepada Kesultanan Melayu seperti mana dulu berlaku di Perak di mana  mencabar kuasa Sultan Perak dan diheret ke mahkamah . 



- Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membidas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mengkritik MCA kerana membenarkan wakilnya menjawat dalam Exco Kerajaan Negeri Johor.

Menurutnya, pelantikan Adun Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong selaku exco bukan kerana patuh kepada Umno, sebaliknya akur kepada titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Konsep kita ialah konsep kerjasama dan muafakat. Bukan soal subservient (patuh) dan sebagainya, tetapi konsep kerjasama dan muafakat.

"Dan apa yang MCA patuh adalah kepada tuanku dan bukannya kepada Umno. Penerimaan jawatan itu adalah menghormati titah tuanku bukannya Umno. Apa sahaja kita buat pembangkang akan perlekehkan. Jadi kita tak heran bila dia cakap begitu," katanya kepada pemberita selepas Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2013 di Pusat Islam Iskandar, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Koo Ham menerusi laman sosial Twitter yang mendakwa MCA tidak berpendirian kerana sebelum ini tunduk kepada Umno dan kini kepada Sultan Johor khususnya melibatkan soal penerimaan jawatan Exco Kerajaan Negeri Johor oleh Siew Kiong.






Ngeh putar belit cakap tak hina SULTAN 



 - "Saya tujukan pada MCA, bukan mahu pertikai institusi diraja."

Itu reaksi  Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham ketika mengulas isu kenyataan kontroversinya dalam laman sosial yang disifatkan menghina institusi diraja oleh sesetengah pihak.

Pengerusi DAP Perak itu berkata, kenyataan beliau tidak berniat untuk mempertikaikan institusi diraja di Malaysia.

"Dalam twitter jelas menunjukkan saya langsung tidak mempertikaikan institusi diraja. Kita (Pakatan Rakyat) menerima institusi diraja dan tidak akan persoalkan kedaulatan mereka," jelasnya.

Koo Ham berkata, sasaran kenyataan jelas kepada MCA kerana parti itu dilihat seperti tidak mampu buat keputusan dengan sendiri.

"Isu politik tidak ada kena mengena dengan Sultan. Ini keputusan parti politik, jadi MCA harus tentukan sendiri keputusan mereka.

"Biar parti buat keputusan dan selepas sudah ada keputusan, mereka perlu tanggung kesan dari keputusan mereka," katanya.

Beliau juga menggesa agar kenyataannya tidak diputar belit oleh mana-mana pihak.

"Saya mohon jangan putar belit isu ini sebab sasaran saya adalah MCA.

"Saya hormat institusi diraja kerana mereka ada peranan mereka yang tersendiri seperti yang tertulis dalam perlembagaan," ujarnya.

Hot ! Mahfuz Bean lupa BN perintah Kedah , kalau tak bagi guna stadium duduk diam la !! @MuhkrizMahathir

Posted: 18 May 2013 07:20 PM PDT




Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.
Katanya, walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.
"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima.
"Kalau setakat nak berhimpun tidak ada masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di Alor Setar, hari ini.
Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar hari ini merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim.
Mahfuz yang juga Naib Presiden Pas berkata, pihaknya sebelum ini telah mengemukakan surat permohonan kepada pihak pengurusan stadium tersebut namun ditolak dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.
Katanya, pihaknya hari ini akan menghantar surat rayuan kepada Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah agar membenarkan mereka melakukan himpunan tersebut atas dasar 'demokrasi'.
Mukhriz berkata, jika perhimpunan itu dibenarkan dan dakwaan-dakwaan itu diulangi, beliau khuatir ia akan mengelirukan rakyat dan mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.
"Kita sudah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 yang paling sengit, kita satukan balik rakyat. Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat. Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan dikeluarkan ," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mukhriz yang merupakan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyambut pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk terus menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
"Satu keputusan yang amat tepat. Kerja-kerja di MITI perlukan kesinambungan berterusan. Kalau ketuanya sama banyak dasar yang beliau rangka sebelum ini dapat diteruskan dan dilaksanakan sebaik mungkin," katanya.
– Bernama



SYABAS MB KEDAH YANG BARU ... ANDA TELAH TUNJUKKAN  KETEGASAN ANDA DENGAN MENGUTAMAKAN KEAMANAN & KETENTERAMAN RAKYAT DENGAN TIDAK MEMBENARKAN STADIUM DI KEDAH DIGUNAKAN PR UNTUK BUAT HIMPUNAN HARAM . 

HARAP KERAJAAN2 NEGERI LAIN DITADBIR BN JUGA MENGIKUT LANGKAH DIAMBIL MUHKRIZ INI ..

VIDEO : Patutlah Anwar meroyan kalah , Tok Bomoh Pakatan ramal dah menang !!

Posted: 18 May 2013 06:00 PM PDT




Bukan sahaja Pakatan menyebar fitnah & penipuan memburukan SPR & kerajaan  ketika PRU13 ,  tak sangka mereka juga mempercayai ramalan BOMOH yang boleh jatuh SYIRIK .

Video " Ini Kalilah " semalam telah disebarkan yang menunjukkan Tok Bomoh ini yakin Pakatan sudah 65 % menang dan BN akan tumbang .

Mungkin sebab ini lah Anwar marah sampai nak  jadi GILA dah kerana kemaruk  jawatan Perdana Menteri.

Ye la  duit dah habis beribu pasal bayar ramalan Tok Bomoh ni  ,tapi tak juga menang .  

Seperti kata Mufti Perak,  menang dan kalah di PRU13 ini semua ketentuan qada dan qadar .




IPOHMALAY

Posted: 19 May 2013 09:14 AM PDT

IPOHMALAY


Barisan Exco Perak 2013 Mantap!

Posted: 19 May 2013 06:04 AM PDT



1) YAB DS Dr Zambry Abdul Kadir 
Pengerusi Agama, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancang Ekonomi, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam. 

2) YB Dato Saarani Mohammad - 
Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 

3) YB Dato Zahir Khalid - 
Pengerusi Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor 

4) YB Dato Zainol Fadzi Paharudin - 
Pengerusi Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air 

5) YB Dato Rusnah Kassim - 
Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Intergrasi Nasional 

6) YB Dato Samsudin Abu Hassan - 
Pengerusi Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil (NGO)

7) YB Ust Md Nizar Zakaria - 
Pengerusi Pendidikan Islan, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi 

8) YB Puan Nolee Ashilin Radzi - 
Pengerusi Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan 

9) YB Dr Mohd Amin Zakaria - 
Pengerusi Pelajaran, Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 

10) YB Datuk Shahrul Zaman Yahya - 
Pengerusi Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia 

Pengikut