Isnin, 20 Mei 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 20 May 2013 03:04 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:04 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Pelajar Dirogol Bergilir-gilir Teman Lelaki & Geng

Posted: 19 May 2013 10:36 PM PDT

[SH] KOTA BHARU - Akibat terlalu percaya kepada teman lelakinya, seorang pelajar perempuan tingkatan lima di sebuah sekolah di daerah ini dirogol secara bergilir-gilir oleh enam lelaki dikenali termasuk kekasihnya sendiri, dalam kejadian di Kampung Tok Akil di sini Jumaat lalu.

Sebelum kejadian, mangsa dipercayai keluar dari rumah pada jam 1 pagi mengikut teman lelakinya ke rumah datuk salah seorang rakan kekasihnya itu di Kampung Tok Akil di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan selepas menemani teman lelakinya itu dan kemudiannya dirogol bergilir-gilir.

"Hasil laporan awal yang diperoleh dari pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor, terdapat kesan koyakkan baru pada kemaluan mangsa.

"Selepas menerima aduan daripada mangsa, pihak polis terus melakukan serbuan di kampung terbabit dan berjaya menahan enam lelaki berumur antara 17 hingga 18 tahun," katanya kepada Sinar Harian.

Azham berkata, kesemua suspek yang ditahan merupakan bekas pelajar tingkatan lima yang juga merupakan sekolah mangsa berkenaan.

"Kes terbabit disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) untuk tindakan lanjut," katanya.

™ kaasii peecaahhh laaa...®

Posted: 20 May 2013 01:24 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 1:24 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


KEJADIAN KAD PENGENALAN DIGUNAKAN OLEH PENGUNDI HANTU DI SELURUH MALAYSIA

Posted: 20 May 2013 02:05 AM PDT


Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 dicemari dengan penipuan dan penyelewengan terancang yang berleluasa di seluruh negara. Setiap minggu, #siasatpru13 akan mengadakan 2-3 sidang media untuk membawa bukti ini kepada rakyat. Selain dari bukti-bukti yang ditunjukkan, #siasatpru13 juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk menampil memberikan keterangan.

Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca dari daftar pengundi yang tidak bersih. Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab, iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Kehadiran pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integrity keputusan PRU13. Apabila pengundi hantu wujud, segala keputusan – dari undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola pengundian mengikut saluran dan lain-lain – diragui oleh rakyat.

Setakat 17 Mei 2013, 8 orang pengundi telah tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang dari membuang undi apabila orang lain telah pun mengundi menggunakan nama mereka. Ini bermakna wujud kad-kad pengenalan palsu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang telah diberikan kepada individu tertentu bagi tujuan menjadi pengundi hantu.

8 orang pengundi yang telah tampil adalah seperti berikut:

Nama

Parlimen

Kamarulzaman Md Adnan

P105 Sungai Petani

Mohd Khir Shaari

P131 Rembau

Mohd Razmi Khalid

P096 Kuala Selangor

Nor A'risah Ab Yamin

P102 Serdang

Zaripah Abdul Halim

P040 Kemaman

Lee Hou Cyang

P102 Serdang

Sairah Jusoh

P019 Tumpat

Mohamad Khairul Azhar Yang Ali

P108 Shah Alam

Laporan polis yang telah dibuat berhubung perkara ini disertakan bersama

#siasatpru13 sedang dalam proses untuk mendapatkan persetujuan pengundi-pengundi ini untuk membuat Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) mengenai kejadian ini untuk mengukuhkan lagi bukti yang ada.

Wujudnya kad pengenalan berlainan untuk membolehkan orang lain mengundi dengan menggunakan identiti seorang rakyat Malaysia yang sah adalah amat membimbangkan. Ia bukan sahaja mengesahkan kehadiran pengundi hantu di dalam PRU13, tetapi membayangkan kegagalan Jabatan Pendaftaran Negara menjamin bahawa kad pengenalan adalah tulen, selamat dan unik kepada setiap rakyat Malaysia.

Fakta bahawa pengundi hantu wujud kerana identiti rakyat Malaysia digunakan oleh orang yang tidak dikenali untuk mengundi tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Pun begitu, saya mencabar SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengemukakan alasan mereka untuk dihakimi oleh mahkamah rakyat.

Saya juga mencabar YB Khairy Jamaluddin yang baru dilantik ke Kabinet menjawab mengenai kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau yang mungkin menyumbang kepada kemenangan beliau.

RAFIZI RAMLI

Pengarah Strategi KEADILAN

20 MEI 2013 


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'



™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/

!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Tiada ulasan:

Pengikut