Khamis, 29 Ogos 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Kerabu Bersuara ®

Posted: 29 Aug 2013 03:02 PM PDT

GEORGETOWN - Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP menasihatkan panggung wayang di negeri ini tidak menayangkan filem patriotik 'Tanda Putera' menimbulkan persoalan keterbukaan dan kebebasan yang dilaungkan pakatan pembangkang sebelum ini.

Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata berdasarkan kedua-dua prinsip itu, kerajaan negeri seharusnya menggalakkan penayangan filem itu dan memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian.

"Dalam konteks ini, apabila filem ini ditayangkan di tempat lain ia boleh melahirkan kemusykilan dalam kalangan masyarakat...tindakan itu akan disalah tafsir oleh masyarakat.

"Sepatutnya filem ini ditonton terlebih dahulu dan kemudian diberi penilaian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Lim dalam sidang akhbar berkata kerajaan negeri pimpinan DAP meminta pengusaha pawagam di negeri ini tidak menayangkan filem 'Tanda Putera' dengan mendakwa ia mengandungi unsur-unsur sensitif dan fitnah yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

Filem arahan Datuk Shuhaimi Baba itu yang diterajui dua bintang utama iaitu Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak Hussein dan Zizan Nin sebagai Tun Dr Ismail Abdul Rahman ditayang serentak di 60 pawagam seluruh negara mulai hari ini.

Sivamurugan berkata Lim sewajarnya menonton filem berkenaan dan membuat penilaian sama ada filem berdurasi dua jam itu boleh mengancam keharmonian negara dan memberi kesan kepada parti DAP.

Sementara itu, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Seri Mohd Yussof Latiff berkata filem 'Tanda Putera' itu seharusnya dijadikan pengajaran kepada penonton mengenai sejarah negara.

Sementara itu, pelajar jurusan pergigian Anis Nadia Ismail, 21, melahirkan rasa kesal apabila filem itu tidak ditayangkan di negeri ini dan menyifatkan filem yang mempunyai elemen sejarah wajib ditonton oleh semua masyarakat terutamanya generasi muda.

"Sayang filem ini tidak ditayangkan. Sekurang-kurangnya menerusi filem patriotik sebegini, ia dapat memberi kesedaran kepada generasi muda kepentingan mengekalkan perpaduan di antara kaum," katanya ketika ditemui di TGV Cinemas di 1st Avenue di sini, hari ini.

Beliau juga berharap lebih banyak penghasilan filem bergenre sejarah dihasilkan pada masa akan datang.

Di KUALA TERENGGANU, Gagasan Melayu Pendidikan Malaysia (Gagasan) secara sinis mengucapkan 'tahniah' kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang tidak mahu filem itu ditayangkan di negeri itu.

Setiausaha Agung Gagasan Syed Anuar Syed Mohamad seterusnya mencabar dua lagi negeri yang dikuasai pembangkang iaitu Selangor dan Kelantan agar mengambil langkah serupa.

"Inilah wajah sebenar pemimpin-pemimpin pemangkang yang tiada langsung semangat cintakan negara, sebaliknya mereka cuba pelbagai cara untuk mengelirukan rakyat sehingga mencetuskan ketegangan.

"Kita yakin jika beginilah amalan mereka, masa depan Malaysia tidak akan aman damai, malah lebih teruk daripada apa yang berlaku di Mesir dan Syria," katanya ketika dihubungi Bernama.

Syed Anuar seterusnya menasihati orang ramai khususnya golongan muda yang sayangkan keamanan dan kesejahteraan negara supaya tidak mudah terpedaya dengan agenda pembangkang sehingga boleh mengundang petaka kepada negara.

"Kita juga nasihatkan masyarakat khususnya orang muda agar tonton dulu filem itu dan nilai sendiri apakah benar dakwaan liar pembangkang," katanya. - Bernama

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 29 Aug 2013 01:16 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 1:16 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kongsi Gelap Melayu pecahan dari Pekida

Posted: 29 Aug 2013 03:31 AM PDT


Kongsi Gelap Melayu pecahan dari Pekida
29 Ogos 2013

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan dua kumpulan kongsi gelap yang didalangi kaum Melayu adalah pecahan daripada persatuan Pekida Malaysia iaitu Double 7 ditubuhkan sejak November 2005 yang aktif di 28 kawasan seluruh Semenanjung dan mempunyai 1,053 ahli.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan Geng 04 dan Geng 08 yang didalangi kaum India merupakan kumpulan kongsi gelap paling aktif dan bahaya daripada 49 kumpulan kongsi gelap di negara ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Geng 04 yang mempunyai 5,440 ahli di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur aktif dalam aktiviti pengedaran dadah, tarik kereta, jaga tempat meletak kereta, bouncer (penjaga kelab malam), pungut wang perlindungan dan melakukan jenayah menggunakan senjata api serta senjata tajam.

"Manakala Geng 08 ditubuhkan sejak tahun 1970-an mempunyai ahli seramai 4,423 aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan serta Melaka dan melakukan aktiviti yang sama," katanya dalam sidang akhbar semasa mengumumkan senarai nama 49 kumpulan kongsi gelap di negara ini di pejabatnya di sini.

Beliau berkata, kongsi gelap tersebut juga melakukan aktiviti yang mudah untuk memperolehi dana seperti perjudian, maksiat dan pelacuran.

- Bernama

Eksekutif wanita mati selepas dikelar dan disamun

Posted: 29 Aug 2013 03:29 AM PDT


Sharinawati Abu Bakar telah disamun dan diserang dengan parang oleh sekumpulan perompak semasa dia sedang meletak kereta di luar rumahnya di Ampang. Sharinawati telah meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

As war on crime continues, robbers fatally slash airline executive
August 29, 2013

Armed robbers slashed an airline executive to death outside her Ampang house last night just as Putrajaya ramped up the war on crime after a recent spike in gun-related violence.

AirAsia X officer Shahrinawati Abu Bakar, 30, died on the way to hospital after armed robbers set upon her when she parked her car outside her house in Ampang, Kuala Lumpur.

"They slashed her with a parang," according to an AirAsia X email sighted by The Malaysian Insider.


Wanita pun dah berani menyamar sebagai polis bahagian jenayah berat

Posted: 28 Aug 2013 10:36 PM PDT


28 Ogos 2013 – Seorang wanita berusia 24 tahun telah ditahan semasa sekatan jalanraya di Bangsar, Ahad lalu pada jam 3 pagi. Wanita berkenaan berpakaian vest polis dengan kasut but menunggang motosikal Kawasaki KSR110 dengan nombor pendaftaran palsu.

Wanita tersebut memperkenalkan diri dari cawangan D9 bahagian jenayah berat IPK N.Sembilan dengan nombor pengenalan RF181291.

Wanita yang menyamar sebagai polis tersebut membawa bersama pisau sepanjang 10 inci dan buku nota dengan logo PDRM dalam begnya.

Pemilik kereta mewah kini jadi mangsa buruan penyamun

Posted: 28 Aug 2013 10:35 PM PDT


28 Ogos 2013 - Polis memburu lapan lelaki bagi membantu siasatan beberapa kes langgar belakang kenderaan mewah dan menyamun pemandunya di sekitar ibu negara sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, sepanjang tempoh itu pihaknya menerima 49 kes penjenayah menggunakan modus operandi melanggar belakang kenderaan sebelum menyamun pemandunya.

Katanya, kegiatan jenayah yang dilakukan pada lewat tengah malam sehingga awal pagi itu menyasarkan mangsa yang memandu kenderaan mewah berharga RM100,000 ke atas.

"Suspek yang bergerak secara berkumpulan semasa melakukan jenayah itu akan berpura-pura melanggar belakang kereta mangsa.

"Sebaik sahaja mangsa berhenti, suspek bersenjatakan parang akan merampas kunci, memaksanya menyerahkan barang-barang berharga dan melarikan kenderaan tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

Mohmad berkata, hasil siasatan lanjut polis mengenal pasti lapan lelaki daripada dua kumpulan penjenayah yang terlibat dalam jenayah tersebut.


Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 29 Aug 2013 03:36 AM PDT

bumiyang


Pulau Pinang Pulau kan Filem Tanda Putera!!!

Posted: 28 Aug 2013 10:37 PM PDT

Politik Harian

Posted: 29 Aug 2013 03:23 AM PDT

Politik Harian


KDN Umum 49 Pertubuhan Haram

Posted: 29 Aug 2013 12:34 AM PDT



Syabas KDN! Sudah tiba masanya geng kongsi gelap ini di dibenteras habis-habisan!

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan 49 petubuhan haram di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Senarai itu dikeluarkan pada Khamis oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mengandungi beberapa kumpulan terkenal seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36.

Berikut adalah senarai penuh pertubuhan haram itu:

1) Geng 04

2) Geng 08

3) Double 7

4) Tiga Line

5) Geng 30

6) Geng 38

7) Geng 24

8) Geng 18

9) Geng 36

10) Geng 21

11) Ang Soon Thong

12) Wah Kee

13) Sio Sam Ong

14) PNEH

15) Hong Hong San

16) Hai San

17) Sin Ang Bin

18) New Cell 20

19) Jit It Hai

20) Sio Koon Tong

21) Gee Lam Kor

22) Gee Ah Eng

23) Loh Kuan

24) Tiang Yee Tong

25) Geng Leng Hor

26) Geng 35

27) Geng 303

28) Geng Satu Hati

29) ATAP

30) Hung Ann

31) Sui Yup

32) Otai

33) Borneo Red EMP

34) Ah Ngau

35) Batu Tiga

36) Ah Feng

37) Batu 10

38) Sibu Ti

39) Ah Seng

40) Ah Chin

41) Lee Lung

42) Lo Han

43) Sg Merah

44) Sg Badut

45) Ting Ching Lee

46) Tua Cak Lee

47) Teksi Station

48) Pintu Merah

49) Krokop

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 29 Aug 2013 03:23 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Anak Nazri interbiu kerja

Posted: 28 Aug 2013 07:25 PM PDT


Sesiapa nak kerja dengan kerajaan perlu hadapi interbiu. Anak Dato Nazri Tan Sri Aziz Yeop, Nedim pun perlu harungi proses yang sama untuk jadi Pegawai Khas atau bukan Pegawai Khas(?).

Ketika itu, ada Pengarah lain yang interbiu kerana tidak mahu kelihatan berat sebelah jika Nazri interbiu sendiri. Sampai-sampai saja, Nedim dijemput masuk bilik dan duduk di kerusi di hadapan Pengarah tersebut.

Pengarah itu tanya, "Awak Nedim Dato Nazri Aziz?"

Nedim angguk dan kata, "Ya Tuan."

Pengarah itu minta lihat semua kelulusan dan dokumen yang ada padanya. Nedim berikan.

Dia angguk-angguk menunjukkan puashatinya pada butiran yang dilihat. Nedim rasa yakinlah bahawa tiada halangan untuk dia kerja dengan bapanya.

"Baiklah! Melihat semua ini, tiada halangan untuk awak kerja di pejabat Menteri. Menurut surat ini, awak memohon jawatan pegawai khas. Boleh beritahu saya apa yang awak faham dari tugasan awak?" tanya Pengarah.

Nedim pun jawab, "Tugas pegawai khas selalunya tuan adalah ....."

Yakin sekali Nedim jelaskan.  Maklumlah keluarga politik dan bapa serta datoknya ahli politik. Pasti ini pengetahuan am biasa untuknya.

"Rasanya peranan apa yang sesuai untuk awak?"

Nedim jelaskan dia ada cakap dengan ayahnya dan ayah ingin dia jaga hal kawasan. Jika dia ambil peranan di pejabat, ada konflik kepentingan. Turut dijelaskan, dia tak ambil gaji dari jawatan ini.

"Baiklah hal kerja dah settle. Cerita sedikit tentang latarbelakang dan minat awak."

Nedim pun cerita dan sesi interbiu dah jadi sesi borak kosong sampai tahap Pengarah mula gelarkan dirinya sebagai "uncle" pada Nedim. 

Uncle pun tanya tentang gambar-gambar Nedim dengan wanita-wanita yang tersebar merata Internet. Lalu dijelaskan Nedim bahawa itu masa silamnya. Dia kini sudah berkahwin dan ada anak.

"Takpe, "uncle" pun dulu hebat juga. Banyak gelfren..." Tak mahu kalah Pengarah.

Senyum kedua-dua.

"Kalau betul engkau playboy, cerita pada uncle. Mana bahagian wanita yang paling sensitif."

"Oh tu ...  Apa ni... Alah ..." Nedim terkial-kial tak ingat.

"Alahai uncle, saya tahu tapi tak ingat. Jawapannya di hujung lidah saya malam tadi ...."

Wow! Nak periksa jawapan mesti sedia hujung jari.

tunku

Posted: 29 Aug 2013 03:15 AM PDT

tunku


THE TRUTH IN TANDA PUTERA FEARS GUAN ENG AND WEE

Posted: 29 Aug 2013 01:32 AM PDT

The movie Tanda Putera has really put fear in DAP particularly Penang Chief Minister who is also DAP secretary-general Lim Guan Eng.

Not only that, even MCA leaders especially its youth chief Wee Ka Siong who warned that the film director Shuhami Baba should be held responsible if racial chaos occur due to screening of the movie.
Both Chinese-based parties with different ideologies are against the screening of the movie and they based their opposition on racial ground.

Let us focus a little on the reason why they oppose and why race is their basis.
The May 13, 1969 incident is a sad story in the history of the country and because of its historical value where every citizen should take note and remember, the movie was made by a very creative director.

He does not create the story but based his movie on actual events and of course, a little creative was put to make it more interesting and exciting but never exaggerate and adding fictions.
So now, whats wrong with a movie that tells the truth? Sacred the truth will erode the public's confidence in DAP and MCA?

Are they – Guan Eng and Wee – scared of the truth? Have they been living in a make-believe world that the public do not know what really happened?
They are taking the public as fools because they want to dictate which movie the public should see and which movie public should not.

Have they ever thought that the public have no other avenue to know the truth? Have they ever thought in this age of modern technology information is just at the click of the finger?

They fear the truth shows how compromising and accommodative Malays are and how greedy the subversive elements, majority the Chinese who had infiltrated the DAP and Gerakan at that time were.
That's reality and similar scenario is appearing at present but not in an aggressive form and this have sent shivers to DAP and MCA – both Chinese-based parties – fear that their parties have been infiltrated by the subversive elements and they do not want public to know it.

The reality is they do not want the public to know how compromising and accommodating Malays are and who was wrong once the truth is told and shown.

The public are now analytical and smart and they do not take things on the surface and for granted and in this case, when they see the movie they will make their own analysis and conclude.

So what is there to fear unless they are on the wrong side even without any analysis.

Najib wants Cabinet members to "sync" with each other

Posted: 29 Aug 2013 12:41 AM PDT

   

                                                                        


Datuk Seri Najib Tun Razak wants his Cabinet members to be on the "same wavelength" with each other.

"We as members of the administration must be on the same wavelength, in sync with other members," he told reporters here.
 
 He was asked about calls by several ministers, including Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, for Deputy Minister in the Prime Minister's Department P. Waythamoorthy to quit if "he is not able to value collective responsibility in the Government."

The comments came after Waythamoorthy had alleged that the five members of Gang 04 were "executed" by a police raiding team in Penang.

He had on his Facebook page remarked that based on the photographs at the shooting scene, he believed that the five were shot at close range.

"Looking at the photos, I do not think anyone in the right frame of mind would believe that there was a shootout between the police team and the suspects," he said.

Ministry to study if Penang (Guan Eng) has power to ban Tanda Putera movie.

Posted: 28 Aug 2013 04:42 AM PDT

Communications and Multimedia Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said he would study whether the controversial film Tanda Putera could be banned from Penang cinemas.
He said local authorities issued licenses to cinema operators, and it needed to be determined if banning films was under its purview.

"Whether this power is used to ban a film is a new matter that needs to be looked at," he told reporters Wednesday.
He expressed bewilderment over the Penang state government's request that its cinemas do not screen Tanda Putera.

He said this was an unprecedented move by any state government, adding that decisions to ban films were usually under the purview of the film censorship board.
"Normally, banned films are those with pornographic or violent elements, or those that send a wrong kind of message to viewers," he said.

He expressed hope that the Penang state government's move would not become a new culture or reason for any party to restrict freedom of expression in the arts.
"For me, only things that clearly go against the film censorship board's principles should be banned. Other things should be given space to allow criticism and debate.

"At the end of the day, viewers are the one who decide the value of the films they watch," he said.
Penang Chief Minister Lim Guan Eng said earlier that his government had requested all cinema operators in the state not to screen Tanda Putera.

He claimed there were slanderous scenes that could provoke racial hatred and expressed regret that the Ministry had failed to remove some of the scenes.

State Local Government, Traffic Management and Flood Mitigation Committee chairman Chow Kon Yeow said the local councils issue licenses to all cinemas but do not have power over the content of the film.

However, in view of the sensitivity of the film, he said the Penang Municipal Council and Seberang Prai Municipal Council would issue letters to all cinemas and request them not to screen the film.

Ohpolitik!™

Posted: 29 Aug 2013 03:08 AM PDT

Ohpolitik!™


Hanya 12 Orang Menonton Tanda Putera di Mid Valley : Itu Pun Komuniti Melayu dan Kakitangan Kerajaan?

Posted: 29 Aug 2013 12:44 AM PDT

 
Filem kontroversi Tanda Putera mula ditayangkan hari ini dengan dewan tayangan di Mid Valley Megamall pada jam 11 pagi hanya menarik  12 penonton. 
Tinjauan The Malaysian Insider mendapati kebanyakan penonton juga adalah komuniti Melayu yang terdiri daripada kakitangan kerajaan. 
The Malaysian Insider


Akhbar online lidah rasmi pembangkang hari ini perli filem Tanda Putera. Laporannya hanya 12 jer hadir kat pasaraya besor Mid Valley. Perli yang paling best sekali ayat "Komuniti melayu yang terdiri daripada kakitangan kerajaan"

Apa kau hingat kakitangan kerajaan tak kerja ke hari ni? 12 orang semua komuniti melayu kakitangan kerajaan tew bukan bunyi racist ke? 

Persoalan aku, apa kaitan DAP dan kerajaan Pembangkang dengan komunis sehingga mereka takut sangat rakyat tonton filem tew?

"ARAHAN" TUKAR JADI "NASIHAT" ? Tayang JERLA!! Anak Cina Bukan Nak Tengok Pun Tanda Putera!

Posted: 29 Aug 2013 12:18 AM PDT


Dalam tempoh 24 jam, kerajaan Pulau Pinang telah meminda surat kepada pengendali panggung wayang, kini "menasihatkan" dan bukan "mengarahkan" Tanda Putera tidak ditayangkan di negeri itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendedahkan surat baru itu dalam sidang medianya hari ini, sambil mendakwa surat sebelum ini salah.
Merujuk surat oleh pihak berkuasa tempatan semalam, exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow berkata, beliau sebenarnya menasihatkan dan bukan mengarahkan pengendali panggung wayang tidak menayangkan filem itu.
"Surat saya kepada dua majlis (perbandaran) jelas untuk menasihatkan. Surat ini dihantar berdasarkan keputusan itu. 
"Ketika MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) terima surat saya dan bincangkannya, mereka rasa keputusan itu berdasarkan akta hiburan dan undang-undang kecil dan perkataan terbaik untuk digunakan adalah arahan," kata Chow dalam sidang media sama.
"Bagaimanapun, apabila majlis menghantar surat itu, ia agak berbeza dariapda nasihat kerajaan negeri jadi kami minta mereka keluarkan satu lagi surat," tambahnya.
Chow berkata, terpulanglah kepada pengendali pawagam untuk memutuskan sama ada mahu menayangkannya atau tidak.
Dalam surat sebelumnya, MPPP berkata, lesen premis pawagam dan tempat hiburan dikeluarkan oleh MPPP dan pawagam diarah tidak menayangkan Tanda Putera kerana mengandungi babak sensitif kepada masyarakat tempatan.

"SULAT PUNYA HAL PUN KECOH KA? TAYANG JERLA TANDA PUTERA KAT PENANG. LU INGAT ITU UNDI CINA SAMA U BOLEY KULANG KA? LAGI TAMBAH ADALA.. CUMA ITU UNDI MELAYU MEMANG MAKIN KULANG SAMA U, SEBAB U RACIST PUNYA MAAA!!"

Sahabat-Gunung

Posted: 29 Aug 2013 01:30 AM PDT

Sahabat-Gunung


Bodoh, Tak Matang Langsung ......

Posted: 28 Aug 2013 11:47 PM PDT


Haram Tanda Putera: Bukti DAP Takut Pada Kebenaran Dan Bayang-Bayang Sendiri

Posted: 28 Aug 2013 05:17 AM PDT


Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengharamkan tayangan filem Tanda Putera di semua pawagam di negeri ini jelas menunjukkan sikap double standard mereka yang tidak beri ruang dan peluang kepada rakyat khususnya kaum Cina untuk menonton dan menilai filem yang diterbitkan mengenai sejarah Negara.

Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Anuar Basiran berkata, tindakan ini sekaligus menunjukkan DAP takut pada baying-bayang sendiri, tidak professional dan tidak mendokong prinsip kebebasan bersuara yang mereka laung-laung selama ini.

"DAP jelas takut pada kebenaran sedangkan filem Tanda Putera adalah berdasarkan sejarah dan fakta yang sememangnya berlaku di negara ini dan merupakan 'tribute' kepada pemimpin-pemimpin terdahulu yang  membangunkan Malaysia selama ini.

Apakah mereka lupa pada sejarah? Apakah mereka lupa pada fakta atau buat-buat lupa. Tepuk dada, tanya selera, hanya pemimpin DAP yang tahu," ujarnya yang juga Pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang.

Dalam masa yang sama, kelantangan DAP melaungkan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) hanya sebagai pemanis mulut untuk menarik perhatian rakyat kerana hakikatnya, prinsip itu tidak diamalkan sepenuhnya oleh kepimpinan parti DAP.

"DAP langsung tidak membela diri atau tidak mampu membela diri apabila ketidaktelusan dan ketidakcekapan mereka itu terbukti melalui pemilihan CEC.

Ia juga bukti bahawa memang wujud politik wang dalam pemilihan DAP. Jadi tindakan untuk bersetuju untuk mengadakan semula pemilihan DAP juga merupakan bukti memang wujud ketidak telusan dalam pemilihan mereka.

Sehubungan dengan itu, DAP jangan lagi berkokok dengan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) atau menaja kempen seperti Bersih dan Blackout 505 untuk menyalahkan pihak SPR yang kononnya tidak telus dalam mengurus Pilihan Raya Umum,  jika pemilihan parti sendiri juga tidak boleh dikira dengan tepat dan telus, di manakah letaknya maruah dan kelayakan DAP untuk mempertikai SPR," tambahnya.   


Taipingmali (tm)

Posted: 29 Aug 2013 01:16 AM PDT

Taipingmali (tm)


Selection Of Mosque Committees Not Done Through Agms Due To Major Weaknesses -

Posted: 28 Aug 2013 11:03 PM PDT

The selection of members of mosque committees throughout Perak is not done through the annual general meeting (AGM) as this method has major weaknesses.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir said although basically all matters involving Islamic religious administration were bound by the state Islamic Religious Administration Enactment 1992, the state government always studied and sought the best method of selecting members for the mosque committees.

"Selection through an AGM poses some limitations and there is great possibility that the voters are not part of the area's congregation, so they don't know the affairs of that mosque nor do they have the expertise to administer it," he said in reply to a question from Abu Bakar Hussain (PAS-Titi Serong) at the state assembly sitting, here, Wednesday.

Zambry said most states did not use the AGM to select their mosque committees but through nominations decided by their Islamic Religious Council, whereby in Perak, for instance, the nominations were made by the penghulu, religious administrative officers and the district chieftains.

On religious teachers (guru takmir agama) who were sacked, Zambry admitted that the action was taken by the religious administrative authorities after they were found to have done wrong.

"Most of them were invited by the mosque administration to impart religious knowledge to the local community. The lectures were organised by the respective mosques, while the state government only gave the authorisation to teach, besides monitoring before taking action following complaints on problems posed by these religious teachers," he said.

Zambry said they should just be teaching religion instead of using the mosque to promote their political ideology.

"From the legal aspect, the state government cannot take action against mosques which prevent such religious teachers from teaching at the mosques, as this comes under the jurisdiction of the state Islamic Religious Council, which is chaired by the Regent of Perak, Raja Dr Nazrin Shah."

He advised all guru takmir agama in the state to carry out their responsibilities well and impart only the true teachings of Islam to the Muslim community.

"We must preserve unity, so keep politics out of the mosques. It's sad today that some mosques are not used as a place to forge unity, while in some countries, people have been massacred in mosques."

-- BERNAMA


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MKN berjaya membawa balik hampir kesemua pelajar Mesir

Posted: 28 Aug 2013 09:55 PM PDT

UPDATE-kata Datuk Thajudeen 2,796 rakyat Malaysia berdaftar dibawa balik dari Mesir dgn 49 penerbangan sejak 21 Ogos. Penerbangan terakhir malam ini 50 orang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas Kedah Tolak Enakmen Anti Syiah

Posted: 28 Aug 2013 09:42 PM PDT

Sidang Dun Kedah kelmarin dah meluluskan Enakmen Anti Syiah dengan 21 undi, semuanya dari Adun BN.

Seramai 9 adun menolak, 4 berkecuali dan 2 tidak mengundi.

Kerusi pembangkang Kedah adalah seperti berikut, ( PAS-10, PKR-3 dan DAP-2 ).

Justeru, Pas telah menolak Enakmen Anti Syiah telah memberi satu persoalan bahawa kesemua adun Pas Kedah adalah penyokong kuat Syiah atau mereka bermazhab Syiah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sasterawan Khalid Salleh Menulis Tentang Nusantara dan Melayu

Posted: 28 Aug 2013 08:42 AM PDT

Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Emas) adalah sebahagian dari wilayah Melayu Nusantara yang juga dikenali sebagai Gugusan Pulau-Pulau Melayu. Ia meliputi Pulau Jawa, Pulau Sumatera, kepulauan Maluku, Ambun, Sulawesi , pulau Madura, Kepulauan Borneo dan lain-lain . 

Jadi bila orang Jawa atau Bugis atau Banjar, Riau atau Minagkabau atau Acheh menjejakkan kakinya ke Tanah Melayu mereka masih berada di wilayah Gugusan Pulau-Pulau Melayunya, sebagaimana orang Kelantan, Terengganu, Johor Melaka, Kedah, Perlis Pulau Pinang, Sabah Sarawak berhijrah atau berada di Kuala Lumpur. 

Mereka masih di wilayah tanah Melayunya. Terpisahnya atau terjadinya sempadan politik antara Semenanjung Tanah Melayu dan negara-negara di pesisir selatan benua Asia termasuk Indonesia adalah kerana percaturan dan permainan penjajah dari Eropah: Inggeris , Belanda, Portugis, Perancis termasuk juga Sepanyol. 

Inggeris lah yang membekalkan kuli-kuli untuk berkerja di Lombong dari Tanah Besar China, yang dimanfaatkan dari rentetan Perang Candu di Canton dan juga peristiwa pembunuhan beramai-ramai oleh Jepun di Nanjing. Sama juga buruh untuk pekerja ladang yang diangkut oleh Inggeris dari India ke Tanah Melayu.

Inggeris lah yang menjadi pedagang tenaga kerja dan membekalkannnya kepada Belanda di Indonesia, Selain itu tidak mustahil ada yang datang secara persendirian atau berkumpulan kerana faktor sebagaimana disebutkan di atas itu. 

Maka itu baca dan fahami lah sejarah, untuk mengerti makna kedaulatan bangsa dan negara. Apabila orang dari Eropah berebut menguasai negara-negara di Gugusan Pulau-Pulau Melayu, bahkan mereka juga menggelar kan Semenanjung Tanah Melayu sebagai Semenanjung Emas, pasti ada rahsia besar di sebalik itu. 

Jadi apabila ada orang yang memperkatakan hak kedaulatan bangsa Melayu terhadap Tanah Melayunya racistkah manusia itu. Ketika Sukarno memperolehi kemerdekaan dari Belanda, berapa ramai orang Cina yang dihantar pulang ke negara asalnya. 

Tetapi ada pilihan lain sekiranya ingin tetap kekal di Indonesia mereka mesti (istilah Indonesianya HARUS) menjadi Indonesia dengan nilai-nilai Indonesia termasuklah budi pekerti, pertuturan, adab sopan dan sebagainya. 

Bahkan mesti memahami dan mengenali makna Pancasila (rukun negara). Nama masing-masing juga turut ditukar menjadi nama Indonesia. Mereka tidak diganggu gugat untuk terus memiliki harta dan kekayaan yang digali dari negara tersebut. 

Soalnya mereka mesti mematuhi peraturan dan tata cara kehidupan orang Indonesia. Apakah itu racist? Maka itu jangan terperanjat kalau ke Jogja, Solo , Semarang anda melihat orang Cina bertutur Jawa dalam bahasa halus (kromo). 

Ini menyamai bagaimana orang Cina 'menjadi Kelantan' di negeri Kelantan. Apakah itu Racist? Pernah suatu ketika seorang wakil Indonesia Prof Budi Dharma (Cina Indonesia) terperanjat apabila saya menegur dan menyapanya dengan bahasa kromo sewaktu Pertemuan penyair/ penulis di Pangkor 3 tahun lalu. 

Dia seperti tidak percaya ada orang Melayu (Malaysia) boleh bertutur bahasa kromo (bahasa 'halus' Jawa). Sejak itu hubungan kami menjadi lebih akrab. 

Faktor utama yang mengakrabkan kami ialah budi pekerti selain pertuturan dan keikhlasan walau pun masing-masing berlainan bangsa dan anutan agamanya. 

Bukan hanya Prof Budi Dharma, tapi ada ramai lagi penulis dan aktivis teater di Indonesia (Cina / Indonesia) menjadi akrab kerana persefahaman rasa keindahan terhadap bahasa, budi pekerti, adab sopan dan cara pertuturan. 

Syukur kepada Ilahi nilai itulah yang saya warisi dari kedua ibu bapa dan juga pengasuh saya ketika zaman kanak-kanak dahulu. 

Dalam hubungan berkaitan racistkah saya bila saya memperkatakan hubungan Melayu dengan Tanah kedaulatannya, di samping kebarangkalian adanya anasir halus di luar lingkungan Melayu bergerak melaga-lagakan sesama Melayu untuk memudahkan agenda besarnya (menunjangi kedaulatan negara ini) akan mencapai matlamatnya ? 

Memang secara umumnya semua manusia sama sahaja. Masing-masing jasadnya berasal dari tanah dan akan kembali menjadi tanah. tapi dalam keadaan tertentu kenapa dituntut DNA untuk menentukan asal keturunan dan bangsa manusianya? 

Maka pernyataan Allah sebagaimana terkandung dalam Al Quran "Kami menjadikan manusia itu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kenal mengenali antara satu sama lain..." adalah merujuk kepada makna berbangsa dan bernegara selain agama yang menyantuni atau mendamaikan sekiranya berlaku sebarang pergeseran antara mereka. 

Hanya mereka yang angkuh dan tidak memahami kebenaran dan kehalusan agamanya sanggup dan berani mencaci, mencemuh, mengherdik, memperkecil dan memperlekeh dengan kata nista terhadap sesama saudara sebangsa dan seagamanya

Geng 3 Calit, Geng 21 Antara Yang Haram

Posted: 28 Aug 2013 08:26 AM PDT






Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.

Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Kumpulan itu meliputi "Geng 04", "Geng 08", "Geng 21" dan "Geng 36" dari kumpulan India; "Hong Shun Tang", "3821", "Wu Se Qi", "Hong Men" dan Hua Ji Dang" dari golongan Cina; serta "Geng 3 Calit" dari kelompok Melayu.

Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan "perang" ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.

"Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.

"Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.

"'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda," katanya.
Artikel disiar pada 28/08/2013 - 8:33 pm oleh EDITOR

Muzium Kebangsaan Singapura Ubah Fakta Sejarah Tentang Orang Melayu

Posted: 28 Aug 2013 04:58 AM PDT





Ini adalah dapatan dari wall facebook rakan TM di Singapura, Beliau terkejut dengan fakta sejarah mengenai orang Melayu yang dikatakan berasal dari tanah Arab dan lebih menyedihkan kedatangan orang Melayu adalah terkemudian daripada kedatangan Stamford Raffles.

Menurut muzium tersebut bahawa Sejarah Singapura telah bermula dengan kedatangan kaum cina yang berlayar ke Singapura sebagai pedagang dan membuka Singapura. Ia berlaku sebelum kedatangan Raffles.

Dengan sendirinya ia melenyapkan sejarah Kesultanan Melayu Singapura, kisah Singapura di langgar todak dan kisah Sang Nila Utama, anak raja yang membuka pulau Singapura,


Ketua Wirawati Perkasa Letak Jawatan

Posted: 28 Aug 2013 04:33 AM PDT



Perkara yang menggemparkan hari ini ialah apabila ketua Wirawati Perkasa mengumumkan peletakan jawatannya hari ini. Surat peletakan jawatan telah pun diserahkan kepada Presiden Perkasa Dato Ibrahim Ali.

Berita tersebut disiarkan di laman facebook beliau kira-kira 5 jam yang lalu.
"Saya Zaira Bt Jaafar meletakkan jawatan sebagai Ketua Wirawati Perkasa Msia berkuatkuasa pada 31hb Ogos 2013, Harap Maklum.Tkasih"

Apa berita ini mempunyai kaitan dengan isu Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi yang dipanggil mengadap majlis tertinggi berikutan  tindakan beliau mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Ketua Wirawati ada menyebut peletakan jawatan kerana mengalami masalah kesihatan, beberapa bulan lalu beliau beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana masalah gastrik.  Kali terakhir TM bertemu beliau ialah pertengahan bulan puasa di satu majlis di Kuala Lumpur dan beliau kelihatan kurang sihat.

sekupangdua

Posted: 28 Aug 2013 11:34 PM PDT

sekupangdua


GORENG AYAM GUNA TANGAN BUKAN SUDIP

Posted: 29 Aug 2013 01:00 AM PDT

"Superhands" Kann Trichan mendapat nama samaran kerana kebolehan luar biasa beliau menggoreng ayam hanya dengan tangan kosong.

Lelaki berusia 50 tahun dari Chiang Mai ini boleh memasukkan jarinya ke dalam minyak panas 480 darjah tanpa lepuh di tangan, dan keupayaan yang menakjubkan telah membuatkan dia jadi begitu terkenal di antarabangsa. Rakyat dari seluruh dunia datang ke "Fried Chicken Iron Hands Man" gerai makanan Kann untuk melihatnya menggunakan tangannya untuk mengaut keluar ayam dalam minyak panas. Kann Trichan "Superhands" tidak tahu mengapa dia boleh melakukan apa yang dia lakukan, tetapi dia hanya gembira kerana lebih ramai pelanggan datang ke gerai perniagaannya, setiap hari.

Kann Trichan pertama kali mengetahui kelbihannya yang luar biasa pada tujuh tahun lalu, apabila dia dengan tidak sengaja terkena minyak panas di seluruh tubuhnya. Ketika dia beriri di hadapan kuali gergasi, beliau ternampak tupai makan mangga di pokok di atas beliau. Tupai telah menyebabkan  buah yang besar jatuh betul-betul di dalam minyak, menyebabkan percikan di seluruh badan Kann dan kepala. Sebuah teksi membawa dia dia pulang ke rumah dan apabila dia bangun pada keesokan harinya bersedia untuk pergi berjumpa doktor, dia melihat di dalam cermin dan hairan melihat sedikit pun tidak ada kesan lecuhan terbakar. Kulitnya sedikit pun tidak terjejas, jadi dia hanya membuat keputusan untuk kembali bekerja.

Dari situ, reputasi beliau mula berkembang, dan semua orang mahu melihat orang yang terselamat dari terkena mandi minyak panas tanpa terbakar. Trichan mula bereksperimen dan menyedari dia boleh menggunakan tangan untuk menmbalikkan kepingan ayam dalam minyak panas jadi dia memutuskan untuk menggunakannya untuk menarik pelanggan. Perniagaannya telah berkembang pesat. Tujuh tahun kemudian, Kann Trichan  gerai makanan masih beroperasi  di depan  kolej teknikal Chang Mai, dikelilingi oleh pelancong ingin tahu yang ingin melihat tangan dicelup dalam minyak panas.
  
              
Anda mungkin juga meminati:

ZUNAR KIMAK

Posted: 28 Aug 2013 11:00 PM PDT

Maleh nak cakap tapi korang boleh nilaikan siapa yang patut kita labelkan kimak ?

RAMBUT MAYAT BAYI TERUS TUMBUH

Posted: 28 Aug 2013 06:00 PM PDT

2013 04 01 173208 Misteri Mayat Bayi Tumbuh Rambut Dan Kuku
Misteri Mayat Bayi Tumbuh Rambut Dan Kuku-Cerita ini berlaku di Thailand, iaitu cerita tentang bayi yang sudah meninggal namun rambut bayi ini masih tumbuh , gigi dan kuku. Aneh kan ..?
Ceritanya bermula apabila seorang ibu pada suatu malam bermimpi di datangi oleh bayinya yang telah meninggal beberapa hari sebelumnya. Dalam mimpinya, ibu muda ini mendapat mesej dari anaknya agar dia memindahkan tempat perkuburannya ke tempat lain.
Bayi tersebut mengatakan bahawa dia tidak selesa tinggal di tempat pengkebumiannya tersebut kerana di ganggu oleh penghuni-penghuni kubur yang lain.
Pada paginya siibu pun bergegas bercerita pada suaminya tentang mimpi yang di alami semalam. Pada mulanya si suami keberatan untuk memenuhi permintaan isterinya untuk membongkar perkuburan anaknya. Namun kerana si isteri merengek terus akhirnya permintaan isteri pun di penuhi juga.
Setelah sampai perkuburan bayi mereka, maka kubur di bongkar, namun betapa terkejutnya kedua orang tua bayi tersebut kerana didapati bayi yang telah meninggal tersebut telah tumbuh rambut, kuku dan gigi.
Hingga sekarang siibu bayi tersebut masih sering mencukur rambut si mayat bayi dan memotong kukunya. Hingga kini kejadian aneh tersebut sering jadi tontonan warga tempatan.
2013 04 01 173142 Misteri Mayat Bayi Tumbuh Rambut Dan Kuku
2013 04 01 173125 Misteri Mayat Bayi Tumbuh Rambut Dan Kuku
2013 04 01 173150 Misteri Mayat Bayi Tumbuh Rambut Dan Kuku
2013 04 01 173159 Misteri Mayat Bayi Tumbuh Rambut Dan Kuku

SUMBER : DAIRI SHARE

Panglima Perang Cyber

Posted: 28 Aug 2013 11:22 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Polis Buru 40,000 Anggota Kongsi Gelap

Posted: 28 Aug 2013 08:44 PM PDT

Polis Buru 40,000 Anggota Kongsi Gelap

CYBERJAYA, 28 Ogos  – Polis menyenaraikan 40,000 anggota kongsi gelap di seluruh negara dalam Ops Cantas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan jenayah kekerasan.
Jenayah kekerasan adalah termasuk pembunuhan, pergaduhan, pecah rumah, samun, rogol dan merusuh.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis akan meneruskan operasi itu sehingga kadar jenayah kekerasan di seluruh Negara menurun.
"Operasi itu akan diteruskan sehingga keyakinan rakyat terhadap keselamatan meningkat dan persepsi "rasa takut menjadi mangsa jenayah" berkurangan," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis menandatangan Memorandum Persehaman (MoU) antara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Lim Kok Wing University di sini, hari ini.
MoU ditandatangani Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan dan Naib Presiden Kanan Lim Kok Wing University, Datuk Raja Aznil Raja Hashim.
MoU itu membolehkan universiti itu mendapat kontrak lima tahun untuk menyediakan bahan seperti poster, animasi dan klip video kepada PDRM untuk kempen pencegahan jenayah siber.
Ops Cantas dilancarkan 23 Ogos lalu berikutan peningkatan laporan jenayah kekerasan termasuk kes tembak dan operasi itu merangkumi pemeriksaan di jalan raya, kelab malam serta kenderaan untuk memeriksa individu yang terbabit dalam penggunaan senjata api tanpa lesen, anggota kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, memiliki senjata berbahaya dan mereka dalam senarai dikehendaki polis.
Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan kumpulan itu dalam tempoh terdekat kerana mereka merupakan pertubuhan haram serta mahu masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.
Mohd Bakri berkata sejak operasi itu dijalankan, 2,247 orang ditahan sehingga semalam di seluruh negara dengan tujuh senjata api, satu bom tangan dan 77 senjata tajam berbahaya dirampas.
Beliau berkata pihak polis juga telah memeriksa 37,305 kenderaan.

Akhbar Cina Sin Chew Daily dedah 'taiko' kongsi gelap Ada Kaitan Dengan Ahli Politik

Posted: 28 Aug 2013 06:29 PM PDT


Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.(gambar hiasan)

Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok(hari ini) oleh Kementerian Dalam negeri.

Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Kumpulan itu meliputi "Geng 04", "Geng 08", "Geng 21" dan "Geng 36" dari kumpulan India; "Hong Shun Tang", "3821", "Wu Se Qi", "Hong Men" dan Hua Ji Dang" dari golongan Cina; serta "Geng 3 Calit" dari kelompok Melayu.

Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan "perang" ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.

"Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.

"Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.

"'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda," katanya.
http://www.utaranews.com/2013/08/akbar-cina-dedah-taiko-kongsi-gelap.html

18 Gambar Menyedihkan - Kesan Senjata Kimia Amerika di Vietnam

Posted: 28 Aug 2013 05:51 PM PDT


Agent Orange, adalah nama bahan kimia yang dugunakan oleh Amerika sekitar tahun 1962 hingga tahun 1971 ketika menentang tentera Vietnam. Ternyata bahan kimia tersebut sangat merbahaya dan telah meninggalkan kesan dan mutasi yang amat mengerikan kepada penduduk Vietnam. Berikut 18 gambar kesan yang terjadi akibat serangan itu.



















Kesan Senjata Kimia Amerika di Iraq - Bayi Islam Menjadi Mangsa

Posted: 28 Aug 2013 05:48 PM PDT





Bayi-bayi yang amat mengerikan ini dilahirkan di Iraq semakin hari semakin banyak kerana kesan bahan-bahan kimia serangan Amerika. Kebanyakkan bayi ni dilahirkan di Fullujah.

Inilah kesan mutasi daripada sisa radioaktif... Diharap semoga umat Islam disana tabah menghadapi dugaan..
Dan semoga jauh semua ini di negara kita. 

sumber : 
 http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2012/03/kesan-senjata-kimia-amerika-di-iraq.html

Memorandum Bantahan TPPA Diserah Kepada PM @NajibRazak Semalam

Posted: 28 Aug 2013 05:43 PM PDT


Memorandum bantahan TPPA
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my



NAJIB Tun Razak menerima Resolusi Persidangan Meja Bulat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) daripada Mohd. Nizam Mahshar (kanan) sambil diperhatikan oleh Rizal Faris Mohidden Abd. Kader pada majlis Sepetang di Aidilfitri 2013 bersama Perdana Menteri anjuran MTEM di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Kuala Lumpur, semalam.
- UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini menyerahkan memorandum bantahan berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memorandum yang mengandungi kira-kira 70 garis merah atau kepentingan tidak boleh ditolak ansur itu adalah hasil persidangan meja bulat TPPA bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berakhir semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd. Nizam Mahshar berkata, pihaknya tetap bertegas bahawa TPPA bakal menggugat ekonomi, kesejahteraan sosial, kedaulatan negara selain memberi impak besar kepada sektor-sektor utama antaranya industri kecil dan sederhana, peluang-peluang perolehan, harta intelek dan pertanian.

''Setelah mengadakan persidangan meja bulat TPPA bersama Tun Dr. Mahathir dua hari lalu, MTEM bersama-sama Badan Bertindak Bantah TPPA sebulat suara membantah perjanjian itu dan menyaran kepada kerajaan untuk tidak menandatangani TPPA.

''Sekiranya pada 2007 dahulu kerajaan menolak perjanjian itu kerana ada 58 garis merah yang diputuskan Kabinet, saya amat berharap perkara tersebut masih dipertahankan hari ini,'' katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum bantahan TPPA kepada Najib pada majlis Sepetang di Aidilfitri 2013 bersama Perdana Menteri anjuran MTEM di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh; Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd., Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ahli Pemegang Amanah MTEM, Rizal Faris Mohidden Abd. Kader.

Dalam pada itu, Mohd. Nizam berkata, antara kebimbangan utama MTEM terhadap pelaksanaan TTPA ialah dalam bahagian pelaburan.

''Perjanjian itu memberi kelebihan dan kepentingan kepada syarikat asing berbanding syarikat tempatan serta tidak membenarkan polisi afirmatif sebagaimana Dasar Ekonomi Baru (DEB).

''Dalam perjanjian itu juga akan ada bahagian Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) yang membabitkan kedaulatan negara kerana syarikat asing boleh membawa kerajaan Malaysia ke mahkamah negara asing sekiranya terma perjanjian tidak dipatuhi,'' katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, MTEM berharap dapat terlibat secara langsung dalam jawatankuasa yang membuat analisis kos-faedah (CBA) terhadap perjanjian tersebut.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130829/dn_01/Memorandum-bantahan-TPPA#ixzz2dJZfxVv3
© Utusan Melayu (M) Bhd

@Kickdefella Ulas Perang Husam vs Nik Amar Yang Dilibatkan Sultan Kelantan

Posted: 28 Aug 2013 03:00 AM PDT

surat-sultan-kelantan-husam

baca seterusnya 



Belantan

Posted: 28 Aug 2013 11:21 PM PDT

Belantan


Waythamoorthy patut seru penjenayah serah senjata api?

Posted: 28 Aug 2013 06:35 PM PDT


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waythamoorthy diminta menyeru semua penjenayah di negara ini tanpa mengira bangsa supaya menyerahkan senjata api yang mereka miliki bagi membolehkan polis menangkap mereka tanpa menggunakan kekerasan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar secara sinis meminta bekas pemimpin Hindraf itu berbuat demikian bagi menjaga hak asasi penjenayah-penjenayah terbabit.

"Kalau timbalan menteri berkenaan boleh seru penjenayah tidak kira siapa baik yang Melayu, Cina mahupun India supaya letak senjata, esok juga kita akan pergi tangkap mereka macam biasa tanpa senjata.

"Tetapi kalau penjenayah itu tidak mendengar katanya, jangan pandai-pandai mengajar macam mana polis untuk membuat kerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Pentauliahan dan Perhimpunan Kebangsaan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam kali ke-4 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Waythamoorthy dalam sebuah portal semalam yang mempertahankan pendiriannya membantah tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini.


Waythamoorthy dalam laporan itu turut mempersoalkan sama ada tindakan polis menembak mati penjenayah boleh mengatasi masalah jenayah di negara ini.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata sebagai seorang bekas pegawai polis, beliau amat memahami getirnya situasi yang dihadapi oleh pihak polis apabila berhadapan dengan penjenayah yang bersenjata api.

"Polis berhadapan dengan situasi mencabar dan kalau tersilap langkah boleh meragut nyawa sendiri, jadi apakah pilihan mereka apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian.

"Sepatutnya sebagai pihak dalam kerajaan, timbalan menteri tidak sepatutnya mempunyai pendirian lain daripada kementerian dalam menangani jenayah, jangan sampai disalah tanggap orang di dalam kerajaan menyokong penjenayah pula," katanya.

Beliau berkata semua pihak harus memahami tugas polis dalam mempertahan keselamatan negara dan dalam masa sama penjenayah pula menggugat dan mengancam ketenteraman negara. -Bernama

Suara Politik
Belantan

Ikutkan usia sudah 47 tahun, tapi DAPig masih belum matang dan cakap tak serupa bikin?

Posted: 28 Aug 2013 09:29 AM PDT


Penganalisis politik mempertikaikan keputusan DAP yang memutuskan untuk tidak membuat penamaan calon baru bagi mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Setiausaha Kluster Politik Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, sikap DAP tidak memberi ruang kepada muka baru jelas menunjukkan ketidakmatangan parti itu.

Beliau menegaskan jika DAP benar-benar telus dan ikhlas, parti itu sepatutnya memulakan proses pemilihan CEC mengikut prosedur bermula daripada penamaan calon.

"Dalam pemilihan semula ini, parti DAP sepatutnya bersikap terbuka. Mereka sepatutnya membuka peluang kepada muka baru yang mempunyai kredibiliti dan kelayakan yang tidak berpeluang untuk bertanding pada kongres tahun lalu.

"Mereka juga sepatutnya mendakap peluang ini dengan membuka kepada semua kelompok yang berkepentingan di dalam negara ini untuk masuk bertanding," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.


Kata Mansor, jika sebaliknya seperti yang diputuskan DAP untuk menggunakan senarai nama calon yang sama pada kongres tahun lalu, parti itu terbukti enggan melihat perubahan dalam keputusan pemilihan 29 September nanti.

"Bagi saya DAP cakap tidak serupa bikin, parti itu banyak menyalahkan pihak lain sebaliknya mereka sendiri tidak mengotakan apa yang dikatakan sebelum ini.

"Jadi, saya menyarankan agar parti itu mendalami ilmu literasi politik dan sejarah negara," ujarnya.

Kelmarin Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam sidang media memaklumkan perkara ini dan sekali gus bakal menyaksikan hanya calon yang telah bertanding pada Kongres Nasional 2012 sahaja yang akan bertanding semula.

Menurutnya, calon-calon dalam pemilihan semula CEC nanti adalah berdasarkan senarai yang sama seperti Kongres Kebangsaan, Disember lalu, kecuali calon-calon itu dengan sukarela menarik diri.


Ini kerana katanya, tidak ada sebarang kontroversi dalam senarai calon-calon dan ROS juga menyatakan hanya pemilihan semula sahaja harus dibuat.

Mengulas lanjut kesan tindakan DAP yang masih menggunakan senarai calon lama, Mansor berkata, tindakan DAP itu juga akan menimbulkan pandangan sinis daripada masyarakat.

"Kalau itu tindakan mereka yang masih mengekalkan senarai calon sama, di mana demokrasinya?

"Tindakan itu nyata akan menimbulkan pandangan negatif terhadap parti itu sendiri," jelas Mansor.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat pula menyifatkan tindakan DAP tersebut akan menyebabkan berlakunya kontradiksi dengan perjuangan PR.


"PR sendiri mahukan kepimpinan golongan muda dalam parti tetapi apa yang dilakukan oleh DAP ini berlawanan dengan prinsip PR sendiri.

"Dan ini jelas membuktikan bahawa DAP enggan membuat perubahan dan masih mengamalkan gaya politik lama," katanya.

Beliau selain itu menyifatkan tindakan DAP sebagai menyekat penglibatan ahli baru dalam parti.

"Kena ada penamaan semula, jangan mahu kekalkan senarai lama, bagi ruang orang lain yang mahu bertanding juga. Oleh kerana buat semula pemilihan itu buatlah penamaan (calon) yang baru juga," jelas beliau.

Suara Politik
Belantan

Saya kecewa keputusan DAP - Amran Ahmad?

Posted: 28 Aug 2013 02:09 AM PDT


Anak kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Allahyarham Ahmad Nor melahirkan rasa kecewa berhubung keputusan DAP tidak membenarkan calon baru bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September ini.

"Saya kecewa," kata Amran Ahmad dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan tersebut berkata, kekecewaannya bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi lebih kepada kemampuan DAP untuk menarik sokongan rakyat yang berbangsa Melayu dalam mendepani suasana politik negara.

"Agak malang apabila DAP tidak mengambil peluang kali ini untuk menambah keanggotaan CEC berbangsa Melayu.

"Saya kesal kerana DAP tidak mahu mengenengahkan calon baru setelah ahli-ahlinya menolak calon-calon Melayu yang bertanding dalam konvensyen terdahulu.


"Saya berpendapat, kedudukan DAP kian goyah sekiranya parti itu berterusan bergantung kepada undi masyarakat Cina sahaja.

"Desas-desus makin kuat mengenai kedudukan DAP dalam PR kian tergugat," dakwanya lagi.

Tambah Amran, walaupun memahami keputusan DAP untuk mengadakan pemilihan semula tersebut dalam keadaan 'keterpaksaan', namun DAP sepatutnya mengambil peluang mengukuhkan kedudukan parti dengan mencalonkan lebih ramai calon Melayu ke CEC berbanding hanya lapan orang sebelum ini.

Pada 30 Julai lepas, Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) memutuskan DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berhubung dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan parti itu 15 Disember lepas.

Namun begitu, parti itu mendakwa pemilihan berkenaan telah diadakan secara bersih dan kesilapan yang berlaku adalah disebabkan masalah teknikal.


Minggu lalu, Pengerusinya, Karpal Singh dalam satu kenyataan berkata, DAP akan mengadakan pemilihan semula CEC bagi mengelakkan pendaftaran parti itu dibatalkan.

Sementara itu, ujar Amran lagi, melihatkan trend keputusan sebelum ini yang menyaksikan kesemua lapan pemimpin DAP Melayu tersingkir mengikut pengiraan undi pada pemilihan lalu sebelum berlakunya pengiraan semula.

Beliau turut menjangkakan ahli-ahli DAP akan memberikan keputusan yang 'serupa' pada 29 September akan datang.

Suara Politik
Belantan

APANAMA

Posted: 28 Aug 2013 11:19 PM PDT

APANAMA


NOW SHOWING: Tanda Putera

Posted: 28 Aug 2013 08:46 PM PDT

Pearls Of Peace Episode 20 Mufti Ismail Menk

Posted: 28 Aug 2013 08:21 AM PDT

The Unspinners

Posted: 28 Aug 2013 11:14 PM PDT

The Unspinners


Pertanyaan untuk Omar Ong: Adakah k/tangan PEMANDU undi BN?

Posted: 28 Aug 2013 08:11 PM PDT

Penerangan tak jelas, Khairy masih kelihatan hentam Utusan

Posted: 28 Aug 2013 05:30 AM PDT

DAP kata Melayu pendatang, PAS dan PKR setuju

Posted: 28 Aug 2013 01:00 AM PDT

oyabun

Posted: 28 Aug 2013 11:14 PM PDT

oyabun


Cara Tun Dr Mahathir berkempen keamanan diiktiraf!

Posted: 27 Aug 2013 11:51 PM PDT


Kongsi tanggungjawab kekal aman

Perdana Menteri menggesa semua negara berkongsi tanggungjawab secara menyeluruh bagi mewujudkan suasana aman yang berkekalan untuk memastikan masa depan yang lebih baik.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana kemajuan yang diperjuangkan selama berabad dan juga memperoleh pencapaian luar biasa adalah tidak bernilai jika tidak boleh hidup aman sesama sendiri.

Malah, beliau berkata, komuniti antarabangsa kini turut berdepan dengan cabaran terbesar iaitu usaha mewujudkan keamanan bukan hanya untuk hari ini tetapi pada setiap masa.

"Cabaran tersebut mesti dihadapi secara kolektif supaya keamanan yang dicapai berasaskan kepada persetujuan bersama dan bukannya dikuat kuasa melalui kekuasaan atau paksaan.

"Keamanan hanya boleh dicapai jika kita semua bersedia menggantikan konflik dengan sesi dialog yang konstruktif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Anugerah Mahathir untuk Keamanan Global di sini hari ini.


Yang turut hadir, Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada majlis itu, Dr. Mahathir menyampaikan anugerah sepanjang hayat untuk keamanan dan kebebasan bagi Anugerah Mahathir untuk Keamanan Global kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela yang diwakili oleh Zuma.

Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan anugerah pengiktirafan keamanan global sepanjang hayat kepada Dr. Mahathir bagi Anugerah Mahathir untuk Keamanan Global. (LIFE TIME CAMPAIGNER FOR GLOBAL PEACE)

Anugerah Mahathir untuk Keamanan Global adalah anugerah keamanan antarabangsa yang disumbangkan Yayasan Keamanan Global Mahathir yang ditubuhkan bagi menyumbang kepada usaha keamanan di seluruh dunia.

Justeru itu, Najib berkata, dunia sepatutnya mencontohi semangat dan dedikasi Dr. Mahathir dalam menentang apa jua peperangan yang tercetus di dunia pada hari ini.

"Bercakap dalam persidangan di seluruh dunia Dr. Mahathir hanya menyampaikan mesej yang ringkas tetapi padat iaitu peperangan tidak sepatutnya menjadi pilihan untuk mewujudkan keamanan.

"Anugerah ini adalah satu lagi demonstrasi komitmen peribadi Dr. Mahathir yang mendalam kepada perjuangan itu," katanya.

Beliau berkata, amat jarang berlaku apabila seorang pemimpin sebuah negara diangkat menjadi ikon global dalam bidang tertentu.

"Hanya segelintir yang mendapat pengiktirafan sedemikian. Mereka bukan setakat dikenali rakyat sendiri dan gelaran mereka," katanya.-UMO

Sumber gambar : Minaq Jinggo

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 28 Aug 2013 11:09 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Cina Malaysia Bakal Dipenjara Kerana Hina Bendera Indonesia? @Zahid_Hamidi

Posted: 28 Aug 2013 08:51 PM PDT

Portal KL Chronicle memaparkan berita bahawa seorang warganegara Malaysia berbangsa Cina bakal dipenjara kerana menghina bendera Indonesia.

Malaysian Chinese faces jail term for insulting Indonesia's national flag #KLChronicle

A Malaysian is staring at the prospect of five years in jail after making an insulting remark about Indonesia's national flag recently.
According to The Jakarta Post, Broderik Chin was alleged to have said that the Indonesian flag could be replaced with his red underwear on August 16, a day before the country's Independence Day celebrations.
Chin, a general manager of a palm oil company, had allegedly made the joke after one of his employees failed to find a flag to be hoisted for the Independence Day commemoration.

Baca seterusnya di sini : http://thekl-chronicle.blogspot.com/2013/08/malaysian-chinese-faces-jail-term-for.html

Jika Indonesia boleh ambil tindakan tegas terhadap rakyat asing kerana menghina bendera negara tersebut, bagaiaman NAMEWEE yang menghina lagu NEGARAKU boleh lepas?

Bagaimana anak muda penyokong pembangkang yang mengibarkan bendera republik sampai sekarang ni tak diambil tindakan?



*Sudah tiba masanya Kerajaan bertindak tegas dengan puak-puak yang kurang ajar macam ni.

#merdeka56 : Jom Ramai-ramai Tonton Filem TANDA PUTERA

Posted: 28 Aug 2013 06:43 PM PDT

Seperti mana tagline filem ini, akhirnya TANDA PUTERA bernafas di pawagan seluruh negara.


Abaikan sahaja si gila yang mahu menyekat tayang filem ini. Mungkin kerana kebodohannya, dia tak tahu bahawa filem TANDA PUTERA termasuk dalam SKIM WAJIB TAYANG.


Wajib Tayang : Skim Wajib Tayang

Peraturan-peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Skim Wajib Tayang ) 2005 berkuatkuasa pada 23 Jun 2005. Skim ini diwujudkan bertujuan untuk menerima dan mempertimbangkan mana-mana filem tempatan atau filem usahasama untuk ditayangkan secara wajib didewan wayang gambar oleh pemamer

Pempamer hendaklah menayang filem yang diluluskan:
Selama empat belas hari berturut-turut; dan di dewan wayang gambar yang terbesar
Walaubagaimanapun penayangan sesuatu filem yang diluluskan boleh ditukar dari dewan gambar yang terbesar kepada suatu dewan gambar yang lebih kecil jika:
bilangan penonton adalah kurang daripada tiga puluh peratus daripada jumlah keseluruhan tempat duduk dalam dewan wayang gambar itu selepas empat hari pertama tayangan berturut-turut; atau
bilangan penonton adalah tidak kurang daripada lima belas peratus daripada jumlah bilangan tempat duduk dalam dewan wayang gambar itu selepas tiga hari pertama tayangan yang berturut-turut.
Jikalau bilangan penonton kurang daripada 15% pemamer bolehlah atas budi bicaranya menarik balik penayangan filem yang diluluskan
Pempamer hendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai apa-apa pertukaran dewan wayang gambar atau penarikan balik mana-mana filem yang diluluskan kepada Jawatankuasa dan peserta dalam masa dua hari dari pertukaran tersebut.
Sumber : http://www.finas.gov.my/index.php?mod=wajibtayang

Mungkinkah ada pawagan yang berani mengingkari skim ini?


Kaedah orang India menguruskan suspek jenayah Melayu. Waythamoorthy sila ambil perhatian! @Zahid_Hamidi @PDRMsia

Posted: 28 Aug 2013 05:00 AM PDT


Apabila kita tonton video di atas, apakah sebenarnya yang timbul dalam benak hati kita?

Marah yang teramat sehingga mahu melihat penjenayah itu dibelasah sehingga mati? Persoalannya, benarkah lelaki dalam video tersebut seorang penjenayah? Sedangkan rakaman di atas (yang dilakukan oleh seorang Cina) pun bermula setelah lelaki tersebut sedang teruk dibelasah.

Atau kita marah kerana India sedang memukul anak Melayu?!! Marah kerana kaum minoriti sedang menindas kaum majoriti? Marah kerana Hindu sedang memukul orang Islam?!!

Maka, itulah yang dirasakan oleh Hindraf dan orang India apabila ada di kalangan kaum mereka yang cedera atau mati dibelasah, ditembak oleh orang awam mahupun pihak berkuasa. Namun, apakah seorang pengawal keselamatan mempunyai KUASA untuk membelasah suspek yang tidak bersenjata dan tidak melawan?!!

Apakah perasaan kita apabila kita berada di pihak suspek? Tiada orang Melayu di situ yang boleh membela nasib kita. Boleh jadi, suspek difitnah oleh orang kafir dan dizalimi sehingga sebegitu rupa!


Jadi, di manakah HINDRAF?!! Di manakah Bar Council?!! Di manakah suara seorang Menteri di JPM dalam hal ini?!! Bukankah suspek juga layak untuk mendapatkan pembelaan?!! Apakah suspek bersenjata dan merbahaya sehingga dibelasah seperti anjing? Atau beliau dibelasah kerana agama dan jenis bangsanya?!!

Apakah DAP tidak mahu memperjuangkan nasib suspek sepertimana mereka menghabiskan jutaan RM untuk "membela" nasib Teoh Beng Hock dan Kugan? Oh ya, lupa. Arwah Sosilawati yang disembelih, dicencang dan dibakar juga tidak mendapat pembelaan yang serupa seperti Kugan dan TBH. Mungkin kerana namanya dan agamanya tidak sama dengan pemimpin agung parti tersebut.

Bukannya kami berkempen mahu membela penjenayah, namun kita kena konsisten. Jika kita mahu ISA dihapuskan untuk memastikan para peguam dapat memanipulasi kenyataan dan bukti sehingga suspek bebas, inikan pula penjenayah jalanan seperti dalam video di atas. Apakah kerana jenayahnya kecil, maka dia layak dibelasah dahulu baru dibawa ke muka pengadilan?!!

Lagi satu perkara, mana perginya geng-geng Pekida, Pertiga, Silat Lincah/Gayung semua bagai?!! Tak rasa sakit hatikah apabila tengok anak Melayu dibelasah persis anjing kurap oleh Hindu?!! 

Wajib Tonton : Video Hitam Putih Istiadat Kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 1957 #Merdeka56

Posted: 28 Aug 2013 12:00 AM PDT

Siapa pernah tonton video kemerdekaan kali pertama negara ini yang diterbitkan Filem Negara?


Khas untuk pembaca setia MyMassa, jom sama-sama tonton video bersejarah ini.


Boleh lihat bagaimana harmoninya antara kaum utama menyambut kemerdekaan ketika itu.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

*Sebar-sebarkan.

PenangWasabi

Posted: 28 Aug 2013 09:29 PM PDT

PenangWasabi


'Penasihat PM' wajar dipecat!

Posted: 28 Aug 2013 07:38 PM PDT


Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap pembangkang sewaktu tempoh berkempen pilihan raya umum lalu umpama strategi 'badut'.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengikut rentak pembangkang beranggapan bahawa jumlah besar penyokong akan diterjemah ke dalam undi.

Malah Daim turut berpendapat Najib menggunakan populariti peribadi dalam usaha untuk membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang hilang pada tahun 2008 sebagai salah.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah selepas menang 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen, kurang tujuh kerusi berbanding pilihan raya 2008.

Daim yang ditemubual akhbar tempatan China Press, berkata kesilapan itu adalah punca BN hilang undi pada pilihan raya umum lalu.

"Penasihat PM harus dipecat. Jika anda mengaitkan undi untuk BN adalah undi untuk Najib, maka keputusan BN mencerminkan Najib juga," ujar Daim.

"Pada pendapat saya, ia adalah strategi yang salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah satu pilihan raya Parlimen, bukan pilihan raya presiden," katanya.

"Biar Anwar menjadi penghibur. Kita bukan penghibur, kita tidak tahu bagaimana untuk menyanyi, menari dan membuat jenaka. Ia adalah satu urusan yang serius memilih kerajaan, jadi mari kita meninggalkan strategi badut ini dan tidak bermain dengan permainan itu. "

Daim turut berpendapat kegagalan BN untuk mendapat majoriti dua pertiga akibat salah agihan sumber peruntukan dalam usaha untuk menawan kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.

"BN tahu kawasan-kawasan majoriti Cina sudah tiada lagi. Mengapa membuang masa dan wang? Sebagai satu strategi, anda perlu menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan di mana anda kalah dengan majoriti tipis pada tahun 2008 dan mengukuhkan kedudukan di kerusi menang pada tahun 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, dan sebagai contoh di Pandan.

"Mari kita akui bahawa bukan mudah untuk mendapat majoriti dua pertiga di dalam dunia. Pengundi bandar di mana-mana adalah anti-kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Namun terlalu banyak masa dan wang telah dibazirkan di kawasan bandar di mana keputusan itu hampir pasti," katanya.

Daim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Pulau Pinang, di mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro kerajaan, Kelab Kebajikan Pulau Pinang 1Malaysia, telah menghabiskan banyak wang dalam menyediakan makan malam percuma dan konsert pada minggu-minggu menjelang hari mengundi.

"Orang-orang ini amatur. Mereka adalah orang-orang bodoh. Mereka fikir mereka bijak dan membuang wang. Lebih baik beri kepada kebajikan.

"Kenapa BN benarkan program bodoh seperti ini? Rakyat terasa terhina kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk berehat, makan percuma. Ini adalah pilihan raya. Ia adalah satu perkara yang serius. Biar Anwar menjadi penghibur," kata beliau.

Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi negeri selepas saingan Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan besar dengan mengambil baki 30 kerusi negeri.

Dalam respons kepada soalan lain, Daim berkata BN sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha menangani isu-isu yang dekat di hati rakyat seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar inflasi, graduan muda dan miskin bandar.

Daim dalam pada itu berkata kekalahan BN di Selangor adalah akibat perbalahan dan sabotaj, yang berpunca daripada salah memilih calon.

BN hanya memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN Selangor, kurang 20 kerusi berbanding 2008.

"Dengan calon-calon yang tidak turun padang, mengabaikan ketua-ketua bahagian, tidak melawat ahli-ahli dan pengundi, sabotaj, anda tidak boleh menang," kata Daim.

Cuba fikir dan renongkan...PRU ke-14 nanti cuba buat perubahan besar untuk menang!!! Berani untuk berubah...InsyaAllah?

Penang Wasabi..

Sammy Vellu masih anggap dirinya sebagai Presiden MIC?

Posted: 27 Aug 2013 11:59 PM PDT


Datuk Seri S. Samy Vellu diminta supaya berhenti mencampuri urusan parti kerana era pemerintahan bekas Presiden MIC itu telah lama berakhir.

Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan berkata, tindakan Samy yang sering mengkritik secara terbuka kepimpinan Datuk Seri G. Palanivel sejak akhir-akhir ini mencetuskan keadaan 'huru-hara' dalam parti.

Menurutnya, campur tangan Samy Vellu dalam hal parti juga menimbulkan tanda tanya sekiranya bermotifkan agenda tersendiri memandangkan pemilihan parti bermula bulan hadapan.

"Saya mohon supaya Samy hentikan perbuatan sia-sianya dengan mengkritik kepimpinan Palanivel. Beliau telah lama mengundur diri daripada jawatan Presiden namun kadang-kadang tindak tanduknya seperti masih menguasai parti.

"Palanivel baru sahaja mula menerajui parti tiga tahun ini manakala Samy sudah menjadi Presiden parti lebih 33 tahun. Sudah tentu Samy boleh bercakap seolah-olah beliau adalah pejuang sebenar," katanya di sini hari ini.

Ramanan mengulas kenyataan Samy Vellu dalam temu bual khas dengan sebuah portal berbahasa Inggeris Ahad lepas yang menyifatkan Palanivel sebagai seorang pemimpin lemah dan tidak banyak berjuang untuk rakyat.

Samy Vellu turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap berpeluk tubuh penggantinya itu dalam isu-isu membabitkan kaum India malah menuduh Palanivel seperti lupa diri.

Ramanan turut mempersoalkan sikap Samy Vellu yang sengaja cuba memburukkan Palanivel pada saat-saat akhir pemilihan parti berikutan kekecewaan beliau ekoran pemecatan anak sulungnya, Vel Paari daripada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) bulan lepas.

"Sebenarnya, Samy bercakap seperti tidak waras, adakah kerana selama ini beliau sibuk berkempen untuk Datuk Seri S. Subramaniam untuk menggantikan Palanivel tidak kesampaian? Adakah juga kerana anaknya telah dipecat dari CWC?

"Walau apapun alasan Samy, kami lebih memerlukan Palanivel daripada beliau. Samy harus sedar perkara ini sebelum terlambat. Janganlah merosakkan keharmonian yang telah terbina ketika ini dalam parti," tegasnya.

Samy Vellu yang menjadi Menteri Kabinet sejak 1974, tewas dalam Pilihan Raya Umum 2008 apabila sokongan kaum India terhadap parti itu merosot di sebalik pelbagai tuduhan-tuduhan terhadap parti itu di bawah teraju beliau.

Sungguhpun kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, Samy Vellu masih dilihat mempunyai pengaruh kuat di dalam parti itu khususnya dalam kalangan 4,000 pengerusi cawangan MIC yang akan mengundi dalam pemilihan parti berkenaan.

Penang Wasabi..

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 28 Aug 2013 09:27 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


RUPANYA DAP CINABENG TAKDE RANCIAU ! KAH KAH KAH

Posted: 28 Aug 2013 12:50 PM PDT

KHAIRY, HALATUJU MELAYU NYA MASIH KABUR.

Posted: 28 Aug 2013 12:04 PM PDT

IDRIS HARON TERUS MENGGANAS ! INILAH CALON KETUA PEMUDA UMNO YANG MELAYU NAK !

Posted: 27 Aug 2013 09:35 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 28 Aug 2013 09:22 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Akibat Takut Adegan Kencing Di Tiang Bendera, DAP Pulau Pinang Arah Pawagam Tidak Tayang Tanda Putera

Posted: 28 Aug 2013 04:00 AM PDT


Filem 115 minit mengisahkan pengorbanan besar dua orang pemimpin Melayu untuk menyatupadukan rakyat Malaysia selepas peristiwa 13 Mei telah tidak dibenarkan untuk ditayang di Pulau Pinang. 

Adegan 13 Mei hanyalah 10 minit sahaja dalam filem tersebut. Keseluruhan cerita mengenalkan rakyat kepada watak sebenar Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail. 

Bukankah filem itu baik bagi memupuk keharmonian kaum di negara ini? Bukankah filem itu juga baik untuk menceritakan bagaimana perpaduan itu dibina semula selepas peristiwa 13 Mei? Oleh itu, mengapa Guan Eng takut?

Takut kerana ada babak kencing dalam filem tersebut? Babak itu khabarnya adalah adegan semula bapa Lim Guan Eng kencing di tiang bendera rumah Dato' Harun. Namun dalam filem tersebut, orang yang melakukan watak kencing itu tiada pun pakai name tag bertulis "Lim Kit Siang".

Oleh itu, mengapa Lim Kit Siang terasa sangat? Orang termakan cili akan terasa pedasnya. Orang yang sudah kencing akan terasa hancingnya. Kalau tidak buat kenapa hendak takut?



Sikap tertutup dan tidak demokrasi kerajaan DAP Pulau Pinang untuk berdepan dengan fakta dari filem Tanda Putera amatlah mengecewakan. Parti yang mendakwa merekalah yang lebih demokratik rupanya takut dengan kebenaran.

Rakyat Pulau Pinang boleh menilai sendiri bagaimana takutnya DAP bila kebenaran mahu dibawakan kepada rakyat. Tanda Putera akan memberikan jawapan kepada rakyat. Siapa sebenarnya yang memulakan peristiwa berdarah 13 Mei. 

Rakyat perlu cari kebenaran. Wajib tonton Tanda Putera.

Malaysiakini Hina Logo Kemerdekaan Negara #Merdeka56

Posted: 28 Aug 2013 02:06 AM PDT


Tindakan Zunar melukis kartun sebegini melambangkan pemikiran pembangkang yang tidak rasional dalam berpolitik di negara ini. Logo kemerdekaan negara pun dijadikan bahan politik. 

Sudah tidak ada modal lagi nampaknya pembangkang ini. Malaysiakini pun sudah kering modal. Elok tarik balik penghinaan yang dibuat sebegini terhadap logo kemerdekaan negara. 

Hormatilah hari kemerdekaan negara. Tidak wajar semua benda hendak dipolitikkan. 

Demokrasi Dalam Pakatan Pembangkang Dibidas, Sanggupkah Anwar Ibrahim Tonton Video Ini Sampai Habis?

Posted: 28 Aug 2013 01:00 AM PDT

Pihak Peguam Negara Patut Dakwa Mereka Yang Mahu Menukar Jalur Gemilang Ini #Merdeka56

Posted: 27 Aug 2013 11:14 PM PDT


Sekali lagi Khalid Ismath buat hal, bekas pelajar UiTM Shah Alam ini telah mula mengibarkan bendera baru Republik Malaysia (dalam gambar di atas). 

Dalam tulisan di Twitternya, Khalid Ismath (penyokong kuat Syiah) menyatakan niat untuk tukar cover photo kepada gambar bendera sang saka Malaya yang telah dipromosikan sebagai bendera baru republik Malaysia. 


Khalid Ismath dan Wan Ji dalam satu forum mengenai Mesir pada 8 Julai 2013.

Rupanya Khalid Ismath dan Wan Ji adalah dalam kumpulan yang sama. Idea mereka sama iaitu mahu menjadikan negara ini sebuah negara republik. 

Wan Ji pula mahu memansuhkan institusi beraja di negara ini (baca sini). Bukti bahawa mereka ini adalah berfikiran republik seperti Anwar Ibrahim dan kuncu kuncunya. Itu pun USM mahu terima lagi budak Syiah seperti ini? (baca sini).

Gelagat sebahagian penyokong BERSIH mahu tukar Jalur Gemilang dengan bendera baru.

Dalam sambutan Hari Kemerdekaan yang lepas, pihak yang sama turut menyebarkan propaganda dan melakukan beberapa aktiviti untuk mempengaruhi rakyat Malaysia agar menukar bendera Jalur Gemilang kepada bendera yang lain (baca sini). 


Pembangkang memang terbukti berniat untuk tukar Jalur Gemilang. Ini antara buktinya. Ketika Perhimpunan 12 Januari 2013 di Stadium Merdeka, maka syor tersebut telah dihebahkan kepada rakyat seperti dalam gambar di atas.

Jika begitu, memang benarlah tekaan Hasan Ali bahawa Anwar dan pembangkang memang berniat untuk menjadikan Malaysia ini sebuah negara republik (baca sini). 

Bukan setakat itu sahaja, idea republik ini sudah pun dikembangkan dan diolah dalam pelbagai bentuk agar ianya menjadi satu terminologi yang biasa pada rakyat (baca sini).



Ketika rakyat Malaysia sedang mengibar Jalur Gemilang untuk meraikan kemerdekaan negara, pihak pembangkang pula menggunakan NGO dan aktivis mahasiswa yang sudah hilang kewarasan akal untuk mempromosikan bendera baru Republik Malaysia. 

Di bawah ini adalah satu contoh forum awam yang dibuat untuk cuba menafikan sejarah. Malah Parti Komunis Malaya (PKM) turut sama dijemput untuk berada dalam forum berkenaan. Apa agenda sebenarnya kumpulan pembangkang ini? 

Nampaknya mereka sanggup hancurkan negara semata mata untuk mendapatkan Putrajaya. 


Mahukah kita melihat semua negara ini mengalami nasib yang sama seperti Mesir dan Syria semata mata untuk memuaskan nafsu mereka yang gila kuasa hendak ke Putrajaya?

Undang undang masih ada. Pihak peguam negara perlu bertindak segera untuk jaga identiti negara ini. Buatlah sesuatu.


tok gajah

Posted: 28 Aug 2013 09:13 PM PDT

tok gajah


Bukti ape lagi yang kite mahukan....................

Posted: 28 Aug 2013 09:07 PM PDT


Tok memang dah ber kali2 menyatekan  yang DAP tu memang haramjadah. Sekarang kite tunggu pule ape reaksi pemimpin2 dan pencacai2 PAS tentang perkare ni. Tok yakin pemimpin PAS akan kate itu tidak salah dan tidak bertentangan dengan islam.

Sekarang mereke baru berkuase sedikit di P Pinang, bayangkan apebile si haramjadah ni berjaye menguasei Puterajaye? Tok yakin mereke akan bertambah lebih berani dan aggrasif menghine dan mempersendekan islam. Banner2 seperti di atas ni pasti akan bertaburan di serate ceruk rantua negare.

Tok nak tanye sikit kepade pemimpin, penyokong dan ahli2 PAS yang telah bertungkus lumus pade PRU12 dan PRU13 yang lalu membantu DAP meneruskan kuase nye memerintah P Pianag, ape kah habuan yang awak semue perolehi? Pahale besar kerane membantu DAP terus berkuase?

Tapi Tok yakin hari ni penyokong2 dan ahli2 PAS di P Pinang sudah banyak yang sedar. Mereke sedar bahawe DAP tidak pernah mengenang dan membalas budi penyokong2 dan ahli2 PAS sebalik nye DAP telah anggap PAS sebagai anjing kurap yang tak laku setengah sen pun.

PAS telah dianjing kurap kan oleh DAP. Sepatutnye DAP melantik ADUN PAS kedalam EXCO Kerajaan Negeri nye ape bile PAS memiliki satu kerusi DUN. Sekarang DAP telah bermaharaje lele berbuat sesuke hati nye. PAS langsung tidak ade sure untuk berkate ape pun.

Pade pandangan Tok orang melayu/islam yang menyokong dan mengundi calun2 DAP, PKR dan PAS di P Pinang ni memang nye bodoh dan lebih dungu dari keldai.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 28 Aug 2013 03:09 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Filem KL Gangster 2 sudah boleh dimuat turun dari Internet?

Posted: 28 Aug 2013 04:01 PM PDT

Aik..belum tayang dah boleh download? Link pautan pun siap ada, yang dah download pun terkejut beruk!

Menurut laporan Rotikaya, mereka agak terkejut malam tadi apabila seorang peminat dunia hiburan kongsikan satu pautan yang menawarkan muat turun penuh filem terbaru arahan Syamsul Yusof, KL Gangster 2.

Awalnya mereka sangka yang ini satu pautan (link) spam tetapi apabila dimuat turun sendiri, nyata fail yang ditawarkan mengandungi filem penuh KL Gangster 2 yang memang ditunggu ramai.

Syamsul Yusof cuba dhubungi ketika berita ini sampai tidak dapat dihubungi.

Beberapa screenshot dari fail yang didakwa sebagai filem penuh KL Gangster 2 ini untuk tatapan anda. Kalau minta pautan terus, memang tidak dapat kami berikan, maaf.

KL Gangster 2 yang menampilkan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor di'jadualkan bakal menemui penonton pada 3 Oktober depan.
Download KL Gangster 2, muat turun KL Gangster 2, link KL Gangster 2

(Gambar) Terlupa pakai seluar atau memang fesyennya berseluar dalam?

Posted: 28 Aug 2013 09:01 AM PDT

Macam-macam ragam manusia zaman sekarang. Dah tak ada rupa manusia langsung kadang-kadang. Alien punya figure pun dah ada sikit-sikit.

Yup, itulah kami dapat lihat dengan gaya wanita ini. Tertanya-tanya juga difikiran, adakah ini fesyen terbaru (hanya memakai selaur dalam kemudian keluar bersiar-siar) ataupun beliau terlupa memakai seluarnya dari rumah?

Mujur bukan di Malaysia!

(Video) Tarian separuh bogel Miley Cyrus buat penonton tercengang...

Posted: 28 Aug 2013 08:01 AM PDT

Miley Cyrus telah membuatkan penonton MTV Video Music Awards (VMA) 2013 tercengang!

Miley Cyrus tampil panas dengan kostum yang sangat seksi.

Beliau tampil dengan aksi yang sangat liar dengan gerakan erotik, ketika menyanyikan lagu We Can't Stop bersama Robin Thicke.

Bahkan, sebelum melepas kostum dan memakai bikini kuning, beliau sempat melakukan pose adegan seks di atas pentas.

Gempar! 20 Lelaki Bersenjata, Pakaian Serba Hitam Culik Nelayan Di Sabah

Posted: 28 Aug 2013 07:01 AM PDT

KOTA KINABALU – Sekumpulan 20 lelaki bersenjata bertindak menculik sekumpulan nelayan dan menuntut untuk dibawa ke kawasan resort percutian di Pulau Mabul, sebaliknya telah dibawa ke sebuah kem tentera di pulau berkenaan, lapor The Star Online.

Insiden itu bermula ketika seorang nelayan berada di dalam bot miliknya sebelum didatangi sebuah bot laju dari Pulau Umadal kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Kumpulan lelaki bersenjata yang berpakaian serba hitam bersenjatakan senapang patah dan pistol kemudiannya memaksa nelayan itu naik ke bot milik mereka dan mengarahkannya membawa kumpulan berkenaan ke kawasan resort yang terdapat di Pulau Mabul.

Ketika mendekati kawasan pulau, kumpulan lelaki bersenjata itu kemudiannya terlihat beberapa kelipan cahaya lampu merah di kawasan pantai pulau di mana, nelayan berkenaan menyatakan bahawa lampu itu adalah lokasi kawasan resort.

Setelah hampir dengan kawasan pantai, kumpulan berkenaan menyedari bahawa ia adalah sebuah kem tentera dan bertindak menukar arah haluan bot yang dipandu menuju ke perairan Filipina.

Ketika bertindak demikian, kumpulan bersenjata itu kemudiannya menahan sebuah lagi bot dan menculik lapan lagi nelayan dari bot berkenaan

Selepas beberapa jam, salah seorang dari kumpulan berkenaan menyoal sembilan nelayan mengenai bangsa dan agama mereka.

Apabila diberitahu bahawa mereka berketurunan Suluk dan Muslim, kumpulan bersenjata itu kemudianya menghampiri sebuah bot lain dan mengarahkan semua tahanan itu terjun ke laut.

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd Firdaus Francis Abdullah mengesahkan kejadian itu yang berlaku antara jam 6.30 hingga 9.30 malam semalam.

"Kesemua mangsa adalah nelayan dari sekitar Semporna. Sebaik sahaja mereka dibebaskan dan sampai ke pantai, mereka terus melaporkan kejadian itu kepada kami.

"Kini siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui dari mana kumpulan itu berasal berdasarkan maklumat daripada nelayan yang diculik itu," katanya. – The Star

(Gambar) Surau kontroversi akhirnya dirobohkan...

Posted: 28 Aug 2013 06:15 AM PDT

SURAU kontroversi di Tanjung Sutera Resort di Sedili Besar, Kota Tinggi Johor sudah pun dirobohkan sekaligus menyelesaikan isu penggunaan surau itu oleh penganut agama Buddha pada hari raya Aidilfitri kedua lalu.

Gambar yang diperoleh menunjukkan jentolak merobohkan sisa-sisa bangunan surau itu yang masih tinggal.

Terdahulu, Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) mengarahkan pihak Tanjung Sutera Resort supaya merobohkan suraunya yang menjadi tempat meditasi sekumpulan penganut Buddha, dalam masa 21 hari, bermula 21 Ogos lepas.

Arahan itu disampaikan dalam notis bertarikh 20 Ogos 2013 yang ditampal di pintu masuk surau tengah hari ini, yang ditandatangani Pengerusi MDKT, Hasrin Kamal Hashim.

Alasan diberikan, pembinaan surau itu menyalahi Seksyen 70 Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 kerana dibina tanpa kebenaran bertulis majlis daerah.

Notis itu juga menyatakan pihak resort akan dibawa ke mahkamah jika gagal berbuat demikian atau menanggung kos merobohkannya yang akan dilakukan oleh majlis daerah.

"Tuan adalah dengan ini diberitahu supaya meruntuhkan bangunan itu dari tempoh 21 hari dari tarikh notis ini diterima," notis itu dipetik.

Seorang pekerja resort yang ditemui menjelaskan beliau menerima notis itu dari pihak MDKT yang hadir ke surau itu tengah hari tadi.

Surau berkenaan menjadi isu panas apabila ada pengunjung yang ingin menunaikan solat ternampak beberapa orang penganut agama Buddha beserta sami mereka menjalankan ritual keagamaan di dalam surau berkenaan sekaligus satu kesalahan.

mynewshub

Melayu DAP bantah cadangan Kit Siang tubuh RCI 13 Mei

Posted: 28 Aug 2013 06:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat insiden 13 Mei 1969 dilihat sebagai sesuatu yang sia-sia.
 
Pandangan itu disuarakan oleh seorang Ahli DAP yang juga anak bekas Naib Pengerusi parti itu, Allahyarham Ahmad Nor, Amran Ahmad.
 
Beliau berpendapat bahawa senario masyarakat ketika ini menerima rusuhan kaum lebih empat dekad lalu itu sekadar coretan di dalam lipatan sejarah yang tidak perlu dibincangkan lagi.
 
"Mengadakan RCI 13 Mei akan mengundang lebih banyak kecelaruan di dalam minda masyarakat Malaysia dan ini pastinya tidak baik kepada rakyat terutamanya golongan muda," kata Amran.
 
Tegas beliau, Malaysia tidak perlu mengimbau semula sejarah-sejarah silam kerana kepentingan politik semata-mata.
 
"Golongan muda sekarang makin hari makin bercelaru tentang apa yang terjadi di dalam rusuhan kaum itu," kata Amran yang terus menanam hasrat untuk bertanding di dalam pemilihan semula jawatankuasa pusat CEC DAP yang sebelum ini sarat dengan kontroversi.
 
Amran menepis kenyataan Kit Siang pada Jumaat yang menyeru Kabinet supaya menubuhkan dengan tujuan untuk menyembuhkan luka paling buruk dalam rusuhan kaum yang berlaku dalam insiden 13 Mei 1969.
 
Ketua Parlimen DAP itu berkata RCI ini bukan bertujuan menghukum tetapi untuk memecahkan tembok perkauman yang tidak berpenghujung dalam negara.
 
Gesaan Kit Siang itu bertitik tolak daripada persoalan yang berbangkit mengenai filem Tanda Putera yang bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini.

Astro Awani

Kerajaan Negeri P. Pinang 'haramkan' tayangan Tanda Putera

Posted: 28 Aug 2013 05:01 AM PDT

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri pimpinan DAP akan meminta pengusaha pawagam di negeri ini tidak menayangkan filem Tanda Putera dengan mendakwa ia mengandungi unsur-unsur sensitif dan fitnah yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu pemberita kerajaan negeri akan meminta kesemua pawagam di negeri ini supaya tidak menayangkan filem ini, yang dijangka akan mula ditayang di pawagam esok.

Tanda Putera ialah sebuah filem arahan Datuk Shuhaimi Baba yang dibintangi Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim.

Filem biografi bersejarah mengenai perdana menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya pada masa itu Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang berlaku sekitar masa selepas rusuhan kaum pada 1969.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Chow Kon Yeow berkata pihaknya akan menulis surat kepada kesemua pengendali pawagam di negeri ini supaya tidak menayangkan filem ini.

Chow memberitahu pemberita beliau berharap kesemua pawagam di negeri ini akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dengan tidak menayangkan filem ini.

Dalam laporan sebelum ini, Suhaimi telah meminta masyarakat melihat filem ini sebagai filem yang membangkitkan rasa sayang kepada negara dengan mengekalkan keamanan yang ada dan bukannya menjadikan ia sebagai satu filem yang mendorong kepada perkara yang tidak harmoni.

Beliau berharap masyarakat dapat mengubah persepsi tentang filem ini dengan keluar menonton Tanda Putera kerana ia tidak seperti apa yang digambarkan sebelum ini.

Astro Awani

Abby heret anaknya ke kancah politik sampai dibodohkan peminat

Posted: 28 Aug 2013 03:02 AM PDT

Umum tahu tidak lama lagi rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-56. Justeru itu, pasti ramai yang sudah sedia maklum apakah erti sebenar kemerdekaan dan mengapakah rakyat Malaysia menyambut 31 Ogos pada setiap tahun.

Namun begitu, menerusi laman sosial milik Abby Abadi, bekas pelakon drama Gerak Khas tersebut dilihat telah memuat naik sebuah status yang dirasakan tidak wajar, di mana anaknya, Dania telah mempersoalkan adakah Hari Kemerdekaan sama seperti Hari Umno mahupun Barisan Nasional?

Abby Abadi
Susulan daripada status tersebut, Abby telah dikritik hebat oleh segelintir pengikutnya di laman sosial, sehingga ada yang melemparkan kata-kata kesat terhadap dia dan anaknya itu.

Abby Abadi 1Abby Abadi 3Dania
Dania bersama abang dan ayah tirinya, Farhan
Abby yang dilihat sebagai seorang yang lantang bersuara bagaiamanpun telah membidas semula kritikan tersebut dengan mengaitkan isu agama dengan erti sebenar kemerdekaan.
Abby ABadi 4
 Apa pun, sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya menanamkan semangat cintakan negara. Tidak kira parti mana yang kita pilih, asalkan jati diri sebagai rakyat Malaysia harus kekal berada di dalam diri setiap individu.

Teman lelaki bangsat paksa teman wanita layan nafsu rakan

Posted: 28 Aug 2013 12:04 AM PDT

MELAKA: Seorang lagi remaja perempuan dari Masjid Tanah mendakwa dirinya hampir dijadikan pelacur oleh kenalan lelakinya.

Insiden berkenaan berlaku hanya tiga minggu selepas seorang bapa merempuh masuk ke dalam sebuah rumah untuk menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjual dirinya sebagai hamba seks.

Dalam laporan polis tersebut, remaja perempuan Tingkatan Dua itu mendakwa kenalan lelakinya mengugut untuk menjualnya sebagai pelacur di Thailand sekiranya dia enggan melayan beberapa rakan lelakinya.

Remaja tersebut mendakwa kejadian itu berlaku pada pukul 3 pagi 3 Ogos lalu, ketika dia sedang bersiar-siar di sebuah resort di Pengkalan Balak, Alor Gajah bersama-sama dengan kenalan lelakinya yang hanya dikenali dengan panggilan Gemok.

Gemok kemudiannya menyerahkan remaja berkenaan kepada tiga orang individu yang tidak dikenali.

Mereka kemudiannya membawa mangsa ke sebuah lagi chalet sebelum merogolnya. Suspek mendakwa mereka telah membayar sejumlah wang kepada Gemok untuk mendapatkan perkhidmatan seks daripada remaja perempuan berkenaan.

Ketika dihubungi saudara remaja perempuan tersebut berkata mangsa mengaku dirinya telah melakukan kesilapan yang cukup besar kerana dengan mengikut Gemok pada malam kejadian.

"Kami telah membuat laporan polis dan biar siasatan mengesahkan sama ada Gemok terlibat dengan sebarang sindiket pelacuran di Thailand," katanya.

Dalam laporan polisnya, mangsa mendakwa dia dirogol. Tidak diketahui sama ada dia diberikan dadah sama seperti kes terhadap remaja yang dilaporkan berlaku di Merlimau,

Pada 7 Ogos lalu, The Star melaporkan, seorang lelaki berusia 47 tahun berjaya menyelamatkan anak perempuannya yang bersuai 13 tahun daripada menjadi pelacur pada 26 Julai lalu selepas lelakinya yang berusia 26 tahun menjual remaja berkenaan sebagai pelacur kepada sembilan orang lelaki.

Di Merlimau, seorang remaja perempuan di bawa ke hotel dan diberikan dadah serta menerima RM20 daripada teman lelakinya bagi setiap perkhidmatan seks yang diberikan.

Ayah kepada empat cahaya mata itu berkana anak perempuannya merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajar hinggalah dia terjebak dengan kumpulan budak nakal selepas tamat peperiksaan UPSR.

Menurut ahli perniagaan itu, anak perempuannya melarikan diri dari rumah kali pertama dengan teman lelakinya Oktober tahun lalu.

Mangsa menghilangkan diri selepas keluar makan malam bersama teman lelakinya bagi meraikan kejayaannya mencapai 3A dalam UPSR.

mStar

Dikritik kerana baju ketat dan 'bergesel' bila bergambar

Posted: 27 Aug 2013 11:01 PM PDT

Tak lama dahulu, Shila Amzah antara artis yang kerap 'berperang' dengan peminat di laman sosial termasuk Twitter dan Instagram.

Semua ini biasanya berlaku apabila penyanyi bersuara merdu ini dikritik oleh peminat tidak kira melibatkan isu peribadi mahu pun pemakaian.

Antaranya, apabila dia pernah ditegur kerana memakai baju sukan yang ketat.

Terbaru, Shila sekali lagi ditegur kerana memakai pakaian ketat yang dirasakan peminatnya kurang kena memandangkan dia mengenakan tudung.




Komen-komen itu diberikan pada gambar yang dipos Shila di laman Instagram miliknya.

Selain soal baju ketat, Shila turut ditegur kerana bergambar dalam jarat rapat dengan lelaki bukan muhrim termasuk penyanyi legenda, Lionel Ritchie dan seorang lelaki yang diperkenalkan Shila sebagai kawan seislam dan peserta Top 12 Chinese Idol.

Bagaimanapun hingga sekarang, belum ada tanda-tanda Shila mahu melayan kritikan peminatnya. Mungkin, dia sudah semakin matang selepas belajar dari kes-kes silam.

Hm, sabarlah Shila ye. Inilah harga yang perlu dibayar bila menjadi artis. Sesetengah yang menegur mungkin cuba nak jadi polis moral tapi ada juga yang menegur sebab betul-betul ikhlas sayangkan anda. – mynewshub

(Gambar) Fouziah Ghous tetap cun walau bertuala di Instagram

Posted: 27 Aug 2013 10:01 PM PDT

Orang kalau dah lawa kan, pakai apa pun lawa.

Tak payah conteng-conteng muka, letak bibir merah, hitamkan mata.

Cukup dengan close-up shot selepas penat 'work-out', sangkut tuala kecil di leher, kemudian upload di Instagram sambil tulis di penghujung entry 'craving for Nandos' sudah cukup membuatkan Fouziah Ghous ini menampilkan wajah aslinya yang jelita!

p/s: Nak juga buat entry ni sebab memang kagum dengan kejelitaannya! Heh!

UMNO Permatang Pauh perlukan tranformasi untuk golongan muda

Posted: 27 Aug 2013 08:45 PM PDT

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Bahagian dalam pemilihan UMNO September ini.

Menurutnya, beliau menawarkan sebuah pasukan yang dinamakan 'pasukan transformasi' yang terdiri daripada muka baharu dan lama untuk membawa perubahan kepada UMNO bahagian tersebut.

Selain itu, katanya, matlamat utama pasukan berkenaan adalah untuk menumbangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Saya rasa sudah tiba masa pucuk pimpinan UMNO Bahagian Permatang Pauh berubah kepada tenaga muda yang akan membawa satu agenda baharu kepada UMNO seterusnya merampas kembali kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada Anwar.

"Saya sudah menyediakan sebuah pasukan transformasi yang mendapat sokongan akar umbi untuk merubah kepimpinan UMNO bahagian di semua lapisan serta menerima sokongan daripada semua sayap parti," katanya kepada media disini.

Mohd. Zaidi menambah, beliau juga yakin perubahan yang dibawa itu tidak membawa perpecahan dalam kalangan ahli kerana semua cawangan dilihat menyambut baik hasratnya.

Oleh itu, jelasnya, beliau amat berharap Ketua UMNO bahagian sedia ada, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dapat melepaskan jawatan yang disandang dengan baik dan sedia memberi laluan kepada pasukan transformasi berkenaan.

"Kami menghormati dan menghargai sumbangan beliau (Jalil) selama ini, namun saya rasa sudah tiba masa beliau memberi laluan kepada orang baharu untuk menerajui UMNO bahagian.

"Malah semua cawangan juga amat berharap proses peralihan kuasa itu nanti akan berjalan lancar dan beri peluang kepada kami untuk menerajui UMNO bahagian pada masa depan," katanya.

'AirAsia sedia hidangan babi': Bekas menteri mohon maaf enam bulan

Posted: 27 Aug 2013 08:01 PM PDT

Gambar hiasan
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin diminta untuk mengemukakan permohonan maaf selama enam bulan oleh kumpulan AirAsia berhubung dengan dakwaan mengatakan babi dihidangkan dalam penerbangan pesawat syarikat itu untuk menggelakkan disaman sebanyak RM5 juta.

Beliau yang mengemukakan permohonan maaf kepada AirAsia pada bulan lalu di blognya Zamkata, berkata beliau tidak mampu membayar saman dan sara hidupnya hanya berdasarkan wang persaraan.

"AirAsia meminta saya menyiarkan permohonan maaf ini selama enam bulan tetapi saya akan siarkan untuk bertahun-tahun akan datang dengan tujuan penyebarannya lebih meluas dan bagi pengetahuan dari generasi ke generasi.

"Saya berterima kasih kepada Rocky's Bru yang menyatakan setiakawan bagi pihak penulis blog dan jaminan membela saya dalam menghadapi sebarang tindakan dari AirAsia," katanya merujuk kepada penulis blog yang juga bekas Ketua Pengarang Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan.

Dalam permohonan maafnya kepada AirAsia, beliau tidak menyangka artikel yang bertajuk, "Hidangan babi dalam penerbangan AirAsia, orang Islam patut tangguhkan dulu terbang dengan pesawat ini" di dalam blognya memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX.

Katanya, selepas menerima surat tuntutan dari peguambela dam peguamcara AirAsia Berhad kira-kira sebulan dari tarikh penyiaran artikel tersebut, maka barulah beliau menyedari bahawa artikel itu memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang mana dakwaan itu tidak benar sama sekali.

"Saya mohon maaf kepada AirAsia Berhad diatas sebarang kecederaan yang menimpa mereka kerana artikel tersebut dan saya berharap orang ramai tidak mempunyai sebarang prasangka bahawa babi ada dihidangkan di dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

"Saya yakin dan percaya bahawa AirAsia dan AirAsia X sangat prihatin terhadap sensitiviti agama kesemua penumpang mereka," jelasnya menerusi blog Zamkata.

Hal ini dipanjangkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranum semasa majlis sambutan Aidilfitri Utusan Melayu namun beliau enggan mengulas lanjut tentang tindakan saman yang diambil oleh AirAsia dan AirAsia X terhadap Zainuddin.

Kamaruddin berkata, AirAsia bukanlah anti Utusan meskipun syarikat penerbangan tambang rendah itu menarik balik iklan dalam akhbar milik Umno tersebut.

"Saya tahu sejarah Utusan dan Utusan adalah darah daging saya. Tuduhan seperti ini saya tidak dapat menerimanya," jelas Zainuddin menerusi blognya. – 28 Ogos, 2013.

TMI

DUN Kedah dikejutkan dengan pendedahan kepincangan KUIN

Posted: 27 Aug 2013 07:45 PM PDT

ALOR SETAR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam dikejutkan dengan pendedahan kepincangan pengurusan dan kewangan anak syarikat Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain (BN-Tanjong Dawai) yang mendedahkan perkara itu semasa menggulung perbahasan, mengemukakan bukti dengan fakta serta contoh berdasarkan siasatan dan audit dalaman.

Pendedahan itu mengejutkan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor) yang bangun mencelah dan berkata apa yang didakwa itu di luar pengetahuan barisan Exco ketika Kedah ditadbir pakatan pembangkang.

Tajul Urus berkata, pembayaran gaji yang tinggi kepada Ketua Pegawai Eksekutif IHSB sehingga RM35,000 sebulan selain tindakan IHSB menubuhkan anak-anak syarikat yang tidak perlu menyebabkan berlaku pertindihan fungsi sedangkan ia boleh laksanakan sendiri oleh Kuin.

Menurutnya, anak syarikat tersebut menjalankan operasi akademik yang menelan kos tinggi seperti Insan Maya Sdn Bhd menguruskan Kuliah Multimedia, Insan Hospitality Sdn Bhd menguruskan Kuliah Hospitaliti dan perkhidmatan halal, Insan Fasih Sdn Bhd dan Insan Medic Sdn Bhd bagi Kuliah Perubatan.

"Semua program akademik ini boleh dijalankan di bawah Hal Ehwal Akademik (HEA) Kuin dengan kos lebih rendah," katanya.

Beliau berkata, unit penyelenggaraan melibatkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan juga diserahkan kepada IHSB dan kos untuk kerja itu bagaimanapun dibayar oleh Kuin.

Katanya, pelantikan kakitangan juga tidak mengikut prosedur dan kelayakan serta terdapat pensyarah dilantik tanpa temuduga, ada yang diberikan kerja dahulu dan temuduga kemudian.

"Bayaran gaji tidak mengikut skim gaji dan pelantikan pensyarah tidak berdasarkan kelayakan MQA. Pensyarah Kreatif Thinking berkelayakan bidang Ijazah ICT. Pensyarah Bahasa Arab tetapi kelayakan bidang Ijazah Usuluddin," katanya.

Tajul Urus berkata, kebanyakan keputusan dan tindakan IHSB bercanggah dengan syarat ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Beliau turut menyenaraikan penyelewengan, pembaziran kewangan besar termasuk kompaun oleh KPT serta tindakan mahkamah terhadap Kuin.

Memalukan, skuad bola sepak tak layak akibat ranking rendah!

Posted: 27 Aug 2013 07:15 PM PDT

Kuala Lumpur: Bahana tidak mementingkan ranking sejak beberapa tahun kebelakangan ini terus memberi kesan negatif kepada skuad bola sepak negara apabila gagal beraksi di Sukan Perpaduan Islam ketiga yang dijadual berlangsung di Palembang, Indonesia pada 22 September hingga 1 Oktober.

Perkara itu didedahkan Chef-de-Mission kontinjen negara Datuk Megat Zulkarnain Omar Din yang menyatakan beliau difahamkan pemilihan menyertai edisi kali ini berdasarkan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan saingan hanya membabitkan 12 negara terbaik termasuk tuan rumah, Indonesia yang diwakili skuad bawah 23 tahun selain turut disertai pasukan seperti Qatar, Turki, Syria, Oman, Kuwait, Maghribi serta juara bertahan, Arab Saudi.

"Bukan tidak tidak mahu menyertai namun tidak layak. Hanya 12 negara terbaik di kalangan negara Islam boleh mengambil bahagian. Situasi sama turut menimpa bola keranjang dan bola tampar dalam dewan sekali gus menyaksikan kontinjen negara hanya menyertai 10 jenis sukan merangkumi 131 acara dipertandingkan," katanya selepas mempengerusi mesyuarat penyelarasan kontinjen negara semalam.

Ranking bola sepak negara yang kini berada di kedudukan ke-162 dunia menjadi kritikan pelbagai pihak apabila skuad kendalian Datuk K Rajagobal dilihat kurang mengadakan aksi persahabatan berstatus A dan sebaliknya lebih gemar melakukan eksperimen dengan mengadakan perlawanan menentang pasukan bertaraf kelab serta mengubah aksi berstatus A kepada perlawanan ujian.

Skuad negara menyertai edisi pertama sukan itu di Arab Saudi pada 2005 namun tersingkir di suku akhir apabila tewas 1-3 kepada Syria dengan edisi kedua temasya yang dijadual berlangsung di Iran pada 2010, dibatalkan Persekutuan Sukan Perpaduan Islam (ISSF).

Piala Asia 2013: Malaysia ke separuh akhir tundukan Jepun

Posted: 27 Aug 2013 07:01 PM PDT

IPOH - Malaysia kini berada di landasan memburu kejuaraan hoki Piala Asia 2013 apabila menempah tiket ke separuh akhir menundukkan Jepun 4-2 pada aksi terakhir Kumpulan A di sini, semalam.

Kemenangan tersebut membolehkan Malaysia menamatkan saingan peringkat Kumpulan A selaku naib juara di bawah Pakistan yang menang besar 13-0 ke atas Taiwan dalam aksi sama di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.

Jurulatih kebangsaan, Paul Revington berkata, anak-anak buahnya kini bersedia untuk ke separuh akhir pada Jumaat ini sekali gus mahu menghidupkan peluang memburu gelaran Piala Asia.

"Pasukan telah beraksi dengan baik hari ini (semalam) selain menerima arahan dengan bagus dan harapan untuk ke separuh akhir berjaya dicapai.

"Tumpuan kami kini adalah pada perlawanan separuh akhir kerana misi menjuarai Piala Asia amat penting buat pasukan," kata Revington.

Mengikut format kejohanan, hanya juara kumpulan dan naib juara sahaja layak ke separuh akhir bagi merebut tempat ke perlawanan akhir Ahad ini.

Dalam saingan separuh akhir Jumaat ini, Malaysia dijangka menentang India yang ketika ini hampir pasti menjadi juara Kumpulan B selepas berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang dua pertemuan lalu.

Malah, hari ini India bakal bertemu lawan mudah iaitu Bangladesh pada perlawanan terakhir kumpulan sekali gus berpeluang besar muncul pendahulu.

Sementara itu, pada perlawanan, semalam Jepun bermula baik apabila mendahului skuad kebangsaan dengan dua jaringan menerusi Tachibana Toshiro minit keenam hasil pukulan sudut penalti dan Kawakami Kei pada minit kelapan melalui gol padang.

Bagaimanapun, Malaysia tidak menunggu lama untuk bangkit apabila pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abd. Rahim minit ke-14 tepat memasuki gawang lawan sebelum penyerang, Muhammad Firhan Ashaari berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-28 hasil gol padang.

Bermula separuh masa kedua menyaksikan perlawanan berlangsung sedikit perlahan berbanding babak pertama sebelum penyerang sensasi negara, Faizal Saari berjaya menambah jaringan ketiga pada minit ke-60 menerusi pukulan sudut penalti.

Tekanan yang diberikan oleh skuad kebangsaan kepada Jepun menerusi gol ketiga menyebabkan pertahanan lawan goyah hingga memudahkan pemain kebangsan Azlan Misron menambah jaringan keempat minit ke-66 hasil gol padang.

Kekalahan Jepun itu menyebabkan pasukan berkenaan sekadar menamatkan saingan kumpulan di tempat ketiga dengan tiga mata manakala Taiwan di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

Baru kenal sudah diajak berzina

Posted: 27 Aug 2013 06:01 PM PDT

BATU PAHAT – Niat pasangan kekasih untuk memadu asmara tidak kesampaian selepas ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan dekat sini, semalam.

Dalam serbuan jam 2 pagi itu, pasangan berusia 25 dan 22 tahun terbabit ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai ikatan perkahwinan.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit mengambil masa kira-kira 15 minit untuk membuka pintu dipercayai memikirkan cara bagi mengelak ditahan.

"Selepas pintu dibuka, hasil soal siasat mendapati mereka bukan mahram dan mengaku telah melakukan perbuatan yang salah.

"Pasangan terbabit berasal dari daerah ini dan mengaku baru sahaja berkenalan tidak sampai sebulan serta dalam proses mengenali antara satu sama lain," katanya.

Menurutnya, pasangan terbabit di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses selanjutnya sebelum mereka dituntut oleh waris masing-masing.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Johor 1997.

"Operasi yang dilakukan ini bertujuan membendung kegiatan sumbang yang kian menular dalam kalangan anak-anak muda yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

"Operasi seperti ini akan dilakukan lebih kerap lagi, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan yang berpotensi untuk kelakuan seperti ini," katanya.

JEBAT BERKOKOK

Posted: 28 Aug 2013 01:16 PM PDT

JEBAT BERKOKOK


Mana Jalur Gemilang..why..why...why???

Posted: 27 Aug 2013 10:44 PM PDT


Kenapa makin kurang Jalur Gemilang di kenderaan, premis kediaman dan bangunan bangunan?

Why?  Why? Why?

Tidak patriotik?

Malas?

Tak ambil peduli?

Tidak dapat bendera free?

Kalau pasang bendera kat kereta nanti bendera akan jatuh kerana gam tidak kuat?

Wake up rakyat Malaysia!!!! Ada beberapa hari sahaja lagi..Pasang bendera je kot..Bukan mintak pergi perang. 

Majlis perasmian di Sungai Petani tempoh hari gempak..ramai yang hadir kerana sayangkan negara atau nak makan free? Boleh tapau?

Nanti ada pulak pembaca yang emosi kata EH!! CINTAKAN NEGARA BUKAN SEKADAR KIBARKAN BENDERA LAH JEBAT TETAPI PERASAAN CINTA DALAM HATI..AUWW..MANUSIA NI KADANG-KADANG BUKAN BOLEH DITEGUR...

Apa salahnya sekali sekala zahirkan rasa cinta..!!!

p/s: Kalau cinta awek agaknya perlu zahirkan ke tak? Kalau tak zahirkan jawabnya kena kebas der...!!!

UPDATE!!! :Betul ke Sukhoi tak boleh terbang?

Posted: 27 Aug 2013 07:07 PM PDT



UPDATE: Jebat cuba bertanya kepada sahabat yang bertugas di Tentera Udara Malaysia berkenaan kenyataan berkenaan Sukhoi ini. Sahabat Jebat mengatakan bahawa sebenarnya ada kekhilafan kepada kenyataan yang mengatakan Sukhoi tidak boleh terbang sebaliknya menurut sahabat Jebat itu, lumrah jet pejuang memang sukar diterjemahkan. Semuanya bergantung kepada banyak faktor sehingga menyebabkan kemampuan untuk terbang itu sukar ditentukan. Ada pesawat yang waktu tertentu tidak boleh diterbangkan tetapi kemudiannya mampu diterbangkan. Ada waktu mungkin 5 pesawat yang berupaya terbang tetapi sebelah waktu lainnya mungkin lebih jumlah pesawat yang mampu diterbangkan. Kata sahabat Jebat itu lagi bahawa semasa Ops Daulat tempoh hari, Sukhoi tidak terlibat tetapi Hornet dan Hawk sahaja yang terlibat. 

Benarkah apabila ada yang mendakwa jet pejuang Tentera Udara Malaysia tidak boleh 'terbang'?

Daripada 18 buah unit yang dibeli dengan harga keseluruhan RM 3.1 billion cuma sebuah Sukhoi sahaja yang mampu diterbangkan? Biar benar dakwaan tersebut.

Khabarnya yang diterbangkan semasa operasi Ops Daulat di Lahad Datu itulah satu-satunya Sukhoi yang boleh diterbangkan.

Baki 17 buah lagi dikatakan menghadapi masalah penyelenggaraan dan alat ganti.

Tambah dakwaan itu lagi, MINDEF sedang merancang untuk membeli pesawat tempur yang baru bagi menggantikan Sukhoi..Haisshhh...biar betul dakwaan ini..!!!

Jebat cuma terbaca artikel yang ditulis oleh blogger JUST READ DI SINI ...Teliti ayat yang ditulis oleh JUST READ..Mengenali JUST READ beliau tidak akan menulis sesuatu tanpa membuat kajian terlebih dahulu..

p/s: Kalau benar dakwaan ini boleh parah dibuatnya..Kapal selam tak boleh menyelam dan jet pejuang tak boleh terbang? Harap-harapnya berita ini adalah dakwaan liar semata-mata..

Cucu Tok Selampit

Posted: 28 Aug 2013 01:07 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Hanya Tanglung Khas Percuma Kepada Masyarakat Cina? Bagilah Kuih Bulan Sekali DS @NajibRazak

Posted: 28 Aug 2013 03:40 AM PDT


Betulkah kenyataan yang dikeluarkan oleh Kelab Rasmi Penyokong Dato Seri ini? Kalau betul, CTS hendak ucapkan tahniah kepada penasihat-penasihat di sekeliling Dato Seri yang mempunyai otak geliga. Kenapa hanya berikan tanglung khas Dato Seri? Kenapa tidak berikan Kuih Bulan sekali kepada seluruh masyarakat Cina semperna Perayaan Kuih Bulan pada 19 September depan? 

Kita kena sentiasa mengambil hati Masyarakat Cina Dato Seri. Disebabkan oleh merekalah Kerajaan Barisan Nasional dapat majoriti mudah di dalam PRU-13 dan Dato Seri kekal sebagai Perdana Menteri. Idea ini amat bernas sekali! Sama bernas seperti ketika Dato Seri memukul gendang Cina dalam iklan khusus buat masyarakat Cina ketika Tahun Baru Cina yang lepas. 

Dato Seri jangan risau dengan kemarahan orang Melayu. Orang-orang Melayu ini Tun Dr Mahathir pernah berkata, "Melayu Mudah Lupa". Ambillah hati sebanyak mana Dato Seri suka dengan masyarakat Cina. Masyarakat Melayu bising-bising hari ini, marah-marah hari ini, esok lusa Dato Seri beri BR1M RM500 ka, RM600 ka senyaplah mereka. Siap cium tangan Dato Seri lagi. Terima kasih Dato Seri.

Panas!!! Jalur Gemilang Dipasang Terbalik Di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang @cmlimguaneng

Posted: 28 Aug 2013 01:49 AM PDT



Rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia dengan semangat mengibarkan bendera kebangsaan, Jalur Gemilang. Lain pula apa yang berlaku di 'Republik' Pulau Pinang, negeri di bawah pemerintahan Tokong Joseph Lim Guan Eng, yang secara diktator hari ini mengarahkan kesemua pawagam di Republik Pulau Pinang agar tidak menayangkan filem Tanda Putra,yang bermula tayangannya esok.

Suasana merdeka di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang amat mengecewakan. Jalur Gemilang dipasang secara ala kadar, dua Jalur Gemilang dipasang secara terbalik manakala yang lain digantung secara selekeh. Ini caranya Ketua Menteri menghormati bendera kebangsaan. Ini caranya Ketua Menteri dan EXCO menunjukkan kecintaan kepada negara. Amat kurang ajar!!!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Apa Yang Tersirat

Posted: 28 Aug 2013 01:05 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Parti LDP Sabah Bergolak: Setiausaha Agung Dipecat

Posted: 28 Aug 2013 12:43 AM PDT

Parti Liberal Demokratik (LDP) salah satu komponen Barisan Nasional (Bn) Sabah bergolak. Setiausaha Agung parti itu Datuk Teo Chee Kang yang juga Menteri Tugas-Tugas dalam kabinet Negeri Sabah merangkap ADUN N2 Tanjong Kapor, Kudat dipecat daripada jawatan parti dengan serta merta.

Presiden parti itu Datuk VKLiew yang juga mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mantan MP Sandakan, telah memecat Teo kerana dikatakan melanggar peraturan parti dan menyalahgunakan kedudukannya sebagai Setiausaha Agung Parti.

Teo baru-baru ini telah bersetuju menerima pencalonan daripada beberapa bahagian Parti untuk bertanding Jawatan Presiden yang dijadual pada bulan Oktober. Penerimaa Teo itu, telah melanggar keputusan Parti, bahawa dua jawatan tertinggi, iaitu Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan.

Dalam perkembangan yang sama Presiden parti itu telah melantik Ketua Bahagian Karambunai Lorreto Padua Jr seorang peguam bagi menggantikan Teo, dan perlantikan itu berkuatkuasa serta merta.

Semalam Padua telah menyelar Teo dan beberapa Ahli Majlis tertinggi yang tidak mengotakan persetujuan mereka pada awalnya di mana jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan pada Masyuarat Pemilihan parti itu.

Teo merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Kapor untuk penggal kedua. Pada PRU-13 lalu, beliau menang mengalah calon daripada PKR William Chin Chung Kui dengan majoriti 1,985, berbanding kemenangannya pada PRU-12 yang bermajoriti 3,619.

Kawasan Tanjong Kapor adalah kawasan campuran, namun daripada segi jumlah pengundi, kawasan itu boleh dikategorikan sebagai kawasan bumiputera.

Duke of UMNO

Posted: 28 Aug 2013 01:02 PM PDT

Duke of UMNO


APA NI USTAZ..? TAK BAIK LA FPERANGAI MACAM NI....

Posted: 28 Aug 2013 05:37 AM PDT

ahmad_ketuapkedah

Masih lagi hangat diperkatakan di Kedah mengenai sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru berakhir semalam. Rata-rata di sekitar negeri itu masih terngiang-ngiang lagi kenyataan fitnah dari mereka yang sering mengungkapkan lafaz ayat Al-Quran di bibir…

Kalau fitnah tersebut keluar dari mulut mereka yang bukan beragama Islam, mungkin saya dapat terima. Namun bila diungkap dari lidah yang mewakili para pemuda PAS yang kononnya "vokal" dan lebih Islam yang umat Islam yang lain, rasa macam nak tempeleng kepalanya pun ada!

Ketika DUN Kedah sedang sebok bersidang baru-baru ini, datang sekumpulan kakitangan syarikat Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB) ke Wisma Darulaman, lokasi di mana sidang DUN tersebut tengah rancak berlangsung.


Untuk makluman, IHSB merupakan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah yang ditubuhkan PAS Kedah di bawah Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Syarikat itu dilaporkan rugi memanjang walaupun KUIN memberi pinjaman sebanyak lebih RM30 juta selama 5 tahun ditubuhkan!

Khabarnya, sehari sebelum itu, beberapa individu yang dipercayai "lebai-lebai" PAS telah bertemu dengan kakitangan IHSB yang mendakwa tidak dibayar gaji selama 4 bulan.

Menurut sumber, pertemuan itu bertujuan untuk mengadakan demonstrasi di Wisma itu bagi memalukan Kerajaan BN Kedah pada majlis pembukaan sidang DUN tersebut. Sebagaimana dirancang, maka berlakulah demonstrasi itu…

Dikhabarkan bahawa para kakitangan IHSB yang "diperlembukan" pak-pak lebai PAS itu bertegas mahu berjumpa dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan mahu menyerahkan petisyen bantahan tersebut "by hand" serta menuntut gaji mereka dibayar segera.

Mungkin menghormati sidang DUN yang menyaksikan Pemangku Sultan Kedah, DYMM Tuanku Bendahara sedang menyampaikan titah di dalam dewan, maka MB terpaksa mengambil sedikit masa untuk bertemu dengan kakitangan IHSB tersebut.

ahmad yahya

Sekonyong-konyong, maka terbitlah kenyataan yang berbaur fitnah dari akaun Facebook rasmi milik Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya, yang mendapat jolokan "Ostat" itu. Katanya, MB melarikan diri dan enggan bertemu dengan kakitangan IHSB yang sedang berdemo!

Padahal, mendengar tentang demonstrasi kakitangan IHSB itu, ketua Kerajaan BN Kedah itu tidak menunggu lama untuk keluar sendiri bertemu dan bersemuka dengan kakitangan IHSB tersebut! Malah bukti bergambarnya pun ada!

dm ihsb

Jadi, di mana betulnya tuduhan Ahmad Yahaya mengenai MB Kedah yang lari dari kakitangan IHSB sebagaimana yang didakwanya? Lebih menjijikkan, "Ostat" yang merupakan ADUN Alor Mengkudu itu langsung tidak menarik balik tuduhan, apatah lagi tampil meminta maaf!

Saya tertanya-tanya, apakah ini sikap dan sifat seorang Ketua Pemuda PAS? Inikah sikap seorang yang sering memulakan kalamnya dengan ayat-ayat Al-Quran? Apakah dia tidak takut pada dosa besar atas fitnah tersebut?

Pada pandangan saya, mungkin juga Ahmad Yahaya terlupa pada potongan firman Allah yang meletakkan hukum fitnah itu adalah lebih besar dosanya dari dosa membunuh? Dia lupa atau pura-pura lupa?

Sinisnya, dalam ucapan penggulungan membahas titah Tuanku, Mukhriz sempat membidas "Ostat" itu dengan menyatakan bahawa beliau bukanlah seperti "kerajaan terdahulu" yang hanya berani menghantar "pengawal keselamatan" untuk menerima memorandum atau petisyen!

Saya tak tahulah di mana "Ostat" tersebut letakkan maruahnya. Kalau ada maruah, pasti dia tidak akan menabur fitnah dan jika dia bermaruah, saya yakin dia akan memohon maaf secara terbuka serta terkesan dengan sindiran itu.

Malangnya, mungkin kerana ego seorang "Ostat" dan mungkin memikirkan dia "maksum" dari sebarang dosa, maka dia enggan meminta maaf. Soalnya, apakah ini generasi ulama yang bakal memimpin PAS pada masa akan datang? Sikapnya tak ubah mirip Mat Sabu, kan?

Sumber: Mykmu.net

MEMALUKAN..!!! PERISTIWA YANG TAK DAPAT DILUPAKAN GUAN ENG..???!!!

Posted: 28 Aug 2013 01:37 AM PDT

lge

Hati siapa yang tidak gundah gulana apabila 500 yang dijemput, tiba-tiba yang hadir hanyalah sekitar 100 orang saja? Sudahlah terpaksa menghabiskan wang yang banyak ekoran majlis yang diadakan di sebuah hotel yang terletak di pusat peranginan terkenal, orang tak datang pula…

Sekiranya sayalah yang menjadi penganjur, sudah pasti saya akan malu besar. Mana nak diletakkan muka? Hanya 20 peratus dari jemputan yang hadir? Sangat memalukan!

Begitulah halnya yang terjadi pada DAP baru-baru ini. Lebih mengaibkan, perkara tersebut dikatakan berlaku terhadap "anak Maharaja" dari "Dinasti Lim". Mana nak disorokkan mukanya? Imej "Dinasti" itu tercemar dek kerana kejadian itu…


Saya ketawa terkekeh-kekeh apabila membaca laporan media yang menceritakan tentang Guan Eng dan "kroni-kroni"nya yang menjemput seramai 500 perwakilan dari Wilayah Persekutuan dan Selangor ke Hotel One World untuk sebuah majlis sesi dialog.

Katanya, majlis tersebut mahu menjelaskan tentang kedudukan sebenar pemilihan CEC yang lalu. Mungkin Guan Eng dan "kroni-kroni"nya mahu "membersihkan" diri dari "najis" yang terpalit pada mereka dalam kontroversi pemilihan kepimpinan pusat DAP itu…

Anak Kit Siang itu kononnya mahu memburuk-burukkan Pertubuhan Pendaftar (RoS). Kononnya, RoS tak betul, dia yang betul. RoS zalim, Guan Eng tak zalim dan kononnya RoS tidak adil, dialah yang paling adil. Itu kata dia. Kononnya…

Yang mengejutkan, hanya sekitar 100 orang saja dari perwakilan yang dijemput sudi hadir di majlis berkenaan. Mana lagi 400 orang perwakilan DAP dari Kuala Lumpur dan Selangor? Mereka "mogok"kah? Atau sebok main "mahjong"?

Mungkin saya boleh faham mengapa Guan Eng dan "kroni-kroni"nya tidak menjemput sembilan perwakilan cawangan dari DUN Teratai. Mungkin Guan Eng malas mahu menjemput geng DAP dari kawasan Janice Lee, seorang "pemberontak" yang kini aktif menghentam "Dinasti Lim".

Namun jika ditolak sembilan cawangan DAP itu, bakinya masih banyak. Guan Eng masih mempunyai sekirang 390 cawangan yang mungkin boleh dijemput, bukan? Guan Eng jemput mereka atau tidak?

Kalau dijemput, mengapa mereka tidak hadir? Apakah mereka sudah hilang kepercayaan pada "Dinasti Lim"? Jika benar begitu, nampaknya empayar "Lim" mungkin bakal berdepan masalah besar pada pemilihan CEC nanti.

Kalau tak dijemput, mengapa pula tidak dijemput? Adakah mereka juga dikenal pasti sebagai sebahagian dari kumpulan yang memberontak terhadap "Dinasti Lim"? Jika benar, maka mungkinkah ia akan menguburkan cita-cita keturunan bapanya untuk terus menguasai DAP?

Tapi, mungkin juga Guan Eng secara tersirat mahu "menggelapkan" wang parti? Dia jemput 100 orang perwakilan DAP saja, tapi dia buat tuntutan bagi 500 perwakilan? Wang lebihnya digunakan untuk melobi kuasa di dalam DAP?

Saya tertanya-tanya, wang siapakah yang digunakan Guan Eng untuk majlis itu. Sebelum ini dia selalu menyebut tentang "wang rakyat". Apakah majlis itu menggunakan wang DAP? Duit parti digunakan untuk melobi bagi mengekalkan kuasa keluarganya?

Sekiranya dakwaan sumber DAP pada media itu benar, maka nampaknya Guan Eng dan Kit Siang wajar berasa susah hati melihat perkembangan tersebut. Mungkin "dinasti" mereka bakal menerima tentangan sengit dari seluruh negara.

Bayangkan, para perwakilan dari kawasan moden dan urban pun dilihat seolah-olah berani sabotaj majlis anjuran "Khalifah" dari Pulau Pinang itu, apatah lagi para perwakilan dari negeri-negeri lain, bukan?

Apa agaknya congak "Dinasti Lim" pada pemilihan CEC kali ini? "Silap kira" sudah digunakan. "Silap tulis angka" pun telah digunakan. Alasan apa pul kali ini yang sesuai mereka berikan pada perwakilan DAP dari seluruh negara?

Mungkinkah kali ini mereka boleh salahkan RoS pada pemilihan kepimpinan DAP kali ini. Atau mungkin mereka boleh heret SPR dalam kancah konspirasi pemilihan CEC? Ya, mungkin DAP boleh salahkan UMNO, BN, PDRM, SPRM, Datuk Seri Najib Tun Razak atau dakwat kekal, siapa tahu, kan?

Sumber: Mykmu.net

GEMPARRR..!!! "SULTAN MELAKA" MUNCUL DI KEDAH..!!! "SEPUPU KIRAM"..???!!!

Posted: 27 Aug 2013 11:37 PM PDT

GAMBAR: Bila 'Sultan Melaka' Hadir Di Majlis Hari Raya...

BARU-BARU ini 'Sultan Melaka', Raja Noor Jan Shah Raja Tuan Shah hadir dalam jamuan Hari Raya Aidil Fitri bersama-sama anak yatim di Kelab Cinta Sayang, Kedah.

Lama tak dengar cerita beliau…tetapi nampaknya 'gah' sebagai seorang 'Sultan' terus dibawanya hingga ke hari ini.

Dilihat berpakaian Diraja berwarna kuning, sedondong dengan 'permaisurinya', Raja Noor Jan menjadi tumpuan ramai di majlis tersebut.


Raja Noor Jan mula mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka yang ke-44 pada 2005.

"Jika saya bukan Sultan sebenar, saya tidak akan buat dakwaan ini," kata Raja Noor Jan yang mengaku dirinya keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah yang memerintah Perak dari 1851 hingga 1857 tidak lama dulu.

"Kami sentiasa berbangga dengan sejarah kami, era kegemilangan Melaka. Tetapi ia tidak diendahkan," tambahnya.

Kesultanan Perak diwujudkan pada abad ke-16 selepas kejatuhan Melaka, oleh anak Sultan Mahmud Shah, sultan Melaka yang terakhir.

Sejak penjajahan Portugis pada 1511, Melaka menjadi sebuah kota pelabuhan yang tidak diperintah oleh sultan tetapi negeri lain yang diketuai wakil Yang di-Pertuan Agong atau dikenali sebagai Gabenor.

Bekas menteri besar Pahang Tun Khalil Yaakob kini adalah Yang Dipertua Negeri Melaka.

"Saya telah menjadi Sultan tetapi tidak dibayar gaji, mungkin mereka membisu kerana enggan membayar saya," kata Raja Noor Jan.

"Jadi saya tidak mahu tampil. Bila saya ada wang baru saya akan membuat beberapa perancangan. Saya telah menggunakan wang sendiri," kata belia dalam satu sidang akhbar beberapa tahun lalu.
Raja Noor Jan mendakwa menjadi ahli perniagaan tetapi menolak untuk memberitahu secara terperinci mengenai kerjanya.

Polis sebelum ini pernah menyita kereta Rolls Royce miliknya yang mempunyai lambang Sultan Melaka pada satu program perniagaan di Serdang.

Polis berkata kereta tersebut telah disewa dan lambang Sultan Melaka digunakan untuk meyakinkan pelabur asing.

"Kereta itu digunakan untuk ke program tersebut. Mereka mahu satu sambutan meriah kepada Sultan Melaka, apa salahnya? katanya ketika ditanya mengenai keretanya.

Macam-macam hal…

1238880_231935410292446_1265783968_n (1)
1238214_231935323625788_1436798187_n
1239614_231934670292520_840454781_n
1184761_231936313625689_1684796130_n
Sumber: Mynewshub.my

PEDASSS..!!! PHAHROLRAZI TAK MENGAKU DOSA PAS KEDAH..!!!???

Posted: 27 Aug 2013 09:37 PM PDT

phahrolrazi

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baru saja berakhir semalam. Sebenarnya, ia berakhir lewat malam semalam ekoran kerancakan kedua-dua belah pihak membincangkan peranan masing-masing bagi memakmurkan negeri Kedah.

Namun menurut sumber yang saya peroleh semalam, ada perkara yang agak mengejutkan seisi dewan telah berlaku di sidang DUN itu. Katanya, ADUN PAS yang mewakili DUN Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi telah melakukan "checkmate" dalam isu KUIN!

Memang hangat diperdebatkan isu Kolej Universiti Insaniah sepanjang sidang DUN selama 3 hari tersebut. Setahu saya, sebanyak lapan soalan telah dikemukakan ADUN-ADUN pembangkang berkenaan hal itu, tidak termasuk soalan-soalan tambahan.

Yang mengejutkan, ketika penggulungan hujah membahas titah DYMM Tuanku Bendahara Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemangku DYMM Sultan Kedah, Phahrolrazi mengaku bahawa CEO Insaniah Holdings Sdn Bhd, Datuk Jamil Osman, sebagai punca kekalahan PAS di negeri itu!

Pelik betul! Sebelum ini, PAS Kedah begitu komited dan bermati-matian mempertahankan Jamil. Meskipun BN kembali menguasai Kedah pada 5 Mei lalu, bekas Rektor KUIN itu tetap dipertahankan walaupun dia sudah "cabut" meninggalkan IPT kebanggaan negeri Kedah tersebut.

Tapi semalam, tiba-tiba ADUN Pengkalan Kundor "mengaku salah" dan mendakwa Jamil adalah penyebab utama kekalahan PAS pada PRU ke-13 dan menjadi "liabiliti" bagi kepimpinan PAS Kedah sehingga kini.

Persoalannya, mengapa baru sekarang barisan pembangkang sanggup mengakui kesalahan mereka? Mengapa tidak dulu mereka secara terbuka mengakui "dosa" menzalimi warga KUIN dengan seorang "diktator" yang bermaharajalela di pusat pengajian tinggi itu?

Apakah setelah Exco Pendidikan, Datuk Tajul Urus dan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir mendedahkan "tembelang" dalaman pengurusan tertinggi KUIN maka barulah Phahrolrazi mahu mengakui "dosa-dosa" PAS Kedah itu?

Saya tak tahu mengapa PAS sebelum ini begitu hipokrit dalam soal ini. Susah sangatkah nak mengaku kelemahan dan kesalahan yang dilakukan? Tinggi sangatkah ego PAS sehingga tergamak menafikan kebenaran dan memperjuangkan kebatilan?

Pada saya, tindakan penubuhan IHSB merupakan titik tolak kesalahan PAS. Pada saya, salahnya bukan pada Jamil, tapi pada PAS Kedah sendiri. Siapa yang lantik Jamil? Siapa yang luluskan kemahuan Jamil? Kenapa PAS Kedah tidak pantau pengurusan Jamil di KUIN?

Kemudian Phahrolrazi mahu menyalahkan Jamil pula? Pada saya tuduhan itu tidak adil. PAS Kedah seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya dalam isu kepincangan KUIN itu dan tidak wajar meletakkan kesalahan tersebut pada pihak lain, bukan?

Phahrolrazi sebagai salah seorang pemimpin PASKedah yang paling senior, wajar bermuhasabah dan menyalahkan diri sendiri sebelum menuding jari pada orang lain. Orang lain mungkin hanya perantara, namun PAS Kedah merupakan punca utamanya, bukan?

Mana maruah PAS sebenarnya? Apakah setelah KUIN hampir hancur diperlakukan, bertapuk hutang bernilai lebih RM300 juta yang ditinggalkan pada Kerajaan BN Kedah, maka baru PAS mahu mengaku ketidakcekapan mereka berkenaan isu KUIN?

Sebenarnya, lebih 2 tahun isu KUIN cuba diketengahkan para kakitangan universiti itu pada Kerajaan PAS Kedah sebelum ini. Bermacam-macam usaha dan kaedah sudah mereka cuba termasuklah cuba bertemu bekas MB, Tan Sri Azizan Razak dan Exconya, Ir Amiruddin dan Phahrolrazi sendiri.

Kenapa ketika itu tidak tamatkan saja kontrak Jamil? Kenapa PAS Kedah benarkan kontrak Jamil disambung selama empat tahun pada tahun 2012 hingga 2016? Kini PAS Kedah biarkan Jamil lari. Siapa pula nak tanggung kerosakan yang dilakukan Jamil?

Nampaknya Kerajaan BN Kedah terpaksa memikul beban berat berkenaan isu KUIN. Bukan calang-calang pihak yang mampu menangangi "najis lapok" yang ditinggalkan PAS itu. Saya yakin, sesusah mana pun sekali, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, BN pasti akan cuba memperbaiki kerosakan yang ditimbulkan PAS itu di Kedah, insyaAllah…

Sumber: Mykmu.net

EKSKLUSIF..!!! GAMBAR PANAS MENGGEMPARKAN PEMILIHAN AGONG UMNO..!!!

Posted: 27 Aug 2013 07:37 PM PDT

Bukan gambar ni.. ni gambar kempen Dato' Suraya..tuuu..gambar kat bawah tuuu...
Gambar mampu memberikan seribu cerita. Dan aku percaya, gambar kat bawah ni pastinya bakal mencetus spekulasi panas pada "demam" pemilihan kepimpinan UMNO kali ni, khususnya bagi kaum ibu, Wanita UMNO Malaysia...

Semua orang tahu, Dato' Suraya dah umum bertanding Naib Ketua Wanita. Dan semua orang tahu Dato' Seri Azalina akan berentap dengan penyandang Ketua Wanita UMNO, Dato' Seri Shahrizat Jalil...

Bagi "otai-otai" politik, mungkin ramai yang tahu tentang hubungan Suraya dan Azalina. Dulu, Azalina Ketua Puteri Malaysia dan Suraya ni adalah antara Exco kanan Puteri masa tu. Sekarang, dua-dua bekas kepimpinan Puteri ni bakal bertanding 2 jawatan utama dalam Wanita UMNO...

Dan aku percaya, gambar kat bawah ni pastinya buat korang terkejut...  


Amacam? Panas tak? Errr.. aku dengar ada yang "panas"..! heh!
Gambar ni aku rakam masa DS Najib turun Sg Tiang. Program Felda. Azalina merupakan MP Pengerang (ada felda) dan Suraya pula ADUN Sg Tiang (pun ada felda jugak). 

Masa program tu, aku tengok bukan main mesra lagi. Dan aku snap je la gambar dua "iron lady" ni. 

Persoalannya, adakah benar Kak Su tagteam dengan Azalina? Apakah bekas-bekas pemimpin Puteri ni cuba menguasai Wanita UMNO pulak?

Masa Azalina pegang Puteri dulu, tak dinafikan Puteri memang kuat time tu. Tapi mampukah dia mengepalai Wanita UMNO pulak?

Apakah Kak Su benar-benar "tagteam" dengan Azalina. Sekali pandang macam "ya". Tapi korang confident dengan "pelukan mesra" dalam gambar ni? Atau ia hanya "pelukan sahabat lama" yang dah lama tak jumpa?

Aku yakin, kem Mami Ijat akan buat spekulasi. Team Azalina pun sama. Masing-masing perlukan sokongan Kak Su. Tapi kalau tak silap aku, Kak Su pernah beritahu media yang dia sokong Mami Ijat... Heh!

So, apa pandangan korang pasal gambar tu? Heh! Aku mungkin dah tahu jawapan sebenar. Korang agak?

THE FLYING KICK

Posted: 28 Aug 2013 01:02 PM PDT

PEJUANG BANGSA

Posted: 28 Aug 2013 11:29 AM PDT

PEJUANG BANGSA


GUAN ENG RASIS TAK ADA KUASA HARAMKAN FILEM TANDA PUTERA DI P.PINANG !! @tunfaisal @shaberyc

Posted: 28 Aug 2013 04:26 AM PDT


Hari ini bila Guan Eng mengharamkan  filem Tanda Putera di P.Pinang dengan mengarahkan semua pawagam di negeri tidak menayangkan mulai esok , timbul tanda tanya dalam fikiran kita sejak bila kuasa KERAJAAN NEGERI boleh haramkan sesuatu filem yang tidak disukai mereka di negerinya  ??

Setahu GPB kelulusan tayangan sesuatu filem adalah terletak di bawah FINAS & Kerajaan Pesekutuan . Kerajaan DAP & GUAN ENG   tiada kuasa pun untuk arah menghentikan tayangan filem ini .

Apakah Guan Eng mahu membalas dendam terhadap filem Tanda Putera   ekoran tindakan  KDN mengharamkan filem komunis The New Village ??

Sewajarnya  Datin Paduka Shuhaimi Baba perlu  menyaman   kerajaan DAP ekoran tindakan mereka yang jelas mahu mensabotaj &   memalukan filem ini .




Guan Eng pengecut , takut realiti sejarah diketahui generasi muda 


Inilah demokrasi ala pengecut Guan Eng dan DAP ,takut akan tahunya rakyat terutama generasi muda berkenaan realiti sebenar sejarah.Tragedi berdarah 13 Mei hanya akan terus kekal menjadi sejarah walaupun DAP cuba nak menegakkan benang basah yang mereka tidak bertanggungjawab terhadap tragedi pergaduhan kaum yang paling dasyat dalam sejarah Malaysia. 

Filem TANDA PUTERA yang diterbitkan oleh Pesona Pictures dan diarahkan oleh Shuhaimi Baba, mengisahkan saat-saat penting dua orang pemimpin negara, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr. Ismail pada kemuncak 13 Mei 1969. Rentetan sejarah telah digarap dan dikembangkan ke layar perak.

Elemen-elemen hiburan turut dimasukkan agar filem berkenaan tidak menjadi sebuah dokumentari memandangkan Malaysia amat sensitif dan berusaha sedaya upaya agar Tragedi 13 Mei 1969 tidak diperkatakan secara jelas, telus dan jujur sebagaimana punca-punca British meletakkan Residen atau penasihat mereka di negeri-negeri Melayu seperti Pahang dan Perak yang semuanya bermula daripada Cina.

Sejarah itulah yang paling dibimbangi oleh DAP setelah DAP berusaha keras agar sejarah negara ini 'diperbetulkan' dengan memasukkan Cina dan kaum pendatang sebagai penyumbang kemerdekaan. DAP dan Lim Kit Siang secara peribadi sehingga ke hari ini tidak pernah mengaku, kempen dan hasutan yang mereka lakukan itulah yang menyebabkan tercetusnya Tragedi 13 Mei 1969.


Tindakan pengecut Guan Eng yang mengarahkan pawagam-pawagam di seluruh P.Pinang tidak menayangkan filem ini membuktikan bahawa DAP sampai mati pun tidak akan mengaku salah akan pengkhianatan mereka terhadap Malaysia dengan menghuru-harakan negara pada tregedi tersebu

sumber - kerispusaka- 



Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meminta pawagam di negeri itu tidak menayangkan filem 'Tanda Putera' yang dijadualkan ditayangkan di seluruh negara mulai esok.

Exco Kerjaan Negeri, Chow Kon Yeow, yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan, dan oleh itu juga ke atas lesen pawagam, berkata, pihaknya akan mengeluarkan permintaan bertulis hari ini.

"Kami tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan filem itu, (yang merupakan prerogatif) Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia).

"Bagaimanapun, memandangkan sifat sensitif filem itu, kita mengarahkan kedua-dua pihak berkuasa tempatan (di Pulau Pinang dan Seberang Perai) untuk menulis meminta kerjasama pawagam tidak menayangkan filem itu," katanya dalam satu sidang akhbar.

TERKINI ! KARAOKE PENANG PROMO AIR SYAITAN DALAM BANNER RAYA !!

Posted: 28 Aug 2013 12:15 AM PDT


Apa kejadahnya ni   banner  ucapan Hari Raya   dipamerkan dengan promosi air syaitan a.k.a arak   di  sebuah pusat karoke terkenal di Jalan Penang , Georgetown  ??

MPPP selaku PBT yang dok ronda setiap hari tak perasan ke banner yang menghina UMAT ISLAM ini ?

Atau kerana banner ini dihalalkan sebab ini negeri ditadbir kerajaan DAP ?





JALAN ALOR DINAIKTARAF BAKAL LUMPUHKAN PENIAGA MELAYU !!

Posted: 27 Aug 2013 06:30 PM PDT



Nasib golongan Melayu serta bumiputera tidak seharusnya dipinggirkan ketika kerajaan membawa projek pembangunan di bandar raya ini terutama dalam usaha menaik taraf Jalan Alor di Bukit Bintang sebagai hab makanan Cina bertaraf antarabangsa.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, pembangunan kawasan itu dilihat berat sebelah serta mampu melumpuhkan pendapatan penduduk Melayu di kawasan itu.

"DBKL tidak sepatutnya memberi muka kepada pihak yang secara terang-terangan mahu memberi keuntungan lebih kepada kaum tertentu sahaja terutama yang jelas menyokong pembangkang di kawasan itu.

"Ini bukan soal perkauman, sebaliknya DBKL perlu bersikap adil dan memperluaskan sumber pendapatan sama rata untuk semua penduduk supaya tidak ada yang berasa ditindas dalam hal ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ketua Biro Publisiti MCA, Datuk Heng Seai Kie dalam portal propembangkang, Malaysiakini, berasa kesal terhadap rancangan mengubah wajah Jalan Alor di Bukit Bintang bagi menarik pelancong ke Malaysia telah ditukar menjadi isu perkauman oleh akhbar Utusan Malaysia.

ALAHAI AH JIB GOR ..NAK BAGI TANGLUNG PERCUMA PULAK KEPADA CINABENG !!

Posted: 27 Aug 2013 05:14 PM PDT


Syok betul jadi  bangsa Cinabeng ni .. tak sokong kerajaan dominan Melayu   pun masih lagi dasar " GIVE " dapat juga kepada mereka . 

Terbaru Ah Jib Gor nak bagi free 2 tanglung 1 Malaysia kepada Cinabeng sempena perayaan Kuih Bulan.

Agak-agaknya  depa nak tak gantung  Tanglung 1 Malaysia ni nanti  ??  

Walhal lebih 90 % daripada bangsa Cinabeng ini tak menyokong langsung Kerajaan 1Malaysia diilhamkan Ah Jib Gor ?

Cuma GPB nak tanya la semasa Hari Raya Aidilfitri lepas ada ke Ah Jib Gor buat gimik  seperti ini ??  Bagi kuih raya percuma  kepada peminatnya  ke?? Tapi bangsa yang tak sokong  dapat free tanglung lagi ..

Alahai Ah jib gor ...Bila la nak sedaq ....




KUALA LUMPUR: Sempena perayaan Kuih Bulan yang akan disambut oleh masyarakat Cina pada 19 September depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengedarkan tanglung khas secara percuma untuk peminatnya menerusi laman Facebooknya 'Ah Jib Gor' mulai hari ini. 

"Sempena menyambut perayaan tradisional yang bermakna ini, kami telah mereka bentuk tanglung khas dan akan mengedarkannya secara percuma," menurut kenyataan berbahasa Mandarin yang disiarkan melalui laman Facebook itu. 


Setiap peminat hanya boleh mendapatkan dua Tanglung. Peminat-peminat hanya perlu mengisi butiran peribadi seperti nama penuh, alamat rumah serta e-mel pada ruangan yang disediakan di laman berkenaan. 

Najib dalam kenyataan itu berkata sambutan perayaan Kuih Bulan ialah salah satu perayaan tradisional penting di kalangan masyarakat Cina. 

Beliau turut mengucapkan selamat menyambut Perayaan Kuih Bulan kepada masyarakat Cina di negara ini. 

Mengikut kalendar Cina, masyarakat Cina di seluruh dunia menyambut Perayaan Kuih Bulan yang jatuh pada hari ke-15 bulan kelapan setiap tahun. 

Perayaan itu juga dikenali sebagai Pesta Perpaduan kerana bulan penuh pada hari itu melambangkan keluarga yang lengkap dan bersatu.

Pengikut