Peghelih La... Posted: 03 Jul 2011 11:13 PM PDT Bersih 2.0 berusaha menghadap Agung Posted: 03 Jul 2011 10:09 PM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 4 Julai: Jawatankuasa penganjur Bersih 2.0 sedang berusaha untuk menghadap Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebelum Sabtu ini sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perhimpunan itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariat Bersih 2.0, "Kami akan berkomunikasi dengan Yang Dipertuan Agung sebelum membuat keputusan akhir."
Pagi ini Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Srevanasan bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan situasi sekarang, kata satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Bersih melalui Twitter mereka.
Petang semalam Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan titah agar diadakan rundingan antara pihak Bersih dan kerajaan.
Baginda juga mengarahkan kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.
Titah ini dikeluarkan baginda seminggu menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu.
Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini.
Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
<< BACA DI SINI >> Pakatan Rakyat cadang BERSIH mengadap Agong | |
LAMAN RASMI ADUN MAHARANI Posted: 03 Jul 2011 09:39 PM PDT PELANCARAN BERSIH 2.0 DI MUAR DIHALANG Posted: 03 Jul 2011 06:13 AM PDT POLIS GAGALKAN PELANCARAN BERSIH 2.0 DI MUAR
Badan Perhubungan PAS Johor dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Johor telah merancang untuk mengadakan Munajat Perdana dan Pelancaran BERSIH 2.0 sempena lawatan Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS Malaysia ke Muar. Program ini bermula dengan Munajat Perdana di Markas PAS Parit Pechah Muar pada jam 645 petang 1 Julai 2011. Alhamdulillah Munajat Perdana telah diketuai oleh Dato Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dato Dr Mahfoz Mohamad. Majlis ini turut dihadiri oleh ialah Ustaz Abdullah Hussin , Ketua Dewan Ulama PAS Johor, dan YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, serta kepimpinan PAS Kawasan Muar, Ledang , Bakri dan Pagoh.
Pada sebelah malamnya Ceramah Perdana bersama Tuan Haji Mohamad Sabu dirancang untuk melancarkan BERSIH 2.0 peringkat negeri Johor.Malangnya atas alasan program ini berkaitan dengan BERSIH maka pihak keselamatan telah diarahkan untuk menggagalkan majlis.ini. Kain rentang ini menjadi mangsa kerana 'bersih' - alasan untuk menghalang ceramah oleh Tn Hj Mohamad Sabu ! Pegawai ini diarah untuk menutup laluan ke dalam Markas PAS Parit Pechah sebelum ada sebarang aktiviti di dalam Markas ! Sejarah PAS Muar - markas di sita Polis ? Kawasan Markas bertambah selamat dengan kawalan Polis.... Belum pernah berlaku dalam sejarah PAS Muar program ceramah diberi perhatian istimewa oleh pihak keselamatan. Van Polis bergerak pun ada berhampiran markas ! Di sini tiada penjenayah...... Biasalah, bahu jalan diletakkan cone dan tali keselamatan tetapi kali ini plastik pembahagi jalan ini kepunyaan Majlis Perbandaran Muar (MPM) ! Apa hal MPM pun terlibat ? Oh.... nak saman peniaga. Nampaknya malam ini peniaga rugi besar.... Diantara pemimpin yang berada dalam markas: Ustaz Abdullah Hussin, Dato Dr Mahfoz, YB Dr Boo Cheng Hau dan Tn Hj Zulkifli Ahmad. YB Dr Mohammad Taslim menyampaikan ucapan alu-aluan selaku tuan rumah. Pengunjung bertuah yang dapat memasuki Dewan kerana hadir lebih awal sambil bermunajat kepada Allah. Pelik tetapi benar. Biasanya orang ramai diarahkan supaya masuk ke dalam kawasan tetapi mereka ini tidak dibenarkan masuk ! Selepas solat maghrib YB Dr Mohammad keluar dari Markas untuk bersama pengunjung.Malangnya selepas itu polis tidak membenarkan beliau masuk ! Rayuan ditolak. "YB tak boleh masuk, arahan. Boleh ditangkap nanti." Eh, mengugut nampaknya? Akur......YB Dr Mohammad ditunjukkan jalan keluar, tak boleh masuk. Alhamdulillah kehadiran Tuan OCPD Muar selepas itu meredakan suasana dan YB dibenarkan masuk untuk memulakan majlis tanpa kehadiran Tn Hj Mohamad Sabu.
YB Dr Mohammad memulakan ucapan alu-aluan pada jam 9.30 malam diikuti dengan penerangan daripada Ketua Pemuda PAS Negeri, Sdr Suhaizan Kayat, ucapan YB Dr Boo dan Dato Pesuruhjaya PAS Johor, Dato Dr Mahfoz Mohamad.
| |
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 03 Jul 2011 09:29 PM PDT Lahirul Kecam Penangkapan 7 Aktivis Pemuda Posted: 03 Jul 2011 06:07 AM PDT Kota Kinabalu, 2 Julai – Penangkapan 2 orang aktivis Pemuda PAS Sabah bersama 5 yang lain membuktikan gelombang BERSIH 2.0 yang akan diadakan 9 Julai nanti sudah sampai ke Sabah, kata Ketua Pemudanya, Sdr Lahirul Latigu. "Beliau menegaskan bahawa penangkapan 7 orang tersebut adalah tidak mengikut lunas undang-undang sebaliknya dipengaruhi oleh sentimen politik yang takutkan kebangkitan rakyat di Sabah" Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang bertindak menahan mereka tanpa sebarang apa-apa kesalahan jenayah, tegas Lahirul. Kejadian yang berlaku sekitar pukul 10 pagi tersebut berlaku di Restoran Sempelang ketika mereka sedang menikmati sarapan pagi. Zaiem Al-Hilmee dan Mohd Adnan merupakan 2 orang aktivis Pemuda PAS yang ditahan bersama 5 orang aktivis AMK. Menurut Zaiem, ketika mereka sedang menikmati sarapan pagi tiba-tiba sekumpulan hampir 40 orang anggota polis IPD Karamunsing dan Cawangan Khas Kepayan mengepung restoran tersebut. "Tanpa sebarang keterangan mengapa mereka di tangkap, Zaiem dan yang lain terus dibawa ke Balai Polis Karamunsing hanya kerana ada sebahagian mereka yang berpakaian kuning, kata Zaiem. "Sungguh mengejutkan kerana bilangan polis yang begitu ramai ketika membuat tangkapan sedangkan kami hanya seramai 7 orang sahaja, ulas Zaiem. "Saya tidak berpakaian BERSIH malah berbaju putih berjaket hitam ketika ditahan dan hanya seorang sahaja yang memakai baju BERSIH 2.0, kata Zaiem. Ketujuh-tujuh aktivis yang ditangkap tersebut ditahan dan disoal siasat selama 9 jam di IPD Karamunsing sehingga diikat jamin oleh barisan peguam Pakatan Rakyat Sabah sekitar jam 7 petang tadi dan diminta melapor diri semula pada 9 Julai nanti. Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah Sdr Mohd Julfikar pula berkata, penangkapan ini tidak akan menakutkan rakyat Sabah malah menaikkan lagi semangat mereka untuk menuntut hak sepatutnya. Turut hadir ke IPD Karamunsing mengikuti perkembangan penangkapan tersebut iaitu Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu, Ahli Pimpinan PKR Negeri Hj Ansari Abdullah, Ketua AMK Sdr Jefri dan beberapa lagi aktivis Pemuda PAS dan AMK. | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 03 Jul 2011 09:06 PM PDT Rumah tiada bekalan elektrik Posted: 03 Jul 2011 08:55 PM PDT Sinar Harian 4 Julai 2011 KEPIS HULU – Seorang wanita yang sarat mengandung terpaksa mendiami rumah mesra rakyat dalam keadaan tidak selesa di Kampung Baru Air Lesung, dekat sini berikutan ketiadaan bekalan elektrik. Norhamidah Roslan, 23, mengandung anak kedua yang kini berusia tujuh bulan terpaksa menanggung derita semasa cuaca panas pada sebelah siang. "Rumah mesra rakyat ini baru dibina tiga tahun lalu. Saya bersama suami dan anak lelaki berusia tiga tahun terpaksa mengharungi kepaya-han hidup kerana tiada beka-lan elektrik. "Kadang-kadang timbul juga rasa bimbang kerana kedudukan rumah agak jauh selain berhampiran kawasan perladangan pokok getah. Saya risau dengan keselamatan diri dan anak yang masih kecil. Bila suami bekerja saya dan anak duduk di rumah tinggal berdua tanpa bekalan elektrik," katanya kepada Sinar Harian, di sini. Norhamidah berkata, rumah tersebut dibina di bawah projek Skim Perumahan Mesra Rakyat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) tidak dilengkapi beka-lan elektrik disebabkan ketiadaan tiang elektrik di kawasan berdekatan. "Pihak berkenaan memberi alasan kedudukan rumah saya terletak jauh dari jalan utama menyebabkan sukar menyediakan bekalan elektrik," katanya. Berikutan itu, katanya, pada waktu malam, mereka sekeluarga terpaksa menggunakan jenerator untuk mendapatkan bekalan elektrik. "Tetapi sejak harga bahan bakar naik, kami terpaksa berjimat akibat kekangan wang. Setiap hari saya akan berulang alik menumpang tidur di rumah emak kerana mereka bimbang keadaan saya yang ketika ini mengandung. "Pendapatan suami saya juga tidak seberapa kerana dia bekerja kampung," katanya. Norhamidah berkata, selain dirinya, terdapat dua lagi penduduk yang menerima nasib sama dengannya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9257481.asp | Kaedah urus radioaktif kurang jelas Posted: 03 Jul 2011 08:54 PM PDT Sinar Harian 4 Julai 2011 SEREMBAN - Pas meminta kerajaan memberi penjelasan tentang kaedah pengurusan sisa radioaktif dikeluarkan kilang Lynas di Gebeng, Kuantan, setelah ia beroperasi kelak. Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas, Zulkefly Mohamad Omar berkata, setakat ini, isu berkenaan masih belum dijawab kerajaan, "Orang ramai berhak tahu bagaimana sisa radioaktif akan dilupuskan dan ke mana ia dihantar serta kesannya terhadap alam sekitar. "Kita tidak mahu nyawa dan kesihatan rakyat terancam sekiranya berlaku keboco-ran sisa radioaktif di sekitar premis kilang terbabit," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan diminta bersikap lebih telus berhubung isu pembinaan kilang Lynas dan mengutamakan keselamatan rakyat berbanding keuntungan. "Pas tidak akan berganjak berhubung bantahan terhadap pembinaan kilang Lynas, malah kita bakal memfailkan permohonan di mahkamah untuk mendapatkan perintah menghentikan projek ini," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9257489.asp | Edar borang hanya sebagai persiapan Posted: 03 Jul 2011 08:54 PM PDT Sinar Harian 4 Julai 2011 SEREMBAN - Kegiatan mengedar borang peneroka baru Felda adalah sebagai persiapan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menerajui pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas negeri, Abdul Rahman Ramli berkata, tanah milik Felda di seluruh negara dipercayai mencukupi untuk menampung kira-kira 80,000 peneroka baru. "Kita bukan tawar kepada anak peneroka sahaja, malah untuk bekas kakitangan Felda berpendapatan rendah dan bekas tentera. "Tindakan itu cuma untuk bantu masyarakat Felda bukan bertujuan pecah-belahkan mereka," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Beliau mengulas laporan akhbar Sinar Harian pada 1 Julai lalu, berhubung kenyataan Pengurus Felda Titi, Salahuddin Mat, yang menyifatkan pengedaran borang peneroka baru oleh pembangkang sebagai taktik bagi meraih sokongan generasi kedua Felda. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9257950.asp | PAS Rembau realisasikan konsep Negara Berkebajikan Posted: 03 Jul 2011 07:55 PM PDT Pusat Aduan Rakyat (PAS) DUN Chembong - MTD PAS Chembong meneruskan usaha membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan dan ditimpa musibah, baru-baru ini pengarahnya En Nazri dan rombongannya terdiri daripada wakil HALWA dan bendahari (En Rosli ) telah menziarahi seorang warga emas Puan Hazaseh @ Azizah Maarof, 73 tahun di Kampung Bt 17, Chembong kerana mengalami musibah di mana rumah dan semua hartanya musnah dalam kebakaran pada 8 hb Jun (Rabu malam khamis), baru-baru ini. Beliau tidak dapat menyelamatkanapa-apa barang termasuk wang yang disimpan dalam tin sebanyak RM2,100, menerima hakikat kini tinggal sehelai sepinggang. Pihak MTD telah membuat lawatan awal pagi Khamis untuk mengetahui perkembangan daripada pihak bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat berkaitan keperluan yang boleh diberi kepada mangsa. Setelah maklumat diperolehi, pihak pengarah MTD telah berbincang dengan AJK untuk mengadakan ziarah dan memberi sumbangan kepada Puan Azizah yang kini menetap sementara di rumah saudaranya yang berhampiran. Sumbangan berupa wang tunai dan keperluan bahan mentah bagi meringankan kesusahan beliau. Semasa menziarahi beliau, pihak MTD PAS Chembong berharap supaya beliau dapat bersabar dan bantuan rumah baru melalui Jabatan Kebajikan dapat disegerakan. Beliau juga merayu kepada mana-mana pihak atau individu untuk tampil memberikan sumbangan dengan menghubungi talian 0193457690 (Pengarah MTD) Sumber dari Blog Pusat Aduan Rakyat (PAS) DUN Chembong di http://parchembong.blogspot.com/2011/06/mtd-pas-chembong-realisasikan-konsep.html | PUSAT JUDI ONLINE DI TAMAN PERUMAHAN CEMPAKA Posted: 03 Jul 2011 12:47 AM PDT Aduan Rakyat, 2 Julai 2011 ShareDi sini saya ingin mengharapkan bantuan pihak berkuasa untuk membanteras operasi pusat perjudian online yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Bukan hanya satu tetapi lima pusat perjudian yang sangat berhampiran, tetapi malang nya pihak berkuasa seperti ambil sikap pejam mata. Pusat perjudian yang saya maksudkan terletak di Taman Perumahan Cempaka di Nilai. Harap pihak yang berkenaan dapat membanteras pusat berkenaan dengan segera. By: hasfian http://www.aduanrakyat.com.my/pusat-judi-online-di-taman-perumahan-cempaka | |
PAS LENGGONG Posted: 03 Jul 2011 07:56 PM PDT Posted: 02 Jul 2011 09:31 PM PDT | Posted: 02 Jul 2011 09:30 PM PDT | |
Dr Azman Ibrahim Posted: 03 Jul 2011 07:18 PM PDT JK DUN Jabi: Kami sedia menjadi sebahagian dari agenda kemenangan Terengganu Posted: 02 Jul 2011 08:08 PM PDT | "Ya Allah! Kepadamu kami pohon segala pertolongan dalam menempuh liku-liku perjuangan meninggikan agamamu..." JK DUN Jabi bersama menadah tangan memohon kehadhrat Allah mengakhiri mesyurat JK DUN kira-kira jam 1.00 pagi, 1 Julai lalu |
Inilah azam dan tekad yang yang kami teguhkan bersama mengakhiri Mesyuarat JK DUN kali ke 3, 1 Julai lalu dengan penuh keyakinan akan janji kemenangan dan pertolongan Allah kepada hambanya yang bekerja demi meninggikan agamanya. Kemenangan tentunya tidak akan dianugerahkan Allah secara percuma. Kebenaran yang kita perjuangkan bukan semestinya tiket mudah ke arah itu, kalau gerak kerja tidak direncanakan secara tersusun dan berstrategi. Hassan Al Banna mengingatkan, "kebatilan yang disusun rapi akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun rapi." Kita mengakui, bukannya mudah untuk bangkit dari kekalahan terutamanya jika jiwa pendokong dan pengikut masih belum kebah sepenuhnya. Tapi ingatlah kata-kata hukamat. "Bukan dikatakan suatu kekalahan sekiranya kita mampu untuk bangkit semula dari kejatuhan dengan penuh keberanian melangkah maju kehadapan..." Saya memerhatikan dengan penuh kegembiraan seorang pejuang, bagaimana sinar harapan dan semangat yang pudar serta lesu selepas era 2004 mula menampakkan kebangkitan ketara. Tinggallah tanggungjawab berat kami saf kepimpinan DUN bagaimana untuk menguruskan semua harapan ini agar mampu diterjemahkan menjadi realiti kemenangan. Tentu sekali tak ada suatu apa pun yang mampu dicapai tanpa pengorbanan dan kesungguhan. Sepatah wasiat Hassan Al Banna; "Sesiapa yang mencari ketinggian dan kemulian, bercita-cita untuk melakukan pembaharuan dan penambah baikan, tetapi mereka tidak mahu berusaha dan berkorban, hakikatnya mereka sedang bermimpi di siang hari." | |
PAS Cawangan Serkam Darat Posted: 03 Jul 2011 07:13 PM PDT |
DUN PENGKALAN KUNDOR Posted: 03 Jul 2011 07:11 PM PDT Kejohanan Futsal Terbuka & Gotong Royong Posted: 02 Jul 2011 07:49 PM PDT 2 Julai 2011,Tandop - Badan Kebajikan Taman Sri Bagan telah berjaya menganjurkan Kejohanan Futsal bagi merapatkan lagi hubungan golongan belia kawasan sekitar.
Program yang disusun dengan kerjasama MKK Taman Sri Bagan , Sdr Mohamad Zamri bin Desa dapat menarik 15 penyertaan berkumpulan kedalam acara yang dipertandingkan. Diikuti dengan hadiah berupa wang tunai dari RM100 bagi tempat Ke-4 hingga RM600 bagi tempat Johan pertandingan.
Majlis Kejohanan telah dirasmikan oleh YB Dato' Phahrolrazi Bin Mohd. Zawawi sebelum acara pertandingan dimulakan.
Gotong Royong
Jadual Program Dato Phahrolrazi seterusnya merasmikan Gotong Royong anjuran MKK bahagian Pekula, bertempat di Kg. Berapit, Sg. Petani. Ketibaan agak lewat sebagai memenuhi jemputan pada majlis ini tidak dapat dielakkan berikutan menghadiri kejohanan futsal terlebih dahulu.
Gotong Royong yang diadakan melibatkan penduduk sekitar bagi membersihkan kawasan ,mengecat dan sebagainya untuk keselesaan aktiviti masjid.
Hampir 100 orang mengambil bahagian dalam gerak kerja gotong royong.
Aktiviti berakhir sekitar jam 1.00 petang diikuti dengan jamuan tengahari. Dalam kesempatan itu, turut juga meninjau masalah kawasan setempat selepas menerima aduan daripada penduduk. Masalah yang dihadapi sejak sekian lama, projek jalan kampung dihentikan ketika pilihanraya oleh kontraktor. Oleh itu,pertimbangan dibuat bagi menyelesaikan masalah ini mengambil kira keperluan kegunaan penduduk di situ.
| |
Pemuda Pas Caw. Kota Kemuning Posted: 03 Jul 2011 03:35 PM PDT |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 03 Jul 2011 03:16 PM PDT PM SEBENARNYA SUDAH BERKEMPEN, BANK BERGABUNG MAKAN TAK YAKIN Posted: 03 Jul 2011 12:03 AM PDT BN melalui PM dan TPM nampaknya sudah mula buat kempen Pilihan Raya.Biasanya bila berkempen Bn sanggup mengeluarkan kenyataan merapu, lebih-lebih lagi PM berlagak macam mampu memegang Kementerian Kewangan.
MIRI: Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Sarawak (SBEU) membantah kemungkinan penggabungan RHB Bank dengan salah sebuah bank lain di negara ini. Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini membuat kelulusan pihak yang berpotensi untuk mengambil alih RHB Bank, sama ada CIMB Bank atau Maybank. "Kita meminta supaya BNM tidak terlalu mendesak atas hal ambil alih RHB sama ada oleh Maybank atau CIMB," kata Ketua Eksekutif SBEU, Andrew Lo Kian Nyan melalui kenyataan medianya selepas bermesyuarat di Pustaka Miri, kelmarin. Menurutnya, setelah analisis dan kajian terperinci, SBEU percaya bahawa cadangan berkenaan bukan jalan terbaik untuk pemegang saham dan komuniti berdasarkan beberapa faktor. Beliau pada masa sama turut mencadangkan kerajaan menubuhkan satu badan pemantau khas dan jawatankuasa untuk mengkaji tentang kesan penggabungan. Ini bagi memastikan ia tidak membebankan pengguna dan ekonomi dalam skala yang besar, katanya. "Kita minta Perdana Menteri (PM) untuk tidak memaksa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melepaskan RHB kerana ia merupakan penyumbang dalam jangka masa panjang," jelasnya. SBEU turut menasihatkan supaya pengguna, kumpulan perniagaan dan ahli-ahli KWSP agar meminta PM mengarahkan BNM menyemak semula keputusan berhubung penggabungan berkenaan. Walaupun baru-baru ini media melaporkan bahawa CIMB telah melupakan hasrat penggabungan, namun Maybank tidak berkata apa-apa dan ia menimbulkan keraguan tentang masih wujudnya hasrat tersebut. "Perkara ini terjadi sebelum ini dalam kes penggabungan Hong Leong Bank dan EON Bank di mana perbincangan masih berlaku dengan senyap walaupun pada mulanya menunjukkan tidak ada minat," tambah Setiausaha Agung SBEU, Peter Ling Tiong Ho. Menurutnya, SBEU sangat bimbang terhadap penggabungan tersebut, namun pada masa sama mahu ahlinya bersedia supaya tidak terkejut dengan kemungkinan perubahan secara tiba-tiba. Posted by santubong at 10:59 AM | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 03 Jul 2011 03:04 PM PDT APA NAK BUAT KALAU DITAHAN POLIS UTK KE BERSIH? Posted: 02 Jul 2011 05:47 PM PDT Sekiranya anda ditahan di sebuah sekatan polis dan diarahkan untuk berpatah balik ke rumah. Apakah yang patut anda buat? Perkara 9(2) Perlembagaan Persekutuan menjamin setiap warganegara bebas untuk bergerak ke mana-mana di dalam Malaysia. Oleh itu, saudara boleh meniru dialog berikut: Sdra: Saya ingin teruskan perjalanan saya ke Kuala Lumpur. Polis: Apa tujuan kamu ke sana?Sdra: Saya ingin melawat kawan/ Saya ingin hadiri kenduri/ Saya ingin shopping (pilih mana-mana jawapan, tetapi jangan nyatakan saudara ingin berdemo) Polis: Tidak boleh. Saya arahkan kamu berpatah balik.Sdra: Saya berada di Malaysia dan saya sebagai warganegara bebas ke mana-mana dalam Malaysia. Tuan tiada hak untuk arahkan saya pulang. Jika tuan ingin tahan saya, sila bawa saya ke balai polis. Polis: Ok, saya tahan kamu dan bawa ke balai polis.Sdra: Sebelum tuan bawa saya ke balai polis, saya mahu dapatkan nama penuh, no. badan dan alamat tempat kerja tuan. Saya juga ingin tahu atas alasan apa saya ditahan. Saya akan arahkan peguam saya untuk saman tuan, pegawai tuan dan Kerajaan Malaysia kerana menahan saya secara salah dan melanggar hak asasi saya. (sila catatkan nama penuh polis itu, no. badan dan alamatnya dan serahkan kepada peguam Bersih- 0163126463/0163126473/014-6451753/012-3928379 untuk proses saman. Sila catat apa-apa alasan yang diberikan untuk menahan saudara. Sila maklumkan ahli keluarga bahawa saudara dibawa ke balai dan sila saudara hubungi peguam atau minta ahli keluarga hubungi peguam. Sila catatkan tarikh, hari dan masa ditahan. Juga, catatkan tempoh anda ditahan). Setelah saudara dibebaskan, saudara perlu segera membuat laporan polis. Saudara boleh guna format berikut untuk laporan polis. Contoh laporan polis jika saudara ditahan: Pada ................... hari ............... jam ........... hingga jam ................., saya ditahan oleh anggota polis bernama ................. no. badan ............... (masukkan semua nama pegawai penangkap) di ......................... Pegawai polis tersebut enggan membenarkan saya untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan/tanpa alasan yang munasabah/pegawai tersebut tidak menyatakan sebarang alasan saya ditahan (pilih yang mana berkaitan). Saya buat laporan ini supaya tindakan undang-undang diambil ke atas pegawai terlibat kerana telah melanggar hak asasi saya untuk bergerak bebas.... kalu boleh tak bertembung lagi baik dan itu yang terbaekkkkk!!!!.... | STUDENT JATUH BAS LEPAS LARIAN 1 MURID 1 SUKAN... Posted: 02 Jul 2011 05:29 PM PDT ALOR GAJAH: Tindakan seorang pelajar perempuan berdiri di pintu bas sekolah dinaiki ketika perjalanan pulang ke rumahnya mengundang padah apabila terjatuh, menyebabkannya pengsan di Kuala Sungai Baru, dekat sini, semalam. Dalam kejadian jam 1 petang, Nuremi Syakila Hamadi, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat, dekat sini, dikatakan kepenatan selepas menyertai acara larian "1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia" di sekolahnya. Rakannya, Nur Nadhirah Mohd Ramli, 15, berkata Nuremi Syakila berdiri di tangga bas dan terjatuh apabila terlepas genggamannya pada besi palang di tangga. "Saya melihat dia tiba-tiba lemah ketika berdiri di tangga ketika bas bergerak laju. Ketika bas memperlahankan kenderaan kerana menurunkan pelajar, saya melihat dia terjatuh di tepi jalan. Menurutnya, mangsa yang tinggal bersama keluarganya di Taman Kuala Permai, Kuala Linggi, didapati tidak sedarkan diri dengan kepalanya berdarah sebelum dikejarkan ke hospital dengan bantuan orang ramai. Saksi kejadian, Roslina Md Nor, 33, berkata, dia bersama suami dan kakaknya melihat seorang pelajar perempuan terbaring di atas rumput tepi jalan sebelum membantu. "Pada mulanya saya sangka dia terbabit dalam kemalangan kerana ada sebuah kereta remuk tidak jauh dari tempat kejadian dan terus meminta suami berhentikan kereta ke sebelah kiri jalan bagi membantu pelajar itu. | |
Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru Posted: 03 Jul 2011 01:33 PM PDT Apa Perlu Anda Lakukan Jika Ditahan - Wajib baca dan dengar!! Posted: 03 Jul 2011 07:51 AM PDT Pertubuhan Bukan Kerajaan 'Lawyers For Liberty'(LFL) mengadakan sesi penerangan kepada masyarakat umum mengenai bagaimana berdepan dengan provokasi polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung, 9 Julai depan. Sesi Penerangan itu dibuat berikutan keengganan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) memberikan kerjasama kepada penganjur serta penyokong Bersih 2.0 seraya mengugut untuk mengenakan tindakan undang-undang serta mengisytiharkan darurat pada hari tersebut. Bercakap pada forum anjuranya yang bertajuk "Hak Untuk Berhimpun" di Dewan Perhimpunan Cina Wilayah dan Selangor malam tadi, peguam Hak Asasi Manusia, Fadiah Nadwa Fikri bersama barisan peguam lain memberi penjelasan terperinci tentang hak-hak kemanusiaan yang boleh digunapakai sekiranya polis bertindak melangkaui batasan undang-undang negara. Katanya, berdasarkan pengalaman beliau menyertai perhimpunan umum sebelum ini, rata-rata masyarakat kurang jelas akan hak-hak individu yang ditahan hingga menyebabkan polis menyalahgunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya. Sehubungan itu, Fadiah menasihatkan rakyat yang ingin berhimpun pada 9 Julai ini supaya mengetahui alasan penahanan mereka di samping merekodkan nama dan nombor anggota polis terbabit. "Saya sangat pasti pada hari itu nanti, mereka (polis) tidak ada alasan untuk menahan anda. Oleh yang demikian penahanan tersebut tidak sah. "Kalau mereka tanya lebih, tanya mereka adakah saya ditahan?" ujar beliau. Bagaimanapun beliau berkata, anggota polis di negara ini sering kali bertindak diluar bidang kuasa mereka selain menafikan hak individu yang ditahan. Katanya, ini kerana rata-rata pegawai polis yang bertugas pada waktu demonstrasi tidak akan menyatakan apakah alasan seseorang itu ditahan, sebaliknya menggunakan kekerasan dengan mengheret peserta demonstrasi ke balai mahupun trak polis. Malah, peserta demonstrasi itu juga tidak akan dibenarkan untuk membuat panggilan telefon mahupun kebenaran diwakili oleh peguam. "Sekiranya peserta demo ditangkap, polis hanya berhak menahan anda dalam tempoh 24 jam sahaja. Jika lebih daripada itu mereka perlu memohon daripada mahkamah. Katakan mereka menahan anda lebih daripada tempoh tersebut tanpa sebarang dokumen mahkamah, maka anda boleh saman mereka (polis) dengan asalan penahanan tanpa sebab," ujar beliau. Justeru Fadiah berkata maklumat yang disampaikan sekurang-kurangnya dapat membantu penyokong-penyokong mengelakkan mereka daripada ditahan tanpa sebab ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh peserta demonstrasi yang ditangkap : (1) Pastikan nama dan nombor tang tertera pada kad kuasa polis dicatat. (2) Minta pihak berkuasa jelaskan alasan penahanan. (3) Elak sebarang keganasan fizikal (4) Tidak membenarkan polis merampas barang peribadi seperti dompet, kamera, telefon bimbit dan lain-lain. (5) Memastikan balai polis mana anda ditahan. -tvsnews Hak-hak anda bila ditahan polis Malaysia - Harakahdaily RED BOOK (BAHASA MALAYSIA) 1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS 1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; "Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda." 1.2 Kad Kuasa Polis Merah: Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ. Lain-lain Warna: • Biru: Berpangkat Inspektor dan ke atas. • Kuning: Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor. • Putih: Polis Simpanan Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya. 1.3 Berpakaian seragam Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya. 1.4 Kenderaan Peronda Polis Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan. 2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN 2.1 Pengenalan Diri Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda. 2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?" 2.3 Bilakah anda ditahan Anda ditahan apabila anggota polis itu: • menjawab "ya"; • tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau • menggari anda. Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta. 2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi). 3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN 3.1 Penyataan saksi/112 Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112). 3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis) mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap anda mendesak anda supaya bekerjasama. 3.3 Membuat Pernyataan 112 Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah. • Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi). • Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan. • Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan. • Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda. • Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda. • Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan. 3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan. • Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda. • Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani. • Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda. 4. POLIS MENANGKAP ANDA 4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?" Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan. 4.2 Jangan melawan semasa ditangkap Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan. 4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?" Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya. 4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada: 1. Keluarga atau rakan; dan/atau 2. Seorang peguam. Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC). Maklumkan kepada mereka: • yang anda telah ditangkap; • masa, tempat dan alasan ditangkap; • Balai Polis di mana anda dibawa. 4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap Anda boleh ditahan sehingga 24 jam: • Di Balai Polis, atau • Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis. 5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN 5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain. 5.2 Pakaian Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap. 5.3 Barangan peribadi Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan. 5.4 Kebajikan Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan. 5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman). 6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM 6.1 Siapakah Majistret Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada24 jam. 6.2 Tujuan Perintah Reman Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda. 6.3 Berapa lamakah Perintah Reman Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis. Majistret berkenaan mempunyai budi bicara: • untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau • membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. 6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapans eorang Majistret untuk proses reman Maklumkan kepada Majistret: • anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda; • jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul; • jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan; • jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan; • sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda; • sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan. 6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll). 7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN 7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/ pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas. 7.2 Apa yang perlu dilakukan • Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda. • Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll. • Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/ saku/beg anda. 7.3 Hak-hak anda • Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan. • Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita. • Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel: 1. Bantah; 2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan 3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut. 8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU 8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian • Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki. • Anda ditangkap. • Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup. 8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:- 1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah- pemeriksaan pakaian luaran. 2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas. 3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas. 4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan. 8.3 Hak anda • Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan. • Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan. • Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita. 9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP 9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda. 9.2 Hak anda untuk berdiam diri Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri." 9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda. 9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda bolehmenggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan. PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC) • Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072 • Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428 • Negeri Sembilan : 06-6013 844 • Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514 • Johor : 07-2235 698 • Perak : 05-2550 523 • Kedah & Perlis : 04-7333 467 • Kelantan : 04-7448 660 • Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410 • Pulau Pinang : 04-2617 451/ 0
| GAMBAR TAK SENONOH AMBIGA PULA DI SEBARKAN Posted: 03 Jul 2011 07:22 AM PDT Seperti yang Abu Nawas janjikan semalam, hari ini Abu Nawas nak siarkan gambar2 kelakuan tak senonoh Ambiga yang Abu Nawas terima..
Inilah dia gambar Ambiga seorang artis dari negara India sedang bercumbu dengan perempuan jugak..kah kah kah
Ooo hangpa ni kalau bab pompuan telanjang kalut saja noo... Sampai gambaq Ambiga penegerusi Bersih pun hang pa lalu nak tengok kah kah kah Haaa ini Abu Nawas ambil dari web Umno Online. ooo baru Abu Nawas tau yang si Ambiga ni penyokong kuat isu Murtad... Ish ish ish..bahaya ni.. tapi bila pikiaq 2 balik sapa yang kasi lesen murtad? Antara sokong dengan beri kebenaran untuk murtad sapa lagi teruk. Cuba baca di bawah:- Kah kah kah.. Rupa2nya yang dok kasi orang murtad tu ada songkok atas kepala. Rupa2nya yang dok kasi orang murtad tu ustad. Rupa2nya yang dok kasi orang murtad tu dari parti Umno kah kah kah. Biasalah kalau yang menyokong murtad itu orang bukan islam tapi yang peliknya orang yang kasi lesen untuk orang murtad itu adalah orang islam itu sendiri. Biasalah kalau DAP tak mau pada negara dan hukum hakam Islam kerana parti depa bukan parti orang Islam tapi yang peliknya bila Umno yang mengaku islam tak mau pada hukum Islam. p/s: nak tengok gambar Ambiga klik SINI | Awas, SB pun berkopiah putih!! Posted: 03 Jul 2011 07:11 AM PDT Ustaz Zulfikar Zainon,ahli PAS Bukit Gantang masih sempat tersenyum. Kini ditahan reman bermula Sabtu (2 Julai) hingga Isnin ini. Baju berbelang-belang, berkopiah putih itu SB. Moga-moga Zulfikar Zainon tahan diuji. Beliau bukan melakukan jenayah, sekadar didakwa memiliki dan menjual baju kuning bersih. Pihak polis dari IPD Kuala Kangsar datang menyiasat dan mengelidah rumah bapa beliau di Changkat Jering. Sumber: Sisibukit | BERSIH: Agung dah bersuara Posted: 03 Jul 2011 07:09 AM PDT Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. | Batu Gajah: Seorang penjual Baju Bersih ditahan! Posted: 03 Jul 2011 07:06 AM PDT pejuang sejati!!! Peguam Pemuda PAS, Sdr Zamri diberi tugas oleh PAS untuk mengelola kes ini Penyokong PAS hadir ke balai polis memberi semangat. Batu Gajah: Seorang penjual akhbar Harakah telah ditahan di Ibu Pejabat Polis tengah hari tadi. Beliau di tahan di sebuah gerai menjual Harakah di Pasar Besar Batu Gajah. Beliau yang dikenali sebagai Salleh telah ditahan kerana menjual baju kuning BERSIH 2.0 . Gerainya digelodah oleh pihak polis kira-kiran pukul 1.00 tengah hari dan polis merampas 13 helai baju BERSIH .20 . Motosikal miliknya juga turut dirampas. Pimpinan PAS Batu Gajah yang diketuai oleh YDP Pas Batu Gajah, Sdr Ismail Ariffin telah bergegas ke tempat kejadian. Turut Hadir Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Timbalan YDP Batu Gajah Ustaz Nuri Al-Amin dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat. PAS telah menghantar seorang peguam untuk mengelola kes tersebut. Beliau masih ditahan di balai polis. Kes tersebut akan dibicara di Mahkamah Majistret Batu Gajah 9.00 Esok. Semua dijemput hadir ke Mahkamah Majistret Batu Gajah esok untuk memberi semangat kepada Sdr Salleh. | Cubaan BERSIH 2.0 Di Angsana, JB Posted: 03 Jul 2011 07:04 AM PDT JOHOR BAHARU, 3 Julai -- Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara ACP Ruslan Hassan ditemu pemberita di luar pusat membeli belah Plaza Angsana di sini. Sebahagian daripada 100 anggota dan 14 pegawai polis berkawal di pusat membeli belah Plaza Angsana berikutan maklumat satu demonstrasi berkaitan Bersih 2.0 akan diadakan di situ tengahari tadi. Bagaimanapun, pihak polis bersurai beransur-ansur pada pukul 4 petang setelah pihak penganjur membatalkan perhimpunan tersebut. | Upah Indon berdemo di Komtar....hey Pak Menteri Mana Mau Lari ha....!!! Posted: 03 Jul 2011 07:02 AM PDT Utusan meloya melaporkan 1500 orang berdemo, malaysiakini melaporkan 300 orang saja berdemo, angka itu bukan persoalan besar tetapi yang menjadi persoalan besar mengapa polis membiarkan mereka berarak sejauh 6 km dari Masjid Acheh hingga peniaga terpaksa tutup kedai kerana takut. Dalam utusan meloya tajuknya demo bantah kerajaan DAP P.Pinang, utusan meloya lidah rasmi umporno memang sengaja suka menyebut kerajaan DAP dari menyebut kerajaan Pakatan Rakyat untuk ditanamkan dalam kepala otak Melayu orang kampong bahawa P.Pinang kini diperintah oleh cina DAP. Isu perkauman menjadi senjata utama umporno yang kini diambang sakaratul maut. Bagi mereka koh tsu koon tu bangsa Jawa agaknya. Tahun 2004 umporno menang 15 kerusi dan menjadi majoriti tetapi malangnya ketua menteri umporno serahkan pada orang Jawa bernama koh tsu koon. Bukankah ini khianat namanya kepada Melayu? Semalam TV3 suku memaparkan senatak raja sesumpah ezam kepala 6 kotak hitam ditangkap bersama macai setianya ghani harun. Ditayangkan juga sedutan ucapan senatak raja sesumpah yang dari dulu gunakan ayat yang sama.."Ini baru permulaan saudara..kalau setiap hari setiap minggu setiap bulan kita berhimpun.. Guan Eng yang zalim akan lari.." Kah kah kah.. Ayat itulah juga dulu hang dok guna akhirnya hang yang lari masuk semula ke lubang naijs.. Selepas itu katak zahRAIN pula muncul dakwa Guan Eng arah ketua polis tidak benar ikat jamin mereka yang ditangkap..kah kah kah..alahai katak zahRAIN nak bohong pun agak2 lah..rakyat tahu kamu tu katak yang rindukan hujan...ong..ong..ongkossss.. sejak bila polis apco akur cakap pemimpin Pakatan Rakyat, polis apco di bawah mufti hishamudddin auww yang keluar fatwa baju kuning BERSIH haram. JAKIM juga telah keluarkan teks khutbah yang melarang umat Islam menyertai demo BERSIH kononnya akan menghuru harakan negara. Pasukan bolasepak negara sepatutnya pakai baju kuning sebagai tuan rumah bila menentang Taiwan tetapi oleh kerana umporno diserang wabak demam kuning maka terpaksalah mereka memakai baju biru.. Wabak demam kuning ini adalah petanda umporno sebenarnya sudah kelemasan..mereka tahu mereka bukan sahaja akan jadi pembangkang di Pulau Pinang tetapi akan jadi pembangkang di Malaysia. Berbalik kepada demo komtar selepas Jumaat kelmarin, rupa-rupanya ada juga mek Indon turut berdemo, pakai lilit kepala pun terbalik..umporno upah ke? Bila tengok mek Indon..teringat pak menteri..hei pak menteri..mana mau lari haaaa.. | Sangkelembair udah ngamok.. Posted: 03 Jul 2011 07:00 AM PDT
kalau org islam, cina, india berimpun beramai ramai, beribu ribu lantas..ber arak ke kedutaan asing Borak Obama, bersepandok, berkaki ayam, tak berbaju, bersenting lengan, kuyup basah dgn peluh masin hapak, org yang bera arak itu siapa, Org merah putih pun ader, org hijau putih pun ader, org beroket pun ada, sume ada, dan....saya " Org German ni pun ada bersile, berpeluh. dan ANDA dimana waktu itu. Kenapa kita nak jadi takut, gusar, ada yg tak lena tidor, ngelabah mcm ayor bah, panas buntut mcm duduk atas bara api ubat nyamok lakunye hanye kerana perhimpunan yg dibin atau dibintikan dan diberinama BERSIH itu, kemon lah der, kemun lah..buat apa nak takut, Bukan kah dalam sorat kabor utusan dan yg tak diutus utuskan pernah berkata : Kerajaan ( Gomen ) telah mendapat kembali sokongan Rakyat. habis tu buat apa nak takut, kalau diorang sokong gomen kita, tak ada sesiapa pun yg akan datang ke perhimpunan itu nanti. ini....mael lambung lah, tak takut apa bende pun nye..!! Biorkan saja deme nak berimpun, buat apa nak sekat sekat mcm sikat tersekat kat rambut Mael lambung ni, nanti lagi disekat, lagi diaorang tak caya kat gomen, biorkan.. sekurangnye jadi kayu pembaris ukur sokongan rakyat pada gomen. sekurang kurang nya kita dapat tahu.... " Kerajaan mendapat sokongan rakyat" bermakna ramai yg sokong gomen sekarang ni, apa yang kita nak gigil gigil takut..( apa pun tak boleh, apa pun tak boleh - Jambu maharaja lawak ). Ada org kata kedai kedai tak laku, ekonomani merudum pada hari itu, karipaf mak temah tak laku, ayor temikair gan ayo soya tak laku, nasi lemak leha janda pun tak laku pada hari itu kalau perhimpunan itu di lesenkan. benarkah fakt fakt itu. Tapi yang heranye....kenapa waktu raya melayu, raye cine, raya india, waktu mkn angin bercuti cuti malaysia, balik kampong mandi mande, mkn ikan bakor, dan sambair bacang mangga tak kata rugi pun, tak ada pulak kome bisin bisin berkokok mcm ayam jagor pak leman atas tunggul kayu. Ce kome kire...setawun ada 366 ari. dan deme berimpun hanya separuh ari je, lebih lebih pun dari jam 8.am sampair jam 8 malam. tak kan le satu hari dah makan habok, dah bangkerap c , setawun berapa banyak untung dapat. ( apa pun tak boleh, apa pun tak blehh ) YDP YADIM kata : berjangah dgn syariat dan nilai nilai islam, yg ber arak bagai nak rak ke US Embasy itu hari, yg berarak bagai nak rak ISU GAZA itu hari, tak bercangah pun umpama bangkor hanyut di sungai perak yg bercangagh cangah ropenye, kenapa pulak PERKASA dan PEMUDA nak berhimpun boleh plak, tak bercangah pun dan diam pulak YADIM, dan tak Haaarrrrammmm punnn. Bace ler buku pelembagaan perkara 10 perlembagaan persekutuan yg menjamin hak hak warganegara utk berhimpun secara amannnnnnnnn. ada org kata, perhimpunan itu bermotifkan politiking dan politikus, Rasanya kedua dua pun nak meraih sokongan dan berhasrat mendapatkan undi, dan kedua duanya ada kepentingan, kedua duanya melambangkan perpaduan dan kesepekatan dan kedua duanya berhasrat dgn baik, kedua duanya dianjurkan tanpa niat mahu menghuru harakan... PERBEZAANNYE.... 1 dianjurkan oleh gomen kerajaan kita dapat liputan baik punya cilokkk.. 1 dianjurkan org lain plenet pluto, semuanye tak baik, lu pikirlah sendiri sikap perajudis media media dan orang orang perseorangan itu. Kenapa pulak, Jabatan undang undang dan hak asasi manusia ( JUHAM ) menyelar kenyataan Timbalan KPN nak buat tangkapan jika perlu. kenapa tak nak rujuk para 10 perlembagaan persekutuan itu. Ada org kata perhimpunan itu tak perlu, buat jer semayang hajat kat surau atau mesejid, mintak je apa yang nak mintak, mohon pada tuhan apa yang nak mohon. tapi ...ISU GAZA tak buat mcm itu pun, ISU perkasa tak buat mcm itu pun, ISU himpunan sejuta belia tak buat mcm tu ponggg. ( kena pale sendiri ) Dalam UTUSAN : surat khabor itu hari...depan kedutaan BORAK OBAMA himpunan egeresif sampair bakor bakor, sampair kelor kelor badan sendiri, tak pulak salah dlm pergertian BERSALAH, Polih asik wusshaa jer, bukannya nak larang pun nye, tak rotan pun, tak gari pun, siap bagi ayor oren dgn straw bengkok ala ala Cafe gitu. kenapa kompolan Binti BERSIH itu nak berimpun bersile tak bleyyy. ce... citer, ce...citer. Harap harap hantu kak limah tak terbahak bahak ketawa tersembor semborr.. | Tengok nii..Subhanallah,Ke Mana Wanita Umno ini?? Posted: 03 Jul 2011 06:55 AM PDT Sempoi nampak mak dara belakang tu...gua rasa pasti ada kenduri khawin yang ingin dihadiri..?? Jauh jugak wanita Umno ni berjalan..kereta pun banyak tapi takpa sampai di majlis kenduri tu minumlan banyak sikit. Subhanallah..Rupanya pergi ke kubur,ada kematian dengan pakaian macam tu...mengalah orang bukan islam. Inilah wanita-wanita Umno yang sering mengatakan mereka lebih Islam daripada muslimat Pas...Hancussss... | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 03 Jul 2011 11:31 AM PDT Gotong Royong ganti atap di Kg Tuan, Chukai Posted: 03 Jul 2011 09:31 AM PDT 1/7/2011 Kg Tuan- Gotong royong ganti atap zink rumah fakir miskin di kg tuan Chukai.Seramai 30 orang sukarelawan atau skuad khidmat DUN yang hadir pada hari itu. Alhamdulillah kerja-kerja dapat diselesaikan setengah hari sahaja. | |
Batu Gajah Mari Posted: 03 Jul 2011 11:14 AM PDT Batu Gajah: Seorang penjual Baju Bersih ditahan! Posted: 03 Jul 2011 04:10 AM PDT pejuang sejati!!! Peguam Pemuda PAS, Sdr Zamri diberi tugas oleh PAS untuk mengelola kes ini Penyokong PAS hadir ke balai polis memberi semangat. Batu Gajah: Seorang penjual akhbar Harakah telah ditahan di Ibu Pejabat Polis tengah hari tadi. Beliau di tahan di sebuah gerai menjual Harakah di Pasar Besar Batu Gajah. Beliau yang dikenali sebagai Salleh telah ditahan kerana menjual baju kuning BERSIH 2.0 . Gerainya digelodah oleh pihak polis kira-kiran pukul 1.00 tengah hari dan polis merampas 13 helai baju BERSIH .20 . Motosikal miliknya juga turut dirampas. Pimpinan PAS Batu Gajah yang diketuai oleh YDP Pas Batu Gajah, Sdr Ismail Ariffin telah bergegas ke tempat kejadian. Turut Hadir Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Timbalan YDP Batu Gajah Ustaz Nuri Al-Amin dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat. PAS telah menghantar seorang peguam untuk mengelola kes tersebut. Beliau masih ditahan di balai polis. Kes tersebut akan dibicara di Mahkamah Majistret Batu Gajah 9.00 Esok. Semua dijemput hadir ke Mahkamah Majistret Batu Gajah esok untuk memberi semangat kepada Sdr Salleh. | |
Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو Posted: 03 Jul 2011 11:10 AM PDT BERSIH 2.0 !! AMBIL PERHATIAN SEMUA!! Posted: 03 Jul 2011 07:57 AM PDT Saya menyeru kepada sesiapa yang hadir pada perhimpunan bersih itu nanti agar membelanjakan sekurang-kurangnya rm100 pada peniaga-peniaga kecil di sekitar laluan BERSIH nanti. Kita buktikan yang kita mahu berhimpun secara aman dan di sambil itu berbelanja di sepanjang laluan dan bantulah para peniaga di sekitar laluan itu nanti. KITA AKAN BUKTIKAN BAHAWA PERHIMPUNAN BERSIH ADALAH PERHIMPUNAN YANG MEMBAWA KE UNTUNGAN BESAR PADA PENIAGA DAN NEGARA SERTA POLITI TANAH AIR!!..insya Allah..BERSIH akan kekal di lindungi Allah swt!! Amin..dan sebarkan pada semua yang ingin turut serta pada perhimpunan itu nanti!! DAULAT TUANKU!! HIDUP RAKYAT!!
| |
Jasindaily Online Posted: 03 Jul 2011 09:57 AM PDT |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 03 Jul 2011 09:46 AM PDT Muhyiddin TAK SABAR mahu jadi PM Posted: 03 Jul 2011 04:05 AM PDT Peluang cerah Muhyiddin ganti Najib M Faqih
PASIR MAS, 3 Julai: Hanya 26 bulan berada di kedudukan nombor satu, Datuk Seri Najib Razak kini berdepan dengan masalah dalaman Umno yang dikatakan semakin kronik.
Dua tahun pertama kepemimpinannya sudah menjelaskan watak sebenar. Maka tidak hairanlah ramai melihat kegagalannya itu memberi nafas baru buat Tan Sri Muhyiddin Yassin mengintai kedudukan lebih selesa.
Muhyiddin dikatakan memerhati kegawatan politik yang berlaku sekarang. Peluangnya mendaki satu lagi tangga semakin cerah.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa pemimpin yang paling gembira sekarang ialah Muhyiddin kerana Najib sedang berdepan dengan suasana kritikal.
Katanya, kemunculan begitu banyak badan bukan kerajaan bagi membela Umno berkaitan isu 9 Julai sebenarnya lebih banyak mencalar nama Perdana Menteri.
"NGO-NGO terbabit sudah merosakkan nama Najib. Mereka secara terbuka menyatakan mahu mewujudkan suasana tegang sehingga Perdana Menteri tidak mampu lagi mengawalnya.
"NGO tersebut berada di hadapan Muhyiddin bagi mencalar imej Perdana Menteri. Muhyiddin perlu merebut peluang sekarang kerana tidak ada masa lagi. Beliau lebih berumur berbanding Najib.
"Sekarang hanya kelihatan Datuk Seri Hishamuddin Hussin sahaja yang beriya-iya mempertahankan Najib," katanya pada ceramah pemimpin bersama rakyat di sini malam tadi.
Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Perhubungan PAS, Zulkeli Mamat.
Ketua Penerangan, Dr Muhammad Fadzli Hassan, Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim, Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Hanifa Ahmad dan wakil-wakil rakyat.
Orang ramai tetap memenuhi ruang padang mini stadium biar pun hujan agak lebat.
Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena mendakwa Muhyiddin membiarkan Najib keseorangan menyelesaikan isu yang dianggap boleh mencetus ketegangan sekarang.
Katanya juga ketika Bersih 2007 diadakan tiada ketegangan berlaku kerana pada masa itu masalah dalaman Umno tidak ketara seperti sekarang.
Mohamad pula berkata, empat tuntutan Bersih 2007 belum lagi ditunai kerajaan sehingga sekarang.
Tuntutan tersebut iaitu menggunakan dakwat kekal, daftar pengundi secara automatik, menghapus undi pos dan peranan media harian lebih seimbang.
"Sudah lima tahun tuntutan itu dibuat namun sehingga sekarang Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan gagal menunainya sehingga menyebabkan muncul Bersih 2.0," katanya.
Menurutnya juga kemaraan Pakatan Rakyat untuk melangkah ke Putrajaya begitu dibimbangi Perdana Menteri sehingga beliau mengajak anak muda mempertahankan pusat pentadbiran kerajaan itu.
Beliau juga meluah rasa bimbang rampasan baju T, Bersih 2.0 yang dibuat polis sekarang kemungkinan disalah guna pihak lain bagi menimbulkan ketegangan 9 Julai ini.
Husam berkata, dua tahun lalu pemimpin Umno begitu takut dengan baju hitam dan sebelum itu bimbang dengan warna merah.
Namun sekarang pemimpin Umno benar-benar rimas dengan warna kuning.
Beliau juga menjangka 9 Julai ini menjadi detik penting yang mampu menarik perhatian dunia terhadap apa akan berlaku di Malaysia. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 03 Jul 2011 09:17 AM PDT PUSAT JUDI ONLINE DI TAMAN PERUMAHAN CEMPAKA Posted: 03 Jul 2011 12:48 AM PDT Aduan Rakyat, 2 Julai 2011 Di sini saya ingin mengharapkan bantuan pihak berkuasa untuk membanteras operasi pusat perjudian online yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Bukan hanya satu tetapi lima pusat perjudian yang sangat berhampiran, tetapi malang nya pihak berkuasa seperti ambil sikap pejam mata. Pusat perjudian yang saya maksudkan terletak di Taman Perumahan Cempaka di Nilai. Harap pihak yang berkenaan dapat membanteras pusat berkenaan dengan segera. By: hasfian http://www.aduanrakyat.com.my/pusat-judi-online-di-taman-perumahan-cempaka | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 03 Jul 2011 09:17 AM PDT Bersih 2.0 : Penahanan Ketua Pemuda PAS Dungun cetus semangat anak muda Posted: 02 Jul 2011 05:58 AM PDT oleh : Team IT Pemuda Dun Sura
Bermula dengan sebaran sms berita penahanan Ketua Pemuda PAS Dungun pada 620 petang, Balai Polis Dungun terus menerima kedatangan bertali arus pemuda-pemuda Dungun yang hadir untuk memberi sokongan moral kepada Sheikh Hanafi.Turut awal berada di situ ialah ADUN Sura yang juga Yang Di Pertua PAS Kawasan Dungun,Ustaz Wan Hassan Md Ramli.
Bekas Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Jamaluddin Jusoh turut hadir Mereka juga bersolat Maghrib dan Sunat Hajat secara berjemaah di hadapan pintu pagar Balai Polis Dungun yang diimamkan oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Dungun,Ustaz Saiful Bahri Mamat.
Penahanan beliau adalah sebahagian daripada tindakan provokasi polis menjelang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.Bermula dengan tindakan menurunkan banner promosi Bersih 2.0 yang dipasang di tanah persendirian milik Ketua Pemuda PAS Dungun itu.
SB berpakaian yang tertera logo Majlis Perbandaran Dungun
Pihak SB dikesan berpakaian kemeja berlengan pendek yang tertera logo Majlis Perbandaran Dungun bagi mengelabui orang ramai.Suasana tegang antara Ketua Polis Dungun dan Ketua Pemuda PAS Dungun sempat dirakam oleh lensa Team IT Pemuda Dun Sura dimana Saudara Sheikh Hanafi meminta penjelasan polis atas tindakan menurunkan banner promosi Bersih 2.0 yang dipasang di tanah persendirian itu.
Ketika itulah pihak SB mengarahkan tangkapan dibuat dan Sheikh Hanafi dimasukkan ke kereta polis menuju ke Balai Polis Dungun kira-kira jam 615 petang.Tangkapan dibuat ketika lalu lintas agak sesak akibat Pasar Malam Sura Gate yang beroperasi di tapak berhadapan dengan rumah Sheikh Hanafi.
Bermulalah sebaran sms dan hadapan Balai Polis Dungun begitu cepat dipenuhi anak-anak muda bagi memberi sokongan moral kepada Ketua Pemuda PAS Dungun itu.Himpunan aman ini terus dikunjungi pemuda-pemuda termasuk dari Dun Bukit Besi dan Dun Paka.
Setelah diambil kenyataan dan ditahan selama 3 jam, saudara Sheikh Hanafi dibebaskan pada jam 9.10 malam.Pembebasan beliau disambut laungan takbir dari orang ramai yang menunggu sejak petang lagi.
| |
Pemuda Guchil Posted: 03 Jul 2011 09:12 AM PDT |
PAS TAMAN PAYA JARAS PERMAI Posted: 03 Jul 2011 08:00 AM PDT Ali Ketam dah jadi Ali Batu Posted: 02 Jul 2011 07:35 PM PDT KUALA LUMPUR, 3 Julai: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bersikap adil dan tidak sewenang-wenangnya menghukum seseorang tanpa bersikap bias. Beliau juga perlu memainkan peranan sebagai pemimpin Umno dan juga sebagai Presiden Pesaka agar tidak menjadi batu api dengan menjadikan pihak-pihak tertentu sebagai alat bagi mencetuskan permusuhan. Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Muhamad Aizat Bahrudin menyatakan demikian sebagai merujuk kepada Mohd Ali yang mahukan kerajaan Persekutuan melucutkan kewarganegaraan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga. Katanya, kenyataan Ali di dalam akhbar Utusan Malaysia semalam yang mengatakan Ambiga bertanggungjawab atas kesalahan akan berlaku huru hara jika Bersih 2.0 diadakan juga suatu yang tidak adil. Sedangkan, ujarnya acap kali dimaklumkan tentang jaminan oleh sekreteriat Bersih 2.0 bahawa himpunan itu adalah perhimpunan aman, tidak membawa senjata dan sekadar mahu menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. "Ianya bukan mahu menentang kerajaan seperti yang dikatakan Ali Rustam tetapi bertujuan menuntut hak rakyat melalui 8 tuntutan bagi pilihanraya yang lebih baik pada masa akan datang," katanya kepada Harakahdaily. Tambahnya, Ali Rustam tidak wajar meletakkan hukuman awal pada Ambiga sedangkan himpunan tersebut masih belum berlangsung. Katanya, kenyataan tersebut seolah-olah terus menghukum Ambiga sebagai pencetus huru-hara dan perlu dilucutkan kerakyatan. Persoalannya, kata beliau mengapa Mohd Ali tidak menyalahkan Pemuda Umno dan Perkasa yang juga turun berhimpun pada 9 Julai nanti. "Mengapa pula tidak menyalahkan Khairy Jamaludin dan Datuk Ibrahim Ali sekali sebagai pencetus huru-hara sedangkan mereka juga berhimpun pada hari yang sama dan waktu yang sama, walaupun tuntutan mereka berlawanan dengan Bersih," ujarnya. sumber harakahdaily | 9 Julai..tarikh keramat Posted: 02 Jul 2011 08:27 AM PDT Setelah PAS memberi arahan kepada seluruh ahlinya menyertai perhimpunan BERSIH, dan juga Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tegaskan bahawa mahasiswa menyokong sepenuhnya himpunan berkenaan, 20 NGO belia turut menyeru ahlinya, pemuda-pemudi dan masyarakat Cina berani menyertai Himpunan Aman BERSIH 2.0 bersama dengan masyarakat Melayu, masyarakat India dan masyarakat orang asal pada 9 Julai 2011 jam 2 petang di Kuala Lumpur.
Di samping itu, pihak kami mengecam pengecut yang menghantar pesanan ringkas (SMS) mengugut untuk membunuh pemimpin NGO Ambiga Sreenevasan. Pihak kami meminta pihak polis menangkap orang yang menghantar SMS ugutan bunuh tersebut.
Menganjurkan dan menyertai perhimpunan aman tidak melanggar mana-mana undang-undang, sebaliknya, sesetengah pihak yang mahu gunakan cara kekerasan untuk mencapai tujuan bagi menghentikan perhimpunan aman BERSIH adalah kesalahan serius yang tidak dapat dan tidak boleh diterima oleh seluruh warganegara Malaysia yang mencintai tanahair.
Merujuk kepada kata-kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa SPR bersedia mengadakan pertemuan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dengan syarat gabungan tersebut membatalkan perhimpunannya pada 9 Julai ini, pihak kami langsung tidak boleh terima.
Jika mesyuarat itu dapat menyelesaikan masalah penyelewengan, boleh memberi tekanan ke atas SPR, maka banyak perkara yang tidak adil dalam pilihan raya akan diselesaikan sejak dahulu.
Kita difahamkan, telah berlakunya pelbagai penyelewengan dan juga terdapat terlalu banyak aduan dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil, tetapi langsung tiada sebarang tindakan pembetulan atau siasatan dengan jawapan yang munasabah dilaksanakan oleh SPR.
Tugas SPR adalah memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor, serta bukannya menghalang atau mencabul hak rakyat berhimpun.
Selain itu, pihak kami ingin mengingatkan pihak polis bahawa hak untuk berhimpun adalah hak asasi yang termaktub di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR Artikel 20) dan Konvensyen Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 (Artikel 21).
Pencabulan hak asasi perhimpunan aman adalah kesalahan di sisi Perlembagaan dan UDHR. Tanggungjawab polis adalah menjaga keselamatan rakyat yang berhimpun dan bukannya menyurai dan menyerang rakyat yang berhimpun.
Orang ramai yang menghadiri perhimpunan aman BERSIH tidak akan seperti Ibrahim Ali yang katakan, akan wujud konflik dengan Melayu, ini kerana perhimpunan aman tersebut tiada kaitan dengan isu-isu perkauman.
Ibrahim Ali berpendapat bahawa masyarakat Cina dan masyarakat Melayu yang menghadiri perhimpunan aman akan saling konflik, pemikiran tersebut adalah tidak logik, serta dia meletakkan semua hal berasaskan kaum patut dikritik. Akhirnya, pihak kami menyeru seluruh belia negara berani turun ke jalan raya, semua kaum berpaduan dan bersama menjana tenaga demokrasi, demi sistem pilihanraya yang bersih dan adil.
Organisasi yang menyokong kenyataan bersama:
1. Pemuda Dewan Perhimpunan China Selangor dan Kuala Lumpur (Pemuda KLSCAH) 2. Bahagian Pemuda Persatuan Hokkien Selangor & Kuala Lumpur 3. Bahagian Belia Persatuan Sheng An Selangor & Kuala Lunpur 4. Bahagian Belia Persatuan HoPo Kuala Lumpur & Selangor 5. The Kuala Lumpur And Selangor Teo Chew Association, Youth Section 6. Persatuan Alumni PBTUSM Selangor & Kuala Lumpur 7. Bahagian Pemuda Persatuan Wui Leng Selangor & Kuala Lumpur 8. Bahagian Pemuda Persatuan Murid-murid Tua Sekolah Yu Hua Kajang Selangor 9. Malaysia Youth and Students Democratic Movement( DEMA) 10. Kesatuan Mahasiswa New Era Kolej 11. University Malaya New Youth Association 12. Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 13. UTM Chinese Student Council 14. Solidariti Mahasiswa Malaysia 15. Persatuan Bahasa Cina UM 16. Persatuan Bahasa Tiong Hua UPM 17. UUM Student Progressive Front 18. USM Student Progressive Front 19. UPM Student Progressive Front 20. New Era College Student Progressive Front | |
i n t a n h i j a u Posted: 03 Jul 2011 07:51 AM PDT YANG MANA SATU KAMI BOLEH PAKAI...? Posted: 03 Jul 2011 04:46 AM PDT | ADUN CHANGKAT JONG RASMI KARNIVAL SUKAN RAKYAT 2011 Posted: 02 Jul 2011 09:26 PM PDT
TELUK INTAN, 3 Julai - ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah merasmikan Karnival Sukan Rakyat 2011Kg. Padang Tembak, dekat sini. Program tersebut telah diadakan di Pekarangan Sekolah Agama Rakyat Al Khairiah, Kg. Padang Tembak. Ia dianjurkan oleh Pemuda Padang Tembak.
Di dalam ucapan perasmian, YB Anuar telah menegaskan akan Islam sebagai cara hidup dan ia meliputi setiap sudut kehidupan manusia seperti cara beribadah, makan minum, berpakaian dan sebagainya.
"Apabila Islam dijadikan sebagai cara hidup maka kita wajib mematuhi setiap peraturan yang ditetap. Barulah kita akan mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT, " jelas beliau.
Kata beliau lagi, Islam bukanlah agama yang cukup dari lafaznya sahaja. Ini kerana ia (Islam) perlu diamalkan di dalam segala tindak tandukan serta pemikiran seseorang.
Beliau juga menyatakan bahawa perpaduan dalam Islam telah terbukti di dalam masyarakat Melayu itu sendiri.
"Dengan kepelbagaian etnik Melayu seperti jawa, banjar, minang dan sebagainya tetapi orang Melayu dapat bersatu dengan adanya Islam," tambah beliau. | Pengarah karnival, Sdr. Nazrul Azmi. |
Menurut Pengarah Karnival 2011 Sdr. Nazrul Azmi bin Dulasim, antara objektif karnival adalah untuk memperkenalkan semula permainan rakyat yang semakin dilupakan oleh golongan muda. Ia juga diharap dapat mengeratkan silaturrahim sesama para belia kampung. Beliau juga berhasrat akan menjadikan program ini sebagai acara tahunan bagi kampung ini.
Menurut beliau lagi beberapa acara telah disusun untuk golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa. Pada sebelah pagi akan diadakan acara padang manakala acara sukan dalaman diadakan pada sebelah petang. Antara acara dipertandingkan ialah boling kampung, tarik upih, kopek kelapa, karom, dan sebagainya. Di samping acara sukan rakyat, beberapa gerai pameran dan jualan dan kempen derma darah oleh Hospital Teluk turut diadakan. | Pengerusi Lembaga SAR Al Khairiah, Tn. Hj. Ramli Jilani. |
Menurut Pengerusi Lembaga SAR Al Khairiah Tn. Hj. Ramli Jilani, pihak beliau amat mengalu-alukan sebarang program berbentuk kemasyarakatan dan kesukanan yang boleh menarik penyertaan golongan muda yang diadakan di sekolah agama rakyat.
| YB Anuar sedang ditemu ramah oleh wartawan. |
| Para belia sibuk mendaftar diri menyertai pertandingan. |
| Antara acara menarik, boling kampung. |
| Sebahagian penduduk yang hadir. |
intanhijau.blogspot.com | POLIS vs KUNING Posted: 02 Jul 2011 06:00 PM PDT
Kelihatan sebuah kereta peronda polis berhenti di hadapan sebuah pasar raya di bandar Teluk Intan. Kelihatan juga seorang anggota polis berdiri di luar kereta polis. Nampak macam kecoh sedikit. Rupa-rupanya mereka sedang memantau sebuah gerai di pintu masuk pasar raya tersebut yang sedang mempromosi DIGI. Jurujualnya berbaju kuning, gerainya berwarna kuning, belonnya berwarna kuning.
Demikianlah betapa fobianya polis dengan warna kuning..... | JOM LAYAN SAJAK BERSIH 2.0 Posted: 02 Jul 2011 08:56 AM PDT Sajak BERSIH 2.O Ibuku... Halalkan setiap titis susumu.. Halalkan setiap keringatmu melahirkanku.. Halalkan setiap suapan ke mulutku.. Halalkan setiap air mata yang mengalir keranaku Ayah... Halalkan setiap rezeki yang kau kongsi untukku.. Halalkan setiap peluh yang kau tumpahkan untukku.. Halalkan setiap senyuman kegembiraanmu atas kelahiranku.. Isteriku... Andainya ini adalah pertemuan terakhir kita.. Kaulah permata dalam hidupku.. Kaulah penyeri didalam alamku.. Kaulah srikandi indah padaku sebagai suami... Sesungguhnya.. Aku redha dengan kehidupanmu sebagai isteriku.. Anak-anakku.. Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian memerlukan kasih sayangku.. Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat gelak tawaku didambakan.. Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian menempuhi alam anak-anak kecil.. Pemergianku adalah mungkin yang terakhir... Kerana.. mereka yang berkuasa disana sedang menanti.. Untuk memenuhi paru-paruku dengan gas canister yang perit.. Untuk membutakan mataku dengan asap yang pedih.. Untuk membelantan jasadku dengan cotar dan rotan.. Untuk mematahkan kaki dan tanganku dengan kasut yang berat! Untuk memenjarakan jasadku didalam lokap yang hancing! Adakah aku gentar? Adakah kalian gentar? Adakah ini penghenti perjuangan? Tidakk!! Demi Allah dan Rasul tidak sama sekali! Mereka menyangka mereka berkuasa! Mereka menyangka mereka ada segala-galanya! Mereka boleh memenjarakan jasadku Tetapi mereka tidak akan mampu memenjarakan jiwaku.. Kerana jiwaku ini milik Allah! Hidupku ini milik Allah! Bukan seperti mereka yang merasakan.. hidup mereka milik pemerintah! Nyawa mereka milik pemerintah! Jasad mereka milik pemerintah! Setiap hela nafas mereka milik pemerintah! Duhai sahabat-sahabat kesayanganku... Aku akan pergi.. Aku akan berkelana.. Aku akan bermusafir.. Pada 9 Julai ini... Menuju ke suatu arah yang pasti... Disana.. Akan menyaksikan.. suatu peristiwa yang akan dikenang.. Oleh beratus generasi yang akan datang... Jangan sampai ianya akan dikenang sebagai peristiwa paling kejam dalam sejarah negara.. jangan sampai ianya dikenang sebagai peristiwa paling zalim dalam sejarah negara.. kerana.. 9 Julai ini akan menjadi bukti.. Bahawa rakyat negara ini bukan pengecut! Jauh sekali dayus dan penakut! berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim! Ayuh! Mari korbankan nyawa dan jasad! Mari hancurkan ketakutan dan kepanikan! | |
Interaktif Bunut Payong Posted: 03 Jul 2011 07:37 AM PDT Kelantan sasar 5.8j pelancong Posted: 02 Jul 2011 09:11 PM PDT KOTA BHARU - Dijangka 5.8 juta pelancong dari dalam dan luar negara akan mengunjungi Kelantan tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kedatangan pelancong dijangka meningkat berbanding 5.3 juta tahun lalu, memandangkan tarikan yang ada di negeri ini. "Kelantan destinasi yang tidak asing lagi bagi pelancong, kerana ikon sebagai syurga makanan yang dimiliki selain seni budaya dan warisan terunggul yang dimiliki," katanya selepas merasmikan Pesta Nasi 100 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, kelmarin. Menurutnya, pesta makanan itu termasuk dalam komponen utama carnival seni budaya dan makanan negeri Kelantan. "Pesta Nasi 100 ini merupakan acara tahunan yang akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri," katanya. Menurutnya, Nasi 100 mempunyai dua erti iaitu merujuk kepada 100 jenis nasi dan yang kedua melibatkan 100 jenis bahan ramuan yang digunakan untuk menjadikan nasi lebih enak serta berkhasiat untuk dinikmati. Takiyuddin berkata, pesta kali ini mendapat sambutan menggalakkan pelbagai pihak termasuk hotel bertaraf lima bintang, pemilik- pemilik restoran dan individu yang mahir dalam bidang masakan. "Selain itu, kerajaan negeri dalam rangka menghidupkan kembali Tahun melawat Kelantan bermula tahun hadapan selepas hampir tiga tahun dihentikan, dan kita mengharapkan agar ia menjadi penyumbang kepada usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini," katanya | |
Landskap Siasah Posted: 03 Jul 2011 07:08 AM PDT SALAH GUNA KUASA KE ATAS PENYOKONG BERSIH Posted: 03 Jul 2011 04:29 AM PDT SALAH GUNA KUASA KE ATAS PENYOKONG BERSIH OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN
Hasrat menganjurkan perhimpunan Bersih secara aman pada 9 Julai ini yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menerima reaksi 'gila' dari Kerajaan zalim BN yang menggunakan instrumen polis untuk mewujudkan ketakutan di kalangan rakyat.
Pelbagai tuduhan tidak masuk akal digunakan oleh polis untuk mengganggu program Bersih . Tuduhan paling 'common' adalah perhimpunan Bersih adalah perhimpunan haram kerana tiada permohonan permit dikemukakan. Hakikatnya polis yang suka perhimpunan haram diadakan kerana Timbalan Ketua Polis Negara ( TPKN ) sendiri dilaporkan berkata sebarang permohonan permit tidak akan dilayan. Apa gunanya permohonan permit dipohon jika TKPN sendiri menyatakan permohonan tersebut tidak akan dilayan.
Sebenarnya kenyataan TKPN tersebut adalah bercanggah dengan sekyen 27 Akta Polis 1967 kerana tugas meluluskan permit adalah di tangan Ketua Polis Daerah (KPD) . Jika TKPN sudah mendahului KPD apakah jaminan KPD akan berani mengatasi keputusan TKPN? Adalah jelas TKPN bukan sahaja jahil undang-undang bahkan beliau telah menyalahguna kuasa beliau . Adakah orang sebegini yang akan menjadi Ketua Polis Negara kelak ?
Tuduhan lain terhadap Bersih adalah perhimpunan Bersih akan menjejaskan keselamatan negara dan mengganggu keamanan. Bagaimanakah suatu perhimpunan yang belum diadakan sudah diketahui akan menjejaskan keselamatan dan mengganggu keamanan? Adakah polis bertindak sebgai pak nujum di sini?
Penganjur Bersih telah berulang kali menyatakan perhimpunan yang ingin diadakan adalah perhimpunan aman bagi menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini. Jika benar ia mengganggu keamanan maka sudah tentu ia bukan datangnya dari Bersih sebaliknya boleh dihujahkan ianya datang dari mereka yang ada ajenda buruk yang ingin mengganggu perhimpunan aman Bersih.
Adalah menjadi tugas polis menjaga keamanan dan polis sepatutnya menolong Bersih dari gangguan anasir -anasir yang ingin mengganggu keamanan perhimpunan bersih .
Polis juga mesti jujur dan profesional. Adakah perhimpunan Bersih yang ingin diadakan secara aman akan menjejaskan keselamatan negara atau ianya menjejaskan keselamatan Umno dan BN? Sejarah membuktikan polis di negara ini gagal membezakan antara keselamatan negara dan keselamatan Umno ?
Bersih mempunyai rekod yang bersih menganjurkan perhimpunan ratusan manusia di Kuala Lumpur secara aman dan polis pula malangnya mempunyai rekod yang buruk dan kotor mengganggu perhimpunan aman Bersih.
Mahkamah sendiri telah menyatakan di dalam kes perhimpunan Bersih yang pertama dahulu bahawa perhimpunan Bersih adalah aman dan tidak menjejaskan keamanan sebaliknya polis yang menganggu perhmpunan aman tersebut. Saksi- saksi polis yang memberi keterangan di dalam kes Bersih yang pertama mengakui semasa disoal balas oleh peguambela bahawa perhimpunan Bersih yang pertama adalah aman dan tidak menjejaskan keselamatan . Yang lebih penting lagi Mahkamah sendiri membebaskan kesemua tertuduh yang didakwa terlibat dalam kes perhimpunan Bersih yang pertama dahulu. Mengapakah pihak polis dan Peguam Negara tidak mahu berkongsi keputusan Mahkamah tersebut dengan rakyat.
Terdesaknya Umno ingin mensabotaj perhimpunan aman Bersih sehinggakan sanggup mennggunakan Mahaguru Silat untuk menakutkan orang ramai. Sejak bila pula menuntut pilihanraya adil dan bersih ada kaitan dengan pencak silat. Jika hendak pencak silat sangat kami cadangkan lebih baik pergi ke Gaza berpincak silat dengan Zionist di sana. Bukankah itu medannya yang sebenar ?
Portal Malaysikini melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Onn yang menyokong tindakan polis menangkap mereka yang memakai baju kuning berlabelkan bersih kerana ujar Hishamuddin adalah haram memakai baju kuning tersebut. Hujah Hishamuddin adalah jika aktiviti bersih adalah haram maka memakai baju kuning bersih juga adalah haram.
Malang sungguh bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai Menteri yang ada kelulusan undang-undang tetapi jahil undang-undang. Saya mengesyorkan kepada Hishamudin jika pun kamu benci sangat dengan bersih janganlah sampai menggadaikan maruah dan integriti kamu. Ada masanya elok juga untuk kita menyembunyikan kejahilan kita .
Haram atau halal sesuatu perkara baik dari segi agama atau undang-undang adalah berdasarkan dalil dan bukannya berdasarkan kenyataan menteri. Mungkin Hishamudin boleh tunjukkan pada kita di bawah peruntukkan mana dan di dalam undang-undang mana memakai baju kuning berlambang bersih adalah satu kesalahan
Jika kita menerima hujah Hishamuddin memakai baju kuning bersih adalah haram kerana aktiviti bersih adalah haram maka secara logiknya jika seseorang terlibat dengan berlumba motor secara haram, maka segala peralatan yang beliau pakai termasuklah helmet, seluar, jacket kulit dan motor yag beliau tunggang adalah kesemuanya haram.
Memakai baju kuning berlambang bersih adalah tidak haram kerana tiada mana undang-undang yang melarang pemakaian baju kuning. Yang salah dan haram adalah tidak memakai baju dan seluar di khalayak ramai. Polis yang menangkap mereka yang memakai baju kuning berlambang bersih telah bertindak di luar batas undang-undang dan boleh di saman kerana melakukan tangkapan yang tidak sah. Perkara 5 [1 ] Perlembagaan Persekutuan secara jelas melindungi mana-mana orang dari dilucutkan kebebasannya (deprived his liberty) kecuali menurut undang-undang.
Menangkap mana mana orang yang memakai baju bersih sedangkan memakai baju tersebut tidak dilarang oleh mana-mana undang-undang adalah melibatkan pelucutan kebebasan seseorang dan yang demikian ianya melanggar Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.
Bagi Umno dan Hishamuddin janganlah terlalu paranoid dengan warna. Jika satu waktu dulu Umno takut dengan warna hijau Petronas kerana warna hijau Petronas dilihat sama dengan warna bendera Pas, kini warna kuning pula yang ditakuti? Sampai bila Umno nak takut dengan warna?
Apa pun kami berterima kasih kepada polis, Menteri Dalam Negeri, Perkasa , Pemuda Umno, Mahaguru Silat, Mufti Perak, Utusan Malaysia, RTM dan TV3 kerana tolong mempromosi secara percuma perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini. Segala 'jasa baik' kamu tersebut kami serahkan pembalasannya pada Allah.
Untuk rakyat yang cintakan demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih marilah sama sama kita beramai ramai menyertai perhimpunan aman bersih pada 9 hb Julai 2011 ini. Buktikan pada semua bahawa kita adalah rakyat yang cintakan keamanan dan demokrasi yang tulin. | Tahniah LIM GUAN ENG Yg Mengajar Kerajaan Pusat Erti Hak Bersuara Posted: 02 Jul 2011 09:32 PM PDT Tahniah LIM GUAN ENG Yg Mengajar Kerajaan Pusat Erti Hak Bersuara | | HARI ini marilah kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri P.Pinang yang dipimpin oleh KM, Lim Guan Eng kerana berjaya `mengajar dan mendidik' Kerajaan Pusat bagaimana memerintah dan menghidupkan demokrasi khususnya di dalam aspek hak asasi manusia.
Siang tadi, satu demontrasi jalanan telah diadakan di negeri tersebut oleh kumpulan yang anti-Kerajaan PR P.Pinang berbaju merah diketuai oleh raja sesumpah, Ezam. Apa yang cantiknya pada masa dan tarikh tersebut tiada satu pun kumpulan dari penyokong-penyokong PR yang membuat demontrasi jauh sekali untuk membuat provokasi. Ini adalah kerana Kerajaan Negeri di bawah PR menghormati hak berhimpun secara aman seperti yang termaktub di dalam Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan.
Melihat kepada situasi perhimpunan itu, tiada setitik pun air kimia (water canon) atau rempuhan dari FRU berlaku. Perhimpunan tersebut berjalan dengan aman walaupun mereka tiada modal langsung untuk memburukkan KM P.Pinang, melainkan menaikkan sepanduk dengan tuduhan liar. Namun, kumpulan ini dibenarkan bebas berhimpun secara aman. Mengapa perhimpunan kumpulan ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang kekecuhan? Ini adalah kerana tiada provokasi dari pihak lain, samada dari penyokong-penyokong PR dan juga tiada provokasi atau semburan air/gas dari FRU.
Menonton melalui TV 3 sebentar tadi, saya terasa mahu ketawa apabila melihat raja sesumpah, Ezam yang berkokok umpama tiada tenaga lagi seperti waktu beliau berada di pihak pejuang rakyat. Beliau tiada hujah yang mantap untuk menunjukkan penyelewengan, kezaliman atau salah laku kepimpinan Lim Guan Eng. Sejurus selesai perhimpunan, seolah-olah seperti `VIP' Ezam sesumpah tanpa digari, tanpa diheret atau dikasari dengan `rela' masuk sendiri ke dalam kereta Polis dengan senyuman.
Kesimpulannya, selepas PERKASA di bawah raja katak Ibrahim Ali, kemudiannya Pemuda Umno di bawah KJ, seterusnya Lokman Adam dengan `Patriot' yang datang membuat `rombongan' di tengah malam ke Ibu Pejabat PKR di Tropicana bersama lebih kurang 300 budak-budak suruhannya, dan yang terbaru menampilkan raja sesumpah Ezam, jelas menunjukkan mereka memasang strategi untuk mengagalkan Perhimpunan BERSIH. Lojikkah untuk menentang perhimpunan atau demontrasi mesti dibuat dengan cara demontrasi juga? Hipokrit.
Persoalan yang masih bermain di fikiran kita, adakah Kerajaan Pusat atau PDRM boleh belajar dari perhimpunan di P.Pinang siang tadi? Susah sangatkah untuk mengawal perhimpunan aman? Sekali lagi, tahniah kepada Kerajaan Negeri P.Pinang yang memberi ruang untuk rakyat yang kebanyakannya seperti `mamak' itu untuk berhimpun. | |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 03 Jul 2011 03:28 AM PDT Gila didalam kuasa Posted: 02 Jul 2011 08:11 AM PDT Dari sehari kesehari kita semua telah melihat betapa gemparnya pihak yang diberi kuasa untuk menghadapi rally anjuran Bersih 2.0 pada minggu hadapan. Berbagai-bagai usaha dilakukan untuk menggagalkan rally ini.
Apa pun yang bakal berlaku nanti, sesungguhnya Bersih telah pun berjaya untuk mendapat sokongan rakyat untuk mengadakan pilihanraya yang 'transparent'. Itulah satu-satunya matlamat penganjur. Kita sama-sama berdoa kehadrat Allah SWT semoga setiap perancangan yang akan dilaksanakan menemui kejayaan. Kalau gagal Bersih menganjurkan rally ini, kegagalan mereka bukan oleh kerana tidak mendapat sokongan ramai tetapi sebaliknya oleh kerana tekanan dari pihak yang sedang gila di dalam kuasa. Kehilangan kuasa sama lah seperti memisahkan daging dengan kulit atau memisahkan kuku dari jari kita. Uh pedihnya Allah sahaja yang maha mengetahui. | |