Ahad, 14 Ogos 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

DUNIACACAMARBA

Posted: 14 Aug 2011 03:35 PM PDT

[HM] KUALA LUMPUR: Menyedihkan apabila seorang saudara baru terpaksa bekerja sebagai tukang masak yang menyediakan hidangan Bak Kut Teh atau makanan berteraskan daging babi di sebuah restoran di Kuala Terengganu, Terengganu kerana tiada pilihan lain bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Akibatnya, lelaki berusia 44 tahun itu hanya mampu menitiskan air mata setiap kali menjelang waktu solat kerana terpaksa menyamak untuk menunaikan kewajipannya, selain sering dihina kononnya menyamar Muslim untuk menagih bantuan.


Khalid Lim Abdullah (bukan nama sebenar) mendakwa terpaksa melakukan kerja berkenaan kerana tidak mampu melakukan tugasan lain selepas disisihkan keluarganya di Shah Alam, Selangor, selain sukar diterima bekerja di kedai Muslim akibat penampilan dan kebolehan memasaknya yang terhad.

Walaupun hanya memasak bergantung kepada permintaan, hidangan Bak Kut Teh disediakannya setiap hari kerana kebanyakan pengunjung pasti menikmati menu masakan terbabit yang didakwa mempunyai kelainan.


Kisah sedih Khalid didedahkan Pengerusi Persatuan Islam Saudara Baru Terengganu (PISBT), Mohd Jaafar Ng Abdullah yang berharap pihak berwajib dapat memainkan peranan lebih proaktif untuk membantu saudara baru bagi mengelak mereka kembali kepada ajaran lama, terutama apabila dibelenggu kemiskinan.


Bagi memastikan dakwaan Jaafar berasas, wartawan Metro Ahad menghubungi nombor telefon diberikannya dan sempat berbual dengan Khalid.

Lelaki berkenaan mengakui memeluk Islam di Shah Alam sejak tiga tahun lalu dan mendalami agama di sebuah pondok di Kelantan dan kini menetap di Terengganu.


Pada masa sama, wakil Metro Ahad di Terengganu turut menemui lelaki berkenaan dan terkejut mendapati sekujur tubuh meringkuk di kaki lima bangunan stesen bas dan sempat merakam gambarnya. Berikut luahan hati Khalid.

"HANYA Tuhan tahu perasaan saya setiap kali ketika menyediakan makanan haram itu, ada kalanya saya memasak sambil menangis namun apakan daya, itu saja yang mampu saya lakukan untuk mencari sesuap nasi.


Memang saya jijik dengan apa dilakukan tetapi biarlah apa orang lain nak kata, asalkan saya tahu apa saya buat dan biar Allah saja menghakimi saya.


Untuk pengetahuan semua, saya masih Islam dan mengamalkan ajarannya, cuma kadangkala saya rasa begitu jauh kerana masih melakukan perbuatan ditegah agama walaupun ia jelas dinyatakan dalam al-Quran.


Sebenarnya saya memeluk Islam sejak tiga tahun lalu di Shah Alam, Selangor dan selepas ditinggalkan isteri yang membawa bersama anak kami (kini berusia tiga tahun setengah), saya mendapatkan perlindungan di Terengganu.


Pada awalnya, saya menerima bantuan daripada pihak berwajib, namun ia tidak bertahan lama selepas timbul satu isu oleh agensi berkaitan.


Isu itu timbul selepas 40 saudara baru seperti saya membuat laporan polis sebelum dinasihatkan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ada antara kami menerima bantuan tidak seragam iaitu RM20, RM50 dan RM100 selepas diminta menurunkan tandatangan dan cap jari tanpa diberi resit.


Kami mengadu kepada PISBT tetapi tiada apa dapat dilakukan, menyebabkan kami membuat laporan polis namun selepas itu saya langsung tidak menerima bantuan, menyebabkan saya merayu kepada pihak pemberi bantuan supaya saya diberi pekerjaan bagi meneruskan kehidupan tetapi dimaklumkan tiada perkhidmatan mencari pekerjaan daripada jabatan terbabit.


Saya hanya tahu memasak makanan Cina, puas saya mencari kerja di restoran Melayu tetapi mereka lebih gemar mengambil pekerja dari Thailand, menyebabkan saya terpaksa hidup bergelandangan dan tidur di kaki lima masjid dengan menerima penghinaan orang ramai.


Mana tidaknya, penampilan saya yang tidak kelihatan seperti orang tempatan atau orang Melayu menyebabkan saya dihina.


Bagaimanapun, ada juga yang simpati dengan nasib saya apabila dibenarkan tidur di luar Stesen Bas Sri Tanjung, Kuala Terengganu dan jika kesejukan, saya tidur di stesen bas.


Pernah satu ketika, saya dituduh menyamar Islam ketika menunaikan solat, malah pernah juga saya ditangkap Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika meminta sedekah... memang saya meminta sedekah tapi pernahkah mereka bertanya mengapa saya berbuat demikian? Kerana tidak tahan hidup dalam kepayahan, saya mencuba nasib di sebuah kedai makan bukan Islam dan diterima bekerja sebagai tukang masak dengan gaji RM700 sebulan serta telefon bimbit, namun walaupun sudah bekerja saya masih terpaksa bergelandangan.


Saya masih mempunyai anak, makan dan pakai anak serta saya sendiri siapa perlu tanggung? Jika saya menyewa bilik sekalipun, berapa sangatlah yang tinggal, saya bersyukur kerana mempunyai pekerjaan tetapi sedih kerana tidak mampu memiliki keluarga bahagia.


Saya menyewa bilik air RM15 sebulan manakala selebihnya digunakan untuk makan, ubat dan tambang ke tempat kerja, ada kalanya saya berjalan ke restoran.


Memang saya pernah tinggal di asrama disediakan pihak berwajib, tetapi paling lama pun hanya tiga bulan dan akan diminta keluar, dalam tempoh itu saya tidak bekerja dan hanya menerima bantuan RM50 sebulan daripada pihak berkenaan, saudara pernah bertugas di Terengganu, berapa lama RM50 boleh bertahan? 

Pada Ramadan ini, setiap kali menunaikan solat, saya menangis kerana terpaksa menyamak tangan yang menghidangkan makanan haram... saya tidak berdaya, hanya itu yang mampu saya lakukan.


Kadangkala saya bersahur dengan meneguk air sejuk tetapi bersyukur kerana makanan berbuka saya masih mengikut sunnah nabi iaitu kurma yang diberi dalam masjid.


Hendak mengikut pengerusi (Jaafar) ke Melaka, tiada sebarang janji diberikannya bagi menjamin saya mendapat pekerjaan dan saya khuatir akan menerima nasib sama, malah mungkin lebih teruk seperti dialami sekarang.


Selepas Aidilfitri, saya akan pergi pula ke pejabat agama di Selangor, tempat saya mengucap dua kalimah dan bertanyakan peluang pekerjaan di sana dan bertemu anak dan isteri yang memberi kata dua supaya kembali ke agama asal untuk diterima semula.


Saya juga ditawarkan peluang pekerjaan di Singapura dengan gaji besar secara bersyarat, tetapi setakat ini masih tidak sanggup menerima tawaran itu kerana takut hukuman Allah yang menutup pintu taubat kepada mereka yang murtad.


Saya hanya berdoa semoga keluarga saya menerima hidayah dan petunjuk daripada-Nya selain diberikan kekuatan bagi meneruskan kelangsungan hidup."

P/s: Sekali lagi timbul soal birokrasi agensi kerajaan dan pengagihan wang zakat yang tidak efektif. Setiap tahun wnag zakat dikutip, ke mana wang itu diagihkan?  Seperkara lagi mualaf ini menimbulkan isu penyelewengan wang bantuan sehingga perlu membuat laporan polis dan SPRM.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 14 Aug 2011 03:27 PM PDT

Rumah tangga Umno berantakan gara-gara Rosmah?

Posted: 14 Aug 2011 09:35 AM PDT

ENTAH mengapa, tiba-tiba sahaja akhbar ultras-Melayu seperti Utusan Malaysia membuat susulan isu berkaitan dakwaan pembe lian cincin berlian membabitkan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor .

Walaupun gimiknya seakan-akan menolak isuisu itu, namun liputan itu setidak-tidaknya akan membawa suatu signal lain kepada golongan pertengahan dalam Umno.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali sendiri ada me nyatakan terdapat kumpulan pimpinan Umno yang mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum.

Pelbagai isu itu kini menjadi alasan untuk meletakkan Rosmah menjadi liabiliti kepada Umno-BN yang dikepalai suaminya, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Tidak cukup dengan isu cincin berlian RM24.4 juta, Rosmah juga ada dikaitkan dengan isu pembelian beg tangan bernilai ratusan ribu ringgit; isu penginapan di sebuah hotel mewah di Dubai yang menelan RM140,000; isu bil elektrik dan bil air yang masing-masing mencecah RM140,00 dan RM30,000 sebulan di Putrajaya; isu peruntukan Permata Negara selain penganjuran beberapa persidangan yang disifatkan suatu pembaziran.

Kontroversi lain membabitkan Rosmah juga disebutkan dalam isu hubungannya dengan calon besan bernama Maira Nazarbayev yang berasal dari Kazakhstan.

Maira Nazarbayev yang mempunyai gaya hidup ala Imelda Marcos didakwa mempunyai kaitan dengan Organisasi atau mafia Rusia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pastinya pihak yang paling gembira dengan kegemparan isu terkini membabitkan isteri PM itu kerana beliau kini sedang meniti satu lagi anak tangga untuk bergelar PM.

Ia menambah rencah kepada kempen Muhyiddin yang kini cukup rapat dengan golongan pemimpin pertengahan dan berkepentingan dalam Umno mahupun Barisan Nasional (BN).

Mahu atau tidak seperti kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar bahawa Najib kini terhimpit dengan masalah yang tercipta dalam rumah tangganya sendiri.

Kedudukan Rosmah yang cukup dipandang meluat oleh rakyat kebanyakan kerana kemewahan yang melampau ditonjolkan menyempitkan ruang Najib untuk bertahan bukan sahaja menjelang pemilihan Umno, tetapi mungkin survival semasa pilihan raya umum ke-13.

Umum mengetahui, telah ada gerakan untuk meminta Najib berhenti dan meletakan jawatan beliau. Episod ini sedang berjalan seperti mana yang berlaku ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu menerajui Malaysia dan Umno.

Kelebihan Tun Abdullah adalah seawal beliau menerajui negara dan Umno, nama beliau cukup harum di kala ngan rakyat dengan membawa pelbagai konsep baharu termasuk Islam Hadhari, memberi kebebasan sedikit kepada media bersuara dan membuka ruang kepada pembaikpulihan sistem kehakiman.

Itu jasa Abdullah yang sehingga kini disebut juga oleh pembangkang, walaupun akhirnya Abdullah jatuh angkara masalah menantunya, Khairy Jamaluddin.

Berbeza dengan Najib yang memang telah menjadi sebutan ramai sejak memerintah, yang mana anak bekas Perdana Menteri kedua ini tidak akan memimpin lama kerana beliau mempunyai "baggage" peribadi yang terlalu besar.

Terkini! Perkasa Hilang Keyakinan Ke Atas Pentadbiran Najib

Posted: 14 Aug 2011 04:40 AM PDT

Perkasa beri Putrajaya kata dua jika gagal hukum Anwar, Ambiga, DAP

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Perkasa hari ini mengugut akan "melakukan sesuatu" terhadap kerajaan jika gagal mengambil tindakan berhubung tiga perkara tertunggak — perhimpunan Bersih 2.0, video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan "konspirasi Kristian" DAP.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata ahli-ahlinya sudah hilang keyakinan ke atas pentadbiran Najib sambil mendakwa Putrajaya gagal mempertahankan keluhuran undang-undang.

"Ini keputusan kami hari ini," kata beliau pada sidang media sempena majlis berbuka puasa Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini.

The Economist: Malaysia's Penang state Getting back its mojo

Posted: 14 Aug 2011 04:00 AM PDT

After a slump, an early engine of globalisation is thriving again

IF YOU are going to have a heart attack, have it in Penang. So one might think, to the see the hospitals in George Town, the capital of this north-western Malaysian state. Patients are flocking in. Ted Mohr, the head of the venerable Penang Adventist Hospital says that he will admit 70,000 medical tourists this year. The hospital specialises in heart procedures and it will perform roughly 23,000 of them this year, including 550 open-heart operations. Such is the demand that the hospital is doubling its number of beds.

Mr Mohr gives two main reasons for Penang's success with the coronary crowd. First, it is relatively cheap. Open-heart surgery that would set you back $100,000 in America costs only about $10,000 in Penang. Second, Penang's hospitals are as well-equipped as many in the West.
In this section

The combination of low cost and high technology is the main reason why industries across the state of Penang, made up of the original island and a larger bit of the mainland, are prospering again after more than a decade of decline. Their revival is important to Malaysia's economy—Penang and the surrounding region account for 21% of the country's GDP. But the renaissance could also have important political consequences for the country. Since 2008 Penang has been one of only four states (out of 13) run by an opposition party. If its politicians can claim the credit for the recent success, that should greatly help the opposition in the next general election, expected within the year.

Penang was founded as a free port by the British in 1786. Occupying a position between India and East Asia, the island drew merchants and middlemen keen to make their fortunes. Chinese, Indians, Armenians, Arabs and more all traded alongside each other. With its racial and religious mix, and dedication to the pursuit of free trade, Penang was in many ways the first custom-made city of globalisation.

The island's fortunes sank as it lost business to its arch-rival, Singapore. In the post-colonial period Penang fell victim to the rise of nationalism. The region's freshly minted republics chose to develop their own ports. Penang enjoyed a revival during the 1970s with the setting-up of Malaysia's first free-trade zone (a "free port" by another name); this attracted big names in electronics, like Intel and Bosch, which built some of the first offshore assembly lines. But this boom was founded on cheap labour, and as Malaysia became richer other emerging economies, such as China and Vietnam, drew the assembly work away.

To recover its prosperity, Penang has sought to reinvent itself. With the rise of India and China, Penang's location again looks very handy to foreign companies as a place to invest, as in the 18th century. It is relatively close to both big markets—yet offers advantages that trump Asia's giants'.

Penang's own "Silicon Valley" companies know that the rule of law in Malaysia gives them the sort of protection for patents and intellectual property they would not enjoy in China, and an ease of doing business that they could not find in India. Wages are higher than they were, but no more so nowadays than on the Chinese seaboard. The federal government has also spent liberally on bridges and the airport, making Penang better connected to the rest of Asia. And old George Town has been smartened up, which helps to bring in foreigners to live, work—and have surgery.

The result is another boom. Last year more investment poured into the state than any other in Malaysia. Scores of new electronics firms have swooped in to join the pioneers, along with an expanding cluster of 20 or so medical-device manufacturers. Crucially, most of the new jobs are in research and development rather than assembly. An American chip-designer, Altera, has a new facility with 1,100 workers in Penang, 800 of them engineers. Its head says that almost all the engineers are locals—which is good for Malaysia.

Whom to thank?

When the Democratic Action Party won the state's legislative assembly three years ago, it became the first opposition party to triumph in Penang in more than 40 years. The victory presented a direct challenge to the Barisan Nasional (BN) coalition that has ruled the country continuously since independence in 1957. Penang's new leader, Lim Guan Eng, says that the federal government has an "ambivalent" attitude towards him, cutting off some funding but not undermining his authority. "They don't want us to get any credit, but they can't afford to see us fail".

The revival of Penang was already under way in 2008, but Mr Eng's new policies have helped it along. He has become the first governor in Malaysia to open up all state tenders to competition. This has entailed dismantling the special preferences for ethnic Malays that have underpinned the BN's rule since the early 1970s. That was when the Malay majority institutionalised affirmative action for themselves, to the disadvantage of ethnic Chinese (a majority in Penang), who were perceived to have got unduly rich. Mr Eng claims that by reforming the system he has ended the cronyism and corruption that wasted money under previous regimes.

Adapted to the national stage, such policies could transform the way that the Malaysian federal government conducts business. Mr Eng says that the savings he has made by ending the "old systems of patronage" allow him to spend money on new social programmes instead, such as modest handouts for the elderly. These policies are popular, and the assault on corruption pleases foreign investors. Little wonder, then, that Penang has become a political weathervane as much as a lesson in economic development.

BN sasar tawan Pulau Pinang, usaha desak Tsu Koon undur juga meningkat

Posted: 14 Aug 2011 03:00 AM PDT

Oleh Jahabar Sadiq

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berhadapan dengan nasib dialami oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjelang pilihan raya negeri baru-baru ini, ekoran kritikan dan kecaman agar berundur daripada menerajui Gerakan.

Rata-rata pandangan umum di Putrajaya ialah ketua Gerakan lemah lembut ini seharusnya berundur sebelum pilihan raya umum ke-13 jika perikatan tersebut mahu merampas balik Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat.

Sementara Koh tidak dihimpit dakwaan rasuah dan salah guna kuasa sebagaimana dialami Taib, beliau dilihat sebagai pemimpin yang tidak tegas dan simbol kepimpinan BN membawa kepada keputusan pengundi menolak pada 2008.

Difahamkan, Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN telah pun mengadakan perbincangan di sebalik tabir tentang keperluan menyegarkan Gerakan dengan kepimpinan muda yang berbakat dan sedar bahawa parti-parti komponen BN memerlukan bakat-bakar baru jika mahu kukuh kembali di Pulau Pinang, di mana Lim Guan Eng dari DAP merupakan pemimpin mengerunkan.

Dalam edisi terbaru 13 Ogos, majalah mingguan antarabangsa The Economist menggambarkan Pulau Pinang sebagai "bandar raya globalisasi ditempah khas" dan memberikan kredit kepada Lim kerana mempromosikan bandar raya pelabuhan itu dengan memperkenalkan dasar ekonomi bercirikan layanan istimewa bagi mewujudkan lebih banyak peluang penyertaan, yang menarik pelabur-pelabur asing.

"Beliau menjadi ketua menteri pertama di Malaysia yang membuka kesemua tender kerajaan kepada persaingan. Ini telah mengetepikan layanan-layanan istimewa bagi kaum Melayu yang menopang di bawah kerajaan BN sejak 1970-an," kata majalah berpengaruh dalam bidang ekonomi dan hal ehwal antarabangsa mengenai Lim dan pembaharuan ekonominya.

Pujian antarabangsa ke atas Lim itu menunjukkan indikmen terhadap kepimpinan Koh di Pulau Pinang, yang makmur ketika diterajui oleh mentonya mendiang Tun Lim Chong Eu.

Koh, graduan dari Princeton mengambil alih jawatan ketua menteri pada 1990 dan menyandangnya sehingga 2008.

Hari ini, Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno menggesa Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar menerima "mesej yang jelas" daripada gelombang kritikan terhadap beliau agar memberi laluan kepada kepimpinan baru menerajui parti itu.

"Tolonglah faham," kata Mingguan Malaysia menerusi ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat.

Awang Selamat menulis bahawa Koh tampil menjawab kritikan kelmarin tetapi penjelasan beliau tidak meyakinkan sambil menyerlahkan sindrom penafian.

Ia seterusnya meminta Koh agar tidak selalu "menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri."

Sejak kebelakangan ini, Koh menjadi sasaran beberapa pihak termasuk bekas naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping dan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang berpandangan Gerakan perlu merombak semula kepimpinan parti jika mahu memastikan Pulau Pinang kembali ke tangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Masing-masing juga berpandangan pemimpin Gerakan sedia ada sudah tidak relevan selain tidak melakukan apa-apa perubahan sepanjang meneraju parti itu.

Dalam reaksinya kelmarin, Koh membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya kata Koh, 'serangan' terhadap kepimpinan beliau itu didalangi pihak tertentu yang cuba mensabotaj Gerakan dan juga Barisan Nasional (BN) dalam usaha parti menawan semula Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat.

"Kita tahu siapa jadi dalang kerana siapa makan cabai dia akan terasa pedasnya. Saya tidak akan cakap apa-apa, biar tok dalang muncul sendiri jika dia mahu... apa yang penting kita tahu siapa di sebalik semua ini," katanya.

Taib menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN Rabu lalu tetapi sumber memberitahu bahawa beliau kelihatan sangat diam.

Bertolak daripada perkembangan sejak April lalu, seorang pegawai kanan kerajaan memberitahu The Malaysian Insider: "Hubungannya dengan Perdana Menteri tidak begitu baik beliau merasakan beliau telah dijadikan kambing hitam bagi pilihan raya negeri Sarawak dan kecewa SPRM juga digunakan oleh kerajaannya sendiri untuk memburukannya."

Najib dilihat perlu mengukuhkan hubungan dengan Taib sebab Sarawak akan menyediakan 31 kerusi Parlimen dan negeri itu dilihat sebagai simpanan hayat bagi BN untuk terus kekal berkuasa.

24 NGO Islam gesa Jais dakwa jika ada bukti murtadkan Muslim

Posted: 14 Aug 2011 01:33 AM PDT


Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Sebanyak 24 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, yang mengadakan sidang meja bulat semalam, menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak berkuasa membuat pendakwaan segera jika benar ada usaha untuk memurtadkan umat Islam.

Sidang meja bulat itu diadakan di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam, 10 hari selepas Jais menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya.

Kenyataan yang dikeluarkan hari ini tidak menyatakan dengan khusus kes membabitkan Jais dan gereja itu, tetapi difahamkan perbincangan memfokus ke arah isu berkenaan.

Khamis lalu, Jais mendakwa ia hanya membuat pemeriksaan ke atas gereja itu, bukannya serbuan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak, atas alasan menerima aduan wujudnya usaha-usaha mahu memurtadkan umat Islam.

Bagaimanapun pengurusan gereja pula menafikan dakwaan adanya usaha memurtadkan umat Islam di premis mereka dan menegaskan Jais memang mengambil tindakan serbuan ketika diadakan satu majlis makan malam muhibah pada 3 Ogos lalu.

Semalam, PAS juga membuat pendirian rasmi meminta Jais segera mengambil tindakan jika ada bukti yang menunjukkan terdapat usaha memurtadkan Muslim ketika sesetengah pihak mendakwa parti Islam berbelah bahagi pendirian dalam isu tersebut.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Presiden Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) Dr Mohd Fuad Mohd Salleh berkata, "kami menggesa supaya Jais dan pihak-pihak berwajib yang lain segera membuat tindakan dan pendakwaan jika benar terdapat usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam dari pegangan akidah mereka sebagaimana tuntutan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan."

Pertubuhan-pertubuhan itu mengadakan sidang meja bulat di bawah tajuk "Isu Akidah Ummah: Apa Sikap dan Peranan Kita?"

Selain itu kata beliau, pihaknya bersepakat dan beriltizam untuk mempertahankan pegangan akidah umat Islam di negara ini daripada dicerobohi selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga peruntukan Undang-undang yang sedia ada termasuk menguatkuasakan undang-undang murtad.

Malah kata beliau, pihaknya mendokong dan menyokong usaha mana-mana pihak untuk memperkukuh akidah umat Islam melalui program-program pendidikan dan kebajikan serta menuntut diperkasakan program-program tersebut termasuklah dengan mengembalikan semula bantuan yang secukupnya kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

"Kami menuntut supaya badan-badan yang berkaitan dengan harta amanah umat Islam bertindak secara cekap bagi membantu umat Islam yang terpinggir dan tercicir supaya kehidupan mereka lebih terbela dan terjamin," kata beliau.

Tambahan kata beliau, pihaknya mendesak supaya isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam tidak dimanipulasikan dan diputar belit oleh akhbar-akhbar untuk memberikan kelebihan politik kepada sesuatu pihak sehingga memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

"Kami menegaskan bahawa isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam ini adalah isu yang sangat sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian kaum, justeru menyeru kepada semua pihak supaya tidak bertindak menyalahi undang-undang yang termaktub," kata beliau.

Fuad menambah, pihaknya menuntut supaya semua pihak yang pernah terlibat merobohkan institusi-institusi Islam termasuklah meruntuhkan institusi pendidikan Islam, masjid dan surau memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia disebabkan tindakan-tindakan mereka inilah yang telah mendorong agama Islam tidak dihormati.

"Kami menggesa supaya institusi-institusi yang mentadbir urusan umat Islam diserahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan dihormati supaya institusi-institusi ini akan dilihat sebagai benar-benar berwibawa," katanya lagi.

Selain Ilmuan, pertubuhan-pertubuhan yang mengambil bahagian dalam sidang meja bulat semalam terdiri daripada Pimpinan, Ilmam, Sekteriat Pemuda Perihatin, Yayasan Kepimpinan Malaysia, Ummah Prihatin Malaysia, Pro-Guam, Perubatan Islam Darus Syifa, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Intelek, Belia Islam Ampang (Bisa), Ikatan Padu Rakyat Malaysia (Ikatan), Pertubuhan Muslim Professional (Improf), Ikatan Khidmat Muslim (Khidmat), Majlis Perundingan Melayu, Gagasan, Front Bertindak Anti Murtad (Forkad), Umah Care, Terap Care, Tabung Kebajikan Al-Masakin, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Usrah Kebajikan Profesional (IKP), Gagasan.

Isu penggunaan pembesar suara: Utamakan yang utama — Mohd Aizat Mohd Salleh

Posted: 14 Aug 2011 12:00 AM PDT


14 OGOS — Sekali lagi isu berkenaan agama Islam diura-urakan selepas timbulnya isu serbuan JAIS baru-baru ini. Pada 12 Ogos 2011 (Khamis) lalu, Berita Harian melaporkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah mengeluarkan arahan agar penggunaan pembesar suara untuk zikir pada waktu Subuh agar dihentikan.

Naib Presiden Umno, Dato Seri Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan bahawa larangan tersebut berpunca daripada kerajaan negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap agama Islam.

Apabila berhadapan dengan isu agama, kita boleh melihat dengan jelas melalui kenyataan pemimpin-pemimpin politik, sama ada mereka jahil ataupun berpengetahuan mengenai agama Islam.

Memahami Prioriti

Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia, Profesor Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang juga ulama Islam global yang diiktiraf sedunia pernah menghasilkan satu buku yang bertajuk Fiqh Al-Aulawiyyat atau disebut sebagai — Kefahaman di dalam Prioriti — dalam urusan umat Islam.

Di dalam buku tersebut, beliau telah mengemukakan beberapa teori dan praktis terhadap segala urusan umat Islam yang berlaku pada hari ini. Kata beliau, kebanyakan umat Islam — hatta ulama dan pemimpin Islam — selalu tidak tepat dalam membuat perbandingan dan penilaian terhadap hukum-hukum Islam — yang akhirnya menyebabkan Islam dipandang serong dan buruk, sedangkan matlamat hukum Islam itu diwujudkan adalah membawa kemaslahatan (kebaikan) kepada semua manusia.

Antara teori yang disebutkan beliau adalah, 'Keutamaan Amalan Fardhu kepada Amalan Sunat' yang membawa erti, apabila seseorang Muslim itu berhadapan dengan amalan fardhu (amalan wajib) dan amalan sunat (yakni meninggalkan tidak berdosa, buat berpahala), maka amalan fardhu itu mesti didahulukan.

Beliau mengkritik sesetengah umat Islam yang sibuk memberikan perhatian yang lebih terhadap amalan sunat di dalam solat, puasa dan sebagainya, daripada memberikan perhatian kepada hal-hal yang wajib.

Beliau berkata: "Kita seringkali melihat pemeluk agama ini — Islam — yang melakukan qiyamullail (solat malam — tahajjud), kemudian dia pergi ke tempat kerja di mana dia mendapatkan gaji setiap bulan, dengan keadaan lemah dan tidak mempunyai kekuatan, sehingga dia tidak dapat bekerja dengan baik. Kalau dia mengetahui bahwa bekerja dengan baik itu hukumnya wajib dan mengetahui bahwa dia memakan harta - setiap akhir bulan — dengan cara yang tidak benar, maka dia tidak akan memperbanyak qiyamullailnya untuk dirinya sendiri, karana hal itu tidak lebih daripada amalan sunnah, yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya."

Begitu juga kita melihat seorang tokoh Ikhwan Muslimin, Imam Hassan Al-Banna, apabila ditanyakan kepadanya manakah yang lebih baik pada rakaat (bilangan) solat Tarawih — sama ada 8 atau 20 rakaat — beliau menjawab: "Buatlah mana-mana yang mampu dilakukan, keutamaannya hari ini adalah menjaga perpaduan umat Islam daripada berpecah — akibat perbalahan bilangan rakaat solat Tarawih — daripada bilangan rakaat itu sendiri."

Hak Masyarakat, Hak individu

Dr Yusuf Al-Qaradhawi memberitahu lagi keutamaan hari ini adalah meletakkan 'Hak Masyarakat Mengatasi Hak Individu — di dalam hukum dan urusan umat Islam. Iaitu mengutamakan hak orang ramai berbanding hak seorang individu. Ini kerana, seorang individu tidak dapat mempertahankan dirinya melainkan dengan bantuan orang ramai, justeru kepentingan orang ramai mesti didahulukan.

Beliau berhujah dengan pandangan ulama: "Kalau musuh kita mempergunakan kaum Muslimin sebagai benteng pertahanan mereka, ketika mereka dijadikan sebagai tawanan; kemudian mereka ditempatkan pada barisan tentera yang terdepan, untuk melindungi tentera mereka sendiri; dan kalau kita tidak menghancurkan pasukan tentera musuh itu akan membahayakan umat Islam, maka kaum Muslimin yang dijadikan sebagai benteng itu boleh kita bunuh." Ia berasaskan bahawa kepentingan pihak teramai (umat Islam) perlu didahulukan berbanding individu yang sedikit.

Samalah kita melihat isu mengenai larangan penggunaan pembesar suara di Pulau Pinang itu. Dengan mengambil semangat maqasid syariah — yakni memberikan kesejahteraan kepada seluruh manusia — maka kepentingan ramai boleh didahulukan. Mungkin sesetengah mempertikaikan mengapa mengambil kepentingan sebahagian orang bukan Islam — yang tidak selesa dengan penggunaan pembesar suara tersebut — maka hujahnya: Amalan itu — berzikir menggunakan pembesar suara itu — bukanlah satu amalan wajib yang perlu diutamakan sedangkan mengutamakan pandangan dan kemaslahatan orang teramai yang mungkin termasuk orang Islam juga yang tidak selesa dengan tindakan tersebut (menggunakan pembesar suara). Mengelakkan Islam dipandang buruk dan perselisihan antara masyarakat yang tidak selesa terhadap Islam lebih wajib dielakkan daripada melakukan satu amalan sunat.

Ia tidak timbul isu menggadaikan prinsip atau tidak sensitif terhadap agama Islam — seperti yang didakwa Dato Seri Zahid Hamidi itu — bahkan sebenarnya memperlihatkan bahawa hukum Islam itu sentiasa menerima perubahan berdasarkan keadaan dan tempat serta memberi keselesaaan dan kesejahteraan kepada seluruh manusia.

* Mohd Aizat Mohd Salleh adalah pembaca The Malaysian Insider.

Wajah Mismah Didedahkan

Posted: 13 Aug 2011 10:27 PM PDT

http://www.utusan.com.my/pix/2011/0814/Utusan_Malaysia/Politik/po_01.1.jpg

wajah mismah

keluar paper umno tanpa muka yang disensor sebab hang tau sapa yang dok kat sebelah?

saya tidak diupah kata akak mismah

bunyi macam ummno jer

kahkahkahkahkah

boleh agak

bolah tahu

kahkahkahkahkahkah

suap

UMNO - Lebih memberi masalah dari menyelesaikannya

Posted: 13 Aug 2011 10:08 PM PDT


Oleh Aspan Alias

Proses kemusnahan sesebuah sistem politik negara itu selalunya tidak di sedari oleh mana-mana pemimpin yang tidak memberikan fokus kepada menilai kepimpinan masing-masing. Kehilangan fokus ini selalunya adalah di sebabkan campur aduk politik peribadi dengan di saluti oleh elemen-elemen yang lain seperti keinginan untuk memperkayakan diri dan keluarga dan lebih mementingkan usaha untuk memupuk 'legendary' masing-masing.

Di dalam keghairahan untuk mementingkan keuntungan peribadi ini maka segala nilai-nilai murni dalam sesuatu sistem politik itu akan secara beransur-ansur luntur dan akan wujud krisis keyakinan yang merbahayakan negara dan rakyat.

Najib sedang menghadapi masalah yang sama, iaitu masalah mewarisi pusaka kepimpinan yang sudah tersedia lemah dan ternoda. Najib sendiri merupakan seorang 'untested leader' kerana beliau naik ketahap tertinggi parti dan negara kerana permainan 'play save' dan tidak pernah bertanding di dalam mana-mana jawatan yang beliau pegang. Lagi pun beliau adalah pemimpin yang wujud melalui pengaruh keluarga sebagai anak bekas Perdana Menteri.

Sehingga beliau duduk di kerusi PM ini beliau tidak pernah di cabar dan tercabar dan beliau hanya mendapat segala-galanya melalui pengaruh Tun Razak itu sahaja. Itulah sebabnya beliau hanya menyelesaikan masalah politik negara dengan sentimen tanpa 'idea' yang bernas untuk menyelesaikan masalah secara politik yang baik dan 'conclusive'.

Beliau menyelesaikan masalah dengan membeli sokongan tetapi beliau membelinya dengan premis politik yang salah. Palanivel dilantik menjadi ahli jemaah Kabinet semata-mata kerana hendak memujuk kaum India bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang. Tindakan Najib hanya menumpukan untuk undi pilihanraya tanpa memikirkan consequence yang akan timbul dari tindakan beliau itu.

Najib adalah seorang 'elected representative' tetapi beliau di kerumuni oleh 'rejected representative'.. Dengan perlantikan Palanivel di dalam Kabinet Najib telah menambah seorang lagi Menteri yang mewakili 'rejected rep' ini. Sharizat Jalil dilantik di dalam Kabinet walaupun beliau dikalahkan oleh Nurul Izzah Anwar dan Koh Tsu Koon yang tertewas dengan majoriti yang besar di Batu Kawan telah dilantik ke dalam Kabinet.

Melantik Palanivel itu ialah untuk mendapatkan sokongan kaum India yang telah berpecah mengambil tempat di dalam parti-parti lain samada dalam parti Kerajaan atau parti pembangkang. Wakil mereka di Parlimen sudah ramai walaupun kaum India hanya kaum yang kecil di dalam negara ini. Kaum India merupakan kaum yang saya hormati di dalam politik kerana mereka membina kepimpinan mereka di dalam banyak parti.

Tetapi MCA yang sekarang ini masih mempunyai 15 ahli Parlimen tidak pula diwakili dalam Kabinet oleh Presidennya Chua Soi Lek. Raja Nong Chik dan beberapa orang yang lain yang tidak pernah dipilih oleh rakyat dijadikan Menteri Kabinet. Jawatan Menteri itu di jadikan sebagai umpan untuk mendapat sokongan dari pihak dan kumpulan tertentu dan perlantikan mereka bukan di dasarkan kepada kebolehan dan disokong rakyat yang ramai.

Kita sudah tidak terkejut jika ada lagi individu yang di anggap penting untuk menampal yang koyak dan menyambung yang putus akan dilantik menjadi Menteri.

Janji Najib untuk mengecilkan saiz kabinet setelah Pak Lah melantik 32 orang ahli jemaah kabinet dahulu hanya tinggal janji. Akhirnya beliau telah melantik 41 orang ahli kabinet (termasuk duta yang bertaraf Menteri) dan ini merupakan rekod dalam sejarah negara sebagai barisan kabinet yang paling besar. Amerika Syarikat yang merupakan 52 kali ganda besar keluasan negaranya dari Semenanjung Malaysia dan 12 kali ganda jumlah penduduknya hanya mempunyai 21 orang ahli kabinet mereka.Perlu diingat Amerika Syarikat adalah negara demokrasi dan ekonomi terbesar dunia dan negara itu tidak memerlukan 40 orang Jemaah Kabinet.

Sebagai sebuah kerajaan kita mempunyai pemimpin-pemimpin yang terlalu rendah sahsiahnya. Sahsiah seseorang itu selalunya terbentuk dari didikan yang diterima mereka dari guru-guru dan ibu bapa mereka. Sekarang kita hari-hari mendengar kata-kata yang tidak bermoral dan sahsiah dari penyokong-penyokong kerajaan dengan menggunakan kata-kata kesat apabila ada pihak yang berpandangan politik tidak sehaluan.

Bagi mereka, UMNO sahaja parti yang semua umat mesti sokong. Jika tidak mereka (penyokong UMNO) tidak gemar dengan orang lain mereka akan menggunakan istilah kotor seperti anjing, babi celaka dan sebagainya. Bagi mereka ini tidak mahu mendengar perkara yang tidak sedap. Mereka hanya mahukan pujian dan dukungan tetapi mereka tidak menjaga sahsiah diri dan politik mereka. Kelaukuan mereka memalukan dan diperhatikan oleh rakyat secara terangan.

Kalau dikaji dari sejarah yang lampau jika pihak yang berkuasa dan penyokongnya sudah mengambil jalan singkat untuk menistakan orang lain secara peribadi, selalunya itu merupakan tanda-tanda pemerintah atau ulil amri itu akan tumbang dan dimamah sejarah akhirnya.

Dalam pada parti pemerintah sedang bergelut untuk 'survival'nya penyokong-penyokongnya pula begitu ghairah memaki hamun dan menghina pihak lain yang juga mempunyai komitmen untuk mencari kebenaran. Masing-masing sekarang sedang dalam proses pencarian dan masing-masing ada hak untuk menentukan sikap dan pendirian masing-masing. Kebenaran kepada kita tidak semestinya benar bagi orang lain.

Sikap ini menjadikan rakyat dan orang ramai menjadi jemu dan bosan dengan maki hamun seperti ini. Mereka tidak dapat menerima hakikat yang mereka sudah tidak lagi menjadi relevan kepada banyak pihak. Orang ramai sudah tidak lagi percaya kepada usaha memomokan pihak lain dengan menghangatkan isu rasis yang akan merbahayakan negara. Anak-anak muda yang berbilang kaum yang sudh mendapat pendedahan kehidupan sudah tidak meminati mana-mana pihak yang memainkan isu perkauman yang menebal.

Kebanyakan dari penyokong pihak parti pemerintah tidak mampu membahaskan isu secara realistik maka mereka memilih untuk memaki hamun sesiapa sahaja yang mereka tidak bersetuju. Mereka seolah-olah memaksa semua orang mengikuti mereka tetapi mereka tidak menunjukan sahsiah yang boleh diikuti. Rakyat mahu hidup aman damai dan tidak mahu mengikut mereka yang mencemuh dan mempunyai mentaliti samseng yang tidak mempunyai sifat malu.

Orang ramai ini bukannya sekumpulan haiwan tambatan yang boleh di arah kehulur kehilir mengikut kehendak nafsu mereka yang sedang kufur dengan nikmati kuasa yang ada di tangan mereka. Pihak yang berkuasa dengan sesedap hati sahaja mencemuh mereka yang berfikir. Mereka tidak sedar yang sesiapa yang mempunyai kemampuan berfikir sudah menganggap UMNO sebagai parti parasit dari sebuah parti perjuangan untuk bangsa dan rakyat negara amnya. Setiap rakyat ada hak untuk menentukan sikap dan perjuangan mereka.

Pucuk pimpinan tetap dengan sikap tidak sensitifnya dan segala perkara yang diragui rakyat tetap di lakukan oleh kerajaan pada hari ini. Mengambil kesempatan di atas kebaikan rakyat selama ini tidak dapat dihentikan oleh pimpinan hari ini. Transaksi MAS dan Air Asia contohnya berlaku dihadapan mata kepala rakyat yang melambangkan betapa tidak kisahnya pucuk pimpinan sehinggakan manipulasi korporat berlaku tanpa malu dan segan dan sesiapa yang memahami isu ini tidak akan dapat mengampunkan pihak yang melakukannya.

Budaya menenggekkan GLCs yang wujudnya di atas matlamat memegang kepenting bagi pihak rakyat telah dimanipulasi oleh pihak tertentu yang dibiarkan sahaja oleh pucuk pimpinan kita. Arahan kerajaan kepada semua GLC untuk menarik balik segala pertuduhan terhadap Tajuddin Ramli merupakan kemuncak kepada ketidak jujuran pihak yang berkuasa.

Jika perkara ini terus juga berlaku ianya memberi makna yang kerajaan yang berjanji untuk mentadbir negara secara transparen adalah satu lagi janji kosong dan ianya membuktikan kepada kita pimpinan kita sudah tidak boleh diyakini samasekali. Segala-gala yang dilakukan tidak menunjukkan sedikit pun nilai amanah seperti yang dijuarai oleh Najib selama ini. Kata-kata yang manis itu sekadar untuk menyedapkan telinga mendengarnya sementara kita sedar yang itu hanyalah menanam tebu di tepi bibir sahaja.

Kalau diselidik dan di kaji serta dibuat penilaian serius, segalanya ini tidak akan ada kesudahannya. Rakyat dan hartanya akan tetap dimanupulasi terus terusan. Hanya membesarakan mereka sahaja yang boleh memberhentikan penyelewengan politik dan ekonomi negara ini.

Kesabaran rakyat sudah tidak terbendung lagi. Segala hijab dan hidayah sudah tertutup rapat. Tidak mungkin lagi kita akan berada di dalam kehidupan bermakna di dalam negara yang amat kita cintai ini. UMNO sudah tidak lagi sebagai parti yang membangunkan bangsanya tetapi hanya tinggal sebagai parti yang hanya memberi masalah bukan sahaja kepada orang Melayu, UMNO dan ahlinya sendiri tetapi kepada bangsa lain dan negara secara keseluruhannya. Segala-gala sudah musnah.

Untuk mengubahnya kita perlu berubah.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Kenyataan Terkini TG Haji Hadi: Artikel Hak Mempertahankan Islam Dan Kebebasan Beragama

Posted: 13 Aug 2011 09:00 PM PDT


Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Ahad, 14 Ogos 2011 10:00

Apabila tercetusnya isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap penganjuran program di Damansara Utama Methodist Church, tidak semena-mena media arus perdana bertindak memaparkan berita dengan tujuan untuk melonjakkan UMNO menjadi juara mempertahankan Islam, seolah-olah memang benarlah UMNO adalah sebuah parti gagah perkasa yang mempertahankan Islam. Namun rakyat boleh sebenarnya menilai siapakah yang sebenarnya memperjuangkan Islam, dengan menerokai kembali sifat dan sikap yang ditunjukkan terhadap agama Islam sejak puluhan tahun ini.

Perlu diketahui bahawa pertembungan agama untuk mencari penganut bukan perkara baru, kerana ianya berlaku sejak dari zaman Nabi Adam sehinggalah tamatnya ajal dunia ini. Umat Islam yang beriman bahawa mereka adalah penganut agama para rasul yang berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W. wajib mempertahankan agama mereka dan menyebarkanya kepada seluruh manusia, namun dilarang melakukan paksaan terhadap sesiapa pun manusia, kerana Islam itu bukan sahaja ucapan secara lisan, ianya hendaklah disertakan dengan iman dan dinyatakan dengan amalan yang ikhlas. Memaksa orang menganut Islam hanya melahirkan penganut Islam munafik.

Rasulullah S.A.W. telah berada dalam masyarakat majmuk, sama ada di Makkah dalam kedaan yang lemah, atau dalam kedaan yang sangat kuat berkuasa di Madinah. Ketika Islam dalam kedaan berkuasa di Madinah,Rasulullah S.A.W. mengizinkan penganut agama lain wujud dalam masyarakat Islam secara aman dengan menjadi rakyat yang wajib dilayan secara adil tanpa paksaan dalam agama menerusi perjanjian bertulis yang dimeteraikan.

Dalam masa yang sama Islam mewajibkan penganutnya mempertahankan Islam, yang menjadi hak kepada penganut Islam sendiri dan kerajaannya. Zalim terhadap penganut agama lain juga adalah haram, sehingga Rasulullah S.AW memberi amaran neraka kepada orang Islam yeng mengkhianati perjanjian yang sebenarnya adil.

Al Quran meletakkan garis panduan dalam surah Al Haj, ayat 40 :

Maksudnya :"Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara dan gereja-gereja penganut kristian, rumah-rumah ibadat orang yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa."

Rasulullah S.A.W telah menafsirkan perintah Allah secara amalan, apabila Islam melarang penganut Islam menceroboh gereja dan paderi walaupun ketika berlakunya perang, maka sudah tentulah ketika damai keadaan ini lebih wajib dipelihara.

Bagi penganut agama lain yang wujud bersama dan berada dalam masyarakat Islam yang lebih ramai sekalipun, maka hak beragama, berkeluarga, bekerja dan bermasyarakat bagi mereka adalah wajib ditunai dan haram dicabuli oleh mana-mana pihak. Dalam masa yang sama, banyak ayat-ayat Al Quran memaparkan berlakunya perbahasan secara hujah di antara Islam dan pihak lain dalam masyarakat Islam dengan mengutamakan kebijaksanaan.

Sejarah Islam juga memaparkan kewujudan orang Islam dalam masyarakat bukan Islam yang berkuasa dan adil tanpa paksaan terhadap penganut Islam. Rasulullah S.A.W. mengarahkan para sahabatnya berhijrah ke Habasyah, iaitu sebuah negara kristian ortodok yang adil di zamanya untuk mendapat perlindungan dan berlakunya dailog di antara Islam dan Kristian dengan hujah. Sejarah Islam di China menyebut kewujudan masyarakat Islam di negara China yang besar dan adanya orang Islam yang menyumbang khidmat negara dengan cemerlang kepada negara China dan adanya hubungan diplomatik diantara China dan Islam dengan baik.

Amir Al Mukmin Umar bin Al Khattab dijemput oleh paderi besar Palestin yang menyambut kemenangan Islam menjatuhkan Rom Timur yang sebelumnya dikuasai oleh penganut Kristian yang berlaku zalim terhadap mereka. Khalifah Umar datang menerima jemputan dan melawat Gereja Baitul Laham. Apabila tiba waktu sembahyang, Umar bertanya :"Di mana tempat saya bersembahyang?". Paderi besar menjawab :"Di sini sahaja (dalam gereja)". Umar menjawab :" Tidak patut bagi Umar bersembahyang di sini, nanti generasi akan datang berkata : "Umar pernah bersembahyang di sini lalu mereka mendirikan masjid di sini (dengan merobohkan gereja)". Maka Umar pun keluar dan bersembahyang di halaman, dan bersempena dengannya didirikan masjid yang masih ada sehingga hari ini berhampiran dengan gereja yang masih ada. Apa yang paling menarik di zaman terkini, pihak gereja itu pula melindungi mujahidin Palestin yang dikepung oleh tentera zionis Israel.

Semua cerita benar tersebut berlaku dalam kedaan Islam diamalkan dengan sempurna, yang berbeza dengan Islam yang diamalkan oleh UMNO pada ketika lalu dan kini. Islam warisan penjajah Inggeris yang dizamannya Islam telah dirampas kuasanya daripada raja-raja Melayu dengan memenjarakannya dalam kepompong Jabatan Agama dan Majlis Agama yang tidak berkuasa mengikut Islam yang sempurna. Manakala kedudukan jabatan agama adalah mengikut bidang kuasa seperti jabatan-jabatan lain, seperti jabatan pendidikan, tanah, kebajikan , termasuk jabatan haiwan dan perhutanan. Kuasa jabatan agama itu sekadar mengawal masjid, mengawasi khutbah dan pengajian agama, mengendalikan urusan keluarga Islam, pusaka dan harta wakaf. Islam menjadi agama yang diperintah dan ditadbir, bukannya agama yang memerintah dan mentadbir. Hasilnya masjid boleh digeledah, tidak ada perbezaan dengan gereja dan imam boleh diambil tindakan bukan kerana kesalahan agama, tetapi kerana kononnya kesalahan politik. Politik pula dipisahkan daripada agama, seperti juga pemisahan agama dengan politik dalam lain-lain agama selain dari Islam.

UMNO tidak layak mempertahankan Islam kerana tidak berwajah Khalifah Umar yang melawat gereja dan bersembahyang apabila tiba waktunya, kerana Umar mendirikan sembahyang maka dengan sendiri mendirikan masjid, sedang UMNO mendirikan masjid tetapi tidak semestinya mendirikan sembahyang, boleh berhimpun untuk membincangkan agenda negara dengan meninggalkan sembahyang, sedangkan Saidina Umar tidak memisahkan sembahyang dengan urusan negara.

Kesimpulannya kenyataan media milik UMNO dalam isu gereja lebih bersifat apa yang disebut oleh Imam Ali K.W. "Ucapan yang zahirnya benar , tetapi matlamatnya kebatilan". Ianya dengan bermatlamat untuk memancing undi melayu Islam yang buta al Quran, bagi pilihanraya umum ke-13 untuk meneruskan agenda warisan penjajah iaitu Islam yang terpimpin bukannya Islam yang memimpin.

Marilah kita buka Al Quran dan ajaran Rasulullah SAW dan para sahabat dan ulama muktabar yang menunjukkan cara beramal dengan Islam yang sebenarnya. Bukan melalui media dan pengampu di sepanjang jalan.

Isnin 8 Ramadhan 1432 bersamaan 8 Ogos 2011

Gambar: Konvoi Bermotor Dan Himpunan 1000 Pemuda PAS Kawasan Tumpat

Posted: 13 Aug 2011 07:20 PM PDT

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/292061_1923266965709_1363162111_2994220_1062135_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/294396_1923267365719_1363162111_2994222_6138063_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/292221_1923271685827_1363162111_2994236_1906320_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/295691_1923272205840_1363162111_2994238_1777821_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/292516_1923276085937_1363162111_2994248_3697512_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/184095_1923284006135_1363162111_2994273_2207628_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/254746_1923289766279_1363162111_2994287_2204678_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/185270_1923289326268_1363162111_2994285_942681_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/185560_1923277765979_1363162111_2994254_6831039_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/292131_1923293886382_1363162111_2994299_4055448_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/226141_1923293526373_1363162111_2994298_6298462_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/263281_1923301526573_1363162111_2994317_6905636_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/185470_1923299526523_1363162111_2994312_3168937_n.jpg

untuk pengetahuan anda, ketua pemuda bagi kawasan tumpat ialah saudara Rosli Abdullah.

syabas dan tahniah dari kami di team kerabu bersuara untuk program yang besar ini.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jom Sertai Kelab Protes Barang Naik

Posted: 14 Aug 2011 07:51 AM PDT

Bosan dengan harga barang semakin naik saban hari? Bil elektrik naik, bil air naik, gas naik, minyak naik, gula naik, semua naik? Tak ada yang turun, semua naik. Yang turun cuma hujan. Kalau boleh dinaikkan hujan, mereka akan naikkan juga hujan.

Jom sertai Kelab Protes Barang Naik dan klik LIKE di https://www.facebook.com/pages/Kelab-Protes-Barang-Naik-Protes-BN/130492440376510



BLOG - BLOG PARTI DAP

BLOG - BLOG PARTI DAP


Lim Kit Siang

Posted: 13 Aug 2011 11:36 PM PDT

Lim Kit Siang


Mainstreaming the lunatic fringe?

Posted: 13 Aug 2011 10:05 PM PDT

— Mustafa K Anuar The Malaysian Insider Aug 14, 2011 AUGUST 14 — In the recent past, middle-ground Malaysia has borne witness to a series of disturbing public expressions by certain groups and individuals that border on ethnic slurring, slander and rabid racism. And many a time, these public expressions have without exception insulted the [...]

Pua threatens to sue Najib, Nazri for Tajuddin Ramli bailout

Posted: 13 Aug 2011 08:05 PM PDT

By Clara Chooi The Malaysian Insider Aug 14, 2011 KUALA LUMPUR, Aug 14 — DAP MP Tony Pua threatened legal action against Datuk Seri Najib Razak and Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz today, saying they would be sued for negligence if Putrajaya fails to recover the billions in debts owed by Tan Sri Tajuddin Ramli. [...]

Reason why MoCS rally called off

Posted: 13 Aug 2011 03:45 AM PDT

Written by Francis Siah Saturday, 13 August 2011 CPI Press Statements Foreword by Dr Lim Teck Ghee Readers who have been following the progress of the MoCS ‘Walk for Democracy and Reform’ assembly in Kuching will be as disappointed as we are that the event has been called off. This development, though disappointing is not [...]

Blog@Wengsan...博客@永山

Posted: 13 Aug 2011 09:22 PM PDT

Blog@Wengsan...博客@永山


严厉谴责内政部长希山慕丁将709净选盟大集会与伦敦暴动相提并论

Posted: 13 Aug 2011 02:09 AM PDT

MY VOICE FOR NATION

Posted: 13 Aug 2011 01:03 PM PDT

MY VOICE FOR NATION


Don: EC's response to Bersih 'embarrassing'

Posted: 13 Aug 2011 08:24 AM PDT

Reason why MoCS rally called off

Posted: 13 Aug 2011 05:40 AM PDT

Ethnic distrust on the rise, new poll shows

Posted: 12 Aug 2011 08:41 PM PDT

The MAS-AirAsia deal: Part 1 — Sakmongkol AK47

Posted: 12 Aug 2011 08:00 PM PDT

Still dreaming of a Malaysia to call Home — Farish A. Noor

Posted: 12 Aug 2011 07:52 PM PDT

Philosophy Politics Economics

Posted: 13 Aug 2011 09:06 AM PDT

Philosophy Politics Economics


Should Nazri be Investigated for "Corrupt Practice"?

Posted: 12 Aug 2011 11:58 PM PDT

In an unprecedented move, a Minister in Prime Minister's Office had directed all Government-Linked Companies (GLCs) to withdraw all civil suits against former MAS owner and chairman, Tan Sri Tajuddin Ramli.

Datuk Seri Nazri Aziz wrote that "the government of Malaysia and the Finance Ministry has agreed to settle all civil claims against Tan Sri Tajuddin Ramli and others to be withdrawn immediately in view of the fact that the government and the Finance Ministry have agreed that the said cases will be settled out of court."

Such an instruction from a Minister's office, especially one with no authority over the various GLCs including Malaysia Airlines System (MAS), Telekom Malaysia and Prokhas (formerly Danaharta), must be at the very least highly improper, and at worst an illegal and corrupt practice to allow Tan Sri Tajuddin Ramli to get away with billions of ringgit in debt.

It is a clear case of a Minister using his superior position to exercise undue influence over decisions to be made in these companies. Each of these companies, many of which are listed on Bursa Malaysia, have their own Board of Directors tasked to make decisions in the best interest of the respective companies. Nazri who does not sit in any of these Boards, has no business giving instructions of any kind to them. In fact, the party that is best positioned to advice the Boards on their legal case is their appointed legal team, who were taken by complete surprise by the directive from the Minister.

His directive to these GLCs made a complete mockery of corporate governance in these companies and will only turn away local and foreign investors who will not tolerate blatant interference from the Government on business and financial decisions.

Nazri can be investigated under Section 2(1) of the Emergency (Essential Powers) Ordinance No. 22/1970 where "Any member of the Administration, Parliament or State Legislative Assembly or any public officer who commits a corrupt practice shall be liable to a term of imprisonment of 14 years or a fine of RM 20,000 or both."

A "corrupt practice" in this case is defined as "any act done by a member…in his capacity as such member…whereby he has used his public position or office for his pecuniary or other advantage…"

It is the exact same law used to find Datuk Seri Anwar Ibrahim guilty of alleged abuse of power in 1999 where he was sentenced to jail for 6 years. Anwar, while holding the post of Deputy Prime Minister and Minister of Finance, was alleged to have "committed corrupt practice" by giving directives to two police officers.

Nazri's attempt to explain his letter that the suits should be withdrawn so that a settlement between the parties can be reached does not hold water for a settlement could still be reached before the respective suits are withdrawn.

The Minister's directive for the GLCs to withdraw their civil suits against Tajuddin Ramli is clearly designed to provide the latter breathing space and a desperate attempt to bail him out of billions of ringgit in debt to the government agencies and companies, as well as to excuse him from causing billions of ringgit in losses to our flagship carrier, MAS. In 2001, Tajuddin Ramli via his corporate vehicle, Naluri Bhd was bailed out to the tune of RM1.792 billion by the Malaysian government for the acquisition of MAS at RM8 per share despite the market price being only RM3.62 per share.

What is perhaps most tragic is the fact that all the credibility and goodwill generated by the Prime Minister's New Economic Model (NEM), where Datuk Seri Najib Abdul Razak boldly declared "we can no longer tolerate practices that support the behaviour of rent-seeking and patronage", is completely and irreversibly lost.

Tajuddin settlement proof political patronage alive and well

Posted: 12 Aug 2011 11:43 PM PDT

Tajuddin settlement proof political patronage alive and well, says Pakatan
By Shannon Teoh August 11, 2011

KUALA LUMPUR, Aug 11 —Pakatan Rakyat (PR) has flayed Putrajaya's decision to drop all claims against Tan Sri Tajuddin Ramli, calling it proof that Barisan Nasional (BN) is resorting to political patronage to fund its war chest ahead of the next general election.
Opposition lawmakers said the out-of-court settlement was a "scratch-your-back, you-scratch-mine" deal that would allow the former chairman of Malaysia Airlines (MAS) to further reduce an initial RM1.8 billion owed to state-owned debt restructuring firm Danaharta.

[...]

DAP publicity chief Tony Pua also said that "this shows that political patronage is alive and well in the country."

"This sounds the death knell of Datuk Seri Najib Razak's New Economic Model and Economic Transformation Programme when the prime minister can allow cronies to get away at the expense of public interest," the Petaling Jaya Utara MP said.

He added that as 37 other parties were told to drop suits against Tajuddin, a poster boy of the Mahathir-era policy to raise Malay corporate captains on government largesse, total funds including interest lost to the public could be in the tens of billions.

The Malaysian Insider reported today that Putrajaya has directed all government-linked companies, including MAS and Danaharta, to cease all civil suits against Tajuddin.

For the full article on The Malaysian Insider, click here.

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 13 Aug 2011 11:42 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


17 Hari Lagi Untuk Sambut Merdeka.

Posted: 13 Aug 2011 09:50 PM PDT

Sambutan Hari Merdeka pada tahun ini terasa sungguh lengangnya. Kalau di tahun lalu ada juga pemilik-pemilik kenderaan yang meletakkan bendera Malaysia di kenderaan mereka, tetapi tahun ini langsung tidak ada.

Di tahun yang lalu, kenderaan-kenderaan Komersial meletakkan bendera Malaysia, mungkin untuk cuba nak mengelakkan lori-lori mereka dari ditahan oleh JPJ dan Polis. Seorang pemandu lori berkata bahawa tahun lalu dia letak bendera Malaysia di lorinya dengan tujuan supaya tidak ditahan oleh JPJ atau Polis. Apabila ditahan oleh JPJ atau Polis, ada-ada saja kesalahan yang dicari dan akhirnya duitnya turut terbang.

Tahun ini dia tidak mahu letak bendera lagi, kerana letak atau letak, kesannya sama saja, dan tahun ini dia nak beli sedikit baju, seluar dan kasut untuk anak-anaknya, dan dia cuba sedaya upaya supaya lorinya tidak ditahan oleh JPJ atau Polis.

Semasa Parti Keadilan Nasional mula-mula ditubuhkan di Temerloh, saya selaku Pengerusi PKN Bahagian Temerloh pada waktu itu dijemput hadir ke Pejabat Daerah Temerloh untuk menyempurnakan Himpunan di Padang Besar Temerloh untuk menyambut Hari Merdeka. Saya dan beberapa orang Jawatankuasa PKN Bahagian Temerloh dengan gembiranya hadir, keran bagi saya Hari Merdeka adalah Hari untuk seluruh Rakyat Malaysia.

Didalam Perjumpaan itu, wakil dari UMNO, MCA dan MIC tidak hadir. Mungkin bagi mereka, Hari Merdeka adalah terlalu kecil dan tidak menyentuh perasaan mereka.

Setelah bermesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Temerloh, terdengar teguran kenapa Parti Keadilan Nasional dijemput hadir.

Dan selepas mesyuarat pertama itu, kami dari Parti Keadilan Nasional, tidak lagi dijemput kemesyuarat seterusnya.

Inilah hakikat sebenarnya Sambutan Hari Merdeka, baik di peringkat Pusat, Negeri atau Daerah, Himpunan itu hanyalah untuk pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang dipaksakan untuk turun dan untuk penyokong-penyokong Parti UMNO/BN.

Sambutan yang berbentuk partisan ini tidak menanamkan semangat patriotisme dikalangan penduduk, bahkan penduduk merasa meluat.

Pada ketika itu, bangunan kedai, gedung-gedung perniagaan mengibarkan jalur gemilang, kononnya sebagai tanda patriotisme mereka kepada Negara. Orang-orang kampong yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli bendera tidaklah mengibarkan bendera Malaysia dan jika diukur bahawa kibaran bendera merupakan tanda patriotisme, maka hanya orang-orang kaya sahaja yang patriotik dan rakyat biasa tidaklah patriotik.

Dengan kefahaman itu, Kerajaan telah mengadakan bendera Malaysia dengan banyak, maka di kampong-kampong terkibarlah bendera Malaysia dengan gahnya, cukup patriotik orang-orang kampong; dan nampaklah pula bahawa orang-orang kaya kurang patriotiknya.

Bendera-bendera dipasang di kenderaan-kenderaan sehingga sesetengah kenderaan itu pasang hingga 10 bendera. Itulah kesannya dari bendera yang diberikan secara percuma. Tetapi apabila tidak ada bendera percuma maka tidak adalah kenderaan-kenderaan nak membeli sendiri dan memasang bendera di kenderaan masing-masing.

Ini bererti bahawa semangat patriotisme rakyat Malaysia hanyalah bergantung kepada pemberian bendera secara percuma.

Oleh kerana kesan dari sikap Kerajaan yang tidak mahu melibatkan parti-parti pembangkang didalam majlis-majlis sambutan Merdeka, maka parti-parti pembangkang melaksanakan sambutan Hari Merdeka dengan cara mereka sendiri.

Dua tahun lepas Parti Keadilan Rakyat telah menyerahkan ribuan bendera kepada ahli-ahlinya di kampong-kampong, maka amatlah janggal bahawa Pembangkang menyambut Hari Merdeka dengan kemeriahan memasang bendera, manakala UMNO/BN tidak memasang bendera.

Saya pernah berada di Indonesia sewaktu Negara itu menyambut Hari Merdeka. Hebat, hebat. Semua rumah, semua kenderaan, semua gedung perniagaan, semua kedai, semua jabatan kerajaan, jalan-jalan raya dipasang dengan Bendera Indonesia, bukan Kerajaan yang memasang, bukan parti-parti Kerajaan yang memasang tetapi dipasang oleh rakyat biasa. Semua parti politik dan organisasi massa terlibat memeriahkan sambutan Hari Merdeka. Itulah mungkin kesan daripada perjuangan berdarah rakyat Indonesia mencapai Kemerdekaan.

Kesunyian bendera-bendera Malaysia kali ini membayangkan bahawa UMNO/BN sudah tidak bermaya lagi dan orang ramai sudah menolak UMNO/BN dan UMNO/BN tidak lagi dapat mempertahankan patriotisme rakyat Malaysia.

Iftar Ramadhan anjuran Task Force Felda Negeri Selangor dan Biro Masyarakat Peneroka Felda dan Orang Asal

Posted: 13 Aug 2011 06:40 PM PDT












Iftar Ramadhan anjuran Task Force Felda Selangor dan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat berjaya diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam pada 13hb Ogos 2011. Bermula dari jam 6.00 petang dan berakhir dengan Solat Terawih.

Suara Sri Andalas

Posted: 13 Aug 2011 11:28 PM PDT

Suara Sri Andalas


Jom Shopping Seterusnya 27 Ogos 2011

Posted: 12 Aug 2011 12:00 AM PDT

Klang, 11 Ogos 2011 - Seramai 86 warga emas telah dibawa membeli belah dalam program Jom Shopping julung kalinya buat DUN Seri Andalas.

Program Jom Shopping tersebut telah diadakan di Tesco Klang. Setiap warga emas telah diberikan RM100 untuk dibelanjakan.

Seawal jam 8.30 pagi, warga emas yang menyertai program Jom Shopping telah berkumpul mendaftar dan diberi taklimat ringkas oleh YB Dr Xavier Jayakumar.

Bagi kemudahan perjalanan, perkhidamatan bas oleh Majlis Perbandaran Klang telah disediakan untuk membawa kesemua warga emas ke Tesco.

Program tersebut telah dijayakan dengan bantuan 40 orang sukarelawan yang hadir memberi bantuan kepada warga emas untuk membeli belah dan membantu membawa barangan yang telah dibeli.

Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kesemua sukarelawan yang datang membantu.

Kesemua warga emas yang menyertai program Jom Shopping tersebut berasa gembira bukan sahaja dapat keluar membeli belah malah dapat beramah mesra bersama-sama wakil rakyat mereka.

Seorang peserta program tersebut yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata ini adalah pertama kali beliau pergi ke Tesco dan mengucapkan terima kasih kepada penganjur program.

Pogram Jom Shopping DUN Seri Andalas seterusnya dirancang untuk diadakan pada 27 Ogos 2011 nanti. 



















Program Berbuka Puasa di Surau Taman Bukit jati

Posted: 08 Aug 2011 05:00 AM PDT

Kampun Jawa, 6 Ogos 2011 - Bulan Ramadhan merupakan bulan yang suci bagi umat Islam dan selepas berpuasa sepanjang hari, majlis berbuka puasa diadakan di surau-surau.

Seperti kebiasaan, setiap kali Ramadhan YB Dr Xavier Jayakumar akan menyertai program berbuka puasa bersama rakyat. Menyertai program sebegini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan diantara pemimpin dan rakyat setempat malah membantu memahami keperluan rakyat yang diwakili.
Pada 6 Ogos yang lepas, Dr Xavier Jayakumar sempat menyertai majlis berbuka puasa yang diadakan di surau Taman Bukit Jati, Kampung Jawa. Turut menghadiri majlis tersebut adalah YB Dr Siti mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja.











Lebih 1,000 Hadir Ke Kongres Ketua-ketua Kuil Hindu Selangor

Posted: 08 Aug 2011 04:00 AM PDT

Shah Alam, 7 Ogos 2011 - Lebih 1,000 peserta dari kuil-kuil Hindu seluruh negeri Selangor hadir berkongres di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam pada hari ini.

Program sehari dari pukul 8 pagi hingga 5 petang itu dihadiri ketua-ketua kuil Hindu Selangor.

Pengisian program termasuklah taklimat oleh YB Dr Xavier Jayakumar serta dialog bermanfaat dan berguna kepada kesemua peserta yang hadir.

Hadir pada kongres tersebut YB Ronnie Liu, serta penceramah, Encik Muthukumara Gurkal.

Pengerusi-pengerusi kuil turut diberikan peluang untuk berucap dan berkongsi idea dengan kesemua peserta.


























Anwar Ibrahim

Posted: 13 Aug 2011 07:21 PM PDT

Anwar Ibrahim


Dekan UM: Alasan SPR Tolak Tuntutan Bersih 2.0 Memalukan

Posted: 13 Aug 2011 12:20 AM PDT

The Malaysian Insider

Seorang dekan Universiti Malaya hari ini membidas alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menolak lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sambil menyifatkan ia satu keputusan "memalukan."

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Prof Dr Redzuan Othman berkata tindakan SPR menolak untuk melaksanakan tidak wajar kerana kesemua tuntutan itu boleh dilakukan badan pengurusan pilihan raya itu.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

"Jawapan yang diberikan tidak melambangkan satu intelektual dalam SPR yang mana SPR kata tidak boleh (laksanakan), akses media dia (SPR) kata parti politik boleh gunakan media elektronik, tempoh kempen… SPR kata melibatkan soal keselamatan.

"Dalam pilihan raya umum di Malaysia, saya lihat sejak 1974 tidak ada satu pergaduhan dan tiada pertumparan darah, kalau ada pun disebabkan kemalangan semasa pilihan raya," katanya pada forum Reformasi Pilihan Raya dan Pemurnian Demokrasi anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kolej Dar Al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam di sini.

Justeru tegas Redzuan, SPR perlu memandang serius tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 sehingga membawa perhimpunan aman pada 9 Julai lalu di ibu negara.

"Isu keselamatan bukan alasan untuk kurangkan tempoh berkempen, undi pos pula SPR kata ramai pelajar kita di luar negara tapi dulu, semasa saya masih belajar di luar negara, semasa tiba pilihan raya saya pergi ke kedutaan (untuk mengundi) tapi tiada, saya tidak mahu sebut tuntutan lain…hujah yang diberikan SPR memalukan.

"Proses pilihan raya harus melambangkan rakyat merasakan keadilan, peranan SPR, saya lihat dalam soal tempoh berkempan dulu sejak 1955 tempoh berkempen selama 42 hari, kemudian pada 1969 35 hari, pada 2004 tempoh dipendekkan kepada lapan hari ini benarkan Barisan Nasional (BN) menang besar begitu juga dengan akses media, pembangkang tidak dapat akses media," katanya.

Selain Redzuan, turut menjadi ahli panel adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Pengarah Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Puaad.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya tidak boleh melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 dengan alasan tidak mempunyai kuasa.

Justeru beliau meminta Bersih 2.0 yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevesan agar mengemukakan lapan tuntutan berkaitan pembaharuan sistem pilihan raya kepada Putrajaya, bukannya kepada agensi itu.

Jelas Wan Ahmad, SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan itu kerana ia terikat dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Lebih menjurus kepada lapan tuntutan Bersih 2.0 terutamanya akses media yang bebas dan adil, Redzuan meminta agar Putrajaya mencontohi Singapura yang membenarkan semua calon bertanding mendapat kebebasan media termasuk melalui televisyen.

"Kenapa kita tidak ikut Singapura, parti-parti politik diberi peluang untuk mendapat akses media, walaupun sehari sebelum hari mengundi semua calon tidak dibenarkan berkempen, namun mereka diberi peluang untuk bercakap di televisyen.

"Tapi di Malaysia media menggambarkan suasana pilihan raya sebagai perang, media memberikan gambaran yang tidak elok tentang pembangkang… tuntutan adalah tuntutan rakyat Malaysia, masyarakat sekarang tidak sama dengan masyarakat dulu… masyarakat hari ini tidak mahu diperbodohkan," katanya.

Isu pengurusan pilihan raya semakin hangat baru-baru selepas Pakatan Rakyat mendedahkan banyak kepincangan dan penyelewengan dalam daftar pemilih termasuk tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Pakatan Rakyat turut meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan perkara itu.

Pada sidang media semalam, SPR menafikan dakwaan bahawa badan pengurusan pilihan raya itu sengaja membenarkan pemastautin tetap menjadi pengundi yang sah.

Sebaliknya, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ia hanya kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan JPN namun dikecam PAS.

Bar Warns GLCs Over Tajudin Affair

Posted: 12 Aug 2011 11:34 PM PDT

Malaysiakini

The Bar Council has warned the board of directors of government-linked corporations that they can be subject to negligence and legal suits by shareholders if found to have failed in their duties in the handling of an out-of-court settlement with Tajudin Ramli.

NONECouncil chairperson Lim Chee Wee said the board in determining whether to discontinue legal proceedings against the one-time Malaysia Airlines executive chairperson or otherwise, must take into account whether such a decision (if taken), is in line with their duties as GLC directors. 

“If they fail in their duties, these directors will be exposed to suits for negligence by any shareholder or the next set of directors, as we have seen in recent cases. 

“Therefore, withdrawal of a suit against Tajudin may constitute a breach of duties on the part of the directors of the GLCs,” warned Lim, adding that as directors’ they are also responsible to shareholders.

“However, if the shareholders pass a resolution to ratify the breach or to say that there was no breach, then arguably the directors may have to withdraw the suit, unless there are elements of fraud or illegality,” Lim told Malaysiakini.

Going against what Minister in the PM’s Department Nazri Abdul Aziz had directed in a letter earlier this week to GLCs wanting them to look into settling Tajudin’s drawn out saga, Lim reminded that theproper person to give instructions for the commencement of an action to enforce any right of the company, or to obtain redress or to recover its property and to withdraw a suit, are the directors.

‘Directors not servants for shareholders’

“Even a resolution of a majority at a general meeting of the company (i.e. shareholders) cannot impose its will upon the directors, when they (directors) have control of the company’s affairs. 

“Directors are not servants to obey directions given by the shareholders as individuals, they are not agents appointed by and bound to serve the shareholders as their principals. 

“Directors are persons who may by the regulations be entrusted with the control of the business, and if so entrusted they can be dispossessed from that control only by the statutory majority which can alter the articles or remove the directors,” he said.

The only way, Lim said that the general body of shareholders could control the exercise of the powers vested by the articles in the directors was by altering the articles, or, if opportunity arose under the articles, by refusing to re-elect the directors whose actions they disapproved.

Lim, an experienced corporate lawyer, said the shareholders general meeting by itself could not usurp the powers which by the articles were vested in the directors, any more than the directors could usurp the powers vested by the articles in the general body of shareholders.

“Thus, the power to decide as to whether a company will initiate or discontinue with legal action against another party (which lies with the directors), cannot be usurped by the shareholders, regardless of whether one is a holder of golden share or otherwise.

“This is provided that the Articles of Association of the GLCs does not provide for specific powers to the holder of golden share to decide on such matters,” he said.

Best interests of the company

The Bar Council chairperson reminded it is also trite law that company directors shall at all times exercise their powers for a proper purpose and in good faith in the best interest of the company.

He added that to act in the best interest of the company is also a statutory duty under Section 132 of the Companies Act 1965. 

“Further, a director owes fiduciary duties to the company and shall at all times act honestly and use reasonable diligence in the discharge of the duties of the office,” he stressed.

That is why if they fail, these directors will be exposed to suits for negligence by any shareholder or the next set of directors, he said.

Lim added that the government may have a golden share in the GLCs which gives shareholders (basically the government) veto power over changes to a company’s articles of association. 

“This share gives the government the right of decisive vote, thus to veto all other shares in a shareholders-meeting. It is a type of share with special voting rights that gives it peculiar power over other shares.”

“The purpose of a golden share is as a means of protecting key national interests, and are limited to certain matters specified in the company’s articles of association, and confer no right to interfere on other issues,” he said.

He further explained that golden share features may include:

  • The holder does not have the ability to influence the day to day management of a company but has power to assert influence in major decisions;
  • The share(s) is usually retained by the government to enable it to have a say in companies which deal with public infrastructures, utilities, mining operations, national defence and the space industry.
  • This allows government to block business moves and counter management decisions, which may be detrimental to national security, economy, or to the provision of public services (especially where markets fail);
  • A golden share may also enable the government to regulate the prices of certain basic goods and services – such as energy, food staples, sewage, and water; and,
  • A golden share is often retained only for some defined period of time to allow a newly privatised company to become accustomed to operating in a public environment, unless ownership of the organisation concerned is deemed to be of ongoing importance to national interests, for example for reasons of international security.

Program Dato Seri Anwar Ibrahim Di Penang 13hb Ogos 2011 (Sabtu)

Posted: 12 Aug 2011 11:12 PM PDT

1) 3ptg sumbangan fakir miskin lokasi rumah Pakatan Rakyat Penanti (berhadapan Masjid Kubang Semang)

2) 6 ptg lawatan pasar ramadhan Parit Busuk Kubang Semang.

3) 7mlm berbuka puasa /solat maghrib Masjid Mengkuang Semarak.

4) 8.30mlm solat Isyak dan solat terawih di Masjid Timah Seberang Jaya

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 13 Aug 2011 11:45 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Aduh, Indonesia buat senapang boleh tembus kereta kebal

Posted: 12 Aug 2011 09:04 PM PDT



Indonesia sedang membangunkan jet pejuang generasi baru mereka sendiri. Kehebatan industri pertahanan Indonesia tidak dapat dinafikan lagi. Kini Indonesia mampu mengeluarkan senapang yang boleh tembus kereta kebal yang mempunyai dinding setebal 3 sentimeter atau lebih 1 inci.

Tak apalah, Malaysia tak lama lagi nak beli jet canggih Typhoon berharga RM 3 billion sebuah, yang Britain beli pada harga RM 700 juta saja. Itu pun kerajaan Britain tak mampu nak beli alat ganti jet Typhoon, mereka leraikan beberapa jet Typhoon untuk dijadikan alat ganti.

Kisah tentera udara Britain leraikan jet Typhoon untuk dapatkan alat ganti di http://amkns.blogspot.com/2011/08/gila-malaysia-nak-ganti-jet-mig-dengan.html

Kisah kehebatan industri pertahanan Indonesia yang mengeluarkan kapal selam, bot selam, jet pejuang generasi baru, hoverkraf, kereta perisai, kapal terbang, helikopter, kapal peronda, senapang tempur , roket sendiri, kenderaan tempur 4X4 pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/08/indonesia-buat-kenderaan-tempur-4x4.html

Tank Baja Bisa Ditembus Senapan Buatan Indonesia
Sabtu, 6 Agustus 2011

JAKARTA - PT Pindad (Persero), punya tiga produk Senapan Penembak Runduk (SPR) atau senapan sniper anti material tank yang berkualitas dunia. Senapan ini bisa menembus baja yang tebalnya 3 sentimeter dari jarak 900 meter.

SPR produksi PT Pindad ada tiga varian, SPR 1, SPR 2 dan SPR 3.
SPR 1 di desain menggunakan munisi kaliber 7,62 mm dengan jarak efektif 900 m.

SPR 2 dengan sistem bolt action dan menggunakan munisi berkaliber 12,7 mm, pada jarak efektif 500 meter mampu menembus berbagai jenis material bahkan baja dengan ketebalan 2 sentimeter mampu di robeknya.

SPR 3 dengan kemampuan yang relatif sama dengan pendahulunya namun lebih kuat dan dapat merobek baja dengan ketebalan 3 sentimeter.

Dari hitungan, produksi SPR-2 harga lebih murah dan fungsi sama hebatnya, apalagi jika dibandingkan Black Arrow M93 yang harganya di atas Rp 1 miliar per pucuk.

Senapan penembak jitu antimaterial, di pasaran harganya rata-rata sangat mahal, sehingga negara-negara pembeli dan dari non- produsen yang keuangannya cekak, biasanya terbatas memiliki. (Berbagai Sumber)

http://kalteng.tribunnews.com/2011/08/06/tank-baja-bisa-ditembus-senapan-buatan-indonesia

Pengikut