Ketika lahir, bayi menangis, orang lain melihat, tersenyum. Ketika mati, mayat tersenyum, orang lain melihat, menangis. Terasa kehilangan.
Ketika berkuasa, keberadaanmu disenangi. Tanpa kuasa, orang lain terasa rugi, terasa sepi. Namun, ke mana pergi, dituruti dan diikuti. Dapat bersalaman, peluk, cium pun jadilah. Bila mati, terasa kehilangan di hati. Pemergian ditangisi, kerana tidak ada galang ganti. Kenapa? Iman dan takwa tidak boleh dijual beli.
Harganya terlalu mahal. Itulah Tok Guru Nik Aziz (TGNA). Mendengar pemergiannya, secara tidak disedari, air mata ini berlinangan, walaupun saya tidak rapat dengan TGNA, tetapi pernah beberapa kali bertemu dan bersalaman. Melihat rumah dan pondoknya dari jauh.
Ada dalam beberapa perkara, saya tidak sependapat dengan TGNA, terutama mengenai ultra kiasu, tetapi itu bukan bermakna, saya menolak segala kebaikannya. Sifat tawaduk, zuhud dan gaya kepemimpinan TGNA amat saya kagumi.
Meskipun ada yang mendakwa Kelantan tidak maju, tetapi jauh di lubuk hati saya berkata Bandaraya Kota Bharu, jauh lebih membangun dari bandaraya yang lain. Ingat, jangan ukur kemajuan dengan hanya kaca mata dunia semata, lihatlah sama dari kacamata akhirat.
Tidak ramai pemimpin boleh 'menolak dunia' ketika berkuasa. Tetapi itulah TGNA. Bukan seperti kita, kadangkala baharu sahaja dilantik jadi pemimpin sudah kaya.
Kehebatan TGNA menjadi sebutan sejak dahulu. Saya tidak pernah taksub kepada TGNA. Ketika wacana di Kota Bharu, suatu ketika dahulu, saya ditanya kenal atau tidak dengan TGNA. Saya jawab, kenal. Tetapi saya tidak taksub.
Sebab itu, bila melihat gambar yang dikirim rakan-rakan dalam laman sosial, tentang awan mendung yang berarak, kalimah Allah terbentuk dan perkara pelik berlaku ketika pengkebumian TGNA, saya tidak teruja untuk melihat. Itu secara kebetulan, saya berceramah pun awan mendung.
Bukan itu yang kita mahu lihat atau dengar tentang TGNA. Tetapi perkara lain yang lebih penting. Kehidupan, wibawa dan cara berpolitik. Soal lain yang pelik berlaku, serah kepada Allah.
Mana mungkin kita berjumpa dengan pemimpin seperti ini. Setiap pagi, TGNA menjadi imam subuh dan memberi tazkirah. Makan minum seperti rakyat biasa. Rumah dibuat dari kayu, tiada marmar, atau hiasan yang mahal-mahal. Rumah tidak berpagar, tiada pengawal, apatah lagi cctv. Sesiapa boleh masuk keluar berjumpa.
Ketika berkuasa, elaun rumah dan keraian, elaun buka puasa, malah elaun hari raya pun tidak pernah diambil. Sehingga hujung nyawanya, tetap istiqamah dengan Islam. Memberi amaran kepada ultra kiasu supaya jangan campuri urusan Kelantan untuk melaksanakan Islam.
Hina sungguh kepada mereka yang menjatuhkan fitnah kepada TGNA. Apatah lagi menyebarkan gambar-gambar yang menyamakan cara makan TGNA dengan babi. Ingatlah, amaran Allah dalam surah An-Nur: 19
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
Sempena dengan pemergian TGNA, saya merayu kepada semua umat Islam, tanpa mengira parti dan ideologi.
Pertama, contohilah gaya kepemimpinan TGNA, walaupun tidak kesemuanya mampu untuk kita ikuti. Jangan dikutuk dan dihina insan yang telah pergi dan banyak berjasa. Saya memuji PM dan isteri, MB Terengganu, serta pemimpin yang tidak bersefahaman, kerana menziarahi keluarga TGNA. Itulah sifat negarawan seadanya.
Kedua, jadikanlah TGNA sebagai katalis perpaduan umat Islam. Umno tidak perlu bertanding di DUN Cempaka. Kalau boleh selepas ini, biarkan sahaja, Kelantan di bawah Pas. Tidak perlu bertanding. Kita tidak akan rugi apa-apa, jika itu yang rakyat suka. Kelantan tidak pula makin mundur. Pi mai pi mai, di tangan umat Islam juga.
Kalau nak rampas juga, bukanlah Kelantan, tetapi Pulau Pinang dan negeri yang dikuasai ultra kiasu. Seteruk-teruk Kelantan, integriti masih lagi lebih baik berbanding negeri lain. Untuk BN kembali merampas Kelantan, selaku pengkaji politik, saya fikir hanya sia-sia. Apatah lagi setelah perginya TGNA. 20 tahun lagi pun belum tentu dapat. Gunakanlah wang ringgit bertanding dan kempen pilihan raya, untuk membantu mereka yang memerlukan, terutama mangsa banjir.
Ketiga, suka atau tidak, jika Umno mahu kekal berkuasa dan menambah kerusi, gaya kepemimpin TGNA harus diikuti, terutama integritinya. Pastikan pemimpin cawangan, bahagian, negeri dan pusat meneladani. Berikanlah royalti. Ingat, kuasa bukan tiket untuk jadi kaya, tetapi untuk menghambakan diri kepada Allah dan memakmurkan anugerahNya.
Akhirnya, sejuk hati dan sangat teruja, melihat isteri PM, datang menziarahi keluarga TGNA dengan bertudung. Alangkah baik jika terus dikekalkan. Rakyat pasti suka. Maaf, jika terlanjur berbicara.
You are subscribed to email updates from RIDHUAN TEE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu dan Pengarah Pilihan Rayanya, Dr. Mohd. Hatta Ramli wajar tampil memberi penjelasan bagi membersihkan nama mereka daripada tuduhan menjadi dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria berkata, tuduhan seumpama itu boleh dilemparkan oleh sesiapa sahaja, justeru siasatan wajar dijalankan, malah tindakan perlu diambil sekiranya dakwaan dilakukan adalah benar-benar berlaku.
"Perkara ini baru tuduhan, kita pun tidak tahu (kebenarannya). Sesiapa sahaja boleh melemparkan tuduhan. Yang diminta ialah supaya dibuat siasatan. Kalau tak betul, alhamdulillah. Kalau betul, kita kena ambil tindakan. Kalau nak dikira tabayyun (mendalami masalah dengan teliti), ayat al-Quran pun ada (menyebut), apabila kita menerima sesuatu berita, maka kita kena siasat.
"Memang sepatutnya dalam gerakan kita melibatkan satu jemaah ini, apabila ada sesuatu dilemparkan kepada kita, lebih baik kita sendiri yang tampil membersihkan nama. Kalau tak ada pembersihan ini, mungkin ada satu badan lain pula yang membuat pengesahan kepada perkara itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran pakatan pembangkang negeri di pekarangan Wisma DAP di sini hari ini.
Razman diminta mengulas kewajaran Mat Sabu dan Mohd. Hatta tampil membersihkan nama mereka selepas seorang wakil Dewan Ulama Pas Kedah, Fauzi Hussin mengaitkan kedua-duanya sebagai dalang untuk menjatuhkan Abdul Hadi sewaktu membahaskan ucapan Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob dalam Multaqa Ulama SeMalaysia II di Serdang Jaya, Selangor, semalam.
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya sama ada Pas negeri mengiktiraf kewujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Razman berkata, pihaknya mengikut ketetapan Majlis Syura Ulama selaku badan tertinggi dalam parti itu yang menetapkan supaya ahli-ahli Pas tidak terlibat dengan program dianjurkan persatuan itu.
"Badan ini melihat serta membuat teguran supaya perjalanan Pas mestilah tidak lari daripada al-Quran dan as-sunnah kerana ada yang membawa sesuatu tidak baik kepada parti.
"Maka, sebagai pesuruhjaya yang merupakan badan perhubungan dan dilantik daripada keputusan Pusat, maka kita kena bawa ketetapan ini ke peringkat dasar. Kita hanya menyambung keputusan dasar ini," katanya.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Sudah, sudahlah... Jangan kurafatkan keatas pemergian TGNA yg sebenarnya berita yang amat menyedihkan kepada umat islam, tak kira lah parti apa sahaja,bagi teman lama dah pernah suarakan bila PAS sepatutnya ada pelapis, terutamanya jika TGNA kembali karahmatullah siapa yg ada tandingan yg setara dengannya? Tetapi tak mengapa jika ada pelapis sekalipun tidak sebaiknya memadainya yang punya identiti dan nampak ketokohannya terutama bab hal ehwal agama Islam iaitu memperjuangkan tuntutan islam yg sebenar dan bukan dengan mengadaikan islam demi parti
Beberapa ketika yg lalu bila raja Arab saudi meninggal dunia,bukan main lagi mereka yg terkutuk nie mempersendakan Kemangkatan Sultan yg kononnya melampau dari tuntutan, macam kebumikan jenazah ikut kafirun pula tanggapan mereka, rasanya ia bukan seperti ahli parti yg lain melainkan ada agenda tersendiri yg dibayangi oleh kafir laknatulah, lagi pun kalau soal agama nie lama dah yg kebanyakannya hilang TWO BALL untuk bersuara demi agama malah nak angkat muka pun tak berani, uasah la keramatkan TGNA supaya ianya khurafat, tengok saja dalam gambar seperti diatas utk tujuan apa ianya dilakukan.
Sama ada langit yg kononnya ada tertera tulisan kalimah Allah swt atau sengaja diedit utk dipaparkan, ianya tak membawa sebarang makna, bila ada yg cukup hormat dengN TGNA bertukar kepada mempercayai sudah boleh menukar keyakinan seseorang, apatah lagi umat islam itu sendiri... Kalimah yg kononnya terlihat diruang udara akhirnya terbongkar bila ada pula hamba Allah yg diantara ribuan yg hadir memaparkan keadaan sebenarnya... Lebih meyakinkan kerja terkutuk ini bila hanya gambar ini sahaja yg diviralkan tentang kenampakan awan membentuk kalimah Allah swt.
Memang teman sukar percaya dengan apa yg cuba mereka kurafatkan kepercayaan umat islam yg mengikuti perkembangan semasa TGNA dikebumikan... Bagi teman jika berpuluh ribu yg hadir, tak munasabah hanya ada satu gambar sahaja, jelas mengecewakan teman bila sehingga hari nie itulah sekeping gambar yg dicanangkan merata seolah TGNA adalah keramat...
Begitu juga dengan gambar seperti diatas nie, bila dibayangkan kononnya ratusan ribu yg hadir semasa menziarahi TGNA, kalau tak dihelahkan pun tak apa, semua umat Islam mendoakan kepergian aerawah diterima dan dipertimabkan Allah swt keatas roh beliau dikalangan orang-orang yg dirahmati dan ditempatkan disisi kesayangannya...
Peliknya gambar nie dengan apa yg diperkatakan bila ada pendedahan mengatakan keaslian gambar nie, rupanya gambar nie memang telah Lama dipaparkan bila difahamkan seorang ulama menunggal dunia diziarahi di utara negara jiran kita. Arwah adalah seorang ulama yg tersohor di selatan Thai meninggal dunia dan diziarahi oleh ribuan umat islam seluruh negara...
Lebih menjijikan bila golongan penyebar fitnah ini menampal gambar Allahyarham Ustaz Yahya Othman bersama gambar yg datang menziarah semasa perkebumian TGNA. Gambar TGNA yg telah dikafankan kononnya TGNA! apakah yg boleh mereka laba dengan segala fitnah keatas arwah TGNA, apa untungnya mereka dapat dengan fitnah seperti ini, ianya tidak mendatangkan sebarang faedah malah boleh memesongkan akidah umat Islam itu sendiri, merosakan perpaduan dan ukuwah sesama umat lagi ada ler...
Banyak lagi yg dipaparkan oleh mereka yg tak bertanggung jawab memesongkan akidah umat akhir zaman, jahil sangat kah umat islam yg tak menyokong dengan parti? Tidak kah mereka terasa berdosa atau mereka memang tak peduli dengan human dosa memfitnah malah kerja boleh dianggap khurafat memesongkan kepercayaan umat Muhammad Saw di akhir zaman... Pernahkah mereka terfikir dengan pembalasan Allah swt dengan kerja-kerja terkutuk mereka ini, apakah mereka bukan seorang diantara umat Nabi Muhammad Rassulullah akhir zaman?
Cukup-cukuplah buat kerja kurafat yg sangat dibenci oleh Allah swt dan Nabi Muhammad saw, tidak takutkah mereka pembalasan Allah swt bila khurafat berterusan dibuat oleh segelintir dari mereka yg jelas boleh merosakan umat akhir zaman...
Allah swt tidak pernah memungkiri janji... Kalau berterusan melakukan khurafat memang akan dibalas dengan Musibah kepada umat manusia... Musibah banjir phn masih belum selesai tetapi terus menerus khurafat terus dilemparkan... Apakah memang mahu rakyat ditimpa musibah dengan apa yg mereka lakukan...? Apa yg mereka dapat untuk jadikan TGNA sebagai keramat? Bukan kah lebih baik menghormati arwah dengan sodakah ummu kitab dan terus memohon Allah swt merahmati roh beliau ... Jangan Khurafat dan usah keramatkan Allahyarham TGNA, biarlah jasad dan roh beliau tenang disana... Inalillahiwainalillahirojiun.... ALFATIHAH...
Video ini dirakam oleh sahabat media yang mana seorang lelaki bernama Hudzaifah Shubli yang diasak beramai ramai dalam demonstrasi dihadapan istana kehakiman minggu lepas. Yang melucukan beliau dengan aksi yang tenang dan bersahaja menegur penykong pembangkang yang berdemonstrasi disitu dicabar, diejek, dicemuh kerana tidak bersempendapat dengan kelompok disitu.
Ada yang menjerit beliau "belum makan ubat" merujuk kononnya beliau gila sedangkan apa yang beliau sampaikan semuanya nasihat berbanding para penyokong anwar dan ada yang cuba provoke beliau untuk berlawan dengan mengatakan beliau "pengecut"
Ada beberapa Ibrah yang boleh kita ambil daripada Video ini. Tapi sebelum itu admn nak bagitau, yes, beliau sememangnya seorang yang berkelulusan UIA yang memiliki "double degree". And No, beliau tidak memiliki masalah mental.
Kenyataan beliau dalam video ini benar dan tiada lain melainkan yang benar-benar belaka. Pernah dengar ahli politik mengajak kita menuju menegakkan Kalimah Allah? Bahkan Anwar Ibrahim tidak kisah langsung mengenai penggunaan Kalimah Allah digunakan oleh bukan islam! Bukankah itu zalim namanya?
Admin kagumi sikapnya yang berani menyampaikan kebenaran tanpa takut dicemuh, bahkan sentiasa senyum dalam menyampaikan kebenaran. jika kita berada dalam situasi tersebut, apaka respon kita?
Yes, Kita kena pertahankan agama islam YES, kita kena pertahankan institusi Raja-raja Melayu Yes, Kita kena pertahankan kedaulatan negara kita yang aman dan damai ini sebelum dijajah buat kali kedua.
Tapi, berani tak kita berdepan dengan masyarakat seperti apa yang beliau lakukan untuk menyampaikan kebenaran? Apa pun gau memang cari peluang kot dapat bergembor dengan brader nie, respek bro, berani dia walaupun sorang, punya banyak jantan kat situ semuanya telor hilang menyorok...
Kalau ada 10 orang umat macam nie mau makin ramai yg hilang balls dan mengelak jumpa dengan dia orang seperti brader nie...
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
KUALA LUMPUR: Akibat taksub dengan fahaman songsang dipelajarinya sehingga sanggup melabelkan suami sebagai najis, seorang wanita bergelar Datin sanggup menjalinkan hubungan dengan lelaki lain yang dianggap lebih 'warak' sebelum ditangkap berkhalwat.
Dalam serbuan jam 11.50 pagi semalam, wanita terbabit bersama pasangannya ditahan ketika sedang 'berasmara' di dalam sebuah kereta di tepi jalan di Bandar Sri Damansara oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat aduan orang ramai.
Hasil siasatan mendapati wanita terbabit sudah menjalinkan cinta terlarang dengan pasangannya hampir dua tahun kerana mendakwa suaminya bukan tidak mengikuti syariat Islam sebenarnya kerana sering melakukan perbuatan bidaah.
Difahamkan wanita sering mengikuti pengajian agama di sekitar Kayu Ara, Petaling Jaya dan di kawasan Bukit Kiara sebelum menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki yang dianggap sealiran dengannya.
Menurut sumber, wanita berusia 40-an itu sudah mempunyai tiga anak berusia 10 hingga 15 tahun, selalu bersikap dingin bersama suaminya dan sanggup menyewa rumah semata-mata untuk melempiaskan nafsu bersama pasangannya yang juga suami orang.
"Beliau anggap suaminya najis kerana mendakwa banyak melakukan perbuatan bidaah seperti tahlil, zikir, solat tidak menepati sunnah Rasulullah SAW, doa Qunut dan sebagainya.
"Wanita berkenaan sanggup menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki kononnya sealiran fikrah dengannya kerana dilihat berperwatakan warak dan alim, akhirnya dicekup berkhalwat dan cubaan melakukan persetubuhan luar nikah dengan lelaki itu di dalam sebuah kereta tengah hari semalam," katanya.
Bukan itu saja, wanita terbabit yang terpengaruh dengan fahaman songsang itu turut mempengaruhi anaknya supaya membenci ayahnya dengan pelbagai tuduhan seperti tidak mengamalkan sunnah dan mempunyai perempuan simpanan.
Katanya, akibat cinta sudah menguasai mereka di samping ajaran yang diamalkan, wanita terbabit sengaja mencari alasan untuk memburukkan suaminya dengan menuduh lelaki itu terkeluar daripada Islam selain mengamalkan ajaran bercanggah serta sesat.
"Hampir dua tahun wanita tersebut tidak bersekedudukan dengan suaminya, beliau juga turut memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, namun kerana sayangkan perkahwinan dan anak-anak, si suami tetap mempertahankan rumah tangganya.
"Ketika pasangan itu ditahan di dalam sebuah kereta bercermin gelap mereka sedang berpelukan dengan zip seluar lelaki terbuka sehingga menampakkan kemaluannya, manakala wanita itu dalam keadaan berseluar dalam dengan singlet.
Sementara itu Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim mengesahkan penahanan pasangan itu dan disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
Antara strategi terbaru digunakan pihak digelar wahabi atau Salafi moden ialah menyunting perkataan asal untuk disesuaikan dengan pemahaman mereka menolak dalil talkin dan tahlil.
Perbuatan ini tidak diketahui orang awam yang tidak tinggi pemahaman agamanya.
Namun ada ahli ilmu menyedari dan membuat penjelasan seperti di bawah ini.
Pendustaan terhadap Imam Syafei rahmatullah alaih adalah satu perbuatan sangat keji dan mungkar.
Semoga penjelasan ini memberi petunjuk kepada kita semua kebenaran yang haq di sisi Allah Taala.
Tu dia nak habaq mai video Mat Sabu dok puji melangit Joseph Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri paling bagus dimainkan semula oleh ahli-ahli PAS sendiri.
Punyalah puji sampai Joseph Lim Guan Eng cerita pasal aurat apek pakai seluar pendek pun Mat Sabun gelak berdekah-dekah.
Gelak ada makna tu...dapat jadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang jadi beribu-ribu hinggit tuuu.
Dibayar elaun sakit dan perubatan lagi bila 'cedera' akibat merusuh dijalanan sewaktu demonstrasi menentang kerajaan dalam Bersih 2.0 dulu.
La ni Mat Sabun dah ketahuan ada komplot nak jatuhkan Presiden Haji Hadi dalam Muktamar PAS Jun nanti.
Mana duit nak tabur dekat perwakilan supaya menolak kumpulan ulama kalau bukan dari kantung-kantung sekutu Joseph Lim Guan Eng?
Sungguh terlaknat sekali Mat Sabun hingga sanggup menjadi barua dan pencacai komunis si Joseph Lim Guan Eng.
Usaha menjatuhkan Presiden telah berlaku dari dalam dan luar PAS.
Jika dari luar puak-puak PASMA rancak menjalankan kempen memburuk-burukkan ulama.
Apa nak heran Mursyidul Am PAS; Datuk Nik Aziz dah mati, sukahati lah nak buat apa pun.
Lagipun Timbalan Mursyidul Am Datuk Haron Din uzur dan Datuk Haron Taib pun dah tiada lagi jadi apa salahnya PASMA merampas tahta Majlis Syura dan kepimpinan PAS Jun nanti?
Dari dalam puak-puak PASMA bergerak melalui Mat Sabu; Timbalan Presiden yang bukan alim ulama.
Mat Sabu dulu naik pun setelah menewaskan ulama-ulama PAS seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.
Kini Mat Sabu semakin bijak. Dalam diam dia berkomplot jatuhkan Presiden sendiri.
Mungkin Mat Sabu ni dilihat lebih layak jadi Presiden PAS berbanding golongan ulama-ulama lain?
Yang pasti puak-puak PASMA sudah mendapat dana yang begitu besar dari DAP dan PKR yang sememangnya membenci golongan ulama yang begitu istiqamah menegakkan hudud di Kelantan.
Lihat saja contoh penyaluran dana banjir DAP kepada Kelantan, mengapa puak-puak PASMA yang cekau dana dulu bukannya dari pihak kerajaan PAS Kelantan?
Paling menarik Dr Hatta Ramli Ahli Parlimen Kuala Krai lebih menyibukkan diri dalam konspirasi menjatuhkan Presiden dan kepimpinan ulama dari berbakti kepada mangsa-mangsa banjir di tempatnya.
Di tangan Bendahari PAS Pusat itulah terletaknya segala dana dan kekayaan.
Apa Hatta Ramli kisah jika beliau disingkirkan dari PAS kerana segala duit dan aset PAS ada di bawah kuasanya.
Dengan dana yang begitu besar beliau boleh menyogok dan mengerakkan para pencacainya buat demonstrasi anti kepimpinan ulama dan membeli perwakilan supaya menolak kepimpinan ulama.
Sama seperti yang pernah dilakukan Hatta sewaktu mengerakkan pencacainya merusuh di jalanan semasa demonstrasi Bersih dulu.
Kepada Mat Sabu selamat meneruskan perjuanganmu menggulingkan kepimpian Presiden dan kepimpinan ulama.
Dah nyata 26 dari 38 ahli Jawatankuasa PAS Pusat menyatakan sokongan mereka pada mu.
Malah Joseph Lim Guan Eng juga sentiasa membantumu untuk jadi Presiden PAS 2015 - 2017. Duit angpau manyak maaa.
Kumpulan penyokong ulama dan presiden PAS hari ini mendedahkan satu rakaman audio yang didakwa sebagai taklimat dibuat Mohamad Sabu untuk menjelaskan kembali serangan ke atasnya.
Laman Facebook Tuc Tok Usin Ceroi menamakan audio itu sebagai bukti rakaman timbalan presiden PAS itu sedang memberikan taklimat untuk kerja memburukkan dan menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ini serangan kedua selepas Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli menjadi sasaran pendedahan perbincangan dalam aplikasi Whatsapp yang mendedahkan kononnya beliau dalang dalam usaha menjatuhkan Hadi, tetapi ahli Parlimen Kuala Krai itu menafikannya dan mendesak siasatan dibuat.
Audio berdurasi 2.10 minit itu memuatkan suara yang dikatakan milik Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu, memberi taklimat kepada rakannya untuk membuat serangan balas terhadap serangan ke atasnya.
Dalam transkrip audio rakaman suara itu, beliau dikatakan berkata bertemu dengan pimpinan PAS peringkat kawasan bagi membuat penjelasan.
"Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum perlu di'deny' (nafikan)," kata suara rakaman yang mirip suara Mat Sabu itu.
Suara itu seterusnya meminta penjelasan dibuat ke peringkat bawah, "Bukan dalam bentuk ceramah, bukan dalam bentuk blog, dalam bentuk menemui yang dipanggil pimpinan yang kemungkinan menjadi perwakilan."
Transkrip rakaman itu turut menyatakan, "Mereka tidak boleh menerima bila saya kata itu adalah pendapat peribadi. Saya kata ialah, bila Syura keluar dari pandangan mesyuarat, itu pandangan peribadi. Keputusan mesyuarat itu adalah keputusan jemaah."
Menurut laman Facebook itu, audio yang mereka sebarkan adalah bahagian pertama daripada lebih banyak pendedahan yang mereka lakukan.
Sebelum ini, laman Facebook tersebut membuat pengumuman beberapa kali untuk mendedahkan apa yang dikatakan sebagai bukti selepas demonstrasi mendakwa Dr Hatta dibuat di hadapan Pejabat Agung PAS.
Dalam demonstrasi pimpinan Ketua Pemuda PAS Kuantan Fadhil Ahmad yang turut disertai bapa saudaranya yang juga ketua dewan ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik, Dr Hatta didakwa menjadi dalang mahu menjatuhkan Hadi.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berjanji akan menyiasat demonstrasi dan juga kandungan memorandum itu. – 23 Februari, 2015.
Orang bijak pandai kata perbuatan menipu mana ada keberkatannya.
Bila hati dah busuk maka segala perbuatan akan membuahkan kebusukkan samada tutur kata atau tingkah laku.
Bila tak berkat pasti gagal dan kantoi.
Begitulah nasib yang menimpa Mahfuz Bean pada hari ni.
Punyalah jenuh wartawan tunggu teleconference antara Mahfuz dengan Sirul. Tunggu punya tunggu akhirnya mereka naik muak dengan penipuan lebai sekor ni.
Mahfuz yang mengalami sindrom kemaluan yang amat besar merah padam muka menahan malu terpaksa menipu lagi kononnya telesidang tersebut sengaja dijammkan oleh kerajaan Malaysia yang didalangi UMNO.
Namun sebenarnya memang tiada telesidang antara Mahfuz dengan Sirul. Manakan boleh seorang yang bersalah dibenarkan oleh pihak berkuasa Australia berhubung dengan mana-mana ahli politik di Malaysia.
Nampak sangat dah kantoi menipu sejak awal, tipu sepanjang penantian, tipu tuduh UMNO terlibat halang telesidang tersebut dan tipu pada wartawan kononnya beliau bersama ibu Sirul akan ke Sydney bertemu pesalah itu.
Tak berhenti setakat itu Mahfuz kononnya dihubungi Sirul jam 1.10 tengahari sewaktu launch (lunch) makan tengahari, kononnya berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia...iye ke Sirul yang cakap tu???
Lepas ni Mahfuz akan ke Sydney untuk bertemu Sirul...huh banyak duit naik kapal terbang pi Ostolia...duit tabung milo ka atau duit tokey bagi ka?
Lepas tu nak claim elaun oversea plak...
Orang Pokok Sena nak naik kapal terbang pun susah tapi YB mereka boleh pi Ostolia melancong konon-konon pi siasat kes jenayah lagak macam peguam hebat.
Kesian rakyat Malaysia dapat Ahli Parlimen macam ni punya baghal perangai. Lebih baghal lagi sapa masih sokong dia.
Mahfuz oh mahfuz ...bilalah hang nak cerdik...malu kat orang Pokok Sena dapat YB lagu ni punya bengong.
Di negara ini, Umno merupakan parti melayu terbesar manakala PAS pula kedua terbesar. Alangkah baiknya jika kedua-dua parti melayu ini bergabung dan membentuk satu kerjasama politik melayu terbesar dalam pentadbiran negara. Tetapi malangnya, mengapakah perpaduan ini tak berlaku?
Umno dan PAS hanya mengejar kuasa pemerintahan, jadi mengapa tidak dikongsi saja kuasa tersebut? Cuba bayangkan, Perdana Menteri dari Umno dan Timbalan Perdana Menteri dari PAS.. Bukankah manis untuk seluruh umat melayu/Islam didalam negara?
Rakyat bukannya mahu tahu parti mana yang lebih baik atau tidak.., rakyat hanya mahu tahu pemimpin negara mereka mampu menjaga rakyat dan juga menjamin kemakmuran serta keamanan. Jika perut dan hati rakyat terpelihara dengan baik, siapa pun yang memimpin pastinya seorang Ketua yang baik.
Jika Umno berbangga dengan semangat melayunya, PAS pula dengan hebat dengan dasar Islamiknya, cuba bayangkan kedua-dua parti melayu ini duduk sebaris dan bersama-sama mentadbir negara dan mengepalai umat melayu majoriti didalam Malaysia. Dah tentu akan lebih gemilang bumi Malaysia ini.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata demikian mengulas mengenai pindaan pindaan terhadap Dasar Ubat Negara (DUNAS) untuk pengasingan fungsi klinik dan farmasi atau pengasingan dispensari yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat bulan Mac ini diluluskan.
KUALA LUMPUR, 24 Februari:
Cadangan pengasingan fungsi klinik dan farmasi iaitu pengasingan dispensari perlu diteliti dengan sebaiknya bagi memastikan pelaksanaannya tidak membebankan dan menjejaskan keselamatan pesakit.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata apa jua polisi kerajaan berhubung pengasingan dispensari ini perlulah dilaksanakan secara realistik dengan mengambilkira kebersediaan negara dengan jumlah farmasi dan prasarana lain yang mencukupi
Menurutnya, pelaksanaannya juga perlulah mengambil kira sejauh mana ia praktikal kepada keadaan pesakit dan keluarga dari segi keselamatan, kemampuan serta keselesaan mereka.
"Wanita mengakui keperluan mengimbangi tanggungjawab dua entiti penting dalam perkhidmatan kesihatan iaitu kedoktoran yang merupakan profesion yang patut kita sanjung dan hormati namun pada masa yang sama kepakaran ahli farmasi juga perlu diberi ruang yang sewajarnya.
"Bagaimanapun, dalam hal ini kerajaan seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat dalam usaha penambahbaikan perkhidmatan kesihatan negara secara menyeluruh," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai pindaan pindaan terhadap Dasar Ubat Negara (DUNAS) untuk pengasingan fungsi klinik dan farmasi atau pengasingan dispensari yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat bulan Mac ini diluluskan.
Sekiranya pindaan berkenaan diluluskan, ia bermakna orang awam yang mendapatkan rawatan doktor di klinik swasta tidak lagi boleh membeli ubat di klinik berkenaan tetapi sebaliknya perlu mendapatkan ubat yang disarankan oleh doktor di farmasi luar.
Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam menjelaskan belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara berkenaan kerana masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan.
Katanya, ia masih terlalu awal untuk membuat keputusan pada ketika ini mengenai perkara berkenaan.
Najib, MB Kelantan bertemu di Putrajaya Najib turut memuat naik dua keping gambar dalam catatan tersebut yang menunjukkan kedua-dua pemimpin berkenaan berjabat tangan dan sesi perbincangan yang berlangsung. - Foto Facebook Najib Razak
KUALA LUMPUR, 23 Februari:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya hari ini.
Najib dalam catatan di laman Facebooknya berkata beberapa isu kesejahteraan rakyat negeri itu menjadi topik perbincangan dalam pertemuan berkenaan.
"Insya-Allah, kerajaan Persekutuan akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat paling utama dalam sebarang perkara," katanya.
Najib turut memuat naik dua keping gambar dalam catatan tersebut yang menunjukkan kedua-dua pemimpin berkenaan berjabat tangan dan sesi perbincangan yang berlangsung.
Muhammad Khalil berkata, DAP bersuara seolah-olah semua bukan Islam tidak bersetuju dengan enakmen Hudud sedangkan hakikatnya tidak begitu.
KUALA LUMPUR, 23 Februari:
Kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan DAP mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat tidak mewakili suara semua bukan Islam di Malaysia.
Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, DAP bersuara seolah-olah semua bukan Islam tidak bersetuju dengan enakmen Hudud sedangkan hakikatnya tidak begitu.
"Saya percaya masyarakat bukan Islam yang hidup di Kelantan dan di luar Kelantan pun bersetuju ianya dilaksanakan.............
Tok dah lame juga agak nye tak besorah dalam laman blog ni. Sekarang ni cuace dah panas selepas banjir yang lalu, ini yang menyebabkan tok sebuk menambah stok ternakan dan menyulam pokok tanaman yang banyak mati semasa banjir tu.
Sekarang tok nak mulekan bersorah dengan menyentuh sedikit tentang persahabatan PAS dengan DAP. Tok dah peratikan tentang 'persahabat' PAS dan DAP ni dari semenjak mereke mule2 'berjabat tangan dan perpelukan' tanda bermule nye ikatan tali persahabatan yang akrab.
Hari ini nampak nye DAP sudah menampak kan melonggarkan tali ikatan persahabat diantar mereke berdua. Sejak dari mule dulu DAP memang nye sangat phobia dengan perkataan 'Hudud'. Inilah punca utama mengape DAP bertelagah dengan PAS.
Setiap kali PAS bersuare untuk melaksanakan Hudud, pasti ianye menerime 'tentangan' keras dari DAP. Malang nye pemimpin2 PAS ni hanye mampu menepis serangan DAP tu dengan dua rangkapa kata sahaje. Ayat pertama: "Itu hanya pendapat perbadi, ayat kedue tidak semue penyokong DAP tolak hudud".
Sekarang tok nak cabar pemimpin2 PAS ni supaye menamakan seorang pemimpin parti bukan Islam yang menyokong Hudud, tak kire le dari mana2 parti pun.
Patutlah Mahfuz tidak bagi wartawan tanya soalan masa loudspeaker tu. Rupanya rupanya ada cerita lain. Kalau sudah janji hendak phone, kenapa sampai 15 kali call dan 2 jam menunggu baru dapat telephone. Itu juga satu kemusykilan.
autralia meminta di kembalikannya bantuan tsunami2004
hukuman mati terhadap 2 warga australia membuat australia mengungkit kembali apa yang pernah di berikan oleh bantuan pemerintah australia ke indonesia pada saat bantuan tsunami 2004 wakil presiden RI jusuf kalla pun angkat bicara masalah ini "jika memang itu terbaik akan kita kembalikan bantuaan pemerintah australia yang pernah diberikannya"tutur wakil nomor 2 di indonesia. bantuaan kemanusiaan pada saat kejadiaan tsunami mencapai 150 lebih negara yang menyumbang untuk indonesia terutama bagi korban tsunami aceh diantara bantuaan kemanusiaan dunia yang meminta di kembalikannya bantuaan tersebut hanya australia karena 2 warga negaranya mengalami hukuman mati di indonesia yang membuat ternodanya bantuaan kemanusiaan padahal jika kita ingin memberi tangan kanan tidak boleh diketahui oleh tangan kiri. permintaan dikembalikannya bantuaan kemanusiaan disaat kejadiaan tsunami aceh membuat warga aceh sendiri merasa kecewa terhadap australia walaupun demikiaan negara siap mengembalikan bantuaan kemanusiaan yang dulu pernah di berikan oleh pemerintahan australia sebagai mana yang dituturkan oleh bpk jusuf kalla dan negara juga mengucapkan terimah kasih kepada pemerintah australia yang telah membantu indonesia. vonis mati warga australia membuat australia berang dan megungkit kembali bantuaan kejadiaan tsunami tahun 2004 silam inilah adalah sungguh suatu hal yang sangat tidak baik untuk di ungkit jika memang ingin melakukan penyelamatan terhadap 2 terpidana mati warga australia bukan dengan cara mengungkit apa yang pernah di berikan melainkan dengan diplomatik.
masa promo hp murah baru mito 192 cuma Rp 250.000.- bagi kamu yang ingin membeli handphone dengan harga murah tapi bukan murahan dengan harga yang terjangkau,hp mito 192 masih dalam promo dari pada anda membeli hp bekas yang cuma beda hanya 100rb ne mendingan kamu beli hp mito 192 harga murah. cari hp dengan harga murah mito menawarkan solusinya harga terjangkau tapi berkualitas harga murah baru dapat kita jumpai ditoko-toko hp mito terdekat memiliki berbagai kelebihan namun ada juga kekurangannya okey mari kita lihat kelebihan dan kekurangaannya.
hp murah mito192 mempunyai kekurangan sebagai berikut : 1.kamera 2.0 mega pixel tapi sedikit agak kabur. 2.tidak memiliki jaringan wifi. kelebihan hp mito192 1.hp murah mito192 Memiliki dual sim. bagi anda yang suka memakai dua kartu ini sangat cocok anda. 2.Folder dan aplikasi bisa dikunci. folder yang ada di bisa dikunci dengan kode keamanan seperti folder pesan,kontak,berkas,video dll bila itu adalah sebuah rahasia yang tidak boleh di ketahui oleh umum inilah kelebihan yang luar biasa dari hp murah mito. 3.spekaer kuat. speaker sangat kuat untuk musik,radio,begitu juga dengan video. 4.mp3. adanya mp3 membuathp mito harga murah yang tak kalah saing dengan produk lainnya dengan harga terjangkau. 5.radio fm. kelebihan hp mito192 memiliki radio fm bagi anda yang membuat kita tidak bosan. 6.kamera. kameranya 2.0 mega pixel walaupun sedikit agak kabur namun mampu membuat foto menjadi sebuah kenang-kenangan anda. 7.blutooth. fasilitas bluetoth ready untuk mengirim mp maupun video. 8.memori 2 giga. kapasitas memori untuk menyimpan berbagai foto,video atau file lainnya. 9.perekaman suara,kalender,kalkulator,dll. handphone harga murah mito192 baru promo ini merupakan bagi anda yang ingin membeli hp dengan harga murah semoga dapat bermanfaat.
KUALA TERENGGANU: Seorang janda dijatuhi hukuman dua bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, kerana kesalahan khalwat.
Asrina Ambak, 51, dari Kampung Kubang Kurus, Kemaman turut dikenakan hukuman denda RM3,000 kerana mengulangi kesalahan yang sama untuk kali ketiga.
Wanita itu dan pasangannya, seorang duda Johari Ismail, 49, dari Kampung Padang Pulut, Dungun didakwa mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.
Kedua-duanya ditahan sepasukan anggota dan pegawai penguatkuasa Syariah Daerah Kemaman pada 21 Januari tahun lalu di sebuah rumah di Kampung Kubang Kurus pada kira-kira jam 1.17 pagi.
Sebelum ini, Asrina pernah dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau enam bulan penjara pada 15 September 2002 dan denda RM1,800 atau tujuh bulan penjara pada 4 Julai 2004, oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu selepas mengaku bersalah atas kesalahan sama
FLORIDA – Lalu lintas di sebuah jalan menjadi sesak gara-gara seorang wanita yang berbogel dan melakukan aksi seksual di tengah jalan.
Wanita berkenaan, Amie Carter, 31, mengejutkan pengguna jalan berkenaan yang kemudiannya menghubungi polis bagi melaporkan mengenai keadaan memalukan itu.
Dalam kejadian itu, Carter turut melemparkan telefon bimbitnya dan memanjat bumbung kereta dalam keadaan bogel.
Meskipun polis yang tiba di tempat kejadian cuba menghentikan perbuatan berkenaan, namun Carter tetap melakukan aksi seks.
"Carter berada di bawah pengaruh dadah dan dalam keadaan yang khayal.
"Keadaannya ketika itu tidak stabil hinggakan dia melakukan perbuatan memalukan itu,'' kata jurucakap polis.
Carter telah ditangkap dan didakwa kerana mendedahkan organ seksualnya.
London: Seorang wanita memohon di sebuah mahkamah di sini supaya dibenarkan mengandung cucunya sendiri menerusi telur anak perempuannya yang meninggal dunia.
Wanita berusia 59 tahun itu dan suaminya mendakwa sebelum meninggal dunia anak perempuan mereka meminta supaya telurnya disenyawakan dengan sperma didermakan dan dimasukkan ke dalam rahim ibunya.
Pasangan itu berkata, prosedur berkenaan satu-satunya cara untuk mereka mempunyai cucu selepas anak tunggal mereka meninggal dunia akibat kanser usus empat tahun lalu.
Bagaimanapun, sehingga ini belum ada klinik di Britain bersetuju melakukan prosedur berkenaan.
Pasangan yang tidak didedahkan nama merancang membawa telur itu ke klinik di New York, Amerika Syarikat (AS) yang bersedia melakukan proses persenyawaan dengan bayaran £60,000 (RM336,928). - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32464#sthash.UE6XY7EV.dpuf
Pembunuhan Sadis Di Pejabat daerah Keningau, Sabah
SATU pembunuhan sadis berlaku di tandas Pejabat Daerah Keningau, Sabah. Seorang gadis berumur 20 tahun ditemui mati berlumuran darah kira-kira 8.30 pagi tadi.
Kematian gadis tersebut berpunca pada berberapa tikaman di sebelah dadah dipercayai dengan benda tajam.
Gadis itu sedang mejalankan latihan praktikal di pejabat itu.
Pihak polis sedang giat mencari siapa pelaku pembunuhan itu. Sesiapa yang mempunyai maklumat, sila berhubung dengan balai polis berhampiran.
Gadis tersebut dipercayai berasal daripada Keningau juga, bernama "Shaira Fitri" seperti mana whatsAPP yang diterima AYT.
Foto yang sungguh menyayat hati tidak sanggup AYT kongsikan. AYT turut berdukacita. Al-Fatihah.
Beberapa hari lepas gambar ADUN DAP Balakong, Eddie Ng Tien Chee telah didedahkan di media sosial seperti gambar pertama di atas. Apabila dibuat perbandingan dengan gambar rasmi beliau yang kedua, sememangnya baju dan orangnya sama.
Apabila ADUN Balakong ini ditanya oleh NTV7 untuk mengulas mengenai gambar beliau berjudi di khalayak ramai, beliau telah memberikan alasan ala-ala seperti Bossnya, Joseph Lim Guan Eng, "banjir berlaku di Penang disebabkan hujan!" Lihatlah alasan seorang ahli politik yang hebat yang beliau berikan seperti di bawah:
"Saya belum saya masih tengah fikirkan bila gambar tu sebab saya memang langsung tak ada ingatanlah bila gambar tu ... Jadi saya I think no commentlah. No comment. I will try to recall first. See whether err err it is me or not or when was it taken or where was it taken."
Memandangkan ADUN Balakong ini terlupa atau tak ingat atau isomnia buat sementara, maka video beliau berjudi di khayalak ramai pula didedahkan kepada umum. Kita tunggu pula apa alasan beliau.
Wartawan sudah kena "kencing" dengan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar. Mahfuz Omar buat lawak Mr Bean dengan berjanji akan mendapatkan temuramah ekslusif dengan Sirul Azhar Umar, yang terlibat dalam pembunuhan model Mongolian, Altantuya Shaariibuu pada 2006. Dalam telesidang dijadual di pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini, Ketua Penerangan PAS berkenaan cuba menghubungi Sirul di Australia kira-kira 40 minit tetapi tidak berjaya.
Alasan yang diberikan panggilan masuk "voice mail". Mahfuz kata dengar tone tapi tak dapat. Mahfuz mendakwa beliau sudah SMS Sirul sebentar tadi dan Sirul kata ok. Apabila tidak dapat dihubungi, Mahfuz dakwa pihak berkuasa cuba "jem line" telefon. Tepat 12.15 tengah hari Mahfuz Omar berputus asa apabila tidak dapat menghubungi Sirul Azhar. Dengan wajah untuk menutup malu, Mahfuz berkata beliau dan ibu Sirul akan ke Sydney minggu depan. Another drama from PAS. Another Mr Bean Movies.
Gambar-gambar di atas adalah suasana di sebuah pusat DAP Service Centre di Selangor. Padanlah pusat-pusat perjudian di Selangor semakin pesat membangun dan semakin berkembang. Bayangkan kalau pusat servis DAP sendiri seperti Mini Macau! Tidak dapat dipastikan sama ada permainan mahjong di pusat servis DAP ini hanyalah untuk mengisi masa lapang atau ada unsur-unsur perjudian diselitkan. Slogan "Bersama Eddie Majukan Balakong" adakah bermaksud Balakong maju dengan pusat mahjong? Sejak bila pula Balakong maju? Kalau ADUN DAP kencing berdiri, pastinya macainya kencing berlari, dan Rakyat yang mengundipun kencing menari bukan?
Kalau bukan Raja dan Ratu Drama bukanlah PKR dan BERSIH namanya. Tindakan PKR (lihat di sini) dan BERSIH (lihat di sini) meminta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menghentikan enkuiri awam (local enquiry) adalah tidak berasas sama sekali dan bertujuan untuk melengah-lengahkan usaha SPR untuk melakukan persempadanan semula untuk DUN Sarawak.
PKR dan BERSIH bersandarkan kepada keputusan Hakim Yew Jen Yie dari Mahkamah Tinggi Kuching yang memberi kebenaran untuk permohonan ADUN PKR Batu Lintang, See Chee How pada 17 Februari, untuk mengkaji dan membuat semakan cadangan persempadanan semula dan kepatuhan SPR kepada Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.
Walaubagaimanapun, pihak BERSIH dan PKR tidak berhak untuk menghalang SPR untuk mengadakan enkuiri awam (local enquiry) memandangkan kedua-dua pihak BERSIH dan PKR tidak pernah mengadakan injuksi untuk menghalang SPR untuk meneruskan urusan persempadanan semula. Pihak BERSIH dan PKR hanya memohon kepada pihak Mahkamah Tinggi untuk membuat semakan sahaja.
Mahkamah Tinggi Sarawak juga tidak pernah mengeluarkan arahan supaya SPR menghentikan urusan persempadanan semula. Untuk rekod, enkuiri awam (local enquiry) akan bermula hari ini. SPR melaksanakan urusan persempadanan semula di Sarawak mengikut lunas undang-undang dan berdasarkan perlembagaan negara dengan penuh kebertanggugjawaban.
Kalaulah SPR tidak menjalankan amanah persempadanan semula dengan betul mengikut lunas-lunas undang-undang, kenapa tidak ada satupun bantahan daripada sekutu PKR dalam PR iaitu PAS? Pilihanraya Kecil (PRK) untuk DUN Cempaka dan Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pada bila-bila masa. Oleh itu, SPR tidak ada masa untuk melayan drama yang tidak sudah-sudah daripada BERSIH dan PKR.
Gambar di atas adalah bukti keluarga mangsa MH370 dari negara China dilayan dengan baik dan sempurna di Dewan San Choon, Wisma MCA semalam. Gambar ini tidak mendapat perhatian akhbar dan portal milik pembangkang, mungkin bertujuan untuk memburukkan MCA umumnya dan Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai, khasnya. Kelihatan di gambar mereka yang memakai topi putih dan t-shirt merah adalah kumpulan keluarga mangsa MH370 dari China.
Fakta sebenar yang berlaku semalam adalah sewaktu MCA mengetahui kehadiran mereka, MCA telah tugaskan seoarng kakitangan untuk melayan mereka. Mereka menyampaikan hasrat untuk berjumpa dengan DS Liow. Kakitangan berkenaan telah menjemput mereka masuk ke pejabat sementara DS Liow melapangkan masa untuk berjumpa dengan mereka.
Mereka enggan masuk dan menyatakan bahawa mereka tidak percayakan MAS, pihak berkuasa Malaysia dan juga MCA. Salah seoarng dari mereka turut berkata, takut nanti bila masuk ke dalam Wisma MCA, mereka 'akan tidak dapat dihubungi'. Kakitangan berkenaan sekali lagi menjemput mereka untuk masuk tetapi mereka enggan berbuat demikian. Mereka memilih untuk berdiri di depan Wisma MCA.
Selepas Perdana Menteri meninggalkan majlis, DS Liow tidak dapat berjumpa mereka kerana mereka enggan masuk ke pejabat. DS Liow kemudiannya terpaksa bergeegas ke Melaka untuk majlis rumah terbuka di sana. Kumpulan berkenaan akhirnya masuk juga untuk makan di dalam dewan.
Bukannya kita tidak bersimpati dengan nasib keluarga mangsa MH370 dari China ini. Namun tindakan mereka sudah keterlaluan. Mereka tidak dapat menerima ketentuan takdir apatah lagi untuk berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang banyak membantu mereka. Apa lagi yang tidak dilakukan oleh Kerajaan Malaysia kepada mereka.
Apakah mereka mahu Kerajaan menghidupkan kembali mangsa-mangsa tragedi MH370? Mereka hendak salahkan DS Hishamuddin Tun Hussein (mantan pemangku Menteri Pengangkutan) dan DS Liow Tiong Lai (Menteri Pengangkutan) atas dasar apa? Bukan mereka berdua yang memandu pesawat MH370? Apakah tujuan mereka hendak memalukan MCA di hari baik pada Tahun Baru Cina?
Hari Ini Dalam Sejarah.. "Peristiwa Serangan Balai Polis Bukit Kepong" -23/02/1950-
Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II.. Dalam kejadian tersebut, Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.. Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur.. Dua orang isteri anggota polis Marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.. Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.. Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas Ke-4 yang menyerang dan menurut kandungan buku "Memoir Abdullah C.D.", diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu yang memimpin 2 platun Komunis Melayu.. Hal ini juga disahkan oleh Chin Peng semasa wawancara oleh penulis buku 'Dialogues with Chin Peng: New Light On The Malayan Communist Party By C. C. Chin, Karl Hack.. Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja.. Bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisar Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk.. Pihak komunis mengepung Balai Polis Kepong dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut.. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi.. Apabila Mata-Mata Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut.. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan.. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan 'Bren Gun' yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan.. Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt. Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh Komunis agar mereka menyerah.. Satu-persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.. Sekitar pukul 05.00 pagi, pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan shotgun digerakkan dari Kampong Jawa di bawah pimpinan Penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk memberi bantuan.. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu.. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Bren Gun turut dimusnahkan komunis.. Sekitar pukul 07.00 pagi, pihak Komunis menawan Mariam Ibrahim, isteri kepada Mata-Mata Mohamad Jaafar.. Dikhabarkan, ketua kumpulan Komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Sgt. Jamil sendiri.. Pada masa yang sama, Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah.. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan.. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh.. Suami Fatimah, Mata-Mata Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.. Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis.. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin.. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup.. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan Komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka.. Pihak Komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu.. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong di sebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.. Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak Komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut.. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian.. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api.. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Mata-Mata Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup ke dalam api.. 14 anggota polis termasuk Sgt. Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut.. Jumlah kematian adalah 25 orang.. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.. Bantuan dari perkampungan berdekatan semasa serangan tersebut, adalah dari Kampung Tui dengan memberi amaran paluan gema semasa pertempuran berlaku kepada beberapa kampung berdekatan.. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Mukim, Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 anggota AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police / Pengawal Kampung - Home Guard).. Mereka diserang hendap oleh Komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari balai polis Bukit Kepong.. Keupayaan senjata mereka amat terhad berbanding pengganas Komunis yang menggunakan senjata automatik dan separa automatik berbanding raifal, shotgun dan revolver yang dibekalkan kepada penduduk kampung.. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh.. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepong dan memaksa pengunduran umum komunis.. Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Penghulu Ali Mustafa mengarah anggotanya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong.. Pihak Komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.. Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh ke arah Bukit Kepong bagi memberi bantuan.. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis.. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga.. Mereka sampai kesana pada jam 10.00 pagi dan ketika itu berita mengenai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong disampaikan.. Apabila pengawal kampung memasuki pekan Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut.. Penghulu Ali Mustafa mengambil alih pentadbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar dan Lenga.. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas Komunis.. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang Komunis berjuang sehingga ketitisan darah terakhir..
(Mereka yang gugur dalam pertempuran)
#Anggota Polis -Sarjan 2493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong).. -Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong).. -Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar.. -Mata-Mata 9136 Hassan bin Osman.. -Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad.. -Mata-Mata 8600 Jaafar bin Hassan.. -Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar.. -Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali.. -Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh.. -Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam.. -Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali.. -Mata-Mata Marin 181 Basiron bin Adam.. -Mata-Mata Tambahan 3475 Mohd Top bin Lazim.. -Mata-Mata Tambahan 3795 Jaafar bin Arshad..
#Polis Bantuan / Auxiliary Police -Insp. Kudarina Naknok.. -AP 2130 Samad bin Yatim.. -AP 1912 Sa'at.. -AP 1925 Ali bin Akob.. -AP 2127 Othman Yahya..
#Keluarga Anggota -Fatimah binti Yaaba - Isteri Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud.. -Hassan bin Abu Bakar - Anak Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud.. -Saadiah - Isteri
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Sudah dijangka dari awal Mr Bean Mahfuz ini menipu semua kononnya akan buat telesidang bersama Sirul Azhar . Selepas kantoi gagal hubungi , dia mendakwa Sirul dah hubunginya kembali selepas 2 jam . Macam ayat nak cover malu pulak .. Persoalannya , betul ke Mr Bean PAS ini berjaya hubungi Sirul itu di dalam tahanan Imigresen Australia ?? Sebab siapa pun boleh berlakon dengan menayangkan nama Sirul dengan message dengannya dengan menayangkan sebahagian message itu melalui Handphone . GPB setuju dengan pandangan Sdr Lokman Adam bahawa cukup la Mahfuz ini bersandiwara kerana dia memang pembohong besar !!
SAH MAHFUZ MEMANG PEMBOHONG BESAR!
Oleh Lokman Adam
Pagi ini 23hb February, 2015 sekitar jam 11.30am, puluhan para wartawan telah berkumpul di Ibu Pejabat PAS kerana terpedaya dengan YB Mahfuz Omar yang mengatakan kononnya beliau akan adakan teleconference (telesidang) dengan Sirul Azhar, seorang penjenayah yang diburu polis kerana disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.
Sirul kini berada di dalam tahanan pihak imigresen Australia dan sememangnya tidak munasabah untuk dihubungi, apatah lagi untuk mengadakan teleconference dengan Mahfuz. Walau bagaimanapun, drama anjuran Mahfuz itu pecah temelang apabila panggilan yang dibuat oleh Mahfuz terhadap nombor yang dikatakan kepunyaan Sirul, tidak dijawab hingga ke sudah.
Mahfuz yang kelihatan semakin panik akhirnya menuduh pihak berkuasa telah jemkan line telefon untuk mengagalkan teleconference tersebut. Wartawan yang mula naik angin dengan Mahfuz akhirnya bertanya, adakah jika Pakatan berkuasa dia akan usul di Parlimen supaya diwujudkan undang-undang khas supaya mereka yang dijatuhkan hukuman boleh buat PC selepas jatuh hukum? Malangnya Mahfuz membisu seribu bahasa.
Setelah 45 minit bersandiwara, akhirnya Mahfuz menyerah kalah dan menghentikan sidang Media tersebut. Untuk menutup penipuan beliau, Mahfuz memaklumkan para wartawan yang hadir bahawa beliau akan membawa ibu Sirul ke Australia minggu depan untuk bertemu dengan Sirul.
Sekarang sudah jelaslah siapa yang mengajar dan mengatur Sirul melarikan diri ke Australia selama ini. Maka tidak hairanlah jika selepas ini. Sirul mungkin buat kejutan dengan memetik nama sesiapa yang beliau suka demi menyelamatkan nyawanya dan kemungkinan dijanjikan sesuatu oleh Mahfuz sebagai ganjaran.
Apa yang menghairankan saya, sepanjang kes ini berjalan dan nyawanya berada dihujung tanduk, tidak pulak si Sirul ini mendedahkan sebarang nama untuk menyelamatkan tengkoknya. Jika ada, sudah pasti beliau akan menyebutnya. Kenapa sekarang baru nak sebut selepas beliau berurusan dengan pihak Pembangkang?
Ramai yang bertanya dengan saya tentang laporan Media Australia yang menggambarkan seolah-olah Perdana Menteri kita terlibat dengan Pembunuhan dan Rasuah Pembelian Kapal Selam Scorpene yang kononnya Altantuya sebagai penterjemah dalam rundingan pembelian tersebut. Jawapan saya mudah,
1) Australia memang dari zaman Tun Mahathir tidak pernah baik dengan Malaysia. Mereka secara terang-terangan menghalalkan LGBT dan menentang pendakwaan terhadap Anwar berhubung isu Lliwat.
2) Australia adalah sekutu kuat Amerika yang juga konsisten mengecam pendakwaan terhadap Anwar dalam isu liwat. Amerika juga berterusan mengecam Malaysia yang tidak mahu campurtangan dalam sistem kehakiman negara bagi membebaskan Anwar yang juga merupakan sekutunya.
3) Sebagai umat Islam, saya berpegang pada tali agama. Bila Dato Seri Najib dituduh mempunyai hubungan dan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, tanpa rasa ragu Dato Seri Najib telah bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattallahi bahawa dia tidak pernah mengenali Altantuya, apatahlagi membunuhnya. Tapi sampai sekarang, Anwar tidak berani bersumpah menafikan beliau meliwat Saiful dan Azizan.
4). Bapa Altantuya telah mendedahkan bahawa satu-satunya manusia yang Altantuya kenal di Malaysia ialah Razak Baginda. itu sebabnya Altantuya tak mencari Najib, beliau mencari Razak Baginda.
5). Dimana datang lojiknya fitnah pembangkang yang mengatakan Altantuya dibunuh kerana beliau menuntut komisyen pembelian scorpene dimana beliau bertindak sebagai jurubahasa perundingan tersebut. Kepada yang masih tak tahu fakta kes, suka saya terangkan disini, Altatuya bangsa Mongolia, dia boleh cakap Rusia kerana Mongolia bersebelahan dengan Rusia. Tetapi kita beli Scorpene dari Perancis. Pertamanya, kalau hendak guna khidmat jurubahasapun, kita akan gunakan jurubahasa Perancis, bukan Rusia. Keduanya, takkan syarikat besar yang jual produk berbillion ringgit tak mampu sediakan jurujual berbahasa yang boleh berbahasa Inggeris. Syarikat tersebut sudahpun menjelaskan bahawa perundingan dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris.
Cukup-cukuplah Mahfuz dengan sandiwara yang tidak berkesudahan ini. Sepatutnya Mahfuz sebagai pemimpin semua parti yang kononnya Parti Islam, beliau sepatutnya mempertahankan Dato Seri Najib yang berani bersumpah cara Islam bila difitnah. Tapi malangnya beliau memilih untuk jadi budak suruhan Anwar walaupun jelas Anwar tidak berani melafazkan sumpah dan kini telahpun jelas disabitkan atas tuduhan liwa
15 kali hubungi Sirul gagal - Mahfuz
Setelah percubaan 15 kali menghubungi Sirul Azhar Umar gagal, telepersidangan yang sepatutnya berlangsung dari Pejabat Agung PAS bersama Datuk Mahfuz Omar ditamatkan.
Ketua Penerangan PAS itu menyatakan bahawa pihaknya telah berhubung dengan individu yang diyakini sebagai Sirul itu melalui pesanan ringkas pada pukul 10.40 pagi tadi.
"Saya menyatakan mengenai nombor telefon yang saya akan guna untuk menghubunginya. Dan mesej itu dijawab 'OK' olehnya," ujar Mahfuz yang amat mengharapkan telepersidangan itu dapat mendedahkan motif pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Beliau memberitahu wartawan bahawa sidang media itu dibuat kerana isu melibatkan Sirul Azhar sangat kontroversi dan menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat antarabangsa.
"Ini (melibatkan) pengakuan Sirul yang (sebelum ini) mengakui bahawa dia melakukan perkara tersebut atas arahan pihak tertentu. Sehingga kini, dia masih belum lagi memaklumkan kepada semua (supaya) kita ketahui siapa yang beri arahan (itu).
"Saya sentiasa berkomunikasi dengan Sirul, namun saya tidak mempengaruhi Sirul untuk melakukan pendedahan. Saya cuma katakan, 'nyatakan daripada hati kamu sendiri'," kata Mahfuz.
Sidang akhbar itu menjadi senyap sunyi apabila Mahfuz mula menghubungi Sirul. Begitupun, selepas beberapa percubaan yang gagal, suasana itu berganti resah keluhan dan sesekali berderaian gelak tawa apabila beberapa individu berjenaka mengenai Sirul yang tidak menerima panggilan tersebut.
Namun, persidangan yang sepatutnya bermula pada jam 11.30 pagi itu terpaksa ditamatkan sejam kemudian setelah percubaan menghubungi Sirul berkali-kali tidak berjaya.
Sepanjang tempoh itu, Mahfuz diasak soalan daripada media berkaitan motif sidang akhbar, dan pengesahan integriti dan identiti individu yang beliau percaya sebagai Sirul tersebut.
Apabila ditanyakan mengenai logik Sirul mempunyai bebas berkomunikasi ketika dalam tahanan, Mahfuz memberitahu bahawa dia hanya menjadi tahanan Imigresen dan bukan polis maka dia mempunyai akses kepada Internet dan juga telefon bimbit.
"Sidang media ini sebagai peluang untuk Sirul menjelaskan motif pembunuhan. Kita mahu tahu apa yang berlaku," ujar beliau.
Mahfuz seterusnya ditanyakan soalan tentang pengesahan bahawa orang yang dihubunginya itu benar-benar Sirul Azhar.
"Susah saya nak beritahu macam mana saya tahu. Tapi saya yakinlah itu Sirul," jawab Mahfuz yang mengalihkan topik mengenai rancangan beliau untuk ke Sydney.
Mahfuz memberitahu, pada Jumaat ini beliau akan mengumumkan tarikh untuk pihaknya membuat lawatan ke Australia bagi menemui Sirul.
Nama misi untuk bertemu Sirul yang bakal disertai keluarga terdekatnya itu juga akan diumumkan.
Sirul yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, Australia selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari berikutan amaran merah dikeluarkan Polis Antarabangsa, Interpol.
Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, portal Malay Mail Online melaporkan bahawa Sirul berjaya dihubungi Mahfuz ketika kebanyakan petugas media telah pulang.
Dalam panggilan telefon itu, Sirul dikatakan 'tidak mahu mendedahkan sebarang maklumat kerana menghormati perlindungan Canberra'.
PasMa dilaporkan telah mengeluarkan senarai 50 penceramah/ustaz yang dituduh sebagai berselindung disebalik jubah dan serban ulamak tetapi suka sangat memecahbelahkan parti dan anti Pakatan Rakyat.
Mereka ini diminta singkirkan dalam Muktmar akan datang. Dalam arahan sulit, mereka yang tersenarai tidak akan diberikan publisiti dan mana-mana kawasan yang didominasi oleh PASMA agar mereka tidak diundang.
Manakala imej mereka ini diburukkan dalam media sosial agar kredibiti mereka dipersoalkan.
Mereka ialah:-
Kelantan 1. Dato Nik Amar 2. Dato Ahmad Yaakob 3. Ust Nik Abduh 4. Ust Asri Daud 5. Ust Fadhli Saari
Terengganu 1. Ust Nik Zawawi 2. Dr Khairudin Takiri 3. Ustaz Zaharudin Mohamad 4. Ustaz Hanafi 5. Ust Mohd Nor Hamzah 6. Ust Azman Syafawi 7. Ust Kamaruzaman
Pahang 1. Ust Fadhli Ibrahim 2. Us Tuan Ibrahim Tuan Man 3. Ust Hazmi Dibok 4. Ust Rosli Jabar 5. Ust Aris Hazlan 6. Ust Mokhtar Senik 7. Ust Khairul Azmi 8. Ust Yusuf Embong 9. Ust Shahril Azman 10. Ust Nasarudin Tantawi
Wilayah 1. Ustazah Nuridah 2. Hj Mohd Nor 3. Hj Khairil 4. Dr Riduan Mohd Nor 5. Kamaruzaman Mohd 6. Dr Azhar Yaakob
Selangor 1. Ust Ahmad Dasuki 2. Ust Sallehin Mokhyi 3. Ust Kamal Saari 4. Ustazah Wan Hasrina 5. Ust Zamri Mantop 6. Ust Syed Abdul Kader 7. Ust Najmi Karim 8. Dr Zuhdi Marzuki 9. Ust Syarhan
Perak 1. Ustaz Nor Azli Musa 2. Ust Idris Ahmad 3. Hj Razman Zakaria 4. Ust Hafez Sobri Kedah 1. Ustaz Ahmad Yahya 2. Ust Fauzi
Perlis 1. Ust Hashim Jasin 2. Ust Yusaini
Pulau Pinang 1. Ust Afnan Taib Azamudin
Melaka 1. Ust Zulkifli Ismail 2. Ust Kamarudin sidek
Johor 1. Dato Dr Mahfuz Mohamad 2. Dr Daeng Sanusi
Selain daripada itu mereka yang tersenarai telah arahkan supaya mereka jangan dicalonkan sebaga AJK PAS Pusat.
Kerja yang dibuat oleh PASMA sangat buruk dan ini sangat bahaya untuk Jamaah PAS kerana mereka telah memberikan imej buruk terhadap PAS sehingga PAS menjadi tidak lagi dominan dalam Pakatan Rakyat.
Hari ini Mr Bean Mahfuz yang menjadi tukang silat mewakili Anwarinas PAS menjanjikan akan diadakan telesidang khas dengan Sirul Azhar kononnya mahu mendedahkan motif dan cerita sebenar pembunuhan .
Apa pun GPB nak tunggu apakah diadakan telesidang ini atau tidak kerana bukan mudah untuk mereka mewawanca Sirul yang kini berada dalam kawalan Imigresen Australia dan perlu mendapat kelulusan .
GPB agak musykil dakwaan Mahfuz bahawa beliau boleh telefon dan email dengan Sirul . Kira hebat juga kemudahan pusat tahanan Australia ini boleh benarkan panggilan jauh dibuat dan juga email lagi . Apa pun kita tunggu berita dari tukang karut Mr Bean PAS ini ...
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, sidang media secara telesidang bersama Sirul Azhar Umar tetap diadakan esok.
Walaupun terdapat laporan yang mengatakan Jabatan Imigresen Australia tidak membenarkan sebarang temubual diadakan bersama bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu, namun Mahfuz berkata sidang media tetap dijalankan dan sebarang kemungkinan hanya akan diketahui esok.
"Ya, tetap akan dibuat. Pada pukul 11.33 pagi. (Sebarang kemungkinan) tak tahu. Esok baru kita akan tahu. Selama ini saya ada telefon dia (Sirul), bercakap dengan dia dan saya pun ada e-mel dengan dia.
"Saya dah dapat persetujuan dia dulu, baru saya umumkan mengenai sidang media itu dan dia setuju," kata Mahfuz ketika dihubungi Malaysiakin
Kelmarin heboh gambar kereta rasmi CM DAP Lim Guan Eng dikritik teruk di media sosial kerana melangar peraturan parking iaitu di tepi pili bomba di P.Pinang .
Ini bukan perkara baru dilakukan kereta rasmi CM DAP ini dan sudah menjadi kelaziman .
Apa nak diherankan kerana ini kereta mewah CM paling berkuasa negeri ini dan tiada mana2 penguatkuasa MPPP datang untuk saman .
Tapi kalau kereta rakyat parking tak ikut peraturan dan tak bayar parking akan terus disaman walaupun ia hari cuti umum Tahun Baru Cina baru-baru ini .
Ini kerana Guan Eng dan keretanya kini semakin rakus berkuasa dan suara rakyat yang berani bersuara membantah hanyalah kecil sahaja . Contohnya beliau menaikan tarif air PBA , bayar bil air di pejabat pos dikenakan caj 90 sen , tinggal hotel di Penang dikenakan caj RM3 semalam dan lain-lain lagi .
Semuanya ini menekan rakyat dan hanya menguntungkan kerajaan DAP ...
PULAU PINANG 22 Feb. - Ketika penduduk negeri ini mengeluh selepas sering disaman pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana kesalahan meletak kenderaan, Ketua Menteri, Lim Guan Eng pula dilihat seolah-olah kebal daripada penguatkuasaan itu.
Hari ini, kenderaan rasmi Guan Eng dengan nombor pendaftaran PG 1 yang diletakkan di luar petak letak kenderaan sekali lagi menjadi perbualan hangat pengguna media sosial khususnya dalam kalangan penduduk negeri ini.
Kenderaan jenis Mercedes-Benz S300L itu bukan sahaja dikesan diletakkan di luar petak letak kenderaan, malah di sebelah pili bomba di King Street, Georgetown di sini kira-kira pukul 11.15 pagi ini.
Lebih menimbulkan kemarahan pengguna media sosial apabila ada yang mendakwa terdapat petak meletak kenderaan yang kosong di lokasi itu namun tidak digunakan pemandu kenderaan rasmi Ketua Menteri berkenaan.
Gambar itu yang dimuat naik dan dikongsi beberapa pengguna media sosial Facebook mengundang kritikan banyak pihak termasuk yang mengaitkannya dengan salah guna kuasa oleh Ketua Menteri.
Malah, ada yang mencadangkan mana-mana penduduk negeri ini yang pernah disaman PBT kerana kesalahan letak kenderaan memulangkan semula notis saman mereka kerana mendakwa PBT memilih bulu dalam penguatkuasaan mereka.
Ini merupakan kali kedua kenderaan rasmi Guan Eng dikesan melanggar undang-undang PBT selepas kali pertama pada November tahun lalu yang turut menjadi 'viral' di laman sosial.
Dalam kejadian itu, kenderaan sama diletakkan secara haram di lorong basikal berhadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara di sini.
Malah, laporan mengenai kesalahan meletakkan kenderaan di lokasi yang tidak dibenarkan itu turut dibuat di laman Facebook Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Watch.