Cikgu Mala sedang berucap ,menyampaikan mesej ingin bawa suara warga wanita dan cikgu serta rakyat marhaen.Cikgu Mala kena tahan uji,macam DS Nizar semasa PRK Bukit Gantang apa yang tidak dikata.Semakin banyak UBN menyalak bukit ,semakin sayang rakyat dengan Nizar.Nizar mengharapkan Cikgu Mala terus tabah mengharungi kempen PRK.
LABIS, 22 Jan: Calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman berazam untuk membawa suara wanita ke Dun Johor dan mengajak para guru untuk membuat perubahan.
Normala yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala yakin pengundi di Tenang sudah berani membuat perubahan dengan memberi undi kepadanya seterusnya menambahkan kerusi Pakatan Rakyat di Dun Johor.
"Saya yakin pengundi mampu dan berani membuat anjakan paradigma dan sebenarnya pencalonan ini satu pengiktirafan yang diberikan kepada golongan wanita khususnya dan mewakili seluruh golongan pendidik di Malaysia.
"30 Januari ini pengundi di Dun Tenang akan membuat satu kejutan dan perubahan demi kelangsungan masa depan anak bangsa dan membawa permasalahan mereka ke Dun Johor dan menjadikan tujuh kerusi untuk Pakatan Rakyat di Dun Johor," kata beliau pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis, dekat sini hari ini.
Normala juga berkata, beliau sudah bersedia untuk memikul amanah dalam memberikan khidmat kepada rakyat khusunya di Dun Tenang.
"Alhamdulillah, Allah bagi satu keberanian untuk saya membuat satu perubahan kerana saya telah iltizamkan dalam diri saya perjuangan ini untuk mencari keredhaan Allah," katanya tenang.
Justeru, bekas guru itu menyerahkan kepada pengundi untuk membuat pilihan terbaik pada 30 Januari nanti.
"Saya sangat optimis dan berkeyakinan mandat itu akan diberikan dan saya percaya pengundi di Dun Tenang mampu membuat pilihan terbaik.
"Pengundi sudah bijak untuk membuat pilihan dan saya serahkan kepada mereka pada 30 Januari ini," katanya.
Turut bersama pada sidang media itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. sumber
KUALA LUMPUR, 23 Jan — DAP menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) tampil memberi penjelasan berhubung skandal aliran keluar wang haram berjumlah RM888 bilion (AS$291 bilion) yang direkodkan sepanjang tahun 2000 dan 2008.
Berdasarkan laporan badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS, Global
Financial Integrity (GFI) baru-baru ini, Malaysia berada di tempat kelima dalam senarai negara yang terlibat dalam aliran keluar wang haram sepanjang tempoh tersebut.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pihaknya kecewa kerana "lanun darat" dibenarkan bergerak bebas di negara ini, sekali gus menyebabkan wang sejumlah dibawa keluar secara tidak sah.
"Mana-mana kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab, yang berintegriti akan dengan segera menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat skandal aliran keluar wang RM888 bilion secara haram ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Bank Negara Malaysia akan membuat ulasan khas tentang laporan berita yang mengatakan Malaysia menduduki tempat kelima di kalangan negara-negara yang mencatatkan pengaliran keluar wang haram paling banyak.
"Boleh ada banyak sebab, tetapi biarlah Bank Negara yang membuat komen khas tentang itu," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Menurut laporan GFI, aliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) yang, lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (AS$68.2 bilion).
GFI mendefinisikan aliran keluar wang haram sebagai pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan diperoleh.
GFI menyenaraikan China berada di tangga teratas di kalangan 125 negara membangun manakala Filipina pula di tangga ke-12.
Dalam kenyataannya, Lim berkata perkembangan itu memperlihatkan kurangnya penguatkuasaan dan usaha menegakkan lunas perundangan dan mengatasi budaya rasuah, yang sekali gus menghakis keyakinan dalam pasaran modal.
"Yang jelas, bukan sahaja Petronas malah BN juga mesti tampil bersih dalam skandal aliran keluar wang haram dalam jumlah yang besar," kata Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan MP.
Malah laporan itu berkata, diskriminasi dalam pasaran pekerjaan juga faktor menyebabkan migrasi dan aliran keluar wang haram.
"Yang menyedihkan, kehilangan bakat modal insan Malaysia bukan sahaja memalapkan masa depan kita, tetapi juga menjadikan kita miskin," kata Lim.
Kini terdapat kira-kira 700,000 rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di negara lain, dengan separuh daripada mereka di Singapura.
Malah GFI juga berkata, peningkatan tahap ketelusan dalam sistem kewangan global juga penting demi mengurangkan aliran keluar wang haram.
Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menekankan bahawa pentadbiran kerajaan negerinya yang berlandaskan slogan cekap, akauntabiliti dan telus telah membawa kepada pengiktirafan Ketua Audit Negara menerusi laporan 2009.
Oleh itu kata beliau, keengganan BN untuk menjelaskan skandal aliran keluar wang haram kemungkinan boleh menyebabkan Malaysia muflis menjelang 2019.
Katanya, jika RM888 bilion disalurkan kepada 27 juta penduduk negara ini, bermakna setiap rakyat dapat memperoleh RM33,000 sepanjang sembilan tahun 2000 dan 2008.
Taman Seri Tanjung , Port Dickson – Surau Taman Seri Tanjung yang mampu menampung seramai 200 jemaah dalam satu masa di sini selain menjadi nadi utama penduduk sekitar juga sering menjadi tumpuan pengunjung antarabangsa. Pengerusi surau, Wahab Ismail berkata, berdasarkan kedudukan surau yang terletak berhampiran beberapa hotel di sini menjadi tumpuan pengunjung hotel bagi menunaikan solat.
Malah menurutnya, sepanjang Ramadan, suraunya sentiasa penuh dan sesak berikutan pengunjung hotel yang turut serta menunaikan solat tarawih berjemaah di sini.
"Imam dari negara Arab yang bercuti di sini juga sering menawarkan diri untuk mengimamkan solat sunat.
"Begitu juga dengan aktiviti yang dilakukan di sini dan kami mengalu-alukan kehadiran pengunjung luar," katanya.
Wahab menambah, walaupun sering menerima kunjungan jemaah, surau ini juga tidak lari dari berhadapan dengan pelbagai masalah seperti struktur bumbung yang sudah rosak.
"Bumbung surau sering bocor menjadikan surau banjir setiap kali dan menyebabkan jemaah yang hadir tidak selesa.
"Masalah ini sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu dan walaupun sudah dibaiki, ia kembali bocor," katanya.
Wahab turut berkata, tandas surau juga sudah tidak boleh digunakan lagi dan perlu dibaiki segera agar keselesaan pengunjung ke rumah ibadah ini dapat dijamin.
"Pihak surau bercadang menurap halaman surau ini bagi memudahkan menjalankan pelbagai aktiviti.
"Setiap kali aktiviti diadakan, khemah terpaksa dipasang bagi menampung jumlah pengunjung yang ramai tambahan pula, ia juga berhampiran dengan balai raya," katanya.
Menurutnya, semua kekurangan dan kemudahan yang perlu dibaik pulih memerlukan belanja besar dan berharap ada pihak sudi menghulurkan bantuan.
"Dengan adanya penambahbaikan itu akan menjadikan surau ini lebih mesra pengunjung dan memberikan keselesaan untuk menunaikan ibadah serta pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan," katanya.
Menurutnya lagi, surau tersebut turut menjadi tumpuan empat perumahan berdekatan berikutan ketiadaan institusi ibadah yang terdekat di taman perumahan tersebut.
"Selain pengunjung hotel bersebelahan taman ini, empat lagi penduduk taman perumahan di sekitar surau ini turut mengimarahkan surau ini sama ada dalam melaksanakan solat mahupun aktiviti mengimarahkan surau yang lain," katanya.
LABU, Seremban – Kewujudan sebanyak 20 hingga 40 lori mengangkut batu setiap hari dari enam kawasan kuari dekat Mukim Labu di sini menimbulkan keresahan penduduk.
Manakan tidak, sudahlah mengakibatkan jalan berkenaan sesak, malah ia seolah-olah sudah menjadi litar lumba buat pemandu lori berkenaan.
Semuanya kerana pemandu lori yang dipercayai mahu mengejar trip untuk mendapatkan elaun yang dibayar mengikut kiraan trip.
Akibatnya, penduduk yang terseksa, terutama keselamatan anak-anak kecil ketika mahu pergi ke sekolah.
Keadaan yang sudah berlarutan sejak lima tahun lalu turut didakwa penduduk sebagai sesuatu masalah yang sudah berada di tahap kritikal.
Lebih mengecewakan, biarpun aduan sudah dipanjangkan beberapa kali kepada wakil rakyat serta Exco berkaitan, namun aduan mereka ibarat 'mencurah air ke daun keladi'.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Datuk Syahbandar Abu Bakar Labu Hilir, Jamaluddin Jasit, 56, berkata, setiap kali berlangsungnya mesyuarat agung PIBG di sekolah terbabit, masalah itu pasti diutarakan kebanyakan ibu bapa.
Menurutnya, setiap kali itu juga aduan bertulis dihantar kepada wakil rakyat dan Exco berkaitan untuk tindakan lanjut, bagaimanapun sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang jawapan jelas.
"Saya memang kesal dengan keadaan itu kerana ini membabitkan soal nyawa. Kita pun tidak sewenang-wenangnya mahu membuat aduan jika tidak ada sebarang masalah timbul.
"Biasanya jawapan yang kita terima 'nanti tindakan akan diambil' tapi sampai sekarang pun kita tidak nampak apa-apa," katanya.
Menurutnya, pihak sekolah juga ada mengambil inisiatif berhubung dengan pihak kuari mengingatkan mereka agar lebih bersikap prihatin jika melalui kawasan sekolah dengan memandu lebih berhati-hati dan tidak menjalankan operasi pada waktu puncak.
Bagaimanapun katanya, ingatan itu seolah-olah tidak endahkan apabila pemandu-pemandu lori itu berterusan membawa kenderaan mereka dengan laju.
"Kita bukannya mahu besarkan isu, tapi tak tahu lagi mahu mengadu pada siapa sebab itu kita panggil pihak akhbar. Jika tindakan tidak diambil juga kita akan panggil media televisyen pula," katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Sinar Harian turut difahamkan pernah berlaku kejadian sebuah lori melanggar tembok pagar sekolah terbabit disebabkan hilang kawalan.
Seorang penduduk, Zakaria Kassim, 63, mendakwa kehadiran lori itu sudah menjadi ancaman kepada keselamatan penduduk termasuk kanak-kanak yang menunggu ibu bapa selepas tamat waktu persekolahan.
"Lori yang membawa muatan batu ini memang laju dan kita boleh lihat kadang-kadang mereka ini seolah-olah berlumba sesama mereka.
"Kita tengok pun rasa takut. Jangan bila sudah ada tragedi barulah sibuk mahu mengambil jalan penyelesaian sedangkan selama ini kita sudah sibuk bersuara," katanya.
Malah, katanya, ada pemandu lori yang melanggar lampu isyarat di kawasan sekolah, selain turut membunyikan hon seolah-olah mereka berkuasa di jalan raya.
"Sebahagian lori juga didapati membawa muatan berlebihan menyebabkan batu-batu kecil jatuh ke jalan raya yang mengundang bahaya kepada penunggang motosikal," katanya.
Setiausaha Persatuan Penduduk Mukim Labu, Mohamad Yusof berkata, pihaknya turut menerima aduan daripada penduduk yang melahirkan rasa bimbang mereka dengan keadaan itu.
Menurutnya, kejadian cermin kereta pecah sudah banyak kali berlaku menyebabkan penduduk terpaksa menanggung kerugian.
Menurutnya, penduduk juga terpaksa menyedut habuk jalan yang berterbangan setiap kali lori terlibat keluar masuk, selain menimbulkan keadaan persekitaran kurang selesa.
Sehubungan itu, Persatuan Penduduk dan PIBG terbabit mencadangkan beberapa kaedah boleh mengurangkan risiko bahaya.
Antaranya, katanya, membina jejantas di kawasan sekolah, garisan kuning berbonggol di sepanjang laluan sekolah, laluan pejalan kaki serta bantuan anggota polis yang mengawal lalu lintas.
"Kita juga mahu pihak berwajib mengeluarkan arahan kepada pihak kuari agar tidak beroperasi ketika waktu puncak atau menggunakan laluan alternatif lain iaitu laluan ke Gadong," katanya.
PROGRAM CUCI KERETA AMAL Tarikh : 3 Februari 2011 (Khamis - Cuti Umum) Masa : 8:30 pagi – 4:30 ptg Tempat : Perkarangan Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban
Selinsing-dalam kesibukan menjalankan amanah dan kerja-kerja seharian yang lain, YB Haji Husin Bin Haji Din sekali lagi berkesempatan meluangkan masa untuk bersama beberapa orang pelajar sekolah rendah sekitar Selinsing yang datangnya dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan persalinan seragam sekolah baru.
Bersama kedua-dua isteri, YB meluangkan masa hampir 2 jam di Kedai Ridzuan Uniform di Taiping bagi menemani dan melayan kerenah "anak-anak" memilih pakaian seragam sekolah yang sesuai untuk dipakai bagi meneruskan pengajian di sekolah masing-masing untuk sesi persekolahan 2011 yang telah bermula hampir sebulan.
Jelas terpancar kegembiraan diwajah "anak-anak" yang dibawa untuk mendapatkan seragam sekolah yang baru walaupun sesi persekolahan telah bermula lebih 2 minggu dan ketika bermulanya sesi persekolahan yang lalu mereka tidak berkemampuan untuk menukar pakaian seragam kerana keluarga kurang berkemampuan seperti rakan-rakan yang lain.
Wajah ceria "anak-anak" yang dibawa oleh YB dan kedua-dua isteri ketika bersama-sama memilih pakaian seragam di kedai milik Encik Nizam sempat dirakamkan oleh pengiring YB untuk dimuatkan dalam adunselinsing.blogspot.com untuk tatapan bersama pengunjung-pengunjung blog ini.
Bagi pihak Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Selinsing dan juga peribadi YB Selinsing, kami ingin merakamkan ucapan jutaan Terima Kasih kepada Encik Nizam Abdullah , pemilik kedai Ridzuan Uniform di atas sumbangan yang diberikan bersama dan kesudian beliau meluangkan masa untuk bersama-sama ketika YB,kedua-dua isteri dan "anak-anak" hadir di kedai.
Berikut ialah gambar-gambar ketika di kedai milik encik Nizam yang sempat dirakamkan.
You are subscribed to email updates from n12selinsing To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Majlis khatam Al-Quran khas untuk Allahyarham Ustaz Zaharuddin iaitu Ketua Cawangan KDAS 3. Program Selepas seminggu Ustaz kembali ke Rahmatullah diadakan dengan 10 Ahli cawangan yang sukarela untuk membaca 3 juzu' Al-Quran setiap seorang selama 1 Minggu. Selepas itu Pas cawangan membuat Majlis ini disamping Tahlil untuk Arwah turut diadakan. Terima Kasih kepada penyumbang makanan iaitu dari saudara Tanzizi, Ketua Caw Kg Sungai Kati.
Pada 11/1/2011 Pas Caw KDAS 3 & Sg Kati telah mengadakan Program Kuliah Politik Islam sepertimana biasa ia dilakukan pada setiap Bulan. Pada bulan ini program telah diadakan di Kg Sg Kati iaitu di Markas Kg Sg Kati. Sebelum Politik bermula satu majlis memperkasakan Parti telah diadakan yang mana ia telah disampaikan oleh cikgu Manap iaitu AJK Pas Tambun. Ustaz Luqman merupakan penceramah pertama dan diikuti oleh Ustaz Wan Ahmad Tarmizi. majlis berakhir sekitar jam 11.20 Malam. Terima Kasih kepada tuan rumah iaitu Pas Cawangan Sg Kati.
You are subscribed to email updates from PAS KDAS 3 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
BERSAMA ADUN MAHARANI DI UPU SAWAH BARU DUN TENANG
Petang Ahad 23 Januari 2010 - Sekali lagi, di atas permintaan ramai, teamYB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, diberi penghormatan kembali menjalankan tugas di Kg Sawah Baru, DUN Tenang.Kali ini seperti biasa beliau diiringi oleh isterinya, Puan Rubiah Raffee, muslimat Kg Parit Sawah Baru dan muslimat dari Seri Gading Batu Pahat. Sungguh bersemangat team ini nampaknya.
Hari ini YB Dr Mohammad di sambut dengan senyuman oleh calon PAS DUN Tenang, Cikgu Mala. Posternya je.......Tak mengapa, Cikgu Makrof Abd Mutalib bersama anak lelakinya ada in person di UPU Sawah Baru ini. Beliau menghadiahkan kami JUS FAQIH, satu produk minuman sunnah yang baru dalam pasaran. Terima kasih Cikgu. Bertuah calon kita mendapat sokongan padu daripada suami tercintanya Rasanya macam dah menang kita... InsyaAllah. Teruskan perjuangan !
Cikgu Mala tersenyum menyapa semua pengundi......UNDILAH PAS !
YB Dr Mohammad di pagar masuk ke SKB Sawah Baru, Pusat Mengundi UPU sawah Baru
Ya, projek segera, dapat pagar baru sekolah ini.
Satu lagi projek instant - parit baru !
Rakyat perlukan pembangkang dalam Dewan Negeri
supaya projek diagihkan secara adil, tidak menunggu pilihanraya sahaja.
YB Dr Mohammad dan rombongan disambut oleh Ustaz Hashim Jusoh (YDP Sri Gading)
yang mengetuai UPU Sawah Baru.UPU ini juga dijayakan bersama ahli-ahli PAS dari
Sri Gading, Perlis dan Sabah.
Memang kami bertuah dapat bertemu Cikgu Makrof, suami Cikgu Mala di UPU Sawah Baru.
YB Dr Mohammad dan isteri tidak melepaskan peluang merakamkan pertemuan ini.
Tugasan bermula ....YB Dr Mohammad dan teamnya bertemu pemgundi.
Kakak ini cukup menghormati tetamu.Kami dipersilakan duduk di kerusi
tetapi beliau selesa di lantai sahaja.
Anak muda ini memberi kami semangat.Sebenarnya di mana sahaja
ada penyokong gerakan Islam.
Warga emas disantuni, yang sakit dirawat.
Pak Cik ini rupaya berasal dari kampong bersebelahan kampong Dr Mohammad di Muar !
Jangan bimbang, walaupun dacing ditampal di dinding rumahnya, undinya belum tentu !
YB Dr Mohammad dan isteri merakamkan pertemuan dengan orang kampongnya.
Ya, T-shirtnya menunjukkan prinsipnya tetapi YB tidak putus asa...lambang BULAN
ditunjukkan dan poster ini kami hadiahkan untuk beliau buat pilihan.
Pak Cik ini juga asalnya dari Muar, baru keluar hospital kerana terjatuh.
YB pun ada bawa ubat. Pak Cik nak bayar, tapi hari ini rawatan percuma Pak Cik !
Pangkah BULAN, undi Cikgu Mala ya Pak Cik !
Nenek ini khabarnya dah tak sabar nak pergi mengundi. Doakan beliau
berubah hati dan beri peluang kepada PAS.
Ini sumbangan kami Nek.
Hari ini kami kembali ke markas dengan penuh kesyukuran.Misi berjaya. InsyaAllah semuanya akan berakhir dengan satu lagi kerusi DUN untuk PAS - Pakatan Rakyat. TAKBIR !!!
Sejarah TENANG tercipta apabila ribuan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di Dataran Wayang Pacak dan Dataran PAS seawal 6.00 pagi AHAD 22 Januari 2011 untuk bersolat subuh, bermunajat dan bersedia untuk mengarak calon PAS ,Cikgu Mala, ke tempat penamaan calon di Pejabat Daerah Labis, lebihkurang 3 kilometer jauhnya.
Calon PAS Cikgu Normala Sudirman bersiap sedia bersama kepimpinan Muslimat PAS Pusat dan Negeri berhimpun di hadapan Bilik Gerakan Muslimat PAS Negeri Johor.
Cikgu Mala diapit oleh (dari kiri) Puan Rubiah Raffee (isteri YB Dr Mohammad), Ustazah Noridah (Ketua Dewan Muslimat Malaysia) dan Puan Atiah (Ketua Dewan Musliamat Johor).
YB Tuan Guru Dato' Sri Abdul Hadi mengetuai perarakan. Kelihatan YB Dr Mohammad dan Sdr Suhaizan bersamamengiringi Tuan Guru.
Cikgu Makrof Abd Mutalib (suami Cikgu Mala) bersama YB Dr Mohammad Taslim dalam perarakan.
YB Dr Mohammad Taslin dan YB Dr Sheikh IbrahimSalleh bersama dalam kumpulan penyokong Pakatan Rakyat.
YAB Dato' Khalid Ibrahim ,Menteri Besar Selangor turut mengiringi calon.
Mesra...dua orang SDARIAN ,YB Dr Mohammad Taslim dan YB Dr Zulkifli Ahmad bertemu dalam perarakan ini.
Puan Rubiah Raffee, isteri YB Dr Mohammad, bersama Datin Norain, isteri Dato' PJ PAS Johor dan Puan Mala tersenyum penuh semangat.
Puan Rubiah Raffee dan YB Dr Siti Mariah.
Puan Rubiah dan Ustaz Adha, Ketua Pemuda PAS Muar, di belakangnya.
Sdr Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor segak dengan baju Johor. Kelihatan juga YB Sallehuddin Ayub dan YB Dr Mohammad.
Dato' Chua Jui Ming tidak ketinggalan bersama.Di sebelah Tuan Hj Zulkifli, Sdr Faizi dan YB Dr Mohammad.
YB Dr Mohammad mesra bersama Ustaz Kamal Ashari.
Munajat sebelum perarakan.
Lautan penyokon dengan kibaran bendera.
Penyokong di atas bukit.
Penyokong setia.
Helikopter memantau perjalanan hari penamaan calon dengan kibaran bendera DAP.
Gambar-gambar pemimpin Pakatan Rakyat dalam bahagian 2......
Gambar isteri pehin sri yang dirakam semasa di Miri baru2 ini.
"Lambat gilak orang tua tok...boring kmk ehh...dahlah panas slow agik....bagus kmk jalan seorang2..." mungkin itulah yg terpendam dalam pikiran bini baru taib..jangan marah..guro aja bah...
"Tunggu kmk ling...jgn tinggalkan daku...sidak tok kaco aja selalu nanya kmk yg bukan2 mun x dilayan kelak merajuk...susah jua...bagus kmk relex2 dgn bini muda kmk...x pening palak kmk mikir hal rakyat gik..best lagik kmk berjalan-jalan dgn bini baru kmk...rasa2 kmk bagus kmk berhenti aja jd CM lepas tok kelak senang enjoy dgn bini kmk lagik bagus kan kan..." itulah sebaik2 bagi orang tua berbini muda macam Pak Lah dolok lepas jawatan bagi kat orang lain...Kasian bini ktk ya..Jangan marah Pehin Sri nanti bertambah tua...guro aja bah...
SELAMAT TINGGAL CM, RAKYAT SARAWAK RASA PATUT PEHIN SRI BEREHAT AJAK JADI CM SARAWAK SELEPAS ELECTION KELAK..BAGI LAH CHANCE DENGAN ORANG LAIN AGIK...JANGAN MARAH KELAK KENA JUAL....HI HI HI ...SEKIAN DARI RENTIHAN HATI RAKYAT SARAWAK...SELAMAT HONEY MOON PEHIN SRI DAN ISTERI... SENYUM2LAH SELALU
KAMI MEMOHON MAAF SEKIRANYA MENYINGGUNG MANA2 PIHAK DENGAN GURAUAN DALAM BLOG INI.
SPEECH by Wong Ho Leng, DAP Sarawak State Chairman at the 15th DAP Sarawak Convention
Sarawak deserves better than just being the 4th poorest state in Malaysia. We must make Sarawak a better place for us and our future generations. The BN has not delivered after 47 years. It has to be replaced. There is one formula to topple the BN Government, and that is under the "Pakatan Rakyat".Unity is strength. We are confident that we can do it in the State election that must be called within the next few months.
To the Sarawak BN, it is a do or die State election. The Sarawak BN is so afraid of losing power in Sarawak that it may decide to hold the State election concurrently with the Parliamentary election.The BN led by the Prime Minister Najib Tun Razak is in no comfort zone either. Faced by the possibility of losing federal power, the next Parliamentary and state elections will likely be the dirtiest elections ever. The people in Sarawak are suffering. The price of all commodities has increased under the Barisan Nasional Government. Even the SUPP leaders have to resort to signing Petition to inform the Prime Minister its objection to BN - "Barang Naik". It is a classic case of the SUPP not knowing that it is in the Government and that it is the Government that has inflicted so much sorrow and hardship on its people.
Though it is the BN's "fixed deposit" state, Sarawak has been marginalised by the federal government. This is unacceptable. Under the Federal Budget of 2011, RM109.74 billion worth of mega projects will be built in West Malaysia. Sarawak and Sabah share a mere RM9.55 billion worth of the projects. That is only 8% from the total value of projects cited in the Federal Budget.The BN has vowed to remain in Putrajaya at all costs. The BN contests to win the next election so that they can stay in power, but they will not wean out corruption, and they will continue to neglect Sarawak.
The DAP and the Pakatan Rakyat must seize power from Putrajaya. We contest to win, not for ourselves but for our future generations. Malaysians deserve a better life. In order to win Putrajaya, we have a duty to ensure that Sarawak will not continue to be another BN's "Fixed Deposit" state.DAP and Pakatan Rakyat partners must also win to form the Government in Sarawak.The time has come when Sarawakians must rise to deliver an important message to the BN. Enough is enough.
Sarawak boasts an income of RM3.9 Billion. It has the largest land mass in Malaysia. We have abundant resources. We ought to be the richest state but we are not. Our roads and infrastructures are 20 years behind Peninsular Malaysia.Sarawak is 120 times bigger than Penang. The PR state of Penang has revenue of RM900 million. Yet, Penang is able to implement a people friendly Government. It can do so because the Penang Government is corruption free. Sarawak Government leaders have been riddled with accusations of corruption, nepotism and cronyism.
Sarawak deserves better. We owe it to our children and future generations to leave a better state for them.There is lack of job and business opportunities in Sarawak. Sarawakians are leaving the state in droves, to enrich and empower other states, only because they have no confidence in the BN Government.We have to wrest brain drain from Sarawak. We have to save the NCR land from being taken or exploited by the rich and well connected. We have to preserve our resources for our future generations.
We have to enrich and empower our own people, the time is now, in the coming election.We have to stand together with PR. PR has instilled fear in the BN to lose power. That is why they have resorted to suspension of Opposition Members from the Dewan Undangan Negeri. They spent time to prepare the White Papers with a view to stop Pakatan Rakyat's political leaders from West Malaysia to come to Sarawak. They resorted to restrain longhouse folks from accepting Opposition politicians. They restrict freedom of speech.The DAP will rise above all these obstacles. We have a noble mission to achieve. We must take the lead. Our state and country can be saved if we habour the zeal to bring about change. Change we can.
23 Jan,Ahad-Sebanyak 20 buah rumah disinggahi rombongan PAS Miri dan Pakatan Rakyat Miri diketuai YDP PAS Kawasan Miri;Haji Jofri dan SU Kawasan ,Arif ke perumahan terlibat sekitar DUN Senadin dalam kejadian banjir kilat minggu lalu.Ini lawatan susulan selepas lawatan pertama ketika banjir berlaku hujung minggu lalu yang menyaksikan lambatnya gerakan bantuan oleh pihak berkuasa. YDP Kawasan jelas hampa dengan kegagalan agensi bertanggungjawab yang lebih sibuk menguruskan rombongan Ketua Menteri yang hadir bersama isteri barunya di Miri daripada memikirkan mangsa banjir .
Penduduk yang dijumpai merasa amat kecewa dan mengulangi rasa marah akan sikap lepas tangan BN setiap kali banjir menimpa kawasan pendudkk sekitar DUN ini khasnya penduduk Bumiputera. Kebanyakannya yang merupakan pemindahan dari Kg Lereng Bukit,Dagang dan Wireless melahirkan rasa muak dengan janji YB BN yang dahulunya ketika memaksa mereka dipindahkan ke kawasan Kg Tudan ini tidak pernah langsung mahu membantu dari sudut urusan perparitan dan kemudahan keselamatan bagi menghadapi banjir. "Kalau rumah peniaga kaya di bandar pasti mereka segera uruskan perparitan,tapi kami disini hidup susah.Sudahlah barang naik,siapa yang nak bantu segala kerugian kami"keluh salah seorang mangsa.
PAS Miri turut menghulur bantuan sewaktu rombongan ini. Turut serta pimpinan Pemuda DAP,Michael Ding,Zulhaidah Suboh (PKR) dan pimpinan PAS Cawangan Tudan dan Desa Senadin.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dihalang daripada memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Isnin.
Beliau ditahan ketika memasuki pintu DUN oleh pengawal pada pukul 10.02 pagi tadi. Menurut Badrul Hisham, pihak pengawal memaklumkan mereka menerima arahan daripada Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim supaya tidak membenarkannya memasuki dewan kira-kira pukul 10 pagi. "Saya tak dibenarkan masuk...pengawal dapat arahan daripada speaker pukul 10 pagi tadi," katanya. Bagaimanapun Badrul Hisham memaklumkan beliau menerima surat jemputan menghadiri persidangan DUN minggu lalu sebelum speaker mengisytiharkan kekosongan kerusinya.
Badrul Hisham bagaimanapun tetap mengikuti persidangan DUN yan antara lainnya untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959. Bagaimanapun beliau hanya mengikuti sidang khas berkenaan melalui bilik media
Tunisia: Ben Ali telah pergi...Tiada manusia yang kekal berkuasa selamanya...
Tuntut tidak dipersalah ikut arahan bekas presiden
Di Malaysia, Polis perlu ingat, pemerintah boleh datang dan pergi tapi mereka adalah sebahagian dari rakyat yang turut menanggung beban ekoran dasar kerajaan BN
Polis Tunisia yang sebelum ini paling ditakuti, melancarkan satu perhimpunan, menuntut gaji lebih baik dan meminta mereka tidak dipersalahkan kerana melepaskan tembakan yang membunuh penunjuk perasaan yang berdemonstrasi hingga memaksa Presiden Zine El Abidine Ben Ali, pemerintah paling lama negara Afrika Utara itu melarikan diri.
FRU di Malaysia - Bagaimana mungkin rakyat yang memperjuangkan keadilan dianiayai sebegini
Sekurang-kurangnya 2,000 anggota polis berhimpun di Tunis, pusat bantahan dan pertempuran antara golongan muda dan polis memaksa Ben Ali untuk meninggalkan negara yang diperintahnya selama 23 tahun.
Ia adalah perkembangan penting bagi Tunisia, di mana polis di bawah pemerintahan Ben Ali adalah paling ditakuti. Perhimpunan berlaku berhampiran Kementerian Dalam Negeri, satu simbol ketakutan di mana regim beliau menjadi inspirasi kebanyakan rakyat Tunisia.
Mungkinkah suatu hari nantiFRU yang mengganas ini akan turut berdemonstrasi bersama rakyat apabila Umno/BN telah tiada ditampuk kuasa
Perhimpunan di Avenue Bourguiba, di mana tunjuk perasaan harian pernah diadakan, menarik ramai polis berpakaian biasa dan berseragam yang mengikat lengan mereka dengan penanda merah. Mereka ingin menuntut penubuhan seperti sebuah kesatuan sekerja, gaji lebih baik dan seperti bantahan lain baru-baru ini, penyingkiran ahli lain dari parti Ben Ali daripada kerajaan.
Pegawai memanjat dari kenderaan rasmi mereka, meniup wisel dan mengibarkan bendera serta tanda. Ada di antara mereka saling berpelukan mengucapkan tahniah sesama sendiri mengenai peluang membuat bantahan. Kebanyakan mereka bersama ahli keluarga.
Memahami senario yang berlaku ini dalam konteks negara kita, melihat dan merasai sendiri bagaimana rakyat diperlakukan semasa Demonstrasi Bersih untuk menuntut perjalanan pilihanraya yang bersih dan adil, Demonstrasi ISA bagi menuntut dimansuhkan undang-undang rimba yang tak bertamaddun, Demo Air yang membantah kenaikan kadar tarif air dan pelbagai lagi tindakan sadis FRU terhadap rakyat sedangkan rakyat tidak sama sekali bermusuh dengan mereka sementelah lagi isu yang diperjuangkan bersangkut paut secara langsung dengan kepentingan anggota polis itu sendiri sebagai seorang rakyat yang turut terpalit keperitan dan beban hidup ekoran beberapa dasar Umno/BN yang mengabaikan kepentingan rakyat.
Sekadar melontarkan suatu persoalan dengan hakikat bahawa tiada mereka yang berkuasa akan kekal selamanya, termasuklah Umno/BN, apakah mungkin akan berlaku nanti anggota PDRM khasnya FRU juga terpaksa berdemonstrasi sebagaimana rakan sejawat mereka di Tunisia, merayu kepada rakyat supaya mereka tidak dipersalahkan atas apa yang berlaku kerana hakikatnya selama ini mereka hanya menjadi alat pemerintah demi mengekalkan kuasa dan keegoan.
Paderi Terry Jones yang mencetuskan kemarahan antarabangsa apabila beliau mengumumkan untuk membakar al-Quran di Gereja Gainesville, kini mahu melancarkan 'Hari Menghakimi al-Quran Sedunia'.
"Ya, kami akan lakukannya," kata Jones dalam rakaman yang disiarkan menerusi YouTube ketika mengumumkan rancangan terbarunya.
"Kami sudah buat keputusan untuk melakukannya pada 20 Mac mulai jam 6 petang. Jika anda berpeluang, anda yang menggelarkan diri orang Islam yang baik, pada hari berkenaan al-Quran akan dibicarakan.
"Kami tuduh al-Quran punca pembunuhan, perogolan dan penipuan. Ia juga bertanggungjawab atas semua kegiatan pengganas di seluruh dunia.
"Secara dasarnya, adalah perbicaraan. Hari pengadilan itu akan diadakan di Pusat Dove World Outreach. Kami cabar dunia Islam untuk mempertahankan al-Quran.
"Mereka kata al-Quran adalah buku keamanan dan agama yang memperjuangkan keamanan. Kami mahu mereka membawa orang yang boleh mempertahankan al-Quran.
"Jika didapati bersalah, empat jenis hukuman diadakan iaitu pembakaran, merendam, mengoyak atau skuad penembak," katanya dalam satu program radio. Beliau juga memberitahu, 30 juri akan hadir termasuk penganut Kristian dan Islam, akan membuat keputusan mengenai semua dakwaan ke atas al-Quran.
Laman web Jones, 'Stand Up America' mengandungi soalan yang membenarkan pengunjung memilih hukuman.
Jones dan gereja itu menggemparkan dunia tahun lalu apabila beliau mengumumkan akan membakar 200 naskhah al-Quran, pada ulang tahun ke sembilan peristiwa serangan 11 September.
Pemimpin pelbagai agama mengutuk rancangannya. Malah, Setiausaha Pertahanan, Robert Gates mengarahkan gereja kecil di barat laut Gainesville untuk membatalkan acara itu kerana bimbang tindakan terbabit akan membahayakan pasukan keselamatan Amerika di Asia Barat.
Jones membatalkan hasratnya dua hari sebelum acara itu dijadualkan berlangsung. Beliau dijangka mengadakan sidang media pada petang Khamis depan untuk mengumumkan maklumat lanjut mengenai hari perbicaraan al-Quran pula.
Paderi Terry Jones yang pernah digelar anaknya sebagai sakit otak adalah pengarang buku 'Islam Is of The Devil'.
Paderi Dan Johnson dari Gereja Trinity United Methodist di Gainesville menjelaskan, tindakan Jones tidak mendapat sambutan kerana dalam episod pembakaran al-Quran itu, penganut Kristian datang beramai-ramai membantahnya.
Bagaimanapun, beliau masih belum mendengar mengenai rancangan perbicaraan itu.
"Saya berdoa dan berharap...saya tidak tahu sejauh mana kebaikannya melakukan perkara itu. Apa yang boleh dirumuskan ialah lebih banyak kerja perlu dilakukan dari aspek persefahaman dan toleransi.
"Ini adalah kerja gila. Ini adalah sesuatu yang asing daripada apa yang diajar Jesus," katanya.
Tema 'Islam Adil Untuk Semua' dibahas dan bibincangkan secara lumat dengan harapan lahirnya petugas yang bekerja berbekalkan kefahaman perjuangan yang mantap
Ucapan alu-aluan memulakan program munaqasyah
Sebahagian dari peserta yang hadir
Pembentangan oleh Ketua Penerangan Pas Terengganu Ust Haji Nik Muhammad Zawawi Salleh
Respon daripada pembentang terhadap persoalan yang ditimbulkan peserta
Kalau hukumnya sudah menetapkan haram bagi lelaki perempuan yang bukan mahram bersalaman atau bersentuhan maka ianya tetap haram. Pengecualian memang ada – tetapi untuk bertemu pengundi tidak termasuk dalam pengecualian tersebut.
Ini kenalah difahami oleh sekalian mereka yang galak berpolitik yang sudah lama hidup dalam masyarakat Malaysia yang perlembagaannya mengatakan Islam agama Persekutuan. Untuk Soi Lek mengatakan tidak tahu itu amatlah "naive" sebagai ahli politik yang sudah "matang" serta mengetuai sebuah parti yang besar. Jika ia bertujuan untuk memanipulasi isu itu maka Soi Lek memang berniat jahat. Lagi jahat UmNo yang membiarkan ianya terus dimanipulasi... Khair Johari jangan buat pekak dan buta pulak.
Sewajarnya para pemimpin Islam dalam parti seperti UmNo tidak sekongkol dan mengiakan apa yang dikatakan oleh Chua Soi Lek. Mereka harus membetulkan kesilapan besar Soi Lek kerana cuba mempersoalkan dan mempertikaikan ajaran Islam dan cuba menghalang seorang Muslimah menegakkan prinsipnya. Ianya adalah satu penghinaan secara langsung terhadap agama Islam.
Jangan pula kita mempersoalkan prinsip seorang Muslimah dalam pada masa yang sama kita tidak mempertikaikan isu moral orang yang mempertikaikan prinsip seorang Muslimah itu.
Kalau zaman Syadina Umar Al Khatab.... Chua Soi Lek dan gengnya (dibaca UmNo) dah lama diperangi kerana menghina Islam dam umat Islam....
DUNGUN 23 Januari, Ahad - Islam meletakkan hak yang sama rata kepada semua penganutnya tidak mengira jantina, latar belakang bangsa keturunan atau warna kulit.
Yang DiPertua PAS kawasan Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, persoalan siapa yang perlu diangkat menjadi pemimpin bukan isunya, sebaliknya apa yang menjadi keutamaan ialah soal kelayakan yang perlu dilihat dari perspektif Islam.
Menurutnya, Islam menuntut wanita juga perlu diangkat menjadi pemimpin untuk mengetengahkan beberapa isu berkaitan golongan diwakili.
Katanya, sejarah membuktikan, beberapa wanita yang diangkat menjadi pemimpin untuk mewakili rakyat terutama di negeri diperintah Pakatan Rakyat (PR) membuktikan keunggulannya dan berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan berkesan.
"Dalam hal ini, kita melihat keperluan Islam yang anjal kerana bagi sesetengah perkara, wanita memenuhi kriteria dan layak serta boleh diletakkan di barisan hadapan bersama lelaki sebagai pemimpin.
"Lagipun ia sebagai salah satu pendekatan untuk kita mengiktiraf sumbangan wanita selain dapat memartabatkan golongan itu seperti dilakukan junjungan besar nabi kita Muhammad SAW pada zaman pemerintahan baginda," katanya.kepada Sinar Harian.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura berkata demikian ketika mengulas isu pencalonan Normala Sudirman, bekas guru sebagai calon Pas menentang Mohd Azahar Ibrahim, bekas pentadbir tanah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang pada 30 Januari ini.
KOTA BHARU, 23 Jan: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengakui badan itu tidak ada 'taring' untuk bertindak terhadap aduan orang ramai, sebaliknya hanya sekadar memberi nasihat.
Pesuruhjayanya, Saani Abdullah berkata, badan itu tidak diberi kuasa untuk mengambil sebarang tindakan di atas aduan pencabulan hak asasi.
"Belum ada gigi taring lagi, sekarang hanya sekadar memberi nasihat sahaja," katanya menjawab soalan moderator, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah pada forum anjuran Bersih di Balai Islam, malam semalam.
Bagaimanapun katanya, Suhakam bersedia membela sesiapa sahaja termasuk ahli akademik yang diundangkan ke forum tersebut sekiranya diambil tindakan pihak majikan.
Ini kerana kata beliau politik adalah hak bagi setiap rakyat yang tidak boleh diganggu gugat sesiapa pun.
Beliau juga meluahkan rasa hairan mengapa Kelantan tidak ada lebuh raya seperti di negeri-negeri lain, sedangkan rakyat negeri ini juga membayar cukai kepada kerajaan.
"Adakah rakyat Kelantan tidak bayar cukai kepada kerajaan, sedangkan di tempat lain ada banyak lebuh raya bagi memberi keselesaan kepada rakyat.
"Di negeri ini sekarang kesesakan lalu lintas agak teruk, namun hairannya masih belum dibina lebuh raya seperti di tempat-tempat lain," ujarnya ketika menghurai persoalan itu di ruangan tempat penonton di bawah pentas.
Ahli panel forum Bersih 2.0 dibarisi anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, pensyarah undang-undang UIAM, Prof Dr Abdul Aziz Bari dan bekas anggota Exco kerajaan Pulau Pinang, Datuk Dr Toh Kin Woon.
Forum tersebut mengupas tajuk Penjelasan Isu Undang-Undang dan Perlembagaan Negara. Hadir sama Pengerusi Penganjur Bersih 2.0, Dr Abdul Halim Yusof.
Sebelum ini Suhakam menerima banyak aduan ketidakadilan yang dilakukan pemerintah termasuk tahanan tanpa bicara dan tindakan kasar anggota keselamatan menyuraikan perhimpunan awam.
Dr Abu Hassan ketika celoteh awalnya mengingatkan, banyak negara termasuk Belarus dan terbaru Tunisia tumbang kerana sistem yang diamalkan pemerintah.
Pada ucapan alu-aluannya Dr Abdul Halim berkata, sejak tumbang rejim Suharto di Indonesia, negara terbabit kini semakin bebas dan terbuka untuk membolehkan rakyat bersuara.
Katanya juga perjuangan Bersih menuntut pilihan raya lebih bebas, telus dan bersih diadakan di negara ini.
"Ini membolehkan rakyat lebih matang dan berani menyuarakan hak mereka," katanya.
Resolusi yang dibaca pada akhir forum menuntut kerajaan mengadakan daftar pemilih secara automatik, membaiki sistem pilihan raya, undi pos lebih telus, menggunakan dakwah, menggalakkan orang muda mengundi dan ruang demokrasi lebih luas. Dicatat oleh arus perjuangan
Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak terimalah debat, jangan banyak helah dan cuba mengalih isu. Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengemukakan fakta mengenai kemampuan Pakatan Rakyat jika diberi mandat untuk memerintah. Sumber yang Pakatan Rakyat perolehi, ialah dengan memerangi rasuah yang menyebabkan negara rugi RM28 bilion setahun. Memotong balik RM19 bilion subsidi yang diberikan kepada IPP. Subsidi untuk rakyat RM10 bilion akan diberi semula supaya minyak dan makanan dapat dikawal dan menstruktur semula tol di Malaysia dengan kos RM23 bilion dan elaun tambahan kepada guru RM3.2 bilion setahun. Jika di jumlah dengan anggaran pendapatan hasil daripada memerangi rasuah dan memerangi kroni ialah RM47 bilion dan perbelanjaan hanya RM32.2 bilion, maka Pakatan Rakyat mampu malahan lebihan. Ini tidak masuk lagi hasil balak, minyak, sawit dan sebagainya. Sekarang rakyat hendak dengar hujah Datuk Najib yang kata kalau laksana janji Pakatan Rakyat maka negara akan bankrap.
Malangnya Datuk Najib cuba mengalih isu debat kepada isu liwat. Nampaknya saf kabinet negara memang pemimpin lebai malang. Tan Sri Muhyiddin Yasin suruh Pakatan Rakyat naikkan gaji guru yang berkhidmat di negeri Pakatan. Manakala Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno merangkap Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri menyuruh negeri Pakatan Rakyat menurun harga barang di negeri pakatan. Kesemua pemimpin tertinggi Umno fikiran mereka satu skima sahaja gagal menjawab soalan yang berbentuk fakta. Sepatutnya menjawab masalah, bukan lari daripada masalah yang dibangkit.
PAS yakin Datuk Seri Najib bimbang dengan kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia.
Penganalisis ekonomi AmResearch, Manokaran Mottain tidak menolak inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu).
Kesian dia ni sorang. Memang dia ni kalau masuk periksa memang boleh dikategorikan sebagai gagal mendapat didikan dari guru ugama yakni UMNO gagal didik dia. Atau mungkin pada pandangan ana sengala nak buat isu supaya orang tak bincang pasal kisah kenapa dia ditolak serta gagal menjadi calon semula dalam PRU 12 hasil dari tersebar video lakonan yang beliau sendiri akui , dirinya melakonkan watak lelaki filem porno diatas ranjang. Jadi agar masyarakat Cina yang menolak beliau tidak memperkatakan isu itu, maka dibawalah isu tak bersalam dengan lelaki bukan mahram oleh calon PAS di Tenang. Apa yang peliknya, kenyataan sinis menghina Islam ini disokong oleh sahabat ana, (malunya ana), Menteri yang lahir dari seorang pejuang PAS di Yan ini sehingga menyatakan PAS tidak pernah meletakkan calon wanita didalam pilihanraya sebelum ini. Kesian dia, macam juga Dr Mahathir, Melayu mudah lupa dan sejaranh negara pun depa sudah lupa, siapa Khatijah Sidek di Terengganu , bukankah beliau merupakan wakil PAS ketika itu?. Bebalik kepada isu Soi Lek ni, ana rasa beliau perlu dididik lagi oleh rakan yang lain, tetapi bukan UMNO oarangnya yang layak mendidik mereka ini, takut nanti tidak menemui jalan yang lurus dan benar.
Nak cakap bab Islam Soi Lek oi, bukan tanya pada UMNO, tetapi marilah belajar daripada orang yang lebih mengetahui dan mengamalkan ilmu Islam. Jangan pula nanti nak tanya bab fesyen Islam, ditanya DS Rosmah pula, nanti dia bawa DS pi ke Monaco tunjuk fesyen dedah dan hina Nabi Muhammad , dikatakan pakaian Islam. Oleh itu mulut DS Soi Lek ni kena hati-hati sikit bab Ugama Islam ni ye.
Rakyat bimbang nanti bila dah elok kes DS berlakon filem yang diakui sendiri oleh DS tu, timbul semula, susah pula nanti, nak letak muka dimana. Ketua Wanita MCA sendiri pun sanggup letak jawatan Timbalan Menteri dan Ketua Wanita yang menjanjikan habuan lumayan kerana membantah lakonan DS tersebut.
Moga kes yang melibatkan salamm dan sarong tangan ini tidak dijaja lagi oleh TPM yang ternyata telah digelembong oleh DS sorang ni.
MUAR: The Barisan Nasional Government has never questioned the loyalty of teachers, said Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Teachers, the Deputy Prime Minister said, have been committed in their duties to help the nation develop over the years.
Speaking to all headmasters and principals in Johor here, he said teachers must support the Government that was elected by the rakyat through the democratic process.
He said teachers must be totally committed towards helping the Government implement policies to improve the country's education system.
"The Barisan (Nasional) leaders are picked by the people who gave them the mandate to form the Government of the day through a democratic process.
"This means that all government machinery, including teachers, should perform their duty with total commitment," he said when launching the Johor Education Department Bangkit Guru Untuk Negara (B-GUN) or Teachers Rise For the Nation programme in Pagoh yesterday.
B-GUN is a programme aimed at lifting the professionalism, character and role of the teachers in realising the government's aspiration.
Muhyiddin, who is also Education Minister, said he did not raise the matter because Normala Sudirman, the PAS candidate for the Tenang by-election, was a former teacher.
Teachers, he added, were important to society and were highly respected by the rakyat and some were even regarded as community leaders.
He said it would be good if teachers adopted the attitude that they and government leaders were one.
"We know teachers have a responsibility to help develop the people and the nation. Let us share the task together. Let's work to make Malaysia a developed nation," he added.
Memang benar lah TS oi, kalau begini yang Kementerian harap, maka begitu jugalah apa yang harus berlaku dinegeri Pakatan, guru mesti memberi sokongan kerada " goverment of the day", kan, kan. Jadi janganlah marah nanti kalau Cikgu dapat cuti pi Muktamar PAS , atau Perhimpunan DAP atau Keadilan kerana goverment of the adalah Pakatan. Apakah Menteri akan keluarkan satu pekeliling yang menyatakan bahawa guru-guru mesti memberi komitmen penuh menyokong goverment of the day melalui apa yang tersurat selain dari apa yang sedang berlaku sekarang hanya yang tersirat. Bagaimana dengan wakil rakyat, adakah wakil goverment of the day mempunyai ases kepada semua sekolah dan berhak menjadi tetamu disekolah sebab goverment of the day dinegeri Pakatan adalah PR dan wakil rakyat adalah daripada PAS, Keadilan dan DAP.
Harap jangan jadikan janji ini hanya didalam PRK Tenang saja TS, tapi buktikan dengan perlaksanaan ya. Nanti barulah rakyat boleh percaya bahawa TPM merangkap menteri pelajaran adalah 'walk the talk'.
Kalau tindakan dikenakan kepada satu pihak, maka kepada pihak yang satu lagi juga mesti dikenakan tindakan serupa kerana melanggar prinsip tidak menyokong 'goverment of the day'.
Cuma satu pesanan kepada TS, ingat bahawa segala wang yang TS perolehi dari bajet yang dibahaskan oleh semua ahli parlimen adalah wang negara, hasil negara dan disumbangkan melalui hasil bumi Malaysia dan usaha rakyat negara ini dan cukai yang dikutip dari rakyat, dan setiap sen yang dibelanjakan adalah akan dipersoalkan dihadapan Tuhan yang maha esa dimana TS juga beriman denganNya. Jadi tanggungjawab menjawab bukanlah lagi oleh mulut yang boleh menipu, tetapi kaki tangan dan anggota badan lain yang melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Salahuddin Ayub ketika ditemu bual pada hari kedua kempen pilihan raya kecil DUN Tenang hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
LABIS, 23 Jan — PAS tidak bimbang sekiranya Barisan Nasional (BN) terus menggunakan isu negara Islam untuk meraih sokongan pengundi-pengundi di Tenang, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub hari ini. Salahuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang berkata, parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan membantu menjelaskan perkara tersebut kepada pengundi bukan Melayu di kawasan itu. "Kita tidak bimbang tentang itu (negara Islam) kerana kita dah ada satu pendekatan bahawa majoriti pendekatan dan kempen akan dihasilkan oleh PKR dan DAP. "Jadi kita tak perlu risau... kita tidak bimbang, PKR dan DAP akan bantu jelaskan," kata beliau dalam temu bual dengan The Malaysian Insider hari ini. Ini bukan kali pertama BN menggunakan isu negara Islam ketika berhadapan dengan saingan pilihan raya kecil. BN melalui parti komponennya, MCA berkata akan membawa isu-isu seperti negara Islam dan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS sejak pilihan raya umum lalu. Ini sedikit sebanyak menyebabkan Pakatan Rakyat berada dalam kedudukan defensif. Malah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek turut menimbulkan isu tidak bersalam terhadap calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman sebelum ini. Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan" masyarakat Cina di DUN Tenang. Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim. Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat. Menurut Salahuddin, Pakatan Rakyat akan memberi tumpuan terhadap isu-isu rakyat terutamanya dari aspek permasalahan rakyat di kawasan Tenang. Selain itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berkata, Pakatan Rakyat juga akan menjelaskan matlamat dan fokus sekiranya gabungan tiga parti itu memerintah negara. "Isu yang melibatkan masyarakat Melayu adalah isu-isu nasional tapi kerana kita ada tiga tanah rancangan (Felda) besar di sini, isu yang difokuskan adalah isu peneroka dan soal tanah mereka. "Seterusnya kita juga fokus kepada teras orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, ia harus dijelaskan kepada orang Melayu bahawa Pakatan Rakyat bukannya mahu mengurangkan teras orang Melayu. "Ia harus dijelaskan... ini merupakan komitmen Pakatan Rakyat dalam konvensyen yang pertama. Itu adalah perkara-perkara yang melibatkan Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan Raja-raja Melayu tidak akan terusik, malah akan dijamin oleh Pakatan Rakyat," katanya. Beliau juga menegaskan, undi penentu kemenangan bagi pilihan raya kecil itu bukan undi daripada warga Felda, tetapi adalah undi orang bukan Melayu. "Medan sebenar bukan di Felda, medan sebenar adalah 39 peratus pengundi Cina dan India. "Bagi saya Umno-BN dah terlalu selamat di Felda dan fokus ialah kepada pengundi orang bukan Melayu. "Bagi PAS, kita harus kekalkan komitmen dan janji kita, kita harapkan anjakan yang mungkin 10 peratus lagi untuk kita capai satu kemenangan," katanya. Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos. Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus). Dalam temu bual hari ini, Salahuddin turut mendakwa Mohd Azahar agak "keberatan" untuk bertanding bagi mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu. "Menurut maklumat yang saya terima, beliau (Mohd Azahar) meletakkan jawatan sebagai ADO (Penolong Pentadbir Tanah) pada Jumaat lalu. "Parti politik seharusnya memilih dari kedudukan ini (pimpinan bahagian) dan dia (Mohd Azahar) sebagai ADO bukan orang yang begitu berkehendakkan untuk bertanding. "Tapi bila dalam pimpinan bahagian tiada berkelayakan, jadi dia diminta untuk bertanding. Sebenarnya dia keberatan (mahu bertanding)," kata beliau sambil menyifatkan pemilihan Normala sebagai calon PAS-Pakatan Rakyat sebagai satu keputusan bijak. Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari kedua hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.
Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman menegaskan bahawa dakwaan zina yang dilemparkan terhadapnya adalah tidak berasas sama sekali. "Bukan satu perkara yang menghairankan kerana isu fitnah dan provokosi merupakan perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana PRK. "Serangan peribadi ini sengaja dilakukan untuk melemahkan parti lawan sedangkan hakikatnya mereka membangkitkan isu yang tidak berasas dan tidak berlaku sama sekali," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS pada Sabtu. Normala berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang dibuat di laman sosial Facebook yang menuduh beliau mempunyai skandal sebelum berkahwin dengan suaminya, Maarof Abdul Mutalib. Penulis yang dikenali sebagai 'Suara Dari Bumi' mendakwa bekas guru itu meninggalkan bekas suami pertamanya kerana mengejar harta dan kebendaan. Mengulas lanjut mengenai dakwaan penulis blog itu, Normala yang juga Ketua Muslimat PAS kawasan Labis berkata perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya dan beliau percaya Allah akan memberinya perlindungan daripada fitnah tersebut. "Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah SWT dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang," katanya. Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata isu fitnah 'zina' itu timbul sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai calon PAS. "Saya sangat terkejut dengan fitnah tersebut yang digunakan pihak tertentu untuk perang psikologi kalangan pengundi di sini. "Justeru itu persiapan mental dan fizikal telah dipersiapkan untuk menghadapi segala kemungkinan serta tidak tergugat dengan fitnah tersebut," katanya. Tegasnya, peribadi dan keterampilannya sebagai calon akan sentiasa dititik beratkan dalam memastikan imejnya sebagai wanita muslimah tidak terjejas. Normala turut menggesa mereka yang terlibat dalam fitnah segera meminta maaf kepadanya kerana telah membuat tuduhan palsu tanpa bukti kukuh.
LABIS: Presiden Makkal Sakthi, Kannan Ramasamy menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat pada kempen pilihan raya kecil (PRK) Tenang. "Kita sokong Pakatan Rakyat. Tenang adalah platform untuk kita melakukan perubahan. Sebelum ini, kita ambil sikap berkecuali tetapi memikirkan negara akan menghadapi pilihan raya umum ke-13, kita perlu mengambil pendirian. "Berdasarkan maklum balas akar umbi parti, kita selesa dan mesra untuk bekerja bersama Pakatan Rakyat," katanya kepada KeadilanDaily.com selepas program jamuan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan masyarakat India Tenang di Pekan Labis. Kannan turut mengakui Makkal Sakthi menghadapi pergolakan dalaman sebelum ini, apabila bekas Presidennya, R S Thamendran didakwa 'menjual' parti itu kepada Barisan Nasional (BN). Justeru, katanya, jawatankuasa siasatan yang terdiri daripada tujuh anggota sudah membatal keahlian Thamendran. Kannan mendakwa BN melalui pengaruh Thamendran hanya berminat untuk mengambil alih kuasa dan kepimpinan tetapi mengabaikan perjuangan parti. Beliau berkata, Tenang adalah kerusi DUN yang signifikan memandangkan komposisi masyarakat India berjumlah 12 peratus dan banyak isu masyarakat belum diselesaikan. "Pada pilihan raya umum ke-12, kira-kira 55 peratus kaum India Tenang menyokong BN kerana 'tsunami politik' belum sampai. Tetapi selepas itu, barulah mereka menyedari keperluan untuk berubah," katanya. "Bila kita (Makkal Sakthi) kembali ke sini, sambutan orang India cukup memberangsangkan ," katanya yang memaklumkan, antara isu pokok yang dihadapi kaum India ialah isu pekerjaan. Mengikut statistik yang diperolehinya, beliau berkata, 20 peratus daripada mereka terpaksa berhijrah termasuk ke Singapura dan Johor Bahru akibat dari kekurangan peluang pekerjaan. "Mereka tidak lagi bekerja di ladang dan estet kerana ia diusahakan syarikat besar dengan mengambil pekerja India, Bangladesh dan Indonesia. Jadi, generasi kedua tiada peluang pekerjaan," katanya.
Inilah hasil dari keiklasan memperjuangkan Islam dan ketuanan melayu. Inilah bakal menjadi pemimpin ketuanan melayu di Malaysia.
Kazim Elias dengan Lebai Jamil tentu boleh keluar fatwa pasai anak pemimpin ketuanan melayu ni. Kazim elias benci kat cina. Ini tentu cina punya kerja yang ajar anak ketuanan melayu ni jadi macam ni. Lepas ni Kazim elias boleh la bawak cerita cina ajaq orang melayu telanjang dalam kuliah dia.Pakcik dan makcik boleh pakat sama2 maki cina dengan ustad kesayangan depa tu.
Atau ini mungkin juga puak syiah yang ajar. Syiah ni memang jahat sebab suka lawan amerika. lawan amerika hukumnya haram sebab Amerika kawan dengan parti Lebai Jamil.
Mungkin bagi sesetengah penyokong ketuanan Melayu Umno, tiada apa2 kesalahan gambar2 ini..tidak salah berpesta dengan cara sebegini, bercampur perempuan lelaki, mendedahkan aurat dan berpakaian seksi..
Yang penting, KETUANAN MELAYU terjaga..itu yg mesti dijaga dan dipertahankan...yg lain, tak penting..!
Akhir kalam...hidup Ketuanan Melayu!!!!..Hidup Umno!!!!
nota: kalau lu nk tahu anak sapa kt atas tu..lu msj gua je.. identiti pemilik gmbar tidk boleh didedahkan secara umum.. bak kata haramsani... mengaibkan insan lain adalah dosa besar.. nescaya tempatnya bersama ahli barisan neraka (BN).. kahkahkah
LABIS - Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja menghadapi masalah calonnya yang dikatakan kurang mendapat sokongan padu Umno Bahagian Labis tetapi kurang juga penglibatan anak-anak muda serta masyarakat tionghua.
Tinjauan Skuad Buletinonline mendapati pada hari penamaan calon penyokong BN lebih dimonopoli oleh golongan wanita serta warga emas.
Malah, perarakan calon BN, Mohd Azhar Ibrahim ke pusat penamaan calon hanya diiringi oleh 5,000 orang penyokong yang 'diimport' serta dibayarnya.
Kebiasaannya, perarakan calon BN juga diiringi dengan pelbagai acara sampingan termasuk paluan kompang serta peralatan hiburan bagi menaikkan semangat para penyokongnya.
Tetapi, kali ini sangat berlainan dan suasananya hambar yang membosankan para penyokong Umno-BN serta kelihatan lebih awal meninggalkan lokasi perhimpunan tersebut.
Manakala, di pihak PAS pula sokongan golangan muda lebih menonjol dengan kehadiran lebih 20,000 penyokong yang mengiringi calon ke pusat penamaan calon di Dewan Majlid Daerah Labis, dekat sini.
Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat mula berkumpul seawal jam 7.00 pagi serta menunaikan solat hajat pada jam 7.30 pagi di satu kawasan lapang di Pekan Labis.
Kelihatan para penyokong PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP begitu bersemangat termasuk di kalangan masyarakat setempat.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan calon, Normala Sudirman yang disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya adalah satu pembaharuan yang julung kali ada dalam sejarah pentadbiran negara.
"Perkara ini boleh disifatkan sebagai tindakan tiada adab dan biadab dalam isu pentadbiran negara," kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.
Khalil memberi respons dengan menjelaskan bahawa pejabat rasmi Rosmah yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen.
Tambahnya, bahagian FLOM adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.
"Dia isteri PM, jadi dia tidak perlu bekerja untuk sara keluarga, malah PM sudah ada menterinya yang lengkap dengan jabatan bagi mengurus tadbir kerajaan, Rosmah tidak diperlukan, dia tidak lebih dari mendampingi PM dalam majlis rasmi seperti amalan isteri PM sebelum ini. Dan jangan nak jadi menteri dan lakukan sesuatu yang tidak masuk akal," katanya yang juga Adun Titi Serong.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Rosmah menghadiri dan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kompetensi Guru Dalam Membentuk Generasi Akan Datang' pada Persidangan Antarabangsa Pertama anjuran Kementerian Pendidikan Arab Saudi minggu lepas.
"Menteri-menteri yang dilantik dalam kabinet Najib seolah-olah sudah hilang peranan. Siapakah Menteri Pelajaran? Mengapakah semudah itu dan tanpa ada rasa bersalah dia melakukan kerja-kerja menteri berulang kali?" soal beliau.
Beliau juga menyifatkan Malaysia sudah mempunyai kerajaan yang layak diberi jolokan sebagai kerajaan suami isteri.
"Suatu yang amat memalukan jika perkara ini sampai ke pengetahuan rakan-rakan dari negara luar, Malaysia dilihat bercelaru apabila isteri PM melakukan kerja-kerja menteri kabinet," ujarnya.
Justeru, ujarnya ahli-ahli Umno khususnya wajar berfikir kembali mengenai taat setia mereka terhadap BN.
"Sanggupkah anda melihat negara luar terus mentertawakan Malaysia tercinta disebabkan pemimpin BN berkelakuan pelik dan aneh," soalnya.
Beliau berpandangan bahawa kerja Rosmah hanya boleh dihentikan dengan mengalahkan BN dengan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memulihkan imej negara pada PRU13 nanti.
Katanya lagi, apabila Najib terus berkuasa selagi itu Rosmah akan mengganggu pentadbiran negara.
Markom menimbulkan kontroversi awal bulan ini apabila kegiatannya berkempen untuk BN di Tenang dirakamkan dan disiarkan melalui Youtube.
Dia bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa beliau hanya mahu mengenalpasti kecenderungan politik para guru untuk memastikan mereka "menyokong dasar kerajaan".
Kata Markom, beliau tidak berkempen tetapi berucap kepada kakitangan bawahannya dan tindaklan itu merupakan "hak kami untuk mengenalpasti (parti politik) yang guru kami sokong,".
Tambahnya lagi, jika guru-guru didapati menentang kerajaan, maka mereka akan dihantar mengikuti kursus supaya mereka faham bahawa sebagai kakitangan awam, mereka tida boleh menentang dasar kerajaan.
Markom menjelaskan bahawa sebagai kakitangan awam, mereka merupakan pelaksana dasar kerajaan dan kerana itu, mereka mesti mengikuti apa sahaja dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah.
Katanya, mereka makan gaji dengan kerajaan dan oleh itu, mereka tidak seharusnya menentang kerajaan, tetapi mematuhi apa juga dasarnya.
Akibat tindakannya itu, PAS Johor pada 7 Januari lalu, membuat laporan polis mendakwa Pengarah Pelajaran Johor itu mengajak pengetua dan guru sekolah di sekitar DUN Tenang merayu undi untuk membantu BN dalam pilihan raya kecil hujung bulan ini.
LABIS, 23 Jan: Kenyataan tidak konsisten Datuk Seri Najib Razak berhubung beberapa isu besar negara menunjukkan Perdana Menteri itu banyak dolak dalih, kata AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar.
Beliau memberi contoh, Najib ketika mula memegang jawatan Perdana Menteri ada mengumumkan bahawa zaman kerajaan tahu semua perkara sudah berakhir.
Namun apa yang dihairankan katanya, dalam isu debat dengan Datuk Seri Anwar, Najib mendakwa beliau selaku perdana menteri tahu semua benda dan tidak takut dengan Anwar.
"Bila Najib jadi PM dulu, dia umum zaman kerajaan tahu semua sudah berakhir.
"Kononnya beliau merendah diri dan menghormati pihak lain yg juga berpengetahuan.
"Tapi berbeza dalam isu debat, beliau secara terbuka menjawab dengan angkuh, "saya perdana menteri saya tahu semua perkara," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat, berkata demikian ketika ditemui di pusat penamaan calon PRK Tenang semalam.
Tambahnya, Najib sekali lagi membuka pekung dirinya apabila tidak mahu merespon berhubung dakwaan penyeludupan wang secara haram ke luar negara yang dianggar bernilai lebih RM67.7 bilion.
Najib sebaliknya hanya mahu pihak Bank Negara Malaysia membuat ulasan berhubung perkara itu. Terdapat laporan berita yang mengatakan Malaysia menduduki tempat kelima di kalangan negara-negara yang mencatatkan pengaliran keluar wang haram paling banyak.
Laporan tersebut didakwa berdasarkan laporan oleh badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI).
Menurut laporan itu pengaliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion (US$22.2 bilion) yang, lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (US$68.2 bilion).
"Beliau bukan seorang yang konsisten. Hanya bercakap untuk lepaskan diri sahaja," kata Kamaruddin.
Sehubungan itu, beliau mahu Najib sekali lagi menyatakan pendirian beliau terhadap cabaran debat yang dibuat Ketua Umum PKR itu.
Memulakan kempen pertamanya dalam pilihan raya DUN Tenang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas mahu berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung rancangan 100 Pakatan Rakyat sekiranya menawan Putrajaya.
Mengulas sindiran Najib bahawa Anwar akan demam, dengan nada tegas, ketua pembangkang membidas bahawa beliau akan tetap hadir walaupun diserang penyakit itu.
"Kenapa (beliau) tidak mahu (berdebat)? Kenapa tidak berani? Kenapa menjawab dengan menghina saya. Oh, kalau saya jawab, saya ada maklumat, saya akan londehkan Anwar dan demam," katanya Anwar mengajuk kenyataan Najib.
"Tak apa, saya telan Panadol, kita debat. Tak apa, deman pun saya akan hadir. Demam pun saya mampu debat. Insya-Allah," katanya sewaktu menyampaikan ucapan sulungnya di Felda Tenang malam semalam.
Malah katanya, sekiranya Najib yang juga presiden Umno memilih tidak bercakap berkaitan ekonomi dan menyentuh peribadi, beliau juga bersedia menyahut cabaran tersebut.
"Oh Anwar ini, akhlak rendah, peliwat, ya, tak mengapa tapi bawa bukti. Saya (juga) nak sebut cerita rampas bini orang, saya nak sebut pasal rasuah RM500 juta, saya nak sebut pasal pembunuhan Altantuuya, jawab.
"Saya nak tanya, saya tak mahu buat tuduhan. (Kita) nak tengok siapa kena londeh," sindirnya disambut dengan gelak ketawa kira-kira 250 hadirin yang hadir di Felda Tenang.
'Rais, Allah bayar tunai'
Anwar berkata demikian bagi membalas kenyataan Najib yang menggesa Anwar terlebih dahulu 'menyelesaikan masalah peribadinya' khususnya tuduhan liwat sebelum campur tangan dengan urusan lain.
Sebelum ini Anwar mengutarakan cadangan debat apabila apabila perdana menteri memperlekeh rancangan reformasi 100 hari Pakatan sekiranya berjaya berkuasa di peringkat pusat.
Dalam ucapan di Felda tersebut, Anwar turut menyindir Menteri Komunikasi, Kebudayaan dan Warisan Datuk Seri Rais Yatim yang dikatakan merogol, seperti yang 'didedahkan' WikiLeaks.
"Saya tuduh dia? Tidak. Ini (pendedahan) WikiLeaks. Ada siasatan dahulu tetapi siasatannya sekarang ditarik. Itu soal dia.
"Tapi saya nak tunjuk, kamu rasa bagaimana pedihnya bila diaibkan, difitnah, dimalukan di khalayak umum," sindir Anwar.
"Kamu tolong sebarkan, sekarang dengan sendirinya tercampak dan terpalit ke muka kamu," tegasnya Anwar sambil mendakwa sebelum ini Rais didakwa pernah menuduhnya seorang yang "rendah budi pekerti dan akhlaknya".
Sehubungan itu, Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri mengingatkan hadirin supaya jangan bersikap takbur dengan orang lain kerana Allah akan membayar "tunai" kepada perbuatannya.
Nampak sungguh dugaan ku benar belaka. Kempen boikot calon BN sedang berjalan didalam senyap di Tenang. Sumber risikan meng'sah'kannya. Bab boikot memboikot UMNO memang terer. Sama terer dengan blogger puaka mereka yg kuat mencarut lucah. Tak percaya ? Sepak punggung Gomo dan Parpu Kari lepas tu tunggu apa wirid yg keluar dari mulut mereka, sama sepesen dengan apa yg mereka tulis di blog.
Yang GEMPAR BERAPI di hari kedua kempen ialah,
1. Muhyiddin sedang kepanasan, calon BN Azahar@Tok Ai makin lelah kerana salah laku beliau ketika menjadi ADO berkaitan tanah akan dibongkar blogger PR petang ini juga.
2. Blogger UMNO mula cirit-cirit di Tenang, semua pasal memperlecehkan doa orang islam PAS. Selanjutnya baca dibawah :
[..] Serius aku kata puak-puak blogger pencacai (baca blogger UMNO) memang takut dengan doa 'power' atas lori ni, tapi tak sangka puak-puak tu ada jugak sikit iman dalam hati depa. Percaya jugak rupanya mereka dengan kuasa doa. Aku ingat dah takdak langsung iman. Pasalnya kalau tengok cara mereka tulis dalam blog memang nampak macam orang yang takdak iman. Maki dan mencarut dah jadi macam zikir harian.
Takut jugak rupanya mereka dengan doa orang PAS. Tapi tak heran juga pasal memang ramai orang yang wara' dalam PAS. Kalau banding orang PAS dengan orang UMNO dari segi wara' memang jauh beza. Mungkin macam langit dengan bumi.
Yang kesiannya, puak-puak ni macam tak faham bahasa melayu. Kalau billboard tu tulis dalam bahasa arab tak heran la kalau mereka tak faham, ini ditulis dalam bahasa melayu, takkan tak faham jugak. Tapi tak mustahil la juga, macam parpukari tu tak faham mungkin pasal dia sebenarnya bukan melayu, cuma melayu celup pasai nak masuk UMNO, geng Eee macam yang Tukartiub selalu tulis tu.
Pelik pulak tengok puak-puak bangang ni dalam memahami erti doa itu minta hancurkan orang Umno, padahal jelas dalam doa tu minta dihancurkan UMNO, bukan ahli UMNO. Takkanmereka tak faham dan beza antara ahli UMNO dengan parti UMNO.
Ataupun mereka ada iktiqad lain, kalau UMNO mampus mereka ikut mampus sama. Mungkin betul juga pasal puak-puak ni memang selama ni cari makan ikut UMNO. Kalau UMNO mampus mereka nak cari makan macamana lagi ? Pasal apa ? Pasal 'tuhan' yang bagi depa rezeki dah mampus.
Terbaru,usaha memburukkan Pas dilakukan dengan insiden calar keretadan membakar bendera.Tindakan seperti ini adalah taktik lama yang sentiasa digunapakai kembali.Kononnya kereta Puteri Umno telah diguris dan laporan polis telah dibuat.
Hari ini pula,Anak Mat Maslan cuba menjadi hero dengan menunjukkan kononnya ada pihak yang telah membakar bendera BN sehingga menjadi abu.
Sesuatu yang mudah untuk diteka,siapa lagi "pihak" yang dimaksudkan oleh Umno itu?Ini adalah taktik lama yang boleh dibaca.Pas juga boleh membakar bendera dan menuduh ada pihak yang membakar bendera Pas.
Tetapi,kerana kita boleh berfikir maka tindakan tersebut tidaklah pula dibuat.Pun begitu,isu ini akan menjadi kempen Umno di Tenang untuk memburuk-burukkan Pas dalam kalangan pengundi.Pengundi bandar mungkin boleh faham,tetapi bagaimana pula dengan pengundi felda dan kampung?Tentunya akan ada yang termakan taktik jahat seperti ini.
report kereta puteri umno
POSING PUNYA MASUK B. HAIRAN
Ini bukti Umno bakar bendera sendiri semasa PRK Bukit Gantang.
Tapi sampai bila PR nak sabar, jadi aduan dibuat. Tup-tup petang semalam heboh umno kata bendera depa kena bakar. Jadi depa pun buat aduan, nak tutup la kerja jahat umno buang poster calon bulan. Nak kata PR pun jahat bakar bendera kati.
Namun Allah Maha Kaya, umno tak tahu bahawa semasa tengah bakar bendera bn. Petugas PR lalu kat situ, jelas yang bakar bendera bn tu kerja orang umno sendiri. Nak tipu macam mana plat kereta depa dah diambil petugas PR. Aduan sudah dibuat oleh Ketua UPU.
Sampai macam tu sekali, pemimpin umno ajar anak buah mereka buat kerja kotor. Sebenarnya umno kat kampung penulis semakin terdesak. Walaupun UPU Kampung penulis tu pengundinya paling sikit dalam DUN Sepetang. Tapi kempen PR dari hari ke hari merisaukan umno.
Kelemahan kerajaan PAS Kelantan akan didedah di Tenang
BACHOK, 23 Jan — Badan Perhubungan Umno Kelantan akan mendedahkan kegagalan kerajaan PAS Kelantan membangunkan negeri itu walaupun diberi peluang selama 20 tahun memerintah Kelantan.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin (gambar) berkata pendedahan yang akan dibuat pada kempen pilihan raya kecil Dewan Udangan Negeri (DUN) Tenang itu adalah bagi memastikan rakyat di kawasan itu tidak terpengaruh dengan dakyah yang ditabur parti itu.
"Seramai 20 tenaga yang berpengalaman akan dihantar ke DUN berkenaan bagi membantu Umno Johor sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pengundian 30 Jan ini.
"Antara perkara yang akan diceritakan ialah isu air, jalan, perparitan, banjir dan kepincangan dalam perlaksanaan projek ladang rakyat yang menjadi kebanggaan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan ramah mesra dengan nelayan Pangkalan Petah, di sini hari ini.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Sulaiman Taha bulan lepas. Pada pilihan raya kecil itu, calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azhar Ibrahim akan ditentang calon PAS Normala Sudirman
Putrajaya perlu siasat aliran keluar wang haram RM888b, kata DAP
Lim kecewa "lanun darat" dibiarkan bergerak bebas di Malaysia. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 23 Jan — DAP menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) tampil memberi penjelasan berhubung skandal aliran keluar wang haram berjumlah RM888 bilion (AS$291 bilion) yang direkodkan sepanjang tahun 2000 dan 2008.
Berdasarkan laporan badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI) baru-baru ini, Malaysia berada di tempat kelima dalam senarai negara yang terlibat dalam aliran keluar wang haram sepanjang tempoh tersebut.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pihaknya kecewa kerana "lanun darat" dibenarkan bergerak bebas di negara ini, sekali gus menyebabkan wang sejumlah dibawa keluar secara tidak sah.
"Mana-mana kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab, yang berintegriti akan dengan segera menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat skandal aliran keluar wang RM888 bilion secara haram ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Bank Negara Malaysia akan membuat ulasan khas tentang laporan berita yang mengatakan Malaysia menduduki tempat kelima di kalangan negara-negara yang mencatatkan pengaliran keluar wang haram paling banyak.
"Boleh ada banyak sebab, tetapi biarlah Bank Negara yang membuat komen khas tentang itu," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Menurut laporan GFI, aliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) yang, lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (AS$68.2 bilion).
GFI mendefinisikan aliran keluar wang haram sebagai pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan diperoleh.
GFI menyenaraikan China berada di tangga teratas di kalangan 125 negara membangun manakala Filipina pula di tangga ke-12.
Dalam kenyataannya, Lim berkata perkembangan itu memperlihatkan kurangnya penguatkuasaan dan usaha menegakkan lunas perundangan dan mengatasi budaya rasuah, yang sekali gus menghakis keyakinan dalam pasaran modal.
"Yang jelas, bukan sahaja Petronas malah BN juga mesti tampil bersih dalam skandal aliran keluar wang haram dalam jumlah yang besar," kata Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan MP.
Malah laporan itu berkata, diskriminasi dalam pasaran pekerjaan juga faktor menyebabkan migrasi dan aliran keluar wang haram.
"Yang menyedihkan, kehilangan bakat modal insan Malaysia bukan sahaja memalapkan masa depan kita, tetapi juga menjadikan kita miskin," kata Lim.
Kini terdapat kira-kira 700,000 rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di negara lain, dengan separuh daripada mereka di Singapura.
Malah GFI juga berkata, peningkatan tahap ketelusan dalam sistem kewangan global juga penting demi mengurangkan aliran keluar wang haram.
Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menekankan bahawa pentadbiran kerajaan negerinya yang berlandaskan slogan cekap, akauntabiliti dan telus telah membawa kepada pengiktirafan Ketua Audit Negara menerusi laporan 2009.
Oleh itu kata beliau, keengganan BN untuk menjelaskan skandal aliran keluar wang haram kemungkinan boleh menyebabkan Malaysia muflis menjelang 2019.
Katanya, jika RM888 bilion disalurkan kepada 27 juta penduduk negara ini, bermakna setiap rakyat dapat memperoleh RM33,000 sepanjang sembilan tahun 2000 dan 2008.
Cuba pertimbangkan berapa kali sehari anda memaksa diri anda untuk mengingati sesuatu? Sejak daripada bangun dari tidur, terdapat banyak isu yang anda penuhkan dalam minda anda. Anda akan mencatatkan nota atau meletakkan peringatan di mana-mana supaya tidak terlupa tentangnya. Untuk itu, mengingati bahawa ianya akan terlupa, sudahpun merisaukan anda. Andaikata anda sebenarnya sudah terlupa akan sesuatu yang lebih besar daripada perkara lain dalam hidup anda?
Tujuan kami menulis buku ini adalah untuk mengingatkan anda tentang isu dalam kehidupan anda yang sangat penting. Jangan sesekali lupakan itu. Mengingati perkara yang akan diingatkan dalam buku ini akan memberikan anda nilai yang tidak terukur lebih daripada terlupa apa yang anda hendak ingati sepanjang hari, tidak kira bagaimana bernilaipun isu itu kelihatan.
Tujuan buku ini adalah untuk mengingatkan anda tujuan kewujudan anda di dunia ini. Kami merasakan adanya keperluan ini kerana manusia adalah pelupa. Asyik dengan rutin harian, kecuali sekiranya dia inginkan yang lain, dia akan dengan mudah teralih daripada isu sebenar yang mana dia sebenarnya perlu memberi perhatian.
Dia akan dengan mudah akan melupakan Allah berada di sekelilingnya, yang Allah melihat setiap perlakuannya, mendengarnya dan suatu hari nanti akan memberi laporan akan segala tindakannya kepada Allah. Dia mungkin terlupa tentang kepastian tentang mati, kubur, syurga dan neraka, yang tiada apa yang akan berlaku selain daripada atas kehendak Allah, dan terdapat sebab di atas setiap sesuatu.
Manusia terdorong kepada kealpaan. Dalam kealpaan, mereka akan terlupa untuk mengingati tujuan kehidupan, dan oleh itu, mula gagal untuk mengawal dirinya secara betul dan mula melakukan kesalahan.
Bagi orang yang ikhlas, kealpaan begitu tidak berlaku lebih daripada sesaat; sampai masa dia menyedari kesalahannya, dia akan segera meminta ampun, kembali kepada Allah dan terus menghayati batas-batas yang telah ditetapkan ke atasnya. Penganut berdoa kepada Allah dalam cara berikut:
...Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami terlupa atau kami tersalah! (Surah al-Baqara: 286)
Jenis yang kealpaan ini bermaksud, kealpaan biasa yang kita alami dalam kehidupan seharian kita. Manusia ini, secara semulajadinya adalah pelupa dan cenderung untuk melakukan kesalahan. Walaubagaimanapun, jenis kealpaan yang diterangkan dalam buku ini adalan jenis yang menyumbang kepada kekakuan semangat, tidak prihatin dan tidak memberi perhatian, walaupun fakulti minda seseorang membenarkan mereka untuk menyambung rutin seharian.
Jadi, apa yang manusia abaikan lalu ia terlupa perkara penting ini?
Tidak dinafikan bahawa perkara paling kritikal terhadap manusia ialah kecenderungan untuk melupakan kewujudan Penciptanya dan tanggungjawab terhadapNya. Realiti tentang keabadian hidup yang akan dihabiskan sama ada di dalam Syurga ataupun Neraka. Kewujudan api neraka dan keabadian nikmat syurga adalah pasti seperti mana anda sedang membaca muka surat ini.
Walaubagaimanapun, selain daripada pengetahuan tentang kebenaran ini, mereka yang membenarkan diri mereka menjadi lupa, telah menjadi seorang yang tidak prihatin, dan dengan salahnya telah menganggap malah dengan sengaja melupakan perkara-perkara tersebut akan membantu mereka mengelakkan perkara kebenaran.
Namun, bolehkah manusia mengelakkan tanggungjawabnya daripada melupakan perkara itu? Pastinya tidak! Manusia bertanggungjawab kepada Allah, Penciptanya. Lambat laun mereka akan merasa mati dan akan dipanggil untuk dihisab dengan kehadiranNya, bersendirian. Akbibat daripada hisab tadi, manusia akan sama ada ditempatkan di syurga ataupun neraka selama-lamanya.
Quran menyatakan
"Kami tidak mencipta syurga dan bumi dan segala-galanya diantaranya sebagai permainan." (Surah Al-Anbiya':16).
Tiada makhluk atau manusia yang diciptakan tanpa tujuan. Manusia tidak dibiarkan sebagai dirinya sendiri tetapi diciptakan untuk "menyembah Allah" (Surah Adh-Dhariyat: 56).
Walaubagaimanapun, jika dia menjadi alpa dengan rutin harian dan gagal untuk melaksanakan tugasnya mengikut kebijaksanaan, jadi dia akan lupa tentang kebenaran. Hanya bagi mereka yang berfikir secara mendalam setiap perkara dan ciptaan sekeliling mereka yang akan mendapat kesimpulan penting ini.
Bertafakur tentang ciptaan dirinya sendiri akan membuatakan mereka sedar akan bantuan Allah padanya. Ini akan seterusnya menjadikan dia sedar akan keperluan untuk melakukan usaha yang serius untuk menunjukkan ketaatan terhadap Penciptanya. Pada mulanya, dia tiada kemudian bermula hidup sebagai satu sel yang tidak nampak oleh mata kasar.
Sel ini membahagi menjadi berbillion kali ganda dan seterusnya membesar menjadi manusia dan dilengkapi dengan organ. Apa yang lebih penting, ciptaan itu memerlukan kehidupan, jiwa meskipun ia tidak menjadi apapun.
Setitis mani berkembang menjadi ketulan, kemudian menjadi hidupan, dan dapat menikmati fakulti pemikiran dan bercakap. Hanya Tuhan yang menciptakan manusia daripada tiada. Bagaimanapun, ada manusia yang terlupa akan ciptaan mereka dan membuat alasan yang tidak berguna dan berani menafikan Allah.
Dan dia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh? Katakanlah: Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk. (Surah Ya Sin: 78-79)
Jika anda terlalu takut untuk menjadi tidak bersyukur, anda perlu berhenti daripada dipengaruhi oleh pemikiran seharian. Ini kerana, hanya orang yang bersungguh-sungguh saja sentiasa memenuhi fikirannya tentang Tuhannya. Begitu juga jika dia sedar tentang tanggungjawab terhadap Tuhan, jika dia ingat bahawa dunia ini adalah tempat yang sementara dan nanti dia akan dihisab akan apa yang dilakukan di atas dunia.
Ironinya, tiada isu yang dibincangkan di dalam buku ini apabila anda selalu kata, "lebih baik saya tidak lupakan.". Tidak, anda mesti tidak melupakan sepatah pun daripadanya. Hanya dengan mengingatinya anda akan menyembah Allah dan mendapat rahmatNya. Yang lebih penting, jangan lupakan ia adalah satu-satunya jalan untuk menyelamatkan diri daripada api neraka, di dunia dan akhirat.
Allah menunjukkan dua jalan yang Dia menguji anda. Anda berhak membuat pilihan, tapi ingat yang salah satu jalan ini membawa kepada hukuman yang abadi manakala yang satu lagi akan membawa kepada puncak kebahagian yang abadi.
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan. Maka tidakkah sebaiknya (dengan harta itu) ia menempuh jalan yang mendaki lagi sukar? Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? (iaitu) melepaskan budak dari perbudakan. Atau memberi makan pada hari kelaparan. (kepada) Anak yatim yang ada hubungan kerabat. Atau orang miskin yang sangat fakir. Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. Mereka (orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri. Mereka berada di dalam neraka yang ditutup rapat. (Surah al-Balad: 10-20)
1. Dilaporkan ini adalah kali pertama dalam sejarah perhimpunan politik paling ramai di wilayah Selatan tanah air, negeri Johor Darul Takzim..hampir 80 ribu berkumpul dalam satu-satu masa oleh kedua-dua belah pihak (PR/BN)..
2. PAS/PR mencatat sejarahnya tersendiri apabila mampu menghimpunkan hampir 50 ribu peyokong di negeri Johor, sebuah negeri jajahan takluk Umno sejak sekian lama (kubu kuat BN)..ia sesuatu diluar jangkaan..lokasi tempat berkumpul penyokong PR melimpah ruah sehingga beberapa kilometer..(rujuk video di bawah)
3. Rekod hadirin penamaan calon kali ini hampir menyamai rekod terbesar penamaan calon di Malaysia iaitu di PRK Permatang Pauh, PRK Bukit Gantang, dan PRK Kuala Terengganu..puluhan ribu penyokong PAS-PKR-DAP (Melayu-Cina-India) menghadiri hari penamaan calon sebagai bukti sokongan padu kepada calon PAS!
4. Soal menang atau kalah itu soal kedua, apa yg penting dari ini ialah semangat yg ditonjolkan oleh penyokong ini baik dari dalam dan luar menunjukkan mereka benar-benar mahu perubahan pada PRU ke 13 nanti..mereka mampu hadir tanpa sebarang bayaran dan paksaan..ia juga sebagai proses tarbiah ahli/penyokong parti untuk jangka masa panjang..fikir2kan..wallahua'lam..
p/s: Lagi gambar dan video akan menyusul..sila refresh..
Penglibatan muslimat dalam gerakan dakwah dan perjuangan menegakkan kalimatul haq di atas muka bumi ini bukan perkara baru. Malah ia berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi.
Contoh yang ditunjukkan oleh muslimat terdahulu seperti isteri pertama Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah menjadi wanita pertama yang menyahut seruan Iman. Seorang yang cukup setia menemani baginda dalam susah dan senang , tidak pernah berhenti berusaha menenangkan hati baginda, menjadi penyokong dan sumber kekuatan yang kuat kepada baginda. Saidatina Khadijah....... yang asalnya dari golongan bangsawan yang mempunyai harta yang banyak, menjadi sumber kewangan kepada perjuangan Islam ketika itu atas sifatnya yang sangat pemurah. Sehingga diriwayatkan, di akhir hayatnya, tidak ada harta yang tinggal padanya, semuanya diinfakkan ke jalan ALLAH SWT. Kewafatan Saidatina Khadijah membuatkan Rasulullah SAW berduka kerana kehilangan seorang isteri yang setia, pembantu dan pembela baginda dalam melanjutkan tugas dakwah yang suci ini. Kata baginda;
"Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku tatkala orang lain mengingkariku, dia membenarkan aku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku tatkala orang lain menghalang aku, Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya tatkala aku tidak dapat daripada perempuan-permpuan lain (isteri-isteriku)"
Begitu dalamnya cinta dan sayang baginda kepada Saidatina Khadijah. Saya pasti, sukar untuk kita mencari wanita sehebat beliau dalam sejarah perjuangan muslimat hari ini.
Sejarah tidak melupakan kehebatan seorang wanita yang hebat dalam ilmu Al-Quran, hadis, ilmu fiqh, sejarah dan juga Bahasa Arab, iaitu juga salah seorang isteri baginda Rasulullah yang dikahwini pada usia yang begitu muda, Saidatina Aisyah r.a. Abu Burdah bin Musa dari ayahnya ada menerangkan bahwa ; "setiap sahabat yang menemukan kesulitan dan bertanya kepada Aisyah r.a pastilah mereka mendapat jawapan yang mantap dan ilmiah.." Tercatat juga dalam sejarah bahawa Saidatina Aisyah r.a adalah termasuk salah seorang daripada 7 orang Majlis Syura. Kehebatan Saidatina Aisyah r.a dalam bidang ilmu banyak membantu baginda dalam menyampaikan risalah dakwah terutamanya dikalangan kaum wanita.
Saya tampilkan juga seorang lagi pejuang muslimat yang cukup tegar di medan peperangan,penuh keberanian, Nusaibah binti Ka'ab. Nusaibah antara wanita yang ikut sama di dalam perang Uhud, yang tugasnya memberi minum kepada muslimin yang berperang dan terluka di siang hari. Namun di saat genting, ketika tentera muslimin dalam porak poranda akibat tidak mengikuti arahan baginda Rasulullah, beliau segera mendekati Rasulullah dengan pedang dan anak panah sebagai pelindung kepada baginda. Di dalam peperangan ini, dengan keberanian yang ada pada Nusaibah, beliau telah mendapat luka yang teruk di seluruh badannnya di mana luka itu mengambil masa selama satu tahun untuk sembuh. Nusaibah sehingga kini disebut sebagai Srikandi Perisai Nabi.
Seorang lagi srikandi yang saya suka untuk kongsikan di sini iaitu, Sumayyah, orang pertama yang bergelar syahid. Kerana teguh dengan keimanan, beliau diseksa dengan begitu kejam sekali oleh Abu Jahal. Beliau dipakaikan baju besi dan dijemur dibawah terik panas matahari yang membakar. Kerana keteguhan inilah, Abu Jahal telah merejam beliau dengan tombak sampai mati. Teringat saya akan bait-bait indah dalam lagu yang disampaikan oleh kumpulan Hijjaz akan perjuangan syahidah pertama ini.
Sabarlah keluarga Yasir bagimu Syurga di sana Dan kau pen tega memilih syurga Walau terpaksa berkorban nyawa Lalu tombak yang tajam menikam jasadmu yang tiada bermaya Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah
Darahmu menjadi sumbu pelita iman Sumayyah kau lambang wanita solehah Tangan yang disangka lembut menghayun buaian Menggoncang dunia mencipata sejarah
Bait lagu ini pernah menanam satu semangat dan keinginan yang tinggi dalam hati dan jiwa saya untuk menjadi seorang insan yang berbakti kepada agama selama kehidupan ini.
Ramai lagi pejuang muslimat yang boleh dijadikan contoh dan ikutan kita di zaman ini. Cumanya, saya tampilkan empat srikandi ini untuk saya rumuskan beberapa perkara.
Pertama, seorang isteri itu perlu ada kesetiaan dan rela hidup bersama dengan suami dalam senang dan susah. Tidak kira dalam kondisi dia seorang yang berkerjaya, yang lebih tinggi gajinya daripada suami, ataupun yang mempunyai pangkat yang tinggi dalam jamaah berbanding suami. Kesetiaan ini, mampu memberi impak yang tinggi kepada si suami dalam meneruskan perjuangan seperti setianya Saidatina Khadijah kepada baginda Rasulullah SAW. Susah senang suami dapat dirasai bersama oleh isteri dan sentiasa berada di sampingnya untuk memberikan semangat kepada suami.
Kedua, seorang isteri perlu ada kemahiran psikologi yang baik. Ilmu kejiwaan ini sangat membantu dalam kehidupan suami yang berada dalam gerakan dakwah ini. Mereka yang berjaya menguasai ilmu psikologi ini dapat membantu suami dalam perjalanan dakwah dengan tenang di samping pertolongan dari ALLAH.
Ketiga, kepentingan ilmu. Muslimat yang ingin berada dalam gerakan dakwah, perlu ada ilmu. Agar perjuangannya mempunyai sandaran dan asas. Imam Hasan Al-Banna sendiri meletakkan rukun pertama dalam arkanul bai'ah ialah FAHAM. Untuk memahami, muslimat harus dilengkapkan dengan ilmu dan menyampaikan juga berdasarkan ilmu. Sebagaimana Saidatina Aisyah r.a yang menjadi gedung ilmu, begitulah juga muslimat pada hari ini. Yusuf Qardhawi menyebut, adalah wajib bagi setiap wanita terhadap orang tuanya, anak-anaknya, serta kawan-kawan sejantina dengannya, untuk menganjurkan pembersihan aqidah dan tauhidnya dari pengaruh di luar Islam. Dan kewajipan ini memerlukan ilmu.
Keempat, muslimat harus berani. Muslimat kadang-kadang perlu dibelakang sebagai pendorong dan pembantu, namun ada masa dan ketikanya harus di hadapan. Sebagaimana Nusaibah yang asalnya bergerak sebagai pemberi air dan perawat luka tentera muslimin, namun, di saat yang genting, memerlukan dia untuk tampil ke hadapan berjuang di medan peperangan. Muslimat sebagai isteri solehah, ibu mithali, keutamaannya adalah mendidik anak-anak, namun tidak bererti dia harus meninggalkan lapangan dakwah dalam konteks masa kini yang memerlukan tenaga muslimat di lapangan dakwah. Jadi, harus bijak bertindak. Bagaimana? Rancang dan fikirlah.
Kelima, mujahadah dan kesabaran yang tinggi. Indahnya kesabaran dan semangat jihad yang ditunjukkan oleh Sumayyah dalam mempertahankan aqidahnya. Hakikat kehidupan dalam perjuangan, jika mudah dan senang itu, bukan dinamakan perjuangan. Sabar kita dalam berkerjaya, sabar kita dalam menguruskan rumahtangga, sabar kita dalam menyampaikan dakwah. Andai hilang kesabaran, rebahlah kita di pertengahan jalan.
AYER KEROH - Sepasang warga emas rasa tertipu kerana rawatan homeopati yang dijalankan tidak berkesan selepas membuat bayaran sebanyak RM14,000.
Salihah Biran, 54, dan suaminya, Sarip Said, 61, juga terkilan kerana wang itu adalah simpanan mereka untuk menunaikan haji.
Salihah berkata, RM7,000 adalah daripada simpananya, sementara RM5,000 pula :simpa�nan suaminya dan baki RM2,000 pula dipinjam daripada abangnya.
"Abang menyarankan saya mendapatkan rawatan di klinik perubatan homeopati terbabit kerana kakak ipar telah menjalankan rawatan di situ.
"Atas dasar ingin mencuba, kami berjumpa doktor yang melakukan rawatan dan menceritakan masalah serta penyakit yang dihadapi saya, suami serta anak," katanya pada sidang media di Pejabat Pelindung Pengguna Negeri Melaka, di sini.
Menurutnya, doktor terbabit memberi jaminan penyakit mereka boleh sembuh apabila mendapatkan rawatan daripadanya.
"Saya menghidap penyakit batu karang, buah pinggang dan sakit lutut, sementara suami pula ada kencing manis dan serta kolesterol tinggi.
"Ubat yang diberikan bukan untuk kami berdua sahaja, malah diberikan juga buat anak kami, Faizal, 33, yang mengalami penyakit mental," katanya.
Salihah berkata, ketika mendapatkan rawa-tan dengan doktor terbabit, mereka tidak dibenarkan mengambil sebarang ubat-ubatan daripada hospital.
"Disebabkan anak meninggalkan pengambilan ubat hospital seperti biasa, keadaannya semakin teruk dan tidak terkawal.
"Lebih mendukacitakan, tahap kesihatan saya dan suami tidak berubah walaupun memakan bekalan ubat yang diberikan selama sebulan," katanya.
Menurutnya, dia telah menghubungi doktor terbabit dan kali ini meminta mereka makan semula ubat hospital.
"Tidak puas hati dengan kata-katanya, kami menelefonnya semula dan tiada jawapan diterima.
"Kami pergi ke cawangan di Taman Merak di Bukit Katil tetapi telah ditutup dan kami terus mencarinya di cawangan yang dibuka di Kuala Lumpur namun hampa kerana ia juga sudah tidak beroperasi,"katanya.
Sebelum ini, Salihah dan Sarip telah membuat laporan polis mengenai kejadian yang menimpa mereka tetapi pihak berkenaan tidak dapat mengambil tindakan kerana ia adalah di luar bidang kuasa mereka.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Pelindung Pengguna negeri Melaka, Datuk Saharuddin Awang Yahya berkata, beliau difahamkan ubat yang diterima mangsa tidak mendapat pengiktirafan dan tiada label MAL (Malaysia).
"Saya percaya berlaku penipuan. Bayaran RM14,000 ini sangat tinggi sekiranya dikenakan bagi ubatan yang dibekalkan mereka.
"Mereka juga diminta untuk membayarnya sekali gus, sedangkan kos rawatan biasanya dibayar mengikut tahap rawatan yang dilakukan secara berperingkat," katanya.
Menurutnya, biasanya pesakit juga terlebih dahulu akan dimaklumkan pihak hospital mahupun klinik mengenai kos rawatan yang perlu ditanggung mereka.
"Saya harap kejadian ini dijadikan pengajaran kepada pengguna lain," katanya.
LABIS, 23 Jan 11: PAS tidak bimbang sekiranya Barisan Nasional (BN) terus menggunakan isu negara Islam untuk meraih sokongan pengundi-pengundi di Tenang, kata Naib Presidennya Salahuddin Ayub hari ini. Salahuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang berkata, parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan membantu menjelaskan perkara tersebut [...]
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/ Felda Cempelak ni yang merupakan antara felda tertua. Dibuka semenjak tahun 1964 dan sudah ramai generasi pertamanya yang meninggal. Genarasi keduanya pun sudah mencecah umur 50 tahun. Felda yang sudah didatangi oleh PM Najib Tun Razak yang terus mengungkit jasa di Felda. Terus membahagikan janji politik bagi memberi tanah generasi kedua felda dan [...]
LABIS, 23 Jan - Suasana meriah hari pertama kempen calon PAS ini disemarakkan lagi dengan sokongan padu daripada rakan Pakatan Rakyat.
Tengahari tadi, bertempat di perkarangan Wayang Pacak PAS, DAP melancarkan tema sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 3 Februari nanti. Majlis itu diserikan dengan tarian singa dan mainan gendang daripada kumpulan 'Action Team'.
Pada majlis tersebut, Cikgu Mala diberi peluang menyempurnakan tulisan tema Tahun Baru dalam bentuk kaligrafi Cina iaitu 'Huan' yang bermaksud ubah.
Dr Hew Kuan Yau, Exco Publisiti DAP berkata, berdasarkan kepercayaan masyarakat Cina, setiap Tahun Baru mereka akan memilih satu tema sebagai simbol permulaan yang baik bagi tahun tersebut.
Lazimnya tema yang dipilih ini akan dipamerkan atau digantung di hadapan pintu rumah dengan tujuan menghalau roh jahat. Amalan tradisi ini juga dianggap sebagai membawa tuah bagi masyarakat Cina amnya.
Tambah Dr Hew lagi, Cikgu Mala akan menulis tema tahun baru tersebut sebanyak 6 salinan. Ini kerana bilangan 6 kali atau 6x6 membawa maksud 'sangat lancar'.
"Kami percaya kemenangan untuk memenangi kerusi di Dun Tenang kali ini akan berpihak kepada PR melalui calon PAS, Cikgu Mala."
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Mohammad Sabu, Dato Mahfuz Omar, Dr Dzulkifli Ahmad dan Pengerusi DAP negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau.
Nampak sungguh dugaan ku benar belaka. Kempen boikot calon BN sedang berjalan didalam senyap di Tenang. Sumber risikan meng'sah'kannya. Bab boikot memboikot UMNO memang terer. Sama terer dengan blogger puaka mereka yg kuat mencarut lucah. Tak percaya ? Sepak punggung Gomo dan Parpu Kari lepas tu tunggu apa wirid yg keluar dari mulut mereka, sama sepesen dengan apa yg mereka tulis di blog.
Yang GEMPAR BERAPI di hari kedua kempen ialah,
1. Muhyiddin sedang kepanasan, calon BN Azahar@Tok Ai makin lelah kerana salah laku beliau ketika menjadi ADO berkaitan tanah akan dibongkar blogger PR petang ini juga.
2. Blogger UMNO mula cirit-cirit di Tenang, semua pasal memperlecehkan doa orang islam PAS. Selanjutnya baca dibawah :
[..] Serius aku kata puak-puak blogger pencacai (baca blogger UMNO) memang takut dengan doa 'power' atas lori ni, tapi tak sangka puak-puak tu ada jugak sikit iman dalam hati depa. Percaya jugak rupanya mereka dengan kuasa doa. Aku ingat dah takdak langsung iman. Pasalnya kalau tengok cara mereka tulis dalam blog memang nampak macam orang yang takdak iman. Maki dan mencarut dah jadi macam zikir harian.
Takut jugak rupanya mereka dengan doa orang PAS. Tapi tak heran juga pasal memang ramai orang yang wara' dalam PAS. Kalau banding orang PAS dengan orang UMNO dari segi wara' memang jauh beza. Mungkin macam langit dengan bumi.
Yang kesiannya, puak-puak ni macam tak faham bahasa melayu. Kalau billboard tu tulis dalam bahasa arab tak heran la kalau mereka tak faham, ini ditulis dalam bahasa melayu, takkan tak faham jugak. Tapi tak mustahil la juga, macam parpukari tu tak faham mungkin pasal dia sebenarnya bukan melayu, cuma melayu celup pasai nak masuk UMNO, geng Eee macam yang Tukartiub selalu tulis tu.
Pelik pulak tengok puak-puak bangang ni dalam memahami erti doa itu minta hancurkan orang Umno, padahal jelas dalam doa tu minta dihancurkan UMNO, bukan ahli UMNO. Takkanmereka tak faham dan beza antara ahli UMNO dengan parti UMNO.
Ataupun mereka ada iktiqad lain, kalau UMNO mampus mereka ikut mampus sama. Mungkin betul juga pasal puak-puak ni memang selama ni cari makan ikut UMNO. Kalau UMNO mampus mereka nak cari makan macamana lagi ? Pasal apa ? Pasal 'tuhan' yang bagi depa rezeki dah mampus. (Cenangau)
LABIS, 23 Jan: Kenyataan tidak konsisten Datuk Seri Najib Razak berhubung beberapa isu besar negara menunjukkan Perdana Menteri itu banyak dolak dalih, kata AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar.
Beliau memberi contoh, Najib ketika mula memegang jawatan Perdana Menteri ada mengumumkan bahawa zaman kerajaan tahu semua perkara sudah berakhir.
Namun apa yang dihairankan katanya, dalam isu debat dengan Datuk Seri Anwar, Najib mendakwa beliau selaku perdana menteri tahu semua benda dan tidak takut dengan Anwar.
"Bila Najib jadi PM dulu, dia umum zaman kerajaan tahu semua sudah berakhir.
"Kononnya beliau merendah diri dan menghormati pihak lain yg juga berpengetahuan.
"Tapi berbeza dalam isu debat, beliau secara terbuka menjawab dengan angkuh, "saya perdana menteri saya tahu semua perkara," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat, berkata demikian ketika ditemui di pusat penamaan calon PRK Tenang semalam.
Tambahnya, Najib sekali lagi membuka pekung dirinya apabila tidak mahu merespon berhubung dakwaan penyeludupan wang secara haram ke luar negara yang dianggar bernilai lebih RM67.7 bilion.
Najib sebaliknya hanya mahu pihak Bank Negara Malaysia membuat ulasan berhubung perkara itu.
Terdapat laporan berita yang mengatakan Malaysia menduduki tempat kelima di kalangan negara-negara yang mencatatkan pengaliran keluar wang haram paling banyak.
Laporan tersebut didakwa berdasarkan laporan oleh badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI).
Menurut laporan itu pengaliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion (US$22.2 bilion) yang, lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (US$68.2 bilion).
"Beliau bukan seorang yang konsisten. Hanya bercakap untuk lepaskan diri sahaja," kata Kamaruddin.
Sehubungan itu, beliau mahu Najib sekali lagi menyatakan pendirian beliau terhadap cabaran debat yang dibuat Ketua Umum PKR itu.
KUALA LUMPUR, 23 Jan: PAS mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak menerima debat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, jangan banyak helah dan cuba mengalih isu.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Anwar sudah mengemukakan fakta mengenai kemampuan Pakatan Rakyat jika diberi mandat untuk memerintah.
Katanya, sumber yang Pakatan Rakyat perolehi dengan memerangi rasuah yang menyebabkan negara rugi RM28 bilion setahun dan memotong balik RM19 bilion subsidi yang diberikan kepada IPP.
Tambahnya, subsidi untuk rakyat RM10 bilion akan diberi semula supaya minyak dan makanan dapat dikawal dan menstruktur semula tol di Malaysia dengan kos RM23 bilion dan elaun tambahan kepada guru RM3.2 bilion setahun.
Menurutnya, jika dijumlah dengan anggaran pendapatan hasil daripada memerangi rasuah dan memerangi kroni ialah RM47 bilion dan perbelanjaan hanya RM32.2 bilion, maka Pakatan Rakyat mampu malahan lebihan.
Ini, tambahnya tidak masuk lagi hasil balak, minyak, sawit dan sebagainya di mana sekarang rakyat hendak dengar hujah Datuk Najib yang kata kalau laksana janji Pakatan Rakyat maka negara akan bankrap.
"Malangnya Datuk Najib cuba mengalih isu debat kepada isu liwat.
"Nampaknya saf kabinet negara memang pemimpin lebai malang," ujarnya.
Tan Sri Muhyiddin Yasin suruh Pakatan Rakyat naikkan gaji guru yang berkhidmat di negeri Pakatan.
Manakala Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno merangkap Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri menyuruh negeri Pakatan Rakyat menurun harga barang di negeri pakatan.
Katanya, kesemua pemimpin tertinggi Umno fikiran mereka satu skima sahaja gagal menjawab soalan yang berbentuk fakta.
"Sepatutnya menjawab masalah, bukan lari daripada masalah yang dibangkit," katanya.
PAS, ujarnya yakin Najib bimbang dengan kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia.
Penganalisis ekonomi AmResearch, Manokaran Mottain tidak menolak inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu).
Dalam kesibukan waktu dan jadual yang ketat. Yb Dr Abd Rani berkesempatan bersama para penyokong Pakatan Rakyat dalam majlis penamaan calon DUN Tenang. Gelombang sokongan rakyat kepada Pakatan rakyat makin subur dalam perhimpunan pagi itu. Bersama tuan Guru Dato' Seri Presiden mengetuai perarakan menuju ke Dewan tempat pencalonan.
Seawal jam 7 pagi di halaman Masjid As Syarif Meru, Yb Dr Abd Rani Osman telah melepaskan rombongan 40 orang untuk kali ke-3 DUN Meru bagi skim Kesihatan Wanita. Di bawah skim ini peserta akan menjalani pengesanan awal kanser. Hanya golongan wanita pelbagai kaum dan agama berumur 40 tahun keatas layak memohon. Pendaftaran boleh dibuat di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru, di kelola Pn Jumaiyah Amat. Tarikh 23 haribulan setiap bulan adalah jadual bagi dun Meru menghantar peserta. Sambutan diterima amat menggalakkan, dimana sehingga bulan Mac pendaftaran telah penuh. Segala kos pemeriksaan dan pengangkutan adalah PERCUMA di bawah program MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR.
YB Meru, Dr Hj Abd Rani bin Osman telah di jemput untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 7 SRA Bukit Kapar Barat.
YDP PIBG, Saudara Masadan telah banyak berjasa untuk mempertingkatkan prasarana sekolah dan membantu ke arah menguatkan ukhuwwah di antara guru-guru dan ibu bapa para pelajar.
YB Dr Rani dalam ucapannya mengingatkan ibu-bapa yang hadir tentang peranan besar mereka dalam membentuk peribadi anak-anak mereka yang telah di amanahkan Allah kepada mereka.
Sejarah telah membuktikan anak-anak yang tidak di didik dengan didikan agama akhirnya hanya akan menconteng arang di muka ibu-bapa mereka sendiri dan merosakkan masyarakat.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Felda Bersia, 23 jan - PAS Cawangan Felda Bersia hari ini bersama pemimpin dan ahli telah bergotong royong membesarkan dan membaik pulih Markas Tarbiyah PAS Cawangan Felda Bersia yang menelan belanja kira-kira RM 5,000.
Menurut ketuanya, Ustaz Khalid Bin Nordin aktiviti PAS telah mula dipertingkatkan di markas sejajar dengan keperluan mempertingkatkan tarbiyah dan pendidikan ahli parti dan masyarakat.
"Berdasarkan keperluan yang semakin meningkat untuk menampung program sama ada di peringkat cawangan mahupun kawasan, kita dapati markas ini perlu diperbesarkan dan dibaik pulih dengan sedikit struktur penambahan.
PROGRAM CUCI KERETA AMAL Tarikh : 3 Februari 2011 (Khamis - Cuti Umum) Masa : 8:30 pagi – 4:30 ptg Tempat : Perkarangan Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban