Pakatan Rakyat |
Posted: 05 Jul 2012 03:14 PM PDT | Najib tangguh PRU kerana Scorpene – Akhbar Kanada Posted: 05 Jul 2012 07:42 AM PDT KANADA: Satu rencana akhbar The Vancouver Sun pada 3 Julai lalu menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan rancangan mengadakan pilihan raya umum kes rasuah Scorpene. Rencana ditulis Jonathan Manthorpe itu melaporkan Setiausaha Parlimen Najib memaklumkan pilihan raya hanya akan diadakan selepas tamat mandat lima tahun pada Mac 2013, walaupun sebelum ini sumber dalam Umno mengatakan ia akan diadakan Julai. Lebih teruk bagi Najib, tulis Jonathan, dokumen siasatan polis Perancis menunjukkan firma pertahanan Perancis, DCNS membayar USD$45 juta untuk mendapatkan dokumen sulit Tentera Laut Malaysia. "Pembangkang Malaysia berkata jika dakwaaan itu benar, penjualan dokumen sulit yang memberi kelebihan kepada DCNS dalam tender kapal selam itu adalah satu pengkhianatan. "Masalah Najib yang bertimpa-timpa diberatkan lagi apabila 133 fail hasil serbuan Unit Anti-Jenayah Terancang Polis Kehakiman Perancis ke pejabat DCNS di Paris dibocorkan kepada laman Asia Sentinel. "Dokumen itu antaranya menjelaskan DCNS bertindak membeli pengaruh melalui orang kanan Najib, Abdul Razak Baginda selepas merasa ketinggalan dengan syariket German, Kockums AB dalam persaingan melobi kerajaan Malaysia. "Dalam dokumen lain, pegawai DCNS mengatakan bayaran USD142 juta kepada Perimekar akan dibahagikan kepada beberapa individu dan juga parti pemerintah iaitu UMNO," jelas Manthorpe seperti dipetik. 7 Mei lalu, rencana Manthorpe dalam akhbar utama British Columbia itu melaporkan mahkamah Perancis memulakan perbicaraan kes Scorpene yang kini memasuki peringkat perbicaraan di Tribunal de Grande Instance, Paris. Kes itu turut dikaitkan dengan Najib dan pembunuhan penterjemah Altantuya Sharibuu dalam skandal berkenaan. | Hudud: Ilmu keluarkan surat rasmi untuk Umno Johor Posted: 05 Jul 2012 07:19 AM PDT SHAH ALAM - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) memutuskan untuk mengeluarkan surat rasmi kepada Umno Johor dalam masa dua atau tiga hari lagi berkenaan isu hudud. Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, surat rasmi itu menyatakan sebulat suara menyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mengenai perlaksanaan hukum hudud di Johor. Menurutnya, dalam surat tersebut, Ilmu menyuarakan pendapat dan cadangan berhubung proses perlaksanaan hukum hudud di negeri itu. "Sekiranya segala usul, pendapat dan cadangan diterima, kami dengan sukarela melibatkan diri tampil membantu melicinkan proses perlaksanaan hukum hudud di Johor," katanya kepada Sinar Harian semalam. Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang tindakan mengenai isu yang hangat diperkatakan ini. "Kuasa hanya berada di pihak mereka, kami sebagai pihak yang menyokong hanya mengeluarkan pandangan sahaja dan tidak ada hak atas sebarang keputusan. "Selain itu, kami juga akan membuat hebahan mengenai surat rasmi yang dikeluarkan ini di facebook, twitter dan sebagainya sebagai tontonan masyarakat umum," katanya. Beliau sebelum ini, mengingatkan agar Umno Johor tidak terlalu gopoh untuk melaksanakan hukum hudud kerana dikhuatiri ia akan berhenti separuh jalan. "Di samping itu, pelbagai aspek perlu dilihat dengan menghimpunkan pakarpakar yang arif mengenai hukum hudud dalam melontar pandangan agar hukum ini benar-benar dapat dilaksanakan seperti yang dicadangkan," katanya. | Pendidikan Tingkatan Enam Akan Lalui Penjenamaan Semula - TPM Posted: 05 Jul 2012 07:13 AM PDT MSTAR ONLINE YOGYAKARTA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pendidikan tingkatan enam akan melalui penjenamaan semula bagi meningkatkan imejnya sejajar dengan sistem pendidikan pra universiti seperti di kolej matrikulasi dan pusat asasi sains. Timbalan Perdana Menteri berkata antara langkah-langkah yang akan diambil ialah memisahkan para pelajar berkenaan dari sekolah-sekolah biasa dan menempatkan mereka di pusat-pusat pengajian khas untuk tingkatan enam. "Kami sedang memikirkan untuk menyatukan tingkatan enam, menggunakan pakaian yang berbeza, jadual waktu yang tidak sama, guru yang tidak sama, kategori yang lain sedikit (secara perbandingan dengan sekolah biasa)," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, Khamis. Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berada di sini sejak semalam kerana menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Pelajaran Asean dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan dengannya yang berakhir hari ini. Timbalan Perdana Menteri berkata bagi menjayakan cadangan itu, pelajar-pelajar tingkatan enam wajar ditempatkan di pusat-pusat pengajian khas kerana bilangan mereka kini bertaburan di seluruh negara belajar dalam satu atau dua kelas di sekolah-sekolah tertentu. Pada tahun ini, ada sejumlah 83,000 pelajar tingkatan enam dan 26,000 pelajar matrikulasi di seluruh negara. Langkah untuk memisahkan pelajar tingkatan enam dari sekolah biasa juga selaras dengan kedudukan mereka sebagai pelajar pra universiti. "Umum pada masa ini melihat pendidikan tingkatan enam adalah kesinambungan daripada pendidikan tingkatan lima sedangkan mereka di tingkatan enam adalah dalam kategori yang berbeza dan lebih matang daripada segi pemikiran," katanya. Muhyiddin berkata penjenamaan semula itu perlu untuk memperlihat bahawa tingkatan enam memang sebenarnya adalah pendidikan pra universiti yang setanding dengan peringkat kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran dan pusat asasi sains anjuran universiti-universiti awam tempatan. Persepsi masyarakat sekarang ialah pendidikan di kolej matrikulasi adalah lebih baik daripada di tingkatan enam, sedangkan kelulusan dan kelayakan mereka untuk bersaing masuk ke universiti awam adalah sama. Masyarakat, katanya, tidak harus melihat bahawa pendidikan matrikulasi mempunyai kelebihan kerana ada masanya, pencapaian pelajar tingkatan enam malah lebih cemerlang daripada pelajar matrikulasi. Sehubungan itu pelajar-pelajar lepasan SPM harus juga melihat bahawa pendidikan tingkatan enam juga merupakan antara pilihan terbaik untuk pendidikan pra universiti. Timbalan Perdana Menteri berkata, perubahan dalam sistem pendidikan tingkatan enam telahpun dimulakan tahun ini melalui sistem pembelajaran tiga semester namun secara perbandingan pelajar matrikulasi menamatkan pengajian mereka enam bulan lebih awal. Ditanya tentang kemungkinan pendidikan tingkatan enam dipendekkan enam bulan lebih awal supaya bersamaan dengan tempoh pembelajaran di kolej matrikulasi, beliau berkata perkara itu akan dikaji oleh Kementerian Pelajaran. Muhyiddin hari ini berlepas ke Bali untuk meneruskan lawatan enam hari ke Indonesia sejak 3 Julai lalu dalam rangka meningkatkan hubungan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang antara Malaysia dan Indonesia. Timbalan Perdana Menteri turut mengambil kesempatan untuk berbincang dengan Naib Presiden Indonesia Boediono mengenai isu-isu dua hala antara kedua negara, khususnya yang berkaitan dengan tenaga kerja, masalah di kawasan sempadan maritim yang dipertikaikan serta masalah budaya masyarakat. BERNAMA | Pesara Tentera Jangan Terpedaya Imbuhan RM3,000 Posted: 05 Jul 2012 07:10 AM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Pesara tentera tidak berpencen diminta supaya tidak terpengaruh dengan agenda sesetengah pihak menyebarkan borang bantuan sebanyak RM3,000, seperti yang pernah dituntut mereka sebelum ini. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan sebelum ini pernah mengemukakan isu bantuan tersebut kepada jemaah menteri, namun ia tidak dapat dipertimbangkan sekarang. "Jika ada individu atau persatuan-persatuan tidak berdaftar mengedarkan borang kononnya kerajaan mahu beri bantuan RM3,000, saya harap jangan percaya perkara ini...tak perlu isi pun. "Saya tahu harapan mereka (pesara tidak berpencen) terlalu tinggi. (Tetapi) borang itu dipercayai diberikan oleh individu daripada persatuan-persatuan yang menjadi tunggangan parti politik tertentu," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyerahkan cek Rayuan Hari Pahlawan 2011 (RHP) berjumlah RM1.4 juta kepada 52 persatuan dan kelab veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seluruh negara dan RM1.56 juta turut diagihkan kepada cawangan Persatuan Bekas Tentera Malaysia serta pertubuhan atau kelab lain. Dalam pada itu, Ahmad Zahid tidak menolak bahawa perbuatan tersebut dilakukan sesetengah parti politik yang mahu memburukkan kerajaan. Beliau turut menjelaskan sebab pesara tentera tidak berpencen, tidak menerima imbuhan RM3,000 kerana mereka adalah berlainan dengan 'home guard' dan 'special constable' yang menerima bayaran tersebut. "Mereka (home guard dan special constable) lain kerana mereka tidak menerima gaji dan elaun ketika berkhidmat. Oleh itu, mereka layak menerima imbuhan RM3,000 sekali seumur hidup. Macam pesara tidak berpencen, mereka menerima semua itu (gaji dan elaun) ketika berkhidmat," katanya. Beliau berkata 'home guard' dan 'special constable' juga bukan anggota polis sepenuh masa tetapi mereka terdiri daripada sukarelawan yang berkhidmat sewaktu zaman darurat. Ahmad Zahid berkata wang imbuhan kepada pesara tidak berpencen, tidak dapat diberikan kerana kerajaan tidak berkemampuan ketika ini, dan ia memerlukan perbelanjaan yang besar iaitu lebih RM600 juta. "Tentunya pada masa yang sama, mereka yang berpencen juga mahu menuntut. Jika dicampurkan kedua-duanya, kerajaan perlu belanjakan RM960 juta," katanya. Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada lapan penerima iaitu Sarjan Datuk Baharuddin Omar, Hamid Abdul Rahman, Sarjan Hashim Abdullah, Koperal Anuar Abd Rahman, Koperal Awang Ahmad, Yahya Md Isa, Chee Shiuh Sing dan Joseph Scully. Ahmad Zahid juga menyampaikan bantuan Royal Commonwealth Ex-Service League (RCEL) antara RM1,200 dan RM1,600 kepada empat penerima veteran ATM iaitu Koperal Sulong Yunus, Prebet Ujang Mormin, Zaiton Mat Piah (balu Sarjan Abdullah Hadani) dan Lans Koperal Che Man Manja. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr Ismail Ahmad, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Datuk Zulkiflee Mazlan. BERNAMA | Jangan Terpedaya Panggilan Palsu - KWSP Posted: 05 Jul 2012 07:08 AM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan orang ramai dan ahlinya agar berhati-hati terhadap panggilan palsu yang dibuat oleh individu yang menyamar menggunakan nama KWSP dan talian Hotline Anti-Fraud KWSP untuk menipu mereka. "Kami ingin menegaskan bahawa Talian Hotline Anti-Fraud tidak digunakan untuk menghubungi ahlinya tetapi hanya menerima panggilan daripada orang ramai. Oleh itu, kami ingin mengingatkan ahli agar berwaspada dengan aktiviti penipuan seperti ini," kata KWSP dalam satu kenyataan di sini, Khamis. Ia berkata ahli-ahli yang menerima panggilan mencurigakan mengenai KWSP diminta agar membuat laporan melalui Talian Hotline Anti-Fraud KWSP di 03-26162121, yang beroperasi dari pukul 8.15 pagi hingga 5.15 petang (Isnin ke Jumaat) atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP 03-89226000 atau melapor terus kepada polis. "Modus operandi bermula dengan mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa daripada KWSP meminta mereka untuk membuat pengesahan sama ada telah membuat permohonan melalui internet. "Sebenarnya, semua permohonan pengeluaran KWSP perlu dihantar secara fizikal ke cawangan KWSP beserta dengan dokumen sokongan yang berkaitan," kata KWSP. Ia berkata apabila mangsa memaklumkan tidak pernah memohon pengeluaran tersebut, penyamar berkenaan memberitahu kemungkinan berlaku penipuan melibatkan akaun mangsa. "Penyamar kemudiannya akan memaklumkan mangsa akan menerima panggilan daripada pihak 'polis'. "Penyamar lain yang mendakwa sebagai 'polis' seterusnya akan menghubungi mangsa dan meminta butiran akaun bank beliau," kata KWSP. BERNAMA | Hudud: Kedah serah kepada Pas Pusat Posted: 05 Jul 2012 07:05 AM PDT ALOR SETAR - Pas Kedah akan akur pada arahan Pusat sama ada hukum hudud wajar dilaksanakan di negeri diterajui Pas, mahupun Pakatan Rakyat (PR). Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, pihaknya akan patuh pada ketetapan Pas Pusat berhubung perkara itu. "Saya sokong apa yang dikatakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak penting sama ada Kelantan atau Johor yang laksana terlebih dahulu," katanya. Bagaimanapun, perkara berkaitan hudud lebih sesuai dibincangkan di peringkat mufti atau ulama untuk lebih kefahaman, berbanding membincangkan pihak mana terlebih dahulu melaksanakannya. "Kita serahkan pada ulama… rujuk pada Majlis Mufti Kebangsaan, mereka lebih arif," katanya. Mengulas saranan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman agar Umno melaksanakan hudud di seluruh negara kerana memegang tampuk pemerintahan di peringkat Pusat, Azizan berkata, perkara itu juga perlu dirujuk kepada mufti untuk melihat kesesuaiannya. "Bila pilihan raya umum makin dekat, macam-macam isu dibangkitkan semula termasuk hudud," katanya. Kelmarin, Nik Abdul Aziz mengajak Umno Johor bekerjasama untuk melaksanakan hudud jika mampu melaksanakannya lebih awal berbanding Kelantan berikutan negeri itu menghadapi halangan berbuat demikian. Nik Abdul Aziz juga berharap ia tidak ditarik balik sebaliknya akan menjadi kenyataan. | Salehuddin pulang bersama aura Serambi Mekah Posted: 05 Jul 2012 06:58 AM PDT Oleh GreenCresent Salehuddin Ayub kini seorang Naib Presiden PAS yang paling terkedepan dalam menguasai pemberitaan media dalam ketegori ketokohan politik nasional hujung minggu ini. Namanya terserlah memuncak sebaik selesainya debat Sinar Harian (19 Jun 2012). Ia dihangat lagi dengan berita kepulangannya ke Johor bagi menghadapi cabaran pilihan raya umum ke-13. Itulah tokoh segar pimpinan PAS, seorang lulusan bidang Sains Pembangunan Manusia dari UPM dan bekas kakitangan bank kelahiran Pontian Johor dari darah campuran Cina (emak) dengan Melayu (bapa). Selaku Naib Presiden PAS semestinya menjadi pejuang parti Islam yang sepenuh masa. Beliau pada awalnya adalah menjadi aktivtis ABIM dan pernah memegang jawatan Setiausaha ABIM cawangan Pontian (1981-1983). Pengalaman dan tarbiyah ABIM ketika itu amat dekat dengan misi perjuangan PAS. Sudah pasti pengalamannya bukan langkah sumbang baginya mengatur langkah perjuangan bersama PAS selepas 1983. Pengalaman 30 tahun Kini, Salehuddin sudah memasuki 30 tahun cabaran lurah dan liku perjuangan Islam. Selayaknya, beliau mendaki dalam memikul amanah dengan cukup bertenaga. Bermula dari menduduki senarai pemimpin bawah terus melangkah ke pintu paras tertinggi. Lamanya berada dalam senarai kepimpinan PAS Pusat adalah berkat istiqamah menekuni landasan yang mengukir bakat yang tersemat kesabaran. Ketokohan Salehuddin terbukti ketika memegang Setiausaha Pemuda Pusat (1997-1999), kemudian Naib Ketua Pemuda PAS Pusat (1999-2001), diikuti pula sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat (2001-2003) dan Ketua Pemuda PAS Pusat (2003-2009). Ia cukup mendapat perhatian seluruh warga perjuangan PAS mengamanahkan kepadanya Naib Presiden. Kini telah dua penggal selaku Naib Presiden (bermula penggal pemilihan 2009 dan 2011 hingga kini) yang popular dalam bual bicara perjuangan merakyatkan isu-isu menyanggahi kezaliman dasar dan amalan kuasa hegemoni Barisan Nasional. Pejuang demokrat Pengalaman pilihan raya pula pasti mematangkan Salehuddin selaku pemimpin dan penjuang demokrat yang lunak membangkit prinsip dan dasar PAS. Bermula pada pilihan raya 1999 di Dun Benut, Johor beliau memperolehi 28.2 peratus sokongan pengundi dan tewas sebanyak 7,209. Ketika itu sebagai Ketua Pemuda PAS Johor. Ia sebagai pengalaman sulung mendepani cabaran politik dakwah secara silmiyyah. Apa pun selepas menjawat Ketua Pemuda Pusat, beliau telah dipilih oleh parti bertanding di parlimen Kubang Kerian, Kelantan pada pilihan raya umum 2004. Beliau memperoleh 57.56 peratus sokongan dan meraih majoriti 5,627 undi. Seterusnya pada pilihan raya umum 2008 sekali lagi bertanding mempertahankan parlimen Kubang Kerian dan berjaya dengan penguasaan 62.17 peratus undi dengan meraih majoriti 10,642 undi. Serambi Mekah universiti politik Atas asas apa Salehuddin dibawa ke Kubang Kerian adalah mengandungi maksud yang tersirat dan tersurat. Apa yang pasti, kini Salehuddin sudah lapan tahun mewakili parlimen Kubang Kerian, iaitu salah satu kubu PAS di Kelantan yang tidak pernah tewas. Pasti juga sarat dengan aroma dan aura Serambi Mekah yang pernah diabsah sebagai "Universiti Politik Terbuka" oleh pimpinan PAS. Sebelum ini Kubang Kerian dikenali sebagai parlimen Nilam Puri pada pilihan raya umum 1990 dan 1995. Ketika itu, Nilam Puri diwakili Timbalan Presiden PAS sekarang, Haji Mohamad Sabu yang ketika itu selaku Naib Ketua dan Pemangku Ketua Pemuda Pusat. Berikutan persempadanan bahagian pilihan raya 1996 parlimen Nilam Puri telah diubah sempadan dan membentuk dua parlimen baru, iaitu Kubang Kerian dan Ketereh. Pada pilihan raya 1999, untuk pertama kali parlimen Kubang Kerian diwakili Haji Husam Musa. Kemudian pada pilihan raya 2004, Haji Husam telah bertanding di Dun Kijang bagi memberi laluan kepada Salehuddin di parlimen Kubang Kerian. Ia jelas terserlah keunikan perjuangan PAS dalam kancah politik Kelantan. Maka Salehuddin adalah pemimpin yang menjadi mata-rantai perjuangan tokoh-tokoh dari luar Kelantan terdahulu daripadanya – Zulkifli Muhammad, Abu Bakar Hamzah dan Mohamad Sabu – berjaya mengukir nama membawa kebangkitan semangat dan kemajuan perjuangan Islam di negara ini. Selamat pulang anakku Sehubungan itu, pada 29 Jun lalu segala-galanya telah benar mengenai cakap-cakap dan khabar angin tersebar sebelumnya. Sudah rasmi, Salehuddin yang diura-ura bakal meninggalkan Kubang Kerian telah pulang mengukuh saf kepimpinan PAS Johor berdepan Barisan Nasional dalam pilihan raya ke-13. Ia berlaku dengan penuh harmoni seiring dengan semangat kebangkitan Himpunan Hijau bermula di Alor Star, Kedah pada 1 Jun lalu. Semarak kehijauan telah menyambut kepulangan Salehuddin. Kemuncak kemeriahannya sedia terungkap "selamat pulang anakku" oleh seorang "bapa" Al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Diungkap dengan penuh harapan menuju kejayaan pada malam Tuan Guru memotong riben selamat pulang (29 Jun) bertempat di Taman Dahlia, Johor Bharu. Sejarah menintakan detik kepulangan bergaya dalam mengatur langkah PAS bersama Pakatan Rakyat Johor sedang menitip perjuangan menuju Putrajaya. Hakikat kemeriahan acara selamat pulang itu cukup terbukti dalam empat siri program sepanjang hari 29 Jun. Mengambil semangat kebersamaan Al-Mursyidul Am di Johor Bharu ialah acara solat Jumaat di Pasir Gudang, diikuti perjumpaan warga perumahan flat pengundi Johor dan Kelantan di Kempas, dan makan malam bersama kepimpinan Cina anjuran Perhubungan PAS Johor diketuai Pesuruhjaya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed serta acara kemuncaknya Himpunan Hijau bersama pemuda di Taman Dahlia telah merakamkan kehadiran 20 ribu pendukung ekspresi hijau. Ia turut diserikan dengan penyerahan keahlian PAS pelakon filem Laftenan Adnan, Hairie Othman sebagai ikon anak muda yang tuntas. Segala-galanya jelas terpamer kesatuan semangat menyumbang kemenangan Pakatan Rakyat di bumi selatan Johor Darul Takzim. Semoga berjaya dengan penuh keberkatan-Nya – Allahu akbar | Posted: 05 Jul 2012 06:51 AM PDT Oleh Azmir Haji Mustafa Penyelaras SAMM Wilayah Kami dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan cukup rasa berbangga terhadap keberanian Datuk Ayub Rahmat memandangkan keberanian sebegini amat jarang berlaku di kalangan Umno. Dalam pada masa yang sama kami mencabar Pemuda UMNO Malaysia dan juga Pertubahan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk bangun dan membela Datuk Ayub Rahmat dalam menuntut hak pelaksanaan hukum hudud. Apakah badan pemuda dan NGO yang mengaku kononnya pejuang Islam hanya menikus selepas komen yang dilontarkan oleh Presiden MCA itu berbaur kepada penghinaan untuk umat islam di Malaysia ? Beberapa persoalan ingin saya lontarkan kepada umno, di manakah Pemuda UMNO dan Perkasa? Adakah mereka hanya mampu melihat kebiadapan Chua Soi Lek menghina Islam tanpa apa-apa tindakan? Mengapa tidak berani untuk berdemonstrasi di hadapan pejabat DS Chua Soi Lek itu di atas nama perjuangan agama sedangkan hukum Hudud itu adalah undang-undang Islam yang tertera dalam Al-Quran? Di mana hilangnya kejantanan Perkasa dan NGO-NGO lain yang sebelum ini sangat garang dalam beberapa isu ? Adakah keberanian mereka hanya selektif dan mampu bersuara sekiranya perkara yang sama berlaku dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat ? Apakah Umno sangat takut dan gentar kepada Chua Soi Lek? Saya selaku Penyelaras SAMM Wilayah, ingin mencabar Pemuda UMNO Malaysia, mencabar Ketua Wira Perkasa Malaysia dan beberapa Ngo Melayu untuk bangkit dan membuat dan laporan polis seterusnya menuntut permaafan daripada Presiden MCA itu, di atas kebiadapan untuk kesekian kalinya. | SELESAIKAN SEGERA KEKURANGAN GULA Posted: 05 Jul 2012 06:47 AM PDT | Hudud: Umno tak serius, dakwa Pas Posted: 05 Jul 2012 06:39 AM PDT
SENAI – Cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat untuk menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hudud disokong seratus peratus oleh Pas Johor. Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, beliau berharap Ayub ikhlas dan serius untuk melaksanakan hudud di negeri ini, bukannya sekadar meraih publisiti murahan dengan menyatakan cadangannya itu untuk meningkatkan kefahaman di kalangan masyarakat. "Kami sokong cadangan beliau tentang hudud. Tetapi saya ingin mempersoalkan di manakah respons atau sokongan pimpinan Umno pusat mahupun negeri sehingga Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman sendiri enggan mengulas. Ini jelas menampakkan bahawa Umno tidak pernah serius memperjuangkan Islam, apatah lagi hukum hudud. "Masyarakat hari ini sudah pasti dapat melihat siapa sebenarnya yang selalu menjadikan hudud sebagai permainan politik," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Mahfodz berkata, beliau turut menggesa pimpinan Umno memberi tindak balas terhadap kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa Ayub hilang akal apabila memberi cadangan melaksanakan hudud di Johor. | Isu RM1b: Langkah Selangor saman tak rasional Posted: 05 Jul 2012 06:33 AM PDT SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo berpandangan langkah Kerajaan Negeri Selangor mahu menyaman MCA berhubung dakwaan penyelewengan RM1 bilion bagi menyelamatkan syarikat pembinaan Talam Corporation Sdn Bhd seolah-olah cuba berselindung. Dr Khir berkata, tindakan itu tidak rasional kerana rakyat ingin tahu perkara sebenar berhubung dakwaan dibangkitkan oleh Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong. Katanya, Kerajaan Negeri Selangor dilihat seperti tidak berani untuk mendedahkan perkara sebenar. "Saya tak nampak rasional di sebalik tindakan saman itu kerana orang nak tahu apa yang telah dilakukan dan Tee Yong juga cuma mahukan penjelasan. "Kalau tiada apa yang berlaku mengapa tidak mahu memberikan penjelasan?" katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, hari ini. Menurutnya, Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya mendedahkan perkara tersebut kepada umum agar semua pihak mendapat penjelasan mengenai dakwaan tersebut. Katanya, Kerajaan Negeri perlu telus dalam isu tersebut seperti yang sering dilaung-laungkan selama ini. Sinar Harian melaporkan Kerajaan Negeri mengambil tindakan akan menyaman MCA berhubung dakwaan tersebut kerana dikatakan tuduhan berat menjejaskan nama baik. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia merupakan satu tuduhan tidak berasas yang mencemar imej kerajaan pentadbirannya. | SELCAT : Noraini Mengaku Buat Pindaan Ikut Kebiasaan Posted: 05 Jul 2012 06:29 AM PDT SHAH ALAM : Selcat hari ini menyaksikan pengakuan pembetulan pindaan 'zoning' yang dilakukan oleh bekas Pengarah Perancang Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Penolong Pengarah Kanan jabatan itu, Faiwos Abdul Hamid. Tindakan ini dilabelkan sebagai lalai, tidak profesional dan tidak cekap oleh Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat). Bagaimanapun Noraini dalam penjelasannya memaklumkan bahawa bukan sahaja tanah padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditukar kepada zon komersil malah terdapat kawasan lain ditukar yang melibatkan sebanyak 59 kawasan dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2). Menurutnya, beliau dan jabatannya mengaku meminda 'zoning' terbabit berlandaskan amalan yang kebiasaannya dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain dan kurangnya kefahaman undang-undang dan akta yang ada. Noraini memberitahu bekas Datuk Bandar MBPJ, Datuk Jaafar Mohd Atan ada memberi surat kepada Datuk Bandar yang baru, Datuk Mohammad Roslan Sakiman memaklumkan agar tidak ada pindaan selepas penwartaan berlaku. Salinan surat turut disisikan kepada Noraini ketika itu. Ketika ditanya Pengerusi Selcat, Datuk Teng Chang Kim siapa yang mengarahkan pembetulan atau pindaan ini dibuat. Noraini menjelaskan tindakannya itu hanya mengikut kefahaman dan amalan yang biasa dilakukan dan amalan itu boleh diperbetulkan selagi ia belum dicetak. "Saya mengaku kesilapan memindanya selepas keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang memutuskan tanah itu sebagai kawasan hijau. "Saya juga mengaku kurangnya pengetahuan mengenai undang-undang dan akta yang tidak membenarkan pindaan dibuat selepas keputusan MMKN dan penwartaan," jawab Noraini. Sementara itu, Faiwos turut mengaku menerima arahan daripada Noraini bagi membuat pembetulan dalam RTPJ2 tersebut. Katanya, kerja-kerja meminda dilakukan bermula dalam dua bengkel bersama jabatannya pada 21 dan 22 Oktober 2010 dan 13 Januari 2011 sehingga dihantar untuk dicetak pada 15 Ogos 2011. "Saya mengaku dan bersetuju dengan Datuk pengerusi dan hari ini kami dapat belajar sesuatu," kata Faiwos. Dalam pada Teng menegaskan Jabatan Perancangan Bandar perlu bertanggungjawab. Dan sekiranya mahu melakukan sebarang pindaaan ia perlu dimaklumkan kepada MMKN dan bukan membuat keputusan sendiri. Teng juga memberitahu keputusan pendengaran akan dibawa ke Sidang DUN November depan untuk memberi masa kepada Jawatankuasa Selcat untuk berbincang dan meneliti laporan yang dikemukakan oleh saksi. "Kita juga akan mencari jawapan sama ada hal ini salah individu atau satu unit," katanya. RTPJ2 menimbulkan kontroversi apabila dokumen yang dirujuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor mendapati padang awam milik PKNS itu dizonkan sebagai kawasan rekreasi manakala dokumen yang dirujuk oleh MBPJ pula menunjukkannya sebagai zon komersial. Penduduk dan badan bukan kerajaan membantah apabila mengetahui padang PKNS di Kelana Jaya itu hendak dibangunkan kerana dikhuatiri akan mengurangkan kawasan hijau selain menimbulkan kesesakan lalu lintas. | Lambakan Bendera Umno-BN Di Putrajaya, PKR Buat Aduan Posted: 05 Jul 2012 06:25 AM PDT PUTRAJAYA : PKR akan mengemukakan aduan rasmi kepada pihak pengurusan Perbadanan Putrajaya berhubung lambakan bendera Umno-BN di beberapa kawasan kediaman pusat pentadbiran itu. Menurut Ketua Cabang PKR Putrajaya, Onn Abu Bakar, pemasangan bendera secara haram itu dikenalpasti di beberapa lokasi berbeza antaranya Presint 9, 11 dan 16 serta beberapa kawasan lain. Beliau berkata, keadaan itu dilaporkan berlaku sejak sebulan yang lalu dengan membabitkan kawasan perumahan terutama pangsapuri dan kondominium walaupun tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) masih belum diumumkan. "Kita minta pihak yang bertanggungjawab untuk tampil memberi penjelasan berhubung pemasangan bendera oleh Umno-BN. Saya anggap perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia menyalahi peraturan. "Tambahan pula sekarang ini bukannya waktu berkempen, justeru bendera mana-mana parti politik tidak sepatutnya digantungkan di mana-mana tempat," tegasnya. Sehubungan itu, beliau menggesa pihak Perbadanan Putrajaya untuk memberi penjelasan berhubung status pemasangan bendera tersebut dengan kadar segera. Beliau turut memaklumkan akan menghantar aduan rasmi kepada Perbadanan Putrajaya dalam waktu terdekat bagi menyelesaikan perkara tersebut. "Pihak perbadanan tidak boleh berdiam diri terhadap perkara ini. Mereka mempunyai dua pilihan iaitu sama ada mengarahkan Umno-BN untuk segera menurunkan bendera mereka atau turut sama memberi kebenaran kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk menggantung bendera," katanya. | Wan Azizah : BN Pengecut Amal Politik Bunuh Karektor Posted: 05 Jul 2012 06:19 AM PDT SHAH ALAM : Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail meluahkan rasa kesal atas tindakan politik tidak bermaruah secara berterusan yang diamalkan oleh BN. Tegas Dr Wan Azizah, episod terbaru serangan politik ke atas Adun Kota Laksamana, Melaka, Betty Chew Gek Cheng menunjukkan corak jelas pembunuhan watak yang berterusan terhadap musuh-musuh politik BN. Ia menunjukkan bahawa pemimpin BN sepenuhnya bankrap idea dan tidak berupaya untuk menawarkan agenda dasar yang baik kepada rakyat Malaysia. "Serangan terhadap Betty Chew adalah perbuatan pengecut yang bertujuan untuk mengaibkan seorang wanita dan keluarganya. "Saya berdoa untuk dia (Betty) kekal kukuh dan terus berdiri teguh di tengah serangan yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab," jelas Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan. Beliau merayu kepada semua ahli-ahli politik untuk tetap menjunjung dan menghormati maruah wanita. "Semua kita, tanpa mengira fahaman politik kita mesti mengambil pendirian yang kukuh, kita mesti ia perlu dihentikan serta-merta kepada budaya politik kotor ini," tegas beliau. Sebelum ini, Pengerusi MCA Melaka, Gan Tian Loo dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Melaka membuat dakwaan palsu mengenai skandal moral terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng dan isterinya (Betty Chew). Gan bagaimanapun enggan mengulangi dakwaan itu diluar dewan. | UNISEL Lebih Baik Bawah PR Daripada BN - Naib Cancelor Posted: 05 Jul 2012 01:14 AM PDT KELAB GREENBOC Unisel: Dakwaan Noh tidak relevan Shah Alam – Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dr Anuar Ahmad menyifatkan universiti tersebut kini adalah lebih baik di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) berbanding kerajaan Barisan Nasional(BN) sebelum itu. Menurutnya, kenyataan bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo yang mengatakan kononnya universiti tersebut tidak menghadapi sebarang masalah semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) kerana mendapat sumber kewangan sendiri adalah sebagai tidak tepat. Beliau berkata, dahulu kewangan Unisel dikawal sepenuhnya Kerajaan Negeri tetapi kini pihak Unisel boleh berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai perkara tersebut. "Kalau nak dibuat perbandingan, Unisel pada hari ini adalah lebih baik berbanding dahulu kerana dahulu yang bermasalah. "Macam sekarang soal kewangan saya sendiri boleh mengetahuinya dan boleh berbincang dengan Menteri Besar" katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, Unisel juga telah mencapai sasaran operasinya pada tahun ini dengan penambahan jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 13,500 termasuk 2,800 pelajar yang akan menamatkan pengajian tahun ini. Katanya, beliau percaya Unisel dapat menjadi sumber kewangan kepada Kerajaan Negeri menjelang hujung tahun ini. "Unisel dah capai sasaran apabila Kerajaan Negeri mengambil alih bon tersebut pada Januari lalu," katanya. Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kewangan Unisel, Anuar berkata, semua pembelian peralatan ataupun tender dibuat mengikut prosedur. Katanya, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai laporan lengkap kewangan tersebut kerana ia sedang dalam proses diaudit. "Semua proses pembelian direkodkan dan kita telus mengenai hal ini dan akan dedahkannya apabila laporan tersebut selesai diaudit seperti mana yang dikatakan oleh Menteri Besar," katanya. Beliau turut menjelaskan bahawa sebarang pelantikan atau pun peletakkan jawatan adalah bukan di bawah bidang kuasa universiti tersebut sebaliknya ia terletak di bawah Kerajaan Negeri. Anuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kontroversi pelantikan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Unisel. Menurutnya, tahun ini Unisel juga menempa nama apabila berjaya melahirkan seorang pelajar terbaik bidang kejuruteraan yang mendapat pengiktirafan daripada Insititut Kejuruteraan Malaysia. "Kini lebih ramai pensyarah berkelulusan doktor falsafah (PhD) mengajar di universiti ini," katanya. Kelmarin, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa Unisel bakal menjadi gajah putih akibat kerakusan Kerajaan Negeri mempolitikkan pendidikan dan menjadikan universiti itu sebagai alat politik mereka. -SH | Di mana sifat jantan Pemuda Umno, Perkasa? Posted: 05 Jul 2012 01:05 AM PDT Mereka yang kononnya mengaku memperjuangkan Islam hanya menikus apabila Presiden MCA mengeluarkan kenyataan menghina hukum hudud. PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mencabar Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar bangkit menyatakan pendirian berhubung kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek yang menghina hukum hudud. "Di mana hilangnya kejantanan Pemuda Umno, Perkasa dan NGO Melayu-Islam lain yang sebelum ini sangat garang dalam beberapa isu?," soal Azmir Haji Mustafa, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan. Kenyataan Presiden MCA yang disifatkan sebagai menghina itu timbul ekoran cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah (Johor) Datuk Ayub Rahmat agar negeri Johor merupakan negeri pertama di negara ini yang melaksanakan hukum hudud. "Pelaksanaan hudud di Johor akan meliputi semua kaum dan bukan seperti di Kelantan yang mahu melaksanakannya terhadap masyarakat Islam sahaja," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Johor baru-baru ini. Kenyataan Ayub Rahmat ini menimbulkan kemarahan Soi Lek dengan menyifatkan beliau sebagai sudah hilang akal dan mengugut MCA akan keluar Barisan Nasional (BN) sekiranya hukum hudud dilaksanakan. Azmir dalam satu kenyataan media semalam mencabar Pemuda Umno dan Perkasa untuk bangun dan membela Ayub Rahmat dalam menuntut hak pelaksanaan hukum hudud. "Apakah Pemuda Umno, Perkasa dan NGO yang mengaku kononnya mempejuangkan Islam hanya menikus selepas komen yang dilontarkan oleh Presiden MCA itu yang jelas menghina Islam dan masyarakat Islam di Malaysia? "Mengapa tidak berani untuk berdemonstrasi di hadapan pejabat Soi Lek di atas nama perjuangan agama sedangkan hukum hudud itu adalah undang-undang Islam yang tertera dalam Al-Quran? Beliau juga menyoal, "adakah keberanian mereka berbentuk selektif dan hanya mampu bersuara sekiranya perkara yang sama berlaku daripada kalangan pimpinan Pakatan Rakyat sahaja? Apakah Umno sangat takut dan gentar kepada Soi Lek? "Justeru kami mencabar Pemuda Umno dan Perkasa membuat laporan polis terhadap Presiden MCA itu dan mendesak Soi Lek memohon maaf terhadap kenyataannya yang sungguh biadap itu," katanya. Azmir berkata pihaknya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ayub Rahmat di atas keberanian beliau dalam menyatakan hasrat untuk menuntut kerajaan BN melaksanakan hukum hudud. "Kami dari SAMM Wilayah Persekutuan merasa bangga terhadap keberanian Ayub Rahmat memandangkan keberanian sebegini amat jarang berlaku di kalangan Umno," ujar beliau. | Peneroka ditadbir 2 pihak, pendapatan merudum Posted: 05 Jul 2012 12:59 AM PDT ANAK mendakwa pendapatan bulanan merudum kepada RM800 selepas FGVH disenaraikan. PETALING JAYA: Persatuan Anak-anak Peneroka-peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendakwa Felda Global Ventures Holding (FGVH) Berhad kini diterajui oleh dua kumpulan. "Satu kumpulan oleh pengurusan FGVH sendiri, manakala satu lagi oleh Felda," kata Presiden ANAK, Mazlan Aliman. "Saya berkata begitu kerana ada poster yang ditampal di Johor yang mengatakan peneroka yang mahu menjual saham FGVH boleh pergi ke pejabat Felda. "Menurut peneroka di situ, poster ini diletakkan oleh pegawai Felda. Ia ditemui di kawasan-kawasan strategik seprti warung kopi," tambahnya lagi. Menurut Aliman, ini menyebabkan peneroka menjadi keliru pihak mana yang mahu didengar mereka. Sementara dalam perkembangan berkaitan, peneroka mula merungut kerana pendapatan mereka merosot banyak sejak penyenaraian FGVH 28 Jun lalu. Katanya, perkara ini berlaku kerana FGVH memaksa peneroka membayar pinjaman wajib sekaligus dan dengan jumlah yang lebih besar dari sebelum ini. Sebagai contoh, katanya, pinjaman perumahan yang sebelum ini cuma RM250 sebulan kini menjadi RM400. "Selepas membayar hutang-hutang seperti perumahan, tanaman semula dan lain-lain, pendapatan bulanan yang tinggal hanya RM800. . "Berbeza sebelum FGVH, peneroka mendapat RM2 hingga RM3, 000 sebulan," tambah beliau lagi. Mazlan mendakwa, FGVH berbuat demikian kerana memerlukan perbelanjaan RM1.9 bilion setahun sedangkan sumber pendapatan hanya RM508 juta. "Defisit tahun ini RM600 juta. Bagaimana nak cari wang sebanyak itu dalam tempoh tidak sampai enam bulan lagi," tanya beliau. Menurut Mazlan, beliau memperolehi maklumat itu melalui laporan bajet Felda. | MRT Ampang: Kedudukan Najib tergugat? Posted: 05 Jul 2012 12:54 AM PDT PKR akan melancarkan kempen "Utamakan Keselamatan Rakyat" di sepanjang laluan Ampang minggu depan. PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan bahawa beliau akan meneruskan siri pendedahan penyelewengan dalam projek tambahan sistem transit aliran ringan (MRT) laluan Ampang, walaupun perkara ini mendapat perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menurut Rafizi, edaran risalah maklumat dan pelancaran kempen "Utamakan Keselamatan Rakyat" akan diadakan di seluruh MRT laluan Ampang bermula minggu depan. Katanya, tindakan PDRM yang menolak mentah-mentah dari menyiasat dakwaan campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam penganugerahan kontrak berkenaan mengesahkan persepsi rakyat pimpinan PDRM meletakkan kepentingan Umno-Barisan Nasional (BN) melebihi segala-galanya. Ini memandangkan tindakan PDRM yang segera menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kebocoran maklumat sulit negara setelah dokumen tender itu diketahui umum. "Sebarang usaha untuk menakut-nakutkan saya dan rakan-rakan dari terus membongkar skandal ini adalah sia-sia," kata Rafizi. Kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin semalam mengesahkan dua perkara itu.Dokumen-dokumen Kementerian Kewangan termasuk minit yang ditandatangani Najib dan dokumen lain berkaitan tender tersebut adalah benar dan asli. Maklumat tersebar luas "Najib bimbang skandal ini bakal menggugat kedudukan beliau apabila maklumat mengenainya tersebar luas," dakwa Rafizi dalam satu kenyataannya hari ini. Beliau turut menyatakan kekesalan di atas kenyataan Mohd Bakri kononnya wujud kebocoran maklumat yang menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Rafizi sebaliknya berkata, PDRM tidak pula bergegas menyiasat kebocoran maklumat pertahanan negara apabila dokumen sulit mengenai strategi dan kekuatan pertahanan negara dijual kepada syarikat asing, seperti yang didedahkan di Mahkamah Perancis baru-baru ini. Beliau turut menimbulkan beberapa persoalan berhubung natijah sekiranya kontrak tersebut terus diberi kepada syarikat yang berkaitan seperti didakwa sebelum ini. "Apakah beliau tidak memahami bahaya kepada jutaan orang awam yang sedang dan bakal menggunakan sistem MRT laluan Ampang sekiranya sebuah syarikat yang langsung tidak ada pengalaman dalam sistem MRT dianugerahkan kontrak ini? "Adakah beliau sendiri berani menaiki MRT laluan Ampang saban hari ke tempat kerja sekiranya beliau sedar bahawa seluruh kerja-kerja pembinaan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air?," soal beliau. Rafizi sebelum ini mendakwa Perdana Menteri campur tangan dalam pemberian projek tambahan MRT Ampang bernilai RM960 juta dan dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang diterajui syarikat George Kent. Beliau turut mendedahkan beberapa dokumen kepada umum sehingga polis bertindak menubuhkan pasukan khas menyiasat pendedahan dokumen tender kontrak sambungan projek tersebut yang diklasifikasikan sebagai rahsia kerajaan. | Chua Tee Yong silap, kata Talam Posted: 05 Jul 2012 12:46 AM PDT MALAYSIA KINI Talam Corporation Bhd, yang didakwa telah diselamatkan oleh kerajaan negeri Selangor, menafikan dakwaan MCA itu dan berkata dakwaan Timbalan Menteri Chua Tee Yong itu "membingungkan". Dalam satu kenyataan lewat petang semalam, Talam berkata ia menangani sendiri hutangnya dan berbuat demikian dengan melengkapkan satu pelan regularisasi yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti pada 1 Julai 2009. Pengerusi Talam, Tsen Keng Yam berkata, ia dilakukan lama sebelum perjanjian antara negeri dan Talam untuk penyelesaian hutang melalui tanah. Oleh itu, tambahnya, adalah tidak benar untuk mengatakan bahawa terdapat langkah menyelamatkan Talam oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat. | Pemandu bas ekspres maut, 11 penumpang cedera Posted: 05 Jul 2012 12:41 AM PDT MALAYSIA KINI Seorang pemandu bas terbunuh manakala kesemua 11 penumpang bas itu cedera apabila bas mereka terbabit dalam kemalangan dengan dua buah lori di Km303.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kampar awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh berkata mangsa yang terbunuh ialah Azizan Hamid, 51, dari Seberang Jaya, Pulau Pinang. Azizan yang mengalami cedera parah di kepala meninggal di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi. Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 2.45 pagi, ketika bas Seri Maju itu yang membawa 11 penumpang sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur apabila ia merempuh belakang sebuah lori yang tiba-tiba berhenti di lorong kecemasan. | NGO sambut baik SPR undang pemerhati asing PRU 13 Posted: 05 Jul 2012 12:33 AM PDT Oleh: Amin Iskandar KUALA LUMPUR — NGO menyambut baik langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengundang pemerhati asing bagi menyaksikan perjalanan proses pilihan raya umum ke 13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) memberitahu SPR akan mengundang pemerhati asing pada pilihan raya umum ke 13. Yayasan Asia – NGO antarabangsa dari Amerika Syarikat yang mempunyai pejabat di beberapa negara strategik di Asia termasuk Malaysia – memuji langkah SPR kerana beranggapan kehadiran pemerhati antarabangsa mampu menambahkan kredibiliti pilihan raya di Malaysia. "Pemerhati asing tidak mempunyai kepentingan dalam pilihan raya Malaysia. Mereka tidak boleh mengundi dan benar-benar bebas dan independen. "Membenarkan kemasukan pemerhati asing bagi menyaksikan pilihan raya di Malaysia, SPR mampu menambahkan keyakinan rakyat dan meningkatkan kredibiliti pilihan raya" kata timbalan pengarah Yayasan Asia, Herizal Hazri. Menurut Herizal lagi, kehadiran pemerhati asing boleh menambahkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap demokrasi Malaysia dan mampu menarik minat lebih ramai lagi pelabur asing untuk membuat pelaburan. "Dengan kehadiran pemerhati asing, rakyat akan lebih yakin dengan keputusan pilihan raya. Ini mampu memberikan kestabilan politk kepada negara. "Kemasukkan pemerhati asing untuk melihat dengan lebih dekat tentang bagaimana Malaysia menjalankan pilihan raya. Ini mampu membunuh persepsi negatif mengenai proses pilihan raya di Malaysia sekaligus memberikan keyakinan kepada pelabur asing." Sementara itu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) turut menerima baik langkah SPR ini. Akan tetapi, Bersih 2.0 mahu SPR mengundang kumpulan-kumpulan lain seperti Sekretariat Komanwel dan Kesatuan Eropah. "Walaupun pemerhati asing dari Asean itu baik, terdapat juga pertubuhan yang boleh dilibatkan dan telah biasa menjadi pemerhati asing dalam banyak pilihan raya antarabangsa seperti Sekretariat Komenwel dan Kesatuan Eropah. "Kami berharap tidak banyak halangan dikenakan terhadap pemerhati asing yang diundang. Jika banyak halangan seperti tidak boleh beri kenyataan media, lebih baik kita tidak perlu undang mereka," kata pengarah eksekutif Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah. Mafrel yang digugurkan akreditasinya sebagai pemerhati pilihan raya tempatan menyambut baik langkah SPR undang pemerhati antarabangsa. "Kita dari awal dulu lagi bersetuju terhadap cadangan ini dan kita berharap pemerhati ini perlu ada ruang untuk membuat permerhatian. Kita mahu sekiranya ada benda yang baik, pemerhati asing boleh belajar, kita harus bersikap terbuka terhadap mereka untuk negara dan SPR," kata pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim. Pilihan raya ke 13 akan membuka lembaran sejarah baru dalam pilihan raya Malaysia kerana buat pertama kalinya Malaysia membenarkan kehadiran pemerhati asing. Di negara-negara Asean lain seperti Filipina, Thailand dan Indonesia, kehadiran pemerhati asing adalah perkara biasa dalam pilihan raya mereka. Akan tetapi, pemerhati asing yang diberi akreditasi, harus memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh suruhan raya pilihan raya di negara-negara tersebut sebelum dibenarkan masuk ke negara mereka. | PRU 13 ledakan kuasa terakhir, kata Anwar Posted: 05 Jul 2012 12:31 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Dalam satu temuramah dengan akhbar perniagaan itu hari ini, ahli politik berusia 64 tahun itu menjelaskan beliau sudah letih dengan politik walaupun pilihan raya akan datang bakal menjadi ledakan terakhir buatnya menjadi perdana menteri Malaysia, selepas dipecat 13 tahun lalu dan dipenjara atas dua kesalahan seks luar tabii dan rasuah. "Kami membentangkan manifesto, polisi, dan sudah tentu, jika diberi mandat, saya teruskan; jika tidak, saya akan balik mengajar semula," kata Anwar kepada FT. Akhbar berpengaruh itu menjelaskan Anwar dilihat semakin letih walaupun berhadapan dengan peluang terbaik beliau untuk untuk memimpin negara dengan 28 juta populasi berbilang kaum yang kian tawar hati dengan pemerintahan Barisan Nasional (BN). "Berumur 65 sekarang, Anwar mengakui ini 'mungkin' langkah terakhir sebelum beliau menjadi perdana menteri," kata akhbar itu lagi. Ketua Pakatan Rakyat (PR) itu telah menjalankan kempen untuk mengambil alih Putrajaya daripada BN dan telah mempengaruhi rakyat dengan idea masyarakat yang tidak mementingkan mana-mana kaum dan sebaliknya berasaskan merit. "Kami sedang merubah landskap politik negara. Saya merasakan jumlahnya sangat besar, terutamanaya golongan muda, mahu Malaysia berubah menjadi matang, lebih demokrasi," katanya kepada FT. Namun, ketua pembangkang itu masih diganggu oleh masalah kesihatan berterusan dan isu undang-undang yang boleh menjejaskan matlamat mereka ke Putrajaya. Walaupun dibebaskan daripada tuduhan liwat kedua awal tahun ini, pihak pendakwaan masih mencari jalan untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi dan mempunyai 10 hari lagi untuk berbuat demikian. Ini mungkin berakhir dengan Anwar di penjara, tamparan hebat yang bakal menghancurkan impian untuk seorang lelaki yang berhasrat menjadi perdana menteri dan mencacatkan peluang PR pada pilihan raya akan datang. Musuh politik Anwar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah mengaitkan Bersih, sebagai satu perhimpunan untuk menjatuhkan kerajaannya. Anwar dan dua pemimpin PKR dikenakan beberapa dakwaan berhubung keganasan dalam perhimpunan 28 April lalu menuntut pilihan raya adil dan bersih, dengan yang terbaru dikenakan semalam, memungkinkan mereka dipenjarakan sehingga dua tahun jika didapati bersalah, menggugurkan beliau daripada status pemimpin politik dan meletakkan beliau dalam ranjau politik yang telah beliau tinggalkan sejak kembali empat tahun lalu. | Pengundi berhijrah dari politik perkauman, kata penganalisis Posted: 05 Jul 2012 12:25 AM PDT Oleh Ida Lim Ini adalah respon kepada kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan mengenai trend pengundian berasaskan etnik yang akan berleluasa pada PRU 13 akan datang. "Bukan isu perkauman tetapi isu seperti ekonomi, keadilan, media alternatif, rasuah dan anak muda, kata Datuk Dr. Mohammad Agus Yusof. Merujuk kepada isu universal yang melangkaui batas etnik, Agus berkata kedua-dua pihak akan menghadapi cabaran dalam memenangi sokongan daripada pengundi Malaysia. Faisal Hazis, ahli sains politik dari Unimas, berkata "politik perkauman telah lama wujud di Malaysia" dan ini adalah berpunca daripada "jenis polisi yang diamalkan oleh parti pemerintah". "Politik perkauman ditinggalkan secara perlahan-lahan." kata Faizal dengan menambah "kemunculan politik baru yang bersifat pelbagai etnik" sepanjang dekad lalu dan bersetuju bahawa masyarakat sekarang membincangkan lebih banyak isu berbanding isu etnik. Wan Saiful Wan Jan dari IDEAS juga berkata:"Masyarakat sedang mencuba memikirkan siapa yang akan diundi, dalam proses membuat keputusan, mereka akan melihat isu berbanding identiti etnik." Walaubagaimanapun, beliau sedar tentang "semuanya berdasarkan perkauman. Pada saya, apa yang bakal jadi semasa mejelang pilihan raya adalah semua parti politik yang berasaskan perkauman akan memastikan semua isu bertukar jadi isu berlandaskan etnik". "Satu-satunya cara mereka wujud adalah berdasarkan pada perjuangan isu berkaitan dengan etnik, ini adalah apa yang mereka lakukan". Wan Saiful berkara, "wujudnya retorik tentang perlunya polisi pelbagai etnik" dari kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat tetapi mereka masih gagal untuk mempraktikkan secara realiti. Pentadbiran Najib sudah membayangkan beberapa pelan yang akan memberikan manfaat kepada orang ramai tanpa mengira etnik, seperti voucer pelajar dan pemberian RM500 kepada rakyat yang berpendapatan rendah di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Ketiga-tiga parti pembangkang - DAP, PAS dan PKR - berusaha keras untuk menunjukkan pendirian yang pelbagai kaum. Wan Saiful kata semua parti politik "haruslah fokus kepada polisi untuk rakyat Malaysia secara keseluruhannya daripada sekadar berlandaskan kumpulan etnik". Dr. Mahathir pada awal minggu ini telah mengatakan BN berada dalam keadaan yang lemah setelah kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dalam pilihan raya MAc 2008 yang telah memaksa BN untuk memenuhi kehendak semua etnik. "Dalam negara ini, sentimen perkauman semakin bertambah berbanding dahulu. Etnik akan menjadi isu paling utama dalam pilihan raya yang bakal datang. Siapa yang memberi apa, siapa yang dapat apa, kesemuanya akan berdasarkan perkauman. Apabila kerajaan menjadi lemah, ia akan memenuhi kehendak permintaan yang tidak akan membawakan manfaat kepada masyarakat dalam jangka masa panjang", kata beliau. Pada bulan Mac yang lalu, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah berkata: "Kita selalu mementingkan soal etnik. Sebab wujudnya kecenderungan parti-parti tertentu untuk mempergunakan isu-isu seperti ini sebagai satu cara untuk meraih sokongan kepada mereka tetapi ini telah menimbulkan masalah kepada kita". | Panel siasatan bebas Bersih lawat lokasi perhimpunan 28 April Posted: 05 Jul 2012 12:22 AM PDT Oleh Mohd Farhan Darwis dan Nomi Nazwir KUALA LUMPUR, — Panel siasatan bebas Bersih yang diketuai oleh Tun Hanif Omar hari ini melakukan lawatan ke sekitar lokasi perhimpunan duduk bantah Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu. Panel berkenaan turut diberi penerangan tentang lokasi sebenar kejadian perhimpunan Bersih 3.0 itu yang berlaku di sekitar kawasan Dataran Merdeka. Antara lokasi yang dilawati Haniff dan ahli jawatankuasa panel siasatan tersebut adalah di sekitar kawasan Jalan Raja, Jalan Parlimen, dan Dataran Merdeka di mana lokasi halangan didirikan oleh pihak polis dan juga lokasi polis anti rusuhan (FRU) mengadakan sekatan pada perhimpunan tersebut untuk menghalang perusuh. Menurut Hanif melalui lawatan ke lokasi perhimpunan Bersih itu, panel akan memperolehi gambaran yang lebih jelas berhubung perhimpunan tersebut. "Dengan melakukan lawatan ke lokasi perhimpunan, panel akan menerima penjelasan lebih terang dan jelas." "Kami turut melawat ke depoh FRU di Pusat Latihan Polis Jalan Semarak (Pulapol) dan tengok macam mana FRU bertindak. Adakah ada perubahan dalam peralatan semasa hari itu (Bersih), sama ada polis nak mententeramkan keadaan atau nak bergasak," katanya kepada pemberita. Lawatan hari ini bagaimanapun, jelas Hanif, hanya melibatkan penjelasan dan penerangan daripada pihak polis, dan juga bukan polis, termasuk seorang wartawan daripada akhbar The Sun, Pauline Wong, yang turut serta memberikan keterangan kepada panel berhubung insiden perhimpunan Bersih 3.0 lalu. Hanif turut menolak untuk menyediakan "mock up" untuk melihat kejadian dan lokasi sebenar semasa perhimpunan tersebut kerana menurutnya, panel telah menerima penerangan jelas daripada pihak polis dalam sesi lawatan hari ini. "Tidak perlu mock up. Kami sudah menerima penerangan jelas daripada pihak polis hari ini. Lawatan hari ini turut melibatkan sebuah bas, dua van, dan lima buah kereta daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). | Tawaran matrikulasi TPM undang kritikan Posted: 05 Jul 2012 12:14 AM PDT Pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tawaran sekali (one-off) kepada 557 pelajar India untuk mengisi tempat dalam program matrikulasi mengundang pelbagai soalan bernada kritikan. Pengkritik mempersoalkan keperluan kuota berdasarkan kaum dan kenapa Muhyiddin yang juga menteri pelajaran membuat tawaran itu sekali sahaja. Walaupun menganggapnya "perkembangan positif", penulis Uthaya Sankar SB (kiri) berkata ia tidak menjamin tempat di masa akan datang. "Menteri pelajaran berkata, tawaran kali ini secara sekali sahaja - secara keseluruhan tidak bermakna ia akan menyelesaikan masalah pada masa akan datang. "Berhubung topik pelajaran, apa yang perlu diberi perhatian, kelayakan pelajar dan bukan kuota kaum. Ia lebih buruk sekiranya (kuota) digunakan sebagai 'umpan' untuk meraih undi," katanya kepada Malaysiakini. Muhyiddin membuat tawaran secara itu lepasan SPM yang layak bagi memenuhi kekosongan tempat untuk mengikuti kursus matrikulasi sesi akademik 2012/2013, daripada 1,539 tempat yang ditawarkan kerajaan. Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel yang menyambut baik kenyataan Muhyiddin itu semalam dilaporkan berkata, kekosongan itu akan diisi dalam kalangan 4,000 pelajar yang memohon untuk mengikuti kursus matrikulasi di kolej kerajaan. |
Posted: 05 Jul 2012 03:04 PM PDT SHAH ALAM: Malang bertimpa buat seorang gadis berusia 23 tahun apabila tetap dirogol sekumpulan lelaki bernafsu binatang walaupun datang haid dalam kejadian samun dan rogol di sebuah rumah sewa di Jalan Haji Termidi, Rantau Panjang, Klang, Jumaat lalu. Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang juga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) diculik di Seksyen 7, di sini, oleh sekumpulan lelaki berusia 20 hingga 33 tahun dipercayai Geng Nuar Rantau Panjang yang menjadikan pelajar IPT sebagai mangsa. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa yang berasal dari Kelana Jaya dibawa ke rumah sewa berkenaan sebelum dirogol bergilir-gilir. "Mangsa ketika itu berjalan kaki sendirian berhampiran hentian bas didatangi lelaki terbabit yang menaiki kereta Toyota Vios berwarna perak sebelum mangsa ditarik memasuki kereta berkenaan," katanya. Katanya, suspek mengikat tangan dan menutup mata mangsa dengan pita pelekat kuning sebelum membawa mangsa ke sebuah rumah papan satu tingkat itu dan merogolnya. "Di rumah itu mangsa dibawa masuk ke bilik dan dipaksa baring di atas tilam nipis. Seorang daripada suspek membuka ikatan dan merogol mangsa dua kali. "Suspek terus merogol mangsa dalam keadaan mata ditutup walaupun ketika kejadian mangsa sedang haid," katanya. Zahedi berkata, mangsa ditinggalkan berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, jam 3 pagi Sabtu lalu dalam keadaan mata tertutup selain tangan turut diikat. Katanya, selepas ditinggalkan, mangsa yang membuka ikatan terus mendapatkan bantuan seorang pengawal keselamatan masjid yang bertugas sebelum membuat laporan polis jam 7.30 pagi hari yang sama. Beliau berkata, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapatkan rawatan lanjut dan laporan perubatan mendapati mangsa memang dirogol berdasarkan terdapat kesan luka kecil pada kemaluannya. Beliau berkata, berdasarkan laporan, sejam kemudian sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam menahan seorang lelaki berusia 21 tahun di Persiaran Masjid, Seksyen 2, di sini. "Hasil pemeriksaan, kami menjumpai satu beg kecil mengandungi kad pengenalan, kad pelajar serta lesen memandu milik mangsa. "Selain itu, hasil soal siasat juga, jam 10 pagi, pasukan sama menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan tempat rogol mangsa di Rantau Panjang dan menahan seorang lagi lelaki yang tidur di ruang tamu rumah berkenaan. "Dalam masa yang sama, tiga lagi lelaki yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri tetapi dua daripadanya ditahan manakala seorang lagi meloloskan diri dengan lari ke dalam semak berhampiran rumah," katanya. Beliau berkata, polis kini mengesan dua lagi suspek yang masih bebas iaitu Anuar Mohamad, 33, atau dikenali dengan nama Bro dan Muhammad Nashazrin Abd Rahsid, 21, yang turut dikenali sebagai Tiger. Sementara itu, dalam kejadian berasingan Isnin lalu, kumpulan yang sama merogol pelajar perempuan berusia 17 tahun secara bergilir-gilir di tempat sama. Zahedi berkata, dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa berbual-bual dengan teman lelakinya di blok Wisma Mais, Seksyen 3, di sini sebelum didatangi kumpulan lelaki terbabit yang menariknya ke dalam kereta. Katanya, teman lelaki mangsa cuba mengejar dengan motosikal tetapi gagal. Zahedi berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang merogol mangsa adalah kumpulan sama yang menjalankan kegiatan samun dan rogol pelajar IPT berkenaan. "Saya ingin menasihatkan wanita terutama pelajar sekitar Shah Alam sentiasa berhati-hati. Jangan sesekali keluar bersendirian terutama pada waktu malam dan kalau terpaksa keluar dalam kumpulan yang besar supaya jika berlaku sesuatu rakan membantu," katanya. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |