Jumaat, 22 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PULAU TAWAR

Posted: 22 Oct 2010 11:07 PM PDT

PULAU TAWAR


Posted: 22 Oct 2010 10:12 AM PDT

ISTERI PM HINA NABI, MANA ULAMAK UMNO ?


IFF, 'Islamic Fashion'?
KL, 20 Okt 10: "Muhammad" dalam tulisan Arab diterbalikkan, diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat. Ini menunjukkan bahawa penganjur jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan dedah aurat yang tidak wajar itu. Penganjurnya adalah Islamic Fashion Festival (IFF) di bawah Datin Seri Rosmah Mansor isteri PM Malaysia.

Demikian didedahkan oleh ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali. "Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamakan 'Islamik' tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasminya.

Oleh itu para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurnya. Lo' Lo' juga kesal dengan sesetengah NGO Islam yang dipergunakan untuk menyokong bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.
"Saya dapat maklumat ada beberapa NGO Islam diminta membuat memo menyokong bajet PM.

"Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" tanya Lo' Lo'.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mana ulama-ulamak UMNO atau mufti-mufti kerajaan nak sorokkan muka? Tak maluke? Mana pendedahan fatwa, juru-juru fatwa burung kakaktua kerajaan Malaysia? Perlukan pemuda-pemuda Islam bangun membuat demontrasi, bagi mengajar tindakan biadap isteri PM? (IH)

Peghelih La...

Posted: 22 Oct 2010 11:04 PM PDT

Peghelih La...


Jahatnya Umno (Online).....

Posted: 22 Oct 2010 02:32 AM PDT


Malah, Dr Zulkefli Mohamad berkata, Ramelah Jusoh yang didakwa berkhalwat dengannya - seperti yang dilaporkan oleh media rasmi Umno - Umno Online - adalah ibunya.

BACA DI SINI >>

PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 22 Oct 2010 09:19 PM PDT

PAS KAWASAN BAKRI


SERANGAN PERIBADI UMNO DAH BERMULA -MELALUI UMNO ON LINE

Posted: 22 Oct 2010 10:15 AM PDT

KL. 22OKT 10: Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh. Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya. Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.

"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.

Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon PAS oleh Nik Aziz di Gua Musang malam semalam.

Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas.

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik. Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992. Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang. (AK)

Dapatkan lapuran PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir.PRK Galas

Ibnu Hasyim

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 22 Oct 2010 09:16 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Malaysia Acuan Kak Ros

Posted: 22 Oct 2010 03:39 AM PDT

PAS KDAS 3

Posted: 22 Oct 2010 09:04 PM PDT

PAS KDAS 3


Galas: Pengalaman lebih dua tahun beri kelebihan

Posted: 22 Oct 2010 07:49 AM PDT

GUA MUSANG, 22 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu adalah platfom baik buat PAS dalam menghadapi semula PRK itu 4 November nanti.

Menurutnya, kemenangan lalu itu memberikan kelebihan pada PAS untuk lebih mengenali masyarakat di kawasan itu dan tahu selok belok permasalahan mereka.

Kelebihan itu penting katanya, kerana PAS bukan saja berdepan dengan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi juga berdepan dengan jentera Kerajaan Persekutuan.

"Tidak syak lagi mereka itu menggunakan jentera-jentera kerajaan.

"Oleh sebab itu kita terpaksa bekerja lebih kuat," katanya kepada media selepas majlis perisytiharan calon malam tadi.
PAS meletakkan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad sebagai calon mereka.

Perisytiharan calon itu dibuat sempena ceramah sambutan 20 tahun Membangun Bersama Islam Kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Selain Mursyidul Am PAS, turut hadir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham dan kepimpinan Pakatan Rakyat lain.

"Umno sudah tidak ada kelebihan, berada pada peringkat bertahan dan itu faktor untuk Umno yang bersifat 'basuh tangan' terhadap kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan selama ini.

"Mengenai isu-isu yang  dibawa PAS pada PRK Galas, itu terpulang kepada 'gendang yang dipalu' Umno-BN, namun kita tidak terikat dengan gendang mereka," katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa  tidak nampak pengundi di Dun Galas akan terpengaruh dengan isu-isu yang dimainkan Umno-BN.

"Bahkan isu yang ditonjolkan Umno BN  itu akan memberi kesan yang negatif kepada mereka sendiri, ini kerana mereka mengulangi kesilapan-kesilapan yang lama di samping mendepani masalah yang belum dapat diselesaikan," katanya.

Festival busana: NGO, pelajar Islam kecam Rosmah

Posted: 22 Oct 2010 07:47 AM PDT

Semakin ramai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan tampil membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu.

abimAntaranya, bahagian hal ehwal wanita, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang berpandangan bahawa isu penjagaan aurat dan hijab adalah vital jika masyarakat mahu membicarakan tentang fesyen Islam.

"Justeru, HELWA ABIM merasa sangat kecewa dan terkilan dengan interpretasi fesyen Islam yang gagal dihayati dan difahami secara keseluruhannya, khususnya menyentuh isu penjagaan aurat yang menjadi elemen terpenting dalam penghayatan Islam secara keseluruhannya.

azlan"Malah apa yang dipotretkan kepada masyarakat sewaktu penganjuran Islamic Fashion Festival ini nyata jauh tersasar dan mengelirukan masyarakat Islam sendiri malah serta merupakan unsur-unsur penghinaan terhadap Islam dengan jelas," kata naib presiden Helwa, Fadhlina Siddiq dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, menutup aurat dan hijab adalah lambang wanita Islam dan ia bukan pakaian bermusim untuk pesta-pestaan serta bukan pakaian untuk melambangkan siapa yang lebih Islamik.

Dipesta-pestakan

"Andai wanita Islam jelas tentang konsep dan anjuran syariat tentang kewajipan menutup aurat, tidak timbul soal fesyen Islam yang berterusan mahu dipesta-pestakan sedangkan ia jelas bertentangan dengan syariat dan sama sekali terpesong dari fahaman esensi kepentingan menutup aurat yang sebenar," katanya lagi.

NONEGabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) juga menyatakan rasa kesal dengan penganjuran Festival Busana Muslim yang didakwanya jelas menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW.

Menurut Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari Saidon, pemikiran sempit itu semakin mencelarukan kefahaman muda-mudi terhadap Islam itu sendiri sehinggakan terdapat pemikiran Islam ala pemerintah Malaysia sekarang dan yang dituntut di dalam Al-Quran sendiri. 

"GAMIS mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

NONE"Sangat mendukacitakan jika rakyat Malaysia khususnya umat Islam masih tidak tersedar dan sensitif akan isu ini. Dulu umat Islam sangat sensitif terhadap isu murtad, kita juga berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark.
"Kita juga tidak terlepas menyertai perarakkan Maulidur Rasul, menyatakan sayangnya kita kepada Rasulullah, tetapi ini juga satu bentuk penghinaan terhadap Rasulullah, dan kita perlu bantah serta bertegas dengan mereka yang menganjurkannya" katanya.

Turut membidas penganjuran Festival Busana Muslim itu adalah Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak yang menyatakan ia tidak wajar dilaksanakan kerana unsur dan konsep fesyen Islam yang dianjurkan oleh Rosmah tidak diperhalusi setiap tindakan yang dibuat.
Nasihat mufti?

"Adakah pesta ini telah dirujuk atau mendapat nasihat daripada mufti-mufti atau penasihat agama?

"Persoalan yang timbul seterusnya pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan pesta ini turut serta atau tidak dalam memastikan pesta yang dianjurkan ini benar-benar mengikut landasan yang digariskan oleh syarak," kata presidennya Mohd Syahid Mohd Zaini.

Menurut beliau, pesta fesyen yang secara zahirnya yang dianggap nampak Islamik tetapi fesyen pakaian yang dikenakan oleh isteri perdana menteri tidak mengikut cara Islam semasa merasmikan IFF tersebut.

"Kami di peringkat mahasiswa menuntut penjelasan daripada isteri perdana menteri berkenaan perkara ini dan sehubungan itu pihak NGO Islam juga mesti selidik secara terperinci akan hal ini," kata mmahasiswa Universiti Malaya itu.
NONETurut membidas tindakan Rosmah, selaku penaung festival busana itu adalah Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (Ilmam).
Ilman: Jangan jadi 'syaitan bisu'
Dalam satu kenyataan, presidennya, Mohd Azizul Hisham Zulkifli berkata seluruh umat Islam perlu membantah dan mencela IFF ini dan tidak menjadi 'syaitan bisu'.

"Adakah kita puas melihat Islam dipermainkan begitu sahaja dan banyak lagi syubhat-syubhat yang telah dimainkan oleh musuh Islam untuk menghancurkan maruah Islam? 

"Ilman melahirkan satu kebimbangan terhadap kepimpinan negara yang tidak prihatin terhadap isu ini. Ini secara jelas adalah satu perancangan jahat musuh Islam untuk merosakkan pemikiran umat Islam di mana sahaja mereka berada.," katanya dalam satu kenyataan

Katanya, Ilman juga menyeru agar pihak yang terlibat agar segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi kemungkaran ini. 

Semalam, dewan pemuda PAS pusat mengumumkan akan berhimpun secara aman di masijid-masid tertentu di seluruh negara, hari ini selepas solat Jumaat sebagai membantah tindakan Rosmah didakwa menghina syariat Islamitu.

pas muktamar 130610 nasruddin hassan 2"Saya akan mengetuai bantahan terhadap Rosmah di Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan manakala di Masjid kampung Baru (di KualaLumpur) akan diketuai oleh Kamaruzaman Mohamad (exco pemuda PAS)," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
Menurut beliau, tindakan Rosmah selaku penganjur majlis itu sesuatu yang keterlaluan.

Pada festival itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

DPPK PARIT

Posted: 22 Oct 2010 07:28 PM PDT

DPPK PARIT


Malaysia, Bukan Wasiat Umno Melalui Amanah Raya

Posted: 21 Oct 2010 09:06 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 22 Oct 2010 07:26 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Dr. Zul Diumum Calon PAS PRK N45 Dun Galas.. Pilihan Tepat 'Calon Kita'

Posted: 21 Oct 2010 08:06 PM PDT


Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.

Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.

"Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai 'Calon Kita' bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad," umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Hadir sama pada majlis tersebut, semua pimpinan utama PAS Pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa. Turut serta ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.

Biodata Zulkefli:

Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.

Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978.

Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak.

Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya.

Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.

Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.

Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang, telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.

Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.

Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.

Meskipun begitu, beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau tetap menghadapinya dan sedia memikul tanggungjawab parti.

Justeru, masyarakat dan parti menilainya sebagai seorang pemimpin yang ikhlas, taat dan rela berkorban demi perjuangan Islam.

DUN galas mempunyai 10,330 pengundi yang terdiri daripada 65.4 peratus Melayu, 22.3 peratus Cina dan 1.8 peratus India

Bakinya 10.5 peratus terdiri daripada pengundi dari kalangan Orang Asli yang seramai kira-kira 2,000 orang.

Galas adalah salah satu daripada tiga DUN dalam parlimen Gua Musang yang diwakili oleh Tengku Razaleigh, yang dianggap sebagai kubu kuat BN.

Kerusi tersebut jatuh ke tangan PAS dalam pilihan raya umum 2008, dilaporkan kerana peralihan undi bukan Melayu.

Sementara itu, BN akan mengumumkan calonnya untuk pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen Batu Sapi Ahad ini.

Tengku Razaleigh bersetuju menjadi pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Galas, tetapi menolak dilantik sebagai calon.

MB kesal cubaan cetus isu kuota

Posted: 21 Oct 2010 08:05 PM PDT

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kesal dengan tindakan MCA dan Pemuda Gerakan Kedah yang didakwa cuba mencetuskan isu perkauman dan hasutan berhubung dakwaan kononnya Kerajaan Negeri menetapkan kuota pemilikan rumah sehingga 70 peratus kepada Bumiputera di negeri ini.


Katanya, tindakan kedua-dua parti lawan itu tidak bijak dan tidak matang kerana dakwaan yang dibuat tidak berlandaskan fakta yang tepat.

"Saya kesal kerana apa yang kononnya didedahkan adalah syarat baru Kerajaan Negeri, sedangkan mereka buat kenyataan tanpa usul periksa. Saya tak pernah cadangkan seperti apa yang didakwa, sebaliknya pemaju yang menawarkan kenaikan kuota itu bagi meluluskan permohonan mereka," katanya.

Azizan berkata, apa yang berlaku sebenarnya adalah kenyataan beliau diputar belit pihak tertentu sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk, yang terpengaruh dengan kenyataan yang disebarkan kedua-dua parti itu.

"Setelah saya menerima tiga surat yang dihantar kepada saya kononnya Kerajaan Negeri memaksa syarikat pemaju menaikkan kuota Bumiputera, saya sendiri siasat dan dapati mereka yang membuat tawaran itu supaya tidak rugi. Apabila kita bertolak ansur, mereka putar belit fakta pula," katanya.

Menurutnya, sehingga kini, Kerajaan Negeri masih tertakluk kepada kuota sedia ada, iaitu 50-50 bagi tanah rizab Melayu yang ditukar ganti kepada pegangan bebas.

Azizan berkata, pihaknya menerima banyak permohonan daripada pemaju tetapi tidak semua diberi kelulusan, ianya tertakluk kepada keperluan semasa.

"Sekiranya kita ubah polisi sedia ada, saya pasti akan umumkan supaya semua pihak tahu apa yang berlaku. Buat apa saya mahu sembunyikan perkara ini. Namun saya kesal kerana apa yang disebarkan tidak betul," katanya.

Azizan turut menyelar Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew yang dikatakan tidak profesional dalam menangani isu ini.

"Veteran politik seperti beliau sepatutnya lebih matang bertindak untuk tangani isu rakyat, sebab dia orang lama dalam politik. Kenapa buat kenyataan melulu tanpa siasat dahulu perkara sebenar, ini menunjukkan ketidakcekapan beliau," katanya.

Sebelum ini, MCA mendakwa Kerajaan Negeri telah menaikkan kuota pemilikan rumah untuk bumiputera daripada 50 peratus kepada 70 peratus.

Kenyataan itu turut disokong Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang mendakwa melihat surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) yang menetapkan bahawa untuk mendapat kelulusan pembinaan perumahan, kuota untuk bumiputera mestilah sebanyak 70 peratus.

~ Beramal Kerana Allah ~

Posted: 22 Oct 2010 07:26 PM PDT

~ Beramal Kerana Allah ~


Jambori Amal Johor 2010 | 4x4 Endau-Rompin

Posted: 22 Oct 2010 05:28 PM PDT

Rembau Hari Ini

Posted: 22 Oct 2010 07:18 PM PDT

Rembau Hari Ini


Tawaran Ibadah Korban Istimewa YAMNS 1431H

Posted: 21 Oct 2010 07:45 PM PDT

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Program Ibadan Korban sempena Hari Raya Idil Adha 1431H.

Ibadah korban ini akan dikhususkan di kawasan penempatan, taman perumahan, projek perumahan rakyat, rumah pangsa di mana terdapat lebih ramai penduduk-penduduk di kawasan ini yang kurang berkemampuan sekitar Seremban dan Negeri Sembilan.

Daging korban ini akan diagihkan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Tawaran untuk 1 bahagian lembu ialah RM350 dan untuk 1 bahagian kambing ialah RM450.

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini adalah amat dialu-alukan.

Untuk penyertaan dan pertanyaan sila hubungi :
Sufian 013-3589328 xupmxutm@yahoo.com
Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com
Pn Wani 013-3851202 halwan9@yahoo.com
Hakki 013-3840022 alhaqqy@yahoo.com

Motivasi Remaja 20 Nov ke 5 Dis 2010 di Rembau

Posted: 21 Oct 2010 07:45 PM PDT

PROGRAM "DIARI KEHIDUPAN MUSLIM"
Tarikh : 20 Nov - 5 Dis 2010 (dua minggu, Sabtu-Ahad)
Tempat : Madrasah Islamiah Haji Ibrahim , Kg Bongek, Rembau, N.Sembilan
Peserta : 12 - 20 tahun, lelaki sahaja
Yuran : RM 200 sahaja ( termasuk, tempat tinggal bahan pembelajaran dan tenaga pengajar)
Terhad kepada 40 orang sahaja (yang daftar awal diutamakan)
Hubungi : Ustaz Mohd Khairuddin b Yusoff , 012-3752240

APA YANG MENARIK ?
Madrasah Islamiah Haji Ibrahim, Bongek http://madrasahbongek.blogspot.com terletak berhampiran jalan utama Seremban – Tampin dalam suasana kampung yang tenang dan menyegarkan.

OBJEKTIF PROGRAM :
- Memberi motivasi kepada pelajar untuk melakukan ibadah dengan sempurna
- Mendedahkan kepada pelajar syarat kecemerlangan berteraskan ibadah
- Menanamkan benih kecintaan kepada Allah, Rasul, Ibu bapa dan kecemerlangan
- Mewujudkan rasa tanggungjawab di dalam diri pelajar

Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut

Posted: 22 Oct 2010 07:15 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut


Isu IslamicFashion Rosmah dan Khurafat Dr. Zambry,Pemuda Pas Perak hantar memo kepada Mufti

Posted: 22 Oct 2010 07:30 AM PDT


MEMORANDUM MENDESAK TEGURAN TERHADAP DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR, ISTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG DIDAPATI MENGHINA NABI MUHAMMAD S.A.W DAN DATUK SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR, MENTERI BESAR NEGERI PERAK YANG MASIH MENERUSKAN AMALAN KHURAFAT DALAM UPACARA MELETAKKAN ANCAK KE TIANG SERI RUMAH.

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri terhadap dua tokoh besar di dalam negara dan negeri ini yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Kami amat kesal kerana Y.Bhg. Tan Sri tidak begitu prihatin untuk memberikan pendapat dan penjelasan sehingga menyebabkan rakyat atau umat Islam keliru terhadap kedua-duaperbuatan dan isu tersebut.

2 Bagi kes isteri pimpinan utama negara, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia dan juga sebagai Penaung
Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival telah menganjurkan Festival Busana Muslim pada 10 Ogos 2010 di Monaco Sporting Club, Monte Carlo. Majlis tersebut secara jelas telah menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w apabila pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian menurut syariat Islam ditambah dengan tulisan "Muhammad" dalam bahasa Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Manakala, dalam kes orang nombor satu negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak dalam programProjek Infra Bina Upaya (IBU) pada 17 Oktober 2010 di Kampung Guar, Manong. Pada majlis tersebut, telah diadakan upacara
meletakkan ancak ke tiang seri rumah yang dahulunya merupakan amalan khurafat serta bertentangan dengan aqidah Islam.
Justeru, DPPN Pk ingin menarik perhatian serius Y.Bhg. Tan Sri dalam dua perkara tersebut untuk bertindak atas sifat ilmu dan kedudukan mulia Y.Bhg. Tan Sri agar dapat memperjelaskan kepada rakyat dan umat Islam akan kekeliruan tersebut . Pihak kami meminta
sama ada Y. Bhg. Tan Sri mengeluarkan satu ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam negara ini tidak terus terkeliru.

PAS LENGGONG

Posted: 22 Oct 2010 07:10 PM PDT

PAS LENGGONG


Amin Ya Rabbal Alamin

Posted: 21 Oct 2010 08:21 PM PDT

Malaysian ruling party may lose power, leader says

KUALA LUMPUR, Malaysia – The ruling ethnic Malay party risks losing power in Malaysia's next general elections unless it courts support from minorities by moderating its views and reforming a pro-Malay affirmative action program, the party's youth leader warned Wednesday.

Khairy Jamaluddin, leader of the youth wing of the United Malays National Organization party, called a decades-old program which gives preference to majority Malays in the workplace and schools an "elitist policy" that doesn't even benefit most Malays. Critics say it mostly enriches a handful of businessmen with strong political ties.

"If there is no concerted effort to practice an inclusive and moderate leadership, UMNO's Malay leadership will disappear come the next election," Khairy warned. UMNO has been in power continuously since independence in 1957. Leaders of its youth wing are groomed for advancement.

His comments _ in a hard-hitting speech at the start of the party's annual assembly _ are the boldest and most frank acknowledgment yet of the reasons the party's popularity has plummeted in the multiethnic country.

Part of UMNO's problem is increasingly racist rhetoric among Malays, who are in the majority, against the ethnic Chinese and Indian minorities. Another major irritant is a system of quotas that were originally meant to ensure that historically disadvantaged Malays receive their piece of the economic pie. Instead, they have begun to breed resentment and many argue they have no place in a modern country.

But Khairy's remarks may not be received kindly by party hard-liners who are still pushing for Malay supremacy. Most of his comments received no applause, with the audience only clapping when he paid token tributes to Malay rights.

It is also not clear how much power Prime Minister Najib Razak, a moderate, has to make the hard-liners become more tolerant of minorities and agree to reforms before the next elections, which are not due until 2013 but could be held earlier.

Recent years have seen the UMNO's grip on power slipping. The National Front ruling coalition, centered around the Malay party, retained power in the 2008 general elections but lost its two-thirds parliamentary majority for the first time in five decades as many Chinese and Indians backed the opposition. Many cited unhappiness over perceived economic and religious discrimination.

Khairy urged Malays to stop making racist remarks toward ethnic Chinese and Indian minorities, who together comprise about one-third of the country's 28 million people. Malays make up nearly two-thirds.

Recently a Malay school principal sparked an uproar after she told Chinese students to leave the country and called the prayer beads used by Indian Hindus dog leashes. Another Malay school principal and a top Malay government officer allegedly made similar slurs.

The National Front coalition currently holds 137 seats in the 222-member Parliament. But Khairy warned it can be relatively confident of retaining only 73 constituencies where Malays have a 70 percent majority in the next elections.

"We must learn from the results of the last general elections, where we almost relinquished power due to the loss of support from non-Malays. If we still subscribe to the illusion that we can win without their support, then 50 seats currently held by (the coalition) are in grave danger," he warned.

The National Front coalition has lost most of the by-elections held so far and will face a new test of popularity in two by-elections on Nov. 4.

Dulu dan Sekarang

Posted: 21 Oct 2010 07:59 PM PDT

Dulu dalam perhimpunan umno mereka berkata merekalah yang gah dan sebagainya dan sedikit sahaja yang mereka kata kepada PAS atau pembangkang.
Sejak dari dahulu lagi dalam muktamar PAS, perkara yang sering diperkatakan oleh pemimpin PAS terhadap umno ialah perjuangan umno yang lari dari perjuangan asal kepada perjuangan kepentingan diri.
Perjuangan umno tidak berjuang untuk agama dan bangsa.
Tapi bila kita tengok perhimpunan umno sekarang peribadi DSAI utama dan wajib dikecam
nampaknya seolah=olah umno dah jadi pembangkang.
ada yang bercakap pasal roh
ada yang kata pemimpin umno yang tak betul
dan macam-macam lagi

barangkali itulah petanda yang jelas umno hanya ada setengah tapak lagi untuk meninggalkan putera jaya

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 22 Oct 2010 07:08 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


HADITH NABI MUHAMMAD SAW BERKENAAN DGN SAHABAT

Posted: 22 Oct 2010 12:36 AM PDT


Khalid Samad

Posted: 22 Oct 2010 07:05 PM PDT

Khalid Samad


Memohon Maklumbalas Budget 2011 Peringkat Dasar

Posted: 22 Oct 2010 12:53 AM PDT

Sepertimana yang telah diketahui ramai, budget 2011 telah diumumkan oleh PM pada minggu lepas. Sehubungan dengan itu, insyaAllah sekiranya berpeluang, saya akan membahaskan isi kandungan budget tersebut di Parlimen pada minggu hadapan. Oleh yang demikian, saya ingin menjemput warga Shah Alam dan para pengunjung blog sekalian untuk memberikan pandangan berkenaan budget tersebut, agar perbahasan itu nanti dapat merangkumi kesemua intipati penting yang memerlukan perbahasan yang lebih mendalam oleh semua pihak.

Tuan-tuan dan puan-puan bolehlah menyatakan sebarang bentuk pujian ataupun kritikan dalam bentuk poin dan hantarkan diruangan komen atau hantarkan ke alamat emel blog ini sebelum hari Isnin 25 Oktober 2010. Sebarang bentuk maklum balas dari tuan-tuan dan puan-puan semua, saya dahului dengan ucapan terima kasih. Selamat berhujung minggu.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 22 Oct 2010 03:14 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


DAH BIRU BATANG HIDUNG BARU NAK BERLINDUNG

Posted: 22 Oct 2010 02:27 AM PDT


DSUDR RAIS dah berpatah arang ke? Blogger penyokong BN pun beliau nak balun.Memanglah sebagai orang tua memang sensitif, almaklumlah dulu pernah kerja dengan bapa DS Najib dan sekarang dengan DS Najib sendiri. Apataknya melentinglah kalau orang usik skit,kalau Pakatan Rakyat kena fitnah pemimpin UMNO buat tak kisah malah mentertawakan ada la.eliau n


Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mempertahankan tindakannya membuat laporan polis terhadap blogger Rocky Bru @ Datuk Ahirudin Attan dan dua yang lain yang siar dakwaan kononnya anaknya terlibat dalam syarikat yang dapat kontrak jalur lebar bernilai jutaan ringgit …kerana itu adalah haknya.

"Ia mudah (isu itu). Orang tidak memikul masalahnya tidak tahu. Mereka sudah mengaibkan saya di khalayak ramai. Saya sebagai seorang anggota pentadbiran yang telah lama berkhidmat tak pernah menerima pukulan seperti itu.

"Apa yang mereka kemukakan tidak benar. Jadi saya sebagai seorang rakyat biasa, tak ada cara lain kecuali melaporkan kepada lunas undang-undang negara kita. Jadi kalau itu pun salah, atau dianggap tidak benar, saya tak ada hal, saya boleh buat banyak pilihan, tapi itu hak saya," katanya kepada Agendadaily ketika ditemui di luar Dewan Merdeka PWTC, Khamis.

Beliau diminta mengulas laporan beberapa buah blog memberitahu mengenai pertemuan dengan beberapa blogger di kediamannya pada Isnin lalu,Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menyuarakan rasa terkilan terhadap langkah Rais membuat laporan polis terhadap Rocky dan dua blogger lain,Big Dog dan TnT.

Setakat ini Rocky telah dipanggil memberi keterangan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).Rocky membuat posting dibawah tajuk Who gets Santa Rais RM1billion handout? pada 9 Oktober.

"Membuat laporan (polis) itu adalah hak saya. Jadi saya minta tidak ada pihak yang memutarkannya dan saya tak fikir Perdana Menteri mengeluarkan kata-kata begitu sebab saya tidak ada peluang mempertahankan diri saya," kata Rais yang memberitahu beliau tidak tahu menahu mengenai pertemuan berkenaan.

Ditanya sama ada beliau akan menarik balik atau meneruskan dengan laporan terhadap Rocky dan dua blogger berkenaan, Rais bertegas mengatakan beliau hanya melaksanakan haknya.

"Itu hak saya. Saya sudah buat laporan. Jadi setakat itulah. Jadi apa yang berlaku selepas itu kita lihat apa yang berlaku. Dan saya tidak ada tujuan untuk memperli atau menyusahkan mana mana pihak jauh sekali Perdana Menteri.

"Saya pernah bertugas di bawah bapanya (Allahyarham Tun Razak) . Sekarang saya bertugas di bawah dia, Jadi kalau beliau tidak suka, ataupun tidak rasa selesa, beliau ada pilihan. Saya rakyat biasa.

"Sebagai Rais Yatim saya berhak membersihkan perkara yang cuba diharu-birukan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Itu sahaja. Saya tidak ada membuat tuntutan yang lain, hanya melaporkan itu dan terserah kepada pihak berkuasa melihatnya dari sudut undang-undang oleh kerana nama saya telah dicemari.

" Bagi pihak yang tak terasa memanglah mereka tak faham. Sebab perkara itu tidak benar, jadi saya ambil pilihan yang ada pada sisi undang-undang. Itu sahaja."

Apabila ditanya sama ada tindakannya itu dilakukan kerana instinct sebagai seorang ayah, beliau menafikan.

"Itu tak ada. Sebagai seorang individu, seorang rakyat Malaysia yang juga dinaungi undang-undang negara, setahu saya, tidak salah kalau seseorang mengambil pilihan untuk melapor kepada polis atau kepada pihak lain jika dirinya dipermainkan oleh pihak-pihak lain.

WAKIL KELAB UMNO PUJI DSAI MENJELANG PAU

Posted: 21 Oct 2010 03:42 PM PDT


Pemimpin Umno dikritik secara terang-terangan oleh wakil Kelab Umno luar negara (Moscow dan Seoul) dalam rancangan "Sudut Pandang" di Astro Awani sempena Perhimpunan Agung Umno 2010.
Wakil kelab Umno ini mendakwa pemimpin-pemimpin dalam kerajaan (UMNO) susah untuk didekati, banyak protokol dan sebagainya, sehingga menjadi punca penolakan anak muda kepada Umno terutamanya dan seterusnya Barisan Nasional.

Yang mengejutkan sebaliknya mahasiswa pro-kerajaan ini memuji gaya kepimpinan Pakatan Rakyat, khususnya Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang humble, sederhana, mudah didekati dan sebagainya.

Ini mungkin pelik tapi kuasa Allah tiada yang dapat atasi. Kita harus brsyukur dan berdoa agar ramai lagi golongan muda , golongan tua yang belum pencen akan tampil menyatakan yang hak dan yang batil bagi menyedarkan pemimpin UMNO dan ahli yang lain.

Pemimpin UMNO memang silap bila AUKU kepada siswa/siswi terus digunakan yang akhirnya menimbulkan kebencian pelajar pengajian tinggi juga perasaan menyampah pada parti Melayu yang terbesar di Malaysia.

CALON TERBAIK RAKYAT GALAS

Posted: 21 Oct 2010 02:05 PM PDT



Calon PAS untuk Galas telah diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan malam tadi.
Turut hadir Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan 4 November ini dan hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober ini.

Biodata Zulkefli:

Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.
Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978.
Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak.
Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya.

Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.

Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.

Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang, telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.

Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.

Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.

Meskipun begitu, beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau tetap menghadapinya dan sedia memikul tanggungjawab parti.

Justeru, masyarakat dan parti menilainya sebagai seorang pemimpin yang ikhlas, taat dan rela berkorban demi perjuangan Islam.
Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

DUN galas mempunyai 10,330 pengundi yang terdiri daripada 65.4 peratus Melayu, 22.3 peratus Cina dan 1.8 peratus India

Bakinya 10.5 peratus terdiri daripada pengundi dari kalangan Orang Asli yang seramai kira-kira 2,000 orang.

Galas adalah salah satu daripada tiga DUN dalam parlimen Gua Musang yang diwakili oleh Tengku Razaleigh, yang dianggap kubu kuat BN.
Kerusi tersebut akhirnya dimenangi PAS dalam pilihan raya umum 2008, dilaporkan kerana peralihan undi bukan Melayu.

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 22 Oct 2010 03:06 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Tahniah dan Syabbas

Posted: 22 Oct 2010 11:42 AM PDT

Negeri-negeri Pakatan Rakyat Catat FDI Tertinggi - Mukhriz


Maju ke hadapan" walau FDI junam 81% 2009



KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mukhriz Mahathir berkata, adalah tiba masanya Malaysia "maju ke hadapan" dari kejatuhan 81% dalam pelaburan langsung asing (FDI) pada 2009.

Laporan Pelaburan Asing Dunia (WIR) 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan DFI di Malaysia menjunam 81% tahun lalu, tertinggal di belakang negara-negara jiran seperti Filipina, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Mukhriz mengakui laporan itu menunjukkan kejatuhan yang signifikan namun mempertahankannya dengan menyatakan ia juga melibatkan negara-negara lain di dunia, bukan sahaja Malaysia.

"Pengaliran keluar FDI adalah lebih signifikan tapi apa yang penting, apa yang berlaku selepas ini," kata Mukhriz, sebagai menjawab soalan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (DAP-Bagan) dalam soalan tambahan di Dewan Rakyat semalam.

Menurut beliau, kerajaan telah menggariskan pelbagai dasar baru dari pertengahan 2009 termasuk Model Baru Ekonomi (MBE), Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), yang bertujuan untuk menarik pelaburan asing.

Para pelabur tiada masalah

Beliau juga menolak dakwaan bahawa para pelabur asing enggan datang ke negara ini kerana sentimen perkauman yang meningkat sepertimana yang dinyatakan oleh Lim.

"Saya melihat para pelabur yang berkualiti dan bernilai tinggi datang ke negara kita. Ini menunjukkan mereka tidak mempunyai apa-apa masalah dengan apa yang berlaku di negara ini berbanding dengan negara-negara lain.

"Mereka masih melihat Malaysia sebagai sebuah destinasi yang menarik untuk pelaburan yang dapat memenuhi cita rasa dan aspirasi mereka," ujar beliau.

Namun demikian, Mukhriz mengakui bahawa jumlah DFI pada tahun ini semakin berkurangan pada tahun ini. Malaysia hanya mencatat FDI sebanyak RM9.6 bilion pada tujuh bulan pertama tahun ini berbanding RM22.1 bilion setahun penuh 2009.

"Sejumlah RM22.1 bilion FDI pada 2009 itu melibatkan sebanyak 390 projek pembuatan," katanya ketika menjawab Ahli Parlimen BN-Mukah, Dr Muhammad Leo Michael Toyad.

negeri pakatan

Mukhriz, juga memberitahu tiga buah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat – Selangor, Kedah dan Pulau Pinang – mencatatkan FDI tertinggi di antara Januari hingga Julai tahun ini, dengan pelaburan sebanyak RM1.6 bilion setiap negeri. -FMT

Menara Membazir Najib

Posted: 22 Oct 2010 11:35 AM PDT

Board of Trustees YPB


Board of Directors



Konon cadangan PNB

PM kata, keputusan projek Menara PNB RM5 Bilion tu adalah cetusan idea dan cadangan dari PNB, bukan dari beliau.

Tetapi. Sapa tu? Setahu ana, perbincangan untuk melaksanakan segala PROJEK MEGA akan melibatkan 'Board of Directors' dan beberapa TOP MANAGEMENT yang dilantik oleh Khazanah Nasional atau PNB..

Sumber sila klik tajuk

Anak derhaka

Posted: 22 Oct 2010 11:24 AM PDT


ANAK MANUSIA KE NI?

JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.

Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.

Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.

"Sebelum suami meninggal dunia, dia berpesan kepada anak supaya menjaga saya. Namun, setahun selepas suami meninggal, kedua-dua kaki saya lumpuh sehingga terpaksa mengengsot.
"Sejak itu saya dianggap beban oleh anak hingga mereka menolak satu sama lain menjaga saya sebelum mengambil keputusan menghantar saya ke pusat jagaan ini tiga tahun lalu," katanya.

sembilan anak

Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya yang bekerja sebagai anggota polis meninggal dunia 10 tahun lalu.

Menurutnya, dia yang lebih banyak menguruskan semua sembilan anak kerana suami sering bertugas luar daerah, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya.

Aminah berkata, buat masa ini, perbelanjaannya bagi membeli ubat-ubatan mahupun lampin pakai buang yang mencecah RM800 sebulan diuruskan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Taman Bukit Kempas.

Menurutnya, hasratnya menggunakan wang pencen arwah suaminya tidak kesampaian kerana setiap kali persoalan itu ditimbulkan, ia mencetuskan pertengkaran di kalangan anak.

ambil pencen arwah suami

"Mereka mengambil wang itu secara bergilir-gilir. Jika anak sulung lelaki menggunakannya bulan ini, anak kedua mengambilnya pada bulan depan sebelum kad ATM (mesin juruwang automatik) itu diserahkan kepada anak ketiga.

"Saya sedih kerana setiap kali meminta daripada pengurusan pusat jagaan termasuk membeli minyak angin kerana tidak mempunyai wang sedangkan anak bekerja dan hidup senang," katanya yang sebak ketika menceritakan kisah hidupnya.

Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata, seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan.

Menurutnya, biarpun pada awalnya berjanji mahu membantu meringankan kos penjagaan ibunya dengan menyerahkan wang pencen arwah bapanya, lelaki berusia 40-an itu langsung tidak mengambil peduli mengenai warga emas terbabit sejak dihantar ke situ, kira-kira tiga lalu.

"Kadangkala nenek berkenaan segan meminta hingga kami menggunakan pendekatan psikologi supaya dia tidak kesunyian dan tidak berasa rendah diri dengan keadaannya itu.

"Kami bukan mendesak keluarga itu, tapi sekurang-kurangnya mereka yang berkemampuan sepatutnya membantu meringankan kos yang ditanggung pusat jagaan," katanya

Maju yang mengaibkan

Posted: 22 Oct 2010 11:12 AM PDT



MONOREL MELAKA BERHENTI MENGEJUT SELEPAS HANYA 4 JAM DIRASMIKAN

Ketua Menteri Melaka melancarkan Monorel Sungai Melaka pertama Melaka pada jam 1 petang. Monorel dengan kos RM 16.5 juta menjadi kebangaan Melaka yang hari ini diistiharkan Negeri Maju oleh Perdana Menteri sebentar tadi.

Tetapi tak sampai 4 jam beroperasi monorel tersebut sudah mula bermasalah. Secara tiba-tiba ketika monorel tersebut sedang meluncur di landasan di tepi Sungai Melaka berhenti secara mengejut. Pastinya Ali Rustam terkejut, 20 penumpang di dalamnya juga terkejut dan rakyat Melaka juga terkejut bagaimana projek yang 'belum cukup panas enjin' dah mula menunjukkan masaalah.

Ketika kejadian, terdapat kira-kira 20 penumpang di dalam monorel tiga gerabak itu yang terhenti secara tiba-tiba kira-kira 100 meter selepas bertolak dari Stesen Hang Jebat, Taman Rempah.

Sehingga jam 5.15 petang tadi sebuah jentera 'sky lift' sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembaikan di gerabak monorel tersebut yang masih berada dilandasannya.

Bagaimanapun difahamkan, kesemua kira-kira 20 penumpang berjaya dipindahkan ke kawasan selamat menggunakan 'sky lift' kira-kira pukul 4.45 petang.

Insiden ini sekali lagi mengaibkan rakyat Melaka yang sebelum ini dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang memalukan.

Sebagai anak Melaka saya mengharapkan agar monorel Sungai Melaka tidak memasuki senarai koleksi projek gagal, ,membazir dan menghabiskan duit rakyat seperti yang berlaku kepada projek Eye On Malaysia, Litar Go Kart di Ayer Keroh, Projek Pulau Melaka, Perkampungan Artis dan sebagainya. - BS

Ramelah itu ibu saya

Posted: 22 Oct 2010 10:59 AM PDT


Calon PAS: Tuduhan khalwat fitnah semata-mata - Mkini

Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.

Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.

"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.

Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon PAS oleh Nik Aziz di Gua Musang malam semalam.

Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas.

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.

Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992.

Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang atau 16.35 peratus.

Jangan diam ostad

Posted: 22 Oct 2010 10:40 AM PDT


Fesyen Islam konon tapi tak tutup aurat lagi menghina nabi Muhammad SAW

Festival busana: Mana dia ulama muda Umno
Mohd Sabri Said - harakah

PERMATANG PAUH, 22 Okt: "Di mana perginya 40 ulama muda Umno dan mana dia mufti yang selalu tangkas mengeluarkan kenyataan bila berlaku sesuatu peristiwa yang menyebelahi Umno," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam perhimpunan aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus selepas solat fardhu Jumaat tadi.

Seramai 200 orang jemaah mengadakan bantahan secara aman terhadap Festival Busana Muslim yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan bakal diadakan lagi pada bulan depan.

Tegasnya, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengecam sekeras-kerasnya tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan penaung festival berkenaan kerana sanggup menggadai agama Islam semata-mata untuk mendapatkan publisiti.

"Kenapa ulama muda dalam Umno dan mufti di negeri-negeri membisu tanpa mengeluarkan sesuatu kenyataan yang membela Islam dan mendesak Rosmah Mansor memohon maaf pada umat Islam di dunia atau khasnya di Malaysia," ujarnya.

Katanya, Rosmah yang juga mendapat gelaran baru 'First Lady' tidak wajar bertindak membelakangkan para agamawan disebabkan mahu namanya berada di kemuncak.

"Jelas isteri Datuk Seri Najib menghina Islam menerusi penganjuran festival yang berselindung di belakang nama Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak mengenakan pakaian yang sesuai dengan tema ketika merasmikan program tersebut," katanya.

Di Pulau Pinang, dua masjid dijadikan lokasi bantahan berkenaan iaitu di Masjid Jamek Hashim Yahya, Jelutong dan Masjid Jamek Permatang Janggus bagi zon Seberang Perai.

Tajuknya tipudaya

Posted: 22 Oct 2010 10:36 AM PDT


Mendaya: Adakah Najib 'menjalankan tipu daya'
Dzulfikar Mashoor - harakah

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Perkataan 'mendaya' yang digunakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada ucapan dasarnya 'Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran' dilihat mengelirukan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Edisi Ketiga, tafsiran rasmi 'mendaya' adalah ialah "menjalankan tipu daya (muslihat), menipu".

Kamus yang dicetak pada 1997 lalu turut menjelaskan contoh penggunaan kalimah 'mendaya' yang tepat.

"Apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt (seperti) yg (yang) sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan," dipetik dari halaman 278 kamus tersebut.

Pun begitu, Utusan Malaysia (muka surat 2) hari ini melaporkan, "ucapan bertajuk 'Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran' yang disampaikan dalam nada yang serius itu berjaya memaku para perwakilan dan pemerhati selama satu setengah jam untuk sama-sama menghayati menghayati isi hati dan wawasan perjuangan beliau (Najib)".

Dijangkakan kalimah 'mendaya' yang digunakan Najib bakal menggamit polemik awam khususnya pada sambungan sidang Dewan Rakyat, Isnin depan.

Kuasa dan harta

Posted: 22 Oct 2010 10:19 AM PDT

PIKIR DAN FIKIRKAN,

Putrajaya bukan najib punya


INI BERBILION BILION




nota:
hang ingat adik najib
nak bagi bank ini pada mat sabu?
ingat mat mongol nak lepaskan bank
ini pada Bro dr. zul?
ingat gerombolan akan beri bank ini
pada khalid samad?

hang ingat bik mama
nak lepaskan permata?
hang ingat bik mama
nak lepas bershopping?

hang ingat betul betul kah kah kah




NAJIB : APA PUN TERJADI , PUTRAJAYA MESTI DIPERTAHANKAN – mkini

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya (baca kuasa dan harta kekayaan) mesti kita pertahankan!" kata Najib Razak ketika merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC pagi ini.

TT kata


woit… KALAU MACAM INI BUAT APA ADA PILIHANRAYA…. kah kah kah..

kah kah kah…. LEBIH BAIK BERTUMBUK…. kah kah kah..

kah kah kah.. ANWAR BERTUMBOK DENGAN MAT MONGOL... kah kah kah..

kah kah kah... NIZ AZIZ JADI REFREE..LAGI BERES.... kah kah kah


nota:
lihat inilah bukti yang amat saheh bahawa jika pilihanraya
boleh mengubah apa apa – pilihanraya akan di haramkan.

lihat dan sedar lah bahawa gerombolan tidak akan mengundur diri
walaupun kalah di pilihanraya.

lihat dan sedarlah bahawa apa yang berlaku sekarang bukan hal bangsa
atau agama – tapi tentang kuasa dan perebutan harta kekayaan.

lihat dan sedar lah bahawa ada berbilion ringgit harta negara
yang tidak mungkin akan di lepaskan oleh gerombolan.

lihat dan sedarlah bahawa gerombolan akan melakukan apa sahaja
untuk terus memiliki harta kekayaan ini.

lihat dan sedar lah tidak pernah berlaku di negara dunia ke tiga
dimana pilihanraya menentukan peralihan kerajaan

Sama rata zalim?

Posted: 22 Oct 2010 10:12 AM PDT


SEMUA DI BAHAGI SAMA RATA



nota:
saksikan ajaran agama islam
dimana daging korban di beri
sama rata kepada orang orang
kampong - dilapah di potong
untuk kesaksamaan

bukan nak mentedarah dengan
anak bini dan kroni kah kah kah




TOLAK KONSEP SAMA RATA - melayau

Tuntutan oleh pihak tertentu supaya semua kaum diberikan hak kesamarataan sehingga membelakangkan Perlembagaan Persekutuan yang mempertahankan hak istimewa institusi raja dan orang Melayu seharusnya ditolak.

Ini kerana, konsep sama rata tersebut bersifat zalim dan jika diamalkan akan mewujudkan jurang lebih besar dalam masyarakat.

Wakil Johor, Ahmad Zahri Jamil berkata, tuntutan yang tidak mengambil kira keadilan dalam pengagihan itu boleh mewujudkan konflik dalam masyarakat.

Malah, tambah beliau, ia dilihat berbahaya kerana mampu mendorong kemunculan sikap radikal dan ekstrem di kalangan kaum tertentu.

"Tidak seperti di barat, di negara ini, budaya pelbagai kaum tetap berfungsi untuk sama-sama 'memperkaya pembinaan tamadun kita.

kata TT

woit… NI MUKA BANGANG…. kah kah kah..

woit…. INI MUKA NAK MASUK UNIVERSITI… TAK CUKUP KEREDIT….kah kah kah..

woit… INI MUKA NAK MINTA LESEN NIAGA… NAK NIAGA ATAS ANGIN…. kah kah kah..

woit… INI MUKA ADA SYARIKAT 2 RINGGIT…. NAK BUAT KONTREK 40 JUTA … kah kah kah…

woit… INI MUKA NAK MINTA KONTREK… KEMUDIAN JUAL PADA CUKONG… kah kah kah./.

kah kah kah….BILA CUKONG KAYA…. MARAH….. kah kah kah..

woit… BAGUSLAAA…. KALAU NEGARA MENGAMALKAN DASAR SAMA RATA…. kah kah kah..

woit… KESAMARATAAN INI ADALAH AJARAN SEMUA AGAMA DALAM DUNIA INI…. kah kah kah

woit… BETUL KE INI AJARAN SEMUA AGAMA?...JANGAN KELENTONG .... kah kah kah..

kah kah kah… OOOPS… MAAF… KECUALI AGAMA ISLAM GEROMBOLAN…. kah kah kah

nota:
kalau perlembagaan tidak adil
yang patut di tolak bukan ketidak adilan
yang patut di tolak perlembagan yang tidak adil
ini tidak salah kerana selama ini 52 tahun ini
ada 500 pindaan perlembagaan telah dibuat
termasuk pada tahun 1988 dimana gerombolan
melupuskan kuasa raja.

kah kah kah… melayu ini mudah lupa… kah kah kah..

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 22 Oct 2010 03:02 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


GARA-GARA BEREBUT REMOTE CONTROL.. SEORANG REMAJA MAUT

Posted: 22 Oct 2010 02:03 AM PDT

Dua beradik rebut alat kawalan jauh TV remaja maut

KUANTAN, 22 Okt — Gara-gara berebutkan alat kawalan jauh televisyen dengan adik, seorang pelajar lelaki Maahad Tahfiz Batu 4 di sini menemui ajal selepas tercetus pertengkaran dengan saudaranya di Taman Balok Baru di sini, 4.30 petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata sebelum kejadian, mangsa, Naili Nafiz Zakaria, 14, dipercayai bertengkar dengan adik perempuannya berusia lima tahun yang berebut mahu menonton siaran pilihan masing-masing di televisyen.


Bercakap kepada pemberita, Mohd Haris berkata seorang saudara mangsa yang melihat pertengkaran itu dikatakan segera campur tangan sambil mengacah membaling serpihan kaca tingkap yang terdapat di depan pintu, kepada mangsa.


Mohd Haris berkata, serpihan kaca berkenaan tiba-tiba terlepas dari tangan dan terkena paha kanan mangsa yang menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak.


Menurut Mohd Haris mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Balok di sini oleh jirannya sebelum disahkan meninggal dunia pada 5.40 petang ketika sedang mendapatkan rawatan.


Katanya ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah.


Jezanah mangsa yang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dituntut oleh ahli keluarganya malam tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Balok kira-kira 9 pagi ini. — Bernama

(GAMBAR) UMNO NAK CERITA ISLAM...TEMPAT DUDUK PUN XLEH ASING LAKI & PEMPUAN

Posted: 22 Oct 2010 01:37 AM PDT

Umno xyah lah nak sembang pasal Islam.. benda paling basic pun tak lepas...  tempat duduk laki & pempuan masa perhimpuanan UMNgOk pun tak boleh nak asing... pulak nak asingkan judi arak maksiat dari negara... jauh sekali le... takde ke perwakilan UMNgOk nak bangkit isu ke? Ke rasa 'syok' sebab boleh gosok-gosok duduk sebelah puteri UMNgOk...???
mamat nie tido sebab dok sebelah makcik wanita umno.. cube dok sebelah puteri... mesti cerah mata...
angkat jangan tak angkat


angkat jangan tak angkat... kasi selak lengan baju tue sampai nampak ketiak
mentang-mentang duk sebelah puteri 'pink'... cerah terus mata... 

*sumber gambar Utusan Meloya hari ini... pinjam... scan... dan paste...


LUCULAH MD ALWI NIE.... SIAPA TENTARA AHZAB SEBENARNYA???

Posted: 22 Oct 2010 01:02 AM PDT

Rasa nak pecah perut bila baca Utusan Meloya hari ini pasal artikel daripada ketua pembangkang Kelantan, Md Alwi Che Ahmad apabila mengatakan yang UMNgOk telah bina tamadun Islam (ikut cara depayang ada judi, arak, maksiat) 53 tahun dahulu tapi ada tentera ahzab (PAS le katenya) yang cube memerangi kerajaan Islam tue...
Minum air daun ketum Md Alwi gamaknya... semalam kau jugak dakwa PAS kelantan memperjuangkan Islam... dah tue UMNgOk la yang nak hancurkan Kerajaan Islam PAS yang telah dibina kira 20 tahun.... so sapa yang jadi tentera ahzab sebenarnya??? Saya petik:-

Jangan musnah kegemilangan Islam


(UM-22/10/2010) KUALA LUMPUR 21 Okt. – Usaha pakatan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajui UMNO diumpamakan sebagai mengulangi sejarah Perang Ahzab apabila Nabi Muhammad SAW diperangi oleh satu pakatan diketuai musyrikin Quraisy.

Wakil Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, peperangan itu berlaku apabila pakatan yang turut disertai oleh orang munafik dan Yahudi berusaha menghancurkan kerajaan Islam Madinah yang baru ditubuhkan oleh Rasulullah.

"Kita telah bina tamadun Islam begitu lama kira-kira 53 tahun daripada zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri pertama) dan diteruskan oleh Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Tun Razak).
"Ia berdasarkan Piagam Madinah iaitu bersama-sama dengan bukan Islam untuk memerintah sebuah negara dengan Islam menjadi terasnya.

"Tetapi sekarang terdapat sebuah 'ahzab' atau pakatan di sebelah sana yang bertindak sama seperti pada zaman Rasulullah yang harus kita tewaskan," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Md. Alwi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh menegaskan, orang Melayu tidak harus mempercayai dakwaan pakatan pembangkang bahawa mereka diketuai oleh orang Islam dan turut memperjuangkan agama itu.

"Pas sebenarnya adalah rakan kongsi 'junior', begitu juga Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pakatan ini sebenarnya dipelopori oleh DAP yang mana bapanya ada di seberang sana iaitu PAP (People Action Party).

"Satu kemungkinan saya cuba hendak bayangkan kepada orang Melayu adalah sekiranya pakatan yang turut didokong pembelot dan pengkhianat Islam ini dibiarkan, mungkin satu masa nanti negara yang kita sayangi ini akan menjadi Malaysiapura," ujarnya.

Tambah beliau, jika itu berlaku orang Melayu pasti akan terus ketinggalan dan ditindas kerana dasar yang bakal digunakan akan diimport dari negara seberang iaitu 'sama rata dan sama rasa'.

"Bagi mengelak perkara ini daripada berlaku, orang Melayu perlu bersatu untuk menolak pakatan ini yang mahu memusnahkan kegemilangan Islam yang dipelopori UMNO," katanya.

Tambah beliau, setiap ahli UMNO perlu sama-sama berdoa bagi memohon pertolongan Allah untuk menewaskan pakatan berkenaan sama seperti Rasulullah memohon pertolongan Allah ketika Perang Ahzab iaitu:

"Ya Allah, kerajaan Islam ini adalah kerajaan yang baru dan agama ini adalah agama yang baru. Tolonglah ya Allah, turunkan hikmah-Mu supaya kegemilangan tamadun Islam yang aku bina ini akan terus terpancar di muka bumi ini," katanya. (cam ade yang tak kene je dengan doa tue...)

-UmNO pelopori Islam di Malaysia? Munafik betul orang yg bagi ucapan ni..bodoh piang! -

GAMBAR STUDENT UKM MASA PERSIDANGAN UMNO DALAM PAPER HARI INI

Posted: 22 Oct 2010 12:46 AM PDT


Gambar budak UKM nie memang terlibat dalam politik... sebelumnya mereka menafikan... katanya raptai je... dan semalam 21 Oktober 2010, memang sah 2 mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil bahagian dalam perbarisan semasa perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sedangkan sebelum ini seorang mahasiswa  telah dikenakan hukuman di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), Saudara Soh Sok Hua, yang dihukum kerana gambarnya tersiar di akhbar dengan memakai pakaian yang mempunyai logo parti politik beberapa tahun lalu.

Jadi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin takkan pejam mata kot? Kang Tuhan bagi pejam mata 'terus' baru tau...

*sumber gambar dari paper utusan malaysia 22 Oktober 2010

UMNO MULA PERTIKAI AGIHAN KERUSI MCA, MIC..

Posted: 21 Oct 2010 11:56 PM PDT

Wah nampaknya UMNO mula meniup api kemarahan parti komponen mereka yang lain apabila menyalahkan calon-calon MIC dan MCA yang kalah adalah punca utama mengapa BN hilang kerusi di Parlimen. So MIC & MCA... hang dok tunggu apa lagi... UMNO dak taknak kerjasama ngan hampa dah... takkan tak paham lagi kot...

Umno Negeri Sembilan membawa idea tegas hari ini dengan meminta Barisan Nasional (BN) mengkaji semula sistem kuota peruntukan kerusi — menggesa supaya parti-parti komponen perikatan menyerahkan kawasan-kawasan yang mereka kalah kepada Umno untuk wakili pada pilihan raya umum ke-13.



Sehubungan itu, Timbalan Ketua Umno Jelebu Datuk Jalaluddin Alias berkata, sebagai ganti komponen BN terbabit boleh dilantik sebagai senator dan diberikan kedudukan dalam Kabinet pusat ataupun negeri.


Beliau berkata BN tidak memperlihatkan prestasi baik disebabkan kekalahan teruk dialami oleh parti-parti komponen pada 8 Mac 2008.


"Sistem kuota (pembahagian kerusi) perlu ditukar, beri kepada Umno, kerana kita kalah besar ketika pilihan raya adalah kerana parti komponen yang kalah.


"Keputusan pilihan raya umum ke-12 (adalah) kerana ketidakkemampuan parti komponen lain.


"Calon komponen parti MCA (menang) tidak sampai 40 peratus, MCA juga begitu, begitu juga calon PPP.


"Saya mewakili Umno Negeri Sembilan mencadangkan agar kuota ini ditukar, beri peluang kepada MIC yang tidak bertanding, kita beri jawatan senator... begitu juga MCA dan PPP, beri mereka jawatan dalam Kabinet," kata beliau pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung Umno 2010 di sini hari ini.


Pada 8 Mac 2008, BN dinafikan penguasaan kerusi majoriti di Parlimen — kali pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini.


Berbanding 198 kerusi Parlimen dikuasai pada 2004, BN hanya mempertahankan 140 kerusi dua tahun lalu. Bakinya dimenangi oleh pembangkang.


MCA, MIC, Gerakan dan PPP menyaksikan kekalahan teruk. Selain itu, lima negeri pula dikuasai oleh Pakatan Rakyat.


Di kalangan komponen BN di Semenanjung, Umno hanya memperoleh 78 kerusi, MCA (15), MIC (tiga) dan Gerakan (dua) manakala PPP kalah di satu kerusi yang ditandinginya.


Jalaluddin menambah, Umno juga perlu memberi mandat kepada golongan muda untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.


"Umno perlu terus bertahan dan kita perlu pastikan bahawa parti ini terus kekal.


"Kita sudah tidak ada pilihan lain, perubahan perlu dilakukan segera. Ini penting untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat kepada kita," kata beliau.


Jalaluddin juga mahu perang psikologi antara parti komponen ditamatkan serta-merta demi perpaduan kaum.


"Saya cadangkan perang psikologi antara parti komponen ditamatkan supaya perpaduan antara kaum dapat dipertingkatkan.


"Kalau tidak mahu dengar, mereka nak juga sama rata, depan belakang sama sahaja, kita letak garis panduan kepada mereka.


"Selama ini kita tidak pernah cakap pasal hak kaum lain tapi mereka cakap macam-macam tentang kita. Mereka jadikan perhimpunan mereka sebagai medan untuk bantai orang Melayu," katanya.


Beliau juga mahu pemimpin parti komponen BN supaya tidak lagi mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.


"Saya minta kepada pemimpin parti komponen supaya tidak lagi mempersoalkan hak orang Melayu kerana selama ini kita tidak pernah mempersoalkan hak mereka, katanya.

BLOGGER UMNO MULA MENYERANG CALON PAS

Posted: 21 Oct 2010 11:41 PM PDT

Seperti yang diduga blogger UMCO sudah mula "menyerang" calon PAS tersebut. Mereka tidak menuduh, namun menimbulkan persoalan. Mereka mahu menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap calon ini. Kiriman itu juga bertujuan untuk melaga-lagakan pemimpin PAS negeri dan pemimpin PAS di Galas. Laporan fasal hal itu kini dipautkan/ditampal dari satu blog ke satu blog yang lain. Saya petik:
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad sebagai sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas

Menurut Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Zulkefli telah ditonjolkan sebagai penyambung dan pewaris bapanya yang dianggap sebagai ulamak. Sungguhkah imej Islam yang dibawa oleh calun PAS ini?

Dikhabarkan oleh orang setempat Gua Musang bahawa Zulkefli ditangkap khalwat dengan isterinya sekarang, Ramelah Mat Jusoh. Wallahu alam.

Perkara itu mungkin dianggap sebagai perkara lama. Hasil perkongsian mereka pun sudah sampai 10 orang. Adakah calun yang berlatarbelakang yang disyaki yang ingin ditonjolkan oleh PAS sebagai imej Islam dan penyambung warisan ulamak?

Sebenarnya Nik Aziz sudah berbohong kerana orang sebenar yang melakukan kerja cemerlang yang dikatakan adalah hasil usaha Allahyarham Chek Hashim Sulaima adalah Hussein Awang.

Sebagaimana yang telah dedahkan oleh blog Parpukari, Hussein dilihat ramai sebagai lebih layak kerana dia yang menjalankan kerja sepanjang masa arwah Chek Hashim menanggung sakit.

Bukan sahaja, Hussein yang kecewa, seorang lagi yang turut tidak puashati dari senarai calun, ialah Abdullah Husin.

Abdullah telah mengarahkan penyokong-penyokongnya dari kalangan Pemuda untuk mendesak Nik Aziz mencalonnya.

Dia juga telah menghimpunkan Pemuda untuk Majlis malam tadi untuk membantah pencalunan Dr Zulkefli tetapi rancangan itu telah dibatalkan.
 
SUMBER ASAL....  http://theunspinners.blogspot.com/2010/10/calun-pas-pernah-ditangkap-khalwat.html

AWEK NI...SUSAH-SUSAH KAHWIN NGAN AKU JELAH

Posted: 21 Oct 2010 08:37 PM PDT

KEMAMAN: Rozaliya Mat Lazim, 20, bakal pengantin yang mencetuskan kontroversi hingga mendapat liputan meluas media mengaku tindakannya melarikan diri ke Kuala Lumpur turut berpunca tindakan keluarganya yang enggan memenuhi permintaannya supaya memutuskan pertunangannya.
Menurutnya, dia mengambil keputusan itu selepas hubungan dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, sentiasa menghadapi masalah menyebabkannya hilang kepercayaan kepada lelaki berkenaan.

"Saya sudah tawar hati kerana sikapnya sudah banyak berubah dan tidak tahu menghargai diri saya, malah banyak tindakannya melukakan hati dan perasaan saya.
"Tindakan saya melarikan diri daripadanya kerana sudah tidak sanggup lagi meneruskan perkahwinan itu selepas permintaan saya untuk memutuskan pertunangan tidak dilayan keluarga sebelum ini.

"Saya rasa lebih baik saya berseorangan ketika ini daripada menanggung hati yang sentiasa terluka akibat sering berselisih faham dengan Helmi, malah hati saya sudah tertutup untuknya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Cheneh Baru, di sini, semalam.

Katanya, dia reda dengan apa yang berlaku dan sudah berbincang semula dengan keluarga dan mereka menerima keputusannya untuk memutuskan pertunangan.

"Keluarga saya meminta keluarga pihak lelaki datang ke rumah untuk memutuskan pertunangan ini dalam masa terdekat," katanya.

Rozaliya mencetuskan kontroversi apabila didapati hilang selepas ditinggalkan tunangnya seketika selepas mereka membeli barang keperluan perkahwinan mereka di Kuantan, 13 Oktober lalu.

Selepas membeli-belah di sebuah kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan, Mohd Helmi bergegas pulang ke pejabatnya di Bandar Cheneh Baru kerana perlu menyelesaikan urusan penting dan berjanji menemui Rozaliya pada jam 3 petang.

Bagaimanapun, lelaki itu kemudian dikejutkan dengan SMS dihantar Rozaliya mengatakan dia diekori dua lelaki dan meminta tunangnya itu segera menjemputnya.

Mengulas kejadian itu, Rozaliya berkata, pada hari kejadian, Mohd Helmi menjemputnya ke Kuantan bagi membeli barangan keperluan perkahwinan mereka yang dijadualkan 12 November depan dan sepanjang perjalanan itu, mereka sentiasa berselisih faham dan bergaduh.

"Selepas membeli sebahagian keperluan, Helmi meninggalkan saya di depan sebuah pasar raya kerana dia mahu kembali ke pejabatnya kerana urusan kerja dan meminta saya menunggunya di situ.

"Selepas itu, saya pergi ke sebuah bank berdekatan mengeluarkan wang bagi membuat bayaran tempahan set pelamin sebelum menyedari diekori dua lelaki.

"Selepas mengeluarkan RM1,500, saya melalui jalan belakang untuk menunggu Helmi di depan pasaraya berkenaan dan ketika nak memasukkan wang ke dalam beg tangan, tiba-tiba saya diragut dua lelaki berkenaan.
"Saya tergamam dan terkejut dengan kehilangan wang itu dan ketika itu terus mengambil jalan singkat meneruskan perjalanan ke terminal bas berhampiran.
"Ketika itu fikiran saya berkecamuk, buntu dan mengikut saja langkah kaki sebelum membeli tiket bas ke Kuala Lumpur dan turun di kawasan Bukit Bintang," katanya.
Rozaliya berkata, sepanjang kehilangannya, dia sempat bekerja dua hari di sebuah kedai butik pakaian sekitar Bukit Bintang, tetapi kemudian berhenti kerja kerana bimbangkan keselamatannya yang pulang lewat malam.

"Selepas itu, saya bekerja pula di kedai serbaneka 24 jam di kawasan itu juga selama dua hari sebelum pengurus kedai memaklumkan kepada polis yang saya bekerja di situ," katanya.

Katanya, dia bersyukur kerana selamat pulang ke pangkuan keluarga dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu. - Suhaidi Mohamed Amin

FILEM 2 ALAM KETERLALUAN: DIMANA FINAS & KEMENTERIAN PENERANGAN?

Posted: 21 Oct 2010 08:35 PM PDT

PETALING JAYA: Penerbit filem 2 Alam, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din yang tidak mahu mengadakan tayangan media filem itu kerana bimbang dikritik tentunya kecewa apabila wakil media berjaya menonton filem tersebut sewaktu tayangan perdana sempena Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) di e@Curve, Damansara, di sini malam Rabu lalu.
Adakah kerana beliau mempunyai strategi tertentu ataupun benarkan filem berkenaan sebuah karya luar biasa daripada individu yang mendakwa kreatif seperti beliau?
Beberapa wartawan yang ditemui memberi pelbagai reaksi selepas menonton filem berkenaan yang kebanyakannya menggelengkan kepala melihat hasil filem itu.
Ketua Editor portal Murai.Com, Ellyana Ali berkata, filem berkenaan tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana menampilkan adegan ranjang yang agak keterlaluan.
Katanya aksi di atas katil dan adegan-adegan rogol yang ditonjolkan hanyalah bertujuan untuk menarik perhatian penonton berbanding maksud asal filem itu untuk memberi nasihat mengenai kesan menukar jantina oleh seorang lelaki.
"Ia sama sekali tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja kerana adegan-adegan di atas katil yang keterlaluan," katanya.
Ellyana turut berkata Dr. Rozmey akan mendapat kutipan RM40 juta sekiranya filem itu ditayangkan di pawagam "fantasinya".
Antaranya ialah adegan panas di atas katil, dalam tab mandi, dalam kereta serta dialog yang berunsur lucah.

mStar Online pula berpendapat filem ini tidaklah seburuk seperti yang digambarkan tetapi cara penerbitnya melakukan promosi dengan lebih banyak mengkritik pihak-pihak tertentu adalah tidak wajar.
2 Alam turut dilakonkan oleh Aaron Aziz, Sabree Fadzil, Faizal Hussein , Rosnah Johari dan Kuswadinata.

Ia mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang menukar jantina serta mempunyai hubungan terlarang.

"Wanita" berkenaan akhirnya membunuh diri menyebabkan mayatnya sukar dikebumikan secara sempurna.

AGROBANK : PEMENANG KEMPEN SIMPAN...DAPAT KERETA CAMRY

Posted: 21 Oct 2010 07:40 PM PDT


Bertempat di Cawangan Sungai Besi, Majlis Cabutan Ke-3 Kempen Simpan Dapat Kereta telah dilaksanakan. Cabutan telah dilakukan oleh Chief Finance Officer, Puan Kiswah Mohammad pada jam 3.00 petang. Pelanggan-pelanggan Cawangan Sungai Besi yang dijemput untuk menyaksikan cabutan ini telah memenuhi ruang kaunter cawangan; tidak ketinggalan juga peniaga-peniaga yang berada di kawasan sekitar turut dijemput memeriahkan majlis. Apa yang menariknya salah seorang daripada pelanggan yang hadir, turut membuat cabutan bersama-sama dengan Chief Finance Officer.



Apa yang pasti, pemenang bagi cabutan ke-3 untuk hadiah sebuah kereta Toyota Camry adalah Encik Chua Soon Gee, no. akaun 2006701000039092. Beliau merupakan penyimpan akaun Al-Mudharabah dari Cawangan Kuala Krai, Kelantan Darul Naim.

So yang diluar sana... masih ada lagi peluang anda untuk memenangi Cabutan ke-4 iaitu sebuah Toyota Fortuner. Apa yang perlu anda lakukan adalah menyimpan di Agrobank sekurang-kurangnya RM100 sebulan yang melayakkan anda untuk 1 cabutan bagi setiap RM100 yang disimpan itu. Tunggu apa lagi!!!

KES AMINULRASHID : JUMPA PARANG? SAPA TIPU SAPA?

Posted: 21 Oct 2010 05:49 PM PDT

SHAH ALAM, 21 Okt – Persoalan siapa pemilik sebilah parang yang ditemui dalam kereta dipandu Aminulrasyid Amzah yang mati dalam satu kejadian tembakan di Seksyen 11 di sini, belum terjawab selepas tiga saksi pendakwaan yang memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini menafikan pernah melihat atau meletakkan parang itu dalam kereta berkenaan.


Mereka ialah kakak kedua Aminulrasyid, Tuty Shaninza Anom Amzah, yang merupakan pemilik kereta jenis Proton Iswara putih yang dipandu oleh remaja itu pada hari kejadian, suami Tuty, Muzafar Mahali dan bapa mentua Tuty, MahaliRamlan yang merupakan pemilik berdaftar kereta itu.

Parang itu ditemui oleh polis di bahagian bawah tempat duduk penumpang di sebelah kiri kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid, 15.

Dalam keterangannya, Tuty Shaninza, 36, berkata beliau tidak pernah meletakkan parang di dalam kereta itu, dan ketika ditunjukkan sebilah parang yang merupakan satu daripada barang kes, saksi pendakwaan ke-20 itu berkata beliau tidak pernah lihatnya dan tidak tahu siapa pemiliknya.

Tuty Shaninza juga berkata beliau tidak pernah melihat Aminulrasyid membawa parang sebelum kejadian.

Mahali, 69, yang merupakan saksi ke-21 pendakwaan, pula berkata beliau tidak pernah menyimpan parang dalam kereta itu yang dibelinya pada 2006 sehingga beliau memberikan kereta itu kepada Tuty Shaninza, empat bulan selepas itu.

Ketika Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar menunjukkan parang itu, Mahali menafikan bahawa beliau pernah melihatnya.

Muzafar, 36, dalam keterangannya juga menafikan bahawa beliau pernah nampak dan meletakkan parang dalam kereta itu.

Saksi ke-22 pendakwaan itu berkata beliau tidak tahu siapa pemilik parang itu dan menafikan bahawa isterinya, Tuty Shaninza, ada membawa parang dalam kereta itu.

Ketiga-tiga saksi itu memberi keterangan pada perbicaraan terhadap anggota polis, Koperal Jenain Subi, 48, yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

MD ALWI AKUI PAS BERJUANG KERANA ISLAM... TIDAK PADA UMNO...

Posted: 21 Oct 2010 05:42 PM PDT

Perwakilan Umno Kelantan, Md Alwi Che Ahmad (gambar), Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas berkata pemimpin Umno perlu turun ke padang untuk menemui rakyat bukan hanya duduk di atas sahaja.
"Umno bagi segala-galanya tapi adakah rakyat sokong kita?

"Saya nak tanya kenapa kerajaan PAS rakyat sayang? Kenapa Umno tidak? Ini kerana PAS berjuang kerana Islam.

"Saya tegaskan di sini bahawa kekayaan tidak menjamin kasih sayang. Jadi kita perlu mengubah persepsi ini, pemimpin perlu turun ke bawah menemui rakyat," katanya.


Dalam ucapannya,dia turut mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjual Islam kerana sanggup berkompromi dengan pihak yang menyindir agama rasmi negara ini.

Timbalan Ketua Umno Kok Lanas Datuk Md Alwi berkata, Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan Umno.

Beliau terlebih dahulu meminta supaya semua pemimpin Umno untuk kembali berjuang kerana Islam selain bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat.

"Kita perlu perbetulkan semua ini.

"Kita perlu pertahankan Islam, adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz?

"Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.

"Beliau sudah buang semua ini (Islam), beliau berkawan dengan syaitan kerana benci kepada Umno," kata beliau ketika membentangkan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.

Md Alwi yang juga Ketua Pembangkang di DUN Kelantan juga menegaskan supaya pemimpin Umno perlu membuang sikap "sombong" yang ada dalam diri dan pada masa sama menyemai semula roh perjuangan parti dengan berdasarkan Islam.

"Umno perlu balik kepada Islam, tidak akan ada orang Melayu kalau tidak kerana Islam.

"Jadi kita perlu kembali kepada Islam, apa yang penting adalah kita perlu menjaga dan mempertahankan akidah," katanya.

Tambah beliau, Islam yang menjadi pegangan orang Melayu di negara ini akan hancur sekiranya serahkan tampuk kepimpinan kepada PAS.

"Kalau nak harapkan PAS perjuangkan Islam, maknanya hancurlah Islam di negara ini.

"PAS ini celaru," kata beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional Kelantan.

GALAS : PAS UMUM DR ZULKEFLI SEBAGAI CALON

Posted: 21 Oct 2010 05:35 PM PDT

GUA MUSANG, 21 Okt – PAS memilih Pemangku Yang Dipertuanya bagi kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad sebagai calonnya mewakili Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil bulan depan.

Beliau pernah bertanding di kerusi Parlimen menentang Tengku Razaleigh Hamzah pada 8 Mac 2008 tetapi tewas.

Nama bakal calon itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan 4 November ini dan hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober ini.



Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat kanser usus pada 27 September lalu.



Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Che Hashim berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

BENARLAH KATA NAJIB "MENperDAYA BANGSA, MENERAJUI KEMAKMURAN"

Posted: 21 Oct 2010 05:32 PM PDT

Saya baca fasal kontroversi maksud salah satu kata dalam slogan Mendaya Bangsa, Menerajui Kemakmuran yang diperkenalkan oleh Najib semasa ucapannya di PAU. Kata mendaya yang dibangkitkan oleh penulis di sini dikatakan bermaksud menjalankan tipu daya (muslihat), menipu.



Saya semak semula. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, memperdaya didefinisikan sebagai memperdayakan, men­daya, mendayakan, menjalankan tipu daya (muslihat), menipu. Jadi, salah satu maksud mempedaya ialah mendaya.


Jika sesiapa tiada Kamus Dewan versi buku, anda boleh merujuk maksudnya di sini. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=daya


Setiap kali PAU, Najib dilihat gemar memperkenalkan istilah baharu atau istilah yang jarang-jarang digunakan. Konon-kononnya penggunaan istilah-istilah itu mampu menarik perhatian umum. Dahulu diperkenalkannya "glokal" walaupun kata ini tiada dalam kamus. Kali ini istilah yang cuba diketengahkannya mengundang kontroversi.


Jadi apabila mendaya itu dilihat sebagai memperdaya, adakah salah maksud slogan itu dengan realiti UMCO yang telah menerajui negara dan bangsa selama ini? Adakah tidak betul jika UMCO menggunakan slogan "Memperdaya Bangsa, Menerajui Kemakmuran"?

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB

Posted: 22 Oct 2010 01:24 PM PDT

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB


Program Rutin Wakil Rakyat

Posted: 30 Apr 2010 09:16 AM PDT

Tanjong Dawai, 30 April 2010 - Program Rutin seorang Wakil Rakyat
Bersama MKK dan Pembantu YB ke Sungai Baru, Pengkalan Bujang dan Permatang Nering

menyampaikan sumbangan kepada keluarga ibu tunggal di Permatang Nering

Bersama MKK Pengkalan Bujang menyampaikan sumbangan kepada ibu tua

malang lagi hari ni, kereta rosak pulak, naik motor sajala sampaikan sumbangan


Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 22 Oct 2010 01:11 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


HADITH NABI MUHAMMAD SAW BERKENAAN DGN SAHABAT

Posted: 22 Oct 2010 12:36 AM PDT


Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 22 Oct 2010 01:02 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Demonstrasi Polis vs Demonstrasi Pakatan Rakyat

Posted: 22 Oct 2010 12:16 AM PDT

Hari ini PAS Bukit Katil mengadakan demonstrasi membantah pengambilan tanah oleh kerajaan negeri untuk membina jalan. Pada masa yang sama, wanita turut membantah menyatakan sokongan terhadap penghinaan Rosmah terhadap agama dengan rekaan busana fesyen yang mengaibkan.

sila klik link suaramelaka

Bukan Pakatan Rakyat sahaja yang berdemonstrasi malahan pihak polis turut berdemonstrasi setelah Pakatan Rakyat mengadakannya. Beza 10 minit selepas Pakatan Rakyat mengadakan demonstrasi.

sila klik link kijang59

Batu Gajah Mari

Posted: 22 Oct 2010 11:26 AM PDT

Batu Gajah Mari


Sedang Menunggu Respon Mufti Perak

Posted: 22 Oct 2010 06:51 AM PDT


Dewan Pemuda PAS Perak telah menghantar momerandum kepada Mufti Perak Pagi tadi



MEMORANDUM MENDESAK TEGURAN TERHADAP DATIN
PADUKA SERI ROSMAH MANSOR, ISTERI PERDANA MENTERI
MALAYSIA YANG DIDAPATI MENGHINA NABI MUHAMMAD
S.A.W DAN DATUK SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR, MENTERI
BESAR NEGERI PERAK YANG MASIH MENERUSKAN AMALAN
KHURAFAT DALAM UPACARA MELETAKKAN ANCAK KE
TIANG SERI RUMAH

Perkara di atas adalah dirujuk.
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin menarik
perhatian Y.Bhg. Tan Sri terhadap dua tokoh besar di dalam negara
dan negeri ini yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam yang
sebenar. Kami amat kesal kerana Y.Bhg. Tan Sri tidak begitu prihatin
untuk memberikan pendapat dan penjelasan sehingga
menyebabkan rakyat atau umat Islam keliru terhadap kedua-dua
perbuatan dan isu tersebut.

2 Bagi kes isteri pimpinan utama negara, Datin Paduka Seri Rosmah
Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia dan juga sebagai Penaung
Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival telah
menganjurkan Festival Busana Muslim pada 10 Ogos 2010 di
Monaco Sporting Club, Monte Carlo. Majlis tersebut secara jelas
telah menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w apabila pakaian
yang diperagakan itu bukan pakaian menurut syariat Islam ditambah
dengan tulisan "Muhammad" dalam bahasa Arab secara terbalik
diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak
menutup aurat.

Manakala, dalam kes orang nombor satu negeri Perak, Datuk Seri Dr
Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak dalam program
Projek Infra Bina Upaya (IBU) pada 17 Oktober 2010 di Kampung
Guar, Manong. Pada majlis tersebut, telah diadakan upacara
meletakkan ancak ke tiang seri rumah yang dahulunya merupakan
amalan khurafat serta bertentangan dengan aqidah Islam.
Justeru, DPPN Pk ingin menarik perhatian serius Y.Bhg. Tan Sri
dalam dua perkara tersebut untuk bertindak atas sifat ilmu dan
kedudukan mulia Y.Bhg. Tan Sri agar dapat memperjelaskan kepada
rakyat dan umat Islam akan kekeliruan tersebut . Pihak kami meminta
sama ada Y. Bhg. Tan Sri mengeluarkan satu ketetapan atau fatwa
yang jelas supaya umat Islam negara ini tidak terus terkeliru.

Rosmah puaka perlu minta Maaf!!!

Posted: 22 Oct 2010 04:39 AM PDT



Sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS di adakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Demontrasi itu berlangsung Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan di Pahang dan Masjid Pengadang Baru di Kuala Terangganu. Manakala dua lagi bantahan berlangsung di Pulau Pinang iaitu di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh dan Masjid Hashim Yahya.

Semua bantahan itu diadakan selepas solat Jumaat yang disertai oleh ahli jamaah yang selesai menunaikan solat berkenaan.

Umumnya, ucapan yang disampaikan oleh pemimpin Pemuda PAS menegaskan tindakan penganjuran festival yang memaparkan model yang memperagakan pakaian dengan tulisan "Muhammad" secara terbalik dalam tulisan Arab adalah satu penghinaan kepada Islam.
Tak sempat berucap

Di Masjid Sultan Ahmad Shah, bantahan berkenaan diketuai oleh ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan, yang turut disertai antaranya ketua Pemuda PAS negeri Suhaimi Said.
Perhimpunan yang berlangsung selama setengah jam bermula 1.50 petang disertai kira-kira 1,000 jemaah termasuk penyokong parti sebelum kira-kira 15 anggota polis mengarahkan perhimpunan itu dihentikan.

"Saya tidak sempat hendak berucap. Polis mengarahkan kira berhenti. Kita mematuhi arahan polis dan tiada tangkapan dibuat," kata Nasrudin kepada Malaysiakini petang ini.

Sementara itu, di Masjid Pengadang Baru, bantahan aman diketuai oleh ketua Pemuda PAS negeri Mohd Nor Hamzah. Beliau juga adalah ADUN Bukit Payung.

Ahli jawatankuasa PAS Terengganu Azman Shapawi Abd Rani turut menyampaikan ucapan berhubung isu tersebut sewaktu dalam perhimpunan itu diadakan.

"Tidak sepatutnya festival ini dianjurkan oleh orang Islam. Ia nampak seolah-olah penghinaan kepada Islam.

Kita kata festival fesyen Islam, tapi model berpakaian menjolok mata. Ia satu penghinaan dan tidak sepatutnya berlaku di dunia," katanya.

Perhimpunan selama 30 minit itu, itu dihadiri kira-kira 1,500 yang selesai menunaikan solat Jumaat, berlangsung dengan aman tanpa kehadiran anggota polis.

Sementara itu, ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah mengetuai kira-kira 200 ahli jamaah dan penyokong parti itu dalam perhimpunan aman di Masjid Permatang Janggus.
Mufti, ulama muda Umno dicabar
Dalam ucapannya antara lain mencabar semua mufti dan ulama muda Umno untuk menjelaskan isu berkenaan yang didakwanya menghina Islam dan Rasulullah SAW.
Bantahan itu berlangsung selama 30 minit tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.

Sementara itu, beberapa buah negeri antaranya Perlis dan Kedah dikatakan masih merancang mengadakan demonstrasi kerana "rakyat perlu mengambil masa untuk memahami isu berkenaan".

Manakala Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membatalkan hasrat mereka mengadakan bantahan. Mereka, sebaliknya mengambil pendekatan untuk berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan menghantar memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR

Posted: 22 Oct 2010 11:26 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR


Festival busana: NGO, pelajar Islam kecam Rosmah

Posted: 21 Oct 2010 09:28 PM PDT

Semakin ramai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan tampil membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu.

Antaranya, bahagian hal ehwal wanita, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang berpandangan bahawa isu penjagaan aurat dan hijab adalah vital jika masyarakat mahu membicarakan tentang fesyen Islam.

"Justeru, HELWA ABIM merasa sangat kecewa dan terkilan dengan interpretasi fesyen Islam yang gagal dihayati dan difahami secara keseluruhannya, khususnya menyentuh isu penjagaan aurat yang menjadi elemen terpenting dalam penghayatan Islam secara keseluruhannya.

"Malah apa yang dipotretkan kepada masyarakat sewaktu penganjuran Islamic Fashion Festival ini nyata jauh tersasar dan mengelirukan masyarakat Islam sendiri malah serta merupakan unsur-unsur penghinaan terhadap Islam dengan jelas," kata naib presiden Helwa, Fadhlina Siddiq dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, menutup aurat dan hijab adalah lambang wanita Islam dan ia bukan pakaian bermusim untuk pesta-pestaan serta bukan pakaian untuk melambangkan siapa yang lebih Islamik.

Dipesta-pestakan

"Andai wanita Islam jelas tentang konsep dan anjuran syariat tentang kewajipan menutup aurat, tidak timbul soal fesyen Islam yang berterusan mahu dipesta-pestakan sedangkan ia jelas bertentangan dengan syariat dan sama sekali terpesong dari fahaman esensi kepentingan menutup aurat yang sebenar," katanya lagi.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) juga menyatakan rasa kesal dengan penganjuran Festival Busana Muslim yang didakwanya jelas menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW.

Menurut Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari Saidon, pemikiran sempit itu semakin mencelarukan kefahaman muda-mudi terhadap Islam itu sendiri sehinggakan terdapat pemikiran Islam ala pemerintah Malaysia sekarang dan yang dituntut di dalam Al-Quran sendiri.

"GAMIS mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Sangat mendukacitakan jika rakyat Malaysia khususnya umat Islam masih tidak tersedar dan sensitif akan isu ini. Dulu umat Islam sangat sensitif terhadap isu murtad, kita juga berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark.

"Kita juga tidak terlepas menyertai perarakkan Maulidur Rasul, menyatakan sayangnya kita kepada Rasulullah, tetapi ini juga satu bentuk penghinaan terhadap Rasulullah, dan kita perlu bantah serta bertegas dengan mereka yang menganjurkannya" katanya.

Turut membidas penganjuran Festival Busana Muslim itu adalah Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak yang menyatakan ia tidak wajar dilaksanakan kerana unsur dan konsep fesyen Islam yang dianjurkan oleh Rosmah tidak diperhalusi setiap tindakan yang dibuat.

Nasihat mufti?

"Adakah pesta ini telah dirujuk atau mendapat nasihat daripada mufti-mufti atau penasihat agama?

"Persoalan yang timbul seterusnya pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan pesta ini turut serta atau tidak dalam memastikan pesta yang dianjurkan ini benar-benar mengikut landasan yang digariskan oleh syarak," kata presidennya Mohd Syahid Mohd Zaini.

Menurut beliau, pesta fesyen yang secara zahirnya yang dianggap nampak Islamik tetapi fesyen pakaian yang dikenakan oleh isteri perdana menteri tidak mengikut cara Islam semasa merasmikan IFF tersebut.

"Kami di peringkat mahasiswa menuntut penjelasan daripada isteri perdana menteri berkenaan perkara ini dan sehubungan itu pihak NGO Islam juga mesti selidik secara terperinci akan hal ini," kata mmahasiswa Universiti Malaya itu.

Turut membidas tindakan Rosmah, selaku penaung festival busana itu adalah Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (Ilmam).

Ilman: Jangan jadi 'syaitan bisu'

Dalam satu kenyataan, presidennya, Mohd Azizul Hisham Zulkifli berkata seluruh umat Islam perlu membantah dan mencela IFF ini dan tidak menjadi 'syaitan bisu'.

"Adakah kita puas melihat Islam dipermainkan begitu sahaja dan banyak lagi syubhat-syubhat yang telah dimainkan oleh musuh Islam untuk menghancurkan maruah Islam?

"Ilman melahirkan satu kebimbangan terhadap kepimpinan negara yang tidak prihatin terhadap isu ini. Ini secara jelas adalah satu perancangan jahat musuh Islam untuk merosakkan pemikiran umat Islam di mana sahaja mereka berada.," katanya dalam satu kenyataan

Katanya, Ilman juga menyeru agar pihak yang terlibat agar segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi kemungkaran ini.

Semalam, dewan pemuda PAS pusat mengumumkan akan berhimpun secara aman di masijid-masid tertentu di seluruh negara, hari ini selepas solat Jumaat sebagai membantah tindakan Rosmah didakwa menghina syariat Islamitu.

"Saya akan mengetuai bantahan terhadap Rosmah di Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan manakala di Masjid kampung Baru (di KualaLumpur) akan diketuai oleh Kamaruzaman Mohamad (exco pemuda PAS)," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Menurut beliau, tindakan Rosmah selaku penganjur majlis itu sesuatu yang keterlaluan.

Pada festival itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Pas CawanganSurada

Posted: 22 Oct 2010 11:07 AM PDT

Pas CawanganSurada


Festival busana: NGO, pelajar Islam kecam Rosmah

Posted: 21 Oct 2010 07:26 PM PDT

Memo Taubat Buat Rosmah

Posted: 21 Oct 2010 07:15 PM PDT

Galas: Dr Zulkefli calon PAS

Posted: 21 Oct 2010 07:11 PM PDT

ansarullah

Posted: 22 Oct 2010 11:07 AM PDT

ansarullah


Amaran dari Najib??????

Posted: 22 Oct 2010 08:43 AM PDT

BIAR HILANG NYAWA

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedudukan dan hak Melayu dilindungi sepenuhnya serta "terkunci kemas" dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa dapat digugat lagi dan kenyataan ini wajar diterima semua kaum di negara ini.

Najib, yang juga Presiden UMNO berkata, asas berkenaan adalah kontrak yang dimuafakat bapa-bapa pengasas yang mewakili semua kaum ketika negara di ambang kemerdekaan.

"Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis (Raja-Raja) yang dianggotai sembilan orang Raja-Raja Melayu.

"Dalam kata lain, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit. Sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2010, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Ketika menyampaikan ucapan bertemakan "Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran" itu, Najib dengan tegas berkata, tindakan pihak tertentu yang kini mempersoalkan kedudukan Melayu sebagai bangsa yang dilindungi hak-hak tertentu, ternyata telah menimbulkan rasa kegusaran dan tidak puas hati terhadap bangsa Melayu yang terkenal dengan sikap dan sifat akomodatifnya.

Cerita lanjut di sini......

P/S:-Kalau melihat apa yang dikata oleh PM merangkap Presiden UMNO ini banyak yang boleh kita fahami.Antaranya ialah:-

i)Apabila parti mana memerintah sekalipun,hak dan keistimewaan orang Melayu dan Islam tidak akan tergugat selagi RAJA-RAJA Melayu tidak memperkenankan perubahan (sebarang perubahan) dari berlaku.Jadi kedudukan Bangsa Melayu akan tetap SELAMAT walaupun PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan.

ii)Atas dasar ini,kita perlu faham bahawa,bukan UMNO lah sebenarnya yang memperjuangkan BANGSA MELAYU,cuma RAJA-RAJA lah sahaja yang BENAR-BENAR mempertahankan MELAYU.BUKAN UMNO!!!!!Kalau kiranya UMNO di tadbir oleh orang yang PECAH AMANAH seperti MUHYIDDIN YASSIN(yang telah menjual BANYAK tanah MELAYU di Johor semasa beliau MB negeri tersebut!)maka tiada maknanya UMNO sebagai pemimpin!

iii)Dan kita perlu faham bahawa,UMNO tidak perlu bersusah payah memperjuangkan bangsa MELAYU kerana hal itu telah dijamin dalam perlembagaan.Dan mereka boleh terus mengaut keuntungan untuk diri sendiri,bukan untuk orang melayu!!!!!

DUN Lembah Jaya

Posted: 22 Oct 2010 11:03 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Tokong 25 Tahun Di Tasek Permai Terbakar

Posted: 22 Oct 2010 09:39 AM PDT

20 Oktober 2010, Kg. Tasek Permai - YB Tuan Hj Khasim dan Ketua Kampung Tasek Permai Encik Che Yusof Che Mat melawat tokong yang terbakar di Jalan Permai 27A di sini. Tokong tersebut didapati terbakar hari ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Tuan Hj Khasim menyatakan simpati beliau akan membawa perkara ini ke peringkat Exco untuk tindakan lanjut seperti bantuan dan sebagainya.






PAS KAWASAN KENINGAU

Posted: 22 Oct 2010 11:02 AM PDT

PAS KAWASAN KENINGAU


JOM KE HEMPAS!

Posted: 22 Oct 2010 01:16 AM PDT

JOM SERBU PROGRAM HEMPAS ,JUMPA DI SANA!

Pengikut