Pakatan Rakyat |
Posted: 17 Sep 2011 03:20 PM PDT SHAH ALAM 17 SEPTEMBER: Pelancaran Agenda Selangorku, Pelan dan Visi Untuk Tiga Tahun menunjukkan komitmen serius kerajaan negeri dalam memacu Selangor sebagai negeri idaman dan contoh di Malaysia. Sebelum ini, kerajaan negeri memperkenalkan dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang berjaya memberikan manfaat kepada rakyat sejak dibawah Pakatan Rakyat (Pakatan). Agenda pembangunan yang dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan pelan tindakan dan visi untuk tiga tahun 2011 hingga 2013. Rancangan ini mengutamakan lima fokus utama iaitu pilihanraya tempatan, perumahan, keselamatan, gaji minima dan infrastruktur. Perkara ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri terhadap warga kerja di negeri ini sekaligus memberikan isyarat jelas kepada kerajaan persekutuan supaya memperkenalkan skala gaji minima kebangsaan yang selama ini dituntut oleh pelbagai pihak. Sebelum ini, Pakatan menerusi Buku Jingga berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja di Malaysia dalam 100 hari pentadbiran di Putrajaya. Dengan kekangan pemilikan rumah yang dialami oleh rakyat, kerajaan negeri merancang pembinaan rumah mampu milik seluas 850 hingga 1,000 kaki persegi berharga RM 100,000. Projek ini mensasarkan golongan berpendapatan antara RM 2,500 hingga RM 5,000 sebulan. Pembangunan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina 11,000 unit setiap tahun di kawasan seperti Hulu Selangor, Gombak, Kota Kemuning, Hulu Selangor, Hulu Langat, Petaling Jaya dan Shah Alam dengan projek sulung telah bermula di Bangi. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM3 juta bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) untuk aspek keselamatan penduduk setempat sebagai usaha membenteras jenayah yang semakin berleluasa. Pemasangan ini akan dimulakan di Subang Jaya. Bagi sudut pembangunan infrastruktur pula, setiap DUN mendapat peruntukkan RM1 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya, longkang dan sebagainya di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan. Sementara itu, bagi kampung-kampung baru diberikan peruntukkan RM5 juta untuk pembangunan dan RM4 juta untuk pembaikan jalan-jalan di kampung tradisi. Untuk fokus pilihan raya tempatan, kerajaan negeri bakal mengadakan pilihan raya tempatan pertama di Petaling Jaya pada 2011. Setiap perkara dalam agenda ini mengutamakan kebajikan rakyat dan prinsip-prinsip pentadbiran beramanah demi memastikan masa depan yang cerah untuk semua. Segala idea dan cadangan ini dihasilkan melalui rundingan dan maklum balas yang melibatkan kerajaan negeri, ketua masyarakat dan pihak industri menerusi sesi dialog yang diadakan bersama 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Menteri Besar. Dalam pada itu, Abdul Khalid mengingatkan peluang pemerintahan sendiri yang dikecapi selepas kemerdekaan perlu diinsafi dan bukannya alpa sehingga mengakibatkan kelemahan urustadbir. "Kita telah banyak mendengar isu-isu seperti rasuah, salah guna kuasa, kezaliman, pengurusan cekap dan perlahan serta pelbagai lagi masalah sehingga menimbulkan pelbagai kegusaran. "Sempena sambutan kemerdekaan dan pembentukan hari Malaysia ini, marilah kita berikrar untuk memegang prinsip dan etika kerja yang cemerlang dan bertekad untuk memerangi segala kelemahan yang ada dengan kesungguhan," katanya. Sambutan Perayaan Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia peringkat Negeri Selangor dengan tema 'Selangorku Idamanku' berlangsung meriah di Dataran Merdeka Shah Alam. Hampir 5,000 pengunjung hadir bagi menyaksikan pelbagai persembahan yang bertemakan perayaan kemerdekaan dan hari Malaysia yang jatuh pada 16 September setiap tahun. Turut hadir, Isteri Menteri Besar, Puan Sri Salbiah Tunut, barisan pimpinan kerajaan negeri, dan wakil anak syarikat kerajaan negeri serta kakitangan daripada pelbagai agensi kerajaan. |
Posted: 17 Sep 2011 03:03 PM PDT Najib patut berasa malu teramat sangat apabila Perdana Menteri Bangladesh , Sheikh Hasina Wajed mendedahkan betapa pincangnya sistem pilihanraya ala-Malaysia yang sanggup memperalatkan rakyat luar, termasuk Bangladesh yang mencari pekerjaan di negara ini dengan tawaran status kewarganegaraan dan layak mengundi. Bernarkah ramai pekerja-pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah? Ini bukan Mat Bangla yang cakap, tapi Perdana Menteri Bangladesh sendiri , Sheikh Hasina Wajed yang buat kenyataan. Kenyataan tersebut dipetik dari www.ngoab.gov.bd — laman rasmi hal ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu yang kini sudah kena gula-gula hack! Najib tidak boleh main arah Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi SPR untuk menafikan tuduhan yang berat ini sebagaimna penafian yang dibuatnya apabila Pakatan Rakyat banyak kali menunjukan bukti mengadu tentang adanya kes seumpama tersebut. Tetapi kali ini, kenyataan dari seorang Perdana Menteri Bangladesh , jelas membuktikan adanya gejala tersebut sehingga beliau begitu berani membuat kenyataan mengenainya.PM Najib kena jawab sendiri kenyataan rakan sejawatnya itu! Kita masih tertunggu-tunggu reaksi Najib, PM Malaysia untuk menafikan bahawa perkara yang didakwa oleh pemimpin tertinggi dari sebuah negara adalah pembohongan, fitnah bodoh dan semata-mata satu usaha jahat cuba menjatuhkan kedaulatan negara ini yang baru saja menyambut Hari Kemerdekaan ke-54, walaupun tidak pernah dijajah…. Demi kedaulatan agama, bangsa dan negara, setidak-tidaknya, Najib kena panggil Duta Bangladesh mengadapnya …atau suruh sahaja Rosmah menalipon Sheikh Hasina .... |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |