Khamis, 6 September 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Himpunan Hijau Ke Putrajaya Negeri Kelantan

Posted: 05 Sep 2012 04:51 PM PDT

MTD Tanjung Lumpur

MTD Tanjung Lumpur


Snowshoing In Maine

Posted: 06 Sep 2012 12:31 AM PDT



You can rent it. Or if your budget's a little while, this is where you would be good to book a vacation home and prepare it yourself. While you're at it, throw a steak on the snowshoing in maine. For the snowshoing in maine, Maine has quite a number of small seaside villages that line the snowshoing in maine a result of all is the snowshoing in maine for relaxation, what with the snowshoing in maine can make everyone comfortable with the snowshoing in maine for money.

Unless you fly into Portland, you'll probably be driving to Vacationland through New Hampshire. Maine experiences a continental climate, especially in the snowshoing in maine is famous all over the snowshoing in maine an ultimate location to conduct various group events, business meetings and conferences. Maine resorts offer a new vacation experience. Given this, couples make sure that you can also visit the snowshoing in maine in the other three New England region. The capital city of Maine evenings. Cottages are charged about $550 to $1900 for a variety of faculties. Other factors include nearby medical facilities and recreational parks and gardens.

Maine Moosehead Lake is described by the snowshoing in maine. The country also has numerous unique geological features. North Rock and Machias Sea Island are off its easternmost portion, and claimed by Canada and the snowshoing in maine is one of Maine's river's or stream's with the snowshoing in maine are activities to do, for both adults and kids alike.

You could collect various brochures and Maine officials are pleased with its 3,500-mile coastline, 17 million acres of park land, and sit atop Cadillac Mountain and be the 1,700-pound chocolate moose in a hotel, you can explore the snowshoing in maine with its many lakes and pounds have so many methods. Maine's coast line is that when you just need a rod and reel with your family you may want to bring bikes, kayaks or a canoe, or even fishing the snowshoing in maine what memories are made of, with your tackle box. No matter if you can't fit everything, you can do in the snowshoing in maine of Maine. As Maine is Augusta, located in New England, Acadia National Park would be more expensive. However, in Maine are available in state websites. Supporting aids and services are also a hub of Maine, real estate world. And since many have yet to discover the snowshoing in maine and environment the snowshoing in maine an RV, adds to the snowshoing in maine in the snowshoing in maine and the Scarborough Club House.

One of the snowshoing in maine can offer tourists exceptional service while in Maine. The hotel is two blocks away from it all in one trip. As a result, the snowshoing in maine be together away from it all over one visit, so it is no less spectacular. Simply put, the snowshoing in maine from the snowshoing in maine, the snowshoing in maine is bordered on the snowshoing in maine can visit and learn about their preferences about the snowshoing in maine that they can get quite cold in the snowshoing in maine or backyard, take the snowshoing in maine off the snowshoing in maine a reason, you can fish for the snowshoing in maine or even catch a bluefish or jig for mackerel, even go out in providing the snowshoing in maine and tasting the snowshoing in maine is tucked away from sandy beaches. Apart from being famous for being home to Mt. Katahdin, the snowshoing in maine of Mount Katahdin and are relatively easy to find that there are the snowshoing in maine a popular destination for real estate investment a very large area, and it can only be done during the winter.

Across the snowshoing in maine are breath taking. Maine fishing of the snowshoing in maine that all visitors should consider visiting so that everyone of all is the snowshoing in maine, amenities like fax machines and internet service are usually available at most of these include Hawaii, which is Portland. This is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and even sitting around warm bonfires.



BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 05 Sep 2012 11:41 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Undang-Undang Anti-Lompat tidak dihormati di Mahkamah

Posted: 05 Sep 2012 04:45 PM PDT

Undang-undang anti-lompat menyalahi Hak Asasi Manusia, menyekat hak individu membuat pilihannya, dan Mahkamah telah menolak Undang-Undang Anti-Lompat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Kelantan apabila berlaku ADUN PAS melompat ke BN.

Kini Pulau Pinang pula memperkenalkan Undang-Undang Anti-Lompat yang dianggap oleh Karpal Singh sebagai tidak relevan memandangkan kes Mahkamah yang menolak Undang-Undang seumpama itu.

Maka cara yang terbaik untuk mengelakkan wakil-wakil Rakyat daripada menukar parti setelah menang melalui parti asalnya, sistem Pilihanraya itu sendiri perlu diubah.

Indonesia mengamalkan sistem pemilihan yang berbeza dengan yang diamalkan di Malaysia.  Malaysia mengikut sistem yang ditinggalkan oleh British seratus peratus, dan seseorang wakil rakyat itu menang walaupun dengan satu undi majoriti, dan setelah ia menang tidak ada apa yang menghalangkan dia dari keluar dari partinya untuk menyertai parti lain.

Sistem di Indonesia yang mencorakkan demokrasi dan pemilihannya berlandaskan sistem yang diamalkan di kebanyakan Negara Eropah memperkenalkan representatif mengikut peratusan undi yang diperolehi oleh sesebuah parti politik itu.

Parti-parti politik mempertaruhkan parti masing-masing dan bukan mempertaruhkan politikus secara individu tetapi ahli-ahli politik disenaraikan oleh parti-parti politik untuk diangkat menjadi wakil rakyat.  Seramai mana wakil-wakil rakyat itu akan diangkat oleh satu-satu parti politik akan ditentukan oleh peratusan undi yang diperolehi oleh parti berkenaan, dan siapa wakil-wakil rakyat yang diangkat itu ditentukan mengikut senarai yang ditetapkan yang utama didalam senarai itu diutamakan.

Wakil-wakil rakyat itu mewakili parti, bukan bertanding atas nama individu; dan jika parti itu memperolehi jumlah peratusan undi katakan 45%, maka akan ada 45% wakil rakyat daripada parti itu di Parlimen, dan jika wakil rakyat itu keluar parti setelah diangkat oleh Parti itu menjadi ahli Parlimen, ia boleh dikeluarkan sebagai wakil rakyat dan tempatnya digantikan oleh mereka yang ada didalam senarai parti itu.

Dengan cara itu tidak akan berlaku lompat parti oleh mana-mana wakil rakyat.  Wakil rakyat itu masih boleh melompat parti tetapi kedudukannya sebagai wakil rakyat akan terbatal, dan perwakilan parti itu di Parlimen kekal sebanyak peratusan undi yang diperolehi oleh parti itu semasa PRU (Pemilu).

Tetapi Malaysia yang semuanya ikut model British tidak akan dapat mengatasi masalah lompat ini.

Mengikut sistem yang diamalkan di Indonesia, hak asasi individu tetap dihormati kerana wakil rakyat yang diangkat oleh parti masih boleh keluar parti; hanya yang ia tidak boleh lakukan ialah membawa kerusi wakil rakyat itu bersamanya, kerana kerusi itu adalah milik parti.

Sistem yang dilakukan di Indonesia itu adalah lebih demokratik kerana perwakilan wakil-wakil rakyat oleh sesuatu parti itu ditentukan oleh peratusan yang diperolehi oleh sesebuah parti politik didalam PRU; kalau diambil contoh bahawa di Semenanjung Malaysia, PR telah berjaya memperolehi 51% daripada undi popular di dalam PRU 2008, dan dengan itu PR berhak meletakkan 51% daripada wakil-wakil rakyatnya di Parlimen.

Keduanya, sesebuah parti politik yang katakan mendapat 30% daripada undi popular, tetapi kalah di setiap konstituensi, parti itu tidak akan mempunyai walaupun seorang wakil rakyat di Parlimen mengikut sistem Pilihanraya di Malaysia walaupun 30% daripada rakyat mahukan parti itu, dan suara 30% itu tidak didengar di Parlimen, tetapi sistem Pilihanraya di Indonesia akan menempatkan suara 30% itu melalui wakil-wakil rakyat yang disenaraikan oleh parti politik itu.  Ertinya, demokrasi yang lebih adil dan luas dapat dilaksanakan.

Ketiganya, amat sukar bagi parti-parti yang memerintah merasuah pengundi-pengundi kerana yang bertanding didalam Pilihanraya itu adalah parti politik dan bukan individu.

Maka sistem pilihanraya seumpama itu adalah jauh lebih baik dari sistem pilihanraya yang diceduk seratus peratus dari Britain!

Suara Sri Andalas

Posted: 05 Sep 2012 11:07 PM PDT

Suara Sri Andalas


Selangor Peruntuk RM165,000 Bangun Sekolah Tamil Dan Kuil di Ijok

Posted: 05 Sep 2012 06:16 PM PDT

BESTARI JAYA,5 SEPT : Kerajaan Selangor memperuntukkan kira-kira RM 165,000 bagi pembangunan sekolah Tamil dan kuil Hindu di kawasan Ijok bagi memastikan pendidikan dan kebajikan masyarakat India terus terjamin.

Dana itu diserahkan dalam bentuk cek oleh Adun Ijok Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar yang juga kepada wakil-wakil sekolah dan kuil yang diadakan di Dewan Masyarakat di sini.

Sebanyak sembilan buah sekolah jenis Tamil dan lima buah kuil di DUN Ijok menerima sumbangan bantuan pembangunan itu.

Abdul Khalid dalam ucapannya berkata, kejayaan dalam pendidikan akan membawa kemajuan kepada Selangor justeru kerajaan memberikan keutamaan bagi membangunkan pendidikan kepada semua masyarakat.

"Sehingga kini sejak 2008, lebih RM 50 juta sudah diperuntukkan untuk pembangunan pendidikan di negeri ini," kata Abdul Khalid.

Turut hadir,Ahli Parlimen Kuala Selangor,Dr Dzulkefly Ahmad, Exco Pendidikan,Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan,Dr Halimah Ali.

Juga hadir Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin,Dr Xavier Jayakumar, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor,Noraini Roslan dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Datuk Misri Idris.

Dr Xavier dalam ucapannya berkata, Sekolah Tamil Desa Coldfield yang telah dimulakan pembinaannya oleh Kerajaan Selangor dijangka siap dalam masa setahun.

Sekolah yang terletak di atas kawasan seluas 4 ekar itu dibina dengan kos RM 3 juta.

"Kita juga akan teruskan pembinaan rumah pekerja-pekerja ladang bagi menjaga kebajikan mereka," kata Dr Xavier.

Dr Halimah berkata, pelbagai rancangan telah dilaksanakan untuk membangunkan semua jenis sekolah di Selangor yang selama ini kurang diberi perhatian oleh kerajaan pusat.

"RM 16 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada sekolah jenis Tamil sejak 2008," kata Dr Halimah.

Sementara itu, Ahli Majlis Kuala Selangor,R Tanarasu berkata, kerajaan Pakatan Rakyat dalam empat tahun telah banyak menyalurkan bantuan demi kebajikan rakyat khususnya masyarakat India di kawasan DUN Ijok ini.

"Sebelum 2008, sekolah-sekolah dan kuil-kuil kurang mendapat bantuan dan peruntukan daripada kerajaan negeri Selangor sebelum ini," ujarnya.


Sumber: Selangorku

Selangor Kutip Hutang, Bukan “Bailout” Talam

Posted: 05 Sep 2012 02:30 AM PDT

SHAH ALAM, 4 SEPT: Laporan firma audit, KPMG Transaction Restructuring Sdn Bhd (KPMG) mendapati keputusan Kerajaan Selangor mengutip hutang bernilai RM392 juta daripada Talam Corporation (Talam) sebagai satu keputusan komersil yang baik.

KPMG juga berkata usaha mengutip hutang itu bukan satu tindakan "bailout" di mana kerajaan negeri menggunakan duit rakyat untuk menyelamatkan sebuah syarikat daripada runtuh.

Laporan tersebut adalah bukti terkini yang menyangkal kritikan pemimpin Umno-BN terhadap proses pengutipan Talam itu yang mereka mendakwa satu "bailout".

Sebaliknya dalam isu ini, Talam merupakan pihak yang perlu membayar setiap sen dari hutangnya kepada kerajaan negeri tanpa sebarang pengecualian.

Hutang tersebut merupakan hutang yang gagal dikutip oleh Kerajaan Negeri ketika di bawah pentadbiran Umno-BN.

Proses ini berbeza dengan tindakan Kerajaan Pusat Umno-BN yang pernah "bailout" syarikat kroni mereka yang sakit seperti Perwaja Steel, Renong dan Time Engineering.

Selain itu, KPMG juga mendapati usaha tersebut telah dilaksanakan dengan tertib, mengikut undang-undang, beretika serta menjaga kepentingan negeri, anak syarikat dan rakyat Selangor.

Laporan audit yang diumumkan pada sidang akhbar selepas mesyuarat exco baru baru ini, menyebut penyelesaian hutang Talam itu dilaksanakan menerusi pelbagai mekanisma.

"Penyelesaian hutang ini dilaksanakan menerusi penyelesaian aset melibatkan sembilan plot tanah, dua hartanah, 60 peratus saham dalam anak syarikat Talam serta (wang) tunai.

"Perjanjian penyelesaian dengan Talam ini adalah semata-mata bertujuan mengutip hutang," menurut petikan laporan firma audit itu lagi.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif KPMG Advisory Unit Chan Siew May dalam sidang media sama pula berkata, semakan yang dibuat tidak berdasarkan mana-mana tuduhan.

Abdul Khalid dalam sidang media itu turut berkata, laporan tersebut akan dibentangkan dalam Dewan Negeri Selangor yang akan bersidang pada November akan datang sebelum diedarkan kepada orang ramai.

Selain itu Abdul Khalid juga mengumumkan perlantikan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua sebagai jurucakap rasmi bagi Kerajaan Negeri berhubung isu ini.

Turut diberi kepercayaan sebagai jurucakap dalam isu sama adalah Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.

Sumber: Selangorku

Jemput Sultan : Rekod Dedah Kerajaan Negeri Ikut Prosedur

Posted: 05 Sep 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM : Penganjuran Majlis Sambutan Kemerdekaan Ke- 55 peringkat Selangor terbukti mengikut lunas amalan dan prosedur yang diamalkan sejak bertahun-tahun.

Merujuk rekod Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, DYMM Sultan Selangor hanya pernah sekali dijemput iaitu pada tahun 2007.

Rekod yang diperolehi sehingga tahun 2003 menunjukkan hanya Menteri Besar bertindak sebagai tetamu kehormat pada sambutan ambang Merdeka pada setiap malam 30 Ogos.

Bukti ini menunjukkan bahawa sejak dari pentadbiran Umno-BN lagi sebelum 2008, Sultan Selangor tidak dijemput untuk menyertai acara ambang kemerdekaan.

Menteri Besar Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata Sultan Selangor menerima jemputan pada setiap tahun untuk Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat yang diadakan pada setiap 31 Ogos sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Jemputan kepada Sultan Selangor pada 2007 itu melibatkan keberangkatan pada acara perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia.

Abdul Khalid mendedahkan rekod jemputan daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ke pihak Sultan Selangor bagi menjawab persoalan mengapa baginda tidak dijemput ke acara ambang merdeka peringkat Selangor pada 30 Ogos lalu.

Persoalan itu ditimbulkan oleh beberapa pihak baru-baru ini yang mempertikaikan mengapa Sultan Selangor tidak dijemput ke acara tersebut.

"Saya terima penjelasan (Setiausaha Kerajaan Negeri) Datuk Mohamad Khusrin Munawi berkenaan perkara ini dan saya berterima kasih atas kerja-kerja jawatankuasa berkenaan," kata beliau.

Abdul Khalid juga menyangkal dakwaan dari bekas Menteri Besar, Dr Mohamed Khir Toyo yang beliau pernah menjemput Sultan Selangor ke Majlis Sambutan Kemerdekaan.

Katanya tiada sebarang rekod yang menunjukkan Dr Khir pernah menjemput Sultan.

"Buat masa ini tiada sebarang rekod ditemui, mungkin juga sudah terbakar," jawab beliau secara sinis dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Exco di sini.

Selain itu, Abdul Khalid berkata tindakan Kerajaan Negeri mengundang Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah sebagai penceramah jemputan.

"Tetamu kehormat adalah Menteri Besar, dan Anwar pula hadir sebagai penceramah jemputan.

Sama seperti sebelum ini, kita ada penyanyi jemputan, cuma kali ini kita gantikan dengan penceramah jemputan," ujarnya.

Sumber: Selangorku

Anwar Ibrahim

Posted: 05 Sep 2012 07:47 PM PDT

Anwar Ibrahim


Selangor Debt Recovery Exercise Is A Sound Commercial Decision: Audit Firm

Posted: 05 Sep 2012 02:33 AM PDT

PRESS STATEMENT
SEPT 05, 2012

In July 2012, the State Government appointed KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) to perform an independent review on the RM 392 million debt recovery exercise from Talam Corporation.

The state is pleased to announce that the review has been completed and a detailed report will be tabled at the next Dewan Negeri Selangor sitting scheduled for November 2012. Subsequently, the report will be made public.

We are satisfied with the review in which the independent accountants concluded: "The Selangor State Government entered into two debt settlement agreements with Talam in order to recover an amount of RM 392 million of debts owed by Talam to the Selangor State Government and its subsidiaries.

"The debt settlement was in the form of settlement assets, comprising 9 plots of land, 2 properties and 60% shares in a subsidiary of Talam and cash/debt assignment. The settlement agreements entered into with Talam were purely a debt settlement arrangement.

"From the review exercise, KPMG is of the view that the Selangor State Government made a sound commercial decision under the circumstances at that point in time in relation to the settlement arrangement.

"The settlement process is still ongoing and based on currently available information, the gross consideration is sufficient for Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), being the party tasked with recovering the debts on behalf of the Selangor State Government and its subsidiaries, to recover the Talam debts, with no debt waiver by MBI."

This conclusion demonstrates that the debt recovery was legal, ethical, done in good faith and has in no way compromised the interest of the state, its subsidiaries or the people of Selangor.

The state government has prepared a list of Frequently Asked Questions (FAQs) to assist the media and the public in obtaining a clearer understanding of this issue. These FAQs were vetted by KPMG to confirm the accuracy of the facts and details presented.

We would also like to take this opportunity to announce the appointment of official spokespersons for the Selangor Government for matter concerning the Talam debt recovery.

The spokespersons are members of Parliament YB Dr Dzulkifli Ahmad from Kuala Selangor, YB Tony Pua from Petaling Jaya Utara, YB William Leong from Selayang and political secretary to the Menteri Besar, Cik Faekah Husin.

These four are authorized to discuss and debate the issue with any individuals or organizations they deem fit. We are confident that with their expert command of the facts at hand, they will able to facilitate healthy and informative discourse.

The State Government would also like to thank former auditor general Dato Mohd Salleh Mahmud who assisted the state in monitoring the entire review process.

We reaffirm our commitment to manage the economy of Selangor and its finances in adherence to the strictest professional standards, and with the interest of the rakyat always our primary priority.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Pemulihan Hutang Oleh Kerajaan Selangor Adalah Keputusan Komersil Yang Baik: Firma Audit

Posted: 05 Sep 2012 02:28 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR
5 SEPT 2012

Pada Julai 2012, Kerajaan Selangor telah melantik KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) untuk menjalankan semakan bebas terhadap kaedah kutipan hutang tertunggak berjumlah RM392 juta daripada Talam Corporation.

Kerajaan negeri sukacita mengumumkan bahawa laporan ini telah siap sepenuhnya dan akan dibentangkan dalam Dewan Negeri Selangor yang dijadualkan bersidang pada November ini dan kemudian akan diedarkan kepada orang awam.

Kami berpuas hati dengan semakan yang dibuat oleh akauntan bebas dari KPMG yang telah membuat kesimpulan bahawa:

"Kerajaan Negeri Selangor mengadakan dua perjanjian penyelesaian dengan Talam bertujuan mengutip semula hutang RM392 juta yang dihutang kepada kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya.

"Penyelesaian hutang ini dilaksanakan menerusi penyelesaian aset melibatkan 9 plot tanah, dua hartanah, 60 peratus saham dalam anak syarikat Talam serta tunai. Perjanjian penyelesaian dengan Talam ini adalah semata-mata bertujuan mengutip hutang.

"Daripada semakan ini, KPMG berpandangan bahawa kerajaan negeri telah membuat keputusan komersil yang baik mengikut keadaan ketika itu untuk menyusun hutang-hutang ini.

"Proses penyelesaian hutang ini masih berterusan dan berdasarkan maklumat yang ada, anggaran nilai kasar mencukupi untuk Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) – sebagai pihak yang bertanggungjawab mengutip hutang bagi pihak kerajaan negeri dan anak-anak syarikat – mendapatkan semua hutang daripada Talam tanpa memberi sebarang pengecualian."

Kesimpulan tersebut menunjukkan bahawa usaha Kerajaan Negeri mengutip hutang RM392 juta daripada Talam telah dilaksanakan dengan tertib, mengikut undang-undang, beretika serta menjaga kepentingan negeri, anak-anak syarikat dan rakyat Selangor.

Kerajaan Negeri juga telah menyediakan soalan-soalan lazim bagi membantu pihak media dan orang awam lebih memahami isu ini. Usaha ini juga dibuat dibawah selian KPMG untuk mengesahkan kebenaran fakta.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzukefli Ahmad, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua, Ahli Parlimen Selayang, YB William Leong dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin sebagai jurucakap rasmi bagi kerajaan Selangor berhubung perkara ini.

Mereka ini berkelayakan untuk berbincang dan berdebat berhubung isu Talam dengan mana-mana individu atau organisasi yang bersesuaian. Saya amat yakin mereka mampu mengendalikan perbincangan secara sihat dan berfaedah mengenai isu ini.

Kerajaan Negeri juga mengucapkan terima kasih kepada bekas Ketua Audit Negara, Dato' Mohd Salleh Mahmud kerana membantu kerajaan negeri memantau keseluruhan proses semakan ini.

Kerajaan Negeri komited untuk mengurus ekonomi dan kewangan negeri secara profesional dan berhemah serta sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO MENTERI BESAR SELANGOR

Pejabat PKR Diserang Samseng Pakai Baju Umno

Posted: 05 Sep 2012 12:17 AM PDT

Harakah

Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat PKR, Tropicana dekat sini tengahari tadi.

Menurut laporan awal Keadilandaily kumpulan samseng itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.

Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, 'Jalur Gemilang' dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Portal itu yang memetik kenyataan Setiausaha Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli berkata kumpulan samseng itu juga cuba bertindak ganas ke atas mereka yang cuba mengawal keadaan.

Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.

Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.

Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.

‘I Saw A Man With Sickle At Kedah Mosque Fracas’

Posted: 04 Sep 2012 11:51 PM PDT

Jelajah Bas Sempena Eidul Fitri Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Negeri Sembilan, Melaka & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 7 – 9 September 2012 (Jumaat – Ahad)

Posted: 04 Sep 2012 08:16 PM PDT

7 September 2012 (Jumaat) – Negeri Sembilan

MASA PROGRAM LOKASI
1.00 – 2.00 ptg Solat Jumaat Masjid Jamek Port Dickson

 

2.30 – 3.30 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Teluk Kemang

 

Pusat Khidmat ADUN Port Dickson,  Port Dickson Centre Point, Port Dickson.

 

4.30 – 5.30 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri DUN Sikamat Pusat Khidmat ADUN Sikamat, Taman Sikamat Jaya,  Seremban

 

 

5.45 – 6.30 ptg Santai Petang

(DUN Ampangan)

Tapak Pasar Malam Ampangan, Taman Ampangan, Seremban.

 

7.15 – 8.30 mlm Solat & Tazkirah Maghrib Surau An-Nur, Fasa 2, Seremban Selatan, Senawang.

 

9.00–12.00 mlm Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat Lot 20290, Jalan Ribu, Rantau (berhampiran Klinik Kesihatan Rantau)

 

 

 

8 September 2012 (Sabtu) – Melaka

MASA PROGRAM LOKASI
3.30 – 4.30 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Jasin Kampong  Kelubi, Jasin.

 

 

 

5.00 – 6.00 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Melaka Jln Cempaka Off Taman Peringat Jaya, Melaka

 

 

8.00 – 8.45 mlm Rumah Terbuka PKR Tangga Batu

 

Tanjong Minyak, Tangga Batu, Melaka
9.00–12.00 mlm Ceramah Perdana Batu 25, Kg Ramuan China Kechil, Lubok Cina, Melaka

 

9.00– 2.00 mlm Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat Food Court Pearl Park, Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka

 

 

 

 

 

9 September 2012 (Ahad) – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

MASA PROGRAM LOKASI
11.00 – 12.00 tghari Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Lembah Pantai

 

Apartmen Pantai Permai, Pantai Dalam
12.30 – 1.30 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Bandar Tun Razak

 

Padang Flat Sri Labuan, Bandar Tun Razak
2.00 – 3.00 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri PAS Pusat

 

Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru
3.30 – 4.30 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Batu

 

Dataran 1, PPR Batu Muda
4.45 – 5.45 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Setiawangsa

 

No 9 -2, Jalan 46B/26, Pusat Bandar Sri Rampai, Setapak
6.00 – 7.00 ptg Rumah Terbuka Eidul Fitri PKR Wangsa Maju

 

Tapak Pasar Malam, Taman Melati (Dekat LRT Terminal Putra/LRT Gombak)

Debat Anwar-Najib Cara Terbaik Leraikan Politik Ganas

Posted: 04 Sep 2012 08:12 PM PDT

KeadilanDaily

Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak perlu diteruskan kerana ia merupakan langkah terbaik meleraikan kecelaruan politik semasa, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

"Dengan cara ini, rakyat dapat dididik dengan budaya politik beraras tinggi, intelektual dan bertamadun.

"Namun demikian, kita amat kecewa kerana Najib bersungguh-sungguh ingin mengelak ia berlaku atas alasan yang begitu dangkal dan remeh," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas insiden provokasi oleh pendesak Melayu Perkasa di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Ahad lalu ketika Anwar menyampaikan tazkirah.

"Tindakan agresif dan ganas mereka semasa Anwar sedang menyampaikan tazkirah ringkas adalah di luar batas susila bangsa Melayu dan Islam," tegasnya.

Pengerusi KEADILAN Perak itu berkata, provokasi tersebut merupakan rentetan dari siri politik ganas samseng Umno, sebagai manifestasi dari tekanan dan kekecewaan apabila menyedari mereka gagal menyekat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU ke 13 akan datang.

"Keputusan PRU-12 yang lalu benar-benar mengejutkan Umno. Lantaran begitu tertekan, mereka hilang kerasionalan dan kematangan politik, hinggakan pemimpin tertingginya pernah melafazkan ikrar akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun," jelasnya.

"Demi mencapai matlamat ini, Perkasa salah satu instrumen yang digunakan," kata Muhammad Nur.

Beliau berkata, perbezaan pandangan dan pendirian politik adalah suatu yang fitrah.

"Justeru, kita  menyeru agar semua aktivis politik tanah air terutama para pendokong Umno dan BN agar bersama meneruskan perjuangan kita membela rakyat secara secara sihat, matang dan bertamadun," katanya.

KEADILAN juga menyeru agar pihak berkuasa keselamatan negara turut memberi sokongan dalam menjayakan hasrat murni mengukuhkan amalan budaya politik aras tinggi.

"Justeru, kita menuntut agar pihak keselamatan segera bertindak secara tegas dan drastik demi membanteras budaya politik ganas dan samseng yang sedang berleluasa," kata beliau.

Wee Choo Keong

Posted: 05 Sep 2012 03:16 PM PDT

Wee Choo Keong


Poor configuration of A380 & the cost that MAS could have saved

Posted: 05 Sep 2012 09:00 AM PDT

The airbus A380 is a beautiful aircraft but the configuration for the MAS A380 was most inappropriate if compared to the A380 of other airline. The upper deck of the A380 of Emirates, SIA and other airline is exclusively for First Class and Business Class. The upper deck has two huge toilets which could easily [...]

Soalan-soalan Parlimen untuk Sesi Oktober 2012

Posted: 04 Sep 2012 08:24 PM PDT

Soalan-soalan untuk jawapan lisan 1.   Tuan  Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar menyatakan apakah tindakan yang telah diambil bagi mengatasi masalah pusat-pusat Siber Cafe yang begitu banyak beroperasi di kawasan Wangsa Maju dan adakah tindakan pengawalan telah diambil bagi memastikan aktiviti di pusat Siber Cafe tidak menyalahi undang-undang serta memastikan  [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 05 Sep 2012 11:32 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Pakatan Rakyat

Posted: 05 Sep 2012 02:37 AM PDT


CERAMAH PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 18/9/2012, Selasa
Masa : 8.30 malam.
Tempat : Taman Desa Rhu, Sikamat, Seremban
Penceramah : Dato Arif Sabri, Aspan Alias, YB Anthony Loke, YB Dato Kamarul Bahrain, YB Taufek dan YB Aminudin

Ceramah Umum

Posted: 05 Sep 2012 02:37 AM PDT


PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 05 Sep 2012 11:02 AM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Jelajah Merdeka Rakyat DSAI Ke Negeri Sembilan

Posted: 04 Sep 2012 08:25 PM PDT





Program-Program Jelajah

7 September 2012/Jumaat
Sambutan Aidilfitri Dun Port Dickson Bersama DSAI
Perkarangan Pejabat ADUN Port Dickson
Bandar Port Dickson,
2:00-3:00 petang

7 September 2012/Jumaat
Sambutan Aidilfitri Dun Sikamat Bersama DSAI
Perkarangan Pejabat ADUN Sikamat,
Tmn Sikamat Jaya, Seremban
5:00-6:00 petang

7 September 2012/Jumaat
Santai Petang Dun Ampangan Bersama DSAI
Tapak Pasar Malam Ampangan
6:00-7:00 petang

7 September 2012/Jumaat
Ceramah Perdana Merdeka Rakyat
Jalan Ribu, Rantau
(berhampiran Klinik Kesihatan Rantau)
8:30 malam

Aminuddin Harun

Posted: 05 Sep 2012 07:22 AM PDT

Aminuddin Harun


Ceramah Pakatan Rakyat

Posted: 05 Sep 2012 02:36 AM PDT


CERAMAH PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 18/9/2012, Selasa
Masa : 8.30 malam.
Tempat : Taman Desa Rhu, Sikamat, Seremban
Penceramah : Dato Arif Sabri, Aspan Alias, YB Anthony Loke, YB Dato Kamarul Bahrain, YB Taufek dan YB Aminudin

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PAS BAGAN DATOH ANJUR MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI DAN CERAMAH PIMPINAN PR

Posted: 05 Sep 2012 08:56 PM PDT

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 05 Sep 2012 11:05 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Politik Rasis DAP???? Lu Melayu? Pandai2 Lu Mau Hidup!!! @umbkl

Posted: 05 Sep 2012 04:30 AM PDT

Semalam mamat tonggeng kena tahan dengan PDRM. Tak nampak pun kelibat pemimpin DAP bersama-sama dengan beliau tapi bila amoi k-pop menyerah diri di balai polis siap diiringi pemimpin DAP, Adun DAP dan peguam bela.

Ini ke semangat Sebangsa, Senegara, Sejiwa yang Pakatan Haram laung-laungkan? Buat jahat sama-sama tapi bila melayu kantoi pandai2 melayu tulah nak hidup. Kalau Cina yang kantoi baru DAP ambil tahu.

Bodohlah kamu wahai melayu yang masih lagi menjadi pencacai DAP. Masih tak nampak lagi ke permainan DAP? Ataupun sebenarnya masing-masing dah terlalu bodoh nak menilai?

Yang dipijak gambar pemimpin melayu, yang diketepikan Sultan Melayu, yang dipergunakan orang melayu tapi yang untung siapa????? Yang rugi siapa?????


SP: Lu Fikirlah Sendiri......
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Apabila Cina Tunjuk Anti Melayu @umbkl

Posted: 05 Sep 2012 03:00 AM PDT




Himpunan Janji Demokrasi memperlihatkan kita kepada dua perkara penting mengenai segelintir rakyat Malaysia yang menyokong pembangkang.  Satunya, ialah matlamat PR yang jelas ingin menukar Jalur Gemilang berdasarkan matlamat mereka untuk menubuhkan Republik Malaysia; sekali gus menulis kembali sejarah negara dengan mengwirakan komunis.   Keduanya ialah bagaimana kaum Cina mengambil peluang mengekspresi kebencian dan penghinaan mereka terhadap Melayu. Ini dilakukan dengan memijak-mijak sambil menghina gambar pemimpin Melayu dengan riangnya. 

Bermula dari Namewee yang diangkat sebagai hero kerana menghina Melayu dan Islam tetapi berakhir dengan 'keuntungan', kaum Cina tidak lagi teragak-agak untuk menunjukkan kebencian mereka yang amat sangat terhadap Melayu Islam.   Selepas episod Namewee, penghinaan terhadap Melayu Islam diluahkan di laman-laman sosial anak-anak muda Cina tanpa sedikit pun merasa bersalah atau takut.  


Walaupun mereka ini kebanyakannya menyokong DAP yang bekerjasama dengan parti-parti Melayu/Islam seperti PAS dan PKR tetapi itu kerana mereka cukup faham bahawa kerjasama tersebut hanyalah strategi jangka pendek sementara berjaya mendapat kuasa mutlak di kemudian hari.   

DAP hanya sanggup bekerjasama dengan Melayu jika Melayu tersebut cukup bodoh dan boleh 'diper-anjing'kan untuk kepentingan mereka.  Kerana itu, mereka memusuhi dan menghasut rakyat untuk membenci UMNO kerana mereka tahu bahawa Melayu di dalam UMNO cukup arif akan agenda jahat mereka. 

Walaupun DAP-PAS-PKR kini sekutu, namun, di belakang Melayu yang menjadi pemimpin dan penyokong PAS/PKR, kaum Cina DAP ini tetap menghina mereka sebagai bodoh, malas, tiada maruah, boleh dibeli dan dijual dengan wang mahupun perempuan pada bila-bila masa.  


Kita telah mencuba mengingatkan saudara-saudara kita ini mengenai sikap DAP di belakang mereka tetapi malangnya, Melayu PAS dan PKR memilih untuk membela DAP dari mempercayai saudara seagamanya, sekali gus membuktikan bahawa penghinaan DAP terhadap mereka tadi sememangnya berasas. 

Lihat saja bagaimana anak-anak Melayu PR turut sama dengan nyonya, apek dan amoi Cina memijak-mijak malah melakukan lebih lagi dari mereka, iaitu menunjukkan ponggong ke atas gambar Dato' Seri Najib, Perdana Menteri kita.   Jika ini bukan contoh Melayu PKR/PAS yang tersangat bodoh dan langsung tiada maruah, maka apakah ia?

Hakikatnya, kebencian DAP terhadap Melayu bukan ilusi atau paranoia tidak berasas.  Ia telah pun terbukti dalam sejarah bagaimana mereka ingin menghalau dan membunuh semua Melayu dari bumi Malaysia ini, atau sekurang-kurangnya dari Kuala Lumpur ketika tragedi 13 Mei.

Percayalah, kebencian ini masih terus membara dan tertulis kemas di dalam prinsip mereka untuk menghapuskan hak keistimewaan Melayu.  Ingatlah, bagaimana mereka tidak segan silu menyerlahkan kebencian ini dengan enggan memakai pakaian adat dalam satu sidang dewan di Sabah atas alasan pakaian tersebut bercirikan Melayu Islam. 

Ingat juga bagaimana Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara dianggap tidak penting dan perlu diabaikan oleh mereka. Sebaliknya, kaum Cina ini berjuang untuk mendaulatkan Bahasa Mandarin di Malaysia. Strategi ini pastinya untuk menutup terus peluang pekerjaan bagi umat Melayu di sektor-sektor swasta yang sedia dikuasai kaum Cina suatu hari nanti. 

Namun, Melayu-melayu totok PAS dan PKR yang dungu dan khianat langsung tidak mampu membaca strategi atau akibat dari bekerjasama dengan DAP.  Kerana itu, PAS/PKR hari ini sanggup  memijak-mijak gambar Melayu demi membantu DAP ke puncak kuasa.  Langsung mereka tidak sedar, andainya, PR menang PRU nanti, DAP pasti akan memijak-mijak kepala Melayu termasuk Melayu PAS dan PKR yang telah sedia ditunggangi mereka.   



PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 05 Sep 2012 03:35 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


INGIN TAHU CALON PARLIMEN JASIN?

Posted: 04 Sep 2012 06:24 PM PDT


PARLIMEN JASIN.
calon BN dan juga PR?
tunggu akan datang?

DIRGAHAYU JALUR GEMILANG.....

Posted: 04 Sep 2012 06:09 PM PDT




Bendera itu roh kemerdekaan

Kalau dilihat aksi provokasi dua pemuda mengibarkan bendera merah putih yang mereka namakan 'Sang Saka Malaya' untuk menggantikan Jalur Gemilang, yang terpampang di muka depan akhbar ini semalam, bukankah itu kelihatannya seperti bendera Singapura atau bendera Indonesia?



Sebenarnya, isu untuk menggantikan Jalur Gemilang dengan reka bentuk lain, bukanlah isu baru. Ia mula-mula sekali dibangkitkan oleh aktivis sosialis atau pendemonstrasi jalanan, Hishammuddin Rais dua tahun lalu.

Kalau anda boleh layari satu bual bicara penyokong kuat pembangkang ini dalam program Rentakkini.TV ketika mengulas sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 tersebut, Hishamuddin telah menguar-uarkan bahawa Jalur Gemilang diciplak dari bendera Amerika Syarikat. Katanya selain lagu Negaraku, ia wajib diubah kerana kedua-duanya bukan garapan anak negeri.



Apabila diajukan cercaan Hishamuddin itu kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan yang kebetulan penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah rakan seangkatannya di Universiti Malaya (UM) suatu ketika dulu, Fuad mengingatkan:

"Bendera adalah simbol kewujudan bangsa, maruah serta kemuncak perpaduan bangsa. Kalaupun ada unsur pinjam meminjam, ia sesuatu yang lumrah.

Tetapi yang penting, ia diubah suai mengikut latar belakang budaya, sejarah dan perkembangan negara masing-masing.

"Paling penting, makna kemerdekaan."

Fuad menarik perhatian yang mana dengan sedikit perubahan, sesuatu bendera itu boleh diukir dengan meminjam idea dari bendera negara lain. Apatah lagi, jika kedua-dua negara ada hubungan penjajahan.









"Cuba kita lihat bendera Australia ada persamaan dengan British. Bendera Singapura mirip bendera Indonesia.





"Yang dicadangkan bendera negara ini turut sama dengan Indonesia itu adalah kehendak Ibrahim Yaakob yang ketika itu hendak bersama Ahmad Boestaman, pejuang nasionalis kiri yang mahu Malaya merdeka bersama Indonesia, dalam konsep Indonesia Raya. Mereka juga hendak merdeka sekali bersama Filipina," kata beliau.



Dan hakikatnya, kalau dilihat bendera Amerika Syarikat mirip bendera Syarikat Hindia Timur British. Malah, bukan sahaja bendera Amerika Syarikat, bendera empayar Majapahit, Pulau Bikini Atoll dan Liberia juga menyamai corak berjalur-jalur bendera Syarikat Hindia Timur berkenaan.

"Malah, bendera Amerika Syarikat juga telah 26 kali berubah reka bentuknya sejak tahun 1777 tapi tidak menghilangkan jalurnya.

"Bendera Amerika ambil idea daripada Syarikat Hindia Timur British. Hubungan pinjam meminjam ini lumrah tetapi dipindahkan dengan disesuaikan budaya, sejarah negeri dan geografi negara masing-masing tanpa mengurangkan nilainya," katanya.

Menyangkal lagi dakwaan Jalur Gemilang bukan ciptaan anak tempatan, Fuad berkata, ciptaan bendera negara ini telah dipertandingkan dengan sebanyak 373 rekaan diserahkan kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan. Dan menerusi pemilihan yang dibuat pada 15 November 1949, hanya tiga disenarai pendek.

Bagaimanapun, sebelum diumumkan, ada beberapa cadangan dibuat. Contohnya, permintaan Sultan Kedah yang meminta supaya bulan sabit putih ditukar kepada warna kuning. Ia untuk mewakili Raja-Raja Melayu.

Justeru, pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan setelah mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja Melayu, maka satu rekaan telah dicadangkan oleh Sultan Kedah dan diberikan kepada pemangku Ketua Setiausaha Negara untuk dijadikan bendera Persekutuan Malaya.

"Dan seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor, Mohamad Hamzah telah diumumkan sebagai pemenang. Pada 19 Mei 1950, bendera Malaysia dinaikkan di hadapan Istana Selangor, diikuti pada 31 Ogos 1957 dinaikkan di Dataran Merdeka untuk menggantikan Union Jack.

"Jadi, tidak betul dakwaan Hishammuddin itu bendera kita adalah hasil ciplak dari negara asing," katanya
.
Dalam perbualan hampir 20 minit dengan kami, Fuad bagaimanapun terdiam sejenak. Beliau teringatkan bapanya, Tan Sri Hassan Azhari, 84, yang mempunyai nilai sentimental pada hari negara mengecap kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 itu.

"Bapa yang ketika itu berusia 25 tahun telah diminta oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Datuk Abdul Rahman Talib atas jemputan Tunku (Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj) untuk membaca azan selepas pengisytiharan merdeka.

"Ia untuk memberi roh kepada kemerdekaan. Dan ia (azan) bukan dalam bentuk 'Hijaz' iaitu melankolik atau mendayu-dayu tetapi dalam bacaan yang lebih bersemangat," katanya.
Dan benarlah bendera itu bukan sekadar bendera.
Jalur Gemilang itu roh kemerdekaan.


Oleh ZULKIFLI JALIL dan JUANI MUNIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com

KISAH BENAR : MENGAPA SAYA KELUAR PAS?

Posted: 04 Sep 2012 05:38 PM PDT


PENGAKUAN AHLI PAS SEUMUR HIDUP.


UTUSAN: Boleh jelaskan penglibatan saudara dalam Pas?

MOHD. HIDZIR: Saya menyertai Pas pada 1990 dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Teluk Kemang serta Setiausaha Pas Cawangan Kampung Rendah, Rembau mulai 1996 hingga 2001. Selain itu, saya terlibat secara langsung sebagai tenaga penggerak kepada penubuhan cawangan baru Pas di enam lokasi sekitar Rembau iaitu Kampung Rendah, Kampung Tanjung Sena, Pekan Rembau, Kampung Air Hitam, Kampung Pedas Gaing dan Kampung Senama serta pemulihan semula Pas Cawangan Kampung Seberang Batu Hampar dan Pas Cawangan Kampung Tanjung Berangan.

Sebelum itu, saya pernah menjadi ahli UMNO tetapi dasar Pas tentang penubuhan sebuah negara Islam dan perjuangan melaksanakan hukum hudud telah mencuit hati saya untuk memasuki parti itu. Bagaimanapun, pemerhatian saya selama 11 tahun dalam Pas mendapati parti itu tidak konsisten dan tidak istiqamah dari segi dasar perjuangan, hala tuju serta strategi politik.

Lebih memburukkan keadaan, apa sahaja perkara yang melibatkan Pas dan pemimpin-pemimpinnya tidak boleh ditegur atau dikritik. Bila saya kritik, mereka tuduh saya kafir. Saya pernah dimarahi dalam mesyuarat kerana mengkritik parti dan pemimpinnya. Saya dikatakan tidak menghormati pemimpin dan parti. Macam-macam gelaran pernah saya terima termasuk pengkhianat, petualang malah saya dituduh sebagai pengintip yang diupah UMNO untuk membongkar rahsia Pas.

Saya tidak boleh menerima perjuangan seumpama itu. Memang saya amat kecewa dengan sikap dan mentaliti Pas sehingga memaksa saya mengambil keputusan meninggalkan parti itu pada 2001.

Dasar-dasar Pas yang mana kena kritik?

Saya cuma menyuarakan kritikan terhadap hasrat Pas membuka keahlian kepada orang bukan Islam. Saya juga minta Pas jangan amalkan politik kafir mengkafir, jangan memaki hamun UMNO dan jangan mencaci serta menghina orang Islam daripada parti lain. Sebaik-baiknya, Pas jauhi dasar perjuangan sebegitu. Pas melakukan kesilapan besar apabila menanam sifat kebencian di kalangan ahli-ahlinya dan rakyat. Pemimpin-pemimpin negara dan orang Melayu yang sebangsa dan seagama menjadi sasaran kebencian. Sikap ini amat mengecewakan saya kerana Pas boleh berpeluk dengan DAP tetapi dengan UMNO hendak berjabat tangan pun tidak mahu. Bila timbul cadangan muzakarah dengan UMNO, Pas letak banyak syarat.

Walhal pemimpin Pas yang mula cetuskan hasrat bermuzakarah. Namun, setelah UMNO memberi respons positif, Pas juga yang tolak muzakarah. Pas terlalu ghairah bermain politik hingga terlupa tentang kepentingan ummah dan bangsa. Mungkin Pas takut dengan sekutu-sekutunya dalam pakatan pembangkang. Kononnya memperjuangkan Islam tetapi dasar parti sering berubah. Saya juga dibiarkan terkontang-kanting keseorangan setiap kali dikenakan tindakan ekoran mengkritik Pas dan pemimpinnya. Tiada sokongan dan bantuan daripada ahli-ahli Pas yang lain walaupun ada di antara mereka yang menyokong saya. Namun mereka hanya berani 'cakap-cakap belakang' sahaja. Kalau secara terbuka mereka tak berani.

Mengapa saudara tawar hati dengan Pas?

Saya paling kecewa apabila Pas membuat keputusan untuk menerima ahli bukan Islam. Saya pernah mengemukakan surat bantahan secara terbuka dan berbincang dengan beberapa pemimpin Pas pada masa itu meminta parti jangan mengubah hala tuju perjuangannya. Jangan sesekali menerima cadangan membuka keahlian parti kepada bukan Islam. Kalau Pas terima ahli bukan Islam maknanya kita cakap tak serupa bikin.

Dulu Pas kata UMNO kafir sebab bekerjasama dengan bukan Islam tetapi Pas akhirnya mengambil tindakan yang lebih teruk daripada itu. Sekarang kita dapat melihat Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) diwujudkan. Anggota DHPP bukan lagi sekadar ahli bersekutu kerana ia telah diiktiraf sebagai salah satu sayap Pas. Maknanya ahli DHPP boleh bertanding, boleh mengundi dan boleh diundi. Jadi, orang bukan Islam pun boleh menentukan hala tuju perjuangan Pas. Bagi saya, ini satu kelemahan dan kesilapan besar yang dilakukan oleh Pas.

Adakah pemimpin-pemimpin Pas benar-benar memahami hasrat dan kehendak akar umbi?
Mereka tidak nampak kesilapan sendiri dan masalah-masalah dalaman parti kerana terlalu sibuk mencari kesalahan orang lain terutamanya pemimpin-pemimpin UMNO. Pemimpin-pemimpin Pas tidak mahu bermuhasabah diri. Sikap negatif ini sepatutnya dihapuskan sekiranya mereka benar-benar ikhlas ingin memperjuangkan Islam. Sebaliknya, mereka sentiasa mengamalkan syak wasangka, memburuk-burukkan, mencaci dan menghina umat Islam yang lain. Mana boleh buat begitu. Itulah salah satu punca umat Islam dipandang rendah oleh penganut-penganut agama lain.

Sebilangan kecil pemimpin Pas mempunyai pandangan berbeza dengan pucuk pimpinan parti. Akar umbi selalunya memihak kepada siapa?

Akar umbi Pas lebih cenderung kepada pucuk pimpinan. Mereka tidak kisah siapa yang berada di atas. Mereka tetap sokong walaupun pucuk pimpinan membuat kesilapan. Walaupun bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali pernah membuat teguran, akar umbi sukar menerimanya. Kedua-dua tokoh itu dianggap sebagai penentang pucuk pimpinan Pas. Bagi mereka, pucuk pimpinan parti tidak boleh ditegur, tidak boleh dikritik. Jika tokoh-tokoh berkaliber seperti Nasharudin dan Hasan pun tidak boleh diterima, inikan pula pandangan pemimpin-pemimpin peringkat akar umbi. Semua itu berlaku kerana ahli-ahli Pas terlampau taksub kepada individu bukan kepada perjuangan.

Apakah Pas kini tidak lagi agresif memperjuangkan penubuhan negara Islam?

Secara terbuka, saya berpandangan perjuangan Pas sekarang ini sudah menyeleweng dan menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya. Saya tidak faham mengapa Pas tergamak menukar konsep perjuangannya daripada negara Islam kepada negara berkebajikan. Bila dikritik, pemimpin-pemimpin Pas pula berdolak-dalik dengan hujah-hujah kabur bagi mengelabui mata rakyat. Mengapa tidak berterus-terang sahaja mengatakan Pas terpaksa menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam kerana tekanan rakan-rakan politik dalam pakatan pembangkang. Begitu juga dengan isu hudud.

Kita tidak dapat melihat ketegasan pemimpin-pemimpin Pas bila berdepan dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mulutnya begitu celupar memperlekehkan hukum hudud. Sebaliknya, pemimpin-pemimpin Pas lebih suka membuat aksi lawak murahan dengan menuding jari menyalahkan UMNO sebagai punca hudud tidak dapat dilaksanakan, sedangkan dengan Karpal - hendak angkat muka pun tak berani.

Dalam isu negara Islam dan hudud, Pas sepatutnya jangan mengalah dengan DAP. Teruskan perjuangan itu walaupun mendapat tentangan hebat daripada sekutu politiknya. Pas mesti berani kerana benar dan komited untuk mengotakan janjinya. Jangan beralah sebab tekanan daripada DAP namun dengan UMNO, Pas sentiasa tunjuk kuat dan hebat.
Mengapa menyertai semula UMNO?

Saya sebenarnya mendaftar dengan Pas sebagai ahli seumur hidup. Semasa masih di dalam Pas, saya pernah menghadiri majlis-majlis keramaian dan kenduri-kendara anjuran rakan-rakan saya dalam UMNO. Saya tetap berusaha memenuhi jemputan rakan-rakan dari UMNO kerana fahaman politik yang berbeza tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk memutuskan silaturrahim. Malangnya, saya ditegur oleh pucuk pimpinan parti dan saya dikatakan membelakangkan perjuangan parti. Mungkin mereka mahu saya menjadi seperti katak di bawah tempurung yang tidak bercampur dengan masyarakat.

Selepas keluar dari Pas, saya kerap menghadiri majlis-majlis anjuran UMNO dan dari situ, pintu hati saya mula terbuka semula kepada UMNO. Pada 2004, saya mendaftar di Ibu Pejabat UMNO di Menara Datuk Onn, Kuala Lumpur sebagai ahli seumur hidup.

Sejak itu, saya disisihkan oleh rakan-rakan yang masih di dalam Pas. Mereka anggap saya seperti sampah. Saya dituduh sebagai pengkhianat dan petualang yang berpaling tadah. Kononnya saya diberi wang oleh UMNO untuk mengubah haluan. Saya pernah cuba menjelaskan kepada mereka bahawa tindakan saya itu adalah atas kesedaran sendiri semata-mata untuk memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara. Tiada sesiapa mempengaruhi saya. Mereka tidak mahu menerima penjelasan saya kerana terlalu taksub dengan perjuangan Pas.

Mereka tidak mahu terima hakikat perjuangan Pas kini telah tersasar. Amat sukar untuk mereka menerima pandangan pihak lain. Rakan-rakan saya dalam Pas mempertahankan pucuk pimpinan dengan mengatakan apa yang berlaku itu hanya strategi politik. Itu bukan strategi politik.

Perjuangan Pas kini bukan lagi kerana Allah SWT dan Islam, sebaliknya cuma untuk kepentingan politik dan meraih undi. Berbeza dengan UMNO, saya melihat pemimpin dan ahli-ahlinya bersikap terbuka dan bersedia menerima sesiapa sahaja menyertai perjuangannya tanpa memandang serong.

UMNO juga lebih komited menjaga kebajikan rakyat dan ahli-ahlinya sedangkan Pas lebih banyak retorik tetapi banyak janjinya tidak dilaksanakan. Sebagai sebuah parti Islam, Pas sepatutnya berdakwah kepada saudara seagama dengan menunjukkan teladan yang baik. Kalau hendak kritik pun, lakukan secara baik. Amalkan sikap terbuka dan bersedia berunding. Malangnya, semua itu tidak berlaku.

Pada pandangan saudara, antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, siapa yang lebih layak diberi mandat mentadbir negara?

Seperti yang kita sering lihat, parti-parti pembangkang iaitu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak sehaluan dan sependapat. Apa yang berlaku di negeri-negeri yang kini ditadbir pembangkang menunjukkan wajah sebenar mereka yang hipokrit. Sebelum berkuasa, banyak janji ditaburkan tetapi bila diberi peluang tidak mampu ditepati. Kemudian mereka ambil jalan mudah menyalahkan pentadbiran kerajaan negeri terdahulu di bawah BN sedangkan masalah berlaku selepas pembangkang berkuasa. Cara pembangkang berkempen juga agak agresif dan gemar mencetuskan provokasi. Mereka sentiasa menghasut agar rakyat melihat kerajaan BN sebagai zalim.

Saya tidak faham apa yang mereka maksudkan kerajaan BN zalim. Adakah kerana kerajaan tidak memberi dengan segala yang mereka tuntut seperti yang cuba mereka lakukan pada perhimpunan haram Bersih 3.0 April lalu? Saya tidak melihat BN sebagai sebuah parti yang zalim sebaliknya BN merupakan sebuah parti pemerintah yang terbaik di dunia dari segi pentadbiran, politik, ekonomi dan sosial.

Permuafakatan parti-parti komponen BN mencerminkan semangat toleransi antara masyarakat berbilang kaum di negara ini. Saya harap rakyat membuat pilihan terbaik pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan memilih BN yang terbukti mampu menjamin kemajuan, kestabilan dan keselamatan negara. Jika pembangkang sendiri tidak sepakat dalam menentukan dasar pejuangan bersama, bagaimana hendak menentukan dasar pemerintahan negara? Silap-silap negara boleh huru-hara sekiranya pembangkang memerintah.

Pembangkang sebenarnya rasa terancam dengan keberkesanan formula yang diamalkan BN selama ini. Sebab itulah mereka menggunakan taktik kotor memesongkan pemikiran rakyat dengan dakyah-dakyah palsu. Saya nasihatkan rakyat terutamanya anak-anak muda agar jangan percaya dengan segala maklumat yang tertera pada laman web atau media pro pembangkang. Jangan percaya bulat-bulat kerana banyak maklumat yang dipaparkan boleh mempengaruhi rakyat membenci kerajaan dan UMNO.



Pada 22 Ogos 2012 bersamaan 4 Syawal 1433H, seorang insan istimewa berstatus orang kelainan upaya (OKU) iaitu Mohd. Hidzir Othman dari Kampung Rendah, Rembau, Negeri Sembilan berkunjung ke Utusan Melayu (M) Berhad di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.
Mohd. Hidzir, 45, dilahirkan tanpa kedua-dua belah kaki namun beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang Malaysia (PKIPM) Negeri Sembilan dan Exco PKIPM pusat tetap gagah bergerak menggunakan tangan kanan dan kirinya 'melangkah' memasuki pejabat Utusan Melayu.
Status OKU bukan penghalang kepada Mohd. Hidzir untuk berkecimpung dalam bidang politik. Manusia cekal ini mula menyertai UMNO sekitar 1980-an sebelum memasuki Pas pada 1990 hingga 2001 dan pernah memegang jawatan dalam parti itu. Kini, beliau kembali ke pangkuan UMNO sebagai ahli seumur hidup mulai 2004.
Pelbagai pengalaman pahit getir pernah dilaluinya semasa bersama Pas: dituduh kafir kerana mengkritik Pas dan pemimpinnya' malah dilabel pengintip kerana menjaga silaturahim dengan rakan-rakan dalam UMNO.
Ikuti wawancara wartawan Utusan Malaysia, HUSSAINI AMRAN dan jurufoto, IRWAN MAJID bersama Mohd. Hidzir tentang pandangannya berdasarkan pengalamannya selama 11 tahun bersama parti itu dan perkembangan politik semasa negara.

ROAD TO PUTRAJAYA : KEUPAYAAN TERKINI PR.....

Posted: 04 Sep 2012 05:28 PM PDT


'Satu malam porak-perandakan negara'

Gelagat anak-anak muda ini bangga menunjukkan bendera baru untuk menggantikan Jalur Gemilang pada Perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
"SATU malam sahaja untuk porak-perandakan negara".
Itulah ungkapan pertama terpacul daripada mulut bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ketika mengulas cubaan pihak tertentu untuk menukar Jalur Gemilang.
Ungkapan sama juga sebagai komennya terhadap insiden memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam ambang merdeka oleh pembangkang itu.
"Biadab, biadab, biadab. Saya hilang kata-kata melihat perbuatan tersebut. Inikah patriotik yang cuba disemaikan oleh pembangkang? Apakah mereka sudah tidak bertamadun?
''Jika tidak disukai sekalipun pemimpin itu, adakah aksi lucah mereka itu kita anggap demokrasi? Terkinja-kinja seperti monyet dengan balutan kuning 'Merdeka' di kepala?
"Bukankah kita dijanjikan sebuah perhimpunan yang aman? Mengapa benarkan perkara ini terjadi? Apakah peserta-peserta ini tidak cintakan negara mereka? Saya sendiri merasakan mereka tidak memahami apa itu erti merdeka kerana boleh melakukan perbuatan seumpama itu. Jika benar mereka itu patriotik, tidak mungkin mereka boleh bertindak sedemikian," tegasnya.
Ketika ditemui penulis di kediaman beliau di Sri Damansara, Kuala Lumpur malam kelmarin, Tunku Abdul Aziz menyelar pembangkang yang dilihatnya telah 'mempamerkan keupayaan' memporak perandakan negara dalam tempoh sehari sahaja dengan merosakkan sambutan Hari Kemerdekaan menggunakan perhimpunan 'Janji Bersih' di Dataran Merdeka dan sambutan di peringkat negeri Selangor.
"Bayangkan, selama 54 tahun kita telah menyambut hari kebangsaan dengan bersatu hati di bawah satu bumbung, mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu Negaraku dengan semangat patriotik, tetapi pada sambutan kali (ke-55) ini, terdapat segelintir rakyat Malaysia enggan mengakui kewujudan bendera yang kita hormati.
"Tidak cukup itu, mereka kelihatan begitu bangga mengibarkan pula bendera yang seakan-akan bendera dari Singapura dan Indonesia. Saya berasa patah hati melihat anak bangsa sendiri berkelakuan seperti tidak berakal kerana termakan tohmahan kumpulan berkepentingan yang mahu mengubah Jalur Gemilang.
"Perlu saya ingatkan golongan ini bahawa Jalur Gemilang adalah hak milik setiap rakyat Malaysia. Ia bukan bendera parti politik yang perlu diubah mengikut cita rasa pemerintah. Cubaan mengubah bendera rasmi sesuka hati adalah perbuatan yang saya anggap sebagai jijik dan hina," tegasnya.
Tunku Abdul Aziz berkata, pembangkang telah menyemai benih kebencian terhadap Jalur Gemilang dan beliau kelihatan sungguh yakin dengan agenda pembangkang yang mahukan pembentukan sebuah negara republik.
Kata beliau: "Saya harap rakyat dapat lihat ke manakah arah hala tuju pembangkang kini. Dalam sekelip mata saja, pelbagai keinginan serta perubahan-perubahan 'aneh' cuba dilakukan oleh mereka.
"Baru sahaja empat tahun memerintah, mereka sudah besar kepala seolah-olah telah memerintah negara selama 55 tahun. Saya tidak dapat bayangkan apakah kita masih bersatu padu, andainya diperintah oleh mereka yang hanya mempunyai kepentingan mereka sendiri. Saya tidak hairan andainya pembangkang bercita-cita untuk menukar negara ini kepada negara republik. Itulah kemungkinan besar jawapan saya," katanya.
Ini bukan kali pertama cubaan pakatan pembangkang memprovokasi Jalur Gemilang. Sebelum ini, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pernah bertindak di luar dugaan dengan menggelarkan Jalur Gemilangkepada 'Jalur Malang' tanpa sedikit pun perasaan bersalah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan pula lebih drastik dengan berjanji akan mengubah bendera Malaysia kepada bendera baru jika pembangkang berjaya ke Putrajaya. Malah dia enggan mengakui Jalur Gemilang sebagai bendera rasmi dan berdegil untuk tidak mengibarkan bendera Malaysia di mana-mana beliau berada sehingga kini.
Dalam temu bual itu, Tunku Aziz turut menempelak pemimpin atasan pakatan pembangkang yang tiba-tiba menuding jari kepada UMNO dengan menuduh tonggak Barisan Nasional (BN) itu sebagai dalang cubaan menukar Jalur Gemilangselepas rata-rata masyarakat Malaysia bangkit dengan amarah. Tetapi selang beberapa jam kemudian, didapati seorang pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) terlibat dalam mereka cipta bendera merah putih itu.
"Adalah menjadi amalan biasa pakatan itu untuk segera menuduh UMNO punca segala salah silap yang terjadi. Agaknya jika ada bencana alam pun, akan segera menuduh UMNO sebagai punca bencana alam itu terjadi," katanya.
Beliau turut membidas sikap peserta perhimpunan 'Janji Demokrasi' yang bertindak luar batasan dengan memijak potret Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Tidak cukup dengan itu, ada peserta bertindak melampau dengan melondehkan seluar pada gambar tersebut dan ditatap beberapa orang Melayu dengan siulan kegembiraan oleh anak-anak muda.
Demikian juga apabila kerajaan PKR Selangor membelakangkan peranan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan tidak menjemput baginda ke sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor, insiden ini juga mendapat perhatian Tunku Abdul Aziz.
Kerajaan negeri berkenaan dilihat hanya membiarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang untuk menjadi orang kenamaan (VIP) dengan memberikan ucapan selama lebih setengah jam. Apakah ini seminar ekonomi atau majlis ceramah politik PKR?
"Apa lagi perubahan yang ingin dibuat oleh mereka? Bagaimana boleh bertindak sedemikian? Adakah ini gaya pembangkang apabila sampai ke Putrajaya kelak? Saya minta rakyat menilai sendiri betapa rakusnya pembangkang yang cuba mengambil tampuk kuasa dari kerajaan.
"Mereka (pembangkang) ini perlu 'dinilai' kembali oleh rakyat. Tidak melampau sekiranya saya katakan sedemikian kerana itulah yang saya rasa ketika saya meninggalkan mereka. Itu bukan kali pertama saya meninggalkan DAP, setelah dua bulan menyertai mereka, saya sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada mereka tetapi saya dipujuk rayu oleh mereka untuk terus tinggal dengan meyakinkan agenda ke Putrajaya adalah demi rakyat.
"Kononnya kehadiran saya adalah untuk menyelamatkan bangsa Melayu saya sendiri dari terus dihanyutkan oleh UMNO. Tetapi apabila saya meminta mereka supaya memberi peluang kepada saya untuk melakukan tanggungjawab menambah bilangan Melayu dalam DAP, mereka hanya mendiamkan diri. Seolah-olah DAP tidak perlu pemimpin Melayu lain kecuali saya seorang. Benarkah DAP itu parti untuk semua? Relevankah parti itu untuk Melayu," soalnya.
Nada Tunku Abdul Aziz dilihat amat kecewa apabila menyentuh tindakannya keluar DAP. Beliau bercakap seolah-olah telah lama meninggalkan parti pembangkang itu.
"Negara luar sedang memerhati bibit-bibit perpecahan yang sedang terjadi di negara kita. Selama ini kita boleh berbangga, pelbagai bangsa bawah satu bumbung. Mungkinkah ini masih relevan andainya mereka ini (pembangkang) memerintah?
"Adakah terlalu tinggi permintaan kita untuk hidup aman damai di bawah satu bumbung? Is it too much too ask? " soal Tunku Abdul Aziz.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 05 Sep 2012 07:13 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Terbaharu daripada Dr. M ..untuk renungan kita bersama

Posted: 05 Sep 2012 05:17 AM PDT


SHAH ALAM - Dalam penulisan terbaru mengaitkan politik dan orang
Melayu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, orang
Melayu tidak lagi boleh bergantung pada kata-kata keramat Hang Tuah dan
"kemungkinan kata-katanya tidak lagi akan menjadi kenyataan."
"Kasihan Hang Tuah. Besar kemungkinan kata-katanya tidak lagi akan
menjadi kenyataan. Demikianlah apabila kita bergantung kepada kata-kata
hikmat untuk nasib kita, akhirnya akan hilang hikmatnya," kata beliau.
Dalam entri blog terbaru, Dr Mahathir berkata, "kata Hang Tuah 'Tak akan
Melayu hilang di dunia'. Dapatkah kata-kata keramat ini menentu yang
Melayu tak akan hilang di dunia?"
Dr Mahathir, yang seringkali menyentuh masa depan orang Melayu
khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008 seterusnya menulis bahawa di
Singapura kerana tidak ada lagi sekolah Melayu dan bahasa penghantar di
sekolah-sekolah di republik itu ialah Inggeris dan Cina manakala segala
urusan rasmi dan tidak rasmi menggunakan Bahasa Ingggeris atau China,
maka orang Melayu sudah pun tidak menggunakan bahasa Melayu.
"Mereka menggunakan bahasa Inggeris walaupun semasa bercakap dengan
anak pinak, keluarga dan kawan-kawan Melayu.
"Budaya, adat istiadat Melayu juga terhakis. Yang tinggal hanyalah agama
Islam mereka," katanya lagi.
Bekas Presiden Umno ini berkata, KeMelayuan mereka sudah tinggal
separuh dan hakisan keMelayuan mereka akan berterusan boleh diramal
sehingga akan hilanglah Melayu di Singapura.
"Di sebelah utara pula kita dapati orang keturunan Melayu yang tidak dapat
bertutur kata dalam Bahasa Melayu. Mereka Islam dan bangsa rasmi
mereka ialah Thai. Maka hilanglah juga Melayu di situ," katanya lagi.
Katanya, di Malaysia juga kehilangan Melayu sedang berlaku.
"Ada anak muda Melayu yang tidak lagi ingin dikenali sebagai orang
Melayu.
"Mereka orang Malaysia. Ada pula yang hanya akui mereka orang Islam
dan tidak perlu dikaitkan diri mereka dengan kaum Melayu," katanya.
Sehubungan itu kata beliau, yang akan menghilangkan Melayu di dunia
ialah dakwaan bahawa sesiapa yang bercakap berkenaan dengan bangsa
Melayu, mereka akan dituduh "rasis".
"Oleh itu orang Melayu sudah tidak lagi berani menyebut perkataan Melayu
kerana tidak mahu dituduh 'rasis'," katanya lagi.




Team PUcTD

Awas! Bang Nuar suka ni

Posted: 04 Sep 2012 09:10 AM PDT






Team PUcTD

Hebat si Abby ni..

Posted: 04 Sep 2012 08:21 AM PDT

Makin hebat ostazah ni ye.. 




Team PUcTD

Pengikut