Sabtu, 18 Jun 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 18 Jun 2011 09:48 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Setiap cawangan minima 10 orang ke BERSIH

Posted: 18 Jun 2011 07:20 AM PDT



18 Jun 2011, Rembau – Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, YB Tn Hj Mohamad Taufek hari ini menegaskan bahawa setiap cawangan di kawasan Rembau perlu menghantar sekurang-kurangnya 10 orang ahli untuk menyertai Perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Justeru itu setiap AJK kawasan, dewan dan cawangan perlu menggerakkan ahli-ahli mereka untuk menyertai perhimpinan BERSIH 2.0 untuk menuntut reformasi pilihan raya dalam memperkukuhkan demokrasi di negara ini agar semua golongan mendapat perhatian dan pembelaan yang sewajarnya.

Selepas ini, YB Hj Mohamad Taufek yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan akan menggerakkan usaha di peringkat negeri bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO.

Antara tuntutan Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah:
- Bersihkan senarai undi
- Mereformasikan undi pos
- Gunakan dakwat kekal
- Akses media bebas & adil
- Masa berkempen minima 21 hari
- Kukuhkan institusi awam
- Hentikan rasuah
- Hentikan politik kotor

Maklumat lanjut mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 terdapat di laman web http://bersih.org/

PAS Kawasan Pekan

Posted: 18 Jun 2011 07:39 PM PDT

PAS Kawasan Pekan


HUSAM MUSA - KERUSI MELAYU CABARAN PAS PRU 13

Posted: 18 Jun 2011 02:31 AM PDT

Sumber - Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Jun: PAS berhadapan cabaran besar apabila perlu memastikan lebih banyak kerusi diwakili Melayu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, ini kerana orang Melayu masih terperangkap dalam dilema untuk membuat perubahan berbanding orang Cina yang dilihat sudah mempunyai azam yang kuat untuk menolak BN.

Orang Melayu dakwanya masih ragu-ragu melakukan perubahan jika melibatkan kepimpinan bukan Melayu berpunca daripada mainan media arus perdana.

"Saya ucap tahniah kepada pengundi-pengundi Cina mereka ada niat yang baik untuk berubah walaupun Tun Dr. Mahathir kata orang Cina tidak mengenang jasa.

"Tapi bagi saya orang Cina ada sebab yang kukuh untuk menolak BN. Malang sekali orang Melayu masih dalam dilema untuk membuat perubahan.

"Orang Melayu lebih berhati-hati memasuki sempadan baru kerana mereka lebih meletakkan rasa bimbang yang lebih daripada rasional berfikir yang biasa.

"Kalau kita mengapi-apikan atau membuat kenyataan yang tidak rasional,orang Melayu tak akan undi Pakatan.

"Kemenangan nanti adalah tidak seimbang, samaada Pakatan Rakyat terlalu banyak kerusi bukan Melayu dan kerusi Melayu dipegang Umno dan kalau Pakatan berkuasa pada waktu itu kita kekurangan wakil orang Melayu.

"Ini sedikit sebanyak memberi ketidakseimbangan politik," kata beliau dalam forum bertajuk Cabaran Transformasi Parti Politik: Ke Arah Pertengahan dalam Kemajmukan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur (KLSCAH) malam tadi.

Beliau yang juga exco Kerajaan Kelantan berkata, jika Pakatan berjaya mengambil 60 kerusi daripada Umno, Pakatan boleh menubuhkan kerajaan baru yang dapat memberikan kestabilan kepada politik negara kita.

Tambahnya juga, jika pengundi Cina konsisten membuat perubahan seperti pilihan raya umum Sarawak, Pakatan dapat menumbangkan BN.

Pilihan raya Sarawak yang lalu menyaksikan sokongan kaum Cina meningkat sebanyak 15.8 peratus menjadikan jumlah keseluruhannya 75.4 peratus, berbanding dengan kaum Melayu.

"Kita lihat trend ini berterusan di Sabah, Johor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Selangor, maka kita dapat tambahan kerusi sebanyak 27 kerusi Parlimen berbanding 82 kerusi (sekarang).

"Selepas pilihan raya umum ke 13 kita mempunyai 109 kerusi, tidak cukup lima kerusi untuk tubuh kerajaan baru.

"Jadi sekarang saya merayu tambah lagi sepuluh kerusi Parlimen untuk Pakatan Rakyat," katanya di hadapan kira-kira 50 hadirin,majoriti kaum Cina.

Turut menjadi panel adalah penyelidik politik Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) Ooi Heng dan pemerhati politik Lee Ban Chen.

Mengulas sedikit mengenai kabinet PAS yang baru, beliau berkata kebolehan pasukan ini akan diukur berdasarkan pencapaian PAS pada PRU ke-13.

"Tugas PAS adalah besar untuk menghadapi pilihan raya. Masa kita suntuk untuk merangka pelan kemenangan pilihan raya samaasa berjaya atau tidak dan pasukan ini akan diukur dengan kejayaan pilihan raya.

"Kalau pilihan raya ini Umno menang besar, habis.Pemilihan akan datang mungkin orang tak akan pilih saya beban itu adalah berat," katanya.

Ujarnya juga, muktamar PAS baru-baru ini juga menyaksikan perubahan positif orang bukan Melayu terhadap PAS terutamanya apabila PAS mengutarakan konsep Negara Berkebajikan sehingga menggerunkan Umno.

"Kesan positif muktamar ialah perubahan keyakinan terhadap PAS sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai. Saya sangat bersyukur dan berbangga dengan pengharapan ini," katanya.

"Negara berkebajikan bukan sahaja untuk pilihan raya tetapi itulah inti kepada Islam.

"Oleh itu umno serang kita, Utusan Malaysia serang kita dan bila mereka serang saya rasa kita sudah berjaya.

"Kalau Umno puji kita saya rasa sangat takut kerana kita di dalam poket mereka dan saya rasa kita di luar poket Umno.

Justeru ujarnya, PAS perlu menyediakan minda yang betul untuk menggantikan Umno.

"PAS harus ganti Umno dengan minda yang betul dan sikap yang betul.

"Untuk bina polisi yang tepat kita memerlukan pandangan daripada semua pihak dalam memberikan input supaya dapat rangka polisi yang baik.

"Dalam masa yang singkat mungkin dalam masa dua tiga bulan ini kita kena selesaikan engagement kita dengan semua pihak untuk meletakkan satu pelan kemenangan agar kita dapat menuju Putrajaya dengan semua kaum berasa selesa," katanya.

Turut menjadi panel adalah penyelidik politik Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) Ooi Heng dan pemerhati politik Lee Ban Chen.


Anak Perajurit : PAS Kawasan Pekan juga menghadapi cabaran besar apabila majoriti pengundi di Parlimen Pekan adalah kaum melayu dan peneroka Felda. Kalau anda ingin mengulangi kemenangan PAS tahun 1999 di Pekan, turun padang dan bersama pemimpin menjayakan misi menawan kembali kerusi PAS di Dun Peramu Jaya dan Chini.


Dr Azman Ibrahim

Posted: 18 Jun 2011 07:30 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


PAS Terengganu dibarisi pemimpin muda

Posted: 18 Jun 2011 05:57 AM PDT

Malaysiakini
Jun 18, 11 4:05pm
Mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu hari ini menyaksikan pelantikan ramai muka baru dengan sebilangan besar daripadanya terdiri daripada golongan muda.

parliament 170209 abdul wahid endutPesuruhjaya PAS baru Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, berkata pelantikan tersebut adalah antara sebahagian daripada persiapan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.

"Bagaimanapun, orang lama yang banyak berpengalaman juga diperlukan dan berada di belakang kami," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu di Kuala Terengganu.

Mohd Abdul Wahid berkata mesyuarat itu juga mengambil keputusan melantik presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kepada Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Katanya pelantikan Abdul Hadi memandangkan beliau adalah orang Terengganu dan juga merupakan ahli parlimen Marang serta ADUN Rhu Rendang.

Beliau berkata, selain beliau serta tiga Timbalan Pesuruhjaya Saiful Bahri Mamat, Muhyidin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak (ADUN Bukit Tunggal), seramai 22 ahli jawatankuasa baru juga telah dilantik.

Mohd Abdul Wahid berkata Yahaya Ali dikekalkan sebagai setiausaha manakala tiga penolong setiausaha ialah Kamarudin Yunus, Hanafiah Mat dan Zakaria Dagang.

Katanya, M Shukrimun Shamsudin pula dilantik sebagai bendahari, ketua penerangan Nik Muhammad Zawawi Salleh manakala Ariffin Deraman dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya negeri.

Di samping itu, 10 ahli jawatankuasa yang dilantik antaranya Datuk Abu Bakar Chik, Dr Mohd Khazani Abdullah, Dr Azman Ibrahim, Zarani Othman, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (ex officio) dan dua pemeriksa kira-kira.

Mohd Abdul Wahid berkata, beliau mendapat kerjasama yang cukup baik dengan barisan kepimpinan baru yang dilantik itu dan menyifatkannya lebih mantap.

Kabinet Pilihanraya PAS Terengganu

Posted: 18 Jun 2011 12:04 AM PDT

Pesuruhjaya PAS bersama Haji Yahaya Ali dan Haji Muhyiddin Rashid mengumumkan susunan Badan Perhunubgan PAS Terengganu di Pejabat PAS Kuala Terengganu pagi ini.
Pesuruhjaya - YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut
Timb. Pesuruhjaya 1 - Ustaz Satiful Bahri Mamat
Timb. Pesuruhjaya 2 - Haji Muhyiddin Abdul Rashid
Timb. Pesuruhjaya 3 - YB Dr. Alias Razak
Setiausaha - Haji Yahya Ali
Pen. Setiausaha 1 - Ustaz Kamaruddin Yunus
Pen. Setiausaha 2 - Haji Hanafiah Mat
Pen. Setiausaha 3 - Ustaz Zakaria Dagang
Bendahari - Mohd Shukrimun Shamsuddin
Ketua Penerangan - Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh
Pengarah Pilihanraya - Ariffin Deraman
Ahli-ahli Jawatankuasa ;
1. Dato' Ustaz Abu Bakar Chik
2. Haji Hussin ismail
3. Abdul Harris Malik
4. Ustaz Harun Jusoh
5. Dr. Mohd Khazani Abdullah
6. Dr Azman Ibrahim
7. Hajjah Zarani Othman

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 18 Jun 2011 07:25 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


KPI dan taqwim PAS Kawasan selesai ditetapkan

Posted: 18 Jun 2011 06:52 AM PDT

Bukit Katil 18 Jun : PAS Kawasan Bukit Katil selesaikan menetapkan KPI dan taqwim tahunannya pagi tadi. Program retreat atau brainstorming PAS Kawasan dilangsung di sebuah resort di Melaka Tengah.

Antara KPI yang ditetapkan oleh PAS Kawasan ialah bilangan ahli dan pertambahan cawangan yang perlu dicapai oleh PAS Kawasan.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj Mohd Ali Sharif berkata KPI yang ditetapkan adalah menyeluruh meliputi semua lajnah dan dewan-dewan. Aspek penting yang ditekankan ialah tentang Tarbiyyah, Pilihanraya dan organisasi.

Sebahagian besar AJK PAS Kawasan dan semua ketua-ketua Dewan hadir pada program pagi tadi.

YDP dilantik TPJ 3

Posted: 18 Jun 2011 06:48 AM PDT

Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Melaka. Perkara ini diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari petang ini di Pejabat Perhubungan Negeri di Semabok.

Bekas Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Kamaruddin Sidek dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 manakala Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Mohd Nor Omar diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Ustaz Kamaruddin merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin.

sri Shaikh Abdul Aziz pula dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan yang baru menggantikan Harun Mohamed yang sekarang menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Azrin Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri yang baru. Manakala Husni Balis Ali dikekalkan sebagai Bendahari PAS Negeri.

3 orang Penolong Setiausaha telah dilantik iaitu Abdullah Jamil, Hedzir Abdul Rahman dan Abdul Halim Said.

Bahiki Ismail dipilih sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Negeri menggantikan Mejar (B) Jasme Tompang.

Beberapa orang Ahli Jawatankuasa tambahan yang dipilih ialah Mohd Ali Sharif, Ashraf Mukhlis Minghat, Rafaie Ahmad, Ustaz Imran Abdul Rahman, Kapten (B) Mohd Jaafar, Mohd Fauzi Maelah, Dr Khatijah Jumangat, Ustaz Julasapiyah Kassim, Ustaz Kamis Saat,Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz.

Sementata itu Rajah Shanmugan telah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Melaka. Sebelum ini Dewan-Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat telah dipilih pada Mesyuarat Agung masing-masing. Ustaz Zulkifli Ismail dipilih sebagai Ketua Dewan Ulama; Yuhaizad Abdullah sebagai Ketua Pemuda dan Hajah Kintan Man sebagai Ketua Dewan Muslimat.

Rembau Hari Ini

Posted: 18 Jun 2011 07:23 PM PDT

Rembau Hari Ini


Setiap cawangan minima 10 orang ke BERSIH

Posted: 18 Jun 2011 07:23 AM PDT



18 Jun 2011, Rembau – Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, YB Tn Hj Mohamad Taufek hari ini menegaskan bahawa setiap cawangan di kawasan Rembau perlu menghantar sekurang-kurangnya 10 orang ahli untuk menyertai Perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Justeru itu setiap AJK kawasan, dewan dan cawangan perlu menggerakkan ahli-ahli mereka untuk menyertai perhimpinan BERSIH 2.0 untuk menuntut reformasi pilihan raya dalam memperkukuhkan demokrasi di negara ini agar semua golongan mendapat perhatian dan pembelaan yang sewajarnya.

Selepas ini, YB Hj Mohamad Taufek yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan akan menggerakkan usaha di peringkat negeri bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO.

Antara tuntutan Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah:
- Bersihkan senarai undi
- Mereformasikan undi pos
- Gunakan dakwat kekal
- Akses media bebas & adil
- Masa berkempen minima 21 hari
- Kukuhkan institusi awam
- Hentikan rasuah
- Hentikan politik kotor

Maklumat lanjut mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 terdapat di laman web http://bersih.org/

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 18 Jun 2011 07:17 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Husam: Pengundi Melayu 'terperangkap dalam dilema'

Posted: 17 Jun 2011 08:33 PM PDT




Orang Melayu tidak berani untuk berubah, pemuda PAS kena kerja kuat untuk mengubah undi orang Melayu, kita perlu dapat sekurang-kurangnya 60 kerusi parlimen dari UMNO


-------------------------------------------------------------------------------------
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menggesa pengundi Melayu supaya mengubah sikap politik mereka seiring dengan perubahan politik dalam negara hari ini.

Beliau mendakwa pengundi Melayu masih "terperangkap dalam dilema" untuk melakukan perubahan yang didakwanya akibat permainanan media arus perdana khususnya berkaitan kedudukan kepemimpinan orang Melayu.Husam (kiri) berkata apa yang menjadi kebimbangan mereka adalah berhubung "kekurangan penguasaan wakil parlimen dari kalangan orang Melayu" sehingga dikatakan boleh menimbulkan ketidakseimbangan politik.

"Orang Melayu agak berhati-hati dalam perkara ini... Tugas PAS, (perlu) banyak (memenangi) kerusi Melayu untuk (memastikan) politik stabil dan mantap.

"Berjaya atau tidak, ia sukar (ditentukan).Tugas PAS adalah mendapatkan semaksimum (kemenangan) di kerusi (dari kaum) Melayu.

"Berubahlah daripada mengundi BN dan mengundi Pakatan. Jika 60 kerusi parlimen (kita ambil) daripada Umno, kita boleh menggantikan Umno... Nasihat saya, kita mesti berubah," katanya.

Husam berkata demikian selaku panel forum bertajuk Cabaran Transformasi Parti Politik: Ke Arah Pertengahan dalam Kemajmukan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur malam semalam.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa on Cabaran Transformasi Parti PolitikTurut menjadi panel adalah penyelidik politik Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) Ooi Heng dan pemerhati politik Lee Ban Chen.

Bercakap di hadapan kira-kiranya 50 hadirin, Husam berkata pilihan raya Sarawak yang lalu menyaksikan sokongan kaum Cina meningkat sebanyak 15.8 peratus menjadikan jumlah keseluruhannya 75.4 peratus, berbanding dengan kaum Melayu.

"Kita lihat trend ini berterusan di Sabah, Johor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Selangor, maka kita dapat tambahan kerusi sebanyak 27 kerusi (parlimen) berbanding 82 kerusi (sekarang).

"Dalam pilihan raya umum ke-13, kita mempunyai 109 kerusi, tidak cukup lima kerusi untuk menubuhkan kerajaan,

azlan"Oleh itu, kita merayu kepada tuan-tuan, untuk mengundi Pakatan Rakyat (dalam pilihan raya umum akan datang)," katanya sambil disambut dengan gelak ketawa hadirin - yang rata-ratanya dari kaum Cina.

Menurutnya lagi, jika kecenderungan itu berterusan, ia memberikan kebaikan kepada kaum Cina walapun ada pihak yang mendakwa kaum tersebut tidak mengenang jasa.

Beliau juga berpendapat, golongan India Muslim yang merangkumi empat peratus daripada pengundi dilihat "kurang menyertai" parti Islam itu.

Katanya, sekiranya kumpulan tersebut menyokong PAS, ia memberikan kelebihan dan memudahkan parti itu untuk merangka sesuatu polisi.

NONEHusam berkata antara cabaran parti itu adalah untuk memastikan calon yang sesuai termasuk calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, parti itu memerlukan "tokoh yang berintegriti dan mampu memikul amanah" bagi memastikan sokongan khususnya daripada bukan Islam kepada PAS.

"Jadi tuan-tuan kena beri input dan tunjukkan di mana kerusinya yang boleh diwakili oleh wakil (kita)... Dasar PAS adalah semua orang tanpa kaum, bersama-sama dalam perjuangan," katanya.

Menjawab soalan sama ada PAS berpeluang menang pada pilihan raya umum akan datang di Terangganu, Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan yakin perubahan politik akan berlaku di negeri pantai timur itu.

kuala terengganu by election women votersPada pandangannya, unjuran boleh dibuat berdasarkan kepada kehadiran dan sambutan luar biasa dalam siri-siri ceramah di negeri itu termasuk kutipan derma yang banyak diterima.

Husam yang juga ADUN Salor berkata perlantikan pesuruhjaya PAS negeri baru - Mohd Abdul Wahid Endut - mampu untuk membuat perubahan politik termasuk merampas beberapa kerusi parlimen di negeri itu.

Sementara itu, Lee pula berkata antara cabaran yang perlu dihadapi oleh kepimpinan PAS yang baru dipilih dalam muktamar baru-baru ini dengan menjalankan dasar yang liberal, inklusif dan progresif.

Beliau berharap hasrat tersebut dapat dipenuhi oleh kepimpinan baru itu khususnya kepada masyarakat bukan Islam.

NONEMenurutnya lagi, kehadiran PAS dan Pakatan Rakyat dalam persada politik tanah air juga boleh menjadi pengimbang dan mengurangkan ketegangan antara kaum.

"Saya berharap PAS dan Pakatan dapat mencapai satu persefahaman yang dapat mengendurkan suasana tegang dan menjadikan persahabatan antara kaum lebih teguh berasaskan prinsip demokrasi.

"Melalui politik permuafakatan, maka (suasana politik) pada masa akan datang akan lebih cerah," katanya.

PAS LENGGONG

Posted: 18 Jun 2011 07:09 PM PDT

PAS LENGGONG


Sepatutnya Menteri Kesihatan atau T >enteri yang meminta maaf.

Posted: 18 Jun 2011 03:27 AM PDT

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob telah dirawat di Hospital Pulau Pinang selepas beliau terjatuh ke dalam sebuah lurang di hospital.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Zahruddin Abdullah berkata DCP Ayub telah pergi ke klinik pakar di tengah hari semalam untuk mendapatkan rawatan kerana demam.

"Dia berjalan di sepanjang koridor hospital menuju ke arah tandas di luar klinik ketika dia terjatuh ke dalam lurang yang tidak bertutup," katanya. "DCP Ayub tidak perasan lurang yang berdiameter 1.2m kerana ia dihalang oleh barisan kerusi," kata Zahruddin MPS, sambil menambah terdapat kerja-kerja pembinaan di kawasan itu.

Tiada sebarang papan tanda yang menunjukkan kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.



DCP Ayub mengalami kecederaan pada kaki kanannya dan tulang rusuk kiri.

Beliau dijangka berada di hospital selama dua hari, menurut MPS Zahruddin.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Phee Boon Poh menyatakan kekecewaannya dengan kejadian yang tidak diingini itu.

"Ini bukan kali pertama ini berlaku di hospital," katanya, sambil menambah bahawa tindakan yang akan diambil terhadap kontraktor kerana gagal mematuhi standard operating procedures (SOP) ketika menjalankan kerja-kerja pembaikan.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 18 Jun 2011 03:47 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


BEZAKAN 2 KARIKATUR INI... YANG MANE MENGHINA?

Posted: 18 Jun 2011 07:50 AM PDT

Yang ini dilukis oleh Miki... Miki ni kapiaq kot... sebab tak tau beza hukum zina dan rogol... ye la miki biasanya nama orang kapiaq...

Mungkin karikatur begini yang cuba dimaksudkan oleh si miki... tapi memandangkan dia tue kapiaq... so dia tak tau le hukum
so... perkasa & umporno yang jahil lagi baghal... boleh beza tak dialog mana yang menghina hukum syariat Allah?

WAHAI UMporNO... ADA BEZA SAKSI UNTUK ZINA & ROGOL

Posted: 18 Jun 2011 01:18 AM PDT

Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam. Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah. Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar.


Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan? Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?

Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi. Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah. Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri. Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?
Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf:

"Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya".

Yusuf pula berkata: "Dialah yang menggoda diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata: "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta. Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar. Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya" (Surah Yusuf: ayat 25-28).

Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini.

HIMPUNAN PERKASA & PEMUDA UMporNO PUN HARAM GAK...

Posted: 17 Jun 2011 08:47 PM PDT


KUALA LUMPUR, 17 Jun — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein sekali menegaskan mana-mana perhimpunan tanpa permit dianggap haram termasuk protes yang dirancang oleh Pemuda Umno untuk membantah Himpunan Bersih 2.0.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini untuk "memperkukuh sistem demokrasi".

Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menuntut pilihan raya yang adil dan bebas turut diadakan pada hari sama.

Selain itu, Perkasa juga mahu mengadakan perhimpunan balas menentang himpunan Bersih 2.0.

Hishammuddin (gambar), bekas ketua Pemuda Umno berkata, keputusan sayap pemuda parti Melayu itu tidak mewakili keseluruhan pendirian parti.

"Bila ia tiba tidak kisah sama ada saya bekas ketua Pemuda atau tidak. Mereka harus berdepan dengan akibat daripada tindakan itu... dan ia semata-mata pendirian Pemuda," kata Naib Presiden Umno kepada pemberita.

"Mereka akan berdepan dengan polis. Saya berharap mereka melakukan perkara sama. Kami melihat ia dari sudut yang sah dan tiada sesiapa yang akan terlepas dari undang-undang," tambah beliau.

.... tapi betul ke layanan sama.... ???

DPP Gopeng

Posted: 18 Jun 2011 03:18 PM PDT

DPP Gopeng


Posted: 17 Jun 2011 04:57 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 18 Jun 2011 03:12 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


SELANGOR PUN HEBAT WALAU KEDUA

Posted: 18 Jun 2011 02:58 AM PDT


SHAH ALAM 14 Jun - Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2011 yang telah berjaya menamatkan kejohanan SUKMA 2011 sebagai naib juara keseluruhan dengan pungutan 26 pingat emas, 20 perak dan 28 gangsa.

Meskipun gagal mendapat kejuaraan, beliau percaya bahawa kontinjen SUKMA Selangor 2011 seramai 412 atlet dan pegawai telah menunjukkan komitmen tidak berbelah-bahagi sepanjang tempoh persediaan dan juga semasa hari pertandingan yang berlangsung dari 2 hingga 12 Jun 2011.

"Sebagaimana adatnya, sukan menuntut daya saing tinggi dan pada akhirnya tidak semua boleh mendapat tempat pertama. Bagi yang berjaya, saya ucapkan tahniah dan untuk mereka yang belum berjaya, janganlah berputus asa kerana sejak dahulu lagi banyak prestasi cemerlang telah diperbaharui catatan rekodnya. Ingatlah bahawa yang baik itu sentiasa boleh ditambah baik," kata Menteri Besar.

Bagi menghargai segala usaha dan pencapaian yang telah ditunjukkan, beliau akan menganjurkan satu majlis makan malam bersama kontinjen SUKMA Selangor 2011 pada hari Jumaat, 17 Jun 2011 bertempat di Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar di Shah Alam.

PENGALAMAN MASJID HULU SELANGOR PERNAH UMNO PERKOSA

Posted: 18 Jun 2011 02:04 AM PDT

UMNO cuma sibuk menjuarai agama Islam tetapi tidak faham Islam bukan untuk dijuarai semata-mata tetapi Islam adalah satu cara hidup.
Kami di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa memang punyai pengalaman semasa pemilihan ajk Masjid Bukit Sentosa yang kini dipanggil Masjid AsSalam Bukit Sentosa pada tahun 2009 yang lalu. Disebabkan tidak puas hati tidak dipilih UMNO sanggup buat laporan polis.
Disebabkan kedunguan UMNO dan ahlinya yang menjadi kariah maka pemilihan telah berlaku 3 kali . Bayangkan atas arahan JAIS pemilihan mesti dilakukan oleh ahli kariah yang telah mendaftar. Tetapi pemilihan pertama melalui pengundian tidak dipersetujui oleh puak UMNO yang kununnya menjuarai Islam. Mereka tidak pus hati kununnya ada pengundi hantu kata mereka. Maka selepas pada hari yang sama pengundian telah dilakukan secara angkat tangan namun puak UMNO kalah ke 2 kali.
Mereka(puak UMNO ) tidak puashati lalu mengusulkan pengundian semula dan ditetapkan pada hari yang lain. Namun pada hari yang ditetapkan pengundian telah dilakukan secara lama namun puak UMNO gagal juga malah ajk yang dicadangkan tidak hadir. Begitulah yang akan berlaku di Pulau Pinang jika dilayan perangai UMNo ini.


Meskipun mengakui Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam hal-hal berkaitan agama Islam di negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja-raja Melayu, namun pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari mempertikaikan cara nama Seri Paduka diheret setiap kali bagi membidas dasar-dasar kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Hanya selepas Pakatan Rakyat mengambil-alih Pulau Pinang, tiba-tiba peranan Agong menjadi tokoh yang signifikan.

"Nama Baginda digunakan bagi menghalang sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz berkata prosedur atau peraturan yang betul mengikut perlembagaan adalah bagi pihak Istana Negara atau setiausaha sulit Yang di-Pertuan Agong bagi mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukannya sebagai ketua agama dan bukannya oleh pihak-pihak yang lain.

"Pastinya bukan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan.

"Jadi beliau harus diam. Biarkan Baginda melaksanakan tanggungjawab yang diperuntukkan oleh perlembagaan - bebas daripada kerajaan sama ada peringkat persekutuan mahupun negeri," kata Abdul Aziz.

Beliau juga membidas dakwaan 'mengarut' oleh kumpulan pendesak Melayu, PERKASA yang berkata adalah salah bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid diadakan.

"Pertama, tidak ada fatwa mengatakan pemilihan itu adalah haram mengikut Islam," katanya.Fatwa

Lagipun menurut profesor itu lagi, umat Islam, sama ada dari Umno, PAS dan PKR, semuanya pernah terbabit dalam pemilihan parti masing-masing.

azlan"Jika ini tidak mengikut Islam, majlis fatwa sepatutnya mengeluarkan hukum berhubung perkara itu," katanya.

Semalam, hasrat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi sesi 2012-2013 dengan kaedah pilihan raya terpaksa dibatalkan.

Keputusan itu dibuat di Istana Negara di Kuala Lumpur apabila Yang di-Pertua Negri Abdul Rahman Abbas dan Yang Dipertua MAIPP Ellias Zakaria menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Mesyuarat agung masjid-masjid di Pulau Pinang yang dijadualkan hari ini dan esok itu sepatutnya memilih jawatankuasa kariah di 151 daripada 200 masjid tetapi kini ditangguhkan sehingga notis lanjut.

Pemilihan ala pilihan raya yang dicadangkan itu bagi membolehkan anak kariah mengundi secara sulit untuk memilih pemimpin kariah yang sebelum ini dipilih oleh MAIPP.

Bantahan pelbagai pihak yang didalangi Umno begitu lantang kerana gusar pilihan raya kariah masjid akan menghakis sokongan kepada parti itu yang kini gagal menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang setelah ditumbangkan pada pilihan raya umum 2008.

Umno boleh mendakwa pemilihan secara demokrasi itu akan hanya membawa perpecahan di kalangan umat Islam?

YDP PAS KAWASAN TUNJANG IT HULU SELANGOR!

Posted: 17 Jun 2011 04:00 PM PDT



PAS Kawasan Hulu Selangor beruntung malam tadi di markas Zon Bukit Beruntung kerana YDP PAS Kawasan Tn Hj Mohamad Idris Ahmad yang memang orang IT dan beliau sendiri mengetuai Gerakkerja IT serta mempertemukan semua oakar IT dalam Hulu Selangor bagi menghadapi PRU13.
Beliau bagaimanapun secara resmi menurunkan kuasa kerana tanggungjawab beliau kini lebih besar dan berat berbanding dahulu.

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 18 Jun 2011 03:03 PM PDT

PEMUDA PAS LADANG


PEMUDA TIDAK AKAN BERUNDUR

Posted: 18 Jun 2011 09:20 AM PDT

1. MUBARAK mendesak kerajaan agar menangkap perancang Himpunan BERSIH 2.0 di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri [ISA]. Ini satu ugutan yang keterlaluan dan melanggar lunas demokrasi. Saya nasihatkan MUBARAK agar tidak menjadi Husni Mubarak 2.0 yang suatu ketika dahulu bermaharajalela dan menangkap siapa sahaja yang menentang beliau tanpa sebarang bicara.

2. Mereka mahu ugut siapa ? Kami sudah menegaskan kepada semua bahawa kami hanya akan berhimpun secara aman dan menunjuk perasaan kami membantah sistem demokrasi yang masih pincang dan mendesak supaya beberapa tuntutan kami yang mewakili sebahagian besar rakyat diterima dengan baik oleh pihak kerajaan. Apa masaalah MUBARAK ? apa masaalah kerajaan ? untuk tidak menunaikan permintaan sebahagian rakyat biar pun tidak semua rakyat dalam negara ini membuat tuntutan serupa, justeru apa yang kami minta adalah untuk keadilan dan ketelusan.

3. Kita tidak minta lebih. Kita tidak meminta suatu yang merugikan mana - mana pihak termasuk kerajaan. Apa yang kita minta ialah padang yang sama rata, alat yang serupa dan suasana yang mengizinkan ketelusan berlaku dan dilihat berlakunya ketelusan dalam sistem demokrasi khasnya sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini.

4. Setelah permintaan kita selama ini gagal dilayan dengan baik oleh pihak berwajib, himpunan BERSIH 2.0 adalah sebagai langkah untuk menunjuk perasaan dan menarik perhatian bahawa permintaan kita adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh mereka.

5. Cara mahu menangani Himpunan BERSIH 2.0 ialah dengan mengawal himpunan ini agar tidak terdedah kepada provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab dan menunaikan permintaan rakyat tersebut. Bukan dengan ugutan dan tangkapan . Jika ugutan dan tangkapan itu mereka fikir boleh menakutkan rakyat, maka saya fikir mereka silap dan 1001 kali silap.

6. Insyaallah, saya sendiri akan berada di saff hadapan dan jangan fikir ISA itu boleh mengendurkan semangat saya dan melemahkan kesungguhan saya apalagi mahu menakutkan saya. Saya yakin ini adalah perjuangan rakyat yang mahu menuntut kebenaran, keadilan, ketelusan dan kejujuran dalam sistem pengendalian demokrasi negara dan ia adalah suatu yang dituntut oleh Islam justeru Islamlah pelopor keadilan, ketelusan dan kejujuran ini.

7. Saya menyeru semua rakan - rakan anak muda dari seluruh negara agar gembira dan tenang. Himpunan BERSIH 2.0 adalah untuk keamanan dan kesejahteraan negara. Rakyat juga tidak perlu resah, peniaga tidak perlu bimbang dan orang ramai tidak usah gundah, himpunan ini aman jika mana - mana pihak termasuk pihak polis tidak mencetus provokasi. Saya yakin, yang rasa tidak aman ialah UMNO dan BN, yang resah ialah UMNO dan BN dan yang gundah ialah UMNO dan BN.

8. Malaysia bukan negara polis. Maka usahlah kerajaan menangani masaalah rakyat dan tuntutan mereka dengan kekerasan dan tangkapan. Tapi, kalau kerajaan fikir mereka mahu jatuh cepat dari jadual yang telah ditentukan, silakan lah berbuat sesuka hati. Saya tidak boleh jamin apa - apa.

9. Saya menyeru buat kesekian kalinya, datanglah ke Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 nanti dengan happy dan enjoy membawa semangat "Visit Day" dan Kuala Lumpur adalah destinasi anda kali ini. Melancunglah dalam negeri ! bukankah ini slogan kerajaan.Ppelancungan pada 9 hb Julai 2011 ini adalah bertemakan Keadilan dan Ketelusan di samping menikmati Kota Raya negara kita sendiri.

10. Datang jangan tak datang. Saya tunggu anda semua pada 9 hb Julai 2011 kelak . Salam perjuangan dari saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia .

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

PAS Terengganu bentuk pasukan baru

Posted: 18 Jun 2011 07:51 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 18 Jun:PAS Terengganu membentuk pasukan serba baru selepas pesuruhjaya yang baru, Mohamad Abdul Wahid Endut (gambar) (dilantik untuk negeri itu.

Timbalan pesuruhjaya (TPj) III sesi lepas, Ustaz Saiful Bahari Mamat dilantik TPj I sementara dua lagi adalah bekas bendahari, Muhyiddin Abdul Rashid (TPj II) dan timbalan ketua penerangan yang juga Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Razak (TPj III).

M Shukrimun Shamsudin pula dilantik bendahari.

Selain Saiful, TPj I dan II sesi lalu ialah Datuk Abu Bakar Chik dan Mohd Abdul Wahid Endut.

Kedua-duanya dipilih sebagai AJK PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 awal bulan ini.

Abdul Wahid dilantik Pesuruhjaya PAS negeri yang baru bagi menggantikan Datuk Harun Taib sebagaimana yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 12 Jun lepas.

PAS negeri sesi ini mengekalkan setiausaha, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya iaitu Yahaya Ali, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ariffin Deraman.

Hanafiah Mat, Kamaruddin Yunus dan Zakaria Dagang pula dilantik penolong setiausaha.

Di samping mereka, ahli perhubungan yang dilantik adalah Datuk Abu Bakar Chik, Abdul Haris Abdul Malik, Zarani Othman, Dr Khazani Abdullah, Dr Azman Mohamad, Ustaz Harun Jusoh.dan

Ini bermakna, hanya seorang sahaja bekas lima Adun PAS 1982 yaang masih kekal dalam pasukan ini iaitu Abu Bakar Chik.

"Ini adalah pasukan yang dipilih sendiri oleh pesuruhjaya baru," kata Yahaya Ali yang menjadi setiausaha perhubungan di bawah Datuk Mustafa Ali dan Datuk Harun Taib, pesuruhjaya PAS Terengganu sebelum ini.

Ketua dewan ulamak PAS Terengganu adalah Datuk Husein Awang, ketua pemuda Ustaz Mohd Nor Hamzah manakala ketua muslimat adalah Safinah Jusoh.

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 18 Jun 2011 01:04 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


Dangkal.....

Posted: 18 Jun 2011 05:03 AM PDT

DUN Lembah Jaya

Posted: 18 Jun 2011 11:40 AM PDT

DUN Lembah Jaya


KARNIVAL Mesra Rakyat: Hadirlah Beramai-Ramai

Posted: 17 Jun 2011 06:30 PM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 18 Jun 2011 11:18 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


PASUKAN BARU PAS TRG

Posted: 18 Jun 2011 08:17 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 18 Jun:PAS Terengganu membentuk pasukan serba baru selepas pesuruhjaya yang baru, Mohamad Abdul Wahid Endut  (gambar) (dilantik untuk negeri itu.
Timbalan pesuruhjaya (TPj) III sesi lepas, Ustaz Saiful Bahari Mamat dilantik TPj I sementara dua lagi adalah bekas bendahari, Muhyiddin Abdul Rashid (TPj II) dan timbalan ketua penerangan yang juga Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Razak (TPj III).
M Shukrimun Shamsudin pula dilantik bendahari.
Selain Saiful, TPj I dan II sesi lalu ialah Datuk Abu Bakar Chik dan Mohd Abdul Wahid Endut.
Kedua-duanya dipilih sebagai AJK PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 awal bulan ini.
Abdul Wahid dilantik Pesuruhjaya PAS negeri yang baru bagi menggantikan Datuk Harun Taib sebagaimana yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 12 Jun lepas.
PAS negeri sesi ini mengekalkan setiausaha, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya iaitu Yahaya Ali, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ariffin Deraman.
Hanafiah Mat, Kamaruddin Yunus dan Zakaria Dagang pula dilantik penolong setiausaha.
Di samping mereka, ahli perhubungan yang dilantik adalah Datuk Abu Bakar Chik, Abdul Haris Abdul Malik, Zarani Othman, Dr Khazani Abdullah, Dr Azman Mohamad, Ustaz Harun Jusoh dan

Ini bermakna, hanya seorang sahaja bekas lima Adun PAS 1982 yaang masih kekal dalam pasukan ini iaitu Abu Bakar Chik.

"Ini adalah pasukan yang dipilih sendiri oleh pesuruhjaya baru," kata Yahaya Ali yang menjadi setiausaha perhubungan di bawah Datuk Mustafa Ali dan Datuk Harun Taib, pesuruhjaya PAS Terengganu sebelum ini.

Ketua dewan ulamak PAS Terengganu adalah Datuk Husein Awang, ketua pemuda Ustaz Mohd Nor Hamzah manakala ketua muslimat adalah Safinah Jusoh.

Batu Gajah Mari

Posted: 18 Jun 2011 11:14 AM PDT

Batu Gajah Mari


Tahniah PASTI Batu Gajah

Posted: 18 Jun 2011 07:02 AM PDT



Tahniah kepada Pasukan Futsal PASTI Batu Gajah kerana berjaya melangkah ke separuh akhir dan memenangi tempat ke-4 dalam kejohanan Pertandingan Futsal dan Bola Jaring PASTI Perak yang diadakan di Tambun.

Tempat Pertama: PASTI Taiping
Tempat Kedua: PASTI Tambun
Tempat Ketiga: PASTI Kuala Kangsar
Tempat Keempat: PASTI Batu Gajah

Bersih 2.0 sambut baik pendirian Pemuda Umno

Posted: 18 Jun 2011 04:07 AM PDT

June 18, 2011

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Pengerusi badan pemantau pilihan raya bebas Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan mengalu-alukan pendirian Pemuda Umno yang turut memutuskan untuk mengadakan perhimpunan berkaitan pilihan raya bebas di negara pada hari yang sama dengan Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini.

Pemuda Umno mengambil keputusan itu kelmarin, tetapi tidak akan menyertai pendekatan Bersih 2.0.

Perkasa dengan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan yang sealiran dengannya membantah Himpunan Bersih 2.0.

Ambiga menyifatkan pendirian Pemuda Umno itu menunjukkan bahawa amalan demokrasi semakin berkembang di Malaysia.

"Sesuatu melegakan apabila membaca komen (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin yang sedar bahawa hak untuk berhimpun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.

Ambiga, seorang peguam berkata, beliau menyokong pendirian Khairy meskipun kedua-dua mereka berbeza pandangan.

Bekas pengerusi Majlis Peguam itu menekankan bahawa beliau menyokong kerana Khairy juga mahukan hak berhimpun secara aman dan tanpa kekerasan, dan "hak yang sama kami amalkan."

Semalam, Khairy yang menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menerajui Pemuda Umno sejak 2009, menegaskan pihaknya tidak bimbang dengan amaran Menteri Dalam Negeri itu bahawa mereka akan berhadapan dengan risiko jika meneruskan keputusan mahu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai tanpa permit polis.

Tegas Khairy, Hishammuddin boleh mengatakan apa saja yang beliau mahukan tetapi Pemuda akan meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan.

Dupahang's Weblog

Posted: 18 Jun 2011 11:13 AM PDT

Dupahang's Weblog


Amaran Dekatnya Qiamat

Posted: 18 Jun 2011 07:52 AM PDT

http://albakriah.wordpress.com 4 Gerhana Matahari dan 2 Gerhana Bulan pada tahun ini 2011 Gerhana Bulan Di Sydney 16 Jun 2011 Gerhana Bulan Di Selatan Malta 15 Jun 2011 Gerhana Bulan Di Frankfurt 15 Jun 2011 Gerhana Bulan Di Selatan Malta 15 Jun 2011 Tahun 2011 bakal menyaksikan 6 peristiwa gerhana akan berlaku. 4 darinya ialah gerhana [...]

Jasindaily Online

Posted: 18 Jun 2011 09:49 AM PDT

Jasindaily Online


TAHNIAH KEPADA PIMPINAN PAS KAWASAN JASIN

Posted: 18 Jun 2011 08:41 AM PDT

KHIDMAT MERU

Posted: 18 Jun 2011 09:10 AM PDT

KHIDMAT MERU


MISI MENGECAT SURAU SDE BERJAYA

Posted: 18 Jun 2011 02:25 AM PDT









Hasrat dan Misi Program Amal Gotong Royong Mengecat Surau Darul Ehsan Meru akhirnya tercapai setelah 2 kali program ini diadakan. Program kali ini gabungan pelajar PTRS, Mahaad Tahfiz AlQuran Wal Immamah dan Unit Amal. Seramai lebih 50 orang bersama masyarakat setempat telah berjaya menyiapkan program mengecat sebelah luar surau mengambil masa dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Pihak AJK Surau amat berterima kasih kepada semua pelajar, agar usaha yang disumbangkan diredai Allah swt. Cat sumbangan Jotun (M) Sdn Bhd, Shah Alam. Selepas ini, Pengarah Program ini, Encik Baharom akan bergabung dengan semua pelajar untuk membersihkan rumah warga tua sempena menyambut Ramadhan al Mubarak.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 18 Jun 2011 09:04 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Setiap cawangan minima 10 orang ke BERSIH

Posted: 18 Jun 2011 07:22 AM PDT



18 Jun 2011, Rembau – Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, YB Tn Hj Mohamad Taufek hari ini menegaskan bahawa setiap cawangan di kawasan Rembau perlu menghantar sekurang-kurangnya 10 orang ahli untuk menyertai Perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Justeru itu setiap AJK kawasan, dewan dan cawangan perlu menggerakkan ahli-ahli mereka untuk menyertai perhimpinan BERSIH 2.0 untuk menuntut reformasi pilihan raya dalam memperkukuhkan demokrasi di negara ini agar semua golongan mendapat perhatian dan pembelaan yang sewajarnya.

Selepas ini, YB Hj Mohamad Taufek yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan akan menggerakkan usaha di peringkat negeri bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO.

Antara tuntutan Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah:
- Bersihkan senarai undi
- Mereformasikan undi pos
- Gunakan dakwat kekal
- Akses media bebas & adil
- Masa berkempen minima 21 hari
- Kukuhkan institusi awam
- Hentikan rasuah
- Hentikan politik kotor

Maklumat lanjut mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 terdapat di laman web http://bersih.org/

i n t a n h i j a u

Posted: 18 Jun 2011 07:08 AM PDT

i n t a n h i j a u


PAS KAWASAN TELUK MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Posted: 17 Jun 2011 07:18 PM PDT


TELUK INTAN, 18 Jun - PAS Kawasan Teluk Intan melalui Lujnah Kebajikan dan Pejabat ADUN Changkat Jong serta NGO Peace Maker telah menyampaikan sumbangan kepada para mangsa rumah terbakar di Kg. Terenganu dekat sini baru-baru ini. Seramai 16 orang wakil keluarga mangsa kebakaran telah menerima sumbangan.

Majlis penyampaian sumbangan telah diadakan di Madrasah Al Gharbiah, Kg. Terengganu. ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin. Turut hadir ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan, Sdr. Rahmat Maliki, Naib Yang DiPetua PAS Kawasan Sdr. Ahmad Kabir bin Mahdin, Pengerusi Lujnah Kebajikan Hj. Mohammad Akram Mohd. Yusuf, Timbalan Ketua Dewan Muslimat Kawasan Pn. Hjh. Faridah Rajiah serta pimpinan kawasan yang lain.

Di dalam ucapan ringkasnya, YB Anuar Sudin telah menyatakan bahawa tragedi kebakaran tersebut merupakan salah satu ujian dari Allah SWT yang patut umat Islam menghadapinya dengan penuh kesabaran dan keinsafan.

Kotak-kotak pakaian terpakai tersusun untuk diedarkan kepada para mangsa kebakaran.

Hj. Saidon Hj. Abd. Ghaffar, Ketua RKT Bandar menerima sumbangan pakaian terpakai daripada YB Anuar.

"Kita juga rasa bersyukur bahawa kejadian kebakaran tersebut tiada berlakukan kehilangan jiwa. Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan bersabar dengan cubaan dan ujian pahit ini, " tambah beliau lagi.

Kemudian, YB Anuar telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan pakaian terpakai kepada semua mangsa kebakaran yang hadir. Kebanyakan sumbangan adalah hasil inisiatif Lujnah Kebajikan dan NGO Peace Maker yang telah dijalankan sejak berlakunya kebakaran.
Hjh. Hasnah, seorang mangsa kebakaran.

Seorang mangsa, Puan Hjh. Hasnah bt Hj. Hassan, 72, bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh pihak PAS Kawasan Teluk Intan. Beliau yang menjalankan perniagaan masi lemak di rumahnya yang telah didudukinya sejak lebih 50 tahun telah kehilangan segalanya akibat rumahnya yang telah terbakar hangus.
Encik Shahrin Dahari, berterima kasih kepada PAS Teluk Intan

Seorang lagi mangsa Encik Shahrin b. Dahari, 44, juga turut mengucapkan terima kasih atas usaha pihak PAS Kawasan serta ADUN Changkat Jong yang prihatin dengan musibah yang ditimpa oleh rakyat.
Mangsa kebakaran sedang memilih pakai yang sesuai.


YB Anuar turut memerhati pengedaran pakaian.

Hj. Akram membantu seorang mangsa memilih pakaian.

Menurut Hj. Mohamad Akram, pihak Lujnah Kebajikan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sudi menyumbangkan wang tunai serta pakai terpakai bagi membantu meringankan penderitaan mangsa-mangsa kebakaran. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Dewan Muslimat PAS Kawasan. Unit Amal dan NGO Peace Maker yang turut secara langsung membantu mengumpul, membungkus serta mengangkut bahan sumbangan.

intanhijau.blogspot.com

.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.

Posted: 18 Jun 2011 03:40 AM PDT

.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.


Selamat Datang ke Muar Tuanku

Posted: 17 Jun 2011 09:56 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 18 Jun 2011 03:38 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Pertembungan sengit diantara Bersih, Pemuda Umno & Perkasa

Posted: 17 Jun 2011 08:11 AM PDT

Bersih 2.0 sudah pun mencapai kejayaan yang besar sebelum pun demonstrasi itu diadakan pada 9 Julai akan datang.  Tahniah kepada Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohammad Sabu.

Dengan kebijaksanaannya, dan mengiyakan kenyataan oleh TG Presiden PAS sebaik sahaja beliau mencapai kemenangan dalam pemilihan baru-baru ini bahawa "Mat Sabu" merupakan senjata PAS bagi menyerang Umno, pastinya demonstrasi ini akan berjaya mengumpulkan ratusan ribu penunjuk perasaan dan akan memenuhi semua ruang kosong di Bandaraya Kuala Lumpur pada 9hb Julai nanti seperti apa yang dilakukan pada tahun 2007 yang lalu.

Bukti kejayaan itu boleh dilihat dari reaksi pihak kerajaan dan NGO Perkasa yang telah melatah dan menari mengikut rentak yang dimainkan oleh Bersih.

Bersih tidak pun menggendangkan gendang yang kuat tetapi reaksinya amat besar. "Hero Ibrahim Ali" lah yang paling heboh memberikan reaksi kepada rancangan Bersih ini dan sebenarnya inilah yang ditunggu-tinggu oleh Ibrahim kerana dengan isu ini beliau boleh mengetengahkan diri beliau dalam politik.

Ibrahim memang seronok dengan apa yang berlaku kerana beliau boleh menyambung 'existence' beliau di dalam isu nasional. Dalam keadaan aman dan sunyi Ibrahim Ali akan kaku politik beliau. Kita boleh lihat Ibrahim akan cuba menjadi hero apabila isu-isu seperti ini wujud. Ibrahim sedang cuba memanaskan isu ini secara 'deliberate' agar beliau dapat mencelah di tengah-tengah keadaan panas ini.

Bersih telah merancang untuk mengumpulkan seramai mana rakyat untuk menunjukan manifestasi rakyat ramai secara aman dengan tujuan menunjukan sokongan orang ramai untuk mengadakan pilihanraya secara adil dan saksama seperti apa yang sepatutnya berlaku di dalam sebuah negara demokrasi. PAS sahaja telah memberikan komitment untuk menghantar 300,000 ahlinya yang masih muda untuk bersama menyertai demonstrasi secara aman itu.

Semalam kedengaran pula Pergerakan Pemuda UMNO bercadang untuk mengadakan demonstrasi dan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaludin telah meminta pemuda dari parti-parti komponen BN untuk menghantar seberapa ramai yang boleh untuk menyertai demonstrasi anjuran pemuda UMNO itu.

Pemuda UMNO juga memohon agar pihak yang bertanggunjawab untuk mengadakan pilihanraya secara bersih dan terbuka.

Bagi saya yang tentunya mendapat kejayaan dalam isu demonstrasi ini ialah Bersih, kerana cadangan pihaknya untuk berdemonstrasi ini telah mendapat reaksi yang sangat panas dari pihak Perkasa dan sekarang dari Pemuda UMNO pula. Jadi sekarang barulah rakyat faham bahawa reaksi dari Perkasa dan Pemuda UMNO ini menunjukan dengan jelas bahawa Bersih bakal mendapat sokongan dari ramai rakyat yang mengikuti perkembangan politik tanah air ini.

Nampaknya perhimpunan ini hanyalah cara hendak menunjukan siapa yang lebih banyak sokongan; Bersih atau Pemuda UMNO dan Perkasa. Dalam isu ini Bersih telah pun memenangi perang saikoloji ini kerana Bersih tidak bercakap besar dan melalak seperti apa yang dilakukan oleh Perkasa

Apa pula perbezaan di antara sokongan terhadap Bersih dengan sokongan terhadap Pemuda UMNO dan Perkasa? Jawapannya mudah sahaja. Sokongan terhadap Bersih merupakan sokongan yang sejati kerana rungutan Bersih itu merupakan rungutan rakyat ramai. Di sebaliknya sokongan terhadap Perkasa dan Pemuda UMNO adalah sokongan untuk menolak dan melindungi manifestasi rakyat dari dipaparkan di khalayak ramai.

Tindakan Perkasa dan Pemuda UMNO merupakan tindakan mewakili pihak yang memerintah yang menjadi sasaran rakyat pada hari ini, sedangkan tindakan Bersih merupakan tindakan yang mewakili manifestasi rakyat ramai yang rata-rata tidak berpuas hati dengan cara pilihanraya umum dilaksanakan oleh kerajaan melalui SPR.

Pendeknya pertembungan di antara Bersih dengan Perkasa dan Pemuda UMNO ini merupakan pertembungan di antara rakyat dan kerajaan. Rakyat di sebelah Bersih dan kerajaan dan pimpinan yang memerintah diwakili oleh Perkasa dan Pemuda UMNO...  http://aspanaliasnet.blogspot.com/

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 18 Jun 2011 01:37 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Surat Penghargaan Kepada PAS Bayan Lepas

Posted: 17 Jun 2011 07:54 PM PDT

Surat ucapan penghargaan dan terima kasih dari En Mansor di atas segala usaha Cikgu Asnah, penyelaras DUN Bayan Lepas yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bayan Baru di atas segala usaha beliau untuk mengatasi masalah banjir dan air melimpah di Kampung Bukit, Bayan Lepas.  

Demonstrasi itu DIbenarkan Dalam Islam

Posted: 17 Jun 2011 07:47 PM PDT

Mengikut kata Al Fadhil Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, demonstrasi itu dibenarkan di dalam Islam. Hujah beliau dapat menjawab hujah ulamak muda UMNO yang mengharamkan demonstrasi.

PAS TAMBUN

Posted: 18 Jun 2011 01:27 AM PDT

PAS TAMBUN


KERAJAAN PERLU BERTERIMA KASIH KEPADA PEMBANGKANG

Posted: 17 Jun 2011 08:26 AM PDT


Kerajaan Malaysia teramat-amat perlu mengucapkan terima kasih kepada parti pembangkang kerana dengan adanya pembangkanglah semua kemarahan dan 'ketidakpuashatian' rakyat dapat di kawal. Contohnya kenaikan harga minyak, gula dan barangan keperluan harian dan juga sumber tenaga. Kalau tidak ada peranan pembangkang dalam menanggani kemarahan rakyat maka akan berlakulah insiden yang tidak diingini.

Sehari dua ini kita digemparkan oleh beberapa web kerajaan dan yang berkepentingan telah di godam oleh hackers tempatan yang begitu memarahi kerajaan Malaysia kerana menidakkan hak mereka dalam menggunakan filestube, megaupload dan 8 kemudahan para netters.


Pada dasarnya memanglah site-site ini bagi kerajaan adalah site yang kebanyakkannya adalah mendorong kepada gejala sosial kerana pengguna site ini akan mengalakkan aktiviti pornografi, cetak rompak, aktiviti tidak sihat yang lain, mengurangkan pendapatan negara dan lain-lain lagi.

Tetapi bukan dengan menghentikan perkhidmatannya tetapi lebih kepada memantau, walaupun kita tidak bersetuju dengan menggunakan hackers yang tidak bermoral untuk menyerang website kerajaan dan yang berkepentingan, tetapi ini juga adalah satu 'signal' dari rakyat terutama anak-anak muda kepada kerajaan 1Malaysia bahawa kerajaan Najib memang rapuh dan akan tumbang tidak lama lagi.

Masakan tidak dengan beberapa hackers tahap tempatan pun sudah mampu menerobos website kerajaan, bagaimana dengan kepentingan pertahanan dan kewangan negara?

KP : dengan ini kami menyarankan supaya Najib berundur dan memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah, kerana Pakatan Rakyat akan lebih menyuburkan budaya mesra seluruh rakyat.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 18 Jun 2011 01:13 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Akibat karikatur : Kelantan haramkan Utusan Malaysia

Posted: 17 Jun 2011 11:58 PM PDT

16 Rejab 1432H. [MOD] -

KOTA BAHARU - Kerajaan Kelantan hari ini mengharamkan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadzli Shaari berkata, keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.

Katanya, surat rasmi oleh Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Urusetia DUN akan dikeluarkan dalam masa terdekat mengenai perkara itu.

"Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Pas melancarkan kempen 'Boikot Utusan Malaysia' kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur yang disiarkan pada Rabu lepas.

Mohamad Sabu hadir pelancaran LL4G malam ini

Posted: 17 Jun 2011 11:36 PM PDT


16 Rejab 1432H. [MOD] -
Ismail Hashim.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengesahkan akan hadir dalam Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang diadakan malam ini di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, dekat sini.

Sebagai salah seorang pemidato dalam majlis itu, beliau akan berada sepentas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bakal melancarkan program itu bermula jam 8.00 malam.

"Ya, saya akan hadir dalam majlis itu," katanya.

Ketika ditanya harapannya kepada rakyat Malaysia, beliau berkata, semua anggota masyarakat perlu bangkit menentang kezaliman di mana sahaja ia berlaku termasuk dalam negara ini.

Terdapat tiga lagi ucapan selain dari beliau yang mewakili Pakatan Rakyat, Pengerusi LL4G, Noorazman, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan Najib.

Selain pidato, hadirin akan melihat persembahan multimedia mengenai apa yang berlaku dalam Flotilla 1, persembahan lagu Gaza dan deklamasi sajak Palestin oleh Dr Lim Swee Tin.

Penyanyi nasyid, Muadz Dzulkifley juga akan menghiburkan penonton dengan lagu-lagu bersemangat termasuk adaptasi daripada Hadis Nabi Muhammad SAW.

Menghimbau sejarah pada 8 Mei 2002, dua pemimpin utama Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS, Datuk Fadzil Mohd Noor pernah berada sepentas berbicara tentang isu sama, Palestin.

Pertemuan dua pemimpin utama umat Islam negara ini telah menghasilkan Pernyataan Bersama berbunyi:

"Atas semangat kemanusiaan dan keamanan sejagat, kami atas nama rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan keturunan serta fahaman politik yang berbeza-beza, berkongsi rasa, cita dan perjuangan dengan seluruh rakyat Palestin yang mempertahankan hak di bumi kelahiran mereka.

"Kami menggesa seluruh warga dunia agar turut serta menyuarakan dan memberikan sumbangan dalam bentuk apa sahaja sehingga rakyat Palestin dapat hidup dengan aman dan damai di negara yang berdaulat''.

Sementara itu, AJK Pemandu LL4G Malaysia, Zulkefli Mohd Nani dalam kenyataannya berkata, penentangan terhadap kezaliman Israel menuntut kesanggupan semua rakyat negara ini tanpa mengira ras, agama dan budaya.

Menurutnya, LL4G adalah sebuah gabungan badan bukan kerajaan Malaysia, akan menyertai bersama lebih 600 sukarelawan antarabangsa dari pelbagai bangsa dan agama, dalam Misi Kemanusiaan "International Freedom Flotilla 11" ke Gaza hujung bulan ini.

Menurutnya, kesemua kapal antarabangsa ini dijangka berada di lautan pada 27 atau 28 Jun ini.

"Misi Pelayaran Kemanusiaan ini bakal disertai oleh 13 buah kapal antarabangsa; 10 kapal penumpang dan tiga kapal kargo, akan belayar bersama menghantar bantuan kemanusiaan.

"Sekali gus memberi tekanan supaya Israel menamatkan embargo ekonomi yang dikenakan ke atas penduduk di Gaza dan Palestin.

"Bertemakan Pertahankan Kemanusiaan atau Stay Human, misi ini bergerak berdasarkan prinsip-prinsip keamanan dan mematuhi seluruh undang-undang antarabangsa termasuk semua resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," jelasnya.

Zulkefli turut memaklumkan misi ini akan membawa bersama bantuan kemanusiaan seperti peralatan hospital yang amat diperlukan oleh penduduk di Gaza, bahan-bahan pendidikan untuk kanak-kanak serta barangan pembinaan asas yang diperlukan dalam pembinaan semula bangunan.

Justeru, beliau berkata, mereka yang ingin menghulurkan bantuan dan menaja pembelian peralatan yang diperlukan, boleh melalui akaun Muslim Care (Viva Palestin: 564490211159 (Maybank).

Perubahan agak besar di Perhubungan PAS Kelantan

Posted: 17 Jun 2011 11:30 PM PDT

16 Rejab 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 18 Jun: Badan Perhubungan PAS Kelantan hari ini membuat rombakan agak besar dengan menampilkan muka-muka baru bagi memantapkan lagi organisasi parti.

Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan baru menggantikan Mohd Zaki Ibrahim.

Manakala bendahari - Adun Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad menggantikan Datuk Anuar Tan Abdullah.

Selain itu Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri menampilkan sarjana lulusan Sains Politik, Wan Nik Wan Yussof.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar menggantikan Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun.

Pengumuman mengenai perubahan itu dibuat Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada persidangan media di Pejabat PAS Negeri hari ini.

Bagaimanapun beberapa jawatan utama lain tidak berlaku sebarang perubahan. Timbalan Pesuruhjaya I, Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Husam Musa dan Timbalan Pesuruhjaya III, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Begitu juga jawatan Ketua Penerangan tidak berubah, Dr Mohamad Fadzli Hassan selepas dilantik tahun lepas.

Selain itu Setiausaha Kerja Dewan Ulama PAS Kelantan, Ustaz Mohd Asri Mohd Zain dilantik sebagai Penolong Setiausaha II menggantikan Mohd Ridha Mohd Zain. Penolong Setiausaha I, Mohd Nasir Che Daud kekal.

Pelantikan tersebut bagi tempoh 2011/2013 dibuat berdasar kepada Fasal 40 (5), Fasal 40 (3) (m) dan Fasal 79 (3) Perlembagaan PAS pindaan 2011.

Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri kali pertama selepas muktamar itu juga melantik tujuh ahli jawatankuasa baru iaitu Ustaz Ahmad Fadhli Shaari (Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Datuk Takiyuddin Hassan (Exco), Datuk Anuar Tan (Exco), Hisham Fauzi (peguam), Senator Mumtaz Mohd Nawi, Hussin Embong (AJK PAS Gua Musang) dan Datuk Dr Johari Mat (ahli akademik).

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar merakamkan ucapan terima kasih di atas jasa dan khidmat setiausaha, bendahari dan pengarah jabatan pilihan raya sebelum ini.

Sementara itu Zulkifli berkata, beliau berharap mendapat kerjasama semua pihak bagi melaksanakan tugas baru di Perhubungan PAS Negeri.

"Tugas ini suatu yang berat tanpa bantuan dan kerjasama semua pihak tentunya ia sukar untuk dilaksanakan.

"Insya Allah saya akan berusaha meneruskan kesinambungan tugas yang dilaksanakan Setiausaha Perhubungan sebelum ini. Kalau ada perubahan bakal dibuat ia hanya berdasar kepada kehendak semasa," ujarnya.

Beliau juga merakam ucapan terima kasih kerana diberi kepercayaan oleh Pesuruhjaya bagi melaksanakan tugas yang begitu mencabar itu.

Beliau sebelum ini pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Kelantan.HD/-

Ulasan :

Tahniah kepada yang terlantik dan penghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat dengan jawatan yang disandang untuk sesi yang lepas, semuga ianya memberi kekuatan kepada PAS Kelantan bagi mengekalkan kemenangan yang diperoleh sejak tahun 1990 itu.

P'raya masjid: Nama Agong diheret, kata Aziz Bari

Posted: 17 Jun 2011 11:24 PM PDT

16 Rejab 1432H. [MOD] -

Meskipun mengakui Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam hal-hal berkaitan agama Islam di negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja-raja Melayu, namun pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari mempertikaikan cara nama Seri Paduka diheret setiap kali bagi membidas dasar-dasar kerajaan negeri Pulau Pinang.

NONE"Hanya selepas Pakatan Rakyat mengambil-alih Pulau Pinang, tiba-tiba peranan Agong menjadi tokoh yang signifikan.

"Nama Baginda digunakan bagi menghalang sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz berkata prosedur atau peraturan yang betul mengikut perlembagaan adalah bagi pihak Istana Negara atau setiausaha sulit Yang di-Pertuan Agong bagi mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukannya sebagai ketua agama dan bukannya oleh pihak-pihak yang lain.

"Pastinya bukan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan.

"Jadi beliau harus diam. Biarkan Baginda melaksanakan tanggungjawab yang diperuntukkan oleh perlembagaan - bebas daripada kerajaan sama ada peringkat persekutuan mahupun negeri," kata Abdul Aziz.

Beliau juga membidas dakwaan 'mengarut' oleh kumpulan pendesak Melayu, PERKASA yang berkata adalah salah bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid diadakan.

"Pertama, tidak ada fatwa mengatakan pemilihan itu adalah haram mengikut Islam," katanya.Fatwa

Lagipun menurut profesor itu lagi, umat Islam, sama ada dari Umno, PAS dan PKR, semuanya pernah terbabit dalam pemilihan parti masing-masing.

azlan"Jika ini tidak mengikut Islam, majlis fatwa sepatutnya mengeluarkan hukum berhubung perkara itu," katanya.

Semalam, hasrat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi sesi 2012-2013 dengan kaedah pilihan raya terpaksa dibatalkan.

Keputusan itu dibuat di Istana Negara di Kuala Lumpur apabila Yang di-Pertua Negri Abdul Rahman Abbas dan Yang Dipertua MAIPP Ellias Zakaria menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Mesyuarat agung masjid-masjid di Pulau Pinang yang dijadualkan hari ini dan esok itu sepatutnya memilih jawatankuasa kariah di 151 daripada 200 masjid tetapi kini ditangguhkan sehingga notis lanjut.

Pemilihan ala pilihan raya yang dicadangkan itu bagi membolehkan anak kariah mengundi secara sulit untuk memilih pemimpin kariah yang sebelum ini dipilih oleh MAIPP.

Bantahan pelbagai pihak yang didalangi Umno begitu lantang kerana gusar pilihan raya kariah masjid akan menghakis sokongan kepada parti itu yang kini gagal menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang setelah ditumbangkan pada pilihan raya umum 2008.

Umno mendakwa pemilihan secara demokrasi itu akan hanya membawa perpecahan di kalangan umat Islam selain mengheret masjid ke kancah politik kepartian.

Malaysiakini/-

Ulasan :

Kebimbangan UMNO yang memuncak dengan peluang untuk mengambil kembali Pulau Pinang semakin pudar dan hancur maka mereka sanggup melakukan apa saja termasuk pergunakan kuasa ketiga.

Semuga rakyat Pulau Pinang terus menolak politik kotor yang sekian lama diamalkan oleh BN setelah mereka kehilangan kuasa pada tahun 2008.

Murtad fenomena yang tidak mengejutkan

Posted: 17 Jun 2011 10:06 PM PDT

16 Rejab 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media MAPIM

MAPIM berpandangan adalah tidak mengejutkan gejala murtad kelihatan agak tinggi seperti yang didedahkan oleh pihak Menteri Ehwal Islam JPM jika masyarakat melihat pelbagai faktor yang menyumbang kepada gejala tersebut.

Jika dilihat faktor yang berkaitan dengan budaya hidup , status sosio-ekonomi , persekitaran masyarakat , isu kekeluargaan , kegagalan pendidikan Islam yang berkesan semada secara formal mahupun tidak formal serta kegiatan da'wah serta khidmat dari pihak berkuasa berkaitan dengan urusan mualaf yang tidak berkesan, adanyanya usaha terang-terangan mahupun secara halus mempengaruhi agar orang Islam keluar dari Islam , semua ini menyumbang kepada pemurtadan di negara ini.

Faktor sosio-ekonomi sering menyebabkan golongan mualaf mahupun orang Melayu Islam tertekan dengan kesempitan kehidupan dan dengan itu terdedah kepada pujukan yang akhirnya murtad. Menjadi jalan terakhir bagi seorang Islam bila keadaan hidup yang terdesak berakhir dengan pilihan untuk keluar dari Islam tertutama bila pendidikan dan penghayatan Islamnya amat rendah.

Demikian juga dengan masalah tekanan keluarga yang tidak mampu diatasi oleh penganut Islam yang baru. Ditambah dengan tidak ada yang dapat didekati untuk mendapatkan kaunseling , seorang mualaf terdedah dengan pengaruh dan tekanan dari keluarga , akhirnya memilih untuk murtad.

MAPIM juga berpendapat bahawa terdapat persekitaran masyarakat yang juga tidak menyokong untuk seorang mualaf dapat hidup sebagai seorang Muslim yang terbela. Ujudnya ketidakpedulian masyarakat terhadap mualaf telah menyebabkan mereka merasa tersisih dan tidak diperhatikan.

Sementara itu berlaku juga kesulitan yang dihadapi oleh mualaf untuk mendapat bantuan dan berurusan dengan pihak berkuasa agama. Sering kerumitan yang dihadapi menyebabkan seorang mualaf hilang keyakinan dan harapan untuk mendapat pembelaan sehingga mereka membuat keputusan untuk kembali kepada agama asal.

Anak Najib, Nooryana Najwa bertunang warga Kazakh

Posted: 17 Jun 2011 06:34 PM PDT

16 Rejab 1432H. [MOD] -

Anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor - Nooryana Najwa secara rasmi bertunang dengan seorang pembesar kerajaan , Daniyar Nazarbayev dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam.

Hanya media rasmi kerajaan dibenarkan membuat liputan. Menurut Bernama majlis pertunangan pasangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga serta rakan mereka, selain orang kenamaan dari Malaysia dan luar negara.

Antaranya, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah; Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.

NONEAwal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya.

"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi," kata pemimpin PAS itu.

Sebaliknya, Wisma Putra menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa lawatan itu adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Kazakh Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu.

Lawatan itu, juga dikatakan kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-7 di Astana dari 7 hingga 9 Jun lalu.

Jemputan khas sahaja

Majlis tertutup malam semalam itu hanya dihadiri oleh jemputan khas terpilih sahaja termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri; Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi, menteri kabinet, timbalan menteri serta pegawai kanan kerajaan pusat dan negeri.

Hadir sama ibu Najib, Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamad Noah.

Kenamaan asing yang turut dijemput termasuk Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan dan isteri Sheikha Salam binti Hamdan Al Nahyan, serta Pengerusi Medina Council Putera Saud bin Abdulaziz Al-Saud.

Nooryana Najwa, 22, merupakan lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat sementara Daniyar, 22, menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.

Pasangan itu bertemu ketika menuntut di Amerika Syarikat.

pakatan pc on spr ban pondok panas 280409 dzulkefly ahmadDzulkefly Ahmad juga pernah membidas Najib dan keluarganya kerana semasa anak gadisnya itu menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika mereka sekeluarga dikatakan ke negara itu juga dengan program rasmi kerajaan.

"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," katanya.

Menurut pemimpin PAS itu, tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri mengendalikan urusan peribadinya seperti merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam. Malaysiakini/-

Nik Azizi : Tiada Pas tanpa nama Islam

Posted: 17 Jun 2011 06:33 PM PDT

16 Rejab 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU - Apa guna Pas tanpa nama Islam! Demikian tegas Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), ketika menjawab cabaran sesetengah pihak supaya menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas diwujudkan untuk memperjuangkan agama Islam dan adalah suatu perkara mustahil untuk menggugurkan nama dan asas perjuangan yang dipegangnya selama ini.

"Mana boleh gugur perkataan Islam, kalau gugur Islam tiada parti Pas, Melayu lebih Melayu kerana Islam, tetapi UMNO tolak Islam, khianat kepada agama dan bangsa sendiri," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Jumaatnya di Dataran Ilmu di sini, semalam.
Sebelum ini, pelbagai pihak mencabar Pas menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bagi menjaga hubungannya dengan parti pembangkang yang lain.

Sinar/-

Antaranya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi yang menjelaskan ia perlu dilakukan kerana Pas sendiri yang memberi alasan ramai orang bukan Islam keliru dan takut apabila disebut negara Islam sehingga menyebabkan parti itu menukar dasarnya kepada negara berkebajikan.

Isu itu timbul apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Ke-57 parti itu, dua minggu lalu, mengumumkan parti itu akan menumpukan perhatian kepada konsep membangun negara berkebajikan, sekali gus menimbulkan tanggapan parti itu menukar dasarnya.

Dalam pada itu, Nik Aziz menggunakan kesempatan pada kuliah Jumaat kelmarin, untuk menerangkan isu 'negara berkebajikan' yang diperjuangkannya kini dan dilihat sebagai salah satu usaha bagi mengelak ahlinya keliru dengan slogan tersebut.

Menurutnya, konsep negara berkebajikan bukan bermakna Pas mengubah dasar perjuangannya, sebaliknya ia adalah satu daripada program parti yang juga selaras dengan perjuangan ajaran Islam.

Beliau berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu gusar dengan slogan baru itu walaupun mendakwa mempunyai persamaan, tetapi inti pati yang dibawa Pas cukup berbeza.
"Buat apa nak takut, macam orang jual nasi kerabu, kalau nasi kerabu kamu lebih sedap orang akan beli, tidak perlu takut, tetapi kalau takut itu bermakna apa yang kamu jual itu tidak bernilai," katanya.

Pengharapan..

Posted: 17 Jun 2011 04:52 PM PDT

16 Rejab 1432H. [MOD] -
"Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (QS. Al Baqarah: 186).

Tidak ada masa depan kecuali mempunyai harapan, kata orang bijak. Kenyataannya memang demikian. Harapan seringkali menambah semangat hidup dan fokus untuk meraih sesuatu yang diharapkan. Orang-orang yang rela mengorbankan waktunya untuk bangun tengah malam di saat banyak manusia terlelap, lalu berwudhuk dan melaksanakan shalat tahajjud serta mengadu nasibnya kepada Allah, juga karena memiliki harapan.

Tentunya banyak harapan yang akan diraih di saat demikian. Termasuk di antaranya, harapan mendapat perlindungan Allah dari segala bahaya, memperoleh jalan keluar dari berbagai permasalahan hidup yang kadangkala begitu dahsyat menantang, dan harapan-harapan kebaikan lainnya. Bagi orang-orang seperti ini, yang ditunggu pasti ada. Dan Allah berjanji tidak akan menyia-nyiakan permintaan hamba-hambaNya yang ikhlas. Dalam berbagai firmanNya, Allah pun telah berjanji untuk mengabulkan doa, antara lain, "Berdoalah kepadaKu, niscaya Aku kabulkan doamu" (QS. Al Mukmin: 60).

Namun, penting bagi diterimanya doa adalah taat dan baik perilakunya. Dengan demikian, orang-orang yang senantiasa menjaga dirinya dengan perilaku-perilaku yang baik sama dengan menjaga harapan-harapannya agar dipenuhi oleh Allah. Sebaliknya, orang-orang yang gemar dalam kemungkaran dan sombong adalah orang-orang yang sesungguhnya tak memiliki harapan. Karena itu, sangat aneh bila orang-orang seperti ini dipilih sebagai para pemimpin yang akan mewujudkan harapan masyarakat.

Utusan Biadab, Hina syariat Islam.

Posted: 17 Jun 2011 04:50 PM PDT

16 Rejab 1432H. [MOD] -

IPOH, 17 Jun, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini mengecam karikatur terbaru yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia berjudul "Kekeliruan Kes Rogol" pada 15 Jun lalu yang disifatkan menghina syariat Islam.

Beliau kesal atas karikatur sebegitu yang dianggap langsung tidak bertanggungjawab dan menidakkan sensitiviti masyarakat beragama Islam di Malaysia. Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video. Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada 2 pihak berkuasa berbeza jelas mempersendakan golongan ulama dan Islam.

Beliau berkata, "Kartun sebegini jelas mempunyai niat jahat untuk memperlekeh pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam. Unsur-unsur sebeginilah yang membawa kepada perpecahan umat. Bertentangan dengan objektif media itu sendiri sebagai alat perpaduan."

Ujar beliau lagi, "Pihak Utusan Malaysia seharusnya jelas dalam membicarakan soal ini. Zina dan rogol, adalah dua perbuatan yang mempunyai definisi berbeza. Justeru, mempunyai pemberat serta pertimbangan berbeza dalam soal hukum. Karikatur sebegini boleh mencetuskan salah faham kepada Islam malah mempersenda aspek sistem keadilan di dalam Islam."

Dalam pada itu, beliau meluahkan kekesalan terhadap sikap PERKASA dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dilihat seolah-olah membela Utusan Malaysia dengan mendakwa ia hanyalah sindiran terhadap golongan yang tidak memahami undang-undang Islam dan masalah persepsi individu.

Tindakan Utusan Malaysia ini turut dikecam oleh Persatuan Ulama Malaysia dan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. Selain itu, Mursyidul Am PAS Datuk Bentara Setia Nik Abdul Nik Mat pula menyifatkan Utusan Malaysia sebagai "Denmark Malaysia" kerana menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam.

Sehubungan dengan itu, PAS Perak menggesa pihak Utusan Malaysia menarik balik siaran karikatur ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia atas kebiadapannya mempersendakan perundangan Islam.

Minyak Zaitun Mampu Kurangkan Risiko Angin Ahmar

Posted: 17 Jun 2011 04:49 PM PDT

16 Rejab 1432H. [MOD] -

WASHINGTON 16 JUN : Warga tua yang mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka didapati kurang berdepan risiko serangan angin ahmar berbanding mereka yang tidak berbuat demikian.

Ia hasil penyelidikan terhadap lebih 7,000 penduduk Perancis yang disiarkan semalam di Amerika Syarikat.
Penyelidik dari Institut Penyeliikan Kesihatan dan Perubatan Kebangsaan di Bordeaux, Perancis menjalankan kajian itu terhadap 7,625 orang yang berusia 65 tahun ke atas dari tiga bandar raya iaitu Bordeaux, Dijon dan Montpellier untuk tempoh selama lima tahun.
Sepanjang tempoh kajian itu, hanya 148 daripada mereka diserang angin ahmar.

Kajian itu diasingkan kepada beberapa kumpulan berkaitan penggunaan mereka terhadap minyak zaitun - daripada mereka yang tidak mengambilnya langsung kepada mereka yang menggunakannya untuk menyapunya pada makanan, memasak dan membuat roti.

Penyelidik juga mengasingkan kumpulan itu berdasarkan berat badan, aktiviti fizikal dan amalan diet dengan mendapati kumpulan yang memakan minyak zaitun secara intensif hanya terdedah kepada 41 peratus serangan angin ahmar berbanding mereka yang tidak memakannya langsung.

Penemuan itu diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Akedemi Neurologi Amerika. - AFP

Felda : Untung RM 1 Bilion Tapi Hutang RM 6 Bilion

Posted: 17 Jun 2011 04:46 PM PDT

16 Rejab 1432H. [MOD] -


KOMENTAR : Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan memberi keterangan bercanggah dan berdolak dalih ketika cuba mencanang Felda sebagai sebuah syarikat kerajaan yang mencatatkan keuntungan berlipat ganda dan kononnya tidak pernah "membebankan" peneroka-peneroka dengan pinjaman yang diambil olehnya.



Bagaimanapun Ahmad mengaku di Parlimen hari ini bahawa meskipun kedudukan Felda begitu utuh, syarikat itu membuat pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang


Simpanan Pekerja (KWSP).



Menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad juga menegaskan tidak ada syarikat dalam kumpulan Felda yang menanggung kerugian.

Ini menurutnya adalah kerana Felda mencatat keuntungan RM1.197 bilion pada tahun lalu.

Bagaimanapun Ahmad Maslan kemudian mengaku bahawa sebuah syarikat yang dibeli untuk memasuki pasaran minyak masak di Amerika Utara menanggung kerugian.



Namun Ahmad menyifatkan kerugian itu fenomena biasa dalam pembelian aset di luar negara.



Dalam ucapannya di parlimen itu, Ahmad mempertikaikan angka-angka yang dirujuk oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kerugian terkumpul Felda sebanyak RM500 juta dari tahun 2007 hingga 2010.



Sebahagian besar daripada kerugian itu dikatakan ditanggung oleh Felda Global Ventures menerusi pelaburan-pelaburan rapuh di luar negara, kata Anwar sambil memberikan contoh-contoh pelaburan yang dimaksudkan.



Anwar meminta kerajaan Umno-BN menyatakan sama ada RM6 bilion itu digunakan oleh anak syarikat Felda, Felda Global Ventures untuk melabur dalam syarikat milik asing.



"Saya tidak tahu dari mana ahli parlimen Permatang Pauh mendapat angka-angka ini," kata Ahmad dengan sekali lagi mencanang keuntungan RM1.197 bilion Felda tahun lalu.



Anwar berkata Felda sepatutnya mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda sekiranya pengurusan lebih telus.



Namun akibat pengurusan lembab, peneroka dinafikan hak untuk menikmati keuntungan lebih tinggi memandangkan harga kelapa sawit dan getah dunia melambung tinggi.



Anwar menegaskan pencapaian anak syarikat Felda tidak mencerminkan aset begitu luas yang dimiliki oleh Felda serta potensi keuntungan yang bakal dicapai.



Tahun lalu, Ahmad mengaku, juga di Parlimen, bahawa rizab Felda susut daripada lebih RM4 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion tahun 2009.



Peneroka Felda dilihat sebagai "simpanan tetap" Umno ketika pilihanraya dan sebarang kritikan terhadap pengurusan Felda sering mengundang tindakan padah daripada pemerintah.



Tahun lalu, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan diharamkan dan disaman kerana mendakwa Felda mungkin bankrap jika terus menanggung kerugian akibat


pemborosan dan pelaburan yang tersasar.



Pada hari ini Ahmad mendakwa peneroka Felda tidak pernah ditindas, namun keputusan-keputusan Mahkamah dalam beberapa saman yang difailkan oleh peneroka


menunjukkan hakikat yang sebaliknya.



Ribuan peneroka Felda memenangi hak untuk mendapatkan pampasan daripada Felda setelah hakim memutuskan mereka ditipu bayaran untuk hasil sawit yang diusahakan.



Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu memerintahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu sekumpulan peneroka di Kemahang.


Permohonan semakan MP Sg.Siput Didengar 7 Julai Ini

Posted: 17 Jun 2011 04:45 PM PDT

16 Rejab 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR 16 JUN : Permohonan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D Jeyakumar untuk mencabar keputusan kerajaan kerana didakwa gagal memberi peruntukan pembangunan bernilai RM1 juta untuk kes yang diwakilinya, akan didengar pada 7 Julai ini oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan Kuasa-kuasa Khas) di sini.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menetapkan tarikh itu selepas menemui peguam B.Mahaletchumi yang mewakili Jeyakumar, dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan dan Shamsul Bolhassan bagi pihak Peguam Negara.

Pada 25 Februari lalu, Hakim Datuk Aziah Ali memberikan kebenaran kepada Jeyakumar selaku pemohon untuk memulakan tindakan tersebut setelah menolak bantahan Peguam Negara.

Pada 29 Oktober tahun lalu, Jeyakumar, 52, memfailkan permohonan bagi memperoleh pengisytiharan bahawa peruntukan khas kawasan Parlimen mesti dbekalkan dan disediakan kepada semua ahli Parlimen secara saksama.

Dalam permohonannya, Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia, menamakan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri, Pengarah Pembangunan Perak dan kerajaan sebagai responden, selepas Pejabat Pengarah Pembangunan Perak menolak permohonannya mendapatkan dana untuk
disumbangkan kepada SMJK Shin Chung, SJK Methodist dan Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan selain dana bagi projek kecil untuk perkampungan Orang Asli.

Beliau memohon perintah supaya kesemua responden itu menjelaskan bidang kuasa masing-masing dalam mengagihkan dana daripada Peruntukan Khas Kawasan Pilihan Raya dan menyatakan prosedur pengagihan peruntukan itu sejak 2008.

Sementara itu, mahkamah menetapkan 19 Julai ini untuk mendengar permohonan Pejabat Peguam Negara bagi menggantung perintah Mahkamah Tinggi pada 25 Februari lalu yang membenarkan Jeyakumar mencabar keputusan kerajaan sehingga pelupusan rayuan di Mahkamah Rayuan.TVS/-

Ki-moon dapat sokongan PBB untuk penggal kedua

Posted: 17 Jun 2011 04:40 PM PDT

16 Rejab 1432H. [MOD] -

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU 18 Jun - Majlis Keselamatan PBB semalam memberikan sokongan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon(Gambar) untuk menjawat jawatan itu buat penggal kedua.

Ia merupakan langkah penting terakhir sebelum Perhimpunan Agung PBB yang dianggotai 192 buah negara, yang menentukan keputusan berhubung perkara tersebut.

Sokongan tersebut diberikan sehari selepas ia tertangguh ekoran apa yang disifatkan oleh diplomat-diplomat PBB sebagai masalah penangguhan prosedur dan teknikal dari beberapa negara Amerika Latin. - Agensi

28 terbunuh, bas bertembung di Sudan Selatan

Posted: 17 Jun 2011 04:39 PM PDT

16 Rejab 1432H. [MOD] -

KAMPALA, Uganda 18 Jun - Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh apabila dua buah bas bertembung di Sudan Selatan, semalam.

Jurucakap polis Uganda Utara, Johnson Kirama berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 50 kilometer dari sempadan Uganda di Selatan Sudan.

Beliau berkata, 17 rakyat Uganda dan 11 warga Sudan merupakan antara mangsa terbunuh dan lebih 20 orang cedera dibawa ke sebuah hospital berdekatan sempadan berkenaan. - Agensi

Qari Negeri Sembilan, qariah Johor juara

Posted: 17 Jun 2011 04:28 PM PDT

16 Rejab 1432H. [MOD] -
AMIRAHMAN   bersama Suraya  selepas  muncul johan qari dan qariah pada  Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Majlis Islam  Sarawak, Kuching, malam tadi.
AMIRAHMAN bersama Suraya selepas muncul johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Majlis Islam Sarawak, Kuching, malam tadi.

Johan tilawah bawa pulang RM15,000, terima pakej haji

KUCHING: Qari Negeri Sembilan, Amirahman Abas dan qariah Johor, Suraya Abu Hassan dinobatkan johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah al-Quran Kebangsaan Ke-54 di Dewan Majlis Islam Sarawak di sini, malam tadi.

Johan tilawah masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM15,000 dan pakej menunaikan ibadat haji.

Sementara qari Perak, Anuar Hasin dan qariah Sarawak, Roziah Ayub muncul naib johan qari dan qariah.

Tempat ketiga dimenangi qari Terengganu, Ahmad Tirmizi Ali dan kategori qariah pula dimenangi juara bertahan, Nor Azrah Ayub.

Pemenang naib johan membawa pulang wang tunai RM7,000 dan RM5,000 bagi tempat ketiga. Pemenang sagu hati menerima wang tunai RM2,000 setiap seorang.

Hadiah disampaikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin dan isteri, Toh Puan Norkiah.

Hadir sama, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman dan Menteri Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Seramai 15 qari dan 14 qariah memperdengarkan bacaan al-Quran masing-masing pada tilawah yang berlangsung selama lima hari sejak Isnin lalu. Johan qari dan qariah akan mewakili Malaysia.

Pemilihan JK Mesjid Pulau Pinang ditangguhkan.

Posted: 17 Jun 2011 03:02 AM PDT

15 Rejab 1432H. [MOD] -

Pemilihan jawatankuasa kariah masjid-masjid di seluruh Pulau Pinang bagi sesi 2012-2013 yang sepatutnya bermula esok, ditangguhkan sementara waktu, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim.

Beliau berkata, keputusan menangguhkan pemilihan itu dibuat selepas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pagi ini.

"Saya baru diberitahu melalui telefon oleh Ellias bahawa hasil daripada satu pertemuan yang telah diadakan di Istana Negara pagi ini, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid ditangguhkan buat sementara waktu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemilihan ala pilihan raya yang membolehkan anak kariah mengundi secara sulit untuk memilih pemimpin kariah itu mendapat bantahan yang tidak berasas dari pihak tertentu .

Mereka memberi alasan yang tidak munasabah kononnya dan menyifatkan pilihan raya kariah masjid itu hanya membawa perpecahan di kalangan umat Islam selain menuduh pemilihan itu mengheret masjid ke kancah politik kepartian.

Isu sebenarnya dilihat bagaimana terdapat pihak yang bimbang hilang penguasaan kepada Mesjid dan sengaja menimbulkan pelbagai Isu bagi terus mempolitikkan mesjid serta ingin terus melihat masjid tidak aktif darimajlis keilmuan.

Apapun kita harapkan mesjid di Pulau Pinang dapat dipacu secara aktif untuk membimbang orang Melayu kearah memahami Islam. Majlis ilmu mestilah disemarakkan tanpa ada gangguan walau siapapun yang menjadi Jawatankuasanya.

Pura-pura pengsan elak dicekup

Posted: 17 Jun 2011 01:50 AM PDT

15 Rejab 1432H. [MOD] -

BAGAN SERAI – Hanya kerana mahu elak dicekup, seorang lelaki sanggup mengambil tindakan pura-pura pengsan ketika cubaannya memecah masuk sebuah rumah di Taman Serai Perdana, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit berpura-pura pengsan di atas bumbung milik sebuah rumah penduduk.

Ketua Pasukan Keselamatan Sukarelawan Bagan Serai, Ooi Ding Soon berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian oleh penduduk kira-kira jam 1.30 pagi, kelmarin, yang mengesyaki berlakunya kes pecah rumah.

Menurutnya, beliau kemudiannya mengumpulkan ahli untuk membuat intipan dan tangkapan.

"Tiba di lokasi kejadian, perompak ini berpura-pura pengsan kerana dipercayai tidak mempunyai jalan untuk melarikan diri setelah dikepung.

"Kami terpaksa meminta bantuan daripada pihak bomba untuk membawa turun lelaki terbabit," katanya.

Katanya, pihaknya turut memanggil pihak polis untuk membawa penjenayah berkenaan ke balai berhampiran.

Sementara itu, mangsa, Yew Thean Seng, 69, berkata, dia mengetahui hal itu apabila dihubungi Ding Soon.

Menurutnya, ketika kejadian, dia tidak berada di rumah dan Ding Soon memintanya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Balai Polis Bagan Serai untuk tujuan keselamatan.

"Mujurlah tindakan pencuri ini berjaya di hidu jiran tetangga saya, jika tidak saya sudah kerugian akibat kehilangan harta benda.

"Bumbung dan syiling rumah saya telah dipecahkan cuma pencuri mungkin tidak sempat masuk ke dalam rumah dan mengambil barang-barang," katanya.

Thean Seng berkata, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan polis masih menyiasat kes berkenaan.

"Terima kasih di atas keprihatinan jiran tetangga dan pasukan keselamatan termasuk pihak bomba dan serta polis," katanya.

sinarharian/-

Rasuah: Bekas Pengarah NasionCom lepas dan bebas

Posted: 17 Jun 2011 01:45 AM PDT

15 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 17 Jun – Bekas Pengarah NasionCom Holdings Bhd (NCH), Chee Kok Wing hari ini dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap sembilan pertuduhan menerima rasuah melibatkan lebih RM3.85 juta.

Hakim Rosbiahanin Ariffin membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Kok Wing, 48, di akhir kes pendakwaan.

"Setelah meneliti keterangan saksi dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah melepaskan dan membebaskan tertuduh tanpa perlu membela diri.

"Dalam membuat keputusan ini, mahkamah mendapati dalam kes ini keterangan saksi pendakwaan iaitu pengadu tidak disokong mana-mana keterangan yang lain serta tujuan sebarang pembayaran jika ada, tidak terbukti," katanya.

Kok Wing, didakwa di mahkamah di sini dan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Mei 2008 terhadap kesalahan menerima rasuah daripada tiga pengarah syarikat makanan laut, Gropoint Ocean Food Sdn Bhd yang berpangkalan di Labuan, Sabah sebagai dorongan kepada pengarah Bahagian Terbitan dan Pelaburan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Kris Azman Abdullah bagi membantu syarikat itu disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Suapan itu juga bagi menghentikan siasatan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat terhadap syarikat itu. – Utusan

Hanya 151 daripada 200 masjid adakan pilihan raya

Posted: 17 Jun 2011 01:40 AM PDT

15 Rejab 1432H. [MOD] -

GEORGE TOWN 17 Jun – Seramai 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 daripada 200 masjid di Pulau Pinang dalam pemilihan jawatankuasa kariah masjid yang pertama kali diadakan.

Pengundian akan berlangsung semasa mesyuarat agung masjid-masjid berkenaan esok, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, 34 buah masjid tidak akan mengadakan pemilihan kerana anak-anak kariahnya telah mengadakan kompromi manakala lapan buah lagi tidak menghantar borang pencalonan selepas pencalonan ditutup pada 7 Jun.

Abdul Malik juga berkata, pilihan raya masjid itu menepati Seksyen 22 (4) Enakmen Majlis Agama Islam Pulau Pinang. - Bernama

Pengikut