Rabu, 29 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 29 Dec 2010 11:13 PM PST

Salam Perjuangan


BN RAMPAS KEDAH - NO WAY!!!

Posted: 29 Dec 2010 06:51 PM PST

24 Muharram 1432 H | 30 Disember 2010

"Hasrat dan cita-cita beliau itu adalah sesuatu yang baik. Namun begitu, sekiranya pimpinan baru yang dilantik menerajui kepimpinan tidak dapat membuat reformasi yang lebih efektif dari kepimpinan terdahulu, maka adalah lebih baik teraju sebelum ini dikekalkan. 


"Walau apa pun aspirasi mereka, PAS tidak akan sekali-kali memberi peluang kepada Umno untuk meneruskan hasrat mereka untuk mencapainya dengan jalan yang mudah. Siapa saja yang menjadi pesaing kepada parti lawan, kita akan terus berjuang tanpa menyerah kalah kepada mereka."
- Harakahdaily 

RELAKS MINDA - MALAYSIA BOLEH!!

Posted: 29 Dec 2010 03:45 PM PST

24 Muharram 1432 H | 30 Disember 2010

Setelah pelbagai tekanan baik dari media dan penyokong Indonesia yang melanda, barisan muda Harimau Malaya tetap gah untuk menjulang trofi. Sekalung tahniah dan kekentalan semangat mereka wajar mendapat pujian. Moga ianya menjadi pemangkin kebangkitan skuad bola sepak negara.

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 29 Dec 2010 11:08 PM PST

MTD-RANTAU ABANG


PEMERINTAHAN PAS 1999-2004 SIRI 1

Posted: 29 Dec 2010 03:21 PM PST








LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 29 Dec 2010 09:24 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


JCorp - THE LATEST DEVELOPMENT

Posted: 28 Dec 2010 09:41 PM PST

Wednesday December 29, 2010

Can JCorp manage debt without asset sale?

BEHIND THE NEWS
By CECILIA KOK


cecilia_kok@thestar.com.my

PETALING JAYA: For those still craving for a bite of its "finger lickin' good" business in Malaysia, Johor Corp (JCorp) has this to say: "QSR Brands Bhd and KFC Holdings (M) Bhd are not for sale."
Any speculation of its intention to sell those prized assets must have to be mooted by people with "malicious intent", JCorp's newly appointed president and chief executive officer Kamaruzzaman Abu Kassim said in a statement issued on Monday to quash rumours that the state investment arm was planning to sell QSR and KFC to finance its debt.


JCorp is the ultimate shareholder of the lucrative fast-food businesses of QSR and KFC. Its interests in both the companies are held through its 53%-owned subsidiary Kulim (M) Bhd, whose main business is in the plantation sector. Kulim owns a 57.5% stake in QSR, which in turn, owns a 50.6% stake in KFC.
As one of the country's largest state economic development authorities, JCorp at present boasts about 250 companies in its stable. Besides those embroiled in the recent takeover rumours, the company's other key assets also include private healthcare service provider KPJ Healthcare Bhd; property development companies Johor Land Bhd and Damansara Realty Bhd; intrapreneur venture business Sindora Bhd; as well as the London-listed plantation company, New Britain Palm Oil Ltd (NBPO). (Kulim owns about 50% of NBPO)
Market observers say that while JCorp's recent clarification has managed to quell speculation of QSR and KFC sale, it has not entirely rule out the possibility of JCorp needing to dispose of some of its other key assets to pare down its mountain of debt.


According to JCorp's latest annual report, its total debt as at Dec 31, 2009, stood at a whopping amount of RM6.62bil. Of that, RM3.6bil is due for repayment in July 2012.
"It remains to be seen if JCorp could afford to resolve this huge amount of debt without having to embark on some asset sales," an analyst says.


Kamaruzzaman in a recent note has maintained that JCorp's debt obligations remain manageable for the company, and that CIMB Bank Bhd and Malayan Banking Bhd, which own the bulk of the company's soon-to-expire debt, have been appointed as its financial advisers.


He has also earlier informed the press that JCorp already has in place a debt-restructuring plan, details of which will be revealed next year. It is understood that refinancing could be an option that the company is going for, as the route will not necessarily result in the need to sell out any of JCorp's assets. This is important to maintain the company's strategic interests.


But analysts point out that in order to qualify for the option, JCorp still has to prove that it has a compelling cash flow story to tell the bankers. But as it stands, analysts say, this is the very element that JCorp lacks.
The company's annual report, for one, revealed that JCorp only had RM705mil in cash as at the end of last year. On top of that, it had to fork out around RM500mil as interest payments to service its loan RM1.7bil as loan repayments. and


"Creditors are inclined to see at least a partial repayment of a huge debt as proof of the company's commitment to settle its loan," an analyst says.


"In that sense, it's going to be a challenge for JCorp to find ways to prove its cash flow position and commitment in repaying its debts based on its prevailing balance sheet," he adds.


While JCorp is asset rich, considering its total assets worth of more than RM14bil as at the end of last year, the company only managed to book a paltry RM5mil in dividend receipts during the financial year of 2009.


This problem is due to JCorp's structure of the ownership of its assets: the company does not own most of its prized assets directly. To put that into perspective, any dividend declared at the KFC and QSR levels, for instance, tend to get "trapped" at Kulim's level. JCorp will only get to enjoy a portion of the money declared at the KFC and QSR levels.


In any case, it is argued that JCorp has other assets that can be sold. One is its direct stake of 48.35% of KPJ Healthcare Bhd, with Khazanah Nasional Bhd being the likely buyer. The other is the NBPO, which it owns through Kulim's holding of a 50% stake in the company.


One thing for sure, some punters will still speculate on the potential sale of JCorp's other assets until the company unveil the details of its debt-restructuring plan.

source: http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/12/29/business/7697667&sec=business
________________________________________________________________________________



JCorp nafi cadang jual QSR Brands, KFCH

 
 
SEGAMAT - Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menafikan Johor Corporation (JCorp) bercadang untuk menjual kepentingannya di dalam QSR Brands Bhd dan KFC Holdings (M) Berhad.

Beliau yang juga adalah Pengerusi JCorp berkata, isu cadangan melupuskan kepentingan JCorp di dalam kedua-dua syarikat itu tidak timbul sama sekali.


JCorp di dalam satu kenyataan kelmarin berkata, ia tiada rancangan untuk menjual aset berharganya, QSR Brands Bhd dan KFC Holdings (M) Bhd, yang dipegang menerusi anak syarikatnya Kulim (M) Bhd.

"Keputusan daripada segmen ini menyumbang dengan ketara, sekali gus menyaksikan 47.5 peratus dan 44.1 peratus masing-masing kepada pendapatan dan keuntungan sebelum cukai Kulim dalam tahun kewangan yang lepas.

"Adalah satu keputusan tidak bijak untuk melepaskan 'perniagaan tunai' yang mendatangkan keuntungan kerana kami mungkin tertekan mendapatkan pelaburan alternatif yang menyediakan pulangan yang sama ataupun lebih baik," katanya.

JCorp mempunyai beberapa aset bernilai dalam lingkungan kumpulan. Walaupun ia tidak memiliki kebanyakan daripada aset ini secara langsung, ia menguasai 53 peratus Kulim yang memiliki 57.5 peratus QSR. QSR sebaliknya pula menguasai 50.6 peratus KFC. - Bernama 


sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8563151.asp
            sinar harian Rabu 29 Disember 2010



PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 29 Dec 2010 09:04 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Nizar : Jangan Benarkan Khusrin Masuk Pejabat Sebagai Tanda Protes

Posted: 28 Dec 2010 11:47 PM PST


SHAH ALAM 28 DIS : Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyarankan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya tidak membenarkan Datuk Khusrin Munawi masuk ke dalam pejabat setiausaha kerajaan negeri selama sebulan sebagai tanda protes.

Cadangan ini diajukan oleh Nizar berikutan perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam tanpa merujuk kepada kerajaan negeri yang dianggap bertujuan untuk mencapai kepentingan politik pihak-pihak tertentu.

"Jadi saya cadangkan supaya Tan Sri Khalid menggunakan kuasa dia untuk mengunci dan anggota keselamatan jangan membenarkan Khusrin masuk selama satu bulan ke pejabat dia.

"selepas kunci bilik tu dia kena keluarkan, Tan Sri Khalid keluarkan satu nota kepada Datuk Khusrin supaya tidak masuk ke pejabat SS dan hanya duduk di rumah, dan kerja dia hendaklah dipangku oleh orang lain," katanya yang dihubungi TV Selangor hari ini.

Nizar mengemukakan cadangan ini kerana khuatir apa yang berlaku di Perak akan berulang lagi di Selangor dan cadangan tindakan ini dilakukan bagi menyelamatkan tampuk pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor.

Sebelum ini, UMNO-BN telah merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat gara-gara dua ADUN PKR (Behrang & Changkat Jering) dan satu ADUN DAP (Jelapang) telah bertindak keluar parti dan menjadi Bebas, kelayakan ketiga-tiga ADUN ini dipertikai kerana kerusi DUN yang berkenaan telah diumumkan kosong oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar.

Nizar juga menolak tindakan perlantikan Khusrin ini dan menganggap ia sebagai membelakangkan Menteri Besar Selangor kerana keputusan dibuat tanpa meminta pandangan Menteri Besar itu.

"Saya berpendapat bahawa ini adalah satu tindakan yang tidak menghormati kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat sebab dia sebagai menteri besar, mestilah diberikan keputusan ataupun ruang untuk memilih orang yang dia boleh berkerja sebagai SS walaupun dia ada perlantikan daripada Putrajaya tapi pandangan dia mesti dihormati oleh Putrajaya ataupun SPA, jadi ini menunjukkan membelakangkan Tan Sri Khalid dengan hanya menggunakan Tuanku Sultan," katanya.

Nizar turut memberitahu jika perlantikan Khusrin ini diteruskan, mungkin akan terdapat campurtangan dari kerajaan Pusat dalam membuat keputusan mesyuarat Exco.

"Apa saja keputusan-keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat exco, kita sepatutnya SS akan keluarkan arahan dan laksanakan yang diputuskan dalam mesyuarat exco dia lengahkan, dia tak buat.

"kemudian apa yang tak diputuskan dia buat, mesyuarat exco tak bincangkan masalah ini, dia sendiri akan buat surat dan keluarkan arahan tanpa kita bagi arahan dari mesyuarat exco," ujar Nizar.

Mohd Khusrin, 54 tahun, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, yang bersara pada hujung minggu ini, dilihat sebagai pegawai kanan yang kontroversi ketika menerajui JAIS.

Di bawah terajunya JAIS menahan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin atas alasan mengajar tanpa tauliah.

Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat turut dilarang memberi ceramah di masjid-masjid Selangor.

JAIS sedang menguruskan kes kontroversi melibatkan tangkapan besar-besaran pengamal Syiah minggu lalu.

PAS LENGGONG

Posted: 29 Dec 2010 08:03 PM PST

PAS LENGGONG


Program YDP PAS Lenggong

Posted: 28 Dec 2010 11:06 PM PST


Mln ni jemput Us Nazri Din Calun Pas Dun Kubu Gajah kalah sikit ngan Raja Ahmad Zainuddin mintak tlg maghi surau ana kat Kg Luat sedih hati bila adek beradek menjadi penentang Islam klu ideologi PAS salah tlg tunjuk dimana arwah ayah ana ajo wlauapapun berusaha cari jln yg betul kerana kita tetap akan bertemu ALLAH

Tanah runtuh di Bukit Raja Lenggong

Posted: 28 Dec 2010 10:33 PM PST

Gambar diambil bulan january tahun 2010. Gambar sekarang akan di tunjukkan tetapi berapa kos penyelenggaraan itu?
ada yang kata RM500,000.00
ada yang kata RM1,000,000.00
Dalam cuti hujung tahun 2010 ini sesiapa anak lenggong yang balik boleh lah tengok.
patut atau tidaknya.


Dia mahu menipu siapa?

Posted: 28 Dec 2010 10:23 PM PST

YDP PAS Lenggong bersama Tuan Guru Presiden
Gambar di bawah menjelaskan sehalanya. Dia (Zambry) boleh menipu dan memperdaya orang redza diperdaya (Harussani)
Ancak: Zambry kelirukan Harussani?
Harakahdaily

IPOH, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasa kesal dengan keterangan yang mengelirukan daripada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kepada mufti negeri, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung majlis ancak.

Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali menyatakan demikian setelah meneliti surat jawapan balas Zambry kepada Harussani berhubung dengan perbuatannya menghadiri majlis ancak tiang seri dua bulan yang lepas.

Katanya, hujah menteri besar itu tidak diperkukuhkan dengan nas Al-Quran dan Sirah Nabi bagi menjelaskan kepada ummat Islam hukum sebenar terhadap majlis yang diadakan tersebut.

"DPPN Pk melihat Datuk Seri Zambry tidak berkata benar setelah Tan Sri Harussani ingin mendapatkan penjelasan.

"Jelas Datuk Seri Zambry yang baru menunaikan ibadah haji tidak memperjelaskan perkara sebenar apa yang sebenarnya berlaku pada hari tersebut di Kampung Guar, Manong," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, DPPN Pk amat kesal sikap berdalih Zambry kerana masih mengelirukan umat Islam di negeri ini khasnya dan negara amnya.

Sehubungan itu, tegasnya DPPN Pk mendesak Zambry agar menjelaskan perkara sebenar supaya tidak terus mengelirukan umat Islam.

Ini, tambahnya kerana Zambry yang memegang jawatan penting berkaitan agama Islam tidak sepatutnya menghadiri atau membenarkan majlis seumpama Majlis Ancak Tiang Seri dijalankan serta diamalkan kembali di negeri ini.

"DPPN Pk meminta kepekaan Datuk Seri Zambry agar berterus terang di dalam perkara ini agar ummat Islam tidak terus mengamalkannya," ujarnya

Ya Allah Binasakanlah Perancangan Jahat orang yang Jahat

Posted: 28 Dec 2010 09:35 PM PST

Khusrin: Pusat cuba 'guling' Selangor
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Tindakan kerajaan pusat melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru dilihat seperti cubaan untuk mengguling kerajaan negeri Selangor, di samping memperlihatkan sikap sebenar kerajaan persekutuan yang tidak demokratik serta tidak menghormati semangat federalisme.

Biarpun perlantikan itu dilihat belum muktamad dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mohon mengadap Sultan Selangor untuk membincangkan perkara itu, pandangan kerajaan negeri wajar diteliti terlebih dahulu demi melahirkan sebuah kerajaan yang stabil.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi berkata, biarpun Kerajaan Negeri Selangor dipimpin oleh sebuah kerajaan yang tidak seideologi dengan kerajaan pusat, namun Kerajaan Negeri Selangor adalah sebuah kerajaan yang sah melalui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, ekoran ia adalah mandat dari rakyat yang merdeka menerusi sistem pilihanraya.

Menurut beliau, sewajarnya kerajaan negeri Selangor atau mana-mana kerajaan negeri yang lain tidak diganggu apa lagi cuba diguling semata-mata kerana ia dipimpin oleh parti yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan.

"Gangguan dan tekanan yang sering dikenakan kepada kerajaan-kerajaan negeri seperti Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan sangat bertentangan dengan semangat federalisme dan ia jelas pula bertentangan dengan prinsip demokrasi," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan 27 Disember lalu bahawa Khusrin, Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilantik sebagai SUK negeri itu berkuatkuasa 1 Januari 2011.

Sementara itu, kerajaan Selangor dalam satu kenyataan terbaru mereka memberitahu perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor itu belum muktamad.

Mereka mendakwa cadangan melantik Khusrin ke jawatan itu tidak pernah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu, Menteri Besar menurut kenyataan itu telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklumkan bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

Tan Sri Khalid juga difahamkan turut menghantar tiga nama yang telah diputuskan oleh panel yang ditubuhkan kerajaan negeri kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sehubungan itu, Menteri Besar akan mengadap Sultan Selangor pada 29 Disember ini.

Menurut Nasrudin, pengumuman Ketua Setiausaha Negara dalam isu perlantikan Khusrin sebagai SUK Negeri Selangor tanpa terlebih dahulu mengambil kira pandangan dan kehendak kerajaan negeri adalah suatu yang tidak harmonis dan sewajarnya tidak berlaku demikian.

"Justeru apa yang berlaku ini boleh mencetus spekulasi dan ia dinilai oleh umum sebagai satu "hidden agenda" untuk melemah dan menggangu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri Selangor," katanya.

Jawatan SUK, menurutnya, jawatan nombor satu dalam perkhidmatan awam di sesebuah negeri. SUK juga secara automatik menjadi ahli ex officio kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Oleh itu, SUK yang dilantik sayugianya mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan negeri terutama ketua kerajaannya iaitu Menteri Besar agar pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri berjalan lancar dan efektif.

"Namun realiti yang berlaku di Selangor, Khusrin adalah individu yang sering mencetus kontroversi dan mengganggu kestabilan kerajaan negeri. Apakah kerana tersimpan agenda tertentu apabila Putrajaya dilihat beria-ia benar menabalkan Khusrin sebagai SUK Selangor?

"Sungguhpun SUK Selangor adalah terdiri dari pegawai PTD yang juga merupakan kakitangan Persekutuan, tetapi tidak bolehkah kerajaan negeri terlebih dahulu dirundingi? ke mana perginya semangat federalisme yang didokong selama ini? Apakah kerana Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat maka demokrasi diketepikan dan semangat federalisme dikesampingkan?

"Saya sangat tidak senang malah tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian. Tidak profesional, tidak demokratik dan tidak menghormati semangat federalisme. Ia dilihat seperti cubaan untuk membuli kerajaan negeri Selangor. Ini tindakan yang tidak baik," jelasnya.

Beliau berharap rundingan Menteri Besar dengan pihak Sultan Selangor akan membawa keputusan yang positif demi kestabilan kerajaan negeri, malah demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat negeri Selangor amnya.

"Justeru konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan dalam negara ini membina hubungan yang baik antara Menteri Besar dan Duli Yang Maha Mulia Sultan sementara tindakan Sultan pula berasaskan nasihat dari Menteri Besar," katanya

Pembongkaran BAPA

Posted: 28 Dec 2010 09:06 PM PST

YDP PAS Lenggong membongkar penyelewengan felcra.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 29 Dec 2010 08:02 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Kembali Ke Sekolah : Program Amal Gunting Rambut

Posted: 29 Dec 2010 07:04 AM PST

DUNGUN 29 Disember, Rabu - Pemuda PAS Cawangan Padang Jambu julung kalinya menganjurkan Program Amal Gunting Rambut sempena musim cuti persekolahan akhir tahun 2010 ini.
Encik Azhar Sulong atau lebih dikenali sebagai Nasir
sedang menggunting rambut salah seorang peserta

Beberapa hari menjelang permulaan sesi persekolahan 2011, pada 26 dan 27 Disember baru-baru ini bertempat di Kedai Gunting Nasir, Jalan Nibong Stesen di sini seramai 30 orang pelajar berumur 12 tahun ke bawah menyertai program ini.

" Kami mengenakan bayaran separuh harga kepada peserta sebagai permulaan kepada program yang akan diusahakan lagi di tahun-tahun akan datang, insyaAllah, " ujar Ketua Pemuda PAS Cawangan Padang Jambu, Encik Zakaria Tahir.

" Kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah yang ingin menyertai program gunting rambut sempena cuti sekolah ini, masih sempat berbuat demikian dan diharap dapat hadir ke Perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate sebelum sekolah dibuka, " tambah beliau merujuk program anjuran Pemuda DUN Sura.

Mohd Nasir Mustafa - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Kawasan Kubang Rotan

Posted: 29 Dec 2010 07:39 PM PST

Mohd Nasir Mustafa - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Kawasan Kubang Rotan


Untuk lebih maklumat ikuti saya di Facebook

Posted: 29 Dec 2010 12:01 AM PST

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Khalid Samad

Posted: 29 Dec 2010 07:18 PM PST

Khalid Samad


Khusrin: Umno Pentingkan Politik, Ketepi Rakyat (Video)

Posted: 29 Dec 2010 04:24 PM PST

Nazri Abdullah (HarakahDaily)

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Tindakan kerajaan pusat melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor membuktikan bahawa Umno lebih pentingkan politik mereka dari menjaga kepentingan rakyat negeri itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika diminta mengulas isu perlantikan itu berkata, semua orang yakin dan percaya bahawa kemasukan Khusrin tidak ada maksud lain melainkan untuk menggagalkan segala usaha yang dirancang oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu.



Menurutnya, selain membelakangi semangat faderalisme, perlantikan itu juga merupakan percubaan Umno mensabotaj kerajaan negeri dalam usaha merampas kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut akan berlaku awal tahun hadapan.

"Perlantikan itu bukan sahaja tidak menghormati rakyat Selangor, malah nak sabotaj usaha kerajaan Pakatan Rakyat.

"Ini menunjukkan betapa tidak demokrasinya kerajaan BN yang telah mengancam faderalisme," katanya ketika ditemubual Harakahdaily.

Khusrin yang kini Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.

Beliau menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang akan menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Perlantikan itu bagaimanapun dipertikai pihak kerajaan negeri yang mendakwa tidak dimaklumkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam pada itu, Khalid Samad yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam secara peribadi menasihatkan Khusrin agar menolak perlantikan tersebut jika beliau bermaruah.

Menerima jawatan itu katanya, hanya akan menjadikan diri beliau sebagai musuh rakyat negeri itu yang telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri.

"Islam ajar kita, macam kenduri lah, kalau orang tak jemput, tak payah la nak datang.

"Jadi kalau orang tak nak kat kita, tak payah la nak kedepan juga seperti, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong," katanya sinis.

Khalid sebelum ini antara yang sering mempertikai tindakan Khusrin sebagai pengarah Jais khususnya dalam isu orang bukan Islam memasuki masjid yang pernah menghangatkan politik tanah air baru-baru ini.

Khusrin dakwanya dilihat berpihak kepada Umno BN dalam banyak tindakannya khususnya berkaitan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal agama di negeri itu.

Dalam isu orang bukan Islam memasuki masjid, Khalid mendakwa Khusrin bermati-matian mendakwa tindakan pemimpin Pakatan Rakyat itu salah, namun berdiam diri bila perkara sama berlaku kepada Umno BN.

"Saya rasa itulah sebab kenapa dia dilantik oleh Umno sebagai SUK walaupun dari segi kelayakan, dia tidak penuhi kreteria," katanya.

Ihsan HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 29 Dec 2010 07:14 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Tahniah Malaysia juara Piala AFF-Suzuki 2010, JUMAAT CUTI

Posted: 29 Dec 2010 04:27 PM PST

Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala AFF-Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam ini.

Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan itu disempurnakan pemain negara Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-53 dalam perlawanan timbal balik berkenaan.

Gol berkenaan memberikan kemenangan kepada negara setelah perlawanan akhir pertama menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan keputusan 3-0 pada 26 Disember lalu.

Indonesia kemudiannya memperolehi satu gol melalui pemainnya Mohammad Nasuha pada minit ke-71 dan satu lagi gol diperolehi Indonesia pada minit ke-87.

Kerajaan telah mengisytiharkan cuti umum pada hari Jumaat 31/12/2010 bagi meraikan kemenangan pertama Malaysia dalam sejarah 14 tahun kejohanan berkenaan.
Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali berpeluang melangkah ke perlawanan akhir iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger pada 1996.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 29 Dec 2010 03:08 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


BANGGO JADI GHAKYAT KO SULTE LAGU NIE...

Posted: 29 Dec 2010 01:27 AM PST

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Tuanku Faris Petra (kiri) berkenan melawat seorang peneroka, Sudin Che Ya, 59, (kanan) yang mengidap penyakit kronik asma di rumahnya, di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar di sini pada Rabu. Terdahulu Tuanku Faris Petra telah berkenan menyempurnakan majlis Pengurniaan Zakat dan Bantuan Peringkat Jajahan Gua Musang, di mana seramai 137 penduduk miskin termasuk 29 daripada kalangan Orang Asli menerima bantuan zakat dan rumah. Daripada jumlah itu ,129 menerima bantuan zakat manakala bakinya menerima bantuan rumah daripada Majlis Agama Islam Kelantan.


SULTAN Kelantan Sultan Muhammad V, Tuanku Faris Petra (kiri), berkenan menyampaikan replika kunci rumah kepada penduduk miskin pada majlis Pengurniaan Zakat dan Bantuan t Jajahan Gua Musang, di Masjid Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar, Sungai Asap B, di Gua Musang, hari ini.

Sultan demo lagu mano???

ULTRAMAN DIFITNAH PANCARKAN LASER..SEBENARNYA....

Posted: 28 Dec 2010 08:19 PM PST

... kesian Ultraman di fitnah oleh para blogger.... sebenarnye yang punye angkara adalah....


WAKAKAKAKAKA... SELAMAT BERJUANG KEPADA SKUAD MALAYSIA MALAM NIE

MUKE 'MALAUN' YG FITNAH ADUN SELISING

Posted: 28 Dec 2010 08:03 PM PST

inilah muka manusia 'malaun' yang menyebarkan fitnah kepada Adun Selising... sape lagi kalu bukan papa goma... mungkin UMNO tak ajar dia betapa besarnya dosa fitnah orang berzina...

...kalau jumpe kat mana-mana... wajib ludah ke muka manusia ini kerana dosanya lebih besar daripada fitnah...



"TGNA MENINGGAL!!"... TGNA TAK AMPUN MEREKA YG SEBAR

Posted: 28 Dec 2010 07:54 PM PST

KOTA BARU, 28 Dis – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya.

Berita kononnya beliau meninggal dunia disebarkan menerusi blog dan mesej Twitter lewat petang.

Malah SMS mengenai fitnah itu turut disebarkan semalam.
"Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya," kata beliau (gambar) yang juga Mursyidul Am PAS dipetik Bernama.

Beliau ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

.... bersama kita doakan kesihatan TGNA agar terus memimpin kita semua aminnnn

WARGA 110 TAHUN CARI CALON ISTERI...

Posted: 28 Dec 2010 07:46 PM PST

ALOR SETAR, 29 Dis. — Biarpun usia seorang warga emas di Kampung Alor Mengkudu, Kedah dianggarkan menjangkau usia 110 tahun, namun keinginan untuk hidup bersama seorang isteri di sisinya tidak pernah pudar.


Ahmad Md. Isa, masih sihat dan mampu menguruskan diri sendiri walaupun matanya rabun dan pendengarannya sedikit terjejas.

Laporan media menyebut, dia juga mempunyai pemikiran yang cerdas dan tidak nyanyuk serta masih mampu mengingati setiap kisah silam yang berlaku dalam hidupnya.

Dia pernah berkahwin sebanyak lima kali dan empat daripada isterinya telah meninggal dunia dan hanya bercerai sekali iaitu dengan isteri kelimanya.

Ahmad berkata, walaupun anak perempuannya, Fatimah, 64, sentiasa menjaga makan minumnya dengan baik, namun dia tetap punya keinginan untuk berkahwin lagi.

"Sunyi hidup seorang diri, nak tidur seorang diri di rumah pun takut. Kalau ada seorang isteri bolehlah menjaga saya," katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

"Hampir setahun saya hidup seorang diri dan saya tidak menetapkan sebarang ciri untuk isteri saya.

"Bagi saya biarlah dapat seorang isteri yang setaraf dengan saya, tapi kalau dapat yang muda, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan," ujarnya sambil ketawa.

Ahmad yang mempunyai lima anak, 20 cucu dan 40 cicit berkata, dia tidak mengamalkan sebarang rahsia untuk kekal sihat.

"Saya makan apa saja yang dihidangkan oleh anak dan isteri dahulu namun saya tidak makan organ dalaman haiwan.

"Hati kena bersih dan jangan buat benda yang dilarang oleh agama serta saling membantu jika ada orang dalam kesusahan tak kira bangsa apa sekalipun," katanya.

Dalam pada itu, cucu Ahmad, Shafinaz Wan Shaban, 33, berkata, datuknya senang diuruskan dan tidak cerewet.

"Paling dia suka ialah kunyah sirih dan bercerita kepada anak cucu yang datang melawatnya.

"Mungkin dia kesunyian apabila kami semua bekerja jadi sebab itulah dia ingin berkahwin semula," ujarnya

* gambar hiasan je

27 DISEMBER 2010 DIISYHTIHAR HARI PESTA LANTIK MELANTIK

Posted: 28 Dec 2010 04:59 PM PST

Wahai sekalian rakyat Malaysia.Bergembiralah anda sekaliannya dan bersyukurlah bahawa anda pernah hidup pada tanggal 27 Disember 2010.Hari ini Tok Lipur Sang Penglipurlara ingin mengisyhtiharkan hari yang baik bulan yang baik ini sebagai "Hari Lantik Melantik" di seluruh Malaysia.Tok ingin ingatkan cucu-cucu semua bahawa tarikh ini tarikh keramat buat politik negara.Tidak percaya?Langganlah akhbar-akhbar harian esok dan anak-anak akan dapat tahu bahawa semalam yakni hari ini adalah Hari Lantik Melantik.


BERITA SATU - PEMECAH BERITA
Hari Lantik Melantik Pengerusi Umno Negeri-negeri


Adalah dimaklumkan bahawa pada tarikh ini,kepimpinan Parti Ketuanan telah melantik tuan-tuan yang baru bagi menerajui negeri masing-masing,di mana banyak muka baru naik,sebanyak yang terpaksa menggigit jari di seluruh negeri.Tok tak berhasrat untuk menulis nama tuan-tuan tersebut satu persatu kerana anak-anak boleh tekan di sini untuk ke Malaysiakini.Apapun,upacara lantik melantik ini sebenarnya memberi petunjuk yang jelas bahawa Umno sudah tidak sayangkan negeri Terengganu dan Kedah kerana mereka lebih merindui negeri Selangor yang merupakan lubuk emas mereka sebelum ini.


Caranya cukup mudah untuk memahami seni berpolitik.Tidak perlu seperti Khairy untuk ke Oxford ataupun ke Al-Azhar,cukup sekadar pandai membaca dan berfikir,maka kita sudah memboleh membaca kedudukan Tuan Umno Selangor,Tuan Umno Kuala Lumpur,Tuan Umno Terengganu dan Tuan Umno di Kedah. Anak-anak masih belum ngerti?


Dengan kekalnya Najib sebagai Tuan Umno Selangor,jelaslah bahawa mereka akan berkubu dan menyerang kerajaan Selangor habis-habisan ataupun kalau hendak bercakap Inggeris sedikit bunyinya conquer Selangor at all cost. Mengapa Selangor perlu dipertahankan Najib?Mereka tidak kisah tidak dapat Kedah atau hilang Terengganu,tetapi jangan terlepas Selangor lagi selepas ini.Hal ini kerana Selangor adalah lubuk duit.PBT Selangor kaya raya dan para kontraktor dan kroni sudah lama sesak nafas dengan berkuasanya Pakatan Rakyat di Selangor.Hatta,si jutawan air Rozali Ismail sendiri sanggup melabur juta-juta asalkan Pakatan tumbang dan tidak lagi bising-bising terhadap jumlah wang gajinya.


Jika anak-anak rajin kembali melihat ke belakang,keadaan Selangor sekarang akan menjadi sama seperti di Terengganu dalam tahun-tahun 2000.Ketika itu,Terengganu telah dirampas dengan apa cara sekalipun.Semua berkubu di Terengganu hingga kerajaan Pas jatuh terduduk.Jangan anak-anak tidak tahu bahawa ramai pengundi hantu di Terengganu diimport dari luar seperti Selangor sehingga pengundi Selangor masih sempat mengundi selepas tempoh mengundi dilanjutkan hingga jam tujuh malam.Malah,Tok tidak hairan jika Khalid Ibrahim tersungkur di Ijok ataupun Hassan Ali tewas di Gombak Setia,tapi Tok akan hairan jika Pakatan kekal di Selangor malah Tok akan tabik spring pada mereka.


Perlu diingatkan bahawa Najib sudah tidak kisah dengan kawasannya sendiri di Pekan kerana backup plan di Parlimennya sudah dibuat selepas dia menang tipis di Pekan pada tahun 1999 tapi kini,sebuah grand-design sedang dirangka di Selangor.Tok pun tidak tahu apa strateginya,cuma kita hanya boleh tunggu dan lihat sahaja tindakan seterusnya selepas ini.


Di Terengganu pula,Hari Lantik Melantik menyaksikan Menteri Besar Gedebe Ahmad Said menjadi Tuan Umno Terengganu manakala Yahya Khatib Mohamad diangkat menjadi Timbalan.Persoalannya,Umno sudah tidak sayangkan Terengganu kah dalam PRU 13?Perlantikan Ahmad secara tidak langsung akan menutup periuk nasi sepuluh budak hitam dan Si Deris Natang di Besut.Deris mungkin boleh minta dibawa ke Parlimen,tapi bagaimana pula nasib pengikut-pengikut setia seperti Rosol Wahid dan Din Adam?Nampaknya kedua-duanya bolehlah fikir apa hendak dibuat selepas ini,mungkin mengusahakan ladang getah yang sedang naik harganya. Empat Adun di Setiu mungkin boleh buat projek ladang strawberi Hadhari selepas ini.


Persoalannya lagi,adakah Mad Said Gedebe Kijal "juwweh" (ngam) dengan Yahya Khatib?Bukankah dahulu Mat Said pernah murka dan memecat Yahya setelah melanggar fatwa Mat Said supaya jawatan Ketua Bahagian tidak dicabar?Malah,Mat Said sudah hampir memecat Yahya kerana bertanding dan menang jawatan Ketua Bahagian Marang.Dengan tertolaknya kepimpinan proksi GBH (Geng Budak Hitam), maka satu bencana cas keting yang menjadi penyakit Umno Terengganu selama ini akan berulang.Itulah jadinya jika berjuang tanpa kiblat dan iman.Mereka hanya mampu bersatu ketika tewas,tetapi ketika menang semua lupa diri dan berhasad dengki.Maka,Tok meramalkan undi-undi protes di Terengganu akan bersimpang-siur selepas ini.Namun persoalannya,adakah kita mengambil peluang atau membiarkan sahaja kelemahan lawan kita?


Bagaimana pula dengan Kedah?Dengan naiknya Mad Basah sebagai pengerusi Umno Kedah,maka peluang untuk Pas kekal di sana adalah cerah.Namun, janganlah cuma sekadar mengambil peluang tanpa berusaha untuk menang.Siapa yang sokong Mad Basah di Kedah?Bukankah dia tidak disukai oleh akar umbi dan sudah ada Gerakan Anti Mad Bashah di Kedah?Malah,kepimpinan Umno kawasan Bakar Bata sendiri telah menentang Mad Basah melalui Gerakan 4B - Buang Basah Bakar Bata.Malah,ada penyokong Umno pernah bersumpah tidak akan mengundi Umno jika Mad Basah jadi Tuan di Kedah.Mad Basah bukanlah seorang yang berkepimpinan.Dulu dalam PRU 12 Mad Basah hampir kalah bila menang cuma dengan majoriti 358 undi.Silap hari jika Mad Basah ditolak oleh ahli sendiri,Bakar Bata akan membakar Mad Basah hidup-hidup.


Oleh itu,perlantikan Mat Basah dalam Hari Lantik Melantik ini menunjukkan bahawa Umno seperti tidak bersungguh untuk menang di Kedah.Ini bukan Tok yang kata,dulu-dulu orang Umno sendiri kutuk Mad Basah dalam blog dan facebook.Kalau anak tak percaya,pergilah google-google.


HARI LANTIK MELANTIK DUA
Chegubard Tolak Dilantik Setiausaha Agung PKR


Syabas Cikgu Bard atas prinsip anak yang jelas.Jangan menyalak macam Si India Padang Serai yang menyalak siang malam selepas orang lain dilantik Naib Presiden India dalam PKR.Habis dihentamnya kiri dan kanan.Jelas Si India ini sudah gila talak dan jawatan.


Mengenai Si India Salak Menyalak ini,Tok akan suruh Anak Rusa tulis lepas ini.Apapun,cerita Cikgu Bard yang tidak mahu terlibat dalam pesta lantik melantik adalah seperti berikut:


Badrul Hisham berkata beliau memutuskan untuk tidak menerima jawatan tersebut atas dasar prinsip.

"Saya sayangkan parti ini, dan kerana sayanglah saya akan terus menegur.

"Saya sayangkan negara ini, saya ingin pastikan keadilan menjadi sesempurna mungkin sebelum kita sampai ke Putrajaya," katanya dalam sidang media di Bukit Mertajam.


Tambahnya, beliau akan terus berkhidmat walaupun tanpa apa-apa jawatan dan turut menegaskan supaya tindakan diambil terhadap aduan yang timbul berhubung pemilihan tersebut.


Salut anak muda dari Tok yang sudah tua.

Siapakah menteri rogol amahnya?

Posted: 28 Dec 2010 04:55 PM PST

Zulkifli Sulong
KUALA LUMPUR, 27 Dis: Soalan siapakah menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya kini menjadi persoalan paling hangat diperkatakan ekoran pendedahan kembali isu ini oleh WikiLeaks.

Laporan awal Harakahdaily mengenai hal ini telah menjadi berita paling hangat dan paling ramai dibaca oleh pelayar Harakahdaily.

Dalam laporan itu, Harakahdaily melaporkan kembali tulisan pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan dalam blognya mengenai peristiwa seorang menteri merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 lalu.

Namun menteri berkenaan selamat walaupun laporan mengenainya sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Badawi.

Semalam, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, sebuah badan kebajikan pekerja Indonesia yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada tahun 2007 itu.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director) dibuat pada 1 Ogos 2007.

Dalam kenyataan akhbar itu, Migrant Care berkata, pembantu rumah Indionesia itu bernama Robengah dan ketika itu dia berada di bawah penyeliaan Migrant Care.

Dalam kenyataan itu juga, Migrant Care menamakan RELA sebagai salah satu badan yang sangat dimarahi oleh warga Indonesia walaupun Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik.

Satu blog popular, Tukartiup juga kini memainkan sentimen siapakah perogol bertaraf menteri itu?

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, menteri berkenaan telah bersara namun menurut maklumat terbaru, dia masih berada dalam kebinet kerajaan Malaysia sekarang.

Sementara itu, Country Director Migrant Care, Alex Ong (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily hari ini mengesahkan kejadian itu.

"Beliau dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur. Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007," kata Alex kepada Harakahdaily.

Selepas mendapat maklumat dari orang ramai, kata Alex, Migrant Care telah menjejak mangsa ini ke kampungnya yang terletak di Banjar Negara, Jawa Tengah.

"Dua kakitangan kami telah menemui dan mewawancara beliau pada 23 Julai 2007 di Banjarnegara," kata Alex lagi. Migrant Care kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan media pada 1 Ogos 2007.

Ketika ditanya, apa berlaku selepas itu, Alex memberitahu, tindakan susulan tidak boleh diambil kerana wanita berkenaan tidak mahu diganggu kerana tidak mahu malu dan juga akibat dari ketakutan.

"Dia telah diminta bersumpah untuk tidak memecahkan rahsia itu jika tidak akan disumpah tiga keturunan," cerita Alex kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Migrant Care pernah membantu Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani untuk membawa pulang Azreen Che Ishak dari Kampung Hulu Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa lari pemuda Indonesia ke Lombok, Indonesia.

Husam membantu keluarga Che Ishak yang berasal dari Kelantan itu melalui NGO yang dipimpinnya ketika itu, Kijang Care.

Kes perkosa bermula bila adik mangsa buat aduan

Posted: 28 Dec 2010 04:52 PM PST

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

Surat tanpa tarikh (gambar) yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.

"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.

Perjalanan ke Banjarnegara

Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.

"Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.

Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.

Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.

"Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya (bertudung biru) bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.
Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.

"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.

Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.

Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.

Pengakuan Robengah

Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.

Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.

Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.

Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.

Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.

Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.

Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.

Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

Kenyataan media

Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).

Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.

Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 29 Dec 2010 01:35 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Najib hakis kesetiaan RAKYAT kepada Raja

Posted: 29 Dec 2010 09:55 AM PST

Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor nampaknya semakin panas. Banyak pihak melihat pelantikan Kusrin sebagai satu lagi usaha kerajaan BeEnd pimpinan Najib menghakiskan kesetiaan Rakyat kepada institusi Raja. Kerajaan Najib berselindung di sebalik 'kuasa' Raja untuk melantik penjawat awam yang setia kepada BeEnd / umno ke jawatan eksekutif tertinggi di sesebuah negeri terutama yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Kesempatan mempergunakan SUK Negeri Perak dalam peristiwa rampasan kuasa Dewan Undangan Negeri Perak kini digunakan pula di negeri Selangor. Sekali lagi, pihak istana telah dilibatkan bagi mempertahankan tindakan mereka melantik SUK. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bertindak membelakangkan Kerajaan PR pilihan Rakyat pada ketika itu kerana mendapat sokongan pihak istana.
Rakyat melihat sokongan istana ini demi menjaga kepentingan perniagaan kerabat istana Perak dalam GAMUDA. Apa yang kini berlalu di negeri Selangor tidak banyak berbeza. Kepentingan Tengku Arafiah, salah seorang kerabat Diraja Selangoir dalam entiti perniagaan Sunshine Fleet yang bermasalah, dijadikan sandaran kepada kerajaan Najib dalam mendapatkan 'perkenan' Sultan terhadap pelantik SUK pilihan mereka.
Jika di Perak, tindakan kerajaan BeEnd telah berjaya menghakiskan kesetiaan Rakyat kepada Sultan, keadaan yang sama juga bakal dihadapi oleh institusi Raja di Selangor. Demi untuk merampas kembali kuasa di Selangor, kerajaan BeEnd tidak teragak-agak untuk 'memulas tangan' sesiapa sahaja. Bermula dari Istana Iskandariah, kina ia sudah berjangkit ke Istana Kayangan di Selangor.
Kepada kerajaan BeEnd pimpinan Najib, apalah sangat menanggung kos percutian Tuanku Sultan jika negeri yang paling kaya ini dapat dirampas kembali. Sedangkan Rosmah pun boleh membelanjakan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga empat hari. Selamat bercuti Tuanku!

Sultan cuti, kemelut lantikan SUK mungkin berlarutan

Kemelut berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat akan berpanjangan dengan hasrat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menghadap Sultan Selangor hari ini terpaksa ditangguh kerana baginda sedang bercuti.

Laporan media memetik Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah bercuti sejak minggu lalu.

"Untuk makluman, Tuanku sekarang sedang bercuti dan kembali ke istana pada 3 Januari ini.


"Jadi soal Menteri Besar hendak menghadap hari ini tiada sebab pelantikan itu OK dan tiada masalah," kata laporan Sinar Harian.

Kenyataan Pejabat Menteri Besar kelmarin menyebut Khalid bercadang menghadap Sultan Selangor hari ini.

"Jadi jika ada sebarang pertemuan dengan baginda, ia hanya akan berlangsung selepas itu," kata beliau dipetik Umno Online.

Munir juga dipetik berkata, dalam perlembagaan negeri Selangor tidak ada peruntukan yang menyatakan mesti dapat cadangan dari Menteri Besar.

"Pelantikan memang dari JPA dengan suruhanjaya berkenaan, ini kena dapat perkenan Tuanku sebab kuasa eksekutif negeri ada hak Tuanku," kata beliau.

Menurut Munir, beliau telah menyembahkan kepada Sultan Sharafuddin mengenai permintaan Khalid untuk menghadap baginda.

"Tetapi surat Menteri Besar (untuk menghadap) itu dihantar lambat," katanya.

"Jadi mungkin Khalid boleh menghadap selepas itu," kata beliau.

Tambah Munir, surat mempersembahkan nama tiga calon SUK juga hanya diterima selepas Sultan Selangor memberi perkenan atas pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Kelmarin, Sekretariat Akhbar Menteri Besar mengeluarkan kenyataan bahawa Khalid akan menghadap Sultan Selangor berhubung pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, hari ini.

Menurut kenyataan itu, Khalid akan menyembahkan kepada baginda yang pelantikan Khusrin yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor tidak dimaklumkan kepada beliau.

Kenyataan itu turut memberitahu, oleh kerana perkara itu di luar pengetahuan Khalid, maka pelantikan Khusrin bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud dianggap belum muktamad.

Pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara menerusi satu kenyataan kelmarin.

Susulan pengumuman itu Pejabat Menteri Besar berkata pelantikan Khusrin belum muktamad tetapi Murni menegaskan ia sudah muktamad.

Pemilihan Cuepacs dipertikai, gabungan mahu diisytihar tak sah

Posted: 29 Dec 2010 09:54 AM PST

Dilihat sebagai kali pertama dalam sejarah Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), keputusan pemilihan minggu lalu kini dipertikaikan dan mahu diisytiharkan sebagai tidak sah.
Sekurang-kurangnya lima kesatuan gabungan Cuepacs membawa pertikaian berhubung tatacara pemilihan yang menyaksikan presidennya Omar Osman, yang kontrak perkhidmatan beliau dikatakan disambung setahun, dibawa ke perhatian Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja untuk tindakan susulan — diisytiharkan sebagai melanggar peraturan dan undang-undang kesatuan sekerja.
Pemimpin-pemimpin kesatuan itu juga mahu satu pemilihan baru diadakan. Pemilihan minggu lalu diadakan sempena persidangan tritahunannya yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam memorandum yang dikemukakan petang ini, antara lain kesatuan-kesatuan tersebut menggariskan Cuepacs telah gagal mematuhi tatacara pemilihan.
"Salah satu perkara yang menjadi pertikaian ialah sekretariat Cuepacs telah gagal mematuhi keperluan memberikan notis pemilihan lapan minggu sebagaimana dikehendaki oleh perlembagaan Cuepacs," kata bekas setiausaha agung Ahmad Shah Mohd Zin kepada The Malaysian Insider.
"Ini pelanggaran yang jelas dan bertentangan dengan perlembagaan Cuepacs," kata Ahmad Shah yang berada di Mekah untuk menunaikan haji.
The Malaysian Insider difahamkan notis itu dikeluarkan minggu kedua bulan November manakala persidangan perwakilan tritahunannya, yang dirasmikan pada 21 Disember.
Dengan pemilihan diadakan pada 22 Disember, sesi pencalonan pemilihan ditutup 30 November manakala pengesahan penerimaan adalah pada 15 Disember.
Ahmad Shah yang juga Setiausaha Agung Kesatria berkata, sekretariat Cuepacs juga telah gagal mewartakan tempat pemilihan sebagaimana dikehendaki oleh Akta Kesatuan Sekerja.
Malah mereka juga mempertikaikan pelanggaran keputusan tidak diumumkan pada hari yang sama, sebaliknya pada keesokan hari.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut. "Kami berharap Jabatan Kesatuan Sekerja akan menyiasat dengan rapi dan mengarahkan satu pemilihan baru diadakan," kata beliau.
Pada pemilihan yang berlangsung Rabu lalu Omar menewaskan Ramli Omar manakala Ahmad Shah pula tewas kepada Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Lok Yim Peng dalam saingan tiga penjuru. Seorang lagi pencabar ialah Ku Azmi Ku Ibrahim, yang kali pertama bertanding jawatan setiausaha agung.
Jawatan timbalan presiden pula dimenangi oleh Azih Muda dan Zainal Ismail.
Azih yang juga timbalan presiden semasa memperoleh undi tertinggi dan dijangka akan menggantikan Omar apabila beliau bersara tahun depan.
Tiga kerusi jawatan timbalan setiausaha agung dimenangi oleh Adnan Mat, Abd Rahman Norrdin dan Mohamad Baharom.
Jawatan setiausaha kewangan yang menyaksikan persaingan satu lawan satu dimenangi Ja'apar Mansor, yang menewaskan Samuel Devadasan.
The Malaysian Insider juga difahamkan pertikaian itu boleh dibawa ke mahkamah jika kesatuan yang mengadu itu tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja.
Cuepacs walaupun sebuah badan induk tetapi ia didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja manakala Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang turut mengadakan pemilihan hari ini didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan.

10 Benda Tak Dapat Dibeli Dengan Wang

Posted: 29 Dec 2010 09:53 AM PST

money

DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama "duit". Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.

Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.

1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan "duitnya".

4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .

7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

MB Selangor Tidak Lewat Serah Surat, Istana Terlibat Dgn Konspirasi Jatuhkan K'jaan Pilihan Rakyat

Posted: 29 Dec 2010 09:52 AM PST

MB Selangor lewat serah surat
Pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru adalah muktamad dan tidak boleh diubah walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkesempatan menghadap Sultan Selangor.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, bagaimanapun berkata hasrat Abdul Khalid menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini berhubung perkara itu tidak dapat dilaksanakan kerana baginda bercuti mulai 26 Disember hingga 3 Januari ini.

Katanya, Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah Sultan yang tegas dan tidak akan berganjak daripada keputusan yang sudah dibuat.

Selain itu, katanya, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, tidak dinyatakan Menteri Besar perlu terlebih dulu dimaklum mengenai calon bagi jawatan itu atau mendapat persetujuan Menteri Besar.

Ini bermakna Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan selaku ketua Jabatan Perkhidmatan Awam mempunyai kuasa memilih calon berkelayakan bagi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan mendapat perkenan Sultan Selangor. Sultan memegang kuasa eksekutif pada peringkat negeri dan kerana itu baginda perlu disembah maklum calon bagi jawatan itu untuk diperkenankan," katanya ketika dihubungi semalam.

Mohamad Munir juga berkata, kerajaan negeri lewat menghantar senarai nama untuk jawatan tertinggi penjawat awam itu kepada pihak istana kerana Abdul Khalid menyerahkan tiga nama dalam sepucuk surat bertarikh 7 Disember sedangkan Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan pelantikan Mohd Khusrin pada 10 Disember, dipercayai sebelum surat berkenaan sampai ke istana.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata mengikut Bab 3 Kuasa Eksekutif Fasal 52, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah dilantik oleh Ketua Setiausaha Negara dan mana-mana pegawai yang difikirkan relevan oleh Ketua Setiausaha Negara.

Katanya, seseorang yang dilantik itu hendaklah orang Melayu beragama Islam.

"Menteri Besar tidak ada kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri. Cuma, orang yang dilantik hendaklah mengangkat sumpah menyimpan rahsia kerajaan di hadapan Menteri Besar, " katanya.


Nota Penting :


Surat penyerahan tiga nama dihantar pada 7 Disember (Selasa) sedangkan Sultan melakukan memberi perkenan pelantikan Mohd Khusrin pada 10 Disember (jumaat).

Mana mungkin berlaku kelewatan penyerahan surat? Kerana ia berlaku di hari bekerja.

Sebenarnya Inilah bukti peranan, perencanaan dan sikap jahat PM yang bernama DS Mohd Najib Abd Razak. Memperalatkan raja dan istana untuk merampas negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Ia adalah perulangan apa yang berlaku di dalam coup de tat Perak sejurus sebelum Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara, dimana raja dan istana diperkudakan untuk menjayakan cita-citanya sehingga sebuah kerajaan yang berdaulat, yang dipilih oleh rakyat, diturunkan dengan rampasan kuasa paling jijik pernah dilakukan oleh kerajaan pusat.

Dan kini di Selangor. Kali ini, bukan sahaja rakyat Selangor, malah rakyat seluruh negara tidak akan lagi mengizinkan hal yang sama seperti di Perak berulang. -GB

Tak habis lagikah kerja gila kera jaan Perpaduan..

Posted: 29 Dec 2010 09:51 AM PST

Idea itu mengarut, orang lain tak tahu macam mana kami berhadapan  dengan Umno di Kelantan,Saya tak faham macam mana (timbul)... kita sudah  buat keputusan di Ipoh tahun lalu, dan kita menyokong Pakatan  Rakyat.Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu  yang menetas satu persatu - TGNAIdea itu mengarut, orang lain tak tahu macam mana kami berhadapan dengan Umno di Kelantan,Saya tak faham macam mana (timbul)… kita sudah buat keputusan di Ipoh tahun lalu, dan kita menyokong Pakatan Rakyat.Umno adakah samseng politik, kita perlu matikan mereka habis-habisan.Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu yang menetas satu persatu – TGNA 

TGNA diperdaya hadiri majlis mempakyetkan PAS?

Dalam catatan hari minggunya pada 26/12/10 yang bertajuk "Pertemuan penting itu sudah berlangsung?", Mohd Sayuti Omar menulis:
Tanggal 23 Disember lepas saya ada postkan satu catatan yang membayangkan sesuatu peristiwa yang mungkin akan mengembirakan semua orang di dalam negara ini khasnya orang Melayu. Saya sangat berharap agar ianya berlaku. Ramai yang tertanya-tanya apapakah peristiwa berkenaan.
Mengambilkira apa yang Sayuti dakwa "akan mengembirakan semua orang di dalam negara ini khasnya orang Melayu" (aku pun Melayu jugak dan saya bangga ditaqdirkan Allah s.w.t. menjadi Melayu), saya mahu bertanya:
1. Tak habis-habis lagikah agenda durjana untuk memaksa PAS menjadi pak yet Umno di dalam apa yang dibohong dan dibangangkan sebagai perpaduan dan kepentingan ketuanan Melayu?
2. Jika benar wujudnya pemimpin-pemimpin PAS yang gatal merenyam sangat dan gian sangat nak jadi pak yet Umno setelah tidak berpuas hati setakat menjadi hamba Allah sahaja, mengapa tidak pergi sendiri-sendiri sahaja dan tidak cuba mengheret jemaah orang-orang Islam sekali? Kenapa, kalau pergi sendiri sahaja harga akan jatuh lebih rendah dari kupang tembaga (wang syiling satu sen) dan Umno pun tak ingin?
3. Benarkah orang pangkat tertinggi digunakan untuk memperdayakan Tok Guru Nik Abdul Aziz supaya mengadapnya?
4. Benarkah setelah TGNA sampai ke tempat yang diarahkan beliau pergi itu, sudah menanti di sana Presiden dan Timbalan Presiden PAS serta Presiden dan Timbalan Presiden Umno? Benarkah Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi pak yet tukang hantar surat kepada TGNA pun ada sama?
5. Benarkah dalam pertemuan itu TGNA mengulang-ulang bahawa Umnolah punca masalah yang ditanggungi oleh orang-orang Melayu kini?
6. Benarkah apabila TGNA mengulang-ulang perkara itu, orang pangkat tertinggi kelihatan tidak senang lalu meninggalkan pertemuan itu?
7. Benarkah selepas orang pangkat tertinggi itu keluar dari majlis pertemuan itu, TGNA memberitahu bahawa beliau uzur (khabarnya sakit belakang) dan datang semata-mata kerana arahan orang pangkat tertinggi itu dan kemudiannya serta-merta meninggalkan majlis itu?
8. Benarkah TGNA yang khabarnya kecewa ditipu sedemikian rupa telah memberikan taklimat mengenai perkara itu kepada beberapa pemimpin tertinggi PAS Kelantan di dalam satu mesyuarat?
Jika anda memerlukan detail mengenai perkara ini, sila bertanya sendiri kepada TGNA, Presiden PAS atau Timbalan Presiden PAS. Saya tidak ada kepentingan untuk berbohong atau mereka-reka cerita. Tak dapat apa satu pun. Lebih dari segala-galanya, Allah Yang Maha Menghakimkan sentiasa memerhatikan perbuatan saya.
Kepentingan saya hanyalah untuk memastikan negara yang akan diwarisi anak cucu kita ini tidak terus dikerjakan oleh kedurjanaan dan kebuasan nafsu mereka yang jahat dan terbukti jahat.~ penarik beca

NILAI MANUSIA MELAYU BARU

Posted: 29 Dec 2010 09:50 AM PST

MELAYU BARU

BUNUH, ROGOL, RASUAH DAN NILAI MELAYU

Dunia Melayu kini telah berubah. Ini bukan sekali air bah sekali emak meninggalkan abah. Yang berubah ini bukan emak dan abah. Yang berubah ialah nilai manusia Melayu. Ini satu perubahan yang amat besar. Dalam masa hanya satu generasi telah dilihat satu perubahan budaya nilai Melayu yang amat jelas. Satu anjakan atau lebih tepat lagi satu lonjakan nilai telah berlaku.

Lonjakan nilai manusia Melayu ini bukan dibawa oleh Tok Lebai atau oleh Sasterawan Negara atau Cik Gu dan Cik Gi sekolah. Nilai ini bukan datangnya dari sekolah pondok atau sekolah kebangsaan. Yang bertanggung jawab membawa nilai baru ini ialah struktur ekonomi.

Struktur ekonomi ini telah diperkenalkan kepada manusia Melayu oleh United Malays National Organisation. Selama hampir tiga puluh tahun dahulu – Mahathir Muhamad melalui Dasar Ekonomi Baru telah memasukkan satu nilai dan budaya baru ini ke dalam roh manusia Melayu.

Tiga puluh tahun sebelum hari ini – manusia Melayu adalah manusia pertanian. Ekonomi Melayu adalah ekonomi pertanian justeru nilai yang dilahirkan oleh manusia Melayu ketika itu menggambarkan sopan santun dan damai mesra masyarakat pertanian.

Apabila DEB diperkenalkan - dasar ini menolak manusia Melayu ke satu dunia dan alam yang baru – alam jual beli atau alam perniagaan. Pada tahun tahun 70'an manusia Melayu telah digalakkan datang berhijrah ke bandar dan kota. Dari kampong yang permai manusia Melayu telah mula memasuki pekan dan bandar yang adat budayanya amat berbeza.

Perubahan yang di bawa oleh DEB ini bukan satu perubahan yang perlahan lahan – bukan evolusi. DEB ini telah mengheret dan memaksa manusia Melayu untuk menerima satu nilai dan budaya yang baru. Justeru roh manusia Melayu ini pada tahun-tahun 90'an dahulu telah dipopularkan sebagai roh Melayu Baru. Ini adalah garis pisah antara Melayu pertanian dengan Melayu peniagaan.

Sistem ekonomi yang dimunculkan oleh DEB pada asasnya ialah ekonomi sistem kapitalis. Tetapi dengan United Malays National Organisation sistem kapitalis ini telah diubah suai. Sistem kapitalisma ini tidak lagi menjadi satu perniagaan bebas tetapi kapitalisma kroni. Kapitalisma jenis ini telah memilih anak bini kawan dan sahabat menjadi rakan niaga untuk menerima dana dan kontrek dari kerjaaan. Kapitalisma kroni inilah yang selama ini bertanggung jawab melahirkan satu nilai baru kepada manusia Melayu.

Asas nilai baru yang sedang dianjurkan oleh United Malays National Organisation ialah mengumpul pangkat, derajat , harta dan kekayaan. Tamak dan haloba dianggap nilai yang baik dalam budaya niaga.

Hari ini jati diri Melayu - siapa Melayu, apa kepercayaan manusia Melayu, apa agama manusia Melayu – semuanya telah didifinasikan oleh United Malay National Organisation. Semua pengtakrifan baik dan buruk sedang dimonopoli oleh United Malays National Organisation.

Naratif yang berbeza dari apa yang diajar oleh United Malays National Organisation akan di anggap salah atau akan termasuk ke dalam bab ajaran sesat. Ajaran agama Islam juga telah didifinasi oleh United Malays National Organistation. Halal haram baik dan buruk bukan lagi dirujuk melalui kitab kitab suci tetapi melalui juruheboh dan jurucakap agama yang dilantik oleh United Malays National Organistaion.

Tidak dibenarkan malah dilarang dan di haramkan apa sahaja naratif yang berlainan dari cerita yang di mulutkan oleh penyokong United Malays National Organistion. Kebenaran kini, telah dan sedang dimonopoli oleh United Malays National Organistion.

Rasuah yang pada satu ketika dahulu tidak ditemui atau berani menyerang masyarakat pertanian kini telah menjadi satu jalur budaya Melayu. Rasuah kini dilihat sebagai ciri budaya untuk menjalankan apa sahaja bentuk perniagaan. Malah kaum pemodal dan orang berniaga kini telah menerima pakai budaya rasuah. Dalam perhitungan jual beli, mereka telah menyediakan belanjawan khusus untuk merasuah sesiapa yang patut dirasuah – dari budak pejabat hingga ke CEO.

Nilai Melayu Baru ini tidak berhenti di tahap rasuah sahaja. Satu contoh klasik : lebih dari satu dekad dahulu ada satu kes dimana seorang anak sekolah dibawah umur telah dihamilkan oleh seorang Ketua Menteri. Kes ini menjadi heboh. Tetapi dengan nilai Melayu Baru kes 'rogol bawah umur' ini tidak mendatangkan mudarat kepada si perogol.

Manusia Melayu yang menganuti nilai baru ini telah tidak menyatakan rasa mual, benci atau merasa bersalah kerana anak dibawah umur telah di rogol oleh seorang Ketua Menteri. Nilai baru yang dihayati oleh manusia Melayu ini lebih mementingkan kontrek dan tender yang akan diperolehi dari mementingkan salah benar seorang budak di bawah umur yang telah di rogol.

Ketika tulisan ini ditulis satu lagi kes rogol sedang heboh dan rancak dibincangkan dalam alam sesawang. Telah di perkatakan bahawa seorang menteri kanan dalam pentabiran Abdullah Badawi dahulu telah dikatakan terlibat merogol seorang pembantu rumah dari Indonesia.

Sama ada kes ini saheh atau tidak bukan persoalannya. Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana manusia Melayu Baru ini telah menjadi lali. Mereka tidak lagi teperanjat apabila membaca berita ini. Malah mereka tidak hairan yang berita ini telah tenggelam timbul selama 2 tahun.

Rasuah, rogol dan tipu ini telah menjadi satu yang lumrah. Kerana ianya sering berlaku atau dilakukan oleh mereka yng memiliki kuasa dan duduk di puncak kuasa maka orang awam kini telah mula menerima ini sebagai jalur nilai dan budaya Melayu.

Mari kita lihat satu lagi kes klasik dimana ianya telah membuktikan lonjakan perubahan nilai manusia Melayu ini. Kes yang dimaksudkan ini ialah kes pembunuhan model dari Mongolia. Dari apa yang umum baca, dengar dan lihat - ketika kes ini dibicarakan - umum telah tahu tentang kawan baik kepada Najib Razak Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah terlibat dalam pembunuhan ini.

Malah dari apa yang umum diberitahu, mengikut laporan mahkamah Najib Razak bukan hanya kawan kepada orang yang tertuduh. Dari mulut saksi perbicaraan umum telah diberitahu bahawa model yang dibunuh ini telah bertemu dengan Najib Razak di Paris. Malah melalui satu akuan bersumpah umum juga telah diberitahu yang Najib Razak ini adalah bekas kekasih model yang terbunuh.

Persoalan yang timbul disini bukan siapa yang membunuh. Atau siapa yang memberi arahan agar model ini di bunuh. Bukan ini yang ingin di bincangkan Apa yang ingin ditimbulkan ialah bagaimana 3 juta manusia Melayu yang menjadi ahli United Malays National Organisation telah menjadi lali dan tuli bila berhadapam dengan kes pembunuhan model dari Mongolia ini.

Ketulian telinga dan kelalian perasaan 3 juta ahli parti United Malays National Organisation ini terjadi kerana mereka telah menerima dan menghayati nilai dan budaya baru. Tiga juta manusia Melayu ini kini hanya boleh melihat melihat kontrek dan tender. Mata dan jiwa mereka tidak berupaya lagi melarikan diri dari kuasa, pangkat dan harta benda.

Jalur nilai baru ini tidak memiliki nilai salah dan benar. Malah salah dan benar telah pun ditakrif oleh juruheboh dan juruagama United Malays National Organisation. Apabila juruheboh dan juruagama mengatakan Najib Razak ini suci dan bersih maka 3 juta manusia Melayu ini juga akan mengangguk menerima ini sebagai wahyu.

Nilai baru ini menjadi amat merbahaya kerana sesiapa yang menghayati nilai ini tidak lagi ada keupayaan untuk menilai mana yang salah dan mana yang betul. Kerana ramai yang sanggup menerima dan berkongsi dengan nilai ini maka mereka merasa selamat dan betul. Angka dan jumlah yang banyak menjadikan mereka merasa kebal.

Anjakan nilai manusia Melayu ini telah menjadi bagitu songsang. Dari manusia pertanian yang jujur dan bersopan santun kini manusia Melayu akan berkira-kira tentang untung rugi sebelum membuat apa-apa keputusan. Mereka tidak lagi menilai sesuatu dengan salah benar atau halal haram. Akhirnya, 3 juta manusia Melayu yang menjadi ahli United Malays National Organisations bukan hanya menganggap sosok Najib ini suci dan bersih malah Najib Razak ini telah diangkat dan dinobatkan untuk menjadi ketua mereka.

Inilah krisis yang sedang dihadapi oleh manusia Melayu – krisis nilai. Maka terpulang kepada manusia Melayu lain – yang bukan termasuk dalam 3 juta ini - jika mereka masih memiliki nilai salah benar untuk bangun dan bersuara. Krisis nilai orang Melayu ini akan berpanjangan dam membawa mudarat yang amat sangat keatas negara bangsa. Mudarat akan sampai jika ramai orang Melayu yang bersopan santun dan jujur tidak melakukan sesuatu. (TT)

Jom Menyakat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Posted: 29 Dec 2010 09:48 AM PST

Istilah rogol akan diperincikan

Kerajaan akan memperincikan istilah rogol sebelum sebarang pindaan undang-undang di dalam Kanun Acara Jenayah dan Kanun Keseksaan terhadap jenayah itu dapat dilakukan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana ada beberapa pihak yang mahukan maksud rogol itu diperluas dan diperhalusi.

Katanya, ia seperti mentakrifkan semula jenayah rogol sebagai satu perbuatan keji yang turut meliputi penggunaan objek sebagai alat untuk merogol.

``Setiap pindaan memerlukan kajian teliti melibatkan semua pihak daripada kementerian berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

``Kemudian perbincangan lanjut akan dijalankan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kementerian lain termasuk Kementerian Pendidikan dan Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji kesan pindaan tersebut,'' katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) ke-30 di sini, hari ini.

Sumber: Akhbar Pencacai dan selanjutnya.
Sebenarnya gua mencari-cari dalam semua akhbar pencacai puak2 umnoapco yahudi laknatullah nih... kot-kot lah... ada yang melaporkan kisah hot of the year ini.... haram takdak oooiiii.... bayang berita/cerita langsung takda...

Apatah lagi akhbar seperti Kosmo, Metro kalau cerita rogol, seks, bomoh sana sini nih... memang peberet diorang macam makan nasi dengan ulam jer... diorang sensasikan, tapi cerita rogol Pak Menteri yang tengah hot & spicy macam pisang goreng tua ni... takda pulak...

Dalam dok mencari tu...,  terjumpa pulak berita kat atas tu.... apa lagi... sudah jadi bahan untuk gua menyakat Pak Menteri Warisan kita nih.... sehari kalau tak bergurau dengan dia rasanya macam tak lengkap pulak hari2 gua.... hihihi.....

Nasib baiklah kenyataannya itu pada 2004, cerita sensasinya berlaku pada 2007.... hehehe.... kalau tidak tak dapat gua bayangkan apa pula takrifan yang akan diberikan pada istilah rogol nih.... muakakakakaaaa...

Walau apa pun, gua tetap menunggu takrifan terbaru bagi istilah ROGOL dari Pak Menteri Warisan aka Tokoh Buku Negara ni....


Cuba lihat di sebalik perkataan yang di hitamkan itu.... perghhhh... CSI Malaysia memang cekap beb...., berpeluh dahi jendul Rais Yatim nak menafikan ni..... errrr... kalau buat akuan bersumpah lu orang agak2 boleh pakai ke.... contoh...

"Sumpah saya tak kenal pompuan itu, kami tidak pernah mengambil pembantu rumah Indonesia yang bernama Robengah, boleh periksa pendaftaran pekerja asing di Jabatan Imigresen tiada nama tersebut"

Maksudnya.... samalah ceritanya dengan sorang cewek yang ntah dari mana datangnya, tiba2 letupkan diri di Puncak Alam... apa kat negara awek tu takda tempat yang bernama Puncak Alam ke... kalau nak bunuh diri sekalipun tak payah la kat Malaysia, kat negara dia pun bolehkan.... lagipun Jabatan Imigresen dah kata takda rekod kemasukan ke Malaysia... ke... guane...???? hahahah...

Nanti gua nak test keluar dari Malaysia dan masuk Indonesia tanpa pasport... boleh lepas ke...???hahaha...  lu orang jangan nak memandai2 suruh gua naik tongkang... tak pasal2 kena cepuk pulak..... Robengah balik Indonesia dengan pasport beb.... kih...kih...kih....

So... ini kes pun jalan cerita dan skripnya akan lebih kurang pun macam itulah agaknya yeaaaa...., siapa yang tak kenal Malaysia kan.... segala-galanya Boleh belaka.... kah...kah...kah....

Sori... ekkkk... Datuk Seri Utama..... hahahaha.... 
 
ISA.

Isu menteri rogol amah Indonesia ‘hangatkan’ ketegangan Piala Suzuki

Posted: 29 Dec 2010 09:47 AM PST

Ketegangan hubungan dua hala antara Malaysia-Indonesia bukan sekadar berlaku dalam persaingan di padang bola sepak semata-mata, sebaliknya turut berlangsung di luar perebutan Piala Suzuki AFF itu.
Ia berikutan menteri yang didakwa merogol amah warga Indonesia itu terlepas dari tindakan perundangan – situasi tidak menyelebahi Indonesia yang turut ketinggalan agregat 0-3 dalam perebutan piala keagungan bola sepak serantau.
"Kita tidak mahu isu ini akan menjadi satu lagi 'bom' yang akan merenggangkan kedua-dua negara.
"Dalam situasi bola sepak pun, hubungan kedua-dua negara sedikit terganggu. Inikan pula kes rogol melibatkan menteri Malaysia," kata Timbalan Pengerusi Biro Latihan dan Pengantarabangsaan KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Wong.
Kekalahan pasukan bola sepak Indonesia baru-baru ini menimbulkan pergeseran hubungan dua hala berikutan dakwaan penggunaan pancaran laser, menyebabkan penyokong kedua-dua negara bertegang urat dan saling salah-menyalahi.
Pada masa hampir sama, WikiLeaks membuat pendedahan seorang menteri Malaysia merogol seorang amah atau pembantu rumah warga Indonesia tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.
Sedangkan, beberapa dokumen berkaitan dakwaan kejadian rogol itu termasuk kenyataan media sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Indonesia pula tersebar di rangkaian internet.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Dr Tan meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tampil membuat kenyataan kerana ia melibatkan hak wanita dan mendesak polis membuat siasatan terperinci.
"Menteri yang didakwa terlibat itu pula masih berada dalam Kabinet. Ini melibatkan kredibiliti kerajaan dan kepimpinan negara," katanya yang turut menggesa menteri berkenaan segera membuat penafian berfakta jika dakwaan itu tidak benar.
Beliau juga mengingatkan semua pihak betapa pendedahan WikiLeaks yang diterima pakai kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) untuk menyerang keperibadian Datuk Seri Anwar Ibrahim, sentiasa mendapat perhatian dunia, sekali gus boleh merosakkan imej negara.
"Menteri itu perlu tampil memberi penjelasan. Jika tidak katakan tidak. Mudah sahaja dan jika ya, kita mendesak beliau segera berundur sebelum imej Malaysia terjejas seterusnya merenggangkan hubungan Malaysia-Indonesia," katanya.

Perbandingan prestasi antara kerajaan BN dengan PR

Posted: 29 Dec 2010 09:45 AM PST

Selepas dekat tiga tahun berlakunya perubahan politik pada 8 Mac 2008, satu pengesahan kepada prestasi tadbir urus negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah disediakan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).
Lima negeri dalam dua kategori berasingan, iaitu Johor, Pahang dengan Selangor; dan juga Melaka dengan Pulau Pinang, telah dipilih untuk membuat perbandingan dari tiga sudut: pengurusan kewangan, pentadbiran negeri dan pendemokrasian masing-masing.
PENGURUSAN KEWANGAN
Johor/Pahang dengan Selangor
Secara keseluruhannya, proses membaiki status kewangan negeri telah bermula di Kerajaan Negeri Selangor, namun langkah pemantapan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Johor dan Pahang belum lagi mempamerkan perubahan positif.  Tahap kemantapan pengurusan kewangan dapat dilihat daripada Laporan Ketua Audit Negara yang mengesyorkan supaya Selangor meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut, manakala Johor dan Pahang disyorkan perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan (Johor), dan perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat (Pahang).
Dari segi Nisbah Semasa, Kerajaan Negeri Selangor memperoleh nisbah lebih daripada 1, manakala Kerajaan Negeri Johor dan Pahang memperoleh nisbah kurang daripada 1. (Analisis Nisbah Semasa adalah untuk mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri dalam membiayai jumlah Tanggungan Semasa. Sekiranya nisbah yang dihasilkan melebihi daripada 1, maka ini menunjukkan tanda yang positif dari segi kedudukan kecairan tunai.)  Fakta ini menunjukkan bahawa kecairan tunai Kerajaan Negeri Johor dan Pahang adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.
Dari segi defisit, ketiga-tiga negeri mencatat defisit, iaitu Johor RM70.35 juta, Pahang RM42.27 juta dan Selangor RM65.96 juta. (Defisit dalam maksud ini mengambil kira perbandingan antara hasil dengan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri bagi tempoh perakaunan semasa dan tahun sebelumnya untuk mengukur lebihan atau defisit bagi Akaun Hasil Disatukan.)  Namun begitu, defisit Negeri Pahang dan Johor adalah lebih parah jika berbanding dengan Selangor apabila diambil kira faktor kutipan hasil.
Keadaan di Negeri Pahang menunjukkan bahawa prestasi kewangan Kerajaan Negeri semakin menurun dengan ketara sejak tahun 2007 kerana hasil kutipan tidak dapat menampung perbelanjaan tahunan. (Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009, m.s 17) Kerajaan Pahang telah membentangkan belanjawan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut sehingga tahun 2010. (http://paslipis.wordpress.com/2009/11/19/kerajaan-bn-pahang-bentang-bajet-defisit-12-tahun-berturut-turut-2/) Bagi Negeri Johor, tahap defisit tahun 2009 adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun kebelakangan. (Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2009, m.s 19)
Selain itu, gabungan hasil kedua-dua buah negeri adalah sebanyak RM1,243 juta berbanding dengan hasil Negeri Selangor sebanyak RM1,764 juta, tetapi gabungan defisit adalah sebanyak RM120.95 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih tinggi daripada defisit Selangor yang berjumlah RM65.96 juta.
Analisis Perbandingan Antara Hasil dengan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Bagi Tempoh 2005 hingga 2009
Melaka dengan Pulau Pinang
Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat baru sahaja mengambil alih negeri Pulau Pinang, namun jika dibandingkan dengan Kerajaan Barisan Nasional di negeri Melaka, wujud perbezaan yang cukup meyakinkan mengikut gaya dan pendekatan seperti mana yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.
Umpamanya, KPRU mendapati bahawa kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya adalah baik dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dalam aktiviti perolehan, bentuk perbelanjaan yang benar-benar berhemat tanpa menjejaskan kebajikan rakyat Pulau Pinang.  Hasilnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakhiri tahun kewangan 2009 dengan lebihan sejumlah RM77.34 juta menjadikan lebihan dana terkumpul berjumlah RM538.95 juta.  Berbanding dengan pesaingnya, prestasi kewangan yang dicatatkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bertambah baik daripada defisit RM4.56 juta pada tahun 2008 kepada lebihan dana RM0.30 juta.
Selain itu, analisis Nisbah Semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2009 mendapati Nisbah Semasa Kerajaan Negeri adalah 5.25:1 melebihi satu, manakala Nisbah Semasa Melaka adalah kurang daripada 1.  Fakta ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkemampuan untuk menampung jumlah tanggungan semasa manakala Melaka gagal menampung tanggungan tersebut.
Dari segi pelaburan kerajaan negeri, kebijakan pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus menjadi teladan bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri Melaka, malah semua Kerajaan Negeri dalam Persekutuan di mana jumlah dividen dan keuntungan mencatatkan angka tertinggi sejak tahun 2005. Sila rujuk jadual yang dipetik daripada Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 28).
Pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Melaka pula mencatatkan pencapaian yang sebaliknya.  Semakin besar pelaburan yang dibuat olehnya, belum tentu lagi pulangan faedahnya lumayan.  Fakta ini terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 32)
Pelaburan Kerajaan Negeri Melaka

PENTADBIRAN NEGERI
Johor/Pahang dengan Selangor
Secara keseluruhannya, adalah didapati bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat bersikap lebih responsif dan cekap dalam urusan pentadbiran negeri.  Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja tidak segan mendedahkan isu-isu kontroversi supaya orang awam termaklum dengan perkembangan, malah ianya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah.  Misalannya, dalam isu jamuan makan yang menelan RM300 ribu anjuran Yayasan Selangor baru-baru ini, Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor diarah mengambil cuti selama sebulan berkuat-kuasa serta merta. (http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29467:timbalan-pengurus-yayasan-selangor-diarah-cuti&catid=1:utama&Itemid=50)
Corak pentadbiran sebegini tidak kelihatan dalam negeri pemerintahan Barisan Nasional.
Kajian Kes: Isu Curi Pasir
Dari segi pentadbiran negeri, sebenarnya Negeri Pahang dan Johor juga dibelenggui isu curi pasir, malah mungkin lebih serius daripada apa yang berlaku di Selangor.  Akan tetapi isu curi pasir di kedua-dua negeri tersebut jarang diberi perhatian akibat liputan media yang tercondong.
Misalnya, pada tahun 2009, Kerajaan Negeri Selangor mengalami kerugian RM1.82 juta daripada royalti tidak berkutip, tetapi kerugian yang dialami oeh Kerajaan Negeri Pahang adalah sebanyak RM3.23 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih daripada kerugian yang dialami oleh Kerajaan Selangor. (Laporan Ketua Audit Negara, Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009, m.s 50)
Di Johor pula, adalah didapati juga kegiatan perlombongan pasir yang mula beroperasi sejak tahun 2003 tetapi tidak menyediakan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), aliran air sungai berubah, berlakunya tanah runtuh, pencerobohan, pihak penguatkuasa tidak memantau secara berkala, dan banyak lagi.
Tambahan lagi, kegiatan perlombongan pasir di Pahang dan Johor telah menyukarkan nelayan yang menggunakan Kuala Sungai Miang tersebut sebagai laluan keluar masuk bot mereka untuk ke laut menangkap ikan.  Menurut mereka, kuala sungai telah menjadi semakin cetek dan dipenuhi pasir yang menghalang pergerakan bot.
Dari segi mengatasi isu kekurangan koordinasi antara jabatan dan pencurian pasir, tindakan Kerajaan Negeri Selangor juga jauh lebih responsif jika berbanding dengan Kerajaan Negeri Pahang.  Satu Jawatankuasa Khas diketuai Ketua Setiausaha Negeri, dan melibatkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang sering mengadakan pemantauan bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditubuhkan serta merta.  Sebaliknya, sehingga hari ini Kerajaan Negeri Pahang belum lagi mengambil apa-apa langkah untuk mengatasi masalah tersebut.
Melaka dengan Pulau Pinang
Struktur pentadbiran yang cekap dan beramanah juga banyak membantu mengangkat status sosioekonomi negeri Pulau Pinang.  Agenda Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menekankan kepada prinsip akauntabiliti, ketelusan dan kebertanggungjawaban (CAT) telah terbukti meyakinkan rakyat dan para pelaburnya walaupun memiliki sumber-sumber negeri yang begitu terhad sekali.  Apatah lagi bantuan Kerajaan Persekutuan yang dihulurkan adalah tidak ikhlas dan bertujuan memporak-perandakan politik Pakatan Rakyat.  Buktinya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempersoalkan kewajaran Kerajaan Persekutuan yang memperuntukan RM200 juta kepada Khazanah Nasional untuk membangunkan dan memulihara lokasi warisan negeri sedangkan peruntukan RM30 juta yang turut dinikmati oleh Kerajaan Negeri Melaka diuruskan sendiri tanpa pihak ketiga.  Adakah tindakan tersebut dianggap hukuman Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional kepada rakyat Pulau Pinang?  Walaupun begitu, hal ini langsung tidak menghalang Kerajaan Negeri untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Berlainan pula dengan Kerajaan Negeri Melaka yang mempunyai daya kebergantungan yang tinggi terhadap Kerajaan Persekutuan untuk menjana pendapatan negerinya.  Misalannya, Kerajaan Negeri Melaka memperoleh hasil jualan aset pengurusan air kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM39.73 juta.  Mungkinkah tanpa pengambilan aset pengurusan air tersebut, Kerajaan Negeri Melaka akan terus terperangkap dalam hutang serta defisit yang tidak tertanggung?  Beberapa kelemahan yang ketara perlu diatasi oleh Kerajaan Negeri Melaka seperti kegagalan monorel menyeberangi Sungai Melaka dan projek Eye on Malaysia yang tergendala sekian lama sekiranya negeri Melaka masih berhasrat menjadi pesaing terdekat kepada negeri Pulau Pinang dalam sektor pelancongan. (Eye on Malaysia jadi 'gajah putih' )
PENDEMOKRASIAN
Johor/Pahang dengan Selangor
 
Dari segi pendemokrasian, adalah jelas bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat, terutamanya Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang masih berada di barisan depan dalam proses pendemokrasian berbanding dengan Negeri-negeri Barisan Nasional. Kerajaan Negeri Selangor telah menerajui dasar dan langkah-langkah berikut yang langsung tidak dihirau oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Johor:
1. Menggubal Akta Kebebasan Maklumat;
2. Memberikan satu pertiga kuota kerusi Ahli Majlis PBT kepada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO);
3. Enakmen Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor yang memberikan kuasa lebih besar kepada Speaker;
4. Menghidupkan semula SELCAT;
5. Menubuhkan jawatankuasa pilihan khas (Select Committee) dalam sidang DUN Selangor;
6. Mengumumkan aset Exco Selangor;
7. Menggunakan kuasa MB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mendedahkan pelbagai penyelewengan yang tertutup sebelum itu, antaranya Yayasan Basmi Kemiskinan, Rancangan Revolusi Hijau di Bukit Cherakah, Projek Perhutanan Semula dan lain-lain.
Di samping itu, antara kelebihan lain Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika berbanding dengan Melaka adalah idea demokrasi itu dipraktikan secara terbuka.  Walaupun terlalu awal untuk diperkatakan, sekurang-kurangnya sudah ada keazaman politik yang jelas untuk melakukan perubahan pada pihak Pakatan Rakyat.  Berikut adalah usaha-usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam agenda pendemokrasian negeri:
1. Membentangkan Enakmen Hubungan Kaum pada tahun hadapan;
2. Pilihanraya Ahli Majlis Tempatan untuk perwakilan masyarakat sivil;
3. Membentangkan Enakmen Kebebasan Maklumat pada tahun 2010.
Kesimpulannya, fakta-fakta di atas menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang diperintah secara lebih berhemat, telus dan cekap berbanding dengan Kerajaan Negeri Johor, Pahang dan Melaka.  Laporan Ketua Audit Negara juga memberikan pengiktirafan kepada pengurusan kewangan Negeri Selangor dan Pulau Pinang yang lebih professional.  Dari segi pendemokrasian, negeri-negeri tersebut juga mendahului dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang dapat menjamin hak rakyat.
Perkembangan-perkembangan tersebut dapat dilihat sebagai pengambil-alihan kerajaan baru yang bergiat merealisasikan janjian kepada rakyat dan masih segar untuk melalukan reformasi tanpa ikatan beban tradisi.  Dalam konteks negeri, perkembangan positif pasca 8 Mac 2008 juga dapat dinilai dari sudut kebangkitan sistem dua parti, di mana kewujudan sekatan dan imbangan (check and balance) kuasa menjadikan pihak pemerintah lebih berhat-hati dan segan melakukan kesilapan.  Secara keseluruhannya, perbandingan dari segi prestasi kewangan, pentadbiran dan pendemokrasian ini wajar menjadi satu asas rujukan kepada rakyat yang sudah berubah dan belum berubah agar mereka menjadi lebih bijaksana dan termaklum dalam membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang.
Rujukan am:
1. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2009
2. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2009
3. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009
4. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2009
5. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2009
6. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009
7. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Melaka Tahun 2009
8. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2009
9. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang Tahun 2009
10. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2009
Disediakan oleh,
Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)
*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang bebas dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.
KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.
KPRU merupakan institusi pertama yang melibatkan diri dalam kajian parlimen dan menyokong reformasi parlimen. KPRU mengutamakan isu belanjawan tahunan negara, rancangan jangka panjang, demokrasi parlimen dan lain-lain. Untuk mencapai matlamat tersebut, KPRU bekerjasama secara rapat dengan agensi kerajaan, parti politik, pertubuhan antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan khidmat nasihat strategik, program pengunjungan spesifik dan menghasilkan dasar yang berasaskan fakta.

Ronnie: Logo '1Malaysia' Kekal Haram di Selangor

Posted: 29 Dec 2010 09:43 AM PST


Kerajaan Pakatan Selangor tidak membekukan arahan agar logo '1Malaysia' dipaparkan di papan iklan dan arahan tersebut masih berkuatkuasa, ujar Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew.

Katanya, beliau hanya mengarahkan agar tidak menurunkan papan iklan tersebut sehingga mesyuarat Exco seterusnya, bukan seperti yang dilaporkan dalam media baru-baru ini bahawa arahan tersebut telah dibekukan.

Ronnie menegaskan bahawa undang-undang kerajaan negeri hanya membenarkan papan iklan politik sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menggangapnya sebagai propoganda politik.

"Mereka masih tidak boleh meletakkan papan iklan tanpa permit," kata beliau, seperti dilaporkan dalam The Malaysian Insider hari ini.

Katanya lagi, sekiranya PBT merasakan sesuatu papan iklan itu berunsurkan politik maka PBT tersebut boleh menolak pemberian permit.

Sebelum ini, bekas Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Khir Toyo mendakwa Ronnie sebagai 'tidak berpendidikan' dan menyatakan undang-undang negeri Selangor membenarkan premis perniagaan untuk menayangkan logo berunsurkan politik.

Khir Toyo juga menekankan bahawa halangan menaikkan papan iklan berunsurkan politik hanya tertakluk kepada kawasan dibawah bidang kuasa PBT seperti lampu jalan dan jalanraya.

Ronie bagaimanapun menyatakan undang-undang kerajaan negeri membenarkan parti politik menaikkan kain rentang dan papan iklan semasa mengadakan majlis keramaian berunsurkan politik.

"Kita membenarkan parti politik mengadakan ceramah dan menaikkan kain rentang. Apa yang kita cuba sampaikan ialah papan iklan dan papan tanda tidak boleh digunakan untuk propoganda politik," tegas beliau.

Ronnie menyifatkan logo 1Malaysia sebagai mesej politik Barisan Nasional (BN) kerana logo tersebut selalu digunapakai bersama simbol BN dan mendakwa Khir Toyo tidak faham undang-undang kerajaan negeri.

"Khir Toyo tidak tahu maka lebih baik sekiranya beliau mendiamkan diri," kata beliau.

Beliau juga menyangkal dakwaan Khir Toyo bahawa arahan menghalang logo '1Malaysia' dipamerkan adalah satu langkah bersifat politik oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

"Ini bukanlah kerana PR mahu mencari kesalahan pada BN. Halangan ini termaktub dalam kesemua 154 PBT di negara ini, bukan sahaja di Selangor," jelas Ronnie lagi.

Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada menyatakan '1Malaysia' adalah satu 'alat' untuk menggalakkan perpaduan antara kaum tetapi Ronnie menegaskan bahawa undang-undang kerajaan negeri jelas menghalang apa-apa bentuk iklan yang berunsurkan politik.

"Di bawah Klausa 17, ada senarai bentuk pengiklanan yang tidak dibenarkan dan salah satunya adalah pengiklanan berunsurkan politik," tambah beliau.

Pemborosan RM12 juta dan keselamatan above bumi 1Malaysia

Posted: 29 Dec 2010 09:42 AM PST

Bahawasanya negara yang kini di bawah pentadbiran Perdana Menteri yang dikaitkan dengan kes Altantuya oleh Wikileaks telah menyaksikan pertumbuhan pembandaran yang ketara semenjak 1990-an; bahawa penduduk di kawasan bandar telah bertambah pada kadar purata 4.6% setahun sepanjang tempoh 1990 hingga 2000 tetapi peningkatan tersebut menurun kepada 2.2% sepanjang tempoh 2000 hingga 2009, maka si Perdana Menteri terpaksa menunjukkan teladan dengan menerbangkan diri sebanyak 274 hari semenjak mengambil alih tampuk pentadbiran pada April 2009 dan membelanjakan hampir RM9 juta untuk menggalakkan penghijrahan besar-besaran penduduk desa ke bandar dan mempamerkan gaya perbelanjaan pemimpin 1Malaysia kepada penduduk bandar.
Aku percaya penduduk desa yang rata-rata melayari laman sesawang tercari-cari bahan bacaan atau bahan berita dalam bentuk penulisan Bahasa Melayu, apabila terbaca pendedahan yang dibuat oleh Senator Syed Husin Ali (gambar kiri) mengenai gaya perbelanjaan Perdana Menteri yang berperut buncit, tidak kurang terperanjatnya berbanding dengan otak durianaku semasa meneliti butiran berkaitan!
42 urusan rasmi menelan hampir RM9 juta
Butiran lanjut yang didedahkan oleh Senator di Dewan Negara menunjukkan dengan jelas sekali bahawa Perdana Menteri berperut buncit telah membelanjakan sebanyak RM8,724,894.91 wang rakyat untuk urusan rasmi 42 kali sebanyak 274 hari di luar negara.  Maksudnya sehari sebanyak RM31,840.50 telah dibelanjakan!
Sebelum penduduk desa dan kampung Cina Tenang di dalam Daerah Segamat sempat mempelajari gaya perbelanjaan Perdana Menteri berperut buncit, si "Menteri Melancong" dari planet melancong telah membuktikan bahawa Perdana Menteri berperut buncit bukan satu-satunya pemimpin Barang Naik (BN) yang mempamerkan gaya perbelanjaan yang begitu memboroskan.
Apabila diteliti jawapan yang diperolehi Ahli Parlimen Batu Tian Chua (gambar kanan) pada 19 Oktober 2010 dan dibandingkan dengan jawapan yang diperolehi Senator dua bulan selepas itu, otak durianku mendapati pola perbelanjaan yang sama dipamerkan oleh kedua-dua Perdana Menteri dan Menteri Melancong.
Jika lawatan luar negara pertama Perdana Menteri 1Malaysia ke Thailand pada 10 April 2009 - seminggu selepas beliau mengambil-alih pentadbiran - menelan belanja sebanyak RM78,507, lawatan luar negara pertama Menteri Melancong ke China pada 23 April 2009 pula menelan belanja sebanyak RM84,810.
Jika Perdana Menteri berperut buncit telah membelanjakan sebanyak RM8,724,894 wang rakyat untuk urusan rasmi di luar negara, Menteri Melancong pula membelanjakan sebanyak RM3,262,363 wang rakyat untuk urusan rasmi di luar negara.  Jumlahkan kedua-dua angka di atas maka kita dapat hampir RM12 juta.
Peluang 20 ribu orang terbang KL-Phuket
Tahukah berapa ramai penduduk desa yang dapat menerbangkan diri ke luar negara selama lima hari jika wang rakyat sebanyak RM12 juta digunakan oleh Perdana Menteri berperut buncit dan Menteri Melancong untuk membiayai harga tiket penerbangan penduduk desa melalui perkhidmatan AirAsia sekitar 28 Disember 2010 hingga 3 Januari 2011?
Jawapannya: Untuk penerbangan Kuala Lumpur-Phuket, Thailand, wang rakyat sebanyak RM12 juta dapat menampung penerbangan penduduk desa sekurang-kurangnya 20 ribu orang!  Atau untuk penerbangan Kuala Lumpur-Hangzhou (Shanghai), China, wang rakyat sebanyak RM12 juta dapat menampung penerbangan penduduk desa sekurang-kurangnya 17 ribu orang!
Hal ini bermaksud, jika sekiranya Perdana Menteri berperut buncit tidak mempamerkan gaya perbelanjaan yang memboroskan semenjak memulakan lawatan pertama beliau ke Thailand, Menteri Melancong juga tidak mempamerkan gaya perbelanjaan yang memboroskan semenjak memulakan lawatan pertama beliau ke China, maka beribu-ribu penduduk desa dapatlah menikmati pengalaman menerbangkan diri ke Thailand atau China.
Penerbangan ke luar negara antara kriteria kualiti hidup
Dewasa ini, penerbangan ke luar negara merupakan antara kriteria kualiti hidup dunia 1Malaysia.  Menurut jawapan Perdana Menteri kepada soalan Ahli Parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed bertarikh 19 Mac 2009, Indeks Kualiti Hidup Malaysia (MQLI) telah menetapkan sebelas komponen yang mencorakkan kualiti hidup penduduk Malaysia merangkumi komponen-komponen berikut:
1. pendapatan dan pengagihan
2. persekitaran kerja
3. pengangkutan dan komunikasi
4. kesihatan
5. pendidikan
6. perumahan
7. alam sekitar
8. kehidupan keluarga
9. penyertaan sosial
10. keselamatan awam
11. kebudayaan dan hiburan
Sementara bumi 1Malaysia kini diselubungi suasana kematian penduduk 1Malaysia dan penduduk bukan 1Malaysia akibat kemalangan bas satu per satu, kita tidak lagi mengharapkan keselamatan awam dari segi kemalangan jalan raya dapat dijamin oleh Kerajaan 1Malaysia secara berkesan selagi Puspakom dibenarkan memiliki status monopoli dan gaji minimum yang berpatutan untuk sektor pemandu bas tidak ditetapkan tanpa dilengah-lengahkan lagi.
Kini, dalam sanubari kita, yang lebih meyakinkan bukanlah keselamatan jalan raya dunia 1Malaysia yang penuh dengan babak-babak kematian yang dahsyat tetapi keselamatan udara "above bumi 1Malaysia" yang menjadi mod pengangkutan pilihan Perdana Menteri berperut Buncit dan Menteri Melancong.  Penerbangan AirAsia yang tergolong dalam komponen ketiga "pengangkutan dan komunikasi" yang mencorakkan gaya hidup berkualiti tanpa mengira perbezaan warna kulit, darah bangsa atau fahaman agama.  1Malaysia tidak memainkan peranan dalam hal ini.
Berdasarkan gaya perbelanjaan boros Perdana Menteri berperut buncit dan Menteri melancong, aku pasti pemimpin 1Malaysia setuju dengan hujah otak durianku bahawa keselamatan jalan raya tidak terjamin dalam dunia 1Malaysia.  Keselamatan jalan raya terjamin hanya "above bumi 1Malaysia".
Menurut Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK 10), "terdapat hubung kait yang rapat antara corak pembangunan dengan kemajuan ekonomi.  Kemajuan ekonomi membolehkan rakyat menikmati kualiti hidup yang tinggi.  Dari segi yang lain, rakyat dan aktiviti ekonomi akan tertumpu ke arah tempat yang berdaya maju, seterusnya membentuk pertumbuhan kluster yang menjana faedah melalui pengaglomeratan ekonomi, produktiviti dan inovasi.  Menyedari hal ini, Kerajaan akan menyusun strategi untuk pertumbuhan tertumpu di konurbasi bandar."
"Above bumi 1Malaysia"
1Malaysia kini dicorakkan oleh gaya perbelanjaan Menteri Melancong yang boros lagi memboroskan.  Ini merugikan Perdana Menteri berperut buncit yang beria-ia mahu mempromosi strategi APCO-1Malaysia melalui penerbangan beliau sebanyak 42 kali dan sebanyak 274 hari "above bumi 1Malaysia".
Sesungguhnya, Aku yang berperut buncit ingin menyarankan kepada Perdana Menteri berperut buncit: Jangan lupa dibuang Menteri Melancong ke planet melancong dalam rombakan kabinet akan datang dengan kadar segera dan memberikan peluang penerbangan kepada penduduk desa dan kampung Cina dari Tenang, Segamat.
Percayalah otak durianku, ini strategi jangka pendek terbaik untuk pertumbuhan tertumpu di konurbasi bandar.  Penduduk desa yang berpeluang menerbangkan diri akan berhijrah ke bandar bagi menikmati kualiti hidup bandar yang above piawaian bumi 1Malaysia.  Dengan berbuat begitu, aku percaya penduduk desa lambat laun akan berhijrah secara besar-besaran ke bandar dan membantu menjayakan salah satu daripada matlamat RMKe-10.  Tak perlu perkhidmatan APCO-1Malaysia, semua penduduk bandar yang pernah mengalami penghijrahan tahu akan strategi ini.
Pesanan khusus otak durianku untuk penduduk desa dan kampung Cina Tenang, Segamat.  Sekiranya Perdana Menteri Berperut buncit dan Menteri Melancong tidak meminta maaf atas pemborosan RM12 juta malahan terus-menerus mengamalkan gaya perbelanjaan boros menggunakan wang rakyat sebanyak RM12 juta, baik kita semua berhijrah ke bandar Singapura dan berjumpa dengan Perdana Menteri Singapura menanyakan kesahihan komen pegawai-pegawai diplomatik Singapura khususnya Bilahari Kausikan yang mengatakan bahawa: "Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa.  Najib Razak (gambar kiri) perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa".
Yang menghairankan, Bilahari Kausikan masih mengetuai rombongan perwakilan Singapura dalam Mesyuarat Pasukan Pelaksanaan Bersama Malaysia-Singapura pada 22 Disember 2010 berhubung isu tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tanpa menghadapi bantahan sekeras-kerasnya daripada pemimpin 1Malaysia!

1,000 siswa berhimpun di PJ pada 1 Jan

Posted: 29 Dec 2010 09:41 AM PST

Kira-kira seribu mahasiswa merancang berhimpun di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 1 Januari ini bagi menunjukkan "persaudaraan bawah semangat patriotisme".

NONEPresiden Silidariti Malaysia (SMM) Shazni Munir Mohd Ithnin (kiri) berkata program itu antaranya bertujuan lebih mendekatkan diri kepada dunia aktivisme mahasiwa.

"Program ini diharap menjadi pemanas badan kepada program lain pada tahun depan," katanya sambil memberitahu ini kali pertama pihaknya menganjurkan program sebegitu.

Menurut Shazni juga, permit polis akan dipohon hari ini bagi menjalankan program yang dinamakan Himpunan Mahasiswa untuk Malaysia.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, seorang jurucakap Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) - penganjur bersama - Ahmad Shukri Kamarudin berkata, program lima jam bermula 8.30 pagi itu juga bertujuan memberikan mesej bahawa mahasiswa bersama-sama dengan masyarakat.

Selain itu, tambahnya, ia menujukkan bahawa segala tindakan mahasiswa hendaklah dibuat berdasarkan rasa tanggungjawab terhadap negara.

Katanya, program itu akan diisi dengan acara melakar kain rentang bertemakan Jalur Gemilang, "pidato mahasiswa berantai" dan pengisytiharan deklarasi mahasiswa 1.1.11 (1 Januari 2011).

Mengapa BN pertahan undi pos

Posted: 29 Dec 2010 09:40 AM PST

PERSOALAN sekarang mengapa pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) beriya-iya benar mempertahankan sistem pengundian pos.
Mereka seolah-olah bermati-matian bagi memastikan sistem itu terus relevan, biar pun negara sudah lama keluar dari status darurat. Komunis yang pernah menggugat negara sudah lama meletak senjata.
Contoh mudah dapat dilihat berlaku di Galas pada 4 November lalu. Undi pos yang diterima PAS hanya 26 undi (17.68 peratus) berbanding dengan BN (82 peratus).
Begitu juga di mana-mana sahaja pilihan raya undi pos menjadi penyelamat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) kecuali pilihan raya umum 1999.
Di Jeli undi pos di kalangan askar wataniah di Kem 301 dan Kem 302 berjaya menyelamatkan karier politik Datuk Seri Mustapa Mohamed bagi mempertahankan kerusi parlimen Jeli masuk penggal kedua.
Begitu juga Datuk Mohd Alwi Che Ahmad diselamatkan undi pos di Kem Desa Pahlawan untuk meneruskan penguasaan Umno di Dun Kok Lanas.
Ramai menyebut undi pos menjadi penyambung hayat kerajaan BN dan menyelamatkan maruah Umno.
Maka bagi memastikan kubu tersebut tidak dirobek Pakatan Rakyat dalam misi melangkah ke Putrajaya, kerajaan BN merancang mewujudkan satu kompeni askar wataniah di semua 222 kawasan Parlimen.
Malah kerajaan BN tanpa berselindung menyebut hampir mencapai sasaran apabila 172 kawasan parlimen telah diisi dengan pasukan itu.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Dr Ismail Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata, kementerian itu menjangka askar wataniah akan ditempatkan di 50 kawasan lagi menjelang tahun hadapan.
Malah kementerian itu mensasarkan seramai 66,600 anggota dalam tempoh lima tahun akan datang, di mana kini difokus di Sarawak dan Perak.
Tahun lepas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penubuhan satu kompeni askar wataniah di 222 kawasan Parlimen bagi memantapkan sistem pertahanan negara.
Difahamkan satu kompeni mengandungi sekurang-kurang tiga plakton atau 105 anggota. Jumlah itu tidak termasuk isteri setiap askar wataniah yang turut didaftar sebagai pengundi pos.
Ini bermakna seramai 210 pengundi pos dari kalangan askar wataniah terdapat di setiap kawasan parlimen. Kalau didarab 222 bermakna terdapat 46,620 pengundi pos baru di seluruh negara.
Sedangkan sasaran kerajaan mempunyai 66,600 askar wataniah di seluruh negara. Dan jumlah itu kalau didarab isteri setiap anggota menjadikan jumlah undi pos seramai 133,200 orang.
Bermotif politik
Seorang bekas pegawai tentera ketika ditemui berkata, penubuhan satu kompeni askar wataniah di setiap kawasan parlimen sebenarnya lebih bermotif politik dan bukan semata-mata bagi memantapkan pertahanan negara.
Katanya, setiap anggota wataniah akan didaftar di bawah undi pos sebagai strategi bagi menyelamatkan Umno dan BN.
"Itu belum lagi dicampur dengan isteri setiap anggota askar wataniah. Kewujudan kem askar wataniah merupakan pakej penyelamat kerajaan BN," katanya di sini.
Difahamkan bilangan anggota tentera termasuk unit infantri, Askar Melayu Diraja dan renjer sebelum ini berjumlah lebih 130,000 orang.
Bagaimanapun daripada jumlah tersebut anggota tentera yang benar-benar berkhidmat di luar kem termasuk di sempadan hanya dalam jumlah agak kecil.
Selebihnya anggota bahagian sajian dan perkhidmatan yang bertugas di unit gaji dan perbekalan. Mereka tidak dikerah berkhidmat di luar kem untuk melayakkan disenarai sebagai pengundi pos.
Namun kerajaan BN tetap menyenaraikan setiap anggota tentera dan polis sebagai pengundi pos biar pun mereka tidak berkhidmat di tempat yang kritikal.
"Malah pegawai tentera yang berpangkat Jeneral tidak pernah bertugas di perbatasan untuk disenaraikan sebagai pengundi pos.
"Mengapa mereka dibolehkan keluar bermain golf, sedangkan untuk keluar mengundi sebagai pengundi biasa tidak boleh," kata bekas pegawai tentera terbabit.
Seorang lagi bekas pegawai tentera, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman turut mempersoalkan mengapa kerajaan BN beriya-iya benar mahu mempertahankan undi pos kalau tidak bermesej politik.
Katanya, undi pos sudah tidak sesuai lagi digunakan sekarang memandangkan keadaan negara sudah aman dan bukan kacau bilau seperti zaman darurat.
Menurut beliau anggota tentera yang hanya berkhidmat di kem boleh keluar mengundi seperti pengundi awam.
"Lebih menghairankan lagi mengapa isteri anggota tentera juga disenarai sebagai pengundi pos. Ini sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali.
"Tengok sedikit masa lagi setiap kawasan parlimen akan mempunyai kompeni askar wataniah. Tidakkah itu semua memberi undi percuma kepada Umno dan BN," katanya yang juga anggota Exco kerajaan negeri.
Persempadanan baru
Persempadanan baru kawasan pilihan raya memerlukan undian dua pertiga anggota Dewan sebelum diluluskan.
BN tidak memiliki dua pertiga daripada 141 anggota parlimennya. Biar pun dibantu lima anggota parlimen Keadilan yang belot, BN belum mempunyai kekuatan untuk meminda perlembagaan bagi membolehkan persempadanan pilihan raya diadakan.
Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Wee Chong Keong (Wansa Maju) yang menggelarkan diri mereka sebagai blok Bebas belum mampu membantu BN memiliki kuasa dua pertiga.
Kalau mengikut ayunan sejarah pilihan raya di negara ini sejak merdeka, BN akan bangkit semula selepas lemah. Misalnya pada PRU-8 (1990) BN kehilangan Kelantan.
Namun pada PRU-9, BN bangkit semula biar pun gagal dalam misi merampas semula Kelantan. Kemudian pada PRU-10 (1999) menyaksikan BN merosot ekoran gelombang reformasi.
Namun pada PRU-11 (2004) BN bingkas semula dengan kedudukan paling selesa dalam sejarah pilihan raya. BN mendapat undi popular sehingga 90 peratus. Ketika itu Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengetuai jentera BN.
Apakah sebenarnya faktor menyebabkan kedudukan BN paling selesa pada pilihan raya tersebut. Selain momokan 'Mr Clean' yang disinonimkan dengan Pak Lah, namun faktor persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003 turut menjadi penyumbang penting.
Di bawah Perkara 113(2), Perlembagaan Persekutuan tanggungjawab bagi menjalankan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri diberikan kepada SPR.
Persempadanan hanya boleh dibuat setelah tamat tempoh lapan tahun selepas selesai kajian semula persempadanan sebelum itu.
Prinsip mengagihkan wajaran di kawasan luar bandar dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, di mana variasi saiz (jumlah pemilih) di antara mana-mana dua kawasan haruslah tidak melebihi 15 peratus.
Sejak 1952 persempadanan semula dilakukan sebanyak lapan kali. Malangnya wajaran 15 peratus yang dipersetujui tidak digunakan selepas beberapa pindaan kepada Perlembagaan sejak 1973.
Persempadanan semula perlu disiapkan dalam tempoh dua tahun. Kali terakhir dibuat pada Mei 2003. Dan sepatutnya persempadanan dilaksanakan pada tahun 2011.
Dan sekiranya persempadanan menjadi kenyataan, kalau mengikut teori ayunan, BN akan bangkit semula pada PRU-13.
Namun, dengan kekurangan majoriti dua pertiga proses ke arah persempadanan semula kawasan pilihan raya masih tidak kedengaran.
Undi pos selamatkan Najib
Tanpa faktor itu BN tentunya lebih gundah bagi menghadapi PRU-13. Ini kerana faktor persempadananlah yang pernah memenangkan Dato' Seri Najib Razak di parlimen Pekan Dalam pilihan raya 1999.
Ketika itu beliau menang dengan majoriti hanya 241 undi. Sedangkan di Pekan ada 2,400 undi pos.
Kemudian pada persempadanan semula 2003, Kem Batu 10, Kuantan dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Pekan.
Maka tidak salah kalau dikatakan undi pos menjadi penyelamat karier politik Najib di Pekan, Mustapa di Jeli dan Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang.
Bagi mendepani isu berkenaan, Pakatan Rakyat seperti tidak banyak pilihan. Kalau dalam isu saman ekor ada NGO yang dikenali sebagai KASE, manakala bagi menentang ISA atau GMI.
Isu undi pos perlu ditangani secara berterusan. Gerakan kesedaran bagi mendedahkan keburukan sistem pengundian tersebut perlu dijaja dari mulut ke mulut. Natijahnya bagi memastikan mereka yang mengundi akhirnya menjadi malu, kerana tanpa sedar mereka merosakkan demokrasi.
Biar pun ada sedikit ruang membolehkan wakil calon yang bertanding memasuki kawasan kem, namun mereka hanya mampu memerhati dari jarak jauh. Alasan pegawai tentera bertugas, kem merupakan kawasan keselamatan.
Calon PAS di Dun Bukit Bunga, Jeli, Sufely Abdul Razak pernah mendakwa peti undi pos disimpan di dalam kem tanpa ada jaminan kawalan keselamatan selepas pengundian dijalankan.
Sekarang apa yang mampu diharapkan dengan sistem demokrasi alaMalaysia. Undi pos boleh menjadi penghalang impian Pakatan Rakyat menghayung langkah ke Putrajaya.
Sejak merdeka sehingga sekarang gelanggang pilihan raya dibina di lantai yang senget. Mangsanya pembangkang yang kini bernama Pakatan Rakyat. Akhirnya impian Pakatan hanya sekadar retorik sekiranya gelombang kesedaran rakyat masih di tahap lama.   

PRK Tenang: PAS tak risau calon tempatan

Posted: 29 Dec 2010 09:39 AM PST

BN seakan sudah pasti akan meletakkan calon tempatan bagi pilihan raya kecil DUN Tenang manakala PAS pula nampak yakin dengan keputusan untuk meletakkan calon luar.

NONEMenurut timbalan ketua bahagian Umno Labis Hashim Daud, kesemua tujuh nama yang dicadangkan itu merupakan anggota jawatankuasa bahagian berkenaan.

Kesemua nama berkenaan terdiri daripada anggota yang aktif dalam Umno bahagian Labis dan telah menawarkan diri sebagai calon, katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, senarai calon yang panjang itu juga mencerminkan "keterbukaan" di kalangan anggota bahagian tersebut.

Kesemua yang menawarkan diri mereka telah disenaraikan, katanya lagi yang enggan mendedahkan nama-nama berkenaan.

NONENamun, beliau sendiri yang merupakan seorang bekas pengetua di sebuah sekolah di Labis dipercayai turut tersenarai.

Seorang lagi yang dikatakan turut tersenarai ialah bekas ketua penerangan bahagian tersebut, Jaim Yunus, 54.

Jaim yang juga seorang bekas pengetua sekolah sebelum ini kalah tipis ketika menentang Allahyarham Sulaiman Taha bagi merebut jawatan ketua bahagian dalam pemilihan pada tahun 2008.

Ketua wanitanya Haslinda Salleh, 38, dan ketua pemudanya Mansor Birat juga dikatakan turut menawarkan diri bagi pencalonan berkenaan.

Mazlan Aliman calon popular
Sementara itu, timbalan pesuruhjaya PAS negeri yang juga pengarah pilihan raya Dzulkefly Ahmad berkata parti itu tidak akan meletakkan calon tempatan.

NONESebaliknya, beberapa nama calon yang disenaraikan itu merupakan pemimpin PAS dari kawasan sekitar Labis, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dzulkefly berkata, isu calon tempatan tidak timbul memandangkan kesemua nama calon yang dikemukakan itu tahu benar dengan keadaan di Labis.

"Ada banyak kawasan yang dekat dengan Labis. Calon itu boleh jadi dari Segamat atau dari Pagoh, kawasan pesuruhjaya negeri kita," katanya yang menambah, jentera pilihan raya parti itu telahpun membuat persiapan sejak 25 Disember.

Pesuruhjaya PAS negeri Mahfodz Mohamed merupakan personaliti yang terkenal di Johor namun seorang lagi pemimpin PAS yang turut meraih populariti di negeri itu ialah seorang anggota jawatankuasa PAS pusat Mazlan Aliman turut tersenarai.

Mazlan dikenali melalui usahanya bersama masyarakat Felda sebagai pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (ANAK) dan pencalonannya mungkin akan memberi kelebihan kepada PAS.

Ini memandangkan DUN Tenang meliputi tiga kawasan rancangan Felda - Chemplak, Chemplak Barat dan Tenang - di mana PAS meraih kurang daripada 20 peratus undi pada Mac 2008.

MTUC wajib gabungan tuntut gaji minimum RM1,200 dalam CA

Posted: 29 Dec 2010 09:38 AM PST

Kesatuan-kesatuan gabungan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dikehendaki mengemukakan tuntutan gaji minimum RM1,200 apabila mengadakan rundingan perjanjian bersama (CA) tiga tahun sekali mulai sekarang.
Dengan resolusi diluluskan hari ini, pekerja-pekerja yang diwakili MTUC, akan diperjuangkan gaji sekurang-kurangnya RM1,200 sebulan.
Keputusan ini diambil di sebalik keputusan kerajaan yang baru-baru ini telah meluluskan pendirian mahu memperkenalkan dasar gaji minimum nasional mulai tahun depan, tetapi kadarnya belum diputuskan lagi.
Dalam tuntutan gaji minimum sebelum ini, MTUC meletakkan gaji asas RM900 dan elaun kos sara hidup pula RM300.
"Kita hendak mengemukakan cadangan kepada kesatuan-kesatuan gabungan supaya memasukkan tuntutan gaji minimum, bermakna tidak semestinya apa yang kita minta dapat tetapi sasaran kita ialah RM1,200," kata Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud pada sesi perbahasan usul persidangan tiga tahunannya di sini petang ini.
"(Mulai sekarang) kesatuan gabungan apabila mengadakan perundingan CA, perlu mengemukakan perkara ini untuk pertimbangan (majikan masing-masing)," katanya.
Semalam, dilihat sebagai isyarat arah aliran menjelang pilihan raya umum ke-13, Syed Shahir berkata, pihaknya mahu kerajaan melaksanakan dasar gaji minimum dilaksanakan secepat yang mungkin.
"Seberapa segera. Ya, keyakinan saya tinggi (akan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum)," kata Syed Shahir.
"Kami akan menyokong mana-mana parti yang menghormati hak-hak pekerja," kata beliau sambil menambah, walaupun ramai ahli MTUC berlainan parti tetapi dalam isu pekerja "kami bersatu."
MTUC dilihat akan meletakkan ia sebagai salah satu perkara yang akan dituntut pihaknya pada pilihan raya umum ke-13.
Isu gaji minimum menjadi isu diperjuangkan MTUC sejak enam dekad yang lalu.
MTUC mempunyai 500,000 ahli dengan 260 kesatuan gabungan.
Hampir 80 peratus kesatuan gabungannya adalah dari swasta dengan hampir 60 peratus ahlinya memperoleh gaji bawah RM1,200 sebulan – dalam lingkungan RM600 hingga RM750.
Gaji minimum dijangaka akan memanfaatkan tiga juta pekerja secara langsung.

Novel Sejarah Islam bukannya fiksyen!

Posted: 29 Dec 2010 09:31 AM PST


Penulis novel Sejarah Islam, Tuan Abdul Latip Talib akan bersiaran dalam rancangan Halaqah di TV9 malam ini (28 Dis. 2010).

Program yang diacarakan oleh Ustaz Badli Shah Alaudin ini akan berbicara mengenai Abu Bakar As-Siddiq. Turut hadir dalam program bual bicara tersebut adalah Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang Al Idrus yang sama-sama berbicara mengenai Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ini.

Jangan ketinggalan menyaksikan rancangan bual bicara Halaqah yang penuh dengan informasi pada jam 10 malam ini khas di TV9.
Ingin saya coretkan di sini perbezaan asas buku fiksyen sejarah dan novel sejarah. Pada hemat saya yang cetek ilmu ini, fiksyen sejarah berkisahkan suatu fakta sejarah dan kemudiannya difiksyenkan. Dalam fiksyen, watak-watak, persekitaran, peristiwa dan penyudahnya boleh sahaja berlawanan dari apa yang dicatatkan dalam buku atau perekodan sejarah.
Fiksyen sejarah juga merupakan imaginasi penulis dengan latar belakang suatu peristiwa sejarah sebagai tunjang. Namun sesuai dengan istilah fiksyen, ianya mengandungi ciri plot dan sub-plot yang dicipta sendiri oleh penulis. Manakala sebuah novel sejarah isinya adalah fakta.

Novel sejarah Islam tulisan Tuan Abdul Latip Talib misalnya, memang mengandungi fakta. Ini semestinya tidak boleh diubah. Itu yang Tuan Abdul Latip Talib lakukan. Sejarah Islam era Rasulullah
(Sallallahhu'alaiwasallam) dirakamkan dalam Quran dan hadis Nabi Muhammad (Sallallahhu'alaiwasallam). Justeru itu saya percaya sepenuhnya bahawa Tuan Abdul Latip Talib mesti merujuk kepada buku sejarah, hadis Rasulullah (Sallallahhu'alaiwasallam) dan Quran dalam penulisannya.

KURANG AJAR: Pertunjukan Tiger Show dalam majlis makan malam Sony

Posted: 29 Dec 2010 09:19 AM PST


23 Muharram 1432H - Saya telah dihubungi oleh seseorang yang tidak mahu namanya disiarkan telah mendedahkan bahawa satu majlis pertunjukan tarian lucah "Tiger Show" sempena majlis makan malam anjuran Sony di Hotel Marriot Putra Jaya pada tanggal 16 dec 2010 yang lalu.

Ini satu mungkar yang tidak sepatutnya dianjurkan dan saya berh
arap agar pihak berwajib terutama Jabatan Agama bertindak tegas. Siasat perkara ini dan segera bertindak! Jika pihak berkuasa boleh bertindak nekad ke atas penganut fahaman Syiah, saya harap pihak penganjur mestilah diberi nasihat atau teguran tegas agar tidak menganjurkan pertunjukan "Tiger Show" ini kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita tetapi juga bertentangan dengan semangat Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi Hub Maksiat atau Hub Tarian Lucah seperti yang dianjurkan oleh Sony dalam majlis makan malamnya di Hotel Marriot Putra Jaya baru-baru ini. Lebih menyedihkan lagi rata-rata yang hadir dalam majlis tersebut ialah bangsa Melayu yang beragama Islam.

Majlis itu saya sifatkan telah menghina Islam dan ummatnya. Rata-rata pekerja Sony difahamkan amat tersinggung dengan majlis sedemikian rupa. Tidak memadai pertunjukan-pertunjukan seperti kita dengar sering dianjurkan di kelab-kelab malam, tetapi kini p
enganjur dengan beraninya mempersembahkan pertunjukan lucah ini dalam majlis makan malam anjuran syarikatnya [ sony ] kepada pekerja dan tetamu mereka secara terbuka di Hotel Marriot.

Saya telah diserahkan 4 keping gambar yang membuktikan keadaan majlis tersebut Saya hitamkan gambar tersebut kerana tidak sanggup untuk menyiarkan
gambar asal yang dikirim kepada saya kerana ia terlalu lucah dan memalukan. Kelihatan penari yang 95% telanjang itu memeluk tetamu lelaki dan juga membenarkan buah dadanya dipegang oleh tetamu lelaki sambil diperhatikan oleh tetamu wanita yang lain sedang rata-rata tetamu itu beragama Islam.
--- Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS Malaysia.
** Foto: Dua daripada gambar yang disebutkan oleh sdr. Nasrudin Hassan.

SPRM ‘siasat’ dakwaan Alcatel sogok dapatkan kontrak 3G

Posted: 29 Dec 2010 09:15 AM PST

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan "menyiasat" dakwaan kes sogokan membabitkan Alcatel Lucent SA – laporan yang turut mendakwa pegawai kerajaan Malaysia terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan pemerolehan kontrak telekomunikasi.
SPRM berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu, yang terbongkar semalam walaupun pihak-pihak terbabit menyedari isu itu tiga tahun lalu.
"SPRM memandang serius dakwaan ini dan akan membuat semakan dengan pihak-pihak yang berkenaan untuk mendapatkan butir-butir sebenar tohmahan sebelum tindakan sewajarnya diambil," kata agensi itu dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, suruhanjaya tersebut memohon kerjasama pihak media agar tidak membuat sebarang spekulasi sebelum butir-butir lanjut mengenai dakwaan ini dapat disahkan.
Pagi tadi, The Malaysian Insider melaporkan bahawa  Telekom Malaysia Bhd (TM) menjanjikan siasatan berhubung dakwaan skandal rasuah antarabangsa yang membawa kepada pemerolehan kontrak AS$85 juta oleh syarikat telekomunikasi ternama Alcatel, yang menurut sumber ia terdedah tiga tahun lalu tetapi tidak pernah disiasat.
Maklumat Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat menunjukkan dua perunding dari Malaysia telah dibayar sebanyak AS$700,000 bagi mendapatkan "maklumat bukan awam" berhubung aspek harga dan bidaan pesaing-pesaing, dipercayai untuk anak syarikatnya Celcom Malaysia memperoleh perkhidmatan mudah alih 3G, yang dilancarkan pada 2005.
"Perkara itu dibangkitkan memandangkan urusan itu tidak mematuhi prosedur-prosedur (yang ditetapkan). Tetapi tiada tindakan diambil," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi, Telekom Malaysia berkata, pihaknya mengambil berat dakwaan yang mengaitkan syarikat nasional itu dengan skandal tersebut.
"Kami memandang serius dakwaan-dakwaan ini dan akan meneruskan siasatan menyeluruh demi mempertahankan integriti proses pemerolehan dan memastikan pematuhan Kod Etika Perniagaan (CBE)."
Katanya, sebaik sahaja ada penemuan kukuh, pihaknya akan memaklumkan pihak berkuasa.
"Kami akan memberi kerjasama sewajarnya, yang diperlukan.
"TM ada dasar tidak akan bertolak ansur dalam soal amalan tidak sihat dan yang tidak wajar, dan akan mengambil tindakan sekiranya ada pekerja kami terlibat," kata syarikat itu lagi.
Sumber syarikat memberitahu, Alcatel memperoleh kontrak untuk membekalkan kelengkapan perkhidmatan 3G meskipun ia tiada pengalaman dalam sektor tersebut.
Kelengkapan itu kemudian dibatalkan, kata sumber itu lagi.
Difahamkan, ada banyak lagi kes pelanggaran peraturan dalam TM membabitkan pemerolehan daripada Alcatel yang tidak disiasat oleh SEC.
Semalam, Alcatel bersetuju untuk membayar lebih AS$137 juta (RM430.4 juta) untuk menyelesaikan tuduhan-tuduhan AS bahawa ia membayar berjuta-juta dolar dalam bentuk rasuah kepada pegawai-pegawai asing untuk memperoleh bisnes di Amerika Selatan dan Asia.
Pengeluar kelengkapan telekomunikasi ini dituduh membuat bayaran kepada pegawai-pegawai kerajaan termasuk di Costa Rica, Honduras, Taiwan dan Malaysia untuk memperoleh kontrak atau mengekalkan kontrak-kontrak yang diperoleh, melibatkan nilai berjuta dolar, kata SEC dan Jabatan Kehakiman AS.
Antara Disember 2001 dan Jun 2006, syarikat itu menggunakan khidmat perunding yang menyalurkan lebih AS$8 juta untuk membayar rasuah kepada pegawai-pegawai terbabit.
Malah, Alcatel didapat melantik ejen-ejen di negara-negara seperti Nigeria untuk mendapatkan kontrak, kata pihak berkuasa.
Pada keseluruhannya syarikat itu mengaku memperoleh keuntungan bernilai AS$48.1 juta ekoran pembayaran-pembayaran tidak sewajarnya, kata Jabatan Kehakiman.
Syarikat itu bersetuju untuk membayar AS$92 juta untuk menyelesaikan tuduhan-tuduhan jenayah yang dibawa oleh Jabatan Kehakiman dan juga AS$45 juta untuk menyelesaikan tuduhan-tuduhan sivil dibawa SEC.

SUK: Kerajaan negeri nafi lewat serah nama, dakwa wujud dalang

Posted: 29 Dec 2010 09:14 AM PST

Kerajaan negeri Selangor menyangkal Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani yang mendakwa kononnya kerajaan negeri lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri yang kini kelihatan menjadi kemelut antara negeri dan pusat.
Pakatan Rakyat Selangor juga kesal dengan perkembangan mutakhir dan merasakan ia tindakan didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik mereka.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar), Faekah Husin menegaskan, tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dibuat dalam tempoh atau masa tertentu.
Malah katanya, jawatan Datuk Ramli Mahmud selaku Setiausaha Kerajaan Negeri sepatutnya hanya tamat 20 Mac depan.
"Perlu ditegaskan di sini, kerajaan negeri telah menjalankan proses pemilihan pada 27 November lalu dengan menubuhkan Panel Pemilihan yang sejajar dengan Nota Amalan Perkhidmatan Awam," kata Faekah dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Panel itu diketuai Speaker Dewan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim dengan dianggotai dua Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali dan Dr Xavier Jayakumar.
Panel itu kata Faekah, telah menemu ramah enam calon dari lapan nama yang telah dicadangkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri dan Pejabat Sumber Manusia.
"Panel Pemilihan telah menyenarai pendek calon-calon dan Menteri Besar telah pada 17 Disember 2010, mempersembahkan nama-nama tersebut untuk pertimbangan Sultan Selangor bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan," katanya.
Kata Faekah, meskipun penubuhan panel itu bukan satu kemestian, tetapi kerajaan negeri Pakatan Rakyat mahu menyemai satu tatacara yang baik yang mana pelantikan jawatan tinggi perlu melalui proses telus, bebas dan bertanggungjawab.
"Menteri Besar tidak mahu menggunakan kuasa penentu untuk memilih pegawai tinggi kerajaan," kata beliau.
Faekah berkata, isu pelantikan Datuk Khusrin Munawi timbul sejurus sebelum Umno mengumumkan Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai Ketua Perhubungan Umno Selangor.
Justeru, kata beliau, Pakatan Rakyat Selangor memohon rakyat Selangor bertenang dan tidak mengeluarkan  kenyataan provokasi yang tidak akan membantu dalam mencari penyelesaian terbaik.
"Pentadbiran ini menggalakkan persatuan dan  pertubuhan masyarakat mengadakan solat hajat di seluruh negeri bagi memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada Sultan Selangor dan pemimpin negeri dalam menangani salah faham ini.
"Begitu juga kepada masyarakat bukan Islam digalakkan menjalankan upacara keagamaan menurut kepercayaan masing-masing," kata beliau.
Isu pelantikan Khusrin, Pengarah Jais, menjadi kemelut ekoran pengumuman Putrajaya bahawa beliau akan memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan mulai 1 Januari ini.
Pada hari pengumuman kelmarin, Pejabat Menteri Selangor berkata pelantikan itu belum muktamad kerana tidak dimaklumkan mengenai pelantikannya.

MAIS pertahan tindakan Khusrin

Posted: 29 Dec 2010 09:12 AM PST

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mempertahankan tindakan setiausahanya Datuk Mohd Khusrin Munawi dalam beberapa isu kontroversi, antaranya pengendalian isu pentauliahan dan larangan berpolitik dalam masjid di negeri itu.
NONETimbalan setiausahanya Abdul Halem Hapiz Salihin berkata, setiausaha majlis yang juga pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hanya menjalankan dasar dan ketetapan majlis, sejajar degan peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
Dalam masa yang sama, tambahnya, segala dasar dan ketetapan yang dibuat adalah melalui mesyuarat majlis yang keanggotaannya diperkenan oleh Sultan Selangor atau jawatankuasa tetap yang dilantik.

"Selaku setiausaha MAIS, beliau (Mohd Khusrin) bertanggungjawab menjalankan segala dasar dan ketetapan yang telah diputuskan," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul Halem Hapiz menjelaskan, isu berkaitan penarikan balik tauliah kepada ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad diputuskan oleh jawatankuasa tauliah negeri Selangor.

Manakala dalam isu larangan berpolitik di masjid-masjid pula dibuat dan disahkan dalam Mesyuarat MAIS pada 4 Mei lalu ekoran titah Sultan Selangor yang melarang berpolitik di masjid-masjid seluruh negeri.

Agensi pelaksanan

"Bagi kedua-dua isu ini, setiausaha MAIS selaku ketua pegawai eksekutif majlis bertanggungjawab memaklumkan kepada masyarakat umum melalui media mengenai keputusan yang telah diambil.

NONE"Setiausaha MAIS selaku pengarah JAIS juga memastikan dasar dan ketetapan ini dipatuhi oleh masyarakat umum melalui penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh JAIS selaku agensi pelaksana," katanya lagi.

Nama Mohd Khusrin menjadi terkenal selepas JAIS menahan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 1 November 2009 atas alasan mengajar tanpa tauliah.

Mohd Khusrin juga terus menerima kritikan daripada pelbagai sudut dalam isu'upacara telan air ludah ustaz' dan isu ahli parlimen DAP Teo Nie Ching memasuki sebuah surau di Kajang.

Terbaru, JAIS sedang menguruskan kes kontroversi melibatkan tangkapan besar-besaran pengamal Syiah pada 15 Disember lalulalu.

Antara peristiwa itu dijadikan alasan untuk mempertikaikan kelayakan beliau menyandang jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri yang mencetuskan kontroversi baru.

Ancak: Zambry kelirukan Harussani?

Posted: 29 Dec 2010 08:56 AM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasa kesal dengan keterangan yang mengelirukan daripada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kepada mufti negeri, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung majlis ancak.
Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali menyatakan demikian setelah meneliti surat jawapan balas Zambry kepada Harussani berhubung dengan perbuatannya menghadiri majlis ancak tiang seri dua bulan yang lepas.
Katanya, hujah menteri besar itu tidak diperkukuhkan dengan nas Al-Quran dan Sirah Nabi bagi menjelaskan kepada ummat Islam hukum sebenar terhadap majlis yang diadakan tersebut.
"DPPN Pk melihat Datuk Seri Zambry tidak berkata benar setelah Tan Sri Harussani ingin mendapatkan penjelasan.
"Jelas Datuk Seri Zambry yang baru menunaikan ibadah haji tidak memperjelaskan perkara sebenar apa yang sebenarnya berlaku pada hari tersebut di Kampung Guar, Manong," ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, DPPN Pk amat kesal sikap berdalih Zambry kerana masih mengelirukan umat Islam di negeri ini khasnya dan negara amnya.
Sehubungan itu, tegasnya DPPN Pk mendesak Zambry agar menjelaskan perkara sebenar supaya tidak terus mengelirukan umat Islam.
Ini, tambahnya kerana Zambry yang memegang jawatan penting berkaitan agama Islam tidak sepatutnya menghadiri atau membenarkan majlis seumpama Majlis Ancak Tiang Seri dijalankan serta diamalkan kembali di negeri ini.
"DPPN Pk meminta kepekaan Datuk Seri Zambry agar berterus terang di dalam perkara ini agar ummat Islam tidak terus mengamalkannya," ujarnya.

Kempen awal di Tenang: SPR dicabar ambil tindakan terhadap media kawalan Umno

Posted: 29 Dec 2010 08:49 AM PST

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Azmizam Zaman Huri mencabar Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) supaya mengambil tindakan terhadap  media kawalan Umno yang setiap hari menjalankan propaganda dan kempen bagi meraih sokongan rakyat terhadap parti itu.

Beliau mengulas kenyataan SPR hari ini yang memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu supaya tidak melaksanakan sebarang bentuk kempen menjelang Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Tenang, kerana tempoh kempen PRK berkenaan hanya akan bermula pada 22 Januari depan.

"BN terus berkempen sepanjang masa menggunakan media-media milik Umno seperti TV3, Utusan Malaysia dan media yang diletakkan di bawah Kementerian Penerangan. Slogan 1Malaysia juga sebenarnya adalah merupakan kempen BN. Jadi apa masalahnya untuk berkempen sebelum tempoh pilihan raya?," soal Azmizam.

Menurutnya,  Umno-BN memiliki pengaruh media yang begitu besar seperti televisyen, radio dan media bercetak lain bagi menjayakan kempen mereka, berbanding Pakatan yang memiliki sumber yang terhad.

"Kalau SPR benar-benar tidak mahu perkara ini berlaku, kenapa mereka benarkan kempen dijalankan melalui media-media massa. Kita dalam Pakatan Rakyat tidak ada ruang, organ parti seperti Suara Keadilan tidak mendapat permit dari Kementerian Dalam Negeri, dan Harakah pula edarannya terhad kepada ahli.

"Apa yang kita boleh lakukan hanyalah melalui ceramah-ceramah bagi memberi penerangan dan memastikan maklumat sampai kepada rakyat," ujarnya lagi.

Jesteru, beliau mencabar SPR supaya memberi justifikasi yang jelas tentang kempen yang dimaksudkan dan mengambil tindakan terhadap media-media kawalan Umno/BN yang cuba mempengaruhi pengundi menjelang PRK di Dun Tenang.

"Kita cabar SPR, jika tidak boleh benarkan berkempen, haramkan juga kempen melalui media-media massa," tegas beliau.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi amaran kepada parti-parti politik supaya tidak menjalankan sebarang bentuk kempen di DUN Tenang sebelum 22 Januari ini.

Pengarah SPR Johor, Othman Noh berkata mereka yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Azan: Rasuah Dalam TM Hanya Satu Siri Pendedahan Kecil

Posted: 29 Dec 2010 08:48 AM PST


Dakwaan skandal rasuah antarabangsa yang melibatkan syarikat komunikasi terbesar negara, Telekom Malaysia Bhd (TM)disifatkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail sebagai siri pendedahan kecil.
Katanya selepas ini akan ada pendedahan yang lebih besar terutama melibatkan kebobrokan pemimpin Umno-Barisan Nasional.
Akhbar hari ini melaporkan dua perunding dari Malaysia yang dibayar mendapatkan "maklumat bukan awam" bagi mendapatkan kontrak spektrum 3G dari Telekom Malaysia.merupakan siri-siri kecil pendedahan sebelum terbongkarnya kebobrokan paling besar terutamanya yang dilakukan oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional.
Sogokan membabitkan Alcatel Lucent SA – laporan yang turut mendakwa pegawai kerajaan Malaysia terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan pemerolehan kontrak telekomunikasi.
"Syarikat Alcatel ini daripada Perancis dan bukannya beroperasi, berkedudukan atau ibupejabatnya di US tetapi ada syarikat-syarikat yang berkepentingan US akan terlibat seperti Motorola.
"Generasi ketiga telekomunikasi ini kita tidak ada lagi, semuanya kita guna kepakaran mereka tetapi lesen di berikan kepada Tan Sri Vincent Tan melalui Timedotcom," katanya.
Baru-baru ini Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Warisan menafikan mana-mana syarikat yang mendapatkan kontrak berkenaan.
"Kemudian hari ini, cerita ini dibawa oleh rakan kongsi dari US, kerja-kerja melobi dan komisyen ada di Amerika dengan amaun tertentu yang dibenarkan iaitu sebanyak dua peratus maksimum yang dibenarkan mengikut undang-undang.
"Di Eropah, dalam sekitar 3-4 peratus tetapi masalah di negara kita, yuran kalau dicampur sekali kos menjadi seratus peratus. Sebab itu ianya tinggi dan agak melampau," jelasnya.
Ujar Azan, masalah ini terjadi berkemungkinan adalah disebabkan amalan orang-orang yang mempunyai kedudukan dan kuasa untuk meluluskan sesuatu mempunyai perangai mengambil wang pendahuluan atau yuran lobi dalam peratusan yang tidak munasabah.
Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan bahawa  Telekom Malaysia Bhd (TM) menjanjikan siasatan berhubung dakwaan skandal rasuah antarabangsa yang membawa kepada pemerolehan kontrak AS$85 juta oleh syarikat telekomunikasi ternama Alcatel, yang menurut sumber ia terdedah tiga tahun lalu tetapi tidak pernah disiasat.
Maklumat Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat menunjukkan dua perunding dari Malaysia telah dibayar sebanyak AS$700,000 bagi mendapatkan "maklumat bukan awam" berhubung aspek harga dan bidaan pesaing-pesaing, dipercayai untuk anak syarikatnya Celcom Malaysia memperoleh perkhidmatan mudah alih 3G, yang dilancarkan pada 2005.
"Perkara itu dibangkitkan memandangkan urusan itu tidak mematuhi prosedur-prosedur (yang ditetapkan). Tetapi tiada tindakan diambil," kata satu sumber.
Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu, yang terbongkar semalam walaupun pihak-pihak terbabit menyedari isu itu tiga tahun lalu.
"SPRM memandang serius dakwaan ini dan akan membuat semakan dengan pihak-pihak yang berkenaan untuk mendapatkan butir-butir sebenar tohmahan sebelum tindakan sewajarnya diambil," kata agensi itu dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz letak jawatan pengerusi GLC Kedah

Posted: 29 Dec 2010 08:46 AM PST

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi syarikat kaitan kerajaan negeri (GLC), Kedah Sato Sdn Bhd, berkuatkuasa serta merta.

mahfuz omar utusan malaysia lawsuit 231208 01Sumber-sumber yang rapat dengan ahli parlimen Pokok Sena itu mengesahkan surat peletakan jawatan beliau telahpun dihantar kepada pihak pengurusan syarikat tersebut.

Sumber-sumber itu bagaimanapun enggan menjelas sebab Mahfuz (kiri) meletak jawatan, tetapi sejak semalam lagi, tersebar berita di internet bahawa ia berkaitan dengan pemberian tender oleh syarikat itu yang didakwa tidak mengikut peraturan.

Apabila didesak untuk menyatakan sebabkan peletakan jawatan Mahfuz, sumber-sumber berkata: "Pihak pengurusan dan lembaga pengarah Sato perlu beri penjelasan mengenai perkara itu."

Malaysiakini difahamkan, Mahfuz meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender.

SMM tidak terlibat sebagai calon pilihan raya

Posted: 29 Dec 2010 08:45 AM PST

hilman-serius-1-200x200Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memutuskan untuk tidak terlibat dengan sebuah gerakan bernama Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) dalam menyediakan calon daripada kalangan mahasiswa bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) kelak.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi SMM Hilman Idham, mereka sepakat dan berpendirian bahawa pertandingan tiga penjuru bakal merugikan perjuangan dalam memulihkan demokrasi, hak asasi dan menegakkan keadilan untuk membela rakyat.

Malah katanya, 30 calon dari MCLM itu juga dianggap tidak berupaya untuk mencapai konsensus bersama dalam hal-hal penting melibatkan negara, agama, demokrasi serta ekonomi.
"Ada cadangan supaya mahasiswa turut mengambil bahagian secara terus bersama barisan calon-calon MCLM dalam PRU akan datang.
"SMM menyedari hakikat bahawa makna politik itu bukan hanya sebuah perlawanan. Kompromi, desak dan gesa juga adalah sebahagian daripada politik. Justeru SMM tidak semestinya ikut serta dalam perlawanan dalam PRU.
Kesejahteraan semua
"Bagi Mahasiswa, bertanding dalam pilihanraya bukanlah suatu keutamaan. Apa yang penting ialah menyedarkan rakyat tentang hak mereka, menyuarakan hasrat dan kepentingan masyarakat untuk kesejahteraan semua," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, walaupun fungsi mahasiswa sebagai suara ketiga namun tidak semestinya mereka perlu bertanding dalam pilihanraya.
Namun menurut Hilman, peranan mahasiswa jauh lebih penting dari sekadar menjadi penggubal undang-undang di parlimen tetapi menjadi suara yang terkecuali dari struktur politik dan percaturan kuasa.
Hilman berkata demikian sambil merujuk kenyataan rakan seangkatannya yang juga Pengerusi SMM Shazni Munir Mohd Ithnin, pada 22 Disember lalu yang sanggup menyediakan calon dari kalangan mahasiswa.
Hilman yang dihubungi FMT kemudian beliau menjelaskan, kenyataan Shazni itu hanya bersifat peribadi dan bukan mewakili keseluruhan mahasiswa.
"Apa yang saya katakan adalah merujuk kenyataan saudara Shazni ketika forum umum yang diadakan pada 22 Disember lalu. Kami mahasiswa sudah berbincang bahawa kami tidak akan menjadi calon bersama dalam MCLM," katanya kepada FMT.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 29 Dec 2010 01:07 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Perlantikan Isa Samad, NKRA Najib Memerangi Rasuah

Posted: 28 Dec 2010 09:30 PM PST


Parti Islam Se-Malaysia PAS menyifatkan perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda, berkuat kuasa 1 Januari 2011, sebagai satu lagi pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diwar-warkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilancarkan pada 20 Januari 2010. Antara NKRA telah diputuskan oleh Kabinet ialah membanteras rasuah melalui Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.


PAS berasa hairan Perdana Menteri yang terkenal dengan berbagai-bagai slogan retorik, untuk membuat pembaharuan (transformasi), tiba-tiba boleh melantik Tan Sri Isa Samad yang pernah disabitkan dengan rasuah pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau telah dijatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun. Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan. Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi. Perbuatan rasuah ini telah dilakukan oleh Mohd. Isa melalui agennya merangkap Setiausaha Politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan September tahun 2004.

Pemilihan ini menggambarkan Datuk Seri Najib seolah-olah tidak nampak di kalangan ahli umno seramai 3.5 juta orang, melainkan beliau hanya nampak insan yang bernama Tan Sri Isa Samad sahaja. Apa rahsianya beliau dipilih hanya Allah dan Datuk Seri Najib sahaja yang tahu.

Perlantikan ini menggambarkan inilah watak sebenar Datuk Najib dalam hal memerangi rasuah. Memang kita jarang kedengaran Presiden Umno sekarang ini bercakap tentang memerangi rasuah secara agresif, berbanding dengan zaman Tun Abdullah, walaupun nampak lembut, sekurang-kurangnya zaman Tun Abdullah ada juga daya usaha menubuh Institut Integriti Malaysia, Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Patutlah usaha untuk memerangi rasuah tidak berjaya, malahan semakin parah. Malaysia masih kekal di tangga ke-56 pada Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4.

Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

RM500 Untuk Guru-Guru, Muhyiddin Jangan Melatah

Posted: 28 Dec 2010 09:27 PM PST

Parti Islam Se-Malaysia mengharapkan Timbalan Perdana Menteri jangan melatah tidak tentu fasal berkenaan dengan janji RM500 sebulan kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat. PAS berasa pelik seorang Timbalan Perdana Menteri mencabar Datuk Seri Anuar Ibrahim menaikkan gaji guru-guru di negeri Pakatan Rakyat.

Iltizam Pakatan Rakyat kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat, bukannya sekarang. PAS mengharapkan Tan Seri Muhyiddin tolong perhatikan ayat-ayat yang terkandung dalam buku jingga yang telah diedar di Konvensyen Pakatan Rakyat 19/12/2010. Jangan terlalu gelabah sehingga terlalu emosi dalam membuat kenyataan. Selaku Timbalan Perdana Menteri beliau tentu lebih arif dalam hal kewangan negara dan bidang kuasa kuasa pendapatan negeri yang terlalu kecil, jangan beliau bercakap macam ketua cawangan Umno sahaja.


Kenapa perlu takut dengan janji Pakatan Rakyat? Janganlah buat tuduhan yang tidak menentu. Pakatan Rakyat hanya berjanji untuk menaikkan taraf hidup rakyat dan meletakkan rakyat di tempat yang sepatutnya setelah 53 tahun rakyat dipinggirkan. Sekarang ini pun dengan kekangan kewangan negeri, Pakatan Rakyat telah membuat yang terbaik untuk rakyat, seperti skim kifalah, air percuma, bantuan pendidikan. Pakatan berjanji pada guru-guru untuk peringkat awal, insyaAllah selepas ini semua kakitangan awam akan diambil perhatian juga. Pakatan Rakyat mengambil tindakan awal untuk guru-guru sebagai satu penghargaan dan pengorbanan mereka mendidik rakyat di negara ini.


PAS menasihatkan Tan Sri Muhyiddin dapat turun ke bawah, memerhatikan bagaimana beban guru-guru yang berat , jangan hanya mendesak guru-guru melakukan macam-macam tugas. Guru bukan sahaja mengajar, malahan mereka juga sebagai kerani, bendahari, ambulan untuk hantar murid- sakit dan sebagainya. Sebab itulah Pakatan Rakyat beriltizam untuk membela guru-guru dahulu.

Pas CawanganSurada

Posted: 29 Dec 2010 11:21 AM PST

Pas CawanganSurada


Sertai ‘Kita Bersaudara’, lawan 1Malaysia(Israel)!

Posted: 28 Dec 2010 11:04 PM PST

Khusrin: Pusat cuba 'guling' Selangor

Posted: 28 Dec 2010 10:53 PM PST

Batu Gajah Mari

Posted: 29 Dec 2010 11:15 AM PST

Batu Gajah Mari


Zambry jual Hotel Casuarina !!

Posted: 28 Dec 2010 11:21 PM PST



oleh Khalil Samad

Politik negara semakin berserabut dan kelam kabut.

Ingatkan majikan yang suka mendera amah itu perkara biasa.....tapi pulak menteri rogol amah.....ini lagi luar biasa kerana duit banyak, projek banyak pergi le ` merangkak ` kat Haadyai ke, kat Bangkok ke itu yang dekat....macam - macam ada.....kat Kuala Lumpur pun berselerak.....apa punya ` barang ` da.


Rakyat mengarukan kepala masing – masing apabila mendapat tahu Tan Sri Isa Samad yang pernah disabitkan dengan rasuah pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin umNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail dilantik Pengerusi Felda yang baru.
Beliau pernah dijatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun. Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan.
Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi. Perbuatan rasuah ini telah dilakukan oleh Mohd. Isa melalui agennya merangkap Setiausaha Politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden umNO pada pemilihan September tahun 2004.
Pemilihan ini menggambarkan DS Najib seolah-olah tidak nampak di kalangan ahli umNO seramai 3.5 juta orang, melainkan beliau hanya nampak insan yang bernama Tan Sri Isa Samad sahaja.
Apa rahsianya beliau dipilih hanya Allah dan DSNajib sahaja yang tahu…..hebat sangat ke orang ini….tubuhnya kecil tapi akal rasuahnya besar…..mungkinkah si Isa Samad ini pembekal ` tongkat ali ` untuk Najib kot….sebarang kebarangkalian boleh berlaku.

Perlantikan ini menggambarkan inilah watak sebenar DS Najib dalam hal memerangi rasuah…..rasuah di MULUT tapi TANGAN dikotori rasuah…..kalau rupa itu senang aje nak basmi pembuangan bayi lantik dikalangan ` ibu ayam ` atau ` bapa ayam ` sebagai
Lebih berserabut teman terbaca blog kawan teman sisibukit.blogspot.com mengenai penjualan Hotel Casuarina di Ipoh itu…..macam – macam hal umNO ini…..lepas satu – satu menabur baja duit.
Dulunya Hotel Casuarina ,kepunyaan kerajaan negeri Perak.Menurut DS Nizar Hotel Casuarina dijual Zambry Kadir hanya RM 40 juta kepada kroni mereka.
Sementara itu menurut DS Nizar lagi ,sewaktu Pakatan Rakyat memerintah , Hotel Casuarina (kini Impiana Hotel) ini cuba dibeli, tetapi kerajaan Pakatan Rakyat tidak mahu menjualnya.

Sebaik sahaja DS Zambry MB mahkamah mendapat kerajaan secara Kudeta, Zambry menjual hotel tersebut dengan murah, hanya RM40 juta.
Inilah dikatakan pendapatan luar biasa bagi Kerajaan Bn , menjual khazanah dan harta negeri.
Maka tak hairanlah jugalah kenapa kawasan peranginan Teluk Rubiah dari zon pelancungan bertukar status kepada zon industry dan dijualkan kepada saudagar Brazil untuk dijadikan kilang besi…..tahniah umNO kami menyanjung kamu.....rakyat di dahulukan, pencapaian rasuah diutamakan.

Perak Care dilancar secara rasminya

Posted: 28 Dec 2010 06:26 PM PST

Oleh : safarizal saleh

25 Disember 2010 (TAIPING) - Usaha bagi membantu masyarakat yang memerlukan dan bertemakan kebajikan, badan amal 'Perak Care' ditubuhkan baru-baru ini.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Haji Azmi Abdul Hamid, Presiden Teras yang penuh meriah. Turut di lancarkan adalah laman web rasmi Perak Care bagi memudahkan mereka-meraka yang prihatin menyalurkan sumbangan.

Salman yang juga Pengerusi Perak Care berharap badan amal seumpama ini dapat membantu mana-mana pihak yang amat memerlukan tidak mengira sesiapa pun. Beliau juga berharap pihak-pihak yang ingin menyumbang agar dapat terus menyalurkannya dalam bentuk kewangan.

"Perak Care adalah medan yang boleh digunakan oleh semua pihak bagi menyalurkan bantuan, semua pihak boleh melayari laman web kami bagi melihat lebih dekat apa yang kami lakukan" Salman menyatakan semasa majlis pelancaran tersebut.

Haji Azmi di dalam ucapannya berharap Perak Care sebagai satu pentas bagi golongan muda bagi menabur bakti kepada masyarakat. Biar orang muda sebagai contoh atau tauladan yang baik kepada masyarakat kata Haji Azmi.



Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi menyampaikan ucapan permulaan


Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin


Wakil Pemuda PAS Batu Gajah yang diketuai oleh Sdr Rosdy


Pemuda Batu Gajah




Pihak ILHAM menunjukkan keputusan kaji selidik





Cikgu Azmi memberikan ceramah seterusnya merasmikan NGO Perak Care




Ustaz Abdullah Adam menyampaikan modus operandi


Ustaz Zawawi menyampaikan cenderamata kepada perasmi yakni Presiden TERAS, Cikgu Azmi

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 29 Dec 2010 11:04 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Himpunan Kebangkitan Rakyat " PAS GANTI Umno"

Posted: 29 Dec 2010 08:36 AM PST

Sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Terengganu: di Dataran Tok Guru, Geliga, Chukai, Kemaman, Terengganu..Konsert Hijrah PGU Tganu Kite pada 14 Januari 2011 . Oleh Kumpulan HIJJAZ dan Dikir Timur, Cikgu Suzili dari Kelantan..15 Januari 2011 Pemidato:
1. Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
2. Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
3.... Datuk Seri Anuar Ibrahim...sebarkan.sebarkan

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 29 Dec 2010 09:25 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Pemuda PAS Padang Jambu Anjur Program Amal Gunting Rambut

Posted: 29 Dec 2010 07:21 AM PST

DUNGUN 29 Disember, Rabu - Pemuda PAS Cawangan Padang Jambu julung kalinya menganjurkan Program Amal Gunting Rambut sempena musim cuti persekolahan akhir tahun 2010 ini.
Encik Azhar Sulong atau lebih dikenali sebagai Nasir
sedang menggunting rambut salah seorang peserta

Beberapa hari menjelang permulaan sesi persekolahan 2011, pada 26 dan 27 Disember baru-baru ini bertempat di Kedai Gunting Nasir, Jalan Nibong Stesen di sini seramai 30 orang pelajar berumur 12 tahun ke bawah menyertai program ini.


" Kami mengenakan bayaran separuh harga kepada peserta sebagai permulaan kepada program yang akan diusahakan lagi di tahun-tahun akan datang, insyaAllah, " ujar Ketua Pemuda PAS Cawangan Padang Jambu, Encik Zakaria Tahir.

" Kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah yang ingin menyertai program gunting rambut sempena cuti sekolah ini, masih sempat berbuat demikian dan diharap dapat hadir ke Perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate sebelum sekolah dibuka, " tambah beliau merujuk program anjuran Pemuda DUN Sura.

sumber : dunsura.blogspot

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 29 Dec 2010 09:18 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


PROGRAM LIQA FIKRI

Posted: 28 Dec 2010 07:50 PM PST

Tarikh : 31 Dis 2010 (Jumaat)
Tempat : Kuala Pilah
Masa : Maghrib berjemaah - Qiamullail

Pas Kawasan Paya Besar

Posted: 29 Dec 2010 09:14 AM PST

Pas Kawasan Paya Besar


Perlantikan Khusrin pasti undang pelbagai masalah

Posted: 29 Dec 2010 05:14 AM PST

KOMENTAR FMT: Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Khusrin Munawi muncul sebagai tokoh kontroversi dewasa ini apabila dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Pastinya pelantikan beliau bakal mengundang pelbagai masalah kepada kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

Sejak dahulu lagi, ketika Selangor ditadbir oleh Umno-Barisan Nasional, gerak geri Khusrin seperti "budak suruhan" kepada parti pemerintah di peringkat pusat hingga banyak mendatangkan masalah kepada pentadbiran hal ehwal agama Islam.

Khusrin, yang dianggap sebagai "agen" telah menghalang Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Aziz dan Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang berceramah di negeri Selangor.
Malahan apabila Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat, Khusrin menjadi "duri dalam daging" dan dipercayai menjadi alat untuk menjatuhkan kerajaan negeri dengan menjalankan kerja-kerja yang bercanggah dengan dasar kerajaan negeri.

Atas kapasitinya sebagai Pengarah Jais, beliau bertindak menahan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah rumah di Hulu Klang walaupun mendapat bantahan keras daripada pemimpin Pakatan Rakyat.

Khusrin juga mengkritik keras tindakan Ahli Parlimen Teo Nie Ching yang berucap di sebuah surau di Ampang walaupun ahli-ahli jawatankuasa surau itu yang menjemput Teo atas alasan orang-orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke dalam surau.

Terbaru, Khusrinlah yang mengeluarkan arahan untuk menyerbu markas Syiah di Taman Sri Gombak atas dakwaan para pengikut mazhab itu merupakan komuniti yang sesat dari ajaran Islam.

Macam-macam tohmahan dan fitnah yang beliau lemparkan seperti pengikut Syiah mempercayai darah ahli Sunnah (Wal Jamaah) adalah halal, mengkafirkan para sahabat dan berlebih-lebihan dalam mencintai keluarga Rasulullah saw.

Khusrin ialah lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau bukanlah ahli dalam bidang agama.

Pelantikan beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa 1 Januari ini dilihat sebagai ganjaran atas sumbangan beliau yang sedikit sebanyak berjaya mengucar-kacirkan kerajaan negeri dalam hal ehwal pentadbiran tentang agama Islam.

Sumber menyebut wakil rakyat Pakatan Rakyat bimbang dengan pelantikan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu dan mereka percaya ada agenda tertentu di sebalik pelantikan itu.

Sidek Hassan sendiri dipercayai merupakan salah seorang tokoh yang merancang untuk menjatuhkan semua negeri yang berada di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dengan mendapat peruntukan khas dari kerajaan persekutuan.

Menurut sumber itu lagi, jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan satu jawatan yang kuat dan berpengaruh. Beliau mempunyai pengaruh dan kuasa ke atas pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Walaupun Sidek Hassan mendakwa pelantikan beliau telah mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tetapi beliau tidak boleh mengenepikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sama sekali.

Beliau harus berunding dengan Khalid terlebih dahulu dan menurut laporan media, Khalid sendiri telah mencadangkan tiga nama untuk mengisi jawatan itu.

Hasrat Khalid untuk memohon mengadap Sultan Selangor hari ini tidak kesampaian kerana baginda sedang bercuti di luar negeri dan hanya pulang pada 3 Januari depan.

Pelantikan beliau pasti mengundang pelbagai masalah kepada kerajaan negeri, terutama menjelang pilihan raya umum yang dijangka berlangsung seawal bulan Mac atau Jun tahun depan.

Sumber: Free Malaysia Today http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=11729
Retrieved on 29 December 2010

KHIDMAT MERU

Posted: 29 Dec 2010 09:05 AM PST

KHIDMAT MERU


PROGRAM GUNTING RAMBUT RM1 KG BKT KERAYONG 2

Posted: 29 Dec 2010 12:12 AM PST






Seramai 30 orang telah berjaya mendapat perkhidmatan gunting rambut RM 1 anjuran JKKK Kg Bkt Kerayong 2 yang diadakan di Balai JKKK kg berkenaan. Ketua Kampong, Encik Mohd Amin Sarwan telah merasmikan program berkenaan yang dibantu semua AJK JKKK. Seramai 3 orang penggunting dibawa untuk menjayakan program tersebut. Pihak JKKK membayar RM 4.00 kos bagi setiap pelajar sebagai membiayai kos untuk mengurangkan perbelanjaan sekolah.

i n t a n h i j a u

Posted: 29 Dec 2010 07:38 AM PST

i n t a n h i j a u


NAMPAKNYA MAMAT NI MASIH BEBAS YA..? / نمڤقڽ مامت ني ماسيه بيبس يا..؟

Posted: 28 Dec 2010 05:03 PM PST


PETALING JAYA, 28 Dis. : Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat mendesak agar siasatan dijalankan terhadap dakwaan bahawa seorang menteri telah merogol pembantu rumahnya dari Indonesia.
Kes rogol ini dikhabarkan telah disembunyikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2007.

Menurut penulis blog terkenal Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rocky Bru, dakwaan ini dibuat melalui laman web pendedah WikiLeaks.

"Memandangkan seorang menteri terlibat, kerajaan perlu berterus terang dalam perkara ini. Mereka perlu menjelaskan perkara ini," kata MP Klang-DAP Charles Santiago.

Tambahnya, meskipun kejadian tersebut berlaku semasa pemerintahan Abdullah, perdana menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertanggungjawab.

"Pentadbiran Najib perlu bertanggungjawab. Adakah Najib tahu kisah di sebalik kes ini? Ini adalah persoalan yang perlu ditanya," katanya.

MP Shah Alam – PAS Khalid Samad memberitahu FMT bahawa dia hairan perkara sebegini berlaku semasa pentadbiran Abdullah.

Jika ia benar, ia sangat tragis. Abdullah dilihat sebagai insan yang mempunyai moral tinggi," kata beliau.

Khalid menambah bahawa dia tidak dapat bayangkan bagaimana seseorang yang dipandang mulia seperti Abdullah boleh membenarkan kes sebegini disembunyikan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa menteri yang didakwa perogol telah dibenarkan untuk meneruskan khidmatnya.

"Saya tidak fikir Malaysia kekurangan pemimpin yang baik dan berkebolehan (supaya mereka boleh) tutup kes ini untuk membolehkannya (perogol) kekal sebagai menteri," kata beliau.
"Ini satu dakwaan serius. Kerajaan tidak sepatutnya hanya mengetepikannya tetapi perlu mendalami perkara ini."

Berhati-hati dengan Wikileaks


Para MP juga sangat berwaspada terhadap pendedahan sebegini. MP Balik Pulau-PKR Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkata penyiasatan rapi perlu dibuat atas dakwaan dibuat. Sehingga penyiasatan dibuat, sesiapa pun boleh mengatakan apa sahaja mengenai menteri tersebut," kata beliau.

Yusmadi menambah bahawa penyiasatan memberikan peluang kepada mangsa rogol tampil ke hadapan dengan bukti.

Santiago pula menyatakan dakwaan dalam laporan tersebut juga perlu diperhalusi.

"Pendedahan ialah pendedahan. Anda tidak tahu samada ia benar atau tidak," tambah beliau.

"Anda perlu berhati-hati dengan WikiLeaks. Ia (laporan WikiLeaks) memberi kesan buruk," kata beliau sambil menambah laporan tersebut mungkin hanya perbincangan di antara Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia dan kerajaan Malaysia."

Mantan presiden Transparency International – Malaysia Ramon Navaratnam bersetuju dengan Santiago.

"Kesahihan laporan ini dipersoal kecuali jika kita mempunyai dokumen untuk merujuk dan mengesahkan bahawa laporan tersebut bukan tiruan," kata beliau.

"Jika ia disahkan benarkan dan bukti sangat tepat, maka mereka yang bersalah perlu bertanggungjawab. Ini perlu demi integriti ketelusan dan ciri pemerintahan kerajaan yang baik," tambah Navaratnam.

Sementara itu, harakahdaily melaporkan, kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.

Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.

"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali.

Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah.

Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.

Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.
Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.

Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.

Perjalanan ke Banjarnegara


Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.

"Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.

Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.

Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.

"Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.

Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.
"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.

Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.

Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.

Pengakuan Robengah


Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.

Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.
Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.

Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.

Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.

Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.

Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.

Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

Kenyataan media


Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).
Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.

Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang.

PULAK DAH... / ڤولاق ده..

Posted: 28 Dec 2010 04:44 PM PST


MB SELANGOR LEWAT HANTAR NAMA CALON SUK.........

PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah pun memperkenankan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru pada 10 Disember lalu sekali gus menolak dakwaan Kerajaan Negeri bahawa pelantikan itu belum muktamad.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani turut mengesahkan kepada mStar Online bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ada menghantar tiga calon nama bagi mengisi kekosongan itu, tetapi sudah terlewat.

Beliau berkata, baginda menerima syor supaya Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu dinaikkan pangkat ke jawatan berkenaan menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang tamat perkhidmatan sebelum ini.

"Tuanku memperkenankan pelantikan berkenaan pada 10 Disember lalu.

"Memang MB ada hantar tiga calon, tapi dah terlambat," katanya di sini, Selasa.

Beliau mengulas kontroversi pelantikan Mohammed Khusrin ke jawatan berkenaan yang dikatakan belum muktamad.

Sebaliknya, pelantikan berkenaan diperkenankan oleh Sultan Sharafuddin sebelum pengumuman dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan, Isnin.

Isu pelantikan berkenaan sekali lagi mencetuskan pertembungan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri apabila Abdul Khalid juga mempunyai calon-calon tersendiri untuk menjawat jawatan tersebut.

Sebelum ini, menurut kenyataan sekretariat akhbar terbabit, Abdul Khalid dijangka menghadap baginda pada Rabu bagi mendapat perkenan tiga nama yang telah dicadangkan untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Sementara pelantikan Mohammed Khusrin tidak pernah dimaklumkan kepada Abdul Khalid.

Sehubungan itu, beliau telah menghantar surat kepada baginda bagi memaklumkan bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

Malah kenyataan itu menjelaskan, Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan.(mstaronline)

JELAJAH TAWAN PUTRAJAYA / جلجه تاون ڤوتراجاي

Posted: 28 Dec 2010 08:24 AM PST

 
Pembuka tirai 2011 menyaksikan PAS akan mengadakan siri jelajah seluruh negara untuk memberi kesedaran supaya menilai perubahan yang ingin dibawa oleh parti itu dalam rangka menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Siri jelajah itu, dinamakan Projek 2011: Masa untuk berubah - PAS Sedia Gantikan Umno, dijadual berlangsung antara Januari hingga Mac 2011.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata segala persiapan sedang dipergiatkan dan diatur melibatkan seluruh anggota Pemudanya dalam program tiga bulan itu.

"Kami juga telah mengeluarkan arahan untuk menggerakan jentera di setiap peringkat kawasan dan negeri,' katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Dalam siri jelajah yang akan bermula di Pahang dan berakhir di Terengganu itu, rombongan Pemuda PAS dijadual mengadakan sesi dialog dengan Pemuda negeri serta taklimat khas daripada Nasrudin.

Di sebelah malamnya pula akan diadakan ceramah perdana, dinamakan Pentas Pemuda.

Nasrudin berkata, setiap jentera Pemuda terlibat menyelesaikan culaan undi, daftar pemilik dan jumlah semak semasa berada di lapangan.

Ditanya bilangan anggota PAS akan turut serta, katanya, itu semua bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan.

"Kita tidak meletakkan jumlah kapasiti, jumlah tenaga (ahli) bukan berada di atas kertas tetapi di lapangan kelak," ujarnya.

Nasrudin berkata, siri jelajah mencapai kemuncaknya pada 19 Februari, dijangka 30,000 Pemuda PAS Kedah akan menghadiri program tersebut.

Ditanya sama ada sudah memohon permit polis, Nasrudin memberitahu telah memohon permit daripada pihak berkuasa untuk kesemua siri jelajahnya.

"Ada negeri dah serah borang permohonan dua minggu lebih awal untuk mohon permit," kata beliau yang menjangka tiada masalah akan timbul dalam program sulung mereka untuk tahun depan itu.(malaysiakini)

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 29 Dec 2010 03:23 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Disabit Rasuah dan Terlantik Pengerusi Felda

Posted: 28 Dec 2010 07:50 PM PST

Parti Islam Se-Malaysia PAS menyifatkan perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda, berkuat kuasa 1 Januari 2011, sebagai satu lagi pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diwar-warkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilancarkan pada 20 Januari 2010. Antara NKRA telah diputuskan oleh Kabinet ialah membanteras rasuah melalui Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

PAS berasa hairan Perdana Menteri yang terkenal dengan berbagai-bagai slogan retorik, untuk membuat pembaharuan (transformasi), tiba-tiba boleh melantik Tan Sri Isa Samad yang pernah disabitkan dengan rasuah pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau telah dijatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun. Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan. Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi. Perbuatan rasuah ini telah dilakukan oleh Mohd. Isa melalui agennya merangkap Setiausaha Politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan September tahun 2004.

Pemilihan ini menggambarkan Datuk Seri Najib seolah-olah tidak nampak di kalangan ahli umno seramai 3.5 juta orang, melainkan beliau hanya nampak insan yang bernama Tan Sri Isa Samad sahaja. Apa rahsianya beliau dipilih hanya Allah dan Datuk Seri Najib sahaja yang tahu.

Perlantikan ini menggambarkan inilah watak sebenar Datuk Najib dalam hal memerangi rasuah. Memang kita jarang kedengaran Presiden Umno sekarang ini bercakap tentang memerangi rasuah secara agresif, berbanding dengan zaman Tun Abdullah, walaupun nampak lembut, sekurang-kurangnya zaman Tun Abdullah ada juga daya usaha menubuh Institut Integriti Malaysia, Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Patutlah usaha untuk memerangi rasuah tidak berjaya, malahan semakin parah. Malaysia masih kekal di tangga ke-56 pada Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4.

Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.


Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 29 Dec 2010 03:05 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Cubaan Guling Kerajaan Selangor

Posted: 28 Dec 2010 09:37 PM PST

Posting sebelum ini, Hasrat BN rampas Selangor berkecai kerana Umno Negeri tidak punya kekuatan dan modal yang mencukupi bagi menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang semakin popular dan menonjol dihati rakyat di Negeri ini.

Tidak cukup dengan itu Umno selangor benar-benar ketandusan pimpinan yang boleh diketengahkan bagi menjana kemenangan dalam PRU 13 akan datang.

Dalam keadaan yang semakin terdesak  ini akhir nya keputusan pahit  ini terpaksa diambil iaitu mengetengahkan outsider untuk mengepalai Umno Selangor. Ini orang pun banyak masaalah dan hampir tumbang jika tidak diselamatkan oleh undi askar pada tahun 1999 yang lalu. 

Terbaru kita diperlihatkan seperti ada cubaan untuk menggulingkan kerajaan negeri Selangor dengan cara pusat melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru di samping memperlihatkan sikap sebenar kerajaan persekutuan yang tidak demokratik serta tidak menghormati semangat federalism 

Biarpun perlantikan itu dilihat belum muktamad dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mohon mengadap Sultan Selangor untuk membincangkan perkara itu, pandangan kerajaan negeri wajar diteliti terlebih dahulu demi melahirkan sebuah kerajaan yang stabil.  

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi berkata, biarpun Kerajaan Negeri Selangor dipimpin oleh sebuah kerajaan yang tidak seideologi dengan kerajaan pusat, namun Kerajaan Negeri Selangor adalah sebuah kerajaan yang sah melalui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, ekoran ia adalah mandat dari rakyat yang merdeka menerusi sistem pilihanraya. 

Menurut beliau, sewajarnya kerajaan negeri Selangor atau mana-mana kerajaan negeri yang lain tidak diganggu apa lagi cuba diguling semata-mata kerana ia dipimpin oleh parti yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan.

"Gangguan dan tekanan yang sering dikenakan kepada kerajaan-kerajaan negeri seperti Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan sangat bertentangan dengan semangat federalisme dan ia jelas pula bertentangan dengan prinsip demokrasi," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan 27 Disember lalu bahawa Khusrin, Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilantik sebagai SUK negeri itu berkuatkuasa 1 Januari 2011.


Menurut beliau lagi apa yang berlaku ini boleh mencetus spekulasi dan ia dinilai oleh umum sebagai satu "hidden agenda" untuk melemah dan menggangu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Jawatan SUK, menurutnya, jawatan nombor satu dalam perkhidmatan awam di sesebuah negeri. SUK juga secara automatik menjadi ahli ex officio kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Oleh itu, SUK yang dilantik sayugianya mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan negeri terutama ketua kerajaannya iaitu Menteri Besar agar pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri berjalan lancar dan efektif.

"Namun realiti yang berlaku di Selangor, Khusrin adalah individu yang sering mencetus kontroversi dan mengganggu kestabilan kerajaan negeri. Apakah kerana tersimpan agenda tertentu apabila Putrajaya dilihat beria-ia benar menabalkan Khusrin sebagai SUK Selangor?

"Sungguhpun SUK Selangor adalah terdiri dari pegawai PTD yang juga merupakan kakitangan Persekutuan, tetapi tidak bolehkah kerajaan negeri terlebih dahulu dirundingi? ke mana perginya semangat federalisme yang didokong selama ini? Apakah kerana Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat maka demokrasi diketepikan dan semangat federalisme dikesampingkan?

"Saya sangat tidak senang malah tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian. Tidak profesional, tidak demokratik dan tidak menghormati semangat federalisme.  Ia dilihat seperti cubaan untuk membuli kerajaan negeri Selangor. Ini tindakan yang tidak baik," jelasnya
.
Beliau berharap rundingan Menteri Besar dengan pihak Sultan Selangor akan membawa keputusan yang positif demi kestabilan kerajaan negeri, malah demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat negeri Selangor amnya.

"Justeru konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan dalam negara ini membina hubungan yang baik antara Menteri Besar dan Duli Yang Maha Mulia Sultan sementara tindakan Sultan pula berasaskan nasihat dari Menteri Besar," katanya.... sumber : harakahdaily.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 29 Dec 2010 01:41 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Nik Aziz mahu mereka yang fitnahnya mohon maaf

Posted: 29 Dec 2010 12:41 AM PST

23 Muharam 1432H

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya.

"Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya," kata Mursyidul Am PAS itu kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10, di Kota Bharu hari ini.

Sebelum ini, berita mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz, 79, heboh diperkatakan malah dikatakan telah meninggal dunia malam tadi.

Menteri besar itu minggu lalu menerima rawatan di Wad Eksekutif Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana sakit pinggang.

Ketika ditanya sama ada beliau masih mampu mentadbir Kelantan, Nik Abdul Aziz berkata beliau masih mampu berbuat demikian kerana tugas mentadbir negeri bukan dengan tenaga zahir tetapi dengan otak dan mengaku otaknya masih berfungsi dengan baik.

Beliau juga menyifatkan spekulasi mengenai kesihatan seseorang pemimpin terutama pemimpin politik adalah perkara biasa.

Malaysiakini/-

Lau: K'jaan pusat tak ada kuasa penuh lantik SU S'gor

Posted: 29 Dec 2010 12:36 AM PST

23 Muharam 1432H

Perlembagaan Selangor tidak memberikan kerajaan persekutuan kuasa penuh untuk memutuskan tentang pelantikan setiausaha kerajaan negeri, kata ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Lau berpendapat bahawa Perkara 52 (1) perlembagaan negeri menyatakan jawatan itu mesti dilantik oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' dan tidak semestikan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Jelas bahawa pelantikan setiausaha kerajaan negeri tidak semestinya dibuat oleh SPA. Pelantikan itu juga boleh dibuat oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Selangor.

"Frasa 'Suruhanjaya Perkhidmatan Awam' tidak disebutkan secara khusus dalam perlembagaan Selangor," kata Lau dalam satu kenyataan hari ini.

Lau mengulas laporan akhbar Sinar Harian yang menyebut bahawa istana telah memperkenan pelantikan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

"Pada pandangan saya, keputusan iru 'confirm' kerana Tuanku telah berkenan melantik beliau," kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam laporan muka Sinar Harian.

Malaysiakini/-

Ikhlas Melakukan Amal

Posted: 28 Dec 2010 11:10 PM PST

23 Muharam 1432H
Oleh : nina mazrina

Seorang hakim berkata: "Seharusnya seseorang yang beramal kepada Allah belajar mengenai adab daripada pengembala kambing. Ketika ditanya, "bagaimana?" Jawabnya,

"pengembala itu jika bersolat di tengah-tengah kumpulan kambing jagaannya, sekali-kali dia tidak mengharap pujian daripada kambing-kambingnya, begitu juga dengan orang yang melakukan ibadat seharusnya tidak menghiraukan orang melihatnya ataupun tidak."

Seorang ahli hukum berkata: Untuk selamat, sesuatu amal itu bergantung kepada empat perkara iaitu:

# Ilmu pengetahuan - sebab amal tanpa ilmu lebih banyak salah daripada benarnya;

# Niat - sebab setiap amal yang dilakukan bergantung kepada niat;

# Sabar - supaya amal dapat dilakukan dengan baik dan sempurna serta tidak terburu-buru.

# Tulus ikhlas - sebab amal ibadat tidak diterima Allah kalau tidak disertai dengan ikhlas.

Isu Khusrin: BN belum belajar dari tsunami

Posted: 28 Dec 2010 10:49 PM PST

23 Muharam 1432H
Oleh : Shaharul Shafie

Tindakan yang dibuat oleh kerajaan pusat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara dilihat akan memberi impak kepada pemulihan persepsi rakyat kepada sejauh mana kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) itu selama ini belajar dari kesilapan sebelum hampir ditenggelami oleh tsunami politik 2008.

Di saat Umno dan BN semakin kembali kuat dengan dasar-dasar baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada suku ketiga tahun ini, nampaknya kerajaan kembali melakukan kesilapan lagi bagi mengambil semula hati dan keyakinan rakyat terutamanya mereka yang berada di atas pagar.

Tindakan yang dimaksudkan ini ialah tindakan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru oleh kerajaan pusat yang tidak menitikberatkan aspek profesionalisme dan mengambil kira kesesuaian calon dengan kerajaan negeri.

Bukan itu sahaja, langkah kerajaan pusat ini dikesali kerana sampai sekarang nampaknya BN masih belum sedar bahawa punca utama mereka pernah ditolak dulu adalah kerana sikap menunjuk pandai dan kuasa yang berpaksikan politik dan bukannya kepentingan rakyat. Mungkin terghairah tidak tentu fasal dengan kemenangan di Galas dan Batu Sapi membuatkan mereka kembali membuat 'dosa' lama.

Saya amat letih sekali kerana banyak artikel saya sebelum ini hanya mahu mengingatkan beberapa kali kepada BN bahawa Najib sendiri sebelum ini akur akan persepsi dan minda rakyat masa kini yang menyebabkan mereka hampir tersungkur dalam PRU 2008. Ini adalah kerana ketika itu, rakyat menyampah sama-sekali kerajaan BN yang mengamalkan dasar 'only we who know the best for people.

' Najib sendiri beberapa kali bercakap pada media dan rakan-rakannya dalam BN bahawa zaman kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir. Namun, apa yang berlaku sekarang, keangkuhan lama yang masih belum surut terus diamalkan dan janji Najib untuk tidak akan lagi mengamalkan dasar tahu semuanya itu nampaknya meleset sekali.

Tidak dinafikan sepanjang dan selepas pemilihan pimpinan PKR pusat yang lalu, selain dari program penambahbaikan ekonomi oleh Najib, persepsi rakyat terhadap pemerintah pusat nampak semakin pulih. Namun, tahap 'kemaafan' rakyat yang pernah mengundi Pakatan Rakyat (PR) pada PRU yang lepas nampaknya semakin lusuh apabila bermula episod pertarungan tunjuk kuasa BN di Dewan Rakyat beberapa minggu lepas mengenai dakwaan PR mengenai unsur Israel yang cuba menerapi konsep 1 Malaysia telah menyebabkan empat ahli Parlimen digantung dari Parlimen.

Bagi rakyat, yang menginginkan doktrin pembahagian kuasa dengan penuh demokrasi yang sempurna dapat dilaksanakan amat kesal dan ternyata sedih dengan penggunaan kuasa politik melebihi daripada kepentingan masyarakat.

Bukan itu sahaja, BN dilihat mengamalkan matlamat yang menghalalkan cara telah menyebabkan negara juga mengalami susutan kedudukan di kalangan negara dunia dari segi amalan demokrasi yang jelas secara langsungnya akan memberi kesan kepada nama baik negara dan kemasukan pelaburan asing yang kini semakin mengecil.

Laporan Economist Intelligence Unit (EIU) menunjukkan Malaysia turun dari tangga 68 ke 71 di dalam prestasi indeks demokrasi dua hari yang lalu di kalangan 167 buah negara.

Dari saat penggantungan ahli-ahli Parlimen itulah, rakyat yang sebelum ini nampaknya sedia memaafkan BN sudah kembali berang dan melupakan kemarahan mereka ke atas apa yang berlaku di dalam pemilihan PKR baru-baru lagi.

Mungkin penggantungan tidak demokratik itu yang tidak memberi peluang adil membela diri dan termasuklah dengan perlantikan sesuka hati KSU Selangor ini menjadi rahmat kepada PR yang sejak dua menjak ini kekurangan isu-isu panas untuk diketengahkan bagi meraih sokongan rakyat.

Namun yang amat dikesalkan ialah cakap tak serupa bikin oleh BN apabila masih meletakkan kepentingan parti melebihi daripada demokrasi yang dijunjung oleh rakyat. Malah membabitkan istana semata-mata untuk berkuasa dan kesannya rakyat mula menaruh prasangka ke atas raja-raja Melayu.

Perlantikan Datuk Mohd Khusrin Nawawi untuk menjadi SUK Selangor yang pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor dilihat sebagai satu pertikaian yang bakal membabitkan pihak istana yakin Sultan Selangor.

Khusrin yang sebelum ini penuh kontroversi dan terkenal apabila gagal bekerjasama dengan kerajaan Selangor di dalam perkara berkaitan dengan agama Islam di negeri itu turut menggunakan Sultan Selangor sebagai pelindungnya dengan alasan hal ehwal agama adalah dibawah bidang kuasa sultan.

Khusrin boleh diibaratkan seperti 'firaun kecil' yang pernah berlaku di Pulau Pinang apabila Pegawai Pembangunan Pulau Pinang yang sepatutnya berkhidmat dengan kerajaan negeri tetapi lebih berkiblatkan kepada kerajaan persekutuan. Jadi samalah dengan Khusrin.

Bila pejabat KSN dan istana Johor semalam memaklumkan perlantikan Khusrin mendapat perkenan Sultan Selangor, ini jelas usaha semborono kerajaan BN yang cuba membabitkan kedudukan istana. Sebenarnya perlantikan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan sepertimana perkenan diperlukan untuk jawatan-jawatan tertinggi berkaitan dengan fungsi baginda dengan hal ehwal agama Islam negeri sahaja.

Baginda berkuasa untuk perkenan perlantikan mufti dan lembaga pengarah untuk JAIS dan agensi-agensi berkaitan dengan agama negeri seperti Majlis Agama Negeri Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor dan lain-lain lagi.

Perlantikan SUK mestilah dipersetujui hanya oleh Menteri Besar Selangor. Ini adalah kerana Menteri Besar adalah ketua pentadbiran di dalam negeri itu. Sultan Selangor hanya lambang negeri, kedudukan Melayu dan berkuasa penuh dalam aspek agama Islam sahaja.

Oleh itu, sebab kerajaan pusat mengheret baginda ini tidak nampak rasional dan apa yang boleh diandaikan ialah kerajaan pusat cuba menggunakan nama baginda sultan ini untuk dua sebab. Sebab pertama ialah untuk berlindung di belakang baginda dengan mengenengahkan baginda sebagai 'satu alat' untuk membuatkan semua orang senyap dan terpaksa menerima Khusrin atau sebab kedua ialah BN menggunakan situasi ini untuk memburukkan imej kesultanan Selangor di kalangan rakyat jelata. Ini benar kerana sejak dahulu lagi di bawah Tun Dr Mahathir, BN selalu mencabar kedudukan raja-raja Melayu secara halus untuk tujuan politik nasionalis mereka termasuklah pengurangan kuasa raja-raja.

Tidak dinafikan keputusan akhir perlantikan SUK memang terletak di tangan kerajaan pusat. Oleh itu, kerajaan pusat BN haruslah membuat keputusan berdasarkan profesionalisma dan kebaikan rakyat.

Apa yang saya maksudkan di sini ialah pejabat KSN kena letakkan faktor keharmonian pentadbiran negeri sebagai matlamat utama. KSN yang sesungguhnya dipengaruhi oleh Perdana Menteri kena akur bahawa bagi mencapai keharmonian ini, SUK yang dilantik mestilah seseorang yang boleh bekerja dengan kerajaan negeri tidak kiralah dipimpin oleh BN ataupun PR.

KSN tidak boleh mengamalkan double standard untuk kepentingan bosnya di Putrajaya sahaja. Matlamat beliau seharusnya adalah untuk kebaikan rakyat. KSN dan kerajaan pusat kena akur pilihan rakyat Selangor yang memilih PR sebagai kerajaan negeri. Kerajaan pusat kena letakkan kepentingan sosial dan rakyat melebihi impian politik ataupun dendam kesumat politik mereka.

Jika BN mahu mengambil hati rakyat yang menolaknya dahulu sewajarnya berprofesionalismalah dalam perkara ini. Biarkan calon yang boleh bekerja dengan kerajaan PR kerana inilah meletakkan Najib bukan sebagai ahli politik tetapi seorang negarawan di mata rakyat kelak.

BN kena tahu bahawa penolakan ke atas mereka semasa Tsunami 2008 disebabkan oleh luka di hati rakyat yang mana luka yang sembuh meninggalkan parut. Parut yang ada boleh terluka semula sekiranya BN masih kekal angkuh dan lupa janjinya untuk tidak lagi bertindak sebagai 'mereka yang tahu segala-galanya'.

Bagi kerajaan PR pula, sememangnya apa yang terjadi ini menjadi satu rahmat kepada mereka bagi memainkan isu ini di kalangan rakyat supaya api kemarahan 2008 itu kembali menyala semula lebih-lebih lagi pilihanraya umum ke 13 sudah semakin dekat.

Najib dijangkakan tidak akan menghabiskan penggal Parlimen atau mandat PRU-12 sepenuhnya 5 tahun sehingga tahun 2013. Ini kerana semua ahli ekonomi sudah bersependapat bahawa keadaan ekonomi global dijangkakan menguncup semula pada suku kedua atau ketiga tahun hadapan.

Dan di kala penguncupan ekonomi ini mengambil masa hampir 2 tahun untuk pulih semula, maka Najib tiada pilihan lagi untuk membubarkan Parlimen sebelum pertengahan tahun hadapan.

Sudah menjadi kelaziman, sesuatu pilihanraya terbaik kepada parti pemerintah adalah dilakukan semasa keadaan ekonomi yang stabil dan amat buruk sekali padahnya jika dilakukan semasa ekonomi meleset. Oleh itu, Najib harus sedar api kemarahan di atas kedangkalan pentadbirannya mengasingkan elemen politik dan pentadbiran akan memberi kesan yang mungkin lebih teruk lagi jika dibandingkan semasa PRU yang lepas.

Ketirisan dalam salahguna kuasa tidak sahaja tertakluk kepada penggunaan wang. Episod kedegilan BN meletakkan SUK pro-BN adalah satu bentuk ketirisan atau penyalahgunaan kuasa melibatkan kuasa.

Sudah banyak kali BN menafikan pilihan rakyat ke atas apa yang mereka mahukan. Sebelum ini, jawatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di peringkat negeri yang merupakan jawatan pentadbiran awam telah dipolitikkan oleh kerajaan BN pusat.

Contohnya, Ketua Perhubungan Umno Kedah dilantik menjadi ketua MKN negeri sedangkan yang layaknya ialah kerajaan negeri yang dipilih rakyat iaitu kerajaan pimpinan PAS di Kedah. Sepatutnya jawatan-jawatan sebegitu secara automatiknya diberikan kepada siapa sahaja yang menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri tidak kira dari parti mana sekalipun.

Bukan itu sahaja, MKN mempunyai sumber utama bagi membantu malapetaka besar yang sudah termaktub di dalam perjanjian pusat dan negeri bahawa MKN akan mengeluarkan semua bantuan dan bukannya negeri.

Apa yang berlaku dalam banjir besar Kedah yang lalu yang sengaja dimainkan oleh media kerajaan menunjukkan kerajaan PAS Kedah lemah akhirnya menjadi senjata yang makan tuan apabila rakyat yang sudah ramai yang pintar dan berpendidikan tinggi sudah lebih awal faham situasi siapa yang sebenarnya ada 'kuasa dan wang' dalam isu malapetaka sebegitu.

Perkara macam inilah menyakitkan hati rakyat yang sudah pandai dan geram apabila kerajaan pusat memperkecil-kecilkan mereka dengan bertindak seperti 'Profesor Serba Tau' segalanya.

Saya yakin Khusrin akan tetap menjadi SUK Selangor dan kerajaan PR Selangor terpaksa menerimanya kerana seperti biasalah kerajaan Najib tidak akan beralah. Namun begitu, Menteri Besar dan pimpinannya di dalam negeri terkaya di Malaysia itu boleh gunakan cara lain untuk memperkecil-kecilkan peranan SUK tajaan kerajaan BN itu.

Dengan bajet yang ada mereka mampu mewujudkan satu jawatan pegawai khas kepada Menteri Besar.Apa-apa fungsi pentadbiran mengenai isu-isu dalam negeri itu seperti kerajaan tempatan, air ,sumber asli dan lain-lain lagi boleh dipengerusikan oleh pegawai khas ini menggantikan SUK ini dan segala surat-menyurat ditandatangi oleh pegawai khas ini adalah di atas nama Menteri Besar untuk sebaran perkhidmatan awam kerajaan negeri.

Dengan cara 'memboikot' ini boleh memberi tekanan kepada Khusrin sendiri. Biarlah Khusrin pergi bermesyuarat di Putrajaya dengan KSN setiap bulan tetapi tiada kuasa di negeri dan maklumat cukup tentang pentadbiran negeri. Tidak payahlah saya huraikan bagaimana mahu memboikot SUK tajaan BN ini oleh pihak PR kerana saya tahu pimpinan PR kerajaan Selangor lebih mengetahui cara yang terbaik asalkan berlandaskan undang-undang dan peraturan tubuh pentadbiran negeri.

Walaubagaimanapun, poin yang menyebab saya kesal sangat sebagai salah seorang yang berada di atas pagar semasa PRU yang lepas ialah BN masih gagal perbaharui pendekatan politiknya dan masih menggunakan kuasa untuk mendapat apa sahaja yang diidamkan yang menyalahi norma-norma demokrasi. Amat geram sekali apabila BN masih tunjuk pandai dan memperbodoh-bodohkan rakyat serta belum serik lagi dengan tsunami melanda mereka suatu masa dahulu.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

Logo Baru Blog Cina Islam 2011

Posted: 28 Dec 2010 10:18 PM PST

Sejajar dengan perubahan masa, maka blog Cina Islam bakal berubah wajah. Beberapa penambahbaikan sedang dibangunkan kini oleh moderator. Penampilan blog Cina Islam diambang 2011 ini kelak juga lebih menepati hasrat dan inspirasi Yang Berkhidmat lebih dekat bersama rakyat. Moto dan Visi lebih segar. Tunggu kemunculannya ! Ia lebih berinformasi pada 1.1.2011.

Drs. Khalil Idham Lim

Berpakaian tetapi telanjang.

Posted: 28 Dec 2010 08:31 PM PST

23 Muharam 1432H
Oleh : selatanonline

Kita berpakaian untuk melindungi tubuh, untuk nampak lebih berketerampilan, juga sebagai melaksanakan sunnah yang dianjurkan Islam. Namun tidak semua konsep berpakaian menepati syariat, malah ada ketikanya ia mendatangkan 'bala' pula kepada kita. Ini sama seperti pesan Rasulullah lewat hadis baginda;

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat,

nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh." (Sahih Muslim)

Salah satu budaya malang yang menimpa wanita Islam dewasa kini ialah budaya berpakaian tetapi telanjang. Kebanyakan wanita hari ini berpakaian mengikut fesyen walaupun ada sesetengah fesyen yang dikenakan amat bertentangan dengan syariat Islam. Ada sesetengah wanita pula menyangkakan bahawa dengan bertudung, mereka sudah menutup aurat, sedangkan apa yang mereka sarungkan di tubuh badan mereka hanyalah pakaian yang nipis melayang ataupun yang ketat dan sendat seperti nangka dibalut dan nampakkan segala-galanya. Ada juga yang menenakan tudung tetapi menampakkan lengan (short sleeve).

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahawa ketika Asma' binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah SAW, ketika itu Asma' sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah SAW memalingkan muka seraya bersabda, "Wahai Asma'! Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ..." (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

Kenapa wajib menutup aurat? Jawapannya ada dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, "Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang." (Surah al-Ahzab [033], ayat 59)

Dalam urusan berdandan atau berhias-hiasan bagi golongan isteri juga haruslah dilakukan menepati syariat seperti mendapat izin suami terlebih dahulu. Ini ditegaskan Rasulullah SAW seperti yang diceritakan daripada Asma Abu Bakar mengenai seorang wanita yang datang bertanya kepada Rasulullah, "Saya mempunyai kemusykilan. Berdosakah kalau saya berdandan dengan harta suami yang belum diberikannya kepada saya?" Balas Rasulullah SAW, "Orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu (penuh dosa)." (Sahih Muslim)

Renung-renungkan!

Menjelang PRU 13: Pemuda PAS Perak atur persediaan

Posted: 28 Dec 2010 07:00 PM PST

23 Muharam 1432H
Oleh : safarizal saleh

(TAIPING) - Bagi membuat persediaan awal menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 13nanti, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah menganjurkan Konvensyen Pemuda Prihatin bagi menyusun semua jentera Pemuda disemua peringkat.

Konvensyen yang memberikan fokus perkidmatan Pemuda PAS kepada seluruh rakyat bagi memastikan sokongan rakyat bertambah serta yakin akan pentadbiran PAS dan Pakatan Rakyat (PR) di Perak.

Beberapa pembentangan kertas kerja dan juga kajian setempat telah dibentangkan oleh jemputan-jemputan khas bagi merungkai gerak kerja bersepadu Pemuda PAS di semua peringkat. Kajian persepsi atau gambaran umum menjelang PRU 13 juga turut dibentangkan.

Konvensyen yang bertajuk Pemuda Prihatin adalah menjadi nadi bagi gerak kerja Pemuda PAS bagi menambat hati pengundi terutama yang berumur bawah 40 tahun. Ianya diharap dapat menyuntik semangat Pemuda PAS bagi mengantur gerak langkah berkesan di setiap peringkat.

Perak Care di lancar

Posted: 28 Dec 2010 05:56 PM PST

23 Muharam 1432H
Oleh : safarizal saleh

(TAIPING) - Usaha bagi membantu masyarakat yang memerlukan dan bertemakan kebajikan, badan amal 'Perak Care' ditubuhkan baru-baru ini.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Haji Azmi Abdul Hamid, Presiden Teras yang penuh meriah. Turut di lancarkan adalah laman web rasmi Perak Care bagi memudahkan mereka-meraka yang prihatin menyalurkan sumbangan.

Salman yang juga Pengerusi Perak Care berharap badan amal seumpama ini dapat membantu mana-mana pihak yang amat memerlukan tidak mengira sesiapa pun. Beliau juga berharap pihak-pihak yang ingin menyumbang agar dapat terus menyalurkannya dalam bentuk kewangan.

"Perak Care adalah medan yang boleh digunakan oleh semua pihak bagi menyalurkan bantuan, semua pihak boleh melayari laman web kami bagi melihat lebih dekat apa yang kami lakukan" Salman menyatakan semasa majlis pelancaran tersebut.

Haji Azmi di dalam ucapannya berharap Perak Care sebagai satu pentas bagi golongan muda bagi menabur bakti kepada masyarakat. Biar orang muda sebagai contoh atau tauladan yang baik kepada masyarakat kata Haji Azmi.

Perlantikan Isa Samad Tambah Kroni Kaut Wang Felda

Posted: 28 Dec 2010 05:39 PM PST

23 Muharam 1432H
Oleh : newsfowarder

AKHIRNYA Mohd Isa Samad dilantik menjadi pengerusi Felda. Bekas MB Negeri Sembilan itu sudah lama berhajat dengan jawatan berkenaan. Sejak setahun lalu lagi beliau melobi untuk menjabat jawatan itu. Semasa menghadiri majlis bekas pelajar TAR Kolej yang berlangsung di sebuah hotel di Puchong, beliau ada menyebut hal berkenaan.

Tampaknya angan-angan Mat Isa itu menjadi kenyataan. Perlantikan beliau itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari . Perlantikan itu bukan sangat atas kebolehannya mengurus Felda tetapi kerana politik.

Bagi diri Mat Isa perlantikan menggembirakannya. Manakala kepada peneroka pula perlantikan itu tidak akan membawa apa-apa perubahan. Bukan hendak merendahkan keupayaan Mat Isa, tetapi track record nya sebagai MB Negeri Sembilan sudah ketahui ramai. Selama 22 tahun beliau menjadi MB Negeri Sembilan, tahap kemajuan negeri itu boleh dilihat sejauh mana kehebatannya.

Kepada peneroka perlantikan Mat Isa itu tentu berbaur dengan kebimbangan dan cemas. Penglibatan beliau dalam kes rasuah sebelum ini akan menghantui peneroka. Felda adalah agensi kerajaan yang bergfungsi membantu rakyat yang mempunyai aset yang cukup besar.

Para peneroka pula terus dimanipulasikan oleh agensi itu di mana titik peluh mereka dicurah tidak setimpal dengan pengorbanan mereka. Sebaiknya orang yang menguruskan agensi itu lebih kaya dan mewah berbanding dengan para peneroka.

Mat Isa berjanji akan bekerja dengan baik. Biasalah janji dan ikrar itu. Semua menteri membuat janji dan bai'ah itu. Tetapi apa jadi akhirnya, janji entah ke mana yang kaya raya dan senang adalah diri sang menteri atau penjawat jawatan itu saja.

Di sini saya melihat perlantikan Isa Samad itu akan menambah kroni baru yang akan mengaut wang Felda. Kalau Yusuf Noor sebelum ini melantik kroninya memberi kontrak kepada anak buahnya, maka kini giliran Isa Samad pula.

Mereka yang baik, ampu dan hidup dengan wangi ketiak Mat Isa akan berubah bulu sebelum ini. Seperti mana mereka yang mengelilingi Yusuf Noor berubah maka begitulah nanti pengeliling Isa Samad akan berubah.

Sebenarnya jawatan sebagai pengerusi agensi kerajaan tidak patut dijadikan tempat pesara politik mencari makan. Cukuplah dengan harta yang mereka kaut semasa menjadi menteri atau menteri besar.

Lebih wajar kalau jawatan pengerusi itu diberikan kepada bekas pegawai kerajaan yang terdiri dari kalangan anak para peneroka. Biarlah anak peneroka merasai jawatan itu dan mereka memikirkan bagaimana hendak memaju dan memanfaatkan kekayaan Felda kepada kalangan mereka.

Janji Najib nak lakukan transformasi rasanya termasuk juga dalam soal-soal perlantikan agensi kerajaan seperti Felda, Felcra, Risda, Mara dan berbagai-bagai lagi.

Berhentilah atau cukuplah menjaga periuk nasi orang politik yang sememangnya sudah bumbung kalau dibandingkan dengan periuk nasi orang Felda, Felcra dan lain-lain.

Tazkirah : Penghalang Doa

Posted: 28 Dec 2010 05:00 PM PST

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Tanya : Saya sering berdoa. Tapi, saya merasakan bahwa doa saya jarang terkabul. Mungkin doa saya terhalang. Bisa dijelaskan faktor-faktor penyebabnya ?

Jawab : Adalah sangat baik jika kita memperbanyak doa, sebab memperbanyak doa adalah merupakan salah satu perintah Allah sebagaimana firman-Nya :

وَقَالَ رَبّكُـمْ ادْعُونِيَ أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنّ الّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhanmu berfirman : "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." [QS. Al-Mukmin : 60].

Namun jika kita merasa bahwa doa kita belum terkabulkan, maka kita tidak boleh putus asa. Kita harus ber-husnudhan pada Allah ta'ala dengan terus introspeksi terhadap diri kita sendiri. Ketika berdoa, kita harus memperhatikan adab-adab berdoa, diantaranya : ikhlash, sungguh-sungguh, khusyuk, penuh kerendahan, dan yakin bahwa doa kita pasti akan dikabulkan (sebagaimana firman Allah di atas). Awalilah doa kita dengan sanjungan kepada Allah ta'ala dan shalawat kepada Nabi-Nya shallallaahu 'alaihi wasallam. Bisa jadi doa kita terhalang karena beberapa faktor, diantaranya :

1. Makan dan minum dari yang haram, mengkonsumsi barang haram berupa makanan, minuman, pakaian, dan hasil usaha yang haram. Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda :

أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللهَ طَيِّبٌ لا يُقبَلَ إِلا طَيِّباً وَإِنَّ اللهَ أَمَرَ اْلمُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ اْلمُرْسَلِيْنَ فَقَالَ { يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوْا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوْا صَالِحاً إِنِّي بِمَا تَعْمَلُوْنَ عَلِيْمٌ } وَقَالَ { يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا كُلُوْا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكمْ } ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاء يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِاْلحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ ؟

"Wahai manusia, sesungguhnya Allah ta'ala adalah Maha Baik, tidak menerima kecuali yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada para Rasul.Allah ta'ala berfirman : "Hai Rasul-Rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang shalih" (QS. Al-Mu'minuun : 51). Dan Allah berfirman : "Hai orang-orang yang beriman, makanlah dari rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu" (QS. Al-Baqarah : 172). Kemudian Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam menceritakan seorang laki-laki yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan berdebu lalu menengadahkan kedua tangannya ke langit seraya berkata,"Ya Rabb..ya Rabb…", sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya dari yang haram, dicukupi dari yang haram, maka bagaimana mungkin dikabulkan doanya?" [Diriwayatkan oleh Muslim no. 1015].

2. Minta cepat terkabul doa yang akhirnya meninggalkan doa. Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda :

يُسْتَجَابُ لأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ يَقُوْلُ دَعَوْتُ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِيْ

"Dikabulkan doa seseorang dari kalian selama ia tidak buru-buru,(dimana) ia berkata : "Aku sudah berdoa namun belum dikabulkan doaku" [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 5981 dan Muslim no. 2735].

لا يَزَالُ يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيْعَةِ رَحِمٍ مَا لَمْ يَسْتَعْجِلْ قِيْلَ يَا رَسوْلَ اللهِ مَا اْلاِسْتِعْجَالُ قَالَ يَقُوْلُ قَدْ دَعَوْتُ وَقَدْ دَعَوْتُ فَلَم أَرَ يَسْتَجِيْبُ لِيْ فَيَسْتحْسِرَ عِنْدَ ذَلِكَ وَيَدَعُ الدُّعَاءَ

"Senantiasa doa seorang hamba akan dikabulkan selama ia tidak berdoa untuk berbuat dosa atau memutuskan silaturahim, dan selama ia tidak meminta dengan tergesa-gesa (isti'jal)". Ada yang bertanya : "Ya Rasulullah, apa itu isti'jal?". Jawab beliau : "Jika seseorang berkata : 'Aku sudah berdoa, memohon kepada Allah, tetapi Dia belum mengabulkan doaku'. Lalu ia merasa putus asa dan akhirnya meninggalkan doanya tersebut" [Diriwayatkan oleh Muslim no. 2735].

3. Melakukan maksiat dan apa yang diharamkan Allah. Seorang penyair berkata : "Bagaimana mungkin kita mengharap terkabulnya doa, sedangkan kita sudah menutup jalannya dengan dosa dan maksiat".

4. Meninggalkan kewajiban yang diwajibkan oleh Allah. Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda :

وَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَتَأْمُرُنَّ بِاْلمَعْرُوْفِ وَلْتَنْهَوُنَّ عَنِ اْلمُنْكَرِ أَوْ لَيُوْشِكَنَّ اللهُ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَاباً مِنْهُ ثُمَ تَدْعُوْنَهُ فَلا يُسْتَجَابُ لَكُمْ

"Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, hendaklah kalian menyuruh yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran atau (kalau tidak kalian lakukan) maka pasti Allah akan menurunkan siksa kepada kalian, hingga kalian berdoa kepada-Nya, tetapi tidak dikabulkan" [Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi no. 2169, Al-Baghawi dalamSyarhus-Sunnah 14/3453, dan Ahmad no. 23360. At-Tirmidzi berkata : "Hadits ini hasan"].

5. Berdoa yang isinya mengandung perbuatan dosa atau memutuskan silaturahim.

6. Tidak bersungguh-sungguh dalam berdoa. Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallambersabda :

إِذَا دَعَوْتُمُ اللهَ فَاعْزِمُوْا فِي الدُّعَاءِ وَلا يَقُوْلَنَّ أَحَدُكُمْ إِنْ شِئْتَ فَأَعْطِنِيْ فَإِنْ اللهَ لا مُسْتَكْرِهَ لَهُ

"Apabila seseorang dari kamu berdoa dan memohon kepada Allah, janganlah ia mengucapkan : 'Ya Allah, ampunilah dosaku jika Engkau kehendaki, sayangilah aku jika Engkau kehendaki, dan berilah rizki jika engkau kehendaki '. Akan tetapi, ia harus bersungguh-sungguh dalam berdoa. Sesungguhnya Allah berbuat menurut apa yang Ia kehendaki dan tidak ada yang memaksa-Nya" [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 7026].

7. Tidak khusyu', lalai, dan terkuasai hawa nafsu. Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam bersabda :

ادْعُوْا اللهَ وَأَنْتُمْ مُوْقِنُوْنَ بِاْلإِجَابَةِ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ لا يَسْتَجِيْبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاهٍ

"Berdoalah kepada Allah dan kamu yakin akan dikabulkan. Ketahuilah bahwa Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang hatinya lalai dan tidak khusyu' "[Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi no. 3479 dan Al-Hakim no. 1817; hasan lighairihi].

Kalaupun misalnya Allah ta'ala belum mentaqdirkan doa kita terwujud, kita harus sabar dan ridla bahwasannya Allah ta'ala mempunyai hikmah yang sangat besar. Allahta'ala sangat sayang terhadap hamba-Nya dan seorang hamba tidak tahu tentang akibat urusannya. Terkadang seseorang mengharapkan sesuatu, padahal itu jelek buat dia. Sebaliknya, seseorang membenci sesuatu, padahal itu baik buat dia.Wallaahu a'lam.
[http://abul-jauzaa.blogspot.com/2009/10/penghalang-doa.html}
Wassalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh
--
http://nurihsan99.blogspot.com/

Pengikut