Sabtu, 23 Jun 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 23 Jun 2012 03:27 PM PDT

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil,
Mutakhir ini, perkembangan politik di negeri Johor telah menjadi bualan di kalangan para pemerhati politik sama ada yang daripada pihak pemerintahan mahu pun kumpulan pembangkang.

Kemampuan gabungan parti politik pembangkang memenangi satu kerusi Parlimen (Bakri) dan enam kerusi DUN (Sungai Abong, Maharani, Mengkibol, Skudai, Senai dan Bentayan) telah membuka mata banyak pihak terhadap status kekebalan UMNO/BN di Johor yang mitosnya disebut sebagai "Kubu Kuat Umno di dunia" semakin diragui.

Lebih-lebih lagi, kemenangan PAS untuk menawan dua kerusi DUN iaitu di Dun Maharani dan Sungai Balang telah meletakkan satu harapan baru kepada perkembangan politik Johor yang sebelum ini tidak pernah yakin bahawa PAS akan dapat bertapak di Johor.

Malah, kemenangan PAS di Dun Senggarang dilabelkan sebagai kemenangan 'betina' kerana calon PAS iaitu Dr Mohd Ramli bin Kari menang di atas faktor kesilapan teknikal BN.

PAS tampil dengan gagah dan berwibawa di pentas Dun Johor apabila YB Dr Mohamad bin Taslim dan YB Dr Sheikh Ibrahim bin Sheikh Salleh berjaya memainkan peranan mereka di dalam dewan persidangan serta disayangi oleh rakyat setempat kerana mereka benar-benar dapat menterjemahkan peranan sebenar sebagai seorang wakil kepada rakyat.

Justeru apabila PAS dan Pakatan Rakyat berkira-kira untuk menawan Nusa jaya di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang ini, pemimpin UMNO/BN di Johor menggelupur tidak tentu fasal dan membuat respon yang luar daripada kebiasaan.

Jika dulu, pembangkang tidak berpeluang untuk hadir di bibir-bibir pemimpin BN walaupun kali ini berduyun-duyun pimpinan BN khususnya daripada Umno berlumba-lumba untuk memberikan pandangan dan kenyataan tentang masa depan PR di Johor yang sebahagian besar daripada mereka memperlekeh cita-cita dan harapan murni ini.

Sebagai contohnya, apabila YB Salahudin Ayub muncul di dalam media cetak dan internet dengan gambaran bakal dilantik sebagai Menteri Besar Johor maka ketidaktenteraman jiwa para pemimpin BN Johor jelas kelihatan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno merangkap Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kekuatan PAS belum mampu menandingi BN dan meminta agar PAS jangan memasang angan-angan dan hanya bermimpi di siang hari untuk mengambil alih Kerajaan Negeri  Johor.

Beliau masih yakin bahawa Johor adalah kubu kuat BN.

Walau apa pun yang diperkatakan tentang kemampuan PAS untuk tampil sebagai kerajaan menanti bersama PR ia akan ditentukan nanti oleh kuasa rakyat.

Namun, perlu juga kita melihat dengan lebih mendalam sejauh mana kemampuan PAS untuk memenangi hati pengundi lebih-lebih lagi PAS telah pun mengisytiharkan bahawa PAS bersedia untuk menggantikan UMNO.

Perkembangan PAS di Johor

Perjalanan politik PAS di Johor bukanlah satu perjalanan pemusafiran yang mudah kerana ia telah dilalui dengan penuh ujian dan cabaran yang luar biasa.

Membentuk satu kekuatan yang jitu telah mengambil masa yang lama dan jauh sehingga ia tersergam pada hari ini. Tidak ramai yang mengetahui dan mengambil tahu tentang perkembangan PAS di Johor jika ingin dibandingkan dengan perkembangan PAS di negeri lain kerana Johor terlalu kebal dengan pengaruh Umno di semua peringkat.

Penyertaan PAS di dalam politik Johor sebenarnya telah bermula awal iaitu tiga tahun selepas PAS ditubuhkan pada tahun 1951. Dalam satu laporan yang disiarkan oleh Utusan Melayu yang dikeluarkan pada 20 Mac 1954, PAS telah menubuhkan cawangannya yang pertama di Johor iaitu di Johor Bahru pada 19 Mac 1954 dan Haji Ariffin Alias dipilih menjadi Yang Dipertua, Sdr Othman Abdullah dilantik menjadi Setiausaha manakala Penyimpan Wang diamanahkan kepada Sdr Yusuf Abdul Rahim.

Seramai lapan orang Ahli Jawatankuasa telah dilantik bagi menerajui PAS cawangan. Bermakna, PAS bukanlah parti baru di Johor, barangkali disebabkan kekuatan UMNO yang terlalu besar menyebabkan PAS di lihat sebagai parti 'nyamuk' yang tidak mungkin akan memberikan ancaman kepada UMNO.

Keterbukaan media cetak pada ketika itu dengan memberikan laporan penubuhan PAS telah membawa kepada penyebaran berita yang baik kepada PAS apabila satu rombongan masyarakat Bugis dari Benut telah bertemu dengan pimpinan PAS Cawangan Johor Bahru dan pada 6 Mei 1954 cawangan kedua PAS Johor telah ditubuhkan di Benut.

Haji Abdul Razak telah dipilih menjadi Yang Dipertua manakala Saudara Muhamad Tahir dilantik menjadi Setiausaha dan jawatan Bendahari dipegang oleh Haji Yusuf Abdul Rahim. Seramai enam orang Ahli Jawatankuasa cawangan turut terpilih.

Walaupun usia PAS cawangan Benut ini masih baru namun PAS Benut telah tampil dengan berani dan berjaya mengumpulkan ahli yang ramai sehingga dilaporkan keahlian PAS di Benut mencecah seramai 750 orang pada ketika itu.

Di atas kesedaran untuk memartabatkan Islam di Johor, PAS Benut melalui mesyuarat Agong telah meluluskan usul untuk meminta PAS Pusat mengadakan pendidikan politik Islam kepada ahli-ahli di semua cawangan PAS dalam negara ini serta mendesak PAS Pusat agar menerbitkan majalah `Al-Islam'.

Sebelum Pilihan raya Umum tahun 1959, pengaruh PAS semakin berkembang dengan penubuhan banyak cawangan di Pontian dan Batu Pahat. Pada 24 Mei 1959 cawangan PAS telah ditubuhkan di Sungai Tempayan, Pontian.

Pada 3 Ogos 1959, cawangan PAS ditubuhkan di Pulai Sebatang dan pada 4 Ogos, cawangan Parit Karimon ditubuhkan. Pada penghujung bulan Julai 1959, sebuah cawangan PAS di Kampung Parit Jatuh, Batu Pahat diwujudkan.

Dalam majlis penubuhannya, ketua penerangan PAS Johor ketika itu, Haji Muhamad Taib Haji Ahmad telah memaklumkan bahawa PAS Johor akan menubuhkan 10 cawangan lagi di seluruh negeri. Pada 14 Ogos 1959, sebanyak 15 cawangan PAS telah diwujudkan di Batu Pahat.

Pertumbuhan PAS dengan pesat di kawasan Pontian dan Batu Pahat sememangnya dapat dilihat sehingga ke hari ini hasil daripada usaha gigih pejuang terdahulu. Usaha PAS untuk menubuhkan cawangan terus berkembangan di Muar, Segamat, Mersing, Ari Hitam dan Kluang.

Pengaruh PAS di Kota Tinggi mula terserlah pada awal tahun 1964 atau lebih awal dari tahun tersebut, PAS turut meletakkan calonnya di kawasan Johor Lama. Daripada maklumat yang tersebut, bolehlah dibuat rumusan bahawa PAS mula berkembang dan bertapak di Johor secara keseluruhannya menjelang pertengahan tahun 1964.

Dalam suasana PAS Johor berkembang pesat, PAS Johor dikejutkan dengan tindakan dua pimpinan tertinggi mengisytiharkan diri keluar daripada PAS pada tahun 1969 iaitu  Pesuruhjaya PAS Negeri, Puan Khadijah Sidek dan bekas Pegawai Penerangan PAS Negeri, Kiai Saifullah bin Zamzam.

Ia sedikit sebanyak mendatangkan kesan kepada ahli dan para penyokong kerana Khadijah Sidek adalah merupakan seorang yang gigih dan kuat bekerja. Khadijah yang berasal daripada Indonesia menyertai PAS pada tahun 1958 setelah dipecat dari UMNO pada tahun 1956.

Beliau pernah menjadi ahli Parlimen Dungun pada tahun 1959 dan  menjadikan wakil rakyat PAS yang pertama dari kalangan wanita. Dalam pilihan raya umum 1964, beliau bertanding di kawasan parlimen Johor Bahru menentang Tun Dr Ismail Datuk Abdul Rahman namun berjaya ditewaskan.

Tahun 1974, PAS telah bertindak menyertai komponen Barisan Nasional. Ada di kalangan ahli PAS di Johor mengambil memprotes penyertaan PAS ke dalam BN dengan mengisytiharkan diri sebagai calon bebas walaupun akhirnya tewas di tangan calon perikatan.

Peristiwa pahit, PAS ditendang daripada menjadi komponen Barisan Nasional telah memberikan banyak iktibar. Ini diikuti dengan kekalahan teruk PAS dalam pilihanraya Mac 1978 apabila PAS gagal mengekalkan kuasanya di Kelantan, walaupun sudah menguasai Kelantan hampir 18 tahun lamanya.

Tragedi yang menimpa PAS itu telah memberi kesan kepada perkembangan PAS di seluruh negara termasuk di Johor. Dalam pilihanraya ini, PAS hanya berjaya mempertahankan lima kerusi daripada 14 kerusi yang dimenangi sebelum ini dalam tahun 1974 di samping mempertahankan 9 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding 50 kerusi yang dimenanginya dalam pilihanraya sebelumnya.

Bagi PAS Johor, kekalahan sudah menjadi asam garam dalam perjuangannya. Ia sudah menduga kekalahan teruk itu. Walaupun PAS sudah lama bertapak di Johor, namun selera pengundi masih belum membenarkan PAS bertapak di hati mereka.

Sebaliknya hasil dari penyingkiran PAS itu, berbagai insiden politik berlaku secara negatif di Johor. Seramai 300 orang ahli PAS telah menyertai UMNO pada bulan Julai 1978 iaitu menjelang pilihanraya umum. Turut dilaporkan juga seramai 60 orang guru-guru agama yang simpati dengan PAS berpaling tadah menyertai UMNO.

Di Johor, bekas aktivis-aktivis ABIM telah berpeluang mengambil alih teraju pimpinan PAS Johor dalam tahun 1982 setelah berlakunya perubahan PAS kepada kepimpinan ulama' seperti mana yang berlaku di peringkat nasional.

Peralihan ini bukan dibuat secara revolusi tetapi sebaliknya melalui amalan biasa PAS iaitu dengan cara pemilihan. Haji Hasan Hussein telah dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS yang baru bagi menggantikan Haji Yusof Hakim yang sudah uzur.

Beliau adalah salah seorang pengasas ABIM Johor. Di samping beliau beberapa orang aktivis ABIM turut dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri seperti Tuan Haji Ismail bin Ibrahim, Ustaz Omar bin Jani.

PAS dipimpin oleh Ustaz Omar bin Jani, Dr Sanusi Daeng Mariok dan kini datuk Dr Haji Mahfodz bin Mohamed (gambar) selaku Pesuruhjaya Negeri.

Dr Sanusi Daeng Mariok dilantik sebagai Pesuruh Jaya PAS negeri Johor pada tahun 1996 setelah Ustaz Omar bin Jani telah meninggal dunia. Ketika itu, Dr Sanusi yang lebih mesra dipanggil Pak Daeng sedang menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen di Rantau Panjang.

Pak Daeng telah mengambil pelbagai pendekatan politik yang bersesuaian dengan lebih menekankan konsep menerang bukan menyerang lebih-lebih lagi apabila Almarhum Datuk Fadhil Noor telah mengangkat kertas kerja Pak Daeng yang pada satu ketika dahulu ditolak oleh jawatankuasa PAS Pusat di atas konsep yang telah disebutkan tadi.

Dr Mahfodz mula memimpin PAS Johor pada tahun 2005 setelah Dr Sanusi mengambil keputusan untuk mengundurkan diri setelah memimpin Johor selama hampir 10 tahun.

Sebelum dilantik menjadi Pesuruh jaya PAS Johor, Dr Mahfudz terlebih dahulu diberikan kepercayaan oleh Dr Sanusi sebagai Timbalan Pesuruh Jaya Negeri bermula tahun 2001 sehingga tahun 2005. Dr Mahfodz telah menjual rumahnya di Damansara dan membina sebuah Maahad Tahfiz di Kundang Ulu sebagai tanda keseriusannya untuk kembali ke Johor sebagai seorang Pesuruh Jaya.

Catatan ringkas berkaitan dengan sejarah perkembangan PAS di Johor ini adalah sebagai maklumat asas kepada pembaca supaya dapat melihat betapa peritnya PAS untuk diperkembangkan di Johor.

Pencapaian PAS di dalam Pilihan raya

Cita-cita PAS untuk tampil buat pertama kalinya di dalam medan Pilihan Raya pada tahun 1955 tidak kesampaian disebabkan masalah kewangan kerana kos untuk menghadapi pilihan raya yang tinggi. Namun ia tidak merencatkan para pejuang PAS di Johor kerana mereka sedar bahawa Pilihan raya bukanlah matlamat utama PAS ditubuhkan. PAS terus melipatgandakan usaha dan gerakerja dengan menubuhkan lebih banyak lagi cawangan dan gerakerja.

Dengan usaha yang telah dilakukan maka PAS telah tampil buat pertama kalinya dalam Pilihan raya Umum Persekutuan 1959 dan PAS Johor telah meletakkan seramai tiga orang calonnya bertanding di peringkat parlimen Pontian Utara, Muar Selatan dan Segamat Utara.

Seramai sembilan lagi calonnya diletakkan di peringkat Dewan Undangan Negeri Pontian Dalam, Benut, Rengit, Air Hitam, Tanjung Semberong, Parit Jawa, Parit Bakar, Serom dan Jorak. Dalam pilihanraya ini PAS bukan sahaja gagal mendapatkan sebarang kerusi di Johor malah undi yang diterima adalah pada paras yang sangat rendah.

Pada keseluruhannya, undi yang diperoleh oleh PAS bagi tiga kawasan parlimen yang ditandingi ialah 4992 daripada jumlah keseluruhan iaitu 216 027 undi. Bagi sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi, PAS berjaya memungut undi sebanyak 5471 daripada undi ke seluruh yang berjumlah 214 496.

Inilah ukuran sokongan masyarakat terhadap PAS pada masa itu. Peratusan undi yang diterima oleh PAS begitu kecil sekali iaitu di peringkat  Parlimen sebanyak 2.3% manakala di peringkat DUN 2.6%.

Sebab itu saya nyatakan tadi kehadiran PAS tidak dilihat sebagai ancaman kerana rakyat Johor masih belum mampu menerima kehadiran PAS. Bagi rakyat Johor, Umno dan Perikatan adalah pilihan yang paling tepat dan sesuai dengan perkembangan politik di Johor. Namun, ia sedikit pun tidak merencatkan dan mencantas semangat gelora perjuangan-pejuang PAS yang terpencil bilangannya.

Cita-cita untuk menyerlah di dalam politik Johor diteruskan dalam Pilihanraya Umum Persekutuan 1964, PAS Johor telah mengemukakan dua orang calonnya bertanding di peringkat parlimen Pontian Utara dan Johor Timur. Manakala sebelas lagi calonnya bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri.

Ketika itu PAS Johor dianggap sebagai parti nyamuk oleh komponen Perikatan. Saingan hebat perikatan di Johor pada masa itu ialah Barisan Sosialis. Dalam pilihanraya ini juga, parti-parti pembangkang Johor terpaksa bertanding sesama sendiri setelah hasrat untuk bergabung dalam satu pasukan gagal dilakukan.

Pilihan raya 1964 ini juga telah membuka era baru bagi PAS Johor. Ia telah bertanding di tujuh kawasan baru bagi peringkat Dewan Undangan Negeri dan mengosongkan enam kawasan yang pernah ditandingi dalam pilihanraya 1959.

Tujuh kawasan baru yang ditandingi oleh PAS ialah Endau, Gelang Patah, Mersing, Pelentong, Simpang Kiri dan Tampoi. Kawasan lama yang turut ditandingi ialah Air Hitam, Tanjung Semberong, Parit Jawa, Jorak dan Parit Bakar.

Dalam pilihanraya ini juga PAS Johor tidak meletakkan calon-calonnya bertanding di kawasan parlimen Muar Selatan dan Segamat Utara sebaliknya mencuba kawasan baru iaitu Johor Timur dan mengekalkan Pontian Utara yang pernah ditandingi dalam pilihanraya tahun 1959.

PAS tidak bertanding di kawasan parlimen Muar Selatan walaupun pengaruh PAS kuat di sini dalam pilihanraya umum 1959. Di Muar Selatan PAS tidak hilang wang pertaruhan berbanding dengan kawasan Pontian Utara. Undi yang diperoleh oleh PAS kawasan Muar Selatan dalam pilihanraya 1959 ialah 2508 undi dan terselamat wang pertaruhan. Sebaliknya di Pontian Utara, PAS hilang wang pertaruhan dan mendapat jumlah undi yang kecil iaitu 1567 undi.

Keputusan pilihanraya umum 1964 menyaksikan satu lagi keputusan untuk penilaian PAS Johor. Secara keseluruhannya, PAS mendapat 7873 undi bagi sebelas kawasan Dewan Undangan Negeri yang ditandingi dan 7673 undi lagi bagi tiga kawasan parlimen.

Tahun 1983 PAS Johor meletakkan seramai sembilan orang calon di peringkat Dewan Undangan Negeri dan tiga orang di peringkat parlimen. Sokongan terhadap PAS telah meningkat sejak pilihanraya umum 1978 terutama di kawasan Batu Pahat, Segamat, Tenggaroh dan Simpang Renggam.

Inilah perkembangan yang menguatkan lagi PAS Johor. Dengan jumlah undi yang berjaya diraih dalam pilihanraya itu ialah 18 234 undi untuk enam kawasan parlimen yang ditandingi manakala untuk 10 kawasan Dewan Undangan Negeri PAS berjaya meraih undi sebanyak 11 232 undi. Dalam pilihanraya umum 1978 PAS Johor telah mendapat undi sebanyak 25 915 bagi 23 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 32 512 undi bagi 12 kawasan parlimen yang ditandingi.

Walaupun jumlah calon-calon PAS bertanding merosot dalam Pilihanraya Umum 1982 berbanding pilihanraya umun 1978, namun kedua-dua pilihanraya telah menemukan kegagalan yang berulang. Peratusan undi yang diterima oleh PAS dalam pilihanraya umum 1982 tidak jauh berubah dengan peratus undi pilihanraya tahun 1978.

Dalam pilihanraya 1982 peratus undi peringkat parlimen ialah 4.1% dan peringkat Dewan Undangan Negeri ialah 7.9% manakala dalam pilihanraya umum 1978 peratus undi peringkat parlimen ialah 4.1% dan peringkat Dewan Undangan Neger 2.3%.

Pada tahun 1986, sekali lagi pilihanraya umum diadakan. Pada kali ini PAS meletakkan 10 orang calon di peringkat Parlimen dan 20 orang lain di peringkat Dewan Undangan Negeri. Inilah pilihanraya pengukur bagi kumpulan pimpinan baru PAS Johor dalam Era Kepimpinan Ulama.

Keputusan pilihanraya 1986 telah menunjukkan ciri baru sokongan pengundi kepada PAS. Ia berjaya memperoleh undi sebanyak 28 493 undi bagi 10 kawasan parlimen dan 47 184 undi untuk 20 kawasan Dewan Undangan Negeri. Walaupun tewas, tetapi jumlah undi yang diterima merupakan satu kemenangan yang besar bagi kumpulan pimpinan baru PAS Johor yang telah menguasai tampuk pimpinan parti kira-kira lima tahun.

Pilihanraya Umum Oktober 1990, telah menyaksikan suatu penyatuan di kalangan pembangkang apabila PAS bersama Semangat 46 berjaya bergerak di bawah Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) dan Semangat 46 bersama parti-parti lain berjaya membentuk Gagasan Rakyat.

Inilah pertarungan paling sengit dihadapi oleh Barisan Nasional apabila pembangkang bersatu dalam pilihanraya. Dalam pilihanraya kali ini, PAS Johor telah meletakkan tiga orang calonnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Endau dalam parlimen Mersing, Rengit dalam parlimen Batu Pahat dan Benut dalam parlimen Sungai Benut.

Jumlah calon PAS pada kali ini agak kecil berbanding pilihanraya umum 1959, 1954, 1969, 1978,1982 dan 1986. ini adalah disebabkan persepakatan antara PAS dan Semangat 46 dalam Angkatan di mana kuota kerusi telah pun dipersetujui bersama mengikut kekuatan pengaruh sesebuah parti di sesuatu kawasan.

Ketiga-tiga calon yang terpilih ialah Dr Sheikh Ibrahim Salleh (Dun Endau), Ungku Haji Mohd Noor Ungku Mahmood (Dun Rengit) dan Haji Ambok Masek Haji Abdul Latif (Dun Benut). Dalam pilihanraya ini, PAS berjaya meraih 33% undi di Endau, 29.8% undi di Rengit dan 32.7% undi di Benut.

Dalam pilihanraya umum 1986, PAS telah meletakkan seramai 10 orang calonnya di peringkat parlimen dan 20 orang lagi di peringkat Dewan Undangan Negeri. Pilihanraya Umum 1990 juga telah mengulangi kekalahan PAS Johor.

Tahun 2004, PAS menyertai PRU dengan semangat untuk menang setelah arus reformasi telah berjaya meningkatkan sokongan rakyat kepada PAS dan Barisan Alternatif. Namun, pakatan BA telah semakin mengecil apabila DAP telah mengisytiharkan bahawa mereka keluar daripada BA pada 21 September 2001 dan berlakunya pergabungan dua parti iaitu PKN dan PKR yang membentuk parti baru iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada bulan Ogos 2003.

PAS telah meletakkan calon di 36 Dun namun pencapaian PAS secara keseluruhannya lebih rendah jika dibandingkan dengan pencapaian pada tahun 1999. PAS bertanding di 36 Dun dan menang satu kerusi iaitu kerusi Dun Senggarang di atas kesilapan BN meletakkan individu yang diamanahkan sebagai Penyokong adalah merupakan bukan pengundi di Senggarang. PAS telah memperoleh 98698 undi berbanding dengan jumlah undi 540572 keseluruhan di kesemua 36 Dun yang PAS telah meletakkan calon. Ia mewakili sebanyak 18.3% undi keseluruhannya.

Pilihan Raya Umum kali ke 12 yang diadakan pada tahun 2008 telah mendatangkan satu keputusan luar biasa kepada PAS di Johor setelah berjaya untuk tampil ke dalam medan pilihan raya dalam satu front iaitu Barisan Alternatif dan kerjasama tidak langsung dengan DAP untuk memastikan bahawa BN hanya akan bertembung secara satu lawan satu di setiap kerusi yang dipertandingkan.

PAS telah bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 33 kerusi Dun termasuklah kerusi Dun Tiram yang diwakili oleh calon Kelab Penyokong PAS yang bertanding di atas lambang PKR iaitu Cik Kumutha Raman.

Dalam PRU ke 13, PAS memperoleh kejayaan yang luar biasa apabila telah berjaya menang di kerusi N13 Sungai Abong dan N15 Maharani. Begitu juga dengan jumlah undian sebanyak 175 300 undi di peringkat berbanding dengan jumlah undi keseluruhan sebanyak 554158 undi dengan peratusan undi yang telah diperoleh PAS daripada 33 kerusi Dun yang ditandingi itu adalah sebanyak 31.63% menunjukkan pencapaian PAS semakin memberangsangkan.

PAS masa kini, semakin maju atau mundur?

Setelah membaca mengenai sejarah Pas dan penglibatannya di dalam medan politik, saya ingin mencatatkan pula kedudukan PAS di Johor ketika ini sama ada PAS semakin diterima rakyat atau pun sebaliknya. Ini berdasarkan kepada pemerhatian saya secara umum sebagai anak Johor yang terlibat secara langsung dalam medan politik di Johor.

Selepas kejutan besar berlaku dalam PRU ke 12 pada tahun 2008, PAS Johor terus mengorak langkah untuk menggempur persada politik Johor bersama rakan-rakan dalam PR yang lain dan tekad untuk menawan Nusajaya disepakati bersama. Langkah awal, PR Johor telah melancarkan TAWAN di Kluang pada tahun 2009 sebagai satu signal terhadap keseriusan tersebut.

Beberapa tindakan awal disusun oleh PAS Johor. Penubuhan Pusat Aduan Rakyat (PAR) di seluruh dijadikan arahan wajib khususnya Dun yang telah diwakili oleh PAS semasa PRU 12. Di antara yang terawal menubuhkan PAR adalah Dun Permas, Kempas, Mahkota dan Nusajaya. Peranan utama PAR adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat setempat sama ada masalah yang melibatkan isu rakyat ataupun isu yang melibatkan kepincangan kerajaan.

Begitu juga dengan peranan kedua-dua Adun PAS iaitu YB Dr Mohamad bin Taslim dan YB Dr Sheikh Ibrahim, kedua-dua digerakkan untuk membantu masalah rakyat bukan sahaja di kawasan mereka sahaja tetapi menjadi wakil rakyat di seluruh negeri Johor untuk disalurkan ke dalam DUN Johor.

PAS Johor dipimpin oleh mereka yang berkelayakan daripada pelbagai sudut. Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad adalah merupakan mantan Dekan Fakulti Pengajian Islam UM dan merupakan tokoh ulama' yang disegani.

Haji Aminul Huda Hassan, Timbalan Pesuruh Jaya 1 adalah merupakan seorang golongan profesional dalam bidang pendidikan, Timbalan Pesuruh jaya 2 iaitu Haji Dzulkefli Ahmad merupakan profesional dalam bidang perunding harta dan Mazlan Aliman, Pesuruh Jaya 3 adalah merupakan seorang aktivis masyarakat dan merupakan Presiden ANAK yang memperjuangkan isu berkaitan dengan peneroka dan FELDA.

Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor adalah merupakan mantan pensyarah UTM, Haji Roslan Nikmat (Bendahari PAS Johor) adalah merupakan mantan guru dan pernah dipilih sebagai Guru Inovasi Kebangsaan. Malah, pimpinan PAS yang mengetuai jentera di peringkat negeri turut dipimpin oleh mereka yang berupaya menjana kekuatan dan kemenangan PAS.

Empat daripada PAS kawasan di Johor dipimpin oleh kepimpinan muda iaitu Haji Firduas masod (Segamat/Peguam), Ustaz Khairul Muntanazar (Tebrau/Lulusan Al-Azhar), Ustaz Rozali Jamil (Sekijang/Al-Hafiz) dan Khairul Faizi Ahmad Kami (Kluang/Ahli Politik)

Begitu juga dengan kesediaan YB Haji Salahudin Ayub untuk pulang ke gagang bagi merancakkan gerakerja PAS di Johor telah menimbulkan polemik baru sehingga di sebut sebagai bakal Menteri Besar Johor jika PR berjaya menawan Nusajaya.

Bermakna, PAS Johor semakin maju ke hadapan pada ketika ini dengan melahirkan banyak tokoh politik dan kepimpinan yang berwibawa. Kepimpinan yang beretika, berlatar belakangkan pendidikan yang tinggi di pelbagai peringkat pasti mampu mentadbir negeri Johor jauh lebih baik daripada apa yang telah Umno lakukan selama ini.

Kesimpulan

Melihat kepada sejarah PAS bermula di Johor pada tahun 1954 sehingga kemampuan PAS berdiri bersama PR di persada politik Johor yang dikenali sebagai 'kubu kuat UMNO di dunia' telah memberikan satu harapan baru kepada perubahan politik di Johor.

PAS gagal menyertai PRU pada tahun 1955 kerana ketidakmampuan untuk menanggung kos yang tinggi. Tahun 1959 PAS hanya mampu meraih sokongan sebanyak 2.6% di kerusi Dun yang telah PAS tandingi. Tetapi, pencapaian PAS terus meningkat dengan lebih baik dan sebagai buktinya pada PRU ke 12, PAS berjaya meraih sokongan sebanyak 31.63% di peringkat Dun yang PAS tandingi.

Sokongan yang diterima oleh PAS dan rakan-rakan PR yang lain sudah tentu menggerunkan UMNO dan BN lebih-lebih lagi PAS sudah tidak lagi ditakuti oleh pengundi bukan Melayu/Islam. PAS yakin mampu untuk memenangi hati pengundi bukan Melayu pada PRU ke 13 yang bakal menjadi penentu kepada kemenangan PAS nanti.

Pesuruh Jaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz telah melahirkan keyakinan bahawa PAS akan berjaya untuk menang di 15 DUN yang ditandinginya pada PRU yang akan datang. Dengan gabungan kemenangan PAS, PKR dan DAP di peringkat DUN nanti akan membolehkan PR membentuk kerajaan baru yang akan menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik dan beramanah daripada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN sebelum daripada ini.

Siapa bakal MB? Itu tidak menjadi persoalan utama pada ketika ini kerana PAS dibarisi oleh ramai kepimpinan dan calon berwibawa.

SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 23 Jun 2012 01:21 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 1:21 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-


NILAI KEPIMPINAN ORANG MELAYU

Posted: 22 Jun 2012 10:38 PM PDT

Apakah nilai utama sesuatu kepimpinan negara?

TV,  radio, akhbar dan media internet sibuk melapurkan pemimpin yang  kononnya  "turun ke padang". Gambar Najib jumpa orang kampung. Gambar Anwar naik LRT. Gambar TG Nik Aziz potong jambul. Gambar Hj Hadi menjala ikan. Semua publisti itu sebenarnya  tidak "material" kepada sesuatu kepimpinan politik. Itu hanya nak bagi syok kepada pengikut dan orang ramai sahaja. Woooo.

Yang kita mahu  dari  seseorang pemimpin ialah mereka bertegas mengawal perbelanjaan negara atau perbelanjaan negeri  secara telus, berhemat, bijaksana, efektif dan efisyen. Kita mahu pemimpin mengawasi perilaku menteri atau exco di bawah kabinetnya supaya tidak rasuah dan melanggar etika pentadbiran. 

Kita  juga  mahu  sang pemimpin politik memantau anggota perkhidmatan awam supaya serius dan bertanggung jawab  dalam melaksanakan   tugasnya dan sekaligus  melahirkan pentadbiran yang bebas rasuah serta beramanah kepada rakyat.

Janganlah berbangga sangat jika melihat  pemimpin politik  singgah minum teh di kedai kopi, solat jamaah di masjid, menziarahi orang sakit/uzur   kerana  amalan itu  boleh dibuat oleh sesiapa sahaja di kalangan  orang awam.   Tugas "mengurus  negara atau negeri"  dengan sebaik baiknyanya itulah tugas utama mereka yang perlu kita  nilai sepanjang masa!!!!

Selamat tinggal kita ucapkan kepada "nilai" Melayu  yang syok dengan pemimpin yang rajin makan kenduri, yang berkompang-kompangan, yang bagi bantuan sekadar hamper beras, dan yang memotong riben perasmian!!!!! Wooooo.

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Pedang Alif Ba Ta

Posted: 23 Jun 2012 07:17 AM PDT

Pedang Alif Ba Ta


Ali Tinju Yang Dok Ugut Zahid Hamidi Kaki Perempuan ?

Posted: 22 Jun 2012 06:23 PM PDT

Adakah kerana kemaruk mahu jadi Senator maka provokasi sebegini dilancarkan ?

 Perbuatan sebegini sungguh kurang ajar dan tidak layak dilakukan oleh askar yang benar-benar taat setia kepada pertiwi.

 

Adakah beliau juga sudah jadi talibarut Pakatan untuk rosakkan Umno di dalam ? Banyak kenyataan beliau disiar Malaysiakini dan ia menguntungkan Pakatan nampaknya.

RUpanya ahli PVTM juga tidak bersetuju tindakn Ali Tinju mahu buat kecoh depan Kementerian Pertahanan.

Selepas belek kisah askarsetia tulis, saya nampak orang bernama Ali Tinju tidak patut dibiarkan.

dengan kisah yang teruk dalam rumahtangga dan skandal sana sini Ali tinju patut dihalang bukan diberi promosi percuma. Perbuatan beliau bawa geng bersenam tonggeng bontot depan rumah Ambiga juga bukan perbuata bijak

orang macam dia ni, bahaya kalau diberi perhatian.

Harap pemimpin yang dilihat rapat Ali Tinju jangan cuba memberi peluang Ali Tinju dilihat mewakili Umno kerana perangainya.

 

Cerita latar belakang hodoh Ali Tinju boleh klik sini http://askarsetia.blogspot.com/

 

 


Politik Harian

Posted: 23 Jun 2012 03:26 AM PDT

Politik Harian


SPRM Tolong Siasat Keluarga Faekah Husin

Posted: 22 Jun 2012 07:06 AM PDT


Belum reda isu percakaran dalam PKR Selangor kini timbul pula dakwaan membabitkan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin yang dikatakan telah mempengaruhi keputusan pengambilan panel peguam oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Berdasarkan pendedahan oleh Sel13.Com, Faekah dilaporkan telah menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menyokong permohonan anak saudaranya yang memiliki kepentingan dalam firma guaman Sidrek Zeenat Asyiqin & Associates.

Hasil semakan oleh portal tersebut mendapati, Zeenat Asyiqin Binti Dato' Ahmad Zaki yang merupakan rakan kongsi firma guaman tersebut adalah anak kepada abang kandung Faekah, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin.

Sekadar untuk rekod, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin adalah bekas Ketua Pengarah BPR bermula dari 24 Mac 1999 hingga 23 Mac 2001. Sekarang beliau adalah Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Portal tersebut turut melampirkan dua bukti bertulis bagi menyokong pendedahan berkenaan yakni surat serahan tangan yang diterima oleh Faekah diikuti dengan surat sokongan dari Faekah kepada PNSB.

Pada Julai 2010, MB Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengeluarkan arahan melarang pihak berkepentingan dalam kerajaan negeri daripada mengeluarkan sebarang surat sokongan terhadap mana-mana permohonan tender atau kerja.

Jelas terdapat kontradiks diantara arahan tersebut dengan situasi terkini yang membabitkan Faekah.

Timbul persoalan yang agak mengasak minda kita, adakah dalam kes Faekah ini polisi dan arahan tersebut terkecuali?

Apakah Khalid Ibrahim sengaja memejamkan mata membenarkan penyalahgunaan kepala surat pejabatnya semata-mata untuk membantu sanak saudara dan ahli keluarga Setiausaha Politiknya?

Apapun, amat wajar untuk pihak berkuasa khususnya SPRM memberi perhatian serius dalam isu ini dan melakukan siasatan rapi terhadap Faekah dan ahli keluarganya demi kepentingan umum.

Soal besar atau kecil nilai sesuatu kontrak yang diperolehi bukan persoalan kerana sebarang unsur salah guna kuasa apatah lagi untuk kepentingan kroni dan ahli keluarga sendiri tidak boleh dipandang sepi.

bumiyang

Posted: 23 Jun 2012 03:13 AM PDT

bumiyang


Penyertaan 3 Diplomat ke Bersih 3.0 - Boleh Disalah Tafsir???

Posted: 22 Jun 2012 10:00 PM PDT

Akhirnya Kini Nik Aziz Bangga Kerana Berbangsa Melayu???

Posted: 22 Jun 2012 05:30 PM PDT

Datuk Saifuddin Memang Bapak Propaganda!!!

Posted: 22 Jun 2012 04:44 AM PDT

PANEH MIANG

Posted: 23 Jun 2012 01:32 AM PDT

PANEH MIANG


Suku mu...bukan suku ku!

Posted: 22 Jun 2012 11:34 PM PDT

Bulat anak buah menjadikan Buapak
Bulat Buapak menjadikan Lembaga
Bulat Lembaga menjadikan Penghulu
Bulat Penghulu menjadi Raja.

Raja beralam
Penghulu berluak
Lembaga berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersuku-suku
Berapa sukunya?
Dua Belas!

Suku Biduanda (dondo)
Batu Hampar (Tompar)
Paya Kumbuh (Payo Kumboh)
Mungkal
Tiga Nenek
Seri Melenggang (Somolenggang)
Seri Lemak (Solomak)
Batu Belang
Tanah Datar
Anak Acheh
Anak Melaka
Tiga Batu

Biar mati anak jangan mati adat
Tak lekang dek panas
Tak lapok dek hujan
Dianjak layu dicabut mati.

5 prinsip utama Adat Pepatih yang perlu diketahui

1. Keturunan dituruti melalui nasab ibunya. Maka generasi yang lahir akan mengikut suku ibu masing-masing, yakni pembawaan suku ibunya.

2. Kediaman adalah dikawasan ibu isterinya. Apabila seorang lelaki menikahi seorang perempuan, maka ia akan tinggal di kawasan ibu isterinya dan lelaki itu dikenali sebagai 'semenda'. Biasanya, si lelaki ini akan mengusahakan tanah si isteri untuk keperluan hidup keluarganya.

3. Perempuan mewarisi pusaka dan saka disandang lelaki yang membawa maksud, orang perempuan akan mewarisi segala harta pusaka, contohnya tanah adat. Harta pusaka dan beberapa harta yang telah dipersetujui akan diwariskan kepada kaum perempuan, manakala  kaum lelaki akan menyandang saka iaitu menyandang jawatan-jawatan tertentu dalam adat.

4. Sesuatu perkahwinan harus berbeza Perut atau Suku kerana perkahwinan sesama Perut atau Suku adalah dilarang. Jika masih diteruskan perkahwinan sesama Perut atau Suku, maka hak untuk mewarisi pusaka daripada ibu akan hilang bagi perempuan, dan kaum lelaki pula akan hilang hak dalam menyandang jawatan adat.

5. Orang luar daripada Adat Pepatih boleh menjadi ahli dalam sesuatu suku. Kebiasaannya, waris yang mewarisi boleh memberi kebenaran kepada orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan syarat, perlu melalui satu upacara yang dinamakan berkedim. Kaedahnya ialah, seseorang itu perlu bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

Taipingmali (tm)

Posted: 23 Jun 2012 01:21 AM PDT

Taipingmali (tm)


Suara haprak keadilan menipu lagi

Posted: 22 Jun 2012 09:04 PM PDT

Muka depan akhbar Suara Keadilan memaparkan tajuk Bakal Menantu Najib Penipu. Tajuk ini bukan sahaja memperlihatkan yang akhbar tersebut membuat keputusan mendahului sistem perundangan, malah memfitnah secara terang-terangan.

Dalam mengulas berita tersebut, Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin pula dengan tidak semena-mena mencabar Datuk Seri Najib untuk menyaman malu akhbar New York Post yang mula-mula menyiarkan berita mengenai Daniyar Nazarbayev. Begitu juga dengan Ketua Serikandi Keadilan, iaitu Siti Aishah Shaik Ismail menyuruh keluarga Datuk Seri Najib menjawab isu ini.

Mendesak Datuk Seri Najib atau keluarga untuk menjawab isu dan menyaman malu akhbar yang menyiarkan berita tersebut amatlah tidak masuk akal. Jika ada pihak yang perlu mengambil tindakan sedemikian ia pastilah keluarga Nazarbayev sendiri.

Datuk Seri Najib dengan mereka tiada pertalian darah pun, dan hubungan mereka adalah sekadar ikatan pertunangan antara anak masing-masing sahaja.

Kita tahu bahawa parti Pakatan Rakyat amat terdesak untuk mencari isu bagi menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.

Tetapi, ketahuilah oleh mereka bahawa kisah mengenai bakal menantu Perdana Menteri bukan satu isu kerana ia tiada kena mengena dengan rakyat dan negara. Begitu juga, apabila kisah tersebut tidak benar kerana pihak yang terlibat iaitu ibu kepada Daniyar, Maira, telah pun membuat penafian.

Menurut Maira, beliau masih punya ikatan perkahwinan dengan Bolat Nazarbayev dan tidak pernah dikehendaki oleh Interpol.

Malah, pada ketika beliau ditanya, mereka sekeluarga sedang merancang percutian musim panas ke Eropah.

Jelas, Maira dan anaknya bebas bergerak ke mana-mana malah beliau juga boleh dihubungi untuk mendapatkan kenyataan. Jika benar beliau adalah orang yang dikehendaki oleh Interpol, tidak mungkin Interpol tidak dapat menangkapnya sedangkan wartawan juga mampu menghubunginya?

Suara Keadilan harus belajar mengenalpasti yang mana satu isu politik dan yang mana tidak. Jika tidak tahu mengenalpasti isu, janganlah menggunakan nama dan lambang parti untuk menerbitkan akhbar. Lebih elok jika akhbar ini digelar akhbar tabloid yang menyiarkan gossip dan tahyul untuk hiburan pembaca.

Lebih dari itu, parti PKR sendiri harus belajar untuk mengenalpasti mana isu yang penting dan mana yang tidak untuk dijuarai mereka. Dengan menyerang keluarga, atau lebih tepat, bakal keluarga, menunjukkan yang PKR sudah hilang pertimbangan. Seolah-olah dendam parti ini kepada BN adalah dendam peribadi dan bukannya antara lawan politik.

Jika isu ini dibawa oleh PKR ke pentas kempen pilihanraya, ia sekali gus menunjukkan yang benarlah Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang hebat dan BN adalah parti yang tepat untuk rakyat sehinggakan PKR tidak mampu mencari isu lain untuk menyerang. Kerana itulah PKR terpaksa memainkan isu bakal keluarga yang tidak ada kena mengena dengan rakyat dan negara.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MyMassa: Jom Tengok Siapa Kroni Anwar Ibrahim (Semasa Mente...

Posted: 22 Jun 2012 07:55 PM PDT

MyMassa: Jom Tengok Siapa Kroni Anwar Ibrahim (Semasa Mente...: Daripada bahagian pertama ( http://mymassa.blogspot.com/2012/06/wikileaks-senarai-kroni-dan-projek.html ). Oleh kerana keceluparan mulut A...

Keputusan terakhir Euro 2012

Posted: 22 Jun 2012 05:09 PM PDT

Portugal telah menewaskan Republik Czech 1-0.

Jaringan gol oleh C.Ronaldo pada minit ke 79 membolehkan Portugal mara ke separuh akhir.

Jerman ke separuh akhir selepas menewaskan Greece 4-2 hasil jaringan Philipp Lahm, Sami Khedira, Miroslav Klose dan Marco Reus.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Azhar Idrus sesatkan PAS?

Posted: 22 Jun 2012 12:55 PM PDT

Published on Jun 4, 2012 by mokhzani65
Tahaluf Siyasi - PAS bersungguh sungguh menyakinkan penyokong sendiri,tetapi sebaliknya perancangan peringkat tertinggi kepimpinan PAS sebenarnya lari daripada matlamat yang sebenar.

PLUS: Kemudahan awam yang kurang sempurna

Posted: 22 Jun 2012 07:39 AM PDT

Pintu masuk tidak sempurna terlalu sempit

Sebelah ini ok pula

terpaksa letak diluar dan terdedah kepada bahaya
Gambar ini diambil bulan Mac lalu ketika hujan turun secara tiba-tiba pada sebelah petang. Lokasi area Sayong selepas Kuala Kangsar. Tak perlu cerita panjang, harap PLUS melihat masalah ini.

p/sAda orang komen, naik motor tak bayar tolll....hahahah,,,,cukai jalan mahal beb....berkali ganda dari cukai kereta

Cis ! Pas Kedah dayus.

Posted: 22 Jun 2012 07:19 AM PDT

Ini tanah kubur masyarakat cina dibangunkan di atas tanah resab melayu. Isu ini sudah lama dibangkitkan oleh MP Gobala tetapi kerajaan Pas Kedah buat pekak.

Hari ini rusuhan penduduk melayu telah membantah tetapi semuanya tak jalan, malah mereka dibawa ke balai polis kerana menyebabkan kekacauan .

Mana pergi pahlawan-pahlawan Pas yang nak berjihad dan menegakkan negara Islam? Hiak Tuih!.

http://kedahan69ers.com/?p=2238#more-2238

Kayveas merepak pulak dah bila dekat PRU

Posted: 22 Jun 2012 05:08 AM PDT

Presiden PPP merepek lagi nampak nya. Dia nak Umno, Mca dan Mic di bubarkan dan hanya wujud satu parti sahaja, iaitu parti BN.

Cadangan itu baik tetapi tak sesuai dengan keadaan negera hari ini, Dulu ada Umno pun akhirnya berpecah menjadi Parti Negara, Pas, Semangat 46 dan terakhir ialah Pkr.

Dalam Mca pun sama, berlaku perpecahan dan tubuh parti Gerakan. Mic pun sama akhirnya wujud IPF , PPP dan MUIP.

Keadaan hari ini dah elok, 14 komponen berada dibawah satu kepimpinan iaitu yang ditunjanggi oleh Umno, Mca dan Mic yang mula-mula berusaha bersama-sama untuk mendapatkan kemerdekaan. Pada masa tu, PPP dok di mana?

RAPERA ..

Posted: 23 Jun 2012 01:10 AM PDT

RAPERA ..


You are only FREE to the extent of information MADE AVAILABLE to you !!!

Posted: 22 Jun 2012 05:14 AM PDT

Sahabat-Gunung

Posted: 23 Jun 2012 01:05 AM PDT

Sahabat-Gunung


Suara Keadilan Menipu Lagi

Posted: 22 Jun 2012 09:17 PM PDT

Muka depan akhbar Suara Keadilan memaparkan tajuk Bakal Menantu Najib Penipu. Tajuk ini bukan sahaja memperlihatkan yang akhbar tersebut membuat keputusan mendahului sistem perundangan, malah memfitnah secara terang-terangan.

Dalam mengulas berita tersebut, Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin pula dengan tidak semena-mena mencabar Datuk Seri Najib untuk menyaman malu akhbar New York Post yang mula-mula menyiarkan berita mengenai Daniyar Nazarbayev. Begitu juga dengan Ketua Serikandi Keadilan, iaitu Siti Aishah Shaik Ismail menyuruh keluarga Datuk Seri Najib menjawab isu ini.

Mendesak Datuk Seri Najib atau keluarga untuk menjawab isu dan menyaman malu akhbar yang menyiarkan berita tersebut amatlah tidak masuk akal. Jika ada pihak yang perlu mengambil tindakan sedemikian ia pastilah keluarga Nazarbayev sendiri. Datuk Seri Najib dengan mereka tiada pertalian darah pun, dan hubungan mereka adalah sekadar ikatan pertunangan antara anak masing-masing sahaja.

Kita tahu bahawa parti Pakatan Rakyat amat terdesak untuk mencari isu bagi menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.

Tetapi, ketahuilah oleh mereka bahawa kisah mengenai bakal menantu Perdana Menteri bukan satu isu kerana ia tiada kena mengena dengan rakyat dan negara. Begitu juga, apabila kisah tersebut tidak benar kerana pihak yang terlibat iaitu ibu kepada Daniyar, Maira, telah pun membuat penafian.

Menurut Maira, beliau masih punya ikatan perkahwinan dengan Bolat Nazarbayev dan tidak pernah dikehendaki oleh Interpol. Malah, pada ketika beliau ditanya, mereka sekeluarga sedang merancang percutian musim panas ke Eropah.

Jelas, Maira dan anaknya bebas bergerak ke mana-mana malah beliau juga boleh dihubungi untuk mendapatkan kenyataan. Jika benar beliau adalah orang yang dikehendaki oleh Interpol, tidak mungkin Interpol tidak dapat menangkapnya sedangkan wartawan juga mampu menghubunginya?

Suara Keadilan harus belajar mengenalpasti yang mana satu isu politik dan yang mana tidak. Jika tidak tahu mengenalpasti isu, janganlah menggunakan nama dan lambang parti untuk menerbitkan akhbar. Lebih elok jika akhbar ini digelar akhbar tabloid yang menyiarkan gossip dan tahyul untuk hiburan pembaca.

Lebih dari itu, parti PKR sendiri harus belajar untuk mengenalpasti mana isu yang penting dan mana yang tidak untuk dijuarai mereka. Dengan menyerang keluarga, atau lebih tepat, bakal keluarga, menunjukkan yang PKR sudah hilang pertimbangan. Seolah-olah dendam parti ini kepada BN adalah dendam peribadi dan bukannya antara lawan politik.

Jika isu ini dibawa oleh PKR ke pentas kempen pilihanraya, ia sekali gus menunjukkan yang benarlah Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang hebat dan BN adalah parti yang tepat untuk rakyat sehinggakan PKR tidak mampu mencari isu lain untuk menyerang. Kerana itulah PKR terpaksa memainkan isu bakal keluarga yang tidak ada kena mengena dengan rakyat dan negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Santai Durian Bersama Ahli Parlimen

Posted: 22 Jun 2012 07:30 PM PDT


Program:
Santai Makan Durian Parit

Tempat:
Kawasan lapang belakang dewan, (port Ahli Parlimen rehat)

Tarikh:
19 Jun 2012

Masa:
1.30 pm

Ribuan terima kasih:
YB Nizar Zakaria
Ahli Parlimen Parit, Perak


















KP1M Bantu bawa Zarina Pulang Ke Tanahair

Posted: 22 Jun 2012 08:43 AM PDT


"Anak-anak saya mana mak... jom balik kampung," itu perkataan yang keluar dari mulut Zarina Othman, 47, sebaik ditemukan dengan ibunya, Maimunah Shabudin, 73, di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini, semalam.

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah Zarina dan dia berpelukan melepaskan rindu terhadap ibunya memandangkan sudah dua tahun mereka tidak bertemu.

Sepanjang pertemuan itu, Zarina kelihatan tersenyum gembira serta sempat bermesra, bergurau senda dan bertanyakan khabar kepada ibunya.

Kepulangan Zarina ke tanah air diiringi kakaknya, Zaiton Othman, 50, adalah hasil usaha Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) selepas kisahnya dirawat di Rumah Sakit Banda Aceh, Indonesia dilaporkan di dalam akhbar.

Zaiton berkata, keluarganya akan terus memantau dan memberikan penjagaan rapi kepada Zarina berikutan kesihatan mental anak ketiga dari lapan beradik itu belum stabil.

"Kami akan meneruskan usaha termasuk mendapatkan rawatan psikiatri seperti yang disyorkan pakar di Rumah Sakit Jiwa Banda Aceh, Indonesia dan berkemungkinan dibuat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL)

"Buat masa sekarang Zarina tidak boleh memberikan sebarang kenyataan kepada mana-mana pihak memandangkan kesihatannya belum stabil," katanya ketika ditemui sebaik tiba di LCCT.

Hadir sama, Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Kisah Zarina mendapat perhatian KP1M selepas dia dilaporkan berada di dalam pengawasan rumah sakit di Banda Aceh berikutan ditahan pihak berkuasa negara berkenaan.

Zarina dilaporkan memasuki Indonesia 25 Mac lalu melalui Dumai dari Jeti Bandar Melaka sebelum ditahan di Banda Aceh tiga hari kemudian kerana berkelakuan pelik serta mencurigakan sehingga dibawa ke rumah sakit jiwa berkenaan.

Zaiton berkata, adiknya mendapat layanan yang baik sepanjang menghuni rumah sakit jiwa itu dan dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya membawa pulang Zarina ke tanah air.

"Adik saya kelihatan sihat dan gembira sepanjang berada di sana. Walaupun dia bukan rakyat negara itu, adik saya masih mendapat layanan yang baik.

"Mereka khuatir sekiranya adik saya lari kerana sudah tentu tidak dapat mengesannya memandangkan tidak mempunyai alamat dan maklumat lanjut mengenai Zarina," katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata, pihaknya mengambil masa tiga minggu untuk menguruskan kepulangan Zarina serta menemukannya bersama keluarga.

"Kita terpanggil untuk membantu keluarga Zarina selepas terbaca pada laporan akhbar mengenai wanita itu dalam pengawasan rumah sakit di Banda Aceh berikutan ditahan pihak berkuasa negara itu.

"Justeru, kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Indonesia atas bantuan dan keprihatinan menjaga kebajikan Zarina sepanjang berada di sana," katanya.

Pemuda UMNO Tubuh Sekretariat Khas Bantu Golongan OKU

Posted: 22 Jun 2012 08:24 AM PDT


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) digesa bertindak lebih proaktif dan relevan bagi memastikan nasib golongan orang kurang upaya (OKU) di negara ini lebih terjamin.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh, berkata pelbagai pendekatan sudah dilaksanakan kerajaan bagi membantu golongan itu khususnya orang buta untuk mendapatkan pendidikan sewajarnya, sekali gus menjalani hidup berdikari.

"Ini termasuk mewujudkan dasar pendidikan khas kepada mereka menerusi Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) dan pusat latihan vokasional.

"Namun kita kesal dengan SPA kerana apabila golongan ini (orang buta) membuat permohonan, mereka tidak menerima jawapan positif daripada agensi berkenaan," katanya pada sidang media selepas mengumumkan penubuhan Sekretariat Istimewa di Pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno di Solaris Dutamas di sini, hari ini.

Menurut Muhd Khairun, kegagalan SPA berbuat demikian menyumbang kepada masalah mendapatkan pekerjaan bagi orang buta hingga menyebabkan golongan itu terpaksa menjalani hidup merempat dan meminta-minta.

"Kerajaan sebelum ini pernah mengumumkan pelaksanaan dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU, namun sasaran kecil itu juga masih gagal dicapai hingga kini.

"Begitu juga dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 menetapkan mandatori bagi setiap pembangunan dilaksanakan adalah mesra OKU, namun kita kecewa kerana mereka seolah-olah mengambil tanggungjawab secara selektif.

"Kita boleh lihat wujud pelaksanaan dasar terpilih apabila hanya kawasan tertentu seperti Brickfields yang dilengkapi longkang bertutup sedangkan banyak tempat lain tidak ada, sekali gus mendedahkan golongan ini kepada kemalangan," katanya.

Atas sebab itu, Muhd Khairun berkata, beliau menggesa KPKT melaksanakan polisi akta secara menyeluruh dan holistik bagi menjamin keselamatan dan keselesaan OKU.

"Perkara ini penting kerana orang buta tidak mempunyai insuran perlindungan. Apapun, kita harap Sekretariat Istimewa ini nanti boleh menjadi pusat sehenti yang memperjuangkan hak golongan OKU penglihatan," katanya.

Sementara itu, Pengurus Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Silatul Rahim Dahman berkata, pihaknya mahu supaya kerajaan peka dalam proses pembikinan polisi, undang-undang serta penetapan agenda pembangunan negara bagi memastikan tidak wujud masalah keciciran bagi golongan minoriti, khususnya OKU penglihatan.

"Kami menghargai inisiatif kerajaan dalam mewujudkan bantuan pendidikan, kemahiran dan kemudahan untuk OKU, namun masih banyak perkara perlu diperhalusi.

Kerajaan Selangor Hanya Tahu Pasang Sepanduk, Tetapi Tidak Pandai Urus Negeri

Posted: 22 Jun 2012 08:05 AM PDT


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil menyifatkan Kerajaan Pakatan Pembangkang di Selangor hanyalah sebuah kerajaan sepanduk, ekoran  lebih suka menghabiskan masa memasang sepanduk berbaur politik bagi memperlihatkan imej bersih dan telus mereka untuk mempengaruhi fikiran rakyat,  daripada memikirkan bagaimana membangunkan ekonomi dan infrastruktur di Selangor demi manfaat rakyat di negeri itu.

Menurut beliau, kerajaan Selangor yang diterajui oleh PKR hari ini tidak menumpukan sepenuh  perhatian mereka untuk melaksanakan segala janji mereka kepada rakyat, sebaliknya lebih tertumpu kepada promosi politik untuk menggambarkan kononnya mereka adalah sebuah kerajaan yang telus dan prihatin terhadap rakyat.

"Bagi saya, PKR hari ini lebih sibuk berpolitik hingga menyebabkan pentadbiran negeri jadi tunggang langgang. Di sebabkan sibuk dengan politik, maka kepentingan rakyat mula dipinggirkan. Pembangunan ekonomi dan infrastrutur di Selangor bukan lagi menjadi keutamaan mereka.

"Jadi bagi saya, kerajaan Pakatan Pembangkang yang memerintah Selangor hari ini, sedang menuju kepada kehancuran," kata beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kapar hari ini.

Rakyat di Selangor menurut beliau, kini sudah mula merasa tertipu dan amat kecewa apabila Pakatan Pembangkang Selangor apabila segala janji-janji mereka di dalam manifesto PRU yang lepas tidak sampai 30 peratus saja yang mampu dilaksanakan.

Jelasnya lagi, ramai penduduk di Selangor juga mula merungut apabila kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor  mula menaikkan bayaran premium tanah serta cukai pintu, termasuk juga perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah pentadbiran mereka yang dilihat  semakin lemah.

"Inilah yang terjadi apabila kita melantik kerajaan yang hanya tahu berpolitik, tetapi tidak tahu mengurus tadbir negara. Malah lebih malang lagi, apabila senario politik dalaman mereka yang penuh dengan usaha jatuh menjatuh sesama sendiri, telah menyebabkan kerajaan Selangor yang ada hari ini hilang tumpuan terhadap isu-isu rakyat Selangor, terutama janji-janji manifesto yang sepatutnya mereka tunaikan.

"Kerja-kerja yang senang yang sepatutnya boleh diurus dalam masa enam bulan, akhirnya mengambil masa setahun untuk dilaksanakan. Ini merupakan natijah di atas ketidaksamaan dasar dan matlamat ketiga-tiga parti yang bergabung dalam Pakatan Pembangkang . Pakatan mereka ini begitu rapuh dan boleh runtuh pada bila-bila masa saja," ujarnya lagi.

Katanya lagi, situasi ini amat berbeza dengan pendekatan dan persefahaman di dalam BN yang diterajui oleh UMNO, yang sememangnya mempunyai pengalaman dan rekod yang cemerlang dalam mentadbir negeri dan negara.

"Kita di BN mempunyai satu ikatan dan matlamat yang sama di antara parti-parti komponen. Kita tidak tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain macam Pakatan Pembangkang.  BN adalah satu pakatan parti-parti politik yang mempunyai perjanjian kerjasama yang tersusun dan teratur.

"Dengan sistem perjanjian dan matlamat yang jelas dan tersusun di dalam BN,  membolehkan para pemimpin BN menumpukan terhadap pembangunan dan kemajuan negara, berbanding dengan Pakatan Pembangkang yang hari jelas nampak lebih banyak membuang masa untuk menyelesaikan masalah dalaman di dalam parti masing-masing, berbanding menyelesaikan masalah rakyat di Selangor," tegas beliau.


GPRS

The Unspinners

Posted: 22 Jun 2012 11:47 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 22 Jun 2012 11:35 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PERDANA MENTERI ARAH POLIS SIASAT DIPLOMAT SINGAPURA

Posted: 22 Jun 2012 11:00 PM PDT


POLIS MALAYSIA AKAN SIASAT

Tiga diplomat akan disiasat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara tersebut kini dalam pertimbangan Kementerian Luar dan sebaik sahaja fakta sebenar mengenai penglibatan mereka diperoleh tindakan susulan akan diputuskan.

"Kita mahu pastikan kesahihan laporan sama ada mereka hadir sebagai pemerhati atau terlibat dalam demonstrasi terlebih dahulu, kemudian baru kita putuskan tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pendirian kerajaan dan bila bantahan rasmi berhubung penglibatan tiga diplomat Singapura yang dilihat mencabul kedaulatan negara akan dibuat.

Hari ini Kedutaan Singapura dalam kenyataannya mendakwa kehadiran ketiga-tiga diplomat tersebut dalam demonstrasi Bersih 3.0 adalah berdasarkan kapasiti peribadi dan bukan arahan kerajaan Singapura.


PESURUHJAYA SINGAPURA DIPANGGIL KE WISMA PUTRAPesuruhjaya Tinggi Singapura dipanggil ke Wisma Putra berhubung Bersih 3.0

Posted: 22 Jun 2012 08:59 PM PDT


Menara Masjid Sultan Di Singapura

Pesuruhjaya Tinggi Singapura dipanggil ke Wisma Putra berhubung Bersih 3.0

KUALA LUMPUR 22 Jun - Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ong Keng Yong dipanggil ke Wisma Putra hari ini berhubung penglibatan tiga diplomat dari Suruhanjaya Tinggi itu dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau telah memanggil Ong ke pejabatnya petang ini untuk menyampaikan rasa tidak senang kerajaan Malaysia berhubung penyertaan ketiga-tiga diplomat itu dalam perhimpunan itu.

Beliau berkata kementerian telah menerima laporan-laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang menjelaskan tentang penglibatan ketiga-tiga diplomat Singapura berkenaan.

"Sebagai Menteri Luar Negeri, saya amat memandang serius perkara ini," katanya.
Dalam pertemuannya dengan Ong itu, Anifah berkata beliau menjelaskan pendirian kerajaan Malaysia mengenai penyertaan secara langsung oleh diplomat dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 sebagai satu langkah yang sama sekali tidak wajar.

"Langkah yang tidak wajar ini sememangnya telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam hubungan antara Malaysia dan Singapura walaupun pada hakikatnya hubungan antara dua negara jiran ini dan rakan baik ASEAN kini kian berkembang," katanya.

Dalam pertemuannya dengan Ketua-Ketua Perwakilan ASEAN di ibu negara pada 11 Jun lepas, beliau membangkitkan isu penglibatan diplomat asing dalam perhimpunan Bersih 3.0 dimana penglibatan sedemikian dilihat sebagai aktiviti di luar batasan yang boleh memberi persepsi negatif kepada hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dengan negara-negara mereka.

Anifah berkata beliau turut menegaskan kepada Ong bahawa Kementerian Luar tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan diplomatik yang lebih tegas terhadap diplomat yang didapati telah melanggar batasan norma-norma diplomasi yang terpakai mengikut Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 dan undang-undang negara.
Anifah berkata beliau juga telah berhubung dengan rakan sejawatannya K.Shanmugan bagi memaklumkan mengenai pertemuan dengan Ong itu.

"Semasa perbualan telefon yang positif tersebut, Menteri Luar Negeri Singapura dan saya bersetuju untuk terus menggerakkan usaha-usaha konstruktif bagi mempererat lagi hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura," katanya - BERNAMA

SINDIRAN DIPLOMATIK MALAYSIA YANG TIDAK MEREKA FAHAMI

Posted: 22 Jun 2012 07:30 PM PDT

Laporan The Star Online Semalam Menunjukkan Bahasa Diplomatik PM
& Bahasa Diplomatik Menlu Malaysia Di Bawah 

Beliau menjelaskan mengenai ketiga-tiga pegawainya iaitu timbalan beliau, Ariel Tan dan setiausaha pertama (politik), Regina Low dan Philomena Aw hadir atas kapasiti peribadi dan bukan atas sebarang tugasan rasmi.
Beliau berkata, tarikh 28 April itu merupakan hari Sabtu, maka pegawai terbabit menggunakan hujung minggu mereka untuk ke perhimpunan.
Beliau menafikan kesemuanya memakai baju kemeja-T Bersih warna kuning.
"Ramai diplomat dari negara-negara lain turut hadir ke perhimpunan itu tetapi kenapa hanya membangkitkan tentang pegawai-pegawai kami sahaja? Saya berasa sangsi terhadap motif itu.
"Kami berbesar hati mengadakan hubungan rapat dengan Malaysia dan saya berasa kesal dengan dakwaan sedemikian," katanya kepada The Star.
Ong mengulas mengenai laporan di beberapa blog mendakwa tiga wanita didakwa terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 "secara aktif".
Beberapa blog dengan jelas menyatakan bahawa ia jelas menyalahi etika Konvensyen Vienna.
Sebuah blog menuduh Low memakai baju kemeja-T Bersih warna kuning pada hari berkenaan.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pada majlis makan tengah hari dengan ketua-ketua misi Asean pada 11 Jun lalu memberitahu mereka bahawa beliau menerima laporan mengenai penglibatan dan penyertaan beberapa diplomat asing dalam demonstrasi jalanan itu, yang merujuk pada perhimpunan Bersih.
Beliau melahirkan kebimbangan bahawa diplomat-diplomat berkenaan mungkin terlibat atau cedera dalam insiden yang tidak diingini itu.
Ong, yang merupakan bekas setiausaha agung Asean berkata, beliau menerima komen dan nasihat baik Anifah.
"Sebagai Menteri Luar, beliau telah memberikan pandangan beliau. Ia tidak ditujukan kepada duta-dua Asean sahaja kerana beliau juga bertemu dengan kumpulan duta yang lain," tambahnya.
Ong berkata, kerajaan negaranya menolak permintaan untuk mengadakan perhimpunan Bersih di Republik itu.
Beliau juga menolak dakwaan bahawa terdapat sekumpulan rakyat Singapura yang campur tangan dalam arena politik Malaysia menerusi laman rangkaian sosial, sambil menambah bahawa mereka yang terlibat itu sebenarnya adalah rakyat Malaysia yang bekerja dan tinggal di Singapura.

Poster pagi: Jom berdoa depan BERHALA!

Posted: 22 Jun 2012 05:04 PM PDT



* Bukan kami yang ajar, PAS yang ajar. http://badutrakyat.blogspot.com/2012/03/hot-news-ydp-pas-kuala-lumpur-berdoa.html Sebar-sebarkan untuk dakwah bersama.

Info @ MyMassa : RM37.58 Billion Dalam Masa Setahun.

Posted: 22 Jun 2012 07:00 AM PDT

Dalam Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan, sebanyak RM37.58 Billion dibelanjakan untuk program ini yang mana subsidi kepada bahan api petroleum dan subsidi rawatan hospital Kerajaan merupakan jumlah tertinggi iaitu RM18.99 billion dan RM13 billion.
Klik untuk besarkan imej
*Kongsi-kongsikan.

Dokumen Yang Cuba Disorokkan Oleh Pemimpin PAS

Posted: 22 Jun 2012 05:00 AM PDT

 Apa jadi dokumen negara Islam?
DR MASHITAH IBRAHIM
22 Jun 2012
Tahun ini genap satu dekad Dokumen Negara Islam. Ketika dilancarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada November 2003, ia dicanangkan sebagai "usaha serius menangani kegagalan akal manusia" berhubung pelbagai masalah dalam negara. Dokumen ini kononnya merangkumi semua aspek negara Islam berasaskan al-Quran dan Sunnah, yang disediakan tenaga pakar Pas.

Dokumen ini diterbitkan sebagai reaksi kepada cabaran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kritikan seorang wakil Pemuda Pas terhadap kepimpinan parti di muktamar ke-49. Selama puluhan tahun Pas menuduh kerajaan sebagai sekular, Perlembagaan Persekutuan sebagai jahiliah, mahkamah sebagai toghut dan Umno sebagai "kafir berikat" kerana hubungannya dengan parti MCA dan MIC dalam Perikatan-Barisan Nasional.

Cerdik pandai Pas mengambil masa dua tahun setengah menyediakan dokumen 53 muka surat ini, atau purata sebulan untuk menyiapkan 1.8 muka surat.

Sepuluh muka surat pertama dihiasi tiga ayat al-Quran mengenai kerajaan, bersifat umum dan boleh diguna pakai sesiapa.

Empat muka surat selanjutnya ialah kata-kata aluan Abdul Hadi.

Mukadimah pula lima muka surat menjelaskan ideologi Pas. Isi sebenar cuma 32 muka surat, terbahagi kepada empat bahagian: tasawur (gambaran) negara Islam, dasar utama pemerintahan, ciri-ciri utama dan beberapa polisi umum negara Islam.

Dari segi ilmu, perbincangan dalam dokumen ini sangat tohor, tidak ilmiah dan terlalu umum untuk dijadikan panduan.

Penghasilannya bagai melepaskan batuk di tangga. Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas berpendapat isi buku ini bagaikan khutbah biasa selain penjelasan yang banyak berselindung, banyak kesalahan bahasa dan lebih cenderung menimbulkan kekeliruan daripada penerangan.

Sebaik sahaja diterbitkan, dokumen ini menerima pelbagai kritikan. Paling lantang ialah pucuk pemimpin DAP. Karpal Singh kata, "langkah mayat dia dulu" jika Pas mahu wujudkan negara Islam. Lim Kit Siang berkata, dokumen ini tidak boleh diterima langsung kerana bercanggah dengan Perlembagaan dan manifesto bersama Barisan Alternatif 1999. Ia juga bercanggah dengan prinsip demokrasi, hak asasi, pluralisme, hak wanita dan modenisme.

Kit Siang tuduh Pas tidak boleh dipercayai kerana bersikap 'lidah bercabang". Jaminan Pas tidak meneruskan perjuangannya membentuk negara Islam diisytiharkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Persidangan Gereja-Gereja Malaysia di Petaling Jaya pada Mei 2000 dan Naib Presiden ketika itu Datuk Mustafa Ali dalam wawancara BBC pada September 2003. Kit Siang menarik perhatian mengenai perbezaan kandungan dokumen ini dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris – satu cubaan Pas untuk memberi mesej berbeza kepada pengundi Melayu-Islam dan pengundi bukan Melayu-bukan Islam.

Pemimpin veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, partinya tidak akan menyokong hasrat Pas menubuhkan negara Islam kerana ia hanya senjata Pas berebut agenda agama dengan Umno. Dokumen Negara Islam bersifat superfisial, kurang substance dan Malaysia tidak boleh dikuasai pemerintahan ala Ayatollah Khomeini, tegasnya.

Pemimpin sekutu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan Dr Syed Husin Ali jelas tidak selesa dengan pendirian Pas.

Mereka mengeluarkan kenyataan akhbar menghormati hak Pas tetapi menegaskan bahawa "sebarang perubahan sistem perundangan dan pengenalan undang-undang hudud perlu mendapatkan sokongan majoriti rakyat."

Tahun ini sepatutnya Pas meraikan sambutan tahun ke-10 dokumen ini diterbitkan kerana ia hasil cerdik pandai Pas mengenai matlamat perjuangannya.

Namun, semua orang tahu Pas hari ini sudah banyak berubah dari segi prinsip, cara dan asas perjuangan politiknya.

Yang penting bukan lagi negara Islam tetapi kuasa semata-mata. Buku kecil ini pun tidak boleh didapati lagi, baik di pasaran mahupun pejabat Pas. Saya percaya pemimpin Pas sendiri lebih senang jika isu dokumen ini dikuburkan saja. Ia sudah diganti dengan buku lain iaitu perihal negara berkebajikan yang sudah pun saya ulas dalam ruangan ini. Sama-samalah kita tengok apa jadi buku negara berkebajikan ini, adakah nasibnya seburuk Dokumen Negara Islam?

http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/dr-mashitah-ibrahim/apa-jadi-dokumen-negara-islam-1.59024


*Presiden PAS sendiri dah kibar bendera putih. Tukar Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.


GEMPAR! Perisik yang dilatih MOSSAD diSAHkan terlibat dalam rusuhan #Bersih 3.0!

Posted: 22 Jun 2012 02:28 AM PDT



Sebentar tadi Mstar menyiarkan pengakuan rasmi Kedutaan Singapura yang para pegawai kanan mereka memang telah terlibat ketika kekacauan Bersih tempohari. Tetapi, seperti yang dijangka, mereka menafikan wujud sebarang arahan rasmi berhubung perkara ini dan kesemua pegawai yang terlibat hadir di atas kehendak sendiri.

Jawapan standard untuk melepaskan diri. Namun satu perkara yang pasti, pihak Kedutaan sendiri mengiyakan apa yang kami dedahkan sebelum ini. Inilah bukti kami tidak sesuka hati menabur fitnah macam syaitan fuckatan ya!

Ok, mereka kata tiga pegawai kanan tersebut sertai demo Bersih atas kapasiti peribadi. Agak-agak anda, siapa yang suka ambil risiko berdemo atas jalanraya atas kehendak sendiri? Melainkan anda benar-benar berminat atau taksub dengan ideologi yang diperjuangkan, adakah anda berani berbuat perkara seperti ini di negara orang?!!

Siapa yang berani ikut demo baju merah di Thailand dan ambil risiko bertempur dengan pihak Polis ketika anda masih lagi mencari rezeki di sana?!! Lagi-lagi pula bekerja dengan membawa nama negara. Cuba angkat tangan kami hendak kira.

Atau jika anda tidak mempunyai apa-apa minat pun, adakah anda akan duduk dalam demonstrasi yang berisiko tinggi?!! Lagi pula anda seorang diplomat asing.

Atau anda sedang memantau sesuatu sebenarnya?!! Projek khas barangkali?!!

Kami mendapat maklumat dalaman daripada seberang Tambak (masih ramai yang sayangkan Malaysia sebenarnya), TIGA pegawai diplomat asing yang didedahkan AIDCNews terlibat dalam rusuhan Bersih tempohari mempunyai profail sulit seperti berikut:


1. Regina LOW Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First Secretary (Political) -  Pegawai SID
2. Philomena AW Li Fen (philomena_aw@mfa.gov.sg), First Secretary (Political). - Pegawai SID
3. Ariel Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor. - Penjawat Awam biasa, tetapi paling kanan selepas Pesuruhjaya Tinggi
Mengikut sumber maklumat tersebut, memang sudah menjadi satu kelaziman, jawatan Setiausaha Pertama (Politik) atau First Secretary (Political) dijawat oleh para pegawai SID atau nama panjangnya Security And Intelligence Division.
The Security and Intelligence Division (Abbreviation: SID) is an external intelligence agency of the Ministry of Defence of Singapore responsible for gathering and analysing intelligence related to the external security of Singapore. It is highly secretive as most of its personnel are known only to the high-ranking government and military officials.[1]
A highly secretive organisation unlike America's Central Intelligence Agency, information regarding its work is only released occasionally to the local media. For example, reporter Yap Chuin Wei interviewed an ex-official who stated that SID's role's were: Collection of Information, Analysis of Information, and Informal Diplomacy. SID was featured in Mr. Lee Kuan Yew's book, From Third World to First, where they played a part in providing weapons to anti-communist forces in Cambodia in the 1970s. It also played a role in the rebuilding of relations with Indonesia. SID officers hardly get public awards due to the nature of their work. Instead they are awarded a set of secret awards equivalent to National Day awards.[7] 
Wah, lebih rahsia daripada CIA! Kenapa agaknya para perisik Singapura ini turun ketika Bersih tempohari ya?!! Takkanlah semata-mata mahu mengumpul maklumat kot?!!
Perundingan menjual maruah negara oleh SU Agung PKR bersama pegawai Kedutaan Singapura
Malah, menurut maklumat yang kami terima juga, para pegawai SID ini telah dilatih dengan baik oleh Mossad (agensi perisikan Israel) yang mempunyai ibu pejabat mereka di Orchard Road, Singapura. Wah, perisik luar yang dilatih Zionis turut serta dalam rusuhan anjuran fuckatan. Menarik tu! 
Jadi, sekarang ini, ada tidak mana-mana pegawai Kedutaan Singapura hendak tolong jawab soalan ini pula?!! Kenapa hantar perisik sertai Bersih?!! Hendak tengok keberkesanan projek yang mereka tolong biaya ke?!!
Dan kenapa para perisik dan pegawai Kedutaan mereka tampak lebih 'mesra' dengan program dan kepimpinan fuckatan ya?!! Ada apa-apa rahsia ke?!!
* Kecoh pejabat Kedutaan Singapura selepas Jumaat tadi kerana khuatirkan reaksi balas daripada rakyat yang sayangkan negara. Sampaikan terpaksa panggil komando khas pantau situasi...

Negara Berkebajikan PAS: Realiti, Angau dan Tipu lagi

Posted: 22 Jun 2012 12:00 AM PDT


Dah nak dekat PRU 13 ni makin galak le puak-puak PAS melalak pasal nak buat Negara Berkebajikan. Walaupun pada hakikatnya semua kebajikan yang mereka angaukan telah pun dibuat oleh kerajaan BN selama 55 tahun ni. PAS jer yang tak mau akui. Al maklumlah dalam mazhab PAS bercakap benar dan menerima sesuatu kebenaran merupakan dosa-dosa besar yang tidak diampunkan, susah nak dapat jaminan surga kalau wali agung Nik Ajis tak restu.

Bagi puak PAS, Nik Ajiz dan Haji Hadi, berkebajikan bermakna mereka boleh berkongsi semua perkara hatta bab akidah sekalipun demi menjaga hak asasi puak kafir harbi DAP.

PAS akan buat apa jua yang boleh diistilahkan sebagai kebajikan kononnya duit rezab Petronas terlalu banyak dan boleh dicairkan bagi menanggung semua subsidi. Bab salah laku seks dan akidah boleh diketepikan kerana hak mutlak surga di tangan mereka.

Satu Malaya kena kelentong yang Malaysia hampir muflis, kononnya rezab negara semakin menipis semua salah kerajaan memerintah. Kalau Pakatan Rakyat ambil alih semuanya akan selesai dalam 100 hari. Semua rakyat diberi gula-gula subsidi dan semua akan jadi free. Habis bolos duit Petronas. Pekerja Petronas pakat habis jadi kuli batak siang malam cari duit demi memenuhi impian fuckatan.

Lepas 100 hari habis duit, mana kerajaan fuckatan nak cekau duit mengendalikan negara…bab ini PAS kata tengok dulu keadaan. Maknanya mereka sendiri tak yakin. Di kepala otak si Anwar dan PKR pulak selagi ada tanah, pasir dan air selagi itu Malaysia tak akan bangkrap. DAP tunggu masa nak balun semua harta kekayaan negara jadi harta mak bapak mereka. Punyalah haprak otak puak-puak fuckatan ni.

Bila semua barang mahal dan subsidi terpaksa dihentikan, inflasi pula meningkat. Alasan wajib fuckatan adalah semua salah kerajaan BN dan UMNO dulu. Cukai tinggi terpaksa dikenakan ke atas rakyat dan korporat. Tak mustahil nanti kebencian rakyat dan korporat akan melarat dan bermaharajelalah perbuatan jahat dan maksiat. Alasan biasa ini semua salah UMNO. Senang hidup mereka, maki hamun UMNO dapat pahala…ikut fatwa Nik Ajis yang gila.


Nak jadi popular memanglah mudah, tabur jer janji itu dan ini. Kalau tak boleh capai salahkan UMNO lagi. DAP memang suka umat Melayu-Islam berpecah belah, agar senang mereka nak memperkudakan bangsa ini. Dalam masa sama mereka ghairah merebut kekayaan dan menghakis hak-hak asasi umat Islam macam di Penang dan Selangor. Penganut PAS diam membisu dan terus menyalahkan UMNO siang malam sedangkan perut dan bawah perut mereka kekenyang di isi duit haram DAP - si kafir harbi.

Soal hudud PAS tolak ke tepi. Setakat bertanding kurang dari 80 kerusi Parlimen dan mungkin boleh menang tak sampai 30 kawasan, bagaimana PAS mahu melaksanakan syariat Islam? Setakat melalak saja le. DAP yang berkuasa penuh. Janji berkebajikan akan dilaksanakan demi memenuhi impian penyokong dan kroni mereka. Selama ini mereka begitu dambakan pelbagai projek, tender, kontrak dan tanah-tanah rakyat demi memenuhi tembolok-tembolok mereka.

Fikir-fikirlah masa depan kita dan tolak Pakatan Rakyat, Insya Allah hidup kita selamat.

sekupangdua

Posted: 22 Jun 2012 11:35 PM PDT

sekupangdua


MIMPI WAK PARJO PASAL GOMO VS PERDANA MENTERI ALJENIN

Posted: 22 Jun 2012 06:21 AM PDT


WADUH SIH... KENAPA YA MIMPI WAK SAMA DENGAN PAK SEKUPANG? Ini ayat yang Wak Parjo yang mengadu dengan teman, Itu Kang Nua wak rasa memang rumit, anu Kang Gumo (GOMO) bakal bikin panas nanti pak sekupang, naper ler pulak wak oiii, wak maseh ingat apa yg Pak tutur dulo...

Wak Parjo kata dalam mimpi dia yang berulang sama dengan teman punya telahan, ada-ada jer wak nie,dia kata mengikut mimpi dia si Kang Gumo ni masih menyimpan banyak lagi bukti... BULEH BIKIN GAMAT DONG! hehehe mula-mula teman ingat wak nie nak sembang pasal budak nyah indon pun jadi mangsa lewat ker! rupa-rupanya mimpi dia yang menjadikan Wak Parjo (bukan nama sebenar) membuatkan wak yang selama nie si Tukang Kasut yang teman anggap dia ni pak lawak jadi semacam serius jer yop!


Beriya benor si wak nie, dia kata dah banyak kali mimpi ada lagi mangsa yang bakal didedahkan nanti... BAKAL BIKIN GAMAT DONG... Maksudnya Kang GUMO (GOMO) ada cerita baek yang masih dia simpan, betul ker? Pada teman memang ada betulnya cerita nie, pasal jenis yang suka anak ikan nie dah jadi kegemaran yang tak dapat di hilangkan pada pengemar kebontotan nie, begitu juga si lembut nie keinginan ikut pintu belakang nie jugak menjadi kegemaran mencapai puncak tertinggi atau klimak nafsu berahi, terjebat atau tak dapat lari dengan kerana memang silembut nie bila terjebak dek sifat aww aww nie,

Pergh kalau macam nie ler nampaknya pakat kena perosH ler GOMO suruh dedah... tetiba terpacul dari mulut teman, tetiba si wak bukan main gelak yang amat, Kenapa Wak? Macam ler wak kenal si GOMO nie, heran jugak teman pasai apa wak gelak sampai guling pering dan berayor mata? dalam gelak dia menjawab, Aduh Pak, mana bisa itu macam, Gomo tu ganteng sangat ker! kalau pak jubri nampak bernafsu udah tentu matanya ketuaan (rabun) Mana bisa macam si GUMO yang berkumis dan jambang menjadi idaman si Perdana Menteri jenin... baru teman teringat yang wak nie pernah tengok flyers Fitnah Pakartun Rakyat yang mendedahkan wajah GOMO satu masa dulu... adeh macam-macam lah sijawa nie

Baetui ker ni wak? hehehe Wak nie nampak serius walaupun teman anggap dia nie pelipur lara jer! rasanya pak kali ni wak arasa bukan kebetulan, tetapi mungkin bener... coba-coba pak terus rujuk dengan Kang GOMO, wak rasa tidak mustahil, macam orang sini ngomong AJER BEBENOR YUP! wak yang cuba berdailog telo orang Perak buat kami kenyang gelak.

Pada teman bukan pekara mustahil pasal bukti akan datang dari GOMO nie, teman memang tak heran jika benda macam nie bakal timbul dari GOMO lagi THE NEXT ENDING SCENEWILL APEAR ON EPISODE!semacam masa di PRN Sarawak yang lalu, teman masih ingat lagi bila kawan-kawan tanya kot ada cerita Baru Yang BAEK di Sarawak. Siapa sangka pendedahan GOMO dalam blog dia tentang VIDEO yang datang nya dari Mana tah bertajuk BALUN AMOI MADE IN CHINA meletup giller. pakat semua bertanya teman kot ada menyimpan VIDEO balun amoi nie, Sampai dalam tandas pun berdering tak henti-henti. mula-mula agak hairan dan emo sikit bila pendedahan VIDEO terGERSANG nie, apa tidaknya... kekalahan PKR sepuluh kali ganda dari BN semasa PRU 12, dah boleh DECLARE bapak TSUNAMI tu... mana yak nya PKR bungkus bila 49 Dun yang ditandingi hanya mampu menang 3 jer, itu pun termasuk Baru Bian yang menang majoriti 200 lebih jer undi.

Macamana pun Apa yang hangat didedahkan Video perangai Perduna Mentori Jenin nie rasanya wajib untuk rakyat tahu siapa sebenarnya manusia atau syaiton bernafsu haiwan? memang vIDEO ni jadi penyelamat yang menutup cerita Tsunami PKR di Sarawak. tetapi memang kesannya memang amat ketara bila sesiapa sahaja yang ada di Sarawak cukup tahu bermacam kesan tanda protes rakyat terhadap Sijenin yang bercita-cita jadi Perduna Mentori... pekara yang amat ajaib dan pelik bila Poster Aljub Lansung tak jumpa, kalau adapun di tempat ceramah dia atau kawasan sekitar bandar di daerah kucing, perghhh macam nak gila bila teman dari sibu sampai kucing tak jumap sekeping pun gambar aljub angan nie.

Jadi apa lagi kita tunggu, cer kita perosah (Paksa) GOMO kasi bongkar lagi VIDEO BOX OFFICE nie kasi PANAZ. bukan kata teman jer tapi banyak yang amat yakin ada lagi pendedahan EPISODE lain. hahaha amacam GOMO kena jawab nie, jangan makan sorang-sorang bro! banyak yang dah sembang dan yakin memang miker ada lagi stock. Bukan pelik GOMO ada lagi cerita BAEK, Logiknya kalau informer atau penyimpan bukti pasal HOBI membalun dah tentu kompom akan salur atau bagi pada GOMO,hehehe amik ko GOMO, jangan ler kedukut bro kot ada BAHAN BAEK PUNYA, kasi share ler sesama kengkawan heheheheheheheh....

Apapun kita tunggu jer, kita bikin PANAZZZZ, pada GOMO, kengkawan teman pesan TAK BAEK SIMPAN BENDA YANG PATUT DIPERTONTONKAN, si GOMO ni buan percaya sangat, takut nanti dia pedajal kita pulak bila kita duk perosah ke dia pakat paksa keluar Video terhangat tapi dia pulak keluarkan VIDEO Anjing atau Babi pulak yg jadi hero dan heroin hehehehe,

Apapun teman memang percaya masih ada lagi Rakaman Panaz ni. kalau kita dah tengok gaya Kamasutra Aljub ni memang kompom dia dah expert dan dah jadi kebiasaan, kalau ada satu tak mustahil ada sepuluh lagi?

berakhir dengan pertanyaan teman pada WAK Parjo, ehhh kenapa lak wak tak berniaga (kedai Kasut) ker, semat (kacak) pulak tak macam selalu dengan baju kerja dia! dah kayo ker? Itulah Pak sekupang ni wak belanja makan sama bapak sekupang,bukan apa wak jumpa ni nak kasi tau sama Bapak yang wak nak balik indon dan mungkin rasanya ngak datang lagi, wak nak minta ampun kalau wak banyak bikin Bapak susah selalu, lagi pun Orang Tua udah meninggal! siapa lagi mau uruskan keluarga wak disana?

Selesai sudah scene kedai kopi yang merupakan ending dan big scene. untuk kisah wak dan teman, memang teman perasan mata wak mula merah dan teman faham kenapa dia beriya jumpa teman yang dianggapnya keluarganya di perantauan, mulianya sikap dan hati Wak Parjo ni walaupun dikhabakan 2 hati lepas yang bapanya yang tua telah meninggalkan dia, wak nak minta halal segala makan minum serta budi bapak yang sudi menjadi teman atau keluarga di perantauwan. anu... kok ada lagi sepasang Kasut bapak yang belum disudehkan, wak mahu pulangkan.

Tak pa lah wak saya halalkan, kalau dah siap wak jer ambik buat kenangan dan pakai untuk balik indon nanti, aduh terima kasih pak, banyak budi bapak pada wak, apa pun nanti kita masih buleh berhobong (berhubung) nanti, wak nanti akan bikin nya itu PISBUK, maka buleh kita berciting (Chating) jangan lupa dengan anu tu.. Bidiyo (Video) Bapak Jubiri. kita tungguuuuu. Wak Parjooooo oooo Wak Parjo, temAn cukup tahu dan faham memang wak ni jujur dan yakin orangnya, Kerana Apa Kalau Korang Nak tau? Hehehehe yang korang tak tau ialah dia ni dah repair berpuluh rasanya kasut teman, family dan member teman. satu pun dia tak charge atau amik upah, Dan banyak kali tahun juga dia AGAK ( teka ) tarikh posa dan Raya ... semuanya memang betul dn tepat, hehehehe tu sebab teman yakin ada lagi THE NEXT EPISODE OF BALUN AND MEMBALUN... TQ WAK ADA REZEKI KITA JUMPA LAGI...

Panglima Perang Cyber

Posted: 22 Jun 2012 11:18 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Tiga diplomat akan disiasat - PM DS @NajibRazak

Posted: 22 Jun 2012 11:16 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 Jun - Kerajaan akan menyiasat penglibatan tiga diplomat Singapura dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu sama ada sebagai pemerhati atau peserta sebelum tindakan lanjut diambil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara tersebut kini dalam pertimbangan Kementerian Luar dan sebaik sahaja fakta sebenar mengenai penglibatan mereka diperoleh tindakan susulan akan diputuskan.

"Kita mahu pastikan kesahihan laporan sama ada mereka hadir sebagai pemerhati atau terlibat dalam demonstrasi terlebih dahulu, kemudian baru kita putuskan tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pendirian kerajaan dan bila bantahan rasmi berhubung penglibatan tiga diplomat Singapura yang dilihat mencabul kedaulatan negara akan dibuat.

Hari ini Kedutaan Singapura dalam kenyataannya mendakwa kehadiran ketiga-tiga diplomat tersebut dalam demonstrasi Bersih 3.0 adalah berdasarkan kapasiti peribadi dan bukan arahan kerajaan Singapura.


Sementara itu dalam blog Sg Setia dilaporkan Pesuruhanjaya Tinggi Singapura mengaku diarahkan menyokong DAP.

Beritanya klik sini

http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/06/pesuruhjaya-tinggi-singapura-ong-keng.html
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Suara Keadilan Terdesak Guna Bakal Menantu PM @NajibRazak Jadi Isu

Posted: 22 Jun 2012 09:44 PM PDT

Muka depan akhbar Suara Keadilan memaparkan tajuk Bakal Menantu Najib Penipu. Tajuk ini bukan sahaja memperlihatkan yang akhbar tersebut membuat keputusan mendahului sistem perundangan, malah memfitnah secara terang-terangan.

Dalam mengulas berita tersebut, Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin pula dengan tidak semena-mena mencabar Datuk Seri Najib untuk menyaman malu akhbar New York Post yang mula-mula menyiarkan berita mengenai Daniyar Nazarbayev. Begitu juga dengan Ketua Serikandi Keadilan, iaitu Siti Aishah Shaik Ismail menyuruh keluarga Datuk Seri Najib menjawab isu ini.

Mendesak Datuk Seri Najib atau keluarga untuk menjawab isu dan menyaman malu akhbar yang menyiarkan berita tersebut amatlah tidak masuk akal. Jika ada pihak yang perlu mengambil tindakan sedemikian ia pastilah keluarga Nazarbayev sendiri. Datuk Seri Najib dengan mereka tiada pertalian darah pun, dan hubungan mereka adalah sekadar ikatan pertunangan antara anak masing-masing sahaja.

Kita tahu bahawa parti Pakatan Rakyat amat terdesak untuk mencari isu bagi menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.

Tetapi, ketahuilah oleh mereka bahawa kisah mengenai bakal menantu Perdana Menteri bukan satu isu kerana ia tiada kena mengena dengan rakyat dan negara. Begitu juga, apabila kisah tersebut tidak benar kerana pihak yang terlibat iaitu ibu kepada Daniyar, Maira, telah pun membuat penafian.

Menurut Maira, beliau masih punya ikatan perkahwinan dengan Bolat Nazarbayev dan tidak pernah dikehendaki oleh Interpol. Malah, pada ketika beliau ditanya, mereka sekeluarga sedang merancang percutian musim panas ke Eropah.

Jelas, Maira dan anaknya bebas bergerak ke mana-mana malah beliau juga boleh dihubungi untuk mendapatkan kenyataan. Jika benar beliau adalah orang yang dikehendaki oleh Interpol, tidak mungkin Interpol tidak dapat menangkapnya sedangkan wartawan juga mampu menghubunginya?

Suara Keadilan harus belajar mengenalpasti yang mana satu isu politik dan yang mana tidak. Jika tidak tahu mengenalpasti isu, janganlah menggunakan nama dan lambang parti untuk menerbitkan akhbar. Lebih elok jika akhbar ini digelar akhbar tabloid yang menyiarkan gossip dan tahyul untuk hiburan pembaca.

Lebih dari itu, parti PKR sendiri harus belajar untuk mengenalpasti mana isu yang penting dan mana yang tidak untuk dijuarai mereka. Dengan menyerang keluarga, atau lebih tepat, bakal keluarga, menunjukkan yang PKR sudah hilang pertimbangan. Seolah-olah dendam parti ini kepada BN adalah dendam peribadi dan bukannya antara lawan politik.

Jika isu ini dibawa oleh PKR ke pentas kempen pilihanraya, ia sekali gus menunjukkan yang benarlah Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang hebat dan BN adalah parti yang tepat untuk rakyat sehinggakan PKR tidak mampu mencari isu lain untuk menyerang. Kerana itulah PKR terpaksa memainkan isu bakal keluarga yang tidak ada kena mengena dengan rakyat dan negara.

Oleh Beruang Biru
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mandailing controversy worsens as rioters damaged Malaysia Hall in Jakarta

Posted: 22 Jun 2012 07:56 PM PDT



JAKARTA: The Mandailing cultural controversy worsened Friday, as several sections of the Malaysia Hall building here were damaged by large stones hurled by about 50 rioters.

Non-governmental organisation, Pancasila Youths, who earlier torched the Malaysian flag and hurled eggs in the compound of the Malaysian Embassy in Kuningan after Friday prayers, headed for Malaysia Hall in Jalan Hos Cokroaminoto, Menteng and began acting more violently.

At Malaysia Hall, they attacked a security personnel who sustained slight injuries, threw large stones and pieces of wood which shattered the warden's windows, apart from damaging the main gate and messing up the windows by hurling eggs.

The stones thrown by the rioters also damaged the front roof of Malaysia Hall.

Education Malaysia director Prof Madya Dr Juzhar Jusoh said the incident at Malaysia Hall occured at 1.45pm.

Following the attack, Jakarta's Malaysia Hall Security personnel Bambang Sukrisno lodged a police report.

In the demonstration in front of the Malaysian Embassy, the Pancasila Youths, joined by other students, protested against Malaysia's move to recognise the Tor-tor dance and the striking of the Gordaang Sembilan as one of the branches of the national heritage. — BERNAMA

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/06/23/mandailing-controversy-worsens-as-rioters-damaged-malaysia-hall-in-jakarta/#ixzz1ya7Jli8x

Pelik Tetapi Benar : Akhbar Utusan Dibaca Hj Hadi dan Nik Aziz Tetapi Dibenci Ahli Bawahan

Posted: 22 Jun 2012 05:57 PM PDT


Jika dibaca ia bermakna Utusan Malaysia tetap menjadi pilihan pemimpin PAS walaupun mereka tidak mengakui kebenaran tulisannya. Namun melihat gambar di atas kita sudah dapat membuat kesimpulan - manusia tidak mengaku kebenaran namun tetap membacanya untuk mengetahui apa yang diperkatakan.

Video : Presiden UMNO Umum Jumlah Ahli Terkini 3,359,152

Posted: 22 Jun 2012 05:51 PM PDT




Kuliah Tahajud '10 Wajah Di Syurga' Oleh Habib Ali Zaenal Abidin Sebelum Tonton #Euro2012 German vs Greece - Jom Dengar

Posted: 22 Jun 2012 11:12 AM PDT





Gambar : @UstAzharIdrus bersama Hj Hadi - Bukti Masuk PAS ?

Posted: 22 Jun 2012 01:32 AM PDT


Pertama sekali penulis melahirkan rasa agak kecewa melihat semakin lama Ust Azhar Idrus semakin'galak' bersama PAS.

Pada hari ini, sekeping gambar beliau di pentas PAS bersama Hj Hadi yang disiar MyMassa makin mengecewakan penulis kerana seorang lagi tokoh agama yang popular seperti beliau mula menggunakan jalan siyasah untuk dakwah.

Sebelum ini ramai tokoh telah terpedaya dan akhir sekali sedar ruang dakwah lebih luas bukan dalam dunia siyasah tetapi dunia dakwah yang merentasi perbezaan mazhab politik seluruh dunia.

Contoh Ust Ismail Kamus, Akhil Hayy yang kini mula mengundur diri selepas melihat dari dalam bagaimana suasana sebenar politik bertopengkan Islam walhal tidak berlandaskan Islam sebenarya.

Sedangkan banyak perubahan sebenarnya berlaku dengan dakwah yang ikhlas bukan dengan menaiki pentas siyasah (politik).

Dengan itu diharap sebelum terlambat Yang Berbahagia Ust Azhar Idrus tidak meneruskan langkah menerima tawaran sebagai calon PAS seperti yang dinafikannya bahawa beliau bercita-cita politik.

Kerana kemungkirannya akan membuktikan kepada rakyat bahawa beliau tidak boleh dipercaya ekoran sikap yang tidak jujur di dalam berbicara.

Sekian, wassalam.

Penafian beliau jadi calon PAS klik sini http://www.penembak-tepat.com/2012/02/berita-gembira-ustaz-azhar-idrus-tidak.html

oyabun

Posted: 22 Jun 2012 11:16 PM PDT

oyabun


PKR Selangor Semakin Bergolak...!!!

Posted: 22 Jun 2012 06:39 AM PDT




Perkembangan terkini krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor yang mula panas sejak pertengahan bulan ini bagaikan sampai kemuncaknya.

Ini apabila Pengarah Strategik PKR Pusat, Rafizi Ramli mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor seperti yang ditulis dalam laman sosial, Twitternya hari ini.

Walaupun memberi alasan langkah itu bertujuan untuk berehat namun secara tidak langsung sebagai reaksi protes terhadap pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah lama berkrisis dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Tindakan Rafizi terjadi hanya dua hari selepas Abdul Khalid mengeluarkan kenyataan mempertahankan Faekah yang dikatakan menghadapi tekanan meletakkan jawatan daripada penyokong Azmin.

Melalui laman Twitternya, Rafizi menyatakan, beliau telah menghantar notis peletakan jawatan tersebut dan menyerahkan sebarang pertanyaan mengenai ekonomi negeri dan lain-lain kepada kerajaan negeri.

"Letak jawatan proses biasa. Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di kerajaan negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah," katanya ketika menjelaskan mengapa beliau melepaskan jawatan secara mengejut.



Dalam pada itu, Rafizi yang dilihat antara penyokong kuat Azmin cuba menafikan tindakan drastik beliau tersebut mempunyai kaitan dengan krisis dalaman yang sedang melanda PKR Selangor.

Alasan Rafizi, beliau tidak pernah kekal lebih daripada dua tahun dalam satu-satu jawatan yang disandangnya dan ia tiada kaitan langsung dengan dimensi politik di Selangor.

Pada 2010, Azmin juga membuat keputusan serupa apabila meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dipercayai sebagai protes terhadap pelantikan Faekah.

Ketika itu, tindakan tersebut dilihat sebagai protes terhadap pelantikan Faekah sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia yang dikatakan menyebelahi kem Azmin.

Kelmarin, Abdul Khalid dalam cubaan mempertahan orang kanannya itu menyifatkan Faekah telah melakukan kerja dengan baik dan komited sekali gus, menepis dakwaan kononnya setiausaha politiknya itu cuba mengawal menteri besar.



Sejak dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar, hasil sokongan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 2010, Faekah menjadi sasaran tuduhan bahawa beliau terlalu berkuasa dan mempunyai pengaruh luar biasa di atas keputusan-keputusan kerajaan negeri.

Beliau didakwa penghalang kepada program-program yang ingin dilaksanakan oleh parti di Selangor sehingga wakil rakyat PKR bimbang ia menjejaskan peluang parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Difahamkan, usaha kepimpinan PKR untuk menasihatkan agar Abdul Khalid membataskan tindakan Faekah daripada campur tangan urusan parti tidak berjaya. Abdul Khalid turut melantik Faekah menyertai sebuah jawatankuasa mengendalikan geran RM300 juta untuk program Selangorku.

Faekah sebelum ini dikatakan menjadi sasaran beberapa pemimpin PKR negeri yang tidak berpuas hati dengan beliau.

Termasuklah desakan yang pernah dibuat oleh Azmin supaya Faekah dipecat, manakala Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin pernah menyifatkan Setiausaha Politik Menteri Besar itu sebagai 'celupar' dan tidak mengenang budi mempersoalkan tentang kewibawaan Azmin yang dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR.

Wasabi Oyabun..

Belantan

Posted: 22 Jun 2012 11:04 PM PDT

Belantan


Gempar Akuan Palsu..!!! Anwar Salahguna Kuasa Untuk Menipu Rakyat?

Posted: 22 Jun 2012 07:09 PM PDT




Selepas bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid tampil mengesahkan akuan berkanun yang dibuat beliau 13 tahun lalu adalah benar, kini bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Datuk Abdul Razak Idris pula membuat pendedahan beliau telah membuat akuan bersumpah membersihkan nama Anwar daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion atas permintaannya yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) itu digesa membuat laporan polis berikutan pendedahan beliau diarah membuat akuan bersumpah menutup kes pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, tindakan Anwar memaksa Abdul Razak membuat akuan bersumpah tersebut adalah kesalahan yang berat di sisi undang-undang.



Choo Keong yang merupakan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga berkata, pendedahan itu serius kerana akuan bersumpah yang dibuat bukan atas kerelaan Abdul Razak dan boleh disifatkan sebagai akuan palsu.

"Ini adalah satu kesalahan, ia merupakan akuan palsu. Mana boleh Anwar memaksa Abdul Razak membuat akuan bersumpah semata-mata untuk menutup dakwaan yang dihadapinya.

"Abdul Razak perlu segera membuat laporan polis dan pihak berkuasa juga perlu bertindak dengan serta-merta. Jelas sekali ia bukan akuan bersumpah Abdul Razak tetapi orang lain," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula berkata, beliau tidak hairan dengan pendedahan itu kerana hakikatnya banyak isu membabitkan Anwar mengugut dan memaksa pegawai kerajaan telah didedahkan.

"Sebab itu saya mahu ingatkan Anwar, jangan sombong dan angkuh, sudah banyak bukti baru yang timbul berhubung salah lakunya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri," jelasnya.

Ditanya berhubung tindakan Anwar yang sering berdolak-dalik berhubung isu berkenaan, Zahrain berkata, ia memang permainan Ketua Pembangkang itu untuk mengalihkan persepsi negatif terhadap diri beliau.



Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pula menyifatkan pendedahan tersebut sebagai bukti terbaru penyalahgunaan kuasa oleh Anwar sewaktu memegang kuasa.

"Selama ini, Anwar tuduh kita macam-macam, tetapi berdasarkan bukti-bukti didedahkan hari ini, semua tuduhan yang dilemparkan itu, sebenarnya beliau yang lakukan.

"Jadi, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengenal pasti kebenaran," ujarnya.

Bagi penulis jelas pendedahan terbaru yang dibuat oleh bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Datuk Abdul Razak Idris bahawa Anwar meminta untuk membuat akuan bersumpah bagi menutup kes berkenaan membuktikan penyalahgunaan kuasa Ketua Pembangkang itu ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Siasatan secara mendalam perlu dilakukan dan tidak boleh mengharapkan kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata memandangkan ia melibatkan jumlah wang yang sangat besar.

Pendedahan terbaru ini amat mengejutkan. Ia juga merupakan bukti akuan bersumpah menyatakan kes berkenaan telah selesai sebenarnya dibuat atas permintaan Anwar!

Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan segera bagi menyiasat perkara ini. Rakyat mahu tahu dari mana datangnya wang RM3 bilion itu dan ke manakah duit itu disalurkan, kepada kroni atau siapa?

Suara Politik
Taminsari

Bai'ah Rafizi Lembu - Akan 'Bersunat Sekali Lagi' Jika Lompat Parti?

Posted: 22 Jun 2012 04:51 AM PDT




Sambil menafikan tindakannya meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bukan bermakna wujud masalah dengan kepimpinan PKR, Rafizi Ramli menyifatkan dirinya "bukan Superman."

Sehubungan itu, Pengarah Strategi PKR ini berkata, beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya ke atas kerja-kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ketua Pembangkang, Anwar Ibahim merupakan Penasihat Ekonomi Selangor, dilantik lebih dua tahun lalu.

Kata Rafizi, beliau tidak berbalah dengan Anwar atau Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagaimana didakwa dan dianggap oleh sesetengah pihak.

"Kerja saya semakin hari semakin bertambah. Saya bukan 'Superman'. Tidak boleh melakukan dua tiga perkara dalam satu masa.

"Saya boleh melihat beban dan tanggungjawab ini semakin meningkat, dan akan meningkat dalam beberapa minggu akan datang," kata beliau ketika dihubungi dengan merujuk kepada spekulasi mengenai tarikh PRU13.

Rafizi juga menegaskan bahawa jawatan-jawatan lain dalam parti kekal dan akan meneruskan tanggungjawab yang diberikan.

"Kepada mereka yang ragu-ragu, (kononnya) saya akan lompat parti, saya berjanji akan bersunat sekali lagi kalau lompat parti. Patut semua wakil rakyat kena janji macam ini," katanya menerusi satu mesej Twitter tengah malam tadi.

Rafizi menghantar surat meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor semalam.

"Saya menghantar notis hari ini (semalam)," kata Rafizi, yang mengumumkan keputusan itu menerusi mesej Twitter sekitar 3 petang semalam.

Dalam mesej Twitternya semalam, beliau berkata, "letak jawatan proses biasa."

"Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di kerajaan negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah.

"Saya tidak pernah tugas (berkhidmat) lebih dari dua tahun pada satu-satu jawatan. Yang ini dah melebihi dua tahun, masanya untuk terus bergerak. Tidak ada kaitan politik dengan itu," kata pemimpin muda ini yang akhir bulan lalu menyertai Debat Sinar bersama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Ketika dihubungi malam tadi, Rafizi yang menyandang jawatan itu sejak dua tahun lalu berkata: "Saya sebenarnya telah memutuskan untuk melepaskan jawatan ini akhir tahun lalu."

"Tetapi oleh kerana tarikh PRU13 tidak menentu, saya meneruskan khidmat saya.

"Sekarang kita sudah boleh agak bila PRU13. Saya rasa ini adalah masa yang sesuai, jadi, saya beri notis satu bulan. Cuma ia diumumkan secara kebetulan ketika cetus isu berkaitan Faekah (Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor," katanya.

"Cuma secara kebetulan masanya tidak kena, itu saja. Bagi saya ini tiada kaitan, letak jawatan perkara biasa," kata beliau lagi.

Rafizi dijangka bertanding kerusi Parlimen pada PRU13. Difahamkan beliau akan mencuba nasib di kawasan Pandan, yang kini disandang oleh bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Apa-apapun alasan yang diberikan oleh Rafizi, yang jelas memang berlaku pergolakan besar dalam PKR sekarang dimana krisis dalaman parti itu yang mula panas sejak pertengahan bulan ini bagaikan sampai kemuncaknya.

Jika Rafizi mahukan ahli politik PKR lakukan bai'ah, cuba bayangkan kalau Anwar 'bersunat sekali lagi'...tidak ke buruk rupanya..!!!

Suara Politik
Taminsari

Forum Air Selangor Sekadar Forum Syok Sendiri Untuk Tutup Kelemahan MB Khalid!

Posted: 22 Jun 2012 12:05 AM PDT




Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selangor adalah sekadar untuk menutup kelemahan pentadbiran Menteri Besar Khalid Ibrahim menangani isu air.

Jemputan yang dibuat tidak menyeluruh malah tiada sebarang jemputan termasuk kepada ADUN BN dan SYABAS sendiri yang menguruskan pengagihan air sedangkan Kerajaan Negeri melalui KDEB dan KPS memegang 30% saham SYABAS.

Forum Air Selangor hanya dibuat setelah isu mengenai air didedahkan oleh pihak Barisan Nasional sedangkan janji-janji mengenai air telah ditaburkan oleh pihak Pakatan sejak dahulu lagi. Perkara sepenting ini sepatutnya dijadikan agenda serius Kerajaan Negeri Selangor dan bukan hanya difikirkan bila isu ini dibangkitkan oleh rakyat Selangor sendiri.

Kebanyakan pembentang ketika Forum Air merupakan ahli perniagaan yang mencadangkan kaedah masing- masing. Tiada keputusan kukuh yang diumumkan selain hanya 'bercadang' untuk meneliti setiap proposal yang ada. Hakikatnya, kita semakin kesuntukan masa.



Kerajaan Negeri langsung tidak mempertikaikan konsep 'Supply vs. Demand' iaitu bekalan air terawat adalah terlalu rendah berbanding permintaan bagi tiga tahun kehadapan.

Hampir kesemua pembentang pada Forum Air Selangor membentangkan mengenai sumber air
mentah tanpa memikirkan mengenai cara merewat air tersebut.

Kita semua sedia maklum bahawa 33 pusat rawatan air yang ada sekarang sudah hampir mencapai kapasiti optimum masing-masing. Malah ada sesetengahnya yang telah melebihi kapasiti optimum.

Projek Langat 2, selain menyalurkan air mentah, ianya juga merupakan pusat rawatan air yang akan merawat air mentah sebelum disalurkan kepada orang ramai.

Cadangan bahawa sumber air boleh diperolehi dari banyak kaedah seperti air bawah tanah, air empangan mahupun air lombong tidak akan bermakna jika pusat rawatan air yang ada tidak mampu menampung kapasiti air ini.

Sehingga kini, Menteri Besar menafikan laporan bahawa simpanan air terawat adalah rendah iaitu sekitar 2-3% tanpa memberikan angka sebenar yang didapati berdasarkan kajian beliau sendiri, jika ada.

Sikap Menteri Besar yang sengaja tidak mahumengakui isu sebenar masalah air ini sebaliknya cuba bermain politik menunjukkan beliau tidak memahami masalah sebenar yang berlaku.

Penstrukturan semula air bukan perkara utama sebaliknya memastikan bekalan air sentiasa mencukupi perlu menjadi focus utama Kerajaan Negeri. Walaupun berlakunya penstrukturan semula, Kerajaan Negeri masih belum menyatakan langkah yang akan diambil oleh mereka. Perlu diingatkan bahawa, Projek Langat 2 ini sudah bermula dan hanya perlu diteruskan sahaja.



Persoalan yang saya lontarkan sebelum ini mengenai masalah permintaan (demand) yang meningkat saban tahun, masalah loji rawatan yang telah hampir melebihi kapasiti, masalah non-revanue water (NRW) yang tinggi kerana arahan pembekuan CAPEX oleh kerajaan negeri dan masalah tiada tindakan kukuh kepada pihak yang mengotorkan sumber air langsung tidak dijawab oleh pihak Menteri Besar. Sebaliknya, beliau hanya mengadakan Forum Air Selangor yang umpama gula-gula untuk mengaburi rakyat. Sedangkan penyelesaian kepada masalah tersebut tidak diselesaikan dengan forum yang diwujudkan.

Tindakan populis Kerajaan Negeri menyelaras tariff air juga sebenarnya merupakan langkah tidak bijak apabila dibuat secara tergesa-gesa dan tanpa kajian yang mendalam. Ianya dibuat sekadar untuk mengurangkan beban janji pilihanraya. Berdasarkan maklumat yang diterima melalui PAKAR, ramai rakyat Selangor yang tidak mampu terpaksa membayar bil air kerana menggunakan meter pukal seperti di kawasan pangsapuri.

Suara Politik
Taminsari

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 22 Jun 2012 09:43 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


ANWAR..ATTATURK.

Posted: 22 Jun 2012 06:39 AM PDT

TERBAIK. AKHBAR CINA MULA ATTACK KEBODOHAN PAS !

Posted: 22 Jun 2012 03:00 AM PDT

SINGAPURA MASUK CAMPUR POLITIK MALAYSIA KERANA VIDEO ANWAR !

Posted: 21 Jun 2012 10:57 PM PDT

PISAU.NET

Posted: 22 Jun 2012 09:32 PM PDT

PISAU.NET


Subpoena: Suaram Is The Biggest Liar In Malaysia

Posted: 22 Jun 2012 06:00 PM PDT


After a line of lies made by Suaram's Coordinator (PKR), Cynthia Gabriel in June 15, 2012 regarding the notice of subpoena which was brought up by France's court on the purchase of Scorpene submarines was revealed, Malaysiakini yesterday quoted a source from the NGO to defend Cynthia;s statement with the excuse saying,"The subpoena is not being sent here and the process would take a few days. We do not have the exact information on how long the process would take."


Does it even make any sense that from June 15 until today (June 22), since Cynthia made the statement, the subpoena is still yet to get to the person that they suspected, Jasbir Singh Chahl?
We are not in the yesteryear where everything has to be done manually. Today, we have all the technologies. So, it is quite impossible that the subpoena that was mentioned by Cynthia to still be 'in process'.


The person who was said that would receive the subpoena have mentioned that he did not receive any subpoena from France. If that is not enough, a representative from French Embassy to Malaysia, Laurent Lemarchand (First Counsellor) denied that court from France has made Subpoenas to Jasbir like what was stated by Cynthia.


Not just Jasbir, in fact, there are no subpoenas that are made to any rakyat in this country regarding the case.


For information, the role of French Embassy in this matter is really important because the legal procedures in France is different than Malaysia. If what Cynthia said is true, French Embassy would be the first to know about it, even before the Foreign Ministry and Royal Malaysian Police (RMP).


This is because, according to the legal procedure in France, they do not need witnesses to attend at the Court during investigation, all they need is to answer questions that the Court has set.
Yes, investigation, because like what Suaram had stated in Bangkok on May 30, the investigation for this case is still going on and it would take between 2 to 3 years. That is why it is quite weird for Suaram to say that the investigation is still going on (in Bangkok), and by June 15, they stated that subpoenas are on its way.


How can they come up with subpoena when there is no trial at all?

That is what we meant when we say that Suaram is Malaysia's number one liar, other than the confusion that they have made within Pakatan Rakyat. Their arguments even contradicted among one another. The reason is only to confuse rakyat to create sensational stories to gain funds, as if to cover for the cost of Ops Scorpene 2.0.


This is not as different as when Anwar announced as if a few MPs and former Sabah UMNO leaders would jump out of the party when he visited the state in June 10, 2012. Just like Suaram, on that night, they did a fundraising event for PKR's election preparation in Sabah.


This is not the first time this has happen, on September 16, 2008, a few minor cases after the date showed that Pakatan Rakyat is an illegal political party who loves to sensationalize stories to confuse rakyat. We can never forget how Anwar often mentioned that the election is corrupt that triggered Bersih 1, 2, and 3 but at the same time, he stated that the opposition would win all seats in the Parliament.


We can see there that how can he say that UMNO/BN cheat in elections but he said that Pakatan could win?


That only mean that rakyat should defend BN. BN might not be perfect (no one is), but BN never say that it is the ultimate party, and at the same time tries to fool rakyat.

Lagi Guan Eng Di Tangkap Bohong:Pembinaan Lereng Bukit Salah Kerajaan Negeri DAP berdasarkan Akta

Posted: 22 Jun 2012 10:00 AM PDT






Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan negeri DAP harus bertanggyngjawab terhadap projek2 dilereng bukit di Pulau Pinang adalah amat tepat sekali. Ini adalah kerana mengikut akta perancangan bandar dan desa 1976 seksyen 24, subseksyen 5 menyatakan bahawa pihak berkuasa perancang tempatan boleh mengenakan apa2 syarat yang difikirkan patut olehnya atau mengubah syarat2 yang dikenakan pada asalnya apabila sebarang tempoh lanjutan tambahan diberikan kepada pelan kebenaran merancang asal.


Tindakan LGE yang menyalahkan kerajaan negeri BN terhadap pembinaan dilereng bukit adalah tindakan pengecut yang tidak berani mengambil tanggungjawab atas kesalahan dia malah dengan mudah menyalahkan kerajaan BN. YDP MPPP juga telah mengatakan bahawa MPPP boleh memperbaharui Pelan Kebenaran Merancang setelah tamat tempoh 12 bulan atau setahun selama 5 kali iaitu selama 5 tahun, yakni pelan kebenaran merancang yang diluluskan pada tahun 2007 masih mampu ditambah syarat oleh MPPP setelah kerajaan DAP mengambil alih sejak Mac 2008.


Adalah didapati walaupun pelan kebenaran merancang diluluskan oleh kerajaan BN, namun tiada pembinaan dimulakan drastik sebelum mac 2008, malah kesan drastik pembinaan dilereng bukit mula dibina sejak dua atau tiga tahun kebelakangan ini setelah pelan bangunan diluluskan. Setelah isu ini ditimbulkan, LGE terus mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menggunakan kepakaran geoteknikal Dr.Gue yang berkelulusan daripada OXFORD untuk memberikan penilaian teknikal terhadap pembinaan lereng bukit. Jika benar mereka menggunakan kepakaran Dr.Gue, maka sudah pasti syarat baru pelan kebenaran merancang telah dikenakan sepertimana , oleh itu semua kerosakkan yang timbul adalah hasil daripada kelulusan pelan bangunan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri DAP.


Pemuda UMNO berharap LGE memberhentikan sandiwaranya terhadap pembangunan2 di lereng bukit yang tidak terkawal dan telah merosakkan keindahan sebenar Pulau Pinang. Sikap LGE yang sering menuduh BN untuk mengelakkan tanggungjawabnya sudah dapat dinilai oleh rakyat pp yang semakin sedar sifat kerajaan negeri DAP yang hanya ingin mengaut keuntungan segera dengan apa cara sekalipun.

Ir.Shaik Hussein Mydin
KP UMNO PP

Mat Sabu Tibai Ikan Perlis Pulak?

Posted: 22 Jun 2012 06:00 AM PDT

Aktiviti Timbalan Presiden Khawarij PAS dirakamkan pagi tadi di pekan sehari Beseri,Perlis. Agaknya Bang Mat tengok ikan atau anak ikan?
hehe..goreng pun sodap...!

Di Kelantan di tibai bini orang sampai lekat bulu dikerongkong..khabarnya di Kuala Kedah pun cerita lebih kurang sama Ustazah kuala jadi mangsa..Ni punca PAS Kuala Kedah terajang Mat Sabu keluar dari Kuala Kedah...


Sekarang ni dia nak buat hal di Perlis pulak? Siapakah gerangan nya?

Pisau kata "lebai PAS nak tinggal rumah ingat sama bini..nanti dia sapu bersih cuci calat pulak "

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 22 Jun 2012 09:16 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


TR1Ma Manfaat 67,000 Pemandu Teksi Seluruh Negara

Posted: 22 Jun 2012 08:00 PM PDT


Geran SelangorKu RM300 juta, Khalid Ibrahim Perlu Beri Penjelasan

Posted: 22 Jun 2012 06:00 PM PDT


Video Sidang Media Majlis Tertinggi UMNO

Posted: 22 Jun 2012 04:00 PM PDT

Video Ramai Rakyat Malaysia Pilih Jerman #Euro2012

Posted: 22 Jun 2012 11:30 AM PDT

Akhbar Cina Kecam Tindakan Tidak Bijak Nizar

Posted: 22 Jun 2012 09:30 AM PDT




Sinchew Daily News - Penganalisa politik Puan Tan Poh Choo (terjemah Mandarin) menyatakan tindakan Nizar, bekas Menteri Besar Perak mengkritik Sultan Johor dengan isu harga plet WWW1 berharga RM520,000 melalui "Twitter"nya kini telah merosakkan rancangan PRU PAS di negeri Johor.

Kesilapan yang dilakukan oleh Nizar serta tindakan semua sekutu dalam Pakatan Rakyat menyokong penuh terhadap tindakan Nizar itu, lebih-lebih lagi Timbalan Presiden Pas Salahuddin berkata perkara itu adalah perkara kecil telah memburukan lagi peluang PR di Malaysia. Rakyat mempunyai kebijaksanaan untuk membuat penilaian berkaitan perkara itu. Sejak adanya perhimpunan kempen menyokong Sultan Johor pada minggu lepas, 

Jika dilihat perasaan orang ramai yang hadir semasa perhimpunan menyokong Sultan Johor ianya menunjukkan itu sudah bukan lagi satu perkara kecil-kecilan. Mungkin ada sesetengah orang anggap bazirkan RM520 ribu itu terlalu mahal, tetapi selepas Nizar membuat kritikan ia bertukar menjadi makna yang berlainan. Lebih ramai rakyat Johor anggap Nizar tidak setia kepada Sultan mereka dan Kerabat Sultan Johor.

Lebih-lebih lagi Ahli Parlimen Johor Baharu Datuk Shahril anggap Nizar tidak tahu selama ini Sultan Johor banyak menabur kebajikan kepada rakyat dan orang ramai. Ramai rakyat Johor memang tahu bahawa Sultan Johor banyak membuat kebajikan yang tidak pernah didedahkan kepada umum. Sultan Johor memang sangat kaya raya, 

Almarhum Sultan Johor yang lepas semasa banjir besar di negeri Johor telah hulurkan bantuan  sebanyak RM1 juta ringgit kepada mangsa banjir. Pernah menghulurkan wang sebanyak RM1 juta ringgit kepada mangsa Tsunami di Aceh.

Ahli politik UMNO pernah menuduh Nizar seorang pembohong. Sebelum ini dalam ceramah politik beliau, Nizar menyatakan beliau dapat maklumat dari pasukan tentera DiRaja Malaysia, jika negeri Perak jatuh ke tangan pembangkang, Najib akan kerahkan tentera ambil alih kerajaan negeri Perak. 

Ketua angkatan tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin menafikan berita-berita itu, beliau berkata pasukan tentera lebih profesional menjaga kedaulatan perlembagaan. Kini sudah 46 orang buat aduan polis berkatian perkara yang sama itu.

Nizar selalu membuat kritikan yang tidak berasas, terutama sekali beliau sering mengkritik Menteri Besar Perak yang sedia ada sekarang.

Beliau menuduh Menteri Besar Perak Dr. Zambry meluluskan projek perlombongan besi di Teluk Rubiah, menuduh projek tersebut melibatkan pencemaran alam sekitar yang amat dahsyat. 

Tetapi dalam mesyuarat sidang Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar Perak Dr. Zambry telah tunjukkan sepucuk surat yang berkaitan, menunjukkan bahawa projek tersebut telah diluluskan semasa Nizar sedang memegang jawatan Menteri Besar Perak, ini satu lagi tamparan kuat ke muka serta memalukan ramai orang-orang yang berada dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Twitter vs Tank In Modern Warfare

Posted: 22 Jun 2012 08:30 AM PDT




Consider the elemental: A group of our Cro-Magnon forbears gathers round the campfire to talk about the day's hunt.

Consider today: Our waistlines have expanded, our hairlines have not, and we gather round the Twitter to discuss one of our pro-basketball greats as he throws down a monstrous boom shakalaka slam dunk. In real time.

The circumstantial evidence says that we have evolved.

Somehow, over the millennia, we've lost our communal campfire where, sure, Hargore's stories sometimes went a bit long but they always ended with a flourish. Social media could be a way to reclaim that campfire.

More importantly, social media tools give everyone a voice. Until the gatekeepers of traditional media resemble the makeup of the country at large, there will always be an imbalance in the representation of minorities or otherwise marginalized groups. 

Would the current "nerd chic" trend seen prominently in post-game interviews of today's NBA stars exist without the alternate universe of blogs and social media that have fanned its flames for so long? As more people use these platforms, marginalized groups are able to represent themselves in the round, unfettered by market concerns and sensationalism.

The appeal of social media, however, is broader than representational politics. Facebook's "like" button has practically tunneled a new pathway into our lizard brains. Worlds collide. It's what the Internet does: niche becomes tweet becomes chic. Conversations swirl about class lines and continents. Everybody benefits.

Even if it just sounds like cheering for a slam dunk.

Video Tian Chua Terdiam Dengan Hujah Ahli Parlimen PAS Ini

Posted: 22 Jun 2012 07:30 AM PDT



Pada 19 Jun 2012, Dewan Rakyat menyaksikan drama yang buat pembangkang pengsan habis semasa kehangatan perbahasan mengenai laporan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai Lynas yang dibentangkan pagi Selasa.

Ia berlaku semasa para Ahli Parlimen pembangkang sedang berbahas membantah Lynas dan berlagak macam mereka profesor serba tahu mengenai soal radiasi dan keselamatan kepada orangramai.

Tanpa diduga Ahli Parlimen PAS kawasan Hulu Langat,Selangor yang merupakan seorang pakar nuklear bangunan mencelah di tengah perbahasan untuk menyampaikan pandangan profesionalnya.

Suasana dalam Dewan Rakyat terdiam sejenak bila Ahli Parlimen pembangkang itu ' kepak habis' gelagat rakan-rakannya dengan menyatakan bahawa beliau berpendapat tahap radiasi kilang berkenaan adalah selamat.

Video Azhar Idrus Telah Sesatkan PAS

Posted: 22 Jun 2012 05:00 AM PDT

Skandal Faekah & Perletakan Jawatan Rafizi

Posted: 22 Jun 2012 02:35 AM PDT


Surat ini menjadi salah satu sebab mengapa Faekah digesa meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor. Faekah memberikan sokongan kepada syarikat yang dipunyai oleh sanak saudara sendiri menggunakan surat kerajaan negeri Selangor.

Zeenat Asyiqin Binti Dato'Ahmad Zaki adalah anak saudara Faekah Husin. Anak kepada abang Faekah, Dato' Ahmad Zaki Husin adalah bekas Ketua Pengarah BPR. Ini contoh kronisme yang diamalkan oleh Faekah. Penyalahgunaan kuasa ini dikumpul dan dihidu dengan rapat oleh kem Azmin Ali.


Malah beberapa kenyataan Faekah dalam menjawab isu penyalahgunaan wang syarikat anak negeri dilihat memberi backfire kepada kerajaan PKR-DAP-PAS di Selangor. Seperti kenyataan Faekah di bawah ini. 


Perbalahan antara kem Azmin dan kem Khalid Ibrahim bertambah panas sejak Khalid dilucutkan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor pada 28 Ogos 2010. 

Pada 14 Jun 2012, Azmin Ali secara terbuka menulis dalam Twitter meminta agar Faekah dipecat sebagai Setiausaha Politik MB Selangor. Azmin Ali membuat gesaan tersebut berdasarkan dakwaan Faekah telah menyalahgunakan Geran SelangorKu bernilai RM300 juta. 


Malah Khalid Ibrahim ketika ditanya tentang dana tersebut pun turut tergagap gagap menjawabnya (baca sini). Menambahkan lagi kekeruhan yang ada bila Zuraida turut sama mencampuri untuk menuduh Faekah sebagai bermulut celupar. 



Episod pergaduhan antara kem Azmin dan kem Khalid Ibrahim ini dijangka berterusan bila Rafizi Ramli dilihat turut sama meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Dipercayai Rafizi berbuat demikian untuk menjaga hati Azmin Ali dan tidak mahu disabotaj oleh kem Azmin dan Zuraida jika beliau ingin bertanding di Pandan dalam PRU13 nanti. 

Baru perintah sepenggal, mereka sudah merebut kuasa. Mereka persiakan harapan rakyat. Mereka bergaduh pun disebabkan mahu merebut harta dan aset yang ada sejak zaman peninggalan BN. Demi menyelamatkan Selangor, rakyat Selangor perlu mengembalikan semua negeri Selangor kepada BN. Cukuplah sepenggal.

Video Anwar Ibrahim Salahguna Kuasa Semasa Menjadi TPM

Posted: 22 Jun 2012 01:30 AM PDT

Angkara Cemburu Buatkan Rafizi Letak Jawatan

Posted: 21 Jun 2012 11:33 PM PDT


Ini bukti pergolakan teruk antara kem Wan Azizah dan kem Azmin Ali sudah sampai ke tahap kronik di Selangor. Berjanji kepada rakyat bukan main lagi, tetapi rupa rupanya dalam diam diam mereka sedang bergolak sakan hendak merebut kuasa dan jawatan. 

Daripada isu Faekah sampailah kepada perletakan jawatan Rafizi di Selangor. Kalau disingkap kembali sejarah pergaduhan kerajaan PKR-DAP-PAS di Selangor sebelum ini memang banyak pergeseran yang sudah tercetus. 

Mulanya antara group reformis besar dan reformis kecil hingga mengakibatkan ada kumpulan mahu berbogel membantah kemenangan PKR di Selangor. DAP juga turut bergolak antara team Teresa Kok  dengan golongan muda dalam DAP. Kemudian pertelingkahan antara golongan ulama PAS yang diketuai oleh Hasan Ali hingga mengakibatkan Hasan Ali dikeluarkan dengan arahan Azmin Ali. 

Krisis menjadi lebih teruk ketika saat-saat memilih calon PKR-DAP-PAS untuk PRU13. Bermula dengan kes penangkapan Badrul Amin di hotel, ramai yang menyangka penangkapan tersebut adalah satu perangkap yang dipasang oleh kem Azmin Ali untuk memalukan calon-calon kem Khalid & Wan Azizah. 

Selepas itu keluar pula beberapa keping gambar peribadi Azmin di internet. Khabarnya itu adalah sebagai satu pembalasan kepada kes tangkap di hotel. 

Pergolakan itu berterusan dengan isu Faekah dan terbaru perletakan jawatan "jambu" kesayangan Anwar di Selangor. Mungkin akibat cemburu, seorang lagi "kekasih" Anwar memberi tekanan yang hebat kepada Rafizi hingga beliau meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Ikuti ulasan Zulkifli Nordin di bawah ini.


PenangWasabi

Posted: 22 Jun 2012 09:06 PM PDT

PenangWasabi


Anwar salahguna kuasa..!!! Akuan palsu, Razak digesa buat laporan polis?

Posted: 22 Jun 2012 07:05 AM PDT




Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Datuk Abdul Razak Idris digesa membuat laporan polis berikutan pendedahan beliau diarah membuat akuan bersumpah menutup kes pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, tindakan Anwar memaksa Abdul Razak membuat akuan bersumpah tersebut adalah kesalahan yang berat di sisi undang-undang.

Choo Keong yang merupakan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga berkata, pendedahan itu serius kerana akuan bersumpah yang dibuat bukan atas kerelaan Abdul Razak dan boleh disifatkan sebagai akuan palsu.

"Ini adalah satu kesalahan, ia merupakan akuan palsu. Mana boleh Anwar memaksa Abdul Razak membuat akuan bersumpah semata-mata untuk menutup dakwaan yang dihadapinya.

"Abdul Razak perlu segera membuat laporan polis dan pihak berkuasa juga perlu bertindak dengan serta-merta. Jelas sekali ia bukan akuan bersumpah Abdul Razak tetapi orang lain," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.



Abdul Razak dilaporkan membuat pendedahan beliau telah membuat akuan bersumpah membersihkan nama Anwar daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion atas permintaannya yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula berkata, beliau tidak hairan dengan pendedahan itu kerana hakikatnya banyak isu membabitkan Anwar mengugut dan memaksa pegawai kerajaan telah didedahkan.

"Sebab itu saya mahu ingatkan Anwar, jangan sombong dan angkuh, sudah banyak bukti baru yang timbul berhubung salah lakunya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri," jelasnya.

Ditanya berhubung tindakan Anwar yang sering berdolak-dalik berhubung isu berkenaan, Zahrain berkata, ia memang permainan Ketua Pembangkang itu untuk mengalihkan persepsi negatif terhadap diri beliau.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pula menyifatkan pendedahan tersebut sebagai bukti terbaru penyalahgunaan kuasa oleh Anwar sewaktu memegang kuasa.

"Selama ini, Anwar tuduh kita macam-macam, tetapi berdasarkan bukti-bukti didedahkan hari ini, semua tuduhan yang dilemparkan itu, sebenarnya beliau yang lakukan.

"Jadi, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengenal pasti kebenaran," ujarnya.

Penang Wasabi..

r b f

Posted: 22 Jun 2012 07:54 PM PDT

r b f


Rafizi Insaf-Baru Nak Belajar Puasa dan Beribadat ?

Posted: 22 Jun 2012 07:01 AM PDT


Ada dua perkara yang saya nak perkatakan tentang lelaki yang bermulut betina ini...

Rafizi Ramli diwar-warkan sebagai seorang yang terpelajar dan bakal menjadi pemimpin besar PKR. Nak jadi pemimpin besar, tapi otak, mulut dan perangai seperti orang yang tak cerdik.

Semalam ketika berbalas tweet dengan Papa Gomo , Rafizi yang dikatakan seorang yang berpelajaran mengeluarkan ayat berbunyi,

Dia ada fantasy tengok saya bogel, nak sangat 

Untuk mengetahui apa yang dibalas oleh gomo anda boleh rujuk di sini

Adakah orang seperti itu layak diangkat sebagai pemimpin ?


Perkara kedua....

Rafizi dalam kenyataan semalam berhubung perletakan jawatannya mengatakan seperti berikut,

"Penat  Ramadan juga sudah berhampiran, (saya mahu) memberi tumpuan kepada ibadat"

Nak masuk bulan puasa dia kena berhenti kerja...

Rafizi bekerja di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor sejak dua tahun lepas. Maknanya sudah dua kali Ramadan dia di pejabat berkenaan.

Tiba-tiba menjelang bulan Ramadan tahun ini dia letak jawatan kerana puasa dan nak tumpu kepada ibadat.

Adakah sepanjang dua tahun dan dua kali bulan puasa dia di pejabat berkenaan dia tidak pernah puasa dan tidak beribadat ?

Mungkin tahun ini dia dah insaf  dan nak belajar puasa serta buat ibadat. .

Buruh yang buat rumah batu pun tidak letak jawatan kerana nak puasa. Tetapi Rafizi terpaksa letak jawatan kerana puasa.

Puasa elok-elok ya Rafizi.Jangan pula curi-curi makan lolipop....

Kalau tak tahan puasa separuh hari sebagai permulaan....

Bila Kena Orang Mereka, Inilah Ketelusan - Bila Kena Orang Kita, Rasuah

Posted: 22 Jun 2012 05:06 AM PDT

Mengikut laporan dari malaysiakini , Faekah Husin mengakui surat yang dihantarnya kepada PNSB melibatkan firma guaman anak saudaranya.

Yang syoknya Faekah berkata surat itu menunjukkan ketelusan yang diamalkan oleh pentadbiran PKR.

Inilah politik hancing yang diamalkan oleh PKR, PAS dan DAP.

Apabila kena atas batang hidung mereka tiba-tiba terus bertukar menjadi ketelusan yang diamalkan.

Shahrizat Jalil yang tidak terlibat , tidak kena mengena dan tidak ada satu surat pun yang dihantar untuk suaminya mendapatkan pinjaman bagi projek lembu fidlot, bergegar-gegar pentas ceramah mereka tuduh Kak Ijat rasuah dan salah guna kuasa. Sampaikan kawan itu terpaksa berundur dari kabinet kerana tidak mahu membebankan kerajaan.

Bila kena kepada mereka, inilah ketelusan....

Kepala bapak hang ! 

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 22 Jun 2012 03:42 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


JAIS dan Pas dituduh bersekongkol rampas masjid

Posted: 22 Jun 2012 03:30 PM PDT

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR 22 Jun - Sekumpulan penduduk Taman Equine, Seri Kembangan, dekat sini, hari ini mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pemimpin Pas telah melakukan konspirasi bagi merampas Masjid Al-Muttaqin Taman Equine.

Bekas Nazir Masjid Al-Muttaqin Taman Equine, Zainal Abidin Manaf berkata, ini adalah kerana jawatankuasa baru masjid berkenaan dilantik tanpa mesyuarat membabitkan penduduk di kawasan berkenaan.

"Lebih mengecewakan apabila mereka yang dilantik merupakan bukan penduduk kawasan ini dan sebahagian besar pula merupakan pemimpin sebuah parti," katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di masjid berkenaan.

Sedangkan kata Zainal Abidin, beliau yang telah sembilan tahun memegang jawatan di masjid berkenaan, juga telah mengadakan mesyuarat serta melantik jawatankuasa baru dan senarai itu telah diserahkan kepada JAIS.

Bagaimanapun, katanya, JAIS tidak memberi sebarang jawapan kepada mereka, tetapi sebaliknya melantik jawatan kuasa baru yang hanya diumumkan di masjid itu hari ini.

Seorang pemimpin masyarakat, Nor Mohamad Zin Mohamad Naim pula berkata, beliau mempunyai bukti bahawa sebahagian besar jawatankuasa baru itu terdiri daripada pemimpin Pas dan mereka yang tidak bermoral kerana terlibat dengan perhimpunan haram Bersih.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya sedang mengumpul tandatangan penduduk dan satu surat akan dihantar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyatakan pandangan penduduk berkenaan.

"Kita akan akur apa juga keputusan yang dibuat oleh Sultan," ujar beliau.

- UTUSAN

Mati selepas menonton semua perlawanan EURO 2012 tanpa tidur...

Posted: 22 Jun 2012 11:00 AM PDT

Seorang peminat bola sepak dari China, meninggal dunia setelah mengharungi 11 malam tanpa tidur hanya kerana menonton setiap perlawanan Euro 2012.

Jiang Xiaoshan yang juga penyokong kuat pasukan England dan Perancis, mati kepenatan pada pagi Selasa yang lalu.

Oleh kerana masa perlawanan adalah berlainan, beliau dilaporkan berjaga malam bersama rakan-rakannya setiap malam untuk menonton dan pergi ke kerja pada paginya.

Setelah menonton perlawana antara Ireland dan Italy, Sina.com melaporkan beliau telah pulang ke rumahnya di Changsa pada pukul lima pagi, kemudian beliau mandi, terus tidur dan tidak bangun-bangun lagi selepas itu.


Kematian beliau amat mengejutkan rakan-rakannya yang lain kerana, Jiang mengamalkan kehidupan yang sihat selama ini dan pernah bermain bola sepak untuk universitinya beberapa tahun yang lepas.

Menurut sumber, kesan daripada alkohol dan tembakau, ditambah pula dengan kepenatan yang melampau, berkemungkinan menyebabkan kematian Jiang kerana ia melemahkan sistem imunisasi tubuhnya.

DM

Note: The #CelcomElephants are taking on the birds' territory and trying to fly now. Find out why on 27 June!

(Gambar) Mengapa wanita ini dibenarkan mandi 'separuh bogel' di kolam renang awam?

Posted: 22 Jun 2012 10:00 AM PDT

Kolam renang awam selalunya akan dipenuhi dengan keluarga dan kanak-kanak. Oleh yang demikian, kolam renang awam mempunya peraturan-peraturan yang khusus bagi menjaga sensitiviti setiap individu yang berenang di situ.

Kolam Renang Medgar Evers di tengah Seatlle telah meletakkan papan tanda peringatan kepada semua yang datang ke kolam renangnya. Papan tanda itu bertulis




"Ini adalah tempat tempat kemudahan rekreasi keluarga, sila berpakaian dan berkelakuan dengan sopan"

Ini bermakna, bagi wanita yang suka berenang tanpa mengenakan bikini atau pakaian renang yang lengkap serta mendedahkan payudara mereka, tidak dibenarkan masuk ke tempat rekreasi tersebut.

Namun begitu, pihahk pengurusan kolam renang tersebut terpaksa mengubah polisi mereka khas untuk wanita ini. Mereka terpaksa membenarkan wanita ini untuk berenang dengan hanya memakai seluar pendek tanpa menutup payudaranya.

Mengapa?

Kerana wanita ini telah menjalani dua pembedahan mastectomy bagi membuang kedua-dua payudaranya.
Pada mulanya, pihak pengurusan masih mahu beliau memakai bikini yang penuh, tetapi setelah menerangkan keadaan bliau yang tidak boleh mengenakan apa-apa pakaian yang ketat di atas "tapak" payudaranya dulu akibat kesakitan, maka beliau telah diberi pengecualian.

Wanita tersebut juga memberitahu, jika dia 'topless' sekalipun, tidak akan menjejaskan pandangan sesiapa pun di kolam renang itu.

Itulah yang berlaku kepada Ms Jaecks dari Seattle yang telah mengalami dua pembedahan bagi membuang payudaranya yang dijangkiti kanser.

DM

Ads : Why are the #CelcomElephants trying to fly now? We'll find out on 27 June on the Celcom website!

Daphne Iking mahu dedah kisah bekas suami saman lelaki yang mahu mengoratnya...

Posted: 22 Jun 2012 09:01 AM PDT

PETALING JAYA: Pengacara televisyen, Daphnie Iking akan mendedahkan kepincangan dalam rumah tangganya termasuklah pelbagai tuduhan yang dilemparkan melalui pementasan Super Kam & The League of Extraordinary Femmes.

Daphnie berkata, selama ini ramai pihak yang tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku dalam rumah tangganya sehingga menyebabkan hatinya benar-benar pedih dan terluka.

"Ya, hati saya pedih apabila bekas suami menyaman lelaki lain kerana mengurat saya tetapi saya cuba melupakan peristiwa itu dengan ketawa.

"Ramai yang tidak tahu cerita sebenar tentang masalah dalam rumah tangga saya tetapi menuduh saya yang bukan-bukan, jadi saya mahu menggunakan pentas teater untuk mendedahkan semua itu," katanya secara eksklusif kepada mStar Online.




Teater komedi itu bakal dipentaskan di Black Box @ MAPS KL, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur bermula dari 28 Jun hingga 1 Julai depan, pukul 8.30 malam.

Ia mengambil ilham daripada kes mahkamah yang membabitkan bekas suaminya dan seorang tokoh korporat yang didakwa menggoda Daphne.

Pementasan itu turut diterajui oleh pelawak handalan iaitu Joanne Kam Poh Poh, Jo Kukathas, Joanna Bassey, Maya Tan dan Shamaine Othman.

Dalam pementasan itu beliau akan memegang watak wanita idaman lelaki (wet dream girl) yang akan diterjemahkan dalam sebuah komedi spontan.

Daphnie atau nama Islamnya Dahlia Eleanor Iking telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan iaitu Azmi Abdul Rahman pada 8 Januari 2011 dalam satu majlis ringkas yang diadakan di rumah keluarganya di Penampang, Sabah.

Menyedari akan kritikan yang bakal diterima terutama selepas memeluk Islam dan berkahwin dengan lelaki Melayu, Daphne berkata; "Saya tidak peduli apa yang orang lain akan kata. Allah tahu siapa sebenarnya diri saya."

Sementara itu Joanne mengakui turut simpati dengan tohmahan yang terpaksa ditanggung oleh teman rapatnya itu sehinggalah dia terpanggil untuk menjadikan kisah tersebut sebagai bahan jenaka melalui pementasan terbabit.

"Saya suka menggunakan kisah peribadi sebagai bahan jenaka. Sebagai sahabat, saya banyak menggunakan Daphne sebagai 'mangsa' lawak jenaka saya.

"Untuk pementasan kami kali ini, saya mahu Daphne menjadi gadis GRO yang dilanggan bekas suaminya," ujarnya sambil ketawa.

Diterbitkan oleh ToniQ Creative, Super Kam & The League of Extraordinary Femmes turut memaparkan sketsa yang menyentuh isu-isu politik dan sosial semasa.

Tiket-tiket berharga RM58 dan RM68 boleh diperoleh dengan menghubungi TicketPro hotline di talian 03-7880-7999, atau layari www.ticketpro.com.my

Ads: From trees to mountains, the #CelcomElephants are now taking on the skies! Wonder why? 

(Video) Baju tersangkut pada pintu, gadis ini berlari separuh bogel ditengah pekan!

Posted: 22 Jun 2012 08:01 AM PDT

Cuba bayangkan (terutama wantia), ketika anda turun dari teksi, ditengah pekan yang sibuk, anda tutup pintu teksi, tiba-tiba baju anda tersangkut pada pintu teksi berkenaan.

Kemudian teksi tersebut terus dipandu, tanpa menyedari pakaian anda sedang terlekat pada pintu.

Baju anda terus ditarik oleh teksi yang sedang bergerak tersebut, dan yang tinggal pada badan anda hanyalah baju dan seluar dalam anda...

Itu lah yang terjadi pada Mischa Barton ini. MUJURLAH ianya hanya berlaku dalam sebuah video klip Everbody's On The Run ...enjoy!






Note: The sky's the limit for the #CelcomElephants, wonder why they're trying so hard to fly?

Pelajar perempuan tempuh pengalaman ngeri dicabul 4 lelaki

Posted: 22 Jun 2012 07:00 AM PDT

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Akibat meminati seorang pelajar perempuan sebuah kolej, empat orang lelaki berusia lewat 20-an yang bersenjatakan pisau nekad 'menculik' mangsa, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa sedang mengunggu bas berhampiran kolejnya di Jalan Raja Laut, di sini, sebelum dihampiri kereta dinaiki lelaki terbabit.

Sumber berkata, sebaik berhenti di depan mangsa, lelaki terbabit mempelawa mangsa menaiki kereta bersama mereka untuk bersiar-siar.

Bagaimanapun, mangsa menolak pelawaan itu dengan baik.

Beliau berkata, tindakan mangsa itu menimbulkan kemarahan suspek sebelum dua daripada mereka turun lalu menarik mangsa masuk ke dalam kenderaan.

"Kumpulan terbabit kemudian membawa mangsa ke sebuah kawasan gelap di Ulu Yam," katanya.

Katanya, seorang daripada mereka mengeluarkan pisau dan mengacukan ke arah mangsa.




"Mangsa yang bimbang dicederakan hanya mendiamkan diri sebelum kumpulan terbabit mencium dan merabanya. Mangsa bergelut sebelum berjaya menyelamatkan diri," katanya.

Beliau berkata, sebaik berjaya daripada kenderaan itu, mangsa terus menahan sebuah kereta dinaiki dua lelaki yang tidak dikenali yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

"Panik melihat mangsa mendapat bantuan daripada dua lelaki itu, kumpulan terbabit bergegas meninggalkan kawasan berkenaan," katanya.

Mangsa dihantar pulang ke kediamannya di Batu Caves, di sini, oleh dua lelaki terbabit sebelum keluarganya membuat laporan di balai polis.

Katanya, dalam kejadian itu mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, namun masih trauma dengan insiden yang menimpanya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

#LG3DSmartTV has battery-free glasses, 2D to 3D content conversion & magic motion remote for a great 3D experience! 

Ghairah melihat seluar dalam wanita selepas hidu gam

Posted: 22 Jun 2012 06:21 AM PDT

KANGAR - Gara-gara khayal selepas menghidu gam, seorang lelaki menjadi terlampau ghairah apabila terpandang seluar dalam wanita lalu mencuri pakaian dalam itu yang dijemur diampaian di Taman Hijrah di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, lelaki berusia awal 20-an yang menunggang motorsikal bersendirian mengelilingi kawasan perumahan terbabit dan mencuri seluar dalam di ampaian sebuah rumah.

Jiran yang melihat kejadian itu menyergahnya menyebabkan lelaki berkenaan melarikan diri dengan motorsikal bersama seluar dalam itu.

Pemilik rumah berkenaan, Norita Abdul Karim, 38, berkata, beliau tiada di rumah ketika kejadian dan terkejut apabila dimaklumkan tida seluar dalam milik anak gadisnya dikebas seorang lelaki yang dikatakan mabuk gam.

"Saya pernah mendengar kejadian mencuri seluar dalam di jemuran di kawasan lain, tetapi tidak menyangka ia berlaku kepada kami pula.

"Seluar dalam itu tidak berjenama, tetapi kecurian ini menakutkan kami kami sekeluarga," katanya.




Beliau berkata, jika kecurian pakaian diampaian berterusan, ia boleh menyebabkan masalah besar kerana terpaksa menggantikannya.

"Kejadian itu menyebabkan anak gadis saya tidak berani meninggalkan seluar dalam di ampaian kecuali jika mereka berada di ruman," katanya semalam.

Beliau berkata, selain seluar dalam, lelaki itu turut mengambil sehelai baju-T dan seluar sukan milik anaknya yang baru dibeli.

"Lelaki itu dilihat membawa bungkusan plastik dipercayai berisi gam dan kritka munggang motorsikal, dia dilihat menekap plastik itu ke hidung. Mungkin dalam keadaan khayal, dia menjadi terlalu ghairah apabila terpandang seluar dalam," katannya.

Bagaiamanapun Norita berkata, beliau tidak bercadang membuat laporan polis.

"Saya akan bekerjasama dengan jiran untuk menangani masalah berkenaan," katanya

Iklan : Gajah ghairah mahu terbang..hahahah!

Cuepacs kesal sambutan dingin Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Posted: 22 Jun 2012 04:30 AM PDT

GEORGETOWN -  Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meluahkan rasa kesal dengan sikap kerajaan Pulau Pinang yang seolah-olah keberatan untuk menjalin hubungan dengan badan itu.
 
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008, kerajaan pimpinan DAP itu tidak membabitkan Cuepacs dalam soal menjaga kepentingan penjawat awam di Pulau Pinang.
 
"Cuepacs negeri lain semua mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri mereka, termasuk di Selangor, Kelantan dan Kedah. Ada kerajaan negeri itu yang memberi sumbangan kepada Cuepacs negeri mereka.
 
"Kita tak pandang parti mana memerintah, kita pandang yang mana kerajaan memerintah kita hormat... kerana penjawat awam ini yang menjalankan dasar kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan," katanya pada sidang media, di sini.
 
Beliau yang ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) cawangan Pulau Pinang, berkata usaha Cuepacs Pulau Pinang untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng sering terhalang.
 
Wakil Cuepacs negeri sudah cuba menghubungi pembantu Ketua Menteri untuk mengatur pertemuan, namun usaha itu gagal kerana tiada langkah susulan dibuat daripada kerajaan negeri termasuk alasan Ketua Menteri sibuk, katanya.
 
Beliau berkata kurangnya hubungan langsung di antara kepimpinan negeri dan Cuepacs menyebabkan wujud kekangan dalam usaha badan itu membela kepentingan lebih 80,000 penjawat awam di Pulau Pinang.
 
Omar berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Lim minggu depan untuk memohon mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri itu dalam usaha Cuepacs meningkatkan hubungannya dengan kerajaan negeri.
 
Dalam perkembangan lain, Omar memohon Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) memberi sumbangan kepada Cuepacs bagi membolehkan bantuan kebajikan disalur kepada ahlinya.
 
Menyifatkan sumbangan itu sebagai tanggungjawab sosial Angkasa, beliau berkata sumbangan tersebut adalah wajar memandangkan lebih 85 peratus penjawat awam membuat pemotongan gaji melalui Angkasa.
 
"Sudah sampai masanya kita memohon jasa baik Angkasa untuk memberi sumbangan kebajikan kepada Cuepacs... kerana penjawat awam adalah pendukung kepada Angkasa, membantu dari segi hal ekonomi Angkasa," katanya.

- Bernama

Tukang cuci gila seks cabul suri rumah

Posted: 22 Jun 2012 03:30 AM PDT

Gambar Hiasan
GOMBAK - Seorang tukang cuci yang gagal mengawal nafsunya sanggup mencium dan meraba seorang suri rumah ketika ketiadaan suami wanita terbabit di kediaman mereka di Sungai Buloh, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 47 tahun itu menelefon lelaki terbabit yang bekerja sambilan untuk membersihkan kawasan rumahnya.

Menurut sumber, sebaik tiba, lelaki itu yang dua tahun mengenali mangsa pada mulanya terus membersihkan kawasan seperti biasa.

"Selepas tugasnya selesai, mangsa meminta lelaki itu menuggu sebentar sebelum dia masuk ke dalam rumah untuk mengambil wang.

"Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa menyerahkan wang terbabit sebelum dia terkejut apabila lelaki itu mencium dan meramas tangannya," katanya.

Beliau berkata, mangsa menepis dan menghalaunya pergi, namun lelaki itu enggan berganjak sebaliknya bertindak lebih berani dengan memeluk dan cuba mencium mangsa.




"Terkejut dengan situasi itu, mangsa menolak sebelum menjerit  dan menyebabkan lelaki itu panik dan terus melarikan diri.

"Mangsa menghubungi pihak pengurusan pekerja terbabit sebelum memaklumkan kejadia itu," katanya.

Menurutnya, pihak pengurusan berkenaan yang menerima aduan mangsa terus menyoal lelaki itu sebelum dia mengaku dan meminta maaf, tetapi mangsa telah membaut laporan di Balai Polis Desa Jaya.

Iklan dua kupang: Lebih seksi dan teguh!



UMNO tukarkan suami Cikgu Mala ke sekolah jauh...bila pulak JPN jadi UMNO ni...

Posted: 22 Jun 2012 02:54 AM PDT


KUALA LUMPUR - "Saya tidak pernah berniat untuk masuk Umno. Saya berjuang dalam Pas untuk mencari keredaan ALLAH SWT."

Demikian kata bekas calon Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman.

Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala berkata, tindakan penulis blog yang memfitnah dirinya dengan mengatakan beliau kecewa dengan Pas dan membuat keputusan untuk masuk Umno adalah keterlaluan.

"Saya menafikan dakwaan blogger yang mengatakan saya berniat untuk jadi ahli Umno.

"Selaku pimpinan muslimat dan isteri, saya mahu tegaskan saya dapat sokongan padu daripada suami, keluarga dan jemaah untuk berjuang dalam Pas," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat  Pas, hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof dan Timbalannya, Dr Siti Mariah Mahmud.

Khabar angin itu mula tersebar sejak Rabu lalu melalui blog penaksj.wordpress.com yang dipercayai dimiliki oleh penulis blog Umno.

Blog itu mendakwa beliau mengalami masalah kewangan serta masalah tuntutan janji kebajikan yang dijanjikan Pas setelah beliau kalah dalam PRK Dun Tenang pada 2010.

Normala yang juga ahli jawatankuasa Dewan Muslimat Pas berkata, sekiranya isu ini terus dipanjangkan, beliau tidak teragak-agak untuk menyaman mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu.

"Saya menuntut permohonan maaf daripada blogger yang membuat fitnah dan menyebarkan berita palsu ini.

"Saya mahu tanya, kalau betul ada pihak mahu bantu kebajikan saya, bila suami saya akan dilayan secara adil dan dikembalikan ke sekolah asal?" katanya.

Beliau berkata, tindakan Umno menukarkan suaminya ke sekolah menengah di Kota Tinggi sejauh 270 kilometer merupakan tekanan dan dendam politik.

"Saya menasihati blogger Umno supaya berhenti daripada menjuarai budaya fitnah dan ini jelas akan menyebabkan semakin ramai rakyat akan terus membenci Umno," katanya.

Sementara itu, Dr Siti Mariah berkata, Pas tidak menjanjikan kewangan tetapi sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menjaga kebajikan ahli.

"Isu fitnah begini bukan perkara baru. Kami tidak rasa gentar dengan fitnah begini.

"Kami mahu beri gambaran sebenar mengenai isu ini. Kalau tidak jawab, mereka akan mainkan isu ini berminggu-minggu dan akan mengelirukan banyak pihak," katanya.
posted from Bloggeroid

Zunar tolak pelawaan Kartunis Bersama PM, betul ke ada pelawaan, ke syok sendiri?

Posted: 22 Jun 2012 02:00 AM PDT

KARTUNIS terkenal negara, Zunar yang pernah melukis di dalam majalah Gila-Gila suatu masa dahulu hari ini secara tegas menolak pelawaan ke sebuah program kartunis bersama Perdana Menteri esok.

Di laman peminatnya di Facebook, beliau mendakwa ada pihak tertentu yang disebut sebagai "datuk-datuk berkenaan" yang tidak henti-henti memujuknya ke program itu.

Bagaimanapun, beliau secara tegas menyatakan bahawa beliau memiliki harga diri dan meminta pihak yang mempelawa itu agar berhenti daripada menelefonnya.

Di laman peminat facebook beliau menulis:

"Kepada yang berkenaan, berhentilah memujuk saya kerana saya tidak akan hadir program kartunis bersama PM di Central Market esok. Saya punya harga diri. Dan kepada Datuk-datuk berkenaan, berhentilah menelefon saya, saya tak ada urusan dengan kamu semua."




Kalau dilihat, Zunar bertindak bijak dalam hal ini. Pelawaan itu mungkin merupakan satu perangkap untuk beliau.

Andai kata Zunar menyertai majlis itu barangkali gambar beliau yang terkenal dengan karya-karya yang mengkritik Najib akan dimanipulasi oleh pihak tertentu sebagai menunjukkan kononnya beliau menyokong Najib.

Milo Suam

Isu Faekah bukan senjata sasar MB Selangor - Rafizi (Tapi saya cabut dulu!)

Posted: 22 Jun 2012 01:30 AM PDT

SHAH ALAM - Kontroversi melibatkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin tidak pernah dijadikan sebagai 'senjata' untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatannya, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Sebaliknya menurut beliau, kontroversi terbaru itu hanya "satu isu pentadbiran" dan bukannya soal nasional sehingga dilihat akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat khususnya PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"Saya tidak lihat begitu, tidak... tidak. Langsung tiada kaitan dengan Menteri Besar, bukan usaha mahu menjatuhkan Menteri Besar.

"Ini hanya satu isu, satu soal pentadbiran sahaja. Tiada persoalan sama sekali mengenai kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Rafizi, yang semalam mengumumkan keputusannya meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, juga menyifatkan perkembangan terbaru ini sebagai hanya "ribut di cawan."

Kontroversi hangat gerakan menjatuhkan Faekah dilaporkan bermula menerusi laman sosial Twitter.

Ada pihak mahu Faekah digugurkan daripada jawatan Setiausaha Politik. Malah Faekah juga mendapat sokongan ke atas kenyataan dan tindakan-tindakan yang diambil beliau.

Mengulas lanjut, Rafizi tidak menolak kewujudan rasa tidak puas hati di kalangan segelintir pemimpin parti dengan kepimpinan pentadbiran Kerajaan Negeri.

"Perkara ini wujud apabila ada pemimpin dan ahli merasakan bahawa pandangan parti (PKR) tidak diterima oleh kepimpinan Kerajaan Negeri.

"Ada yang berpandangan bahawa Kerajaan Negeri harus menghormati parti dengan menerima pandangan-pandangan yang diberikan, ada yang mendakwa kepimpinan Kerajaan Negeri bertindak defensif," katanya.

Jelas Rafizi, ada pemimpin berpandangan bahawa Kerajaan Negeri tidak boleh menggunakan soal pemisahan kuasa sebagai satu alasan untuk tidak mahu mendengar pandangan parti.




"Memang kami di Pakatan Rakyat mengambil pendekatan ini iaitu pemisahan, berbeza daripada era BN dan Umno, tetapi kami merasakan bahawa perlu ada mekanisme untuk menyalurkan pandangan parti kepada Kerajaan Negeri," katanya dengan merujuk kepada isu kutipan sampah di Selangor baru-baru ini.

"Parti beranggapan bahawa pandangan peringkat bawahan perlu diambil kira, sedang ada pihak di pentadbiran Kerajaan Negeri berpandangan sebaliknya," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, kepimpinan Kerajaan Negeri, yang dirujuk kepada Khalid selaku Menteri Besar, perlu menyedari perkara ini dan mengambil tindakan untuk mengatasinya.

"Saya menghormati hak Tan Sri Khalid melantik pegawai-pegawai yang difikirkan sesuai dengan keperluan tanggungjawab beliau.

"Tetapi Menteri Besar juga perlu memahami aspirasi ahli-ahli dan pemimpin parti dalam soal ini," katanya lagi.

Ustaz Azhar Idrus sahkan PAS sesat lagi menyesatkan..Hidup Ustaz Azhar! Takbir!

Posted: 22 Jun 2012 01:00 AM PDT

Tontonlah sehingga tamat video ini dan lihat bagaimana ulasan-ualasan yang dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus yang menjelaskan penerangan yang kabur selama ini oleh penyokong-penyokong PAS mengenai kesesatan PAS.

Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan yang cukup detail, kalau tak faham lagi, tak tahu la..

Hidup Ustaz Azhar Idrus! Takbir...







Tahaluf Siyasi - PAS bersungguh sungguh menyakinkan penyokong sendiri,tetapi sebaliknya perancangan peringkat tertinggi kepimpinan PAS sebenarnya lari daripada matlamat yang sebenar.



Pimpinan PAS buat tak tahu, akar umbi mengamuk, tarian lucah berleluasa!

Posted: 21 Jun 2012 11:40 PM PDT

Gambar hiasan
Mengamuk sakan blogger dari pembangkang. Pendedahan demi pendedahan dilakukan, tapi pemimpin buat pekak, akhirnya yang beriman bersuara jugak!


PENULIS RASA TERCABAR !!! dan terpanggil megapa kedah yg di perintah oleh kerajaan baru seolah-olah menghalalkan pusat-pusat hiburan tumbuh seperti cendawan sedangkan ini kerajaan pas yg menperjuangan islam..diman pemimpin2 pas yg mahu mencegah amar'makruh nahi mungkar...!!!

Siapa sangka kerajaan yg memerintah kedah menbiarkan pusat-pusat hiburan tumbuh seperti cendawan di sekitar alor setar dan bandar-bandar besar dan kecik di kedah, sakit mata memanndang sakit hati lagi kita yg berugama islam yg memerangi gejala sosial, apa dah jadi dengan slogan negara islam dan kedah sejahtera kini.

kini 4 tahun memerintah kelab malam baru dan besar tumbuh seperti cendawan,di sekitar TESCO mergong saja ada 3-4 kelab malam dan di di pusat bandar jalan putra kelab malam 2 masih kekal beroperasi dan tidak dikira di bandar-bandar besar di seluruh kedah..!!! di sekitar alor setar kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.

Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki.

Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.

dimana exco kerajaan tempatan,ahli-ahli majlis yg memantau premis-premis ini di benarkan beroperasi,bila di tanya kepada exco dan ahli majlis ..jawapan yg sama kita tak boleh buat apa-apa ? siapa yg berkuasa ..!!! jika exco dan ahli majlis tak berkuasa siapa lagi...? yg meluluskan lesen dan premis ini beroperasi sebenarnya DO dan Dato bandar alor setar..? siapa DO alor setar dan siapa Dato Bandar Alor setar bukan kah mereka di bawah kuasa kerajaan yg memerintah,

jika benar D.O dan Dato Bandar Alor Setar sila bagi arahan dan tukar atau pecat mereka sebagai D.O dan Dato.Bandar,mereka bukan saja jadi pengkianat kepada pemerintah malah mereka juga telah melanggar sebagai peguasa seorang yg berugama islam di kedah ini...

Rakyat bukan mahu jawabpan yg berbelit-belit tapi rakyat mahu kerajaan yg sedia ada tunai janji sebagai pemerintah yg memerintah negeri seperti negeri yg pemerintahnya berugama Islam,jangan cemarkan nama islam jika kita tak manpu mengikut perintah islam....

kedahkita.net


(Gambar) Kerana Wang, Adda Butterfly Kini Hidup Bersama Pengkid?

Posted: 21 Jun 2012 11:00 PM PDT

Agak berat juga gossip yang kami dengar berkaitan Adda Butterfly kali ini. Belum pun surut kisah perkahwinan beliau yang hanya berjaya kekal selama 17 hari.

Semalam, melalui Utusan Malaysia bekas suami Adda Butterfly tampil memberikan kenyataan meminta selebriti ini berhenti mengaibkan diri beliau di media. Menarik untuk dibaca.

Dan, seseorang yang rapat dalam hidup Adda Butterfly hari ini tampil menceritakan status terkini penyanyi tersebut yang dikatakan sudah tersimpang dari norma kehidupan. Eh.





Adda Butterfly khabarnya menjalin hubungan dengan seorang pengkid yang sudah dikenali beberapa tahun lalu. Sumber kami enggan dedahkan nama pengkid tersebut, hanya gambar.

Pengkid ini juga dikatakan sudah menaruh harapan terhadap Adda Butterfly semenjak zaman percintaan penyanyi itu dengan Mamat Sepah & kini merupakan masa paling sesuai.

Baru baru ini, mereka berdua telah terbang ke China untuk bercuti bersama kawan kawan yang lain dan gambar disebelah diambil ketika mereka berada disana — Adda Butterfly tanpa tudung seperti biasa.

Kami berharap sangat yang gossip ini sekadar gossip kerana sukar untuk di'percayai hubungan mereka berdua sejauh itu lebih lebih lagi si 'pengkid' ini sudah pun mempunyai teman lelaki. Hmm.

Rotikaya

(Gambar) Maya Karin jalin hubungan Dato berwajah misteri??

Posted: 21 Jun 2012 09:30 PM PDT

PETALING JAYA: Aktres jelita Maya Karin menolak dakwaan terbaru kononnya dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang tokoh korporat berstatus Datuk.

Terbaru, bintang filem Ombak Rindu ini dilihat seolah-olah mempunyai hubungan mesra dengan individu yang merupakan cucu kepada ahli perniagaan ternama pada sebuah majlis makan malam dekat sini, malam Rabu lalu.

Gambar Maya bersma ahli perniagaan berusia sekitar 40-an itu dirakamkan oleh jurufoto M. Azhar Arif.

Mengulas mengenai gosip itu, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 33, mengaku menghadiri majlis tersebut bersama lelaki berkenaan tetapi tidak mempunyai hubungan istimewa seperti didakwa.

"Benar saya menghadiri majlis makan malam itu dan duduk semeja dengan beliau tetapi saya hadir atas jemputan sebagai tetamu syarikatnya dan tiada apa-apa yang istimewa antara kami.

"Kalau hendak tahu, saya kerap berurusan dengan syarikat tersebut dalam projek-projek tertentu seperti kempen alam sekitar dan beberapa lagi. Hubungan kami memang baik sejak tiga hingga empat tahun lalu, sebab itu saya di undang sebagai tetamu," katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Khamis.
Kasihan Dato Justin...upps...telah dimisterikan wajahnya oleh jurugambar




Maya berkata gosip itu adalah tidak berasas kerana dia masih solo sehingga hari ini sejak bercerai dengan bekas suami Muhammad Ali Abdullah atau Steven David Shorthose pada 16 Julai 2010.

"Sehingga hari ini saya masih solo dan belum temui pengganti. Tiada apa yang hendak dirahsiakan jika saya sudah ada teman baru.

"Saya mahu menikmati kehidupan solo ini sepuas-puasnya dan melakukan perkara-perkara yang saya suka seperti mengembara tanpa ada sekatan," katanya.

Maya duduk bersebelahan dengan seorang tokoh korporat bergelar Datuk ketika menghadiri sebuah majlis makan malam di ibu negara, malam Rabu lalu.

- Foto oleh M. AZHAR ARIF

Wanita dedah gambar 'aksi panas'nya bersama bekas penyanyi Kerispatih...

Posted: 21 Jun 2012 08:30 PM PDT

JAKARTA: Bekas penyanyi kumpulan Kerispatih iaitu Sammy Simorangkir yang disumbat ke dalam penjara di sini kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada tahun lalu berhadapan dengan masalah baru apabila dituduh mempermainkan seorang wanita.

Individu yang menggelar namanya sebagai Nata Naritha pada Khamis membuat pengakuan pernah tinggal bersama Sammy tanpa ikatan perkahwinan yang sah selain telah diperdaya oleh penyanyi tersebut yang berjanji mahu mengahwininya.

"Dia ada berjanji untuk menikahi saya nanti tapi itu semua janji-janji kosong," ujarnya seperti dipetik portal detikhot.com pada Khamis.

Wanita itu menambah selama ini dia sudah terpedaya dengan janji-janji manis Sammy tetapi sayangnya cintanya itu tidak dibalas.
Sammy Simorangkir

Sementara itu portal tabloidbintang.com pula melaporkan, Nata yang pernah terlibat dalam filem "Pacar Hantu Perawan" itu mengaku mempunyai bukti kukuh mengenai hubungan mereka.

Dalam satu pertemuan dengan para wartawan di Tebet, Jakarta Selatan di sini pada Khamis, wanita itu turut menunjukkan gambar-gambar mesranya bersama Sammy walaupun penyanyi lelaki tersebut menafikan hubungan mereka.




Menurut Nata, gambar yang didedahkan itu hanyalah sebahagian kecil yang ada dalam simpanannya tetapi dia memiliki banyak lagi koleksi gambar panas yang mahu dirahsiakan buat sementara waktu.

"Ada gambar lain yang "terbuka" tapi selepas diberitahu kepada keluarga untuk didedahkan, mereka kata jangan," ujarnya.

Pada Mei lalu Sammy hadir ke Kuala Lumpur untuk melancarkan album solo pertamanya berjudul Aku Kembali.

- mStar

Lin Dan rampas kedudukan Chong Wei sebagai pemain nombor satu dunia

Posted: 21 Jun 2012 07:45 PM PDT

LIN DAN merampas ranking nombor satu dunia milik pemain negara, Datuk Lee Chong Wei selepas kedudukan terbaru dikeluarkan badan induk badminton dunia BWF semalam menunjukkan jaguh China itu yang juga pemenang pingat emas Olimpik Beijing, meninggalkan pencabarnya dengan perbezaan 1,414 mata.

Berikutan kecederaan dialami Chong Wei, peralihan ranking ini memang dijangka selepas pemain utama negara itu tidak dapat menyertai sebarang kejohanan, termasuk Siri Super Premier Terbuka Indonesia minggu lalu, kejohanan yang pada awalnya berada dalam kalendar pertandingan Chong Wei.

"Kami memang jangkakan perkara ini akan berlaku kerana sebelum ini kedudukan mata antara Chong Wei dan Lin Dan terlalu rapat," kata jurulatihnya Tey Seu Bock.

Kedudukan ranking terbaru itu dikira berdasarkan penyertaan Lin Dan di Terbuka Thailand, meskipun juara Olimpik itu terkandas di suku akhir.




Chong Wei mengungguli ranking nombor satu dunia sejak 21 Ogos 2008 hingga 20 Jun lalu.

Perubahan ranking dunia ini bagaimanapun tidak akan mempengaruhi 'seeding' pemain di temasya Olimpik London bulan depan kerana ia diatur mengikut kedudukan ranking 3 Mei lalu.

Begitupun, Lin Dan pastinya mendapat satu lagi semangat tambahan menjelang saingan badminton di Olimpik London yang akan bermula 28 Julai hingga 5 Ogos ini.

Selain rekod pertemuan yang memihak Lin Dan, kecederaan Chong Wei yang dialami di pusingan akhir Piala Thomas Mei lalu, menjadi tonik paling berharga buat jaguh China itu meraih keyakinan tinggi mempertahankan emas Olimpik kali ini.

p/s - Apakah ini tanda-tandanya Malaysia akan menangi Emas pertama di Olimpik? Klik SINI untuk maklumat lanjut...

Rafizi mahu semua ahli Pakatan BERSUNAT SEMULA jika lompat parti

Posted: 21 Jun 2012 07:25 PM PDT

BELUM habis dengan isu perletakan jawatan Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor semalam.

Difahamkan ada pihak yang menimbulkan spekulasi liar kononnya Rafizi Ramli akan menyertai barisan katak-katak pisang yang telah melompat parti sebelum ini

Sehubungan itu, Rafizi di laman Twitter milik beliau memberi jaminan bahawa beliau berjanji akan bersunat sekali lagi jika bertindak melompat parti [Twitter]

Dalam nada yang dilihat tegas, beliau turut mencadangkan agar semua wakil-wakil rakyat membuat aku janji sepertinya.


p/s: Aik..apa punya jenis aku janji nih? Ko punya kulup dah naik balik ke Rafizi? Mampuih la Tian Chua lagu ni...



22 pelajar histeria, lembaga panjat belakang

Posted: 21 Jun 2012 07:01 PM PDT

POKOK SENA - Suasana di sebuah sekolah menengah di sini semalam kecoh apabila 22 pelajar perempuan diserang histeria.

Kejadian dikatakan bermula kira-kira jam 10.15 pagi ketika sekumpulan pelajar yang baru menamatkan latihan sukan di padang sekolah sedang berjalan menuju ke arah kantin.

Pelajar tingkatan empat, Muhammad Nabil Fikri Abdul Rahim berkata, pada masa itu, seorang pelajar perempuan daripada tingkatan yang sama dengannya, tiba-tiba jatuh pengsan dan terus meracau.

"Dia jatuh di sebelah pondok pengawal," katanya.

Selang beberapa minit kemudian, sekumpulan pelajar perempuan yang berada di kantin tiba-tiba turut meracau.

Kejadian histeria itu turut melibatkan beberapa individu lain di pelbagai lokasi termasuk di blok bangunan yang lain juga di pintu masuk sekolah.

Ia dikatakan melibatkan 22 pelajar kesemuanya.




"Keadaan kelam kabut itu berlarutan sehingga jam 1.30 petang," katanya.

Menurutnya, dalam situasi kelam kabut itu, dia sendiri terdengar seorang daripada mangsa yang meracau menyebut "nak pi (pergi) kat adik" yang dirujuk kepada pelajar yang mula-mula diserang histeria di sebelah pondok pengawal.

"Walhal mereka bukan adik-beradik dan tidak ada apa-apa hubungan pun," katanya. Menurutnya, daripada cakap- cakap yang didengar, kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan gangguan makhluk halus yang marah apabila tempat mereka yang kononnya dikatakan terletak dalam kawasan sekolah itu diceroboh.

Lokasi berlaku kejadian pelajar diserang histeria.
"Petang kelmarin (sehari sebelum), ada kawan yang mendakwa melihat satu lembaga tidak dikenali memanjat belakang seorang pelajar lelaki yang sedang menjalani latihan sukan di padang.

"Pelajar lelaki itu jatuh dan mengadu belakangnya terasa berat namun orang lain tidak nampak apa-apa," katanya.

Muhammad Nabil berkata, kejadian yang melibatkan pelajar lelaki itu bagaimanapun berakhir begitu sahaja.

"Tidak sangka pula ia akan jadi macam ini hari ini," katanya.

Difahamkan, itu kejadian yang seumpamanya berlaku sejak sekolah itu dibuka pada 14 Jun 2010.

Sementara itu, pengawal keselamatan sekolah, Kamariah Abd Ghani, 54, berkata, ketika kejadian, dia sedang bertugas dan turut melihat 20 pelajar diserang histeria dalam kawasan sekolah manakala dua lagi di luar pintu pagar sekolah.

"Semua pelajar berkenaan terdiri daripada tingkatan satu hingga lima, manakala seorang pelajar tingkatan tiga turut dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana terlalu lemah manakala mangsa lain diarahkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 22 Jun 2012 03:39 PM PDT

KEPAL NASI KEPAL BERAS


RAZAK PULAk MENGANIAYA ANWAR!!...TAK HABIS2!!!

Posted: 22 Jun 2012 06:07 AM PDT

"Kelmarin, Abdul Razak Idris, bekas Pengarah BPR, mendakwa beliau membuat akuan bersumpah (SD) pada tahun 2003 atas permintaan Anwar bagi membersihkan nama Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berhubung pemilikan akaun tersebut".

Isu ini berkaitan dengan 20 akaun induk BNM yang dikatakan oleh Murad.

Kalau saya penyokong buta tuli Anwar, saya akan komen "Abdul Razak sudah dibeli oleh UMNO atau lebih tepat lagi Najib dan Rosmah". SD yang dibuat oleh Razak tahun 2003 itu yang betul. Anwar tidak beli Razak.

Akuan Bersumpah bagi penyokong buta tuli Anwar hanya boleh dipercayai jika Akuan Bersumpah itu berkaitan dengan akuan yang bermaksud mempertahankan Anwar.

Akuan Bersumpah yang selain dari itu adalah berniat jahat dan ia adalab palsu. Ia dibuat oleh UMNO, Najib dan Rosmah yang sangat gentar dengan Anwar.

Pssttt... Kepala hangguk mak dia...

TINDAKAN ANWAR INI TINDAKAN MANUSIA SEWEL @TUN M@MURAD..

Posted: 21 Jun 2012 06:25 PM PDT

Tun M sentuh pasal kes penghakiman Anwar tak boleh. Kena saman. 
KJ kritik Anwar, dalam tempoh seminggu notis saman sampai.
Utusan cetak kenyataan dan gambar berkaitan dengan kes Anwar, tak sempat siang sudah dihantar notis saman.
Pendek kata siapa saja pihak ke 3 yang cuba komen kes dan skandal Anwar, akan disaman bagi menutup mulut, seterusnya diikat kaki dan tangan supaya tidak boleh sentuh atau tambah garam kes dia.
Tapi siapa saja yang ada bukti, saksi penting dan yang terlibat secara langsung bersubahat melihat segala penyelewengan dan kekotoran yang dilakukan, tidak berani pulak Anwar saman.
Berbuihlah mulut Umni Hafilda, Dato Eskay, Ezam, Nalla mencabar Anwar siang malam supaya saman mereka. 
Paling berani pun hanya hantar notis tapi tak saman-saman juga.

Orang lain yang diijabkabul, orang lain pulak yang dikahwini. Orang lain yang dijadikan bini, orang lain pulak yang dijatuh talak. Tidakkah tindakan sebegini, sewel namanya. Inilah analogi yang boleh disimpulkan tentang perangai Anwar ni.  

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 22 Jun 2012 03:11 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Video HOMOSeks Anwar Ada Di Tangan Perisikan Singapura

Posted: 22 Jun 2012 02:22 AM PDT

Kenyataan itu berdasarkan 'perisikan teknikal' iaitu kemungkinan besar dengan memintas talian komunikasi. Ia kemudiannya melaporkan bahawa ONA telah menyemaknya dan Singapura telah mengesahkannya bahawa "ia adalah satu perangkap dan Anwar mungkin tahu mengenainya tetapi tetap masuk ke dalamnya".

Walaupun selera seks atau mungkin juga 'ketagihan' seks Anwar telah menjadi pengetahuan umum, Anwar bagaimanapun terlepas dari dakwaan meliwat Saiful Bukhari pada awal tahun ini.

Tetapi ini bukan bermakna Anwar boleh merasa lega. Baru-baru ini, kisah mengenai video yang berada dalam tangan Perisikan Singapura, yang menunjukkan beliau melakukan hubungan homoseksual dengan seorang lelaki kacak, telah dibangkitkan kembali dan rancak dibincangkan di internet. Benar, bahawa kisah ini dibangkitkan kembali mungkin kerana pilihanraya semakin hampir, tetapi itu tidak bermakna yang kisah ini telah 'basi' atau tidak benar sama sekali.

Sumber-sumber melaporkan bahawa pasukan Anwar semakin terdesak dan tertekan walaupun video tersebut belum lagi dimuatnaikkan ke internet.

Kita tidak perlu menjadi seorang genius untuk mengetahui bahawa video tersebut disimpan oleh Perisikan Singapura untuk kegunaan masa depan. Singapura adalah musuh azali Malaysia dan Lee Kwan Yew tidak mungkin dapat bersemadi dengan aman jika beliau meninggal dunia sebelum DAP atau saudara sebangsanya dapat memerintah Malaysia.

Anwar, dikatakan peluang terbaik untuk Singapura mencapai impian untuk meluaskan sempadannya di utara. Justeru, masuk akallah kenapa Singapura harus terlibat dalam demonstrasi BERSIH dan Anti-Lynas malah melatih rakyat mereka untuk campurtangan dalam pilihanraya Malaysia.
Singapura perlu meletakkan Anwar di atas takhta supaya mereka boleh melondehkan seluarnya dan mengikat tangannya. Anwar akan menjadi anjing paling patuh yang akan melepaskan takhta apabila masanya sesuai untuk DAP mengambil alih.

Tetapi, penulis melihat bahawa ia merupakan satu tindakan kurang bijak untuk Singapura dan DAP meneruskan strategi dan rancangan yang bukan lagi rahsia ini.

Video seks Anwar – sama ada secara biasa atau songsang, tidak lagi boleh dianggap sebagai alat yang mampu mengawalnya. Di Malaysia, penyokong Anwar akan menyokongnya walau apa pun yang terjadi dan akan mempersetankan saja segala gambaran negatif mengenai dirinya tanpa berfikir dua kali. Manakala yang tidak menyokongnya pula, tidak memerlukan tambahan bukti untuk meyakinkan mereka bahawa beliau memang benar-benar bersalah.

Lagipun, parti Anwar sedang nazak kerana kelemahan kepimpinan dan ketidakcekapan. Dengan perbalahan dalaman yang tidak pernah selesai, parti ini mungkin tidak dapat hidup lama untuk menghadapi pilihanraya.

Bagaimanapun, rakyat tetap berminat untuk menilai 'keupayaan' manusia Anugerah Tuhan ini. Di masa yang sama, kita juga tidak boleh menolak kewujudan pengundi atas pagar. Oleh itu, pendedahan video seks ini tetap akan menjadi bonus kepada Malaysia.

Untuk itu, mungkin rakyat Malaysia boleh menahan nafas menunggu dengan sabar dan Anwar pula boleh berhenti bernafas terus kerana kita mempunyai alasan untuk percaya bahawa video tersebut sedang terlepas dari genggaman Singapura dan mungkin akan jatuh terus ke internet pada masa yang tepat, sebelum pilihanraya.

Beruang Biru...

Artis Yang Pernah Kena Cekup KHALWAT Di Langkawi Dah Mula Berceramah Atas Pentas PAS….

Posted: 21 Jun 2012 06:01 PM PDT

Nampaknya lepas seorang demi seorang celebrity artis artis di Malaysia semakin berahi hendak menyertai Pakatan Pembangkang. Bukan sekadar menyatakan sokongan tetapi sudah mula menonjolkan diri sebagai penceramah berucap didepan ratusan pak lebai pak lebai berkopiah, ternganga-nganga tercengang-cenganglah para pak lebai mendengar "tazkirah" artis artis disambut dengan laungan 'takbiiiiiir'.

Malam tadi di Batu Gajah Perak, seorang lagi pelakon yang tidak begitu fofular Hairie Othman telah berceramah diatas pentas PAS buat julung julng kalinya…. Tindakan ini adalah kesinambungan Hairie menyertai Bob Lokman, Aishah dan Abby Abadi.

Ceramah pertama Hairie itu menjawab segala teka teki setelah bekas pelakon yang membawa watak Leftenan Adnan itu pernah dilihat bersantai dengan Naib Presiden PAS lulusan LCE Tingakatan 3 sahaja iaitu Ahli Parlimen Pokok Sena seperti foto dibawah ini…

Beginilah rupanya PAS memancing minat dan tarikan pengundi muda dengan mengheret golongan artis untuk memberikan "tazkirah" mereka dihadapan ahlol ahlol bahalol PAS yang kebanyakkanya terdiri dari Ustad bertaraf nafus seks Badrol Amin…!

Mudah sahaja…! Walaupun zaman silam artis artis ini penuh dengan noda dan kehidupan bebas namun sekiranya memilih untuk menyertai PAS, maka segala dosa silam mereka terhapuslah dari ingatan, lebih menarik lagi artis artis ini diberikan "kelayakan khas" mentarbiyah hadirin yang berkopiah dan bertudug litup….

Berita tersebar sekitar bulan September 2006 yang dikaitkan dengan Hairie Othman,

Dua Pelakon Lelaki Ditahan Khalwat
ALOR STAR: Dua pelakon lelaki drama popular ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi kerana dipercayai berkhalwat dengan dua wanita di sebuah bilik hotel di Kelibang, dekat Kuah, Langkawi, awal pagi semalam.

Pasangan mereka tidak terbabit dalam lakonan dan menetap di Langkawi dan dipercayai sudah lama mengenali seorang daripada pelakon lelaki itu.

Dua pelakon itu masing-masing sudah beristeri dan mempunyai anak di Kuala Lumpur, manakala pasangan mereka berusia 24 tahun. Seorang daripadanya tidak bekerja dan seorang lagi pengurus sebuah butik kecantikan di pulau berkenaan.

Difahamkan, pelakon itu menyewa bilik berkenaan sejak 1 September lalu kerana sedang menjalani penggambaran drama di pulau itu.

Seorang daripada pelakon lelaki terbabit pernah memegang peranan utama dalam sebuah filem berunsur patriotik manakala seorang lagi lebih dikenali sebagai hero drama bersiri. Kedua-dua mereka sudah beristeri serta mempunyai anak.

" Katanya, kedua-dua wanita itu berusia 24 tahun dan seorang daripadanya adalah pengurus di sebuah butik kecantikan manakala seorang lagi ibu tunggal dan tidak terbabit dengan dunia lakonan.

"Pada mulanya, kedua-dua pelakon lelaki itu enggan bekerjasama apabila diminta menyerahkan kad pengenalan malah cuba melarikan diri tetapi berjaya dikawal lima penguat kuasa Padal yang mengepung bilik itu.

"Mereka akhirnya mengalah dan merayu supaya dibebaskan kerana bimbang perkara berkenaan akan diketahui isteri masing-masing dan periuk nasi mereka akan terjejas," katanya.

Saiful Aswad berkata, dua pelakon itu turut mendakwa baru mengenali dua wanita terbabit tetapi dinafikan pasangan mereka yang mendakwa sudah lama mengenali kedua-dua pelakon berkenaan dan sering bertemu jika ada kelapangan."

THE FLYING KICK

Posted: 22 Jun 2012 01:43 PM PDT

Cucu Tok Selampit

Posted: 22 Jun 2012 01:39 PM PDT

Cucu Tok Selampit


PAS Semakin Panas - Sinchew Daily News Turut Mengkritik Boneka DAP Nizar The Puppet

Posted: 21 Jun 2012 08:30 PM PDT


CTS kongsikan di bawah keratan akhbar Nanyang Siangpau bertarikh 19 Jun 2012, muka surat W3, petikan berita luar yang ditulis oleh Sinchew Daily News. PAS semakin panas. Barua DAP, Nizar "The Puppet" Jamaluddin sekalipun tidak terlepas dari kritikan masyarakat Cina.


Tajuk: Semua Menyalahkan Twitter

Sinchew Daily News - Penganalisa politik Puan Tan Poh Choo (terjemah mandarin) menyatakan bekas menteri besar Perak menyentuh Sultan Johor dengan sebut harga 520 ribut ringgit untuk mendapatkan nombor Plat kenderaan WWW1, Nizar melalui "Twitter"nya mengkritik Sultan Johor, kini telah merosakkan rancangan PRU Pas di negeri Johor.

Kesilapan yang dilakukan oleh Nizar semua sekutu dalam Pakaran Rakyat menyokong penuh terhadap tindakan Nizar itu, lebih-lebih lagi Timbalan Presiden Pas Salahuddin berkata perkara itu adalah perkara kecil, rakyat mempunyai kebijaksanaan untuk membuat penilaian berkaitan perkara itu. Sejak adanya perhimpunan kempen menyokong Sultan Johor pada minggu lepas, dari segi perasaan orang ramai yang hadir boleh dilihat, ia menunjukkan itu sudah bukan lagi satu perkara kecil-kecilan. Mungkin ada sesetengah orang anggap bazirkan 520 ribu ringgit itu terlalu mahal, tetapi selepas Nizar membuat kritikan ia bertukar menjadi makna yang berlainan, lebih ramai rakyat Johor anggap Nizar tidak setia kepada Sultan mereka dan Kerabat Sultan Johor.

Lebih-lebih lagi Ahli Parlimen Johor Baharu Datuk Shahril anggap Nizar tidak tahu selama ini Sultan Johor banyak menabur kebajikan kepada rakyat dan orang ramai, ramai rakyat Johor memang tahu bahawa Sultan Johor banyak membuat kebajikan yang tidak pernah didedahkan kepada umum. Sultan Johor memang sangat kaya raya, Almarhum Sultan Johor yang lepas semasa banjir besar di negeri Johor telah hulurkan bantuan  sebanyak 1 juta ringgit kepada mangsa banjir, pernah menghulurkan wang sebanyak 1 juta ringgit kepada mangsa Tsunami di Aceh.

Ahli politik UMNO pernah menuduh Nizar seorang pembohong, sebelum ini dalam ceramah politik beliau, Nizar menyatakan beliau dapat maklumat dari pasukan tentera di Raja Malaysia, jika negeri Perak jatuh ke tangan pembangkang, Najib akan kerahkan tentera ambil alih kerajaan negeri Perak. Ketua angkatan tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin menafikan berita-berita itu, beliau berkata pasukan tentera lebih profesional menjaga kedaulatan perlembagaan, kini sudah 46 orang buat aduan polis berkatian perkara yang sama itu.

Nizar selalu membuat kritikan yang tidak berasas, terutama sekali beliau sering mengkritik Menteri Besar Perak yang sedia ada sekarang. Beliau menuduh Menteri Besar Perak Dr. Zambry meluluskan projek perlombongan besi di Teluk Rubiah, menuduh projek tersebut melibatkan pencemaran alam sekitar yang amat dahsyat. Tetapi pada mesyuarat sidang Dewan Negeri, menteri besar Perai Dr. Zambry telah tunjukkan sepucuk surat yang berkaitan, menunjukkan bahawa projek tersebut telah diluluskan semasa Nizar sedang memegang jawatan Menteri Besar Perak, ini satu lagi tamparan kuat ke muka serta memalukan ramai orang-orang yang berada dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Untuk Sebaran Segera - Bantahan Rampasan Masjid Al-Muttaqin, Seri Kembangan

Posted: 21 Jun 2012 07:40 PM PDT

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه

Masjid Al-Muttaqin InsyaAllah akan mengadakan sidang akhbar pada hari ini 22/06/2012 selepas solat Jumaat berkaitan isu rampasan pentadbiran Masjid oleh orang luar kariah di mana rampasan tersebut terdapat unsur dan bermotifkan politik.

AJK lama Masjid telah mengisytiharkan keluar dari PAS sejak kemenangan Mat Sabu, dan hari ini, Masjid mereka dirampas. AJK baru dilantik tidak mengikut prosedor dan dikalangan AJK baru pula mereka semua bukan dari kariah masjid tersebut. Bantahan akan dibuat dan memorundum akan diserahkan kepada Sultan Selangor.

Diharap sesiapa yg berkesempatan dapat menghadirkan diri dan memberi sokongan kepada AJK Masjid paling kurang memberi moral support. Blogger dan wartawan boleh juga datang untuk buat liputan.


Yang telah mengesahkan kehadiran: TV3, TV1, Utusan dan Sinar Harian.

Yang mungkin hadir: Bernama, Mobtv dan bloggers.


Published with Blogger-droid v2.0.4

MUSLI OLI

Posted: 22 Jun 2012 01:38 PM PDT

MUSLI OLI


SATU LAGI PENIPUAN YANG DI RANCANG

Posted: 21 Jun 2012 02:42 PM PDT

KENYATAAN AKHBAR : Tuduhan RM 3 Bilion terhadap Anwar tidak berasas dan tiada bukti.




Saya merujuk kepada laporan NST 21 Jun 2012 berkenaan tuduhan palsu terhadap saudara Anwar Ibrahim yang didakwa memiliki harta sebanyak RM 3 bilion. Akhbar tersebut turut melaporkan bahawa Anwar telah mengarahkan seorang bekas pengarah BPR untuk membuat Kenyataan Bersumpah supaya namanya dibersihkan. Jelas bahawa akhbar milik UMNO ini telah sekali lagi membuat dakwaan palsu dan memburukkan Anwar tanpa memberikan sebarang bukti yang kukuh.

Kenyataan bersumpah itu telah dibuat secara sukarela oleh bekas pengarah BPR iaitu Abdul Razak Idris pada 2009. Adalah tidak munasabah dan tidak bertanggungjawab bagi NST untuk mendakwa bahawa Anwar pernah menyuruh Abdul Razak berbuat demikian pada 2009. Bahkan dalam laporannya pada 21 Jun yang lalu, NST mengakui bahawa tiada pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar kerana ketiadaan bukti yang membolehkan beliau didakwa. Akuan yang sama turut dilaporkan dalam muka depan NST yang bertarikh 12 Jun 2012.

Namun begitu, NST dan media UMNO lain secara tidak bertanggungjawab telah mengulangi dakwaan yang mengaitkan Anwar kepada perbuatan salah laku. Walaupun serangan ini telah berlangsung dalam media kepunyaan UMNO selama berminggu-minggu, tidak ada satu pun bukti yang boleh dipercayai telah dikemukakan untuk menyokong dakwaan bahawa Anwar memiliki RM 3 bilion.

Di bawah arahan dan galakan UMNO, Ketua Pembangkang ini telah dihadapkan dengan pertuduhan hanya berasaskan kepada khabar angin dan rekayasa dalam media milik UMNO. Kenyataan yang tidak berasas, mengelirukan dan tanpa bukti telah diberikan liputan muka depan dengan tajuk yang bersifat fitnah. Dakwaan ini kemudiannya diulangi dalam media elektronik yang dikawal oleh BN tanpa memberi peluang kepada Anwar untuk mempertahankan dirinya.

Oleh kerana mendapat perlindungan dan sumber yang banyak daripada kerajaan, media UMNO-BN terus menekan dan menyerang peribadi Anwar walaupun berdepan dengan dakwaan fitnah. Dalam masa yang sama adalah mustahil untuk memikirkan bahawa tindakan oleh media milik BN ini tidak mendapat restu peribadi daripada Perdana Menteri.

Kempen yang diinspirasikan oleh Najib ini belum pernah berlaku dalam sejarah negara dan bertujuan untuk mencalarkan imej dan membunuh peribadi ketua pembangkang. Kami menyeru Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak untuk menghentikan serangan peribadi yang tidak berasas yang sedang dilakukan oleh media milik BN ini, seterusnya berdepan secara langsung di televisyen dengan Ketua Pembangkang untuk berdebat tentang dasar dan isu nasional.
N SURENDRAN
TIMBALAN PRESIDEN
KEADILAN
21 JUN 2012

Apa Yang Tersirat

Posted: 22 Jun 2012 01:35 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Kemelut PKR Selangor: Khalid Ibrahim membisu

Posted: 22 Jun 2012 06:46 AM PDT

Hanya Wanita ini Yang Bersuara..sementara Bosnya membisu.

 Kemelut PKR Selangor, sebenarnya pecah menanti belah. Khalid terpaksa meletakan jawatan sebagai Pengerusi negeri, dan jawatan itu diambilalih timbalannya Azmin Ali.

Khalid terpaksa berkorban, hanya untuk menyelamatkan setiausaha politiknya Faekah Husin yang tidak disenangi Azmin.

Walaupun kemelut agak reda setahun, kini kemelut muncul semula, apabila para penyokong Timbalan Presiden PKR itu mendesak Faekah dipecat. Desakan itu mendapat sokongan daripada Azmin secara terang-terangan.

Kemelut parti Anwar itu kini bertambah parah lagi, apabila secara tiba-tiba CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Rafizi Ramli letak jawatan.

Rafizi bercanggah pendapat dengan pejabat menteri besar, berhubung isu pendidikan percuma UNISEL dan KUIS.

Melihat kepada kelakuan para pemimpin PKR yang hanya mahu mempertahankan ego dan kehendaknya sendiri, tanpa mengambil jalan menang-menang demi rakyat, adalah satu kelakuan yang sangat bahaya.

Para pemimpin sebenarnya berjuang demi rakyat, bukan kepentingan sendiri atau ego sendiri. 

Rafizi letak jawatan, boleh ditafsirkan sama dengan askar yang lari daripada medan perang. Hukumnya anda tahu sendiri.

Rafizi memberi alasan, bahawa sebab musbabnya meletak jawatan kerana mahu menumpukan pada ibadat pada bulan puasa... jika itu alasan yang sebenarnya, terlalu dangkal sebabnya.
Siapapun boleh meneka dan memberi tafsiran, sebab sebenarnya, adalah seriusnya masalah dalam PKR Selangor, terutama antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali, atas sebab itu, Ketua Penerangan PKR Selangor memberi kenyataan secara terbuka, meminta Anwar campur tangan.

Kenyataan terbuka, Ketua Penerangan PKR Selangor, menunjukkan krisis PKR Selangor semakin parah.

Rafizi Ramli besar kemungkinan keluar PKR

Posted: 21 Jun 2012 04:33 PM PDT

KEMELUT PKR SELANGOR bertambah-tambah, apabila Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor- Rafizi Ramli (gambar) meletak jawatan semalam.

Walaupun menurut Rafizi, bahawa perletakan jawatannya itu bukan isu politik, namun tindakannya itu, berhubung kait dengan kemelut Kerajaan Selangor yang sedang melanda.

Pertembungan antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim, bukan boleh disorok lagi. Desakan para penyokong Timbalan Presiden PKR itu meminta agar supaya sospol Khaid, Faekah Husin dipecat turut disokong Azmin.

Dengan peletakan jawatan Rafizi daripada pejabat Anwar Ibrahim, membayangkan betapa besarnya masalah dalaman PKR.

Apakah melalui perletakan jawatan itu, Rafizi akan mengikuti tindakan para pemimpin PKR terdahulu untuk berpaling tadah?

Pengikut