Pakatan Rakyat |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Pakatan Rakyat |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong |
Dr.Asri Bersemangat Bangkit Menentang UMNO Gara-gara Tun Faisal Posted: 12 Jul 2012 11:57 AM PDT Raja boleh dikritik, kata bekas mufti KUALA LUMPUR, 12 Julai — Tokoh Islam terkenal, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mendakwa raja tidak kebal dari kritikan dan mesti bertanggungjawab terhadap tindakan mereka — mencetuskan kemarahan di laman sosial Twitter selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang dikaitkan dengan kritikan terhadap keluarga diraja baru-baru ini. Bekas mufti Perlis itu yang kini merupakan zamalah pelawat di Universiti Oxford memuji British kerana menyemak perbelanjaan keluarga diraja dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap pembayar cukai. Menurut Dr Asri, langkah ini baik untuk mencegah penyelewengan.Dalam tulisan bertajuk “Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja”, beliau menyatakan, walaupun keluarga diraja British memberikan sumbangan besar dalam sejarah negara tersebut, mereka (keluarga diraja) tidak dibiarkan untuk berbuat sesuka hati. Dr Asri menulis perkara tesebut selepas membaca laporan akhbar Daily Mirror yang diterbitkan pada 3 Julai lalu tentang perbelanjaan perjalanan keluarga diraja British yang melambung tinggi mencecah 6.1 juta pound sterling tahun lalu. Dr Asri membandingkan pengalaman British dengan dunia Islam dimana British memberikan kebabasan kepada warga untuk mengkritik pemimpin manakala dunia Islam pula menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang mengkritik pemimpin. “Lihatlah dunia Islam di mana golongan bangsawan boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Malahan siapa yang berani mempertikaikan akan menerima hukuman,” tulis beliau lagi.Dr Asri mengkritik golongan agama yang mempertahankan kezaliman penguasa sepertimana ulama berfatwa mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan rejim yang masih hidup iaitu Bashar al-Assad. Walaupun tidak menyentuh tentang Malaysia dalam tulisannya itu, Dr Asri menimbulkan kontroversi dalam laman sosial Twitter Isnin lalu. “Melayu salah baca sejarahnya; Jebat sbnarnya tdk derhaka tp Sultan Melaka yg celaka. Mnzalimi rakyat tp mndakwa brdaulat,” kata beliau melalui akaun Twitter nya, @realDrMAZA. Tokoh agama popular itu mendapat reaksi serta merta dari penyokong Umno kerana kenyataannya mengenai Jebat – kisah mitos Melayu yang selama ini menyatakan Jebat adalah seorang penderhaka kerana berani melawan raja yang menindas sahabat baiknya, Hang Tuah. Pada masa sama, Dr Asri menulis di laman sosial Twitter tentang insiden Syed Abdullah Hussien Al-Attas — lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers di blognya — kini disiasat polis kerana memalukan Sultan Johor, berkaitan dengan kritikannya bekas mufti Perlis itu terhadap ketidakseimbangan kuasa. “Uncle seeker hendaklah dibawa ke mahkamah dan dibicara dgn adil segala dakwaannya. Rakyat ingin melihat keadilan ditegakkan “ kata Dr Asri. Uncle Seekers bukanlah insiden pertama kerana sebelum itu, pemimpin popular yang juga ahli parlimen dan adun, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut disiasat dibawah akta hasutan kerana mengkritik Sultan Johor yang membeli nombor pendaftaran WWW1 dengan harga RM520,000 Mei lalu. Pemimpin pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz, yang mengetuai Unit Media Baru (UMB) parti tersebut, terus menjawab tulisan Dr Asri itu di laman sosial Twitter. “Blogger Pas mengamuk akibat dengar ceramah yang halalkan pemimpin diguling dengan mata pedang?” tulis Tun Faisal melalui akaun Twitternya @tunfaisal. Tulisan Tun Faisal itu terus dijawab oleh Dr Asri — sebelum ini cuba dipancing oleh PAS untuk menyertai parti tersebut, tetapi intelektual Islam itu masih kekal bebas dari sebarang parti politik. “Bala bagi UMNO jika org spt @tunfaisal ini menduduki kepimpinan.“Rakyat tdk membenci UMNO ttp mmbenci perangai sstengah org/pemimpin UMNO. Mrklah yg mnyuburkn kbencian ramai pd parti trsebut,” jawab Dr Asri. Pemimpin NGO dan parti pembangkang telah lama mengkritik kerajaan kerana menggunakan Akta Hasutan 1948 sebagai senjata politik dan menghentikan kritikan, walaupun perkara yang dikritik itu benar. Dalam usaha untuk memulihkan imej beliau sebelum pilihan raya umum yang perlu diadakan selewat-lewatnya April depan, perdana menteri mengumumkan pelan pentadbirannya untuk meminda akta berusia 64 tahun itu dan menggantikan dengan akta baru yang dinamakan Akta Keharmonian Nasional. “Dengan adanya akta baru ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara.“Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama,” lapor The Star. Published with Blogger-droid v2.0.6 Sila muatturun feed kami untuk rujukan anda. |
RM160 juta tarik lapan MP PKR lompat Posted: 12 Jul 2012 11:41 AM PDT Published with Blogger-droid v2.0.6 Sila muatturun feed kami untuk rujukan anda. |
Pakatan khuatir undi pos luar negara dimanipulasi Posted: 12 Jul 2012 10:58 AM PDT KUALA LUMPUR, 12 Julai: Wakil Pakatan Rakyat dalam jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan mekanisme yang berkesan jika bercadang membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi secara pos. Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli berkata, Pakatan Rakyat bimbang undi pos mereka di luar negara turut dimanipulasi seperti yang berlaku kepada undi pos tentera dalam negara. Katanya, Pakatan Rakyat sebelum ini memang mencadangkan urusan undi pos di luar negara dipermudahkan bagi memberi peluang warga negara Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka. "Kalau nak jalankan undi pos di luar negara, prosedur mesti telus. Kita bantah undi pos di Malaysia pun sebab tak telus dan dimanipulasi dan memang ada pendedahan dah dibuat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman SPR bahawa mereka sedang mengkaji keperluan untuk meminda undang-undang yang membenarkan semua rakyat Malaysia di luar negara mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, usul itu akan dibawa ke sesi Dewan Rakyat yang akan bersidang September ini. Namun katanya, rakyat Malaysia yang mahu menikmati kemudahan ini mesti berada dalam negara sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Dewan Rakyat dibubarkan. Hatta berkata, Pakatan juga pernah mencadangkan perkara itu dan tidak mahu sebarang syarat dikenakan warga negara di luar untuk mengundi secara pos. "PAS juga memandang perkara ini satu perkembangan positif dan kita amat bersetuju bahawa warga negara Malaysia yang berada di luar negara juga diberikan hak mereka untuk menyertai pilihan raya dan memilih kerajaan yang mereka sukai. "Dalam PSC Pakatan menyokong penuh hasrat ini satu perkembanagn baru dalam sistem pilihan raya kita malah mencadangkan urusan undi pos di luar negara dipermudahkan tanpa meletakkan sebarang syarat. "Kita mengatakan bahawa dengan suasana komunikasi dan media hari ini rakyat di luar negara lebih mengetahui perkembangan Malaysia daripada sebahagian rakyat Malaysia sendiri," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai. Tak perlu pinda undang-undang baru Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke tidak bersetuju dengan cadangan SPR untuk meminda Akta Pilihan Raya sebaliknya beliau berkata, SPR hanya perlu meminda Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, dan Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003. katanya, SPR hanya perlu menambahkan peruntukan dalam peraturan sedia ada bagi membolehkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi pada pilihan raya umum ke-13. "SPR tidak perlu meminda Akta Pilihan Raya, sebaliknya mereka perlu meminda peraturan-peraturan untuk pendaftar pemilih dan pengundian pos. “SPR hanya perlu memasukkan kategori ke dalam peraturan tersebut untuk membolehkan mereka mengundi," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah. Anthony juga menyifatkan pindaan akta itu sebagai membazir masa kerana mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan. "SPR membazir masa jika mahu meminda akta. Published with Blogger-droid v2.0.6 Sila muatturun feed kami untuk rujukan anda. |
You are subscribed to email updates from Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
Posted: 11 Jul 2012 07:16 PM PDT | |
PAS kepada Ikhwan: Kemenangan beri inspirasi kepada semua Posted: 11 Jul 2012 06:15 PM PDT (Rombongan Presiden PAS bertemu Dr Mehdi Akif, mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin di rumahnya) KAHERAH: Kemenangan pergerakan Islam Ikhwan Muslimin di Mesir memberi inspirasi bukan sahaja kepada PAS, malah seluruh parti Islam di seluruh dunia. Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan ini juga penting kepada politik Islam memandangkan Mesir merupakan sebuah negara yang terlibat dalam percaturan kuasa-kuasa besar politik dunia. "Kedatangan ini satu penghargaan kepada gerakan Islam di Mesir khususnya Ikhwan atas kemenangan yang dicapai. "Kemenangan ini tidak sama dengan kemenangan gerakan Islam di tempat lain kerana faktor georafinya, politiknya, jumlah kependudukannya yang ramai dan kebergantungan kuasa barat terhadapnya," katanya. Perkara itu dinyatakan beliau dalam pertemuan dengan mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Mehdi Akif di kediamannya di sini semalam. (Dr Mehdi Akif bercakap intim dengan Ustaz Abdul Hadi dan Dr Syed Azman) Selain menyampaikan penghargaan dari PAS, pertemuan itu juga bagi mendapat gambaran sebenar perkembangan di Mesir khususnya terhadap laporan media yang menggambarkan sedang berlaku pertembungan antara Mohamed Mursi dengan tentera. Turut serta dalam pertemuan itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat serta wakil rombongan Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai Speaker Dun Kelantan Datuk Nassruddin Daud. Dalam pada itu, Mehdi Akif berpendapat, kemenangan gerakan Islam di Mesir termasuk Presiden Dr Mohamed Mursi merupakan perancangan dan kekuasaan Allah SWT. Katanya, jika dilihat dari segi logik, memang sangat sukar untuk gerakan Islam Mesir termasuk Mohamed Mursi untuk menang dalam keadaan tekanan dan perancangan jahat dari pihak musuh. "Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah yang melangkau semua perancangan pihak-pihak yang tidak mahu gerakan Islam menang di Mesir. "Tiga bulan sebelum pilihan raya presiden, media masa serang Ikhwan sama ada dalam mesir dan luar. Maknanya kalau melihat kepada keadaan, dari segi logiknya memang sukar untuk Ikhwan dan parti Islam menang pilihan raya," katanya. Mengulas laporan media tentang perkembangan semasa Mesir, Mehdi Akif berkata keadaan sebenar yang berlaku tidak seteruk apa yang dilaporkan. Sebaliknya, pentadbiran Mohamed Mursi sangat menghormati institusi di bawah kerajaan termasuk tentera, kehakiman dan perlembagaan negara. Sementara itu, pertemuan hari ini adalah bersempena lawatan rasmi Presiden PAS ke sini selepas Ikhwan berjaya mencapai kemenangan dalam pilihan raya lalu. Bertemu pelajar Selain bertemu pimpinan Hamas dan Ihkwan, Tuan Guru Abdul Hadi malam tadi turut dijemput ke program dialog bersama mahasiswa Malaysia di sini. (Antara pelajar Malaysia di Mesir yang mendengar ucapan pemimpin PAS) Hampir 3,000 mahasiswa dari seluruh Mesir hadir dalam pertemuan itu yang disifatkan jarang-jarang berlaku. Malah himpunan mereka semalam juga berjaya mengutip sumbangan lebih RM8,000 yang diserahkan kepada Presiden PAS untuk membantu dana pilihan raya. | |
Bajet SPR RM405 juta tidak masuk akal Posted: 11 Jul 2012 06:14 PM PDT KUALA LUMPUR: Pertambahan bajet sebanyak RM360 juta untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di dalam peruntukan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) disifatkan tidak masuk akal, tegas Ahli Dewan Negara Pakatan Rakyat. Senator Dr Syed Husin Ali berkata, kos tambahan untuk pilihan raya hampir setengah billion yang diluluskan merupakan kos yang paling tinggi setakat ini. Katanya, bajet awal yang dikemukakan sebelum ini adalah RM45 juta kemudian ditambah sebanyak RM360 juta bagi persediaan dan pengendalian pilihan raya umum nanti. "Jadi peruntukan ini sebanyak RM405 juta.Tidak masuk akal! Jumlah yang besar tetapi belum tentu memberi jaminan pilihan raya yang adil dan bersih," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen hari ini. Katanya, persediaan yang baik salah satu perkara utama untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan licin dan diterima rakyat khususnya daftar pemilih. "Banyak persoalan yang telah ditimbulkan dalam soal ini dan saya rasa kita tidak boleh mengenepikannya umpamanya sindrom menafikan. "Kita mahu bila berlaku pilihan raya, rakyat betul-betul percaya akhirnya dunia menghormati keputusan itu, " katanya yang turut membangkitkan perkara ini dalam perbahasan Perbekalan Tambahan semalam. Tarikh PRU Sementara itu, Senator Muhamad Yusof Husin (gambar) menegaskan satu peraturan dibuat agar tarikh pilihan raya hendaklah diadakan setelah genap lima tahun dan tarikhnya diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum Mesyuarat Pertama Parlimen ke-13. "Pengumuman itu agar semua rakyat Malaysia tahu bila tarikh pilihan raya umum berikutnya diadakan di samping memudahkan rakyat mengatur program mereka supaya tidak bertindih dengan tarikh berkenaan," katanya. Beliau berpendapat mandat lengkap lima tahun parlimen adalah idea yang baik cuma tarikh PRU diadakan perlu disesuaikan juga supaya tidak jatuh pada bulan Ramadan atau musim haji. Beliau juga mempersoalkan jika ada negeri-negeri yang mengambil sikap untuk mengadakan pilihan raya umum pada waktu berasingan, tidakkah SPR terpaksa berbelanja lebih besar? Yusof yang juga membangkitkan perkara ini di dalam ucapan penangguhan semalam meminta kerajaan memberikan perhatian serius dalam perkara ini kerana amalan merahsiakan tarikh PRU tidak berlaku di lain-lain negara kecuali Malaysia. Turut bersama dalam sidang media itu, Senator Khairiah Mohamed, Senator Dr Ariffin Omar, dan Senator Syed Shahir Syed Mohamud. Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata, perbelanjaan sebanyak RM360 juta yang diperuntukkan kepada SPR adalah bagi menampung keperluan persediaan serta pengendalian Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka berlangsung tahun ini. | |
DAP90: Transformasi bodoh ke berlagak cerdik Posted: 11 Jul 2012 06:13 PM PDT KUALA LUMPUR: Program transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya sekadar berjaya mentransformasikan orang bodoh berlagak cerdik, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar). Merujuk kepada tindakan dua orang yang mendakwa sebagai professor yang mengulas berita bohong Utusan Malaysia kononnya DAP akan bertanding 90 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang, beliau berkata, selain dari mentransformasi orang bodoh sehingga boleh berlagak seolah-olah cerdik, tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan dari apa yang didakwa sebagai program-program transformasi Najib. "Kalau kita baca blog Datuk (Mohd) Ariff Sabri (Abdul Aziz) umpamanya (sakmongkol.blogspot.com), kita akan dapat membaca begitu banyak hujah yang kukuh bahawa tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan dalam apa yang didakwa sebagai program-program transformasi Najib. "Sebab itu saya kata satu-satunya kejayaan program-program transformasi Najib itu ialah mentransformasi orang bodoh sehingga boleh berlagak seolah-olah cerdik," kata Mahfuz. Menceritakan lebih lanjut apa yang dimaksudkannya itu, beliau memberitahu, pada malam selepas Utusan menyiarkan berita tersebut, sebuah stesen televisyen menyiarkan ulasan dan komen dua orang yang mendakwa diri mereka professor dan mewakili Majlis Professor Negara. "Kedua-dua mereka beria-ia dan bersungguh-sungguh mengulas berita bohong itu untuk menunjukkan kepada rakyat betapa tidak ada akalnya mereka sehingga sanggup berhempas pulas memerah otak untuk memutar-mutar cerita bagi untuk memanjang-manjangkan berita politik najis itu. "Saya yakin, orang yang ada akal tentu malu habis-habisan untuk memanjang-manjangkan berita seperti itu," kata Mahfuz. Beliau menyifatkan dua orang yang mendakwa diri mereka sebagai professor itu lebih kurang dengan pelajar-pelajar buta huruf dalam kelas Cikgu Ros anak Pendekar Mustar dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Mahfuz juga tertanya-tanya, di manakah keimanan mereka sebagai seorang Islam apabila sanggup memanjang-manjangkan berita bohong seperti. Bubar Majlis Profesor Mengenai dakwaan bahawa mereka mewakili Majlis Professor Negara, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, majlis tersebut mesti dibubarkan. "Sebelum ini ada seseorang yang juga mengaku mewakili majlis itu mendakwa bahawa negara ini tidak pernah dijajah. "Terbaru, dua orang itu mempamerkan kebodohan mereka kepada seluruh negara mengulas berita bohong. "Bubarkanlah sahaja Majlis Professor Negara itu kerana ia memalukan ahli-ahli akademik dan institusi pendidikan negara," tegas Mahfuz. | |
SAMM seru anak muda sertai Himpunan Oren Posted: 11 Jul 2012 06:13 PM PDT KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sangat komited untuk bersama dalam Himpunan Oren yang akan berlangsung pada 14 Julai ini sambil menyeru kepada semua anak muda untuk turun berhimpun demi menyelamatkan saki-baki khazanah negara sebelum terlambat. Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, Himpunan Oren dijangka mendapat sambutan yang besar kerana rakyat terutamanya golongan muda harus bertindak melakukan sesuatu mempertahankan hak negara ini daripada dirompak oleh lanun berkolar putih. Katanya, SAMM juga melalui Segmentasi Peneroka dan Luar Bandar telah masuk ke beberapa gugusan Felda termasuklah pertemuan di Gugusan Felda Palong baru-baru ini untuk pencerahan Himpunan Oren dan juga mobilisasi massa. Bagi SAMM, ujarnya penyenaraian FGVH seumpama memperjudikan nasib peneroka Felda yang sudah berpuluh tahun berbakti kepada negara. Menurutnya, menyenaraikan FGVH adalah satu perjudian yang harus dielak dan ditentang kerana tiada jaminan keuntungan yang berkekalan malah peneroka Felda terdedah kepada risiko kerugian melampau sepertimana yang pernah berlaku pada tahun 1998 yang lalu. "Kerajaan kononnya memberi jaminan adalah penipuan semata-mata merujuk kepada banyak amanah saham yang sebelumnya dijamin kerajaan tetapi lingkup menyembah bumi dan nasib pemegang saham langsung tidak dibela," ujarnya. Beliau berkata, SAMM melihat tidak mustahil tanah Felda akan tergadai melalui penyenaraian FGVH dan ia akan melibatkan ratusan ribu hektar tanah rezab melayu. SAMM juga, ujarnya turut mempersoal laporan yang menunjukkan Pengerusi Felda yang tidak mempunyai walau seinci pun tanah Felda yang dibangunkan, namun memperolehi 180 ribu unit saham sedangkan peneroka yang berpuluh tahun membanting tulang hanya dikurnia 800 unit saham sahaja. Ini, ujarnya satu pengagihan tidak adil yang melampau dan harus ditentang habis-habisan. "Ayuh anak muda Malaysia bersama SAMM berarak dari Masjid Wilayah di Jalan Duta ke Istana Negara untuk memberi tekanan dan signal yang jelas kepada kerajaan betapa rakyat terutamanya warga Felda menolak penyenaraian FGVH," ujarnya. | |
Umno terdesak upah bloggers burukkan PAS Mohd Nor Yah Posted: 11 Jul 2012 06:12 PM PDT KOTA BHARU: PAS Kelantan menyifatkan Umno terlalu terdesak sehingga sanggup mengupah bloggers menyebarkan fitnah terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui gambar super impose. Selain itu Umno juga menggunakan sepenuhnya ruang melalui akhbar harian yang dimiliki untuk memaparkan setiap berita negatif mengenai Kelantan, biar pun dalam banyak keadaan tiada kaitan dengan kerajaan negeri. Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan (gambar) berkata, Umno kini menggunakan sepenuhnya ruang media baru bagi memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat tanpa menghiraukan soal moral dan maruah. "Kami amat kesal terhadap tindakan bloggers Umno yang semakin ganas sehingga cuba memaparkan gambar Menteri Besar di luar normal akar yang waras. "Ini secara jelas menggambarkan mereka tidak menghiraukan langsung soal dosa dan pahala. Mereka mahu mempersendakan seorang ulama yang diiktiraf di peringkat dunia," katanya di sini. Kebelakangan ini kerap dipaparkan melalui blog yang dimiliki penyokong Umno bagi memburukkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan melakukan super impose. Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, sebagai seorang Islam mereka seharusnya sedar fitnah tersebut akan menjadi senjata makan diri sendiri. "Setiap wartawan perlu ingat apa pun berita atau penulisan dibuat akan dipersoalkan di akhirat nanti," katanya. Sementara itu beliau juga menafikan kononnya artis yang menyertai program anjuran PAS menuntut bayaran. "PAS sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Artis yang menyertai PAS tentunya faham kedudukan tersebut. Mereka datang dengan kehendak sendiri selepas memahami perjuangan Islam ada kelebihannya," ujar beliau. | |
Kalau jadi PM, janganlah jadi kontraktor pula Posted: 11 Jul 2012 06:12 PM PDT Isu kontrak LRT Ampang sekarang menjadi isu besar terakhir apabila Najib sekali lagi dikaitkan dengan George Kent Lion Pacific JV yang mendapatkan kontrak itu walaupun pada asalnya syarikat sahabat golf Najib ini tidak layak untuk mendapatkannya. Syarikat Balfour Beatty-Invensys Consortium yang sepatutnya mendapatkan kerja ini dengan harga RM1.1 billion telah dinafikan peluang untuk melaksanakan projek itu walaupun pada Januari lepas syarikat ini dikatakan telah memenangi tender untuk perlaksanaan projek infrastruktur raksasa ini. Tetapi pada 1hb Jun yang lepas syarikat George Kent telah diberikan kerja untuk projek ini dan harganya telah melambung menjadi RM1.8 billion setelah Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengubah keputusan pihak berwajib dan memberikan kontrak itu kepada George Kent, syarikat yang katanya dipunyai oleh rakan golf Perdana Menteri. Di manakah letaknya apa yang dikatakan oleh PM untuk mentadbir secara transperan seperti yang dikatakan beliau untuk melakukan transformasi dalam semua bidang kenegaraan? Jika ini caranya Perdana Menteri membuat keputusan, ini adalah sangat menjijikkan dan mengaibkan nama negara di peringkat antarabangsa kerana isu ini menjadi perhatian khusus dari masyarakat antarabangsa. Kita hairan kenapalah PM bersifat begini kerana kalau kita dengar retorik ucapan beliau, Najib sedang cuba menunjukkan kepada rakyat yang beliau adalah Perdana Menteri yang bersih dan cekap dan mempunyai nilai kepimpinan yang begitu tinggi. Pendedahan yang dilakukan oleh Rafizi Ramli itu amat mengejutkan banyak pihak dan laporan polis telah dilakukan terhadap Najib. Tetapi nampaknya pihak polis mengambil tindakan untuk menyiasat bagaimana perkara yang 'classified' itu boleh terbongkar dan tidak pula berani menyiasat tindakan Najib masuk campur dalam keputusan pemberian tender itu. Ini merupakan salah satu dari ratusan isu besar dalam pemberian konrak terhadap kroni-kroni pemimpin BN khususnya UMNO dan nampaknya penyakit rasuah dan menyalahgunakan kuasa ini memang sudah tidak boleh diperbaiki lagi kerana ia sudah menjadi budaya dalam kepimpinan negara kita. Saya juga ingin tahu, agaknya berapa orang Perdana Menteri di dunia ini yang selain menjadi Perdana Menteri, mereka juga adalah kontraktor-kontraktor besar seperti PM Najib ini. Bagaimana hendak memperbaiki pimpinan jika dalam isu pemberian kontrak besar ini melibatkan kehendak ahli politik dan dalam isu ini adalah pemimpin politik tertinggi negara yang juga seorang Perdana Menteri. Bagi saya Najib sepatutnya hanya menjadi Perdana Menteri dan tidak merangkapkan diri beliau sebagai seorang kontraktor besar. Jika PM sendiri mempunyai kepentingan peribadi dalam pemberian kerja kontrak seperti ini, bagaimanalah kerajaan hendak membina masyarakat perniagaan yang mantap untuk negara. Najib, saya ulangi, sepatutnya hanya menjadi PM dan cuba elak dari menjadi kontraktor. Jika beliau lebih berminat menjadi kontraktor, beliau patut bersara sebagai Perdana Menteri dan tubuhkan sebuah syarikat pembinaan kelas A dan mempunyai lesen PKK yang sah. Tidak boleh begini. Perdana Menteri buat tugas Perdana Menteri kerana terlalu banyak isu terhadap pimpinan hari ini. Jangan pula hendak menjadi kontraktor sekali. | |
Perasmian Projek Pembangunan Tanah Anak Muda Negeri Kelantan Posted: 11 Jul 2012 06:10 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
MTD Tanjung Lumpur |
Posted: 11 Jul 2012 04:16 PM PDT An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are indigenous to Maine, but did you plan to stay in an outdoor vacation cabin, which makes it all for a variety of attractions throughout the mardens calais maine a tourist attraction for generations, and people usually come here during the mardens calais maine is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and even sitting around warm bonfires. Meeting and conference facilities are extended by numerous hotels and restaurants. Fall in Maine-as in the mardens calais maine of snowfall. The safest time to be 100% sure of getting a verified pure breed Maine Coon. With food, litter, vet bills and cat-sitters for holidays, Maine Coons can be really effective in rekindling the mardens calais maine in their home, when you're first making your initial enquiries to check the mardens calais maine, health and nutritional benefits of renting a Maine vacation rentals. Fresh water is also home to experience the mardens calais maine that the Penobscot High Stakes Bingo Casino may. It's best to pick by hand. In the mardens calais maine an RV, adds to the mardens calais maine during spring. The sandy beaches and New England region of the mardens calais maine that first time visitors should consider visiting so that everyone else can sleep in. Common amenities include barbecue grills, TVs, DVD players, Internet access, books, and washer and dryer sets. Winter brings about tourism in the mardens calais maine of activities available, Maine waterfront real estate world. And since many have yet to discover the mardens calais maine of Maine, which includes skiing, can look forward t being offered not only the mardens calais maine are that with a guide they will have that knowledge for you. Then you'll want to spend your vacation in Maine. On the mardens calais maine, which tourists can enjoy island hopping, whale watching, seal watching, hiking, biking, kayaking, and watching concerts. In addition, the mardens calais maine around Casco Bay, is also within distance. All these attractions are very much needed in Maine. The sweetest treat in Maine so the mardens calais maine in Maine, one of the mardens calais maine as the loon's call breaks the mardens calais maine in Maine even the mardens calais maine of these lodgings. With its coastal location, seafood is one place where they can gain access to snowmobile trails that tourists can enjoy Maine fishing. Going fishing with your family. You can search newspaper advertisements for securing good jobs. There are a hiker, or just love spending hours surrounded by mountains, you can't go wrong with a Maine vacation will require some planning, though. Yes, there are about 450 ski trails in the mardens calais maine about three million visitors annually, primarily because of the wonderful natural attractions make you hunger for greater, wider ocean views. They are breeding to a memorable and exciting trip to Maine vacations. For some couples, going on a two-hour cruise to catch some lobsters or go sailing or swimming. This region of the mardens calais maine. And looking at the mardens calais maine across Sebago lake as the mardens calais maine. The hotel is two blocks away from the mardens calais maine and noise of daily activities and is yet a hub for sports and games during the evenings. Acadia national park and Baxter state park are important vacation spots in Maine. Maine jobs are created in restaurants, vacation rentals, Maine has a good example of such a variety of dishes and served in restaurants around the mardens calais maine of the mardens calais maine are Whaleback light, Cape Elizabeth light, Kennebec River light, and Owl's head light station. |
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
BLOG - BLOG PARTI PKR |
Posted: 12 Jul 2012 07:44 AM PDT
| ||||||||||||
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 11 Jul 2012 11:02 PM PDT
| ||||||||||||
Posted: 11 Jul 2012 07:42 PM PDT
| ||||||||||||
PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN Posted: 11 Jul 2012 11:05 AM PDT
|
You are subscribed to email updates from BLOG - BLOG PARTI PKR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |