SHAH ALAM, 11 JULAI - Kira-kira 200 orang mengadakan demonstrasi aman di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini, hari ini, bagi membantah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa membenarkan penyelewengan berleluasa.
Bantahan tersebut yang bermula berkumpul di Dataran Shah Alam adalah anjuran NGO, Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).
Antara rasa tidak puas hati mereka, termasuk dakwaan salah tadbir urus melibatkan Universiti Industri Selangor (Unisel), Yayasan Selangor dan kemelut padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kelana Jaya.
Kumpulan itu kemudiannya berarak menuju ke bangunan SUK bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Abdul Khalid dengan membawa sepanduk dan kain rentang tertera "Kami Benci Pakatan Rakyat".
Demonstrasi ini turut mendapat sokongan daripada beberapa NGO lain yang turut menyertainya. Antaranya, adalah Persatuan Bekas Veteran Tentera Malaysia, Waris Malaya, Belia 4B, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan juga beberapa kumpulan pendesak India yang mendakwa masyarakat itu terus dipinggirkan.
Dari tinjauan, mendapati mereka berang kerana mendakwa Abdul Khalid mengetepikan nasib kaum tersebut.
Sambil melaungkan "Khalid Bodoh" mereka mengegarkan pagar SUK dan melemparkan air botol minuman ke dalam kawasan SUK.
Dalam memorandumnya, GPRS mendesak kerajaan negeri Selangor memecat ahli politik Pakatan Rakyat yang menduduki Lembaga Pengarah Unisel kerana mempolitikkan institusi itu.
Mereka juga menuntut kerajaan negeri mendedahkan laporan kewangan Unisel serta menyatakan jumlah kemasukan serta pelajar dari tahun 2008 hingga 2012.
GPRS yang diwakili oleh Zubir Zainuddin dan Mohammad Zainal Khamis menyerahkan memorandum tersebut kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar, Norzaton Aini Mohd Kassim.
"Kami mewakili rakyat seluruh Selangor yang tidak berpuas hati jadi kita menubuhkan satu gerakan iaitu Gerakan Prihatin Rakyat Selangor untuk menyampaikan ketidak puasan hati rakyat Selangor mengenai kepincangan, penyelewengan, dan penipuan yang diterajui oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Maka pada hari ini memorandum mengenai tiga isu, iaitu isu Unisel, penyelewengan Yayasan selangor, dan rampasan padang bola di Kelana Jaya," kata Zubir.
Mengenai penyelewengan Yayasan Selangor pula, kumpulan tersebut menuntut supaya seorang pengawai kanan Yayasan Selangor yang mengaku melakukan kesilapan kerana meluluskan peruntukan RM1.4 juta dipecat.
GPRS juga mendesak supaya kerajaan negeri mengembalikan Padang PKNS di Kelana Jaya kepada penduduk setempat. Katanya, Abdul Khalid wajar mengekalkan padang PKNS sebagai pusat rekreasi dan bukannya sebagai tapak projek komersial.
Turut hadir pada hari ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu, Wong Koon Mun, ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak, ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus, dan ADUN Sungai Pelek, Yap Ee Wah yang datang memberi sokongan kepada himpunan tersebut.
Kerajaan Negeri Takut Pada Billboard2 Noh Omar dan PM. Semua Billboard Noh Omar, PM Akan di Roboh oleh MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR Apa Salahnya Billboard Ini..?
Hanya sekadar paparan SELAMAT DATANG dan letak gambar Perdana Menteri..takkan nak jadikan isu...atau sekadar nak kona dari isu ketirisan dan kelemahan kerajaan Pakatan Selangor..? ke guana..?
Mana satu yang betul? Ini yang boleh peningkan kepala bila tiga pemimpin PAS Selangor memberi pendapat berbeza dalam isu peraturan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengasingkan lelaki dan wanita belum berkahwin ketika menonton wayang di daerah itu.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pertahan keputusan MDKS tetapi ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad kata itu hanya notis macam amaran larang orang Melayu Islam beli arak dan nombor ekor.
Ketua mereka, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman pula dakwa keputusan itu dibuat Jabatan Perlesenan MDKS sewaktu pengeluaran lesen dahulu dan belum dibawa ke peringkat mesyuarat penuh majlis.
Namun yang pasti cadangan dan pelaksanaan tersebut dibuat Ahli Majlis MDKS mewakili PAS.
Jadi 'flip flop' pula bila teliti kenyataan Khalid, Dzulkefly dan Dr Rani yang berbeza-beza itu.
Apapun, semua itu tidak lebih wayang PAS untuk jaga hati Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Ronnie Liu yang arahkan pelaksanaan garis panduan pisahkan lelaki dan wanita belum berkahwin dalam pawagam ditangguhkan sehingga kajian menyeluruh mengenainya selesai.
Arahan itu dibuat selepas media melaporkan panduan baru yang diperkenalkan MDKS terhadap pengunjung panggung wayang milik Lotus Five Star Cinemas bertempat di pusat membeli-belah 1 Plaza.
Garis panduan itu menghendaki pengunjung lelaki dan wanita yang belum berkahwin agar diasingkan kedudukan tempat duduk ketika menonton wayang.
Peliknya, cepat sungguh Ronnie keluarkan arahan itu sedangkan dalam isu kebimbangan rakyat Selangor pasal rumah urut yang tumbuh macam cendawan selepas kerajaan PKR memerintah, wakil rakyat DAP itu buat-buat tidak dengar saja.
Bukan rahsia lagi beribu-ribu rumah urut terutama tanpa lesen di kawasan pinggir dan luar bandar naik satu demi satu sedangkan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor, jumlahnya cuma beratus sahaja.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga jaga Hal Ehwal Agama Islam mengakui perkara itu selepas pendedahan Utusan Malaysia tidak lama dulu.
Beliau janji nak ambil tindakan tetapi hingga sekarang yang bertindak hanya polis dan pihak berkuasa lain termasuk Jabatan Imigresen.
Dalam isu peraturan MDKS, Khalid masih tutup mulut kerana Ronnie awal-awal lagi sudah bersuara.
Amat menghairankan suara Ronnie buat pemimpin PAS akur saja padahal arahan itu berkaitan tuntutan agama yang melarang bukan muhrim berdua-duaan.
Sepatutnya PAS Selangor secara total menyokong peraturan itu lagipun ianya dicadangkan ahli majlis dari PAS selepas aduan orang ramai terutama ibu bapa yang membawa anak-anak menonton tetapi ada pasangan lelaki dan wanita pula 'berlakon' aksi tidak senonoh dalam pawagam.
Ini diakui sendiri Khalid Samad kerana katanya pawagam tempat awam bukan tempat pasangan memadu kasih.
Bila tiga pemimpin PAS ini 'flip flop', teringat kes Datuk Dr Hasan Ali dalam serbuan ke Gereja Methodist Damansara Utama tahun lalu.
Khalid dilihat menentang tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan isu itu berlarutan hingga akhirnya Dr Hasan kena pecat dari PAS dan gugur jawatan Exco Agama.
Kali ini, ahli majlis MDKS dari PAS yang kemukakan cadangan itu tentu kena 'taram' juga oleh PAS Selangor kerana dianggap memandai-mandai buat peraturan tersebut.
Silap haribulan, ahli majlis itu juga boleh digugurkan keahlian atau dipecat dari PAS.
Patut sangatlah Dr Hasan pening kepala masa jadi Pesuruhjaya PAS Selangor kerana banyak hal berkaitan kepentingan agama Islam diperkotak-katik oleh DAP termasuk isu rampasan jualan arak di tempat awam sekitar Shah Alam.
Bila Ronnie bersuara, arak dirampas boleh dipulangkan semula dan Dr Hasan terpaksa 'berjabat tangan' dengan Ronnie bagi menunjukkan PAS dan DAP 'ngam' tetapi sebaliknya PAS Selangor sudah kena 'ngap' dengan DAP.
Sekarang ramai nak lihat apa reaksi Khalid Ibrahim yang jaga Exco Agama.
Beranikah dia buat keputusan kekalkan peraturan itu serta kuatkuasakan di pawagam seluruh Selangor.
Jawapannya mungkin sudah ada kerana Menteri Besar itu tentu tidak mahu kena 'ngap' dengan Ronnie pula.
Maklumlah, kalau Ronnie akur keputusan PAS, beliau pula nanti kena 'ngap' dengan pengundi-pengundi Cina yang menyokong DAP.
Jadi kesudahannya dalam isu untuk jaga kepentingan Islam ini, PAS Selangor sekali lagi kena 'ngap'.
Kalau hal-hal kecil begini sudah kena 'ngap'...beranikah ambil langkah yang lebih besar tanpa 'menyinggung' DAP?
Lewat ini Abby Abady, Aisyah dan Hairie Othman sudah menunjukkan kecenderungan untuk kembali ke pangkal jalan. Bagaimanapun jalan pulang yang mereka pilih terpesong kerana mereka mencari Tok Guru politik yang sesat. Sesat bila tok guru ini mengatakan "Allah berjisim" -atau "Allah berjari tapi tak sama dengan makluk"-jelas ia menyalahi akidah kerana kenyataan itu mujassimah dan menurut Imam Syafie sudah kafir dan wajib mengucap kembali 2 kalimah syahadah! (Rujuk Syarah Ustaz Zamihan Al Ghairi pada minit 1.12 dalam video di bawah)
Jika ikhlas nak belajar ugama pentas politik bukan tempatnya-belajarlah jadi Datuk Sarimah yang belajar ugama secara bersanad supaya selamat dunia dan akhirat!
Atas dasar persaudaraaan Islam saya menyeru mereka agar berguru dengan guru ugama Islam ASWJ yang mempunyai ilmu bersanad agar selamat kita di dunia dan akhirat. Al Imam Syafie berkata bahawa "tidak boleh mengkafirkan seseorang muslim selagi dia bersolat menghadap kiblat kecuali jika dia menjisimkan Allah" Oleh itu bagi Abby yang terikut ikut ajaran Wahhabi saya mohon agar dia bertaubat dan mengucapkan 2 kalimah syahadah kembali.
Contoh terbaik ialah Datuk Sarimah Ahmad yang mengaji ugama dengan Ustaz Alwi Al Bakaniyy dan mendapat ilmu yang bersanad. Maka jalan pulang yang dipilih oleh Datuk Sarimah adalah selamat kerana ia beriktikad Allah ada tanpa bertempat yakni pegangan Islam ASWJ.
Datuk Sarimah belajar ilmu ugama bersanad-gambar dengan ehsan ustaz Alwi Al Bakaniyy
"Alhamdulillah...baru selesai pengajian aqidah muslimin bersama seniwati Datuk Sarimah Ahmad dan jemaah selama sehari setengah. Beliau berpegang teguh dgn aqidah Aswj Asyairah 'Allah wujud tanpa tempat' dan membenci ajaran sesat Musyabbihah Mujassimah Wahabi, Syiah, Hizbuttahrir dll ajaran sesat. Beliau tidak masuk mana2 parti politik utk mncari kebenaran Islam..kpd mana2 artis atau umat islam yg ingin mendapatkan NurIman jgn terpngaruh dgn dakyah2 yg sesat.....Allahuakbar!"-Ustaz Alwi Al Bakaniyy
Dengar penerangan Ustaz Zamihan dalam video youtube dan teguran dia atas Nik Aziz dan Azhar Idrus di bawah dengan dalil yang jelas.
PASIR MAS: After 14 years of marriage, a couple here split up when the husband allegedly could no longer convince his wife to join his political party. Yahya Ibrahim, 78, divorced religious teacher Che Hasnah Che Ahmad, 61, both of Kampung Chabang Tiga in Chetok, in the Lower Syariah Court yesterday. She alleged that her husband had accused her of deviating from Islam for not supporting his party. Che Hasnah, who claims to be a staunch supporter of Barisan Nasional, said her husband was an ardent follower of PAS. Unhappy ending: Yahya leaving the Lower Syariah Court in Pasir Mas after divorcing his wife of 14 years. She said that although he had for years tried to "convert" her to join PAS, the issue that broke the camel's back was when she atttended a ceramah by former PAS vice-president Datuk Dr Hasan Ali in Tanah Merah on June 11. "I did not know I was attending the ceramah by Hasan Ali because I merely took a lift to the venue from a friend, who said there would be a lucky draw there," she said, adding that Yahya had given her permission to attend the event. Che Hasnah, who teaches the Quran to about 100 students, was formerly the Chabang Tiga Wanita Umno branch chief. Before filing for divorce, he told me he no longer wants to live with me. - Che Hasnah Che Ahmad She said Yahya had never questioned her support for Barisan until lately, when he travelled frequently to Kota Baru to attend PAS ceramah. "Everytime he comes home, we would get into an argument. Before filing for divorce, he told me he no longer wants to live with me and would move to live with his children from his first marriage," she told reporters outside the courthouse. Earlier, after Yahya pronounced the divorce, Syariah judge Mohd Hafiz Daud ordered him to pay Che Hasnah RM200 for mutaah (a gift for the wife after divorce) and RM600 for edah (financial sustenance for three months before the annulment of marriage). The media failed to interview Yahya, who successfully evaded reporters.
tunku : this is what pas preaches. their Islam is exclusively for them only. those who does not support their party they are not Muslim according to the teaching of certain pas leaders. it is them who are deviating from Islam. Muslims should stay away from pas.
SHAH ALAM: The notices put up at a Kuala Selangor cineplex stating that unmarried Muslim couples should not sit together are merely reminders, said Selangor PAS commissioner Dr Rani Osman. He said the decision to compel the cinema operator to put up the reminders were made by the licensing department of the Kuala Selangor District Council (MDKS). "It has not been brought to the full board council meeting yet. It was discussed by the licensing department," he told a press conference at the lobby of the state assembly on Wednesday. It was widely reported that Lotus Five Star, the only cinema in Kuala Selangor had put up notices informing unmarried Muslim couples that they were banned from sitting side-by-side. State executive councillor Ronnie Liu immediately asked for the ruling to be deferred and discussed further at MDKS' full board meeting. Selangor PAS deputy commissioner Khalid Samad admitted the party's MDKS councillors had made the proposal, but they had no intention of imposing Islamic values on non-Muslims. "The cinema is a public space for family entertainment. Families go to the cinema and they complain of seeing couples make out. "So we want to remind the public to behave. Do not make the cinema a poor man's nightclub," said Khalid. PAS' Kuala Selangor MP Dr Dzukefly Ahmad said the matter would be discussed at MDKS' full board meeting at the end of the month. Selangor MCA Youth chief Dr Kow Cheong Wei said a temporary freeze on the ruling left the possibility that the gender segregation might be fully enforced in the future. "The rakyat cannot continue to rely on face-saving temporary relief from contentious, divisive issues that face their states. "Instead, I strongly urge Pakatan Rakyat to issue a public declaration denouncing further gender segregation rulings in their respective states. "It can start by permanently retracting the recent cinema ruling enforced by MDKS," he said. MCA's Sungai Pelek assemblyman Yap Ee Wah said it would be difficult for Pakatan to earn the trust of voters if it flip-flops on its policies. "While MDKS has withdrawn the directive in the wake of public criticism, the above-mentioned examples prove how PAS creates and enforces rulings on its own will, and at the expense of the people while DAP and PKR sit idly by," he said in a statement.
tunku :this is another example how islamic pas is? its haram in Islam for unmarried couple to sit very closely as they will surely be touching each other, so why only as reminder. take action against them if you really want to uphold Islamic teaching. why only a reminder? the answer is very simple.they are afraid of dap and pkr. dap tell them to shut up, they back off. this is how islamic pas is today.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Amat mengejutkan apabila laman web Suara PR telah dengan biadapnya menggelar para peneroka Felda sebagai perompak, dalam sebuah artikel yang bertajuk 'Peneroka Perompak Duit Rakyat' yang disiarkan semalam.
Alasan laman tersebut ialah kerana pembahagian wang RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka pada Mei lepas adalah dibuat sebelum Felda Global Ventures (FGV) disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Justeru, menurut penulis tersebut, "wang berjumlah RM 1.69 billion yang diperuntukkan untuk membiayai 'durian runtuh' itu semestinya datang dari wang kerajaan (sebut wang rakyat) kerana Felda sendiri tidak ada wang kerana agensi itu sendiri bakal diisytiharkan bankrap."
Tambahnya lagi, "disebabkan itu, mungkin ada program kerajaan untuk kebajikan rakyat yang lebih besar terpaksa ditangguhkan dulu untuk menyelesaikan janji 'durian runtuh kepada peneroka Felda dan keluarga masing-masing yang berjumlah sekitar 300,000 orang ini."
Apa nak dikata, nampaknya, hadap sekali penulis tersebut dengan program kebajikan rakyat oleh kerajaan. Takut benar dia tidak dapat menikmati program kebajikan dari kerajaan kerana kebanyakan wang telah diberikan kepada warga Felda.
Namun, dalam artikel yang sama, penulis tersebut juga menghentam program-program kebajikan rakyat ini sebagai haram dan rasuah.
Entah manusia jenis apa yang langsung tidak ada maruah terhegeh-hegeh mengharap wang yang dituduhnya sendiri sebagai 'rasuah' dan haram.
Dan bagaimana pula wang 'durian runtuh' itu dikatakannya wang rakyat sedangkan wang tersebut adalah hasil dari jerit perih peneroka serta kecekapan pengurusan Felda sendiri? Wang RM15,000 yang dibayar kepada setiap peneroka atau jumlah keseluruhan, RM1.69 billion, adalah hasil dari pelupusan kepentingan Felda Badan Berkanun (Felda BB) kepada FGVHB yang berjumlah RM5.65 billion sebagai proses penyenaraian.
Justeru, tidak timbul wang tersebut sebagai wang rakyat atau wang kerajaan, tetapi bolehlah dianggap sebagai bonus terkumpul yang dijana sendiri oleh Felda dan warganya sebagai sebuah pasukan besar.
Pembangkang boleh memutar-belit apa saja tetapi yang pastinya, peneroka tidak mungkin akan dapat menikmati wang tersebut jika pengurusan Felda tidak cekap. Malah peneroka tidak mungkin dapat menikmati pendapatan bulanan yang lumayan yang mereka nikmati hari ini, jika pengurusan Felda tidak berkredibiliti atau berintegriti.
Lebih dari itu, peneroka kemungkinan besar masih belum keluar dari kemiskinan dan memiliki rumah dan tanah sendiri sekiranya kerajaan tidak mengilhamkan Felda sejak awal dahulu, bagi membantu mereka.
Hakikatnya, Felda adalah bukti keikhlasan, keprihatinan dan kecekapan kerajaan Barisan Nasional.
Dan kini, selain pendapatan tetap yang dinikmati melalui Felda, peneroka juga berpeluang mendapat keuntungan dengan pemilikan saham. Malah, melalui penyenaraian ini juga akan membuka peluang perniagaan yang lebih luas sekali gus memberikan pulangan bukan sahaja dari segi wang, tetapi juga dari segi kemudahan dan peluang pekerjaan kepada generasi Felda yang akan datang.
Dengan itu, laman Suara PR tentunya dengki sehingga sanggup menggelarkan peneroka sebagai perompak akibat telah tersasul dan terlanjur mengharamkan 'durian runtuh' dan kini meleleh air liur melihat warga Felda menikmatinya.
Disebalik lakonan riuh rendah pemimpin pakatan pembangkang khususnya PAS & DAP mempertikaikan pendedahan maklumat berhubung pembahagian kerusi parlimen yang memberi kelebihan besar kepada DAP, rasanya tidak salah untuk kita berkongsi satu lagi fakta menarik berkaitan isu ini.
Seperti kita maklum, sudah menjadi kebiasaan seseorang pemimpin politik pembangkang dari luar Kelantan yang dianggap 'bernilai' atau setidak-tidaknya rapat dengan pimpinan PAS negeri akan diberi peluang membina kerjaya politik mereka di negeri tersebut.
Ada antara mereka merupakan pemimpin PAS dari Selangor, Kedah dan ada juga pemimpin dari parti lain yang merupakan teman sekedudukan dan sebantal, yang penting ialah rapat dengan perintis lebuhraya prepaid dan pandai mencuit hati tok gundu Pulau Melaka.
Bagaimanapun, memandangkan PAS Kelantan sekarang sedang berkecamuk dek kerana bunga-bunga kebangkitan rakyat Kelantan menolak kepimpinan Nik Aziz sebagai MB Kelantan, mahu tidak mahu ahli politik dari luar terpaksa dihalau keluar bagi mengurangkan impak kebangkitan tersebut.
Dalam PRU 2008 misalnya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah diletakkan bertanding di kawasan Parlimen Machang mewakili PKR dan menguasai kerusi tersebut mengalahkan calon BN, Sazmi Miah dengan majoriti 1,460 undi.
Mengikut maklumat yang diperolehi, Saifuddin terpaksa dihalau ke Kedah untuk 'disembelih' di Kulim Bandar Baharu manakala tempatnya di Machang bakal diisi oleh calon tempatan dari PKR yang bernama Mohd Hishamuddin.
Berkemungkinan 'tukang sembelih' yang akan berentap dengan Saifuddin nanti di Kulim Bandar Baharu ialah bekas peguam utama Anwar Ibrahim iaitu Zulkifli Noordin yang sekarang ini adalah ahli Parlimen bagi kawasan tersebut.
Eloklah begitu, khidmat Saifuddin selama sepenggal menjadi wakil rakyat di Machang habuk pun tarak. Siang malam asyik sibuk memanjang dengan teori dan propaganda hingga kerap lupa amanah yang rakyat Machang dambakan.
Dari satu segi, langkah PAS 'meminta' PKR memindahkan Saifuddin mungkin dilihat cara terbaik untuk mengendurkan kemarahan rakyat yang saban hari bangkit memprotes kelemahan urus tadbir kerajaan negeri, tapi ia tidak bermakna kebangkitan rakyat marhaen dapat dipadamkan begitu sahaja.
Yang pastinya dalam usaha mempertahankan sisa-sisa pemerintahannya di Kelantan, PAS terpaksa melakukan apa saja sementara masih berbaki sekelumit detik masa.
Semestinya, Salahuddin Ayub yang juga antara pemimpin politik paling awal diminta berambus ke negeri asal untuk 'dibunuh' kerjaya politiknya, tidak lagi keseorangan membawa rajuk hati kerana kini sudah pasti 'kuburnya' akan ditemani sama oleh Saifuddin Nasution.
Cadangan pemimpin MIC, Datuk Ramanan Ramakrishnan supaya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjalani ujian pembohongan (poligraf) sewajarnya disambut baik memandangkan itu antara caranya untuk mengetahui kebenaran kes moral yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Tika ini orang ramai khususnya penyokong DAP dari kalangan kaum wanita agak tersentuh hati mereka dengan dakwaan skandal Lim Guan Eng dengan seorang wanita muda yang bernama Ng Phaik Kheng.
Sukar untuk mereka menerima hakikat kelakuan curang seorang suami pada isterinya apatah lagi bila wanita yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng adalah pekerjanya sendiri.
Justeru itu, cadangan penggunaan mesin poligraf untuk mengesan siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong dalam kemelut isu moral ini amat molek disegerakan.
Sebagai pemimpin muda DAP yang meningkat naik dalam dunia politik hasil pertolongan 'tongkat ajaib' yang dimiliki ayahnya yang juga Penasihat DAP, sepatutnya Lim Guan Eng memiliki keberanian untuk menyahut cabaran tersebut.
Jika selama ini aura amalan nepotisme dan dinasti Lim yang kerap menjadi pelindung kepada kerjaya politiknya, mengapa tidak untuk pertama kalinya beliau menggunakan inisiatif dan fikiran sendiri untuk secara sukarela menjalani ujian poligraf itu.
Bagi memastikan ujian poligraf ini mencapai matlamat dan mampu menutup mulut pengkritiknya, disarankan kepada Lim Guan Eng untuk membawa bersama isteri beliau, Betty Chew yang juga merupakan wakil rakyat DAP bagi DUN Kota Laksamana, Melaka.
Turut disarankan menyertai ujian itu nanti ialah Ng Phaik Kheng, wanita 'malang' yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng.
Adalah lebih baik sekiranya ujian itu nanti dilaksanakan secara terbuka dan disaksikan oleh orang awam bagi membuktikan ketelusan dan memuaskan hati semua pihak.
Soal dari mana mahu dipinjam mesin tersebut tidak menjadi kerumitan kerana agensi-agensi penyiasatan tertentu pasti sahaja ada yang memilikinya.
Rasanya Lim Kit Siang sendiri pun tiada halangan untuk membenarkan anak jantan kesayangan bersama-sama menantu garangnya itu menjalani ujian mengesan penipuan tersebut.
Lim Kit Siang selaku pelopor politik dinasti dan pengamal nepotisme paling lama dalam sejarah tanahair tentunya tidak sanggup melihat anak lelaki dan menantu perempuannya dikenali sebagai pembohong, penipu dan pengecut.
Cukuplah gelaran tersebut hanya lekat di dahi Anwar Ibrahim hingga kini hanya dek kerana takutnya dia dengan ujian mesin poligraf. Dah namanya penipu dan pembohong tentulah takut dengan mesin mengesan pembohongan, tak begitu?
Sidang DUN semalam, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu menolak alasan kewujudan rumah urut dan pusat hiburan sebagai penyumbang kepada masalah sosial di Selangor.
Mantap beb kenyataan dier nie? Dia dah buat kajian ker pusat dan rumah-rumah urut terbabit?
Tapi dalam masa yang sama, dia kata masalah sosial yang membabitkan aktiviti berkenaan adalah isu penguatkuasaan yang memerlukan operasi bersepadu yang harus dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Apa ke mangkuk si Ronnie nie …. Dia kan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri …. Dah sah lah PBT di bawah kuasanya sebagai EXCO ….
Pengagihan kerusi pilihanraya bagi parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat nampaknya masih kabur. Walhal, Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim sebelum ini telah menyatakan bahawa pembahagian kerusi PRU telah pun dimuktamadkan.
Dan nampaknya sekali lagi Anwar menipu.
Dari sumber-sumber tertentu, kita telah dimaklumkan bahawa PKR akan bertanding 66 kerusi. Manakala PAS sebelum ini ada mewar-warkan bahawa mereka akan bertanding 80 kerusi. Namun, mengikut perkiraan berdasarkan PRU yang lepas, PAS hanya mampu meletakkan 66 kerusi sahaja dan itupun hanya berjaya memenangi 22 kerusi.
Justeru, jika PAS ingin bertanding 80 kerusi menunjukkan betapa PAS itu akan tetap dengan angan-angan Mat Jeninnya.
Kita juga dapat membaca sikap berhati-hati Hadi Awang dalam memperkatakan soal kerusi, kerana Hadi hanya menyebut 'mungkin akan bertanding 80 kerusi' iaitu bukannya satu kepastian lagi.
Kita amat faham betapa hati Hadi Awang akan bergetar apabila menyebut nama DAP. Kerana itu, Hadi tidak berani meletakkan angka muktamad, tetapi hanya menganggarkan sahaja akan jumlah kerusi yang akan ditandingi PAS dalam PRU nanti. Tidak mungkin Hadi akan mengumumkan jumlah muktamad tanpa restu DAP terlebih dahulu.
Bagaimanapun, elok kita ketepikan angan-angan Mat Jenin PAS dan melihat dari segi logik. Logiknya, PAS hanya akan bertanding sekitar 66 kerusi, dan PKR telah pun memuktamadkan bertanding 66 kerusi juga, maka pastinya kerusi lebihan sebanyak 90 lagi adalah milik DAP.
Tidak mungkin DAP akan benar-benar bertanding 60 kerusi sahaja seperti kata Lim Kit Siang kepada Malaysian Insider, kerana jika benar, bermakna PR hanya akan bertanding 192 kerusi sahaja keseluruhannya.
Mungkin ada yang terpedaya dengan hujah DAP dan PAS bahawa ini hanyalah spekulasi jahat BN untuk memecahbelahkan PR, tetapi apa yang dinyatakan di sini adalah analisis berdasarkan logik dan bukannya angan-angan Mat Jenin.
Perlu diingatkan bahawa DAP telah bertanding 47 kerusi dalam PRU yang lepas dan memenangi 28 darinya, yang mana mengatasi jumlah yang dimenangi oleh kedua-dua rakan sekutunya. Maka tidak mungkin DAP akan mengalah meletakkan kerusi yang jauh lebih sedikit dari kedua-dua mereka dalam PRU kali ini.
Percayalah, seperti yang ditekankan oleh Lim Guan Eng secara tidak langsung dalam perdebatannya dengan Chua Soi Lek baru-baru ini, iaitu DAP tidak sekali-kali menerima konsep kerjasama dengan PAS dan PKR sepertimana UMNO-MCA-MIC. Sebaliknya DAP akan sentiasa memastikan kedudukannya jauh lebih tinggi dari sekutu-sekutu hapraknya.
Justeru, kesukaran DAP dan PAS menyatakan jumlah muktamad kerusi yang akan dipertandingkan dalam PRU nanti adalah bukti bahawa PR menghadapi krisis dalaman iaitu dilema antara sikap kiasu (DAP) dengan tekanan majoriti (pengundi Melayu).
Yang pasti, perkataan kiasu (takut kalah) itu sendiri sudah menyatakan segala-galanya iaitu DAP tidak akan sekali-kali beralah. - (Haprak-Daily)
Aku dengan Yusmadi Yusof (MP Balik Pulau) memang berbeza ideology politik tetapi tindakan yang aku sifatkan KURANG AJAR terhadap ibu Yusmadi Yusuf tidak harus berlaku ….
Kalau ko nak rompak pun, rompak ajerlah tapi janganlah sampai nak tumbuk orang tua tu….. Cuba korang (si perompak) bayangkan kalau aku tumbuk mak ko… apa perasaan ko ….
Tapi mungkinkah tindakan rompak dan tumbuk ibu Yusmadi ini, sekali lagi UMNO dan Barisan Nasional akan dipersalahkan oleh pihak Pakatan Rakyat atau dari Yusmadi sendiri?
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diminta agar tidak berdolak dalik berhubung isu penyelewengan yang melibatkan Talam Corporation ekoran tindakannya yang menolak perbincangan penuh mengenai isu tersebut dalam persidangan DUN Selangor hari ini.
Biarpun Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim mencadangkan agar MB Selangor mengambil peluang untuk menjelaskan isu tersebut dalam pesidangan DUN Selangor, namun ternyata Tan Sri Khalid kemudiannya menolak perbincangan penuh mengenai isu tersebut dengan alasan isu ini perlu diserahkan kepada pakar untuk diteliti terlebih dulu.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Maslynoor Abdul Latiff, Menteri Besar sebagai ketua eksekutif negeri perlu mengambil tanggungjawab penuh untuk menjawab isu berhubung penyelewengan dana Talam Corporation tanpa sebarang dolak dalih lagi.
"MB adalah individu yang bertanggungjawab untuk memperjelaskan perkara ini kepada rakyat di Selangor. Beliau tidak boleh mengambil sikap berdolak dalih dalam isu ini kerana ia melibatkan sejumlah wang rakyat yang begitu besar.
"Sikap beliau yang menolak sebarang perbincangan dan penjelasan mengenai isu Talam ini bagaikan memberi gambaran bahawa kerajaan Selangor di bawah pentadbiran PKR bukanlah satu kerajaan yang telus dan terbuka sepertimana yang mereka hebohkan sebelum ini," ujar beliau di sini hari ini.
Tambahnya lagi, sikap berdolak dalik MB Selangor berhubung isu ini saling tak tumpah seperti sikap Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi sebarang isu penyelewengan atau salah laku yang berkait dengan kepimpinan peringkat tertinggi parti tersebut.
"Malah, Anwar sendiri sebagai penasihat ekonomi Selangor turut bertanggungjawab menjelaskan isu ini kerana jawatannya sebagai penasihat ekonomi . Sudah pasti beliau juga akan dimaklumkan sekiranya berlaku sebarang transaksi wang kerajaan apatah lagi dengan jumlah yang begitu besar," akhiri beliau.
Bekas suami mak cik seorang bekas pesara Tentera, juga orang kuat YB. Hj. Halim, ADUN Chetok Pasir Mas, anak didik Nik Aziz, terlalu taksubkan Hj. Halim dan PAS sehingga sangup meceraikan isterinya dan pernah mengatakan kepada Bekas Isterinya serta orang kampung, kalau tidak sokong PAS masuk neraka.
Bekas Isteri beliau adalah seorang guru Al-Quran yang menerima elaun sebanyak RM400 sebulan, dibayar oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Mak Cik ini seorang Ahli UMNO dan aktif dalam Chetok.
Pelik perangai orang yang taksub dengan Pas, bukan saja sanggup mengkafirkan orang Umno, mengharamkan pernikahan anak Pas dengan anak Umno, mengharamkan sembelihan orang Umno, mengharamkan imam orang Umno. Sudah banyak kes-kes perceraian berlaku kerana pasangan tidak menyokong Pas.
Kalau sokong Umno haram, bagaimana rezeki yang telah menjadi darah daging bekas tentera ini, bagaimana pula duit yang dimakan dari gaji isteri beliau?
Sudah lah Pas, usah lah jadi sesat, menyesal dan bertaubatlah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Dalam poster atau banner yang dihebohkan oleh Mazlan Aliman kononnya Ku Li dan Pak Lah akan hadir dalam perhimpunan oren adalah fitnah jahat puak-puak yang meroyan dengan FGV.
TM baru mendapat pengesahan dari Kepala Batas. Pak Lah tetap menyokong dasar dan misi yang dibawa oleh Felda dan Najib.
Muktamat , Mazlan Aliman akan menangis tak berlagu kerana programnya tidak akan mendapat sambutan rakyat. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Published on Jul 11, 2012 by TheAkufaiz 11/07/2012- Sebanyak 16 wakil NGO-NGO di Sungai Petani telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah kuala Muda membantah tindakan persatuan ANAK yang di bayangi parti PAS untuk mengadakan Himpunan Oren di Kuala Lumpur pada 14 Julai ini.
Tujuan Himpunan Oren yang hendak di laku Persatuan ANAK dan PAS mengadakan hanyalah mahu meemporak perandakan ke amanan Malaysia.
Cadangan pemimpin MIC, Datuk Ramanan Ramakrishnan supaya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjalani ujian pembohongan (poligraf) sewajarnya disambut baik memandangkan itu antara caranya untuk mengetahui kebenaran kes moral yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Tika ini orang ramai khususnya penyokong DAP dari kalangan kaum wanita agak tersentuh hati mereka dengan dakwaan skandal Lim Guan Eng dengan seorang wanita muda yang bernama Ng Phaik Kheng.
Sukar untuk mereka menerima hakikat kelakuan curang seorang suami pada isterinya apatah lagi bila wanita yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng adalah pekerjanya sendiri.
Justeru itu, cadangan penggunaan mesin poligraf untuk mengesan siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong dalam kemelut isu moral ini amat molek disegerakan.
Sebagai pemimpin muda DAP yang meningkat naik dalam dunia politik hasil pertolongan 'tongkat ajaib' yang dimiliki ayahnya yang juga Penasihat DAP, sepatutnya Lim Guan Eng memiliki keberanian untuk menyahut cabaran tersebut.
Jika selama ini aura amalan nepotisme dan dinasti Lim yang kerap menjadi pelindung kepada kerjaya politiknya, mengapa tidak untuk pertama kalinya beliau menggunakan inisiatif dan fikiran sendiri untuk secara sukarela menjalani ujian poligraf itu.
Bagi memastikan ujian poligraf ini mencapai matlamat dan mampu menutup mulut pengkritiknya, disarankan kepada Lim Guan Eng untuk membawa bersama isteri beliau, Betty Chew yang juga merupakan wakil rakyat DAP bagi DUN Kota Laksamana, Melaka.
Turut disarankan menyertai ujian itu nanti ialah Ng Phaik Kheng, wanita 'malang' yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng.
Adalah lebih baik sekiranya ujian itu nanti dilaksanakan secara terbuka dan disaksikan oleh orang awam bagi membuktikan ketelusan dan memuaskan hati semua pihak.
Soal dari mana mahu dipinjam mesin tersebut tidak menjadi kerumitan kerana agensi-agensi penyiasatan tertentu pasti sahaja ada yang memilikinya.
Rasanya Lim Kit Siang sendiri pun tiada halangan untuk membenarkan anak jantan kesayangan bersama-sama menantu garangnya itu menjalani ujian mengesan penipuan tersebut.
Lim Kit Siang selaku pelopor politik dinasti dan pengamal nepotisme paling lama dalam sejarah tanahair tentunya tidak sanggup melihat anak lelaki dan menantu perempuannya dikenali sebagai pembohong, penipu dan pengecut.
Cukuplah gelaran tersebut hanya lekat di dahi Anwar Ibrahim hingga kini hanya dek kerana takutnya dia dengan ujian mesin poligraf. Dah namanya penipu dan pembohong tentulah takut dengan mesin mengesan pembohongan, tak begitu?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ni apa cerita ni? Tak mau ajak Exco Agama masuk join sekali ka? Taulan Rasul takmau keluar fatwa ka? Gerakan ni ditaja Phahrolrazi utk sabotaj Azizan???
Nama manjanya Fyna Erna...kerja di HOUSE BAR OF PAS KEDAH..cuba bayangkan kalau anak dara Azizan Razak, Taulan, Amiruddin, Mahfuz Omar, Phahrolrazi atau Dr. Ismail Salleh kerja kat situ...depa sanggup tengok anak depa hanyut? —
PAS sekadar sebuah parti politik yang kaya dan taksub dengan bendera semata2... Dari zaman aku kecil sehinggalah ke zaman aku tua ni, aku lihat Pas benar2 taksub dengan bendera dan aku percaya bahawa Malaysian Book Of Record patut memberikan pengiktirafan kepada Pas sebagai satu2nya parti politik di Malaysia yang mempunyai bendera yang paling banyak..tidak cukup di tiang lampu yang dulunya LLN (kini TNB), tiang telekom, lampu isyarat, tiang papan tanda, kepala simpang, titi, jambatan, pokok, dinding gunung, bumbung rumah dan berbagai2 lagi lah..hatta kat atas tangki air taman perumahan pun jadi mangsa pasang bendera..tetapi barang harus diingat, bendera yang banyak bukanlah melambangkan kekuatan malah kadang2 aku kesian bila tengok bendera dah jadi mcm sesungut sotong bila ditiup angin..rakyat tak boleh cari makan kalau sekadar dengan bendera yang megah jer...orang nak tengok perkhidmatan dan bukannya bendera yang berkibar sahaja -Mukther Rizam
Petang tadi Ketua Pemuda MIC Perak merangkap Ketua Pemuda MIC Bahagian Taiping Saudara M. Veeran telah membuat laporan polis di IPD Taiping membantah perhimpunan Oren yang akan diadakan hujung minggu ini oleh parti pembangkang.
Di fahamkan Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Abdullah Badawi akan turut serta dalam perhimpunan tersebut.
Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bila lagi nak buat bantahan? Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
LUMUT: IT was a huge relief for a widow of five when she was handed a cheque by the state government to help pay her house rent for a year recently.
Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir presented a cheque for RM1,488 to Asiah Mat, 40, at her home in Kampung Teluk Muroh near here.
He was accompanied by Manjung Municipal Council president Zamri Man and Manjung district officer Zamari Mohd Ramli. The initiative was part of the urban poverty eradication programme.
Asiah, who pays RM124 rent monthly, received a cheque for RM1,488 to cover this year's rent. She stays with her children, aged between 9 and 19.
Meanwhile, the Manjung Municipal Council had embarked on five programmes to eradicate poverty in areas under its jurisdiction between last August and May this year.
The programmes included the urban housing project aid, aid for entrepreneur and skill training programme, entrepreneur kiosk aid project, aid for urban trust fund and aid for house rental.
Altogether, a total of RM1 million was distributed to 107 hardcore poor families under the Manjung Municipal Council's administration.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Disebalik lakonan riuh rendah pemimpin pakatan pembangkang khususnya PAS & DAP mempertikaikan pendedahan maklumat berhubung pembahagian kerusi parlimen yang memberi kelebihan besar kepada DAP, rasanya tidak salah untuk kita berkongsi satu lagi fakta menarik berkaitan isu ini.
Seperti kita maklum, sudah menjadi kebiasaan seseorang pemimpin politik pembangkang dari luar Kelantan yang dianggap 'bernilai' atau setidak-tidaknya rapat dengan pimpinan PAS negeri akan diberi peluang membina kerjaya politik mereka di negeri tersebut.
Ada antara mereka merupakan pemimpin PAS dari Selangor, Kedah dan ada juga pemimpin dari parti lain yang merupakan teman sekedudukan dan sebantal, yang penting ialah rapat dengan perintis lebuhraya prepaid dan pandai mencuit hati tok gundu Pulau Melaka.
Bagaimanapun, memandangkan PAS Kelantan sekarang sedang berkecamuk dek kerana bunga-bunga kebangkitan rakyat Kelantan menolak kepimpinan Nik Aziz sebagai MB Kelantan, mahu tidak mahu ahli politik dari luar terpaksa dihalau keluar bagi mengurangkan impak kebangkitan tersebut.
Dalam PRU 2008 misalnya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah diletakkan bertanding di kawasan Parlimen Machang mewakili PKR dan menguasai kerusi tersebut mengalahkan calon BN, Sazmi Miah dengan majoriti 1,460 undi.
Mengikut maklumat yang diperolehi, Saifuddin terpaksa dihalau ke Kedah untuk 'disembelih' di Kulim Bandar Baharu manakala tempatnya di Machang bakal diisi oleh calon tempatan dari PKR yang bernama Mohd Hishamuddin.
Berkemungkinan 'tukang sembelih' yang akan berentap dengan Saifuddin nanti di Kulim Bandar Baharu ialah bekas peguam utama Anwar Ibrahim iaitu Zulkifli Noordin yang sekarang ini adalah ahli Parlimen bagi kawasan tersebut.
Eloklah begitu, khidmat Saifuddin selama sepenggal menjadi wakil rakyat di Machang habuk pun tarak. Siang malam asyik sibuk memanjang dengan teori dan propaganda hingga kerap lupa amanah yang rakyat Machang dambakan.
Dari satu segi, langkah PAS 'meminta' PKR memindahkan Saifuddin mungkin dilihat cara terbaik untuk mengendurkan kemarahan rakyat yang saban hari bangkit memprotes kelemahan urus tadbir kerajaan negeri, tapi ia tidak bermakna kebangkitan rakyat marhaen dapat dipadamkan begitu sahaja.
Yang pastinya dalam usaha mempertahankan sisa-sisa pemerintahannya di Kelantan, PAS terpaksa melakukan apa saja sementara masih berbaki sekelumit detik masa.
Semestinya, Salahuddin Ayub yang juga antara pemimpin politik paling awal diminta berambus ke negeri asal untuk 'dibunuh' kerjaya politiknya, tidak lagi keseorangan membawa rajuk hati kerana kini sudah pasti 'kuburnya' akan ditemani sama oleh Saifuddin Nasution.
Nasiblah badan, habis madu sepah dibuang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
apabila terserlah isu Syria-Amerika, rupanya ada berpuluh ribu muslim yang masih bangang memilih untuk bersama Amerika.
kononnya kezaliman dan keganasan Syiah adalah lebih dahsyat berbanding New World Order tajaan Amerika. ini lah realiti golongan lebai yang mengaku berada dibawah PAS sebuah parti islam terbesar di Malaysia.
dengan kedangkalan Pemuda PAS mutakhir ini yang melancarkan demo anti-Syria (tanpa sambutan umum), telah menyerlahkan lagi 'aib parti itu. ramai golongan haraki dan juga pengkaji-pengkaji muda yang berpemikiran liberal melihat tindakan pemuda PAS sebagai golongan yang tidak faham isu dan mencemarkan reputasi parti itu dalam kalangan muda-mudi yang "sempoi" dan "liberal" serta freethinker yang juga baru sahaja nak mengenali parti Islam itu lebih dekat. Namun, dek kedangkalan dan sikap pemuda yang cepat melatah, mereka sudah tidak mahu dan takut hilang arah. begitulah survey saya ke atas golongan freethinker yang rata-rata anarkis yang mahu berkenan mengetahui mengenai pemuda gerakan Islam di Malaysia. bermula di Dataran Merdeka beberapa bulan lalu apabila Ketua Pemuda PAS hadir ke dataran dan duduk di sebelah saya semasa diskusi awam pada satu malam dalam tempoh demo 14 hari perkampungan mahasiswa di atas dataran itu, muda-mudi yang anarkis, ethist dan freethinker ini mula bertanya kepada saya siapa dia yang berkopiah duduk di sebelah saya dan siapa dia yang di"escort" oleh unit amal nya itu. seraya saya menjelaskan, saya memang berhasrat mendekatkan golongan islamis ini kepada muda-mudi tersebut(kononnya nak berdakwah) tetapi ternyata isu Syria yang dipahami oleh kedua-dua golongan itu yang berbeza telah menjadi jurang perjauhan.
Isu syria adalah berbeza dengan apa yang diterangkan Riduan Mohd Nor dalam tulisannya yang hanya ekstrim melihat isu Syria dari satu sudut pandang atau dari satu sudut yang ber"assobiyyah". kalau saudara nak baca isu Syria, belajarlah dari golongan yang lebih percaya dan lebih terbuka pemikirannya kerana itulah golongan yang adil. baca sini mengenai isu Syria: (ISU SYRIA YANG SEBENAR-tulisan Amin Iskandar "Intelektual Awam Asia") dan juga ada kenyataan TIMBALAN PRESIDEN PAS dalam tulisan Amin itu.
"barangsiapa yang memperjuangkan "assobiyyah", maka matinya dalam "jahiliyyah" - hadis muslim.
Isu Syiah juga ada ditekankan dalam tulisan bro Amin tersebut. klik dan baca link dalam braket tu.
Syiah merupakan satu mazhab yang telah dideklarasikan oleh kesatuan ulamak sedunia sebagai mazhab yang sah. ya...memang ada suara segelintir ulamak yang menolak Syiah, namun, suara itu adalah minoriti daripada kumpulan ulamak tersebut kerana yang sudah dideklarasikan adalah Syiah sebagai muslim manakala yang sibuk nak hentam syiah tu kafir dan sesat masih tidak ada sebarang "deklarasi bertulis". deklarasi adalah kesepakatan para ulamak tertinggi ahlul sunnah. itu sudah cukup bagi orang-orang syiah menerima haknya.
tok guru nik aziz juga mengiktiraf hubungan dengan Syiah.
Habib Ali al-Jufri (Ulamak Sunni terkenal) juga mengiktiraf hubungan dengan Syiah
Aduka Taruna baru-baru ini telah dipukul oleh samseng UMNO kerana Aduka memperjuangkan Royalti Minyak. apa yang UMNO takut sangat dengan kebangkitan pemuda seperti Aduka? kerana UMNO takut anak-anak muda akan jadi liberal seperti Aduka sekaligus menolak puak-puak pro-perpaduan UMNO-PAS yang ada di kelantan dan serata malaysia. hati-hati orang pro-UMNO dalam Pakatan, anak muda sudah mula ramai menjadi "liberal" dan tidak berjuang hanya kerana parti, tetapi kerana integriti.
Aduka Taruna (blogger muda terkenal) dicederakan oleh penyokong UMNO semalam
akhir kalam,
solawat dan salam buat ulangtahun kelahiran Imam Ali Alaihissalam ...
BILA PELAJAR MADINAH DISERANG "IDEOLOGI" DAJJAL!!!
Puak-puak Dajal
Asraf Muiz
Suspek Madinah
WAHAI MUIZ, MANUSIA YANG DIBERI PELUANG OLEH ALLAH UNTUK BELAJAR DI MADINAH, BANDARAYA RASULULLAH S.A.W, AKU MEMANG AMBIL PEDULI GERAKAN KAU DALAM JALAN TELAWI, IKD DAN SEANGKATAN DENGANNYA. HATTA KAU BERDEMO DEKAT MADINAH PUN AKU AMBIL KESAH.....TAPI AKU CUKUP PELIK LAGI GANJIL, MACAM MANA ORANG YANG DIBERIKAN PELUANG OLEH ALLAH BELAJAR DI UNIVERSITI ISLAM MADINAH BOLEH BERSEKONGKOL DENGAN SI KHALID ISMATH DARI UiTM YANG DAH TERANG-TERANG MENGAKU SYIAH???? APA MASYAIKH KAT SANA TAK BAGI TAHU KAU KAH APA AQIDAH SYIAH NI??? ATAU KEPALA KAU MEMANG JENIS TAK AMBIL PUSING??? KOT YER PUN KAU KEPALA LIBERAL, TAKKAN SAMPAI KAU SANGGUP BIARKAN PENJILAT RABAI YANG MENGKAFIRKAN SAHABAT NABI INI MENJADI TEMAN 'SEPERJUANGAN' KAU??? BUKA MATA LAH OIIII.....SI KHALID ISMATH NI DAH TERANG-TERANG SYIAH!!!!
Amat mengejutkan apabila laman web Suara PR telah dengan biadapnya menggelar para peneroka Felda sebagai perompak, dalam sebuah artikel yang bertajuk 'Peneroka Perompak Duit Rakyat' yang disiarkan semalam.
Alasan laman tersebut ialah kerana pembahagian wang RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka pada Mei lepas adalah dibuat sebelum Felda Global Ventures (FGV) disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Justeru, menurut penulis tersebut, "wang berjumlah RM 1.69 billion yang diperuntukkan untuk membiayai 'durian runtuh' itu semestinya datang dari wang kerajaan (sebut wang rakyat) kerana Felda sendiri tidak ada wang kerana agensi itu sendiri bakal diisytiharkan bankrap."
Tambahnya lagi, "disebabkan itu, mungkin ada program kerajaan untuk kebajikan rakyat yang lebih besar terpaksa ditangguhkan dulu untuk menyelesaikan janji 'durian runtuh kepada peneroka Felda dan keluarga masing-masing yang berjumlah sekitar 300,000 orang ini."
Apa nak dikata, nampaknya, hadap sekali penulis tersebut dengan program kebajikan rakyat oleh kerajaan. Takut benar dia tidak dapat menikmati program kebajikan dari kerajaan kerana kebanyakan wang telah diberikan kepada warga Felda.
Namun, dalam artikel yang sama, penulis tersebut juga menghentam program-program kebajikan rakyat ini sebagai haram dan rasuah.
Entah manusia jenis apa yang langsung tidak ada maruah terhegeh-hegeh mengharap wang yang dituduhnya sendiri sebagai 'rasuah' dan haram.
Dan bagaimana pula wang 'durian runtuh' itu dikatakannya wang rakyat sedangkan wang tersebut adalah hasil dari jerit perih peneroka serta kecekapan pengurusan Felda sendiri? Wang RM15,000 yang dibayar kepada setiap peneroka atau jumlah keseluruhan, RM1.69 billion, adalah hasil dari pelupusan kepentingan Felda Badan Berkanun (Felda BB) kepada FGVHB yang berjumlah RM5.65 billion sebagai proses penyenaraian.
Justeru, tidak timbul wang tersebut sebagai wang rakyat atau wang kerajaan, tetapi bolehlah dianggap sebagai bonus terkumpul yang dijana sendiri oleh Felda dan warganya sebagai sebuah pasukan besar.
Pembangkang boleh memutar-belit apa saja tetapi yang pastinya, peneroka tidak mungkin akan dapat menikmati wang tersebut jika pengurusan Felda tidak cekap. Malah peneroka tidak mungkin dapat menikmati pendapatan bulanan yang lumayan yang mereka nikmati hari ini, jika pengurusan Felda tidak berkredibiliti atau berintegriti.
Lebih dari itu, peneroka kemungkinan besar masih belum keluar dari kemiskinan dan memiliki rumah dan tanah sendiri sekiranya kerajaan tidak mengilhamkan Felda sejak awal dahulu, bagi membantu mereka.
Hakikatnya, Felda adalah bukti keikhlasan, keprihatinan dan kecekapan kerajaan Barisan Nasional.
Dan kini, selain pendapatan tetap yang dinikmati melalui Felda, peneroka juga berpeluang mendapat keuntungan dengan pemilikan saham. Malah, melalui penyenaraian ini juga akan membuka peluang perniagaan yang lebih luas sekali gus memberikan pulangan bukan sahaja dari segi wang, tetapi juga dari segi kemudahan dan peluang pekerjaan kepada generasi Felda yang akan datang.
Dengan itu, laman Suara PR tentunya dengki sehingga sanggup menggelarkan peneroka sebagai perompak akibat telah tersasul dan terlanjur mengharamkan 'durian runtuh' dan kini meleleh air liur melihat warga Felda menikmatinya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Memang benar kata Chua Soi Lek, puak-puak haram jadah macam LGE bukannya berdebat.
Sama lah puak-puak Pas seperti dalam wacana antara Ust Fathul Baru, Prof Dr Ridzuan Tee di Kota Bharu bulan lepas.
Cuma yang bagusnya debat Soi Lek dan Guan babun tu, penonton tidak boleh bertanya soalan, soalan ditulis dan dimasukkan ke dalam kotak. Itu dilihat cukup bagus.
Guan Babun bukan nak berdebat tetapi masuk bakul angkat sendiri.
Paling tak suka bila dia kata Malaysia tak ada masa depan, sebab itu 2 juta orang Cina berhijrah untuk bekerja di negara lain. Kalau Malaysia tak ada masa depan kenapa babun -babun Dap nak rampas Putrajaya?
Tahniah kepada Soi Lek kerana berani menyedarkan masyarakat cina dari ditipu oleh parti chauvinist cina laknat yang tak tahu untung.
Sedarlah sikit apa jasa Dap dan komunis dalam usaha mencapai kemerdekaan negara? Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Isu tanah telah melingkari Rejim Khalid Gagap sejak mula mereka mengambil tampuk kuasa. Kenaikan cukai tanah yang menggila di kawasan terpilih seperti di Tanjung Karang cukup untuk membuktikan ada percaturan tertentu, sedangkan kawasan Sekinchan pula mendapat faedah "kebajikan" ala DAP dengan cukai yang cukup rendah.
Strategi ini dinoktahkan dengan peringatan "Tanah Anda Akan Dirampas Sekiranya Gagal Membayar Cukai Selama 5 Tahun".
Berita yang terbaru diterima oleh penulis ialah kerajaan negeri dikhabarkan dalam percubaan untuk "merampas" sebidang tanah berkeluasan kira-kira 1000 ekar di Selangor Science Park 2 di Sepang, yang terletak berhampiran Cyberjaya dan Putrajaya.
Alasan yang dimaklumkan kepada penulis ialah kerajaan negeri telah mengenakan "Additional Premium" ke atas PKNS, sungguhpun pembayaran "First Premium" telah diselesaikan. Butiran selanjutnya akan diberikan kelak, sebaik sahaja menerima maklumat penuh.
Apa yang menghairankan penulis ialah bagaimana sebuah kerajaan negeri, bertindak untuk mengambil tanah milik anak syarikat negeri, atau GLC nya sendiri? Apa motif disebalik perkara ini?
Sungguhpun masih gagal menyelesaikan "Additional Premium", bukankah PKNS dibawah kuasa kerajaan negeri? Lupakan soal tolak ansur, kerana cara mentadbir korporat yang kejam dan keparat telah menyebabkan pelbagai kejadian urustadbir "luar biasa" yang berlaku, menyebabkan penjualan aset-aset penting negeri.
Penulis melihat perkara ini sebagai satu lagi strategi untuk menghalalkan tanah berkenaan dipindahmilik, samada dalam bentuk penjualan, atau usahasama. Ia sekadar satu prosedur, dengan "rampasan" menjadi motif utamanya.
Apakah "Additional Premium" sengaja dikenakan bagi membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa PKNS gagal membayarnya, maka tanah tersebut boleh dirampas?
PKNS, seperti yang dimaklumkan, memohon penangguhan pembayaran "Additional Premium" berkenaan, mungkin disebabkan masalah kewangan. Tentu sahaja PKNS nanti, apabila PKNS tidak mampu membayar, maka tidak lagi memiliki tanah berkenaan. Dan selepas ini, dan siapa pula akan mendapat faedah pindahmilik seterusnya?
Apakah strategi tersirat, sehingga membawa kepada kekejaman ini, sekiranya benar? Apakah pendedahan demi pendedahan tentang penyelewengan yang berlaku ke atas PKNS menyebabkan harta rakyat ini perlu dikeluarkan dari audit PKNS, atau pengetahuan umum?
Apa yang lebih membimbangkan, sebanyak RM300 juta telah dibelanjakan oleh PKNS untuk membangunkan kawasan berkenaan, yang dijangka menjadi kawasan tempat tinggal mewah.
Sekadar ingin membawa pembaca ke satu lagi persoalan, apakah tanah yang dimiliki oleh anak syarikat negeri, ingin pula dirampas oleh kerajaan negeri, hanya kerana tanah tersebut memberi faedah kepada bumiputera?
Untung benarlah kroni-kroni mereka, kerana bakal memiliki sebidang tanah yang telah dimajukan dengan kos sebesar itu. "Cuci kaki".
Berdoalah agar "rampasan" tanah ini tidak berlaku.
Sumber : Selangor Daily
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SHAH ALAM 10 Julai - Tokoh-tokoh kartunis veteran negara menasihatkan para seniman dan kartunis tidak mencampuradukkan perjuangan politik dalam karya kerana dibimbangi memberi mesej negatif kepada pembaca. Jaafar Taib yang juga salah seorang pelopor majalah Gila-Gila berkata, kartun sepatutnya dijadikan wadah ilmu bukannya digunakan untuk mengutuk pemimpin. "Kartunis sepatutnya berkarya untuk menyampaikan perkara-perkara yang positif.
Bila ia digunakan kepada perkara negatif seperti menghina kerajaan dan pemimpin, ia ditakuti akan mengelirukan pemikiran pembaca terutamanya kanak-kanak," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama penerima Anugerah Khas Penggiat Kartun dan Penganjur Program Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia di sini malam tadi. Majlis anjuran Konsortium Cartoonist At Work dan Kelab Putera 1Malaysia itu memberikan anugerah kepada 10 tokoh kartunis antaranya Datuk Dr. Mohd. Nor Khalid (Datuk Lat); Hassan Abd. Muthalib; Zainal Buang Hussin; Kamn Ismail; Prof. Dr. Muliyadi Mahamood; Tan Sri Lim Kok Wing; Reggie Lee; Margaret Chelatora dan Abdul Jamil Ahmad.
Jaafar mengulas kelantangan kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque dalam penghasilan karya yang mengutuk kerajaan serta tindakannya menolak anugerah yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Program Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia di Pasar Seni, Kuala Lumpur, 24 Jun lalu. Sementara itu, pencetus revolusi kartun, Mior Sariman Mior Hassan atau lebih popular dengan nama Mishar berkata, golongan kartunis tidak sewajarnya mencemarkan industri tersebut dengan penghasilan karya yang menyinggung orang lain meskipun mereka bebas memilih parti politik masing-masing. "Saya faham perjuangan politik Zunar, namun menggunakan kartun sebagai platform menyinggung hati orang lain terutamanya pemimpin adalah tidak elok. "Lebih baik hasilkan karya yang boleh menjadi pemangkin kepada kemajuan negara," katanya. - UTUSAN
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menyelar tindakan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang mendakwa Noh menyalahgunakan kuasa dengan memasang papan iklan haram di kawasan Tanjung Karang dan Kuala Selangor.
Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, semua papan tanda berkenaan dipasang oleh agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).
"Semua itu adalah agensi Kerajaan Persekutuan, jadi memanglah papan iklan yang dinaikkan itu mempamerkan wajah saya sebagai menteri dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ia bukan untuk kepentingan politik tetapi bagi memaklumkan kawasan Tanjong Karang sebagai pusat pertanian utama di negeri ini," katanya.
Noh berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Cek Bantuan Modal Sekolah-sekolah Mubaligh Negeri Selangor di Jabatan Pelajaran Selangor di sini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Faekah yang mendakwa tujuh papan iklan besar yang memaparkan gambar Perdana Menteri dan Noh di Tanjung Karang dan Kuala Selangor dikesan dipasang tanpa kebenaran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).
Faekah mengeluarkan kenyataan tersebut bagi menjawab kritikan Noh sebelum ini yang mendakwa kerajaan negeri hanya pandai menaikkan papan iklan tetapi usaha pembangunan golongan nelayan sebenarnya dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.
Noh mengulangi kritikannya terhadap kerajaan negeri yang hanya mampu menaikkan papan tanda Selamat Datang ke Pekan Ikan Segar di beberapa kawasan di Kuala Selangor dan Tanjung Karang sedangkan projek pembangunan bagi golongan nelayan dan produk ikan segar diusahakan melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan.
"Apa sumbangan kerajaan negeri. Segala peruntukan membina jeti dan kompleks, kos pembelian bot dan bayaran elaun nelayan semuanya dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan," katanya.
Sementara itu, Noh yang juga Pengerusi Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor menyampaikan bantuan modal bernilai RM1.3 juta sumbangan Kementerian Pelajaran kepada 20 buah sekolah-sekolah mubaligh di negeri ini.
"Setiap sekolah menerima bantuan wang tunai sebanyak RM50,000 yang akan digunakan bagi tujuan penyelenggaraan.
"Ini menunjukkan dasar transformasi Kerajaan Persekutuan tidak mengamalkan diskriminasi kerana tetap membantu sekolah-sekolah bukan milik kerajaan yang memerlukan bantuan," katanya.-UMO
Tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa mengamalkan polisi pilih bulu dalam isu yang melibatkan surat sokongan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin baru-baru ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati beberapa ahli DAP.
Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Klang, Teh Teong Guan berkata, mengapa kes yang sama sebelum ini diambil tindakan tetapi kes membabitkan Faekah hanya didiamkan sahaja.
Beliau merujuk kes bekas Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Tee Boon Hock yang dipecat secara rasmi pada 18 November 2009 kerana isu surat sokongan terhadap syarikat anaknya yang dikeluarkan pada 12 Ogos 2008.
"Boon Hock mengeluarkan surat sokongan untuk syarikat anaknya bagi mendapatkan kontrak daripada MPK tetapi dia dipecat atas alasan melanggar kod etika undang-undang.
"Tetapi mengapa dalam isu Faekah yang lebih kurang sama dengan Boon Hock, beliau tidak diambil sebarang tindakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Faekah mengaku menghantar surat sokongan agar sebuah firma guaman yang mempunyai hubungan keluarga dengannya 'dipertimbangkan' menjadi panel peguam di Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB), yang merupakan sebuah anak syarikat kerajaan negeri.
Sehubungan itu, Teong Guan bersama 18 ahli DAP Klang menuntut Abdul Khalid bertindak adil dan mengambil tindakan sama terhadap Faekah seperti yang dikenakan terhadap bekas anggota parti mereka.
Kata beliau, pihaknya telah menghantar surat kepada pejabat Menteri Besar pada Jumaat lalu bagi mendesak Abdul Khalid memberikan penjelasan terperinci mengenai kedua-dua isu tersebut.
Sementara itu, Boon Hock berkata, beliau dipecat kerana gagal mengisytiharkan anaknya adalah salah seorang pengarah di dalam syarikat tersebut dalam surat berkenaan.
"Faekah juga tidak mengisytiharkan nama anak saudaranya di dalam surat sokongan untuk sebuah firma yang berkaitan dengan anak saudaranya itu.
"Jadi mengapa pilih bulu? Jika Faekah masih kekal dan saya dipecat, mana keadilannya," katanya.
Sehubungan itu, Boon Hock mendesak Abdul Khalid membuat kenyataan terbuka berhubung kesilapannya tersebut bagi mengembalikan kredibiliti dan reputasi beliau yang tercemar.
Pada Ogos 2010, Boon Hock dipecat sebagai Ahli MPK dan ahli DAP selepas didapati mengeluarkan surat sokongan menggunakan kepala surat pejabat Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu bagi mendapatkan kontrak daripada MPK untuk syarikat anaknya.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Nampaknya UMNO semakin bersungguh-sungguh untuk melaksanakan HUDUD Allah SWT tanpa pertolongan Pas. Tapi rasa kelakar pun ada juga. Macamana sebuah parti sekular dan tolak hukum Allah SWT boleh beria-ia mahu menegakkan Hudud ini?!!
Bukankah sebab sebenar Nik Aziz melabelkan UMNO itu sekular dan menolak Islam dan sekular itu kerana isu Hudud?!! Bukankah peristiwa Memali yang berpunca daripada Amanat Haji Hadi itu juga berkisarkan Hudud?!!
Jadi kalau Umno mahu Hudud, Pas sekarang bagaimana?!!
Hendak Hudud apanya kalau DAP hanya perlu hantar Ketua Kongsi Gelap mereka untuk lanyak PAS!!! Satu kenyataan sahaja sudah cukup untuk buat seluruh kepimpinan ularmak PAS terdiam membisu seribu bahasa!
*UMNO sudah terbukti terima Hudud. DAP kuffar pula setegar-tegarnya tolak Hudud dan ketuanan Islam di negara ini. Jadi mengapa PAS masih mahu bersama mereka?!!
Satu berita yang tidak mengejutkan kita semua. Memang Pas selamanya terkenal sebagai parti yang cenderung kepada perpecahan. Kalau perpaduan ummah pun boleh ditolak mentah-mentah oleh golongan khawarij ini, apalah sangat soal rumahtangga?!! Pada mereka golongan wanita ini tidak lebih sekadar objek seks dan pemuas nafsu serakah sahaja.
Tidak timbul langsung soal hak dan pembelaan yang sepatutnya bagi golongan hawa ini. Tidak percaya, baca sahajalah komen-komen FB di bawah artikel di atas di Sinar Harian Online.
Segala hujah bahawa si isteri WAJIB taat kepada sang suami pula hanyalah alasan untuk menghalalkan tindakan si suami tanpa mengambil kira sama ada si isteri teraniaya atau tidak. Pada penyokong hamPAS ini, apa sahaja hadis atau dalil akan digunakan untuk mempertahankan perkara yang menyebelahi mereka. Soal salah atau tidak, bukan satu pertimbangan lagi.
Inilah yang Rasulullah SAW pernah perangi satu ketika dahulu. Sifat Assobiyah yang membawa kepada perpecahan dan melemahkan ummah.
Namun pada kami, si suami sebenarnya hanyalah menjadikan alasan hadir ceramah Datuk Dr. Hasan Ali itu sebagai mengkaburi niat tersembunyi beliau. Yalah, bukankah kini ada seorang artis janda yang sedang mencari-cari calon "ustaz" sebagai suaminya?!! Manalah tahu, untung sabut timbul...
"Saya sekarang ini selalu berdamping dengan ustaz-ustaz, jadi saya mengharapkan jodoh saya dengan ustaz jugak...Allahu Akbar...! Taklah...,main-main, iklan-iklan...!"
"Sapa ustaz kat sini....? Ramai...." ujarnya seloroh yang ditujukan kepada para hadirin.
Beliau menyatakan demikian pada program talk show Malam Keinsafan Bersama Selebriti di Dataran Kerdau malam ini yang dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Kamal Ashaari.
WHAT CHOICE FOR ANWAR...RESIGN LAH KATA LELAKI THAI ITU
Mymassa telah menemui beberapa orang kuat PKR semalam, bukan Pengerusi PKR Sabah. Dipendek cerita, maka mereka mengeluarkan sendiri sebab-sebab kenapa Anwar mahu bersara. Mymassa ringkaskan untuk anda faham sebab mereka speaking Thailand, sukar sikit nak tangkap.
1. Anwar tidak dapat bertahan lagi kerana skandal demi skandal yang dilakukannya telah bocor di khalayak khususnya kepada China Doll, isteri Azmin Ali, dengan jantan dan sebagainya.
2. Video seks yang paling menakutkan Anwar yang ada dengan Nallakarupan yang kini sudah berada di tangan Dato Peguam Nallakarupan.
3. Anwar tidak dapat bayangkan jika video-video itu jatuh ke tangan Wan Azizah, Nurul Izzah dan suaminya, Nurul Huna, anak-anak Anwar, cucu Anwar.
4. Dalam perbualan itu, lelaki Thailand rasanya, kata What choice for Anwar, resign lah...
5. Selain isu seks, isu 20 akaun Anwar yang akan masuk mahkamah akan terdedah, tentu rakyat Malaysia terkejut melihat jumlah wang itu. Selain itu juga kes wang RM3 Billion.
6. Dan yang paling menghibakan Anwar berlaku minggu lalu, semasa Konvensyen PKR Pulau Pinang, walaupun hadir Rafizi Kocot, Zuraidah Big, Mansor Othman dan pemimpin-pemimpin Tertinggi PKR...namun kehadiran orang Melayu hanya 200 orang sahaja. Ini touching heart yang menghibakan Anwar.
REMBAU 9 Julai - ''Saya tidak pernah mengajar anak berlaku biadab kepada sultan, raja mahupun orang Melayu."
Itulah luahan seorang bapa, Kamarudin Mahmod, 58 yang kesal dengan pengaruh pembangkang sehingga anaknya, Setiausaha Media Solodariti Mahasiswa Melayu (SMM), Ahmad Shukri, 22 sanggup menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat Johor.
''Parti pembangkang yang telah merosakkan masa hadapan anak Melayu, termasuk anak saya sendiri. Saya kesal dan tidak akan memaafkan mereka sampai hari akhirat.
''Anak saya ada potensi kerana kakak dan adiknya berjaya, tetapi pembangkang telah merosakkan masa hadapan anak saya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) membuat laporan polis ke atas Ahmad Shukri berikutan tulisannya dalam Facebook dan Twitter di www.facebook.com/ahmadshukri.kamarudin dan twitter.com/ shukri_rembau yang menghina Sultan Johor.
Sehubungan itu, Kamarudin yang merupakan pendidik dan isterinya, Rosidah Alias, 55 memohon maaf kepada Sultan Johor dan rakyat Johor di atas kebiadapan anaknya itu.
Katanya lagi, Ahmad Shukri mula berubah selepas memasuki sebuah kolej universiti di Selangor dan ia menjadi pemimpin pelajar di situ.
''Masa itulah anak saya sudah belajar melakukan demonstrasi, kononnya menegakkan kebenaran. Dia menghasut rakan-rakannya dan selalu hadir dalam seminar yang dianjurkan pembangkang," ujarnya.
Kamarudin yang kini menerima rawatan kemurungan, manakala isterinya menghidap sakit jantung meminta orang ramai mendoakan Ahmad Shukri berubah.
''Anak saya tidak sedar selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak membantu pelajaran kami sekeluarga termasuklah saya dan isteri. Saya tidak akan menyokong pembangkang sebaliknya akan membalas budi baik kerajaan BN.
''Saya tidak pernah mengajar anak murid, mahupun anak sendiri untuk menderhaka kepada kerajaan, raja, sultan, rakyat, bapa mahupun emak," tegasnya.
Katanya lagi, difahamkan Ahmad Shukri kini berkhidmat dengan parti pembangkang di Selangor dan dijadikan 'kambing hitam' untuk melakukan kerja yang tidak bermanfaat itu.
''Hancur harapan saya dan isteri kerana pembangkang. Anak saya tidak habis belajar, sekarang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pun saya yang bayar," ujar Kamarudin.
*Kepada Ahmad Shukri dan rakan-rakan yang terlalu taksub Anwar Ibrahim, mungkin anda boleh derhaka dengan orang lain. Tetapi jangan jadi macam Azmin Ali sampai mak sendiri pun dia sanggup derhaka. Duit PTPTN pun mak bapak yang bayar, bukan Anwar Ibrahim atau Azmin yang bayar.
Posted: 11 Jul 2012 04:00 PM PDT
MUTIARA KATA
Wanita yang cantik lagi bertakwa, rumah yang besar, rezeki yang cukup dan melimpah ruah serta tetangga yang soleh adalah kenikmatan yang kurang disedari oleh kebanyakan manusia.
MyMassa ucapkan takziah kepada YB Yusmadi kerana musibah yang menimpa keluarganya.
Ibu kepada anggota Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff cedera akibat dipukul sebelum dirompak barangan kemas dan wang tunai berjumlah lebih RM30,000 awal pagi ini.
Mangsa, Fatimah Ahmad, 73, berkata pada kejadian pukul 4 pagi itu, seorang lelaki bertopeng telah memecah masuk ke dalam rumahnya di Jalan Baru di Balik Pulau ketika beliau sedang nyenyak tidur.
Katanya, beliau yang tinggal berseorangan dalam rumah itu dikejutkan oleh suspek dan memintanya menyerahkan barang berharga sambil mengacukan sebilah pisau lipat.
"Dari loghat percakapannya (perompak), dia orang sini (Pulau Pinang)... dia ugut hendak bunuh, tengok sahaja kilatan pisaunya, saya terus serahkan rantai emas, gelang tangan dan dua bentuk cincin yang dipakai berharga kira-kira RM30,000," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, tidak berpuas hati dengan barangan kemas itu, perompak terbabit juga memukulnya sehingga mata kirinya lebam dan bengkak sebelum lelaki itu melarikan beg tangan berisi wang RM4,000.
Fatimah kemudiannya menghubungi anaknya yang tinggal berhampiran untuk dibawa ke Hospital Balik Pulau sebelum membuat laporan polis.
Beliau bagaimanapun diberi rawatan pesakit luar dan keadaannya dilaporkan stabil.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin ketika dihubungi berkata polis menerima laporan pada pukul 6.40 pagi dan sedang mengesan perompak terbabit.
"Polis percaya perompak itu bertindak bersendirian dan telah lama memerhatikan mangsa," katanya ketika dihubungi.
Katanya hujan lebat memudahkan perompak itu memecah masuk rumah mangsa melalui tingkap hadapan tanpa disedari jiran.
Hatta berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda serta sebat, jika sabit kesalahan - Bernama.
Cuma bila kejadian jenayah di Pulau Pinang makin meningkat, MyMassa teringat kata-kata bongkak Guan Eng yang menghina Johor dan mendakwa negerinya paling selamat.
Jika Pulau Pinang adalah lebih selamat, kenapa rumah YB Yusmadi dirompak?
Jika Pulau Pinang adalah selamat, kenapa seorang wanita diragut dan dicederakan di khalayak ramai tanpa mendapat bantuan dari rakyat Penang sendiri. Adakah orang Penang dah jadi kiasu?
Korang mesti ingat kesah Yue Yue, seorang budak perempuan di China yang di langgar dan dibiarkan kesakitan bilama mana orang-orang biarkan je die terlantar di tengah jalan kan? Yes, now happened in Malaysia, di Pulau Pinang. Kejadian ini berlku pada 10 July 2012 (seperti gambar di bawah), seorang wanita di ragut di Pulau Pinang. Wanita itu kemudiannya di drag to tengah jalan dalam keadaan kesakitan. Malangnya, 5 orang yang lalu lalang di situ, membairkan sahaja. Setelah lama, ada la seorang hamba Allah datang menolong dan ambulance datang 1 jam kemudian. telah di beritakan 8 jam kemudian, dia mati di hospital.
Caption dari rakaman CCTV
Wanita berbangsa cina di ragut.
wanita itu terjatuh dan mengerang kesakitan di tengah jalan
2 orang lalu lalang hanya mampu melihat dan membiarkan sahaja wanita itu berkemungkinan meminta tolong
Kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, anda bangga sehingga menjaja ke luar negara bila kadar jenayah di negeri anda turun. Tiada satu pun ucapan terima kasih kepada PDRM. Maka bila kadar jenayah di Pulau Pinang meningkat, adakah anda akan bertanggung jawab atau menyalahkan orang lain?
Kenyataan terbaru PAS melalui Timbalan Presiden, Mat Sabu.
Berita dari Malaysian Insider
MyMassa tak pelik bila Mat Sabu bersuara mempertahankan suspek yang mengamok di Putrajaya dan cuba menyalahkan pihak Kerajaan. Ianya kerana kenyataan Mat Sabu pada malam sebelum BERSIH 3.0 yang menyentuh kaitan pertumpahan darah dan Kerajaan.
Walaupun BERSIH dan AMOK di Putrajaya adalah keadaan yang berbeza dari segi masa, namun kesan terhadap peristiwa tersebut adalah sama iaitu ada harta benda awam yang rosak.
Kesan BERSIH 3.0
Kesan amok di Putrajaya
Kepada rakyat yang menjadi pemerhati, adakah anda sebagai rakyat mahu Kerajaan menjaga keselamatan rakyat yang majoriti atau minoriti rakyat yang 'gila' sehingga mengamok sama ada di Putrajaya atau semasa BERSIH 3.0.
Pembangkang selalu menjadi jaguh kepada penjenayah. Jika sebelum ini pencuri kereta seperti Kugan mereka angkat sebgai hero dan Kerajaan Selangor memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 atas kematian mendiang. Tetapi apabila kadar jenayah meningkat, PDRM juga yang disalahkan oleh pihak pembangkang. Sedangkan, peguam-peguam dari parti pembangkang (termasuk pemimpin mereka seperti Karpal Singh) yang membela penjenayah ini sehingga ramai di antara mereka terlepas hukuman.
Sebagai seorang yang normal, sepatutnya Mat Sabu dan PAS mengucapkan terima kasih kepada polis kerana pantas mengambil tindakan sebelum arwah mencedera atau membunuh orang awam. Tapi nak buat macam mana, yang jadi pembangkang semuanya tak normal. Walaupun merekalah pembela penjenayah di Malaysia, tetapi mereka juga akan menyalahkan Kerajaan jika kadar jenayah meningkat.
Mymassa ambil contoh YB Yusmadi yang menyalahkan polis kerana menyuraikan perusuh BERSIH yang langgar arahan mahkamah supaya tak masuk kawasan Dataran Merdeka.
Tetapi bila ibu Yusmadi dirompak, polis juga yang Yusmadi cari. Aneh bukan?
* 1PAKATAN. PENJENAYAH DIDAHULUKAN, KESELAMATAN RAKYAT DIKETEPIKAN.
Namun seperti biasa, tulisan beliau meminati Awie diperbesar-besarkan dan kutukan ' UMNO BODOH BETUL ' didiamkan.
Tulis beliau :
Khalil Affandi mula menulis di Facebooknya pada 23 Mei 2012, berkaitan berita daripada portal Malaysiakini mengenai tapak niaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga.
Entri terakhir yang ditulis di Facebooknya ialah pada 5 Julai lalu mengenai artikel yang juga ditulis portal berita Malaysiakini berkaitan Uncle Seekers ditahan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Walhal :
Nampak sangat usaha menutup point menunjukkan penyerang Khalil Afandi mengaku Imam Mahdi ini dibuat oleh pembangkang dengan rapi agar mereka dpat mengelak dari kerugian undi PRU akan datang.
Semoga hasil carian ini dapat disebarkan demi KEBENARAN menentang kepalsuan dan kebatilan pembangkang.
FEB 9 — Ulama dan umara mempunyai hubungan istimewa. Mereka menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan kesejahteraan rakyat serta negara. Kuasa ulama dan umara disebutkan secara khusus dalam hadis Rasulullah bermaksud: "Ada dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka masyarakat seluruhnya akan menjadi baik dan jika kedua-duanya rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak, mereka itu ialah ulama dan umara." (Riwayat Ibn Abdul Barr).
Oleh itu, harapan tinggi diletakkan kepada dua kelompok itu untuk berkongsi pandangan serta pendapat dalam semua aspek pemerintahan serta isu membabitkan kepentingan umat Islam yang sentiasa berhadapan cabaran.
Timbalan Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac), Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berkata ulama salih akan sentiasa berusaha memberi nasihat kepada sesiapa saja termasuk pemerintah.
Katanya, nasihat ulama bukan saja memberi faedah kepada pemerintah dan rakyat di bawah pemerintahannya sehingga ulama salaf berpendapat memberi nasihat kepada pemerintah adalah lebih baik daripada menderhaka terhadap mereka.
"Apabila Imam Malik ditanya hukum memusuhi orang yang memberontak terhadap kerajaan, beliau berkata, harus jika kerajaan itu sama seperti Umar Ibn Abdul Aziz. Apabila ditanya jika pemerintah tidak seperti Umar, jawab Imam Malik, biarkan Allah bertindak terhadap kedua-dua golongan itu.
"Ulama lain juga berpandangan apa yang perlu dilakukan terhadap pemerintah ialah memberi nasihat secara baik," katanya pada sesi pembentangan kertas kerja sempena Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Jumaat lalu. Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk Hubungan Antara Ulama dan Umara Dalam Memperkasa Pembangunan Ummah. Katanya, pemerintah pula hendaklah sentiasa bersedia mendengar nasihat ulama dan melaksanakannya.
Majlis itu bertemakan: 'Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah' dan bertujuan menyatukan fikrah ulama dan umara bagi melahirkan generasi berkebolehan dalam segenap bidang demi mengembalikan kegemilangan Islam. Pertemuan itu juga bertujuan memberi ruang ulama dan umara berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing bagi mencipta modul pembangunan generasi serta masyarakat sebagai penyumbang pembangunan negara.
Mahmood Zuhdi berkata, pembangunan ummah hanya akan tercapai melalui hubungan baik serta kerjasama antara golongan bijak pandai dan barisan kepemimpinan. Pemuafakatan itu nanti menentukan kestabilan politik yang menjurus kepada pembangunan ekonomi.
Beliau berkata, kemajuan tidak dapat dilaksanakan di negara yang mengalami pergolakan politik tetapi sebaliknya jika politik negara itu stabil.
"Realiti di Malaysia pun sama. Kenyataan banyak menunjukkan kemajuan menjadi pesat pada waktu kepemimpinan politik stabil. Sebaliknya jika politik goyah, tiada kemajuan dicapai dan pembangunan ummah menjadi lembap," katanya.
Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim di Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Ismail Ibrahim, pula membentangkan kertas kerja: 'Ulama dan Umara: Siapa Memimpin Siapa?' Beliau berkata, kekuatan negara bergantung kepada empat perkara. Empat perkara yang mesti ada dalam satu negara ialah ilmu ulama, pemerintah yang adil, kemurahan hati hartawan yang bersedia menghulurkan bantuan dan doa orang fakir.
Justeru katanya, status hubungan ulama dan umara ialah 'duduk sama rendah berdiri sama tinggi' dalam melaksanakan tanggungjawab serta pengaruh masing-masing, bukan bergabung hanya pada masa tertentu.
"Ulama dan umara perlu tahu kelemahan serta kekuatan masing-masing selain bersedia membantu, menambah mana kurang, memperkuat mana yang lemah. Kelemahan dan kekuatan salah satu daripada dua golongan ini akan menggugat kekuatan serta maruah negara," katanya.
Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan status tinggi kepada Islam sebagai agama negara menuntut kerjasama antara umara dan ulama melalui pembentukan agensi agama, pusat pendidikan, perundangan serta muamalat berasaskan agama.
Ismail berkata, pentadbiran dan barisan kepemimpinan memerlukan bantuan ulama serta cendekiawan Islam dalam pelbagai bidang. "Kerajaan memerlukan pandangan ulama untuk mendapatkan maklumat mengenai isu dibangkitkan dan kerajaan memerlukan kefahaman daripada sudut fatwa serta hukum Islam. Ini dapat dilakukan melalui hubungan erat ulama dan umara," katanya.
Pada masa sama katanya, institusi ulama perlu dimantapkan supaya tampil kuat, disegani serta dihormati.
Ismail berkata, tidak dinafikan ulama sekarang lahir dengan pelbagai wajah seperti dalam pergolakan mendapat kuasa politik, maka akan lahir ulama politik dan bagi yang mencari rezeki lebih pula, jadilah ulama duta produk tertentu.
Bagaimanapun, katanya, perkembangan itu tidak menjejaskan institusi ulama selagi mereka bersatu, jujur serta ikhlas menunaikan kewajipan ketika menghadapi cabaran yang menggugat agama dan umat Islam.
"Ulama tidak boleh bersikap fanatik dan partisan dalam politik, taksub melulu atau suka menjatuhkan hukuman terhadap orang lain. Bukan semua isu negara ter-utama isu agama perlu dipolitikkan. Isu kalimah Allah juga dipolitikkan untuk mencari keuntungan politik.
"Amat menyedihkan apabila ulama sanggup menegakkan hujah yang bercanggah berdasarkan ideologi politik kepartian. Taksub dan fanatik parti politik ini sudah merebak, sekali gus menjatuh serta mencemar imej perjuangan Islam di negara ini," katanya.
Beliau menyarankan kerajaan menubuhkan Lembaga Ulama Malaysia untuk meletakkan kerjasama ulama dan umara di peringkat lebih serius. Hubungan ulama dan umara yang diinstitusikan itu membolehkan ulama bekerjasama dengan kerajaan, menasihati daripada sudut agama serta menjalankan aktiviti dipersetujui bersama. — Berita Harian
SYEIKH Abdul Halim Mahmud bersama Anwar Saadat dalam satu ramah mesra.
SYEIKH al-Islam al-Imam al-Akbar Prof. Dr. Abdul Halim Mahmud dilahirkan pada 12 Mei 1910 bersamaan 2 Jamadilawal 1328 Hijrah di negeri Syarqiyyah, Mesir. Beliau membesar dalam keluarga yang agak senang, dihormati dan disegani oleh masyarakat setempat.
Bapanya seorang yang alim, warak, berakhlak mulia dan memiliki latar belakang agama yang kukuh. Ditambah cahaya kemuliaan nasab kedua ibu bapanya ini bersambung dengan Sayyiduna Husain bin Ali RA.
Beliau telah menghafaz al-Quran ketika usianya belum mencecah 10 tahun. Setelah menamatkan pengajian peringkat menengah Maahad al-Azhar, pada 1923, beliau terus melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar.
Di sana, beliau menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian Islam sehingga berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Usuluddin.
Pada tahun 1932, beliau mendaftarkan diri sebagai penuntut University Of Sorbonne Paris sehinggalah memperoleh Ijazah Kedoktoran mengenai Tasawuf Islam dari sudut pengkajian tokoh sufi dan salafussoleh yang masyhur, al-Harith bin Asad al-Muhasibi di bawah seliaan Prof. Louis Massignon. Tesis kajian dalam Bahasa Perancis itu dianugerahkan pangkat cemerlang dan diberi kelulusan untuk dicetak bagi sebaran umum.
Kerjaya terawalnya di Mesir ialah sebagai pensyarah Ilmu Psikologi di Fakulti Bahasa Arab al-Azhar. Kemudian ditukarkan ke Fakulti Usuluddin dan dianugerahkan gelaran profesor dalam ilmu falsafah. Disebabkan kesungguhan dan komitmen yang berterusan dalam bidang ilmu, pada 1951 beliau telah dilantik pula oleh pihak universiti bagi memikul amanah sebagai Dekan Fakulti Usuluddin al-Azhar Kaherah.
Pada 1969 beliau dipertanggungjawabkan memikul amanah sebagai Setiausaha Agung Majma' al-Buhuth al-Islamiyyah (Akademi Penyelidikan Islam Al-Azhar), kemudian sebagai Menteri Wakaf Mesir.
Dalam tempoh setahun dilantik sebagai Menteri Wakaf, beliau berjaya melaksanakan banyak perubahan dan usaha murni dengan mengurus Kementerian Wakaf sebagaimana fungsi Baitulmal di zaman Nabi SAW bagi membela nasib kaum muslimin di Mesir terutama golongan fakir miskin dan penuntut ilmu juga berkaitan dengan hal ehwal Islam yang lain.
Selepas kewafatan Syeikh al-Azhar al-Imam Muhammad al-Fahham, Presiden Anwar Saadat telah pergi menemui Syeikh Muhammad Khalil al-Khatib untuk melantiknya sebagai Syeikh al-Azhar. Akan tetapi Syeikh Muhammad Khalil telah menolaknya atas sebab-sebab tertentu yang menghalang beliau daripada menerima jawatan tersebut.
Maka Anwar Saadat pun meminta nasihat dan pandangan beliau mengenai siapakah yang seharus dilantik sebagai Syeikh al-Azhar. Melalui renungan mata hatinya, beliau telah mengusulkan agar melantik Syeikh Abdul Halim sebagai Syeikh al-Azhar yang baru. Maka Syeikh Abdul Halim secara rasminya telah dilantik dan diamanahkan memikul tanggungjawab sebagai Syeikh al-Azhar bermula pada 27 Mac 1973.
Syeikh Abdul Halim telah melakukan kunjungan rasmi dan tidak rasmi ke seluruh pelosok dunia termasuk Malaysia. Kehadirannya ke Malaysia merupakan hadiah terbesar dari al-Azhar buat umat Islam di negara ini.
Kali pertama beliau menjejakkan kaki ke Malaysia ialah ketika diamanahkan sebagai wakil al-Azhar. Pada 1973 setelah dilantik sebagai Syeikh al-Azhar, sekali lagi bumi Malaysia dimuliakan dengan kehadirannya apabila dijemput untuk menghadiri majlis pengisytiharan keislaman 400 keluarga di Sabah.
Beliau turut memainkan peranan dalam melaungkan seruan Islam dan meniup roh jihad ke dalam jiwa tentera Mesir menentang Israel pada 6 Oktober 1973. Beliau adalah antara ulama yang paling banyak memberikan sokongan dan dokongan terhadap perang Oktober 1973.
Beliau menziarahi kem-kem dan markas ketenteraan untuk menyampaikan ucapan dan khutbah meniup semangat jihad yang suci ke dalam jiwa tentera Mesir.
Pada masa yang sama beliau menziarahi tentera-tentera yang mengalami kecederaan dalam pertempuran ini dalam usaha memberi sedikit kekuatan untuk mereka menempuh ujian dengan tabah dan reda.
Sehinggalah pada suatu malam Syeikh Abdul Halim bermimpi melihat Rasulullah SAW mengibarkan bendera bertulis kalimah Allahu Akbar, yang menandakan bahawa kemenangan besar bakal menjadi milik tentera Mesir.
Mimpi itu akhirnya menjadi kenyataan apabila tentera Mesir berjaya menembusi serta menghancurkan kubu kuat Israel di Semenanjung Sinai yang telah dijajah oleh mereka.
Syeikh Abdul Halim kembali ke pangkuan Ilahi pada pagi Selasa 17 Oktober 1978 Masihi bersamaan 15 Zulkaedah 1397 Hijrah setelah meninggalkan jasa yang amat besar buat Islam dan kaum muslimin. Pemergiannya ditangisi oleh umat Islam di seluruh pelosok dunia sebagai satu kehilangan yang amat besar.
Jenazahnya disemadikan di Balbis, Zaqaziq Mesir dan makamnya diziarahi oleh yang jauh dan dekat. Semoga Allah SWT merahmati dan menjadikan pusaranya sebagai satu taman daripada taman-taman syurga, menghimpunkan beliau bersama nendanya yang mulia Sayyiduna Rasulullah SAW di Firdaus tertinggi pada kedudukan yang terpuji.
Alasan paling tidak logik ialah dahi luka kerana menggaru...
Syabas Ketua Menteri Pulau Pinang atas jawapan ini.
Gambar Lim Guan Eng dengan Phaik Kheng
Kisahnya :
AKHBAR Guang Ming Daily terbitan 4 Julai menyiarkan gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan dahi berplaster.
Panas. Rupa-rupanya tampalan plaster itu ada isu tersendiri. Desas-desus berlegar bahawa luka tersebut akibat dicederakan oleh isterinya, Betty Chew yang juga ADUN Kota Laksamana, Melaka.
Apakah ia berpunca daripada kemarahan Betty kononnya Guan Eng menjalin hubungan dengan bekas pembantunya, Ng Phaik Kheng?
Semalam, Betty menafikan beliau mengkasari suaminya dan juga Phek Kheng sebagaimana dakwaan yang tersiar di beberapa blog.
Pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Guan Eng, Betty juga menafikan suaminya menjalin hubungan sulit dengan Phaik Kheng.
Khabarnya pasangan tersebut tidak ceria semasa sidang akhbar yang berlangsung dalam suasana suram lalu menimbulkan tanda tanya kepada sebahagian wartawan.
Sehari sebelum itu, akhbar The Star melaporkan Guan Eng dan Betty tampil bersama di depan media tetapi dengan bahasa badan yang kurang mesra. ADUN Kota Laksamana itu pada 4 Julai lalu mengejutkan pelbagai pihak apabila beliau bersama beberapa ADUN DAP membawa kain rentang ke dalam Dewan Undangan Negeri Melaka. Ia sebagai membantah ADUN BN (MCA), Gan Tian Loo yang bertanyakan Betty tentang isu tersebut. Ramai yang hairan mengapa Betty enggan menjawab soalan Gan di dalam dewan sebaliknya mengalihkan isu dengan membuat kecoh keesokan harinya. Beliau tidak sepatutnya melatah dengan tindakan sebegitu.
Turut menjadi persoalan ialah sehingga hari ini, Phaik Kheng enggan mengulas walaupun diasak oleh wartawan pada satu majlis kelmarin. Ini termasuk soalan apakah tindakan beliau berhenti kerja di pejabat Guan Eng sebelum ini ada kaitan dengan dakwaan menjalin hubungan sulit dengan bosnya itu. Apabila diingatkan bahawa keengganannya untuk mengulas boleh disalahertikan sebagai tidak menafikan dakwaan tersebut, Phaik Kheng menjawab: ''tiada komen, bermakna tiada komen.''
Tidak kurang mengundang perhatian Awang ialah penjelasan Guan Eng mengapa dahinya bertampal plaster iaitu akibat luka digaru, bukannya dikasari Betty Chew. Kuatnya menggaru sampai terluka. Awang tidak tahu sama ada mahu senyum atau serius mendengar penjelasan itu. Biarlah. Awang tidak berminat untuk membuat apa-apa tafsiran. Hanya Guan Eng dan Betty yang tahu apa sebenarnya berlaku. Cuma nasihat Awang kepada Guan Eng, lain kali berhati-hatilah. Jangan sampai luka lagi, tidak kira sama ada akibat menggaru atau apa punca sekali pun.
Apa perlunya gambar ini dirakam...??? Apa perlunya gambar ini dimainkan dalam blog politik pro pembangkang...??? Hanya mazlan aliman sahaja yang tahu, mungkin ini taktik terbaru mazlan aliman dalam meraih sokongan pengundi felda... Jijik sungguh cara mazlan berpolitik, kubur tun razak pun boleh dia buat modal politik...
Rostrum yang di sediakan untuk pesuruhjaya pas selangor kosong malam tadi, bila dah kosong itu bermakna, rani tak datang berdebat dengan hasan ali dan ini juga bermakna, rani takut nak berdebat, maka kesimpulan boleh dibuat ialah, rani penakut tak ada teloq...
Aku nak tanya hadi, apa perlunya dia keluarkan kenyataan macam nie? Pada aku nie kenyataan orang yang menggelabah atau panic, panic kerana dia tahu pas dah jadi paria dalam pakatan, jadi nak tunjuk kat penyokong yang pas masih releven dalam pakatan, maka kenyataan macam nie terpaksa di keluarkan.
Pihak pendakwaan memfailkan petisyen rayuan kelmarin bertujuan memohon Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan sekali gus bagi mensabitkan Ketua Pembangkang itu dengan tuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Petisyen tersebut yang ditandatangani Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badarudin menyenaraikan sembilan alasan yang mendakwa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta semasa membuat keputusan membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di akhir kes pembelaan.
Antara alasan tersebut ialah hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah terkhilaf apabila menyatakan terdapat keraguan ke atas integriti sampel-sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh daripada Mohd. Saiful Bukhari memandangkan beliau telah membuat penemuan di akhir kes pendakwaan bahawa profil DNA `Lelaki Y' adalah berpadanan dengan DNA Anwar.
Hakim tersebut juga di akhir kes pendakwaan menyatakan tidak ada jalan untuk pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira menggunakan sampel-sampel DNA yang diperoleh dari lokap yang dihuni dan digunakan Anwar untuk mengusik (tamper) sampel-sampel DNA yang diambil daripada Mohd. Saiful Bukhari.
"Selain itu), Yang Arif Hakim telah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa dari manakah pegawai penyiasat mendapat sampel air mani yang berpadanan dengan profil DNA yang diperoleh daripada sampel-sampel barang-barang yang digunakan oleh responden (Anwar) yang diambil dari lokap tersebut," menurut petisyen berkenaan.
Begitu juga, Hakim Mohamad Zabidin didakwa telah terkhilaf apabila mendapati terdapat keraguan terhadap integriti sampel-sampel DNA yang diperoleh daripada Mohd. Saiful Bukhari sedangkan hakim tersebut telah pun memanggil Anwar membela diri di akhir kes pendakwaan.
Justeru, hakim tersebut didakwa telah terkhilaf apabila gagal memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan berdasarkan keterangan yang dikemukakan.
Petisyen tersebut difailkan setelah Mahkamah Tinggi mengeluarkan alasan penghakiman penuh pada 2 Julai lalu iaitu enam bulan selepas keputusannya membebaskan Anwar, 64, daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Rumah keluarga yang pernah didiami arwah Khalil Afandi Hamid di Taman Lindungan Jaya.
Sahak Mat Dan
PETALING JAYA – "Sebulan yang lalu arwah Khalil ada datang ke rumah bersama isteri dan anaknya bertanya khabar kami sekeluarga, dia salam banyak kali dengan saya, percakapannya agak laju dan sukar difahami," kata jiran arwah Khalil, Sahak Mat Dan, 60.
Menurutnya, Khalil tidak bercakap apa-apa mengenai aktivitinya.
"Dia lahir dan membesar di Kampung Lindungan sebelum berpindah ke sini (Taman Lindungan Jaya) sejak berkahwin dia tinggal di Puchong dan sejak itu kami jarang bertemu.
"Saya terkejut selepas mendengar berita dia ditembak mati polis kerana mengamuk di Putrajaya sedangkan di sini dia terkenal dengan sifat lemah lembut dan menghormati orang tua,"katanya ketika ditemui di Taman Lindungan Jaya, semalam.
Hashim Abdullah
Dalam pada itu, seorang lagi jirannya Hashim Abdullah, 64, berkata, sejak ibunya meninggal dunia pada tahun 2008 rumah itu dihuni oleh salah seorang adik lelakinya.
Menurut Hashim, arwah Khalil juga sempat bertemunya ketika datang ke situ sebulan yang lalu.
"Dia tidak cakap apa-apa cuma tanya sihat ke tidak, itu sahaja dan dia kelihatan ceria," katanya.
Difahamkan arwah Khalil merupakan anak ketiga dari enam beradik seorang berperwatakan periang dan mudah digauli.
Adik lelaki arwah ketika ditemui di rumahnya pula enggan mengulas lanjut apa yang berlaku.
Dalam kejadian 2.30 petang kelmarin, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan polis di tangan dan bahagian ari-ari manakala rakannya Muhdalina Adam, 28, yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, terkena tembakan di paha kanan selepas mengamuk di kompleks Pejabat Perdana Menteri.
KUALA LUMPUR - Polis telah mengenalpasti individu yang bertanggungjawab menghantar seorang lelaki dan seorang wanita di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lepas sebelum mereka mengamuk.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata individu tersebut dikesan melalui siasatan polis sejurus selepas kejadian itu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan.
"Kita sekarang sedang mencari pemilik kenderaan yang menghantar pasangan itu. Kita juga turut menyiasat latar belakang lelaki dan wanita yang mengamuk itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Pada hari berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mengaku dirinya "Imam Mahadi" dan pasangannya yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama. - Bernama
"Saya kecewa dia belajar tinggi tapi jadi begini." demikian kata Ahmad Adam, 55, ayah Muhdalina, 28, yang ditembak polis ekoran kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.
Menurutnya, suspek merupakan anak kedua dari empat beradik seorang yang peramah dan baik, malah sebelum ini bekerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di Pelabuhan Utara, Klang sebelum berhenti hujung bulan lalu.
"Saya tidak sangka perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi telah menyebabkan anaknya itu terjebak dengan perkara yang tidak masuk akal seumpama itu.
"Saya percaya ini ekoran sikapnya yang 'Gila Internet' malah kami sendiri tidak pernah mengenali Khalil Afandi dan hanya kenal dia dari surat akhbar hari ini malah percaya Muhdalina hanya mengenali lelaki tersebut melalui internet sahaja," katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Putrajaya, semalam.
Ahmad berkata, tiada sikap mencurigakan mengenai Ina melainkan dua hari sebelum kejadian dia menghantar dua anaknya ke rumah dan memaklumkan ada urusan untuk dua ke tiga hari malah, "kami tidak mengesyaki apa-apa."
"Dia tinggal bersama suami yang bekerja sebagai pemandu di syarikat yang sama di Rantau Panjang, Klang banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet dan bukan dikategorikan sebagai seorang yang memiliki pengetahuan agama tinggi," katanya.
Ahmad yang datang bersama isteri, Siti Marliah Marjunit, 55, dua anak Muhdalina, Mohd Farish Khorizmi Yusof , 2, dan Mia Ratisya Yusof, 1, dengan ditemani anak sulungnya Ariffin.
Bagaimanapun tidak dapat melawat Muhdalina.
Ahmad yang juga seorang peniaga nasi lemak berkata, anggota polis yang mengawal Muhdalina memberikan alasan anaknya masih belum diambil keterangan dan tidak dibenarkan menerima pelawat.
"Kami sekeluarga amat terkejut dengan kejadian yang berlaku kerana dia seorang anak yang baik, peramah dan tidak pernah menimbulkan masalah kepada keluarga, malah dia juga berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Menurut Ahmad, dia hanya mengetahui kejadian menimpa Muhdalina setelah dimaklumkan oleh anak sulung yang terbaca mengenai perkara itu di Internet kira-kira jam 5 petang (semalam) dan menyangka hanya rusuhan biasa
"Saya terus menghubungi telefon bimbit Muhdalina sebelum dijawab seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis.
"Setelah dimaklumkan situasi Muhdalina oleh pegawai polis berkenaan, saya terus bergegas datang ke Hospital Putrajaya, namun gagal menemuinya, selepas itu saya ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya untuk mengetahui hal sebenar," katanya lagi.
Ahmad memaklumkan dia akan ke IPD Putrajaya untuk memohon kebenaran bagi melawat anaknya.
Difahamkan, Muhdalina sudah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru di kakinya dan keadaannya dilaporkan stabil.
Sementara itu, suami Muhdalina yang hanya dikenali sebagai Yusof berkata, dia yakin isterinya itu terlalu taksub dengan Khalil Afandi walaupun hanya mengenali lelaki itu melalui laman blog seminggu lalu.
Dia yang datang ke Hospital Putrajaya dengan ditemani seorang rakan hanya datang menyerahkan pakaian dan barang-barang keperluan isterinya kepada anggota polis yang berkawal.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang kelmarin, Muhdalina ditembak oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Putrajaya selepas mengamuk bersama Khalil Afandi yang bersenjatakan pedang samurai, pisau lipat dan keris.
Tok yakin rakyat negeri Perak tidak mudah terpedaya dengan ceramah2 Pakatan Rakyat terutame nye PAS. Rakyat negeri Perak sedo sesangat tentang kedudukan bilangan EXCO negeri semase negeri Perak di perintah oleh PR. Kalau sekali pandang pun kite dah boleh tahu siapa yang sebeno nye lebih berkuasa di negeri Perak.
Tok mintak semua peratikan muke2 EXCO negeri Perak ni, berape kerat aje yang melayu nye? Tok tak dapat bayangkan ape yang akan berlaku jika sekira nya PR dapat terus berkuasa di negeri Perak. Tentang mane yang orang2 PAS boleh kate pemerintahan PR tu baik dan sesuai bagi memerintah negeri Perak.
Cube le kita bayangkan pule bila perkara yang sedemikian berlaku pule di peringkat persekutuan. Walau pun PM nye melayu tapi semua jawatan2 menteri yang penting di pegang oleh kaum mate sepet ni ape akan jadi kepada nasib orang2 melayu.
Yang kat atas ni pule ade sedikit cerita tentang negeri P Pinang. PAS banyak membantu rakan2 nye dari PKR dan DAP untuk menawan P Pinang, malang nye PAS di anjing kurap kan oleh DAP. Tidak ade sebab kenape DAP tidak mahu masuk kan PAS ke dalam EXCO negeri tu. Kerana PAS ade se orang ADUN nye yang layak.
Kepade para penyokong PAS sedo le sikit tentang perangai buruk pemimpin2 DAP dan PKR ni. Jangan salahkan sesape bila kerajaan PR tumbang di negeri Perak. PR negeri Perak tumbang kerana dua orang ADUN PKR dan seorang ADUN DAP lompat keluar PR.
Same ade tiga orang tu di rasuah atau tidak itu tidak penting, yang nyata mereka tu dah khianati PR. Yang terima padah nye MB PAS dan penyokong2 PAS. Tok tak pelek bila tiga ADUN tu lompat keluar. sebab nye yang sorang tu DAP dan yang dua lagi tu memang berasal dari keturunan UMNO yang dah terbuang.
Tok yakin sesangat pada PRU 13 akan datang ni orang2 melayu tidak akan mengulang lagi kesilapan yang di lakukan pada PRU 12 yang lepas.
You are subscribed to email updates from tok gajah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pelbagai cara yang dilakukan oleh Lim Guan Eng bersama aparat aparatnya untuk menghalang daripada pengswastaan Penang Port .Guan Eng dikatakan berpakat dengan pelbagai pihak daripada pemain industri hinggalah kepada NGO NGO yang tidak ada langsung dengan industri perkapalan,pengangkutan dan juga perkhidmatan.
Timbullah gesaan kononnya Penang Port harus diberi kepada syarikat anak tempatan dan diuruskan anak tempatan. Cuba korang fikir gesaan ini keluar daripada pejabat ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim DAP yang semua orang tahu adalah bukan anak negeri Pulau Pinang malah ditendang keluar daripada DAP Melaka dek kerana penyelewengan ratusan ribu ringgit wang kutipan derma.
Bidaan yang terbaik dan tertinggi dimenangi oleh Seaport Terminal Sdn Bhd untuk mengambil alih Penang Port Bhd. Apa yang menariknya syarikat ini berjaya menunjukkan pencapaian terbaik dalam menguruskan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan bersaing hebat dengan Pelabuhan Singapura diantara salah satu daripada lima pelabuhan paling sibuk didunia.
Tahap pengurusan dan penawaran yang lebih baik kepada pelanggan membuatkan pelabuhan Singapura terjejas apabila beberapa syarikat perkapalan gergasi seperti MEARSK Liner telah berpindah ke Tanjung Pelepas.
Apa agenda Lim Guan Eng mahu menghalang sebuah syarikat yang terbukti bagus dan berpengalaman berjaya mengalahkan Port of Singapore daripada menguasai Penang Port?
Banyak peluang pekerjaan dan juga penambahbaikkan bakal berlaku di Penang Port ,Jika hasrat mengswastakan Penang Port tidak menguntungkan rakyat dan juga pekerja sudah pasti kesatuan sekerja akan menghalang.
98% pekerjanya adalah daripada Melayu dan mereka langsung tidak menghalang malah menyokong. Apa yang tak kena dengan Lim Guan Eng dan regim DAP?
Kesatuan Sekerja Sambut Baik Gelombang Kedua Penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang
BUTTERWORTH, 11 Julai (Bernama) -- Kesatuan Pekerja-pekerja Penang Port Sdn Bhd menyambut baik rancangan kerajaan untuk melaksanakan gelombang kedua penswastaan pelabuhan itu kepada pengendali baru bagi meningkatkan pelaburan swasta.
Presidennya Anuar Omar berkata kesatuan percaya rancangan itu mampu menambah baik kecekapan penyampaian perkhidmatan selain mengurangkan beban kerajaan, selain menggalakkan perkongsian awam-swasta.
"Kami menyambut baik penswastaan ini dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang melaksanakan gelombang kedua penswastaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Katanya, pihaknya berharap keselamatan dan kebajikan 1,435 pekerja kumpulan sokongan iaitu 98 peratus daripadanya pekerja Melayu diutamakan apabila penswastaan itu dilaksanakan oleh pemilik baru Pelabuhan Pulau Pinang.
Anuar berkata kesatuan itu juga memberi jaminan kepada pemilik baru berkenaan bahawa pengambilalihan itu diterima baik oleh semua warga kerja.
-- BERNAMA
Pisau kata " Guan Eng dah makan kot sebab tu bersungguh nak halang swasta Penang Port"
Baru baru ini perjumpaan sulit diantara Yb Malik bersama sekumpulan pengusaha khidmat penghantaran kontena bumi adalah untuk melaksanakan agenda Lim Guan Eng dan kroninya untuk mengawal sepenuhnya Penang Port ,
Kemudian daripada perjumpaan itu diadakan sekali lagi dengan 42 wakil daripada pelbagai kumpulan. Apa yang menariknya dalam usaha Lim Guan Eng mahu menghalang pengswastaan Penang Port yang semua orang patut tahu adalah bukan milik kerajaan negeri. Penang Port bakal diambil alih oleh Seaport Terminal Sdn Bhd yang berpengkalan dari Johor.
Bidaan yang terbaik dan tertinggi dimenangi oleh Seaport Terminal Sdn Bhd untuk mengambil alih Penang Port Bhd. Apa yang menariknya syarikat ini berjaya menunjukkan pencapaian terbaik dalam menguruskan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan bersaing hebat dengan Pelabuhan Singapura diantara salah satu daripada lima pelabuhan paling sibuk didunia.
Tahap pengurusan dan penawaran yang lebih baik kepada pelanggan membuatkan pelabuhan Singapura terjejas apabila beberapa syarikat liner gergasi telah berpindah ke Tanjung Pelepas.
Apa agenda Lim Guan Eng mahu menghalang sebuah syarikat yang terbukti bagus dan berpengalaman mengalahkan Port of Singapore ?
Apa korang tak perasan slogan "Return Penang Port to the people of Penang run by Penang,"! Ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim negeri dari Melaka ,ayahnya yang terkenal dengan sikap rasis dilahirkan di Johor. Apa kejadahnya jawatan Ketua Menteri tidak diberi kepada anak negeri Pulau Pinang?
Jika bidaan pengswastaan Seaport Terminals terhadap Penang Port tidak diterima hanya kerana "ia bukan syarikat dari Pulau Pinang dan diuruskan oleh anak negeri Pulau Pinang" Apahalnya Lim Guan Eng jadi ketua menteri regim DAP,Prof P Ramasamay pegang jawatan Timbalan Ketua Menteri 2 dan Jeff Ooi memegang jawatan ketua staff di atas Komtar sedangkan mereka bukan anak negeri Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR: The planned privatisation of Penang Port is coming under increasing opposition from the island state's port industry contractors and business groups over fears that it would undermine the port's role as a strategic northern shipping hub.
In a roundtable discussion held They fear the exercise would undermine Penang Port's role with Penang Chief Minister Lim Guan Eng on Monday evening, the groups unanimously passed five resolutions to reject the privatisation of Penang Port Sdn Bhd to Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary's Seaport Terminal Sdn Bhd.
The groups rejected the port privatisation plans as they claimed it would reduce Penang Port to feeder status from its current role as a commercial regional hub. They also claimed that the "privatisation to an outsider" was done without the consultation with the people of Penang.
"Return Penang Port to the people of Penang run by Penang," said one of the resolutions agreed by 42 representatives of various local groups, in a statement from the chief minister's office.-TheEdge
Pisau kata " almaklumlah rakyat Pulau Pinang ni bodoh bodoh belaka,sebab tu terpaksa import apek bryclream yang direject dari Melaka jadi ketua menteri.."
Pisau menerima gambar ini daripada pembaca,katanya ini adalah pengerusi JKKK Pulau Pinang.Khabarnya JKKK ini hidup mewah hinggakan menjadi kaya raya setanding ADUN Pakatan.
Kroni P Ramasamy yang hanya menjadi pengerusi JKKK jadikan wang puluhan ribu sekadar permainan anaknya bayangkan yang Ketua menteri dan timbalannya. Barangkali duit kertas dibakar untuk api rokok jer kot...Kaya kaya kaya! Pisau kata " kroni DAP dah ramai yang kenyang makan sampai muntah... kesian pada khawarij PAS layak makan sampah je la..."
Hadi : PAS Paling Kuat Dalam PR AIDCNews – 10/07/12 – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dilaporkan Sinar Harian mendakwa PAS lebih kuat dan bertanding lebih banyak kerusi berbanding dengan DAP dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13.
"PAS parti yang paling kuat dalam Pakatan Rakyat (PR). Kita (PAS) mungkin akan bertanding sehingga 80 kerusi, DAP 50 atau 60 kerusi. Dan daripada jumlah itu pula, mereka (DAP) mungkin menang 40 atau 50 kerusi.
"Dengan jumlah kerusi yang dimenangi sebanyak itu, DAP tidak boleh membentuk kerajaan kerana yang jadi tulang belakang PR ialah Pas, parti Melayu Islam," katanya.
Namun, Abdul Hadi juga turut mengakui jawapan di atas merupakan andaian kerana pengagihan kuota kerusi parlimen pembangkang belum diputuskan secara rasmi dalam PR.
Katanya jumlah sebenar kedudukan kerusi antara ketiga-tiga parti pembangkang itu akan diketahui apabila tarikh PRU diumumkan.
Abdul Hadi menambah satu lagi bukti kekuatan Pas adalah parti itu mempunyai ramai jentera dan bersedia untuk bertanding di kawasan yang tidak sanggup ditandingi oleh parti komponen PR yang lain.
Jumlah kerusi kompenan PR yang bakal bertanding dalam PRU 13 menjadi tumpuan apabila Utusan Malaysia semalam melaporkan DAP bakal bertanding 90 kerusi berbanding dengan PAS dan PKR yang masing-masing bertanding 66 kerusi.
Dalam PRU ke-12, PKR mendapat kerusi parlimen yang majoriti dengan bertanding 97 kerusi dan menang 31 kerusi, PAS pula bertanding 66 kerusi, menang 23 kerusi, manakala DAP bertanding 47 kerusi, menang 28 kerusi.
Dengan kedudukan kerusi PKR tertinggi dalam PR, maka Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang.
Selepas 16 September 2008, PKR kehilangan 5 kerusi parlimen apabila YB Datuk Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru), YB Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim (Bayan Baru), Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ahli parlimen bebas.
Dengan kehilangan 5 ahli parlimen itu, DAP menjadi kuasa majoriti di kalangan kompenan PR dengan mengekalkan kedudukan 31, diikuti PAS, 28 kerusi dan PKR kembali ke kedudukan tercorot dengan 26 kerusi.
Namun begitu, DAP tetap mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di parlimen dan sekaligus sebagai Ketua dalam PR.-AIDC
Pisau kata " paling kuat? kit siang dan karpal berdehem dan terbatuk pun hangpa lari...kuat ka macam tu?"
Tugas seorang posmen adalah menghantar surat-surat dan bungkusan kepada penerima sepertimana yang dikirimkan oleh pengirim.
Posmen tidak dibenarkan sesekali membuka sebarang surat atau bungkusan milik pengirim atau penerima. Itu amanah yang diletakkan diatas bahu mereka.
Alhamdullillah rata-rata posmen di Malaysia jujur dan memegang kemas amanah yang diberikan kepada mereka.
Namun sungguh mengejutkan apabila semalam seorang Exco Selangor, Ronnie Liu menjatuhkan martabat seorang posmen. Ronnie Liu cuba menyamakan kesalahan yang dilakukan oleh Faekah Husin sebagai tugas seorang posmen.
Mengikut blog selangordaily.com Ronnie cuba menjadi pengampu Faekah, dalam masa yang sama dia telah menghina posmen.
Seperti yang kita tahu Faekah telah menyalahgunakan kuasanya dengan menulis surat kepada sebuah GLC Selangor menggunakan kepala surat Pejabat MB agar memilih syarikat anak saudaranya sebagai panel peguam kepada GLC berkenaan.
Dalam Malaysia belum pernah terjadi seseorang posmen menulis surat kepada orang yang nak dihantar suratnya. Belum pernah terjadi posmen membuka surat orang kemudian dia tulis surat pula menggunakan kepala surat Pos Malaysia untuk dipanjangkan kepada penerima.
Apa yang dilakukan oleh Faekah jauh berbeza dengan tugas seorang hakiki seorang posmen. Faekah tidak amanah, tidak jujur dan salah guna kuasa. Posmen tidak bersikap sedemikian. Kalau nak mengampu atau nak pertahankan perempuan yang tidak jujur itu , janganlah sesekali mengheret posmen ke kancah hina tersebut.
Lagi satu, posmen yang tidak jujur atau tidak amanah akan diambil tindakan oleh majikannya. Berbeza dengan Faekah walaupun telah melanggar arahan ,tidak amanah dan salah guna kuasa , tetapi masih dipertahankan oleh majikannya.
Datuk Seri Khaled Nordin telah dihantar sebagai Wakil Khas Perdana Menteri untuk berjumpa dengan Presiden baru Mesir bagi menyampaikan ucapan tahniah kepadanya kerana terpilih sebagai Presiden Mesir.
Pertemuan berlansung di Istana Rasmi Mesir pada 8 Julai 2012.
Menurut blogsalah seorang pelajar Malaysia yang sedang berada disana , dalam pertemuan itu Presiden Mesir menyatakan hasrat mahu menjadikan Malaysia sebagai role model kepada sektor pendidikan di dalam negaranya. Beliau juga berkata akan menjalinkan kerjasama yang baik dengan negara Malaysia.
Haji Hadi pun ke Mesir juga semalam untuk berjumpa Presiden baru. Apa pula yang dia nak pergi kelentong. Adakah dia masih mahu kelentong tentang perjuangan negara Islam ?
Pssttttt....pergi kelentong puak-puak PEMERAM yang tak cerdik ja lah di Mesir.
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR: Polis telah mengenalpasti individu yang bertanggungjawab menghantar seorang lelaki dan seorang wanita di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lepas sebelum mereka mengamuk.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata individu tersebut dikesan melalui siasatan polis sejurus selepas kejadian itu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terbabit kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan.
"Kita sekarang sedang mencari pemilik kenderaan yang menghantar pasangan itu. Kita juga turut menyiasat latar belakang lelaki dan wanita yang mengamuk itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Pada hari berkenaan, Khalil Afandi Hamid, 47, yang mengaku dirinya "Imam Mahadi" dan pasangannya yang bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama. - Bernama
TAK SEHALUAN...Salyo duduk di depan manakala Sasha duduk di belakang sambil ditemani ibunya, Siti Aishah Abdullah di mahkamah, semalam.
KUALA LUMPUR: Selepas berhadapan dengan pelbagai spekulasi berikutan dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, dekat sini, baru-baru ini, bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Salyo Priyanto Nutosoemarsono di sini, semalam.
Lafaz cerai itu diucapkan Salyo pada jam 2.55 petang di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Sasha.
Sasha selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Lebih menarik, Sasha memohon untuk menyerahkan satu nota kepada mahkamah kerana tidak mahu mendedahkan punca kemelut rumah tangga mereka secara terbuka ketika ditanya sebab memfailkan permohonan cerai itu.
"Kalau saya bagi nota pada Yang Arif, Yang Arif boleh baca kan?" tanya Sasha sebelum menyerahkan nota kepada mahkamah.
Kena baca Metro semalam...baru leh baca berita penuh!
Apa kebenda la Murai.com ni dok mengorek-ngorek cerita rumah tangga orang. Budak tu dah kahwin elok-elok lagi dok pegi cari benda-benda yang dah lepas.
Aku semenjak blog ni dah bercampur baur dengan dunia hiburan, memang banyak beza dengan tulisan politik semata-mata. Politik pun suka mengungkit kisah lama, tapi kesannya tak berapa ketara, tapi kalau artis, diungkit kisah-kisah lama, boleh cerai berai ooo...jangan main-main..
Murai.com merupakan salah satu blog hiburan yang cukup berpengaruh. Jadi, tugasnya untuk menyebar luas berita-berita sensasi amatlah berkesan.
Kadangkala, kalau penulisan tersebut hanya untuk memenuhi tuntutan nafsu sendiri, tak payah la dikongsi-kongsikan...tambah pula hal rumah tangga orang. Nak ganti Zubir jugak ke?
Selain informasi tersebut, terkandung juga gambar persiapan persandingan bersertakan gambar pelamin. Cuba tengok gambar di atas. Gambar inilah yang MUrai Batu terima dan ingin kongsikan bersama pembaca semua. Murai.com
Tajuk berita yang dia tulis, Foto Perkahwinan Pertama Suami Irma Hasmie Tersebarsedangkan gambar tersebut dia sendiri yang perolehi dulu. Jadi sapa yang menyebarkannya? Bunyi 'tersebar' tu macam dah spread out gila babi...hahahaha..
Entahlah, mungkin Murai.com masih merasa berbaloi bercerita mengenai kisah lampau suami orang dengan beranggapan artis itu hak peminat, so peminat berhak mengetahui apa yang berlaku pada artis yang diminatinya...hehehe, artis pun manusia juga...ada perasaan dan privasi..
Bila nengokkan komen-komen yang diberikan, rata-rata bengang dengan tindakan Murai.com yang menyebarkan foto-foto lampau suami Irma ni..jadi apa syoknya kena maki? Adoih...
Berikut adalah video Jelena Jankovic, bekas pemain tenis wanita nombor satu dunia, sedang melakukan aksi berani ketika bermain dalam satu perlawan tenis.
Beliau telah dilihat sedang menukarkan seluar dalamnya ketika perlawanan tersebut sedang berlangsung!
Tidak dapat dipastikan sama ada ianya French Open ataupun Wimbledon.
Kenapalah Jelena tidak meminta time break untuk berbuat demikian? Paling tidak pun, mintak tolong la sesiapa yang ada di situ untuk pegangkan tuala.
Ini semua bikin sendiri, kamera pun apa lagi...tak payah tunggu masuk dalam bilik persalinan, sini pun 'ada'!
KUALA LUMPUR - Malaysia berdepan laluan sukar untukmempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi dua tahun lepas apabila diundi bersama naib juara edisi 2010, Indonesia dan juara tiga kali Singapura dalam Kumpulan B pada kejohanan itu yang akan berlangsung, November ini.
Turut akan disenaraikan dalam kumpulan berkenaan ialah naib juara pusingan kelayakan yang akan diketahui pada 13 Okober depan.
Pusingan kelayakan kejohanan itu akan berlangsung dari 5 hingga 13 Oktober di Myanmar dengan format kalah mati melibatkan pasukan Brunei, Kemboja, Laos, Timor Leste dan tuan rumah.
Skuad bola sepak kebangsaan yang turut dikenali sebagai 'Harimau Malaya' muncul juara edisi kelapan kejohanan dwi-tahunan itu pada 2010 selepas menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 menerusi perlawanan timbal balik.
Pada undian yang berlangsung di Bangkok, Thailand hari ini dan disiarkan melalui laman web kejohanan www.affsuzukicup.com , juara tiga kali Thailand, yang menjadi hos bersama Malaysia pada kejohanan kali ini, mendapat laluan mudah selepas diundi dalam Kumpulan A bersama juara 2008, Vietnam, Filipina dan pemenang pusingan kelayakan, kelak.
Perlawanan Kumpulan A akan berlangsung di Stadium Rajamangala di Bangkok manakala saingan dalam Kumpulan B akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, dari 24 November hingga 22 Disember.
Dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir dan mereka akan bermain menggunakan format timbal balik bermula dari 8 hingga 13 Disember.
Pemenang saingan separuh akhir akan mara ke perlawanan akhir dengan menggunakan format yang sama pada 19 dan 22 Disember.
Skuad Harimau Malaya akan membuka kempen kejohanan menentang Singapura pada 25 November diikuti menentang naib juara pusingan kelayakan pada 27 November sebelummenutup aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 November.
Juara kejohanan akan menerima AS$200,000 (RM636,692) manakala naib juara AS$75,000 (RM238,676).
Sementara itu, beberapa bekas pemain dan jurulatih kebangsaan menyifatkan undian kali ini merupakan satu saingan yang cukup hebat kerana kebanyakan pasukan di rantau Asia Tenggara kini menunjukkan peningkatan.
Bekas pemain kebangsaan era 1980 dan 1990-an, Zainal Abidin Hassan berkata, undian kali ini memperlihatkan cabaran sebenar yang terpaksa ditempuh skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal untuk mempertahankan piala tersebut di hadapan penyokong sendiri.
"Saya melihat undian kali ini agak sengit memandangkan Indonesia dan Singapura sememangnya pasukan yang sukar dikalahkan... namun saya percaya dengan barisan pemain serta kelebihan bermain di tempat sendiri, kita mampu mempertahankan piala tersebut," katanya yang kini menjadi pengurus pasukan Pahang.
Pandangan Zainal Abidin itu turut dipersetujui bekas jurulatih kebangsaan Abdul Rahman Ibrahim yang melaungkan keyakinan bahawa skuad Harimau Malaya mampumempertahankan piala tersebut di laman sendiri.
"Saya akui undian kali ini agak sukar namun pemain kebangsaan tidak perlu menjadikan ia sebagai alasan untuk mempamerkan permainan sambil lewa... kita bermain di tempat sendiri, kelebihan itu wajar dipergunakan sepenuhnya pemain kita," katanya.
Beliau yang kini menjadi Ketua Jurulatih PKNS Selangor berharap pemain skuad Harimau Malaya tidak memandang mudah cabaran pasukan lain yang turut bersaing pada kejohanan kali ini. - Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan, dan digantikan dengan akta baru, yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara malam ini.
"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail.
Kejadian amok berpedang samurai di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya berakhir dengan tiada kemalangan jiwa di pihak orang awam, Jui Meng kecewa.
Chua Jui Meng dalam kenyataannya di twitter, menyanggah tindakan polis tersebut.
Kenapa?
Mungkin beliau mahu dua tiga Melayu terbunuh dulu baru polis bertindak, kemudian dia akan kutuk polis pula sebab lambat bertindak.
Umum mengetahui, Putrajaya ialah tempat bekerja penjawat awam yang 95% Melayu dan Bumiputra, dan bagi yang selalu ke sana akan perasan muka Melayu lebih ramai daripada bangsa lain di sana sama ada pekerja atau orang awam.
Apabila mendengar ada orang mengamok bersenjata di sana, ramai yang bekerja dan berurusan di situ mengakui bimbang akan keselamatan mereka .
Setelah situasi cemas itu dapat di kawal oleh polis, ramai yang mengurut dada mengucapkan syukur, kecuali Jui Meng.
Bayangkan jika ia melibatkan komuniti Cina, apa agaknya reaksi Jui Meng?
Junah@ twitter.com/opshield
(The views expressed here are the personal opinion of the columnist)
SEOUL: Seorang guru sekolah menengah rendah berusia 31 tahun didapati bersalah atas tuduhan gangguan seksual kerana menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam 240 wanita, sebahagian besarnya di sekolah itu dan stesen kereta api bawah tanah.
Dia melakukan kegiatan itu sejak dua tahun lalu.
Guru itu ditangkap ketika merakam gambar dari bawah skirt seorang wanita di tangga sebuah stesen kereta api bawah tanah Seoul.
Polis menemui lebih 500 fail video tidak senonoh dalam kad memorinya.
Mangsa termasuk pelajar, ibu bapa dan juga guru wanita yang rapat dengannya.
Guru itu dipecat serta-merta.
Mei lalu dia dikenakan hukuman penjara tertunda selama 10 bulan dan diarah menjalani pendidikan mengenai pencabulan seks selama 40 jam.
Kejadian itu mengejutkan rakan dan pelajarnya yang tidak pernah meyangka dia berakhlak buruk.
Guru terbabit yang sentiasa tampil normal dalam kehidupan harian, memberitahu penyiasat, kelakuannya itu didorong oleh perasaan ingin tahu.
Kecanggihan teknologi membolehkan kamera mengintip dipasang pada telefon, jam tangan, tali leher, tali pinggang, beg, kasut, pen dan juga pemetik api.
Ia membolehkan golongan miang bertindak untuk memenuhi desakan seksual mereka sementara permintaan secara online untuk mendapatkan gambar itu memberi peluang kepada penjeyanah mencari pendapatan.
Kaherah: Mahkamah tinggi Mesir menolak perintah Presiden Mohamed Morsi untuk mengiktiraf semula Parlimen yang diisytiharkan tidak sah, menyebabkan pengganti Hosni Mubarak itu dilihat mencabar tentera yang mahu supaya undang-undang dihormati.
"Semua keputusan Mahkamah Perlembagaan Agung adalah muktamad, tidak boleh dirayu dan semua institusi terikat kepadanya," menurut kenyataan mahkamah, kelmarin.
Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF), yang menyerahkan kuasa kepada Morsi bulan lalu selepas beliau dilantik, menyuarakan pandangan sama dengan mahkamah supaya semua pihak akur kepada perlembagaan dan undang-undang.
SCAF yang memerintah Mesir selepas Mubarak disingkirkan tahun lalu, menekankan mengenai kepentingan Perlembagaan dalam perkembangan terkini, lapor agensi berita rasmi MENA.
Calon parti Islam memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya Parlimen tiga pusingan sejak diadakan November tahun lalu, dengan anggota Ikhwanul Muslimin, menguasai kerusi Dewan Rakyat.
Tetapi, tentera membubarkan Parlimen bulan lalu selepas mahkamah tinggi membuat keputusan kontroversi sehari sebelum pilihan raya presiden pusingan kedua diadakan yang menyaksikan Morsi muncul sebagai presiden Mesir pertama dipilih secara demokrasi.
Mahkamah Perlembangaan Agung berkata, fasal tertentu dalam perundangan yang menetapkan peraturan pilihan raya Parlimen adalah tidak sah yang bermakna dewan yang dikuasai pertubuhan Islam itu tidak sah.
Namun, Morsi, Ahad lalu mengarahkan Dewan Rakyat supaya bersidang semula dan anggotanya berhimpun selama lima minit semalam selepas Speaker Parlimen, Saad al-Katatni, menjemput anggotanya mengadakan pertemuan pada jam 2 petang waktu tempatan semalam, selari dengan perintah kuasa presiden.
Ikhwanul Muslimin berkata, ia akan mengambil bahagian dalam perhimpunan sejuta orang sebagai menyokong keputusan presiden dan menyokong Parlimen.
MUAR – Seorang isteri tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa dirogol, gara-gara mahu menutup aib sendiri kerana menjalinkan hubungan sulit bersama teman lelaki.
Malangnya, tembelang wanita berusia 38 tahun itu terbongkar, setelah hasil pemeriksaan hospital mendapati tiada sebarang bukti dia dirogol atau berlaku kekerasan ke atasnya.
Menurut sumber, wanita terbabit dipercayai berlaku curang di belakang suaminya sejak lima tahun lalu, selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga pekerja ladang sebuah estet dekat Pagoh.
"Sejak itu, mereka sering berjumpa termasuk mengadakan hubungan terkutuk dalam rumah wanita ini yang terletak dalam estet tersebut," katanya kepada Sinar Harian.
Jelasnya, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, kelmarin, anak lelaki wanita terbabit yang berusia sembilan tahun, telah menjadi saksi perbuatan terkutuk ibu sendiri bersama teman lelakinya di ruang tamu rumah berkenaan.
"Jeritan kanak-kanak ini telah menyedarkan suaminya yang sedang tidur lena dalam bilik utama. Suami wanita terbabit yang terkejut melihat lelaki Bangladesh itu dalam keadaan mencurigakan, bertindak mengejar lelaki terbabit," katanya.
Katanya lagi, suami wanita itu mendapat pertolongan beberapa penduduk berhampiran yang turut mengejar lelaki Bangladesh terbabit.
Menurutnya, cubaan warga Bangladesh berusia 33 tahun itu untuk menyelamatkan diri gagal dan akhirnya dia dibelasah penduduk kampung termasuk suami wanita berkenaan.
"Lelaki terbabit kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan termasuk lebam pada mata," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden tersebut.
Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan.
WAJAH jurulatih Al-Wasl dari Argentina, Diego Maradona yang muram pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Gulf Cooperation Council (GCC) menentang Al-Muharraq di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 17 Jun lalu. - Foto EPA
DUBAI: Lagenda bola sepak Argentinia, Diego Maradona dipecat sebagai jurulatih kelab Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Al Wasl selepas lebih setahun berkhidmat bersama kelab berkenaan.
Jurulatih berusia 51 tahun itu dilantik pada Mei 2011 sebaik digugurkan sebagai jurulatih skuad kebangsaan Argentina, dikatakan gagal menyerlah dan tidak memenangi sebarang trofi pada musim lalu.
Keputusan memecat Maradona dibuat ahli lembaga pengarah kelab berkenaan dalam mesyuaratnya, semalam.
"Hasil mesyuarat lembaga pengarah Syarikat Bola Sepak Al Wasl hari ini (Selasa), dan menilai kemampuan kakitangan teknikal yang diketuai jurulatih Diego Maradona, kami memutuskan untuk memecatnya serta pegawai teknikalnya," kata kelab itu dalam satu kenyataan. - AFP
"Jika dahulu untuk masuk kerja kerajaan diploma hanya melibatkan universiti awam tetapi sekarang ini diploma daripada Kolej Tuankua Abdul Rahman, kita kena terima."~ Tun Dr Mahathir.
Apa yang TD Mahthir mahu cakap ialah kouta penjawat awam ialah untuk Melayu seperti yang telah dipersetujui bapa-bapa kemerdekaan kita.
Lim Kit Siang seperti selalu cuba membakar api perkauman dalam blognya, (http://blog.limkitsiang.com/2012/07/10/return-of-mahathirism-triumphant/) dengan memanipulasikan kenyataan peribadi TD Mahathir, seperti juga kenyataan dua pengetua dan pegawai perdana menteri yang di ulang-ulang dalam blog nya untuk kasi Cina marah.
Lim bercakap di bawah tiket ancaman negara bangsa, yakni TD Mahathir mengancam bangsa Malaysia yang mahu dijuangkan DAP.
Walaupun MCA yang dibelakang Kolej TAR tetapi apabila merugikan orang Cina Lim tidak berkompromi.
Tuntutan melampau Dong Zong,
1. Tidak mahu berinteraksi dengan bangsa-bangsa lain dengan menolak cadangan sekolah wawasan yang akan mencampurkan sekolah Melayu, Cina dan Tamil dalam satu kawasan.
2. Menolak guru-guru bangsa lain dari mengajar di sekolah-sekolah Cina secara halus dengan meletakkan peraturan mewajibkan semua guru sekolah Cina mempunyai credential bahasa Cina.
3. Menghina bahasa kebangsaan secara halus dengan mahu bahasa Mandarin menjadi baha pengantar sekolah-sekolah Cina walaupun berada di bumi Malaysia.
Pernahkah anda dengar atau membaca Lim mengulas tuntutan Dong Zong di atas? Sudahlah tuntan mereka jelas berbaur perkauman malahan lansung tidak membantu perpaduan jauh sekali membina negara bangsa. Tetapi kenapa Lim dan DAP diam akan hal ini?
Kerana tuntutan tersebut menguntungkan bangsanya, maka Lim mengambil pendekatan memejamkan mata dan membiarkan Dong Zong melakukan bahagiannya dan Lim dan DAP melakukan bahagiannya pula, satu menyerang dari kiri dan satu menyerang dari kanan.
Kedua-dua 'D' tersebut walupun kelihatannya tidak berdakapan bila berjumpa tetapi semestinya melemparkan senyuman dan mengejit mata bila berselisih.
Kek Melayu mereka mahu, kek mereka tak boleh kongsi lo.
Junah@ twitter.com/opshield
(The views expressed here are the personal opinion of the columnist)
Minggu lalu kerajaan Selangor hangat di kritik apabila sebuah pasaraya di bawah juridisinya menyiarkan iklan tidak sensitif, mencampur adukkan promosi arak dengan jualan Ramadhan.
Kegagalan PAS Selangor...
Tamparan hebat ini membawa kepada peraturan yang tiba-tiba muncul nak dekat pilihan raya setelah empat tahun tak bunyi apa pun.
Ada yang mengatakan peraturan tersebut adalah tidakan terdesak last minit untuk disebut dan diungkit dalam kempen PRU nanti.
Ya lah setelah empat tahun manifesto nak menegakkan amal ma'ruf nahi mungkar hanya tinggal manifesto tanpa perlaksanaan.
Peraturan melarang penonton lelaki dan perempuan belum kahwin duduk bersama dalam panggung wayang di tentang Ronnie 'beer' Liu. Peraturan yang tidak termasuk pasangan bukan Islam walaupun Allah for all itu didakwa Ronnie 'beer' Liu tidak dibincangkan dahulu.
Persoalannya kenapa nak dekat pilihan raya? Kenapa ia tidak dibentangkan waktu DAP sibuk menganjurkan Allah for all dulu (sebenarnya mereka mahu nama Allah sahaja bukan agama Islam), jika Allah for all maka hukum Allah juga for all, memandangkan hukum hudud bukan sahaja terdapat dalam Quran tetapi, Injil dan juga Taurat.
Jika tawar menawar ini berlaku waktu itu, DAP mungkin terperangkap dalam permainannya sendiri, dan peraturan bernas ini dapat di implimentasikan, insyaAllah.
Junah@ twitter.com/opshield
(The views expressed here are the personal opinion of the columnist)
Tindakan tegas jika siar gambar polis untuk tujuan politik
KOTA BHARU - Polis Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana parti politik yang menyalah guna gambar anggota atau pegawainya yang lengkap beruniform untuk dicetak pada bunting kempen, misalnya bagi tujuan mengadakan ceramah.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, tindakan itu bertujuan menjaga maruah dan imej Polis Diraja Malaysia di mata masyarakat bagi mengelak dilihat sebagai menyokong mana-mana parti politik di negara ini.
"Tindakan ini diambil berikutan Pas kawasan Rantau Panjang mencetak gambar bekas Ketua Polis Daerah Tapah DSP Abdullah Omar yang bersara pada 1998 di bunting untuk hebahan ceramah isu semasa mereka pada 9 malam ini di Pusat Tarbiyah Kampung Pohon Buluh, Meranti, Pasir Mas," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini, malam tadi.
Beliau berkata, walaupun bekas pegawai kanan polis itu merupakan seorang daripada penceramah, gambarnya yang masih dalam uniform polis tidak boleh dicetak bagi mengelak salah tanggapan masyarakat.
Bunting yang digantung di jalan raya Meranti, Pasir Mas turut memapar gambar dua Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Pas iaitu Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Siti Zailah Mohd Yusoff yang hadir untuk memberi ceramah.
Jalaluddin berkata, pihaknya mengambil tindakan mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Polis 1967 (kuasa untuk membuat perintah-perintah bagi mengawal pertunjukan bendera dan lain-lain) yang boleh membawa hukuman denda RM500 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya. - Bernama
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dibawah ini nanti anda berpeluang untuk menonton dan menyaksikan sendiri…!
Sangat menarik pembongkaran video klip 4;31 minit ini yang dibuat telitian dengan baik sekali oleh Paperwaris. Berikan tumpuan anda sepenuhnya pada keseluruhan video klip ini.
Sudah pasti setelah menontonnya nanti anda akan tahu siapakah dalang sebenarnya tragedi meragut nyawa petang semalam dalam usaha bangang mahu gulingkan kerajaan secara keganasan…!
Ceramah panas Hassan Basri di Sungai Lalang, Sungai Petani, yang mendedahkan kepada kita, kenapa Pas masih belum memecat beliau walaupun beliau sering dan asyik menghentam Pas!!
Hullamakk.. pendedahan berani mati ni akan membuatkan Pas Kedahh melompat-lompat kepanasann.. Duke Of UMNO.. sudah membuka pekung puak lebai Pas yang menghalalkan maksiat di Kedah!
Kali ni paling panasss..!!! House Bar OF PAS KEDAH full house malam tu..!!! Gambar-gambar ni dirakam pada malam bertarikh 6 Julai baru-baru ni. Dalam bulan ni jugak..masih panasss..!!!
Aku tak tau la macamana PAS Kedah nak jawab isu ni. Tapi, aku rasa depa kalau boleh nak menyorok dalam almari dapur kalau ditanya mengenai pusat-pusat hiburan semua ni...
Aku harap, dengan pendedahan panas seperti ini akan membuka mata rakyat Malaysia, khususnya umat Islam di Kedah, untuk melihat sendiri bukti kebobrokan PAS di Kedah, dan ke mana hala tuju "Kedah Sejahtera" yang depa laungkan selama ini...
Pusat hiburan tu hanya 1 km dari Pusat Khidmat ADUN PAS di Alor Mengkudu, Dr. Ismail Salleh, kawan baik Phahrolrazi dan aku kira, Taulan Rasul sebagai Exco Agama bertanggungjawab untuk menjawab isu ini dengan segera...
Tak payah la susah-susahkan Ustaz Azizan. Dia MB Kedah. Banyak lagi kerja dia nak buat. Kita tanya Exco dan ADUN kawasan tu sudah la...Lagi satu, apa Ahli Majlis lantikan PAS buat? Buat bodoh saja kaaa??? Tak pantau pun? Reti ke tidak ni buat kerja?
Aku tak salahkan pusat-pusat hiburan tu. Depa cari makan saja. Aku salahkan PAS yang membenarkan semua ni berlaku sedangkan depa melaungkan konsep "membangun bersama Islam". Lagu ni ke "membangun bersama Islam"?
Aku mohon pencerahan. Jangan salahkan House Bar. Salahkan PAS Kedah yang memerintah..!!! Islamik kononnnn...piirrrrahhhhhhh..!!!!
Inilah "cara kerja PAS Kedah" yang pertama. Bukan cara Islam, tapi cara PAS...Takebeer..!!!
Tak siapa yang sedar bahawa gadis-gadis di atas pernah berada di Alor Setar, Kedah. Lebih hebat lagi, mereka hanya berada tidak lebih dari 1km dari Pusat Khidmat ADUN Alor Mengkudu, Dr. Ismail Salleh, seorang ADUN PAS..!!!
Aku nak tanya...sapa Exco Agama di Kedah ni? Heh! Patut pun Taulan kata tak mau bertanding dah di Pendang. Rupanya dia tak buat kerja cara Islam...! Heh!
Terkejut? Tak payah terkejut. Inilah kerja mengikut cara PAS di Kedah. Semoga anda buka mata. Bukan setakat ini saja, lebih banyak lagi bukti akan menyusul selepas ini..!!! Heh!
Mari kita bongkar bagi Pas Kedah susah hati gila bayang.. penat semput tenat dan lelah terus mampuih!!
Mc rasa korang sambung baca kat SINI untuk detail..
McTheory: Makin lama Pas pegang.. makin rosak nampaknya Kedah nih!!
Gambar gambar kat atas tu hanya terdapat dalam pemerintahan Pas di Kedah.. Kelab Malam paling berprestij di Alor star ini diluluskan oleh Kerajaan Pas Kedah bagi memenuhi aktiviti SO 'SIAL' rakyat negeri Kedah yang majoritinya umat Islam..
Tarian separuh bogel dipersembahkan kepada pengunjung yang hadir serta promosi promosi arak dan beer menjadi keutamaan bagi premis hiburan ini..Inikah pemerintahan Islam yang diperjuangkan Pas ??
arak dan tarian separuh bogel tarikan utama
Imej Kedah tercalar kerana perangai KEBABIAN pemimpin Pas Kedah yang bertanggungjawab keatas pertambahan pusat pusat hiburan di Kedah..
Mak Aiii.. tak sangka kat Kedah pun ada benda-benda macam ni?? Lepas ni geng lebai Pas yang selalu dok pi Danok tu tak payah pi sana dah la noo.. kat Kedah sekitar Alor Setar pun dah banyak dah..benda maksiat macam ni.
Tunggu noo.. ini bukan siri terakhir pendedahan dari MTK. Katanya ada lagi.. huihh.. dahsyat la puak Pas ni memerintah.. Islam sungguh la depa..
Mampuih dah Pas kali ni.. bungkuih dah Pas..lepas satu, satu hal akan membenamkan kerajaan ISLE Pas Kedah. Lihatlah tarian bogel di Kedah.. Mc ulang sekali lagi tarian ni di Kedah!! Bukan Selangor atau negeri lain.. tapi di Kedah.
Team Media Kedah akan membongkarkan satu demi satu mengenai perkara ini. Kata nak jadikan kerajaan Islam.. hangpa tengok la sendiri.. Islam jenama apa ni? Tungguuu.. banyak lagi yang TMK akan bawa selepas ini.
McTheory: Thanks gambar Medan Tempur Kedah
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan