Khamis, 12 Julai 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 12 Jul 2012 03:15 PM PDT


"Pihak pendakwa sudah tentu mempunyai bukti-bukti yang kukuh apabila menuduh Razak baginda dalam kes tersebut," katanya.

Keraguan yang diucapkan oleh seorang personaliti yang berlatar belakangkan sebagai 'Pakar Penyiasat Jenayah' sepertinya itu sudah tentu amat bermakna. Beliau tidak perlu menghuraikannya dengan panjang lebar.

Datuk Fauzi amat berhati-hati dalam ucapannya kerana sebagai bekas pegawai kanan polis , tentunya dia lebih maklum mengenai OSA yang membelungguinya.

Anggota SB sedang membuat rakaman sewaktu Datuk Fauzi berucap

"Saya tidak mahu PDRM menangkap bekas anggotanya sendiri pula..." katanya sinis disebalik pesanan kepada petugas PDRM yang ada di situ supaya melaksanakan tugas yang di amanahkan dengan jujur dan ikhlas – di dunia dapat ganjaran dan diakhirat nanti mendapat ganjaran juga daripada Allah SWT.

Bagi kita yang pernah mengikuti episod perbicaraan pembunuhan Altantuya itu pastinya akan meyoroti beberapa tanda tanya yang masih menjadi misteri yang menyelubungi kita hingga kini.

Beberapa persoalan masih belum terjawab.Pihak polis dan mahkamah gagal memberikan jawapan yang jelas.Tetapi bagaimana pula mereka boleh mengambil keputusan untuk menghukum?

Inilah peliknya sistem kehakiman yang ada dinegara kita ini yang terkenal sebagai 'YES, YES, CORRECT, CORRECT". Apakah anda sendiri mempunyai jawapan kepada persoalan-persoalan berikut ? :

1. Apakah motif dua anggota PTK yang dituduh membunuh Altantuya waima mereka tidak pernah mengenalinya?

2. Bagaimana mereka boleh mendapat bahan letupan terkawal C4 dan siapakah yang meluluskan bahan letupan tersebut kepada mereka?

3. Orang tertuduh ke-3, Abdul Razak Baginda – dibebaskan dari tuduhan merupakan seorang kenalan rapat Najib. Satu transkrip teks SMS antara mereka muncul. Sms tersebut berbunyi:

"Saya akan menemui IGP pada 11am hari ini…. perkara akan diselesaikan….sila bertenang".

Apakah yang tersirat disebalik SMS tersebut?

4. Kenapa DSP Musa Safri tidak pernah disoal siasat apabila dia telah mengarahkan Chief Inspector Azilah Hadri membantu Razak Baginda? Azilah mengaku dalam mahkamah bahawa Musa memberitahunya, Razak menghadapi masalah kerana ada orang yang mengancamnya (Razak) dan dia (Azilah) perlu membantu Razak.

5. Kenapa data kemasukkan Altantuya telah dipadamkan di komputer Imigresen?Pernahkah pihak Imigresyen memberikan penjelasan mengenainya?

6. Kenapa Jabatan Imigresyen tidak mengarahkan siasatan dalaman dilakukan mengenainya? Dan kenapa pihak yang lebih tinggi yang bertanggung jawab tidak membuat siasatan bebas dalam perkara salah laku serius begini dan didedahkan kepada orang ramai?

7. Kenapa 3 akuan bersumpah dan video temuramah P. Balasubramaniam, yang diupah oleh Abdul Razak Baginda sebagai penyiasat perbadi tidak disiasat? Malah kehilangan Balasubramaniam secara tiba-tiba juga amat mencurigakan sekali.

Persoalan-persoalan tersebut akan terus menjadi tanda tanya kepada kita semua.Selagi semua persoalan itu tidak terungkai, maka selama itulah bayangan Altantuya akan mengekori kemana PM Najib pergi dan akan terus menghantuinya.

Dulu, saya sendiri tidak mengerti kenapa isteri Razak Baginda, Mazlinda, bekas seorang majisteret, terjerit-jerit seperti orang hilang akal sewaktu perbicaraan di mahkamah. Tetapi kini kita semakin sama-sama memahami kata-kata yang pernah dihemburkannya itu:

"Dia tidak mahu menjadi Perdana Menteri. Dia orang baik. Dia bukan perdana menteri negara ini. Dia tak mahu pun menjadi perdana menteri. Dia tidak berminat dengan itu semua,"

Sekarang kita semua pun sudah sedia maklum siapa Perdana Menteri kita kini.... tentu ada kaitan kan kan kan?

SIASAH

Posted: 12 Jul 2012 03:13 PM PDT

Kami, mewakili suara umat Islam Nusantara yang diwakili oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Perwakilan Malaysia - Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Thai Muslim Students Society - Young Muslim Association of Thailand (YMAT), Keluarga Besar Pelajar Islam Indonesia (KBPII) Malaysia, telah bersidang dan membuat resolusi berikut;

1. Kami bersama-sama umat Islam seluruh dunia dan umat Islam di Syria mengutuk sekeras- kerasnya kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Syria pimpinan Bashar al-Assad.

2. Justeru, kami menggesa kerajaan Syria menghentikan serta-merta kezaliman tersebut jika tidak al-Assad akan menerima nasib yang sama sebagaimana Hosni Mubarak, Zine el-Abidine Ben Ali dan Muammar Ghaddafi.

3. Dalam masa sama, umat Islam mengharapkan agar Pertubuhan Negara-Negara Islam atau Organization of the Islamic Conference (OIC) yang dianggotai oleh negara-negara umat Islam seluruh dunia segera memanggil anggotanya untuk mengadakan persidangan tergempar untuk membincangkan isu ini sekaligus menghentikan kezaliman yang berlaku.

4. Selain itu, kami menolak sebarang campur tangan luar terutama Amerika Syarikat, Barat dan konco-konconya daripada terlibat dalam isu ini yang dilihat cuba mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh dalam persitiwa yang berlaku di Syria.

5. Tidak lupa juga kepada krisis keganasan yang berlaku di Myanmar [Burma] yang melibatkan pembunuhan berama-ramai umat Islam Rohingya, kami turut mengecam kejadian ganas ini dan mendesak kerajaan Myanmar mengambil tindakan segera untuk menghentikannya dan menggesa OIC turut membincangkan isu ini untuk mencari titik penyelesaian.

6. Akhir sekali, kami berharap agar umat Islam seluruh dunia dan di Nusantara khususnya untuk tidak putus-putus berdoa kepada Allah terutama dalam bulan Ramadhan kelak agar Allah memberi kemenangan kepada umat Islam di Syria, Myanmar dan di seluruh dunia umumnya.

Sekian, terima kasih.

Ustaz Nasrudin Hassan - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merangkap Pengerusi Bertindak,

Dr Raja Ahmad al-Hiss - Lajnah Antarabangsa DPPM merangkap Koordinator,

Dr Mohd Fauzi Zakaria - Persatuan Ulama Malaysia (PUM),

Sdra Mohamad Raimi Ab Rahim - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim),

Sdra Eikhwan Ali - Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis),

Sdra Teddy S Gunawan - Perwakilan Malaysia - Partai Keadilan Sejahtera (PKS),

Sdra Abdulhalim Naha - Thai Muslim Students Society - Young Muslim Association of Thailand (YMAT),

Sdra Mu'min Effendi - Keluarga Besar Pelajar Islam Indonesia (KBPII) Malaysia.

12 Julai 2012
Kuala Lumpur, Malaysia.

Tiada ulasan:

Pengikut