Selasa, 27 Disember 2011

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


PAS Sabah siap sedia hadapi kemungkinan banjir

Posted: 27 Dec 2011 09:04 PM PST

KOTA KINABALU, 28 Dis: Seluruh jentera pemuda PAS dan Unit Amal Sabah hari ini diminta bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya banjir di beberapa kawasan rendah di seluruh daerah di negeri ini.
 
Ketua Penerangannya, Mohd Julpikar Abd Mijan (gambar) berkata, pihaknya akan menempatkan petugas yang terdiri dikalangan petugas PAS dan Unit Amal di setiap bilik gerakan bagi kemudahan orang ramai yang menghadapi banjir.

"Kiita akan bersiap sedia. Bilik gerakan akan dibuka dengan jumlah kakitangan dan petugas yang mencukupi. Bantuan perlu sampai kepada rakyat," jelasnya.

Beliau turut menasihatkan penduduk yang kerap dilanda banjir untuk melakukan persiapan awal bagi mengelakkan pelbagai kejadian tidak diingini berlaku.

"Patuhi arahan pihak berkuasa. Pindah apabila diminta berbuat sedemikian. Simpan barangan berharga ditempat yang tinggi dan awasi anak-anak," nasihat Julpikar.

Selain itu, pengguna jalan raya turut dinasihatkan agar merancang pemanduan dan destinasi yang ingin ditujui berikutan cuaca yang tidak menentu.

Menurut Jabatan Meteorologi, hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka turun di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Khamis ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.

Kawasan terlibat di Sabah ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Kota Belud dan Ranau manakala di Sarawak, keadaan sama dijangka terjadi di Kuching, Bau, Lundu, Samarahan dan Serian.

"Selamat duduki peperiksaan akhir semester" - PAS Sepanggar

Posted: 27 Dec 2011 04:17 PM PST

KOTA KINABALU, 28 Dis: PAS Sepanggar hari ini mengucapkan selamat berjaya kepada mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang akan menduduki Peperiksaan Akhir Semester yang akan bermula minggu hadapan.

Ketua Penerangan, Mohd Julpikar Abd Mijan menerusi kenyataannya memberi sokongan dan galakkan kepada mahasiswa yang akan menduduki peperiksaan tersebut.

"Kepada mahasiswa UMS, semoga berjaya dalam peperiksaan.

"Semoga beroleh kejayaan dan keputusan yang cemerlang," doa beliau.

Beliau turut menasihatkan mahasiswa agar sentiasa menjaga kesihatan diri dan melakukan persiapan awal bagi memastikan perjalanan untuk menduduki peperiksaan berjalan dengan baik.

"Persiap diri dengan segala kemudahan yang ada. Usaha dan banyakkan berdoa.

"Kejayaan sudah dihadapan, cumanya menanti usaha diri anda," katanya.

Siasat segera dakwaan Shahrizat - Pemuda Sabah

Posted: 26 Dec 2011 09:53 PM PST

KOTA KINABALU, 27 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mendesak Polis dan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera membersihkan kepimpinan negara daripada sebarang salah laku rasuah, korupsi dan salah guna kuasa.

Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, pendedahan terbaru yang dibuat oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil telah mengundang pelbagai andaian negatif rakyat terhadap integriti pemimpin kerajaan sedia ada.

"Jika benar dakwaan Shahrizat, polis dan SPRM perlu segera membuat siasatan rapi terhadap sebarang salahlaku tidak kira kepimpinan peringkat negara mahupun negeri.

"Sangat malang jika wujud pemimpin yang makan rasuah, hipokrit dalam memimpin, salah guna kuasa dan kedudukannya," jelasnya.

Beliau  mengulas  kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu pada 25 Disember lalu yang mempersoalkan "siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah", yang dilihat seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Shahrizat berkata demikian bagi membela dirinya yang sedang ditekan ekoran skandal Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC).
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berpendapat, bukan Shahrizat sahaja yang salah dalam hal ini tetapi yang lebih bersalah adalah bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika projek itu diberikan, Tan Sri Muhyidin Yassin.
"Seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh beliau.

"Maklumlah, beliau sedang terpalit dengan 'projek lembu kondo' dan ramai rakan-rakannya yang mendesak beliau meletak jawatan. Takkan beliau seorang yang ada masalah," kata Lahirul lagi.

Sementara itu, rakyat juga ujarnya tidak perlu berasa senang hati dengan tindakan ke atas Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah baru-baru ini oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Baginya, itu hanya kes terpencil malah yakin banyak lagi kes yang lebih besar yang sepatutnya diambil tindakan.

"Banyak lagi skandal Menteri Besar, Ketua Menteri, Bekas Menteri dan sebagainya.

"Ini perlu dibersihkan dan dihadap ke muka pengadilan dengan kadar segera," ujarnya.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 27 Dec 2011 03:41 PM PST

Ramai yang tak tahu cerita sebenar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti pengelibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin.Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera Nabi Noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya.

Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebihi RM5 juta.Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980han tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi. Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Selepas bertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa di makhamah.

Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehingga hari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos 2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalam permusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.Terlebih dehulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeri Terengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke Kuala Terengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari Pantai Timur.

Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai Pegawai Ugama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya ke Terengganu.Dahulu semasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediaman Ustadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampiran dengan pantai Batu Buruk.

Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulan July 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri, berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agar dapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan Kerajaan Langit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dan kakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkan struktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemui pelbagai halangan yang pelik-pelik.Saya pada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi kerana desakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7 orang tafiz.

Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalah dan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafiz diiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka. Kami berkumpul selepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahu mereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan juga memberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sana nanti. Saya juga "scan" setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akan mengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.

Selepas solat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besut menaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunya perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalang kami tiba di tempat itu. Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau "road block" bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblis Ayah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untuk mencari jalan alternative yang lain.

Sekiranya kami tidak menghiraukan sekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunya kemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika bas yang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawa bersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Quran dan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong saya melawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk sampai ke Besut.Kami sampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jam untuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2 jam untuk sampai ke sana.

Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihat betapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjaga keselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai di tempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapal nabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampu sebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinari oleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.Setelah membuat tinjauan atau "quick survey" di kawasan itu, saya mendapati ada beratus ekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekor jin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jin ini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat Kerajaan Langit ini.

Saya memilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempur dengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yang mengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua, ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga hari sebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewan itu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu dan lampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluh badan.

Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di atas lantai dewan itu.Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh.

Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut. 

Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.kerajaan langit ayah pinPada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku.

Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini.

Amin Ya Rabbal Alamin.
Hj. Lokman
19 November 2010

Published with Blogger-droid v1.7.4

Full content generated by Get Full RSS.

DUNIACACAMARBA

Posted: 27 Dec 2011 03:40 PM PST

Saya petik:

[SH] LEDANG - Keengganan membuka pintu bilik hotel ketika diketuk Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) akhirnya terjawab apabila menemui sepasang kekasih yang hanya berselimut dalam bilik  berkenaan, kelmarin.

Mereka ditahan ketika sedang berdua-duaan dalam bilik di salah sebuah hotel di Tangkak, di sini, pada serbuan jam 3.15 pagi untuk siasatan lanjut.
 

Malahan, pasangan itu juga mendakwa panas menyebabkan mereka hanya berselimut dalam bilik hotel itu apabila disoal siasat penguat kuasa. 


Lelaki berumur 34 tahun itu seorang duda, manakala, pasangannya berusia 20 tahun baru dikenali selama lima bulan.


"Kami baru pulang dari Johor Bahru kerana membawa teman wanita bertemu dengan ahli keluarga di sana sebelum mengikat tali pertunangan.


"Kami merancang untuk bertunang tahun depan dan terlebih dahulu memperkenalkan dia dengan saudara mara," katanya kepada Sinar Harian.
 

Menurutnya, mereka tiba di Tangkak lewat malam kerana keletihan dan mengambil keputusan untuk bermalam di sini.


"Saya akan menghantar teman wanita pulang pada keesokan hari di rumahnya di Negeri Sembilan tetapi tidak bernasib baik apabila dicekup khalwat oleh penguat kuasa," katanya.


Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguat kuasa, Mohd Zainal Kadiran memeriksa hotel berkenaan.


Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berselimut membuka pintu.
 

"PPADL terpaksa menunggu hampir 10 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.
 

"Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita tanpa pakaian dan hanya berselimut sedang bersembunyi dalam tandas," katanya.
 

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
 

"Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-

masing," katanya.
 

Menurutnya, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Full content generated by Get Full RSS.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


IJTIMA' ULAMA' TURATH 2012

Posted: 27 Dec 2011 02:39 AM PST

Assalamualaikum Wb

Muslimin muslimat yang dikasihi

MAJLIS MAHABBAH DAN IJTIMA ULAMA THURATH 2012
Tarikh :  1 Januari 2012
Hari :  Ahad
Tempat : Surau Perwaja Gurun Kedah Daru Aman
Masa :  6.30 petang hingga 11.30 malam

PENGENALAN MAJLIS
Majlis ini khusus untuk memberi tempat kepada para ULAMA THURATH , Ulama yang benar-benar alim dan menguasai kitab muktabar terutamanya Tuan-tuan guru disekitar Kedah dan Fathani .
Ramai ulama Muktabar di Kedah , mereka sudah berusia emas , maka kita perlu utamakan mereka kerana mereka permata ummah yang banyak berjasa kepada Islam dan masyarakat .

Fokus pada ulama yang tua yang kita jemput diantaranya:

1. Tn Guru Hj Salleh Musa Pondok, Sik
2. Tn Guru Hj Ahmad, Kuala Nerang
3. Tn Guru Hj Wahab Hassan/ Awang Lanai
4. Tn Guru Hj Abdullah , Bukit Lada
5. Tn Guru Hj Zakaria, Jeneri
6. Tn Guru Hj Izuddin , Pendang
7. Tn Guru Abd Rahim , Pendang
8. Tn Guru Hj Yussuf , Pendang
9. Tn Guru Hj Abd Karim , Dala Fathani Thailand
10. 3 Orang ulama tua dari Fathani , 2 Orang dari Singapura .
Insyallah akan dijemput bersama Pak Su Mid Kuala Nerang dan Pak Teh Mad Isa

Insyallah lebih dari 15 ulama Tua akan hadir , samalah kita doa agar mereka sihat dan dapat hadir dalam majlis ini bersama- sama kita .

Semoga dengan program ini , masyarakat akan sedar peranan ulama Thurath , ulama yang sentiasa mengajar kitab muktabar pada masyarakat kita. Masyarakat hanya agungkan penceramah yang kurang mantap ilmu mereka , masyarakat agongkan ahli politik  dan pemerintah Sedangkan Ulama Pewaris Anbia dilupakan .

Harap masyarakat beri kerjasama dan sokongan pada usha ini .
Doa saudara diperlukan .

Maklumat Lanjut Hubungi
Tim Pengarah Program Mahabbah dan Ijtima Ulama Thurath 2012
013 4044259

LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH

Posted: 27 Dec 2011 02:29 AM PST


PENGENALAN
Satu majlis bagi MENGAMBARKAN DAN MENZAHIRKAN KECINTAAN KITA KEPADA RASULULLAH MUHAMMAD s.a.w. Insan yang membawa rahmat keamanan, keharmonian keadilan serta kesejahteraan untuk kita dan alam seluruhnya.

MAKLUMAT RINGKAS
 Tarikh : 30 dan 31 Disember 2011,
 Hari : Jumaat dan Sabtu
 Tempat : Stadium Sultan Abd Halim, Suka Menanti Alor Setar,
Masa :  8.30 Pagi - 12.00 Malam.

PENGISIAN OLEH ULAMA' TERSOHOR DAN PEMIKIR ISLAM SERTA PENCINTA RASULULLAH :

1- Sahibus Samahah Dato Baderudin Haji Ahmad – Mufti Kerajaan Negeri Kedah
2- Tuan Guru Dato Dr. Harun Din Al hafizh – Ulamak tersohor
3- Syeikh Ahmad Fahmi Zam-zam -Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru Indonesia
4-Syeikh Mohd. Zainal Asri bin Haji Ramli – Mudir Maahad Darul Hadis
5- Ustaz Ahmad fawaz bin Dato Fadhil – Anak Dato Fadhil Noor
6- Ustaz Nik Abduh bin Dato Nik Abd. Aziz – Anak Dato Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat
7- Ustaz Mohd. Khalil bin Dato Seri Abd. Hadi – Anak Dato Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang
8- Ustaz Zul Ramli Bin Mohamed Razali - editor Eksekutif majalah Q & A
9- Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim- Dekan fakulti Perniagaan Islam UUM
10- YM Hajah Raja Mazian Bt Raja Mohamed- mantan pengacara Al- Hidayah Tv3
11- Nora - Wan Norafizah binti Ariffin - selebriti dan penyanyi

PESERTA
MAJLIS INI BOLEH DISERTAI dan dihadiri OLEH SEMUA INSAN... Anda suami/isteri anda, anak-anak, ibu ayah adik abang kakak ... jiran, rakan sepejabat lelaki wanita, tua muda, kecil besar, melayu, cina india ... muslim dan non muslim semua golongan ... pencinta rasul...

CARA UNTUK MENYERTAINYA
 TIADA BAYARAN DIKENAKAN kepada anda yang cintakan rasulullah

 Hanya pinta kami agar anda membiasakan diri anda BERSELAWAT SEBANYAK MUNGKIN mulai hari ini sehingga kita masuk ke majlis yang adakan pada 30.12.2011 supaya jiwa dan perasaan anda begitu cinta kepada rasulullah.

Serta pada MALAM KEMUNCAKNYA ANDA DIGALAKKAN BERPAKAIAN PUTIH bagi mewujudkan suasana syahdu berselawat dan berqasidah memuji rasulullah.
( bayangkan anda dalam ribuan yang berpakaian putih bersih .... sama serupa ...)

ANDA INGIN MEMBANTU MENJAYAKAN MAJLIS INI ?
PASTINYA anda amat ingin memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Oleh itu anda perlu

 LETAK DAN TANAM AZAM UNTUK HADIR ke majlis lantunan mahabbah pada tarikh 30 dan 31 disember 2011 di Stadium Sultan Abd. Halim Suka Menanti.

 HADIR BERSAMA ANAK DAN KELUARGA SERTA RAKAN JUGA JIRAN agar mereka juga dapat merasai serta mendapat berkat dan pahalanya.

 Bersama MENJAYAKAN MAJLIS TAHLIL . Isikan borang dan hantarkan kepada MAAHAD DARUL HADIS atau KELAS PAKSIsetiap jumaat di menara zakat atau kelas di seri mentaloon pada hari sabtu atau berhubung 0195987842

 SEBARKAN MAKLUMAN INI kepada orang yang anda kenali atau tidak melalui sms, facebook, email blog salinan handbill poster dan sebagainya . pastinya ada pahala untuk anda juga.

 Menghulurkan SUMBANGAN WANG RINGGIT seikhlas dalam tabung lantunan atau terus kepada akaun YAYASAN PAKSI . atau menjadi penaja.

 HADIR AWAL DAN IKUT PERATURAN serta arahan pengelola.

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI ;
CIKGU SUKARNO ABD.HAMID 0195987842

SAMBUTAN AMBANG SEJAHTERA 2012

Posted: 27 Dec 2011 02:04 AM PST

Assalamualaikum. Semua dijemput ke SAMBUTAN AMBANG SEJAHTERA 2012 anjuran URUSETIA PENERANGAN KERAJAAN NEGERI KEDAH Dengan Kerjasama PEJABAT DAERAH KULIM terutamanya mereka yang tinggal di kawasan Padang Serai dan Kulim/ Bandar Baharu…

Tarikh : 31 Disember 2011
Masa : 8.00 malam – 12.00 malam
Tempat : Dataran Dewan Putra, Kulim, Kedah Darul Aman.

ANTARA ACARA MENARIK :

PETANG
5.00 Petang, di Stadium Keladi
PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN, SKUAD PILIHAN KEDAH VS SKUAD PILIHAN  KULIM

MALAM
PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN
Tarian Singa ( Cina)
Tarian Merak (India)
Persembahan Gendang Tiga kaum

PERSEMBAHAN NASYID
Dzil Afnan
Iwan Dangdut Syahman

PERTUNJUKAN ILUSI
Amar

PERSEMBAHAN PANCARAGAM
Sek. Men. Sultan Badlishah, Kulim.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Piala Tok Guru – Kota Bharu Ke Perlawanan Akhir

Posted: 26 Dec 2011 03:50 PM PST







Laporan polis, SPRM terhadap Awang Adek

Posted: 26 Dec 2011 03:48 PM PST

KOTA BHARU, 26 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek menerima sejumlah wang dari pihak tertentu menerusi tiga keping cek.

Dakwaan itu dibuat berikutan sebuah lama blog yang dikenali thewhistleblower 711 di alamat http://thewhistlower711.blogspot.com.

Artikel berkenaan memuatkan Awang Adek dikatakan telah menerima sejumlah wang ke dalam akaun peribadi beliau yang merupakan sumbangan seseorang.

Tiga akaun cek yang berjumlah keseluruhannya RM100,000 masing-masing bernombor 45128662, 98634780 dan 994648024 telah dimuatkan dalam blog tersebut.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh Mohd Roshdi Zahari, 29, dari Kampung Tualan Salak, Jelawat, Bachok di IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa dekat sini kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

Sebaik sahaja laporan polis berkenaan siap dibuat, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan pula dibuat.

Naib Ketua Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa, ketika ditemui memberitahu sumbangan berkenaan begitu meragukan dan pihak berkenaan perlu menyatakannya secara jelas berhubung perkara itu.

Umno Besut kibar bendera negeri separuh tiang?

Posted: 26 Dec 2011 03:42 PM PST

BESUT, 26 Dis: PAS Besut melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Umno bahagian yang mengibarkan bendera negeri separuh tiang sejak lebih seminggu lalu.

Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, tindakan mengibarkan bendera negeri Terengganu separuh tiang di pejabat Umno bahagian Besut itu tidak wajar.

Ini kerana, katanya di saat seluruh rakyat jelata gembira dengan keberangkatan pulang Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin kembali memerintah negeri tindakan tersebut amat dikesali.

"Ini tidak harus berlaku di saat seluruh rakyat negeri ini bergembira dengan kepulangan Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk kembali memerintah Terengganu, setelah menamatkan tempoh pemerintahan baginda selama sepenggal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13," katanya.

Menurutnya, Umno BN bersikap hiporkrit apabila melenting marah ketika seorang mahasiswa yang berdemonstrasi bertindak menurunkan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi membisu berhubung bendera Terengganu dinaikkan separuh tiang itu.

"Saya tidak fikir Ketua Umno Bahagian Besut tidak nampak bendera Terengganu berkibar di separuh tiang di hadapan pejabatnya di tengah-tengah bandar Jerteh dalam tempoh waktu yang agak lama.

"Saya juga tidak terfikir bekas Menteri Besar Terengganu (Idris Jusoh) itu tidak dimaklumkan tentang kepulangan Tuanku Sultan Mizan yang telah kembali memerintah Terengganu," ujarnya.

Katanya, PAS Besut menasihati kepimpinan Umno bahagian agar segera mengembalikan semula bendera negeri Terengganu pada kedudukan asal dengan baik.

Pejabat MB Kelantan nafi kaitan sepanduk haram

Posted: 26 Dec 2011 03:41 PM PST

KUALA LUMPUR, 26 Dis: Pejabat Menteri Besar Kelantan menafikan kaitan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sepanduk haram di sekitar negeri itu yang menggunakan gambar menteri besar itu.
Sambil melahirkan rasa kesal, mereka dalam satu kenyataan hari ini mendakwa, tindakan pihak tertentu yang menggunakan gambar Tuan Guru itu merupakan cubaan mencemarkan imej dan nama baik beliau.

"Kami ingin memaklumkan bahawa YAB Tuan Guru Menteri Besar tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sepanduk ini.

"Pihak kami menganggap sepanduk ini merupakan satu usaha mencemarkan nama baik YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan," kenyataan itu dipetik.

Sepanduk yang bertulis "Rakyat Kelate Nok Royalti Minyok...Buke Nok Pitih RM500" dan "Puak-puak Kito Jange Gi Ambik Pitih RM500 tu, Itu Pitih Haram, Tok Tahu Mari Mano" dipercayai digantung pihak tertentu bagi menggambarkan penolakan PAS terhadap pemberian wang RM500 oleh pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sedangkan pendirian Tuan Guru Nik Aziz selama ini sangat jelas bahawa wang tersebut adalah wang rakyat malah rakyat diseru mengambilnya.

Pendirian Tuan Guru juga boleh dilihat melalui kata-katanya yang popular setiap kali pilihan raya iaitu "Bagi pitih ambik, bagi kain pakai, bagi gula kacau, tapi bila undi, pangkah bulan".

Justeru, pihak Pejabat Menteri Besar mahu pihak yang bertanggungjawab menurunkan sepanduk tersebut dengan kadar segera.

Pengikut