Selasa, 29 Mei 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 29 May 2012 03:15 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:15 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-


DAH TUA PUN NAK MENGGATAI LAGI...BINI TAK CUKUP K-POP KE? KAH! KAH! KAH!

Posted: 29 May 2012 07:00 AM PDT

BN PELINGKUP NEGARA

DISKO HIMPUNAN BELIA NEGARA

GUA HARAP PM KITA DAN MENTERI BELIA SUKA TENGOK NI...MOHON SHABERI CHIK BAWA BUDAK2 NI UNTUK ACARA K-POP HIMPUNAN BELIA TAHUN DEPAN

DAH TUA PUN NAK MENGGATAI LAGI...BINI TAK CUKUP K-POP KE? KAH! KAH! KAH!

NEGARA AKAN LINGKUP
KALAU BENDA HARAM DIHALALKAN
DAN BENDA HALAL PULAK DIHARAMKAN

INILAH YANG TERJADI MASA KINI
HIBURAN YANG HARAM DIHALALKAN
MINTA BERSIH PILIHANRAYA PULAK DIHARAMKAN

ITULAH KERJA MELINGKUP NEGARA
YANG KINI DILAKUKAN OLEH BN
PASAI BN MEMANG DAH NAK LINGKUP
KAH! KAH! KAH!

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Ibu Terkedu Melihat 2 Orang Anaknya Berpelukan Seperti Suami Isteri

Posted: 28 May 2012 09:00 PM PDT


Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.

Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

"Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan," katanya.

- Metro

kachipemas

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

BERANI KE MB PERLIS BERDEBAT?

Posted: 28 May 2012 06:00 PM PDT

DEBAT 'PERLIS MAJU 2015: REALITI ATAU FANTASI' ANJURAN AMK PERLIS.

Pada tahun 2005, Kerajaan Negeri Perlis telah membuat pengumuman rasmi untuk menjadikan Perlis sebagai sebuah negeri maju menjelang Wawasan 2020.
Gagasan yang dinamakan sebagai 'Perlis Maju 2015' itu mensasarkan tahun 2015 di mana Perlis akan mencapai tahap negeri maju sepenuhnya.

Namun, sehingga kini, setelah hampir 7 tahun pengumuman itu dibuat, Angkatan Muda Keadilan Perlis mendapati bahawa tidak ada sebarang perkembangan signifikan yang dapat dibanggakan oleh rakyat Perlis.

Bahkan maklumat berkenaan dasar dan pencapaian petunjuk-petunjuk penting ke arah merealisasikan Perlis Maju 2015 tidak diketahui oleh rakyat Perlis. Rakyat hanya dapat melihat beberapa publisiti di laman web rasmi Kerajaan Negeri Perlis dan papan-papan iklan di sekitar Kangar.

Sehubungan dengan itu, Angkatan Muda Keadilan Perlis berpendapat bahawa satu debat ilmiah wajar diadakan secara terbuka dan berlangsung dengan sihat.
Debat ini akan memberi ruang yang luas kepada rakyat Perlis untuk menilai secara rasional polisi dan program 'Perlis Maju 2015' yang dirangka kerajaan negeri Perlis untuk mereka.

Justeru, Angkatan Muda Keadilan Perlis menawarkan kesediaan untuk menjadi penganjur kepada debat ini di antara Menteri Besar Perlis YAB Dato' Seri Dr Md Isa Sabu dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perlis saudara Mohammad Faisol Abd Rahman. Tajuk yang kami cadangkan: "Perlis Maju 2015: Realiti atau Fantasi".

Kami akan menghantar undangan rasmi kepada YAB Menteri Besar Perlis dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perlis pada hari Jumaat, 31 Mei 2012.

Kami berharap agar kedua-dua orang pemimpin ini bersedia untuk menerima undangan daripada pihak kami. Semoga debat ini akan berlangsung dengan baik demi mendatangkan manfaat kepada rakyat Perlis secara keseluruhannya.

Sekian, terima kasih.

Ammar bin Gazali
Ketua Angkatan Muda Keadilan Perlis

fb

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

DUNIACACAMARBA

Posted: 29 May 2012 03:14 PM PDT

Budak Hanya Ketahui Diri Dirogol Selepas Dapat Pendidikan Seks di Sekolah

Posted: 29 May 2012 05:00 AM PDT


Rogol: Pengurus hotel 5 bintang kena 15 tahun, 11 sebatan

[BH] SHAH ALAM: Seorang pengurus hotel lima bintang dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 11 sebatan, semalam, selepas didapati bersalah atas dua tuduhan merogol dan mencabul anak teman wanitanya pada 2005.

Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dan lima sebatan bagi setiap kesalahan merogol serta penjara tiga tahun dan satu sebatan bagi kesalahan mencabul terhadap tertuduh, Mohd Insam Fadzli Yusof, 31.
 

Bagaimanapun, Noor Azian memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula semalam.
 

Beliau mensabitkan Mohd Insam bersalah atas tiga tuduhan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan bagi pembebasan tertuduh di akhir kes pembelaan pada 2011.

Katanya, beliau mendapati Hakim Mahkamah Sesyen Ampang terkhilaf dalam keputusannya apabila melepas dan membebaskan tertuduh daripada semua tuduhan itu.

"Ibu mangsa membenarkan tertuduh memiliki kunci pendua rumahnya kerana hubungan mereka seperti suami isteri walaupun belum berkahwin. Ini menunjukkan ibu mangsa mempercayai tertuduh.

"Semoga hukuman dijatuhkan ini menjadi pengajaran kepada tertuduh dan pesalah lain," katanya.
 

Pada 2010, Mohd Insam didakwa atas dua tuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol mangsa di bilik tidur utama dan bilik air rumah teman wanitanya di Ampang, di sini, pada 2005. Sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Mohd Insam juga menghadapi tuduhan ketiga mengikut Seksyen 354 akta sama iaitu mencabul mangsa sama di bilik tidur pada 2005 dan sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau denda dan sebatan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Suzana Abdul Latif berkata, mangsa yang dirogol ketika berusia sembilan tahun hanya menyedari dirinya dirogol selepas mendapat pendidikan seks di sekolah menengah.

Beliau berkata, selama ini mangsa menyangka perbuatan tertuduh yang dipanggil 'Papa Sham' itu kerana kasih sayang. 

P/s: Zina dan rogol.

SAHAM FGVH : Kroni UMNO 11.5%, Sykt Yahudi 4.9%, Peneroka Hanya Dapat 2.5%

Posted: 29 May 2012 03:00 AM PDT

FGVH bakal jatuh ke tangan Yahudi?

[FMT] Kontroversi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) semakin hangat apabila PKR mendakwa para peneroka hanya diberi peruntukan sebanyak 91 juta saham atau 2.5% dari jumlah keseluruhan saham di bawah Tawaran Awam Permulaan (IPO – Initial Public Offering).

Data dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mengesahkan sebahagian besar jumlah saham akan dibolot oleh kroni Umno, yang diistilahkan sebagai "pelabur-pelabur bumiputera yang diiktiraf Miti". Mereka diberi peruntukan sebanyak 420 juta saham atau 11.5% dari jumlah saham.

Ketua biro perdagangan dan pelaburan parti itu Wong Chen semalam mendedahkan bahawa para pelabur yang dimaksudkan ialah mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Barisan Nasional.

Prospektus FGVH menunjukkan peruntukan 2.5% untuk 112,635 peneroka itu sebenarnya adalah kurang dari peruntukan saham untuk para pekerja Felda sendiri. Para pekerja Felda diberi peruntukan sebanyak 109 juta saham atau 3% dari jumlah keseluruhan IPO.

Kenapa para peneroka mendapat jumlah saham yang kurang berbanding dengan peruntukan saham bagi golongan pekerja di Felda yang seramai 3,835 orang itu adalah sesuatu yang sukar dijelaskan.

Jika diandaikan kesemua saham dibeli maka setiap peneroka hanya mendapat 810 saham sedangkan setiap pekerja Felda mendapat sebanyak 28,368 saham.

Berbalik kepada janji yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mana dalam ucapannya beliau sering mencanangkan bahawa kerajaan pimpinannya sangat mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan para peneroka.

"Hanya BN sahaja yang mampu membela nasih para peneroka," begitulah apa yang sering beliau laung-laungkan di mana sahaja beliau pergi bagi menjustifikasikan niatnya untuk mengapong saham FGVH di Bursa Malaysia.

Kroni Umno untung besar

Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa tokoh-tokoh korporat dan kroni Umno akan mengaut faedah dan keuntungan yang besar hasil dari titik peluh para peneroka.

Mereka ini tidak perlu berusaha untuk meneroka, meratakan tanah dan menanam tanaman, kalau dulu getah dan sekarang kelapa sawit.

Mereka juga tidak perlu menunggu masa kira-kira tujuh tahun untuk menuaikan hasil seperti peneroka yang berhempas pulas untuk mengerjakannya selama 10 hingga 20 tahun dan lebih.

Dengan kekuatan wang ringgit yang mereka miliki mereka boleh membeli seberapa banyak jumlah saham yang mereka ingini apabila terapong di Bursa Malaysia nanti.

Benarkah Najib prihatin dengan nasib para peneroka atau Najib mempunyai kepentingan lain sehingga membuka ruang kepada golongan kaya untuk menambah kekayaan mereka.

Data dari Miti juga mendedahkan bahawa sebanyak 1.5 bilion saham FGVH iaitu setinggi 41% diperuntukan kepada para pelabur gergasi termasuk syarikat komoditi Peranchis, Louis Dreyfus milik keluarga Yahudi.

Akhbar mingguan bisnes dan pelaburan, The Edge juga menyebut tentang syarikat Yahudi ini di mana Louis Dreyfus akan menerima 4.9 peratus kepentingan dalam FGVH.

Ini mengesahkan kebimbangan kita bahawa berkemungkinan FGVH pada suatu hari nanti, akan jatuh ke tangan Yahudi berdasarkan kekuatan kewangan dan pengaruh mereka di pasaran antarabangsa.

Peruntukan 4.9 peratus ini bermakna syarikat Yahudi itu mendapat peruntukan saham lebih daripada keseluruhan jumlah 112,635 peneroka di negara ini yang hanya mendapat peruntukan sebanyak 2.5 peratus.

Dengan kepintaran mereka dalam selok belok permainan saham dan ditambah dengan kekuatan kewangan yang mereka miliki, maka tidak mustahil syarikat seperti Louis Dreyfus boleh menambah pegangan sahamnya dalam FGVH.

Mereka bebas untuk membeli lebih banyak saham dalam pasaran terbuka, apabila saham FGVH diapongkan nanti.

Walaupun kerajaan menjanjikan bahawa kepentingan majoriti FGVH tetap kekal di tangan para pelabur tempatan, bumiputera dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan tetapi ianya tidak semudah itu.

Melihat kepada saham MAS yang kini jatuh ke paras serendah RM1.08 sesaham yang ditutup semalam, yakinkah kita bahawa kerajaan BN mampu memelihara dan mengawal saham FGVH dari jatuh kepada pelabur-pelabur asing?

Prospektus FGVH dijangka diedarkan Khamis ini dan permohonan sahamnya akan ditutup 10 hari atau dua minggu selepas itu.

 P/s: Menang sorak, kampung tergadai. Takziah!

Skandal Scorpene: Peguam Masih Tidak Dibenarkan Masuk ke Malaysia, Pendedahan Lanjut Dibuat di Thai

Posted: 29 May 2012 01:50 AM PDT


[MK] Badan hak asasi manusia, Suaram, akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai samannya dalam kes Scorpene di Bangkok, Thailand esok, kerana peguamnya dari Perancis sehingga ini masih gagal mendapatkan kebenaran memasuki Malaysia.

Tidak pasti bila peguam Suaram dari Perancis, Joseph Breham akan diberi visa kerja untuk memasuki Malaysia, dan oleh itu, pemimpin NGO berkenaan memutuskan untuk menemuinya di Thailand.

Brehem dan pasukan Suaram yang diketuai pengarahnya Cynthia Gabriel dan peguamnya Fadiah Nadwa Fikri akan mengadakan sidang akhbar kemudiannya mengenai perkembangan baru dalam kes kapal selam Scorpene yang difailkan oleh badan hak asasi manusia di Paris.

Gabriel berkata ia akan diadakan di Kelab Wartawan Asing di Thailand untuk mendedahkan lagi butiran hasil siasatan awal pihak pendakwa serta perkembangan terbaru kes tersebut.

Breham sepatutnya melawat Malaysia minggu ini, tetapi permohonannya untuk mendapatkan visa kerja untuk memasuki negara, masih belum diluluskan pihak berkuasa Malaysia.

Berikutan itu beliau akan menemui pihak Suaran di Bangkok.

Berkaitan:

[KD] KUALA LUMPUR 29 Mei: Badan hak asasi, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bakal mendedahkan maklumat lanjut mengenai kes samannya berhubung skandal kapal selam Scorpene di Bangkok, Thailand esok.

Menurut Suaram, tindakan itu disebabkan peguamnya dari Perancis, Joseph Brehem sehingga hari ini masih gagal mendapatkan kebenaran memasuki Malaysia.

"Tidak pasti bila peguam Suaram dari Perancis, Joseph Breham akan diberi visa kerja untuk memasuki Malaysia, dan oleh itu, pemimpin NGO berkenaan memutuskan untuk menemuinya di Thailand," kata Suaram dipetik Malaysiakini.

Brehem dan pasukan Suaram yang diketuai pengarahnya, Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri akan mengadakan sidang akhbar kemudian mengenai perkembangan baru dalam kes Scorpene yang difailkan oleh badan itu di Paris.

Cynthia dipetik berkata, ia akan diadakan di Kelab Wartawan Asing di Thailand untuk mendedahkan lagi butiran hasil siasatan awal pihak pendakwa serta perkembangan terbaru kes tersebut.

Breham sepatutnya melawat Malaysia minggu ini, tetapi permohonannya untuk mendapatkan visa kerja untuk memasuki negara, masih belum diluluskan pihak berkuasa Malaysia.

Berikutan itu, beliau akan menemui pihak Suaram di Bangkok.

Pada Julai 2011, seorang lagi peguam Perancis, William Bourdan diusir pulang ke Perancis, kononnya telah menyalahgunakan pas lawatan sosial selepas menghadiri majlis kutipan dana pembiayaan kes Scorpene di Pulau Pinang.

Beliau ditahan di dalam pesawat sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Pulau Pinang.

Sekatan itu dipercayai bagi menutup kebongkaran berhubung pembabitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai urus niaga pembelian kapal selam itu.

Suaram adalah organisasi yang bertanggungjawab memfailkan kes terhadap DCNS, syarikat pembuat
kapal selam Perancis yang membina dan menjual kapal selam kepada negara dunia ketiga termasuk Malaysia.

Kes itu difailkan kerana DCNS membayar 'komisen' lebih daripada RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki Abdul Razak Baginda, rakan karib Najib.

Pada 20 April lalu, Pengarah Suaram, Kua Kia Soon; Anggota Sekretariat, Cynthia Gabriel dan Fadiah berhujah di hadapan hakim dalam sesi tiga jam di Perancis yang berakhir pada jam 6.00 petang (waktu Perancis).

Najib antara nama dalam senarai yang dicadangkan Suaram kepada hakim di tribunal Grande Instance Paris, berhubung rasuah pembelian Scorpene.

[Wajib Baca] Mengapa PAS Menyokong Perhimpunan BERSIH? Baca Jawapan Presiden PAS

Posted: 28 May 2012 11:37 PM PDT


Memilih pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan.

Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (Allah SWT). Rasulullah S.A.W bersabda: 

"Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik ".

Ucapan ini adalah menafsirkan perintah Allah yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya.

Ucapan Abu Bakar R A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah SAW: "Wahai tuan-tuan ! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat...."

Beginilah juga ucapan setiap pemimpin yang dilantik selepasnya. Amalan sistem pemerintahan Islam yang dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi kajian para orentalis. Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara Barat.

Walaupun mereka menerima dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama, namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihanraya yang adil dengan memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara beradab.

Sistem yang adil ini menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan mewujudkan pilihanraya yang adil.

Bagi mewujudkan penghakiman yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang benar berkenaan pilihanraya. Mereka benar-benar  memahami hak  mereka dengan larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, samada pihak kerajaan yang dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh.

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihanraya mengikut sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika menegakkan negara contoh di Madinah.

Sistem ini diterima oleh semua parti Islam di seluruh dunia termasuk PAS, yang ditubuhkan  daripada gerakan tajdid dan islah kerana demokrasi moden menjadi medan  politik paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai.

Keseluruhan negara Barat dan termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi pilihanraya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan tidak ada kesilapan langsung.

Sistem demokrasi moden ini menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat dan kerajaan sentiasa sihat, kerana silih berganti apabila berlaku setiap kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah.

Di Amerika pernah dibatalkan kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal Watergate. Di England pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing.

Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan banyak lagi. Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengah sistem diktator terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihanraya yang adil.

Negara kita Malaysia yang tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan memalukan. Surahanjaya Pilihan Raya yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar.

Kedudukannya berada di bawah siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur begitu rupa. Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah  menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat.

Daftar pengundi yang tidak masuk akal, seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan  penduduk kampung yang ramai laksana satu daerah kerana terlalu gelojoh mangambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil.

Politik wang yang membarah ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihanraya umum. Semua yang berlaku adalah kemungkaran yang mencalarkan imej Islam yang menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemunkaran yang wajib dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah.

PAS wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah SAW mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati.

Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hati.

Rasulullah SAW mengizinkan para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Mekah selepas Islamnya Hamzah dan Umar RA bagi menunjukkan sikap mereka terhadap pamimpin Makkah yang zalim secara terbuka dan aman tanpa senjata.

Ketika berada di Madinah dan telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya, menyebut  peristiwa lama berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul: "Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul  (persefahaman dan kerjasama) bagi membela mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama. Sekiranya perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya."

Rasulullah menerima secara positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei seorang pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu di zaman jahiliyyah dan banyak lagi contoh yang lain.

BERSIH adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihanraya yang mengotorkan amalan Demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihanraya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain.

PAS berpendapat bahawa BN telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. Umno sendiri telah lama merosakkan imej Islam. Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah  besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan, seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia.

Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah.

Akhirnya PAS wajib mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila membaca amanat Rasulullah SAW: "Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak diperkenankan oleh Allah."

Sabdanya lagi: "Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling afdal."

PAS tidak membenarkan para ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata yang wajib ditegakkan dan kemungkaran nyata yang wajib ditegah, PAS tidak mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri.

Adapun alasan berlakunya kekacauan selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman, seperti melarang berhimpun di padang dataran merdeka yang menjadi tempat berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan sendiri. Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan keadilan yang sebenar.

Lebih tidak adil lagi apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki hamun dan sebagainya. Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan, bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan. Bukan sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang dizalimi pasti diperkenan Allah walaupun daripada seorang yang bukan Islam.

Akhirnya, kalau bangsa Melayu masih bersama Umno yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah:

Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38) - Datuk Seri Haji Hadi Awang

Budak 12 Tahun Bunuh Diri

Posted: 28 May 2012 09:53 PM PDT

[HM] RANAU: Kecewa tidak tidak dapat pulang ke kampung bertemu datuknya sempena cuti sekolah dipercayai punca seorang murid tahun enam nekad menggantung diri menggunakan tali kasut dalam bilik di rumahnya di Kampung Lembah Permai, Kundasang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa dikenali sebagai Md Rabin Ginin, 12, ditemui tergantung oleh kakaknya sejurus memasuki bilik adiknya itu untuk menyiasat selepas adiknya tidak keluar dari situ sehari suntuk.

Difahamkan, sebelum kejadian murid berkenaan meminta bapanya menghantarnya pulang ke Kampung Tompios, dekat sini, untuk bertemu datuknya sempena cuti sekolah.

Bagaimanapun, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas mendakwa terlalu sibuk dan tidak sempat membawa mangsa ke kampung.


Ketika kejadian, ibu mangsa memanggil anaknya beberapa kali, namun tiada jawapan, sebelum mengarahkan anak perempuannya masuk ke bilik mangsa.

[Video] Umi Hafilda MEROYAN Hina Agama Orang, Hina Ulama, Maki Hamun, Mencarut

Posted: 28 May 2012 08:00 PM PDT

P/s: Orang ini dikatakan akan diangkat dijadikan senator, kononnya akan diangkat menjadi calon dalam PRU13. Bagi DCM, orang ini setaraf LAHANAT!

[Wajib Baca] FGV Bakal Lenyapkan 105 382 Ekar Tanah Rezab Melayu

Posted: 28 May 2012 07:00 PM PDT


[HD] KUALA LUMPUR: Apabila Felda Global Venture (FGV) disenaraikan, sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu bakal tergadai kerana selepas itu sesiapa sahaja berhak untuk membelinya.

Ini kerana, perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian.

Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa.

Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal, kata Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR.

"PKR boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Semakan mereka menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara.

"Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGV boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu," katanya.

Bagi Rafizi, kedudukan FGV selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan.

(Perjanjian antara Felda dengan Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis)

"Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis," tegas beliau.

Oleh yang demikian, katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGV yang disenaraikan di pasaran saham?

"Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?" soalnya.

PKR juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini.

"Kami menunggu maklumbalas Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini," katanya.

P/s: Menang sorak, kampung tergadai.

[PANAS] Ezam Calon Menteri Besar, Fadzillah Kamsah Antara Calon "Boleh Menang" UMNO Selangor???

Posted: 28 May 2012 05:44 PM PDT

Saya baca artikel menarik di sini. Saya petik sedikit bahagian yang menarik:
[Shahbudindotcom] ...Calon Menteri Besar pilihan Najib ialah Ezam Mohd Nor yang kini merupakan seorang Senator dan penasihat Tibai, sebuah NGO yang berperanan menghentam Anwar berkaitan isu-isu seks dan moral. Beliau difahamkan akan diletakkan bertanding di DUN Sri Muda untuk berhadapan dengan Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafie.

FD Iskandar, Bendahari UMNO Selangor dan Rozali Ismail, pemilik Puncak Niaga yang sebelum ini turut disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar jika UMNO kembali berkuasa, didapati tiada dalam senarai calon pilihanraya. Calon tunggal Menteri Besar hanyalah Ezam Mohd Nor.

Turut dicadangkan untuk dipilih sebagai calon di Selangor ialah beberapa tokoh NGO seperti Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPS, Hamidzun Khairuddin, tokoh pengguna Dr Maamor Othman, tokoh motivasi Fadzillah Kamsah, Pengerusi Jati, Dr Hassan Ali, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin dan beberapa lagi daripada kalangan profesional yang sedang berkhidmat dengan sektor swasta.

Hamidzun difahamkan akan diletakkan bertanding di Dun Sementa, Dr Maamor di Ampang dan Fadzillah Kamsah dijangka diletakkan di DUN Bukit Antarabangsa untuk menentang Azmin Ali.

Bagi Dr Hassan Ali dan Zulkifli Nordin pula, kedua-dua mereka akan melalui ranjau "kamikaze" dalam piihanraya kali ini kerana Najib lebih berminat untuk meletakkan kedua-duanya bertanding di peringkat Parlimen dengan Hassan Ali dijangka diletakkan di Gombak untuk berhadapan dengan Azmin Ali manakala Zulkifli Nordin pula di Shah Alam untuk menentang Khalid Samad.

Daripada sudut yang lain, Najib nampaknya benar-benar mahu membuatkan Azmin Ali begitu sibuk dan menghadapi cabaran paing sengit kali ini. Jika Azmin bertanding di Gombak, musuhnya ialah Hassan Ali manakala jika bertanding di DUN Bukit Antarabangsa pula, cabarannya ialah Dr Fadzillah Kamsah.

Bersandarkan kepada asas "winnable" juga, calon daripada kalangan pemegang jawatan dalam UMNO hanya akan dipilih sekiranya mereka itu benar-benar boleh membawa kemenangan dan bersih daripada sebarang masalah, selebihnya kouta itu akan dipilih daripada kalangan AJK Bahagian atau pun golongan profesional yang diketahui mirip kepada UMNO.

Bagi Noh Omar dan Zin Mohamed pula, walaupun mereka tidak begitu disenangi oleh ramai penduduk Selangor tetapi berasaskan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Selangor dan Penyelaras BN Selangor serta hubungan akrab dengan Najib, kedua-duanya dijangka akan dikekalkan untuk bertanding di kerusi Parlimen sedia ada iaitu di Tanjung Karang dan Sepang.

 P/s: Tunggu dan lihat!

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Dato Seri Anwar di N.Sembilan 1 Jun 2012

Posted: 28 May 2012 08:14 PM PDT


Program Dato Seri Anwar Ibrahim di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 1 Jun 2012

CERAMAH UMUM
Masa : 7.30 mlm
Tempat : Pejabat PKR, Taman Desa Puteri, Bahau (DUN Jeram Padang)

CERAMAH PERDANA
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Al-Falah, Taman Desa Rhu, Sikamat Seremban

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


www.telokkemang.blogspot.com/

Posted: 29 May 2012 07:36 AM PDT

www.telokkemang.blogspot.com/


RAPAT RAKYAT BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM - SIKAMAT - 1 JUN 2012

Posted: 28 May 2012 10:55 AM PDT

RAPAT RAKYAT BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM - SIKAMAT - 1 JUN 2012 - JUMAAT - JAM 9 MALAM


Saya menjemput teman-teman seperjuangan dan rakyat N. Sembilan untuk bersama-sama dalam siri penerangan rakyat ini. Kita berkongsi agenda yang akan dibentang oleh DSAI Demi Rakyat.

Kita yakin N. Sembilan akan menjadi negeri ke-5 Pakatan Rakyat. Sokongan rakyat berbilang kaum dan latar belakang adalah tulang belakang kemenangan rakyat di N. Sembilan. Agenda rakyat perlu menjadi keutamaan.


Tonggak Nan Sembilan Pakatan Rakyat N. Sembilan menjadi bukti komitmen pimpinan PR untuk memartabatkan rakyat di N. Sembilan.

Kejayaan-kejayaan negeri-negeri Pakatan Rakyat - Selangor, Pulau Pinang, Kedah & Kelantan adalah bukti kemampuan pentadbiran mesra rakyat yang lebih baik di bawah PR berbanding BN.

Rakyat punyai pilihan MENJELANG PRU-13 yang ternyata bijak untuk kali ini membuat pilihan suara rakyat bersama PAKATAN RAKYAT.

Selamat Mengundi

-Kamarul Baharin Abbas-

Ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim di Jeram Padang 1 Jun 2012 - 7.30 malam

Posted: 28 May 2012 10:52 AM PDT

Saya menjemput teman-teman seperjuangan dan rakyat N. Sembilan untuk bersama-sama dalam siri penerangan rakyat ini. Kita berkongsi agenda yang akan dibentang oleh DSAI Demi Rakyat.

Kita yakin N. Sembilan akan menjadi negeri ke-5 Pakatan Rakyat. Sokongan rakyat berbilang kaum dan latar belakang adalah tulang belakang kemenangan rakyat di N. Sembilan. Agenda rakyat perlu menjadi keutamaan.

Tonggak Nan Sembilan Pakatan Rakyat N. Sembilan menjadi bukti komitmen pimpinan PR untuk memartabatkan rakyat di N. Sembilan.

Kejayaan-kejayaan negeri-negeri Pakatan Rakyat - Selangor, Pulau Pinang, Kedah & Kelantan adalah bukti kemampuan pentadbiran mesra rakyat yang lebih baik di bawah PR berbanding BN.

Rakyat punyai pilihan MENJELANG PRU-13 yang ternyata bijak untuk kali ini membuat pilihan suara rakyat bersama PAKATAN RAKYAT.

Selamat Mengundi

-Kamarul Baharin Abbas-

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 29 May 2012 01:27 AM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Ceramah Chegu Bard

Posted: 28 May 2012 07:42 PM PDT


Ceramah Chegu Bard

Penceramah : Chegu Bard (Ketua SAMM Malaysia)
Dr Muhd Nur Manuty (Pengerusi MPN Perak)

Tarikh : 1 Jun 2012 (Jumaat)
Masa : 9 Malam
Tempat : Perkarangan Pejabat Keadilan Cabang Bukit Gantang,
Taman Molek, Simpang, Taiping.


Anjuran : Keadilan Cabang Bukit Gantang

Semua Dijemput Hadir Beramai-ramai


Suara Sri Andalas

Posted: 28 May 2012 11:24 PM PDT

Suara Sri Andalas


Barisan Nasional Memajakkan Tanah Rezab Melayu Ke Pasaran Saham

Posted: 28 May 2012 08:00 AM PDT

Perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian.

Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa. Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal.

KEADILAN boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat. Semakan kami menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara.

Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGV boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu.  Kedudukan FGV selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan. Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%.

Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis.

Oleh yang demikian, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGV yang disenaraikan di pasaran saham? Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?

KEADILAN juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini.

Kami menunggu maklumbalas Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
28 MEI 2012

Anwar Ibrahim

Posted: 28 May 2012 07:31 PM PDT

Anwar Ibrahim


GAMIS: Wasatiyyah Bukan Ambil Separuh Yang Baik Dan Dicampur Yang Buruk

Posted: 28 May 2012 08:15 AM PDT

Dari Merdeka Review
Oleh Akram Ikrami Taib Azamudden

Usaha pembentukan belia perlu dipandang serius oleh semua pihak. Semua maklum bahawa belia merupakan aset negara yang mesti digilap, bukan dibiarkan sahaja tanpa mendapat bimbingan yang betul.

Penganjuran Himpunan Jutaan Belia pada 23-27 Mei 2012 di Putrajaya mungkin merupakan sebuah projek mega kerajaan untuk menggilap potensi golongan belia. Mungkin ada segelintir masyarakat yang teruja terhadap himpunan tersebut, tapi yang pastinya ramai yang terkesima dan kecewa.

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) melahirkan kekecewaan kerana ruang yang baik sudah tersedia, tetapi kenapa perlu dicemari dengan budaya-budaya yang tidak elok. Program hiburan yang melampau, bukan sekadar menghilangkan nilai-nilai ketimuran, malah yang lebih teruk ialah mencalarkan imej Islam yang sudah lama terpahat pada Malaysia.

WASATIYYAH KOSMETIK

Konsep wasatiyyah yang seringkali dilaungkan oleh kerajaan, hakikatnya telah terpesong dari matlamat. Wasatiyyah bukannya bermaksud mengambil separuh yang baik lalu dicampur dengan separuh yang buruk, maka jadilah wasatiyyah.

Kesilapan dalam memahami konsep ini secara betul akan mencemarkan lagi pandangan masyarakat terhadap Islam, apatah lagi menggunakan nama Islam untuk mencantikkan perkara yang buruk.

Kita amat risau sekiranya wasatiyyah (atau yang lebih sesuai digunakan dalam konteks ini ialah Moderate) yang dicanangkan oleh kerajaan sebenarnya adalah boneka kepada Amerika.

Hal ini seperti yang dilaporkan oleh Yayasan RAND iaitu sebuah pusat pemikiran terbesar di dunia yang berpusat di wilayah California, Amerika. Ia menjadikan agenda kesederhanaan (moderate) sebagai medium untuk menghalang gerakan Islam lain dari bangkit. Malah, kesederhanaan dan ciri-cirinya perlulah mengikut kefahaman Amerika Barat, bukannya kefahaman Islam yang syumul.

Perlu ditegaskan, Islam adalah agama yang praktikal tidak cukup sekadar teori. Islam juga bukannya agama rasmi sahaja yang berlegar dalam majlis-majlis keramaian, solat dan seumpamanya tetapi agama yang “hidup” dalam kehidupan kita. Seperti yang disifatkan oleh Hujjatul Islam Imam Ghazali terhadap golongan al-Mutarasimun: iaitu golongan yang mengamalkan agama yang bersifat rasmi tanpa penghayatan mendalam.

BANGUNKAN DENGAN ROHANI

Projek pembangunan belia mesti dipandang serius sama ada dari sudut pengisian mahupun teknikal. Gagasan tersebut juga sewajarnya melalui perbincangan dengan golongan cendekiawan.

Justeru, GAMIS melihat aspek utama yang perlu dititikberatkan ialah rohani dan keilmuan. Beliau wajar digilap dari sudut keilmuan dan kerohanian supaya perkembangan belia menjadi seimbang di samping aspek-aspek sampingan disemai ke dalam jiwa belia.

Selain itu, ruang yang wujud dalam projek membangunkan belia iailah melalui kebajikan boleh diperkasakan untuk belia. Contoh pendidikan percuma, prasarana yang lengkap bagi sukan dan kebudayaan di kawasan pedalaman, kurangkan tahap pengangguran dengan mewujudkan institusi-institusi belia yang efektif bagi membantu ekonomi belia dan sebagainya.

Tuntasnya, dalam keghairahan kita membangunkan “peradaban” sehingga kita terlupa perkara asas yang menjadi tonggak kepada peradaban tersebut. Seperti pesanan seorang reformis Islam, Malek Bennabi, “Membangunkan peradaban tanpa kerohanian adalah GAGAL.”

*Kenyataan media oleh Akram Ikrami Taib Azamudden selaku Presiden GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia).

Umno Sengaja Mahu Timbulkan Kekecohan

Posted: 28 May 2012 03:41 AM PDT

Harakah

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Umno belajar menghormati hak berpolitik dan demokrasi yang dibenarkan di negara ini dengan berhenti melakukan provokasi dan keganasan.

Berucap di hadapan kira-kira 5,000 orang di perkarangan pejabat PAS Maran di sini malam tadi, Ketua Pembangkang di parlimen itu berkata, kini wujud senario baru di mana pihak Umno atau sekutunya cuba menimbulkan ketegangan dalam setiap program Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, kini seperti satu trend Umno sengaja mahu menimbulkan suasana kecoh sedangkan PR hanya menggunakan pentas ceramah bagi menjelaskan fitnah yang sudah ditabur melalui media rasmi kerajaan.

"Hormatilah budaya berpolitik dan prinsip berdemokrasi. Cuba fikir, kita sudah dihentam tiap-tiap malam dalam media yang dikawal kerajaan Umno, kita dibina dan dan dimaki hamun setiap hari, kenapa kita mahu memberi penjelasan di pentas seperti ini juga mahu diganggu? Kita minta Umno hormatilah adab berpolitik," katanya.

Kurang 20 meter berhampiran ceramah tersebut, Umno turut mengadakan pesta karaoke Cina dengan menguatkan bunyi pembesar suara bagi tujuan mengganggu ceramah tersebut sehingga ke akhir.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kejadian buruk berlaku hasil kawalan ketat dan berdisiplin petugas-petugas Unit Amal.

Anwar turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengajar dan mengawal Umno dan sekutu-sekutunya menghormati undang-undang.

"Seorang pemimpin mesti memelihara undang-undang. Bayangkan dalam ceramah-ceramah kami akhir-akhir ini kami diganggu termasuk dibaling telur dan botol, beberapa minggu lalu kereta saya dirosakkan.

"Datuk Ambiga seorang warganegara profesional boleh diganggu sesuka hati oleh penyokong Umno dan dibiarkan saja tanpa sebarang tindakan. Sebab itu jika Najib tak mampu lagi memelihara undang-undang dan keamanan baiklah turun daripada jawatan kerana gagal memimpin," tegasnya.

Mengenai pilihan raya umum (PRU) akan datang, Anwar menjelaskan rakyat perlu melihat kehidupan pemimpin-pemimpin Pakatan jika mahu membuat keputusan untuk mengundi parti mana untuk memerintah.

Beliau berkata, dapat dilihat contohnya bagaimana Tuan Guru Nik Aziz yang sudah 22 rahun menjadi Menteri Besar Kelantan tetapi beliau tidak mengambil kesempatan mengumpul kekayaan berbanding pemimpin Umno yang lain.

Sementara itu Anwar berkata, PR memberi komitmen jika menang sahaja PRU, dalam masa 24 jam akan umum turunkan harga minyak kerana itulah punca meningkatnya harga barang dan kos perkhidmatan.

"Langkah seterusnya kita akan bincang dengan syarikat-syarikat IPP (pembekal jana kuasa swasta) supaya boleh turunkan harga kadar elektrik. Kita juga bertekad meletakkan gaji minimum RM1,100 sesuai dengan kos kehudupan semasa.

"Kita juga tegas menghapuskan hutang PTPTN kerana hasil minyak yang banyak sehingga RM80 bilion setahun. Itu belum termasuk keuntungan hasil sawit, getah balak dan lain-lain. Kita tengok Turki yg tiada hasil minyak boleh memberikan pendidikan percuma," ujarnya.

Anwar menambah, beliau hairan bagaimana PM boleh mengatakan jika diberi pendidikan percuma negara boleh bankrap sedangkan ia cuma memerlukan RM5 bilion saja setahun.

Anwar dalam rangka lawatan sehari ke Parlimen Maran. Turt berceramah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaafar, Adun Tras Choong Siew Onn dan Yang Dipertua PAS Maran Tuan Guru Baqi Othman.

Lawyers Grill Mahathir Over PKFZ

Posted: 28 May 2012 01:49 AM PDT

Malaysiakini

Former prime minister Dr Mahathir Mohamad was interviewed by lawyers this morning in relation to cheating charges faced by former transport minister Dr Ling Liong Sik over the Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal.

Mahathir was interviewed for almost two hours at the Kuala Lumpur Court Complex, said a source close to the case, on the condition of anonymity.

Ling was ordered to enter his defence on March 9 by High Court judge Ahmadi Asnawi as the prosecution had established a prima facie case against the 69-year-old former MCA president, of cheating the federal government in 2002.

His defence team had earlier requested Prime Minister Najib Abdul Razak and his predecessors Mahathir and Abdullah Ahmad Badawi as possible witnesses to prepare for Ling’s defence.

Eight others who were also named are current and former ministers who were members of the cabinet from 2002 to 2004 including Information, Communications and Culture Minister Rais Yatim and Plantation Industries and Commodities Minister Bernard Dompok.

Fourth minister quizzed

The others are former women, family and community development minister Shahrizat Abdul Jalil, former energy and telecommunications minister Leo Moggie, former education minister Musa Mohamad, former tourism minister Abdul Kadir Sheikh Fadzir , former energy, water and communications minister Dr Lim Keng Yaik and former minister in the Prime Minister’s Department Abdul Hamid Zainal Abidin.

Also included in the lineup is the then special economic adviser to Mahathir, Ali Abul Hassan Sulaiman.

Ling had allegedly deceived the government by not disclosing to the cabinet an additional interest rate of 7.5 percent per annum on the purchase price of the land for the mega-transshipment hub.

The price had been fixed at RM1,088,456,000 by the Valuation and Property Services Department, based on RM25 per sq ft, inclusive of the interest rate.

Ling also faces two alternative charges, of allegedly cheating and intentionally omitting from informing the cabinet that the 7.5 percent per annum was an additional interest rate on the 999.5-acre site in Pulau Indah.

The offences were allegedly committed at the fourth floor of the Prime Minister’s Office in the Perdana Putra building in Putrajaya, between Sept 25 and Nov 6, 2002.

Its understood that the defence team has thus far interviewed Moggie, Lim and Shahrizat.

The case will be heard over five days from June 18, with Ling expected to testify.

Isu Perumahan Penjawat Awam

Posted: 28 May 2012 01:43 AM PDT

Keadilan memandang serius kecenderungan Kerajaan Barisan nasional yang sejak mutakhir ini menggubal dasar–dasar jangka pendek yang nampak lunak dan mesra Rakyat pada mulanya tetapi sebenarnya indah khabar dari rupa, bersifat sementara dan tidak menangani sebarang permasalahan secara tuntas.

Pendedahan Cuepacs bahawa lebih kurang 60% penjawat awam berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 di seluruh negara khususnya di Lembah Kelang tidak mampu memiliki rumah sendiri merupakan satu lagi bukti jelas kegagalan Kerajaan Barisan Nasional merangka dasar-dasar jangka panjang yang boleh menjamin kesejahteraan Rakyat terutamanya berkait kediaman berkualiti.

Sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan kemampuan para penjawat awam memiliki rumah sendiri, KEADILAN menuntut agar kadar faedah pinjaman perumahan bagi penjawat awam pada tahap 4% sekarang diturunkan segera sekurang-kurangnya kepada 2.5% hingga 3.5% sebagai permulaan.
julat ini selari dengan kadar faedah pinjaman perumahan yang dinikmati oleh staf institusi perbankan dan kewangan.

Dengan pendapatan bulanan kekal di bawah RM3,000 biarpun sudah berpuluh tahun berkhidmat, maka tidaklah menghairankan jika kemampuan penjawat awam berpangkat rendah ini untuk memiliki rumah sendiri dengan kualiti yang memuaskan sangat terbatas dan hanya mampu menyewa atau hanya memiliki rumah kos rendah bertaraf Program Perumahan Rakyat Termiskin memandangkan kenaikan mendadak harga hartanah beberapa tahun kebelakangan ini.
kenaikan purata harga rumah di Malaysia pada tahun 2011 berdasarkan Indeks Harga Rumah ialah pada kadar 9.9% di mana kadar kenaikan adalah lebih tinggi di Lembah Kelang, yakni 12.2% bagi Kuala Lumpur dan 11.3% bagi Selangor.

Akibatnya, Elaun Tetap Perumahan yang diberi masih tidak mencukupi untuk menampung kos pemilikan rumah kerana bebanan kos sara hidup keseluruhan yang ditanggung oleh penjawat awam berpendapatan rendah di kawasan bandar terutamanya di Lembah Kelang adalah berkali ganda lebih tinggi.

Ini menyerlahkan lagi kegagalan skim "My First Home" yang diperkenalkan pada tahun 2011 kerana institusi kewangan tidak mungkin dapat memberikan pinjaman 100% kepada mereka yang bergaji bawah RM3,000. Sebagai ilustrasi, pinjaman bagi rumah berharga RM400,000, jika dibayar pada kadar 4.3% selama 30 tahun akan menyebabkan individu tersebut terpaksa membayar sebanyak RM1,780 sebulan, lebih separuh daripada pendapatan seseorang individu bergaji RM3,000 sebulan.

Justeru, KEADILAN menggesa agar SSM bagi penjawat awam berpendapatan rendah diperhalusi lagi dengan sistem kenaikan gaji dan elaun yang lebih teratur dan mencerminkan realiti kenaikan harga keperluan asas, sekaligus meningkatkan peluang dan hak mereka untuk memiliki kediaman pada kualiti yang memuaskan. Malah, sebagai langkah lanjutan dalam usaha mengawal kenaikan mendadak harga rumah, KEADILAN menyarankan rundingan dengan pemaju perumahan diadakan untuk mencapai persetujuan mengawal margin keuntungan mereka dalam julat yang munasabah bagi segmen perumahan mampu milik dan kos sederhana.

Yang membimbangkan, sehingga hari ini, kita masih belum mendengar sebarang khabar berita mengenai Suruhanjaya Mengkaji Skim Gaji dan Elaun Penjawat Awam yang dijanjikan oleh PM Najib pada 8 Mac 2012.

Ketidakadilan dan kecenderungan berat sebelah jelas menjadi mercu tanda Kerajaan Barisan Nasional. Ambil perbandingan kenaikan gaji penjawat awam berlainan kategori dalam SBPA yang diumumkan pada bulan Februari 2012 (yang kemudiannya dibatalkan dan digantikan dengan SSM yang ditambahbaik) sebagai contoh. Dalam cadangan SBPA, penjawat awam tinggi sepatutnya menikmati kenaikan di antara RM30, 000 hingga RM40,000 sedangkan penjawat awam berpangkat rendah hanya dijangka menikmati kenaikan di antara RM10 hingga RM20.

Kesibukan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan bak silap mata ketika membuat pelbagai pengumuman yang pada mulanya kelihatan bernas tetapi akhirnya terbukti hanyalah janji kosong (penggabungan MAS-AirAsia yang gagal / ETP yang tidak dinikmati Rakyat kebanyakkan / "durian busuk" hasil penyenaraian FGVH / pembangunan semula Kg Baru yang bakal mengenepikan masyarakat Melayu bandar dan banyak lagi) hanya mencerminkan Kerajaan Barisan Nasional yang ketandusan idea dan hanya sibuk hendak mempertahankan kuasa dengan politik samseng seperti yang berlaku pada "Malam Berdarah Lembah Pantai".

KEADILAN yakin bahawasanya Rakyat sudah mulai sedar bahawa selagi negara masih belum menikmati demokrasi sepenuhnya, selagi itu kerajaan tidak akan merasa perlu untuk menjaga hati, hak dan kepentingan Rakyat. Justeru, Rakyat wajib menuntut tiga perkara dasar agar kerajaan lebih memberi fokus terhadap Rakyat:

Pertama, menjamin Pilihanraya Bebas dan Adil agar Rakyat menjadi tuan di bumi Malaysia di mana Rakyat akan menikmati pentadbiran kerajaan yang mewakili aspirasi Rakyat hasil daripada 'pertandingan politik' yang semestinya akan dinilai sebagai pilihan terbaik di peti undi;

Kedua, melaksanakan Reformasi Parlimen di mana konsep penubuhan Jawatankuasa Tetap Parlimen di dalam bidang utama pentadbiran kerajaan termasuklah Perkhidmatan Awam yang dapat memantau dan menjadi timbang-tara bagi sebarang muslihat dan helah Kerajaan Pusat;

Ketiga, membasmi rasuah dan ketirisan ekonomi agar pembinaan perumahan untuk Rakyat tidak perlu disengajakan mahal untuk keuntungan orang tengah atau menggunakan dana KWSP akibat kekurangan sumber kewangan kerajaan. Usaha murni ini juga memerlukan penjawat awam memainkan peranan beramanah melalui Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dengan mendedahkan segala bentuk rasuah terutamanya dalam penganugerahan kontrak atau konsensi yang berat sebelah pada kos yang tidak berpatutan dan merugikan Rakyat serta sebarang dasar yang membahayakan kepentingan awam dan mengancam kedaulatan negara.

Hanya dengan kerjasama semua pihak menuntut tiga perkara dasar negara demokrasi ini akan menjamin kepentingan semua pihak termasuklah memelihara hak dan kebajikan penjawat awam.

YB Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN

Peruntukan Saham FGVH: Tidak Adil Kepada Peneroka; Tawaran Hebat Kepada Pekerja Dan Bumiputera Kaya

Posted: 28 May 2012 01:41 AM PDT

Keadilan tidak sabar-sabar menanti pelancaran prospektus lengkap mengenai IPO FGVH oleh Perdana Menteri pada hari Khamis 31 Mei 2012. Datang Khamis ini, kami semua akan tahu berapa banyak saham Tan Sri Isa Samad akan dapat. Sebagai preview kepada hari Khamis ini dan untuk memulakan perbincangan tentang hal peruntukan saham, kami ingin mendedahkan beberapa analisa terbaru.

 

Dua belas hari yang lepas, Keadilan telah mendedahkan bahawa “durian runtuh” peneroka adalah cuma ?9% daripada jumlah keuntungan FELDA daripada IPO. Hari ini, kami membuat komen analisa tentang 2.2 bilion saham FGVH yang akan dijual. Pecahan peruntukan saham-saham tersebut adalah seperti berikut:

Awam 73 juta saham (2% daripada FGVH)
Pelabur institusi (KWSP, PNB, Tabung Haji, Louis Dreyfus) 1.5 bilion saham (41% daripada FGVH)
Pekerja FELDA 109 juta saham (3% daripada FGVH)
Peneroka FELDA 91 juta saham (2.5% daripada FGVH)
Pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI 420 juta saham (11.5% daripada FGVH)

 

Peruntukan saham diatas menimbulkan dua soalan penting:
Soalan 1: Mengapa 112,635 peneroka mendapat saham yang kurang daripada 3,835 pekerja FELDA? Pada kadar 100% penerimaan, setiap peneroka hanya akan mendapat 810 saham seorang manakala kakitangan FELDA akan mendapatkan 28,368 saham seorang. Secara purata, seorang pekerja FELDA ditawarkan 35 kali ganda saham daripada seorang peneroka.

 

Soalan 2: Lebih menggemparkan adalah isu pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI dengan peruntukan sebanyak 420 juta saham. Siapakah mereka Bumiputera khas ini yang berhak menerima 4.6 kali ganda peruntukan daripada semua golongan peneroka? Pernahkah pelabur khas ini kerja bantu membangunkan FELDA? Kami tidak tahu identiti mereka tetapi melalui garis panduan rasmi MITI, untuk menjadi seorang pelabur Bumiputera khas yang diluluskan oleh MITI, anda perlulah dari golongan kaya raya. Garis panduan MITI mengatakan bahawa jika pelabur Bumiputera adalah seorang individu, beliau mestilah mempunyai sekurang-kurangnya aset sebanyak RM3 juta. Jika pelabur adalah sebuah syarikat (mesti dimiliki 100% Bumiputera), ianya mesti mempunyai aset bernilai RM10 juta.

 

Kami menuntut MITI mengeluarkan senarai lengkap pelabur Bumiputera kaya yang akan menerima saham FGVH ini. Kami menuntut senarai ini kerana penerokamempunyai hak untuk tahu mengapa golongan Bumiputera yang kaya ini berhak berlipat kali ganda lebih saham daripada mereka.Oleh kerana IPO ini adalah isu kepentingan nasional, kami percaya bahawa orang ramai juga berhak nak tahu sama ada mana-mana pelabur Bumiputera yang kaya ini ada atau tidak kaitan dengan UMNO.
Saya ingin mengingati hadiran bahawa matlamat FELDA ditubuhkan adalah untuk membantu Bumiputera miskin yang tiada tanah. PM Najib juga ada mengumumkan bahawa IPO FGVH ini adalah satu tindakan bijak yang akan memberi manfaat besar kepada peneroka. Cara saham diperuntukkan jelas menunjukkan bahawa PM lebih berminat membantu golongan kaya. Kesimpulannya, kami mencabar PM Najib untuk menarik balik peruntukan saham untuk Bumiputera kaya dan berikan ianya kepada peneroka. Kami juga meminta peruntukan pekerja dikurangkan ke tahap sewajarnya memihak kepada kepentingan peneroka.

 

WONG CHEN,  PENGERUSI BIRO PELABURAN DAN PERDAGANGAN - 28 MEI 2012

 

 

FGVH Shares Allocation: Unfair to settlers; fantastic to employees and rich Bumiputeras    

 

Keadilan eagerly awaits the launching of the complete prospectus on the IPO of FGVH by the Prime Minister on Thursday 31st May 2012. Come Thursday, we will all finally get to know how many shares Tan Sri Isa Samad will get. As a preview to Thursday and staying on the subject matter of shares allocation, we will like to expose to you the following disturbing facts.

 

Twelve days ago we exposed that settlers "durian runtuh" windfall represents a mere 9% of FELDA's total gains from the IPO. Today, we will provide our comments on the 2.2 billion FGVH shares offered for sale. The breakdown of the shares allocation is as follows:

 

General public 73 million shares (2% of FGVH)
Institutional investors (EPF, PNB, Tabung Haji, Louis Dreyfus) 1.5 billion shares (41% of FGVH)
FELDA employees 109 million shares (3% of FGVH)
FELDA settlers 91 million shares (2.5% of FGVH)
MITI approved Bumiputera investors 420 million shares (11.5% of FGVH)

 

The manner the shares are allocated raises two important questions:

Question 1: Why are settlers (numbering 112,635) getting less shares than the 3,835 employees of FELDA? Assuming a 100% take up rate, each settler will only get 810 shares whereas each employee of FELDA will get 28,368 shares. This effectively means that an employee of FELDA is being offered 35 times more shares than a settler.

 

Question 2: More alarming is the MITI approved Bumiputera share allocation of 420 million shares. Who are these special Bumiputeras that deserve 4.6 times larger allocation than all the settlers collectively? What have they ever done to help develop FELDA? We do not know their identity but we know that under MITI's official guideline, to be a Bumiputera investor approved by MITI, you must first be very rich. The guideline says that in order to qualify as a MITI approved Bumiputera investor, an individual must have at least RM3 million in assets. If the investor is a company (100% Bumiputera owned), it must have assets worth RM10 million. As such, we demand that MITI produces a complete disclosure list of the rich Bumiputera investors and beneficial owners of this IPO. We demand this list because the settlers have a right to know why these rich Bumiputeras are many many times more deserving than them. We demand to know how many rich Bumiputeras will be allocated shares compared to 112,635 settlers. Since this IPO is of great national importance, we believe that the public also deserves to know if any of these rich Bumiputeras investors are linked to UMNO.

 

Putting things in proper context, I would like to remind all that FELDA was set up to help the landless Bumiputera poor. In addition, the PM has announced that the FGVH IPO to be an exercise that will greatly benefit the settlers. The way the shares are allocated clearly shows that the PM is more interested in helping the rich. In conclusion, we urge PM Najib to withdraw the undeserving rich Bumiputera allocation and give it to the settlers. We also ask the employees allocation to be appropriately reduced in favour of settlers.

 

WONG CHEN,  CHAIRMAN, INVESTMENT & TRADE BUREAU     

28 MAY 2012

kind regards

Wong Chen

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 28 May 2012 11:26 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


CERAMAH PERDANA 2 JUN 2012

Posted: 27 May 2012 03:56 PM PDT


PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 28 May 2012 11:09 AM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Program Minggu ini

Posted: 28 May 2012 09:16 AM PDT




Keterangan program:

1. Ceramah Umum Pakatan Rakyat
Lokasi: Taman Desa Puteri, Bahau, Jempol (DUN JERAM PADANG)

2. Rapat Rakyat Bersama DSAI
Lokasi: Taman Desarhu, Sikamat, Seremban (DUN SIKAMAT)

Pengikut