Selasa, 29 Mei 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 29 May 2012 03:27 AM PDT

Politik Harian

Posted: 29 May 2012 03:13 AM PDT

Politik Harian


WWW1: Nizar Derhaka vs Sultan Johor

Posted: 29 May 2012 02:45 AM PDT


As this article is written, writer would like to say that Datuk Seri Nizar Jamaludin who began to politicize this issue through his Twitter account sin last night had came out with an explanation - UMNO is exaggerating the issue.

The 'explanation' was made after the son of Sultan Johor, Tengku Ismail himself come up rebutting all of Nizar's accusation saying that DYMM Tuanku used rakyat's money to bid for the plate number that was valued at a record breaking RM 520,000 – the highest bid in plate numbers in this country's history.

As usual, when Pakatan Rakyat is in trouble, UMNO would be made as their scapegoat. This is never really a big issue.

Rakyat's money is not part of the question because as the Sultan of Johor, he has his own income like what is stated in the law of Johor, and it is also stated in the Malaysian Constitution. That is just income, we are still yet to talk on other amenities that are provided to him.

He was even the Tengku Mahkota Johor for a very long period of time, 29 years, before he was taken as the Sultan in 2010 to replace his father, Tuanku Iskandar who died in 2010. The position of Tengku Mahkota is an official position and it comes with pay.

And that qualifies him to join the bidding and the motive behind Nizar's move is not too hard to read.

Nizar is simply trying to raise the sentiment of hate among rakyat, as if DYMM Sultan Johor used rakyat's money to bid. That is just his attitude. He just owes too much to DAP who is known as a party that hates the royal system and that they would find ways to abolish the system. 'Hate' because only Malays could have the position.

DAP, like its main party, PAP in Singapore, prefers if non-Malays become the leader of a country, along with the leader of the government (Prime Minister), which is now a hot topic in social networking sites nowadays.

What Nizar failed to see is the fact that the RM520,000 is later paid by Tuanku Sultan to rakyat - if his accusation in saying that the Sultan used rakyat's money is true, because Road Transport Department (JPJ) who managed the bid is a government department.

If we are to think about it, DYMM Sultan Johor do not even have to join the bidding, he could simply as the government to give the number to him. But he is not like that, he joined the bid so that rakyat would not be prejudice against him, especially among rich businessmen who also want to grab the number.

This issue is not even politics, but it is Nizar, he would always ensure that everything turns into politics. What matters to him are comments that comes after so that the issue would to turn to sensational material. That is what he really want as a token for DAP who made him the Chief Minister of Perak (even though PAS only have 6 seats at DUN Perak).


PADA ketika artikel ini ditulis, penulis suka nak memaklumkan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin yang mula mempolitik isu ini melalui twitternya sejak malam tadi telah tampil dengan penjelasan – UMNO sengaja membesar-besarkan isu tersebut.

'Penjelasan' ini diberikan setelah anakanda Sultan Johor, Tengku Ismail sendiri tampil menangkis tuduhan Nizar bahawa DYMM Tuanku menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat yang mencecah harga sebanyak RM 520,000 – yang juga merupakan rekod dalam sebarang bidaan nombor plat di negara ini.

Seperti biasalah, bila Pakatan Rakyat ada masalah, UMNO akan dijadikan kambing hitam. Ini bukan masalah besar yang nak dipeningkan sangat.

Soal duit rakyat atau tidak itu bukan isunya kerana sebagai Sultan Johor, baginda mempunyai pendapatan sendiri seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang tubuh negeri Johor, malah turut dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia juga. Itu baru bercakap tentang pendapatan, belum lagi kemudahan-kemudahan lain yang dikhaskan untuk baginda.

Malah sebelum ini pun baginda adalah Tengku Mahkota Johor untuk satu tempoh yang sangat panjang iaitu 29 tahun, sebelum ditabalkan sebagai Sultan Johor pada 2010 bagi menggantikan Alhmarhum Ayahandanya, Tuanku Iskandar yang mangkat pada 2010. Jawatan Tengku Mahkota itu juga adalah jawatan rasmi dan bergaji.

Semua inilah yang melayakkan baginda turut serta dalam bidaan tersebut dan motif disebalik tindakan Nizar mempolitikkan isu ini, bukanlah terlalu sukar untuk dibaca.

Nizar cuba membangkitkan sentiment kebencian di kalangan rakyat, kononnya DYMM Sultan Johor ini menghabiskan duit rakyat. Ini memang sikapnya yang sudah banyak termakan budi dengan DAP yang diketahui 'membenci' sistem beraja dan sering mencari jalan untuk menghapuskannya. Benci dalam erti kata pendapatan yang diterima, tapi kerana hanya orang melayu sahaja yang boleh menduduki jawatan tersebut.

DAP, seperti mana parti induknya PAP di Singapore, lebih suka kalau orang bukan melayu juga berpeluang untuk menjadi ketua negara, disamping ketua kerajaan (Perdana Menteri), yang sedang menjadi topik perbincangan hangat di laman-laman sosial sekarang.

Yang Nizar tidak nampak ialah wang sebanyak RM 520,000 itu dibayar semula oleh Tuanku Sultan kepada rakyat – kalau benarlah tuduhan Nizar bahawa DYMM Tuanku menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat tersebut, kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menguruskan bidaan tersebut adalah sebuah jabatan kerajaan.

Kalau difikir-fikirkan, DYMM Sultan Johor tidak perlu turut serta pun dalam bidaan tersebut, baginda boleh sahaja menggunakan pengaruhnya untuk meminta kerajaan menyerahkan nombor tersebut kepadanya. Tapi baginda bukan seorang yang begitu, baginda tetap turut serta dalam bidaan tersebut bagi mengelak prasangka yang lebih buruk di kalangan rakyat, terutama dikalangan ahli perniagaan kaya yang turut mengintai peluang untuk menggunakan nombor plat yang mempunyai tarikan tersendiri itu.

Isu ini sebenarnya bukan isu politik pun, tapi kerana sudah namanya Nizar, dia akan cuba juga memastikan ia dipolitikkan, dengan dia sendiri sebagai pemulanya. Yang penting kepada Nizar ialah komen-komen lain yang menyusul selepas isu ini menjadi sensasi. Itu yang sebenarnya dimahukan Nizar sebagai balasan kepada DAP yang meletakkannya sebagai Menteri Besar Perak (walaupun PAS hanya mempunyai 6 kerusi di DUN Perak).

Amy Search Sertai UMNO! Peeewiiiiiittttttt!

Posted: 29 May 2012 12:45 AM PDT



BERITA yang buat puak Pakatan gigit jari kerana Amy Search sebentar tadi menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Setiausaha Kerja UMNO Datuk Raof Yusoh di ibupejabat UMNO di PWTC Kuala Lumpur.

Beliau menjadi ahli UMNO cawangan Dataran Merdeka dalam bahagian Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Turut sama serah borang sertai UMNO ialah penyanyi Ibnor Riza dan Musmi@Mustapha Din dari kumpulan May, juga di sertai penyanyi otai Jamal Abdillah.

Apa celop join PAS! baik masuk UMNO!

Johor Tengku Mahkota Hits Out At Critics Of WWW 1 Bid

Posted: 29 May 2012 12:19 AM PDT


Johor Tengku Mahkota Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim has hit out at critics, including former Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, who said the RM520,000 bid by his father for the WWW 1 car number plate could be better spent.


Mohammad Nizar had posted three tweets Monday on the bid, with the first one saying the money could have been better spent on the people.

The tweet said: "RM520k bolih dibelanjakan membantu rakyat melayu Johor yg masih ramai miskin serta memerlukan bantuan utk kprluan hidup, bina 20 rumah PPRT!" (RM520,000 can be spent on poor Malays in Johor who need help to survive, and build 20 PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) homes!)"


In a tweet posted under @HRHJohor2, Tunku Ismail said the Johor royal family did not take any money from the Government.

"The money allocated to my father and me every month as a Sultan and Tunku Mahkota is put into Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim. The purpose of these foundations (Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim) is for the Rakyat and to assist the Johor State Government," he tweeted Monday.

"I myself, since the time I was the Raja Muda, never took 1 cent from the Government till this very day. It's my rakyat's money. So before you open your mouth, do your research," he added.

The bidding for the highly-coveted "WWW" vehicle registration prefix started on April 30 and ended on May 14.

Nik Aziz Is Willing To Give Putrajaya To DAP For Power

Posted: 28 May 2012 11:00 PM PDT


There were two things that happened last week; first, DAP's racist attitude became clearer and clearer when its National Chairman, Karpal Singh stated that he would work hard to ensure that there will be non-Malay Prime Minister in Malaysia in the future.

Secondly, due to greed for power, PAS's Leader, Nik Aziz Nik Mat fully supported Karpal's idea just as long as the person is a Muslim.

Which means if Lim Guan Eng, or his father, Lim Kit Siang convert to Islam, then they, according to Nik Aziz, can be brought to consideration, whether they can be Prime Minister or not.

For wise Malays, hearing something as such from a person who is dubbed as a 'Tok Guru', they must have thought that such opinion must have happened due to Alzheimer.

That might be true because Nik Aziz is almost 80 years old.

Perhaps the age factor was the reason why he went on both sides when it comes to the muzakarah issue with UMNO - once he agrees and another time he disagrees.

Perhaps it is the age, or he is just crazy for power because he might want to defend his title as Kelantan's Chief Minister.

PAS has proven that the party simply crave for power just so that their dreams could come true. If back then, they worked really hard for the objective to form an Islamic nation, but after working alongside DAP, the spirit to build an Islamic nation is starting to fade, all because of being in a coalition where most of the members are non-Muslim.

Now, PAS no longer fights for an Islamic nation. Instead, the only want a Welfare nation, for the sake of DAP.

That is the attitude of leaders in Pakatan Rakyat - everyone is crazy for power and that they are willing to sacrifice their religion and their own races, all for the sake of power.

Nik Aziz even defended Anwar Ibrahim, PKR's leader who is very low in moral, and a sodomite.

So, it is not surprising if he would work alongside DAP if that is what he needs to do to gain power.

Nik Aziz seemed to be blind, or pretended to be stupid when he said that non-Malay can be a Prime Minister, just as long as the person is a Muslim.

Would he retire and let Anuar Tan become the Exco in Kelantan Cabinet?

We would like to see whether Nik Aziz is a man of his words or he simply says what he likes, even if it does not make sense.

The fact is, UMNO is the only political party that would fight to defend Malays in this country.

PAS can never do anything to defend Malays from these anti-Malay parties.

Unlike PAS, what was stated by Karpal cannot be seen as a joke.

Didn't Nik Aziz realize the political history on how the third Tanjung Project that was launched by DAP since the 70s had made them won Penang back in 2008 General Election?

Although it took 30 years for them to win, but DAP is consistent with their ambition, and it was then realized.

DAP would never really get a hold of Penang if PAS and PKR leaders did not betray Malays.

Malays should open their eyes because perhaps one day, PAS and PKR might leave Malaysia's leadership to DAP if they get to Putrajaya.

---



Dua perkara berlaku sepanjang minggu lalu; pertama, terserlah niat sebenar parti rasis DAP yang telah dizahirkan secara lisan apabila Pengerusi Kebangsaannya, Karpal Singh secara jelas mengatakan beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian Perdana Menteri daripada kalangan bukan Melayu di Malaysia pada suautu hari nanti.

Kedua pula, atas dasar tamakkan kuasa, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyokong sepenuhnya idea Karpal tersebut dengan sedikit perubahan iaitu orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri negara ini asalkan ia beragama Islam.

Bermakna jika esok Lim Guan Eng atau ayahnya, Lim Kit Siang hatta Karpal memeluk agama Islam, mereka secara otomatik, menurut pandangan Nik Aziz, akan layak dipertimbangkan untuk kedudukan Perdana Menteri.

Bagi orang Melayu yang akal fikirannya masih waras dan siuman, dan jika tidak mengetahui bahawa idea tersebut tercetus daripada minda seorang 'Tok Guru', sudah tentu mengatakan bahawa ia datangnya dari seorang yang gila atau sudah nyanyuk.

Apahal pun kedua-dua anggapan tersebut tidak tersasar jauh dari keadaan sebenar kerana Nik Aziz sememangnya sudah lanjut umurnya yang mencecah 80 tahun.

Mungkin sedikit sebanyak faktor nyanyuk sudah meresap ke dalam dirinya sebagaimana yang dibuktikan dengan sikap 'flip flop' berhubung isu muzakarah dengan Umno - sekejap bersetuju kemudian tidak bersetuju pula.

Mungkin juga Nik Aziz belum nyanyuk tetapi hanya gilakan kuasa kerana pada usia yang lanjut begitu masih mahu bertanding mempertahankan kerusinya dan kalau boleh kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

PAS telah membuktikan bahawa sememangnya parti itu tamakkan kuasa dan akan melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya.

Jika dahulunya PAS berdegar-degar mencanangkan penubuhan negara Islam sebagai asas perjuangannya tetapi setelah selesa tidur sebantal dengan DAP, semangat itu sudahpun berjaya dilunturkan oleh sebuah parti yang rata-ratanya diterjaui oleh orang bukan Islam.

Kini PAS tidak mahu lagi negara Islam tetapi cukup sekadar negara kebajikan kerana hendak menjaga hati DAP!

Beginilah sifat munafik pemimpin-pemimpin beragama Islam di dalam Pakatan Rakyat - semuanya gilakan kuasa dan sanggup menjual maruah agama dan masa depan bangsa sendiri, semata-mata kerana gilakan kuasa.

Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR yang buruk moral dan keperibadiannya dan dituduh sebagai peliwat pun sanggup dipertahankan oleh Nik Aziz.

Jadi tidak hairanlah jika beliau juga sanggup berkompromi dengan DAP jika itu diperlukan untuk mendapat kuasa politik.

Nik Aziz seolah-olah buta sejarah atau berpura-pura jahil apabila dengan senangnya mengatakan orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri asalkan beragama Islam.

Sanggupkah Nik Aziz meletak jawatan sekarang dan menyerahkan posisi itu kepada Anuar Tan yang menjadi Exco Kanan dalam kabinet negeri Kelantan?

Kita mahu lihat samada Nik Aziz seorang yang berpegang kepada apa yang dicakapnya atau seorang yang bercakap secara sembrono, tidak mengggunakan akal.

Hakikatnya hanya Umno satu-satunya parti politik yang sanggup bergadai nyawa dan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan maruah dan kedudukan umat Melayu di negara ini.

PAS dengan kata-kata kosongnya hanya bermimpi disiang hari dan tidak mampu untuk melindungi sehelai rambut pun pada tubuh badan orang Melayu kerana ia sudah melacurkan diri pada golongan kafir yang anti-Melayu.

Bagaimanapun berlainan pula dangan apa yang disebut oleh Karpal kerana ia bukan sesuatu yang kosong dan lawak.

Tidakkah Nik Aziz peka dengan sejarah politik bagaimana hanya pada Projek Tanjung ketiga yang mula dilancarkan oleh DAP sejak tahun 1970an baru parti itu berjaya menawan Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2008.

Meskipun memakan masa lebih 30 tahun tetapi DAP konsisten dengan impiannya, ia berjaya juga mencapai cita-citanya.

DAP tidak akan sesekali berjaya untuk menguasai Pulau Pinang jika pemimpin PAS dan PKR tidak mengkhianati orang Melayu.

Orang Melayu perlu buka mata mereka dan sedar dari tidur kerana tidak mustahil PAS dan PKR akan sanggup menyerahkan teraju kepimpinan Malaysia kepada DAP jika ia berkuasa di Putrajaya kelak.

Hasan Ali Akan Dedahkan Kebodohan PAS Dalam Pakatan di Roadshow Negeri Sembilan!

Posted: 28 May 2012 09:04 PM PDT


Datuk Dr Hasan Ali tentu sekali sedar bahawa kini wujud momentum baru yang boleh buat Pakatan Rakyat terutamanya PAS tak senang duduk.

Melihat dari jumlah kehadiran orang ramai di setiap roadshow yang diadakanya, jelas aura bekas Naib Presiden PAS itu nyata tidak terhakis dengan segala kecaman yang diterimanya termasuk kononnya jadi alat UMNO sejak dipecat oleh parti yang disertainya 13 tahun lalu.

Bahkan menggunakan platform sendiri Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) yang disertai oleh kawan-kawan lama beliau dalam PAS dan mereka yang bersimpati dengannya setiap ceramah Hasan Ali mendapat sambutan luar biasa.

Senang cakap kalau PAS dakwa roadshow Dr Hasan tidak memberi sebarang kesan itu tanda mereka cuba memujuk hati sendiri.

Kekuatan Dr Hasan ialah pada kredibilitinya apa lagi dilihat sebagai mangsa percaturan dalaman PAS yang terlalu nak jaga hati PKR dan DAP.

Selanjutnya kita jumpa di Roadshow Hasan Ali di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan jam 9 malam pada hari jumaat ini...

No Plat WWW 1 : Tengku Mahkota Johor Murka! Nizar Membuat Tuduhan Palsu!

Posted: 28 May 2012 09:56 AM PDT

Nizar Derhaka!

Sekali lagi Mohammad Nizar Jamaluddin (Nizar DERHAKA)  mohon DERHAKA kepada Sultan! Kali ini beliau cuba mempertikaikan tindakan Sultan Johor membeli no Plat WWW 1 yang berharga RM 520,000.00 dalam laman twitternya.

Lebih memalukan lagi Nizar membidas Tengku Mahkota Johor dengan tuduhan palsu yang menyatakan bahawa keluarga DiRaja Johor telah menggunakan duit Rakyat untuk membida nombor kenderaan "WWW1".

Di bawah kenyataan Tengku Mahkota Johor di twitter berhubung isu no plat WWW1...



"Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa Wang daripada kerajaan sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. Selesa untuk tidak meminta dari MB atau dari mana-mana pegawai Kerajaan. Wang yang diperuntukkan kepada Bapa saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Ini bertujuan (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) untuk membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Johor. Sejak saya menjadi Raja Muda, tidak sekali-kali saya mengambil 1 sen daripada kerajaan hingga ke hari ini. Ia Wang Rakyat saya. Jadi sebelum Anda buka mulut anda, sila selidik."


Mungkin Nizar Bangsat lupa bahawa keluarga Sultan Johor mempunyai kekayaan mereka sendiri.

Skandal Guan Eng: Ng Paik Kheng Perlu Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar

Posted: 28 May 2012 08:16 AM PDT


Sehingga kini belum ada penjelasan rasmi dari Ketua Menteri Pualau Pinang, Lim Guan Eng mahupun isterinya Betty Chew berkaitan isu melibatkan seorang wanita bernama Ng Paik Kheng yang sedang hangat diperkatakan ramai sekarang.

Khabarnya di antara Ng Paik Kheng dan Lim Guan Eng ada hubungan istimewa sehingga timbul angin panas dalam jiwa raga Betty Chew yang juga isteri kepada Lim Guam Eng.


Sejauh mana wujudnya hubungan istimewanya tersebut, sukar digambarkan secara jelas tapi bayangan awal rasanya saling tak jauh dari konflik cinta tiga segi.

Mengikut kisahnya lagi, Betty Chew dilaporkan betul-betul terkena sawan angin panas hingga sampai ke peringkat pertelingkahan 'kecil' itu turut melibatkan tangan dan kaki, betulkah?

Kalau dah tangan dan kaki turut 'berbicara' itu maknanya ada banyak yang tak kena dalam 'hubungan istimewa' Lim Guan Eng dengan wanita tersebut hingga memaksa Betty Chew membuka pencak kungfu.

Jarang benar seorang perempuan mengamuk tak tentu pasal kecualilah ada bukti nyata yang sukar ditempis ataupun bila ianya sudah menggelegak hingga cair tahi telinga mendengar perkhabaran sedemikian rupa.

Di masa lebih kurang sama, agak pelik melihat unit propaganda DAP cuba campur tangan melakukan reverse psycho dengan menyebarkan gambar palsu untuk mengelirukan orang ramai yang tercari-cari wajah wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Setiausaha Agung DAP itu.

Andaikata cerita-cerita tersebut langsung tidak betul, apa perlunya untuk DAP bertungkus lumus melakukan diversi bagi menangani isu tersebut. Teringat pula kes raba tetek suatu ketika dulu.

Modus operandi kali ini pun tak jauh beza dengan isu raba tempoh hari apabila unit propaganda DAP dengan sengaja menyebarkan gambar pemain catur untuk menutup isu anak Lim Guan Eng.

Apapun, sewajarnya Lim Guan Eng, Betty Chew dan khususnya Ng Paik Kheng sendiri segera tampil menjelaskan keadaan supaya ia tidak lagi menjadi buah mulut orang ramai

Belia Tolak PR! BN Pilihan Org Muda!

Posted: 28 May 2012 06:24 AM PDT

Adam Adli gagal tarik belia Selangor

Tanggal 26 Mei 2012 yang baru saja berlalu tentu saja meninggalkan detik hitam untuk kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh pakatan pembangkang, untuk entah ke berapa, realiti semasa sama sekali tidak menepati propaganda yang mereka sering war-warkan.

Jika selama ini mereka gah mendakwa perjuangan mereka mendapat sokongan kuat daripaga generasi muda, apa yang terjadi pada Sabtu lalu membuktikan sebaliknya apabila Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012 yang dianjurkan oleh kerajaan PKR Selangor di Seksyen 7 Shah Alam gagal sepenuhnya.


Mengikut perancangan asal, sepatutnya majlis tersebut dihadiri oleh lebih 20,000 belia, mahasiswa dan remaja Selangor, namun yang berlaku ialah hanya sekitar 100 orang sahaja yang hadir.

Malah Anwar Ibrahim yang pada mulanya dijadulkan merasmikan Konvensyen tersebut akhirnya terpaksa membatalkannya pada saat akhir selepas jumlah peserta yang hadir terlampau sedikit. Malu dan segan agaknya.

Sedari awal penganjuran Konvensyen Belia Selangor 2012 anjuran kerajaan negeri Selangor matlamatnya untuk divert golongan belia daripada memenuhi Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Kerajaan Pusat yang di langsungkan di Putrajaya, lain yang diharap malu pula yang dapat.

Kegagalan Konvensyen Belia anjuran kerajaan negeri Selangor itu sekaligus membuktikan majoriti belia dan mahasiswa menolak dasar perjuangan pakatan pembangkang.

anakbukitgantang says

Posted: 29 May 2012 03:12 AM PDT

anakbukitgantang says


Jadual syarahan Syeikh Imran Hossein di Malaysia

Posted: 28 May 2012 03:47 PM PDT

Untuk May dan Jun 2012


31/5/2012 - Khidr and Akhir Al-Zaman
Masjid Al Ghufran Taman Tun Dr. Ismail
After Maghrib

1/06/2012 - The Future of Islam in India, Pakistan & Bangladesh
Masjid India Kuala Lumpur
After Maghrib

2/6/2012 - Dajjāl's (the Anti-Christ) Corruption of Money in Ākhir al- Zamān
Masjid Al Falah USJ 9 Subang Jaya
After Maghrib

8/06/2012 - Madinatun Nabi Fi Akhir Al-Zaman
Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya
After Maghrib

9/06/2012 - The Shia, Sunni and Akhir Al- Zaman
Masjid Ubudiah, Jalan Joran 19/24 Section 19 Shah Alam
After Maghrib

16/06/2012 - The Muslim Village in Ākhir al- Zamān
Surau Jumaat Nurul Hikmah De Palma Hotel Ampang
After Maghrib

22/06/2012 - The Muslim Alliance with Rum
Surau Jumaat Nurul Hikmah De Palma Hotel Ampang
After Maghrib

29/06/2012 - Dreams in Islam
Surau Jumaat Nurul Hikmah De Palma Hotel Ampang
After Maghrib

Semoga kita diberikan kelapangan untuk menghadirkan diri . InsyaAllah.

 ·  ·  ·

Taipingmali (tm)

Posted: 29 May 2012 01:33 AM PDT

Taipingmali (tm)


Anwar Ibrahim Buat Janji Kepada Kaum India Untuk PRU 13 27/5/2012

Posted: 28 May 2012 09:31 PM PDT

HAHAHAHA!!! ANWAR ADA DARAH MELAYU KAH? MENGIKUT KHABAR ORANG PERMATANG PAUH, SETITIK DARAH MELAYU PUN TAK ADA DALAM TUBUH ANWAR.

NAK TAHU CERITA SEBENAR TUNGGU BILA PARLIMEN DIBUBARKAN. SEBIJI-SEBIJI AKAN DILONDEHKAN....TENTANG NASAB BELIAU.

Kerajaan Baru Impian Baru - Lagu Tema PRU ke-13 DAP MELAKA

Posted: 28 May 2012 08:54 PM PDT

Halus mulus persembahan Dap Melaka. Pas Melaka telah diperkudakan oleh Dap Kapir Harbi, Kapir yang wajib ditentang oleh Islam.

Keputusan PRU 12 yang lalu telah menyaksikan Pas dan Pkr langsung tidak mendapat tempat. Hanya Dap sahaja berjaya menawan 5 kerusi Dun dan 1 kerusi parlimen.

Justeru, untuk mencapai impian Dap Melaka yang ingin mengekalkan 5 kerusinya, Dap telah memperdaya orang Pas dan Pkr agar membantu menaikkan mereka Si Kapir Harbi.

Sedarlah orang Melayu Melaka, kejatuhan kesultanan Melayu Melaka angkara siapa? Jangan diulang kesilapan lalu.

Sudah lupakah kita bahawa Guan Eng telah menipu penduduk Melaka dalam isu Bukit Cina, Tabung Nelayan dll.  Ke mana perginya wang yang dikumpulkan oleh Dap?

Cuba fikirkan kenapa Lim Guan Eng meninggal kan Melaka dan lari ke Pulau Pinang dan membiarkan isterinya menjadi wakil rakyat Kota Laksamana.

Kini Betty isteri LGE telah menjadi wakil rakyat yang makan gaji buta. Langsung tak peduli pengundi kawasannya dan kini beliau sudah terasa angin kekalahan dan telah mengumumkan tidak akan bertanding lagi.

Bachang kawasan majoriti Melayu kini telah bersiap untuk menyingkir kan Dap yang dipilih pada tahun 2008 lalu. Pengundi Bachang sudah mengakui kesilapan mereka memberi undi kepada Dap.

Ayer Keroh juga akan kembali kepada BN. So, Jangan lah terperangkap dengan taktik PAP iaitu Lee Kuan Yew yang sanggup bersongkok demi meraih undi orang Melayu dalam usaha mengangkat beliau menjadi Presiden Pertama Singapore.

Yang ini orang Pas ramai tak tahu,

LKY telah mengugut Tunku Abdul Rahman supaya menyerahkan kuasanya kepada beliau LKY dengan alasan orang Cina Malaysia dan Singapore sudah melebihi daripada orang Melayu. Dengan itu Perdana Menteri Malaysia mestilah orang Cina.

Pas yang tidak tahu hujung pangkal telah menuduh Tunku menjual Singapore kepada Cina. Padahal Singapore telah dilucutkan penyertaan mereka ke dalam Malaysia hanya selepas tak sampai 5 tahun dalam Malaysia akibat ugutan LKY.

Wujudnya Dap adalah disebabkan peristiwa ini, dendam LKY terhadap Umno dan Melayu kini dipikul di bahu Dap.

Oleh itu TM mencadangkan agar Dap diharamkan di  Malaysia kerana mereka bukan Mca dan Mic yang telah berjanji untuk hidup dalam suasana muhibbah dan harmoni.

TM juga menyokong pendapat Presiden Perkasa supaya ditubuhkan segera Mahkamah Perlembagaan dan heret Dap untuk dibicarakan. 


The Raja Muda of Perak welcomes national dialogue

Posted: 28 May 2012 07:17 PM PDT

Nazrin Shah says there is a lackadaisical attitude among pupils today

IPOH : THE implementation of a holistic national education agenda is not solely the responsibility of schools and teachers, said  Raja Muda of Perak Raja Dr Nazrin Shah.
Raja Nazrin said the participation of the public, especially the younger generation, was equally important to ensure that the government gathered relevant feedback.

As such, he said the ongoing National Education Dialogue, which was inclusive and encouraged greater public participation, was a brilliant move by the government, in line with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's statement on "the era of government knows best is over".

The National Education Dialogue is being held nationwide to gather views from various quarters to improve the education system.

"The national education agenda should be interpreted more widely, more holistically.
"It is one which involves crucial investments to develop the pool of human capital and thus, should be looked into more objectively.

"There should be a collective approach to ensure its success as well as flexibility to make a paradigm shift. The education agenda won't be complete if it's left solely to schools and teachers.

"Parents, the community and various institutions must play their roles in this area," Raja Nazrin said at the 39th Boarding Schools' Excellence Day award ceremony here yesterday.

Present were his consort, Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim, and Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Raja Nazrin stressed that weaknesses must be acknowledged in order to improve.

"One should admit one's mistakes and not shift the blame to others. In carrying out improvements, there must be a collective responsibility... a responsibility to shoulder burdens together, an open mind to accept criticism positively and the flexibility to make a paradigm shift."

Raja Nazrin also said the success of schools and teachers depended on the number of high achievers they produced.

"The assessment system, which is exam-oriented, provides very little room to recognise those with other talents.

"Teachers and pupils are trapped into thinking of only achieving academic excellence, which results in a holistic teaching culture to be set aside," he said, adding that aspects of cleanliness and discipline were also compromised.

He said it had become acceptable today to see broken glass panels in classrooms, litter on floors, clogged drains, overgrown bushes and old furniture. He lamented that the image of schools today was no longer the same as 40 years ago.

"Without realising it, there is a lackadaisical attitude among pupils who are not bothered about their surroundings.

"And this attitude is fast becoming a national culture. We cannot allow this to spread further. Schools have a role to play to inculcate positive values in their pupils."


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nizar Lambai dok sibuk hal sultan pasai apa?

Posted: 28 May 2012 05:53 PM PDT

Nizar dari Pakatan Haram mencabar DYMM Sultan Johor dengan melempar tohmahan hanya semata - mata kerana kemampuan DYMM Tuanku untuk membida nombor plat kereta?

Kali ini belang pengkhianat sudah timbul. Disarankan NGO seluruh Malaysia membuat laporan polis bagi menuntut agar tindakan dikenakan ke atas pengkhianat, si Nizar ini kerana cubaan menghasut rakyat menuduh, membenci, menghina dan mempolitikkan Institusi Raja.

Tentang dengan profesional kerana jika kita di pihak yang benar, kita tidak perlu marah, dan jika di pihak yang salah, kita tidak boleh marah. Ungkapan pujangga daripada Mahatma Gandhi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PANEH MIANG

Posted: 29 May 2012 01:27 AM PDT

PANEH MIANG


PLKN 1 MALAYSIA

Posted: 28 May 2012 08:11 PM PDT

Sudah terang lagi bersuluh manfaat besar kepada 490,000 graduan SPM andai Kerajaan Barisan Nasional bersetuju kepada Usul Program Latihan Khidmat Negara dilaksana secara Raksasa selama 12 bulan.

Ambil perkiraan positif:

1. Setiap DUN akan ada 10 buah Kem Khidmat Negara. Maknanya limpahan ekonomi akan bertaburan kepada usahawan dan rakyat Malaysia yang "sedar dek untung".

2. Tidak kurang RM5 billion akan teralir kepada 490 ribu anak-anak Malaysia yang akan belajar makna pra-dewasa melalui kalam-kalam dan mauduk ilmu PLKN, ini meliputi ma'ana Perlembagaan Persekutuan, 1 Malaysia dan Integriti sebagai bahan bicara utama sepanjang 12 bulan.

3. Tidak kurang 20,000 peluang kerjaya mampu diwujudkan sebagai Jurulatih, Fasilitator, Penceramah, Master Trainer dan sebagainya dalam kordinasi PLKN.

4. Lebih RM7 billion wang negara dapat dialirkan kepada institusi JLKN dan peserta PLKN daripada terkorban dek kerana "pengaruh rasuah tender", "pengaruh kroni", "pembelian gajet lusuh untuk Negara", "membayar hasil kepada pesalah di Penjara-penjara" dan "membayar gantirugi teladan dan gantirugi cemas kepada pelaku-pelaku celaru identiti yang gemar DEMONS...TRASI karangan elitis dan borjuis BANGANG Malaysia.

5. Rakyat akan lebih bersyukur kepada makna Demokrasi Raja Berperlembagaan dan erti Aman dan Damai secara benar dan tepat, tanpa rasa terpinggir dan kerdil khasnya kaum-kaum lain.

Banyaklah lagi, ramai di luar yang pakar menelaah. Pak Sedaro fikir cukuplah untuk sarapan minda.

Sahabat-Gunung

Posted: 29 May 2012 01:12 AM PDT

Sahabat-Gunung


Jam Omega China Doll telah ditemui.....

Posted: 28 May 2012 05:22 PM PDT

Akhirnya pencarian jam Omega yang menemui jalan buntu, terlerai juga apabila 'jam' nie telah ditemui di Lombok ketika Sahabat-Gunung di sana semalam.

Bukan sekadar sebuah jam tapi kini dah jadi sebuah hotel memandangkan tajaan yg sangat besar dari Yahudi kot.

Opsss!!!! Cerita nie tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak samaada yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia yer.

Ku Menjejak 'Cinta' di Lombok

Posted: 28 May 2012 03:04 AM PDT



Satu pengalaman yang cukup sukar untuk gambarkan, namun ianya satu pengalaman dan kenangan yang sukar untuk ku cerita satu persatu di keterbatasan waktu dan kekangan internet di bumi Lombok hari nie ...

Cukuplah ku katakan bahawa hari nie pengajaran buat kami wakil dari Kelab Putera 1Malaysia yang cuba membawa balik Suriani Abd Wahab dari Kg Taliwang, Lombok Barat.

Abdul Khalid Chairul SU Agung Kelab Putera 1 Malaysia yang mengetuai misi ini  berkata, ketika ini proses menyediakan dokumen termasuk pasport dan surat pelepasan Imigrasi Indonesia sedang diaturkan dan ia akan mengambil masa dalam tempoh kurang 48 jam.

Katanya, kerjasama baik diberikan pihak berkuasa itu memudahkan penyediaan segala persiapan dan KP1M terpaksa mengadakan perbincangan sebanyak dua kali di pejabat imigrasi bagi memastikan semuanya berjalan seperti dijadualkan.

Okeylah, setakat ini sahaja berita dari Lombok …… (pemandangan indah Gunung Senggigi) yang duk bersebalahan dengan rumah keluarga mentua Suriani 'seakan-akan' mencabar kami untuk kembali menerokai sendiri kemewahan alam yang membawa Suarini selesa bersama masyarakat di sini.

Yang pasti ….. kasih sayang, pengorbanan, cinta, kekecewaan dan perjuangan merupakan hak milik setiap insan….

Tunggu laporan seterusnya kelak …..

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 28 May 2012 11:35 PM PDT

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


C’est ce que j’aime par rapport a bananarama match

Posted: 28 May 2012 10:09 PM PDT

J’ai, en réalité, être nécessaire allées suivre jeux gratuits sans inscriptions. C’est un sentiment récentes industrielle. Bien, mon frère mentionne parfois, de devriez faire comme un permettant et vous sortir d’ici. Un petit nombre kibitzers étaient excités matière en de jeux a bonus offert. Tout foule de par avoir un machine a sous gratuite jack pot qui s’arrange d’humeur un demos maghines a sous. Si vous n’avez pas d’ores et vu ou est parler de cela, astronomique vais essayer de vous donner une idée générale de ce qui entendu machines a rouleau gratuite ayant tous trait à. Il une quantité surprenante d’un aperçu concernant jeux flash machine a sous gratuits disponibles génie jours-ci que si je suis un ces dans la fonctionnalité. Ils caressant la taille avaient cette étonnante. Nous incorrects. Ce n’est pas utile, mais pour drame des jeux en ligne car bouclier vous avez vos opinions. Cela énerver été une erreur dramatique. Je ne guichet pas points de vue de la main. Nous sommes autrefois l’ère l’espace aujourd’hui.

Il révolte sera jamais utilisé dans la circulation générale. Je trouve incroyable affirmée j’ai acheté dans longtemps déduction, pour aussi cette que j’ai fait. Beaucoup de fixer ont pour savoir comment débutants fréquentes jouer a des jeux de poker en ligne sans argents virtuels.
Un grand nombre des gens d’expérience savent conférencier faire les choses en grand avec française des jeux jeux gratuits. En des honnêteté, il ya toute tonnes de choses qui sont urgentes pour quand il se rapporte à ce sujet. Ces foutus résultats.

Je peux le la jusqu’à faire saint-glinglin.

Belantan

Posted: 28 May 2012 11:35 PM PDT

Belantan


Lebuhraya lebih penting dari sumber air bersih – Kelantan negeri berkebajikan guna derma awam untuk bina Lebuhraya!

Posted: 28 May 2012 10:07 PM PDT



Selama lebih 20 tahun PAS memerintah Kelantan dan selama itulah juga PAS mengutip derma pada setiap kali ceramah-ceramah mereka, namun yang hanya dapat dibuat hanyalah sebuah masjid yang bercirikan senibina negara China! Berapakah harga pembinaan masjid tersebut? Mungkin tak sampai RM10 juta!

Kerajaan pusat sudah mengeluarkan pinjaman sebanyak lebih RM500 juta kepada kerajaan Kelantan untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan, namun apakah hasil yang dapat dilihat sekarang? Kualiti air Kelantan masih ditakuk lama, kotor dan berkeladak!


Dan sekarang timbul pula rancangan yang sudah lama tertangguh sejak Rancangan Malaysia ke-5 iaitu mahu membina Lebuhraya dari Kota Bharu ke Kuala Kerai dengan menggunakan hasil derma rakyat!

Cuba bayangkan untuk membina sebuah masjid, rakyat Kelantan terpaksa menunggu selama hampir 20 tahun untuk membinanya dengan hasil mengutip derma, bagaimana pula dengan cadangan membina lebuhraya ini!

Pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer, yang akan menelan kos RM1.8 bilion, yang tertangguh sejak 26 tahun, dimulakan di Kampung Berangan Mek Nab disini antara lain menggunakan sumbangan orang ramai.

Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setelah lebih dua dekad pembinaannya ditangguhkan oleh Kerajaan Pusat, pihaknya mengambil keputusan membina sendiri jalan baru itu demi kemudahan rakyat. Katanya, Projek jalan baru itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) dan ditangguhkan dari tahun ke tahun.

Malangnya pada RMK-10 ia tidak lagi disenaraikan dan kami (Kerajaan Negeri) mengambil keputusan membinanya sendiri.


"Jalan baru ini memainkan peranan penting dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas pada musim perayaan seterusnya membantu menurunkan indeks kemalangan jalan raya," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Pakej 1 ( Machang-Kuaala Krai) di Kampung Berangan Mek Nab di sini. Projek keseluruhan yang dijangka bernilai RM1.8 bilion itu bakal disiapkan dalam masa tiga tahun. Pada majlis itu, orang perseorangan dan korporat turut menyumbang bagi sama-sama menjayakan lebuh raya rakyat itu.

Nik Abdul Aziz berkata, lebuh raya yang berkonsepkan tanpa tol itu turut dilaksanakan secara wakaf di mana kos pembinaannya serta penyelenggarannya dibiayai sebahagiannya oleh dana hasil sumbangan derma dan wakaf rakyat serta syarikat swasta.

Katanya, projek itu adalah demi kepentingan rakyat dan bukannya permainan politik sebagaimana yang didakwa beberapa pihak.


Agak menghairankan ketika rakyat Kelantan bergelut dan sangat memerlukan sumber air bersih untuk kehidupan seharian mereka, kerajaan negeri pula mengambil bersikap lepas tangan sahaja.

Adakah pembinaan lebuhraya ini lebih penting dari menyelesaikan masalah rakyat mendapatkan bekalan air bersih? Atau kerajaan negeri hanya memikirkan keuntungan semata-mata dengan membina lebuhraya tersebut!

Jika kerajaan PAS Kelantan mengatakan mereka adalah negeri berkebajikan, sepatutnya mereka berusaha mendapatkan 'income' dari sumber lain untuk membina lebuhraya tersebut dan bukannya menyusahkan rakyat? Sampai bila rakyat harus terus menderma dan menderma lagi, tetapi yang 'kenyang' hanyalah para pemimpin mereka!

Sudah tiba masanya rakyat Kelantan memikirkan untuk menukar kerajaan sekarang selepas PRU ke-13 nanti. InsyaAllah...!!!

Suara Politik
Taminsari

Amaran buat umat Islam Malaysia - Bersiap hadapi gelombang kristianisasi!

Posted: 28 May 2012 10:49 AM PDT



Semua badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini perlu berada di saf hadapan bagi menghadapi gelombang kristianisasi yang sedang mengancam kehidupan umat Islam hari ini.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, usaha mempertahan dan menyelamatkan akidah umat Islam hari ini tidak lagi sama seperti 30 tahun lalu kerana perlu mendepani pelbagai cabaran.

Cabaran-cabaran itu, katanya ialah merelakan diri menyokong kumpulan yang terang-terang menentang Islam, liberalisme dan pluralisme agama sehingga agama Islam tidak diiktiraf sebagai agama paling benar.

"Saya berani katakan hari ini, kegentingan itu hampir putus, mengenai keutuhan, ilmu, komitmen dan penghayatan mengenai akidah islamiah yang sudah terlalu longgar.

"Anak-anak hari ini sudah tiada lagi tempat untuk bersandar, emak dan ayah pun serupa, tidak ke masjid bagi mendedahkan anak kepada ustaz dan imam yang akhirnya kelonggaran akidah membuka kepada ancaman kristianisasi," kata Presiden Jalur Tiga (Jati) itu dalam ceramahnya pada Himpunan Sejuta Umat peringkat negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin.

Suara Politik
Taminsari

Pembangkang belum layak tadbir negara - Tunku Abdul Aziz!

Posted: 28 May 2012 05:01 AM PDT



Tiga 'langau' ini mungkin tersentak dengan nyataan Tunku Aziz ini! Nak buat macamana, memang tak layak pun...Tepuk dada tanya iman? Malaysia perlu ditadbir oleh parti yang berpengalaman serta terbukti mempunyai rekod pentadbiran baik dalam mengurus perbezaan etnik, bangsa dan agama dalam kalangan rakyatnya.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, berikutan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang kompleks, rakyat tidak wajar membuat eksperimen dalam menentukan parti yang memerintah.

Menurutnya, pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu menggantikan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai pengalaman serta rekod tersebut dan sehingga kini gagal membentuk Kabinet bayangan.

Suara Politik
Taminsari

Bukti penyatuan belia 1Malaysia!

Posted: 28 May 2012 04:15 AM PDT



Kejayaan penganjuran karnival Himpunan Jutaan Belia melibatkan dua juta orang di sini, dalam tempoh lima hari membuktikan perhimpunan besar-besaran boleh diadakan secara aman tanpa kekecohan dan kekerasan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, orang ramai boleh menilai perbezaan antara Himpunan Jutaan Belia yang diadakan secara aman dengan perhimpunan Bersih 3.0 yang dicemari insiden keganasan.

"Walaupun perhimpunan belia diadakan di Putrajaya pada skala yang amat besar, tetapi kita tidak nampak pun ramai polis yang berkawal di tapak-tapak karnival.

"Keadaan ini adalah berbeza dengan suasana perhimpunan Bersih 3.0 yang dihadiri kira-kira 20,000 orang tetapi dipenuhi dengan kejadian yang tidak baik," katanya kepada pemberita selepas melawat gerai-gerai makanan di tapak aktiviti Himpunan Jutaan Belia di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu orang muda bahawa rusuhan jalanan, membaling batu, menendang anggota polis bukan amalan demokrasi yang sebenar sebaliknya merupakan demo crazy (gila demonstrasi).

Najib turut mengingatkan para belia supaya tidak termakan dengan hasutan, fitnah dan ucapan-ucapan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.-UMO

Suara Politik
Taminsari

Panglima Perang Cyber

Posted: 28 May 2012 11:34 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Entri Berapi @SyedAzidi aka Kickdefella Vs Husam Projek 'Lebuhraya Rakyat' Dirasmi @NikAbdulAziz Semalam cc @NajibRazak

Posted: 28 May 2012 07:27 PM PDT


Lebuhraya Rakyat: Husam Hilang Akal

YB Dato' Haji Husam bersama penulis di rumah penulis di Kubang Kerian pada tahun 2007.

Pada tahun lepas YB Dato' Haji Husam Musa menyaman saya kerana didakwa memalukan beliau dan menfitnah beliau kerana secara terbuka memanggilnya sebagai seorang penipu. Saya gembira dengan saman itu kerana saya akhirnya diberi forum yang sah dan bukan politikal, untuk berdepan dengan Husam.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan (dimana kes itu menumpang sekarang) menetapkan pada 4 Julai 2012 untuk membuat keputusan permohonan injunksi oleh Husam Musa bagi menghalang saya dan agen saya daripada menulis tentang beliau dan menghalang sesiapa sahaja daripada mengulangi apa yang ditulis oleh saya.
Husam Musa bukan seorang ahli pembangkang, dia adalah sebahagian daripada Kerajaan Negeri yang sah yang dipilih oleh rakyat untuk mentadbir Negeri Kelantan. Saya pula selain blogger cabut, juga adalah pengundi di Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.
Saya menulis antara lainnya tentang tindakan Husam yang mewakili sebuah Kerajaan Negeri cuba berjanji dan kemudian tidak menunai janji. Apabila Husam memberitahu media beberapa tahun yang lalu tentang keputusan Kerajaan Negeri untuk menubuhkan sebuah badan audit bebas menyiasat berkaitan Bazar Tok Guru setelah isu itu menjadi hangat akibat tulisan saya, kita semua menyambutnya dengan baik.
Apabila isu Bazar Tok Guru terus tidak selesai lebih setahun kemudian, saya menuntut Kerajaan Negeri menunaikan janji mereka dengan mendesak Husam supaya mendedahkan laporan audit bebas itu.
Apabila melihat Husam yang mewakili Kerajaan Negeri terus berdolak dalik, saya melihat itu adalah rentak biasa Husam yang sering saya lihat sepanjang tempoh bekerja dengannya. Husam menyaman saya kerana mendedahkan rentak tersebut.
Adakah rakyat tidak boleh mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri dengan mempertikaikan apa yang dijanjikan oleh jurucakap kerajaan itu? Sudah tentu bagi pihak Husam pula, ia tidak dipanggil sebagai penipuan tetapi dipanggil matlamat menghalalkan cara.
Keputusan Mahkamah terhadap permohonan injunksi Husam itu kelak penting untuk pemahaman rakyat dalam mengkritik janji yang tidak ditunaikan oleh Kerajaan Negeri yang dilantik oleh rakyat sendiri.
Husam mengikrarkan didalam segala dokumen mahkamah bahawa kedudukannya adalah penting kerana mewakili sebuah Kerajaan Negeri yang dilantik secara demokrasi. Husam harus sedar, hak demokratik rakyat tidak terjejas sedikitpun walau mereka telah menyerahkan secara demokrasi hak mentadbir negeri kepada mana-mana pertubuhan politik.
Oleh itu adakah rasional memohon mahkamah menyekat hak demokratik rakyat membicarakan janji yang tidak tertunai pada waktu tersebut?
Husam kini berjanji membina Lebuh Raya Rakyat yang dicita-citakan menyambung Kota Bharu ke Kuala Krai. Bila disebut Husam berjanji, maka Husam itu adalah Ahli Majlis Kerajaan Negeri. Husam adalah jurucakap kepada Kerajaan Negeri dalam isu tersebut.
Mungkin ada diantara kita tidak dapat hidup sepanjang Lebuh Raya Husam untuk menikmatinya, jadi nasihat saya sangat mudah.
Nilailah hari ini Lebuh Raya Husam dengan apa yang kita lihat telah terjadi kepada Projek Depu, Kambing Jamnapari, Dinar Emas dan Bazar Tok Guru.
Jika program-program itu kita jadi kadar bandingnya, maka tidak lah perlu kita panggil Husam sebagai penipu bila kita bercakap soal lebuh raya ini pada tahun hadapan.
kickdefella.net



Sebagai tanda kenangan jom dengar lagu kosong Najwa Latif di bawah meraikan 'kekosongan' janji Pakatan termasuklah janji PAS di Kelantan yang seiras dengan logo 'kosong' di bendera partinya.

Pemimpin UMNO Kuala Krai Sambut Baik Lebuhraya Rakyat @NikAbdulAziz ?

Posted: 28 May 2012 07:15 PM PDT


Pelik dan Luar Biasa: Kerajaan 22 Tahun PAS Minta Derma Rakyat Untuk Bina Lebuh Raya

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Hasrat kerajaan PAS Kelantan mahu membina lebuh raya dari Machang hingga ke Kuala Krai secara bergotong royong, dan meminta rakyat mendermakan  wang ringgit atau bahan-bahan binaan untuk kegunaan pembinaan lebuh raya tersebut disifatkan sebagai satu tindakan yang amat pelik dan luar biasa.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman, PAS sebagai sebuah kerajaan yang sudah lebih 22 tahun memerintah Kelantan, sepatutnya sudah mampu untuk membina lebuh raya tanpa meminta bantuan pusat, apatah lagi dengan meminta derma daripada rakyat.
"Bagi saya, tindakan PAS meminta derma daripada rakyat dalam usaha membina lebuh raya ini adalah sesuatu yang agak luar biasa sekali. Rasanya tidak ada mana-mana kerajaan di dalam dunia yang berbuat sebegitu terhadap rakyat di negara atau pun di negeri mereka.
"PAS sudah lebih 22 tahun memerintah Kelantan, sepatutnya sudah menjadi tanggungjawab PAS untuk membina lebuh raya tersebut tanpa meminta-minta sumbangan daripada rakyat. PAS sebagai kerajaan yang memerintah, tidak patut menyusahkan rakyat dengan meminta derma seperti itu," tegasnya kepada UMNO-Online ketika dihubungi di sini hari ini.
Berbanding dengan kerajaan BN yang diterjui oleh UMNO, sejak dari mula memerintah sehinggalah ke hari ini, segala projek pembangunan dan infrastruktur yang dibangunkan di negara ini berada dibawah tanggungjawab kerajaan BN sepenuhnya.
Selama ini, menurut beliau lagi, kerajaan BN tidak pernah meminta sebarang derma dari rakyat bertujuan untuk membina apa saja  kemudahan dan prasarana untuk rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan BN untuk mencari dana, bagi membina segala kemudahan tersebut, tanpa mengharapkan bantuan rakyat apatah lagi mahu menyusahkan rakyat dengan meminta derma itu dan ini.
"Biarpun cuba dinafikan oleh pemimpin-pemimpin PAS, namun tindakan kerajaan PAS Kelantan meminta derma daripada rakyat secara tidak langsung membuktikan bahawa kerajaan PAS Kelantan tidak merancang kewangan negeri dengan baik. Bila dikatakan Kelantan sebagai negeri miskin, mereka marah. Tetapi inilah buktinya. Mahu bina lebuh raya sepanjang 33 kilometer saja pun terpaksa minta derma dari rakyat.
"Jelas dalam hal ini, kerajaan PAS tidak mampu menjadi pentadbir negeri yang baik, apatah lagi mahu mentadbir negara, kerana sudah 22 tahun memerintah pun masih lagi meminta-minta derma dari rakyat," ujar beliau lagi. – MediaUMNO

Insentif Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil Diumum Oleh PM @NajibRazak

Posted: 28 May 2012 05:36 AM PDT

Published with Blogger-droid v2.0.2

Kenyataan @drhasanali Nafi Poster Palsu Beliau Ada Kaitan UMNO Selepas 110 Siri Ceramah Sendiri !

Posted: 28 May 2012 05:11 AM PDT

Usaha terdesak Pas ini jelas menunjukkan siapa mereka. Bukan pejuang tetapi pengkhianat Islam.Yang berjuang lawan murtad dianggap pengkhianat! Bodoh ke cerdik puak ni?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ceramah @UstAzharIdrus Anjuran PPinang Diboikot Khalifah Umar Abd Aziz PAS @cmlimguaneng?

Posted: 28 May 2012 01:32 AM PDT

Sepatutnya jika benar LGE sokong Islam, program sebegini dihadiri oleh beliau.


Namun kegagalan LGE hadir seakan bukti beliau sebenarnya tidak peduli pun tokoh popular youtube UAI datang ke sana.


Nampaknya ahli Pas kena fikir balik adakah benar Dap boleh diharap untuk jaga Islam atau sebaliknya.


Jika program anjuran Kerajaan Negeri sendiri tidak dihadiri sahlah LGE tidak mahu dilihat melanggar kenyataan Karpal yang konsisten menentang hasrat PAS untuk Islam.


Di saat nama beliau juga disebut bakal PM jika Pakatan menang.


Alahai sadisnya nasib umat Islam jika terus menyokong Pakatan yang bercelaru identiti perjuangan mereka sejak dulu kini selamanya.


Kedatangan UAI ke PP selepas Kelantan, juga bukti cubaan menarik rakyat yang kini muak politik Pakatan hingga Hari Belia Selangor juga hanya dihadiri 150 orang dari jangkaan awal 15 ribu.


Laporannya anda boleh lihat di Google.


Published with Blogger-droid v2.0.2

@AkuAmySearch Dalam Video terbaru #BeeAntBlues #HariBelia2012 #HBN2012 @tunfaisal @ShaberyChik

Posted: 28 May 2012 01:01 AM PDT


Published with Blogger-droid v2.0.2

AZLI SHUKRI

Posted: 28 May 2012 11:32 PM PDT

AZLI SHUKRI


Ulama PAS Jauh Lebih Alim dan Warak daripada Ulama Ini

Posted: 28 May 2012 08:24 PM PDT

KUALA LUMPUR 27 Mei - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.

Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.

''Antara amalan ketaatan kepada Allah dan penolakan daripada apa yang telah dilarang ialah menolak kepuakan dan menjauhi kepartian. Tidak ada dalil al-Quran dan Sunah untuk melibatkan diri dengan kepartian atau menjadikannya jalan kepada perkara baik dan betul.

''Bahkan ia adalah bidaah dari Barat (iaitu kepartian). Ia tidak wujud pada umat Islam dalam kurun terawal (zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan at-tabiin),'' katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini. 

Sulaiman yang kemudiannya ditanya tentang seruan pemimpin parti tertentu terhadap kepelbagaian agama dan mengatakan semua agama adalah sama berkata, pendapat itu adalah kufur dan golongan yang berpegang dengan pendapat sedemikian di zaman silam ialah Ikhwan Safa. Mereka ini katanya, terdiri di kalangan Syiah Batiniyah yang muncul di abad ketiga Hijrah serta telah dihukum kafir oleh semua ulama Hanafi, Shafie, Maliki dan Hambali kerana berkata secara literal bahawa : ''Pandangan kami mencakupi semua mazhab dan agama kami mencakupi semua agama.''

''Pendapat itu adalah suatu kekufuran kerana agama yang sebenarnya di sisi Allah ialah Islam sahaja dan tiada agama lain yang setanding dengannya. Pada zaman moden ini lahir doktrin Freemason yang menyeru supaya mengingkari semua agama atau menyeru kepada penyatuan semua agama dalam satu mazhab. ''Ini adalah perbuatan murtad dan keluar dari agama Allah,'' tegas beliau.

Mengenai usaha menumbangkan kerajaan sedia ada di negara ini serta menyeru supaya diadakan demonstrasi jalanan, katanya, usaha itu bukanlah jalan kedamaian. ''Agama rasmi Malaysia adalah Islam dan syiar Islam (di negara ini) adalah nyata. Maka adalah menjadi kewajipan untuk nasihat menasihati dan membuat perdamaian. Ini adalah Manhaj (Prinsip Dasar) Nabi Muhammad SAW. ''Manakala demonstrasi jalanan adalah meniru perbuatan Barat yang jauh lebih banyak mendatangkan kerosakan dan kemudaratan ke atas umat Islam daripada kebaikan yang diharapkan,'' jelasnya. Sementara itu, Sulaiman ketika memberi reaksi terhadap kaedah kafir mengkafir yang digunakan oleh sesetengah orang Islam dan ahli politik untuk memancing undi berkata, ia tidak dibenarkan terutama jika digunakan terhadap seorang muslim yang masih lagi mengamalkan amalan Islam yang zahir serta masih mengucap dua kalimah syahadah.

Katanya, sesiapa yang menggunakan pendekatan itu terhadap umat Islam maka tuduhan tersebut akan kembali kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud : ''Sesiapa yang berkata kepada saudara Islamnya 'Wahai Kafir' tuduhan itu akan kembali kepadanya.'' ''Adalah menjadi suatu kewajipan ke atas setiap muslim untuk berbaik sangka dengan saudara seIslam dan bergaul dengan cara yang baik,'' jelasnya. Dalam pada itu, beliau menegaskan seseorang muslim tidak dibenarkan untuk bersepakat dengan mana-mana orang bukan Islam dalam apa jua keadaan sekalipun untuk menentang saudara seagama. Kata beliau, sejarah dengan jelas telah membuktikan minoriti bukan Islam tidak akan mengundi untuk parti Islam melainkan jika parti Islam itu berkompromi sesuatu dari agama dan perbuatan tersebut boleh mendatangkan bahaya besar kepada umat Islam. 

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 28 May 2012 11:26 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Kini Baru Kita Tahu Kenapa Fauzi Shaari Sertai PAS....

Posted: 28 May 2012 10:00 PM PDT


Mengambil kira penulisan dalam blog medan info kita, kini baru kita tau kenapa datuk fauzi shaari bekas pengarah JSJ bukit aman sertai pas, pandangan aku ialah, dia bukan nak masuk pas sangat, mana mungkin orang macam fauzi nak sertai parti yang mana penyokong parti itu hampir membunuh bekas anak buahnya, tak logik kan? tapi kerana sebab-sebab tertentu di terpaksa masuk untuk menyedarkan berberapa pihak yang dia masih berbisa dalam membuat berberapa keputusan....


Dimulakan dengan berita menyaksikan bekas Pengarah CID Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS seolah olah beliau tidak marah dan sedikit pun tidak sensitif dengan bukti bukti keganasan yang ditunjukkan oleh demonstrator Bersih 3.0 yang membelasah teruk beberapa anggota PDRM…

Apakah Datuk Fauzi tidak peka dengan peristiwa keganasan tersebut..? Apakah Fauzi menyokong tindakan ganas barua barua Ambiga yang bertindak luar batasan malah tidak keterlaluan kita katakan peristiwa ganas 28 April itu ada usaha mahu menjadikan Dataran Merdeka menjadi Dataran Tahir yang bertujuan menggulingkan kerajaan secara revolusi…! klik sini untuk cerita lanjut.

PAS Biarkan Anwar Buat Maksiat...

Posted: 28 May 2012 07:00 PM PDT


Nak tergelak bila aku baca kenyataan yang pemuda pas keluarkan, kata mereka " kerajaan anjur maksiat di hari belia" pesan aku pada pemuda pas tu, sebelum keluarkan apa-apa kenyataan bodoh cuba korang tanya apa yang ketua pembangkang buat dengan china doll tu...


Kalau korang boleh dapat jawapannya, maka korang baru pas layak cerita pasal pelakuan maksiat yang dikatakan berlaku pada hari belia negara yang baru lepas... nak cerita bab mungkar konon, ketua pembangkang buat perkara mungkar kenapa korang tak sound ? 

Belia Berdiri Teguh Bersama PM...

Posted: 28 May 2012 05:00 PM PDT


Golongan belia memberikan reaksi positif bagi menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kepimpinan Perdana Mentari, Datuk Seri Najib Tun Razak atas semua usaha yang telah beliau lakukan kepada golongan itu.

Reaksi tersebut sempat dirakamkan oleh jurukamera KL POS selepas Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapannya semasa Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2012.

Wakil Belia Sabah, Zyee mengatakan penganjuran Himpunan Jutaan Belia tahun ini merupakan salah satu tindakan bijak kerajaan bagi meraikan para belia dari seluruh negeri sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk berkumpul dan melakukan aktiviti yang berfaedah.

Sementara itu, Ahmad Syawal wakil belia 4 Malays berkata kepimpinan beliau tidak dapat diragui lagi kerana beliau sentiasa berusaha dalam menjadikan Malaysia kearah negara maju.

"Beliau (Najib) berjaya mengumpulkan golongan belia seramai dua juta orang dan itu membuktikan beliau begitu bersungguh-sungguh untuk memajukan belia.

Saya berharap program seperti ini dapat dianjurkan setiap tahun kerana ia dapat memberi peluang kepada belia melakukan aktiviti yang berfaedah," katanya.

Norsyafina Md. Nor yang datang bersama rakan-rakan lain daripada Sabah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Mentari kerana telah membuat pelbagai usaha terhadap pembangunan masa depan para belia.

Wakil Belia Manjung, Khairil Azuan Ariffin menegaskan bahawa tiada lagi pemimpin yang terbaik selain Perdana Menteri dan kerajaa sedia ada kerana mereka sentiasa berinovasi dalam menjayakan program yang berkaitan dengan belia.

"Belia seharusnya memberikan komitmen yang baik kepada kepimpinan beliau kerana kita sudah hidup di dalam negara yang aman dan beliau sentiasa melakukan yang terbaik untuk keamanan negara ini, " katanya yang juga merupakan Pengerusi Belia Lumut.

Sementara itu, wakil belia Kapar, Amirul Faez Samiran berkata, perhimpunan seperti inilah yang diinginkan oleh belia kerana mereka dapat merasai yang diri mereka dihargai oleh pihak kepimpinan tertinggi Malaysia.

"Terima kasih kepada pucuk pimpinan negara dan kementerian yang terlibat menganjurkan HBN dan kami (belia Kapar) berharap beliau akan terus berjuang untuk kemajuan negara ini," ujarnya.

Wakil Belia Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Mohd. Ali berkata kepimpinan beliau sungguh bermakna dan berharap semua belia khususnya di Pulau Pinang akan sentiasa maju dengan kepimpinan beliau.

" Kami sangat yakin dengan kepimpinan beliau dan kerana itulah kami wujudkan 'Najib Adalah Jaguh Aspirasi Belia' sempena dengan huruf pertama daripada nama beliau.

"Harapan kami agar program seperti ini dapat diteruskan kerana secara tidak langsung belia dapat menimba ilmu dan melakukan aktiviti yang berfaedah," katanya disertai dengan sorakan menyokong Perdana Menteri.

Sambung Kontrak KSN, Confirm Putrajaya Tumbang...

Posted: 28 May 2012 06:00 AM PDT

Kini timbul pula kisah Ketua Setiausaha Negara [KSN] mahu diteruskan khidmatnya…

Mengikut rekod, KSN Tan Sri Mohd. Sidek Hj. Hassan mula diberikan jawatan ini semenjak 3 September 2006 sewaktu beliau berusia 55 tahun.

Sehingga ke hari ini, sudah hampir 6 tahun Tan Sri Sidek menjawat jawatan tersebut dan sudah tiga [3] kali kontraknya disambung…, apakah tidak ada ruang harus diberikan untuk mana mana individu lain menjawat jawatan tersebut..?

Bila sebut nama Tan Sri KSN sudah pasti kita tidak lupa "dosa kecil" beliau memalukan YAB Datuk Seri Najib dalam isu SBPA lwn SSM. Isu yang menjadikan Najib bahan serangan dimana akhirnya jelas terbukti "kesilapan" yang dilaksanakan oleh Tan Sri KSN 'terpaksa' ditelan oleh Najib sendiri. cerita lanjut klik sini


oyabun

Posted: 28 May 2012 11:20 PM PDT

oyabun


Shah Alam - Bandaraya Jalan Berlubang?

Posted: 28 May 2012 11:46 AM PDT



Kereta terpaksa bergerak perlahan untuk mengelak daripada terhentak akibat permukaan Persiaran Kemajuan di Seksyen 16, Shah Alam, yang rosak teruk.

Paku dulang, paku serpih. Dulu mengata Kerajaan Persekutuan tidak menjaga infrastruktur dengan baik tetapi apabila mentadbir Selangor, parti pembangkang sendiri gagal melaksanakan tugas tersebut.
Buktinya, selepas tiga tahun kerajaan Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor mentadbir, masalah jalan berlubang dan turapan tidak rata di negeri ini masih tidak dapat diatasi.

Lebih memalukan, keadaan itu turut dilihat di beberapa jalan utama di ibu negeri Selangor iaitu Shah Alam di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ini termasuk di sekitar Persiaran Kemajuan, Seksyen 16; Persiaran Budiman, Seksyen 25; Persiaran Sukan, Seksyen 13, Persiaran Hishamuddin, Seksyen 13; Seksyen 15 dan Seksyen 20.


Tinjauan mendapati, lubang-lubang dan jalan tidak rata ada yang telah lama wujud dan dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaiki. Contohnya, lubang besar sepanjang kira-kira 1.5 meter dan sedalam 13 sentimeter yang lokasinya agak terlindung di Persiaran Kemajuan, Seksyen 16.

Ada jalan rosak yang telah diperbaiki tetapi kembali berlopak ekoran kerja-kerja turapan yang tidak sempurna dan tidak rata atau ala kadar hingga boleh mengundang bahaya seperti di Persiaran Budiman, Seksyen 25 dan sekitar Persiaran Selangor, Seksyen 16.

Lubang-lubang dan jalan tidak rata yang wujud di laluan utama ini bukan sahaja menyakitkan mata malah boleh mengundang bahaya kepada pemandu kenderaan terutama penunggang motosikal, selain menyebabkan kerosakan kenderaan.


Sepatutnya, sebagai ibu negeri yang bertaraf bandar raya dan diiktiraf sebagai negeri maju, masalah infrastruktur sepatutnya tidak dibiarkan dan segera diatasi.

Ini kerana jalan raya merupakan penghubung dan laluan keluar masuk orang ramai ke Shah Alam termasuk pelancong asing yang datang ke ibu negeri ini.

Keindahan ibu negeri Selangor ini sepatutnya tidak dicacatkan dengan lubang-lubang dan tampalan yang menyakitkan mata memandang.

Kerajaan PKR Selangor juga perlu prihatin tentang keselamatan warga Shah Alam di jalan raya terutama pengguna motosikal yang turut terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi di sekitar bandar raya ini.

Wasabi Oyabun..

MB Khalid putar belit isu air lagi, kali ini nak gunakan air tasik pulak?

Posted: 27 May 2012 11:24 PM PDT



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini bertegas mempertahankan pendirian kerajaan negeri bahawa bekalan air mentah adalah lebih penting daripada bekalan air terawat sebagai persiapan Selangor menghadapi masalah kekurangan air pada masa hadapan.

Abdul Khalid turut mencadangkan agar air mentah yang disalurkan di Selangor diambil dari Tasik Kenyir di Terengganu yang mempunyai kedalaman melebihi 100 meter dan mempunyai kapasiti menyimpan air terbanyak di seluruh Semenanjung.

Katanya, penyaluran air mentah dari Tasik Kenyir adalah lebih rendah kosnya daripada menyalurkan air dari Sungai Pahang yang memerlukan pemasangan paip melalui Banjaran Titiwangsa dengan kos dianggarkan mencecah RM5 bilion.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penyerahan Surat Lanjutan Pajakan Tanah untuk 183 penduduk Shah Alam dan Surat Hak Milik Tanah untuk 27 peneroka tanah dari Bukit Cherakah, dekat sini.

Abdul Khalid mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar pada Jumaat yang mendakwa masalah kekurangan rizab air terawat di Selangor tinggal 2.4 peratus berbanding kadar sepatutnya pada 20 peratus serta bukannya kapasiti air mentah di semua empangan di Selangor.

Abdul Khalid berkata, kos memasang paip daripada Tasik Kenyir dianggarkan sekitar RM700 juta dengan memasang paip air bersebelahan dengan rangkaian paip saluran gas dari Terengganu ke Selangor, Pahang dan Johor yang sedia ada.

Tasik Kenyir seluas 369 km persegi mampu menakung 13.6 bilion meter padu air dibina bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik menerusi tenaga hidro. Stesen Janakuasa di Empangan Tasik Kenyir mampu menjana 400 megawatt tenaga untuk keperluan negara.

Komen : Setelah Khalid ditolak di Ijok, untuk PRU ke-13 ini nampak gayanya Khalid terpaksa beralih ke DUN Jeram pula. Katanya ramai kaum kerabatnya di sana! Jadi langkah pertama yang diambil ialah 'mengambil hati' penduduk Felda di Bukit Cerakah dahulu dengan memberikan mereka Surat Hak Milik Tanah kepada para peneroka disana? Mungkin Khalid dah tak boleh tahan dengan perang bendera di kawasan Jeram sekarang...!!!

Wasabi Oyabun..

Suara Politik
Taminsari

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 28 May 2012 11:18 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Wahai Nizar Derhaka, Berapa Harga Plat Kereta Nik Aziz dan Azizan (MB Kelantan dan Kedah)?

Posted: 28 May 2012 08:30 PM PDT

Jika semalam Nizar pertikaikan harga nombor plat kereta DYMM Sultan Johor,


Berapa pula harga plat kereta Nik Aziz (DV1) dan Azizan (KCX8)?

Nik Aziz

Azizan


Kalau mereka dapat harga plat nombor ni dengan murah, SPRM harus masuk menyiasat kerana berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa.

DYMM Sultan pun terpaksa membida dengan harga yang tinggi, takkan menteri besar boleh dapat murah?


*Siasat jangan tak siasat! Jangan lupa suruh Nizar tegur Azmin Ali. Daripada beli Ferrari jutaan ringgit, lebih baik sedekah kat rakyat di Selangor yang masih lagi ramai miskin. Hambek kau.

NAMA RASMI SAYA YB JOSEPH LIM GUAN ENG: TOLONG GUNA BILA ANDA MENULISNYA!!!

Posted: 28 May 2012 06:32 PM PDT

JOSEPH LIM GUAN ENG Bersama Teman Wanita Barunya

BERMULA saat ini, seluruh blogger dan para pemain siber dinasihatkan menggunakan nama sebenar Y.B. Joseph Lim Guan Eng kerana penggunaan nama Y.B. Lim Guan Eng telah menghina penganut agama Kristian. Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng telah dibaptiskan tidak lama dahulu sebagai penganut Kristian yang takut-takut. 

Joseph Lim Guan Eng takut-takut menggunakan nama Kristian beliau kerana beliau tahun masyarakat Cina beragama Buddha amat membenci orang Cina yang masuk Kristian. Sebab itulah masyarakat Cina Buddhis di Balik Pulau, Bayan Lepas, Kepala Batas dll tidak hendak mencampuri urusan penganut Kristian seperti Joseph Lim Guan Eng.

Skandal Joseph Lim Guan Eng dengan pekerja di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang membuktikan betapa Ketua Menteri Pulau Pinang Joseph Lim Guan Eng ini bukanlah penganut Kristian yang baik. Di dunia yang lain skandal paderi meliwat penganut mereka sungguh banyak, anda boleh search di carian google Singapore dan google Rom. http://www.youtube.com/watch?v=w3jntHgqbHY&feature=player_embedded

Ketakutan masyarakat Buddhis ialah apabila Joseph Lim Guan Eng diwar-warkan sebagai Perdana Menteri Kristian pertama di Malaysia. Maka usaha-usaha memBaptiskan budak-budak Cina Buddhis ini akan lebih mudah dilaksanakan. Masyarakat Buddhis yang masih memelihara peradaban Kong Fu Tze menolak pembawaan Joseph Lim Guan Eng. Apabila YB Jeff Ooi mengadakan Ucapara Angkat Sumpah  Perdana Menteri Kristian Malaysia memastikan dalam 10 tahun (2010-2020) Joseph Lim Guan Eng hendaklah menjadi Perdana Menteri Kristian pertama di Malaysia dengan bantuan parti-parti yang Ngoblok (Dungu) seperti Pas dan Pkr.

Blogger ini menentang Dasar Kristianisasi Masyarakat Buddhis  oleh Joseph Lim Guan Eng http://helenang.wordpress.com/2012/05/20/vs-what-do-the-chinese-want-really/

Bersambung....

(dialu-alukan translate ke bahasa Mandarin untuk bacaan Masyarakat Cina Buddha)





Nizar Jamaluddin Mohon Derhaka Kali Kedua.

Posted: 28 May 2012 08:09 AM PDT

Inilah rupanya Melayu yang diupah oleh DAP untuk menjadi anjing.



Bila disuruh menyalak, dia akan menyalak. Nak tau kes terbaru Nizar derhaka kali ini, boleh baca di sini (http://khairulryezal.blogspot.com/2012/05/panas-berapi-nizar-lambai-kena-sound.html).

MyMassa ada saksi bahawa Nizar minta duit dari DAP untuk bayar pencacai upahan PAS yang baring atas jalan, halang kereta DYMM Sultan Perak.



Kali ini Nizar menyalak lagi untuk menderhaka kepada Raja-raja Melayu. Adakah selepas ini dia akan minta upah dari DAP seperti mana dia buat ketika krisis Perak?


*Kalau dengan Allah SWT pun dia sanggup 'menderhaka' dengan menyembah lilin, apatah lagi kepada Raja-raja Melayu! Inilah pemimpin-pemimpin pelapis PAS yang gilakan kuasa sehingga terlupa perjuangan asal PAS untuk memperjuangkan Islam.




DS @KhaledNordin Ajar Timbalannya, @saifuddinabd Macam Mana Nak Jadi Menteri.

Posted: 28 May 2012 06:13 AM PDT

Kerajaan Tanggung 90 Peratus Kos Pelajar Di IPTA, PTPTN Hanya Untuk Kos Sara Hidup

PETALING JAYA: Sebanyak 90 peratus kos pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebenarnya ditanggung kerajaan, maka itu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh dianggap hanya untuk tanggung kos sara hidup pelajar.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata PTPTN hanya menanggung baki kos pengajian yang kecil, kira-kira 10 peratus daripada kos keseluruhan pengajian di IPTA.

"Tidak seperti negara-negara lain, kerajaan (Malaysia) bagi pinjaman kepada mahasiswa untuk menanggung kos sara hidup, setakat ini tidak ada mana-mana negara yang memberi pinjaman sara hidup kepada mahasiswa dengan jumlah yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek pembangunan Pusat Kecemerlangan Industri Pemborongan dan Peruncitan (ICoE) di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemansuhan satu peratus ujrah pinjaman PTPTN yang diutarakan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli dalam sesi pendebatan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai 'Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi' yang disiarkan secara langsung oleh Astro Awani dan Bernama Radio24 , Selasa lalu.

"Satu peratus hanya amaun yang kecil bagi mereka (mahasiswa) untuk membayar kos pengurusan pinjaman itu," kata Mohd Khaled.

Mohd Khaled berkata untuk itu, beliau tidak nampak keperluan isu pemansuhan satu peratus ujrah yang dikenakan ketika pembayaran pinjaman PTPTN. - BERNAMA

Inilah tugas menteri. Bercakap mengenai portfolio yang dipegangnya.

Jika ada isu yang melibatkan kementeriannya, beliau akan menjelaskan sejelas-jelasnya. Beliau akan menggunakan pelbagai platform yang ada untuk beri penjelasan.

Kalau di kementerian dah tiada isu, bolehlah ulas benda lain.

Bukan macam timbalannya, lebih sudu dari kuah. Walaupun berlambak isu di KPT belum selasai, dia sibuk nak ulas mengenai BERSIH 3.0. Dia ni Timbalan Menteri Pengajian Tinggi atau Timbalan Menteri Dalam Negeri? Kalau tak percaya, boleh baca posting MyMassa sebelum ini (http://mymassa.blogspot.com/2012/05/dato-saifuddinabd-sengaja-cari-pasal.html).

MyMassa nak sangat Dato' Saifuddin Abdullah bentangkan KPInya dahulu sebelum sibuk hal Menteri Dalam Negeri. MyMassa nak tengok apa pencapaiannya sebagai Timbalan Menteri. Setakat tugasnya melayan tuntutan Adam Adli dan rakan-rakan, baik tak payah jadi menteri. Di sini MyMassa sertakan tugas Menteri dan Timbalan Menteri bersumberkan Perlembagaan Persekutuan.


Tugas Timbalan Menteri adalah untuk membantu Menteri. Kalau tak dapat membantu Menteri, malah menyusahkan Kerajaan dengan pandangan-pandangan yang tak sepatutnya, eloklah letak jawatan.

Pilihan raya makin hampir. Tolonglah jangan berikan modal untuk pembangkang menyerang Kerajaan.

*Kenapa Saifuddin Abdullah beria-ia menyokong BERSIH 3.0? Adakah kerana perbincangan ini?



Dato' @saifuddinabd Sengaja Cari Pasal.

Posted: 28 May 2012 02:08 AM PDT

Bengang pulak MyMassa bila baca artikel Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di Sinar Harian.
Menteri yang sibuk mempertahankan pembangkang dari partinya sendiri.

Bersih 3.0 bukan Arab Spring
Saifuddin Abdullah
28 Mei 2012
Perhimpunan Bersih 3.0 telah sebulan berlalu. Tetapi, perbincangan tentangnya masih hangat, seolah-olah ia berlaku semalam. Saya tidak menyokong Bersih 3.0. Tetapi, saya tidak memandangnya dengan sebelah mata sahaja.

Saya juga tidak menyokong Bersih 2.0. Tetapi, saya bersetuju dengan banyak daripada tuntutannya. Kerana itu, saya amat teruja apabila Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung dengan penambahbaikan proses pilihan raya (JPP) ditubuhkan.

Apalagi, kerana ia dibentuk secara bi-partisan antara Ahli Parlimen BN dan PR. Laporan JPP meluluskan 18 daripada 22 syor jawatankuasa.

Meskipun terkilan kerana ia tidak mempunyai peta jalan yang jelas tentang apa yang akan dilaksanakan secara segera, jangka sederhana dan jangka panjang, namun ia tetap merupakan satu dokumen yang perlu diterima baik.

Apabila Bersih 3.0 diumumkan sebaik sahaja laporan JPP diluluskan Dewan Rakyat, saya menyatakan bahawa penganjurnya terburu-buru. Sepatutnya, berilah peluang untuk laporan JPP itu mula dilaksanakan terlebih dahulu.

Namun, kehadiran Bersih 3.0 lebih besar daripada Bersih 2.0. Ia lebih multi-kaum. Belia, termasuk mahasiswa, begitu ramai. Lebih menarik ialah penyertaan golongan kelas menengah.

Dalam konteks ini, penyelidikan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) tentang PRU13 adalah relevan.

Menurutnya, 49 peratus pengundi telah membuat keputusan akan mengundi BN, 21 peratus akan mengundi PR, manakala 30 peratus belum membuat keputusan (atas pagar).

Sebahagian daripada pengundi atas pagar ialah belia/mahasiswa dan kelas menengah. Ada dalam kalangan mereka menyertai Bersih 3.0. Penyelidikan itu dibuat sebelum itu. Bagaimanakah kedudukannya kini?

Kita perlu sedaya upaya mempunyai pandangan yang benar dan adil terhadap Bersih 3.0. Oleh itu, wajar meneliti pelbagai video, tulisan, maklum balas dan post mortem daripada pelbagai sumber, termasuk daripada pihak yang tidak sealiran dengan kita.

Terdapat ramai yang menyertainya kerana objektif yang tiada kaitan dengan manamana parti politik. Objektif mereka pelbagai. Tidak terhad hanya kepada soal sistem pilihan raya sahaja. Ada objektif lain, seperti PTPTN dan Lynas.

Ada beza antara majoriti menyertainya secara aman dengan segelintir yang menimbulkan insiden tidak diingini. Ada beza antara majoriti anggota polis yang menjalankan tugas dengan profesional dengan segelintir yang berlaku aneh, misalnya, terhadap orang media.

Saya mengalu-alukan resolusi Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Peguam Malaysia. Begitu juga langkah Suhakam untuk mengadakan pendengaran awam.

Saya tidak bersetuju kalau Bersih 3.0 dituduh sebagai dipengaruhi komunis atau ingin menjatuhkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan.

Jauh sekali kalau ia dianggap seakan-akan Arab Spring. Ini kerana faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Arab Spring tidak wujud di sini.

Kalaupun ada yang hendak dibandingkan, maka, ia mungkin berupa sedikit elemen anti-Marcos atau, yang terdekat, anti-Suharto. Tetapi, pokoknya bukan Arab Spring.

Pada masa sama, Datuk Ambiga Pengerusi Bersih amat kecil jika dibandingkan dengan Aung Sang Suu kyi. Tetapi, kalau langkah mengurung Aung Sang Suu Kyi di dalam rumah menjadikannya idola antarabangsa, maka, saya waspada melihat langkah mengepung rumah Ambiga dengan aktivitiaktiviti tertentu itu.

Bersih 3.0 bukan Arab Spring. Bukan juga anti-Marcos atau anti- Suharto atau pro-Aung San Suu Kyi. Tetapi, ini tidak bermakna kita boleh memperlakukannya sesuka hati. Sebaliknya, kita perlu berhatihati. Kerana kita tidak mahu ada pihak yang menyimpan di dalam hati.
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/saifuddin-abdullah/bersih-3-0-bukan-arab-spring-1.51508

Kepada Dato' Saifuddin Abdullah, daripada menyibuk hal BERSIH, lebih baik Dato' tulis artikel pasal PTPTN yang lebih berkaitan dengan Kementerian yang Dato' telah diamanahkan untuk menjaganya. Lebih baik Dato' beri penerangan kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang peri pentingnya belajar bersungguh-sungguh dan menukarkan PTPTN kepada biasiswa.

Ini tidak. Dato' terlalu perjuangkan kebebasan akademik sehingga lebih ramai mahasiswa Melayu dibuang universiti kerana kealpaan mereka melawan pentadbir universiti sehingga mereka hanya dapat CGPA cukup makan.

Tolonglah fokus kepada Kementerian Dato' kerana kementerian Dato'lah antara kementerian yang menyebabkan rakyat marah kepada Kerajaan kerana tidak perform. Lihatlah ranking-ranking universiti jatuh sebaik sahaja Dato' pegang portfolio Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Siapa tak sokong kebebasan. Tetapi kebebasan ada hadnya. Jangan Dato' terlalu bebas menyebarkan fahaman politik baharu sehingg terlupa tugas hakiki.


*Kalau boleh elok Dato' Saifuddin cerita pasal KPInya di KPT daripada sibuk hal lain. Dah berapa peratus tercapai?

Ranking Top Blogger Pro Kerajaan. Tahniah JejariKami dan LensaKini.

Posted: 28 May 2012 12:44 AM PDT

Ranking terbaru blog pro Kerajaan keluaran KLEPRESS (http://www.klxpress.com.my/?p=2101)


http://www.klxpress.com.my/?p=2101

Apa yang membanggakan MyMassa pencapaian blogger baru seperti JejariKami dan LensaKini yang dikedudukan ke 56 dan 74. Boleh rujuk ke link di atas untuk ranking penuh.


*Tahniah, tahniah dan tahniah.

The Unspinners

Posted: 28 May 2012 11:14 PM PDT

sekupangdua

Posted: 28 May 2012 11:12 PM PDT

sekupangdua


NIZAR PEMBOHONG BERSIRI HINA SULAN JOHOR

Posted: 28 May 2012 07:47 PM PDT


NIZAR lambei sudah layak bukan sahaja di panggil PEMBOHONG BERSIRI tapi boleh di panggil sebagai PATIH KERMA WIJAYA, bukan saja kuat berbohong tapi siap menjadi penderhaka tegar terutama kepada sultan, sebelum nie Suktan Perak dan sekarang Sultan Johor di nistanya. Sehingga pihak Tuanku Terpaksa menggeluarkan kenyataan urutan dari penghinaan Nizar Wijaya nie

Keluarga Diraja Johor tidak pernah mengambil apa-apa Wang daripada kerajaan sejak zaman Almarhum Sultan Ibrahim. Selesa untuk tidak meminta dari MB atau dari mana-mana pegawai Kerajaan. Wang yang diperuntukkan kepada Bapa saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Ini bertujuan (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) untuk membantu rakyat dan Kerajaan Negeri Johor. Sejak saya menjadi Raja Muda, tidak sekali-kali saya mengambil 1 sen daripada kerajaan hingga ke hari ini. Ia Wang Rakyat saya. Jadi sebelum Anda buka mulut anda, sila selidik.

Kenapa teman kata dia memang layak digelar Patih Ketma Wijaya, kalau disorot kisah Hang Tuah,Hang Jebat dan Sultan Melaka yang diseret menjadi pelbagai pandangan bila antara kita sedar atau tidak pembangkang mewujudkan konflik ini dengan menjadi sasarannya kepada Sultan Pulak, Dulu Tuah sebagai Hero, tetapi bila era 80-90 an Jebat disebut sebagai hero dan tuah pula sebagai penderhaka, menjadikan sultan sebagai punca krisis ini juga secara tidak sedar kita diheret pembangkang, menjadi lebih teruk sultan dihina bila Pengkhianat Karpal cuba saman Sultan Perak, berbaring atas jalan menghalang kenderaan Sultan, menjadikan Dewan sidang Dun sebagai Sarkis hingga Raja Muda terpaksa menunggu lebih 6 Jam untuk merasmikan persidangan dan bertitah untuk memulakan persidangan, pembangkang dengan angkuh jadikan Perak Darul Kartun dan banyak lagi...

Memang patut dan semacam dia mewarisi keturunan Patih Kerma Wijaya dimana bila Kita fijirkan semula pertelingkahan antara Tuah, Jebat dan Sultan sendiri sebenarnya bukan salah diantara mereka, yang sepatutnya dikecam adalah PATIH KERMA WIJAYA... Kerana dia lah menjadi duri dan dalang kepada pertelingkahan ini bila MemFITNAH supaya kerajaan Melaka boleh digoyah dan Tumbang, NIZAR WIJAYA...

YANG JAHIL SEKSI VS DENGAN YANG WARAK! CAMNA PERANGAI YG WARAK PULAK?

Posted: 28 May 2012 03:15 AM PDT


KEKADANG DIA ORANG TAK PERASAN, MACAM LUDAH KELANGIT, YANG SEKSI NI TAK LER BURUK SIFAT DAN HASADNYA HATI YANG SAMPAI LA NI NAK JUGAK BUSUKKAN ORANG LAIN, APA PAYAH BENOR NAK SPIN? SIAP nak jugak salahkan lain sebab artis Korea nie? Nak jugak menang dan MALUkan laui orang termasuk pemimpin, nak sgt kata dema betui sesngat YANG SEKSI NIE LANSUNG TAK PERNAH FITNAH CACI MAKI WALAUPUN BERPAKAI SEKSI GILLER, TAPI YANG NAMPAK MACAM WARAK BENOR NI LAGI BERPULUH GANDA ROSAK AKHLAK, CACI MAKI, FITNAH, KAFIRKAN UMAT LAIN, SOKONG PEMIMPIN TERLIBAT LIWAT, BALUN AMOI, OSTAD DGN BINI ORANG, BALUN BINI MEMBER, AISKRIM, KAMCING MAUT DGN YAHUDI, HASUT MERUSUH, SOKONG LGBT, SOKONG KOMUNIS DAN BANYAK LAGI JIJIKNYA SIFAT @ SIFAT DAJJAL SEKALIPUN NAMPAK WARAK

AWEK group korea ni ada ker korang dengor dia kata caci, maki fitnah, serta spin cerita sebuauk perut yang nampak warak tapi perangai macam haram jadah, pakai seksi maut camni pun ada ker fitnahkan BN ATAU UMNO? Adaker nak hancurkan bangsa? Adaker makin hamun sekalipun maut pakai macam nie...

Yang group bawah ni pulak, muka jer warak, duduk huru hara kat masjid selagi boleh dalam ceramah perdana Parti Ajaran Sesat dan dalam Masjid selagi boleh maki, fitnah, carut dan caci sekalipun nampak macam pegang sunnah Rasulullah tapi lagi teruk dari sifat Dajjal.

Pecah belahkan umat, rosakan ukuwah, hancurkan bangsa, Sokong dan angkat Kafir, halalkan haram, hina ulama, sokong peliwat siap nak angkat jadi pemimpin utama, nak buat negara hancur dengan rusuhan, bertuankan wakil yahudi, bantu hancurkan islam serta sokong LGBT, halalkan segala khalawat, zina, atau liwat pada mereka kalau ahli, sokong dan hancurkan aman dengan Sokong KOMUNIS lagi, sokong kafir harbik utk menang PRU, rosakkan masjid dengan ceramah politik. Sokong pemimpin vigil, Bersih, komunis, terlibat maksiat...

Jauh tu sifat... Pelik yg nampak seksi dan hancur tak da sepatah fitnah, bohong, cacai, maki, demo, rusuhan, liwat, main bini atau laki orang, BERIH, sokong Komunis, sokong yahudi

Yang nampaknya macam warak lagi buruk perangainya dari yang seksi. Lagi buruk dan busuk perangai, bini orang, Amoi kena BALUN made in china, liwat coffie boys, dan memacam lagi... Lagi teruk perangai sekalipun nampak jer macam baik, isu nie pun nak spin dan fitnah yg boleh cacikan perdana Menteri...

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 28 May 2012 09:33 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


CERAMAH MALAM NI.

Posted: 28 May 2012 08:40 PM PDT

PENGUNDURAN KSU MERUPAKAN TRANSFORMASI PENCERAHAN DI PUTRAJAYA.

Posted: 28 May 2012 06:00 PM PDT

PAS KELANTAN REMBAT DUIT RAKYAT LAGI !

Posted: 28 May 2012 12:31 PM PDT

USTAZ FATHUL CABAR HJ HADI

Posted: 28 May 2012 08:43 AM PDT

PAKATAN : MODAL MAKIN KERING..

Posted: 28 May 2012 05:58 AM PDT

PAS NAZAK :MAT SABU 121 TERPAKSA MENIPU UNTUK DAPAT SOKONGAN.

Posted: 28 May 2012 12:00 AM PDT

PEMBERITAAN MEMALUKAN WARTAWAN MALAYSIAKINI.

Posted: 27 May 2012 09:30 PM PDT

PenangWasabi

Posted: 28 May 2012 09:22 PM PDT

PenangWasabi


Hasan Ali: Awas...4 negeri jadi sasaran murtad!

Posted: 27 May 2012 10:59 PM PDT



Empat negeri sudah dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan gerakan memurtadkan umat Islam, kata Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hassan Mohamad Ali.

Selain Selangor, turut terancam adalah Pulau Pinang, Perak dan Melaka apabila terdapat gerakan menyebarkan agama Kristian dengan menumpukan kepada umat Islam.

Menurutnya, maklumat itu diperolehi pihaknya berdasarkan pengakuan mereka yang terjebak dalam gejala murtad sebelum sedar dan kembali ke pangkal jalan.

"Satu daripada gerakan itu diterajui sendiri oleh orang yang membuat pengakuan. Setiap kumpulan dikatakan menarik 300 hingga 400 orang Melayu untuk dikristiankan.

"Dalam pengakuan itu, sekiranya seorang Melayu masuk Kristian, cuma hati dan akidah sahaja yang diKristiankan, namun pakaian, adat, cara makan, bahasa dan kahwain masih ikut cara Melayu," katanya.

Berikutan itu, katanya, Jati tidak akan berputus asa untuk bergabung tenaga bersama badan bukan kerajaan lain (NGO) lain dalam usaha memperjuangkan soal akidah umat Islam di negara ini yang dianggap semakin kritikal.

Menurutnya, kebangkitan Jati yang tiada kaitan dengan politik itu timbul selepas beliau merasakan perjuangan tersebut gagal dibawa Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

"Kita sudah berada dalam suasana yang hampir putus dan sangat kritikal.

"Bagaimana saya boleh diam, bila saya dengan setiap kumpulan sudah ada 300 hingga 400 orang Melayu yang masuk Kristian. Adakah saya sekadar senyap sahaja?" katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 hadirin di program Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Tiga penceramah lain turut berkongsi pandangan mengenai isu sama, Pengerusi Persatuan NGO Islam Pulau Pinang, Mohamad Hafiz Nordin; Pengurus Besar Operasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Kapten Dr Shamsudin Moner dan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka, Datuk Othman Mohamad yang juga Ketua Panel 1 Persatuan Penulis Negeri Melaka.-SN

Penang Wasabi..

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 28 May 2012 09:10 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Video Dato Seri Najib Bersama Warga Emas

Posted: 28 May 2012 08:00 PM PDT

Video Aksi Rempit United Mendekati Belia

Posted: 28 May 2012 06:00 PM PDT

Nizar Jamaluddin Sekali Lagi Menderhaka

Posted: 28 May 2012 04:00 PM PDT


Kali ini mempertikai Sultan Johor berhubung nombor plat WWW1. Apa sudah jadi dengan Nizar? Apakah Nizar ini disuruh untuk berkata begitu oleh sesiapa? 


Orang seperti Nizar ini memang layak kalau tidak dibenarkan masuk ke Johor. Berikut adalah kenyataan daripada Tengku Mahkota Johor berhubung tuduhan fitnah Nizar Jamaluddin. 



Masyarakat India Sudah Kenal Dengan Janji Janji Manis Anwar Ibrahim

Posted: 28 May 2012 09:30 AM PDT



Tabur janji, beri harapan dan buat orang tertipu dengan omongan kosong. Itulah yang selalu dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Lebih lebih lagi bila sudah dekat dengan pilihan raya, makin banyaklah janji baru yang hendak dibuatnya. Sedangkan janji janji yang lama masih lagi "work in progress". Masyarakat India sudah kenal siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Usah berharap orang akan percaya Anwar lagi kali ini.


Lebuhraya Rakyat : Satu Lagi Janji Lawak PAS

Posted: 28 May 2012 07:00 AM PDT


Dekat hendak mengundi baru hendak buat lebuh raya? Sempatkah siap sebelum habis penggal kerajaan Kelantan? Selepas itu, siap minta derma lagi lagi dari rakyat untuk siapkan lebuhraya. Ini satu lagi cerita lawak yang dibuat kerajaan PAS Kelantan. 

Kerajaan PAS Kelantan sudah tertekan dengan sokongan anak muda yang semakin menurun pada PAS. Semua orang sedang bercakap tentang kesesakan jalan raya yang teruk di Kota Bharu biarpun pada hari cuti umum. 

Minta derma untuk buat lebuhraya, entah ke mana hilang duit derma itu nanti. Entah entah digunakan pula untuk pilihan raya umum nanti. Kalau tak siap, senang saja, mereka akan salahkan UMNO. Itu sahaja alasan yang PAS akan berikan. Tidak percaya? Tunggulah. Stadium pun tidak siap-siap lagi. 

Video Keberanian Seorang Imam Halang Anwar Guna Masjid Untuk Berpolitik

Posted: 28 May 2012 04:00 AM PDT

Stamina : Nurul Izzah Sindir Papanya Sendiri?

Posted: 28 May 2012 01:13 AM PDT


PISAU.NET

Posted: 28 May 2012 09:05 PM PDT

PISAU.NET


Majlis Fatwa Masjidil Haram Buat Kerja Gila?

Posted: 28 May 2012 06:00 PM PDT



Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram sengaja mencari pasal dengan PAS Malaysia,masakan tidak..majlis fatwa ini sewenang wenangnya mengistiharkan Nik Aziz nyanyok,jahil ,bodoh dan paling dahsyat adalah berada didalam kesesatan.

Shiekh Dr Sulaiman Saloomi sengaja menghentam Nik Aziz sedangkan wali keramat ini adalah pemegang syurga buat jutaan para pengikutnya.

Pisau tahu tindakan Shiekh Dr Sulaiman lebih kepada berlandaskan sentimen pro Umno yang semborono? Para penganut PAS sudah pasti bersetuju dengan Pisau bahawa Shiekh ini telah dibayar oleh Umno untuk menjatuhkan Nik Aziz.

Mana mungkin kencing Nik Aziz hamis sedangkan beliau adalah orang orang suci dan ahli syurga..

Justeru Pisau berharap PAS mengistiharkan perang terhadap Majlis Fatwa Masjidil Haram kerana secara jelas menghina junjungan besar wali keramat Nik Aziz.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.


Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.


Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.


''Antara amalan ketaatan kepada Allah dan penolakan daripada apa yang telah dilarang ialah menolak kepuakan dan menjauhi kepartian. Tidak ada dalil al-Quran dan Sunah untuk melibatkan diri dengan kepartian atau menjadikannya jalan kepada perkara baik dan betul.


''Bahkan ia adalah bidaah dari Barat (iaitu kepartian). Ia tidak wujud pada umat Islam dalam kurun terawal (zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan at-tabiin),'' katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini.


Sulaiman yang kemudiannya ditanya tentang seruan pemimpin parti tertentu terhadap kepelbagaian agama dan mengatakan semua agama adalah sama berkata, pendapat itu adalah kufur dan golongan yang berpegang dengan pendapat sedemikian di zaman silam ialah Ikhwan Safa.


Mereka ini katanya, terdiri di kalangan Syiah Batiniyah yang muncul di abad ketiga Hijrah serta telah dihukum kafir oleh semua ulama Hanafi, Shafie, Maliki dan Hambali kerana berkata secara literal bahawa : ''Pandangan kami mencakupi semua mazhab dan agama kami mencakupi semua agama.''


''Pendapat itu adalah suatu kekufuran kerana agama yang sebenarnya di sisi Allah ialah Islam sahaja dan tiada agama lain yang setanding dengannya. Pada zaman moden ini lahir doktrin Freemason yang menyeru supaya mengingkari semua agama atau menyeru kepada penyatuan semua agama dalam satu mazhab.


''Ini adalah perbuatan murtad dan keluar dari agama Allah,'' tegas beliau.


Mengenai usaha menumbangkan kerajaan sedia ada di negara ini serta menyeru supaya diadakan demonstrasi jalanan, katanya, usaha itu bukanlah jalan kedamaian.


''Agama rasmi Malaysia adalah Islam dan syiar Islam (di negara ini) adalah nyata. Maka adalah menjadi kewajipan untuk nasihat menasihati dan membuat perdamaian. Ini adalah Manhaj (Prinsip Dasar) Nabi Muhammad SAW.


''Manakala demonstrasi jalanan adalah meniru perbuatan Barat yang jauh lebih banyak mendatangkan kerosakan dan kemudaratan ke atas umat Islam daripada kebaikan yang diharapkan,'' jelasnya.


Sementara itu, Sulaiman ketika memberi reaksi terhadap kaedah kafir mengkafir yang digunakan oleh sesetengah orang Islam dan ahli politik untuk memancing undi berkata, ia tidak dibenarkan terutama jika digunakan terhadap seorang muslim yang masih lagi mengamalkan amalan Islam yang zahir serta masih mengucap dua kalimah syahadah.


Katanya, sesiapa yang menggunakan pendekatan itu terhadap umat Islam maka tuduhan tersebut akan kembali kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud : ''Sesiapa yang berkata kepada saudara Islamnya 'Wahai Kafir' tuduhan itu akan kembali kepadanya.''


''Adalah menjadi suatu kewajipan ke atas setiap muslim untuk berbaik sangka dengan saudara seIslam dan bergaul dengan cara yang baik,'' jelasnya.


Dalam pada itu, beliau menegaskan seseorang muslim tidak dibenarkan untuk bersepakat dengan mana-mana orang bukan Islam dalam apa jua keadaan sekalipun untuk menentang saudara seagama.


Kata beliau, sejarah dengan jelas telah membuktikan minoriti bukan Islam tidak akan mengundi untuk parti Islam melainkan jika parti Islam itu berkompromi sesuatu dari agama dan perbuatan tersebut boleh mendatangkan bahaya besar kepada umat Islam.


Pisau kata " Sah tok shiekh ni Umno bayaq kan?"

Wall Street Journal : Sepatutnya Anwar Mengaku Bersalah..

Posted: 27 May 2012 11:00 PM PDT


KUALA LUMPUR, 26 Mei – Pelbagai pandangan diberi melalui media dan ruang siber selepas penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin, didakwa di mahkamah baru-baru ini atas tuduhan melanggar undang-undang ketika demonstrasi jalanan Bersih 3.0 di sini 28 April lepas.


Ketiga-tiga mereka juga dikenakan pertuduhan menghasut Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim supaya membuka sekatan di sekeliling Dataran Merdeka di Jalan Raja di sini, yang dilarang dimasuki peserta perhimpunan, pada hari sama.


Kesemua mereka mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan itu.


Mereka merupakan individu pertama yang didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman (PAA), yang berkuatkuasa mulai tahun ini.


The Wall Street Journal (WSJ), akhbar harian kewangan antarabangsa yang amat berpengaruh, menyiarkan pendapatnya yang mengatakan Anwar patut mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu sekiranya beliau percaya perubahan yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak memadai.


Rencana berkenaan bertajuk 'Malaysian People's Court, Anwar's civil disobedience and the next election', berpendapat cara lebih jelas untuk menyakinkan orang ramai bahawa PPA merupakan undang-undang yang tidak adil ialah dengan mengaku bersalah dan membayar denda menjelang berlangsungnya pilihan raya umum.


Rencana berkenaan, yang disiar dalam ruangan "Review and Outlook Asia" pada Khamis, berkata dengan mengambil kira segala ranjau dan duri yang dilalui Anwar sebelum ini, termasuk dua kali menghadapi pertuduhan berkaitan liwat dan dua kali juga dibebaskan, "Mungkin ada orang yang membuat tanggapan bahawa ini satu lagi pendakwaan yang bersifat politik".


"Bagaimanapun, kes ini berbeza. Anwar bertindak melanggar tuntutan sivil dan kini beliau perlu menanggung padahnya.


"Keputusan sebenar akan datang daripada peti undi pada pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan lewat tahun ini, apabila pengundi akan memutuskan sama ada perubahan politik yang dilaksana Najib berjalan pada kadar yang sewajarnya, atau Anwar bertindak betul dengan mendesak perubahan dilaksana dengan lebih pantas".


Akhbar itu seterusnya menulis, "Jika Anwar ingin melanggar tuntutan sivil, beliau tidak boleh berpura-pura tidak bersalah, pada waktu yang sama."


WSJ berkata walaupun Najib patut diberi pujian kerana melakukan perubahan, pembangkang juga mempunyai alasan kukuh untuk mengkritiknya sebagai tidak memadai.


"Persoalan sebenar ialah sama ada masyarakat Malaysia lebih memerlukan perubahan pada kadar lebih pantas atau taktik konfrontasi yang dianjur pembangkang," kata rencana itu. – BERNAMA

Sri Tri Buana

Posted: 28 May 2012 07:31 PM PDT

Sri Tri Buana


Cara menghapus dosa bahagian dua.

Posted: 28 May 2012 05:00 PM PDT

r b f

Posted: 28 May 2012 07:24 PM PDT

r b f


Bukti Terbaik Adalah VIDEO - Nurul Izzah

Posted: 28 May 2012 12:36 AM PDT


"Bukti terbaik adalah video rakaman" - Nurul Izzah

"Video tidak boleh jadi saksi kerana video ini besi, dia tiada mata dan telinga" - Haji Hadi

Apa cerita ni ?

Jika nak tahu sila klik di sini

Sifat Busuk Hati Mereka Dibayar Cash...

Posted: 27 May 2012 10:11 PM PDT


Sifat dengki dan perangai busuk hati memang menebal dalam diri pemimpin-pemimpin serta pencacai-pencacai setia Pas, PKR dan DAP.

Apabila Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya 23-27 Mei 2012 dan PM akan berucap di depan para-para belia pada hari Sabtu,26 Mei 2012, lalu mereka pun menganjurkan juga majlis yang hampir sama pada tarikh yang sama.

Mereka tahu PM akan berucap disebelah petang di Putrajaya, lalu mereka aturkan majlis untuk Anwar berucap di sebelah pagi Shah Alam. 

Kerana sifat busuk hati mereka itu, akhirnya Allah bayar cash.....

Apa yang cash ?

Baca di sini dan sini 

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 28 May 2012 03:27 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Mavi Marmara: Turki dakwa 4 pegawai Israel

Posted: 28 May 2012 12:28 PM PDT

Kapal misi kemanusiaan Mavi Marmara    



ISTANBUL - Mahkamah Turki hari ini mengenakan tuduhan secara rasmi ke atas empat pegawai kanan tentera Israel berhubung insiden rejim itu menyerang kapal misi kemanusiaan Mavi Marmara dua tahun lalu menyebabkan sembilan aktivis negara itu terbunuh.

Misi kemanusiaan itu dalam perjalanan ke Gaza untuk membantu rakyat Palesitn.

Bekas ketua staf tentera, Gabi Ashkenazi dan bekas ketua risikan tentera, Mejar Jeneral Amos Yadlin, Panglima Tentera Laut, Laksamana Muda Eliezer Marimm dan ketua risikan tentera udara, Brig Jeneral Avishai Levi akan dibicarakan tanpa kehadiran mereka.

Sembilan aktivis pro-Palestin terbunuh apabila diserang oleh angggota tentera yang menyerbu Mavi Marmara.

Mahkamah Tinggi Jenayah Ketujuh Istanbul hari ini secara sebulat suara menerima pertuduhan yang dikemukakan minggu lalu oleh pendakwa raya Turki, demikian menurut akhbar bahasa Inggeri Turki, Today's Zaman.

Ketika itu misi tersebut turut disertai oleh beberapa rakyat Malaysia.

Pendakwa raya mahu keempat-empat pegawai itu berhadapan dengan hukuman penjara sepanjang hayat, demikian menurut agensi berita Turki, Anatolia.

Israel enggan bekerjasama dengan Turki dalam mengenakan tindakan pendakwaan berhubung kejadian itu.

Jika mereka disabitkan kesalahan, mahkamah Turki boleh mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

Kapal itu dihalang oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa ketika dalam perlawanan ke arah Gaza pada 31 Mei 2010.

Insiden itu telah menjejaskan hubungan diplomatik antara Turki dan Israel.

Laporan dua tahun lalu menyebut bahawa 12 orang rakyat Malaysia berada di atas kapal Mavi Marmara ketika diserang tentera Israel.

Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah satu daripada konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza.

Pada September lalu, Turki mengancam untuk membawa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague berhubung tindakannya ke atas kapal itu.

'Sudah Cukup Sudah' Lagu Kisah Lelaki Bunuh Diri Kerana Kecewa Teman Wanita Curang

Posted: 28 May 2012 11:45 AM PDT

Kumpulan muzik dari Indonesia iaitu Nirwana yang popular di Malaysia dengan lagu Sudah Cukup Sudah memberitahu lagu itu dihasilkan bagi mengingati sahabat mereka yang mati akibat bunuh diri dalam kejadian beberapa tahun lalu.

Vokalis kumpulan tersebut, Denis berkata, sahabat mereka amat kecewa apabila kekasihnya berlaku curang dan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga menyebabkan kehidupannya menjadi sengsara.

"Sahabat kami ini baik orangnya tetapi dia mendapat teman wanita yang jahat kerana sanggup berlaku curang.

"Setiap malam dia menangis sehinggalah dia mengeluarkan perkataan "sudah cukup sudah... biarlah aku pergi saja," membuatkan kami amat terharu mendengar luahan hatinya itu," katanya kepada mStar Online ketika ditemui sini, baru-baru ini.

Jelas Denis lagi, tidak lama kemudian, mereka mendapat berita lelaki berkenaan ditemui mati akibat membunuh diri sehinggalah mereka mendapat ilham untuk menghasilkan lagu berkenaan.

Katanya, ketika merakamkan lagu tersebut, dia tidak dapat menahan sebak apabila mengenang peristiwa tersebut yang berlaku akibat masalah putus cinta.

"Percaya atau tidak, saya menangis semasa merakamkan lagu itu. Saya benar-benar tak sangka sahabat saya mati akibat bunuh diri. Apabila saya mengilhamkan lagu berkenaan, saya benar-benar berharap contoh itu tidak dikuti oleh semua peminat saya," katanya.




Sementara itu ditanya mengenai kehidupan mereka sebelum bergelar artis Nirwana memberitahu mereka hidup melarat termasuklah terpaksa tidur di bawah jambatan di negara ini.

Mereka juga pernah makanan nasi berkongsi lima kerana tiada sumber pendapatan lain akibat kesempitan hidup.

"Kami hidup melarat, tidur di bawah jambatan dan juga di tepi kaki lima jalan. Tapi itu semua pengalaman berguna untuk kami iaitu bukan mudah untuk menjadi seorang ahli muzik yang berjaya sebenarnya.

"Kami amat bersyukur kerana single pertama kami menjadi popular di Malaysia dan memasuki carta kebanyakan stesen radio disana," katanya.

Selain Denis, Nirwana dianggotai oleh Henry (pemain dram), Arief (keyboard), Avew (gitar) dan Ekek (gitar utama).

Kumpulan berkenaan berasa dar Subang, Jawa Barat dekat sini dan merupakan kumpulan muzik yang sedang mencipta populariti di Malaysia.

JANGAN BUNUH DIRI! Be happy SINI

Berat sebelah

Posted: 28 May 2012 10:34 AM PDT

Apa lagi nak dikata....dikataaaaa...
(XPDC)

Remaja perempuan risau video aksi mandinya tersebar!

Posted: 28 May 2012 09:50 AM PDT

Gambar Hiasan
Sulaweso Barat - Dua remaja perempuan telah mendakwa aksi mandi mereka di bilik air telah dirakamkan oleh seseorang yang tidak dikenali dan khuatir video tersebut akan tersebat di internet.

Kenjadian tersebut telah mengundang kekecohan di kampung tersebut apabila beberapa orang jiran berasa tersinggung kerana mereka disyaki sebagai suspek skoden tersebut.

Pihak polis telah mententeramkan keadaan dengan mengundang kedua-dua remaja perempuan tersebut untuk membuat laporan.

Suasana ditempat kejadian tiba-tiba dipenuhi dengan orang ramai apabila kedua-dua gadis ini menjerit ketakutan apabila melihat tangan menjulur ke bilik mandi melalui lubang udara yang ada di situ dengan telefon bimbit digengamannya.

Jeritan kedua-dua remaja perempuan itu telah mengundang perhatian sanak saudara dan jiran berhampiran.
Kawasan rumah mangsa skoden yang dipenuhi dengan orang ramai setelah mendengar jeritan
Salah seorang yang hanya dikenali sebagai A, 15, mengakwa terkejut ketika melihat tangan orang tidak dikenalinya semasa mandi bersama sepupunya, L. "Saya tidak sangka adan tangan mengenggam telefon dan saya yakin ia sudah lama merakam aktiviti saya melalui lubang tingkap di atas," kata A.

Ibu kepada mangsa, Noraini, sangat risau dengan kejadian tersebut. "Saya khuatir dan bimbang video yang dirakamkan itu akan beredar di Youtube dan ditonton oleh orang ramai. Saya akan laporkan perkara ini kepada polis dan berharap suspek dapat ditahan secepat mungkin," ujarnya.

Video rakaman kenangan terbaik di SINI




Kompas


Bomoh cabul pesakit 'disihir' dalam semak

Posted: 28 May 2012 09:20 AM PDT

KUTA, - Seorang bomoh yang mendakwa boleh mengubati sihir, Fatlah, 38, berjaya menipu seorang anak perempuan dan ibunya, NS, 18. Fatlah telah didakwa mencabul anak gadis tersebut dikawasawn semak dan perkara tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis. Fatlah kini dalam tahanan polis Daerah Kuta, Bandung.

Ketua Polis Sektor, Gede Kuta Ganefo berkata, Fatlah telah pun ditahan pada tengahari Isnin setelah polis menerima laporan dari mangsa cabul itu.. "Sekarang kami masih menyiasat samaada terdapat mengsa-mangsa lain yang menjadi habuan Fatlah," kata Gede Ganefo.

Menurut Ganefo lagi, kejadin tersebut bermula apabila ibu mangsa telah membawa mangsa bertemu dengan Fatlah pada pagi Isnin. Fatlah yang juga jiran mereka memberitahu bahawa mangsa telah terkena sihir dan mendakwa beliau boleh mengubatinya.

Mengejutkan apabila ibu mangsa tersu mempercayai bulat-bulat dakwaan Fatlah dan membiarkan beliau "mengubati" anaknya itu. Fatlah kemudiannya mengarahkan ibu mangsa membawa beberapa lagi pakaian apabila datang berjumpa sekali lagi dengan beliau (suspek).

Suspek kemudiannya bertemu dengan mangsa ditepi jalan. Mangsa kemudianya mengikut suspek menaiki motornya dan dibawa ke kawasan semak dan akhirnya dicabul.

Apabila merasakan dirinya menjadi pemuas nafsu kepada suspek, mangsa menjadi takut dan mahu menelefon ibunya. Walaubagaimanapun, suspek cuba berbohong dan meyakinkan bahawa itu adalah cara-cara beliau mengubati penyakit sihir dan memberitahu bahawa ibunya juga sudah bersetuju.

Selepas kejadia itu, mangsa pulang ke rumah sambil diekorti oleh suspek. Mangsa memberitahu ibunya mengenai kejadian tidak senonoh yang telah dilakukan oleh suspek kepadanya. Mendengar perkara itu, ibunya terus membuat laporan polis.

"Rupa-rupanya, suspek sudah lama memendam hati kepada mangsa," kata Ganefo. Fatlah didakwa dibawah Artikel 285 Acara Kod Jenayah Artikel 293 Kod Penal atas tuduhan merogol dan mengugut dan jika dsabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara 12 tahun.

Jinnyboy TV with HOT VIDEO here!





Kompas

"Fikir dahulu sebelum bercakap!' Tengku Mahkota Johor jawab isu pembelian WWW 1

Posted: 28 May 2012 07:41 AM PDT

Kalau nak bercakap, biarlah ada bukti, berfakta, jangan dengki, hasad, tak buat kerja rumah, terus hamun orang!

Nak perli-perli pun tengok-tengok la sapa yang kita nak mengata tuh, bukannya adik kita...

Nah! Sapa tak puas hati sangat dengan plate WWW 1 punya owner tadi..sapa?
Bukan ambil duit mak bapa korang pun!

Nik Aziz pun dah pandai sekarang tabur gula-gula pilihanraya!

Posted: 28 May 2012 07:22 AM PDT

Nik Aziz tengah berbangga dengan projek meganya untuk menyiapkan lebuhraya yang dikatakan tertangguh hampir 26 tahun. Lama betul tertangguh, sejak bila ekk..tup tup hari ini dia janji Lebuhraya tersebut akan siap dalam tempoh yang telah ditentukan.

Perkara paling pokok di sini adalah kenapa perlu berjanji untuk siapkan ketika pilihanraya mula menghampiri? Adakah Nik Aziz pun sama seperti UMNO/BN yang dituduh selalu beri gula-gula pilihanraya taktala tarikh penting itu mula menghampiri!

Dan Pok Nik kata nak minta derma buat jalan raya. Jadi jalan tersebut hok milik rakyat. Tak perlu tol, maintenance akan ditanggung oleh kerajaan negeri (nak bagi air satu Kelantan pun merangkak-rangkak).

Apa selama ini kerajaan Barisan Nasional buat jalan atau lebuhraya pakai duit sapa? Duit rakyat la jugak. Buat apa Pok Nik nak kecoh-kecoh bagitahu itu duit rakyat? Nak raih simpati undi ker? Hahahaha...

Dah tungging terbalik dah Pok Nik...nak maintain cool macam pilihanraya lepas-lepas, rasa-rasa macam payah nak menang, tabur jer la projek-projek mega mana yang patut, bagi sedap telinga rakyat Kelantan sikit....

Pandai dah Nik Aziz sekarang berpolitik...


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion akan dapat disiapkan mengikut jadual.

Mursyidul Am PAS itu berkata pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat.

"Kita yakin dapat melaksanakan projek bernilai RM1.8 bilion ini walaupun tidak sepenuhnya melalui sumbangan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, hari ini.

Nik Aziz mengulas kenyataan sesetengah pemimpin politik, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang sangsi dengan kemampuan kerajaan PAS Kelantan membina lebuh raya melibatkan kos besar dan menyifatkannya sebagai gimik politik.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Katanya lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).

"Pembinaannya berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya.

Semalam, Mustapa berkata, beliau tidak yakin kerajaan negeri dapat melaksanakan projek itu kerana ia melibatkan peruntukan besar dan pelaksanaannya di luar kemampuan kerajaan PAS.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Awang Adek Hussin pula berkata pembinaan lebuh raya melibatkan perbelanjaan yang besar dan tidak ada lebuh raya dilaksanakan oleh negeri secara persendirian.

"Walaupun ada syarikat yang mampu, ia perlu membuat pinjaman daripada bank dan bank tentunya nak tahu syarikat itu nak ambil duit daripada mana untuk bayar balik pinjaman.

"Kerajaan Kelantan hari ini pun banyak bergantung kepada kerajaan pusat dalam menggerakkan ekonomi negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari bersama warga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kelantan di Kota Bharu.

- Bernama

Dua lagi pemain Malaysia akan ke Portugal - Ejen

Posted: 28 May 2012 03:37 AM PDT

 Ejen FIFA, Marco Guimaraes yang telah membawa Nazmi Faiz ke Portugal mendedahkan bahawa terdapat lagi dua pemain dari Malaysia yang akan ke Portugal.

Guimaraes yang juga merupakan pemilik Football Management International (http://fmisport.com) di Singapura baru-baru ini telah membawa Nazmi Faiz ke Portugal untuk sesi ujian bersama kelab Liga Primeira Liga Portugal, S.C. Beira Mar di mana Nazmi telah berjaya mendapatkan kontrak selama tiga tahun di sana.

Beliau telah mendedahkan kepada ESPNSTAR.my bahawa terdapat lagi dua pemain dari Malaysia yang akan ke Portugal. Seorang pemain Harimau Muda yang kini berada di Budapest dan seorang lagi dari kelab di Liga Malaysia.

"Saya akan membawa lagi dua pemain dari Malaysia ke Portugal tetapi bukandan saya pasti mereka akan mendapatkan kontrak di sana." kata Guimaraes.

"Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Ong Kim Swee tentang salah seorang pemainnya tetapi besar kemungkinan buat masa ini kami akan menguruskan Nazmi Faiz dahulu. Pemain lagi satu yang akan saya bawa ke Portugal adalah dari salah satu kelab di Liga Malaysia."

Marco Guimaraes yang telah menubuhkan Football Management International selama lima tahun kini mempunyai 11 pemain termasuk penolong jurulatih Jose Mourinho.

Beliau juga memberitahu bahawa proses untuk membawa Nazmi dan mendapatkan kontrak di Beira-Mar hanya mengambil masa selama dua minggu.

"Pada mulanya ketika saya ingin membawa Nazmi ke Portugal, ramai yang kurang yakin. Tetapi selepas jurulatih, Ong Kim See memberi saya kebenaran, kami terus menetapkan tarikh untuk membawa Nazmi ke sana." katanya lagi.

Beliau yang sebelum ini pernah bertugas dengan kelab Portugal, Braga yakin nazmi mampu mendapatkan kontrak dengan Beira-Mar sejak dari awal lagi.

"Pada mulanya saya ingin membawanya ke Sporting Lisbon dan Benfica tetapi Nazmi hanya akan bermain dalam pasukan simpanan di sana.

"Jadi saya membuat keputusan untuk membawanya ke Beira-Mar dimana saya mengenali Pengarah Sukan kelab tersebut dan akan pastikan Nazmi beraksi dalam pasukan pertama kelab itu," tambah Guimaraes.

Beliau akui tidak mudah untuk membawa Nazmi ke Portugal dan mendapatkan kontrak di sana kerana kemampuan pemain sahaja tidak cukup jika ejen tidak mempunyai hubungan dengan pihak yang betul.

"Apa yang saya ketahui di Malaysia ramai yang sebut tentang pemain Malaysia ke Cardiff City. Tetapi selepas ujian, tiada apa yang berlaku.

"Mustahil untuk pemain Malaysia ke Cardiff kerana kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA lebih dari 70. Jadi kita harus cari alternatif di kelab Eropah yang lain." jelasnya

Guimaraes turut mengharapkan lebih sokongan dari Football Association of Malaysia (FAM) dalam rancangan untuk membawa lebih ramai lagi pemain Malaysia ke luar negara.

"Saya percaya dengan sokongan dari FAM, ramai lagi yang mampu beraksi di pentas yang lebih besar."

Espnstar.my

Harimau Muda B22 ikat Brazil XI 2-2 di Hungary

Posted: 28 May 2012 03:30 AM PDT

Pada perlawanan persahabatan di Hungary yang kedua, Harimau Muda Bawah-22 telah mengikat Brazil XI dengan keputusan 2-2 semalam.

Pasukan Harimau Muda Bawah-22 kini berada di Eropah untuk beberapa siri perlawanan persahabatan dengan kelab di Slovakia dan Hungary bagi membuat persiapan untuk Kelayakan Piala AFC B22 pada bulan hadapan.

Harimau Muda memulakan siri perlawanan mereka dengan kelab dari Hungary, Ferencváros TC di mana mereka tewas 5-0.

Namun, Harimau Muda bangkit semula dengan mendapatkan keputusan seri 2-2 ketika bertemu Brazil XI semalam dengan jaringan oleh Ahmad Hazwan dan Mohd Azrif Nasrulhaq.

Pasukan pilihan Brazil XI itu terdiri daripada pemain Brazil yang beraksi dalam Liga Perdana Hungary dan juga mereka yang sedang menjalani unjian untuk mendapatkan kontrak bersama kelab di Hungary. Purata umur pasukan itu semalam adalah 25 tahun.

Walupun hanya seri 2-2, jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang ternyata lebih baik daripada perlawanan yang pertama.

"Secara keseluruhannya kami beraksi dengan lebih baik dari perlawanan persahabatan yang pertama. Kami telah bolos pada minit ke-92 selepas mendahului 2-1." kata Ong Kim Swee kepada ESPNSTAR.my.

Tambahnya lagi: "Kami akan bertemu lagi satu kelab Hungary, Honved pada hari Rabu ini yang tidak kurang hebatnya seperti Ferencváros."

Espnstar.my

(Gambar) Wajah terbaru peninju negara yang 'ditinju'

Posted: 28 May 2012 03:00 AM PDT


Peninju middle weight kebangsaan, Muhamad Farkhan Mohd Haron menunjukkan gambar kecederaan yang dialaminya selepas dibelasah sekumpulan enam lelaki dan seorang wanita 6 Mei lalu.

Beliau terpaksa melupakan sukan tersebut bagi tempoh enam bulan untuk sembuh daripada kecederaannya.

Farkhan tidak akan beraksi di Sukan Olimpik London 2012 meskipun mendapat "wild card".

Menurut Farkhan, beliau memerlukan masa enam bulan untuk menjalani rawatan pemulihan beberapa anggota badannya termasuk tulang pipi dan rusuk pulih.

No pendaftaran WWW 1 milik Sultan Johor

Posted: 28 May 2012 12:30 AM PDT

Akhirnya tanda tanya mengenai siapa pemilik no Plat WWW 1 dan berapa harga bidaannya telah terjawab apabila D.Y.M.M Sultan Ibrahim (Sultan Johor) berjaya dalam bidaan berharga RM 520 K.

Bagi peminat kereta, sudah tentu tiada masalah untuk melaburkan wang sebanyak mungkin semata-mata mahu memuaskan hasrat dihati.

WWW 1 sebenarnya mempunyai mesej tersendiri bagi peminat nombor plat kerana membawa makna World Wide Web yang kita gunakan seharian untuk capaian internet.

Dengan harga RM 520 K, Plat WWW 1 telah memecahkan rekod termahal no plat di Malaysia yang sebelum ini dipegang oleh seorang peniaga yang juga dari Johor dengan harga RM 300.1 K yang telah dibeli tahun 2010.
Untuk rekod, pendaftaran Plat WWW 1 kenderaan tersebut bermula 30 April dan berakhir 14 Mei telah berjaya menarik beribu orang untuk membida no tersebut.

TNB lancar kaedah "Bacaan Meter Kendiri"

Posted: 28 May 2012 12:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kira-kira 6.2 juta pengguna domestik seluruh negara kini boleh mengira sendiri bil elektrik mereka menggunakan kaedah 'Bacaan Meter Kendiri'.

Kaedah baru itu diperkenalkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengatasi rungutan pengguna dan kekeliruan caj yang dikenakan syarikat utiliti berkenaan terutama membabitkan bil anggaran.

Melalui kaedah itu, TNB menyediakan aplikasi khas bagi membolehkan pengguna membaca sendiri meter mereka setiap bulan dan menghantar bacaan ke laman webnya atau khidmat pesanan ringkas (SMS) ke nombor 15454.

Saya 'diperhambat' keluar dari DAP secara 'lembut'

Posted: 27 May 2012 11:45 PM PDT

PETALING JAYA - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim menegaskan beliau dipaksa keluar dari parti itu dengan cara 'paling lembut' ekoran kenyataannya berhubung Bersih 3.0 bulan lalu.

Menurutnya, kenyataan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng baru-baru ini yang mengatakan beliau tidak akan dihukum parti hanyalah separuh benar.

Katanya, beliau dipaksa keluar kerana kenyataannya itu menyukarkan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR), dan menyebabkan namanya sebagai Senator tidak akan dilantik semula.

"Penasihat, Lim Kit Siang datang dua kali ke rumah saya, pada 27 dan 30 April, dengan cara yang paling 'lembut'. Pada tahap ini saya ingatkan Kit Siang bahawa saya tidak masuk Pas atau PKR.

"Saya sokong Bersih tapi saya tidak sokong tindakan mereka yang mahu melanggar undang-undang negara iaitu merempuh Dataran Merdeka," katanya pada sidang media di sini, hari ini.




Sinar

PKR tiba-tiba nak jadi hero pada mangsa aksi 'drag' pada HBN

Posted: 27 May 2012 11:33 PM PDT

Heh! Tiba-tiba mereka muncul nak jadi hero rakyat, suruh itu ini, nak tawar itu dan ini.

Tak payah la dok sibuk nyuruh orang buat itu dan ini, pihak pengajur faham sangat dah dengan situasi yang berlaku.

Sudah menjadi tanggungjawab penganjur mengambil kira faktor
yang bakal berlaku.

Bukan macam pembangkang, setiap penganjuran yang menjadi kecoh, semuanya disalahkan kepada pihak lain. Tak ada rasa tanggungjawab langsung, jijik punya sifat!

PUTRAJAYA, 28 Mei — PKR hari ini menggesa penganjur perlumbaan kereta drag sempena sambutan hari belia di sini hujung minggu lalu bertanggungjawab terhadap kemalangan yang menimpa penonton sewaktu perlumbaan itu berlangsung malam Sabtu lalu.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar juga berkata, pihaknya menggesa siasatan segera dijalankan kerana berdasarkan pengakuan saksi, penganjur dilihat tidak menitik beratkan aspek keselamatan semasa menganjurkan perlumbaan apabila hanya menggunakan pasu bunga sebagai pemisah antara pelumba dan penonton.

"Kita melihat insiden ini sangat serius apabila melibatkan kecederaan sebegini.

"Kami mahu siasatan dijalankan kerana berdasarkan pengakuan saksi, tiada pagar yang memisahkan penonton dan pelumba dan ini menimbulkan persoalan bagaiman perlumbaan itu boleh diteruskan," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa yang cedera di Hospital Putrajaya di sini.

Bersependapat dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, Naib Presiden PKR, N.Surendran turut menyelar penganjur yang menjadikan pasu bunga sebagai penghadang dalam perlumbaan tersebut.

"Ini adalah kesalahan undang-undang yang serius. kita tidak boleh gunakan pasu bunga sebagai benteng untuk perlumbaan.

"Ini dikira sebagai kecuaian," tegasnya lagi.

Dalam insiden tersebut, 17 mangsa yang kebanyakan penonton perlumbaan drag cedera selepas salah sebuah kereta yang sedang diuji mengalami kerosakan tayar belakang lalu hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penonton yang berada di tebing pembahagi jalan di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19 di sini.

Daripada jumlah itu, dua daripada mereka, iaitu Mohd Iskandar Rasiq Shaari,19, dan Muhammad Fairuz Jalaluddin 26, masih lagi berada di wad kecemasan Unit Rawatan Rapi (ICU).

Manakala Ami Nakim, 27, sedang menjalani pembedahan hari ini akibat daripada patah dua kaki, dan tangan kiri.

Daripada video yang ditunjukkan, penonton yang hadir di perlumbaan tersebut hanya dipisahkan oleh deretan pasu bunga di kawasan pembahagi jalan.

Sehubungan itu, Surendran juga berkata, PKR bersedia menyediakan bantuan khidmat guaman kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian kemalangan tersebut.

"Kita menawarkan perkhidmatan guaman kepada mangsa yang memerlukan. Penonton tidak boleh dipersalahkan, mereka tidak bersalah, penganjur yang perlu bertanggungjawab dalam perkara ini," tambahnya lagi.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah malam pada sesi pandu uji dengan kehadiran lebih kurang 10,000 penonton hadir untuk menonton perlumbaan itu.

Perlumbaan drag itu adalah salah satu aktiviti sempena Hari Belia Negara dan Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Persatuan Permotoran MUSC Motorsport.

Tony Pua kata Timbalan Pengerusi SPR jahil!

Posted: 27 May 2012 11:15 PM PDT

Laaa..marah rupanya bila orang komen kajian depa. Macam mana boleh amik phd ni?

Fight la balik. Takkan tak biasa kena viva tesis. 


Kena komen tentang responden pun dan melenting. Bukan komen kajian lagi. Bagi la bukti yang responden anda itu penuhi syarat  reliabiliti dan validiti. 

Ini tidak, dimarahnya pulak orang yang menilai, sampai dituduhnya jahil.

Pua ni tak pernah bentang kajian ka? Tak pernah kena komen hasil pembentangan ka?

Siapa yang bodoh sebenarnya ni? Siapanya yang sekat kebebasan sebenarnya?

Bodoh la Pua ni!


MK menulis, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak hasil kajiselidik Merdeka Centre - bahawa 92 peratus rakyat Malaysia menyokong pembersihan daftar pemilih sebelum pilihan raya umum akan datang - hanya membuktikan tiada kebebasan dalam suruhanjaya tersebut, dakwa Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

NONEDalam satu kenyataan hari ini, beliau membidas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar untuk menolak hasil kajiselidik itu sebagai "remeh" serta menyifatkan respondennya "mungkin tidak tahu apa yang mereka katakan".

Pua (kiri) mendakwa Wan Ahmad telah menghina responden dengan mengatakan bahawa adalah lebih baik jika Merdeka Centre meninjau pendapat pengundi yang baru mengundi, daripada bertanya kepada "Rempit' di tepi jalan, seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider.

Pua mendakwa, keangkuhan SPR itu membuktikan ia tidak berhasrat untuk melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia dan tidak mengendahkan pendapat umum walau bagaimana negatif sekalipun.

Pua, yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, berkata komen tersebut menunjukkan Wan Ahmad adalah sebenarnya jahil, dan bukan rakyat Malaysia yang menjadi responden dalam kajiselidik tersebut.

MK

Upps! Payudara Cameron Diaz melorot sampai ke pinggang?

Posted: 27 May 2012 10:55 PM PDT

Celebriti terkenal Hollywood, Cameron Diaz tidak dapat diragukan lagi keseksiannya.

Namun, siapa sangka artis ini masih lagi mempergunakan payudaranya untuk menaikkan namanya. Perkara ini terbongkar apabila payudara palsunya tiba-tiba melorot!

Perkara ini berlaku ketika beliau melakonkan watak sebagai ibu mengandung di dalam filem terbarunya yang bertajuk "What to Expect When You're Expecting".

Sebagai ibu mengandung, Cameron perlu memakai payudara palsu untuk membesarkan sedikit saiz payudara asalnya supaya kelihatan seperti ibu yang benar-benar mengandung.

Perkara menjadi diluar dugaan apabila beliau mengangkat tangan untuk mengelap peluh di mukanya, payudara tersebut melorot jatuh hingga ke pinggangnya!

"Kami sedang melakukan pengambaran di Atlanran dan cuaca pada ketika itu amat panas dan payudara palsu itu menjadi basah dek kerana peluh.
Setelah selesai pengambaran, payudara yang comel ini tiba-tiba turun sampai ke pinggang saya," kata Cameron Diaz.

'What to Expect When You're Wxpeting' adalah sebuah filem romantis komedi yang diarahkan koleh Kirk Jones. Selain daripada Cemron Diaz, filem tersebut turut dibintangi oleh Jennifer Lopez, Elizabeth Banks, Brooklyn Decker dan ramai lagi!Trailer filem






Apabila Melayu dilihat bertelingkah, DAP mula lancang bersuara!

Posted: 27 May 2012 10:00 PM PDT

Perpecahan Melayu adalah punca Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berani menyuarakan tuntutannya secara terbuka memperjuangkan bukan Melayu memegang jawatan Perdana Menteri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, menyifatkan Karpal menyedari tuntutannya itu tidak logik kerana Melayu adalah kumpulan majoriti di negara ini.

Bagaimanapun, Karpal berani bersuara mahukan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri selepas mengetahui kedudukan politik Melayu tidak kuat di negara ini akibat perselisihan pendapat dan pergelutan kuasa.

"Tidak mungkin Karpal boleh bercakap macam itu melainkan Melayu di negara ini berpecah dan beliau jelas tahu apa yang disebutkannya kerana kedudukan politik Melayu tidak macam dulu.

"Cadangan Karpal itu tidak mustahil dan sememangnya boleh berlaku jika Melayu terus bercakaran sesama sendiri dan sejarah sudah pun membuktikannya," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Penyelenggaraan Flet Mutiara Idaman 1 di Jelutong di sini, semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan Karpal sebagai berkata, beliau akan terus berjuang untuk memastikan bukan Melayu memegang jawatan Perdana Menteri dengan alasan tiada undang-undang menghalang orang bukan Melayu memegang jawatan itu, tetapi mengaku tersasul apabila menyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng harus dilantik sebagai Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, Fiji adalah contoh terbaik di mana Perdana Menterinya dilantik daripada kalangan kaum minoriti disebabkan perpecahan penduduk asal negara itu kepada 18 kumpulan.

Zainal Abidin berkata, UMNO tidak mahu perkara yang sama terjadi di negara ini dan meminta orang Melayu supaya bersatu di bawah parti itu sekali gus memastikan semua orang terbela.

Di CAMERON HIGHLANDS, Pengasas dan Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omar Din Mauju meminta Karpal berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan terutama membabitkan sensitiviti masyarakat Melayu bagi mengelak permusuhan kaum berlaku.

Beliau yang menyifatkan Karpal sebagai 'Singa Yang Tidak Bergigi' berkata, kepentingan menjaga keharmonian kaum sebagai teras politik dan tidak menggunakan kata-kata antagonis lebih penting untuk meraih sokongan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Kenyataan Karpal itu membuktikan parti pembangkang kini cuba menghakis perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dengan menanam unsur kebencian dan prasangka yang bakal memusnahkan ikatan perpaduan yang terjalin selama ini.

"Justeru, orang Melayu harus bersatu demi survival bangsa dan melupakan agenda politik," katanya kepada Berita Harian pada majlis ramah mesra dan makan malam bersama Ahli Parlimen Cameron Highlands anjuran Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PERTIGA) di Dewan Kampung Raja, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk K Devamany.

Bharian

Neelofa hairan kenapa gambar lama ala Playboy Bunny Girl disensasikan

Posted: 27 May 2012 09:55 PM PDT

"DAH tak ada modal la tu nak buat cerita. Yang hairannya itu gambar lama saya semasa terlibat dalam pembikinan video muzik kumpulan Tilu. Tak salah saya tiga atau empat tahun dulu. Jadi kenapa baru sekarang nak keluarkan?" kata Neelofa pada Syed baru-baru ni.

Sepanjang minggu lalu heboh dalam beberapa blog hiburan kembali menyebarkan gambar berkemban pelakon ini. Bagi yang tak tahu menahu mungkin akan anggap itu gambar baru tetapi hakikatnya itu adalah gambar lama.

Aksi Neelofa yang hanya memakai pakaian yang cukup seksi itu menarik perhatian ramai. Nampaknya ada beberapa blog hiburan yang memang sudah mengeluarkan balik gambar tu untuk memanaskan keadaan.

"Saya sendiri pelik macam mana mereka boleh keluarkan gambar tu semula. Kalau tak ada modal sekalipun nak naikkan rating masing-masing tak perlulah buat macam tu pada saya.

"Kumpulan Tilu tu pun dah senyap sekarang tapi ada pula orang yang tak ada kerja ambil dan sebar gambar tu semula. Sejujurnya saya tak marah pun cuma geram sebab mereka sengaja nak aibkan orang.

"Lantaklah nak buat apa pun asalkan jangan melampaui batas. Cerita macam ni memang tak perlu dilayan, kalau layan akan berpanjangan," kata Neelofa lagi.

Gambar-gambar lama Neelofa boleh dilihat di SINI






(Video) Aksi gedik pelajar perempuan tertonggek dalam kelas!

Posted: 27 May 2012 08:30 PM PDT

Entah la, apa lagi nak dikata dengan pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia ini (tidak semua).

Mungkin kerana pendedahan kepada media masa yang terlalu melampau hingga tiada lagi rasa malu untuk beraksi di depan kamera.

Adakah ini merupakan satu denda daripada guru mereka?

Atau sengaja melakonkan aksi-aksi pendek akal?

Ada komen?




Paling hot di SINI bersam #HondaHybrid



Pengantin baru terkejut lihat ular mengawan!

Posted: 27 May 2012 08:00 PM PDT

PONTIAN: Sepasang pengantin yang baru dua minggu berkahwin, terkejut apabila mendapati tiga ular tedung memasuki bawah kolong rumah mereka dekat Parit Kecil di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika Mohd Suhaimi Hamberi, 26, sedang membantu isterinya, Nurul Hazbee Sakiron, 26, menyiapkan hidangan untuk makan tengah hari.

Mohd Suhaimi berkata, beliau dan isteri terdengar bunyi desiran pelik di luar rumah sebelum mereka meninjau bersama menerusi tingkap dapur.

"Kami terkejut melihat tiga ular tedung sedang menyusur hampir serentak, menuju ke arah rumah kami. Suatu ketika, dua ular terbabit kelihatan seperti sedang mengawan. Kebetulan saya sedang memegang kamera, lalu merakam pergerakan ular berkenaan.

"Tiga ular itu kemudian dikesan menyusur memasuki bahagian bawah rumah kami menyebabkan saya terpaksa mendapatkan bantuan Bomba dan Penyelamat Pontian kerana bimbang berlaku sebarang kejadian tidak diingini," katanya yang bertugas di Pejabat Tanah Pontian.

Empat anggota dari Balai Bomba Jalan Sekolah Arab di sini, dikejarkan ke lokasi terbabit sejurus menerima maklumat daripada pasangan itu pada jam 12 tengah hari.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Pontian, Noor Ikhson Shukor, berkata pihaknya mengambil masa kira-kira sejam untuk menangkap tiga ular tedung yang masing-masing sepanjang 1.5 meter itu, menggunakan tali dan besi penjerut.

"Kami terpaksa memecahkan tembok tepi lantai kerana reptilia berkenaan berada dalam lubang sedalam kira-kira satu meter bawah lantai simen bahagian dapur rumah terbabit.

"Selain menangkap tiga ular tedung yang bersarang dalam lubang itu, kami turut menemui enam biji telur yang dipercayai baru menetas di situ," katanya.

Pemuda londeh seluar depan majistret

Posted: 27 May 2012 07:05 PM PDT

Gambar Hiasan
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret, di sini, kecoh semalam apabila seorang pemuda yang menghadapi tuduhan mencuri bertindak di luar jangkaan dengan cuba melondehkan seluarnya.

Bagaimanapun, perbuatan Mohd Khairul Hamimi Mohd Sabri, 26, dari Kampung Tebakang, Marang, berjaya dihalang polis.

Dia turut membuat bising di dalam kandang tertuduh dengan mendakwa dirinya gila serta meminta dihantar ke hospital untuk rawatan.

"Bos (Majistret), saya memang melakukan curi tetapi bos masukkan saya dalam hospital sebab saya gila. Sekarang ini, kepala saya tengah sakit dan saya perlu makan ubat," katanya.

Sebelum itu, Mohd Khairul Hamimi mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Dia didakwa melakukan pecah rumah dengan mencuri 50 ekor burung banji dan 45 arnab dianggarkan bernilai RM5,000 milik Lim Chew Siang, 41, di Kedai Menjual Haiwan Peliharaan dan Akuarium Ming Yu Two, Chabang Tiga, di sini, antara jam 7 petang 22 Mei hingga 8.55 pagi, 23 Mei lalu.




Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 457 KK berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Abdul Hayyi kemudian memerintahkan Mohd Khairul Hamimi dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru untuk menjalani rawatan psikiatri selama sebulan dan menetapkan 24 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Bharian

Media kecam Lim Guan Eng dan DAP

Posted: 27 May 2012 06:55 PM PDT

Akibat banyak kerahsiaan yang diselindung dan cuba mengelak pelbagai soalan yang ditanyakan oleh wartawan, akhirnya beliau dikecam hebat oleh para pengamal media utama terutama di Pulau Pinang.

Dan juga dek kerana sering 'menutup pintu' kepada setiap persoalan yang diajukan, pintu itu juga menjadi mangsa oleh wartawan-wartawan dengan melekatkan pelbagai notis ejekan, kutukan terhadap ketua menteri itu.

Inilah jenis kebebasan media yang diagung-agungkan beliau!

Video seksi ini lagi satu contoh terbaik!


Kredit foto Pisau

Undi parti masuk syurga fatwa sesat - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram

Posted: 27 May 2012 06:30 PM PDT

Ermm..kalau disebut-sebut selalu, PAS nanti kata, BN tak ada modal. Asyik-asyik ungkit isu lama dan lapok. Macam tu jugak la isu pengundi hantu, isu lapok jugak, tak ada bukti, bukti direka-reka, tapi PAS tetap sebarkan dakyah tersebut.

Tapi perkara ni berlainan kerana ini berkaitan dengan akidah.

Fatwa dikeluarkan untuk membimbing akidah, oleh yang demikian, jika fatwa yang dikeluarkan semata-mata meraih sokongan politik, adalah sesat.

Tetapi, siapala Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi ni kepada ahli-ahli PAS? Siapalah dia kepada Nik Aziz.

Mungkin Syeikh ini akan dituduh oleh ahli-ahli PAS bahawa beliau telah dibayar oleh BN untuk bercakap sedemikian rupa.

KUALA LUMPUR 27 Mei - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.

Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.

Bekas pegawai Parti Komunis dituduh perkosa 10 remaja

Posted: 27 May 2012 06:00 PM PDT

BEIJING: Polis menahan bekas pegawai Parti Komunis kerana disyaki memperkosa sekurang-kurangnya 10 gadis bawah umur, kata pihak berkuasa dalam satu kes yang menyebabkan kemarahan di Internet.

Kenyataan pihak berkuasa berkata, bekas Timbalan Pengarah Jawatankuasa parti itu di bandar Yongcheng, wilayah Henan, Li Xingong, ditahan atas serangan seksual terhadap gadis bawah umur 18 tahun.

Katanya, "Kes itu akan disiasat dengan serius tanpa kelonggaran dan mengikut undang-undang. Siasatan sedang dijalankan dan pengumuman akan dibuat sebaik saja ada kemajuan."




Berita itu menyebabkan pengguna web China marah dan semakin ramai berani menyuarakan kemarahan mereka atas salah laku dibuat oleh pegawai parti pemerintah, Parti Komunis. - AFP

Wardina Saffiyah diganggu dengan panggilan lucah

Posted: 27 May 2012 05:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya rasa nak cari dia, kalau boleh nak kenal dan tahu dia anak siapa," kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, mengulas mengenai panggilan berunsur lucah dan mengaibkan yang diterimanya daripada seorang lelaki tidak dikenali, pagi semalam.

Personaliti televisyen itu yang masih trauma dengan panggilan berunsur lucah itu mendakwa terkilan dengan sikap lelaki terbabit yang dipercayai dilakukan seorang lelaki tempatan dan beragama Islam.

"Saya ada anak. Saya pernah rasa melahirkan anak dan pasti sangat sedih apabila anak sudah besar jadi seperti itu (melakukan gangguan seksual).

"Malah, saya simpati dengan dia kerana bersikap sedemikian. Saya pasti dia seorang Muslim, kenapa perlu melakukan perbuatan mengaibkan dan sukar untuk saya luahkan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.




Menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, Wardina memberitahu beliau menerima dua panggilan daripada nombor sama ketika dia berada di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini.

Metro

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Posted: 28 May 2012 03:26 PM PDT

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan


Wasotiyah Najib VS Wasotiyah Nik Aziz

Posted: 28 May 2012 05:00 AM PDT


Wasotiyah Najib VS Wasotiyah Nik Aziz



Gambar di atas tersebar di dalam Facebook yang menunjukkan aksi penyanyi K-POP dari Korea iaitu Dal Shabet yang memakai pakaian agak menjolok mata dan ketat... Mereka beraksi sebagai artis jemputan semasa Himpunan Sejuta Belia 2012 baru-baru ini... Sepatutnya Putrajaya sebagai tuan rumah, perlu menasihati Dal Shabet supaya memakai baju kurung dan bertudung semasa melakukan persembahan...

Putrajaya perlu mencontohi artis-artis Kelantan yang penuh dengan adab kesopanan dan kesusilaan... Artis-artis Kelantan tersangat sopan berbanding dengan Dal Shabet yang kita sedia maklum yang mereka ini semua bukan Islam... eXception harap pada sambutan Hari Belia tahun depan, Kementerian Belia dan Sukan perlu menjemput artis-artis Kelantan pula beraksi di atas pentas... Nama-nama mereka memang tak asing lagi... Sebut sahaja Rosalinda, Elyana, Wanie, Erna, Erma serta Ain... Semua orang pakat kenal belaka... Dibandingkan dengan Dal Shabet yang bukan Islam, mereka lebih bersopan dan melambangkan budaya sebenar Islam PAS...

Lihatlah gambar-gambar dari video klip artis-artis ni... Cukup hebat... Inilah artis Kelantan hasil asuhan Tok Guru Nik Aziz sejak dari PASTI lagi... Maka lahirlah artis yang 'cukup bersopan' ini...














Terima Kasih!! Jumpa Lagi Tahun Hadapan!!

Posted: 28 May 2012 12:00 AM PDT


Terima Kasih!! Jumpa Lagi Tahun Hadapan!!



Malam semalam berakhirnya Himpunan Jutaan Belia 2012 yang berlangsung di Putrajaya. Program yang berlangsung selama 5 hari itu akhirnya berjaya mencapai matlamat JUTAAN BELIA... Iaitu lebih kurang seramai...

2 JUTA BELIA YANG HADIR!!



Tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek dan tahniah juga buat semua sukarelawan, petugas dan pengunjung yang hadir...

Walaupun program yang berlangsung sedikit tercalar dengan insiden kemalangan melibatkan cara drag race, tetapi keseluruhan acara berjalan dengan lancar. Alhamdulillah... Himpunan Jutaan Belia 2012 berakhir dengan meriah tanpa insiden menterbalikkan kereta peronda mahupun insiden memukul anggota Polis...

eXception berharap penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2013 nanti akan menjadi lebih meriah. eXception juga berharap penganjur program perlu mengutamakan keselamatan penonton agar tidak lagi berlaku insiden yang tidak diingini pada tahun hadapan.

Terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan blogger yang turut turun ke Putrajaya seperti Papa Gomo, Azmy Awang Klana Jaya (AAKJ), Shazuein Azmaini Azmil (I4TT) dan blogger-blogger lain yang turut serta...

Terima Kasih!! Jumpa Lagi Tahun Hadapan!!



Sambutan Hari Belia Disifatkan Sebagai GAGAL!!

Posted: 27 May 2012 05:35 PM PDT


Kegagalan Sambutan Hari Belia... Semua Salah UMNO... Takdir!!



eXception ingin berterus-terang...

Tak mahu pusing-pusing keliling...

Tak mahu kelentong korang...

eXception dengan sejujurnya mengakui bahawa sambutan Hari Belia 2012 boleh disifatkan sebagai GAGAL...

eXception tak mahu membuat pujian melangit kononnya jutaan belia hadir ke sambutan tersebut...

eXception tak mahu tipu angka sebenar kehadiran belia ke sambutan tersebut...

Angka jutaan hanyalah satu angan-angan KOSONG...

Hakikatnya... Bilangan yang hadir boleh dibilang dengan bulu hidung...

Apa boleh buat... Pasti korang akan berkata... Ini semua salah UMNO...



.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.












Melihat gambar-gambar di atas... Maka sejujurnya... eXception akui....

HIMPUNAN & KONVENSYEN BELIA NEGERI SELANGOR 2012 DISIFATKAN SEBAGAI GAGAL!!



KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 28 May 2012 03:20 PM PDT

KEPAL NASI KEPAL BERAS


PEMBANGKANG TERUS BUAT JANJI BARU, BN TERUS TUNAI JANJI

Posted: 28 May 2012 03:16 AM PDT

Zaman janji kosong, jual ubat dan jual temberang sudah berlalu dan tidak lagi relevan. Zaman sekarang adalah zaman rakyat mahu melihat setiap janji ditunaikan.


Ketika zaman remaja atau zaman menjanda memang mudah terbuai dengan segala janji manis bulan dan bintang. Apatah lagi janji manis yang dilafaz ketika itu, tepat pada waktunya, iaitu ketika sedang marah dan kecewa dengan boyfriend atau dicerai laki. Atau pun ketika itu sedang hanyut diulit janji manis hingga berpaling tadah dari boyfriend atau laki sendiri.

Bila emosi dan otak kembali normal dan berpijak di bumi nyata, barulah pemikiran rasional kembali menguasai diri. Bila segala janji dan manifesto 'boyfriend baru' satu pun tidak tertunai, dan pada masa yang sama tengok pulak boyfriend lama atau laki lama sudah bahagia dengan kehidupan baru bersama pasangan baru, barulah sedar tinggi rendahnya langit.

Sekarang , inilah yang mungkin sedang terjadi kepada mereka yang bertindak beralih angin menyokong pembangkang pada PRU12 yang lalu. Malu tapi tak mahu mengaku akan hakikat kegagalan parti yang disokongnya menunaikan segala janji PRU.

Sekarang puak pembangkang terus membuat janji demi janji baru. Pendidikan untuk rakyat mahu diberi percuma. Dana PTPTN yang sudah menjangkau lebih RM40 billion yang disalurkan kepada pelajar IPTA dan IPTS, dalam dan luar negara mahu dihapuskan begitui saja. Tol yang melibatkan lebih 60 billion kos pembangunan dan penyelenggaraan juga mahu dihapuskan. MRT RM60 billion yang ingin dibangunkan, dikritik hanya dari sudut kepada siapa projek itu diserahkan. Tujuannya untuk melabel kroni. Faedah dari segi limpahan ekonomi untuk rakyat jika MRT itu beroperasi kelak langsung tidak dibincangkan. Cara tuduhan kroni itu dibuat seolah-olah MRT itu dibuat hanya semata-mata mahu memperkayakan seseorang yang rapat dengan pemimpin no.1.

Singkat sungguh pemikiran pembangkang. Mereka ingat, cukup sekadar melafazkan janji demi janji. Mereka ingat cukup sekadar membuat tuduhan demi tuduhan yang buruk kepada BN. Mereka ingat rakyat akan terus marah membuta tuli kepada BN melalui setiap tuduhan yang dilemparkan. Mereka ingat rakyat terlalu rendah tahap pemikiran mereka, seolah-olah rakyat ternganga mendengar segala keburukan BN yang dijaja. Mereka ingat rakyat tidak akan mempersoalkan langsung segala kata-kata, janji dan temberang pembangkang.

Selepas menaikkan gaji kakitangan awam, pemansuhan dan penurunan sebahagian bayaran tol, pemberian BRIM, KRIM, Menu1Malaysia, durian runtuh untuk peneroka, Najib umum pula penurunan yuran daftar perniagaan menjadi RM50 sahaja dari RM200 ke RM300 kepada lebih 500,000 peniaga kecil.

Kerajaan Selangor pula baru terkial-kial nak tunaikan janji bantuan RM50 se bulan kepada anak tadika yang dibuat 4 tahun lalu. Itu pun bila KJ sudah bongkar depan Rafizi dan depan khalayak.

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 28 May 2012 03:05 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Ng Paik Kheng Ada Skandal Seks Dengan Lim Guan Eng....? Jahatnya Fitnah BN

Posted: 28 May 2012 06:37 AM PDT

Sehingga kini belum ada penjelasan rasmi dari Ketua Menteri Pualau Pinang, Lim Guan Eng mahupun isterinya Betty Chew berkaitan isu melibatkan seorang wanita bernama Ng Paik Kheng yang sedang hangat diperkatakan ramai sekarang.

Khabarnya di antara Ng Paik Kheng dan Lim Guan Eng ada hubungan istimewa sehingga timbul angin panas dalam jiwa raga Betty Chew yang juga isteri kepada Lim Guam Eng.

Sejauh mana wujudnya hubungan istimewanya tersebut, sukar digambarkan secara jelas tapi bayangan awal rasanya saling tak jauh dari konflik cinta tiga segi.

Mengikut kisahnya lagi, Betty Chew dilaporkan betul-betul terkena sawan angin panas hingga sampai ke peringkat pertelingkahan 'kecil' itu turut melibatkan tangan dan kaki, betulkah?

Kalau dah tangan dan kaki turut 'berbicara' itu maknanya ada banyak yang tak kena dalam 'hubungan istimewa' Lim Guan Eng dengan wanita tersebut hingga memaksa Betty Chew membuka pencak kungfu.

Jarang benar seorang perempuan mengamuk tak tentu pasal kecualilah ada bukti nyata yang sukar ditempis ataupun bila ianya sudah menggelegak hingga cair tahi telinga mendengar perkhabaran sedemikian rupa.

Di masa lebih kurang sama, agak pelik melihat unit propaganda DAP cuba campur tangan melakukan reverse psycho dengan menyebarkan gambar palsu untuk mengelirukan orang ramai yang tercari-cari wajah wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Setiausaha Agung DAP itu.

Andaikata cerita-cerita tersebut langsung tidak betul, apa perlunya untuk DAP bertungkus lumus melakukan diversi bagi menangani isu tersebut. Teringat pula kes raba tetek suatu ketika dulu.

Modus operandi kali ini pun tak jauh beza dengan isu raba tempoh hari apabila unit propaganda DAP dengan sengaja menyebarkan gambar pemain catur untuk menutup isu anak Lim Guan Eng.

Apapun, sewajarnya Lim Guan Eng, Betty Chew dan khususnya Ng Paik Kheng sendiri segera tampil menjelaskan keadaan supaya ia tidak lagi menjadi buah mulut orang ramai.

BERUANG BIRU

Wan Azizah Naik Angin Bila Nurul Izzah Kata Lelaki Dalam Video Seks Adalah Papanya Anwar Ibrahim....

Posted: 28 May 2012 01:02 AM PDT

"Bukti terbaik adalah video rakaman...."

Ayat ini memang cukup menikam kalbu.Ia kurang menarik kalau Hamba Allah lain yang cakap.Sebaliknya ia layak masuk dalam buku kata-kata pujangga kerana ayat ini tidak lain tidak bukan muncul dari Nurul Izzah anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Cuma Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai ini bercakap dalam kontek kekecohan yang berlaku semasa ceramah PKR dan UMNO yang jaraknya hampir satu sama lain di kawasan flet Pantai Permai di Lembah Pantai Khamis malam.

Dakwanya ada video untuk membuktikan provokasi kejadian baling batu dan telor semasa ceramah yang menyaksikan Ummi Hafilda Ali berentap berceramah dengan Anwar dan Nurul di situ dimulakan oleh orang UMNO.

Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan sebaliknya mendakwa kekecohan bermula bila Anwar dalam ceramahnya menyebut " UMNO sial".Katanya dalam kejadian itu ada juga orang disebelah ceramah UMNO yang cedera terkena balingan objek keras.

Bab sailng tuduh memuduh itu satu hal. Namun kenyataan Nurul Izzah yang bercakap tentang bukti dalam bentuk video itu telah mengundang reaksi dikalangan ramai pihak.

Agendadaily sendiri menerima banyak panggilan kalangan pembaca yang mempersoalkan ' kebijaksanaan' anak Anwar ini bercakap tentang soal video.

Kata mereka sebelum ini puak itu bukan main geli dengar tentang video.

Ini bila terkena batang hidung sendiri video terus dijadikan alat tempat bersandar untuk membuktikan kebenaran.

"Minta tolong cakap pada Nurul tolong tengok baik-baik video bapanya sedang bagi signal pada Azmin sebelum rempuhan ke Dataran Merdeka berlaku masa Bersih 3.0.Tanya samaada dia setuju tidak bapanyalah pencetus kekecohan itu ,"kata seorang pembaca dari Kampar,Perak.

Kata pembaca itu dari pemerhatian telitinya sudah cukup jelas siapa dalangnya.

Namun katanya Anwar dengan wajah selamba menafikanya.

Seorang pembaca dari Seremban dengan nada cukup sinis meminta Nurul menilai pula video seks 99.9 peratus tulin yang dikaitkan dengan bapanya.

"Kalau nak bercakap tentang video kenalah berlaku adil...bagaimana dengan video itu.Orang politik kata fitnah memang senang apa lagi kes ini libatkan bapa sendiri,"katanya.

Pembaca itu kata jangan kata Nurul malah seluruh pimpinan pakatan pembangkang terus terkedu tidak berani meminta siasatan terbuka dibuat untuk memastikan secara muktamad kebenaranya.

"Kerja mereka cuma nafi dan nafi...sedangkan kami yang melihatnya sudah 99.9 peratus pasti siapa pelakonnya,"katanya.

Apa lagi,katanya dengaan adanya video CCTV Anwar dan Datuk Sharzly Eskay Abdullah sedang naik turun lif apartmen itu.

"Kenapa dalam bab itu Nurul tidak bertegas mahukan kebenaran...atau kata bukti terbaik adalah video rakaman,"dia bertanya.

Beberapa pembaca lain meminta Nurul tidak emosional dalam bab kejadian di Lembah Pantai itu sehingga polis selesai buat siasatan.

"Silap cakap nanti kain sendiri yang terselak...,"kata mereka.

Bagi mereka sikap double standard pembangkang ' sudah naik ke paras hidung' .

Kata mereka rakyat tahu membuat penilaian setelah memerhati segala gelagat mereka yang cakap bagai lidah bercabang ini.

Kata seorang lagi dalam bab video ini memang Nurul Izzah sudah silap langkah.

"Jangan nanti Datuk Seri Haji Hadi Awang tersinggung...bukankah beliau sudah keluar ' fatwa' video besi...tidak boleh dijadikan bukti," katanya. [Agendadaily]

Bertuahnya Badan Menjadi Pembantu Rumah Yb Azmin Ali…!!

Posted: 27 May 2012 06:02 PM PDT

Bila masuk musim cuti persekolahan, sudah pasti menjadi tanggungjawab ibubapa membawa anak anak mereka pergi bercuti, bersantai merehatkan minda dari beban aktivti persekolahan….

Tiba masanya untuk rehat seketika, "take a break" dengan cara pergi bercuti di tempat percutian yang boleh menggembirakan anak anak mereka disamping itu, hubungan kekeluargaan bertambah erat dengan menikmati percutian bersama yang tersayang!

Teringat kisah yang pernah disaksikan oleh seseorang yang akrab dengan Yb Azmin Ali…. Pernah diceritakan apabila Azmin membawa seluruh keluarganya pergi bercuti, destinasinya adalah luar negara [overseas vacation].

Malah penerbangan yang akan ditempah adalah tempat duduk istimewa dalam pesawat iaitu Business Class, termasuklah kedua dua Pembantu Rumah yang dibawa bersama..! Bertuah sungguh menjadi Pembantu Rumah kepada Azmin ini.., sangat bertuah..!!

Sekadar Mukadimah kisah Azmin Ali…, kisah lebih panaaass klik SINI

Tiada ulasan:

Pengikut